KUALA LUMPUR, 21 Julai: Dewan Pemuda PAS Malaysia konsisten melahirkan rasa tidak bersetuju dan amat kesal dengan langkah penganjur yang mahu meneruskan Konsert MTV World Stage di I-City Seksyen 7, Shah Alam pada 24 Julai ini.
"Penganjuran konsert ini telah mengguris perasaan umat Islam apabila ia berlangsung hanya seminggu menjelang bulan Ramadhan al-Mubarak, saat umat Islam mempersiapkan diri menyambut bulan mulia dan bulan ibadah," ujar ketuanya, Nasrudin Hassan at-Tantawi (gambar) kepada Harakahdaily.
Tambahnya, terdahulu pihak Pemuda PAS telah menghantar dua memorandum bantahan melalui Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor.
Menurutnya, pemorandum pertama pada bulan Jun dan memorandum kedua seminggu lepas kerana menganggap konsert tersebut bertentangan dengan Enakmen Kawalan Hiburan Negeri Selangor.
Malangnya, kata beliau memorandum tersebut tidak dipedulikan malah usaha pemuda PAS Selangor untuk menemui pihak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga gagal.
Katanya lagi, Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia Cawangan Selangor turut membantah apabila mereka juga menerima bantahan dan rungutan dari penduduk sekitar.
Beliau menambah, konsert MTV yang turut menampilkan kumpulan 30 Second To Mars yang merupakan pemenang Kumpulan Rock di MTV Europe Music Award 2010 dan kumpulan rock tempatan tidak selayaknya berlangsung secara terbuka pula tiada jaminan kawalan dari pihak penganjur untuk mengelakkan berlakunya pergaulan bebas lelaki dan perempuan.
Baginya, selayaknya konsert seperti itu dibuat di tempat yang tertutup dan tidak membenarkan anak-anak muda muslim hanyut di dalamnya.
Jelasnya, Dewan Pemuda PAS Malaysia tidak membantah hiburan, tetapi membantah elemen yang tidak sihat di dalam hiburan tersebut.
Justeru, ujarnya hiburan yang mahu dianjurkan mestilah hiburan yang tidak melekakan dan melalaikan generasi muda dan mendorong pula mereka ke kancah maksiat dan mungkar dengan berlakunya pergaulan bebas lelaki dan perempuan, sementara negara sedang kritikal berdepan dengan penyakit sosial yang kian tenat dan parah dalam negara kita hari ini khasnya negeri Selangor.
Menurutnya lagi, menjelang Ramadhan, selayaknya kerajaan negeri Selangor memperbanyakkan aktiviti yang mampu mendidik minda dan syakhsiah anak muda ke arah membentuk peradaban atau tamadun yang hebat, sementelah pula I-City adalah pusat ilmu bukan pusat hiburan.
"Berpada-padalah dengan hiburan. Saya setuju manusia perlu berhibur dan hiburan perlu bagi menyerikan hidup, namun hiburan yang keterlaluan hanya akan merosakkan minda dan peribadi manusia lantaran manusia mempunyai tanggungjawab yang jauh lebih penting untuk masa depan hidup mereka selain hiburan," ujarnya.
Justeru, beliau menyeru agar umat Islam khasnya anak-anak muda muslim agar tidak menghadirkan diri ke konsert tersebut sebaliknya fokus kepada persiapan diri menghadapi Ramadhan Al-Mubarak dengan aktiviti penyucian jiwa dan minda serta mendalami ilmu agar ibadah puasa di bulan Ramadhan kelak akan dilangsungkan dengan faham dan penuh penghayatan.
"Insya Allah, Dewan Pemuda PAS Malaysia khasnya melibatkan anggota pemuda PAS Negeri Selangor dan Wilayah akan turun beramai-ramai untuk mengedar risalah dan berdakwah mengajak anak-anak muda mendekati Allah SWT dalam masa yang sama, menjauhkan diri daripada maksiat dan mungkar," katanya.
Tambahnya, sementara untuk hiburan, insya Allah apabila tiba masa yang sesuai, akan ada penganjuran hiburan yang baik, terkawal, tidak melalaikan dan pada masa yang sama akan mendidik jiwa ke arah kebaikan.
Sebelum ini pun, katanya telah banyak kali Pemuda PAS menganjurkannya dan kita juga menyokong mana-mana penganjuran majlis hiburan yang tidak menjejaskan peribadi atau akhlak anak muda.
SANDAKAN: Seramai 8,303 pendatang asing tanpa izin (PATI) telah mendaftar di bawah program 5P (pendaftaran, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran) dalam tempoh tiga hari bermula Isnin lepas.
Proses pendaftaran akan berakhir 1 Ogos.
Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Mohammad Mentek berkata daripada sembilan pusat pendaftaran yang dibuka di seluruh negeri, jumlah PATI paling ramai mendaftar ialah di Lahad Datu seramai 2,440 orang, diikuti di Sandakan (1,619), Tawau (1,412) dan Kota Kinabalu (1,222).
"Ramai PATI yang mendaftar adalah dari sektor perladangan hasil kerjasama yang diberikan oleh majikan di sektor itu yang membawa pekerja mereka dalam kategori PATI mendaftar di bawah program 5P," katanya kepada pemberita semasa melawat pusat pendaftaran 5P di Dewan Sibuga Batu 5 di sini hari ini.
Mohammad berkata pada hari ketiga semalam, seramai 3,051 orang PATI mendaftar yang membabitkan 2,478 warga Indonesia, Filipina (557) Pakistan (10), India (lima) dan lain-lain (satu).
ISLAMABAD - Pakistan melantik menteri luar wanita pertama bagi mengisi jawatan penting itu beberapa hari sebelum rundingan damai dijadual berlangsung antara negara itu dengan India.
Hina Rabbani Khar, 34, juga mencipta rekod sebagai menteri luar paling muda dalam sejarah Pakistan selepas mengangkat sumpah, kelmarin.
Jawatan tertinggi di Kementerian Luar India itu kosong sejak Februari lalu apabila menteri terdahulu, Shah Mahmood Qureshi meletak jawatan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz mengumumkan bahawa Suruhanjaya Diraja Siasatan kematian Teoh Beng Hock mendapati setiausaha politik DAP itu membunuh diri.
Katanya, suruhanjaya tersebut memutuskan tindakan bunuh diri itu akibat soalsiasat yang agresif dan berterusan oleh pegawai Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Tiga pegawai SPRM didapati telah menggunakan taktik soal siasat yang "agresif, tidak wajar, maka langgar peraturan", kata Nazri dalam satu sidang akhbar di bangunan Parlimen petang ini.
Bagaimanapun, Nazri menambah, pegawai SPRM itu tidak mempunyai niat untuk membunuh Teoh.
IPOH: "Tolong wan, adik sakit..., tolong adik...," jerit kanak-kanak berusia tiga tahun kepada neneknya selepas diseret sejauh hampir 100 meter oleh van dinaikinya menyebabkan kulit kepalanya terkoyak sehingga menampakkan tempurung kepala, pagi kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 11.30 pagi di Bandar Baru Putra, Bercham di sini, turut mengakibatkan Muhammad Haziq Aqasha Muhamad Sazali, cedera di perut dan tangan kirinya. Mangsa diseret di depan neneknya, Timah Sukaimi, 70, yang sedang menunggu di pintu untuk menyambut kepulangan cucunya taska.
Menurut Timah, ketika kejadian dia mahu membuka pagar sebelum dikejutkan dengan jeritan Muhammad Haziq. "Saya sangka adik (nama timangan mangsa) diculik kerana dia tidak kelihatan di tepi jalan selepas van dinaikinya bergerak pergi. "Jeritannya bertambah nyaring menyebabkan saya panik dan seperti orang tidak siuman mencarinya sekitar kawasan rumah," katanya ketika ditemui di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, semalam.
Warga emas yang uzur dan berjalan menggunakan tongkat itu hampir pengsan selepas dimaklumkan jiran yang turut terdengar jeritan itu bahawa cucunya diseret van.
Kejadian dipercayai berlaku apabila beg galas dibawa mangsa tersangkut pada pintu van ketika menutupnya dan pemandu van yang menyangka mangsa sudah turun, memecut kenderaannya.
Tindakan pemandu van itu menyebabkan Muhammad Haziq terseret sejauh hampir 100 meter di bahagian bawah kenderaan dalam keadaan terbaring.
Mujur tindakan berani seorang wanita yang juga jiran keluarga mangsa melangkah ke tengah jalan untuk memberhentikan van itu berjaya menyelamatkan Muhammad Haziq daripada maut.
Pemandu van, seorang lelaki berusia 50-an mendakwa tidak mendengar jeritan mangsa ketika ditanya jiran wanita itu.
Jiran itu kemudian meminta orang ramai mengangkat mangsa yang meraung kesakitan ke dalam van sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan. Bapa mangsa, Muhamad Sazali Yahaya, 30, anggota Batalion 1 Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta berkata, jirannya itu memaklumkan kejadian berkenaan kepadanya.
"Dia terlebih dulu memberitahu kejadian itu kepada ibu saya (Timah) sebelum menghubungi saya yang ketika itu berada di Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK) bagi menghantar makanan kepada isteri yang bertugas sebagai jururawat di sana.
"Saya bersama isteri bergegas ke klinik berkenaan dan luluh hati kami melihat keadaan anak yang meraung kesakitan. Saya cuba tabahkan diri untuk menenangkan perasaan, tetapi gagal," katanya sebak.
Muhamad Sazali berkata, dia bertambah sayu selepas Muhammad Haziq meminta dia dan isteri berhenti menangis.
"Haziq pintar biarpun baru berusia tiga tahun lima bulan. Dalam keadaan sakit dia masih sempat menasihatkan saya dan isteri supaya jangan menangis kerana dia tidak mahu mati lagi," katanya.
Berikutan kecederaan parah dialaminya, Muhammad Haziq dimasukkan ke bahagian kecemasan HRPB sebelum menjalani pembedahan.
Muhamad Sazali berkata, menurut doktor, anaknya mungkin mengalami kecacatan kekal pada dua jari tangan kirinya selepas urat saraf di bahagian itu hancur dan putus.
Pembedahan awal yang dilakukan ialah untuk mengambil cebisan kulit paha bagi ditampal pada perutnya.
Muhamad Sazali tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemandu van terbabit, namun tumpuannya kini ialah terhadap anaknya yang bakal menjalani satu lagi pembedahan plastik bagi menutup tempurung kepala.
Saya ingin mengulas mengenai perkembangan terkini parti umno yang menyatakan bahawa mereka sedia berubah menjadi sebuah parti yang menerajui pemerintahan Negara menerusi politik baru yang lebih merakyat.
Bagi saya kenyataan tersebut adalah kenyataan terdesak UMNO dipenghujung hayatnya kerana sebenarnya rakyat bukan menagih janji Umno-Bn berubah, kerana mereka sedang menunggu untuk menukar kerjaan dalan PRU akan datang kepada Pakatan Rakyat.
berdasarkan mood rakyat terutamanya generasi belia dan muda mudi khususnya yang mudah terdedah dengan maklumat yang secara terus dari media baru mereka sudah muak dan tidak percaya lagi dengan janji kosong dari pemimpin BN.
Generasi ini menolak sebarang bentuk penipuan yang secara terang-terangan, generasi ini juga celik terhadap kezaliman yang berlaku khususnya mengenai apa yang sebenarnya telah berlaku di Kuala Lumpur pada 9 Julai baru-baru ini.
Walaupun usaha ke arah manipulasi video oleh Umno-Bn yang cuba menayangkan kepada rakyat Malaysia bahawa yang ganas bukan polis tetapi usaha mereka itu sia-sia.
Umno-Bn mengambil masa hampir dua minggu untuk menyediakan bahan bukti palsu berbentuk video bertujuan membohongi rakyat untuk dipamerkan kepada rakyat bahawa polis tidak ganas.
Padahal rakyat telah melihat sendiri video keganasan polis (Umno-Bn) terhadap rakyat pada malam 9 Julai tersebut melalui internet, jika benar video itu palsu, mustahil kesemua video itu siap dalam masa setengah hari sahaja.
Kerajaan Umno-Bn adalah "hantu" yang suka berbohong perlu dilenyapkan dari lanskap politik Negara menjelang PRU 13 nanti, perbanyakkan doa kepada Allah swt supaya kezaliman Umno-Bn lenyap dengan kadar segera insyaallah.
Saya ingin mengulas perkembangan terkini negara berkenaan simulasi pilihan raya dalaman versi Umno baru-baru ini yang diumumkan oleh SU Agung UMNO dengan katanya berjalan dengan lancar.
Satu sisi ianya memperlihatkan dan memberi tanda bahawa PRU13 amat hampir. Saya melihat simulasi ini adalah persiapan Umno untuk menghadapai pilihan raya 13 tidak lama lagi.
Namun begitu sekiranya diteliti dengan baik mengenai simulasi itu, saya lihat ianya tidak lebih dari lakonan dan sandiwara UMNO kerana segalanya telah disalahgunakan bagi menghadapi pilihanraya dengan penyalahgunaan kuasa terhadap jabatan dan agensi serta kementerian yang berkaitan bagi membantu UMNO dalam segala hal yang berkaitan dengan pilihanraya.
Walau apapun yang telah diumumkan oleh umno, saya mencabar kepimpinan Umno untuk menerima kesemua lapan tuntutan Bersih dan umum awal tarikh pilihan raya kepada rakyat supaya poilihanraya di malaysia lebih adil dan bersih.
Kerana itu simulasi pilihanraya yang UMNO lakukan mestilah mengambil kira bahawa perhitungan yang dilakukan adalah salah kerana banyak penyelewengan dalam pilihanraya.
UMNO-BN dilihat terus mendiamkan diri apabila SPR tidak berbuat apa-apa setelah pendedahan demi pendedahan oleh Pakatan mengenai penyelewengan dalam pilihanraya termasuklah senarai daftar pengundi yang amat meragukan.
Saya amat ragu dengan senarai daftar pemilih yang dikeluarkan SPR dengan alamat yang tidak lengkap , mereka ada nombor rumah tetapi tidak memiliki lorong , jalan mahupun kampung.
Perdana Menteri khususnya perlu mempamerkan reaksi beliau mengenai isu ini, bukannya cuma berdiam diri.
Jelajah penerangan di seluruh pelusuk Negara telah selesai, jelajah ke luar Negara pula sedang dipergiat dan yang terbaru Najib Razak dan juak-juaknya ke Vatican untuk raih simpati penganut kristian di Malaysia.
Saya cadangkan beliau perlu pertimbang untuk ke negara-negara pendatang asing tanpa isin (PATI)pula bagi meraih sokongan pengundi hantu kerana ini sahaja yang belum beliau lakukan.
Saya berharap rakyat Malaysia cakna dengan taktik kotor dan jijik Umno-Bn untuk meraih sokongan rakyat.
UMNO-BN perlu ditolak pada PRU 13 bagi menjamin rakyat dan Negara ini dari cengkaman penjajah Umno-BN yang telah mengkhianati amanah itu selama 53 tahun.
KERETA API kargo terpanjang di Asia Tenggara yang dilancarkan di stesen KTMB Padang Besar semalam.
PADANG BESAR – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mencatat sejarah apabila melancarkan Tren Kargo Terpanjang Menggunakan Lokomotif Tunggal yang menarik 50 gerabak di Stesen KTMB Padang Besar di sini semalam.
Pengurus Besar Perkhidmatan Kargo KTMB, Azman Ahmad Sharabi berkata, kargo terpanjang di Asia Tenggara itu membawa 100 TEU (unit bersamaan 20 kaki) sepanjang 900 meter itu berlepas dari Stesen KTMB di sini ke Pulau Pinang.
Katanya, itu mengambil masa sembilan jam untuk sampai ke Pulau Pinang dan tempoh itu dapat disingkatkan kepada di antara empat dan lima jam apabila landasan berkempar Ipoh-Padang Besar siap sepenuhnya pada 2013.
"Lazimnya sesebuah lokomotif menarik sehingga 20 gerabak dan boleh ditingkatkan kepada 25 gera- bak atas permintaan pada satu-satu masa.
"Namun, dengan pemilikan aset baru dengan loko- motif yang lebih berkuasa tinggi kelas 26 dan 29, ia dapat ditingkatkan dan boleh membawa sehingga 50 gerabak pada satu-satu masa," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Kargo Terpanjang Asia Tenggara di sini.
JAKARTA: Polis menemui 26 butir bom buatan sendiri di timur Indonesia susulan letupan di sebuah sekolah berasrama Islam disyaki dijadikan kilang bom minggu lalu, kata jurucakap kelmarin yang dipetik akhbar, Jakarta Globe.
Selepas letupan membunuh seorang pengganas disyaki, polis menyerbu sekolah Umar bin Khatab di barat wilayah Nusa Tenggara dan mengakhiri kebuntuan tiga hari dengan pelajar dan guru bersenjatakan pedang, kayu dan parang.
"Sebanyak 26 butir bom paip dimatikan. Mereka merancang menggunakan bom ini untuk menyerang balai polis," jurucakap polis nasional, Anton Bachrul Alam.
Polis berkata sekolah itu berkait dengan pendakwah radikal Abu Bakar Bashir, dihukum penjara 15 tahun bulan lalu kerana membiayai kumpulan pengganas yang merancang serangan terhadap warga Barat dan pemimpin politik.
Kebanyakan daripada 200 juta penduduk Islam Indonesia berfahaman sederhana tetapi negara itu berusaha membendung kegiatan radikal yang melancarkan serangan termasuk pengeboman Bali pada 2002 yang membunuh 202 orang. – AFP/ Agensi
19 Syaaban 1432H. [MOD] -20 JULAI 2011: Seorang penduduk kampung, Mohd Faizul Abu Bakar membawa bangkai buaya menggunakan bot untuk ditanam selepas dipercayai mati ditembak oleh pihak berkuasa di hulu Sungai Seblak, di Kampung Mempelang, Kabong, Saratok, Sarawak.
Sokong undian dapatkan keanggotaan sebagai sebuah negara di PBB
RAMALLAH (Tebing Barat): Pemimpin yang dipenjarakan, Marwan Barghouti meminta rakyat Palestin mengadakan perarakan besar-besaran September ini bagi menyokong undian untuk mendapatkan keanggotaan sebagai negara Palestin di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Barghouti, tokoh dihormati di kalangan rakyat Palestin berkata langkah membawa negara Palestin menjadi anggota PBB adalah sebahagian daripada strategi baru yang boleh membuka pintu kepada penentangan aman dan popular.
"Saya menyeru rakyat di tanah air dan di luar untuk keluar secara aman, mengadakan perarakan yang disertai jutaan rakyat pada minggu undian PBB pada September"
Marwan Barghouti
Pemimpin Palestin "Saya menyeru rakyat di tanah air dan di luar untuk keluar secara aman, mengadakan perarakan yang disertai jutaan rakyat semasa minggu undian PBB pada September," kata Barghouti dalam kenyataan ditulis dari penjara di Israel.
Dengan rundingan damai yang masih buntu, rakyat Palestin yang disokong Liga Arab memutuskan mendapatkan penyertaan penuh PBB sebagai sebahagian daripada apa yang mereka jelaskan pendekatan baru untuk perjuangan nasional.
Israel bimbang undian pada September akan mencetuskan bantahan yang diilhamkan dengan kebangkitan di rantau itu.
Seorang panglima tentera Israel yang enggan namanya disiarkan kelmarin berkata Israel akan memperkukuhkan kawalan sempadan berikutan cadangan bantahan itu.
Amerika Syarikat yang juga menjadi penaja utama rundingan damai sejak dua dekad lalu, menolak langkah diplomatik Palestin berkenaan, sebaliknya mengusahakan semula rundingan damai yang menemui jalan buntu berikutan keengganan Israel menghentikan pembesaran penempatan Yahudi.
Tel Aviv berkata langkah Palestin itu bertujuan memencil dan mengharamkan negara Israel.
Kuasa veto Amerika di Majlis Keselamatan mungkin menggagalkan usaha Palestin untuk mendapatkan keanggotaan penuh PBB dengan negara Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, serta timur Baitulmaqdis.
Bagi mengelak veto berkenaan, Palestin menyatakan pihaknya akan membentangkan resolusi itu di Perhimpunan Agung PBB (UNGA) bagi mendapatkan keanggotaan negara Palestin berdasarkan sempadan sebelum Perang Enam hari pada 1967.
Mereka menjangkakan langkah itu boleh berjaya, berikutan sokongan yang sudah dinyatakan 120 negara yang jumlahnya dijangka meningkat sekurang-kurang 130 negara.
Barghouti, tokoh pergerakan Fatah yang diketuai Presiden Mahmoud Abbas, menggesa semua pihak bersatu padu melancarkan serangan diplomatik untuk berhadapan dengan kuasa veto Zionis Amerika.
Bagi ramai rakyat Palestin, Barghouti kekal sebagai simbol perjuangan negara mereka. Penyokongnya menyifatkannya sebagai Nelson Mandela Palestin, tokoh yang berkarisma yang mampu menyatukan Palestin dan merangsang usaha untuk mendapatkan negara.
Beliau disabitkan dengan pembunuhan kerana peranannya dalam serangan ke atas Israel dalam kebangkitan Palestin atau intifada dan dihukum penjara seumur hidup oleh Israel pada 2004.
Wakil Palestin di PBB, Riyad Mansour berkata kenaikan taraf status Palestin akan membawa faedah termasuk membenarkan Palestin mendapat keanggotaan agensi PBB. – Reuters
KUALA LUMPUR, 21 Julai: Dewan Pemuda PAS Malaysia konsisten melahirkan rasa tidak bersetuju dan amat kesal dengan langkah penganjur yang mahu meneruskan Konsert MTV World Stage di I-City Seksyen 7, Shah Alam pada 24 Julai ini.
"Penganjuran konsert ini telah mengguris perasaan umat Islam apabila ia berlangsung hanya seminggu menjelang bulan Ramadhan al-Mubarak, saat umat Islam mempersiapkan diri menyambut bulan mulia dan bulan ibadah," ujar ketuanya, Nasrudin Hassan at-Tantawi (gambar) kepada Harakahdaily.
Tambahnya, terdahulu pihak Pemuda PAS telah menghantar dua memorandum bantahan melalui Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor.
Menurutnya, pemorandum pertama pada bulan Jun dan memorandum kedua seminggu lepas kerana menganggap konsert tersebut bertentangan dengan Enakmen Kawalan Hiburan Negeri Selangor.
Malangnya, kata beliau memorandum tersebut tidak dipedulikan malah usaha pemuda PAS Selangor untuk menemui pihak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga gagal.
Katanya lagi, Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia Cawangan Selangor turut membantah apabila mereka juga menerima bantahan dan rungutan dari penduduk sekitar.
Beliau menambah, konsert MTV yang turut menampilkan kumpulan 30 Second To Mars yang merupakan pemenang Kumpulan Rock di MTV Europe Music Award 2010 dan kumpulan rock tempatan tidak selayaknya berlangsung secara terbuka pula tiada jaminan kawalan dari pihak penganjur untuk mengelakkan berlakunya pergaulan bebas lelaki dan perempuan.
Baginya, selayaknya konsert seperti itu dibuat di tempat yang tertutup dan tidak membenarkan anak-anak muda muslim hanyut di dalamnya.
Jelasnya, Dewan Pemuda PAS Malaysia tidak membantah hiburan, tetapi membantah elemen yang tidak sihat di dalam hiburan tersebut.
Justeru, ujarnya hiburan yang mahu dianjurkan mestilah hiburan yang tidak melekakan dan melalaikan generasi muda dan mendorong pula mereka ke kancah maksiat dan mungkar dengan berlakunya pergaulan bebas lelaki dan perempuan, sementara negara sedang kritikal berdepan dengan penyakit sosial yang kian tenat dan parah dalam negara kita hari ini khasnya negeri Selangor.
Menurutnya lagi, menjelang Ramadhan, selayaknya kerajaan negeri Selangor memperbanyakkan aktiviti yang mampu mendidik minda dan syakhsiah anak muda ke arah membentuk peradaban atau tamadun yang hebat, sementelah pula I-City adalah pusat ilmu bukan pusat hiburan.
"Berpada-padalah dengan hiburan. Saya setuju manusia perlu berhibur dan hiburan perlu bagi menyerikan hidup, namun hiburan yang keterlaluan hanya akan merosakkan minda dan peribadi manusia lantaran manusia mempunyai tanggungjawab yang jauh lebih penting untuk masa depan hidup mereka selain hiburan," ujarnya.
Justeru, beliau menyeru agar umat Islam khasnya anak-anak muda muslim agar tidak menghadirkan diri ke konsert tersebut sebaliknya fokus kepada persiapan diri menghadapi Ramadhan Al-Mubarak dengan aktiviti penyucian jiwa dan minda serta mendalami ilmu agar ibadah puasa di bulan Ramadhan kelak akan dilangsungkan dengan faham dan penuh penghayatan.
"Insya Allah, Dewan Pemuda PAS Malaysia khasnya melibatkan anggota pemuda PAS Negeri Selangor dan Wilayah akan turun beramai-ramai untuk mengedar risalah dan berdakwah mengajak anak-anak muda mendekati Allah SWT dalam masa yang sama, menjauhkan diri daripada maksiat dan mungkar," katanya.
Tambahnya, sementara untuk hiburan, insya Allah apabila tiba masa yang sesuai, akan ada penganjuran hiburan yang baik, terkawal, tidak melalaikan dan pada masa yang sama akan mendidik jiwa ke arah kebaikan.
Sebelum ini pun, katanya telah banyak kali Pemuda PAS menganjurkannya dan kita juga menyokong mana-mana penganjuran majlis hiburan yang tidak menjejaskan peribadi atau akhlak anak muda. (Hdaily/d)
KUALA LUMPUR, 21 Julai — PAS meletakkan sasaran untuk bertanding di 80 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-13 — satu peningkatan sebanyak 14 kerusi berbanding tiga tahun lalu.
Ini termasuk harapan PAS agar Pakatan Rakyat mempertimbangkan kemungkinan menyerahkan kerusi-kerusi dimenangi pada pilihan raya umum 2008, tetapi wakil rakyatnya telah melompat keluar, kepada parti Islam itu, kata naib presidennya Salahuddin Ayub (gambar).
Pada pilihan raya umum ke-12, PAS bertanding di 66 kerusi Parlimen dan 232 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Parti itu menang di 23 kerusi Parlimen dan 83 kerusi DUN.
Dua komponen Pakatan Rakyat iaitu DAP dan PKR masing-masing bertanding di 47 dan 97 kerusi Parlimen. DAP menang di 28 kawasan dan PKR pula 31.
Mengulas lanjut, Salahuddin berkata mana-mana kerusi baik di peringkat DUN dan Parlimen harus diserahkan kepada parti yang dilihat boleh memenangi kerusi itu selain mahu mengelakkan "wakil rakyat lompat" berulang.
Perkara sama pernah dibangkitkan pada muktamar PAS bulan lalu yang mana Dewan Pemudanya mahu PKR dan DAP menyerahkan kerusi-kerusi yang wakil rakyat mereka telah melompat parti agar rakyat terus yakin dengan perikatan itu pada pilihan raya umum ke-13.
Sejak pilihan raya umum 8 Mac 2008, PKR dan DAP kehilangan sejumlah kerusi DUN dan Parlimen. Kerusi-kerusi itu membabitkan negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.
"Pakatan beri ruang untuk kita berbincang kerusi dalam kategori ini (lompat parti) dan ia bukan satu pelanggaran untuk mereka buat kajian, analisis dan beri pandangan terbaik untuk kerusi ketegori ini.
"Malah kerusi yang PAS bertanding, kalau rakan Pakatan Rakyat berminat untuk bertanding, kita terbuka untuk berunding dan berbincang, dalam rundingan apa sahaja boleh berlaku," kata Salahuddin kepada The Malaysian Insider ketika ditemui semalam.
Menurut Ahli Parlimen Kubang Kerian ini, pihaknya juga menambah bilangan kerusi Parlimen yang akan ditandingi termasuk di Sabah dan Sarawak pada pilihan raya umum ke-13, yang diramalkan akan diadakan tahun depan.
Bagaimanapun kata Salahuddin, pihaknya menyasarkan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan hujung tahun ini.
"Kita mahu kerusi tambahan, tidak kurang daripada 80 kerusi termasuk di Sabah dan Sarawak yang mana kita telah mengenal pasti kawasan-kawasan ini.
"Tapi kita lebih tumpukan kerusi di Semananjung (Malaysia) manakala di Sabah dan Sarawak kita tidak akan bertanding banyak kerusi," katanya.
Tambah Salahuddin, pihaknya juga mahu mana-mana kerusi yang "dipinjam" dipertimbangkan untuk "dipulangkan" semula kepada parti yang layak.
Pada pilihan raya umum 2008, Pakatan Rakyat menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) di Parlimen dan menawan empat negeri tambahan iaitu Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang.
Negeri Kelantan kekal ditadbir sejak ia dikuasai PAS pada 1990.
Ekoran tindakan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) masing-masing dua dari PKR dan satu melibatkan DAP keluar parti, Perak diambil alih oleh BN.
Tahun lalu, DAP juga kehilangan satu lagi kerusi DUN di Perak.
Semalam, pemimpin DAP Zairil Khir Johari berkata pembahagian kerusi pilihan raya di DUN dan Parlimen antara ketiga-tiga parti itu akan dimuktamadkan hujung bulan ini. - (MI/d)
KUALA LUMPUR 21 JULAI : Buku negara berkebajikan yang ditulis Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan dilancarkan pertengahan bulan depan dengan menekankan tiga aspek penting bagi menjawab kritikan pesaing politik parti itu.
Setiausaha Akhbar Abdul Hadi, Nasaie Ismail berkata, buku setebal 50 muka surat itu menekankan soal pentadbiran negara yang gagal dilaksanakan Barisan Nasional (BN) sepanjang lebih 50 tahun memerintah negara.
Jelas beliau, buku negara berkebajikan yang akan dilancarkan serentak dengan dokumen negara berkebajikan menekankan tiga aspek utama yang akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat memerintah.
Menurutnya lagi, buku negara berkebajikan itu tidak mempunyai sebarang percanggahan dengan Buku Jingga yang diterbitkan Pakatan Rakyat.
Buku Jingga antara lain menggariskan program 100 hari pertama, yang akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.
"Kandungan buku (negara berkebajikan) lebih kepada untuk memahami konsep negara berkebajikan kerana ada dua persoalan yang orang tanya sekarang ini, yang pertama adakah negara berkebajikan ini sama dengan 'welfare state' dan yang kedua Umno kata dah buat negara itu tapi yang kita jawab dalam buku itu tidak sama dengan apa yang Umno buat dan yang ketiga yang menjadi persoalan bagaimana dengan Buku Jingga.
"Negara berkebajikan ini bukan satu tawaran sehala bagaimana Buku Jingga, Buku Jingga adalah perkara-perkara yang ada dalam negara berkebajikan tetapi negara berkebajikan adalah konsep bernegara yang kita nak tunjukkan sebab yang kita hendak betulkan ini bukan satu bab sahaja.
"Kalau dalam Buku Jingga adalah janji 100 hari (pertama) Pakatan Rakyat tapi negara berkebajikan ini, kita nak tunjukkan konsep bernegara sebab yang rosak bukan aspek ekonomi sahaja, negara ini dirosakkan BN dalam semua aspek. Jadi kita nak gantikan negara yang BN bina sekarang ini dengan negara apa, negara berkebajikan," kata Nasaie kepada The Malaysian Insider.
"Negara berkebajikan ini ada tiga ciri yang pertama negara berkebajikan ini mesti dipimpin oleh pemimpin dan rakyat yang berintegriti, berwibawa kalau dalam Islam kita sebut yang beriman.
"Pemimpin kalau dalam sudut agamanya dia jaga kemudian amalan-amalan yang diterima oleh semua pemimpin yang tidak rasuah, pemimpin yang tidak jadikan negara ini kepunyaan dirinya dan sebagainya.
"Yang penting pemimpin mesti berintegriti, kalau rakyat berintegriti tapi pemimpin tidak, tidak ada gunanya... kalau pemimpin berintegriti tapi rakyat porak-peranda tak guna juga," katanya.
Panel pelaksana konsep negara berkebajikan dipengerusikan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.
Difahamkan dokumen negara berkebajikan sudah berada di peringkat akhir perincian.
Panel khas itu akan mengadakan mesyuarat pertama hari ini untuk memperincikan konsep negara berkebajikan, yang diketengahkan dalam ucapan dasar Presiden PAS pada 3 Jun lalu.
Ucapan dasar itu bertemakan "Membangun Negara Berkebajikan".
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Nasaie yang juga Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan berkata, konsep negara berkebajikan turut memberi penekanan terhadap pengagihan ekonomi yang adil kepada keseluruhan rakyat.
"Yang kedua agihan ekonomi yang adil, di situ termasuk Buku Jingga tapi Buku Jingga untuk 100 hari jadi tiada pencanggahan di situ. Keadilan ekonomi yang kita nak beri bukan bermakna ada satu pihak didahulukan dan ada satu pihak di kemudiankan, maknanya sama rata.
"Yang ketiga, negara yang berakhlak, negara yang berakhlak ini dipimpin oleh pemimpin yang mempunyai ciri seperti tepati janji terutamanya dengan orang bukan Islam dan golongan minoriti, bersikap adil kepada semua, kalau mengenai 'welfare state', kita lihat pada hari ini, banyak yang sudah jatuh dari segi ekonomi tapi konsep yang kita nak bawa ini adalah konsep bernegara daripada pemimpin, rakyat dan agihan ekonomi," katanya.
Selain itu, beliau berkata kandungan buku negara berkebajikan itu turut menyentuh agar pemerintah turut memberi tumpuan kepada hak minoriti dan rakyat kebanyakan yang diketepikan dalam pentadbiran BN.
"Negara berkebajikan juga memberi keutamaan kepada hak-hak minoriti sama ada ia berasaskan kaum atau etnik seperti di Sabah dan Sarawak atau Orang Asli ataupun jantina.
"Yang selama ini diketepikan adalah hak kebanyakan seperti petani, nelayan . . . mereka tiada slip gaji tapi perlukan rumah, nak kahwin dan golongan ini yang kerajaan perlu bagi inisiatif dalam negara berkebajikan. Kita nak buat lain daripada apa yang Umno dah buat, lawan kepada negara berkebajikan adalah negara keangkuha, ini adalah dalam buku itu," katanya.
Kata Nasaie, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang dalam tulisannya turut membuat perbandingan antara negara berkebajikan iaitu negara keangkuhan.
"Negara keangkuhan ini contohnya Firaun, Namrud dan sebagainya kalau dalam sejarah tapi zaman sekarang Umno ini kita sebut negara keangkuhan," katanya.
SYDNEY: Gempa berukuran 6.2 magnitud menggegarkan Kepulauan Solomon awal pagi ini tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan, menurut laporan Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS).
Gempa berlaku jam 8.05 pagi waktu tempatan di kedalaman 54 kilometer di timur ibu negara Honiara.
Jabatan GeoSains Australia pula berkata, setakat ini pihaknya belum dapat menentukan kerosakan yang berlaku di lingkungan 37 kilometer kawasan gempa.
Pada 2007 gempa berukuran 8.1 magnitud melanda Kepulauan Solomon menyebabkan tsunami dengan sekurang-kurangnya 52 orang terkorban manakala ribuan penduduk hilang tempat tinggal. - AFP
19 Syaaban 1432H. [MOD] - Bersyukur kepada Allah SWT yang telah mengizinkan blog ini terus diminati sebagai media pengumpul berita terkini, ilmu dan maklumat. Tidak ada ucapan yang selayaknya melainkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat sehingga blog ini mampu mencapai ke tahap 13 JUTA klik sekarang. Terima kasih juga diberikan kepada krew IT Cina Islam yang tungkus lumus memberikan update bahan berita terkini setiap hari.
Adalah diharapkan semuga blog ini terus mendapat nasihat dan bimbingan dari pelbagai pihak, serta sumbangan berterusan dari pelbagai pihak sebagai bahan paparan untuk kami terbitkan.
Pengawal peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengemukakan saman sivil ke atas polis berhubung kecederaan yang dialaminya ketika mengawal keselamatan ketua pembangkang itu.
Tulang pipi Fayyahd Afiq Albakqry, 25 dikatakan retak dan hancur semasa peserta perhimpunan BERSIH 2.0 itu melarikan diri daripada asakan dan serangan polis di terowong KL Sentral pada 9 Julai lalu.
Beliau terpaksa menjalani pembedahan pembinaan semula tulang pipinya menggunakan titanium, baru-baru ini.
"Bagaimanapun, saman sivil itu adalah berasingan daripada prosiding jenayah yang akan dimulakan ke atas polis," kata peguam N Surendren yang bertindak bagi pihak Fayyahd.
Masih trauma
Surendren yang juga naib presiden PKR mengiringi Fayyadh membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi berhubung dakwaan kejadian itu sehingga menyebabkan kecederaannya.
Menurut Surendren, pengawal peribadi itu masih dalam trauma dan enggan melayan soalan wartawan.
Katanya, tindakan keterlaluan polis cuba menyuraikan peserta BERSIH 2.0 tempoh hari boleh diklasifikasikan sebagai cubaan membunuh.
"Kes ini harus disiasat ke atas siapa yang melakukan tugas dan siapa yang memberi arahan. Ini adalah satu perkara dan kes salah guna kuasa yang serius sehingga mencederakan orang awam," katanya.
Oleh itu, beliau menggesa polis menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
"Polis langgar prosedur ketika melepas tembakan. Gas pemedih mata dilepaskan pada kawasan tertutup (terowong), menembak tepat kepada orang awam dan tembak tanpa memberi amaran.
"Kami ada video sebagai bukti, polis melepas lebih kurang 12 das dalam kawasan tertutup dan jelas arahan pada kelongsong, tidak boleh tembak tepat ke arah orang awam," katanya.
Pada kejadian itu, Anwar juga dilaporkan cedera akibat terjatuh semasa melarikan diri akibat terkena tembakan gas pemedih mata dan terpaksa dikejarkan ke hospital bagi rawatan lanjut.
Turut hadir pada hari ini adalah peguam dari Lawyers For Liberty, Fadiah Nadwa Fikri, Pengarah Biro Guaman PKR, Latheefa Koya dan ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah.
PENDANG: "Biawak itu melompat ke arah anak saya menyebabkan kepalanya cedera dipercayai terkena kuku haiwan itu," kata Nor Faizah Aziz, 17, ibu kepada bayi perempuan berusia dua bulan yang cedera kepala terkena kuku biawak yang memasuki rumahnya di Taman Seri Mas, di sini, pagi kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, bayi terbabit, Eryna Insyirah Mohd Redzuan sedang tidur di atas katil dalam sebuah bilik di rumah itu manakala Nor Faizah sedang memasang langsir di ruang tamu.
Nor Faizah berkata, ketika sedang menggantung langsir dia terdengar bunyi sesuatu sedang mencakar tikar di bahagian tepi ruang tamu.
"Saya memeriksa dan terkejut mendapati seekor biawak sepanjang kira-kira satu meter di situ," katanya.
Reptilia itu yang turut terkejut dengan kehadiran Nor Faizah, berlari masuk ke bilik tempat anak tunggalnya itu sedang tidur.
"Selepas memanjat katil anak saya, ia terus bersembunyi di bawah katil.
"Saya segera mendapatkan anak saya yang ketika itu sedang menangis selain terdapat kesan luka dan darah di kepalanya," katanya yang membawa anaknya itu ke klinik berhampiran.
Sementara itu, Ketua Operasi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Pendang, Izzudin Inus Meah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam11.45 pagi dan sepasukan anggota dihantar ke tempat kejadian.
"Kami mengambil masa lima minit untuk menangkap biawak itu dan ia agak sukar kerana ia bersembunyi di bawah katil," katanya.
KUALA LUMPUR - Enam ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikenakan tindakan undang-undang kerana kesalahan menipu atau cubaan menipu pengeluaran simpanan dengan menggunakan dokumen palsu antara April dan bulan lalu.
Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar, berkata semua mereka didapati bersalah dan didenda RM12,300 oleh mahkamah mengikut Seksyen 59, Akta KWSP 1991, dan seorang daripada mereka turut dikenakan hukuman penjara selama tiga bulan.
"Tiga yang lain berkemungkinan dipenjara sehingga dua bulan sekiranya mereka gagal menjelaskan denda tersebut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, penipuan pengeluaran membabitkan penyerahan dokumen palsu oleh ahli bagi pengeluaran dari akaun mereka adalah satu kesalahan serius mengikut Akta KWSP 1991.
"Mengikut Akta KWSP, mereka yang didapati bersalah melakukan penipuan atau cubaan menipu boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda RM10,000 atau kedua-dua sekali," katanya.
Nik Affendi berkata, KWSP juga sudah menfailkan 31 kes saman atas kesalahan yang sama di mahkamah dalam tempoh itu.
Beliau turut mengingatkan ahli KWSP yang kesempitan kewangan agar tidak dipengaruhi sindiket yang menawarkan untuk membantu mereka dengan mengeluarkan simpanan KWSP secara penipuan kerana ia satu kesalahan serius dari segi undang-undang.
Ahli KWSP yang mempunyai maklumat mengenai sebarang kegiatan penipuan boleh menghubungi talian hotline Anti-Fraud KWSP di 03-26162121. - Bernama
KAHERAH 21 Julai – Kabinet baru Mesir dijangka mengangkat sumpah hari ini, lewat tiga hari berbanding jadual asal selepas diadakan rundingan pada saat-saat akhir manakala Perdana Menteri, Essam Sharaf pula dimasukkan ke hospital.
"Menteri-menteri baru di bawah kerajaan pimpinan Essam Sharaf akan mengangkat sumpah hari ini di hadapan Pengerusi Majlis Angkatan Bersenjata Mesir, Hussein Tantawi,'' lapor agensi berita MENA memetik sumber tentera.
Majlis angkat sumpah barisan Kabinet baru itu dijadual diadakan kelmarin tetapi ia ditangguhkan sehari selepas bantahan berhubung pemilihan bakal-bakal menteri. - AFP
BANDAR JENGKA, 20 Julai: Seorang lagi peserta himpunan Bersih 2.0 tampil mendakwa dikasari tidak kurang 20 orang anggota polis walaupun selepas bersurai.
Badrul Hisham Abdul Halim, 26, dari Felda Jengka 19 dekat sini, berkata beliau dibelasah ketika melalui tangga OCBC Bank dalam perjalanan ke stesen LRT untuk pulang.
"Saya menyertai perhimpunan Bersih di Pasar Seni bersama kira-kira 5,000 yang lain. Kira-kira pukul 4.30 petang perhimpunan bersurai setelah diarahkan polis dan saya berjalan mencari stesen LRT yang beroperasi untuk pulang ke Pahang," katanya ketika bercerita kepada Harakahdaily.
Tambahnya, semasa perjalanan pulang itu beliau memang memegang baju kuning Bersih di tangan dan sedar terpaksa melalui deretan polis di tepi jalan.
"Polis yang berada di tepi jalan telah memanggil saya lalu meminta baju berkenaan. Saya enggan menyerahkannya lalu mereka rentap dan rampas kemudian mereka mengkasari saya.
"Seingat saya polis bernama Azrin dan seorang lagi bernama Hafizul mengheret saya sambil mencengkam kolar baju. Kemudian mereka gari saya dan heret sejauh kira-kira 200 meter ke Dataran DBKL. Saya ingat betul pada masa itu tak kurang daripada 20 orang polis berseragam membelasah sambil memaki hamun saya sebagai samseng.
"Mereka pukul saya dengan berselindung di sebalik trak polis. Saya langsung tak melawan kerana digari dan mereka hanya berhenti apabila tiba di Dataran DBKL.
Selepas berada di situ selama setengah jam, saya dinaikkan ke dalam trak dan dihantar ke Pulapol. Di situ baru gari dibuka dan dibebaskan sejam kemudian," ujarnya.
Badrul yang mengusahakan ladang bapanya sendiri, berkata pada ketika itulah baru dia sedar di sebelah mata kanannya lebam dan berdarah, kepala bengkak serta tulang betisnya amat sakit akibat disepak.
"Dari Pulapol saya kemudiannya polis hantar ke stesen LRT Dang Wangi untuk meneruskan perjalanan pulang ke Pahang," katanya.
Bagi Badrul, ini merupakan pengalaman pertama menyertai himpunan seperti itu dan tidak sangka sudah menjadi belasahan polis.
Katanya, beliau pergi kerana gambaran awalnya perhimpunan aman dan merasa tidak takut kerana selama ini mengganggap polis adalah sebagai pelindung dan pemelihara undang-undang.
"Tapi dengan layanan sebegitu saya terperanjat. Saya sanggup tampil jika ada yang mahu menyiasat. Saya juga akan berbincang dengan peguam untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu masih boleh berpidato di pentas ceramah walaupun masih berkerusi roda akibat kecederaan dirempuh kereta polis pada perhimpunan BERSIH 2.0 9 Julai lalu.
"Saya (masih) boleh bersyarah (berceramah) dalam tempoh 30 minit... Doktor pun kata, boleh bergerak mengikut keupayaan kita. (Malah) doktor bagi ubat tahan sakit dan antibiotik," kata beliau ketika ditemui Malaysiakini di kediamannya di Shah Alam pagi semalam.
Jumaat lalu, Mohamad menjalani pembedahan membetulkan ligamen lututnya yang terkoyak akibat dirempuh kenderaan Land Rover polis dalam perhimpunan BERSIH 2.0.
Beliau yang menjalani pembedahan di Hospital Pakar KPJ Selangor di Shah Alam, di mana doktor memasukkan skru sepanjang 2.5 inci ke belakang pelipat lutut kanannya yang mengalami kecederaan.
Ditanya sama ada beliau akan menangguhkan ceramah dalam masa terdekat, Mohamad berkata beliau terpaksa menangguhkan semua programnya, tetapi tidak menolak kemungkinan hadir memenuhi beberapa jemputan.
Ketika dikunjungi Malaysiakini, Mohamad - yang keluar dari hospital tiga hari lalu - juga menunjukkan gambar sinar X mengenai kecederaan lututnya selepas menjalani pembedahan.
Sepanjang pemerhatian Malaysiakini, di sebalik menahan kesakitan, beliau masih mampu senyum dan ketawa. Doktor menasihatkannya supaya banyak berehat dan hanya bergerak mengikut keupayaan dirinya.
Lunjur kaki
Malaysiakini mendapati Mohamad kelihatan lebih sihat, bertenaga dan sudah mampu menggerakkan kaki kanannya jika dibanding ketika ditemui sewaktu menziarahi Allahyarham Baharudin Ahmad 10 Julai lalu.
Beliau kini mampu mengangkat, melunjurkan kaki di atas sofa, manakala bila berjalan pula, dalam keadaan terhencot-hencot dengan bantuan tongkat. Sebelum ini, beliau terpaksa dipapah oleh pembantunya.
Dalam pertemuan selama 30 minit itu juga, beliau ditemani pembantunya, bergerak menaiki tangga rumah dua tingkatnya untuk bersiap ke pejabatnya di Jalan Raja Laut.
Sewaktu menuruni tangga kemudiannya, Mohamad - yang akan menyambut ulangtahun ke-58 Oktober ini - turut kelihatan penat sambil berseloroh berkata:
"Budak-budak kalau lima hari, dah melompat dah. Orang tua lambat sikit (sembuh)".
Beliau yang juga pernah ditahan ISA, juga kesal dengan laporan media arus perdana yang melaporkan bahawa beliau cuba menarik simpati dengan berkain pelikat dan berkerusi roda sewaktu sidang DUN Selangor minggu lalu.
Ekoran itu, Mohamad - yang dibenarkan keluar wad Isnin lalu - bagaimanapun enggan melayani permintaan akhbar tersebut yang berhasrat bertemu dengannya.
Bahkan beliau turut menafikan dakwaan pihak-pihak tertentu yang beliau berlakon untuk meraih simpati susulan kecederaan lututnya itu.
"Saya tidak berlakon," tegasnya sambil menegaskan kecederaan itu dijangka pulih sepenuhnya dalam tempoh satu hingga dua bulan.
Mengulas lanjut, Mohamad berkata kemungkinan hari ini beliau akan pulang ke kampung halamannya di Pulau pinang untuk mendapatkan rawatan kampung secara tradisional di samping bertemu dengan saudara-mara di sana.
Banyak cara dan teknik dilakukan pemain hebat untuk mencetak gol lewat tedangan penalti. Namun teknik yang dilakukan pemain Uni Emirat Arab ini sungguh luar biasa. Dengan menggunakan tumit, Awana Diab berhasil mengelabui kiper Lebanon dalam eksekusi tendangan penalti.
UEA mengalahkan Libanon 6-2 dalam laga persahabatan internasional hari Minggu (17/7) kemarin. Meski skor akhir pertandingan menunjukkan Lebanon kalah kelas dari UEA, ada sesuatu hal yang lebih membuat mereka malu dari kekalahan tersebut, yakni sebuah gol yang tercipta pada pertandingan itu.
Ketika laga menyisakan waktu 12 menit lagi tepatnya menit ke-78, wasit memberi UEA hadiah penalti karena pelanggaran yang dilakukan pemain Lebanon di dalam kotak penalti. Awana Diab yang ditunjuk untuk mengesekusi bola pun langsung bersiap dan mengambil ancang-ancang.
Sesaat sebelum eksekusi, Diab terlihat seperti pemain-pemain pada umumnya yang mengambil tendangan penalti. Namun setelah berlari untuk menendang bola, pemain bernomor punggung 13 itu tiba-tiba berputar 180 derajat membelakangi gawang dan melepaskan tendangan dengan tumit kanannya yang mengarah ke gawang tanpa bisa dihalau kiper Lebanon.
Penjaga gawang Lebanon tidak bisa berbuat apa-apa atas tendangan Diab tersebut. Meski bola meluncur tidak deras ke arah kiri gawangnya, penjaga gawang Lebanon itu hanya terpaku dan tidak bergerak sama sekali dari posisinya.
Beberapa pemain Lebanon terlihat jelas tidak terkesan dengan aksi Diab tersebut, namun beberpa diantaranya ada juga yang tampak antusias bertanya mengenai teknik luar biasa Diab. Semua pemain tidak ada menyangka kalau Diab akan melakukan tendangan penalti dengan tumit./Media Indo/-
LONDON: Seorang pegawai kanan polis Britain meletak jawatan semalam sementara bekas pembantu Rupert Murdoch, Rebekah Brooks ditangkap selepas skandal merakam perbualan telefon mencetuskan kegelisahan di kalangan rakyat negara itu.
Pesuruhjaya Polis Metropolitan, Paul Stephenson berkata, dia meletak jawatan berikutan spekulasi mengenai hubungannya dengan empayar Murdoch dan kegagalan polis menyiasat kes itu yang membabitkan akhbar yang kini sudah ditutup, News of the World.
Pengumuman mengejutkan itu dibuat beberapa jam selepas polis menahan Rebekah yang meletak jawatan Jumaat lalu selaku Ketua Eksekutif News International, sayap akhbar Murdoch di Britain, kerana disyaki terbabit dalam skandal merakam perbualan telefon dan cubaan merasuah polis.
"Saya mengambil keputusan meletak jawatan ekoran spekulasi berterusan dan tuduhan yang mengaitkan Polis Metropolitan dengan News International di peringkat atasan," kata Stephenson menerusi televisyen.
Stephenson dikaitkan dengan bekas Timbalan Pengarang News of the World, Neil Wallis dalam laporan sebelum ini yang mendakwa ketua polis itu menerima tawaran menetap di sebuah spa kesihatan mewah selama lima hari, tempat Wallis menjadi perunding Perhubungan Awam. - AP
1. BERSIH 2.0 bukan sebuah pertubuhan sebagaimana yang didakwa oleh pihak UMNO dan BN kononnya BERSIH adalah sebuah pertubuhan haram yang tidak berdaftar dengan R.O.S, sebaliknya BERSIH 2.0 adalah satu kempen yang digerakkan oleh sekurang - kurangnya 62 Ngo yang bergabung untuk menuntut pemulihan sistem demokrasi dan pengurusan pilihanraya yang adil dan telus.
2. Kempen ini berpaksi kepada 8 tuntutan yang telah dikemukakan kepada pihak berkenaan samaada kerajaan mahupun pihak SPR. Apa yang lebih penting juga ialah 8 tuntutan mesti difahami dan diperjuangkan oleh rakyat demi masa depan negara dan kepimpinannya. 8 tuntutan itu ialah :
Bersihkan Senarai undi
Mereformasikan undi pos
Penggunaan Dakwat Kekal
Masa kempen minima 21 hari
Akses media yang bebas dan adil
Kukuhkan Institusi awam
Hentikan rasuah
Hentikan politik kotor
3. Namun jelas tindakan pihak UMNO dan BN cuba untuk mengelirukan rakyat dengan pelbagai fitnah dan tohmahan yang akhirnya menenggelamkan isu sebenar dari kempen BERSIH 2.0. Cubaan mengaitkan kempen BERSIH 2.0 dengan perjuangan komunis dan pula mendapat pembiayaan dari pihak asing adalah satu percubaan jahat dan tidak berasas. Masakan komunis menyokong perjuangan pemulihan demokrasi yang digerakkan oleh BERSIH 2.0 dan apalah pula kos BERSIH 2.0 kecuali duit minyak dan tambang rakyat untuk sampai ke lokasi perhimpunan serta kos membeli baju BERSIH 2.0 dengan pembiayaan sendiri.
4. Mereka menuduh tanpa bukti. Pastinya mereka sedang panik menyaksikan kebangkitan rakyat biarpun secara aman justeru rakyat menolak ketidakadilan mereka, rakyat membantah cara mereka memerintah. Biarpun tidak keseluruhan rakyat, namun mereka tahu, jumlah rakyat yang bangkit menolak dan membantah mereka adalah jumlah yang membuatkan kuasa pemerintahan mereka tergugat andainya mereka mendepa tangan untuk dihitung nilai secara saksama oleh rakyat.
5. Mereka tahu, bahawa mereka terpaksa monopoli penguasaan media untuk menidakkan suara parti lawan mereka. mereka terpaksa mengekalkan undi pos sebagai tali hayat untuk mereka kekal memerintah. Mereka tahu, keupayaan mereka sangat terhad untuk memerangi rasuah yang telah membarah dalam parti mereka. Mereka juga tahu bahawa politik kotor, politik lucah dan politik kekerasan adalah senjata sulit mereka untuk memastikan mereka mampu menghadapi lawan.
6. Tuntutan 8 perkara yang dibawa oleh BERSIH 2.0 akan terus menghantui mereka. Menjadikan mereka hilang rasional lantas mereka menggunakan pihak keselamatan untuk tradisi membelasah rakyat sendiri. Menangkap individu yang memakai baju kuning bertulis BERSIH 2.0 dengan tertera pula 8 tuntutan. UMNO dan BN bagai dirasuk. Mengaku kuat dan handal tetapi mengalami xnthophobia yang parah.
7. Tuntutan 8 perkara ini akan terus diratib oleh rakyat sehinggalah kerajaan dan seluruh agensinya yang berkenaan akur dan bersedia untuk pilihanraya yang adil, telus dan saksama. kita masih komited dengan kaedah "muwajahah silmiah" iaitu persaingan secara aman tanpa kekerasan dan senjata. Namun padang mestilah sama rata dan peraturan pula adil dan telus.
8. BERSIH 2.0 tidak digerakkan untuk menjatuhkan kerajaan UMNO dan BN dengan kekerasan sebagaimana apa yang mereka lakukan oleh mereka ke atas rakyat. BERSIH 2.0 tidak digembeleng untuk meruntuhkan kerajaan UMNO dan BN dengan rampasan kuasa secara undemocratic sebagaimana apa yang mereka lakukan oleh mereka ke atas kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. BERSIH 2.0 tidak dicetuskan untuk mengguling kerajaan UMNO dan BN dengan menimbulkan huru hara dan kacau bilau yang menggugat keamanan serta ketenteraman awam sebagaimana apa yang dilakukan oleh mereka ke atas peserta himpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011 tempohari.
9. BERSIH 2.0 hanya menuntut pemulihan sistem demokrasi dan pengurusan pilihanraya yang bersih. Kita bersedia untuk bersaing dengan UMNO dan BN dalam sistem yang adil, telus dan saksama. Tiada lagi penafian hak bersuara dengan memastikan akses media yang adil dan bebas serta tiada lagi pelanggaran hak memilih dengan mereformasikan undi pos.
10. Jika UMNO dan BN mengapong diri dengan kempen 1 Malaysia, Pakatan Rakyat memobilisasi rakyat dengan BERSIH 2.0 yang akan terus kekal momentumnya biarpun berdepan dengan pelbagai tindakan yang tidak bertamadun dan undemocratic. Kini rakyat berani. Bukan sekadar berani melepasi sekatan FRU dan bedilan gas pemedih mata, tetapi apa yang paling bermakna ialah rakyat kini berani membuang sikap berdiam diri untuk bangkit menunjukkan perasaan mereka yang diselubungi derita sejak sekian lama angkara demokrasi ala Barisan Nasional. Saya sokong orang berani dan saya sokong BERSIH 2.0
Hairan bin ajaib, bagaimana seorang yang bergelar Profesor , tiba-tiba menyuruh kerajaan mengambil tindakan kepada Malaysian Insider kononnya pemberitaanya memberi kesan buruk kepada keselamatan dan keamanan negara. Cadangan beliau ditertawakan oleh mereka yang belajar di sekolah atap. Sebenarnya yang tergugat ialah kerajaan BN, bukannya keamanan negara.
Mengapa perlu takut dengan media baru, bukankah umno memiliki media gergasi yang dapat dipancar ke setiap pelusuk kampaung. Memang sahlah parti yang di dokong oleh Dr Antory Hussin sudah hendak menghembus nafas terakhir, sehingga takut keburukan parti umno diketahui oleh rakyat.
Beliau merupakan pensyarah Universiti Sains Malaysia yang memang terkenal sebagai penyokong umno tegar telah mencadangkan perkara tersebut, kerana beliau resah dengan maklumat yang diberikan oleh Malaysia Insider dan media alternatif lain.
Jika benar laporan media alternatif ini bahaya dan menyalahi etika media, kerajaan boleh bertindak melalui Akta Hasutan bukannya menerima cadangan Dr Antory.
Sepatutnya yang perlu takut kepada media alternatif ialah Datu Seri Najib dan Datin Rosmah, bukannya beliau. Tidak cukup lagikah dengan gaji sebagai seorang Profesor sehingga sanggup menjadi pengampul kelas pertama. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana kualiti graduan yang beliau ajar,jika beliau yang berfikiran sempit dan tidak memahami bahawa sekarang langit sudah terbuka. Inilah nasib seorang Profesor jika taasub dengan umno sehingga hilang rasional apabila memberi pandangan. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Pas utama program kebajikan Sinar Harian 21 Julai 2011
KUALA PILAH – Pas Kuala Pilah terus membantu dan mempergiat gerak kerja kebajikan rakyat, di sini demi kesejahteraan bersama.
Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Pilah, Zaharuddin Othman berkata, mereka bergerak dari rumah ke rumah bagi membantu mengurangkan masalah rakyat miskin di Kuala Pilah yang masih lagi pada tahap belum memuaskan.
Menurutnya, rakyat miskin di Kuala Pilah adalah tertinggi berbanding daerah lain di Negeri Sembilan.
"Sebanyak 24 peratus daripada jumlah kadar kemiskinan di Negeri Sembilan seperti dikeluarkan Laman Web Rasmi Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri, Negeri Sembilan.
"Atas kesedaran, keprihatinan dan tanggungjawab, Pas Kuala Pilah giat melaksanakan program Kebajikan Bersepadu dalam membantu masyarakat memerlukan," katanya.
Zaharuddin berkata, program bersepadu itu adalah kesinambungan program sebelum ini.
"Salah satunya ialah program turun padang menyampaikan sumbangan kepada mereka yang kurang bernasib baik seperti golongan berpendapatan rendah, orang kurang upaya (OKU), orang sakit, warga emas dan ibu tunggal.
"Di samping itu, kami akan membuka Pusat Khidmat di markas Pas Kuala Pilah dan setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menerima serta menangani masalah yang dihadapi masyarakat setempat di DUN tersebut," katanya.
Malah katanya, program bersepadu itu juga melibatkan khidmat sosial seperti gotong-royong membersihkan kawasan rumah, membaiki komputer, khidmat tuisyen dan lain-lain.
"Program ini selaras dengan motto Negara Berkebajikan yang didukung Pas dan merupakan penterjemahan secara praktikal makna motto tersebut.
"Pas prihatin dan mengambil berat terhadap golongan kurang bernasib baik serta akan terus membantu mereka agar dapat merasai hidup lebih bermakna sama seperti rakyat lain," katanya.
Justeru itu, sebagai permulaan, Pas Kuala Pilah telah turun padang memberikan sumbangan kepada individu di DUN Senaling.
Hadir sama, Naib Yang Dipertua Pas Kawasan, Abd Karim Shahimi Abd Razak; Bendahari Pas Kawasan Kuala Pilah Shaharudin Abd Rahman; Pengerusi Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat Pas Kawasan, Noorbibah Mahmud dan Ahli Jawatankuasa Pas Kawasan Kuala Pilah. Rosidi Yusof.
Sinar Harian turut difahamkan, sumbangan ini akan diteruskan secara berkala dan akan dipergiatkan pada Ramadan yang akan datang serta membantu mereka yang memerlukan untuk menyambut Aidilfitri.
Periksa sebelum kompaun Sinar Harian 21 Julai 2011
SEREMBAN - Seorang kakitangan swasta hilang sabar selepas dikenakan kompaun sebanyak tiga kali oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana dikatakan meletak kereta tanpa membayar caj parkir di kawasan perniagaan Matrix Court di Jalan Lobak, dekat sini.
Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai June, 29, berkata, PBT sepatutnya memeriksa dahulu meter caj parkir di kawasan terbabit sebelum mengenakan kompaun ke atas pemilik kenderaan.
"Sistem parkir bermeter yang digunakan sekarang ini menimbulkan masalah kepada orang ramai kerana sering rosak.
"Bagaimana kami mahu bayar jika meter tidak boleh digunakan? Malangnya, pada waktu petang, saya lihat ada notis kompaun mengatakan saya tidak bayar caj parkir," katanya ketika ditemui di lokasi terbabit, semalam.
June yang bekerja di kawasan sama berkata, dia terpaksa kerap keluar dari pejabat untuk memastikan sama ada meter parkir berfungsi dengan baik.
"Kadang-kadang saya masukkan duit tetapi `hangus' begitu sahaja sebab meter parkir masih rosak," katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lobak, Loke Siew Fook yang meninjau lokasi aduan berkata, PBT perlu mengatasi masalah itu dengan segera supaya tidak menyusahkan orang ramai.
Menurutnya, pemandu atau pemilik kenderaan tidak wajar dipersalahkan kerana mereka tidak dapat membayar caj parkir menggunakan meter yang rosak.
"PBT juga diminta membatalkan kompaun yang dikeluarkan terhadap orang ramai yang berdepan masalah berkenaan.
"Tindakan ini tidak adil kerana bukan mereka yang menyebabkan meter rosak," katanya.
Dikatakan ada satu tiang lampu isyarat di persimpangan empat yang sangat sibuk berhampiran Shell pekan Senawang di Taman Kemuning dah empat bulan tercabut akibat satu kemalangan. Sampai sekarang belum dibaiki dan diganti lampu isyarat tersebut.
Tak tahulah samada kerajaan dah bankrap ke, nak tunggu pilihanraya ke, nak tunggu PM rasmikan lampu isyarat tersebut ke, nak tunggu tender ke atau nak tunggu ada kemalangan maut yang dahsyat baru kerajaan nak ambil tindakan?
1Malaysia. Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
KUALA LUMPUR, 20 Julai: Selepas ditertawakan pelbagai lapisan rakyat, Naib Canselor UiTM, Datuk Profesor Sahol Hamid Abu Bakar hari ini memperjelaskan status kedudukan Anugerah Ibrahim Ali yang tertera di laman web Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak) UiTM semalam.
Menurut beliau, anugerah tersebut dicadangkan oleh Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali sendiri tetapi menegaskan bahawa sebelum anugerah boleh diberi, ia perlu dibawa ke Senat dan Lembaga Pengarah UiTM untuk kelulusan.
"UiTM tidak pilih nama atau buat sebarang cadangan anugerah tersebut. Cadangkan itu datang dari Datuk Ibrahim Ali sendiri. Saya hanya minta dibawa ke Senat untuk keputusan. Kalau setuju, baru bawa untuk endorsement lembaga.
"Proses bukan muda dan mengambil masa di senate - ada 60 org professor ,dekan-dekan dan rektor-rektor kampus. Masing-masing bertindak secara individu. Tidak boleh lobby. Satu badan yang kuat dan independent di UiTM," terang beliau di laman Facebook beliau.
Semalam, IMPAK menyiarkan info mengenai bahawa pecalonan untuk Anugerah Ibrahim Ali, yang menawarkan RM5,000 sebagai ganjaran yang ditaja Ibrahim sendiri telah dibuka kepada pelajar UiTM.
Anugerah Ibrahim Ali dikatakan untuk dianugerahkan kepada mereka yang menunjukkan komitmen dan sumbangan mereka dalam memartabatkan bangsa Melayu.
Berita yang awal diledakkan di laman web Malaysiakini telah menerima pelbagai reaksi yang berbentuk sindiran dan kritikan kepada anugerah tersebut.
Antara yang memberikan pandangan ialah Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, yang juga bekas pensyarah di UiTM, yang memberikan prediksi bahawa anugerah berkenaan akan terkubur kerana Ibrahim bukan orang yang dipandang tinggi oleh masyarakat.
"Nama pemimpin lain lebih berhak. Arsyad Ayub, Ani Arope, Ishak Mohamad, Dr Awang Had Salleh, dan (bekas naib canselor UiTM) Ibrahim Abu Shah akan tersenyum bila mengetahui ada anugerah dinamakan atas nama Ibrahim Ali!
"Penerima anugerah mesti berbangga dengan anugerah mereka. Jika sesuatu anugerah itu hanya mendatangkan cemuhan dan menjadi stigma kepada penerimanya, saya pasti anugerah itu akan gagal," katanya.
Namun begitu, dalam penjelasan Sahol hari ini, beliau seolah-olah mempersalahkan IMPAK yang terlebih dahulu mengumumkan perkara ini, walaupun ia masih di peringkat cadangan.
"Namun, terlepas pandang kerana ada jabatan yang buat hebahan web. UiTM prihatin tentang keadaan semasa dan tidak akan terima anugerah tersebut tanpa kelulusan Senat dan Lembaga Pengarah.
"Dengan penjelasan ini, saya berharap isu ini tidak akan dibesarkan lagi," katanya.
Semakan Harakahdaily sebentar tadi turut mendapat laman web IMPAK telah mengeluarkan butiran mengenai Anugerah Ibrahim Ali.
Zami Ismail pelakun drama TV baru saja meninggal dunia. TV3 jam 5 petang tadi menayangkan drama yang mana antara pelakunnya ialah Zami Ismail. Bagi sesetengah orang tiada mengapa tetapi bagi sesetengah orang pula ianya suatu yang menghina kepada Allahyarham dan keluarga.
You are subscribed to email updates from PAS LENGGONG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
19 Julai 2011, Taman Sri Ampang - Kehidupan lebih bersama perjuangan Islam. Itulah pengalaman yang dirasai oleh selebriti Bob Lokman ketika menceritakan pengalaman beliau sejak mula mengisytiharkan diri sebagai ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS). Menurutnya dahulu beliau tidak peduli tentang kepimpinan negara, namun setelah melihat kemungkaran yang semakin berleluasa beliau bertekad untuk bertindak dan tidak mendiamkan diri lagi. Beliau yang merupakan cicit kepada ulama nusantara terkemuka Tok Kenali mendapat didikan awal dari datuknya iaitu anak sulung kepada Tok Kenali.
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang Ustaz Fazlulrahimi Maarop bertindak sebagai moderator memeriahkan majlis dengan soalan-soalan dan pandangan-pandangan yang mantap mengiringi ucapan Bob. Majlis bermula jam 9:30 malam dan berakhir jam 12:00 malam dengan laungan Takbir, ALLAHU AKBAR!!.
DUNGUN 20 Julai, Rabu - Che'gu Bard akan bergandingan bersama Ustaz Haji Azman Shapawi Abdul Rani dan Ustaz Ariffin Deraman dalam satu siri penerangan "Ceramah Kebangkitan Rakyat", anjuran Lajnah Penerangan DUN Sura dengan kerjasama PAS Cawangan Alor Tembesu/Sura Gate.
Ceramah yang akan berlangsung pada 22 Julai, hari Jumaat itu dijangka akan terus mendapat sambutan daripada orang ramai selepas Ceramah Perdana Pasca Bersih yang telah diadakan di Rusila minggu lepas.
" Walaupun para penceramah yang diundang bukan dari kalangan pimpinan PAS Pusat, kami yakin mood rakyat untuk mengetahui isu-isu semasa khususnya yang berkisar tentang himpunan Bersih 2.0 baru-baru ini masih tinggi, " demikian keyakinan Ketua Lajnah Penerangan DUN Sura, Encik Mohd Yusof Ismail.
" Justeru, saya mengajak warga DUN Sura khususnya dan sekitarnya hadir beramai-ramai mendengar penjelasan isu semasa di peringkat nasional dan tempatan, " ujarnya lagi.
Satu taklimat barkaitan buku jingga oleh mazlan aliman secara jelas telah diterangkan oleh beliau pada petang ini dengan keadaan aman tanpa ganguan oleh pehak polis atau felda itu sendiri.
Sebelumnya beliau telah memberi taklimat di felda Srijaya Pagoh dalam keadaan tidak aman dengan ganguan dan sekatan jalan raya dan akhirnya taklimat beliau dengan tidak dibenarkan mengunakan pembesar suara.
AGIHKAN TANAH FELDA PLANTATION KEPADA RAKYAT apabila kerajaan mengumumkan tiada lagi penempatan baru untuk peneroka Felda pada tahun 1990, Felda telah mewujudkan estetnya sendiri menerusi tanah yang diberi oleh Kerajaan Negeri. Felda Plantation Sdn Bhd(FPSB) telah ditubuhkan pada 13 Januari 1992 sebagai anak syarikat Felda yang bertanggungjawab terhadap ladang seluas 367,710 hektar(data terkini tahun 2000- 340,890 hektar)Ladang Felda yang pertama diperkenalkan di Selancar, dalam parlimen Rompin, Pahang. Ia membabitkan 150 peserta atas tanah berkeluasan lima ribu ekar. Kini terdapat 150 ladang yang seumpamanya dan Gugusan Sahabat di Sabah adalah yang paling luas iaitu sekitar 100,000 hektar.MENGAPA FELDA PLANTATION MESTI
DIMANSUHKAN1. Bertentangan dengan matlamat asal Felda menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan. Dengan erti kata lain, tanah haruslah diberi kepada individu rakyat sebagai jaminan masadepan.2. Bertentangan dengan Akta Penempatan Beramai-ramai 1960(GSA) yang dibentang pada 27 April 1960 oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu Tun Abd Razak bahawa hanya terdapat dua jenis pemilikan keatas tanah. Pertama menerusi seksyen 7(2) iaitu pemilikan individu dan seksyen 11(1) iaitu melalui koperasi.3. Tugas Felda di bawah GSA, bagi sebahagian tanah yang mana Felda dilantik untuk menguruskannya; hanya sebagai agen pengurusan dan bukannya memiliki tanah. Ini boleh dirujuk melalui Surat Perjanjian Antara Peneroka dengan Felda. 4. Adalah jelas pemilikan tanah ladang oleh Felda Plantation adalah tidak sah, haram dan terbatal kerana bercanggah dengan akta GSA. Ia mengkhianati persetujuan yang di putus bersama antara kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri.5. Peserta Ladang Felda Plantation seramai 45,000 orang menjalani kehidupan yang sukar tanpa jaminan masa depan. Mereka bekerja sekurang-kurangnya 8 jam setiap hari(1 kong) hanya mendapat upah sekitar RM25 setiap tan yang dituai tanpa gaji pokok. Untuk beroleh pendapatan sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan sesuatu yang hampir mustahil kerana ia bergantung kemampuan tulang empat kerat mereka. Sebab itu sebahagian besar anak tempatan telah meninggalkan Felda Plantation; yang tinggal buruh-buruh asing sahaja.TAWARAN 100 HARI DALAM BUKU JINGGA PAKATAN RAKYAT
Salah satu daripada 10 perkara utama yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat sepertimana dalam Buku Jingga ialah PEMANSUHAN FELDA PLANTATION DAN TANAH-TANAH TERSEBUT DIURUSKAN OLEH GENERASI KEDUA DAN KETIGA FELDA.
SIAPAKAH YANG DITAWARKAN TANAH FELDA PLANTATION
1. Peserta Felda Plantation kerana merekalah yang menjadi buruh di situ ketika ini,
2. Generasi Kedua dan Ketiga Felda yang berkelamin dan memenuhi kriteria seperti tiada tanah, tiada tempat tinggal yang tetap, berpendapatan rendah dan menanggung keluarga yang ramai,3. Bekas anggota tentera yang dijanjikan tanah oleh Kerajaan(janji yang tidak dilunaskan) bagi menghargai perkhidmatan mereka menjaga keselamatan Negara. Mereka ini ada yang berpencen tapi jumlahnya begitu kecil, berhenti awal dan tidak berharta serta menjadi OKU(Orang Kurang Upaya) kerana kecederaan yang dialami semasa dalam perkhidmatan,4. Kakitangan Am Rendah Felda yang bekerja sebagai mekanik, pemandu, kerani am, buruh dan lain-lain yang umumnya gaji bulanan mereka di bawah RM1,500 sebulan.5. Anak tempatan yang mendiami kawasan berhampiran Felda Plantation seperti Orang Asal, penduduk tempatan dan suku kaum Sabah.Bersandarkan keluasan tanah Felda Plantation, seramai 80,000 kumpulan sasaran di atas akan beroleh manfaat atas tanah seluas 10 ekar seorang. Suatu tawaran yang paling istimewa dalam hidup seorang rakyat Malaysia!SOAL JAWAB FELDA PLANTATIONSoalan Jawapan1. Bagaimana mahu mengagihkan tanah sedangkan terdapat 1.6 juta anak peneroka?Hanya mereka yang layak sahaja memperolehinya sepertimana penjelasan di atas..2. Bagaimana nasib kakitangan Felda Plantation? Mereka akan diserapkan ke penempatan baru Felda yang dianggarkan 200 buah bahkan jumlahnya mungkin ditambah mengikut keperluan.3. Adakah Felda akan bankrap kerana tiada sumber pendapatan? Felda mempunyai 43 anak syarikat(tidak termasuk Felda Global Venture). Justeru itu, pembukaan 200 Felda baru menjadikan ia lebih berdaya maju dan menjana pendapatan berbilion ringgit pada setiap tahun.4. Benarkah tidak ramai anak peneroka yang miskin tegar dan mereka tidak wajar dibantu? Kerajaan dan Felda harus turun padang untuk melihatnya sendiri5. 100 ribu hektar tanah tersebut terletak di Sabah, bagaimana mahu mengagihkannya kepada anak peneroka di semenanjung? Sudah tentulah anak tempatan Sabah yang memilikinya.Tawaran Tanah Felda Plantation hanya akan bernilai sekiranya Pakatan Rakyat menawan Putrajaya dalam PRU 13 akan datang.' MENERAJUI PERUBAHAN'MAZLAN BIN ALIMANPresiden ANAK0137130103p/s Harap siarkan.
KUALA LUMPUR, 20 Julai:Peguam hak asasi manusia Perancis, William Bourdon, dijangka menghangatkan lagi politik Malaysia apabila beliau akan memberikan ucapan utama di tiga majlis anjuran Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bermula malam esok di Pulau Pinang.
Bourdon, peguam Suaram bagi kes pembelian dua kapal selam Scorpene yang penuh kontroversi itu akan menceritakan perkembangan terkini kes itu di sebuah hotel malam esok di Pulau Pinang.
Keesokan harinya pula, Jumaat mulai jam 8 malam, beliau dengan disertai sama oleh Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, akan berucap di majlis kutipan dana untuk membiayai kes ini di Dewan Sivik MPPJ, Petaling Jaya.
Hari Sabtu pula, Bourdon akan ke Ipoh dan akan berucap di satu majlis forum di sebuah tokong Cina di sana.
Bourdon dijangka akan mendedahkan maklumat terkini perkembangan siasatan mahkamah Perancis terhadap pembelian Scorpene itu.
Kedua-dua kapal kapal selam ini yang melibatkan wang rakyat sebanyak RM7.3 bilion dinamakan KD Tuanku Abdul Rahman dan KD Tun Razak. Kedua-duanya mempunyai masalah tersendiri termasuk tidak boleh menyelam di lautan tropika.
Pada 23 Disember 2009, Suaram melalui rangkaian mereka di Perancis telah melantik sekumpulan peguam hak asasi manusia di sana untuk memfailkan aduan kepada sistem keadilan Perancis dengan harapan satu siasatan awal dibuat mengenai pembelian Scorpene ini.
Langkah ini dibuat untuk membolehkan mereka menyiasat bukan sahaja kematian wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu yang dibunuh dengan kejam di Puncak Alam tetapi juga amalan rasuah yang berlaku dan peranannya dalam pembelian kapal selam itu sehingga membawa kepada pembunuhannya.
Altantuya mati dibunuh dengan kejam mengguna peledak C4 oleh dua pegawai polis pengiring yang bertugas dengan Datuk Seri Najib. Razak juga didakwa tetapi terlepas.
Pada bulan April 2010, peguam yang mewakili Suaram memaklumkan, mahkamah Perancis telah menerima permohonan penyiasatan aduan rasuah yang melibatkan pembayaran sebanyak Euro114 juta (USD151.1 juta) yang dibayar oleh syarikat Perancis, DCNS kepada Perimekar, syarikat yang dimiliki rakan Perdana Menteri, Abdul Razak Baginda.
Peguam Perancis berkenaan telah datang ke Malaysia April lepas untuk mengumpulkan bukti.
Perimekar adalah syarikat Malaysia yang dipercayai dibuka pada tahun 2001, iaitu sebelum kontrak pembelian kapal selam itu ditandatangani. Ia dibuka hanya untuk menerima komisyen dari Malaysia dan juga Perancis.
Isteri kepada Abdul Razak Baginda, Mazlinda, adalah antara yang tersenarai sebagai pengarah syarikat yang dimiliki kawan baik Perdana Menteri ini.
Baru-baru ini, menurut pasukan peguam Perancis ini, wang dari dalam akaun Perimekar telah dipindah ke akaun lain yang tidak diketahui ke mana lagi sehingga kini.
Malam esok, Bourdon (gambar) dijangka akan memaklumkan kepada rakyat Malaysia apakah status kes ini sekarang.
Menurut sumber Suaram ketika dihubungi Harakahdaily, kes ini dijangka akan dibawa ke mahkamah terbuka Perancis seawalnya bulan Ogos tahun ini.
"Ia bergantung kepada majlis kutipan dana untuk membiaya kes ini beberapa malam ini," kata pegawai Suaram ketika dihubungi.
Mohamad Sabu dijadualkan akan turut berucap di Pulau Pinang malam esok tetapi oleh kerana lutut beliau yang dibedah masih belum sembuh sepenuhnya, dia hanya akan menyetai majlis Jumaat ini di Dewan Sivik MPPJ.
Lutut Mohamad cedera apabila motosikal yang dinaikinya dirempuh oleh sebuah land rover polis semasa perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai lalu di ibunegara. Rempuhan ini menyebabkan beliau jatuh dan lututnya cedera.
Beliau menjalani pembedahan ke atas ligamen lututnya yang koyak semasa insiden itu dan mendapatkan rawatan di Hospital Pakar di Shah Alam.
"Saya keluar hospital semalam. Doktor telah menanam 2 1/2 skru disebabkan ligamen saya yang terkoyak. Saya masih sakit dan tidak boleh berjalan….tapi keadaan saya beransur pulih," kata Mohamad.
Di samping Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua juga akan berucap di samping kartunis Zunar akan membuat lakaran kartun secara langsung malam itu.
"Semua kutipan dari jualan meja dan lelongan kartun ini adalah untuk membiayai kes ini," kata wakil Suaran itu.
KUALA LUMPUR, 20 Julai ─ Dua ahli perniagaan dan seorang individu menyaman kerajaan PAS Kelantan dan Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) berhubung pengharaman aktiviti perjudian di negeri itu yang berkuat kuasa Februari lalu.
Saman pemula itu difailkan oleh Wong Meng Yit, 47, dan Lee Khim Haw@Lee Khim Hwa, 58, kedua-duanya ahli perniagaan serta Gan Han Chuan, 44, di Mahkamah Tinggi di sini pada 6 Jun lepas.
Menurut laporan Bernama Online, ketiga-tiga plaintif diwakili peguam Lee Kien Han dan peguam Rueben Mathiavaranam manakala kerajaan negeri Kelantan diwakili Penasihat Undang-undang Negeri dan MPKB diwakili oleh sebuah firma guaman.
Dalam saman pemula itu, ketiga-tiga plaintif memohon satu deklarasi bahawa kerajaan negeri Kelantan, tidak berkuasa untuk mengeluarkan arahan atau polisi bagi meluluskan atau menggubal apa-apa enakmen yang mengharamkan atau melarang aktiviti perjudian dan loteri di negeri itu.
Mereka juga memohon satu deklarasi bahawa perkara-perkara mengenai perjudian dan loteri adalah dalam bidang kuasa eksklusif Parlimen yang mengecualikan badan perundangan negeri Kelantan.
Plaintif turut memohon satu deklarasi bahawa defendan tidak mempunyai bidang kuasa dan tidak berkuasa di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk meluluskan atau menggubal apa-apa undang-undang serta undang-undang kecil, peraturan, arahan atau polisi yang mengharamkan atau melarang aktiviti perjudian dan loteri.
Mereka menuntut ganti rugi am, kos bagi tindakan dan perintah lain yang difikirkan adil dan sesuai oleh mahkamah.
Lee, yang ditemui pemberita di lobi Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta di sini berkata bahawa mahkamah telah menetapkan 17 Ogos ini untuk pengurusan kes berkenaan.
KUALA LUMPUR, 20 Julai — Parti Sosialis Malaysia (PSM) mencabar dakwaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz bahawa enam ahli parti itu termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput ditahan di bawah Ordinan Darurat kerana kaitan dengan usaha menghidupkan semula fahaman komunis.
Peguam PSM Edmund Bon berkata perkara itu sangat jelas berdasarkan kandungan 37 afidavit yang diserahkan kepada parti itu semalam sebagai respons kepada permohonan habeas corpus, sekali gus menunjukkan polis hanya menyoal siasat keenam-enam mereka, didakwa mendalangi perhimpunan Bersih 2.0.
"Jangan bercakap mengenai sosialisme, komunisme, semua yang karut," kata beliau pada sidang media di sini hari ini.
"Kesemua ini pembohongan kerana polis sendiri tidak menyebut langsung mengenai sosialisme, tidak sebut langsung mengenai komunisme, tidak sebut langsung mengenai Chin Peng," kata beliau lagi.
MENYUSUL LAGI
Share it with others Close
Forgot password?
Please put in your email: Send me my password! Close message
Login This blog postAll blog postsSubscribe to this blog post's comments through...
RSS Feed
Subscribe via email
Subscribe Subscribe to this blog's comments through...
RSS Feed
Subscribe via email
Subscribe Follow the discussion Comment (1)
Logging you in... Close
Login to IntenseDebate
Or create an account
Username or Email: Password:
Forgot login?
OpenID Cancel Login Close WordPress.com
Username or Email: Password:
Lost your password?
Cancel Login Close
Login with your OpenID
Or create an account using OpenID
OpenID URL: Back Cancel Login Dashboard Edit profile Logout Logged in as
Admin Options
Disable comments for this page
Save Settings
Sort by: Date Rating Last Activity
Loading comments...
You are about to flag this comment as being inappropriate. Please explain why you are flagging this comment in the text box below and submit your report. The blog admin will be notified. Thank you for your input.
0 Vote up Vote down makan angin · 30 minutes ago
so what is the real story behind this arrest? Report Reply
0 replies · active less than 1 minute ago
Post a new comment
Enter text right here!
Comment as a Guest, or login:
Login to IntenseDebateLogin to WordPress.comLogin to TwitterfacebookLogin to OpenIDGo back
Go back
Share on Facebook
Connected as (Logout)
Email (optional)
Not displayed publicly.
Tweet this comment
Connected as (Logout)
Email (optional)
Not displayed publicly.
Name Email Website (optional)
Displayed next to your comments.
Not displayed publicly.
If you have a website, link to it here.
OpenID URL
Comment as a Guest or login using OpenID
Posting anonymously.
Tweet this comment
Submit Comment Subscribe to None Replies All new comments
Please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. We also reserve the right to delete off-topic comments.
Comments by IntenseDebate
Enter text right here!
Reply as a Guest, or login:
Login to IntenseDebateLogin to WordPress.comLogin to TwitterfacebookLogin to OpenIDGo back
Go back
Share on Facebook
Connected as (Logout)
Email (optional)
Not displayed publicly.
Tweet this comment
Connected as (Logout)
Email (optional)
Not displayed publicly.
Name Email Website (optional)
Displayed next to your comments.
Not displayed publicly.
If you have a website, link to it here.
OpenID URL
Comment as a Guest or login using OpenID
Posting anonymously.
Tweet this comment
Cancel Submit Comment Subscribe to None Replies All new comments
Malaysia
Business
Bahasa
Gerakan: UiTM graduates will suffer from Ibrahim Ali Award
No contact made by cops in brutality probe, say Bersih activists
PSM: Police not probing EO6 for Red ties
KL City Hall to ballot Ramadan Bazaar lots
Prove you're not a lame-duck minister, Pua tells Liow
Oil rises on US debt talks; awaits EIA data
Samsung aims new Galaxy Tab at iPad
Asian stocks gain on US debt deal hopes
Another Foxconn worker 'falls to death'
Analyst calls for July 20
Afidavit buktikan enam ahli PSM bukan ditahan kerana fahaman komunis
798 Art Zone, Beijing
SPR — Ambiga muncul pentas sama, personaliti bukan isu kata Wan Ahmad
Tanpa UPU: Tak perlu terburu-buru buat keputusan, kata Khaled
Amizudin: Saya tetap lawan, tak terkejut arah bayar Rais RM400,000
Proud to be a Malaysian — T. Gopal
Salam Bersih dari Kuala Lumpur ke Kota New York
Negara kita — Michelle Chan
No contact made by cops in brutality probe, say Bersih activists
Is Bersih the death knell of tyranny — N H Chan
Prove you're not a lame-duck minister, Pua tells Liow
Past Hour
1 Week
Ku Li launches 'Amanah' to get political foes working together
Firm wins RM620,000 from 'PM aide' in cheating case
Behind bars, Jeyakumar says remains socialist
Prove you're not a lame-duck minister, Pua tells Liow
Umno Youth to meet EC next week over electoral reforms
Doctors say cops fired tear gas into Tung Shin compound
Titiwangsa MP Dr Lo' Lo' dies
BNM can freeze Bersih assets, says Awang Adek
Home Ministry censors Bersih article in The Economist
You made it happen, Ambiga tells Putrajaya
Top News Malaysia Business World Showbiz Sports Features Opinion Bahasa Food Books Gallery Travel About Us More
(direct translation from English to Malays using google) Kematian Jawaher Abu-Rahma adalah hasil langsung daripada penjajahan dan keganasan dan kezaliman yang tidak berperikemanusiaan Editor Palestin Monitor 1 Januari 2011
Ia menyatakan bahawa dia mengalami kesukaran teruk pernafasan yang membawa kepada serangan jantung. Pasukan perubatan tanpa mengenal penat lelah bangkit tiga kali, bagaimanapun gagal akibat penyedutan gas teruk. Jawaher Abu Rahmah kakak Bassem Abu Rahmah yang juga terbunuh dalam protes aman di Bil'in pada April 17th, 2009.
Dr Mustafa Barghouthi, Ketua Setiausaha Inisiatif Kebangsaan Palestin dan Presiden Persatuan Bantuan Perubatan Palestin yang menyatakan bahawa kematian Jawaher Abu Rahma adalah hasil langsung daripada pekerjaan dan cara-cara keganasan dan kezaliman yang dikenakan terhadap penunjuk perasaan yang menyertai dalam demonstrasi aman dan tidak ganas terhadap Tembok Aparteid dan penempatan. Ia menyatakan bahawa dia mengalami kesukaran teruk pernafasan yang membawa kepada serangan jantung. Pasukan perubatan tanpa mengenal penat lelah bangkit tiga kali, bagaimanapun gagal akibat penyedutan gas teruk. Jawaher Abu Rahmah kakak Bassem Abu Rahmah yang juga terbunuh dalam protes aman di Bil'in pada April 17th, 2010. Dr. Barghouthi juga berkata bahawa syahidnya Jawaher Abu Rahma tidak merupakan kes pertama, dan ia amat berbahaya kerana gas yang digunakan adalah berkepekatan tinggi dan tersebar secara besar-besaran dalam perkadaran yang tinggi di kawasan-kawasan yang agak kecil. Ini akhirnya telah mendarabkan kesan, yang menyerupai gas yang dilepaskan di dalam bilik tertutup yang tidak dapat dielakkan membawa kepada lemas, kecederaan, gangguan dan kadang-kala kematian.
Dr Mustafa Barghouthi memberi salam perjuangan berwira Bil'in yang berjuang menentang rejim apartheid. Beliau juga memuji Gerakan Penentangan Popular dalam perjuangan dinding dan penempatan. Dr. Barghouthi berkata, "keganasan Israel ini tidak akan memusnahkan akan orang-orang kita, rintangan berani mereka, dan keazaman kami untuk mengakhiri pendudukan dan menubuhkan sebuah negara yang merdeka Palestin yang berada di sempadan 1967 dengan Baitulmuqaddis sebagai ibu negaranya."
Beliau juga berkata bahawa keganasan dan kekejaman penjajahan panggilan untuk campur tangan serta-merta dan tekanan antarabangsa untuk mengenakan sekatan dan pemulauan ke atas Israel kerana tindakan mereka yang agresif dan keganasan terhadap orang awam Palestin.
IDF: Jawaher Abu Rahma meninggal dunia akibat penyelewengan perubatan
Suatu penyiasatan IDF telah membuat kesimpulan bahawa berusia 36 tahun Jawaher Abu Rahma meninggal dunia akibat penyelewengan perubatan di hospital Ramallah, dan tidak terhidu gas pemedih mata pada 31 Disember, 2010 demonstrasi terhadap 'keselamatan pagar di Bil'in.
Abu Rahma, sumber IDF berkata pada hari Sabtu, tidak secara aktif mengambil bahagian dalam demonstrasi tetapi di dalam sebuah rumah kira-kira 500 meter dari tapak demonstrasi. Beliau bagaimanapun dipindahkan ke sebuah hospital di Ramallah ketika di kemudian hari dan selepas demonstrasi di mana dia dirawat untuk penyakit yang tidak jelas.
"Menurut penemuan kami Abu Rahma meninggal dunia akibat rawatan perubatan," kata sumber dalam Perintah Pusat pada hari Rabu.
Dokumen perubatan yang diperolehi oleh IDF menunjukkan bahawa Abu Rahma menerima dos Atropine, ubat yang biasa digunakan sebagai penawar kepada agen saraf seperti gas saraf yang luar biasa tinggi. Israel kit topeng gas yang digunakan untuk diedarkan kepada orang ramai dengan tembakan Atropine dalam.
Menurut penemuan IDF Abu Rahma meninggal dunia akibat komplikasi perubatan yang disebabkan oleh rawatan perubatan beliau menerima yang tidak disambungkan ke gas pemedih mata. IDF juga telah menjumpai dokumentasi yang tanda-tanda kemungkinan bahawa Abu Rahma sakit dengan kanser dan telah dimasukkan ke hospital beberapa minggu sebelum kematiannya. ]
Kuar IDF dalam kejadian itu termasuk analisis demonstrasi dan pakar-pakar yang terlibat dari IDF Kor Perubatan yang memeriksa dokumen-dokumen perubatan yang telah diterima daripada rakyat Palestin.
......SAMA MACAM POLIS MALAYSIA KEJE NAK DENY JE....
KUALA LUMPUR, 20 Julai — Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz yang gagal menukar nama dan status jantina dalam MyKad kepada Aleesha Farhana selepas ditolak Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu mengakui tertekan dengan pandangan negatif masyarakat terhadapnya.
Bagaimanapun kata Ashraf, 25, ia tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus memperjuangkan hasratnya itu. Sambil menyatakan mahu membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah itu, dalam sebak, Ashraf yang lebih mesra dipanggil "Aleesha" berkata, jika masyarakat tidak dapat menerima keadaannya berdasarkan pelbagai kutukan dan hinaan yang diterima termasuk menerusi laman sosial Facebook, dia rela dibunuh jika itu penyelesaian terbaik.
"Suka atau tidak, perjuangan perlu diteruskan sehingga semua wadah perundangan tiada lagi.
"Ramai mahu saya berdiam diri daripada masalah ini, tetapi saya mahu kehidupan yang aman," katanya dipetik Berita Harian hari ini.
Ashraf, yang ditemui di Kuala Terengganu, membuat permohonan menukar jantina di Mahkamah Tinggi 25 Mei lalu bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran, selain kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita dengan status lelakinya.
Menceritakan punca permohonannya ditolak, dia mengakui tidak mendapat bantuan perundangan yang kukuh ketika mengemukakan permohonan.
Malah katanya, ketika peguam Horley Isaacs menawarkan diri membantu, pendengaran kes itu sudah sampai penghujung.
Berkongsi kesedihan ditanggung anaknya itu, menurut laporan Berita Harian juga, ibu Ashraf yang mahu dikenali sebagai Mak Yah berkata masyarakat mudah melemparkan cacian kepada keluarganya tanpa memahami perasaan mereka.
Mak Yah dari Kampung Telaga Daing di sini, berkata sejak kes anaknya dilaporkan media, dia dan suami, Abdul Aziz mendapat kritikan dan cemuhan masyarakat yang melabelkan mereka ibu bapa tidak bertanggungjawab.
"Hinaan itu sangat pedih, seolah-olah kami membelakangkan Allah dengan menyokong keputusan Ashraf membuat pembedahan menukar jantina," katanya sambil mengesat air mata dengan kain tudungnya.
Mak Yah berkata, walaupun ciri kewanitaan Ashraf dikesan sejak bayi, mereka tetap terkejut apabila mengetahui anak lelaki sulungnya itu membuat pembedahan menukar jantina di Thailand pada 2009.
Salam Palestin, Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri Kedah di atas kesungguhan dan kesepakatan mereka untuk terus melangkah ke depan di dalam melaksanakan kewajiban mereka sebagai pemerintah yang dipilih dan diberi amanah oleh rakyat Kedah untuk memimpin dan memastikan kehidupan rakyatnya ke arah yang lebih sejahtera dan diberkati Allah. Minggu lepas, kerajaan negeri Kedah [...]
Selasa, 17 Julai 2011, Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah telah mengajurkan Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan dan Amanah Kepimpinan. Majlis ini sebagai simbolik bagi mengiktiraf perlantikan saf kepimpinan DPP kawasan seluruh negeri Kedah.
Majlis dimulakan dengan jamuan bersama bekas tahanan BERSIH 2.0. Seramai 50 orang bekas tahanan yang hadir pada malam itu.
Peserta sedang menjamu selera.
Majlis dengan kehadiran pemuda hampir 350 orang ini diakhiri dengan penyampaian sijil watikah kepada semua ketua pemuda kawasan dan didahului dengan barisan exco DPPN Kedah. Majlis bersurai sekitar jam 12.00 tgh malam.
http://pinkturtle2.wordpress.com Ini baru bukti bergambar …selepas ini ada lagi bukti video dari pihak polis… Rakyat Tertunggu-Tunggu Bukti Video PDRM Rakyat tertunggu-tunggu jika pihak kerajaan khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai bahan bukti bagi menjelaskan situasi sebenar ketika Himpunan Bersih 2.0 9 Julai lalu sehingga polis terpaksa bertindak mengasari rakyat. Bagaimanapun bahan bukti seperti video itu [...]
Peguam hak asasi manusia Perancis, William Bourdon (gambar), dijangka menghangatkan lagi politik Malaysia apabila beliau akan memberikan ucapan utama di tiga majlis anjuran Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bermula malam esok di Pulau Pinang.
Bourdon, peguam Suaram bagi kes pembelian dua kapal selam Scorpene yang penuh kontroversi itu akan menceritakan perkembangan terkini kes itu di sebuah hotel malam esok di Pulau Pinang.
Keesokan harinya pula, Jumaat mulai jam 8 malam, beliau dengan disertai sama oleh Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, akan berucap di majlis kutipan dana untuk membiayai kes ini di Dewan Sivik MPPJ, Petaling Jaya.
Hari Sabtu pula, Bourdon akan ke Ipoh dan akan berucap di satu majlis forum di sebuah tokong Cina di sana.
Bourdon dijangka akan mendedahkan maklumat terkini perkembangan siasatan mahkamah Perancis terhadap pembelian Scorpene itu.
Kedua-dua kapal kapal selam ini yang melibatkan wang rakyat sebanyak RM7.3 bilion dinamakan KD Tuanku Abdul Rahman dan KD Tun Razak. Kedua-duanya mempunyai masalah tersendiri termasuk tidak boleh menyelam di lautan tropika.
Pada 23 Disember 2009, Suaram melalui rangkaian mereka di Perancis telah melantik sekumpulan peguam hak asasi manusia di sana untuk memfailkan aduan kepada sistem keadilan Perancis dengan harapan satu siasatan awal dibuat mengenai pembelian Scorpene ini.
Langkah ini dibuat untuk membolehkan mereka menyiasat bukan sahaja kematian wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu yang dibunuh dengan kejam di Puncak Alam tetapi juga amalan rasuah yang berlaku dan peranannya dalam pembelian kapal selam itu sehingga membawa kepada pembunuhannya.
Altantuya mati dibunuh dengan kejam mengguna peledak C4 oleh dua pegawai polis pengiring yang bertugas dengan Datuk Seri Najib. Razak juga didakwa tetapi terlepas.
Pada bulan April 2010, peguam yang mewakili Suaram memaklumkan, mahkamah Perancis telah menerima permohonan penyiasatan aduan rasuah yang melibatkan pembayaran sebanyak Euro114 juta (USD151.1 juta) yang dibayar oleh syarikat Perancis, DCNS kepada Perimekar, syarikat yang dimiliki rakan Perdana Menteri, Abdul Razak Baginda.
Peguam Perancis berkenaan telah datang ke Malaysia April lepas untuk mengumpulkan bukti.
Perimekar adalah syarikat Malaysia yang dipercayai dibuka pada tahun 2001, iaitu sebelum kontrak pembelian kapal selam itu ditandatangani. Ia dibuka hanya untuk menerima komisyen dari Malaysia dan juga Perancis.
Isteri kepada Abdul Razak Baginda, Mazlinda, adalah antara yang tersenarai sebagai pengarah syarikat yang dimiliki kawan baik Perdana Menteri ini.
Baru-baru ini, menurut pasukan peguam Perancis ini, wang dari dalam akaun Perimekar telah dipindah ke akaun lain yang tidak diketahui ke mana lagi sehingga kini.
Malam esok, Bourdon dijangka akan memaklumkan kepada rakyat Malaysia apakah status kes ini sekarang.
Menurut sumber Suaram ketika dihubungi Harakahdaily, kes ini dijangka akan dibawa ke mahkamah terbuka Perancis seawalnya bulan Ogos tahun ini.
"Ia bergantung kepada majlis kutipan dana untuk membiaya kes ini beberapa malam ini," kata pegawai Suaram ketika dihubungi.
Mohamad Sabu dijadualkan akan turut berucap di Pulau Pinang malam esok tetapi oleh kerana lutut beliau yang dibedah masih belum sembuh sepenuhnya, dia hanya akan menyetai majlis Jumaat ini di Dewan Sivik MPPJ.
Lutut Mohamad cedera apabila motosikal yang dinaikinya dirempuh oleh sebuah land rover polis semasa perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai lalu di ibunegara. Rempuhan ini menyebabkan beliau jatuh dan lututnya cedera.
Beliau menjalani pembedahan ke atas ligamen lututnya yang koyak semasa insiden itu dan mendapatkan rawatan di Hospital Pakar di Shah Alam.
"Saya keluar hospital semalam. Doktor telah menanam 2 1/2 skru disebabkan ligamen saya yang terkoyak. Saya masih sakit dan tidak boleh berjalan….tapi keadaan saya beransur pulih," kata Mohamad.
Di samping Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua juga akan berucap di samping kartunis Zunar akan membuat lakaran kartun secara langsung malam itu.
"Semua kutipan dari jualan meja dan lelongan kartun ini adalah untuk membiayai kes ini," kata wakil Suaram itu. -HD
You are subscribed to email updates from BGM online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KOTA BHARU, 19 Julai: Festival masakan antarbangsa Cheng Ho Kelantan (KelCheff) 2011 yang julung kali diadakan di negara ini mendapat sambutan menggalakkan. Sejak dirasmi 14 Julai lalu sehingga hari ini dianggar hampir 40,000 pengunjung mengunjungi festival tersebut yang diadakan bersebelahan Bazar Tok Guru. Selain itu di lokasi berhampiran turut diadakan pameran tamadun Islam yang bertajuk 'Evolusi Keagungan Warisan dan Kesenian' bertempat di Dewan Jubli Perak dan Gelanggang Seni. Pelbagai artifak dan bahan-bahan bersejarah termasuk pedang para sahabat baginda Rasulullah saw dipamerkan. Selain itu peralatan astronomi di zaman awal tamadun manusia. Pegawai Komunikasi Korporat Kelcheff, Abdullah Suhaimi Mat Yassin berkata, festival makanan antarabangsa itu mendapat sambutan orang ramai termasuk pelancong asing. "Dinggarkan kira-kira 2,000 orang berada di tapak pesta pada satu-satu masa," katanya ketika ditemui di tapak festival hari ini. Pelbagai jenis makanan dan minuman dijual kepada orang ramai yang disediakan peserta dari dalam dan luar negara termasuk China, Turki, Palestin, Indonesia, Thailand dan Kemboja. Selain itu kerajaan Pulau Pinang dan Kedah juga menyediakan juadah istimewa di tapak festival terbabit. Abdullah berkata, menu yang disediakan bersesuaian dengan tema 'makanan' sempena festival termasuk nasi kerabu, pulut pauh, kebab, roti nan, nasi arab, beriani dan nasi ayam hainan. Sehubungan itu beliau berharap orang ramai supaya tidak melepaskan peluang mengunjungi KelCheff yang akan berakhir 24 Julai ini. Di tapak KelCheff juga diadakan demontrasi masakan oleh dua cheff terkemuka iaitu Chef Sabri dan Chef Ismail. Pada sebelah malam pula diadakan persembahan kebudayaan termasuk dikir barat dan nasyid. Festival itu bermula jam 10 pagi hingga 10 malam. Malam ini juga akan diadakan ceramah isu semasa di Padang Perdana bersebelahan tapak Kelcheff.
KUALA LUMPUR, 19 Julai: Blogger Mutaligat dalam blognya mutaligat.blogspot.com hari ini mendedahkan penipuan dan penyelewengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Dalam tulisannya Mutaligat menyatakan seorang pengundi yang mempunyai nombor kad pengenalan lama 6830901 yang sama mempunyai 2 nama yang hampir serupa, cuma ejaan yang berlainan. Yang pertama, Daud Bin Mohd mengundi di Dun Asahan, Parlimen Alor Gajah dan kedua Daud Bin Mohamad mengundi di Dun Bemban, Parlimen Jasin. "Bagaimana orang yang berlainan mempunyai no kad pengenalan yang sama?" soal beliau. Pendedahan ini dibuat oleh beliau hasil dari maklumat yang diperolehi dari laman sesawang SPR sendiri. Mungkinkah beliau ini orang yang sama dan boleh mengundi dua kali. Dun Bemban dan Dun Asahan terletak tidak jauh antara satu sama lain dan memang tidak menjadi masalah untuk orang yang sama mengundi pada hari yang sama. Pendedahan kedua melibatan seorang pengundi bernama Asia Binti Osman bernombor Kad Pengenalan lama 5962350 yang mempunyai 2 tempat mengundi yang berlainan satu di Dun Taboh Naning dan satu lagi di Dun Ayer Limau kedua-duanya dalam Parlimen Masjid Tanah. Namanya hanya dibeza dengan perkataan 'Binti' dan satu lagi 'Bt'. "Inilah penipuan SPR yang tidak boleh disangkal lagi?" soalnya. Blogger Mutaligat menggesa SPR menjawab segala isu ini yang jelas amat meragukan orang ramai.
YB Dr Abd Rani Osman diiringi Dato Ketua Kampung Kg Meru dan Dato Ketua Kampung Kg Budiman telah melawat beberapa warga emas di rumah-rumah mereka bagi menanya kabar sambil memberikan khidmat rawatan kesihatan secara percuma.
Selaian mendapat sedikit wang , mereka juga dibekalkan ubat-ubatan untuk beberapa bulan.
Penduduk Kampung Batu Belah telah turun beramai-ramai bagi menjayakan Program Gotong Royong Perdana yang dianjurkan bersama oleh Masjid Sirajudin Batu Belah dan JKKK Kg Batu Belah.
Tuan Hj Yusuf Ibrahim selaku Nazir Masjid berasa gembira dengan komitment yang diberikan oleh penduduk dan berharap usaha sukarela gotong royong ini dapat mengeratkan perhubungan penduduk dan pimpinan.
YB Dr Rani juga turut hadir bagi memberi sokongan moral kepada usaha murni ini.
Satu Mesyuarat Khas diantara pimpinan Pas peringkat Negeri Selangor dengan Dewan Himpunan Penyokong Pas ( DHPP ) telah diadakan di Worldwide.
Mesyuarat tersebut bertujuan mengemaskinikan DHPP dan memberi taklimat penting mengenai halatuju dan peranan DHPP dalam pilihanraya umum yang ke 13 nanti.
YB Dr Mariah, YB Khalid Samad dan YB Dr Rani terlibat dalam majlis tersebut dan turut memberi pendapat masing-masing atas perkara yang dibincangkan.
YB Shaari Sungib dan YB Dr Rani telah diundang untuk majlis dialog mengenai peranan dan sumbangan NGO terhadap kemajuan dan pembelaan masyarakat.
YB Dr Rani menekankan hanya tindakan dan program yang berlandaskan falsafah dan prinsip Islam yang mampu memimpin masyarakat terutama masyarakat Islam agar kembali menjadi masyarakat contoh dan diidami.
YB Shaari mengajak NGO bersama-sama berganding bahu dan menyelami masaalah masyarakat dan menawarkan jalan keluar kepada mereka.
You are subscribed to email updates from KHIDMAT MERU To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kita lihat bagaimana seorang anggota ini membawa senjata dan menumbuk seorang anak muda. Kita lihat di tangannya. Dia di antara anggota polis yang tiada tag nama dan nombor polis di bajunya dan memakai penutup muka. Integriti Polis jatuh disebabkan adanya puak-puak sebegini.. link video
PELAJAR KOLEJ NEGERI SEREMBAN 2 DITINDAS Aduan Rakyat Online July 19th, 2011
Assalamualaikum..
Saya antara salah seorang pelajar Kolej Negeri Seremban 2. Saya mahu membuat aduan tersebut untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak kolej melalui aduan rakyat kerana sebelum ini kami sebagai pelajar telah banyak kali meminta penjelasan daripada pihak kolej negeri tetapi mereka nampaknya seperti memekakkan telinga mereka.
Pihak aduan rakyat mungkin dah terima banyak aduan tentang kolej negeri ni kan. Kami mintak sangat tolonglah kami. Kami tak nak keluar2 dari tempat belajar dengan masalah..
Salah satu masalah yang saya mahu adukan berkenaan di kolej ini. Sya yang belajar di sini sangat kesian kepada rakan2 yang datang dari sabah telah di tindas apabila dahulu pihak mara telah bersetuju bahawa sesiapa pelajar dari sabah yg datang belajar di semenanjung akan diberi rm2000 untuk tiket penerbanagan tetapi pihak kolej akan membayar pada pelajar dengan harga tiket yang paling tinggi dan cuma sekali sahaja. mana yang selebihnya???
masalah lain ketiadaan MQA, pembayaran yg bukan2, dan macam2….
saya disini…tidak ada niat hendak memburuk kn kolej ini..tapi..kolej ini sangat x bertanggungjawab..kalau pihak tuan pergi ke kolej tersebut.tuan akan faham,bgaimana kebajikan pelajar2 di jaga..
saya paham jikalau punca yuran yg tidak terlalu mahal,menyebabkn facility kolej ini,kurang memuaskn..utk makluman ,malah pernah berlaku pencerobohan di dalam dom wanita..yg dipanjat oleh orang luar..sewaktu mereka tidur..malah ada saksi yg terlihat kelibat lelaki di dalam dom wanita
dengan bayaran yg x seberapa..saya memahami keadaan tersebut tapi kalau layanan dan sikap kurang profesional dari staff2 di kolej tersebut amat tidak boleh d terima
pelbagai masalah timbul dari segi management.saya sgt berharap pihak tuan menegak kn kebenaran untuk pelajar2 di sana,
sekurang nya..membagi amaran…betapa penting nye kebajikan pelajar di kolej tersebut…
saya sangat berharap kolej ini memahami,bukan mudah bagi2 keluarga yg kurang senag..sanggup mengeluar kn EPF,asalkn ank mereka boleh mendapat segulung ijazah dan diploma..
saya sagt berharap kolej ini sedar tanggungjawab mereka…membantu bukn membazirkn duit ibu bapa yg mempercayai kolej negeri seremban 2 ini..
KUALA LUMPUR, 20 Julai: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) terpanggil mengulas pertemuan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dengan Pope Benedict XVI yang jelas membuktikan tindakan terdesak Barisan Nasional (BN) untuk meraih sokongan penganut Katolik di Malaysia.
Naib ketuanya, Dr Raja Ahmad al-Hiss berkata, ini kerana dilihat di dalam masa yang sama, rombongan turut membawa juga seorang pemimpin Katolik Malaysia, Tan Sri Murphy Nicholas Xavier Pakiam ke Vatican sempena lawatan Perdana Menteri di sana "Bagi kami, tindakan tersebut jelas sepertimana dahulu juga ketika Perdana Menteri turut membuat lawatan ke India dan China bagi tujuan meraih psikologi pengundi berbangsa India dan Cina di Malaysia menjelangnya pilihan raya," ujaranya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Juga, ujarnya suatu ketika dahulu, usaha Najib untuk membawa Sheikh Yusuf al-Qaradawi ke Malaysia kurang berkesan bagi tujuan yang sama untuk membina pengaruh umat Islam terhadap pemerintahan BN ketika itu.
Bagi DPPP, katanya usaha membawa ulama-ulama luar negara untuk membela perbuatan Najib dan BN juga gagal.
DPPP, tambahnya melihat Najib terpaksa pergi membuat lawatan ke negara-negara maju seperti Amerika, Britain dan negara-negara lain untuk menerangkan keadaan sebenar dari terus dikritik oleh negara maju yang ada yang mengecam Malaysia dalam krisis politik yang semangkin buruk selepas perhimpunan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) pada 9 Julai yang lalu.
Menurutnya, bagi mengekalkan kuasa pemerintahan BN, Najib dipaksa bergerak keseluruh dunia bagi membuktikan BN masih mampu kekal memerintah.
Dan tindakannya juga bertemu dengan tokoh agama adalah langkah bagi memberikan keyakinan dan psikologi bagi membina sokongan terhadap BN menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang semangkin hampir berikutan kebangkitan rakyat pelbagai kaum dan agama baru-baru ini yang menuntut satu sistem pilihan raya di Malaysia yang telus dan terbaik.
"Kami juga melihat, Najib tidak layak untuk bercakap soal perpaduan dan agama dengan Pope Benedict kerana pada hakikatnya beliaulah yang bertanggungjawap dalam perpecahan yang berlaku di Malaysia sekarang," katanya. (Harakahdaily)
KUALA LUMPUR, 19 Julai — PAS menyifatkan pihak-pihak yang membantah PAS menyokong perhimpunan Bersih 2.0 dengan alasan ia dipimpin oleh bukan Islam, Datuk S Ambiga sebagai buta sejarah Islam.
"Nabi Muhamad S.A.W. menyertai perjanjian Al Fudul di Mekah untuk membantu mereka yang dizalimi ketika Nabi belum menyebarkan Islam. Dan Baginda berkata dalam satu hadisnya, sekiranya ia berlaku lagi (semasa sudah menyebarkan Islam), aku akan menyertainya.
"Jadi berdasarkan sejarah ini, orang yang kata kat PAS itu tidak tahu sejarah Islam sebenarnya," kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) dalam wawancara khasnya dengan Harakahdaily dan Harakah.
Beliau mengulas kenyataan ramai pemimpin BN khasnya di kalangan pemblog Umno yang mempertikaikan PAS yang menyokong perjuangan Bersih 2.0 yang dipimpin oleh Datuk S Ambiga.
Mereka membuat pelbagai dakwaan buruk terhadap Ambiga dan mengecam PAS yang menyokong dan menyertai perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai lalu.
Turut menyertai perhimpunan itu dan ditangkap polis adalah Hadi sendiri yang terpaksa naik 'black maria' polis dan dibawa ke balai polis Jinjang.
Selain beliau turut ditahan ialah timbalannya Mohamad Sabu dan dua naib presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.
Menurut Hadi, semasa Nabi belum menyebarkan Islam, bapa saudara beliau telah mengajaknya bertemu dengan para pemimpin Arab ketika itu di rumah Abdullah Al Judaan di kota Mekah.
Ia turut disertai sama oleh Abu Jahal dan Abu Lahab iaitu dua pembesar Quraisy ketika itu yang banyak menentang perjuangan Islam yang dibawa baginda.
Perjanjian yang dinamakan Al Fudul itu adalah bertujuan untuk mengikat janji bagi mempertahankan mereka yang dizalimi.
Selepas sudah menyebarkan Islam, Baginda menceritakan peristiwa ini kepada para Sahabat Baginda dan berkata, jika perjanjian sebegitu berlaku lagi, Baginda akan menyertainya.
"Saya yakin, Datuk Ambiga adalah profesional yang adil. Begitu juga Datuk Samad Said. Takkan mereka sama dengan Abu Jahal dan Abu Lahab. Jadi apa salahnya kita bersama-sama memperjuangkan kebaikan yang ingin dibawa oleh Bersih 2.0 pimpinan mereka," kata Hadi lagi.
YB Dr Siti Mariah selalu berkata bahawa beliau amat bertuah kerana menjadi YB Kota Raja. Apa kan tidaknya beliau bukan disenangi oleh rakyat berbilang kaum di Kota Raja tetapi juga oleh semua Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan dan penyokong serta ahli PAS Kota Raja.
Terbaru dalam program "Mesra Rakyat - YB turun Padang" yang di selaraskan oleh Sekretariat Parlimen Kota Raja begitu ramai yang turun bersama YB ke pasar malam Taman Maznah di Klang. Diantaranya ialah YDP PAS Kota Raja En Jaafar Samsudin, Pengarah JPrD Tn Hj Termizi, Ahli Majlis En Azmi Jusoh, sementara Sekretariat terdiri dari En Samsul & En. Abd Majid, manakala Sekretariat yang lain joint selepas maghrib.
Dr Mariah beramah mesra dengan pengunjung pasar malam
Sekretariat Parlimen Kota Raja sentiasa membantu
Setiap helai risalah dan selangorkini diterima baik oleh setiap pengunjung pasar malam tersebut
YDP turut hadir sama dan memberi promosi tentang kehadiran YB ... susah nak dapat YDP seaktif ini, walau pun jawatannya di Negeri Selangor amat berat sebagai Pengarah Pilihanraya Negeri.
TEMERLOH: Ahli Parlimen Hulu Selangor Dr Zulkafley Ahmad, merayu dan mohon rakyat bangun bersama menolak politik jijik, politik bobrok, politik qazaf, politik fitnah dalam negara kita. Kami daripada PAS ingin membersihkan politik jenis ini yang sanggup melakukan apa sahaja termasuklah jalan pintas mematikan satu-satu karetor bagi membunuh musuh mereka. Sebagai contoh anak-anak muda bersama-sama diminta mengedarkan cd video lucah orang tertentu bagi melakukan kerja-kerja politik yang jijik ini.
Pencerahan minda adalah amat penting, agar politik baru cara gaya Islam dimartabatkan dalam sistem urustadbir negara kita.
Demikan kecam Dr Zulkafley Ahmad ahli parlimen Kuala Selangor, semasa berucap dalam satu ceramah di Kg Sg Buluh / Batu Kapor Mentakab Pahang dekat sini kelmarin.
Bagi kita politik jijik kini sudah dan perlu dihancur, kerana sudah sampai kemuncaknya, ia bakal menghancurkan ketamadunan manusia merdeka (islam). Justeru politik baru yang bersih gagal di tunjukkan kepada rakyat teramai. Sebagai contoh dalam islam kita daripada kumpulan yang berbeda ( PAS - UMno) berlumba-lumba membuat kebajikan kepada rakyat. Ini adalah politik yang sihat , politik yang bersih bersaing bagi membaut kebajikan kepada manusia. Situasi ini kini berlaku di Selangor bagaimana MP Pakatan Rakyat berlumba-lumba sesama wakil rakyat Umno Bn untuk memberi bantuan, khidmat dan sebagai kepada rakyat.
Inilah cara dan ajaran politik bersih yang kita maksudkan, bukannya politik menghentam peribadi, menghina, menuduh aib dan sebagainya yang menjadi caragaya dan cara urustadbir politik kini oleh pemerintah yang sudah miskin modal dan jati diri, jelas beliau
Maka inilah terjemahan Himpunan BERSIH 2.0 baru lalu yang dijayakan bersama oleh seluruh rakyat atau masyarakat 1Malaysia. Cara urus tadbir politik yang BERSIH, roh BERSIH 2.0 yang dipamerkan baru-baru ini. Pemuliharaan dan pemulihan terhadap sistem politik negara perlu di bersihkan.
Berhubung dengan Tahlul Siasi antara PAS bersama rakan-rakan adalah satu kerjasama persepakatan yang tidak mencangkut soal aqidah, Tahlul ini seumpama Perjanjian Hudaibiyah semasa zaman nabi, selagi mana matlamat bersama-sama tidak dicabuli dan dikhianati persetujuan itu diteruskan, jelas beliau lagi.
Turut hadir besama di majlis berkenaan adalah YDP Temerloh Hj Md Jusoh Darus, Naib Yang Dipertua YB Syed Hamaid Sy Mohammad, Sdr Nizam Hamid Timbalan PKR Pahang, Sdr Hashim Abdullah Ketua Penerangan Temerloh dan Sdr Abd Razak Endut, Amal Pahang yang difitnah dalam akhbar sebagai pembawa pisau di BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.
Penasihat DAP Sabah Dr Hiew King Cheu melahirkan rasa terkejutnya dengan jumlah simpanan rizab kerajaan negeri Sabah sebanyak RM3 bilion yang diumumkan baru-baru ini.
Pengumuman Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dalam salah satu mesyuarat kerajaan baru-baru ini bukan sahaja mengundang rasa terkejut Hiew (kiri), tetapi beliau juga hairan akan jumlah tersebut yang jauh kekurangan jika dibandingkan dengan kepelbagaian hasil sumber alam semulajadi dan sumber-sumber lain yang dimiliki Sabah.
"Ia amat menghairankan bila mengetahui hanya jumlah tersebut sahaja yang dapat dikumpul dalam tempoh 16 tahun, setelah BN mengambil alih pemerintahan negeri Sabah daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) pada tahun 1994," kata Hiew.
Semasa kerajaan PBS yang diketuai oleh Tan Sri Joseph Pairin Kitingan memerintah sebagai pembangkang dahulu, mereka menghadapi kepayahan di dalam mentadbir kerajaan negeri kerana tidak mendapat bantuan kewangan daripada Kuala Lumpur, dan jumlah rizab negeri ketika itu juga adalah rendah.
Berlainan dengan sekarang, kerajaan persekutuan memberikan peruntukkan terhadap pembangunan di Sabah seperti membaik pulih dan menaik taraf infratruktur asas, hospital, elektrik, bekalan air, pendidikan, keselamatan dan pertahanan, perumahan, pertanian dan lain-lain, kata Hiew.
Selain itu terdapat juga peruntukkan dan subsidi yang banyak diberikan terhadap gula, beras, perikanan, minyak dan lain-lain.
Di sebalik semua peruntukan tersebut, kerajaan negeri pada masa yang sama turut memperolehi pendapatan hasil daripada minyak dan gas, kayu balak, kelapa sawit dan lain-lain yang mana keseluruhan pendapatan ini jika dijumlahkan, ia adalah tinggi.
"Ke mana perginya pendapatan ini dan di mana ia telah dibelanjakan? Kami layak diberikan jawapan dan perincian tentang bagaimana kerajaan negeri telah membelanjakan wang kami. Mengapa hanya tinggal sedikit sahaja wang dalam rizab simpanan?" soal Hiew yang juga ahli parlimen Kota Kinabalu.
Menurut Hiew lagi bahawa situasi kewangan tersebut tidak menggambarkan prestasi baik kerajaan BN Sabah di dalam memenuhi tanggungjawab mereka terhadap keperluan pembangunan ekonomi dan kemakmuran di Sabah.
"Itulah sebabnya kita telah jatuh daripada negeri yang terkaya kepada yang termiskin di Malaysia. Kita akan jatuh lebih jauh lagi sekiranya keadaan seperti sekarang ini berterusan," kata Hiew dengan merujuk kepada Laporan Bank Dunia yang di siarkan baru-baru ini.
Mengenai jumlah sebenar hutang kerajaan negeri terhadap kerajaan persekutuan dan institusi kewangan luar negara, Hiew berkata ia adalah sesuatu yang menarik untuk diketahui rakyat.
"Adalah menarik untuk diketahui akan jumlah sebenar hutang kerajaan negeri terhadap kerajaan perseketuan dan institusi luar negara. Ia juga adalah baik bagi kita untuk mengetahui tentang kedudukan kewangan sebenar negeri ini."
"Mungkin menteri kewangan (Musa Aman) boleh menerangkan kepada rakyat Sabah yang ingin tahu fakta kedudukan kewangan kita," kata Hiew.
Beliau turut mendakwa bahawa kerajaan negeri Sabah sekarang ini telah gagal menghasikan pertumbuhan yang positif untuk ekonomi negeri.
Secara perbandingan, katanya, kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang berjaya meningkatkan rizab simpanan negeri daripada RM0.6 bilion kepada RM1.2 bilion, sejak mengambil alih negeri itu hanya tiga tahun lalu.
"Ini adalah suatu pengurusan dan pencapaian kewangan yang baik, malahan apa yang baik lagi ialah mereka tidak mempunyai hutang terhadap pihak luar," katanya.
Berdasarkan laporan yang diterima di Sabah, Hiew telah dimaklumkan bahawa ramai kontraktor belum menerima bayaran progres mereka sejak beberapa bulan yang lalu.
"Apakah sebenarnya berlaku disini? Adakah benar rizab simpanan semakin berkurangan? Ini adalah perkara serius yang mengganggu rakyat Sabah, dan kami mahukan jawapan," kata Hiew sambil menambah situasi tersebut seolah-olah menggambarkan kedudukan kewangan negeri yang tidak baik.
KLANG 20 JULAI : Mahkamah Majistret Klang menetapkan tarikh sebutan baru bagi kes pembunuhan peguam Datuk R.Anbalagan pada 26 Ogos ini.
Majistret Azlinda Mohd Sharif menetapkan tarikh itu selepas mendengar permohonan Timbalan Pendakwa Raya Shahrul Ekhsan Hasim memandangkan laporan bedah siasat dan kimia R.Anbalagan masih belum siap.
Pada 17 Jun lalu, seorang warga India R.Narayanan, 24, dituduh membunuh R.Anbalagan yang juga majikannya dengan menetaknya menggunakan parang di Kuil Sri Ramalingeswarari, Lot 9221 Jalan Kebun Baru, Kampung Perepat di sini pada pukul 9.30 malam 13 Jun lalu.
Pada hari ini, peguambela tertuduh, Datuk V.Sithambaram meminta mahkamah merekodkan kecederaan pada tubuh tertuduh yang dikesan semasa beliau mewawancara Narayanan bersama seorang lagi peguambelanya S.Selvam.
Beliau berkata terdapat kesan luka dan sembilan jahitan pada tangan tertuduh.
Sithambaram berkata kecederaan itu patut disiasat dan tertuduh perlu dirujuk kepada seorang doktor kerana kes itu mungkin berkaitan dengan kes penyeludupan manusia.
Sementara itu, berlaku sedikit kekecohan apabila seorang wanita warga emas menjerit-jerit ke arah tertuduh semasa warga India itu dibawa keluar dari mahkamah.
Wanita itu turut berkata sesuatu dengan nada keras sambil menggoyangkan-goyangkan jari telunjuknya kepada para wartawan dan jurugambar yang terpinga-pinga kerana tidak memahami percakapannya dalam bahasa Tamil.
Menurut seorang wartawan akhbar Tamil yang turut berada di situ, wanita itu adalah ibu kepada mendiang Anbalagan.
Polis tahan gadis, teman lelaki selepas lawat anak baru lahir di ladang kelapa sawit
KOTA TINGGI: Gara-gara panik, sepasang kekasih sanggup meninggalkan bayi baru dilahirkan teman wanitanya di atas bonet kereta seorang penduduk di FELDA Sungai Mas, di sini, 30 kilometer dari tempat bayi malang itu dilahirkan iaitu dalam sebuah ladang kelapa sawit.
Kejadian berlaku Khamis lalu apabila wanita berusia 20 tahun dikatakan dalam perjalanan dari Pengerang ke Hospital Kota Tinggi untuk bersalin, merasai kesakitan mahu melahirkan anak pada jam 3 pagi.
Pasangan itu mengambil keputusan berhenti di lorong dekat ladang sawit FELDA Air Tawar 3 di sini, sebelum wanita terbabit melahirkan bayi lelaki dalam semak dengan berbidankan teman lelakinya berusia 25 tahun.
Panik dengan kejadian itu, mereka kemudian berpatah balik menghala ke Pengerang dan meninggalkan bayi yang dipenuhi darah serta bertali pusat itu atas bonet kereta penduduk di FELDA Sungai Mas.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Muhammad Shamsuddin, berkata bayi terbabit ditemui lelaki ketika menghantar anaknya ke sekolah jam 7 pagi.
"Penemuan bayi itu menggemparkan penduduk di kawasan itu menyebabkan ibu bayi terbabit datang ke hospital untuk melihat bayinya sehari selepas itu. Ketika ditanya pengurusan hospital,
wanita terbabit mengaku meninggalkan bayi itu selepas dilahirkan dalam semak ladang sawit terbabit dan pemeriksaan turut mendapati dia memang baru melahirkan anak," katanya.
Berikutan itu, wanita yang berasal dari FELDA Tunggal itu ditahan untuk siasatan lanjut. Polis turut menahan teman lelakinya dari Kampung Teluk Empang dekat Pengerang untuk membantu siasatan.
HANOI – Seorang pemuda Vietnam berusia 31 tahun, Nguyen Duy Hai merayu diberikan bantuan untuk membuang ketumbuhan seberat 80 kilogram (kg) di kaki kanannya, lapor sebuah akhbar semalam.
Ketumbuhan itu sudah wujud sejak dia dilahirkan tetapi ketua jabatan pemeriksaan sebuah hospital tumor di Hanoi, Vu Van Thach berkata, ia dianggap yang paling besar pernah direkodkan di Vietnam. Menurut Thach, tumor itu bukan sejenis kanser dan ia mungkin mutasi genetik.
Walaupun kaki kanannya disah dipotong 14 tahun lalu, dia masih mempunyai ketumbuhan selebar satu meter itu. "Saya tidak boleh melakukan sebarang perbuatan. Saya hanya boleh duduk dan baring," katanya di rumahnya di bandar Da Lat, Vietnam. Dia kini dijaga oleh ibunya yang berusia 61 tahun.
Pemuda itu merayu supaya dia diberikan bantuan kewangan untuk menjalani pembedahan kerana dirinya hidup dalam kemiskinan.
SHAH ALAM 20 JULAI : Timbalan Presiden PAS yang dilanggar kenderaan polis sebelum menyertai Himpunan Bersih 2.0 9 Julai lalu menyokong sepenuhnya agenda pembaharuan dalam sistem pilihan raya diperhebatkan di kawasan-kawasan luar bandar.
Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata, keputusan yang dicapai dalam mesyuarat Pakatan Rakyat itu tepat memandangkan golongan itu sering menjadi sasaran media milikan Umno-Barisan Nasional untuk disogokkan dengan berita palsu.
"Memang kita akan teruskan penerangan di kampung sebab orang Melayu di kampung yang mereka lihat hanyalah TV dan surat khabar Umno,"kata beliau kepada Tv Selangor.
Pemimpin Pakatan Rakyat semalam berikrar untuk meneruskan momentum perhimpunan Bersih 2.0 dan bersetuju agenda itu perlu di bawa ke kawasan luar bandar juga.
Penolohg Setiausaha Publisiti DAP, Teo Nie Ching yang dipetik portal Malaysiakini memberitahu, perkara itu menjadi agenda utama yang dibincangkan pada mesyuarat itu semalam.
"Kami sedar impak Bersih hanya terhad di kawasan bandar dan hari ini dicadangkan kita menyebarkan dorongan itu ke luar bandar dan memberitahu rakyat mengenai Bersih," kata beliau.
Diminta mengulas perkembangan terbaru Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menayangkan video untuk menyanggah dakwaan polis melakukan keganasan terhadap rakyat ketika himpunan itu kepada media dan melalui RTM minggu ini, Mat Sabu menyifatkan ia satu pembohongan besar kerajaan dan PDRM kepada rakyat.
"Kenapa lambat sangat? Itu mesti direka. Video yang keluar internet semua, keluar 10 minit, 15 minit selepas kejadian. Orang tak percayalah pada polis semua.
"Boleh kita tengok, lakonan macam video Memali lah. Dia guna RTM, dia guna alat kerajaanlah. Semua pembohongan itu, sebelum ditayangkan saya (boleh) katakan ia bohong,"kata beliu lagi.
Himpunan Bersih 2.0 bagi menuntut sistem pilihan rayayang adil dan bersih dilaksanakan di negara ini pada awal bulan lalu mendapat tentangan hebat polis dan
kerajaan.
Malah lensa-lensa kamera menjadi saksi bagaimana Unit Simpanan Persekutuan (FRU) melepaskan tembakan gas pemedih mata secara langsung kepada peserta demontarasi dan ramai yang dikasari.
Dunia pada hari itu melihat 1,667 rakyat ditahan kerana berhimpun secara aman, puluhan mengalami kecederaan dan seorang meninggal dunia ketika cuba melarikan diri dari asakan polis.
SURAYA memperdengarkan bacaan pada hari keempat Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-53 di PWTC, malam tadi.
KUALA LUMPUR: Enam qari dan dua qariah memperdengarkan bacaan pada hari keempat Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-53 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam tadi.
Qari terdiri daripada Amjad Saeed Muhammad Bashir dari Pakistan, Muhammad Yusuf (Indonesia), Muhammad Sadid Abdul Latif (Singapura), Muhammad Fauzi Idris (Kemboja), Mohammad Sadiq Rahimi (Afghanistan) dan Azizi Alili (Crotia).
Qariah pula ialah Suraya Abu Hassan dari Malaysia dan Marziah Rahimi dari Afghanistan. Seramai 81 qari dan qariah terbaik dari 50 negara menyertai tilawah kali ini yang berlangsung sehingga Sabtu ini. – BERNAMA
PETALING JAYA 20 Julai — Perseorangan nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei bertekad untuk merangkul kejuaraan pertama beliau dalam Kejohanan Dunia pada acara itu yang akan berlangsung di London dari 8 hingga 14 Ogos ini.
Chong Wei melihat peluangnya lebih cerah kali ini, berbanding tahun-tahun lepas, berikutan persiapan yang lebih sempurna malah beliau dan pemain negara yang lain berpeluang untuk berlatih di Bath, London dua minggu sebelum kejohanan.
"Saya juga berasa lebih yakin. Tahun ini saya telah menang semua kejohanan Siri Super kecuali Korea, jadi saya lihat tahun ini peluang itu lebih cerah.
"Latihan di Bath juga adalah bagus untuk menyesuaikan diri dengan cuaca dan keadaan di sana lebih awal," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian antara beliau dengan Kolej Universiti KDU di kampus utama kolej itu di sini hari ini. - Bernama
NGERI...keadaan kereta yang dinaiki Mohd Zulhelmi hancur selepas merempuh pembahagi jalan, semalam. Gambar kecil, Mohd Zulhelmi
ARAU: Seorang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang baru tiga hari ditauliahkan sebagai Leftenan Muda di Kolej Tentera Udara Diraja Malaysia (KTU) Kepala Batas, Alor Setar, Sabtu lalu, maut dalam satu kemalangan ngeri apabila kereta dipandunya terbelah dua di Kilometer 21, Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis, berhampiran Kampung Katong di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa, Mohd Zulhelmi Mohd Yusof, 21, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
Dalam kejadian itu, tiga rakan mangsa iaitu Muhammad Amir Mohamed Ariffin, 21; Melati Kamarudin, 20; dan Ku Shahida Ku Shali, 22, parah selepas patah kaki dan cedera di muka.
Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain berkata, mangsa yang berasal dari Teluk Intan, Perak, dalam perjalanan dari Sungai Petani ke Kangar untuk menghantar Melati dan Ku Shahida.
Mohd Zulhelmi dan Muhammad Amir baru ditauliahkan sebagai pegawai TUDM, manakala dua rakan wanita itu pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negeri itu.
"Mereka dipercayai baru selesai menghadiri majlis jamuan bagi meraikan pentauliahan itu di Sungai Petani, malam kelmarin," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Mohd Nadzri berkata, mangsa yang memandu kereta Perodua Viva itu dipercayai mengantuk sebelum terbabas dan merempuh pembahagi jalan.
Katanya, keadaan kereta mangsa hancur di sebelah kanan menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan kecederaan bahagian dalaman, manakala dua lagi rakannya patah kaki dan seorang lagi cedera di muka.
"Mangsa yang cedera parah akibat rempuhan kuat di sebelah kanan kereta itu disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke HTF.
"Rakan mangsa juga dihantar ke HTF bagi mendapat rawatan susulan dan sehingga semalam keadaan ketiga-tiga mereka dilaporkan stabil," katanya.
Menurut Nadzri, keluarga mangsa dan pihak TUDM sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan sebaik selesai urusan bedah siasat, jenazah mangsa dituntut pihak TUDM bagi urusan selanjutnya tengah hari semalam.
"Kereta pegawai tentera itu akan dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) untuk siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.
Saya dan keluarga tiba di New Zealand semasa musim luruh. Pada waktu itu cuaca tidak begitu sejuk lagi. Kerajaan New Zealand melalui agensi-agensi kebajikannya telah menemui saya di sebuah masjid di New Zealand untuk menghulur bantuan sebagai persiapan menghadapi musim sejuk.
Saya memberitahu mereka bahawa saya baru sahaja tiba dari Malaysia dan rumah saya kosong tanpa perabut, katil dan tiada peralatan dapur. Tiga hari kemudian badan kebajikan milik kerajaan New Zealand telah menghantar ke rumah saya satu set sofa ruang tamu, dua unit TV 24", tiga unit pemanas rumah, empat katil dan tilam lengkap dengan cadar, bantal dan selimut, peti ais, micro-wave oven, pinggan mangkuk, sudu, pisau dan bermacam-macam lagi.
Tidak pun sampai seminggu rumah saya lengkap segala-galanya secara percuma pemberian kerajaan New Zealand. Mereka membantu manusia tanpa mengira bangsa atau agama.
Terkenang saya pada negara sendiri. Tidak pernah saya menerima bantuan dan layanan seperti itu walau pun di negara sendiri. Kerajaan kita banyak bercakap tentang konsep negara kebajikan tetapi pelaksanaannya mungkin tidak sama dengan konsep yang dicanangkan.
Elok juga kita mengkaji New Zealand sebagai salah satu model negara kebajikan terhadap rakyat. Oleh kerana New Zealand agak luas maka saya akan memilih bandaraya Christchurch sebagai contoh dalam perbincangan model negara kebajikan.
Christchurch
Christchurch adalah sebuah bandaraya terbesar di Pulau Selatan New Zealand dalam Daerah Canterbury. Jika dibandingkan dengan seluruh New Zealand Christchurch adalah bandaraya kedua paling ramai penghuni di New Zealand iaitu hampir 864 orang setiap kilometer persegi.
Perbualan saya dengan penduduk tempatan Christchurch mendapati kejadian gempa bumi bukan perkara biasa di sepanjang kehidupan mereka di Christchurch. Walau pun New Zealand berada dalam garisan lingkaran api bersama-sama dengan Indonesia dan Jepun tetapi Christchurch tidak pernah mengalami gempa bumi sehingga kejadian pertama gempa bumi pada bulan September 2010. Bantuan kerajaan
Kerajaan New Zealand membantu secara konsisten setiap rakyat mereka yang ditimpa bencana gempa bumi. Mereka membina rumah-rumah di luar kawasan gempa bumi dan mempelawa rakyat mereka untuk menyewa dan terus membeli rumah-rumah tersebut dengan harga yang sangat berpatutan iaitu lebih rendah dari harga pasaran semasa. Rancangan penempatan semula disusun dan dikawal dengan rapi. Tidak ada individu atau syarikat yang cuba mengambil kesempatan membuat keuntungan dengan menangguk di air keruh. Harga rumah akan melambung tinggi sekiranya terdapat ahli politik atau kroni mereka yang mendapat kontrak untuk membina rumah-rumah penempatan semula gempa bumi.
Mari kita perhatikan apa yang telah berlaku di negara kita semasa bencana tsunami dan banjir dahulu. Bantuan lambat sampai dan proses bantuan tidak konsisten. Bantuan yang dihulurkan berbentuk jangka pendek sahaja dan tidak menyeluruh. Kerajaan Malaysia menganggap bencana alam negeri-negeri di bawah pimpinan pembangkang bukan tanggungjawab mereka.
Kerajaan New Zealand sanggup melupakan segala perbezaan politik apabila menghadapi bencana alam. Kerajaan New Zealand sangat sayang setiap rakyat mereka tanpa megira ugama atau bangsa. Kewujudan perasaan kasih sayang ini adalah perbezaan besar di antara kerajaan Malaysia dengan kerajaan New Zealand di dalam merealisasikan sebuah negara kebajikan.
Apabila wujud perasaan kasih sayang terhadap rakyat maka negara kebajikan akan diterjemahkan dalam setiap tindakan yang dibuat oleh kerajaan. Tanpa kasih sayang terhadap rakyat maka negara kebajikan hanya wujud sebagai konsep sahaja. Kerajaan akan menindas rakyat secara sah dari segi perlembagaan dan perundangan seperti mana di buat oleh penjajah semasa zaman penjajahan.
Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa masyarakat kita pada hari ini dijajah dan ditindas oleh rakyat negara kita sendiri yang telah dipilih melalui sistem pilihanraya. Setelah mereka diberi kuasa melalui pilihanraya mereka akan mula menjajah dan menindas rakyat yang telah memberi mereka kuasa. Sikap ini mungkin berlaku secara sedar atau tidak sedar atau kedua-duanya sekali. Maka perlu ada satu sistem check & balance supaya kerajaan yang dipilih tidak akan menjajah dan menindas rakyat mereka sendiri.
Pada 4 September 2010, Christchurch digegarkan oleh gempa bumi berukuran 7.1 iaitu hari Sabtu pukul 4.35 pagi waktu tempatan. Gempa bumi ini tidak menyebabkan kematian kerana pusat gempa adalah 40 km di luar bandaraya Christchurch, hanya kerosakan sistem paritan, paip air, jalanraya dan gangguan bekalan letrik sahaja.
Hospital Christchurch terpaksa menggunakan generator kerana bekalan letrik terputus pada waktu itu. Darurat dan perintah berkurung telah diistiharkan untuk menjaga keselamatan dan kerja-kerja pengosongan bangunan di sekitar bandaraya Christchurch. Lapangan terbang antarabangsa Christchurch ditutup sementara menanti pemeriksaan keselamatan jalan pendaratan dan perlepasan kapalterbang.
Dalam tempuh 48 jam selepas itu terdapat tiga lagi gempa bumi berukuran 5.2 berlaku di Christchurch. Mengikut pengalaman saya, gempa bumi 5.2 adalah cukup kuat untuk merasai seluruh rumah bergegar dan cukup kuat untuk mengejutkan saya sekeluarga dari tidur yang nyenyak.
Selalunya gempa bumi datang bersama-sama dengan bunyi yang kuat seperti bunyi keretapi kargo membawa muatan berat. Perbezaannya ialah bunyi gempa bumi amat menakutkan kerana bunyi itu dikaitkan dengan kebinasaan dan kematian. Jika gempa bumi lebih kuat berlaku kita akan terdengar bunyi letupan kuat seperti letupan bom berlaku serentak dengan gegaran bumi.
Gempa bumi yang berlaku beberapa saat mungkin tidak sempat meruntuhkan sebuah bangunan kuat, tetapi jika berlaku beberapa minit maka bahan binaan bangunan akan menjadi longgar dan runtuh. Kadang-kadang mentol lampu gugur dari siling ke lantai setelah beberapa hari gempa bumi berlaku.
Penduduk tempatan memberitahu saya, jika gempa bumi berlaku melebihi 10 saat, lebih baik mengajak ahli keluarga berlindung di bawah meja untuk mengelak dari ditimpa bahan binaan yang runtuh. Elok juga menyediakan lampu suluh selalu kerana jika bekalan letrik terputus, mangsa gempa bumi tidak tinggal dalam kegelapan. Saya tidak menyediakan lampu suluh kerana telefon bimbit saya memang mempunyai lampu suluh. Gempa bumi berukuran kecil selalu dapat dirasai di Christchurch.
Gempa kedua
Gempa bumi yang kedua berukuran 6.3 berlaku di Christchurch pada 22 Febuari 2011, jam 12.51 petang. Dari segi ukuran gempa bumi ini tidak sekuat gempa bumi pada bulan September 2010 iaitu 7.1 tetapi gempa bumi inilah yang banyak meragut nyawa serta memberi kerosakan yang teruk pada Christchurch.
Gempa bumi ini kena tepat pada pusat Bandar Christchurch dan sekaligus meranapkan pusat Bandar Christchurch yang menjadi pusat utama ekonomi dan pelancongan Christchurch. Yang tinggal hanyalah bandar-bandar kecil yang dahulunya menyokong bandaraya utama Christchurch seperti Riccarton, Tower Junction, Addington dan Bush Inn.
Gempa bumi ini kuat kerana pusat gempa bumi berlaku sangat dekat dengan bandaraya Christchurch iaitu di Lyttelton yang terletak hanya 10 km dari bandaraya Christchurch pada kedalaman hanya 5 km dalam perut bumi. Kesannya ialah gegaran yang sangat kuat sehingga menyebabkan bangunan runtuh menghempap dan menimbus manusia hidup-hidup. Persatuan Islam
Persatuan Islam Canterbury yang berpusat di Masjid Annur menghulur bantuan tenaga dan wang ringgit untuk kerja-kerja menyelamat di tempat runtuhan. Kebetulan pula Masjid Annur terletak dalam kawasan pusat perdagangan utama Christchurch iaitu di Deans Avenue bersebelahan Hagley Park yang menjadi kebanggaan penduduk Christchurch.
Kalau penduduk di London berbangga dengan Hyde Park maka penduduk Christchurch sangat berbangga dengan Hagley Park. Kawasan Central Business District di Christchurch terletak dalam kawasan yang di kelilingi oleh Bealey Avenue, Fitzgerald Avenue, Moorhouse Avenue dan Deans Avenue.
Masjid Annur mempunyai tanah kosong lebih kurang setengah ekar yang dicadangkan untuk membangun bilik-bilik sewa untuk musafir Islam yang merantau ke Christchurch dan juga pusat pengajian Quran, Hadis dan Tahfiz. Setakat ini Masjid Annur sedang menanti sumbangan tempatan dan juga antarabangsa untuk membuat pembangunan tersebut.
Apa yang menarik dan istimewa ialah Masjid Annur memberi izin kepada mangsa gempa bumi untuk mendapat perlindungan di tanah kosong masjid dengan mendirikan khemah-khemah serta menyediakan makanan percuma pada mangsa. Harga makanan siap di Christchurch adalah agak mahal tetapi hasil sumbangan derma umat Islam Christchurch dan mereka masak sendiri untuk menjamu mangsa gempa bumi membuatkan kos makanan rendah serta ramai mangsa mendapat manfaat tanpa mengira ugama atau bangsa.
Namun begitu terdapat satu siaran TV swasta yang menyiarkan berita negatif tentang penganiayaan orang Arab Kristian di Mesir oleh orang Islam Arab Mesir. Terdapat juga pelekat kereta yang berbunyi PRAY FOR OUR CHRISTIAN BROTHERS IN EGYPT, yang menghasut orang ramai dengan menggunakan sentiment ugama.
Boleh dikatakan masyarakat New Zealand tidak gemar bermain sentimen ugama atau bangsa kerana kedua-dua sentimen ini boleh mencetus huru-hara dan pergaduhan. Kesannya ialah semua pihak akan rugi.
Tiada anjing liar
Saya dan keluarga dapat beriadah di Hagley Park tanpa perlu takut dikejar oleh anjing liar. Saya juga dapat berjalan kaki ke Masjid Annur awal pagi untuk berjemaah subuh tanpa perlu bimbang diserang hendap oleh kumpulan anjing liar. Apa yang saya perhatikan ialah Christchurch sangat menjaga keselamatan bandaraya Christchurch dari gangguan bahaya anjing liar. Tidak ada anjing liar walau pun seekor.
Keistimewaan bandaraya Christchurch ini tidak dapat kita nikmati di Malaysia. Walau pun mengalami bencana gempa bumi yang kuat tetapi masalah anjing liar masih dapat dibasmi terus.
Masalah anjing liar perlu dibasmikan kerana anjing liar adalah punca kepada penyakit anjing gila dan juga serangan merbahaya kepada manusia terutamanya kepada kanak-kanak. Boleh dikatakan hampir setiap taman perumahan di negara kita mempunyai masalah anjing liar yang tidak dibasmikan. Masalah anjing liar tidak boleh dikawal lagi tetapi perlu dibasmikan demi keselamatan awam. Kejayaan bandaraya Christchurch membasmi masalah anjing liar perlu dicontohi oleh setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negara kita.
Kakitangan PBT yang terlibat dalam pembasmian anjing liar perlu dibawa ke bandaraya Christchurch untuk melihat sendiri dan merasai sendiri betapa aman dan damainya keadaan tanpa anjing liar berkeliaran. Barangkali selepas merasai sendiri betapa selamatnya suasana kehidupan tanpa bahaya anjing liar akan timbul sifat kesungguhan untuk membasmi anjing liar di kawasan PBT masing-masing.
Makanan murah
Walau pun harga makanan siap di Christchurch adalah mahal tetapi harga bahan mentah makanan masih murah jika dibandingkan dengan negara kita. Harga daging lembu dan kambing segar lagi berkualiti masih rendah dari harga di Malaysia. Segala jenis sayuran di Christchurch adalah segar dari ladang dan yang istimewanya ialah harga segala jenis sayuran adalah jauh lebih murah dari Malaysia. Bagaimanakah Christchurch dapat mengeluarkan bahan makanan yang murah berbanding dengan negara kita?
Jawapannya terletak kepada cara Christchurch mengeluarkan hasil pertanian. Christchurch tidak mengamalkan sistem feedlot untuk pengeluaran daging lembu dan daging kambing tetapi menggunakan sistem pertanian pastoral yang canggih.
Sistem feedlot yang menjadi pilihan kepada cara pengeluaran hasil ternak di Malaysia sebenarnya mempunyai kos yang tinggi berbanding dengan system pertanian pastoral. Sistem pastoral memberi makanan yang lebih asli, segar dan sihat kepada ternakan berbanding dengan makanan dalam sistem feedlot.
Masalah kekurangan keluasan tanah boleh diimbangi dengan menggunakan pastoral bermutu tinggi serta pengurusan pastoral yang berkesan. Penyelidikan pertanian yang telah saya lakukan di beberapa ladang dalam daerah Canterbury menggunakan kaedah yang sama dalam teknik pengeluaran hasil ternakan. Yang penting di sini ialah input pertanian mesti rendah supaya output yang dihasilkan tidak terhakis oleh input yang tinggi.
Selepas membuat beberapa penyelidikan pertanian di Christchurch saya dapati cara pengeluaran hasil ternakan di Malaysia perlu direvolusikan iaitu menukar dari cara feedlot kepada pastoral.
Infrastruktur feedlot yang sedia ada tidak perlu dirobohkan kerana masih boleh digunakan walau pun kita menggunakan sistem pastoral. Saya sempat menimba ilmu dari petani Christchurch tentang cara-cara menyediakan tanaman pastoral dan pemilihan benih untuk pastoral yang bermutu tinggi. Mereka juga telah mencurahkan ilmu mereka kepada saya tentang pengurusan pastoral secara saintifik demi menghasilkan livestock yang bermutu tinggi dan kos pengeluarannya pula adalah murah.
Pertanian adalah punca ekonomi utama Christchurch dan juga seluruh New Zealand. Negara New Zealand maju dalam industri Agribusiness tanpa perlu slogan yang bukan-bukan oleh pihak kerajaan New Zealand. Industri agribusiness di Malaysia perlu kepada sebuah revolusi berasaskan ilmu yang digabungkan dengan keperluan amali serta tuntutan pasaran semasa.
Jika tidak harga bahan makanan akan terus meningkat seperti yang sedang berlaku sekarang di Malaysia. Apabila harga bahan makanan meningkat maka kerajaan sepatutnya mengkaji semula di mana salah silap serta membuat pembetulan dalam dasar pertanian negara. Jika sesat kembali ke pangkal jalan. Musim sejuk
Christchurch terletak di hemisphera selatan bumi. Ini bermakna setiap tahun bulan Jun, Christchurch akan mengalami musim sejuk manakala negara-negara Eropah di hemisphera utara bumi sedang mengalami musim panas. Apabila musim sejuk tiba Masjid Annur akan menerima sumbangan baju sejuk dari orang ramai yang memerlukan baju sejuk percuma.
Segala jenis pakaian musim sejuk akan diletakkan dalam kotak tepi pintu keluar masjid. Sesiapa yang memerlukan pakaian boleh memilih untuk keperluan masing-masing. Selain dari pakaian terdapat juga umat Islam yang menyumbang buah tamar dan buah anggur untuk para Jemaah masjid.
Waktu subuh masuk pukul 6.15 pagi tetapi para Jemaah subuh menunaikan solat subuh jam 7.00 pagi. Masjid Annur penuh dengan para Jemaah subuh walau pun cuaca sangat sejuk dalam kegelapan pagi musim sejuk di Christchurch. Terdapat ramai pelajar Malaysia yang sedang mengikuti kursus perubatan ikut serta menjadi Jemaah sembahyang subuh di Masjid Annur. Selain dari itu terdapat juga ahli Jemaah subuh dari Somalia, Mesir, Afrika dan juga Singapura. Harga kereta murah
Satu lagi perkara yang menarik di New Zealand ialah harga kereta yang sangat murah berbanding dengan negara kita Malaysia. Harga kereta akan menjadi mahal apabila kerajaan gagal mengawal harga kereta dalam pasaran. Kereta merupakan keperluan rakyat dan bukan barang mewah. Setiap rakyat memerlukan kenderaan untuk bergerak.
Kerajaan New Zealand menyedari hakikat ini lantas mengawal harga kenderaan supaya semua rakyatnya mampu membeli kenderaan. Kesannya ialah rakyat New Zealand jarang-jarang menjadi penghutang bank untuk membeli kereta kerana mereka mampu membeli kereta secara tunai.
Ramai pelajar Malaysia di New Zealand telah membeli kereta secara tunai. Mereka dapat pergi belajar di Universiti dengan selesa serta mengatur jadual waktu pengajian dengan lebih berkesan. Malangnya, apabila mereka kembali ke Malaysia kelak mereka pasti akan terjebak dengan masalah harga kereta yang mahal di Malaysia serta terpaksa berhutang dengan institusi kewangan untuk membeli kereta. Mereka akan dibebani hutang membeli kereta selama 5 tahun hingga 7 tahun. Jelas sekali negara kita Malaysia di bawah pimpinan kerajaan BN gagal untuk menangani isu harga kereta yang melambung tinggi.
Kerajaan sedia ditegur
Satu lagi perbezaan yang ketara ialah kerajaan New Zealand bersedia menerima teguran dari rakyat. Mereka amat mengalu-alukan teguran dan pendapat rakyat. Kerajaan New Zealand tidak pernah ugut rakyat mereka untuk ditahan polis atau dikenakan tindakan undang-undang.
Kerajaan New Zealand tidak menggunakan instrument kerajaan untuk membalas dendam terhadap rakyat atau mengajar rakyat. Demonstrasi jalanan berlaku juga di Auckland dan Christchurch tetapi kerajaan New Zealand melayan petunjuk perasaan dengan baik. Tidak ada petunjuk perasaan ditembak gas pemedih mata atau water cannon.
Tidak ada peperangan antara kerajaan dengan rakyat. Kerajaan New Zealand sangat menghormati perasaan seluruh rakyat mereka. Alangkah baiknya jika kerajaan Malaysia di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mencontohi sikap murni ini. Sikap murni ini dapat menjalin kasih sayang antara kerajaan dengan rakyat dan bukan permusuhan atau dendam kesumat. Perlu diingat bahawa anggota kerajaan juga adalah rakyat dan rakyat yang memilih mereka menjadi anggota kerajaan. Perhubungan antara kerajaan dan rakyat perlu berasaskan kasih sayang dan bukan perundangan semata-mata. Kesimpulan
Christchurch adalah sebuah bandaraya yang agak malang kerana dilanda bencana gempa bumi. Walau pun begitu rakyatnya cepat bangun dari runtuhan gempa bumi untuk meneruskan kehidupan. Sekarang ini Majlis Bandaraya Christchurch sedang mengedarkan risalah pada semua penduduk Christchurch meminta pandangan dan maklumbalas terhadap pembinaan bandaraya baru Christchurch. Mereka meminta pandangan dari rakyat mereka untuk mengetahui apa yang rakyat mahu ada dalam bandaraya baru yang bakal dibina tidak lama lagi.
Mereka menghadapi bencana dalam kata sepakat dan kerjasama yang sangat indah untuk bangun semula membina kehidupan baru. Mereka faham bahawa dalam runtuhan gempa bumi itu ada rahmat dan peluang yang sedang menanti mereka. Rahmat dan peluang akan datang ke Christchurch bagi mereka yang sabar dan bijak membina peluang selepas runtuhan gempa bumi.
Kerajaan New Zealand melibatkan rakyat dalam proses pembangunan negara dan mereka tidak memaksa rakyat menerima pembangunan ciptaan kerajaan semata-mata. Penglibatan rakyat diperlukan kerana rakyat adalah pelanggan utama kerajaan. Penglibatan rakyat secara menyeluruh sebenarnya adalah salah satu resipi utama di dalam mewujudkan sebuah negara kebajikan.
Semasa Dr. Mahathir jadi Perdana Menteri dahulu beliau melibatkan rakyat semasa melancarkan projek Proton Saga sebagai kereta buatan Malaysia walau pun semua rakyat Malaysia tahu bahawa kereta buatan Malaysia hanya gimik pada nama sahaja. Rakyat Malaysia sangat gembira melibatkan diri dengan pertandingan memberi nama pada kereta tersebut.
Setelah itu Dr. Mahathir membina Putrajaya tanpa penglibatan rakyat. Maka berlaku penolakkan oleh rakyat sebagai projek membazir dengan tuduhan untuk kenyangkan para krooni dan ahli-ahli politik yang menyokong kerajaan. Tuduhan tersebut mungkin benar dan mungkin tidak benar tetapi kebarangkalian tetap wujud dalam mana-mana projek pembangunan. Lebih-lebih lagi rakyat melihat ahli-ahli politik penyokong kerajaan menjadi kaya raya dalam sekelip mata.
Hampir semua kerajaan di dunia ini akan mencanangkan konsep negara kebajikan sebagai modal kempen politik untuk menang pilihanraya tetapi rakyat akan menilai siapa yang mempunyai kasih sayang dan keikhlasan jiwa untuk melaksanakan konsep negara kebajikan.
Rakyat akan menilai sejauh manakah kerajaan Malaysia yang memimpin negara sekarang benar-benar jujur dalam pelaksanaan negara kebajikan. Rakyat sudah muak mendengar janji manis dan mahu melihat perubahan yang relevan ke arah pembinaan negara kebajikan demi faedah rakyat bersama. PENULIS Penulis kini tinggal di Christchurch, New Zealand. Beliau boleh dihubungi melalui email ubaidi_script@yahoo.com.my.
"IBU berpesan kepada kami adik-beradik, jangan sesekali dia dilupakan selepas ibu kembali ke rahmatullah.
"Ibu suruh ingat dia, kenang dia, terlalu banyak saat-saat bahagia kami bersama ibu, namun sekarang semua sudah tiada," kata Fawwaz, anak kedua Allahyarhamah Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali, Ahli Parlimen Titiwangsa yang meninggalkan kita semua 10.13 malam 17 Julai 2011, selepas bertarung dengan penyakit kanser paru-paru selama dua tahun.
Dr Lo'Lo' pergi menghadap Allah Rabbul Jalil, meninggalkan suami Dr Aminuddin Hamid Karim dan empat anak. Dua lelaki dua perempuan.
Anak sulung, Mawaddah, 30, Fawwaz, 28, Sakinah, 26 dan yang bongsu Farhan, 25.
"Semalam ayah agak terkesan selepas ibu pergi, tetapi alhamdulillah, pagi ini sudah boleh terima," Fawwaz meneruskan ceritanya kepada penulis sewaktu bertemu dengannya di Masjid al-Akram, Kampung Datuk Keramat.
Jam menunjukkan pukul 8.00 pagi. Di sebalik kesedihan, Fawwaz meneruskan ceritanya. Sesekali beliau mengetab bibir. kelihatan air mata bergenang di kelopak mata, namun beliau cuba menahan kesedihan.
Menurutnya, sebagai ibu, Dr Lo'Lo' banyak berhabis untuk anak-anak. Habis semua wang gajinya digunakan untuk membentuk keperibadian anak-anak supaya menjadi seorang yang unggul dari sudut akhlak dan peribadi.
"Hidup kami padat dengan tarbiyah, belajar, kem motivasi dan sebagainya," katanya sambil tersenyum terkenangkan kisah silam sewaktu di bangku sekolah.
Namun semua kebahagian itu sudah tiada. Ibunya pergi selepas terlantar di Hospital Selayang selama dua minggu.
"Kali terakhir kami bercakap dengan ibu pada Khamis lepas (14 Julai), selepas itu ibu tidak sedarkan diri," kata Fawwaz.
Sebelum dirujuk ke Hospital Selayang, Dr Lo'Lo' dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) selama 10 hari. Kemudian dibawa pulang beberapa hari ke rumah.
Namun menurut Fawwaz, keadaan ibunya tidak berapa stabil sewaktu berada di rumah.
"Ibu kelihatan terlalu sakit, lalu kami bawa ke Hospital Selayang kerana beliau perlu diberikan sedatif (untuk mengurangkan kesakitan," katanya.
Katanya, Dr Lo'Lo' dikesan mengalami kanser sejak 2009.
"Pada waktu itu, mula-mula ibu batuk berdarah, kami sangkakan beliau jadi begitu kerana terlalu kuat bekerja. Ibu tidak pernah rehat sejak dipilih menjadi Ahli Parlimen Titiwangsa.
"Namun selepas dibawa menjalani pemeriksaan, beliau disahkan mengidap kanser paru-paru pada stage tiga," ceritanya.
Selepas disahkan mengalami kanser, lalu dibuat pembedahan segera membuang kanser tersebut.
"Selepas itu ibu menjalani kimoterapi, saya dapat rasakan ibu begitu sakit ketika menjalani kimoterapi. Kemudian kami dimaklumkan oleh para doktor bahawa, selepas menjalani beberapa ujian, ibu sudah bebas daripada kanser.
"Kami berasa lega dan ibu terus kembali aktif dalam kerja-kerja politik. Namun kegembiraan kami tidak lama. Keadaan ibu kembali tidak stabil pada penghujung 2010. Selepas dibuat pemeriksaan, kami dimaklumkan bahawa kanser sudah merebak," ujarnya sugul.
Namun, Dr Lo'Lo' tidak pernah mengenal penat lelah. Beliau tetap mahu menjalankan tugasnya sebagai Ahli Parlimen, mahupun keadaan fizikal sudah tidak mengizinkan.
Dr Lo'Lo' terpaksa berehat di rumah. Beliau terus bertarung dengan kanser. Namun bukan simpati yang ditagihnya daripada rakan taulan, sahabat handai dan anggota keluarga yang datang mengunjung.
Dr Lo'Lo' menyedari hayatnya tidak lama. Namun beliau tidak mahu dirundung dengan kesedihan dan ketakutan.
"Pada sesiapa sahaja yang datang, terutamanya pada pemimpin PAS, ibu akan terus beri nasihat dan bercakap mengenai masa depan Islam dan politik.
"Saya masih ingat, ibu selalu pesan kepada mereka supaya jaga anak-anak muda, dekati anak-anak muda, banyak turun padang mendekati pengundi. Beliau paling risau anak-anak muda sekarang tidak solat dan terbabit dalam gejala sosial," kata Fawwaz.
Tidak hairanlah sebaik sahaja berita Dr Lo'Lo' kembali kerahmatullah berbondong-bondong umat datang mengunjungi Allahyarhamah di Masjid al-Akram.
Ramainya umat yang menunaikan solat jenazah, menyamai umat Islam yang menunaikan solat Jumaat.
Dr Lo'Lo' adalah sebutir permata, srikandi muslimah yang gigih dalam memperjuangkan cita-cita Islam menerusi PAS. Beliau begitu istiqamah sehingga ke akhir hayat.
Moga rohnya aman di alam barzakh. Moga beliau ditempatkan bersama pada syuhada dan solihin. Al-Fatihah.
Susulan daripada lawatan sambil menyumbang kepada penduduk setinggan di Pujut 3 bersama Datuk Sri Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Miri berapa hari yang lalu, PAS Miri sekali lagi berkunjung ke rumah sebuah keluarga yang memerlukan bantuan.
PAS Miri telah melawat ke rumah Rebecca Ajang anak Lahai Jau di pujut 3 untuk memberi sedikit sumbangan bagi meringankan penderitaan Lahai Jau (ibu Rebecca) yang mengidap masalah buah pinggang seperti yang tersebut dalam surat rayuan beliau.
Menurut Rebecca, ibu beliau sudah lama mengidap masalah buah pinggang dan setiap 3 kali seminggu mereka terpaksa berbelanja sebanyak seratus lima puluh ringgit (RM150.00) setiap kali melakukan dialysis di Bulan Sabit Merah Miri. Mereka juga pernah memohon bantuan daripada kebajikan masyarakat namun belum dapat bantuan yang sepatutnya.
Rebeca adalah ibu tunggal dan tinggal bersama ibu dan juga dua orang anaknya. Mereka juga hanya bergantung hidup dengan bekerja sendiri. Pendapatan yang tidak seberapa dengan menanggung kos dialysis sudah tentu menyukarkan lagi keadaan kehidupan mereka seharian.
Mohon Bantuan Segera
Mereka merayu dan memohon kepada orang ramai dan sesiapa yang sudi menolong meringankan bebanan mereka boleh berhubung terus dengan Rebecca Ajang di talian 0198915991 atau salurkan bantuan terus ke Bank Account beliau seperti tersebut dibawah.
Public Bank Account : 4-5745987-18
PAS Miri Perihatin
PAS Miri sangat simpati dengan masalah mereka dan menyeru pihak yang berkenaan agar memberi perhatian dan bantuan segera kepada semua kaum yang memerlukan bantuan tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.
PAS akan mengamalkan konsep ke arah Negara berkebajikan untuk semua sekiranya diberi peluang memerintah Negara ini. PAS untuk semua.
Pemuda PAS Sarawak bersama PAS Cawangan Jepak telah mengadakan ziarah kebajikan di sekitar Kampung Jepak, Bintulu pada 16hb Julai 2011 yang lepas. Program ini diadakan sejurus selepas mesyuarat Dewan Pemuda PAS Sarawak yang diadakan di Markaz PAS Kawasan Bintulu yang terletak di Kampung Jepak. Turut bersama-sama dalam program ini adalah pegawai kebajikan PAS Cawangan Jepak dan AJK Dewan Pemuda PAS Sarawak.
Dalam siri ziarah kali ini,
sejumlah 5 keluarga telah diziarahi dengan sedikit sumbangan telah diserahkan sebagai tanda penghargaan kepada keluarga terbabit di atas kesudian menerima kunjungan Pemuda PAS Sarawak disamping mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh keluarga terbabit. Antara yang diziarahi adalah bekas seorang ketua kampung yang telah terlantar di atas katil sejak lebih 20 tahun yang lepas.
Menurut anak beliau, pihak hospital memberitahu bahawa ayahnya menghidap Parkinson dan setiap dua atau tiga jam ayahnya akan mengalami kekejangan otot untuk beberapa jam. Dikesempatan itu Ketua Pemuda PAS Sarawak, Saudara Mohammad Arifiriazul telah membacakan sedikit doa moga-moga dikurangkan bebanan keluarga ini oleh ALLAH.
Program ziarah seumpama ini antara yang akan menjadi fokus kepada Pemuda PAS Sarawak bagi merapatkan rakyat Sarawak dengan perjuangan PAS. Pemuda PAS Sarawak juga akan berusaha memperjuangkan kes-kes kebajikan yang terpinggir bagi memastikan mereka ini mendapat pembelaan dan kemudahan yang sewajarnya.
SHAH ALAM, 19 Julai: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) meminta peniaga membuka gerai jualan jam tiga petang dan ke atas Ramadhan nanti bagi mengelakkan orang Islam yang tidak berpuasa membeli makanan pada waktu siang.
Pengarahnya, Marzuki Hussin berkata, peniaga-peniaga yang didapati dengan sengaja menjual makanan kepada mereka yang tidak berpuasa akan diambil tindakan di bawah Enakmen Jenayah Syariah 1995 dan dikenakan tindakan di bawah seksyen 19.
Di bawah seksyen 19, bagi kesalahan pertama memperuntukkan mana-mana orang yang pada waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan, menjual kepada mana-mana orang Islam atau membeli apa-apa makanan atau minuman atau rokok atau benda lain yang seumpamanya untuk dimakan, diminum atau dihisap dalam waktu adalah suatu kesalahan dan apablia disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.
"Bagi kesalahan kedua pula, mana-mana orang yang pada waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan, secara terbuka atau di tempat awam didapati makan, minum atau menghisap rokok atau apa-apa benda lain seumpamanya boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama setahun atau kedua-duanya sekali," kata beliau pada majlis perhimpunan bulanan dan perasmian logo dan pemakaian seragam pegawai penguatkuasa agama Jais.
Dalam pada itu beliau berkata, setakat ini belum ada arahan untuk menutup pusat-pusat hiburan di Selangor sepanjang bulan Ramadhan dan waktu operasi bergantung kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
"Pusat operasi ini bergantung kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Kita hanya menguatkuasa penyalahgunaan dan pelanggaran dari segi akta," katanya.
Selain itu, beliau mengingatkan umat Islam agar sentiasa berwaspada mengenai status halal produk harian memandangkan terlalu banyak penyelewengan yang berlaku terutamanya untuk tujuan perniagaan.
Pada Mac tahun lalu, Majlis Agama Islam Selangor (Mais) telah mengharamkan pengeluaran logo halal kepada enam agensi iaitu Bahtera Lagenda Sdn Bhd, Islamic Food and Research Council (IFRC), SAS-H Consultancy, Perak Religious Officer Association, Halal Food Council S.E.A dan IFANCA International.
ANGGOTA APMM menyelamatkan 46 PATI apabila bot mereka hampir karam di perairan Kota Tinggi malam kelmarin.
KOTA TINGGI - Tiga lelaki termasuk seorang anak Datuk ditahan selepas disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan manusia menerusi perairan Kota Tinggi baru-baru ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Supritendan Muhammad Shamsuddin berkata, ketiga-tiga suspek ditahan ketika berkonvoi dengan empat buah kereta membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) ke Sungai Rengit kira-kira pukul 8 malam Ahad lalu.
Katanya, suspek anak Datuk berusia 21 tahun itu menggunakan kereta Perodua Myvi miliknya yang mempunyai pelekat orang kenamaan untuk membawa PATI ke lokasi berkenaan.
Menurutnya, suspek itu adalah seorang pelajar universiti tempatan dan menggunakan kesempatan masa cuti semester untuk menyeludup PATI.
"Kami menerima maklumat mengenai aktiviti kumpulan ini sejak beberapa bulan lalu dengan membabitkan lima suspek.
"Bagaimanapun, ketika serbuan, dua daripada mereka berjaya meloloskan diri. Kami berjaya menahan tiga suspek bersama 15 PATI warga Indonesia termasuk dua wanita," katanya kepada pemberita semalam.
Umno dan kerajaan BN jelas kelihatan amat tidak ikhlas dalam mengawal persoalan hiburan di kalangan rakyat, sebaliknya hanya bersandiwara dalam menjaga persoalan moral dan agama dalam sistem pentadbirannya.
Perkara itu jelas terbukti apabila diteliti sikap para pemimpin Umno dan BN terhadap langkah baik yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah mengenai larangan berhibur pada bulan Ramadhan, tetapi ditentang oleh mereka dari segala sudut.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa(gambar) menegaskan, lebih ketara lagi, di sebalik tentangan mereka terhadap langkah Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah itu, mereka tidak pula membantah tindakan yang dilakukan oleh kerajaan Melaka yang melanjutkan tempoh berhibur sehingga jam 3.00 pagi.
Menurut beliau, pada hal tindakan yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat Kedah di bawah kepimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak itu, selaras dengan keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan Kedah ketika berada di bawah kepimpinan BN dahulu, yang telah pun membuat peraturan itu pada bulan Ramadhan.
Katanya, bezanya, kerajaan BN Kedah dahulu hanya sekadar meluluskan peraturan itu sahaja, tetapi tidak pernah dikuatkuasakan, manakala Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah pula mengambil tindakan untuk melaksanakannya dalam erti kata sebenarnya demi kepentingan agama dan seluruh rakyat negeri itu.
"Setelah Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah mahu melaksanakannya, para pemimpin Umno, MCA dan Gerakan tiba-tiba bangkit menentangnya, seolah-oleh peraturan itu adalah sesuatu yang asing kepada mereka, pada hal ia telah diluluskan oleh kerajaan Kedah semasa berada di bawah BN dahulu.
"Jika mereka ikhlas, kenapa mereka tidak menentang ketika kerajaan BN Kedah meluluskan peraturan itu dahulu, tetapi hanya menentang apabila Kerajaan Pakatan Kedah yang mahu melaksanakannya?
"Ini jelas memperlihatkan sikap double standard di kalangan para pemimpin Umno, MCA dan Gerakan dalam perkara ini yang pasti dapat dilihat dengan jelas oleh setiap pihak," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Amat menyedihkan, menurut beliau, tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah itu sememangnya amat baik bagi orang ramai terutama di kalangan umat Islam, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan.
Katanya, namun disebabkan kepentingan politik, para pemimpin Umno dan BN sanggup menentangnya, walaupun ia pasti akan mendatangkan kesan amat buruk kepada masyarakat.
Lebih dikesali oleh beliau, ketika Kerajaan Pakatan Rakyat sedang berusaha untuk mendidik rakyat agar menjadi lebih berakhlak, bermoral dan mematuhi ajaran agama, kerajaan BN Melaka di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohamad Ali Rustam telah mengambil langkah lebih tidak bertanggungjawab.
"Ini amat jelas kelihatan apabila kerajaan Melaka telah melanjutkan pembukaan pusat hiburan di Melaka dari jam 1.00 pagi sehingga jam 3.00 pagi.
"Tetapi tindakan kerajaan Melaka itu tidak pula ditentang oleh para pemimpin Umno, MCA dan Gerakan yang begitu bersungguh-sungguh menentang langkah yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah itu.
"Jadi amat jelas, mereka sebenarnya hanya bersandiwara dengan rakyat. Mereka sebenarnya bertindak sedemikian bukanlah untuk kepentingan moral rakyat, tetapi hanyalah untuk kepentingan politik mereka sendiri sahaja," ujarnya.
Dalam dalam hubungan ini, beliau memuji langkah bijak yang diambil oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah kerana mengambil pendekatan tepat setelah mengadakan perbincangan dengan pemimpin DAP yang menentang larangan hiburan pada bulan Ramadhan.
"Tindakan DAP itu sebenarnya berpunca dari ketiadaan kefahaman para pemimpin DAP mengenai perkara itu. Setelah diadakan perbincangan, pemimpin DAP dan pengusaha-pengusaha pusat hiburan di Kedah sendiri akhirnya bersetuju untuk melaksanakan larangan itu di kalangan umat Islam.
"Setelah diberikan kefahaman, orang-orang bukan Islam sendiri turut memberikan komitmen untuk menguatkuasakan larangan itu. Ini kerana larangan memasuki pusat-pusat hiburan pada bulan Ramadhan itu sendiri bukanlah untuk orang bukan Islam, tetapi hanya untuk orang Islam.
"PAS sebenarnya tidak menyekat orang bukan Islam berhibur, tetapi PAS menyekat orang Islam dari berhibur sehingga keterlaluan, lebih -lebih lagi pada bulan puasa dan ini tentunya berkait rapat dengan sensitiviti umat Islam sendiri dalam menyambut Ramadhan," katanya.
Dari kejadian itu juga, beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar secara jelas menegaskan perbezaan Pakatan Rakyat dan BN, apabila para pemimpin Pakatan Rakyat ternyata lebih bertanggungjawab kepada rakyat dalam menjaga isu moral.
"Ini jelas terbukti apabila para pemimpin Pakatan Rakyat sentiasa mengambil sikap berterus terang, berbanding para pemimpin Umno dan BN yang sering bermuka-muka dengan rakyat untuk menjaga kepentingan politik masing-masing," tegas beliau.
PAS Terengganu tetap meneruskan tradisinya menyekat hiburan melampau di kalangan rakyat, terutama pada bulan Ramadhan, walaupun tidak lagi memegang tampuk pemerintahan negeri.
Antara usaha yang akan dilakukan, termasuk dengan menghidupkan lagi aktiviti di markas-markas PAS di seluruh negeri dengan kegiatan keagamaan dan bercirikan keilmuan.
Timbalan Ketua Penerangan PAS Terengganu, Azman Shapawi Abdul Rani (gambar)menjelaskan, semasa memerintah negeri dulu, PAS sememangnya mempunyai kuasa untuk menyekat hiburan melampau di negeri itu terutama pada bulan Ramadhan, dengan menguatkuasakan undang-undang larangan umat Islam memasuki pusat-pusat hiburan di seluruh negeri.
Menurut beliau, kini walaupun tidak lagi memegang tampuk pemerintahan negeri, usaha menyekat rakyat agar tidak terlibat dengan hiburan melampau di negeri itu tetap diteruskan, walaupun dengan skop yang amat terhad.
Katanya, tumpuan PAS dalam hal itu, sesuai dengan kemampuan yang ada yang hanya sebagai pembangkang, terutama dengan menyuburkan aktiviti-aktiviti berfaedah kepada orang ramai di markas-markas PAS.
"Selain itu, PAS Terengganu akan melipatgandakan lagi usaha-usaha membuat kebajikan kepada orang ramai terutama kepada anak-anak yatim," katanya ketika menjawab soalan peserta pada majlis tazkirah di surau ibu pejabat Harakah, di sini, hari ini.
Usaha melaksanakan kerja-kerja kebajikan itu, menurut beliau, akan dilakukan secara berterusan sama ada pada bulan Ramadhan dan di luar Ramadhan, tetapi akan dilipatgandakan lagi sempena ketibaan bulan yang mulia itu.
"Dengan itu, ia pasti akan membolehkan sesiapa sahaja akan melihat keindahan ajaran Islam termasuk di kalangan mereka yang bukan Islam bagi menarik golongan bukan Islam kepada Islam," katanya.
Ketibaan bulan Ramadahan sepatutnya disambut oleh setiap umat Islam dengan peningkatan amal kepada Allah, namun dalam hubungan ini, beliau amat kesal apabila kerajaan Melaka di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohd Ali Rustam tidak pernah mempedulikan perkara itu.
"Semua itu bergantung kepada niat seseorang. Apakah niat seseorang itu dalam menyambut ketibaan Ramadhan? Kepada Ali Rustam, yang dilihat ternyata hanyalah dari segi kebendaan.
"Untuk menarik pelancong, Ali Rustam sampaikan sanggup melanjutkan tempoh pembukaan pusat-pusat hiburan di negeri Melaka dari jam 1.00 pagi sehingga jam 3.00 pagi.
"Apa yang dilakukan oleh Ali Rustam itu ternyata merupakan sesuatu yang amat jahat kepada rakyatnya terutama kepada umat Islam kerana ia dengan jelas boleh merosakkan lagi moral rakyat termasuk umat Islam sendiri, di samping jelas tidak menghormati ketibaan bulan Ramdhan yang dimuliakan Allah," ujarnya.
Sebelum itu ketika menyampaikan tazkirahnya, beliau antara lain mengingatkan setiap umat Islam agar benar-benar berpegang dengan ajaran Allah dalam melakukan sebarang tindakan ketika hidup di dunia ini.
Dalam hubungan ini, beliau meminta umat Islam agar yakin dengan setiap ayat-ayat Allah yang terdapat di dalam Al-Quran kerana setiap ayat-ayat itu mempunyai hikmah yang tersendiri.
"Islam adalah agama yang maha sempurna dan maha indah. Di dalam Al-Quran sendiri sudah terdapat pelbagai ayat yang mempunyai hikmah tersendiri jika diamalkan yang melibatkan pelbagai bidang termasuk perubatan, perekonomian, politik, kenegaraan, kasih sayang, perlindungan diri, keluarga, masyarakat dan pelbagai aspek lain lagi.
"Jika kita amalkan dan yakin dengan ayat-ayat yang kita amalkan itu dengan dilengkapi keikhlasan kepada Allah, insya Allah semuanya pasti menjadi, termasuk untuk melepaskan diri dari halangan musuh," ujar beliau.
Antara contoh yang diberikan oleh beliau, termasuk penggunaan sebahagian ayat dalam surah Yaasin yang dibaca dan dihembuskan kepada pasir yang berada di dalam genggaman, boleh menyebabkan pihak musuh tidak sedar jika kita melalui di hadapan mereka.
Selain itu, beliau turut memberikan contoh sebahagian ayat yang terdapat dalam surah Yusuf yang boleh mengeratkan lagi kasih sayang antara suami isteri jika dibaca dan dihembuskan di belakang pasangan, termasuk di kalangan pasangan suami isteri yang bermasalah.
PULAU THORN FORT terletak di luar pantai Pembrokeshire, selatan Wales.
PEMBROKESHIRE, Wales - Sebuah pulau yang mengandungi sebuah istana yang terletak di luar pantai Pembrokeshire, selatan Wales menanti pembeli dengan harga jualan £750,000 (RM2.25 juta).
Ia yang dikenali sebagai Pulau Thorn Fort mempunyai sebuah istana yang mengandungi sembilan bilik tidur selain dapur, bilik makan dan bilik permainan.
Kubu yang terdapat di pulau itu dibina pada 1850-an bagi menghalang serangan tentera Perancis.
Pulau itu mempunyai pemiliknya sejak tahun 1930-an dan kemudian dijadikan sebuah hotel.
Ia kemudian dibeli oleh kumpulan hotel Von Essen 10 tahun lalu dan pada 2001 sebuah keluarga menjadi penjaga pulau berkenaan selepas memenangi satu pertandingan. - Agensi
Sebelas hari setelah diangkat sebagai wirawati kerana pembabitannya dalam perhimpunan BERSIH 2.0, Makcik Anne Ooi kini cuba menyembunyikan dirinya.
Ooi, 65, berkata beliau terpegun dengan tumpuan orangramai setelah laman Facebook yang didirikan untuknya telah mendapat lebih 40,000 peminat atau mereka yang menyukainya.
Di alam siber, beliau kini dilabel sebagai 'Makcik BERSIH' ataupun 'Lady of Liberty' Malaysia.
Bagi bekas guru ini yang menjalani kehidupan ringkas, beliau langsung tidak mempunyai pengetahun luas mengenai media sosial dan tumpuan ke atasnya kini ibarat satu kejutan budaya.
"Saya begitu takut dengan semua 'kegilaan' di Facebook," katanya ketika ditemui pada malam Isnin lalu.
"Saya hidup tanpa TV, tanpa akhbar dan benda-benda mengarut. Saya hanya baca buku yang baik. (Sekarang) saya juga tidak berani pulang ke rumah. Semua kegilaan ini cukup menakutkan saya. Semua ini terlalu sukar dipercayai,"
Ooi, yang menjadi guru bahasa Inggeris selama 35 tahun berkata rumah anak perempuannya kini menjadi tempat perlindungannya dan beliau tidak berani keluar ke tempat awam kecuali ke gereja.
Beliau juga meluahkan hasrat supaya hidupnya tidak diganggu dan meminta orang ramai memberinya masa untuk menyesuaikan diri dengan situasi tersebut.
"Tolong beri saya masa," katanya.
Ooi mencuri tumpuan apabila antara ribuan gambar dan video yang merakamkan BERSIH 2.0 - satu yang agak menonjol - iaitu gambarnya yang berpakaian kuning tetapi basah kuyup sambil memegang sejambak bunga kekwa putih dan berjalan lesu mengelak kemaraan polis.
Wanita itu turut terkena pancutan air berkimia polis di luar bangunan Hospital Tung Shin di ibu negara Sabtu lalu dan tidak mampu melarikan diri apabila diminta bersurai.
JAM di tangan menunjukkan pukul 6.30 pagi. Titisan embun jantan belum lagi kering, kabut pagi juga masih menyelubungi hening sisa subuh di Kampung Gelang Chin-Chin, Segamat, Johor.
Sungguhpun tanah belum cerah, Abdullah Md. Isa, 58, sudah bersedia dengan sebuah raga rotan yang disandang di bahunya. Memulakan perjalanan dengan langkah kanan, Abdullah terus menuju ke deretan pokok durian yang terdapat di sekeliling rumahnya. Sambil berjalan, matanya sempat mendongak ke pucuk pokok yang kelihatan sayup dari bawah. Tatkala telinganya menangkap bunyi durian gugur, dia berlari anak ke tepi semak.
Dengan tangan yang bersarung, buah tadi dipungut dan dibelek sebelum dimasukkan ke dalam raga. Selesai mengelilingi perdu pokok yang paling tinggi itu, dia berpindah ke kawasan lain.
SEBATANG durian saka yang mencecah usia ratusan tahun boleh menghasilkan sebanyak 1,500 biji buah semusim.
Usai kerja memungut dan memastikan tiada durian yang tertinggal, Abdullah menyandang raga rotan yang sarat dengan isi menghala ke rumahnya. "Setiap kali musim durian, inilah rutin harian saya. Waktu awal pagi dan petang diluangkan untuk meninjau pokok-pokok durian ini.
"Kalau ada buah yang gugur, saya akan kutip dan simpan. Bolehlah menjamu anak cucu yang balik kampung hujung minggu nanti," katanya yang mesra disapa dengan panggilan Pak Lah. Bagi sesetengah orang, pengalaman mengutip buah durian bukan suatu yang pelik apatah lagi jika dibesarkan dalam suasana kampung.
Namun, bagi penulis dan jurugambar, Mohd. Naim Aziz, menunggu durian gugur dalam persekitaran desa yang dilatari Bukit Gelang Chin-Chin, ia sudah pasti menyuntik kelainan dan keterujaan.
KETIKA musim durian, pekan Segamat meriah dengan kedatangan lori-lori dari negeri lain yang ingin mendapatkan bekalan durian kampung.
"Ada 10 batang pokok durian yang ada di sekitar rumah ini, termasuk pokok besar di seberang paya itu. Semua pokok durian tua usianya melebihi 130 tahun. "Dek kerana umurnya yang mencecah ratusan tahun itu, kebanyakan penduduk menggelarkannya durian saka," jelas Pak Lah sambil membersihkan daun-daun kering yang melekat pada buah durian dengan dibantu isterinya, Rafiah Mustapa, 57.
Menurut Rafiah yang merupakan anak jati Kampung Gelang Chin-chin, pokok-pokok durian tersebut ditanam oleh datuknya. "Kalau ditanya usia sebenar pokok ini, saya kurang pasti kerana ia sudah ada sebelum saya lahir lagi," katanya.
Dahan dipucuk
KEENAKAN durian kampung terletak pada rasanya yang lembut dan padat.
Pokok durian saka yang dimaksudkan pasangan suami isteri ini memang kelihatan berbeza daripada pokok durian yang biasa dilihat. Untuk mengetahui pokok itu sama ada tua atau muda, Pak Lah memberitahu, pokok durian yang masih muda mempunyai kanopi yang berbentuk seperti kon sementara bagi pokok matang, kanopinya berbentuk bulat dan merendang di bahagian pucuknya.
Ditanam menggunakan biji, pokok durian saka lebih tinggi berbanding durian kacuk atau durian kahwin yang lebih rendang. Pokoknya tinggi menjulang malah boleh mencecah ketinggian 50 meter iaitu hampir sama dengan bangunan 13 tingkat. Durian seperti ini banyak ditemui di kampung-kampung di daerah Segamat.
Sesetengah pokok durian saka membesar dengan perdu yang dikukuhkan dan akar keras berselirat. Ada juga yang gah dengan banir sebesar tiga pemeluk orang dewasa. Kalau diperhatikan, dahan durian saka ini juga lebih panjang. Apa yang lebih menarik, ia hanya terdapat di bahagian pucuk.
"Dalam setahun ada dua musim durian yang utama iaitu di antara bulan Jun sehingga Ogos dan November hingga Januari. "Bagi pokok yang mempunyai dahan yang panjang, jika musim menjadi, sebatang pokok saka boleh menghasilkan 1,000 hingga 1,500 biji durian. "Kalau musim kurang menjadi, hasilnya boleh menurun kepada hanya 100 atau 200 biji sepokok," jelas Rafiah.
MENIKMATI durian saka yang baru gugur dalam persekitaran kampung sudah tentu memberi keterujaan kepada penggemar raja buah.
Datang dengan saiz dan bentuk yang pelbagai, buah durian boleh mencapai ukuran sehingga 18 sentimeter (sm) lebar dan 20 hingga 32 sm panjang. Kulitnya yang berduri tajam pula biasanya berwarna hijau, hijau keperangan hingga kuning keperangan. Pada permukaan kulit, terdapat empat hingga lima garisan pangsa yang sering dijadikan panduan untuk mengopek buah durian.
"Sebiji durian boleh menempatkan di antara empat hingga enam pangsa. Satu pangsa boleh mengisi di antara satu hingga lima ulas durian di dalamnya," ujar Pak Lah. Menikmati durian yang baru gugur dari pokok memang cukup mengasyikkan. Isinya tebal berwarna oren kekuningan dan hadir dengan aroma unik.
Seni rasa
Tekstur isinya lebih halus manakala rasanya cukup berlemak, tidak begitu manis dan ada rasa pahit di hujungnya. "Durian kampung mempunyai rasa yang tersendiri. Setiap pokok tidak akan memberi rasa yang sama.
"Malah, dalam sebatang pokok pun, kita masih berpeluang menikmati rasa durian yang berlainan," jelas Pak Lah. Pendapatnya itu disokong oleh seorang peraih durian, Sahad Dinan, 64. "Durian kampung terutamanya saka mempunyai pelbagai rasa, berbeza dengan durian kahwin yang hanya mempunyai satu rasa. "Senang kata, kalau anda beli durian D24 di mana-mana pun, rasanya adalah sama tetapi jika beli durian kampung, mungkin sebiji rasanya manis, sebiji rasanya pahit," katanya.
SEGAMAT sememangnya terkenal dengan durian kampung malah baka durian terbaik dikatakan datang dari daerah ini.
Berpengalaman dalam jual beli durian selama 44 tahun, Sahad sudah boleh kenal rasa dan bau berdasarkan warna kulit, saiz dan bau yang terbit daripada buah tersebut. Malah, dia juga tahu pokok mana yang menghasilkan durian itu. "Saya akan rasa dahulu buah durian sebelum membeliya daripada penduduk.
"Jika rasanya bagus, saya akan kenal pasti buah dan lokasi pokok bagi memudahkan saya membelinya lagi pada musim yang akan datang," katanya. Setiap kali musim durian, Sahad akan berada di pondok jualannya yang terletak di Jalan Segamat-Kuantan untuk membeli durian dan menjualnya kepada pengguna di laluan sibuk itu.
"Untuk musim yang kurang menjadi, setiap hari saya akan membeli kira-kira satu tan durian daripada penduduk tempatan. "Kalau musim menjadi, biasanya tiga hingga empat tan durian dapat dijual sehari," katanya yang meletakkan rasa durian yang manis, lemak dan pahit sebagai rasa durian kampung yang terbaik.
Sementara itu, menurut seorang penduduk, Aziz Ali, 76, dia memiliki pokok durian berumur lebih 200 tahun yang ditanam oleh moyangnya. "Walaupun pokok itu sudah lebih 200 tahun, ia masih lebat berbuah.
"Cuma kali ini musim durian kurang menjadi, buah pun kurang, mungkin juga ia berkait dengan faktor umur. "Begitupun, pokok yang lebih muda masih berbuah seperti biasa," katanya yang menjual duriannya kepada Sahad untuk mengelakkan lambakan. Selain Sahad, seorang lagi peraih durian,
Desa Sharif, 66, menyifatkan durian kampung dari Segamat adalah antara durian terbaik. Desa yang sudah hampir 20 tahun menjadi peraih durian memberitahu dia tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan yang tinggi terhadap buah itu setiap kali musimnya tiba.
"Setiap hari urus niaga durian boleh mencecah lima tan. Kebanyakan durian yang dijual di sini adalah durian kampung dan ia didapati dari kampung sekitar daerah ini," katanya. Selain pasaran tempatan, durian saka Seamat juga laris di Kuala Lumpur dan Kuantan malah ada peraih dari Kemaman yang membeli durian daripadanya.
"Setiap hari, sepanjang musim durian, kira-kira dua bulan, saya dan tujuh pekerja akan berkampung di sini. "Seawal pukul 6 pagi sudah ada orang datang untuk menjual dan membeli durian," katanya ketika ditemui di gerainya di Jalan Buloh Kasap. Selain rasanya yang sedap, durian mempunyai khasiat pemakanan yang lebih tinggi berbanding kebanyakan buah-buahan yang diimport.
Dalam beberapa kajian yang dijalankan oleh penyelidik tempatan, durian mengandungi protein, lemak, karbohidrat, kalsium, serta vitamin A dan C yang lebih tinggi berbanding epal, pir dan anggur. Selain itu, ia juga kaya dengan pitonutrien dan antioksidan yang dapat menurunkan kadar kolesterol, membersihkan darah serta mengelakkan jangkitan kulat.
MELAKA: Akibat mematuhi pesanan arwah suami supaya kematiannya tidak dihebahkan, seorang pengawal keselamatan didenda RM250 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam selepas mengaku salah terhadap tuduhan menyembunyikan kematian dan tidak mendaftarkan kematian suaminya pada Oktober tahun lalu.
Majistret Muhammad Hazri Hanafi menjatuhkan hukuman itu terhadap Zaini Malek , 48, dan mengarahkan tertuduh dipenjara tiga hari jika gagal membayar denda.
Zaini mengaku bersalah terhadap tuduhan bahawa dia sebagai isteri kepada Abd Halim Manan, 70, pada masa kematiannya atau merawati ketika sakitnya adalah orang yang layak untuk memberikan maklumat kepada pendaftar kelahiran dan kematian berikutan kematian itu di Lot 282, Batu 4 1/2, Jalan Kampung Batu Berendam, pada 3 hingga 6 Oktober 2010.
Bagi pertuduhan itu, Zaini didakwa mengikut Seksyen 35(e), Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian yang memperuntukkan hukuman denda RM250.
Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam ketika rayuan memohon mahkamah meringankan hukuman dengan mempertimbangkan pengakuan salahnya dan dia sebatang kara serta perlu membayar sewa rumah.
"Mohon hukuman dikurangkan kerana saya tidak mempunyai anak dan tinggal seorang, mungkin masa kejadian saya fikir macam-macam. "Sebelum meninggal, suami pesan jangan beritahu sesiapa. Saya tahu jenazahnya perlu disempurnakan, tetapi mungkin ketika itu saya dirasuk syaitan," katanya.
Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Inspektor Muhather Mohd Kudus.
Muhammad Hazri yang mempertimbangkan pengakuan salah tertuduh kemudian memerintahkan tertuduh membayar denda RM250 dan jika gagal dipenjara tiga hari.
KENYATAAN MEDIAPEJABAT ADUN TITI SERONG/ PEJABAT SEKRETARIAT PAKATAN RAKYAT PERAK
Saya ingin menjelaskan kepada BN bahawa mereka perlu cermin wajah sendiri terlebih dahulu, supaya BN dapat melihat sendiri betapa hodohnya wajah mereka sebagai sebuah parti yang sarat dengan taktik dan strategi kotor dalam berpolitik.
Saya menafikan kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar yang mengatakan sudah menjadi lumrah Pakatan Rakyat untuk tidak menerima apa jua pembaharuan yang diperkenalkan kerajaan kerana tidak mahu negara maju di bawah kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) ternyata tidak berpaksi kepada realiti,
Pakatan Rakyat positif terhadap sebarang kemajuan khususnya untuk rakyat, akan tetapi dakwaan beliau nampaknya sekadar untuk menlindung segala kelemahan pentadbiran negara lebih 50 tahun ditangan BN..
Sebetulnya Pakatan Rakyat menolak sebarang pembangunan UMNO-BN yang merugikan rakyat,apalagi disebabkan oleh amalan salah guna kuasa BN terhadap wang rakyat.
Kebanyakan projek mega yang dilaksana oleh UMNO-BN memang dengan alasan dan bermatlamat untuk menyenangkan rakyat sebagaimana tertera dalam setiap objektif proposal tender yang dikemukakan, akan tetapi tidak ramai rakyat yang tahu wujud "tangan bawah meja" yang menyapu wang rakyat secara tidak sah.
Malah terlalu banyak tender yang diagihkan tidak melalui proses yang telus dengan mengabaikan polisi tender terbuka yang boleh menjamin wang rakyat secara selamat.
Sebagai contoh, negara memperuntukkan RM111 juta untuk projek Permata Negara kendalian Isteri PM, Datin Seri Rosmah Mansur, siapa yang untug melalui bajet ini? Sedangkan telah wujud program yang sama iaitu tadika KEMAS yang juga melibatkan penyaluran dana yang besar dalam setiap kali bajet dibentang..
Di ibu kota misalnya, rakyat telah "disajikan" dengan pemandangan besar Menara Berkembar Petronas, tidak cukup dengan pembaziran tersebut,rakyat akan disajikan lagi dengan menara warisan pula, adakah rakyat dapat manfaat dari RM5 bilion untuk bina menara tersebut?
Realitinya UMNO-BN sering kali membawa suatu yang tidak diperlukan rakyat, itulah rasionalnya mengapa Pakatan menolak sebilangan besar projek mega oleh umno-bn.
Sebenarnya masih banyak program yang melibatkan kepentingan ramai dan rakyat bawahan , namun sering diabaikan kerana tidak menguntungkan kroni dan pihak tertentu.
Semuga harapan itu dapat dilaksanakan sekiranya rakyat memberi harapan dan kemenangan kepada Pakatan Rakyat sebagai kerajaan pusaT dalam PRU ke 13 akan datang.
KUALA LUMPUR: Seramai 365 rakyat Malaysia penganut Katolik menulis surat kepada Ketua Gereja Katolik, Pope Benedict XVI menyatakan kegusaran mereka terhadap lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Vatican semalam.
Surat itu disampaikan kepada wakil Pope Benedict di Singapura, delegasi Apostolik His Grace Archbishop Leopoldo Girelli.
Najib bertemu Pope Benedict XVI di Rom semalam bagi meningkatkan hubungan diplomatik dan kerjasama dengan Wisma Putra.
Perkara itu didedahkan oleh penulis, Anil Netto dalam laman web Aliran.com semalam.
Ia menyampaikan rasa hati penganut Katolik yang risau kemungkinan kerajaan dan pemimpin asing terpengaruh dengan Najib yang ghairah menyebarkan mesej kesederhanaan di luar negara sedangkan kerajaan Najib sendiri berulang kali menggunakan kekerasan terhadap rakyat dalam negaranya.
Antara lain mereka menyebut tentang keganasan Najib menangani himpunan aman Bersih, manipulasi sentimen etnik dan keagamaan yang diamalkan Najib untuk kekal berkuasa, dan kekangan terhadap kebebasan beragama di Malaysia.
Mereka juga risau Najib akan menggunakan lawatan tersebut untuk meraih undi dan mengekalkan popularitinya di kalangan penganut Kristian di Sabah Sarawak.
"Kami risau jika terdapat agenda politik tersembunyi untuk memenangi sokongan pengundi Kristian di Sabah dan Sarawak bersempena lawatan Najib ke Vatican ini.
"Akhir sekali, kami juga risau Najib cuba untuk mendekati Holy See pada masa ini untuk mendapatkan sokongan popular dalam pilihan raya umum akan datang yang bakal berlangsung menjelang awal 2013," tulis mereka dalam surat itu yang dipetik Keadilan Daily.
Justeru, mereka meminta Pope Benedict agar berwaspada dalam berurusan dengan kerajaan pimpinan Najib
"Kami berdoa agar Holy See akan mempertimbangkan isu-isu yang kami nyatakan ini dan mendapat petunjuk dari Roh Kudus dalam berurusan dengan kerajaan Malaysia," kata mereka.
Akhbar arus perdana hari ini menyiarkan berita hubungan diplomatik yang baru termeterai di antara Vatican dan kerajaan Malaysia selepas Najib bertemu Pope Benedict XVI di istana musim panasnya di Castel Gandolfo.
Lawatan itu dibuat Najib selepas beberapa minggu sebelumnya membuat kenyataan terbuka kononnya himpunan aman Bersih yang berlangsung 9 Julai lalu didalangi dan dibiayai gerakan Kristian luar negara.
SHAH ALAM 19 JULAI: Pakatan Rakyat secara konsisten mengalu-alukan tindakan polis mendedahkan salah laku peserta perhimpunan Bersih 2.0 yang didakwa melakukan provokasi terhadap anggota polis.
Namun menurut Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, bukti itu tidak cukup untuk mengubah persepsi rakyat bersabit kekasaran yang dilakukan agensi itu kepada masyarakat yang berhimpun secara aman pada 9 Julai lalu.
Justeru beliau menganggap kepimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) akan terus terputus hubungan dengan rakyat jika berterusan menunding jari ke arah kumpulan yang rata-rata terdiri daripada golongan pertengahan dan rendah menuntut reformasi pilihan raya.
"Yang terus terhantuk ini BN sebab sampai sekarang masih belum jumpa satu jalan bagaimana untuk goncang keyakinan rakyat bahawa Bersih ini berjalan dalam keadaan aman dan berhasrat baik," ujar beliau.
Dalam masa yang sama, Rafizi tidak menolak usaha pihak tertentu mencari jalan mencemuh imej perhimpunan Bersih seraya menutup tindakan keterlaluan yang dilakukan oleh anggota polis pada hari kejadian.
"Hakikatnya semua orang tahu yang turun (perhimpunan) Bersih itu berniat berjalan dengan aman. Kalau tidak kerana polis mengambil pendekatan keras dan kasar, perhimpunan hari itu adalah aman dan akan diingati sebagai perhimpunan yang berbilang kaum," tambah beliau.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini meminta polis menyegerakan siasatan rakaman video untuk mempertahankan tindakan kasar agensi itu terhadap orang awam ketika perhimpunan Bersih 2.0 yang lalu.
Katanya, gesaan itu dibuat bagi menangkis kecaman masyarakat termasuk media alternatif dan asing yang mendakwa polis bertindak kejam ke atas peserta-peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan bangsa.
Muhyiddin sebaliknya menunding jari ke arah rakyat yang dianggap mencetuskan provokasi terhadap anggota polis selain melontarkan kata-kata kesat.
Akhbar-akhbar pro kerajaan sehingga ke hari ini turut memainkan peranan menuduh peserta Bersih yang juga anggota Unit Amal, Abdul Razak Endut membawa pisau ketika himpunan itu dan bertindak membaling batu ke arah anggota polis menerusi sekeping foto pada 10 Julai lalu.
Namun gambar itu ternyata satu manipulasi apabila Razak sendiri tampil menceritakan apa yang berlaku pada hari tersebut dan akan mengambil tindakan undang-undang kepada akhbar terbabit.
Mengulas hal itu, Rafizi berpendirian, taktik kuno Umno-BN dengan memanipulasi fakta dan imej untuk menghalalkan perbuatan kasar polis gagal memberi impak kepada rakyat.
Ini kerana menurut beliau rata-rata masyarakat terdedah kepada sumber maklumat internet yang meluas sekaligus mampu menilai antara kesahihan dan penipuan.
Katanya lagi, video yang disiarkan di laman Youtube merupakan hasil rakaman peserta-peserta yang hadir dan kebanyakkannya terdiri daripada rakyat jelata.
"Sebab itu seperti saya sebut tadi kita tidak takut dengan propaganda BN sebab ceritanya terus bertukar tanpa bukti yang dibawa kepada rakyat," katanya.
Jelasnya, walaupun terdapat segelintir masyarakat yang masih mempercayai propaganda Umno-BN namun ianya tidak akan merubah landskap politik Malaysia.
Ini kerana menurut beliau, hampir 60 peratus pengundi atas pagar bergantung kepada maklumat alternatif selain media arus perdana.
"Ada pepatah Inggeris berkata kita beri mereka lebih banyak tali, akhirnya mereka akan gantung diri sendiri. Dengan cara yang mereka buat sekarang, rakyat makin tidak yakin dengan BN sebab mereka menegakkan benang yang basah dengan jelas melalui media mereka," tambahnya lagi.
TIKRIT: Sekurang-kurangnya 11 terbunuh apabila sebuah kereta yang membawa bom meletup ketika sebuah kereta peronda polis melalui pusat bandar Tikrit di utara Baghdad, awal pagi Selasa.
Pegawai keselamatan berkata, beberapa pegawai polis terkorban ketika serangan 9.19 malam waktu tempatan di bandar kelahiran bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein.
Walaupun tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu, namun ia ada kaitan dengan ikrar Al-Qaeda sebelum ini yang mahu membalas serangan Amerika Syarikat (AS) selepas kematian pemimpin rangkaian itu, Osama bin Laden, 2 Mei lalu.
Serangan itu adalah yang terbaru selepas kejadian pertumpahan darah antara Al-Qaeda dan AS, 29 Mac lalu yang mengakibatkan 58 orang terbunuh. - AFP
sabung ayam tarung jago pakai pisau
BalasPadam