DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA Posted: 29 Jun 2011 03:28 AM PDT POLIS JANGAN “DOUBLE STANDARD” Posted: 29 Jun 2011 12:37 AM PDT KENYATAAN AKHBAR DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR POLIS JANGAN "DOUBLE STANDARD"
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor berasa kesal dan kecewa di atas tindakan segerombolan pemuda UMNO yang diketuai oleh exco pergerakan pemudanya iaitu Lokman Nor Adam kerana cuba untuk mencetuskan provokasi dan huru-hara apabila berhimpun dan berkumpul di hadapan pejabat parti PKR di Tropicana pada lewat semalam. Perhimpunan tidak sah tersebut telah disulami dengan pelbagai ugutan, ancaman dan kata-kata yang berbaur hasutan. Apa yang menyedihkan pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor ialah himpunan tersebut berlaku berhampiran dengan Balai Polis Tropicana dan anggota polis di situ hanya menjadi penonton dengan tiada sebarang tindakan dan tangkapan di buat.
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor akan MEMANTAU dan mengharapkan PENJELASAN daripada pihak polis tentang tindakan mereka terhadap perkara ini kerana terdapat 2 versi yang berbeza berkenaan tindakan polis untuk menangani perhimpunan yang membabitkan orang ramai. Sekiranya pihak UMNO/BN ataupun pihak yang pro kepada mereka, maka pihak polis akan memberikan kerjasama dan kawalan keselamatan yang baik untuk mempastikan perhimpunan berjalan lancar tetapi berbeza pula kaedahnya apabila pihak NGO dan parti pembangkang yang pro BERSIH cuba untuk mengadakan himpunan aman tanpa ada sebarang unsur-unsur provokasi, kecaman, ugutan dan kata-kata berbaur hasutan tidak pula mendapat kerjasama pihak polis malahan ada yang ditangkap di atas sebab-sebab keselamatan. Pihak polis sepatutnya tidak bersikap "double standard" di dalam menangani persoalan ini. Ini akan menjatuhkan maruah dan integriti pihak polis sebagai pasukan yang dihormati pada pandangan masyarakat sekiranya terus dipergunakan sebagai alat untuk meneruskan kesinambungan penguasaan kuasa pihak tertentu.
Oleh itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengharapkan pihak polis agar berlaku adil, telus dan berwibawa di dalam menangani isu yang membabitkan hak-hak rakyat Malaysia sepertimana yang termaktub di dalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.
HASBULLAH MOHD RIDZWAN KETUA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR
29 Jun 2011 | |
::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang:: Posted: 29 Jun 2011 01:19 AM PDT PASTI Pulau Pinang Dapat Tempat Ke 4 Terbaik di Malaysia Posted: 28 Jun 2011 09:20 AM PDT Pasukan bolasepak PASTI Pulau Pinang telah meraih tempat ke 4 dalam Pesta Sukan PASTI Pusat yang telah diadakan pada 25 Jun yang lepas di Padang Pusat Latihan Telekom Malaysia, Marang Terengganu. Pada perlawanan separuh akhir pasukan Pulau Pinang telah bertemu pasukan Perak. Pada mulanya Pulau Pinang mendahului 1-0 tetapi kemudiannya Perak menjaringkan dua gol dari [...] | |
CINA ISLAM (林川興) Posted: 29 Jun 2011 01:09 AM PDT Bersih: Edar bendera Malaysia pun ditangkap? Posted: 29 Jun 2011 01:00 AM PDT 27 Rejab 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 29 Jun: Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim mempersoal tindakan polis menangkap aktivis Bersih termasuk Adun di Sungai Siput, Perak pagi tadi.
Beliau mahu pihak polis menjelaskan apa kesalahan yang dilakukan mereka sehingga digari dan dibawa ke balai polis Sungai Siput.
"Saya mempersoalkan apakah alasan mereka ditangkap, adakah kerana pakai baju kuning atau baju merah atau sebab edar risalah parti atau bendera Malaysia?" soalnya ketika menghubungi Harakahdaily sebentar tadi.
Seramai 14 orang yang ditahan polis kira-kira 9.00 pagi di Pasar Sungai Siput termasuk Adun Teja, Chang Lih Kang, Adun Jalong, Leong Mei Meng dan Timbalan Setiausaha PKR Negeri Perak, Tan Kar Hing.
Polis membuat penangkapan mereka dengan memberi alasan mengedar bendera Malaysia dengan memakai baju Bersih.
Khalil Idham yang juga Adun Titi Serong menyifatkan penangkapan itu sebagai melanggar kebebasan rakyat untuk berhimpun.
"Saya menganggap penangkapan adalah secara tidak sah dan nmelanggar kebebasan rakyat untuk berhimpun dan bergerak secara sah sesuai dengan peruntukan Perlembagaan Fasal 10(1)/b.
"Saya dan Adun-adun Pakatan yang lain datang untuk memberi sokongan moral kepada meraka, juga harap semua petugas Pakatan tidak lemah semangat untuk mengedarkan risalah di mana-mana saja," katanya.
Sementara itu, Malaysiakini melaporkan, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, adalah satu kesalahan bagi mana-mana individu yang memakai baju yang berkaitan dengan aktiviti haram.
Justeru, tangkapan ke atas mereka yang memakai baju Bersih 2.0 oleh polis adalah betul.
"Jika kemeja-T Bersih berhubungkait dengan aktiviti haram, maka memakainya adalah juga haram," katanya kepada wartawan.
harakahdaily/- | Mengapa PM, TPM bermewah dengan wang rakyat Posted: 29 Jun 2011 12:40 AM PDT 27 Rejab 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 29 Jun: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) melahirkan rasa terkejut dan kesal di atas tindakan kerajaan Malaysia membelanjakan hampir RM49 juta setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
Timbalan ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz mempersoalkan mengapa kerajaan sanggup membelanjakan berjuta ringgit setahun semata-mata untuk kos kediaman pemimpin-pemimpin negara.
Katanya, dalam keadaan bebanan kos sara hidup yang meningkat, dengan kenaikan harga minyak petrol, kenaikan kadar tarif eletrik, kenaikan harga barang-barang keperluan, Perdana Menteri dan timbalannya pula sanggup hidup bermewahan dengan duit rakyat.
Dalam keadaan demikian, soalnya patutkah kerajaan menarik balik subsidi yang sepatutnya dimiliki rakyat sedangkan kehidupan pemimpin negara dalam keadaan serba selesa.
Menurutnya, nilai RM49 juta jika diagihkan untuk pendidikan rakyat, mampu memberi biasiswa percuma ribuan mahasiswa setiap tahun.
"Bagaimanakah negara dapat melahirkan rakyat yang bertaqwa, berdisiplin, berhemah, berjimat dan mengutamakan kepentingan negara melebihi diri mereka sendiri jika pemimpin negara sendiri hidup dengan mementingkan kepentingan diri mereka sendiri berbanding kepentingan rakyat?" tanya beliau dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Sehubungan itu, katanya DPPWP meminta agar kerajaan mengkaji balik kos perbelanjaan kediaman Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
"Tidak semestinya kena banyak belanja jika inginkan keselesaan buat pemimpin negara. Banyak lagi keperluan mendesak untuk negara diperlukan dengan nilai sebanyak itu," katanya.
Akhirnya, kata beliau DPPWP mengingatkan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri bahawa rakyat sentiasa melihat mereka.
"Sikap 'cakap tak serupa bikin' amat dibenci oleh rakyat," ujarnya.
harakahdaily/- | Polis Serbu, Gelidah Sekretariat BERSIH 2.0 Posted: 29 Jun 2011 12:30 AM PDT 27 Rejab 1432H. [MOD] -
PETALING JAYA 29 JUN : Sekretariat BERSIH 2.0 hari ini diserbu dan digelidah oleh polis.
Lima belas anggota tiba kira-kira 15 minit lalu, kata Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah yang juga mengetuai kumpulan NGO Empower lapor Malaysiakini.
Pejabat BERSIH 2.o terletak di Seksyen 4, Petaling Jaya.
Maria berkata pihaknya menerima pelbagai tekanan hebat daripada pihak berkuasa bagi membatalkan perhimpunan aman pada 9 Julai ini bagi menuntut piliuhan raya adil dan bebas diadakan di negara ini.
tv selangor/- | 'Ya, ya, ya', polis akan bertindak ke atas Pemuda Posted: 29 Jun 2011 12:25 AM PDT 27 Rejab 1432H. [MOD] -
Pemuda Umno akan berdepan dengan tindakan kerana mengadakan perhimpunan tanpa permit di hadapan ibu pejabat PKR pada lewat malam Isnin lalu, kata Menteriu Dalam Negeri.
Ditanya secara spesifik sama ada polis akan bertindak berhubung insiden itu, Hishammuddin Hussein berkata: "Ya, ya, ya."
Katanya, tida ada mana-mana individu yang akan mendapat layanan istimewa dan kerajaan telha menjelaskan pendiriannya itu.
"Saya telah arahkan (polis) supaya Pemuda (Umno) diberikan layanan yang sama. Tidak ada sesiapun mengatasi undang-undang," katanya.
Dalam demonstrasi yang diadakan dalam keadaan hingar bingar, kira-kira 300 orang menurut anggaran PKR datang dengan bermotosikal dan menuntut PKR agar menarik balik sokongan mereka ke atas perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai.
Setiausha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail yang bekejar ke ibu pejabat parti setelah dimaklumkan oleh ahli-ahli parti berkata beliau tiba pada jam 11 malam semalam dan memantau dari jarak jauh.
"Sudah tentu, dia ada kata yang dia mahu bakar ibu pejbat kami. Dia boleh nafikan semua itu tetapi kami ada rakamannya," kata Saifuddin.
Bagaimanapun exco pergerakan itu Lokman Noor Adam menafikan dakwaan itu dan berkata beliau hanya dimaklumkan bahawa terdapat seorang pemimpinnya berucap:
"Sekiranya PKR meneruskannya juga perhimpunan pada 9 haribulan ini, kita ada pastikan pejabat PKR tidak ada di sini".
Bagaimanapun, tegasnya, beliau sendiri tidak ada mendengar kenyataan itu dikeluarkan dalam perhimpunan mereka itu.
malaysiakini/- | Mayat tertiarap bawah pokok Posted: 29 Jun 2011 12:00 AM PDT 27 Rejab 1432H. [MOD] -
KOTA BHARU – Penduduk terkejut apabila menemui mayat lelaki tertiarap di bawah pokok selepas dipercayai menggantung diri di kawasan semak Kampung Lundang dekat sini, petang kelmarin.
Mayat lelaki tidak dikenali berusia 30-an itu ditemui Wan Salleh Wan Mahmood, 64, yang melalui kawasan itu untuk mencari lembu miliknya kira-kira jam 4.30 petang.
Wan Salleh berkata, dia kemudian memaklumkannya kepada penduduk bagi melaporkan kepada polis.
"Saya tidak selalu melalui kawasan semak itu, secara kebetulan saya ke situ untuk mencari lembu dan melihat mayat manusia berada di bawah pokok," katanya.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, polis segera ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan selepas menerima panggilan penghulu kampung.
Katanya, sejurus tiba di tempat kejadian, lelaki terbabit berada di bawah pokok dan sudah meninggal dunia.
"Hasil siasatan di kawasan berkenaan, pasukan kita menemui tali yang tergantung pada dahan sebatang pokok," katanya.
Azham berkata, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu dan mengenal pasti punca menyebabkan lelaki terbabit mati.
Katanya, mayat lelaki itu kemudian dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk dibedah siasat dan polis mengklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sinar Harian difahamkan lelaki berasal dari Pulau Langkawi, Kedah, itu bertindak menggantung diri sebelum ditemui mati, bagaimanapun ketika mayat ditemui, tali yang digunakan itu terputus.
sianrharian/- | Waran tangkap helah bunuh Gaddafi Posted: 28 Jun 2011 11:40 PM PDT 27 Rejab 1432H. [MOD] -
TRIPOLI - Kerajaan Libya menolak waran tangkap antarabangsa dikeluarkan terhadap pemimpin negara itu, Muammar Gaddafi dan menganggapnya sebagai alasan kuasa Barat untuk membunuh beliau.
Menteri Undang-Undang Libya, Mohammed Al-Gamudi berkata, waran tangkap yang turut dikeluarkan kepada anak lelaki Gaddafi, Saif Al-Islam dan ketua perisik Libya, Abdullah al-Senussi atas dakwaan melakukan kekejaman terhadap pembangkang politik adalah satu helah besar.
"Waran tangkap itu hanya alasan untuk membenarkan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) membunuh Gaddafi," katanya.
Timbalan Menteri Luar Libya, Khaled Kaaim pula berkata, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dilihat berfungsi sebagai alat dasar luar Eropah.
"Ia adalah sebuah mahkamah politik yang berkhidmat untuk kerajaan Eropah. Mahkamah kami sendiri akan menangani mana-mana pencabulan hak asasi manusia dan jenayah lain di Libya," katanya.
Menurut ICC, ketiga-tiga lelaki itu dikehendaki kerana peranan mereka menindas pemberontakan Libya dan menuduh ramai orang awam dibunuh dan diseksa pasukan tentera Gaddafi.
sinarharian/- | Penemuan terbaru air beradioaktif di Jepun Posted: 28 Jun 2011 11:30 PM PDT 27 Rejab 1432H. [MOD] -
TOKYO 29 Jun - Air beradioaktif yang bocor dari loji nuklear Fukushima akibat tsunami dan gempa bumi Mac lalu ditemui hari ini, lapor kerajaan Jepun.
Kira-kira 15 tan air dengan paras radiasi yang rendah ditemui bocor dari tangki simpanan di loji yang terletak di pesisiran pantai Pasifik itu iaitu 240 kilometer dari utara Jepun.
Tokyo Electric Power Co. (TEPCO) berkata mereka akan menyiasat punca kebocoran tersebut selepas memperbaikinya. - Reuters | Geng Yusuff Kerinting dicekup Posted: 28 Jun 2011 11:00 PM PDT 27 Rejab 1432H. [MOD] -
MARANG - Polis merampas 10 buah kenderaan curi bernilai RM800,000 ekoran penahanan lima lelaki anggota sindiket curi kenderaan bergelar Geng Yusuff Kerinting dalam Ops Lejang Mewah di beberapa lokasi di negeri ini.
Yusuff Kerinting dari Kota Bharu, Kelantan dipercayai pengasas kepada kumpulan curi kenderaan itu tetapi lelaki itu telah meninggal dunia pada Disember lalu. Biarpun Yusuff telah tiada, kegiatan mencuri kenderaan oleh kumpulan itu masih berterusan.
Antara jenis kenderaan yang dirampas daripada lima anggota Yusuff Kerinting adalah membabitkan masing-masing sebuah kenderaan Toyota Camry, Toyota Caldina, Toyota Harrier dan Toyota Wish.
Turut dirampas ialah sebuah Mitsubishi Storm, Mitsubishi Triton, Perodua Viva dan dua buah Perodua Myvi. | Pelajar dapat 7A maut di sekolah Posted: 28 Jun 2011 09:40 PM PDT 27 Rejab 1432H. [MOD] -
KAJANG – Ratusan pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yu Hua disini dikejutkan dengan kejadian seorang pelajar lelaki tingkatan enam sekolah itu yang maut selepas mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat empat bangunan sekolah.
Sebelum kejadian pada pukul 9.20 pagi itu, mangsa Nge Hao Zheng, 18, dikatakan baru berjumpa guru kaunseling lelaki sekolahnya di tingkat empat bangunan sama bagi membincangkan aduan seorang pelajar perempuan tingkatan tiga sekolah itu yang mendakwa dicabul mangsa.
Ekoran aduan itu, Hao Zheng, pelajar aliran sains tingkatan enam rendah, masuk ke bilik kaunseling kira-kira pukul 8 pagi dan berbincang mengenai perkara itu.
Sebaik keluar dari bilik guru kaunseling itu, mangsa didakwa terus memanjat tembok beranda di tingkat empat tidak jauh dari bilik kaunseling sebelum dia terjatuh.
Pelajar-pelajar lain yang sedang mengikuti sesi pelajaran di sekolah itu dikejutkan dengan bunyi objek jatuh.
Mangsa kemudian ditemui dalam keadaan berlumuran darah dan sudah tidak bernyawa di tepi bangunan sekolah. | 600 pemuda protes SMS ugutan bunuh Posted: 28 Jun 2011 09:30 PM PDT 27 Rejab 1432H. [MOD] -
SHAH ALAM – Hampir 600 Pemuda UMNO mengepung ibu pejabat PKR di Tropicana Merchant Square sebagai tanda memprotes ugutan bunuh terhadap ketua mereka, Khairy Jamaluddin, melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
Exconya, Lokman Noor Adam mendakwa, SMS ugutan bunuh itu dihantar penyokong pembangkang.
Menurutnya, kumpulan itu berkumpul di depan pejabat PKR sekitar jam 10.30 malam dan mula menghalang laluan serta membuat laungan.
"SMS itu berbunyi, sekiranya Pemuda UMNO meneruskan perhimpunan patriot 9 Julai depan bagi menentang demonstrasi jalanan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), mereka akan disembelih, tetapi ia langsung tidak menggentarkan kami dan perhimpunan itu tetap diteruskan.
"Kumpulan yang dianggotai 400 Pemuda dari Selangor dan 200 Pemuda Wilayah Persekutuan ini mempunyai mesej jelas kepada PKR bahawa kami tidak takut serta bersedia untuk berhadapan dengan mereka lebih awal," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Lokman berkata, kenyataan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail bahawa Pemuda UMNO mahu membakar pejabat dan mencederakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S Ambiga adalah fitnah.
"Kami langsung tidak menyebut untuk berbuat demikian. Saya mencabar dia (Saifuddin) tayangkan rakaman mengenai ugutan bunuh dan mencederakan ini.
Menurutnya, laporan polis mengenai kenyataan Saifuddin itu telah dibuat dan sama ada hendak mengambil tidakan undang-undang atau tidak masik dalam kajian.
Kelmarin, tindakan itu diadakan selepas beberapa jam wakil Bersih 2.0, Pemuda UMNO dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dipanggil polis.
sinarharian/- | 'Bersih 2.0 Australia' tak hirau amaran kerajaan Posted: 28 Jun 2011 08:32 PM PDT 27 Rejab 1432H. [MOD] -
Sekumpulan rakyat Malaysia yang menuntut di Australia berikrar akan meneruskan hasrat mengadakan perhimpunan bagi menyokong BERSIH 2.0 di sebalik amaran oleh pihak berkuasa Malaysia supaya tidak berbuat demkian.
Seorang pelajar di Adelaide dalam satu kenyataan berkata tunjuk perasaan akan diadakan pada masa sama dengan perhimpunan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini yang dijadualkan pada jam 2 petang.
Pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Maverick itu berkata perhimpunan akan diadakan di tujuh bandaraya di lokasi simbolik seperti bangunan konsulat Malaysia di Sydney dan Perth dan juga bangunan Parlimen di Canberra.
Namun, katanya perhimpunan terbesar dijangkakan di Melbourne.
"Di Adelaide, perhimpunan akan diadakan di Victoria Square Fountains, ia lebih menjurus ke arah mendidik pelajar Malaysia mengenai demokrasi dan situasi yang sedang dihadapi di Malaysia.
"Seperti yang kita ketahui, majoriti golongan muda Malaysia takut untuk meluahkan suara mereka atau berdiri untuk politik," kata Maverick.
Pelajar itu berkata tidak seperti di Malaysia, adalah mudah untuk mendapatkan kebenaran bagi berhimpun dan dalam kes di Adelaide, mereka cuma perlu memaklumkannya kepada majlis perbandaran.
Menurut Maverick, beliau langsung tidak gusar dengan amaran yang dikeluarkan oleh pejabat Konsulat Malaysia pada 24 Jun lalu yang melarang pelajar Malaysia berhimpun. Ini kerana katanya, rakyat Australia juga akan menyokong mereka.
"Saya tak takut walaupun saya seorang pelajar. Saya tahu rakyat Australia mengamalkan demokrasi tulen dan akan menyokong kami dalam penganjuran perhimpunan seumpama ini.
"Dalam beberapa hari lagi, kami akan berhubungan dengan beberapa senator dan ahli parlimen Australia bagi menyokong kami pada perhimpunan ini," katanya lagi.
malaysiakini/- | Ahli PAS selamatkan penyokong PSM Posted: 28 Jun 2011 08:20 PM PDT 27 Rejab 1432H. [MOD] -
Kira-kura 40 penyokong Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang 'berkhemah' di luar balai polis Kepala Batas malam semalam diganggu oleh kumpulan yang tidak dikenali tetapi mendakwa diri mereka sebagai penduduk kampung di sekitar kawasan itu.
Penyokong parti PSM itu termasuk ahli keluarga mangsa yang ditahan reman selama tujuh hari atas dakwaan cuba mencetuskan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong. Mereka berkumpul seawal jam 11.30 pagi semalam tetapi dinafikan hak untuk melawat oleh polis.
Antara yang ditangkap itu termasuk ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar, Ahli Jawatankuasa Pusat PSM Choo Chon Kai dan 27 aktivis lain.
Semua mereka dicekup di pondok tol Sungai Dua ketika dalam perjalanan ke Pulau Pinang Ahad lalu bagi menghadiri sebuah majlios yang bertema "Udahlah...Bersaralah" yang dianjurkan parti itu.
Mereka dikenakan perintah tahan reman sehingga 2 Julai ini tetapi peguam tahanan itu cuba membuat semakan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini pada jam 2.30 petang.
"Penduduk kampung" yang dianggarkan kira-kira 100 orang itu muncul pada jam 9 malam dan menuntut penyokong PSM supaya segera meninggalkan kawasan itu kerana tidak mahu melihat sebarang 'huru-hara'.
Kumpulan itu menafikan mereka terbabit dengan sebarang parti politik tetapi enggan mendedahkan siapa pemimpin mereka.
Mereka datang dengan menaiki kereta dan motorsikal tetapi berjaya disuraikan oleh kira-kira 50 anggota polis kira-kira 30 minit kemudian.
Pada satu ketika, apabial ketegangan memuncak, setiausaha agung PSM S Arutchelvan dan Ahli Jawatankuasa Pusat parti itu V Selvam terpaksa mendapatkan perlindungan daripada polis.
Selvam kemudiannya mempersalahkan polis kerana 'memaksa' kumpulan PSM itu berkumpul secara tidak sah.
"Mereka tidak benarkan kita masuk balai polis dan minta kita tunggu di jalan raya di luar balai," katanya kepada Malaysiakini.
"Ada kawasan letak kereta yang luas di luar balai polis tetapi mereka juga tidak benarkan kita tunggu di sana, jadi kita terpaksa berkumpul di tepi jalan," katanya.
Arutchelvan pula mendakwa kumpulan penunjuk perasaan itu cuba menghasut penyokong partinya supaya bergaduh.
Dakwanya penganjur penunjuk perasaan besar kemungkinan mahu melihat pergaduhan tercetus.
"Kita tidak mahu diheret dengan isu lain sebab itu kita berundur," katanya sambil menambah perkara itu akan diadukan kepada ketua polis Pulau Pinang hari ini.
Keluarga mangsa tahanan kemudiannya diiringi oleh beberapa anggota PAS yang membawa mereka ke kampung tersebut untuk bermalam dan dilindungi daripada kumpulan penunjuk perasaan itu.
Sementara itu, seorang anggota PAS dari Kepala Batas Abu Muaz (kiri) berkata beliau mengenal-pasti penunjuk perasaan itu adalah ahli Umno kerana mereka tinggal di kawasan yang sama.
MALAYSIAKINI/- | 20 ekor lembu terlepas dari kandang Posted: 28 Jun 2011 08:20 PM PDT 27 Rejab 1432H. [MOD] -
TREDEGAR, Wales - Sejumlah 20 ekor lembu terlepas dari kandang di sini menyebabkan haiwan itu mengerumuni halaman rumah untuk meragut rumput, lapor sebuah akhbar semalam.
Menurut seorang penduduk di kampung ini, lembu itu juga memakan pokok bunga yang ditanam menyebabkan satu dana terpaksa diwujudkan untuk menanam semula pokok tersebut.
Ekoran kejadian itu yang berlaku baru-baru ini, majlis perbandaran di kawasan berkenaan menegaskan tindakan undang-undang akan dilaksanakan terhadap penternak yang gagal mengawal pergerakan haiwan mereka.
Agensi | Belanja RM750j PLKN tidak masuk akal Posted: 28 Jun 2011 08:19 PM PDT 27 Rejab 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR – Jumlah perbelanjaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) diluluskan bagi tahun ini mencecah RM752,922,000.00, meningkat RM252 juta berbanding had asal RM500 juta.
Pecahan perbelanjaan meliputi RM21,328,00.00 bagi kos emolument, RM723,893,530.00 untuk perkhidmatan dan perbekalan, RM6,220,000.00 bagi aset dan RM1,480,470.00 untuk pembayaran dan kenaan bayar tetap termasuk ganjaran kepada kakitangan awam.
Jumlah itu, dikemukakan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi menjawab persoalan Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook yang memintanya menyatakan jumlah perbelanjaan untuk program itu bagi tahun ini.
Ahmad Zahid berkata, buat masa ini, kerajaan tidak bercadang mengkaji semula pelaksanaan PLKN kerana program itu terbukti berjaya dalam mencapai misi dan visi penubuhannya.
Bagaimanapun, Siew Fook berkata, timbul pelbagai persoalan mengenai kos itu dikatakan tidak masuk akal dan timbul kebimbangan sama ada jumlah itu boleh dikekalkan atau semakin meningkat serta menggalakkan pembaziran wang rakyat.
"Ketika ia mula dilaksanakan pada 2004, semasa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Menteri Pertahanan, beliau mengumumkan kerajaan menetapkan satu had perbelanjaan maksimum, RM500 juta setahun.
"Apa yang berlaku sekarang sebaliknya, belum sampai 10 tahun, ia meningkat 50 peratus kepada RM750 juta," katanya.
Beliau turut mempersoalkan jaminan tiada sebarang peningkatan perbelanjaan PLKN sekiranya tempoh PLKN pelajar dilanjutkan lebih tiga bulan sebagaimana dicadangkan Ahmad Zahid sebelum ini.
"Saya rasa tidak mustahil belanja PLKN sahaja cecah RM1 bilion memandangkan tahun ini baru ada tujuh bulan, belanja hampir cecah RM750 juta dalam tempoh setahun.
"Apa yang kita persoalkan, banyak mana dibelanjakan untuk pakaian seragam, pembekal makanan? Jadi, kerajaan patut kaji pelaksanaan ini kerana kita khuatir matlamatnya tidak tercapai," katanya.
Berikutan itu, beliau mencadangkan supaya modul PLKN diterapkan ketika pelajar di sekolah menengah bagi menjimatkan perbelanjaan.
"Memandangkan ia tidak telus, saya menyeru Ketua Audit Negara supaya mengaudit perbelanjaan PLKN, kita manu tahu berapa jumlah belanja diperuntukkan untuk setiap peserta," katanya.
SINARHARIAN/- | Remaja jadi penggodam diikat jamin Posted: 28 Jun 2011 08:00 PM PDT 27 Rejab 1432H. [MOD] -
WICKFORD - Seorang penggodam yang didakwa menggodam sistem komputer Agensi Jenayah Terancang Serius Britain (Soca) pulang ke rumahnya semalam selepas ibunya berjanji tidak akan membenarkan dia melayari Internet, lapor sebuah akhbar semalam.
RYAN CLEARY bersama ibunya keluar dari Mahkamah Mahkota Southwark Crown Court, Britain semalam.
Penggodam tersebut, Ryan Cleary, yang didakwa orang penting dalam kumpulan penggodam antarabangsa, LulzSec, bertemu semula dengan ibunya, Rita selepas dia dibenarkan ikat jamin oleh hakim sebuah mahkamah setelah tujuh hari ditahan reman polis.
Remaja berusia 19 tahun yang gemar menyendiri itu ditangkap dalam operasi bersama polis Britain dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di rumah ibunya di sini, England pada Isnin lalu kerana disyaki mensabotaj beberapa organisasi kerajaan termasuk Soca.
"Saya berasa amat lega kerana dapat membawa anak saya pulang. Sepanjang tujuh hari dia ditahan, ia merupakan hari paling panjang dalam hidup kami," kata Rita.
"Dia memberitahu saya bahawa dia mungkin gila berada dalam tahanan," tambahnya.
Cleary yang diperintahkan memakai penanda elektronik, berdepan lima dakwaan di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer dan Akta Jenayah Britain.
Kumpulan LulzSec pula dikaitkan dengan serangan siber ke atas beberapa laman web termasuk Perkhidmatan Kesihatan Britain (NHS), Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan syarikat permainan komputer Sony serta Nintendo.
Agensi | Motosikal terbang pertama di dunia Posted: 28 Jun 2011 07:40 PM PDT 27 Rejab 1432H. [MOD] -
SYDNEY - Seorang bekas juruterbang helikopter, Chris Malloy mencipta sebuah motosikal terbang yang pertama di dunia di dalam garaj miliknya di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Malloy, 32, mencipta motosikal seberat 270 kilogram itu dengan menggunakan bingkai udara carbon-fiber dan sebuah enjin kereta BMW.
Motosikal itu yang mengambil masa selama dua setengah tahun untuk dicipta boleh terbang pada ketinggian 3,048 meter dan mampu bergerak pada kelajuan 160.93 kilometer sejam.
Satu tangki minyak penuh akan membolehkan motosikal itu bergerak sejauh 148.05 kilometer selama 45 minit manakala ia mungkin dijual pada harga lebih AS$71,809 (RM218,981) sebuah.
Malloy enggan mendedahkan jumlah kos sebenar untuk menghasilkan motosikal itu tetapi dia menyatakan dia membelanjakan AS$223.51 (RM681.03) seminggu.
Dia berkata, prinsip asas motosikal itu ialah dia bergerak sama seperti sebuah helikopter Chinook dan sebuah motosikal biasa.
Setakat ini, tali diikat pada motosikal itu semasa ujian dilakukan bagi mengelak ia terbang terlalu tinggi.
Agensi | TERKINI : 12 ditangkap edar risalah Bersih di Perak. Posted: 28 Jun 2011 07:17 PM PDT 27 Rejab 1432H. [MOD] - SUNGAI SIPUT : Seramai 12 orang pimpinan dan penyokong Pakatan Rakyat ditangkap oleh Polis semasa mereka sedang mengedarkan Risalah bersih di Pasar Awam disini pagi tadi.
Mereka yang ditangkap termasuk juga dari ADUN-ADUN Pakatan Rakyat Perak iaitu, Chan Ming Kai (PKR), Leong Mei Meng (DAP) dan Chang Lih kang (PKR).
Mereka sekarang sedang ditahan di IPD Sungai siput dan saya menerima pengesahan dari Pengerusi pakatan Rakyat Perak, DS. Nizar mengesahkan perkara tersebut.
| Eksekutif bank curi RM59.4 juta Posted: 28 Jun 2011 07:10 PM PDT 27 Rejab 1432H. [MOD] -
QUEENS - Seorang bekas eksekutif kumpulan perbankan Citigroup, Gary Foster didapati menggelapkan wang sebanyak AS$19.5 juta (RM59.4 juta) dalam tempoh 18 bulan dan menggunakan wang itu untuk membeli sebuah banglo berharga AS$3 juta (RM9.1 juta), membayar AS$1.93 juta (RM5.8 juta) untuk sebuah apartmen dan beberapa kereta mewah.
Sebuah akhbar melaporkan Foster, 35, turut didakwa menggaji seorang pemandu untuk memandu kereta Maserati GranTurismo dan sebuah BMW 550i miliknya selain telah menempah sebuah kereta Ferrari apabila dia ditahan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) pada Ahad lalu.
Sumber-sumber berkata, Foster ditahan semasa dia turun dari sebuah pesawat dari Bangkok di Lapangan Terbang Kennedy, New York
"Defendan menggunakan pengetahuannya tentang operasi Citigroup untuk menggelapkan wang dari dalam bank," kata seorang pendakwa raya, Loretta Lynch semasa mengumumkan dakwaan menipu terhadap Foster yang berkhidmat dengan Citigroup selama 12 tahun sebelum dia meletak jawatan pada Januari lalu.
Foster memperoleh pendapatan AS$100,000 (RM304,700) setahun sebagai pembantu naib presiden di sebuah pejabat perbendaharaan dan kewangan Citigroup di sini yang menguruskan pelaburan bank tersebut.
Pihak berkuasa bagaimanapun mendakwa mulai Mei 2009 hingga Disember tahun lalu, Foster memindahkan AS$19.2 juta daripada beberapa akaun dalaman Citigroup ke dalam akaun peribadinya di bank Chase.
Dia didakwa cuba menutup penipuan itu dengan mewujudkan kontrak pelaburan palsu supaya pemindahan wang itu dilihat tidak melanggar peraturan syarikat.
Agensi | Siapa Komunis ? 600 Pemuda UMNO yang nak bakar HQ PKR Posted: 28 Jun 2011 07:04 PM PDT 27 Rejab 1432H. [MOD] -
Ahli jawatankuasa Pemuda Umno Lokman Noor Adam telah mengetuai kumpulan 600 ahlinya sekitar pukul 10.30 malam tadi, mengadakan perhimpunan haram menghalang laluan di depan ibu pejabat PKR dengan membuat laungan kuat.
Hairan.. Balai Polis dekat saja tu.. tapi kenapa Polis takut untuk bertindak sedangkan jelas itu adalah perhimpunan haram.. sedangkan yang pakai dan jual 'T' Shirt kuning ditangkap mereka..
Adakah kerana mereka dari UMNO mereka bebas melakukan apa saja? kalau begitu income tax tu.. potong dari Ahli UMNO sajalah...
PETALING JAYA, 28 Jun — Sekitar 600 anggota Pemuda Umno yang bermotosikal mengepung ibu pejabat PKR di sini lewat malam tadi, dilihat sebagai satu tindakan mengugut menjelang Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini, susulan SMS ugutan bunuh diterima ketua mereka Khairy Jamaluddin.
Mereka tiba di blok pejabat di Tropicana di sini, beberapa pintu dari balai polis, mendakwa ugutan bunuh diterima Khairy kelmarin, datang daripada parti pembangkang itu.
Parti komponen Pakatan Rakyat itu membantah dakwaan tersebut.
Ahli jawatankuasa Pemuda Umno Lokman Noor Adam mendakwa dia mengetuai kumpulan 600 ahlinya sekitar pukul 10.30 malam tadi, menghalang laluan di depan ibu pejabat PKR dengan membuat laungan kuat.
Kata beliau, tindakan ahli-ahli Pemuda Umno dari Selangor dan Kuala Lumpur adalah untuk menghantar "mesej yang jelas kepada PKR bahawa kami tidak takut dan kami bersedia untuk berhadapan dengan mereka lebih awal."
Khairy, yang kini berada di luar negara berkata, beliau menerima ugutan bunuh menerusi SMS kelmarin, meminta pihaknya membatalkan perhimpunan balas yang hendak diadakan menentang Himpunan Bersih 2.0.
Tindakan Pemuda Umno ini diadakan beberapa jam selepas wakil Bersih 2.0, Pemuda Umno dan Perkasa dipanggil polis berhubung perhimpunan mereka bulan depan.
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail memberitahu The Malaysian Insider bahawa sekitar 300 ahli Pemuda Umno kebanyakannya bermotosikal bergerak dari Shah Alam tetapi tidak dihalang oleh polis meskipun membawa bendera Umno.
"Mereka memberikan ucapan di luar (pejabat PKR), mengancam jika Himpunan Bersih diteruskan, mereka akan mencederakan Datuk Ambiga Sreenevasan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata beliau.
Ambiga merupakan pengerusi Bersih manakala Anwar pula Ketua Umum Pakatan Rakyat.
"Mereka juga mengugut mahu membakar ibu pejabat (PKR)," kata Ahli Parlimen Machang ini.
Saifuddin berkata beliau telah membuat laporan polis di balai polis yang terletak bersebelahan ibu pejabat PKR.
Bagaimanapun Lokman memberitahu The Malaysian Insider bahawa dia tidak mengugut PKR dengan kasar.
"Kami telah memberi arahan keras agar tidak membakar ibu pejabat mereka. Kami bukan macam mereka," katanya.
| Kerajaan Diharap Lebih Serius Dalam Isu Wanita Berkerjaya Posted: 28 Jun 2011 05:18 PM PDT 27 Rejab 1432H. [MOD] - Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Miri Dewan Muslimat PAS Kawasan Miri menyambut baik pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri berkenaan kenaikan 30% kuota penjawatan jawatan tertinggi dalam sektor korporat. Perkembangan ini diharap dapat memberi kesan positif kepada wanita berkerjaya dan diharap agar pihak kerajaan dapat membuat penyelarasan sebaiknya bila mana ia dilaksanakan. Dewan Muslimat PAS Kawasan Miri ingin mengingatkan bahawa polisi-polisi yang memberi perlindungan dan kemudahan kepada wanita ini telah lama dilakukan oleh kerjaan Pakatan Rakyat di negeri Kelantan serta Selangor. Di mana Kelantan dan Selangor adalah negeri pertama yang mengimplimentasikan cuti 90 hari kepada penjawat awam wanita yang bersalin dan kemudian diikuti oleh kerajaan pusat. Di Kelantan telah lama memperkenalkan kaunter pembayaran khas bagi pengunjung wanita di pasaraya-pasaraya sebelum diikuti oleh KTM dengan memperkenalkan gerabak khas untuk wanita. Dewan Muslimat PAS Kawasan Miri juga ingin menggesa pihak kerajaan perlu lebih perihatin dan peka dengan keperluan wanita berkerjaya dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu kepada anak-anak. Perhatian ibu terhadap anak-anak diawal usia mereka amatlah perlu bagi melahirkan generasi yang cemerlang pada masa akan datang. Anak-anak adalah pelapis masa depan negera dan penumpuan pihak kerajaan dalam hanya meningkatkan kuota 30% tersebut tidak benar-benar melihat keperluan sebenarnya wanita yang berkerjaya. Oleh yang demikian, Dewan Muslimat PAS Kawasan Miri mencadangkan agar diwujudkan pusat jagaan anak-anak pejabat-pejabat atau digubal satu polisi yang membolehkan ibu-ibu yang berkerjaya untuk melakukan tugasan pejabat mereka dari rumah. Ini akan memberi kemudahan yang lebih kepada ibu-ibu yang berkerjaya untuk memberi perhatian terhadap anak-anak mereka demi untuk memberi perhatian kepada pembinaan awal anak-anak. Ummi Zaima, Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Kawasan Miri http://pas-miri.blogspot.com | Bahaya merokok : 15 Kesan Pemusnah Imej Posted: 28 Jun 2011 05:05 PM PDT 27 Rejab 1432H. [MOD] - Pasti anda tahu kesan buruk merokok. Penyakit jantung, paru-paru, otak malahan hubungan seks anda. Anda mungkin cuba untuk berhenti merokok. Tapi gagal kerana anda tidak serius kerana anda belum nampak kesan-kesan buruk merokok ini dengan jelas. Bagaimana jika anda nampak dengan meta kepala anda sendiri kesan pemusnah imej ini sejelas-jelasnya? 'Beg' dibawah mata. Tidak cukup tidur. Nikotin dalam rokok menyebabkan anda sukar untuk tidur. Psoriasis. Penyakit autoimun kulit. Kulit anda bertukar menjadi sisik. Gigi kuning. Nikotin menyebabkan gigi kuning. Walaupun menggunakan ubat gigi nikotin tetap melekat di gigi. Kerut banyak dan cepat tua. Merokok menyebabkan proses penuaan menjadi cepat. Perokok adalah 1.5 tahun lebih tua daripada orang tidak merokok. Kerut naik dimuka kerana rokok mengurangkan bekalan darah ketisu kulit. Jari kuning. Bukan sahaja gigi, malahan jari dan kuku juga menjadi kuning. Jika anda search di internet, anda mungkin jumpa tips merawat jari kuning seperti jus lemon, peluntur dan berus besi (ouch!) Rambut gugur. Bahan kimia dalam rokok menyebabkan kerosakan pada DNA rambut. Hasilnya, rambut anda menjadi nipis dan gugur. Parut. Luka akan lambat sembuh. Ini kerana nikotin menyekat salur darah ke muka dan bahagian badan yang lain. Luka ini meninggalkan parut yang besar. Gigi rapuh. Merokok menyebabkan kanser mulut serta penyakit gusi. Gusi yang berpenyakit menyebabkan gigi mudah tercabut. Kulit rosak. Rokok mempunyai karbon monoksida yang mengambil tempat oksigen dalam badan. Kulit akan menjadi kering. Ini bertambah buruk dengan kesan nikotin yang menyebabkan kurang bekalan darah ke kulit. Rokok memusnahkan vitamin C dalam badan, nutrient yang melindungi kulit. Luka lambat sembuh. Seperti biasa, nikotin adalah penyebab utama luka lambat sembuh. Kutil. Perokok adalah lebih mudah mendapat jangkitan HPV (human papilomavirus) yang menyebabkan kutil pada bahagian sulit. Kanser kulit. Merokok penyebab kanser paru-paru, mulut, esophagus, dan juga kulit. Squamos cell carcinoma adalah kanser kulit paling tinggi dikalangan perokok. Garis merah pada kulit. Nikotin memusnahkan tisu, menyebabkan kulit hilang tegang dan kekuatan yang akan meninggalkan garis-garis merah. Perut lembik. Perokok akan menyimpan lebihan lemak yang tidak dicerna di bahagian perut, menyebabkan nampak boroi. Katarak. Kanta mata akan mengalami pengerasan, menjadi satu lapisan tidak lut cahaya. Apabila cahaya tidak masuk kedalam mata, anda tidak boleh melihat, atau erti lain buta. -Selatanonline/-
| Tuntutan perubahan yang membawa padah isu sebenar Himpunan Bersih dihalang. Posted: 28 Jun 2011 04:41 PM PDT 27 Rejab 1432H. [MOD] - KENYATAAN MEDIAPejabat ADUN Titi Serong/Ketua Sekretariat PR PerakSaya ingin menyatakan rasa kesal terhadap parti pemerintah yang telah menerajui Malaysia buat tahun yang 54 namun telah gagal untuk meletakkan Malaysia sebagai Negara yang memiliki pemimpin yang terbaik dengan meletakkan perlembagaan sebagai pemandu arah untuk menjaga rakyat. UMNO-BN sebenarnya tidak menghormati perlembagaan yang mereka junjung sendiri, dalam masa sama mereka memberi nasihat kepada rakyat supaya menjaga Negara dari ancaman bahaya unsur luar. Sedangkan bahaya sebenarnya datang dari pemimpin negara yang sewengnya mencabul hak rakyat dan perlembagaan. Himpunan Bersih yang jelas tidak bercanggah dengan peruntukan dalam perlembagaan yang menyebut bahawa rakyat ada hak untuk berbuat demikian iaitu berkumpul secara aman namun telah digambarkan dengan pelbagai momokan dan istilah yang tidak sewajarnya. UMNO-BN telah cuba menutup segala ruang bagi rakyat untuk meyampaikan mesej yang penting kepada pemerintah dalam isu penting Negara iaitu soal pilihanraya yang benar-benar bersih dan adil. Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan memperuntukan bahawa semua rakyat Malaysia mempunyai hak untuk berhimpun dengan aman dan tanpa senjata. Perkara itu juga adalah selaras dengan Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) yang memperuntukan serta menyebut bahawa setiap orang mempunyai hak untuk berhimpun dengan aman dan untuk berpersatuan. 8 tuntutan yang diperjuangkan dalam NGO-NGO yang bernaung bawah BERSIH merupakan hak rakyat, kerana rakyatlah yang turun mengundi, ianya jelas bukannya hasrat beberapa kerat golongan pemerintah yang ingin kekal berkuasa sehingga wujudnya sekatan terhadap rakyat untuk berhimpun. Isu sebenarnya ialah kebimbangan UMNO-BN yang takut kehilangan kuasa sekiranya Piliharaya di Malaysia dikendalikan secara lebih adil sebagaimana yang dituntut sekian lama namun dibiarkan berlarutan tanpa jalan penyesaian. Kerana itu Himpunan Bersiah adalah gambaran betapa rakyat bertindak menyuarakan hak yang telah dizalimi sejak sekian lama dalam soal pengendalian Piliharaya di Malaysia. BN yang terus berkuasa dengan jalan yang jijik itu sudah tentu tidak sanggup menghadapi gelombang rakyat yang mahukan perubahan yang membawa padah kepada kejatuhan BN dalam masa terdekat. DRS. KHALIL IDHAM LIMPARIT BUNTAR, 29 Jun 2011. | Rakyat susah tapi Najib boros berbelanja Posted: 28 Jun 2011 04:28 PM PDT 27 Rejab 1432H. [MOD] - KENYATAAN MEDIAPejabat ADUN Titi Serong/ Ketua Sekretariat PR Perak.Saya ingin mempersoal kewajaran kos Perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dari 2008 hingga 2011 berjumlah RM17,118,650.58 kerana belanja begini sebagai satu bentuk pembaziran wang rakyat. Perdana Menteri yang selalu mengeluarkan nasihat kepada rakyat supaya berjimat telah melakukan sesuatu yang bukan sesuatu teladan yang baik. Jika boleh kita buat analogi yang mudah, kos umrah ziarah ialah RM5000 bagi menampung kos selama 2 minggu , dan jika seorang itu pergi umrah untuk 6 kali dalam setahun dengan harga semasa pakej tersebut , jika empat tahun berturut-turut pergi umrah jumlahnya baru mencecah lebih kurang RM120,000. Analogi tersebut merupakan sifir mudah untuk kita tahu bagaimana pemimpin kita berbelanja dengan begitu boros wang rakyat yang sepatutnya dijaga dengan adil. Seharusnya Perdana Menteri perlu fikir tentang susah payah rakyat bekerja keras untuk menyara kos hidup memandangkan keadaan ekonomi yang kurang baik dalam keadaan belanjawan Negara yang mengalami defisit selama 12 tahun berturut-turut. Harapan saya semuga rakyat jangan abaikan berita sebegini sebagai satu berita biasa melainkan satu berita yang menggambarkan betapa tidak bertanggung jawabnya Najib dalam berbelanja sedangkan rakyat dalam keadaan susah. Nampaknya Kerajaan yang ada sekarang tidak memikirkan kepayahan rakyat dan ianya perlu diganti dengan kerajaan yang baru. Rakyat sesunggunya memerlukan pemimpin yang adildan mengambil berat soal kebajikan rakyat, bukan berbelanja mewah seperti pemimpin Umno-BN. Kerana itu saya yakin pemimpin Pakatan Rakyat mampu melakukannya. DRS. KHALIL IDHAM LIMPARIT BUNTAR, 29 Jun 2011. | Polis halau keluarga anggota PSM yang ditahan Posted: 28 Jun 2011 07:55 AM PDT 27 Rejab 1432H. [MOD] - Mohd Sabri Said KEPALA BATAS, 28 Jun: Hasrat keluarga anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan polis untuk berkampung di hadapan Ibu Pejabat Polis (IPD) Kepala Batas malam ini tidak kesampaian apabila mereka dihalau pada waktu Maghrib tadi. Seramai 30 orang ahli keluarga mangsa 30 orang yang ditahan reman di tiga lokasi berasingan di Pulau Pinang bertindak demikian sebagai tanda protes terhadap tangkapan yang nyata bercanggah dengan tujuan asal rombongan terbabit yang hanya mahu menghadiri kempen 'Udah BN... Bersaralah' yang dijadualkan di Sungai Ara, Pulau Pinang dua hari lepas. Bas yang turut dinaiki Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jayakumar ditahan polis di Tol Sungai Dua ketika ingin ke Sungai Ara untuk bersama-sama menjayakan program berkenaan. Beliau merupakan salah seorang pemidato malam tersebut. Menurut Setiausaha Agung PSM, S. Arutchelvan kedatangan mereka ke IPD Kepala Batas semata-mata mahu melihat kaum keluarga yang ditahan bukan berniat mahu menimbulkan huru hara atau berdemo. Berilah peluang untuk keluarga yang ditahan melawat atau bertanya khabar ahli keluarga bukan membiarkan mereka bersendirian menanggung masalah yang dicipta oleh polis kononya mereka hendak melawan Yang di-Pertuan Agong dan mahu menghidupkan fahaman komunisme. "Berilah peluang kepada waris melihat atau bertanya khabar mangsa dalam lokap polis. Apa salah mereka sehingga ditahan dan direman. Ini satu pencabulan hak," tegasnya. Sementara itu, Bendahari Kehormat PSM, A. Sivarajan yang turut berada di lokasi berkenaan kesal kerana pihak polis baru bertindak setelah dua puluh laporan polis dibuat sejak pagi tadi di dua lokasi iaitu di Ibu Pejabat Polis Kontijen Pulau Pinang dan IPD Kepala Batas. Katanya, antara dua daripada dua puluh laporan polis itu ialah meminta pihak polis menyampai ubat penyakit jantung kepada Dr Jayakumar namun sampai tengah hari tadi belum diserahkan. Tetapi, ujarnya setelah diasak dengan laporan polis barulah mereka membawa beliau ke hospital untuk rawatan. Belau berkata, bukan sahaja Dr Jayakumar menghadapi masalah tersebut sebaliknya pemandu bas turut dinafikan menerima ubat harian. "Kenapa mereka sanggup berbuat demikian sedangkan mereka adalah rakyat Malaysia yang sah. Kenapa Kerajaan Barisan Nasional (BN) begitu gentar terhadap Himpunan Gabungan Pilihanraya Adil dan Bersih (Bersih 2.0) sehingga menangkap secara mendadak," jelasnya. Harakahdaily dimaklumkan seramai 7 orang masih ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Kontijen Pulau Pinang, seramai 21 lagi di IPD Kepala Batas dan dua orang iaitu anak Dr Jayakumar, Raveen dan rakanya, Thivyakumar masing-masing berumur 18 tahun kini berada di lokap Balai Polis Sungai Dua. | Kesukaran Perniaga Bumiputera Berniaga di Kiosk Perhentian Bas di Miri Posted: 28 Jun 2011 02:00 AM PDT 26 Rejab 1432H. [MOD] -
Kami PAS Miri ada menerima aduan dari para perniaga kecil bumiputera di Miri yang menyatakan terlalu sukar bagi mereka hendak mendapat lot atau tempat perniagaan seperti kiosk di perhentian bas yang sudah banyak dibina disepanjang jalan utama ke pusat bandaraya Miri.
Mereka juga menuntut agar pihak yang berkenaan berlaku adil terhadap perniaga bumiputera kecil agar mereka juga diberi kesempatan atau ruang berniaga di kiosk di perhentian bas tersebut.
Persatuan Perniagaan Bumiputera Miri (PPBM) seharusnya perihatin tentang masalah perniagaan bumiputera yang tersisih ini dari arus pembangunan di bandaraya Miri.
Janganlah disebabkan harga sewa yang terlalu mahal menyebabkan alasan pihak yang berkenaan menolak pemohonan dari perniaga kecil bumiputera. Kalau boleh biarlah sewa di tempat tersebut berpatutan dengan lokasi atau tumpuan orang ramai. Jangan hanya dibolot oleh satu golongan saja sehingga menyisih golongan yang kurang berkemampuan.
Ramai perniaga kecil kecewa kerana kurang mendapat perhatian dari pihak yang berkenaan.
Kita PAS sedia membantu peniaga-peniaga kecil ini setakat kemampuan kita dengan menyuarakan masalah mereka ke media-media untuk diberi perhatian kepada mereka yang berkenaan.
Pihak yang berwajib seharusnya bertindak adil untuk semua tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik masing-masing demi kebaikan dan kebajikan untuk semua.
Jofri Jaraiee PAS Miri | |
PAS TELUK INTAN Posted: 28 Jun 2011 11:51 PM PDT |
Peghelih La... Posted: 28 Jun 2011 11:40 PM PDT |
Salam Perjuangan Posted: 28 Jun 2011 11:34 PM PDT |
LAMAN RASMI ADUN MAHARANI Posted: 28 Jun 2011 09:37 PM PDT UCAPAN ADUN MAHARANI DALAM PERBAHASAN TITAH DYMM SULTAN IBRAHIM JOHOR DI DEWAN NEGERI JOHOR 2011 Posted: 28 Jun 2011 09:51 AM PDT UCAPAN PERBAHASAN TITAH DYMM SULTAN IBRAHIM DALAM MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KE EMPAT DEWAN NEGERI JOHOR OLEH: Y.B. DR MOHAMMAD BIN TASLIM ADUN MAHARANI
DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA 28 JUN 2011
Assalamualaikum wbkth dan Selamat Sejahtera. Bismillahir Rohmanir Rohim…
YB Dato' Speaker,
Maharani mengucapkan syukur ke hadrat Allah swt dan terima kasih kepada YB Dato Speaker kerana diberi peluang membahaskan titah DYMM Sultan Ibrahim ibni almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim..
YB Dato Speaker,
Johor Negeri Makmur
.Maharani menjunjung kasih di atas titah DYMM Tuanku bahawa " kemakmuran negeri bukan bergantung kepada pembangunan ekonomi semata-mata" Allah kurniakan negeri kita dengan hasil mahsul yang mewah, negeri yang luas. Alhamdulillah Johor ada air,balak ,sawit, getah, batu batan, pasir, silika– yang boleh memangkin Johor kearah Negeri Maju untuk kemakmuran rakyat jelata
Sebagai pemerintah kebajikan rakyat hendaklah diutamakan dan bukan membebankan rakyat. Negara Berkebajikan bukan Welfare State. barat seperti yang difahami oleh ahli YB semalam di mana semuanya dikatakan percuma dan rakyat menjadi malas bekerja. Negara Berkebajikan bukan sahaja diukur dengan kemudahan fizikal tetapi diisi dengan ilmu kerohanian untuk menyelamatkan rakyat di dunia dan di akhirat. Sebagai contoh mengutamakan kebajikan rakyat ialah dengan tidak membebankan rakyat dengan menaikkan tarif air :
Johor diiktiraf sebagai negeri yang termahal menjual air kepada rakyatnya walaupun ia mampu menjual lebihan air mentahnya ke negeri dan Negara luar.
Sejak 1 November 2010 Tarif Air Domestik Johor ialah 60 sen setiap m padu bagi penggunaan 0-20m padu ( RM12.00) RM1.65 " " " " " 20 – 35m padu (RM24.75) RM2.96 " " " " " lebih 35m padu Kerajaan RM2.13 naik ke RM2.80 (Kerajaan pun kena bayar lebih !)
Bandingkan di Melaka Kerajaan bayar hanya RM1.30 dan Rumah ibadat 55 sen sahaja !
PERJANJIAN AIR MALAYSIA-SINGAPURA:
Perjanjian yang dimaksudkan ialah Perjajnian 'Tebrau and Scudai Rivers Water Agreement'yang ditandatangani pada 1 September 1961 City Counci Of Singapore (sekarang PUB) dan Kerajaan Johor Perjanjian ini memberi hak kepada Singapura untuk mendapat bekalan air dalam kawasan yang dipersetujui di Gunung Pulai,Sungai Tebrau dan Sungai Skudai untuk selama 50 tahun sehingga September 2011 Singapura membayar sewa tahunan $5 se ekar tanah tersebut dan 3 sen untuk setiap 1,000 gelen air mentah.Singapura pula menjual air bersih kepada Malaysia dengan harga 50 sen setiap 1,000 gelen.
Perjanjian ini membenarkan penyemakan semula harga air selepas 25 tahun iaitu pada tahun 1986.Malangnya Kerajaan Johor tidak mengambil sebarang tindakan. Dewan ini telah dimaklumkan oleh YAB Menteri Besar Johor bahawa Kerajaan Johor akan mengambil alih aset air yang diselanggarakan oleh PUB Singapura. Maharani ingin tahu apakah perkembangannya sehingga kini dan rakyat ingin tahu bagaimana proses mengambilalih ini akan dilakukan supaya ia benar-benar menguntungkan Johor.
Ingat, ada satu lagi perjanjian air 1962 ; 'The Johor Water Agreement' ditandatangani pada 29 September 1962 , sah selama 99 tahun sehingga tahun 2061..Ini melibatkan Sungai Johor.Perjanjian ini juga tidak disemak semula pada tahun 1987.Mengapa? Ini khazanah yang akan kita tinggalkan kepada anak cucu kita !
YB Dato Speaker,
Maharani menjunjung kasih di atas keperhatinan DYMM Tuanku tentang Instisusi pendidikan agama Kerajaan johor, pengajian al quran dan terjemahan di sekolag agama, program membudayaka al quran dan institiusi masjid Maharani juga capkan tahniah kepada YB Parit Yaani yang begitu perihatin dengan elaun imam surau dibandingkan dengan elaun imam masjid. Memang benar elaun RM750 sebulan untuk Imam Masjid yang bekerja sepenuh masa ini pun hampir di bawah paras kemiskinan atau mudah miskin.
Pada persidangan yang lalu juga seorang YB bertanya tidakkah isu kenaikan elaun imam ini akan menyebabkan pecah belah. Sekarang Maharani ingin membangkitkan isu yang berkaitan dengan Peranan Pegawai masjid (Imam dan Pembantu imam) Masjid-masjid Kariah negeri Johor menurut pekeliling Jabatan Agama Johor Ruj. JAJ/PMS/190/136/10 bertarikh 20 April 2011. menurut pekeliling ini imam-imam yang mempunyai jawatan hakiki selain daripada jawatan sebagai imam masjid (contohnya guru, ketua kampong) dikehendaki memilih salah satu jawatan –jawatan tersebut. ALASANNYA kerana kenaikan bayaran imbuhan bulanan kepada Pegawai Masjid dan supaya menumpukan sepenuhnya kepada tugas sebagai imam.
YB Dato speaker,
Kesannya ia menghalang mereka yang layak dan imam muda untuk mengerakkan masjid dan masyarakat dan memberi khidmat kepada masyarakat dan untuk Allah. Ia juga menghadkan kariah memilih imam untuk menggantikan mereka yang telah uzur dan lanjut usia dan kurang kemampuan. Maharani dimaklumkan ada masjid yang menghadapi masalah memilih calon imam baru kerana di kariah tersebut tiada mereka yang benar-benar layak. Pekeliling ini patut diteliti semula kerana kesannya ia menimbulkan masalah kepada kariah. Mungkin ada mereka yang berjawatan lain merebut menjadi imam kerana elaunnya tetapi yakinlah kebanyakan mereka ikhlas. Imam di Masjid kariah Maharani seorang yang hebat dengan ilmu agamanya , ilmu al Qurannya mendapat elaun pesara sebagai pensyarah yang nilainya jauh lebih besar daripada elaun imam tidak mengejar jawatan kerana elaun tetapi kerana keikhlasannya !
Untuk makluman Dewan Yang mulia ini pemilihan AJK Masjid dan Surau di Negeri Johor ini termasuk imam sebenarnya wajib diendorse oleh Ketua bahagian parti pemerintah ! YB Dato Speaker,
Bajet Johor 2011 memperuntukkan ganjaran RM1,000 sebulan untuk para tahfiz yang berjaya menghafaz lengkap 30 juzuk al Quran. Adakah ini telah terlaksana apakah syarat-syaratnya dan berapa orang hafiz yang telah berdaftar di negeri Johor ini.
Begitu juga dengan pembinaan 121 lagi sekolah agama dalam tempoh 3 tahun ini bagaimanakah perkembangannya. Mohon diperincikan dan maklumkan kepada wakil rakyat yang berkenaan.
YB Dato Speaker,
Dalam isu keselamatan Maharani mengucapkan tahniah kepada PDRM yang dapat mengurangkan kadar jenayah di negeri Johor. Namun begitu penglibatan rakyat jelata penting. Maharani ingin tahu berapakah bilangan rakyat yang terlibat dengan Rukun Tetangga dan Skim Rondaan Sukarila (SRS). SRS merupakan satu skim yang melibatkan penduduk setempat yang meronda kawasan tertentu untuk memastikan keselamatan persekitaran mereka. Di antara cara manggalakkan rakyat yang bekerja kerajaan atau swasta menyertai skim ini ialah dengan memberi cuti pelepasan kerja selepas mereka bertugas semalaman. Adakah cuti ini masih diberikan dan jika tidak, mengapa ?
YB Dato Speaker,
Guru KAFA
Baru-baru ini Guru KAFA telah dilantik semula sebagai Guru Sementara dan diperlukan membuat Pemeriksaan Kesihatan. Menurut syarat perkhidmatan mereka ialah mereka layak mendapat cuti sakit selama 15 hari. Tidak disebut tentang cuti tahunnya ada atau tidak. Sejak kenaikan elaun RM800 + RM 412 nampaknya tugas mereka sudah berubah daripada guru KAFA kepada Guru Agama Kerajaan Johor sedangkan gaji dan kemudahan guru agama jauh berbeza. Apakah kerajaan bercadang untuk menyerap mereka menjadi Guru Agama Kerajaan ? Akan dikemaskini ............
| |
PAS Negeri Sembilan Posted: 28 Jun 2011 09:27 PM PDT Bob Lokman di Senawang 7 Julai 2011 ini Posted: 28 Jun 2011 06:30 PM PDT CERAMAH PERDANA Tarikh : 7 Julai 2011 , KHAMIS Masa : 9 malam Tempat : Senawang, N.Sembilan Penceramah : Bob Lokman YB Hj Taufek, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan Chegubard, Pengerusi SAMM Sumber : http://chegubard.blogspot.com/Semua dijemput hadir | Klinik Kesihatan N.Sembilan KOTOR tak BERSIH Posted: 28 Jun 2011 06:12 PM PDT Utusan Malaysia 29 Jun 2011. KECEWA MUTU PERKHIDMATAN KLINIK KESIHATAN MANTIN. SAYA ingin melahirkan rasa tidak puas hati dan kecewa dengan mutu perkhidmatan di Klinik Kesihatan Mantin, Negeri Sembilan. Sudah beberapa kali saya melihat kelemahan terutama dari segi pentadbiran dan kebersihan. Kelemahan ini jelas kelihatan memandangkan saya kerap menemani ibu yang merupakan seorang pesakit hipertensi yang berkunjung ke sana bagi temujanji doktor. Pada minggu lepas, seawal pukul 7.40 pagi, saya sudah berada di klinik bagi mengambil nombor pendaftaran. Sesudah mengambil nombor pendaftaran, saya menuju ke tempat pemeriksaan doktor. Pada masa itu terdapat beberapa kakitangan sedang merakam kad kehadiran mereka. Namun saya perhatikan terdapat seorang kakitangan sedang merakam beberapa kad kakitangan yang lain. Persoalan saya, adakah ini budaya kerja kakitangan di sini untuk merakam kad orang lain? Saya juga mendapati beberapa kakitangan yang lain juga datang lambat. Mungkin mereka berasa tidak kisah untuk datang ke pejabat memandangkan kad mereka sudah dirakam oleh kakitangan yang lain. Apabila saya berada di bilik rawatan pesakit luar untuk rawatan selanjutnya ternyata mutu kebersihan amat menyedihkan. Sampah seperti kertas dibiar bertaburan dan singki berkeladak. Beberapa gelas diletakkan berhampiran singki yang kotor. Di dalam hati saya berkata, adakah sudah tiada kakitangan yang bertanggungjawab untuk mengendalikan bilik rawatan ini? Apa yang saya amati ialah ramai kakitangan (tidak tahu sama ada datang lewat atau tidak) pergi minum di sebuah gerai yang berhampiran walaupun setelah pukul 8 pagi tanpa menyelesaikan tugas mereka terlebih dahulu. Ternyata ini amat menyedihkan. Mutu perkhidmatan di sini tidak sejajar dengan wawasan Kementerian Kesihatan Malaysia. Harap pihak yang berkenaan sila beri penjelasan PESAKIT KESAl, Mantin, Negeri Sembilan http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0628&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_04.htm20 TAHUN RAKYAT DI MANTIN, N.SEMBILAN HIDU SAMPAH Dah 20 tahun dan mungkin dah 4 Pilihanraya Umum diadakan masalah tapak pelupusan berhampiran kawasan penduduk kampung di Kampung Gebok, Mantin, Negeri Sembilan tak selesai-selesai. Apakah para pengundi di Mantin perlu tunggu lagi 20 tahun lagi dan lagi 4 Pilihanraya Umum? BAU BUSUK MENGANGGU KEHIDUPAN PENDUDUK KAMPUNG GEBOK Penduduk Kampung Gebok, Mantin, Negeri Sembilan ingin membuat aduan kepada pihak tuan tentang masalah bau busuk yang telah lama menganggu penduduk kampung di kawasan saya. Masalah ini timbul dari tempat pembuangan sampah yang terletak bersebelahan dengan kampung saya.Pelbagai aduan telah dihantar tetapi tiada sebarang tindakan yang dilakukan untuk mengatasi masalah ini. Artikel penuh di http://pasns.blogspot.com/2011/04/bau-busuk-ganggu-penduduk-mantin.htmlBILA HENDAK TUTUP TAPAK LUPUS SAMPAH? Bukan cerita rekaan apabila sudah 20 tahun penduduk di kawasan Kampung Gebok Mantin terpaksa tinggal dalam keadaan persekitaran bau busuk membuatkan masing-masing mula tertekan. Mereka mendakwa bau busuk yang datang tanpa kira waktu pagi atau malam berpunca kehadiran tapak pelupusan sampah di kawasan berhampiran. Impian untuk tinggal dalam keadaan persekitaran bersih tanpa adanya sebarang gangguan tidak akan menjadi kenyataan apabila saban tahun pihak berwajib menabur janji menutup tapak pelupusan sampah terbabit, sedangkan ia tidak pernah berlaku. Artikel penuh di http://pasns.blogspot.com/2010/01/dah-20-tahun-orang-mantin-berjiran-dgn.html | |
PAS Cawangan Jaya Gading Posted: 28 Jun 2011 09:09 PM PDT Subsidi RM74 bilion: K'jaan perdaya rakyat, kata pakar Posted: 28 Jun 2011 12:31 AM PDT Sumber : Malaysiakini Kerajaan Persekutuan pimpinan BN telah "memperdayakan" rakyat apabila Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) menyatakan bahawa kerajaan menanggung bil subsidi berjumlah RM74 bilion pada 2010, kata seorang pakar ekonomi hari ini. Bercakap pada dialog belanjawan Selangor 2012 di Subang Jaya, profesor pelawat Universiti Nottingham, Subramaniam Pillay berkata 54 peratus daripada bil itu adalah untuk pendidikan dan kesihatan yang sebenarnya adalah tanggungjawab kerajaan. "Semua kerajaan di dunia beri subsidi untuk barangan berlainan untuk golongan rakyat yang berbeza. Tetapi bagi pendidikan dan kesihatan, yang dinamakan oleh pakar ekonomi sebaragai 'public goods' dan ini adalah tanggungjawab kerajaan," kata Subramaniam yang bersara daripada jawatan Ketua Sekolah Perniagaan Universiti Nottingham tahun lalu. "Semua negara maju di seluruh dunia beri subsidi dalam jumlah yang besar untuk kesihatan, kecuali di Amerika Syarikat tetapi (Presiden Barack) Obama baru-baru ini membentangkan Rang Undang-undang Kesihatan." Jika dua barangan itu dikeluarkan, bil subsidi hanya berjumlah RM31.1 bilion dan daripada jumlah berkenaan, subsidi makanan yang secara langsung sampai kepada rakyat hanya bernilai RM3 bilion atau lebih kurang 2 peratus daripada bajet kerajaan persekutuan. Katanya, sebahagian besar subsidi RM23.7 bilion untuk bahan api dan tenaga yang dibayar pada 2010 disalurkan kepada subsidi gas yang kemudiannya diberikan kepada pengeluar tenaga bebas. "Bagi infrastruktur, semua subsidi disalurkan kepada (konsensi lebuhraya) bukan kerana mereka memerlukannya tetapi kerana mereka menandatangani perjanjian (dengan kerajaan) yang bodoh. Ini bukan subsidi untuk rakyat," katanya. Perangkaan RM74 bilion yang dikeluarkan oleh PEMANDU seringkali digunakan oleh BN sebagai alsan bahawa pengurangan subsisidi petrol, gas asli, diesel dan barangan makanan yang lain adalah berpatutan kerana kerajaan menanggung bebanan yang berat. P/S :aku dah kata kita ni diperintah lebih 50 tahun oleh kerajaan yang 'BODOH' sebab dipilih oleh majoriti rakyat M'sia yang tolol. orang tok 'mau dengar nasihat' memang aset tetap BN..sebab tu dia tak mau kita jadi CERDIK. Mok Cik Pok Cik sudah-sudah jangan lagi kene tipu ..tumbangkan BN PRU13 nanti! ingat tu
| |
Rembau Hari Ini Posted: 28 Jun 2011 07:27 PM PDT Bob Lokman di Senawang 7 Julai 2011 ini Posted: 28 Jun 2011 06:35 PM PDT CERAMAH PERDANA Tarikh : 7 Julai 2011 , KHAMIS Masa : 9 malam Tempat : Senawang, N.Sembilan Penceramah : Bob Lokman YB Hj Taufek, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan Chegubard, Pengerusi SAMM Sumber : http://chegubard.blogspot.com/Semua dijemput hadir | Ceramah Isra Miraj 30 Jun 2011 Seremban Posted: 27 Jun 2011 08:38 PM PDT CERAMAH ISRAK DAN MIKRAJ Tarikh : 30 Jun 2011, Khamis Masa : Selepas Maghrib Tempat : Surau Taman Tasik Jaya (Fasa 1), Senawang Penceramah : Ustaz Norazman bin Mohamad Semua dijemput hadir | |
PAS Kawasan Miri Posted: 28 Jun 2011 07:17 PM PDT Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Miri: Kerajaan Diharap Lebih Serius Dalam Isu Wanita Berkerjaya Posted: 28 Jun 2011 08:45 AM PDT Dewan Muslimat PAS Kawasan Miri menyambut baik pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri berkenaan kenaikan 30% kuota penjawatan jawatan tertinggi dalam sektor korporat. Perkembangan ini diharap dapat memberi kesan positif kepada wanita berkerjaya dan diharap agar pihak kerajaan dapat membuat penyelarasan sebaiknya bila mana ia dilaksanakan.
Dewan Muslimat PAS Kawasan Miri ingin mengingatkan bahawa polisi-polisi yang memberi perlindungan dan kemudahan kepada wanita ini telah lama dilakukan oleh kerjaan Pakatan Rakyat di negeri Kelantan serta Selangor. Di mana Kelantan dan Selangor adalah negeri pertama yang mengimplimentasikan cuti 90 hari kepada penjawat awam wanita yang bersalin dan kemudian diikuti oleh kerajaan pusat. Di Kelantan telah lama memperkenalkan kaunter pembayaran khas bagi pengunjung wanita di pasaraya-pasaraya sebelum diikuti oleh KTM dengan memperkenalkan gerabak khas untuk wanita. Dewan Muslimat PAS Kawasan Miri juga ingin menggesa pihak kerajaan perlu lebih perihatin dan peka dengan keperluan wanita berkerjaya dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu kepada anak-anak. Perhatian ibu terhadap anak-anak diawal usia mereka amatlah perlu bagi melahirkan generasi yang cemerlang pada masa akan datang. Anak-anak adalah pelapis masa depan negera dan penumpuan pihak kerajaan dalam hanya meningkatkan kuota 30% tersebut tidak benar-benar melihat keperluan sebenarnya wanita yang berkerjaya. Oleh yang demikian, Dewan Muslimat PAS Kawasan Miri mencadangkan agar diwujudkan pusat jagaan anak-anak pejabat-pejabat atau digubal satu polisi yang membolehkan ibu-ibu yang berkerjaya untuk melakukan tugasan pejabat mereka dari rumah. Ini akan memberi kemudahan yang lebih kepada ibu-ibu yang berkerjaya untuk memberi perhatian terhadap anak-anak mereka demi untuk memberi perhatian kepada pembinaan awal anak-anak. Ummi Zaima, Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Kawasan Miri http://pas-miri.blogspot.com | Peniaga Bumiputera Tertinggal Dalam Arus Pembangunan Di Bandaraya Miri ??? Posted: 27 Jun 2011 11:23 PM PDT KESUKARAN Peniaga Bumiputera Berniaga di Kiosk Perhentian Bas di Miri
Kami PAS Miri ada menerima aduan dari para perniaga kecil bumiputera di Miri yang menyatakan terlalu sukar bagi mereka hendak mendapat lot atau tempat perniagaan seperti kiosk di perhentian bas yang sudah banyak dibina disepanjang jalan utama ke pusat bandaraya Miri. Mereka juga menuntut agar pihak yang berkenaan berlaku adil terhadap perniaga bumiputera kecil agar mereka juga diberi kesempatan atau ruang berniaga di kiosk di perhentian bas tersebut. Persatuan Perniagaan Bumiputera Miri (PPBM) seharusnya perihatin tentang masalah perniagaan bumiputera yang tersisih ini dari arus pembangunan di bandaraya Miri. Janganlah disebabkan harga sewa yang terlalu mahal menyebabkan alasan pihak yang berkenaan menolak pemohonan dari perniaga kecil bumiputera. Kalau boleh biarlah sewa di tempat tersebut berpatutan dengan lokasi atau tumpuan orang ramai. Jangan hanya dibolot oleh satu golongan saja sehingga menyisih golongan yang kurang berkemampuan. Ramai perniaga kecil kecewa kerana kurang mendapat perhatian dari pihak yang berkenaan. Kita PAS sedia membantu peniaga-peniaga kecil ini setakat kemampuan kita dengan menyuarakan masalah mereka ke media-media untuk diberi perhatian kepada mereka yang berkenaan. Pihak yang berwajib seharusnya bertindak adil untuk semua tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik masing-masing demi kebaikan dan kebajikan untuk semua. Difficulty of indigenous businesses trading at the bus stop kiosks in MiriWe PAS Miri have received complaints from the indigenous small businesses in Miri City that is too difficult for them to get a lot or place of business such as kiosks at bus stops that were already built along the main road to Miri center. They urged the relevant authorities do justice to the small indigenous businesses so that they are given the opportunity or the space for business at the kiosk at the bus stop. Bumiputera Business Association Miri (PPBM) should be concerned about the isolation of indigenous business problems from the current development in Miri city. Just of because the reason of the cost of the rent is too expensive as a result the application of the small indigenous businesses rejected by the relevant authorities. If possible, let the rental place according to the location or center of attention of the public. Do not just monopolize by one group alone to isolate the less fortunate. Many small businesses get frustrated due to lack of attention from the parties concerned. We PAS are ready to assist the small businesses to the extent of our ability to express their problems to the media for the attention of those concerned. The authorities should act fairly to all regardless of race, religion and political beliefs for the betterment of their welfare for all. | |
Pemuda PAS Wangsa Maju Posted: 28 Jun 2011 03:40 PM PDT SALAKAN SEMALAM DIPERTAHANKAN PEMUDA UMporNO WP. Posted: 28 Jun 2011 05:53 AM PDT Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Rizalman Mokhtar mempertahankan tindakan 'menyalak' sekitar 600 ahli sayap itu di luar ibu pejabat PKR dekat sini malam tadi atas alasan ia satu-satunya cara untuk memastikan pesaing politik menerima mesej bahawa ia tidak akan bertolak ansur dengan sebarang ancaman ke atas pemimpin mereka.
"Kami tahu pemimpin-pemimpin PKR di belakang ugutan bunuh ke atas Ketua Pemuda kami. Itu sebabnya kami mahu menghantar mesej. Jangan cuba main-main dengan kami," kata
Rakaman gelagat mereka mengepung ibu pejabat PKR lewat malam tadi boleh diikuti di YouTube. Sesetengah pihak menyamakan tindakan mereka itu seolah-olah aksi 'mat rempit'.
Rizalman tidak menafikan label itu selepas sayap tersebut berjanji akan mengadakan perhimpunan balas dengan aman pada 9 Julai ini.
"Kami tidak melihat adanya cara lain. Jika kami melakukan dengan cara yang baik, kumpulan macam ini, sangat sukar untuk bercakap dengan mereka. Mereka selalu mempolitikkan isu-isu semasa," katanya yang merujuk kepada PKR.
"Ini adalah tahap maksimum untuk menunjukkan kami ini serius," kata beliau.
..... tue tahan serious depa.... takut giler aku!!!...wakakakaka | Sure kena belasah dgn Ayahanda Artis lepas ni! Posted: 28 Jun 2011 01:24 AM PDT Wardina Safiyyah Fadhullah Wilmot, pengacara terkenal di TV3 menambahkan lagi senarai selebriti yang menyertai atau menunjukkan sokongan terbuka kepada parti-parti Pakatan Rakyat. Selepas Bob Lokman, Wardina yang mula popular selepas kemunculan dalam rancangan sitkom Spanar Jaya akan menjadi satu lagi wajah popular yang bakal memeriahkan dunia politik Malaysia. Parti-parti pembangkang dan Barisan Nasional kini dilihat berlumba-lumba untuk menarik selebriti menyertai parti mereka secara terbuka untuk membina imej popular dan menarik pengundi.
Beberapa tahun lalu, peserta rancangan realiti, Mawi menjadi rebutan Umno dan PAS untuk ditonjolkan sebagai penyokong parti terbabit. Perkembangan melibatkan Wardina ini bukan sesuatu yang mengejutkan kerana beliau sedia diketahui mempunyai pandangan-pandangan politik yang jelas dan mempunyai hubungan rapat dengan individu-individu dari PKR. Wardina telah disebut-sebut bakal menyertai parti pembangkang secara terbuka bersama beberapa orang lagi selebriti, termasuk bekas peserta program realiti. Wardina telah menunjukkan kecenderungan politiknya melalui mesej-mesej di Facebook dan Twitter sekurang-kurangnya sejak beberapa bulan lalu, walaupun mengacarai sebuah rancangan popular di stesen televisyen paling pro-Umno, TV3. Beberapa bulan lalu, ekoran satu balasan mesej Twitter kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, beliau dispekulasi akan bertanding di kerusi Lembah Pantai menentang menteri wanita itu. Wardina baru-baru ini muncul dalam program kerajaan negeri Selangor, yang dikaitkan sesetengah pihak sebagai program mempromosi perhimpunan Bersih kedua 9 Julai nanti. Beberapa blog pro-Umno telah mula menerbitkan tulisan-tulisan berbentuk serangan peribadi terhadap beliau melibatkan gaya hidupnya sebelum bertudung dan pada masa sama menggesa Media Prima mengambil tindakan terhadap pengacara itu.
Bob turut menerima nasib yang sama apabila beberapa kenyataannya dilihat sebagai penghinaan kepada dunia hiburan tempatan dan dikecam di ruangan seni akhbar tempatan, terutama halaman hiburan Mingguan Malaysia. Sesetengah blog pro-Umno ketika Bob baru menyertai PAS secara terbuka cuba membalas dengan memperbesarkan laporan pelakon dan pengacara AC Mizal bersama Umno. AC walau bagaimanapun berdepan imej agak negatif berhubung beberapa isu termasuk perniagaannya. Perkembangan ini bakal menyumbang imej lebih positif kepada pembangkang ekoran populariti selebriti terbabit yang rata-rata dilihat mempunyai imej yang baik. Semalam semakin terserlah apabila tersebar beberapa gambar gambar Wardina menyertai program pemimpin kerajaan negeri bersama rakyat
Manakala gambar di atas ini pula, Wardina bersantai untuk duduk minum minum dengan pimpinan PKR, Azmin Ali dan Nik Nazmi. Malah yang duduk bertentangan dengan Wardina dengan jelas mengenakan pakaian T Shirt BERSIH | Teks ucapan A. Samad Said pada malam pelancaran BERSIH 2.0 Posted: 28 Jun 2011 01:19 AM PDT A Samad Said"Murbawan Malaysia tidak senang dengan apa yang sedang berlaku di negara ini. Kita menghantar pesanan yang sangat waras. Demokrasi perlu murni dan terus dimurnikan. Kenapa kita tidak boleh memperbaik situasi? Kenapa kita harus membiarkan demokrasi diperkuda oleh segelintir kuasawan yang tampaknya bermaharajalela? Telah lama kita tidak senang dengan aliran demokrasi yang diperkuda ini. Telah lama kita inginkan demokrasi yang bersih, bergerak atas landas yang murni. Kita sedar bahawa jalan ini tidaklah mudah. Maka itu, kita menjadi lebih berazam. Kita maklum bahawa gergasi media arus perdana kini sedang ikut garang menghempit kita dalam arus peristiwa yang semakin durjana. Kita sedang berlawan dengan keangkuhan yang pejal. Oleh media arus perdana ini, kita sewenangnya digambarkan sebagai kumpulan 'siasah' yang sangat bercita-cita buruk. Lebih buruk, kita digambarkan sebagai kelompok yang sengaja ingin menggelorakan masyarakat seburuk hajat. Kita tidak begitu. Kita ingin memperbaiki jentera demokrasi agar lebih berhati nurani. Kita tidak menginginkan demokrasi yang kasar dan sombong; kita merindukan demokrasi yang tulus dan betul. Inilah gerakan kita yang, sayangnya, terpaksa bermula di tengah keangkuhan kerajaan yang merasa segala-galanya sudah betul, malah sudah syurgawi, di tanah air ini. Kita sebenarnya masih dalam derita yang terus dicipta oleh tangan kasar berhati angkuh yang sangat bercita-cita. Kita merindukan suara kuasa yang waras dan insani; suara pembimbing yang ikhlas dan mengerti. Kita tidak memerlukan suara angkuh dalam era yang sudah terlalu lama sombong ini. Kita mengharapkan tangan kuasa yang berhemah, sedia memimpin dan berdamai, turut bantu mencipta iklim demokrasi yang harum. Memanglah kita mengkhayalkan dunia indah itu, walaupun kenyataan yang terserlah dan mengembang kini sedang menunjukkan di atas kepala kita sentiasa sedia terapung awan kelam yang menjanjikan tofan. Jikalau berlaku, kita bukanlah kelompok manusia yang gamam berlari; kita, sebaliknya, adalah manusia yang cekal berdiri. Kita ingin memupuk demokrasi yang lebih berhati nurani. Dua ratus tahun dulu seorang tokoh kecil Sam Adams, dengan kelompoknya yang kecil juga, telah mencurahkan teh ke dalam laut di pelabuhan Boston, Amerika. Kata Sam Adams, "It does not require a majority to prevail, but rather an irate, tireless minority keen to set bushfires in people's minds." Kita nyalakan unggun api itu pada malam ini!" Unggun Bersih Semakin lara kita didera bara— kita laungkan juga pesan merdeka: Demokrasi sebenderang mentari sehasrat hajat semurni harga diri. Lama resah kita—demokrasi luka; lama duka kita—demokrasi lara. Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi; suara bebas yang utuh, kita idami! Dua abad lalu Sam Adams berseru: (di Boston dijirus teh ke laut biru): Tak diperlu gempita sorak yang gebu, diperlu hanya unggun api yang syahdu. Kini menyalalah unggun sakti itu; kini merebaklah nyala unggun itu. *Teks ucapan penuh pada Malam Pelancaran Bersih -19 Jun, 2011, dipetik dari blog A Samad Said (gambar kiri). **Nota dari A Samad Said: Kerana dibataskan masa hanya seminit seorang, maka saya yang mewakili GMP, hanya sempat membacakan dua perenggan terakhir teks ucapan ini. ***A Samad Said disoal-siasat di Balai Polis Dang Wangi, hari ini, di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan dan Seksyen 27(5) Akta Polis berhubung pengucapan puisinya di majlis pelancaran BERSIH 2.0 pada 19 Jun 2011.
|
| Cari kerja lain yg lebih Berfaedah sikit boleh ke Wartawan Utusan? Posted: 28 Jun 2011 01:18 AM PDT Biskop Katolik Dr Paul Tan Chee Ing hari ini mengecam apa yang dilabelnya sebagai tindakan "Hentam Kristian" berikutan laporan di Utusan Malaysia yang mendakwa dana bagi perhimpunan BERSIH 2.0 dibiayai oleh pertubuhan Kristian.Beliau yang juga presiden Catholic Bishops Conference of Malaysia berkata akhbar milik Umno itu seolah-olah mempunyai lesen bagi menerbitkan dakwaan liar serta tanpa bukti bagi mengeruhkan hubungan masyarakat Kristian dan Islam di negara ini."Saya gerun kerana tidak ada apa yang dilakukan bagi menghentikan akhbar ini daripada mengeluarkan perkara mengarut seperti ini."Ini menunjukkan pihak berkuasa lebih berminat menangkap dan memantau orang ramai yang mahu meluahkan perasaan mereka secara sah daripada menghentikan tindakan mereka yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah terhadap beberapa individu dan kumpulan di negara ini," katanya hari ini.Dalam lidah pengarang akhbar itu semalam, Utusan mendakwa jutaan ringgit disalurkan daripada 11 pertubuhan asing Kristian bagi membiayai dana perhimpunan BERSIH yang dijadual pada 9 Julai ini.Sebelum ini, akhbar yang sama yang memetik dua blog pro-Umno pernah melaporkan sekumpulan paderi Kristian berhasrat menegakkan agama mereka sebagai agama rasmi Malaysia dan melantik seorang pemimpin Kristian sebagai perdana menteri. | Kain rentang sokong BERSIH 2.0 di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor Posted: 28 Jun 2011 01:12 AM PDT Chen Shaua FuiKain rentang "Bersama Berhimpun untuk pilihanraya bersih dan adil" telah digantung di bangunan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KL-SCAH), sebagai tanda sokongan terhadap tuntutan dan perhimpunan anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) pada 9 Julai 2011. Kain rentang tersebut telah digantung di dinding bangunan tersebut, menghadap tempat letak kereta di perkarangan bangunan, pada jam kira-kira 9.10 pagi, hari ini. Setiausaha Agung KL-SCAH Stanley Yong ketika dihubungiMerdekaReview, menjelaskan bahawa bendera dan kain rentang digantung pada hari ini untuk menunjukkan semangat patriotik badan dan pertubuhan masyarakat sivil, di samping sokongan terhadap tuntutan BERSIH 2.0. Stanley menganggap kerajaan harus mendengar suara rakyat, dan harus respon kepada rakyat secara serius apabila rakyat mengetengahkan pandangan atau kritikan. "Di Malaysia, sering kali kerajaan mendakwa bahawa rakyat diberi saluran untuk meluahkan pandangan. Namun demikian, kita kekurangan saluran secara 'terus-terang dan tulus ikhlas'. Meskipun terdapat liputan media yang melaporkan ketidakpuasan rakyat, namun kebanyakan masanya kerajaan kelihatan tidak mengendahkan kritikan tersebut, atau mendakwa sedang diuruskan. Kemudian, ia berakhir begitu sahaja," kata Stanley Yong. Stanley (gambar kanan) mempercayai bahawa keputusan BERSIH 2.0 untuk turun ke jalanraya adalah kerana desakan daripada realiti, kerana BERSIH 2.0 telah cuba sedaya upaya untuk menyatakan masalah penyelewengan pilihan raya, dan membangkitkan tindak-tanduk sesetengah "little napoleon", namun kerajaan tidak memperbetulkan keadaan dengan sikap bersungguh-sungguh. Beliau berkata, rakyat secara umumnya berharap agar kerajaan respon dengan tindakan setelah kritikan diketengahkan. Dalam keadaan di mana kerajaan tidak respon dengan tepat persoalan daripada rakyat, maka satu-satunya jalan rakyat adalah jalan raya - sebagai manifestasi ketidakpuasan dan tindakan protes secara kolektif. |
| 300 PEMUDA UMPORNO MENYALAK DEPAN PEJABAT PKR Posted: 27 Jun 2011 05:57 PM PDT Semalam, sekitar 300 anggota Pemuda Umno yang bermotosikal sambil membawa bendera UMporNO mengepung ibu pejabat PKR di sini lewat malam tadi. Mereka kebanyakannya bermotosikal bergerak dari Shah Alam tetapi tidak dihalang oleh polis meskipun membawa bendera Umporno.
Mereka tiba di blok pejabat di Tropicana di sini, beberapa pintu dari balai polis, mendakwa ugutan bunuh diterima Khairy kelmarin, datang daripada parti pembangkang itu.
Lokman Noor Adam mendakwa dia mengetuai kumpulan 300 ahlinya sekitar pukul 10.30 malam tadi, menghalang laluan di depan ibu pejabat PKR dengan membuat laungan kuat.
Kata beliau, tindakan ahli-ahli Pemuda Umno dari Selangor dan Kuala Lumpur adalah untuk menghantar "mesej yang jelas kepada PKR bahawa kami tidak takut dan kami bersedia untuk berhadapan dengan mereka lebih awal."
Khairy, yang kini berada di luar negara berkata, beliau menerima ugutan bunuh menerusi SMS kelmarin, meminta pihaknya membatalkan perhimpunan balas yang hendak diadakan menentang Himpunan Bersih 2.0.
Tindakan Pemuda Umno ini diadakan beberapa jam selepas wakil Bersih 2.0, Pemuda Umno dan Perkasa dipanggil polis berhubung perhimpunan mereka bulan depan.
.... pejabat dah tutup berani le menyalak.... | 20K NAK SEKAT BERSIH... TAKUT ADE YANG MATI TERPIJAT JE... Posted: 27 Jun 2011 05:50 PM PDT ...... habis semua dok pakat menyalak nak sekat Bersih... dengan PERKASAM la... UMporNO lah... Silat Gayung Mandi lah.... makin meriah le pulak.... best..best....
Seramai 20,000 ahli Pemuda UMNO, MIC, MCA dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan menyertai Perhimpunan Aman Patriot pada 9 Julai ini bagi menghalang himpunan 300,000 Bersih 2.0.
Ketuanya, Ungku Salleh Ungku Jamal berkata, perhimpunan melibatkan ahli Pemuda UMNO di 22 bahagian seluruh negeri ini dan 30 NGO itu akan membawa suara 'The Silent Majority' yang menentang perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada tarikh sama.
"Tindakan kami bukan menentang PDRM (Polis Diraja Malaysia) tetapi berniat membantu PDRM kerana kita takut pada hari tersebut 'puak' itu tidak terkawal mereka jenis tidak reti bahasa dan merasakan undang-undang di tangan mereka sahaja.
"Kita tahu mereka didalangi Pakatan Rakyat (PR) yang ingin menunjukkan dan menggambarkan kepada rakyat bahawa Kerajaan Pusat zalim, menyekat kebebasan bersuara dan sebagainya," katanya dalam sidang media di Bangunan UMNO Selangor di sini, kelmarin.
..... takut ada yang mati terpijak je nanti..... | |
Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara Posted: 28 Jun 2011 03:26 PM PDT DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR (DPPNS) MENGUTUK SEKERAS-KERASNYA TANGKAPAN AWAM OLEH PIHAK POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) Posted: 28 Jun 2011 04:24 AM PDT KEPADA :
SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA (SUHAKAM)
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Salam Sejahtera..
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR (DPPNS) dengan ini tampil ingin menegaskan, mengecam, menentang serta membantah sekeras-kerasnya tangkapan awam kepada rakyat biasa yang dilakukan secara sewenang-wenangnya serta melulu oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini. Tindakan tidak beretika dan melanggar undang-undang ini telah menimbulkan kecaman hebat daripada seluruh rakyat Malaysia termasuklah NGO-NGO, parti-parti politik, badan-badan swasta dan para cendekiawan. Langkah ini adalah susulan daripada cadangan Himpunan Aman BERSIH 2.0 yang dirancangkan pada 9.7.2011 di Kuala Lumpur. Tangkapan awam yang dilakukan ini adalah jelas bertentangan dengan prinsip undang-undang negara serta bersalahan dengan Perkara 10 Perlembagan Persekutuan yang secara nyata menegaskan bahawa setiap rakyat dan warganegara Malaysia mempunyai hak kebebasan secara sama rata untuk berhimpun secara aman, bersuara dan berpersatuan. Pihak polis yang diamanahkan untuk menjaga keselamatan & ketenteraman negara dengan moto "Tepat, Cepat & Betul" telah menyalahgunakan kuasa dengan membuli rakyat bawahan secara membabi buta.
Hanya kerana memakai baju kuning Bersih 2.0 dan mengadakan mesyuarat berkenaan sukan rakyat di Dewan JKKK, pihak polis telah menceroboh & menangkap seorang pemuda di Padang Jawa Shah Alam, 5 orang awam di Klang Parade, Timbalan AMK Pusat Sdr Khairul Anuar (Jonah) di Seksyen 24, seorang pemuda di Bangi serta 8 orang pemuda di Ampang tanpa alasan yang kukuh. Akibat daripada tangkapan secara salah ini, pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor melalui Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (JUHAM) Pusat dan Selangor bercadang untuk mangambil tindakan saman undang-undang terhadap pihak polis atas tangkapan secara salah ini. DPPNS dengan ini memohon satu tindakan segera, semakan, siasatan, serta pemantauan daripada PIHAK SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA (SUHAKAM) atas tindakan TIDAK DEMOKRATIK, MELANGGAR HAK ASASI MANUSIA, PENCABULAN UNDANG-UNDANG NEGARA SERTA TIDAK BERETIKA LAGI TIDAK BERTAMADUN INI. DPPNS menyeru pihak SUHAKAM untuk terus bertindak secara sewajarnya bagi menjamin hak-hak kebebasan warganegara Malaysia dan Selangor daripada terus dicabul oleh pihak polis secara tidak bertamadun serta melanggar undang-undang Negara ini daripada terus berlanjutan.
Sekian, terima kasih. Wassalam.
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR
28 hb JUN, 2011 (SELASA) / 26 REJAB, 1432 HIJRAH | |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 28 Jun 2011 03:14 PM PDT KARAM SINGH KARAM Posted: 28 Jun 2011 05:26 AM PDT Biasanya kita lihat wartawan TV3 Karam Singh Walia adalah pejuang penjagaan Alam Sekitar namun dalam kes Lynas tiba-tiba beliau buat pusingan 69 atau boleh dikatakan buat pusingan U beria-ia berusaha agar penduduk Kuantan dan rakyat yang sebagai penonton agar menerima projek wang-terjun itu sebagai projek yang tidak merbahaya.oleh mendatangkan bahaya. Karam Singh pun tahu , banyak projek besar di Malaysia tidak berkualiti walau bajetnya hingga berbilion boleh runtuh sebaik siap contohnya Stadium Terengganu , pembaikian Bangunan PArlimen, Bangunan Mahkamah , jambatan di Lebuhraya Timur Barat dan banyak lagi. Kalau projek yang tidak melibatkan radioaktif boleh kantoi inikan pula projek Lynas yang jika dibanding dengan negara maju seperti Jepun pun gagal mengawalnya. Kita ada pengalaman bagaimana berlaku di Bukit Merah di Perak.
Karam Singh sepatutnya membuat bantahan awal agar projek itu tidak diteruskan ataupun beliau patut berdiam diri sementara projek Lynas siap bagi menunggu kesan buruk Lynas nanti barulah beliau buat liputan. Rakyat musykil kerana : a) Kenapa projek dah dimulakan baru kajian Alam Sekitar baru nak dibuat? b) Kajian dibuat pun berlaku bila Pakatan Rakyat membuat bantahan.
KUANTAN, 28 Jun - Orang ramai digesa tidak terpedaya dan terpengaruh dengan tindakan kerajaan menggunakan wartawan terkenal TV3, Karam Singh Walia untuk memaksa mereka menerima hakikat tentang kewujudan kilang memproses rare earth yang dibina di kawasan perindustrian Gebeng dekat sini adalah selamat. Difahamkan promo tersebut telah disiarkan oleh pihak terbabit sejak beberapa hari lalu. Malah, ia dijangka akan disiarkan kepada umum ketika siaran Buletin Utama TV3 mulai hari ini 28 hingga 30 Jun 2011 ini. Persoalannya sekarang, kenapa baru sekarang TV3 mahu menjadi juara untuk memperjuangkan isu Lynas?. Sedangkan selama ini media terbabit dilihat terus membisu dan menyembunyikan fakta sebenar kepada rakyat. Langkah menggunakan Karam Singh yang cukup terkenal dengan rancangan "Aduan Rakyat" terutamanya yang berkaitan dengan alam sekitar itu adalah satu strategi terakhir kerajaan bagi memesongkan minda rakyat supaya menerima kenyataan tentang projek berkenaan. Jangkaan mereka, selepas TV3 menyiarkannya maka barulah pakar Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang kononnya mengkaji tahap keselamatan kilang terbabit akan mengeluarkan kenyataan bahawa tahap radiasi yang dikeluarkan oleh Lynas adalah selamat. Inilah skrip "tersembunyi" yang boleh dibaca rakyat Kuantan itu sebenarnya. | ASYIK JAGA DEMO, BUKIT AMAN DALAM BAHAYA Posted: 28 Jun 2011 02:45 AM PDT Sebelum nie Pakatan Rakyat dah cemoh bekas Ketua Polis Negara agar beri penjelasan dan tindakan Bukit Aman menggaji yahudi dalam Sistem IT mereka. Mereka hanya berkata "kami akan siasat dan siasat" itu saja. Alasannya Pihak Polis Siasat Syarikat Yahudi Asiasoft, syarikat didaftarkan di Singapura dan berpangkalan di Tel Aviv, tidak lagi dibenarkan memasuki ibu pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menjalankan kerja-kerja pengkomputeran, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini.
Menurut beliau, siasatan berhubung dakwaan itu telah dijalankan dan pihaknya tidak lagi membenarkan syarikat tersebut memasuki PDRM bagi menjalankan kerja-kerja pengkomputeran.
"Dah lama kita siasat... bila isu ini timbul balik dan didedahkan di Parlimen kita siasat lagi, malah kita juga telah menyekat kemasukan syarikat tersebut," katanya.
Difahamkan siasatan berhubung isu tersebut pernah dijalankan polis selepas menerima laporan polis yang dibuat pada 14 Julai 2008 oleh seorang wartawan bebas Johari Ismail. Macam mana projek yang melibat kepentingan strategik negara boleh terlepas kepada tangan musuh, ini perkara yang harus di siasat sedalam-dalamnya oleh bukit aman. ok ceritanya macam ni, bukit aman ada open tender untuk projek IT iaitu perkhidmatan penyelenggaraan secara preventif dan correctif kepada perkakasan,perisian dan aplikasi sistem stor material spesifik (SMS) fasa 5 untuk pdrm. (gambar bawah)
Rakyat bukan kisah apa projek yang Bukit Aman nak buat, tapi yang aku kesahkan sudah ada bau-bau yang mengatakan segala sistem dalam yang di tanderkan oleh bukit aman tu dalam keadaan bahaya, apa maksud bahaya tu? ia terdedah kepada ancaman luar. aku paham, bukit aman nak tolong orang melayu, sebap itu lah di awardkan kepada syarikat bernama nz gemilang sdn bhd, tapi adakah pihak pengurusan bukit aman menyiasat siapa yang berada di belakang syarikat tu? pada hemat aku, syarikat tu cukup bahaya kepada negara, kenapa aku kata macam tu?
Aku difahamkan syarikat NZ Gemilang ni hanyalah sebuah syarikat ali baba je, taukei sebenarnya adalah seorang cina yang dikenali sebagai lim, ok aku akan ceritakan pasal lim dan apa kaitannya dia dengan negara jiran kita, kemudian. tapi apa yang peliknya, macam mana syarikat yang bermodal 50 ribu boleh mendapat tander yang bernilai jutaan ringgit? betul ke syarikat nz gemilang ni mempunyai kelayakan untuk projek IT itu? dah berapa banyak syarikat nz gemilang dapat projek IT sebelum ni? jawapanya ialah, syarikat nz gemilang langsung tak pernah dapat apa-apa projek, buktinya korang boleh tengok gambar di bawah.
Jadi kenapa pihak pengurusan bukit aman lantik syarikat yang tak mempunyai apa-apa kelayakan untuk handle projek yang membabitkan strtegik negara? dan dengar cerita ada pegawai-pegawai di bukit aman yang menjadi tukang lobi kepada kepada kementerian dalam negeri untuk syarikat ali baba ni? mereka berpangkat DSP, SUPT dan ACP... harap bukit aman boleh siasat mereka bertiga ni.
Pendedahan nanti siapa di belakang syarikat nz gemilang dan peranan pegawai-pegawai yang berpangkat itu nanti... ini memang lagi panas beb... | PAKATAN RAKYAT TERUS CANGGIH URUS SELANGOR Posted: 28 Jun 2011 02:35 AM PDT Selangor cadang internet TV bagi penduduk luar bandar Jun 28, 11 11:17am Kerajaan negeri Selangor semalam membincangkan kemungkinan membekalkan teknologi televisyen protokol internet (IPTV) kepada penduduk luar bandar dalam usaha menyebarkan maklumat kerajaan negeri ke kawasan pedalaman.
NONEKetika mengemukakan idea berkenaan pada Dialog Bajet Selangor 2012, exco kerajaan negeri, Rodziah Ismail berkata dengan memperuntukan RM35 juta mulai perbelanjaan tahun depan, kerajaan boleh bersiaran di internet melalui TV Selangor yang dimilik negeri itu kepada penduduk luar bandar.
"Kita miliki TV Selangor, tetapi kebanyakan penontonnya adalah dari luar negara. Kenapa kita tidak pasang enkoder (IPTV) supaya ia (TV Selangor) dapat dikongsi oleh masyarkat menerusi televisyen?
"Angka RM35 juta ditimbulkan oleh speaker (Selangor Datuk Teng Chang Khim) dan kita cadangkan ia dibayar secara berperingkat," kata Rodziah.
TV Selangor adalah milik kerajaan negeri dan menyiarkan berita tempatan dan nasional serta rakaman langsung sidang dewan undangan negeri Selangor.
Bercakap kepada Malaysiakini selepas pembentangan sesi tekonologi maklumat dan komunikasi (ICT) di Subang Jaya, Rodziah berkata buat masa ini 60 peratus penonton TV Selangor adalah penduduk luar negara, manakala bakinya adalah penduduk bandar di negeri itu.
"RM35 juta itu adalah bagi membekalkan enkoder bagi kawasan luar bandar, tetpai bagi yang mampu, mereka digalakkan bagi membelinya sendiri," katanya. | SPR MESTI ADIL, JUJUR, AMANAH DAN BERSIH ! Posted: 28 Jun 2011 01:13 AM PDT SPR dan Gabungan BERSIH boleh bincang cari penyelesaian terbaik untuk semua
Merujuk kepada kenyataan pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang mengatakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersedia mengadakan pertemuan dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) dengan syarat gabungan tersebut membatalkan perhimpunannya pada 9 Julai ini.
Kita mengalu-alukan permintaan SPR untuk berjumpa dengan BERSIH walaubagaimanapun Pengurusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) janganlah mengenakan syarat terlebih dulu sebelum berjumpa dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH).
Sepatutnya beliau sedia berjumpa dan berbincang serta cari penyelesaian yang terbaik dulu sebelum memberi kata putus samaada perlu atau tidak demostrasi BERSIH diteruskan atau tidak.
Sementara itu, Aziz berkata, SPR bercadang menggunakan sistem biometrik yang membolehkan proses pengesahan pengundi dilakukan secara elektronik, pada pilihan raya umum akan datang.
Ini juga cadangan yang baik kalau ianya benar-benar membantu menyelesaikan sebahagian daripada masalah pengundi dari mengundi 2 kali tetapi pastikan tidak ada berlaku penyelewengan semasa proses mengundi nanti disebabkan sistem biometric boleh terjejas disebabkan oleh masalah terputusnya bekalan elektrik atau "server down". Adakah SPR bersedia menggunakan sistem biometric ini ke kawasan pendalaman seperti di Sabah dan Sarawak dimana alat penghubungan di Sabah dan Sarawak masih jauh ketinggalan.
Adakah alat atau sistem ini boleh berfungsi dengan baik dimana bekalan elektrik sukar didapati dalam kawasan yang jauh di pendalaman kalau dibanding dengan menggunakan dawat yang boleh dibawa atau digunakan pada bila-bila masa tanpa had.
Walaubagaimana pun sistem biometric ini sesuai dalam kawasan Bandar dan juga boleh digunakan oleh pengundi POS dimana mereka akan dapat dikesan dengan baik melalui senarai nama yang ada dalam pendaftaran penggundi POS yang layak menggundi agar mereka tidak dapat mengundi berulang kali di kawasan lain.
Kalau sistem biometric ini diguna dan dikawal dengan sebaik mungkin, kita yakin masalah penyelewengan semasa proses mengundi dapat dikurangkan walaupun tidak sepenuhnya disebabkan yang mengenalinya adalah manusia yang sudah pasti ada kelemahan terkecuali mereka yang mengurus dan menjaga alat ini benar-benar amanah dan jujur. Apa yang penting mereka yang diamanahkan untuk menjaga dan mengurus alat ini mestilah mereka yang jujur dan amanah tanpa mengira fahaman politik.
Kalau SPR yakin boleh mengenalinya dengan baik dan dipersetujui oleh semua pihak tanpa sebarang keraguan maka perkara ini boleh dibincang semasa pertemuan dengan pihak yang berwajib dan dengan pihak yang berkenaan
Kita mahu SPR menjalankan sistem pilihanraya dalam Malaysia ini dijalankan dengan adil, jujur, amanah dan bersih agar rakyat Malaysia dapat menerima keputusan pilihan raya umum nanti dengan hati yang terbuka tanpa sebarang keraguan. Diharap perkara ini boleh dibincang dengan terperinci lagi dikalangan mereka yang diamanah untuk mengenalinya. | BELAKANG T YANG MENAKUTKAN BN BERBANDING DATUK T Posted: 27 Jun 2011 09:15 PM PDT | BOLEH BINA 1000 BUAH RUMAH UNTUK MENTEN 2 BIJI BANGLO UMNO Posted: 27 Jun 2011 06:21 PM PDT Kalau dibina rumah kos rendah berharga RM50,000 dengan wang sebanyak RM48,789,115.03 rasanya kita boleh bina sejumlah 1,000 buah rumah kos rendah. Tapi sebaliknay pembaziaran amat ketara bila kos senggaraan termasuk sewa 2 buah banglo/istana ini terlampau dan melampau tinggi dan membazirkan wang rakyat. dah lah tu , rumah(ustana/banglo) disewa jer,
KUALA LUMPUR, 27 Jun: Kerajaan membelanjakan hampir RM49 juta setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Lebih tepat, sejumlah RM48,789,115.03 dibelanjakan termasuk kos sewa, kos baik pulih, bil elektrik dan bil air. Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz dalam jawapan bertulisnya terhadap soalan Siti Zailah Mohamad Yusof (PAS-Rantau Panjang). Zailah dalam soalannya mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan jumlah kos tahunan yang terpaksa ditanggung kerajaan bagi membiayai kedua-dua rumah pemimpin negara itu bermula tahun 2006 hingga 2010. Dalam perincian jawapan yang diberikan itu, Nazri menjelaskan kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu adalah berjumlah RM32,972,115.55, kos baik pulih RM3,581,744.78, bil elektrik RM10,267,868.15 dan bil air RM1,967,386.55 untuk satu tahun. Mengulas jawapan kerajaan itu, Zailah ketika ditemui di Parlimen hari ini berkata, rakyat perlu menilai bagaimana kehidupan pemimpin mereka dalam keadaan rakyat disuruh berjimat. "Kita boleh tengok, rakyat disuruh berjimat, tapi pemimpin negara belanja kos rumah sahaja hampir RM50 juta setahun," katanya. | TAAT DAN WALA' DALAM PERSPEKTIF HARAKAH ISLAMIYAH Posted: 27 Jun 2011 05:49 PM PDT TAAT DAN WALA' DALAM PERSPEKTIF HARAKAH ISLAMIYAH
Persoalan taat dan wala' sering kali diperbahaskan oleh para pendokong harakah Islamiah. Namun, seiring itu juga kita dapat memerhatikan gerak kerja dan sikap para anggota harakah bersalahan dengan kefahaman taat dan wala'. Tulisan ringkas ini bertujuan menjelaskan pengertian taat dan wala' kepada setiap individu yang bergabung dengan gerakan Islam dalam negara ini. Ketaatan kepada Allah, Rasul dan Ulil Amri adalah suatu kewajipan yang diperintahkan oleh Allah Taala di dalam Al Quran. Firman-Nya:
"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu akan Allah, taatlah kamu akan Rasul dan Ulil-Amri (pemimpin di kalangan kamu)". [ Surah An Nisa':59 ] Taat kepada Allah dan Rasul
Imam Ibnu Jarir At Tabari R.H dalam tafsirnya mengatakan bahawa ayat ini bermaksud, "Wahai orang-orang beriman, taatlah kamu kepada Allah pada segala perintah dan larangan-Nya. Taatilah kamu kepada Rasulullah kerana ketaatan kamu kepada Rasul merupakan ketaatan kepada Allah. Kerana ketaatan kamu kepada Rasul itu adalah perintah dari-Nya".
Kata Imam At Tabari lagi dalam meriwayatkan pendapat para ulama mufassirin yang lain,"Ayat ini adalah perintah Allah supaya mentaati Rasulullah S.A.W sewaktu baginda hidup pada segala suruhan dan larangannya serta mengikut sunnahnya setelah kewafatannya".
Taat kepada Ulil Amri
Para ulama mufassirin berbeza berkenaan maksud Ulil Amri di antaranya : 1. Para pemimpin. 2. Para ulama, fuqaha' dan agamawan. 3. Para Sahabat Nabi Muhammad S.A.W. 4. Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar.
Pendapat yang rajih (kuat) di sisi Imam At Tabari maksud Ulil Amri berdasarkan hadis-hadis yang sahih daripada Nabi S.A.W, Rasulullah memerintah agar taat kepada pemimpin selagi mana pemimpin itu taat kepada Allah dan menjaga kemaslahatan umat Islam. Dalam menjelaskan perkara ini al-Hafiz al-Imam Ibnu Katsir meriwayatkan dalam tafsirnya sebuah peristiwa yang berlaku ketika mana Nabi S.A.W menghantar sekumpulan tentera yang diketuai seorang lelaki dan memerintahkan para sahabat supaya taat kepadanya. Sampai di suatu kawasan, lelaki tersebut mengarahkan agar dikumpulkan kayu api dan dinyalakan. Lalu dia memerintahkan semua tentera agar terjun ke dalam api tersebut.
Kemudian ada seorang tentera membantah lalu diadukan hal itu kepada Rasulullah S.A.W apabila mereka kembali kepada Baginda. Lalu Rasulullah S.A.W bersabda : "Sekiranya kamu memasuki api itu, kamu tidak akan keluar darinya selama-lamanya. Hanya sesungguhnya ketaatan itu dalam perkara yang makruf (baik)".
Dalam hadis yang lain, Abdullah Ibn Umar berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda : "(Kewajipan) mendengar dan mentaati seseorang pemimpin Islam itu adalah pada perkara yang disenangi atau tidak senangi, selagi mana tidak disuruh melakukan maksiat. Jika disuruh melakukan maksiat, maka tiada lagi (kewajipan) mendengar dan mentaati".
Rasulullah menuntut Para Sahabat dari kalangan Ansar agar berjanji untuk memberi ketaatan dalam peristiwa Bai'at Al Aqabah Kedua sebelum Baginda S.A.W bersetuju untuk melakukan hijrah ke Madinah. Di dalam perjanjian itu Rasulullah bersabda :
"Berbai'ahlah kepadaku supaya memberi ketaatan ketika rajin dan malas, sanggup berinfak (harta) di masa susah dan senang, menjalankan kewajipan menyuruh yang baik dan mencegah dari kemungkaran, bangun menegakkan agama Allah tanpa menghirau celaan orang, sanggup menolong aku apabila aku tiba ke tempat kamu (Madinah) dan sanggup mempertahankan nyawa aku sebagaimana kamu mempertahankan nyawa kamu, isteri-isteri kamu, anak-anak kamu dan bagi kamu syurga".
Jelaslah berdasarkan nas-nas Al Quran dan Hadis bahawa ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya adalah bersifat wajib dan mutlak. Manakala ketaatan kepada Ulil Amri (para pemimpin) tidak bersifat mutlak. Ia bergantung kepada sejauh mana pemimpin Muslim taat kepada Allah dan Rasulullah. Ketaatan itu hanya pada perkara yang makruf dan bukan dalam perkara maksiat.
Pengertian Wala' Menurut Muhammad Said Al Qahtani dalam kitabnya Al Wala' wal-Barra' fil Islam, pengertian wala' dari segi istilah syarak ialah : "Memberi pertolongan, kecintaan, kemuliaan dan penghormatan. Ini dilakukan kepada mereka yang diberikan wala' itu secara zahir dan batin". Di dalam Al Quran, Allah menjelaskan wala' itu hanya diberikan kepada Allah, RasulNYA dan orang-orang yang beriman. Hanya kepada mereka diberikan pertolongan dan kasih sayang berdasarkan aqidah dan keimanan. Firman Allah Taala :
"Hanya sesungguhnya wali (pelindung dan penolong) kamu ialah Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka itu sentiasa tunduk dan patuh (kepada Allah).." [ Surah Al Maidah:55 ]
Imam At Tabari menafsirkan ayat ini dengan katanya,"Tiadalah bagi kamu sebarang wali (pelindung) dan penolong melainkan Allah dan Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman yang disebutkan dalam ayat ini sifat-sifat mereka". Mereka mestilah orang-orang yan mendirikan solat dan menunaikan zakat. Iaitu menunaikan hak Allah dan hak sesama manusia serta tunduk dan patuh kepada segala perintah Allah dan menjauhi segala larangan-Nya.
Ketaatan Yang Dituntut Dalam Harakah Islamiah Dalam gerakan Islam, ketaatan itu mestilah diberikan oleh para anggota harakah kepada pemimpin. Ketaatan itu lahir daripada sikap saling mempercayai di antara pemimpin dan para pengikut. Para pengikut pula mentaati pemimpin atas dasar ketaatan pemimpin itu kepada Allah dan Rasul-Nya serta berjuang menegakkan agama Allah. Ini hanya berlaku apabila pemimpin berkenaan mempunyai keikhlasan dan menunjukkan contoh pengorbanan yang sebenar dan memberi perhatian kepada perjuangan yang didokong secara jama'ie oleh semua anggota harakah Islamiah. Ketaatan itu mestilah dalam semua keadaan, ketika rajin dan malas, di waktu senang dan susah, di masa lapang dan sibuk dan dilaksanakan dalam perkara yang tidak maksiat. Justeru itu, kegagalan anggota gerakan Islam mengikut arahan kepimpinan dari masa ke semasa akan mencacatkan perjalanan gerak kerja jamaah dan menyebabkan berlaku kepincangan dalam parti.
Pengajaran daripada peperangan Uhud sudah cukup memberi iktibar kepada kita tentang sekumpulan tentera pemanah yang melanggar arahan Nabi S.A.W apabila mereka meninggalkan bukit untuk mengaut harta ghanimah. Akhirnya tentera Islam mengalami kekalahan.
Dalam konteks Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang menyebut berkenaan ketaatan dan wala' yang dituntut dalam gerakan Islam di negara ini : A) Ketaatan itu membawa kepada menunaikan tugas mengikut arahan kepimpinan dan tidak bertindak sendiri tanpa pengetahuan sehingga menjadi kelam-kabut yang boleh menimbulkan adanya kumpulan dalam jamaah atau parti yang mempunyai perancangan yang berbeza dan strategi yang berlainan yang boleh membawa perpecahan dan wujudnya kumpulan atau jamaah dalam parti.
B) Ketaatan itu membawa kepada penyelarasan yang baik di kalangan seluruh anggota dan sayap parti atau jamaah dan melaksanakan amal jamaie yang tidak boleh dijelaskan oleh pandangan individu yang berbeza lalu mengikut selera masing-masing sehingga jentera parti bercelaru dan tidak selaras antara satu sama lain.
C) Ketaatan juga dapat mengimbangkan di antara sikap yang berbagai-bagai di dalam parti, kerana ada orang yang terlalu ke depan (advance), ada orang yang terlalu lambat dan ada yang sederhana. Wala' dan hubungannya dengan Harakah Islamiah (PAS) Dalam aspek ini perlu dibahagikan wala' itu kepada beberapa aspek yang perlu diberikan penekanan.
a) Wala' terhadap aqidah perjuangan Sesungguhnya wali kamu ialah Allah dan Rasul-Nya. Wala' dalam aspek ini berkait erat dengan ketaatan secara mutlak kepada Allah dan RasulNya, wajiblah beriman bahawa tiada tuhan yang sebenar melainkan Allah dengan segala sifat ketuhanan yang Maha Suci dan juga beriman kepada Rasul yang wajib dengan sifat-sifat kerasulannya. Terkandung di dalam mafhum ketaatan dan wala' kepada Allah dan rasul secara mutlak kepada Al Quran dan Al Hadis yang menjadi rukun dan hukum tertinggi bagi Harakah Islamiah, dan dalam konteks kita di Malaysia ini ialah Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
b) Wala' kepada Jamaah Menurut rukun dan hukum, adalah haram seseorang ahli yang telah memberi bai'ah kepada jamaah tiba-tiba memberi wala' kepada kumpulan lain samada yang jelas menentang Islam atau kumpulan yang bernama Islam. Ini bercanggah dengan akhlak berjamaah dan merosakkan perpaduan jamaah, strategi dan jenteranya.
Adapun wala' kepada jamaah itu bergantung kepada wala' jamaah terhadap aqidah perjuangan yang sebenar dan menjadi kewajipan kepada ahli mempertahankannya daripada menyeleweng.
c) Wala' kepada pemimpin Kepimpinan di semua peringkat merupakan salah satu daripada tonggak yang penting kepada jentera dan perjalanan jamaah. Oleh yang demikian, wala' kepada pemimpin dalam pengertian kasih dan taat mestilah diberi dengan penuh tanggungjawab. Wala' ini mesti diberi di semua peringkat pimpinan. Ia juga bergantung kepada perinsip perjuangan parti atau jamaah.
Adakah kita benar-benar memberi wala' kepada pemimpin Harakah Islamiah (PAS)? Jika kita memerhatikan sikap dan ragam mereka yang mengaku bergabung dengan Harakah Islamiah (PAS) akhir-akhir ini, ternyata mereka tidak mempunyai ketaatan dan tidak bersikap wala' kepada pimpinan jamaah. Seperti mana yang telah kita ketahui bahawa wala' itu ialah memberi pertolongan, perasaan kasih sayang, kemuliaan dan penghormatan. Ini dilakukan kepada pimpinan yang diberikan wala' itu secara zahir dan batin. Wajib anggota harakah menunjukkan sikap wala' iaitu menghormati, mengasihi, mentaati dan membantu pimpinan sama ada secara peribadi yang zahir mahu pun naluri yang tercetus dalam hati. Menunjukkan sifat bermuka-muka secara berhadapan dan menyembunyikan sifat hasad dan kebencian dalam hati hanyalah menyerupai perangai yang dilakukan oleh orang-orang munafik kepada Rasulullah S.A.W.
Sikap memburuk-burukkan pimpinan yang dilakukan oleh sesetengah individu secara terang-terangan, melalui laman web, laman sosial dan sebagainya atas nama kebebasan bersuara tidak mencerminkan sifat mereka yang berakhlak dan memahami dengan sebenar-benarnya konsep taat dan wala' dalam perspektif Harakah Islamiah.
Sesungguhnya kemenangan itu hanya akan datang apabila kesemua ini dapat direalisasikan bersama oleh para pejuang Islam dalam akhlak berjamaah. Perhatikan firman Allah Taala ini : "Dan sesiapa mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut (agama) Allah itulah yang pasti mendapat kemenangan. Iaitu: orang-orang yang menjadikan Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman sebagai penolongnya". [ Surah Al Maidah:56 ]
Oleh: Imran al-Malizi ( imran_almalizi@yahoo.com) | |
DR HJ HAMDAN BIN MOHAMED KHALIB Posted: 28 Jun 2011 01:34 PM PDT Iringi Tunku Intan Safinaz rasmi Perkhemahan Kanak-Kanak Antara Kaum Posted: 27 Jun 2011 09:02 PM PDT Merbok - Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB), Yang Teramat Mulia (YTM) Tunku Panglima Besar Dato' Seri Tunku Puteri Intan Safinaz baru-baru ini merasmikan Program Cintai Sungai Kita dan Perkhemahan Kanak-Kanak Antara Kaum yang diadakan di Sungai Batu Besi (Sungai Merbok), Sungai Petani. Program itu dianjurkan oleh pihak pengurusan Menara Alor Setar dengan kerjasama Pertubuhan Kelab Pendidikan dan Kebajikan Puncak serta badan bukan kerajaan (NGO).
Menurut Pengurus Besar Menara Alor Setar, Hariyati Tahir, program itu dianjurkan secara permuafakatan di antara agensi-agensi, badan-badan sukarela, sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi (IPT).
"Oleh itu, Menara Alor Setar mengambil inisiatif ini sebagai salah satu langkah mewujudkan suatu suasana yang sesubur mungkin agar semangat kasih sayang di antara kita dapat disemai dalam kalangan masyarakat yang berbeza keturunan, agama dan budaya," katanya.
Beliau memberitahu, program yang diadakan itu secara tidak langsung dapat memupuk minat di kalangan masyarakat agar dapat berinteraksi dengan ikatan persahabatan dan perpaduan.
Hariyati menjelaskan, objektif utama program itu diadakan adalah untuk menekankan penghayatan dan cinta kepada alam sekitar, khususnya untuk memelihara Sungai Merbok dan hutan bakau.
"Selain itu, program ini juga diharap mampu menyemai dan memupuk semangat kasih sayang serta toleransi di antara kaum melalui suatu program perkhemahan bagi kanak-kanak antara kaum dan antarabangsa," ujarnya.
Tambahnya, antara aktiviti yang menjadi pengisian program itu ialah sukan air, perlumbaan perahu tangkul dan kayak serta aktiviti menanam anak-anak bakau di pinggir sungai.
Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan serta Kebudayaan, YB. Dato' Dr. Hamdan Mohamed Khalib. | |
Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil Posted: 28 Jun 2011 01:01 PM PDT Kenapa kerajaan takut sangat pada BERSIH ? Posted: 27 Jun 2011 11:39 PM PDT Credit to Blogger Legendz Saya terfikir apakah sebenarnya yang di takutkan oleh Kerajaan BN hari ini rentetan perhimpunan BERSIH 2.0 yang akan di adakan pada 9 Julai nanti. Saya beranggapan bahawa tekanan demi tekanan terhadapa perhimpunan BERSIH 2.0 kali ini adalah yang paling kuat di kenakan oleh Kerajaan. Hal ini di sebabkan beberapa factor: 1) Kemerosotan pengaruh rakyat kepada BN semakin merundum. Pasca beberapa siri pilihanraya kecil dan pilihanraya negeri Sarawak menjadi petunjuk. Atas sebab itu hari ini tarikh pilihanraya hanya Najib sahaja yang tahu. Beliau masih berteka-teki untuk mencari masa yang tepat di saat rakyat Melayu kekal setia dan bukan Melayu kembali yakin kepada BN untuk mengumumkan tarikh walaupun kononnya diwar-warkan sebelum ini pada 11.11.11. 2) Penentangan kepada SPR sama ertinya penentangan kepada kerajaan BN. Ini kerana SPR selaku badan pengatur piliharaya adalah talian hayat BN walaupun ada suara yang mengatakan SPR sememangnya sudah telus, masakan tidak pakatan rakyat mampu menang 5 buah negeri. Ya, ada juga yang menjawab andai SPR telus bukan sekadar 5 buah negeri, bahkan 10 buah negeri pun mampu di menangi Pakatan Rakyat. Tidakkan kita sedar usaha kea rah kemenagan untuk 5 buah negeri dan kawasan lain ketika PRK itu pun sudah melalui jalan yang sukar berhadapan ketidak telusan SPR. Buktinya BERSIH 1.0 juga di laksanakan bagi menuntut hak. 3) 8 tuntutan dalam BERSIH kepada SPR tidak meguntungkan dan merugikan mana-mana pihak. Secara logiknya, tuntutan tersebut hanya menuntut hak, bukan menuntut suatu material seperti wang atau peruntukan lain, ia tidak bersifat bias, dan ada di antara tuntutan tesebut telah pun di akui oleh SPR sebelum seperti penggunaan dakwat kekal bahkan telah di laksanakan di Negara-negara lain seperti di India. Namun di kaca mata pemimpin BN, 8 tuntutan ini sememangnya sangat merugikan mereka. 4) Dari sudut isu, BN sebenarnya telah kalah, banyak isu yang di cetuskan oleh BN telah di jawab maka peluang BN adalah dari sudut teknikal. Oleh itu tidak hairan hari ini BN memperalatkan SPR dan beberapa jentera Kerajaan dan Bebas untuk kepentingan mereka seperti contoh di Sabah telah di kesan SPR mendaftarkan pengundi bagi pendatang asing, begitu juga di Selangor seperti yang telah di dedahkan Ahli PArlimen Ampang, YB Zuraidah. Lihat pula bagaimana Polis di pergunakan, menangkap sesuka hati walau sekadar memakai baju, undang-undang dan perlembagaan tolak ketepi. Hari ini ugutan oleh Pemuda UMNO dan PERKASA untuk membakar pejabat PKR juga tidak di endahkan polis walaupun mereka ada ketika itu. Jelas Polis di peralatkan BN-UMNO. 5) Perhimpunan BERSIH 2.0 adalah manifestasi kepada kebangkitan rakyat yang ingin kan perubahan kepada system politik Negara. Anggaran 500ribu rakyat yang akan turun ke BERSIH 2.0 nanti adalah lambang ketakutan kepada BN yang sebelum ini juga pernah membuat pelbagai cara menarik sokongan rakyat khususnya kaum muda dengan perhimpunan 1 juta Belia walaupun tidak sampai 1 juta. Program Juara Rakyat seluruh ceruk kawasan hanya menarik sokongan orang-orang kampong yang kebanyakkan telah berumur di mana saluran ini sudah kekal menyokong mereka dan tidak memberi kesan besar untuk menambah undi mereka. PRN Sarawak menjadi contoh. 6) Menganggap kononnya akan berlaku rusuhan dan huru-hara seperti di Mesir, Algeria, Tunisia dan lain-lain. Sedangkan situasi Malaysia sangat berbeza dengan Negara-negara tersebut atas beberapa sebab, i) ini bukan pertama kali perhimpunan bersar-besaran yang di lakukan, sebelum ini himpunan BERSIH 1.0, PPSMI, GMI, PROTES juga pernah di lakukan. Tiada dalam sejarah perhimpunan jalanan ada kereta terbakar, kedai dan rumah di pecah masuk, ii) pihak penganjur sendiri telah beri jaminan untuk perhimpunan yang aman, tanpa senjata dan bebas provokasi. Soalnya sekarang pihak polis sendiri tidak pernah memberi jaminan untuk keselamatan rakyat dan Negara.? 7) Menganggap perhimpunan tersebut merugikan ekonomi Negara. Jawapan kepada persoalan ini banyak telah di jawab. Persoalannya andai di katakana rugi sekalipun pada 9 Julai nanti, adakah rakyat tidak sedar bahawa kerugian bertahun-tahun yang di lakukan BN dalam memerintah Negara? Hari ini sahaja hutang Negara mencecah lebih RM400bilion.
Kesimpulan, kerajaan BN tidak perlu menakut-nakutkan rakyat dengan pelbagai alasan dan tekanan. Hari ini rakyat menilai melalui ruang maklumat dan media baru yang ada. Tekanan demi tekanan tidak akan membuatkan rakyat terdesak bahkan ianya akan mendesak lagi kerajaan untuk membenarkan rakyat berhimpun, walaupun kerajaan sendiri membelakangkan undang-undang dan perlembagaan yang di buat sendiri. Cukuplah menyekat hak dan kebebasan rakyat sebelum BN di hukum pada PRU13 nanti. | |
DUN Lembah Jaya Posted: 28 Jun 2011 11:12 AM PDT |
PEMUDA PAS DUN KIJAL Posted: 28 Jun 2011 11:06 AM PDT |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 28 Jun 2011 10:00 AM PDT Kes jenayah semakin membimbangkan di Seremban Posted: 27 Jun 2011 09:16 PM PDT Bimbang penjenayah berkeliaran di kawasan rumah Sinar Harian 28 Jun 2011 SEREMBAN – Penduduk Taman Dusun Setia, di sini menggesa pihak berkuasa terutama polis melakukan rondaan lebih kerap bagi mengurangkan kadar jenayah di kawasan taman tersebut. Seorang peniaga di taman berkenaan, T.Veerasamy, berkata, kedai runcitnya sudah dua kali dimasuki pencuri sejak kebelakangan ini. "Pada 20 Mei, kedai saya dimasuki pencuri dan mencederakan saya sekeluarga. Kejadian menyebabkan kerugian sebanyak RM25,000. "Akibat kejadian itu, saya sekeluarga tidak tinggal di rumah kedai ini sebaliknya menyewa di tempat lain kerana masih trauma dengan kejadian tersebut," katanya kepada Sinar Harian, di taman perumahan berkenaan. Veerasamy berkata, bukan sahaja kedainya dirompak, malah kebanyakan rumah penduduk taman tersebut juga turut mengalami nasib sama. "Penduduk amat bimbang akan keselamatan harta benda dan diri apabila banyak kejadian rompakan berlaku di kawasan ini. "Keselamatan penduduk ibarat hujung tanduk kerana tiadanya pihak berkuasa mahupun Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) mengawal kawasan taman ini," katanya. Sementara itu, Ahli Parlimen Seremban, John Fernandez yang membuat lawatan ke taman tersebut berkata, pihaknya sudah memanjangkan aduan kepada pihak berkuasa, namun masih tiada tindakan sehingga kini. "Bukan sahaja kejadian rompakan, malah jenayah seperti ragut juga kerap berlaku di kawasan ini, sekali gus membuatkan penduduk berasa takut hendak keluar rumah sendirian. http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9230536.asp | Litar lumba mini, satu lagi Projek Gajah Putih N.Sembilan Posted: 27 Jun 2011 09:15 PM PDT Adakah Litar Lumba Mini di Seremban ini merupakan salah satu lagi Projek Gajah Putih di Negeri Sembilan antara beberapa koleksi Projek Gajah Putih di Negeri Sembilan ? Beberapa Projek Gajah Putih sebelum ini yang dilaporkan pada pautan berikut http://gajahputihn9.blogspot.com/Litar lumba mini terbiar sepi Sinar Harian 28 Jun 2011 SEREMBAN – Tujuannnya untuk memberi peluang kepada orang ramai menghabiskan masa dengan aktiviti berfaedah. Bagaimanapun, pembinaan litar lumba mini di Seremban 2, di sini seolah-olah satu pembaziran. Ini kerana, litar yang popular dengan aktiviti kereta kawalan jauh sejak kira-kira dua tahun lalu itu kini terbiar tanpa sebarang aktiviti, berbanding sebelum ini sebanyak enam kali setahun pertandingan dianjurkan di situ. Bagaimanapun, disebabkan litar tidak sekata dan tiada kemudahan asas untuk orang ramai, ramai pengemudi kereta mini lari dan bertanding di negeri lain. Pengerusi Kelab Speed Sideway RC Car Club (SSRCCC) Negeri Sembilan, Mohd Nizar Abd Jabbar berkata, setiap kali pertandingan kereta kawalan jauh dianjurkan di Seremban, peserta sering berdepan situasi kenderaan mereka aterjejas akibat litar kasar dan tidak sekata. "Kita bukannya nak perhatian lebih, tetapi litar yang ada ini amat teruk dan tidak sesuai lagi dengan kereta kawalan jauh. "Peserta akan berhadapan dengan masalah tayar dan kondisi kereta yang tidak baik selepas bertanding di litar ini. Selain itu, kemudahan untuk peserta dan pengunjung yang menyaksikan perlumbaan ini juga tiada di sini," katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam. Mohd Nizar berkata, disebabkan masalah itu, tiada lagi pertandingan diadakan di situ berbanding awal pembinaannya pada 2009. "Saya juga pernah menyusulkan surat kepada Majlis Perbandaran Seremban (MPS) untuk mereka membaik pulih kawasan litar ini agar lebih ramai yang turun beraksi, namun sehingga kini belum ada jawapan," katanya. Mohd Nizar berkata, aktiviti kereta kawalan jauh itu mempunyai pengikut ramai terutama dari seluruh negara, sekali gus mewujudkan aktiviti sihat kepada golongan muda. http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9234362.asp | Hutan simpan N.Sembilan diceroboh tanpa tindakan? Posted: 27 Jun 2011 09:14 PM PDT Ketenteraman penduduk terganggu! Sinar Harian 28 Jun 2011 KAMPUNG SUNGAI RAYA – Ketenteraman dan keselesaan penduduk semalam hampir 40 tahun hidup dalam suasana kampung di Kampung Sungai Raya kini terganggu! Penduduk mendakwa semuanya itu gara-gara projek penanaman pokok gaharu dan ternakan burung walit yang dijalankan di atas tanah seluas 20 hektar yang merupakan hutan simpan dan timbul persoalan mengapa projek ini boleh diluluskan sehingga mengakibatkan hutan digondolkan. Seorang penduduk, S Siva Kumar, 35, berkata, akibat penggondolan hutan itu penduduk di sini terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah. "Hutan ini mula digondolkan kira-kira 10 tahun lalu, di mana kayu balak mula ditebang dan dibawa keluar dari hutan berkenaan melalui jalan-jalan di kampung ini secara 'senyap' tanpa diketahui penduduk. Namun, aktiviti itu terhenti seketika dan sekitar setahun lalu, projek ini bermula semula. "Akibatnya, penduduk yang terpaksa menanggung kesan buruk daripada aktiviti itu yang dilihat lebih memberi keuntungan kepada sebelah pihak," katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini semalam. Siva Kumar berkata, penduduk berhampiran terpaksa berkongsi jalan kampung dengan pelbagai jenis kenderaan berat seperti jentolak yang digunakan untuk projek terbabit sehingga mengakibatkan jalan rosak. Lebih membebankan, katanya, rumah penduduk dilanda banjir lumpur kira-kira dua minggu lalu dan ia adalah kejadian paling buruk pernah berlaku. "Seminggu kemudian kejadian sama berlaku tetapi tidak terlalu teruk. Namun semua air dari tempat projek itu yang terletak di bukit mengalir bersama tanah lumpur hingga membanjiri kawasan kebun dan rumah tidak sampai satu jam. "Kejadian itu menyebabkan mangsa banjir mendapat bantuan polis untuk membersihkan banjir lumpur yang masuk ke rumah dan mengalami kerugian besar," katanya. Semua pihak berwajib telah turun padang, termasuk pengurus projek berkenaan dan mereka berjanji akan membina parit besar bersempadan dengan lereng bukit projek dijalankan dan rumah penduduk dalam tempoh secepat mungkin. Siva Kumar berkata, parit itu belum digali sehingga kini dan mereka hanya membina empangan tanah di lereng bukit kononnya untuk menyekat aliran lumpur, tetapi tidak berkesan kerana limpahan air yang banyak memusnahkan empangan. Malah, menurutnya, jalan kampung yang rosak hanya diturap dengan batu manakala jambatan yang hampir roboh dibiarkan begitu sahaja. "Akibatnya, sekali lagi penduduk di sini dilanda banjir lumpur pada Sabtu lalu. "Oleh itu, sebuah longkang sementara kemudian dibina di hadapan rumah penduduk selepas diarahkan secara keras oleh pihak berkuasa tempatan (PBT)," katanya lagi. Sementara itu, seorang lagi penduduk, Rohana Nasir, 57, berkata, jika benar kerajaan meluluskan projek di atas tanah rezab hutan simpan ini, semua pihak berkaitan perlu memantau projek itu secara telus. "Saya sendiri hairan bagaimana projek ini boleh dibangunkan di hutan simpan ini dan sekarang ternyata memberi beban besar kepada rakyat. "Saya juga amat berharap agar semua pihak berkaitan mengkaji semula secara terperinci dari semua aspek bagaimana projek ini diluluskan. Kami bimbang sekiranya terdapat unsur 'kotor' atau memang diluluskan kerajaan," katanya. Menurutnya, penduduk di sini juga sangat mengharapkan agar ada pembelaan segera yang diterima, termasuk langkah pencegahan dilanda banjir lumpur sekali lagi, memandangkan sekarang ini musim hujan. "Hujan yang tidak sampai satu jam boleh mengakibatkan banjir lumpur yang teruk seperti mana yang kami alami dua minggu lalu, akibatnya banyak harta benda yang musnah," katanya. http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9237206.asp | |
Pemuda Guchil Posted: 28 Jun 2011 09:55 AM PDT |
i n t a n h i j a u Posted: 28 Jun 2011 07:49 AM PDT KUNING ITU BERSIH..BERSIH ITU KUNING... Posted: 28 Jun 2011 07:47 AM PDT | SEWA RUMAH PM, TPM RM18 RIBU SEHARI... Posted: 28 Jun 2011 04:13 AM PDT
KUALA LUMPUR, 28 Jun: Jika dibahagikan, secara mudahnya kos sewa bagi kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya lebih RM18,000 untuk sehari.
Kos baik pulih pula mencecah RM60,000 sebulan, bil elektrik RM5,704 sehari dan bil air RM1,092 sehari.
"Dari satu sudut, rakyat disuruh berjimat, agensi kerajaan disuruh berjimat, tiba-tiba untuk dua pemimpin negara ini, wang rakyat diguna sebanyak itu", kata Siti Zailah Mohd Yusof (PAS-Rantau Panjang) pada sidang media di Parlimen hari ini.
Turut serta pada sidang media itu, Dr Siti Mariah Mahmood (PAS-Kota Raja) dan Anthony Loke (DAP-Rasah).
Beliau yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS sebelum ini menanyakan kepada kerajaan berhubung jumlah pembiayaan kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri setiap tahun bermula tahun 2006 hingga 2010.
Dalam jawapan bertulis semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz menjelaskan kerajaan membelanjakan RM48,789,115.03 setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi kedua-dua pemimpin negara itu.
Dalam perincian jawapan yang diberikan itu, Nazri menjelaskan kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu adalah berjumlah RM32,972,115.55, kos baik pulih RM3,581,744.78, bil elektrik RM10,267,868.15 dan bil air RM1,967,386.55 untuk satu tahun.
Untuk rekod, kedua-dua rumah kediaman rasmi itu adalah disewa oleh kerajaan daripada Perbadanan Putrajaya.
"Rumah bernilai berjuta-juta, kita tak tahu apa yang dibaik pulih setiap bulan," katanya lagi sambil mendakwa ia satu pemborosan melampau.
Tak rasa kesusahan rakyat Anthony Loke dalam pada itu berkata, tidak hairanlah jika pemimpin negara ini memotong subsidi rakyat dengan menaikkan harga barangan seperti gula dan petrol.
Ia kerana, pemimpin negara tidak pernah merasai kesusahan rakyat kerana tenggelam dalam kehidupan mewah dan boros mereka.
"Saya tinggal dengan ibu bapa saya di rumah, maksimum bil elektrik saya RM150 sebulan. Bil setahun elektrik rumah rasmi PM dan TPM boleh bayar boleh bayar untuk 100 tahun bil elektrik saya. "Kalau bil air, di Selangor subsidi 20 meter padu iaitu RM11, cukup untuk dua orang guna satu bulan. "Kalau RM32,789 sebulan di kediaman rasmi PM dan TPM, bermakna ia diguna lebih kurang 5961 orang.
"Ini satu angka yang memeranjatkan," katanya.(harakahdaily) | |
Pemuda PAS Merbok Posted: 28 Jun 2011 07:28 AM PDT HIKMAH PERISTIWA ISRAK & MIKRAJ Posted: 28 Jun 2011 01:04 AM PDT Bulan Rejab kian hampir melabuhkan tirainya. Maka semakin terasa dekatnya pertemuan dengan bulan mulia lagi penuh rahmat, iaitu Ramadan al-mubarak. Namun, di penghujung Rejab yang mulia ini, kita terpanggil untuk merenung sejenak peristiwa yang besar dan bermakna bagi seluruh umat. Peristiwa yang dimaksudkan itu ialah peristiwa Israk Mikraj yang menakjubkan.
Israk dan Mikraj adalah dua peristiwa yang amat besar dan luar biasa yang dialami oleh Nabi Muhammad SAW dan dianggap sebagai satu penganugerahan yang tinggi nilainya dari segi kerohanian. Kedua-dua peristiwa itu adalah kurnia Allah SWT kepada baginda untuk memperlihatkan tanda keagungan dan kekuasaan-Nya.
Sungguhpun peristiwa luar biasa yang terjadi setahun sebelum Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah itu mustahil dapat dijangkau oleh alam pemikiran manusia, namun kita selaku umat Islam wajib percaya dan meyakini bahawa Israk Mikraj yang ditempuhi serta dialami oleh Nabi Muhammad SAW adalah benar dan berlaku dengan roh dan jasadnya sekali. Segala-galanya boleh berlaku dengan kehendak dan kekuasaan Allah selaku Pencipta dan Pentadbir alam semesta.
Israk bererti perjalanan Nabi SAW dari Masjidilharam di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis di Palestin. Peristiwa ini terakam di dalam Al-Quran, sepertimana firman Allah yang bermaksud :
"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil-Haraam (di Mekah) ke Masjidil-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Q.S. Al-Israa': 1).
Sementara itu, Mikraj pula merujuk kepada perjalanan baginda SAW dari Masjidil Aqsa ke Sidratulmuntaha di langit ketujuh, dekat singgahsana Allah SWT sepertimana yang digambarkan oleh Al-Quran yang bermaksud:
"Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi di sisi "Sidratul-Muntaha"; yang di sisinya terletak syurga "Jannatul-Makwa". (Nabi Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa "Sidratul-Muntaha" itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. Demi sesungguhnya ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya." (Q.S. An-Najm: 13-18).
Oleh itu, Israk Mikraj dapat disimpulkan sebagai satu perjalanan kilat Nabi Muhammad pada malam hari atas kudrat dan iradat Allah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, kemudian naik ke langit sampai ke Sidratul Muntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah (suatu tempat di mana alam ini diatur) dengan menembusi tujuh lapis langit, lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama.
Salah satu inti penting daripada peristiwa Israk dan Mikraj ialah perintah solat yang diterima Nabi SAW di Sidratulmuntaha. Pada mulanya Allah SWT memberi perintah supaya mengerjakan solat 50 waktu sehari semalam. Tatkala bertemu dengan Nabi Musa Alaihi Salam di langit keenam, Muhammad SAW menceritakan perintah yang diterimanya daripada Allah. Lalu Nabi Musa menyarankan agar baginda kembali menghadap Allah SWT untuk memohon keringanan, dengan alasan bahawa umatnya tidak akan sanggup melaksanakan solat 50 waktu itu. Disebabkan terlalu sayangkan umatnya, Nabi SAW menerima saranan itu. Ia pun kembali menghadap untuk memohon keringanan. Permohonan itu berulang sampai 9 kali hinggalah Allah SWT mengabulkannya dengan mengurangi waktu solat menjadi hanya 5 kali sehari semalam.
Adapun waktu-waktu solat yang telah ditentukan itu ialah Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isya. Waktu mengerjakan solat berkenaan diterangkan dengan jelas di dalam Al-Quran, sepertimana firman Allah yang bermaksud :
"Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan-peringatan bagi orang-orang yang ingat." (Q.S. Hud: 114).
Bulan Rejab tahun ke-11 dari kerasulan baginda SAW, disifatkan oleh ahli sejarah sebagai 'Amulhuzn' (tahun dukacita) bagi Rasulullah. Ini berikutan dengan dua musibah berturut-turut yang menimpa baginda, iaitu kehilangan dua insan tersayang berikutan kewafatan Khadijah, isteri baginda yang tercinta, yang kemudian disusuli pula dengan pemergian bapa saudara baginda, Abu Thalib, yang banyak melindunginya daripada ancaman kaum kuffar Quraisy.
Musibah yang menimpa itu berpengaruh besar terhadap diri Rasulullah. Lantas Nabi merasakan ruang untuk pergerakan dakwah di kota Makkah semakin sempit dan keselamatan diri turut terancam. Keadaan yang sedemikian mendorong Rasulullah untuk berpindah ke Thaif dengan harapan agar penduduknya menerima seruan dan bersedia membantu perjuangannya. Malangnya, segala harapan baginda hancur berkecai kerana penduduk Thaif bukan saja tidak mahu memberi perlindungan kepada Nabi, malah Nabi dicaci, dihina hatta dianiaya.
Lalu, Rasulullah kembali semula ke Makkah dengan perasaan hampa tanpa hasil. Dan dalam hal keadaan menanggung kesedihan dan kehampaan, Allah menganugerahkan Israk Mikraj, yang antara lain bertujuan menghibur dan mempertebal iman Nabi SAW.
Berdasarkan kepada peristiwa Israk Mikraj, kita memperolehi pelbagai pengajaran berharga yang terkandung di dalamnya untuk direnungi serta dihayati. Antara pengajaran berguna tersebut ialah:
1. Manusia harus sentiasa mengadakan hubungan dengan Allah, baik di kala ditimpa kesusahan mahupun di kala mendapat kesenangan. Ini kerana hanya Allah yang berkuasa memberikan pertolongan, menghilangkan segala kesedihan, dukacita dan kesusahan pada diri manusia. Sebagaimana yang diceritakan, Nabi telah ditimpa beberapa musibah sebelum terjadi Israk Mikraj. Dalam keadaan demikian, datang perintah untuk Israk Mikraj, iaitu untuk berhadapan dengan Allah swt. Ini memberi pengajaran kepada kita agar mendekatkan diri kepada Allah sewaktu didatangi musibah dan pelbagai permasalahan dalam kehidupan. Caranya ialah dengan melaksanakan semua perintah-Nya dan menjauhi semua larangan-Nya di samping terus meningkatkan ketakwaan dan amal ibadat.
2. Menjauhi perkara mungkar dan maksiat. Semasa Israk Mikraj, tepatnya sewaktu Nabi diajak meninjau keadaan neraka, baginda ditunjukkan berbagai bentuk penyeksaan dahsyat yang sedang dialami oleh berbagai kaum sebagai akibat daripada segala macam bentuk kejahatan yang pernah mereka lakukan. Misalnya Nabi diperlihatkan kepada satu kaum yang memecahkan sendiri kepala mereka dengan batu besar, setelah pecah ia kembali bertaut seperti sediakala. Nabi juga melihat bentuk penyeksaan yang lain seperti seksaan bagi pemakan riba, penzina, pengumpat, yang suka memfitnah dan lain-lain lagi. Ini semua memberi iktibar supaya kita yang hidup di dunia ini tidak melakukan segala perbuatan tercela itu dan juga pekerjaan lain yang jelas dilarang Allah kerana begitulah seksaan yang bakal diterima oleh seseorang di akhirat nanti sekiranya perbuatan yang dilarang Allah itu dilakukan.
3. Perintah solat sebagai suatu bentuk ibadah yang Allah sendiri menggariskan ketentuan mengenainya. Kewajipan solat berbeza dengan kewajipan yang lain seperti puasa, zakat dan haji. Ini adalah kerana kewajipan solat diterima langsung oleh Nabi daripada Allah sewaktu bertemu Allah pada malam Mikraj tanpa perantaraan malaikat Jibrail. Ini menunjukkan keistimewaan dan kelebihan solat berbanding ibadah-ibadah lain, dan solat juga amalan yang paling awal dihisab di akhirat kelak. Dengan solat, kita berpeluang untuk berdialog langsung dengan Allah, iaitu ketika bersolat.
4. Mengakui dan tunduk kepada kebesaran Allah sebagai pencipta agar keyakinan terhadap kekuasaan-Nya benar-benar bersemi di jiwa manusia. Ini kerana sewaktu Israk Mikraj, Allah memperlihatkan kepada Nabi akan keagungan dan berbagai keajaiban ciptaan-Nya yang terdapat di alam tinggi bernama langit itu seperti Sidratul Muntaha, syurga dan lain-lain lagi.
5. Anjuran memberi salam. Di sepanjang perjalanan Mikraj, Nabi tidak pernah lupa mengucapkan salam kepada rasul yang baginda temui. Ini mengingatkan kita kepada keutamaan memberi salam dan galakan supaya selalu memberi salam kepada saudara sesama Islam sebagai tanda penghormatan dan untuk mengeratkan hubungan.
Israk Mikraj merupakan mukjizat yang tidak diberikan kepada nabi-nabi yang lain. Justeru itu, Pelbagai pengajaran berharga yang terkandung di dalamnya hendaklah direnung dan dihayati supaya ianya dapat membantu memberikan nilai tambah dalam kehidupan, baik dalam usaha meningkatkan ketakwaan dan prestasi ibadah kepada Allah mahupun untuk peningkatan ilmu pengetahuan, terutama dalam menghadapi cabaran globalisasi masa kini. Firman Allah yang bermaksud :
"Dan tidaklah Kami mengutus rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), selain dari kalangan orang lelaki yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang yang berpengatahuan agama jika kamu tidak mengetahui."
| |
Landskap Siasah Posted: 28 Jun 2011 07:05 AM PDT Isu negara komunis lapuk dah... Posted: 27 Jun 2011 09:23 AM PDT 35 aktivis PSM dan Suara rakyat Malaysia (Suaram) yang ditahan di Tol Sungai Duabaru-baru ini.
SUARAM antara penggerak BERSIH dan banyak mendidik masyarakat berkenaan peraturan dan undang-undang dalam BERSIH dan perhimpunan aman.
Kesian SUARAM, sudahlah berjuang untuk menuntut pilihanraya yang adil, telus..kena pula tuduh ingin bangunkan negara komunis....
Kerajaan tiada idea terpaksa buka kamus lama perang saraf tahun 50-60an ala ago go.
Yang percaya adalah pembaca setia UTUSAN...
Golongan muda......tak jalan dah kempen ni | Sambutan 100 tahun Masjid Jamek Lama Gopeng...berjaya diimarahkan.. Posted: 27 Jun 2011 08:50 AM PDT Kelmarin, 26 Jun 2011(Ahad), saya dan isteri menghadiri sambutan 100 tahun Masjid Jamek Lama Gopeng yang terletak di tengah pekan lama Gopeng. Jarak masjid dekat sahaja dengan rumah warisan Cina Gopeng dan Muzium Gopeng. Saya dan isteri mengedar risalah 'Jom Imarahkan Masjid Jamek Lama Gopeng' yang kami susun isinya atas permintaan Saudara Abu Bakar (Pemuda Masjid Jamek Gopeng). Memang buat risalah dan edar risalah telah menjadi darah daging saya, ia tidak menjadi masalah. Bahagian pameran turut disertai pihak Hospital Slim River, Jabatan Penjara, Jabatan Bomba dan beberapa agensi termasuk Jabatan Mufti. Yang menariknya, Jabatan Mufti mengedar beberapa bahan bacaan secara percuma. Pelbagai pertandingan dan permainan disediakan. Aktiviti dan pameran yang diadakan turut menarik perhatian pengunjung termasuk golongan Cina Gopeng sendiri! Pemandangan yang sukar di dapati di kawasan lain. Masjid menjadi terbuka dan mesra apabila setiap permainan dan acara seperti urutan tradisional dan kuiz explorace diadakan di dalam dan di persekitaran masjid. Saya dan isteri menyertai pertandingan Explorace dan kami menjadi johan pertandingan! Menariknya bukan pada hadiah, tetapi isi pertandingan. Bayangkan anda akan melihat golongan remaja, anak muda dan kanak-kanak berkejaran, berpusu-pusu masuk ke masjid untuk mengira batang tiang hijau dalam masjid, menyalin senarai nama penceramah kuliah bulanan, berusaha mengira bilangan kipas serta mengenali Imam, Siak dan Bilal kerana ingin memenuhi kehendak soalan kuiz. Masjid menjadi mesra kepada anak muda dan remaja. Acara yang berlangsung bertambah meriah dengan pertandingan Paintball yang dikenakan bayaran RM 3 sahaja. Bagi saya, permainan kontemporari sebegini jika dieratkan dengan masjid cukup dijiwai oleh para anak muda. Ramai juga anak muda dan pelawat yang menderma darah. Isteri saya juga turut menderma darah buat kali pertama dalam hidupnya. Pada zaman Rasulullah s.a.w., masjid pernah dijadikan medan untuk pelbagai acara rakyat dan komunikasi kebudayaan. Kini di Gopeng, saya juga berpeluang menyaksikannya. Tujuan permainan hanya satu...memecah blok dan jarak antara anak muda dan remaja dengan masjid. Walaupun mungkin beberapa minit sahaja berkejaran dalam masjid, tapak masjid telah berjaya menjadi kawasan mereka melakukan aktiviti dan pasti ia akan menggamit hati mereka dengan izinNya. Beberapa remaja kelihatan bangga apabila mereka diminta membantu ramai peserta kuiz yang perlu menyenaraikan nama remaja yang mewakili masjid dalam perlawanan bola sepak. Penghargaan masjid kepada remaja ini amat tinggi. Remaja ini bukan sekadar diikat dan dibangunkan atas nama belia, hiburan atau atas tujuan biasa yang mensia-siakan umur mereka, sebaliknya remaja ini akan diasuh dan dijadikan sahabat masjid yang setia dan berjasa untuk agama. Bakat mereka dalam bidang tahlil, azan dan sebagainya akan digilap untuk masa depan ummah bukan seperti sesetengah masjid yang tidak pernah mengizinkan remaja melaungkan azan atau berperanan dalam masjid atas sikap ego dan pesimis terhadap remaja. Sambutan 100 tahun ini dirasmikan oleh YB Dr Lee Boon Chai AP Gopeng, ADUN Teja dan Ustaz Radzi Zainon (Timbalan YDP PAS Gopeng) dengan mepeaskan belon hijau putih beserta banting ke udara..... Tahniah ahli jawatankuasa Masjid Jamek Lama Gopeng....saya begitu gembira sehingga membeli sehelai T Shirt berlogo Masjid Jamek Lama Gopeng untuk kenangan keluarga kami..... Muhammad Nuruddin Bashah dan Isteri | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan