Isnin, 25 Julai 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Kawasan Padang Besar

Posted: 25 Jul 2011 01:41 AM PDT

PAS Kawasan Padang Besar


PM Najib disambut dengan warna kuning di Beseri

Posted: 24 Jul 2011 01:24 AM PDT

Kunjungan Perdana Menteri, Datuk Najib Tun Razak ke nat (Pasar Sehari), Balai Baru (Beseri) Sabtu lalu (23 Julai) disambut dengan warna kuning...








AJK Pemuda Kangar, Amirul Jufri berbaju kuning bersalaman dengan PM

PAS TAMBUN

Posted: 25 Jul 2011 01:22 AM PDT

PAS TAMBUN


AYAH DAN SUAMI MAI RENUNG SEKEJAP

Posted: 24 Jul 2011 10:34 AM PDT

PUSH BERSIH : UMNO PERLIS PUN PEKENAKAN NAJIB DAN ROSMAH

Posted: 24 Jul 2011 10:24 AM PDT


HEPI BEST DAY TO YOU NAJIB.. NOW U AT 58YEARS OLD.. COUNTDOWN TO GRAVE..

BLOG RASMI DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PEKAN

Posted: 25 Jul 2011 01:21 AM PDT

BLOG RASMI DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PEKAN


DEWAN PEMUDA ANJUR LAGI KEJOHANAN FUTSAL

Posted: 24 Jul 2011 06:15 AM PDT



24 Julai 2011 Ahad, PAS Kawasan Pekan dibawah DUN Peramu Jaya sekali lagi berjaya menganjurkan Kejohanan Futsal PAS Kawasan Pekan bagi kali ke 3 bagi tahun ini. Kejohanan Futsal PAS Kawasan Pekan ini dikendalikan sepenuhnya oleh sayap kanan Dewan Pemuda PAS Kawasan Pekan yang diterajui oleh Ustaz Mohd Fadhilnoor Abdul Karim.

Kejohanan yang dianjurkan di Gelanggang FUTSAL Peramu Jaya ini berjaya mengumpul 16 pasukan yang terdiri daripada anak-anak muda sekitar Peramu Jaya dan bandar Pekan. Dewan Pemuda PAS Kawasan Pekan sebelum memang dikenali oleh peminat futsal di daerah Pekan kerana sering menganjurkan kejohanan ini. Pada tahun ini sahaja, Dewan Pemuda PAS kawasan telah berjaya menganjurkan 3 kejohanan FUTSAL.

Kejohanan kali ini menawarkan hadiah Johan sebanyak RM200 bersama medal, tempat kedua RM150 beserta medal, ketiga RM50 beserta medal dan keempat hadiah berupa medal. Program yang amat diminati oleh golongan anak muda ini amat mendapat sambutan.

Kejohanan ini dirasmikan oleh Yang dipertua PAS Kawasan Pekan Al Fadhil Ustaz Abu Kasim Manaf. Dalam ucapan perasmian, beliau sempat menyarankan dalam bersukan juga ada adab-adab Islam yang perlu dipatuhi. Antaranya cara berpakaian mestilah menutup aurat, bersolat apabila masuk waktu dan jangan sekali-kali menjadikan gelanggang Futsal tempat pergaduhan. Bersukanlah dengan akhlak Islam kerana Islam amat menggalakan umatnya beriadah dan bersukan untuk kesihatan.

Perasmian Futsal dilaksanakan dengan melakukan 'GIMIK' dimana YDP menendang boleh bagi menjaringkan gol.



CINA ISLAM (林川興)

Posted: 25 Jul 2011 01:08 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Kereta api laju China dipanah petir

Posted: 25 Jul 2011 01:00 AM PDT

23 Syaaban 1432H. [MOD] -

SEBUAH gerabak kereta api condong di tepi landasan selepas terlibat dalam perlanggaran di Wenzhou, China.

WENZHOU, China - Sekurang-kurangnya 35 orang terbunuh apabila dua kereta api berkelajuan tinggi berlanggar di timur China kelmarin.

Kemalangan tersebut yang turut mencederakan 210 penumpang merupakan nahas terburuk pernah melanda perkhidmatan kereta api China sejak 2008.

Insiden itu berlaku apabila sebuah kereta api berkelajuan tinggi merempuh sebuah kereta api lain yang terhenti di atas sebuah jambatan dekat sini, sekitar 1,380 kilometer ke selatan ibu kota China, Beijing.

Ketika kejadian, kereta api pertama kehilangan kuasa akibat dipanah petir sebelum ia dirempuh sebuah kereta api peluru yang bergerak di belakang kenderaan itu.

Anggota-anggota pasukan penyelamat memasuki bangkai empat gerabak yang terjatuh ke bawah jambatan dalam usaha mencari mangsa-mangsa yang masih hidup.

Menurut agensi berita Xinhua, pihak berkuasa China menghentikan 21 perjalanan kereta api selepas kemalangan tersebut berlaku yang turut mengorbankan dua warga asing. - Reuters

Mayat di kabel elektrik

Posted: 25 Jul 2011 12:40 AM PDT

23 Syaaban 1432H. [MOD] -

KULIM - Mayat seorang lelaki berusia 27 tahun yang tinggal di Taman Tiong di temui dalam keadaan tersangkut di sebatang kabel elektrik di Jalan Pondok Labu menghala ke pekan Kulim, kira-kira jam 7 pagi.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai terbabas dan merempuh kabel itu.

Dari pemeriksaan dibuat terhadap mangsa mendapati dia mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan mayatnya dibawa ke Hospital Kulim untuk dibedah siasat.

"Tiada sebarang perlakuan jenayah atau melibatkan kenderaan lain dalam kemalangan ini. Mangsa terbabas sendiri dan maut di tempat kejadian.

Ghuzlan menasihatkan pengguna jalan raya di sekitar kawasan Kulim supaya tidak menunggang atau memandu kenderaan mereka secara melulu kerana ada sebahagian jalan di kawasan itu beralun dan berombak.

"Ini membuatkan kenderaan sukar dikawal apabila dipandu laju. Selain itu, ikut arahan sepertimana yang terdapat pada papan tanda dan memandu secara berkhemah, " katanya.

Ghuzlan berkata, kemalangan berlaku kerana kecuaian pengguna selain bersikap tidak sabar.

"Tidak lama lagi umat Islam akan menyambut Ramadan. Saya meminta kerjasama pengunjung di pasar Ramadan supaya meletakkan kereta mereka di kawasan sesuai supaya tidak mengganggu laluan.

"Kerjasama semua pihak boleh mengubah sebarang kejadian tidak di ingini berlaku, " katanya.

sinar harian/-

15 tahun warga emas tunggu pampasan Perkeso

Posted: 25 Jul 2011 12:40 AM PDT

23 Syaaban 1432H. [MOD] -

TEMERLOH, 25 Julai: Seorang bekas pekerja kilang papan kesal dengan menteri, agensi kerajaan dan wakil rakyat yang gagal menyelesaikan masalah wang pampasan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang tertangguh sejak 15 tahun lalu meskipun semua dokumen sudah lengkap.

Warga emas Mohan Mariappan, 59, yang mengalami kemalangan di tempat kerja di kilang T. S. Gan Timber Trading dekat sini pada tahun 1995 lalu sehingga tidak boleh bekerja lagi dan disahkan pegawai perubatan layak menerima pencen ilat dan bantuan ilat.

Malangnya setelah enam tahun barulah beliau mendapat wang sebanyak RM315.55 iaitu pada Ogos 2002, tetapi bantuan bulanan langsung tidak ada dalam tempoh selama itu dan mendakwa wang pampasan terkumpul miliknya sudah lebih RM40,000.

"Saya bekerja di kilang papan berkenaan dengan gaji sebanyak RM1,500 sebulan sehinggalah pada 13 Mei 1995 mengalami kemalangan dengan tangan sebelah kanan saya termasuk dalam mesin gergaji sehingga mengakibatkan tidak boleh bekerja berat lagi untuk selamanya.

"Doktor yang merawat kemudian mengesahkan saya hilang upaya kekal dan layak mendapat 35% daripada gaji iaitu RM520. Semua dokumen telah dihantar kepada Perkeso Temerloh, tetapi hanya enam tahun kemudian saya baru menerima RM315.55. Itupun setelah tersiar cerita dalam akhbar Tamil.

"Pegawai Perkeso ada berjanji dengan saya wang selebihnya akan dibayar pada setiap bulan. Namun sehingga kini masih tidak menerima sebarang bayaran yang dimaksudkan," katanya ketika menemui Harakahdaily di sini.

Sejak itu Mohan telah beberapa kali menemui pengarah Perkeso, menteri, pemimpin tertinggi MIC, wakil rakyat Umno dan Menteri Besar Pahang namun semuanya hanya janji tinggal janji.

"Kalau tidak silap, sudah enam kali saya bertemu Menteri Sumber Manusia Datuk S. Subramaniam untuk mengadu hal dan minta selesai masalah, kali akhir tahun lalu. Begitu juga dengan Senator T. Murugiah dan semua pemimpin MIC, tapi tetap tiada penyelesaian.

"Jumpa dengan Ketua Umno Bahagian Temerloh yang juga Exco Kerajan Negeri Pahang janji nak selesai terus senyap. Juga jumpa MIC Mentakab, pun hanya tinggal janji.

"Setelah mengetengahkan kes ini kepada media, barulah pada bulan Januari 2009 saya dibayar RM70 sebulan, mula bulan September tahun itu dibayar RM140. Sehinggalah bulan September tahun lalu saya dibayar RM250. Tetapi masih jauh daripada jumlah sebenar (RM520)," katanya dengan nada sayu.

Soal Mohan, jika sudah 15 tahun seorang menteri tidak boleh selesaikan satu kes seperti beliau, macam mana menteri mahu selesaikan rakyat dan orang ramai? Beliau hairan bagaimana kesnya menjadi rumit sangat hingga tertangguh lama sedangkan semua dokumen ada dan mereka akui.

Mohan yang juga menghadapi masalah jantung dan akan membuat pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) berpendapat, masalahnya kesnya ini tidak diambil berat kerana beliau 'orang kecil'.

"Sepatutnya menteri atau wakil rakyat tahu bahawa RM250 sekarang ini tidak cukup untuk menampung kos hidup yang tinggi sekarang. Saya masih ada isteri dan seorang anak yang sedang bersekolah dalam tanggungan. Saya juga masih perlukan duit untuk rawatan dan ubat-ubatan," rayunya.

Justeru beliau yang tinggal di Taman Bukit Bendera, Mentakab merayu pihak berkuasa segera menyelesaikan kesnya sementara usianya masih ada.

harakahdaily/-

Malaysia Bebas Undang-Undang Zalim Hanya Selepas BN Terkubur

Posted: 25 Jul 2011 12:00 AM PDT

23 Syaaban 1432H. [MOD] -

IPOH : Isteri kepada salah seorang tahanan di bawah Ordinan Darurat (EO), Dr D Jeyakumar,R Mohana Rani menyifatkan hanya selepas pemerintahan negara bertukar, barulah akta zalim seperti EO dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) boleh dihapuskan.

"Hanya itu sahajalah satu-satunya jalan untuk mengakhiri EO dan dan ISA. Tendang keluar kerajaan Barisan Nasional,"kata beliau dalam satu ceramah di Ipoh.

Dr D Jeyakumar yang merupakan ahli parlimen bagi kawasan Sungai Siput bersama lima yang lain ditahan semula mengikut EO selepas dibebaskan pada 2 Julai lalu.

Keenam-enam mereka adalah sebahagian daripada 30 orang yang ditangkap di plaza tol Sungai Dua pada 25 Jun lalu ketika menaiki bas menuju ke Pulau Pinang bagi menyertai siri kempen "Udah La Tu Bersaralah".

Kempen dilancarkan pada 24 Jun, menjelang perhimpunan Bersih 2.0 bagi menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Berdasarkan barangan yang dirampas mereka dikatakan mempunyai kaitan dengan fahaman Parti Komunis Malaya (PKM).

Oleh itu mereka disiasat di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan atas tuduhan melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong.

Namun selepas dibebaskan, mereka kemudiannya ditahan di bawah Seksyen 3(1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969 kerana dikatakan terlibat dengan pihak luar dan telah diresapi anasir subversif.

Walau bagaimanapun, peguam kepada Parti Sosialis Malaysia (PSM), Edmund Bon mencabar dakwaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa enam anggota PSM itu ditahan di bawah EO berikutan dalam 37 afidavit yang diterima bagi tujuan permohonan habeas corpus menunjukkan, mereka ditahan hanya kerana mendalangi perhimpunan Bersih 2.0, 9 Julai lalu.

Dalam pada itu, bercakap di pentas yang sama, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, EO merupakan satu undang-udang zalim yang begitu senang disalahgunakan oleh pihak yang berkepentingan.

Justeru itu beliau mendesak akta tersebut dimansuhkan dan enam anggota PSM dibebaskan.

" Ini adalah kes politik. Dr Jeyakumar dan enam yang lain ditahan kononnya mengisytiharkan perang ke atas Agong. Adakah ia jenayah sebenar? Dr Jeyakumar dan enam yang lain mesti dibebaskan, angkat tangan anda (sebagai sokongan),"kata Kit Siang.

tv news/-

SPR akhirnya akui wujud pengundi hantu

Posted: 24 Jul 2011 11:51 PM PDT

23 Syaaban 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 25 Julai: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara tidak langsung telah mengakui wujudnya "klon" kepada kad pengenalan pengundi dalam daftar pemilih yang dikeluarkan mereka.

Pengakuan itu dibuat Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar selepas 16 hari himpunan Bersih 2.0 berlangsung.

Kenyataan tersebut disiar di akhbar The Star bertarikh 24 Julai 2011 di bawah tajuk "EC: Help us purge 'clones' from electoral roll".

Beliau antara lain menyatakan bahawa pengundi hantu benar-benar wujud dalam daftar pemilih SPR dan meminta parti politik dan individu tertentu tampil memberi maklumat kepada SPR untuk membersihkan daftar pemilih.

Mengulas perkara itu, Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda PAS Suhaizan Kaiat berkata, ia merupakan bukti bahawa desakan Pakatan Rakyat supaya daftar pemilih perlu dibersihkan adalah berasas.

"Ini merupakan kenyataan "U-turn" SPR mengenai pengundi hantu yang selama ini tidak pernah diakui malah menuduh Pakatan Rakyat mengada-adakan cerita untuk melunturkan kayakinan rakyat kepadanya.

"Pembersihan daftar pemilih adalah termasuk dalam tuntutan Bersih 2.0. Pengakuan SPR ini merupakan suatu kejayaan kepada Bersih 2," katanya yang juga Ketua Pemuda PAS Johor.

Sebelum ini, SPR enggan percaya bahawa wujud pengundi hantu dalam daftar pemilih mereka malah menolak tuntutan bersih agar daftar pemilih dibersihkan.

Sehinggalah Bersih mengadakan himpunan besar-besaran kali kedua pada 9 Julai lalu, namun SPR tetap dengan pendirian mereka untuk mengenepikan tuntutan bersih itu.

Pada 21 Julai lalu, Suhaizan mendedahkan satu fakta bahawa Mariam Binti Su memiliki dua kad pengenalan berbeza iaitu 720616025472 dan 720610025738 tetapi mempunyai satu nombor kad pengenalan lama yang sama iaitu A2278510. Beliau memiliki dua hak mengundi di Dun Kuala Ketil, Parlimen Baling.

Murugan A/L Subramaniam pula dilahirkan pada 2 Oktober 1973 dan memiliki nombor kad pengenalan lama A2909056. Dua identiti Murugan A/L Subramaniam memiliki tarikh lahir, nombor kad pengenalan lama, jantina, lokaliti, daerah mengundi, Dun, Parlimen dan Negeri yang sama.

Hanya 4 digit terakhir kad pengenalan iaitu 5201 dan 5877 yang membezakan identiti Murugan A/L Subramaniam. No kad pengenalan pertama Murugan A/L Subramaniam adalah 731002025877 dan kad pengenalan kedua adalah 731002025201.

Ianya boleh disemak melalui pautan SPR http://daftarj.spr.gov.my/NEWDAFTARJ/DaftarjBM.aspx.

Menurut Suhaizan, kes Mariam Su dan Murugan Subramaniam telah membuktikan dua kesalahan besar yang dilakukan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan SPR.

Pertamanya JPN telah mengeluarkan satu kad pengenalan lama dimiliki oleh dua identiti dan keduanya SPR telah membenarkan seorang pemilih memiliki hak mengundi lebih daripada sekali.

"Ini telah bertentangan dengan Perkara 119(1) Perlembagaan Malaysia yang menyatakan "tiada sesiapa pun boleh mengundi dalam pilihanraya yang itu juga, dalam lebih daripada satu bahagian pilihanraya".

"Standard Operation Procedure(SOP) bagi kedua-dua jabatan Kerajaan ini perlu dikaji semula. Sistem komputer JPN dan SPR telah menggunakan SOP yang salah," jelasnya lagi.

Beliau juga hairan kenapa sistem pengkalan SPR membenarkan pertindanan kad pengenalan lama dan SPR pula menerima data yang salah tersebut untuk didaftarkan sebagai pemilih yang sah.

Menurutnya, jika pilihanraya di adakan pada waktu terdekat maka pilihanraya umum ke-13 akan menggunakan daftar pemilih yang diragui.

"Oleh itu Pemuda PAS mendesak agar ditubuhkan suatu Suruhanjaya Diraja mengkaji sistem perjalanan pilihanraya dalam negara kita yang dilihat bermasalah," tegasnya.

harakahdaily/-

3 Gempa Bumi Berlaku Serentak

Posted: 24 Jul 2011 10:54 PM PDT

23 Syaaban 1432H. [MOD] -

 Gambar hiasan

SYDNEY 25 Julai - Tiga buah negara termasuk Jepun, China dan Papua New Guinea dilanda gempa bumi kuat dalam tiga kejadian berasingan hari ini.

Gempa bumi sekuat 6.3 skala Richter melanda wilayah New Ireland, Papua New Guinea manakala Xinjiang, China pula dilanda gempa bumi sekuat 5 pada skala Richter kira-kira pukul 3.05 pagi (3.05 pagi waktu Malaysia).

Gempa bumi kekuatan 6.2 skala Richter pula melanda wilayah Fukushima, Jepun pada pukul 3.51 pagi waktu tempatan, iaitu kawasan yang sama dilanda gempa bumi kuat dan tsunami pada Mac lalu.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan ekoran kejadian itu. 

AFP

Budak ditemui pengsan dalam gerabak

Posted: 24 Jul 2011 10:30 PM PDT

23 Syaaban 1432H. [MOD] -

KOMBINASI gambar menunjukkan gerabak kereta api laju dialihkan daripada jambatan di wilayah Zhejiang, semalam. - Foto REUTERS
Mangsa mampu gerak tangan walaupun terperangkap 21 jam dalam bangkai kereta api laju

SHUANGYU: Seorang kanak-kanak empat tahun ditemui pengsan dalam bangkai gerabak kereta api laju China semalam, 21 jam selepas berlakunya kemalangan ngeri di timur China itu yang meragut 43 nyawa dan menyebabkan 200 orang cedera.

Agensi berita Xinhua melaporkan kanak-kanak itu ditemui awal semalam ketika pasukan penyelamat bersiap sedia untuk menamatkan operasi mencari dan menyelamat yang dilancarkan.

"Kami menemui kanak-kanak itu. Dia masih boleh menggerakkan tangannya." seorang ahli bomba dipetik sebagai berkata oleh agensi berita China itu. Kanak-kanak perempuan itu dibawa ke hospital tetapi tidak ada butir lanjut diberi mengenainya.

Kanak-kanak itu dipercayai berada dalam salah satu daripada dua kereta api laju yang terbabit dalam kemalangan di atas sebuah jejambat di timur China itu.
Salah satu daripada kereta api elektrik itu yang sedang menuju ke selatan dari Hangzhou, ibu negeri wilayah Zhejiang, kehilangan kuasa petang kelmarin apabila disambar petir.

Kereta api itu terhenti di atas jejambat berkenaan dan beberapa ketika kemudian dilanggar dari belakang oleh sebuah lagi kereta api laju yang berada di landasan sama.

Empat gerabak pertama kereta api di belakang jatuh 20 hingga 30 meter ke bawah jejambat. Salah satu daripada gerabak itu tersandar terhadap jejambat itu dalam kedudukan tegak.
Sementara itu, pihak berkuasa di China mengarahkan penambahbaikan 'segera' ke atas tahap keselamatan rangkaian kereta api lajunya.

China membelanjakan jumlah wang yang besar wang untuk membangunkan rangkaian kereta api lajunya yang akan meliputi 13,000 kilometer menjelang akhir 2012 dan 16,000 kilometer pada 2020.

Landasan berkelajuan tinggi baru bernilai AS$33 bilion (RM98.21 bilion) menghubungkan Beijing dan Shanghai dibuka kepada penumpang 30 Jun lalu, setahun sebelum dijadualkan dan sehari sebelum sambutan menandakan ulang tahun ke-90 Parti Komunis China.

Rangkaian baru itu mengurangkan sehingga separuh masa perjalanan di antara Beijing dan Shanghai, namun perkhidmatannya kadang kala lewat disebabkan kekurangan bekalan elektrik, mencetuskan siri kritikan. – AFP

Air Asia beri tamparan kepada Najib?

Posted: 24 Jul 2011 09:30 PM PDT

23 Syaaban 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 25 Julai: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, menerima tamparan hebat sekali lagi apabila syarikat tempatan paling terkemuka dan dikenali seluruh negara, Air Asia dilaporkan akan memindahkan pusat pengurusannya keluar daripada negara ke Indonesia.

Selepas memalukan negara di persada antarabangsa dengan cara tidak cerdik pengendalian Bersih 2.0 sehinggalah penahanan peguam hak asasi Perancis William Bourdon, Asia Sentinel melaporkan bahawa Najib dan negara kini kena terpaksa berdepan pula dengan keputusan Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia, Tony Fernandes yang mengesahkan keputusan untuk memindahkan pusatnya ke Jakarta Khamis lalu, di Tokyo.

Laporan itu memetik Tony sebagai berkata langkah itu adalah untuk menaikkan taraf imej Air Asia sebagai syarikat penerbangan Asia Tenggara dan bukan sekadar syarikat penerbangan Malaysia.

Air Asia berkembang pesat ketika negara di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri (kini Tun) Abdullah Ahmad Badawi dan dikaitkan juga dengan menantu beliau yang kini ketua pemuda Umno, Khairy Jamaludin Abu Bakar.

"Saya tak tahu sama ada Najib diberitahu atau tidak. Tapi buat apa Tony harus peduli? Ada asas perniagaan yang cukup untuk berpindah ke Jakarta," kata seorang rakan perniagaan yang rapat dengan Tony.

Asia Sentinel turut menceritakan bahawa lawatan Najib ke tiga negara baru-baru ini hanya untuk memperbaiki imej negara selepas terjejas teruk akibat cara kerajaan pimpinannya mengendalikan perhimpunan awam Bersih 2.0 yang menuntut pilihanraya adil dan bersih.

"Seperti yang berlaku 1980-an, Malaysia turut meng'hitam'kan laporan mengenai perhimpunan tersebut dalam majalah The Economist," tulis laporan itu lagi.

Selepas itu, laporan itu berkata pada tanggal 23 Julai yang lalu, negara terpaksa berdepan dengan keputusan Suruhanjaya Diraja yang merumuskan bahawa 'seorang pembantu politik kepada seorang ahli politik pembangkang telah didesak sebegitu teruk dalam satu marathon soal-siasat kerana pembelanjaan pejabat sehingga beliau buang sendiri keluar daripada tingkap dan bunuh diri.'

Ini pula diikuti dengan penahanan Bourdon di KLIA yang akhirnya dihantar pulang ke Paris Jumaat lalu.

"Keputusan Air Asia untuk memindahkan ibu pejabatnya ialah satu propaganda negatif yang serius kepada pelan 1Malaysia Najib, yang merupakan satu usaha intensif untuk menarik pelaburan asing ke dalam negara.

Pada September 2010, kerajaan Malaysia telah mengumumkan satu pelan agresif untuk menggerakan beratus billion dalam pelaburan swasta untuk membawa negara keluar daripada perangkap golongan pendapatan sederhana, dan melipat gandakan pendapatkan untuk membawa Malaysia ke tahap negara membangun pada 2020," kata laporan tersebut.

Air Asia, kata Asia Sentinel mungkin merupakan syarikat kedua selepas Petronas yang mempunyai impak antarabangsa.

"Petronas telah melakukannya dengan mengiklankan dirinya semasa Formula 1 dan menaja sebuah kereta, di mana Tony juga melakukannya juga," tambah laporan itu lagi.

Air Asia yang dilancarkan pada tahun 2002 dengan hanya dua kapal terbang, kini memiliki 93 kapal terbang yang menakluki seluruh Asia. Selain itu, adanya juga Air AsiaX yang terbang ke Eropah, Jepun dan Korea. Sebelum ini, syarikat tersebut baru sahaja menempah 300 Airbus A30neos untuk mengembangkan penerbangannya ke luar Asia.

"Ini bukan sahaja merosakkan imej awam. Untuk 10 tahun yang lepas, berdasarkan report Reuters, syarikat swasta telah melabur sebanyak RM535 billion, berdasarkan data rasmi. Pelaburan swasta untuk Malaysia hanya 10 peratus daripada GDP, yang terendah di Asia dan satu pertiga daripada apa yang sebelum krisis kewangan Asean 1998. Kerajaan, menurut Reuters, menyumbangkan separuh daripada pelaburan di Malaysia," kata laporan tersebut.

Tambahnya lagi, Malaysia sudah lama dibelenggu pengeluaran modal dari negara, yang sering dilihat sebagai satu indikasi ketidakpercayaan para peniaga terhadap negara, walaupun dalam kes Malaysia mungkin sebahagian besar itu berpunca daripada kecurian balak yang keluar daripada negara melalui Sarawak dan Sabah.

"Walaupun begitu, laporan Global Financial yang berpusat di Amerika Syarikat telah menjangkau dalam satu laporan 2010 bahawa sebanyak RM888 billion telah keluar daripada negara antara tahun 2000 sehingga 2008.

Pengeluaran wang haram secara amnya melibatkan pemindahan wang yang diperolehi melalui aktiviti-aktiviti haram seperti rasuah, urus niaga yang melibatkan barang-barang seludup, kegiatan jenayah dan usaha untuk kekayaan tempat perlindungan daripada pihak berkuasa cukai.

Ketika ditanya mengapa beliau membuat keputusan untuk memindahkan ibu pejabat Air Asia ke Jakarta, ini jawapan Tony.

"Asean berpusat di Jakarta, dan Indonesia bakal menjadi ekonomi terbesar di Asean dalam masa yang akan datang… dan saya suka di sini," kata Tony dipetik Asia Sentinel.

Jawapan Tony, kata laporan itu sudah menunjukkan bahawa beliau telahpun membeli sebuah rumah yang baru di Jakarta. Namun yang lebih penting, adakah ini turut menunjukkan bahawa ekonomi negara semakin malap di bawah kepimpinan Najib?

harakahdaily/-

Bekas menteri akui perlu reformasi sistem p'raya

Posted: 24 Jul 2011 09:20 PM PDT

23 Syaaban 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 25 Julai: Pertikaian PAS, Pakatan Rakyat, Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dan pelbagai pihak lain tentang ketelusan sistem pilihanraya di negara ini diakui berasas dan tidak sewajarnya dipandang ringan oleh kerajaan BN.

Sekiranya pilihanraya di negara ini benar-benar dilaksanakan dengan bersih dan adil, tidak mungkin pertikaiaan mengenainya berlaku sehingga menyebabkan pelbagai protes dilakukan secara berterusan oleh pelbagai pihak termasuk parti-parti politik, NGO-NGO di tanah air dan pelbagai pihak lain.

Bekas Menteri Pelancongan, Tan Sri Kadir Syeikh Fadzir (gambar) yang turut mengakui perkara itu antara lain meminta pihak kerajaan BN merujuk kepada penganjuran protes besar-besaran yang dilakukan oleh Bersih 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu.

"Sekiranya pilihanraya di negara ini memang bersih, masakan Bersih sanggup bersusah payah mengadakan perhimpunan itu. Ini menggambarkan keadaan di negara kita yang sudah teruk," katanya.

Berucap pada majlis pelancaran sebuah NGO baru, Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra, di sini, baru-baru ini, beliau menyarankan kerajaan memperbaiki keadaan itu demi kepentingan negara.

Sehubungan itu, beliau menyarankan kerajaan agar mengambil pendekatan yang baik dengan turut menerima cadangan-cadangan yang baik dari rakyat termasuk dari Bersih 2.0.

"Untuk memperbaiki perkara itu, Datuk Ambiga turut mencadangkan agar SPR turut dianggotai wakil-wakil NGO. Saya kira cadangan itu adalah sesuatu yang baik yang patut diterima oleh kerajaan," tegasnya.

Keadaan yang teruk di negara ini, menurut beliau, selain pilihanraya tidak bersih, juga boleh dilihat dari pelbagai sudut lain termasuk amalan rasuah, kronisme, salahguna kuasa, penyelewengan, kerosakan moral dan sistem sosial, kehancuran perpaduan kaum dan hilangnya rasa hormat menghormati antara satu sama lain.

"Semua itu boleh menjejaskan kestabilan politik dan boleh merosakkan negara. Ia berlaku akibat sikap pihak-pihak tertentu yang ingin menjaga kepentingan kumpulan minoriti mereka tanpa mengambil kira kepentingan rakyat," katanya.

Beliau turut kesal apabila jika terdapat individu tertentu yang prihatin dan tidak senang dengan perkembangan negatif itu menegur dan berusaha untuk memperbaiki keadaan demi kepentingan rakyat dan negara, individu itu pula yang akan tersdingkir dari kerajaan dan ditolak dari barisan kepimpinan kompenan BN.

"Padahal, negara ini bukan milik mereka. Negara kita ini bukan milik kumpulan minoriti. Negara kita ini bukan milik Umno dan bukan milik PAS, tetapi negara ini adalah milik seluruh rakyat negara ini.

"Jadi pihak pemerintah mestilah faham dengan realiti itu dengan sentiasa menjaga perpaduan kaum dan kepentingan semua rakyat negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum, bukan hanya menjaga kepentingan kumpulan minoriti mereka sendiri sahaja sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk kekal berkuasa," ujarnya.

Demi kepentingan negara, beliau mengajak pihak pemerintah khususnya dan kesemua pihak di negara ini amnya bersama-sama menghayati pesanan Bapa Kemerdekaan, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra khususnya berhubung soal amanah dan perpaduan kaum.

Apabila Bapa Kemerdekaan kita, katanya, Almarhum Tunku Abdul Rahman yang tercinta menubuhkan Malaysia, dia bercakap tentang pelbagai kaum hidup sebagai anggota dalam satu keluarga yang besar. Dia berkata, kira-kira demikian bunyinya:

"Jikalau kita mahu bersatu sebagai satu keluarga dan mahu hidup di bawah satu bumbung yang kita sebut Malaysia, kita kenalah bersikap jujur terhadap satu sama lain, Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan, kaum Siam dan lain-lain lagi, orang Islam, orang Buddhist, orang Hindu, orang Kristian dan sebagainya.

"Jikalau kita jujur dan ikhlas, kita tidak akan berkata apa-apa yang boleh menyakiti orang lain. Kita juga tidak akan melakukan apa-apa perbuatan yang boleh menyakiti hati dan perasaan satu sama lain.

"Sebagai anggota keluarga yang ikhlas dan jujur, kita mestilah sentiasa hadir, bersedia untuk menolong satu sama lain. Yang kaya hendaklah menolong yang miskin dan yang sudah berjaya hendaklah menolong yang kurang bernasib baik.

"Dengan cara begitulah baru kita boleh menjadi satu bangsa dan menjadikan negeri ini bersatu-padu dan kuat. Setiap orang akan berasa gembira. Barulah Malaysia akan dihormati oleh dunia."

Menurut beliau, alangkah hebatnya kata-kata yang mudah tetapi penuh hikmah itu. Allahyarham Tunku Abdul Rahman mahukan seluruh rakyat negara ini hidup dengan cara demikian sebagai anggota dalam keluarga yang bahagia.

"Selepas 54 tahun, di manakah kita berada sekarang? Adakah kita sudah dapat hidup sebagai satu keluarga? Jika belum tentu ada sesuatu yang salah. Kita tidak boleh menunggu terlalu lama lagi untuk mengembalikan negeri kita ke jalan yang benar.

"Kita mesti berbuat sesuatu dan melakukannya sekarang juga! Setiap warga Malaysia yang berfikiran benar hendaklah bersama-sama untuk menyatakan hasrat dan suara kita dan menyatakannya dengan lantang dan jelas.

"Tunku Abdul Rahman bukanlah bercakap kosong atau bercakap tak serupa bikin. Sebaliknya. Tunku Abdul Rahman sendiri mengamalkan apa yang dia serukan kepada orang lain," tegas beliau.

NGO baru Amanah yang dilancarkan semalam diketuai oleh Ahli Parlimen Gua Musang selaku presidennya, manakala beliau pula selaku salah seorang timbalan presidennya.

Penubuhan pertubuhan yang dipimpin oleh barisan kepimpinan dari pelbagai bidang itu sememangnya ditunggu-tunggu oleh pelbagai lapisan rakyat negara ini, bagi menyampaikan suara rasminya dalam menegur kerajaan BN yang kini semakin merosakkan negara ekoran pelbagai tindakan para pemimpinnya yang amat tidak disenangi rakyat.

harakahdaily/-

Sistem biometrik tidak selamat

Posted: 24 Jul 2011 09:00 PM PDT

23 Syaaban 1432H. [MOD] -

Tidak dinafikan penggunaan teknologi maklumat dalam banyak aspek pentadbiran negara, malah pengurusan syarikat telah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, produktiviti, keselamatan, kesihatan dan banyak lagi khususnya kepada kepentingan pihak awam. Tidak ketinggalan peranan utamanya untuk memastikan tahap 'competitive' atau daya saing negara terus kekal dan berdaya maju berbanding negara-negara lain.

Satu keperluan 'survival' rakyat Malaysia untuk menggunakan teknologi maklumat sebagai alat untuk memacu negara di dalam proses penjanaan pendapatan dan seterusnya mempertingkatkan pendapatan per-kapita agar rakyat tidak terus menerus lemas di bawah tekanan ekonomi khususnya dari negara luar yang juga menggunakan kaedah yang sama untuk tujuan 'survival' mereka.

Tidak terlalu 'extreme' atau berat kalau saya katakan, kita amat memerlukan teknologi maklumat untuk mempertahankan kedaulatan negara khususnya daripada penjajahan ekonomi.

Saya pasti ramai yang akan bersetuju impak positif teknologi maklumat kepada kehidupan sosio-budaya serta pengaruhnya kepada aturan perjalanan kehidupan harian kita, walaubagaimanapun keputusan SPR dan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk mempertimbangkan Sistem Biometrik di atas justifikasi ketelusan ketika pilihanraya khususnya di dalam mengekang pengundi hantu sebenarnya merupakan satu tindakan buat masa ini, dengan tahap integriti yang meragukan daripada sebuah kerajaan yang dilihat kini tidak adil, korup dan zalim dilihat sebagai satu tindakan atau keputusan yang TIDAK SELAMAT.

Rakyat ragu-ragu dengan KETELUSAN yang diucapkan. Rakyat juga ragu-ragu dengan SPR yang dilihat tidak telus, tidak bebas dan kepartian. Malah rakyat juga melihat kawalan politik kepada agensi-agensi yang tertentu yang dilihat terpaksa menyokong dasar parti yang memerintah walaupun bercanggah dengan kepentingan rakyat khususnya dari aspek Hak Asasi termasuk hak-hak yang jelas termaktub di bawah perlembagaan. Malah, Rakyat rata-rata khuatir dengan tindakan pemerintah yang mirip kepada pemerintahan kuku besi seperti yang berlaku di Tunisia.

Kerajaan yang memerintah perlu memulihkan persepsi negatif ini dulu sebelum menimbang untuk menjuarai 'ketelusan' melalui cadangan sistem Biometrik itu yang dilihat rakyat satu lagi alat manipulasi keadilan yang akan mencacatkan lagi persepsi rakyat kepada proses pilihanraya yang adil dan bersih.

Bagaimana Sistem Biometrik boleh dimanipulasi?

Setiap sistem teknologi maklumat yang memerlukan pengesahan aplikasi sistem akan merujuk kepada pengkalan data. SPR diketahui umum telah lama menggunakan aplikasi teknologi maklumat untuk menyimpan maklumat pengundi di dalam pengkalan data. Malah maklumat daftar pengundi boleh dicapai oleh setiap pengundi secara 'online' dengan menggunakan kekunci unik seperti nombor kad pengenalan untuk aplikasi sistem SPR itu mengarahkan capaian maklumat pengundi daripada pengkalan data SPR.

Rakyat tahu masalah utama aplikasi sistem Teknologi Maklumat SPR bukanlah pada aplikasi itu tetapi DATA atau MAKLUMAT yang berada di dalam pengkalan data SPR.

Capaian data atau maklumat pengundi dari pengkalan data sebelum ini melalui aplikasi Teknologi Maklumat atau Sistem Pengurusan Maklumat jelas menunjukkan ada pengundi yang mempunyai 2 tempat malah beberapa tempat mengundi. Malah paparan berita yang dipetik dari Suara Keadilan semalam (24/7/11) mendakwa bahawa terdapat lebih 1600 pengundi yang berusia lebih 100 tahun di Perak di mana 1447 orang daripadanya berusia di antara 100 sehingga 109 tahun. Kita punyai warga emas seramai itu di Perak? Bagaimana pula di seluruh negara?

Jawapan yang mudah kepada masalah integriti data atau maklumat walaupun melalui aplikasi teknologi maklumat atau sistem maklumat yang telah lama digunapakai SPR bukanlah kerana aplikasi itu tetapi kerana data atau maklumat yang dimasukkan ke dalam pengkalan data.

Hanya SPR sahaja yang tahu siapa yang bertanggungjawab untuk memasukkan dan mengemaskinikan data atau maklumat tersebut di dalam pengkalan data. data atau maklumat di dalam pengkalan data tidak boleh berubah dengan sendirinya. Ia hanya boleh berubah dengan tindakan manusia yang menggunakannya. Siapa yang menggunakannya? Anda tahu Siapa?

Kalau SPR tahu bahawa masalah utama adalah integriti DATA atau MAKLUMAT bukanlah kerana aplikasi capaian Teknologi Maklumat atau Sistem Maklumat itu, kenapa SISTEM BIOMETRIK dicadangkan? SISTEM BIOMETRIK juga adalah sebuah aplikasi Teknologi Maklumat atau Sistem Maklumat seperti aplikasi yang digunakan sekarang, cuma perbezaannya adalah cadangan baru itu menggunakan 'hardware' atau perkakasan serta perisian dan bukan 'software' atau perisian semata-mata untuk capaian DATA atau MAKLUMAT pengundi dari pengkalan data seperti yang digunakan hari ini.

Sebagai Contoh : SISTEM BIOMETRIK yang menggunakan cap jari akan bertindak sebagai KUNCI UNIK seperti No.Kad Pengenalan untuk capaian DATA atau MAKLUMAT daripada PENGKALAN DATA. Setiap rakyat Malaysia mempunyai No.Kad Pengenalan Unik dan boleh dipadankan dengan Cap Jari yang juga unik. Sepertimana maklumat No.Kad Pengenalan yang perlu dimasukkan ke dalam pengkalan data untuk membolehkan maklumat pengundi dicapai (nama penuh, alamat, tempat mengundi dan sebagainya), Cap Jari juga perlu dimasukkan ke dalam pengkalan data untuk membolehkan capaian itu dilakukan.

Sepertimana didapati terdapat No.Kad Pengenalan yang sama tetapi mempunyai tempat mengundi yang berbeza (pelbagai lokasi), Cap Jari juga boleh dipadankan dengan tempat mengundi yang berbeza selagimana No.Kad Pengenalan dan Cap Jari yang sama diMASUKKAN oleh SPR ke dalam beberapa rekod (tempat mengundi dan alamat) yang BERBEZA, keputusan daripada SISTEM BIOMETRIK juga akan menghasilkan senarai pengundi yang boleh mengundi di beberapa lokasi mengundi.

Isu KETELUSAN dan PENGUNDI HANTU bukanlah kerana APLIKASI CAPAIAN (perkakasan atau/dan perisian).

Apa perlu ia ditukarkan jika prosesnya sama? Pertukaran lebih dilihat hanya dari aspek kosmetik luaran.

Jawapannya adalah tidak perlu. Siapakah lagi yang akan mendapat habuan dari kegawatan ini melalui cadangan SISTEM BIOMETRIK itu?. Saya biarkan Umno BN untuk merangka jawapan itu. Pasti ramai yang akan tersenyum. Rakyat lebih tahu.

Secanggih manapun aplikasi capaian Teknologi Maklumat atau Sistem Maklumat itu (perkakasan atau perisian, biometrik (cip/kad ID, suara, pengesahan ibu jari atau mata), jika DATA atau MAKLUMAT yang sedia ada di dalam PENGKALAN DATA tidak diBERSIHkan,

tidak dikawal dan diurus selia secara bebas oleh badan yang bebas serta dipercayai Rakyat akan KETELUSAN mereka, saya tidak melihat sumbangan Sistem BIOMETRIK itu kepada 'KETELUSAN' itu khususnya penyelesaian kepada solusi isu pengundi hantu.

Manipulasi SISTEM BIOMETRIK boleh dilakukan kepada PENGKALAN DATA.

"Biometrics can prevent electoral fraud; Biometric can be used to fraud electoral as well."

"Biometrik boleh mencegah penipuan pilihanraya, Biometrik juga boleh digunakan untuk menipu pilihanraya".

Proses pengesahan melalui sistem itu adalah usaha sia-sia, membazir dan TIDAK SELAMAT pada pandangan peribadi saya kerana sebab-sebab di atas. SPR harus menimbang 8 cadangan Jawatankuasa BERSIH 2.0 untuk Pilihanraya yang ADIL dan BERSIH. Semoga imej dan integriti pemerintah dan SPR di mata dan hati rakyat Malaysia dapat dipulihkan dengan menerima semua cadangan itu.

Wallahua'lam.

**Penulis mempunyai pengalaman hampir 15 tahun di dalam Industri Teknologi Maklumat. Cadangan rujukan kepada pihak umum adalah di http://www.eff.org/wp/biometrics-whos-watching-you

Kematian Teoh: SPRM tidak serius, kata Lim

Posted: 24 Jul 2011 08:45 PM PDT

23 Syaaban 1432H. [MOD] -

Penasihat DAP, Lim Kit Siang mahukan tindakan setimpal dikenakan ke atas semua pegawai yang terlibat dalam soal siasat ke atas mendiang Teoh Beng Hock.

Menurut Lim, tindakan melucutkan tiga pegawai terbabit daripada operasi siasatan sahaja tidak mencerminkan keseriusan kesalahan yang dilakukan oleh mereka.

Lim berkata laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) jelas menamakan lebih daripada tiga pegawai yang menyoal siasat Teoh di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Selangor di Plaza Massalam, dua tahun lalu.

SPRM semalam mengumumkan bahawa Pengarah SPRM Negeri Sembilan Hishamuddin Hashim bersama dua pegawainya Mohd Ashraf Mohd Yunus dan Mohd Anuar Ismail dilucutkan daripada tugas menyoal-siasat.

" Sebenarnya kalau kita baca laporan RCI, mereka dinamakan sebagai '"cakap bohong". Laporan Suruhanjaya juga menyebut (nama-nama lain), bukan tiga orang ini sahaja.

"Jadi kenapa bukan semua digantung? Bukan sahaja daripada tugas penyiasatan, tetapi daripada jawatan dan mengapa mereka tidak didakwa dalam mahkamah oleh kerana kesalahan-kesalahan yang bukan ringan tetapi sangat serius sehingga menyebabkan kematian,"kata Lim.

Keputusan Suruhanjaya Diraja yang diumumkan pada Khamis lalu merumuskan Teoh membunuh diri kerana menghadapi sesi soal siasat agresif dan berlarutan oleh pegawai SPRM pada Julai 2009.

Walaupun beliau hanya saksi dalam sebuah kes yang hanya membabitkan cuma RM2,400, pegawai SPRM cuba mendapatkan pengakuan daripada beliau sepanjang malam dengan membuat pelbagai ugutan dan memberikannya maklumat palsu.

Lim berkata, tindakan tegas harus dikenakan ke atas pegawai yang terlibat sehingga menyebabkan kematian kepada seseorang apatah lagi kerana tidak memberikan fakta sebenar sebelum ini.

"Sangat tidak mencukupi (lucut tugas operasi siasatan). Kalau SPRM menerima keputusan Suruhanjaya Diraja, sangat jelas bahawa tiga individu yang dinamakan ini melakukan pelbagai perbuatan jenayah dan juga menyebabkan kematian Teoh Beng Hock.

"Ini adalah satu kesalahan yang serius kerana memberikan keterangan yang palsu yang mengikut penal code boleh dikenakan penjara tujuh tahun," katanya.

malaysiakini/-

BN jangan anggap rakyat sekarang bodoh

Posted: 24 Jul 2011 08:30 PM PDT

23 Syaaban 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 25 Julai: Umno BN diingatkan bahawa rakyat zaman ini tidak boleh diperbodohkan lagi dengan penggunaan media tradisional yang dikuasai mereka, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Katanya, rakyat khususnya generasi muda hari ini bebas berfikir dan mendapat maklumat biarpun cuba disembunyikan Umno BN.

"Kini, dalam rakyat kita sudah wujud satu generasi baru yang bebas berfikir, bebas mendapat maklumat dan mengetahui fakta sebenar. Disebabkan itu, kerajaan tidak seharusnya melayan rakyat seperti di era 1980-an walaupun radio nasional cuba mengembalikan nostalgia lama," katanya.

Sambil menyifatkan zaman ini zaman kebangkitan rakyat, beliau menyeru BN melihat sendiri bukti itu pada waktu ini.

Ianya termasuk kebangkitan masyarakat peneroka yang menyedari mereka ditipu di Felda bertahun-tahun, dan kini mula bangkit menyaman Felda, bahkan mereka sudah memenangi beberapa kes terhadap organisasi yang seharusnya menjaga kebajikan mereka.

Selain itu, rakyat juga sudah mula berani bangkit membantah saman ekor, kenaikan tol dan harga barangan lain.

Bukti paling jelas dan masih segar jelasnya, ditunjukkan rakyat pada himpunan Bersih 2.0 yang berlangsung 9 Julai lalu bagi menuntut pilihan raya adil dan bersih.

Namun apa yang menyedihkan kata Tuan Ibrahim, kebangkitan rakyat itu dicop sebagai penentang kerajaan dan pro pembangkang.

"Kalaulah, kerana kesempitan hidup, mereka terpaksa berhimpun membantah kenaikan harga barang, maka hilangkan status mereka sebagai rakyat jelata parti pemerintah, mereka akan dicop rakyat pro pembangkang yang tidak harus dibantu.

"Kini, apabila mereka berani untuk berhimpun menuntut sesuatu yang lebih besar dari keperluan hidup mereka iaitu satu sistem pilihanraya yang lebih adil dan bersih demi masa depan anak-anak dan cucu-cucu mereka,

mereka terus dicop sebagai peserta perhimpunan haram yang patut ditembak dengan air asid dan pemedih gas mata atas dakwaan cuba menjatuhkan kerajaan," katanya.

Tambahnya lagi, kerajaan kini begitu angkuh sehingga menganggap semua yang dilakukan mereka dikatakan semuanya betul - dan semua yang dilakukan rakyat salah belaka.

Dengan semangat slogan 'Malaysia Boleh' kerajaan jelasnya berani melakukan apa sahaja semata-mata demi kuasa dan kerana mereka menguasai media.

"Tapi, beringatlah kerajaan bahawa pada hari ini semakin banyak rakyat yang tidak mempercayai media perdana!

"Rasa tidak puas hati rakyat semakin melebar… dan mereka sayangkan negara – tetapi jangan pula kerajaan salah anggap – sayang negara mereka bermaksud sayang kerajaan pemerintah. Pada saat mereka sayang negara, mereka juga benci pemimpin yang ego, sombong, tamak, rakus dan zalim," tegasnya.

HARAKAHDAILY/-

Terperosok bawah bas

Posted: 24 Jul 2011 08:30 PM PDT

23 Syaaban 1432H. [MOD] -

NGERI...anggota bomba mengeluarkan mangsa yang maut di bawah bas ekspres.
LEMBAH BERINGIN: Seorang lelaki maut sebaik motosikal ditungganginya merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) sebelum terpelanting dan digilis sebuah bas ekspres di Kilometer 404.7 Lebuhraya Utara Selatan arah Kuala Lumpur, di sini petang semalam.

Kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu menyebabkan mangsa dikenali sebagai Syafiq Aswadi Hishamuddin, 23, mati serta-merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Pemandu bas ekspres berkenaan, Ismail Naim, 52, berkata dia terkejut apabila ternampak ada objek terbang menghentam cermin hadapan diikuti bunyi dentuman kuat lalu memberhentikan bas dipandunya dengan segera.

Katanya, sebaik turun daripada bas, dia amat terkejut melihat ada seorang lelaki terperosok rapat di bawah bas membawa 41 penumpang dari Teluk Intan ke Kuala Lumpur.

Beliau berkata, cermin hadapan bas itu pecah dan retak teruk selepas dipercayai terkena topi keledar mangsa.

"Saya menghubungi pasukan bomba dan polis bagi memaklumkan kejadian itu bagi mendapatkan bantuan dengan segera. Selain itu, pemilik syarikat bas kami juga turut dihubungi untuk memberitahu kejadian itu.

"Mangsa yang sudah pun meninggal dunia di tempat kejadian dikeluarkan sepasukan anggota bomba Kuala Kubu Bharu kira-kira 30 minit selepas kemalangan berlaku," katanya.

Naim berkata, semua penumpang basnya yang terselamat dipindahkan menggunakan dua bas lain bagi meneruskan perjalanan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

metro/-

Menteri: Pesawat pejuang MiG-29N perlu ditukar

Posted: 24 Jul 2011 07:30 PM PDT

23 Syaaban 1432H. [MOD] -

Kerajaan sedang menimbang untuk menggantikan sepenuhnya pesawat MiG-29N milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dengan pesawat tempur pelbagai guna (MRCA) Eurofighter Typhoon buatan empat buah syarikat aeroangkasa Eropah.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata TUDM pada ketika ini memiliki 10 buah MiG-29N yang dibeli pada 1990-an dan khidmat jet pejuang buatan Rusia itu perlu ditukarkan.

Beliau berkata kementeriannya sedang membuat uji nilai jet pejuang Eurofighter Typhoon yang mempunyai kelajuan 2 Mach, merangkumi kemampuan sistem teknikal dan persenjataannya yang canggih.

"Memang diakui Eurofighter Typhoon, sebuah pesawat tempur yang terbaik namun harganya yang mahal membuatkan kita perlu membuat uji nilai secara terperinci. Bagaimanapun ia bergantung kepada kemampuan kewangan negara," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Karnival Jom Masuk Umno anjuran Biro Keahlian dan Daftar Pemilih UMNO Tenggara di Kota Tinggi, semalam.

Pada ketika ini, pesawat Typhoon yang berukuran panjang 15.96 meter dan berkemampuan untuk terbang melebihi 60,000 kaki digunakan oleh Tentera Udara Diraja British, Itali, Austria, Sepanyol dan Jerman.

Pesawat yang berkemampuan membawa pelbagai jenis peluru berpandu udara ke udara atau udara ke darat dibina secara kerjasama oleh BAE Systems (Britain), EADS-Military Aircraft (Jerman), Alenia Finnmeccanica (Itali) dan EADS-CASA (Sepanyol).

Menteri Pertahanan itu juga berkata, cadangan pembelian tersebut juga tertakluk kepada tawaran timbal balik yang diberikan oleh syarikat pengeluar seperti pemindahan teknologi dan tempoh bayaran.

"Kita tengok jika dapat tawaran terbaik dari mana-mana negara atau syarikat pengeluar yang boleh beri harga yang munasabah maka kita akan pertimbangkan untuk pembelian MRCA tersebut. Itupun setelah mendapat pengesahan daripada Unit Perancang Ekonomi dan Kementerian Kewangan," katanya lagi.

Beliau berkata pihaknya turut membuat uji nilai terhadap jenis pesawat MRCA lain yang berada di pasaran termasuk Sukhoi SU-35 buatan Rusia, FA-18 Super Hornet dari Amerika Syarikat dan JAS Gripen buatan Sweden.

Ditanya tentang kenyataan negatif segelintir penulis blog pembangkang mengenai pembelian jet pejuang tersebut, beliau berkata, ia bertujuan merendah-rendahkan kemampuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
- Bernama

RapidKL Rugi RM10 Juta Akibat Kecurian Kabel

Posted: 24 Jul 2011 07:00 PM PDT

23 Syaaban 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 24 JULAI : Pengendali perkhidmatan dua aliran transit aliran ringan (LRT) Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) kerugian kira-kira RM10 juta akibat kecurian kabel pada sistem semboyannya dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Pengurus Besar Bahagian Operasi Rel RaipdKL, Bukhari Mohamed berkata setakat ini terdapat 20 kes dilaporkan membabitkan kehilangan kabel pada sistem itu di semua aliran LRT terutamanya di kawasan Ampang dan Sri Petaling.

"Tahun lepas RapidKL mengalami kerugian RM15 juta akibat kehilangan kabel sistem itu yang menjejaskan sistem perkhidmatan LRT terutamanya di aliran Ampang," katanya kepada media di sini selepas menyertai program Latihan Kecemasan 2011 di LRT Sungai Besi, yang berakhir kira-kira pada pukul 1 pagi hari ini.

"Pencerobohan ini menyukarkan sistem operasi perjalanan LRT terutamanya dalam aspek perjalanan, kelajuan dan jarak masa," katanya dipetik Bernama Online.

Mengenai program latihan kecemasan itu, Bukhari berkata program itu turut melibatkan kerjasama antaranya pihak polis, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) bagi memberi pendedahan kepada kakitangan RapidKL ketika berhadapan dengan situasi kebakaran di stesen LRT.

"Ini adalah latihan kebakaran pertama bagi tahun ini yang melibatkan 300 orang kakitangan RapidKL termasuk anggota polis dan bomba. Kita juga merancang untuk membuat latihan ini di LRT Kelana Jaya pada bulan September tahun ini," katanya.

RapidKL juga merupakan pengendali perkhidmatan bas RapidKL dan bas perantara.

tv news/-

10 Punca Sikap Marah

Posted: 24 Jul 2011 06:30 PM PDT

23 Syaaban 1432H. [MOD] -

"NABI SAW dalam hadis diriwayatkan daripada Abu Hurairah, seorang lelaki datang kepada Nabi SAW lalu berkata: "Berwasiatlah kepadaku Ya Rasulullah. Lalu Baginda bersabda: Jangan engkau marah." Nabi SAW mengulanginya sebanyak tiga kali.

Setiap manusia ada mempunyai sifat marah, begitu juga haiwan. Seekor kucing yang jinak dan manja akan marah apabila kita menyakitinya dengan menarik ekornya beberapa kali.

Sifat sabar adalah penghalang daripada sifat marah. Bagaimanapun, kesabaran ada had dan batasnya kerana apabila sudah hilang sabar maka timbullah kemarahan.

Menurut Imam Al-Ghazali, sikap marah ialah nyalaan api bersumber daripada api Allah yang menyala dan menjulang tinggi sampai naik ke hati. Maka terpulang kepada seseorang untuk cepat marah, marah keterlaluan (marah tidak bertempat), marah pertengahan (mampu mengawal marahnya) atau tidak tahu marah.

Marah yang sederhana adalah marah terpuji, manakala tidak tahu marah adalah terkeji dan marah keterlaluan adalah termasuk dalam marah terkeji yang dilarang oleh Nabi SAW seperti sabdanya.

Marah keterlaluan dilarang Islam kerana mendatangkan kesan dan implikasi tidak baik kepada orang yang marah, juga orang kena marah. Disebabkan marah ada rumah tangga runtuh, kerana marah anak didera, pembunuhan berlaku, anak lari dari rumah, majikan ditetak pembantu rumah dan kerana marah orang saman-menyaman.

Menurut Imam Al-Ghazali, 10 punca menyebabkan sifat marah:

1. rasa bangga diri (sombong)
2. takjub kepada peribadi sendiril
3. suka bergurau senda yang ber lebihan dan melampaui batas
4 suka bercakap perkara sia-sia
5. suka membuat fitnah
6. suka berbantah-bantah dalam sesuatu perkara
7. khianat
8. tamak kepada harta dan pangkat
9.tidak dapat mengendalikan nafsu dan emosi

10. dengki dan irihati.

Apabila seseorang itu marah maka pergerakan fizikalnya akan turut berubah. Api kemarahan semakin memuncak menyebabkan percakapannya menjadi kuat, kata-kata tidak teratur, bahasanya lucah, kasar dan bersifat menghina.

Orang yang marah akan merendah-rendahkan orang dimarah, muka dan matanya menjadi merah, badannya terketar-ketar, tangan dan kakinya menjadi ringan untuk memukul dan menghentam, akalnya pada waktu itu tidak digunakan secara betul, semua tindakan mengikut nafsu kemarahannya.

Bagi orang yang waras, tentu kita tidak sanggup melihat keadaan kita sewaktu marah jika ia dirakam dan ditayang semula untuk menontonnya.

Bagi orang yang kena marah mungkin akan berdiam diri, kadang kala melawan dengan kata-kata atau kekuatan.

Marah turut berlaku kepada individu yang mempunyai kedudukan seperti orang agama berstatus ustaz, ustazah, tuan guru, ulama, marah dan melenting.

Marah yang dipuji adalah marah yang pertengahan, iaitu marah bertempat. Contohnya, seorang bapa marah kepada anaknya yang tidak mahu bersolat atau menutup aurat. Nabi SAW mengajar dalam sabdanya yang bermaksud:

"Suruhlah anak kamu bersolat ketika berumur tujuh tahun dan pukullah mereka yang tidak mahu bersolat ketika berumur 10 tahun dan pisahkan mereka dari tempat tidur."

Marah kepada mereka yang memusuhi Islam sehingga kita boleh mengisytiharkan berperang. Begitu juga dalam mencegah kemungkaran, perlu ada marah.

Contoh paling hebat berlaku dalam sejarah ialah ketika Saidina Ali berada dalam satu peperangan di mana beliau hampir hendak memenggal leher musuhnya, tiba-tiba musuhnya itu meludah mukanya. Lalu Saidina Ali tidak jadi memenggal lehernya.

Maka musuhnya berasa pelik lalu bertanya kepada Saidina Ali mengapa tidak jadi membunuhnya. Maka Saidina Ali menjawab: "Aku takut bahawa aku membunuhmu bukan kerana Allah tetapi kerana marah kepada kamu kerana meludahku.

" Hebatnya Saidina Ali masih lagi menggunakan pertimbangan akal dan syariat walaupun ketika marah.

sumber

Posted by ahmadi

Satu maut, 20 cedera parah dalam nahas di New York

Posted: 24 Jul 2011 05:30 PM PDT

23 Syaaban 1432H. [MOD] -

WATERLOO: Seorang pemandu lori terbunuh dan sekurang-kurang 20 cedera dalam satu kemalangan membabitkan sebuah lori merempuh sebuah bas persiaran yang membawa kira-kira 50 orang di pusat bandar New York, hari ini.

Polis Negeri, Sgt. Thomas Burroughs, berkata untuk mengetahui jumlah sebenar yang cedera dalam kemalangan itu adalah sukar kerana sebilangan daripada mereka dibawa helikopter ke hospital di Rochester manakala yang lain dibawa ambulans dan kenderaan persendirian. Tiada sebarang maklumat terkini berhubung keadaan mereka.

Nahas itu berlaku jam 1.30 pagi waktu tempatan di lorong menuju ke Timur Interstate 90, di pinggir utara wilayah Finger Lakes. Kedua-dua kenderaan terbakar selepas kemalangan itu. - AP

PAS KAWASAN KUBANG PASU

Posted: 24 Jul 2011 11:30 PM PDT

PAS KAWASAN KUBANG PASU


Demokrasi ala-Malaysia mesti di Bersihkan

Posted: 24 Jul 2011 11:02 PM PDT

Oleh Dr.Syed azman Syed ahmad

"Sejak saya berjuang di dalam PAS sejak tahun 70an lagi, saya tidak pernah rasa pilihan raya di negara kita ini berjalan dengan bersih dan adil," Begitulah luahan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS kepada wartawan yang menemui beliau semasa menziarahi keluarga Allahyarham Baharudin Ahmad, 56 tahun yang meninggal semasa perhimpunan Bersih 2.0 akibat sesak nafas terhidu gas dan semburan serta dikejar oleh FRU.

Inilah realiti demokrasi tempang di negara kita. Kita bertarung secara demokrasi ala-Malaysia ibarat di lempar kegelangang pertarungan demokrasi dengan kaki dan tangan diikat serta mulut disumbat, lalu diajak bersaing dengan Umno/BN yang bebas sebebasnya. Lebih parah lagi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang sepatutnya menjadi pengadil pertarungan telah bertindak secara tidak adil dan berat sebelah.

Ya, Siapa boleh menafikan bahawa perjalanan demokrasi dan sistem pilihan raya negara kita adalah tempang dan berat sebelah. SPR yang sepatutnya menjadi badan kepercayaan awam bagi menjalankan tugas mereka secara telus dan berkecuali telah dilihat gagal melaksanakan tugas murni mereka. Rakyat awam semakin hari semakin hilang kepercayaan mereka terhadap fungsi dan peranan SPR itu sendiri. Banyak persoalan besar kepincangan pilihan raya yang sehingga kini gagal di tangani oleh SPR.

Persoalannya, adilkah apabila SPR terus menerus dilihat sanggup di perkudakan dan menjadi alat kepada Umno/BN? Semua rakyat tahu bahawa agenda tersurat dan tersirat SPR bukan lagi untuk memastikan perjalanan pilihan raya yang adil dan bersih tetapi hanya bagi memastikan Umno/BN terus mengekalkan kuasa mutlak mereka. Paling malang lagi apabila ada kalangan penjawat tertinggi SPR yang bekerja solah-olah menjadi agen Umno dengan bersekongkol dan merancang pelbagai cara dan tektik kotor bagi menjamin kemenangan dan kuasa politik terus kekal ditangan pimpinan Umno/BN.

Contoh yang paling ketara adalah peranan media massa di negara kita. Setiap kali pilihanraya diadakan di negara kita, SPR di lihat tidak bertaring apabila media massa perdana bertukar menjadi alat propaganda Umno/BN. Tidak hairanlah apabila dari segi kedudukan kebebasan media dunia, negara kita kini terperusuk di tangga 166 dari 178 negara yang dianggap tidak bebas dan tidak adil. Ini telah meletakkan negara kita sama dengan negara Zimbawbwe dan Angola dari segi kekebasan media. Amat malang apabila media arus perdana seperti RTM, TV 3, dan akhbar-akhbar utame seperti Straits Times dan Utusan Malaysia bukan lagi wujud untuk mendidik rakyat serta mempertahankan ketelusan dan kebebasan, tetapi terus menerus mnjadi bahan propaganda murahan bagi Umno/BN.

Begitu juga dengan manipulasi dan penipuan undi pos di negara kita. Ianya berlaku secara berterusan di negara kita tanpa sebarang tindakan pro-aktif dari pihak SPR bagi membaiki kepincangan ini. Adalah dianggarkan sekurang-kurangnya 25 kerusi parlimen di negara kita Umno/BN menang dengan bantuan serta manipulasi dan penipuan dari undi pos ini. Persoalannya apa yang SPR telah buat selain dari perubahan kosmetik yang tidak merubah penipuan dan manipulasi undi pos berjalan secara berterusan setiap kali pilihan raya diadakan di negara kita?

Kita telah menyuarakan hal kepincangan sistem pilihanraya ini di Parlimen. Kita telah menghantar pelbagai peringatan dan memorandum kepada SPR, Kita juga telah berpuluh-puluh kali berdailog dengan SPR. Namun apabila kita bertemu dan berdailog dengan mereka, pelbagai alasan dan dalih yang mereka kemukakan bagi membenarkan tindakan kotor dan kepincangan terus menerus berlaku dalam perjalanan pilihan raya di negara kita.

Saya amat bersetuju dengan saranan Dato Husam Musa yang menyarankan bahawa; "Kita memohon kepada Yang di Pertuan Agong agar bubarkan sistem SPR yang ada sekarang. Dalam perlembagaan negara kita, Agong boleh melantik SPR yang baru, menggunakan sistem SPR yang baru dan bersih, SPR yang tidak berat sebelah tetapi menjalankan tugas dengan bertanggungjawab, tulus dan adil,"

Ya, inilah realiti demokrasi tempang yang wujud di negara kita sehingga kini. Apabila pilihan raya dijalankan secara tidak adil dan terlalu banyak berlaku penyelewengan maka sudah pasti rakyat akan lambat laun bangkit menuntuk kembali hak dan maruah mereka. Generasi baru anak-anak muda Malaysia yang celik Twitter dan Facebook lambat laun akan bangkit bagi menuntut hak dan kebebasan mereka sebagimana anak-anak muda yang berjaya menjatuhkan kerajaan autokratik di Mesir dan Tunisia.

Tanggal 9hb Julai akan terus terpahat sebagai hari yang paling bersejarah buat pejuang demokrasi di negara kita Malaysia. Himpunan aman Bersih telah membuktikan bahawa suara rakyat yang cintakan keadilan tidak mungkin di sekat lagi. Puluhan ribu rakyat yang cintakan keadilan dan ketelusan telah berhimpun secara aman walaupun diri mereka terpaksa dikorbankan dengn ugutan tangkapan dan gas pemedih mata, Bersih dan jernihkan kembali demokrasi di negara kita dengan 'kuasa rakyat'..

Video Bersih Versi Polis Mana?

Posted: 24 Jul 2011 11:00 PM PDT

Oleh Mohd Sayuti Omar

POLIS Di Raja Malaysia (PDRM) mengatakan ada video yang disiarkan dalam portal atau blog pro pembangkang diubahsuai dan ada pertindihan suara. Ketua Polis Negara, Ismail Omar kata ia sengaja dibuat untuk menunjukkan kekejaman polis terhadap para peserta Bersih.

Mungkin ada benar juga kata-kata ketua polis negara itu. Zaman ini semua manusia kreatif dan inovatif. Orang ramai boleh menggunakan segala peralatan canggih itu untuk melakukan apa saja.

Banyak program-program atau sistem mengubah suai apa saja yang boleh didapat secara percuma. Sebab itulah ada setengah orang sukar untuk mempercayai sesuatu itu walaupun benar.

Misalnya video lucah mengenai Anwar Ibrahim, pihak tertentu mengatakan ianya 99.099 peratus ianya adalah benar Anwar Ibrahim. Tetapi kerana kecanggihan segala macam peralatan yang boleh dimanipulasikan menyebabkan ada yang tidak percaya.

Ada yang menganggap video berkenaan palsu dan ia dihasil dari kemampuan manusia berbuat begitu.

Dalam kes video himpunan Bersih yang ditunjukkan dalam blog dan sebagainya, tidak mustahil ia juga palsu atau pun ada penambahann melampau. Tetapi pokok pangkalnya setiap apa yang didedahkan itu ada asas-asasnya. Ada fakta. Untuk membuat penambahan mesti ada subjek asalnya.

Kalau ia diubah untuk mengindahkan mata memandang saja, seperti sambal dan sayur untuk menambahkan selera makan saja. Yang penting nasi.

Polis tidak perlu bercakap panjang dan cuba meminta media massa membuat huraian bagaimana hendak menunjukkan polis berada dalam pihak yang baik dan penuh kemanusiaan dalam himpunan itu. Polis ada video, nah tunjukkan video berkenaan. Sama-sama kita saksikan. Mungkin lokasi atau gambar yang dirakam itu juga turut dirakam oleh ratusan video atau kamera lain.
Bila ia ditayang nanti sama-sama kita saksikan apakah ianya ada perbezaan atau sama? Rakaman siapa yang tulen dan siapa yang diubah suaikan ataupun dipendekkan. Atau di dalam video polis itu juga diubah dengan menggunakan perlatan canggihan dan kreatifviti jurugambar atau juruanalisa jabatan Polis di Raja Malaysia.


Bercakap banyak tidak ada guananya. Kini bila polis lambat menanyangkan filem dari versinya menyebabkan timbul prasangka, kenapa lambat sangat. Sepatutnya filem versi Polis di Raja dikeluarkan lebih awal dari tayangan liar di blog dan portal berita.

Kepada semua hendaklah ingat kebenaran tidak dapat diselindungkan walaupun anda mungkin ada makenisme canggih untuk melindunginya.

http://msomelayu.blogspot.com/

Manfaatkan momentum Himpunan Bersih 2.0

Posted: 24 Jul 2011 10:58 PM PDT

Oleh ABD SHUKUR HARUN

Tidak syak lagi Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu menghantar banyak isyarat yang penting bukan saja mengenai tuntutan pilihan raya yang bersih tetapi juga hasrat golongan muda yang menjadi penentu masa depan negara.Dalam hal ini kebangkitan golongan muda dan phenomena Sasterawan Negara A. Samad Said adalah perkembangan baru yang sangat menarik untuk difikirkan dan seterusnya untuk dimanfaatkan.

Sasterawan Negara itu walaupun sudah berumur 76 tahun, namun kemasyhuran dan ketokohannya serta pemikirannya yang jernih dan cemerlang serta berpengaruh pula, sangat diminati oleh ramai orang, khusurnya golongan muda.

Justru A. Samad Said yang boleh dianggap sebagai ikon baru rakyat, khususnya golongan muda begitu dikagumi, malah ia digelar 'Sasterawan Rakyat' – suatu gelaran yang dirasakan sangat sesuai dan baginya.

Tokoh ini kelihatannya bukan saja mampu menarik golongan muda bahkan golongan 'atas Pagar' yang selama ini kelihatan menjauhi sebarang parti politik atas pelbagai sebab. Ertinya telah ditakdirkan bahawa Himpunan Bersih 2.0 itu berjaya menggabungkan golongan muda dengan golongan 'aras pagar' dan dengan sendirinya membentuk 'Kuasa Ketiga'.

Tentulah ini suatu cabaran yang sungguh pahit kepada parti yang memerintah, yang selama ini dirasakannya tidak tercabar atau tidak siapapun yang mampu mencabarnya.

Perlu diingat bahawa di mana-manapun angkatan muda adalah golongan penuh ideal dan sentiasa berusaha untuk merialisasikan idealisme mereka. Biasanya golongan lama begitu sukar memahami kehendak golongan muda ini.

Justru apabila Bersih 2.0 muncul dengan lapan tuntutan mereka untuk sebuah pilihan raya yang bersih dan adil maka itu adalah sebahagian daripada kehendak idealisme mereka dan mereka sedia menyokongnya.

Seperti yang saya sebutkan tadi, 'golongan atas pagar' selama ini menjauhkan diri dengan gelanggang politik disebabkan mereka bosan dengan telatah kebanyakan pelaku politik yang rasuah, melakukan pelbagai penyelewengan, sibuk dengan usaha membina kekayaan sendiri dan kroni mereka serta tidak pedulikan rakyat.

Lebih-lebih lagi mereka melihat perjalanan pilihan raya demikian buruk, yang jauh dari amalan demokrasi dan ketelusam, maka mereka merasa bosan untuk memilih mana-mana parti politik dalam pilihan raya justru mereka merasakan tidak akan ada perubahan.

Namun dengan wujudnya Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu dengan lapan tuntutannya untuk pembaharuan dalam pilihan raya, maka golongan ini merasakan ada ruang cahaya di ujung terowong, lalu mereka terpanggil untuk turut menyokong tuntutan ini. Dengan itu terjadilah gabungan cita rasa yang sama antara golongan muda dengan 'golongan atas pagar' ini.

Dua gabungan ini bersama pendukung pelbagai NGO dan parti politik yang biasa akhirnya mencetuskan gelombang luar biasa pada 9 Julai lalu. Maka berlakulah phenomena yang mengejutkan bahawa 50,000 orang telah berhimpun di Ibu Kota walaupun pelbagai sekatan dilakukan oleh pihak polis.

Ternyata ia menjadi sejarah yang penting di mana demikian hebatnya gelombang rakyat menuntut pemulihan demokrasi dan ketelusan dengan mengadakan himpunan yang aman.

Memang ada pihak yang sukar memahami phenomena ini. Malah ada yang merasa hairan melihatkan bagaimana seorang Sasterawan Negara A. Samad Said boleh berada di tengah-tengah Himpunan tersebut dengan membawa memorandum Bersih 2.0 untuk disampaikan kepada Yang DiPertuan Agung di tengah-tengah semburan gas pemedih mata.

Tambah lagi mereka melihat turut sama dalam Himpunan itu, pemimpin pelbagai NGO pelbagai kaum dan pemimpin parti politik, khususnya kehadiran Presiden PAS, Datuk Seru Abd Hadi Awang, pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan lain-lain.

Lebih menarik lagi, himpunan tersebut disertai pula oleh pelbagai kaum dan agama. Malah lebih hebat lagi dilihat ada orang Melayu di perhimpuna itu menolong orang Cina yang berusaha menyelamatkan diri dari terkena semburan gas pemedih mata, begitu pula sebaliknya.

Ini semua ada gambaran bahawa Himpunan Bersih 2.0 yang aman itu bukan himpunan perkauman atau konspirasi, tetapi suatu himpunan aman yang benar-benar bersih dari segi niat dan pelaksanaannya. Ia hanya mahu menyaksikan SPR menjalankan pilihan raya yang demokratik – bersih dan telus.

Pada pendapat saya, Himpunan Bersih 2.0 adalah benar-benar sebuah manifestasi kehendak rakyat, sebab itu pelbagai golongan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama menyertainya.

Saya percaya sesetengah mereka yang menyertai Himpunan ini tidak terikat dengan mana-mana parti politik, namun mereka menyebelahi rakyat yang menuntut demokrasi, hak-hak asasi mereka dan seterusnya keadilan sosial. Namun mereka akan menyokong mana-mana parti politik yang mendukung aspirasi mereka.

Sudah tentu Himpunan Bersih 2.0 menghantar banyak isyarat yang penting bukan saja mengenai tuntutan pemulihan demokrasi tetapi juga hasrat golongan muda yang menjadi penentu masa depan negara.

Oleh itu bergantung kepada Pakatan Rakyat, khususnya PAS, yang merasakan ia adalah parti politik masa depan negara ini untuk membaca dan meneliti sedalam-dalamnya apa yang menyerlah pada Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu. Lebih dari itu mampu pula memanfaatkan perkembangan yang menarik ini.

Bagi pendukung Pakatan Rakyat dan PAS khususnya, seharusnya tidak sekedar bergembira dengan kejayaan Himpunan Bersih 2.0 itu, justru yang lebih penting dari itu ialah memahami dan mengekalkan momentum yang ada. Sewajarnya pula momentum itu dapat diterjemahkan pada peti undi dalam PRU Ke-13 akan datang.

Momentum boleh naik dan menurun, persepsi juga boleh bertukar pada bila-bila masa jika tidak dikendalikan dengan bijaksana. Oleh itu Pakatan Rakyat, khususnya PAS, mestilah berusaha semampu mungkin untuk mengekalkan momentum dan persepsi ini.

Pada pendapat saya, tidak semua masa dan keadaan di mana kita boleh sampai kepada momentum dan persepsi yang sebaik ini. Dari itu kebijaksanaan komponan Pakatan Rakyat adalah sangat-sangat dituntut untuk memanfaatkannya.

Pasang surut parti politik lebih banyak ditentukan oleh persepsi dan momentum dalam suasana tertentu, di samping kekuatan jentera dan ahli sesebuah parti politik, dasar perjuangan dan kepimpinannya. Oleh itu persepsi dan kekuatan parti adalah menjadi penentu kejayaan.

Akhirnya, sementara menunggu 8 Tuntutan Bersih 2.0 sama ada dilayan atau sebaliknya oleh SPR, maka seperti saya katakan, Pakatan Rakyat mestilah mengekalkan momentum yang ada justru ia adalah peluang yang sangat besar.

Ini adalah sebuah episode perjuangan yang getir dan jauh, serta menuntut pengorbanan, ketabahan dan kebijaksanaan seperti yang telah dilakukan oleh para pejuang tanah air di masa lalu hingga berjaya.

Buktikan polis tidak zalim

Posted: 24 Jul 2011 10:56 PM PDT

Oleh Haji Abdul Subky Latif

Sudah masuk dua minggu tunjuk perasaan Bersih 2.0 berlalu, persoalan yang dipolemik dalam masyarakat ialah polis dikatakan bertindak berlebihan atau keterlaluan.

Macam-macamlah orang kata tentang polis. Ada pun Bersih itu boleh jadi ia ada terus atau ia mungkin tidak ada lagi. Tetapi polis mesti ada selagi ada orang dan ada negara.Perbincangan kejadian pada 9 Julai 2011 tentang polis akan berlangsung lebih lama dari perbincangan tentang Bersih.

Maka polis seperti sedang dibicarakan dalam mahkamah umum oleh masyarakat umum dalam negeri dan luar negeri.

Lalu polis pun dalam pembelaan dirinya minta orang ramai, khususnya penyokong Bersih 2.0 buktikan polis zalim atau polis ganas dalam menangani peristiwa 9 Julai itu.

Apakah polis zalim atau ganas atau sebaliknya tidak dapat ditentukan oleh orang ramai. Ia ditentukan oleh sikap dan tindakan polis sendiri.

Hari 9 Julai 2011 itu sendiri dapat menyatakan apakah polis hari itu ganas atau adil?

Untuk mendapatkan bukti dari orang ramai tentang polis hari itu zalam atau tidak akan memakan masa yang lama dan payah. Ia memerlukan makanisma yang payah untuk dilaksanakan.

Jika dikehendaki juga pengumpulan bukti itu ia bererti memperpanjang pembicaraan umum tentang polis yang tidak diketahui bila ia berakhir.

Persoalannya sekarang bagi memungkinkan polis bebas dari gema dan kesan 9 Julai itu ialah polis sendiri membuktikan ia adil atau ia tidak zalim.

Sekalian pegawai kanan polis hari itu berada di Lembah Kelang. Kecuali pegawai polis yang anaknya kahwin hari itu saja yang tidak beruniform. Tetapi mereka sudah beruniform lebih dari seminggu menjelang hari itu. Malah kepala menteri yang menjaga polis tidak cuti dari persoalan unjuk rasa Bersih itu.

Maka sekaliannya menumpukan pengumpulan bukti masing-masing bagi membuktikan polis yang bertugas hari itu tidak ganas a tau tidak zalim.

Polis boleh bagi bukti itu sebaik saja matahari 9 Julai itu terbenam. Senarai polis yang bertugas menjelang hari itu dan pada hari itu lengkap. Mereka boleh bersumpah naik saksi membuktikan ia tidak zalim.

Ia juah lebih senang dari mendapatkan bukti tentang kezalimannya dari orang ramai kerana orang ramai itu ada bermacam-macam sifat dan perangai. Ada yang mahu memberi bukti dan ada yang tidak mahu memberi bukti. Dan mereka ada bermacam-macam kerja. Mereka sudah memberikan masa untuk Bersih dan mereka mungkin mahu menggunakan masa untuk perkara lain pula.

Jadilah pula gunanya menggunakan masa dan tenaga lagi untuk membuktikan pula polis itu zalim.

Tetapi apalah untungnya polis jika dapat dilambakkan bukti bagi mengesahkan ia zalim pada hari itu?

Apa yang polis patut buat sekarang bukan mengumpulkan bukti menjadikan ia zalim. Polis itu akan berkhidmat selama-lamanya dan tidak putus-putus. Apa akan jadi pada polis yang ada jika dapat dibuktikan nanti ia ganas?

Apa pun polis memang menghadapi sembang-sembang di merata-mata tentang isu kebijaksanaannya pada hari itu.

Apa yang perlu dibuat oleh polis ialah duduk dan berfikir membuktikan ia bertindak betul pada hari itu. Sebaik terbenam saja matahari ia sudah boleh memberikan bukti ia adil dan memenuhi tugas profesional pasukan polis.

Ia perlu mengeluarkan bukti yang diterima oleh semua orang baik yang berada di tengah gelanggang tunjuk perasaan di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan kawasan yang berhampiran dengannya serta orang-orang yang hadir di seluruh negara tetapi memerhati dari dekat intenet dengan teliti.

Dan termasuk juga bukti-bukti yang boleh didapati dari pancaran setelit di tepi langit sana yang disalurkan kepada semua berita dunia di bumi. Semua bukti ia baik dan adil itu diterima oleh semua pihak.

Tugasnya memang berat dan mencabar. Bukti itu bukan sekadar disenangi oleh Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, tetapi ia mesti disenangi oleh semua.

Barulah ia dikatakan adil dan telus.

Apabila sekalian polis dapat membuktikan ia pada hari itu tidak zalim dan tidak ganas, maka selesailah tanggungjawab dan masalah yang dihadapinya.

Sekali pun mengumpul sekalian polis yang bertugas untuk membuktikan polis tidak zalim adalah lebih senang dari mengumpulkan sekalian saksi bagi membuktikan polis zalim, mendapatkan persetujuan semua orang di luar polis bahawa polis tidak zalim adalah lebih susah dari membuktikan polis itu zalim.

Bukti mudah dicari. Semua orang yang kena katuk, kena rempuh, kena tembak meriam air dan sekalian yang kena tahan ssereta sekalian lari ke sana dan ke mari dari kejaran polis akan menjadi kesaksian tentang kerja luar biasa polis itu.

Dengan bukti itu akan memayahkan polis juga.

Maka sebelum mereka tampil memberikan bukti tentang polis itu zalim adalah lebih baik polis memilih membuktikan ia baik dan adil. Bila ia dapat membuktikan ia adil dan baik, maka dengan sendirinya ia tidak zalim.

Bolehkah a tau tidak polis membuktikan ia adil dan baik, ia adalah terserah kepada kebijaksasnaan polis sendiri.

* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.

Demokrasi kini mengalir deras

Posted: 24 Jul 2011 10:53 PM PDT

Banyak pengajaran yang mampu diperolehi negara daripada perhimpunan Bersih 2.0 yang berlangsung di ibu kota Kuala Lumpur pada Sabtu, 9 Julai lalu.Bagaimana sebuah perhimpunan aman bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil bertukar menjadi isu 'keselamatan negara' juga amat menarik untuk diulas.

Apatah lagi perhimpunan aman itu hanya bertujuan menyerahkan memorandum kepada Ketua Negara, Yang di-Pertuan Agong berhubung syor-syor Bersih 2.0 bagi menambah baik sistem pilihan raya negara.

Bersih 2.0 sebenarnya adalah lanjutan daripada kempen sama yang dilancarkan pada 23 November 2006. Pada November 2007, perhimpunan Bersih pertama diadakan di Kuala Lumpur bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Empat tuntutan Bersih pada waktu itu adalah penggunaan dakwat kekal bagi mengelak pengundian berganda; pemansuhan undi pos kecuali bagi ahli-ahli diplomat dan pengundi-pengundi di luar negara; pembersihan senarai pemilih bagi memastikan nama-nama yang tidak sepatutnya berada di dalam senarai pemilih dikeluarkan; dan memastikan semua pihak yang bertanding diberi akses sama rata di dalam media milik kerajaan, terutama sekali televisyen dan radio.

Sebahagian tuntutan Bersih diambil perhatian Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) termasuk penggunaan dakwat kekal pada kuku jari pengundi. Janji-janji dibuat untuk memenuhi tuntutan itu.

Bagaimanapun, menjelang pilihan raya umum 2008, SPR secara drastik memungkiri janjinya untuk menggunakan dakwat kekal atas alasan 'keselamatan negara'. Akhirnya, pengerusi SPR sendiri mengakui cadangan penggunaan dakwat kekal itu dibatalkan atas arahan kabinet.

Kegagalan SPR bagi melaksanakan penambahbaikan dalam sistem pilihan raya dan tanda-tanda jelas menunjukkan suruhanjaya yang sepatutnya bebas itu dipengaruhi pihak eksekutif (pemerintah) melahirkan kembali Bersih pada 2009.

Ia adalah gabungan 62 badan NGO termasuk pertubuhan politik. Empat lagi tuntutan ditambah bagi kempen Bersih 2.0 iaitu masa berkempen minimum 21 hari; pengukuhan institusi awam; menghentikan rasuah; dan menghentikan politik kotor.

Pada awal kempen ini digerakkan, pengerusinya Ambiga Sreevenasan berpendirian bahawa Bersih 2.0 adalah pertubuhan bebas yang tidak dipengaruhi parti politik. Malah beliau juga membayangkan bahawa Bersih 2.0 tidak akan ke jalan raya seperti berlaku pada November 2007.

Bagaimanapun, rundingan demi rundingan yang gagal membuahkan hasil mendorong jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 mengambil keputusan mengadu kepada Yang di-Pertuan Agong.

Bagaimanapun reaksi melampau pentadbiran Najib terhadap cadangan Bersih 2.0 untuk berhimpun di ibu negara pada 9 Julai 2011 memeranjatkan umum. Pelbagai bentuk kempen berbaur ugutan dilancarkan bagi menggagalkan perhimpunan itu.

Bagi mematuhi titah Yang di-Pertuan Agong, Bersih 2.0 membatalkan program "Berjalan Untuk Demokrasi" dan bersetuju menerima cadangan Perdana Menteri bagi berhimpun di stadium. Bagaimanapun, sekali lagi kabinet berdolak-dalih dengan melarang pula Stadium Merdeka dan Stadium Bukit Jalil dijadikan tempat berhimpun.

Keputusan kabinet itu bagaimanapun tidak melunturkan semangat penyokong Bersih 2.0 untuk terus berhimpun di Stadium Merdeka. Hasilnya dunia menyaksikan bagaimana Kuala Lumpur dijadikan kawasan larangan pada 9 Julai dan seramai 91 individu dihalang masuk ke kawasan tertentu atas perintah mahkamah.

Atas dasar melaksanakan hak-hak mereka yang digariskan Perlembagaan, puluhan ribu rakyat tetap hadir di ibu kota mencari jalan ke Stadium Merdeka. Maka berlakulah insiden-insiden di mana rakyat pelbagai kaum yang berhimpun secara aman tanpa senjata menjadi mangsa tindakan ganas polis dengan lebih 1,600 orang ditahan.

Tertekan dengan bantahan dari dalam dan luar negara, pelbagai usaha dilakukan pentadbiran Najib untuk mengelakkan imej buruk di mata rakyat dan khalayak antarabangsa. Nampaknya ratusan juta ringgit yang dibelanjakan untuk mengupah Apcopcopco Worldwide bagi meningkatkan imej kerajaan BN sia-sia begitu sahaja akibat pendekatan primitif dan oppresive (menindas) rejim Najib dalam melayani suara rakyat.

Majoriti senyap yang sering diulang-ulang Najib kini sudah mula bersuara menyatakan kejengkelan mereka terhadap kepincangan sistem negara. Sasterawan, ahli akademik, ulama, doktor, profesional, anak muda dan rakyat daripada pelbagai golongan sudah berani menyatakan pendirian. Demokrasi nampaknya mula mengalir deras.

Semua ini tidak akan berlaku jika rakyat diberi hak untuk berhimpun secara aman selama tiga jam di Stadium Merdeka pada Sabtu, tanggal 9 Julai lalu.

Salam Perjuangan

Posted: 24 Jul 2011 11:22 PM PDT

Salam Perjuangan


JANGAN BOHONG KEPADA RAKYAT

Posted: 24 Jul 2011 01:17 AM PDT

PAS Negeri Sembilan

Posted: 24 Jul 2011 09:25 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Tahniah

Posted: 24 Jul 2011 09:08 PM PDT



DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PERMATANG PAUH

Posted: 24 Jul 2011 07:42 PM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PERMATANG PAUH


EU Tidak Yakin Wibawa SPR Malaysia

Posted: 24 Jul 2011 12:36 AM PDT

KUALA LUMPUR, 24 Julai — Meskipun Putrajaya terus mempertahankan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), diplomat-diplomat Kesatuan Eropah (EU) sedang mempertimbangkan cadangan untuk menghantar kumpulan pemerhati ke Malaysia ketika pilihan raya umum ke-13 selepas mendapati agensi pengendali pilihan raya itu bukan sebuah badan yang berwibawa.

Pendirian itu dibuat susulan satu taklimat diberikan oleh suruhanjaya itu baru-baru ini.

Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.

Beberapa diplomat memberitahu The Malaysian Insider, taklimat Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof beberapa minggu sebelum perhimpunan Bersih 2.0 tidak meyakinkan mereka tentang kedudukannya sebagai sebuah badan berkecuali dengan terus mengatakan mereka sebahagian daripada kerajaan.

"Mereka tidak berwibawa. Abdul Aziz asyik mengulangi 'kami' dan 'kita' dalam kerajaan ketika taklimat," kata seorang diplomat EU kepada The Malaysian Insider.

Abdul Aziz merupakan bekas ketua setiausaha Kementerian Dalam Negeri sebelum dilantik mengetuai SPR bermula 31 Disember 2008 selepas kontraknya berakhir.

Seorang diplomat dari satu lagi negara EU mengesahkan taklimat itu dan rumusan yang mereka putuskan.

Malaysia mengadakan pilihan raya umum ke-12 pada Mac 2008.

"(Langkah) itu sensitif tetapi kami sedang memikirkan untuk mengesyorkan pasukan pemerhati agar boleh memantau pilihan raya umum akan datang," kata beliau dengan merujuk kepada misi pemantau Komanwel yang datang ketika pilihan raya umum 1990.

Pilihan raya umum 1990 merupakan yang pertama sejak krisis Umno 1986/1987 dan turut membawa kepada penubuhan Parti Melayu Semangat 46 (S46) pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah dan kewujudan perikatan pembangkang.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak menjemput pasukan pemantau sejak itu dan enggan mendedahkan kepada umum laporan misi itu.

Terdapat beberapa badan pemantau pilihan raya tempatan tetapi menerima kerjasama yang kecil daripada SPR.

Seorang diplomat berkata mereka juga telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Bersih 2.0 untuk mendapatkan taklimat mengenai lapan tuntutan mereka.

"Kami ada satu taklimat yang diberikan oleh pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan mengenai perjuangan mereka," katanya tetapi enggan memberi butiran spesifik mengenai hasil pertemuan itu.

Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan pada 9 Julai lalu berkaitan lapan tuntutan pembaharuan sistem pilihan raya.

Walaupun dihalang dan disekat pihak berkuasa termasuk memutuskan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram, penganjur mendakwa telah berjaya menghimpunkan 50,000 orang. Tetapi polis menafikan jumlah itu dengan berkata hanya 6,000 orang hadir.

PAS LENGGONG

Posted: 24 Jul 2011 07:29 PM PDT

PAS LENGGONG


Posted: 24 Jul 2011 03:13 AM PDT

Posted: 24 Jul 2011 02:58 AM PDT

Wakil menyerah borang menyertai PAS Lenggong

Posted: 24 Jul 2011 02:49 AM PDT

Tahniah

PAS Kawasan Pekan

Posted: 24 Jul 2011 07:02 PM PDT

PAS Kawasan Pekan


KEJOHANAN FUTSAL - PROGRAM BERSEPADU DUN PERAMU JAYA

Posted: 24 Jul 2011 03:35 AM PDT



24 Julai 2011 Ahad, PAS Kawasan Pekan dibawah DUN Peramu Jaya sekali lagi berjaya menganjurkan Kejohanan Futsal PAS Kawasan Pekan bagi kali ke 3 bagi tahun ini. Kejohanan Futsal PAS Kawasan Pekan ini dikendalikan sepenuhnya oleh sayap kanan Dewan Pemuda PAS Kawasan Pekan yang diterajui oleh Ustaz Mohd Fadhilnoor Abdul Karim.

Kejohanan yang dianjurkan di Gelanggang FUTSAL Peramu Jaya ini berjaya mengumpul 16 pasukan yang terdiri daripada anak-anak muda sekitar Peramu Jaya dan bandar Pekan. Dewan Pemuda PAS Kawasan Pekan sebelum memang dikenali oleh peminat futsal di daerah Pekan kerana sering menganjurkan kejohanan ini. Pada tahun ini sahaja, Dewan Pemuda PAS kawasan telah berjaya menganjurkan 3 kejohanan FUTSAL.

Kejohanan kali ini menawarkan hadiah Johan sebanyak RM200 bersama medal, tempat kedua RM150 beserta medal, ketiga RM50 beserta medal dan keempat hadiah berupa medal. Program yang amat diminati oleh golongan anak muda ini amat mendapat sambutan.

Kejohanan ini dirasmikan oleh Yang dipertua PAS Kawasan Pekan Al Fadhil Ustaz Abu Kasim Manaf. Dalam ucapan perasmian, beliau sempat menyarankan dalam bersukan juga ada adab-adab Islam yang perlu dipatuhi. Antaranya cara berpakaian mestilah menutup aurat, bersolat apabila masuk waktu dan jangan sekali-kali menjadikan gelanggang Futsal tempat pergaduhan. Bersukanlah dengan akhlak Islam kerana Islam amat menggalakan umatnya beriadah dan bersukan untuk kesihatan.

Perasmian Futsal dilaksanakan dengan melakukan 'GIMIK' dimana YDP menendang boleh bagi menjaringkan gol.



ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 24 Jul 2011 03:45 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


AMAT BAHAYA PILIH YANG ADA 'TRIK'

Posted: 23 Jul 2011 08:51 PM PDT

Semua tahu BIOMETRIK memang ada perkataan trik di dalamnya. Mahukah rakyat jalani Sistem Pengundiaan Pilihanraya Umum 13 dengan trik UMNO/BN?
Manakala dalam perkataan CAT JARI atau DAKWAT KEKAL tiada perkataan TRIK. Trik atau dalam bahasa Ingeris ialah trick yang bermaksud tipu-helah.

Kebaikan Dakwat Kekal :- Secara fizikal kita boleh lihat si pengundi yang telah mengundi ada kesan pada jari dan sudah tentu hidar dari menggundi sekali lagi.
Pengundi yang telah dicalit dakwat kekal tersebut tidak dapat melakukan pengundian kali kedua. Ini amat jelas dan mudah dicam.
Keburukan Biometrik : 1. BN baru mencuba pada Pendatang dari luar Malaysia yang bekerja dengan membuat pendaftaran a ar pihak imegresen dapat mengesan kemasukan semula atau untuk tujuan tertentu.
2. BN akan menafikan pengundi yang telah dikenalpasti agar undi mereka ditolak semasa pengesanan cap jari walaupun penama pengundi wujud dalam sistem.

Bijakkah seorang PM mahu menguatkuasakan sesuatu yang baru yang belum diuji atau yang sedang diuji untuk dilaksanakan kepada rakyat?
Rakyat sedar cara 'biometrik' baru diuji untuk mendaftarkan Pendatang dari luar Malaysia yang diambil bekerja di kilang, ladang dan rumah-rumah.
Sedangkan penggunaan Biometrik baru mula ,teman ulangi penggunaan biometrik baru bermula dan tiada kaji selidik dan laporan kesan baik/buruk .
BN cuba memaksa rakyat menerima cadangan tersebut secara mengkhinzir buta seperti projek Lynas yang telah dalam pembinaan baru nak dikaji selepas dikeji.

SUBHANALLAH ! SULTAN BERSAMA 1,000 ORANG RAKYAT KUTIP SAMPAH

Posted: 23 Jul 2011 08:35 PM PDT


Tumpat - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V semalam mencemar duli mengutip sampah bagi menunjukkan contoh kepada rakyat di negeri ini supaya mementingkan kebersihan persekitaran.

Baginda yang kelihatan selesa mengenakan baju T, berseluar trek dan topi tanpa segan silu bersama-sama dengan 1,000 orang rakyat mengutip sampah sarap selama dua jam di Pantai Sri Tujoh di sini.

Majlis tersebut yang bermula pukul 10.30 pagi diadakan di situ kerana Pantai Sri Tujoh adalah antara destinasi tumpuan orang ramai dan pelancong.

"Beta dapati masjid tidak dibersihkan, tandas tidak dicuci, ini tidak sepatutnya berlaku sebab kebersihan adalah sebahagian daripada iman,'' titah baginda kepada pemberita selepas majlis anjuran Pertubuhan Kerabat D'Raja Al-Muhammadi itu berakhir.

Program itu adalah yang pertama seumpamanya melibatkan pihak istana dengan matlamat untuk merapatkan hubungan antara institusi diraja dengan rakyat. -kosmo

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 24 Jul 2011 03:41 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


MEK WOK & SUAMI KECEWA BAYAR RM34K TAPI GAGAL TUNAI UMRAH

Posted: 23 Jul 2011 11:20 PM PDT

KOTA BHARU: Hanya dua harapan ditagih pasangan Mek Wook Kundor, 108, bersama suaminya, Mohd Noor Musa, 39, iaitu agensi pelancongan yang menganjurkan pakej umrah kepada mereka memberi peluang kedua untuk menunaikan haji tahun ini atau mengembalikan wang berjumlah RM34,000.

Mohd Noor berkata, dia terkilan tindakan agensi terbabit yang bersikap 'lepas tangan' hingga mereka berdua terpaksa pulang ke Kampung Chat Rimau, Tanah Merah untuk menenangkan fikiran.

"Saya tidak menolak mungkin kenyataan saya di sebuah akhbar baru-baru ini mengenai hasrat kami untuk tinggal di Makkah selama empat bulan menjadi punca permohonan visa kami tidak dikeluarkan.

"Sedangkan saya menjawab atas dasar niat saja, tetapi tidak tahu pula menjadi kesalahan di pihak sana (agensi pelancongan) hingga hajat kami terhalang sama sekali.

Katanya, lima bulan lalu dia dan isteri mendaftarkan diri untuk menunaikan umrah sebelum bertemu seorang ejen pelancongan dekat Pasir Tumbor, di sini.


"Kami tertarik untuk ke sana (Makkah) dan membayar kira-kira RM34,000. Semua wang itu hasil simpanan isteri (Mek Wook) sejak sekian lama, selain beribadat kepada Tuhan berikutan usianya semakin meningkat.

"Bagaimanapun, harapan untuk ke sana semakin kabur selepas insiden itu berlaku. Memang mereka tidak menipu kami, tetapi tindakan mereka menyebabkan kami dalam dilema," katanya.

Mohd Noor yang menikahi Mek Wook pada 2006 berkata, besar harapan mereka untuk ke sana, selain luahan isterinya sejak mereka diijab kabul dan akan ke Makkah jika wang dikumpulkan mencukupi.

"Sebagai suami, saya mahu hajat isteri termakbul ketika umurnya masih panjang. Bila ini berlaku, saya rasa bersalah dan tidak tahu bagaimana untuk menerangkan kepadanya yang semakin hari semakin uzur.

"Hanya harapan saya, beri kami peluang untuk ke sana. Disebabkan kegagalan untuk ke Makkah, fikiran saya menjadi tidak tenteram," katanya.

Katanya, sehingga kini agensi berkenaan belum menghubunginya sejak pulang dari Kuala Lumpur ke Tanah Merah pagi kelmarin, termasuk memberi penjelasan atau memulangkan wang mereka.

"Sekarang ni macam-macam saya terpaksa fikirkan, kesihatan isteri, hasrat berdoa di Makkah untuk dijauhi dmasalah, melaporkan diri di balai polis berikutan masih di bawah pengawasan," katanya.

Lebih memilukan, pasangan suami isteri itu hanya diberitahu tidak boleh mengikut rombongan menunaikan umrah ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) beberapa jam sebelum ahli kumpulan lain berlepas jam 9.30 pagi semalam.

JANDA KUAR 'BERHIBUR' DIROGOL KENALAN DAN RAKANNYA

Posted: 23 Jul 2011 11:08 PM PDT

GEORGETOWN: Pengalaman hitam terpaksa ditempuh seorang janda apabila tubuhnya 'dijamah' dua lelaki di kawasan sunyi di Teluk Kumbar, awal pagi kelmarin.

Lebih menyedihkan, kejadian berlaku dalam kereta milik seorang daripada empat lelaki yang mulanya berniat menghantar mangsa pulang selepas keluar berhibur di sekitar Queensbay, dekat sini.

Dalam kejadian jam 4 pagi itu, mangsaberusia lewat 20-an keluar berhibur bersama empat rakan lelaki dan dia mengenali seorang daripada mereka.

Menurut sumber, semua mereka dalam keadaan mabuk dan mangsa dibawa kumpulan lelaki itu di sekitar kawasan sunyi, dipercayai tapak perkuburan Cina.

"Sebaik sampai, mangsa pada mulanya dirogol kenalan lelakinya dalam kereta Myvi milik lelaki terbabit.

"Wanita itu sekali lagi dipaksa mengadakan seks dengan seorang lagi lelaki dan ia juga berlaku dalam kenderaan terbabit," katanya.


Menurutnya, mangsa yang tidak berpuas hati membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Barat Daya.

Timbalan Ketua Polis Barat Daya, Deputi Superintendan Lai Fah Hin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan yang dibuat mangsa.

"Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan dan seorang suspek berusia 20-an ditahan bagi membantu siasatan.

* gambo hiasan je

EU MUNGKIN HANTAR PEMERHATI SEMASA PRU 13

Posted: 23 Jul 2011 11:00 PM PDT

KUALA LUMPUR, 24 Julai — Meskipun Putrajaya terus mempertahankan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), diplomat-diplomat Kesatuan Eropah (EU) sedang mempertimbangkan cadangan untuk menghantar kumpulan pemerhati ke Malaysia ketika pilihan raya umum ke-13 selepas mendapati agensi pengendali pilihan raya itu bukan sebuah badan yang berwibawa.

Pendirian itu dibuat susulan satu taklimat diberikan oleh suruhanjaya itu baru-baru ini.
Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.

"Mereka tidak berwibawa. Abdul Aziz asyik mengulangi 'kami' dan 'kita' dalam kerajaan ketika taklimat," kata seorang diplomat EU kepada The Malaysian Insider.

Abdul Aziz merupakan bekas ketua setiausaha Kementerian Dalam Negeri sebelum dilantik mengetuai SPR bermula 31 Disember 2008 selepas kontraknya berakhir.

Seorang diplomat dari satu lagi negara EU mengesahkan taklimat itu dan rumusan yang mereka putuskan.
Malaysia mengadakan pilihan raya umum ke-12 pada Mac 2008.

"(Langkah) itu sensitif tetapi kami sedang memikirkan untuk mengesyorkan pasukan pemerhati agar boleh memantau pilihan raya umum akan datang," kata beliau dengan merujuk kepada misi pemantau Komanwel yang datang ketika pilihan raya umum 1990.

Terdapat beberapa badan pemantau pilihan raya tempatan tetapi menerima kerjasama yang kecil daripada SPR.

Seorang diplomat berkata mereka juga telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Bersih 2.0 untuk mendapatkan taklimat mengenai lapan tuntutan mereka.

"Kami ada satu taklimat yang diberikan oleh pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan mengenai perjuangan mereka," katanya tetapi enggan memberi butiran spesifik mengenai hasil pertemuan itu.

Pemuda PAS DUN Kemasik

Posted: 24 Jul 2011 03:26 PM PDT

Pemuda PAS DUN Kemasik


CERAMAH PERDANA PASCA BERSIH 2.0 DI DUN KEMASIK

Posted: 24 Jul 2011 04:07 AM PDT

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru

Posted: 24 Jul 2011 01:11 PM PDT

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru


Mat Sabu dilanggar oleh Proton Waja bukan Pajero?

Posted: 24 Jul 2011 03:10 AM PDT


Polis kata Motosikal yang Mat Sabu naiki bergesel atau terlanggar Pajero Polis, Mat Sabu pula mendakwa Motorsikalnya dilanggar oleh Kereta Proton Waja Polis. Mat Sabu berkata demikian kepada akhbar Harakah edisi terbaru.

Siapa yang bercakap benar? Mat Sabu atau anak Mat Rashid iaitu Salleh. Sudah tentu salah seorangnya bercakap bohong atau pelawok kata orang Kelate. Kalau begitu siapa pelawok, Mat Sabu atau anak Mat Rashid????

Ini bukannya perkara mainan dan gurauan. Kalau cerita Gerak Khas Yusof Haslam bolehlah kita hendak tukar skrip dan sebagainya. Ini cerita betul-betuuuuuuuuuuuuuul bukan main-main kata Pendekar Mustar.

Janganlah pulak ada pihak yang menganggap cerita ini boleh direka dan dimanipulasi sedangkan Allah dan Malaikat melihat apa yang berlaku. Mengapa takut untuk bercakap benar. Mengapa Mat Sabu atau anak Mat Rashid takut untuk bercakap benar kalau salah seorangnya pelawok.

Ustaz Zamri tv9 di pecat kerana hadir BERSIH 2.0 ?

Posted: 24 Jul 2011 03:10 AM PDT

Ustaz Zamri TV9 jadi mangsa kerakusan?

1. Sedang aku bersiar-siar di alam maya aku tersepak dengan kenyataan ini.
"Rancangan Adik dan Al-Quran dihentikan"

2. Program 'Adik dan Al-Quran' yang dikendalikan Ulama muda negara kita Ustaz Zamri tidak asing lagi dikalangan kita terutamanya anak-anak.


3. Rancangan 'adik dan al-Quran' merupakan siri tarbiyah yang paling menyerlah yang mendidik anak-anak secara tidak langsung di television.

4. Petiklah di mana-mana siaran tv aku rasa siara inilah yang paling bermutu untuk mendidik anak-anak.

5. Kepala masih berfikir kenapa rancangan ini dihentikan.

6. aku melihat di dalam data gambar simpanan aku.

7. Terjumpa gambar ini(bawah). Ustaz Zamri sebagai meraikan kebebasan demokrasi beliau turun ke perhimpunan aman BERSIH untuk sama-sama peminatnya menuntut pilihanraya yang bersih dan adil.


8. Otak aku menunjal-nunjal memberontak adakah rancangan yang dikendalikan Ustaz Zamri ini dihentikan kerana Ustaz menghadiri himpunan aman BERSIH??????

9. Sebelum ini aku pernah dengar ustaz dipanggil oleh tv9 kerana beliau turun ke himpunan aman BERSIH.

10. Andai kata betul Ustaz dibuang kerana BERSIH amat malangnya Malaysia.

11. Ulama dibuang.. Kera dihutan disusukan..Peribahasa sesuai tak dengan gambar bawah tu?haha..

DS Nizar ziarah Wan Husein Wan Hanif yang rumahnya terbakar.

Posted: 24 Jul 2011 01:28 AM PDT

DS Nizar meninjau rumah Wan Husein.

Memberi nasihat supaya mempelajari "hikmah disebalik peristiwa musibah"
DS Nizar bersama Wan Husin dan isteri.
Menyampaikan sedikit sumbangan,menolong untuk meringankan.

Motif Pembunuhan Di Oslo, Pelampau Kristian?

Posted: 24 Jul 2011 01:27 AM PDT

Bom yang meragut sekurang-kurangnya 92 nyawa di Oslo, Norway kelmarin.
Di sini disifatkan sebagai pembunuhan beramai-ramai paling dahsyat pengeboman di Oslo.
OSLO: Lelaki Norway berusia 32 tahun yang ditangkap kerana menembak mati kira-kira 84 remaja di pulau percutian Utaoya dikenal pasti oleh penduduk tempatan sebagai Anders Behring Breivik, pengurus sebuah syarikat pertanian. Suspek berkenaan dilapor tiba di pulau itu dan melepaskan tembakan selepas menegur beberapa remaja. Menurut laporan, dia juga kelihatan berada di tempat letupan bom di Oslo, dua jam sebelum kejadian di Pulau Utaoya.
Dalam laman Facebooknya, lelaki berusia 32 tahun itu menyifatkan dirinya sebagai 'bujang' dan beragama Kristian serta menyenaraikan drama pembunuhan bersiri, Dexter dan siri pontianak, True Blood, sebagai rancangan televisyen yang diminatinya. Mengenai politik, Anders menyenaraikan dirinya sebagai 'Konservatif.' Bagaimanapun, Televisyen Norway melaporkan dia mempunyai hubungan dengan pelampau berhaluan kanan.
Seorang rakan berkata, dia juga anti-Islam dan menentang keras dasar pelbagai budaya. Antara minatnya ialah memburu, bina badan serta gerakan Freemason. Anders dikatakan memiliki mesingan dan sepucuk pistol Glock. Selaku pengurus syarikat pertanian Breivik Geofarm, dia mudah memperoleh baja untuk menghasilkan bom.
Dalam laman Twitter atas namanya, hanya terdapat satu mesej yang ditulisnya pada 17 Julai lalu. Mesej itu berbunyi: "Seorang dengan kepercayaan adalah sama kuatnya dengan 100,000 orang yang hanya mempunyai minat." - Agensi
Edior Blog Ibnu Hasyim, Dr Mohd Hasyim sedang berderamah di Majlis FKUB (Forum Kerukunan Umat Beragama) di Medan, awal bulan ini..
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Weblog ini mengecam sekeras-kerasnya insiden serangan bom ke atas bangunan pejabat kerajaan di Oslo serta kejadian tembakan di kem remaja di Utoeya, Norway semalam. Kami menyampaikan perutusan takziah kepada kerajaan Norway di atas kejadian yang telah berlaku itu.
Setakat ini 91 orang dilaporkan terbunuh dalam kedua-dua kejadian itu, termasuk 84 dalam kejadian tembakan secara rambang oleh seorang lelaki di tempat perkhemahan remaja di pulau peranginan Utoeya. Solusi ke arah penyelesaian, antaranya ialah dengan mempergiatkan percanangan kewaspadaan (Wasber) dan kerukunan beragama, terutama untuk keamanan di Souuth East Asia. Lihat lanjut.. E-Buku IH-41: Kerukunan Umat Beragama. Klik gambar di bawah ini..
E-Buku IH-41: Kerukunan Umat Beragama

Ini baru Sultan berjiwa rakyat 100%

Posted: 24 Jul 2011 01:25 AM PDT

Salam Sejahtera,
Selalu yang kita dok peratikan, Sultan-sultan di Malaysia mereka sekadar mencemar duli hanyalah dalam aktiviti pergi ziarah rakyat ditimpa bencana alam seperti banjir, merasmikan tilawah Quran, menerima pemberian zakat, kalau ada Sultan-Sultan yanag agak educated sikit maka Sultan tersebut dijemput memberi ceramah....

Tetapi aktiviti mencemar duli seperti AlSultan Muhammad V ni aku rasa tak lagi Sultan dalam Malaysia yang sanggup lakukan....


Ini dah lama dah berlalu,,,, aku sendiri pun tak sanggup


Ini program baginda yang terkini..... Perdana Menteri mau buat macam ni....

Allah s.w.t dah makbulkan doa Najib

Posted: 24 Jul 2011 01:21 AM PDT


Aaaikk.... si Zahid Hamidi, Wak Bagan Datoh, tetiba pulak datang 'bulan' dan terus meroyan sakan. Dia bagi warning kepada semua orang agar jangan sekali-kali memburukan imej negara pasal pembelian Scorpene. Mengikut kata dia.... pembelian kapal selam tu telus.

Kah kah kah kah.....

Telus?? Depa berani ler kata telus, sebab 'teloq' PRDM, SPRM, Pejabat PeguamNegara serta Mahkamah dalam genggaman depa. Kalau puak-puak ni cakap banyak jer, 'teloq' depa akan dipicit. Ouchh!!! Terus diam. Ater.... kalau dah sekat orang daripada bercakap tentang skandal itu, maknanya TAK TELUS ler wak oi. Kalau telus, apa nak ditakutkan. Hangpa nak cakap.... cakap pi la. Tapi.....??? Aha, iniler yang dikatakan telus ala 1Malaysia.

Walau bagaimanapun, 'teloq' si William Bourdon, depa tak dapat nak genggam dan kalau dah tak dapat nak genggam, bermakan tak boleh ler nak dipicit. Sebab tu, mamat ni berani cakap tentang hasil siasatan yang dilakukannya di Perancis berkaitan skandal Scorpene. Kerajaan Malaysia kata telus..... pihak di Perancis kata crooked!! Urusan pembelian amat kotor hingga ada yang maut. Ooooo..... dasatnyer!!

Sebenarnya wak... pihak yang terlibat dengan pembelian kapal selam Scorpene itu ler yang telah mencemarkan imej Malaysia di mata dunia. Jangan salahkan orang lain. Jangan gertak orang lain. Kes ini bukan lagi kes tempatan tetapi dah jadi kes yang menarik perhatian antarabangsa. Malaysia has gone GLOKAL dengan skandal Scorpene ini. Haaaiii.... bukankah itu yang Najib mahukan untuk booosstkan imej Malaysia.

Masih tergiang-ngiang lagi kata-kata Najib tu dulu. Nah... sekarang, thanks to Najib, Malaysia dah berjaya catch the world's attention, apa nak kecoh-kecoh lagi?? Allah s.w.t. dah makbulkan doa Najib, patut bersyukur ler.

Back to 'telus' yang dikatakan oleh Wak Bagan Datoh dalam skandal pembelian Scorpene tu... kita wait and see outcome court di Perancis itu nanti, okay?? Then, kita buat comparison atau perbandingan antara erti 'telus' yang sebenar dengan 'telus' ala 1Malaysia. Sebabnya...... mahkamah di sana ada integriti dan boleh dipercayai kerana 'telor' mereka tidak ada sesiapa yang genggam dan tidak ada sesiapa yang nak picit. They're FREE...!!

Hello Wak Bagan Datoh...,

Kalau anda nak tau, imej Malaysia sudah transformed menjadi begitu hodoh, terutama sekali sejak era Najib menjadi Piemnya. It has gone from bad to worse. Na'uzubillah... please don't make it worst.

Kesian tanah airku ini.... Bersabarlah dulu, okay?? InsyaAllah, jika Pakatan Rakyat memerintah, kami akan bersihkan semula imejmu, ibu pertiwiku. I love you Malaysia!!

Muhyiddin suruh rakyat yakin dengan kredibiliti polis

Posted: 24 Jul 2011 01:20 AM PDT


Malaysiakini melaporkan:
Rakaman video pada perhimpunan 9 Julai lalu yang dipaparkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah rakaman yang sahih dan sah bertujuan mendedahkan situasi sebenar dan bukannya bermotifkan politik, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri meminta rakyat supaya tidak tertipu dan terpedaya dengan dakyah parti pembangkang berhubung rakaman video oleh PDRM itu.

"Kita harus terima dengan yakin kredibiliti (video pihak polis itu), jangan kita yakin dengan video yang dipaparkan oleh media alternatif, dalam YouTube misalnya yang jelas banyak mengubah kandungan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Bulan Pencegahan Jenayah Peringkat Kebangsaan 2011 di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye.

"Saya minta polis menyiarkan (video ini) di (stesen-stesen) televisyen, supaya rakyat boleh melihat dan menilai (berbanding siaran YouTube dan media alternatif)," katanya sambil mempertahankan rakaman video yang dikeluarkan oleh PDRM itu adalah tulen. - Mkini.
Aku tak nafikan malah aku yakin video yang polis siarkan tu memang video sebenar kejadian. Cumanya macam yang aku tulis sebelum ni, video tu tak membuktikan apa-apa.

Contohnya kes Mat Sabu dakwa dia dilanggar kereta polis, dalam video yang polis siarkan tu langsung tak nampak macamana motosikal yang Mat Sabu bonceng tu terbalik. Yang nampak cuma motosikal tu nampak macam langsung tak kena pajero hitam tapi dengan proton wira putih langsung tak nampak kena langgar atau tak.

Untuk kes kematian Allahyarham Baharuddin pulak, video yang polis tunjukkan tu langsung takdak imej apa yang terjadi kepada Allahyarham Baharuddin. Polis cuma menjawab tuduhan yang ambulan lambat sampai untuk bagi bantuan kepada Baharuddin sedangkan tuduhan utama adalah kematian Allahyarham Baharuddin mungkin sebab dibelasah polis sampai luka bibir, patah gigi dan patah 3 tulang rusuk.

Lagi satu, pihak polis cuma tayangkan 2 video saja dan Muhyiddin pulak sahkan video tu adalah tulin.

Yang pertama sekali sapa Muhyiddin untuk sahkan video yang polis siarkan tu tulin atau tak. Yang kedua, kalau pun video tu memang benar-benar tulin, video tu sebenarnya langsung tak menunjukkan yang polis tak gunakan kekerasan.

Kalaupun mungkin lepas ni polis akan tunjukkan layanan baik polis terutama kepada tahanan di Pulapol tapi tu pun tak boleh jadi bukti yang polis langsung tak gunakan kekerasan.

Macamana pula dengan video yang banyak bertebaran di youtube, facebook dan blog. Berpuluh video malah mungkin beratus video yang menunjukkan aksi kekerasan pihak polis. Takkan kut semua video tu diubah kandungan.

Kalau video yang banyak tu Muhyiddin kata diubah kandungan, lebih mudah lagi untuk kita percaya 2 video yang polis tayang tu yang diubah kandungan, tambahan pulak polis ambil masa 2 minggu baru ditayangkan sedangkan video yang menunjukkan kekerasan polis ada yang dipaparkan seawal malam Sabtu tu jugak, malah mungkin ada yang disiarkan petang tu jugak.

Macamana pulak dengan video yang ditayangkan oleh media antarabangsa? Takkan yang tu pun Mahyuddin nak rakyat Malaysia percaya diubah kandungan jugak?

Yang lawaknya pulak, macamana Muhyiddin senang-senang nak rakyat yakin dengan kredibiliti polis sedangkan dari awal lagi Ketua Polis Negara sendiri menipu bila dakwa cuma 6,000 orang saja yang hadir himpunan tu, satu dakwaan yang bukan saja tak logik malah boleh jugak kalau nak dianggap Ketua Polis Negara buat lawak yang cukup BANGANG.

BERTERUS TERANG SAJALAH PDRM !

Posted: 24 Jul 2011 01:18 AM PDT



Dalam isu himpunan "BERSIH 2" polis masih berkerja keras untuk mencari seribu alasan !. Kenyataan demi kenyataan dikeluarkan, untuk menafikan , keganasan, salahlaku atau keterlanjuran anggota-anggota mereka.

Untuk menangkis tuduhan rakyat bahawa polis bertindak ganas, atau separuh ganas!,..  maka semalam satu video telah dikeluarkan oleh PDRM.

Ternyata penafian polis hanya dalam bentuk penceritaan, gambar kurang jelas!,  terdapat edit dan suntingan di mana-mana.

Kesimpulannya video polis banyak terdapat kelemahan dan kekurangan. .. Walaupun mengambil masa dua minggu untuk membuat ubahsuai dan beberapa suntingan, cuma itulah hasilnya, Amat mengecewakan !. Kalau dibandingkan dengan video individu keluaran rakyat kesan dan realitinya sangat berceza!.  Jelas sekali video   rakyat memaparkan kekasaran dan keganasan sebenar di pihak polis. . Kesian PDRM,  gagal membuat penafian melalui rakaman video ciptaannya sendiri.  Juruvideo  di pihak polis sepatutnya lebih propersional !  Kenapa gambar keganasan polis tidak dipaparkan ?

Tentang lakunan semula –  Sudah banyak kes, rakyat didedahkan dengan ketidakjujuran atau penipuan pihak polis.  Kes Al Maunnah misalnya.  Kononnya sekumpulan rakyat ingin memerangi Yang Dipertuan Agong. Mereka yang terlibat kononnya telah menceroboh sebuah kem tentera, mencuri sebanyak-banyak senjata - penuh satu  kenderaan PAJERO. 

Yang peliknya mereka yang mencuri itu dapat melakukannya dengan begitu mudah dan selamat. Rakyat boleh percaya ke?  Untuk menyokong dakwaan PDRM itu, mereka melakunkan semula cara rompakan itu dilakukan!. Sekali lagi rakyat makin tidak percaya !  Untuk kes himpunan "BERSIH 2" ini pun sama juga.   Kelmarin PDRM telah melakunkan  semula beberapa bahagian dari peristiwa itu.  Apa tujuan sebenar mereka Wallahhua'lam. Yang pasti Umno dan PDRM mahu mengelirukan pemikiran rakyat!

Dalam kes video lucah,.. Bertalu-talu rakyat meluahkan rasa marah dan tidak percaya. Dua tiga kali DS Anwar membuat penafian!  UMNO/BN, barangkali PDRM juga bersungguh-sungguh menuduh Anwar adalah pelakunya.  Kenapa PDRM/UMNO tidak mahu membuat lakunan semula? Lakunkanlah  semula bagaimana Anuar boleh berada di hotel murah itu!  Gayakan juga bagaimana Datok T Eskey berada dibelakang tabir  atau sebagai juruvideo bagi aksi lucah itu !!

Kes sebelum hari perhimpunan "BERSIH 2"   
Kenapa polis tidak melakunkan  semula bagaimana mudahnya mereka  menyediakan beberapa bilah parang panjang, dan beberapa biji botol plastik yang diisi dengan petrol (bom petrol). Polis sendiri yang buat,  tetapi tuduh pendemo yang lakukan,  kononnya pendemo telah buat persediaan hendak mengamuk?.  Hakikat sebenar sebesar zarah pun amukan tak berlaku, bau-bau rusuhan jauh sekali !  

Rakyat menyeru pihak polis !  Kalau benar polis anak jantan, polis ikhlas,….sila buktikan polis tidak zalim, polis tidak ganas!  Sila buktikan majoriti  rakyat Malaysia sangat berminat dengan fahaman komunis !! seperti didakwa. Tunjukkan bukti yang relevan !.  Kalau tak ada bukti kukuh, lebih baik bebaskan saja enam orang ahli PSM yang ditahan!  Berhati perut le sikit!. Kasihanilah mereka,  kasihanilah keluarga mereka !

Isu polis jumpa peralatan dan senjata
Sekarang ini tentu polis-polis sedang sibuk mengagih-agih sesama sendiri  parang panjang, botol berpetrol, dan T Shirt yang kononnya mereka jumpa itu . Mereka boleh guna parang itu untuk menebas kebun,  Baju T "BERSIH" mereka boleh pakai ke kebun  atau pakai tidur malam!  Minyak petrol pula mereka boleh bagi anak-anak bujang mereka yang bermotor !!  Fuhh.  Hebatnya polis Malaysia !. Seharusnya kalian semua malu!  Tuduhan mengatakan pendemo nak buat rusuhan melesit !  Tuduhan kononnya pendemo nak sebarkan fahaman komunis lagi tak laku.                                                                                                                  

 Nasihat buat PDRM                                                                                                          
Semua masaalah berhubung dengan intergriti polis boleh selesai sebenarnya!  Kalau PDRM ingin dilihat jujur, amanah dan dipercayai oleh rakyat  senang saja !.  Mulai sekarang jauhi pemimpin Umno.  Buat satu pengistiharan bahawa PDRM selama ini telah dipaksa mengikut arahan Umno.  Dan mulai saat ini juga PDRM istiharkan bahawa mereka tidak lagi mahu berkerja untuk Umno !  Seluruh rakyat akan bersorak riang jika ini benar-benar berlaku !   Dan InsyaAllah kalau PDRM bertuankan kerajaan PAKATAN RAKYAT pasti semua ini tidak berlaku !!

MEK WOK & SUAMI KECEWA BAYAR RM34K TAPI GAGAL TUNAI UMRAH

Posted: 24 Jul 2011 01:14 AM PDT

KOTA BHARU: Hanya dua harapan ditagih pasangan Mek Wook Kundor, 108, bersama suaminya, Mohd Noor Musa, 39, iaitu agensi pelancongan yang menganjurkan pakej umrah kepada mereka memberi peluang kedua untuk menunaikan haji tahun ini atau mengembalikan wang berjumlah RM34,000.

Mohd Noor berkata, dia terkilan tindakan agensi terbabit yang bersikap 'lepas tangan' hingga mereka berdua terpaksa pulang ke Kampung Chat Rimau, Tanah Merah untuk menenangkan fikiran.

"Saya tidak menolak mungkin kenyataan saya di sebuah akhbar baru-baru ini mengenai hasrat kami untuk tinggal di Makkah selama empat bulan menjadi punca permohonan visa kami tidak dikeluarkan.

"Sedangkan saya menjawab atas dasar niat saja, tetapi tidak tahu pula menjadi kesalahan di pihak sana (agensi pelancongan) hingga hajat kami terhalang sama sekali.

Katanya, lima bulan lalu dia dan isteri mendaftarkan diri untuk menunaikan umrah sebelum bertemu seorang ejen pelancongan dekat Pasir Tumbor, di sini.


"Kami tertarik untuk ke sana (Makkah) dan membayar kira-kira RM34,000. Semua wang itu hasil simpanan isteri (Mek Wook) sejak sekian lama, selain beribadat kepada Tuhan berikutan usianya semakin meningkat.

"Bagaimanapun, harapan untuk ke sana semakin kabur selepas insiden itu berlaku. Memang mereka tidak menipu kami, tetapi tindakan mereka menyebabkan kami dalam dilema," katanya.
Mohd Noor yang menikahi Mek Wook pada 2006 berkata, besar harapan mereka untuk ke sana, selain luahan isterinya sejak mereka diijab kabul dan akan ke Makkah jika wang dikumpulkan mencukupi.

"Sebagai suami, saya mahu hajat isteri termakbul ketika umurnya masih panjang. Bila ini berlaku, saya rasa bersalah dan tidak tahu bagaimana untuk menerangkan kepadanya yang semakin hari semakin uzur.

"Hanya harapan saya, beri kami peluang untuk ke sana. Disebabkan kegagalan untuk ke Makkah, fikiran saya menjadi tidak tenteram," katanya.

Katanya, sehingga kini agensi berkenaan belum menghubunginya sejak pulang dari Kuala Lumpur ke Tanah Merah pagi kelmarin, termasuk memberi penjelasan atau memulangkan wang mereka.

"Sekarang ni macam-macam saya terpaksa fikirkan, kesihatan isteri, hasrat berdoa di Makkah untuk dijauhi dmasalah, melaporkan diri di balai polis berikutan masih di bawah pengawasan," katanya.

Lebih memilukan, pasangan suami isteri itu hanya diberitahu tidak boleh mengikut rombongan menunaikan umrah ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) beberapa jam sebelum ahli kumpulan lain berlepas jam 9.30 pagi semalam.

Batu Gajah Mari

Posted: 24 Jul 2011 11:34 AM PDT

Batu Gajah Mari


Wartawan Utusan akui tulis berita tanpa semak

Posted: 24 Jul 2011 11:18 AM PDT

Harakahdaily

KOTA BHARU, 24 Julai:
Seorang wartawan Utusan Malaysia mengakui tidak menemui plaintif sebelum menyiarkan berita disifatkan berunsur fitnah terhadap pemimpin PAS Perak, Mohd Misbahul Munir Masduki.

Yuspisman Asli, 39 kini Ketua Biro Utusan Cawangan Kelantan mengakui perkara itu ketika ditanya peguam plaintif, Mohamad Hanipa Maidin (gambar) pada perbicaraan kes saman Misbahul terhadap Datuk Khalid Mohd dan Utusan Melayu Bhd di Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini.

Hanipa sebelum itu mahu kepastian sama ada wartawan berkenaan menghubungi Misbahul atau menemui sekretariat muktamar atau pengerusi tetap bagi mendapat kesahihan sebelum berita itu ditulis.

Mingguan Malaysia pada 3 Jun 2007 dalam laporan di muka hadapan menggunakan tajuk "Dewan Ulama PAS ibarat tin kosong – Perwakilan".

Berita mengenai muktamar terbabit disiarkan dengan dakwaan wakil Perak, Misbahul Munir berkata, Dewan Ulama hanya hidup dalam kepompong mereka sendiri dan tidak berperanan dalam usaha mencelikkan rakyat terutamanya ketika berdepan dengan pelbagai isu melibatkan kepentingan umat Islam.

"Kepimpinan ulama yang dicanang oleh parti PAS tidak harus hanya menjadikan tin kosong melalui kewujudan Dewan Ulama, apabila aktiviti mereka lebih tertumpu di surau dan markas," katanya dalam laporan berita tersebut.

Dalam writ samannya plaintif menyebut berita disiarkan di muka hadapan akhbar Mingguan Malaysia itu dibuat dengan niat jahat dan bertujuan mensensasikan berita fitnah.

Perbicaraan kes itu diadakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim. Khalid dan Utusan diwakili peguam Azhar Arman Ali.

Sebelum kes itu difailkan di mahkamah peguam plaintif telah menghantar notis supaya Utusan meminta maaf bercara bertulis dalam tempoh tujuh hari.

Defendan juga dituntut membayar ganti rugi sebanyak RM250,000 dalam masa tujuh hari sebagai ganti rugi, namun pihak defendan gagal berbuat demikian.

Oleh itu plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi melampau dan perintah menarik balik tuduhan fitnah dan ucapan minta maaf daripada kedua-dua defendan.

Ketika prosiding pada 5 Julai lalu Misbahul memberi keterangan di mahkamah terhadap tuntutan saman tersebut.

Dalam keterangannya Misbahul memberitahu beliau tidak berucap langsung atau menjadi pembahas pada muktamar kali ke-53 yang diadakan di Putik, Pengkalan Chepa.

Penerbitan berita fitnah tersebut menyebabkan maruahnya tercemar sehingga meletak dirinya di kancah kebencian dan kehinaan pada pandangan masyarakat.

Hanipa berkata, biar pun Yulpisman menganggap berita itu sebagai kritikan membina dalam keterangan hari ini, namun dalam berita yang disiarkan tidak menggambarkan situasi tersebut.

Menurutnya berita berkenaan tambah hangat apabila diulas pula Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak sehari selepas itu, yang digambarkan Utusan terus mempertahankan berita tidak betul.

"Dalam kes ini plaintif telah dilihat memburukkan PAS apabila berkata, Dewan Ulama PAS ibarat ting kosong.

"Berita itu kemudian disebarkan melalui Utusan dengan edaran sehingga 400,000 naskah bertujuan bagi menarik perhatian ramai," katanya.

Prosiding kes tersebut masing-masing menampil seorang saksi iaitu Misbahul bagi pihak plaintif dan Yuspisman (defendan).

Penghujahan kes berkenaan akan disambung pada 26 September hadapan

PAS Kawasan Gerik

Posted: 24 Jul 2011 09:10 AM PDT

PAS Kawasan Gerik


Majlis Penubuhan ANAK Cawangan Felda Bersia Dan Penyerahan Borang Permohonan Tanah Felda Plantation Kepada Generasi Kedua Oleh Mazlan Aliman

Posted: 24 Jul 2011 06:07 AM PDT





















KHIDMAT MERU

Posted: 24 Jul 2011 09:08 AM PDT

KHIDMAT MERU


MAJLIS MAKAN MALAM KOMERU MERIAH

Posted: 24 Jul 2011 02:26 AM PDT















Satu Majlis Makan Malam telah di adakan di Dewan Serbaguna MPK Meru bagi tujuan mengutip derma bagi menjalankan berbagai bentuk aktiviti yang menjurus kepada kefahaman masyarakat tentang kesyumulan Islam.


Pengerusi KOMERU Tuan Hj.Isman Hussin selaku penganjur majlis tersebut membicarakan secara panjang lebar berbagai bentuk aktiviti dan pelaburan yang di laksanakan oleh KOMERU bagi menjana ekonomi bumiputera.


YB Mohd Nizar Jamaluddin, Ahli Parlimen Bukit Gantang turut menyampaikan ceramah beliau dan meminta masyarakat membuat perubahan demi keselamatan dan keselesaan mereka sendiri.














Tiada ulasan:

Catat Ulasan