Surat ucapan penghargaan dan terima kasih dari En Mansor di atas segala usaha Cikgu Asnah, penyelaras DUN Bayan Lepas yang juga merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Bayan Baru di atas segala usaha beliau untuk mengatasi masalah banjir dan air melimpah di Kampung Bukit, Bayan Lepas.
Mengikut kata Al Fadhil Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, demonstrasi itu dibenarkan di dalam Islam. Hujah beliau dapat menjawab hujah ulamak muda UMNO yang mengharamkan demonstrasi.
Kerajaan Malaysia teramat-amat perlu mengucapkan terima kasih kepada parti pembangkang kerana dengan adanya pembangkanglah semua kemarahan dan 'ketidakpuashatian' rakyat dapat di kawal. Contohnya kenaikan harga minyak, gula dan barangan keperluan harian dan juga sumber tenaga. Kalau tidak ada peranan pembangkang dalam menanggani kemarahan rakyat maka akan berlakulah insiden yang tidak diingini.
Sehari dua ini kita digemparkan oleh beberapa web kerajaan dan yang berkepentingan telah di godam oleh hackers tempatan yang begitu memarahi kerajaan Malaysia kerana menidakkan hak mereka dalam menggunakan filestube, megaupload dan 8 kemudahan para netters.
Pada dasarnya memanglah site-site ini bagi kerajaan adalah site yang kebanyakkannya adalah mendorong kepada gejala sosial kerana pengguna site ini akan mengalakkan aktiviti pornografi, cetak rompak, aktiviti tidak sihat yang lain, mengurangkan pendapatan negara dan lain-lain lagi.
Tetapi bukan dengan menghentikan perkhidmatannya tetapi lebih kepada memantau, walaupun kita tidak bersetuju dengan menggunakan hackers yang tidak bermoral untuk menyerang website kerajaan dan yang berkepentingan, tetapi ini juga adalah satu 'signal' dari rakyat terutama anak-anak muda kepada kerajaan 1Malaysia bahawa kerajaan Najib memang rapuh dan akan tumbang tidak lama lagi.
Masakan tidak dengan beberapa hackers tahap tempatan pun sudah mampu menerobos website kerajaan, bagaimana dengan kepentingan pertahanan dan kewangan negara?
KP : dengan ini kami menyarankan supaya Najib berundur dan memberi laluan kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah, kerana Pakatan Rakyat akan lebih menyuburkan budaya mesra seluruh rakyat.
You are subscribed to email updates from PAS TAMBUN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KOTA BAHARU - Kerajaan Kelantan hari ini mengharamkan akhbar Utusan Malaysia daripada membuat liputan acara yang melibatkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta sesi persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuatkuasa serta merta.
Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ahmad Fadzli Shaari berkata, keputusan itu dibuat berikutan penyiaran karikatur yang disifatkan menghina agama Islam berhubung isu rogol dan zina, yang disiarkan dalam akhbar berkenaan.
Katanya, surat rasmi oleh Pejabat Menteri Besar dan Pejabat Urusetia DUN akan dikeluarkan dalam masa terdekat mengenai perkara itu.
"Tindakan itu akan berterusan sehinggalah pihak akhbar berkenaan memohon maaf secara rasmi atau menarik balik penyiaran karikatur berhubung isu itu," katanya ketika dihubungi Bernama.
Semalam, Pas melancarkan kempen 'Boikot Utusan Malaysia' kerana mendakwa akhbar itu menghina agama Islam menerusi karikatur yang disiarkan pada Rabu lepas.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengesahkan akan hadir dalam Majlis Pelancaran Pasukan Lifeline4Gaza (LL4G) Malaysia yang diadakan malam ini di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras, dekat sini.
Sebagai salah seorang pemidato dalam majlis itu, beliau akan berada sepentas dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang bakal melancarkan program itu bermula jam 8.00 malam.
"Ya, saya akan hadir dalam majlis itu," katanya.
Ketika ditanya harapannya kepada rakyat Malaysia, beliau berkata, semua anggota masyarakat perlu bangkit menentang kezaliman di mana sahaja ia berlaku termasuk dalam negara ini.
Terdapat tiga lagi ucapan selain dari beliau yang mewakili Pakatan Rakyat, Pengerusi LL4G, Noorazman, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin dan Najib.
Selain pidato, hadirin akan melihat persembahan multimedia mengenai apa yang berlaku dalam Flotilla 1, persembahan lagu Gaza dan deklamasi sajak Palestin oleh Dr Lim Swee Tin.
Penyanyi nasyid, Muadz Dzulkifley juga akan menghiburkan penonton dengan lagu-lagu bersemangat termasuk adaptasi daripada Hadis Nabi Muhammad SAW.
Menghimbau sejarah pada 8 Mei 2002, dua pemimpin utama Presiden Umno, Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PAS, Datuk Fadzil Mohd Noor pernah berada sepentas berbicara tentang isu sama, Palestin.
Pertemuan dua pemimpin utama umat Islam negara ini telah menghasilkan Pernyataan Bersama berbunyi:
"Atas semangat kemanusiaan dan keamanan sejagat, kami atas nama rakyat Malaysia dari pelbagai kaum dan keturunan serta fahaman politik yang berbeza-beza, berkongsi rasa, cita dan perjuangan dengan seluruh rakyat Palestin yang mempertahankan hak di bumi kelahiran mereka.
"Kami menggesa seluruh warga dunia agar turut serta menyuarakan dan memberikan sumbangan dalam bentuk apa sahaja sehingga rakyat Palestin dapat hidup dengan aman dan damai di negara yang berdaulat''.
Sementara itu, AJK Pemandu LL4G Malaysia, Zulkefli Mohd Nani dalam kenyataannya berkata, penentangan terhadap kezaliman Israel menuntut kesanggupan semua rakyat negara ini tanpa mengira ras, agama dan budaya.
Menurutnya, LL4G adalah sebuah gabungan badan bukan kerajaan Malaysia, akan menyertai bersama lebih 600 sukarelawan antarabangsa dari pelbagai bangsa dan agama, dalam Misi Kemanusiaan "International Freedom Flotilla 11" ke Gaza hujung bulan ini.
Menurutnya, kesemua kapal antarabangsa ini dijangka berada di lautan pada 27 atau 28 Jun ini.
"Misi Pelayaran Kemanusiaan ini bakal disertai oleh 13 buah kapal antarabangsa; 10 kapal penumpang dan tiga kapal kargo, akan belayar bersama menghantar bantuan kemanusiaan.
"Sekali gus memberi tekanan supaya Israel menamatkan embargo ekonomi yang dikenakan ke atas penduduk di Gaza dan Palestin.
"Bertemakan Pertahankan Kemanusiaan atau Stay Human, misi ini bergerak berdasarkan prinsip-prinsip keamanan dan mematuhi seluruh undang-undang antarabangsa termasuk semua resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)," jelasnya.
Zulkefli turut memaklumkan misi ini akan membawa bersama bantuan kemanusiaan seperti peralatan hospital yang amat diperlukan oleh penduduk di Gaza, bahan-bahan pendidikan untuk kanak-kanak serta barangan pembinaan asas yang diperlukan dalam pembinaan semula bangunan.
Justeru, beliau berkata, mereka yang ingin menghulurkan bantuan dan menaja pembelian peralatan yang diperlukan, boleh melalui akaun Muslim Care (Viva Palestin: 564490211159 (Maybank).
KOTA BHARU, 18 Jun: Badan Perhubungan PAS Kelantan hari ini membuat rombakan agak besar dengan menampilkan muka-muka baru bagi memantapkan lagi organisasi parti.
Adun Pulai Chondong, Zulkifli Mamat dilantik sebagai Setiausaha Badan Perhubungan baru menggantikan Mohd Zaki Ibrahim.
Manakala bendahari - Adun Pengkalan Pasir, Hanifa Ahmad menggantikan Datuk Anuar Tan Abdullah.
Selain itu Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri menampilkan sarjana lulusan Sains Politik, Wan Nik Wan Yussof.
Beliau yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar menggantikan Adun Bukit Tuku, Abdul Fatah Harun.
Pengumuman mengenai perubahan itu dibuat Pesuruhjaya PAS Negeri, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada persidangan media di Pejabat PAS Negeri hari ini.
Bagaimanapun beberapa jawatan utama lain tidak berlaku sebarang perubahan. Timbalan Pesuruhjaya I, Datuk Ahmad Yakob, Timbalan Pesuruhjaya II, Datuk Husam Musa dan Timbalan Pesuruhjaya III, Datuk Mohd Amar Abdullah.
Begitu juga jawatan Ketua Penerangan tidak berubah, Dr Mohamad Fadzli Hassan selepas dilantik tahun lepas.
Selain itu Setiausaha Kerja Dewan Ulama PAS Kelantan, Ustaz Mohd Asri Mohd Zain dilantik sebagai Penolong Setiausaha II menggantikan Mohd Ridha Mohd Zain. Penolong Setiausaha I, Mohd Nasir Che Daud kekal.
Pelantikan tersebut bagi tempoh 2011/2013 dibuat berdasar kepada Fasal 40 (5), Fasal 40 (3) (m) dan Fasal 79 (3) Perlembagaan PAS pindaan 2011.
Mesyuarat Perhubungan PAS Negeri kali pertama selepas muktamar itu juga melantik tujuh ahli jawatankuasa baru iaitu Ustaz Ahmad Fadhli Shaari (Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Datuk Takiyuddin Hassan (Exco), Datuk Anuar Tan (Exco), Hisham Fauzi (peguam), Senator Mumtaz Mohd Nawi, Hussin Embong (AJK PAS Gua Musang) dan Datuk Dr Johari Mat (ahli akademik).
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar merakamkan ucapan terima kasih di atas jasa dan khidmat setiausaha, bendahari dan pengarah jabatan pilihan raya sebelum ini.
Sementara itu Zulkifli berkata, beliau berharap mendapat kerjasama semua pihak bagi melaksanakan tugas baru di Perhubungan PAS Negeri.
"Tugas ini suatu yang berat tanpa bantuan dan kerjasama semua pihak tentunya ia sukar untuk dilaksanakan.
"Insya Allah saya akan berusaha meneruskan kesinambungan tugas yang dilaksanakan Setiausaha Perhubungan sebelum ini. Kalau ada perubahan bakal dibuat ia hanya berdasar kepada kehendak semasa," ujarnya.
Beliau juga merakam ucapan terima kasih kerana diberi kepercayaan oleh Pesuruhjaya bagi melaksanakan tugas yang begitu mencabar itu.
Beliau sebelum ini pernah dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS Kelantan.HD/-
Ulasan :
Tahniah kepada yang terlantik dan penghargaan kepada mereka yang telah berkhidmat dengan jawatan yang disandang untuk sesi yang lepas, semuga ianya memberi kekuatan kepada PAS Kelantan bagi mengekalkan kemenangan yang diperoleh sejak tahun 1990 itu.
Meskipun mengakui Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa dalam hal-hal berkaitan agama Islam di negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja-raja Melayu, namun pakar perlembagaan Profesor Abdul Aziz Bari mempertikaikan cara nama Seri Paduka diheret setiap kali bagi membidas dasar-dasar kerajaan negeri Pulau Pinang.
"Hanya selepas Pakatan Rakyat mengambil-alih Pulau Pinang, tiba-tiba peranan Agong menjadi tokoh yang signifikan.
"Nama Baginda digunakan bagi menghalang sebarang tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri," kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) itu kepada Malaysiakini.
Abdul Aziz berkata prosedur atau peraturan yang betul mengikut perlembagaan adalah bagi pihak Istana Negara atau setiausaha sulit Yang di-Pertuan Agong bagi mengeluarkan kenyataan berhubung kedudukannya sebagai ketua agama dan bukannya oleh pihak-pihak yang lain.
"Pastinya bukan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, yang merupakan sebahagian daripada kerajaan.
"Jadi beliau harus diam. Biarkan Baginda melaksanakan tanggungjawab yang diperuntukkan oleh perlembagaan - bebas daripada kerajaan sama ada peringkat persekutuan mahupun negeri," kata Abdul Aziz.
Beliau juga membidas dakwaan 'mengarut' oleh kumpulan pendesak Melayu, PERKASA yang berkata adalah salah bagi mengadakan pemilihan jawatankuasa kariah masjid diadakan.
"Pertama, tidak ada fatwa mengatakan pemilihan itu adalah haram mengikut Islam," katanya.Fatwa
Lagipun menurut profesor itu lagi, umat Islam, sama ada dari Umno, PAS dan PKR, semuanya pernah terbabit dalam pemilihan parti masing-masing.
"Jika ini tidak mengikut Islam, majlis fatwa sepatutnya mengeluarkan hukum berhubung perkara itu," katanya.
Semalam, hasrat Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) bagi mengadakan pemilihan jawatankuasa kariah masjid bagi sesi 2012-2013 dengan kaedah pilihan raya terpaksa dibatalkan.
Keputusan itu dibuat di Istana Negara di Kuala Lumpur apabila Yang di-Pertua Negri Abdul Rahman Abbas dan Yang Dipertua MAIPP Ellias Zakaria menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Mesyuarat agung masjid-masjid di Pulau Pinang yang dijadualkan hari ini dan esok itu sepatutnya memilih jawatankuasa kariah di 151 daripada 200 masjid tetapi kini ditangguhkan sehingga notis lanjut.
Pemilihan ala pilihan raya yang dicadangkan itu bagi membolehkan anak kariah mengundi secara sulit untuk memilih pemimpin kariah yang sebelum ini dipilih oleh MAIPP.
Bantahan pelbagai pihak yang didalangi Umno begitu lantang kerana gusar pilihan raya kariah masjid akan menghakis sokongan kepada parti itu yang kini gagal menguasai kerajaan negeri Pulau Pinang setelah ditumbangkan pada pilihan raya umum 2008.
Umno mendakwa pemilihan secara demokrasi itu akan hanya membawa perpecahan di kalangan umat Islam selain mengheret masjid ke kancah politik kepartian. Malaysiakini/-
Ulasan :
Kebimbangan UMNO yang memuncak dengan peluang untuk mengambil kembali Pulau Pinang semakin pudar dan hancur maka mereka sanggup melakukan apa saja termasuk pergunakan kuasa ketiga.
Semuga rakyat Pulau Pinang terus menolak politik kotor yang sekian lama diamalkan oleh BN setelah mereka kehilangan kuasa pada tahun 2008.
MAPIM berpandangan adalah tidak mengejutkan gejala murtad kelihatan agak tinggi seperti yang didedahkan oleh pihak Menteri Ehwal Islam JPM jika masyarakat melihat pelbagai faktor yang menyumbang kepada gejala tersebut.
Jika dilihat faktor yang berkaitan dengan budaya hidup , status sosio-ekonomi , persekitaran masyarakat , isu kekeluargaan , kegagalan pendidikan Islam yang berkesan semada secara formal mahupun tidak formal serta kegiatan da'wah serta khidmat dari pihak berkuasa berkaitan dengan urusan mualaf yang tidak berkesan, adanyanya usaha terang-terangan mahupun secara halus mempengaruhi agar orang Islam keluar dari Islam , semua ini menyumbang kepada pemurtadan di negara ini.
Faktor sosio-ekonomi sering menyebabkan golongan mualaf mahupun orang Melayu Islam tertekan dengan kesempitan kehidupan dan dengan itu terdedah kepada pujukan yang akhirnya murtad. Menjadi jalan terakhir bagi seorang Islam bila keadaan hidup yang terdesak berakhir dengan pilihan untuk keluar dari Islam tertutama bila pendidikan dan penghayatan Islamnya amat rendah.
Demikian juga dengan masalah tekanan keluarga yang tidak mampu diatasi oleh penganut Islam yang baru. Ditambah dengan tidak ada yang dapat didekati untuk mendapatkan kaunseling , seorang mualaf terdedah dengan pengaruh dan tekanan dari keluarga , akhirnya memilih untuk murtad.
MAPIM juga berpendapat bahawa terdapat persekitaran masyarakat yang juga tidak menyokong untuk seorang mualaf dapat hidup sebagai seorang Muslim yang terbela. Ujudnya ketidakpedulian masyarakat terhadap mualaf telah menyebabkan mereka merasa tersisih dan tidak diperhatikan.
Sementara itu berlaku juga kesulitan yang dihadapi oleh mualaf untuk mendapat bantuan dan berurusan dengan pihak berkuasa agama. Sering kerumitan yang dihadapi menyebabkan seorang mualaf hilang keyakinan dan harapan untuk mendapat pembelaan sehingga mereka membuat keputusan untuk kembali kepada agama asal.
Anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor - Nooryana Najwa secara rasmi bertunang dengan seorang pembesar kerajaan , Daniyar Nazarbayev dalam satu majlis di Seri Perdana, Putrajaya malam semalam.
Hanya media rasmi kerajaan dibenarkan membuat liputan. Menurut Bernama majlis pertunangan pasangan itu diserikan dengan kehadiran keluarga serta rakan mereka, selain orang kenamaan dari Malaysia dan luar negara.
Antaranya, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah; Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Hajah Kalsom; Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah dan Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah.
Awal bulan ini, lawatan Najib serta keluarganya ke Kazakhstan menjadi isu hangat apabila ahli parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad membidas perdana menteri kerana didakwa menggunakan dana awam bagi merisik perkahwinan anak perempuannya.
"Tindakan Najib ini tidak ada kelas langsung iaitu menggunakan wang kerajaan dan rakyat untuk urusan peribadi," kata pemimpin PAS itu.
Sebaliknya, Wisma Putra menafikan laporan itu dan menegaskan bahawa lawatan itu adalah untuk memenuhi penerimaan perdana menteri terhadap undangan yang telah lama dibuat oleh Presiden Kazakh Nursultan Nazarbayev untuk melawat negara itu.
Lawatan itu, juga dikatakan kebetulan diadakan serentak dengan penganjuran Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) ke-7 di Astana dari 7 hingga 9 Jun lalu.
Jemputan khas sahaja
Majlis tertutup malam semalam itu hanya dihadiri oleh jemputan khas terpilih sahaja termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri; Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Badawi, menteri kabinet, timbalan menteri serta pegawai kanan kerajaan pusat dan negeri.
Hadir sama ibu Najib, Tun Hajah Rahah Tan Sri Mohamad Noah.
Kenamaan asing yang turut dijemput termasuk Putera Mahkota Abu Dhabi Jeneral Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan dan isteri Sheikha Salam binti Hamdan Al Nahyan, serta Pengerusi Medina Council Putera Saud bin Abdulaziz Al-Saud.
Nooryana Najwa, 22, merupakan lulusan School of Foreign Service, Universiti Georgetown, Amerika Syarikat sementara Daniyar, 22, menamatkan pengajian di Universiti Columbia, New York.
Pasangan itu bertemu ketika menuntut di Amerika Syarikat.
Dzulkefly Ahmad juga pernah membidas Najib dan keluarganya kerana semasa anak gadisnya itu menerima ijazah di Universiti Georgetown, Washington, Amerika mereka sekeluarga dikatakan ke negara itu juga dengan program rasmi kerajaan.
"Saya bimbang ia menjadi rujukan pemimpin bawahan beliau sebagaimana bidalan Melayu, bapa kencing berdiri anak kencing berlari," katanya.
Menurut pemimpin PAS itu, tidak menjadi kesalahan bagi perdana menteri mengendalikan urusan peribadinya seperti merisik perkahwinan anaknya di Kazakhstan tetapi Najib sepatutnya mengambil cuti rasmi dan tidak membelanjakan dana awam. Malaysiakini/-
KOTA BHARU - Apa guna Pas tanpa nama Islam! Demikian tegas Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar), ketika menjawab cabaran sesetengah pihak supaya menggugurkan perkataan Islam pada nama parti itu.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, Pas diwujudkan untuk memperjuangkan agama Islam dan adalah suatu perkara mustahil untuk menggugurkan nama dan asas perjuangan yang dipegangnya selama ini.
"Mana boleh gugur perkataan Islam, kalau gugur Islam tiada parti Pas, Melayu lebih Melayu kerana Islam, tetapi UMNO tolak Islam, khianat kepada agama dan bangsa sendiri," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah Jumaatnya di Dataran Ilmu di sini, semalam. Sebelum ini, pelbagai pihak mencabar Pas menggugurkan perkataan Islam pada nama parti itu bagi menjaga hubungannya dengan parti pembangkang yang lain.
Sinar/-
Antaranya, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi yang menjelaskan ia perlu dilakukan kerana Pas sendiri yang memberi alasan ramai orang bukan Islam keliru dan takut apabila disebut negara Islam sehingga menyebabkan parti itu menukar dasarnya kepada negara berkebajikan.
Isu itu timbul apabila Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar Tahunan Ke-57 parti itu, dua minggu lalu, mengumumkan parti itu akan menumpukan perhatian kepada konsep membangun negara berkebajikan, sekali gus menimbulkan tanggapan parti itu menukar dasarnya.
Dalam pada itu, Nik Aziz menggunakan kesempatan pada kuliah Jumaat kelmarin, untuk menerangkan isu 'negara berkebajikan' yang diperjuangkannya kini dan dilihat sebagai salah satu usaha bagi mengelak ahlinya keliru dengan slogan tersebut.
Menurutnya, konsep negara berkebajikan bukan bermakna Pas mengubah dasar perjuangannya, sebaliknya ia adalah satu daripada program parti yang juga selaras dengan perjuangan ajaran Islam.
Beliau berkata, UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak perlu gusar dengan slogan baru itu walaupun mendakwa mempunyai persamaan, tetapi inti pati yang dibawa Pas cukup berbeza. "Buat apa nak takut, macam orang jual nasi kerabu, kalau nasi kerabu kamu lebih sedap orang akan beli, tidak perlu takut, tetapi kalau takut itu bermakna apa yang kamu jual itu tidak bernilai," katanya.
"Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran" (QS. Al Baqarah: 186).
Tidak ada masa depan kecuali mempunyai harapan, kata orang bijak. Kenyataannya memang demikian. Harapan seringkali menambah semangat hidup dan fokus untuk meraih sesuatu yang diharapkan. Orang-orang yang rela mengorbankan waktunya untuk bangun tengah malam di saat banyak manusia terlelap, lalu berwudhuk dan melaksanakan shalat tahajjud serta mengadu nasibnya kepada Allah, juga karena memiliki harapan.
Tentunya banyak harapan yang akan diraih di saat demikian. Termasuk di antaranya, harapan mendapat perlindungan Allah dari segala bahaya, memperoleh jalan keluar dari berbagai permasalahan hidup yang kadangkala begitu dahsyat menantang, dan harapan-harapan kebaikan lainnya. Bagi orang-orang seperti ini, yang ditunggu pasti ada. Dan Allah berjanji tidak akan menyia-nyiakan permintaan hamba-hambaNya yang ikhlas. Dalam berbagai firmanNya, Allah pun telah berjanji untuk mengabulkan doa, antara lain, "Berdoalah kepadaKu, niscaya Aku kabulkan doamu" (QS. Al Mukmin: 60).
Namun, penting bagi diterimanya doa adalah taat dan baik perilakunya. Dengan demikian, orang-orang yang senantiasa menjaga dirinya dengan perilaku-perilaku yang baik sama dengan menjaga harapan-harapannya agar dipenuhi oleh Allah. Sebaliknya, orang-orang yang gemar dalam kemungkaran dan sombong adalah orang-orang yang sesungguhnya tak memiliki harapan. Karena itu, sangat aneh bila orang-orang seperti ini dipilih sebagai para pemimpin yang akan mewujudkan harapan masyarakat.
IPOH, 17 Jun, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain hari ini mengecam karikatur terbaru yang diterbitkan oleh Utusan Malaysia berjudul "Kekeliruan Kes Rogol" pada 15 Jun lalu yang disifatkan menghina syariat Islam.
Beliau kesal atas karikatur sebegitu yang dianggap langsung tidak bertanggungjawab dan menidakkan sensitiviti masyarakat beragama Islam di Malaysia. Karikatur itu yang disiarkan pada muka surat 15 Utusan Malaysia, menyaksikan dua situasi berbeza yang terpaksa dialami oleh mangsa rogol.
Dalam situasi pertama, mangsa rogol telah mengemukakan aduan kepada jabatan agama, namun ditolak kerana menurut karikatur itu mangsa memerlukan empat orang saksi sedangkan mangsa hanya mempunyai rakaman video. Sementara itu dalam situasi kedua, mangsa telah membuat laporan polis dan pegawai yang menguruskan kes itu berkata rakaman video boleh dijadikan bukti.
Penyiaran karikatur itu yang menggambarkan mangsa rogol membuat laporan kepada 2 pihak berkuasa berbeza jelas mempersendakan golongan ulama dan Islam.
Beliau berkata, "Kartun sebegini jelas mempunyai niat jahat untuk memperlekeh pandangan alim ulama dan memberikan tanggapan negatif kepada Islam. Unsur-unsur sebeginilah yang membawa kepada perpecahan umat. Bertentangan dengan objektif media itu sendiri sebagai alat perpaduan."
Ujar beliau lagi, "Pihak Utusan Malaysia seharusnya jelas dalam membicarakan soal ini. Zina dan rogol, adalah dua perbuatan yang mempunyai definisi berbeza. Justeru, mempunyai pemberat serta pertimbangan berbeza dalam soal hukum. Karikatur sebegini boleh mencetuskan salah faham kepada Islam malah mempersenda aspek sistem keadilan di dalam Islam."
Dalam pada itu, beliau meluahkan kekesalan terhadap sikap PERKASA dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang dilihat seolah-olah membela Utusan Malaysia dengan mendakwa ia hanyalah sindiran terhadap golongan yang tidak memahami undang-undang Islam dan masalah persepsi individu.
Tindakan Utusan Malaysia ini turut dikecam oleh Persatuan Ulama Malaysia dan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan. Selain itu, Mursyidul Am PAS Datuk Bentara Setia Nik Abdul Nik Mat pula menyifatkan Utusan Malaysia sebagai "Denmark Malaysia" kerana menyiarkan karikatur yang menghina syariat Islam.
Sehubungan dengan itu, PAS Perak menggesa pihak Utusan Malaysia menarik balik siaran karikatur ini dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam di Malaysia atas kebiadapannya mempersendakan perundangan Islam.
WASHINGTON 16 JUN : Warga tua yang mengambil minyak zaitun dalam pemakanan mereka didapati kurang berdepan risiko serangan angin ahmar berbanding mereka yang tidak berbuat demikian.
Ia hasil penyelidikan terhadap lebih 7,000 penduduk Perancis yang disiarkan semalam di Amerika Syarikat.
Penyelidik dari Institut Penyeliikan Kesihatan dan Perubatan Kebangsaan di Bordeaux, Perancis menjalankan kajian itu terhadap 7,625 orang yang berusia 65 tahun ke atas dari tiga bandar raya iaitu Bordeaux, Dijon dan Montpellier untuk tempoh selama lima tahun.
Sepanjang tempoh kajian itu, hanya 148 daripada mereka diserang angin ahmar.
Kajian itu diasingkan kepada beberapa kumpulan berkaitan penggunaan mereka terhadap minyak zaitun - daripada mereka yang tidak mengambilnya langsung kepada mereka yang menggunakannya untuk menyapunya pada makanan, memasak dan membuat roti.
Penyelidik juga mengasingkan kumpulan itu berdasarkan berat badan, aktiviti fizikal dan amalan diet dengan mendapati kumpulan yang memakan minyak zaitun secara intensif hanya terdedah kepada 41 peratus serangan angin ahmar berbanding mereka yang tidak memakannya langsung.
Penemuan itu diterbitkan dalam Jurnal Perubatan Akedemi Neurologi Amerika. - AFP
KOMENTAR : Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Maslan memberi keterangan bercanggah dan berdolak dalih ketika cuba mencanang Felda sebagai sebuah syarikat kerajaan yang mencatatkan keuntungan berlipat ganda dan kononnya tidak pernah "membebankan" peneroka-peneroka dengan pinjaman yang diambil olehnya.
Bagaimanapun Ahmad mengaku di Parlimen hari ini bahawa meskipun kedudukan Felda begitu utuh, syarikat itu membuat pinjaman RM6 bilion daripada Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (KWSP).
Menjawab soalan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahmad juga menegaskan tidak ada syarikat dalam kumpulan Felda yang menanggung kerugian.
Ini menurutnya adalah kerana Felda mencatat keuntungan RM1.197 bilion pada tahun lalu.
Bagaimanapun Ahmad Maslan kemudian mengaku bahawa sebuah syarikat yang dibeli untuk memasuki pasaran minyak masak di Amerika Utara menanggung kerugian.
Namun Ahmad menyifatkan kerugian itu fenomena biasa dalam pembelian aset di luar negara.
Dalam ucapannya di parlimen itu, Ahmad mempertikaikan angka-angka yang dirujuk oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kerugian terkumpul Felda sebanyak RM500 juta dari tahun 2007 hingga 2010.
Sebahagian besar daripada kerugian itu dikatakan ditanggung oleh Felda Global Ventures menerusi pelaburan-pelaburan rapuh di luar negara, kata Anwar sambil memberikan contoh-contoh pelaburan yang dimaksudkan.
Anwar meminta kerajaan Umno-BN menyatakan sama ada RM6 bilion itu digunakan oleh anak syarikat Felda, Felda Global Ventures untuk melabur dalam syarikat milik asing.
"Saya tidak tahu dari mana ahli parlimen Permatang Pauh mendapat angka-angka ini," kata Ahmad dengan sekali lagi mencanang keuntungan RM1.197 bilion Felda tahun lalu.
Anwar berkata Felda sepatutnya mampu memperoleh keuntungan berlipat ganda sekiranya pengurusan lebih telus.
Namun akibat pengurusan lembab, peneroka dinafikan hak untuk menikmati keuntungan lebih tinggi memandangkan harga kelapa sawit dan getah dunia melambung tinggi.
Anwar menegaskan pencapaian anak syarikat Felda tidak mencerminkan aset begitu luas yang dimiliki oleh Felda serta potensi keuntungan yang bakal dicapai.
Tahun lalu, Ahmad mengaku, juga di Parlimen, bahawa rizab Felda susut daripada lebih RM4 bilion pada tahun 2004 kepada RM1.35 bilion tahun 2009.
Peneroka Felda dilihat sebagai "simpanan tetap" Umno ketika pilihanraya dan sebarang kritikan terhadap pengurusan Felda sering mengundang tindakan padah daripada pemerintah.
Tahun lalu, lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan diharamkan dan disaman kerana mendakwa Felda mungkin bankrap jika terus menanggung kerugian akibat
pemborosan dan pelaburan yang tersasar.
Pada hari ini Ahmad mendakwa peneroka Felda tidak pernah ditindas, namun keputusan-keputusan Mahkamah dalam beberapa saman yang difailkan oleh peneroka
menunjukkan hakikat yang sebaliknya.
Ribuan peneroka Felda memenangi hak untuk mendapatkan pampasan daripada Felda setelah hakim memutuskan mereka ditipu bayaran untuk hasil sawit yang diusahakan.
Mahkamah Persekutuan pada Ogos lalu memerintahkan Felda membayar RM11 juta kerana menipu sekumpulan peneroka di Kemahang.
KUALA LUMPUR 16 JUN : Permohonan Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. D Jeyakumar untuk mencabar keputusan kerajaan kerana didakwa gagal memberi peruntukan pembangunan bernilai RM1 juta untuk kes yang diwakilinya, akan didengar pada 7 Julai ini oleh Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan Kuasa-kuasa Khas) di sini.
Hakim Abang Iskandar Abang Hashim menetapkan tarikh itu selepas menemui peguam B.Mahaletchumi yang mewakili Jeyakumar, dan Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan dan Shamsul Bolhassan bagi pihak Peguam Negara.
Pada 25 Februari lalu, Hakim Datuk Aziah Ali memberikan kebenaran kepada Jeyakumar selaku pemohon untuk memulakan tindakan tersebut setelah menolak bantahan Peguam Negara.
Pada 29 Oktober tahun lalu, Jeyakumar, 52, memfailkan permohonan bagi memperoleh pengisytiharan bahawa peruntukan khas kawasan Parlimen mesti dbekalkan dan disediakan kepada semua ahli Parlimen secara saksama.
Dalam permohonannya, Jeyakumar daripada Parti Sosialis Malaysia, menamakan Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan di Jabatan Perdana Menteri, Pengarah Pembangunan Perak dan kerajaan sebagai responden, selepas Pejabat Pengarah Pembangunan Perak menolak permohonannya mendapatkan dana untuk
disumbangkan kepada SMJK Shin Chung, SJK Methodist dan Rumah Anak Yatim Nurul Ihsan selain dana bagi projek kecil untuk perkampungan Orang Asli.
Beliau memohon perintah supaya kesemua responden itu menjelaskan bidang kuasa masing-masing dalam mengagihkan dana daripada Peruntukan Khas Kawasan Pilihan Raya dan menyatakan prosedur pengagihan peruntukan itu sejak 2008.
Sementara itu, mahkamah menetapkan 19 Julai ini untuk mendengar permohonan Pejabat Peguam Negara bagi menggantung perintah Mahkamah Tinggi pada 25 Februari lalu yang membenarkan Jeyakumar mencabar keputusan kerajaan sehingga pelupusan rayuan di Mahkamah Rayuan.TVS/-
PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU 18 Jun - Majlis Keselamatan PBB semalam memberikan sokongan kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon(Gambar) untuk menjawat jawatan itu buat penggal kedua.
Ia merupakan langkah penting terakhir sebelum Perhimpunan Agung PBB yang dianggotai 192 buah negara, yang menentukan keputusan berhubung perkara tersebut.
Sokongan tersebut diberikan sehari selepas ia tertangguh ekoran apa yang disifatkan oleh diplomat-diplomat PBB sebagai masalah penangguhan prosedur dan teknikal dari beberapa negara Amerika Latin. - Agensi
KAMPALA, Uganda 18 Jun - Sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh apabila dua buah bas bertembung di Sudan Selatan, semalam.
Jurucakap polis Uganda Utara, Johnson Kirama berkata, kejadian itu berlaku kira-kira 50 kilometer dari sempadan Uganda di Selatan Sudan.
Beliau berkata, 17 rakyat Uganda dan 11 warga Sudan merupakan antara mangsa terbunuh dan lebih 20 orang cedera dibawa ke sebuah hospital berdekatan sempadan berkenaan. - Agensi
AMIRAHMAN bersama Suraya selepas muncul johan qari dan qariah pada Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Dewan Majlis Islam Sarawak, Kuching, malam tadi.
Johan tilawah bawa pulang RM15,000, terima pakej haji
KUCHING: Qari Negeri Sembilan, Amirahman Abas dan qariah Johor, Suraya Abu Hassan dinobatkan johan qari dan qariah pada Majlis Tilawah al-Quran Kebangsaan Ke-54 di Dewan Majlis Islam Sarawak di sini, malam tadi.
Johan tilawah masing-masing membawa pulang piala pusingan, piala iringan, wang tunai RM15,000 dan pakej menunaikan ibadat haji.
Sementara qari Perak, Anuar Hasin dan qariah Sarawak, Roziah Ayub muncul naib johan qari dan qariah.
Tempat ketiga dimenangi qari Terengganu, Ahmad Tirmizi Ali dan kategori qariah pula dimenangi juara bertahan, Nor Azrah Ayub.
Pemenang naib johan membawa pulang wang tunai RM7,000 dan RM5,000 bagi tempat ketiga. Pemenang sagu hati menerima wang tunai RM2,000 setiap seorang.
Hadiah disampaikan Yang di-Pertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin dan isteri, Toh Puan Norkiah.
Hadir sama, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Datuk Daud Abdul Rahman dan Menteri Tugas-Tugas Khas, Tan Sri Adenan Satem mewakili Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Seramai 15 qari dan 14 qariah memperdengarkan bacaan al-Quran masing-masing pada tilawah yang berlangsung selama lima hari sejak Isnin lalu. Johan qari dan qariah akan mewakili Malaysia.
Pemilihan jawatankuasa kariah masjid-masjid di seluruh Pulau Pinang bagi sesi 2012-2013 yang sepatutnya bermula esok, ditangguhkan sementara waktu, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abul Kassim.
Beliau berkata, keputusan menangguhkan pemilihan itu dibuat selepas Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), Ellias Zakaria menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara pagi ini.
"Saya baru diberitahu melalui telefon oleh Ellias bahawa hasil daripada satu pertemuan yang telah diadakan di Istana Negara pagi ini, Yang di-Pertuan Agong telah menitahkan pemilihan Jawatankuasa Kariah Masjid ditangguhkan buat sementara waktu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pemilihan ala pilihan raya yang membolehkan anak kariah mengundi secara sulit untuk memilih pemimpin kariah itu mendapat bantahan yang tidak berasas dari pihak tertentu .
Mereka memberi alasan yang tidak munasabah kononnya dan menyifatkan pilihan raya kariah masjid itu hanya membawa perpecahan di kalangan umat Islam selain menuduh pemilihan itu mengheret masjid ke kancah politik kepartian.
Isu sebenarnya dilihat bagaimana terdapat pihak yang bimbang hilang penguasaan kepada Mesjid dan sengaja menimbulkan pelbagai Isu bagi terus mempolitikkan mesjid serta ingin terus melihat masjid tidak aktif darimajlis keilmuan.
Apapun kita harapkan mesjid di Pulau Pinang dapat dipacu secara aktif untuk membimbang orang Melayu kearah memahami Islam. Majlis ilmu mestilah disemarakkan tanpa ada gangguan walau siapapun yang menjadi Jawatankuasanya.
BAGAN SERAI – Hanya kerana mahu elak dicekup, seorang lelaki sanggup mengambil tindakan pura-pura pengsan ketika cubaannya memecah masuk sebuah rumah di Taman Serai Perdana, di sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, lelaki berusia lingkungan 30-an terbabit berpura-pura pengsan di atas bumbung milik sebuah rumah penduduk.
Ketua Pasukan Keselamatan Sukarelawan Bagan Serai, Ooi Ding Soon berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian oleh penduduk kira-kira jam 1.30 pagi, kelmarin, yang mengesyaki berlakunya kes pecah rumah.
Menurutnya, beliau kemudiannya mengumpulkan ahli untuk membuat intipan dan tangkapan.
"Tiba di lokasi kejadian, perompak ini berpura-pura pengsan kerana dipercayai tidak mempunyai jalan untuk melarikan diri setelah dikepung.
"Kami terpaksa meminta bantuan daripada pihak bomba untuk membawa turun lelaki terbabit," katanya.
Katanya, pihaknya turut memanggil pihak polis untuk membawa penjenayah berkenaan ke balai berhampiran.
Sementara itu, mangsa, Yew Thean Seng, 69, berkata, dia mengetahui hal itu apabila dihubungi Ding Soon.
Menurutnya, ketika kejadian, dia tidak berada di rumah dan Ding Soon memintanya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Balai Polis Bagan Serai untuk tujuan keselamatan.
"Mujurlah tindakan pencuri ini berjaya di hidu jiran tetangga saya, jika tidak saya sudah kerugian akibat kehilangan harta benda.
"Bumbung dan syiling rumah saya telah dipecahkan cuma pencuri mungkin tidak sempat masuk ke dalam rumah dan mengambil barang-barang," katanya.
Thean Seng berkata, bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan polis masih menyiasat kes berkenaan.
"Terima kasih di atas keprihatinan jiran tetangga dan pasukan keselamatan termasuk pihak bomba dan serta polis," katanya.
KUALA LUMPUR 17 Jun – Bekas Pengarah NasionCom Holdings Bhd (NCH), Chee Kok Wing hari ini dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini terhadap sembilan pertuduhan menerima rasuah melibatkan lebih RM3.85 juta.
Hakim Rosbiahanin Ariffin membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Kok Wing, 48, di akhir kes pendakwaan.
"Setelah meneliti keterangan saksi dan hujahan kedua-dua pihak, mahkamah melepaskan dan membebaskan tertuduh tanpa perlu membela diri.
"Dalam membuat keputusan ini, mahkamah mendapati dalam kes ini keterangan saksi pendakwaan iaitu pengadu tidak disokong mana-mana keterangan yang lain serta tujuan sebarang pembayaran jika ada, tidak terbukti," katanya.
Kok Wing, didakwa di mahkamah di sini dan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Mei 2008 terhadap kesalahan menerima rasuah daripada tiga pengarah syarikat makanan laut, Gropoint Ocean Food Sdn Bhd yang berpangkalan di Labuan, Sabah sebagai dorongan kepada pengarah Bahagian Terbitan dan Pelaburan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Kris Azman Abdullah bagi membantu syarikat itu disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).
Suapan itu juga bagi menghentikan siasatan oleh pihak Suruhanjaya Syarikat terhadap syarikat itu. – Utusan
GEORGE TOWN 17 Jun – Seramai 4,485 calon telah menawarkan diri untuk mengisi 4,530 jawatan di 151 daripada 200 masjid di Pulau Pinang dalam pemilihan jawatankuasa kariah masjid yang pertama kali diadakan.
Pengundian akan berlangsung semasa mesyuarat agung masjid-masjid berkenaan esok, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Abdul Malik Abul Kassim dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, 34 buah masjid tidak akan mengadakan pemilihan kerana anak-anak kariahnya telah mengadakan kompromi manakala lapan buah lagi tidak menghantar borang pencalonan selepas pencalonan ditutup pada 7 Jun.
Abdul Malik juga berkata, pilihan raya masjid itu menepati Seksyen 22 (4) Enakmen Majlis Agama Islam Pulau Pinang. - Bernama
JASIN, 17 Jun: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar)menggesa polis Malaysia supaya segera berubah dan kembali kepada peranan sebenar sebagaimana polis di negara lain termasuk Eropah dan Indonesia.
"Sikap pihak polis di Malaysia sangat berbeza jika dibandingkan dengan sikap polis di negara lain dengan mengambil contoh di indonesia, di mana ketua polis Jakarta di sana akan membenarkan mana-mana pihak mengadakan demonstrasi aman dan para demonstran akan dilindungi dan perjalanan demonstrasi itu dikawal pihak polis.
Beliau berkata demikian pada ceramah pelancaran Bersih 2.0 peringkat negeri Melaka di Dataran Hamas, Kompleks PAS Jasin di sini malam tadi.
Begitu juga, katanya di negara-negara Eropah yang mana hampir setiap minggu rakyatnya termasuk pelajar-pelajar akan mengadakan himpunan aman dan pihak polis memberikan kebenaran dan mengawal keadaan sehingga tamat himpunan tersebut.
Baginya, kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang dilaporkan berkata, pihak polis akan membuat tangkapan terhadap mana-mana mereka yang menyertai himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai nanti sebagai suatu fenomena pelik di sebuah negara demokrasi yang diamalkan di Malaysia.
"Pihak polis memang ada kuasa, mereka boleh buat apa sahaja pada rakyat, kita bukan melawan pihak polis dan tiada niat untuk melawan, tetapi kita hanya melawan sistem pilihanraya yang kotor," ujarnya.
Beliau berkata, penganjur himpunan aman Bersih 2.0 tidak akan gentar dengan ugutan dan amaran pihak polis yang jelas tidak peka kepada hasrat dan kehendak rakyat yang mahukan pilihan raya yang telus, bersih dan adil.
Menurutnya, PAS sendiri akan mengarahkan seluruh ahlinya supaya hadir pada himpunan aman tersebut di mana kira-kira 300,000 ahli PAS dijangka akan mengambil bahagian pada 9 Julai ini.
Turut berceramah pada program tersebut termasuk Pesuruhjaya PAS negeri, Adly Zahari, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin dan Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San; Ketua Pemuda PAS negeri, Yuhaizad Abdullah dan Yang Dipertua PAS Jasin, Kamarudin Sidek.
You are subscribed to email updates from PAS KDAS 3 To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
APA YANG PEMBANGKANG BUAT SEMUA TAK BETUL DAN TAK BOLEH..DEPA BUAT TAK APA??
BERAPA KALI DAN BERAPA BANYAK SUDAH UMNO MENGADAKAN TUNJUK PERASAAN DI SELURUH MALAYSIA...PULAU PINANG, SELANGOR (DENGAN KEPALA LEMBUNYA!!). TERENGGANU (MEMBANTAH TITAH PERINTAH SULTAN TERENGGANU) DAN SEBAGAINYA...SIAP DIBERI PROMO OLEH SIARAN MEDIA CETAK DAN ELEKTRONIK...DITEMURAMAH SANA-SINI...
Pergerakan Pemuda Umno Malaysia memutuskan untuk mengadakan perhimpunan pada tarikh dan tempat yang sama dengan perhimpunan BERSIH di ibunegara pada 9 Julai depan.
"Kami akan berarak ke Istana Negara pada 9 Julai. Butiran lanjut akan diumumkan kemudian.
"Kami menyokong sistem pilihan raya sedia ada dan mahu bekerjasama dengan SPR untuk melakukan penambahbaikan," kata ketuanya Khairy Jamaluddin (kiri).
Sebelum ini, PERKASA juga mengumumkan akan menganjurkan perhimpunan pada masa dan tempat yang sama.
Jika semuanya menjadi kenyataan, maka tiga kumpulan tersebut akan bertembung pada hari berkenaan.
Sebelum itu, keputusan mesyuarat Pemuda Umno sebentar tadi diumumkan Khairy dalam laman Twitter beliau.
EDYES wrote:
"Saya cabar pembangkang jangan keluar di jalan raya, jangan cuba jadi hero di jalan raya, jangan buat seperti beruk di jalan raya." - KJ, 2007
Akhirnya Khairy akan memberukkan dirinya sendiri. Memang selama ini dia be___, namun pada tanggal 9 Julai 2011, dia membuktikan betapa beruknya dirinya...
Jangan nanti sampai tarikh 8 Julai, tetiba keluar kenyataan "Pemuda UMNO akur dengan arahan pihak polis untuk tidak berhimpun" - KJ
CERAMAH SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ Penceramah : YB Ust Nasharudin Mat Isa Tarikh : 27 Jun 2011, ISNIN Masa : Selepas Maghrib Tempat : Surau Taman Selasih, Port Dickson, N.Sembilan
CERAMAH ISRAK & MIKRAJ 1 Tarikh : 24 Jun 2011 (Jumaat) Masa : Selepas Maghrib Tempat : Surau Al-Muttaqin, Taman Cengal Utama, Seremban. Penceramah : Tn Guru Nik Razi Nik Mat
CERAMAH ISRAK & MIKRAJ 2 Tarikh : 25 Jun 2011 (Sabtu) Masa : Selepas Maghrib Tempat : Surau Taman Senawang Indah, Senawang Penceramah : Tn Guru Nik Razi Nik Mat
Kalau SPR Terima Cadangan, Kemungkinan Himpunan Bersih Tidak Akan Diadakan
Tujuan Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai ini adalah untuk mendesak agar Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) berlaku adil kepada semua pihak yang bertanding dalam pilihanraya umum akan datang.
Fungsi utama Suruhanjaya Pilihan Raya adalah seperti yang berikut:- 1) membuat kajian dan persempadanan semula Bahagian-bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri setiap tidak kurang daripada 8 tahun selepas tarikh siapnya urusan kajian dan persempadanan semula yang terdahulu;
2) menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan semakan daftar pemilih; dan
3) menjalankan pilihan raya umum ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri, dan menjalankan pilihan raya kecil sekiranya berlaku kekosongan.
Dasar Suruhanjaya Pilihan Raya adalah untuk memelihara, menyelia dan mengekalkan proses demokrasi di negara ini melalui pilihan raya yang bebas dan adil. Adalah menjadi tanggungjawab Suruhanjaya bagi memastikan rakyat dapat memilih wakil-wakil mereka melalui undian terus dalam setiap pilihan raya.
Kita mendesak agar SPR dapat menjalankan amanah yang diberi kepada mereka dengan adil dan bebas dari sebarang pengaruh politik. Sekiranya SPR dapat melaksanakan tugas seperti yang tersebut diatas dengan baik tidak timbul orang ramai meragui sebarang tindakan SPR selama ini. Sekiranya SPR dan kerajaan tidak mahu himpunan bersih diadakan SPR dan mereka yang berwajib seharusnya bersedia untuk bertemu,berunding dan menyelesaikan masalah tersebut dengan cara yang professional.
Pihak SPR sepatutnya bersedia untuk berubah demi kebaikan untuk semua. Sebarang pemintaan dari rakyat seharusnya diambil perhatian yang serious dari pihak SPR agar perkara yang tidak sepatutnya berlaku dapat dielakkan. Jadi kita mohon agar mereka yang telah diberi amanah menjaga SPR seharusnya bertanggungjawab sepenuhnya keatas perkara yang tesebut tadi. Jangan pandang ringan masalah rakyat yang mahu keadilan dan kebebasan untuk bersuara.
Mungkin hari ini kamu diberi kuasa untuk menjaga amanah rakyat dan suatu hari nanti bila kamu sudah tidak berkuasa kamu yang akan menanggung akibat dari perbuatan kamu yang tidak jujur dan tidak amanah. Bagi mereka yang beragama sudah pasti mereka tahu akibat perbuatan mereka didunia akan di soal di akhirat nanti.
Kepada pengurusi SPR kita minta kamu supaya berlaku adil dan amanah dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada kamu, mari kita perbetulkan segala kesilapan dan kesalahan yang lalu agar kamu akan dihormati oleh rakyat dan janganlah kamu tunduk kepada arahan yang bercanggah dengan tugas kamu. Kalau kamu sukar untuk melaksanakan tugas kamu dengan adil dan bebas lebih baik kamu letak jawatan secara terhormat, Insya-Allah rakyat akan memandang mulia dan menghormati keputusan kamu.
Sekali lagi kita minta SPR agar menunaikan hasrat dan pemintaan orang ramai agar dapat mengubah apa yang patut demi kebaikan semua. Marilah kita menuju ke arah Negara berkebajikan dan adil untuk semua.
English version If the EC Accepted the Proposal, Maybe "Himpunan Bersih" will not be held The Purpose of "Himpunan Bersih 2.0 " to be held on July 9 is to insist that the Election Commission of Malaysia (EC) to be fair to all parties contesting the next general election.
The main function of the Election Commission is as follows: - 1) research and redrawing parts of Parliamentary Elections and the State each not less than eight years after the date of completion of the study and the redrawing of the business of the preceding;
2) the dealing registration of electors and revision of electoral rolls and
3) conduct elections to the House of Representatives and the Legislative Assembly, and conduct elections in the event of vacancy.
Election Commission policy is to maintain, supervise and maintain the democratic process in the country through the elections free and fair. It is the responsibility of the Commission to ensure that people can choose their representatives through direct votes in every election.
We urge the EC to carry out the trust given to them in a fair and free from any political influence. If the EC able to perform the duties with excellent as mentioned above the public will not have any doubt with the EC action over the years. If the EC and the government does not want "Himpunan Bersih " to be held the EC and those authorities should be prepared to meet, negotiate and resolve the problem by the professionals ways.
The EC should be prepared to change for the better for all. Any demand from the people should be seriously noted by the EC so that anything happen can be avoided. So we seek to those who have been entrusted to carry on duty as the EC should ultimately responsible for what as been mentioning earlier. Do not take lightly the problem of people who want justice and freedom of speech.
Maybe today you are authorized to keep the trust of the people and one day when you have no power you will incur as a result of your dishonest and untrustworthy actions. For those religious who believe the day after sure they know what they would be in question in the afterlife.
To the EC chairman we ask you to be fair and honest in discharging the duties entrusted to you, let us correct any past mistakes and blunders so that you will be respected by the people and do not succumb to the instructions that conflict with your duties. If you feel difficult to perform your duties fairly and free you better resign in dignity, God willing, people will look at your character and respect your decision.
Once again we ask the EC to fulfill the wishes and demands of the public in order to change what should be for the good of all.
Panel khas itu akan memperincikan konsep negara berkebajikan, yang diketengahkan dalam ucapan dasar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 3 Jun lalu. - gambar fail
KUALA LUMPUR, 17 Jun - PAS menubuhkan satu panel khas pelaksana yang akan memperincikan konsep negara berkebajikan - dalam bentuk "Buku Hijau" - bagi menjelaskan kepada rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13.
Pembentukan panel khas itu diputuskan pada satu mesyuarat parti itu di sini petang semalam.
Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata panel itu, yang dibentuk dalam dua minggu selepas muktamar parti tersebut, akan memperincikan konsep negara berkebajikan untuk dijelaskan kepada rakyat dalam waktu terdekat.
Panel khas itu akan mengadakan mesyuarat pertama pada Isnin ini untuk memperincikan konsep negara berkebajikan, yang diketengahkan dalam ucapan dasar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 3 Jun lalu.
Ucapan dasar itu bertemakan "Membangun Negara Berkebajikan".
Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian akan mengetuai panel itu.
Ia turut dianggotai oleh Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, dua ahli jawatankuasa kerja pusat Dr Dzulkefly Ahmad dan Idris Ahmad, Pengerusi Institut Kajian Polisi PAS Dr Zuhdi Marzuki dan Timbalan Ketua Dewan Muslimat Dr Siti Mariah Mahmud.
"(Peranan) panel khas ini berkuat kuasa hari ini," katanya ketika dihubungi.
"Melalui panel ini, kami akan memperincikan konsep negara berkebajikan dengan mengemukakan ciri-ciri sebuah negara berkebajikan dan kita akan dokumenkan konsep ini," kata Salahuddin.
"Kita akan dokumenkan konsep ini dalam bentuk buku dan Buku Hijau ini akan diedarkan di seluruh negara dalam masa terdekat," katanya.
Meskipun ini bukan kali pertama PAS mengetengahkan konsep negara kebajikan, tetapi ia diserang hebat oleh Umno.
Manifesto pilihan raya umum 2008 PAS juga bersandarkan tema negara kebajikan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, keputusan pemilihan PAS yang memihak kepada golongan profesional adalah kemenangan kepada DAP kerana parti itu berjaya "mempengaruhi" parti Islam itu mengubah dasar memperjuangkan negara Islam kepada negara berkebajikan.
Selain itu dua bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi turut mengkritik konsep itu.
Hadi pada sidang media yang diadakan hujung minggu lalu berkata negara berkebajikan boleh dibuktikan sekiranya Pakatan Rakyat diberi mandat untuk memerintah negara.
Selain itu, Ahli Parlimen Marang itu juga berkata, beliau akan mengeluarkan sebuah buku tentang negara berkebajikan.
Hulu Kelang - Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang dengan kerjasama Pusat Khidmat Komuniti Muda telah menganjurkan satu program Santai Pemuda bersama Renggo Arrow di padang permainan Flat Keramat Pangsa.
Taklimat Felcra- Mendedahkan bagaimana pegurusan felcra menyebabkan tuan punya tanah di tipu. Tuan tanah dapat kuah saja isi pengurusan yang kebas. datanglah beramai-ramai.
You are subscribed to email updates from PAS LENGGONG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kerajaan Selangor bakal menumpukan tiga rancangan utama bagi golongan peneroka Felda di negeri itu dalam usahanya untuk meraih sokongan masyarakat berkenaan dalam pilihan raya akan datang.
Tiga rancangan berkenaan – pemberian hak milik tanah kepada peneroka, pembinaan rumah mampu milik dan juga penamatan status tanah berkelompok – dikemukakan hari ini kepada Sekretariat Task Force Felda Selangor.
Usaha berkenaan dijangka akan dapat dilakukan melalui dua peruntukan bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 yang dapat memberi lebih kuasa kepada kerajaan negeri dalam soal pentadbiran tanah berkenaan.
Salah satu daripada ruang undang-undang berkenaan ialah bidang kuasa yang diberikan kepada kerajaan negeri untuk mengeluarkan geran mengikut Seksyen 10 akta berkenaan, kata pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR, Suhaimi Said.
Satu lagi ruang berkenaan ialah peruntukan bawah Seksyen 44 yang membolehkan kerajaan negeri menamatkan rancangan berkelompok dan mengambil semula ladang di bawah kuasa Felda, kata Suhaimi lagi.
"Macam mana hendak keluarkan (daripada penempatan berkelompok)? Senjata yang digunakan ialah (Akta Penempatan Berkelompok) dan kontrak yang berat sebelah. Walau kawasan sudah diberi hak milik, mesti dijual kepada pembeli yang ditetapkan Felda."
Geran tanah
"Kalau hendak keluarkan mereka (dari penempatan berkelompok), mesti kaji bawah kuasa 44 untuk tamatkan," katanya lagi ketika membentang kertas kerjanya dalam majlis perbincangan berhubung isu berkenaan.
NONEKatanya lagi, kerajaan negeri juga harus mengambil peluang untuk mengumumkan pakej bagi membina rumah mampu milik, khususnya bagi golongan muda yang dilahirkan di kawasan Felda berkenaan.
Beliau memberi contoh, kawasan seluas lebih 30 ekar di kawasan Felda Suharto yang sesuai untuk dijadikan tapak bagi perumahan berkenaan.
Tambahnya, menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim juga telah bersetuju supaya satu cadangan dikemukakan bagi membolehkan tanah berkenaan diambil alih oleh kerajaan negeri.
Hak bantah
Bagi proses mendapatkan geran pula, Suhaimi berkata kerajaan negeri hanya perlu memberitahu Felda bahawa peneroka itu akan diberikan geran tanah.
"Felda ada hak bantah, tapi (kerajaan negeri) ada hak keluarkan geran," katanya lagi.
Seorang lagi ahli panel dalam perbincangan itu, Mazlan Aliman pula berkata, usaha yang dilakukan bagi golongan peneroka berkenaan sepatutnya ditawarkan dalam pakej seperti manisfesto Buku Jingga Pakatan Rakyat.
"Ini akan jadi isu utama yang kita akan jadikan peluru pilihan raya. Felda bukan lagi talian hayat BN, (malah) kubu mereka inilah yang akan runtuhkan BN," kata pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan itu lagi dalam majlis perbincangan sama.
Kisah Benar: Pokok Getah 'Senyum' Tambah Rezeki Penoreh
Hasil darinya lebih banyak dari pokok getah lain
Bagaikan tidak percaya, tetapi itulah kenyataannya apabila wartawan Sinar Harian sendiri berkesempatan melihat sendiri pohon getah yang mempunyai wajah seakan manusia di kawasan tanaman getah di Kampung Kota Mengkuang, Wang Tepus.
Biarpun kawasan itu terletak lebih 200 meter dari kaki bukit dengan ketinggian yang agak curam, namun bagi melihat kebenaran yang digambarkan si penoreh yang mengusahakan tanaman getah itu, wartawan Sinar Harian tekad mendaki bersama penduduk kampung itu.
Mengambil masa kira-kira setengah jam untuk sampai ke kawasan yang dimaksudkan, akhirnya berjaya melihat sendiri sebatang pokok getah yang mempunyai wajah seakan manusia itu.
Ternyata pokok getah yang digelar 'pokok senyum' oleh penoreh, Zulkefly Baharom, 50, dan isterinya, Ruziah Mohd Salleh, 49, memang benar.
Baru menoreh sebulan lalu
Zulkefly yang juga pesara tentera berkata, sebelum ini kawasan tanaman getah yang mempunyai lebih 100 pokok itu ditinggalkan tanpa ditoreh sejak dua bulan lalu.
Bagaimanapun, sejak sebulan lalu dia dan isteri mengambil keputusan untuk mengusahakan kebun getah milik bapa saudara mereka itu daripada terus terbiar sebelum ia ditebang dalam masa terdekat bagi tujuan tanaman semula.
Menurutnya, biarpun sudah masuk sebulan menoreh, namun ia hanya disedari selepas seminggu mereka mengusahakan tanaman itu dan suatu yang tidak dijangka apabila kebetulan pula hasil susu getah yang keluar dari pokok itu juga lebih banyak dari yang lain.
Malah satu daripada 100 pokok yang diusahakan oleh pasangan suami isteri itu sebagai kerja sampingan sejak pertengahan Mei lalu membawa rezeki kepada mereka sekeluarga apabila ia mengeluarkan hasil susu getah yang banyak.
Menceritakan kembali bagaimana mereka boleh menyedari wajah seakan manusia di pokok itu, Ruziah berkata, selepas seminggu mula menoreh di situ, dia tersedar dengan kewujudan pokok senyum itu apabila terpandang ke arah pokok itu dengan lebih teliti.
Menurutnya, jika sebelum ini dia dan suami hanya menoreh tanpa sempat membelek-belek pokok itu, namun kebetulan pada masa itu terdetik untuk mendongak sehingga ke atas pokok itu.
"Terkejut saya apabila tiba-tiba ternampak ada satu wajah seakan manusia pada batang pokok getah yang sedang ditoreh lalu saya menjerit memanggil suami untuk melihatnya," katanya.
Ada bentuk mata,hidung, mulut
Zulkefly berkata, sebelum ini dia tidak pernah melihat pokok yang menyerupai wajah manusia seperti itu malah lengkap dengan bentuk mata, hidung dan mulut.
Menurutnya, setiap hari pokok getah itu mampu mengeluarkan hampir sekilogram susu getah berbanding hasil pokok yang lain.
"Kami tidak menyangka hasrat menoreh sebagai kerja sampingan ini benar-benar memberi rezeki lebih kepada kami tambahan pula harga getah kini mencecah RM6.10 sekilogram," katanya.
Sementara itu, Ruziah berkata, kemungkinan bentuk itu wujud kerana dahan pokok yang patah sehingga menjadi mata kayu. Namun bagaimanapun katanya, dia tetap bersyukur diberi peluang melihat ciptaan Tuhan yang begitu unik dan memberi rezeki lebih untuk keluarga.
Telah diperkatakan di Parlimen pada bulan Mac 2011 lepas. BILAKAH HOSPITAL BUKIT SENTOSA AKAN DIBINA
Menteri Kesihatan menyatakan dalam RMK-10, Kementerian telah meluluskan pembinaan satu hospital KK 3 di Bukit Sentosa, Hulu Selangor, tetapi bilakah projek ini akan bermula. Adakah Kementerian mempunyai perancangan untuk membina sebuah lagi hospital di kawasan Batang Kali di mana kawasan tersebut mempunyai jumlah penduduk yang ramai dan keluasan yang terlalu luas. Ingatlah bahawa saiz Hulu Selangor lebih besar dari negeri Melaka.
Y.B. DATO' SRI LIOW TIONG LAI, MENTERI KESIHATAN jawab begini :
Tuan Yang Dipertua,
Kementerian Kesihatan Malaysia akan mengemukakan permohonan untuk membina sebuah Klinik Kesihatan Jenis 3 Bukit Sentosa di Hulu Selangor di dalam Second Rolling Plan Rancangan Malaysia ke-10.
Sekiranya diluluskan projek ini akan di mulakan pada tahun suku tahun kedua 2012 dan di jangka siap pada 2014.
Bagi jangka masa terdekat, terdapat 2 buah klinik 1Malaysia yang telah dibuka di Bukit Sentosa dan Taman Bunga Raya yang telah mula beroperasi sejak Mei 2010.
Buat masa ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tiada perancangan untuk membina sebuah hospital di kawasan Batang Kali memandangkan telah terdapat sebuah hospital sediaada iaitu Hospital Kuala Kubu Bharu dan kerajaan merasakan hospital ini masih dapat menampung keperluan penduduk setempat buat masa ini.
Apa 3 dalam satu tambahan cadangan teman, 1. Dah kita tahu panggilan ke Perhimpunan Bersih sebab Tuntutan 7 perkara.2. 300,000 atau lebih adalah sebagai pelacung dalaman. Maknanya kerajaan tidak bopleh halang rakyat dari pelusuk negeri nak berkunjung serentak ke Kuala Lumpur dalam 1 hari iaitu pada 9 Julai 2011 jam 2ptg.3. Dengan 300,000 rakyat yang hadir kita seru dari rakyat 300,000 itu selepas perhimpunan atau diusir Polis ,maka kita pergi ke setiap balai Polis buat laporan Polis tentang tindakan Polis (Jika Polis membuat tindakan pengusiran atau menghalang perhimpunan) dan jika tiada tindakan Polis kita setiap dari 300,000 sebaiknya membuat laporan polis berkenaan penyalahgunaan wang rakyat berlebihan dan merugikan seperti projek facebook Kementerian Pelancungan bernilai RM1.8 juta dan projek email percuma bernilai RM50juta dan banyak lagi. Ini bermakna jika semuanya ini berlaku sepontantanpa alasan maka 300,000 laporan akan terhasi.
Mula-mula Pakatan Rakyat mahu melakukan Perhimpunan Bersih 2.0 yang wajib dilakukan bila Kerajaan Malaysia di bawah BN enggan melakukan perubahan malah melakukan penyelewengan contohnya daftar pengundi yang masih tidak bersih, BN masih menggunakan Pengundi POS yang terbukti meragukan . Sedemikian Kerajaan perlu teliti resolusi 7 Perkara yang jadi tuntutan rakyat dalam Perhimpunan Bersih 2.0. Kemudian PERKASA satu pertubuhan aka UMNO mahu turun ke perhimpunan 9 julai bukan mahu perhimpunan aman tetapi mahu melawan peserta Bersih 2.0. Lepastu , Pemuda UMNO pula mahu tumpang sekaki dalam Perhimpunan Bersih hanya sibuk nak menghantar meorandum kepada Yang Dipertuan Agung pada 9 Julai tersebut.
Pastu, Polis pula berjanji akan datang melakukan tangkapan pada peserta yang menyertai Perhimpunan tersebut.
BUKAN UMNO TEGAR APALAGI PENYOKONG PAKATAN RAKYAT tidak terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob yang menyatakan bahawa Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek tidak menentang pemotongan subsidi disel ketika mesyuarat Majlis Ekonomi Negara (National Economic Council - NEC) yang memutuskan isu tersebut. Ismail juga menegur tindakan Chua yang memihak kepada nelayan dan pengusaha bot pukat tunda kelas C2 yang membuat demonstrasi atas bantahan kenaikan harga disel dari RM1.25 ke RM1.80, dan tidak memihak kepada Kerajaan adalah tidak adil kepada Kerajaan Barisan Nasional.
Adakah Chua berani untuk menafikan tuduhan Ismail Sabri dan menuntut Ismail Sabri menarik balik dan memohon maaf atas kenyataan yang dikeluarkan itu?
Ismail dengan tegas berkata bahawa Chua sepatutnya menyatakan keprihatinannya ketika mesyuarat NEC dan bukannya membenarkan barisan pemimpin partinya membuat aduan menerusi media pada saat ini. Dalam erti kata lain, Ismail menuduh Chua seperti talam dua muka dan bersandiwara terhadap penentangan pemotongan subsidi disel di luar Kabinet tetapi berlakon menyokong ketika berada di dalam kerajaan.
Jadi apa gunanya Chua mengugut untuk mengeluarkan parti MCA daripada kerajaan sekiranya tewas dalam pilihanraya akan datang, apabila sekarang pun dalam kerajaan MCA tidak berani untuk menentang demi kepentingan rakyat. Jadi tidak ada bezanya sama ada MCA berada dalam kerajaan mahupun tidak kerana para pemimpin MCA tidak berani menyatakan pandangan yang memihak kepada faedah rakyat ketika berada dalam Kabinet sebaliknya hanya berani untuk berlagak seperti wira menentang keras pemotongan subsidi disel dan salah guna kuasa ketika pembahagian biasiswa pengajian luar negara JPA kepada pelajar cemerlang menerusi media.
Semalam ketika di Parlimen, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menolak dakwaan MCA yang kononnya berlaku penyalahgunaan kuasa oleh pegawai JPA dalam mengagihkan biasiswa pengajian luar negara kepada pelajar-pelajar cemerlang SPM. Nazri menolak tuntutan MCA dengan mengatakan bahawa tidak ada bukti menunjukkan berlakunya penyalahgunaan kuasa atau kesilapan oleh JPA dan bukan polisi kerajaan untuk mendedahkan senarai penerima JPA.
Hal ini bertentangan dengan tuntutan MCA dan Chua sendiri yang mendesak agar semua pelajar cemerlang diberikan biasiswa pengajian luar negara dan senarai penuh didedahkan kepada umum. MCA harus menerangkan bukan sahaja kenapa menteri MCA di dalam Kabinet meluluskan perkara yang bertentangan dengan pendirian MCA tanpa protes, tetapi juga harus menerangkan kenapa MCA terus memegang jawatan kerajaan apabila mereka telah dihina secara terbuka bahawa MCA tiada peranan langsung di dalam kerajaan.
Atas dasar tersebut, hanya beberapa individu sahaja yang percaya bahawa MCA akan melaksanakan ugutannya untuk keluar daripada kerajaan sekiranya tewas dalam pilihanraya akan datang. Seperti para pemimpin SUPP yang menerima jawatan menteri, walaupun parti telah putuskan yang sebaliknya, kami yakin bahawa para pemimpin MCA akan bertindak pantas untuk mengambil kesempatan yang ada termasuk melalui 'pintu belakang' untuk mendapat sesuatu jawatan dalam perkhidmatan awam seperti yang mereka idamkan selama ini.
Pengarah Ditamas: Khir Toyo minta saya berbohong kepada SPRM
SHAH ALAM, 16 Jun – Saksi utama kes rasuah Dr Mohd Khir Toyo hari ini mendakwa bekas menteri Besar itu telah menggesa beliau agar berbohong kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan tidak melibatkannya.
Dalam keterangannya, Pengarah Ditamas Sdn Bhd Shamsuddin Hayroni berkata Dr Khir ada meminta agar tidak melibatkan beliau ketika memberikan keterangan kepada SPRM dua tahun lalu.
"Banyak kali, saya dijanjikan bahawa kes ini akan diselesaikan dan beliau (Dr Khir) dan saya tidak akan didakwa," kata Shamsuddin di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.
"Apabila saya pergi ke SPRM, saya percaya saya cuma (jadi) seorang saksi... apabila SPRM datang dengan kertas tuduhan di mahkamah, Datuk Seri Khir Toyo memberitahu saya 'jangan risau Shamsuddin. Kita boleh selesaikan ini'," kata beliau.
Shamsuddin dalam suara tersekat-sekat memberitahu, dia tidak mahu mengaibkan sesiapa sebelum Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki mencelah dan memberitahu bahawa "ini bukan forum untuk memberi ucapan."
"Saya dituduh dan saya tidak tahu mengapa saya didakwa," kata ahli perniagaan berusia 55 tahun itu.
Apabila Shamsuddin yang berpakaian hitam berkata, dia digesa oleh Dr Khir agar tidak mengaitkan beliau, bekas menteri besar itu menggeleng kepala sebagai tanda tidak bersetuju dengan keterangannya.
Semalam, Shamsuddin yang berkata dia telah diminta memaklumkan SPRM pada 2009 bahawa dia menjual rumah agamnya dan dua bidang tanah di Seksyen 7 di sini untuk menampung kerugian dialami, hari ini berkata itu tidak benar.
Ahli perniagaan itu berkata dia memaklumkan SPRM bahawa dia telah melantik seorang artis landskap Nasir Ismail untuk mengubah suai rumahnya, tetapi semalam menekankan bahawa individu itu sebenarnya dilantik oleh Dr Khir.
Kata Shamsuddin, dia tidak memberitahu SPRM bahawa dia menjual hartanahnya kepada seorang, yang menerajui negeri paling kaya selama lapan tahun, di bawah harga pasaran.
Peguam Dr Khir, Kamarul Hisham Kamaruddin berkata, "adakah anda bersetuju bahawa anda telah memberi satu kenyataan palsu (kepada SPRM pada 2009) yang merupakan satu kesalahan jenayah di bawah Akta SPRM?"
"Kenyataan ini adalah kerana tekanan daripada Datuk Seri Khir Toyo," jawab Shamsuddin, sambil menambah SPRM tidak memaksanya memberikan kenyataan palsu.
Kekuasaan Allah "Anjing Ditembak 40 kali Di Kepala Masih Hidup"
BIRZEBBUGA - Ini mungkin kes paling terok yang dialami oleh binatang. Seekor anjing ditembak 40 kali di kepalanya, diikat, dan kemudian ditanam hidup-hidup dengan hanya hidungnya di permukaan pasir,Subhanallah...dengan kekuasaan Allah,anjing itu tetap hidup.
Anjing (crossbreed mongrel) yang diberi nama 'Bintang' oleh penyelamatnya itu ditemui dekat Kota Birzebbuga, Malta.
Anjing tersebut ditemukan oleh petugas yang sedang melakukan penyelidikan, petugas itu mendengar suara rintihan anjing dari bawah papan kayu yang tertindih sebongkah kayu pohon besar. Saat menyiasat arah suara rintihan tersebut, petugas itu sangat terkejut dengan menemui seekor anjing yang nazak. Ketika menggali pasir untuk mengangkat anjing malang tersebut didapati keempat kaki 'Bintang' diikat sehingga tidak mampu bergerak sama sekali.
Ketika diperiksa didapati 'Bintang' telah ditembak sebanyak 40 kali. Ajaibnya, kumpulan doktor berhasil mengambil 40 peluru yang bersarang di kepala 'Bintang' melalui sebuah operasi dihospital Ta' Qali.
'Bintang' Berjaya diselamatkan. Insiden penganiayaan binatang ini membangkitkan kemarahan masyarakat. Mereka menuntut agar hukuman terhadap pelaku penganiayaan binatang perlu dihukum berat menjadi satu tahun penjara dan denda 46.500 euro. Kumpulan pecinta binatang menggerakkan protes atas tindakan 'menjijikan' terhadap 'Bintang'. Satu laman facebook diwujudkan di mana jumlahnya sudah mencapai 7.000 pengikut. Sebanyak 1.000 tandatangan menandatangani petisyen dunia maya untuk membantu menangkap pelaku penyiksaan 'Bintang'. Mereka juga sepakat menyumbang untuk melunasi biaya operasi dan penjagaan 'Bintang'. Tawaran juga dikeluarkan bagi siapa yang berjaya menangkap penembak bintang.
KUALA LUMPUR, 17 Jun — Dewan Pemuda PAS pusat memberi tempoh tujuh hari kepada Utusan Malaysia, akhbar milik Umno, agar memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam kerana menyiarkan karikatur didakwa menghina agama itu.
Ketika dihubungi , ketuanya Nasrudin Hassan (gambar) berkata, tempoh tujuh hari itu bermula dari tarikh karikatur berkenaan disiarkan iaitu kelmarin.
Selain itu tegas beliau, selain memohon maaf Utusan Malaysia juga perlu mengambil tindakan ke atas pelukis karikatur tersebut, yang hanya dikenali sebagai "Miki".
Tambah Nasrudin, pihaknya telah menghantar memorandum bantahan kepada Utusan Malaysia pagi ini dan diterima Ketua Meja Jenayah Sufian Abu Bakar.
"Kami memberi tempoh selama tujuh hari bermula 15 Jun supaya Utusan Malaysia memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam kerana menyiarkan karikatur yang menghina Islam.
"Kami juga mahu Utusan Malaysia mengambil tindakan ke atas pelukis kartun itu dan jika tidak akan meneruskan siri bantahan, kami akan membuat perhimpunan lebih besar bagi menyatakan pendirian kami yang tidak bersetuju dengan karikatur tu yang secara jelas menghina Islam," katanya.
dulu paddy kutty madey kata demonstrasi bukan budaya kita kah kah kah kah
hari ini semua sudah tahu berdemo kita jadikan jalan raya perlimen negara kah kah kah
BUDAYA DEMONSTRASI TIDAK DI TERIMA DI NEGARA INI : SALLEH KERUAK - tiewnama
KOTA BELUD: Tindakan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) untuk meneruskan perhimpunan yang dirancang pada 9 Julai walaupun polis memutuskan tidak memberikan permit, tidak membawa manfaat bagi keamanan negara ini yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen, kata Salleh Said Keruak.
"Perarakan atau demonstrasi besar-besaran bukan budaya kita. Kita mempunyai saluran yang cukup bagi menyuarakan rasa tidak puas hati termasuk melalui proses undang-undang dan setiap orang termasuk Bersih perlu menghormatinya," katanya.
Beliau berkata ini kerana perhimpunan itu mungkin membawa kepada pelbagai masalah termasuk kesesakan jalan, kerosakan harta benda awam dan menjejaskan perniagaan.
"Sebarang bentuk budaya perhimpunan atau demonstrasi (di jalanan) tidak diterima di negara ini. Perhimpunan itu bukan sahaja akan menyebabkan kesesakan trafik tetapi juga menganggu ketenteraman. Orang yang patuh kepada undang-undang tidak mahu perkara ini berlaku di negara ini.
"Jika Bersih benar-benar mahu mengamalkan hak demokratiknya melalui perhimpunan atau demonstrasi, mereka boleh mengadakannya di dalam stadium atau dewan tertutup dan bukan di jalanan," katanya.
Sambil menyifatkan perhimpunan itu sebagai bermotifkan politik dalam usaha untuk menarik sokongan kepada pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang, Salleh berkata:" Biar orang ramai putuskan kerajaan pilihan mereka melalui peti undi".
"Kenyataan bahawa calon pembangkang menang banyak kerusi dalam pilihan raya umum lalu membuktikan bahawa proses pilihan raya di negara ini dijalankan secara adil," katanya.
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
woit… KALAU TAK DITERIMA TAK ADA LAAA 300 RIBU YANG TURUN…. kah kah kah..
kah kah kah… APA SIBUK SIBUK…. kah kah kah..
woit…MALAON INI SAUDAGAR UBAT KURAP …. kah kah kah..
kah kah kah… RAKYAT KELUAR KE JALAN RAYA KERANA PILIHANRAYA TIPU… kah kah kah..
kah kah kah… KERANA ITU SEBELUM KE PILIHANRAYA KITA KE JALAN RAYA…. kah kah kah…
kah kah kah…. SAUDAGAR KURAP INI TAK TAHU SEJARAH TUNJUK PERASAAN..…. kah kah kah…
SEJARAH ANAK MUDA BANGUN MELAWAN!
NOTA: budaya demo ini telah ditanamkan sebagai budaya politik oleh kaum kiri
lihat dan hafalkan sejarahnya:
semenjak revolusi peranchis 1776 semenjak revolusi bolshevik 1917 semenjak revolusi tiongkok 1949 semenjak revolusi rock anak muda 1960 semanjak revolusi anak muda peranchis 1968 semenjak revolusi anakl muda anti perang vietnam 1968 semenjak revolusi iran 1979 semenjak revolusi dataran tahrir 2011
di tanah melayu: semenjak 1947 - berdemo lawan british semenjak 1967 - telok gong berdemo lawan gerombolan semenjak 1973 - berdemo lawan imperialisma amerika semenjak 1973 - anak muda lawan gerombolan ayah mat mongol senajak 1974 - anak muda lawan gerombolan ayah mat mongol
hari ini semua bangun lawan gerombolan dan mat mongol kah kah kah
PETALING JAYA: PKR hari ini mempertikai kenapa kerajaan Barisan Nasional (BN) terpaksa membuat bayaran khidmat rundingan dan pelbagai promosi rancangan induk kerajaan yang terlalu tinggi kepada beberapa firma perunding.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon mengakui di Dewan Rakyat bahawa BN membelanjakan sebanyak RM63.9 juta untuk khidmat rundingan dan promosi rancangan induk kerajaan seperti Pelan Transformasi Kerajaan/Ekonomi (G/ETP).
Dalam satu kenyataan media hari ini, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata, jumlah RM63.9 juta itu adalah terlalu tinggi untuk dibelanjakan sedemikian rupa kalau pun kerajaan mempunyai dana yang berlebihan.
Namun katanya, dalam keadaan BN terpaksa membentangkan permohonan peruntukan tambahan sebanyak RM13 bilion pada sidang kali ini, jumlah RM63.9 juta adalah satu bentuk pembaziran yang tidak boleh dimaafkan.
Menurutnya, jumlah RM63.9 juta ini hampir sama dengan peruntukan membiayai kenaikan gaji segelintir guru-guru besar dan pentadbir sekolah yang diumum BN sebagai tindakbalas kepada janji Pakatan Rakyat memberikan imbuhan RM500 sebulan setiap seorang guru seperti terkandung di dalam Buku Jingga.
"Peruntukan bagi kenaikan gaji guru-guru besar hanyalah RM80 juta setahun, berbanding RM63.9 juta yang dibelanjakan kepada beberapa firma perunding sahaja," kata Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang.
Lebih membimbangkan katanya, kegilaan berbelanja besar menggaji perunding ini melambangkan sikap BN yang tidak menghargai sumbangan penjawat awam dan tidak berkeyakinan dengan kebolehan pimpinan sektor awam menambahbaik sistem pentadbiran sedia ada.
Menurut beliau, keputusan-keputusan utama yang membabitkan perkhidmatan awam kini bergantung kepada maklumbalas dan cadangan perunding, sedangkan pengalaman dan kefahaman pimpinan sektor awam lebih mendalam mengenai selok-belok budaya dan motivasi penjawat awam.
Saifuddin menerangkan bahawa layanan kepada pimpinan pentadbir awam ini juga tidak tepat dengan kedudukan mereka, apabila mereka hanya dianggap pemberi maklumat sepanjang proses makmal dijalankan oleh perunding-perunding ini, bukannya sebagai pembuat keputusan.
"Kaedah yang diambil oleh pentadbiran (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak ini akan membantutkan usaha menaiktaraf mutu dan kecekapan perkhidmatan awam negara," katanya.
Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini menghantar memorandum bantahan kepada Utusan Malaysia berhubung penyiaran kartun yang dianggap menghina Islam.
Delegasi seramai empat orang pemimpin Pemuda yang diketuai ketua pemudanya Nasrudin Hassan dilihat memasuki pejabat akhbar itu kira-kira jam 9.35 pagi.
Turut mengiringi beliau, kira-kira 10 orang termasuk exco Pemuda.
Tidak kurang 30 anggota polis juga kelihatan mengawal pejabat Utusan.
Pada sidang media selepas menghantar memorandum tersebut, Nasrudin berkata pihaknya memberi tempoh selama tujuh hari kepada akhbar berkenaan supaya memohon maaf secara terbuka berhubung penyiaran karikatur itu, yang dianggap "mempersendakan hukum Islam".
"Jika tidak memohon maaf, dan tidak mengambil tindakan selayaknya, kita akan meneruskan siri bantahan.
"Kita akan membuat himpunan lebih besar untuk menarik perhatian umum, bahawa kita tidak bersetuju dengan karikatur ini... Jangan perkecilkan (perkara ini). Ini sentimen agama," katanya.
Rabu lalu, akhbar milik Umno itu pada halaman 15 menyiarkan kartun bertajuk 'Kekeliruan Kes Rogol' karya Miki.
Menimbul keresahan masyarakat
Lakaran pertama mengambarkan seorang gadis yang mendakwa dirinya dirogol dan mendakwa mempunyai bukti dalam bentuk rakaman video telefon tetapi ditolak oleh "tok penghulu" kerana tidak mempunyai empat saksi.
Lakaran kedua itu pula memaparkan lukisan gadis yang sama membawa aduan berkenaan kepada seorang anggota polis yang menerima aduan berkenaan.
Dialognya berbunyi "Bagus...Alat itu pun boleh jadi bukti!"
Dialog yang dikatakan menghina Islam adalah: "Peralatan itu tak boleh jadi saksi, sebab dia tak ada telinga dan tak ada mata! Dia hanya Besi."
Mengulas lanjut, Nasrudin berkata selain dianggap mempersendakan hukum Islam, karikatur itu juga dilihat "memperkecilkan institusi agama seolah-olah tidak boleh menangani" isu berkenaan.
"Ia juga menimbulkan keresahan masyarakat awam (tentang) bagaimana fungsi tokoh agama (untuk menanganinya)," katanya.
Beliau juga berkata, pihaknya turut menuntut agar Utusan mengambil tindakan terhadap pelukis karikatur tersebut.
Katanya, sesetengah ahli PAS mahu demonstrasi membantah diadakan pada hari ini, bagaimanapun beliau tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.
"Kita datang buat cara baik untuk memperbaiki keadaan. Jika tidak dipedulikan, baru kita ambil tindakan lanjut," katanya.
Diterima baik
Memorandum tiga muka surat itu diterima oleh wakil Ketua Pengarang Suffian Abu Bakar dalam pertemuan mereka selama 10 minit.
Ditanya mengenai reaksi Suffian, Nasrudin berkata pihak akhbar menerima baik memorandum itu.
Nasrudin berkata wakil akhbar itu berjanji menyampaikan memorandumberkenaan kepada pengurusan Utusan.
Dalam memorandum tersebut, Nasrudin berkata perbandingan dua gambar kartun itu "telah menafsirkan mesej yang salah dan bertujuan dangkal".
"Mesej yang cuba digambarkan khususnya melalui gambar pertama adalah tidak tepat sekaligus telah mengelirukan kefahaman rakyat berhubung prosedur perbicaraan kes rogol atau zina dalam perundangan Islam," katanya.
Secara tidak langsung, katanya, ia menggambarkan wujudnya kelemahan dalam tatacara pengendalian perbicaraan rogol atau zina seperti mana yang telah digariskan dalam Islam.
KUALA LUMPUR, 16 Jun – Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali menegaskan karikatur disiarkan dalam Utusan Malaysia, akhbar milik Umno semalam hanya menyindir pihak-pihak yang tidak memahami keperluan rakaman video dalam kes zina.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom pula berkata bantahan berhubung kakikatur itu hanyalah persepsi individu yang tidak memahami undang-undang Islam.
Syed Hassan berkata beliau percaya karikatur bertajuk "Kekeliruan Kes Rogol" yang disiarkan semalam bukan mahu menghina agama Islam, seperti yang didakwa beberapa pihak.
"Kartun itu hanya untuk menyindir pihak lain yang kononnya mahu rakaman video seks terutamanya dalam kes (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) ini memerlukan empat orang saksi, mereka juga telah meminta supaya diadakan qazaf, empat orang saksi.
"Kartun ini bukan untuk menghina Islam, tapi untuk menyindir pihak lain, lagipun apa yang dilakarkan itu menggambarkan apa yang berlaku sekarang," kata beliau merujuk kepada bantahan Pakatan Rakyat agar rakaman video seks yang dikaitkan dengan Anwar tidak dijadikan sebagai bahan bukti.
"Bukan mengecam kartun itu, kita tahu apa yang digambarkan itu berlaku dalam keadaan sekarang dan kita perlu lihat dalam konteks lebih luas, bukan terus menyalahkan Utusan Malaysia.
"Kita bukan mempertahankan Utusan Malaysia tapi Perkasa melihat kartun itu bukan berniat menghina Islam tapi sekadar sindiran kepada pihak lain, ia gambaran sebenar apa yang berlaku sekarang," katanya.
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Nik Mat pula menyifatkan Utusan Malaysia sebagai "Denmark Malaysia" kerana menyiarkan karikatur yang menghina syariat Islam.
Sementara itu, Jamil Khir berkata bantahan terhadap kakikatur itu adalah persepsi untuk individu yang tidak memahami undang-undang Islam.
Justeru beliau meminta agar pihak yang mengecam karikatur itu merujuk kepada peguam syarie.
"Itu (bantahan) persepsi sahaja, persepsi umum tentang orang yang tidak tahu undang-undang dengan orang yang tahu undang-undang.
"Ia sekadar persepsi, kalau anda mahukan kepastian boleh semak dengan peguam syariah, saya bukan pakar dalam hal ini. Tapi dalam undang-undang ada macam-macam cara untuk dijadikan bukti."
KUALA LUMPUR, 16 Jun – Pergerakan Pemuda Umno juga mahu menganjurkan satu perhimpunan bagi memperkukuh sistem demokrasi pada 9 Julai ini – hari Himpunan Bersih 2.0.
Bagaimanapun sayap Umno tidak akan menyertai Himpunan Bersih 2.0.
"Pemuda Umno akan menganjurkan perhimpunan pada 9 Julai (ini) demi perkukuh sistem demokrasi. Tak serta Bersih sebab (ia) bawa agenda pembangkang," kata Khairy Jamaluddin (gambar kecil) menerusi mesej Twitternya petang ini.
Kata beliau perkara tersebut diputuskan pada mesyuarat Exco Pemuda Umno hari ini.
Petang tadi, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Himpunan Bersih 2.0 pada Julai ini akan memberi kesan negatif kepada negara dan menyekat pembangunan ekonomi.
Muhyiddin berkata himpunan yang dianjurkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) bukan demokrasi kerana ia hanya disertai sekumpulan kecil.
"Perhimpunan Bersih tidak mewakili keseluruhan rakyat tapi sebilangan kecil sahaja," katanya.
Perkasa juga mahu mengadakan perhimpunan balas hari yang sama menentang Bersih 2.0.
Karikatur yang disiarkan oleh Utusan Malaysia seperti di atas jelas satu penghinaan yang amat besar keatas hukum Allah SWT yang jelas termaktub di dalam Al Quran Al Karim.
Firman Allah SWT yang di dalam Al Quran:
"Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduhitu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buatselama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik (An-Nur : 4)"
Hukum Qazaf di dalam Al Quran adalah berkaitan dengan Zina dan bukannya rogol. Jenayah Rogol di dalam Islam adalah berkaitan dengan TAAZEER dan bukan dengan HUDUD. Ayat An Nur:04 adalah berkaitan dengan jenayah ZINA dan bukkannya ROGOL.
Tindakan Utusan Malaysia menyiarkan kartun yang bukan sahaja salah dari segi hukum jenayah Islam tetapi juga menghina Hukum Islam seperti di atas adalah amat dikesali.
Maka, Dewan Muslimat bercadang untuk membuat laporan kepada Mahkamah Syariah Kuala Lumpur supaya Editor Utusan Malaysia dibicarakan atas tuduhan menghina dan mempermainkan hukuman Qazaf yang jelas termaktub dalam AL Quran dan Sunnah serta hukum Jinayah Islam.
Tindakan Utusan Malaysia ini juga meletakkan Utusan Malaysia setaraf dengan akhbar-akhbar Denmark yang pada satu masa pernah menimbulkan kontroversi menghina Nabi Muhammad SAW.
DewanMuslimat juga meminta Mahkamah Syariah mendakwa seluruh ahli AJK Biro Politik UMNO sekiranya perlu kerana mengikut kenyataaan Hatta Wahari, kandungan Utusan Malaysia ditentukan oleh Biro Politik UMNO.
Dewan Muslimat PAS Pusat juga menyatakan sokongan padu kepada kempen boikot Utusan Malaysia (UM-NO) yang dilancarkan oleh YAB Tok Guru Menteri Besar Kelantan hari ini (17 June 2011). Dewan Muslimat PAS Pusat menyeru setiap ahliDewan Muslimat memboikot akhbar Utusan Malaysia secara total.
Sekian YB SitiZailah Mohd Yusoff Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat 17 Jun 2011
Menziarahi rumah magsa yang ditimpa oleh sebatang pokok akibat ribut di Kampung Sg. Batu, Merbok. Pembersihan dan pembaikan telah dilaksanakan oleh para petugas Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Tanjong Dawai.
Menghadiri Majlis Perasmian Penutup Kem Bina Insan Siri-3 di Sekolah Menengah Agama Nurul Islam, Ayer Hitam. Majlis tersebut disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Menteri Besar.
Jasin 16 Jun-Pemuda Pakatan Rakyat malam tadi telah melancarkan Mobilisasi BERSIH 2.0 Peringkat Negeri Melaka dengan menghimpunkan hampir 600 orang hadirin di Kompleks PAS Kawasan Jasin. Majlis di sempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS, Tuan Haji Muhammad Sabu dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat lain.
Dalam ceramah malam tadi Muhammad Sabu menggesa pihak polis segera berubah dengan melihat bagaimana peranan sebenar pihak polis di Negara lain.
Timbalan ketua polis negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang sebelum ini telak mendesak bahawa pihak polis akan membuat tangkapan terhadap mana-mana mereka yang menyertai himpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai nanti di lihat suatu fenomena pelik di sebuah negara demokrasi yang di amalkan di Malaysia.
Dalam ceramahnya, Muhammad berkata sikap pihak polis di Malaysia sangat berbeza jika di bandingkan dengan sikap polis di negara lain dengan mengambil contoh di indonesia, di mana ketua polis Jakarta di sana akan membenarkan mana-mana pihak mengadakan demonstrasi aman dan para demonstran akan di lindungi dan perjalanan demonstrasi itu dikawal pihak polis.
Begitu juga di negara-negara Eropah sebagai contoh hampir setiap minggu rakyatnya termasuk pelajar-pelajar akan mengadakan himpunan aman. Pihak polis mereka memberikan kebenaran dan mengawal keadaan sehingga tamat himpunan tersebut
"Pihak polis ada memang ada kuasa, mereka boleh buat apa sahaja pada rakyat, kita bukan melawan pihak polis dan tiada niat untuk melawan, tetapi kita hanya melawan sistem pilihanraya yang kotor" ujar Muhammad Sabu
Pesuruhjaya PAS, Saudara Adly Zahari pula menegaskan, PAS tetap akan turun pada 9 julai nanti walaupun di asak hebat oleh kerajaan dan polis.
Ketua AMK Pusat, Saudara Syamsul Iskandar memberi jaminan bahawa perhimpunan BERSIH 2.0 akan di lakukan secara aman sambil menasihati para peserta BERSIH 2.0 agar tidak membawa senjata dan pergi dalam keadaan santai.
Turut hadir berceramah pada malam itu, Ketua DAP Melaka, YB Goh Leong San dan YDP Jasin, Ustaz Kamarudin Sidek
Bak kata Dr. Asri di dalam laman sesawangnya (Minda Tajdid):
"Saya tidak pasti, apakah kartunis Utusan itu hendak menghina Islam atau hendak menghina pihak tertentu. Jika dia bertujuan menghina Islam, dilakukan pula dalam keadaan yang sedar akal fikirannya, maka dia terkeluar daripada Islam. Namun, jika dia bertujuan mengkritik salah faham sesetengah pihak mengenai perbezaan hukum zina dan rogol, maka itu tidak merosakkan imannya, bahkan satu sumbangan membetulkan fahaman yang salah. Adapun jika dia bertujuan membohongi fakta yang dimaksudkan oleh seseorang, sehingga menimbulkan salah sangka, maka dia berdosa besar."
KUALA LUMPUR — Dewan Pemuda PAS pusat mendakwa keputusan Pemuda Umno yang turut mahu menganjurkan satu perhimpunan bagi memperkukuh sistem demokrasi pada 9 Julai ini sebagai satu sokongan tersirat kepada agenda utama Bersih 2.0 yang mahukan pemulihan demokrasi dilakukan.
Semalam, Pemuda Umno mengumumkan pihaknya juga mahu menganjurkan satu perhimpunan bagi memperkukuh sistem demokrasi pada 9 Julai ini — hari Himpunan Bersih 2.0 akan diadakan.
Bagaimanapun sayap Umno itu tidak akan menyertai Himpunan Bersih 2.0, kata ketuanya Khairy Jamaluddin.
Perkara tersebut diputuskan pada mesyuarat Exco Pemuda Umno semalam.
Dalam reaksinya hari ini, Ketua Penerangan Pemuda PAS Riduan Mohd Nor berkata, tindakan sayap pemuda parti saingan mereka itu sekali gus dilihat sebagai tindakan memperlekehkan ketidakmatangan organisasi Umno dan Perkasa sendiri, yang sebelum ini beria-ria membuat laporan polis kononnya mendakwa Himpunan Bersih 2.0 sebagai ancaman kepada warga Kuala Lumpur dan kestabilan negara.
"Dengan begitu banyaknya laporan polis dibuat, akhirnya Pemuda Umno membuat keputusan yang boleh dianggap seperti menjilat ludah sendiri dan menempelak organisasi Umno-Perkasa.
"Rakyat tidak lupa bagaimana ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin pada 2007 pernah mengelarkan rakyat yang menyertai Himpunan Bersih sebagai 'beruk-beruk di jalanan'," kata beliau.
Riduan berkata kini beliau sendiri mahu turun ke jalanan atas alasan mahu memperkukuhkan demokrasi dan "mungkin dia sudah sedar siapa dirinya."
Riduan menambah, alasan beliau itu juga membuktikan bahawa "adanya kepincangan dalam sistem demokrasi negara, adanya kecacatan yang harus diperbaiki."
"Dan, begitu banyak masalah yang belum diselesaikan hingga Pemuda Umno pun mahu berhimpun.
"Tidak kisahlah kalau mereka hanya mahu berhimpun kalangan puak-puak mereka sahaja di PWTC dan bukannya bersama rakyat," kata beliau sambil menambah, keputusan Pemuda Umno itu menunjukkan rakyat sudah mendapat signal bahawa ia sendiri jelas tidak berpuas hati dengan sistem demokrasi yang ada.
Sehubungan itu kata Riduan, pihaknya akan mengerah semua ahli Pemuda PAS dalam dan luar negara bagi menyertai Himpunan Bersih 2.0 sebagai tanda solidariti bersama rakyat.
"Dewan Pemuda PAS pusat mengajak rakyat turun beramai-ramai pada 9 Julai ini untuk menyatakan bantahan kepada sistem demokrasi yang lemah dan pincang ini.
"Hanya rakyat yang mampu membuat perubahan ini," katanya.
You are subscribed to email updates from BGM online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan