Isnin, 4 Julai 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) TEMERLOH

Posted: 04 Jul 2011 03:42 AM PDT

PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) TEMERLOH


YB Semantan Tinjau Mangsa Ribut

Posted: 04 Jul 2011 03:23 AM PDT

YB Adun Semantan, mengunjungi salah sebuah rumah yang terkena ribut tempoh hari.

Kejadian ribut berlaku, di Kg pengkalan Manggis Temerloh. Dalam kejadian tersebut atap bumbung rumah tercabut diterbangkan oleh angin yang kuat.


Foto 1: YB Semantan


Tiada kecederaan yang berlaku, semasa kejadian pada jam 7.00 malam kebetulan penghuni rumah berkenaan berada di luar kawasan






Foto 2: Rumah kena ribut

BERSIH 2.0: KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS

Posted: 04 Jul 2011 03:04 AM PDT

Parti Islam Se-Malaysia PAS menjunjung tinggi titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada hari Ahad 3 julai 2011 mengenai isu perhimpunan aman BERSIH 2.0 yang hangat diperkatakan pada waktu ini. Seluruh kepimpinan PAS merasa amat berbesar hati dengan keprihatinan dan perhatian yang diberikan oleh Seri Paduka Baginda Tuanku sebagai pelindung keluhuran perlembagaan negara dan lambang berdaulat negara kita ini.

Titah Seri paduka Baginda Tuanku bahawa dalam setiap permasalahan yang timbul, sebagai masyarakat yang bertamadun kita hendaklah mencari jalan penyelesaian secara rundingan dan tidak mengikut perasaan. Ini adalah amat tepat sekali dalam merungkai perkara yang dibangkitkan, iaitu pembaharuan terhadap keseluruhan sistem pilihanraya bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini.Sehubungan dengan itu, maka PAS bersedia untuk menghantar wakil bersama dengan BERSIH 2.0 dan rakan politik dalam Pakatan Rakyat serta semua pihak yang cintakan keamanan untuk berunding dan seterusnya mengadap ke bawah Duli Seri Paduka Baginda Tuanku bagi menjelaskan kekeliruan yang timbul hasil dari liputan buruk yang dimainkan terhadap bantahan aman ini. Kesan dari salah faham initelah menimbulkan provokasi pihak tertentu yang memberi gambaran seolah-olah keadaan sudah tidak terkawal sehingga undang-undang negara juga sudah tidak dihormati lagi olehpihak berkuasa.PAS percaya bahawa asas penyebab utama bantahan ini perlulah digali-selidik dengan hati terbuka dan penuh keikhlasan, terutamanya oleh pihak kerajaan yang memegang tampuk pemerintahan dalam negara kita pada ketika ini. Ini juga selari dengan titah Seri Paduka Baginda Tuanku supaya pihak kerajaan wajar untuk melaksanakan amanah dengan secara adil dan bijaksana. Tercetusnya idea bantahan ini adalah kerana terlalu banyak kelemahan dalam amalan pilihanraya di Malaysia dengan berlakunya penipuan, rasuah dan salah guna kuasa dan media secara tidak demokratik. Keadaan ini semakin buruk walaupun kita telah mencapai kemerdekaan lebih dari 50 tahun dan sudah dua belas kali pilihanraya umum diadakan. Sejak Sekian lama ini,kerajaan Barisan Nasional telah banyak menyalahgunakan kuasa mereka di atas nama demokrasi, walaupun negara-negara di seluruh dunia sudah banyak melakukan reformasi terhadap sistem pilihan raya dan demokrasi yang membawa kebaikan kepada seluruh rakyat.Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam Se-Malaysia

4 Julai 2011/ 2 Syaaban 1432 H

Ingatan: Tuntutan BERSIH 2.0

Posted: 03 Jul 2011 08:32 PM PDT

Tuntutan Segera Perhimpunan BERSIH 2.0

1. Bersihkan senarai undi

• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan 'pengundi hantu' seperti orang yang telah meninggal.

• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.

2. Mereformasikan undi pos

• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.

• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.

• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.

3. Gunakan dakwat kekal

• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.

4. Masa kempen minima 21 hari

• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.

• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.

5. Akses media yang bebas dan adil

• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.

• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.

• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.

6. Kukuhkan institusi awam

Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.

Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.

Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.

Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

7. Hentikan rasuah

Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.

Pembelian undi harus dihentikan!

Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.

8. Hentikan politik kotor

BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.

TITAH YDPA: Kerajaan & BERSIH

Posted: 03 Jul 2011 08:26 PM PDT

Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Mengenai Perhimpunan Haram 9 Julai

KUALA LUMPUR: Istana Negara malam Ahad mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.

Berikut adalah teks penuh titah khas tersebut:

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara. Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran". Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikanwalaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara,bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlahbumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanaan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara. - BERNAMA

YB Semantan Santuni Rakyat Semantan

Posted: 03 Jul 2011 05:01 AM PDT


























YB Kuala Semantan ,Hj Syed Hamid b Syed Mohamad menyantuni masyarakat kurang kemampuan kelmarin. Di bawah Projek Program 5 Waktu YB, beliau menjelajah ke seluruh ceruk kampung tradisi bagi menyampaikan barang-barang keperluan kepada warga emas dan ahli masyarakat yang kurang mampu.

Projek Jenguk Rakyat ini digerakkan oleh PAS Kawasan dengan dibantu oleh Jentera Pilihanraya Dun dan Halwa.

Program ini mensasarkan menjelang Ramadhan YB dapat menyampaikan sedikit bantuan bagi golongan ini menyambut puasa dengan lebih bermakna.


Amal Pahang Beramal di Parlimen Temerloh

Posted: 03 Jul 2011 04:31 AM PDT


Seramai 120 orang ahli Amal Pahang telah menyantuni masyarakat sekitar Temerloh kelmarin. Di bawah Program Amal 1Pahang. Antara kerja-kerja amal dan kesukarelaan yang diatur mereka adalah mengadakan program gotong royong bersama masyarakat setempat di kawasan kejiranan Taman Seri Kemuning, Kg Pangsenam dan Kg Tebal serta Bangunan LKNP di tengah-tengah pusat bandar Temerloh.

Program sehari suntuk ini, juga diselit dengan penyampian sumbangan kepada berpuluh buah keluarga miskin dan kurang mampu. Program ini turut melibatkan YB ADUN Kuala Semantan bersama ahli jawatankuasa PAS cawangan serta jentera Halwa Dun.

Semasa berucap di majlis berkenan YB Adun Semantan Syed Hamid Syed Mohammad memuji dengan sikap, nilai kesukrelawan yang ditunjukkan oleh anak-anak muda, kerana nilai ini semakin terhakis dalam masyarakat kita.

Ia wajar diteruskan ke seluruh Pahang, jelas beliau.


DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA

Posted: 04 Jul 2011 03:38 AM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA


Tangkapan awal bukti kejayaan Bersih

Posted: 04 Jul 2011 12:18 AM PDT

PEMUDA PAS SELANGOR UCAP TERIMA KASIH KEPADA YANG DI PERTUAN AGONG

Posted: 04 Jul 2011 12:14 AM PDT

KENYATAAN AKHBAR DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

PEMUDA PAS SELANGOR UCAP TERIMA KASIH KEPADA YANG DI PERTUAN AGONG
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merafak sembah merakamkan ucapan terima kasih di atas Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin yang meminta supaya pihak kerajaan menangani setiap permasalahan yang membabitkan kepentingan rakyat secara berhemah dengan berunding dan tidak mengikut perasaan sepertimana masyarakat yang bertamadun.. Titah ini menjurus kepada cadangan himpunan aman BERSIH 2.0 (Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil) yang akan diadakan pada 9 Julai 2011 di Kuala Lumpur.

Oleh itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mendesak supaya pihak kerajaan, pihak polis dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mematuhi saranan Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong agar membuka semula pintu rundingan bersama Sekretariat BERSIH 2.0 bagi mempastikan perjalanan program tersebut berjalan lancar dan teratur. Janganlah pihak kerajaan, polis dan SPR dianggap sebagai orang yang tidak bertamadun hanya kerana ingin mempertahankan keangkuhan dan keserakahan nafsu mereka semata-mata.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor sekali lagi mempertegaskan bahawa himpunan BERSIH 2.0 adalah himpunan aman rakyat menuntut pembaharuan di dalam sistem pilihanraya di Malaysia dan himpunan ini akan berlangsung dan berakhir dalam keadaan yang tenang dan baik. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor amat menyanjungi keamanan dan keharmonian dan menolak sebarang usaha provokasi untuk melakukan huru-hara ataupun kekacauan.    


HASBULLAH MOHD RIDZWAN 
KETUA DEWAN PEMUDA PAS
NEGERI SELANGOR

04 Julai 2011

DUN BUKIT PAYONG

Posted: 04 Jul 2011 03:10 AM PDT

DUN BUKIT PAYONG


Najib "bersihkan" Bersih 2.0 dari fitnah

Posted: 03 Jul 2011 10:29 PM PDT

Marang 4 Julai : Apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberikan alternatif kepada peserta Himpunan Bersih 2.0 untuk mengadakan perhimpunan itu di stadium, maka beliau sebenarnya telah menimbulkan keraguan yang melampau.

Bagi ADUN Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah sekurang-kurangnya ada tiga keraguan yang melampau pada situasi sekarang ini.

Pertama ialah sejauh manakah kefahaman pimpinan Umno BN dalam memahami hak-hak yang terjamin didalam demokrasi. Antaranya ialah hak untuk berhimpun secara aman dimana-mana sahaja.

Tetapi Umno menafikannya dengan mengarahkan perhimpunan itu mesti dibuat di stadium.

Keduanya apabila Perdana Menteri tiba-tiba bersetuju untuk membenarkan perhimpunan yang telah diisytiharkan gerakan komunis sebelum itu, maka dengan sendirinya tuduhan Bersih 2.0 adalah alat komunis sebenarnya fitnah.

Dan ketiga, memorandum dari rakyat yang hendak dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong, adakah munasabah ianya hendak diserahkan di stadium.

Ketiga-tiga hujah daripada Ustaz Mohd Nor ini, ternyata memerangkap Umno dan kuncu-kuncunya yang sudah tidak berdaya untuk menipu rakyat dengan fitnah-fitnah mereka.

"Ternyata komunis yang mereka kata itu hanyalah dogengan sahaja. Mana mungkin kerajaan akan berkompromi dengan gerakan bahaya seperti komunis atau subversif yang mengancam keselamatan dan ketenteraman negara.

Jadi apa makna tuduhan yang mereka buat itu? Soal Ustaz Mohd Nor dan sekaligus menganggap Najib telah mem"bersih"kan Bersih 2.0 dari fitnah

Beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda Pas Terengganu turut mempersoalkan adakah Yang di-Pertuan Agong akan turun mencemar duli ke stadium untuk menerima memorandum itu?

"Ini adalah cadangan yang pelik. Adakah tuanku akan turun ke stadium. Kita nak mengadap tuanku, sepatutnya di istana tempatnya", ujarnya.

Maka dengan itu rakyat sepatutnya boleh menilai bahawa semua tindakan-tindakan Umno ke atas penggerak-penggerak Bersih 2.0 adalah tindakan yang tidak betul.

Beliau kemudiannya menyeru rakyat agar membuka minda mereka dalam memahami isu ini.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 04 Jul 2011 01:47 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Berganti laki kikis wang

Posted: 04 Jul 2011 01:45 AM PDT

2 Syaaban 1432H. [MOD] -

KESAL...Alaa menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.

KUALA LUMPUR: Menggunakan taktik tipu, kahwin, curi dan menghilangkan diri, seorang wanita dikatakan mengaut keuntungan jutaan ringgit daripada beberapa 'suaminya' dengan mangsa terbaru seorang ahli perniagaan Palestin yang mendakwa kerugian hampir RM1 juta.

Alaa A M Aldunna, 32, berkata perkahwinannya dengan wanita tempatan berusia 29 tahun itu berlangsung November tahun lalu selepas berkenalan dengannya di sebuah hotel, di sini.

"Selepas ditipu dan wang saya dicuri, saya dimaklumkan pihak tertentu, rupa-rupanya saya suaminya yang ketujuh. Enam lagi suaminya sebelum ini warga Malaysia dan mereka juga ditipu," katanya ketika ditemui Harian Metro.

Alaa berkata, ketika berkenalan, wanita itu memperkenalkan diri Datuk Nazatul, malah turut mendakwa dia seorang kerabat diraja.

"Saya percaya dia menggunakan ilmu hitam kerana selepas berkenalan saya mengikut segala kata-katanya. Perkahwinan saya dengannya juga dilakukan tergesa-gesa dan segala-galanya diuruskannya.

"Kami berkahwin di bilik hotel. Jurunikah dan saksi semuanya dibawa Nazatul, malah ibu dan abangnya bersubahat untuk menipu saya," katanya.

metro/-

Ahli Keluarga Enam Ditahan Hanya Boleh Datang Ke Bukit Aman Pada Isnin

Posted: 04 Jul 2011 01:30 AM PDT

2 Syaaban 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Ahli keluarga enam aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan semula tengah hari ini mengikut Seksyen 3(1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969 dibenarkan datang ke Bukit Aman dan menemui mereka pada Isnin.

Jurucakap Bukit Aman yang enggan dikenali berkata ini kerana keenam-enamindividu berkenaan termasuk Anggota Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devaraj masih lagi disoal siasat dan tidak boleh dibebaskan.

"Bahagian Siasatan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman masihlagi menjalankan siasatan.

"Sesiapa sahaja tidak dibenarkan mengganggu siasatan atau berjumpa merekatanpa keperluan. Kamu perlu datang pada Isnin dan bukannya malam ini " katanya kepada pemberita dan sekumpulan individu, dipercayai mempunyai kaitan keluarga dengan enam yang ditahan itu di pekarangan luar Bukit Aman di sini malam Sabtu.

Keenam-enam mereka adalah sebahagian daripada 30 orang yang ditahan di PlazaTol Sungai Dua, Kepala Batas, pada Sabtu lepas, ketika menaiki bas menuju kePulau Pinang. Tempoh reman mereka mengikut Seksyen 122, Kanun Keseksaan kerana berniat untuk memerangi Yang di-Pertuan Agong tamat hari ini.

Kesemua anggota PSM itu dikatakan terlibat dengan pihak dari luar negara dantelah diresapi oleh anasir-anasir subversif.

Terdahulu, di pekarangan luar Bukit Aman, kira-kira 50 individu yangmempunyai kaitan dengan keenam-enam yang ditahan itu berkumpul diketuai peguam mereka, K. Arumugam menuntut untuk mengetahui status penahanan mereka.

Mereka tiba kira-kira pukul 9 malam dan bersurai satu jam kemudian selepasdiberitahu untuk datang ke Bukit Aman pada Isnin bagi mengetahui status lanjut kes berkenaan. - BERNAMA

Guru silat jangan campur isu politik- Cikgu Majid Mat Isa

Posted: 04 Jul 2011 01:25 AM PDT

2 Syaaban 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Guru Utama Seni Silat Gayung Pusaka Malaysia, Cikgu Majid Mat Isa hari ini menyeru pertubuhan silat tidak mencampuri urusan politik demi menjaga nama baik persilatan.

Seruan itu dibuat Cikgu Majid respon kenyataan Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Datuk Seri Ali Rustam yang mengancam melakukan kekacauan seperti '13 Mei 1969′, jika himpunan Bersih 9 Julai ini diteruskan.

Ali Rustam dipetik membuat kenyataan itu bersama pengasas Silat Lincah, Datuk Omardin Mauju pada satu sidang media di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru 2 Julai lalu.

Omardin sebelum ini turut mengancam akan mengerah pesilat dari perguruannya untuk 'bertempur' dengan peserta himpunan aman Bersih jika ia diteruskan.
Menurut Cikgu Majid, beliau sendiri mengambil pendirian yang berbeza sama sekali dengan Ali Rustam dan Omardin.

"(Ali Rustam) dia memang tahu dia ahli politik. Kalau boleh dia mahu orang silat semua sokong dia. Kita orang silat terdiri daripada pahlawan-pahlawan Melayu bukan orang politik.

"Silat dahulu dimulakan oleh Hang Tuah lima bersaudara dan kemudian diteruskan oleh pendekar seperti Mat Kilau, Datuk Bahaman, dan Tok Gajah untuk membela tanah air daripada musuh luar.

"Tetapi hari ini, jangan campur politik dan persilatan," katanya.
Malah, tambah Cikgu Majid lagi, beliau sendiri mahu pun mana-mana wakil Silat Gayung Pusaka tidak pernah menerima sebarang notis tentang mesyuarat Sabtu lalu.

Sewaktu ditanya samada pendirian Omardin yang memberi amaran kepada Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga mewakili pendirian kesemua pendekar Melayu, Cikgu Majid menegaskan Omardin bercakap mewakili dirinya semata-mata.

"Masalahnya, dia ikut pendapat dia seorang sahaja. Malam kelmarin saya dah sebutkan dalam blog yang kita persatuan silat jangan campur.

"Kita bukan nak bergaduh dengan Cina, Melayu, atau India. Kita tak hormat orang yang mahu berbangga-bangga dengan ilmu silatnya," kata Cikgu Majid.

Beliau juga berpendapat bahawa Omardin dan Ali Rustam sebenarnya tidak perlu berbuat demikian.

"Pihak kerajaan kan ada, bolehlah dibawa berunding.

"Kita tak boleh tunjuk kekerasan kita. Semuanya boleh dibawa berbincang. Itu semangat pendekar Melayu yang sebenar," kata Cikgu Majid.

keadilan/-

Inkues kematian Ahmad Sarbani bermula

Posted: 04 Jul 2011 01:20 AM PDT

2 Syaaban 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Prosiding inkues untuk menyiasat punca kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbani Mohamed bermula di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Prosiding itu yang didengar di hadapan koroner Aizatul Akmal Maharani, dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Abazafree Mohd Abas dan Hanim Mohd Rashid.

Turut serta peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dan Fadzillah Mohd Osman yang mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta peguam Awtar Singh yang bertindak sebagai peguam pemerhati mewakili keluarga Allahyarham.

Selain itu, peguam Salim Bashir, Roger Than dan Halim Asghar daripada Majlis Peguam turut bertindak sebagai peguam pemerhati.

Seramai 30 saksi, termasuk isteri Allahyarham, pegawai penyiasat tempat kejadian, pegawai SPRM, pegawai Kastam, pakar forensik dan pakar patalogi akan dipanggil memberi keterangan.

metro/-

17 ditahan semalam direman 3 hari

Posted: 04 Jul 2011 01:00 AM PDT

2 Syaaban 1432H. [MOD] -

AYER KEROH, 4 Julai: Polis hari ini berjaya mendapat perintah mahkamah yang membenarkan permohonan untuk menanan reman selama 3 hari ke atas 17 orang pemimpin dan ahli PAS yang ditahan di Jasin semalam.

Kesemua mereka disiasat di bawah Seksyen 47 Akta Pertubuhan.

Mereka yang ditahan termasuk Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Yuhaizad Abdullah, Ketua Penerangan PAS Kawasan Jasin, Fauzi Maelah dan 15 ahli PAS yang lain kira-kira jam 2.15 petang semalam.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari mendesak pihak berkuasa membebaskan 17 orang pimpinan dan ahli PAS Jasin yang ditahan.

Dalam kenyataannya, Adly berkata PAS Melaka mengutuk tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa yang menangkap mereka yang terbabit.

"PAS Melaka juga merasa kesal kerana mereka yang ditangkap tidak dibebaskan setelah keterangan mereka diambil sebaliknya mereka terus ditahan di IPD Jasin.

"PAS Melaka mendesak pihak berkuasa agar membebaskan mereka yang ditahan," tegasnya yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah.

Menurutnya, PAS Melaka akan terus memberikan pembelaan kepada mereka yang ditahan.

"Kami yakin bahawa mereka yang ditahan tidak melakukan sebarang bentuk kesalahan, jadi oleh itu mereka mesti dibebaskan serta merta tanpa syarat," ujar beliau.

Beliau juga berkata PAS Melaka berharap keluarga para ahli PAS yang ditahan agar bersabar dan sama-sama berdoa agar mereka segera dibebaskan.

Ahmad Danial
harakahdaily/-

Khalil Idham Lim:: Penahanan Ahli PSM dan BERSIH

Posted: 04 Jul 2011 12:17 AM PDT

2 Syaaban 1432H. [MOD] -


Sekitar sidang media di Pejabat Sekretariat Pakatan Rakyat di Ipoh berkaitan isu PSM dan baju kuning BERSIH

Letusan gunung: 887 pelajar kita di Makassar selamat

Posted: 04 Jul 2011 12:00 AM PDT

2 Syaaban 1432H. [MOD] -

JAKARTA 4 Julai - Kesemua 887 pelajar Malaysia di Makassar berada dalam keadaan selamat dan tidak merasa impak akibat letusan Gunung Soputan di Sulawesi Utara semalam.

Bagaimanapun, pelajar-pelajar berkenaan telah diberi arahan supaya mengikuti prosedur standard bencana alam yang dikeluarkan oleh Education Malaysia (EM) serta mengambil perhatian dengan berita terkini yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan. - Utusan

Bersih 2.0 berusaha menghadap Agung

Posted: 03 Jul 2011 11:45 PM PDT

2 Syaaban 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 4 Julai: Jawatankuasa penganjur Bersih 2.0 sedang berusaha untuk menghadap Yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin sebelum Sabtu ini sebelum membuat sebarang keputusan mengenai perhimpunan itu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh sekretariat Bersih 2.0, "Kami akan berkomunikasi dengan Yang Dipertuan Agung sebelum membuat keputusan akhir."

Pagi ini Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Srevanasan bertemu dengan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Ini adalah bertujuan untuk menyelesaikan situasi sekarang, kata satu kenyataan yang dikeluarkan Sekretariat Bersih melalui Twitter mereka.

Petang semalam Yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengeluarkan titah agar diadakan rundingan antara pihak Bersih dan kerajaan.

Baginda juga mengarahkan kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan rakyat secara adil dan bijaksana serta menyelesaikan masalah dengan rundingan.

Titah ini dikeluarkan baginda seminggu menjelang perhimpunan Bersih 9 Julai ini dengan kira-kira 100 orang sudah ditangkap kerana dikaitkan dengan perhimpunan itu.

Timbalan Ketua Polis Negara pula telah mengeluarkan kenyataan pintu rundingan sudah ditutup dan akan menahan pihak yang terlibat dengan perhimpunan ini.

Menurut Tuanku Mizan, baginda mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Bantah tahan PSM

Sementara itu, Bersih 2.0 dalam kenyataannya mengecam keras tindakan polis menahan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan di bawah Akta Dharurat.

"Ia sama seperti ditahan di bawah ISA," kata satu kenyataan Bersih 2.0.

Semalam, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S. Arutchelvan (gambar) membuat laporan polis terhadap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan timbalannya Datuk Khalid Abu Bakar kerana melemparkan tuduhan palsu terhadap lima aktivis parti itu termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar.

Selain Michael, turut ditahan di bawah Ordinan Darurat adalah M Saraswathy, Choo Chon Kai, M Sukumaran, A Letchumanan dan Sarat Babu.

Kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 3 (1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam Dan Mencegah Jenayah) 1969 yang membolehkan ditahan selama 60 hari tanpa perbicaraan.

Kata Arutchelvan (gambar), sebelum ini kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan iaitu dakwaan melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong namun telah dibebaskan daripada tuduhan itu.

"Kemudian semalam polis membuat tangkapan semula di bawah Seksyen 3 (1) Ordinan Darurat kerana kononnya terdapat sebab-sebab untuk mempercayai yang mereka telah bertindak mengikut apa-apa cara yang memudaratkan ketenteraman awam.

"Ini adalah tindakan salah guna kuasa di mana polis bersembunyi di belakang undang-undang zalim ala ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri). Polis dan KDN (Kementerian Dalam Negeri) juga tahu bahawa ISA tidak lagi popular sehingga terpaksa mengunakan undang-undang darurat yang ramai orang tidak mengetahuinya," katanya dalam laporan polis itu.

Tegas Arutchelvan, Ordinan Darurat digunakan ke atas individu yang melakukan jenayah berat dan bukan berunsur politik.

"Mereka berenam ini adalah tahanan politik pertama dituduh di bawah Ordinan Darurat yang masih digunakan di zaman tidak ada darurat.

"Maka tujuan sebenar Ordinan Darurat digunakan adalah untuk menghindar orang dari menyertai perhimpunan aman Bersih 2.0. Semua alasan dan kenyataan lain adalah tipu muslihat dan agenda memperbodohkan rakyat," katanya.

Minggu lalu kesemua mereka ditahan berhubung Himpunan Bersih 2.0 bersama 25 yang lain

harakahdaily/-

Logo UMNO, premis perniagaan diconteng cat kuning

Posted: 03 Jul 2011 11:30 PM PDT

2 Syaaban 1432H. [MOD] -

ALOR SETAR 4 Julai – Logo UMNO pada dinding Bangunan Tunku di Jalan Tunku Ibrahim di sini yang menempatkan Pejabat Badan Perhubungan UMNO negeri, menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab apabila diconteng cat kuning dengan perkataan `Jom Bersih!' dan `Bodoh'.

Turut menjadi sasaran, beberapa premis perniagaan di kawasan tersebut dan kejadian itu disedari oleh pemiliknya ketika ingin membuka perniagaan awal pagi tadi.

Menurut Pengurus Harta UMNO negeri, Salleh Saad, dia dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh seorang pengawal keselamatan di bangunan tersebut pada pukul 7.40 pagi. – Utusan

Norazli : Keluarkan hujah dan dalil Perhimpunan Bersih itu haram.

Posted: 03 Jul 2011 10:25 PM PDT

2 Syaaban 1432H. [MOD] -

IPOH, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Perak, Ustaz Norazli Musa mencabar Mufti Perak menyemak Perlembagaan Negara sebelum mengeluarkan kenyataan yang dangkal serta mengklasifikasikan Himpunan Bersih itu haram.

"Himpunan Bersih itu bukan haram.. kerana tujuannya adalah jelas untuk menuntut keadilan, tetapi media dan kerajaan yang mengklasifikasi sebaliknya, dan ia sama sekali tidak menyanggahi Perlembagaan Negara," jelas Ustaz Norazli Musa

Beliau berkata Tan Sri Harussani Zakaria sepatutnya bukan sekadar mendengar pandangan dan khabaran dari media sebelum menjatuhkan hukum halal haram.

"Seseorang itu mesti berada di lokasi bekenaan, melihat dan mendengar apa yang diperjuangkan dan barulah boleh mengeluarkan dalil mengenai hukum halal atau haram terutama dalam Himpunan Bersih itu," tegas ustaz Norazli

Harussani menyifatkan Himpunan berkenaan (yang belum diadakan) sebagai haram dan usaha menjatuhkan imej negara pada mata dunia. Beliau juga berkata himpunan itu tidak mendatangkan faedah.

Ustaz Norazli berkata yang peliknya, Harussani tidak sedikitpun memberi ulasan daripada sudut agama bersesuaian dengan kedudukannya tetapi lebih berminat mengulas daripada sudut pengaruh politik.

Oleh itu seeloknya, kata beliau, sudah sampai waktunya Umno memberi peluang kepada Harussani yang berminat berpolitik untuk bertanding pada pilihan raya Umum nanti untuk melihat kemampuan dan keadilan yang boleh dilaksanakannya dalam UMNO.

Umno juga wajar melantik Harussani sebagai ketua Majlis Ulama Umno agar dapat memberi nasihat dan fatwa langsung kepada Umno yang sehingga ini belum berbuat demikian, tegas beliau.

Harussani dilihat tidak konsisten dan tetap dalam memberi pandangan kerana sebelum ini dalam isu perarakan kepala Lembu di Shah Alam dan rampasan kuasa di Perak, beliau sekadar mendiamkan diri.

Ustaz Norazli berkata, benarlah Ulama akhir zaman ini terbahagi kepada dua golongan iaitu yang bersuara atau bercakap berasaskan agama, manakala sebahagian lagi bercakap untuk kepentingan dirinya.

"Ada Ulama yang memperjuangkan kebenaran ilmunya, manakala sebahagian lagi ulama menjual ilmunya," kata Ustaz Norazli.

Serangan jantung pembunuh senyap pesakit diabetes

Posted: 03 Jul 2011 10:17 PM PDT

2 Syaaban 1432H. [MOD] -

ALOR SETAR 4 Julai - Penghidap darah tinggi dan diabetes atau kencing manis berisiko tinggi diserang penyakit kardiovaskular yang juga lebih dikenali sebagai serangan jantung.

Pakar Jantung Kedah Medical Centre (KMC), Dr. Abdul Rahim Tahir berkata, ia merupakan "pembunuh dalam senyap" yang menyerang pesakit diabetes dan darah tinggi selain punca utama lain penyakit jantung iaitu merokok.

"Selain perokok, kira-kira 30 peratus pesakit diabetes dan darah tinggi mengalami serangan jantung dan ia sangat merbahaya kerana dianggap sebagai pembunuh senyap.

"Kencing manis dan darah tinggi adalah antara punca utama penyempitan saluran darah yang boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular atau jantung," katanya ketika menyampaikan ceramah mengenai penyakit kardiovaskular di KMC di sini.

Beliau berkata antara gejala serangan sakit jantung ialah sakit dada, sukar bernafas, berdebar-debar serta bengkak kaki. - Bernama

Mahu Tunjuk Pandai, Tetapi yang Ternampak Kebodohannya (Nong Qiao Cheng Zhuo)

Posted: 03 Jul 2011 09:46 PM PDT

2 Syaaban 1432H. [MOD] -

Mahu Tunjuk Pandai, Tetapi yang Ternampak Kebodohannya

Pada zaman Dinasti Song Utara, ada seorang pelukis yang tersohor bernama Sun Zhiwei. Dia sangat pandai melukis potret dan figura, sehingga ramai orang ingin berguru dengannya.

Pada suatu hari, Sun Zhiwei diminta melukis sebuah potret untuk Dewa Matahari. Setelah bentuk lakaran selesai, dia mengambil berus untuk mewarnakan lukisan itu. Pada ketika itu, seorang kawannya datang menjemputnya pergi minum arak. Sebelum keluar, dia berpesan kepada para pelajarnya:

"Bentuk lukisan ini sudah saya selesaikan tadi. Hanya tinggal proses mewarnakannya. Inilah kerja kamu semua nanti. Kena berhati-hati, jangan tersilap memilih warna ya! Moga-moga lukisan ini siap diwarnakan apabila saya pulang."

Sebaik sahaja Sun Zhiwei meninggalkan tempat itu, pelajar-pelajarnya segera berkumpul untuk melihat lukisan tersebut. Mereka sangat kagum dengan kepandaian guru mereka melakar sehingga dewa dalam lukisan itu kelihatan seperti hidup. Bagaimanapun, seorang pelajar yang bernama Tong Renyi berkata,

"Cuba lihat jambangan yang dipegang oleh Dewa Matahari ini. Saya ingat, setiap kali tuan guru kita melukis jambangan, dia pasti akan melakar sekuntum bunga pada jambangan itu. Tetapi jambangan dalam lukisan ini kosong sahaja. Pastilah tuan guru telah lupa atau tak sempat melukis bunga tersebut."

Selepas melafazkan kata-kata itu, Tong Renyi mengambil berus dan melakar sekuntum bunga plum pada jambangan dalam lukisan itu.

Selepas pulang dari rumah kawannya, Sun Zhiwei terkejut apabila ternampak pada jambangan dalam lukisannya telah ditambah sekuntum bunga. Dia berkata dengan marah:

"Siapakah yang telah melukis bunga ini? Dia yang mahu tunjuk pandai, tetapi yang ternampak kebodohannya! Jambangan ini digunakan oleh Dewa Matahari untuk menangkap hantu air. Setelah ditambah sekuntum bunga, harta karun yang tak ternilai ini menjadi lukisan biasa sahaja."

Sebaik sahaja habis bercakap, Sun Zhiwei terus mengoyakkan lukisannya itu. Tong Renyi yang berdiri di sisinya, berasa sangat malu.

Catatan Keterangan:

Peribahasa "Nong Qiao Cheng Zhuo ini digunakan untuk mempersendakan seseorang yang cuba menunjukkan kepandaian, tetapi yang ternampak kebodohannya. CRI/-

Setiap Kata yang Terucap Dikotakan (Yi Yan Wei Zhong)

Posted: 03 Jul 2011 09:45 PM PDT

2 Syaaban 1432H. [MOD] -

Setiap Kata yang Terucap Dikotakan

Asal Usul:

Pada zaman Negeri-Negeri Berperang (tahun 475-221 Sebelum Masihi), di negeri Qin, ada seorang Perdana Menteri yang bernama Shang Yang. Dengan bakatnya yang luar biasa dalam bidang politik, dia dipandang tinggi dan amat dihormati oleh raja negeri tersebut.

Pada tahun 359 Sebelum Masihi, Shang Yang merancang untuk melaksanakan pembaharuan yang menyeluruh di negeri Qin. Bagaimanapun, dia bimbang rakyat jelata tidak yakin pada keupayaan kerajaan. Oleh itu, dia mahu membuat sesuatu untuk mendapatkan kepercayaan mereka. Setelah berfikir beberapa lama, dia akhirnya telah mendapat satu idea.

Pada suatu hari, Shang Yang telah menegakkan sebatang tiang yang tingginya 10 meter di luar pintu selatan ibu kota Xianyang. Dia memberitahu orang ramai yang berkerumun di situ bahawa sesiapa sahaja yang mampu membawa tiang itu ke luar pintu utara, akan diberikan ganjaran sebanyak 10 Liang perak (1 Liang = 31 gram). Orang ramai yang mendengar berita itu berasa sangat hairan, tetapi tiada seorang pun yang berani mencuba. Melihat tiada respons daripada mereka, Shang Yang pun meninggikan suaranya, lalu mengumumkan,

"Siapa sahaja yang membawa tiang ini ke luar pintu utara, akan diberikan ganjaran sebanyak 50 Liang perak."

Pada ketika itu, tampil seorang lelaki yang berani untuk mencuba. Apabila dia berjaya membawa tiang itu ke tempat yang ditetapkan, Shang Yang segera memberikan ganjaran sebanyak 50 Liang perak itu kepadanya. Orang lain yang ada di situ berasa sangat sesal kerana terlepas peluang yang begitu baik untuk mendapat wang dengan mudah.

Dengan peristiwa tersebut, rakyat jelata mula percaya kepada keikhlasan kerajaan dalam usaha untuk memacu ekonomi negeri melalui rancangan pembaharuan yang berkenaan. Dengan sokongan yang padu daripada mereka, pembaharuan yang diperkenalkan oleh Shang Yang akhirnya benar-benar berjaya hingga menjadikan negeri Qin, negeri yang paling kuat pada masa itu. Usaha tersebut juga telah menjadi asas yang kukuh kepada penyatuan negara China yang dijayakan oleh raja negeri Qin, Ying Zheng atau Maharaja Shihuangdi kira-kira 100 tahun selepas itu.

Catatan Keterangan:

Peribahasa "Yi Yan Wei Zhong" ini membawa erti, setiap kata atau janji yang dilafazkan akan ditunaikan. Peribahasa ini sering digunakan untuk menegaskan semula bahawa janji yang dibuat oleh seseorang itu pasti akan ditunaikan. CRI/-

Wanita maut ambulans terbabas

Posted: 03 Jul 2011 09:30 PM PDT

2 Syaaban 1432H. [MOD] -

ANGGOTA bomba dan penyelamat cuba mengeluarkan jururawat yang tersepit dalam kemalangan di Batu 9, Penrissen, Kuching, semalam.
Debaran ibu menanti kelahiran anak kembar berakhir tragedi

KUCHING: Debaran menantikan kelahiran anak kembar bertukar tragedi apabila wanita yang sarat mengandung itu maut apabila ambulans yang membawanya terbabas ketika cuba mengelak anjing dan melanggar pokok, semalam.

Kejadian jam 1.50 pagi di Batu 9, Penrissen itu mengakibatkan mangsa, Mura anak Rungor dari Kemantin, Sri Aman meninggal dunia di tempat kejadian.

Mura, 33 yang dibawa dari Hospital Sri Aman untuk di rujuk ke Hospital Umum Sarawak mengalami kecederaan teruk di beberapa bahagian badan.

Kejadian itu menyebabkan bayi kembar dalam kandungan wanita berkenaan tidak dapat diselamatkan.

Pemandu ambulans terbabit, Sapuan Ain, 37 dilaporkan kritikal akibat tulang rusuknya patah dan terkena organ dalaman.

Selain itu, jururawat yang mengiringi mangsa, Sunny anak Ngadei, 40 pula cedera di bahu dan patah kaki kanan, bagaimanapun keadaannya dilaporkan stabil.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang berkata, sebaik tiba di tempat kejadian pada jam 2 pagi, anggotanya mengambil masa kira-kira lima minit untuk mengeluarkan pemandu ambulans yang tersepit di tempat duduk.

"Laluan berkenaan tidak berbahaya, malah ketika kejadian, jalan itu lenggang tetapi anjing liar yang berkeliaran di situ menyebabkan pemandu ambulans gagal mengelak lalu terbabas," katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk dibedah siasat, manakala Sapuan dan Sunny, turut mendapat rawatan di hospital sama.

beritaharian/-

Kucing ditembak 30 kali masih hidup

Posted: 03 Jul 2011 09:25 PM PDT

2 Syaaban 1432H. [MOD] -

LONDON: Seekor kucing di Britain masih hidup walaupun ditembak sebanyak 30 kali, lapor akhbar Daily Mail.

Apabila pemilik kucing yang dinamakan Hope itu berdarah, beliau menyangkakan haiwan kesayangannya itu diserang anjing.

Bagaimanapun selepas dibawa ke klinik haiwan, doktor memberitahu yang badan kucing itu penuh kecederaan akibat tembakan. Kebanyakan kecederaan di belakang dengan empat peluru di kepalanya.

Pakar perubatan mengeluarkan sebahagian 10 serpihan tetapi berputus asa mengeluarkan yang lain kerana bimbang akan mendatangkan komplikasi.

Persatuan Diraja Mencegah Kekejaman Haiwan (RSPCA) membuka siasatan ke atas kes itu.

Inspektor (RSPCA), Amy Collingsworth berkata, "Hope sangat mesra dan kucing yang menawan dan agak sukar memahami mengapa seseorang mahu menembak haiwan tidak bersalah,".

"RSPCA menyiasat kejadian ini dan meminta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai tembakan ini menghubungi kami," katanya.

RSPCA melaporkan 567 kes penderaan haiwan membabitkan senjata tahun lalu saja. Hope sudah pulih dan dijangka dikembalikan kepada tuannya tidak lama lagi. – Agensi.

Najib Beri Alasan Guna Ordinan Darurat Elak Insiden Serius

Posted: 03 Jul 2011 09:20 PM PDT

2 Syaaban 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 3 JULAI : Tindakan polis menahan beberapa individu di bawah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 kerana dipercayai terlibat dalam anasir subversif merupakan langkah pencegahan bagi mengelakkan daripada perkara lebih serius berlaku, kata Perdana Menteri.

Bernama melaporkan, Datuk Seri Najib sebagai berkata, tindakan itu bertujuan bagi memastikan keamanan dan ketenteraman negara dikekalkan.

"Ini sebagai langkah preventif, pencegahan lebih baik daripada berubat, apa-apa polis buat ini sebagai satu langkah pencegahan daripada sesuatu yang lebih serius berlaku," katanya dipetik Bernama Online.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penahanan enam individu termasuk Anggota Parlimen Sungai Siput Dr D. Jeyakumar mengikut Ordinan Darurat yang pertama kali digunakan terhadap penyokong Himpunan Bersih 2.0 9 Julai ini.

Sementara itu, polis juga tidak menolak kemungkinan akan terus membuat tangkapan di bawah Ordinan Darurat kerana penglibatan dalam anasir subversif.

Malaysiakini melaporkan, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Khalid Abu Bakar menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa tangkapan itu dibuat sesuka hati sebaliknya menegaskan ia dibuat mengikut lunas undang-undang negara.

"Ini adalah undang-undang yang ada di negara ini. Bukan pandai-pandai polis ambil tindakan sendiri. Apa juga tindakan kita adalah berdasarkan peraturan dan undang-undang yang ada di Malaysia," katanya.

malaysiakini/-

Anak Nuridah meninggal di Cape Town

Posted: 03 Jul 2011 09:00 PM PDT

2 Syaaban 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 4 Julai: PAS mengucapkan takziah kepada bekas Ketua Muslimatnya, Ustazah Nuridah Salleh (gambar) di atas kematian anaknya, Abdul Aziz Mohd Azmi, 13 tahun, yang kembali kerahmatullah pada 12.00 tengah malam semalam.

Abdul Aziz yang mula belajar di Cape Town, Afrika Selatan tahun lepas meninggal dunia selepas beberapa hari menjalani pembedahan kerana ketumbohan pada tulang belakangnya.

Sebelum itu, beliau demam tetapi tidak dapat bangun dan menggerakkan badannya. Beliau menjalani pembedahan dengan ditemani bapanya, Haji Azmi.

Jenazah beliau dijangka akan tiba di rumahnya di Taman Melewar, Kuala Lumpur pagi esok, 5 Julai.

Namun begitu, Nuridah yang kini dalam misi dakwah ke Australia masih berada di sana dan dijangka akan tiba lebih lewat dari jenazah anaknya sendiri. Nuridah kini adalah Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan selepas gagal mempertahankan kerusi ketua Dewan Muslimat PAS Pusat dalam muktamar lepas.

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) bagi pihak PAS mengucapkan takziah kepada keluarga Nuridah, kata Nurul Islam Bin Mohamed Yusoff , Setiausaha DPPWP dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

"Marilah kita sama-sama mendoakan agar arwah Abdul Aziz ditempatkan dikalangan hambaNYA yang soleh," kata kenyataan itu.

harakahdaily/-

Pilihan Raya Thailand : Pembangkang Bakal Teraju Tampuk Pemerintahan

Posted: 03 Jul 2011 09:00 PM PDT

2 Syaaban 1432H. [MOD] -

BANGKOK 4 JULAI : Parti pembangkang Pheu Thai memenangi pilihan raya umum Thailand dengan majoriti tipis — meraih 264 dari sejumlah 500 kerusi parlimen yang dipertandingkan.

Tinjauan pendapat awal meramalkan parti pimpinan Yingluck Shinawatra, adik bekas perdana menteri yang digulingkan, Thaksin menuju kemenangan besar dengan lebih 300 kerusi.

Menurut keputusan tidak rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand bekas parti memerintah Demokrat, hanya mendapat 160 kerusi

Bernama online melaporkan, Pheu Thai meraih tambahan 78 kerusi sementara Demokrat kehilangan 12 kerusi berbanding kedudukan sebelum pembubaran Parlimen.

Kali ini Bhumjaithai merangkul 34 kerusi, Chart Thai Pattana 19 kerusi sementara parti-parti kecil seperti Palong Chan dan Chart Pattana Puea Pandin masing-masing tujuh kerusi.

Rak Thailand memenangi empat kerusi, Matubhum dua dan masing-masing satu kerusi bagi parti Mahachon, Demokrat Baru dan Rak Santi.

Jumlah tidak rasmi keluar mengundi ialah 65.99 peratus dengan 30,987,801 pengundi membuang undi dari sejumlah 47.3 juta pengundi yang layak.

Suruhanjaya Pilihan Raya mempunyai tempoh hingga 2 Ogos untuk mengesahkan keputusan.

tv selangor/-

Pemberontak Libya tolak pelan damai Kesatuan Afrika

Posted: 03 Jul 2011 08:30 PM PDT

2 Syaaban 1432H. [MOD] -

BENGHAZI: Kumpulan pemberontak Libya hari ini menolak resolusi pelan damai yang digariskan Kesatuan Afrika dengan alasan Presiden Muammar Gaddafi masih dibiarkan berkuasa di negara itu.

Jumaat lalu, pemimpin Afrika bersetuju dalam mesyuarat di Equatorial Guinea terhadap pelan damai yang mahu pemimpin Libya tidak termasuk dalam rundingan dengan puak pemberontak.

Pelan itu menyaksikan komitmen dari Gaddafi untuk mengadakan proses dialog tetapi beliau tidak akan mengambil bahagian dalam proses rundingan.
Namun pelan damai itu tidak mengarahkan Gaddafi agar berundur yang menjadi permintaan utama puak pemberontak sebagai syarat menyelesaikan konflik di negara itu. - AFP

Titah Agung: PAS mesyuarat khas tengahari ini

Posted: 03 Jul 2011 08:25 PM PDT

2 Syaaban 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 4 Julai: Lajnah Politik PAS iaitu lajnah atau biro paling berkuasa dalam PAS akan mengadakan mesyuarat khas tengahari ini bagi membincangkan titah Yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin (gambar) yang dikeluarkan lewat petang semalam.

Menurut Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub, beliau telah berbincang dengan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali sebaik sahaja mengetahui titah itu lewat petang semalam.

Datuk Mustafa pula difahamkan telah menemui Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang malam tadi bagi membincangkan isu yang sama di samping lain-lain hal parti.

Yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin menitahkan kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan rakyat secara adil dan bijaksana serta menyelesaikan masalah dengan rundingan.

Titah ini dikeluarkan baginda enam hari menjelang perhimpunan Bersih 9 Julai ini dengan kira-kira 100 orang sudah ditangkap kerana dikaitkan dengan perhimpunan itu.

Timbalan Ketua Polis Negara pula telah mengeluarkan kenyataan pintu rundingan sudah ditutup dan akan menahan pihak yang terlibat dengan perhimpunan ini.

Menurut Tuanku Mizan, baginda mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

"Saya rasa sidang media akan diadakan selepas itu bagi menyatakan pendirian PAS berkaitan dengan isu ini," kata Salahudin kepada Harakahdaily.

Mesyuarat akan diadakan jam 11 pagi manakala sidang media dijangka akan diadakan kira-kira jam 12.30 tengahari.

harakahdaily/-

Hebatnya mukmin yang pemaaf...

Posted: 03 Jul 2011 08:19 PM PDT

2 Syaaban 1432H. [MOD] -
Misses Najiha II FB

Rasullullah SAW adalah manusia yang paling sabar dan paling banyak memberi kemaafan, padahal baginda SAW berupaya untuk membalasnya. Sekurang-kurangnya kita dapat mencontohi sifat-sifat penyabar dan pemaaf yang ada pada baginda SAW. Janganlah asyik nak melenting jika orang lain melakukan kesilapan.

Banyak-banyaklah bersabar dan bertenang kerana sifat marah adalah disukai oleh syaitan yang senantiasa membisikkan kepada orang yang sedang marah. Sebab itu sedikit perselisihan faham dari orang yang tidak sabar akan membawa kemusnahan pada pihak lain. Banyak kes kematian yang membawa pesalah ke penjara dan tali gantung kerana hilang sifat-sifat tersebut.

Sesungguhnya kualiti seorang insan diukur dengan keimanan dan perilaku mulia yang ada dalam jiwa mereka. Kedua-dua ukuran ini (iman dan akhlak) akan sentiasa seiringan dalam jiwa manusia bagi memastikan kedudukan serta darjat yang tinggi di sisi Allah.

Sabda Rasulullah SAW dalam hadis riwayat Abu Daud bermaksud:

"Aku memberi jaminan bahawa orang yang berakhlak mulia akan bersamaku di syurga yang paling tinggi."

Sifat kasih sayang dan kelembutan hati adalah petanda orang yang mempunyai sifat kesempurnaan serta kehebatan dalam dirinya. Sifat sabar terhadap ujian dan sedia memaafkan orang yang menganiaya kita adalah sebaik-baik akhlak yang sangat dipuji Allah seperti firman Allah swt bermaksud:

"Dan mereka yang sanggup mengawal kemarahan serta memaafkan kesalahan orang lain."

Sementara itu, Fudail Bin Iyadh berkata, kedua-dua sifat penyayang dan pemaaf adalah sifat Nabi dan Rasul yang mana Nabi Ibrahim dipuji oleh Allah swt dalam surah Hud dengan firman yang bermaksud:

"Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang yang penyayang dan sentiasa mendekatkan diri

dengan Allah."

Lalu Allah anugerahkan padanya seorang putera yang hebat iaitu Ismail.

Nabi Nuh, Musa serta junjungan besar Muhammad SAW juga menghadapi ujian sama dengan tentangan dan gangguan hebat daripada kaum mereka sendiri sehingga Baginda menyebut kepada isterinya Aishah:

"Aku amat berharap akan lahir dari tulang sulbi mereka insan yang akan menyembah Allah yang maha Esa." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Baginda juga pernah berkata kepada Ibnu Abd Qais:

"Sesungguhnya padamu ada dua sifat yang disukai Allah dan Rasul-Nya iaitu perasaan kasih dan pemaaf." (Hadis riwayat Muslim dari Anas bin Masud)

Insan paling hebat di sisi Baginda SAW ialah Saidina Abu Bakar kerana mempunyai sifat penyayang dan pemaaf. Ini diakui Saidina Umar dengan katanya: "Abu Bakar lebih baik dariku kerana dia seorang yang lemah lembut lagi pemaaf. Beliau juga berani dan teguh pendirian dan tidak pernah goyang dengan segala gangguan serta cabaran kaum Musyrikin."

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Tidak dikategorikan sebagai orang yang kuat dengan beradu tenaga dan kekuatan, tetapi orang yang kuat ialah mereka yang mampu memadamkan api kemarahannya ketika dia marah." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Mendiamkan diri daripada orang yang jahil lebih baik daripada melayan kerenah mereka kerana mendiamkan diri adalah sesuatu azab terhadap orang yang bodoh dan jahil.

Seorang lelaki telah memaki hamun seorang tabiin bernama (Sya'bi) lalu beliau menjawab:

"Jika benar apa yang kamu katakan, semoga Allah mengampuniku dan jika salah, maka Allah juga boleh mengampunimu kerana sesiapa yang memaafkan orang lain akan dimaafkan Allah."

Seseorang akan diperlakukan seperti apa yang dilakukan terhadap orang lain kerana semua akan mendapat sesuatu yang setimpal dengan usahanya. Sesiapa yang memaafkan akan dimaafkan Allah. Begitu juga bagi yang melampaui batas juga akan memberati baginya kelak.

Sifat marah adalah anasir yang boleh merosakkan akhlak dan berpotensi mencalarkan maruah seseorang. Pernah disebut seseorang kepada Abdullah Bin Mubarak (ulama tabiin): "Dapatkah tuan memberikan sesuatu yang boleh membentuk kesempurnaan akhlak? Maka beliau menjawab: Kawal kemarahanmu kerana ia adalah wasiat Baginda SAW. Baginda didatangi seseorang dengan soalan yang sama, maka jawab Baginda:

"Janganlah kamu marah (sebanyak tiga kali)." (Hadis riwayat Bukhari).

Ada juga perawi hadis menambahkan, setiap kemarahan akan diiringi dengan setiap jenis kejahatan dan akan melemahkan akal fikiran manusia hingga sanggup berkata dusta serta melakukan perkara di luar peradaban manusia.

Baginda pernah berdoa yang bermaksud:

"Ya Allah, aku memohon kata-kata benar ketika aku sedang marah." (Hadis riwayat Nasai')

Ada kala manusia boleh kehilangan segala-galanya disebabkan sifat marah.

Jabir bin Abullah berkata: "Kami pernah berjalan bersama Baginda SAW bersama seekor unta lalu berkatalah seseorang kepada unta itu: Laknat ke atasmu, lalu didengar oleh Baginda SAW. Lalu Baginda menjawab:

"Siapakah orang yang melaknat untanya sila pergi dari sini kerana perbuatannya itu akan menjauhkan dirinya daripada rahmat Allah dan doanya tidak akan dimakbulkan ketika ia marah." (Hadis riwayat Muslim)

Ini menunjukkan doa orang yang sedang marah akan ditolak Allah. Nabi SAW pernah menyarankan kepada mereka yang sedang marah supaya memohon perlindungan dengan Allah swt daripada syaitan yang direjam.

Wassalam

Pemimpin PR bantah 6 ahli PSM ditahan

Posted: 03 Jul 2011 08:10 PM PDT


2 Syaaban 1432H. [MOD] -

IPOH – Barisan kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) membantah tindakan menahan enam ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) di bawah Seksyen 3 (1) Ordinan Darurat (Ketenteraman dan Pencegahan Jenayah) 1969 sebaik sahaja mereka dibebaskan Jumaat lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, V Sivakumar berkata, penggunaan Ordinan Darurat terhadap enam ahli PSM itu dianggap keterlaluan dan menunjukkan Barisan Nasional (BN) menyalahgunakannya demi kepentingan politik mereka.

Menurutnya, Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar bersama lima lagi ahli PSM lain ditahan semula selepas mereka dibebaskan apabila tempoh reman tamat 2 Julai lalu.

"Sebelum ini kumpulan berkenaan ditahan mengikut Seksyen 122 Kanun Keseksaan atas dakwaan cuba melancarkan peperangan terhadap Yang Dipertuan Agong," katanya ketika ditemui pada sidang media, di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan polis menahan enam ahli PSM itu di bawah Seksyen 3(1) Ordinan Darurat menunjukkan bahawa kerajaan BN telah menggunakan kuasa polis bagi mencapai objektif mereka.

"Di Perak sahaja terdapat tiga insiden berlaku menunjukkan BN menggunakan kuasa pihak polis untuk menahan individu yang dikatakan ada kaitan dengan Perhimpunan Bersih 2.0 yang dijadualkan 9 Julai ini," katanya.

Terbaru ialah kejadian di Pasar Batu Gajah apabila tiga ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditahan pada jam lebih kurang 9.20 pagi ketika sedang minum.

Sementara itu, ADUN Pasir Panjang, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin berkata, semua pimpinan PR bertegas bahawa tindakan kerajaan yang mengenakan Ordinan Darurat terhadap enam ahli PSM yang ditahan adalah tidak wajar.

"PSM adalah satu pertubuhan yang berdaftar dan PR sentiasa akan membela mereka yang dianiaya atau dizalimi.

"Selain itu, kami juga mohon agar Ordinan Darurat ini dimansuhkan kerana ia telah disalahgunakan, selain meminta polis membebaskan enam ahli PSM yang ditahan termasuk mereka yang di tahan di Pulau Pinang," katanya. SH/-

Lori tangki terbakar berhampiran Bukit Merah

Posted: 03 Jul 2011 08:06 PM PDT

2 Syaaban 1432H. [MOD] -

TAIPING – Sebuah lori tangki Petronas terbakar di Kilometer 202.4 dari Bukit Merah menghala ke selatan setelah tergelincir ke bahu jalan kira-kira 11.15 pagi, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Hasna Rashid berkata, sebanyak empat jentera bersama 25 anggota iaitu dari balai bomba Taiping, Kamunting dan Parit Buntar bergegas ke tempat kejadian.

Menurutnya, lori itu dipercayai tergelincir dan melanggar bahagian pembahagi jalan sebelum terbabas.

"Ketika kami tiba di lokasi kebakaran, lori itu sudah terbakar hampir 80 peratus dan api berjaya dikawal sejam selepas itu," katanya

Beliau berkata, kejadian itu menyebabkan kesesakan lalu lintas berlaku sejauh lapan kilometer.

Katanya, pemandu lori dipercayai menghilangkan diri kerana pihaknya hanya menemui sehelai baju rasmi pada besi pembahagi jalan.

Kemalangan iotu telah menyebabkan kesesakan lalulintas arah keutara dan ke selatan dalam tempoh yang agak panjang sebelum semuanya dibersihkan oleh petugas.

Pembangkang Thai peroleh majoriti

Posted: 03 Jul 2011 08:02 PM PDT

2 Syaaban 1432H. [MOD] -

BANGKOK: Parti pembangkang Thailand atau Puea Thai yang dibayangi bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra memperoleh majoriti 265 kerusi daripada 500 kerusi Parlimen yang dipertandingkan, demikian disahkan Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand, awal pagi ini.

Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva yang mewakili Parti Demokrat tewas selepas hanya memenangi 159 kerusi.
Suruhanjaya Pilihan Raya menyebut, jumlah pemilih keluar mengundi mencecah 75 peratus, peratusan sama pada pilihan raya umum 2007 lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya bagaimanapun sedang mengkaji beberapa aduan mengenai peraturan pilihan raya yang menyaksikan calon boleh diberi kad merah atau kemenangan mereka dibatalkan.

Kemenangan Puea Thai itu sekali gus memandakan kebangkitan semula sokongan terhadap Thaksin selepas tentera mengambil alih kuasa negara itu dengan adik perempuannya, Yingluck Shinawatra kini bakal menjadi Perdana Menteri wanita pertama negara itu. - AFP

Taat pertintah Agung dengan PM temui Bersih - DAP

Posted: 03 Jul 2011 08:00 PM PDT

2 Syaaban 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 4 Julai: DAP menyambut baik keperihatinan Yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin tentang perhimpunan Bersih dan meminta Perdana Menteri agar bertemu segera dengan penganjur Bersih 2.0.

Pertemuan ini perlu untuk menguruskan segera keprihatinan rakyat untuk mendapatkan pilihan raya yang bersih dan adil menjelang pilihan raya umum ke 13.

Langkah seterusnya adalah dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Husein menarik balik pengharaman Bersih dan membebaskan semua tahanan yang berkaitan dengannya termasuk anggota Parlimen Sungai Siput, Dr. Michael Jayakumar.

Demikian kata ketua anggota Parlimen DAP, Lim Kit Siang (gambar) ketika mengulas titah Yang Dipertuan Agung berkaitan Bersih 2.0 hari ini.

Kenyataan ini adalah yang pertama dari pemimpin kanan parti politik Pakatan Rakyat ekoran titah Yang Dipertuan Agung yang dikeluarkan lewat petang semalam itu.

Dalam titah itu, Yang Dipertuan Agung menitahkan kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan rakyat secara adil dan bijaksana serta menyelesaikan masalah dengan rundingan.

Titah ini dikeluarkan baginda seminggu menjelang perhimpunan Bersih 9 Julai ini dengan kira-kira 100 orang sudah ditangkap kerana dikaitkan dengan perhimpunan itu.

Polis pula telah mengeluarkan kenyataan pintu rundingan sudah ditutup dan akan menahan pihak yang terlibat dengan perhimpunan ini.

Menurut Tuanku Mizan, baginda mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

"Keperhatinan Yang Dipertuan Agung tentang 'kegilaan' yang memuncak ekoran cadangan perhimpunan aman untuk pilihan raya yang bersih dan adil anjuran Bersih 2.0 9 Julai sangat tepat dan dialu-alukan," kata Lim Kit Siang dalam kenyataan itu.

"Jangan ragukan sikap petriotik dan taat setia rakyat Malaysia yang mahu melihat pilihan raya umum yang bebas dan adil iaitu bentuk tertinggi kecintaan, ketaatan dan petriotik kepada Malaysia," katanya.

Sebagai langkah positif yang pertama terhadap titah Yang Dipertuan Agung itu, Perdana Menteri perlu menemui pimpinan Bersih 2.0 segera, tegas beliau.

harakahdaily/-

Peghelih La...

Posted: 03 Jul 2011 11:13 PM PDT

Peghelih La...


Bersih 2.0 berusaha menghadap Agung

Posted: 03 Jul 2011 10:09 PM PDT

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 4 Julai: Jawatankuasa penganjur Bersih 2.0 sedang berusaha untuk menghadap Yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin sebelum Sabtu ini sebelum membuat sebarang keputusan mengenai perhimpunan itu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh sekretariat Bersih 2.0, "Kami akan berkomunikasi dengan Yang Dipertuan Agung sebelum membuat keputusan akhir."

Pagi ini Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Srevanasan bertemu dengan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Ini adalah bertujuan untuk menyelesaikan situasi sekarang, kata satu kenyataan yang dikeluarkan Sekretariat Bersih melalui Twitter mereka.

Petang semalam Yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengeluarkan titah agar diadakan rundingan antara pihak Bersih dan kerajaan.

Baginda juga mengarahkan kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan rakyat secara adil dan bijaksana serta menyelesaikan masalah dengan rundingan.

Titah ini dikeluarkan baginda seminggu menjelang perhimpunan Bersih 9 Julai ini dengan kira-kira 100 orang sudah ditangkap kerana dikaitkan dengan perhimpunan itu.

Timbalan Ketua Polis Negara pula telah mengeluarkan kenyataan pintu rundingan sudah ditutup dan akan menahan pihak yang terlibat dengan perhimpunan ini.

Menurut Tuanku Mizan, baginda mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

<< BACA DI SINI >> Pakatan Rakyat cadang BERSIH mengadap Agong

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 03 Jul 2011 09:39 PM PDT

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


PELANCARAN BERSIH 2.0 DI MUAR DIHALANG

Posted: 03 Jul 2011 06:13 AM PDT

POLIS GAGALKAN PELANCARAN BERSIH 2.0 DI MUAR



Badan Perhubungan PAS Johor dengan kerjasama Dewan Ulamak PAS Johor telah merancang untuk mengadakan Munajat Perdana dan Pelancaran BERSIH 2.0 sempena lawatan Tuan Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS Malaysia ke Muar. Program ini bermula dengan Munajat Perdana di Markas PAS Parit Pechah Muar pada jam 645 petang 1 Julai 2011. Alhamdulillah Munajat Perdana telah diketuai oleh Dato Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Dato Dr Mahfoz Mohamad. Majlis ini turut dihadiri oleh  ialah Ustaz Abdullah Hussin , Ketua Dewan Ulama PAS Johor, dan YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani, serta kepimpinan PAS Kawasan Muar, Ledang , Bakri dan Pagoh.

Pada sebelah malamnya Ceramah Perdana bersama Tuan Haji Mohamad Sabu dirancang untuk melancarkan BERSIH 2.0 peringkat negeri Johor.Malangnya atas alasan program ini berkaitan dengan BERSIH  maka pihak keselamatan telah diarahkan untuk menggagalkan majlis.ini.

 
Kain rentang ini menjadi mangsa kerana 'bersih' -  alasan untuk menghalang
ceramah oleh Tn Hj Mohamad Sabu !


Pegawai ini diarah untuk menutup laluan ke dalam Markas PAS Parit Pechah
sebelum ada sebarang aktiviti di dalam Markas !
Sejarah PAS Muar - markas di sita Polis ?

Kawasan Markas bertambah selamat dengan kawalan Polis....


Belum pernah berlaku dalam sejarah PAS Muar program ceramah 
diberi perhatian istimewa oleh pihak keselamatan.

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Posted: 03 Jul 2011 09:29 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


Lahirul Kecam Penangkapan 7 Aktivis Pemuda

Posted: 03 Jul 2011 06:07 AM PDT



Kota Kinabalu, 2 Julai
– Penangkapan 2 orang aktivis Pemuda PAS Sabah bersama 5 yang lain membuktikan gelombang BERSIH 2.0 yang akan diadakan 9 Julai nanti sudah sampai ke Sabah, kata Ketua Pemudanya, Sdr Lahirul Latigu.

"Beliau menegaskan bahawa penangkapan 7 orang tersebut adalah tidak mengikut lunas undang-undang sebaliknya dipengaruhi oleh sentimen politik yang takutkan kebangkitan rakyat di Sabah"

Kami mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak polis yang bertindak menahan mereka tanpa sebarang apa-apa kesalahan jenayah, tegas Lahirul.

Kejadian yang berlaku sekitar pukul 10 pagi tersebut berlaku di Restoran Sempelang ketika mereka sedang menikmati sarapan pagi.

Zaiem Al-Hilmee dan Mohd Adnan merupakan 2 orang aktivis Pemuda PAS yang ditahan bersama 5 orang aktivis AMK.

Menurut Zaiem, ketika mereka sedang menikmati sarapan pagi tiba-tiba sekumpulan hampir 40 orang anggota polis IPD Karamunsing dan Cawangan Khas Kepayan mengepung restoran tersebut.

"Tanpa sebarang keterangan mengapa mereka di tangkap, Zaiem dan yang lain terus dibawa ke Balai Polis Karamunsing hanya kerana ada sebahagian mereka yang berpakaian kuning, kata Zaiem.

"Sungguh mengejutkan kerana bilangan polis yang begitu ramai ketika membuat tangkapan sedangkan kami hanya seramai 7 orang sahaja, ulas Zaiem.

"Saya tidak berpakaian BERSIH malah berbaju putih berjaket hitam ketika ditahan dan hanya seorang sahaja yang memakai baju BERSIH 2.0, kata Zaiem.

Ketujuh-tujuh aktivis yang ditangkap tersebut ditahan dan disoal siasat selama 9 jam di IPD Karamunsing sehingga diikat jamin oleh barisan peguam Pakatan Rakyat Sabah sekitar jam 7 petang tadi dan diminta melapor diri semula pada 9 Julai nanti.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah Sdr Mohd Julfikar pula berkata, penangkapan ini tidak akan menakutkan rakyat Sabah malah menaikkan lagi semangat mereka untuk menuntut hak sepatutnya.

Turut hadir ke IPD Karamunsing mengikuti perkembangan penangkapan tersebut iaitu Ketua Pemuda PAS Sabah Lahirul Latigu, Ahli Pimpinan PKR Negeri Hj Ansari Abdullah, Ketua AMK Sdr Jefri dan beberapa lagi aktivis Pemuda PAS dan AMK.

PAS Negeri Sembilan

Posted: 03 Jul 2011 09:06 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Rumah tiada bekalan elektrik

Posted: 03 Jul 2011 08:55 PM PDT



Sinar Harian 4 Julai 2011

KEPIS HULU – Seorang wanita yang sarat mengandung terpaksa mendiami rumah mesra rakyat dalam keadaan tidak selesa di Kampung Baru Air Lesung, dekat sini berikutan ketiadaan bekalan elektrik.

Norhamidah Roslan, 23, mengandung anak kedua yang kini berusia tujuh bulan terpaksa menanggung derita semasa cuaca panas pada sebelah siang.

"Rumah mesra rakyat ini baru dibina tiga tahun lalu. Saya bersama suami dan anak lelaki berusia tiga tahun terpaksa mengharungi kepaya-han hidup kerana tiada beka-lan elektrik.

"Kadang-kadang timbul juga rasa bimbang kerana kedudukan rumah agak jauh selain berhampiran kawasan perladangan pokok getah. Saya risau dengan keselamatan diri dan anak yang masih kecil. Bila suami bekerja saya dan anak duduk di rumah tinggal berdua tanpa bekalan elektrik," katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Norhamidah berkata, rumah tersebut dibina di bawah projek Skim Perumahan Mesra Rakyat Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) tidak dilengkapi beka-lan elektrik disebabkan ketiadaan tiang elektrik di kawasan berdekatan.

"Pihak berkenaan memberi alasan kedudukan rumah saya terletak jauh dari jalan utama menyebabkan sukar menyediakan bekalan elektrik," katanya.

Berikutan itu, katanya, pada waktu malam, mereka sekeluarga terpaksa menggunakan jenerator untuk mendapatkan bekalan elektrik.

"Tetapi sejak harga bahan bakar naik, kami terpaksa berjimat akibat kekangan wang. Setiap hari saya akan berulang alik menumpang tidur di rumah emak kerana mereka bimbang keadaan saya yang ketika ini mengandung.

"Pendapatan suami saya juga tidak seberapa kerana dia bekerja kampung," katanya.

Norhamidah berkata, selain dirinya, terdapat dua lagi penduduk yang menerima nasib sama dengannya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9257481.asp

Kaedah urus radioaktif kurang jelas

Posted: 03 Jul 2011 08:54 PM PDT

Sinar Harian 4 Julai 2011

SEREMBAN - Pas meminta kerajaan memberi penjelasan tentang kaedah pengurusan sisa radioaktif dikeluarkan kilang Lynas di Gebeng, Kuantan, setelah ia beroperasi kelak.

Pengerusi Lajnah Alam Sekitar Pas, Zulkefly Mohamad Omar berkata, setakat ini, isu berkenaan masih belum dijawab kerajaan,

"Orang ramai berhak tahu bagaimana sisa radioaktif akan dilupuskan dan ke mana ia dihantar serta kesannya terhadap alam sekitar.

"Kita tidak mahu nyawa dan kesihatan rakyat terancam sekiranya berlaku keboco-ran sisa radioaktif di sekitar premis kilang terbabit," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan diminta bersikap lebih telus berhubung isu pembinaan kilang Lynas dan mengutamakan keselamatan rakyat berbanding keuntungan.

"Pas tidak akan berganjak berhubung bantahan terhadap pembinaan kilang Lynas, malah kita bakal memfailkan permohonan di mahkamah untuk mendapatkan perintah menghentikan projek ini," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9257489.asp

Edar borang hanya sebagai persiapan

Posted: 03 Jul 2011 08:54 PM PDT

Sinar Harian 4 Julai 2011

SEREMBAN - Kegiatan mengedar borang peneroka baru Felda adalah sebagai persiapan sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya menerajui pemerintahan negara pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti.

Timbalan Pesuruhjaya 2 Pas negeri, Abdul Rahman Ramli berkata, tanah milik Felda di seluruh negara dipercayai mencukupi untuk menampung kira-kira 80,000 peneroka baru.

"Kita bukan tawar kepada anak peneroka sahaja, malah untuk bekas kakitangan Felda berpendapatan rendah dan bekas tentera.

"Tindakan itu cuma untuk bantu masyarakat Felda bukan bertujuan pecah-belahkan mereka," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Beliau mengulas laporan akhbar Sinar Harian pada 1 Julai lalu, berhubung kenyataan Pengurus Felda Titi, Salahuddin Mat, yang menyifatkan pengedaran borang peneroka baru oleh pembangkang sebagai taktik bagi meraih sokongan generasi kedua Felda.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9257950.asp

PAS Rembau realisasikan konsep Negara Berkebajikan

Posted: 03 Jul 2011 07:55 PM PDT



Pusat Aduan Rakyat (PAS) DUN Chembong - MTD PAS Chembong meneruskan usaha membantu masyarakat yang berada dalam kesusahan dan ditimpa musibah, baru-baru ini pengarahnya En Nazri dan rombongannya terdiri daripada wakil HALWA dan bendahari (En Rosli ) telah menziarahi seorang warga emas Puan Hazaseh @ Azizah Maarof, 73 tahun di Kampung Bt 17, Chembong kerana mengalami musibah di mana rumah dan semua hartanya musnah dalam kebakaran pada 8 hb Jun (Rabu malam khamis), baru-baru ini.

Beliau tidak dapat menyelamatkanapa-apa barang termasuk wang yang disimpan dalam tin sebanyak RM2,100, menerima hakikat kini tinggal sehelai sepinggang.

Pihak MTD telah membuat lawatan awal pagi Khamis untuk mengetahui perkembangan daripada pihak bomba dan Jabatan Kebajikan Masyarakat berkaitan keperluan yang boleh diberi kepada mangsa.

Setelah maklumat diperolehi, pihak pengarah MTD telah berbincang dengan AJK untuk mengadakan ziarah dan memberi sumbangan kepada Puan Azizah yang kini menetap sementara di rumah saudaranya yang berhampiran.

Sumbangan berupa wang tunai dan keperluan bahan mentah bagi meringankan kesusahan beliau. Semasa menziarahi beliau, pihak MTD PAS Chembong berharap supaya beliau dapat bersabar dan bantuan rumah baru melalui Jabatan Kebajikan dapat disegerakan.

Beliau juga merayu kepada mana-mana pihak atau individu untuk tampil memberikan sumbangan dengan menghubungi talian 0193457690 (Pengarah MTD)

Sumber dari Blog Pusat Aduan Rakyat (PAS) DUN Chembong di http://parchembong.blogspot.com/2011/06/mtd-pas-chembong-realisasikan-konsep.html

PUSAT JUDI ONLINE DI TAMAN PERUMAHAN CEMPAKA

Posted: 03 Jul 2011 12:47 AM PDT



Aduan Rakyat, 2 Julai 2011

ShareDi sini saya ingin mengharapkan bantuan pihak berkuasa untuk membanteras operasi pusat perjudian online yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan.

Bukan hanya satu tetapi lima pusat perjudian yang sangat berhampiran, tetapi malang nya pihak berkuasa seperti ambil sikap pejam mata. Pusat perjudian yang saya maksudkan terletak di Taman Perumahan Cempaka di Nilai.

Harap pihak yang berkenaan dapat membanteras pusat berkenaan dengan segera.

By: hasfian

http://www.aduanrakyat.com.my/pusat-judi-online-di-taman-perumahan-cempaka

PAS LENGGONG

Posted: 03 Jul 2011 07:56 PM PDT

PAS LENGGONG


Posted: 02 Jul 2011 09:31 PM PDT

Posted: 02 Jul 2011 09:30 PM PDT

Dr Azman Ibrahim

Posted: 03 Jul 2011 07:18 PM PDT

Dr Azman Ibrahim


JK DUN Jabi: Kami sedia menjadi sebahagian dari agenda kemenangan Terengganu

Posted: 02 Jul 2011 08:08 PM PDT

"Ya Allah! Kepadamu kami pohon segala pertolongan dalam menempuh liku-liku perjuangan meninggikan agamamu..." JK DUN Jabi bersama menadah tangan memohon kehadhrat Allah mengakhiri mesyurat JK DUN kira-kira jam 1.00 pagi, 1 Julai lalu
Inilah azam dan tekad yang yang kami teguhkan bersama mengakhiri Mesyuarat JK DUN kali ke 3, 1 Julai lalu dengan penuh keyakinan akan janji kemenangan dan pertolongan Allah kepada hambanya yang bekerja demi meninggikan agamanya.

Kemenangan tentunya tidak akan dianugerahkan Allah secara percuma. Kebenaran yang kita perjuangkan bukan semestinya tiket mudah ke arah itu, kalau gerak kerja tidak direncanakan secara tersusun dan berstrategi. Hassan Al Banna mengingatkan, "kebatilan yang disusun rapi akan dapat mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun rapi."

Kita mengakui, bukannya mudah untuk bangkit dari kekalahan terutamanya jika jiwa pendokong dan pengikut masih belum kebah sepenuhnya. Tapi ingatlah kata-kata hukamat. "Bukan dikatakan suatu kekalahan sekiranya kita mampu untuk bangkit semula dari kejatuhan dengan penuh keberanian melangkah maju kehadapan..."

Saya memerhatikan dengan penuh kegembiraan seorang pejuang, bagaimana sinar harapan dan semangat yang pudar serta lesu selepas era 2004 mula menampakkan kebangkitan ketara. Tinggallah tanggungjawab berat kami saf kepimpinan DUN bagaimana untuk menguruskan semua harapan ini agar mampu diterjemahkan menjadi realiti kemenangan.

Tentu sekali tak ada suatu apa pun yang mampu dicapai tanpa pengorbanan dan kesungguhan. Sepatah wasiat Hassan Al Banna; "Sesiapa yang mencari ketinggian dan kemulian, bercita-cita untuk melakukan pembaharuan dan penambah baikan, tetapi mereka tidak mahu berusaha dan berkorban, hakikatnya mereka sedang bermimpi di siang hari."

PAS Cawangan Serkam Darat

Posted: 03 Jul 2011 07:13 PM PDT

PAS Cawangan Serkam Darat


PAS HANTAR 10 RIBU UNTUK BERSIH 2.0

Posted: 03 Jul 2011 07:45 AM PDT

BUKTI UMNO RANCANG KEGANASAN

Posted: 03 Jul 2011 07:43 AM PDT

MISTERI DAKWAT KEKEL : SIAPA BOHONG ??

Posted: 03 Jul 2011 07:42 AM PDT

DUN PENGKALAN KUNDOR

Posted: 03 Jul 2011 07:11 PM PDT

DUN PENGKALAN KUNDOR


Kejohanan Futsal Terbuka & Gotong Royong

Posted: 02 Jul 2011 07:49 PM PDT

2 Julai 2011,Tandop - Badan Kebajikan Taman Sri Bagan telah berjaya menganjurkan Kejohanan Futsal bagi merapatkan lagi hubungan golongan belia kawasan sekitar.

Program yang disusun dengan kerjasama MKK Taman Sri Bagan , Sdr Mohamad Zamri bin Desa dapat menarik 15 penyertaan berkumpulan kedalam acara yang dipertandingkan. Diikuti dengan hadiah  berupa wang tunai dari RM100 bagi tempat Ke-4 hingga RM600 bagi tempat Johan pertandingan.









Majlis Kejohanan telah dirasmikan oleh YB Dato' Phahrolrazi Bin Mohd. Zawawi sebelum acara pertandingan dimulakan.

Gotong Royong

Jadual Program Dato Phahrolrazi seterusnya merasmikan Gotong Royong anjuran MKK bahagian Pekula, bertempat di Kg. Berapit, Sg. Petani.

Ketibaan agak lewat sebagai memenuhi jemputan pada majlis ini tidak dapat dielakkan berikutan menghadiri kejohanan futsal terlebih dahulu.

Gotong Royong yang diadakan melibatkan penduduk sekitar bagi membersihkan kawasan ,mengecat dan sebagainya untuk keselesaan aktiviti masjid.

Hampir 100 orang mengambil bahagian dalam gerak kerja gotong royong.

Aktiviti berakhir sekitar jam 1.00 petang diikuti dengan jamuan tengahari. 
 


 

 


 

 

 

Dalam kesempatan itu, turut juga meninjau masalah kawasan setempat selepas menerima aduan daripada penduduk.


Masalah yang dihadapi sejak sekian lama, projek jalan kampung dihentikan ketika pilihanraya oleh kontraktor.


Oleh itu,pertimbangan dibuat bagi menyelesaikan masalah ini mengambil kira keperluan kegunaan penduduk di situ.   


Pemuda Pas Caw. Kota Kemuning

Posted: 03 Jul 2011 03:35 PM PDT

Pemuda Pas Caw. Kota Kemuning


Kesan negatif menonton filem porno/lucah bagi otak kita

Posted: 03 Jul 2011 09:46 AM PDT

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 03 Jul 2011 03:16 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


PM SEBENARNYA SUDAH BERKEMPEN, BANK BERGABUNG MAKAN TAK YAKIN

Posted: 03 Jul 2011 12:03 AM PDT

BN melalui PM dan TPM nampaknya sudah mula buat kempen Pilihan Raya.Biasanya bila berkempen Bn sanggup mengeluarkan kenyataan merapu, lebih-lebih lagi PM berlagak macam mampu memegang Kementerian Kewangan.

MIRI: Kesatuan Pekerja-pekerja Bank Sarawak (SBEU) membantah kemungkinan penggabungan RHB Bank dengan salah sebuah bank lain di negara ini.
Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini membuat kelulusan pihak yang berpotensi untuk mengambil alih RHB Bank, sama ada CIMB Bank atau Maybank.
"Kita meminta supaya BNM tidak terlalu mendesak atas hal ambil alih RHB sama ada oleh Maybank atau CIMB," kata Ketua Eksekutif SBEU, Andrew Lo Kian Nyan melalui kenyataan medianya selepas bermesyuarat di Pustaka Miri, kelmarin.
Menurutnya, setelah analisis dan kajian terperinci, SBEU percaya bahawa cadangan berkenaan bukan jalan terbaik untuk pemegang saham dan komuniti berdasarkan beberapa faktor.
Beliau pada masa sama turut mencadangkan kerajaan menubuhkan satu badan pemantau khas dan jawatankuasa untuk mengkaji tentang kesan penggabungan. Ini bagi memastikan ia tidak membebankan pengguna dan ekonomi dalam skala yang besar, katanya.
"Kita minta Perdana Menteri (PM) untuk tidak memaksa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melepaskan RHB kerana ia merupakan penyumbang dalam jangka masa panjang," jelasnya.
SBEU turut menasihatkan supaya pengguna, kumpulan perniagaan dan ahli-ahli KWSP agar meminta PM mengarahkan BNM menyemak semula keputusan berhubung penggabungan berkenaan.
Walaupun baru-baru ini media melaporkan bahawa CIMB telah melupakan hasrat penggabungan, namun Maybank tidak berkata apa-apa dan ia menimbulkan keraguan tentang masih wujudnya hasrat tersebut.
"Perkara ini terjadi sebelum ini dalam kes penggabungan Hong Leong Bank dan EON Bank di mana perbincangan masih berlaku dengan senyap walaupun pada mulanya menunjukkan tidak ada minat," tambah Setiausaha Agung SBEU, Peter Ling Tiong Ho.
Menurutnya, SBEU sangat bimbang terhadap penggabungan tersebut, namun pada masa sama mahu ahlinya bersedia supaya tidak terkejut dengan kemungkinan perubahan secara tiba-tiba.
Posted by santubong at 10:59 AM

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 03 Jul 2011 03:04 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


APA NAK BUAT KALAU DITAHAN POLIS UTK KE BERSIH?

Posted: 02 Jul 2011 05:47 PM PDT

Sekiranya anda ditahan di sebuah sekatan polis dan diarahkan untuk berpatah balik ke rumah. Apakah yang patut anda buat?


Perkara 9(2) Perlembagaan Persekutuan menjamin setiap warganegara bebas untuk bergerak ke mana-mana di dalam Malaysia. Oleh itu, saudara boleh meniru dialog berikut:

Sdra: Saya ingin teruskan perjalanan saya ke Kuala Lumpur.

Polis: Apa tujuan kamu ke sana?

Sdra: Saya ingin melawat kawan/ Saya ingin hadiri kenduri/ Saya ingin shopping (pilih mana-mana jawapan, tetapi jangan nyatakan saudara ingin berdemo)

Polis: Tidak boleh. Saya arahkan kamu berpatah balik.

Sdra: Saya berada di Malaysia dan saya sebagai warganegara bebas ke mana-mana dalam Malaysia. Tuan tiada hak untuk arahkan saya pulang. Jika tuan ingin tahan saya, sila bawa saya ke balai polis.

Polis: Ok, saya tahan kamu dan bawa ke balai polis.

Sdra: Sebelum tuan bawa saya ke balai polis, saya mahu dapatkan nama penuh, no. badan dan alamat tempat kerja tuan. Saya juga ingin tahu atas alasan apa saya ditahan. Saya akan arahkan peguam saya untuk saman tuan, pegawai tuan dan Kerajaan Malaysia kerana menahan saya secara salah dan melanggar hak asasi saya.

(sila catatkan nama penuh polis itu, no. badan dan alamatnya dan serahkan kepada peguam Bersih-0163126463/0163126473/014-6451753/012-3928379 untuk proses saman. Sila catat apa-apa alasan yang diberikan untuk menahan saudara. Sila maklumkan ahli keluarga bahawa saudara dibawa ke balai dan sila saudara hubungi peguam atau minta ahli keluarga hubungi peguam. Sila catatkan tarikh, hari dan masa ditahan. Juga, catatkan tempoh anda ditahan). Setelah saudara dibebaskan, saudara perlu segera membuat laporan polis. Saudara boleh guna format berikut untuk laporan polis.

Contoh laporan polis jika saudara ditahan:

Pada ................... hari ............... jam ........... hingga jam ................., saya ditahan oleh anggota polis bernama ................. no. badan ............... (masukkan semua nama pegawai penangkap) di ......................... Pegawai polis tersebut enggan membenarkan saya untuk meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur tanpa sebarang alasan/tanpa alasan yang munasabah/pegawai tersebut tidak menyatakan sebarang alasan saya ditahan (pilih yang mana berkaitan). Saya buat laporan ini supaya tindakan undang-undang diambil ke atas pegawai terlibat kerana telah melanggar hak asasi saya untuk bergerak bebas.

... kalu boleh tak bertembung lagi baik dan itu yang terbaekkkkk!!!!....

STUDENT JATUH BAS LEPAS LARIAN 1 MURID 1 SUKAN...

Posted: 02 Jul 2011 05:29 PM PDT

ALOR GAJAH: Tindakan seorang pelajar perempuan berdiri di pintu bas sekolah dinaiki ketika perjalanan pulang ke rumahnya mengundang padah apabila terjatuh, menyebabkannya pengsan di Kuala Sungai Baru, dekat sini, semalam.


Dalam kejadian jam 1 petang, Nuremi Syakila Hamadi, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Rahmat, dekat sini, dikatakan kepenatan selepas menyertai acara larian "1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia" di sekolahnya.

Rakannya, Nur Nadhirah Mohd Ramli, 15, berkata Nuremi Syakila berdiri di tangga bas dan terjatuh apabila terlepas genggamannya pada besi palang di tangga.

"Saya melihat dia tiba-tiba lemah ketika berdiri di tangga ketika bas bergerak laju. Ketika bas memperlahankan kenderaan kerana menurunkan pelajar, saya melihat dia terjatuh di tepi jalan.

Menurutnya, mangsa yang tinggal bersama keluarganya di Taman Kuala Permai, Kuala Linggi, didapati tidak sedarkan diri dengan kepalanya berdarah sebelum dikejarkan ke hospital dengan bantuan orang ramai.

Saksi kejadian, Roslina Md Nor, 33, berkata, dia bersama suami dan kakaknya melihat seorang pelajar perempuan terbaring di atas rumput tepi jalan sebelum membantu.

"Pada mulanya saya sangka dia terbabit dalam kemalangan kerana ada sebuah kereta remuk tidak jauh dari tempat kejadian dan terus meminta suami berhentikan kereta ke sebelah kiri jalan bagi membantu pelajar itu.

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru

Posted: 03 Jul 2011 01:33 PM PDT

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru


Apa Perlu Anda Lakukan Jika Ditahan - Wajib baca dan dengar!!

Posted: 03 Jul 2011 07:51 AM PDT


Pertubuhan Bukan Kerajaan 'Lawyers For Liberty'(LFL) mengadakan sesi penerangan kepada masyarakat umum mengenai bagaimana berdepan dengan provokasi polis semasa perhimpunan Bersih 2.0 berlangsung, 9 Julai depan.



Sesi Penerangan itu dibuat berikutan keengganan Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) memberikan kerjasama kepada penganjur serta penyokong Bersih 2.0 seraya mengugut untuk mengenakan tindakan undang-undang serta mengisytiharkan darurat pada hari tersebut.


Bercakap pada forum anjuranya yang bertajuk "Hak Untuk Berhimpun" di Dewan Perhimpunan Cina Wilayah dan Selangor malam tadi, peguam Hak Asasi Manusia, Fadiah Nadwa Fikri bersama barisan peguam lain memberi penjelasan terperinci tentang hak-hak kemanusiaan yang boleh digunapakai sekiranya polis bertindak melangkaui batasan undang-undang negara.


Katanya, berdasarkan pengalaman beliau menyertai perhimpunan umum sebelum ini, rata-rata masyarakat kurang jelas akan hak-hak individu yang ditahan hingga menyebabkan polis menyalahgunakan kuasa dengan sewenang-wenangnya.


Sehubungan itu, Fadiah menasihatkan rakyat yang ingin berhimpun pada 9 Julai ini supaya mengetahui alasan penahanan mereka di samping merekodkan nama dan nombor anggota polis terbabit.


"Saya sangat pasti pada hari itu nanti, mereka (polis) tidak ada alasan untuk menahan anda. Oleh yang demikian penahanan tersebut tidak sah.


"Kalau mereka tanya lebih, tanya mereka adakah saya ditahan?" ujar beliau.


Bagaimanapun beliau berkata, anggota polis di negara ini sering kali bertindak diluar bidang kuasa mereka selain menafikan hak individu yang ditahan.


Katanya, ini kerana rata-rata pegawai polis yang bertugas pada waktu demonstrasi tidak akan menyatakan apakah alasan seseorang itu ditahan, sebaliknya menggunakan kekerasan dengan mengheret peserta demonstrasi ke balai mahupun trak polis.


Malah, peserta demonstrasi itu juga tidak akan dibenarkan untuk membuat panggilan telefon mahupun kebenaran diwakili oleh peguam.


"Sekiranya peserta demo ditangkap, polis hanya berhak menahan anda dalam tempoh 24 jam sahaja. Jika lebih daripada itu mereka perlu memohon daripada mahkamah. Katakan mereka menahan anda lebih daripada tempoh tersebut tanpa sebarang dokumen mahkamah, maka anda boleh saman mereka (polis) dengan asalan penahanan tanpa sebab," ujar beliau.


Justeru Fadiah berkata maklumat yang disampaikan sekurang-kurangnya dapat membantu penyokong-penyokong mengelakkan mereka daripada ditahan tanpa sebab ketika perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.


Berikut adalah perkara-perkara yang perlu diberi perhatian oleh peserta demonstrasi yang ditangkap :


(1) Pastikan nama dan nombor tang tertera pada kad kuasa polis dicatat.
(2) Minta pihak berkuasa jelaskan alasan penahanan.
(3) Elak sebarang keganasan fizikal
(4) Tidak membenarkan polis merampas barang peribadi seperti dompet, kamera, telefon bimbit dan lain-lain.
(5) Memastikan balai polis mana anda ditahan. -tvsnews


Hak-hak anda bila ditahan polis Malaysia
- Harakahdaily


RED BOOK (BAHASA MALAYSIA)

1. APABILA DIBERHENTIKAN POLIS



1.1 Tidak Berpakaian Seragam,


Minta Pengenalan Diri Jika beliau tidak berpakaian seragam, minta beliau tunjukkan pengenalan diri. Katakan; "Sila tunjukkan Kad Kuasa Polis anda."


1.2 Kad Kuasa Polis


Merah: Pegawai Polis yang digantung tugas. Beliau tiada kuasa untuk melakukan apa-apa terhadap anda. Anda boleh berlalu dari situ.


Lain-lain Warna:


• Biru: Berpangkat Inspektor dan ke atas.


• Kuning: Berpangkat lebih rendah daripada Inspektor.


• Putih: Polis Simpanan


Ambil perhatian nama dan nombor Kad Kuasanya.


1.3 Berpakaian seragam Ambil perhatian nama dan nombor ID pada pakaian seragamnya.


1.4 Kenderaan Peronda Polis Ambil perhatian nombor pendaftaran kereta atau motosikal peronda berkenaan.

2. POLIS MENYOAL SIASAT ANDA SEMASA DIBERHENTIKAN



2.1 Pengenalan Diri Hanya berikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat anda.


2.2 Polis bertanyakan soalan-soalan lain Tanya dengan sopan, "Adakah saya sedang ditangkap?"


2.3 Bilakah anda ditahan


Anda ditahan apabila anggota polis itu:


• menjawab "ya";


• tidak membenarkan anda berlalu/mahu membawa anda ke Balai Polis; atau


• menggari anda.


Jika anda tidak ditangkap, anda boleh berlalu/menolak untuk mengikutnya ke Balai Polis atau ke mana sahaja, jika diminta.


2.4 Bilakah anda tidak boleh ditangkap


Polis tidak boleh menangkap anda semata-mata kerana anda berpotensi sebagai saksi dan mereka mahu mengambil pernyataan daripada anda (Pernyataan 112/Saksi).

3. SOAL SIASAT OLEH PIHAK POLIS TANPA TANGKAPAN

3.1 Penyataan saksi/112 Semasa pihak Polis sedang menjalankan siasatan berhubung sesuatu kes dan berpendapat anda mempunyai maklumat/pengetahuan tentang kes tersebut, pihak Polis boleh menyoal siasat anda dan mencatat semua jawapan anda (Pernyataan 112).


3.2 Permintaan Rasmi / Tidak Rasmi Kebiasaannya, Polis membuat permintaan tidak rasmi supaya anda memberikan Pernyataan 112. Jika tempat dan masa sesuai bagi anda, anda boleh bekerjasama. Jika tidak, beritahu Polis anda akan bekerjasama di tempat dan pada masa yang sesuai. Jika anda menolak untuk bekerjasama, Polis boleh mengeluarkan arahan rasmi secara bertulis, ditandatangani oleh seorang Pegawai Penyiasat (Pegawai Polis) mengkehendaki anda untuk bekerjasama. Jika anda tidak mematuhi Arahan Polis tersebut, anda tidak boleh ditangkap. Walau bagaimanapun, ia adalah satu kesalahan dan pihak Polis boleh memohon kepada Mahkamah untuk mengeluarkan satu waran terhadap anda mendesak anda supaya bekerjasama.


3.3 Membuat Pernyataan 112


Semasa membuat Pernyataan 112, anda boleh menolak untuk menjawab mana-mana soalan/berdiam diri jika jawapannya mungkin mendedahkan anda kepada kesalahan jenayah.


• Bawa bersama anda buku catatan atau kertas tulis (Nota Peribadi).


• Catatkan dalam Nota Peribadi anda semua soalan yang ditanyakan.


• Pastikan bahawa anda faham setiap soalan yang ditanyakan.


• Ambil masa anda dan fikir dengan teliti sebelum menulis jawapan didalam Nota Peribadi anda.


• Bacakan jawapan anda kepada Pegawai Polis yang menyoal anda.


• Simpan Nota Peribadi anda sebagai rujukan di masa hadapan.


3.4 Menandatangani Pernyataan 112 anda


Sebelum menandatangani Pernyataan anda, baca dengan teliti semua soalan dan jawapan anda yang ditulis oleh Pegawai Polis yang berkenaan.


• Bandingkan Pernyataan yang anda akan tandatangani dengan Nota Peribadi anda.


• Anda berhak membuat pembetulan/pindaan ke atas Pernyataan tersebut sebelum ditandatangani.


• Turunkan tandatangan betul-betul di bawah ayat terakhir Pernyataan anda.

4. POLIS MENANGKAP ANDA

4.1 Tanya: "Mengapa saya ditangkap?" Sesuatu tangkapan menjadi tidak sah jika anda tidak diberitahu alasan tangkapan.


4.2 Jangan melawan semasa ditangkap Polis mempunyai hak untuk menggunakan kekerasan yang munasabah semasa menangkap anda jika anda melawan.


4.3 Tanya: "Balai Polis manakah saya akan dibawa?" Pegawai Polis yang menjalankan tangkapan mestilah dengan segera membawa anda ke Balai Polis yang berdekatan dan bukan sebaliknya.


4.4 Apa yang perlu anda lakukan apabila ditangkap Anda mempunyai hak untuk membuat satu panggilan telefon kepada:


1. Keluarga atau rakan; dan/atau


2. Seorang peguam.


Anda juga bolah menghubungi Pusat Bantuan Guaman (LAC).


Maklumkan kepada mereka:


• yang anda telah ditangkap;


• masa, tempat dan alasan ditangkap;


• Balai Polis di mana anda dibawa.


4.5 Apa yang akan berlaku selepas ditangkap


Anda boleh ditahan sehingga 24 jam:


• Di Balai Polis, atau


• Di dalam lokap untuk "membantu" penyiasatan Polis.

5. HAK ANDA SELEPAS DITANGKAP DAN SEMASA DALAM TAHANAN



5.1 Hak untuk berunding dengan seorang peguam


Sebaik sahaja anda meminta kehadiran seorang peguam, anda mempunyai hak untuk berunding dengan peguam berkenaan di Balai Polis. Pihak Polis mestilah memberikan kemudahan-kemudahan yang munasabah dan masa yang munasabah untuk anda berjumpa dan berbincang dengan peguam berkenaan. Pihak Polis bagaimanapun boleh menafikan hak ini, jika kelengahan dalam menyoalsiasat anda boleh menyebabkan berlakunya jenayah lain atau menyebabkan bahaya kepada pihak lain.


5.2 Pakaian Anda dibenarkan mempunyai satu set pakaian bersama anda semasa di dalam lokap.


5.3 Barangan peribadi Pihak Polis mestilah merekodkan semua barangan peribadi anda dan meletakkannya dalam simpanan selamat. Barangan peribadi anda mesti dipulangkan kepada anda sebaik sahaja dibebaskan.


5.4 Kebajikan Anda dibenarkan mandi dua kali sehari. Jika anda jatuh sakit, anda berhak mendapat rawatan perubatan dengan serta-merta. Anda sepatutnya diberikan makanan dan minuman yang wajar dan secukupnya semasa dalam tahanan.


5.5 Berapa lamakah pihak Polis boleh menahan anda Pihak Polis hanya boleh menahan anda sehingga 24 jam untuk siasatan. Tugas Polis adalah untuk menyelesaikan penyiasatan dalam masa 24 jam dan melepaskan anda dengan segera. Jika pihak Polis tidak dapat menyelesaikan penyiasatan dalam tempoh 24 jam, Polis mesti membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk mendapatkan perintah reman untuk memanjangkan tempoh penahanan anda melebihi 24 jam (Perintah Reman).


6. PERINTAH REMAN OLEH MAJISTRET SELEPAS 24 JAM


6.1 Siapakah Majistret Majistret ialah seorang pegawai kehakiman yang mempunyai kuasa untuk membuat Perintah Reman bagi menahan anda lebih daripada24 jam.


6.2 Tujuan Perintah Reman Untuk memberi lebih masa kepada Polis untuk melengkapkan penyiasatan dan memutuskan sama ada terdapat bukti untuk mendakwa anda atas satu-satu kesalahan. Pihak Polis tidak boleh memohon Perintah Reman hanya untuk mengambil Pernyataan daripada anda.


6.3 Berapa lamakah Perintah Reman Apabila pihak Polis membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk memohon Perintah Reman, pihak Polis perlu memberikan alasan kepada Majistret mengapa anda perlu ditahan melebihi 24 jam. Tugas Majistret adalah untuk menimbangkan secara berhati-hati alasan-alasan yang diberikan oleh pihak Polis.


Majistret berkenaan mempunyai budi bicara:


• untuk tidak membenarkan Perintah Reman dan seterusnya melepaskan anda; atau


• membenarkan Perintah Reman untuk satu tempoh yang lebih pendek daripada yang dipohon oleh pihak Polis.


Seorang Majistret mempunyai kuasa untuk membenarkan Perintah Reman tidak melebihi 4 hari atau 7 hari bergantung kepada jenis kesalahan yang sedang disiasat. Pihak Polis boleh memohon Perintah Reman kedua selepas tamatnya Perintah Reman pertama. Majistret boleh membenarkan Perintah Reman kedua untuk tempoh tidak melebihi 3 hari atau 7 hari bergantung kepada jenis kesalahan yang sedang disiasat.


6.4 Apa yang perlu anda katakan ketika anda dibawa di hadapans eorang Majistret untuk proses reman


Maklumkan kepada Majistret:


• anda mahu diwakili oleh seorang peguam dan anda mahu menghubungi peguam, pusat bantuan guaman dan keluarga anda;


• jika anda mahukan rawatan perubatan kerana anda sakit atau telah dipukul;


• jika pihak Polis telah mengugut atau memukul anda semasa dalam tahanan;


• jika anda telah tidak diberikan makanan/minuman/pakaian atau perubatan yang wajar dan mencukupi semasa dalam tahanan;


• sama ada pernah ditahan sebaik sebelum penahanan terkini anda;


• sama ada pihak Polis telah menjalankan apa-apa penyiasatan semasa anda dalam tahanan.


6.5 Mohon supaya Majistret memberikan Perintah Reman yang singkat


Sebelum Majistret berkenaan membuat Perintah Reman, mohon tempoh reman yang lebih singkat daripada yang dipohon oleh pihak Polis. Beri alasan (sebagai contohnya: "saya akan bekerjasama dengan polis dalam siasatan mereka", "saya boleh dihubungi bila-bila masa dan tidak akan melarikan diri" dll).


7. PEMERIKSAAN BADAN TANPA TANGKAPAN


7.1 Bilakah ianya boleh dilakukan


Jika anda berada di satu-satu tempat (contohnya: disko/karaoke/ pusat-pusat hiburan) di mana Polis menjalankan serbuan untuk mencari sesuatu (contohnya: dadah), pihak Polis boleh menahan dan memeriksa anda jika mereka berpendapat anda mempunyai atau sedang menyembunyikan barang yang sedang dicari itu. Ini hanya boleh dilakukan dengan kehadiran seorang Pegawai Polis berpangkat Inspektor dan ke atas.


7.2 Apa yang perlu dilakukan


• Jangan benarkan Pegawai Polis berkenaan memasukkan tangannya ke dalam pakaian anda atau kocek/saku anda.


• Jika anda diminta untuk mengeluarkan barangan peribadi anda satu persatu, setiap kali sebut "dompet", "kunci", "Kad Pengenalan" dll.


• Apabila kocek/saku/beg anda telah dikosongkan, terbalikkan kocek/ saku/beg anda.


7.3 Hak-hak anda


• Semua pemeriksaan badan mestilah dijalankan secara profesional dan sopan.


• Seorang wanita hanya boleh diperiksa badannya oleh seorang Pegawai Polis wanita.


• Jika anda dipaksa/diugut untuk berbogel:


1. Bantah;


2. Ingat nama Pegawai Polis tersebut; dan


3. Buat laporan Polis selepas insiden tersebut.


8. PEMERIKSAAN BADAN SELEPAS TANGKAPAN BERLAKU


8.1 Bila Polis boleh berbuat demikian


• Polis secara munasabah mengesyaki bahawa anda mempunyai bukti/keterangan berhubung kesalahan yang disyaki.


• Anda ditangkap.


• Pemeriksaan badan mestilah dijalankan di tempat tertutup. Anda mempunyai hak untuk diperiksa badan di tempat tertutup.


8.2 Jenis-jenis Pemeriksaan Badan


Undang-undang membenarkan Polis melakukan 4 jenis pemeriksaan badan:-


1. Pemeriksaan secara menepuk badan dari atas ke bawah- pemeriksaan pakaian luaran.


2. Pemeriksaan tanpa pakaian - untuk mencari bukti, objek, barang terlarang atau senjata. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran seorang pegawai berpangkat Inspektor dan ke atas.


3. Pemeriksaan sulit - selain daripada mencari di dalam mulut, hidung and telinga. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran pegawai berpangkat Penolong Penguasa (ASP) dan ke atas.


4. Pemeriksaan dalaman - untuk menentukan kewujudan objek-objek dll. di dalam badan. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran Ketua Polis Daerah (OCPD). Hendaklah dijalankan oleh seorang Pegawai Perubatan atau Pegawai Perubatan Kerajaan.


8.3 Hak anda


• Semua pemeriksaan badan mesti dijalankan secara profesional dan sopan.


• Anda dinasihatkan supaya meminta ditemani oleh peguam anda semasa pemeriksaan dilakukan.


• Seorang wanita hanya boleh diperiksa badannya oleh seorang Pegawai Polis wanita.

9. SOAL-SIASAT OLEH POLIS SELEPAS DITANGKAP



9.1 Kenal pasti Pegawai Polis yang menyoal siasat anda


Ambil perhatian nama/pangkat Pegawai Polis yang menyoal siasat anda.


9.2 Hak anda untuk berdiam diri


Polis lazimnya akan beramah mesra terlebih dahulu (contohnya: bertanyakan tentang keluarga dan rakan-rakan anda dll.) Anda hanya perlu memberikan nama penuh, umur, alamat dan pekerjaan anda (Maklumat-Maklumat Peribadi). Selain Maklumat-Maklumat Peribadi, anda berhak memilih untuk berdiam diri. Anda harus bersopan. Anda tidak perlu takut untuk berdiam diri. Ini adalah hak anda. Jika anda memilih untuk berdiam diri, katakan, "Saya ingin menggunakan hak saya untuk berdiam diri."


9.3 Pernyataan 112 anda semasa dalam penyiasatan


Pihak Polis akan bertanyakan soalan-soalan kepada anda dan kemudian mencatatkan semua jawapan anda. Polis tidak boleh mengugut atau memaksa anda untuk memberi Pernyataan. Jika anda diugut, dipukul atau dipaksa, buat satu laporan Polis terhadap Pegawai Polis berkenaan dengan segera. Ini adalah hak anda.


9.4 Pernyataan 112 tidak boleh digunakan sebagai keterangan/bukti


Secara amnya, apa jua Pernyataan yang anda buat kepada Polis semasa soal-siasat tidak boleh digunakan sebagai keterangan/bukti kecuali jika anda dituduh atas kesalahan-kesalahan di bawah, sebagai contoh, Akta Dadah Berbahaya, Akta Culik dan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Walau bagaimanapun anda bolehmenggunakan Pernyataan anda untuk menyokong pembelaan anda semasa perbicaraan.


PUSAT BANTUAN GUAMAN / LEGAL AID CENTRES (LAC)


• Kuala Lumpur : 03-2691 3005 / 03-2693 2072
• Selangor : 03-5510 7007 / 03-3281 2428
• Negeri Sembilan : 06-6013 844
• Melaka : 06-2845 519 / 06-2864 514
• Johor : 07-2235 698
• Perak : 05-2550 523
• Kedah & Perlis : 04-7333 467
• Kelantan : 04-7448 660
• Pahang : 09-5159 244 / 09-2969 410
• Pulau Pinang : 04-2617 451/ 0

GAMBAR TAK SENONOH AMBIGA PULA DI SEBARKAN

Posted: 03 Jul 2011 07:22 AM PDT


Seperti yang Abu Nawas janjikan semalam, hari ini Abu Nawas nak siarkan gambar2 kelakuan tak senonoh Ambiga yang Abu Nawas terima..


Inilah dia gambar Ambiga seorang artis dari negara India sedang bercumbu dengan perempuan jugak..kah kah kah


Ooo hangpa ni kalau bab pompuan telanjang kalut saja noo... Sampai gambaq Ambiga penegerusi Bersih pun hang pa lalu nak tengok kah kah kah

Haaa ini Abu Nawas ambil dari web Umno Online. ooo baru Abu Nawas tau yang si Ambiga ni penyokong kuat isu Murtad...


Ish ish ish..bahaya ni.. tapi bila pikiaq 2 balik sapa yang kasi lesen murtad? Antara sokong dengan beri kebenaran untuk murtad sapa lagi teruk. Cuba baca di bawah:-



Kah kah kah.. Rupa2nya yang dok kasi orang murtad tu ada songkok atas kepala. Rupa2nya yang dok kasi orang murtad tu ustad. Rupa2nya yang dok kasi orang murtad tu dari parti Umno kah kah kah.


Biasalah kalau yang menyokong murtad itu orang bukan islam tapi yang peliknya orang yang kasi lesen untuk orang murtad itu adalah orang islam itu sendiri.


Biasalah kalau DAP tak mau pada negara dan hukum hakam Islam kerana parti depa bukan parti orang Islam tapi yang peliknya bila Umno yang mengaku islam tak mau pada hukum Islam.


p/s: nak tengok gambar Ambiga klik SINI

Awas, SB pun berkopiah putih!!

Posted: 03 Jul 2011 07:11 AM PDT


Ustaz Zulfikar Zainon,ahli PAS Bukit Gantang masih sempat tersenyum. Kini ditahan reman bermula Sabtu (2 Julai) hingga Isnin ini. Baju berbelang-belang, berkopiah putih itu SB.

Moga-moga Zulfikar Zainon tahan diuji. Beliau bukan melakukan jenayah, sekadar didakwa memiliki dan menjual baju kuning bersih.

Pihak polis dari IPD Kuala Kangsar datang menyiasat dan mengelidah rumah bapa beliau di Changkat Jering.
Sumber: Sisibukit


BERSIH: Agung dah bersuara

Posted: 03 Jul 2011 07:09 AM PDT


Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Batu Gajah: Seorang penjual Baju Bersih ditahan!

Posted: 03 Jul 2011 07:06 AM PDT



pejuang sejati!!!


Peguam Pemuda PAS, Sdr Zamri diberi tugas oleh PAS untuk mengelola kes ini


Penyokong PAS hadir ke balai polis memberi semangat.

Batu Gajah: Seorang penjual akhbar Harakah telah ditahan di Ibu Pejabat Polis tengah hari tadi. Beliau di tahan di sebuah gerai menjual Harakah di Pasar Besar Batu Gajah. Beliau yang dikenali sebagai Salleh telah ditahan kerana menjual baju kuning BERSIH 2.0 .

Gerainya digelodah oleh pihak polis kira-kiran pukul 1.00 tengah hari dan polis merampas 13 helai baju BERSIH .20 . Motosikal miliknya juga turut dirampas.

Pimpinan PAS Batu Gajah yang diketuai oleh YDP Pas Batu Gajah, Sdr Ismail Ariffin telah bergegas ke tempat kejadian. Turut Hadir Ketua Penerangan PAS Perak yang juga Timbalan YDP Batu Gajah Ustaz Nuri Al-Amin dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat.

PAS telah menghantar seorang peguam untuk mengelola kes tersebut. Beliau masih ditahan di balai polis. Kes tersebut akan dibicara di Mahkamah Majistret Batu Gajah 9.00 Esok.

Semua dijemput hadir ke Mahkamah Majistret Batu Gajah esok untuk memberi semangat kepada Sdr Salleh.

Cubaan BERSIH 2.0 Di Angsana, JB

Posted: 03 Jul 2011 07:04 AM PDT


JOHOR BAHARU, 3 Julai -- Ketua Polis Daerah Johor Baharu Utara ACP Ruslan Hassan ditemu pemberita di luar pusat membeli belah Plaza Angsana di sini.



Sebahagian daripada 100 anggota dan 14 pegawai polis berkawal di pusat membeli belah Plaza Angsana berikutan maklumat satu demonstrasi berkaitan Bersih 2.0 akan diadakan di situ tengahari tadi.


Bagaimanapun, pihak polis bersurai beransur-ansur pada pukul 4 petang setelah pihak penganjur membatalkan perhimpunan tersebut.

Upah Indon berdemo di Komtar....hey Pak Menteri Mana Mau Lari ha....!!!

Posted: 03 Jul 2011 07:02 AM PDT



Utusan meloya melaporkan 1500 orang berdemo, malaysiakini melaporkan 300 orang saja berdemo, angka itu bukan persoalan besar tetapi yang menjadi persoalan besar mengapa polis membiarkan mereka berarak sejauh 6 km dari Masjid Acheh hingga peniaga terpaksa tutup kedai kerana takut.
Dalam utusan meloya tajuknya demo bantah kerajaan DAP P.Pinang, utusan meloya lidah rasmi umporno memang sengaja suka menyebut kerajaan DAP dari menyebut kerajaan Pakatan Rakyat untuk ditanamkan dalam kepala otak Melayu orang kampong bahawa P.Pinang kini diperintah oleh cina DAP.
Isu perkauman menjadi senjata utama umporno yang kini diambang sakaratul maut. Bagi mereka koh tsu koon tu bangsa Jawa agaknya. Tahun 2004 umporno menang 15 kerusi dan menjadi majoriti tetapi malangnya ketua menteri umporno serahkan pada orang Jawa bernama koh tsu koon. Bukankah ini khianat namanya kepada Melayu?
Semalam TV3 suku memaparkan senatak raja sesumpah ezam kepala 6 kotak hitam ditangkap bersama macai setianya ghani harun.
Ditayangkan juga sedutan ucapan senatak raja sesumpah yang dari dulu gunakan ayat yang sama.."Ini baru permulaan saudara..kalau setiap hari setiap minggu setiap bulan kita berhimpun.. Guan Eng yang zalim akan lari.." Kah kah kah.. Ayat itulah juga dulu hang dok guna akhirnya hang yang lari masuk semula ke lubang naijs..
Selepas itu katak zahRAIN pula muncul dakwa Guan Eng arah ketua polis tidak benar ikat jamin mereka yang ditangkap..kah kah kah..alahai katak zahRAIN nak bohong pun agak2 lah..rakyat tahu kamu tu katak yang rindukan hujan...ong..ong..ongkossss.. sejak bila polis apco akur cakap pemimpin Pakatan Rakyat, polis apco di bawah mufti hishamudddin auww yang keluar fatwa baju kuning BERSIH haram.
JAKIM juga telah keluarkan teks khutbah yang melarang umat Islam menyertai demo BERSIH kononnya akan menghuru harakan negara.
Pasukan bolasepak negara sepatutnya pakai baju kuning sebagai tuan rumah bila menentang Taiwan tetapi oleh kerana umporno diserang wabak demam kuning maka terpaksalah mereka memakai baju biru..
Wabak demam kuning ini adalah petanda umporno sebenarnya sudah kelemasan..mereka tahu mereka bukan sahaja akan jadi pembangkang di Pulau Pinang tetapi akan jadi pembangkang di Malaysia.
Berbalik kepada demo komtar selepas Jumaat kelmarin, rupa-rupanya ada juga mek Indon turut berdemo, pakai lilit kepala pun terbalik..umporno upah ke? Bila tengok mek Indon..teringat pak menteri..hei pak menteri..mana mau lari haaaa..

Sangkelembair udah ngamok..

Posted: 03 Jul 2011 07:00 AM PDT



kalau org islam, cina, india berimpun beramai ramai, beribu ribu lantas..ber arak ke kedutaan asing Borak Obama, bersepandok, berkaki ayam, tak berbaju, bersenting lengan, kuyup basah dgn peluh masin hapak, org yang bera arak itu siapa, Org merah putih pun ader, org hijau putih pun ader, org beroket pun ada, sume ada, dan....saya " Org German ni pun ada bersile, berpeluh. dan ANDA dimana waktu itu.



Kenapa kita nak jadi takut, gusar, ada yg tak lena tidor, ngelabah mcm ayor bah, panas buntut mcm duduk atas bara api ubat nyamok lakunye hanye kerana perhimpunan yg dibin atau dibintikan dan diberinama BERSIH itu, kemon lah der, kemun lah..buat apa nak takut,



Bukan kah dalam sorat kabor utusan dan yg tak diutus utuskan pernah berkata : Kerajaan ( Gomen ) telah mendapat kembali sokongan Rakyat. habis tu buat apa nak takut, kalau diorang sokong gomen kita, tak ada sesiapa pun yg akan datang ke perhimpunan itu nanti. ini....mael lambung lah, tak takut apa bende pun nye..!!



Biorkan saja deme nak berimpun, buat apa nak sekat sekat mcm sikat tersekat kat rambut Mael lambung ni, nanti lagi disekat, lagi diaorang tak caya kat gomen,

biorkan.. sekurangnye jadi kayu pembaris ukur sokongan rakyat pada gomen. sekurang kurang nya kita dapat tahu....



" Kerajaan mendapat sokongan rakyat" bermakna ramai yg sokong gomen sekarang ni, apa yang kita nak gigil gigil takut..( apa pun tak boleh, apa pun tak boleh - Jambu maharaja lawak ).



Ada org kata kedai kedai tak laku, ekonomani merudum pada hari itu, karipaf mak temah tak laku, ayor temikair gan ayo soya tak laku, nasi lemak leha janda pun tak laku pada hari itu kalau perhimpunan itu di lesenkan. benarkah fakt fakt itu.



Tapi yang heranye....kenapa waktu raya melayu, raye cine, raya india, waktu mkn angin bercuti cuti malaysia, balik kampong mandi mande, mkn ikan bakor, dan sambair bacang mangga tak kata rugi pun, tak ada pulak kome bisin bisin berkokok mcm ayam jagor pak leman atas tunggul kayu. Ce kome kire...setawun ada 366 ari. dan deme berimpun hanya separuh ari je, lebih lebih pun dari jam 8.am sampair jam 8 malam. tak kan le satu hari dah makan habok, dah bangkerap c , setawun berapa banyak untung dapat. ( apa pun tak boleh, apa pun tak blehh )



YDP YADIM kata : berjangah dgn syariat dan nilai nilai islam, yg ber arak bagai nak rak ke US Embasy itu hari, yg berarak bagai nak rak ISU GAZA itu hari, tak bercangah pun umpama bangkor hanyut di sungai perak yg bercangagh cangah ropenye, kenapa pulak PERKASA dan PEMUDA nak berhimpun boleh plak, tak bercangah pun dan diam pulak YADIM, dan tak Haaarrrrammmm punnn.



Bace ler buku pelembagaan perkara 10 perlembagaan persekutuan yg menjamin hak hak warganegara utk berhimpun secara amannnnnnnnn.



ada org kata, perhimpunan itu bermotifkan politiking dan politikus,

Rasanya kedua dua pun nak meraih sokongan dan berhasrat mendapatkan undi, dan kedua duanya ada kepentingan, kedua duanya melambangkan perpaduan dan kesepekatan dan kedua duanya berhasrat dgn baik, kedua duanya dianjurkan tanpa niat mahu menghuru harakan...



PERBEZAANNYE....



1 dianjurkan oleh gomen kerajaan kita dapat liputan baik punya cilokkk..

1 dianjurkan org lain plenet pluto, semuanye tak baik, lu pikirlah sendiri sikap perajudis media media dan orang orang perseorangan itu.



Kenapa pulak, Jabatan undang undang dan hak asasi manusia ( JUHAM ) menyelar kenyataan Timbalan KPN nak buat tangkapan jika perlu. kenapa tak nak rujuk para 10 perlembagaan persekutuan itu.



Ada org kata perhimpunan itu tak perlu, buat jer semayang hajat kat surau atau mesejid, mintak je apa yang nak mintak, mohon pada tuhan apa yang nak mohon.

tapi ...ISU GAZA tak buat mcm itu pun, ISU perkasa tak buat mcm itu pun, ISU himpunan sejuta belia tak buat mcm tu ponggg. ( kena pale sendiri )



Dalam UTUSAN :



surat khabor itu hari...depan kedutaan BORAK OBAMA himpunan egeresif sampair bakor bakor, sampair kelor kelor badan sendiri, tak pulak salah dlm pergertian BERSALAH, Polih asik wusshaa jer, bukannya nak larang pun nye, tak rotan pun, tak gari pun, siap bagi ayor oren dgn straw bengkok ala ala Cafe gitu. kenapa kompolan Binti BERSIH itu nak berimpun bersile tak bleyyy. ce... citer, ce...citer.



Harap harap hantu kak limah tak terbahak bahak ketawa tersembor semborr..

Tengok nii..Subhanallah,Ke Mana Wanita Umno ini??

Posted: 03 Jul 2011 06:55 AM PDT

Sempoi nampak mak dara belakang tu...gua rasa
pasti ada kenduri khawin yang ingin dihadiri..??
Jauh jugak wanita Umno ni berjalan..kereta pun banyak
tapi takpa sampai di majlis kenduri tu minumlan banyak sikit.

Subhanallah..Rupanya pergi ke kubur,ada kematian
dengan pakaian macam tu...mengalah orang bukan islam.
Inilah wanita-wanita Umno yang sering mengatakan mereka
lebih Islam daripada muslimat Pas...Hancussss...

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 03 Jul 2011 11:31 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Gotong Royong ganti atap di Kg Tuan, Chukai

Posted: 03 Jul 2011 09:31 AM PDT




1/7/2011 Kg Tuan- Gotong royong ganti atap zink rumah fakir miskin di kg tuan Chukai.Seramai 30 orang sukarelawan atau skuad khidmat DUN yang hadir pada hari itu. Alhamdulillah kerja-kerja dapat diselesaikan setengah hari sahaja.

Batu Gajah Mari

Posted: 03 Jul 2011 11:14 AM PDT

Batu Gajah Mari


Batu Gajah: Seorang penjual Baju Bersih ditahan!

Posted: 03 Jul 2011 04:10 AM PDT


pejuang sejati!!!


Peguam Pemuda PAS, Sdr Zamri diberi tugas oleh PAS untuk mengelola kes ini


Penyokong PAS hadir ke balai polis memberi semangat.

Batu Gajah: Seorang penjual akhbar Harakah telah ditahan di Ibu Pejabat Polis tengah hari tadi. Beliau di tahan di sebuah gerai menjual Harakah di Pasar Besar Batu Gajah. Beliau yang dikenali sebagai Salleh telah ditahan kerana menjual baju kuning BERSIH 2.0 .

Gerainya digelodah oleh pihak polis kira-kiran pukul 1.00 tengah hari dan polis merampas 13 helai baju BERSIH .20 . Motosikal miliknya juga turut dirampas.

Pimpinan PAS Batu Gajah yang diketuai oleh YDP Pas Batu Gajah, Sdr Ismail Ariffin telah bergegas ke tempat kejadian. Turut Hadir Ketua Penerangan PAS Perak yang juga Timbalan YDP Batu Gajah Ustaz Nuri Al-Amin dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat.

PAS telah menghantar seorang peguam untuk mengelola kes tersebut. Beliau masih ditahan di balai polis. Kes tersebut akan dibicara di Mahkamah Majistret Batu Gajah 9.00 Esok.

Semua dijemput hadir ke Mahkamah Majistret Batu Gajah esok untuk memberi semangat kepada Sdr Salleh.

Jalan Dakwah Jalan Berliku جالن دعوة جالن برليكو

Posted: 03 Jul 2011 11:10 AM PDT

Jalan Dakwah Jalan Berliku جالن دعوة جالن برليكو


BERSIH 2.0 !! AMBIL PERHATIAN SEMUA!!

Posted: 03 Jul 2011 07:57 AM PDT

Saya menyeru kepada sesiapa yang hadir pada perhimpunan bersih itu nanti agar membelanjakan sekurang-kurangnya rm100 pada peniaga-peniaga kecil di sekitar laluan BERSIH nanti. Kita buktikan yang kita mahu berhimpun secara aman dan di sambil itu berbelanja di sepanjang laluan dan bantulah para peniaga di sekitar laluan itu nanti. KITA AKAN BUKTIKAN BAHAWA PERHIMPUNAN BERSIH ADALAH PERHIMPUNAN YANG MEMBAWA KE UNTUNGAN BESAR PADA PENIAGA DAN NEGARA SERTA POLITI TANAH AIR!!..insya Allah..BERSIH akan kekal di lindungi Allah swt!! Amin..dan sebarkan pada semua yang ingin turut serta pada perhimpunan itu nanti!! DAULAT TUANKU!! HIDUP RAKYAT!!

Jasindaily Online

Posted: 03 Jul 2011 09:57 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 03 Jul 2011 09:46 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


Muhyiddin TAK SABAR mahu jadi PM

Posted: 03 Jul 2011 04:05 AM PDT

Peluang cerah Muhyiddin ganti Najib
M Faqih

PASIR MAS, 3 Julai: Hanya 26 bulan berada di kedudukan nombor satu, Datuk Seri Najib Razak kini berdepan dengan masalah dalaman Umno yang dikatakan semakin kronik.

Dua tahun pertama kepemimpinannya sudah menjelaskan watak sebenar. Maka tidak hairanlah ramai melihat kegagalannya itu memberi nafas baru buat Tan Sri Muhyiddin Yassin mengintai kedudukan lebih selesa.

Muhyiddin dikatakan memerhati kegawatan politik yang berlaku sekarang. Peluangnya mendaki satu lagi tangga semakin cerah.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mendakwa pemimpin yang paling gembira sekarang ialah Muhyiddin kerana Najib sedang berdepan dengan suasana kritikal.

Katanya, kemunculan begitu banyak badan bukan kerajaan bagi membela Umno berkaitan isu 9 Julai sebenarnya lebih banyak mencalar nama Perdana Menteri.

"NGO-NGO terbabit sudah merosakkan nama Najib. Mereka secara terbuka menyatakan mahu mewujudkan suasana tegang sehingga Perdana Menteri tidak mampu lagi mengawalnya.

"NGO tersebut berada di hadapan Muhyiddin bagi mencalar imej Perdana Menteri. Muhyiddin perlu merebut peluang sekarang kerana tidak ada masa lagi. Beliau lebih berumur berbanding Najib.

"Sekarang hanya kelihatan Datuk Seri Hishamuddin Hussin sahaja yang beriya-iya mempertahankan Najib," katanya pada ceramah pemimpin bersama rakyat di sini malam tadi.

Hadir sama Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Naib Presiden, Datuk Husam Musa, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Perhubungan PAS, Zulkeli Mamat.

Ketua Penerangan, Dr Muhammad Fadzli Hassan, Timbalan Speaker, Mohd Zaki Ibrahim, Yang Dipertua PAS Pasir Mas, Hanifa Ahmad dan wakil-wakil rakyat.

Orang ramai tetap memenuhi ruang padang mini stadium biar pun hujan agak lebat.

Mahfuz yang juga anggota parlimen Pokok Sena mendakwa Muhyiddin membiarkan Najib keseorangan menyelesaikan isu yang dianggap boleh mencetus ketegangan sekarang.

Katanya juga ketika Bersih 2007 diadakan tiada ketegangan berlaku kerana pada masa itu masalah dalaman Umno tidak ketara seperti sekarang.

Mohamad pula berkata, empat tuntutan Bersih 2007 belum lagi ditunai kerajaan sehingga sekarang.

Tuntutan tersebut iaitu menggunakan dakwat kekal, daftar pengundi secara automatik, menghapus undi pos dan peranan media harian lebih seimbang.

"Sudah lima tahun tuntutan itu dibuat namun sehingga sekarang Suruhanjaya Pilihan Raya dan kerajaan gagal menunainya sehingga menyebabkan muncul Bersih 2.0," katanya.

Menurutnya juga kemaraan Pakatan Rakyat untuk melangkah ke Putrajaya begitu dibimbangi Perdana Menteri sehingga beliau mengajak anak muda mempertahankan pusat pentadbiran kerajaan itu.

Beliau juga meluah rasa bimbang rampasan baju T, Bersih 2.0 yang dibuat polis sekarang kemungkinan disalah guna pihak lain bagi menimbulkan ketegangan 9 Julai ini.

Husam berkata, dua tahun lalu pemimpin Umno begitu takut dengan baju hitam dan sebelum itu bimbang dengan warna merah.

Namun sekarang pemimpin Umno benar-benar rimas dengan warna kuning.

Beliau juga menjangka 9 Julai ini menjadi detik penting yang mampu menarik perhatian dunia terhadap apa akan berlaku di Malaysia.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 03 Jul 2011 09:17 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


PUSAT JUDI ONLINE DI TAMAN PERUMAHAN CEMPAKA

Posted: 03 Jul 2011 12:48 AM PDT



Aduan Rakyat, 2 Julai 2011

Di sini saya ingin mengharapkan bantuan pihak berkuasa untuk membanteras operasi pusat perjudian online yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan.

Bukan hanya satu tetapi lima pusat perjudian yang sangat berhampiran, tetapi malang nya pihak berkuasa seperti ambil sikap pejam mata. Pusat perjudian yang saya maksudkan terletak di Taman Perumahan Cempaka di Nilai.

Harap pihak yang berkenaan dapat membanteras pusat berkenaan dengan segera.

By: hasfian

http://www.aduanrakyat.com.my/pusat-judi-online-di-taman-perumahan-cempaka

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 03 Jul 2011 09:17 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


Bersih 2.0 : Penahanan Ketua Pemuda PAS Dungun cetus semangat anak muda

Posted: 02 Jul 2011 05:58 AM PDT

oleh : Team IT Pemuda Dun Sura



Bermula dengan sebaran sms berita penahanan Ketua Pemuda PAS Dungun pada 620 petang, Balai Polis Dungun terus menerima kedatangan bertali arus pemuda-pemuda Dungun yang hadir untuk memberi sokongan moral kepada Sheikh Hanafi.Turut awal berada di situ ialah ADUN Sura yang juga Yang Di Pertua PAS Kawasan Dungun,Ustaz Wan Hassan Md Ramli.



Bekas Ketua Pemuda PAS Dungun, Ustaz Jamaluddin Jusoh turut hadir



Mereka juga bersolat Maghrib dan Sunat Hajat secara berjemaah di hadapan pintu pagar Balai Polis Dungun yang diimamkan oleh Timbalan Yang Di Pertua PAS Kawasan Dungun,Ustaz Saiful Bahri Mamat.





Penahanan beliau adalah sebahagian daripada tindakan provokasi polis menjelang Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.Bermula dengan tindakan menurunkan banner promosi Bersih 2.0 yang dipasang di tanah persendirian milik Ketua Pemuda PAS Dungun itu.




SB berpakaian yang tertera logo Majlis Perbandaran Dungun




Pihak SB dikesan berpakaian kemeja berlengan pendek yang tertera logo Majlis Perbandaran Dungun bagi mengelabui orang ramai.Suasana tegang antara Ketua Polis Dungun dan Ketua Pemuda PAS Dungun sempat dirakam oleh lensa Team IT Pemuda Dun Sura dimana Saudara Sheikh Hanafi meminta penjelasan polis atas tindakan menurunkan banner promosi Bersih 2.0 yang dipasang di tanah persendirian itu.

Ketika itulah pihak SB mengarahkan tangkapan dibuat dan Sheikh Hanafi dimasukkan ke kereta polis menuju ke Balai Polis Dungun kira-kira jam 615 petang.Tangkapan dibuat ketika lalu lintas agak sesak akibat Pasar Malam Sura Gate yang beroperasi di tapak berhadapan dengan rumah Sheikh Hanafi.

Bermulalah sebaran sms dan hadapan Balai Polis Dungun begitu cepat dipenuhi anak-anak muda bagi memberi sokongan moral kepada Ketua Pemuda PAS Dungun itu.Himpunan aman ini terus dikunjungi pemuda-pemuda termasuk dari Dun Bukit Besi dan Dun Paka.




Setelah diambil kenyataan dan ditahan selama 3 jam, saudara Sheikh Hanafi dibebaskan pada jam 9.10 malam.Pembebasan beliau disambut laungan takbir dari orang ramai yang menunggu sejak petang lagi.
















Pemuda Guchil

Posted: 03 Jul 2011 09:12 AM PDT

PAS TAMAN PAYA JARAS PERMAI

Posted: 03 Jul 2011 08:00 AM PDT

PAS TAMAN PAYA JARAS PERMAI


Ali Ketam dah jadi Ali Batu

Posted: 02 Jul 2011 07:35 PM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Julai: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam bersikap adil dan tidak sewenang-wenangnya menghukum seseorang tanpa bersikap bias.

Beliau juga perlu memainkan peranan sebagai pemimpin Umno dan juga sebagai Presiden Pesaka agar tidak menjadi batu api dengan menjadikan pihak-pihak tertentu sebagai alat bagi mencetuskan permusuhan.

Ketua Penerangan Pemuda PAS negeri, Muhamad Aizat Bahrudin menyatakan demikian sebagai merujuk kepada Mohd Ali yang mahukan kerajaan Persekutuan melucutkan kewarganegaraan Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga.

Katanya, kenyataan Ali di dalam akhbar Utusan Malaysia semalam yang mengatakan Ambiga bertanggungjawab atas kesalahan akan berlaku huru hara jika Bersih 2.0 diadakan juga suatu yang tidak adil.

Sedangkan, ujarnya acap kali dimaklumkan tentang jaminan oleh sekreteriat Bersih 2.0 bahawa himpunan itu adalah perhimpunan aman, tidak membawa senjata dan sekadar mahu menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

"Ianya bukan mahu menentang kerajaan seperti yang dikatakan Ali Rustam tetapi bertujuan menuntut hak rakyat melalui 8 tuntutan bagi pilihanraya yang lebih baik pada masa akan datang," katanya kepada Harakahdaily.

Tambahnya, Ali Rustam tidak wajar meletakkan hukuman awal pada Ambiga sedangkan himpunan tersebut masih belum berlangsung.

Katanya, kenyataan tersebut seolah-olah terus menghukum Ambiga sebagai pencetus huru-hara dan perlu dilucutkan kerakyatan.

Persoalannya, kata beliau mengapa Mohd Ali tidak menyalahkan Pemuda Umno dan Perkasa yang juga turun berhimpun pada 9 Julai nanti.

"Mengapa pula tidak menyalahkan Khairy Jamaludin dan Datuk Ibrahim Ali sekali sebagai pencetus huru-hara sedangkan mereka juga berhimpun pada hari yang sama dan waktu yang sama, walaupun tuntutan mereka berlawanan dengan Bersih," ujarnya.


sumber harakahdaily

9 Julai..tarikh keramat

Posted: 02 Jul 2011 08:27 AM PDT

Setelah PAS memberi arahan kepada seluruh ahlinya menyertai perhimpunan BERSIH, dan juga Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) tegaskan bahawa mahasiswa menyokong sepenuhnya himpunan berkenaan, 20 NGO belia turut menyeru ahlinya, pemuda-pemudi dan masyarakat Cina berani menyertai Himpunan Aman BERSIH 2.0 bersama dengan masyarakat Melayu, masyarakat India dan masyarakat orang asal pada 9 Julai 2011 jam 2 petang di Kuala Lumpur.

Di samping itu, pihak kami mengecam pengecut yang menghantar pesanan ringkas (SMS) mengugut untuk membunuh pemimpin NGO Ambiga Sreenevasan. Pihak kami meminta pihak polis menangkap orang yang menghantar SMS ugutan bunuh tersebut.

Menganjurkan dan menyertai perhimpunan aman tidak melanggar mana-mana undang-undang, sebaliknya, sesetengah pihak yang mahu gunakan cara kekerasan untuk mencapai tujuan bagi menghentikan perhimpunan aman BERSIH adalah kesalahan serius yang tidak dapat dan tidak boleh diterima oleh seluruh warganegara Malaysia yang mencintai tanahair.

Merujuk kepada kata-kata pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Abdul Aziz Mohd Yusof bahawa SPR bersedia mengadakan pertemuan dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) dengan syarat gabungan tersebut membatalkan perhimpunannya pada 9 Julai ini, pihak kami langsung tidak boleh terima.

Jika mesyuarat itu dapat menyelesaikan masalah penyelewengan, boleh memberi tekanan ke atas SPR, maka banyak perkara yang tidak adil dalam pilihan raya akan diselesaikan sejak dahulu.

Kita difahamkan, telah berlakunya pelbagai penyelewengan dan juga terdapat terlalu banyak aduan dalam pilihan raya umum dan pilihan raya kecil, tetapi langsung tiada sebarang tindakan pembetulan atau siasatan dengan jawapan yang munasabah dilaksanakan oleh SPR.

Tugas SPR adalah memastikan pilihan raya telus dan bersih tanpa sebarang penyelewengan, iaitu membersihkan senarai undi, reformasi kepada undi pos, guna dakwat kekal, tempoh kempen minimum 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor, serta bukannya menghalang atau mencabul hak rakyat berhimpun.

Selain itu, pihak kami ingin mengingatkan pihak polis bahawa hak untuk berhimpun adalah hak asasi yang termaktub di dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan, Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia 1948 (UDHR Artikel 20) dan Konvensyen Antarabangsa Hak-hak Sivil and Politik 1966 (Artikel 21).

Pencabulan hak asasi perhimpunan aman adalah kesalahan di sisi Perlembagaan dan UDHR. Tanggungjawab polis adalah menjaga keselamatan rakyat yang berhimpun dan bukannya menyurai dan menyerang rakyat yang berhimpun.

Orang ramai yang menghadiri perhimpunan aman BERSIH tidak akan seperti Ibrahim Ali yang katakan, akan wujud konflik dengan Melayu, ini kerana perhimpunan aman tersebut tiada kaitan dengan isu-isu perkauman.

Ibrahim Ali berpendapat bahawa masyarakat Cina dan masyarakat Melayu yang menghadiri perhimpunan aman akan saling konflik, pemikiran tersebut adalah tidak logik, serta dia meletakkan semua hal berasaskan kaum patut dikritik. Akhirnya, pihak kami menyeru seluruh belia negara berani turun ke jalan raya, semua kaum berpaduan dan bersama menjana tenaga demokrasi, demi sistem pilihanraya yang bersih dan adil.

Organisasi yang menyokong kenyataan bersama:

1. Pemuda Dewan Perhimpunan China Selangor dan Kuala Lumpur (Pemuda KLSCAH)
2. Bahagian Pemuda Persatuan Hokkien Selangor & Kuala Lumpur
3. Bahagian Belia Persatuan Sheng An Selangor & Kuala Lunpur
4. Bahagian Belia Persatuan HoPo Kuala Lumpur & Selangor
5. The Kuala Lumpur And Selangor Teo Chew Association, Youth Section
6. Persatuan Alumni PBTUSM Selangor & Kuala Lumpur
7. Bahagian Pemuda Persatuan Wui Leng Selangor & Kuala Lumpur
8. Bahagian Pemuda Persatuan Murid-murid Tua Sekolah Yu Hua Kajang Selangor
9. Malaysia Youth and Students Democratic Movement( DEMA)
10. Kesatuan Mahasiswa New Era Kolej
11. University Malaya New Youth Association
12. Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya
13. UTM Chinese Student Council
14. Solidariti Mahasiswa Malaysia
15. Persatuan Bahasa Cina UM
16. Persatuan Bahasa Tiong Hua UPM
17. UUM Student Progressive Front
18. USM Student Progressive Front
19. UPM Student Progressive Front
20. New Era College Student Progressive Front

Tiada ulasan:

Catat Ulasan