Ahad, 10 Julai 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS TELUK INTAN

Posted: 09 Jul 2011 11:54 PM PDT

PAS TELUK INTAN


Lawan Tetap lawan

Posted: 09 Jul 2011 03:22 AM PDT

Polis akan memBERSIHkan balainya bermula 630 ptg.

Posted: 09 Jul 2011 03:09 AM PDT

Jumlah yang ditangkap hampir 1000 orang. Semuanya akan dibebaaskan bermula 630 ptg ni. Tak tau le kot ada yang dipilih-pilih. Rasanye ketua Patriot yangg kena bebas dulu...

Himpunan Bersih Himpunan Perpaduan : Pak Samad

Posted: 09 Jul 2011 02:26 AM PDT

Inilah luahan hati sastterawan negara.

Salam Perjuangan

Posted: 09 Jul 2011 11:19 PM PDT

Salam Perjuangan


PASCA BERSIH 2.0 - KENYATAAN MEDIA TG PRESIDEN

Posted: 09 Jul 2011 07:53 AM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN JERAI

Posted: 09 Jul 2011 11:16 PM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN JERAI


BERSIH 2.0

Posted: 09 Jul 2011 02:51 AM PDT















PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 09 Jul 2011 09:32 PM PDT

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


BERSIH 2.0 belum berakhir. Perjuangan kita tiada hentinya lagi.

Posted: 09 Jul 2011 08:25 PM PDT

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 09 Jul 2011 09:25 PM PDT

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


BERSIH...BERSIH...BERSIH....PERUTUSAN TG NIK ABDUL AZIZ DARI MEKAH

Posted: 09 Jul 2011 11:41 AM PDT

PERUTUSAN TG NIK AZIZ DARI TANAH SUCI.

Saat ini saya sedang berada di Masjidil Haram, Makkah al-Mukarramah menunggu waktu solat Zohor dan menghadap wajah saya ke Kaabah. Insya Allah selepas Asar, saya akan bertawaf wida' dan akan meninggalkan Tanah Suci. Baru sebentar tadi saya dimaklumkan tentang penahanan Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.

Saya juga dimaklumkan bahawa Timbalan Presiden PAS dan beberapa orang pimpinan tertinggi PAS dan Pakatan Rakyat adalah antara beratus-ratus orang yang telah ditangkap oleh polis kerana menyertai Bersih 2.0 pada hari ini.

Hati saya cukup remuk mendengar nasib yang sedang dihadapi oleh sahabat-sahabat pimpinan pada saat ini. Saya menuntut agar dibebaskan segera pimpinan-pimpinan yang ditangkap oleh polis. Jangan menyangka gari dan peluru boleh menakutkan semua orang.

Saya tegas untuk menyatakan bahawa tindakan yang dilakukan ini hanya akan menambahkan kebencian rakyat terhadap Umno. Sekalipun yang bertindak ialah polis, tetapi semua pihak mengetahui bahawa alat kawalan jauhnya dipegang oleh Perdana Menteri yang mengetuai kerajaan yang juga merupakan Presiden Umno. Padahal, apa masalahnya dengan berhimpun?

Bukankah Presiden Umno baru saja mengumpulkan sejuta belia beberapa minggu yang lalu tanpa ada sedikitpun halangan? Sejuta belia yang dikhabarkan hadir dengan penuh layanan mesra oleh pihak berkuasa tiba-tiba hari ini hanya untuk mengumpulkan 300 ribu orang dibalas dengan gari dan semburan gas? Bukankah orang yang sama juga pernah menjanjikan bahawa himpunan akan dibenarkan jika dibuat di dalam stadium bahkan diberikan keizinan untuk 'melalak sampai pagi'?

Saya yakin, apa yang berlaku pada hari ini hanya akan menaikkan kemarahan rakyat kepada Umno. Buatlah setakat mana yang boleh dibuat, sesungguhnya kezaliman yang boleh dilakukan ini hanya setakat kehidupan di dunia sahaja. Di akhirat, setiap tangan yang digari, tubuh yang disakiti dan maruah yang dicalari akan dituntut bayar di hadapan Allah SWT. Kepada mereka yang dizalimi hari ini, jangan lupa menuntut balasannya di hadapan Allah SWT nanti. Umno barangkali tidak tahu bahawa orang yang dizalimi mempunyai senjata yang ampuh iaitu doa.

Saya menyeru kepada semua umat Islam agar marilah bersama-sama berdoa di dalam sujud kita kepada Allah SWT agar dilaknat kezaliman yang dilakukan pada hari ini. Yakinlah, perjuangan menuntut keadilan ini pasti akan berjaya. Umno pasti akan jatuh tersembam juga akhirnya. Tentangan dan penindasan ini hanyalah tanda perjuangan keadilan akan berjaya. Umpama layang-layang yang tidak akan terbang melainkan dengan melawan angin, begitu juga dengan perjuangan, tidak akan berjaya melainkan dengan menghadapi tentangan!

Allahu Akbar!

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT.

Masjidil Haram, Makkah al-Mukarramah.

Dicatat pada: 12.00 tengah hari (5.00 petang waktu tempatan).

sumber:http://www.malaysiakini.com/news/169420

  Wira BERSIH dari Muar bebas ! Takbir !!!

misbahul munir

Posted: 09 Jul 2011 09:15 PM PDT

misbahul munir


Bersih 2.0: Terima kasih dan tahniah buat semua penyokong - Tuan Guru Haji Hadi Awang

Posted: 09 Jul 2011 10:35 AM PDT

DEWAN MUSLIMAT PAS GOPENG

Posted: 09 Jul 2011 09:13 PM PDT

DEWAN MUSLIMAT PAS GOPENG


INIIKAH MALAYSIA ????? NEGARAKU ?????

Posted: 09 Jul 2011 07:29 AM PDT

RAKYAT DIDAHULUKAN

Posted: 09 Jul 2011 06:18 AM PDT

SEBAGAI PEMIIMPIN, ANDA AKAN DIPERSOALKAN DI AKHIRAT NANTI..

Posted: 09 Jul 2011 05:47 AM PDT

Mangsa gas pemedih mata meninggal
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 9 Julai: Seorang peserta perhimpunan Bersih 2.0 yang terkena semburan water canon dan gas pemedih mata di KLCC meninggal dunia sekejap tadi.

Baharudin Ahmad, 58 tahun, bersama rakan dan keluarganya berkumpul di KLCC terjatuh dan pengsan apabila disembur gas pemedih mata oleh pasukan keselamatan.

Beliau yang dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) disahkan meninggal dunia kemudiannya.

Jenazah beliau kini dibawa ke rumah beliau kemudiannya di Kelompok Camar, Jalan Ampang Ulu Kelang.

Menurut rakan beliau, Suhaimi Long, Baharudin pengsan selepas terkena gas pemedih mata di  bawa ke HKL di mana anak perempuan mangsa bertugas di situ sebagai seorang doktor.

Isteri belaiu, Puan Rosni Melan ketika dihubungi Harakahdaily berkata, ketika kejadian beliau dan suaminya tidak duduk sekali kerana beliau ke Stadium Merdeka manakala suaminya ke KLCC.

"Saya diberitahu, apabila polis menembak gas pemedih mata, suami beliau tidak loarat untuk lari dan duduk di situ. Apabila orang ajak lari baru mereka sedar suami saya sudah tidak sedarkan diri," cerita Rosni yang juga Ketua Wanita Cabang Setiawangsa itu.

Suami beliau kemudiannya di bawa ke HKL dan disahkan meninggal dunia di sana.

ORANG BAIK DITANGKAP.....DI NEGARAKU MALAYSIA

Posted: 09 Jul 2011 01:20 AM PDT

Presiden PAS ditangkap
 
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 9 Julai: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ditangkap di stesen KL Sentral kira-kira jam 2.30 petang tadi. Beliau dibawa dengan trak polis ke Balai Polis Jinjang.
Turut ditangkap ialah setiausaha politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Sebelum itu timbalannya Mohammad Sabu dan Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga turut ditangkap.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub juga ditangkap di KL Sentral pada jam 12.24 tengah hari dan dibawa ke Balai Polis Jinjang.
Selain mereka, lebih 400 sudah ditangkap dan Pasukan Peguam PAS telah mengenalpasti lebih 133 orang dari mereka.

Kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Jinjang atau Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak.

PAS LENGGONG

Posted: 09 Jul 2011 07:23 PM PDT

PAS LENGGONG


Polis tanggungjawabnya menjaga keselamatan rakyat.

Posted: 09 Jul 2011 05:11 PM PDT

Kanak umur 15 tahun mati di tembak polis,
Pedemonstrator aman bersih 2.0 mati kerana tembakan gas pemedih mata dan water canon.
Kugan mati di lokap polis.
TBH mati dalam tangan SPRM polis tak dapat cari pembunuhnya
Sarbini polis juga tak dapat cari pembunuhnya.
banyak lagi peristiwa
Adakah polis tugasnya untuk membunuh rakyat atau membiarkan rakyat terbunuh?
setiap kelakuan akan disoal di akhirat kelak.

Matinya kerana tembakan gas pemedih mata dan water canon polis.

Posted: 09 Jul 2011 05:10 PM PDT

Mangsa gas pemedih mata meninggal
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 9 Julai: Seorang peserta perhimpunan Bersih 2.0 yang terkena semburan water canon dan gas pemedih mata di KLCC meninggal dunia sekejap tadi.

Baharudin Ahmad, 58 tahun, bersama rakan dan keluarganya berkumpul di KLCC terjatuh dan pengsan apabila disembur gas pemedih mata oleh pasukan keselamatan.

Beliau yang dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) disahkan meninggal dunia kemudiannya.

Jenazah beliau kini dibawa ke rumah beliau kemudiannya di Kelompok Camar, Jalan Ampang Ulu Kelang.

Menurut rakan beliau, Suhaimi Long, Baharudin pengsan selepas terkena gas pemedih mata di bawa ke HKL di mana anak perempuan mangsa bertugas di situ sebagai seorang doktor.

Isteri belaiu, Puan Rosni Melan ketika dihubungi Harakahdaily berkata, ketika kejadian beliau dan suaminya tidak duduk sekali kerana beliau ke Stadium Merdeka manakala suaminya ke KLCC.

"Saya diberitahu, apabila polis menembak gas pemedih mata, suami beliau tidak loarat untuk lari dan duduk di situ. Apabila orang ajak lari baru mereka sedar suami saya sudah tidak sedarkan diri," cerita Rosni yang juga Ketua Wanita Cabang Setiawangsa itu.

Suami beliau kemudiannya di bawa ke HKL dan disahkan meninggal dunia di sana.

Kekecohan angkara polis.

Posted: 09 Jul 2011 05:02 PM PDT

Semua kekecohan yang terjadi adalah angkara polis. kerana itu merekalah yang bertanggungjawab. Dihadapan Allah nanti Insya Allah hambanya yang syahid itu akan menuntut keadilan sebenarnya. Dia akan menyebutkan nama satu persatu.
Semoga Allah kurniakan Syahid kepada hambanya itu.

Mati kerana menuntut keadilan - Syahid

Posted: 09 Jul 2011 04:57 PM PDT

Dan kematian itu akibat tembakan gas pemedih mata. yang menyesakkan mata. Perlu ada siasatan dan querry. perlu inques. kerana kelakuan melampau polis.

Semoga Allah kurniakan kepadanya Syahid

Posted: 09 Jul 2011 04:56 PM PDT

KUALA LUMPUR, 10 Julai: Para pemimpin PAS akan membuat kunjungan hormat ke rumah Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal semasa perhimpunan Bersih 2.0 semalam di rumahnya dekat Kelompok Camar Ampang Ulu Klang jam 10 pagi ini.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan jam 11 pagi di tanah perkuburan Islam AU 4 selepas ia disembahyangkan di surau Mukarrabin, Kelompok Camar.

Baharudin, suami kepada Ketua Wanita Cabang Setiawangsa, Puan Rosni Melan, meninggal selepas jatuh pengsan akibat terkena gas pemedih mata di perkarangan KLCC dalam perhimpunan semalam.

Puan Rosni ketika dihubungi Harakahdaily berkata, ketika kejadian beliau dan suaminya tidak duduk sekali kerana beliau ke Stadium Merdeka manakala suaminya ke KLCC.

"Saya diberitahu, apabila polis menembak gas pemedih mata, suami saya tidak larat untuk lari dan duduk di situ. Apabila orang ajak lari apabila polis mahu tangkap baru mereka sedar suami saya sudah tidak sedarkan diri," cerita Rosni yang juga Ketua Wanita Cabang Setiawangsa itu.

Suami beliau kemudiannya di bawa ke HKL dan disahkan meninggal dunia di sana.

Malam tadi, Jawatankuasa PAS Pusat membuat mesyuarat khas di Pejabat Agung PAS untuk membincangkan sikap post-Bersih 2.0.

Solat hajat dan berdoa untuk keselamatan tahanan Bersih 2.0

Posted: 09 Jul 2011 03:47 AM PDT

Ya Allah Segerakanlah laknat ke atas tangan-tangan yang zalim ke atas kumpulan Bersih 2.0

Gambar 2 kumpulan Demonstrasi

Posted: 09 Jul 2011 03:38 AM PDT

Takut giler aku bro..! Takut kapunden bila baca cogankata 'ganaz' gitu. Perh..!! Mau 3 hari aku demam nih !! Kah..kah..kah !!


Dengar cakap, ganas giler bro ! Setakat 200 meter jer boleh pergi, baik kunyah tosey lagi baik. PERKASA jugak yang cerdik, siap boleh pekena teh tarik 2-3 kole di restoran dekat stadium Titiwangsa sambil tonton tv. Kesian aku tengok geng Patriot ni. Depa ni daftar ROS ker? Ker pertubuhan haram jugak ? Takpa..lain kali cuba lagi, mayb BERSIH 3 boleh dapat langkah jauh sikit, dari 200m ke 400m lompat berpagar kot pulak. Jiwa kental taik kucing !!



Tahniah BERSIH. Anda semua (peserta himpunan aman ini) memang hebat ! Tolong jangan bandingkan kehebatan rakyat yang menjunjung BERSIH dengan rakyat Pat'turot' di atas. Tak terjangkau akal bro ! Jauh sangat.

Perhimpunan aman Bersih 2.0 yang dikucar-kacir dan dihuru-harakan oleh pihak polis telah mendapat liputan meluas daripada media-media utama negara luar.

*Liputan yang diterbitkan mereka merupakan berita daripada pandangan masyarakat luar mengenai apa yang benar-benar berlaku dan dilaporkan tanpa memihak kepada mana-mana. Jauh berbanding dengan media utama negara yang lebih suka memburuk-burukkan sesuatu yang selain daripada kerajaan.
Liputan-liputan tersebut antaranya boleh diikuti di Al-Jazeera, CNN, BBC dan Reuters. (dari Cina Islam).



FOTO PALING COOL !
Lepas bergasak, shakehand
settle bro .. !
Ini gambar paling cool ..
Kita tak sombong dengan polis !

foto ehsan wartamaya.
** nak tunggu apa cerita pencacai umno malam ini ! Bukan apa..nak tambah gelak dari persembahan lawak paling murah diberikan oleh team pat'turot !

Bebaskan Presiden PAS dan semua tahanan.

Posted: 09 Jul 2011 03:27 AM PDT


Politik & Isu Semasa | Bebaskan TGH Hadi dalamasa 24 jam atau hadapi himpunan kali ke 2!!

PAS memberi tempoh 24 jam supaya polis membebaskan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau himpunan kedua akan dilakukan. Jawatankuasa PAS Pusat Dr Syed Azman Syed Ahmad pada sidang mediabya, berkata, jika Hadi tidak dibebas, sejuta ahli parti Islam itu akan berhimpun di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman



Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dalam sidang medianya menuntut Abdul Hadi dibebaskan dalam masa 24 jam sebelum ahli-ahli PAS dari seluruh pelusuk negara datang berhimpun di Bukit Aman.

(Abdul Hadi berbaju kuning dalam trak polis dan dibawa ke Balai Polis Jinjang bersama tahanan yang lain sebelum di bawa ke IPK KL)

Abdul Hadi ditahan polis di KL Sentral bersama setiausaha politiknya, Dr Shamsuri Mokhtar dan dibawa naik ke trak polis.

Beliau kemudiannya di bawa ke Balai Polis Jinjang.

Dari sana, Abdul Hadi dimaklumkan dibawa ke IPK Kuala Lumpur oleh sebuah kereta polis.

Selain Abdul Hadi, turut ditangkap adalah lebih 500 peserta perhimpunan termasuk pemimpin kanan Bersih dan Pakatan Rakyat di samping Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin.

Mohamad Sabu, Datuk S Ambiga, Azmin Ali, Salahudin Ayub, Datuk Mahfuz Omar, Tian Chua dan lain-lain turut ditangkap.

(Abdul Hadi bersama Dr Samsuri dalam trak polis)

Datuk Seri Anwar Ibrahim cedera dalam pergelutan dengan pihak berkuasa yang mahu menangkapnya dan dihantar ke Hospital Pantai.

Pengawal keselamatannya turut cedera dalam pergelutan ini.

Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad turut cedera apabila terkena botol gas pemedih mata yang ditambak pasukan keselamatan.

Ya Allah peliharalah hamba-hamba mu itu.
Ya Allah Dalam pada engkau membuka hijab antara hamba mu yang dizalimi dengan Engkau ini turunkanlah laknat kepada orang-orang yang zalim dan melakukan kezaliman kepada hamba mu itu pada hari ini di kuala lumpur. Segerakanlah laknat engkau ke atas mereka dengan berkat Rasulmu Nabi Muhammad S A W.

Deghlik kerajaan bn

Posted: 09 Jul 2011 03:18 AM PDT

Bersih 2.0 mendapat liputan media dunia



6 Syaaban 1432H. [MOD] -


Perhimpunan aman Bersih 2.0 yang dikucar-kacir dan dihuru-harakan oleh pihak polis telah mendapat liputan meluas daripada media-media utama negara luar.

Liputan yang diterbitkan mereka merupakan berita daripada pandangan masyarakat luar mengenai apa yang benar-benar berlaku dan dilaporkan tanpa memihak kepada mana-mana. Jauh berbanding dengan media utama negara yang lebih suka memburuk-burukkan sesuatu yang selain daripada kerajaan.

Liputan-liputan tersebut antaranya boleh diikuti di Al-Jazeera, CNN, BBC dan Reuters.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 09 Jul 2011 03:51 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


INNALILLAH MANGSA KEZALIMAN NAJIB PERTAMA!

Posted: 09 Jul 2011 04:40 AM PDT

TERKINI!!

BERITA SEDIH DARI HOSPITAL KUALA LUMPUR!

SUAMI KEPADA KETUA WANITA PKR CABANG TITIWANGSA, BAHARUDIN BIN AHMAD TELAH MENINGGAL DUNIA SEBENTAR TADI AKIBAT TERJATUH KERANA SESAK NAFAS ASAP GAS PEMEDIH MATA!!

MENURUT TWITTER ADUN SRI MUDA, SHUHAIMI SHAFIEI:


Suami kepada ketua wanita setiawangsa telah kembali kerahmatllah sebentar td akibat dr sedutan gas pemedih api yg berlebihan. Kejam!!!

JELAS, INI AKAN MEMBERIKAN TAMPARAN HEBAT BUAT NAJIB ALTANTUYA DAN PDRM SENDIRI!

JENAZAH KINI BERADA DI BILIK MAYAT HOSPITAL YANG SAMA.

SEMENTARA ITU - DI IPK KUALA LUMPUR

Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga dan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibebaskan petang ini selepas memberi kenyataan di Ibupejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Bercakap selepas dibebaskan pada jam 6.30 petang ini, Ambiga mengucap syabas kepada rakyat Malaysia yang keluar beramai-ramai menyertai perarakan BERSIH hari ini.

Beliau adalah antara tujuh orang yang terawal yang ditahan di IPK KL, yang telah dibebaskan.

SAH UMNO-APCO TAKUT DENGAN PAKATAN RAKYAT!!

TAKBIR!!!

JALAN PULANG

1 JUTA AHLI PAS AKAN TURUN MALAM INI !

Posted: 09 Jul 2011 04:23 AM PDT










Jawatankuasa PAS Pusat Dr Syed Azman Syed Ahmad pada sidang mediabya, berkata, jika Tok Guru Hadi tidak dibebas, sejuta ahli parti Islam itu akan berhimpun di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
4.10pm: Stesen LRT yang masih ditutup, menurut RapidKL - Pasar Seni, KL Sentral, Masjid Jamek dan Dang Wangi.
4.01pm: Facebook PDRM - Antara pemimpin teratas yang ditahan ialah:
Mahfuz Omar - KL Sentral
Salahuddin Ayub - KL Sentral
Mohamad Sabu - Jalan Mahameru
Fauziah Salleh - KL Sentral
Tian Chua - KL Sentral
S Ambiga - KL Sentral
Hadi Awang - KL Sentral
Azeez Rahim - Jalan Bukit Bintang
4pm: Istana Negara- Delegasi BERSIH 2.0 seramai kira-kira 20 orang yang diketuai oleh A Samad Said dihalang oleh polis kira-kira 200 meter dari pintu pagar istana.

Rundingan dengan pihak polis gagal dan kumpulan itu bersetuju untuk bersurai. Bagaimanapun, Samad berkata beliau perlu berehat dan kumpulan itu meninggalkan beliau di situ.
3.50pm: KL Hilton - Dalam satu sidang akhbar, naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar, N Surendran dan timbalan setiausaha agung PAS, Syed Azman mengutuk kekejaman polis yang didakwa mereka menyebabkan kecederaan terhadap beberapa pemimpin Pakatan.

Mereka berkata, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang telah dihantar ke Hospital Pantai, ahli parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad dan pemimpin BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah dan A Samad Said juga mengalami kecederaan.

Pemuda Pas Caw. Kota Kemuning

Posted: 09 Jul 2011 03:46 PM PDT

Pemuda Pas Caw. Kota Kemuning


Pejuang Gagah Berani ' PATRIOT ' Lari Lintang Pukang Dihambat FRU

Posted: 09 Jul 2011 08:33 AM PDT

KEMATIAN PERTAMA TERCATAT SUDAH.

Posted: 09 Jul 2011 08:06 AM PDT

Bersih berjaya capai matlamat - Dr Hatta

Posted: 09 Jul 2011 08:02 AM PDT

Bersih 2.0 hanya mukadimah - Abdul Hadi

Posted: 09 Jul 2011 08:01 AM PDT

Rakyat bangkit walau dihalang

Posted: 09 Jul 2011 07:34 AM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 09 Jul 2011 03:41 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


A day to remember

Posted: 09 Jul 2011 10:56 AM PDT

ada video kreatif BERSIH 2 disini.




BERSIH 2.0 : MAAF BANYAK BANYAK KAMI HANYA MENERIMA ARAHAN


Polis berkata. "Maaf banyak banyak. Kami hanya menerima arahan dari orang atas. Semoga tiada dendam antara kita." Harap tuntutan tuan semua diluluskan"

Peserta BERSIH. " Terima kasih kerana bagi kami bom asap dan air pancut.

Bersih 2.0 : BN terluka parah

Posted: 09 Jul 2011 10:29 AM PDT


Oleh Husam Musa

Akhirnya, kami sampai di kawasan bersebelahan bangunan sebuah tokong Budha di sebuah jalan menghala Stadium Negara.Ribuan berhimpun. Tidak lama, ia menjadi belasan ribu, kalau pun tak puluhan ribu.Sungguh pun ada barisan FRU menghalang jalan itu ke Stadium Negara, perhimpunan berjalan aman betul-betul bersebelahan sekatan FRU.

Pak Samad Said di situ. Saya melihat mata kanannya merah. Terkena semburan gas pemedih mata di KL Sentral sebelum ke sini. Diserbu FRU bersama pimpinan Bersih dan PR ketika mereka mula nak bergerak dari sana.

Ustaz Hadi ditahan. Pimpinan lain juga.

Ada yang cedera. Salah seorang adalah pengiring Datuk Seri Anwar Ibrahim. Luka parah dengan lumuran darah di pipi kanan beliau.

Saya tiba beberapa minit selepas rombongan bergerak dari Hilton. Sempat menyaksikan polis mengheret pimpinan ke dalam trak FRU.

Pak Samad terlepas bersekali Haris. Ia ke sini. Meneruskan tapak-tapak perjuangan rakyat yang cintakan damai menuntut kesaksamaan pilihanraya, sekalipun sukar.

Bukan dekat berjalan kaki ke sini. Hampir lima belas minit berjalan laju.

Saya berucap dulu.

Kagum. Sekatan polis begitu mencengkam seluruh kotaraya Kuala Lumpur.

Amaran polis dan pimpinan Umno/BN sebelum tarikh ini bertubi-tubi. Malam tadi saya menyaksikan kenyataan Ketua Polis Negara, polis akan melakukan apa sahaja untuk menghalang perhimpunan ini.

Serbuan di mana sahaja ada rakyat berhimpun.

Namun, di depan mata saya ada belasan ribu. Ribuan lagi di berbagai lokasi di kora raya. Hebat rakyat Malaysia. Serta merta rasa bangga dengan keberanian rakyat Malaysia semua kaum menyerap masuk ke dalam hati kecil saya. Lebih membanggakan, bagaimana mereka boleh menembusi semua sekatan yang ada???

Adakah strategi kepungan polis Malaysia begitu naif???

Adakah polis kita memerlukan penilaian semula terhadap pendekatan dan kaedah berfikir mereka?

Atau ombak semangan rakyat begitu cekal?

India, Cina, Melayu, tua, muda, bahkan berkeluarga, Sabahan, Sarawak juga, satu hati membuktikan kuasa rakyat lebih kuat dari kuasa polis!

Ugutan tidak boleh meleburkan tekad mereka. Sekatan, serbuan dan gas pemedih mata ala Tahrir Square adalah kecil di mata kebangkitan. Jangan lupa ini.

Ombak rakyat lebih tinggi dari gunung, lebih hebat dari tsunami. Lebih kukuh dari kekerasan, kekejaman dan hilang pedoman pihak berkuasa yang paling kuat sekalipun.

HUjan yang turun mendamaikan gas pemedih mata yang dilepaskan oleh polis menjadi bukti Tuhan bersama rakyat yang inginkan politik yang BERSIH.

Jika pemimpin UMNO/BN dan polis bersopan, mendengar nasihat Yang Di Pertuan Agung, mengizinkan perhimnpunan aman di Stadium, tidak lah UMNO/BN dan polis dimalukan sebegini.

Tidaklah dunia menjadi saksi Najib menyembunyikan sebuah perjalanan pilihanraya yang penuh dengan penyelewengan untuk meneruskan talian hayatnya.

Kini, dunia menyaksikan Malaysia sedang menyusur jalan kejatuhan yang sama dengan regim kotor yang lain. Terakhir, perubahan politik di negara jiran, Thailand.

SPR, keluar dari eiposod BERSIH 2, sebagai kaldai tunggangan UMNO/BN.

Keutuhannya hancur. Kehendak Perlembagaan Negara 114(2) menghendaki SPR mendapat KEPERCAYAAN AWAM.

Kepercayaan awam terhadapnya telah hancur dengan sikapnya menjelang Bersih 2.

Izin Agung lantik SPR baru

Pengerusi dan anggota SPR wajar mengosongkan kerusi mereka jika mereka benar menyokong pilihanraya yang bersih dan bukan berada di situ melindungi nyawa UMNO/BN. Izinkan YDP Agung membentuk anggota SPR yang baru.

Pandanglah kebangkitan rakyat di tengah kepungan polis ini sebagai lambang tuntutan kepada sistem yang bersih. Demi negara tercinta, pandanglah pada semua penyelewengan yang anda sendiri memang mengetahuinya (tetapi berpura-pura tidak mengetahuinya), dengan bertindak jujur dan memberikan peluang reformasi yang sangat penting untuk keselamatan negara.

Kenyataan berunsur perkauman para pemimpin UMNO/BN sebelum perhimpunan ini telah meletakkan jurang yang amat dalam antara pemimpin ini dengan majoriti rakyat yang rasional dan cintakan keharmonian.

Wajah sebenar Najib dan pentadbirannya yang bermuka-muka dan sanggup membelakangkan teras demokrasi, keharmonian rakyat Malaysia dan kesopanan dengan Raja Melayu, terserlah. Ia cukup menggerikan. Kelayakan pemimpin sperti ini untuk memimpin rakyat pelbagai kaum di negara ini dan meletakkan keselamatan rakyat tanpa memilih bulu telah hilang.

Ugutan dan terkeman kumpulan ektremis sepanjang episode BERSIH 2 yang dibiarkan tanpa sebarang tindakan membuktikan perlunya pimpinan baru mengambil alih negara jika kita inginkan keamanan dan keselamatan, kestabilan dan keharmonian. Minda gelap mereka berada di mana-mana.

Kekerasan tidak bertempat yang ditunjukkan oleh polis di pelbagai insiden pada hri ini, menyerlahkan minda mereka meletakkan keselamatn regim yang ada lebih penting dari sumpah dan tugas mereka menjaga keselamtan rakyat.

Darah banyak yang menitis, kecederaan, pemimpin di cekup dan diseret seperti penjenayah dan lainnya, bukan berlaku angkara peserta demo yang seluruhnya datang dengan niat yang BERSIH.

Andalah yang telah mengotorkan himpunan ikhlas 9 Julai ini. Akhirnya, andalah yang cedera parah dalam minda majoriti rakyat yang cintakan damai.... Malang....

BERSIH 2.0: Gambar Lagi

Posted: 09 Jul 2011 10:26 AM PDT

Datuk Sri Tuan guru Hj Abdul Hadi Awang dan S/U Politiknya Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
di dalam trak Polis sebelum dibawa ke Balai Polis Jinjang

Kaki timb presiden cedera, kereta polis langgar semasa hendak menahannya





















yang ni yang paling power...





























  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

6000 org jeeer: tak pandai kira pon jadi boleh jadi IGP?

Posted: 09 Jul 2011 10:21 AM PDT

IGP: Only 6,000 joined rally

UPDATED @ 07:41:40 PM 09-07-2011
July 09, 2011

KUALA LUMPUR, July 9 — While Bersih 2.0 declared its rally today was a success as it drew a 50,000-strong crowd, Inspector-General of Police Tan Sri Ismail Omar said this evening that only 6,000 turned up.

Speaking at a press conference at the Bukit Aman police headquarters here, he also insisted that his men had acted professionally in keeping protestors at bay during the chaos that broke out in the capital city.

"If there are claims of abuse, lodge police reports," Ismail(picture) said.

He said the protestors had mainly thronged Puduraya, Dataran Maybank and outside Stadium Merdeka, where Bersih 2.0 had wanted to hold its rally to call for free and fair elections.

Ismail said the police had done "very well" and that the roadblocks set up days before the rally had succeeded in keeping people away from the city.

Although he confirmed that protestors had dispersed at 5pm, he still could not confirm if roadblocks would be lifted by tonight, saying: "We'll monitor the situation and see if the crowd comes back again."

During the protest, a total of 1,401 people were detained, including 1,273 men, 115 women, 12 boys and one girl.

"All detainees were treated well... we gave them food," Ismail said.

When pointed out, however, that Pakatan Rakyat (PR) de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim had been injured, the police chief said: "Anwar Ibrahim was not at Puduraya... he was not arrested."

On reports that police were seen physically abusing protestors, Ismail said there were certain individuals who provoked the police.

He would not confirm if all those detained would be released within 24 hours, saying it would depend on investigations.

He added that those detained were hauled in for participating in an illegal rally, noting that the group had refused to hold the gathering outside the city, insisting instead on staging it at the historic stadium.

"Rallies are not part of our culture... let KL and other states be peaceful and harmonious," he said.

Asked about PAS's threat to organise another demonstration, Ismail said PAS has the right to say what it wants to say and he will launch arrests based on the law

6000 org jeeer: tak pandai kira pon jadi boleh jadi IGP?

Posted: 09 Jul 2011 10:21 AM PDT

IGP: Only 6,000 joined rally

UPDATED @ 07:41:40 PM 09-07-2011
July 09, 2011

KUALA LUMPUR, July 9 — While Bersih 2.0 declared its rally today was a success as it drew a 50,000-strong crowd, Inspector-General of Police Tan Sri Ismail Omar said this evening that only 6,000 turned up.

Speaking at a press conference at the Bukit Aman police headquarters here, he also insisted that his men had acted professionally in keeping protestors at bay during the chaos that broke out in the capital city.

"If there are claims of abuse, lodge police reports," Ismail(picture) said.

He said the protestors had mainly thronged Puduraya, Dataran Maybank and outside Stadium Merdeka, where Bersih 2.0 had wanted to hold its rally to call for free and fair elections.

Ismail said the police had done "very well" and that the roadblocks set up days before the rally had succeeded in keeping people away from the city.

Although he confirmed that protestors had dispersed at 5pm, he still could not confirm if roadblocks would be lifted by tonight, saying: "We'll monitor the situation and see if the crowd comes back again."

During the protest, a total of 1,401 people were detained, including 1,273 men, 115 women, 12 boys and one girl.

"All detainees were treated well... we gave them food," Ismail said.

When pointed out, however, that Pakatan Rakyat (PR) de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim had been injured, the police chief said: "Anwar Ibrahim was not at Puduraya... he was not arrested."

On reports that police were seen physically abusing protestors, Ismail said there were certain individuals who provoked the police.

He would not confirm if all those detained would be released within 24 hours, saying it would depend on investigations.

He added that those detained were hauled in for participating in an illegal rally, noting that the group had refused to hold the gathering outside the city, insisting instead on staging it at the historic stadium.

"Rallies are not part of our culture... let KL and other states be peaceful and harmonious," he said.

Asked about PAS's threat to organise another demonstration, Ismail said PAS has the right to say what it wants to say and he will launch arrests based on the law

Nak BERSIH Lagi?

Posted: 09 Jul 2011 10:18 AM PDT

BERSIH perlu digerakkan diseluruh negeri tanah air

Hari ini dalam sejarah 09 Julai 2011. Rakyat malaysia telah mengamuk sakan di Kuala Lumpur. Geng-geng kulit hitam, kulit putih dan kulit kelabu sebelum ini yang monopoli bandar Kuala Lumpur dengan melepak, mengamuk dan membuat onar di bandar tak kelihatan pd hari ini. Maybe diaorang bagi peluang kat rakyat sendiri mengamuk pulak. "turn you into a rage today" bentak salah sorang negro yang secara kebetulan muncul ditengah-tengah himpunan tersebut. Kalau ikut maksud negro tu "hari ni giliran kamu pulak mengamuk". Lebih kurang gitu lah maksudnya.

Apa pun tahniah dan syabas kepada semua penyokong-penyokong kuning walaupun tak nampak kuning hari ni. Biasa la tektik kena tau.. Kalau dari awal berbaju kuning kompom jadi macam Tian Chua awal-awal lagi dah kena cekup Polis.

Saranan SK agar BERSIH ini tidak dihentikan. Ianya patut diteruskan diseluruh negeri tanah air yang tercinta ini. Jangan menganggap saranan SK ini untuk membuat huru hara. TIDAK SAMA SEKALI UNTUK MENHURU-HARAKAN KEADAAN. Lagipun, bukan ke sebelum ni pihak Polis dah bagi kebenaran "kalau nak buat himpunan biar diluar Kuala Lumpur"so biar kita lakukan pulak di seluruh negeri yang bertuah ini. Kita buat perarakan untuk serah memo kepada Sultan masing-masing. Biar Sultan tengok memo yang diserahkan dan ambil action yang sewajarnya. Jangan hentikan demontrasi sehingga menjelang PRU13 dan KERAjaan Najib menerima tuntutan-tuntutan yang diketengahkan. Bukan susah pun KERAjaan Najib nak terima tuntutan yang tak seberapa tu..atau memang Najib ni jenis takdak te**q, penakut. Berani kerana Benar la Mat Najib oiii. Jangan dok berani cakap dalam TV saja.. itu bukan berani namanya.

Apa pun syabas dan tahniah sekali lagi kepada seluruh lapisan masyarakat yang telah bersama-sama BERSIH hari ini. KITA MESTI BERIKAN JAWAPAN TERBAIK DALAM PRU13 NI NANTI. Sama-sama kita hancurkan regim UMNOBN yang sudah BUSUK HINGGA KE USUS ni.


JANGAN BIARKAN LAGI MALAYSIA DITADBIR PENYAMUN

Nik Aziz: Polis tindas, rakyat akan tambah benci Umno

Posted: 09 Jul 2011 10:16 AM PDT

July 09, 2011

KUALA LUMPUR, 9 Julai – Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata tindakan keras pihak berkuasa ke atas penyokong gerakan Bersih 2.0, termasuk menahan pemimpin-pemimpin politik Pakatan Rakyat, hanya akan menambah kebencian rakyat terhadap Umno.

"Saya tegas untuk menyatakan bahawa tindakan yang dilakukan ini hanya akan menambah kebencian rakyat terhadap Umno," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan dari Mekah petang ini.

Beliau berkata sekalipun yang bertindak ialah polis, tetapi semua pihak mengetahui bahawa alat kawalan jauhnya dipegang oleh Perdana Menteri yang mengetuai kerajaan yang juga merupakan Presiden Umno.

"Padahal, apa masalahnya dengan berhimpun?" kata beliau.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menyoal "bukankah Presiden Umno baru saja mengumpulkan sejuta belia beberapa minggu yang lalu tanpa ada sedikitpun halangan?"

"Sejuta belia yang dikhabarkan hadir dengan penuh layanan mesra oleh pihak berkuasa tiba-tiba hari ini hanya untuk mengumpulkan 300,000 orang dibalas dengan gari dan semburan gas?

"Bukankah orang yang sama juga pernah menjanjikan bahawa himpunan akan dibenarkan jika dibuat dalam stadium bahkan diberikan keizinan untuk 'melalak sampai pagi'?" kata beliau lagi.

Justeru kata Nik Aziz, beliau yakin apa yang berlaku pada hari ini hanya akan menaikkan kemarahan rakyat kepada Umno.

"Buatlah setakat mana yang boleh dibuat, sesungguhnya kezaliman yang boleh dilakukan ini hanya setakat kehidupan di dunia sahaja.

"Di akhirat, setiap tangan yang digari, tubuh yang disakiti dan maruah yang dicalari akan dituntut bayar di hadapan Allah s.w.t.," katanya.

Nik Aziz menambah, "kepada mereka yang dizalimi hari ini, jangan lupa menuntut balasannya di hadapan Allah s.w.t. nanti.

"Umno barangkali tidak tahu bahawa orang yang dizalimi mempunyai senjata yang ampuh iaitu doa," kata Nik Aziz lagi.

Dalam kenyataannya, Nik Aziz juga berkata hatinya cukup remuk apabila mendengar pemimpin-pemimpin tertinggi PAS dan Pakatan Rakyat ditangkap oleh polis kerana menyertai Bersih 2.0.

"Hati saya cukup remuk mendengar nasib yang sedang dihadapi oleh sahabat-sahabat pimpinan pada saat ini.

"Saya menuntut agar dibebaskan segera pimpinan-pimpinan yang ditangkap oleh polis. Jangan menyangka gari dan peluru boleh menakutkan semua orang," katanya.

Empat pemimpin tertinggi PAS ditahan sejak tengah hari tadi.

Mereka ialah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya Mohamad Sabu dan dua naib presiden iaitu Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar

(VERSI INDONESIA) : Seorang Pengunjuk Rasa di KL Tewas

Posted: 09 Jul 2011 08:46 AM PDT

KUALA LUMPUR, KOMPAS.com - Seorang peserta demo di Kuala Lumpur, Malaysia meninggal dunia akibat menderita sesak nafas terkena semburan gas air mata yang ditembakkan polisi anti-huruhara, Sabtu (9/7/2011).

Baharuddin Ahmad (59) pingsan setelah menderita sesak nafas akibat terkena semburan gas air mata yang dilempar polisi anti-huruhara saat menghadapi ribuan pengunjuk rasa yang menuntut pemilu yang adil dan bersih.

Baharuddin sempat dibawa ke Rumah Sakit Kuala Lumpur sebelum dinyatakan meninggal dunia oleh dokter. Istri Baharuddin adalah Ketua Wanita Keadilan Setiawangsa, Rusli Malan.

Tembakan gas air mata juga melukai pemimpin oposisi Malaysia Anwar Ibrahim, yang mengalami memar di kepala dan kakinya setelah polisi Malaysia menembakkan gas air mata ke arah pengunjuk rasa yang menuntut reformasi pemilu.

Kantor berita AFP seperti dikutip Channel News Asia malam ini melaporkan, Anwar Ibrahim dibawa ke Pantai Hospital dengan ambulans, dikawal oleh pengawalnya yang juga terluka.

Terjadi kepanikan. Anwar terjatuh, dan kepalanya terantuk trotoar. Dia mengalami memar di kepala dan kaki kirinya," kata Jayakumar di rumah sakit. "Anwar sangat terguncang setelah terjatuh akibat tembakan gas air mata," jelasnya.



.... sekarang dunia sudah tahu betapa kejamnya pak polisi....





wajah-wajah DPPWM di barisan hadapan yang ditugaskan menjadi Unit Amal Malaysia - sumber Malaysiakini

GAMBAR-GAMBAR UNIK BERSIH 2.0

Posted: 09 Jul 2011 08:07 AM PDT

 
Dalam banyak-banyak... yg nie paling power!!!










(LENSA DPPWM) : REMAJA PATAH KAKI DISEPAK FRU!

Posted: 09 Jul 2011 05:48 AM PDT

Seorang pemuda yang turut menyertai perhimpunan aman Bersih 2.0 telah dikasari oleh sekumpulan FRU dengan menendang tepi betisnya sambil tangannya terikat dengan 'cable tight' yang mengakibatkan tulang betisnya patah. Dia ditangkap dan dikasari sedemikian rupa ketika beliau cuba menyelamatkan diri dari ditangkap pihak polis di kawasan Hentian Pudaraya berhampiran Hospital Tung Seng.
 Orang ramai yang berada disitu cuba menolongnya dengan mendapatkan pisau bagi memotong 'cable tight' polis yang ada pada tangannya setelah polis yang menahannya membiarkan pemuda itu ditepi jalan setelah menyedari yang pemuda itu cedera.
 Kesan kotor but FRU pada seluar tempat tulang betisnya patah dikasari oleh FRU.
Akhirnya  'Cable tight' polis  berjaya dipotong oleh orang ramai selepas kire-kire 10 minit beliau terbaring ditepi jalan tanpa dihiraukan oleh pihak polis.
 Orang ramai terpaksa meminta teksi menghantarnya ke HKL bagi mendapatkan rawatan selepas polis enggan menggunakan traknya utk menghantar mangsa mendapatkan rawatan
 Mangsa meraung yang kesakitan ketika cuba meletaknya di seat belakang teksi
Terima kasih kepada pemandu teksi yang berbangsa india yang sudi menghantarnya ke HKL dengan upah RM5 yg diberikan orang ramai kepada driver itu.

.... tuan-tuan buat le rumusan sendiri... siapa yang jahat dan kejam terhadap peserta yang tidak berdaya??

(LENSA DPPWM) : 150K POTROIT HARAM TERMASUK PELACUR BUKIT BINTANG..WAKAKAKA

Posted: 09 Jul 2011 05:00 AM PDT

 2 orang pelacur di lorong Bukit Bintang turut diagih2kan baju 'free' Paktorout' untuk meramaikan puak-puak 'haram jadah' ini.. nota: : depa lari takut ana ambik gambar mereka....
 Tapi silap le depa...ingat boleh lari le tue....
 
Akhirnya berjaya juga ana tangkap gambar depa dengan post yang paling 'menarik' setelah gagal melarikan diri dari lensa ana...

 Uncle tokey kedai ni ahli pemuda UMporNo ke??? dah tue dapat baju gak...
 150 orang je kot termasuk pelacur tadi....extra banyak dah tue....wakakakaka
patut le ramai.... tengah sibuk mengagihkan baju kepada org yang lalu2 kat area situ
ana pun berjaya dapat selai buat lap kaki kat umah.... selayaknya....wakakakakaka

KELIBAT ABG MAT DI KLCC... KL CENTRAL.... TIMES SQUARE...

Posted: 08 Jul 2011 06:46 PM PDT

Mohamad atau lebih mesra dengan panggilan "Mat Sabu" (gambar) ketika dihubungi  berkata beliau berada di Kuala Lumpur, namun tidak mendedahkan lokasi sebenar.

"Sudah ada di Kuala Lumpur, itu sahaja... apa-apa kita tunggu sahaja macam mana," jawabnya ringkas.

Jawapan sama turut diberikan Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

"Dalam Kuala Lumpur, di mana sahaja," jawabnya.

Menurut perkembangan terbaru Bersih 2.0, gabungan 62 pertubuhan bukan kerajan (NGO) itu memutuskan untuk berhimpun di tempat letak kenderaan Stadium Merdeka walaupun polis tidak memberikan sebarang permit.

Dalam kenyataan lewat petang semalam, Bersih 2.0 yang dipengerusikan Datuk Ambiga Sreenevasan menegaskan gerakan itu komited untuk berhimpun secara aman bersama rakyat Malaysia dalam menuntut pilihan raya bersih dan adil.

"Rakyat Malaysia daripada segenap lapisan telah melalui perjalanan jauh dan penuh cabaran untuk sampai di saat yang genting ini yang bakal mencorakkan sejarah negara kita.

"Dengan kurang 24 jam tinggal untuk perhimpunan aman Bersih 2.0, tekad kami untuk mengharungi fasa terakhir dan yang paling sukar dalam ranjau ini... adalah lebih kukuh daripada sebelumnya dalam menuntut pilihan raya yang bersih dan adil demi membina Malaysia yang lebih bagus," kata gabungan itu.

Kenyataan itu mencerminkan pendirian muktamad Bersih 2.0 untuk berhimpun secara aman di Stadium Merdeka meskipun dilarang oleh polis dan jemaah menteri.

BAHAN LETUPAN : BANGSAT NIE TERUS FITNAH BERSIH

Posted: 08 Jul 2011 05:47 PM PDT

Nampaknya semakin terdesak puak-puak ini apabila semua bangsat ini mengeluarkan artikel yang menuduh bahawa polis telah menjumpai molatov cocktail yang dibuat dengan botol 'plastik' di kubur cina Setiawan serta turut mengada-adakan cerita yang kononnya terjumpa kertas bertulisan cina "BOS,ORDER SUME 20 NAK BUANG KE PEJABAT UMNO".

Sedangkan dalam Bernama mahupun Utusan Meloya tidak menyatakan berita sebegitu....




* artikel daripada blogger bangsat UMporNO

.... apa lagi polis.... buat le kewalan ketak kat PWTC.... rasanye ada bom dah berjaya diletakkan kat situ...wakakaakaka

Dalang UMNO/BN tabur risalah fitnah

Posted: 08 Jul 2011 05:42 PM PDT

- Risalah dicampak di jalan-jalan
- tuntutan yg ditulis tak de kaitan dengan 8 tuntutan BERSIH2.0
- Sesuai dibaca oleh golongan yg lemah fikiran dan malas nak berfikir cam UMNO/BN






-terbitan generasi pencacai




- kalau UMNO/BN dah gain support nape nak takut degan tuntutan sebenar bersih2.0(bukan rekaan cam diaorg tulih)

AYAH KETUA PEMUDA PAS PUSAT DITAHAN POLIS...

Posted: 08 Jul 2011 04:13 PM PDT

KUALA LUMPUR, 8 Julai: Provokasi yang dilakukan oleh pihak polis ternyata makin melampau apabila ayah Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) turut dijadikan alat untuk menghalang Ketua DPPP menyertai himpunan Bersih 2.0 esok.


Ketua DPPP, Nasruddin Hassan Tantawi ketika mendedahkan perkara itu berkata, ayahnya ditahan oleh pihak polis selama beberapa jam bagi tujuan itu.

Menurut beliau, ayahnya telah ditahan oleh polis yang datang mengambilnya di rumahnya sekitar jam 9 pagi tadi, tetapi dibebaskan sebelum solat Jumaat.

Katanya, ketika di balai polis, ayahnya diminta menasihatkaan beliau agar tidak menyertai himpinan aman Bersih 2.0 esok kerana perhimpunan itu tidak dibenarkan oleh pihak polis.

"Ayah saya ditahan oleh pihak polis tanpa sebarang kesalahan, tetapi hanya diminta menasihatkan saya agar tak menyertai himpunan Bersih 2.0 esok.

"Amat lucu apa yang dilakukan oleh pihak polis itu. Ayah saya yang diminta menasihati saya agar tak menyertai himpunan Bersih 2.0, pada hal apa salahnya himpunan Bersih 2.0 itu dari sisi undang-undang?" katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah di pekarangan Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad di Taman Melewar, di sini, malam ini.

Selain kejadian itu, menurut beliau, terdapat tindakan provokasi terkini lain lagi yang dilakukan oleh pihak terhadap beliau untuk menghalang beliau menyertai perjimpunan itu esok.

"Ini berlaku secara langsung ke atas saya ketilka saya melalui satu sekatan jalan raya yang dibuat oleh pihak polis ketika saya hendak ke sini tadi.

"Pihak polis menjelaskan kepada saya yang saya termasuk dalam kumpulan 91 nama yang dihalang memasuki pusat bandar Kuala Lumpur pada 9 Julai. Oleh itu, saya diminta tidak ke Kuala Lumpur malam ini untuk ke sini.

"Bagaimanapun, larangan itu tetap tak saya pedulikan. Malah saya jelaskan kepada pihak polis yang saya tak dibenarkan masuk ke Kuala Lumpur pada 9 Julai. Sekarang baru 8 Julai. Jadi tak ada halanganlah bagi saya untuk ke Kuala Lumpur malam ini," katanya sambil disambut laungan Allahu akbar daripada ribuan hadirin.

Sungguhpun begitu, katanya, beliau tetap juga mengalami kerumitan untuk sampai ke Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad pada malam ini akibat sekatan itu, sehingga menyebabkan beliau terpaksa menggunakan 'jalan tikus' dan memasuki perkampungan Orang Asli di gombak.

"Kesemua kisah yang berlaku itu, walaupun memperlihatkan tindakan keterlaluan pihak polis, tetapi turut menjadi lucu sehingga menyebabkan sesiapa saja boleh tertawa mendengarnya," katanya.



Timbalannya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang turut hadir membaca doa pada akhir majlis.

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Posted: 09 Jul 2011 01:25 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah


Dari Malaysia Kini

Posted: 08 Jul 2011 08:52 PM PDT


Kuala Lumpur yang lazimnya sesak pada setiap pagi Sabtu kini sunyi dan dikawal ketat dengan ribuan anggota polis bagi mengaggalkan perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada jam 2 petang ini.

Di sebalik sekatan jalan raya di kebanyakan lokasi di Kuala Lumpur, keadaan lalu lintas masih lancar tetapi keadaan trafik dilaporkan sesak di kawasan luar bandar di mana polis cuba menghalang penunjuk perasaan daripada memasuki ibu negara.

NONESebahagian besar polis juga ditempatkan di kawasan yang sering menjadi tumpuan orang ramai akan berdemo seperti di persekitaran Dataran Merdeka, Masjid Jamek dan kawasan membeli-belah Sogo.

Kenderaan yang memasuki kawasan berkenaan juga diperiksa ketat.

Masjid Negara juga menyaksikan kehadiran polis yang ramai. Dipercayai ramai lagi anggota polis yang tidak memakai pakaian seragam juga sedang berlegar di kawasan-kawasan berkenan.

Setakat jam 8.30 pagi ini, perkhidmatan LRT berjalan seperti biasa dengan semua stesen boleh dituju.

LAPORAN LANGSUNG:
11.35am: Ketegangan berlaku di stesen lama KTM. Anggota polis cuba menyuraikan orang ramai di dalam bangunan.
11.30am: Menurut Facebook PDRM, sehingga 11 pagi, 236 orang telah ditangkap 228 lelaki dan lapan wanita.

Mereka melaungkan 'Allahu Akbar'. Sekurang-kurangnya enam orang ditahan di kawasan tersebut pagi ini.
NONE11:25am: Menurut sumber, pemimpin Pakatan Rakyat telah bergerak ke pusat bandar.
11:12am: Sogo - Seorang daripada tiga lelaki yang ditahan di sekitar Masjid India berkata, polis memeriksa begnya dan menemui baju-T kuning.

"Bubuh gambar saya, biar besar sikit," katanya sambil senyum sebelum dibawa menaiki trak polis.

11:10am: KLCC - Tiada bukti bahawa gas pemedih mata telah digunakan ke atas penunjuk perasaan di sini. Pengunjung kelihatan mundar-mandir seperti biasa.
11.04am: Stesen LRT Hang Tuah LRT kini ditutup kerana "sebab-sebab keselamatan".
11am: Satu sumber Bukit Aman berkata lebih 100 orang telah ditangkap pagi ini setakat ini.
NONE
10.55am: Stadium Merdeka - Polis menutup stesen monorail Maharajalela dan stesen Hang Tuah yang terletak berhampiran Stadium Merdeka.
Perkhidmatan monorail masih diteruskan di stesen-stesen lain.
10.55am: Masjid Negara Kira-kira seratus anggota polis sedang mengawal pintu masuk ke Masjid Negara. Beberapa penyokong Pakatan Rakyat kelihatan sedang disoal.
10:45am: Kampung Baru - Sekumpulan lagi ditahan, termasuk seorang lelaki yang memiliki baju-T BERSIH. Beliau tidak ditempatkan bersama yang lain dan dibawa di tempat lain untuk disoalsiasat.
10:43am: Sogo - Tiga lagi lelaki, membawa beg galas, ditahan di sekitar kawasan tersebut.

Seorang daripadanya yang berbadan tegap dan berjanggut kelihatan memakai tag akhbar Bernama.
NONEKetika ditemui kemudiannya, wartawan Bernama itu berkata, dia dilepaskan apabila polis berpuashati dengan penjelasannya. Katanya disoalsiasat kerana membawa walkie-talkie. Bagaimanapun, dua orang lagi dibawa menaiki trak polis.
10:25am: Masjid Jamek - Terdapat lebih banyak tangkapan di sekitar stesen LRT Masjid Jamek. Trak polis yang diletakkan di sebelah masjid Masjid Jamek mempunyai sekurang-kurangnya 16 orang di dalamnya.
10:23am: Laporan PDRM - sehingga jam 9 pagi, 'Operasi Polis Perhimpunan 9 Julai 2011' membabitkan 21 tangkapan.
10:21am: KLCC - BERSIH tweet bahawa berlaku pertembungan polis dengan penyokong. "Kanister gas digunakan," katanya. Malaysiakini sedang cuba mengesahkannya.
NONE10.20am: Stesen LRT Masjid Jamek - Tangkapan penyokong BERSIH 2.0 berterusan. Turut ditahan adalah seorang lelaki selepas polis menggelidah bagnya tetapi tidak menjumpai barangan berkaitan BERSIH. Dia bagaimanapun mengakui sedang mengumpulkan derma semasa ceramah PAS sebelum ini.
10.06am: Stadium Merdeka - Polis memasang kawat duri pada di
kedua-dua arah masuk Jalan Stadium, dan menutupnya bukan sahaja kepada kenderaan tetapi juga pejalan kaki.
Kira-kira 20 wartawan juga sedang berkumpul di kawasan ini yang penuh dengan anggota polis.
10.06am: Di stesen lama KTM - seorang warga emas berusia 70 tahun yang memakai serban dan jaket Pakatan Rakyat ditahan bersama dua lagi selepas beliau berkeras untuk pergi ke Masjid Negara untuk bersolat. Ketiga mereka dibawa dengan jip polis.
10.05am: Masjid Negara - Jumlah orang ramai juga semakin bertambah di kawasan ini. Dianggarkan tidak kurang seribu telah berada di sekitar sini.
NONE9.55am: Masjid Jamek - Lebih ramai yang datang melalui stesen LRT. Polis belum memeriksa mereka tetapi hanya memerhatikan keadan. Kawasan ini adalah antara lokasi panas pada perhimpunan BERSIH pada 2007.
9.50am: Masjid Negara - Seorang lelaki tua yang cuba menghampiri masjid dengan niat untuk bersolat telah dihalau oleh pihak berkuasa. Jumlah penyokong BERSIH 2.0 di persekitaran stesen keretapi lama itu semakin bertambah ramai.

9.45am: Masjid Negara - Sekurang-kurang 1,000 penyokong BERSIH 2.0 berjaya berkumpul di kawasan sekitar ibu pejabat lama KTM dan sedang melaung-laungkan slogan.
9.41am: Istana Negara - Sebuah trak meriam air dan anggota polis pencegah rusuhan berkawal di kawasan ini. Kawasan ini di Jalan Mahameru kini ditutup dan tidak ada kenderaan yang dibenarkan melaluinya.
NONE9.40am: IPK Kuala Lumpur - Penolong Pengarah Pengurusan (Perhubungan Awam) Bukit Aman ACP Ramli Mohamed Yoosuf mengesahkan 21 orang telah ditangkap pihak polis.
Polis memberitahu semua tangkapan terdiri daripada 20 orang berbangsa Melayu dan seorang berbangsa Cina yang dipercayai penyokong BERSIH 2.0.
Mereka ditahan atas kesalahan mengganggu penjawat awam dan disiasat mengikut Akta Polis.
Secara tidak rasmi, seorang lagi pegawai berkata tidak kurang 100 orang yang telah ditangkap.
9.38am: Kampung Baru - Tambahan 18 lagi ditahan dipercayai penyokong BERSIH di sekitar kawasan ini. Jumlah itu tidak termasuk dengan tangkapan pertama pada kira-kira sejam sebelum ini di mana sembilan orang dicekup.
9.35am: Masjid Jamek - Tujuh orang ditahan. Alasan penahan mereka belum dapat dipastikan. Wartawan tidak dibenarakan berada berhampiran trak tempat mereka ditahan.

"Awak tak boleh berada di sini. Sila bercakap kepada pegawai saya jika awak mahu berada di sini," kata anggota polis itu.
NONE9.30am: Maju Junction - Empat lelaki ditahan apabila polis menjumpai sehelai baju berwarna kuning di begnya.
9.15am: DBKL - Kira-kira 60 anggota polis dan sepuluh trak dilihat berada di persimpangan T di hadapadan bangunan DBKL.
9.05am: KL Sentral - Polis sedang memeriksa bag-bag kepunyaan penyokong PAS yang baru tiba dari Kelantan.
9.00am: Stadium Merdeka - Jalan ke stadium itu dari Jalan Maharajalela sudah dikepung dengan halangan kawat berduri. Wartawan yang ingin memasuki kawasan itu perlu berdaftar dengan polis.
8.50am: Dataran Merdeka - Police telah menutup kawasan Dataran Merdeka. Lebih enam trak FRU, termasuk trak meriam air diletakkan di lokasi ini.

NONESepanjang Jalan Tun Perak, berhampiran stesen Masjid Jamek, puluhan trak FRU dan sebuah trak meram air bgersiap sedia. Kawasan ini adalah lokasi yang lazimnya menjadi tempat berkumpul bagi penunjuk perasaan.

Dianggarkan tidak kurang 300 anggota FRU dan anggota polis lain berkawal di sini.

"Tiada sesiapun yang yang boleh masuk kawasan ini," kata seorang polis apabila wartawan Malaysiakini cuba meninjau kawasan sekitar Dataran Merdeka.

8.45am: Ibu pejabat PAS - Belum kelihatan anggota polis berpakaian seragam mahupun kenderaan mereka. Namun sekumpulan yang tidak dikenali dilihat memasang kamera video bertentangan bangunan itu. Adalah dipercayai pemimpin utama PAS sedang berkumpul di sana.

8.40am: Jalan Tunku Abdul Rahman - Pasukan pemantau Majlis Peguam turun ke jalanan dengan berpakaian suit hitam dan tag 'Pemantau' di jaket mereka.

NONE"Kami akan pantau perhimpunan ini dan merakamkan gambar jika perlu. Terdapat kira-kira 100 pemantau Majlis Peguam. Ada yang membekalkan khidmat guaman," kata HR Dipendra, yang mengetuai pasukan 15 pemerhati.
8.30am: Kampung Baru - Sembilan penyokong BERSIH 2.0 ditangkap dan dihumban ke dua lori polis berhampiran Masjid Jamek Kampung Baru. Jalan menuju masjid itu juga telah ditutup kepada orang ramai.

8.25am:
Sogo - Pusat membeli belah Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman lebih mirip seperti pangkalan polis. Lebih 10 trak polis dan 100 anggota juga berada di kawasan ini. Terdapat sekatan jalan di kawasan ini. Setiap kenderaan juga diperiksa.

NONE8.10am: Hotel Tune - Persimpangan Jalan Sultan Ismail dan Jalan Tunku Abdul Rahman kini dikawal tidak kurang 100 anggota polis yang memeriksa semua kenderaan yang melalui kawasan ini. Pelancong dilaporkan sukar mendapatkan teksi.

8.00am: Jalan Bukit Bintang - Kawasan pelancongan di Bukit Bintang masih kosong. Tidak banyak kereta mahupun pejalan khaki. Tidak terdapat ramai anggota polis di kawasan ini. Lokasi ini akan dijadikan tempat berkumpul Pemuda Umno pada jam 1.30 petang nanti.

7.50am: Masjid Jamek - Kehadiran polis yang ramai. Jalan di hadapan masjid telah ditutup kepada orang ramai.
7.45am: Masjid Negara - Puluhan jeep FRU dan lori meriam air ditempatkan sekitar bulatan Jalan Keretapi bertentangan kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. Tiada sekatan jalanraya di kawasan ini tetapi kelihatan ramai anggota polis.
[LAPORAN PENUH MENYUSUL]

Liputan Langsung BERSIH dari KL

Posted: 08 Jul 2011 08:46 PM PDT

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 9 Julai: Polis hari ini memperhebat sekatan mereka dalam usaha menggagalkan himpunan aman Bersih 2.0 yang dijadual berlangsung jam 2 petang ini.

11.12 am: Kg Baru - Polis menahan semua orang yang turun di stesen Putra LRT Kg baru.

11.08 am: Polis mula memeriksa mereka yang berada di restoran dan gerai makan dan tangkapan rambang dibuat.

11.05 am: Masjid Jamek - Dianggarkan 300 peserta dihalau keluar dari stesen.

11.03 am: KTM Kuala Lumpur - Polis mengarahkan orang ramai yang tidak bertiket keluar dari stesen.

11.01 am: Stesen Hang Tuah (aliran Ampang) dan Maharajalela (Monorel) telah ditutup atas arahan polis. Tren tidak berhenti di stesen ini.

11.00 am: KTM Kuala Lumpur - Polis menggempur masuk ke dalam stesen. Mereka memeriksa orang ramai yang terkepung di dalam.

10.58 am: KTM Kuala Lumpur - Polis menutup pintu masuk ke stesen. Ratusan sedang berkumpul di luar berhampiran bulatan Masjid Negara.

10.55 am: Dianggarkan jumlah tangkapan sehingga kini mencecah 300 orang.

10.50 am:
KL Sentral - Polis menahan beberapa orang di KL Sentral, mereka ditangkap sejurus keluar dari tren.

10.45 am: Masjid Jamek - Jumlah polis mula bertambah di sini. Mereka memeriksa beg yang di bawa oleh orang ramai.

10.40 am: KLCC - Polis mula menembak gas pemedih mata, orang awam dihalau tanpa sebab.

10.35 am: Brickfields - Ketua Pemuda PAS Gombak, Ust Sharhan Umaizi ditangkap berhampiran Bangunan YMCA.

10.30 am: Maju Junction - Lagi beberapa peserta himpunan ditahan.

10.25 am: Masjid Jamek - Polis manahan dan menyoal orang ramai secara rawak.
10.20 am: Polis mengesahkan seramai 21 orang telah ditahan sejak jam 9 pagi tadi.
10.15 am: Jalan TAR - Polis menghalau orang awam yang berada di sekitar jalan ini. Orang awam terpaksa akur kerana polis mengacukan cota ke muka mereka.

9.50 am: Masjid Negara - Sebahagian dari mereka kini berkumpul di ibu pejabat lama KTM.

9.45 am: Masjid Negara - Biarpun diberi amaran oleh polis supaya kawasan ini dikosongkan, namun sudah lebih 1000 penyokong sudah berhimpun di sini.

9.30 am: Kg Baru - 18 orang ditahan menjadikan jumlah ditahan di kawasan ini seramai 27 orang ditahan di sini.

9.20 am: Masjid Jamek -  7 orang ditahan. Orang awam tidak dibenarkan berada di kawasan ini.

9.15 am: MAju Junction - 4 orang ditahan apabila polis menemui baju kuning di dalam beg dan kenderaan mereka.
8.50 am: Masjid Negara - Kira-kira 600 orang sedang berkumpul diarah mengosongkan kawasan Masjid Negara.

8.45 am: Kampung Baru - Sembilan ditangkap dan dihumban ke dua lori polis berhampiran Masjid Jamek Kampung Baru. Jalan menuju masjid itu juga telah ditutup kepada orang ramai

8.40 am: Muzium Negara - 12 orang ditangkap ketika sedang berkumpul di perkarangan muzium.

8.37 am: Sogo - Anggota AMK Melaka menjadi yang pertama ditangkap.

8.00 am: Suasana di sekitar KL pagi ini masih lengang dengan beberapa jalan utama menuju ke KL ditutup.

SEMAKIN DITAHAN IA TERIS MELANDA: PRESIDEN PAS

Posted: 08 Jul 2011 08:38 PM PDT

KUALA LUMPUR, 9 Julai:  Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan, tindakan menyekat perjuangan menegakkan Islam akan berhadapan dengan rempuhan.
Beliau menyifatkan ianya umpama gerakan air yang semakin ditahan,  ia akan terus melanda dan melanggar benteng penahan.
Ingatan ini dikeluarkan beliau menjelang perhimpunan Bersih di ibu negara petang ini yang kini berhadapan dengan sekatan umpama perang dari pihak kerajaan BN.
Seluruh Kuala Lumpur dikepung dan bilik-bilik hotel dan tempat tinggal digeledah umpama mencari pesalah besar yang sedang mahu menghancurkan negara.
Perhimpunan Bersih 2.0 dijadualkan berlangsung jam 2 hingga 4 petang ini di Stadium Merdeka namun pihak stadium serta polis tidak memberikan permit atau kebenaran.
Padahal, sebelum pemimpin Bersih 2.0 menghadap Yang Dipertuan Agung, Perdana Menteri Datuk Seri Najib mencadangkan agar perhimpunan ini diadakan di stadium dan berjanji akan menguruskan penggunaannya.
Namun, selepas mesyuarat kabinet dan selepas Agung dan Bersih bersetuju agar ianya dipindahkan ke stadium, Menteri Penerangan Datuk Seri Rais Yatim mengumumkan kabinet menolak penggunaan stadium di Kuala Lumpur.
"Ingatlah sesungguhnya perjuangan menegakkan Islam ini ibarat aliran air yang ditahan, semakin ditahan, semakin dihalang ia akan terus melanda dan melanggar benteng penahan.
"Lumrah alam juga telah menetapkan bahawa suatu masa dan ketikanya benteng pasti akan pecah, ketika itu maka terbuak buaklah aliran air tersebut membanjiri pelusuk muka bumi. Yakin lah!" ingat Presiden PAS itu kepada pemimpin negara.
Ingatan itu dikeluarkan beliau melalui Facebooknya pagi ini.
 

HIMPUNAN BERSIH :RAMAI SUDAH DITAHAN DI KL

Posted: 08 Jul 2011 08:35 PM PDT

11.35 pagi
Walaupun himpunan BERSIH dijangka jam 2.00 ptg ini di Stadium Merdeka, namun begitu sudah ramai yang ditahan polis secara rambang di beberapa lokasi di pusat bandar.  DPPNK difahamkan hampir 300 orang sudah di tahan termasuk beberapa orang Pemuda PAS Kedah.

walaupun berhadapan dengan sekatan jalanraya sedikit pun tidak mematahkan kemaraan rakyat yang ingin turut serta dalam Himpunan BERSIH kali ini.

PAS KAWASAN KENINGAU

Posted: 09 Jul 2011 11:49 AM PDT

PAS KAWASAN KENINGAU


Tahniah Buat Rakyat Malaysia

Posted: 09 Jul 2011 07:42 AM PDT

Setelah beberapa minggu usaha Bersih 2.0 mendapat sekatan dan halangan dengan pelbagai bentuk tipu helah dan lakonan dari pihak Kerajaan Barisan Nasional, kini 9 Julai 2011 Himpunan Bersih 2.0 dapat juga diadakan. Walaupun kehadiran yang menyertai Bersih kali ini lebih kecil berbanding Bersih kali sebelum ini, namun jumlah itu sangat membanggakan ikutan tekanan pihak polis dan kerajaan yang kuat. Namun begitu, kehadiran peserta yang memenuhi setiap lorong dan jalan di setiap pelusuk ibu negara tdilaporlan tidak kurang dari 30,000 orang. Jumlah ini dihitung pada awal perhimpunan apabila peserta perhimpunan itu berkumpul di satu tempat dan kemudiannya berpecah apabila disuraikan polis dengan tembahan water canon dan gas pemedih mata.

Kebangkitan rakyat dapat dilihat dengan jelas dari perhimpunan ini. Kebangkitan ini tidak sekadar terhenti di sini sahaja, malah ia akan terus memuncak dan akhirnya berlakulah suatu perubahan hingga ke pucuk kepimpinan negara di mana Putrajaya akan berjaya di tawan oleh Kerajaan Pakatan rakyat dalam pilihanraya 13 nanti.

Kira-kira jam lima patang tadi, Najib mengucapkan tahniah kepada pihak polis di atas kecekapan pihak polis membuat kawalan keselamatan sepanjang perhimpunan itu berlansung. Mungkin Najib terlupa atau memang dia tak ikut perkembangan semasa bahawa berapa ramai yang terpaksa bermalam di lokap malam ini. dan berapa ramai lagi yang menerima kecederaan akibat keganasan polis mengawal keselamatan. Seorang pserta dari perhimpunan bersih 2.0 dilaporkan meninggal dunia kerana terhidu gas pemedih mata yang ditembakkan oleh pihak polis kepada rakyat. Adalah lansung tidak ada rasal kesal dan bersalah bagi seorang Perdana Menteri yang selama ini makan dan minumnya di bayar oleh rakyat. Hari ini beliau boleh berpesta yang kononnya beliau sudah menang besar dalam pertarungan sengit dengan rakyat. Sekiranya najib yang selalu bongkak dan angkuh dengan slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" merasakan bahawa inilah  misi yang tertonjol dari slogan itu, alangkah malangnya Malaysia memiliki seorang Perdana Menteri yang sekejam ini.

Ternyata bahawa selama ini, kerajaan Barisan nasional sentiasa bersandiwara dengan rakyat dengan mengenakan pelbagai topeng kebaikan dan kemuliaan yang disarungkan ke wajah mereka. Sememangnya dolak dalih yang dimainkan oleh pihak Barisan Nasional ini adalah membuktikan bahawa sememangnya Barisan Nasional tidak serius untuk memperbaiki sistem pilihanraya yang ada pada hari ini. Tetapi kenapa? Bukan susah nak jawab soalan itu.... itulah caranya mereka dari barisan Nasional ingin mengekalkan kedudukan mereka dalam memrintah negara ini dan membaham segala khazanah negara dengan rakus dan gilanya.

Pas Kawasan Keningau sangat optimis bahawa dengan kebangkitan rakyat yang lehir dari perhimpunan bersih 2.0 yang telah dicemari dengan amalan-amalan kotor pihak polis hari ini, akan terus menaikkan semangan warganegara Malaysia meskipun tidak ada lagi perhimpunan seperti itu selepas ini tahun ini. Semangat kebangkitan rakyat tak seharusnya dipadamkan dan sebaliknya ia harus segera cepat ditingkatkan agar rakyat sedar dan memahami bahawa selama ini pemimpin mereka hari ini adalah jembalang utama ke arah kemusnahan demokrasi dan keadilan dalam negara Malaysia tercinta.

Terima Kasih Polis Atas Layanan yang Baik ini...

Posted: 09 Jul 2011 07:39 AM PDT

Jasindaily Online

Posted: 09 Jul 2011 09:58 AM PDT

Jasindaily Online


MUNGKIR JANJI ? MUNAFIK BESAR

Posted: 08 Jul 2011 05:34 PM PDT

BERSIH 2.0 THEME SONG

Posted: 08 Jul 2011 05:30 PM PDT

JAGA AKHLAK JANGAN LAYAN PROVOKASI

Posted: 08 Jul 2011 05:27 PM PDT

SEKATAN BUKTI BN KIAN TAKUT

Posted: 08 Jul 2011 05:25 PM PDT

TEKANAN MAKIN KUAT KEATAS BERSIH

Posted: 08 Jul 2011 05:21 PM PDT

KL MACAM MEDAN PERANG

Posted: 08 Jul 2011 05:18 PM PDT

100 SENIMAN SOKONG BERSIH

Posted: 08 Jul 2011 05:17 PM PDT

BERHIMPUN LUAR STADIUM MERDEKA

Posted: 08 Jul 2011 05:16 PM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 09 Jul 2011 09:51 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Di Hentian Pudu Raya

Posted: 09 Jul 2011 08:21 AM PDT

Live: BERSIH di KLCC

Posted: 09 Jul 2011 02:51 AM PDT






Lebih 50 000 peserta di KLCC.. klip video menyusul

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 09 Jul 2011 09:41 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


Presiden PAS Dibebaskan

Posted: 09 Jul 2011 05:25 AM PDT

KUALA LUMPUR, 9 Julai: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibebaskan jam 7.25 malam dengan cara dihantar terus ke rumah penginapan beliau dekat Sentul.


Sebelum itu PAS mengeluarkan kenyataan untuk berhimpun di Bukit Aman sekiranya TG Presiden tidak dilepaskan dalam masa 24 jam.

BN Semakin Terdesak: Guna Ayah Untuk Halang Ketua DPPP Sertai BERSIH

Posted: 08 Jul 2011 03:32 PM PDT

KUALA LUMPUR, 8 Julai: Provokasi yang dilakukan oleh pihak polis ternyata makin melampau apabila ayah Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) turut dijadikan alat untuk menghalang Ketua DPPP menyertai himpunan Bersih 2.0 esok.

Ketua DPPP, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi ketika mendedahkan perkara itu berkata, ayahnya ditahan oleh pihak polis selama beberapa jam bagi tujuan itu. Menurut beliau, ayahnya telah ditahan oleh polis yang datang mengambilnya di rumahnya sekitar jam 9 pagi tadi, tetapi dibebaskan sebelum solat Jumaat.

Katanya, ketika di balai polis, ayahnya diminta menasihatkan beliau agar tidak menyertai himpinan aman Bersih 2.0 esok kerana perhimpunan itu tidak dibenarkan oleh pihak polis."Ayah saya ditahan oleh pihak polis tanpa sebarang kesalahan, tetapi hanya diminta menasihatkan saya agar tak menyertai himpunan Bersih 2.0 esok.


"Amat lucu apa yang dilakukan oleh pihak polis itu. Ayah saya yang diminta menasihati saya agar tak menyertai himpunan Bersih 2.0, pada hal apa salahnya himpunan Bersih 2.0 itu dari sisi undang-undang?" katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah di pekarangan Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad di Taman Melewar, di sini, malam ini. Selain kejadian itu, menurut beliau, terdapat tindakan provokasi terkini lain lagi yang dilakukan oleh pihak terhadap beliau untuk menghalang beliau menyertai perjimpunan itu esok.

"Ini berlaku secara langsung ke atas saya ketika saya melalui satu sekatan jalan raya yang dibuat oleh pihak polis ketika saya hendak ke sini tadi.

"Pihak polis menjelaskan kepada saya yang saya termasuk dalam kumpulan 91 nama yang dihalang memasuki pusat bandar Kuala Lumpur pada 9 Julai. Oleh itu, saya diminta tidak ke Kuala Lumpur malam ini untuk ke sini.

"Bagaimanapun, larangan itu tetap tak saya pedulikan. Malah saya jelaskan kepada pihak polis yang saya tak dibenarkan masuk ke Kuala Lumpur pada 9 Julai. Sekarang baru 8 Julai. Jadi tak ada halanganlah bagi saya untuk ke Kuala Lumpur malam ini," katanya sambil disambut laungan Allahu akbar daripada ribuan hadirin.

Sungguhpun begitu, katanya, beliau tetap juga mengalami kerumitan untuk sampai ke Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad pada malam ini akibat sekatan itu, sehingga menyebabkan beliau terpaksa menggunakan 'jalan tikus' dan memasuki perkampungan Orang Asli di gombak.

"Kesemua kisah yang berlaku itu, walaupun memperlihatkan tindakan keterlaluan pihak polis, tetapi turut menjadi lucu sehingga menyebabkan sesiapa saja boleh tertawa mendengarnya," katanya.

Timbalannya, Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang turut hadir membaca doa pada akhir majlis.

Sumber di sini

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 09 Jul 2011 09:34 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


EXCO SELANGOR DR HALIMAH ditangkap:TAMRIN QIYADI BERSIH..........

Posted: 09 Jul 2011 08:56 AM PDT

KL SENTRAL lakar sejarah negara hari ini
Ketika dibebaskan..
 9.7.11
Kuala Lumpur
Malaysia

Hari bersejarah untuk Malaysia yang mahu BERSIHkan sistem pilihanraya dalam negara supaya mampu setaraf dengan dunia maju selaras dengan idaman mantan PM Tun Dr Mahathir yakni wawasan 2020.
Menurut neraca dunia kriteria penting untuk mempersadakan sesebuah negara ke peta dunia ialah dayasaingnya daripada bidang ekonomi dan sudah tentu juga daripada bidang pendidikan dan sosipolitiknya. Rakyat Malaysia yang berjiwa global dan panjang akal serta sedar tentang hak kemanusiaan diri dan keluarganya, mampu merancang bukan sahaja untuk dirinya tetapi juga untuk masa depan keluarganya.

Justeru, kebangkitan rakyat di seluruh pelusuk negara bahkan daripada Sabah dan Sarawak untuk menuntut pihak berwajib mempastikan sistem pemilihan pemimpin yang menerajui negeri dan negara adalah telus, betul dan bersih mengikut piawaian antarabangsa sepatutnya diraikan oleh semua pihak yang celik dan berintegriti . Bukan sistem kolot dan kotor.Itulah yang disebutkan amanah yang diberi mandat oleh rakyat.SPR sepatutnya badan yang kakitangannya dibayar gaji oleh rakyat sepatutnya diberi kebebasan untuk menjalankan tanggunjawabnya secara professional.Bukan untuk ditekan oleh mana-mana pihak.
 
 Mana-mana parti politik yang sudah jelas tidak diterima oleh rakyat sepatutnya membiarkan SPR berdikari dan menjalan tugas rasminya.Jangan bongkak dan sombong dan terdesak mengambil tindakan rimba untuk menghukum rakyat yang berjiwa besar, berakal tajam dan bersemangat waja.
9.7.11 akan menjadi hari BERSEJARAH yang memberi impak besar untuk membangkitkan kesedaran rakyat tentang apa yang terjadi dalam negara. Mungkin ada rakyat jauh di desa, di hutan belantara atau di Felda yang boleh sentiasa tertipu oleh pihak UMNO/BN yang ditonjol manis bak madu di kaca TV dan media alat propaganda mereka dan segala yang dilakukan oleh kerajaan pakatan rakyat dipakejkan menggerun dan pahit seta bahaya.
    Allah telah berjanji bahawa hak akan terserlah akhirnya dan UMNO/BN tidak akan mampu mempertahankan segala perancangan kejahatan mereka selama-lamanya. Walau dengan wang ringgit, projek, kemewahan, percutian, tanah dll yang disogokkan kepada orang upahan tukang karut mereka.
    Pengalaman pertama saya di KL SENTRAL bersama dengan 13 Muslimat dari pelbagai tempat dan 8 Muslimin termasuk pelajar Sudan yang terpingga kerana kami yang berada di KL Sentral tiba-tiba di tangkap dan dibawa oleh trak polis ke BALAI POLIS JINJANG. Selama 2 jam kami berpanas dalam trak di balai polis itu dan tidak dibenarkan turun, buang air dan juga solat.Pelajar Sudan ini resah gelisah tak tahu apa cerita.Dia telefon abangnya yang tak tahu menahu di mana Jinjang.
Alhamdulillah, kesempatan Allah beri dalam trak tersebut saya manfaatkan untuk baca Ma'thurat dan surah Yasin.Ustazah Shifa' minta saya beri tazkirah pula.
 Melihat lebih daripada separuh adalah anak-anak muda dalam 20an saya pun mula tazkirah.Saya hanya kupas surah Al Fatihah dan sedikit asmaul husna sesuai dengan keadaan kami dalam trak polis di BALAI POLIS Jinjang.Alhamdulillah, kumpulan kami tenang.Asalnya, kecoh sedikit sebab seorang muda yang telah ditangkap digari dan ditiarapkan untuk masuk dalam trak.Beliau terluka sikit.Bila sampai di balai polis jinjang alhamdulillah, polis-polis yang menjaga kami itu berlembut dan bersetuju membuka garinya.Beliau berpeluh-peluh menahan kesakitan.
Saya beri tazkirah dalam Bahasa Malaysia, sesekali saya sampuk dalam Inggeris kerana pelajar Sudan si Nabil pun perlu ditenteramkan. Saya mengingatkan kami semua termasuk saya sendiri bahawa yang berkuasa hanyalah Allah, bukan POLIS atau kerajaan.Perkataan saya gunakan tadi ialah 'ini adalah tuisyen bagi kita untuk menghadapi padang mahsyar kelak' supaya berjaya S.P.M.=SIJIL PADANG MAHSYAR!!
   Saya juga sempat berseloroh dengan mereka, anggaplah pengalaman itu sebagai 'tamrin' untuk memperkuatkan iman dan kebergantungan kita kepada Allah.
Selepas 2jam kami berpanasan dan minta untuk solat kerana jam telah 5petang, akhirnya kami dibawa ke PULAPOL,Jln Semarak bersama 4 trak lain.'Statement' ringkas diambil.Kemudian saya desak lagi mahu solat. Selepas solat hajat, kami pergi ke khemah untuk minta air. Semasa saya baru nak hampir sampai ke khemah, 'ketua' polis yang menahan kami tadi menghampiri saya, 'Mana kumpulan yang dari KL Sentral tadi?'Saya jaawab jujur,'Kami baru berjumpa dalam trak tadi saya pun tak berapa kenal, kenapa?'
Dia jawab,'yang dah diberi IC tadi boleh balik, kami akan hantar ke KL Sentral' Sebenarnya, saudara mara kami ramai tadi sudah pun menunggu di luar Balai Jinjang
dan apabila kami di hangtar pula ke PULAPOL mereka sudah mengekori kami dan menunggu di luar pagar.
Ramai rakan dan taulan serta alhi PAS dan PAKATAN RAKYAT telah mendoakan kami.Bagi pihak kawan kumpulan kami yang tak seorang pun pakai baju BERSIH, saya mengucap jazakumullahu khairan kathiir.Moga Allah membalas jasa saudara dan saudari.
Selamat memBERSIHKAN jiwa raga, Salam perjuangan....kembali kepada kebenaran hakiki.
YB DR HALIMAH ALI

TOK GURU MUNAJAT DEPAN KAABAH AGAR TAHANAN DIBEBASKAN

Posted: 09 Jul 2011 05:21 AM PDT

Kenyataan penuh Tok Guru Nik Aziz

Saat ini saya sedang berada di Masjidil Haram, Makkah al-Mukarramah menunggu waktu solat Zohor dan menghadap wajah saya ke Kaabah. Insya Allah selepas Asar, saya akan bertawaf wida' dan akan meninggalkan Tanah Suci. Baru sebentar tadi saya dimaklumkan tentang penahanan Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.

Saya juga dimaklumkan bahawa Timbalan Presiden PAS dan beberapa orang pimpinan tertinggi PAS dan Pakatan Rakyat adalah antara beratus-ratus orang yang telah ditangkap oleh polis kerana menyertai Bersih 2.0 pada hari ini.

Hati saya cukup remuk mendengar nasib yang sedang dihadapi oleh sahabat-sahabat pimpinan pada saat ini. Saya menuntut agar dibebaskan segera pimpinan-pimpinan yang ditangkap oleh polis. Jangan menyangka gari dan peluru boleh menakutkan semua orang.

Saya tegas untuk menyatakan bahawa tindakan yang dilakukan ini hanya akan menambahkan kebencian rakyat terhadap Umno. Sekalipun yang bertindak ialah polis, tetapi semua pihak mengetahui bahawa alat kawalan jauhnya dipegang oleh Perdana Menteri yang mengetuai kerajaan yang juga merupakan Presiden Umno. Padahal, apa masalahnya dengan berhimpun?

Bukankah Presiden Umno baru saja mengumpulkan sejuta belia beberapa minggu yang lalu tanpa ada sedikitpun halangan? Sejuta belia yang dikhabarkan hadir dengan penuh layanan mesra oleh pihak berkuasa tiba-tiba hari ini hanya untuk mengumpulkan 300 ribu orang dibalas dengan gari dan semburan gas? Bukankah orang yang sama juga pernah menjanjikan bahawa himpunan akan dibenarkan jika dibuat di dalam stadium bahkan diberikan keizinan untuk 'melalak sampai pagi'?

Saya yakin, apa yang berlaku pada hari ini hanya akan menaikkan kemarahan rakyat kepada Umno. Buatlah setakat mana yang boleh dibuat, sesungguhnya kezaliman yang boleh dilakukan ini hanya setakat kehidupan di dunia sahaja. Di akhirat, setiap tangan yang digari, tubuh yang disakiti dan maruah yang dicalari akan dituntut bayar di hadapan Allah SWT. Kepada mereka yang dizalimi hari ini, jangan lupa menuntut balasannya di hadapan Allah SWT nanti. Umno barangkali tidak tahu bahawa orang yang dizalimi mempunyai senjata yang ampuh iaitu doa.

Saya menyeru kepada semua umat Islam agar marilah bersama-sama berdoa di dalam sujud kita kepada Allah SWT agar dilaknat kezaliman yang dilakukan pada hari ini. Yakinlah, perjuangan menuntut keadilan ini pasti akan berjaya. Umno pasti akan jatuh tersembam juga akhirnya. Tentangan dan penindasan ini hanyalah tanda perjuangan keadilan akan berjaya. Umpama layang-layang yang tidak akan terbang melainkan dengan melawan angin, begitu juga dengan perjuangan, tidak akan berjaya melainkan dengan menghadapi tentangan!

Allahu Akbar!!!

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Masjidil Haram, Makkah al-Mukarramah.

Dicatat pada: 12.00 tengah hari (5.00 petang waktu tempatan)

7 Syaaban 1432/9 Julai 2011.

PAS KAWASAN KANGAR

Posted: 09 Jul 2011 09:21 AM PDT

PAS KAWASAN KANGAR


Gambar: Mereka Wira Yang Berdarah

Posted: 09 Jul 2011 05:06 AM PDT






Dua gambar di atas menceritakan keganasan pihak polis bertindak ganas ke atas peserta yang menuntut demonstrasi aman BERSIH.

Mereka berdua layak digelar wira negara. Gambar di atas seorang lelaki cedera parah dan dikatakan kena serangan jatung setelah diikat tangannya di bawah jejantas.

Gambar di bawah di mabil tidak berapa jauh dari lokasi gambar lelaki di atas. Menurut pihak perubatan, lelaki tersebut terkena stroke.

924 ditangkap ditangkap, ramai cedera

Posted: 09 Jul 2011 05:02 AM PDT

Perangkaan rasmi polis setakat jam 3.30 petang tadi, menunjukkan 924 orang telah ditangkap pada perhimpunan BERSIH 2.0 hari ini.

Daripada jumlah itu 49 adalah wanita.

NONE

PAS pula mendakwa tidak kurang 300 pemimpin dan ahlinya juga ditangkap.

Mereka termasuk presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Mohamad Sabu dan dua naib presiden parti itu - Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub.

Menurut Harakahdaily, pasukan peguam PAS setakat ini telah merekodkan 133 nama dari lebih 300 yang ditangkap oleh polis sehingga jam 4 petang ini.

NONE
Abdul Hadi bersama setiausaha politiknya, Dr Shamsuri Mokhtar ditangkap di KL Sentral. Kedua-duanya mereka dibawa ke balai polis Jinjang.

Sebelum itu, Salahudin dan Mahfuz juga ditangkap di KL Sentral dan dibawa ke balai yang sama.

Selain mereka turut ditangkap adalah Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Srenavasan dan naib presiden PKR Tian Chua.
Pakatan Rakyat juga membidas tindakan ganas polis hari ini sehingga mencederakan pemimpinnya dan juga rakyat yang cuba berhimpun secara aman.

NONE
Semasa perhimpunan itu, beberapa pemimpin juga dilaporan cedera.

Mereka termasuk ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.

Selain mereka, turut menjadi mangsa adalah ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad apabila kanister gas pemedih mata ditembak di belakang kepalanya.

Menurut naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar polis berulang-kali melepaskan tembakan terus ke arah orang ramai hingga menyebabkan ramai yang cedera.

"Seorang pengawal peribadi Anwar luka di bahagian pipinya sepanjang empat inci mankala ketua pembangkang, iaitu ayah saya juga cedera. Adik saya juga ditahan dan dibawa ke trak FRU.

NONE
"Polis bukannya melepaskan tembakan gas pemedih mata ke udara tetapi menghalanya terus ke arah ahli parlimen sehingga mencederakan mereka. Sasaran mereka adalah kepala Anwar," katanya.

Mengikut pengumuman BERSIH 2.0, perhimpunan sepatutnya berlangsung di Stadium Merdeka mulai jam 2 hingga 4 petang namun polis tidak memberikan kebenaran untuk berbuat demikian.

Malah, sekatan dibuat di seluruh Kuala Lumpur untuk menghalang peserta perhimpunan termasuk dari negeri lain daripada memasuki Kuala Lumpur.

NONE
Namun di sebalik segala sekatan dan hambatan yang dikenakan ke atas rakyat itu, puluhan ribu orang yang memberanikan diri dan turun ke jalanan di sekitar ibu negara. BERSIH 2.0 meletakkan jumlah yang keluar hari ini pada 50,000 orang.

Walaupun dikejar dan disembur meriam air serta tembakan gas pemedih mata, peserta berjayabergabung di Jalan Pudu berhampiran Menara Maybank. Namun tidak kurang 10,000 daripada mereka disuraikan dengan tindakan keras pihak berkuasa.

Beberapa stesen LRT dan monorail juga ditutup bagi menghalang ribuan lagi yang cuba menyertai perhimpunan itu.

Selain itu, Masjid Jamed Kampung Baru dan Masjid Negara yang sering-kali dijadikan lokasi berhimpun juga disekat polis.

NONE

Di Kampung Baru, pintu pagar masjid itu ditutup, manakala di Masjid Negara, orang ramai diarahkan mengosongkan majid itu termasuk mereka yang ingin menunaikan solat.

Tangkapan juga dibuat di Jalan Tun Sambanthan, Kampung Baru, KL Sentral, Bank Negara, LRT Taman Melati, Masjid Negara dan juga Dataran Merdeka.

Sehingga kini dua tempat dijadikan pusat tahanan sementara oleh polis menurut mereka iaitu Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak dan Balai Polis Jinjang. Dianggarkan jumlah yang ditangkap akan mencecah lebih seribu orang.

Album: Bersih 2.0 9 Julai, 2011

Posted: 09 Jul 2011 04:54 AM PDT












Gambar-gambar sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman, salah satu kawasan peserta himpunan Bersih kedua berkumpul.

Pihak polis menembak gas pemedih mata dan melakukan tangkapan. Kawasan hanya dipenuhi peserta perhimpunan dan beberapa pelancong asing.

Jalan Tunku Abdul Rahman ditutup kepada kenderaan yang datang dari arah Gombak dan Setapak di Bulatan Pahang.

Foto oleh HMB.

.:: LAMAN RASMI ADUN SG ABONG ::.

Posted: 09 Jul 2011 03:37 AM PDT

.:: LAMAN RASMI ADUN SG ABONG ::.


Stadium MERDEKA: Malaysia’s moment of truth (BERSIH 2.0)

Posted: 08 Jul 2011 09:40 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 09 Jul 2011 03:11 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


TGHH kini di Balai Polis Jinjang

Posted: 09 Jul 2011 02:12 AM PDT

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ditangkap di stesen KL Sentral kira-kira jam 2.30 petang tadi. 

Beliau dibawa dengan trak polis ke Balai Polis Jinjang.

Ratusan Peguam telah berada disana

Turut ditangkap ialah setiausaha politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Sebelum itu timbalannya Mohammad Sabu dan Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga turut ditangkap.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub juga ditangkap di KL Sentral pada jam 12.24 tengah hari dan dibawa ke Balai Polis Jinjang.

Selain mereka, lebih 400 sudah ditangkap dan Pasukan Peguam PAS telah mengenalpasti lebih 133 orang dari mereka.

Kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Jinjang atau Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak.

Pejabat Agong kena kepung

Posted: 08 Jul 2011 08:43 PM PDT

Pejabat Agong PAS Jalan Raja Laut kini telah dikepung oleh SB.

Tiada tangkapan dibuat, dan semua dalam keadaan terkawal dan selamat.

Update KL pagi ni : Hotel pun kena geledah

Posted: 08 Jul 2011 07:22 PM PDT

Rajin betul Polis pagi-pagi buta ni, bukan saja buat roadblock dijalan raya tapi siap mengeledah hotel-hotel dan parking kereta di hotel penginapan. Nak cari apa tu tuan?

Sila klik sini : Candid suasana Kuala Lumpur pagi ini

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 09 Jul 2011 01:29 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Hujan semakin lebat di seluruh KL

Posted: 08 Jul 2011 11:22 PM PDT

6 Syaaban 1432H. [MOD] -

Keadaan menjadi semakin menarik apabila hampir semua kawasan di Kuala Lumpur disirami dengan hujan lebat yang turun pada amasa ini.

Dijangka keadaan ini akan melumpuhkan segala tindakan yang digunakan oleh pihak keselamatan terhadap perserta himpunan aman bersih termasuklah gas pemedih mata yang akan kurang berfungsi dalam keadaan hujan.

Begitu juga dengan semburan air asid yang pasti tidak akan memberi kesan dalam keadaan hujan lebat.

Sebahagian KL hujan berserta dengan guruh

Posted: 08 Jul 2011 11:19 PM PDT

Syaaban 1432H. [MOD] -

Perarakan: Gas pemedih mata, meriam air dilepaskan

GALERI FOTO

Sekurang-kurangnya lima lokasi dijadikan tempat berkumpul perhimpunan BERSIH 2.0 hari ini. Antaranya di Jalan Petaling, berhampiran Kompleks Daya Bumi, Masjid Jamek, Pudu dan Sogo.

Polis terus melepaskan tembakan meriam air dan gas pemedih mata bagi menyekat kemaraan rakyat.

Akibat asakan dan tangkapan ke atas tangkapan lebih 500 orang, penunjuk perasaan mula menuju ke kawasan Puduraya-Menara Maybank. Jumlah mereka kini dianggarkan tidak kurang 10,000 orang.

LAPORAN LANGSUNG:

2.10pm: Puduraya - Polis dilaporkan semakin garang terhadap penunjuk peradsaan. Ada yang diheret. Seorang penunjuk perasaan juga dilaporkan cedera dengan kepalanya berdarah.

2pm: Hotel Hilton - Hujan masih turun di luar hotel dan suasana di dalamnya tegang ketika pemimpin Pakatan Rakyat bersedia untuk berarak.

Bagaimanapun, mereka kelihatan bertenaga dan berikrar untuk meneruskan perarakan ke Stadium Merdeka bila dapat melepasi benteng polis di luar hotel yang menunggu kemunculan mereka.

Pemimpin Pakatan dikelilingi oleh wartawan ketika mereka bergerak keluar perlahan-lahan.

1.59pm: Menara Maybank - Polis melepaskan gas pemedih mata ke arah kira-kira orang ramai yang kini dianggarkan berjumlah tidak kurang 10,000 orang. Mereka berarak di hadapan bangunan Menara Maybank dan sepanjang Jalan Tun Perak.

NONEMereka dari arah Masjid Jamek pula mula bergerak ke arah Puduraya.

Polis melepaskan gas pemedih mata selepas tembakan meriam air gagal menyekat kemaraan rakyat. Ramai juga yang pulih selepas terkena tembakan gas pemedih mata bangkit semula dan terus berarak.

1.57pm: Hotel Malaysia - Khairy Jamaluddin muncul di perhimpunan Pemuda Umno dan memberi ucapan ringkas. Katanya, BERSIH 2.0 tidak boleh disokong kerana ia telah resapi parti-parti pembangkang.

Beliau kemudian mengetuai kumpulan itu berarak menuju ke Stadium Merdeka.

1.55pm: Hujan mula mencurah di Kuala Lumpur.

1.52pm: Masjid Jamek - Terdapat sekurang-kurangnya empat trak polis di stesen LRT Masjid Jamek sekarang ini.

Orang ramai yang berhimpun terpaksa bersurai kerana polis telah melepaskan gas pemedih mata tetapi mereka dijangka berkumpul semula.

NONE1:44pm: Menara Maybank - Trak meriam air melepaskan tembakan ke atas orang ramai untuk kali kedua - kali ini menggunakan air bercampur kimia dan pewarna biru.

Daripada bersurai, orang ramai teras bergerak. Sesetengahnya kelihatan menumbuk trak meriam air.

Ini diekori dengan satu lagi pusingan gas pemedih mata yang dapat menyuraikan orang ramai secara perlahan-lahan.

1:43pm: Masjid Jamek - Sekumpulan kira-kira 10 pegawai polis tugas am yang memakai topeng gas, mengejar penunjuk perasaan yang berlari lintang pukang ke dalam kawasan Masjid India. [video - 17 saat]

1:40pm: Menara Maybank - Tembakan meriam air dilepaskan terhadap 1,000 penunjuk perasaan.

NONE1:38pm: LRT Masjid Jamek - Seorang pegawai polis dengan menggunakan pembesaran suara mengumumkan: "Perhimpunan hari in tak ada kebenaran jadi diminta semua bersurai serta merta atau kami suraikan dengan kekerasan."

Pegawai itu juga memberi masa tiga minit kepada orang ramai supaya bersurai.

Ia dijawab dengan laungan 'Takbir" dan ejekan dari orang ramai yang berjumlah kira-kira 500 orang.

1.35pm: Kenyataan akhbar dari IPK KL.

Setakat ini, 540 orang telah ditangkap (479 lelaki, 58 wanita, tiga remaja bawah umur) untuk disiasat.

NONEAntara yang ditahan itu, 11 kerana memakai baju T kuning BERSIH 2.0 dan seorang yang memakai baju merah PATRIOT.

Sementara itu, tiga individu yang dipercayai pemimpin perhimpunan itu juga telah ditangkap. Mereka adalah timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, dan naib presiden Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.

1.33pm: Jalan Tun Perak - pemimpin PAS Dr Hatta Ramli yang memegang sebuah pembesar suara memberitahu kira-kira 4,000 hadirin bahawa naib presiden parti itu Mahfuz Omar dan lebih 300 yang lain telah ditangkap.

"Perjuangan rakyat memerlukan pengorbanan... Mereka di bawah umur 40 tidak pernah menyaksikan demokrasi di negara ini," katanya.

Orang ramai menyambut ucapan itu dengan laungan "Allahuakbar".

NONETerdapat marshal BERSIH yang mengarahkan orang ramai supaya membuka laluan kepada kenderaan supaya mereka boleh meneruskan perjalanan masing-masing.

1.30pm: Kira-kira 300 anggota Pemuda Umno telah berkumpul di Jalan Bukit Bintang. Mereka semua memakai baju-T- merah bertulis 'Patriot'. Baju-T itu juga didedarkan kepada orang ramai.

Antara yang hadir ialah pemimpin Pemuda Umno Arman Azhar, Reezal Merican Naina Merican, Zaki Zahid, tetapi ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin tidak kelihatan. Pegawainya bertegas bahawa Khairy akan tiba kemudian.

NONEKumpulan itu melaungkan "hancur Bersih" dan "Siapakah saya? Patriot!". Mereka berselisih dengan kumpulan BERSIH 2.0 yang melewati kawasan itu kira-kira 10 minit lebih awal.

1.22pm: Petaling Street - kumpulan beberapa ribu orang yang berarak ke Stadium Negara, berpatah balik ke Jalan Tan Cheng Lock selepas berdepan dengan satu sekatan jalanraya.

Sekumpulan besar rakyat Sarawak melaungkan 'Hidup Sarawak', disambut tepukangemuruh dari yang lain.

1.20pm: Masjid Jamek - Jumlah yang berhimpun terus bertambah ramai dengan polis pula menunggu bantuan bagi memperkukuhkan sekatan mereka.

NONE1.21pm: Pemimpin utama BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan, Haris Ibrahim, Wong Chin Huat dan Sadterawan Negara A Samad Said juga berada di Hotel Hilton. Mereka disertai oleh ahli politik William Leong, Datuk Kamaruddin Jaafar, Zaid Kamaruddin, Syed Azman Syed Nawawi dan Tian Chua.

Berita timbalan presiden PKR Azmin Ali ditangkap kini disahkan. Sebelum ini, dua naib presiden PAS - Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub juga telah ditangkap.

1.15pm: Angka rasmi tangkapan setakat ini ialah 514 - 478 lelaki dan 36 wanita.

1.15pm: Masjid Negara - Masjid ini hampir kosong dan dipenuhi anggota polis. Ada yang mengadu tandas dikunci sehingga menyusahkan orang ramai.

1.14pm: Akaun twitter palsu @bersihrally dikesan. Ia diwujudkan pagi tadi jam 9.42.

NONETwitter yang mendakwa akan "menyiarkan laporan langsung perhimpunan BERSIH 2.0 dengan bantuan sukarelawan yang membuat liputan" itu menyebarkan berita palsu.

Antaranya berlaku kejadian menjarah di Pasar Seni, pertembungan dengan polis di KLCC dan juga tembakan dilepaskan di Bangsar.

Selepas dikesan oleh pengguna Twitter lain, @bersihrally akhirnya mengalah dengan mesej ini: "Took you guys long enough to figure it out. I've done my job. Thanks for playing."

1.00pm: Masjid Jamek - Jumlah penunjuk perasaan semakin ramai dengan tidak kurang 1,000 orang yang bersiap sedia untuk berarak.

NONESebelum itu, seorang pelajar dilaporkan terkena tembakan kanister gas. Beliau memohon gambarnya yang cedera tidak disiarkan kerana bimbang akan dikenakan tindakan oleh kerajaan kerana beliau seorang pelajar.

12.51pm: Hotel Hilton - Pemimpin PKR Nurul Izzah Anwar, Syed Husin Ali, Lateefah Koya tiba di bilik hotel Anwar Ibrahim. Wartawan tempatan dan luar negara sudah bersiap sedia untuk sidang akhbar yang dijadualkan itu.

12:50: Kira-kira 3,000 hingga 4,000 orang berarak dari Petaling Street menuju ke arah ke Stadium Negara.

Mereka melaungkan 'Bersih, Bersih, Pilihanraya' dan 'Hidup, Hidup, Rakyat'.

NONEEnam penunjuk perasaan pertengahan umur mula menyanyikan Lagu Negaraku, dan terus disambut oleh yang lain.

Salah seorang daripada mereka, Dr Wong Fort Pin, berkata, mereka meraikan keamanan.

12.45pm: Kampung Baru - Lagi 16 orang yang dipercayai penyokong BERSIH di kawasan sekitar ditangkap. Seorang daripada mereka membawa baju kuning BERSIH.

Sebelum itu, polis kelihatan mengejar dipercayai penyokong BERSIh yang duduk di sekitar masjid di Jalan Raja Abdullah menyebabkan mereka lari bertempiaran.

12.45pm: Beberapa perarakan daripada pelbagai lokasi mula bergerak dari arah yang berbeza, manakala pihak polis bertindak dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata.

Di Dataran Merdeka, polis melepaskan gas pemedih mata ke atas kumpulan penunjuk perasaan yang berarak ke arah kawasan tersebut.

NONEKumpulan ini dipercayai telah berarak dari bekas ibu pejabat KTM berdekatan. Kumpulan itu dianggarkan sekitar 1,000 orang.

12.45pm: Pusat Latihan Polis (Pulapol) - Menurut sumber PKR, timbalan presiden parti itu ditangkap dan kini di Pulapol, Jalan Semarak. Malaysiakini sedang cuba mengesahkan laporan itu.

12:42: Stesen lama KTM - Pesuruhjaya Suhakam James Nayagam berkata mereka memandang berat terhadap tangkapan beramai-ramai sehingga ini.

"Polis kata, mereka akan ditahan di Pulapol (Pusat Latihan Polis)," kata sambil menambah bahawa pihaknya sedang memantau keadaan.

Nayagam, bagaimanapun, tidak mahu mengulas sama ada polis kasar dalam tindakan mereka terhadap suspek.

NONE12.34pm: Kira-kira 1,000 orang mula bergerak dari stesen lama KTM menuju Dataran Merdeka.

12.32pm: Masjid Jamek - Ahli Majlis MPSJ Michael Tamil dan Mohd Hafifudin, yang juga adalah pengerusi Persatuan Penjaja Bumiputera Masjid India, sedang memantau kawasan sekitar.

"Saya di sini untuk lihat betapa banyak yang penjaja rugi kerana orang ramai tidak berani datang sini," kata Hafifudin yang kesal dengan tindakan polis hari ini.

"Jika penjaja kerugian kerana jalan ditutup siapa yang patut mereka tuntut kerugian itu. Mereka patut tuntut daripada kerajaan," katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui di Bazaar Jalan Melayu.

Hampir semua kedai dan gerai di kawasan sekitar ditutup hari ini.

NONE12.30pm: Menurut Facebook polis, seramai 441 orang, termasuk 20 wanita, ditahan sehingga jam 12 tengahari.

12.20pm: KL Sentral - Selain Anwar dan Dr Wan Azizah turut berada di sini adalah ketua pemuda DAP Anthony Loke dan setiausaha PKR Saifuddin Nasution di Hotel Hilton yang terletak di bangunan itu.

Mereka dijadual mengakan sidang akhbar sebentar lagi. Semua mereka adalah antara 91 individu yang dilarang memasuki Kuala Lumpur.

12.16pm: Masjid Jamek - Hampir tidak ada kedai yang dibuka, kebanyakan orang berlegar di jalan dan lorong belakang Little India, menunggu masa untuk berhimpun.

Polis terus memeriksa dan menangkap mereka yang disyaki akan berhimpun.

NONE"Mereka arah kami buka beg, macam mana bom didalamnya," kata seorang wanita Melayu dari Klang yang berang apabila begnya diperiksa oleh empat anggota polis.

"Kenapa kami tak boleh duduk sini? Ini hak asasi kami," kata seorang lagi wanita yang juga dari Klang.

12.15pm KL Sentral - Dua naib presiden PAS - Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub ditahan ketika dalam perjalanan ke Hotel KL Hilton. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Ismail sudahpun berada di sana.

12:10pm: Menurut Facebook polis, mereka menafikan dakwaan twitter BERSIH 2.0 bahawa berlaku pertembungan antara penunjuk perasaan dan polis di KLCC dan menafikan juga gas pemedih mata telah digunakan.

12:12 pm: IPK KL - Seramai 338 orang telah ditangkap - 321 lelaki dan 17 perempuan.

Mereka ditahan di sekitar Dataran DBKL, Istana Negara, Pasar Seni dan Masjid Jamek.

12:15pm: Bekas ibupejabat KTM - tandas dalam bangunan itu telah dikunci oleh pihak polis.

NONE12.05pm: Ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut agak lenggang dengan hanya kira-kira 50 orang di luar, termasuk ketua penerangan PAS Misbahul Munir.

Empat kereta peronda polis diletakkan kira-kira 50 meter dengan 15 pegawai polis. Sekumpulan anggota polis Cawangan Khas berlegar dengan orang ramai.

11:58am: Petaling Street - Kira-kira 50 orang berkumpul di dalam kelompok kecil di sepanjang jalan pasar, yang dipercayai penunjuk perasaan. Bagaimanapun, tidak ada yang berpakaian kuning.

11.55pm: Stesen lama KTM - Masih ramai yang berlegar di sekitar stesen keretapi ini. Mereka diminta meninggalkan kawasan itu melalui jejantas berhampiran Mahkamah Syariah.

NONEPuluhan telah ditahan di kawasan ini. Polis juga dikatakan bertindak kasar terhadap suspek. Ada yang dicekup di tengkuk. Lori polis kedua yang penuh dengan tahanan beredar ke balai polis.

Polis anti-rusuhan juga bersiap-sedia dan dipercayai akan bergerak masuk ke stesen KTM bagi menyuraikan rakyat yang cuba berhimpun itu.

11.50am: Timbalan presiden PKR Azmin Ali menulis di tweeter - "Saya sudah berjaya tiba di 'forbidden city of KL'."

Beliau antara 91 individu yang dilarang oleh perintah mahkamah daripada memasuki Kuala Lumpur hari ini.

11:47pm: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menghantar tweet berkata kumpulan Patriot akan berkumpul di Jalan Bukit Bintang pada jam 1 tengah hari. "Ketua Pemuda Umno Pahang Abu Jimi telah ditangkap polis di stesen bas Putra."

11:45am: Sogo - Seorang wanita dilihat merayu kepada pihak polis supaya membebaskan suaminya yang telah ditahan selepas pasangan itu membeli-belah di Haniffa Textile.

"Polis minta saya ambil teksi, tapi tak ada teksi di sini," kata wanita itu ketika trak polis yang membawa suami beredar dari situ.

11.44am: Jumlah terbesar orang ramai yang berhimpun adalah di kawasan sekitar Masjid Jamek dan Masjid Negara. Namun, pintu pagar Masjid Jamek dikunci manakala di Masjid Negara polis tidak membenarkan mereka memasuki kawasan masjid. Ramai yang berkumpul sekitar kawasan stesen lama KTM.

11.35am: Stesen lama KTM - Ketegangan berlaku di disini. Anggota polis cuba menyuraikan orang ramai di dalam bangunan.

11.34am: Masjid Jamek - Seorang pemuda yang mempunyai baju BERSIH 2.0 di bagnya ditangkap di hadapan restoran McDonald.

NONEDari jam 10.50 pagi hingga sekarang, jumlah yang ditangkap di kawasan ini adalah hampir 40 orang. Mereka dibawa dengan lori dan van polis. Polis juga mengarahkan lori baru kerana menjangkakan lebih ramai akan ditahan dan kenderaan itu digunakan sebagai tempat tahanan sementara.

Stesen LRT Masjid Jamek yang dikawal ketat itu masih beroperasi dan orang ramai masih dibenarkan menggunakannya.

Jumlah wartawan tempatan dan luar negara yang berada di sini berjumlah kira-kira 50 orang.

11.30am: Menurut Facebook PDRM, sehingga 11 pagi, 236 orang telah ditangkap 228 lelaki dan lapan wanita.

Mereka melaungkan 'Allahu Akbar'. Sekurang-kurangnya enam orang ditahan di kawasan tersebut pagi ini.

NONE11:25am: Menurut sumber, pemimpin Pakatan Rakyat telah bergerak ke pusat bandar.

11:12am: Sogo - Seorang daripada tiga lelaki yang ditahan di sekitar Masjid India berkata, polis memeriksa begnya dan menemui baju-T kuning.

"Bubuh gambar saya, biar besar sikit," katanya sambil senyum sebelum dibawa menaiki trak polis.

11:10am: KLCC - Tiada bukti bahawa gas pemedih mata telah digunakan ke atas penunjuk perasaan di sini. Pengunjung kelihatan mundar-mandir seperti biasa.

11.04am: Stesen LRT Hang Tuah LRT kini ditutup kerana "sebab-sebab keselamatan".

11am: Satu sumber Bukit Aman berkata lebih 100 orang telah ditangkap pagi ini setakat ini.

NONE

10.55am: Stadium Merdeka - Polis menutup stesen monorail Maharajalela dan stesen Hang Tuah yang terletak berhampiran Stadium Merdeka.

Perkhidmatan monorail masih diteruskan di stesen-stesen lain.

10.55am: Masjid Negara Kira-kira seratus anggota polis sedang mengawal pintu masuk ke Masjid Negara. Beberapa penyokong Pakatan Rakyat kelihatan sedang disoal.

10:45am: Kampung Baru - Sekumpulan lagi ditahan, termasuk seorang lelaki yang memiliki baju-T BERSIH. Beliau tidak ditempatkan bersama yang lain dan dibawa di tempat lain untuk disoalsiasat.

10:43am: Sogo - Tiga lagi lelaki, membawa beg galas, ditahan di sekitar kawasan tersebut.

KLmacan Darurat...

Posted: 08 Jul 2011 09:02 PM PDT

6 Syaaban 1432H. [MOD] -
Seorang peserta himpunan aman Bersih ditahan oleh polis di hadapan Masjid Jamek Kampung Baru. - Foto THE STAR Oleh AZHAR MAHFOF


Helikopter polis terbang berdekatan Stadium Merdeka, pagi Sabtu.


Anggota-anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bersiap sedia menghadapi sebarang perhimpunan aman Bersih di sekitar Istana Negara, Kuala Lumpur, Sabtu. - Foto THE STAR Oleh SIA HONG KIAU

LANGSUNG Bersih 2.0: Tangkapan cecah 300 orang

Posted: 08 Jul 2011 08:57 PM PDT

6 Syaaban 1432H. [MOD] -

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 9 Julai: Polis hari ini memperhebat sekatan mereka dalam usaha menggagalkan himpunan aman Bersih 2.0 yang dijadual berlangsung jam 2 petang ini.

11.45 am: Sumber polis 120 orang ditangkap setakat ini di masjid Kg Baru.

11.40 am: Bandar Kuala Lumpur "dikunci", orang ramai yang terkepung ditangkap.

11.37 am: Menurut sumber polis 236 orang sudah ditangkap hingga jam 11 pagi.

11.35 am: 5 trak FRU water cannon dari Jalan Hang Tuah sedang bergerak menuju ke Stadium Merdeka.

11.30 am: Kumpulan perubatan Bersih dihalau oleh polis di stesen komuter.

11.25 am: Bernama nafi hantar SMS pembubaran parlimen.

11.20 am: Masjid Kg Baru - 34 lagi peserta himpunan ditanggkap dan dibawa ke Pulapol

11.12 am: Kampung Baru - Polis menahan semua orang yang turun di stesen Putra LRT Kampung Baru.

11.08 am: Polis mula memeriksa mereka yang berada di restoran dan gerai makan dan tangkapan rambang dibuat.

11.05 am: Masjid Jamek - Dianggarkan 300 peserta dihalau keluar dari stesen.

11.03 am: KTM Kuala Lumpur - Polis mengarahkan orang ramai yang tidak bertiket keluar dari stesen.

11.01 am: Stesen Hang Tuah (aliran Ampang) dan Maharajalela (Monorel) telah ditutup atas arahan polis. Tren tidak berhenti di stesen ini.

11.00 am: KTM Kuala Lumpur - Polis menggempur masuk ke dalam stesen. Mereka memeriksa orang ramai yang terkepung di dalam.

10.58 am: KTM Kuala Lumpur - Polis menutup pintu masuk ke stesen. Ratusan sedang berkumpul di luar berhampiran bulatan Masjid Negara.

10.55 am: Dianggarkan jumlah tangkapan sehingga kini mencecah 300 orang.

10.50 am:
KL Sentral - Polis menahan beberapa orang di KL Sentral, mereka ditangkap sejurus keluar dari tren.

10.45 am: Masjid Jamek - Jumlah polis mula bertambah di sini. Mereka memeriksa beg yang di bawa oleh orang ramai.

10.40 am: KLCC - Polis mula menembak gas pemedih mata, orang awam dihalau tanpa sebab.

10.35 am: Brickfields - Ketua Pemuda PAS Gombak, Ust Sharhan Umaizi ditangkap berhampiran Bangunan YMCA.

10.30 am: Maju Junction - Lagi beberapa peserta himpunan ditahan.

10.25 am: Masjid Jamek - Polis manahan dan menyoal orang ramai secara rawak.

10.20 am: Polis mengesahkan seramai 21 orang telah ditahan sejak jam 9 pagi tadi.

10.15 am: Jalan TAR - Polis menghalau orang awam yang berada di sekitar jalan ini. Orang awam terpaksa akur kerana polis mengacukan cota ke muka mereka.

9.50 am: Masjid Negara - Sebahagian dari mereka kini berkumpul di ibu pejabat lama KTM.

9.45 am: Masjid Negara - Biarpun diberi amaran oleh polis supaya kawasan ini dikosongkan, namun sudah lebih 1000 penyokong sudah berhimpun di sini.

9.30 am: Kg Baru - 18 orang ditahan menjadikan jumlah ditahan di kawasan ini seramai 27 orang ditahan di sini.

9.20 am: Masjid Jamek - 7 orang ditahan. Orang awam tidak dibenarkan berada di kawasan ini.

9.15 am: MAju Junction - 4 orang ditahan apabila polis menemui baju kuning di dalam beg dan kenderaan mereka.

8.50 am: Masjid Negara - Kira-kira 600 orang sedang berkumpul diarah mengosongkan kawasan Masjid Negara.

8.45 am: Kampung Baru - Sembilan ditangkap dan dihumban ke dua lori polis berhampiran Masjid Jamek Kampung Baru. Jalan menuju masjid itu juga telah ditutup kepada orang ramai

8.40 am: Muzium Negara - 12 orang ditangkap ketika sedang berkumpul di perkarangan muzium.

8.37 am: Sogo - Anggota AMK Melaka menjadi yang pertama ditangkap.

8.00 am: Suasana di sekitar KL pagi ini masih lengang dengan beberapa jalan utama menuju ke KL ditutup.

236 ditangkap, ribuan kini sekitar Masjid Negara

Posted: 08 Jul 2011 08:53 PM PDT

6 Syaaban 1432H. [MOD] -

236 ditangkap, ribuan kini sekitar Masjid Negara.

Sementara itu beberapa helikopter kelihatan tersus berligar-ligar diudara sekitar Kula Lumpur.

Cuaca sekitar Kula Lumpur kelihatan mendung dan sedikit berjerubu.

LAPORAN LANGSUNG: Malaysiakini

Posted: 08 Jul 2011 08:50 PM PDT

6 Syaaban 1432H. [MOD] -

LAPORAN LANGSUNG: Malaysiakini

11.35am: Ketegangan berlaku di stesen lama KTM. Anggota polis cuba menyuraikan orang ramai di dalam bangunan.

11.30am: Menurut Facebook PDRM, sehingga 11 pagi, 236 orang telah ditangkap 228 lelaki dan lapan wanita.

Mereka melaungkan 'Allahu Akbar'. Sekurang-kurangnya enam orang ditahan di kawasan tersebut pagi ini.

11:25am: Menurut sumber, pemimpin Pakatan Rakyat telah bergerak ke pusat bandar.

11:12am: Sogo - Seorang daripada tiga lelaki yang ditahan di sekitar Masjid India berkata, polis memeriksa begnya dan menemui baju-T kuning.

"Bubuh gambar saya, biar besar sikit," katanya sambil senyum sebelum dibawa menaiki trak polis.

11:10am: KLCC - Tiada bukti bahawa gas pemedih mata telah digunakan ke atas penunjuk perasaan di sini. Pengunjung kelihatan mundar-mandir seperti biasa.

11.04am: Stesen LRT Hang Tuah LRT kini ditutup kerana "sebab-sebab keselamatan".

11am: Satu sumber Bukit Aman berkata lebih 100 orang telah ditangkap pagi ini setakat ini.

1055am: Stadium Merdeka - Polis menutup stesen monorail Maharajalela dan stesen Hang Tuah yang terletak berhampiran Stadium Merdeka.

NONE

Perkhidmatan monorail masih diteruskan di stesen-stesen lain.

10.55am: Masjid Negara Kira-kira seratus anggota polis sedang mengawal pintu masuk ke Masjid Negara. Beberapa penyokong Pakatan Rakyat kelihatan sedang disoal.

10:45am: Kampung Baru - Sekumpulan lagi ditahan, termasuk seorang lelaki yang memiliki baju-T BERSIH. Beliau tidak ditempatkan bersama yang lain dan dibawa di tempat lain untuk disoalsiasat.

10:43am: Sogo - Tiga lagi lelaki, membawa beg galas, ditahan di sekitar kawasan tersebut.

Seorang daripadanya yang berbadan tegap dan berjanggut kelihatan memakai tag akhbar Bernama.

Ketika ditemui kemudiannya, wartawan Bernama itu berkata, dia dilepaskan apabila polis berpuashati dengan penjelasannya. Katanya disoalsiasat kerana membawa walkie-talkie. Bagaimanapun, dua orang lagi dibawa menaiki trak polis.

10:25am: Masjid Jamek - Terdapat lebih banyak tangkapan di sekitar stesen LRT Masjid Jamek. Trak polis yang diletakkan di sebelah masjid Masjid Jamek mempunyai sekurang-kurangnya 16 orang di dalamnya.

10:23am: Laporan PDRM - sehingga jam 9 pagi, 'Operasi Polis Perhimpunan 9 Julai 2011' membabitkan 21 tangkapan.

10:21am: KLCC - BERSIH tweet bahawa berlaku pertembungan polis dengan penyokong. "Kanister gas digunakan," katanya. Malaysiakini sedang cuba mengesahkannya.

10.20am: Stesen LRT Masjid Jamek - Tangkapan penyokong BERSIH 2.0 berterusan. Turut ditahan adalah seorang lelaki selepas polis menggelidah bagnya tetapi tidak menjumpai barangan berkaitan BERSIH. Dia bagaimanapun mengakui sedang mengumpulkan derma semasa ceramah PAS sebelum ini.

NONE10.06am: Stadium Merdeka - Polis memasang kawat duri pada di
kedua-dua arah masuk Jalan Stadium, dan menutupnya bukan sahaja kepada kenderaan tetapi juga pejalan kaki.

Kira-kira 20 wartawan juga sedang berkumpul di kawasan ini yang penuh dengan anggota polis.

10.06am: Di stesen lama KTM - seorang warga emas berusia 70 tahun yang memakai serban dan jaket Pakatan Rakyat ditahan bersama dua lagi selepas beliau berkeras untuk pergi ke Masjid Negara untuk bersolat. Ketiga mereka dibawa dengan jip polis.

"Semakin ditahan, ia akan terus melanda" - Abd Hadi

Posted: 08 Jul 2011 08:46 PM PDT

6 Syaaban 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 9 Julai: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan, tindakan menyekat perjuangan menegakkan Islam akan berhadapan dengan rempuhan.

Beliau menyifatkan ianya umpama gerakan air yang semakin ditahan, ia akan terus melanda dan melanggar benteng penahan.

Ingatan ini dikeluarkan beliau menjelang perhimpunan Bersih di ibu negara petang ini yang kini berhadapan dengan sekatan umpama perang dari pihak kerajaan BN.

Seluruh Kuala Lumpur dikepung dan bilik-bilik hotel dan tempat tinggal digeledah umpama mencari pesalah besar yang sedang mahu menghancurkan negara.

Perhimpunan Bersih 2.0 dijadualkan berlangsung jam 2 hingga 4 petang ini di Stadium Merdeka namun pihak stadium serta polis tidak memberikan permit atau kebenaran.

Padahal, sebelum pemimpin Bersih 2.0 menghadap Yang Dipertuan Agung, Perdana Menteri Datuk Seri Najib mencadangkan agar perhimpunan ini diadakan di stadium dan berjanji akan menguruskan penggunaannya.

Namun, selepas mesyuarat kabinet dan selepas Agung dan Bersih bersetuju agar ianya dipindahkan ke stadium, Menteri Penerangan Datuk Seri Rais Yatim mengumumkan kabinet menolak penggunaan stadium di Kuala Lumpur.

"Ingatlah sesungguhnya perjuangan menegakkan Islam ini ibarat aliran air yang ditahan, semakin ditahan, semakin dihalang ia akan terus melanda dan melanggar benteng penahan.

"Lumrah alam juga telah menetapkan bahawa suatu masa dan ketikanya benteng pasti akan pecah, ketika itu maka terbuak buaklah aliran air tersebut membanjiri pelusuk muka bumi. Yakin lah!" ingat Presiden PAS itu kepada pemimpin negara.

Ingatan itu dikeluarkan beliau melalui Facebooknya pagi ini.

Terkini : Hampir 100 ditangkap di Mesjid Negara

Posted: 08 Jul 2011 08:38 PM PDT

Syaaban 1432H. [MOD] -

Setakat ini saya menerima berita mengenai hampir 100 orang peserta himpunan Bersih yang ditangkap di mesjid negara disamping pihak polis melepaskan tembakan gas pemedih mata.

Polis turut geledah bilik hotel

Posted: 08 Jul 2011 08:30 PM PDT

Syaaban 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 9 Julai: Pihak polis bertindak menggeledah bilik beberapa hotel di ibu negara tengah malam tadi untuk mencari beberapa pemimpin Bersih khususnya 91 nama yang dilarang memasuki beberapa kawasan di Kuala Lumpur hari ini.

Difahamkan, polis menyemak bilik hotel yang didaftar atas nama individu berkenaan sebelum menggeledah.

Polis juga didakwa memburu mereka yang lain di semua tempat khususnya di tempat perkumpulan peserta himpunan Bersih.

Antara yang dicari polis malam tadi, pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Saharin.

"Polis serbu bilik atas nama saya di Brisdale tingkat 14, cari saya dan geledah bilik mujur saya di tingkat 15..now sudah naik kereta keluar hotel," tulis Badrul di twitter kira-kira jam 1 pagi tadi.

Beliau antara salah seorang dari 91 yang dilarang memasuki Kuala Lumpur hari ini.

Polis juga didakwa mengetuk pintu-pintu hotel mencari mangsa.

Beberapa lagi yang lain turut menjadi sasaran pihak polis, bagaimanapun belum dapat dipastikan sama ada sudah ada mereka yang ditahan.

Biarpun pihak polis mendapat perintah halangan dari Mahkmah Majistret, kesemua mereka semalam mendakwa akan tetap meyertai himpunan Bersih.

Sementara itu, hampir 60 jalan di pusat bandar Kuala Lumpur ditutup kepada semua kenderaan bermula jam 12.01 tengah malam tadi.

Lebih separuh peserta himpunan yang hadir dari luar Kuala Lumpur dijangka terkandas untuk memasuki ibu negara.

Harakahdaily/-

Ulasan :

Saya juga menerima beberapa telifon pada lewat tengah malam tadi mengenai cerita yang sama dan ini jelas menampakkan kesungguhan pemimpin BN yang ingin terus bertahan dengan kuasa polis yang mereka masih miliki.

Semuga usaha yang sama juga dilakukan oleh pasukan polis untuk membenteras kes curi, dadah dan pelacurin disekitar Kuala Lumpur.

Kalau orang yang datang ke KL dan tidur nyenyak dibilik masing-masing diserbu sedemikian rupa, saya sudah tidak ada bahasa lagi hendak dikatakan mengenai ketakutan pemimpin BN dengan kuasa nyawa-nyawa ikan yang hampir akan hilang.

Bernama nafi hantar SMS pembubaran Parlimen

Posted: 08 Jul 2011 08:23 PM PDT

6 Syaaban 1432H. [MOD] -

Bernama hari ini menafikan penghantaran teks pesanan kononnya mengenai pembubaran Parlimen pada Isnin ini.

Ketua Pengarangnya, Datuk Yong Soo Heong berkata: "Kami kesal kerana beberapa pihak tidak bertanggungjawab mengambil jalan keluar dengan menggunakan SMS (khidmat pesanan ringkas) untuk memanipulasi minda rakyat dengan matlamat mewujudkan keadaan huru-hara dan kekeliruan sambil merancang niat tersembunyi mereka."

"Teknologi mempunyai dua maksud dan adalah lebih baik untuk menggunakannya dengan bijaksana. Ini bukanlah kali pertama pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan ke atas saluran penyebaran yang meluas dan nama baik Bernama," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur hari ini.

"Kami menggesa mereka yang telahpun menerima SMS kononnya mengaitkan Perdana Menteri dengan dakwaan pembubaran Parlimen pada Isnin ini supaya mengabaikannya sama sekali," katanya.

Yong berkata, Bernama akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengesan pihak yang bertanggungjawab menyebar SMS palsu dan melampau itu.

Dalam perkembangan berkaitan, saya juga ada menerima sms yang mengatakan kemungkinan tersebut dengan katanya bila Parlimen dibubarkan pada isnin ini dan penamaan calon pada 15 July dan hari mengundi pula ialah 23 july.

Polis mengganas, 21 ditangkap, ribuan kini di Masjid Negara

Posted: 08 Jul 2011 07:16 PM PDT

6 Syaaban 1432H. [MOD] -

Kuala Lumpur yang lazimnya sesak pada setiap pagi Sabtu kini sunyi dan dikawal ketat dengan ribuan anggota polis bagi mengaggalkan perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada jam 2 petang ini.

Di sebalik sekatan jalan raya di kebanyakan lokasi di Kuala Lumpur, keadaan lalu lintas masih lancar tetapi keadaan trafik dilaporkan sesak di kawasan luar bandar di mana polis cuba menghalang penunjuk perasaan daripada memasuki ibu negara.

Sebahagian besar polis juga ditempatkan di kawasan yang sering menjadi tumpuan orang ramai akan berdemo seperti di persekitaran Dataran Merdeka, Masjid Jamek dan kawasan membeli-belah Sogo.

Kenderaan yang memasuki kawasan berkenaan juga diperiksa ketat.

Masjid Negara juga menyaksikan kehadiran polis yang ramai. Dipercayai ramai lagi anggota polis yang tidak memakai pakaian seragam juga sedang berlegar di kawasan-kawasan berkenan.

Setakat jam 8.30 pagi ini, perkhidmatan LRT berjalan seperti biasa dengan semua stesen boleh dituju.

LAPORAN LANGSUNG:

10.05am: Masjid Negara - Jumlah orang ramai juga semakin bertambah di kawasan ini. Dianggarkan tidak kurang seribu telah berada di sini.

9.55am: Masjid Jamek - Lebih ramai yang datang melalui stesen LRT. Polis belum memeriksa mereka tetapi hanya memerhatikan keadan. Kawasan ini adalah antara lokasi panas pada perhimpunan BERSIH pada 2007.

9.50am: Masjid Negara - Seorang lelaki tua yang cuba menghampiri masjid dengan niat untuk bersolat telah dihalau oleh pihak berkuasa. Jumlah penyokong BERSIH 2.0 di persekitaran stesen keretapi lama itu semakin bertambah ramai.

9.45am: Masjid Negara - Sekurang-kurang 1,000 penyokong BERSIH 2.0 berjaya berkumpul di kawasan sekitar ibu pejabat lama KTM dan sedang melaung-laungkan slogan.

9.41am: Istana Negara - Sebuah trak meriam air dan anggota polis pencegah rusuhan berkawal di kawasan ini. Kawasan ini di Jalan Mahameru kini ditutup dan tidak ada kenderaan yang dibenarkan melaluinya.

9.40am: IPK Kuala Lumpur - Penolong Pengarah Pengurusan (Perhubungan Awam) Bukit Aman ACP Ramli Mohamed Yoosuf mengesahkan 21 orang telah ditangkap pihak polis.

Secara tidak rasmi, seorang lagi pegawai berkata tidak kurang 100 orang yang telah ditangkap.

9.38am: Kampung Baru - Tambahan 18 lagi ditahan dipercayai penyokong BERSIH di sekitar kawasan ini. Jumlah itu tidak termasuk dengan tangkapan pertama pada kira-kira sejam sebelum ini di mana sembilan orang dicekup.

9.35am: Masjid Jamek - Tujuh orang ditahan. Alasan penahan mereka belum dapat dipastikan. Wartawan tidak dibenarakan berada berhampiran trak tempat mereka ditahan.

"Awak tak boleh berada di sini. Sila bercakap kepada pegawai saya jika awak mahu berada di sini," kata anggota polis itu.

9.30am: Maju Junction - Empat lelaki ditahan apabila polis menjumpai sehelai baju berwarna kuning di begnya.

9.15am: DBKL - Kira-kira 60 anggota polis dan sepuluh trak dilihat berada di persimpangan T di hadapadan bangunan DBKL.

9.05am: KL Sentral - Polis sedang memeriksa bag-bag ke4punyaan penyokong PAS yang baru tiba dari Kelantan.

9.00am: Stadium Merdeka - Jalan ke stadium itu dari Jalan Maharajalela sudah dikepung dengan halangan kawat berduri. Wartawan yang ingin memasuki kawasan itu perlu berdaftar dengan polis.

8.50am: Dataran Merdeka - Police telah menutup kawasan Dataran Merdeka. Lebih enam trak FRU, termasuk trak meriam air diletakkan di lokasi ini.

Sepanjang Jalan Tun Perak, berhampiran stesen Masjid Jamek, puluhan trak FRU dan sebuah trak meram air bgersiap sedia. Kawasan ini adalah lokasi yang lazimnya menjadi tempat berkumpul bagi penunjuk perasaan.

Dianggarkan tidak kurang 300 anggota FRU dan anggota polis lain berkawal di sini.

"Tiada sesiapun yang yang boleh masuk kawasan ini," kata seorang polis apabila wartawan Malaysiakini cuba meninjau kawasan sekitar Dataran Merdeka.

8.45am: Ibu pejabat PAS - Belum kelihatan anggota polis berpakaian seragam mahupun kenderaan mereka. Namun sekumpulan yang tidak dikenali dilihat memasang kamera video bertentangan bangunan itu. Adalah dipercayai pemimpin utama PAS sedang berkumpul di sana.

8.40am: Jalan Tunku Abdul Rahman - Pasukan pemantau Majlis Peguam turun ke jalanan dengan berpakaian suit hitam dan tag 'Pemantau' di jaket mereka.

"Kami akan pantau perhimpunan ini dan merakamkan gambar jika perlu. Terdapat kira-kira 100 pemantau Majlis Peguam. Ada yang membekalkan khidmat guaman," kata HR Dipendra, yang mengetuai pasukan 15 pemerhati.

8.30am: Kampung Baru - Sembilan penyokong BERSIH 2.0 ditangkap dan dihumban ke dua lori polis berhampiran Masjid Jamek Kampung Baru. Jalan menuju masjid itu juga telah ditutup kepada orang ramai.

8.25am: Sogo - Pusat membeli belah Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman lebih mirip seperti pangkalan polis. Lebih 10 trak polis dan 100 anggota juga berada di kawasan ini. Terdapat sekatan jalan di kawasan ini. Setiap kenderaan juga diperiksa.

8.10am: Hotel Tune - Persimpangan Jalan Sultan Ismail dan Jalan Tunku Abdul Rahman kini dikawal tidak kurang 100 anggota polis yang memeriksa semua kenderaan yang melalui kawasan ini. Pelancong dilaporkan sukar mendapatkan teksi.

8.00am: Jalan Bukit Bintang - Kawasan pelancongan di Bukit Bintang masih kosong. Tidak banyak kereta mahupun pejalan khaki. Tidak terdapat ramai anggota polis di kawasan ini. Lokasi ini akan dijadikan tempat berkumpul Pemuda Umno pada jam 1.30 petang nanti.

7.50am: Masjid Jamek - Kehadiran polis yang ramai. Jalan di hadapan masjid telah ditutup kepada orang ramai.

7.45am: Masjid Negara - Puluhan jeep FRU dan lori meriam air ditempatkan sekitar bulatan Jalan Keretapi bertentangan kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. Tiada sekatan jalanraya di kawasan ini tetapi kelihatan ramai anggota polis.

[LA

Jalan sekitar KL ada yang telah , dan ada mula ditutup mulai tengah malam ini

Posted: 08 Jul 2011 06:15 AM PDT

Syaaban 1432H. [MOD] -

Beberapa laluan masuk ke Kuala Lumpur mengalami kesesakan yang teruk apabila pihak polis meningkatkan kawalan masuk ke Kuala Lumpur . Semua kenderaan melalui pemeriksaan yang rapi .

Selain itu jalan di sekitar Kuala Lumpur akan ditutup atau dilencongkan bermula tengah malam ini, dalam usaha polis cuba menyekat perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan di Stadium Merdeka, esok.

Selain BERSIH 2.0, Pemuda Umno juga berkata mereka akan berkumpul di Jalan Bukit Bintang pada jam 10 pagi sebelum berarak ke Stadium Merdeka.

azlanMenurut sumber ibu pejabat polis kontinjen Kuala Lumpur, jalan-jalan yang akan ditutup atau dilencongkan adalah sepanjang Jalan Syed Putra, Jalan Istana, Jalan Bukit Petaling, Jalan Bellamy dan kawasan sekitar Istana Negara.

Gangguan juga akan berlaku di sepanjang Jalan Sultan Hishammuddin, Jalan Lembah Perdana, Jalan Chenderasari dan kawasan sekitar Masjid Negara.

Kawasan lain adalah sekitar Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dataran DBKL, Kompleks Sogo, Maju Junction, Masjid Kampung Baru, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Haji Taib, Jalan Raja Muda Musa, Jalan Raja Bot, Jalan Raja Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Gereja, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Tun Tan Cheng Loke, Jalan Sultan Mahmud dan semua kawasan berhampiran.



Setakat ini, polis menafikan hak rakyat untuk berhimpun dengan tidak mengeluarkan sebarang permit bagi sebarang perhimpunan, esok.

Sementara itu, beberapa laluan di pusat bandar dilaporkan juga telah ditutup sebelum tengah malam ini.

Selain itu, beberapa sekatan jalan raya yang menghubungkan pusat-pusat bandar juga telah dijalankan sejak petang tadi yang dipercayai bagi melumpuhkan perhimpunan BERSIH 2.0.

Antara laluan berkenaan adalah di Dataran Merdeka dan Stadium Merdeka.

Meskipun keadaan dilaporkan terkawal dengan pengguna kenderaan memberi kerjasama selain mematuhi arahan pihak polis, namun lalu lintas mulai sesak apabila orang ramai pulang dari pejabat.

BERSIH mahu berhimpun di luar Stadium Merdeka

Posted: 08 Jul 2011 06:08 AM PDT

5 Syaaban 1432H. [MOD] -

Penganjur BERSIH 2.0 membuat ketetapan rasmi untuk berhimpun di tempat letak kereta Stadium Merdeka esok walaupun dilarang polis yang memberi amaran untuk menangkap mereka yang menyertai perhimpunan tersebut.

NONEDalam kenyataannya, BERSIH 2.0 menegaskan pihaknya semakin komited untuk berhimpun secara aman bersama rakyat Malaysia dalam menuntut pilihan raya bebas dan adil.

"Rakyat Malaysia daripada segenap lapisan telah melalui perjalanan jauh dan penuh cabaran untuk sampai di saat yang genting ini yang bakal mencorakkan sejarah negara kita.

"Dengan kurang 24 jam tinggal untuk perhimpunan aman BERSIH, tekad kami untuk mengharungi fasa terakhir dan yang paling sukar dalam ranjau ini... adalah lebih kukuh daripada sebelumnya dalam menuntut pilihan raya yang bersih dan adil demi membina Malaysia yang lebih bagus," kata gabungan itu.

Kenyataan itu mencerminkan pendirian muktamad BERSIH untuk berhimpun secara aman di Stadium Merdeka meskipun dilarang oleh polis dan jemaah menteri.

NONEGabungan 62 NGO itu juga kesal kerana pihak berkuasa mengenakan pelbagai sekatan dalam usaha membatalkan perhimpunan itu.

"Walaupun berdepan dengan tawaran stadium yang dibuat secara tidak ikhlas, dan kemudian dinafikan permit, serta tangkapan, penahanan dan macam-macam lagi, kami telah berusaha bersungguh-sungguh untuk berurus dengan kerajaan secara ikhlas.

"Namun segala usaha kami itu dibalas dengan pelbagai sekatan," kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, menurut BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini tidak ada sebarang sekatan yang akan memintas usaha ke arah keamanan dan keadilan.

NONE"Pada 9 Julai kami akan menegakkan hak perlembagaan kami untuk berhimpun secara aman di Stadium Merdeka.

"Tidak ada mana-mana agensi kerajaan yang berhak untuk melarang rakyat daripada bergerak secara bebas... di ibu negara kita. Tidak ada ugutan dan hasutan yang boleh menafikan kebenaran asas ini," kata BERSIH 2.0 lagi.

Menurut gabungan itu adalah amat penting, lebih-lebih lagi sekarang untuk rakyat yang patriotik untuk bangkit dan bersatu demi menyelamatkan Malaysia daripada tergelongsor lebih jauh ke dalam lurah kegelapan.

bersih rally 271207 05"Kita akan berkumpul di tempat letak kereta dan percaya pintu (stadium) akan dibuka kepada kita.

"Ini adalah saat penting dalam sejarah dan kami yakin rakyat akan menyambut seruan untuk mempertahankan prinsip-prinsip yang membentuk Malaysia. Bersama-sama kita berjuang untuk mewariskan kepada anak-anak kita sebuah negara yang adil, demokratik, dan penuh dalam kasih sayang untuk satu sama lain," katanya.

Malaysiakini/-

Peguam PAS kini siap sedia bersama BERSIH 2 esok

Posted: 08 Jul 2011 03:11 AM PDT

6 Syaaban 1432H. [MOD] - Inilah pakaian lengkap ratusan peguam pas yang akan membantu peserta himpunan aman bersih esok jika mereka menghadapi masalah dengan pihak keselamatan. Selain itu lajnah undang-undang dan hak asasi manusia pas pusat (LUHAM) juga telah menyediakan hotline khusus bagi memudah semua peserta himpunan berhubung dengan peguam pas tersebut. Mereka boleh dihubungi melalui nombor khas dibawah :

016-3126463
014-6451753
016-3126473
012-3928379

Pihak LUHAM berharap semua perserta himpunan aman bersih memanfaatkan pihaknya dan berhubung dengan segera sekiranya menghadapi masalah yang berkaitan dengan pihak keselamatan.

Kaki tangan sokong bersih

Posted: 08 Jul 2011 02:08 AM PDT

6 Syaaban 1432H. [MOD] -

nota:
seorang pegawai kerajaan di bonn gemany
yang telah bengang dengan gerombolan
telah keluar menyatakan sokongan
terhadap bersih

salut untuk orang yang berani!

JPA ARAH KAKI TANGAN AWAM TAK HADARIRI HIMPUNAN HARAM - mkini

Tertekan dengan hasrat rakyat yang mahu meneruskan perhimpunan BERSIH 2.0 pada Sabtu ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengeluarkan pekeliling melarang penglibatan pegawai awam terbabit dengan perhimpunan haram atau gerakan yang mengancam keselamatan negara.

Pekeliling bertarikh 30 Jun yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah JPA Tan Sri Abu Bakar Abdullah, bagaimanapun tidak menamakan mana-mana perhimpunan.

NOTA:
jelas semakin ramai penyokong bersih
jelas kaki tangan kerajaan juga menyokong bersih
jelas kerana sokongan ini maka surat pekelilingan ini di keluarkan

sebelum mubarak runtuh surat pekelilingan juga telah dikeluarkan
sebelum ben ali cabut lari surat pekelilingan juga telah dikeluarkan.

tukartiub/-

Gempa sederhana berlaku dekat Manado

Posted: 08 Jul 2011 02:00 AM PDT

6 Syaaban 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 8 Julai — Satu gempa bumi sederhana dengan magnitud 5.6 pada skala Richter melanda Semenanjung Minahassa di Sulawesi pada 1.22 petang ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia gempa itu berpusat pada 281 kilometer di barat Manado, Indonesia dan 692 kilometer di tenggara Tawau, Sabah.

Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami. - Bernama

TERKINI : Kemasukan peserta BERSIH 2.0 tanpa henti, sudah lebih 30 000 masuk ke KL dan polis mungkin buat sekatan jalan raya lebih awal

Posted: 08 Jul 2011 01:48 AM PDT

6 Syaaban 1432H. [MOD] -

Menurut wartawan WRLR , setakat jam 2.48 petang sudah lebih 30 ooo peserta himpunan BERSIH 2.0 sudah memasuki KL.

Mereka berada di mana-mana , membeli belah dan meninjau kawasan sambil menunggu tarikh esok hari.

Adalah dijangkakan kemasukan rakyat yang menyokong BERSIH 2.0 sentiasa meningkat dari jam ke jam. Setiap jam , ada kemasukan lebih 5 - 6 ribu rakyat ke KL.

Polis dikatakan akan mengadakan sekatan jalan raya bermula jam 12 .oo malam, namun berikutan kemasukan bertali arus rakyat ke KL tanpa henti. Polis mungkin berubah fikiran mengadakan sekatan lebih awal .

Peserta himpunan BERSIH 2.0 digalakkan menggunakan LRT, Komuter , bas awam atau berjalan kaki untuk mengelakkan sekatan polis.

Peserta himpunan BERSIH 2.0 diingatkan sentiasa berwaspada dengan kumpulan tertentu dipercayai pemuda UMNO dan Perkasam yang dikatakan merancang membuat provokasi bagi memburukkan nama BERSIH 2.0.

Nota penting untuk peserta-peserta BERSIH 2.0 - Suaram
Berilut adalah panduan untuk anda semasa menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011 di Kuala Lumpur.

Tuntutan Bersih 2.0:
Pendaftaran automatik
Reformasi undi pos
Penggunaan dakwat kekal
Akses kepada media
Masa berkempen minima 21 hari
Pengukuhan perbadanan awam
Hentikan rasuah

Anda dinasihatkan:

Datang ke KL seawal mungkin – cuba elak dari memandu ke KL.
Sementara menunggu 2pm, anda boleh bersarapan atau makan angin di tempat awam berdekatan Stadium Merdeka (sokong peniaga tempatan).

Rakan2 Muslimin/Muslimat boleh tunaikan solat Zohor di mana-mana masjid sesuai.
Sebelum 2pm, sila menuju ke Stadium Merdeka.

Terpulang kepada anda jika ingin memakai kuning atau tidak. Rakyat memakai kuning mungkin akan menghadapi sekatan yang lebih kuat untuk masuk KL.

Kami menjangkakan pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan mereka khususnya dalam mendesak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia untuk mereformasikan pilihanraya.

Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, pihak kami mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu anda dan kami diperingkat penganjur dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar dan aman.

*Perkara yang perlu anda bawa/sediakan *
Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.
Duit-maksimum RM100 sahaja.
Memakai pakaian yang sopan-T-shirt /baju berwarna Kuning. Sebaiknya ada logo Bersih 2.0
Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.

Aksesori kempen-Button, kopiah arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Bersih 2.0 / Bersihkan Pilihanraya boleh digunakan.
Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.

Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.

Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.

Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.

Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis *N100 Respirator, N95 Respirator *dan* Surgical facemask* untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.

Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.
Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.
Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.

Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan - gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha Bersih 2.0 H/P: 0162208784; Email: bersih2.0electoral@gmail.com
*Perkara yang tidak dibenarkan*

Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.

Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kreadit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.

Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal yang menghalang pergerakkan.
Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.
Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 2.0 / Bersihkan Pilihanraya.

Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.

Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 2.0 tidak dibenarkan.
Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.

Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov cocktail dan mercun.

Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.
Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.

Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.
Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini.

*Perkara yang perlu anda lakukan sebelum perhimpunan*
Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa.

Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.

Pastikan anda telah menunaikan 'hajat' sebelum memasuki perhimpunan.

Bagi yang Islam, Lakukanlah solat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan ini dan yang bukan Islam boleh berdoa mengikut ritual masing-masing.

Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan.
Maklumkan mereka tujuan anda keluar.

Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti.

Jangan lupa *charge* bateri handphone dan kamera.
Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan -- Sogo, DBKL, & Masjid Kg Baru

Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.
Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian.

Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Sogo, DBKL, & Masjid Kg Baru (Jangan terus ke Istana Negara bersendirian).

Jangan memakai baju Bersih 2.0 sebelum perhimpunan bermula.
Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan Sogo, DBKL, & Masjid Kg Baru dan tunggu arahan dari *Field Commander* yang dilantik.
*Semasa perhimpunan dan perarakan*

Ikutilah arahan dari Unit Amal atau *Field Commander* sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada *Field Commander*

Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan *Field Commander*.
Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.
Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.
Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.

Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.
Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.

Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.

Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.
Pastikan anda dapat duduk semasa pimpinan berucap.

Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi *sound system* akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.
Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.

Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan.
Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukan dalam beg plastik yang anda bawa.
Rakamkan suasana himpunan - gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha Bersih 2.0 H/P: 0162208784; Email: bersih2.0electoral@gmail.com.

Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.
*Selepas perhimpunan*

Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.

Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan.
Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik. Dapatkan bantuan daripada Unit Amal.

Jangan tinggalkan apa-apa sampah di tempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang dirumah.
Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan keselamatan bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.

Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir. Segala info dan maklumat bolehlah diemailkan kepada kami di email Setiausaha Bersih 2.0 H/P: 0162208784; Email: bersih2.0electoral@gmail.com.

*Apa anda perlu buat jika kumpulan Anti-tuntutan Bersih 2.0 buat Provokasi*
Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut arahan *Field Commander* Unit Amal.

Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.
Jangan hampiri mereka.

Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.

Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.
Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu.

*Apa anda perlu buat jika polis buat provokasi dan serbuan*
Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.

Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan meriam air.
Duduk jika pimpinan arahkan.

Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air *water canon* berwarna kuning.

Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.

Ambil gambar mereka jika sempat.
Buat laporan Polis jika anda dikasari.
*Apa yang anda perlu buat jika ditahan*

Jangan banyak cakap dengan polis. Diamkan dan tenangkan diri.
Minta nama dan nombor polis yang menahan anda dan tanya dia sebab anda ditahan, seksyen berapa yang digunakan.

Berikan maklumat asas sahaja jika diminta seperti nama, no kad pengenalan, alamat rumah (berikan ikut alamat dalam IC sahaja).
Jika mereka tanya soal pekerjaan, jawab dengan ringkas sahaja. Jangan bagi maklumat yang lengkap.

Bagi pelajar, jika mereka tanya anda masih belajar atau tidak, anda hanya perlu jawab "Masih tengah cari kerja" atau berikan jawapan lain yang sesuai. Elakkan mengaku sebagai pelajar. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.

Bagi kakitangan Kerajaan jika mereka tanya tempat kerja anda, jawab "Saya kerja swasta atau kerja sendiri". Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.

Minta berjumpa dengan peguam sebelum beri apa-apa keterangan. Peguam akan menunggu di luar balai jika anda ditahan.

Kalau boleh jangan beri terlalu banyak keterangan, anda hanya perlu jawab "saya akan bagi keterangan di Mahkamah sahaja". Ingat! Apa yang anda cakap di Balai Polis boleh dijadikan bahan bukti di Mahkamah. Anda berhak untuk tidak memberikan sebarang keterangan kepada Polis melainkan di Mahkamah.

Semasa ditahan, jangan pedulikan provokasi polis atau jangan mudah terpedaya bila mereka berlembut.

Pastikan anda ingat semua yang berlaku, termasuklah pegawai polis yang tahan dan soal siasat anda.

Jangan terlalu risau kerana di luar balai telah disediakan orang-orang yang akan jamin dan bela anda.

*Apa yang anda buat selepas dibebaskan*

Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis.
Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan.

Buat laporan Polis jika anda diberi layanan kasar semasa perhimpunan atau semasa ditahan.

Ceritakan dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.
Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak.

Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.

Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.

Jangan lupa solat sunnat syukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan.

Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.

Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain.
Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan.
*Perhatian!*

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini
Secara keseluruhannya, kita berharap Perhimpunan ini dapat berjalan lancar tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan.

Kita berharap agar dengan sedikit usaha dan kehadiran kita ini akan dapat memberikan kesedaran kepada pihak SPR dan kerajaan persekutuan mempergunakan kuasa yang ada untuk memperbaiki kelemahan sistem perundangan dan proces implementasi negara kita.

Perhimpunan Bersih berjaya pada 10 November 2007 kerana ketabahan rakyat. Maka, kini adalah masa untuk kita berjuang bersama untuk mereformasikan pilihanraya, mengkukuhkan perbadanan institusi dan hentikan korupsi.

Pastikan anda mengikuti arahan-arahan yang diberikan. Sebarang masalah anda boleh rujuk kepada *Field Commander* atau Unit Amal yang bertugas pada perhimpunan ini.

Ingatlah, peristiwa ini adalah peluang untuk anda sekali seumur hidup dan ianya akan kekal menjadi sejarah yang akan menjadi sebutan kepada anak cucu kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada sejarah ini.

Posted by PASPB

Mayat salah seorang mangsa lemas ditemui

Posted: 08 Jul 2011 01:45 AM PDT

6 Syaaban 1432H. [MOD] -

SEREMBAN 8 Julai – Salah seorang daripada dua beradik yang dikhuatiri lemas di Kolam Takungan Jabatan Pengairan dan Saliran Seremban 2 ditemui mati lemas petang ini.

Mayat Arif Hidayatullah Saprudin, 7, ditemui pada pukul 2.40 petang ini, manakala usaha mencari abangnya masih dijalankan. – Utusan

Seniman wajib bersuara.

Posted: 08 Jul 2011 01:44 AM PDT

6 Syaaban 1432H. [MOD] -

CAMPURTANGAN POLITIK MEMBAWA BUDAYA MUNDUR 50 TAHUN KE BELAKANG

Kami merupakan sekumpulan orang yang aktif dalam masyarakat kesenian Malaysia, yang memikul amanah mencipta budaya baru, berbudi pekerti menggalakkan nilai-nilai sejagat kebebasan, kesetaraan dan keadilan sosial sebagai tuntutan persekitaran kami. Persekitaran berbilang etnik, beragam budaya dan berbagai kepercayaan di negara ini menyediakan kita dengan bekalan sumber-sumber keatif yang tidak berkesudahan. Persekitaran ini juga memberi banyak ilham gagasan keindahan seni yang amat jelas memberi manfaat kepada para penyair, penulis novel, pemuzik, penari, penulis drama atau seniman dan lainnya. Namun demikian, baru-baru ini kejadian penindasan di dalam negara terhadap suara pembantah dan pelanggaran hak asasi manusia, membuatkan kami merasai gangguan dan ketidak adilan.

Disebabkan agensi penguatkuasaan undang-undang telah menggunakan Akta Hasutan dan Akta Polis untuk menyoal siasat Sasterawan Negara A. Samad Said, kami bertanya - apakah beliau telah melakukan suatu jenayah kejam yang cukup besar salahnya, apabila penyair dalam usia 76 tahun ini hanya membacakan puisinya Unggun Bersih pada pelancaran perhimpunan BERSIH 2.0?

"Semakin lara kita didera bara - kita laungkan juga pesan merdeka …," semakin puisi tersebut terus mengalir, ia mendedahkan kita pada kepekaan puisi tentang siapa yang selalu merasa dan peduli terhadap negara dan perjalanan waktunya. Dalam hal ini, kami meluahkan kedukaan yang amat dalam. Kami merasa terganggu bahawa selepas setengah abad negara ini diasaskan, ruang untuk kebebasan kreatif tidak banyak berkembang, malah lebih teruk lagi, kehidupan kita masih lagi diselubungi "budaya ketakutan."

Kami menjangkakan akan lebih banyak tindakan tidak masuk akal "menggari" dan "membelenggu" untuk terus melarang para pencipta budaya yang mendokong keadilan dan mengejar demokrasi seperti apa yang dilakukan A. Samad Said. Kami amat prihatin bahawa tindakan berat berhelah politik ini akan membawa kita mundur 50 tahun ke belakang di dalam pembangunan budaya kita. Sebagai sebahagian masyarakat kesenian, kami pastinya tidak boleh menyendiri tetapi akan mengeluarkan pernyataan bersama seperti berikut:

1.Ungkapan diri: Kami menyedari bahawa semua pencipta budaya memiliki hak untuk memilih pendirian politik peribadi, dan kebebasan kreatif - sebagaimana kebebasan bersuara atau kemerdekaan peribadi - yang merupakan salah satu perlembagaan hak asasi manusia yang tidak boleh ditolak ansur. Hanya dalam persekitaran yang merdeka, seseorang pencipta budaya itu dapat menyedari sepenuhnya kepentingan ungkapan diri, dan tidak menjadi mangsa permainan kuasa seterusnya.

2.Dialog yang waras: Kami menyeru pihak penguatkuasa undang-undang untuk mengangkat amalan profesional dengan kebijaksanaan bukannya menggunakan perundangan lapuk untuk menganggu aliran dialog yang waras. Penyair A. Samad Said hanya menyatakan kerinduannya pada demokrasi dan kemerdekaan serta tidak menawarkan emosi yang kesat dan menyinggung. Pada zaman maklumat dengan interaksinya yang sengit ini, cubaan untuk memburukkan seorang warganegara yang baik samasekali cukup tidak munabasah.

3. Pilihanraya yang bersih dan adil: Kami menyokong lapan tuntutan yang diperjuangan Gabungan Pilihanraya yang Bersih dan Adil, seperti pembersihan menyeluruh daftar pengundi, reformasi undi pos, penggunaan dakwat kekal, kebebasan institusi awam, menghentikan rasuah dan penyelewengan pilihanraya serta lainnya.

Walau bagaimanapun, setakat ini amat malang sekali, rayuan tersebut belum menerima sebarang maklum balas positif oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia. Kesimpulannya, saat kenyataan ini dirumuskan, telah diisytiharkan bahawa "Perhimpunan Bersih 9 Julai" akan diadakan di stadium. Apapun yang terjadi, kami berharap kesemua jiwa dan hati yang diperangkap akan dibebaskan, dan ke atas negara semoga akan memancarkan sinar cemerlang kemanusiaan!


KENYATAAN BERSAMA DI TANDATANGANI OLEH :

1. PERSATUAN SENI RUMAH AIR PANAS
2. NUR HANIM KHAIRUDDIN
3. 余一蘭YEE I-LANN
4. 陳愛瓊SHARON CHIN
5. 蔡長璜CHAI CHANG HWANG
6. 葉紹斌YAP SAU BIN
7. 张錦超CHONG KIM CHIEW
8. 颜振利Gan Chin Lee
9. CHUAH CHONG YONG
10. 莊若 JOHNROCK
11. 羅燕婷 LOH YEEN TENG
12. Simon Soon
13. Joseph Foo
14. 鍾武凌 CHONG WU LING
15. 林儷雯 LIM LI WEN
16. 陈如仪Tan Ru Yi
17. 吴利光Goh Lee Kwang
18. 黄英隆Wong Eng Leong
19. Wening Cheah
20. Au Sow Yee
21. 林国荣 Lim Kok Yoong
22. 罗浩庭 Loo Hoe Tiang
23. 傅慧齡FOO FEI LING
24. 陳頭頭MatoTytee
25. Rahmat Haron
26. JC Wong 王敬诚.
27. Foo Kee How符基豪
28. Koh Cheng Kuan 许镇权
29. 曾国辉 Chan Kok Hooi
30. 黄佩如 Wong Pey Yu
31. Fahmi Fadzil
32. Amir Zainorin
33. Abdullah Jones
34. 李健省LEE Kian Seng
35. Goh Sze Ying
36. Tshiung Han See
37. Bebek
38. Shieko Reto
39. Ezrena Marwan
40. Rachel Jena
41. Chi Too
42. Daniel Chong
43. Zedeck Siew
44. AL-JAFREE MD. YUSOP
45. NUSRATNAJWANI BT. MOHAMMAD
46. Tey Tat Sing
47. Ili Farhana
48. Roopesh Sitharan
49. 刘宜振 Low Yi Chin
50. Tengku Sabri Tengku Ibrahim
51. 梁靖芬 LEONG CHING FOON
52. 陈茗洁 TAN MING JIE
53. 楊嘉仁 NYU KA JIN
54. Ise aka Roslisham Hashim
55. The Parking Project
56. HAMIDON BIN AHMED
57. Christina Kang
58. Shaffiq Ahmad
59. Hasnul Jamal Saidon
60. Tan Hui Koon
61. Tan Sei Hon
62. Ng Seksan
63. Dr. Goh Beng Lan
64. 雷大烘 LUI THAI HONG
65. Munkao
66. 祈風 Chifong foo
67. Chang Fee Ming 郑辉明
68. Gan How Ming颜浩名

tukartiub/-

4 pelatih nekad cabut lari

Posted: 08 Jul 2011 01:37 AM PDT

6 Syaaban 1432H. [MOD] -

SEBUAH kereta Perodua Kancil yang diletakkan di hadapan pintu Puspen rosak selepas dirempuh oleh lori yang dinaiki empat pelatih ketika melarikan diri di Besut semalam.

BESUT – Empat pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) di sini bertindak nekad dengan merampas sebuah lori dan merempuh pintu pagar hadapan pusat itu ketika melarikan diri semalam.

Kejadian berlaku pada pukul 10.30 pagi apabila keempat-empat pelatih tersebut menyusup masuk ke dalam sebuah lori tiga tan ketika pemandu dan kelindannya menurunkan barang di pusat itu.

Pelatih berusia di antara 25 hingga 32 tahun itu kemudian memandu lori tersebut dan melanggar pintu pagar sebelum terlanggar sebuah kereta Perodua Kancil yang diletakkan di bahu jalan di luar pusat berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, kesemua pelatih tersebut kemudian memandu lori itu menuju ke Kelantan.

Ujarnya, apabila tiba di Bukit Jong, Pasir Putih iaitu kira-kira 20 kilometer dari lokasi kejadian, lori tersebut telah merempuh sekatan jalan raya menyebabkan seorang anggota polis cedera di tangan.

kosmo/-

Perniagaan akan maju, pasaraya buka seperti biasa

Posted: 08 Jul 2011 01:25 AM PDT

6 Syaaban 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 8 Julai: PAS yakin peniagaan tidak akan terjejas bahkan akan bertambah maju sempena perhimpunan Bersih 2.0 yang akan berlangsung di ibu negara esok.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungib meminta para peniaga jangan bimbang dan meneruskan perniagaan mereka sebagaimana biasa esok.

(Sogo KL antara pusat beli belah yang bakal menjadi tumpuan esok...seluruh negara akan bertumpu ke sini untuk membeli belah menjelang Ramadhan)

"Saya yakin, bukannya perniagaan mereka terjejas tetapi perniagaan mereka akan bertambah maju kerana seluruh rakyat negara ini bertumpu ke Kuala Lumpur esok," kata Saari kepada Harakahdaily.

Perhimpunan Bersih 2.0 akan berlangsung di Stadium Merdeka esok mulai jam 2 petang.

Pelbagai momokan dibuat oleh pihak-pihak tertentu kononnya peniaga akan kerugian ekoran perhimpunan esok.

Namun pemimpin Bersih 2.0 yakin, sekurang-kurang RM3 juta akan dibelanja oleh para penyokong Bersih esok dengan andaian 300,000 akan menyertai perhimpunan ini dan setiap seorang akan membawa RM100.

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu pernah memberitahu pemimpin kanan polis, jika water canon disembur ke arah orang ramai bukan sahaja kedai akan dirempuh bahkan "kandang babi pun akan kami rempuh," kata beliau.

Saari (gambar) yang juga Adun Hulu Klang ketika dihubungi Harakahdaily pagi ini menyatakan himpunan Bersih 2.0 akan tetap diteruskan meskipun terdapat berbagai halangan dibuat.

Sehubungan dengan itu, beliau juga meminta agar rakyat yang berniaga ketika itu termasuklah pasaraya tidak perlu rasa bimbang dan cemas dengan himpunan ini.

"Kita yakin himpunan yang akan berlaku esok tidak akan berlaku huru-hara seperti yang digambarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menakut-nakutkan rakyat.

"peniaga-peniaga tidak perlu bimbang dengan himpunan ini kerana esok merupakan peningkatan ekonomi mereka yang sebelum ini mungkin ada yang kurang pendapatan dalam menjalankan perniagaan tetapi esok saya yakin rezeki mereka melimpah ruah," kata Saari.

Mereka yang terlibat dalam perniagaan sepatutnya bersyukur kerana esok gerai dan pasaraya mereka akan di kunjungi oramai ramai yang sudah pasti datang daripada berbagai negeri datang ke Kuala Lumpur, tambahnya.

Katanya, "kita dapat gambarkan rakyat yang datang di seluruh negeri datang kesini akan berhimpun beramai-ramai membawa ahli keluarga dan teman-teman berjalan –jalan menuju ke stadium sambil mereka membeli belah untuk persiapan bulan Ramadhan dan Hari Raya Aildilfitri nanti."

Ketika dihubungi Harakahdaily, antara pasaraya yang akan beroperasi sebagaimana biasa adalah pasaraya Sogo, Pertama Complex, MidValley Mega Mall, Lingkaran Syed Putra, Kuala Lumpur, Isetan (KLCC), Megakidz Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur, The Store Jalan Ipoh dan lain-lain.

(Mydin antara pusat membeli belah yang akan turut mendapat perhatian esok)

Manakala itu, pasaraya Mydin Jalan Masjid India akan tutup perniagaan dan bagi pasaraya Kamdar Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur bergantung kepada keadaan.

Azira Abdullah, pegawai pasaraya Kamdar itu berkata ketika dihubungi oleh Harakahdaily "setakat ini pasaraya Kamdar akan beroperasi seperti biasa walaupun telah dimaklumkan himpunan Bersih 2.0 akan diadakan esok".

"Tetapi ia bergantung kepada keadaan. Sekiranya kami mendapat arahan daripada pihak atasan, mungkin akan di tutup juga sehingga mendapat arahan untuk membuka perniagaan kembali untuk esok," katanya.

malaysiakini/-

Najib lepas tangan, mungkir janji?

Posted: 08 Jul 2011 01:15 AM PDT

6 Syaaban 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 8 Julai: PAS mengecam tindakan "lepas tangan" Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak behubung perhimpunan Bersih 2.0 yang bakal berlangsung besok.

Biarpun sebelum ini berjanji membenarkan himpunan Bersih dibuat di stadium, namun beliau kini bagai mungkir janji apabila menyerahkan urusan tersebut kepada pihak polis yang sehingga kini tidak memberikan permit perhimpunan di Stadiu merdeka.

"Kenapa bebanan diletakkan ke atas bahu polis, sedangkan beliau (Najib) sepatutnya mengeluarkan arahan agar himpunan diadakan di stadium, kini jawatankuasa Bersih 2.0 telahpun setuju, tiba-tiba kabinet tak benarkan. Siapa mengetuai kabinet? Apakah polis?" soal Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Pusat dalam satu kenyataannya hari ini.

Sepatutnya kata Tuan Ibrahim, Perdana Menteri tidak patut menyusahkan polis dengan keputusannya dan benarkan sahaja rakyat berhimpun secara aman untuk menyerahkan memorandum rakyat kepada Yang Di Pertuan Agong.

Sebelum ini, ketika Bersih bertegas mahu berarak menuju ke Istana negara, Najib membantahnya lalu mencadangkan ianya diadakan di stadium.

Setelah pertemuan dengan Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong, Besih kemudiannya bersetuju untuk menukar dari berarak ke istana kepada perhimpunan di stadium.

Dan kelmarin, mereka mengumumkan untuk mengadakan himpunan itu di Stadium Merdeka di ibu negara.

Namun kabinet yang diketuai Najib pula didakwa menolak hasrat Bersih memilih Stadium Merdeka itu.

Penolakan itu dilihat bercanggah dengan janji awal Najib yang sedia membenarkan himpunan aman itu jika diadakan di satdium.

Lebih malang apabila perdana menteri itu melepaskan urusan kebenaran yang pernah dijanjinya itu kepada pihak polis.

Pihak polis sehingga kini bagaimanapun bertegas himpunan tersebut tidak dibenarkan bukan sahaja di Stadium Merdeka, malah di mana-mana kawasan di Kuala Lumpur.

Lebih dari itu, polis juga telah mendapatkan perintah larangan dari Mahkamah Majistret bagi menghalang 66 tonggak utama himpunan dari Bersih termasuk dari parti-parti politik dan NGO yang menyokongnya.

"Bah ini sebenarnya kenyataan awal beliau. Layakkah seorang yang lepas tangan dan bermungkir janji secara terang-terangan begini menjadi pemimpin rakyat Malaysia," tanya beliau, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

harakahdaily/-

Pemuda Umno berarak ke Stadium Merdeka juga

Posted: 08 Jul 2011 01:15 AM PDT

6 Syaaban 1432H. [MOD] -

Di sebalik pengharaman perhimpunan dan tidak memiliki permit polis, Pemuda Umno akan terus berarak ke Stadium Merdeka esok.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata mereka masih merayu penolakkan permohonan permit, tetapi walau apa pun terjadi, mereka tetap akan berhimpun.

"Kami akan berkumpul di Jalan Bukit Bintang pada jam 10 pagi.

"Kami masih berunding dan merayu polis untuk membiarkan kami berarak ke Stadium Merdeka," katanya sambil menambah keputusan muktamad untuk berarak ke stadium itu akan diputuskan pagi esok.

malaysiakini/-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan