Datuk Seri Najib diminta buktikan beliau dan umno benar-benar anak jantan di dalam pilihanraya akan datang. Pembangkang sudah lama bertarung secara jantan, masalahnya bila pula umno dan Bn hendak bertukar menjadi anak jantan. Sebenarnya umno Bn sudah tidak ada roh perjuangan, ia hanya hidup dengan talian hayat jentera kerajaan. Jantan sangatkah umno dalam pilihanraya, jika kaki dan tangan pembangkang diikat kemudian disuruh berenang.
Macam mana hendak menjadi jantan jika BN menggunakan segala kekuatan media dan polis untuk menyekat maklumat supaya sampai kepada rakyat. Suara Keadilan digantung permit, karton Zunar dirampas, ceramah dikepong, pakai baju kuning ditangkap, apakah ini dikatakan anak jantan?.
Jika benar Datuk Seri Najib anak jantan sila bertarung di padang sama rata. Biar parti lawan parti, bukan menggunakan jentera kerajaan lawan pembangkang. Hapuskan undi pos, biar media perdana adil, gunakan dakwat untuk elak penggundi berulang. Kalau perkara ini beliau tidak mampu membuat reform janganlah beliau mendakwa umno anak jantan Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
PIDATO RAKYAT Bersama : Tn Hj Mohamad Sabu , Timbalan Presiden PAS YB Hj Taufek , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan YB Dato Kamarul , Pengerusi PKR N.Sembilan YB Anthony Loke , Pengerusi DAP N.Sembilan Zulkefly Omar , Naib Presiden NGO TERAS Tarikh : 6 Julai 2011 , Rabu Masa : 9 mlm Tempat : Bt 44, Simpang Pertang, N.Sembilan
FORUM ANAK MUDA PAKATAN RAKYAT Ahli Panel : 1. Ust Khairul Anuar Wafa (Ketua Pemuda PAs n9) 2. Sdr Nazree Yunus (Ketua AMK N9) 3. YB. Loke Siew Fook (DAPSY)
RABU 29 Jun 2011 Jam 8 malam Bertempat di Dewan PJ Perdana, Seremban (Bersebelahan Taman Paroi Jaya)
PASIR PANJANG – Dua nelayan di Pengkalan Nelayan Balak, Pasir Panjang, dekat sini hilang punca pendapatan apabila enjin bot masing-masing yang disimpan di pondok nelayan pengkalan tersebut dicuri awal pagi Ahad lalu.
Kejadian itu menyusul tidak sampai sebulan selepas beberapa nelayan di pengkalan nelayan berhampiran kerugian puluhan ribu ringgit disebabkan kegiatan mencuri perkakasan nelayan menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.
Nelayan, Mohd Zainal Mad Sah, 62, yang lima tahun lalu pernah mengalami kerugian mencecah RM4000 kerana kehilangan bot fibernya sekali lagi terpaksa berhadapan situasi yang sama selepas enjin botnya pula dicuri.
Menurutnya, dia menyedari kehilangan enjin botnya itu ketika mahu turun ke laut seperti kebiasaannya pada jam 5 pagi semasa kejadian.
"Akibat daripada itu, saya hilang punca pendapatan dan mengalami kerugian mencecah RM5800," katanya ketika ditemui di Pengkalan Nelayan Balak, semalam.
Mohd Zainal berkata, kebiasaannya dia akan tidur di pondok nelayan tersebut yang terletak hanya 20 meter dari rumahnya, namun pada malam kejadian dia tidak berbuat demikian.
"Walau bagaimanapun, saya tidur di beranda rumah dan tidak menyedari botnya dicuri dan berasa sangat terkilan," katanya.
Menurutnya, dalam kejadian sama, lima bot fiber yang diletakkan di pengkalan itu turut dipotong tali penambatnya.
"Mujur semasa kejadian air surut dan bot tidak boleh digerakkan, jika tidak pasti ramai nelayan yang akan menanggung kerugian memandangkan bot berkenaan setiap satu mencecah RM7000.
"Walau bagaimanapun, dalam kejadian sama di sebuah lagi pengkalan berhampiran, sebuah bot berjaya dilarikan dipercayai dilakukan penjenayah sama sementara satu lagi bot milik seorang nelayan wanita tidak sempat dilarikan setelah kegiatan mereka disedari penduduk," katanya.
Malah katanya, kegiatan curi seumpama ini memang sudah sering berlaku di pengkalan nelayan perairan Port Dickson dan semakin menjadi-jadi sejak tiga tahun kebelakangan ini.
"DAHULU, SEKITAR PERAIRAN PASIR PANJANG MENDAPAT KAWALAN DARIPADA TENTERA, NAMUN SELEPAS KAWALAN TERSEBUT DIHENTIKAN, PENCURI SEMAKIN BERANI NAIK KE DARAT.
"Sekurang-kurangnya dua hingga tiga bulan, pasti akan ada nelayan yang menjadi mangsa curi. Bukannya mereka tidak mengadakan kawalan, tetapi penjenayah dilihat seperti mampu menghidu pergerakan kawalan yang dilakukan sehingga membolehkan mereka melakukan kegiatan jenayah ini dengan berleluasa," katanya.
Dalam kejadian sama, seorang lagi nelayan, Mahat Musa, 37, turut mengalami kerugian apabila enjin botnya yang disimpan bersebelahan enjin bot Mohd Zainal turut dikebas.
"Nelayan adalah punca pendapatan utama untuk menanggung tiga anak yang bersekolah termasuk seorang yang baru berusia setahun," katanya yang turut menanggung rugi mencecah RM5800 atas kehilangan bot Yamaha 15 kuasa kuda.
Mahat berkata, enjin botnya diletakkan bersebelahan dengan enjin milik Mohd Zainal dan sebuah lagi enjin milik rakan saya.
"Tetapi pencuri tidak sempat melarikan enjin ketiga, namun mangga dan rantai berjaya dibuka pencuri itu," katanya lagi yang telah membuat laporan dibuat di Balai Polis Pasir Panjang pada hari kejadian tersebut.
Suatu majlis di atas telah diadakan pada 28 Jun 2011 jam 3.00 petang bertempat di Dewan Al Amin, Markas MTD Pengkalan Kundor. Majlis ini disempurnakan oleh YB Dato' Hj. Ir. Phahrolrazi bin Hj. Zawawi, ADUN Pengkalan Kundor merangkap Exco Kanan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.
Pengerusi PKWR sedang berucap
YB. Dato' sedang memperkatakan sesuatu kepada hadirin yang hadir.
Kelihatan sebahagian daripada penerima sumbangan dalam majlis tersebut.
PIDATO RAKYAT Bersama : Tn Hj Mohamad Sabu , Timbalan Presiden PAS YB Hj Taufek , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan YB Dato Kamarul , Pengerusi PKR N.Sembilan YB Anthony Loke , Pengerusi DAP N.Sembilan Zulkefly Omar , Naib Presiden NGO TERAS Tarikh : 6 Julai 2011 , Rabu Masa : 9 mlm Tempat : Bt 44, Simpang Pertang, N.Sembilan
Gerai Makan Taman Seroja Mohon Tandas Awan untuk Kemudahan Perniaga dan Pelanggan Gambar Gerai Makan Taman Seroja waktu malam
Sudah berpuluh tahun tapak gerai makan di Taman Seroja di Miri tidak diberi kemudahan asas seperti tandas awam. Baru-baru ini kami mendapat aduan dari perniaga dan pelangan di gerai makan taman seroja mengatakan tempat gerai makan mereka memang tidak disediakan tandas awam dari dahulu lagi. Mereka atau pelanggan yang hendak membuang air kecil atau besar terpaksa menyeberang jalan ke tandas yang berdekatan seperti hotel dan dewan masyarakat untuk melepaskan hajat mereka. Kalau waktu hujan atau waktu malam memang sukar bagi perniaga atau pelanggan wanita dan kanak-kanak untuk melepaskan hajat mereka sebab tandas yang jauh dari tempat gerai makan tersebut. Selain daripada kebersihan dan keselamatan perniagaan dan pengguna, khususnya wanita dan kanak-kanak yang terpaksa menyeberangi jalan yang sibuk dengan lalu lintas. Apabila tandas jauh dari pandangan orang ramai ia boleh menarik kejadian yang tidak diingini yang boleh berlaku seperti meragut dan sebagainya terutama kepada wanita dan kanak-kanak yang pergi bersendirian ke tandas pada waktu malam. Kami menyarankan pihak berwajib seperti MBM mengambil inisiatif untuk membina Tandas Awam di Taman Seroja ini kerana inilah satu-satunya tempat makan awam yang telah lama bertapak di Bandaraya Miri. Kami memohon agar pihak berkuasa seperti Majlis Bandaraya Miri (MBM) perlu bertanggungjawab untuk menyediakan kemudahan asas kepada orang ramai. Jika pihak MBM meluluskan peruntukan dana untuk membina tandas, kita dari PAS mahu bekerjasama dengan MBM untuk mencari kontraktor yang berkelayakan dengan harga yang berpatutan untuk membina tandas itu kemudian. Ini adalah tertakluk kepada kelulusan pihak MBM untuk reka bentuk dan keselamatan serta kesesuaian tandas tersebut di tempat awam. Kemudahan tandas ini adalah penting untuk kegunaan orang ramai. Kita minta pihak yang berwajib patut mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan masalah ini dari terus berlarutan. Jangan berlaku perkara yang tidak diingini baru sibuk hendak cari penyelesaian. Bertindaklah segera demi keselamatan dan kebajikan untuk semua.
English version Taman Seroja Foods Stall Request for Public Toilet for Businesses and Customer Relieve Picture of Taman Seroja Footstalls at night
It has been an ageing for Taman Seroja food stalls at the park site in Miri City are not given a basic facilities such as public toilets. Recently we received complaints from businesses and the customers in the Taman Seroja where diners said they did not provide a public toilet. They or a customer want to defecate or urination had to cross the street to the toilet nearby hotel and community hall to relieve their desire. If raining or night time it is difficult for businesses or customers especially women and children to give up their desire for a toilet bowl because the toilets is far away from the food stalls. Besides the cleanliness and safety for businesses and consumers, especially women and children who are forced to cross a busy street with traffic. When the toilet is far away from the public view it can attract a mishap which could occurs such as snatching and the like especially to the woman and the children who goes alone to the toilets at night. We suggest that the authorities such as the Miri City Council (MCC) to take the initiative to build a public toilet at the Taman Seroja Foods Stall because it is one of public eating places that have long resided in Miri City. We request that the authorities, such as Miri City Council (MCC) should be responsible for providing facilities to the public. If the MCC to approve the allocation of funds to build the toilet, we from PAS want to work together with MCC to find out a qualified contractor at a reasonable price to build the toilet later. This is subject to the approval of the MCC for the design and safety and suitability of these toilets in public places. Toilet facilities are so important for the public and we request the authorities should take immediate action to solve the problem from prolong. Do not let the undesirable thing happen than start busy to find out a solution. React immediately for the safety and the welfare for all.
nikabdulaziz Alhamdulillah, baru sahaja menziarahi makam Imam Bukhari sebentar tadi. Kembali berehat di hotel. Terkenang...
Terkenang almarhum guru saya Syeikh Ahmad Muhammad al-Madani yg mengajar sohih al-Bukhari sewaktu saya di India, beliau meninggal dunia sebaik sahaja mengkhatamkan sohih al-Bukhari. Semoga para ulama yang teah pergi dirahmati oleh Allah SWT.
1. Tak tahu bahasa. 2. Tak reti bahasa. dia tak belajar jawi. Jadi dia perapu dalam FB.
umno- bukan melayu lagi mengelirukan kenapa nazlee tak merapu kata umno mengeliru.- sebab kerana dia sendiri tak tahu. mana dia belajar jawi? PAS- dia kata Pan Islamic Parti, memang dia bodoh dan jahil. lantas dia merujuk kepada kamal saidin - sudah orang lenggong tahu siapa
PAN ISLAMIC PARTY - P.I.P,,,, CAMNORR LEH JADI PAS....BAB INI PUN DOH MENGELIRU!!!!!!!!!!!!!!!!!! PATUT LOH NYOR JADI KELIRU SOKMOR.........HABIH NYOR KELIRU KAN RAKYAT......JANGAN JUAL AYAT2 ALLAH S.W,T KALAU INGIN KAN KERUSI PARLIMENT DAN DUN.....RAKYAT DAH MULA SEDAR.......
Soal remeh itu tak perlulah dijadikan isu. Yang penting kita kena lihat dan nilai parti politik mana di Malaysia ini perjuangannya adalah mengendahkan pengajaran Al-Qur'an. Parti poiitik yang tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur'an memang A...Lihat seterusnya..
lebih kurang sejam yang lalu ·
Ipmg Nazlee Aziz Yeoptu tok remeh..berani kan diri DENGOR hujah USTAZ KAMAL SAIDIN..KALAu belum dengor tak nyah nok komen
20 minit yang lalu ·
Ipmg Nazlee Aziz Yeophambor doh dengor NIK AZIZ BERCERAMAH..DAN CARA NYA ..TAK TEPATI CARA SAOPRANG ULAMA YANG DI KEHENDAKAKI OLIH NABI S,W.A UZTAS KAMAL BANYAK YANG BETUL YANMG DIA HUJAH PASAL PAs .....sKALAU ADA KESEMPATAN SILA DENGAR PENERANGAN UZTAS KAMAL..SAYA AMAT SETUJU DENGAN BELIAU ..PENJELASAN DIO CUKUP BERSANDAR KAN FIRMAN DAN HADIS
12 minit yang lalu ·
Ramli PaSila beri link youtube ceramah ustaz KAMAL SAIDIN itu, boleh?
3 minit yang lalu ·
You are subscribed to email updates from PAS LENGGONG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini berkata adalah satu kesalahan bagi mana-mana individu yang memakai baju yang berkaitan dengan aktiviti haram.
Justeru, tangkapan ke atas mereka yang memakai baju BERSIH 2.0 oleh polis adalah betul. "Jika kemeja-T BERSIH berhubungkait dengan aktiviti haram, maka memakainya adalah juga haram," katanya kepada wartawan.
Pagi tadi, 14 aktivis politik ditahan di Sungei Siput, Perak, ketika mengedarkan bendera Malaysia di sebuah pasar.
Semuanya kerana gara-gara lapan daripada mereka memaka baju-T BERSIH manakala rakan-rakannya pula memakai baju DAP yang tertera tema 'Ubah' pada waktu kejadian .
Antara mereka yang dicekup polis itu adalah ADUN Jalong Leong Mei Ming, ADUN Teja Chang Lih Kang dan Tan Kar Hing, setiausuha politrik kepada ahli parlimen Dr Lee Boon Chye.
Malunya bila Perdana Menteri MALAYSIA dan Timbalan Menteri Malaysia duduk rumah sewa sejak 2008. Ini belum kira semasa Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri terdahulu. Sewanya ya ALLAH terlalu membazir dan tak logik guna rumah sewa. SEWANYA SETAHUN BERJUMLAH LEBIH RM32 JUTA atau RM32,972,115.55.
Jika dibahagikan untuk mendapatkan sewa sebulan ialah RM48,000 manakala kos sewa sehari bagi kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya adalah lebih RM18,000 . Kos baik pulih pula mencecah RM60,000 sebulan. Bil elektrik RM5,704 sehari. Sebulan lebihkurang RM170,000 Bil air RM1,092 sehari. Sebulan lebihkurang RM32,760.
"Dari satu sudut, rakyat disuruh berjimat, agensi kerajaan disuruh berjimat, tiba-tiba untuk dua pemimpin negara ini, wang rakyat diguna sebanyak itu", kata Siti Zailah Mohd Yusof (PAS-Rantau Panjang) pada sidang media di Parlimen hari ini.
Turut serta pada sidang media itu, Dr Siti Mariah Mahmood (PAS-Kota Raja) dan Anthony Loke (DAP-Rasah). Beliau yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS sebelum ini menanyakan kepada kerajaan berhubung jumlah pembiayaan kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri setiap tahun bermula tahun 2006 hingga 2010.
Dalam jawapan bertulis semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz menjelaskan kerajaan membelanjakan RM48,789,115.03 setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi kedua-dua pemimpin negara itu.
Dalam perincian jawapan yang diberikan itu, Nazri menjelaskan kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu adalah berjumlah RM32,972,115.55, kos baik pulih RM3,581,744.78, bil elektrik RM10,267,868.15 dan bil air RM1,967,386.55 untuk satu tahun.
Untuk rekod, kedua-dua rumah kediaman rasmi itu adalah disewa oleh kerajaan daripada Perbadanan Putrajaya.
"Rumah bernilai berjuta-juta, kita tak tahu apa yang dibaik pulih setiap bulan," katanya lagi sambil mendakwa ia satu pemborosan melampau.
Teman suka nasihatkan penyokong BN terutama UMNO janganlah cepat rasa hati atau kecik hati bila ada artis, peniaga, orang korporat atau orang kerajaan rapat atau hadir di majlis Pakatan Rakyat. Mereka ada peminat atau jemputan yang perlu dipenuhi. Mereka tidak memihak sesiapa semasa cari makan kecuali bila mengundi, kerana mengundi itu rahsia.
Tapi di bawah ini adapetua yang baik untuk Orang Islam yang sudah berkahwin dan ada anak dari Wardina.
cara WARDINA latih anak LEKAT solat 5 waktu assalamualaikum wahai readers sekalian nak share cara wardina latih anak dia lekat solat 5 waktu.. wallahualam betul ke tak dari die..
Semoga semua mendapat manfaat.. bERBALOI PENAT LELAH KU... by Wardina Safiyyah OfficialPage on Friday, March 11, 2011 at 8:47pm Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda...
I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off...
I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday...we had a talk...(check note lama) tapi preparation since 6 la...tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat....she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti....But it is very important to keep this in mind:-
1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat
2)l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the suarau) - lepas solat time tu lah peluk cium, senyum - i always kiss her at the head and say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar....ps:- kalau kena amik cuti ambillah - bukan waktu exam je amik cuti - buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!"
3)Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us... how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah.....TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat...acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat....itu semua kerja SETAN! Fight them off....! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that....we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat.....
4)Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)
5)kalau dia tinggal - DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember - and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok...but kena solat terus bila bangun.
Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah....tadi memang datang lambat...i was loking for her..and guess what????
She was actually praying her Asar prayers...sorang je kat dalam surau tu....i wanted to pengsan and cry...she did all by herself.... i pun told her how happy and how proud i was of her...i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi cakap".....cair nya hatiku ini.
Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia....and called nenek at Australia...now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!
And the foundation is - to start them off right - solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!
I love you all!!! Good night.....
But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu...anak ketam tak boleh diajar berjalan terus...fahamkan?
BN ibarat cacing kepanasan bila mendengar 9 Julai. Apataknya bila kesan Bersih 1.0 terhasil 4 negeri (sebenarnya 6 sebab PERAK dirampas semula dan Wilayah Persekutuan sebab perlembagaan) dan Bersih 2.0 tentunya akan bertambah negeri yang diperintah Pakatan Rakyat. Bermacam-macam kelakuan BN terutama komponennya yang bernama UMNO telah menunjukkan dengan jelas bahawa mereka sedang berasa gelisah setiap hari, setiap jam malah setiap saat yang sedang berlalu ini bilamana tarikh 9Julai datang semakin hampir.
Mungkinkah BN sekarang sedang berkerja keras mahu memburuk-burukkan imej Bersih 2.0 selaku mengharapkan supaya orangramai tidak akan menyertai Perhimpunan Bersih 2.0 nanti? Jalan-jalan, bersembang-sembang dengan kawan sahaja, adakah itu salah? Apa agaknya sudah berlaku kepada BN ini? Tidakkah mereka ingin memberi sokongan mereka kepada Bersih 2.0 supaya pilihanraya yang akan datang adalah bersih? Bukankah pilihanraya yang bersih adalah sesuatu yang baik? Penulis rasa hairan mengapa BN tidak mahu menyertai bersama dalam Perhimpunan Bersih 2.0 padahal ianya adalah satu perhimpunan yang baik dan aman, dengan matlamat dan tujuan yang mulia.
Perdana Menteri Najib Tun Razak selalu mengheboh-hebohkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yang harus dijadikan contoh oleh negara-negara lain di dunia. Adakah ini retorik kosong sahaja? Jika Malaysia ialah sebuah negara demokrasi, rakyat patut diberi peluang untuk berhimpun secara aman.
Selain dari itu, Bersih pun telah memberi jemputan kepada BN untuk menyertai perhimpunannya tetapi BN telah menolak dan diam membisu sahaja. Justeru itu, Pemuda UMNO pula berhasrat mengadakan perhimpunannya yang tersendiri. Mengapa begini?
Adalah diharap bahawa BN akan turut menyertai Perhimpunan Bersih nanti. Tidak perlulah buat perhimpunan yang berasingan pula. Bila BN menyertai bersama, barulah slogan 1Malaysia yang dilaung-laungkan oleh Najib itu akan nampak dipratikkan oleh UMNO. Jika tidak, ia hanyalah tinggal sebagai laungan kosong sahaja.
DPPWM mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bertanggungjawab terhadap golongan yang telah menyebarkan risalah 'palsu' Bersih 2.0. DPPWM juag menafikan bahawa risalah ini diedarkan oleh pihaknya. Risalah berwarna kuning dilekatkan pada belasan kereta di Seksyen 2 Wangsa Maju, menyeru "tumbangkan kerajaan sekarang" atas nama "BERSIH 2.0", pagi tadi.
Antara mesej yang tertera pada risalah tersebut termasuklah "PERHIMPUNAN Bersih2.0", "BERSAMA KITA TUMBANGKAN KERAJAAN SEKARANG!!!", dan "BUKTIKAN KITA MAMPU SEPERTI LIBYA !!"
Banyak lagi risalah sedemikian yang bertaburan di situ, tanpa mengetahui siapakah pengedarnya.
DPPWM menekankan bahawa BERSIH tidak menyeru untuk menggulingkan kerajaan, dan tidak menyamakan gerakan ini dengan gerakan pembangkang di dunia Timur Tengah, maka risalah tersebut bukan diedarkan BERSIH. Justeru itu, adalah tidak masuk akal seandainya BERSIH menyeru "BUKTIKAN KITA MAMPU SEPERTI LIBYA !!", katanya.
"BERSIH bukan untuk menggulingkan kerajaan, tetapi menyeru untuk mereformasikan sistem pilihan raya, meningkatkan keabsahan kerajaan yang dipilih rakyat," tegasnya.
DPPWM mengecam tindakan menyamar dan memalsukan mesej asal BERSIH, dan juga meminta agar orang awam berwaspada terhadap taktik sedemikian.
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang terhadap Tan Sri Omar Din Mauju, mahaguru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) yang mengeluarkan kenyataan berbaur provokasi dan berunsur ugutan bertujuan menghalang Himpunan Bersih 2.0. Beliau berkata sikap yang ditunjukkan oleh seorang 'mahaguru' ini tidak langsung mencerminkan 'kebersihan' peribadi dan amaran seperti ini sewajarnya diambil serius oleh pihak polis.
"Sebaliknya pihak polis mengenakan tekanan terbuka dan gangguan terhadap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dan juga badan- badan bukan kerajaan yang mempromosikan kebebasan bersuara secara aman," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Dalam satu sidang media semalam, di antara lain Omar Din berkata, sejuta ahli persatuan silat akan turun padang bagi membanteras sekeras-kerasnya Himpunan Bersih yang dijadualkan pada 9 Julai ini.
Nurul berkata, beliau kesal dengan kenyataan bercorak provokasi dan ugutan yang datang daripada seorang 'mahaguru'.
"Sewajarnya sebagai seorang 'mahaguru' menampakkan 'kebersihan' peribadi diri dan bukan memberikan amaran yang menjurus kepada provokasi sebelum sesuatu himpunan diadakan.
"Tambahan lagi, seorang 'mahaguru' sebenar tentunya boleh mengawal anak-anak buahnya sebelum melemparkan cabaran atau arahan kepada pihak luar," katanya.
Ujar beliau, "saya yakin dan percaya, Himpunan Bersih adalah himpunan yang tentunya akan selamat jikalau tindakan-tindakan provokasi seperti yang dilakukan oleh Pertubuhan Silat ini dihentikan serta merta.
"Marilah kita berlagak lebih sebagai pendekar yang bertanggungjawab selaku khalifah di bumi Allah ini, bukannya pengecut yang lebih suka mengeluarkan ugutan kepada mereka yang mungkin berlainan fikrah atau pandangan daripada kita," tambah Nurul - Free Malaysia Today
KENYATAAN MEDIA NURUL IZZAH ANWAR AHLI PARLIMEN LEMBAH PANTAI [UNTUK EDARAN SEGERA] 29 JUN 2011
PUTRAJAYA, 29 Jun — Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kemeja-T yang menyokong Himpunan Bersih 2.0 diharamkan kerana ia ada kaitan dengan perhimpunan haram itu bulan depan. "Kemeja-T Bersih ada berkaitan dengan perhimpunan haram, maka apa sahaja yang mereka pakai adalah haram," kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.
Bagaimanapun Hishammuddin tidak mengatakan di bawah undang-undang apa yang soal penjualan, pembelian dan pemakaian kemeja-T itu dianggap haram.
Polis mula menahan mereka yang menjual, membeli atau memakai kemeja-T berwarna kuning yang tertera mesej "Bersih 2.0" sejak minggu lalu.
Ketika bercakap pada sidang media di sini hari ini, beliau juga mengetepikan dakwaan bahawa tindakan polis ke atas mereka yang menyokong perhimpunan 9 Julai ini, menuntut pembaharuan sistem pilihan raya, bermotifkan politik.
"Di pihak mana? Saya boleh bertanya perkara yang sama kepada mereka," kata beliau.
...inilah akibat bila orang bodoh diangkat menjadi pemimpin... kat kire le bangsa apa pun kalau bodo tak guna jugak.... kalau begitu kiraannya ... maknenya dalam sehari kerajaan boleh buat duit 12 billion (24 jam) .... sebulan 360 billion... setahun 4 trillion la bodo oooiii.... bukan RM6.6 billion.... waakakakaka
Kerugian Akibat Perhimpunan Haram Dari Sektor Pelancongan Boleh Cecah RM1 Bilion
(TS) KUALA LUMPUR: Perhimpunan haram oleh kumpulan pengacau pada 9 Julai ini bakal menyebabkan negara kehilangan lebih RM1 bilion daripada sektor pelancongan, kata Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.
Beliau berkata, keadaan tidak menentu akibat perhimpunan haram itu boleh merencatkan kehadiran pelancong sekaligus mengurangkan jumlah pendapatan sepertimana yang dicatat pada tempoh sama tahun lepas iaitu RM6 bilion melalui perbelanjaan oleh 2.2 juta pelancong.
"Berdasarkan statistik, ketibaan pelancong antarabangsa pada bulan Julai 2010 adalah sebanyak 2.2 juta dengan perbelanjaan sebanyak RM6 bilion.
"Jika perhimpunan itu telah kurangkan 20 peratus daripada pendapatan tersebut, kita sudah kerugian RM1.2 bilion, yang mana ini akan dirasai oleh semua pihak dalam industri," katanya kepada pemberita selepas pertemuan bersama 16 pemimpin organisasi yang terlibat dalam industri pelancongan di sini, Selasa.
Ng berkata, sebagai industri yang bergerak berdasarkan situasi dan keadaan terkini sesebuah negara, perhimpunan haram itu bakal mengganggu pilihan pelancong yang berkemungkinan memilih untuk menghindari daripada memasuki Malaysia.
Beliau berkata, kesan awal perhimpunan itu mula dirasai apabila kementerian dimaklumkan yang Persatuan Pelancongan Negara China telah berada di negara ini bagi berbincang dan mendapatkan perkembangan mutakhir perhimpunan haram itu sebelum membuat keputusan sama ada untuk membatalkan pakej-pakej percutian yang telah dibuat sebelum ini.
Katanya, perkembangan itu bakal memberi kesan negatif kepada mereka yang terlibat di dalam industri pelancongan berdasarkan perolehan hampir RM1 bilion negara yang dijana melalui perbelanjaan oleh pelancong negara itu tahun lepas.
Ng berkata, berikutan itu 16 pemimpin industri yang bertemu dengannya hari ini sebulat suara menentang sekeras-kerasnya perhimpunan haram itu dan menyarankan pihak polis melakukan apa sahaja bagi menghalang demonstrasi itu.
"Sebagai pemimpin industri pelancongan yang bertanggungjawab mereka perlu menyuarakan kekuatiran mereka dan menegaskan pendirian bahawa pihak polis perlu menghalang agar perhimpunan haram itu tidak berlaku," katanya. .... sama mangkuk ngan Rais Yatim.....
Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) kesal dengan pembaziran yang berlaku di kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalannya yang bernilai lebih RM 48.7 juta setahun. Kos sewa sahaja mencecah RM 2.7 juta sebulan, air RM 32 ribu sebulan, dan elektrik RM 171 ribu sebulan.
DPPWP hairan, kenapa sehingga ke hari ini kerajaan masih menyewa bangunan-bangunan pejabat termasuk kediaman rasmi pemimpin negara di Putrajaya daripada Perbadanan Putrajaya sedangkan selama ini mereka mencanangkan seantero dunia bahawa Putrajaya adalah Projek Kerajaan Barisan Nasional yang mengunakan wang rakyat.
Malah, urusan penyelenggaraan dan baik pulih bangunan-bangunan ini juga ditanggung oleh Kerajaan bukannya Perbadanan Putrajaya dan ini dijelaskan dalam jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz menjelaskan kos baik pulih RM3,581,744.78 kediaman PM dan TPM termasuk dalam senarai liabiliti kerajaan.
Betapa besarnya wang rakyat dibazirkan selepas ditipu dalam projek pembangunan mega Putrajaya. Yang mengaut untung adalah Perbadanan Putrajaya.
DPPP mendesak agar Kerajaan memberikan penjelasan mengenai status hak milik sebenar bangunan-bangunan kerajaan di Putrajaya dan kenapa kerajaan enggan memilik negarakannya sebagai aset tetap. Dalam erti kata lain Perbadanan Putrajaya mempunyai kuasa penuh untuk menentukan siapakah yang berhak menyewa bangunan milik mereka kelak. Jika berlaku pertukaran Kerajaan, Perbadanan Putrajaya boleh melakukan sabotaj dengan menghalau atau menaikan nilai sewaan sedangkan rakyat tahu, dana pembinaan Putrajaya datangnya dari poket rakyat.
Jadi, wajiblah kerajaan menjelaskan kuasa dan status sebenar Perbadanan Putrajaya dan memastikan dana rakyat tidak dibazirkan sesukahati. Adalah memalukan bila negara yang mempunyai wawasan yan g besar tidak mampu memiliki bangunan pentadbirannya sendiri dan terpaksa menyewa kepad agensi lain.
Riduan Mohd Nor Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat
Maahad Qiraat Al Azhar Amal Aimy Dzalifah milik Sheikh ust Hj Rodhi Abd Rahman terbakar pagi kelmarin. Kerugian dianggarkan RM 150 ribu. orang ramai diseru untuk memberi sumbangan bagi membina semula bangunan yang rosak terbakar. sumbangan boleh disalurkan ke akaun bank Islam Malaysia Berhad : atas Nama MAAHAD QIRAAT AL-AZHAR AMAL AIMY DZALIFAH , No Akaun 02011010080175
Ketua Pemuda PAS Kedah bersama Setiausaha Jabatan Pendidikan DPPNK melawat tapak kebakaran
Ust Rodi Abd Rahman, Mudir Maahad ,menunjukkan bangunan yang terbakar
sebahagian peralatan yang terbakar
sebaagian pelajar yang meneruskan pengajian di bangunan yang selamat
Maklumat lanjut sila hubungi Ust Radhi 019 5455285
You are subscribed to email updates from DPPN KEDAH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Dalam mengharungi badai perjuangan menerjah arus.PAS SABAH membuat anjakan,saya diamanahkan sebagai YDP PAS KAWASAN PENSIANGAN berkuatkuasa serta merta.Pas Kawasan Keningau dipangku oleh Timbalan YDP, Ust Rosly.
Objektif transisi ini adalah:
1-Untuk memberi fokus kepada PRU ke 13 yang mana Insyallah PAS akan bertanding di Parlimen Pensiangan,Sabah dan di bawah Pensiangan wujudnya Dun Sook dan Nabawan.
2-Melahirkan pelapis pimpinan Pas yang baru.
3-Amanah jawatan yang bertindih dan saya tidak mampu untuk memikulnya.Jawatan yang diamanahkan kepada saya setakat ini ialah sebagai Ketua Penerangan PAS Sabah,Presiden Bela Tanah Rakyat Sabah(TABAH) dan AJK Lajnah tanah dan wilayah PAS PUSAT.
Download panduan bersih 2.0 1. Apa yang perlu anda buat apabila DIBERHENTIKAN polis? Minta beliau tunjukkan Kad Kuasa Polis Catit nama dan nombor anggota yang tercatat dalam Kad Kuasa Polis Jika beliau berpakaian seragam, catit nombor anggota pada pakaian seragam Jika beliau berkenderaan, catit nombor pendaftaran kenderaan 2. Apa perlu anda buat jika [...]
Kebangkitan golongan muda dalam bidang sukan dan politik tanahair ini membuktikan kuasa orang muda bakal merubah keputusan pada Pilihanraya Umum ke 13 ini...ORANG MUDE GENG KITE - MASA UNTUK BERUBAH !!!
FORUM ANAK MUDA PAKATAN RAKYAT Ahli Panel : 1. Ust Khairul Anuar Wafa (Ketua Pemuda PAS n9) 2. Sdr Nazree Yunus (Ketua AMK N9) 3. YB. Loke Siew Fook (DAPSY)
RABU 29 Jun 2011 Jam 8 malam Bertempat di Dewan PJ Perdana, Seremban (Bersebelahan Taman Paroi Jaya)
PASIR PANJANG – Dua nelayan di Pengkalan Nelayan Balak, Pasir Panjang, dekat sini hilang punca pendapatan apabila enjin bot masing-masing yang disimpan di pondok nelayan pengkalan tersebut dicuri awal pagi Ahad lalu.
Kejadian itu menyusul tidak sampai sebulan selepas beberapa nelayan di pengkalan nelayan berhampiran kerugian puluhan ribu ringgit disebabkan kegiatan mencuri perkakasan nelayan menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.
Nelayan, Mohd Zainal Mad Sah, 62, yang lima tahun lalu pernah mengalami kerugian mencecah RM4000 kerana kehilangan bot fibernya sekali lagi terpaksa berhadapan situasi yang sama selepas enjin botnya pula dicuri.
Menurutnya, dia menyedari kehilangan enjin botnya itu ketika mahu turun ke laut seperti kebiasaannya pada jam 5 pagi semasa kejadian.
"Akibat daripada itu, saya hilang punca pendapatan dan mengalami kerugian mencecah RM5800," katanya ketika ditemui di Pengkalan Nelayan Balak, semalam.
Mohd Zainal berkata, kebiasaannya dia akan tidur di pondok nelayan tersebut yang terletak hanya 20 meter dari rumahnya, namun pada malam kejadian dia tidak berbuat demikian.
"Walau bagaimanapun, saya tidur di beranda rumah dan tidak menyedari botnya dicuri dan berasa sangat terkilan," katanya.
Menurutnya, dalam kejadian sama, lima bot fiber yang diletakkan di pengkalan itu turut dipotong tali penambatnya.
"Mujur semasa kejadian air surut dan bot tidak boleh digerakkan, jika tidak pasti ramai nelayan yang akan menanggung kerugian memandangkan bot berkenaan setiap satu mencecah RM7000.
"Walau bagaimanapun, dalam kejadian sama di sebuah lagi pengkalan berhampiran, sebuah bot berjaya dilarikan dipercayai dilakukan penjenayah sama sementara satu lagi bot milik seorang nelayan wanita tidak sempat dilarikan setelah kegiatan mereka disedari penduduk," katanya.
Malah katanya, kegiatan curi seumpama ini memang sudah sering berlaku di pengkalan nelayan perairan Port Dickson dan semakin menjadi-jadi sejak tiga tahun kebelakangan ini.
"DAHULU, SEKITAR PERAIRAN PASIR PANJANG MENDAPAT KAWALAN DARIPADA TENTERA, NAMUN SELEPAS KAWALAN TERSEBUT DIHENTIKAN, PENCURI SEMAKIN BERANI NAIK KE DARAT.
"Sekurang-kurangnya dua hingga tiga bulan, pasti akan ada nelayan yang menjadi mangsa curi. Bukannya mereka tidak mengadakan kawalan, tetapi penjenayah dilihat seperti mampu menghidu pergerakan kawalan yang dilakukan sehingga membolehkan mereka melakukan kegiatan jenayah ini dengan berleluasa," katanya.
Dalam kejadian sama, seorang lagi nelayan, Mahat Musa, 37, turut mengalami kerugian apabila enjin botnya yang disimpan bersebelahan enjin bot Mohd Zainal turut dikebas.
"Nelayan adalah punca pendapatan utama untuk menanggung tiga anak yang bersekolah termasuk seorang yang baru berusia setahun," katanya yang turut menanggung rugi mencecah RM5800 atas kehilangan bot Yamaha 15 kuasa kuda.
Mahat berkata, enjin botnya diletakkan bersebelahan dengan enjin milik Mohd Zainal dan sebuah lagi enjin milik rakan saya.
"Tetapi pencuri tidak sempat melarikan enjin ketiga, namun mangga dan rantai berjaya dibuka pencuri itu," katanya lagi yang telah membuat laporan dibuat di Balai Polis Pasir Panjang pada hari kejadian tersebut.
CERAMAH PERDANA Tarikh : 7 Julai 2011 , KHAMIS Masa : 9 malam Tempat : Senawang, N.Sembilan Penceramah : Bob Lokman YB Hj Taufek, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan Chegubard, Pengerusi SAMM
Utusan Malaysia 29 Jun 2011. KECEWA MUTU PERKHIDMATAN KLINIK KESIHATAN MANTIN. SAYA ingin melahirkan rasa tidak puas hati dan kecewa dengan mutu perkhidmatan di Klinik Kesihatan Mantin, Negeri Sembilan.
Sudah beberapa kali saya melihat kelemahan terutama dari segi pentadbiran dan kebersihan. Kelemahan ini jelas kelihatan memandangkan saya kerap menemani ibu yang merupakan seorang pesakit hipertensi yang berkunjung ke sana bagi temujanji doktor.
Pada minggu lepas, seawal pukul 7.40 pagi, saya sudah berada di klinik bagi mengambil nombor pendaftaran. Sesudah mengambil nombor pendaftaran, saya menuju ke tempat pemeriksaan doktor.
Pada masa itu terdapat beberapa kakitangan sedang merakam kad kehadiran mereka. Namun saya perhatikan terdapat seorang kakitangan sedang merakam beberapa kad kakitangan yang lain. Persoalan saya, adakah ini budaya kerja kakitangan di sini untuk merakam kad orang lain?
Saya juga mendapati beberapa kakitangan yang lain juga datang lambat. Mungkin mereka berasa tidak kisah untuk datang ke pejabat memandangkan kad mereka sudah dirakam oleh kakitangan yang lain.
Apabila saya berada di bilik rawatan pesakit luar untuk rawatan selanjutnya ternyata mutu kebersihan amat menyedihkan. Sampah seperti kertas dibiar bertaburan dan singki berkeladak. Beberapa gelas diletakkan berhampiran singki yang kotor. Di dalam hati saya berkata, adakah sudah tiada kakitangan yang bertanggungjawab untuk mengendalikan bilik rawatan ini?
Apa yang saya amati ialah ramai kakitangan (tidak tahu sama ada datang lewat atau tidak) pergi minum di sebuah gerai yang berhampiran walaupun setelah pukul 8 pagi tanpa menyelesaikan tugas mereka terlebih dahulu.
Ternyata ini amat menyedihkan. Mutu perkhidmatan di sini tidak sejajar dengan wawasan Kementerian Kesihatan Malaysia. Harap pihak yang berkenaan sila beri penjelasan
Dah 20 tahun dan mungkin dah 4 Pilihanraya Umum diadakan masalah tapak pelupusan berhampiran kawasan penduduk kampung di Kampung Gebok, Mantin, Negeri Sembilan tak selesai-selesai. Apakah para pengundi di Mantin perlu tunggu lagi 20 tahun lagi dan lagi 4 Pilihanraya Umum?
BAU BUSUK MENGANGGU KEHIDUPAN PENDUDUK KAMPUNG GEBOK
Penduduk Kampung Gebok, Mantin, Negeri Sembilan ingin membuat aduan kepada pihak tuan tentang masalah bau busuk yang telah lama menganggu penduduk kampung di kawasan saya.
Masalah ini timbul dari tempat pembuangan sampah yang terletak bersebelahan dengan kampung saya.Pelbagai aduan telah dihantar tetapi tiada sebarang tindakan yang dilakukan untuk mengatasi masalah ini.
Bukan cerita rekaan apabila sudah 20 tahun penduduk di kawasan Kampung Gebok Mantin terpaksa tinggal dalam keadaan persekitaran bau busuk membuatkan masing-masing mula tertekan.
Mereka mendakwa bau busuk yang datang tanpa kira waktu pagi atau malam berpunca kehadiran tapak pelupusan sampah di kawasan berhampiran.
Impian untuk tinggal dalam keadaan persekitaran bersih tanpa adanya sebarang gangguan tidak akan menjadi kenyataan apabila saban tahun pihak berwajib menabur janji menutup tapak pelupusan sampah terbabit, sedangkan ia tidak pernah berlaku.
Pesta Buku Selangor 2011 ada kelainan Ismail Hashim
SHAH ALAM, 27 Jun: Pesta Buku Selangor 2011 membawa kelainan dengan aktiviti membaca selama 15 minit diadakan serentak di seluruh negeri.
Acara membaca semalam disertai sama oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang selepas itu berucap dan merasmikan pesta buku tersebut.
Turut serta membaca dan berucap adalah Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali dan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Mastura Muhammad.
Orang ramai mengambil peluang cuti hujung minggu dengan datang memenuhi dewan hingga bersesak-sesak untuk melihat dari dekat semua acara yang berlangsung dan buku-buku yang dipamerkan.
Pesta buku kali ini bermula sejak 24 Jun lalu dan akan berakhir pada 3 Julai depan.
Jika tahun lalu diadakan di Kompleks PKNS, pesta buku tahun ini diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), dekat sini.
Tahun lalu, kegiatan itu diadakan di sekeliling Tasik Shah Alam.
Tema tahun ini beralih dari kegiatan membaca kepada membangkitkan semangat semua pihak untuk menulis, kerana itu mereka boleh sertai acara membaca selama 15 minit itu di daerah masing-masing.
Sempena pesta buku pada tahun ini, Profesor Matematik Negara, Prof Shaharir Mohd Zain dinobatkan sebagai Penulis Negeri Selangor ekoran kejayaan beliau dalam bidang itu. (Gambar atas)
Anugerah itu telah memberikan Dr Shaharir jumlah wang sebanyak RM10,000 dan hadiah iringan.
Setelah majlis perasmian, Khalid bersama dengan Dr Halimah dan Presiden Seniman Paksi Rakyat (Paksi), Dinsman menyertai sesi dialog bersama penulis.
Di sebelah petang pula, diadakan Perhimpunan dan Konvensyen Penulis dan Bloggers diadakan di tempat sama dengan kehadiran semua golongan penulis dan orang awam.
Dua Sasterawan Negara, Datuk Dr A Samad Said dan Datuk Dr Anwar Ridhwan, Dr Shaharir menjadi panelis dengan Dr Halimah menggulung acara di akhir majlis.
Banyak perkara dibangkitkan oleh ramai penulis antaranya Subky Latif, A Shukur Harun dan Raja Ahmad Aminullah.
Sementara itu, Mastura di dalam ucapan ringkasnya berkata, penulis di semua peringkat perlu segera menyebarluaskan maklumat kepada seluruh anggota masyarakat.
"Sebagai contoh, mereka hendaklah segera menulis di dalam ruangan akhbar atau di blog mereka mengenai apa yang Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor lakukan kini bagi memudahkan rakyat membuat pilihan tepat di dalam PRU 13," tegasnya.
Dr Halimah pula berharap, semua penulis perlu bersinergi dengan pihak lain bagi memastikan hasil karya mereka dapat dijadikan buku dalam reka bentuk menarik dengan pemasaran berkesan. (harakahdaily).
Setelah bertemu dengan beberapa orang (saksi) yang mengetahui tentang kejadian seorang pemuda dihalau dari Masjid Bandaraya, Likas baru-baru ini, DPP Sepangar telah dimaklumkan siapakah sebenarnya Hj. Paiman Hj. Abd Karim.
1. Beliau sebenarnya adalah bekas AJK Masjid Bandaraya, Likas. 2. Beliau juga adalah suami kepada Datuk Hjh Azizah Datuk Seri Panglima Mohd Dun (wakil rakyat UMNO dan juga Exco Wanita UMNO) yang kini menyandang jawatan di Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah. (rujuk disini: http://www.sabah.gov.my/adminstructure/govstructure.asp?section=statecabinet)
Hj. Paiman Hj. Abd Karim bersama isteri beliau (Datuk Hjh Azizah Datuk Seri Panglima Mohd Dun) pada majlis makan rasmi.
Kejadian yang berlaku itu juga sebenarnya bukanlah arahan rasmi pihak masjid kerana ianya adalah merupakan tindakan individu.Sehubungan dengan itu, DPP Sepangar mengingatkan agar beliau tidak lagi mengulangi perbuatan tersebut kerana semata-mata isteri beliau adalah seorang menteri di Sabah. Sepatutnya beliau harus memahami bahawa asas keharmonian masjid sebagai institusi yang menghubungkan silaturahim sesama Islam haruslah diutamakan.
Pada kesempatan ini, DPP Sepangar sekali lagi menyeru agar rakyat Malaysia umumnya dan rakyat Sabah khususnya bangkit menuntut pilihanraya yang bersih dan adil melalui program BERSIH. Tuntutan BERSIH tidak seharusnya dilihat sebagai ancaman kepada kerajaan tetapi seharusnya dilihat sebagai memperbetulkan sistem Demokrasi Malaysia yang tempang akibat dari kebobrokan pemimpin UMNO/BN dalam mengurus tadbir.
Note: Nantikan pendedahan Dewan Pemuda PAS kawasan Sepanggar tentang aktiviti 'A DANCE MUSIC FESTIVAL' yang akan dianjurkan pada 2 Julai nanti. Pesta Maksiat terbesar Sabah-Labuan-Brunei.
KUALA LUMPUR, 29 Jun: Walaupun ditekan dengan pelbagai asakan, PAS mengucapkan ribuan terima kasih kepada polis dan media BN kerana membuat promosi percuma untuk perhimpunan Bersih 9 Julai ini.
"Apa pun kami berterima kasih kepada polis, pak menteri dalam negeri, Perkasa, pemuda Umno, Utusan Malaysia, RTM dan TV3 kerana tolong mempromosi secara percuma perhimpunan bersih pada 9 julai ini.
"Segala 'jasa baik' kamu tersebut kami serahkan pembalasannya pada Allah," kata peguam Mohamed Hanipa Maidin (gambar), AJK PAS Pusat.
Namun begitu, kredibiliti timbalan ketua polis negara dipertikaikan beliau dan disifatkan sebagai bukan sahaja jahil undang-undang bahkan beliau telah menyalahguna kuasa.
Hanipa mempertikaikan "Adakah orang sebegini yang akan menjadi Ketua Polis Negara kelak?"
Hanipa membuat kenyataan itu ketika mengulas kenyataan Datuk Sri Khalid Abu Bakar yang berkata, sebarang permohonan permit tidak akan dilayan untuk mengadakan perhimpunan Bersih.
Bagi beliau, kerajaan BN merestu tindakan polis yang menyalah gunakan kuasa itu.
Bagi Hanipa yang menang dengan undi yang besar dalam pemilihan pimpinan PAS Pusat baru-baru ini, hasrat menganjurkan perhimpunan bersih secara aman pada 9 julai ini yang dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan menerima reaksi 'gila' dari Kerajaan zalim BN yang menggunakan instrumen Polis untuk mewujudkan ketakutan di kalangan rakyat.
Katanya, pelbagai tuduhan tidak masuk akal digunakan oleh polis untuk mengganggu program bersih .
Tuduhan paling 'common' adalah perhimpunan bersih adalah perhimpunan haram kerana tiada permohonan permit dikemukakan, katanya.
"Hakikatnya polis yang suka perhimpunan haram diadakan kerana Timbalan Ketua Polis Negara sendiri dilaporkan berkata sebarang permohonan permit tidak akan dilayan.
"Apa gunanya permohonan permit dipohon jika Timbalan KPN sendiri menyatakan permohonan tersebut tidak akan dilayan," kata Hanipa.
Sebenarnya, kata Hanipa, kenyataan Timbalan KPN tersebut adalah bercanggah dengan sekyen 27 Akta Polis 1967 kerana tugas meluluskan permit adalah di tangan Ketua Polis Daerah (KPD) .
"Jika Timbalan KPN sudah mendahului KPD apakah jaminan KPD akan berani mengatasi keputusan Timbalan KPN? Adalah jelas Timbalan KPN bukan sahaja jahil undang-undang bahkan beliau telah menyalahguna kuasa beliau . Adakah orang sebegini yang akan menjadi Ketua Polis Negara kelak ?" soal beliau.
Tuduhan lain terhadap bersih adalah perhimpunan bersih akan menjejaskan keselamatan negara dan mengganggu keamanan.
"Bagaimanakah suatu perhimpunan yang belum diadakan sudah diketahui akan menjejaskan keselamatan dan mengganggu keamanan? Adakah polis bertindak sebagai pak nujum di sini?" katanya.
Penganjur Bersih, jelas beliau, telah berulang kali menyatakan perhimpunan yang ingin diadakan adalah perhimpunan aman bagi menuntut satu pilihanraya yang bersih dan adil di negara ini.
Jika benar ia mengganggu keamanan maka sudah tentu ia bukan datangnya dari bersih sebaliknya boleh dihujahkan datang dari mereka yang ada ajenda buruk ingin mengganggu perhimpunan aman bersih, tegasnya.
Selanjutnya adalah menjadi tugas polis menjaga keamanan dan polis sepatutnya menolong bersih dari gangguan anasir -anasir yang ingin mengganggu keamanan perhimpunan bersih.
Hanipa yang menang beberapa kes saman terhadap polis berkata, polis mesti jujur dan profesional.
"Adakah perhimpunan bersih yang ingin diadakan secara aman akan menjejaskan keselamatan negara atau ianya menjejaskan keselamatan Umno dan BN? Sejarah membuktikan polis di negara ini gagal membezakan antara keselamatan negara dan keselamatan Umno ?" tambah Hanipa.
Katanya, Bersih mempunyai rekod yang bersih menganjurkan perhimpunan ratusan manusia di Kuala Lumpur secara aman dan polis pula mempunyai rekod yang kotor mengganggu perhimpunan aman bersih.
Mahkamah sendiri telah menyatakan di dalam kes perhimpunan bersih yang pertama dahulu bahawa perhimpunan bersih adalah aman dan tidak menjejaskan keamanan sebaliknya polis yang menganggu perhmpunan aman tersebut.
Saksi-saksi polis yang memberi keterangan di dalam kes bersih sendiri mengakui semasa di soal balas oleh peguambela bahawa perhimpunan bersih yang pertama adalah aman dan tidak menjejaskan negara.
"Untuk rakyat yang cintakan demokrasi dan pilihanraya yang adil dan bersih marilah sama sama kita beramai ramai menyertai perhimpunan aman bersih pada 9 hb Julai 2011 ini. Buktikan pada semua bahawa kita adalah rakyat yang cintakan keamanan dan demokrasi yang tulin," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan