Sabtu, 9 Julai 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS TAMBUN

Posted: 09 Jul 2011 01:13 AM PDT

PAS TAMBUN


SELAMAT PERGI DAN SELAMAT KEMBALI

Posted: 08 Jul 2011 07:46 AM PDT



SELAMAT MENERUSKAN PERJUANGAN!!!

SEMOGA ALLAH MEMBERKATI SEMUANYA... AMINNN

Salam Perjuangan

Posted: 08 Jul 2011 11:53 PM PDT

Salam Perjuangan


UMNO-BN JADIKAN NEGARA SEMACAM DI AMBANG PERANG

Posted: 08 Jul 2011 05:30 PM PDT

PAS TELUK INTAN

Posted: 08 Jul 2011 11:39 PM PDT

PAS TELUK INTAN


Ketua Pemuda Ditahan

Posted: 08 Jul 2011 10:01 PM PDT

Terkini 12.54 pm (09 Julai): Ketua Pemuda dan ahli PAS, kebanyakannya dari Cawangan Batak Rabit, antara yang ditahan . Menurut Us. Fatah mereka 'dijemput' menaiki trak sebaik sahaja turun dari LRT. Kenderaan yang membawa mereka bergerak perlahan sahaja. Lokasi terakhir mereka ialah di Kg. Baru. Turut ditahan Hj. Sulaiman dari PAS Pdg. tembak dan anak ketua pemuda Abdullah Azzam.
 

Post Menarik Untuk Dikongsi Bersama

Posted: 08 Jul 2011 07:16 PM PDT

Demonstrasi di Luar Negara

Posted: 08 Jul 2011 12:05 AM PDT

Demonstrasi di Spanyol. Nampak aman aje. takde watercanon dan tentera biru. Perkasa dan patriot pon tak de. Kenapa di Malaysia kecoh...
Yang satu lagi ni kat Yaman. Tuntutan supaya presidennya letak jawatan. Nampak tak de roadblock pon. Tetap aman.
Malaysia oh malaysia.....

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN JERAI

Posted: 08 Jul 2011 11:36 PM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN JERAI


Nota penting untuk peserta-peserta BERSIH 2.0

Posted: 08 Jul 2011 09:33 AM PDT


Berikut adalah panduan untuk anda semasa menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011 di Kuala Lumpur.

Tuntutan Bersih 2.0:
  • Pendaftaran automatik
  • Reformasi undi pos
  • Penggunaan dakwat kekal
  • Akses kepada media
  • Masa berkempen minima 21 hari
  • Pengukuhan perbadanan awam
  • Hentikan rasuah
Anda dinasihatkan:
  1. Datang ke KL seawal mungkin – cuba elak dari memandu ke KL.
  2. Sementara menunggu 2pm, anda boleh bersarapan atau makan angin di tempat awam berdekatan Stadium Merdeka (sokong peniaga tempatan).
  3. Rakan2 Muslimin/Muslimat boleh tunaikan solat Zohor di mana-mana masjid sesuai.
  4. Sebelum 2pm, sila menuju ke Stadium Merdeka.
  5. Terpulang kepada anda jika ingin memakai kuning atau tidak. Rakyat memakai kuning mungkin akan menghadapi sekatan yang lebih kuat untuk masuk KL.
Kami menjangkakan pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan mereka khususnya dalam mendesak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia untuk mereformasikan pilihanraya.

Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, pihak kami mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu anda dan kami diperingkat penganjur dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar dan aman.

*Perkara yang perlu anda bawa/sediakan *
  1. Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.
  2. Duit-maksimum RM100 sahaja.
  3. Memakai pakaian yang sopan-T-shirt /baju berwarna Kuning. Sebaiknya ada logo Bersih 2.0
  4. Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.
  5. Aksesori kempen-Button, kopiah arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Bersih 2.0 / Bersihkan Pilihanraya boleh digunakan.
  6. Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.
  7. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.
  8. Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.
  9. Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.
  10. Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis *N100 Respirator, N95 Respirator *dan* Surgical facemask* untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.
  11. Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.
  12. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.
  13. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.
  14. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan - gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha Bersih 2.0 H/P: 0162208784; Email: bersih2.0electoral@gmail.com
*Perkara yang tidak dibenarkan*
  1. Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.
  2. Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kreadit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.
  3. Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal yang menghalang pergerakkan.
  4. Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.
  5. Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 2.0 / Bersihkan Pilihanraya.
  6. Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.
  7. Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 2.0 tidak dibenarkan.
  8. Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.
  9. Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov cocktail dan mercun.
  10. Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.
  11. Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.
  12. Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.
  13. Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini.
*Perkara yang perlu anda lakukan sebelum perhimpunan*
  1. Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa.
  2. Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.
  3. Pastikan anda telah menunaikan 'hajat' sebelum memasuki perhimpunan.
  4. Bagi yang Islam, Lakukanlah solat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan ini dan yang bukan Islam boleh berdoa mengikut ritual masing-masing.
  5. Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan.
  6. Maklumkan mereka tujuan anda keluar.
  7. Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti.
  8. Jangan lupa *charge* bateri handphone dan kamera.
  9. Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan -- Sogo, DBKL, & Masjid Kg Baru
  10. Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.
  11. Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian.
  12. Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Sogo, DBKL, & Masjid Kg Baru (Jangan terus ke Istana Negara bersendirian).
  13. Jangan memakai baju Bersih 2.0 sebelum perhimpunan bermula.
  14. Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan Sogo, DBKL, & Masjid Kg Baru dan tunggu arahan dari *Field Commander* yang dilantik.
*Semasa perhimpunan dan perarakan*
  1. Ikutilah arahan dari Unit Amal atau *Field Commander* sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada *Field Commander*
  2. Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan *Field Commander*.
  3. Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.
  4. Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.
  5. Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.
  6. Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.
  7. Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.
  8. Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.
  9. Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.
  10. Pastikan anda dapat duduk semasa pimpinan berucap.
  11. Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi *sound system* akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.
  12. Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.
  13. Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan.
  14. Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukan dalam beg plastik yang anda bawa.
  15. Rakamkan suasana himpunan - gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha Bersih 2.0 H/P: 0162208784; Email: bersih2.0electoral@gmail.com.
  16. Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.
*Selepas perhimpunan*
  1. Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.
  2. Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan.
  3. Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik. Dapatkan bantuan daripada Unit Amal.
  4. Jangan tinggalkan apa-apa sampah di tempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang dirumah.
  5. Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan keselamatan bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.
  6. Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir. Segala info dan maklumat bolehlah diemailkan kepada kami di email Setiausaha Bersih 2.0 H/P: 0162208784; Email: bersih2.0electoral@gmail.com.
*Apa anda perlu buat jika kumpulan Anti-tuntutan Bersih 2.0 buat Provokasi*
  1. Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut arahan *Field Commander* Unit Amal.
  2. Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.
  3. Jangan hampiri mereka.
  4. Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.
  5. Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.
  6. Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu.
*Apa anda perlu buat jika polis buat provokasi dan serbuan*
  1. Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.
  2. Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan meriam air.
  3. Duduk jika pimpinan arahkan.
  4. Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air *water canon* berwarna kuning.
  5. Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.
  6. Ambil gambar mereka jika sempat.
  7. Buat laporan Polis jika anda dikasari.
*Apa yang anda perlu buat jika ditahan*
  1. Jangan banyak cakap dengan polis. Diamkan dan tenangkan diri.
  2. Minta nama dan nombor polis yang menahan anda dan tanya dia sebab anda ditahan, seksyen berapa yang digunakan.
  3. Berikan maklumat asas sahaja jika diminta seperti nama, no kad pengenalan, alamat rumah (berikan ikut alamat dalam IC sahaja).
  4. Jika mereka tanya soal pekerjaan, jawab dengan ringkas sahaja. Jangan bagi maklumat yang lengkap.
  5. Bagi pelajar, jika mereka tanya anda masih belajar atau tidak, anda hanya perlu jawab "Masih tengah cari kerja" atau berikan jawapan lain yang sesuai. Elakkan mengaku sebagai pelajar. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.
  6. Bagi kakitangan Kerajaan jika mereka tanya tempat kerja anda, jawab "Saya kerja swasta atau kerja sendiri". Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.
  7. Minta berjumpa dengan peguam sebelum beri apa-apa keterangan. Peguam akan menunggu di luar balai jika anda ditahan.
  8. Kalau boleh jangan beri terlalu banyak keterangan, anda hanya perlu jawab "saya akan bagi keterangan di Mahkamah sahaja". Ingat! Apa yang anda cakap di Balai Polis boleh dijadikan bahan bukti di Mahkamah. Anda berhak untuk tidak memberikan sebarang keterangan kepada Polis melainkan di Mahkamah.
  9. Semasa ditahan, jangan pedulikan provokasi polis atau jangan mudah terpedaya bila mereka berlembut.
  10. Pastikan anda ingat semua yang berlaku, termasuklah pegawai polis yang tahan dan soal siasat anda.
  11. Jangan terlalu risau kerana di luar balai telah disediakan orang-orang yang akan jamin dan bela anda.
*Apa yang anda buat selepas dibebaskan*
  1. Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis.
  2. Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan.
  3. Buat laporan Polis jika anda diberi layanan kasar semasa perhimpunan atau semasa ditahan.
  4. Ceritakan dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.
  5. Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak.
  6. Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.
  7. Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.
  8. Jangan lupa solat sunnat syukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan.
  9. Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.
  10. Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain.
  11. Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan.
*Perhatian!*
  1. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.
  2. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.
  3. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur.
  4. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini
Secara keseluruhannya, kita berharap Perhimpunan ini dapat berjalan lancar tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan.

Kita berharap agar dengan sedikit usaha dan kehadiran kita ini akan dapat memberikan kesedaran kepada pihak SPR dan kerajaan persekutuan mempergunakan kuasa yang ada untuk memperbaiki kelemahan sistem perundangan dan proces implementasi negara kita.

Perhimpunan Bersih berjaya pada 10 November 2007 kerana ketabahan rakyat. Maka, kini adalah masa untuk kita berjuang bersama untuk mereformasikan pilihanraya, mengkukuhkan perbadanan institusi dan hentikan korupsi.

Pastikan anda mengikuti arahan-arahan yang diberikan. Sebarang masalah anda boleh rujuk kepada *Field Commander* atau Unit Amal yang bertugas pada perhimpunan ini.

Ingatlah, peristiwa ini adalah peluang untuk anda sekali seumur hidup dan ianya akan kekal menjadi sejarah yang akan menjadi sebutan kepada anak cucu kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada sejarah ini.

source: http://cenangau.blogspot.com/2011/07/nota-penting-untuk-peserta-peserta.html#ixzz1RTTnp9Xa

misbahul munir

Posted: 08 Jul 2011 09:39 PM PDT

misbahul munir


Polis geledah bilik

Posted: 08 Jul 2011 10:11 AM PDT

DUN PENGKALAN KUNDOR

Posted: 08 Jul 2011 07:21 PM PDT

DUN PENGKALAN KUNDOR


Guru sejak dulu tidak mempunyai kebebasan..

Posted: 08 Jul 2011 02:06 AM PDT



Bersih 2.0 : Kementerian Pelajaran bekal borang pantau guru, pelajar

NONESemua Pengarah Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri diarah membekalkan butiran pegawai, guru dan kakitangannya yang mungin menyertai perhimpunan haram Sabtu ini.


Borang yang dinamakan 'Pemantauan Penglibatan Pegawai/Guru dalam Perhimpunan Haram atau Gerakan Yang Mengancam Keselamatan Negara' itu dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran.


Semua pengarah dikehendaki mengisi butiran mereka yang terlibat termasuk nama, nombor kad pengenalan, alamat institusi dan nombor telefonnya.


Adalah dipercayai borang itu disasarkan kepada kakitangannya yang bakal menyertai BERSIH 2.0.


Selepas diisi, semua borang mesti dikembalikan ke pejabat ketua pengarah pelajaran sama ada melalui faks atau emel.


Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abd Ghafar Mahmud dalam pekelilingnya yang bertarikh 30 Jun melarang semua pegawai, guru, pensyarah dan pelajar daripada penyertai perhimpunan BERSIH 2.0.



NONEPekeliling itu dialamatkan kepada semua pengarah bahagian, pengarah jabatan pelajaran negeri, pengarah institut pendidikan guru dan pengarah kolej matrikulasi.


Ia mendakwa BERSIH 2.0 akan mengadakan perhimpunan yang bertemakan "Walk for Democracy" yang bertujuan mendesak pilihan raya diadakan secara adil dan telus.


"Perhimpunan ini diklasifikasikan oleh pihak polis sebagai perhimpunan haramyang boleh membawa kepada rusuhan, demonstrasi dan konflik dalaman. Selain daripada itu, perhimpunan ini juga boleh menggugat keselamatan dan kestabilan negara," kata Abd Ghafar.


"Sehubungan dengan itu adalah ditegaskan bahawa semua pegawai dan kakitangan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia serta pelajar sekolah, Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru adalah dilarang menghadiri atau melibatkan diri dalam perhimpunan haram tersebut pada mana-mana tarikh atau tempat yang dianjurkan oleh pertubuhan tidak berdaftar BERSIH," katanya.-NKB

P/S:kena ugut dan ancam cara halus...

Skali Polis buat Drama daa..!

Posted: 08 Jul 2011 01:20 AM PDT

BERSIH gagal dapat permit himpun di Stadium Merdeka


Timbalan ketua polis Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Datuk Amar Singh Ishar Singh menafikan dakwaan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) bahawa mereka telah diberikan permit bagi mengadakan perhimpunan mereka di Stadium Merdeka, esok.
NONEKetika dihubungi beliau berkata pihaknya tidak menyedari bahawa permit telah diluluskan.
"Setahu saya, tiada permit dikeluarkan untuk 9 Julai," katanya.

Apabila didesak, beliau mengakui bahawa orang pertama yang akan mengetahui perkara itu adalah ketua polis daerah Dang Wangi Zulkarnain Abdul Rahman, tetapi kemungkinannya adalah kecil.

"Orang terbaik untuk disoal adalah Zulkarnain. Tetapi saya baru berhubung melalui telefon dengannya.

"Beliau tidak menyatakan apa-apa berhubung meluluskan permit," kata Amar Singh.
Sebelum ini menulis pada laman sosialnya di Facebook dan Twitter, BERSIH 2.0 berkata mereka diminta datang ke balai polis Dang Wangi Kuala Lumpur untuk mengambil permit bagi mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka, esok

"BERITA BAIK! Balai Polis Dang Wangi telefon Bersih, minta kami datang ambil permit untuk himpunan aman di Stadium MERDEKA! Kini terserah kepada PM & Pengurusan Stadium Merdeka untuk membuat langkah sepatutnya," tulis BERSIH.
azlanBagaimanapun kira-kira setengah jam kemudian, BERSIH menjelaskan terdapat salah faham berhubung perkara itu.
Katanya, ketika diminta ke balai polis, wakil itu telah tiga kali bertanya sama ada ia berkaitan dengan permit dan dijawapnya "ya".
"Sorry all, spoke too soon: Bersih rep asked 3 times "Is this a permit?" Police: "Yes", but now, police say "Actually it is a letter denying permission".
Sementara itu, ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 Wong Chin Huat ketika dihubungi berkata BERSIH 2.0 akan mengadakan sidang akhbar pada jam 5.30 petang ini.-MK

P/S:Penyokong bersih dah tekad dh tu,permit ada xdak depa dh ada disana dah..tunggu esok ja lagi..polis jgn buat celaru, esok hgpa gak  pening..

Pemuda PAS DUN Kemasik

Posted: 08 Jul 2011 04:28 PM PDT

Pemuda PAS DUN Kemasik


Posted: 07 Jul 2011 05:56 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 08 Jul 2011 04:26 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


DIKRI VS MENTERI DALAM NEGERI

Posted: 08 Jul 2011 06:21 AM PDT

Menunggu Titah Tuanku
Tuanku Yang di-Pertuan Agung dah keluarkan dikri. Kira-kira dikrilah, tu. Walaupun bunyinya tidak sampai mengharamkan BERSIH. Eloklah kita patuhi. Kita usahakan mekanisma yang lain pulak sesuai dengan titah-seruan Tuanku, tu.

... Kita pun setujulah apa juga keputusan Tuanku. Sememangnya pun kita/kami rakyat yang hormat kepada Raja (Lihat lah juga semula kepada golongan mana yang mengoyak-rabakkan institusi raja dan menyumpah seranah Sultan/raja sebelum ini). Syukurlah kalau 'long march',BERSIH ke istana tak jadi - tak ada yang patah-ghiuk dibantai belantan FRU atau sekurang-kurangnya merah mata diterjah gas pemedih mata.

Bagaimana pun alhamdulillah - isyarat tuntutan BERSIH sudah sampai ke istana. Kata Tuanku : "Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan... Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong," ... Beta selaku Yang di-Pertuan Agong (bermakna Tuanku selaku payung kepada rakyat seluruhnya - ini dalam Perlembagaan.

Dan pastilah juga harapannya Tuanku kepada Pegawainya (Perdana Menteri) bahawa PM "berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin" adalah cara menegur yang bijaksana (teguran seorang bapak yang tidak suka marah dengan anak).

Kata Tuanku : "Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan." Semoga ingatan/seruan Tuanku ini diterima positif oleh SPR - jangan hanya menerima rundingan ke arah keuntungan memenangkan Umno/BN sahaja tapi didengar juga rungutan di sebelah pihak yang satu lagi; supaya demokrasi dilihat betul-betul berjalan. Demokrasi bukan semata-mata kerana dibenarkan mengundi/pilihanraya; tetapi gerakan/perjalanan/instrumen hingga berjalannya proses mengundi itu juga mesti tidak capek. Jika rundingan ini berjalan baik; tak timbul BERSIH ni. Salam.

dinbatubara

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara

Posted: 08 Jul 2011 03:54 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara


PEMUDA PAS SELANGOR SELAR NAJIB, HISHAMMUDDIN

Posted: 07 Jul 2011 08:07 PM PDT

KENYATAAN AKHBAR DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR


Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor melahirkan rasa kekecewaan yang teramat sangat terhadap YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai seorang Melayu Islam tetapi dalam masa yang sama tidak menunjukkan nilai-nilai agama Islam yang baik dengan tidak menepati janji untuk memberikan kebenaran penggunaan stadium bagi himpunan BERSIH. Sedangkan sebelum itu, Perdana Menteri sendiri telah mengeluarkan kenyataan bahawa pihak kerajaan akan menawarkan mana-mana stadium untuk digunakan sebagai tempat himpunan tersebut dengan syarat tertentu jika pihak Sekretariat BERSIH membatalkan hasrat untuk berhimpun di jalanan. Kini apabila pihak Sekretariat BERSIH bersetuju dengan perhimpunan di dalam stadium maka pihak kerajaan pula yang berdolak-dalih dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah. Sepatutnya YAB Perdana Menteri menunjukkan bahawa beliau seorang yang berjiwa besar dengan menunaikan janji yang telah diumumkan dan mengarahkan pengurusan Stadium Merdeka untuk menerima permohonan Sekretariat BERSIH untuk menggunakan stadium tersebut sebagai tempat perhimpunan.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga merasakan tindakan Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein terus menerus melabelkan Gerakan BERSIH sebagai HARAM adalah satu tindakan yang kurang wajar dan tidak cerdik kerana pihak Sekretariat BERSIH sendiri telah di terima untuk mengadap ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong untuk menyampaikan dan memaklumkan agenda sebenar Himpunan BERSIH. Adakah Hishamuddin berhajat untuk memperkecilkan kebijaksanaan Tuanku Al Sultan di dalam menilai usul pangkal isu-isu yang berlaku di dalam Negara ataupun beliau sememangnya berhajat untuk melakukan penderhakaan dengan menganggap Tuanku Al Sultan mengiktiraf sebuah gerakan yang HARAM dan boleh menjejaskan keamanan masyarakat. Berdasarkan titah khas Tuanku Al Sultan baru-baru ini, sepatutnya Hishamuddin mengambil tindakan segera untuk mengendurkan tekanan-tekanan yang telah dikenakan ke atas rakyat dengan melepaskan semua tahanan-tahanan yang telah ditangkap secara paksa, membenarkan perarakan himpunan aman dengan pemantauan pihak polis dan mengeluarkan permit himpunan.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor amat berharap semoga kedua-dua pimpinan Negara ini, YAB Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri dapat menunjukkan akhlak muslim sejati dengan menunaikan janji mereka (lebih-lebih lagi apabila di hadapan seorang yang bukan Islam) untuk memberikan kebenaran supaya himpunan BERSIH dapat dijayakan di Stadium Merdeka pada 9 Julai ini. Sepatutnya Kerajaan UMNO/BN tidak lagi terus-terusan membohongi dan berdolak-dalih di dalam isu ini kerana ianya akan hanya menambah kebencian dan rasa amarah rakyat kepada mereka. Rakyat kini sudah sedar akan penipuan dan penyelewengan pemimpin UMNO/BN untuk mempastikan kuasa mereka terus dipertahankan. Pilihanraya umum yang 13 akan datang rakyat pasti akan menghukum dan menumbangkan mereka daripada tampuk kekuasaan Negara. InsyaAllah.

USTAZ HASBULLAH MOHD RIDZWAN

KETUA PEMUDA

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

07 Julai 2011


Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 08 Jul 2011 03:18 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


MB S'GOR HANTAR SURAT 'CINTA' BUAT AGONG

Posted: 08 Jul 2011 06:55 AM PDT

KUALA LUMPUR, 8 Julai — Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengutus surat kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin meminta perkenan baginda agar menitahkan supaya diadakan referendum bebas mengenai sistem pilihan raya yang bebas dan adil.


Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Khalid berkata beliau telah menghantar surat kepada Seri Paduka Baginda petang ini.

Dengan diadakan referendum itu, kata Menteri Besar, kesemua kehendak rakyat ini perlu dilaksanakan oleh pihak yang bertanggungjawab sama ada Suruhanjaya Pilihan Raya atau kerajaan yang dilantik dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Khalid berkata, beliau terharu dan menghargai keprihatinan Yang di-Pertuan Agong, yang sudi berjumpa dengan jawatankuasa Bersih 2.0 Selasa lalu dan mengikuti perkembangan gabungan itu.

Memorandum yang akan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong mempunyai lapan perkara yang memohon baginda campur tangan bagi memastikan pilihan raya umum di negara ini dilaksanakan secara adil, telus dan bersih.

Beliau berkata, pilihan raya tidak jujur di negara ini terjadi dalam beberapa bentuk seperti memanipulasi kawasan persempadanan, jumlah perbezaan pengundi yang terlalu besar antara DUN dan Parlimen, penipuan senarai pengundi, penggunaan sumber dan jentera kerajaan secara berleluasa, penyamaran dan penukaran kotak undi, sistem undi pos yang menimbulkan tanda tanya, waktu berkempen yang singkat dan laporan media yang berat sebelah.

Menteri Besar juga berkata, Memorandum Rakyat yang akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong esok mengandungi suara rakyat terbanyak dan prihatin terhadap pilihan raya yang adil, bebas serta wajar diberi perhatian serius demi kelangsungan amalan demokrasi di negara ini.

Memorandum Rakyat itu mengandungi lapan perkara utama iaitu membersihkan daftar pengundi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh berkempen minimum 21 hari, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

BERSIH gagal dapat permit himpun di Stadium Merdeka

Posted: 08 Jul 2011 02:27 AM PDT


Regina Lee
Jul 8, 11
1:33pm

Timbalan ketua polis Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Datuk Amar Singh Ishar Singh menafikan dakwaan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) bahawa mereka telah diberikan permit bagi mengadakan perhimpunan mereka di Stadium Merdeka, esok.

NONEKetika dihubungi beliau berkata pihaknya tidak menyedari bahawa permit telah diluluskan.

"Setahu saya, tiada permit dikeluarkan untuk 9 Julai," katanya.

Apabila didesak, beliau mengakui bahawa orang pertama yang akan mengetahui perkara itu adalah ketua polis daerah Dang Wangi Zulkarnain Abdul Rahman, tetapi kemungkinannya adalah kecil.

"Orang terbaik untuk disoal adalah Zulkarnain. Tetapi saya baru berhubung melalui telefon dengannya.

"Beliau tidak menyatakan apa-apa berhubung meluluskan permit," kata Amar Singh.

Sebelum ini menulis pada laman sosialnya di Facebook dan Twitter, BERSIH 2.0 berkata mereka diminta datang ke balai polis Dang Wangi Kuala Lumpur untuk mengambil permit bagi mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka, esok

"BERITA BAIK! Balai Polis Dang Wangi telefon Bersih, minta kami datang ambil permit untuk himpunan aman di Stadium MERDEKA! Kini terserah kepada PM & Pengurusan Stadium Merdeka untuk membuat langkah sepatutnya," tulis BERSIH.

azlanBagaimanapun kira-kira setengah jam kemudian, BERSIH menjelaskan terdapat salah faham berhubung perkara itu.

Katanya, ketika diminta ke balai polis, wakil itu telah tiga kali bertanya sama ada ia berkaitan dengan permit dan dijawapnya "ya".

Tiada silap komunikasi

"Sorry all, spoke too soon: Bersih rep asked 3 times "Is this a permit?" Police: "Yes", but now, police say "Actually it is a letter denying permission".

Sementara itu, Zulkarnain pada sidang medianya, petang tadi tadi berkata tidak timbul salah faham berhubung permohonan permit itu.

NONE"Tidak, tiada silap komunikasi pada pihak kami.

"Mereka cuma dihubungi untuk datang ke mari untuk mengambil sepucuk surat yang menyatakan permohonan mereka tidak diluluskan," katanya.

Menurut Zulkarnain, BERSIH 2.0 membuat permohonan permit pagi ini tetapi ahli jawatankuasa pemandunya, Maria Chin Abdullah menafikannya.

Chin memberitahu wartawan beliau ke ibu pejabat polis Dang Wangi bagi menerima surat yang memaklumkan gabungan itu bahawa permohonan permit mereka telah dinafikan.

Beliau bagaimanapun mempertahankan kenyataan bahawa polis sebelum itu memberitahu mereka bahawa permit telah diluluskan.

NONENamun menurut Chin, BERSIH 2.0 masih belum mengemukakan permohonan mereka.

"Bagaimana polis boleh menolaknya sedangkan kami belum menyerahkan permohonan?"

Beliau kemudian menuju ke balai polis Pudu untuk menyerahkan permohonan rasmi bagi mendapatkan permit bagi perhimpunan esok.

[Baca berita penuh]

KHUTBAH 'HARAM JADAH' UNTUK KESEKIAN KALINYA!!

Posted: 08 Jul 2011 01:25 AM PDT

KUALA LUMPUR, 8 Julai — Buat minggu kedua berturut-turut, khutbah Jumaat mengecam perhimpunan yang dirancang untuk diadakan di ibu negara esok, tetapi hari ini ia mendakwa pihak tertentu cuba meruntuhkan perpaduan dengan "mempertikaikan hak Islam dan memperalatkan Muslim."


Khutbah kebangsaan yang diperoleh dari laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyebut, golongan itu cuba dengan pelbagai helah dan cara.

"Persoalan besar timbul di sini, siapakah sebenarnya golongan yang menjadi pengkhianat pada agama, bangsa dan negara ini?

"Mimbar ingin menyatakan bahawa mereka ini sebenarnya pernah menimbulkan kemarahan umat Islam. Mempertikaikan hak-hak orang Islam serta memperalatkan sebahagian daripada pemimpin yang beragama Islam yang dikaburi oleh keghairahan untuk mendapatkan kuasa," katanya.

Khutbah itu tidak menyenaraikan pemimpin-pemimpin yang dimaksudkan.

Bagaimanapun sebelum laporan media menjurus kepada sebahagian kepimpinan sekretariat Bersih 2.0 dan juga Pakatan Rakyat.

Khutbah hari ini yang bertemakan "Rapuh Perpaduan Runtuh Keamanan" mendakwa mereka menghasut dengan menyemai perasaan tidak puas hati dan benci ke atas pemerintah.

Khutbah minggu lalu pula bertemakan "Memelihara Nikmat Keamanan", di mana ia memfokus ke atas perhimpunan yang dirancang untuk diadakan oleh Bersih 2.0 di ibu negara esok.

Pergerakan Pemuda Umno dan Perkasa juga merancang mengadakan perhimpunan balas esok, tetapi dibatalkan.

Kata khutbah itu lagi, pelbagai pendekatan mereka lakukan termasuklah melalui undang-undang dan mahkamah.

.... batal jumaat aku tadi dok kutuk khatib....

Siapa bakal terajui Tabung Haji Travel?

Posted: 07 Jul 2011 09:41 PM PDT

dipetik dari : SINI

LIHAT wajah perempuan ini baik-baik. Namanya Datuk Yasmin Binti Dato Yazid, pemegang kad pengenalan bernombor 591028035078. Wanita ini bakal dilantik menjadi CEO (Chief Executive Oficer) TH Travel & Services Sdn Bhd [TH travel] sebuah anak syarikat Tabung haji pada hari jumaat ini. TH Travel adalah sebuah syarikat yang menguruskan perjalanan beribu-ribu jemaah ke tanah suci Mekah terutamanya untuk menunaikan kewajipan rukun Islam ke lima.


Sebelum ini, Perempuan ini telah gagal menguruskan TH Global Services Sdn Bhd sebuah lagi anak syarikat Tabung Haji yang menguruskan dan membekalkan makanan halal di Malaysia dan Arab Saudi [TH Global], hairan bin ajaib, kini perempuan ini bakal dilantik untuk menerajui syarikat yang lebih besar yang menguruskan wang yang lebih besar ratusan juta ringgit.

Di dalam mesyuarat pengurusan Tabung Haji yang lalu, Dato' Paduka Ismee Ismail (Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji)[TH] telah menyebut tentang kegagalan perempuan ini di dalam menguruskan TH Global sebelum ini. Perniagaan TH Global tidak menguntungkan, baru-baru ini perempuan ini bergaduh dengan Pak Arab di dalam pengurusan di Arab Saudi.

Lu orang semua sudah buta ka? Perempuan ini sudah gagal menguruskan syarikat sebelum ini, tapi kenapa masih nak lantik dia terajui syarikat yang lebih besar? Lu jangan lupa wahai perempuan, bukti skandal lu di Mekah, skandal lu di Sabah beberapa hari lepas sudah ada dalam tangan gua. Kalau lu nak mintak saksi, jangan kata 4, tapi beratus-ratus jemaah haji nampak perbuatan sumbang lu di mekah! Satu persatu akan tampil menjadi saksi.

Kepada staff Tabung Haji dan semua orang yang berkenaan, jangan tutup mata sebelah beb gua tahu lu orang semua kenal perempuan ni. Lu orang menguruskan jutaan rakyat Malaysia, orang Islam untuk menunaikan rukun Islam ke lima. Lu orang tahu siapa perempuan yang penuh dengan skandal ni kan?

Ini soal agama, gua tak ada kepentingan politik dalam hal ini. Jamil Khir, kalau lu tak mahu ambil tindakan, lu punya tembelang gua akan bongkar, dokumen "claim" lu semua gua akan publish bagi satu Malaysia tengok. JANGAN LACURKAN AGAMA!


source: http://milosuam.blogspot.com/2011/07/wanita-kaki-maksiat-bakal-terajui.html#ixzz1RUAyTQlq

Adakah mereka ini pengundi dari langit?

Posted: 07 Jul 2011 09:36 PM PDT



Imej diatas menunjukkan nama No. Kad Pengenalan, Nama, Alamat , lokaliti dan juga daerah mengundi tiga manusia tertua didunia yang masih hidup dan boleh mengundi kini tinggal di Perak.

Mereka adalah antara 1538 warga emas yang usianya melebihi 100 tahun dimana Sembilan dari mereka sepatutnya tersenarai dalam "100 manusia paling tua" Wikipedia, namun tidak tersenarai dimana silapnya hanya SPR yang tahu.


Senarai No. Kad Pengenalan, Alamat dan usia mereka sila lihat di (SINI)

Bayangkan apa pandangan dunia terhadap Malaysia jika dunia mengetahui di Malaysia ramai rakyatnya yang berusia melebihi 100 tahun, pasti dunia akan kagum..

Walaupun nama mereka tidak tersenarai dalam Wikipedia, mereka masih boleh berbangga kerana mereka punya tempat tinggal, ini terbukti melalui alamat yang terpapar dalam imej diatas.

Mereka boleh berbangga kerana mereka tidak berkongsi tempat tinggal atau berkongsi alamat dengan 87 orang lagi ataupun 63 orang lagi seperti yang boleh kita lihat di (SINI)

Mereka mempunyai alamat tempat tinggal, begitu juga dengan 88 dan juga 64 pengundi yang berkongsi dua alamat yang berbeza, tetapi bagaimana pula dengan mereka yang disenaraikan dibawah..

Mereka-mereka dibawah ini yang mempunyai No. Kad Pengenalan, Nama, lokaliti dan juga daerah mengundi tetapi mereka tidak mempunyai alamat tempat tinggal…

Bagaimana agaknya petugas-petugas pilihanraya terutamanya yang bertugas sebagai 'Polling And Counting Agent' (PACA) samada dari pihak Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional boleh mengenali mereka?

Jika mereka tiada alamat tempat tinggal bagaimanakah nama mereka boleh tersenarai sebagai pengundi?

Adakah mereka ini bakal diturunkan dari langit bila tiba hari mengundi? Jawapannya ada ditangan SPR.

Siapa DERHAKA AGUNG????

Posted: 07 Jul 2011 09:16 PM PDT


SUHAKAN ADALAH SURUHANJAYA YANG DILANTIK AGONG.
S
uhakam: Hak perhimpunan aman mesti dilindungi


Kebebasan berhimpun secara aman adalah terkandung dalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR), kata Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam)

Dalam satu kenyataan pengerusinya Tan Sri Hasmy Agam juga mengulangi ingatan bahawa kebebasan menyuarakan pandangan dan pendapat pula terkandung dalam Perkara 19 UDHR.

Justeru, katanya Suhakam mengalu-alukan konsultasi di antara pihak berkuasa dan BERSIH 2.0 berhubung dengan cadangan perhimpunan, yang akan diadakan di sebuah stadium.

"Suruhanjaya berharap agar resolusi awal berkenaan perkara ini dapat dicapai antara pihak berkuasa dan BERSIH dalam semangat perdamaian, seperti yang dititahkan oleh baginda Tuanku Yang di-Pertuan Agong, dan akan memantau perhimpunan itu sewajarnya," katanya.

Menurut Hasmy, Suhakam juga bimbang dengan penangkapan dan penahanan beberapa ahli parlimen serta aktivis baru-baru ini di bawah Seksyen 3(1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969.

Sehubungan itu, katanya Suhakam menuntut kerajaan supaya segera membebaskan mereka yang masih ditahan itu.

"Mereka seharusnya berhak kepada perbicaraan terbuka dengan diwakili peguam seperti yang disebut dalam Perkara 9, 10 dan 11 UDHR yang menyatakan bahawa tiada sesiapapun boleh dikenakan tangkapan secara sewenang-wenangnya; setiap orang adalah berhak dengan sama rata sepenuhnya kepada perbicaraan adil dan terbuka; dan setiap orang berhak dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya,"
katanya.

Hassmy juga mengingatkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa sebagai ahli Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), adalah menjadi tanggungjawab mereka menyokong standard tertinggi dalam mempromosi dan melindungi hak rakyat.

"Dalam perkara ini, Suruhanjaya telah berulangkali menyeru agar semua undang-undang penahanan pencegahan dimansuhkan dan mengulangi bahawasanya penahanan tanpa bicara adalah melanggar prinsip hak asasi manusia," akhirnya. -mk

Mahfuz tak tandatangan NOTIS

Posted: 07 Jul 2011 09:00 PM PDT

Tak kan ke pejabat sendiri pun tak boleh
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 8 Julai: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) mempersoal kenapa beliau dihalang untuk ke pejabatnya sendiri di bangunan PAS Jalan Raja Laut esok.

Katanya, adalah tidak kena perintah larangan daripada majistret yang diperolehi polis, turut menghalangnya ke tempat kerja.

"Saya tak kisah kalau tidak dibenar ke tempat lain, tapi tak kan pejabat sendiri pun tak boleh," katanya kepada Harakahdaily.

Polis Kuala Lumpur semalam mendapat perintah larangan daripada majistret untuk menghalang 91 pemimpin termasuk Mahfuz memasuki beberapa kawasan di Kuala Lumpur esok, 9 Julai.

Perintah berkenaan melarang semua individu tersebut – daripada Perkasa, Bersih 2.0 dan Patriot supaya tidak hadir atau mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan.

Seramai 66 orang invididu yang dinamakan dalam perintah larangan bagi kumpulan Bersih 2.0 termasuk pengerusinya Datuk Ambiga Sreenevasan, timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dan aktivis Hishamuddin Rais.

Turut disenaraikan adalah beberapa pemimpin Pakatan Rakyat seperti Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

Kawasan larangan berkenaan termasuk sekitar kawasan The Mall, KLCC, Sogo, Maju Junction, Jalan Raja Laut, Dataran Merdeka, Masjid Negara dan juga Istana Negara.

Mengulas lanjut, Mahfuz memberitahu empat anggota polis datang ke rumahnya di Kedah malam tadi untuk menyerahkan notis perintah larangan itu.

Beliau bagaimanapun enggan menandatangan notis itu ekoran larangan terhadapnya untuk ke pejabatnya di Jalan Raja Laut.

"Saya tak tanda tangan sebab tak logik, malah saya enggan menerima notis itu.

"Mereka kemudiannya letak notis tu dalam peti surat rumah saya," katanya.

Dailog BERSIH : Cerita Benar

Posted: 07 Jul 2011 08:18 PM PDT

Dailog 1

Amar Singh : Kami istiharkan 91 nama , kesemua orang ini tak boleh masuk KL
Karpal Singh: Nama saya adakah ???
Amar Singh : Nama Karpal singh tidak dalam senarai
Karpal Singh: Kenapa tak senaraikan nama saya sekali
Amar Singh: Saya takut nanti perintah mahkamah jadi sampah, hakim pun kena saman,

Dailog 2

AMbiga : Kami mohon perhimpunan untuk BERSIH
IGP : BERSIH itu pertubuhan haram
Ambiga : Kenapa diharamkan?
IGP : Saya ikut perintah, menteri kata haram, ia tetap haram
Ambiga: Mulut Menteri itu perlembagaan negara?
IGP: Tak tahulah , saya cuma uruskan

JUMPA DI KL ESOK

Posted: 07 Jul 2011 08:17 PM PDT

BERSIH 2.0: KL milik rakyat, jumpa di sana esok

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) tetap akan berhimpun di Stadium Merdeka esok.

Dalam satu kenyataan yang dimuat-naikkan di laman sosialnya di Facebook, BERSIH 2.0 berkata tidak kira sama ada kerajaan memilih untuk menjadi munasabah ataupun tidak, orang ramai teguh dengan pendirian melaksanakan hak mereka sebagai rakyat yang patriotik.

NONE"Kami akan berhimpun secara aman dan jumpa anda di Stadium Merdeka," petik kenyataan itu.

BERSIH 2.0 juga kecewa dengan tindakan pihak berkuasa mengenakan perintah larangan daripada mahkamah untuk menghalang 91 individu daripada berada di Kuala Lumpur esok.

"Ini melambangkan penafian kebebasan untuk bergerak. Mereka yang berkuasa lupa bahawa ibu negara kita, seperti tempat-tempat lain di negara yang kita cintai dimiliki oleh rakyat dan bukannya oleh kerajaan.

"Tidak ada sebab bagi mengharamkan sesiapa sekalipun daripada memasuki ibu negara. Kami telah nyatakan berulang-kali bahawa BERSIH 2.0 cuma ingin melaksanakan hak perlembagaan untuk berhimpun secara aman bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil."

NONESemalam, timbalan ketua polis Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, pelanggaran perintah berkenaan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan.

"Perintah larangan ini adalah untuk mengelakkan dari perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam atau mendatangkan bahaya kepada nyawa atau keselamatan manusia," katanya.

Daripada 91 individu yang dilarang memasuki Kuala Lumpur esok, seramai 66 orang adalah dari kumpulan BERSIH 2.0 termasuk pengerusinya Datuk Ambiga Sreenevasan dan beberapa ahli jawatankuasa pemandunya.

NONEManakala ahli politik yang Pakatan Rakyat terdiri daripada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, presidennya Datuk Seri Hadi Awang, timbalannya Mohamad Sabu.

Turut dilarang adalah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

BERSIH 2.0 juga berkata kerajaan telah gagal memahami bahawa gabungan 62 NGO itu bukan mengenai mana-mana individu tetapi memperjuangkan pilihan raya yang bersih dan adil,

"Tidak kira seteruk mana kami ditekan dan dihambat atau didakwa, suara aman rakyat akan kedengaran di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini," kata BERSIH 2.0.

NONEMenurut gabungan yang diharamkan oleh kerajaan itu, belum terlambat bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk bertindak sebagai seorang negarawan dan menghentikan segala hambatan yang sering-kali dilakukan oleh seseorang diktator.

"Bekerjasamalah dengan BERSIH 2.0 bagi memastikan perhimpunan aman di Stadium Merdeka dan situasi menang-menang bagi semua pihak," katanya.

[Baca berita penuh]

DIPERKOSA PENCEROBAH DI SOFA

Posted: 07 Jul 2011 07:00 PM PDT

KAJANG: Seorang wanita berusia 33 tahun mengerah tenaga hampir 10 minit bergelut dengan seorang lelaki yang menceroboh rumahnya sebelum dia dirogol di atas sofa dalam kejadian di Batu 9, dekat sini, Selasa lalu.


Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 pagi ketika mangsa baru pulang dari tempat kerja dan sebaik menutup pintu rumahnya dia didatangi suspek dari arah belakang dan cuba menerkamnya. "Terkejut dengan kehadiran suspek, mangsa cuba melawan sebelum suspek menghentak mangsa menggunakan pasu bunga di belakang kepalanya. "Akibat hentakan kuat itu, mangsa cedera dan rebah sebelum suspek merogolnya," katanya.

Rashid berkata, sebaik selesai melampiaskan nafsu serakahnya, suspek melarikan beberapa barang berharga milik mangsa yang dianggarkan bernilai RM2,000. "Suspek dipercayai berusia 20-an berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada mangsa selain usaha menjejaki suspek giat dijalankan.

"Mangsa kini ditempatkan di Hospital Kajang sebelum polis mengambil keterangannya," katanya.

.... Padahal dekat dengan PGAdan Pusat Latihan Polis Cheras tapi sedab polis dok sibuk dengan BERSIH di KL sampai lupa nak jaga keselamatan di tempat sendiri...

KALAU BERSIH 2.0 PERTUBUHAN 'HARAM... 1 MALAYSIA?.. HARAM JADAH!

Posted: 07 Jul 2011 06:37 PM PDT

"Saya berpendapat Bersih bukan sejenis pertubuhan tetapi adalah sejenis kempen," kata Pengerusi Pemulihan Demokrasi Dan Mobilisasi Rakyat, Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat.
Beliau menyatakan demikian sebagai respons terhadap kenyataan yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang telah menuduh Bersih adalah sebuah pertubuhan haram.

Atas tuduhan itumaka pihak polis telah menangkap lebih daripada 100 orang, melarang ceramah-ceramah, menggeledah rumah suspek, membuat sekatan jalan raya, melarang memakai baju Bersih dan lain-lain lagi.

Suhaizan berkata, dalam Akta Pertubuhan di bawah seksyen 2 akta itu menyatakan bahawa sesuatu pertubuhan ditakrif sebagai termasuk mana-mana kelab, syarikat, perkongsian atau persatuan dengan tujuh (7) atau lebih orang tidak kira apa jua jenis atau tujuannya, sama ada sementara atau kekal.

Menurutnya, mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka kempen pula bermaksud segala usaha (kegiatan dan tindakan) yang dirancangkan dan dilaksanakan dengan menggunakan penerangan (rayuan dll) untuk mempengaruhi pendapat umum atau mendapatkan sokongan umum terhadap sesuatu (matlamat dll) Bersih adalah sejenis kempen untuk menjayakan suatu pilihanraya yang adil dan bersih.

"Kempen ini disingkatkan sebagai Bersih," ujarnya yang juga Ketua Pemuda PAS Negeri Johor dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, bagi menjayakan kempen itu, maka ditubuhkan jawatankuasa yang dianggotai oleh 63 NGO yang diketuai oleh Datuk Ambiga.

Katanya, jawatankuasa kempen ini bergerak keseluruh negara untuk mendapatkan sokongan bagi mengadakan Himpunan Bersih pada 9hb Julai 2011.

Tambahnya, kempen Bersih adalah seperti Kempen Tak Nak Rokok dan Kempen Kami Benci Dadah.

Jelasnya, kempen-kempen itu dianggotai oleh agensi-agensi kerajaan dan NGO seperti Kementerian Kesihatan, Kementerian Penerangan, Kementerian Luar Bandar, Pemadam, Pengasih dan lain-lain lagi.

Kempen itu, ujarnya tidak memerlukan pendaftaran dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan yang diwujudkan pada tahun 1966 untuk menguatkuasakan Akta Pertubuhan 1966.

Kempen ini adalah sejenis aktiviti agensi kerajaan dan NGO sahaja. Oleh itu Kempen Bersih adalah aktiviti 63 NGO terbabit.

"Saya berpendapat adalah wajar Menteri Dalam Negeri menarik balik tuduhan Bersihsebagai pertubuhan haram," katanya.

Baginya, Menteri Dalam Negeri sebenarnya gagal membezakan antara pertubuhan dan kempen.

Oleh itu, ujarnya tuduhan-tuduhan di bawah seksyen 47 dan 50(3), Akta Pertubuhan 1966 yang melibatkan kesalahan menyebarkan bahan-bahan berkaitan dengan pertubuhan haram hendaklah digugurkan dengan segera. -Harakahdaily

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 08 Jul 2011 11:45 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


PAS Terengganu tempa sejarah

Posted: 07 Jul 2011 07:09 PM PDT


KUALA TERENGGANU: PAS Terengganu telah menempa sejarahnya tersendiri apabila berjaya menghimpunkan hampir 1000 orang bukan Islam terutama di kalangan kaum Tionghua, pada majlis Pelancaran Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu.

 
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di sebuah Restoran Ocean, Kampung Tanjung Ladang, 3 Julai lalu.
 
Tinjauan mendapati sambut masyarakat bukan Islam pada majlis tersebut sangat menggalakkan ditambah dengan kehadiran Ketua Menteri Pulau Pinang, Encik Lim Guan Eng.

 
Program bermula seawal jam 8.00 malam dengan ucapan aluan oleh Pengerusi DHPP Terengganu, Dr Bala Chandran, diikuti Pengerusi Lajnah Perpaduan National PAS Terengganu, Hanafiah Mat dan Pesuruhjaya PAS negeri, Mohd Abdul Wahid Endut.

Kemunculan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ke dewan majlis mendapat tepukan gemuruh oleh penyokongnya dan disambut oleh Abdul Wahid yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu serta pimpinan PAS Terengganu di meja makan VIP.

 
Sekitar jam 8.20 malam, ketibaan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu juga disambut dengan tepukan gemuruh hampir 1000 para hadirin termasuk Guan Eng sendiri.

 
Sejurus selepas itu, majlis penyerahan watikah kepada Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa DHPP Terengganu disempurnakan oleh Mohamad Sabu dengan gimik perasmiannya beliau memalu gong sebanyak tiga kali.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Terengganu, Hanafiah Mat menyifatkan sambutan masyarakat Tionghua pada majlis pelancaran DHPP Terengganu sangat membanggakan.

 
Malah, katanya telah mencatat sejarah tersendiri yang agak sukar sebelum ini PAS menembusi 'tembok' kaum Tionghua di negeri ini.

"Hari ini, saya merasa cukup bangga dan gembira melihat masyarakat Tionghua di Kuala Terengganu. Ini, suatu sejarah yang sukar sebelum ini PAS menembusi tembok kaum Cina.

"Kehadiran mereka (Cina) yang ramai memeriahkan lagi majlis pelancaran DHPP kita di Terengganu ini. Terima kasih, untuk seluruh masyarakat Tionghua di Terengganu," ujarnya.

 
Menurutnya, minda masyarakat Tionghua di Kuala Terengganu ini telah berubah yang akan menumbangkan Umno dan kerajaan Barisan Nasional dalam pilihan akan datang.

 

  
Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut cukup yakin dengan gelombang rakyat mahu menggantikan Umno-BN.

 
Katanya, agenda "PAS Ganti Umno" dicanangkan kepada rakyat agar bersedia membuat perubahan tersebut dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

 
Menurutnya, kebanyakkan rakyat hari ini bercakap mahukan perubahan kerana tidak yakin lagi dengan kepimpinan Umno-BN menerajui negara.


 
"Saya selalu ulang-alik Kuala Terengganu-Kuala Lumpur, dan banyak orang bercakap sudah tidak tahan dengan kerajaan (BN) sekarang. Mereka, cakap mahu tukar kerana sudah tidak yakin dengan BN," jelasnya.

 
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu menegaskan perubahan mesti dilakukan bagi menyelamatkan rakyat dan negara.

 
Manakala, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mendakwa Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) kini berada dalam keadaan 'panik' serta diakhir hayat memerintah negara ini.

Katanya, apabila rakyat umum boleh bersatu antara Melayu, Cina dan India menjadikan Umno-BN bimbang dengan perubahan tersebut.

"Umno kini berada dalam keadaan hembusan nafas terakhir. Sekarang ini, kita (PAS) melihat rakyat umumnya boleh bersatu dan orang Melayu secara umumnya tidak takut lagi kepada DAP.
 
"Orang Cina, India tidak takut lagi kepada PAS. Mereka boleh bertemu dan berbincang. Bila keadaan ini berlaku bererti umur Umno dan Barisan Nasional sedang menuju kepada penghabisan," tegasnya ketika berucap merasmikan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu di Restoran Ocean, Kampung Ladang, dekat sini, 3 Julai lalu.

Menurutnya, pemimpin Umno-BN cukup bimbang dengan tindakan rakyat untuk membuat perubahan dalam negara ini.
 
Hakikatnya, kata beliau keadaan negara sekarang ini aman dan tenteram tetapi Umno dan  kerajaan BN merasa 'panik' tentang perubahan pemikiran rakyat.

Justeru itu, katanya Umno tidak ada cara lain untuk terus 'hidup' melainkan menimbulkan isu perkauman.

"Oleh itu, tidak ada cara untuk Umno terus hidup melainkan menimbulkan isu perkauman. Apa sahaja yang kita buat cuba dibawa kepada perkauman. 

 
"Alhamdulillah, secara umumnya kita (PAS) bersyukur rakyat tidak termakan dengan hujah-hujah yang cuba dimainkan untuk menimbulkan perkauman ini," jelasnya.

Menurutnya, PAS sangat menghargai perpaduan di negara ini serta keharmonian dalam persahabatan antara kaum Melayu, Cina dan India.

Malah, katanya PAS mengakui situasi di Malaysia terdapat berlainan agama, bangsa, budaya dan pantang larang masing-masing.

"Sesungguhnya, kita amat idamkan persahabatan (perpaduan kaum) seperti ini. Tetapi dahulunya, kita takut untuk bertemu atau salah faham antara satu sama lain. Walau pun kita duduk dalam sebuah negara.

"Orang Cina, orang Melayu dan orang India hidup dalam kelompot yang berlainan. Kita akui, kita berlainan agama, kita berlainan budaya dan kita akui berlainan pantang larang.

"Kenapa, semua yang berlainan itu kita tidak jadikan satu perkara untuk kita terus bersahabat dengan menghormati kelainan budaya kita," ujarnya.
Hadir sama pada majlis tersebut Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Serdang, Teoh Nie Ching, Ahli Parlimen Indra Mahkota, Azan Ismail dan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut serta pimpinan PAS Terengganu.

Dupahang's Weblog

Posted: 08 Jul 2011 11:39 AM PDT

Dupahang's Weblog


PENTING BERSIH 2.0: Mengapa Ambiga?

Posted: 07 Jul 2011 07:47 PM PDT

Salam Palestin, Mengapa Ambiga? Semasa saya berada di Mesir sebulan lepas, ada persoalan dibangkitkan oleh para pelajar di sana berkaitan BERSIH 2.0, penganjur perhimpunan aman yang menuntut reformasi pilihan raya yang telus dan adil, terutama berkaitan pengerusinya, Datuk S. Ambiga. Ia agak hangat apabila kumpulan anti BERSIH, termasuk sesetengah kumpulan Islam mula mempertikaikan kesanggupan PAS [...]

BERSIH 2.0: Penting..! – Makluman Untuk Sebaran

Posted: 07 Jul 2011 07:18 PM PDT

Maklumat Sahih: Pesanan buat semua sahabat-sahabat di seluruh Malaysia tak kira lu sokong BERSIH 2.0 atau tak sokong. Sila delete mesej-mesej dalam handphone anda yang berkaitan dengan politik dan ada words BERSIH. Polis road block akan periksa. Polis di Kuala Lumpur akan periksa handphone secara rambang dan penahanan serta-merta akan dilakukan bagi membantu siasatan. Harap [...]

Senarai 91 orang dilarang masuk KL Sabtu ini

Posted: 07 Jul 2011 06:48 PM PDT

Berikut ialah senarai nama mereka yang dilarang memasuki ibu negara pada Sabtu ini. DARI Bersih 1. Datuk Ambiga Sreenevasan 2. Mohamad Sabu 3. Hishamuddin Md Rais 4. Khairul Anwar Ahmad Zainuddin 5. Maria Chin Abdullah 6. Chua Tian Chang 7.   Kamarulzaman Mohamad 8.   Dr Mohd Hatta Md Ramli 9.   Syed Shahir Syed Mohamud 10. Syed [...]

Perutusan dari Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat menjelang Himpunan BERSIH

Posted: 07 Jul 2011 06:35 PM PDT

Tunjukkan Keperibadian Islam, pelihara ketenteraman awam dan usah layani provokasi Saya selaku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat mewakili golongan para ulama PAS menyeru kepada seluruh ahli PAS dan mereka yang menyokong BERSIH agar menjaga akhlak dan keperibadian mereka sesuai dengan tuntutan Islam yang sentiasa  menganjurkan keperibadian yang mulia tanpa mengira sama ada mereka adalah kawan [...]

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 08 Jul 2011 09:31 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


Dengan namaMu Ya Alim, kami mentadbir makhlukMu

Posted: 08 Jul 2011 08:19 AM PDT

Kacamata luar melihat UMNO/BN

Posted: 08 Jul 2011 08:09 AM PDT

Are you really interested in making Malaysia a better state?!

Posted: 08 Jul 2011 07:50 AM PDT

Nak pastikan masa depan Malaysia lebih baik...semua gembeleng tenaga

Posted: 08 Jul 2011 05:07 AM PDT

46 peguam PAS mula bertugas malam ini
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 8 Julai: 46 peguam PAS akan mula bertugas jam 10 malam ini bagi memberikan khidmat kepada peserta perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara esok.

Mereka memenuhi pejabat Agung PAS bagi mengikuti taklimat tugas mereka dan menerima pakaian khas yang akan mereka gunakan sepanjang menjalankan tugas itu.
(Lima dari 46 peguam PAS yang akan bertugas mulai malam ini)

Pasukan yang diketuai oleh Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS, Haji Asmuni Awi itu akan berada di semua kawasan yang dijangka akan ada orang yang berhimpun sempena perhimpunan itu.

Di samping mempunyai nombor hotline, mereka juga akan berada di stesyen-stesyen yang ditetapkan mengikut giliran tugasan mereka.

46 peguam ini tidak termasuk 120 peguam yang disediakan oleh Majlis Peguam untuk menyeliakan perhimpunan Bersih 2.0 ini.

Selain mengiringi pimpinan PAS, para peguam ini akan berada di pusat-pusat tahanan sementara yang dijangka akan dibuka oleh polis untuk menahan peserta perhimpunan kali ini.

Mereka akan bertugas dari jam 8 pagi esok hinggalah jam 2 pagi ekoran tindakan polis mengetatkan sekatan terhadap perhimpunan ini.

Antaranya mendapat perintah dari mahkamah terhadap 91 pemimpin Bersih, PAS, PKR, DAP, Pemuda Umno dan Perkasa.

Perintah larangan itu diperolehi polis Kuala Lumpur daripada majistret untuk menghalang 91 pemimpin daripada tiga kumpulan utama yang merancang untuk berhimpun pada 9 Julai.

Perintah berkenaan melarang semua individu tersebut – daripada PERKASA, BERSIH 2.0 dan PATRIOT supaya tidak hadir atau mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan.

Timbalan ketua polis Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Datuk Amar Singh Ishar Singh (kanan, tengah) berkata, pelanggaran perintah berkenaan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan.
(Salah seorang peguam PAS, Mohd Fikah Sanusi dengan pakaian rasmi yang akan dipakai oleh mereka esok)

"Perintah larangan ini adalah untuk mengelakkan dari perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam atau mendatangkan bahaya kepada nyawa atau keselamatan manusia," katanya yang membacakan satu kenyataan.

Seramai 66 orang invididu yang dinamakan dalam perintah larangan bagi kumpulan BERSIH 2.0 termasuk pengerusinya Datuk Ambiga Sreenevasan, timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dan aktivis Hishamuddin Rais.

Seramai 14 orang daripada kumpulan PERKASA pula termasuk presidennya Datuk Ibrahim Ali serta barisan pemimpin tertingginya – Datuk Ab Rahman Ab Bakar dan Syed Hassan Syed Ali.

Polis turut mendapat perintah larangan bagi menghalang seramai 11 orang pemimpin pemuda Umno yang mendukung Perhimpunan PATRIOT termasuk ketuanya Khairy Jamaluddin Abu Bakar serta Datuk Megat Firdouz Megat Junid dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Turut disenaraikan adalah beberapa pemimpin Pakatan Rakyat seperti Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 08 Jul 2011 09:23 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Panduan ringkas Bersih 2.0

Posted: 07 Jul 2011 08:40 PM PDT

http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQggykH-ALwBJ-h3k2O1_LV4FnpkZXbxwFDrlWqh2NWgUUngfr1Vg&t=1


1. Apa yang perlu anda buat apabila DIBERHENTIKAN polis?
o Minta beliau tunjukkan Kad Kuasa Polis
o Catit nama dan nombor anggota yang tercatat dalam Kad Kuasa Polis
o Jika beliau berpakaian seragam, catit nombor anggota pada pakaian seragam
o Jika beliau berkenderaan, catit nombor pendaftaran kenderaan

2. Apa perlu anda buat jika diminta pengenalan diri?
o Berikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat sahaja
o Jangan sekali-kali menyerahkan kad pengenalan anda kepada polis; hanya tunjuk sahaja
o Jika polis paksa anda serahkan kad pengenalan, minta dikeluarkan Borang Pemeriksaan sebagai bukti kad pengenalan dirampas

3. Bilakah anda ditahan?
o Apabila anda dihalang beredar dari tempat tersebut
o Apabila anda digari

4. Apa harus anda buat apabila ditahan?
o Jangan melawan dan jangan beri alasan kepada polis untuk gunakan kekerasan
o Tanya apakah alasan anda ditahan
o Tanya ke balai mana anda akan dibawa

5. Apakah hak anda setelah ditahan?
o Anda berhak membuat panggilan telefon kepada keluarga dan/atau peguam dan maklumkan balai tempat anda dibawa, sebab tangkapan dan nama polis yang membuat tangkapan

6. Berapa lama polis boleh menahan anda?

o Polis boleh menahan anda tidak melebihi 24 jam di balai atau lokap polis
o Anda boleh ditahan melebihi 24 jam jika anda diberikan Perintah Reman oleh Mahkamah Majistret tertakluk kepada tempoh maksimum 7 (4+3) hari bagi kesalahan menghadiri perhimpunan 'Bersih 2.0'

7. Apakah yang perlu dibuat apabila anda dibawa ke hadapan Majistret untuk mendapatkan Perintah Reman?

o Beritahu polis/Majistret bahawa anda ingin diwakili peguam
o Jika anda diwakili peguam, anda tidak perlu bercakap kerana peguam yang akan bercakap bagi pihak anda di hadapan Majistret
o Anda hanya perlu beritahu peguam yang mewakili anda sekiranya anda sakit, didera, diugut atau tidak diberikan makanan/air/pakaian secukupnya semasa dalam tahanan. Buat laporan polis dengan segera jika berlaku keadaan sedemikian
o Beritahu juga kepada peguam sama ada polis telah menjalankan penyiasatan semasa anda dalam tahanan

8. Apakah yang perlu dibuat apabila polis ingin merakam Kenyataan Bertulis semasa dalam tahanan?

o Kenalpasti nama dan pangkat pegawai yang menyoal siasat anda
o Berikan nama penuh, umur, alamat dan pekerjaan (butir-butir peribadi) jika diminta
o Selain memberikan butir-butir peribadi, anda dinasihatkan untuk berdiam diri dari menjawab soalan dari pegawai polis
o Jika anda memilih untuk berdiam diri, katakan "saya akan jawab di mahkamah" terhadap sebarang soalan yang dikemukakan kepada anda dan polis tidak boleh memaksa, mengugut atau memukul anda jika anda enggan menjawab soalan

9. Bilakah anda didakwa di mahkamah ?

o Anda boleh didakwa di mahkamah pada atau sebelum tempoh reman yang diberikan terhadap anda tamat
o Anda didakwa jika pertuduhan dibacakan terhadap anda di hadapan seorang Majistret/Hakim dan anda ditanya sama ada mengaku bersalah atau minta dibicarakan
o Pastikan anda MENGAKU TIDAK BERSALAH dan peguam 'Bersih 2.0' akan mewakili anda sehingga perbicaraan selesai

Disediakan oleh: Unit Tindakan Undang-Undang Jenayah, Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (JUHAM), Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan kerjasama Lajnah Undang-Undang PAS Pusat

Jika Anda Ditahan Hubungi No. Telefon Hotline Bilik Gerakan PEGUAM, Dewan Pemuda PAS Malaysia :

1. 0 1 6 – 3 1 2 6 4 6 3
2. 0 1 6 – 3 1 2 6 4 7 3
3. 0 1 4 – 6 4 5 1 7 5 3
4. 0 1 2 – 3 9 2 8 3 7 9

-------------------------------------------------------------------------------------

Herman Samsudeen adalah Pengarah Jabatan Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat dan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Masalah Bekalan Air di Kediaman Kuartas Guru SMK Seremban Jaya

Posted: 07 Jul 2011 04:48 PM PDT

Aduan Rakyat Online, July 5th, 2011

Saya amat rasa terkilan kerana dari 23 Jun 2011 yang lalu hingga ke hari ini 4 Julai 2011 kerana tidak ada air di Kediaman Kuartas Guru SMK Seremban Jaya.

Saya telah membuat aduan kepada Pihak Sains dan pihak Sains mengatakan masalah ini adalah berpunca dari Bekalan Air di Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban Jaya yang mengalami kerosakan tangki air ( kerosakan selepas meter air ).

Masalahnya sekarang pula apabila saya memaklumkan kepada Pihak Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan pihak Jabatan pula mengatakan Kuartas Guru SMK Seremban Jaya tidak terlibat dengan Tangki Air sekolah dengan alasan kami yang duduk di Kuartas membayar terus bil air kepada pihak Sains…

Persoalannya……

Saya amat faham jika pihak sekolah yang tidak dapat membaiki dengan segera kerosakan Pam air sekolah kerana buat masa ini tiada peruntukan. Tetapi yang menjadi persoalannya kami bukan bayar bil air kepada pihak sekolah, tetapi membayar bil kepada pihak Sains….

INI BERMAKNA KAMI YANG DUDUK DI KUARTES GURU SMK SEREMBAN JAYA tiada kena mengena dengan kerosakan yang di alami oleh pihak sekolah. ( Pihak sains pula mengatakan kerosakan tersebut berpunca dari kerosakan pam air sekolah dan selepas meter ) ini bermakna kami yang selama ini membayar bil air kepada pihak Sains adalah salah KERANA kalau kerosakan tersebut bermula dari selepas Meter apa kena mengena tempat tinggal kami di Kuartes? Kerana kami tidak membayar bil kepada pihak sekolah tetapi kepada pihak Sains….

Untuk makluman juga saya yang membuat aduan ini adalah warga emas….dan tidak larat lagi untuk mengangkat air ke tingkat 3 setiap kali balik dari kerja dan terpaksa membeli makanan yang melebih belanja RM 50 untuk sehari. Kerana ketiadaan air ini kami di kuartes terpaksa menanggung berbagai-bagai risiko.

Oleh itu saya memohon agar ADUAN RAKYAT dapat menyiasat perkara ini agar kami yang duduk di Kuartes Guru ini mendapat HAK KAMI SEBAGAI PEMBAYAR.

By: Norhayati binti Abu Bakar

http://www.aduanrakyat.com.my/masalah-bekalan-air-di-kediaman-kuartas-guru-smk-seremban-jaya

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 08 Jul 2011 09:12 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


Isu BERSIH : 3 Pemuda PAS Dungun Dihadapkan Ke Mahkamah

Posted: 07 Jul 2011 06:22 PM PDT

Khamis 7 Julai 2011, tiga pemuda PAS kawasan Dungun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Dungun atas dua pertuduhan berasingan. Pertuduhan dihadiri ramai penyokong PAS kawasan Dungun sebagai tanda sokongan kepada mereka bertiga.

Pertuduhan yang bermula jam 9.30 pagi itu selesai kira-kira jam 10.30 pagi. Selepas pertuduhan berakhir, Ketua Pemuda PAS Kawasan Dungun, Sheikh Hanafi Abdul Aziz yang turut hadir memberi sokongan moral mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh ahli yang hadir memberi sokongan.

Semoga Allah Taala memberi kekuatan dan kesabaran terhadap rintangan perjuangan yang terpaksa dihadapi oleh semua pejuang yang terlibat menjayakan BERSIH 2.0. Takbir!!!




Gambar : keratan akhbar berita harian

ADUN Sura Antara 91 Yang Tersenarai Dilarang Masuk KL 9 Julai Ini

Posted: 07 Jul 2011 05:07 PM PDT


Dalam usaha menyekat dan menggagalkan himpunan BERSIH esok, 91 nama disenaraikan oleh pihak polis daripada memasuki Kuala Lumpur Sabtu ini. Polis Kuala Lumpur mendapat perintah larangan daripada majistret untuk menghalang 91 pemimpin daripada tiga kumpulan utama yang merancang untuk berhimpun pada 9 Julai.

Perintah berkenaan melarang semua individu tersebut – daripada PERKASA, BERSIH 2.0 dan PATRIOT supaya tidak hadir atau mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan. Timbalan ketua polis Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Datuk Amar Singh Ishar Singh (kanan, tengah) berkata, pelanggaran perintah berkenaan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan.

"Perintah larangan ini adalah untuk mengelakkan dari perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam atau mendatangkan bahaya kepada nyawa atau keselamatan manusia," katanya yang membacakan satu kenyataan.

Mursyidul Am, YAB Dato' Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presiden, Dato' Seri Tuan Guru Haji abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden, Tuan Haji Mohamad Sabu dan Ketua Pemuda, Ustaz Nasrudin Tantawi adalah pimpinan PAS yang disenaraikan daripada 91 nama tersebut. Turut tersenarai adalah ADUN Sura yang juga YDP PAS Kawasan Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli, Timbalan YDP PAS Kawasan Dungun Ustaz Saiful Bahri Mamat dan Naibnya Ust Azman Shapawi Abd Rani.

Segala sekatan yang dibuat menunjukkan lagi sikap bacul kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Najib Tun Razak sehingga melanggar titah Yang Dipertuan Agong. Namun begitu, segala halangan ini semakin menambahkan semangat BERSIH untuk meneruskan himpunan 9 Julai ini. Usaha pihak polis tersebut tidak akan menjejaskan semangat rakyat seluruh negara untuk menyertai BERSIH 2.0 kali ini.

Timbalan Presiden PAS, Tuan Haji Mohamad Sabu dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily hari ini menegaskan bahawa himpunan BERSIH 2.0 tetap akan disertai PAS walaupun terpaksa berjalan kaki ke Stadium Merdeka.

"Kita akan bergerak setakat yang boleh. Sekalipun kenderaan ditahan, kita akan berjalan kaki ke Stadium Merdeka," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian mengulas perkembangan terbaru bahawa permit sementara bas untuk perjalanan ke Kuala Lumpur tidak akan dikeluarkan untuk hari Jumaat dan Sabtu ini. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memberi alasan tindakan itu bagi mengelak jangkaan kesesakan lalulintas pada hari tersebut.

Bagaimanapun dipercayai tindakan tersebut bertujuan menghadkan kehadiran peserta ke himpunan Bersih 2.0 di ibu negara pada Sabtu ini. Ini kerana sebahagian peserta yang akan hadir ke perhimpunan tersebut adalah dari luar Kuala Lumpur yang dijangka akan membanjiri ibu negara bermula Jumaat ini.

senarai 91 yang tersenarai


Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 08 Jul 2011 08:17 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


TAZKIRAH : BIAR MISKIN HARTA JANGAN MISKIN JIWA ( 3 )

Posted: 07 Jul 2011 09:26 PM PDT

mtdchenderoh

Posted: 08 Jul 2011 07:43 AM PDT

mtdchenderoh


BEKAS SETIAUSAHA SULIT DATO' NAZRI AZIZ MENINGGAL DUNIA

Posted: 07 Jul 2011 09:55 AM PDT

Pihak MTD Chenderoh merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Pn Noor Zamzila bt Osman yang pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Sulit Menteri Dijabatan Perdana Menteri (Dato' Nazri Aziz). Beliau yang kini berkhidmat sebagai guru di SMK Temenggong, Kati telah menghembuskan nafas yang terakhir pada jam 11 malam tadi di Hospital Taiping akibat barah.

Jenazah beliau akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Kati, Kuala Kangsar kira- kira jam 11 pagi (8 Julai 2011). Mudah- mudahan rohnya dicucuri rahmat... al- Fatihah..


DETIK UMNO/BN DIPENGHUJUNG KUASA

Posted: 07 Jul 2011 09:24 AM PDT


Ibarat orang yang kelemasan, akan berpaut kepada apa sahaja untuk menyelamatkan diri. Menyedari UMNO/BN dah sampai ke umur bersara wajib, segala ruang dan peluang digunakan untuk menghalang kebangkitan rakyat.

Bermacam kaedah dan cara digunakan oleh UMNO/BN sehingga sanggup bertindak melampaui perlembagaan dan undang- undang. Perlaksanaan undang- undang dan tindak- tanduk pihak berkuasa negara kini menjadi bahan ketawa negara luar disebabkan tindakan yang semakin tak masuk akal serta langsung tidak menggambarkan kematangan pemikiran.

Sindrom fobia warna kuning yang mendorong berlakunya siri- siri tangkapan kerana menjual, memakai, mengedar baju kuning yang berlakar BERSIH menggambarkan ketakutan yang MAHA DAHSYAT sedang melanda UMNO/BN.

Tindak- tanduk polis yang tidak profesional dengan menjadi PAK TURUT pemimpin- pemimpin yang mahu mempertahankan kuasa mereka amatlah mendukacitakan. Kecekapan polis menangkap aktivis- aktivis BERSIH dalam sekelip mata memperlihatkan tumpuan pihak berkuasa sudah menyimpang jauh daripada tugas dang tanggungjawab sebenar mereka.

Najib cuba membendung kebangkitan rakyat dengan menawarkan stadium sebagai ganti tempat diadakan himpunan dengan harapan pihak BERSIH akan menentang habis- habisan. Titah Duli Yang Maha Mulia (DYMM)Yang Dipertuan Agong telah cuba dimanipulasikan oleh UMNO/BN dengan menggambarkan bahawa himpunan tersebut juga tidak direstui oleh DYMM Yang Dipertuan Agong.

Kebijaksanaan dan sikap profesional jawatankuasa BERSIH yang diketuai oleh Ambiga terserlah apabila diperkenankan mengadap DYMM Yang Dipertuan Agong. Ke Bawah Duli Tuanku memperkenankan agar himpunan BERSIH diadakan di stadium memberikan tamparan hebat kepada pemimpin- pemimpin BN.

Kini UMNO/ BN tidak lagi mengendahkan titah dan perkenan tuanku, malah terus berdolak- dalik dalam memberikan kebenaran perhimpunan  tersebut. Tangkapan dan sekatan terus diberikan terhadap BERSIH. Nah !!! kini sudah nyata dan jelas... siapa sebenarnya PENDERHAKA !!!

DUN BUKIT PAYONG

Posted: 08 Jul 2011 03:45 AM PDT

DUN BUKIT PAYONG


15,000 pemuda PAS Terengganu ke himpunan Bersih

Posted: 07 Jul 2011 05:26 AM PDT

Petikan Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 7 Julai: Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) akan menghantar 15,000 orang ahlinya ke Kuala Lumpur untuk mengikuti himpunan aman Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai ini.

Mereka akan bergerak bersendirian dengan semangat kental untuk bersama-sama Bersih 2.0 mendesak kerajaan melaksanakan pilihanraya yang bersih dan adil di tanah air.

Ketua DPPNT, Mohd Nor Hamzah (gambar) menjelaskan, pemuda PAS Terengganu seperti juga pemuda PAS di negeri-negeri lain di seluruh negara sememangnya begitu bersemangat untuk menyertai perhimpunan itu sejak mula dirancangkan.

Beliau bagaimanapun secara jujur mengakui, semangat mereka mula berkurangan apabila Bersih 2.0 mengumumkan akan mengadakan perhimpunan aman itu di stadium.

"Namun dengan semangat perjuangan yang sudah sedia ada dalam diri masing-masing, semangat mereka itu amat mudah dinaikkan kembali.

"Jadi dengan itu, DPPNT tidak mengalami kesukaran untuk menghantar 15,000 orang ahlinya ke perhimpunan itu, malah boleh melebihi angka yang jauh lebih banyak dari jumlah itu jika kami kehendaki," katanya ketika dihubungi hari ini.

Perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini, tegasnya, tidak sepatutnya dihalang oleh pihak kerajaan untuk diadakan kerana ia tidak bertentangan dengan undang-undang, khususnya Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Menurut beliau, menyedari hakikat itulah, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin sendiri telah mengeluarkan titah khas pada 3 Julai lalu yang antara lain turut meminta kerajaan supaya tidak menzalimi rakyat dan bertindak adil kepada rakyat.

Selain itu, Tuanku sendiri turut bersedia bertemu dan berbincang dengan jawatankuasa Bersih 2.0 berhubung perancangan Bersih untuk mengadakan perhimpunan aman itu.

"Tuanku ternyata bertindak dengan begitu lunak dengan rakyat. Tuanku juga turut membenarkan Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan itu dengan kaeadah-kaedah tertentu," katanya.

Beliau yang juga Adun Bukit Payong amat kesal kerana tindakan kerajaan dalam menangani perhimpunan itu ternyata amat melampau dan ini secara jelas menunjukkan kerajaan tidak mempedulikan arahan Yang di-Pertuan Agong sendiri.

Di Terengganu, beliau turut memberikan contoh tindakan tidak demokrasi yang dilakukan oleh kerajaan apabila pihak polis menangkap Ketua Pemuda PAS Dungun, Syeikh Mohamad Hanafi Abdul Aziz dan 6 orang rakannya pada Sabtu lalu, hanya kerana memasang sehelai banner Bersih 2.0 di kawasan Dungun.

Empat orang daripada mereka telah dibebaskan, manakala 3 orang lagi terus ditahan sehingga diikat jamin sebanyak RM5,000 seorang di Mahkamah Majestret Dungun hari ini.

Selain itu, di Kuala Ibai di Kuala Terengganu pula, seorang pemuda ditahan polis, Ahad lalu, apabila disyaki hendak menjual baju kuning Bersih 2.0, walaupun dakwaan tersebut tidak mempunyai bukti kukuh setelah pihak polis sendiri turut ke rumah pemuda itu untuk mencari baju kuning Bersih 2.0 yang didakwa hendak dijualnya.

Pemuda tersebut tetap juga ditahan polis dan terpaksa dibayar ikat jamin RM3,000, walaupun dakwaan hasratnya hendak menjual baju kuning Bersih 2.0 seperti yang didakwa oleh pihak polis itu sendiri tidak terbukti, malah kalaupun terbukti bukanlah sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang.

Menurut Mohd Nor, kesemua kejadian itu hanyalah sebahagian dari contoh terkini yang dilakukan oleh kerajaan di Terengganu dan ia secara jelas bertentangan dengan titah Yang di-Pertuan Agong yang membenarkan Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan aman dengan kaedah tertentu.

"Itu semua turut bertentangan dengan titah Tuanku yang meminta kerajaan mengutamakan rundingan dengan pihak terbabit untuk menyelesaikan sesuatu masalah termasuk berhubung himpunan aman Bersih 2.0 yang akan diadakan 9 Julai ini," katanya yang juga AJK Pemuda PAS Pusat.

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA

Posted: 08 Jul 2011 03:37 AM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA


PEMUDA PAS SELANGOR SELAR NAJIB, HISHAMMUDDIN

Posted: 07 Jul 2011 08:41 PM PDT

PEMUDA PAS SELANGOR SELAR NAJIB, HISHAMMUDDIN

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor melahirkan rasa kekecewaan yang teramat sangat terhadap YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai seorang Melayu Islam tetapi dalam masa yang sama tidak menunjukkan nilai-nilai agama Islam yang baik dengan tidak menepati janji untuk memberikan kebenaran penggunaan stadium bagi himpunan BERSIH. Sedangkan sebelum itu, Perdana Menteri sendiri telah mengeluarkan kenyataan bahawa pihak kerajaan akan menawarkan mana-mana stadium untuk digunakan sebagai tempat himpunan tersebut dengan syarat tertentu jika pihak Sekretariat BERSIH membatalkan hasrat untuk berhimpun di jalanan. Kini apabila pihak Sekretariat BERSIH bersetuju dengan perhimpunan di dalam stadium maka pihak kerajaan pula yang berdolak-dalih dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah. Sepatutnya YAB Perdana Menteri menunjukkan bahawa beliau seorang yang berjiwa besar dengan menunaikan janji yang telah diumumkan dan mengarahkan pengurusan Stadium Merdeka untuk menerima permohonan Sekretariat BERSIH untuk menggunakan stadium tersebut sebagai tempat perhimpunan.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga merasakan tindakan Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein terus menerus melabelkan Gerakan BERSIH sebagai HARAM adalah satu tindakan yang kurang wajar dan tidak cerdik kerana pihak Sekretariat BERSIH sendiri telah di terima untuk mengadap ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong untuk menyampaikan dan memaklumkan agenda sebenar Himpunan BERSIH. Adakah Hishamuddin berhajat untuk memperkecilkan kebijaksanaan Tuanku Al Sultan di dalam menilai usul pangkal isu-isu yang berlaku di dalam Negara ataupun beliau sememangnya berhajat untuk melakukan penderhakaan dengan menganggap Tuanku Al Sultan mengiktiraf sebuah gerakan yang HARAM dan boleh menjejaskan keamanan masyarakat.  Berdasarkan titah khas Tuanku Al Sultan baru-baru ini, sepatutnya Hishamuddin mengambil tindakan segera untuk mengendurkan tekanan-tekanan yang telah dikenakan ke atas rakyat dengan melepaskan semua tahanan-tahanan yang telah ditangkap secara paksa, membenarkan perarakan himpunan aman dengan pemantauan pihak polis dan mengeluarkan permit himpunan.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor amat berharap semoga kedua-dua pimpinan Negara ini, YAB Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri dapat menunjukkan akhlak muslim sejati dengan menunaikan janji mereka (lebih-lebih lagi apabila di hadapan seorang yang bukan Islam)  untuk memberikan kebenaran supaya himpunan BERSIH dapat dijayakan di Stadium Merdeka pada 9 Julai ini. Sepatutnya Kerajaan UMNO/BN tidak lagi terus-terusan membohongi dan berdolak-dalih di dalam isu ini kerana ianya akan hanya menambah kebencian dan rasa amarah rakyat kepada mereka. Rakyat kini sudah sedar akan penipuan dan penyelewengan pemimpin UMNO/BN untuk mempastikan kuasa mereka terus dipertahankan. Pilihanraya umum yang 13 akan datang rakyat pasti akan menghukum dan menumbangkan mereka daripada tampuk kekuasaan Negara. InsyaAllah.

USTAZ HASBULLAH MOHD RIDZWAN           
KETUA PEMUDA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

07 Julai 2011

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 08 Jul 2011 03:28 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


Ramai lagi boleh masuk KL

Posted: 07 Jul 2011 06:34 AM PDT


Dibawah adalah senarai nama Individu dari Bersih 2.0 yang dikeluarkan polis dan tidak boleh masuk KL Sabtu ni, selain dari mereka berjuta-juta lagi rakyat Malaysia yang mahukan SPR membuat perubahan boleh berbuat demikian kerana Kuala Lumpur adalah Bandaraya kita rakyat Malaysia.

1. Datuk Ambiga Sreenevasan
2. Mohamad Sabu
3. Hishamuddin Md Rais
4. Khairul Anwar Ahmad Zainuddin
5. Maria Chin Abdullah
6. Chua Tian Chang
7. Kamarulzaman Mohamad
8. Dr Mohd Hatta Md Ramli
9. Syed Shahir Syed Mohamud
10. Syed Ibrahim Syed Noh
11. Teresa Kok Suh Sim
12. Badrul Hisha Shaharin
13. Shamsul Iskandar bin Mohd Akin
14. Arutchelvam A/L Subramaniam
15. Wong Chin Huat
16. Ong Boon Keong
17. Enalini A/P Elumalai
18. Haris Fathillah Sathiasingam bin Mohd Ibrahim
19. Datuk Khalid Yunus
20. Datuk Zulkifli Noordin
21. Dr Zubir Harun
22. Datuk Seri Abd Hadi Awang
23. Datuk Seri Anwar Ibrahim
24. Lim Kit Siang
25. Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
26. Nurul Izzah Anwar
27. Kohila Yanasekaran
28. Zaid Kamaruddin
29. Khoo Teng Swee
30. Fadiah Nadwa Fikri
31. Yap Swee Seng
32. Salahuddin Ayub
33. Datuk Mahfuz Omar
34. Nasrudin Hasan
35. Mazlan Aliman
36. Dr Syed Azman Syed Nawawi
37. Dr Dzulkifli Ahmad
38. Dr Mujahid Yusof
39. Khalid Abd Samad
40. Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin
41. Azman Shapawi Abd Rani
42. Suhaizan Kaiat
43. Nor Azli bin Musa
44. Mohd Firdaus Jaafar
45. Loke Siew Fook
46. Lau Wen San
47. Mohd Azmin Ali
48. Mat Shuhaimi Shafie
49. Satipul Bahari Amamt
50. Wan Hassan Mohd Ramli
51. Mohamad Izzudin Hilmi Mohd Zaini
52. Mohd Shazni Munir Mohd Ithnin
53. Muhammad Hilman Idham
54. Mohd Shukri Che Ab Razab
55. Mohd Syukri Kamaruddin
56. Ahmad Syazwan Muhammad Hasan
57. Choo Chon Kai
58. Sarasvathy Muthu
59. Soh Sook Hwa
60. Nurul Izham Nurul Anuar
61. Abd Rahim Osman
62. Mohd Sibri Ismail
63. Mohd Lukam Muda
64. Dato Prof Kamaruddin Kachar
65. Datuk Mohd Noor Nordin Abdullah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan