Sabtu, 16 Julai 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) TEMERLOH

Posted: 16 Jul 2011 03:16 AM PDT

PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) TEMERLOH


WACANA & MOTIVASI PRU 13 DI DARUL AMIN GAU TEMERLOH

Posted: 15 Jul 2011 04:01 AM PDT



TEMERLOH: Lajnah Penerangan PAS Kawasan Temerloh akan menganjurkan satu seminar atau wacana berkenaan PRU 13 esok. Wacana ini akan diadakan di Dewan Ilmu Balai Islam Darul Amin Sg Gau, Temerloh.

Wacana berjudul PRU Bagaimana Meraih Undi Melayu, akan dikupas dan diulas oleh Al fadil Ustaz Idris Ahmad, ahli jawatankuasa PAS Pusat. Program ini adalah julung-julung kali diadakan selepas penyusunan kabinet baru PAS Kawasan Temerloh.


Program wacana ini akan dihadiri lebih 200 tetamu yang dijemput bagi mendalami serta membahaskan secara bersama. Menurut Ketua Perangan PAS Temerloh Sdr Hashim B Abdullah.

'Matlamat utama program ini adalah untuk memberi motivasi, pendedahan , penjelasan tentang tatacara serta teknik & taktik bagaimana para petugas parti untuk meraih emosi simpati para pengundi Melayu menjelang PRU13 nanti, ujar beliau.




CINA ISLAM (林川興)

Posted: 16 Jul 2011 01:23 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


'Mimpi ngeri' keluarga Teoh belum sudah

Posted: 15 Jul 2011 10:10 PM PDT

14 Syaaban 1432H. [MOD] -

Dua tahun selepas kematian pembantu politik Teoh Beng Hock, keluarganya masih terseksa pada kematian misteri, antaranya kerana laporan suruhanjaya diraja masih belum didedahkan.

NONESemasa menghadiri majlis peringatan di Seri Kembangan, adik perempuannya Lee Lan membuat rayuan penuh emosi supaya laporan itu dikeluarkan.

"Saya tidak faham kenapa perdana menteri tidak mahu dikeluarkan. Kenapa?

"Laporan itu bukan untuk kami, ini semua untuk rakyat Malaysia," kata Lee Lan yang bergenang air mata dalam ucapan 30 minitnya.

Laporan itu diserahkan pada Yang di-Pertuan Agong pada 22 Jun.

Komisyen ketiga dibayar untuk Scorpene: Suaram

Posted: 15 Jul 2011 10:08 PM PDT

14 Syaaban 1432H. [MOD] -

Khamis depan, rakyat Malaysia berpeluang mendengar maklumat secara langsung daripada peguam Perancis bahawa "lebih besar" komisyen dibayar oleh pegawai kerajaan "peringkat amat tinggi" di Malaysia dalam pembelian dua kapal selam pada 2002.

cynthia gabriel and unknown man ops scorpeneDi Pulau Pinang, Peguam William Bourdon dijadual mendedahkan perjanjian dengan syarikat Perancis DCNS dalam acara kutipan dana yang digelar 'Ops Scorpene'.

NGO hak asasi Manusia Suaram menganjurkan majlis makan malam itu di mana aktivisnya Cynthia Gabriel, pemimpin popular DAP Lim Kit Siang, Naib Presiden PKR Tian Chua dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu akan turut berucap.

Gabriel (lihat gambar) mendakwa, bukti baru ditemui bahawa komisyennya "lebih besar" daripada sebelumnya dibayar kepada syarikat perunding Malaysia Perimekar Sdn Bhd.

Malaysiakini/-

Gempa bumi landa Sebuyau, Sarawak

Posted: 15 Jul 2011 10:01 PM PDT

14 Syaaban 1432H. [MOD] -

Gempa bumi lemah berukuran 4.0 pada skala Richter menggegarkan Sebuyau, Samarahan, Sarawak pada 10.52 malam tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia pagi ini, pusat gempa itu adalah 60km dari barat laut Sri Aman.

Difaham ini adalah kejadian gempa dalam skala yang besar disitu dan di Sarawak.

PAS Perak kecam sebaran risalah lucah.

Posted: 15 Jul 2011 09:57 PM PDT


14 Syaaban 1432H. [MOD] -

Lenggong: 16 Julai - Gempar Risalah lucah telah disebarkan diseluruh daerah Lenggong melibatkan Sekolah, Surau, Masjid dan tempat-tempat awam.

Berikutan itu, orang-ramai yang menerima risalah tersebut telah menghubungi Timbalan Pesuruhjaya III PAS Perak, merangkap Yang Dipertua PAS Kawasan Lenggong, Tn Hj. Razman Zakaria bagi memaklumkan anasir-anasir yang tidak sihat dipercayai dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mengenai sensitiviti rakyat setempat tanpa mengira Agama, kaum dan bangsa.

Setelah mendapati isi kandungan risalah lucah tersebut dengan jelas, Hj. Razman Zakaria bergegas kebalai polis bersama-sama 70 orang masyarakat melayu, cina, india di daerah Lenggong untuk membuat laporan polis mengenai kejadian yang amat memalukan itu.

Selepas membuat laporan di balai polis Lenggong, Hj. Razman bersama-sama semua yang hadir terus bergegas ke pejabat Agama Lenggong berdekatan bagi memaklumkan kejadian risalah lucah yang tersebar di merata tempat sangat memalukan semua masyarakat yang berada di Lenggong angkara tindakan luar batasan Agama, Bangsa, dan kaum di Negara ini. Bagaimanapun, kakitangan pejabat Agama Lenggong yang ditemui menjelaskan bahawa, pejabat Agama tidak dapat berbuat apa-apa mengenai perkara yang diadukan kerana, perkara tersebut diluar bidang kuasa mereka.

Masyarakat didaerah ini mengutuk dan melahirkan rasa marah dengan tindakan yang dilakukan oleh puak-puak Gerombolan penyebar politik lucah yang sememangnya dikenali di daerah Lenggong pada masa ini, yang mana puak-puak gerombolan ini menyedari bahawa hayat politik lucah mereka sekarang ini sedang berada dihujung nyawa.

Seorang masyarakat india yang turut bersama-sama dipejabat Agama Lenggong menyatakan kemarahan beliau tentang sebaran risalah lucah yang dibawa balik oleh pelajar-pelajar Sekolah akan menyebabkan keruntuhan Akhlak dan Moral pelajar-pelajar pada masa akan datang.

Tn. Hj Razman Zakaria ketika ditemui berkata, pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mengedarkan risalah lucah ini sememangnya sangat mudah dikenali kerana, bahan risalah bogel tersebut menggambarkan mirip seorang pemimpin politik tanahair yang terkenal. Ujar beliau, "persoalannya sekarang, mengapakah gerombolan-gerombolan yang mengedarkan risalah ini mahu menjatuhkan maruah tertuduh, sedangkan gerombolan-gerombolan ini telah menjatuhkan maruah, akhlak, moral mereka sendiri daerah Lenggong pada ketika ini."

Selaku Pengerusi Sekretariat Pakatan Rakyat Lenggong, Tn Hj. Razman berkata, beliau mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan hina gerombolan-gerombolan yang semakin terdesak memainkan politik kotor, lucah dan jijik sekaligus melibatkan maruah masyarakat berbilang kaum, bangsa, Agama didaerah Lenggong tercalar.

Petugas penerangan bangkitkan kesedaran rakyat mengenal BERSIH

Posted: 15 Jul 2011 09:49 PM PDT

14 Syaaban 1432H. [MOD] -
Muhammad Nuruddin Bashah

Bersih bakal menjadi suara keramat pilihanraya kali ini menggantikan seruan makkal Sakti dalam pilihanraya lepas.

Malah agak menguntungkan apabila Matthias Chang bekas SU Politik Dr Mahathir berkata, 40% pengundi atas pagar sedang menolak BN apabila melihat keganasan polis. BN perlukan 10 bulan untuk baiki perspsi rakyat. Penasihat APCO najib gagal memberi nasihat tangani kebangkitan aman rakyat berdasarkan adat sopan ketimuran, sebaliknya mewariskan nasihat penguatkuasaan ala Israel.

UMNO diramalkan akan keseorangan dalam BN pada masa akan datang, memandangkan MIC, MCA dan Gerakan tidak menunjukkan kepedulian dalam isu ini. Mereka hanya boleh memperkuda mengharapkan NGO seperti PERKASA untuk menyemarakkan politik perkauman yang diperjuangkan sejak zaman penjajahan.

Namun begitu ia bukan alasan untuk petugas penerangan berdiam diri. Para petugas penerangan PAS da pakatan rakyat perlu memainkan peranan aktif dan efisyen untuk menyemarakkan momentum benci terhadap keganasan Polis-BN.

Rata-rata bersetuju, bahawa persepsi rakyat mulai berlainan dengan retorik dan propaganda BN terhadap BERSIH apabila rakyat yang tidak hadir ke perhimpunan mampu menyaksikan video yang dirakam oleh para blogger, wartawan TV Selangor dan Al jazeera yang kini tersebar luas ke serata dunia.

Video serta koleksi gambar dalam blog-blog tertentu kini menjadi 'senjata makan tuan' kepada BN.

Youtube kini menjadi nadi penyebaran maklumat penerangan yang kian ampuh dan berkesan. Terlalu ramai rakyat yang kini terkesan apabila menonton melalui web bebas ini.

Para petugas penerangan perlu memastikan para penggerak pilihanraya mengaktifkan blog peribadi dan memasukkan video keganasan tersebut dalam blog mereka. Malah face book perlu dimainkan secara optima dalam usaha menyebarluas video tersebut. Kempen sehari 5 minit untuk anda menulis sesuatu berkenaan BERSIH dan kebangkitan rakyat mampu melonjak kesedaran umpama kesedaran Timur tengah walaupun wadah perjuangan adalah tidak sama (mengambil jalan aman).

Pastikan juga cetakan dalam bentuk CD boleh dilakukan untuk edaran ke kawasan tanpa ekses internet.

Jadikan satu hari satu 'shout' berkenaan BERSIH dan tuntutan keramatnya dalam twitter dan facebook para ahli dan penggerak pilihanraya. Inilah tugas kita anggota penerangan mencipta badai besar akibat kesilapan BN menangani permintaan ikhlas rakyat melaui BERSIH.

Muhammad Nuruddin Bashah

Ketua Penerangan DPPK Gopeng 2011

Tayamum pilihan wajib untuk solat

Posted: 15 Jul 2011 09:45 PM PDT

14 Syaaban 1432H. [MOD] -
Ahmad Baei Jaafar

Setiap orang Islam tiada pilihan selain bersuci untuk membolehkan mereka melakukan solat dan tawaf di Kaabah. Bersuci untuk solat dan tawaf ditentukan dengan berwuduk iaitu dengan membasuhkan beberapa anggota dengan air. Tetapi kalau tiada air atau seseorang yang anggota wuduknya tidak boleh kena air terdapat satu lagi pilihan yang disediakan iaitu tayamum.

Pada kali ini kita akan dalami bab tayamum di sudut faedah dan bagaimana digunakan dalam bersuci. Asas yang perlu difahami dalam tamamum ini ialah menyapu debu ke muka dan kedua-dua tangan sampai ke siku. Manakala fungsinya ialah sebagai ganti wuduk atau mandi.
Pemarduan tayamum ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri solat (mengerjakannya) sedangkan kamu dalam keadaan mabuk, hinggalah kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan dan janganlah pula (hampiri masjid) sedangkan kamu dalam keadaan junub (berhadas besar) kecuali sekadar kamu hendak melintas hinggalah kamu bersuci. Namun jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau salah seorang antara kamu datang dari tandas atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapati air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun." (Surah al-Nisa: 43).

Dalam ayat lain Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali dan jika kamu berjunub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air) atau dalam pelayaran atau salah seorang daripada kamu datang dari tandas atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapati air (untuk berwuduk atau mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang bersih, iaitu: Sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Dia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmat-Nya kepada kamu, supaya kamu bersyukur." (Surah al-Maaidah: 6)

Rasulullah s.a.w. juga turut menjelaskan faedah tanah atau debu buat umat Islam dengan sabdanya yang bermaksud: "Seluruh tanah di bumi dijadikan sebagai tempat sujud dan bersuci bagiku dan umatku. Maka, di mana saja waktu solat menghampiri seseorang daripada umatku, tanah dapat menyucikannya." (Riwayat Ahmad).

Syarat Tayamum

Berdasarkan ayat dan hadis di atas dapat kita rumaskan bahawa untuk melaksanakan tayamum ada syarat yang mesti dipatuhi.

1. Sudah masuk waktu.
2. Tidak mendapat air setelah berusaha mencari.
3. Dengan menggunakan debu yang suci.

Jelas daripada syarat ini, si Ahmad yang hendak melakukan solat zohor misalnya mestilah menggunakan tayamum selepas masuk waktu Zohor. Maknanya kalau dia mengambil tayamum selum masuk waktu Zohor, tayamum itu tidak sah untuk solat Zohor. Jika dia melakukan solat Zohor dengan tayamum itu, maka solatnya tidak sah kerana dia masih dianggap tidak suci daripada hadas.

Syarat kedua pula, dalam kes di atas si Ahmad sewaktu bersedia untuk solat Zohor dan sebelum bertayamum hendaklah dipastikan air untuk bersuci atau berwuduk memang tiada. Hal ini mungkin telah dicari sebelum masuk waktu lagi dan kekal sehingga masuk waktu. Kalau adapun air barangkali hanya cukup untuk minum dan masak pada waktu itu.

Setelah syarat pertama dan kedua dapat dipenuhi, maka dapatkan debu yang suci (mutlak). Inilah syarat ketiga. Debu ini boleh didapati pada tanah liat, tanah biasa dan paling tidak pasir halus yang diayak. Pada hari ini, debu tayamum ini boleh dibeli di kedai yang menjual peralatan bagi urusan jenazah.

Cuma di sini ingin saya ingatkan pembaca sekalian, ada pendapat yang menyatakan boleh ambil debu pada dinding rumah. Sebenarnya debu pada dinding itu boleh terjadi apabila dipukul angin lalu memasuki celah-celah tingkap. Tetapi perlu diingat, rumah yang berdinding simen tidak boleh dikira sebagai debu yang suci. Hal ini kerana dinding itu disapu dengan cat cair. Debu cat bukanlah debu tanah yang dimaksudkan.

Syarat yang dinyatakan di atas hanya terpakai untuk solat fardu, tetapi untuk melakukan solat atau ibadah sunat tidak disyaratkan masuk waktu. Begitu juga tayamum untuk melakukan tawaf di kaabah boleh dilakukan bila-bila masa asalkan untuk tujuan tawaf.

Walau bagaimanapun , mereka yang hendak bertayamum kerana penyakit yang tidak boleh kena air, terdapat syarat lain yang dikenakan termasuk:
  1. Sudah masuk waktu.
2. Dengan menggunakan debu yang suci.
3. Berhalangan menggunakan air disebabkan sakit.
4. Anggota suci daripada najis.

Dalam kes orang yang sakit seperti demam yang tidak boleh kena air atau luka pada anggota wuduk yang dibalut, mereka boleh bertayamum. Seperti yang dijelaskan pada syarat di atas, si Ahmad boleh bertayamum walaupun ketika itu air banyak di rumahnya.

Syarat ketiga di sini adalah khusus untuk kes si Ahmad yang mengalami demam teruk yang kulitnya tidak boleh terkena air. Keadaan ini berdasarkan satu laporan doktor, "jika air terkena kulitnya maka demamnya akan lebih serius." Ketika itu dia layak menggunakan tayamum. Tetapi kalau sekadar demam biasa sahaja tidak bolehlah dia bertayamum.

Manakala syarat keempat adalah khusus untuk mereka yang luka akibat kemalangan pada bahagian anggota wuduk. Dan kemudiannya bahagian itu dibalut dengan simen. Bahagian itu semestinya tidak boleh sampai air ke anggota wuduk itu. Untuk membolehkah dia solat, perlulah dia bertayamum bagi menggantikan wuduk untuk anggota itu. Walau bagaimanapun anggota wuduk itu hendaklah dibersihkan dahulu daripada najis sebelum dibalut.

Dalam keadaan itu, apabila hendak bertayamum, bahagian anggota itu tidak perlu dibuka lagi dan terus bertayamum bagi menggantikan wuduk untuk anggota tersebut. Ini bermakna wuduk perlu ambil seperti biasa, tetapi apabila sampai ke anggota yang berbalut itu, perlu ditayamumkan dahulu. Setelah itu sambung wuduk pada anggota yang seterusnya.

Anggota Tayamum

Anggota tayamum hanya ada dua sahaja iaitu muka dan tangan hingga ke siku. Cara mengambil tayamum sama seperti berwuduk pada dua anggota tersebut. Anggota muka perlu disapukan dahulu seperti mengambil wuduk, tetapi cukup dengan sekali sehaja. Begitu juga pada anggota tangan. Dahulukan tangan kanan dan kemudian anggota kiri, juga cukup sekali sapuan.

Berdasarkan itu tayamum ada empat rukun itu:

1. Niat; Aku bertayamum bagi menggantikan wuduk untuk membolehkah solat.
2. Sapu anggota muka
3. Sapu anggota tangan hingga ke siku (tangan kanan dan kemudian kiri).
4. Tertib.

Walau bagaimanapun bagi tayamum orang sakit perlu diniat tayamum kerana sakit bagi menggantikan wuduk. Dan untuk luka pula diniatkan tayamum untuk tangan (atau anggota wuduk yang dimaksudkan) kerana Allah taala.

Oleh sebab itu umat Islam tiada alasan lagi untuk tidak melakukan solat kalau sakit, hal ini kerana Islam telah menyediakan alternatif untuk umatnya menyucikan diri mereka. Malah mereka yang sakitpun kalau berhadas besar boleh menjadi bersih dengan tayamum. Semoga umat Islam sendiri berada dalam keadaan bersih dan beribadah.

PAS Perak kecam salahguna kuasa Polis.

Posted: 15 Jul 2011 09:39 PM PDT


14 Syaaban 1432H. [MOD] -
Mohd Hafez Sabri

POH, Pimpinan PAS Perak bersama wakil Parti Sosialis Malaysia ( PSM ) membuat laporan polis atas tangkapan tidak sah terhadap ahli dan pimpinan PSM serta pencabulan hak ke atas merekan ketika ditahan selama 10 hari.

Pimpinan PAS Perak di ketuai oleh, Saudara Abd Rahim Mohd Nordin yang merupakan Pengerusi Lujnah Demokrasi dan Mobilisasi PAS Perak,Saudara Khalilul Rahman yang mewakili Lujnah Perpaduan Nasional PAS Perak, Saudara Safarizal Salleh Penolong Setiausaha Dewan Pemuda PAS Perak, serta Ustaz Hafez Sabri Exco Pemuda PAS Perak.

Bagi PAS Perak, penangkapan 31 orang peserta dan aktivis PSM merupakan salahguna kuasa polis oleh kerajaan Barisan Nasional. PAS Perak melihat, pemimpin Barisan Nasional kini rasa tergugat dengan kebangkitan rakyat yang member sokongan padu kepada Pakatan Rakyat untuk memimpin Malaysia selepas PRU 13 ini.

Menurut Pengerusi Lujnah Demokrasi dan Mobilisasi PAS Perak, Saudara Abd Rahim Mohd Nordin, pihaknya mempertikaikan tindakan zalim pihak polis terhadap ahli PSM yang ditahan.

Beliau mempersoalkan, mengapa tahanan diminta berdiri selama 7 jam setiap hari untuk disoal siasat, mengapa polis menggunakan kata-kata kesat dan kotor terhadap tahanan, tahanan juga dihalang untuk menggunakan tandas, di simpan dalam ' Solitary Confinement',ada polis yang membuat gangguan seksual, melanggar protokol, menanya soalan yang tidak ' appropriate' serta mencabul hak asasi tahanan wanita PSM seperti memaksa mereka menukar baju di hadapan polis lelaki.

Menurut beliau semua persoalan ini perlu dijawab oleh pihak polis yang kini telah terbukti menjadi alat kepada kerajaan Umno untuk mempertahankan kezaliman dan penindasan yang mereka lakukan selama ini.

http://perak.pas.org.my/

DAP Sarawak jangan guna media massa untuk salur pandangan

Posted: 15 Jul 2011 08:34 PM PDT

14 Syaaban 1432H. [MOD] -
Kenyataan Media PAS Sarawak
Mengenai kenyataan SU DAP Sarawak

PAS Sarawak merasa tidak perlu bagi Chong Chieng Jen setiausaha DAP Sarawak mengeluarkan kenyataan membantah larangan Kerajaan negeri Kedah membuka pusat hiburan pada bulan ramadhan dalam media massa. DAP Sarawak hanya perlu menyalurkan pandangan mereka terus ke kerajaan negeri Kedah tanpa menggunakan media massa kerajaan. Sekiranya berlaku perkara yang dirasakan tidak sesuai dengan pandangan mana-mana parti komponan dalam Pakatan seharusnya dibincang secara dalaman bukan menggunakan media yang boleh merosakkan hubungan dalam pakatan rakyat sendiri.

Kita tidak perlu berbalah melalui saluran media sebab peluang semacam inilah yang ditunggu oleh pihak lawan (BN) untuk menentang kita balik. Ingat musuh politik kita sentiasa mencari kelemahan kita jadi jangan membiarkan diri kita terperangkap dengan masalah diri kita sendiri.

Di harap sebarang masalah yang melibatkan pakatan rakyat perlu di bincang secara dalaman oleh pihak kepimpinan pusat agar perkara yang tidak diingini jangan berlaku di masa hadapan. Kita mesti bekerjasama untuk mencapai impian rakyat.

Kita sarankan agar Pakatan lebih memberi tumpuan kepada kebajikan masyarakat daripada masalah dalaman parti. Selesaikan secara bijaksana agar rakyat menyakini pemerintahan Pakatan Rakyat di masa hadapan.

Yang menjalankan amanah
Jofri Jaraiee
Timbalan Pesuruhanjaya PAS negeri Sarawak

BERSIH 2.0: Saman pertama ke atas polis

Posted: 15 Jul 2011 02:00 AM PDT

13 Syaaban 1432H. [MOD] -

Seorang individu mengemukakan saman hari ini ke atas polis dan menteri dalam negeri atas dakwaan penahanan salah ke atasnya, dua minggu sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 diadakan.

Individu berkenaan, Musafri Abdullah Azmi, 27, adalah individu pertama yang ditahan polis sebelum perhimpunan itu berlangsung pada 9 Julai lalu.

Musafri menuntut supaya mahkamah mengeluarkan deklarasi bahawa penangkapan dan penahanan itu dibuat secara tidak sah.

Mahkamah juga dituntut supaya mengeluarkan deklarasi bahawa polis serta responden berkenaan menyalahgunakan kuasa mereka.

Penahanan itu didakwa tidak dibuat mengikut undang-undang kerana sebab penahanan itu tidak diberitahu kepadanya.

Selain itu, beliau turut meminta mahkamah supaya mengarahkan rampasan lapan helai baju-T berwarna kuning bertulisan 'BERSIH 2.0' itu diisytiharkan tidak sah.

Dua daripada responden yang dinamakan itu ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan juga ketua polis daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob.

Dua lagi responden yang dinamakan ialah dua orang anggota polis yang dinamakan sebagai John Doe dan Insp Misbahun Hamdan.

John Doe merupakan antara empat orang anggota polis yang menahan beliau pada malam 26 Jun lalu.

Turut dituntut ialah gantirugi am, gantirugi teladan dan gantirugi teruk.

Menurut afidavit yang dikemukakan, Musafri ditahan pada kira-kira jam 11.20 malam berkenaan ketika dalam perjalanan pulang daripada satu mesyuarat di Padang Jawa, Klang.

"Penahanan pemohon telah menjatuhkan imej baik beliau di kaca mata masyarakat setempat memandangkan cara penahanan pemohon seperti seorang penjenayah.

malaysiakini/-

'Terima kasih PM sebab tak bunuh kami'

Posted: 15 Jul 2011 01:50 AM PDT

13 Syaaban 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 15 Julai: Dengan nada sinis, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad mahu rakyat khususnya mangsa keganasan polis semasa himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu berterima kasih kepada Datuk Seri Najib Razak.

Gesaan itu katanya kerana Perdana Menteri Malaysia itu mendakwa pihak polis menggunakan tindakan agak "ringan" terhadap peserta himpunan aman itu.

"Seharusnya rakyat berterima kasih dan sayang kepada Najib sebab dia tak bunuh peserta himpunan hari tu," katanya kepada Harakahdaily sambil ketawa terbahak-bahak.

Najib ketika ditemubual CNN di Britain semalam dilaporkan berkata, pihak polis menggunakan tindakan yang sewajarnya dalam usaha menyuraikan perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara Sabtu lalu.

Katanya tindakan polis agak ringan kerana tahanan dibebaskan selepas lapan jam dan mereka dilayan dengan baik.

Beliau juga mendakwa tiada penggunaan tindakan yang tidak wajar oleh polis dan penunjuk perasaan disuraikan dengan menggunakan pasukan yang minumum.

Sambil mendakwa kenyataan Najib itu sebagai kelakar, Khalid yang turut menerima 6 jahitan di kepala akibat terkena kelongsong peluru gas pemedih mata pada hari himpunan tersebut mendakwa itulah wajah sebenar autokrat pemimpin nombor satu negara ini.

"Itulah minda autokrat perdana menteri kita. Kita tidak boleh salahkan dia.

"Saya yakin dia tak rasa dia menipu, dan tak rasa bersalah pun (mengeluarkan kenyataan sedemikian), walaupun seluruh dunia sudah melihat rakaman video dan gambar keganasan polis dalam internet," katanya yang juga AJK PAS Pusat.

Pada himpunan yang dianggarkan lebih 50,000 orang pada 9 Julai lalu di ibu negara itu, sejumlah 1,667 ditahan oleh pihak polis dan kemudiannya dibebaskan selepas diambil keterangan pada hari yang sama.

Ianya termasuk jawatankuasa penganjur, pemimpin Pakatan Rakyat dan orang ramai yang menyertai himpunan itu.

Selain Khalid, turut cedera ketika mengelak terkena kelongsong peluru gas pemedih mata adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, manakala pengawal peribadinya, Fayad Al-Bakri patah tulang pipi dan terpaksa menjalani pembedahan.

Lebih mendukacitakan, seorang peserta turut meninggal dunia selepas sesak nafas terhidu gas pemedih mata yang dilepaskan oleh pihak polis.

Polis bagaimanapun menafikan kematian itu ada kaitan dengan tindakan polis melepaskan gas pemedih mata tersebut.

Dalam beberapa aduan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) juga, ada peserta mendakwa polis menendang dan memukulnya sebelum ditangkap.

Suhakam yang juga menghantar pasukan pemantau pada hari himpunan tersebut juga mengakui, polis menggunakan kekerasan sewaktu menyuraikan peserta himpunan.

Beberapa bukti kekasan dan keganasan polis itu juga kini sedang tersebar dai internet khususnya di Youtube.

Dan terbaru dalam temubual bersama Malaysiakini, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri yang "memang kejam" berbanding dengan beberapa perdana menteri sebelum ini.

Beliau merujuk kepada "kebengisan" polis dalam menangani perhimpunan Sabtu lalu itu dan mendakwa pentadbiran Najib sekarang mengarah kepada menjadikan Malaysia negara kuku besi.

A Samad berkata, perkara itu boleh dilihat melalui rakaman video dan gambar di internet yang mana kerajaan "berantakan dengan orang awam".

"Youtube siarkan, kita boleh lihat semua dan (dia) tak boleh tipu. Cuma, malangnya dalam akhbar-akhbar (dan) media utama, sudah tentu kamu nampak berat sebelah," katanya yang mesra dengan panggilan Pak Samad.

"Tapi kalau (di) Youtube, tak boleh tipu. Kamu kata tidak jentik-jentik, (itu) pun nampak (di Youtube). Kamu kata tidak ada orang yang dipijak, (tetapi ada) yang ditendang berulang kali," katanya.

harakahdaily/-

Lim: MP Sungai Siput Dr D Jeyakumar okay

Posted: 15 Jul 2011 01:45 AM PDT

13 Syaaban 1432H. [MOD] -

Ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar dalam keadaan baik meskipun telah ditahan lebih tiga minggu sekarang, kata pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang setelah melawat aktivis Parti Sosialis Malaysia itu hari ini.

Lim, bersama naib presiden PAS Salahuddin Ayub dan ahli parlimen Subang Jaya dari PKR, R Sivarasa berjumpa dengan Jeyakumar selama 20 minit di Bukit Aman pagi ini.

"Beliau okay, di sebalik tahanan itu. Tetapi yang penting adalah hilangnya kebebasan dan tahanan yang tidak adil ini dan saya bercakap sebagai bekas tahanan ISA," kata Lim pada sidang media selepas lawatan itu.

Jeyakumar adalah antara enam ahli PSM yang ditahan mengikut Ordinan Darurat kerana didakwa sebagai ancaman kepada ketenteraman awam.

Selain dirinya, turut ditahan adalah timbalan pengerusi PSM M Saraswathy, ahli jawatankuasa pusat Choo Chon Kai, M Sukumaran, setiausaha cawangan Sungai Siput A Letchumanan, dan ketua pemuda Sarat Babu.

Lim berkata tahanan ke atas keenam-enam mereka itu sebagai ketidakadilan yang dahsyat kerana tiada justifikasi dalam penangkapan tersebut.

Beliau mengganggap penahanan itu sebagai cubaan untuk mecemarkan gerakan himpunan BERSIH 2.0.

"Tuduhan sebagai penggerak BERSIH ialah satu ketidakadilan. 709 telah tunjukkan betapa bukan puluhan ribu penyokong BERSIH yang lakukan keganasan dan huru-hara tetapi pihak berkuasa polis," katanya.

Mereka ditahan mengikut seksyen 3(1) Ordinan Darurat selepas tuduhan awal keenam-enam mereka bersama 24 lagi aktivis PSM disiasat kerana menghasut orang ramai bagi melancarkan peperangan ke atas Yang di-Pertuan Agong digugurkan.

malaysiakini/-

Kenya bakar lima tan gading gajah

Posted: 15 Jul 2011 01:20 AM PDT

13 Syaaban 1432H. [MOD] -

NAIROBI 14 Julai - Kerajaan Kenya akan membakar hampir lima tan metrik gading gajah termasuk yang berada dalam simpanan selama hampir satu dekad, minggu depan.

Menurut seorang pegawai, 4,967 tan metrik gading gajah itu dirampas di Singapura pada 2002 dan sejak itu, ia disimpan di pusat latihan renjer hidupan liar di timur Kenya.

Pengarah Pasukan Petugas Perjanjian Lusaka, Bonaventure Ebayi berkata, gading-gading tersebut berasal dari tiga negara iaitu Malawi, Tanzania dan Zambia.

Tambahnya, pembakaran gading itu dilakukan berikutan satu perjanjian yang dicapai oleh ketiga-tiga negara pada bulan Mei di Nairobi.

Pasukan petugas dikenakan bayaran melalui perlaksanaa Perjanjian Lusaka 1992 yang direka untuk membantu agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang Afrika bagi menangani penyeludupan hidupan liar. - AFP

Idris Ahmad

Posted: 15 Jul 2011 11:44 PM PDT

Idris Ahmad


Memahami Islam Dengan Baik

Posted: 15 Jul 2011 10:04 PM PDT

Memahami Islam Dengan Baik
Ustaz Idris Ahmad
14/7/11
 
 
 
Kefahaman Islam yang sebenar adalah asas kemantapan perjuangan Islam. Ahli Pas  mesti memahami agama dengan baik,  supaya ia dapat memberi  petunjuk kepada orang lain. Jika kita sendiri gagal untuk memahami Islam yang sebenar, maka kita sukar untuk mendekatkan manusia lain kepada perjuangan Pas. Sekurang-kurang mesti menguasai perkara asas bagi meyakinkan orang kepada perjuangan yang kita bawa, kerana perjuagan Pas bukan menjanjikan kebendaan sebaliknya menjanjikan perkara sam'iyat (yang tidak nampak). Sekiranya kita gagal memahami perkasa asas bagaimana ia hendak menyampaikan fikrah perjuangan kepada masyarakat. Seperti pepatah Arab "Seorang yang faqir ia tidak boleh memberikan sesuatu"
 
 
Sedangkan golongan secular di negara ini memperalatkan agama dan memutar belitkan agama demi kelangsungan perjuangan batil mereka. Mereka mencari orang-orang agama yang boleh dijadikan kuda tunggangan supaya menghalalkan segala bentuk kezaliman dan perkara yang bertentangan dengan agama. Maka petugas Pas   mesti  menguasai ilmu ini sebagai benteng pertahanan untuk menangkis diayah ini. Memperalatkana agama bukan perkara baru dalam Umno dan 
BN, kita lihat sahaja menjelang himpunan Bersih 9 julai 2011, khutbah Jumaat di masjid Wilayah Persekutuan, dua minggu berturut-turut mengecam himpunan Bersih. Mereka memperalatkan institusi agama supaya mengekalkan kezaliman dan ketidak adilan mereka di negara ini.
 
 
Pemimpin umno terutamanya mereka boleh bermuka-muka ketika berbicara Islam di dalam majlis keagamaan. Rakyat sering ditipu dengan lafaz yang keluar daripada mulut mereka, ditambah dengan "solekan" media terhadap apa yang mereka ucap. Perkara ini selalu kita dengar ketika pemimpin umno merasmikan musabaqah al-Quran . Seruan mereka supaya rakyat kembali menghayati ajaran al-Quran. Kalau kita tidak kenal siapa gerangan manusia ini kita akan bertakbir sehingga roboh astaka musabaqah. Maka inilah yang perlu ahli Pas mengetahui bagaimana kita hendak memberi tahu kepada masyarakat yang mereka ucap tidak serupa dengan bikin. Mereka hanya menggulakan Islam  di lidah.
 
 
Semuanya ini memerlukan keyakinan, tawakkal kepada Allah di samping ilmu pengetahuan. Tanpa senjata ini kita akan kecewa dan meraba-raba dalam menjalankan tugas yang berat ini. Program untuk memahamkan masyarakat ini boleh dijalankan melalui dakwah 'ammah (umum) seperti kuliah, ceramah, muzakarah, risalah. Mesejnya jelas  iaitu untuk memahamkan kepada mereka tentang Islam yang syumul bukan sahaja "Islam Hadhari" yang tidak bertolak daripada asas akidah. Maka diharapkan kepada semua ahli menguasai ilmu secara berterusan dan tidak boleh berpada dengan apa yang ada sahaja.
 
Di zaman serba bermaklumat dan dunia tanpa sempadan maka penguasaan ilmu dan pemahaman agama yang mantap adalah asas. Zaman mu'tazilah moden yang pakai akal tanpa wahyu,  rasioanal tanpa al-Quran, logik tanpa al-Sunnah. Maka da'i yang tegar dengan pegangan agama sahaja yang mampu untuk melawan kesesatan ini.
 
Oleh itu semua petugas di jalan Allah daripada semua peringkat samaada yang bergelar  pemimpin sampai pengikut biasa hendaklah bersedia untuk mendalami ilmu agama untuk meyakinkan apa yang kita bawa.  Kita hendaklah berusaha daripada semasa kesemasa tanpa jemu.  Kerana ilmu hari ini berkembang seperti kilat , sekiranya kita tidak bersedia untuk "up date" kita punya maklumat maka,  akan tertinggal kebelakang
 
Semua ahli mesti bersedia untuk memenuhi majlis ilmu yang diadakan dimana sahaja,  supaya kita dapat menjadi ahli Pas yang mempunyai nilai tambah. Guru yang kita hendak menadah kitab biarlah mereka yang mursyid yakni guru yang boleh memberi petunjuk kepada perjuangan, bukan hanya berteori  di dalam surau dan masjid sahaja. Kita tidak mahu mereka hanya berteori dan tidak turun bergelomang dengan perjuangan yakni bersama meneroka medan dan kerja lapangan di  dalam jamaah.  Minimum standard biarlah mereka ini membimbing kuliah dan menjadi naqib di dalam program Pas, kalau pun mereka tidak mahu berada di atas pentas Pas untuk berceramah. Atau pun sekurangnya mereka ini memimpin cawangan dan terlibat dalam organ parti. Guru seperti inilah baru kita dapat melihat bagaimana ruh jihad akan menular kepada muridnya.
 


Filed under: Politik

Suruhanjaya Aduan Dan Salahlaku Polis Mesti Diadakan Semula

Posted: 15 Jul 2011 09:57 PM PDT

Suruhanjaya Aduan Dan Salahlaku Polis Mesti Diadakan Semula
Idris ahmad
15/7/11

Tragedi keganasan polis di himpunan Bersih 9/7/11 menuntut IPMC Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis mesti diadakan semula. Suruhanjaya ini perlu dihidupkan semula memandangkan imej polis semakin tercalar di pandangan dunia. Sebagai sebuah badan penguatkuasa di negara ini, sepatutnya perlu menunjukkan sebagai sebuah badan yang berwibawa. Pelanggaran hak asasi dan undang-undang berlaku dengan sewenang-wenangnya seolah negara ini tidak mempunyai undang dan prosedur tangkapan. Penguatkuasa yang wujud pilih kasih ke atas rakyat Malaysia kerana berlainan ideologi telah berlaku dalam  himpunan 9/7/11. Patriot yang dipimpin oleh Pergerakan Pemuda Umno dibiar bermaharajela, sedangkan penyokomg Bersih ditangkap walaupun sekadar berbaju Bersih. Seolah-olah mereka yang menyokong kerajaan kebal dari tindakan, manakala rakyat yang menuntut keadilan melalui jaminan undang-undang diburu seperti penjenayah bersenjata berat
Sekiranya Suruhanjaya Aduan Dan Tingkah Laku Polis tidak diadakan imej polis bertambah buruk di kalangan masyarakat awam. Kesian kepada polis yang baik dan profesional ketika menjalankan tugas. Sekarang wajah polis dianggap alat BN bukan alat untuk mempertahnakan keamanan negara.

Suruhanjaya ini bukan sahaja untuk melihat tingkahlaku polis, malah untuk meningkat profesional polis dalam perkhidmatan supaya mereka bertindak selari dengan keluhuran undang-undang. Kita cukup simpati kepada polis ketika mereka berada di mahkamah yang gagal menjawab soalan peguam bela dengan baik dan menjadi bahan ketawa terutama berhubung kait dengan akta polis. Semasa mereka berindak kepada penyokong Pakatan Rakyat mereka tidak ambil kira apa yang mereka bertindak itu betul atau tidak, akhirnya mereka menerima padah di dalam perbicaraan, contohnya Bekas Ketua Polis Rompin diarahkan membayar RM200 ribu kepada Dr Hatta Ramli, Mazlan Mohd Yasin kerana tangkapan tidak sah dalam satu ceramah di Rompin.

Atas asas ini jika Pakatan Rakyat memerintah Suruhanjaya ini perlu disegerakan supaya imej polis dipulihkan angkara negara di bawah pemerintahan BN.


Filed under: Politik, Undang-Undang

Peghelih La...

Posted: 15 Jul 2011 11:16 PM PDT

Peghelih La...


Bekas mufti selar budaya bodek dalam Umno

Posted: 15 Jul 2011 12:12 AM PDT

Malaysiakini melaporkan:


Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyelar apa yang dikatakannya sebagai "unsur feudal" melalui tindakan membodek pemimpin dalam Umno.

Dalam sesi dialog di Kuala Lumpur malam tadi, Asri juga mengkritik kurangnya toleransi dalam menangani pelbagai pandangan dalam parti Melayu itu.

"Dalam pemerintah sekarang semua orang nak tunjuk kononnya dia setia (kepada pemerintah) walaupun kenyataan yang dikeluarkan adalah bodoh tapi dia rasa tidak mengapa yang penting perdana menteri tahu.

"Dalam Umno bila ada pemimpin bagi kritikan dia ini dianggap musuh walaupun idea yang diberikan adalah baik namun ia dianggap bahaya kerana unsur feudal tidak ditinggalkan.

"Ramai yang nak masuk politik supaya dapat bodek pemimpin dan dapat hasil namun kesannya nanti ia akan merobohkan institusi yang ada, sebagai contoh khutbah Jumaat... institusi agama digunakan apa dalil agama yang mengharamkan perhimpunan, dalil agama digunakan untuk memburukkan orang lain.

LAGI >>>

Sambutan 'kuning' untuk Najib di United Kingdom

Posted: 15 Jul 2011 12:02 AM PDT

Malaysiakini melaporkan Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ke United Kingdom hari ini diberi sambutan 'hangat' oleh penunjuk perasaan yang berpakain serba kuning.
Mereka membidas tindakan kerajaan yang menekan ribuan peserta perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu yang menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara.

Puluhan penunjuk perasaan yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan juga asing berkumpul di Mansion House di London sejam sebelum ketibaan Najib yang dijadual mengakan pertemuan dengan tokoh perniagaan Britain.

Sambil membawa kain rentang dan sepanduk, penunjuk perasaan juga mendesak Najib supaya membebaskan segera enam tahanan Parti Sosialis (PSM) yang dinamakan sebagai "EO6" yang ditahan mengikut Ordinan Darurat. Di bawah akta itu, mereka boleh ditahan dan dinafikan hak untuk dibicarakan.

Menurut portal Sarawak Report, konvoi Najib sempat melambai kepada penunjuk perasaan yang berlangsung dengan aman. Kehadiran polis adalah minimum dan mereka juga agak mesra.

Adusss..kuning lagi....

Posted: 14 Jul 2011 11:59 PM PDT

Terkedu la Tok Jib dengan Nek Mah....

Umno/BN kena belajar dari peristiwa kebangkitan rakyat di dunia Arab

Posted: 14 Jul 2011 11:53 PM PDT

PADANG BESAR - Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa mengingatkan pimpinan Umno/BN supaya sedar bahawa kebangkitan rakyat tidak dapat dibendung sekiranya demokrasi tidak diletakkan pada landasannya yang sebenar.

Menurutnya, penafian ruang demokrasi dan kebebasan kepada rakyat merupakan suatu yang bertentangan dengan fitrah manusia samada dari kalangan umat Islam atau orang bukan Islam kerana tidak memberikan kehormatan kepada diri manusa yang mepunyai maruah.

Berucap di majlis ceramah penerangan di Markas PAS Cawangan Titi Tinggi Hilir dekat sini 11 Julai lalu, beliau mengingatkan pimpinan Umno/BN supaya belajar dari peristiwa kebangkitan rakyat di dunia Arab baru-baru ini sebagai pengajaran.

"Kita gagal untuk memahami satu yang lebih penting, mengapa keadaan menjadi huru-hara kerana kerajaan yang lama berkuasa tidak memberi ruang demokrasi kepada rakyat.

"Maka berlakunya kebangkitan rakyat bukan salah rakyat tapi salah pemerintah yang tidak memberi makna dan nilai demokrasi yang sebenarnya.Jadi pemerintah perlu belajar dari sana. Jangan marahka rakyat yang turun pada 9 Julai lalu, polis jangan pukul, sembur sampai ada yang meninggal, jangan ada yang maki hamun kita kerana itu sebenarnya adalah kesalahan rejim pemerintah yang tidak memberi demokrasi sehingga rakyat terasa yang haknya dihormati.

"Sebab itulah kena ambil pengajaran. Bukan apa, kita nak beritahu awal kepada pemimpin Umno/BN nanti mereka pun akan jadi macam tu, jangan kata kami tak beritahu. Anda telah diberi amaran kerana rakyat akan bangkit bila demokrasi tidak diletakkan pada landasannya," ujarnya.

Pengalaman Ditahan Semasa BERSIH 2.0

Posted: 14 Jul 2011 11:43 PM PDT

Salam Perjuangan

Posted: 15 Jul 2011 11:08 PM PDT

Salam Perjuangan


NEGERI LAIN PERLU CONTOHI KEDAH - PUM

Posted: 15 Jul 2011 09:38 PM PDT

DEWAN MUSLIMAT PAS GOPENG

Posted: 15 Jul 2011 09:40 PM PDT

DEWAN MUSLIMAT PAS GOPENG


RATU BRITAIN PAKAI BAJU KUNING? POLIS MALAYSIA TAK TANGKAP KE??

Posted: 15 Jul 2011 06:15 AM PDT


Blogger Jalan Pulang melaporkan:

Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London nampaknya terpaksa meminta bantuan polis London untuk membawa masuk delegasi Malaysia ke Mansion House di Garlick Hill, berhampiran dengan tebing Sungai Thames.

Perhatikan siapa yang turut sama dalam kereta Najib dan keluar!
Ya! Memang sah anak Najib Altantuya pun ada sama!!

Najib dikhabarkan akan mengadakan sesi pertemuan dengan komuniti perniagaan United Kingdom jam 3.30 petang waktu London (10.30 malam waktu Malaysia) bersama pertemuan delegasi perniagaan Malaysia dan negara itu.

Bagaimanapun, menurut seorang rakyat Malaysia di sana yang memerhati, Najib  meminta bantuan polis untuk berada di kawasan tersebut kerana berpuluh-puluh rakyat Malaysia menunggu sambil membawa kad berwarna kuning dengan tulisan PSM 6, Bersih dan Mansuhkan ISA.

Juga dikhabarkan keadaan di sana sedikit tegang dengan kehadiran trak polis yang membawa delegasi yang seolah-olah tidak mahu Najib melihat kelibat mereka yang menuntut supaya semua tahanan PSM di bawah Ordinan Darurat dibebaskan tanpa syarat!

Difahamkan, dua trak polis yang digunakan untuk membawa mereka kini diletakkan di hadapan rakyat Malaysia yang berdemo bagi menghalang pandangan Najib  ke arah mereka.

Ada yang menanti Najib menandatangani kad yang mereka bawa supaya kesemua tahanan terbabit dibebaskan.





NOTA:

kenapa ratu elizebeth memakai kuning?
apa sudah jadi?

ini satu tamparan kepada najib


seminggu dahulu
sepupu najib kata
warna kuning diharamkan

kelmarin polis upahan gerombolan
kata warna kuning haram
ada yang telah ditangkap




syabas kita ucapkan

inilah kali pertama
ratu elizebeth memakai baju kuning'
dalam sejarah buckingham palace

nota:
tak cukup dengan baju kuning
perhatikan - bunga mawar pun kuning
kah kah kah


BERSIH DAPAT SOKONGAN






ya ampooon
ya ampoon
ya ampooon
kah kah kah






SATU SERANGAN JANTUNG





KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH







LIHAT INI PULA








NOTA:
ini gambar najib
bersama Philip hammond
menteri pengangkutan britain
mereak sedang melawat stesen keretapi di london

perhatikan betul betul
tali leher menteri british ini
kah kah kah

PAS Negeri Sembilan

Posted: 15 Jul 2011 09:19 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Ceramah Ustaz Fuad 16 Julai 2011 Senawang

Posted: 14 Jul 2011 09:27 PM PDT


CERAMAH PERDANA
Sempena Isra Miraj dan Menjelang Ramadhan
Tarikh : 16 Julai 2011, SABTU
Masa : 8 malam
Tempat : Dataran/Padang Taman Tuanku Jaafar Fasa 1, Senawang (berhampiran BSN)
Penceramah : Al Fadhil Ustaz Mohd Fuad bin Othman

Semua dijemput hadir


Ceramah Pra Ramadhan 29 dan 30 Jul 2011 Seremban

Posted: 14 Jul 2011 09:26 PM PDT



CERAMAH MENJELANG RAMADHAN
Oleh : Tuan Guru Nik Razi Nik Mat
Tarikh : 29 Julai 2011 (Jumaat)
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Tasik Jaya Fasa 1, Senawang

CERAMAH DI AMBANG RAMADHAN
Oleh : Tuan Guru Nik Razi Nik Mat
Tarikh : 30 Julai 2011 (Sabtu)
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Madrasah Al-Badru (Pasti As-Sibyan), Taman Dusun Setia, Seremban

Semua di jemput hadir

MTD N24 Bemban

Posted: 15 Jul 2011 09:02 PM PDT

MTD N24 Bemban


LAWATAN JPN KE MTD N24 BEMBAN

Posted: 15 Jul 2011 01:37 AM PDT

PENGERUSI DAN AHLIJAWATANKUASA MAJLIS TINDAKAN DUN N24 BEMBAN MENGALU-ALUKAN KEDATANGAN ROMBONGAN JPN MELAKA KE MTD N24 BEMBAN 
TARIKH:12 SYAABAN 1432/16 JULAI 2011
TEMPAT:SURAU NURUL IMAN@MARKAS UPU KESANG TUA
MASA:9.MALAM
KEHADIRAN:AJK MTD N24 BEMBAN,KETUA DAN AJK UPU-UPU 01 PONDOK KEMPAS,02 AYER KANGKONG,03KESANG TUA,04AYER BARUK,05 TAMAN MAJU,06 SERI BEMBAN,07 TEHEL,08KESANG JAYA DAN 09 AYER PANAS

Rembau Hari Ini

Posted: 15 Jul 2011 07:43 PM PDT

Rembau Hari Ini


Ceramah Ustaz Fuad 16 Julai 2011 Senawang

Posted: 14 Jul 2011 09:24 PM PDT



CERAMAH PERDANA
Sempena Isra Miraj dan Menjelang Ramadhan
Tarikh : 16 Julai 2011, SABTU
Masa : 8 malam
Tempat : Dataran/Padang Taman Tuanku Jaafar Fasa 1, Senawang (berhampiran BSN)
Penceramah : Al Fadhil Ustaz Mohd Fuad bin Othman

Semua dijemput hadir

Ceramah Pra Ramadhan 29 dan 30 Jul 2011 Seremban

Posted: 14 Jul 2011 09:24 PM PDT


CERAMAH MENJELANG RAMADHAN
Oleh : Tuan Guru Nik Razi Nik Mat
Tarikh : 29 Julai 2011 (Jumaat)
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Tasik Jaya Fasa 1, Senawang

CERAMAH DI AMBANG RAMADHAN
Oleh : Tuan Guru Nik Razi Nik Mat
Tarikh : 30 Julai 2011 (Sabtu)
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Madrasah Al-Badru (Pasti As-Sibyan), Taman Dusun Setia, Seremban

Semua di jemput hadir


PAS Kawasan Miri

Posted: 15 Jul 2011 07:22 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Ratu Elizabeth Sindir PM Malaysia Dengan Kuning???

Posted: 15 Jul 2011 05:24 PM PDT

Kesilapan Pihak Istana (Royal)?
Jumaat, 15 Julai, 2011 GMT
Pihak Istana pasti akan menjalankan siasatan yang teramat memalukan akibat kecuaian pada bahagian Ratu apabila dia bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib semalam. Bagaimana kemuliaan seorang Ratu telah dibenarkan untuk membuat apa-apa kesilapan yang memalukan?
Tidak mungkin ada pakaian yang lebih berkilau terang dalam almari pakaian diraja. Brilliant bakung kuning! Dari kepala ke kaki! Jika Ratu berjalan mengunakan pakaian ini di KL minggu lepas, sudah pasti beliau juga ditangkap! Tiada persoalan tentang hal itu!
Kegagalan taklimat?
Ratu mempunyai pasukan penasihat yang akan memberi taklimat ringkas dan teliti merancang semua majlis-majlis negeri yang beliau hadiri. Bagaimana mereka telah gagal untuk memberitahu cerita yang terbesar keluar dari Malaysia dan berulang-ulang di UK beberapa hari yang lalu? Dia MESTI telah dimaklumkan mengenai sensitiviti kuning warna? Jika tidak, seperti yang kita katakan di UK, "kepala mesti berputar" Melainkan sudah tentu, Ratu lakukan dengan sengaja?

Royal Blunder?
Friday, July 15th, 2011 GMT - From Sarawak Report
The palace will surely be running an enquiry into the shockingly embarrassing faux pas on the part of the Queen when she met the Prime Minister Najib yesterday. How could her majesty have been allowed to make such an appalling blunder?
There could not be a more glaringly bright garment in the royal wardrobe. Brilliant daffodil yellow! From head to toe! If her majesty had worn this on the streets of KL the previous week, she would have been arrested! No question about it!

Briefing Failure?
The Queen has teams of advisors who brief her and carefully plan all her state occasions. How could they have failed to inform her of the biggest story coming out of Malaysia and repeated in the UK the past few days?
She MUST have been informed of the sensitivity of the colour yellow? If not, as we say in the UK, "heads must roll" Unless of course, her majesty did it on purpose?

PS: Adakah kerajaan Malaysia akan mengharamkan Ratu Elizabeth dan PM British dari memasuki Malaysia akibat layanan serta melanggar larangan kerajaan BN menggunakan pakaian warna kuning??? Tepuk dada tanya Menteri dalam negeri Malaysia apa tindakan atau caj yang akan dikenakan pada mereka yang melanggar larangan tersebut??? Malaysia oh Malaysia! Apa nak jadi dengan pimpinan BN, seluruh dunia ketawa melihat betapa kalakarnya undang-undang di Malaysia apabila warna kuning dan bersih di haram di Malaysia.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 15 Jul 2011 03:06 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


SPRM digesa siasat dakwaan Rosmah beli cincin RM24j

Posted: 15 Jul 2011 01:07 AM PDT

Susan Loone
Jul 14, 11
9:05am
14K
Sebuah kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia cawangan Pulau Pinang berhubung dakwaan pembelian sebentuk cincin oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

samm police report on rosmah diamond ring 130711 badrul hisham shaharinKetua SAMM Badrul Hisham Shaharin berkata beliau juga akan menyerahkan salinan cetakan dokumen itu dari skrin komputer bagi membuktikan pembelian cincin berharga RM24.4 juta itu bebas daripada dikenakan cukai import.

Menurut Badrul, yang popular dengan panggilan Chegubard, berdasarkan maklumat yang diterima SAMM pada 16 April lalu, berlian yang dikenali sebagai"Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond" diterbangkan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Harga barangan itu diletakkan pada RM24,458,400, dakwanya.

Antara maklumat tertera pada cetakan komputer itu adalah:

Nama Barangan:
Natural Fancy Blue Gray Cushion Cut Diamond
Nama Pengekspot: Jacob & Co dari New York
Nama Pengimpot: Datin Seri Paduka Rosmah Mansor dan Jeremi Beh Sin Tee
Tarikh Impot: 6-04-2011
Tempat Impot: KLIA

Sehubungan itu, Badrul menggesa SPRM mengadakan siasatan secara terperinci dan telus sebelum menyatakan hasil siasatan.

"Kita mendesak SPRM untuk tampil menyatakan hasil siasatan mereka kepada umum kerana ini melibatkan bukan sedikit jumlah wang rakyat Malaysia."

Beliau berkata cetakan maklumat yang diperolehi "hampir mustahil" untuk dipalsukan.

samm police report on rosmah diamond ring 130711 group"Hampir mustahil untuk seseorang membekalkan butiran penerbangan, nama pegawai kastam yang bertugas, nama pengimport dan sebagainya," kata beliau.

"Ini mengingatkan kita kepada negara jiran kita yang pernah dihancurkan oleh seorang wanita pertama yang bernama Imelda Marcos. Kita tidak mahu negara kita jadi begitu.

"Cukuplah rakyat yang terseksa. Kita tidak mahu orang yang bernama sebagai wanita pertama bersikap sedemikian rupa." tambahnya.

Badrul turut menggesa Rosmah tampil memberi penjelasan bersabit dakwaan itu, khususnya mengenai cetakan maklumat pengisytiharan Kastam yang diperolehinya.

Beliau juga berkata syarikat Jacob dan Co yang dikatakan mengeksport cincin itu, turut dikaitkan dengan barangan perhiasan yang diguna oleh isteri Perdana Menteri.

NONE"Jacob & Co merupakan sebuah syarikat yang berpengkalan di New York. Beberapa barang keluarannya yang terpapar dalam web sitenya, kita dapat padankannya dengan beberapa perhiasan yang sering dipakai oleh Rosmah Mansor," katanya.

Beliau juga mempersoalkan bagaimana pengimport cincin berlian itu mendapat pengecualian cukai bagi membawa masuk perhiasan itu.

"Adakah suami individu yang dinamakan di atas menggunakan kuasanya sebagai Menteri Kewangan untuk memperolehi cukai kosong itu?" soalnya.

Keganasan POLIS

Posted: 15 Jul 2011 12:17 AM PDT

Mohd Sabri Said

BALIK PULAU, 15 Julai: Roslan Hussain, 41, mengalami keretakan pada tulang dagu, dua batang gigi patah serta terpaksa menerima 20 jahitan di bahagian luar dan dalam mulut akibat terkena kelongsong gas pemedih mata pada himpunan Bersih 2.0.

Ketika kejadian, beliau yang datang secara berkumpulan dari Balik Pulau memasuki kawasan KL Sentral setelah makan di sebuah premis makanan segera di situ.

Selepas menunaikan solat Zohor, lalu beliau keluar bersama kumpulan yang lebih ramai, tiba-tiba polis bertindak menghalau untuk menghalang orang ramai berkumpul.

Katanya, pada masa orang ramai berasak-asak dan ketika itu terasa satu benda keras terkena tepi mulut.

Waktu itu dia hanya rasa kebas sahaja tetapi apabila lepas beberapa minit berlari mengelak daripada kepedihan asap pemedih mata ada orang menegur mulutnya berdarah.

"Semasa kena, saya terasa kebas sahaja manakala di bahagian dada rasa panas. Pada mulanya saya ingatkan batu rupanya pemedih mata. Terbukti pasukan keselamatan menembak paras kepada tidak ke atas seperti mana biasa," terangnya pada Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff dan Yang Dipertua PAS Balik Pulau, Ustaz Fauzi Yusoff serta rakan taulan yang datang menziarahinya.

Menurutnya, dalam keadaan bajunya berlumuran darah dan sakit yang teramat sangat lalu mendapatkan teksi untuk ke Pusat Perubatan Univesiti Malaya.

"Di sana saya melihat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad juga ada beliau menerima enam jarum di bahagian belakang kepala," katanya.

Setelah kembali ke Balik Pulau beliau terus mendapatkan pemeriksaan di sebuah hospital swasta dan pihak hospital mendapati kecederaan serius di bahagian dagu.

Doktor terpaksa mengikat giginya buat sementara dengan kos RM480 sebelum pembedahan dengan anggaran RM10,000.

Fauzi menyiifatkan itu adalah antara keganasan polis yang menggunakan kekerasan untuk menyuraikan perhimpunan aman Bersih 2.0.

Katanya, mereka bertindak ikut suka hati malahan tiada perikemanusiaan terhadap orang ramai yang menyertai perhimpunan Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil yang datang secara aman.

Yusmadi pula menyarankan Roslan membuat laporan polis segera kerana beliau telah diperlakukan sebegitu rupa sedangkan tidak melawan polis.

PAS FAIL SAMAN POLIS & MDN LEPAS JUMAAT NI...

Posted: 14 Jul 2011 09:19 PM PDT

KUALA LUMPUR, 15 Julai — Mendakwa penahanan tanpa sah, PAS akan memfailkan kes saman sivil — yang pertama berkisar perhimpunan Bersih 2.0 ke atas polis dan Menteri Dalam Negeri di Mahkamah Tinggi Shah Alam petang ini.

Ketika dihubungi, Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Selangor Zainal Said berkata, saman itu dibuat kerana pihak berkuasa telah menahan seorang ahli parti Islam itu, tindakan yang disifatkan sebagai tidak mengikut undang-undang.

Musafri Abdullah Azmi, 27, telah ditahan pada 24 Jun lalu kerana memiliki kemeja-T yang tertulis perkataan Bersih 2.0 di Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan, Padang Jawa di Klang.

"Petang ini kita mewakili seorang ahli kita yang ditahan kerana memilik baju Bersih 2.0, dia telah ditahan secara salah.

"Saman sivil ini dibuat kerana kita mahu tuntut ganti rugi dan mahu barang-barang yang dirampas dikembalikan semula kepada ahli kita," kata Zainal.

Kata Zainal, pihaknya menamakan pegawai penangkap, Ketua Polis Shah Alam ACP Zahedi Ayob dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai defendan.

Tindakan petang ini merupakan yang pertama dalam siri saman yang hendak dibawa oleh PAS, kata Setiausaha Lajnah Undang-undang parti itu, Abang

Ahmad Kerdee Abang Masagus ketika dihubungi The Malaysian Insider.

"Kami memutuskan untuk memfailkan kes di Selangor hari ini sebab kes pertama penahanan berlaku di Selangor, selepas Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengisytiharkan bahawa bahan-bahan berkaitan Bersih 2.0 adalah haram," kata beliau.

"Kes yang dibawa hari ini berkaitan dengan tahanan praperhimpunan Bersih, selepas ini akan ada banyak lagi kes," kata beliau lagi.

Semalam, Juham Dewan Pemuda PAS pusat telah melancarkan kempen Aduan Keganasan Polis 9/7 yang bertujuan untuk mengumpul segala maklumat daripada orang awam berkaitan salah laku dan keganasan yang dilakukan oleh pihak polis dalam perhimpunan aman Bersih 2.0 di sekitar Kuala Lumpur Sabtu lalu.

Sementara itu, Pengarah Juham Dewan Pemuda PAS pusat Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata melalui saman sivil itu pihaknya mahu mahkamah mengisytiharkan bahawa segala bentuk penahanan dan rampasan dilakukan pihak berkuasa dalam isu Bersih 2.0 bertentangan dengan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.

"Kita nak mahkamah beri satu deklarasi bahawa penahanan ahli kita ini salah di sisi undang-undang sebab tiada undang-undang kata memakai baju itu salah, yang salah tidak pakai baju.

"Kita juga mahu mahkamah beri satu deklarasi bahawa segala yang dirampas dipulangkan dan rampasan yang dibuat itu adalah salah dan bertentangan dengan undang-undang serta perlembagaan," katanya.

APA CER? BARU NI NAFI... SEKARANG TUBUH PANEL KHAS..

Posted: 14 Jul 2011 05:50 PM PDT

KUALA LUMPUR, 14 Julai — Dilihat sebagai perkembangan dilihat mengejutkan banyak pihak, Kementerian Kesihatan memutuskan untuk mengadakan satu jawatankuasa inkuiri tahap tinggi bagi menyiasat insiden pihak polis menyasakan Hospital Tung Shin di sini ketika cuba meleraikan perhimpunan Bersih 2.0 pada Sabtu lalu.

Jawatankuasa itu akan diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Kamarul Zaman Md Isa, kata menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam satu kenyataan malam ini.

Sehubungan itu kata Liow, beliau percaya langkah ini akan memperjelaskan pelbagai kenyataan yang bercanggah, yang dibuat pelbagai sejak beberapa hari lalu.

Justeru kata Liow, beliau percaya jawatankuasa tersebut akan mengadakan satu proses siasatan mendalam dan secara telus, yang menurutnya sangat penting dan perlu memandangkan keselamatan pesakit dan hospital adalah penting.

"Orang ramai yang menyaksikan insiden itu boleh tampil membantu inkuiri. Mereka yang mahu identiti mereka tidak dikenali juga boleh berbuat demikian," kata Liow lagi.

Dalam satu kenyataan awal pagi, Tony Pua, setiausaha publisiti DAP kebangsaan mahu kerajaan pusat sewajarnya memohon maaf secara terbuka kepada Hospital Tung Shin kerana melepaskan air berasid dan gas pemedih mata dalam menyuraikan perhimpunan Bersih 2.0 pada Sabtu lalu.

Pua mendakwa kerajaan cuba menutup kesalahan polis dan oleh itu, tidak berguna bagi kerajaan untuk terus menafikan apa yang telah berlaku.

"Ketua Polis Negara (Tan Sri Ismail Omar), Menteri Kesihatan dan Presiden MCA (Datuk Seri Dr Chua Soi Lek) harus dengan segera meminta maaf kepada Hospital Tung Shin kerana melanggar wilayahnya dan kepada semua rakyat Malaysia kerana cuba menutup kesalahan pasukan polis," kata beliau.

Dalam satu kenyataan lewat malam tadi, sekumpulan 11 doktor menegaskan mereka bersedia untuk menyediakan afidavit berkanun untuk mengatakan bahawa pihak polis ada melepaskan air berasid dan gas pemedih mata ke atas kawasan Hospital Tung Shin dan Bersalin Cina di Jalan Pudu ketika perhimpunan Bersih 2.0.

Seramai 11 doktor yang berkata berada di lokasi ketika kejadian menegaskan, mereka kecewa dengan tindakan polis itu tanpa mempedulikan keselamatan pesakit dan doktor.

"Kami, doktor-dotkor yang menurunkan tandatangan di bawah, tidak mahu menyertai polemik perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011, tetapi mahu menjelaskan kebenaran tentang keadaan tidak selesa yang wujud (hari itu)," kata mereka.

Justeru, kenyataan itu bercanggah dengan respons Liow yang telah menafikan polis ada melepaskan air berasid dan gas pemedih ke atas kawasan hospital, sebaliknya tambah beliau ia disebabkan oleh pergerakan angin pada masa kejadian.

Kelmarin, Dr Chua, yang juga bekas menteri kesihatan pula berkata, pihak polis terpaksa bertindak demikian bagi melindungi pesakit-pesakit daripada peserta perhimpunan Bersih 2.0 yang cuba berselindung di kawasan itu.

Kenyataan media itu ditandatangani oleh Dr Musa Nordin, Dr Sheikh Johari Bux, Dr Ng Kwee Boon, Dr Ng Swee Choon, Dr Ronald Macoy, Dr David Quek, Dr Mary Cardozo, Dr Farouk Musa, Dr Mazeni Alwi, Dr Pixie Low dan Dr Steve Wong.

"Adalah menjijikkan pihak berkuasa yang diamanahkan tanggungjawab kepolisian menjaga negara dan melindungi mereka yang lemah, tanpa rasa malu menafikan perbuatan mereka secara umum, di sebalik kejadian itu disokong banyak gambar, video dan pengakuan saksi termasuk pemerhati berkecuali," kata mereka dalam kenyataan itu.

"POLIS GUNA TINDAKAN 'RINGAN'".. KALI NI AKU 'SETUJU' DGN NAJIB

Posted: 14 Jul 2011 05:27 PM PDT

KUALA LUMPUR, 14 Julai — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pihak polis menggunakan tindakan yang sewajarnya dalam usaha menyuraikan perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara Sabtu lalu.

"Ia (tahap tindakan polis) agak ringan sebab meskipun ia dikenakan, mereka (yang ditahan) telah dibebaskan selepas lapan jam dan mereka dilayan dengan baik," kata beliau dalam temu bual dengan CNN hari ini.

"Tiada penggunaan tindakan yang tidak wajar dan penunjuk perasaan disuraikan dengan menggunakan pasukan yang minumum," katanya.

Najib juga mengetepikan perhimpunan Sabtu lalu memperjuangkan pilihan raya bebas dan adil atas alasan ia bersifat tidak berkecuali dan menekankan pentadbirannya komited untuk "mengadakan (pembaharuan sistem pilihan raya) lebih baik."

.... aku bersangat le 'setujuuuuuuuu'....

MENGAKU SALAH RAKAM WANITA DALAM TOILET

Posted: 14 Jul 2011 03:32 PM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja am hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas kesalahan merakam aksi seorang wanita di dalam tandas.

Khairulsfairuse Ahmad Madli, 30, melakukan kesalahan itu menggunakan telefon bimbitnya di tandas wanita, Unit Forensik, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia ketika wanita berusia 31 tahun itu sedang membuang air pada 10.45 pagi, 7 Julai lepas.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Majistret Abdullah Siddiq Mohd Nasir memerintahkan tertuduh dijamin sebanyak RM5,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 Ogos untuk menjatuhkan hukuman.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Rozana Husin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 15 Jul 2011 03:06 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


MISTERI GAMBAR HARAM TERBONGKAR !

Posted: 15 Jul 2011 02:11 PM PDT


Sebelum ni T-shirt Kuning BERSIH diharamkan oleh as-syeikh Menteri Dalam Negeri yang memegang fatua walaupun gambar dan video lucah fitnah dibenarkan dipaparkan disemua media. Tang gambar ni diharamkan pulak. Sepatutnya gambar ini menjadi bukti ada agensi yang bertanggungjawab tidak buat kerja elok. Atau ada syarikat yang tak pantau pembinaan tangga dan jeti di pantai. Ini merbahaya pada orang ramai, nelayan dan apatah lagi orang kenamaan serta pimpinan negara.

JASIN, 15 Julai - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian Negeri Melaka, Datuk R.Perumal (kanan) melepaskan benih anak ikan Lampam ke dalam Sungai Tehel, di sini, hari ini. Turut serta Anggota Dewan Undangan Negeri Bemban Chua Kheng Hua (kiri).

Pihak Bernama telah menerima arahan berikut "ARAHAN KETUA PENGARAH PERIKANAN MALAYSIA DAN PENGERUSI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN DESA DAN PERTANIAN NEGERI MELAKA SUPAYA TIDAK MENGGUNAKAN GAMBAR INI".

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj2uWaD6GF0K7fguHax9G9TQ36gEfM3Ak9nEh3IpvZAJK3lR1vqsjoEGVB2Ny_Rmt6tzmllM-7zSNopntWmfN3b5errbdWxEL_H24VqaHaB2EqZ0q6vz4Koqjve-DZN6pf3Qd9LgfCTgfs/s1600/JALANRAYA.jpg

SAPA BULI SIAPA ? PENENTANG BERSIH ATAU PEJUANG BERSIH ?

Posted: 15 Jul 2011 04:32 AM PDT


Malangnya Rakyat Malaysia seperti kata Wartawan Indonesia : Malaysia Negara kaya tapi tidak bebas! Rakyat Malaysia yang memperjuangkan BERSIH bukan nak bebas makan rasuah atau bebas minum arak atau bebas main judi seperti segelintir pemimpin UMNO dan anak pemimpin UMNO .
Tapi hanya untuk berhimpun secara aman


Apa Pak Samad komen tentang PM Najib ?











Rakyat Malaysia kenal beliau, jahat sangatke beliau?

Malaysiakini melaporkan bahawa beberapa peserta perhimpunan BERSIH menggesa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyiasat dakwaan keganasan polis yang dialami mereka semasa perhimpunan itu Sabtu lalu.Diketua ahli jawatankuasa pemandu BERSIh 2.0, Maria Chin Abdullah, kira-kira 30 peserta menyerahkan memorandum kepada timbalan pengerusi Suhakam, Datuk Dr Khaw Lake Tee di ibupejabat suruhanjaya itu di Kuala Lumpur hari ini.

Antara yang membuat pengaduan ialah Azhar Kassim, anak saudara Allahyarham Baharudin Ahmad; Aktivis dari Sarawak Hii Tiong Huat; Liew Seng Tat, yang dikasari Polis berdekatan Hospital Tung Shin, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, yang dilanggar oleh Land Rover Polis dan seorang Pemuda India yang hanya dikenali sebagai Arun.

Selain mereka ini beberapa orang yang cedera ialah Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim; Ahli Jawatakuasa PAS Pusat, Khalid Samad; Pengawal Peribadi Anwar Ibrahim dan lain-lain. Kita juga dapat melihat ribuan peserta Himpunan Bersih yang dikasari dengan gas pemedih mata, air kimia dan juga tindakan-tindakan ganas sebagaimana yang ditunjukkan di stesyen TV swasta dan antarabangsa selain dari internet.

benarkah WANITA PERTAMA & WANITA PERMATA orang yang sama ?

Posted: 14 Jul 2011 11:47 PM PDT




Mahfuz Omar bertanya Di mana Rosmah dapat wang?
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didesak supaya menyiasat sumber kewangan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hingga beliau mampu untuk memiliki cincin dan gelang tangan bertatahkan berlian.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato' Mahfuz Omar berkata, SPRM harus menjalankan siasatan segera bagaimana, Rosmah sebagai seorang suri rumah mampu memakai cincin dan gelang tangan berlian.
Selepas tersiar dalam laman-laman web mengenai cincin berlian milik Rosmah bernilai RM73 juta yang diimport dari Amerika Syarikat tanpa membayar cukai, tersebar pula gambar Rosmah juga memakai gelang tangan berlian seberat 65 karat bernilai RM1.65 juta.
"SPRM mesti telus dalam siasatannya. Di mana Rosmah dapat wang, pada hal beliau hanya seorang suri rumah sahaja," kata Mahfuz ketika dihubungi FMT hari ini.
Beliau yang juga Naib Presiden PAS menegaskan bahawa sudah tentu Rosmah tidak mampu. Begitu juga suaminya (Datuk Seri) Najib Tun Razak tidak akan mampu membelinya dengan gaji sebagai seorang perdana menteri.
"Kita bimbang berlaku penyelewengan. Kemungkinan ada pihak-pihak yang berkepentingan yang 'memberi' barang-barang mewah itu kepada Rosmah.
"Maka kita pun nak tahu apa yang mereka dapat daripada Rosmah sehingga mereka sanggup menghadiahkan barang-barang yang sangat bernilai itu," terang beliau.
Mahfuz berkata, sekiranya Rosmah menggunakan wang dari orang ramai (taxpayers' money) sepertimana yang didakwa oleh setengah- setengah pihak, siapa yang bertanggungjawab melulus dan mengeluarkan wang untuk Rosmah.
"Memandangkan sudah ada pihak yang membuat laporan kepada SPRM, suruhanjaya itu harus menjalankan siasatan segera berhubung cincin dan gelang tangan itu," katanya.
Presiden Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin telah membuat laporan di pejabat SPRM di Pulau Pinang kelmarin berhubung dengan cincin berlian ini.

Najib, Rosmah ada kepentingan
Beliau yakin Najib dan Rosmah ada kepentingan dalam perkara ini, lagi pun kedua-dua item ini tidak dikenakan cukai dari Jabatan Kastam.
"Kita harus ingat bahawa Jabatan Kastam terletak di bawah Kementerian Kewangan dan Najib adalah juga Menteri Kewangan," tegas beliau.
Mahfuz berkata, kita harus mencari jalan bagaimana untuk mendesak supaya Najib mengambil cuti atau digantung tugasnya sebagai perdana menteri sementara siasatan dijalankan terhadap beliau dan Rosmah.
"Memandangkan Yang DiPertuan Agong tidak mempunyai kuasa untuk memecat Perdana Menteri, maka kita harus mencari jalan supaya beliau (Najib) mengambil cuti atau jawatannya digantung buat sementara," terang beliau.
Kelmarin, beberapa blogger melaporkan bahawa cincin berlian berharga RM73 juta itu dibawa masuk ke negara ini melalui syarikat Jacob & Co, milik Jacob Arabo, seorang ahli perniagaan berbangsa Yahudi.
Sementara blogger lain, "Semut and Papan Kekunci" menyiarkan gambar Rosmah memakai gelang tangan berlian seberat 65 karat berharga RM1.65 juta.
Dalam perkembangan yang lain, Mahfuz memberitahu bahawa Najib akan mengimpot empat atau lima buah kereta mewah tidak lama lagi dan beliau pasti Najib tidak membanyar duti import yang mencecahkan jutaan ringgit itu.
"Sebagai Menteri Kewangan di mana Jabatan Kastam terletak di bawah kawalseliaannya, saya yakin beliau tidak akan membayar cukai import," katanya.
-freemalaysiatoday-

NGERI MELIHAT MANGSA KEKEJAMAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI

Posted: 14 Jul 2011 10:06 PM PDT


Mangsa Kelonsong Pemedih Mata model baru ini memang merbahaya kepada manusia.
Buatlah Laporan Polis beramai-ramai. kalau ada 50,000 peserta BERSIH maka setiap dari 50,000 orang itu wajar membuat laporan polis hasil dan saksi kekejaman polis tak kira samada FRU atau SB.


Mulut dijahit terkena kelongsong pemedih mata
Mohd Sabri Said
Takziah pada nasib mangsa Moh Sabri yang telah dicederakan oleh kelonsong pemedih mata . Mudahan beliau bertambah semangat dan gigih berjuang untuk Islam .
BALIK PULAU, 15 Julai: Roslan Hussain, 41, mengalami keretakan pada tulang dagu, dua batang gigi patah serta terpaksa menerima 20 jahitan di bahagian luar dan dalam mulut akibat terkena kelongsong gas pemedih mata pada himpunan Bersih 2.0.

Ketika kejadian, beliau yang datang secara berkumpulan dari Balik Pulau memasuki kawasan KL Sentral setelah makan di sebuah premis makanan segera di situ.

Selepas menunaikan solat Zohor, lalu beliau keluar bersama kumpulan yang lebih ramai, tiba-tiba polis bertindak menghalau untuk menghalang orang ramai berkumpul.

Katanya, pada masa orang ramai berasak-asak dan ketika itu terasa satu benda keras terkena tepi mulut.

Waktu itu dia hanya rasa kebas sahaja tetapi apabila lepas beberapa minit berlari mengelak daripada kepedihan asap pemedih mata ada orang menegur mulutnya berdarah.

"Semasa kena, saya terasa kebas sahaja manakala di bahagian dada rasa panas. Pada mulanya saya ingatkan batu rupanya pemedih mata. Terbukti pasukan keselamatan menembak paras kepada tidak ke atas seperti mana biasa," terangnya pada Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff dan Yang Dipertua PAS Balik Pulau, Ustaz Fauzi Yusoff serta rakan taulan yang datang menziarahinya.

Menurutnya, dalam keadaan bajunya berlumuran darah dan sakit yang teramat sangat lalu mendapatkan teksi untuk ke Pusat Perubatan Univesiti Malaya.

"Di sana saya melihat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad juga ada beliau menerima enam jarum di bahagian belakang kepala," katanya.

Setelah kembali ke Balik Pulau beliau terus mendapatkan pemeriksaan di sebuah hospital swasta dan pihak hospital mendapati kecederaan serius di bahagian dagu.

Doktor terpaksa mengikat giginya buat sementara dengan kos RM480 sebelum pembedahan dengan anggaran RM10,000.

Fauzi menyiifatkan itu adalah antara keganasan polis yang menggunakan kekerasan untuk menyuraikan perhimpunan aman Bersih 2.0.

Katanya, mereka bertindak ikut suka hati malahan tiada perikemanusiaan terhadap orang ramai yang menyertai perhimpunan Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil yang datang secara aman.

Yusmadi pula menyarankan Roslan membuat laporan polis segera kerana beliau telah diperlakukan sebegitu rupa sedangkan tidak melawan polis.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 15 Jul 2011 01:28 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Lagi bukti kepincangan SPR : Satu orang ada dua tempat mengundi.

Posted: 15 Jul 2011 10:22 AM PDT



Kredit to Blogger Legendz

Dua nama ini mempunyai dua tempat mengundi. Perhatikan gambar pertama, dua orang (Daud Bin Mohamad) yang mempunyai nama yang sama, I.C sama tetapi tempat mengundi ada dua, begitu juga gambar kedua, orang yang mempunyai nama sama (Asia Binti Osman), I.C sama tetapi tempat mengundi yang berbeza.

Atas sebab itulah BERSIH di adakan bagi membersihkan kembali peranan SPR yang di lihat pasif dan hanya membuat kerja bagi memenangkan pihak pemerintah.

Hari ini Pengerusi SPR begitu angkuh untuk menerima nasihat dengan menganggap mereka tidak perlu perubahan. Namun realitinya pada hari ini terlalu banyak kelompangan yang berlaku pada SPR.

Bukti ini hanyalah salah satu contoh dari berpuluh-puluh lagi contoh ketidak telusan dan kepincangan SPR yang ada pada hari ini dan ia sendiri telah di bukti kan.

Puncanya adalah di sebabkan campur-tangan BN-UMNO yang merosakkan sistem SPR itu sendiri sehingga terlupa peranan mereka itu yang seharusnya bebas dan telus, bukan bias kepada mana-mana pihak.

SPR perlu berubah...jika tidak BERSIH 3.0 akan menyusul, yang sendiri akan mengaibkan BN dan SPR secara tidak langsung di mata dunia.

PAS Cawangan Damansara Damai

Posted: 15 Jul 2011 01:27 PM PDT

PAS Cawangan Damansara Damai


Usrah 15 Julai 2011

Posted: 15 Jul 2011 09:23 AM PDT


Usrah malam ni ramai ahli hadir. Isu utama yang dibincangkan ialah isu khutbah di Masjid Damansara Damai di mana ada ahli kariah yang bertempik tak bersetuju dengan khatib yang menyentuh isu bersih.

Seorang jemaah membuat laporan polis dan polis mengambil keterangan dari Nazir dan Imam 1.

Kedua, tentang himpunan Bersih 2.0. Pengalaman dan pengajaran yang diambil dari himpunan.

Pas Cawangan Kota Kemuning

Posted: 15 Jul 2011 01:08 PM PDT

Pas Cawangan Kota Kemuning


Warna Kuning...

Posted: 15 Jul 2011 02:13 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 15 Jul 2011 11:49 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


PERASMIAN CHENG HO INTERNATIONAL FOOD FESTIVAL 2011.

Posted: 14 Jul 2011 06:16 PM PDT








Azhar tuntut keadilan kematian Baharuddin

Posted: 14 Jul 2011 06:08 PM PDT

KUALA LUMPUR, 14 Julai: Anak saudara Allahyarham Baharuddin Ahmad, Azhar Kassim, hari ini tampil di ibu pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), di sini, untuk menuntut keadilan di atas kematian bapa saudaranya.
Beliau tampil bersama Jawatankuasa Bersih 2.0, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan beberapa saksi tindakan penggunaan kekerasan tidak munasabah polis lain ketika menyuraikan perhimpunan aman Bersih 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu.
Ketika membuat pengaduannya, Azhar berkata, kematian Allahyarham amat mengejutkan beliau dan seluruh keluarganya kerana Allahyarham tidak mengalami masalah kronik.
"Dia sihat. Dia tak menghidapi masalah jantung. Dia tak ada penyakit lelah. Dia hanya ada sedikit penyakit darah tinggi tetapi tak kronik. Kematiannya berlaku dengan tiba-tiba. Jadi kematiannya amat memeranjatkan saya dan seluruh keluarganya. 
"Allahyarham adalah bekas tentera dan kini menjadi polis simpanan. Beliau bukan orang kaya. Beliau meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak yang masih kecil dan masih bersekolah," katanya.
Sehubungan itu, beliau memohon kepada pihak Suhakam untuk menuntut keadilan dari pihak kerajaan berhubung kematian bapa saudaranya itu.
Allahyarham Baharuddin Ahmad didakwa meninggal dunia disebabkan kekasaran polis dan kegagalan mereka untuk memberikan bantuan perubatan yang sepatutnya dan pada masanya kepada beliau.
Cerita mengenai punca kematian Baharudin mula merebak sebaik sahaja jenazah Allahyarham dikeluarkan dari rumah mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) jam 3 pagi 10 Julai lalu selepas menjalani post mortem.
"Empat tulang dadanya didapati patah manakala tiga batang giginya juga patah," kata Azhar kepada pihak Suhakam yang diwakili oleh Naib Pengerusi Suhakam, Prof Datuk Dr Khaw Lake Tee dan Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sa'ani Abdullah. 
Bersih 2.0 dalam kenyataannya 11 Julai lalu mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Baharuddin Ahmad sambil menuntut pihak berkuasa supaya tidak berdalih lagi dengan hakikat bahawa polis telah menggunakan kekerasan yang berat terhadap para peserta Bersih 2.0.
"Ini (kematian Baharuddin) hanyalah salah satu daripada pelbagai tindakan polis pada 9 Julai yang lalu yang mengakibatkan kecederaan teruk," tegas kenyataan itu.
Sementara empat peserta perhimpunan aman itu yang turut membuat pengaduannya masing-masing menceritakan pengalaman traumatik mereka apabila diperlakukan oleh pihak polis dengan tidak sepertinya.
Salah seorang daripada mereka mendakwa seorang anggota polis mengancam untuk membunuhnya ketika menangkapnya, sewaktu beliau sedang berjalan kaki di hadapan Dataran Pahlawan dengan sepupunya pada jam 4.10 petang selepas perhimpunan itu telah bersurai.
Menurutnya, kemudian dia ternampak sekumpulan FRU hendak menyerbu ke arah seorang lelaki muda yang tidak melakukan apa-apa kesalahan tetapi hanya sedang berdiri di atas jalan.
"Saya meminta mereka jangan memukul lelaki itu kerana dia tidak berbuat apa-apa pun. Anggota FRU menyerbu ke arah saya, manakala sepupu saya yang meminta polis jangan memukulnya, turut ditangkap," katanya.
Beliau mendakwa polis menendang dan menumbuknya semasa ditangkap dan mencederakan di bahagian atas dahinya dan di bahagian bawah tangannya.
Pengadu lain termasuk aktivis Sarawak, Hii Tiong Huat yang ditahan sehari sebelum perhimpunan aman itu turut menceritakan tindakan yang tidak sepatutnya yang dilakukan oleh pihak polis terhadap beliau, apabila beliau ditendang dan ditumbuk sesuka hati oleh pihak polis.
Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah yang turut hadir di pejabat Suhakam hari ini bagi menyerahkan memorandum bagi pihak mangsa-mangsa kekerasan polis pada perhimpunan itu, ketika membacanya pengaduannya antara lain turut menyebut kenyataan awal Bersih 2.0 berhubung kes yang membabitkan Allahyarham Baharuddin. 
Manakala antara bukti-bukti kes lain pula yang turut disebut oleh beliau termasuk kejadian cederaan lutut Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pada hari perhimpunan itu akibat tindakan kekerasan polis yang melanggar motosikal yang ditumpanginya.
Sejurus selepas itu, Mohamad Sabu turut hadir di pejabat Suhakam dengan berkerusi roda yang terpaksa ditolak oleh pembantunya untuk menceritakan sebahagian pengalaman buruknya pada perhimpunan itu kepada pihak Suhakam.

Isu baca hadis: Islam bukan untuk Melayu sahaja

Posted: 14 Jul 2011 06:06 PM PDT

KUALA LUMPUR, 14 Julai: Al Quran dan Hadis diturunkan sebagai rahmat seluruh alam, dan bukan hanya untuk orang Islam sahaja dan Islam pula bukan hak orang Melayu sahaja. 

Itu tegasan dan penerangan yang dibuat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man(gambar) apabila beliau terbaca laporan mengenai Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman yang membidas wakil rakyat PAS dan PKR beragama Islam kerana tidak bersuara ketika  Ahli Dewan Undangan Negeri Sekinchan, Ng Suee Lim memetik hadis untuk menguatkan hujahnya dalam satu pembentangan di DUN Selangor semalam.

Satim berhujah bahawa Ng tidak layak menggunakan hadis untuk hujahnya kerana beliau seorang bukan Islam dan tidak memahami hadis tersebut.

Menurut Tuan Ibrahim iaitu Ketua Penerangan PAS, isu orang bukan Islam memetik ayat al-Quran dan Hadis masih menjadi isu yang belum selesai hanya kerana sikap dan pemikiran segelintir pemimpin-pemimpin Umno yang masih terkongkong dengan persepsi bahawa ia adalah satu kesalahan untuk orang bukan Islam memetik ayat al-Quran atau hadis.

"Alasan mereka mudah dan cetek, kerana tidak faham ayat al-Quran atau hadis. Kalau orang Melayu yang petik ayat al-Quran atau hadis tidak jadi masalah, walaupun mereka juga tak faham," tegur beliau.

Tuan Ibrahim juga menasihatkan orang Islam untuk memahami betapa ramainya orang bukan Islam di dunia ini yang memetik ayat al-Quran dan hadis dalam tulisan atau ucapan mereka di seluruh dunia.

Tapi mengapa para ulama atau Majlis Fatwa tidak mengeluarkan fatwa untuk mengharamkannya?

"Sebab isu utama ialah hukumnya haram atau dicegah hanya sekiranya mereka atau kita umat Islam memetik dengan tujuan menghina atau mempermain-mainkan al-Quran atau hadis.

"Kalau mereka memetik untuk menguatkan hujah mereka, maka ia tidak dilarang bahkan ianya telah ada nilai kepercaaan kepada kebenaran al-Quran atau hadis. Seandainya petikan tersebut tersasar dari maksud sebenar, maka mereka yang memahami nas wajiblah membetulkannya," terang Tuan Ibrahim dalam kenyataannya hari ini.

Pada pandangan Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, menghalang orang bukan Islam daripada mendekati sumber utama Islam (al-Quran atau hadis) menyebabkan mereka semakin jauh daripada memahami asas agama Islam – dan ini akan membantutkan perkembangan agama Islam.

"Kerana itu, Umno tak perlu menunding jari kepada wakil rakyat PAS atau PKR kerana tindakan itu mengambarkan kejahilan mereka dalam memahami isu ini," selar beliau.

Beliau turut menambah bahawa isu umat Islam berhadapan dengan golongan bukan Islam bukanlah isu yang baru kerana sudah ratusan tahun lamanya umat Islam telah berhadapan dengan golongan bukan Islam.

"Maka seandainya orang bukan Islam tidak dibenarkan memetik ayat Quran atau hadis, tak mungkin tiada sebarang fatwa melarangnya. Untuk itu kita sebagai umat Islam hendaklah memandu golongan bukan Islam memahami dan mengkaji kebenaran Islam, semoga dengan kajian tersebut mereka terbuka hati untuk menerima Islam. InsyaAllah," nasihat beliau.

Terdahulu, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib berkata, al-Quran dan hadis merupakan sumber rujukan untuk kesejahteraan sekalian manusia.

"Sebagai orang Islam kita seharusnya menggalakkan penganut agama lain mempelajari tentang al-Quran dan hadis untuk mengenal Islam secara lebih mendalam dan bukannya mengherdik dan bertindak di luar akhlak Islam yang akhirnya menjauhkan bukan Islam dengan Islam," kata beliau.

Bersih gelombang ketiga boleh berulang

Posted: 14 Jul 2011 06:06 PM PDT

RANTAU PANJANG, 14 Julai: Dewan Muslimat PAS Pusat turut membayangkan kemungkinan gelombang ketiga Bersih berulang sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terus angkuh dan enggan berubah.
Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusuf berkata, berdasar kepada situasi sekarang nampaknya rakyat tidak teragak-agak meneruskan gelombang Bersih 3.0.
"Mungkin gelombang itu akan lebih hebat lagi.  Kita melihat keangkuhan SPR dan kerajaan seolah-olah mengenepikan pandangan rakyat," katanya ketika ditemui selepas perasmian Masjid Al-Mujahidin dan penyampaian kelulusan hak milik tanah kepada penduduk di Kampung Kubang Kual, hari ini.
Perasmiannya disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Hadir sama Adun Gual Periuk, Mohamad Awang, wakil-wakil rakyat dan pegawai kanan kerajaan.
Tanggal 9 Julai lalu menjadi detik bersejarah apabila puluhan ribu rakyat menghadiri perhimpunan anjuran Bersih 2.0 biar pun dihalang pasukan polis.
Malah lebih 100 pemimpin Pakatan Rakyat dan orang ramai ditangkap lebih awal hanya kerana memakai baju Bersih 2.0 dan berwarna kuning.
Siti Zailah yang juga anggota parlimen Rantau Panjang berkata, kerajaan juga seperti tidak menghiraukan titah Tuanku Yang di-Pertuan Agong supaya perhimpunan rakyat berlaku secara aman.
Menurut beliau sekiranya perhimpunan rakyat itu dibiarkan berlangsung secara aman tanpa gangguan polis seperti di negara lain, sudah tentu tidak berlaku kecederaan dan kematian.
Namun malangnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disifatkan tidak mempunyai kematangan berpolitik sehingga menganggap perhimpunan anjuran Bersih sebagai musuh negara.
"Tindakan provokasi dan serangan gas pemedih mata dan tembakan air berkimia menyebabkan rakyat marah," katanya.
Menurutnya himpunan Bersih 1.0 pada 2007 membuktikan tiada sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa kerana provokasi polis tidak berlaku.
Oleh itu beliau mencadangkan satu suruhanjaya khas perlu diwujudkan bagi menyiasat dakwaan kekasaran pasukan polis sehingga di luar batasan kemanusiaan.
Manakala di Kota Bharu semalam, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Zulkifli Mamat berkata, imej Perdana Menteri kini semakin tercalar biar pun baru dua tahun menduduki kerusi tersebut.
Katanya, sikap berdolak dalih Najib dan Menteri Dalam Negeri menghalang perhimpunan aman Bersih 2.0 diadakan di Stadium Merdeka menyebabkan rakyat marah.
"Rakyat melihat ketidakupayaan Perdana Menteri menunaikan janjinya bagi menyediakan tempat kepada Bersih 2.0 menyebabkan orang ramai begitu kecewa.
"Sekali kata boleh dan di masa lain pula kata tidak boleh. Ini sudah tentu menimbulkan kemarahan rakyat," katanya selepas majlis penyerahan tugas sukarelawan Festival Makanan Antarabangsa Kelantan Cheng Ho di pekarangan Bazar Tok Guru, petang semalam.
Turut hadir Presiden Pertubuhan Sukarelawan Hijau Kelantan (Green-V), Mohd Adilan Mat Jusoh dan timbalannya Norsham Sulaiman.
Zulkifli yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat berkata, sebagai pemimpin tertinggi negara Najib perlu konsisten dalam mengeluarkan kenyataan.
Beliau juga menyokong cadangan banyak pihak supaya ditubuh Suruhanjaya Diraja bagi mengkaji tuntutan Bersih 2.0 dan keganasan pasukan polis terhadap orang ramai 9 Julai lalu.

Tahniah 11 doktor berani akui hospital ‘diserang’

Posted: 14 Jul 2011 06:05 PM PDT

KUALA LUMPUR, 14 Julai: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) merakamkan ucapan tahniah di atas keberanian dan kesanggupan kumpulan 11 orang doktor dari Hospital Tung Shin dan Hospital Bersalin Cina di Jalan Pudu untuk tampil menyanggah tuduhan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengatakan hospital tersebut tidak 'diserang' oleh pihak polis semasa himpunan Bersih 9 Julai yang lalu.
Malahan, kata ketuanya Hasbullah Mohd Ridzwan (gambar) berkata, kumpulan doktor tersebut yang terdiri daripada Datuk Dr Musa Nordin, Dr Sheikh Johari Bux, Dr Ng Kwee Boon, Dr Ng Swee Choon, Dr Jeffrey Abu Hassan, Dr David Quek, Dr Mary Cardozo, Dr Ahmad Farouk Musa, Dr Mazeni Alwi, Datin Low Low Paik See dan Dr Steve Wong sanggup mengemukakan afidavit bersumpah jika perlu untuk pertahankan kebenaran.  
DPPNS, katanya cukup berbangga di atas komitmen yang telah ditunjukkan oleh para doktor tersebut semata-mata kerana ingin menegakkan kebenaran dan mempertahankan nilai-nilai "integriti moral, maruah, dan ketelusan".
"Sudah pasti pendedahan ini memberikan tamparan hebat kepada pembohongan Menteri Kesihatan dan pihak PDRM sebelum ini yang menceritakan perkara sebaliknya," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga, ujarnya mengecam sikap tidak bertanggungjawab Menteri Kesihatan dan pihak PDRM sebelum ini yang telah membuat 'pembohongan'dan penafian kepada seluruh rakyat Malaysia terhadap isu serangan ke atas hospital terbabit sedangkan terdapat pembuktian daripada saksi-saksi yang ditangkap semasa himpunan tersebut, pelbagai rakaman video, pengamatan dan pemantauan daripada Majlis Peguam dan lain-lain pihak menceritakan kisah yang sebaliknya.
"Bagaimanakah rakaman kejadian serangan ke atas hospital tersebut telah tersebar luas di laman-laman web dan menjadi tontonan masyarakat sedunia sedangkan pada masa yang sama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein mengatakan pihak polis juga ada merakamkan kejadian pada hari tersebut tetapi tiada serangan yang dimaksudkan berlaku?" soalnya.
Ini, katanya merupakan satu bala apabila pemimpin semakin berleluasa melakukan pembohongan dan penipuan semata-mata kerana ingin mempertahankan tampuk kekuasaaan.
Beliau menambah, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengharapkan keberanian kumpulan 11 orang doktor itu untuk mendedahkan kebenaran sebenar kejadian yang berlaku semasa himpunan Bersih tempoh hari tidak akan disusuli dengan tekanan dan ancaman oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap mereka.
"DPPNS mengharapkan semoga dengan pendedahan ini akan dapat menyedarkan rakyat Malaysia betapa kronik dan rosaknya akhlak pemimpin Umno BN yang sanggup mempergunakan institusi awam dan media massa untuk kepentingan mereka selain berterusan berbohong dan menipu untuk mempastikan rakyat terus diperbodohkan dan dapat dipergunakan di dalam Pilihanraya Umum yang ke 13 nanti," katanya.
Justeru, tambahnya Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menuntut supaya Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri, Menteri Kesihatan dan Ketua Polis Negara meletakkan jawatan secara bermaruah di atas pertanggungjawaban insiden serangan ke atas Hospital Tung Shin dan Pusat Bersalin Cina semasa Himpunan Bersih 2.0 oleh pihak PDRM pada 9 Julai lalu.

PAS sambut baik Suhakam adakan siasatan awam

Posted: 14 Jul 2011 06:04 PM PDT

KUALA LUMPUR, 14 Julai: PAS menyambut baik dan mengalu-alukan langkah yang diambil oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) untuk mengadakan siasatan awam terhadap dakwaan keganasan polis ketika menyuraikan perhimpunan aman Bersih 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan, beliau bersetuju dengan langkah yang diambil oleh Suhakam itu dan bersedia memberikan segala kerjasama yang diperlukan.
Dalam masa yang sama, beliau berharap agar Suhakam memainkan peranan lebih berkesan termasuk di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung perkara itu.
Katanya, setelah siasatan awam diadakan, Suhakam perlu memainkan peranan di PBB bagi membawa Malaysia keluar dari keadaan primitif terutama berhubung pengendalian perhimpunan aman.
"Sebelum ini, Suhakam telah pun mengadakan beberapa siasatan awam yang melibatkan beberapa perkara lain, tetapi tetap juga tidak diendahkan oleh kerajaan.
"Sekarang diharap Suhakam akan turut memainkan peranan berkesan di PBB untuk meminta Malaysia keluar dari keadaan primitif," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Sebelum itu, beliau turut hadir bersama Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bagi membuat pengaduan kepada pihak Suhakam berhubung keganasan polis dalam menyuraikan perhimpunan aman pada 9 Julai lalu. 
   
Dalam pengaduannya yang didengar oleh Naib Pengerusi Suhakam, Prof Datuk Dr Khaw Lake Tee dan Pesuruhajaya Suhakam, Muhammad Sa'ani Abdullah itu, beliau antara lain meluahkan rasa kesalnya dengan tindakan pihak polis yang melanggar motosikal yang ditumpanginya pada hari perhimpunan itu, sehingga menyebabkan beliau mengalami kecederaan lutut yang teruk.
Akibatnya, beliau terpaksa berkerusi roda dan akan menjalani pembedahan esok di sebuah hospital di Petaling Jaya bagi memulihkan kembali lututnya, tetapi terpaksa memakan masa agak lama dan mengganggu kehidupan hariannya.
Sebelum itu, Khaw Lake Tee dan Muhammad Sa'ani turut mendengar aduan dari pihak Bersih 2.0, Suaram dan beberapa orang saksi yang menjadi mangsa kekerasan pihak polis dalam menyuraikan perhimpunan itu.
Beberapa hari lalu, pihak Suhakam turut mendengar aduan dari beberapa pihak lain berhubung tindakan penggunaan kekerasan melampau pihak polis dalam menyuraikan perhimpunan itu termasuk dari Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Sekitar jam 12.15 tengah hari tadi, Khaw Lake Tee dan Muhammad Sa'ani turut menerima memorandum dari peserta perhimpunan Bersih 2.0 yang diketuai Ahli jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah.

Selepas itu, Khaw Lake Tee mengumumkan akan mengadakan siasatan awam terhadap dakwaan keganasan polis ketika menangani perhimpunan tersebut Sabtu lalu.
Bagaimanapun, pihak Suhakam masih belum bersedia untuk memperincikannya pada hari ini, sebaliknya sedang mengkaji bidang rujukan siasatan tersebut yang akan diumumkan kemudian.

Batu Gajah Mari

Posted: 15 Jul 2011 11:47 AM PDT

Batu Gajah Mari


Keadaan terkini pembantu peribadi Anwar

Posted: 15 Jul 2011 06:27 AM PDT

Gambar terbaru mangsa peluru getah dan bom pemedih mata, Fayad Al-Bakri



MENGIKUT peraturan, jika perlu, Polis hanya boleh melepaskan tembakan gas pemedih mata pada paras 45 darjah ke arah udara, namun apa yang berlaku di KL Sentral 9 Julai lalu, pihak polis dipercayai sengaja menembak peluru gas pemedih mata ke arah Anwar Ibrahim namun peluru itu melantun ke pipi pengiring beliau, Fayad Al-Bakri.

Akibatnya pengiring Anwar ini mengalami pendarahan dan kecederaan yang teruk di bahagian tulang pipinya. Rakyat biasa yang berhimpun secara aman, tanpa senjata, ditembak dengan peluru gas pemedih mata. Beliau dilaporkan terpaksa menjalani pembedahan plastik.- milosuam.blogspot.com





Demo dan Poster BERSIH sambut Najib di London

Posted: 14 Jul 2011 09:43 PM PDT



Gambaran dan situasi ini tidak akan sesekali keluar di UtuSex, RTM, TV3. Jadi, sesiapa yang enggan membaca atau membuka kiriman ini memanglah rugi.
Menurut blog Jalan Pulang, Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London dikatakan terpaksa meminta bantuan polis London untuk membawa masuk delegasi Malaysia ke Mansion House di Garlick Hill, berhampiran dengan tebing Sungai Thames.
Najib dan delegasinya dikhabarkan mengadakan sesi pertemuan dengan komuniti perniagaan United Kingdom serta pertemuan delegasi perniagaan Malaysia dan negara itu.

Walau bagaimanapun, menurut seorang rakyat Malaysia di sana, rombongan Najib terpaksa meminta bantuan polis kerana berpuluh-puluh rakyat Malaysia menunggu sambil membawa kad berwarna kuning dengan tulisan PSM 6, BERSIH, dan Mansuhkan ISA.

Pemuda Guchil

Posted: 15 Jul 2011 09:55 AM PDT

Pemuda Guchil


Makcik Anne we salute you!

Posted: 15 Jul 2011 07:02 AM PDT

Pasca Bersih : CABARAN PENTADBIRAN NAJIB RAZAK SELEPAS PERHIMPUNAN BERSIH 2.O

Posted: 15 Jul 2011 06:54 AM PDT

POLITIK & EKONOMI MALAYSIA: APA SEPATUT NYA PERANAN KERAJAAN

Posted: 15 Jul 2011 06:51 AM PDT

Saya berangan nak buka perniagaan emas dan intan berlian

Posted: 15 Jul 2011 06:49 AM PDT

Pasca Bersih : Ahli PAS fail saman ke atas Hishammuddin, tiga lain

Posted: 15 Jul 2011 06:46 AM PDT

Khalid Samad gesa Hisham dedah kos operasi himpunan 9 Julai

Posted: 15 Jul 2011 06:45 AM PDT

Pasca Bersih : Tindakan yang bagaimana Najib anggap ‘berat’? – Tian Chua

Posted: 15 Jul 2011 06:43 AM PDT

Mat Sabu selamat jalani pembedahan

Posted: 15 Jul 2011 06:35 AM PDT

Tahan peserta Bersih 2.0, polis rembat RM20 setiap tahanan?

Posted: 15 Jul 2011 06:35 AM PDT

TAKUT KUNING DAPAT KUNING

Posted: 15 Jul 2011 03:10 AM PDT

Queen Elizabeth II Pakai baju Kuning Sambut Najib & Rosmah

Posted: 15 Jul 2011 03:01 AM PDT

MANA MAU LARI? Najib dikejar gelombang kuning di London

Posted: 15 Jul 2011 02:58 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 15 Jul 2011 09:18 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


Bukankah orang Islam sepatut bersyukur bila orang bukan Islam mahu mengguna hadis sbg rujukannya?!

Posted: 14 Jul 2011 10:18 AM PDT

Isu baca hadis: Islam bukan untuk Melayu sahaja
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 14 Julai: Al Quran dan Hadis diturunkan sebagai rahmat seluruh alam, dan bukan hanya untuk orang Islam sahaja dan Islam pula bukan hak orang Melayu sahaja.

Itu tegasan dan penerangan yang dibuat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) apabila beliau terbaca laporan mengenai Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman yang membidas wakil rakyat PAS dan PKR beragama Islam kerana tidak bersuara ketika  Ahli Dewan Undangan Negeri Sekinchan, Ng Suee Lim memetik hadis untuk menguatkan hujahnya dalam satu pembentangan di DUN Selangor semalam.

Satim berhujah bahawa Ng tidak layak menggunakan hadis untuk hujahnya kerana beliau seorang bukan Islam dan tidak memahami hadis tersebut.

Menurut Tuan Ibrahim iaitu Ketua Penerangan PAS, isu orang bukan Islam memetik ayat al-Quran dan Hadis masih menjadi isu yang belum selesai hanya kerana sikap dan pemikiran segelintir pemimpin-pemimpin Umno yang masih terkongkong dengan persepsi bahawa ia adalah satu kesalahan untuk orang bukan Islam memetik ayat al-Quran atau hadis.

"Alasan mereka mudah dan cetek, kerana tidak faham ayat al-Quran atau hadis. Kalau orang Melayu yang petik ayat al-Quran atau hadis tidak jadi masalah, walaupun mereka juga tak faham," tegur beliau.

Tuan Ibrahim juga menasihatkan orang Islam untuk memahami betapa ramainya orang bukan Islam di dunia ini yang memetik ayat al-Quran dan hadis dalam tulisan atau ucapan mereka di seluruh dunia.

Tapi mengapa para ulama atau Majlis Fatwa tidak mengeluarkan fatwa untuk mengharamkannya?

"Sebab isu utama ialah hukumnya haram atau dicegah hanya sekiranya mereka atau kita umat Islam memetik dengan tujuan menghina atau mempermain-mainkan al-Quran atau hadis.

"Kalau mereka memetik untuk menguatkan hujah mereka, maka ia tidak dilarang bahkan ianya telah ada nilai kepercaaan kepada kebenaran al-Quran atau hadis. Seandainya petikan tersebut tersasar dari maksud sebenar, maka mereka yang memahami nas wajiblah membetulkannya," terang Tuan Ibrahim dalam kenyataannya hari ini.

Pada pandangan Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, menghalang orang bukan Islam daripada mendekati sumber utama Islam (al-Quran atau hadis) menyebabkan mereka semakin jauh daripada memahami asas agama Islam – dan ini akan membantutkan perkembangan agama Islam.

"Kerana itu, Umno tak perlu menunding jari kepada wakil rakyat PAS atau PKR kerana tindakan itu mengambarkan kejahilan mereka dalam memahami isu ini," selar beliau.

Beliau turut menambah bahawa isu umat Islam berhadapan dengan golongan bukan Islam bukanlah isu yang baru kerana sudah ratusan tahun lamanya umat Islam telah berhadapan dengan golongan bukan Islam.

"Maka seandainya orang bukan Islam tidak dibenarkan memetik ayat Quran atau hadis, tak mungkin tiada sebarang fatwa melarangnya. Untuk itu kita sebagai umat Islam hendaklah memandu golongan bukan Islam memahami dan mengkaji kebenaran Islam, semoga dengan kajian tersebut mereka terbuka hati untuk menerima Islam. InsyaAllah," nasihat beliau.

Terdahulu, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib berkata, al-Quran dan hadis merupakan sumber rujukan untuk kesejahteraan sekalian manusia.

"Sebagai orang Islam kita seharusnya menggalakkan penganut agama lain mempelajari tentang al-Quran dan hadis untuk mengenal Islam secara lebih mendalam dan bukannya mengherdik dan bertindak di luar akhlak Islam yang akhirnya menjauhkan bukan Islam dengan Islam," kata beliau.

FOBIA KUNING boleh menyebab sesebuah kerajaan jadi HISTERIA TERUK

Posted: 14 Jul 2011 10:01 AM PDT

http://beta.statcounter.com/p4119906/popular/?PHPSESSID=jnlk6mqdm8gtduc1mflhvf1vd6

Jasindaily Online

Posted: 15 Jul 2011 09:16 AM PDT

Jasindaily Online


UMNO JOHOR GEGEL BILA MP BN BAKAL MASUK PKR

Posted: 15 Jul 2011 09:05 AM PDT

YB KHALID : NAJIB SUDAH KENA STROK

Posted: 15 Jul 2011 09:00 AM PDT

POLITIK TAK PAKAI OTAK : KEDUTAAN ZALIMI PELAJAR

Posted: 15 Jul 2011 08:51 AM PDT

ADUN MELAKA JATUH KOLAM IKAN

Posted: 15 Jul 2011 08:43 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 15 Jul 2011 09:16 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


Himpunan Menyambut Kepulangan Wira Rakyat

Posted: 14 Jul 2011 11:53 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 15 Jul 2011 09:03 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Ceramah Ustaz Fuad 16 Julai 2011 Senawang

Posted: 14 Jul 2011 09:22 PM PDT



CERAMAH PERDANA
Sempena Isra Miraj dan Menjelang Ramadhan
Tarikh : 16 Julai 2011, SABTU
Masa : 8 malam
Tempat : Dataran/Padang Taman Tuanku Jaafar Fasa 1, Senawang (berhampiran BSN)
Penceramah : Al Fadhil Ustaz Mohd Fuad bin Othman

Semua dijemput hadir

Ceramah D'Ambang Ramadhan

Posted: 14 Jul 2011 09:41 AM PDT




































Program 1

Ceramah D'Ambang Ramadhan

29 Julai 2011 (Jumaat) / 27Sya'ban 1432

Surau Taman Tasik Jaya Fasa 1

Selepas Maghrib....




Program 2

30 Julai 2011 (Sabtu) / 28 Sya'ban 1432

Madrasah Al-Badru (Pasti As-Sibyan)
Taman Dusun Setia, Seremban

Selepas Maghrib...

Muslimin muslimat semua di jemput hadir


Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 15 Jul 2011 07:52 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


Demo dan Poster BERSIH Menyambut Najib di London

Posted: 14 Jul 2011 08:53 PM PDT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan