KERETA api berkelajuan tinggi menghubungkan Beijing dan Shanghai terbantut operasinya semalam, ekoran bekalan elektrik terputus. - AGENSI
BEIJING 11 Julai – Bekalan elektrik yang terputus di China mengakibatkan perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi baru bernilai AS$33 bilion (RM99.3 bilion) antara Beijing dan Shanghai terhenti semalam, hanya 10 hari selepas perasmiannya.
Biro perkhidmatan kereta api Beijing berkata, sebanyak 19 buah kereta api tergendala selama 90 minit ketika ribut petir dan angin kuat menganggu bekalan elektrik di landasan tersebut sekitar pukul 6 petang waktu tempatan.
Menurut penumpang, lampu kereta api yang mereka naiki terpadam dan udara dalam gerabak mereka menjadi panas dengan serta-merta kerana alat penyejuk udara turut terpadam.
"Gerabak kami kini berada dalam keadaan gelap dan sangat panas. Kami tidak mampu melalui keadaan kegagalan tenaga elektrik ketika menaiki kereta api berkelajuan tinggi ini," tulis salah seorang penulis blog yang menggelarkan dirinya Brother Jiabo terus dari dalam kereta api tersebut.
Ramai penumpang yang merungut di dalam internet dan mempersoalkan kemampuan kereta api yang dikatakan menggunakan teknologi tinggi dan terbaik.
Perdana Menteri China, Wen Jiabao merasmikan laluan kereta api berkelajuan tinggi itu yang mengurangkan separuh daripada masa perjalanan dari dua buah bandar di China pada 30 Jun lalu.
Menurut beliau, kereta api yang dirasmikan sehari sebelum perayaan ulang tahun ke-90 Parti Komunis China itu akan menjadi kunci utama kepada sistem pengangkutan moden yang lebih baik serta memuaskan keperluan penumpang.
Bagaimanapun, pelaburan yang besar bagi rangkaian pengangkutan yang baru itu turut menjadi lubuk rasuah, meningkatkan kerisauan atas tahap keselamatannya.
Akhbar China Daily melaporkan, insiden terputus bekalan elektrik itu telah meningkatkan kembali kerisauan terhadap tanda tempat terbaru China itu yang dibuka awal setahun daripada yang dirancang.
Ramai pengguna Internet menulis di dalam blog dan forum Internet yang mereka tidak mahu menggunakan perkhidmatan kereta api itu lagi kerana ia tidak seperti yang dijanjikan iaitu ketepatan masa walaupun dalam keadaan cuaca buruk. – AFP
KUALA LUMPUR, 12 Julai: PAS mendakwa pihak polis terlebih dahulu didoktrin soal perkauman berdasarkan corak tangkapan yang dilakukan pada perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, media milik Umno BN dari awal lagi memainkan peranan menggambarkan seolah-olah wujud sentimen perkauman di sebalik penganjuran perhimpunan ini.
"Peringatan kepada media, jangan api-apikan soal perkauman, soal kononnya DAP memperalatkan orang itu, orang itu memperalatkan orang ini, dan sebagainya.
"Kita nampak corak penangkapan pihak polis pun telah didoktrinkan soal perkauman. Sebab itulah pempimpin DAP tidak ditangkap walaupun depan mata polis.
"Ini nak menunjukkan yang ditangkap ini pemimpin PAS, PKR, dan kami menjadi alat kepada DAP dan orang lain, dan nak menggambarkan DAP memperalatkan PAS dan seagainya dan ini dimainkan dalam televisyen," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.
Mengulas lanjut mengenai perhimpunan yang berakhir dengan 1,667 tangkapan termasuk 10 pemimpin parti politik itu, beliau menyatakan rasa kesal dengan sikap polis yang menjaga kepentingan Umno BN, bukan menjaga keamanan dan keselamatan orang awam.
"Polis bukan jaga keselamatan rakyat tapi jaga Umno BN, mereka lebih bersifat agen kepada Umno.
"Polis hendaklah jaga keselamatan rakyat, bukan keselamatan Umno. Kalau Umno jatuh polis tak jatuh. Mereka tetap berkhidmat di bawah pemerintah baru tapi kalau polis dilihat jaga Umno, bila Umno jatuh, dengan ketua polis jatuh sekali," tegasnya.
Sambil mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Baharuddin Ahmad yang meninggal akibat menjadi mangsa kekejaman polis, beliau menyifatkan ianya sebagai korban awal dalam tuntutan demokrasi di Malaysia.
"Ini korban awal dalam tuntutan demokrasi dan kita harap tak ada korban lagi selepas ini. Semua pihak perlu belajar termasuk PDRM sendiri," ujarnya yang turut mengalami kecederaan di lutut selepas jatuh daripada motosikal akibat dilanggar dengan land rover polis.
Beliau terpaksa menjalani pembedahan Jumat ini kerana ligamennya koyak dan membatlakna segala program terdekat.
Sementara itu, beliau sekali lagi mengulangi pendirian PAS untuk meminta Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan sekali lagi jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR0) tidak memenuhi lapan tuntutan mereka dalam masa terdekat.
"Kalau tak ada apa-apa menjelang pilihan raya akan datang, PAS akan mencadangkan kepada Bersih untuk membuat himpunan sekali lagi.
"Lapan tuntutan kita mesti dipenuhi. Selepas itu kalau BN nak menang, menanglah sebab kami tak ada masalah menerima kekalahan cuma yang kami tidak mahu ketidakadilan dan berlaku penipuan (dalam pilihan raya)," katanya.
Selain itu turut dicadangkan kepada Bersih 2.0 agar menjadikan hari Sabtu sebagai hari berpakaian kuning sebagai tanda tuntutan mereka terus diperjuangkan.
"PAS akan cadang kepada Bersih supaya dijadikan hari Sabtu hari memakai pakaian Bersih dan kuning untuk menyatakan perjuangan berterusan untuk mendapatkan pilihan raya adil dan bersih," katanya.
Tuntut penjelasan BN
Sementara itu, ahli jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad yang menerima enam jahitan di kepala akibat terkena kelonsong peluru gas pemedih mata meminta BN menyatakan pendirian mereka mengenai tindakan kasar ini.
"Kita minta BN jelaskan negara ini negara demokrasi atau negara komunis?
"Kalau nak memerintah secara komunis yang memerintah dari awal hingga akhir, bagitaulah pada semua orang, pilihan raya ini hanya main-main tapi hakikatnya apa yang dikehendaki BN memerintah selama-lamanya," katanya yang juga ahli Parlimen Shah Alam.
Seorang lagi AJK Pas Pusat, dr. Dzulkifly Ahmad pula berkata, jika kerajaan tidak menakut-nakutkan rakyat khususnya peniaga, ramai peniaga yang akan mengaut keuntungan berlipat kali ganda.
"Apa yang kita tuntut apabila Bersih menganjurkan perhimpunan aman ia mesti dikendalikan oleh polis yang bertanggungjawab menjaga keselamatan dan bukan mengambil ruang untuk mengganas dengan arahan menteri.
"Kalau 100 ribu yang berhimpun dan aman perhimpunan itu dikendalikan oleh polis, katakan setiap seorang berbelanja RM100 ringgit sahaja untuk menginap dan makan minum tanpa membeli belah, sudah ada RM10 juta yang mereka bawa ini sudah tentu menambahkan KDNK untuk peniaga-peniaga sekitar Kuala Lumpur," jelasnya.
Amnesty International hari ini menggesa Perdana Menteri Britain David Cameron dan Pope Benedict supaya tidak membentangkan 'permaidani merah' kepada Datuk Seri Najib Abdul Razak kerana layanan buruk dan tindakan kejam kerajaan pimpinannya terhadap perhimpunan aman rakyat Sabtu lalu.
Menurut badan hak asasi dunia itu, Cameron (kanan) khususnya perlu memberitahu Najib yang bakal dalam rangka lawatan empat hari ke UK bermula hari ini bahawa pencabulan hak asasi seumpama itu tidak dapat diterima.
Hujah Amnesty berdasarkan beberpa laporan, gambar, video yang terus disebarkan oleh pelbagai pihak memaparkan polis memukul, menendang dan melepaskan gas pemedih mata secara terus ke arah rakyat yang berhimpun secara aman menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.
"Kerajaan Britain tidak harus memberi ganjaran keganasan itu dengan membentangkan permaidani merah kepada perdana menteri Malaysia," kata Timbalan Pengarah Amnesty International bagi Asia Pasifik, Donna Guest.
"David Cameron seharusnya memberitahu Perdana Menteri Najib bahawa pencabulan hak asasi manusi terhadap penunjuk perasaan yang aman tidak boleh diterima.
"Kerajaan Najib mengasari ribuan rakyat Malaysia yang bertindak melaksanakan hak mereka untuk menunjuk perasaan secara aman," katanya.
Walaupun perhimpunan BERSIH 2.0 sudah berahir tiga hari lalu, pihak polis terus terus menahan pemimpin parti politik yang memakai baju kuning memaparkan logo gabungan NGO itu.
Dalam kejadian di Johor Bahru hari ini, dua pemimpin PAS kawasan di Johor ditahan polis ketika belum pun tamat sidang media mereka di depan balai polis Sentral JB.
Menurut timbalan pesuruhjaya PAS negeri Mazlan Aliman (kanan), dua pemimpin mereka yang ditahan adalah Naib Yang Dipertua PAS Pulai Zaaba Ibrahim dan Yang Dipertua PAS Johor Bahru Rosli Kemin.
Mazlan berkata, tangkapan itu berlaku dalam sidang media di sebuah restoren berdekatan balai itu selepas membuat laporan polis berhubung dakwaan keganasan pihak berkuasa dalam perhimpunan BERSIH.
"Empat anggota polis datang menarik mereka. Tidaklah kasar, tetapi mereka sepatutnya menggunakan budi bicara.
"Lagi pun perhimpunan BERSIH sudah berakhir. Minta sajalah suruh buka baju itu, bukan tangkap," kata Mazlan yang juga anggota jawatankuasa pusat PAS.
KUALA LUMPUR – Kualiti udara di kebanyakan tempat di seluruh negara berada dalam keadaan sederhana apabila sebahagian kawasan dilaporkan mengalami cuaca jerebu semalam.
Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), Bukit Rambai, Melaka mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi iaitu 83 setakat jam 5 petang, semalam.
Bacaan IPU antara 0 hingga 50 adalah dalam kualiti yang baik, manakala 51hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak bersih) dan 300 ke atas (berbahaya).
Kualiti udara dalam keadaan sederhana melanda 43 kawasan di seluruh negara antaranya Nilai (80), Shah Alam (79), Balok Baru, Kelantan (79), Pelabuhan Klang (77), Port Dickson (77), Bandaraya Melaka (76), Muar (75), Kuala Terengganu (74), Kuala Selangor (73), Batu Muda, Kuala Lumpur (72), Tanah Merah, Kelantan (71).
Difahamkan keadaan ini berlaku akibat kebakaran yang berlaku di Sumatera Indonesia sejak beberapa hari lalu.
POLIS memeriksa kenderaan yang musnah akibat dibom di wilayah Yala, selatan Thailand, semalam.
Pemisah mahu tarik perhatian Yingluck
YALA: Empat bom dilontarkan sekumpulan yang disyaki pemisah mencederakan sekurang-kurangnya 12 orang dalam kejadian di wilayah selatan Thailand semalam, dalam apa yang disifatkan seorang penganalisis sebagai cubaan untuk menarik perhatian pentadbiran baru Perdana Menteri Yingluck Shinawatra terhadap masalah di wilayah berkenaan.
Polis berkata tiga jerangkap samar meletup dalam kejadian di sebuah ladang getah di Yala, di mana dalam kejadian pertama ia mencederakan kaki seorang penoreh getah, manakala dua yang lain mencederakan pegawai keselamatan dan anggota pemusnah bom yang dihantar ke tempat kejadian.
Mereka berkata bom terakhir di pasang di sebuah trak yang diletakkan di ladang getah di sebuah daerah lain dalam wilayah yang sama memusnahkan kenderaan itu tetapi tidak mencederakan sesiapa.
"Ini mungkin satu usaha untuk menarik perhatian kerajaan baru terhadap masalah di selatan, terutama terhadap tuntutan berpanjangan penduduk Islam bagi mendapatkan wilayah sendiri," kata pensyarah sains politik, Srisompob Jitpiromsri dari Universiti Srinakharin di wilayah Pattani berhampiran.
"Insiden keganasan mungkin akan meningkat apabila ada perubahan kerajaan. Saya tidak terkejut jika insiden seperti ini meningkat dalam masa beberapa bulan lagi dengan purata 70-80 dapat disaksikan dalam separuh pertama tahun ini," katanya. – Reuters
Penilaian mudah terhadap perhimpunan Bersih kedua 9 Julai lalu ialah protes besar-besaran itu berjaya mencapai matlamatnya, tanpa peserta perhimpunan mencetuskan kekacauan atau keganasan seperti yang didakwa sesetengah pihak.
Pandangan ramai yang menyifatkan cara pemerintah menangani perhimpunan menjejaskan imej dan undi menambahkan lagi poin negatif untuk pentadbiran Najib.
Sasterawan Negara, A Samad Said dengan yakin menyatakan bakal berlaku perubahan besar dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, selepas kejayaan perhimpunan Bersih 2.0.
Samad Said semakin menonjol dalam aktivisme beberapa isu sejak beberapa tahun lalu, menjadi wajah popular kepada gerakan kepembangkangan masa kini.
Sasterawan ini menjadi salah seorang tokoh yang berdiri di barisan hadapan protes terhadap usaha mengangkat bahasa Inggeris melebihi bahasa kebangsaan di sekolah, protes yang menyaksikan beliau terkena tembakan gas pemedih mata.
Ketegasan Samad Said dalam isu-isu ini kelihatan mencemaskan pemerintah Barisan Nasional, disebabkan kedudukan berprestij beliau dalam dunia seni budaya negara.
Pada masa yang sama, Marina Mahathir, pejuang liberal anak kepada bekas perdana menteri turut sama menyertai perhimpunan 9 Julai, dan menjadikan penyertaannya satu bahan berita.
Secara tidak langsung, sedikit tempias Tun Dr Mahathir Mohamad terkena pada pentadbiran Najib ekoran penyertaan Marina.
Kritikan Mahathir telah menjejaskan teruk Tun Abdullah Ahmad Badawi dulu, dan kini Najib kelihatan berdepan ancaman yang sama.
Marina boleh dilihat sebagai mewakili golongan menengah elit negara ini yang kritikal terhadap pemerintah hari ini, golongan yang tidak dapat diperhatikan dengan jelas perwakilannya dalam protes-protes di negara ini sebelum ini.
Selama ini, dalam demonstrasi jalanan, sukar untuk didapati golongan seniman dan kelas elit muncul dengan berprofil tinggi seperti yang ditunjukkan Samad Said dan Marina.
Adakah ini bermakna penolakan terhadap BN kini meliputi semua kelas dan golongan di negara kita?
Sekiranya benar, apakah lagi modal yang ada untuk digunakan BN menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti?
Mahkamah memutuskan tindakan kerajaan menolak permohonan seorang wanita menjadi guru hanya kerana beliau sedang mengandung adalah salah.
Sehubungan itu hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Zaleha Yusuf memerintahkan Kementerian Pendidikan dan kerajaan adalah tertakluk kepada Perisytiharaan Konvesyen Bangsa-Bangsa Bersatu berhubung segala bentuk diskriminasi terhadap wanita (Cedaw)- yang ditandatangani Malaysia pada tahun 1995.
"Hakim berkata Cedaw adalah undang-undang yang berkuatkuasa dan Malaysia terikat dengannya," kata peguam Honey Tan.
Norfadilla Ahmad Saikin (kiri), 29 mengheret kerajaan ke mahkamah bagi mendapatkan perintah bahawa kehamilan tidak boleh digunakan sebagai alasan untuk tidak menerimanya sebagai seorang guru sandaran tidak terlatih (GSTT) dan membatalkan memo penempatannya semula sebagai tidak sah dan tidak mematuhi perlembagaan.
Wanita itu diberi memo untuk kontrak pengajaran setiap bulan bermula Januari 2009, tetapi ini dibatalkan hampir serta-merta apabila pegawai pendidikan daerah Hulu Langat mendapati beliau mengandung.
Dalam permohonannya itu, pegawai-pegawai kementerian pendidikan daerah Hulu Langat iaitu Basirun and Ismail Musa, ketua jabatan Zahri Aziz, ketua pengarah Kementerian Pelajaran, kementerian pendidikan dan kerajaan dinamakan sebagai responden.
ANTARA mayat penumpang kapal persiaran Russia yang karam di Sungai Volga ditemui semalam.
80 hilang, harapan selamat tipis
MOSCOW: Mayat 41 penumpang kapal persiaran Russia yang karam di Sungai Volga ditemui semalam, manakala 80 yang lain masih hilang apabila kapal dua tingkat berusia lebih 50 tahun itu tenggelam ke dasar sungai.
Anggota pasukan penyelam bertungkus lumus mencari mangsa dalam bangkai kapal itu yang karam berhampiran Kazan Ahad lalu ketika ribut.
Kapal dua tingkat itu karam tiga kilometer dari tebing paling dekat di empangan besar Kuibyshev di Sungai Volga, kira-kira 750 kilometer timur Moscow dan pada kedalaman 20 meter, kata kementerian kecemasan Tatarstan.
Lebih 80 mangsa berjaya diselamatkan, kebanyakannya ditemui bot yang melalui kawasan itu selepas lebih sejam berada dalam air, kata jurucakap Kementerian Situasi Kecemasan, Irina Andrianova, tetapi harapan untuk melihat mangsa selebihnya selamat amat tipis.
"Menurut penyelam, peluang mencari mangsa yang masih bernyawa sangat tipis," katanya.
Seramai 60 penumpang adalah kanak-kanak, lapor media Russia dan mangsa yang selamat memberitahu kira-kira 30 kanak-kanak berada di sebuah bilik permainan berdekatan buritan kapal beberapa minit sebelum ia karam.
Andrianova berkata 208 berada di dalam kapal tetapi kementerian wilayah cawangan Tatarsan kemudian berkata ada sejumlah penumpang yang tidak berdaftar.
Pegawai rasmi berkata kapal itu tidak sepatutnya membawa lebih 120 orang.
Pegawai kanan kecemasan daerah Volga, Igor Panshin, berkata mayat turut kelihatan di restoran kapal berusia 56 tahun itu.
Beliau berkata penumpang yang selamat memberitahu kapal itu karam dalam tempoh lapan minit.
Kapal yang dikenali sebagai Bulgaria, diperbuat pada penghujung 1950-an di Czechoslovakia dan dimiliki syarikat pelancongan tempatan. Ia dalam perjalanan ke ibu negeri wilayah itu, Kazan dan kemudian menuju ke pekan Bulgar.
Sungai Volga popular sebagai destinasi pelancongan terutama pada musim panas. Kebanyakan bandar besar Russia terletak dalam lembangan Sungai Volga.
Tangisan keluarga dan waris yang menunggu berita mengenai tragedi itu reda seketika setiap kali mangsa yang terselamat dibawa ke darat di pelabuhan di Kazan, ibu negeri Tatarstan, lewat kelmarin.
Seorang wanita memberitahu stesen televisyen milik negeri Rossiya-24 beliau terlepas pegangan tangan anak perempuannya ketika mereka berusaha untuk menyelamatkan diri.
"Tiada seorang kanak-kanak berjaya keluar.Terlalu ramai kanak-kanak dalam bot itu," katanya.
Presiden Dmitry Medvedev mengarahkan siasatan dijalankan untuk menentukan punca insiden itu dan mencari siapa yang patut dipersalahkan. – Reuters/ AP
SHAH ALAM: Cebisan tulang yang sudah hangus, dua telefon bimbit dan dua jam tangan antara barangan ditemui pasukan penyelam polis ketika mencari bahan bukti kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di sekitar Banting dekat sini, tahun lalu.
Koperal Merzuki Shahrim dari Pasukan Gerakan Marin Wilayah 1 Pulau Pinang berkata, cebisan tulang hangus itu ditemui ketika dia melakukan selaman di lokasi pertama iaitu di Sungai Panchau, Jalan Morib, Banting pada 12 September tahun lalu.
Menurutnya, dua telefon bimbit yang ditemui ialah jenis BlackBerry berwarna putih dan hitam dipercayai milik peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim dan pegawai bank, Noorhisham Mohamad.
Saksi pendakwaan ke-22 itu berkata, pasukannya dengan lima anggota menjumpai jam tangan jenama Seiko milik pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, jam tangan Bell & Ross milik Ahmad Kamil, pisau, dawai dan enam keping zink dikatakan digunakan melapik mayat semua mangsa.
Merzuki berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Edris Zainuddin pada perbicaraan kes bunuh Sosilawati, 47; Ahmad Kamil, 32; Noorhisham, 38 dan Kamaruddin, 44, di Mahkamah Tinggi di sini, semalam.
KUALA LUMPUR, 12 Julai: Kerajaan United Kingdom perlu memberi tekanan kepada Perdana Menteri Malaysia ketika dalam lawatan minggu ini, ekoran tindakan ganas polis menangkap dan menyuraikan peserta himpunan aman di Kuala Lumpur pada hujung minggu yang lalu sehingga 1667 ditangkap, kata Amnesty International.
"Kerajaan Perdana Menteri Najib telah mengasari puluhan ribuan rakyat yang hanya menjalankan tanggungjawab mereka dalam demonstrasi aman tersebut,' kata Timbalan Pengarah Asia-Pasifik di Amnesty International, Donna Guest.
'Penindasan dan keganasan yang dilakukan oleh pihak Polis DiRaja Malaysia adalah bertentangan dengan piawaian hak asasi manusia antarabangsa dan tidak harus dibiarkan berterusan sama sekali. Mana-mana demonstrasi aman di masa depan harus dibenarkan dan dihormati oleh pihak berkuasa," tambahnya.
Dalam satu kenyatan hari ini, mereka berkata polis menahan penunjuk perasaan aman, melepaskan gas pemedih mata terus ke arah penunjuk perasaan dan kompaun hospital pada 9 Julai yang lalu, dalam percubaan untuk menghentikan perhimpunan reformasi pilihan raya yang dikenali sebagai Bersih 2.0 daripada berkumpul di sebuah stadium di ibu kota.
Salah seorang peserta perhimpunan aman tersebut, Baharuddin Ahmad, 56 tahun, terjatuh dan terus tidak sedarkan diri setelah terkena gas pemedih mata berhampiran bangunan pencakar langit Petronas, kemudiannya diisytiharkan meninggal dunia setelah tiba di hospital.
Ekoran itu juga mereka menggesa pihak berkuasa Malaysia untuk menyiasat dakwaan bahawa polis gagal untuk memberi bantuan segera kepada Baharuddin Ahmad sebelum kematiannya, ini termasuk juga laporan bahawa ambulans tiba hanya satu jam setengah selepas beliau rebah.
Ujarnya lagi, ramai penunjuk perasaan telah dipukul oleh polis dan pegawai-pegawai Unit Simpanan Persekutuan (FRU), satu pasukan khas yang digunakan untuk menghalang perhimpunan awam besar-besaran. Salah satu video Youtube menunjukkan pegawai polis berpakaian preman menendang penunjuk perasaan yang terbaring, manakala polis berpakaian seragam hanya berdiri memerhati.
Polis juga jelasnya telah melepaskan gas pemedih mata terus di penunjuk perasaan, termasuk ahli-ahli pembangkang parlimen.
Selain Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen PAS, Khalid Samad turut menerima enam jahitan di kepala selepas peluru gas dilepaskan terkena beliau, manakala seorang pengawal peribadi Anwar juga cedera.
Gas pemedih mata turut dilepaskan ke arah sebuah hospital di mana penunjuk perasaan telahpun berundur ketika itu, meletakkan kesihatan pesakit di dalam risiko. Perbuatan ini telah dinafikan oleh pihak polis Malaysia.
'Kerajaan British tidak perlu membentang permaidani merah untuk Perdana Menteri Malaysia di atas kekejaman ini,' kata Donna Guest.
'David Cameron perlu memberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib bahawa pencabulan hak asasi manusia terhadap penunjuk perasaan aman tidak boleh diterima.'
"Amnesty International juga menyeru Vatican menekan Najib untuk menghormati hak asasi manusia apabila pemimpin Malaysia melawat Rome hujung minggu ini," tegasnya.
PAS mahu perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil diadakan sekali lagi sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak memenuhi tuntutan mereka dalam masa terdekat.
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, parti itu akan mendesak pihak BERSIH 2.0 sekali lagi menganjurkan perhimpunan itu.
"SPR perlu perubahan. Kalau tidak selesai menjelang pilihan raya, kita akan cadang BERSIH adakan perhimpunan sekali lagi. Tentang lapan tuntuan itu, empat daripadanya boleh dilakukan SPR. Jangan berdolak-dalik," katanya.
KUALA LUMPUR, 12 Julai: Kejayaan himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu telah mencatat sejarah baru buat seluruh rakyat Malaysia yang mencintai keamanan dan inginkan keadilan sistem pilihan raya.
Biarpun berdepan sekatan dan halangan pihak polis sejak tarikh perhimpunan diumumkan, kehadiran puluhan ribu rakyat pelbagai bangsa khususnya golongan muda membuktikan rakyat Malaysia benar-benar mahukan perubahan.
Berikut antara pendapat orang ramai yang sempat ditemubual dalam himpunan Bersih Sabtu lalu.
Mazni Osman- Klang
"Saya begitu kesal dengan tindakan polis yang keterlaluan. Sebelum tiga hari himpunan diadakan kita lihat jalan banyak disekat. Kebanyakkan kenderaan dibuat pemeriksaan oleh polis. Saya rasa negara kita yang sudah mencapai 52 tahun kemerdekaan ini seolah-olah kembali kepada zaman Jepun.
"Polis menangkap rakyat yang tidak bersalah seperti hanya membeli dan memakai baju kuning, bahkan pihak penganjur juga telah berusaha untuk meminta kelulusan permit tidak diberi. Perbincangan telah diadakan berulang kali namun tidak mendapat kerjasama dengan baik. Sikap mereka ini membuatkan rakyat terutamanya belia yang semakin matang berfikir tahu sama ada mahu menyokong BN atau ingin menyokong Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya akan datang."
Mohd Ismi Mat Taib- Perak
"Pada pandangan saya, rakyat Malaysia yang menentang himpunan ini seharusnya kena faham mengapa kita semua berada di Kuala Lumpur. Ini semua adalah untuk masa depan anak cucu kita juga.Sistem demokrasi Negara kita semakin tenat dan memenatkan semua pihak untuk memulihkannya kembali. Rakyat seharusnya fikir untuk jangka masa panjang bukan untuk masa pendek.
"Kita juga merasa sungguh kesal dan kecewa dengan tindakan polis yang berat sebelah. Mengapa himpunan Bersih 2.0 yang diadakan begitu aman telah diprovokasikan oleh media dan polis?. Mengapa hanya penyokong himpunan Bersih 2.0 sahaja di beri tekanan yang hebat? Rakyat ditangkap, disepak dilayan dengan buruk sekali tetapi mengapa himpunan Patriot yang dibawa oleh pemuda Umno tidak di tangkap seperti kami dikenakan tindakan.
"Mengapa rakyat yang tidak bersalah untuk berhimpunan dan tidak memakai baju Bersih 2.0 hanya menyimpan dalam beg ditangkap? Polis benar-benar tidak tulus menjalankan tugas. Adakah mereka diberi rasuah oleh pihak kerajaan sehingga melaksanakan tugas yang sedemikian rupa?".
Umi Syazariah Meor Hashim- Johor
"Saya rasa tindakan yang diambil oleh kerajaan dengan mengarah semua pihak polis menangkap peserta himpunan Bersih 2.0 adalah satu kesalahan besar. Kerajaan menggunakan kuasa BN mereka yang keterlaluan sehingga rakyat tidak diberi peluang untuk berhimpun secara aman.
"Sebagai pimpinan mereka seharusnya menerima pandangan rakyat bukan menolaknya bulat-bulat. Tetapi fenomena hari ini PM telah menunjukkan sifat munafiknya kerana gagal melunaskan janji untuk menyediakan stadium kepada rakyat. Apakah salahnya mereka memberi kelulusan dalam himpunan Bersih ini yang sudah jelas termaktub hanya menuntut pilihanraya yang tulus dan adil bukan untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada.
"Ini menunjukkan Umno serta pihak polis yang memberi kerjasama sepenuhnya kepada BN boleh dikatakan seperti takut dengan kebangkitan rakyat terutamanya apabila melihat generasi muda yang hadir pada hari ini ramai berhimpun untuk menuntut pilihanraya yang tulus."
Roginy Ponnampalam- membuka perniagaannya di KTM Kuala Lumpur pada hari himpunan Bersih.
"Setiap hari saya membuka kedai disini waktu yang sama kira-kira 6 pagi tetapi begitu sukar untuk mendapat keuntungan yang besar. Hari ini sehingga 8 pagi, saya telah mencapai keuntungan kira-kira RM 600. Kalau nak dibandingkan hari biasa bukan semudah itu untuk mendapat keuntungan dalam RM100 sehingga jam 8 pagi. Saya yakin peniaga-peniaga samada mini market dan kedai makan juga mengalami keuntungan yang besar. Seperti di kedai makan di sebelah, orang ramai sentiasa keluar masuk untuk sarapan pagi. Kebiasaannya kedai mereka juga tidak seramai begini.
"Berbagai bangsa dan rakyat yang hadir pagi ini membuatkan saya tidak menang tangan melayan pelanggan untuk mereka membeli belah disini. Jualan air, roti, kad prabayar, akhbar begitu laris sekali. Saya tidak nampak rakyat yang hadir di sini membuat kekecohan tetapi saya menjadi hairan mengapa polis begitu ramai menjaga kawasan ini".
JOHOR BAHRU: Empat lelaki masing-masing dihukum penjara antara enam hingga 13 tahun setiap seorang oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam, selepas mengaku bersalah terhadap tiga tuduhan pilihan menculik dua beranak pada 2008.
Tertuduh, Ng Ng Kim Low, 38; Tan Kok Peng, 53; Lim Cheng Yong, 40 dan Ching Siong Huat, 44, mengaku bersalah sejurus Pesuruhjaya Kehakiman, Samsudin Hassan, memutuskan meminda pertuduhan terhadap mereka daripada Akta Culik 1961 kepada Kanun Keseksaan.
Bagi pertuduhan pertama,
mereka didakwa menculik kanak-kanak, Yong Wei Jie, 9, di depan rumah 28, Jalan Bulat, Taman Abiad, di sini, dengan niat mendapatkan wang tebusan RM2.03 juta kira-kira jam 11.40 pagi pada 6 Oktober 2008. Di lokasi dan masa sama, semua tertuduh turut didakwa menculik ibu kanak-kanak itu, Lee Yoke Chan, 45.
Sebelum ini, mereka didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.
Namun, berdasarkan pindaan diputuskan mahkamah, tertuduh didakwa melakukan dua kesalahan itu mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, iaitu menculik dua mangsa terbabit dengan niat menyembunyi dan mengurung mangsa, yang sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun.
Bagi pertuduhan pilihan ketiga, Kim Low dan Kok Peng didakwa mengikut Seksyen 5 Akta Culik 1961 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan kerana dengan niat menerima wang tebusan berjumlah RM2.03 juta di tepi pagar Kilometer 130, Lebuhraya Utara Selatan arah selatan jam 12.30 tengah hari pada 7 Oktober 2008.
Berikutan pengakuan bersalah setiap tertuduh itu, masing-masing dihukum penjara tiga tahun bagi pertuduhan pertama dan kedua, manakala bagi pertuduhan ketiga, Kim Low dan Kok Peng, masing-masing dihukum penjara tujuh tahun dan tiga sebatan.
Polis bersiap sedia dengan senjata anti rusuhan mereka dengan seorang daripada mereka cuba membidik senjata gas pemedih mata ke arah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibtahim. Ketika itu, pengawal peribadinya Fayyadh Afiq yang melihat kejadian berkenaan bertindak.
Sebaik mendengar arahan supaya tembakan dilepaskan, Fayyadh berkata beliau terus menolak Anwar ke tepi.
Malangnya, kanister gas itu menepati pipi kirinya. Walaupun kini diberi ubat pelali, namun beliau berkata kesakitan masih menusuk.
"Kami sedang keluar dari KL Sentral dan terus berarak di mana tempat bas berhenti.
"Pengawal lain dan saya bersama Anwar manakala pemimpin lain di depan membentuk barisan yang panjang apabila saya terdengar suara sayup-sayup.
"Saya yakin suara itu datangnya dari seorang pegawai yang menggunakan sebuah pembesar suara tetapi dengan keadaan bising serta semua orang menjerit, sukar bagi saya mendengar apa-apa dengan jelas," kata Fayyadh kepada Malaysiakini.
Beliau kemudian menoleh ke arah skuad anti rusuhan itu dan terus ternampak mereka sedang membidik ke arah Anwar.
Fayyadh berkata beliau sempat menolak Anwar ke arah kiri dan secara tiba-tiba terasa sakit yang keterlaluan di bahagian muka, dan kesan menusuk di seluruh badannya akibat terkena gas pemedih.
Tulang pipi pengawal berusia 25 tahun itu patah, tetapi semasa kejadian, hanya keselamatan Anwar yang difikirkannya ketika mereka cuba melarikkan diri.
"Kami cuba menyelamatkan Anwar dan berlari menuju ke KL Sentral dan ketika itu tersepak sebuh lubang dan terjatuh.
"Oleh kerana terperangkap di tengah-tengah dengan jalan keluar menghala Jalan Tun Sambanthan ditutup oleh polis, satu-satu jalan keluar adalah melalui sebuah esklator sempit dan tangga," kata Fayyadh.
KUALA LUMPUR: Akibat menjalin cinta terlarang dengan suami orang sejak Mac lalu akhirnya membawa padah kepada seorang kerani wanita berasal dari Pulau Pinang apabila mendakwa kerugian RM35,000 selepas ditipu lelaki berkenaan.
Mangsa berusia 25 tahun dan bekerja di Brickfields, di sini, mendakwa berkenalan dengan lelaki terbabit dikenali sebagai Izwan secara tidak sengaja ketika dia makan di sebuah restoran makanan segera berhampiran tempat kerjanya.
Menurutnya, dalam pertemuan awal dengan lelaki itu selama kira-kira 30 minit, Izwan yang berperwatakan menarik dan menepati ciri-ciri lelaki idamannya itu mengaku masih bujang, bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat kawalan keselamatan dan tinggal bersama keluarganya di Bandar Tun Razak, Cheras.
"Sikapnya yang begitu baik menyebabkan saya begitu mempercayainya hinggakan kami pernah terlanjur dan merancang untuk bertunang hujung tahun ini. Keadaan itu menyebabkan saya tidak pernah menyesal menyulam cinta bersamanya," katanya ketika ditemui, di sini. Katanya, satu hari ketika keluar membeli-belah, lelaki itu memberitahu kereta digunakannya milik abang iparnya dan abang iparnya meminta segera memulangkan kenderaan berkenaan.
"Dia memberitahu tidak mampu membeli kenderaan sendiri akibat mempunyai pinjaman kad kredit.
"Saya yang begitu mempercayainya menawarkan untuk membeli kereta baru menggunakan slip gaji saya dan dalam tempoh seminggu sudah memiliki Perodua Myvi baru," katanya.
Bagaimanapun, seminggu kemudian, dia menerima kejutan apabila seorang wanita menelefonnya memperkenalkan diri sebagai isteri kepada Izwan dan sedang hamil.
"Wanita itu memberi amaran dan melarang saya meneruskan perhubungan dengan suaminya kerana tidak mahu bermadu selain memberi ingatan supaya tidak terlalu mempercayai suaminya yang disifatkan 'buaya darat'.
"Pada mulanya, saya kurang percaya dengan tuduhan wanita berkenaan, sebaliknya meminta pengesahan sendiri daripada Izwan. Apabila diajukan soalan bertubi-tubi, Izwan akhirnya mengaku dengan statusnya sebagai suami orang.
"Ketika itu, saya cukup kecewa tetapi apabila Izwan berjanji meminta keizinan isterinya untuk bermadu, saya hanya berdiam diri, malah tetap mempercayainya.
"Perhubungan kami terus berjalan lancar hingga bulan lalu, malah dia juga sudah memakaikan saya sebentuk cincin sebagai tanda di depan ahli keluarganya di Bandar Tun Razak tanpa kehadiran isterinya yang ketika itu dikatakan masih tidak boleh menerima saya," katanya.
Menurutnya, dia juga tidak kisah membayar wang ansuran bulanan kereta yang dibeli itu dan pada 25 Jun lalu, Izwan memaklumkan, syarikatnya menghantarnya berkursus di Taiwan hingga 1 Julai lalu dan dijangka pulang ke Malaysia pada 2 Julai.
Bagaimanapun, katanya, sehingga 5 Julai lalu, Izwan masih gagal dikesan, malah telefon bimbitnya juga dimatikan.
"Curiga dengan tindakannya, saya kemudian nekad pergi ke rumah keluarganya di Bandar Tun Razak, namun hampa apabila lelaki yang memperkenalkan diri sebagai abangnya mengaku yang dia hanya diminta berlakon di depan saya.
"Berdasarkan maklumat lelaki berkenaan, Izwan kini dipercayai sudah melarikan diri ke utara tanah air manakala isterinya berada di kampung kerana bersalin," katanya.
Lebih mengecewakan, lelaki berkenaan memaklumkan kereta dibeli menggunakan namanya sudah dijual tanpa pengetahuan.
"Malah, saya gagal mengesan di mana kenderaan itu disembunyikan.
"Berikutan itu, saya sudah membuat aduan di Balai Polis Travers semalam (kelmarin) selepas menyedari tertipu," katanya.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan.
Meskipun semua 1,697 penyokong BERSIH 2.0 yang ditahan pada perhimpunan Sabtu lalu telah dibebaskan, aktivis Sarawak Hii Tiong Huat, yang ditangkap sehari sebelum itu dikatakan masih 'hilang'.
Menurut maklumat yang dikeluarkan oleh Forum Asia mengenai Hak Asasi dan Pembangunan, Hii dikatakan hilang sejak dia ditangkap.
Malaysiakini bagaimanapun difahamkan beliau masih dalam tahanan reman di balai polis Bukit Jalil, menjadikannya penyokong terakhir BERSIH 2.0 yang belum dibebaskan selain enam aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan mengikut Ordinan Darurat.
Menurut penyelaras Rangkaian Pemantau Pilihan Raya Malaysia (MEO-Net) Ong Boon Keong yang melawatnya di balai polis hari ini, Hii sehingga semalam enggan memberikan kenyataan kepada polis.
"Beliau mahu mendapatkan nasihat undang-undang sebelum memberi kenyataan. Namun tiada akses perundangan yang diberikan kepada semua tahanan BERSIH," kata Ong kepada Malaysiakini.
"Semangatnya tinggi dan berkata beliau memang bersedia untuk ditahan."
Aktivis yang bertanding pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini ditangkap polis selepas dia membantah tindakan keras polis terhadap BERSIH 2.0, Jumaat lalu.
Hii berpakaian baju-T kuning yang dicetak namanya, muncul di Petaling Street seorang dirisambil membawa papan tanda buatan sendiri dan bendera Malaysia.
Papan tanda kuning itu memaparkan lukisan gari di sebelah perkataan "Bersih", diikuti dengan tulisan "Kotor OK?"
Sambil mengangkat papan tanda dan bendera tersebut, dan berulangkali melaungkan "BERSIH tangkap, Kotor OK," Hii menarik perhatian orang ramai di situ termasuk pelancong asing.
MARI: Sekurang-kurangnya 12 terbunuh apabila letupan kuat dalam timbunan senjata api Iran yang dirampas dalam kejadian di pangkalan tentera laut Greek Cypriot selatan Cyprus awal pagi semalam sekali gus menyebabkan bekalan elektrik dan air tidak dapat bertahan lama.
Polis berkata, antara yang terbunuh ialah komander pangkalan itu, Andreas Ioannidesdan komander pangkalan Evangelos Florakis.
Empat tentera dan enam anggota bomba turut terbunuh. - AFP
Tidak kurang 5,000 orang hadir memberi sambut hangat kepada dua wira BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu, iaitu Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalan presiden PAS Mohamad Sabu di tapak Ekspo Seberang Jaya malam semalam.
Ramai yang melabelkan perhimpunan itu sebagai BERSIH 3.0.
Anwar tiba dengan memakai pengikat leher dan terpaksa dibantu ketika menuju ke pentas utama sambil diberi tepukan gemuruh manakala pemimpin PAS yang popular dengan panggilan Mat Sabu itu pula terpaksa menggunakan kerusi roda dan dibantu oleh petugas untuk naik ke pentas.
Jurugambar sibuk merakamkan gambar mereka manakala wartawan dan orang ramai yang hadir semua menanti kedua-dua mereka menceritakan pengalaman pada 9 Julai lalu.
Namun, pihak penganjur secara lembut meminta jurugambar dan orang ramai supaya bertenang agar kedua-dua pemimpin itu tidak tercedera lagi.
Pada ucapan ringkasnya, Anwar yang jelas kelihatan kurang bertenaga daripada biasa, dipercayai akibat kesakitan yang dialaminya akibat diserang gas pemedih mata di KL Sentral menganggap tindakan pihak berkuasa pada Sabtu lalu sebagai satu jenayah.
Hadirin yang majoritinya orang Melayu diberitahu bagaimana perdana menteri selepas mendalangi apa yang terjadi pada Sabtu lalu tergamak mendakwa beliau menipu tentang kecederaannya.
"Saya terpaksa pakai ikat leher - ini arahan doktor selepas merawat dan melihat seteruk mana kecederaan di leher dan tulang belakang saya... bukan saya yang mintanya," katanya.
"Najib mahu semua orang fikir saya sengaja buat pembedahan (tulang belakang) di Munich supaya saya boleh kembali dan tunjuk kepada semua orang," katanya sambil membidas perdana menteri itu.
SAYA terharu membaca laporan rombongan misi kemanusiaan ke Gaza dan rintihan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin yang terkandas di perairan Greece.
Bukan saja rombongan pelayaran Freedom Flottila 11 dihalang untuk datang ke Gaza, maka kapal-kapal konvoi yang berlabuh di perairan Greece tidak benarkan oleh kerajaannya meninggalkan pelabuhan mereka.
Ada kapal yang cuba meninggalkan perairan itu tanpa izin kerajan Athen tetapi ia telah dipaksa pulang ke pelabuhan transitnya.
Rombongan itu mendesak sokongan antarabangsa supaya menekan Greece membenarkan mereka meninggalkan perairannya bagi menuju Gaza, tetapi Greece bertindak tegas tidak membenarkannya.
Reaksi Greece itu adalah atas larangan regim Israil dan apa lagi Amerika adalah menyebalahi Israil. Walau pun Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu menyokong rombongan kemanusiaan itu, tetapi apabila Amerika mmihak kepada Israil adalah sukar bagi Greece yang berdepan dengan krisis hutang sekarang menimbangkan pemergian rombongan Freedom Flottila itu.
Apa yang dihadapi oleh Ketua Pemuda UMNO dan rombongan Flottila di Greece itu sama dengan apa yang dihadapi oleh Bersih 2.0 untuk menyampaikan memorendum kepada Yang di-Pertuan Agong.
Khiry Jamaluddin dihalang untuk mencabar Bersih 2.0 dan Bersih pula dihalang untuk memasuki Kuala Lumpur, maka samalah masalah yang dihadapi Bersih di Kuala Lumpur dengan apa yang dihadapi oleh rombonganFlottila di Greece.
Kerajaan Malaysia, UMNO dan sekalian yang bersimpati dengan nasib rakyat Palestin di Gaza tidak senang dengan sekatan kerajaan Greece. Tun Dr. Mahathir adalah seorang yang penting menggalakkan rombongan kemansuiaan itu sudah tentu amat keciwa dengan sekatan ke atas kapal yang tidak bergerak ke Gaza itu.
Semua orang menyokong tunjuk perasaan di kedutaan Greece di Kuala Lumpur membantah tindakan kerajaan Greece. Dr. Mahathir dan Perdana Menteri Najib dipercayai bersama semagat tujuk perasaan itu.
Tetapi Dr. Maahathir dan kerajaan Malaysia mengira haram rancangan Bersih untuk mengadakan perarakan menuntut pilihan raya bersih dan adil. Mereka disekat untuk masuk ke Kuala Lumpur.
Kedua-dua Bersih dan rombongan ke Gaza itu adalah sama-sama menuntut keadilan. Rombongan ke Gaza pergi untuk membawa barang keperluan rakyat Gaza seperti makanan, perubatan dan keperluan binaan. Tujuannya adalah untuk mengurangkan beban dan penderitaan rakyat Gaza.
Perarakan Bersih ialah bagi mendapatkan pililhan raya yang bersih dan adil bagi memastikan demokrasi diamalkan sebaik-baiknya dan kezaliman tidak bermaharajalela.
Sikap Israel dan Greece menghalang rombongan kemanusiaan itu dikecam oleh masyarakat antarabangsa kecuali Amerika. Kerajaan Malaysia menghalang kemasukan penyokong Bersih ke Kuala Lumpur yang dunia mengira unjuk rasa itu satu tindakan biasa dan sah.
Dalam hal ini sama saja kerajaan Malaysia dengan Israel dan Greece.
Rombongan kemanuiaan itu dicemburui oleh Israel kerana ia dikatakan mungkin menyeludupkan senjata dan bahan bahaya yang boleh mengancam keselamatan Israel. Pada hal rombongan tidak bercadang untuk berperang dengan Israel. Apa yang mereka mahu ialah memberi bantuan kemanusiaan kepada mangsa kezaliman Israel.
Bersih disyaki untuk menumbangkan kerajaan Malaysia walau pun sasaran Bersih hanya mahukan SPR yang adil dan telus. Tidak terlintas niat Bersih untuk menggulingkan kerajaan melaluigerakan jalanan.
Malaysia tidak setuju dengan prasangka Israel konon rombongan itu mengancam keselamatan Israil, tetapi kerajaan Malaysia pula bersikap seperti Israel bila ia mengira Bersih bertujuan untuk menumbangkan kerajaan di luar pilihan raya.
Malaysia pula menggunakan taktik Israel kononnya menjumpai barang-barang dari kalangan Bersih yang selalu digunakan dalam perkelahian dan rusuhan. Dari mana polis Malaysia dapat barang-barang itu? Yang nyata ia adalah taktik biasa Israil.
Sampai akhir rombongan kemanusiaan itu tidak dapat membawa muatannya ke Gaza. Mereka yang dari Malaysia sudah pun balik termasuk Khairy.
Sampai akhir polis tidak membenarkan Bersih mengadakan perarakan dan orang-orang dari luar Kuala Lumpur dihalang masuk Kuala Lumpur.
Kedegilan penyokong Bersih sama saja dengan kedegilan rombongan kemanusiaan ke Gaza. Semua sekatan itu cuba ditembusi. Semangat kedua-duanya adalah sama dan sikap Malaysia pula sama dengan Israel dan Greece.
KUALA LUMPUR, 12 Julai: Demokrasi sebenar memberi hak kepada rakyat untuk memilih parti yang dikehendaki dengan bebas tanpa menggunakan water cannon atau tangkapan.
Demikian kata Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib(gambar) sebagai mengulas kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak bertekad untuk mempertahankan demokrasi di Malaysia dan tidak akan menggunakan penipuan untuk berkuasa.
Baginya, kenyataan itu satu perkara yang melucukan seperti mana yang dilaporkan oleh media perdana semalam.
"Pedih mata rakyat Malaysia pada hari Sabtu yang lepas masih lagi tidak hilang kepedihannya, tiba-tiba ikita disajikan dengan lakonan komedi yang telah diketahui jalan ceritanya," ujarnya.
Katanya, Perdana Menteri sewajibnya sedar bahawa demokrasi adalah milik semua.
Jelasnya lagi, demokrasi yang sebenar ialah memberi hak kepada semua rakyat untuk memilih parti yang mereka kehendaki dengan bebas tanpa dipaksa atau disekat apatah lagi menggunakan water cannon atau gertakan dengan tangkapan.
Beliau menambah, Presiden Umno hendaklah sedar bahawa demokrasi yang sebenar ialah rakyat tidak boleh disogok dengan kempen palsu atau penyalahgunaan kuasa tanpa batasan.
Katanya lagi, itulah demokrasi yang harus dipertahankan dan bukannya mempertahankan pembohongan dan tipu daya untuk meraih sokongan rakyat.
"Demokrasi juga bermaksud semua parti politik berhak menggunakan semua bentuk media massa untuk menzahirkan pandangan dan hujah mereka dalam membangunkan negara, bukannya dimonopoli oleh pihak pemerintah sahaja," ujarnya
Tegasnya, kemenangan mestilah dibina di atas ketelusan, hujah dan keyakinan dan bukan sebaliknya.
DAMSYIK 12 Julai – Sekumpulan perusuh yang berang menyerang kedutaan Amerika Syarikat (AS) dan Perancis di Syria semalam, selepas dua wakil negara itu melawat bandar Hama sebagai memprotes rejim Presiden Bashar al-Assad.
Menurut Kementerian Luar Perancis di Paris, tiga kakitangan mereka cedera dalam serangan itu, manakala pegawai AS mengesahkan tidak ada kakitangan mereka yang cedera.
Penyokong Presiden dilaporkan menyerang pejabat kedutaan dengan menggunakan alat pemukul dan memecahkan tingkap serta merosakkan kenderaan di bangunan tersebut, sementara pasukan keselamatan hanya melihat.
Seorang jurugambar AFP yang berada di tempat kejadian berkata, beberapa tingkap di bangunan kedutaan Perancis pecah dan bendera Syria dikibarkan.
"Sebuah kenderaan milik kakitangan kedutaan itu turut rosak dan gambar Presiden Assad dikibarkan di kawasan bangunan tersebut," katanya. – AFP
Dari kiri Siong Huat, Cheng Yong, Kok Peng dan Kim Low dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Johor di Johor Bahru semalam.
JOHOR BAHRU - Empat lelaki menarik nafas lega apabila terselamat daripada hukuman gantung sampai mati kerana menculik dua beranak bagi mendapatkan wang tebusan sebanyak RM2.03 juta tiga tahun lalu.
Ng Kim Low, 38, Tan Kok Peng, 53, Lim Cheng Yong, 40 dan Ching Siong Huat, 44, masing-masing sebaliknya dijatuhi hukuman penjara di antara enam dan 13 tahun selain sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas mereka mengaku bersalah atas tuduhan pilihan berkaitan kes tersebut.
Keempat-empat tertuduh pada asalnya didakwa atas dua tuduhan menculik seorang budak lelaki berusia sembilan tahun dan ibunya berumur 45 tahun bagi mendapatkan wang tebusan berjumlah RM2.03 juta di hadapan sebuah rumah di Jalan Bulat, Taman Abad di sini pada pukul 11.40 pagi, 6 Oktober 2008.
MANILA: Gempa bumi kuat berukuran 6.2 magnitud menggegarkan perairan tengah Filipina awal hari ini tetapi tiada kerosakan akibat kejadian berkenaan.
Tiada amaran tsunami dikeluarkan. Institut Kajian Gunung Berapi dan Seismologi negara itu berkata, kejadian berlaku pada kira-kira jam 4:47 pagi waktu tempatan, 83 kilometer barat daya Pulau Negro.
Kejadian itu dirasai berdekatan bandar utama terdekat iaitu Sipalay. - REUTERS
Pemimpin Dan Media Umno, Hentikan Pembohongan Berita Bersih Idris ahmad 11/7/11
Pemimpin Umno dan media pro umno diminta hentikan pembohongan dan putar belit himpunan Bersih 9 Julai 2011. Kenyataan pemimpin umno sudah tidak keruan dan serba tidak kena seolah-olah kapal yang kehilangan kompas. Mereka berbicara dengan rakyat seolah-olah rakyat pekak dan buta. Mungkin pemikiran mereka masih berada di zaman primitif kerana diselaputi oleh mimpi ngeri jika kerajaan pusat tumbang di dalam PRU 13.
Media umno cuba hendak memburukkan himpunan Bersih seolah-olah berlaku keganasan. Pengamal media pro BN juga sudah melanggar etika laporan yang penuh dengan prajudis dan fitnah. Sehingga lupa laporan mereka sudah tidak layak hidup di zaman langit terbuka, Ia hanya layak berada di zaman Ashabul Kahfi
Bila polis memberi tahu dalam media mereka tidak ganas, tidak ada tembakan di kawasan hospital Tung Shin Jalan Pudu, maka secepat kilat media menjawab penipuan mereka melalui media baru yang diluar kawalan BN.
Kita menasihat pemimpin BN dan media pro BN hentikanlah penipuan kamu. Jangan menambahkan arkib pembohongan kamu di persada politik negara ini. Biarlah kamu meninggalkan pemerintahan kamu dengan tidak menambahkan lagi rekod-rekod kotor dan jijik kepada generasi akan datang. InsyaAllah segala keganasan polis dan penipuan media akan menjadi saksi kepada anak cucu rakyat Malaysia akan datang. Kesemua ini sudah direkod di dalam media baru yang menjadi mimpi ngeri umno pada masa akan datang.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Kami dengan ini Parti Islam SeMalaysia (PAS) Kawasan Jelebu MENGUTUK DENGAN SEKERAS-KERASNYA perbuatan KASAR, GANAS, ZALIM, KEJAM DAN TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN pasukan Polis Di Raja Malaysia ke atas peserta-peserta dan pemimpin-pemimpin NGO serta parti-parti politik yang menyertai himpunan aman BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011 bersamaan hari sabtu yang lepas.
Tindakanpasukan polis mengejar, memukul, menangkap, menggari, menembak gas pemedih mata serta menembak air beracun terhadap peserta himpunan aman BERSIH 2.0 adalah satu perbuatan yang tidak bertanggung jawab dan diluar batas-batas kemanusiaan. Sepatutnya pasukan polis membenarkan BERSIH 2.0 mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka sepertimana TITAH Yang Di Pertuan Agong yang meminta BERSIH 2.0 diadakan di Stadium.
Oleh kerana pintu Stadium Merdeka dan jalan ke Stadium Merdeka semuanya telah ditutup oeh pasukan polis maka peserta dan pemimpin BERSIH 2.0 terpaksa berarak di jalanan walaupun itu bukanlah niat sebenar penganjur BERSIH 2.0 Pihak pemimpin BERSIH 2.0 ingin menjunjung TITAH DULI TUANKU tetapi apakan daya pasukan polis dan penguasa kerajaan UMNO dan Barisan Nasional tidak menghormati dan telah MENDERHAKA kepada TITAH Duli Tuanku.
Kematian Pak Baharudin Ahmad dari Keramat AU3 adalah kerana sesak nafas akibat dari di kejar dan kumpulannya telah ditembak dengan gas pemedih mata oleh pasukan polis. Jika perhimpunan di Stadium Merdeka di benarkan adakah perkara seperti ini akan berlaku. Pihak pasukan polis dan kerajaan UMNO/BN adalah bertanggung jawab sepenuhnya atas kematian Pak Baharuddin Ahmad. Kami PAS Kawasan Jelebu menuntut Pasukan Polis dan Kerajaan BN memohon maaf secara terbuka kepada keluarga dan sahabat handai Pak Baharudin Ahmad atas kejadian yang telah menimpa kepada Arwah.
Sekian. Wasalam.
Yang benar,
SAIFUL BAHRI BIN HJ JAAMAN NAIB YDP PAS KAWASAN JELEBU
MUHAZROL tercari-cari kawasan yang dapat menerima isyarat telefon bimbit di sekitar rumahnya di Kampung Puom, Jelebu.
Penduduk guna telefon bimbit terpaksa pergi ke kawasan tinggi Berita Harian 11 Julai 2011
KUALA KLAWANG: Kebanyakan rumah tidak mempunyai telefon talian tetap, manakala liputan telefon bimbit pula amat teruk menyebabkan Kampung Puom di Titi dekat sini, yang mempunyai kira-kira 250 penduduk seperti berada di dunia lain.
Ini berikutan penduduk yang hendak menggunakan telefon bimbit, terpaksa menunggang motosikal ke kawasan tinggi berdekatan ladang getah atau terus ke Kampung Chennah sejauh lima kilometer yang mempunyai liputan baik. Keadaan itu menyebabkan penduduk kampung perlu menghabiskan masa berjam-jam setiap kali hendak berkomunikasi dengan dunia luar kerana terpaksa mencari tempat yang sesuai.
Penduduk, Roslan Ibrahim, 43, berkata masalah liputan telefon mudah alih berlarutan sejak bertahun lalu dan hingga kini gagal mendapat liputan sepenuhnya apabila berada di kawasan rumah.
"Saya pernah dimasukkan ke hospital dan mahu memberitahu isteri dengan menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kira-kira jam 10 malam, tetapi hanya diterima jam 6 pagi keesokan hari," katanya ketika ditemui Sentral.
Roslan berkata, penduduk tidak mahu memasang telefon talian tetap dengan mendakwa kabel telefon di kampung itu sering putus akibat dihempap pokok tumbang atau dirosakkan haiwan.
Walaupun dibaiki, katanya masalah itu berulang beberapa hari kemudian dan pada masa sama, tetapi telefon tidak boleh digunakan sedangkan bayaran tetap bulanan tetap dikenakan.
Ejen hartanah, Muhazrol Muhamad, 30, yang tinggal di Kajang, Selangor, mengakui jarang berada lama apabila bertemu ibu bapanya di kampung ini.
Katanya, pekerjaannya menyebabkan dia perlu menggunakan telefon mudah alih setiap masa, tetapi untuk mendapatkan liputan yang baik, terpaksa pergi ke tempat tinggi atau keluar dari kampung.
"Masalah ini berlaku kerana tiada menara pemancar telefon mudah alih dan terpaksa bergantung kepada menara di tempat lain, iaitu Kampung Chennah. Jika menara pemancar didirikan di sini, saya rasa masalah ini tidak akan berlaku," katanya.
KUALA LUMPUR, 11 Julai: Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said mengajak rakyat jelata terutamanya golongan muda mengubah pemimpin negara melalui demokrasi untuk membentuk kerajaan baru yang adil, tulus dan berkebajikan.
"Kita berada disini adalah hak kita, kita berada di sini adalah sebab kita mencintai negara kita, yang tidak cintakan negara kita adalah Najib dan Umno," kata Samad ketika memberikan ucapan ringkas kepada peserta perhimpunan Bersih Sabtu lepas.
Beliau melahirkan rasa bangga dengan semua rakyat yang hadir dalam himpunan Bersih 2.0 untuk menuntut hak pilihanraya yang bersih dan tulus untuk mengadap sultan bagi menyerahkan memorandum.
"Tetapi perjalanan kita disekat di semua penjuru oleh Polis dan FRU," kata Pak Samad di hadapan rakyat yang berkumpul di hadapan Kuil Budha untuk menuju ke Stadium Negara petang Sabtu lepas.
" Apakah salahnya rakyat berkumpul untuk menuntut hak. Negara ini bukan milik Najib dan Umno, negara ini bukan milik Rosmah tetapi negara ini milik rakyat. Ini rumah kita," katanya.
Bagi beliau, rakyat ke stadium Merdeka dengan bertekad untuk menyatakan hak tetapi disekat, di layan buruk oleh pihak polis dan FRU.
Menurut Pak Samad, dia datang daripada KL Central. Namun belum pun sempat sampai KL Central mata beliau sudah pedih ditembak dengan gas pemedih mata yang sangat dasyat.
"Mata kanan saya terlalu pedih dan merah yang amat sangat. Beberapa wartawan yang jalankan tugasnya juga dilayan dengan kasar oleh polis. Beg wartawan juga di selongkar…mengapa teruk sangat mereka menjalankan tugas?" soal tokoh yang dinobatkan sebagai Sastrawan Negara itu.
Menurut Pak Samad, mereka datang memang ingin serahkan memorandum kepada sultan untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil tetapi tidak kesampaian kerana polis telah sekat dan tidak bertolak ansur langsung dalam perbincangan dengan beberapa orang pimpinan NGO.
Berbagai alasan yang diberikan oleh polis. "saya benar-benar rasa kesal dengan tindakan Perdana Menteri Malaysia , Najib yang telah memungkiri janji kepada rakyat.
"Najib berjanji kepada kita akan beri pilihan untuk adakan himpunan sampai jam berapa pun kita tidak kisah, nak pekik telolong sampai ke pagi pun mereka tak peduli, tetapi bila kita pilih Stadium Merdeka, mengapa mereka berdolak dalih dan tidak membenarkan penganjur untuk adakan bersih di stadium.
"Bahkan semua urusan permit tidak diluluskan walaupun sudah beberapa kali diminta.
"Mengapa mereka tidak luluskan, adakah mereka takut dengan kebangkitan rakyat?" soal beliau.
Sehubungan itu, beliau memberikan peringatan:
"saya ingin ingatkan kepada semua rakyat. Negara kita mengamalkan sistem demokrasi oleh itu, kita harus bijak gunakan demokrasi ini. Kalau kita tidak bijak orang akan peralatkan sistem demokrfasi negara kita untuk kekalkan kuasanya seperti apa yang berlaku sekarang," tegasnya.
(Antara ribuan yang mendengar ucapan A Samad Said)
Menurut beliau, dalam demokrasi ada lunasnya yang perlu dihormati, antaranya mendengar suara rakyat bukan terus menolaknya. "Kita ini adalah insan."
Justeru itu, beliau berharap semua rakyat harus fikirkan masa depan negara ini.
"Masa depan negara kita terletak pada orang muda. Orang muda sahaja yang layak mengubah. Setiap orang muda harus fikir bagaimana untuk membantu membentukkan kerajaan yang baru," kata Samad yang diikuti dengan laungan takbir daripada rakyat yang berhimpun disitu. Gandakan kejayaan Bersih 2007
Sementara itu pula Saudara Mazlan Aliman pejuang rakyat pula berkata, "walaupun kita hadapi ugutan dengan ancaman sekatan daripada pihak berkuasa polis yang dikuasai oleh Umno tetapi kita berjaya hadapi dengan tenang dan dapat berkumpul dengan aman melebihi 300, 000 rakyat yang datang dari seluruh negeri".
Demokrasi petang ini mencatat sejarah apabila ratusan ribuan manusia berkumpul di merata tempat.
"Message ini jelas kita berikan kepada PM bahawa rakyat ingin menuntut pilihanraya yang telus dan bersih. Dengan itu saya harap kepada semua peserta himpunan Bersih 2.0 jadikan himpunan ini sebagai pusingan ke dua.
"Kalau 2007 ribuan penduduk berkumpul dalam himpunan bersih sehingga Pakatan Rakyat (PR) berjaya merampas lima negeri dan akan datang saya harap kita akan rampas semua negeri di Malaysia ini," katanya dengan disambut laungan takbir.
Beberapa badan NGO, aktivis anti ISA juga turut beri ucapan menuntut keadilan dalam pilihanraya ke 13 nanti.
Kita adukan ke Hadrat Kadhi Rabbul Jalil Yang syahid pastinya, yang cedera juga begitu yang hati remuk redak melihat kezaliman itu. Ya Allah Segerakan laknat kepada yang zalim itu. dari yang menyuruh dan yang melaksanakan. Kejam: PAS desak KPN, timbalan letak jawatan
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 11 Julai: PAS hari ini mendesak Ketua Polis Negara dan timbalannya, Tan Sri Ismail Omar dan Datuk Khalid Abu Bakar supaya meletak jawatan ekoran kekejaman dan keganasan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap para peserta Bersih 2.0 kelmarin sehinggakan seorang terkorban dan puluhan lagi tercedera.
"PAS mengecam keras tindakan biadab polis ini sehingga menyebabkan kematian seorang peserta Saudara Baharuddin Ahmad dan puluhan lagi yang cedera semata-mata tindakan ganas mereka. Ratusan yang tercedera kerana dipukul, disepak dan diheret ke dalam trak adalah pandangan jijik anggota keselamatan, yang tidak sepatutnya berlaku.
"PAS mendesak agar Ketua dan Timbalan Ketua Polis meletakkan jawatan dan dihadapkan ke tribunal di atas jenayah yang dilakukan," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataannya hari ini.
Tindakan ganas dan melampau polis, kata Tuan Ibrahim langsung tidak mencerminkan slogan mereka Mesra, Cekap dan Betul – jauhlah lagi terpesong dengan piagam pelanggan mereka, Tegas, Adil dan Berhemah.
"Polis sepatutnya menjaga keselamatan rakyat dan bukannya menyebabkan mereka cedera secara sengaja.
"Kebiadaban anggota polis dan FRU dapat dilihat dengan jelas dari beberapa rakaman video rakyat yang dirakamkan oleh pelbagai sumber samada peserta Bersih 2.0 ataupun media antarabangsa telah membuktikan kegagalan mereka dalam menjamin keselamatan rakyat," tambah beliau.
Perhimpunan aman Bersih 2.0 yang berlangsung 9 Julai yang lalu dicemari oleh tindakan polis yang agresif dengan serangan gas pemedih mata bertubi-tubi dan water cannon barangkali atas arahan kerajaan persekutuan pimpinan Barisan Nasional telah menyebakan seorang mangsa terkorban dan puluhan tercedera.
Mangsa terkorban ialah Allahyarham Baharudin Ahmad, 58. Antara yang cedera termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad. Di samping itu, polis juga telah menahan 1,667 orang sebelum melepaskan kesemuanya pada jam 9.30 malam hari Sabtu yang lalu.
Bagaikan spring yang melantun akibat ditekan, seramai 50,000 telah menghadiri perhimpunan Bersih 2.0 walaupun bermacam-macam cara yang digunakan kerajaan Barisan Nasional untuk menghalangnya.
Angka tersebut mungkin lebih kerana ada kumpulan-kumpulan yang tidak berjaya bergabung dengan kumpulan utama.
Ironisnya, ia merupakan satu senario yang kerajaan cuba nak elakkan dengan melancarkan pelbagai tangkapan awal dan satu serbuan terhadap segala yang berwarna kuning.
Tuduhan kerajaan dan polis bahawa Bersih 2.0 mungkin cuba membuat huru-hara di sekitar Kuala Lumpur juga dibuktikan palsu apabila ketegangan diwujudkan polis sendiri setelah menjadikan kawasan sekitar Kuala Lumpur bagaikan medan perang sebelum perhimpunan bermula.
"Dalam perhimpunan aman Bersih 2.0, langsung tiada kejadian ganas oleh para peserta sebagaimana yang cuba digembar-gemburkan media arus perdana sebelum ini.
"Oleh itu, kezaliman dan keganasan polis yang menggunakan gas pemedih mata atau tembakan air asid sepatutnya tidak berlaku, kerana tiada langsung sebab untuk mereka menggunakannya," bidas Tuan Ibrahim yang juga menyertai perhimpunan tersebut kelmarin.
Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang turut menyelar kenyataan Ismail yang kononnya mendakwa bahawa polis hanya bertindak ganas sedemikian selepas diprovokasi para peserta Bersih 2.0.
Dengan pelbagai gambar dan video yang terpapar, Tuan Ibrahim berkata kenyataan songsang Ismail and timbalannya sebaliknya hanya dapat berfungsi untuk mendedahkan pembohongan mereka sendiri.
Kepada para peserta Bersih 2.0, beliau mengucapkan syabas bagi pihak PAS dan mengingatkan mereka kuasa menentukan masa depan negara sudah berada di tangan mereka sekarang.
"Andaikan 50,000 dan setiap seorang menyebarkan pengalaman Bersih 2.0 mereka kepada 10 seorang – maka 500,000 rakyat akan terasa – dengan 500,000 setiap seorang berkongsi lagi dengan 5 orang – maka hasilnya 2.5 juta rakyat yang tidak dapat bersama dapat merasai bagaimana kita semua bersatu sebagai rakyat Malaysia pada 9 Julai yang lepas.
"Dengan perkongsian sedemikian, kita akan sedar bahawa permainan politik yang cuba gempar-gemburkan bahawa rakyat Malaysia berpecah hanyalah taktik licik Umno Barisan Nasional untuk mengekalkan kuasa mereka," terang beliau.
Dalam kenyataannya, Tuan Ibrahim juga mengulangi peringatannya kepada Pakatan Rakyat bahawa sokongan rakyat terhadap Bersih 2.0 bukanlah petanda sokongan mereka kepada pakatan pembangkang negara.
"Rakyat menyokong Bersih 2.0 hanya semata-mata untuk memastikan undi-undi mereka tidak di'offset'kan secara tidak sah oleh pengundi hantu, pengundi pos yang tidak sah dan juga memastikan mereka mendapat maklumat yang tepat sebelum mengambil keputusan untuk mengundi siapa-siapa.
"8 tuntutan Bersih 2.0 adalah untuk memastikan wakil yang dipilih menang nanti di pilihanraya akan datang betul-betul adalah pilihan rakyat dan bukannya pilihan parti pemerintah yang memanipulasi sistem pilihanraya negara untuk kekal berkuasa," terang beliau.
Pakatan Rakyat, katanya juga tidak harus terlalu yakin bahawa dengan pilihanraya yang lebih bersih, kita bakal dapat menewaskan Umno Barisan Nasional.
"Rakyat yang menyokong Bersih 2.0 tetap tidak akan mengundi kita sekiranya prestasi kita lemah dan tidak dapat memberikan keyakinan kepada mereka untuk menerajui negara," kata beliau.
PAS juga merakam takziah kepada keluarga Saudara Baharuddin Ahmad, di atas kemalangan yang menimpa beliau.
"Semoga tragedi ini akan menyemarakkan kebangkitan rakyat bagi menukarkan kerajaan yang zalim ini," tambahnya.
You are subscribed to email updates from PAS LENGGONG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
So I went. I have to say that the night before I had many many misgivings, especially after reading about the army doing exercises with the FRU. Could the government seriously be contemplating shooting their own people? Who knows? My stomach was in knots thinking about the many young people I knew who were intent on going, including my daughter. Would I be able to forgive myself if something happened to them? After seeking advice from various friends, I finally decided that I could not stay safely at home while my daughter, friends and colleagues faced possible danger. I had to walk with them. Besides even if I stayed home, I would have spent all my time worrying. So I had to go. A friend who lived in the city offered to be my protector and together we devised a plan on what to do. Hubby was supportive and gave some advice on how to stay safe. My neighbours also wanted to come along. So fairly earlyish, my friend drove over to get me with no problem and we headed back into the city. Despite the roadblocks in some areas, we encountered no problems. In fact driving into KL was so pleasant because the roads were so clear. The police directed traffic where they had to and were generally cooperative (except for one we saw arguing with a man trying to get into his own condo). We got to a roadblock in the KLCC area and my friend explained that he lived in the area and they let us through, four people in a car dressed as if we were going hiking! From my friend's apartment block, we walked to Times Square and parked ourselves at the Starbucks for a coffee while we waited. A cursory look around the outlet and mall revealed that many people were doing the same thing. Meanwhile a whole van of police was stationed outside the mall but after a while they all went off. We kept in touch with various friends around the city to find out where they were and what the situation was. At about 12.30 we started to walk up Jalan Hang Tuah towards the stadium area. We were not in big groups, just people out on a weekend stroll. We thought we would encounter police in front of the big police headquarters in front of Pudu Jail but there was nothing. When we got to the corner of Jalan Hang Jebat, we saw some police motorcycles and only a couple of cops. Lots of people were just sitting on the curbside under the eye of the cops. It was pretty clear what all these people were there for. We walked along Jalan Hang Jebat in front of Stadium Negara towards the OCM and found many other friends waiting there. Apparently at one point the cops had given chase even though there was no reason to and caught some people and hauled them off. But from then on we could sit and wait by the curb without anyone disturbing us. Jalan Hang Jebat and the small road that led up to Stadium Merdeka stayed pretty quiet. Members of the Bar Council (who had to suffer wearing their suits in the heat just so that we could spot them easily) walked around observing what was happening. At one point one woman in a suit sat herself at the intersection to take notes. We all debated whether to stay there or move down to Petaling Street but we were afraid that we wouldn't be let back up again. Then it started to rain. My friend and I sought shelter under some hoarding along with young people. Just then I got a message that we were to go to KL Sentral. After confirming this with a friend at Sentral, my friends and I started to walk down Hang Jebat just as a large group of people started walking up. The rain was pouring at that point and I didn't know quite what to do, whether to tell people they should turn round or not. Seeking shelter for a while under a shop five-foot way, I talked to various other friends and eventually decided to head back to the stadium area where I found my daughter and lots of other friends there. The main group earlier had gone up to Stadium Merdeka, did some chanting in front of the FRU and then headed down again. But many people hung about just to observe everything and soak in the atmosphere. One group of young people had yellow ribbons on sticks and started a little dance. Others were buying ice cream from a bicycle vendor who came by. There was a real carnival atmosphere. I have to say that I never felt safer than when I was in the crowd. People recognized me and said hello. Some wanted to take photos. It didn't feel any different from any other Saturday out. And to be perfectly fair, the cops and FRU in my area showed admirable restraint. They saw that people were not doing anything more than chanting and nobody was harming anyone so they just stood there and left everyone to do their thing. We came across a whole FRU unit blocking a lane next to the Chinese temple at the roundabout at the bottom of Jalan Maharajalela, waved at them and they waved. Cool cops! Of course not everyone had the same experience. Here's an account from a colleague who was in a different street: Unfortunately my experience wasn't so benign. I was part of the marchers (along with A and others) who were effectively kettled by the police in Jalan Pudu. FRU units to the front and back of us prevented us from leaving, and we were trapped by the walls of a construction site opposite Tung Shin Hospital after the FRUs pushed us back. It was probably the worst of the hotspots because of that: when the police started firing round after round of tear gas at us, we had nowhere to run to. I think they were determined to make an example out of us, because they bloody well tear-gassed and sprayed us with water cannons when they had no reason to do so. We were all tear-gassed at least three, four times. An NGO staffer was hit by a canister. V told me that she saw people jumping off the second floor of the Puduraya bus terminal because the police had released tear gas too close to the terminal and the wind carried the fumes into the enclosed building. When the marchers ran for shelter in Tung Shin Hospital, the police fired tear gas and water cannons INTO the hospital grounds. Later the police lured us into re-assembling on the road on the pretext of negotiating a peaceful dispersal. They arrested the MP (Sivarasa) who was doing the negotiating, then — after ordering us to sit down so (as we realised later) we would be sitting ducks — they fired more tear gas and water cannons at us. A, myself and our companions eventually managed to find a way out from the trap via the Santo Antonius church and (irony of ironies) the car park of the Hang Tuah police station (near the monorail station). There were so many very brave people yesterday. I now know that smearing toothpaste under the eyes to reduce irritation caused by tear gas actually works (thanks, A)! I'm still itchy and short of breath from all that tear gas, which is a bit annoying. But really, mostly what I remember of the rally was how moving it was: the solidarity among the protesters, how people looked out for one another. Whenever I was tear-gassed there was a stranger running along at my side and offering me and my friends salt to counteract the effects. When the police sprayed chemical-laced water cannons into the crowd and the people affected cried out for water to wash the stuff away, others turned and ran back toward the cannons with bottles of water to help. People helped others climb up a hill towards the hospital to escape (some guy helped me up the steep slope). Someone always stepped up to make sure that a panicked run doesn't turn into a stampede, including an elderly woman who took it upon herself to guide the marchers to safety. She's a first-time marcher to boot! Actually there were lots of first-time marchers, and more young middle-class urbanites than I've ever seen at any other rallies including the 2007 Bersih rally. At one point people started picking up the tear gas canisters and throwing them back at the police, or kicking the canisters safely away from the marchers and bystanders. I heard via the #bersihstories Twitter hashtag when the police fired tear gas into Tung Shin, there were people who grabbed the canisters and wrapped them in their own towels, then threw the canisters into the drain so there wouldn't be so much fumes. And another one, about people's goodness: My group has a lovely little story to tell as well, of how we escaped from the Tung Shin hospital area after one of the tear gas attacks. We took a little alley uphill between the shophouses, and there was a block of flats there. One of the residents told us to go through the building to get out through the back! We climbed upstairs and then along the opposite corridor a woman shouted and pointed, "That way, go that way, there is an exit out the back!" and we scuttled along our corridor, down the back stairs and found ourselves safe outside on Changkat Tung Shin or something like that. Rakyat all contributing in their own ways! There are many stories and photos, both good and bad, of the whole event. But to me what was most important was that Malaysians proved two things: one, they can assemble together on a common cause peacefully and two, therefore showed that they are a mature people. The fact is that there were all kinds of people there, young and old, all races and religions and all classes and creeds. I bumped into many young people, the children of my friends, who had come to see what it was all about and decide for themselves what to think about the issue. Whatever one thinks about the issue that Bersih is espousing, we should all be proud of our fellow Malaysians who did not, despite dire predictions by some, behave like hooligans and destroy property and hurt one another. There were people hurt and one death but people who had participated in the rally did not cause them. The restaurants and shops around the area were doing roaring business as people got thirsty and hungry. There are also some people claiming that the world now has a bad impression of Malaysia because the foreign media (and the local media for that matter) reported only about the teargassing and water-cannoning. I think people are confusing the government with the people. Yes, the world now has a bad impression of the Malaysian government because it has handled this whole issue so badly. They don't have the same impression of the Malaysians who stood up for their rights and their cause. And by the way, I can't believe some of the mean things being said about the man who died after being teargassed! My goodness, every time I read totally uncompassionate things like that, I know that I'm on the right side http://mimpi-senja.blogspot.com/2011/07/bersih-20-marina-mahathir-mencerita
Alhamdulillah, sebenarnya ramai sokong BERSIH dikalangan orang UMNO dan pemimpin negara , cuma mereka belum ada kekuatan lagi samada tunggu pencen atau atas kesedaran . Marina Mahathir adalah kakak kepada Menteri BN yang bernama Mukhriz Mahathir iaitu anak kepada bekas PM Malaysia iaitu Tun Mahathir. Perhimpunan aman BERSIH memang keperluan rakyat bila hak mereka tergugat serta saluran bersuara dan pendapat telah dirembat.
Posted: 10 Jul 2011 10:44 PM PDT
Apa Tujuan Anwar diserang di KL Sentral underpass?
Menurut Fayyadh Al-Bakri (gambar),pengawal peribadi DSAI yang mengalami kecederaan di pipi kerana mahu menyelamatkan Anwar dari terkena tembakan gas pemedih mata, kumpulan DSAI telah dikepung oleh pihak FRU ketika mereka sedang melalui di jalan bawah (underpass) KL Sentral.
Sekumpulan FRU telah menghalang jalan dibelakang mereka setelah kumpulan DSAI memasuki jalan bawah itu dan kemudiannya sekumpulan lagi telah menyerang mereka dengan gas pemedih mata dari arah hadapan..
FRU juga dikatakan menggunakan Gas Pemedih Mata dari jenis yang terbaru dalam inventori mereka iaitu bukan saja memedihkan mata malah boleh menyebabkab rasa sakit pada paru-paru..
Tembakan FRU itu disasarkan terus kemuka atau kepala DSAI, tetapi Berjaya ditahan oleh Fayyadh, akibatnya tulang pipi kiri Fayyadh hancur dan terpaksa menjalani pembedahan plastic Isnin ini..
Apa tujuan FRU mengepung dan menyerang DSAI dan kumpulannya ketika mereka berada dalam jalan bawah KL Sentral yang tertutup itu??
Menurut Puan Rosni, ketika kejadian beliau dan suaminya tidak duduk sekali kerana beliau ke Stadium Merdeka manakala suaminya ke KLCC.
"Saya diberitahu, apabila polis menembak gas pemedih mata, suami saya tidak larat untuk lari dan duduk di situ. Apabila orang ajak lari apabila polis mahu tangkap baru mereka sedar suami saya sudah tidak sedarkan diri," cerita Rosni yang juga Ketua Wanita Cabang Setiawangsa itu.
manakala itu, Suhaimi Long iaitu rakan kepada Arwahyarham berkata, " Baharudin iaitu antara puluhan ribu peserta himpunan yang disembur air dan ditembak dengan gas pemedih mata pengsan selepas lemas dalam kepulan gas pemedih mata dan dibawa ke HKL di mana anak perempuan mangsa bertugas di situ sebagai seorang doktor."
Bagaimana pun Baharudin Ahmad disahkan meninggal dunia di sana.
Rumah Allahyarham yang terletak di alamat No 9 - 0 - 4, Kelompok Camar Blok A, Jalan AU 3/8 Kuala Lumpur sejak petang semalam tidak putus-putus didatangi tetamu yang terdiri dari pelbagai peringkat.
Jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan jam 11 pagi di tanah perkuburan Islam AU 4 selepas ia disembahyangkan di surau Mukarrabin, Kelompok Camar.
AL-FATIHAH
Empat tulang dadanya didapati patah manakala tiga batang giginya juga patah kata Azhar Kassim, anak saudara Allahyarham Baharudin Paling menghairankan ialah laporan perubatan seakan-akan kelam-kabut dan menyuruh keluarga mangsa mengebumikan dengan segera jenazah arwah. Sehingga kini, laporan postmortem tidak dikeluarkan oleh hospital kepada keluarga mangsa. Ia menjadi tandatanya keluarga kerana kenapa laporan itu tidak dikeluarkan sedangkan mayat dibenarkan untuk dikebumikan. Usaha anak Allahyarham yang merupakan seorang doktor di HKL untuk mendapatkan laporan juga dikatakan tidak berjaya. Nampaknya sudah terbukti bahawa ini angkara dari keganasan pihak berkuasa yang menjahanamkan rakyat untuk sesuatu yang baik. Pada hari kejadian juga ada seorang lelaki dipijak kakinya sehingga patah oleh anggota keselamatan namun dibiarkan meraung kesakitan sehinggalah orang ramai memberi bantuan.
Dulu sajaknya disenangi semua rakyat Kini Sajaknya pula bagai senjata yang ditakuti BN/UMNO Dulu beliau disegani rakyat, pemimpin dalam dan luar negara Kini beliau digeruni pula oleh kerajaan BN Umur beliau bagai dah lanjut Kini tenaga dan semangat beliau bagai jelmaan kepahlawanan Tok Janggut. Maka bila kita semua mahu ikut ?
Tiba Waktu Rakyat Di Tampuk Kuasa -A. Samad Said
KL, 11 Julai 11: Datuk A. Samad Said yang dilihat sebagai "ikon baru di sebalik perkembangan sosiopolitik semasa, berkata, di Taman Melewar malam tadi,
"Sudah tiba waktunya, rakyat pula yang berada di tampuk kuasa. "
Kata Sasterawan Negara ini, "selagi (golongan) bangsawan yang berada di atas, sampai bila-bila saya rasa mereka tidak akan dapat merasakan apa yang dirasai oleh rakyat."
Sehubungan itu, seniman berusia 76 tahun ini yang menjadi tumpuan ketika perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara baru-baru ini menambah, pilihan raya umum ke-13 pasti akan ada sinar harapan untuk melihat perubahan tersebut.
Samad (gambar, tengah) juga berkata sepanjang lima dekad Malaysia hanya dipimpin oleh golongan bangsawan seperti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Hussein Onn dan Tun Abdul Razak Hussein — kesemuanya golongan yang mempunyai harta dan pangkat.
Malaysia kini dipimpin oleh perdana menteri yang keenam iaitu Datuk Seri Najib Razak, anak kepada Razak. Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi masing-masing merupakan perdana menteri keempat dan kelima. Dalam ceramahnya, Samad juga berkata, seorang sasterawan tidak perlu hanya menulis semata-mata tetapi mereka juga perlu bertindak.
Oleh itu jelas beliau, sebagai seorang sasterawan, mereka tidak perlu takut dengan penulisan yang dihasilkan, yang mampu bertindak ke atas sesuatu isu.
"Seorang sasterawan, tugasnya ialah mencipta dan merakamkan apa yang berlaku dalam masyarakat. Itu yang saya lakukan lebih 50 tahun. Merakam sahaja. Saya tidak berapa suka untuk merakam sahaja apa yang berlaku. Saya cemburu dengan masyarakat yang boleh bertindak dalam sesuatu perkara," katanya.
Justeru kata Samad, apabila beliau dijemput menyertai Himpunan Bersih 2.0 secara rasmi, beliau menulis puisi yang bertajuk "Unggun Bersih". Samad berkata beliau ada dua lagi karya yang dihasilkan berkaitan Himpunan Bersih 2. Samad (tengah, kemeja-T kuning) ketika berunding dengan pasukan polis di kawasan Stadium Merdeka, kelmarin. — Foto The Malaysian Insider
Samad telah membacakan sebuah puisi "Unggun Bersih" pada majlis pelancaran Himpunan Bersih 2.0 pada 19 Jun lalu di ibu negara, sekali gus membawa kepada tindakan pihak berkuasa menyoal siasat beliau atas dakwaan menghasut.
Di sebalik perhimpunan Bersih 2.0 kelmarin, Samad merupakan antara beberapa personaliti bersama 600 penyokong gabungan menuntut pembaharuan pilihan raya tiba di Stadium Merdeka di sebalik halangan dan sekatan ketat pihak polis.
Beliau menyifatkan perhimpunan Bersih 2.0 sebagai "satu kejayaan besar" kerana dapat menarik kehadiran begitu ramai, didakwa dalam lingkungan 50,000 orang. Polis menganggap hanya 6,000 orang hadir kelmarin.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian, berkata, meskipun bukan seorang ahli politik aktif, kemunculan Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said dilihat telah membawa kewujudan paradigma baru dalam arena politik negara. (IH)
Biasanya orang sebut 'roadblock' jadi 'robblock' dan terkini ada yang panggil sebagai pondok kacau dodol Foto di atas kesan kezaliman Polis di Templer Park Inilah yang dikatakan Pondok kacau Dodol atau 'roadblock'. Foto ini berhampiran Hotel De Palma dan Ampang Point di Ampang .
Timbalan YDP PAS Gombak meninggal dunia Teman pernah semasa menjadi su JPRK pernah bersama-sama beliau merangka strategi untuk PilihanRaya Hulu Selangor. Beliau ada kunci kejayaan PAS sebelum ini merampas banyak DUN dan Parlimen di Selangor. 10 Julai - Timbalan Yang Dipertua PAS Gombak, Mohd Radzi Yusuf meninggal dunia diHospital Selayang awal paginya.
Beliau yang juga Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Selangor difahamkan mengalami masalah paru-paru dan sudah terlantar sakit sejak beberapa minggu lalu. Jenazah beliau kini dibawa ke kediamannya di Taman Selaseh, Gombak dan disolatkan selepas Zohor di Masjid Ar-Rahimah Greenwood dan dikebumikan di Tanah Pekuburan Karak, Taman Batu Muda.
Beliau yang juga Presiden Persatuan Anak-anak Kelantan Perantauan Malaysia (Perakan) pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital sama pada Mei lalu.
Allahyarham juga pernah mengalami pembedahan kecil untuk menguji tisu pada paru-parunya sebelum ini.
PAS mengecam tindakan melampau yang diambil oleh pihak polis dalam menangani isu perhimpunan aman BERSIH 2.0, dan sudah terbukti aman 9 Julai 2011 yang lalu.
Tindakan ganas dan melampau polis langsung tidak mencerminkan slogan mereka Mesra, Cekap dan Betul - jauhlah lagi terpesong dengan piagam pelanggan mereka, Tegas, Adil dan Berhemah. Polis sepatutnya menjaga keselamatan rakyat dan bukannya menyebabkan mereka cedera secara sengaja.
Kebiadaban anggota polis dan FRU dapat dilihat dengan jelas dari beberapa rakaman video rakyat yang dirakamkan oleh pelbagai sumber samada peserta BERSIH 2.0 ataupun media antarabangsa telah membuktikan kegagalan mereka dalam menjamin keselamatan rakyat.
Dalam perhimpunan aman BERSIH 2.0, langsung tiada kejadian ganas oleh para peserta sebagaimana yang cuba digembar-gemburkan media arus perdana sebelum ini.
Oleh itu, kezaliman dan keganasan polis yang menggunakan gas pemedih mata atau tembakan air asid sepatutnya tidak berlaku, kerana tiada langsung sebab untuk mereka menggunakannya.
Dengan pelbagai gambar dan video yang terpapar, kenyataan songsang Ketua dan Timbalan Ketua Polis yang kononnya polis diserang and diprovokasi menyebabkan mereka terpaksa bertindak, hanya dapat berfungsi untuk mendedahkan pembohongan beliau sendiri.
PAS mengecam keras tindakan biadab polis ini sehingga menyebabkan kematian seorang peserta saudara Baharuddin Ahmad dan puluhan lagi yang cedera semata-mata tindakan ganas mereka. Ratusan yang tercedera kerana dipukul, disepak dan diheret ke dalam trak adalah pandangan jijik anggota keselamatan, yang tidak sepatutnya berlaku.
PAS mendesak agar Ketua dan Timbalan Ketua Polis meletakkan jawatan dan dihadapkan ke tribunal di atas jenayah yang dilakukan.
PAS juga mengucapkan syabas kepada setiap peserta BERSIH 2.0 kerana kini kuasa sekarang di tangan anda.
Andaikan 50,000 dan setiap seorang menyebarkan pengalaman BERSIH 2.0 mereka kepada 10 seorang - maka 500,000 rakyat akan terasa - dengan 500,000 setiap seorang berkongsi lagi dengan 5 orang - maka hasilnya 2.5 juta rakyat yang tidak dapat bersama dapat merasai bagaimana kita semua bersatu sebagai rakyat Malaysia pada 9 Julai yang lepas.
Dengan perkongsian sedemikian, kita akan sedar bahawa permainan politik yang cuba gempar-gemburkan bahawa rakyat Malaysia berpecah hanyalah taktik licik UMNO-Barisan Nasional untuk mengekalkan kuasa mereka.
PAS juga ingin mengulangi peringatannya kepada Pakatan Rakyat bahawa sokongan rakyat terhadap BERSIH 2.0 dan kecaman mereka terhadap keganasan yang digunakan kerajaan UMNO Barisan Nasional terhadap penyokong BERSIH 2.0 bukanlah petanda sokongan rakyat kepada kita.
Rakyat menyokong BERSIH 2.0 hanya semata-mata untuk memastikan undi-undi mereka tidak di"offset"kan secara tidak sah oleh pengundi hantu, pengundi pos yang tidak sah dan juga memastikan mereka mendapat maklumat yang tepat sebelum mengambil keputusan untuk mengundi siapa-siapa.
Lapan tuntutan BERSIH 2.0 adalah untuk memastikan wakil yang dipilih menang nanti di pilihanraya akan datang betul-betul adalah pilihan rakyat dan bukannya pilihan parti pemerintah yang memanipulasi sistem pilihanraya negara untuk kekal berkuasa.
Pakatan Rakyat juga tidak harus terlalu yakin bahawa dengan pilihanraya yang lebih bersih, kita bakal dapat menewaskan UMNO-Barisan Nasional. Rakyat yang menyokong BERSIH 2.0 tetap tidak akan mengundi kita sekiranya prestasi kita lemah dan tidak dapat memberikan keyakinan kepada mereka untuk menerajui negara.
PAS juga merakam takziah kepada keluarga Saudara Baharuddin Ahmad, di atas kemalangan yang menimpa beliau.
Semoga tragedi ini akan menyemarakkan kebangkitan rakyat bagi menukarkan kerajaan yang zalim ini.
Kira-kira 5,000 peniaga kecil dan sederhana sekitar ibu negara dilaporkan terjejas kerana perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) semalam, dengan kerugian dianggarkan RM100 juta.
Berikutan itu, lebih 100 laporan polis dibuat golongan berkenaan sejak semalam sehingga hari ini bagi menuntut hukuman ke atas penganjur Bersih, S. Ambiga.
Daripada jumlah itu, seramai 146 peniaga kecil di sekitar Masjid Jamek terjejas kerana terpaksa menutup premis masing-masing bagi mengelak kejadian yang tidak diingini ketika peserta penganjur mula berarak di kawasan tersebut.
Menurut Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd. Ridzuan Abdullah, nilai kerugian itu diperoleh daripada anggaran keuntungan RM10,000 setiap hujung minggu bagi seorang peniaga.
Sehubungan itu, sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pihaknya menawarkan khidmat guaman percuma atau boleh menghubungi pihaknya di talian 019-206 6666.
.... alang-alang dia nak saman kite RM100 juta... kita boikot gerai-gerai kecil kat area KL... kite shopping kat pasaraya besar je atau beli barang luar pada KL... padan muke depa!!! Ajar sikit penjilat kerajaan BN!!!
Berdepan dengan pelbagai dakwaan bertindak ganas sewaktu perarakan BERSIH 2.0 Sabtu lalu, polis akan mengeluarkan rakaman visual bagi menafikan perkara tersebut, kata Hishammuddin Hussein.
Beliau memberi amaran bahawa tindakan akan diambil terhadap mereka
"Walau dalam media yang telah membuat 'dakwaan tidak berasas'.
"Kami mempunyai rakaman visual di dalam bilik operasi kami. Apa sahaja yang telah didakwa akan disiasat dengan bukti kukuh, dan tindakan akan diambil terhadap mereka di Internet dan media asing yang telah membuat dakwaan tidak berasas," katanya dalam sidang akhbar di ibupejabat polis persekutuan di Bukit Aman hari ini.
Katanya, polis akan bekerjasama dengan Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk menyiasat dakwaan yang tidak benar terhadap polis, dan mengambil tindakan sewajarnya.
Bagaimanapun, Hishammuddin enggan mengesahkan dakwaan keganasan polis, termasuk serangan gas pemedih mata dan meriam air ke dalam kawasan Hospital Tung Shin Hospital pada hari Sabtu, serta dakwaan bahawa Baharuddin Ahmad - yang meninggal dunia selepas ditangkap oleh pihak polis semasa perarakan itu - telah dinafikan rawatan perubatan sewaktu ditahan.
"Kami mempunyai rakaman tertentu. Jika apa yang didakwa tidak mempunyai bukti, mereka yang melaporkannya ia akan dibawa ke muka pengadilan," katanya berulangkali apabila ditanya mengenai serangan gas pemedih mata dan meriam air di kawasan Hospital Tung Shin itu.
KUALA LUMPUR, 11 Julai — Di sebalik perkembangan sosiopolitik semasa, Datuk A. Samad Said yang dilihat sebagai "ikon baru" berkata, sudah tiba masa tampuk kepimpinan negara memperlihatkan perubahan dengan diterajui oleh kalangan rakyat dan pilihan raya umum ke-13 akan membawa sinar harapan.
"Sudah tiba waktunya, rakyat pula yang berada di tampuk kuasa," kata beliau pada satu ceramah di Taman Melewar dekat sini malam tadi.
Kata Sasterawan Negara ini, "selagi (golongan) bangsawan yang berada di atas, sampai bila-bila saya rasa mereka tidak akan dapat merasakan apa yang dirasai oleh rakyat."
Sehubungan itu, seniman berusia 76 tahun ini yang menjadi tumpuan ketika perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara baru-baru ini menambah, pilihan raya umum ke-13 pasti akan ada sinar harapan untuk melihat perubahan tersebut.
Samad juga berkata sepanjang lima dekad Malaysia hanya dipimpin oleh golongan bangsawan seperti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Hussein Onn dan Tun Abdul Razak Hussein — kesemuanya golongan yang mempunyai harta dan pangkat.
Malaysia kini dipimpin oleh perdana menteri yang keenam iaitu Datuk Seri Najib Razak, anak kepada Razak.
Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi masing-masing merupakan perdana menteri keempat dan kelima.
Dalam ceramahnya, Samad juga berkata, seorang sasterawan tidak perlu hanya menulis semata-mata tetapi mereka juga perlu bertindak.
Oleh itu jelas beliau, sebagai seorang sasterawan, mereka tidak perlu takut dengan penulisan yang dihasilkan, yang mampu bertindak ke atas sesuatu isu.
"Seorang sasterawan, tugasnya ialah mencipta dan merakamkan apa yang berlaku dalam masyarakat. Itu yang saya lakukan lebih 50 tahun. Merakam sahaja. Saya tidak berapa suka untuk merakam sahaja apa yang berlaku. Saya cemburu dengan masyarakat yang boleh bertindak dalam sesuatu perkara," katanya.
Justeru kata Samad, apabila beliau dijemput menyertai Himpunan Bersih 2.0 secara rasmi, beliau menulis puisi yang bertajuk "Unggun Bersih".
Samad berkata beliau ada dua lagi karya yang dihasilkan berkaitan Himpunan Bersih 2.
Samad telah membacakan sebuah puisi "Unggun Bersih" pada majlis pelancaran Himpunan Bersih 2.0 pada 19 Jun lalu di ibu negara, sekali gus membawa kepada tindakan pihak berkuasa menyoal siasat beliau atas dakwaan menghasut.
Di sebalik perhimpunan Bersih 2.0 kelmarin, Samad merupakan antara beberapa personaliti bersama 600 penyokong gabungan menuntut pembaharuan pilihan raya tiba di Stadium Merdeka di sebalik halangan dan sekatan ketat pihak polis.
Beliau menyifatkan perhimpunan Bersih 2.0 sebagai "satu kejayaan besar" kerana dapat menarik kehadiran begitu ramai, didakwa dalam lingkungan 50,000 orang.
Polis menganggap hanya 6,000 orang hadir kelmarin.
Insiden kekejaman Polis terhadap rakyat yang berarak secara aman menuju ke stadium Merdeka pada 9 Julai lalu telah meyakinkan rakyat bahawa polis di Malaysia dikuasai oleh UMNO demi memelihara kuasa pemerintahan BN di Putrajaya. Terdahulu pembakang dan banyak NGO menyatakan fenomena perhambaan ini dikalangan bukan hanya polis tetapi agensi dan institusi lain yang diperkakasalatkan oleh UMNO untuk tujuan sama.
Gambar dan video yang tersebar meluas seluruh dunia kini membuat Najib cukup gelisah, kenyataan KPN Tan Sri Ismail terbukti membohongi rakyat dan dia masih dalam maya penafian. Cerita dalam Fb, blog. tweet dan media sosial lain telah cukup utk memboktikan situasi sebenar apa yang terjadi di Kuala Lumpur pada petang sabtu 9 Julai 2011.
Semua ini telah meraih simpati dikalangan rakyat serta kebencian yang amat sangat terhadap tindakan tidak berperikemanusiaan polis yg diperintah menzolimi rakyat dgn sekatan jalan, semburan asap pemusnah pernafasan dan penglihatan termasuk simbahan air asid yang menyiksakan dan kemungkinan membawa maut. Ini semua adalah bab kezoliman yang terpaksa dibayar oleh setiap anggota polis termasuk ketua-ketua dan menteri mereka. Mereka juga turut berasa pedih dan sakit bahkan lagi berlarutan dan kesan jangka panjang. Mereka juga ada anak bini , cucu dan keluarga yang akan menanggung pembalasan dari Allah swt dek kezoliman yang mereka lakukan terhadap rakyat.
Pengalaman bekas-bekas anggota polis yang membuat tindakan kejam dan menzolimi rakyat yang mana mereka mengalami lumpuh, hilang akal, kesakitan,kluarga porak peranda serta lain-lain tanggungan adalah bayaran azab dari Allah semasa didunia ini lagi. Tapi masih ramai anggota polis yang tidak sedar. Saya nak menyalahkan anggota polis semata-matapun tidak, kerana mereka menerima arahan walaupun mereka tak sampai hati nak buat tembakan kepada rakyat. Tapi apa bolih buat? Dilema ini jugalah yang ditanggung oleh kakitangan kerajaan di SPR, SPRM, Jab. Kehakiman, Jab. Peguam Negara, Jab. Pendaftaran Negara dan lain-lain yg terpaksa mengalami penderitaan ini. InsyaAllah belenggu ini mesti dibebaskan agar semua rakyat termasuk kakitangan kerajaan melaksanakan kerja mereka tanpa paksaan atau bertentangan dengan naluri jiwa murni iaitu keadilan dan membuat makruf.
Cumanya himpunan Bersih2.0 telah berjaya menanamkan sifat konfiden dan berani serta meningkat daya juang rakyat utk menegak keadilan. Sifat berasa cukup bersalah dan menyesal dikalangan anggota PDRM kerana mendera dan menzolim rakyat akan mereka rasai. Penyatuan rakyat berbilang kaum dan latar belakang yang mahukan pilihanraya dilaksanakn secara murni bersih dari penipuan dan pembohongan. Mengetahui sifat sebenar Najib, Hishamuddin, KPN dll yang terlibat dalam kezoliman itu. Kalangan pimpinan UMNO BN, ketua dan anggota polis, spr, sprm dll mereka juga ada saudara mara, sahabat taulan yang turut serta dalam himpunan aman Bersih 2.0 tersebut! Mereka mengetahui situasi sebenar serta kenyataan bohong yang dibuat oleh KPN. Puan Marina Mahathir yang hadir bersama anak dan rakan-rakanya melihat sendiri bagaimana Hospital Tung Shin dipancut dgn gas beracun dan semburan air kimia, tetapi dinafikan oleh KPN dan Amar singh tanpa rasa malu dan bersalah.
Apapun Bersih3.0, Bersih4.0 sedia menunggu menanti. Kita kepingin melihat zaman dan era mendatang yang mana KPNnya nanti akan mengumumkan dalam TV jalan-jalan di KL yang akan disediakan oleh POLIS utk laluan rakyat berhimpun secara aman. Dikala itu buah benih demokrasi mula terlihat, pelancung bertambah, perniagaan disepanjang jalan dan lokasi berhimpun menjadi laris dan maju, hubungan antara kaum menjadi paling rapat kerana kita ada temasya atau himpuanan rakyat di KL secara berkala. Bila agaknya ya? Maka mana salahnya rakyat menuntut agar pilihanraya ke 13 ini bebas dan bersih supaya kerajaan yang adil dan berperikemanusiaan dapat dipilih mereka! Susah sangat ke 8 cadangan pembersihan pilihanraya itu dilaksanakan? Semua tuntutan itu adalah munasabah. Jangan sampai nanti pembohongan yg dilakukan SPR semasa PRU 13, semata menjadi perkakas kpd UMNO BN, akan menjadi penyebab rakyat bangun dan bangkit menolak kerajaan yang ditentukan kemenangan oleh SPR! Ya Allah, selamatkan Malaysia dari menjadi sebegitu. Pulihkan demokrasi dinegara ini dan masukan sifat gerun dan takut kepada MU diatas penipuan dan pembohongan yang akan mereka buat dlam PRU 13 nanti, Ya Allah, Engkau elakan lah negara ini dari terjerumus kelembah kebinasaan oleh kezoliman UMNO BN. "walaa tarkanuu ilallazi na zolamu, fatamasakumunnar". wasalam
Ini adalah pendedahan dari salah seorang Pegawai Bahagian Kewangan, Di Jabatan Perdana Menteri. Pendedahan ini mengenai Slip Pendapatan Bulanan Menteri dan Timbalan Menteri di Malaysia. Hanya pegawai-pegawai tertentu sahaja dibenarkan menguruskan maklumat ini, walaupun mereka itu adalah PA kepada Menteri.
Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri
1. Gaji PokokRM18,000 – sulit untuk public, tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya.Terikat dgn akta Parliment
2. Elaun Keraian RM10,500.00- tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati
3. Elaun Perumahan RM10,800.00 – tidak sulit – pendedahan harus berhati-hati Kebanyakn menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket mereka sajalah
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 - tidak sulit tapi tidak orang semua tahu.
5. Elaun parkingRM 5,700.00
Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak kerja
Lain-lain kemudahan
1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan,hotel, duit poket sebanyakRM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyakRM50,000.00tanpa resit.
2.Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
3. Bil Air percumaditanggung oleh kerajaan Malaysia
4.Bil telefon percumaditanggung oleh kerajaan Malaysia
5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumahdll boleh dituntut setahun sekali sebanyakRM40,000.00
6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn talipon bimbit,satu driver,minyak percuma.Kalau pakai pemandu kementerian,dapatlah duit percuma.
7. Semua pemberian derma spt kpd perkahwinan, kematian,atau pemberian kpd badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.
8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00
9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.
Slip Pendapatan Bulanan Bagi Timbalan Menteri
1. Gaji Pokok RM15,000 – sulit untuk public,tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya.Terikat dgn akta Parliment
Wakil Rakyat RM10,650.00 – tidak sulit
2. Elaun Keraian R
5. Elaun parking RM 5,700.00
Jumlah pendapatan bulanan RM50,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak hadir bertugas.
Maklumat diatas adalah berdasarkan tangga gaji seorang menteri pada tahun 1999. Saya rasa terdapat sedikit sebanyak perubahan sehingga sekarang.
M9,500.00– tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati
3. Elaun Perumahan RM9,800.00– tidak sulit- pendedahan harus berhati-hati Kebanyakn menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket saja lah poket sendiri
4. Elaun
Dibawah ini pula adalah antara tindakan yang pernah dibuat oleh kerajaan Kafir Britain untuk menangani masaalah ekonomi negara mereka.
Kerajaan campuran Britain merancang penjimatan sebanyak 513 juta pound sterling (RM2.5 bilion) dengan mengurangkan bajet badan-badan penasihat dan membubarkan sebahagian daripadanya
Faedah istimewa yang dinikmati kakitangan kerajaan seperti teksi, penerbangan dan kemudahan hotel juga akan turut terjejas
Gaji perdana menteri Britain dan menteri-menteri Britain dipotong sebanyak 5 %
Menteri-menteri Britain yang terdiri daripada kerajaan campuran Konservatif dan Liberal Demokrat tidak diberikan elaun pengangkutandan……………….kemungkinan besar mereka akan menggunakan alternatif lain seperti tren atau pun bas
Kerajaan juga bakal menjimatkan sebanyak 8 bilion pound (RM38 bilion) melalui cukai khas yang dikenakan kepada bank
Kami tak dengkipun dengan gaji dato' menteri ,kami cuma nak dato' sama-sama berkorban 10 peratus sahaja dari gai dato' cukuplah.
Bila susah kami yang menangung "azab" lebih ,bila senang dato' makan sorang .tak baiklah macam tu dato'
Dato takpalah minyak naik tinggi manapun datok dapat minyak free
Dari Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.aw. bersabda: Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu yang makan sehingga kekenyangan sedangkan jirannya kelaparan.
Kekecohan semalam semasa perhimpunan BERSIH 2.0 sampai meragut nyawa seorang peserta BERSIH tu, nak salahkan siapa? Nak salahkan penganjur yang dah berjanji nak buat perhimpunan secara aman atau kepada pihak yang menimbulkan provokasi sehingga berlaku kekalutan hingga mengorbankan satu jiwa.
Menteri Dalam Negeri ni bagi arahan kepada anjing belaan dia untuk mengkucar kacirkan suasana hingga keadaan jadi tidak terkawal, namun peserta BERSIH 2.0 nyata professional kerana tidak bertindak balas hingga boleh mengakibatkan suasana jadi lebih haru lagi. keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh..
Anjing ni punya la setia mengikut arahan sampaikan kawasan hospital yang di sangka kan selamat untuk berlindung dari gas pemedih mata dan juga meriam air pun kena bedil. Tapi pastu buat pulak statement kat berita pecacai yang kawasan hospital tak kena pun. Apa, anjing ni ingat orang yang ada kat situ tak ada kamera ke nak rakam kan kejadian tu? Punya la bodoh sampaikan dia ingat semua yang ada kat Malaysia ni pun bodoh macam dia jugak..
keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh..
Kawasan Puduraya yang dah terkepung dengan puak-puak anjing ni dan jadi macam tempat penyembelihan masa zaman Serbia serang Bosnia bila gas pemedih mata bertalu-talu di lepaskan tanpa memperdulikan orang awam yang dah berunding dengan puak anjing ni untuk minta laluan yang selamat untuk menuju ke stadium.
Pada jam lebih kurang pukul 3.30 petang, sekali lagi rundingan dibuat untuk minta laluan selamat ke stadium dan puak anjing dah setuju nak bagi tapi memang dah dasar munafik, apabila peserta mula berkumpul semula, sekali lagi gas pemedih mata dan meriam air bewarna biru tu di lepaskan.
keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh..
Perhimpunan aman kali ini nyata memecahkan tembok perkauman dan anutan politik masing-masing dan mungkin inilah yang paling ditakuti oleh puak gerombolan dan anjing-anjing peliharaan berpangkat atasan.
BERSIH 2.0 berjaya membongkarkan wajah sebenar pemimpin-pemimpin utama negara ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terdedah apabila beliau sendiri mengikut rentak PERKASA, mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman terhadap Ambiga.
Apabila Yang di-Pertuan Agong memberi petunjuk jelas supaya kerajaan dan BERSIH berdialog, Najib bertindak dengan menegaskan BERSIH adalah sebuah pertubuhan yang diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri .Justeru, Najib mendakwa BERSIH tidak layak memohon permit untuk menganjurkan perhimpunan itu di stadium. BERSIH 2.0 menunjukkan Najib dan Umno pimpinannya sebagai orang yang tidak teragak-agak membelakangi institusi Raja.
Najib bukan sahaja bersifat rasis tetapi juga tidak langsung melihat keperluan merombak proses pilihan raya negara ini yang banyak menguntungkan pemerintah selama ini.
Perdana Menteri dan sepupunya Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein juga mempamerkan kesanggupan luar biasa menggunakan polis untuk menangkap orang awam di atas sebab-sebab dangkal yang mirip sebuah negara diktaktor.
Walaupun mencanang dirinya sebagai adil dan berjiwa rakyat, BERSIH membuktikan Najib tidak akan teragak-agak menggunakan kuasa eksekutifnya untuk menumpaskan sesiapa yang dianggap sebagai musuh politik Umno.Dalam konteks Himpunan BERSIH, beliau melihat tokoh-tokoh seperti Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, Ambiga dan Presiden Jamah Islah Malaysia Zaid Kamaruddin sebagai musuh politiknya.
Semua mereka adalah aktivis berhemah tinggi, mempunyai kewibawaan dan keikhlasan mendokong agenda murni iaitu berjuang untuk proses pilihanraya yang lebih baik.
Kenapa agenda begitu digeruni oleh Umno dan Najib?
Kebingkasan kerajaan mengeluarkan segala senjata yang ada padanya (media, khutbah jumaat, polis, mahkamah, pendaftar pertubuhan,) untuk menumpaskan BERSIH 2.0 menimbulkan banyak tanda tanya mengenai kepemimpinan Najib, khususnya bersabit keikhlasan beliau.
Episod BERSIH telah menawarkan Najib ruang yang cukup luas untuk mendokong sebuah agenda rakyat yang mustahak dan pada masa sama menzahirkan kesetiaan beliau kepada Istana Negara.
Namun semua ini ditempelak oleh Perdana Menteri dalam keghairahan untuk memastikan kelangsungan penguasaan penuh kerajaan ke atas insitutusi seperti Suruhanjaya Pilihan Raya, polis dan badan kehakiman kekal berterusan.
* sumber * -petikan dari artikel Malaysiakini -"BERSIH 2.0: Kebenaran sentiasa atasi kekejaman"
oleh: -Wira Arjuna- beliau adalah nama samaran seorang wartawan dan editor kanan yang berpengalaman luas dan pernah menerajui beberapa media arus perdana sebelum bersara menjadi pemerhati politik.
KUALA LUMPUR, 11 Julai: PAS hari ini mendesak Ketua Polis Negara dan timbalannya, Tan Sri Ismail Omar dan Datuk Khalid Abu Bakar supaya meletak jawatan ekoran kekejaman dan keganasan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap para peserta Bersih 2.0 kelmarin sehinggakan seorang terkorban dan puluhan lagi tercedera.
"PAS mengecam keras tindakan biadab polis ini sehingga menyebabkan kematian seorang peserta Saudara Baharuddin Ahmad dan puluhan lagi yang cedera semata-mata tindakan ganas mereka. Ratusan yang tercedera kerana dipukul, disepak dan diheret ke dalam trak adalah pandangan jijik anggota keselamatan, yang tidak sepatutnya berlaku.
"PAS mendesak agar Ketua dan Timbalan Ketua Polis meletakkan jawatan dan dihadapkan ke tribunal di atas jenayah yang dilakukan," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataannya hari ini.
Tindakan ganas dan melampau polis, kata Tuan Ibrahim langsung tidak mencerminkan slogan mereka Mesra, Cekap dan Betul – jauhlah lagi terpesong dengan piagam pelanggan mereka, Tegas, Adil dan Berhemah.
"Polis sepatutnya menjaga keselamatan rakyat dan bukannya menyebabkan mereka cedera secara sengaja.
"Kebiadaban anggota polis dan FRU dapat dilihat dengan jelas dari beberapa rakaman video rakyat yang dirakamkan oleh pelbagai sumber samada peserta Bersih 2.0 ataupun media antarabangsa telah membuktikan kegagalan mereka dalam menjamin keselamatan rakyat," tambah beliau.
Perhimpunan aman Bersih 2.0 yang berlangsung 9 Julai yang lalu dicemari oleh tindakan polis yang agresif dengan serangan gas pemedih mata bertubi-tubi dan water cannon barangkali atas arahan kerajaan persekutuan pimpinan Barisan Nasional telah menyebakan seorang mangsa terkorban dan puluhan tercedera.
Mangsa terkorban ialah Allahyarham Baharudin Ahmad, 58. Antara yang cedera termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad. Di samping itu, polis juga telah menahan 1,667 orang sebelum melepaskan kesemuanya pada jam 9.30 malam hari Sabtu yang lalu.
Bagaikan spring yang melantun akibat ditekan, seramai 50,000 telah menghadiri perhimpunan Bersih 2.0 walaupun bermacam-macam cara yang digunakan kerajaan Barisan Nasional untuk menghalangnya.
Angka tersebut mungkin lebih kerana ada kumpulan-kumpulan yang tidak berjaya bergabung dengan kumpulan utama.
Ironisnya, ia merupakan satu senario yang kerajaan cuba nak elakkan dengan melancarkan pelbagai tangkapan awal dan satu serbuan terhadap segala yang berwarna kuning.
Tuduhan kerajaan dan polis bahawa Bersih 2.0 mungkin cuba membuat huru-hara di sekitar Kuala Lumpur juga dibuktikan palsu apabila ketegangan diwujudkan polis sendiri setelah menjadikan kawasan sekitar Kuala Lumpur bagaikan medan perang sebelum perhimpunan bermula.
"Dalam perhimpunan aman Bersih 2.0, langsung tiada kejadian ganas oleh para peserta sebagaimana yang cuba digembar-gemburkan media arus perdana sebelum ini.
"Oleh itu, kezaliman dan keganasan polis yang menggunakan gas pemedih mata atau tembakan air asid sepatutnya tidak berlaku, kerana tiada langsung sebab untuk mereka menggunakannya," bidas Tuan Ibrahim yang juga menyertai perhimpunan tersebut kelmarin.
Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang turut menyelar kenyataan Ismail yang kononnya mendakwa bahawa polis hanya bertindak ganas sedemikian selepas diprovokasi para peserta Bersih 2.0.
Dengan pelbagai gambar dan video yang terpapar, Tuan Ibrahim berkata kenyataan songsang Ismail and timbalannya sebaliknya hanya dapat berfungsi untuk mendedahkan pembohongan mereka sendiri.
Kepada para peserta Bersih 2.0, beliau mengucapkan syabas bagi pihak PAS dan mengingatkan mereka kuasa menentukan masa depan negara sudah berada di tangan mereka sekarang.
"Andaikan 50,000 dan setiap seorang menyebarkan pengalaman Bersih 2.0 mereka kepada 10 seorang – maka 500,000 rakyat akan terasa – dengan 500,000 setiap seorang berkongsi lagi dengan 5 orang – maka hasilnya 2.5 juta rakyat yang tidak dapat bersama dapat merasai bagaimana kita semua bersatu sebagai rakyat Malaysia pada 9 Julai yang lepas.
"Dengan perkongsian sedemikian, kita akan sedar bahawa permainan politik yang cuba gempar-gemburkan bahawa rakyat Malaysia berpecah hanyalah taktik licik Umno Barisan Nasional untuk mengekalkan kuasa mereka," terang beliau.
Dalam kenyataannya, Tuan Ibrahim juga mengulangi peringatannya kepada Pakatan Rakyat bahawa sokongan rakyat terhadap Bersih 2.0 bukanlah petanda sokongan mereka kepada pakatan pembangkang negara.
"Rakyat menyokong Bersih 2.0 hanya semata-mata untuk memastikan undi-undi mereka tidak di'offset'kan secara tidak sah oleh pengundi hantu, pengundi pos yang tidak sah dan juga memastikan mereka mendapat maklumat yang tepat sebelum mengambil keputusan untuk mengundi siapa-siapa.
"8 tuntutan Bersih 2.0 adalah untuk memastikan wakil yang dipilih menang nanti di pilihanraya akan datang betul-betul adalah pilihan rakyat dan bukannya pilihan parti pemerintah yang memanipulasi sistem pilihanraya negara untuk kekal berkuasa," terang beliau.
Pakatan Rakyat, katanya juga tidak harus terlalu yakin bahawa dengan pilihanraya yang lebih bersih, kita bakal dapat menewaskan Umno Barisan Nasional.
"Rakyat yang menyokong Bersih 2.0 tetap tidak akan mengundi kita sekiranya prestasi kita lemah dan tidak dapat memberikan keyakinan kepada mereka untuk menerajui negara," kata beliau.
PAS juga merakam takziah kepada keluarga Saudara Baharuddin Ahmad, di atas kemalangan yang menimpa beliau.
"Semoga tragedi ini akan menyemarakkan kebangkitan rakyat bagi menukarkan kerajaan yang zalim ini," tambahnya.
Hujan lebat menyukarkan semburan air kimia Polis. Ini menyebabkan polis menjadi semakin bengis terhadap peserta BERSIH. Hadi Awang kini bergerak ke Menara Maybank manakala kumpulan Patriot kini disembur dengan gas pemedih mata di persimpangan jalan Pudu dan Jalan Bkt Bintang. " Ya Allah ya tuhanku lindungi bumi Msia ini dr kekejaman ini, berikan kemenangan kepada hambamu yg ditindas ini....syukur kerana menurunkan hujan., " - rakyat
DSAI dikasari polis, bodyguard anwar dipukul hingga pecah mulut! Tindakan yang dikira biadap dan kurang ajar !. Ayuh!!! teruskan kalian. Biar melimpah umpama air yang tidak mampu disekat. Semakin lama tersekat, semakin kuat kuasa rempuhan. Umno menempah saat terakhir. Jangan mengalah !
hujan rahmat turun mbasahi kl mhapuskan serangan gas + air dr fru....anak2 muda bersih bsemangat mredah hujan mhadapi FRU.
Ambiga Sreenevasan dan Maria Chin Abdullah ditahan polis semasa mahu keluar menuju ke Stadium Merdeka. Seramai 600 orang dilaporkan sudah berada di luar Stadium Merdeka sementara menunggu puluhan ribu lagi yang dalam perjalanan dari arah2 yang berbeza. Dimana namanya keadilan ini? Rakyat BERSIH kau zalimi, PATRIOT kau biarkan berdemo tanpa halangan...ini kah DEMOKRASI ?
Pasukan FRU melepaskan gas pemedih mata terhadap penunjuk perasaan yang berada di perkarangan luar KL Sentral dan sekitar Jalan Tun Sambanthan. Mereka berpatah balik ke KL Sentral. Antaranya yang berundur sendiri ialah Anwar Ibrahim, Wan Azizah dan pemimpin Pakatan. Peserta dari lebuh Ampang sekitar 20,000 orang kini memasuki Dataran Maybank dan menyertai kumpulan yang besar.
Kumpulan Patriot kini hanya tinggal kurang dari 200 orang sebaik sahaja melepaskan diri dari serangan gas pemedih mata polis tadi. Pemimpin PERKASA, mamak yg kuat bunyi langsung tiada kelihatan.
Foto diatas begitu mengujakan mata. Seorang pemuda yang 'membatu' dengan mulutnya terus kumat-kamit melafaz zikrullah tanpa memperduli bahaya dihadapan. Pemuda begini negara harapkan.
Bukan macam foto disebelah kiri, sudahlaa..merempuh polis, macam laa samseng sangat, sudahnya duduk belakang bontot FRU mintak perlindungan.
Menampil KEBERANIAN ? Beza 2 foto itu umpama 'langit dan bumi'. Hanya jiwa yang kental dan berani saja mampu melakukannya dihadapan FRU yang sedang mengila. Biarpun disepak terajang dan dibelasah bertubi-tubi oleh anggota polis beberapa detik kemudiannya, pemuda itu tetap tidak melawan ! Kerna mereka hadir ke himpunan aman Bersih 2 bukan mahu berlawan dengan polis. Mereka hanya menyatakan Hak mereka sebagai seorang warganegara untuk melihat pilihanraya dijalankan dengan BERSIH. Takbir !!
sambil menyifatkan tanggal 9 Julai sebagai hari pembunuhan dan pengebumian demokrasi, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan rakannya Salahuddin Ayub mahu membuat laporan polis mengenai tindakan polis menahan mereka di ibu negara, kelmarin. Mahfuz, Ahli Parlimen Pokok Sena mendakwa selain pembunuhan demokrasi, semalam juga merupakan hari kematian seorang pejuang demokrasi, Allahyarham Baharuddin Ahmad. "Dia mati sebagai seorang pejuang yang ingin hidupkan demokrasi di Malaysia. Saya juga percaya, setiap kegelapan yang berlaku, pasti akan ada cahaya kebahagiaan untuk masa depan Malaysia," katanya selepas berarak mengiringi jenazah Baharuddin ke tanah perkuburan Islam Lembah Keramat AU4 tengah hari semalam.
Mahfuz turut melahirkan rasa kecewanya terhadap tampuk pimpinan kerajaan yang tidak menunjukkan sikap keterbukaan ke atas Himpunan Bersih 2.0.
Mahfuz dan Salahuddin merupakan antara 1,401 orang yang ditahan semalam kerana menyertai perhimpunan Bersih 2.0.
Malah mereka juga merupakan sebahagian daripada 91 individu yang dilarang memasuki ibu negara kelmarin.
Semalam, Bersih juga mengisytiharkan seramai 50,000 orang menyertai Himpunan Bersih 2.0.
"Mereka (pentadbiran Najib) tidak menunjukkan sikap keterbukaan mereka dan berjaya memperalatkan pihak keselamatan demi untuk memenuhi nafsu pemimpin Umno dan BN," tegasnya.
Tamba Mahfuz, kejadian yang menimpa Himpunan Bersih 2.0 semalam harus dinilai sewajarnya oleh masyarakat untuk menamatkan penguasaan kerajaan yang membunuh demokrasi dan pejuang demokrasi di Malaysia.
Mahfuz juga berkata, esok beliau bersama Salahuddin akan membuat laporan polis berhubung tangkapan yang dibuat kelmarin.
Jelas beliau, "laporan polis yang akan dibuat adalah untuk menuntut ganti rugi malu dan kesusahan hati saya, anak-anak saya dan isteri saya."
"Selepas laporan dibuat, saya akan serah kepada peguam untuk memulakan proses tuntutan," katanya sambil menambah, beliau akan membuat laporan polis di Balai Polis Brickfields di sini.
Semalam, pemimpin Pakatan Rakyat dan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih 2.0) ditangkap polis di KL Sentral.
Selain mereka turut ditahan ialah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Mohamad Sabu.
Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenavesan mahu Suhakam mengadakan siasatan segera berhubung kekerasan polis terhadap mereka yang menyertai perhimpunan anjuran pihaknnya.
Benarkah memorandum BERSIH tidak dapat diserah kepada Yang Di Pertuan Agong? Memorandum itu tidak dapat diserah kerana gangguan daripada pihak polis yang menghalang dan mengugut untuk melepaskan tembakan gas sekiranya wakil BERSIH yang diketua oleh A. Samad Said terus mara ke hadapan.
Nampaknya pihak polis telah berkuasa dalam Malaysia dan menafikan hak rakyat. Sikap angkuh dan bongkak polis juga dapat kita saksikan dalam video di bawah ini. Mereka seperti bodoh dalam undang-undang. Jawapan mereka yang bodoh setiap kali kita dengar ialah "kami menjalankan tugas".
Itulah yang selalu digunakan oleh polis. Telunjuk siapakah yang menjadi ikutan polis ini. Adakah polis dijadikan sebagai anjing BN untuk menghalang pergerakan rakyat? stesen televisyen pro kerajaan pula sibuk menyebutkan bahawa Malaysia adalah negara demokrasi tetapi demokrasi yang bagaimana?
Kebiadaban polis dalam video itu seolah-olah kuasa terletak ditangan mereka. Kuasa mereka adalah lebih tinggi daripada kuasa ketua negara. Mereka seolah-olah mengejar KPI untuk naik ke pangkat baru dengan tindakan mereka ini. Sekali imbas sama seperti polis Israel.
Mungkin rakyat yang berhimpun menganggap bahawa memorandum itu telah diserah kepada Agong namun ketika menuju ke istana tiba-tiba polis keluar dari celahan-celahan untuk menahan dan menghalang wakil BERSIH untuk sampai dan mara ke istana negara. Adakah misi ini gagal?
Apa kata Khalid Samad di dalam twitternya: "Ada (yang) minta gambar 6 jahitan (kepala) saya. Mungkin biasa dengan ahli politik penipu, ingat saya tipu juga kut? Tu BN. PR tak tipu. Kalau terpalit dengan BN, jadi IGP pun jadi penipu. Buat malu je 1 dunia nampak kamu tipu. Kes Mat Sabu lagi dahsyat. Dilanggar dengan Pajero. Macam nak bunuh! Semoga polis dibebaskan dari cengkaman BN, jadi profesional. Jaga rakyat, bukan BN."
YANG NI PUN TERHARU GAK..PASAI TERPAKSA GUNA BANGLA... UPAH MURAH MAAA..BAGI T-SHIRT SELAI JALANLA...
Meskipun ribuan anggota polis dikerah untuk "menutup" Kuala Lumpur kepada peserta Bersih semalam, puluhan ribu orang menongkah arus pancutan air kimia dan tembakan gas pemedih mata serta belantan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) untuk menyertai perhimpunan aman itu.
Mereka berjalan secara aman menuju ke Stadium Merdeka untuk menuntut pilihan raya adil dan telus namun menghadapi kekangan dan kekerasan polis di sepanjang perjalanan.
Lebih 1,667 orang ditangkap termasuk Pengerusi Bersih, Ambiga Sreenevasan dan pemimpin-pemimpin kanan Pakatan Rakyat.
"Hanya Allah yang tahu sedihnya perasaan apabila melihat Mohd Azizul tidak sedarkan diri dalam keadaan bergari ketika ditahan di lokap Balai Polis Gong Badak, bersama abangnya pada malam Rabu lalu.
"Saya juga kecewa apabila bertanya kepada anggota polis bertugas mengapa anak saya begitu, tetapi dijawab anak saya hanya berpura-pura tidak sedarkan diri dan akan sedar setengah jam lagi," kata Zainun Mamat, 52, dari Kampung Tuan Mandak, Batu Enam di sini, semalam.
Zainun yang juga suri rumah, mempertikaikan kelewatan polis menghantar anaknya mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) hingga menyebabkan kematian Mohd Azizul Muda, 24, yang didakwa meninggal dunia kerana kecederaan akibat jatuh motosikal di Taman Semarak.
Beliau berkata, Allahyarham dan abangnya, Mohd Suhaimi, 38, keluar menaiki motosikal ke kedai makan di Taman Semarak, untuk menikmati roti canai selepas menonton siaran langsung perlawanan bola sepak kelayakan Piala Dunia antara Malaysia dengan Taiwan jam 11.30 malam Rabu lalu.
Katanya, kira-kira setengah jam kemudian, dia menerima panggilan telefon daripada rakan anaknya supaya datang ke Balai Polis Gong Badak kerana dua anak lelakinya itu ditahan polis dan Mohd Azizul cedera di kepala kerana dikatakan jatuh motosikal.
"Saya lihat Mohd Azizul kritikal akibat kecederaan di kepala, malah saya juga tidak mengetahui punca sebenar dia dan abangnya ditahan polis. Selepas berbincang dengan anggota polis di situ, seorang daripadanya memberi jaminan Mohd Azizul akan pulih dan saya diminta pulang tidak lama selepas itu," katanya.
Zainun berkata, dia datang semula ke balai polis itu kira-kira jam 9 pagi keesokannya untuk melihat keadaan anaknya, tetapi terkejut apabila mendapat tahu Mohd Azizul sudah dihantar ke HSNZ pagi itu tanpa pengetahuannya.
"Saya bergegas ke HSNZ dan terkejut apabila mendapati kepala anak sudah dibedah dan doktor memaklumkan Mohd Azizul meninggal akibat terjatuh motosikal. Saya hairan kerana sebelum ini anggota polis memberi jaminan anak saya tiada sebarang masalah.
"Saya kesal kerana permintaan supaya Mohd Azizul dibawa ke hospital tidak diendahkan polis, sebaliknya berbuat demikian apabila dia sudah nazak dan ini menimbulkan keraguan berhubung punca kematiannya," katanya.
Zainun berkata, keluarganya bercadang melantik peguam untuk mengenal pasti punca sebenar kematian anaknya dan mengambil tindakan lanjut.
Ramai pemerhati berpendapat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak sedang beradaan di dalam keadaan tertekan dengan kejayaan penganjur BERSIH mengadakan perhimpunan aman di tengah bandar Kuala Lumpur.
Najib semalam menggesa "majoriti senyap" di kalangan rakyat Malaysia, yang beliau dakwa menentang perhimpunan BERSIH 2.0 semalam, supaya menyatakan pendirian jelas mereka di ruang siber.
Katanya, sudah tiba masanya bagi mereka berhenti menjadi majoriti senyap, dan mengambil kesempatan daripada kemudahan di talian yang sedia ada seperti laman rangkaian sosial untuk menyuarakan pandangan mereka.
Didalam masa tidak sampai 10 jam, angka 100,000 itu dicapai dan lawatan pagi ke laman facebook tersebut mendapati angkanya sudah melepas 100K, iaitu 101,093
Gesaan Najib menjadi kenyataan tetapi malangnya kini ia bertentangan dengan apa yang dihajatkan.
Tindakan Najib mengumpul hampir 6,000 orang ahli Umno dan NGO di PWTC pagi semalam di PWTC dilihat adalah semata-mata untuk "memulihkan semangatnya" kembali apabila polis dilihat GAGAL menghalang perhimpunan BERSIH daripada berlaku.
Walaupun penganjur BERSIH telah ditipu oleh Najib dengan menyatakaan kesediaan kerajaan untuk menyediakan stadium jika penganjur BERSIH ingin meneruskan perhimpunan, tetapi kemudian apabila penganjur BERSIH bersetuju setelah menerima nasih Agong, Najib kemudiannya gagal menyempurnakan janjikan, menyebabkan peserta-peserta tiada pilihan lain kecuali ke stadium juga.
Pun mereka dihalang, dengan polis menutup sekalian laluan masuk ke ibu kota. Keadaan ibu kota di pagi 9 Julai lengang selengang-lengangnya seolah-olah KL di ambang perang, KL seperti dalam keadaan darurat. Seolah-olah perhimpunan aman BERSIH tidak lansung akan berlaku di ibu kota.
Tiba-tiba selepas sahaja waktu zohor, muncul peserta BERSIH ini entah dari mana datangnya dan di mana mereka menyorok sebelumnya. Polis tiba-tiba tersentak. Akhbar BERITA HARIAN di dalam satu tulisan utamanya menyatakan semalam:
Penyokong perhimpunan haram BERSIH 2.0 muncul dari pelbagai arah sekitar ibu negara semalam tanpa diketahui lokasi sebenar mereka bersembunyi, sekali gus menyebabkan keadaan sekitar kawasan utama menjadi tegang.
Demikianlah episod BERSIH bermula.
Rakyat walau dikekang bagaimanapun, mereka akan tetap bersatu di dalam satu arus akhirnya.
Perhimpunan rakyat yang pada mulanya senyap-senyap dan berjalan dengan tenang dan aman, tiba-tiba dihuru-harakan oleh polis FRU yang megejar, membelasah, menembak, mengganas, menangkap peserta perhimpunan aman. Maka hancur semua ketenangan dan keamanan, yang timbul ialah kekecohan dan kekacauan.
Yang paling menghodohkan keadaan ialah tembakan gas pemedih mata, apa tah lagi di kawasan perkarangan sebuah hospital swasta.
Dan tangkapan ke atas beberapa pemimpin BERSIH dan Pakatan Rakyat, sekaligus menconteng arang kepada nama baik Malaysia di mata antarabangsa.
Seperti yang GB tuliskan sebelum ini, siapa menduga, setelah diancam dan diugut berkali-kali oleh pihak berkuasa yang semuanya bertujuan untuk menggagal missi perhimpunan tersebut, ianya tidak mampu untuk membendung gelora kebangkitan rakyat.
Tepat sekali kata-kata TG Nik Abdul Aziz, Mentri Besar Kelantan :"Bagaikan tabie air, rakyat pun begitu. Sebarang usaha menyekat dan membenteng air yang turun dari gunung akan menunggu bencana di hari depan, di satu masa dan ketika nanti."
Anwar dan pengawal keselamatannya cedera......setiap titisan darahnya akan menjadi saksi. Ada orang kata.....ah kenapa tak duduk diam-diam kat rumah?.....alah dik woi...nasi kat pinggan kalau tak suap ke mulut takkan ia masuk sendiri. Anwar dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Akan ada orang kata, ah itu hanya lakonan, takkan 1Hospital termasuk staffnya jadi pelakon tambahan.
TG Presiden PAS ditangkap dan mampu memberi senyum kepada rakyat.....TG dibebaskan dan dibawa terus kerumahnya......khuatir jugak mereka...takut-takut pengikut naik 'syeikh'.
Dua gambar di atas, mereka di'layan' seperti sorang penjenayah...perogol. peragut, pencabul, perompak, pencuri.....tapi kawan...tiada siapa peduli hak mereka dicabul melalui ketidakbolehpercaya lagi pengurusan SPR yang bekerja ikut telunjuk bukan dari 'Petunjuk'.
Saudara Khalid Samad juga di'layan' seperti pejuang Palestin di Gaza. Rupanya pun seiras Almarhum Assyahid Syeikh Ahmad Yaassin
Pak Samad Said turut berarak ke arah pem'Bersih'an pengurusan pilihanraya. Tak munasabah seorang Sasterawa Negara sanggup menggadaikan intergriti kalau apa yang difikirkannya tidak betul Sayu hati melihat ketenangannya. Tak sia-sia segala makanan yang dimakan hingga menjadi darah......darah pula menitis atas perkara yang haq.
Ambiga......berjalan pun dipapah......mana mungkin dikatakan berarak untuk buat huru-hara......yang sebenarnya depa tarak bacaa.
Berbeza dengan wajah ini......ini hanya pelancong perhimpunan....seiring dan sejalan...seindah.....anda sambunglah layan lagu Syarifah Aini dengan Broery Marantika
Apa? 6000 orang je?......ye 6000 orang je boss.
Kalau 6000 orang susah sangat ke nak tangkap? Kau orang saja pun beribu-ribu orang pacak kat situ?......depa 'main silap mata boss. Depa datang dari berbagai-bagai arah.
Mata kau orang yang silap kot.....mata-mata betoilah kau orang ni. Maths Mod dapat berapa dalam SPM?......hehehe malulah boss.
Kau pun malu jugak?......Apa nak buat boss...kami kerja ikut telunjuk, bukan 'Petunjuk'
al-brangionline:
Itulah di antara wajah-wajah 'CLEAN'......anda perlu berfikir dan bertindak.....ke guane?.....alahai.....
Tak nampak pun muka berdemo semalam?......Saya bukan apa,......saya pantau dari jauh.....kita pakai silat 'remote-control'....kita bersilat depan TV.......ada ke sesiapa nak bersumpah laknat dengan saya...sapa yang paling 'Bersih' hati mereka?...ciiiiittttt putaq alam...kata nak 'syahid' nak pertahankan kebenaran, rupa-rupanya 'syahid' dalam selimut......roti tulur satu mamak, lalu dijawab mamak...tulur tarak...eeelek...
Siapa yang tak setuju ungkapan 'Pertahan demokrasi'......semua orang setuju.
Cuma, rakyat jangan tertipu......ditipu......terpaksa.....dipaksa dengan menyamakan petahan demokrasi dengan pertahankan umno/Barisan Nasional.
Selaku warganegara Malaysia yang cintakan keamanan, kedamaian, kemakmuran......semua rakyat mesti pertahankan demokrasi.
Sekali lagi diingatkan, pertahan demokrasi tidak semestinya pertahankan umno/BN.
Kita mempunyai hak di dalam Perlembagaan Negara memilih untuk berpersatuan [berparti] selagi mana persatuan, pertubuhan parti itu sah di sisi Perlembagaan Negara.
Rakyat seharus berfikir dan faham bahawa men'derhaka' kepada umno/BN bukan bermakna men'derhaka' kepada Negara kerana umno/BN itu bukan Negara dan Negara itu bukan umno/BN.
Ini yang berlaku kepada Jepun apabila parti tertua LDP tumbang kerana Jepun itu bukan LDP dan LDP itu bukan Jepun......begitu jugak di Thailand apabila parti Puea Thai selaku parti pembangkang pimpinan Yingluck Shinawatra (sorang wanita berusia 44 tahun) telah menang 264 kerusi daripada sejumlah 500 kerusi parlimen dalam pilihanraya umum di Thailand baru-baru ini.
umno/BN selalu memomok-momokkan rakyat seolah-olah umno/BN sahaja yang mampu, tahu, pandai dan cekap memerintah sehingga rakyat terbelenggu fikirannya dan termakan umpan walaupun hanya dapat sehelai kain pelikat 'cap gajah duduk' walhal mereka tidak sedar 'bapak gajah' telah meng'hempap' kepala mereka kurang lebih 50 tahun dahulu.
Dapat kita saksikan didalam video ini anjing-anjing suruhan kerajaan ini menganas demi menunaikan hasrat tuannya tanpa sebarang analisis akal. Anjing-anjing ini sebenarnya telah dilatih supaya jangan gunakan kepala hotak, tapi buat apa yang disuruh. Buat anjing-anjing sekelian… syabas… kerana anda begitu patuh pada arahan … Malaysia cracks down on protesters Kejam: PAS desak KPN, timbalan [...]
Supporters of the "Bersih" electoral reform coalition are ushered into a police truck near the National Museum after being detained before a planned Bersih rally in Kuala Lumpur July 9, 2011. Malaysian police sealed off parts of the capital on Saturday in a bid to thwart a protest aimed at igniting an uprising against Prime [...]
Jumlah Peserta Bersih Utusan – 6000 Orang Berita Harian – Sejumlah Kecil Sahaja Metro – Tak Berjaya Krn Kawalan Ketat Polis PDRM – 5,000 hingga 6,000 Orang Sahaja Al-Jazeera – 100,000 Orang Gambar Di Bawah – 360 Orang Negara diktator… Najib bukan sahaja bersifat rasis tetapi juga tidak langsung melihat keperluan merombak proses pilihan raya [...]
Bersih 2.0 adalah muqaddimah kepada kebangkitan rakyat.. Ia memang tidak sama seperti gelombang rakyat di Mesia, Tunisia dan sebagainya.. Tetapi ia cukup memberi kesan yang mendalam kepada rakyat Malaysia diseluruh dunia.. Gelombang rakyat seperti mesir tidak mustahil akan melanda Malaysia kerana Rakyat sudah sedar.. Tidak perlu gunakan media yang kotor untuk menangi hati rakyat… 300,000 [...]
Opposition leader Anwar Ibrahim is consoled by his daughter Nurul Izzah Anwar as he lays in his room at a hotel after he was hurt when police fired tear gas during a rally called by "Bersih" or Clean, electoral reform coalition in Kuala Lumpur July 9, 2011. Malaysian police fired tear gas and detained more [...]
Police detain opposition Parti Keadilan Rakyat (PKR) MP Tian Chua (2nd R in yellow) and supporters of the "Bersih" (Clean) electoral reform coalition during a rally in Kuala Lumpur July 9, 2011. Malaysian police fired tear gas and detained more than 500 people in the capital on Saturday in a bid to prevent thousands of [...]
Malaysian police fire tear gas at protesters during a mass rally calling for electoral reform in Kuala Lumpur on July 9, 2011. Malaysian police arrested more than 400 people and used tear gas as a massive lockdown was imposed on the capital to thwart an opposition-backed rally demanding reform to the electoral system. The demonstrators [...]
Rakyat berhimpun aman damai dengan satu matlamat ingin menuntut keadilan dalam sistem Piliharaya Bersih di Negara ini Kami Hanya mahukan Keadilan Dalam PiLihanraya… yang bersih dari segala Penipuan Pemimpin UMNO BN Dan Penipuan SPR Rintihan dan Permintaan rakyat marhaen tidak dipedulikan…tiba-tiba mereka tembak rakyat yang berhimpun secara aman dengan Gas Pemedih Mata… Dengan sedikit kuasa [...]
Malaysian activists from Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) offer prayers on a street during a rally in Kuala Lumpur, Malaysia, Saturday, July 9, 2011. Police fired tear gas and detained hundreds of activists as those demonstrators massed Saturday across Malaysia's main city demanding electoral reforms in the country's biggest political rally in years. [...]
“Kenyataan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Dato' Tuan Guru Haji Harun Taib Saya mewakili Dewan Ulamak PAS Pusat ingin merakamkan ucapan syabas yang tidak terhingga kepada seluruh peserta BERSIH yang hadir di Kuala Lumpur pada hari semalam. Mereka berhak untuk dikalungkan sebagai wira negara kerana sanggup menghadirkan diri ke Himpunan tersebut walaupun berhadapan dengan pelbagai [...]
KUALA LUMPUR, 10 Julai – Allahyarham Baharuddin Ahmad (foto), yang meninggal dunia di Perhimpunan Bersih 2.0 semalam selamat dikebumikan di Tanah perkuburan AU4 Ampang jam 12.50 tengahari ini. Allahyarham meninggal dunia akibat sesak nafas selepas terkena semburan air berasid dan gas pemedih mata di kawasan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Beliau merupakan seorang ahli PAS dari [...]
Macam nak darurat kat K.Lumpur. Semua jalan masuk ditutup. Sekatan jalan raya berlaku disetiap pelusuk negera. Semua kedai-kedai diarahkan tutup. Yang lawak tu, pihak polis menemui parang yang disembunyi di beberapa tempat di Bandar K.L dan yang peliknya ditemui oleh orang asli. Kelakar ajaib. Kalu orang asli dah lama dibawak parang-parang baru tu wat menebas [...]
KUALA LUMPUR, 11 Julai: Sehari selepas berlangsungnya perhimpunan Bersih 2.0, para penyokong BN sendiri mulai menyerang pemimpin mereka dan menyalahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Najib disifatkan gagal melaksanakan cadangannya sendiri agar perhimpunan dijalankan di stadium dan disifatkan pemimpin 'flip-flop' atau 'kluk-klek'.
Bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamed), Matthias Chang (gambar) dalam tulisannya memberikan masa sekurang-kurangnya 10 bulan kepada BN untuk boleh membetulkan balik kesilapan cara BN mengendalikan perhimpunan Bersih 2.0 ini.
Sebelum Matthias, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Saifudin Abdullah turut mempertikaikan strategi BN dalam menghadapi Bersih 2.0.
"Selepas perhimpunan 9 Julai 2011, saya mencadangkan agar Perdana Menteri dan seluruh pemimpin BN, bahawa keutamaan mereka sekarang adalah membuang semua penasihat politik yang tidak ada pengalaman langsung dalam realiti politik," tulis Matthias mengulas peranan penasihat politik Najib yang dikatakan pakar dalam "Blue Ocean Strategy" (strategi lautan biru).
Kerajaan BN, kata Mathias, membelanjakan bilion ringgit untuk membayar para 'pakar strategi' ini namun sehingga kini tidak menunjukkan sebarang hasil yang jelas 'di alam realiti dan di peringkat akar umbi.'
Tulisan Mathias membayangkan cerita sebenar di sebalik kegelisahan dan tindakan berlebihan kerajaan pimpinan Najib dalam mengendalikan Bersih 2.0.
Sehari selepas perhimpunan Bersih 2.0, Najib menghimpunkan 6,000 para penyokongnya di PWTC dan memberikan ucapan berapi kononnya Bersih 2.0 tidak ada sebarang kesan.
Sebelum itu, beliau dan timbalannya Tan Sri Muhyidin Yasin telah membuat kenyataan bahawa semua urusan mengendalikan perhimpunan kali ini diserahkan kepada polis.
Hasilnya, seluruh bandaraya Kuala Lumpur dikepung dan tidak ada sebarang kenderaan yang dibenarkan masuk sejak tengahmalam sebelum 9 Julai.
Namun, pelbagai pihak menganggar lebih 100,000 penyokong Bersih berhimpun di ibunegara walaupun mendapat tentangan ganas dari pihak keselamatan.
Seorang peserta, Baharudin Ahmad, 58 tahun telah meninggal dunia. Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur dan Najib sendiri mendakwa ia berpunca dari sakit jantung tetapi keluarganya berkata, Allahyarham, seorang bekas tentera yang segar bugar mustahil terkena komplikasi jantung.
Keluarganya juga berkata, jenazah Allahyarham menunjukkan tanda empat tulang dadanya patah manakala tiga batang giginya turut patah.
Di samping Baharudin, 1697 peserta ditahan sepanjang operasi polis itu termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Ambiga.
Kesan dari itu, Mathhias yang menyebut dia adalah bekas setiausaha politik PM sebelum ini berkata, jika pilihan raya diadakan tahun ini, BN tidak akan berjaya mendapat dua pertiga majoriti dalam Parlimen mahupun mengambil balik empat negeri yang dimenangi Pakatan Rakyat.
Yang lebih teruk lagi, beliau menjangkakan PM akan dihalau keluar enam bulan selepas itu. (Polis menembak gas pemedih mata kepada peserta perhimpunan yang menuntut agar pilihan raya dijalankan dengan bersih dan adil) Bagi menghadapinya, Matthias memberikan tiga cadangan untuk Najib:
1) Arahkan para penasihat politik beliau menonton siri TV "The Three Kingdoms" dan belajar asas-asas strategi politik.
2) Hantar sepupu beliau, Datuk Seri Hishamudin Husein iaitu Menteri Dalam Negeri untuk dianalisa jiwanya untuk "Enlarged Ego Syndrome" (EES) dan menyusun semula semua pegawai kanan Polis Diraja Malaysia.
3) Masukkan ke dalam peti sejuk semua pimpinan Pemuda Umno pimpinan Khairy Jamaludin. Ini kerana masalah sebenar Najib bukannya pembangkang tetapi dalaman BN sendiri.
Bagi Mathias, perhimpunan 9 Julai 2011 menimbulkan tujuh persoalan untuk dijawab oleh Najib:
1) Mengapa para pakar "Strategi lautan biru" gagal menjangkakan dengan tepat apa akan berlaku dalam Bersih 2.0 dan membuat langkah awal?
2) Kenapa pasukan keselamatan kebangsaan gagal menjangka apa berlaku dalam Bersih 2.0 dan bila PM dan menteri kabinet ditaklimatkan tentang demonstrasi itu?
3) Kenapa kerajaan BN membenarkan agen provokasi Perkasa mengambilalih tugasnya dalam mengendalikan Bersih dan diikuti oleh Pemuda Umno yang tidak matang?
4) Mengapa Najib flip-flop dalam keputusannya membenarkan perhimpunan di stadium dan memberikan kebenaran kepada polis untuk bertindak sepenuhnya?
5) Apa yang menyebabkan agen propaganda BN merasa dengan menyekat seluruh ibu negara akan menyebabkan rakyat marah kepada pembangkang bukannya kerajaan BN?
6) Adakah penilaian dibuat terhadap kesan dari tindakan keras terhadap demonstrasi Bersih 2.0. Adakah ia berjaya mengekalkan penyokongnya atau menghalau keseluruhan 40 peratus pengundi atas pagar dari BN?
7) Adakah dikenalpasti objektif yang hendak dicapai dengan pendekatan kasar menghadapi Bersih dan bagaimana ia boleh menambahkan lagi sokongan kepada BN dalam pilihan raya umum akan datang?
BERJIHAD DI HADAPAN PEMERINTAH ZALIM ما من نبي بعثه الله في أمة قبلي الا كان له من أمته حواريون و أصحاب يأخذون بسنته و يقتدون بأمره ثم انها تخلف من بعدهم خلوف يقولون ما لا يفعلون ويفعلون ما لا يؤمرون فمن جاهدهم بيده فهو مؤمن و من جاهدهم بلسانه فهو مؤمن و جاهدهم بقلبه فهو مؤمن و ليس وراء ذلك من لأيمان حبة خردل
Hadis di atas dipetik dari Sahih Muslim. Maksud hadis adalah seperti berikut
Tiada seorang nabi pun yang Allah utuskan kepada satu-satu umat sebelumku melainkan ada di kalangan umatnya yang menjadi penyokong dan teman seperjuangan; mereka mengambil sunnah perjalanan hidup nabi mereka, dan mereka taatkan arahannya, kemudian sesungguhnya akan menggantikan mereka pengganti-pengganti yang jahat; mereka berkata apa yang mereka tidak buat, dan mereka buat apa yang mereka tidak disuruh.
Maka barangsiapa yang berjihad melawan mereka(pengganti jahat) dengan tangannya, maka dia benar-benar beriman.Dan barangsiapa yang berjihad melawan mereka dengan lidah, maka dia beriman; dan barangsiapa yang berjihad melawan mereka dengan hati, maka dia juga beriman. Dan tiada lagi iman (kalau tidak berjihad melawan mereka dengan hati) walaupun sebesar biji sawi."
HURAIAN
Hadis ini merupakan dalil kewajipan berjihad, sekaligus menyatakan bahawa berjihad merupakan tanda kesempurnaan iman seseorang.
Inilah amal soleh yang sangat relevan pada masa sekarang. Di saat rakyat ditindas dengan pelbagai kezaliman, ada suara-suara pemimpin masyarakat yang bangkit menegur pemerintah agar memberi dan mengembalikan hak-hak mereka.
Dalam perjuangan zaman moden, kelompok yang berjihad ini dipanggil pihak pembangkang kerajaan. Kalau perjuangan mereka ditentang kerajaan yang zalim, itu tanda benarnya perjuangan itu kerana sudah sunnatullah, ada yang bersama-sama yang haq, dan ada yang bersama-sama yang batil.
Dalam pengajian ilmu fiqh jihad, kita tidak dibenarkan angkat senjata kepada orang yang tidak mengangkat senjata terhadap kita. Lalu dalam konteks negara Malaysia, pertentangan antara haq dan batil adalah dalam bentuk demokrasi pilihanraya. Maknanya jihad sekarang ialah menukarkan kerajaan yang zalim dengan jalan pilihanraya. Tidak ada pertumpahan darah. Oleh itu, tidak benar sama sekali dakwaan sesetengah ahli agama dan ahli politik bahawa jamaah Islam yang memasuki arena politik kepartian di Malaysia adalah berfahaman Khawarij kerana Khawarij menghalalkan darah pemerintah yang dianggapnya menyeleweng dari ajaran Islam.
AMAR MA'ARUF NAHI MUNKAR ADALAH JIHAD
Hadis yang disebutkan di atas digunapakai oleh sesetengah ulama bagi menghuraikan hadis nahi munkar yang terkenal,
من رأى منكم منكرا فليغيره بيده فان لم يستطع فلسانه فان لم يستطع فبقلبه و ذلك أضعف الايمان
Barangsiapa di kalangan kamu yang telah melihat munkar, maka hendaklah mengubahnya dengan tangannya, sekiranya tidak mampu, maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu juga, maka hendaklah mengubahnya dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman."
Justeru, di sini kita boleh buat satu kesimpulan mudah iaitu Mencegah kemunkaran merupakan satu bentuk jihad pada jalan Allah. Lebih-lebih lagi, ia disokong pula dengan sebuah hadis lain yang berbunyi,
أفضل الجهاد كلمة حق عند السلطان جائر
Yang bermaksud,
"Selebih-lebih jihad ialah berkata benar di hadapan pemerintah yang jahat".
Cukuplah dengan tiga hadis ini menjadi dalil bahawa amar ma'aruf nahi munkar merupakan jihad yang dianjurkan dalam Islam. Dan cukup juga hadis-hadis yang disebut itu sebagai dalil bahawa PAS sebagai sebuah gerakan Islam telah, sedang dan insyaAllah terus menerus melaksanakan kewajipan jihad paling afdhal ini di tanahair Malaysia.
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini mendakwa polis menggunakan trak merempuh motosikal yang diboncengnya ketika dalam perjalanan menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 kelmarin.
Melawat Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Alam dengan berkerusi roda, pemimpin yang selalu ceria itu kelihatan serius menceritakan kembali pengalamannya itu.
Mohamad (kiri) berkata, ketika dalam perjalanan dari Masjid Negara, tiba-tiba sebuah Land Rover merempuhnya.
Ketika itu, tambahnya, beliau tidak tahu bahawa kenderaan itu dipandu pihak polis.
Dalam sidang media itu, Mohamad berkata, setelah terjatuh di jalan, beliau dan penunggang motosikal itu dibawa dengan Land Rover itu ke klinik di Jinjang sebelum kes itu dirujuk ke hospital.
10hb (Kota Kinabalu): Tindak biadap polis menggari Ketua Pemuda PAS Sabah menggambarkan polis telah bertindak diluar bidang kuasa. DPP kawasan Sepanggar mengecam cara penahanan tersebut dan ingin mengingatkan pihak polis agar jangan keterlaluan apabila menahan mana-mana pihak yang belum tentu akan kesalahan mereka.
Saudara Lahirul Latigu telah ditahan oleh pihak polis bersama seorang rakan lagi ketika sedang minum di sebuah restoran di Alam Mesra. Menurut Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah, saudara Julfikar Abd Mijan, tindakan mahkamah akan diambil terhadap cara penahanan tersebut. Pihak polis harus bertanggungjawab terhadap tindakan mereka yang menyalahi undang-undang dan bertindak diluar bidang kuasa, menurut beliau ketika ditemui di KKIA setelah baru pulang dari perhimpunan aman BERSIH di Kuala Lumpur.
Ketua Pemuda PAS Sabah ketika ditahan dengan tangannya digari.
Kami dengan ini Parti Islam SeMalaysia (PAS) Kawasan Jelebu MENGUTUK DENGAN SEKERAS-KERASNYA perbuatan KASAR, GANAS, ZALIM, KEJAM DAN TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN pasukan Polis Di Raja Malaysia ke atas peserta-peserta dan pemimpin-pemimpin NGO serta parti-parti politik yang menyertai himpunan aman BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011 bersamaan hari sabtu yang lepas.
Tindakanpasukan polis mengejar, memukul, menangkap, menggari, menembak gas pemedih mata serta menembak air beracun terhadap peserta himpunan aman BERSIH 2.0 adalah satu perbuatan yang tidak bertanggung jawab dan diluar batas-batas kemanusiaan. Sepatutnya pasukan polis membenarkan BERSIH 2.0 mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka sepertimana TITAH Yang Di Pertuan Agong yang meminta BERSIH 2.0 diadakan di Stadium.
Oleh kerana pintu Stadium Merdeka dan jalan ke Stadium Merdeka semuanya telah ditutup oeh pasukan polis maka peserta dan pemimpin BERSIH 2.0 terpaksa berarak di jalanan walaupun itu bukanlah niat sebenar penganjur BERSIH 2.0 Pihak pemimpin BERSIH 2.0 ingin menjunjung TITAH DULI TUANKU tetapi apakan daya pasukan polis dan penguasa kerajaan UMNO dan Barisan Nasional tidak menghormati dan telah MENDERHAKA kepada TITAH Duli Tuanku.
Kematian Pak Baharudin Ahmad dari Keramat AU3 adalah kerana sesak nafas akibat dari di kejar dan kumpulannya telah ditembak dengan gas pemedih mata oleh pasukan polis. Jika perhimpunan di Stadium Merdeka di benarkan adakah perkara seperti ini akan berlaku. Pihak pasukan polis dan kerajaan UMNO/BN adalah bertanggung jawab sepenuhnya atas kematian Pak Baharuddin Ahmad. Kami PAS Kawasan Jelebu menuntut Pasukan Polis dan Kerajaan BN memohon maaf secara terbuka kepada keluarga dan sahabat handai Pak Baharudin Ahmad atas kejadian yang telah menimpa kepada Arwah.
Sekian. Wasalam.
Yang benar,
SAIFUL BAHRI BIN HJ JAAMAN NAIB YDP PAS KAWASAN JELEBU
KUALA PILAH – Penduduk sekitar di sini memohon kepada pihak berkaitan untuk menyediakan pengangkutan bas khas untuk berulang alik dari Pekan Pilah ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN).
Ini kerana rata-rata penduduk yang tinggal di kampung tidak mempunyai kemudahan pengangkutan terutamanya warga emas.
Naib Di-Pertua PAS Kawasan, Abdul Karim Shahimi Abd Razak berkata, masalah ketiadaan pengangkutan khas menuju ke hospital membebankan masyarakat.
"Ada di antara mereka perlu membuat rawatan susulan setiap minggu dan ke hospital atas sebab-sebab tertentu.
"Saya lihat, adalah wajar pihak berkenaan menyediakan bas khas untuk golongan itu supaya dapat mengurangkan beban mereka. Mereka juga tidak perlu lagi menaiki kereta sewa yang sudah tentu harganya jauh lebih mahal berbanding menaiki bas," katanya.
Sehubungan dengan itu, atas kelewatan masa masa untuk menunggu bas membuatkan penduduk kecewa.
"Bas yang lewat tiba di perhentian bas sudah menjadi kebiasaan buat penduduk di sini. Kadang-kala mereka terpaksa menunggu hampir sejam dan terpaksa menaiki pengangkutan lain untuk ke hospital mahupun ke tempat lain.
"Masalah ini perlu diberi perhatian agar ia mendapatkan kesejahteraan kepada semua pihak. Mungkin cadangan menyediakan bas khas ke hospital dapat melegakan hati penduduk di sini," katanya.
Malah katanya, atas sebab kekangan kewangan, ada segelintir daripada mereka terpaksa menunggu anak pulang atau menyewa kereta dengan jiran untuk ke hospital.
"Di kampung, kemudahan bas tidak disediakan. Justeru, inisiatif menyewa kereta jiran lebih murah berbanding kereta sewa.
"Perkara ini sudah menjadi kelaziman penduduk di sini. Namun, sampai bila mereka harus bertahan? Sedangkan di negeri lain, pihak kerajaannya telah pun menyediakan bas khas ke hospital bagi memudahkan rakyat. Saya harap pihak berkenaan dapat mempelbagaikan kemudahan di sini," katanya.
Seramai 500 calon pelbagai kaum SPM 2011 telah mengambil bahagian di dalam Program Pecutan Akhir SPM 2011 di Dewan Hambali Masjid As Syarif Meru anjuran PTRS dibawah naungan Exco Pendidikan Negeri Selangor. Calon SPM adalah terdiri pelajar ang mengambil bahagian dalam tuisyen Program Tuisyen Rakyat Selangor di Dun Pelabuhan Klang, Sg Pinang, Selat Klang dan Sementa. Dalam program sehari, semua calon diberikan taklimat mengenai tips-tips soalan, panduan menjawab soalan dan teknik menjawab soalan yang betul. Program disampaikan oleh guru -guru yang berpengalaman dan terlatih.
Pesuruhjaya Pas Negeri Selangor yang baru, YB Dr Hj Abd Rani bin Osman telah mengambil inisiatif awal untuk melawat ahli-ahli Pas di peringkat kawasan dan cawangan untuk majlis taaruf dan beramah mesra diiringi dialog bersama mereka bagi mendalami permasaalahan yang mereka hadapi diperingkat akar umbi.
Antara kawasan yang beliau sempat kunjungi ialah Kawasan Selayang, Shah Alam, Sabak Bernam dan juga Kuala Selangor.
Selain menyantuni masaalah-masaalah mereka, Dr Rani juga memberi suntikan semangat perjuangan kepada ahli-ahli Pas agar meneruskan perjuangan suci ini hingga ke akhir hayat mereka.
You are subscribed to email updates from KHIDMAT MERU To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menuntut agar satu siasatan dibuat kepada beberapa insiden keganasan pihak Polis ketika cuba menghalang Himpunan Aman Bersih 9 Julai lepas. Pihak Polis harus mengambil tanggungjwab diatas kematian Allahyarham Baharudin Ahmad serta menjelaskan dua rakaman klip video dari Malaysiakini dan AlJazeera yang disebar di Youtube yang jelas membuktikan keganasan anggota Polis.
Allahyarham Baharudin Ahmad, 58 tahun yang berada di KLCC meninggal dunia selepas terhidu asap bom pemedih mata yang ditembak oleh FRU. Bahan kimia 2-Chlorobenzalmalononitrile (CS) yang menjadi bahan utama bom berkenaan menjadi punca mangsa mengalami trauma, sesak nafas dan kegagalan fungsi jantung hingga menyebabkan kematiannya. 31 Disember 2010 yang lalu, perkara yang sama berlaku kepada seorang wanita Palestin berumur 36 tahun, Jawaher Abu Rahmah yang mati selepas terhidu gas pemedih jenis yang sama digunakan oleh rejim Israel di Tebing Barat.
Sekalung penghargaan & ucapan tahniah kepada semua wira dari Merbok yang telah menghadiri Himpunan Aman Bersih 2.0 dua hari lalu. Terlalu banyak cerita yang nak dikongsi bersama. Pelbagai pengalaman menarik suka nak diluahkan. Memang dahsyat Bersih 2.0 apabila dikotori oleh tindakan ganas FRU & Polis.
Saya tidak bercadang untuk mengulas semua kejadian yang telah berlaku. Walaupun pedihnya mata telah hilang akibat disembur gas pemedih mata, namun lenguh kaki belum hilang. Dikejar sakan oleh pegawai atasan Polis.
So, kami nak jemput Pemuda PAS di Merbok untuk sama-sama kongsi pengalaman & cerita di Bersih 2.0 pada :
Hari : Rabu
Tarikh : 13 Julai 2011
Masa : 9.30 malam
Tempat : Kedai makan Mat Nor, Sg Lalang (sebelah Tokong Cina, berhampiran SMK Aman Jaya).
Pakat-pakat mai la no sambil kita minum teh tarik. Sumbangan anda semua amat kami alukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan