Tok Dir 16 Julai : PAS mensasarkan untuk menawan kembali negeri Terengganu dalam pilihanraya akan datang yang dijangkakan diadakan seawal-awalnya pada akhir tahun ini.
Sehubungan dengan itu Dewan Muslimat DUN Bukit Payong ( PEMAYUNG) telah mengadakan Program Himpunan Muslimat semalam sebagai persediaan awal bagi menggerakkan tenaga muslimat di DUN Bukit Payong.
Program itu telah dirasmikan oleh setiausaha PAS Kawasan Marang Encik Hassan Jusoh yang menggantikan ADUN Batu Burok Dr.Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.
Dalam ucapan perasmiannya Encik Hassan memuji program yang disifatkannya sebagai pro aktif dalam menghadapi pilihanraya ke 13 nanti.
Peserta-peserta program seramai lebih kurang 100 orang yang kelihatan begitu komited dengan program ini, diseru supaya meninggalkan cara gerak kerja gaya lama iaitu membuat kerja secara ad-hoc (bidan terjun).
Mereka juga digesa untuk melakukan lebih banyak program yang tersusun dan terancang seperti ini bagi memberikan kesan yang lebih baik lagi bagi pengundi terutama bagi kempen pilihanraya.
Sepertimana firman Allah dalam surah as-saff yang menyatakan bahawa Allah suka melihat barisan tentera Islam yang berbaris dalam satu saf yang tersusun, maka pendekatan ini juga perlu diterapkan didalam jemaah.
"Terengganu yang mempunyai 32 kerusi Dun, dan kita memerlukan minima 17 kerusi untuk merampas balik tampuk pemerintahan.
Dan saya berharap Bukit Payong adalah salah satu daripadanya.
Bukan senang untuk melawan BN sebab mereka menggunakan semua jentera yang ada seperti Jabatan Pelajaran, Kemas dan Kementerian Luar Bandar.
Tapi mereka merancang, Allah juga merancang dan sudah tentu perancangan Allah yang terbaik," ujar beliau memberi semangat kepada peserta.
Program yang sepatutnya diakhiri dengan persembahan oleh Ustaz Akil Hayy pada sebelah malam, terpaksa dipendekkan kepada jam lima petang kerana Ustaz Akil tidak dapat hadir disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan.
TEMERLOH: Yang Dipertua PAS Kawasan Temerloh, Tn Haji Md Jusoh B Darus menyeru masyarakat FELDA khasnya bersikap terbuka teristimewa semasa mereka mengundi nanti. Walaupun tuan puan tinggal di kawasan komuniti FELDA kebenaran terhadap apa yang benar adalah menjadi asas kepada pilihan kita nanti.
Nastolgianya jasa-jasa FELDA dari sudut ekonomi amat banyak dan besar kepada kita, FELDA berjaya merubah asas hidup dan kehidupan kita, ini kita perlu akui sebagai seorang manusia yang pentingkan kebenaran.
Justeru jasa-jasa FELDA mengubah taraf hidup kita dari segi ekonomi tidak mengikat kita sama sekali untuk terus menerus bagi kita menyokong Umno Bn seperti mana kisah tersohor dalam Al Quran masyitah tukang sikat anak Firaun yang bangkit menentang kemungkaran tuan atau majikannya demi semata-mata kerana kebenaran.
Oleh itu, saya menyeru kita semua bangun pada PRU 13 ini menyatakan sikap dan pendirian persis Masyitah dan Firaun dalam hal ini. Kita jangan takut peganglah prinsip kebenaran, jelas beliau.
Beliau menyatakan demikian di hadapan ratusan peneroka Felda Lakum kelmarin. Bersempena Ceramah Perdana Road Show ANAK di Felda Lakum dalam parlimen Temerloh.
Di majlis berkenaan beratus-ratus borang Felda Palntation diagih-agihkan kepada mereka yang hadir. Ini adalah sebahagian daripada janji Pakatan Rakyat melalui Buku Jingga jika dapat memerintah Putrjaya tanah Fedla Plantation akan ditutup dan diisi dengan para peneroka kelak.
Turut hadir adalah Pengerusi Anak Pahang Ust Aris Faizol dan Ketua DPP Temerloh Ust Muhammad Shukri Shuib.
Memaklumatkan wanita adalah kunci kepada kejayaan bagi PAS pada PRU 13 nanti. Demikian tegas YDP PAS Kawasan Temerloh Hj Jusoh Darus semasa merasmikan Program Wacana PRU 13 di Darul Amin Sg Gau kelmarin.
Ini kerana undi wanita adalah undi penentu kemenangan, lazimnya wanita yang berada dalam rumah 'kurang' terdedah dengan situasi politik dan maklumat-maklumat semasa di luar. Lazim Umno berjaya manfaatkan mereka berbanding dengan kita.
Undi mereka adalah advantage atau fixed deposit kepada Umno Bn. Sepanjang PRU yang lalu analisanya menggambarkan demikian. Lazimnya jentera Umno akan menggunakan pendekatan emosi habis-habisan bagi meraih simpati dan undi mereka ini.
Justeru benarlah bagi dikata oleh Ust Idris Ahmad lazimya para pengundi Melayu akan terbuai dengan emosi. Undi mereka hanya dibeli dengan 'emosi' sahaja. Antaranya demi Melayu, demi masa depan generasi cucu cicit dsb.
Berapakah muslimat yang tahu harga cincin Rosmah yang heboh diperkatakan di dalam blog FB dan twiterr ke belakangan ini. daripada jumlah yang hadir itu hanya beberapa orang sahaja yang mengangkat tangan mereka tahu tentang perkembangan berkenaan.
Dengan harga sebentuk cincin RM berharga 24 US Dollar, jika diconvertkan kepada RM berjumlah RM74j. Katanya lagi, jiak duit sebanyak itu dikembalikan kepada anak-anak sekolah bawah rancangan RMT, berapa juta pelajar miskin luar bandar yang dapat manfaatkan. Jika dibina sekolah SAR dapat sebuah sekolah, jika digunakan untuk mencetakan Buku teks semua tingkatan bagi semua pelajar berjumlah RM60juta .
Justeru itu, banyak dapat menafaat dan jelaslah bahawa ini adalah satu lagi bentuk pembaziran wang atau dana awam..
Jelas beliau RM mendakwa duit itu beliau kumpul sejak beliau kecil lagi. Kuat betul kempen menabung RM sejak kecil....
TEMERLOH: Kita para petugas PAS jangan terlaku syok sangat dengan kisah BERSIH 2.0, ini kerana kerja-kerja melebarkan kefahaman kepada rakyat serta memperkasakan jentera parti yang dilaksanakan kini oleh para petugas teras di peringkat akar umbi (cawangan) perlu dipertingkatkan .
Rakyat perlu dimaklumatkan dengan maklumat yang betul dan tepat kerana bukan soal ketandusan isu tetapi soal makenisma kita menyampaikan isu berkenaan kepada rakyat.
Permasalahan nya adalah kaedah penyampaian maklumat kini adalah cabaran baru kepada kita, isu ini bukan isu local tetapi bersifat nasional. Kerana persoalan yang sama dibangkitkan oleh PAS seluruh kawasan dan negeri yang beliau lawati, adalah benda dan perkara yang sama.
Demikian penjelas Ust Idris Ahmad semasa memberi Motivasi PRU 13 kepada lebih 100 orang perserta jentera penerangan PAS Temerloh kelmarin di Darul Amin Sg Gau, Temerloh
Beliau menyatakan demikian bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh perserta di majlis berkenaan.
Kelemahan utara jentera penerangan adalah bukan soal kita (Pakatan Rakyat) kekurangan isu tetapi isu langsung tidak sampai ke bawah (rakyat), terutama masyarakat yang berada di luar - luar bandar yang jauh ke kawasan pedalaman, ujar beliau
Turut sama di majlis berkenaan adalah YDP PAS Kawasan HJ Md Jusoh Darus, Sdr Hassanudin Salim bekas Calon PRK Kerdau yang juga Timbalan YDP Kawasan, YB Syed hamid Sy Mohammad ADUN Semantan dan juga Naib YDP PAS Kawasan Sdr Hashim B Abdullah Ketua Penerangan, Sdr Ahmad Zuber Omar Setiausaha PAS Kawasan, Ketua Pemuda dan Ketua DMP Kawasan.
Selepas program berkenaan Al Fadil Ust Idris mengraduasikan 100 orang tenaga penceramah dengan sijil pentaulihan.
Dan memberi gambaran kepada para graduan satu tugasan berat kepada mereka bagi mengerakkan, melaksana sesi - sesi bentuk kepenerangan bagi memaklumatkan rakyat teramai.
KENYATAAN MEDIA PEJABAT ADUN TITI SERONG/ KEYUA SEKRETARIAT PR PERAK
Saya ingin membantah kenyataan Najib Tun Razak yang berkata bahawa demonstrasi jalanan (Bersih 2.0) di ibu kota baru-baru ini bukanlah jawapan terhadap isu masalah Negara.
Saya ingin menegaskan bahawa kekerasan PDRM terhadap rakyat yang menyertai bersih 2.0 juga bukanlah jalan penyelesaian dan ia adalah satu tindakan jenayah.
Tidakan tidak bertamaddun itu terrsebar luas dalam media baru dan buktinya rakyat boleh lihat sendiri melalui facebook , you tube dan sebagainya.
Jika benar Perdana Menteri berhasrat menyelesaikan masalah negara dengan jujur, mengapa beliau enggan bersemuka dengan rakyat, setidak-tidaknya beliau menerima pelawaan wakil ngos yg mewakili Bersih untuk duduk semeja dan berdebat mengenai mengenai 8 tuntutan dan masalah Negara yang lain, bukannya menghantar polis untuk melakukan tidakan kekerasan diluar peruntukan undang-undang terhadap rakyat yang berkumpul secara aman pada 9 julai baru-baru ini.
Nampaknya peminpin negara tidak mampu menyelesaikan masalah apa lagi sekiranya tidak menguntungkan merela dan Rakyat sendiri yang mengambil inisiatif mencari jalan penyelesaiannya, ini tidak patut berlaku kerana ia boleh menggambarkan pemimpin Negara sebagai seorang yang lembap, bagaimana Negara boleh maju jika pemimpin lembap seperti Najib Razak.
Rakyat telah mencuba sedaya upaya untuk menyuarakan teguran melalui pelbagai cara, tetapi gagal.
Bagi rakyat demonstrasi adalah jalan terakhir setelah kerajaan UMNO-BN menyekat suara rakyat yang mahukan perubahan dalam sistem politik Negara.
Alternatif oleh Perdana Menteri juga boleh disifatkan sebagai janji kosong kerana sehingga kini SPR diperkuda sepenuhnya oleh UMNO-BN untuk terus menguasai kerusi baik di peringkat DUN mahupun Parlimen.
Pengundi hantu yang boleh diperiksa sendiri oleh rakyat melalui atas talian (laman web SPR) berdasarkan pendedahan blogger pro Pakatan telah menjelaskan dengan sendiri bahawa kerajaan UMNO-BN enggan menanganinya walaupun laporan oleh wakil Pakatan telah dibuat berulang kali.
Bagi saya itulah talian hayat UMNO-BN untuk terus berkuasa di Malaysia sebagai kerajaan hantu, bukannya kerajaan rakyat, kerajaan hantu UMNO-BN sebenarnya telah lama lenyap sejak 2008 lagi jika pilihan raya umum benar-benar dilaksanakan secara adil dan telus.
Suara rakyat yang diwakili oleh selitar seratus ribu suara yang turun pada 9 Julai baru-baru ini adalah isu yang perlu perhatian serius pemimpin tertinggi Negara , malangnya Najib Razak cuba berselindung melalui pembohongan demi pembohongan yang jelas menghina demokrasi itu sendiri.
Rakyat sudah bangkit untuk menuntut demokrasi yang lebih bersih, sewmunya masih belum terlambat sekiranya Najib mahukan perubahan secara jujur. Namun persoalanya sanggupkah BN hilang kuasa kerana ?
Yang di bawah ini Milosuam periksa :- Di bawah ini teman periksa sendiri melalui laman web SPR :-
Kilang papan siapalah agaknya yang jadi tempat tinggal makcik ni ye? Anda boleh mengesahkan sendiri kesahihan maklumat ini di website rasmi Suruhanjaya Penipu Rakyat, SPR . Ini membuktikan bahawa makcik Suriati ini boleh mengundi sebanyak dua kali. Sebab tulah rakyat Malaysia menyertai perhimpunan aman BERSIH 2.0 di ibu negara tempoh hari.
Sebab itulah juga salah satu tuntutan BERSIH ialah meminta SPR menggunakan dakwat kekal di jari agar orang seperti Makcik Suriati ini tidak boleh mengundi lebih dari sekali. Perhimpunan BERSIH 2.0 yang meminta pilihanraya yang bersih dan adil, diputar belitkan jadi perhimpunan haramlah, komunislah, kristianlah. Bengong!
Satu-satunya anak Tun Mahathir yang tidak bersengkokol dengan adiknya YB Mukhriz dan bekas PM Malaysia yang membantah BERSIH. Marina Mahathir antara bukti yang menjelaskan Perhimpunan Bersih adalah perhimpunan rakyat yang ingin meluahkan perasaan yang terbuku yang tidak dilayan dengan baik oleh pemerintah dan Suruhanjaya yang hanya seperti orang suruhan.
Beliau juga adalah saksi BN yang ada menulis dalam pengalamannya semasa melalui Hospital Tung Shin yang diserang dengan bom asap dan siraman air asid.
Marina Mahathir, eldest daughter of former premier Dr Mahathir Mohamad,i is convinced that the government had handled last Saturday's Bersih 2.0 rally "extremely badly".
"Many leaders, both in the public and private sectors, are saying the government could have avoided the Bersih 2.0 (fallout) by not making such a big issue out of it," said Marina.
"The government could have simply dealt with it in a different way as the issue at hand is not that controversial. If you ask anyone, 'do you want free and fair elections?', the logical answer is 'yes' - no matter what side you are on.
"The government should have said, 'we are for it too'."
According to Marina, the government was in such an aggressive defensive mode over the Bersih movement that it made many Malaysians, including those who sat on the fence, angry.
On July 9, Marina participated in the Bersih 2.0 protest with her daughter and friends.
They started from near Jalan Pudu (Berjaya Times Square) and walked along Jalan Hang Jebat (formerly Davidson Road) in front of Stadium Negara towards the Olympics Council of Malaysia building where she encountered other friends.
"Apparently at one point, the cops had chased (the protesters) even though there was no reason to catch them and hauled them off.
"But later, we could sit and wait by the curb without anyone disturbing us. Jalan Hang Jebat and the small road that led up to Stadium Merdeka stayed pretty quiet."
Did she tell her dad?
Marina also ticked off Prime Minister Najib Razak for his personal attack against Bersih leader Ambiga Sreenevasan.
"People thought 'how could you stoop so low'," she continued.
"And when they started arresting people wearing yellow T-shirts and put (Sungai Siput MP) Dr (D) Jeyakumar in jail - he is such a good person and has done a lot of good service - people got more angry. It is not fair to accuse him of being a communist.
"I think a lot of ordinary people decided that this is it. This is it and this is not fair, and we are going to out there and participate in the Bersih 2.0 rally.
"There are so many accounts of the aunty types who would not ever do anything or something radical in their life or never march, and these people decided to go, even those from outside Kuala Lumpur," added Marina, who said she was at the Bersih rally for more than three hours.
When asked if she had talked to her father about the Bersih 2.0 campaign for electoral reforms, she categorically said, "No".
Why?
"Because we are both extremely busy people and I cannot even keep up with him. On July 9, he was actually on a flight outside the country," Marina explained.
"So I didn't tell him that I was marching. (But) we discuss all these things. He has his views, and we have respect for each other's views and that's it."
Malaysiakini
KUALA LUMPUR – Penglibatan anak bekas Perdana Menteri, Datin Marina Mahathir dalam perhimpunan Bersih 2.0 diyakini hanya disebabkan pendiriannya mahu melihat negara mengamalkan sistem demokrasi lebih telus dan terbuka, kata adiknya, Datuk Mukhriz yang juga seorang anggota kerajaan.
Mukhriz berkata, meskipun bapa mereka, Tun Dr Mahathir bekas pemimpin nombor satu Barisan Nasional (BN) manakala beliau sendiri timbalan menteri, setiap individu ada pendirian dan cara berfikirnya tersendiri.
"Saya tidak nampak beliau sokong pembangkang melainkan hanya untuk melihat sistem pilihan raya kita yang lebih telus, itu saja. Saya juga tidak dengar beliau ada melaung reformasi atau seumpamanya," katanya.
Sebagai wakil kerajaan Barisan Nasional (BN) pula, kata Muhriz, beliau akan sentiasa memihak kepada pendirian BN.
Mengenai Bersih 2.0, Mukhriz berkata, adalah lebih sesuai lapan tuntutan pihak berkenaan dibincangkan secara terbuka di Parlimen.
"Kita ada saluran untuk berbincang. Wakil pembangkang pun ramai di Parlimen, jadi lebih baik perkara itu dibawa berbincang. Itu platform terbaik untuk kita mengubah atau menambah baik amalan demokrasi di negara kita, bukan dengan cara demonstrasi jalanan yang menyusahkan banyak pihak," katanya.
Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perda?gangan Antarabangsa dan Industri berkata, apa yang dilakukan pihak berkenaan hanya menimbulkan konflik sekali gus menjejaskan pelaburan dan ekonomi negara.
PAK SAMAD BOIKOT PROGRAM KERAJAAN Sasterawan Negara Datuk A Samad Said berkata beliau "tidak akan melayan" sebarang jemputan rasmi kerajaan termasuk membaca puisi dalam majlis anjuran mereka.
"Sebolehnya sekarang, saya tidak menerima jemputan daripada kerajaan," katanya ketika ditanya reaksi kawan-kawannya dalam kerajaan selepas menyertai perhimpunan BERSIH 2.0.
"Saya tidak fikir, (saya) dipulaukan. Tetapi kalau dijemput sementara ini, saya tidak akan layan. Kalau oposisi menang, saya layan."
A Samad (kiri) sebelum ini banyak dijemput dalam majlis anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.
Ditanya sama ada tindakan beliau sebagai 'mogok seni' kali kedua, sasterawan 76 tahun yang terkenal dengan novel Salina itu menjawab:
"Saya tidak tahulah tu. (Saya) tak tahu," katanya sambil ketawa sinis.
Selalunya kosong
Samad sebelum ini dilaporkan beberapa kali mengadakan 'mogok' secara bersendirian, antaranya mogok seni pada 1990 dan 'mogok sastera' pada 2000.
A Samad dilaporkan pertama kali mengadakan mogok beberapa tahun lalu apabila dikatakan menghadapi masalah kelancaran dalam pembayaran royalti tulisannya dengan DBP.
Beliau juga tidak dapat menjangkakan bagaimana reaksi rakannya yang berada dalam kerajaan, ekoran penyertannya bersama lebih 10,000 orang dalam perhimpunan Sabtu lalu.
Ketika ditemuramah Malaysiakini di Bangsar semalam, A Samad berkata, walaupun beliau mencari makan dengan membaca puisi, kali ini beliau akan memilih majlis yang "sesuai".
Beliau juga menegaskan tidak pernah mendapat sebarang projek dengan pihak kerajaan yang menyebabkan beliau terikat.
Bagaimanapun, ditanya sekiranya diberi, sosok kecil berjanggut panjang dan putih itu, berkata akan "bertanya hari nurani" terlebih dahulu.
"Hati nurani saya yang lebih banyak bercakap. Kalau tengok dalam bank saya, ada RM96 sahaja, itupun royalti yang baru masuk.
"Kalau tidak, kosong," kata lelaki berpenampilan sederhana dan sering merendah diri itu.
Rezeki di tangan Tuhan
Walaupun menghadapi kemungkinan digam oleh akhbar arus perdana, beliau yang lebih mesra dengan panggilan Pak Samad berkata, beliau kini selesa berkarya di Facebook walaupun ia tidak menjamin pulangan ekonomi.
gmp protest 310108 samad said"Itu (pendapatan) tidak mengapa, untuk satu dua tahun ini. Rezeki di tangan Tuhan, bukan di tangan-tangan orang itu," katanya.
Menurut Sasterawan Negara itu, beliau juga tidak akan menulis di mana-mana medium lain, termasuk di portal berita alternatif bagi mengelakkan daripada dilabel cenderung kepada mana-mana pihak.
"Saya tulis di Facebook. Itu ada (ruangan) mingguan-mingguan, saya tulislah. Nanti saya tulis di Malaysiakini, orang kata saya (menyokong) pembangkang juga," katanya sambil berseloroh.
"Sebab saya saya selalu melihat di dalam akhbar, bukan berita yang disiarkan, (sebaliknya) syarikat orang-orang tertentu yang mempunyai ruangan dalam akhbar.
JASIN, 15 Julai -- Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian Negeri Melaka, Datuk R.Perumal (kanan) melepaskan benih anak ikan Lampam ke dalam Sungai Tehel, di sini, hari ini. Turut serta Anggota Dewan Undangan Negeri Bemban Chua Kheng Hua (kiri).
TERJATUH... Beberapa petugas Jabatan Perikanan Melaka membantu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian Negeri Melaka, Datuk R.Perumal (dua kanan) naik ke tebing selepas terjatuh ke dalam sungai bersama beberapa jemputan ketika melepaskan benih anak ikan Lampam ke dalam Sungai Tehel, di sini, hari ini. Sebanyak 20, 000 ekor benih ikan dilepaskan pada program tersebut. [Bernama]
Kesian Makcik Yang tudung biru tu pun turut jatuh..... tak pa .... ambik berkat ayaq ikan......
Layakkah orang dalam gambar menangkap Tuan Guru. Apabila Hj Hadi ditangkap semasa Bersih 2.0, namanya keluar dalam hampir semua media termasuk akhbar seluruh dunia termasuk negeri China, Eropah, Arab, Afrika dan USA. Mengapa ianya dikenali diperingkat antara bangsa tetapi tidak dikenali oleh segelintir rakyat Malaysia sendiri. Walaupun terdapat ribuan koleksi kuliah agama yang merangkumi pelbagai tajuk dan kitab serta pelbagai buku yang telah ditulisnya mungkin ada yang tidak pernah membacanya kerana budaya mencari ilmu agak kurang bagi setengah orang.
Haji Hadi adalah salah seorang dari alim ulama dalam dunia Islam yang akan dipanggil apabila dunia Islam menghadapi masaalah selain dari persidangan tahunan.
Contohnya apabila Iraq menyerang Kuwait dan kemudiannya Iraq dikalahkan Amerika dengan bantuan Saudi (tapi Saddam masih berkuasa), Haji Hadi adalah salah seorang yang dipanggil untuk berbincang.
Sewaktu berbincang untuk menentukan adakah Saudi yang bersalah kerana bersubahat dengan Amerika atau Iraq yang bersalah, telah berlaku satu bentuk layanan yang amat istimewa bagi Haji Hadi yang tidak pernah dialaminya sebelum itu.
Selesai muzakarah di Baghdad, walau pun telah ada kapal terbang yang akan membawa kedestinasi seterusnya iaitu Arab Saudi, raja Arab Saudi telah menghantar jet peribadinya yang sedia menunggu untuk membawanya ke Arab Saudi. Itulah pengalamannya menaiki jet raja Saudi yang terkenal dengan kemewahannya.
Bila tiba di Arab Saudi, ia disambut seperti tetamu Negara dan dibawa kesebuah hotel. Walau pun ia hanya seorang diri ia telah diberi lima buah bilik suite yang di khaskan untuk pemimpin Negara.
GAMBAR rumah Hj. Hadi. 'Diberanda itulah saya berbual dengannya - Penulis'.
Saya pernah berkesempatan berbual dengannya diberanda luar rumahnya selepas PRK Pengkalan Pasir, ia beritahu terpaksa meninggalkan kempen kerana terpaksa berlepas ke Jordan untuk menghadiri satu persidangan.
Tetapi siapakah dia apabila melihat rumah kediamannya walaupun pernah menjadi Menteri Besar selama satu penggal.
Ramai yang mengejek bahawa apa yang diperoleh oleh pemimpin dan pengikut Pas dalam perhimpunan Bersih 2.0.
Jawabnya ialah habuan akhirat. Habuan akhirat yang tinggi kategorinya amalah sukar diperoleh. Berpandukan nas-nas ulama menganggarkan hanya 70,000 orang dari berbilion umat Islam akan masuk syurga tanpa hisab dan selebihnya terpaksa mengharungi tempoh perbicaraan yang maha panjang.
Menyedari hal ini, ilmu Islam telah dipelajari dan dikaji dengan bersungguh-sunguh. Apabila lapuran menyebut terdapat RM 889 bilions wang telah dibawa keluar dari Malaysia secara haram, tentulah wujud penyelewengan dalam pemerintahan Negara. Oleh itu satu perubahan kearah kebaikan perlu dilakukan. -TKO - Oleh: hidup_akhirat
Jika semalam Najib dan Rosmah Mansor terpaksa melihat warna yang telah diharamkan pemakaiannya di Malaysia kerana ketika mengadap Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham, baginda memakai gaun serba kuning bagi menyambut Najib dan Rosmah.. gambar kat atas.. gambar original tu.. bukan super impose..
Kalau nak lihat yang super impose sila lihat di (SINI)..artikel berkaitan dengan Najib masuk mengadap pula sila lihat di (SINI).
Setelah bertemu dengan Perdana Menteri Britain David Cameron di No 10, Downing Street. Najib dan delegasinya atau rombongan keluarganya (rombongan keluarga pasal Anak, Bini dan Adiknya turut sama).Najib mengadakan sesi pertemuan dengan komuniti perniagaan United Kingdom jam 3.30 petang waktu London (10.30 malam waktu Malaysia).
Ketika beliau dan rombongannya itu tiba di Mansion House, Garlick Hill, berhampiran dengan tebing Sungai Thames beliau disambut meriah oleh rakyat Malaysia yang berada di London juga dengan warna kuning..
Meriah atau tidak korang sila lihat di bawah..
Lagi gambar-gambar yang tak mungkin disiarkan oleh TV3 atau Utusan sila lihat di (SINI)
Aku ingatkan setakat itu saja episode kuning buat Najib.. rupa-rupanya episode Kuning buat Najib bersambung pula pada sebelah malamnya pula..
Dimana Air minuman berwarna kuning turut menjadi hidangan pada majlis makan malam Perdana Menteri bersama warga Malaysia di London.
Menurut tweet seorang rakyat Malaysia @Najmi Naim yang tinggal di Newcastle, UK. "Hadiri jamuan PM bersama rakyat dekat London. PM jemput makan kita makan, tapi lawan tetap lawan."
Zamry Beliau mendakwa himpunan Bersih 2.0 sama dengan revolusi yang berlaku di beberapa buah negara luar seperti di Tunisa, Syria dan Mesir.
Sehubungan itu, beliau mahu Zambry tutup mulut jika tidak mahu mendedahkan pekung sendiri.
KUALA LUMPUR, 16 Julai: Dewan Pemuda PAS negeri Perak mahu Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sedar bahawa BN lah yang telah melakukan "revolusi" merampas kerajaan negeri itu dari Pakatan Rakyat.
Sambil mendakwa Zambry tidak layak bercakap tentang revolusi, timbalan ketuanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss mahu menteri besar BN itu mengingat kembali bagaimana kerajaan BN mendapatkan mandat di negeri itu.
"Adakah Zambry lupa cara Umno BN mendapat semula mentadbir kerajaan negeri, adakah dengan cara terhormat," soalnya.
Beliau berkata demikian sebagai membidas kenyataan Zambry bahawa himpunan Bersih (2.0) 9 Julai lalu adalah mahu melakukan revolusi menggulingkan kerajaan dengan demonstrasi jalanan.
Beliau mendakwa himpunan Bersih 2.0 sama dengan revolusi yang berlaku di beberapa buah negara luar seperti di Tunisa, Syria dan Mesir.
Mengulas lanjut, Raja Ahmad berkata jika himpunan Bersih 2.0 dianggap revolusi menjatuhkan kerajaan, bermakna rampasan kuasa oleh BN terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Perak adalah revolusi yang lebih kotor dan jahat.
"Dalam proses demokrasi yang ada, siapakah yang menggunakan pendekatan jahat dalam negara kita?
"Bukankah dalam sejarah politik tanah air, BN seringkali melakukan kaedah kotor yang boleh disifatkan dengan cara revolusi...adakah BN telah melakukan revolusi di Perak?", soalnya lagi.
Revolusi BN dalam kes rampasan kuasa di Perak katanya secara jelas melanggar prinsip demokrasi dan undang-undang dengan menafikan hak rakyat yang memilih pemimpin mereka di dalam sistem pilihan raya.
Sehubungan itu, beliau mahu Zambry tutup mulut jika tidak mahu mendedahkan pekung sendiri.
MUNGKIN Najib Razak bersama sepupunya Hishamuddin Hussein akan beralasan, rakyat Malaysia yang menanti kedatangannya di London dengan sepanduk berwarna kuning mengecam tindakan mereka terhadap para himpunan Bersih hanya beberapa orang saja dan perbuatan itu tidak pun dapat memecahkan butir gatal di bekalang mereka.
Itulah ulasan yang akan diberikan oleh kedua adik beradik sepupu bangsawan itu. Tetapi di dalam hati mereka hanya Tuhan saja yang tahu betapa aibnya mereka. Betapa tidak, rakyat negara sendiri mengejek kedatangan mereka. Apa yang sepatutnya mereka terima mendapat sambutan dan alu-alu rakyat Malaysia sebagai menandakan kebangaan kerana pembesar mereka mengunjungi London.
Sebenarnya bagi mereka yang mementingkan maruah dan integriti tidak berbangkit sama ada jumlah yang membuat protes itu ramai atau tidak, tetapi yang penting ianya terjadi dan berlaku. Hatta kalau pun seorang saja yang mengangkat sepanduk mengecam Najib dan Hishamuddin sudah mencukupi. Kalau Najib dan Hishmuddin dan rombongannya bermaruah mereka wajar merasakan malu dengan apa yang berlaku.
Kalau tidak percaya, cari serorang gila atau tidak 'berapa sara' untuk menanti kedatangan Anwar Ibrahim di mana-mana airport di luar negeri. Pasti tindakan lelaki itu akan diperbesarkan oleh televisyen dan akhbar arus perdana negara ini akan mengulas betapa Anwar dicemuh bukan saja dalam negeri tetapi di luar negara juga. Kejadian itu hatta dilakukan oleh orang gila pasti akan dieksploitasikan.
Ini sudah dapat ditengok sendiri dengan apa yang berlaku di dalam negara. Ada perbuatan yang dibuat oleh mereka yang bejat moralnya, cemar peribadinya tetapi diangkat dan diangungkan begitu rupa sekali kerana ianya menghemtam dan mengodam Anwar. Media berkenaan yang setaraf dan sama cemar dengan orang itu tidak mengirakan apakah sumbernya berwibawa, berintegriti atau sebaliknya. Yang penting mereka membelasah Anwar.
Kalau berlaku kejadian itu, pasti Utusan Melayu akan meletakkan gambar lelaki gila yang mengangkat sepanduk itu di muka depan. Begitu juga dengan tv3 akan menyiarkan berulang kali akan gambar lelaki berkenaan menjulang sepanduk mengutuk dan mengejek Anwar.
Dalam perhitungan akhbar dan tv berkenaan angka tidak menjadi masalah. Malahan angka akan ditambah kerana itulah kerja mereka. Apa yang penting ialah ia berlaku di luar negara yang membawa dan memberi imej besar. Malangnya sehingga hari ini berlaku terjadi lagi ada rakyat Malaysia mengangkat sepanduk di lapanngan terbang mengecam Anwar dan Wan Azizah.
Tetapi kerana Najib dan Hishamuddin selalu dilindungi dan dikosmetikkan oleh media massa seolah-olah kejadian itu tidak begitu memalukannya. Ia seolah-olah tidak terjadi apa-apa. Saya tidak tonton tv atau baca akhbar penjilat buntut UBN dua tiga hari lepas maka tidak tahu apakah ada berita penentangan warga kita di London itu ke atas Najib.
Kalau mengikut makrifat saya, mungkin tidak ada. Baik tv3 atau Utusan tidak akan tergamak untuk menyiarkan berita berkenaan kerana ia amat-amat memalukan Najib dan Hishamuddin. Kalau mereka menyiarkan aksi berkenaan ibarat seperti meludah ke langit akan terkena batang hidung mereka sendiri.
Inilah sikap media massa kita yang sering di perkatakan. Mereka tidak akan menyiarkan apa-apa berita atau peristiwa yang boleh menjatuhkan imej orang yang mereka sayangi.
Sebaliknya media akan jadi gila dan mabuk memperbesarkan berita-berita kecil untuk memburukkan pihak pembangkang. Sikap inilah menyebabkan rakyat tidak percaya kepada media masa kita.
Apa pun peristiwa buruk yang berlaku di London itu tidak boleh disembunyikan lagi waktu ini. Mungkin Utusan dan tv3 boleh menutup pena mereka daripada mencatat kebenaran itu tetapi dunia yang tanpa sempadan hari ini dan maklumat yang tidak boleh dibatas
Dengan kemajuan dunia IT yang bebas melaporkan apa saja peristiwa, orang boleh mengetahui apa juga yang cuba diselindungi oleh media massa penjilat buntut UBN dan para pemimpinnya. Hari ini orang atau rakyat tidak boleh diperbodohkan lagi, kerana kalau mereka cuba berbuat demikian media massa akan dilihat sebagai bodoh.
Misalnya saya terselak satu blog orang Umno sendiri yang menyiarkan beberapa keping gambar protes rakyat Malaysia kepada Najib di London. Mulanya saya terkejut juga kerana apa yang dilakukan oleh bloger ini sudah menyalahi adat. Selalunya orang Umno akan melindungi pemimpin mereka.
Apa yang boleh saya tafsirkan di sini bahawa kebebasan media massa dan kecanggihan saluran maklumat menyebabkan bloger berkenaan tidak boleh menafikan apa yang berlaku sebaliknya beliau bertanggungjawab mengecerkannya sebagai menunjukkan dia seorang yang terbuka.
Adalah elok kalau Najib dan Hishamuddin tidak menyembunyikan protes ke atas kunjungannya ke London itu. Mereka berdua harus mengambil kira walaupun angka yang berhimpun dan mengenakan baju kuning itu tidak ramai. Cara paling baik Najib tidak mencemuh mereka sebaliknya panggil dan berdepan dengan mereka.
Mungkin pandangan dari dalam negeri berhubung beberapa tuntutan Bersih itu berbau politik yang tidak boleh dilayan. Tetapi tidak begitu kalau yang memproteskan itu rakyat kita di luar. Mereka tidak ada kepentingan tetapi lebih bersikap patriotik untuk membaikikan negara sendiri.
Sekiranya Najib mengabaikan ini dan masih terus syok dengan pemujaan oleh para kroni ia tidak membawa banyak kebaikan sebaliknya akan makin merobekkan lagi ketohohan Najib sebagai perdana menteri. Diharap sekembali ke Malaysia nanti nanti akan duduk bersama para pemimpin UBN dan bersedia untuk melunasi beberapa tuntutan rakyat khasnya mengenai pilihan raya yang bersih.
Kalau Najib masih terus membuat pekak badak dalam hal ini, ia pasti akan mempercepatkan detik (timing) bom jangka yang kini sudah berada dalam pokeknya.
KOTA BHARU, 15 Julai 11: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata Festival Makanan Antarabangsa Cheng Ho Kelantan 2011 (KELCHEFF) yang berlangsung di negeri ini akan menjadi platform sebagai merintis pasaran baru produk makanan di negara ini khususnya Kelantan di China.Beliau berkata Kelantan yang mempunyai pelbagai produk makanan unik dan menarik yang memiliki potensi tersendiri untuk dipasarkan ke peringkat antarabangsa khususnya negara berkenaan. Menurutnya, budu yang menjaditrade mark pada negeri ini tidak mustahil suatu hari nanti akan dipasarkan di luar negara. "Kalau boleh kita mahu satu hari nanti budu berada di Tembok Besar China," ujarnya ketika berucap merasmikan Ekspo Cheng Ho di sini petang semalam. Festival makanan itu berlangsung selama 10 hari bermula semalam bersebelahan Bazar Tok Guru dengan menempatkan 260 gerai termasuk dari Pulau Pinang, Kedah, China, Kemboja. Beliau seterusnya berharap selain produk makanan negara China diperkenalkan di negeri Kelantan, produk masakan tempatan juga diberikan peluang untuk diperkenalkan ke negara itu. Antara persembahan menarik ialah pertunjukan mi tarik yang dipersembahkan seorang chef dari Xinjiang, China, Abdullah Ma Yan Lu. Sementara itu, Pengerusi Induk KelCheff, Datuk Husam Musa, berkata orang ramai berpeluang membeli belah disitu menggunakan dinar dan dirham. Menurutnya, dirham mencapai pencapaian tertinggi kenaikannya sejak ianya dilancarkan tahun lalu dengan jumlah RM731 untuk satu dinar, walaupun minggu lalu terdapat sedikit penurunan.
Pada jam 9 pagi, 9 Julai, saya memberi kuliah kepada sekumpulan penuntut. Jian menelefon saya. Kami mengeluh, mengalirkan air mata, dengan rasa gagal melakukan apa-apa.
Dia tanya, "Shi Fu, mengapa kamu tidak menggalakkan saya untuk hadir?"
Saya jawab, "Jian, mereka yang menyertai perhimpunan 709, sepatutnya hadir bukan kerana digalakkan. Tetapi tindakan ini zahir dari fikrah diri, perasaan dan kesediaan menanggung. Jadi, siapa yang boleh menggalakkan sesiapa untuk hadir?"
Selepas meletakkan telefon, saya meminta "cuti" daripada penuntut saya yang sedang menunggu. Saya mengambil keputusan untuk masuk ke bandar! (Benar, rupa-rupanya, kata-kata kepada jian tadi ditujukan kepada diri saya.)
Saya mengajak yw yang tinggal berhampiran dengan saya untuk pergi bersama. Di luar jangkaan saya, dia bersetuju tanpa keraguan. Sudah hampir jam 12 tengahari ketika kami bertolak. Kami berkereta ke stesen LRT Asia Jaya, kemudian menaiki LRT ke Pasar Seni. Polis kelihatan di mana-mana. Yw ketawa dingin, "Tak nampak pun mereka tekun sebegini bila menangkap pencuri!"
Kira-kira jam 1 tengah hari, saya makan di restoran India yang berhadapan dengan Pasar Seni bersama yw. Hanya beberapa suap nasi yang dimakan, terasa pedas pula mata saya. Saya tertanya-tanya dalam hati saya, tak ada bawang pun dalam sayur ini, mengapa sengit pula rasanya? Ada orang yang menutup pintu besi kedai tu, ada orang yang berlari menuju ke arah kami, ada yang berteriak, "Polis telah melepaskan gas pemedih mata!"
Kok Meng memaklumkan kepada saya untuk berkumpul di kedai bukuShangHai di Jalan Sultan. Setibanya saya di sana, saya mendapati ramai orang sudah berkumpul, dengan laungan slogan yang tidak terhenti-henti. Kami dimaklumkan untuk menuju ke Menara MayBank. Seorang pakcik yang bersongkok datang ke depan saya, dengan senyuman yang melebar, sambil menegakkan ibu jarinya, cuba bertutur dalam bahasa Cina dengan bunyi Melayunya, "ni, jia you!" (Kamu, teruskan!)
Kami tidak ternampak apa-apa, sebab terlalu banyak orang! Tiba-tiba tepukan gemuruh, dan sekumpulan muslimat yang menutup muka memasuki kumpulan kami. Laungan slogan semakin lantang. Saya memaling kepala saya, ribuan manusia dari Pudu menuju ke arah kami. "BERSIH! BERSIH!" bergema, kemudian disusuli nyanyian Negaraku. Saya terharu. Ramai orang muda yang menyertai "pesta" ini. Saya nampak kekuatan dan harapan untuk berubah, dari senyuman pada muka mereka.
Kira-kira setengah jam kemudian, arus manusia menuju ke Pudu, kononnya mahu mara ke Stadium Merdeka. Kami berjalan dengan perlahan-lahan menyusuri kaki lima di kedai-kedai yang bertentangan dengan perhentian bas Pudu Raya. Tiba-tiba orang di depan berundur, memaklumkan bahawa FRU menghalang di depan. Yw dan seorang lagi abang yang menemani saya sepanjang perjalanan ini membimbing saya untuk patah balik. Tidak jauh saya nampak meriam air ditembak ke arah kelompok orang, dan kami segera mengelak dari situ.
Tanpa dijangka, gas pemedih mata dilepaskan di belakang kami. Saya gagal membuka mata. Sungguh pedih! Sungguh pedih! Saya meraba-raba berkas air saya, membasahkan sapu tangan dan dilapkan pada muka. Kesakitan pada muka saya itu seolah-olah kesakitan melecur.
Tanpa disedari kami masuk ke lorong. Kami menunggu. Langit menjadi mendung. Kemudian kami kembali ke tempat berhampiran dengan Pudu Raya. Ada orang berkata kami telah dikepung. Abang dan yw melindungi saya, menaiki tangga ke kuil sikh. Nampaknya polis sekali lagi melepaskan gas pemedih mata. Ada orang yang menghulurkan garam kepada saya, dan terus saya masukkan ke dalam mulut.
Hujan renyai-renyai tadi menjadi lebat. Abang itu berkata, langit pun tolong kita! Garam yang masin dalam mulut saya amat memahitkan! Mata pedih, kulit muka saya panas. Dalam keadaan sedemikian, hati saya tertanya-tanya, mengapa kerajaan ini sanggup menyusahkan rakyat jelatanya?
Berjalan demi mencari kedamaian
Hujan akhirnya henti. Kami merancang untuk balik semula ke perhentian bas Pudu Raya, untuk menyusun semula pasukan. Tiba-tiba kami dengar teriakan, dan nampak beberapa orang polis mengejar orang dengan baton dalam tangan mereka. Kami nak kembali ke kuil sikh tadi, tapi juga dihalang anggota polis.
Saya ternampak seorang peserta duduk di atas lantai. Saya tidak pasti apa sebabnya. Polis mengheretnya orang itu. Abang saya tidak berpuas hati dengan kekasaran yang digunakan, lantas menjerit, "polis samseng!" Di belakang saya ada polis dengan garang mempersoalkan abang saya itu (saya tidak pasti sama ada kekasaran digunakan), saya hanya terdengar abang saya mengulangi, "abang, jangan macam ni!"
Hati saya berdenyut dengan cepat. Tiba-tiba saya teringat ajaran pendeta, "berjalan untuk mencari kedamaian". Saya membaca ayat suci dalam hati saya, melangkah dengan perlahan-lahan.
Kelompok manusia hilang. Berselerak, menunggu masa untuk berhimpun semula. Saya menghubungi Kok Meng. Beliau menunggu di Hospital Tung Shin. Ada khabar bahawa sekumpulan orang sudah menuju ke Stadium Merdeka. Berita ini memberangsangkan.
Kami menyusuri Jalan Raja Chulan. Semakin besar pasukan kita. Ramai pelancong yang mengambil gambar. Saya berfikir, kan baik kalau di Stadium? Kini seluruh dunia menyaksikan perhimpunan besar-besaran ini. Seandainya mereka yang membuat keputusan berada di tempat kejadian, menyaksikan keputusan diri yang bodoh itu, mungkin mereka akan menghantukkan kepala mereka ke dinding!
Tubuh saya menjadi lembam, mungkin terhidu gas pemedih mata yang berlebihan. Saya dan yw mengambil keputusan untuk beredar selepas tiba di KLCC. Ketika sampai di KLCC, kami difahamkan bahawa agak mustahil untuk masuk ke Stadium Merdeka. Kami beredar pada kira-kira jam 4 petang... Niat manusia yang baik akan direstui Tuhan
Di sini saya ingin mencadangkan agar BERSIH 2.0 mengucapkan terima kasih kepada kerajaan:-
1. Setelah Ambiga menerima nasihat YDPA untuk mengadakan perhimpunan di Stadium, dua pandangan yang berbeza tercetus dalam BERSIH 2.0 sendiri. Terima kasih kerana Najib berdolak-dalih, sikap itu memaksa kita untuk turun ke jalan raya semula, dan membantu Ambiga untuk meredakan pertikaian dalam BERSIH 2.0.
Apa yang menggembirakan, hasrat asal BERSIH 2.0 untuk berhimpun di jalan raya telah disempurnakan kerajaan. Mungkin inilah apa yang dikatakan, "niat manusia yang baik akan direstui Tuhan"!
2. Ribuan malah puluhan ribuan yang turun berhimpun. Sememangnya kerumitan lalulintas yang ditimbulkan amat dikesali, maka kesungguhan polis (lebih bersungguh-sungguh berbanding usahanya menangkap pencuri) untuk buat sekatan, telah membantu peserta perhimpunan mencapai matlamat tanpa mengganggu orang ramai. Tidak keterlaluan jika kita berterima kasih dalam hal ini.
3. Gambar dan klip video yang dirakamkan mungkin boleh dituduh bahawa ianya direka "perusuh". Namun, rakaman tersebut kini tersebar di merata dunia. Pelancong dari seluruh dunia gembira mengambil gambar dan video mereka. "Sekatan" kerajaan sebenarnya "keterbukaan", menyebarkan "BERSIH 2.0" ke seluruh dunia. Kita mesti berterima kasih kerana kebijaksanaan kerajaan kita!
Adegan yang terharu buat 1Malaysia: "Bagi Cina semua keluar dulu, kita jalan nanti"
Pada 9 Julai 2011, saya menyertai perhimpunan aman BERSIH 2.0. Saya dibasahi hujan, dua hari keletihan dan saya merehatkan diri selama dua hari, sekarang barulah ada mood untuk mencatatkan perasaan saya. Ramai warga internet telah menulis kisah 709 masing-masing, maka saya cuma nak mencatatkan adegan-adegan yang memahat hati sahaja.
Satu: Saya berkenalan dengan kawan Melayu baru. Seorang ahli PAS yang berpengalaman dalam demonstrasi sebelumnya memegang tangan saya, "Terima kasih kerana sokongan kamu (orang Cina)".
Saya menjawab, "Ini usaha yang saya patut lakukan. Ini negara saya juga."
(Rupa-rupanya dari pandangan mereka, orang Cina hanya mengaut keuntungan dan mengutamakan keuntungan sahaja. Jadi mereka amat gembira apabila ternampak dua tiga wajah orang Cina.)
Dua: Seorang uncle Cina membawa isterinya dan dua orang anak yang usianya kira-kira 20 tahun. Tinggi, kurus dan kelihatan lemah. Beliau memesan anaknya, "Cepat, cepat ikut mereka (kelompok orang). Apa takut? Bukan suruh kita pergi mati pun? Jangan takut, kita bukan orang besar. Sekarang bilangan orang yang diperlukan (perhimpunan), kita mesti sokong!"
(Kebanyakan ibu bapa akan memarahi anak mereka, agar tidak terlibat dalam perhimpunan. Mengapa pula keluarga ini "terbalik" keadaannya?)
Tiga: Seorang Melayu yang agak lanjut usianya berkata kepada beberapa orang pemuda Cina, "Kita mahu tunjuk perasaan , bukan kemarahan."
(EQ pemuda Melayu lebih tinggi daripada orang Cina kali ini, memang cukup kelayakannya untuk berkata sedemikian.)
Empat: Sepasang suami isteri membawa dua orang anak, yang usianya kira-kira 8 hingga 10 tahun, mengambil makanan ringan di atas tangga. Hati saya berfikir, "Berkelah ke?"
Wanita Melayu itu menatap saya, seolah-olah memahami apa yang bermain dalam fikiran saya. Maka beliau senyum dan berkata, "Kami nak mereka tahu, dari kecil lagi, malah belajar bagaimana memperjuangkan demokrasi."
(Lantas saya mengangguk-angguk kepala saya, agak malu dengan diri saya yang memandang rendah orang tadi.)
Lima: Sepasang suami isteri Melayu yang lanjut usianya, mengeluarkan topeng yang kelihatan seolah-olah alat mainan dari beg plastiknya, dengan tangan yang bergetar. Mereka dengan ghairah berkata kepada saya, "Kami ada buat persediaan, kamu ada?"
(Hati saya berfikir, memang kamu perlukannya, sebab kamu tak dapat lari dengan cepat!)
Enam: Sepasang suami isteri Cina yang muda, bukan sahaja turun ke jalan raya, malah membawa kereta bayinya. Mereka memakai baju hujan semasa air hujan mencurah dari langit. Malah, kereta bayinya sudah disediakan dengan kain kalis air. Dengan cepat saya menutup kereta bayinya, kemudian bersama dibasahi hujan di situ.
(Bayi pun turut serta dalam perhimpunan, comel juga bayi tu!) (Selepas saya balik, saya menceritakan kisah ini kepada jiran saya. Makcik-makcik itu mencelah, "Aiyoh, buat apa pergi demo? Apa kena-mengena dengan kita? Memang tak ada otak langsung. Bawa bayi pulak? Mengapa tidak kamu marahnya?" Saya berbisik dalam hati, "Aunty, saya terasa nak marah kamu...")
Tujuh: Seorang Mat Salleh nampak saya mengejar untuk merakamkan gambar bagaimana FRU menyuraikan orang ramai. Beliau berlari mengikut saya, malah berulang-kali berkata kepada saya, "You must put it in the media."
(Brother, kamu terlebih memandang tinggi teknik sayalah. Saya bukannya pro(profesional) sangat...)
Lapan: Kawan Melayu saya memberitahu saya, dirinya mempunyai pengalaman yang banyak untuk berdemonstrasi - bagaimana beliau tidak gentar dengan kuasa, bagaimana bertahan sehingga akhir, malah beliau berjanji untuk menjaga saya. Ketika gas pemedih mata ditembak untuk pusingan pertama, beliau menarik saya dan berlari. Dalam hati saya tertanya-tanya, "Bukankah kamu kata nak bertahan sampai ke akhir?"
Selepas kami keluar dari kelompok manusia, beliau menunjuk ke satu arah, "Kamu jalan dari sini. Tunggu kami di Stadium Merdeka. Kami akan berjumpa kamu di sana. Hubungi kawan yang lain. Bilangan yang menyertai perhimpunan dah mencukupi sekarang. Saya percaya polis akan lebihkan serangannya. Kamu tak boleh singgah di sini."
Saya bertanya, "Macam mana kamu pula?" Dia jawab, "Saya nak ke baris depan, bersama kawan saya." Seterusnya, beliau memaling dan melangkah menuju ke kepulan asap gas pemedih...
Akhirnya, saya berhimpun dengan kawan saya di tempat yang berhampiran dengan stadium, dan menyertai perarakan terakhir yang menuju ke Stadium Merdeka. Polis mengejar dan menangkap. Saya tidak lagi menemui kawan Melayu saya itu lagi. Saya dimaklumkan kemudiannya bahawa beliau telah ditangkap, bagaimanapun dibebaskan juga akhirnya. Nota akhir:
Saya membaca pengalaman ramai peserta, termasuk cerita Aunty Anne yang membuatkan saya terharu. Tetapi saya tidak menitiskan air mata, sehingga saya terbaca catatan seorang warga internet,
"Adegan yang paling memahat ingatan saya sepanjang perhimpunan itu adalah, ketika kami sekumpulan orang melarikan diri dari tangkapan polis melalui pagar di belakang Hospital Tung Shin, orang Melayu menendang pagar itu dengan kakinya, dan berkata 'Bagi Cina semua keluar dulu, kita jalan nanti'.
Kata-kata ini terus menusuk hati saya, saya amat terkagum! Kini barulah saya menghayati apa makna sebenarnya 'saling menolong tanpa mengira kaum dan budaya dalam Satu Malaysia', dan bukannya '1 Bumi, 1 Malaysia' yang didukung Barisan Nasional'. "
Tiba-tiba saya sebak. Saya tahu apa yang dikatakannya adalah kisah benar, ini kerana kawan Melayu saya juga menjaga saya. Lebih-lebih lagi, kawan saya dalam Facebook rata-ratanya menceritakan pengalaman bagaimana sahabat Melayu menjaga orang Cina kali ini. Mungkin mereka menganggap orang Cina jarang menyertai perhimpunan, tiada pengalaman.
Mengapa saya tersentuh dengan hal yang remeh sebegini? Kerana saya amat memahami, orang Cina adalah kaum minoriti di Malaysia. Seandainya minda perkauman ini tidak dipecahkan, orang Cina akan tetap ditindas dan tidak dilayan dengan adil. Namun, kerajaan kita bersikap perkauman, ditambah pula PERKASA yang melaga-lagakan, hal ini sukar diselesaikan!
Perhimpunan ini melakar gambaran masa depan untuk saya, malah mengubah persepsi saya terhadap kaum Melayu secara menyeluruh. Seandainya dikatakan negara ini musnah kerana politikus dari kaum ini, maka negara ini juga akan bangkit kerana kaum ini! Saya masih menaruh harapan dan keyakinan terhadap kaum ini dan negara ini.
Kawan-kawan Cina saya, perhimpunan aman tidak menakutkan. Jom turun untuk sokong lain kali!
Diangkat dari
Sila Lihat Siri-siri 'BERSIH 2.0, Pengalaman Saya...'
SEMALAM saudara Mohd Firdaus Madzlan atau lebih mesra dikalangan mahasiswa Islam di Mesir sebagai Ust Alang. Menerima panggilan telefon daripada doktor kuliahnya, di Darul Ifta' Misriyyah. Bahawa beliau telah dibuang daripada universiti atas alasan ada masalah dengan kedutaan Malaysia di Mesir. Kemungkinan besar adalah disebabkan beliau adalah penganjur kepada Bersih 2.0 Mesir baru-baru ini.
Saudara Firdaus adalah penuntut kursus lanjutan untuk menjadi mufti di Darul Ifta' Misriyyah. Beliau yang akan menamatkan pengajiannya pada 25 Julai ini, setelah 3 tahun menghabiskan masa untuk melayakkannya menjadi seorang bakal mufti terpaksa berputih mata, atas alasan menganjurkan Bersih 2.0 dan ia tiada kena mengena dengan undang-undang atau kesalahan universiti. Hanya kerana mendapat arahan daripada kedutaan Malaysia, beliau dinafikan haknya.
Apakah ini demokrasi dan keterbukaan kerajaan Malaysia? Walhal di Mesir, atau pelajar Malaysia yang belajar di luar negara sama sekali tidak terikat dengan Akta Universiti Dan Kolej Universiti (AUKU) yang membolehkannya untuk dikenakan tindakan yang terkandung didalam akta tersebut. Amat malang dan menyedihkan tindakan yang diambil oleh kerajaan Malaysia kerana politik sempit.
Persoalannya sekarang, mengapa hanya di Mesir diambil tindakan? Bukankah Bersih 2.0 dianjurkan diseluruh dunia? Di Australia, Jepun, Taiwan, United Kingdom, US dan lain-lain lagi? Adakah hanya kerana beliau seorang mahasiswa Melayu Islam, maka tindakan tersebut dikenakan keatas beliau?
Jika kerajaan Malaysia ingin mengenakan tindakan sebegitu, biarlah adil, hukum semua penganjur atau mereka yang terlibat dengan tindakan yang sama ditempat-tempat lain. Jangan hanya kerana kami anak Melayu, kamu berani mengambil tindakan, berbanding pelajar bangsa lain? Ini sikap double standart kerajaan Malaysia.
BERSIH 2.0 UK
BERSIH 2.0 San Franscissco
Apa yang salahnya dengan penganjuran Bersih 2.0 di Mesir atau diseluruh dunia? Walhal ia dilaksanakan untuk menyokong dan menuntut kearah sistem pilihanraya yang bebas dan lebih adil. Malah, ia dilaksanakan dengan aman dan tiada sebarang provokasi dan kekecohan. Maka, dimana atau atas alasan apa beliau dihukum?
Jika dikatakan menderhaka kepada Yang Dipertuan Agong, dimana lafaz atau tindakannya yang menderhaka? Dalam titah Yang DIpertuan Agong sendiri tiada kenyataan dikeluarkan melarang perhimpunan Bersih, tetapi baginda hanya menasihatkan bahawasanya himpunan/demonstrasi jalanan lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.
Seluruh dunia melihat, bahawa keburukan dan kekecohan itu berlaku adalah disebabkan provokasi polis dan menggunakan kekerasan. Walaupun perdana menteri cuba menafikan dengan mengatakan polis hanya menggunakan tindakan yang paling minimum keatas demonstran dalam temubualnya dengan CNN dalam rangka lawatan ke UK semalam.
Tenyata, kebenaran tidak dapat disembunyikan lagi, semua mata memandang dan mengatakan bahawa tindakan polis dan FRU adalah zalim dan melanggar hak asasi manusia. Jika tidak, masakan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyelar tindakan kerajaan Malaysia dalam menyurai dan mengendalikan himpunan aman Bersih baru-baru ini.
Sepatutnya kerajaan menggunakan peluang himpunan bersih 2.0 sebagai satu peluang dan menambah kredit bagi menunjukkan kepada rakyat Malaysia dan dunia, bahawa Kerajaan Barisan Nasional yang ada sekarang adalah terbuka dan rasional dalam memberikan hak kepada semua rakyat seperti mana yang terkandung dalam perlembagaan negara, hak setiap warganegara untuk berhimpun secara aman dan bebas bergerak diseluruh negara.
Tetapi, kerana ketakutan yang amat terhadap tuntutan bersih, kerajaan tidak nampak peluang dan ruang yang boleh mereka ambil daripada perhimpunan aman tersebut.
Kami berharap kerajaan Malaysia tidak sebodoh itu dan menarik balik tindakan kurang cerdiknya hanya kerana seorang rakyat menuntut hak agar diadakan pilihanraya yang bersih dan adil.
Ayuh sahabat-sahabat sama-sama kita mendoakan agar mereka yang dizalimi mendapat pembelaan dan mereka yang zalim Allah beri hidayah atau hancurkan mereka.
Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Barangsiapa yang memudahkan jalan orang yang ingin menuntut ilmu, Allah akan mempermudahkan jalannya untuk ke Syurga"
Maka dengan tindakan menyusahkan serta ingin menyekat orang ingin menuntut ilmu hanya kerana perbezaan fahaman politik, seolah-olah ia menolak tawaran syurga daripada Allah subhanahu wataala. Maka, lawan kepada syurga adalah neraka.
Sabda Rasulullah SAW: "Bantulah saudaramu yang zalim atau yang di zalimi".
Para sahabat lalu bertanya: "Memang kita perlu membantu saudara kita yang dizalimi, tetapi bagaimana pula kita membantu mereka bilamana mereka melakukan kezaliman?".
Maka Rasulullah SAW menjawab : "Engkau mencegahnya daripada melakukan kezaliman, itulah cara membantu saudaramu yang zalim." (H.R. Al-Bukhari)
Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga Jika demonstrasi aman sebegini pun dikata tindakan yang memalukan negara, hingga dibuang universiti. Lebih baik kita buat huru hara sungguh, biar tindakan buang universiti tersebut setimpal dengan tindakan yang dilakukan. Jangan cabar anak muda untuk melakukannya.
Kami mampu merusuh, menyerang kedutaan, tetapi kami tidak mahu lakukan, sebab kami tahu bukan sebegitu yang Islam ajar dan kami masih ada pertimbangan yang rasional dan menghormati adab tingkah laku sebagai seorang mahasiswa Islam. Dan yang paling penting perlu difahami adalah kami bukan menentang kerajaan, kami sekadar mahu penambah baikan dalam sistem piliharaya negara. Tanda cinta dan semangat patriotisme kami anak Malaysia.
Diangkat dari: http://allgreenislamic.blogspot.com/
Sila Lihat Siri-siri 'BERSIH 2.0, Pengalaman Saya...'
LENGGONG, 16 Julai:Taktin burukkan pembangkang melalui gambar lucah berterusan. PAS kawasan Lenggong semalam membuat satu laporan polis berhubung penyebaran risalah berunsur lucah oleh pihak tidak bertanggungjawab di beberapa buah sekolah, surau, masjid dan tempat-tempat awam di sini.
Laporan itu dibuat di balai polis Lenggong diketuai Timbalan Pesuruhjaya III PAS Perak, merangkap Yang Dipertua PAS Kawasan Lenggong, Razman Zakaria bersama 50 masyarakat (gambar) kampung di sini.
Razman berkata, risalah mengandungi gambar lelaki dan wanita dalam keadaan berbogel itu ditemui oarang ramai di Masjid Gua Badak, Masjid Kampung Kuak, Sekolah Azalan Shah, Pasar Pekan Lenggong, kedai makan kampung Sumpitan dan kampung Tanpan Air.
"Setelah mendapati isi kandungan risalah lucah tersebut dengan jelas, saya bergegas kebalai polis bersama-sama masyarakat Melayu, Cina, India di daerah Lenggong untuk membuat laporan polis mengenai kejadian itu.
"Kami juga membuat aduan kepada Pejabat Agama Islam Islam Lenggong, bagaimanapun kakitangan pejabat yang ditemui menjelaskan bahawa, perkara itu diluar bidang kuasa mereka," katanya lagi.
Difahamkan risalah tersebut ada kaitan dengan video seks yang disebar di internet yang didedahkan oleh trio Umno yang mengaitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurutnya lagi, tindakan itu menimbulkan kemarahan masyarakat di sini kerana telah mencemar tempat-tempat penting institusi masyarakat Masyarakat di daerah itu.
"Persoalannya sekarang, mengapakah gerombolan-gerombolan yang mengedarkan risalah ini mahu menjatuhkan maruah tertuduh, sedangkan gerombolan-gerombolan ini telah menjatuhkan maruah, akhlak, moral mereka sendiri daerah Lenggong pada ketika ini."
Selaku Pengerusi Sekretariat Pakatan Rakyat Lenggong, Razman berkata, Pakatan Rakyat mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan hina tersebut yang kini dilihat sangat terdesak sehingga terpaksa menggunakan politik lucah. (IH)
BERSIH 2.0, Pengalaman Saya Siri 9 TINDAKAN polis menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0 genap seminggu lalu terus dikritik hebat, sehingga Sasterawan Negara Datuk A Samad Said yang terkenal dengan kelembutannya pun kini merasa amat benci kepada kerajaan.
"Sebelum (gas) ditembak, ada himpitan dari belakang, (oleh) kelompok polis juga. Jadi kami agak tersepit, seperti di (Hospital) Tung Shin, (kami) tiada alternatif jadi go through saja.
"Tidak pernah saya rasakan begitu bencinya saya pada kerajaan. Iitulah waktunya saya lebih benci," kata A Samad yang mengimbau kembali pengalamannya di KL Sentral, tempat beliau mula-mula bertembung dengan polis.
Ketika diwawancara Malaysiakini di Bangsar kelmarin, penulis kreatif pelbagai genre itu bagimanapun, beliau sempat berseloroh bahawa ia masih belum sampai ke tahap "paling benci".
Menghabiskan hari yang panjang daripada pagi sehinggalah disekat polis kali terakhir kira-kira 200 meter daripada Istana Negara di sebelah petang, A Samad menyifatkan tindakan polis menangani "perhimpunan damai" itu secara "bengis".
"(Dikasari) secara langsung tidak. Tetapi dengan wajah dengan apa itu memanglah kalau boleh mereka hendak makan saya," kata lelaki 76 tahun yang bersosok kecil dan berjanggut lebat bewarna putih itu.
Berbeza dengan demonstrasi pertamanya pada Mac 2007 bagi membantah dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), A Samad kali ini menempuh pelbagai rintangan.
Selipar, bukan sepatu Nike Beliau bukan sahaja hilang capal, tetapi hilang garam, tuala kecil dan air mineral yang dibawanya bagi menangi gas pemedih mata dan meriam air daripada pihak polis.
"Saya seharusnya diapit dua orang peguam, (tetapi) dua orang peguam pun hilang (setelah gas ditembak)," katanya yang mengakui sudah menjangkakan pendekatan keras itu akan diambil pihak berkuasa.
Pada Sabtu itu, dengan baju basah akibat air hujan dan meriam air, A Samad terus berjalan kira-kira 10 kilometer menuju ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.
"Saya berkaki ayam separuh jalan, berbatu-batu. Ada anak muda hendak beri saya sepati Nike. Ini saya fikir sepatu yang cantik sangat, saya tak mahu.
"Kemudian orang beri saya sepatu yang besar, saya gunakan sebab hendak berjalan agak susah. Sampai di Hotel Midah, Kampung Attap, ada orang membelikan saya selipar. Jadi lepas itu dia pula berkaki ayam," kata A Samad.
Pengarang novel Salina itu juga menyuarakan rasa terharunya pada semangat perpaduan dan hormat menghormati semua bangsa pada hari itu demi mencapai matlamat bersama ke arah pilihan raya yang bebas dan adil.
"Ada anak India hendak bagi sepatu dia, anak Cina hendak beri sepatu dia. Saya merasa amat bangga.
"Tidak pernah saya melihat satu kelompok orang muda yang berbilang bangsa itu bersatu oleh satu cita-cita. Itu sangat membanggakan," kata A Samad Said lagi.
LONDON, 16 Julai 11: Datuk Seri Najib Razak berkata demonstrasi jalanan bukan jawapan bagi melahirkan rasa ketidakpuasan hati terhadap kerajaan kerana perbuatan itu boleh menjadi terkawal dan mungkin mengakibatkan kecederaan serta kerosakan harta benda. "Sekiranya ada pihak yang masih tidak berpuas hati dengan kerajaan, marilah kita selesaikannya apabila tiba pilihan raya dan biar rakyat yang membuat keputusan," katanya dipetik Bernama Online. "Kami akan bentangkan kes kami dan pembangkang akan kemukakan kes mereka. Biar rakyat yang menentukannya," kata Perdana Menteri (gambar)ketika berucap pada perhimpunan rakyat Malaysia di United Kingdom (UK) di sini malam tadi. Kata Najib: "Kita tidak perlukan semua ini (demonstrasi)." "Apa yang kita mahu ialah sebuah negara Malaysia yang ditransformasikan, sebuah negara Malaysia yang boleh menjadi kebanggaan dan kesayangan kita," katanya lagi. "Kita mahukan sebuah negara yang boleh berdiri sama tinggi dengan negara yang maju sepenuhnya, yang boleh menjadi contoh ketara sebagai sebuah negara maju. Inilah harapan kita untuk Malaysia. "Kalau pun kami hendak dianggap membuat kesilapan, kesilapan itu semata-mata bertujuan untuk memastikan ketenteraman, keselamatan awam dan keharmonian awam sentiasa terpelihara kerana apabila berlaku sesuatu kesilapan, ia akan merebak dengan amat pantas dan sukar untuk dibayangkan apa yang akan terjadi selepas itu kerana keganasan pasti akan membuahkan keganasan juga," katanya. Merujuk kepada beberapa perkara, termasuk pencapaian pembangkang pada pilihan raya umum lepas, Najib berkata itu menunjukkan wujudnya demokrasi di Malaysia. "Dan pilihan raya di Malaysia diadakan secara bersih. Kalau anda rasa itupun belum memadai, kami akan lakukannya dengan lebih baik lagi – kami akan perkenalkan sistem biometrik, contohnya, untuk memastikan tidak wujud pengundi hantu," kata beliau. Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pandangan PM di London, 'keganasan pasti akan membuahkan keganasan juga.' Apakah tuntutan 8 perkara BERSIH 2.0 itu ganas? (Lihat gambar kanan) Yang jelas tuntutan tersebut bertujuan untuk mengkemaskinikan proses demokrasi. Tetapi polis di bawah kerajaan BN Malaysia pula yang mengganas baru-baru ini? Ingat, apabila Amerika & dunia menyelesaikan masalah sekelompok puak Islam dengan keganasan, maka lahirlah keganasan. Contohnya Al-Qaeda, yang tidak akan selesai. Apakah Malaysia juga mahu jadi begitu? Amaran kepada kerajaan BN, kalau tidak mahu bangkit keganasan, jangan gunakan keganasan untuk menekan rakyat. Binatang kucing yang manja jinak pun, kalau dipijak ekornya akan terkejut menggigit. Apalagi manusia! (IH)
Ghairah bela diri PDRM akui salah guna dana awam. Tahan lebih ramai atau Polis 'curi' wang rakyat ? Ketua Polis sila jawab !
Polis sibuk nak bela diri kononya semua peserta himpunan BERSIH 2 diberikan layanan sempurna. Baca kenyataan Polis yang dilaporkan media kononya menyatakan RM25 seorang menjadi peruntukan yang digunakan untuk membiayai makan minum peserta ketika ditahan.
Bila ditanya kepada orang - orang yang ditahan mereka menyatakan mereka makan Ayam Goreng, Sayur, Sambal dan Nasi Kosong beserta dengan air manis. Hah! adakah ini harganya RM25 satu orang.
Pergilah ke mana - mana pembekal makanan memasak, tanyakan harga menu tersebut untuk lebih dari 1000 orang makan secara buffet... rata-rata akan mengatakan RM6 satu kepala malah ada yang akan menawarkan semurah RM4 sahaja jika cara pembayaran dipermudahkan.
Makanya PDRM keluar buget (wang rakyat) RM25. Mana pergi lagi RM20 ? Ini melibatkan salah guna kuasa... SPRM digesa masuk dan menyiasat perkara ini ....
Sebenarnya perkara ini sememang berlaku lama .... makanan dalam lokap siapa pernah periksa berapa harga diperuntukkan dan bagaimana mutu makanan disajikan dan siapa yang meraih keuntungan 'rasuah' tersebut ? Satu lagi teori menurut orang - orang yang ditahan, menurut mereka yang ditahan sebenarnya menjangkau lebih dari 3500 orang, tetapi sebaliknya yang diistiharkan hanya 1000 lebih. Mungkin saja kalau jumlah wang dibelanja untuk makanan kalau jumlah tahanan lebih ramai mungkin membawa ke jumlah harga munasabah...
Sekarang ini PDRM kena jawab mereka tahan lebih tapi tak istihar atau ada kegiatan 'rasuah' dalam membelanjakan wang rakyat dalam menyediakan makanan orang yang ditahan./
Ds Anwar muncul sebagai penceramah pertama kerana terpaksa berkejar ke Tanah Merah Kelantan.Ada majlis lain menantinya disana
Dalam ceramahnya YB Khalid Samad banyak mengupas tentang himpunan Bersih 2.0
Antara saf pimpinan yang hadir termasuk Ahli Parlimen Indera Mahkota YB Azan Ismail ( 2 dari kiri ) dan Tim. YDP Kaw. Besut Cikgu Solahuddin Jaafar ( 3 dari kiri )
Sebahagian dari ribuan yang hadir
Walaupun dalam keadaan hujan renyai ribuan warga Besut membanjiri majlis ini bagi mendengar perkembangan isu2 semasa terutama Himpunan Bersih 2.0 yang diadakan 9 julai lalu.
Ceramah anjuran bersama Pas Kawasan Besut dan PKR Cabang Besut ini diadakan di Kg Amer yang terletak dalam Dun Kota Putera.DS Anwar muncul sebagai penceramah pertama,difahamkan ada majlis bersama Tok Guru Nik Aziz menantinya di Tanah Merah Kelantan.
Selain DS Anwar dan YB Khalid turut berucap,Ahli Parlimen Indera Mahkota YB Azan Ismail yang sememangnya berasal dari Besut.Majlis dipengerusikan Ketua Penerangan Pas Kawasan Besut,Hj Abdul Halim Tausah.
You are subscribed to email updates from PEMUDA BESUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
15 Julai 2011. Lajnah DACS DPP Paya Besar bersama dengan Lajnah Penerangan Kawasan PAya Besar telah melangkau sejarah dalam Pas Paya Besar apabila telah berjaya menganjurkan satu Konsert yang besar setakat ini dimana dinamakan 'Konsert Jom Ubah'. Sokongan dan harapan yang diberikan oleh seluruh ahli Pas Cawangan gugusan Panching ,iaitu Panching Selatan, Timur dan Utara yang begitu bersemangant untuk melakukan satu perubahan dalam memberikan satu impak yang besar dalam perubahan yang julung-julung kalinya dibuat oleh Pas Paya Besar. Sebelum ini Artis yang dijemput hanyalah sebagai selingan dalam ceramah yang pernah dibuat di Taman Tas, Namun kali ini agak berat sikit dengan menyerahkan sepenuhnya kepada artis untuk menguasai pentas.
Artis yang diundang adalah dua artis Malaysia yang popular dikalangan anak-anak muda kini, Penyanyi yang popular dengan lagu "Cinta ku Nabila" penyanyi yang dimasudkan ialah Ustaz Radzi vocalists Kumpulan rock Melissa dan seorang lagi yang dikenali sebagai Pak Long dengan lagu killernya "Selagi Ada Rindu". Konsert telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Paya Besar Ustaz Tarmizi Yahya dan ceramah ringkas oleh Yang Dipertua Pas Kawasan Paya Besar Ustaz Yusof Embong (uye). UYE menyatakan bahawa konsert yang berasaskan islam dan ada pengisian kerohanian adalah menjadi satu wadah perjuangan untuk mengajak semua kembali kepada Islam. Beliau juga mengucpkan tahnian kepada semua yang telah menjayakan konsert ini.
Ustaz Radzi sebelum bermula konsert Jom Ubah beliau sempat menyampaikan kuliah maghrib di Masjid Mahkota Aman dan telah memulakan konsert dengan menyanyikan lagu-lagu terbaru beliau yang ada didalam album terbaru beliau. Dengan kehadiran yang amat menggalakkan daripada anak-anak muda memberikannya semangat untuk menjayakan konsert tersebut. Beliau yang kini berusia 48 tahun masih menyengat dengan lagu-lagu ketuhanan dan mengakhiri nyayian dengan lagu hitnya "Cinta untuk Nabi La" Ternyata masih lagi menyenggat dan dapat mengambil perhatian penonton yang hadir.
Sebelum konsert diambil alih oleh Pak Long atau nama sebenarnya (Syafie Ahmad) , Cabutan bertuah telah dibuat untuk penonton yang hadir menerima hadiah yang telah disediakan dan hadiah utama adalah sebuah basikal. Pak Long telah memulakan nyayian dengan lagu "Hasma ul husna" dan diikuti dengan lagu-lagu yang pernah diciptanya dan juga yang terdapat dalam albumnya. Lagu Killer nya Selagi Ada Rindu merupakan lagu kegemaran anak-anak muda malah yang sudah berumur juga dapat menghayati lagu tersebut, selain itu lagu 'cinta pantai merdeka' juga menjadi siulan anak-anak muda dan ini membolehkan beliau mendekati pemuda yang ada dalam konsert tersebut dengan berjalan kepada penonton sambil menyayikan lagu hitnya dan bersalaman dengan penonton serta memberikan peluang kepada hadirin menyayikan lagu itu.
Sebelum konsert bermula , penganjur juga telah mengadakan Hi-Tea bersama dengan artis yang dijemput dan ianya dilakukan pada 5.00 petang dan dihadiri oleh segenap masyarakat.
Tahniah kepada Lajnah DACS dan Peneranagan Kawasan Paya Besar dengan penganjuran konsert yang membolehkan anak-anak- muda datang dan berhibur. Dengan ini dapat kita menidakkan sangkaan anak-anak muda bahawa Pas anti Hiburan. Banyak pihak telah memberikan cadangan agar ianya dibuat lagi dimasa yang akan datang.
KUALA LUMPUR, 15 Julai: Dengan nada sinis, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad mahu rakyat khususnya mangsa keganasan polis semasa himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu berterima kasih kepada Datuk Seri Najib Razak.
Gesaan itu katanya kerana Perdana Menteri Malaysia itu mendakwa pihak polis menggunakan tindakan agak "ringan" terhadap peserta himpunan aman itu.
"Seharusnya rakyat berterima kasih dan sayang kepada Najib sebab dia tak bunuh peserta himpunan hari tu," katanya kepada Harakahdaily sambil ketawa terbahak-bahak.
Najib ketika ditemubual CNN di Britain semalam dilaporkan berkata, pihak polis menggunakan tindakan yang sewajarnya dalam usaha menyuraikan perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara Sabtu lalu.
Katanya tindakan polis agak ringan kerana tahanan dibebaskan selepas lapan jam dan mereka dilayan dengan baik.
Beliau juga mendakwa tiada penggunaan tindakan yang tidak wajar oleh polis dan penunjuk perasaan disuraikan dengan menggunakan pasukan yang minumum.
Sambil mendakwa kenyataan Najib itu sebagai kelakar, Khalid yang turut menerima 6 jahitan di kepala akibat terkena kelongsong peluru gas pemedih mata pada hari himpunan tersebut mendakwa itulah wajah sebenar autokrat pemimpin nombor satu negara ini.
"Itulah minda autokrat perdana menteri kita. Kita tidak boleh salahkan dia.
"Saya yakin dia tak rasa dia menipu, dan tak rasa bersalah pun (mengeluarkan kenyataan sedemikian), walaupun seluruh dunia sudah melihat rakaman video dan gambar keganasan polis dalam internet," katanya yang juga AJK PAS Pusat.
Pada himpunan yang dianggarkan lebih 50,000 orang pada 9 Julai lalu di ibu negara itu, sejumlah 1,667 ditahan oleh pihak polis dan kemudiannya dibebaskan selepas diambil keterangan pada hari yang sama.
Ianya termasuk jawatankuasa penganjur, pemimpin Pakatan Rakyat dan orang ramai yang menyertai himpunan itu.
Selain Khalid, turut cedera ketika mengelak terkena kelongsong peluru gas pemedih mata adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, manakala pengawal peribadinya, Fayad Al-Bakri patah tulang pipi dan terpaksa menjalani pembedahan.
Lebih mendukacitakan, seorang peserta turut meninggal dunia selepas sesak nafas terhidu gas pemedih mata yang dilepaskan oleh pihak polis.
Polis bagaimanapun menafikan kematian itu ada kaitan dengan tindakan polis melepaskan gas pemedih mata tersebut.
Dalam beberapa aduan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) juga, ada peserta mendakwa polis menendang dan memukulnya sebelum ditangkap.
Suhakam yang juga menghantar pasukan pemantau pada hari himpunan tersebut juga mengakui, polis menggunakan kekerasan sewaktu menyuraikan peserta himpunan.
Beberapa bukti kekasan dan keganasan polis itu juga kini sedang tersebar dai internet khususnya di Youtube.
Dan terbaru dalam temubual bersama Malaysiakini, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri yang "memang kejam" berbanding dengan beberapa perdana menteri sebelum ini.
Beliau merujuk kepada "kebengisan" polis dalam menangani perhimpunan Sabtu lalu itu dan mendakwa pentadbiran Najib sekarang mengarah kepada menjadikan Malaysia negara kuku besi.
A Samad berkata, perkara itu boleh dilihat melalui rakaman video dan gambar di internet yang mana kerajaan "berantakan dengan orang awam".
"Youtube siarkan, kita boleh lihat semua dan (dia) tak boleh tipu. Cuma, malangnya dalam akhbar-akhbar (dan) media utama, sudah tentu kamu nampak berat sebelah," katanya yang mesra dengan panggilan Pak Samad.
"Tapi kalau (di) Youtube, tak boleh tipu. Kamu kata tidak jentik-jentik, (itu) pun nampak (di Youtube). Kamu kata tidak ada orang yang dipijak, (tetapi ada) yang ditendang berulang kali," katanya.
Semalam saudara Mohd Firdaus Madzlan atau lebih mesra di kalangan mahasiswa Islam di Mesir sebagai Ust Alang. Menerima panggilan telefon daripada doktor kuliahnya, di Darul Ifta' Misriyyah. Bahawa beliau telah dibuang daripada universiti atas alasan ada masalah dengan kedutaan Malaysia di Mesir. Kemungkinan besar adalah disebabkan beliau adalah penganjur kepada Bersih 2.0 Mesir baru-baru ini.
Saudara Firdaus adalah penuntut kursus lanjutan untuk menjadi mufti di Darul Ifta' Misriyyah. Beliau yang akan menamatkan pengajiannya pada 25 Julai ini, setelah 3 tahun menghabiskan masa untuk melayakkannya menjadi seorang bakal mufti terpaksa berputih mata, atas alasan menganjurkan Bersih 2.0 dan ia tiada kena mengena dengan undang-undang atau kesalahan universiti. Hanya kerana mendapat arahan daripada kedutaan Malaysia, beliau dinafikan haknya.
Apakah ini demokrasi dan keterbukaan kerajaan Malaysia? Walhal di Mesir, atau pelajar Malaysia yang belajar di luar negara sama sekali tidak terikat dengan Akta Universiti Dan Kolej Universiti (AUKU) yang membolehkannya untuk dikenakan tindakan yang terkandung didalam akta tersebut. Amat malang dan menyedihkan tindakan yang diambil oleh kerajaan Malaysia kerana politik sempit.
Persoalannya sekarang, mengapa hanya di Mesir diambil tindakan? Bukankah Bersih 2.0 dianjurkan diseluruh dunia? Di Australia, Jepun, Taiwan, United Kingdom, US dan lain-lain lagi? Adakah hanya kerana beliau seorang mahasiswa Melayu Islam, maka tindakan tersebut dikenakan keatas beliau? Jika kerajaan Malaysia ingin mengenakan tindakan sebegitu, biarlah adil, hukum semua penganjur atau mereka yang terlibat dengan tindakan yang sama ditempat-tempat lain. Jangan hanya kerana kami anak Melayu, kamu berani mengambil tindakan, berbanding pelajar bangsa lain? Ini sikap double standart kerajaan Malaysia.
BERSIH 2.0 UK
BERSIH 2.0 San Franscissco
Apa yang salahnya dengan penganjuran Bersih 2.0 di Mesir atau diseluruh dunia? Walhal ia dilaksanakan untuk menyokong dan menuntut kearah sistem pilihanraya yang bebas dan lebih adil. Malah, ia dilaksanakan dengan aman dan tiada sebarang provokasi dan kekecohan. Maka, dimana atau atas alasan apa beliau dihukum? Jika dikatakan menderhaka kepada Yang Dipertuan Agong, dimana lafaz atau tindakannya yang menderhaka? Dalam titah Yang DIpertuan Agong sendiri tiada kenyataan dikeluarkan melarang perhimpunan Bersih, tetapi baginda hanya menasihatkan bahawasanya himpunan/demonstrasi jalanan lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.
Seluruh dunia melihat, bahawa keburukan dan kekecohan itu berlaku adalah disebabkan provokasi polis dan menggunakan kekerasan. Walaupun perdana menteri cuba menafikan dengan mengatakan polis hanya menggunakan tindakan yang paling minimum keatas demonstran dalam temubualnya dengan CNN dalam rangka lawatan ke UK semalam. Tenyata, kebenaran tidak dapat disembunyikan lagi, semua mata memandang dan mengatakan bahawa tindakan polis dan FRU adalah zalim dan melanggar hak asasi manusia. Jika tidak, masakan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyelar tindakan kerajaan Malaysia dalam menyurai dan mengendalikan himpunan aman Bersih baru-baru ini.
Sepatutnya kerajaan menggunakan peluang himpunan bersih 2.0 sebagai satu peluang dan menambah kredit bagi menunjukkan kepada rakyat Malaysia dan dunia, bahawa Kerajaan Barisan Nasional yang ada sekarang adalah terbuka dan rasional dalam memberikan hak kepada semua rakyat seperti mana yang terkandung dalam perlembagaan negara, hak setiap warganegara untuk berhimpun secara aman dan bebas bergerak diseluruh negara. Tetapi, kerana ketakutan yang amat terhadap tuntutan bersih, kerajaan tidak nampak peluang dan ruang yang boleh mereka ambil daripada perhimpunan aman tersebut.
Kami berharap kerajaan Malaysia tidak sebodoh itu dan menarik balik tindakan kurang cerdiknya hanya kerana seorang rakyat menuntut hak agar diadakan pilihanraya yang bersih dan adil.
Ayuh sahabat-sahabat sama-sama kita mendoakan agar mereka yang dizalimi mendapat pembelaan dan mereka yang zalim Allah beri hidayah atau hancurkan mereka.
Rasulullah Sollallahu alaihi wasalam pernah bersabda: "Barangsiapa yang memudahkan jalan orang yang ingin menuntut ilmu, Allah akan mempermudahkan jalannya untuk ke Syurga" maka dengan tindakan menyusahkan serta ingin menyekat orang ingin menuntut ilmu hanya kerana perbezaan fahaman politik, seolah-olah ia menolak tawaran syurga daripada Allah subhanahu wataala. Maka, lawan kepada syurga adalah neraka.
Sabda Rasulullah SAW: "Bantulah saudaramu yang zalim atau yang di zalimi". Para sahabat lalu bertanya: "Memang kita perlu membantu saudara kita yang dizalimi, tetapi bagaimana pula kita membantu mereka bilamana mereka melakukan kezaliman?". Maka Rasulullah SAW menjawab : "Engkau mencegahnya daripada melakukan kezaliman, itulah cara membantu saudaramu yang zalim." (H.R. Al-Bukhari)
Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga
Jika demonstrasi aman sebegini pun dikata tindakan yang memalukan negara, hingga dibuang universiti. Lebih baik kita buat huru hara sungguh, biar tindakan buang universiti tersebut setimpal dengan tindakan yang dilakukan. Jangan cabar anak muda untuk melakukannya. Kami mampu merusuh, menyerang kedutaan, tetapi kami tidak mahu lakukan, sebab kami tahu bukan sebegitu yang Islam ajar dan kami masih ada pertimbangan yang rasional dan menghormati adab tingkah laku sebagai seorang mahasiswa Islam. Dan yang paling penting perlu difahami adalah kami bukan menentang kerajaan, kami sekadar mahu penambah baikan dalam sistem piliharaya negara. Tanda cinta dan semangat patriotisme kami anak Malaysia.
KUALA LUMPUR, 15 Julai: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerima tamparan hebat dalam kunjungannya ke London, hari ini apabila turut disambut puluhan penunjuk perasaan berbaju kuning yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan asing yang menyokong perjuangan Bersih 2.0.
Mereka berkumpul di Mansion House di London sejam sebelum ketibaan Perdana Menteri yang dijadual mengadakan pertemuan dengan tokoh perniagaan Britain.
Lebih hebat lagi, semalam, Ratu Elizabeth turut memakai gaun berwarna kuning ketika menerima mengadap Najib dan Rosmah di Istana Buckingham, London.
Manakala Setiausaha Pengangkutan Negeri, Philip Hammond bertali leher kuning ketika mengiringi Najib melawat Stesyen Kereta Api London.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, tindakan puluhan penunjuk perasaan, Ratu Elizabeth dan Philip Hammond itu merupakan satu tamparan yang besar terhadap Najib akibat kegagalannya menangani perhimpunan aman Bersih 2.0 yang diadakan di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu dengan baik.
Menurut beliau, dalam hal ini, Najib perlu sedar, seluruh dunia sedang memerhatikan kerajaan Malaysia sekarang kerana kegagalannya menangani perhimpunan itu dengan baik.
Katanya, sebelum ini, pemimpin-pemimpin dunia menganggap kerajaan BN adalah kerajaan yang rasional, tetapi kekerasan polis terhadap para peserta himpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu telah mengubah pandangan pemimpin-pemimpin dunia terhadap pemimpin BN.
"Kekerasan polis dalam menyuaraikan perhimpunan itu ternyata telah mendatangkan kejutan kepada pemimpin-pemimpin dunia terhadap kerajaan BN yang dianggap rasional sebelum ini, tetapi sebenarnya bertindak keras terhadap rakyat.
"Jadi tindakan penunjuk-penunjuk perasaan, Ratu Elizabeth dan Philip Hammond itu adalah satu sindiran serta teguran kepada Najib agar mengubah sikap terhadap rakyat supaya tidak bertindak keras, tetapi menangani perhimpunan aman dengan baik seperti pemimpin-pemimpin di negara-negara maju," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Untuk memulihkan kembali imej kerajaan BN di mata dunia, menurut beliau, Najib perlu memohon maaf secara terbuka kepada para peserta perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.
"Dalam masa yang sama, Najib juga perlu mengarahkan agar diadakan satu siasatan terperinci tentang keganasan polis dalam menangani perhimpunan tersebut," katanya yang juga Pengarah Pilihanraya PAS Pusat.
Namun dalam hubungan ini, beliau kesal apabila Najib tetap juga menunjukkan sikap tidak faham dengan pandangan dunia terhadap beliau dan kerajaan BN yang berada di bawah pimpinannya.
Malah dalam kenyataannya baru-baru ini, Najib tetap juga mempertahankan tindakan polis dengan menafikan tindakan kekerasan polis dalam menangani perhimpunan itu.
"Pada hal, segala keganasan polis itu telah diketahui dengan meluas di seluruh dunia. Penyokong-penyokong Bersih 2.0 juga turut mengadakan perhimpunan di seluruh dunia pada hari itu. Isu ini pula berkaitan dengan hak asasi manusia yang sememangnya menjadi perhatian dunia.
"Dengan tamparan yang diterima di London itu, Najib sendiri boleh faham bahawa apa yang diperjuangkan oleh Bersih 2.0 itu memberikan isyarat perpaduan banyak pihak dalam perjuangan isu itu dan ia adalah satu isyarat perpaduan dunia," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.
Harakahdaily hari ini atas tajuk "Gelombang kuning 'kejar' Najib di UK" turut melaporkan, biarpun dilihat seolah-olah lari dari isu Bersih 2.0 sehingga ke luar negara, kehadiran Najib Razak di United Kingdom hari ini bagaimanapun tetap 'dikejar' gelombang kuning.
Puluhan penunjuk perasaan itu memakai baju kuning, membawa poster serta sepanduk mengutuk tindakan kerajaan Malaysia menangani peserta himpunan Bersih 2.0 di ibu negara 9 Julai lalu yang berhimpun secara aman menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya.
Dalam tulisan yang terpapar pada sepanduk yang dibawa itu, mereka juga mendesak Najib supaya membebaskan segera enam tahanan Parti Sosialis (PSM) yang dinamakan sebagai "EO6" yang ditahan mengikut Ordinan Darurat.
Daripada gambar-gambar yang disebar di internet, Najib dilihat sempat menoleh ke arah kumpulan penunjuk perasaan itu yang hanya berjarak kira-kira 50 meter dari tempat turun kereta yang dinaikinya, manakala sebuah van dan dua anggota polis juga dilihat berkawal di hadapan peserta himpunan itu.
Amnesty International sebelum ini mendesak Kerajaan UK agar memberi signal protes terhadap layanan zalim Kerajaan Malaysia kepada peserta perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.
KUALA LUMPUR, 15 Julai: Pakatan Rakyat hari ini berpeluang melawat salah seorang tahanan di bawah Ordinan Darurat (EO), Dr Jeyakumar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, penasihat DAP, Lim Kit Siang dan naib presiden PKR, Sivarasa Rasiah bertemu dengan Jeyakumar yang juga ahli Parlimen Sungai Siput kira-kira setengah jam.
Pakatan Rakyat mendesak Jeyakumar dibebaskan segera kerana ditahan tanpa pertuduhan yang serius.
Bercakap kepada pemberita selepas pertemuan tersebut, Salahuddin berkata, berdasarkan cerita Jeyakumar, beliau hanya dikaitkan dengan perhimpunan Bersih 2.0.
"Mengikut beliau (Jeyakumar) sebentar tadi, sepanjang beliau ditahan tidak ada langsung pertuduhan yang serius seperti dakwaan melawan Yang di-Pertuan Agong ataupun apa yang dikatakan memudaratkan keselamatan negara.
"Yang ditekankan ialah isu Bersih, menganjurkan perhimpunan Bersih dan adakah kerana itu beliau ditahan di bawah EO?
"Saya bagi pihak Pakatan Rakyat mendesak supaya kerajaan membebaskan mereka dengan segera kerana ini adalah satu perkara yang tak menepati lunas-lunas kemanusiaan dan perundangan negara," katanya yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian.
Kit Siang pula menegaskan, jika kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sedar bahawa imej mereka telah tercalar di mata dunia keenam-eman tahanan itu mesti dibebaskan segera.
"Kalau kerajaan cerdik dia akan bebaskan Jeyakumar dan aktivis PSM yang lain dengan segera tapi kalau enggan dia telah melakukan kesilapan dan imej negara akan tercemar di mata antarabangsa," katanya yang juga ahli Parlimen Ipoh Timur.
Sementara itu, Sivarasa menyuarakan nada yang sama, mereka dibebaskan dan menyifatkan dakwaan keenam-enam mereka ingin menentang Yang di-Pertuan Agong sebagai tidak masuk akal.
"Saya yakin penahanan ini hanya kerana untuk menggagalkan Bersih.Tak munasabah langdung mereka ditahan atas dakwaan ingin melancarkan perang dan sebagainya kerana kita semua tahu bagaimana Jeyakumar, seorang doktor yang banyak berkhidmat untuk masyarakat.
"Kita harap kerajaan sedar kesilapan ini kerana dunia sedang melihat apa yang berlaku di Malaysia ini yang dianggap sebagai negara polis yang boleh tangkap sesiapa sahaja," katanya yang juga ahali Parlimen Subang.
Enam yang ditahan itu ialah ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. Jeyakumar, M. Saraswathy, M. Sukuraman, A. Letchumanan, Choo Chon Kai dan R. Sarat Babu.
Mereka ditahan pada 25 Jun lalu di Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang sewaktu menjalankan kempen parti itu, "Udahlah...Bersaralah" dan dituduh di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan iaitu melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong.
YB Dr Rani bersama Ketua Kampong Bkt Kapar telah melawat Timbalan President Pas Saudara Mohd Sabu yang baru sahaja menjalani pembedahan di bahagian lutut kanan beliau yang ligament nya terkoyak akibat terjatuh dari motosikal gara-gara keganasan pihak polis terhadap rakyat yang menghadiri Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai yang lalu.
Saudara Mat Sabu dinasihatkan berehat untuk beberapa hari sebelum mendapat nasihat lanjutan dari pakar orthopedik yang merawat beliau.
Saudara Musafri Abdullah Azmi melalui Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia ( JUHAM ) Dewan Pemuda PAS Pusat telah mengemukakan saman terhadap pihak polis dan Menteri Dalam Negeri kerana menahan beliau secara tidak sah disisi undang-undang sebelum Perhimpunan Bersih 2.0
YB Dr Rani selaku Pesuruhjaya memberitahu bahawa Pas Negeri Selangor akan melancarkan Tabung Khas bagi mengutip derma dari orang ramai untuk membantu kos guaman yang terlibat dalam membela mereka yang ditahan dengan zalim dan tidak berperikemanusiaan itu.
You are subscribed to email updates from KHIDMAT MERU To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Insan yang tidak ada belas kasihan adalah insan yang tidak berperikemanusiaan.Insan lain akan mendapat natijah buruk daripadanya lebih-lebih lagi ketika emosinya bergejolak. Atau jiwa yang terbelenggu dan diarah bertindak luar sifat kemanusiaan adalah orang yang fakir kasih sayang.....
Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyelar apa yang dikatakannya sebagai "unsur feudal" melalui tindakan membodek pemimpin dalam Umno.
Dalam sesi dialog di Kuala Lumpur malam tadi, Asri juga mengkritik kurangnya toleransi dalam menangani pelbagai pandangan dalam parti Melayu itu.
"Dalam pemerintah sekarang semua orang nak tunjuk kononnya dia setia (kepada pemerintah) walaupun kenyataan yang dikeluarkan adalah bodoh tapi dia rasa tidak mengapa yang penting perdana menteri tahu.
"Dalam Umno bila ada pemimpin bagi kritikan dia ini dianggap musuh walaupun idea yang diberikan adalah baik namun ia dianggap bahaya kerana unsur feudal tidak ditinggalkan.
"Ramai yang nak masuk politik supaya dapat bodek pemimpin dan dapat hasil namun kesannya nanti ia akan merobohkan institusi yang ada, sebagai contoh khutbah Jumaat... institusi agama digunakan apa dalil agama yang mengharamkan perhimpunan, dalil agama digunakan untuk memburukkan orang lain.Program itu yang banyak menyentuh mengenai Himpunan BERSIH 2.0, menyaksikan Asri membidas pemikiran feudal yang diamalkan Umno-BN dalam sistem pentadbiran negara pada hari ini yang katanya perlu dikikis jika masih mahu mengekalkan kuasa.
Sabtu lalu, ribuan rakyat Malaysia menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 untuk menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.
Program yang dihadiri para intelek itu juga diberitahu oleh Asri bahawa pentadbiran Perdana Menteri pada hari ini umpama "seorang bapa yang menakutkan anak agar tidak ke tempat gelap kerana ada hantu."
Kata beliau, strategi sedemikian sudah tidak berguna kerana rakyat yang sudah matang dan informasi boleh diperoleh melalui pelbagai cara.
"Saya menggambarkan kerajaan sebagai seorang bapa kepada seorang anak yang menakutkan anaknya agar jangan pergi ke tempat gelap kerana ada hantu, pada waktu kecil anak akan terima tapi bila anak sudah besar dan belajar di universiti ia sudah tidak berguna.
"Kerajaan dan pemimpin sudah terlupa bahawa sekarang bukan lagi zaman 70-an kerana kerajaan sudah tidak lagi boleh menghalang maklumat... dulu memang orang baca Utusan Malaysia tapi sekarang orang sudah tidak baca dan tidak percaya," katanya.
Malah beliau turut melahirkan kekecewaanya di atas tindakan Putrajaya yang dalam usaha menyuraikan himpunan pada 9 Julai lalu sehingga mengakibatkan puluhan mengalami kecederaan.
"Itu hak mereka untuk berkumpul, saya bukan menyokong mana-mana pihak tapi ia menyebabkan kita tidak boleh untuk melangkah ke hadapan.
"Saya percaya kalau perdana menteri benarkan, polis benarkan, malah turut membantu melancarkannya saya rasa kerajaan akan dapat kredit... dan saya sangat dukacita cara kerajaan menangani perkara ini," katanya.
Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ke United Kingdom hari ini diberi sambutan 'hangat' oleh penunjuk perasaan yang berpakain serba kuning.
Mereka membidas tindakan kerajaan yang menekan ribuan peserta perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu yang menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara.
Puluhan penunjuk perasaan yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan juga asing berkumpul di Mansion House di London sejam sebelum ketibaan Najib yang dijadual mengakan pertemuan dengan tokoh perniagaan Britain.
Sambil membawa kain rentang dan sepanduk, penunjuk perasaan juga mendesak Najib supaya membebaskan segera enam tahanan Parti Sosialis (PSM).
Mereka yang dinamakan sebagai "EO6" yang ditahan mengikut Ordinan Darurat. Di bawah akta itu, seseorang boleh ditahan untuk tempoh 60 hari dan dinafikan hak untuk dibicarakan.
Diiringi Rosmah
Menurut portal Sarawak Report, konvoi Najib sempat melambai kepada penunjuk perasaan yang berlangsung dengan aman. Kehadiran polis adalah minimum dan mereka juga agak mesra.
Najib kini dalam lawatan rasmi lima hari ke London atas jemputan rasmi rakan sejawatannya.
Semalam, beliau dengan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor juga sempat menghadap Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham sebelum mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri David Cameron di No 10, Downing Street.
Turut mengiringi mereka adalah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.
KUALA LUMPUR, 15 Julai: Biarpun dilihat seolah-olah lari dari isu Bersih 2.0 sehingga ke luar negara, kehadiran Datuk Seri Najib Razak di United Kingdom hari ini bagaimanapun tetap 'dikejar' gelombang kuning. Puluhan penunjuk perasaan yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan juga asing berkumpul di Mansion House di London sejam sebelum ketibaan Perdana Menteri Malaysia itu yang dijadual mengadakan pertemuan dengan tokoh perniagaan Britain. Mereka memakai baju kuning, dan membawa poster serta sepanduk mengutuk tindakan kerajaan Malaysia menangani peserta himpunan Bersih 2.0 di ibu negara 9 Julai lalu yang berhimpun secara aman menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya. Dalam tulisan yang terpapar pada sepanduk yang dibawa itu, mereka juga mendesak Najib supaya membebaskan segera enam tahanan Parti Sosialis (PSM) yang dinamakan sebagai "EO6" yang ditahan mengikut Ordinan Darurat. Daripada gambar-gambar yang disebar di internet, Najib dilihat sempat menoleh ke arah kumpulan penunjuk perasaan itu yang hanya berjarak kira-kira 50 meter dari tempat turun kereta yang dinaikinya. Sebuah van dan dua anggota polis juga dilihat berkawal di hadapan peserta himpunan itu. Semalam, Ratu Elizabeth memakai gaun berwarna kuning ketika menerima mengadap Najib dan Rosmah di Istana Buckingham, London. Setiausaha Pengangkutan Negeri, Philip Hammond bertali leher kuning ketika mengiringi Najib melawat Stesyen Kereta Api London. Amnesty International sebelum ini mendesak Kerajaan UK agar memberi signal protes terhadap layanan zalim Kerajaan Malaysia kepada peserta perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.
Dalam banyak-banyak gambar tentang paranoid BERSIH, saya tertarik dengan gambar ini. Seingat saya Queen Britain ini tidak pernah memaki baju selain warna putih. Jarang baginda memakai baju kuning sebegini.
Di luar sana beratus-ratus rakyat Malaysia dan Britain memgang sepanduk BERSIH...menyambut Perdana Menteri ini. Silalah jangan membazir wang kerajaan berjalan ke sana jika malu yang ingin dicari.
Petugas penerangan bangkitkan kesedaran rakyat mengenal BERSIH
Bersih bakal menjadi suara keramat pilihanraya kali ini menggantikan seruan makkal Sakti dalam pilihanraya lepas.
Malah agak menguntungkan apabila Matthias Chang bekas SU Politik Dr Mahathir berkata, 40% pengundi atas pagar sedang menolak BN apabila melihat keganasan polis. BN perlukan 10 bulan untuk baiki perspsi rakyat. Penasihat APCO najib gagal memberi nasihat tangani kebangkitan aman rakyat berdasarkan adat sopan ketimuran, sebaliknya mewariskan nasihat penguatkuasaan ala Israel.
UMNO diramalkan akan keseorangan dalam BN pada masa akan datang, memandangkan MIC, MCA dan Gerakan tidak menunjukkan kepedulian dalam isu ini. Mereka hanya boleh memperkuda mengharapkan NGO seperti PERKASA untuk menyemarakkan politik perkauman yang diperjuangkan sejak zaman penjajahan.
Namun begitu ia bukan alasan untuk petugas penerangan berdiam diri. Para petugas penerangan PAS da pakatan rakyat perlu memainkan peranan aktif dan efisyen untuk menyemarakkan momentum benci terhadap keganasan Polis-BN.
Rata-rata bersetuju, bahawa persepsi rakyat mulai berlainan dengan retorik dan propaganda BN terhadap BERSIH apabila rakyat yang tidak hadir ke perhimpunan mampu menyaksikan video yang dirakam oleh para blogger, wartawan TV Selangor dan Al jazeera yang kini tersebar luas ke serata dunia.
Video serta koleksi gambar dalam blog-blog tertentu kini menjadi 'senjata makan tuan' kepada BN.
Youtube kini menjadi nadi penyebaran maklumat penerangan yang kian ampuh dan berkesan. Terlalu ramai rakyat yang kini terkesan apabila menonton melalui web bebas ini.
Para petugas penerangan perlu memastikan para penggerak pilihanraya mengaktifkan blog peribadi dan memasukkan video keganasan tersebut dalam blog mereka. Malah face book perlu dimainkan secara optima dalam usaha menyebarluas video tersebut. Kempen sehari 5 minit untuk anda menulis sesuatu berkenaan BERSIH dan kebangkitan rakyat mampu melonjak kesedaran umpama kesedaran Timur tengah walaupun wadah perjuangan adalah tidak sama (mengambil jalan aman).
Pastikan juga cetakan dalam bentuk CD boleh dilakukan untuk edaran ke kawasan tanpa ekses internet.
Jadikan satu hari satu 'shout' berkenaan BERSIH dan tuntutan keramatnya dalam twitter dan facebook para ahli dan penggerak pilihanraya. Inilah tugas kita anggota penerangan mencipta badai besar akibat kesilapan BN menangani permintaan ikhlas rakyat melaui BERSIH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan