DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA Posted: 15 Jul 2011 03:35 AM PDT Pengerusi PeBT Zon 11 mengetuai BERSIH Posted: 14 Jul 2011 08:20 PM PDT 14 JUN 2011 SHAH ALAM : Pengerusi PeBT Zon 11 telah mengetuai aktiviti pembersihan di tanah perkuburan di perkampungan Jalan Kebun. Aktiviti ini yang juga merupakan aktiviti santai telah berjaya diadakan bagi persiapan menjelang Ramadhan. Selain masyarakat setempat aktiviti ini juga turut di sertai oleh para pekerja sebuah syarikat yang di lihat berpakaian Kuning. Namun di fahamkan pakaian tersebut sememangnya tiada kaitan samaada secara lansung ataupun tidak lansung dengan perhimpunan BERSIH 2.0 tempohari.
Sebelum memulakan aktiviti tersebut beliau yang juga merupakan pengerusi Biro Kebajikan Surau Al Falah Jalan Kebun yang bertanggungjawab menguruskan tanah perkuburan tersebut sempat memberikan penerangan berhubung dengan adab-adab yang perlu di pelihara ketika di tanah perkuburan.
Sedang aktiviti pembersihan di jalankan datang segerombolan masyarakat yang difahamkan berkebetulan pada hari tersebut ada satu kematian salah seorang ahli di kariah untuk di kebumikan. Peserta juga sempat bersama dalam aktiviti pengkebumian tersebut.
Aktiviti tersebut tamat sekitar jam 12.00 tengahari. Pihak MPP Zon 11 serta AJK Surau Al Falah merakamkan berbanyak terima kasih dengan keterlibatan sukarelawan mampu untuk bersama-sama dengan masyarakat dalam aktiviti amal sedemikian. Semoga aktiviti sedemikian dapat mengeratkan lagi hubungan sesama insan.
Pengerusi PeBT sedang menyampaikan taklimat berhubung program berkenaan
Antara peserta yang hadir mendengar taklimat sambil memegang penyapu | |
DUN BUKIT PAYONG Posted: 15 Jul 2011 03:09 AM PDT Nasib gajah lebih baik daripada penyokong Umno Terengganu Posted: 14 Jul 2011 08:49 PM PDT Titian Baru 15 Julai : Penyokong Umno digesa agar membandingkan keadaan hidup mereka dengan keadaan hidup pemimpin mereka yang diibaratkan bagai langit dengan bumi. Kadangkala penyokong Umno terpaksa berhempas pulas untuk mencari sesuap nasi, sedangkan pemimpin mereka hidup dengan penuh kemewahan sehingga adakalanya kemewahan itu diluar jangkaan akal yang waras. Sebagai contoh, isteri Perdana Menteri ketika ditinggal di Dubai,beliau dilaporkan telah menetap di hotel yang sewaannya mencecah seratus ribu ringgit semalaman. Kini ada laporan pula terhadap Rosmah berkenaan harga cicin yang ada dalam simpanannya, dikatakan berharga RM24juta dan tidak dikenakan cukai.Ini sudah tentu sekiranya benar, satu pengkhianatan terhadap rakyat. Gesaan ini dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu Ustaz Mohd Nor Hamzah dalam ceramahnya di sini semalam. Dalam ucapannya lagi, beliau juga secara berseloroh membandingkan nasib gajah di Santuari Gajah di Kenyir adalah lebih baik berbanding nasib penyokong Umno di Terengganu. "Gajah di Santuari tu makan RM1000 sehari.Penyokong Umno? Maknanya gajah di Terengganu makan sedap lagi dari penyokong Umno di Terengganu,"katanya berseloroh. Justeru itu beliau mengajak semua terutama penyokong Umno memikirkan dengan mendalam akan perkara itu yang sedang berlaku di Malaysia sekarang ini dan mengajak mereka berubah demi kebaikan mereka juga. Ceramah malam tadi turut disertai oleh dua orang lagi pemidato hebat dari Terengganu iaitu Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah dan Ustaz Ridhuan Mohd Nor. Manakala Ustaz Wan Sukairi (kiri) mengajak pendengar agar menjadikan peristiwa pada Israk Mi'raj sebagai panduan dalam kehidupan. Mengambil contoh solat yang telah diwajibkan ketika peristiwa itu, walaupun kita kena mengikut imam, tetapi apabila imam melakukan kesalahan, wajib kita menegurnya dan mungkin sampai ke tahap mufaraqah. Begitulah juga apabila hak ita sebagai rakyat dirampas, maka kita wajib menegur pemimpin.Tiada lagi ketaatan apabila pemimpin melampaui batas yang Allah tetapkan. Inilah perkara utama menurutnya yang ditekankan oleh Bersih 2.0 baru-baru ini iaitu meminta kembali hak rakyat yang telah dirampas oleh kerajaan dan sekutu-sekutu mereka. Dengan membandingkan keadaan pilihanraya di Turki yang menurut beliau lebih telus dan adil, beliau berharap tuntutan Bersih 2.0 akan dipenuhi kerajaan dalam masa tiga bulan, atau Bersih 3.0 akan diadakan. "Di Turki, Election Board boleh membatalkan membatalkan kelayakan calon atau parti yang bertanding sekiranya mereka melanggar peraturan pilihanraya tak kira dari kerajaan atau pembangkang," katanya. Kerajaan tidak dibenarkan mengumumkan sebarang projek ketika kempen berbanding di Malaysia dimana projek-projek bukan sahaja yang sudah siap,malahan yang belum buat siap turut dirasmikan ketika kempen pilihanraya. Ustaz Wan yang juga Setiausaha PAS Kawasan Kuala Terengganu mengakhiri pidato beliau dengan mengajak pendengar meneliti kezaliman-kezaliman yang telah dilakukan Umno kepada rakyat. Atas alasan kezaliman inilah menurut beliau tidak melayakkan Umno untuk menjadi pemimpin rakyat. Sementara itu penceramah terakhir, Ustaz Ridhuan Mohd Nor (kanan) pula banyak mengimba s kembali sejarah lalu yang telah terjadi kepada politik tanahair. Antaranya ialah ketakutan Umno untuk mengadakan pilihanraya majlis perbandaran adalah kerana majoriti pengundi di bandar-bandar adalah penyokong pembangkang.Menunjukkan Umno takut kepada kekalahan. PAS tegasnya tidak pernah takut dengan kekalahan. Sejarah telah membuktikan yang PAS walaupun ditekan, ditindas dan ada sebahagian ahli PAS diseksa, tapi PAS tetap komited dengan perjuangan. PAS tetap memilih jalan mengikut lunas undang-undang yang ada dan ini sekaligus menafikan Bersih 2.0 yang turut disertai PAS baru-baru ini adalah gerakan untuk menjatuhkan kerajaan. Beliau yang juga Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat turut melahirkan kebimbangan terhadap peningkatan mendadak senarai pemilih di Selangor yang telah mencecah 600 ribu orang lebih. Umno menurutnya akan pasti berhabis-habisan mempertahankan kedudukan mereka dengan apa cara sekalipun walau dengan cara yang salah. Ini menurut Ustaz Ridhuan, adalah kerana teori domino sedang berlaku di Asia Tenggara. "Di Thailand, kerajaan Abhisik jatuh. Di Singapura PAP telah hilang 40 peratus undi popular yang menyebabkan Lee Kuan Yew yang dikatakan antara 10 pemimpin terhebat dunia meletakkan jawatan sebagai Menteri Mentor. Inilah yang membimbangkan Umno. Teori domino sedang berlaku di Asia Tenggara,"katanya. Akhirnya beliau yakin perhimpunan aman Bersih 2.0 akan menjadi titik kejatuhan kerajaan Umno BN terutama dengan peristiwa kematian allahyarham Baharudin Ahmad yang sehingga kini hasil bedah siasatnya belum diumumkan. | |
PAS Kawasan Padang Besar Posted: 15 Jul 2011 01:29 AM PDT Pengalaman ditahan semasa Bersih 2.0 Posted: 14 Jul 2011 11:14 PM PDT BESERI - Rakyat tidak perlu takut untuk turun menuntut hak mereka sepertimana yang dilakukan semasa himpunan aman Bersih 2.0 baru-baru ini kata Ketua Keselamatan PAS Padang Besar, Abdul Akiz Saad.
Beliau adalah sebahagian dari lebih 1600 yang ditangkap di sekitar Kuala Lumpur semasa himpunan yang diadakan 9 Julai lalu.
Menceritakan pengalamannya, Abdul Akiz yang berada bersama-sama orang ramai di sekitar jalan Masjid India telah ditangkap oleh anggota polis dan ditolak ke pintu sebuah kedai di situ sekitar jam 2.30 petang.
"Saya dtolak ke jeriji pintu kedai, muka saya ditonyoh ke jeriji pintu kedai tersebut, tapi saya tidak melawan.Saya rasa kepala saya telah dipukul, tak tahu dengan apa, kemudian ditolak ke bawah dan digari. Ada kesan luka pada muka saya.
"Apapun yang berlaku kita tak perlu takut, kita nak menuntut hak kita dan kita juga faham dengan jelas hak-hak kita bila ditahan polis," jelas beliau yang menceritakan pengalamannya pada Majlis Silaturrahim dan Pelancaran Dana Wakaf Kompleks PAS Padang Besar yang diadakan 12 Julai lalu.
Beliau kemudiannya dibawa naik ke atas trak polis dan menunggu sehingga kira-kira 40 minit sebelum dihantar ke PULAPOL.
"Saya tiba di sana hampir pukul 4.00 petang dan mendapati sudah ramai yang ditahan. Seorang ustaz dari Perlis yang saya temui tidak langsung dilihat kesan berpeluh pun. Rupanya dia telah ditahn dari pagi lagi," katanya yang dibebaskan sekitar jam 7.00 petang. | Majlis Silaturrahim dan Pelancaran Dana Wakaf 2 Posted: 14 Jul 2011 10:10 PM PDT | UMno/BN kena belajar dari peristiwa kebangkitan rakyat di dunia Arab Posted: 14 Jul 2011 10:05 PM PDT PADANG BESAR - Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa mengingatkan pimpinan Umno/BN supaya sedar bahawa kebangkitan rakyat tidak dapat dibendung sekiranya demokrasi tidak diletakkan pada landasannya yang sebenar.
Menurutnya, penafian ruang demokrasi dan kebebasan kepada rakyat merupakan suatu yang bertentangan dengan fitrah manusia samada dari kalangan umat Islam atau orang bukan Islam kerana tidak memberikan kehormatan kepada diri manusa yang mepunyai maruah.
Berucap di majlis ceramah penerangan di Markas PAS Cawangan Titi Tinggi Hilir dekat sini 11 Julai lalu, beliau mengingatkan pimpinan Umno/BN supaya belajar dari peristiwa kebangkitan rakyat di dunia Arab baru-baru ini sebagai pengajaran.
"Kita gagal untuk memahami satu yang lebih penting, mengapa keadaan menjadi huru-hara kerana kerajaan yang lama berkuasa tidak memberi ruang demokrasi kepada rakyat.
"Maka berlakunya kebangkitan rakyat bukan salah rakyat tapi salah pemerintah yang tidak memberi makna dan nilai demokrasi yang sebenarnya.Jadi pemerintah perlu belajar dari sana. Jangan marahka rakyat yang turun pada 9 Julai lalu, polis jangan pukul, sembur sampai ada yang meninggal, jangan ada yang maki hamun kita kerana itu sebenarnya adalah kesalahan rejim pemerintah yang tidak memberi demokrasi sehingga rakyat terasa yang haknya dihormati.
"Sebab itulah kena ambil pengajaran. Bukan apa, kita nak beritahu awal kepada pemimpin Umno/BN nanti mereka pun akan jadi macam tu, jangan kata kami tak beritahu. Anda telah diberi amaran kerana rakyat akan bangkit bila demokrasi tidak diletakkan pada landasannya," ujarnya. | BERSIH bukan nak berkelahi dengan SPR Posted: 14 Jul 2011 10:03 PM PDT PADANG BESAR - Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) adalah suatu tuntutan yang jelas dan bukannya dibentuk untuk berkelahi dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).
Perkara ini dijelaskan oleh Timbalan Pengerusi KeADILan Kedah, Ir. Zamri Yusof.
Berucap di majlis ceramah penerangan di Markas PAS Cawangan Titi Tinggi Hilir dekat sini 11 Julai lalu, beliau berkata tuntutan Bersih adalah amat bermanfaat serta munasabah dan boleh diterima oleh pemikiran yang waras.
"Kita bukan nak berkelahi dengan SPR, dengan Tan Sri aziz atau dengan Dato' Wan Ahmad. Mereka hanya menjalankan tugas bagi pihak SPR. Kita tak mau bekelahi atau cakap banyak dengan mereka.
"Yang kita nak tuntut adalah supaya pihak pemerintah yan bertanggungjawab ke atas SPR ini membuat perubahan atau reformasi agar Malaysia dipandang tinggi oleh mata dunia. Kita mahu warga dunia melihat proses pilihanraya di negara ini berjalan dengan adil dan telus," katanya. | Ceramah Pakatan Rakyat di Titi Tinggi Hilir Posted: 14 Jul 2011 09:55 PM PDT Ceramah Pakatan Rakyat di Markas PAS Cawangan Titi Tinggi Hilir pada 11 Julai lalu. Penceramah Jemputan: Ir Zamri Yusof (Timbalan Pengerusi PKR Kedah) dan YB Dr Mujahid Yusof Rawa (AJK PAS Pusat) Ucapan aluan Timbalan YDP Dari kiri: Pengarah DUN Titi Tinggi, YDP Kawasan, Dr Mujahid dan Ir Zamri Ir Zamri: BERSIH bukan nak gaduh dengan SPR Pemimpin Umno/BN kena belajar dari peristiwa dunia Arab | Sepetang bersama Dr Mujahid Posted: 14 Jul 2011 09:49 PM PDT Majlis Hi-Tea bersama AJK PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa diadakan di Taman Beseri Jaya pada 11 Julai lalu. Terima kasih kepada tuan rumah, Abang Ghani PKR... Ucapan YDP Ucapan Dr Mujahid | Memperingati Al-Marhum Ustaz Fadzil Noor Posted: 14 Jul 2011 09:42 PM PDT Program Nostalgia Al-Marhum Ustaz Fadzil Noor diadakan pada 2 Julai lalu di Markas Tarbiyah PAS Kawasan di Santan.
Penceramah jemputan ialah Saudara Aris Awang, Setiausaha PAS Kawasan Kuala Kedah.
Tayangan video nostalgia Ustaz Fadzil Pengkisahan oleh Sudara Aris Awang | |
::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang:: Posted: 15 Jul 2011 01:29 AM PDT Bantuan Kewangan Untuk Mangsa Bersih Posted: 14 Jul 2011 07:47 AM PDT En. ROSLAN YANG CEDERA SEMASA MENYERTAI DEMO AMAN BERSIH DI KL SENTRAL. KELONGSONG PELURU PEMEDIH MATA TERKENA DI BAHAGIAN MULUTNYA. BELIAU TELAH MENERIMA RAWATAN 10 JAHITAN DI BAHAGIAN DALAM MULUT & 10 JAHITAN DI BAHAGIAN LUAR JAHITAN. Beliau mangsa keganasan polis memerlukan bantuan kewangan RM10,000 untuk pembedahan rahang pecah tembakan canister Sumbangan daripada RAKYAT MALAYSIA [...] | |
CINA ISLAM (林川興) Posted: 15 Jul 2011 01:08 AM PDT Mulut dijahit terkena kelongsong pemedih mata Posted: 15 Jul 2011 01:00 AM PDT 13 Syaaban 1432H. [MOD] -
BALIK PULAU, 15 Julai: Roslan Hussain, 41, mengalami keretakan pada tulang dagu, dua batang gigi patah serta terpaksa menerima 20 jahitan di bahagian luar dan dalam mulut akibat terkena kelongsong gas pemedih mata pada himpunan Bersih 2.0.
Ketika kejadian, beliau yang datang secara berkumpulan dari Balik Pulau memasuki kawasan KL Sentral setelah makan di sebuah premis makanan segera di situ.
Selepas menunaikan solat Zohor, lalu beliau keluar bersama kumpulan yang lebih ramai, tiba-tiba polis bertindak menghalau untuk menghalang orang ramai berkumpul.
Katanya, pada masa orang ramai berasak-asak dan ketika itu terasa satu benda keras terkena tepi mulut.
Waktu itu dia hanya rasa kebas sahaja tetapi apabila lepas beberapa minit berlari mengelak daripada kepedihan asap pemedih mata ada orang menegur mulutnya berdarah.
"Semasa kena, saya terasa kebas sahaja manakala di bahagian dada rasa panas. Pada mulanya saya ingatkan batu rupanya pemedih mata. Terbukti pasukan keselamatan menembak paras kepada tidak ke atas seperti mana biasa," terangnya pada Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff dan Yang Dipertua PAS Balik Pulau, Ustaz Fauzi Yusoff serta rakan taulan yang datang menziarahinya.
Menurutnya, dalam keadaan bajunya berlumuran darah dan sakit yang teramat sangat lalu mendapatkan teksi untuk ke Pusat Perubatan Univesiti Malaya.
"Di sana saya melihat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad juga ada beliau menerima enam jarum di bahagian belakang kepala," katanya.
Setelah kembali ke Balik Pulau beliau terus mendapatkan pemeriksaan di sebuah hospital swasta dan pihak hospital mendapati kecederaan serius di bahagian dagu.
Doktor terpaksa mengikat giginya buat sementara dengan kos RM480 sebelum pembedahan dengan anggaran RM10,000.
Fauzi menyiifatkan itu adalah antara keganasan polis yang menggunakan kekerasan untuk menyuraikan perhimpunan aman Bersih 2.0.
Katanya, mereka bertindak ikut suka hati malahan tiada perikemanusiaan terhadap orang ramai yang menyertai perhimpunan Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil yang datang secara aman.
Yusmadi pula menyarankan Roslan membuat laporan polis segera kerana beliau telah diperlakukan sebegitu rupa sedangkan tidak melawan polis.
harakahdaily/-
| Bersih: Tiada alasan BN tolak kekerasan polis Posted: 15 Jul 2011 12:45 AM PDT 13 Syaaban 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 15 Julai: Kerajaan BN tidak mempunyai alasan untuk menolak dakwaan-dakwaan penggunaan kekerasan melampau pihak polis ketika menangani perhimpunan aman Bersih 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu kerana kesemua dakwaan itu mempunyai bukti nyata.
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan (gambar) berkata, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu cedera di lutut dan kaki, Khalid Samad cedera di kepala, Datuk Seri Anwar Ibrahim luka di muka.
Manakala Peserta-peserta lain dalam jumlah yang cukup besar, ada yang mengalami kecedaraan lain, patah kaki, patah gigi, ada yang mengalami luka-luka, kesakitan badan, ditendang di badan, kaki, muka, ada yang sesak nafas dan pelbagai kejadian tidak diingini lain.
"Kesemua itu terjadi disebabkan penggunaan kekerasan melampau pihak polis ketika menangani perhimpunan aman itu dan kerajaan mesti bertanggungjawab dengan kesemua kejadian itu," katanya ketika ditemui di sini.
Kesemua kejadian itu, menurut beliau bukanlah dakwaan kosong, tetapi mempunyai bukti kukuh yang bukan sekadar boleh diketahui menerusi laporan media, tetapi turut dirakam dalam bentuk bergambar dan visual.
"Kerajaan tidak boleh menolak lagi bukti-bukti itu kerana ia boleh diperlihatkan oleh pihak Bersih 2.0, PAS dan Pakatan Rakyat pada bila-bila masa yang diperlukan," ujarnya.
Perhimpunan aman Bersih 2.0 yang diadakan pada 9 Julai lalu anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), tegasnya, hasil gabungan tidak kurang 60 NGO dan ia sememangnya perhimpunan aman.
"Kesemua peserta tidak membawa sebarang senjata. Semuanya datang hanya untuk satu tujuan, iaitu berhimpun secara aman untuk bersama-sama mendesak kerajaan melaksanakan pilihanraya dengan bersih dan adil di negara kita," katanya.
Perhimpunan yang diadakan itu tidak bersalahan dari sisi undang-undang, malah selaras dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan serta turut mendapat keizinan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang membenarkan Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan aman di Stadium Merdeka.
Namun beliau hairan apabila Kerajaan BN menangani perhimpunan itu dengan tidak sepatutnya, sehingga pihak polis sanggup bertindak dengan penggunaan kekerasan melampau terhadap para pesertanya.
"Polis mengambil tindakan bertempur dengan rakyat. Rakyat terpaksa berhadapan dengan polis yang lengkap dengan senjata dengan pelbagai kepayahan. Cara kerajaan menangani perhimpunan itu seperti kami ini komunis.
"Patutkah kerajaan bertindak sedemikian terhadap rakyat yang berhimpun secara aman untuk menyampaikan mesej yang murni kepada kerajaan demi kepentingan negara?" katanya.
Akibat tindakan yang melampau itu, kerajaan BN kini ternyata menempah aibnya sendiri di mata dunia. Manakala segala kesulitan dan kecederaan dan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat tidak akan dibiarkan begitu sahaja oleh rakyat.
"Pelbagai tindakan susulan pasti akan diambil. Dewan Pemuda PAS Malaysia sendiri melalui Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) pasti akan mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan dan kesemua agensi kerajaan yang terbabit.
"KDN dan PDRM perlu memohon maaf secara terbuka kepada para peserta perhimpunan itu terutama kepada mereka yang mengalami kecederaan.
"Tetapi walaupun tindakan permohonan maaf secara terbuka itu dilakukan, kerajaan, KDN, PDRM tetap juga tidak akan terlepas dari tindakan undang-undang daripada kami," tegas beliau.
harakahdaily/- | Sambutan 'kuning' untuk Najib di United Kingdom Posted: 15 Jul 2011 12:30 AM PDT 13 Syaaban 1432H. [MOD] -
Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ke United Kingdom hari ini diberi sambutan 'hangat' oleh penunjuk perasaan yang berpakain serba kuning.
Mereka membidas tindakan kerajaan yang menekan ribuan peserta perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu yang menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara.
Puluhan penunjuk perasaan yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan juga asing berkumpul di Mansion House di London sejam sebelum ketibaan Najib yang dijadual mengakan pertemuan dengan tokoh perniagaan Britain.
Sambil membawa kain rentang dan sepanduk, penunjuk perasaan juga mendesak Najib supaya membebaskan segera enam tahanan Parti Sosialis (PSM). Mereka yang dinamakan sebagai "EO6" yang ditahan mengikut Ordinan Darurat. Di bawah akta itu, seseorang boleh ditahan untuk tempoh 60 hari dan dinafikan hak untuk dibicarakan.
Diiringi Rosmah
Menurut portal Sarawak Report, konvoi Najib sempat melambai kepada penunjuk perasaan yang berlangsung dengan aman. Kehadiran polis adalah minimum dan mereka juga agak mesra.
Najib kini dalam lawatan rasmi lima hari ke London atas jemputan rasmi rakan sejawatannya.
Semalam, beliau dengan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor juga sempat menghadap Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham sebelum mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri David Cameron di No 10, Downing Street.
Turut mengiringi mereka adalah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.
malaysiakini/- | Indeks Pencemaran Udara Catat Kualiti Sederhana Posted: 15 Jul 2011 12:30 AM PDT 13 Syaaban 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Kualiti udara di kebanyakan tempat di seluruh negara mencatatkan paras sederhana pada sebelah pagi ini, lapor Jabatan Alam Sekitar (JAS).
JAS menerusi laman webnya berkata bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU)sehingga 7 pagi tadi menunjukkan 27 kawasan mencatatkn IPU sederhana dan 24 dengan bacaan IPU sihat.
Antara kawasan IPU sederhana ialah Seri Manjung, Perak (88), Kuala Selangor (81) dan Bukit Rambai, Melaka (63), manakala yang mempunyai IPU sihat pula termasuk Sri Aman (19), Alor Setar (21) dan Kangar (29).- BERNAMA | BERSIH: Buang Pelajar Kerana Sertai Himpunan, Menteri KPT Perlu Dihadapkan Ke SUHAKAM Posted: 15 Jul 2011 12:13 AM PDT 13 Syaaban 1432H. [MOD] -
Presiden SUARA, Ustaz Firdaus Madzlan yang juga pelajar di Darul Ifta', Mesir telah dikenakan tindakan dibuang dari pusat pengajian tersebut setelah pihak Darul Ifta' mendapat arahan dari pihak Kerajaan Malaysia, blog siasahkini dipetik.
Peristiwa ini adalah suatu perkara yang di luar jangkaan dan di sifatkan sebagai 'kejam' dan tidak 'bertamadun' oleh sahabat-sahabat yang belajar di Mesir melalui pengamatan di wall Face Book masing-masing.
Malah ada di kalangan mereka menyifatkan ia adalah suatu 'kejayaan' yang amat bermakna yang memberi signal ketakutan kerajaan Malaysia terhadap suara mahasiswa dari Timur Tengah, khususnya Mesir.
Sementara itu, sebelum ini, portal rasmi "Education Malaysia Egypt" telah mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan akan dikenakan terhadap mahasiswa Malaysia di Mesir yang terlibat dengan perhimpunan BERSIH 2.0.
Menurut kenyataan itu, arahan itu dikeluarkan berdasarkan pekeliling yang dikeluarkan oleh KBMK SR (081) 95/2/3 bertarikh 6 Julai 2011 berkaitan larangan bagi rakyat Malaysia untuk terlibat dalam perhimpunan haram Bersih 2.0.
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordid ssebelum ini telah pun mengeluarkan amaran yang sama kepada pelajar IPT samada dalam dan luarnegeri.
Tindakan Kementerian Pengajian Tinggi itu jelas bertentangan dengan kenyataan dan pendiran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) yang menyatakan perhimpunan Bersihyang diadakan 9 Julai lalu adalah sebagai hak orang ramai untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan secara aman.
Menurut Pengerusinya Tan Sri Hasmy Agam, perkara itu termaktub di dalam perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.
Suhakam mengulangi syor-syor yang telah dikemukakan sebelum ini kepada kerajaan untuk menghormati kebebasan berhimpun seperti yang terkandung dalam, antara lain laporan tahunannya kepada Parlimen serta permintaan bagi pemansuhan Subseksyen (2), (2A) hingga (2D), (4), (4A), (5), (5A) – (5C), (7) dan (8) Seksyen 27 dan Seksyen 27A Akta Polis 1967.
Justeru itu tindakan Menteri Pengajian Tinggi berkenaan adalah salah di sisi perlembagaan dan beliau perlu diheret untuk disiasat oleh pihak SUHAKAM.
Kami berpendirian bahawa sesiapa juga termasuk menteri-menteri kabinet dan pegawai-pegawai kanan kerajaan yang mengeluarkan kenyataan menentang perhimpunan BERSIH dan yang menegah dan menghalang pelajar, kakitangan awam atau mana-mana rakyat Malaysia dari menyertai perhimpunan aman BERSIH, perlu dihadapkan ke pihak SUHAKAM untuk siasatan dan diadukan terus salahlaku mereka kepada Yang Dipertuan Agong.
KELAB GREENBOC | Rakyat M'sia di Amerika juga sokong BERSIH 2.0 Posted: 15 Jul 2011 12:00 AM PDT 13 Syaaban 1432H. [MOD] -
Solidariti antarabangsa menyokong himpunan BERSIH 2.0 berterusan dengan rakyat negara ini di Amerika Syarikat menghantar memorandum dan tandatangan kepada Kedutaan Malaysia di Washington DC.
Dokumen menyokong tuntutan BERSIH 2.0 yang mahukan pembaharuan pilihan raya dikemukan oleh Phebie Thum dan diterima oleh Setiausaha Ketiga (Pentadbiran dan Kewangan) Khair Bahari Ahmad yang mewakili Duta Malaysia ke Amerika Datuk Jamaludin Jarjis yang tidak hadir.
Sabtu lalu, selain Kuala Lumpur, perhimpunan BERSIH 2.0 turut diadakan di Washington DC, New York City, Los Angeles, San Francisco, Chicago dan Portland.
Sekitar 350 rakyat Malaysia berkumpul bagi meluahkan sokongan kepada rakan-rakan BERSIH 2.0 di Malaysia manakala 270 menandatangani memorandum itu.
Selain menyokong tuntutan lapan perkara BERSIH 2.0 kepada Suruhanjaya Pilihan Raya, mereka juga mahu semua aktivis BERSIH, termasuk enam aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan mengikut Ordinan Darurat dibebaskan.
Rakyat Malaysia juga mahu SPR membenarkan mereka yang bekerja di luar negara mengundi secara pos.
Tiga ahli parlimen Pakatan - Johari Abdul (Sungai Petani ), Jeff Ooi (Jelutong) dan S Manikavasagam (Kapar) - serta ADUN Perak Chang Lih Kang (Teja) hadir bersama.
malaysiakini/- | Susu coklat ada bakteria Posted: 14 Jul 2011 11:40 PM PDT 13 Syaaban 1432H. [MOD] -
MELAKA: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), mengesahkan sampel susu diambil daripada Program Susu 1Malaysia yang disyaki tercemar sehingga menyebabkan 191 murid di negeri ini mengalami keracunan makanan, positif bakteria bacillus cereus dan toksinnya.
Keputusan diperoleh melalui ujian makmal dilakukan ke atas beberapa sampel susu yang diambil berikutan berlakunya lima episod keracunan makanan dilaporkan berpunca daripada meminum susu itu sehingga 25 Jun 2011.
Pengarah JKN, Datuk Dr Azmi Hashim berkata, ia membabitkan susu dibekalkan syarikat Dutch Lady selaku pembekal dilantik Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
"Program Susu 1Malaysia di bawah KPM, Kementerian Kesihatan membantu dari segi pemantauan susu di gudang simpanan dan penyimpanan di sekolah.
"Ujian makmal ke atas beberapa sampel susu itu menunjukkan terdapat kehadiran bakteria Bacillus cereus dan toksinnya dan beberapa tindakan diambil," katanya.
Menurutnya, lima episod keracunan makanan itu berlaku di lima sekolah, masing-masing dua di Alor Gajah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Lendu membabitkan 43 murid dan SK Othman Syawal (5), dua di Jasin iaitu SK Selandar (41) dan Sekolah Rendah Agama Jabatan Agama Islam Melaka Assyakirin (13) dan satu di daerah Melaka Tengah, SK Alai (89).
Katanya, keracunan makanan didapati berpunca daripada minuman susu berperisa coklat yang dibekalkan melalui program berkenaan, yang mana baki susu di sekolah dan di gudang turut disita.
"Program ini diberhentikan sementara bagi membolehkan siasatan menyeluruh dijalankan untuk mengenalpasti punca sebenar keracunan makanan dan KPM akan menentukan sama ada program ini akan disambung atau tidak.
"Penyiasatan epidemiologi dijalankan bagi semua episod dan didapati ia berkaitan dengan meminum susu 1Malaysia yang dibekalkan dan semua murid terbabit diberi rawatan selepas mengalami gejala ringan dan tidak dimasukkan ke hospital," katanya.
Menurutnya, pemeriksaan tempat simpanan susu di sekolah terbabit dan gudang di Serkam oleh Jabatan Pelajaran negeri (JPN), Pegawai Pelajaran Daerah dan pegawai dari Dutch Lady, Petaling Jaya dan didapati ia mematuhi prosedur penyimpanan ditetapkan.
Katanya, bekalan susu disita dan sampelnya dihantar ke Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan, Sungai Buloh mendapati beberapa sampel positif bakteria bacillus cereus dan toksinnya.
"Program Susu 1Malaysia di Melaka, Pulau Pinang dan Selangor dihentikan sementara sehingga dimaklumkan kemudian dan semua sekolah dimaklumkan JPN.
"Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, JKN Selangor menjalankan siasatan di kilang Dutch Lady di Petaling Jaya dan menghantar sampel susu untuk ujian makmal, namun keputusannya masih belum siap," katanya.
Menurutnya, pendidikan kesihatan terhadap murid terutama mengenai mempraktikkan konsep Lihat, Hidu dan Rasa sebelum makan atau minum perlu bagi mencegah keracunan makanan.
Bulan lalu, akhbar ini melaporkan 82 murid SK Alai terpaksa mendapatkan rawatan disyaki keracunan makanan selepas meminum susu Program Susu 1Malaysia berikutan pentadbiran sekolah terlepas pandang arahan pemberhentian sementara program itu dibuat JPN sehari sebelum kejadian.
Pemberhentian itu dibuat berikutan hampir 100 murid dari tiga sekolah di Alor Gajah dan Jasin disyaki keracunan makanan selepas meminum susu itu, sehari sebelum kejadian di SK Alai dilaporkan.
metro/- | Guna GPS jejak suami curang Posted: 14 Jul 2011 11:30 PM PDT 13 Syaaban 1432H. [MOD] -
NEW JERSEY: Sebuah Mahkamah New Jersey memberi kebenaran kepada seorang wanita menggunakan alat Sistem Pengesanan Global (GPS) untuk menjejaki suaminya yang curang.
Akhbar Korean Herald melaporkan wanita berkenaan mengupah penyiasat persendirian mengekori suaminya untuk mengetahui sama ada beliau mempunyai hubungan sulit.
Bagaimanapun apabila suaminya, Kenneth Villanova, sering berjaya mengelakkan diri daripada diekori penyiasat, beliau disuruh untuk meletakkan alat pengesan itu di kenderaan suaminya, kata Forbes yang memetik laporan tempatan.
Dua minggu selepas pemasangan alat berkenaan, kereta Villanova didapati berada di tepi lebuh raya dengan wanita lain di dalam kereta itu. – Agensi | Menteri Thai minta pesawat Putera Mahkota tak disita Posted: 14 Jul 2011 09:45 PM PDT 13 Syaaban 1432H. [MOD] -
PESAWAT Boeing 737 milik Putera Maha Vajiralongkorn disita di sebuah lapangan terbang di Munich, Jerman kelmarin.
BANGKOK - Menteri Luar Thailand, Kasit Piromya semalam menyatakan beliau akan berlepas ke Jerman untuk cuba meyakinkan pihak berkuasa negara itu supaya membatalkan perintah mahkamah yang menyita sebuah pesawat Boeing 737 milik Putera Mahkota Thailand, Maha Vajiralongkorn.
Pesawat itu disita di sebuah lapangan terbang di Munich, Jerman.
Kasit berkata, beliau akan mengetuai satu delegasi yang terdiri daripada barisan diplomat dan peguam untuk memperbetulkan 'kesilapan besar' yang dibuat agensi kecairan Jerman kerana menyita pesawat tersebut.
Menurut menteri berkenaan, beliau akan berlepas ke ibu kota Jerman, Berlin hari ini.
Pesawat tersebut disita Perkhidmatan Kecairan Jerman kerana kerajaan Thailand didakwa gagal membayar hutang tertunggak berjumlah AS$43 juta (RM129 juta) milik sebuah firma pembinaan Jerman, Dywidag.
"Kami ingin menjelaskan bahawa kes ini tiada sebarang kaitan dengan Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn. Ia adalah satu kesilapan besar yang berpunca daripada maklumat palsu yang diberikan kepada sistem perundangan Jerman oleh plaintif," kata Kasit dalam satu sidang media di sini.
Dywidag yang membantu membina sebuah lebuh raya bertol sepanjang 26 kilometer menghubungkan bandar ini dan Lapangan Terbang Don Muang, bergabung dengan Walter Bau Ag pada 2001 sebelum firma itu diisytiharkan muflis. - Reuters | Mengapa kejam pada rakyat sendiri Posted: 14 Jul 2011 09:15 PM PDT 13 Syaaban 1432H. [MOD] -
Kami rakyat Malaysia yang berada di New Zealand pada masa ini berasa amat terkejut dengan cara Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri Malaysia serta barisan Kabinetnya menangani isu BERSIH pada 9 Julai yang lalu. Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara dan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan ugama kami dengan ini membantah sekeras-kerasnya cara Kerajaan Malaysia berhadapan dengan isu BERSIH. Kami sedih mendengar Kerajaan Malaysia yang sanggup membunuh dan mencederakan rakyatnya sendiri. Kami membantah perbuatan kejam ini kerana kami sayang negara dan seluruh rakyat Malaysia.
Ramai rakyat New Zealand yang menumpang marah kepada YAB Perdana Menteri serta barisan Menteri Kabinet kerana memberi arahan kepada Polis untuk melakukan perbuatan kejam terhadap rakyat sendiri. Imej baik Malaysia di luar negara kini merosot teruk akibat tindakan kejam YAB Perdana Menteri, Kabinet dan Polis Malaysia. Betapa ruginya rakyat Malaysia kerana mempunyai Perdana Menteri dan barisan Kabinet yang tidak sayangkan rakyat sendiri. Mereka hanya sayang rakyat pada waktu pilihanraya sahaja. Jelas sekali sayang palsu yang dibuat-buat hanya untuk memenangi pilihanraya. Selepas mendapat kuasa mereka membunuh dan mencederakan rakyat yang telah memberi mereka kuasa.
YAB Perdana Menteri, Kabinet dan Polis tidak perlu berperang dengan rakyat sendiri. Mereka tidak perlu menggunakan belantan atau gas pemedih mata atau water canon. Mereka tidak perlu menggunakan air berasid atau penumbuk atau penampar terhadap rakyat. Mereka hanya perlu sekeping hati bersih yang dilimpahi perasaan kasih sayang terhadap rakyat. Hati yang bersih akan memimpin fikiran dan seluruh anggota untuk bertindak secara waras dan bukan bertindak kejam. Tugas kami sebagai rakyat Malaysia ialah menashat YAB Perdana Menteri Malaysia, Kabinet dan Polis supaya menunjukkan sifat kasih sayang terhadap rakyat Malaysia.
Kasih sayang tidak boleh dibina di atas darah yang mengalir. Kasih sayang tidak boleh dibina di atas pembunuhan rakyat. Kasih sayang tidak boleh dibina di atas kecederaan rakyat. Kasih sayang tidak boleh dibina di atas kesakitan rakyat. Hanya kebencian dan dendam sahaja yang ada. Betapa ruginya YAB Perdana Menteri Malaysia kerana membeli kebencian dan menjual kasih sayang. Mungkin nasihat ini sudah terlambat untuk YAB Perdana Menteri Malaysia dan barisan Kabinetnya kerana terlanjur perahu boleh diundur tapi kalau terlanjur perbuatan amat buruk padahnya.
Sebelum ini kami rakyat Malaysia di New Zealand berasa tidak perlu memberi nasihat kepada YAB Perdana Menteri dan Kabinet yang mewakili kerajaan Malaysia kerana kerajaan Malaysia nampaknya mahu melakukan perubahan positif demi kemajuan Malaysia. Namun begitu cara kerajaan Malaysia menangani isu BERSIH amat memalukan kami sebagai rakyat Malaysia yang berada di luar negara. Kerajaan Malaysia adalah wakil kami dan cermin kami walau pun di pelusuk dunia mana kami berada. Jadi setiap salah laku kerajaan akan memberi kesan negatif pada kami sebagai rakyat Malaysia di luar negara. Membunuh dan mencederakan rakyat sendiri adalah amat memalukan.
Gabungan Rakyat Malaysia New Zealand | PKR: Ada 1,607 pengundi lebih 100 tahun di Perak Posted: 14 Jul 2011 09:13 PM PDT 13 Syaaban 1432H. [MOD] -
Jika dahulu, Perak terkenal dengan bijih timah, kali ini ia dikatakan sebagai negeri yang mempunyai warga emas yang terbanyak di Malaysia. Ini berikutan deakwaan PKR yang mendapati 1,607 pengundi berusia lebih 100 tahun yang berdaftar di negeri itu.
Isu itu ditimbulkan oleh ahli majlis tertinggi PKR yang juga ahli parlimen Gopeng Lee Boon Chye pada sidang akhbarnya di Ipoh semalam.
Bersama naib ketua pemuda PKR yang juga ADUN Simpang Pulai Chan Ming Kai, Lee membekalkan dokumen bagi menyokong hujahnya itu.
Katanya dengan penemuan itu, Perak mungkin menjadi negeri yang mempunyai warga emas paling ramai.
Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, pengundi paling tua di negeri Perak berusia 132 tahun dan terdapat 160 pengundi yang berumur lebih 110 tahun.
Lee berkata jumlah pengundi berusia antara 100 hingga 109 tahun pula adalah 1,447 orang.
Sehubungan itu, PKR menggesa SPR menyiasat pengundi berkenaan. Mereka juga mecadangkan badan pilihan raya itu melaksanakan pendaftaran pengundi secara automatik - yang dituntut oleh gabungan BERSIH 2.0 yang didakwa mereka boleh menyelesaikan masalah senarai pengundi yang telah meninggal dunia tetapi masih berada di senarai pendaftar.
"Pendaftaran automatik boleh menyelesaikan banyak masalah SPR, jadi mereka boleh fokus pada kerja-kerja penting yang lain," kata Lee.
malaysiakini/- | Lapan pelatih histeria Posted: 14 Jul 2011 09:00 PM PDT 13 Syaaban 1432H. [MOD] -
KEMAMAN - Tidak sampai sebulan dibuka, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik, di sini, gempar apabila lapan daripada pelatihnya dipercayai diserang histeria sejak kelmarin.
Sinar Harian difahamkan, lapan mangsa terbabit adalah tiga pelatih lelaki dan lima perempuan.
Lima mangsa dikatakan secara tiba-tiba meraung ketika perhimpunan pagi yang diadakan di kawasan pusat latihan itu, kira-kira jam 10 pagi semalam.
Seorang pelatih yang enggan dikenali berkata, kejadian malang itu dipercayai susulan daripada kejadian histeria yang berlaku kira-kira jam 6.30 lewat petang kelmarin apabila seramai tiga pelatih dirasuk.
Bagi meredakan keadaan, difahamkan pihak pengurusan IKBN mengarahkan semua pelatih pulang ke rumah masing-masing sempena cuti hujung minggu.
IKBN Kemasik mula beroperasi sejak 4 Julai lalu dan kini mempunyai pelatih seramai 107 orang.
Sementara itu, Pengarah IKBN Kemasik ketika dihubungi enggan mengulas mengenai kejadian itu.
sinar harian/- | Hari Kebangkitan Rakyat Wilayah malam esok Posted: 14 Jul 2011 08:30 PM PDT 13 Syaaban 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 15 Julai: PAS Wilayah Persekutuan akan mengadakan pelancaran Hari Kebangkitan Rakyat dan ceramah perdana esok (16 Julai) di dataran Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (Kuizm) di Taman Melewar, di sini.
Di antara pimpinan yang akan menghadiri program bermula jam 9.00 malam itu terdiri daripada Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub.
Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan, Mohd Nasaie Ismail menjelaskan, Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar akan turut hadir pada program itu.
Menurut beliau, pada majlis itu, PAS Wilayah Persekutuan antara lain akan menampilkan tahanan himpunan aman Bersih.
Katanya, Suhardi yang mengalami kekejangan di hadapan hentian Puduraya dan Ajak, mangsa ftnah akhbar turut bersama.
Kedua-dua mangsa itu akan tampil memberikan penjelasan sebenar mengenai insiden yang menimpa mereka untuk membolehkan orang ramai mengetahui cerita sebenarnya.
Menurutnya, di samping itu, tayangan keganasan BN dalam himpunan 907 Sabtu lalu juga akan diadakan.
harakahdaily/- | Doktor: Kami beri banyak bukti jika dicabar Posted: 14 Jul 2011 08:00 PM PDT 13 Syaaban 1432H. [MOD] -
Para doktor yang menyaksikan tindakan pihak polis di Hospital Tung Shin, bersedia untuk memberi bukti lanjut jika kenyataan yang dikeluarkan semalam disangkal oleh kerajaan.
Bagaimanapun, mereka tidak akan mendedahkan maklumat lanjut mengenai kejadian tersebut sehinggalah kenyataan mereka dicabar oleh pihak berkuasa, kata jurucakap mereka, Dr Sheikh Johari Bux hari ini.
"Jika itu (penafian) timbul, kita akan berbincang sebagai satu kumpulan dan mengambil langkah-langkah yang diperlukan," kata Dr Sheikh Johari, seorang perunding obstetrik dan sakit puan.
"Jika tidak, kita akan biarkannya setakat itu," katanya, sambil menambah bahawa mereka hanya akan memberi respons pada "masa yang sesuai" dan di hadapan peguam.
Sheikh Johari berkata maklumat yang mereka ada bukanlah sesuatu yang "rahsia".
Ia juga bukan niat mereka untuk melawan sesiapa, "apa yang kami mahu ialah hanya bercakap benar," tambahnya.
"Apa yang kita minta ialah mereka yang di atas supaya telus."
Kenyataan doktor berkenaan, yang dikeluarkan malam tadi dan ditandatangani oleh 11 pegawai kanan perubatan, mengutuk pihak berkuasa kerana bertindak ke atas peserta perhimpunan BERSIH 2.0 dalam perkarangan hospital tersebut Sabtu lalu.
Perbuatan itu melanggar pengiktirafan universal hospital sebagai tempat perlindungan.
Ia adalah kenyataan pertama yang dibuat oleh pegawai perubatan berikutan penafian pihak polis dan Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai bahawa polis menembak gas pemedih mata dan meriam air ke dalam perkarangan hospital itu pada 9 Julai.
Selain Sheikh Johari, doktor-doktor lain yang menandatangani kenyataan itu adalah Dr Musa Nordin, Dr Ng Kwee Boon, Dr Ng Swee Choon, Dr Ronald Mcoy, Dr David Quek, Dr Mary Cardozo, Dr Farouk Musa, Dr Mazeni Alwi, Dr Pixie Low dan Dr Steve Wong.
malaysiakini/- | Penculik tetap tuntut RM5.6 juta, tiada diskaun Posted: 14 Jul 2011 07:45 PM PDT 13 Syaaban 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR - Kumpulan penculik dipercayai rangkaian Abu Sayyaf di selatan Filipina tetap menuntut wang tebusan RM5.6 juta bagi pembebasan Mohd. Nazaruddin Saidin, rakyat Malaysia yang diculik di Pulau Jolo, awal Mei lalu.
Menurut sumber, dakwaan bahawa pihak berkenaan memberi diskaun RM60,000 untuk pembebasan mangsa adalah tidak benar.
Sebaliknya, katanya, ia hanya kos rundingan yang diperlukan bagi perbelanjaan makan, minum dan pengangkutan untuk membawa Mohd. Nazaruddin dari satu lokasi ke lokasi lain sejak tiga bulan dalam tawanan.
"Hakikatnya, setakat ini tidak ada pihak mahu menaja wang sebanyak itu (RM5.6 juta).
"Tidak ada isu pintu rundingan ditutup, pihak kumpulan penculik tersebut tidak mempunyai sebarang masalah untuk menunggu seberapa lama sekalipun.
"Lagi lama tunggu untuk membayar tuntutan mereka, nilai tebusan semakin tinggi dan yang paling utama pihak penculik mahu keuntungan daripada hasil 'tangkapan' mereka," kata sumber itu.
Sementara itu, Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Muhd. Khairun Aseh ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini turut mengesahkan jumlah tuntutan tebusan sebanyak RM5.6 juta masih kekal dan pihak penculik tidak pernah memberi diskaun sehingga RM60,000.
"Jika tuntutan tidak dipenuhi kemungkinan kos itu akan meningkat," katanya.
Beliau dimaklumkan orang tengah pihak penculik berkenaan bahawa mereka tidak mahu berunding dengan pihak biro itu sebaliknya, mahu berurusan terus dengan keluarga.
"Bagaimanapun, kami sanggup menawarkan diri lagi untuk memberi bantuan dan akan ke Filipina dalam waktu terdekat," katanya.
Dalam laporan Utusan Malaysia pada 14 Mei lalu, isteri Mohd. Nazarudin, Mazlina Mohamad, 38, mendedahkan kumpulan penculik berkenaan menuntut wang tebusan sebanyak 80 juta Peso (RM5.6 juta) sebagai syarat pembebasan suaminya.
Katanya, jumlah wang tebusan itu dimaklumkan kumpulan penculik kepada orang tengah yang juga salah seorang ejen broker cicak tokek di Malaysia.
Katanya lagi, kumpulan itu turut memberi syarat agar dia membayar sejumlah 5 juta Peso (RM348,317) sebagai pendahuluan wang tebusan terbabit dalam tempoh yang diberi.
utusan malaysia/- | Makam Tok Gajah dipuja Posted: 14 Jul 2011 07:30 PM PDT 13 Syaaban 1432H. [MOD] -
KHURAFAT...kaki judi menjadikan makam Tok Gajah adalah khurafat.
HULU TERENGGANU: Menyedihkan apabila makam Tok Gajah, pahlawan Melayu yang terkenal dengan keperwiraan menentang penjajah Inggeris pada 1890-an di Kampung Pasir Nering, Kuala Berang di sini, menjadi tempat tahi judi melakukan pemujaan bagi mendapatkan nombor ekor.
Tinjauan Harian Metro mendapati makam tokoh yang meninggal dunia pada 1901 itu tidak terurus dan menurut cerita penduduk kampung, ia turut menjadi tumpuan perbuatan khurafat kaki judi yang dipercayai orang luar.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kebajikan Kampung (JKKK) Kampung Pasir Nering, Ariffin Jusoh, 55, berkata, berdasarkan laporan penduduk, makam berkenaan saban tahun dicemari dengan kegiatan pemujaan nombor ekor.
"Paling baru sekumpulan kaki nombor ekor dilihat penduduk memasuki kawasan makam itu pada Februari lalu dan dipercayai menjalankan kegiatan pemujaan bermula jam 12 malam hingga awal pagi.
"Penduduk hanya menyedari perbuatan khurafat itu apabila melihat kesan lilin yang ditinggalkan di kawasan makam berkenaan keesokannya.
metro/- | MTUC, MEF bantah akta gaji minimum baru dilulus Parlimen Posted: 14 Jul 2011 07:00 PM PDT 13 Syaaban 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 15 Julai — Meskipun sudah terlewat, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) bersatu suara menggesa Putrajaya mengkaji semula rang undang-undang berkaitan gaji minimum yang baru diluluskan oleh Parlimen.
Rang Undang-Undang Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 — yang akan membuka laluan kepada pelaksanaan gaji minimum dan Putrajaya memberi jaminan akan dilaksanakan akhir tahun ini, telah diluluskan oleh kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada sesi Parlimen yang baru shaja berakhir.
Perkembangan ini dilihat kemungkinan akan melewatkan pelaksanaan gaji minimum, malah ada suara ia kemungkinan tidak akan menjadi kenyataan.
MTUC melahirkan rasa tidak puas hati ekoran tiga perkara manakala MEF pula menggariskan dua aspek penting.
"Ini kali pertama nampaknya MTUC dan MEF melahirkan pendirian yang sama mengenai pelaksanaan gaji minimum," kata Pengarah Eksekutif MEF, Shamsuddin Bardan kepada The Malaysian Insider.
Sementara kedua-dua badan itu berpandangan Menteri Sumber Manusia mempunyai kuasa yang luas dalam melaksanakan undang-undang ini, MEF berkata pihaknya tidak berpuas hati kerana menteri boleh meminda atau membatalkan mana-mana perintah mengenai gaji minimum dengan arahan kerajaan bila-bila masa.
MTUC dan MEF juga tidak bersetuju dengan jumlah keanggotaan dalam Majlis Perundingan Gaji Negara yang menampakkan seolah-olah wakil pekerja dan majikan adalah "golongan minoriti" dalam membuat keputusan sedangkan ia berkaitan dengan majikan-pekerja.
Daripada 29 anggota majlis wakil pekerja dan majikan masing-masing mempunyai lima orang, malah mereka tidak semestinya mewakili MTUC dan MEF.
Sebaliknya mereka boleh dilantik daripada kalangan mana-mana kumpulan pekerja dan majikan, bukannya suara entiti seperti MEF, kata Shamsuddin.
MTUC pula berkata pihaknya dimaklumkan bahawa kongres itu hanya boleh mengesyorkan dua nama wakil mereka sedangkan ada lima wakil pekerja dalam majlis tersebut.
Seorang wakil datang dari Kesatuan Pekerja-pekerja Perladangan Kebangsaan manakala wakil pekerja Sabah dan Sarawak akan diputuskan oleh kerajaan, bukannya MTUC, kata Setiausaha Agung MTUC Abdul Halim Mansor.
Selain itu, MTUC juga tidak bersetuju dengan tarikh pelaksanaan gaji minimum yang akan dilaksanakan berdasarkan budi bicara kerajaan mengikut sektor, wilayah dan pekerjaan.
Sedangkan MTUC mahu dasar gaji minimum kebangsaan yang akan dilaksanakan serentak di seluruh negara.
Ketikan mengulas lanjut Shamusuddin berkata, "kami mahu kerajaan mengkaji balik atau meminda rang undang-undang yang sudah pun diluluskan."
"Rang undang-undang ini baru diluluskan dan belum diberi perkenan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk diwartakan... jadi, kami rasa masih ada masa bagi kerajaan memperbetulkan peruntukan-peruntukan yang tidak adil ini," kata Shamsuddin lagi.
Ketika ditanya sama ada MEF menolak rang undang-undang itu, Shamsuddin memberitahu: "Kami tiada kuasa untuk menolak."
"Tetapi kami mahu kerajaan mengkaji balik, meminda akta ini," katanya lagi sambil menegaskan, MEF dan MTUC tidak diajak berbincang secara formal apabila rang undang-undang ini digubal.
Katanya, MEF pernah menyertai sesi perbincangan makmal dan bengkel mengenai gaji minimum tetapi tidak selepas itu.
"Sepatutnya apa-apa undang-undang berkaitan dengan pekerja dan menyentuh kepentingan majikan perlu dibincangkan dalam mesyuarat tiga pihak iaitu di NLAC (Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan), tetapi ini tidak dilakukan," katanya.
Perkara itu turut diakui oleh Halim sambil berkata, NLAC tidak bersidang sejak Mei 2010.
NLAC merupakan badan tiga pihak membincangkan isu-isu perburuhan.
"Kami mengambil keputusan tidak bersetuju dengan sebahagian besar peruntukan... peruntukan-peruntukan yang memberi kuasa yang terlalu besar kepada menteri dan mengecilkan peranan MTUC dalam soal perundingan," kata Halim kepada The Malaysian Insider.
Kepimpinan MTUC terkejut apabila rang undang-undang itu dibaca kali kedua dan ketiga di Dewan Rakyat.
MEF pula menyedari keseluruhan kandungan rang undang-undang itu selepas ia dibaca kali pertama di Dewan Rakyat.
Dalam nada yang kecewa, Halim berkata, "kami sebagai badan kesatuan sekerja, mewakili pekerja telah diketepikan."
"Kami merasakan kerajaan telah mengetepikan peranan MTUC," kata beliau.
MTUC mengambil pendirian itu pada mesyuarat khas majlis amnya Rabu lalu, kira-kira seminggu selepas Dewan Rakyat meluluskan rang undang-undang itu yang sudah lama dinantikan.
The Malaysian Insider difahamkan rata-rata kebanyakan pemimpin MTUC terkejut dengan keputusan pentadbiran Najib membahaskan rang undang-undang itu di Dewan Rakyat.
"Mengikut rekod yang ada pada MTUC, kami tidak pernah dipanggil berbincang mengenai rang undang-undang ini... itu yang kami rasa terkilan, seolah-olah kami dibelakangkan," kata Halim lagi.
Ketika ditanya sama ada MTUC menolak, Halim memberitahu: "Kami tidak mengatakan kami menolak, tapi kami tidak puas hati dengan rang undang-undang ini."
Sejurus selepas Dewan Rakyat membahas dan meluluskan rang undang-undang itu, kata beliau, MTUC dan MEF telah menghantar surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar meminda rang undang-undang itu.
Rang Undang-Undang Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 membolehkan sebuah badan bebas Majlis Perundingan Gaji Negara ditubuhkan.
Ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam berkata, majlis itu berfungsi untuk mengkaji dan menetapkan gaji minimum berteraskan prinsip tripartisme antara kerajaan, pekerja dan majikan.
"Majlis ini akan dibantu oleh kumpulan profesional dalam Jawatankuasa Teknikal terdiri daripada pakar ekonomi, statistik dan sosial," katanya.
Beliau berkata, menurut rang undang-undang itu, majikan yang tidak membayar gaji pokok sebagaimana dinyatakan dalam perintah gaji minimum kepada pekerjanya boleh didenda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap pekerja, jika sabit kesalahan.
malaysianinsider/- | Hospital Islam P Pinang akan jadi realiti Posted: 14 Jul 2011 06:30 PM PDT 13 Syaaban 1432H. [MOD] -
KEPALA BATAS, 14 Julai: Hospital Islam Pulau Pinang akan menjadi satu realiti di negeri ini, apabila usaha ke arah mewujudkan kemudahan tersebut menjadi realiti tidak lama lagi.
Pengerusi Promosi dan Pemasaran Pusat Urus Zakat Pulau Pinang, Dr. Mujahid Yusof Rawa, berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pentauliahan amil zakat fitrah negeri Pulau Pinang, yang telah diadakan di Dewan Millenium, pagi tadi.
Menurut beliau lagi, segala kemudahan yang ada seperti pusat haemodialisis telah pun diwujudkan oleh PUZ ,kepakaran ini akan diakseskan semaksima mungkin bagi manfaat umat Islam di Pulau Pinang, yang tidak pernah dilaksanakan sebelum ini.
"Dalam lawatan ke Mesir baru-baru ini, kita mendapati terdapat pelajar tahun akhir yang mengikuti pengajian bidang perubatan atas biaya PUZ boleh dimanfaatkan ilmu mereka bagi mewujudkan hospital tersebut di Pulau Pinang.
"Kemungkinan besar, kita boleh memulakan projek besar ini melalui kewujudan klinik-klinik yang diuruskan oleh PUZ. Setelah wujudnya infrastruktur yang sempurna dan kepakaran yang mencukupi, maka usaha ini akan dijadikan satu realiti untuk diakseskan.
"Adalah tidak mustahil projek yang telah ada perancangan ini, menjadi satu yang nyata setelah melihat kepada sokongan melalui peningkatan kutipan zakat yang telah berjaya dikutip pada setiap tahun," ujarnya lagi.
Jelasnya lagi, hospital ini akan lebih menumpukan kepada khidmat untuk membantu mereka yang miskin dan tidak berkemampuan dengan bayaran yang minima.
"Saya yakin dengan peningkatan kutipan zakat dari RM53 juta pada tahun lalu kepada RM56 juta tahun ini, akan berjaya ditingkatkan kepada target RM100 juta bagi merealisasikan aspirasi ini.
"Namun begitu, mutu dan kualiti perkhidmatan akan tetap menjadi prioriti dalam memberi kemudahan tersebut apabila hospital tersebut menjadi kenyataan tidak lama lagi," tambahnya beliau yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.
Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Exco Agama Kerajaan Negeri, Abdul Malik Abul Kassim, Yang Dipertua Majlis Agama Islam P.Pinang, Ellias Zakaria dan Timbalannya, Datuk Mohd Salleh Man.
harakahdaily/- | Rumah penuh beg jenama tiruan Posted: 14 Jul 2011 06:00 PM PDT 13 Syaaban 1432H. [MOD] -
RAMPAS...Othman (kanan) menunjukkan beg jenama Nike tiruan yang dirampas.
GOMBAK: Tiga anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor terkejut apabila mendapati rumah kedai dua tingkat yang diintip sebenarnya bukan stor penyimpanan video cakera padat (VCD) cetak rompak sebaliknya barang tiruan berupa pelbagai jenis beg.
Serbuan dijalankan di Jalan 12/10, Taman Koperasi Polis Fasa 1 di sini, kira-kira jam 6.15 petang kelmarin menemui kira-kira 30,000 beg tiruan pelbagai jenama terkenal membabitkan nilai mencecah RM500,000.
Pengarah Penguat kuasa KPDNKK Selangor, Othman Nawang berkata, ketika serbuan itu, pihaknya menahan lima suspek termasuk pemilik premis iaitu seorang lelaki berusia 50-an dan empat pekerja berusia antara 18 dan 23 tahun.
Beliau berkata, siasatan awal lebih menjurus kepada tempat penyimpanan VCD cetak rompak berdasarkan kawalan rapi yang dibuat di premis itu termasuk pintu depan yang tidak pernah dibuka secara terang-terangan.
"Ketika pegawai kami sedang membuat pemantauan, sebuah lori yang berisi muatan tiba bersama pemilik premis yang turut berada di tempat kejadian dipercayai untuk mengira stok baru menjelang musim perayaan.
"Siasatan awal mendapati mereka memperoleh stok barangan itu daripada seorang pembekal di Pulau Pinang yang dipercayai menyeludup bekalan itu dari China," katanya.
Serbuan dilakukan tiga pegawai KPDNKK Selangor cawangan Shah Alam dengan dibantu pegawai KPDNKK cawangan Gombak merampas jenama beg terkenal seperti Adidas, Nike, Elvy dan Coach Othman berkata, barangan itu dijual secara langsung kepada peniaga pasar malam dan peruncit kedai beg di sekitar Lembah Klang dan Selangor.
"Siasatan mendapati mereka sudah beroperasi lebih tiga tahun lalu selain menjual di tapak pasar malam di depan premis ini yang dibuka setiap Sabtu.
"Bagi memastikan operasi mereka tidak dikesan penguat kuasa, semua kerja pemindahan barang di tingkat satu ke bawah melalui lubang ditebuk dalam sebuah bilik menggunakan takal," katanya.
Katanya, tingkat atas premis itu dijadikan tempat penyimpanan stok yang baru dibawa masuk manakala tingkat bawah digunakan untuk kerja pembungkusan semula sebelum diedarkan.
Siasatan dijalankan mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 membawa hukuman denda hingga RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi individu manakala bagi syarikat, denda RM250,000 jika sabit kesalahan.
kosmo/- | Er Teck Hwa ditahan sekali lagi Posted: 14 Jul 2011 05:30 PM PDT 13 Syaaban 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 15 Julai: Ekoran memakai baju Bersih, Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa sekali lagi ditahan polis kira-kira jam 8.30 malam tadi.
Beliau ditahan ketika dalam perjalanan menuju ke program memperingati mendiang Teoh Beng Hock di Muar, Johor dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Muar.
Ketika kejadian, difahamkan Er dan kumpulanya baru sahaja keluar dari Pusat Khidmat DAP Muar menuju ke program itu di mana tiga buah trak FRU sudah pun menunggu di kawasan itu.
Ketika itu, polis membenarkan mereka berjalan ke program itu secara berbaris seorang demi seorang.
Beliau yang memakai t-shirt Bersih bagaimanapun diarah menanggalkannya oleh seorang pegawai polis.
Er bagaimanapun enggan berbuat demikian dan mengenakan t-shirt merah bertulis "Ubah" yang diberi oleh seorang ahli DAP, sekaligus menutupi t-shirt Bersih di dalamnya.
Seorang anggota polis lain bagaimanapun tetap tidak membenarkan Er berbuat demikian.
Dia meminta Er agar menanggalkan baju Bersih tersebut, bagaimanapun ahli parlimen itu enggan dan berlaku sedikit kekecohan.
Akibat dari itu, Er kemudiannya ditahan.
Menurut peguamnya, Er bagaimanapun dibebaskan lewat malam tadi selepas pihak polis mengambil keterangan darinya.
harakahdaily/- | Gunung berapi di Indonesia meletup Posted: 14 Jul 2011 05:20 PM PDT 13 Syaaban 1432H. [MOD] -
JAKARTA: Gunung berapi Lokon memuntahkan lava dan mengeluarkan asap beratus meter awal pagi tadi sekali gus mencetuskan kebimbangan penduduk yang tinggal di lereng dan cerun.
Letupan pertama gunung itu berlaku pada jam 10.46 malam waktu tempatan. Pegawai Agensi Pengurusan Bencana Alam, Brian Rulrone berkata, letupan kedua yang lebih kuat berlaku selepas tengah malam dan kali ketiga pada jam 1.10 pagi.
Seorang lagi pegawai berkata, stesen radio El Shinta yang berada di tempat kejadian melaporkan askar dan polis membantu pasukan penyelamat untuk memindahkan kira-kira 500 penduduk yang menetap di sepanjang lereng gunung berkenaan.
Mereka menyertai 2,000 orang yang berpindah selepas diberi amaran supaya menjauhkan diri daripada gunung berapi setinggi 1,750 meter bekenaan yang diletakkan sebagai kecemasan terpenting dengan letupan kecil setiap hari.
Gunung Lokon terletak di wilayah utara Sulawesi ialah satu daripada 129 gunung berapi yangh masih aktif di negara berkenaan.
Letupan besar pada 1991 menyebabkan seorang pendaki warga Switzerland maut dan memaksa ribuan penduduk meninggalkan rumah mereka. - AP | AS pandang berat tindakan keras atas perhimpunan Posted: 14 Jul 2011 02:00 AM PDT 12 Syaaban 1432H. [MOD] -
Amerika Syarikat memandang berat tindakan pihak berkuasa Malaysia terhadap peserta perhimpunan yang disokong pembangkang hujung minggu lalu dan berkata ia akan memantau perkembangannya.
Polis anti-rusuhan melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan perhimpunan menuntut pembaharuan pilihan raya Sabtu lalu dan menangkap lebih 1,600 orang.
Seorang lelaki meninggal dunia semasa perhimpunan tersebut. Keluarganya berkata dia pengsan selepas lari untuk mengelak gas pemedih mata, manakala polis berkata dia meninggal dunia akibat serangan sakit jantung.
"Kita mempunyai beberapa kebimbangan," kata jurucakap Jabatan Negara, Mark Toner kepada pemberita. "Kami... terus menyokong hak rakyat untuk bebas menyuarakan aspirasi demokratik masing-masing dan menyatakan pandangan mereka dengan bebas.
"Kami akan terus memantau rapat keadaan tersebut," kata Toner.
Malaysia telah berjanji untuk menyiasat dakwaan terhadap keganasan polis. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mempertahankan polis, dengan berkata perhimpunan itu merupakan satu muslihat untuk mencemarkan imej negara.
Pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa mengecam tindakan keras tersebut dan menggesa Amerika dan negara-negara lain supaya mengenakan tekanan ke atas Malaysia untuk memastikan akauntabiliti.
"Kerajaan Malaysia perlu menjalankan segera siasatan yang adil dan telus terhadap dakwaaan kekerasan yang melampau dan tangkapan yang tidak wajar oleh pasukan keselamatan," kata Badan Pemantau Hak Asasi Manusia yang berpejabat di New York dalam satu kenyataan.
Malaysia sedang berusaha untuk membina hubungan erat dengan Amerika Syarikat di tengah-tengah usaha pentadbiran Presiden Barack Obama untuk mendekati rantau Asia Tenggara.
Malaysia dan Amerika telah lama menjadi rakan dagangan utama tetapi hubungan politik antara keduanya tidak selesa, terutama semasa 22 tahun pentadbiran Tun Mahathir Mohamad yang merupakan pengkritik lantang dasar luar negara Amerika.
Amerika juga memandang berat layanan terhadap ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghabiskan masa selama enam tahun dalam penjara dan sekali lagi berdepan dalam perbicaraan mengenai dakwaan liwat, yang merupakan satu kesalahan di negara majoriti Islam ini.
Anwar berkata tuduhan itu bermotifkan politik.
Obama menjemput Najib ke Washington pada April 2010 untuk menghadiri sidang kemuncak mengenai keselamatan nuklear dan menemui beliau di luar persidangan tersebut. Setiausaha Negara Hillary Clinton melawat Malaysia pada bulan November.
malaysiakini/- | "PAS Miri Usaha NGO Menentang Pelacuran" Posted: 14 Jul 2011 01:55 AM PDT 12 Syaaban 1432H. [MOD] -
PAS Kawasan Miri menyokong penuh tindakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang bertindak untuk mengumpul tanda tangan daripada isteri-isteri di Bandaraya Miri sebagai tanda bantahan kepada penularan gejala pelacuran di Bandaraya Miri melalui pusat-pusat urut di bandaraya ini.
Perkara ini pernah diketengahkan oleh PAS Kawasan Miri sebelum ini berkenaan pembukaan pusat-pusat urut yang semakin banyak di Bandaraya Miri. Namun masih belum ada satu tindakan konkrit daripada pihak yang berwajib bagi mengawal dan mengurangkan pusat-pusat seumpama ini. Bagi PAS Kawasan Miri, bagi menarik pelancong asing ke Bandaraya Miri pembukaan tempat-tempat hiburan seumpama ini bukanlah caranya. Bandaraya Miri memiliki banyak sumber daya tarikan yang lain bagi menarik kehadiran pelancong-pelancong bagi melawat Bandaraya Miri.
Pihak Majlis Bandaraya Miri perlu lebih kreatif dalam membangunkan sektor pelancongan di Bandaraya Miri dan dalam masa yang sama memastikan kemudahan-kemudahan awam berada pada tahap yang baik. Tidak seperti keadaan sekarang, pusat hentian bas dalam bandar masih lagi tidak ada penambah-baikan dan tidak memberikan kemudahan yang sebaiknya kepada pengguna kemudahan awam ini.
Oleh yang demikian PAS Kawasan Miri ingin mencadangkan beberapa perkara bagi menangani perkara ini:
1. Lesen pembukaan pusat-pusat urut perlu diperketatkan dan dikurangkan 2. Penguatkuasaan bagi memeriksan pusat-pusat urut ini perlu dilakukan sekerap mugkin dengan penglibatan pihak PBT, Polis dan JAIS 3. PAS Kawasan Miri bersedia untuk bersama-sama dalam gerak-kerja penguatkuasaan ini.
M Arifiriazul, Ketua Penerangan PAS Miri | RM70 juta cegah banjir Sibu Posted: 14 Jul 2011 01:50 AM PDT 12 Syaaban 1432H. [MOD] -
SIBU - Kerajaan menyediakan peruntukan RM70 juta di bawah pelaksanaan awal Rancangan Malaysia ke-10 khusus buat fasa kedua program pencegahan banjir Sibu.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata, ketika ini perunding yang dilantik sedang mengkaji reka bentuk dan komponen bagi pelaksanaan program itu.
"Tender bagi projek itu dijangka akan dibuka September ini," katanya pada satu persidangan media di sini selepas menghadiri taklimat mengenai perkembangan fasa pertama projek itu di sini.
Beliau berkata antara komponen utama program itu ialah usaha meninggikan beberapa jalan khusus untuk bertindak sebagai tambak, serta pembinaan dua lagi stesen pam air di kawasan banjir.
Merujuk kepada kerja-kerja fasa pertama, Uggah berkata 67.8 peratus pelaksanaanya sudah disiapkan, dengan kelewatan kecil berlaku akibat wujud masalah dalam kerja-kerja mengubah tiang-tiang elektrik dan telefon.
Menurutnya fasa pertama itu dijangka siap sepenuhnya mengikut jadual pada awal Februari tahun depan. - Bernama | Posted: 14 Jul 2011 01:48 AM PDT 12 Syaaban 1432H. [MOD] - | |
PAS TAMBUN Posted: 15 Jul 2011 01:06 AM PDT PUSH BERSIH : BERITA MINGGU MENIPU RAKYAT MALAYSIA Posted: 14 Jul 2011 11:36 AM PDT Keratan Akhbar Berita Minggu 10 Julai 2011 " KL Tegang" dengan memaparkan seorang dengan berbadan sasa dikatakan dalam berita tersebut memegang sebilah pisau dan membali batu.. Tetapi Allah maha berkuasa, surat khabar NST pada mulanya nak membuktikan yang gambar ini bukan gambar luar negara, tetapi yang berlaku akhbar se'fasik'an mereka juga yang mendedahkan Ajak (nama pemuda) ini bukan memegang pisau tetapi bendera Malaysia dan beliau bukan membaling batu tetapi mengalihkan tear gas ke tempat yang lapang... KP : Saya syorkan Ajak saman je Berita Minggu, biar dia tak boleh berkokok lagi... | PUSH BERSIH : QUEEN ENGLAND PUN SOKONG BERSIH Posted: 14 Jul 2011 11:30 AM PDT Demonstrasi di England.. shame on you malaysia PM.. perhg mana nak letak muka masuk dalam istana kena pulak perli dek Queen, beliau dengan memakai gaun kuning.. apakah secara terancang atau kebetulan.. walaupun apapun Najib telah dimalukan di England.. kesihan
| PRU13 : SELURUH UPU DI MINTA MEMBUKA BILIK GERAKAN Posted: 14 Jul 2011 07:21 AM PDT Tambun : Pengarah MTD Manjoi mengarahkan seluruh Bilik Gerakan UPU dibuka dan kerja-kerja penculaan perlu dikemaskini. Mesyuarat dikalangan AJK UPU perlu bermesyuarat lebih kerap dan berkesan, terutamanya dalam pengemaskinian penculaan dan daftar pemilih baru.
Momentum yang di lihat dari perhimpunan Bersih 2.0 baru-baru ini, kita melihat gelombang dan sensitiviti rakyat terhadap Pakatan Rakyat telah semakin meningkat, mereka mahu melihat keupayaan PAS dan Pakatan Rakyat menerajui negara ini, jadi walaupun kita berada di peringkat yang paling rendah iaitu UPU, kita mempunyai peranan yang paling hampir dengan pengundi dan tidak sepatutnya kita melepaskan kesempatan ini. | |
Salam Perjuangan Posted: 14 Jul 2011 11:45 PM PDT |
LAMAN RASMI ADUN MAHARANI Posted: 14 Jul 2011 09:30 PM PDT DANA JOHOR - RINTIHAN PELABUR Posted: 14 Jul 2011 08:42 AM PDT 基金派息不足償還利息‧退休空軍遭追討貸款(柔佛‧麻坡22日訊)56歲退休空軍投訴,他在15年前用妻子的名義,向銀行借貸2萬8500令吉,購買每股1令吉共3萬股的"柔佛基金",期待股價能漲到每股5令吉,豈料基金派息不足償還利息,造成他還清長達10年的分期付款,仍被銀行追討4萬餘令吉的利息。 事主莫哈末拉錫說,他於1995年以妻子羅斯哈娜(55歲)的名字買下柔佛基金,並以每月10.2%的利息向銀行貸款,每月份期付款為143令吉,年限是10年。 "我不僅準時償還貨款,而且還付了約11年,超過應付的款額。" 他指出,妻子於1月27日突然接到一封追討包括律師費,近4萬1000令吉欠款的來函,令他大吃一驚。 經過瞭解,他發現當初借貸的償還條款中,除了提到每月143令吉的分期付款之外,也注明每年需償還2850令吉。有關款項是直接從柔佛投資有限公司的派息中扣除,為期10年。 他認為他已償還所有分期付款,無需再支付有關的利息,因為這是柔佛投資有限公司與銀行之間的協議,不該由持股人承擔。 因此,他倆夫妻與鄰居羅碧雅阿都哈密(80歲)週三向馬哈拉尼區州議員莫哈末達斯林及文打煙區州議員魏宗賢求助。 羅碧雅阿都哈密是投資了1萬令吉,並已清還所有貸款,也拿到了證件,但是投資血本無歸,所以她忿而把證件燒了。 魏宗賢在記者會上說,以柔佛基金的派息由始至終根本不敷償還每年2850令吉所需支付給銀行的利息,所以扣除派息後,莫哈末拉錫的妻子仍欠銀行2萬1863令吉58仙,再加上利息和律師費等。 以莫哈末拉錫的案例來看,柔佛基金於1996年7月15日派息是2400令吉、1997年7月 1日派息為2016令吉、1999年1月31日是1452令吉,同年9月30日只剩下468令吉42仙,到了2002年10月31日派息300令吉,派息 總額為6636令吉42仙,2003年開始便沒有再派息。 莫哈末達斯林指出,他已接獲5宗類似的投訴,其中一人是華裔教師,他們的投資額介於1至3萬令吉。(光明日報) 一機在手,掌握時事, 請用手機瀏覽 wap.sinchew-i.com! Source: http://www.guangming.com.my/node/90996?tid=16 Laporan Sinar Harian (BM) : http://www.sinarharian.com.my/sh/johor/content/story8549056.asp | MASALAH JALAN BENTAYAN MUAR Posted: 14 Jul 2011 07:47 AM PDT 麻商業註冊局往小販中心‧單行道擬改雙行路 (柔佛‧麻坡10日訊)文打煙區州議員魏宗賢在文告中透露,麻坡市議會擬從明年開始,將現有商業註冊局前可通往該小販中心的單向道路,改為雙向道路。 魏宗賢表示,他在11月份的州議會口提問並反映上述路段封閉後,不但無法惠及民眾,反而為商家和民眾帶來不便。 魏宗賢日前與馬哈拉尼區州議員莫哈末達斯林前往上述地點巡視。 魏宗賢相信該路段改為雙向道路後,外地遊客便可以輕易找到這個聞名的小販中心,有助再次帶旺該小販中心及鄰近商家的生意。 文告也提到,柔州行政議員阿末查理在書面回答時認為,麻坡市議會現有的兩面路牌,無法明確指示前往文打煙小販中心的路向,而引起遊客的多番投訴。 魏宗賢指市議會當初決定封閉通往文打煙小販中心的該條道路時,並沒有好好規劃,才會出有現今的局面。 由於中化二校靠近上述路段,魏宗賢吁請當局日後在處理開放該條單向道路時,必須先規劃,避免造成交通阻塞。(星洲日報/大柔佛) ◆ 《星洲互動》徵聘人才 SOURCE:http://mykampung.sinchew.com.my/node/124754?tid=9 | |
MTD N24 Bemban Posted: 14 Jul 2011 09:10 PM PDT Demo BERS✔H Di London, Queen Elizabeth Berpakaian Kuning, Kebetulan Atau Sokongan? Posted: 14 Jul 2011 08:04 PM PDT Blogger Jalan
Pulang melaporkan: Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London nampaknya terpaksa meminta bantuan polis London untuk membawa masuk delegasi Malaysia ke Mansion House di Garlick Hill, berhampiran dengan tebing Sungai Thames. Perhatikan siapa yang turut sama dalam kereta Najib Altantuya dan keluar! Ya! Memang sah anak Najib Altantuya pun ada sama!! Najib Altantuya dikhabarkan akan mengadakan sesi pertemuan dengan komuniti perniagaan United Kingdom jam 3.30 petang waktu London (10.30 malam waktu Malaysia) bersama pertemuan delegasi perniagaan Malaysia dan negara itu.
Bagaimanapun, menurut seorang rakyat Malaysia di sana yang memerhati, Najib Altantuya meminta bantuan polis untuk berada di kawasan tersebut kerana berpuluh-puluh rakyat Malaysia menunggu sambil membawa kad berwarna kuning dengan tulisan PSM 6, Bersih dan Mansuhkan ISA.
Juga dikhabarkan keadaan di sana sedikit tegang dengan kehadiran trak polis yang membawa delegasi yang seolah-olah tidak mahu Najib Altantuya melihat kelibat mereka yang menuntut supaya semua tahanan PSM di bawah Ordinan Darurat dibebaskan tanpa syarat!
Difahamkan, dua trak polis yang digunakan untuk membawa mereka kini diletakkan di hadapan rakyat Malaysia yang berdemo bagi menghalang pandangan Najib Altantuya ke arah mereka.
Ada yang menanti Najib Altantuya menandatangani kad yang mereka bawa supaya kesemua tahanan terbabit dibebaskan.
Dari tukartiub pula:
YA AMPOOOON!!!
NOTA:
kenapa ratu elizebeth memakai kuning? apa sudah jadi?
ini satu tamparan kepada najib ini melekehkan najib
dalam bahasa diplomatik ini memperlekehkan najib baju kuning sengaja dipakai ini sengaja dilakukan
dalam bahasa diplomatik ini tanda tanda penghinaan terhadap najib
seminggu dahulu sepupu najib kata warna kuning diharamkan
kelmarin polis upahan gerombolan kata warna kuning haram ada yang telah ditangkap
ratu elizebeth sengaja menganjing najib kah kah kah
padan muka
nota: ini ertinya tim penyokong bersih yang bekerja keras dilondon bersama beberapa ngo british dan amnesty international telah berjaya melobi istana buckingham agar ratu elizebeth bersetuju untuk memakai warna kuning
syabas kita ucapkan
inilah kali pertama ratu elizebeth memakai baju kuning' dalam sejarah buckingham palace
nota: tak cukup dengan baju kuning perhatikan - bunga mawar pun kuning kah kah kah
BERSIH DAPAT SOKONGAN
ya ampooon ya ampoon ya ampooon kah kah kah
SATU SERANGAN JANTUNG
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
LIHAT INI PULA
NOTA: ini gambar najib bersama philip hammond menteri penganagkutan britain mereak sedang melawat stesen keretapi di london
perhatikan betul betul tali leher menteri british ini kah kah kah
ini sengaja dipilih untuk menganjing najib kah kah kah
jelas najib kena tibai ke hulu ke hilir ada berita bersih dalam the guardian ada berita bersih dalam finacial times ada laporan keganasan polis malaysia dalam bbc ada laporan keganasan polis malaysia dalam cnn
MANA PUKIDA MANA PUKISAM MANA ZUL NORDIN MANA IBRAHIM ALI MANA NGO MELAYU MANA UTUSAN MELAYU MANA JAWI MANA JAIS MANA RTM MANA PATRIOT
TANGKAP RATU ELIZEBETH TANGKAP PHILIP HAMMOND
KETUANAN MELAYU TELAH DIHINAKAN TAK HORMAT KETUANAN MELAYU UNDANG UNDANG MALAYSIA DI PERLEKEH
KALAU ZAMAN DULU AKAN PECAH PERANG INI SATU TAMPARAN INI SATU PENGHINAAN
INI SATU KENCINGAN NAJIB KENA KENCING
BERJAYA TIM BERSIH KOTA LONDON SALUT!
kah kah kah kah kah kah kah kah kah
ya ampoooooon ya ampooooon ya ampooooon
kah kah kah kah kah kah kah kah kahdipetik dari http://greenboc.blogspot.com/2011/07/demo-bers-di-london-queen-elizabeth.html | |
N.27 - PAS DUN Sura Posted: 14 Jul 2011 07:52 PM PDT BERSIH 2.0 : Catatan Seorang Peserta Cina...Saya Rasa Selamat Bersama Orang PAS ! Posted: 14 Jul 2011 11:04 AM PDT Seorang pakcik yang berkopiah menuju ke arah saya, "Di manakah stadium?" Saya menuding jari ke depan. Lantas beliau berjalan ke arah sana, tanpa sebarang keraguan. Saya merasakan diri saya amat tidak berguna pada ketika itu. Mengapa tidak saya bertindak sebagaimana pakcik itu? Berarak adalah hak kita. Mengapa pula saya takut? Saya tetap berdiri di situ, menyaksikan bagaimana orang tua itu dihalang polis, dan kemudian beliau terus berjalan ke depan. Kemudian saya berjalan, dan terserempak dengan seorang polis muda. Beliau bertanya untuk apa saya berada di situ, saya sekadar jawab, tak ada, cuma jalan-jalan. Beliau menunjuk ke arah Jalan Sultan, mengarahkan saya beredar dari situ, atau saya akan ditangkap. Saya tahu beliau cuba menakutkan saya. Masih awal lagi, saya tidak mahu timbul hal, maka saya pun beredar. Saya nampak sekumpulan orang di kedai KL Commercial Book Co., semacam orang PAS, maka saya berjalan menuju ke arah mereka. Pada hakikatnya, saya amat yakin dengan mereka. Saya rasa diri saya berselindung di dalam kelompok mereka pada ketika itu. Ya, saya rasa sangat selamat. Pada kira-kira jam 12.20 tengah hari, kelompok di sini hanya kira-kira 20 orang. Tiba-tiba kami dengar jeritan orang, dan kami bergegas ke situ dan mendapati kira-kira 2,000 orang. Mereka muncul entah dari mana, sungguh ajaib! Tapi kami masih menganggap bilangan ini terlalu sedikit! Pada kira-kira jam 12.30 tengah hari, saya tak berapa ingat lagi. Kami nampak sekumpulan manusia menuju ke arah kami melalui Jalan Sultan, sambil melaungkan slogan. Bilangan mereka terlalu ramai berbanding kami. Ramai orang tua yang bertanya, PERKASA? Pemuda UMNO? Kami berdiri di situ dan memandang, gagal mendengar apakah yang dilaungkan. Tiba-tiba, ada yang bertepuk tangan, berkata "Tengok, Cina ada, India ada, bukan PERKASA, bukan Pemuda UMNO, orang kita!" Kami bertepuk dengan gemuruh, berarak ke arah mereka untuk berkumpul bersama. Kami seolah-olah dapat membentuk pasukan kami, dan tidak lagi keseorangan atau kesepian. baca artikel penuh... di sini. | |
DUN PENGKALAN KUNDOR Posted: 14 Jul 2011 07:40 PM PDT TEKNIK MENJAWAB UPSR 2011 Posted: 14 Jul 2011 09:07 AM PDT | Ahli Parlimen PAS Dr Lo'Lo Dalam Keadaan Kritikal. Posted: 14 Jul 2011 07:01 AM PDT Keadaan Dr Lo'Lo Ghazali Kritikal Sekarang. Dr Lo'Lo Ghazali, Ahli Parlimen Titiwangsa mewakili PAS dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Hospital Selayang akibat barah paru-paru yang dihidapinya. Lo'Lo' Ghazali sekarang ini ditempatkan di Tingkat 10A, katil 26. Berita terkini yang sampai, keluarganya sedang bersama-sama Lo'Lo' di hospital berkenaan. Didoakan semuga beliau kembali sihat http://idahsalam.blogspot.com | Sehari Bersama Penduduk Kampung Teluk Yan & Kampung Seberang Terus Posted: 14 Jul 2011 04:59 AM PDT Exco jumpa penduduk untuk selesai isu setingganRabu, 13 Julai 2011 09:47 | Ditulis oleh SITI ZALEHA ABDUL RAHIM | | |
ALOR SETAR – Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, YB Dato' Ir Phahrolrazi Zawawi mengadakan perjumpaan dengan penduduk Kampung Teluk Yan dan Kampung Seberang Terus bagi mengadakan perbincangan untuk mengatasi masalah setinggan yang dialami oleh penduduk. Adalah menjadi dasar kerajaan negeri menjadikan negeri ini sebagai sifar setinggan terutamanya di Bandaraya Alor Setar dan Sungai Petani. "Kerajaan buat satu dasar, bagi penduduk di Kedah tinggal dalam keadaan selesa, dapat rumah dan kemudahan yang sepatutnya. "Pembangunan banyak berlaku, tetapi ada yang duduk dalam keadaan tak sempurna, tak ada saliran dan perparitan yang baik, jadi bila berlaku sesuatu bencana, seperti kebakaran, amat membahayakan, terutama mereka yang tinggal dalam kawasan setinggan, kerana susunan rumah yang terlalu rapat," ujar beliau kepada penduduk. YB Dato' Ir Phahrolrazi menyatakan bahawa rancangan pembangunan Kampung Telok Yan dan Kampung Seberang Terus memerlukan persetujuan antara pihak kerajaan dan penduduk setempat. Justeru, beliau menyarankan kepada penduduk agar menubuhkan satu jawatankuasa bertindak untuk mencari satu kata putus bagaimanakah untuk membangunkan kawasan tersebut.
"Dalam kampung ini kita ada pelbagai golongan penduduk, pelbagai kaum, jadi saya minta kepada penduduk menubuhkan satu jawatankuasa bagi mencari keputusan bagi membantu kerajaan untuk membangunkan Kampung Teluk Yan dan Kampung Seberang Terus. "Saya harap penyelesaian dapat dilaksanakan secepat mungkin kerana kita (kerajaan) nak rakyat dalam keadaan tersusun," ujar beliau. Hadir sama pada dialog tersebut adalah wakil daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri, Majlis Bandaraya Alor Setar, Pejabat Tanah Kota Setar, Bahagian Perumahan dan pemaju perumahan, Seri Temin Development Corporation.-WD | |
Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor Posted: 14 Jul 2011 07:39 PM PDT Program 2 Jam Yang Indah Bersama Bob Lokman Di Taman Sri Ampang Posted: 13 Jul 2011 07:25 PM PDT
Program dipengerusikan oleh Al-Fadhil Ustaz Fazlulrahimi Bin Maarop, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang dan dirasmikan oleh YB Tuan Hj Khasim Abdul Aziz, ADUN Lembah Jaya merangkap YDP PAS Kawasan Ampang.
| |
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING Posted: 14 Jul 2011 07:20 PM PDT Posted: 14 Jul 2011 06:10 AM PDT majlis penyerahan watikah perlantikan
DPPNK 2011-2013 12/7/2011 selasa 8.00 malam kompleks PAS kedah BT9
| |
DUN CHINI Posted: 14 Jul 2011 07:18 PM PDT |
PAS LENGGONG Posted: 14 Jul 2011 07:04 PM PDT Ganas Posted: 13 Jul 2011 11:05 PM PDT Boleh melihat dengan jelas, berhemah atau mengganas. | Bersih2.0 Posted: 13 Jul 2011 10:55 PM PDT Dalam tv menyebut kerugian peniaga mencecah RM100juta. Tohy Pua kata " indek komposit meningkat menjelang demonstrasi bersih" Pakar ekonomi kata demonstrasi bersih tak jejaskan ekonomi. dalam beriteks tv jadi kenyataan pertama diatas pembohongan yang keterlaluan kepada rakyat. | Bagaimana kalau Carpet yang dihamparkan warna kuning? Posted: 13 Jul 2011 10:51 PM PDT | NST Online |
Banyak orang ternanti-nanti gambar Najib turun dari kapal terbang apabila sampai di UK hari ini. Mengapa? Apa kaitannya dengan karpet merah? Sila baca di sini.
Menurut jurublog Mahjung Mari yang menonton berita petang tadi, Najib hari ini yang tiba di UK untuk lawatan rasminya disambut TANPA karpet merah, malah wakil UK yang menyambutnya di lapangan terbang hanyalah Setiausaha Negara Bahagian Luar Komanwell. Apa kelas? Najib ialah PM, bukan menteri biasa. Semuanya mungkin angkara "kemesraan" polis melayan peserta BERSIH 9 Julai lalu. Jika benar tiada karpet merah, pengalaman yang dihadapi Najib itu sungguh memalukan! P/s: Patutlah gambar Najib ketika tiba di UK tidak dipaparkan secara penuh! | Kuning - kekuningan - menggerunkan Posted: 13 Jul 2011 10:48 PM PDT PELUDAH WARNA
Kuasa gusar kini menggelegak murka; warna kuning diisytihar racun terbisa. Diragutnya baju-T segeram tenaga dan diumum itulah busana bahaya.
Tapi, kita jahit semula perca kain, menjadikannya panji terindah dan tulen. Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu kita kembalikan damai ke dalam qalbu.
Kini cahaya mentari mungkin diramas dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas. Memanglah mereka kini peludah warna sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.
Kerana nikmat amat lama berkuasa, kuasa pun seolah menjadi hartanya.
SASTERAWAN NEGARA DATUK A. SAMAD SAID | Najib di England Posted: 13 Jul 2011 10:45 PM PDT Rabu, 13 Julai 2011 | Sekadar hiasan. |
| Berita Harian |
| Star Online |
Kredit: Manjung Mari | NST Online |
Banyak orang ternanti-nanti gambar Najib turun dari kapal terbang apabila sampai di UK hari ini. Mengapa? Apa kaitannya dengan karpet merah? Sila baca di sini.
Menurut jurublog Mahjung Mari yang menonton berita petang tadi, Najib hari ini yang tiba di UK untuk lawatan rasminya disambut TANPA karpet merah, malah wakil UK yang menyambutnya di lapangan terbang hanyalah Setiausaha Negara Bahagian Luar Komanwell. Apa kelas? Najib ialah PM, bukan menteri biasa. Semuanya mungkin angkara "kemesraan" polis melayan peserta BERSIH 9 Julai lalu. Jika benar tiada karpet merah, pengalaman yang dihadapi Najib itu sungguh memalukan! P/s: Patutlah gambar Najib ketika tiba di UK tidak dipaparkan secara penuh! | Najib di UK Posted: 13 Jul 2011 10:42 PM PDT Menurut blog Tukar Tiub/Jalan Pulang yang memetik laporan daripada wartawan Filipina, Perdana Menteri Britain, David Cameron dikatakan telah membatalkan jamuan makan tengah hari sempena lawatan rasmi Perdana Menteri Malaysia. Berdasarkan laporan yang sama, terdapat sekumpulan kecil aktivis yang melancarkan protes susulan tindakan mesra polis menyuraikan perhimpunan aman BERSIH 2.0 9 Julai lalu. Pejabat Perdana Menteri Britain di No 10 Downing Street akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan perkara tersebut.
Semalam, ketibaan Najib di London disambut TANPA karpet merah yang lazimnya dihamparkan untuk pemimpin penting sesebuah negara. Malah, pegawai yang menyambut Najib dan rombongan hanyalah Setiausaha Negara Bahagian Luar Komanwell. Rujuk sini. Jika benar dakwaan ini, maka sambutan dingin kerajaan Britain itu amat memalukan Regim BN!
Saya petik: We have been writing to the Home Secretary here (Theresa May) and the UK Parliamentary Working Group on Malaysia and Human rights. Today we received a response from Bill Cash (Chair of the UK PArliamentary Working Group on malaysia) to say he will take up this matter urgently with the Foreign Office.
We also got a small group together to protest today during lunchtime outside Downing Street as Cameron was meant to have lunch with Najib (But think it was cancelled as Cameron got bogged down with PM question time).
Anyway we didn't see Najib bt we had a lot of yellow posters and banners and picketed along the broad lines of 'Malaysia stop abusing human rights ' and 'Stop detention without trial', 'Free all detainees now' , 'Mr cameron hear our plea, tell Najib to set them free' ;).
| |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 14 Jul 2011 03:45 PM PDT DOAKAN SEMOGA ALLAH SEMBUHKAN PEJUANG ISLAM PEJUANG KG BARU Posted: 14 Jul 2011 07:14 AM PDT Keadaan Dr Lo'Lo Ghazali Kritikal Sekarang. Dr Lo'Lo Ghazali, Ahli Parlimen Titiwangsa mewakili PAS dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Hospital Selayang akibat barah paru-paru yang dihidapinya. Lo'Lo' Ghazali sekarang ini ditempatkan di Tingkat 10A, katil 26. Berita terkini yang sampai, keluarganya sedang bersama-sama Lo'Lo' di hospital berkenaan. Didoakan semuga beliau kembali sihat http://idahsalam.blogspot.com | MALAYSIA INI MACAM SEPUPU-SEPAPAT DIA PUNYA ! Posted: 14 Jul 2011 01:19 AM PDT Mula-mula Teman baru tahu PM DS Najib dan DS Hishamuddin (Menteri Dalam Negeri) adalah sepupu. CEO Bank Datyang dengo Lebuhraya DUKE adik Menteri Dalam Negeri punye, KUALA LUMPUR - Skandal rasuah dalam pemberian kontrak mencetak mata wang negara didedah melibatkan sepupu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga adik Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein. Menurut laporan akhbar Australia, The Age, Reserve Bank Australia (RBA) melantik sebuah syarikat yang dimiliki Haris Onn Hussein, pemegang saham terbesar dalam firma, Liberal Technology. Liberal Technology diupah syarikat Securency, sebuah anak syarikat RBA sebagai agen bagi memenangi kontrak berkenaan. "Pendedahan muncul ketika sensitiviti memuncak dalam kerajaan persekutuan berhubung siasatan Polis persekutuan Australia (AFP) terhadap Securency dan potensi hubungan antarabangsa Australia menjadi bahaya jika pegawai asing yang dikatakan terlibat dengan rasuah RBA dinamakan," lapornya. Menurut The Age, media itu difahamkan Securency menandatangani perjanjian dengan Liberal technology sebagai agen di Malaysia pada 2009. Kali terakhir syarikat itu memenangi kontrak bagi mencetak mata wang negara pada 2004. Laporan itu juga menyebut seorang lagi ahli perniagaan turut terlibat dinamakan sebagai Abdul Kayum Syed Ahmad yang juga bekas pemimpin Umno. The Age melaporkan Abdul Kayum pernah ditahan dan disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes itu dan pemberian komisen yang diterima dari firma RBA berkenaan. Menurut The Age, AFP memulakan siasatan terhadap Securency pada Mei 2009, selepas akhbar itu mendedahkan pembayaran komisen berjuta dollar kepada orang tengah yang mempunyai kaitan rapat dengan ahli politik di Nigeria, Vietnam dan India. Menurut akhbar itu lagi, di bawah undang-undang Australia, adalah satu kesalahan jenayah bagi sesebuah syarikat atau individu untuk membayar, atau menawar faedah kepada pegawai kerajaan asing atau kenalan rapat untuk mendapatkan kepentingan perniagaan. Namun The Age juga melaporkan, ia menjadi perkara biasa bagi ahli politik di negara Asia melantik saudara mara mereka sebagai ejen kepada syarikat-syarikat asing. Akhbar Suara Keadilan tahun lalu pernah mendedahkan skandal berkenaan, yang dikatakan melibatkan komisen bernilai RM11.4 juta yang diterima usahawan tempatan daripada syarikat membekal bahan polimer Securency dan Note Printing Australia. Dua anak syarikat RBA itu didakwa merasuah ahli perniagaan Malaysia, yang didakwa mempunyai kaitan rapat dengan Umno, namun individu itu tidak pernah didedahkan sebelum ini meskipun kes itu dikatakan pernah disiasat SPRM. Ahli perniagaan itu juga sebelum ini dikatakan bertindak selaku orang tengah bagi memenangi kontrak mencetak dan membekalkan mata wang negara antara 1990 hingga 2005. Skandal itu sebelum ini turut menggemparkan masyarakat antarabangsa apabila Securency dikatakan turut merasuah Timbalan Gabenor Bank Pusat di negara Asia dengan menawarkan khidmat pelacur Asia bagi mendapatkan kontrak pencetakan mata wang. Antara nama negara yang disebut termasuk Malaysia, Nigeria dan Vietnam. Malah lebih serius skandal rasuah itu juga didakwa melibatkan kegiatan mencetak wang berganda untuk kegunaan Umno-BN merasuah pengundi ketika kempen pilihan raya. Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail baru-baru ini sekali lagi menimbulkan isu itu dengan mendakwa ia bukan hanya melibatkan skandal rasuah yang menyamai pembelian kapal selam Scorpene, tetapi juga dipercayai berkait dengan sindiket mencetak mata wang berganda. Lambakan wang kertas yang mempunyai nombor siri yang sama itu dibimbangi menyebabkan nilai matawang negara jatuh dan mengheret negara kepada inflasi. Senator Tunku Abdul Aziz sebelum ini pernah menggesa Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz membersihkan nama baik institusi itu yang turut terpalit dengan skandal berkenaan./ http://edyesdotcom.blogspot.com/2011/04/antara-kontrak-renovasi-masjid-dan-c ek.html http://penpasksgb.blogspot.com/2011/06/skandal-cetak-mata-wang-libatkan-adik .html http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=23461&highlight= http://wrlr.blogspot.com/2010/04/yayasan-noah-dan-pemegangnya.html Yayasan Noah kini diwarisi oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Naib Presiden Umno, Datuk Hishamuddin Tun Hussein yang kedua-duanya adalah cucu kepada Tan Sri Noah. Selain itu beberapa tokoh Melayu turut menjadi pengarah Resort World Berhad dan Genting Berhad. | JOM SATu GOMBAK SATu AMPANG Posted: 13 Jul 2011 10:43 PM PDT | SEMALAM 1 KEMENTERIAN DISAHKAN MAHKAMAH MENCABUL, KINI TUNG SHIN DICABUL Posted: 13 Jul 2011 07:27 PM PDT Masing terngiang-ngiang lagi ditelinga teman bila seorang guru sandaran didiskriminasi oleh Kementerian Pelajaran telah mencabul undang-undang antarabangsa. Akhirnya Mahkamah sabitkan Kementerian Pelajaran membuat tindakan yang salah. Kini kes BERSIh bukan satu Kementerian yang menipu , rasanya Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kesihatan terlibat membuat pengakuan palsu bahawa Hospital Tung Shin tidak diserang asap dan semburan air asid.
Doktor Bidas Polis Kerana Serangan di Hospital Sekumpulan doktor kanan dan pakar perubatan telah mengeluarkan kenyataan membidas kerajaan berhubung 'serangan polis' ke atas peserta perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu di dua buah hospital. Sehubungan itu, dalam satu kenyataan media kepada organ rasmi PAS Harakahdaily hari ini, doktor berkenaan yang bertugas di Hospital Tung Shin dan Hospital Bersalin Cina di Jalan Pudu berkata mereka akan mengemukakan afidavit bagi menyokong hujah bahawa hospital diserang. Mereka mendakwa tindakan polis pada Sabtu lalu jelas mencabul pengiktirafan antarabangsa apabila hospital sebagai tempat santuari diserang. Malah menurut sebeles doktor berkenaan, semasa peperangan hospital juga tidak akan diserang tetapi dalam kes di Malaysia, polis memasuki bangunan hospital bagi mencari peserta yang melarikan diri daripada tembakan gas pemedih mata dan pancutan air berkimia. "Apa yang paling menakutkan dan disaksikan ramai bahawa serangan yang tidak dihasut itu berlaku di kawasan hospital dan beberapa peserta masuk ke hospital bagi mencari perlindungan daripada tembakan gas pemedih mata dan pancutan meriam air," kata mereka. Ini adalah reaksi pertama oleh sekumpulan pakar perubatan berikutan penafian pihak polis dan kerajaan bahawa tidak ada gas pemedih mata dilontarkan ke perkarangan hospital pada 9 Julai lalu. Isnin lalu, menteri kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata polis tidak menembak gas pemedih mata dan meriam air ke arah Hospital Tung Shin ketika menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0. Katanya, dakwaan yang berlegar di media internet berhubung tembakan ke arah hospital itu adalah tidak benar. Liow juga berkata sebenarnya polis menembak gas pemedih mata itu ke arah jalan besar dan asap berkenaan mungkin dibawa angin ke arah hospital berkenaan. Beberapa rakaman video dan gambar yang dikemukakan terus diperlekehkan oleh kerajaan termasuk anggota jemaah menteri. Menurut kesebelas-sebelas doktor berkenaan, pihak berkuasa tanpa rasa malu terus menafikan serangan itu di sebalik pelbagai bukti yang dikemukakan dan ramai saksi yang tampil membuat pengakuan. Kenyataan media itu ditandatangani oleh Dr Musa Nordin, Dr Sheikh Johari Bux, Dr Ng Kwee Boon, Dr Ng Swee Choon, Dr Ronald Macoy, Dr David Quek, Dr Mary Cardozo, Dr Farouk Musa, Dr Mazeni Alwi, Dr Pixie Low dan Dr Steve Wong."Adalah menjijikkan pihak berkuasa yang diamanahkan tanggungjawab kepolisian menjaga negara dan melindungi mereka yang lemah, tanpa rasa malu menafikan perbuatan mereka secara umum, di sebalik kejadian itu disokong banyak gambar, video dan pengakuan saksi termasuk pemerhati berkecuali," kata mereka. Doktor-doktor itu berkata mereka tidak berhasrat menyertai polemik selepas perhimpunan itu, tetapi sebahagian daripada mereka yang sedang bertugas ketika kejadian, bersedia memberi keterangan bersumpah, jika diperlukan bagi memberitahu apa yang sebenarnya berlaku. | |
Pemuda PAS Wangsa Maju Posted: 14 Jul 2011 03:27 PM PDT WAR2KAN : CARIAN REMAJA PATAH KAKI DISEPAK FRU? Posted: 14 Jul 2011 05:47 AM PDT Ada sahabat-sahabat yang mengenali remaja di atas? Ana tak sempat nak bertanyakan maklumat lanjut daripada remaja yang manjadi mangsa kekejaman pihak polis dalam kejadian tempoh hari... Sekiranya ada sahabat-sahabat yang mengenali beliau mohon kirenye agar dapat menghubungi Pejabat Agung Pas, 03-26925000 atau Sekretariat BERSIH 2.0, 03- 77844977 bagi kami mendapatkan butir serta maklumat lanjut berkenaan dengan peristiwa pada hari kejadian tersebut agar pihak terbabit dapat pembalasan setimpalnya... (bangga ana artikel ana masuk paper...cume dalam paper tue tak kredit ke blog dppwm...iskh..iskh...) Artikel asal klik Sini...MOHON DIWAR-WARKAN..... | AWAT RUANGANKOMEN 'I AM THE FIGHTER' BRAHIM KATAK DITUTUP? Posted: 14 Jul 2011 04:54 AM PDT Kenyataan Brahim Katak yang kononnya dia 'I am a fighter' di terbitkan sebelum perhimpunan Bersih 9 Julai lalu bila mana kenyataannya yang puak-puak penjilat UMNO nie akan berhimpun balas terhadap perhimpunan Bersih... kalu tgk ke artikel bodoh tue memang gerun la... kita macam level puak-puak palestin mempertahankan bumi palestin daripada Israel... tapi bile si katak nie jadi takut sebab perhimpunan bersih dengan nekadnya akan diadakan... terus ruangan komennya di tutup untuk umum...
dan yang adanya hanya 7 komen yang sebelum 9 Julai yang mengokong kuat tindakan berani si haram jadah ini untuk meneruskan perhimpunan balas terhadap bersih....
awatnye...? panas bontot ke nak baca komen-komen puak-puak perkasa yang tak puas hati sebab ada pemimpin yang takde teloq...wakakakaka | KETUA DEWAN ULAMA' BAKAL DISERANG PUAK UMporNO Posted: 14 Jul 2011 02:17 AM PDT PAS: Kita harus galak bukan Islam terima al-Quran, bukan herdikKUALA LUMPUR, 14 Julai — PAS berpendirian bahawa mempelajari tentang al-Quran dan Hadis merupakan satu tuntutan yang bukan sahaja perlu digalas oleh seluruh umat Islam, tetapi juga digalakkan ke atas orang yang bukan Islam. Justeru menurut Ketua Dewan Ulama PAS pusat, Datuk Harun Taib al-Quran dan hadis merupakan sumber rujukan untuk kesejahteraan sekalian manusia. "Sebagai orang Islam kita seharusnya menggalakkan penganut agama lain mempelajari tentang al-Quran dan hadis untuk mengenal Islam secara lebih mendalam dan bukannya mengherdik dan bertindak di luar akhlak Islam yang akhirnya menjauhkan bukan Islam dengan Islam," kata beliau dipetik HarakahDaily hari ini. Harun mengulas tindakan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Selangor Datuk Mohamad Satim Diman kelmarin mempertikaikan Adun DAP kerusi Sekinchan Ng Suee Lim yang cuba mempergunakan hadis ketika perbahasan kelmarin. Dalam laporan hari ini Satim dipetik berkata beliau kesal dengan sikap membisu wakil rakyat PAS dan PKR beragama Islam berhubung perkara tersebut. Harun berkata, "bagaimana mereka ingin mengenali Islam kiranya kita menghalang mereka untuk mendekati Islam." "Sekiranya ada kesilapan dalam kefahaman, maka menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam membimbing dan bukannya mengeluarkan kenyataan yang tidak mesra yang akhirnya mereka lari daripada memahami ajaran Islam," jelas Harun yang juga Adun Manir. Beliau menjelaskan, PAS bersikap 'menerang dan bukannya menyerang'. Justeru, katanya, Umno wajib sedar bahawa al-Quran dan hadis adalah sumber hukum. "Jika Umno benar-benar ikhlas cintakan al-Quran dan hadis, maka sokonglah agenda Islam yang dibawa oleh PAS," katanya. | cerita :Bekas Polis Posted: 14 Jul 2011 01:48 AM PDT
Polis ada 2 kategori..., Pertama : Polis Haramjadah yang ikut arahan secara khinzir buta, dan yang
Keduanya : yang betul2 bertugas kerana Ibadah.
Petang semalam..selepas balik dari Ipoh…aku singgah kat Masjid Ridzuaniah, Kuala Kangsar untuk sembahyang Maghrib. Masa aku masuk masjid… Imam dah sujud rakaat pertama, tapi ada sorang tu…nak kata tua, tak berapa tua sangat. Lebih kurang aku jugak. Tinggal lagi…janggut aku dah putih…misai dia masih hitam.
Dia dok berjalan dari hujung masjid..sampai hujung sini. Biaq pi la kat dia. Aku masuk saf bila imam bangkit rakaat kedua. Tapi orang tua tu tak sembahyang juga. Bila imam bagi salam rakaat ketiga, aku bangkit sambung rakaat ketiga, sebab aku miss rakaat pertama. Masa tu…tiba-tiba orang tua tu mai duduk sebelah aku. Tak betui kot!!
Bila imam baca doa..dia angkat tangan punya tinggi. Khusyuk dan tawadduq! Aku tengok dia menangis..meleleh air mata. Macam Tok Guru Nik Aziz! Selesai imam baca doa..taqabbalallahu minkum…dia terus bangkit pi salam dengan imam. Dia cium tangan imam tu…imam tu pun senyum. Dia salam dengan semua orang sambil menangis…tapi orang lain semua senyum!! Dia mai salam dengan aku…masa tu baru aku tau apa yang dia cakap…."saya minta maaf banyak-banyak." Apa salah dia?
Aku terus keluar masjid…takut selipar hilang. Baru nak sarung selipar…aku dengar orang menjerit.."hoi..tak payah salam dengan muslimat….depa dah maafkan dah!" Rupa-rupanya dia nak salam dengan muslimat kat belakang. Aku tanya kat sorang jemaah yang keluar masjid tu.."sapa tu?"
"Polis pencen…tak betui dah!!" jawab sahabat tadi.
Aku tak jadi masuk kereta…aku perati orang tua tu dari jauh. Nak kata gila…aku tengok pakaian dia masih kemas. Kain pelikat dia masih bersih. Baju melayu dia siap dengan butang. Kopiah putih dia tak ada taik lalat. Interesting!
Dia duduk kat atas tangga masjid. menangis tersedu-sedu. Lepas sorang-sorang jemaah keluar masjid..ada yang duduk dalam masjid tunggu isyak. Mana yang keluar dok tepuk belakang orang tua tu…"sabor Yop!"..kata depa.
Bila dah tak ada orang…aku pi kat orang tua. Bagi salam. Dia jawab salam aku. "Waalaikum salam. huk..huk..huk." Tak gila pun!
"Ada apa-apa yang boleh saya tolong abang?" aku tanya dia.
Dia bangkit dan terus peluk aku. Seriau!
"Abang mintak maaf banyak-banyak adik..abang dah banyak buat dosa kat semua orang." Tiba-tiba dia berhenti menangis.
"Pasai apa abang tak sembahyang tadi…tapi doa punya baguih!" aku tanya.
"Abang ni polis dik…memang kami tak boleh sembahyang…kena jaga orang sembahyang!" Senafas saja dia menjawab dengan fasih! "Pasai apa tak tengok saja orang lain berdoa?" aku tanya.
"Yang tu kena buat!! yang tak angkat tangan orang bukan islam saja." dia jawab. Aku tak tau la dia ni mazhab mana.
"Yang dok pi mintak maaf kat semua orang pasai apa?"
"Sebab dulu…lepas baca doa abang pukui orang. Yang tangkap Badrul Amin baca doa tu abang la. Mana yang melawan kami terajang. Mana yang bangkit kami pukui. Tak kira la lelaki ka…perempuan ka..kami balun semacam saja." Macam mana jemaah lain kata dia ni tak betui? apa yang dia cakap semua betui!
"Abang ni masih kerja polis ka?"
"Tak….medikal bod. Dah dua tahun" dia kata. Aku tak pernah kerja gomen…aku tak tau apa dia. Tapi aku buat-buat tau la. "Abang nak pi mana lepaih ni?" aku tanya.
"Nak ambik anak…dah lama dia tak balik." dia kata. "Nak ambik kat mana?" aku tanya. Dia diam…! "Dah berapa lama tak jumpa anak?" aku tanya.
"Kamu layan orang macam tu…kamu pun jadi macam dia!" Haji Rahman, Che'gu kat Idrissiah cakap kat aku masa dia keluar dari masjid. Aku tinggalkan orang tua tu. Ikut Haji Rahman…dia ngajak aku minum di Rahmaniah…dekat masjid tu.
"Dulu dia tu FRU…orang sembahyang…dia tak sembahyang. Orang baca doa..dia tadah tangan. Habih orang sembahyang…dia pukui orang sembahyang" Haji Rahman bercerita.
"Nak dijadikan cerita…anak dia pun kena pukui. Anak dia belajor kat universiti…ikut orang sembahyang kat Kampung Baru.
Bila anak dia kena pukui…anak dia mula fobia tengok FRU. Bila tengok bapak dia..dia mula takut. Last-last tak pernah balik kerumah.Sampai sekarang. Tu pasai dia merayau dari satu masjid kesatu masjid cari anak dia." kata Hj. Rahman.
"Ooooo!!!" Habih tu..yang dia pi minta maap kat semua orang pasai apa?"
" Dulu dia jaga orang demo… main belasah saja. Sekali tu orang belasah dia balik. masa dia belasah orang.. dia tak kenai. Tapi orang kenai dia. Bila dia balik Bendang Kering…orang balas balik. Sebab orang yang dia pukui masa demo tu bebudak kampung dia jugak. Empat hari koma…bila sedor…jadi macam tu la." Cerita Hj. Rahman. "Tapi masa baca doa tadi… aku tengok dia sampai menangis. Mesti dia paham kot?" aku tanya.
"Yang tu dia minta ampun kat Tuhan. Sebab Tuhan bagi dia akal.. tapi dia tak pakai. Dulu bila kita tanya dia pasai apa dia pukul orang dia kata dia ikut arahan. Betui tak betui…dia tak peduli. Dia ikut arahan…bukan ikut Tuhan. Tuhan kata jangan menzalimi orang lain. Dia kata …dia ikut arahan Mahathir. Dia lebih takut kat Mahathir dari takut kat Tuhan!"
Kami pun sampai kat Restoran Rahmaniah. "Mamak Zamree!! Teh tarik satu!" Gua no komen.... itu urusan Allah samada nak bayar cash dunia atau pakai kredit di mashyar, lu orang pikirlah sendiri....!!!!
(*) artikel ini aku pun rembat sama dari blog abusyahirah.blogspot . Mohon halal naa..!! | Kekerasan polis: Suhakam nafi kenyataan Tiong Lai Posted: 13 Jul 2011 10:16 PM PDT Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menafikan sekeras-kerasnya kenyataan tidak berasas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang menafikan tindakan kekerasan pihak polis ketika menyuraikan perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.Sebaliknya, pihak Suhakam sendiri turut melihat sendiri penggunaan kekerasan melampau pihak polis terhadap para peserta, apabila Suhakam dengan 35 orang pegawainya turut memantau perhimpunan tersebut.Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sha'ani Abdullah menegaskan, malah beliau sendiri yang turut turun ke perhimpunan itu bagi melakukan pemantauan turut melihat dengan jelas tindakan kekerasan pihak polis terhadap para peserta termasuk di lokasi yang dinafikan oleh Tiong Lai.
Menurut beliau, kenyataan Menteri Kesihatan yang mengatakan polis tidak menembak gas pemedih mata dan meriam air ke arah Hospital Tung Shin di Jalan Pudu ketika menyuraikan perhimpunan itu tidak benar.
"Sebenarnya, pihak polis memang menembak gas pemedih mata dan meriam air ke arah Hospital Tung Shin. Saya sendiri telah lihat tindakan polis itu.
"Saya sendiri juga turut melihat tindakan kekerasan yang dilakukan polis semasa menangkap peserta. Cara yang dilakukan polis untuk menangani peserta perhimpunan adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab, satu pencabulan, satu penyalahgunaan kuasa dan ia bertentangan dengan hak asasi manusia," katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi dialog sempena penyerahan memorandum oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia mengenai tindakan penggunaan kekerasan melampau pihak polis terhadap para peserta perhimpunan aman Bersih 2.0 di pejabat Suhakam, di sini, semalam.
Menurutnya, tindakan polis menangkap peserta dan menempatkan mereka di Balai Polis Jinjang dan Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) juga, merupakan satu pencabulan undang-undang.
"Mereka (polis) telah merancang untuk menahan mereka, tetapi ia sekadar penahanan sahaja bukan untuk diambil keterangan.
"Kita tidak boleh terima tindakan begitu dalam negara yang dikatakan negara maju, polis telah aniaya mereka dengan menggunakan kekerasan, peserta ditangkap, digari kemudian diarahkan menaiki trak dengan tangan di belakang," ujarnya.
Sehubungan itu, beliau menggesa semua mangsa supaya tampil ke depan dan mengemukakan aduan secara terus supaya pihak Suhakam boleh memperkukuhkan bahan bukti yang diperolehi.
Pada 11 Julai lalu, Menteri Kesihatan seperti yang dilaporkan media berkata, polis tidak menembak gas pemedih mata dan meriam air ke arah Hospital Tung Shin ketika menyuraikan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.
Dakwaan yang berlegar di internet berhubung tembakan ke arah hospital tersebut adalah tidak benar dan perkara itu telah disahkan dengan hospital berkenaan.
Katanya, polis menembak gas pemedih mata itu ke arah jalan besar dan asap berkenaan mungkin dibawa angin ke arah hospital berkenaan.
"Tetapi mereka tidak membidik ke arah hospital," katanya lagi kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat dengan lembaga pengarah Hospital Tung Shin pada hari itu (11 Julai) sambil menambah, polis juga membidik tembakan meriam air pada arah 45 darjah dari jalan utama.
Ditanya mengenai video dan gambar-gambar yang dimuatkan oleh pengguna web di internet, Liow meminta wartawan supaya jangan menunjukkan bahan berkenaan untuk menyoalnya semula.
"Apa yang paling penting, individu yang bertanggung jawab ke atas hospital telah mengesahkan bahawa polis tidak menembak gas pemedih mata atau meriam air ke dalam (perkarangan) hospital," kata Timbalan Presiden MCA itu lagi.
Dalam sidang media yang sama, pengerusi lembaga pengarah Tung Shin, Ng Beh Tong turut berkongsi pandangan menteri berkenaan.
Katanya, pentadbiran hospital itu telah memberikan taklimat kepada lembaga hospital pagi itu (11 Julai) berhubung insiden yang berlaku pada hari perhimpunan tersebut.
Dalam perhimpunan itu, lebih 1,600 peserta termasuk pimpinan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dan Pakatan Rakyat ditahan. Kesemua mereka yang ditahan dilepaskan dengan jaminan polis dan Peguam Negara akan menentukan tindakan ke atas mereka.
Selain Liow, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein seperti yang dilaporkan media, turut menafikan pihak keselamatan bertindak ganas sewaktu perhimpunan itu.
Mengulas perkara itu dengan lebih lanjut, Muhammad menjelaskan, realiti sebenar tindakan kekerasan melampau pihak polis itu tidak boleh dinafikan lagi oleh sebarang pihak.
Malah beliau menyifatkan tindakan yang dilakukan oleh pihak polis ke atas peserta perhimpunan itu tidak ubah seperti "orang yang tiada pelajaran".
"Pihak itu tidak berpelajaran, mereka pakai uniform, pakai lencana, tetapi mereka tiada hak untuk bertindak kasar terhadap sesiapapun.
"Kami mahu kerajaan memastikan institusi polis menjaga kelakuan petugas supaya menghormati sesiapa yang mereka tangani," tegas beliau. -HD | KISAH BENAR: Catatan Seorang Peserta Cina: "Saya Rasa Selamat Bersama Orang PAS" Posted: 13 Jul 2011 10:12 PM PDT Seorang pakcik yang berkopiah menuju ke arah saya, "Di manakah stadium?" Saya menuding jari ke depan. Lantas beliau berjalan ke arah sana, tanpa sebarang keraguan. Saya merasakan diri saya amat tidak berguna pada ketika itu.
Mengapa tidak saya bertindak sebagaimana pakcik itu? Berarak adalah hak kita. Mengapa pula saya takut? Saya tetap berdiri di situ, menyaksikan bagaimana orang tua itu dihalang polis, dan kemudian beliau terus berjalan ke depan.
Kemudian saya berjalan, dan terserempak dengan seorang polis muda. Beliau bertanya untuk apa saya berada di situ, saya sekadar jawab, tak ada, cuma jalan-jalan.
Beliau menunjuk ke arah Jalan Sultan, mengarahkan saya beredar dari situ, atau saya akan ditangkap. Saya tahu beliau cuba menakutkan saya. Masih awal lagi, saya tidak mahu timbul hal, maka saya pun beredar.
Saya nampak sekumpulan orang di kedai KL Commercial Book Co., semacam orang PAS, maka saya berjalan menuju ke arah mereka. Pada hakikatnya, saya amat yakin dengan mereka. Saya rasa diri saya berselindung di dalam kelompok mereka pada ketika itu. Ya, saya rasa sangat selamat.
Pada kira-kira jam 12.20 tengah hari, kelompok di sini hanya kira-kira 20 orang. Tiba-tiba kami dengar jeritan orang, dan kami bergegas ke situ dan mendapati kira-kira 2,000 orang. Mereka muncul entah dari mana, sungguh ajaib! Tapi kami masih menganggap bilangan ini terlalu sedikit!
Pada kira-kira jam 12.30 tengah hari, saya tak berapa ingat lagi. Kami nampak sekumpulan manusia menuju ke arah kami melalui Jalan Sultan, sambil melaungkan slogan. Bilangan mereka terlalu ramai berbanding kami. Ramai orang tua yang bertanya, PERKASA? Pemuda UMNO? Kami berdiri di situ dan memandang, gagal mendengar apakah yang dilaungkan.
Tiba-tiba, ada yang bertepuk tangan, berkata "Tengok, Cina ada, India ada, bukan PERKASA, bukan Pemuda UMNO, orang kita!" Kami bertepuk dengan gemuruh, berarak ke arah mereka untuk berkumpul bersama. Kami seolah-olah dapat membentuk pasukan kami, dan tidak lagi keseorangan atau kesepian.
"BERSIH! BERSIH! Hidup BERSIH!" Ribuan yang membanjiri Jalan Sultan. Orang berada di tengah dan di tepi jalan, warga tua dan warga muda. Maka kami terus berjalan, tidak memasuki jalan ke arah Stadium Merdeka. Saya sedar, bilangan kami masih tidak mencukupi. Kami menuju ke arah Pudu Raya, dan di situ telah dibanjiri lautan manusia yang lebih daripada 10 ribu.
Abang saya menghantar sms kepada saya, memberitahu bahawa pasukan di Hotel Hilton telah mula bertolak. Dengan serta-merta saya berkongsi maklumat ini dengan orang yang berada di sisi saya.
Kira-kira jam 1 tengah hari, kami nampak satu pasukan yang lebih besar, kemas sususannya berarak dari arah Hospital Tung Shin. Kemudian, muncul lagi satu pasukan dari Kota Raya. Tidak berhenti kami bertepuk tangan. Kami menjerit sepuas-puasnya. Saya nampak ramai yang menakung air di matanya. Saya amat terharu. Saya kini berada di tengah-tengah belasan, malah puluhan ribu orang. Saya tidak kesepian, kami tidak kesepian!
Terharu kerana dibantu orang yang saya tidak kenal langsung!
Kami berkumpul di depan Menara MayBank. Saya tak dengar apa yang diucap pemidato. Tapi saya hanya seorang penyokong. Saya hanya menyorak bersama kelompok manusia, bertepuk tangan apabila semua orang berbuat demikian. Kemudian saya mendapati trak FRU. Seorang warga tua, mungkin dari PAS, memesan agar saya undur dahulu. Tidak lama kemudian, FRU melepaskan gas pemedih mata, dan meriam air kimia yang berwarna biru. Saya rasa macam tersengit. Baunya sangat tidak menyenangkan. Orang di sisi saya (sahabat dari kaum lain) menuangkan air ke atas kepala saya. Ada seorang yang menyapu minyak angin di bawah kelopak mata saya. Ada pula yang memberi garam kepada saya.
Saya teringat, air mata saya mengalir pada ketika itu bukan disebabkan gas pemedih mata, tetapi mengalir kerana terharu dengan bantuan yang dihulurkan oleh orang-orang yang saya tak kenal ini.
Pada ketika itu saya nampak polis, kononnya, menangkap orang ramai di depan Menara MayBank. Ramai yang memanjat ke atas di cerun pada mulanya, kemudian mereka melompat dari tembok yang tinggi. Saya sangat marah ketika itu, kerana saya nampak ramai wanita dan warga tua. Dan mereka yang kononnya polis itu dicemuh dalam hati saya, "Bukan manusia!"
Saya berehat seketika. Saya menjangkakan bahawa orang ramai akan menuju ke Jalan Sultan. Maka, saya berjalan dahulu ke arah sana. Apabila berdekatan dengan KFC, hujan mulan turun. Seorang peserta yang tua berkata kepada saya, "Komunis pun tak macam ini!" Saya tercengang seketika, gagal memberi apa-apa jawapan....
Matlamat sama..
Pada sebelah malam, saya dimaklumkan bahawa kawan dari kaum Melayu amat terharu dengan kehadiran kami. Mereka berkata, "Itu kebanggaan kami apabila kamu muncul bersama. Kamu duduk belakang sikit, biar kami yang hadapi peluru (gas pemedih mata) dan keganasan di depan!"
Nota: Akhirnya saya sedar, mengapa saya berselindung dalam kelompok orang PAS. Mereka membuktikan dengan tindakan mereka, itu yang membuatkan saya terharu dan berasa selamat. Lain kali, saya tetap akan bersama mereka, berada di garis depan, untuk menghadapi peluru (gas pemedih mata) dan keganasan.
Terima kasih, sahabat semua. Walaupun kita tidak berkenalan, tapi matlamat kita sama. Dan ini hanya boleh dirasai mereka yang hadir dalam perhimpunan.
Saya menyeru agar lebih ramai bangkit dari tidur, dan mereka yang sudah sedar, biarlah bertindak. -MerdekaReview | KAKAK NIE DAKWA ADIK DIA 'GILE' TERLIHAT MASA BERSIH! Posted: 13 Jul 2011 08:34 PM PDT Saya menjumpai satu artikel mengenai penglibatan orang kurang siuman dalam perhimpunan bersih. Artikel itu menceritakan yang dia, Pn Norazizah Man telah kehilangan adiknya yang menetap di Jitra dan dilihat berada di Bersih 2.0 di Kuala Lumpur baru-baru ini....
"Saya merayu orang ramai yang ternampak adik saya supaya dapat menghubungi kami kerana kali terakhir dia dilihat berada dalam perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Sabtu lalu.
"Saya terkejut macam mana dia boleh pergi ke Kuala Lumpur sehelai sepinggang. Saya bimbang ada pihak tertentu berniat tak baik dan cuba mengheret adik saya dalam perhimpunan itu," kata Norazizah Man, 33, kakak kepada Muhamad Azrul, 31, yang mengalami gangguan mental yang hilang sejak Jumaat lalu.
Menurutnya, dia terkejut selepas diberitahu kakaknya, Azizon, 37, mengenai kehilangan adik bongsu mereka.
"Azrul sebelum ini tinggal bersama kakak saya di Kampung Aman, Jitra sejak ibu bapa meninggal dunia. Saya terkejut selepas kakak memberitahu Azrul hilang dan tidak pulang ke rumah hingga hari ini. Kali terakhir kakak nampak Azrul pada pagi Jumaat lalu sebelum dia keluar rumah. "Dia biasanya akan keluar rumah berjalan-jalan sekitar kampung dan pulang semula ke rumah pada sebelah petang," katanya yang mengunjungi pejabat Harian Metro, di sini, semalam.
Katanya, adiknya itu keluar rumah sehelai sepinggang tanpa membawa pengenalan diri menyebabkan mereka bimbang dengan keselamatannya."Kami terkejut apabila dimaklumkan abang, Mohammad Tarmizi, 35, Azrul dilihat berada ketika perhimpunan Bersih di Stesen KL Sentral, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.
"Kami mendapat tahu berita itu beberapa hari selepas rakan abang saya dibebaskan kerana turut ditahan selepas dipercayai menyertai perhimpunan itu."Rakan abang saya memberitahu yang dia ada melihat Azrul berdiri tidak jauh daripadanya sebelum dibawa menaiki trak polis," katanya.
Menurutnya, selepas diberitahu kejadian itu, dia terus menghubungi abang sulungnya, Muhamad Fuad, 40, yang tinggal di Klang, Selangor supaya menghubungi mana-mana balai polis untuk mengetahui perkembangan adiknya itu.
"Malangnya, abang saya beritahu nama Azrul tiada dalam senarai orang yang ditahan ketika perhimpunan itu. Kami bimbangkan keselamatan Azrul kerana dia mengalami penyakit mental dan tidak tahu arah tujuan.Kami sekeluarga juga bimbang ada pihak memperalatkan Azrul untuk menyertai perhimpunan berkenaan.
"Dia menghidap sakit mental hanya mengikut arahan pihak yang mengambil kesempatan," katanya. Sehubungan itu, Norazizah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar mengenai kehilangan adik lelakinya itu.
Mereka yang melihat atau mengetahui di mana Azrul berada boleh menghubunginya di talian 017-6373762.
... Tolong le saya.... | FATWA BARU PERKASA : "BERSATU ITU WAJIB BAGI ORG MELAYU" Posted: 13 Jul 2011 06:11 PM PDT ..... apabila melayu diangkat sama taraf dengan Islam...ini le akibatnya... "BERSATU ITU WAJIB BAGI ORG MELAYU"Tulisan oleh Zanuddin Salleh Perkasa Negeri Jul 4, 2011 PONTIAN, 2 JULAI, 2011 – 'Mempertahankan Melayu bererti meninggikan keagongan Islam, mempertahankan kedfaulatan Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong dan Raja-Raja Melayu kerana (di Malaysia) Melayu itu Islam dan DYMM Yang DiPertuan Agong dan Raja-Raja itu mestilah Melayu' demikian intipati ceramah yang disampaikan oleh Tuan Yaakob Atan, Penasihat Undang-Undang Perkasa Daerah Johor Bahru sebagai penceramah undangan dalam majlis Mesyuarat Khas Tahunan Kali Pertama 2011 Perkasa Daerah Pontian. Yaakob juga mengingatkan semua pihak bahawa DYMM Yang DiPertuan Agong adalah pemerintah Negara dan Raja-Raja adalah pemerintah negeri-negeri serta Bahasa Melayu itu adalah satu-satunya bahasa kebangsaan Negara ini. Begitu juga dengan peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Negara dengan jelas memberikan hak keistemewaan kepada bangsa Melayu termasuk biasiswa, peluang-peluang perniagaan seperti lesen dan permit. | Human Rights Watch : WUJUD KEKESARAN PADA BERSIH 2.0 Posted: 13 Jul 2011 05:45 PM PDT Kerajaan Malaysia perlu mengadakan sisasatan yang telus dan terbuka dengan segera mengenai dakwaan penggunaan pendekatan keras dalam menangani perhimpunan anjuran Bersih 2.0 Sabtu lalu, kata badan pemantau antarabangsa Human Rights Watch hari ini. Timbalan pengarah rantau Asia Human Rights Watch, Phil Robertson, berkata pentadbiran Najib juga sewajarnya menghentikan segala bentuk ugutan dan tindakan menakut-nakutkan pihak penganjur, dan pada masa yang sama membebaskan kesemua mereka yang ditahan. "Tindakan pihak berkuasa menghalang perhimpunan Bersih menunjukkan bahawa kebebasan asas kini bertembung dengan kuasa pemerintah," kata Robertson sambil menambah bahawa kerajaan tidak menghormati ruang hak asasi. "Nampaknya di Malaysia, kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan hanya dibenarkan apabila mereka (peserta perhimpunan) menyokong pihak kerajaan," kata beliau dalam satu kenyataan. Selepas kerajaan tidak berkompromi dengan hasrat penganjur mahu menggunakan Stadium Merdeka, penyokong-penyokong Bersih 2.0 turun di jalan untuk mengadakan perarakan aman ke stadium tersebut. Bagaimanapun pihak polis menyambut mereka dengan air berasid dan gas pemedih mata selain menahan 1,697 orang. Selain itu pihak polis juga masih menahan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia di bawah Ordinan Darurat. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan tindakan polis manakala Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pula menafikan pasukan polis yang menyerang peserta terlebih dahulu. Pada Isnin lalu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, mengugut untuk menggambil tindakan ke atas media domestik dan antarabangsa atas alasan laporan-laporan yang tidak berasas. Menurut Robertson, janji kerajaan Malaysia untuk memenuhi obligasi antarabangsa sebagai anggota Majlis Hak Asasi Manusia PBB berhadapan dengan ujian sejak kebelakangan ini. "Rakan-rakan antarabangsa Malaysia perlu memberitahu Perdana Menteri Najib bahawa beliau sedang menerajui negara di laluan yang salah," katanya lagi. | |
PAS Bandar Seri Putra Posted: 14 Jul 2011 03:24 PM PDT |
Pemuda PAS DUN Kemasik Posted: 14 Jul 2011 03:16 PM PDT |
TBI-PAS KEPALA BATAS Posted: 14 Jul 2011 01:37 PM PDT |
Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor Posted: 14 Jul 2011 01:26 PM PDT Program 2 Jam Yang Indah Bersama Bob Lokman Di Taman Sri Ampang Posted: 13 Jul 2011 07:25 PM PDT
Program dipengerusikan oleh Al-Fadhil Ustaz Fazlulrahimi Bin Maarop, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang dan dirasmikan oleh YB Tuan Hj Khasim Abdul Aziz, ADUN Lembah Jaya merangkap YDP PAS Kawasan Ampang.
| |
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah Posted: 14 Jul 2011 01:17 PM PDT Яндекс.Fresh-Up/Позиции сайта dppnkedah.blogspot.com Posted: 14 Jul 2011 06:41 AM PDT Добрый день. Меня зовут Владимир Чермошенцев, я решил обратиться, т.к. отметил что Ваша компания использует сайт dppnkedah.blogspot.com для привлечения потенциальных заказчиков. Моя работа - анализировать результаты выдачи поисковых систем и находить компании, которым может быть недостаточно входящих звонков от клиентов из Интернета. Мы с коллегами проявили инициативу и подготовили для dppnkedah.blogspot.com конкретное предложение по целевому привлечению клиентов Fresh-Up. Данный метод, на практике, позволяет существенно увеличить эффективность сайта как инструмента продаж. Я буду крайне признателен, если Вы прокомментируете наши выкладки (во вложении) или передадите человеку, ответственному за продажи. С уважением, Владимир Чермошенцев Специалист отдела продуктивных решений Компания Fruitful Solutions Тел./Факс: +7 (495) 661-6100 Моб.: +7 (495) 661-6100 Web: www.future-adv.ru | |
DUN Lembah Jaya Posted: 14 Jul 2011 12:05 PM PDT Majukan Ilmi Ke Peringkat Lebih Tinggi - Hj Ali Posted: 13 Jul 2011 08:08 PM PDT 13 Julai 2011, Taman Rasmi Jaya - Ahli Majlis MPAJ Zon 13 Tuan Hj Ali Ismail hari ini merasmikan Karnival Ko-Kurikulum Ilmi 2011 yang diadakan di Padang Ilmi di sini. Dalam ucapannya beliau menyarankan agar institusi pendidikan agama swasta ini perlu bergerak lebih maju lagi. "Dalam mencapai matlamat menjalankan aktiviti dakwah di bidang pendidikan ini, Ilmi tidak harus berpuas hati dengan pencapaian yang dikecapi sekarang. Ilmi harus berkembang sama ada dengan menambah cawangan di tempat-tempat lain atau menubuhkan sebuah intitusi pengajian tinggi atau IPT yang bertaraf kolej atau sebagainya". Karnival yang berlangsung selama 2 hari itu diadakan secara tahunan dan dihadiri oleh semua pelajar dan ibu bapa. | |
Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai Posted: 14 Jul 2011 11:45 AM PDT KISAH BENAR BERSIH Posted: 14 Jul 2011 12:18 AM PDT Thursday, 14 July 2011 12:01 Wartawan Buletin KUALA TERENGGANU - Ustaz Mohd Ramlan Mahmud, 27, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kemaman menyifatkan penahanan beliau ketika menghadiri Himpunan Aman BERSIH 2.0 9 Julai sebagai suatu kegembiraan kerana menjadi 'orang yang terpilih'.Beliau telah ditahan polis di sebuah restoran di Kampung Baru, Kuala Lumpur semasa sedang menikmati sarapan pagi pada pagi. "Ketika itu sekitar pukul 10.00 pagi sekumpulan anggota polis dianggarkan seramai 20 orang sedang melakukan operasi pemeriksaan, mana - mana individu yang berada dalam kumpulan seramai 4 orang dan lebih akan diperiksa kad pengenalannya dan barang - barang yang dibawa bersama kita akan digeledah,"ujarnya ketika ditemubual oleh Buletinonline. (Gambar kanan - Ustaz Ramlan Mahmud sedang disoal siasat oleh seorang Pegawai Polis yang memegang tshirt berwarna kuning sebelun ditahan) Seorang lagi 'Wira BERSIH' dari negeri Terengganu adalah Saifudin Ibrahim, AJK Penyelaras Pemuda Dun Batu Buruk yang juga anggota PAS cawangan Masjid Hj Kadir. Saifuddin merupakan tahanan terakhir yang dibebaskan daripada 313 orang penyokong BERSIH dari negeri Terengganu yang ditahan pada Sabtu lalu. Ketika ditemui, dalam sambutan ringkas oleh sahabat-sahabat 'Al-Fateh Army' di Lapangan Terbang Sultan Mahmud semalam, 13 Julai, beliau tidak berasa apa-apa, malah 'suka' kerana ditahan menghadiri Himupnan BERSIH. "(perasaan) tak ada apa-apa, suka je, saya (dibebeaskan lewat) kerana dituduh menceroboh loji air SYABAS, di Bukit Nanas,"katanya. Ketika melarikan dari dari 'hambatan polis zalim' dalam Himpunan, beliau tersalah masuk ke kawasan yang didakwa oleh polis sebagai kawasan larangan. Sedangkan menurutnya, tidak ada apa-apa papan tanda atau amaran yang menunjukkan bahawa ia adalah satu kawasan larangan. Namun begitu, polis telah mendapatkan perintah reman selama tiga hari sehingga malam kelmarin, apabila Saifuddin dibebaskan tanpa syarat. Manakala, seorang Pemuda PAS dari Pekan Batu Enam, Kuala Nerus, Ibrahim Harun yang ditahan dijalan Pudu berhampiran Hospital Tung Shin sanggup menjadi saksi ke atas tindakan polis 'meyerang' hospital terbabit. "Memang betul-betul, polis tembak gas pemedih mata, kalau tak silap, mungkin 3 das, lepas tu tembak dengan meriam air kimia,"tegasnya ketika ditemui. Beliau yang juga AJK MTD Bukit Tunggal mendakwa, polis turut membelasahnya, walaupun beliau tidak melawan. Akibatnya, pipi beliau berdarah kerana dibedal, sepak dan terajang oleh polis yang disifatkannya zalim dan tidak berperikemanusiaan. Kesemua 313 orang yang ditangkap ketika menghadiri Himpunan Aman BERSIH 2.0 dari Terengganu dianggap sebagai 'Wira' kerana berani bersama lebih 50,000 rakyat menuntut kerajaan merombak sistem pilihanraya supaya lebih bersih dan adil. Menurut Setiausaha Jawatankuasa Mobilisasi Rakyat, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, mereka akan diraikan oleh Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan pemimpin utama yang lain, dalam satu Majlis sebelum Ceramah Perdana Pasca BERSIH yang akan diadakan di perkarangan Masjid Rusila, esok, Jumaat 15 Julai pada jam 9.00 malam "InsyaAllah, semua tahanan seramai 313 orang ini, kita akan raikan dalam suatu ceramah Perdana yang akan kita buat pada 15 Julai, hari Jumaat ini, di Masjid Rusila, "kita akan siarkan klip-klip video yang memaparkan kejadian Himpunan BERSIH, kita akan raikan tahanan yang kita anggap mereka ini sebagai wira-wira kita yang menjadi wakil kepada rakyat Terengganu untuk memperjuangkan hak,"katanya ketika berucap dalam majlis penerangan isu semasa di Jalan Hiliran, semalam 13 Julai.
| |
Batu Gajah Mari Posted: 14 Jul 2011 11:45 AM PDT Islam tidak beri lesen kepada pemerintah untuk buat apa sahaja - DR Asri Posted: 14 Jul 2011 01:00 AM PDT KUALA LUMPUR, 13 Julai – Dalam pandangan dilihat menyentuh kesan perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, Putrajaya telah mempergunakan pemimpin agama untuk mempertahankan kuasa sebagaimana disaksikan di rantau Timur Tengah.
Bekas mufti Perlis (gambar) berkata pemerintah di Timur Tengah yang sebahagian besarnya adalah "korupsi dan zalim" mempergunakan pemimpin agama untuk membela mereka.
"Mereka (pemimpin agama) memahami nas-nas al-Quran dan Hadis secara literal dan menganggap urusan muamalat dan siasah sama seperti ibadat khusus yang tidak boleh dilakukan pembaharuan dan tokok tambah," kata tokoh agama yang memperlihatkan pendirian progresif.
Tenaga akademik dari Universiti Sains Malaysia ini memberitahu, keadaan itu wujud apabila kelompok terbabit mentafsir hadis-hadis politik secara literal, yang seakan-akan Islam memberikan 'lesen' besar kepada pemerintah untuk melanyak rakyat dan rakyat pula diikat kaki, tangan dan mulut dengan nas-nas agama dari bertindak atau membantah.
"Lebih hodoh lagi, hanya nas-nas yang 'kelihatan' propemerintah sahaja yang dibaca, diforumkan, diwar-war dalam pelbagai saluran sedangkan nas-nas yang memberikan amaran terhadap kezaliman pemerintah tidak pula dicanangkan," kata beliau.
Di Malaysia kata Asri, "kita dapat melihat fonomena ini semasa isu demonstrasi panas baru-baru ini dalam masyarakat."
"Di sini bukan bertujuan menyokong atau menentang demonstrasi aman, tetapi sekadar ingin membincangkan kefahaman sesetengah pihak mengenai hadis-hadis berkaitan," kata beliau dalam satu kenyataan.
Sabtu lalu, ribuan rakyat Malaysia telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 anjuran Bersih 2.0 untuk menuntut transformasi pilihan raya yang perlu dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Gabungan 62 pertubuhan bukan kerajaan dan disokong Pakatan Rakyat mengemukakan lapan tuntutan yang perlu dilaksanakan iaitu membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.
Lebih 1,600 peserta termasuk pimpinan Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat ditahan. Jelas Asri, tindakan berbentuk keganasan tidak boleh dilakukan terhadap rakyat sekiranya tiada pententangan dilakukan termasuk perkara yang boleh menyebabkan kerosakan yang lebih besar. "Hadis tentang taat dan patut sekali pun dirampas harta dan dipukul itu, ia merujuk kepada keadaan di mana jika penentangan dilakukan akan menyebabkan kerosakan yang lebih besar seperti pemerintah akan membunuh atau memusnah orang lain yang tidak bersalah sedang kita tidak mampu memberikan sebarang kesan kepada mereka.
"Ini terutama di zaman dahulu yang terkenal dengan penumpahan darah. Begitu juga di bawah rejim-rejim yang zalim yang hanya merugikan para penentang dan negara secara umumnya," katanya.
Jelas beliau, keadaan kini sudah berubah yang mana setiap negara terikat dengan peraturan antarabangsa terutamanya mengenai hak asasi manusia. Namun, katanya, apabila dunia berubah negara-negara terikat dengan peraturan antarabangsa mengenai hak asasi rakyat.
"Juga, apabila negara-negara itu meletakkan dalam perlembagaan mereka tentang hak-hak rakyat, dalam ertikata lain membantah pemerintah dalam negara demokrasi aman itu adalah sesuatu yang tidak boleh dianggap menentang negara kerana diiktiraf dan dijamin oleh perlembagaan negara dan persetujuan antarabangsa," katanya. "Maka, konteks Hadis sudah berbeza," kata Asri sambil menambah, "Islam bukanlah agama yang memberikan lesen kepada pemerintah untuk berbuat apa sahaja dan rakyat wajib mendiamkan diri." Oleh itu tegas beliau, jangan bawa tafsiran zaman Abbasiyyah ke zaman yang sudah berubah. Dengan mengambil contoh daripada Hadis, Asri berkata "Rasulullah sendiri sebagai pemerintah membenarkan diri Baginda dibalas." Tegas beliau, pemerintah tidak dibenarkan sama sekali untuk bertindak sewenang-wenangnya apatah bertindak ganas terhadap rakyat. "Jika pemerintah itu diberikan wewenang untuk memukul dan mengambil tanpa dipersoalkan, apakah ertinya sesuatu pemerintahan itu? "Apakah mereka seperti penzalim dan perompak berlesen yang dilindungi oleh nas-nas agama? Maha Suci Allah dari menurunkan agama yang seperti itu," katanya. | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan