Khamis, 16 Jun 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA

Posted: 16 Jun 2011 03:12 AM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA


PDRM JANGAN JADI BUDAK SURUHAN UMNO/BN

Posted: 15 Jun 2011 11:29 PM PDT

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merasa amat dukacita di atas kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang menyebut pihak Polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan termasuk membuat tangkapan pencegahan sekiranya perlu, sebelum dan semasa perhimpunan BERSIH yang dijadual berlangsung pada 9 Julai depan. 

Perhimpunan BERSIH adalah satu Himpunan AMAN yang diketuai oleh beberapa NGO dan parti-parti politik daripada Pakatan Rakyat yang menuntut supaya pihak Kerajaan melaksanakan system pilihanraya di Malaysia secara bersih dan adil. Inilah harapan dan kemahuan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merasakan pihak PDRM cuba menakut-nakutkan dan menyekat hak-hak rakyat Malaysia untuk bebas menyatakan hasrat mereka secara terbuka seperti yang termaktub di dalam perlembagaan Malaysia dengan mengeluarkan ancaman untuk melakukan tangkapan pencegahan tersebut. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menasihatkan PDRM supaya mencontohi pihak polis di UK yang membenarkan himpunan aman diadakan di negara mereka serta memberikan kawalan keselamatan secukupnya supaya himpunan tersebut dapat dijalankan dengan jayanya. 

Begitu juga pihak polis di Jakarta yang lebih 'mesra' pendekatan mereka terhadap peserta himpunan aman di negera meraka dengan memaklumkan kepada peserta himpunan aman di dalam media elektronik supaya berhimpun dalam keadaan aman, mengikut jalan-jalan yang telah disediakan untuk himpunan tersebut serta bersurai dengan tertib.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor bersetuju dengan pandangan yang diutarakan oleh YB Dato' Haji Mahfoz Omar, Naib Presiden PAS, Ahli Parlimen Pokok Sena, YB. Dato' Johari Abdul, Ahli Parlimen Sungai Petani dan Ahli Parlimen Jelutong, YB Jeff Ooi yang berpendapat bahawa pihak PDRM sepatutnya memberikan kerjasama sepenuhnya kepada rakyat Malaysia yang akan hadir untuk menyertai Himpunan BERSIH kali ini dengan menyediakan anggota polis yang mencukupi bagi mengawal selia himpunan tersebut supaya berjalan dengan baik dan sempurna, menyediakan jalan-jalan yang sesuai untuk para peserta berarak dan berhimpun dengan aman. 

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengharapkan semoga pihak PDRM akan mengambil tindakan yang lunak untuk berbincang dengan pihak penganjur program supaya himpunan ini dapat dijayakan dengan baik. Janganlah disebabkan tekanan daripada pihak-pihak luar yang takut kehilangan kuasa mereka disebabkan arus kebangkitan rakyat menentang kezaliman dan ketidakadilan maka PDRM mengambil satu tindakan yang silap yang boleh menghakis kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap kredibiliti dan integriti mereka sendiri.


HASBULLAH MOHD RIDZWAN           
KETUA DEWAN PEMUDA PAS
NEGERI SELANGOR

16 Jun 2011

BERSIH 2.0: Pemuda PAS Tidak Gentar

Posted: 15 Jun 2011 10:40 PM PDT

1. Biarpun berhadapan dengan ugutan dan halangan, langkah derap Dewan Pemuda PAS Malaysia memobilisasi kebangkitan rakyat guna mendesak satusistem demokrasi yang adil dan pilihanraya yang telus, sekali - kali tidak terjejas semata - mata kerana tindakan nakal pihak tertentu termasuk UMNO dan Perkasa. Biar 1000 laporan polis yang mereka lakukan, mereka tidak mungkin mampu memadam semangat anak muda yang menuntut keadilan dan ketelusan dalam sistem demokrasi negara ini justeru keadilan dan ketelusan tersebut juga menjadi  sebahagian daripada tuntutan Islam.

 2. BERSIH 02 adalah manifestasi dari kebangkitan anak muda yang mula bosan dan kecewa dengan sikap kerajaan UMNO dan BN mempermainkan rakyat dan mempersenda sistem demokrasi. Kepincangan demokrasi ala malaysia ini masih ketara, apabila pihak Pakatan Rakyat terus dikekang daripada mendapat hak yang sama untuk akses dengan media sedang Barisan Nasional sepenuhnya memanipulasi media arus perdana [seperti RTM] untuk memberi maklumat satu hala atau sebelah pihak kepada rakyat. Laporan kajian Kebebasan Media 2011 oleh Freedom House, kedudukan Malaysia jatuh ke tangga 143 daripada 196 negara. Manakan tidak ....
  • Kementerian dalam negeri [ KDN ] gagal meluluskan permohonan permit Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan Hata Wahari menerbitkan akhbar harian "Utusan Rakyat"
  • Sehingga kini hasrat DPP Malaysia mahu melihat lahirnya sebuah akhbar harian "Purnama" yang dimohon permitnya lebih sedekad yang lalu masih tidak kesampaian.
  • Begitulah nasib yang menimpa Harakah, Suara Keadilan dan Rocket. Bukan sahaja tidak dibenarkan terbit secara harian, ianya terhad untuk ahli sahaja dan terus menerima tekanan dari pelbagai sudut.
3. Undi pos pula akan terus menjadi  tali hayat Barisan Nasional agar mereka terus berkuasa dan mampu melangsungkan tradisi "membelasah" rakyat dengan penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Lihat sahaja laporan Global Financial Integrity yang mendakwa sebanyak RM 889 bilion tiris dan mengalir keluar dalam tempoh lapan tahun antara 2000 - 2008. Begitu juga laporan Ketua Audit Negara yang terbaru, sebanyak RM 28 bilion  telah tiris dalam perbelanjaan dana awam.
4. Undi pos juga akan terus menjadi sandaran Barisan Nasional untuk terus kekal berkuasa lalu membuli rakyat dengan  kenaikan harga minyak, kenaikan harga barang, kenaikan tarif bil elektrik, saman ekor serta "membelenggu" anak muda dengan lingkaran hutang  PTPTN.  Undi pos adalah satu makenisme yang paling strategik untuk mengekalkan survival kuasa politik Barisan Nasinoal sedang ia tidak lagi relevan dalam sistem demokrasi moden hari ini.
5. Sebahagian mereka menempelak hasrat BERSIH 02 kononnya tidak lagi relevan kerana Pakatan Rakyat telah memenangi 4 buah negeri dan hampir menguasai keseluruhan kerusi di Wilayah Persekutuan. Menang di 4 buah negeri bukan bermakna kami telah berpuas hati dengan tahap ke"bersihan" sistem pengendalian pilihanraya dalam negara ini. Saya percaya, jika pilihanraya benar - benar dikendalikan sebersih - bersihnya dari sebarang manipulasi dan sistem demokrasi dilangsungkan dengan telus dan adil, Pakatan Rakyat mampu menang sekurang - kurangnya di 8 buah negeri pada pilihanraya umum 2008 yang lalu malah berkemungkinan besar mampu memperolehi simple majoriti bagi menguasai parlimen.
6. Antara kepincangan demokrasi yang diamalkan dalam negara kita Malaysia ialah tindakan mereka yang mahu menghalang hak rakyat berhimpun secara aman seperti Himpunan BERSIH 02. Setelah mendengar janji daripada penganjur BERSIH 02 bahawa ia akan dilangsungkan secara aman, mereka masih mengugut rakyat agar tidak menyertai himpunan tersebut. Selayaknya pihak berkuasa mengambil langkah mengawal  himpunan BERSIH 02 sebagaimana mereka boleh mengawal himpunan dan perarakan puluhan ribu manusia pada hari sambutan kemerdekaan, malam citrawarna dan sebagainya.
7. Pihak berkuasa juga sayugianya menghalang hasrat pihak - pihak lain selain BERSIH 02 yang terlebih dahulu telah mengisytiharkan hasrat menganjurkan himpunan pada hari yang sama dan di tempat yang sama, kerana ia adalah satu bentuk provokasi yang boleh mencetus ketidaktenteraman suasana himpunan tersebut. Saya hairan kenapa Perkasa atau lainnya mahu mengadakan himpunan pada hari yang sama dan tempat yang sama ? Ertinya merekalah yang mahu mencetus provokasi dan suasana tidak aman bukan pihak BERSIH 02.
8. Andai mereka mahu menduga pengaruh, mereka boleh menganjurkan himpunan serupa pada 10 hb Julai iaitu sehari selepas BERSIH 02 atau pada 8 hb Julai iaitu sehari sebelumnya. Kenapa mereka begitu terdesak mahu mengadakan himpunan mereka pada hari yang sama ? mereka marah rakyat mahu sertai  BERSIH 02 kerana himpunan itu kononnya demontrasi jalanan yang sia - sia, tetapi mereka juga mahu menganjurkan himpunan untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap BERSIH 02 ! Alangkah dangkalnya mereka berfikir !
9. Benarkan dahulu rakyat menyertai BERSIH 02 pada 9 hb Julai untuk membantah sistem pengendalian demokrasi dan pilihanraya yang pincang dalam negara ini. Maka keesokkan harinya, bolehlah mereka pula berhimpun untuk membantah himpunan BERSIH 02 jika mereka tidak berpuas hati atau kiranya mereka kurang sabar, boleh sahaja mereka berhimpun pada 8 hb Julai untuk melahirkan bantahan mereka dan benarkan BERSIH 02 berlangsung dengan aman tanpa sebarang provokasi pada 9 hb Julai 2011. Apakah kerajaan UMNO dan BN perlu diajar sedemikian rupa erti demokrasi ?
10. Saya mengharapkan anak - anak muda tidak terpengaruh dengan taktik kerajaan Barisan Nasional dan proksi - proksi mereka yang cuba  mengugut untuk membatalkan BERSIH 02 justeru itulah yang akan meletakkan Barisan Nasional terus selesa menghadapi pilihanraya umum ke 13 secara berat sebelah dan tidak telus. Insyaallah, Dewan Pemuda PAS Malaysia dan seluruh warganya akan terus berada di saf hadapan memimpin kebangkitan anak muda bersama rakan - rakan dari Angkatan Muda Keadilan dan DAPsy.

Memimpin Kebangkitan Anak Muda

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Penjelasan Ust Zaharudin Abd Rahman berkaitan Demontrasi Bersih 2.0

Posted: 15 Jun 2011 08:09 PM PDT




Antara isikandungan:
  • Jangan terlalu kaku ketika berhadapan dengan teks syarak (nash) yang berkaitan dengan muamalat. Tidak seperti dalam hal-hal ibadah.
  • Dalam hal muamalah mestilah bertepatan dengan maqasid atau roh syariah. Sedangkan dalam hal ibadah mestilah bertepatan dengan taks syarak atau nash.
  • Cara perlantikan pemerintah pada zaman Rasulullah s.a.w. dan zaman selepasnya adalah berbeza dengan yang ada sekarang, iaitu demokrasi. Dahulu, untuk melantik khalifah tiada pilihanraya. Tiada pungutan suara dari rakyat.
  • Islam tidak menghalang cara demokrasi dan segala komponen di dalamnya yang tidak bertentangan dengan syariat.
  • Demonstrasi adalah salah satu dari komponen demokrasi yang tidak bertentangan dengan Islam.
  • Hadis-hadis tentang menegur pemerintah dan ketaatan kepada mereka hendaklah difahami dalam konteks hadis itu. Ia tidak boleh digunapakai secara umum.
  • Cara untuk mengelakkan demonstrasi ialah dengan kerajaan mendengar pandangan rakyat.
  • Dibenarkan mengadakan demonstrasi aman untuk memaklumkan kepada orang ramai tentang kelemahan kepemimpinan. Namun tidak boleh menyentuh kesalahan individu atau peribadi pemimpin.
  • Apakah melaungkan bantahan terhadap pemerintah atau menegur mereka secara terbuka boleh dilabel sebagai Khawarij? Selagi rakyat menegur dan meluahkan perasaan marah secara aman tanpa angkat senjata, mereka tidak boleh dianggap sebagai khawarij.

Dewan Muslimat PAS Kuala Kangsar

Posted: 16 Jun 2011 01:25 AM PDT

Dewan Muslimat PAS Kuala Kangsar


Harga seekor anjing kerajaan...

Posted: 15 Jun 2011 08:27 PM PDT

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 16 Jun 2011 01:07 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Tahniah, media perdana iklan Bersih 2.0

Posted: 16 Jun 2011 01:00 AM PDT

14 Rejab 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 16 Jun: Bukan senang hendak mendapat liputan di media perdana mengenai aktiviti pembangkang di negara ini, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar).

"Nampaknya program Bersih 2.0 yang diadakan pada 9 Julai ini mendapat liputan yang meluas di kaca televisyen dan dada akhbar," katanya kepada Harakahdaily.

Justeru, katanya sekalung tahniah diberikan kepada pemilik media, kerana mengiklankan program tidak berbayar.

Katanya, program Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) sudah pun berjaya walaupun belum sampai masanya, kerana ia mendapat ulasan yang meluas oleh pemimpin BN.

Ini, ujarnya adalah tanda aras kejayaan rakyat yang hendak memulih sistem demokrasi di negara ini.

Menurutnya, setakat hari ini lebih daripada 400 laporan polis yang dibuat oleh Umno, cuma berlainan nama untuk menggagalkan tuntutan rakyat.

Katanya, Datuk Seri Khalid Abu Bakar selaku Timbalan Ketua Polis Negara telah memberi amaran untuk membuat tangkapan awal sebagai usaha untuk menakutkan rakyat.

"Kita harapkan supaya pihak polis jangan dipandang oleh rakyat hanya untuk menjaga keselamatan Umno, bukan keselamatan negara, bertindaklah secara profesional, bukan emosional," katanya.

Beliau turut mempersoalkan kenapa demonstrasi kepala lembu di Shah Alam tidak ada gangguan.

"Setitik air pun tidak disembur kepada mereka, sedangkan ini adalah demo yang berbentuk perkauman dan penghinaan kepada agama, ia boleh terbakar negara.

"Cuba bayangkan jika demo itu dibuat oleh penyokong Pakatan Rakyat, sudah pasti mereka yang terlibat disumbat di dalam ISA," ujarnya lagi.

HARAKAHDAILY/-

2 rakan karib mati berpelukan

Posted: 16 Jun 2011 12:40 AM PDT

14 Rejab 1432H. [MOD] -

Nasional Cetak . Emel Rakan .
2 rakan karib mati berpelukan
Oleh Irwan Shafrizan Ismail
irwansha@bharian.com.my
2011/06/16

Amierul Hakim (kiri) dan Mohd Adhamerudin.
Mangsa lemas ketika mandi di pusat perkelahan bersama dua rakan lain

KUANTAN: Menyayat hati apabila mayat dua sahabat karib yang lemas ketika mandi di pusat perkelahan Pasir Kubur, dekat Sungai Lembing di sini, semalam, ditemui dalam keadaan berpelukan.
Mayat mangsa, bekas pelajar Kolej Matrikulasi Gambang, Amierul Hakim Mustafa, 19, dari Indera Mahkota 8, di sini dan pelajar jurusan Bioteknologi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Kuantan, Mohd Adhamerudin Omar, 21, dari Taman GPT, Jalan Padang Sanai, Kuala Nerang, Kedah ditemui kira-kira jam 9.15 pagi oleh sepasukan anggota polis yang menjalankan misi mencari mangsa.

Bapa Amierul, Mustafa Awang, 51, ketika ditemui di lokasi kejadian, berkata beliau dimaklumkan anaknya bersama tiga rakan pergi ke lokasi kejadian kira-kira jam 8 pagi selepas selesai mendaki Bukit Panorama, di situ.

Beliau yang sedang berniaga di Stadium Darul Makmur, di sini, dimaklumkan mengenai kejadian terbabit melalui seorang rakannya sebelum bergegas ke tempat kejadian untuk melihat keadaan anaknya.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, saya tidak dapat menahan kesedihan ketika melihat sepasukan anggota penyelamat sedang mengangkat mayat Amierul selepas ditemui dalam sungai berkenaan.

"Kali terakhir saya berjumpa dengan arwah petang kelmarin dan tidak sempat untuk bertemu dengannya pagi ini (semalam) kerana arwah tiada dalam bilik dan menyangka dia ke masjid untuk menunaikan solat Subuh," katanya.
Mustafa berkata, beliau langsung tidak mengetahui arwah pergi berkelah kerana rutin hariannya setiap pagi ke masjid untuk menunaikan solat Subuh atau mengadakan aktiviti lain namun tetap reda dengan kejadian terbabit.

"Jenazah arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Bukit Kuin 2, di sini, selepas Asar," katanya.

Difahamkan, Amierul sedang menunggu panggilan untuk melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi awam (IPTA) manakala Mohd Adhamerudin adalah pelajar semester empat di UIAM dan bekerja sambilan di sebuah stesen minyak di Jalan Bukit Ubi, di sini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Zulkifli Taha, ketika dihubungi di sini mengesahkan kejadian yang berlaku.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kedua mangsa bersama dua rakan menunaikan solat Subuh di Masjid Jamek Sungai Lembing sebelum mendaki Bukit Panorama, Sungai Lembing.

"Selepas pendakian, kedua mangsa mandi manakala dua lagi rakan Mohd Adhamerudin, Mohd Ezuan Mohd Adnan, 22, dari Taman Rapat Setia, Ipoh dan Arif Kamal Nasir, 21, dari Indera Mahkota, di sini, sedang memasak untuk menyediakan sarapan pagi.

"Bagaimanapun, tiba-tiba seorang daripada rakan mangsa berkenaan mendakwa terdengar bunyi jeritan meminta pertolongan sebelum melihat tangan mangsa terkapai-kapai dan cuba membantu namun gagal berbuat demikian," katanya.

Beliau berkata, rakan mangsa kemudian menghubungi polis sebelum sepasukan anggota bersama Jabatan Pertahanan Awam (JPA3), Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Indera Mahkota dan penduduk kampung bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan gerakan mencari mangsa.

"Bagaimanapun, kedua-dua mayat mangsa ditemui polis dalam keadaan berpeluk di sungai itu tidak jauh daripada tempat kejadian sebelum dibawa ke tebing dan dihantar ke Rumah Mayat Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini untuk bedah siasat," katanya.

berita harian/-

Data Pelancongan Sabah bocor selepas digodam

Posted: 16 Jun 2011 12:30 AM PDT

14 Rejab 1432H. [MOD] -

Di sebalik jaminan polis bahawa tidak ada data yang akan bocor dalam serangan ke atas laman web kerajaan malam semalam, satu set data pengguna didakwa berjaya dicuri dari laman Pelancongan Sabah dan disiarkan di Internet.

Data 392 akaun pengguna laman itu kemudian dimuat-naikkan ke sebuah portal bebas yang tidak dikenali. Ia turut memuatkan emel pengguna, nama pertama dan akhir pengguna dan juga kata lauan mereka yang telah dipadamkan.

Sementara itu, The Star/Asia News Network melaporkan laman yang digodam itu dikesan awal pagi ini oleh ketua pegawai eksekutif syarikat berkenaan.

"Sebahagian daripada laman web itu didapati telah dipadamkan apabila saya melayarinya," kata Dhillon Andrew Kannabhiran, yang mengetuai Hack In The Box (M) Sdn Bhd.

"Saya baru pulang dari lawatan luar negara," kata portal itu.

Laman Pelancongan Sabah telah dihentikan seketika.

F-Secure Corporation (M) Sdn Bhd, sebuah syarikat perisian keselamatan komputer mengesahkan perkara itu.

malaysiakini/-

Bahaya menabur fitnah

Posted: 16 Jun 2011 12:13 AM PDT

14 Rejab 1432H. [MOD] -
KHEU Brunei Darussalam

Wahai kaum Muslimin yang dirahmati Allah,

Marilah kita meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan sebenar-benarnya iaitu dengan mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi mukmin yang sejati dan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat. Amin Yarabbal Alamin.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana melimpahkan nikmat yang tidak terkira banyaknya kepada kita. Di antara nikmat yang utama yang dikurniakan Allah Subhanahu Wata'ala kepada hambanya ialah lidah. Lidah mempunyai kebaikan dan manfaat yang amat banyak, bagi mereka yang menjaga dan menggunakannya ke arah tujuan yang sebenar seperti berzikir kepada Allah Subhanahu Wata'ala, membaca Al-Quran, berdakwah menyeru manusia ke arah mentaati perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya dan memberi nasihat serta teguran yang berguna kepada sesama manusia. Sesungguhnya lidah itu merupakan nikmat yang amat berharga kerana itu kita hendaklah menjaga dengan sebaik-baiknya, jangan sampai disalahgunakan seperti membuat fitnah.

Namun dalam era kemajuan sains dan teknologi ini, manusia bukan sahaja menyebar fitnah menggunakan lisan, tetapi juga melalui kecanggihan teknologi maklumat, samada melalui media cetak mahupun media elektronik. Tujuan kemudahan itu dicipta adalah untuk memudahkan kita melihat, mendengar dan menyebarkan apa jua berita dan maklumat tentang keadaan yang berlaku di sekeliling kita, samada apa yang berlaku di dalam negeri mahupun di luar negeri. Oleh itu kita hendaklah menggunakan kemudahan-kemudahan tersebut dengan baik dan bijaksana. Namun apa yang membimbangkan pada masa ini terdapat segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab dan menyalahgunakannya untuk menyebarkan berita-berita yang tidak benar, khabar-khabar angin apatah lagi yang mengandungi unsur-unsur fitnah.

Ahli jumaat yang dirahmati Allah,

Kita perlu mengetahui fitnah itu adalah satu perkara yang buruk dan boleh menjejaskan maruah seseorang. Fitnah ialah tuduhan, khabar, kisah dan lain-lain yang diadakan atau dibuat-buat untuk memburukkan seseorang dan memfitnah pula ialah membuat fitnah dan mengada-adakan sesuatu untuk memburuk-burukkan sesuatu pihak yang dilakukan samada dengan perkataan atau tulisan atau isyarat dan gerakan dan sebagainya, samada perkara itu sememangnya suatu keaiban atau kekurangan mahupun bukan. Orang yang membuat fitnah itu dikatakan juga sebagai orang yang membawa mulut atau mengadu domba.

Adapun perbuatan fitnah itu hukumnya adalah haram dan termasuk dalam perkara dosa-dosa besar. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Qalam ayat 10-11 tafsirnya:

"Dan janganlah kamu menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina, yang suka mencaci, lagi yang suka menyabarkan fitnah hasutan".

Diriwayatkan daripada Huzaifah Radiallahu Anha, beliau mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasalam bersabda maksudnya:

"Tidak masuk syurga orang yang suka memfitnah (mengadu domba)".

Daripada dalil-dalil tersebut jelas menunjukkan bahawa fitnah itu adalah suatu perkara yang sangat dilarang dan perlu dijauhi. Oleh yang demikian, kita hendaklah memelihara diri dan keluarga kita dari perbuatan menabur fitnah. Maka apabila disampaikan kepada kita suatu berita yang memburuk-burukkan orang lain, maka kita hendaklah memelihara diri kita daripada mendengarnya dan menghebah-hebahkannya kepada orang lain.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Memang tidak dapat dinafikan, dalam kehidupan kita berkeluarga, berjiran dan bermasyarakat, sememangnya kita tidak dapat mengelakkan diri dari mendengar berita-berita atau cerita-cerita yang diperbualkan ketika bertemu, samada ketika berada di majlis-majlis keramaian seperti majlis perkahwinan, majlis kenduri atau di kedai-kedai makan dan sebagainya. Dalam hal sedemikian, jika kita mendengar perbualan yang boleh mendatangkan dosa seperti cerita yang direka-reka, memburukkan orang lain, memfitnah dan sebagainya, maka kita hendaklah berusaha mengelakkan diri kita daripadanya, seperti tidak membenarkan atau mempercayai apa yang disampaikan itu kerana orang yang membawa fitnah itu adalah termasuk dalam golongan orang-orang yang fasik dan berita yang dibawa oleh mereka itu tidak boleh dipercayai.

Selain itu, kita sepatutnya melarang orang yang membawa fitnah itu daripada meneruskan perbuatannya dan menasihatinya serta menerangkan kepadanya bahawa perbuatannya itu adalah salah di sisi agama. Janganlah pula cerita yang disampaikan oleh orang yang memfitnah itu membuatkan kita terdorong untuk menyelidiki dan mencari-cari samada benar atau sebaliknya. Allah Subhanahu Wata'ala berfirman dalam Surah Al-Hujuraat ayat 21, tafsirnya:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakkan dari sangkaan supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain".

Ahli jumaat yang dirahmati Allah,

Ketahuilah bahawa tidak ada orang yang suka dirinya diperkatakan atau menjadi bahan cerita orang, apatah lagi cerita itu tidak berasas, tidak benar dan hanyalah fitnah semata-mata. Oleh itu jika mendengar sesuatu cerita, berita atau khabar-khabar angin, maka hendaklah orang yang mendengar cerita, berita atau khabar-khabar angin itu tidak menceritakan atau memanjang-manjangkan lagi apa yang telah diceritakan kepadanya. Sebagaimana kita tidak suka diri kita diperkatakan orang, sepatutnya kita tidak juga memperkatakan tentang orang lain.

Jika difikirkan, apakah kebaikan yang boleh diperolehi daripada perbuatan-perbuatan sedemikian? Ia tidak lain hanyalah mengembirakan orang yang berhati busuk. Sedangkan sebenarnya mereka itu telah diperdaya oleh syaitan sehingga mereka menjadi kabur, lalu merasakan apa yang mereka lakukan seolah-olah tidak salah tetapi sebenarnya adalah buruk dan berdosa besar. Perkara ini bukan sahaja dilarang oleh agama islam, bahkan undang-undang dalam bernegara juga menegahnya dan boleh diambil tindakan, lebih-lebih lagi jika fitnah itu boleh menggugat keselamatan dan keharmonian dalam beragama, bermasyarakat dan bernegara, begitu juga dengan perbuatan mereka-reka dan menyebarkan khabar angin, baik dilakukan secara individu atau kumpulan, yang bertujuan untuk memfitnah atau mengaibkan maruah atau martabat mana-mana pihak, maka dalam hal ini, perbuatan tersebut akan diambil tindakan oleh pihak-pihak yang berkenaan sebagai langkah dalam memastikan keharmonian dan kententeraman awam.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Sebagai bahan renungan, pernah berlaku suatu perisriwa di zaman Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasalam, yang lebih dikenalkan dalam kitab-kitab 'Sirah' Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasalam sebagai 'Hadisul Ifkhi', bila mana terjadinya fitnah ke atas isteri Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasalam iaitu Sayidatina Aisyah Radiallahu Anha.

Dalam peristiwa tersebut, Sayidatina Aisyah Radiallahu Anha telah difitnah oleh orang-orang 'munafik' yang diketuai oleh Abdullah bin Ubai bin Salul, dan beberapa orang di kalangan Muslimin telah terpengaruh dengan cerita fitnah yang disebarkan itu. Mereka menabur fitnah mengatakan bahawa Sayidatina Aisyah Radiallahu Anha telah berlaku curang atau membuat hubungan sulit dengan seorang sahabat yang terkenal jujur dan amanah iaitu Safwan bin Al-Muathal. Akhirnya Allah Subhanahu Wata'ala menurunkan ayat Al-Quran sebagai penjelasan bersihnya Sayidatina Aisyah Radiallahu Anha di atas fitnah yang dilemparkan ke atasnya.

Allah Subhanahu Wata'ala berfirman dalam Surah Al-Nuur ayat 19, tafsirnya:

"Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebahnya tuduhan-tuduhan buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman,mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan ingatlah Allah mengetahui segala perkara sedang kamu tidak mengetahui yang demikian".

Muslimin yang berbahagia,

Membuat fitnah itu dipandang berat dan berat dan dilarang oleh agama islam sebab ia boleh menimbulkan permusuhan dan permusuhan pula boleh menimbulkan kepada perpecahan dan huru-hara. Fitnah adalah tuduhan yang tidak benar dan tidak berasas dan perbuatan itu mendatangkan azab diakhirat kelak. Ingatlah! Bahawa semua anggota tubuh badan termasuk lidah akan menjadi saksi di depan penghakiman Allah Subhanahu Wata'ala pada hari kiamat.

Akhirnya peliharalah diri dari perbuatan fitnah dan menaburnya. Didiklah diri kita, keluarga kita dan masyarakat dengan saling menasihati dan tegur menegur terhadap perbuatan yang membawa kepada dosa dan maksiat, apatah lagi membawa kepada dosa-dosa besar seperti membuat dan menabur fitnah. Semoga dengan sedemikian, kita dapat menikmati kehidupan yang aman tenteram, dan sentiasa mendapat petunjuk, hidayah dan berkat dari Allah Subhanahu Wata'ala. Amin Yarabal Alamin.

Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah Al-Baqarah Ayat 191 tafsirnya:

"Dan ingatlah bahawa angkara fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan".

(Teks khutbah Jumaat di atas dikeluarkan Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam yang dibacakan di seluruh masjid negara itu pada 10 Jun lalu. Rujuk: http://www.religious-affairs.gov.bn/index.php?ch=bm_info&pg=bm_info_khutbah&ac=464)

Selangor lantik pengawai wanita untuk ketuai MPKS

Posted: 15 Jun 2011 11:40 PM PDT

14 Rejab 1432H. [MOD] -

Kerajaan Negeri telah melantik Puan Noraini Roslan sebagai Yang diPertua Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) yang baru berkuatkuasa 1 Julai 2011.

Noraini, 46, adalah pegawai wanita pertama yang memegang jawatan YDP di Selangor. Ini menunjukkan komitmen kerajaan Pakatan Rakyat terhadap kesamaan jantina dan keberdayaan wanita.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Noraini telah menerima tawaran sebagai YDP MDKS minggu lepas dan yakin beliau akan menjalankan tugas dengan cekap, telus dan bertanggungjawab.

"Perlantikan beliau adalah berdasarkan pengalaman beliau sebagai pengarah perancang Majlis Perbandaran Klang dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya selama 21 tahun serta kelayakan pendidikan beliau. YDP yang cekap perlu tahu selok-belok perancangan bandar dan kami percaya beliau boleh memenuhi amanah ini dengan baik.

"Kami juga berbangga kerana berjaya melantik YDP wanita pertama di Selangor - dasar kami adalah bahawa wanita harus selalu diberi peluang yang sama dengan lelaki berdasarkan kebolehan dan kelayakan mereka," kata Dato Menteri Besar.

Beliau menambah, bahawa kerajaan negeri mengalu-alukan kehadiran pegawai professional seperti Noraini untuk menambah baik polisi kerajaan negeri serta agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor.

Perlantikan ini bukan sahaja menunjukkan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengamalkan meritokrasi tetapi juga, menunjukkan kesediaan untuk keluar dari amalan biasa sebelum ini bila mana hanya pegawai PTD sahaja yang berpeluang menjadi YDP.

Noraini berkelulusan Sarjana dalam bidang perancangan dari Universiti North Carolina, Amerika Syarikat pada 1988. Sebelum itu beliau mendapat ijazah Sarjana Muda dari Universiti East Carolina, juga di Amerika Syarikat.

Beliau bekerja sebagai pegawai perancang di Syarikat Bernas sebelum menyertai MPK sebagai pengarah perancang, Beliau ditukarkan ke MBPJ pada 2010.

Pada tahun 2005 dan 2008, beliau telah dianugerahkan pingat khidmat cemerlang. Beliau juga adalah ahli Institut Perancang Malaysia.

SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO MENTERI BESAR SELANGOR

Murtad: 2 versi penjelasan menteri

Posted: 15 Jun 2011 11:00 PM PDT

14 Rejab 1432H. [MOD] -

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menafikan laporan portal berita mengenai 135 kes permohonan murtad diluluskan bagi tempoh 2000 hingga 2010.

Beliau menegaskan bahawa sehingga kini belum ada satu pun kes murtad yang diluluskan oleh Mahkamah Syariah, lapor Bernama.

Jamil Khir menjelaskan 135 kes itu dipohon di bawah murtad tetapi setelah diteliti oleh Mahkamah Syariah mereka didapati tidak sah masuk Islam, sekali gus tidak timbul soal (mereka) murtad.

"Timbul kekeliruan di sini, contohnya seseorang itu memohon untuk kedudukannya sebagai Islam, tetapi kemudian mahu kembali ke agama asalnya, setelah disiasat, mahkamah mendapati dia bukan Islam, jadi tidak timbul soal murtad.

"Sama juga untuk pasangan berkahwin yang hendak daftar untuk perceraian, tetapi mahkamah mendapati mereka berkahwin secara tidak sah di Thailand kerana tiada saksi dan wali, jadi tidak timbul soal perceraian," katanya kepada Bernama pada Rabu.

Malaysiakini kelmarin melaporkan jumlah permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan adalah 135 orang.

Jawapan di parlimen

Laporan itu dibuat berdasarkan jawapan Jamil Khir yang menjawab pertanyaan lisan anggota parlimen Bakri Er Teck Hwa di parlimen kelmarin.

Soalan itu berbunyi: "Tuan Er Hwa [Bakri] minta perdana menteri menyatakan jumlah permohonan murtad bagi penganut Islam dan berapakah permohonan yang diluluskan mengikut negeri dari tahun 2000 - 2010 serta tindakan Jabatan Agama Islam untuk menangangi gejala murtad."

Sementara jawapan Jamil Khir pula berbunyi: "Permohonan menukar status agama oleh orang Islam di Mahkamah Syariah dari tahun 2000 hingga 2010 adalah berjumlah 863 kes. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 168 kes telah diluluskan."

Jamil Khir juga memberikan statistik lengkap yang menyatakan jumlah permohonan dan kelulusan mengikut negeri.

Bagaimanapun perangkaan yang dibekalkan kepada Dewan Rakyat itu tidak selaras dengan jumlah yang dikira.

Mengikut kiraan Malaysiakini, jumlah permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan pula adalah 135 orang.

malaysiakini/-

Militan Islam tawan banyak bandar Yemen

Posted: 15 Jun 2011 10:00 PM PDT

14 Rejab 1432H. [MOD] -

SANAA, Yemen - Militan-militan Islam melancarkan serangan mengejut pada waktu subuh di Houta, selatan Yemen semalam dan menawan beberapa kawasan bandar berkenaan selepas bertempur dengan tentera pemerintah, kata pegawai-pegawai keselamatan.

Beberapa kawasan penduduk di Houta yang merupakan ibu negeri wilayah Lahj, jatuh ke tangan kumpulan terbabit yang turut dianggotai anggota Al-Qaeda.

Serangan berlaku sehari selepas seorang pegawai kanan Amerika Syarikat (AS) menyatakan, AS bimbang kekacauan berterusan di Yemen akan mengukuhkan kerjasama di antara militan Al-Qaeda rantau Arab dengan kumpulan pemisah Al-Shabab di Somalia.

Koordinator antipengganas Jabatan Negara AS, Daniel Benjamin turut berkata, anggota-anggota pemisah Yemen kini semakin berani untuk beroperasi secara terbuka dan berupaya menguasai lebih banyak wilayah.

Beberapa pegawai keselamatan Yemen pula memberitahu, sejumlah militan bergerak menerusi beberapa kawasan penduduk di bandar pelabuhan Aden, selatan negara itu awal semalam dan melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan.

Bagaimanapun, mereka tidak memberikan butiran lanjut berhubung insiden itu.

Kekacauan di Yemen itu berlaku ekoran tunjuk perasaan dilakukan rakyat bagi menuntut peletakan jawatan Presiden Ali Abdullah Saleh. - Agensi

Radiasi dikesan dalam ikan paus

Posted: 15 Jun 2011 09:30 PM PDT

14 Rejab 1432H. [MOD] -

TOKYO - Pemburu ikan paus Jepun menemui sisa radioaktif di dalam dua ikan paus yang ditangkap baru-baru ini di Lautan Pasifik, menurut agensi perikanan tempatan, semalam.

Dua ikan paus yang ditangkap di perairan Hokkaido menunjukkan bacaan radiasi antara 31 becquerel dan 24.3 becquerel sesium setiap kilogram.

Namun, nelayan tidak dapat mengesahkan sama ada bacaan itu lebih tinggi daripada biasa kerana tiada data mengenai tahap radiasi sebelum kebocoran radioaktif di loji nuklear Fukushima Daiichi, Mac lalu.

Paras radiasi itu masih berada di bawah tahap selamat untuk makanan laut, iaitu di bawah 500 becquerel sesium setiap kilogram.

Fukushima Daiichi dilanda gempa kuat dan tsunami pada 11 Mac lalu sehingga merosakkan reaktor nuklear loji itu, menyebabkan air dicemari sisa radioaktif memasuki Lautan Pasifik.

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan Jepun akan membekalkan alat pengukur radiasi kepada lebih 34,000 kanak-kanak berumur antara 4 dan 15 tahun di bandar Fukushima, 64 kilometer dari loji itu.

Bandar itu terletak diluar zon pengecualian 30 kilometer yang diwujudkan pihak berkuasa namun ibu bapa menuntut kerajaan mengambil langkah berjaga-jaga kerana bimbang pendedahan anak mereka kepada radiasi.

sinarharian/-

Jual organ bayar hutang suami

Posted: 15 Jun 2011 09:22 PM PDT

14 Rejab 1432H. [MOD] -

SURIRUMAH dari Kulaijaya yang trauma dengan ugutan syarikat peminjam wang nekad mahu menjual buah pinggang dan kornea matanya pada harga RM1 juta bagi menyelesaikan hutang suaminya. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin
Wanita tawar buah pinggang, sebelah kornea mata pada harga RM1 juta

JOHOR BAHRU: Trauma diancam samseng pengutip hutang yang dihantar sebuah syarikat kewangan berlesen bagi menuntut hutang ditanggung suaminya, seorang ibu muda dari Kulaijaya di sini, mahu menjual buah pinggang dan kornea matanya pada harga RM1 juta.
Hasrat wanita berusia 35 tahun itu terbongkar ketika dia mengunjungi pejabat Bahagian Pengiklanan, The New Straits Times Press (NSTP) di Bandar Baru UDA di sini, untuk membeli ruangan bagi mengiklankan jualan sebiji buah pinggang dan kornea sebelah matanya.

Beliau mahu menjual dua organ berkenaan kepada sesiapa saja yang berminat membayar jumlah terbabit, tanpa menyedari perbuatannya adalah menyalahi undang-undang.

Ibu kepada seorang bayi berusia 19 bulan itu, berkata dia nekad mahu menjual organ berkenaan kerana tidak tahan lagi menanggung beban hutang selepas suaminya meminjam dengan sebuah syarikat kewangan berlesen di Kuala Lumpur yang mengenakan faedah sehingga RM6,000 sebulan.

Katanya, suaminya mendapat pinjaman RM30,000 daripada syarikat terbabit selepas seorang rakan menjanjikan kontrak menambak tanah di Terminal Pengangkutan Tambang Murah (LCCT) dekat Sepang, yang perlu disiapkan dalam tempoh dua bulan sebelum Ramadan tahun lalu.

"Suami saya diminta menyediakan 100 hingga 200 lori untuk projek itu menyebabkan dia teruja dan mula berusaha menyediakan lori yang dikehendaki dengan melayari laman web sebelum menemui dua lelaki yang mendakwa mampu menyediakan pengangkutan terbabit.
"Yakin mendapat projek itu, suami saya meminta bantuan abangnya di Kuala Lumpur untuk menguruskan pinjaman dengan syarikat kewangan terbabit dan berjanji membayar RM15,000 sebulan serta 'duit kopi' RM6,000 setiap bulan sehingga projek diselesaikan dalam masa dua bulan," katanya.

Katanya, selepas sebulan berlalu, lori dijanjikan dua lelaki yang dikenali menerusi iklan laman web itu gagal diperoleh, meskipun sudah membayar mereka RM3,000.

"Pada akhir bulan pertama itu, suami saya memulangkan kembali wang pokok RM15,000 serta faedah sebanyak RM6,000, tetapi selepas ini suami sudah kehabisan wang untuk membayar mereka sedangkan baki hutang mula membiak dengan faedah yang dipersetujui dengan syarikat itu.

"Suami saya gagal mendapat projek menambak tanah terbabit dan sejak itu kehidupan kami sekeluarga mula dilanda kebimbangan apabila pengutip wang mula datang ke rumah abang ipar selaku penjamin serta rumah keluarga kami di Kulaijaya.

"Nak makan pun saya tidak ada duit, mujur seorang rakan meminjamkan wang untuk suami yang membolehkan beliau mengusahakan gerai roti canai di Kuala Lumpur dan berhasil membayar RM500 sebulan sepanjang Januari hingga April tahun ini. Namun, masih tidak cukup, kereta juga sudah ditarik bank dan rumah sewa di Kuala Lumpur juga sudah tiga bulan tidak dibayar.

"Namun, mereka (pengutip hutang) tetap datang meminta kami menjelaskan baki bayaran dan sehingga kini faedahnya tidak pernah berkurangan. Saya dan suami kini tersepit apabila diburu pengutip hutang syarikat," katanya.

Katanya, beliau mengambil keputusan menjual organ itu kerana mahu membina hidup baru walaupun hasrat itu tidak diberitahu suaminya.

berita harian/-

Tadbiran Najib mula tunjuk ‘kuku besi’, dakwa Mat Sabu

Posted: 15 Jun 2011 09:16 PM PDT

14 Rejab 1432H. [MOD] -

KLANG, 16 Jun — Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mendakwa Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Razak sudah mula mengamalkan sistem pemerintahan kuku besi dengan menyekat kebebasan rakyat mendapatkan keadilan terutamanya dalam menuntut sistem pilihan raya adil dan bebas.

Tegas beliau, BN yang kini diketuai Najib mula menggunakan pendekatan mengongkong kebebasan bersuara kerana bimbang akan tewas dalam pilihan raya umum ke-13.

Mohamad atau lebih dikenali "Mat Sabu" menjelaskan, Pakatan Rakyat sudah pasti telah menawan Putrajaya kini sekiranya pilihan raya umum 2008 diadakan secara adil dan bebas tanpa campur tangan BN.

"Pemerintahan Malaysia seperti Singapura yang mengamalkan sistem pemerintahan kuku besi, tapi di Singapura telah berlaku perubahan.

"Ketika pilihan raya Singapura bulan lalu, kita perhatikan semua pemimpin parti politik bebas untuk akses dalam media, mereka boleh gunakan radio atau televisyen untuk menyampaikan hasrat mereka.

"Tapi di Malaysia adakah perkara begitu akan berlaku? Tidak . . . media dikawal oleh kerajaan, kita tidak boleh akses kepada media, sepatutnya TV3 beri pemimpin Umno cakap sejam kemudian bagi kita boleh cakap sejam, tapi ia tidak berlaku," katanya pada ceramah pelancaran Bersih 2.0 peringkat Selangor di Dewan Hamzah di sini malam tadi.

Justeru beliau meminta agar seluruh rakyat Malaysia harus menyertai Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini menuntut agar pilihan raya diadakan dengan adil dan telus.

"Kita tidak mahu negara kita menjadi seperti di Timur Tengah, saya sendiri tidak mahu (ia berlaku) tapi biarlah rakyat rasa puas hati terhadap pilihan raya.

"Biar rakyat rasa puas hati, BN kalah pun tiada masalah . . . Pakatan Rakyat menang pun tiada masalah," katanya yang mendapat tepukan gemuruh kira-kira 250 orang yang hadir.

Dalam ucapan itu, Mohamad juga berkata himpunan Bersih 2.0 terpaksa diadakan bagi mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya yang adil dan bebas tanpa diperkudakan BN.

"Kalau kita lihat pilihan raya umum 2008 rakyat sudah lihat bahawa kerajaan BN boleh ditumbangkan tapi bolehkah kita menang tanpa pilihan raya yang adil? Tidak boleh . . . kita tidak akan boleh menang selagi pilihan raya tidak adil dan bebas.

"Sebab itu dalam Himpunan Bersih ini kita menuntut beberapa perkara yang harus dilakukan SPR untuk memastikan sistem pilihan raya di negara kita diadakan dengan betul," katanya.

Pada himpunan Bersih kali pertama yang diadakan pada 2007, badan bukan kerajaan (NGO) itu menuntut empat tuntutan utama iaitu menggunakan dakwat kekal, undi pos dikaji semula, media yang adil dan daftar automatik kepada rakyat yang berusia 21 tahun namun ia tidak dipenuhi.

Pada himpunan kali kedua ini Bersih menuntut empat tuntutan tambahan iaitu tempoh kempen pilihan raya dipanjangkan, mengukuhkan institusi kerajaan, menghentikan rasuah politik dan menghindari politik kotor.

Mohamad, yang juga Pengerusi Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi PAS pusat berkata, pihaknya juga mahu agak pihak berkuasa terutamanya polis mengawal keadaan sepanjang perhimpinan itu diadakan bagi menjaga keselamatan.

"Kita mahu polis bekerjasama, kawal keadaan dan kita tidak mahu polis kita jadi macam polis di negara-negara Timur Tengah . . . benarkan kita mengadakan perhimpunan kita, beri kita menyampaikan hasrat kita.

"Kita bukan mahu buat huru-hara, saya percaya jika tiada pihak yang membuat provokasi sudah tentu ia boleh dijayakan," katanya.

Himpunan Bersih 2.0 bertemakan "Walk For Democracy" dan dijangka akan disertai kira-kira 300,000 terdiri daripada NGO, parti politik dan rakyat.

Pada 2007, Bersih menggunakan slogan "Gelombang Kuning" telah menganjurkan perhimpunan aman, bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara atas alasan sama.

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

Facebook "Curi-curi Wang Malaysia" bantah pembaziran RM1.8 juta

Posted: 15 Jun 2011 09:00 PM PDT

14 Rejab 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 15 Jun: Ekoran pendedahan bahawa Kementerian Pelancongan membelanjakan RM1.8 juta untuk mengendalikan laman peminat Facebooknya, satu lagi akaun laman peminat Facebook atas nama "Curi-curi wang Malaysia" diwujudkan.

Menurut maklumat yang terpapar di laman peminat itu, ianya diwujudkan bertujuan membolehkan rakyat Malaysia menyuarakan bantahan terhadap Kementerian Pelancongan Malaysia yang membelanjakan RM1,758,432 untuk membuka dan menjaga laman peminat kementerian itu.

"Facebook adalah percuma. Jangan curi duit kami dengan cara bodoh ini dan cuba buat kami seperti orang jahil.

"Beri balik duit kami!", tulis pengendali laman itu.

Setakat berita ini ditulis, laman peminat Curi-curi Wang Malaysia ini sudah mendapat 19,044 peminat.

Jumlah itu dijangka akan terus meningkat apabila pautan ke laman peminat itu turut dipromosikan beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat melalui Facebook dan Twitter mereka.

Dalam beberapa respon kepada peminatnya, pengendali laman peminat ini yang diwujudkan secara percuma, menjelaskan mahu bersaing dengan laman peminat kementerian pelancongan.

Mereka juga mahu membuktikan mereka boleh mendapat jumlah peminat lebih tinggi dari laman kementerian itu tanpa sebarang kos.

"Ubah Sekarang untuk Selamatkan Malaysia! Kita selamat, kita jimat", seru laman itu.

Sementara itu, laman peminat 'Tourism Malaysia- Cuti-cuti Malaysia' setakat berita ini ditulis juga mendapat 26,082 peminat.

Persidangan Dewan Rakyat semalam 'dikejutkan' dengan penjelasan Timbalan Menteri Pelancongan, James Dawos Mamit bahawa kementeriannya memperuntukkan RM1.8 juta mewujudkan laman peminat Facebook kementerian itu.

Projek itu diberikan kepada agensi pengiklanan yang dilantik, Impact creations sdn Bhd bermula 2011 sehingga 2013.

Anthony Loke (DAP-Rasah) bagaimanapun mempersoal kenapa begitu besar jumlah wang 'dibazirkan' untuk Facebook itu yang sebenarnya hanya boleh dibuat secara percuma.

Pandangan bahawa jumlah itu sebagai 'pembaziran' juga turut dipersetujui Khairy Jamaludin (BN Rembau).

harakahdaily/-

Hina Islam: Ulama mahu pelukis, penerbit didakwa

Posted: 15 Jun 2011 08:30 PM PDT

14 Rejab 1432H. [MOD] -

Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mencadangkan pelukis kartun bertajuk 'Kekeliruan Kes Rogol' yang disiarkan di Utusan Malaysia hari ini diheret ke mahkamah kerana menghina Islam.

"Kita syorkan supaya pelukis dan penerbit kartun ini didakwa atas penghinaan ke atas Islam," kata Yang Dipertua PUM, Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir dalam satu kenyataan lewat petang tadi.

Katanya, penyiaran kartun di akhbar milik Umno itu secara jelas menghina ulama dan Islam dan tidak harus dibiarkan.

Sheikh Abdul Halim berkata kartun seperti itu dilihat cuba memperlekehkan pandangan alim ulama dan memberikan tanggapan negatif kepada Islam.

"PUM meminta supaya para Mufti juga turut menegur Utusan yang menyiarkan kartun yang menghina hukum hakam agama. Sepatutnya akhbar menjadi alat perpaduan dan menimbulkan kesedaran, bukan menambah pergeseran dan perpecahan umat.

"Sehubungan dengan itu PUM meminta supaya Majlis Fatwa Kebangsaan membuat pendirian berhubung dengan perkara ini," katanya.

Sheikh Abdul Halim mengulas kartun pada halaman 15 akhbar itu dengan tajuk 'Kekeliruan Kes Rogol' yang dilukis oleh 'Miko'.

Lakaran pertama mengambarkan seorang gadis yang mendakwa dirinya dirogol dan dikatakan mempunyai bukti dalam bentuk rakaman video telefon tetapi ditolak oleh pegawai Jabatan Agama kerana tidak mempunyai empat saksi.

Lakaran kedua itu pula menunjukkan lukisan gadis yang sama membawa aduan berkenaan kepada seorang anggota polis yang menerima duan itu.

Dia hanya Besi

Dialognya berbunyi "Bagus...Alat itu pun boleh jadi bukti!"

Selain itu, dialog lain yang dikatakan menghina Islam adalah: "Peralatan itu tak boleh jadi saksi, sebab dia tak ada telinga dan tak ada mata! Dia hanya Besi."

Menurut Sheikh Abdul Halim Utusan sepatutnya mendapatkan pandangan cerdik pandai dalam bidang agama sebelum mengeluarkan sesuatu bahan seumpama itu.

"PUM juga menyarankan agar pihak kerajaan adakan lebih banyak konvensyen nasional bagi menyelesaikan isu-isu dalam kalangan umat Islam sekarang yang kebanyakkan masyarakat Islam sekarang dilihat kurang berpengetahuan agama," katanya.

Turut membidas penyiaran kartun oleh akhbar milik Umno itu ialah Dewan Pemuda PAS negeri Melaka yang mahu Utusan meminta maaf kepada umat Islam.

"Inilah akibatnya apabila akhbar Utusan Malaysia di-umno-kan. Tidak lagi seperti dahulu. Campur tangan Umno akan merosakkan semua, paling menyedihkan apabila agama sendiri dipersenda, kata ketuanya, Aizat Baharuddin dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Ruangan kartun itu, kata Aizat jelas cuba mempermain-mainkan hukum Islam iaitu hukum tentang persaksian kes zina.

"Dalam hukum Islam jelas dinyatakan bahawa apabila seseorang Islam dituduh melakukan zina orang yang menuduh perlu dibawakan empat orang saksi yang tidak fasiq."

Begitu jahil

Katanya, dialog kartun yang cuba digambarkan oleh pelukis langsung tidak sensitif pada hukum Islam bahkan mempersendakan hukum Islam.

"Ia menggambarkan seolah-olah hukum membawa empat orang saksi itu tidak boleh diguna pakai tetapi video dan gambar boleh dijadikan sebagai bukti.

"Kartun tersebut juga menggambarkan bahawa golongan agamawan begitu jahil dan tidak serius berbanding pihak polis," kata Aizat.

Menurut beliau tindakan akhbar itu jelas cuba mempermain-mainkan hukum Islam yang datangnya dari Allah.

"Ia dipercayai berkaitan tentang isu video seks dan liwat (Datuk Seri) Anwar Ibrahim yang menjadi bahan utama (persendaan) akhbar itu," katanya.

Menurut Aizat, Utusan perlu meminta maaf kepada umat Islam kerana sesungguhnya penghinaan seumpama itu hanya akan merugikan umat Islam.

"Cukuplah Islam dihina oleh musuh Islam, janganlah orang Islam sendiri yang menghina hukum yang Allah tetapkan disebabkan kejahilan sendiri." katanya.

malaysiakini/-

Anwar, tiga pemimpin Pakatan hadir Parlimen selepas enam bulan digantung

Posted: 15 Jun 2011 08:25 PM PDT

14 Rejab 1432H. [MOD] -

June 16, 2011 KUALA LUMPUR, 16 Jun — Empat pemimpin Pakatan Rakyat termasuk ketuanya Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri persidangan Parlimen hari ini selepas enam bulan digantung berhubung isu APCO.

Selain Anwar, Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali melangkah masuk Dewan Rakyat pagi.

Turut hadir Ahli Parlimen Subang R Sivarasah.

Sesi semasa Dewan Rakyat bermula Isnin lalu.

Malaysianinsider/-

Bapa gagal dikesan

Posted: 15 Jun 2011 08:00 PM PDT

14 Rejab 1432H. [MOD] -

MELAKA - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri kini sedang mengesan bapa kepada tiga kanak-kanak termasuk sepasang kembar yang masih dirawat di Hospital Melaka ekoran tubuh badan mereka yang kurus kering.

Penolong Pengarah Bahagian Kanak-Kanak JKM negeri, Saidatul Aini Jafri berkata, selepas bapa mereka yang berusia 34 tahun itu menghantar tiga anaknya di JKM Ayer Keroh, lelaki itu terus hilang dan gagal dihubungi.

"Kami kini cuba mengesan bapa kanak-kanak ini bagi membantu siasatan. Setakat ini, dia tidak menjawab panggilan telefon yang kami dilakukan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Kosmo! semalam melaporkan mengenai sepasang kanak-kanak kembar berusia empat tahun yang diserah oleh bapa mereka kepada JKM negeri. Keadaan mereka bagaimanapun menimbulkan tanda tanya apabila fizikal tiga adik-beradik tersebut terlalu kurus sehingga menampakkan tulang badan.

kosmo/-

Anonymous serang laman web k'jaan Malaysia

Posted: 15 Jun 2011 07:37 PM PDT

14 Rejab 1432H. [MOD] -

Sejak awal pagi tadi, sekurang-kurangnya 10 laman web kerajaan dan agensinya tidak dapat dilayari kerana diserang oleh pengodam yang membalas tindakan sekatan ke atas beberapa laman sesawang perkongsian fail.

Bermula jam 3.30 pagi tadi pengodam yang menamakan kumpulan mereka sebagai Anonymous, menyenaraikan 18 laman web kerajaan yang didakwa telah diserang oleh DDoS (Distributed Denial-of-Service) ataupun dipadamkan sementara oleh pentadbirnya.

Tinjauan Malaysiakini sehingga jam 9 pagi ini mendapati tidak kurang sembilan laman web, termasuk portal rasmi kerajaan Malaysia MyGovernment (www.malaysia.gov.my), masih tidak dapat dilayari.

Antara laman web kerajaan dan agensinya yang tidak dapat dilayari:
SabahTourism.com
ASEAN connect
Bomba
Perbendaharaan Malaysia
Parlimen Malaysia
JobsMalaysia
Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan
Majlis Sukan Negara
Menurut beberapa pelayar yang sempat merakamkan laman web kerajaan yang digodamkan itu berkata kumpulan itu juga menukar kenyataan di laman-laman berkenaan.

"Salam Malaysia, kami telah menyaksikan penapisan internet yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia yang menyekat laman seperti The Pirate Bay dan WikiLeaks. Malaysia adalah antara kerajaan di dunia ini yang paling ketat mengenakan tapisan, hingga sanggup menghalang akses kepada filem dan rancangan televisyen.

"Tidak ada alasan bagi sebarang bentuk penapisan. Awak hanya cuba merampas hak asasi manusia. Internet diadakan untuk kebebasan dan tanpa rasa gentar kepada kerajaan mahupun campur tangannya. Jangan fikir tidak ada orang yang sedar apa yang awak lakukan," petik kenyataan itu dalam bahasa Inggeris.

Tambahnya lagi, serangan itu sebagai tanda dan amaran serta peluang bagi mendengar idea pihak lain. Pengodam juga berkata mereka mempunyai tanggungjawab bertindak pantas dan tanpa belas kasihan.

Minggu lalu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengumumkan bahawa 10 laman web termasuk Pirate Bay dan Megaupload telah disekat kerana mencabuli undang-undang hak cipta.

malaysiakini/-

Matahari masuki fasa seperti abad ke-17

Posted: 15 Jun 2011 06:54 PM PDT

14 Rejab 1432H. [MOD] -

 GAMBAR fail yang dirakamkan kapal angkasa kecil milik Pentabiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menunjukkan letusan berlaku di matahari pada 7 Jun lalu.

WASHINGTON - Saintis-saintis Amerika Syarikat (AS) menyatakan kitaran biasa bintik matahari kini memasuki fasa hibernasi yang tidak pernah dilihat sejak kurun ke-17 dengan suhu global dijangka turun akibat perubahan itu.

Selama bertahun-tahun, para saintis meramalkan bahawa menjelang 2012, matahari akan mengalami fasa dikenali sebagai solar maksimum dengan aktiviti ledakan api dan bintik matahari berada pada tahap paling aktif.

Keadaan tersebut dijangka menyebabkan suhu Bumi meningkat.

Namun, permukaan matahari yang agak tenang sejak kebelakangan ini menunjukkan keadaan yang sebaliknya.

Tanda-tanda perubahan tersebut termasuk ketiadaan pancutan api, sejumlah bintik yang pudar dan kelembapan aktiviti di kedua-dua kutub matahari.

Pendedahan itu dibuat menerusi tiga hasil kajian yang dibentangkan pada pertemuan tahunan Bahagian Solar Fizik Persatuan Astronomi Amerika Syarikat di Las Cruces, negeri New Mexico kelmarin.

"Keadaan ini ganjil dan di luar jangkaan," kata seorang pengarah bersama Agensi Percerapan Solar Nasional, Frank Hill.

Aktiviti matahari cenderung meningkat dan berkurangan setiap kitaran 11 tahun.

Fasa solar maksimum dan solar minimum pula berlaku setiap 22 tahun. 

AFP

Utusan musuhi umat Islam di sebalik topeng Melayu

Posted: 15 Jun 2011 06:45 PM PDT

14 Rejab 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 16 Jun: Penyiaran kartun menghina Islam semalam menunjukkan wajah sebenar Utusan Malaysia yang dipelopori oleh Umno yang sebenarnya bersikap memusuhi umat Islam dan menyelinap di sebalik topeng Melayu Islam.

"Ia juga menunjukkan Umno sebenarnya tunduk dengan kemahuan MCA yang jelas menolak hukum-hukum Islam," katanya Setiausaha Dewan Pemuda PAS, Khairul Faizi bin Ahmad Kamil.

Katanya, cetakan Utusan Malaysia semalam bukan sekadar memberi persepsi buruk bagi pembaca malah menghina hukum Islam yang jelas telah termaktub di dalam Al-Quran.

Baginya, bermotifkan sebagai satu penjelasan bertajuk "KEKELIRUAN KES ROGOL", Utusan Malaysia sangat jahat apabila membenarkan sebuah karikatur yang menatijahkan imej negatif kepada agama Islam.

"Dewan Pemuda PAS Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ini dan menggesa supaya tindakan tegas diambil ke atas Utusan Malaysia dan sekaligus menggantung akhbar yang kononnya mewakili suara orang Melayu itu," ujarnya.

Katanya, karikatur itu dilihat berniat memburukkan Islam apabila ia dilukis dengan memberi mesej dan gambaran hukum Islam sangat lemah sedangkan hukum Islam itu datangnya dari Allah, sifatnya adil dan pelaksanaannya sudah terbukti berkesan.

Tambahnya, ia juga menggambarkan kolotnya Islam dengan seorang lelaki berjubah dan berserban menyelesaikan masalah berbanding dengan anggota polis, sekaligus menghina seluruh umat Islam.

Selain itu, ujarnya ia cuba mengelirukan umat Islam dengan memperlihatkan hukum zina secara permukaan (surface) sedangkan hukum itu masih ada perinciannya dan untuk menjatuhkannya tidak semudah itu.

Justeru, pihaknya menasihati Utusan Malaysia serta mana-mana individu agar lebih bersikap amanah di dalam menyiarkan sesuatu untuk paparan awam apatah lagi di dalam isu agama kerana silap langkah ia boleh menjatuhkan aqidah.

Beliau menambah, sekiranya di dalam Utusan Malaysia mempunyai pegawai agamanya yang tersendiri, Dewan Pemuda PAS Malaysia merasa amat malanglah dirinya kerana tidak menyekat tindakan-tindakan seperti ini.

"Dewan Pemuda PAS Malaysia tidak akan teragak-agak mengambil tindakan lebih tegas sekiranya Utusan Malaysia tidak menarik balik kenyataannya dan meminta maaf secara terbuka kepada umat Islam seluruhnya kerana telah mencalar kemuliaan agama Islam," tegasnya.

harakahdaily/-

12 penumpang bas terbunuh serangan NATO

Posted: 15 Jun 2011 06:40 PM PDT

14 Rejab 1432H. [MOD] -

RABAT 16 Jun - Kira-kira 12 penumpang terbunuh apabila serangan udara NATO meletupkan sebuah bas di pekan Kikla, Libya, lapor siaran televisyen tempatan hari ini.

Bagaimanapun, stesen televisyen tersebut tidak memberikan maklumat lanjut.

NATO tidak memberi maklum balas berhubung kejadian tersebut. - Reuters

Bersih 2.0: Pemuda PAS tidak gentar

Posted: 15 Jun 2011 06:00 PM PDT

14 Rejab 1432H. [MOD] -

1. Biarpun berhadapan dengan ugutan dan halangan, langkah derap Dewan Pemuda PAS Malaysia memobilisasi kebangkitan rakyat guna mendesak satu sistem demokrasi yang adil dan pilihanraya yang telus, sekali - kali tidak terjejas semata - mata kerana tindakan nakal pihak tertentu termasuk UMNO dan Perkasa. Biar 1000 laporan polis yang mereka lakukan, mereka tidak mungkin mampu memadam semangat anak muda yang menuntut keadilan dan ketelusan dalam sistem demokrasi negara ini justeru keadilan dan ketelusan tersebut juga menjadi sebahagian daripada tuntutan Islam.

2. BERSIH 02 adalah manifestasi dari kebangkitan anak muda yang mula bosan dan kecewa dengan sikap kerajaan UMNO dan BN mempermainkan rakyat dan mempersenda sistem demokrasi. Kepincangan demokrasi ala malaysia ini masih ketara, apabila pihak Pakatan Rakyat terus dikekang daripada mendapat hak yang sama untuk akses dengan media sedang Barisan Nasional sepenuhnya memanipulasi media arus perdana [seperti RTM] untuk memberi maklumat satu hala atau sebelah pihak kepada rakyat. Laporan kajian Kebebasan Media 2011 oleh Freedom House, kedudukan Malaysia jatuh ke tangga 143 daripada 196 negara. Manakan tidak ....

Kementerian dalam negeri [ KDN ] gagal meluluskan permohonan permit Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan Hata Wahari menerbitkan akhbar harian "Utusan Rakyat"
Sehingga kini hasrat DPP Malaysia mahu melihat lahirnya sebuah akhbar harian "Purnama" yang dimohon permitnya lebih sedekad yang lalu masih tidak kesampaian.
Begitulah nasib yang menimpa Harakah, Suara Keadilan dan Rocket. Bukan sahaja tidak dibenarkan terbit secara harian, ianya terhad untuk ahli sahaja dan terus menerima tekanan dari pelbagai sudut.
3. Undi pos pula akan terus menjadi tali hayat Barisan Nasional agar mereka terus berkuasa dan mampu melangsungkan tradisi "membelasah" rakyat dengan penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Lihat sahaja laporan Global Financial Integrity yang mendakwa sebanyak RM 889 bilion tiris dan mengalir keluar dalam tempoh lapan tahun antara 2000 - 2008. Begitu juga laporan Ketua Audit Negara yang terbaru, sebanyak RM 28 bilion telah tiris dalam perbelanjaan dana awam.

4. Undi pos juga akan terus menjadi sandaran Barisan Nasional untuk terus kekal berkuasa lalu membuli rakyat dengan kenaikan harga minyak, kenaikan harga barang, kenaikan tarif bil elektrik, saman ekor serta "membelenggu" anak muda dengan lingkaran hutang PTPTN. Undi pos adalah satu makenisme yang paling strategik untuk mengekalkan survival kuasa politik Barisan Nasinoal sedang ia tidak lagi relevan dalam sistem demokrasi moden hari ini.

5. Sebahagian mereka menempelak hasrat BERSIH 02 kononnya tidak lagi relevan kerana Pakatan Rakyat telah memenangi 4 buah negeri dan hampir menguasai keseluruhan kerusi di Wilayah Persekutuan. Menang di 4 buah negeri bukan bermakna kami telah berpuas hati dengan tahap ke"bersihan" sistem pengendalian pilihanraya dalam negara ini. Saya percaya, jika pilihanraya benar - benar dikendalikan sebersih - bersihnya dari sebarang manipulasi dan sistem demokrasi dilangsungkan dengan telus dan adil, Pakatan Rakyat mampu menang sekurang - kurangnya di 8 buah negeri pada pilihanraya umum 2008 yang lalu malah berkemungkinan besar mampu memperolehi simple majoriti bagi menguasai parlimen.

6. Antara kepincangan demokrasi yang diamalkan dalam negara kita Malaysia ialah tindakan mereka yang mahu menghalang hak rakyat berhimpun secara aman seperti Himpunan BERSIH 02. Setelah mendengar janji daripada penganjur BERSIH 02 bahawa ia akan dilangsungkan secara aman, mereka masih mengugut rakyat agar tidak menyertai himpunan tersebut. Selayaknya pihak berkuasa mengambil langkah mengawal himpunan BERSIH 02 sebagaimana mereka boleh mengawal himpunan dan perarakan puluhan ribu manusia pada hari sambutan kemerdekaan, malam citrawarna dan sebagainya.

7. Pihak berkuasa juga sayugianya menghalang hasrat pihak - pihak lain selain BERSIH 02 yang terlebih dahulu telah mengisytiharkan hasrat menganjurkan himpunan pada hari yang sama dan di tempat yang sama, kerana ia adalah satu bentuk provokasi yang boleh mencetus ketidaktenteraman suasana himpunan tersebut. Saya hairan kenapa Perkasa atau lainnya mahu mengadakan himpunan pada hari yang sama dan tempat yang sama ? Ertinya merekalah yang mahu mencetus provokasi dan suasana tidak aman bukan pihak BERSIH 02.

8. Andai mereka mahu menduga pengaruh, mereka boleh menganjurkan himpunan serupa pada 10 hb Julai iaitu sehari selepas BERSIH 02 atau pada 8 hb Julai iaitu sehari sebelumnya. Kenapa mereka begitu terdesak mahu mengadakan himpunan mereka pada hari yang sama ? mereka marah rakyat mahu sertai BERSIH 02 kerana himpunan itu kononnya demontrasi jalanan yang sia - sia, tetapi mereka juga mahu menganjurkan himpunan untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap BERSIH 02 ! Alangkah dangkalnya mereka berfikir !

9. Benarkan dahulu rakyat menyertai BERSIH 02 pada 9 hb Julai untuk membantah sistem pengendalian demokrasi dan pilihanraya yang pincang dalam negara ini. Maka keesokkan harinya, bolehlah mereka pula berhimpun untuk membantah himpunan BERSIH 02 jika mereka tidak berpuas hati atau kiranya mereka kurang sabar, boleh sahaja mereka berhimpun pada 8 hb Julai untuk melahirkan bantahan mereka dan benarkan BERSIH 02 berlangsung dengan aman tanpa sebarang provokasi pada 9 hb Julai 2011. Apakah kerajaan UMNO dan BN perlu diajar sedemikian rupa erti demokrasi ?

10. Saya mengharapkan anak - anak muda tidak terpengaruh dengan taktik kerajaan Barisan Nasional dan proksi - proksi mereka yang cuba mengugut untuk membatalkan BERSIH 02 justeru itulah yang akan meletakkan Barisan Nasional terus selesa menghadapi pilihanraya umum ke 13 secara berat sebelah dan tidak telus. Insyaallah, Dewan Pemuda PAS Malaysia dan seluruh warganya akan terus berada di saf hadapan memimpin kebangkitan anak muda bersama rakan - rakan dari Angkatan Muda Keadilan dan DAPsy.Memimpin Kebangkitan Anak Muda

Nasrudin bin Hassan

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Gempa bumi kuat landa Papua New Guinea

Posted: 15 Jun 2011 05:30 PM PDT

14 Rejab 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Gempa kuat bermagnitud 6.6 pada skala Richter melanda Papua New Guinea (PNG), pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia berkata gempa bumi jam 8.03 pagi di PNG New Britian Region itu berlaku di 605km timur laut Port Moresby dan 3,863km barat daya Kunak Sabah.
Gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, kata kenyataan jabatan itu di sini. - BERNAMA

RON 97 turun 10 sen.

Posted: 15 Jun 2011 07:31 AM PDT

13 Rejab 1432H. [MOD] -

Mulai tengah malam ini harga minyak petrol RON97 turun sebanyak 10 sen kepada RM 2.80 setiap liter.Harga sebelum ini ialah RM 2.90 seliter.

Penurunan ini adalah kali pertama berlaku sejak minyak jenis itu didakwa telah diapung dan kenaikannya berdasarkan harga pasaran minyak dunia.

Perubahan harga ini dilihat tidak memberi banyak kesan dan boleh menggembirakan rakyat. Mungkin mereka lebih seronok dan mengharapkan harga minyak petrol R0N 95 diturunkan.

Gaji minimum sebelum hujung tahun

Posted: 15 Jun 2011 02:00 AM PDT

13 Rejab 1432H. [MOD] -

SUBANG - Pelaksanaan gaji minimum kepada seluruh pekerja di seluruh negara bakal dilaksanakan sebelum hujung tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pelaksanaan selepas Parlimen meluluskan Rang Undang-Undang Konsultansi Gaji Negara yang akan dibuat pada sesi Parlimen ini.

"Kita berharap dengan pelaksanaan gaji minimum akan menguntungkan semua pihak supaya negara mampu mencapai negara maju dengan pendapatan tinggi menjelang 2020," katanya ketika merasmikan Makan Malam Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), malam tadi.

Selain itu, beliau turut memberi nasihat supaya pekerja, majikan dan kerajaan mampu menjadi satu pasukan yang ampuh serta mampu menjalin perkongsian bersama.

"Perkongsian ini bukan bererti kita tidak boleh berbeza pendapat, ia adalah lumrah alam, tetapi yang paling penting perbezaan ini positif mencari titik persamaan yang sama.

"Apa yang paling penting adalah semua pihak kena untung kerana hubungan ini adalah yang paling ideal sekali," katanya.

sinarharian/-

Berlusconi hilang sokongan rakyat

Posted: 15 Jun 2011 01:50 AM PDT

13 Rejab 1432H. [MOD] -

ROM - Pungutan suara di Itali, kelmarin membuktikan rancangan Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi untuk membina loji nuklear ditentang hebat penduduk negara itu.

Lebih 90 peratus pengundi dalam pungutan suara itu menentang rancangan kerajaan dalam empat isu utama termasuk pembangunan tenaga nuklear, undang-undang yang bakal memberikan kekebalan kepada Berlusconi dan dua lagi berkaitan isu penswastaan air.

Tentangan terhadap pemberian kekebalan undang-undang kepada Berlusconi dilihat membuktikan perasaan tidak senang rakyat dengan masalah perilaku pemimpin itu.

Berlusconi, 74, sedang dibicarakan dalam tiga kes berasingan melibatkan dakwaan rasuah dan penipuan, penyalahgunaan kuasa dan mengadakan hubungan seks dengan pelacur bawah umur.

SINARHARIAN/-

Khasiat rawatan madu

Posted: 15 Jun 2011 01:40 AM PDT

13 Rejab 1432H. [MOD] -

KHASIAT madu lebah bagi tujuan perubatan sememangnya sudah diketahui umum. Secara semula jadi, madu sangat berkhasiat dan mengandungi gula seperti fruktus dan glukos selain mineral seperti magnesium, kalium, kalsium, natrium klorida, sulfur, besi dan fosfat.Ia juga mengandungi vitamin B1, B2, C, B6, B5 dan B3.

Hari ini, madu lebah dianggap penting dalam industri penjagaan kesihatan yang meliputi setiap lapisan masyarakat tanpa mengira umur.

Malah, dalam al-Quran sendiri turut menyatakan kelebihan madu seperti firman Allah dalam surah Al-Nahl ayat 68 dan 69 yang bermaksud: Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan.

Sehubungan itu, syarikat pengeluar produk makanan kesihatan tempatan, Tasbih Emas Resources (Tasbih Emas) telah mengorak langkah dengan mengembangkan produk kesihatan berasaskan madu lebah.

Dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera, rangkaian produk keluaran Tasbih Emas yang diberi nama Aulia juga merupakan alternatif dan sebahagian pakej lengkap khususnya untuk mereka yang ingin memelihara kecantikan dalaman dan luaran dengan baik.

Menurut Perunding Produknya, Dr. Rosli Senafi, produk Aulia dihasilkan dengan pengawalan yang ketat bagi memastikan mutu dan kualiti produk mencapai piawai yang tinggi.

Katanya lagi, semua produk Aulia dihasilkan daripada campuran herba terbaik dan terpilih tanpa mengandungi bahan kimia.

Ia didaftarkan di bawah Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

"Dengan menggunakan formula daripada kitab karangan Imam Sayuti, akhirnya kami berjaya mengeluarkan enam produk kesihatan yang berasaskan madu lebah.

"Insya-Allah, produk yang menggunakan formula daripada kitab berkenaan mampu menyembuhkan pelbagai penyakit kerana ia diambil berdasarkan al-Quran dan Hadis bagaimanapun sebelum itu pelbagai kajian telah pun dilakukan.

"Seperti umum ketahui, madu lebah mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran," ujarnya ketika ditemui di premisnya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Produk kesihatan Aulia yang terdapat di pasaran hari ini terdiri daripada madu asli, madu sawda, madu minta, madu langsing, madu yogurt dan kismis IQ.

Apa yang menarik mengenai produk-produk tersebut, jelas Dr. Rosli, terdapat dua produk baru yang diperkenalkan di pasaran iaitu madu slim dan madu yogurt.

Kedua-dua produk itu bukan sahaja mampu membantu menurunkan berat badan dan tekanan darah tetapi ia juga mampu membantu mengempiskan perut, membantu memecah dan menghilangkan lemak-lemak, menghilangkan lendir-lendir dalam badan, melancarkan perjalanan darah serta menambahkan tenaga tubuh badan.

Tambah Dr. Rosli lagi, kesemua produk keluaran Tasbih Emas diproses di kilang yang terletak di Jempol, Negeri Sembilan.

Dalam pada itu, Tasbih Emas turut giat mencari rakan niaga di seluruh negara sama ada pengedar atau stokis.

"Buat masa sekarang kami akan memberi tumpuan terhadap pasaran dalam negeri tetapi dalam masa yang sama kami menggalakkan lebih ramai usahawan menceburi bidang perniagaan sama ada sebagai pengedar atau stokis.

"Kami juga dalam perancangan untuk mempelbagaikan lagi produk kesihatan pada masa hadapan.

"Produk Aulia dijual bermula dari harga RM2.50 untuk kismis sehingga RM99.00 untuk produk berasaskan madu," katanya.

oleh mariatul qatiah zakaria

Pemuda PAS kutuk Utusan hina hukum Allah

Posted: 15 Jun 2011 01:21 AM PDT

13 Rejab 1432H. [MOD] -

MELAKA, 15 Jun: Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka mengutuk Utusan Malaysia kerana dengan terang-terang menghina dan mempersenda hukum Islam.

Ruangan kartun yang disiarkan oleh akhbar itu hari ini jelas cuba mempermain-mainkan hukum Islam iaitu hukum tentang persaksian kes zina.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Aizat Baharuddin berkata, tindakan akhbar tersebut jelas cuba mempermain-mainkan hukum Islam yang datangnya daripada Allah.

"Dalam hukum Islam jelas dinyatakan bahawa apabila seseorang Islam di tuduh melakukan zina orang yang menuduh perlu dibawakan 4 orang saksi yang tidak fasiq," katanya.

Namun, katanya dialog kartun yang cuba digambarkan oleh pelukis langsung tidak sensitif pada hukum Islam bahkan mempersendakan hukum Islam.

Tambahnya, ia menggambarkan seolah-olah hukum membawa 4 orang saksi itu tidak boleh diguna pakai tetapi video dan gambar boleh dijadikan sebagai bukti.

Katanya lagi, kartun tersebut juga menggambarkan bahawa golongan agamawan begitu jahil dan tidak serius berbanding pihak polis.

Aizat berkata tidak hairanlah apabila khutbah Jumaat di Selangor mengenai tentang qazaf dan fitnah, pemuda Umno pula buat laporan, kononnya agama politikkan.

"Mereka sebenarnya mahu membiarkan orang menjadi jahil dan buta agama seperti mereka.

"Inilah akibatnya apabila akhbar menjadi alat Umno. Campur tangan Umno akan merosakkan semua, paling menyedihkan apabila agama sendiri dipersenda," katanya.

Tegasnya, Utusan Malaysia perlu meminta maaf kepada umat Islam kerana sesungguhnya penghinaan seumpama itu hanya akan merugikan umat Islam.

"Janganlah orang Islam sendiri yang menghina hukum yang Allah tetapkan disebabkan kejahilan sendiri," katanya.

HARAKAHDAILY/-
Ahmad Danial

PAS Kawasan Padang Besar

Posted: 16 Jun 2011 01:04 AM PDT

PAS Kawasan Padang Besar


Timbalan Presiden PAS di DUN Santan

Posted: 15 Jun 2011 08:31 AM PDT

Program Timbalan PAS, Haji Mohamad Sabu bersama veteran PAS di DUN Santan diadakan sempena kunjungan beliau ke Perlis 14 Jun lalu di Kampung Petai.


Kunjungan ke atas bekas Bendahari PAS Perlis, Ustaz Ahmad Ibrahim
Kunjungan ke rumah Haji Shaari

Ucapan dari Haji Mohamad Sabu

Gambar kenangan dengan veteran PAS

Idris Ahmad

Posted: 15 Jun 2011 11:42 PM PDT

Idris Ahmad


Tahniah Media Perdana Mengiklankan Bersih 2

Posted: 15 Jun 2011 09:56 PM PDT

Bukan senang hendak mendapat liputan di media perdana mengenai aktiviti pembangkang  di negara ini. Nampaknya program Bersih 9 Julai 2011 mendapat liputan yang meluas di kaca televisyen dan dada akhbar. Sekalung tahniah diberikan kepada pemilik media, kerana mengiklankan program tak berbayar. Program Bersih sudah pun berjaya walaupun belum sampai masanya, kerana ia mendapat ulasan yang meluas oleh pemimpin BN. Ini adalah tanda aras kejayaan rakyat yang hendak memulih sistem demokrasi di negara ini.
Setakat hari ini lebih daripada 400 laporan polis yang dibuat oleh umno cuma berlainan nama untuk menggagalkan tuntutan rakyat.
Datuk Seri Khlid Abu Bakar selaku Timbalan Ketua Polis Negara telah memberi amaran untuk membuat tangkapan awal sebagai usaha untuk menakutkan rakyat. Kita harapkan supaya pihak polis jangan dipandang oleh rakyat hanya untuk menjaga keselamatan umno, bukan keselamatan negara. Bertindaklah secara profesional, bukan emosional. Kenapa demontrasi kepala lembu di Shah Alam  tidak ada gangguan. Setitik air pun tidak disembur kepada mereka. Sedangkan ini adalah demo yang berbentuk perkauman dan penghinaan kepada agama, ia boleh terbakar negara. Cuba bayangkan jika demo itu dibuat oleh penyokong Pakatan Rakyat, sudah pasti mereka yang terlibat di sumbat di dalam ISA.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Filed under: Politik

Peghelih La...

Posted: 15 Jun 2011 11:24 PM PDT

Peghelih La...


Kunjungan Timbalan Presiden PAS ke Perlis

Posted: 15 Jun 2011 12:18 AM PDT



Bersama veteran PAS di DUN Santan



Bersama rakyat di Kuala Perlis

Ceramah Roadshow Bersih 2.0 di Kompleks PAS Perlis
Gambar di atas YB. Lee Guan Aik dari Kedah sedang menyampaikan ucapan
Aktivis veteran, Pak Wan Khazim turut berceramah
Ceramah oleh Timbalan Presiden
Dihadiri ribuan manusia

RM30 juta aliran tunai peserta Bersih 2.0

Posted: 15 Jun 2011 12:08 AM PDT

KUALA LUMPUR, 15 Jun: Peserta himpunan yang bakal hadir pada Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai nanti adalah seramai 300 ribu orang yang datang dari seluruh negara dengan membawa duit perbelanjaan masing-masing, sekurang-kurangnya RM100 seorang.

Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kayat (gambar) berkata, dalam masa 3 jam sahaja, aliran tunai paling minima di kalangan peserta himpunan Bersih 2.0 adalah RM30 juta kerana mereka akan berbelanja seperti membeli makanan, minuman, pakaian dan lain-lain.

"Bukan semua mereka berkenderaan ke Kuala Lumpur. Sebahagian besar mereka menaiki kenderaan awam. Oleh itu perkhidmatan bas, teksi, LRT dan lain-lain akan mendapat pulangan yang berganda.

"Kenyataan yang menyatakan bahawa penjaja, peniaga dan pemandu teksi akan mengalami kerugian adalah hujah yang paling dangkal di abad ini," ujar beliau.


Baca selanjutnya..

Polis harus bertindak terhadap provokasi Perkasa

Posted: 15 Jun 2011 12:04 AM PDT

Harakhdaily

KUALA LUMPUR, 15 Jun: Pihak polis dinasihatkan untuk mengambil tindakan terhadap provokasi Perkasa dan juga presidennya, Datuk Ibrahim Ali yang muktahir ini membuat pelbagai kenyataan yang nyata boleh mengancam keselamatan awam dan mencetuskan kemarahan awam dalam bantahan keras mereka terhadap perhimpunan Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0).

"Tiada tindakan pihak polis membuatkan seolah-olah negara ini tiada undang-undang kerana ada badan NGO yang mengatasi undang-undang sehingga pelbagai kenyataan yang terang-terangan bersifat provokasi boleh dikeluarkan dengan tanpa segan dan bebas," kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataannya hari ini.

Ibrahim, yang juga ahli parlimen bebas Pasir Mas kebelakangan ini telah secara lantang membantah perarakan aman Gabungan Pilihan Raya dan Adil (Bersih 2.0) pada 9 Julai ini dengan mengerahkan ahli-ahli Perkasa-nya turut berarak pada hari yang sama semata-mata untuk menentang dan bertembung dengan kumpulan Bersih 2.0.


Salam Perjuangan

Posted: 15 Jun 2011 11:08 PM PDT

Salam Perjuangan


BERSIH 2.0 - SESUATU YANG KOTOR MESTI DIBERSIHKAN

Posted: 15 Jun 2011 07:44 AM PDT

PAS TELUK INTAN

Posted: 15 Jun 2011 11:03 PM PDT

PAS TELUK INTAN


Majlis Perkahwinan ADUN Teja jadikan Melayu sebagai balaci?

Posted: 15 Jun 2011 08:11 AM PDT

MerdekaReview | Jun 15, 2011 02:50:39 pm
 
Ia mungkin di luar dugaan ADUN Teja, Chang Lih Kang ketika merancang untuk menjalankan majlis perkahwinannya mengikut dua adat tradisional, iaitu Cina dan Melayu.  Gambar pemimpin muda PKR bersama isterinya dalam pakaian tradisional Melayu, disambut dengan paluan kompang - dikritik "menjadikan Melayu sebagai balaci".
Kritikan ini dimuatkan di blog Sungai Rapat Online, dengan tulisan:-
"Sejak perjuangan Islam telah digugurkan oleh parti PAS kerana menyahut seruan Karpal Singh umat Islam tidak langsung terkejut jika perkara sebegini dan lebih teruk dari ini akan berlaku dalam masyarakat Islam hari ini.  Orang Melayu khasnya dijadikan balaci kekal bagi melaksanakan apa sahaja arahan yang diarahkan oleh DAP atau PKR.  Begitulah yang berlaku di rumah Anak yatim berdekatan Gopeng apabila Chang Lih Kang dan pasangan kafirnya berjaya menjadikan anak yatim darul Hikmah sebagai taruhan.  Pengerusi Darul Hikmah adalah penganut PAS.
Dua Melayu yang memainkan peranan dalam perkara ini adalah Ostat Jamal (PAS) dan Cikgu Hamdan (PKR).
Ini kelebihan ADUN PR, yang berjaya menjadikan orang Melayu sebagai balacinya bagaimana pula apabila mereka memerintah."
Demikianlah ulasan terhadap majlis perkahwinan Chang Lih Kang, pada blog Sungai Rapat Online, kawasan DUN Hamidah Osman (gambar kanan).  Bagaimanapun, EXCO kerajaan negeri Perak yang pernah mencungkil pertikaian dengan kenyataan "jumpa ular dan orang India, pukul orang India?" ini menafikan bahawa blog ini milikannya.
Hamidah ketika dihubungi MerdekaReview pada jam 7.40 semalam, menafikan bahawa dirinya adalah pengendali blog tersebut, sebaliknya mendakwa bahawa blog itu dikendalikan penyokongnya.  Beliau meminta agar wartawan menghubungi pengendali blog tersebut, tetapi menamatkan panggilan apabila wartawan bertanyakan nombor telefon pengendali itu.
Sebelum ini, Hamidah Osman didapati memuatkan gambar majlis perkahwinan Chang Lih Kang ke twitternya, dengan ulasan "demi undi, rakyat jangan dipedaya".
Chang Lih Kang: Hamidah rasis
Sementara itu, Chang Lih Kang ketika dihubungi MerdekaReview menjelaskan bahawa beliau mempunyai ramai kawan keturunan Melayu, dan beliau ingin berkongsi kegembiraannya bersama kawannya.  Maka beliau mengadakan majlis perkahwinannya mengikut adat tradisional Melayu di sebuah rumah anak yatim dalam kampung Melayu.
Beliau menambah, adat tradisional Melayu hanya salah satu daripada pelbagai adat yang sedia ada, malah pemimpin Barisan Nasional pernah memuji apabila orang asing menjalankan majlis perkahwinan mengikut adat Melayu.  Malah, pada tahun 2007, satu jawatankuasa kampung di Pulau Pinang yang mengadakan majlis perkahwinan adat Melayu untuk orang asing mendapat sokongan daripada jabatan pelancongan.
Chang Lih Kang (gambar kiri) menganggap kenyataan Hamidah adalah cetek, untuk menyerang musuh politik semata-mata dengan satu majlis perkahwinan yang biasa.  Malah, kenyataan sedemikian memperlihatkan Hamidah seorang yang rasis, katanya.
"Beliau menyifatkan Melayu yang membantu saya untuk menjayakan majlis ini sebagai balaci, ini adalah kenyataan yang menghasut sentimen bermusuhan terhadap kaum lain.  Kenyataan yang rendah darjatnya ini tidak harus keluar dari mulut seorang EXCO kanan," kata Chang Lih Kang.
Bagaimanapun, Chang Lih Kang berkata mereka yang mempunyai minda ini hanya terbatas kepada pimpinan atasan UMNO, ramai kawan Melayunya tidak berpandangan sedemikian.
Kira-kira seribu orang tetamu Melayu hadir ke Majlis Perkahwinan Chang Lih Kang pada 12 Jun 2011, di rumah anak yatim Darul Hikmah Kampung Pintu Padang Gopeng.  Pasangan Chang Lih Kang telah menderma RM1000 kepada rumah anak yatim tersebut.
*Tulisan ini disunting dan diterjemah dari teks asal yang disiarkan pada 14 Jun 2011.

PAS KDAS 3

Posted: 15 Jun 2011 09:39 PM PDT

PAS KDAS 3


Posted: 15 Jun 2011 08:20 AM PDT

Utusan Sekali lagi dianggap menghina syariat Islam dengan menyiarkan Satu Kartun di Dalam Akhbar tersebut. Lakaran kartun yang disiarkan Utusan cuba menggambarkan seorang wanita yang mendakwa dirogol dan membuktikan dengan rakaman handphone ditolak tok penghulu kerana tiada empat saksi.
Manakala ketika wanita sama mengadu kepada polis, bukti rakaman rogol menggunakan telefon bimbit diterima.
Sindiran yang menghina itu dipercayai sengaja dicipta selepas PAS menolak ciptaan terbaru pemimpin Umno dengan video seks didakwa mereka membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat.
Sedangkan firman Allah SWT dalam Surah an-Nur, ayat 4 bermaksud "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa empat saksi, maka sebatlah mereka 80 kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik."
Jelas sekarang betapa takutnya Umno pada masa ini sehingga terpaksa Membuat pelbagai fitnah bahkan sanggup menghina Syariat islam demi untuk menndapat sokongan. Jelaslah sekarang kepada kita semua pada hari ini siapakah yang peralatkan islam seperti mana yang tertulis dibelakang kenderaan " Jangan Memperalatkan Islam" yang mana stiker ini dikeluarkan Oleh Puhak yang sebenarnya merekalah yang memperalatkan Islam di Negara kita ini.
Jom sama-sama kita menumbangkan Umno dan Barisan nasional yang nampak semakin menzalimi Hak Rakyat dari masa-kesemasa. Semoga Pilihanraya akan datang akan memberikan kemenangan kepada Pas Dan Pakatan Rakyat untuk memerintah malaysia pada masa akan datang demi masa depan yang gemilang untuk Malaysia. 

PAS Negeri Sembilan

Posted: 15 Jun 2011 09:08 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Ceramah Perdana 16 Jun 2011 di Port Dickson

Posted: 15 Jun 2011 07:26 PM PDT

CERAMAH PERDANA
16 Jun 2011 /Khamis
9.00 malam
Kg Jawa, Bukit Pelandok, Chuah Port Dickson.
Penceramah utama:
YB Dato' Johari Abdul, YB Suhaimi Shafie, YB Ng Sue Lim & YB Dato' Kamarul Baharin Abbas.

Sumber : http://pkrn9.blogspot.com/2011/06/ceramah-perdana-hari-ini.html

DUN PENGKALAN KUNDOR

Posted: 15 Jun 2011 07:55 PM PDT

DUN PENGKALAN KUNDOR


Anonymous isytihar perang terhadap Kerajaan

Posted: 15 Jun 2011 12:05 AM PDT

Ancaman Anonymous: M'sia pertingkat keselamatan


Malaysia mempertingkatkan keselamatan di alam siber berikutan ancaman sekumpulan pengodam tanpa nama yang mahu menyerang portal kerajaan berikutan tindakan kerajaan menyekat beberapa laman web perkongsian fail, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Dengan menamakan kumpulan mereka sebagai Anonymous, mereka berkata tindakan kerajaan Malaysia yang menyekat beberapa laman web berkenaan dianggap sebagai satu bentuk penapisan.

NONESerangan yang diberi nama "Operation Malaysia", kata Anonymous akan dilancarkan pada jam 1930 GMT (3 pagi esok waktu tempatan) bagi memberi pengajaran kepada sesebuah negara yang menapis laman web Wikileaks.

"Kami menerima berita mengenai ancaman ini. Pelbagai agensi yang terlibat dan kita akan siasat," kata Ismail kepada Reuters.

"Siasatan perlu dijalankan dan kita perlu melindungi sistem kita pada masa yang sama."

Malaysia adalah negara terbaru yang menjadi perang siber oleh aktivis berkenaan yang sebelum ini melumpuhkan laman web MasterCard dan Paypal kerana menghentikan perkhidmatan kewangan kepada Wikileaks.

Mereka juga pernah menggodam laman web di Syria, Tunisia, Mesir dan India.-MK

PAS Kawasan Miri

Posted: 15 Jun 2011 07:22 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Caj Kehilangan MyKad Terlalu Tinggi !

Posted: 14 Jun 2011 07:21 PM PDT




Kadar Bayaran Kehilangan Mykad Terlalu Mahal Dan Jadi Bebanan Kepada Rakyat Marhaen
Orang ramai yang kehilangan Mykad merungut dengan caj atau denda yang dikenakan keatas mereka adalah terlalu tinggi dan melampau. Sebagai rakyat Malaysia memang kita harus menjaga Mykad kita dengan sebaik mungkin tetapi kekadang tanpa kita sedari ada masanya Mykad boleh tercicir atau terjatuh dimana-mana tanpa pengetahuan kita.

Kalau kita lihat dalam kontek negara Sarawak yang luas dan jalan perhubungannya masih mundur dimana penduduknya ada yang tinggal jauh di pendalaman mana mungkin mereka sentiasa membawa Mykad mereka semasa berkebun atau memburu binatang liar dalam hutan. Oleh kerana itu kalau mereka membawa Mykad kemungkinan besar boleh tercicir semasa dalam perjalanan yang berliku-liku atau terjatuh dalam hutan semasa memburu. Oleh sebab itu ramai dari golongan yang masih hidup di ulu atau yang tinggal jauh dipendalaman tidak membawa Mykad atau langsung tidak memiliki Mykad disebabkan jarak perjalanan mereka ke bandar atau ke pekan untuk mendapatkan Mykad terlalu jauh dan sukar sekali kerana memerlukan kos perjalanan atau pengangkutan yang tinggi. Kalau Mykad mereka hilang kemungkinan besar mereka hendak melapor kepada pihak yang berkenaan untuk mendapat Mykad yang baru juga akan terkesan dengan kos dan juga caj atau denda yang tinggi.

Kita cadangkan agar caj Mykad yang hilang patut dikurangkan dengan kadar yang berpatutan bukan dengan menyusahkan rakyat yang ingin mendapatkan Mykad yang baru. Kita mesti ingat bukan semua orang suka Mykad mereka hilang dengan sengaja. Jadi tidak patut di hukum mereka ini dengan denda yang terlalu tinggi. Diharap pihak yang berkenaan patut memikir semula dan mempertimbangkan hasrat rakyat ini sebaik mungkin memandangkan kos sara hidup sekarang juga sudah meningkat. Carilah method atau cara yang terbaik mendidik rakyat bukan hanya dengan cara menghukum mereka sahaja boleh menyelesaikan segala masalah. Adakah dengan menghukum rakyat dengan denda yang tinggi akan menjadikan rakyat semakin berdisplin? Setahu kita rakyat semakin menderita bukannya mendidik mereka menjadi lebih berdisplin.

Bukan semua rakyat mempunyai pendapatan yang tinggi serta mampu untuk melunaskan denda sedemikian rupa, lebih-lebih lagi rakyat di Sarawak yang ramai lagi hidup dalam keadaan yang daif dan miskin. Ada diantara mereka tidak mempunyai Mykad atau mereka tidak mampu untuk membayar denda Mykad baru terpaksalah hidup dalam keadaan tertekan akibat denda yang berlebihan dan melampau. Bagi orang kaya dan yang berkemampuan masalah denda tidak menjadi masalah walaupun berulang kali mereka melakukan kesalahan tersebut.
Jadi perkara ini patut diambil perhatian yang serious oleh pihak yang berwajib demi menjaga kebajikan rakyat marhean dan mereka yang kurang berkemampuan.

Kerajaan yang sentiasa menjaga kebajikan rakyat akan mendapat sokongan dan sanjungan rakyat tetapi kerajaan yang sentiasa menyusahkan rakyat pasti akan menerima kekalahan dalam PR13 nanti. Marilah kita semua menuju ke arah negara yang berkebajikan demi kesejahteraan rakyat semua.

Di bawah ini adalah contoh bayaran kad pengenalan yang hilang yang dikenakan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)


English version

MyKad Lost Fees is too expensive and burden to the citizens

The citizens who have lost their MyKad complaining the charges or fines imposed on them are too high and excessive. As the citizens of Malaysia we have to keep our MyKad as safe as possible, but sometimes without realizing there is a time MyKad can be left out or dropped anywhere without our awareness.

If we look at the context of Sarawak state is very broad, and the road transportation and the infrastructure is still behind where there are people who live in the interior they may not always carry their MyKad while gardening or hunting wild animals in the jungle. That is because if they carry MyKad likely be left out during the route of the winding or falling in the jungle while hunting. Therefore, many of those who still live in the rural or those who live inland do not carry MyKad or that may not have MyKad caused by the distance they travel into urban or to town to get MyKad is too far and difficult because they require travel or high transportation costs. If they lost MyKad they is likely that they would report to the relevant authorities concerned to get a new MyKad will be impressed with the cost and the higher charges or penalties.

We suggest that the lost of MyKad charges should be reduced to a reasonable rate not to inconvenience people who want a new MyKad. We must remember that not everyone likes their MyKad to lose on purpose. So they should not be in law is the penalty is too high. It is hoped that the relevant authorizes concerned should think about again and consider the wishes of the people is the best possible view where the current cost of living has also increased. Look for the best method or way to educate people, not only by way of punishing them alone could solve all the problems. Is the judge the people with high fines would make people more disciplined? As far as we concern by increasingly the penalty will suffering the people rather than educate them to become more disciplined.

Not all the people have high income and be able to pay the fine in such a way, more so the people in Sarawak where are many others living in the plight of the poor. Some of them do not have MyKad, or they cannot afford to pay a fine for a new MyKad had to live under stress due to excessive fines. For the rich and the fortunate people this is no a problem of fine even though they make mistakes many times.

So this should be noted seriously by the concern authorities to safeguard the welfare of the people and the less fortunate.

The Government which constantly safeguard for the welfare of the people will get the support and gratitude of the people but the government who is always troublesome people would have to accept defeat in the GE13 later. Let us all move towards a welfare state for the benefit of all citizens.

PAS LENGGONG

Posted: 15 Jun 2011 07:21 PM PDT

PAS LENGGONG


Pembaziran yang membanggakan UMNO Lenggong

Posted: 15 Jun 2011 03:04 AM PDT

terdapat lebih 25 pondok menunggu bas dari felcra hingga simpang luat. Tiap satu sekurang-kurang RM10,000.00 jadi maknanya RM250,000.00 terbazir disitu saja.
Boleh sesiapa pergi kira.

PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL

Posted: 15 Jun 2011 07:13 PM PDT

PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL


PAS Kawasan anjur solat gerhana

Posted: 15 Jun 2011 05:41 PM PDT

Seperti biasa Lajnah Tarbiyah PAS Kawasan akan mengadakan solat sunat gerhana pada setiap kali berlakunya gerhana samada gerhana bulan atau matahari.

Pagi tadi kira-kira jam 5.00 pagi Solat Sunat gerhana telah dilaksanakan di Madrasah Ar Rumah Solok Gaong. Solat tersebut diimami oleh Ketua Urusan Ulama' PAS Kawasan Ustaz Mohd Khairi Abdul Aziz. Beliau juga membacakan khutbah sempena gerhana tersebut.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 15 Jun 2011 03:33 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


POLIS MALANG DI PAHANG

Posted: 15 Jun 2011 02:27 AM PDT


Komen Teman : Kerajaan melalui Menteri KDN harus usahakan beri pencen penuh pada mangsa yang telah berjasa ini.

Sudah jatuh ditimpa tangga. Begitulah nasib bekas anggota polis trafik Lans Koperal Zainuddin Mohd Daim, 45, yang lumpuh tidak boleh bergerak sejak Oktober 2006, akibat kecederaan saraf tunjang tulang belakangnya.

Lebih malang lagi, isteri yang selama ini menjaga segala urusannya yang terbaring sepanjang masa, dikatakan lari balik ke rumah ibu bapanya juga di kampung yang sama iaitu di Desa Baru Purun, Temerloh.

Menurut sumber yang dekat dengan keluarga Zainuddin, isterinya 'lari' meninggalkan bapa kepada tiga anak itu akibat 'dipikat' oleh seseorang berpangkat Dato' yang menolong keluarganya semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Kerdau, tidak lama dulu.

Kini segala urusan Zainuddin dijaga oleh ibunya sendiri Siti Zaleha, 63, dan bapanya Mohd Daim Omar, 71.

Sementara tiga orang anaknya dibawa oleh isterinya yang terletak hanya beberapa meter daripada rumahnya.

Semasa bertandang ke rumah Zainuddin, beliau menceritakan terpaksa mengharung keperitan hidup apabila terbabit dalam kemalangan jalan raya semasa bertugas sebagai polis pengiring di Kuala Krai, Kelantan, lima tahun lalu.

Menurutnya, kemalangan yang berlaku pada petang 3 semasa dia sedang bertugas mengiring Tengku Mahkota Kelantan yang berangkat ke satu majlis berbuka puasa.

Menceritakan kembali kejadian itu, Zainuddin berkata, semasa menunggang motosikal untuk menyambut ketibaan Tengku Mahkota di sempadan daerah Kuala Krai, tiba di satu selekoh, dia gagal mengawal motosikal lalu tercampak jatuh.

Sejak itu beliau dibawa pulang ke kampungnya dan bersyukur kerana sudahpun membina rumahnya dendiri di kampung.

Zainuddin berkata, semasa PRK Kerdau baru-baru ini, dia bersyukur kerana menerima sumbangan katil daripada pemimpin setempat namun masih mengharapkan kerajaan membantunya mendapatkan bayaran pencen lebih banyak bagi membiayai kos hidupnya yang semakin meningkat.

"Disebabkan bersara awal, saya tidak dapat wang pencen penuh dan tak dapat pencen ilat. Saya juga tidak ada wang perkeso. Saya juga tidak dapat wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Kalau dapat bantuan bulanan kepada ibu kerana dia yang menjaga saya selama ini," katanya.

Pada masa ini rawatan yang diterima Zainuddin hanyalah latihan terapi di Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh.

Zainuddin turut merayu kepada orang ramai yang simpati dengan nasibnya supaya dapat menghulurkan sumbangan melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) di akaun 03200-29-87092482-4 atau berhubung dengan ibunya di talian 014-8052329.

KEMAHANG 1,2,3 CEMERLANG

Posted: 15 Jun 2011 12:54 AM PDT



KUALA LUMPUR, 14 Jun: Seramai 131 peneroka Felda Kemahang 1 dan 2 menerima berita gembira hari ini apabila Mahkamah Tinggi Kota Bharu mengarahkan Felda membayar RM1.2 juta kepada mereka.
Kes tersebut difailkan peneroka yang gagal mendapat semula wang caruman mereka di bawah tabung wang tanam semula yang diuruskan Felda melalui peguam Wan Rohaimi Wan Daud.
Keputusan tersebut dibuat Hakim Datuk Mohd Azman Husin jam dan mengarahkan wang tabung tersebut ditaksirkan. Menurut Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman sejumlah RM1.2 juta itu dikira daripada caruman pokok peneroka termasuk caruman yang dibuat setiap bulan selama lebih kurang 20 tahun. Manakala dividennya juga dikira dalam tempoh 20 tahun itu. Mazlan menyifatkan keputusan tersebut sebagai sangat menggembirakan peneroka dan membuktikan perjuangan mereka menuntut keadilan semakin mendapat perhatian. "Ini satu keputusan yang menggembirakan yang ditunggu-tunggu selama ini dan mengulang kes yang sama yang dibawa peguam Hanipa Maidin dalam kes saman peneroka Sungai Koyan terhadap Felda sebelum ini dan ini kemenangan buat kesekian kalinya. "Ini menandakan bahawa perjuangan warga felda mendapat tempat dan kebenaran akhirnya memihak kepada peneroka," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Ogos tahun lalu, seramai 354 peneroka Felda Kemahang 3, Kelantan, menerima ganti rugi berjumlah RM11 juta dari Felda kerana manipulasi gred buah kelapa sawit. Mazlan juga berkata, kemenangan kali ini sangat penting untuk menyuntik semangat peneroka agar terus berjuang menuntut hak mereka.
"Ini satu keputusan yang penting kerana melibatkan lebih kurang 10 ribu lagi peneroka yang tidak mendapat wang tanam semula dan ada kesnya yang sedang dibicarakan," katanya.
Mazlan turut memberitahu, lebih kurang 700 peneroka dari sekitar Felda Jengka akan memfailkan saman terhadap Felda di Mahkamah Tinggi Temerloh berhubung kadar perahan gred (kpg) sawit yang diterima mereka begitu rendah.
"Kes ini akan diketuai peguam Sivarasa Rasiah," katanya. Sekretariat Task Force Felda Sementara itu Mazlan turut memaklumkan bahawa satu diskusi mengenai akta penempatan berkelompok (GSA) 1960 berlangsung di Bangunan SUK Selangor hari ini dan dirasmikan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim. Diskusi tersebut dianjurkan oleh Sekretariat Task Force Felda yang ditubuhkan Kerajaan Negeri Selangor. "Ahli panel terdiri daripada para peguam yang membentang dan menghurai tentang GSA dari sudut kelemahan,kepincangan dan apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk melakukan penambah baikan terhadap felda ini termasuk keadilan akta ini kepada peneroka," katanya. Beliau berkata, hasil diskusi tersebut, mereka bersetuju untuk memperincikan semua kelemahan yang terdapat dalam GSA ini agar dilakukan semakan semula supaya dapat memberi keadilan kepada pemilik tanah. Mazlan merupakan salah seorang ahli jawatankuasa task force tersebut.

ASTAGHFIRULLAH ! MENTERI NEGARA ISLAM LULUSKAN MURTAD

Posted: 14 Jun 2011 07:47 PM PDT

Inikan yang dibanggakan Malaysia sebagai negara Islam? Malaysia kununnya ditadbir oleh Menterinya yang beragama Islam dan diakui oleh pemimpinnya yang kebanyak beragama Islam bahawa UMNO itu Islam tapi boleh membiarkan permintaan untuk keluar dari Islam (murtad) semudah ABC.
Untuk menggelakkan orang Islam murtad terutama yang asal bukan Melayu maka Jabatan Agama Islam Negeri wajib memberi ingatan serius kepada bakal pemeluk Islam bahawa tiada paksaan dalam Islam dan bila dah masuk Islam mereka tertakluk dengan undang-undang Islam. Bila dah masuk Islam tiada jalan untuk keluar Islam selain dengan hukuman bunuh.
Peringatan pada saksi yang nak masukkan orang Islam , jangan semberono masukkan orang menganut agama Islam tanpa sentiasa merujuk kepada orang Islam yang alim yang sentiasa menurut perintah Islam.

Negara Islam contoh?Permohonan murtad 135 orang diluluskan

Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.Beliau menjawap soalan lisan daripada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) yang meminta perdana menteri menyatakan jumlah permohonan murtad bagi penganut Islam dan berapakah jumlah yang diluluskan mengikut negeri sepanjang sedekad yang lalu.
Er juga memohon penjelasan kerajaan mengenai cara-cara yang diambil bagi menangani kes-kes gejala murtad itu.
Jamil dalam jawapannya berkata mengikut perangkaan yang dibekalkan kepada kementeriannya menunjukkan sejumlah 168 orang yang memohon untuk meninggalkan agama Islam diluluskan.
Bagaimanapun perangkaan yang dibekalkan kepada Dewan Rakyat itu tidak selaras dengan jumlah yang dikira.
Mengikut kiraan Malaysiakini, jumlah permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan pula adalah 135 orang.
Mengikut data yang dibekalkan, jumlah tertinggi yang diluluskan adalah dari Sabah iaitu seramai 67 orang dan diikuti dari Negeri Sembilan dengan 33 orang.

Jumlah permohonan untuk meninggalkan Islam yang terbesar adalah di Sabah - 238, Negeri Sembilan - 172, Selangor - 99 dan Perak - 47.

Tiada permohonan murtad dicatatkan di Kelantan.

"Dalam menangani gejala murtad, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sentiasa melasanakan program dan aktiviti bagi mengelakkan berlakunya gejala ini terutamnya di kalangan saudara-saudara baru.
"Antara program dan aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti khidmat nasihat; ziarah dan lawatan ke rumah; aktivitiaktiviti pengukuhan agama; kelas pengajian agam; dan sokongan Baitulmal," kata Jamil.

TUDUHAN CELUPAR DIJAWAB SADA

Posted: 14 Jun 2011 06:32 PM PDT

Alor Setar – Masalah air di Universiti Utara Malaysia berjaya diatasi sepenuhnya oleh Syarikat Air Darul Aman (SADA) apabila syarikat air itu berjaya membekalkan sebanyak 14 juta liter air kini.
Seprti yang dilaporkan Pegawai Perhubungan Awam SADA, Encik Rofedi Sulaiman kepada Warta Darul Aman.

Menurutnya, apabila Loji Air Padang Sanai mula beroperasi pada 15 Mei lalu, sebanyak 35 juta liter air sehari dapat disalurkan ke Bukit Kayu Hitam, Sintok dan UUM. Manakala 15 juta liter untuk sedikar Durian Burung dan Padang sanai.


"Di UUM sahaja pada mulanya kita melepaskan 12.5 juta liter (sehari) tetapi kini sudah meningkat sehingga 14 juta liter (sehari), sedangkan anggaran keperluan di UUM hanya sekitar 10 juta liter sehari," ujarnya.

Seperti dijangkakan, katanya, apabila air dalam kuantiti yang besar dan tekanan yang kuat disalurkan ke UUM, maka berlaku kebocoran paip di dalam kampus yang diakibatkan sistem saluran yang lama tidak berganti.

"Semua masalah yang berlaku dalam kampus diatasi oleh pihak UUM sendiri, kerana itu tanggungjawab mereka dan tugas SADA hanya membekalkan air dalam kuantiti yang mencukupi," katanya.

Sementara itu, Naib Canselor UUM, Dato' Mohamed Mustafa Ishak dipetik sebagai berkata, segala masalah infrastuktur dalaman sedang diatasi manakala tangki-tangki baru akan dibina mengikut keperluan.

Isu air di UUM menjadi agak 'panas' sebelum ini ekoran pihak-pihak terbabit mengeluarkan kenyataan untuk mempertahankan diri masing-masing walaupun masalah terus berlarutan. Kini dengan selesainya masalah tersebut, semua pihak bersyukur dan boleh menarik nafas lega.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 15 Jun 2011 03:10 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


PESURUHJAYA PAS S'GOR BARU PERNAH DISOGOK UMporNO DULU

Posted: 15 Jun 2011 12:07 AM PDT

KLANG, 15 Jun — Dr Abd Rani Osman yang awal minggu ini dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor mendedahkan beliau juga pernah didampingi dua lelaki yang mendakwa diri mereka mewakili Umno dan memujuknya tidak lagi bertanding mempertahankan kerusi DUN Meru pilihan raya umum ke-13.


Ketika ditemui di pejabatnya di sini semalam, Dr Abd Rani berkata, kedua-dua mereka datang hanya meminta "saya agar tidak bertanding lagi pilihan raya umum akan datang."

Sambil melahirkan rasa hairan dengan pendekatan itu, wakil rakyat penggal pertama ini memberitahu, kedua-dua mereka tidak memintanya keluar PAS dan menyertai komponen BN sebagaimana pernah disaksikan sejak tiga tahun lalu.

"Mereka tak minta saya keluar PAS, keluar Pakatan Rakyat, mereka tak minta saya menyertai Umno, tetapi hanya mahu saya tidak bertanding lagi pilihan raya umum akan datang... saya pun tidak tahu mengapa," kata beliau dalam temu bual sempena pelantikannya .

"Saya memberitahu mereka nilai saya ialah al-Quran dengan menunjukkan mereka al-Quran, mereka menitiskan air mata dan keluar dari pejabat saya... saya tak jumpa mereka lepas itu... saya pun tak ingat nama mereka," kata doktor perubatan ini yang menceburi politik dengan menyertai PAS akhir 1990-an.

Dengan seringkali kelihatan mengenakan songkok yang berbeza daripada ahli-ahli PAS yang lain, Dr Abd Rani (gambar) yang juga Yang Dipertua PAS kawasan Kapar berkata, beliau didampingi kedua-dua lelaki itu awal tahun ini selepas beliau kembali dari lawatan ke luar negara.

Politik:Tiada Perincian Yang Rasulullah Tinggalkan...

Posted: 14 Jun 2011 09:35 PM PDT

Dr MAZA

 Nabi s.a.w tidak meninggalkan perincian dalam masalah politik. Politik bukanlah ibadah khusus seperti solat, puasa yang seumpamanya yang tidak boleh diubah. Politik itu sesuatu yang bergerak berdasarkan kemaslahatan hidup manusia. Justeru itu, Nabi s.a.w tidak meninggalkan pendetilan tentang politik, sebaliknya hanyalah prinsip-prinsip umum untuk dipegang oleh manusia. Jika ada pendetilan, ia mempunyai faktor tempat dan masa yang terdedah kepada perubahan. Apatahlagi, pentadbiran kerajaan Nabi s.a.w tidaklah sistematik seperti zaman selepas itu. Ini kerana keperluan politik sudah memadai dengan bentuk pengurusan yang lebih menjurus kepada tribal system ketika itu. Maka pengurusan Nabi s.a.w berdasarkan kepada keperluan rakyat. Kemudian politik itu berkembang dan pengurusannya lebih rumit dan terperinci. Tidak sama pula antara satu tempat dengan yang lain, antara negeri dengan negeri, antara negara dengan negara.

Maka, kita dapati banyak perubahan politik yang dilakukan selepas kewafatan Nabi s.a.w, khususnya bermula pada zaman Saidina 'Umar al-Khattab. Ijtihad dalam politik lebih luas dan terbuka. Terasnya, kemaslahatan rakyat. Islam bersifat luas dalam hal politik. Ini kerana syariat itu dibina atas dasar kemaslahatan manusia. Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H):
"Sesungguhnya syariah Islam itu binaan dan asasnya adalah atas segala hikmah dan kebaikan untuk manusia di dunia dan akhirat. Syariah Islam itu segalanya keadilan, kebaikan dan hikmat. Maka setiap perkara yang terkeluar dari keadilan kepada kezaliman, dari rahmat kepada yang berlawanan dengannya, dari kebaikan kepada kerosakan, dari hikmat kepada sia-sia maka ianya bukan syariah Islam sekalipun diberikan takwilan untuknya". (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, I'lam al-Muwaqqi'in, 3/3, Beirut: Dar al-Jail).
Ertinya, apa yang penting dalam penegakan syariat adalah tujuan atau maqsad utama syariat itu iaitu kemaslahatan manusia. Bukan soal nama yang penting tetapi matlamat dari perlaksanaan sesuatu perkara yang dikaitkan dengan nama syariah itulah yang paling penting. Jika kita memberikan nama yang 'islamik' sekalipun, tetapi tidak mencapai tujuan syariah iaitu keadilan untuk manusia, maka ia tidak boleh dianggap islamik. Nama bukan penentu, isi dan pencapaian maqsad itulah yang paling penting. Sebab itu, jika menamakan negara dengan 'daulah islamiyyah' tetapi tidak mencapai maqsad keadilan, maka nama itu tidak bererti, bahkan memberikan salahfaham umum terhadap agama yang suci ini.
Realiti Semasa
Untuk mencapai keadilan dan tujuan perlaksanaan syariah, ia memerlukan kefahaman terhadap nas dan penelitian terhadap realiti semasa. Kefahaman yang literal terhadap hadis-hadis siyasah akan menjadikan perlaksanaan Islam dalam bidang tersebut gagal mencapai tujuan sebenar syariat. Sebab itu dalam hadis Nabi s.a.w bersabda:
"Jangan dipotong tangan (pencuri) ketika dalam peperangan". (Riwayat al-Tirmizi dan al-Darimi. Hadis dinilai sahih oleh al-Albani)
Al-Imam Tirmizi (297H) ketika meriwayat hadis ini menyebut:
"Sebahagian ilmuwan berpegang dengan nas ini, antara mereka al-Auza'i, mereka berpendapat tidak dilaksanakan hudud ketika peperangan, berhadapan dengan musuh kerana dibimbangi individu yang dihukum itu akan pergi menyertai musuh…".
Dalam riwayat Abu Daud:
"Jangan dipotong tangan ketika pemusafiran" (Riwayat Abu Daud. Dinilai sahih oleh al-Albani.)
Dalam hadis di atas, Nabi s.a.w mengambil kira persoalan realiti tempat, masa dan kesan terhadap sesuatu perlaksanaan hukum. Saya melihat, jika kebimbangan musuh mengambil kesempatan atau orang Islam meninggalkan Islam itu adalah sebab yang dilihat oleh sebahagian sarjana mengapa Nabi s.a.w melarang hukuman tersebut dilaksanakan, maka pada zaman yang fitnah terhadap Islam di pelbagai penjuru dan kerapuhan iman umat Islam begitu nyata, penelitian tentang perlaksanaan hudud itu mestilah lebih berhati-hati. Perlaksanaan hudud mestilah membawa natijah yang positif, bukan negatif kepada Islam. Maka perjuangan mengujudkan suasana yang kondusif itu mendahului usaha perlaksanaan hudud. Setelah wujudnya masyarakat adil; pemerintah dan rakyat, suasana iman dan Islam, kehidupan yang aman dan bahagia, tiba-tiba ada yang mencetuskan jenayah yang mencemarkan itu semua, ketika itu apabila dilaksanakan hudud tertonjollah kesan dan keindahannya.
Demikian juga dalam hadis Anas bin Malik, dia berkata:
"Harga barang telah menjadi mahal di Madinah pada suatu ketika di zaman Rasulullah s.a.w. Maka orang ramai pun berkata: "Wahai Rasulullah! Harga barang telah mahal, tetapkan harga untuk kami". Jawab Rasulullah s.a.w: "Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga, yang menyempit dan melimpahkan (kurniaan), yang maha memberi rezeki. Sesungguhnya aku berharap untuk menemui Allah dalam keadaan tiada seorang pun dalam kalangan kamu yang menuntut daripadaku haknya yang dizalimi samada pada darah atau harta". (Riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah, al-Darimi dll. Dinilai sahih oleh al-Albani)
Dalam hadis ini, Nabi s.a.w enggan menetapkan atau mengawal harga barang (price control policy). Baginda bimbang itu akan menzalimi peniaga. Ini sangat relevan dengan keadaan para peniaga pada zaman baginda, keadaan barangan yang diniagakan dan juga bentuk perdagangan yang ada ketika itu. Namun, apabila zaman berubah, sikap peniaga, keadaan pasaran (market situation) pun berubah. Jika price control policy tidak diwujudkan, para pembeli pula mungkin menjadi mangsa. Untuk itu kita dapati para sarjana fekah sejak dahulu ada yang memboleh penetapan harga oleh pihak berkuasa apabila melihat kepada perubahan keadaan.
Kata al-Munawi (meninggal 1031H) :
"Rabiah (bin 'Abd al-Rahman) telah mengharuskan penetapan harga. Ini sebenarnya Mazhab 'Umar, kerana itu akan memelihara sistem harga. Kata Ibn al-'Arabi al-Maliki: sebenarnya, harus menetapkan harga dan mengawal urusan dengan suatu undang-undang yang tidak menzalimi kedua belah pihak (peniaga dan pembeli). Apa yang disebut oleh al-Mustafa (Nabi s.a.w) adalah benar, apa yang dilakukannya adalah tepat, namun itu untuk yang betul niat dan agama mereka. Adapun kaum yang berhasrat memakan harta dan menyusahkan orang ramai, maka pintu Allah adalah luas dan hukum dilaksanakan".( Al-Munawi, Faidh al-Qadir, 2/337. Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah.).
Hal yang sama disebut oleh Ibn Taimiyyah dalam Majmu' al-Fatawa.
Kefahaman yang sebegini bukan menolak hadis, sebaliknya berusaha melihat nas dari segi teks dan konteks. Maka, pemimpin muslim yang hendak memimpin umat dalam era ini, tidak boleh terlalu literal dalam memahami nas, tetapi hendaklah melihat Maqasid al-Syariah (The higher objectives of Islamic Law) bagi setiap nas-nas yang berkaitan politik islami.

BANYAK KHAIRAT KEMATIAN TAK IKUT SYARIAT

Posted: 14 Jun 2011 09:09 PM PDT

Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti berdasarkan nas yang muktabar dan mengambil keputusan seperti berikut :


" Hukum seseorang menderma dalam tabung khairat kematian atau lain-lain tabung kebajikan adalah diharuskan dan mendapat ganjaran dari Allah. "
Dan dalam sebuah Hadith Nabi S.A.W. berbunyi :
Bermula sedekah kepada orang miskin itu cuma ada satu sahaja unsur kebaikan : tetapi sedekah kepada orang yang ada hubungan dengan kerabat yang miskin ada padanya dua unsur kebaikan. Pertama sedekah dan kedua menghubungkan silaturrahim dan kepada orang yang memerlukan dari golongan orang-orang Islam, seperti anak-anak yatim yang miskin dan janda-janda.

Namun begitu yang mungkin terlepas pandang untuk memasukkan aqad yang wajib pada borang bagi seseorang ahli/ peserta itu sebelum menyertai Khairat Kematian di tempatnya seperti:-
"Saya bersetuju bahawa caruman saya akan disalurkan ke dalam dana Takaful Khairat Kematian Keluarga, sebagai Tabarru' (derma ikhlas) bagi membantu Ahli/ Tanggungan Ahli lain yang ditimpa musibah/ kematian."

Ini kerana setiap peserta wajiblah meniatkan sumbangan/ carumannya itu sebagai satu derma ikhlas (tabarru') yang mana untuk disumbangkan kepada ahli/ peserta lain yang ditimpa musibah/ kematian.

Mengapa perlu adanya niat tabarru' in? Sebagai contoh seseorang yang mencarum RM10.00 nanum apabila dia/ ahlinya meninggal, dia memperoleh RM300.00. Apakah layak dia mendapat jumlah sebanyak itu hanya dengan bayar RM10.00 sahaja? Dalam kaedah konvensional perkara ini diharamkan. Namum sekiranya mereka ahli meniatkan sebagai derma (tabarru') bagi ahli/ peserta lain maka ini dibenarkan di dalam islam. Walahu'alam.

INIKAH PENCOPEK BEG DI SURAU TEMPOH HARI?

Posted: 14 Jun 2011 06:16 PM PDT

MELAKA: "Takdir tidak memihak kamu. Selepas kejadian di surau Melaka Mall kira-kira jam 5.20 petang (Sabtu), kamu ditangkap di Mydin MITC dua jam kemudian. Saya tidak pernah berjumpa kes macam ini yang menunjukkan betapa besarnya kuasa Tuhan."


Begitu kata Majistret Muhammad Hazri Hanafi ketika menjatuhkan hukuman penjara setahun dan denda RM7,500 terhadap seorang wanita pekerja kilang, Zalina Shidid, 38, yang mengaku bersalah atas dua pertuduhan mencuri dompet dan wang tunai RM650 milik Penolong Juruaudit Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Nor Azzren Bazid, 26, di sebuah surau di Melaka Mall, Rabu lalu.

Zalina sebelum itu mengaku bersalah mencuri dompet jenama Cardirino, kad pengenalan, lesen memandu kelas B2/D, dua kad kredit Maybank American Express dan Master Card, kad ATM Ambank, telefon bimbit Nokia E71 yang semuanya bernilai kira-kira RM1,700 kepunyaan Nor Azzren di surau tingkat satu Melaka Mall, Jalan Lebuh Ayer Keroh, dekat sini, pada 8 Jun lalu, kira-kira jam 5.20 petang.

Tertuduh juga mengaku pertuduhan kedua, iaitu mencuri wang tunai RM650 milik pengadu di mesin ATM Ambank Pasaraya Mydin, Jalan Ayer Keroh, pada hari sama, kira-kira jam 7.20 malam.

.... macam-macam orang zaman sekarang ni..... mungkin baitulmal Melaka kene tengok kes-kes seperti ini...

PEMILIK MAYKAD PLAT ASING TAKLEH BELI RON95? MENGUNDI BOLEH?

Posted: 14 Jun 2011 06:07 PM PDT

... Keputusan terbaru UMporNo yang mana kepada warga asing yang memiliki Mykad tak lagi dibenarkan beli RON95.... tapi mereka ini dibenarkan untuk mengundi... macammana depa nie boleh dapat mykad? Takkan untuk isi minyak je?

KUALA LUMPUR: Petrol RON95 dan gas asli untuk kenderaan (NGV) dilarang dijual kepada semua pemandu kenderaan berpendaftaran asing mulai esok selepas pengecualian yang diberikan kepada pemegang MyKad ditarik balik.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa motosikal berpendaftaran asing bagaimanapun dibenarkan membeli petrol RON95. Pada 1 Ogos tahun lalu, arahan larangan penjualan petrol RON95 dikeluarkan kepada kenderaan berpendaftaran asing di seluruh negara tetapi pengecualian diberi kepada warga negara Malaysia yang mengemukakan MyKad sebagai pengesahan. Kementerian menjelaskan bahawa kerajaan menerima maklumat balas terdapat ketirisan dan penyelewangan daripada penggunaan MyKad susulan daripada pelaksanaan arahan itu.

Pengusaha stesen minyak di kawasan sempadan juga mengadu sukar untuk mengawal dan memastikan arahan larangan itu dilaksanakan sepenuhnya.

Kementerian itu menjelaskan larangan berkenaan juga terpakai dalam penjualan produk NGV selepas kerajaan mendapati lebih 300,000 liter NGV digunakan oleh kenderaan berpendaftaran asing setiap tahun.

"Dengan kadar subsidi semasa, tanggungan subsidi kepada warga asing bagi NGV adalah RM360,000 setiap tahun," kata kenyataan itu. - BERNAMA


PUTRAJAYA LULUS 135 MURTAD... APA CER?

Posted: 14 Jun 2011 05:51 PM PDT

KUALA LUMPUR, 14 Jun — Kerajaan persekutuan membenarkan 135 Muslim meninggalkan Islam antara tahun 2000 dan 2010, kata Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata seramai 686 Muslim telah mengemukakan permohonan di Mahkamah Syariah di seluruh negara untuk meninggalkan Islam sepanjang satu dekad itu.

Butiran lanjut tidak diberikan kecuali pecahan mengikut negeri.

Sabah mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 237 membuat permohonan dengan 67 dibenarkan oleh mahkamah dan disusuli Negeri Sembilan (172, 33 diluluskan), Wilayah Persekutuan (56, 10) dan Pulau Pinang (36, 1).

Sarawak dan Terengganu merekodkan kes murtad terendah dengan masing-masing satu manakala tiada kes langsung di Kelantan.

"KITA TENGOK SAPA KUAT"- BRAHIM KATAK

Posted: 14 Jun 2011 05:46 PM PDT

KUALA LUMPUR, 15 Jun — Sambil mendakwa mempunyai sokongan 36 pertubuhan bukan kerajaan, Perkasa mengajak penganjur Himpunan Bersih 2.0 melihat sendiri siapa yang dapat menghimpunkan sokongan terbanyak pada 9 Julai ini.


Himpunan Bersih 2.0 menyasarkan penyertaan 300,000 peserta di ibu negara awal bulan depan untuk menuntut pilihan raya yang bebas dan adil.

Pertubuhan pembela Melayu itu berkata, pihaknya tiada pilihan kecuali untuk turun di jalan bagi berhadapan dengan Bersih 2.0 kerana "jika kita tidak lakukan, maka dunia akan menganggap bahawa mereka (Bersih 2.0) ada sokongan semua rakyat Malaysia."

"Tunggu sehingga 9 Julai, kita akan lihat siapa ada sokongan terbanyak," kata Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali (gambar) selepas perbincangan meja bulat dengan wakil pelbagai pertubuhan bukan kerajaan malam tadi.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini berkata, mereka bukannya mahu mencetuskan huru-hara sebagaimana didakwa oleh pengkritik tetapi mahu menunjukkan pihaknya juga rakyat negara ini.

"Bersih ada agenda politik tersembunyi untuk mencetuskan huru-hara. Tiada justifikasi untuk mengerahkan ratusan ribu hanya untuk menuntut pilihan raya bebas dan adil apabila Suruhanjaya Pilihan Raya sudah menjawab semua perkara," katanya lagi.

"Pendirian kami mudah... mereka berarak, kami berarak. Mereka batal, kami batal.

"Kami tidak mahu mereka mengatakan bahawa mereka melakukan ini atas nama rakyat. Kami juga rakyat," katanya lagi.

Himpunan Bershih juga pernah diadakan akhir 2007 beberapa bulan menjelang pilihan raya umum ke-12, yang menyaksikan pembangkang menguasai beberapa negeri dan menafikan majoriti dua pertiga di Parlimen.

Perkasa juga mengumumkan bahawa pihaknya akan melancarkan Gerakan Anti-Bersih pada 19 Jun ini.

Juga hadir pada pertemuan meja bulat malam tadi ialah bekas pemimin PKR Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Datuk Zulkifli Noordin yang kini bertindak sebagai wakil rakyat Bebas.

Pagi semalam, Ibrahim ketika ditemui wartawan di bangunan Parlimen memberitahu, pihaknya akan melawan habis-habisan menentang Himpunan Bersih 2.0.

.... aku takut kene pijak ke nanti katak-katak nie....

PAS KOTA TINGGI

Posted: 15 Jun 2011 01:18 PM PDT

PAS KOTA TINGGI


Polis Harus Bertindak Terhadap Provokasi PERKASA

Posted: 14 Jun 2011 10:22 PM PDT


PAS melahirkan kekesalan kerana pihak Polis membiarkan Presiden PERKASA membuat pelbagai kenyataan yang nyata boleh mengancam keselamatan awam dan mencetuskan kemarahan rakyat. Tindakan pihak polis seolah-olah negara ini tiada undang-undang dan ada badan NGO yang mengatasi undang-undang sehingga pelbagai kenyataan yang terang terangan bersifat provokasi dikeluarkan dengan bebas.

Pihak Polis mahu menghalang perhimpunan yang akan diadakan, semata-mata bagi menghalang perhimpunan BERSIH 02. Himpunan BERSIH mempunyai matlamat yang baik bagi mendesak satu sistem piihanraya yang adi dan bersih. Himpunan yang jelas dengan objektif dan matlamat demi kebaikan negara. Kerana sebarang penyelewengan dalam PRU akan menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat, dan isu ini kalau tidak di atasi segera akan membawa kepada pemberontakan dalaman rakyat.

PAS memilih jalan demokrasi bersama Pakatan Rakyat, kerana yakin sistem ini mampu menjamin keadilan dan hak rakyat. Namun bilamana pelbagai salahguna mula dilakukan oleh pihak SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara serta penyalahgunaan Media secara berleluasa, maka penyelewengan ini mesti diperbetulkan.


PAS akan mengadakan dialog dan perundingan dengan pihak SPR sebelum mengadakan Perhimpunan BERSIH. Pertemuan ini sangat penting bagi memastikan tuntutan BERSIH dapat dipenuhi, dan pihak Kerajaan perlu faham kenapa rakyat membantah SPR. Dialog dan Pertemuan demi pertemuan yang diadakan membuktikan PAS bukanlah sabuah parti yang suka mencetuskan suasana gawat dengan demonstrasi, tetapi ianya jalan keluar bagi memperlihatkan kepada pihak kerajaan betapa seriusnya kemarahan rakyat kepada ketidakadilan sistem yang sedang berjalan kini.

Tindakan Jabatan Pendaftaran Negara mengeluarkan Kad Pengenalan kepada warga asing di Selangor, Kedah dan Kelantan sebagaimana yang dilaporkan kepada pihak polis bukan isu kecil, yang boleh dipandang sebelah mata. Begitu juga isu pendaftaran pengundi baru yang sangat luar biasa di Selangor, Kedah dan Pahang telah menimbulkan pelbagai bantahan rakyat. Semua ini memperlihatkan seolah-olah SPR dan Jabatan Pendaftaran negara mempunyai konspirasi bersama UMNO/BN bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.

Sehubungan itu PAS ingin melihat sesuatu tindakan ke atas PERKASA dapat dilakukan bagi mengelak satu provokasi menjelang BERSIH 02 dapat dielakkan.

MP Pendang

Posted: 15 Jun 2011 01:15 PM PDT

MP Pendang


Anak Sungai Derhaka: Mogok Nelayan : Soi Lek kata Ismail Sabri tidur..

Posted: 14 Jun 2011 06:45 PM PDT

Anak Sungai Derhaka: Mogok Nelayan : Soi Lek kata Ismail Sabri tidur..: "Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyangkal dakwaan bahawa beliau gagal mengetengahkan keluhan nelayan laut dalam, kelas C2, berhubu..."

tulisan ini adalah pandangan dari pemilik blog , tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau mati.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 15 Jun 2011 01:12 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Mempersendakan Hukum Islam, Utusan Malaysia perlu memohon maaf.

Posted: 15 Jun 2011 12:09 AM PDT


Utusan Malaysia meneruskan lagi kebangsatan apabila dengan terang-terang menghina dan mempersenda hukum Islam. Keratan akhbar utusan hari ini menampilkan ruangan kartun yang di lihat cuba mempermain-main kan hukum Islam iaitu hukum tentang persaksian kes zina.

Sepertimana, dalam Islam apabila seseorang di tuduh melakukan zina perlu di bawakan 4 orang saksi yang tidak fasiq untuk menjadi saksi.

Namun, dialog kartun yang cuba di gambarkan oleh pelukis langsung tidak sensitif pada hukum Islam bahkan mempersendakan lagi. Ia menggambarkan seolah-olah hukum membawa 4 orang saksi itu tidak boleh di guna pakai tetapi video dan gambar boleh di jadikan sebagai bukti. Kartun tersebut juga menggambarkan bahawa golongan agamawan begitu jahil dan tidak serius berbanding pihak polis.

Ianya di percayai berkaitan tentang isu video seks dan liwat Anwar Ibrahim yang menjadi bahan utama akhbar ini.

Tak hairanlah apabila khutbah Jumaat di Selangor bercerita tentang Qazaf dan fitnah,pemuda UMNO pula buat report, kononnya di politikkan. Mereka sebenarnya mahu membiarkan orang menjadi jahil dan buta agama seperti mereka.

Ini lah akibatnya apabila akhbar Utusan Malaysia di 'UMNO' kan. Tidak lagi seperti dahulu. Campur tangan UMNO akan merosakkan semua, paling menyedihkan apabila agama sendiri di persenda. Mereka yang bekerja untuk akhbar ini fikir-fikirkanlah tentang rezeki yang akan di beri pada anak isteri.

Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil mengutuk sekeras-kerasnya penghinaan terhadap agama oleh akhbar Utusan Malaysia. Justeru, Utusan Malaysia perlu meminta maaf kepada umat Islam sesungguhnya penghinaan seumpama ini hanya akan merugikan umat Islam. Cukuplah Islam di hina oleh musuh Islam, janganlah orang Islam sendiri yang menghina hukum yang Allah tetapkan di sebabkan kejahilan sendiri.

Muhamad Aizat Bahrudin
Ketua Penerangan DPPKBK.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 15 Jun 2011 11:43 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Lagi kecam Utusan hina syariat Islam

Posted: 15 Jun 2011 03:00 AM PDT

KOTA BHARU, 15 Jun: Ketika pemimpin Umno masih 'trauma' pendekatan baru diperkenal PAS, Negara Berkebajikan, tiba-tiba Utusan Malaysia menyiarkan kartun disifatkan menghina syariah Islam.
Lakaran kartun tersebut jelas sekali memperlekehkan sistem keadilan dan mempersenda-sendakan syariat Islam.
Ekoran itu Pemuda PAS Kelantan turut tampil mengecam keras lakaran kartun disiarkan akhbar Umno terbabit hari ini.
Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri, Ahmad Fadhli Shaari berkata, jelas sekali mesej yang cuba disampaikan Utusan betapa zalim dan primitifnya Islam yang menggariskan syarat empat saksi dalam penghakiman kes zina, liwat dan rogol.
Lakaran kartun yang disiarkan Utusan cuba menggambarkan seorang wanita yang mendakwa dirogol dan membuktikan dengan rakaman handphone ditolak tok penghulu kerana tiada empat saksi.
Manakala ketika wanita sama mengadu kepada polis, bukti rakaman rogol menggunakan telefon bimbit diterima.
Sindiran yang menghina itu dipercayai sengaja dicipta selepas PAS menolak ciptaan terbaru pemimpin Umno dengan video seks didakwa mereka membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat.
Sedangkan firman Allah SWT dalam Surah an-Nur, ayat 4 bermaksud "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa empat saksi, maka sebatlah mereka 80 kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik."
Bagaimanapun Ahmad Fadhli berkata, jika saksi tidak dapat dibawa, video atau apa jua bukti lain yang disebut sebagai qarinah boleh diterima, namun perlulah dibuat secara tertutup tanpa sebarang hebahan kepada awam.
Dalam perkembangan lain katanya, menteri yang menjaga agama pula membuktikan tiada kes murtad di Kelantan sejak 10 tahun lalu.
"Ini menggambarkan pentadbiran berteras Islam di negeri ini berjaya mengekang gejala tersebut, sedangkan mahkamah syariah di negeri lain menerima 863 kes murtad dalam tempoh tersebut," ujarnya.
Kelantan satu-satunya negeri yang tidak mempunyai pemohonan murtad sepanjang 10 tahun lalu.
Sehubungan itu katanya, Pemuda PAS merakam setinggi-tinggi tahniah kepada kerajaan negeri dan seluruh umat Islam di atas kejayaan mengekang gejala muryad yang sedang melanda negara sekarang.
"Ini ada hubung kaitnya dengan kejayaan dasar Membangun Bersama Islam yang diperkenalkan kerajaan negeri semenjak 1990," katanya.
Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mendedahkan statistik  perrmohonan murtad di seluruh negara daripada tahun 2000 hingga 2010.
Dalam tempoh tersebut sebanyak 863 permohonan direkodkan di Sabah dengan 238 kes, Negeri Sembilan (172 kes) dan Selangor (99 kes).

Bersih 2.0: Polis patut kerjasama, bukan tangkap

Posted: 15 Jun 2011 02:59 AM PDT

KUALA LUMPUR, 15 Jun: Pakatan Rakyat amat kesal dengan tindakan pihak polis yang akan melakukan tangkapan awal atau tangkapan pencegahan terhadap penganjur Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini, memandangkan ia jelas merupakan salahguna kuasa yang dilakukan oleh pihak polis di negara ini.

Tindakan seperti itu tidak sepatutnya dilakukan oleh pihak polis kerana tangkapan yang dilakukan itu bukan sekadar bercanggah dengan amalan demokrasi, tetapi juga melakukan tangkapan terhadap orang yang belum terbukti bersalah.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Himpunan Bersih 2.0 diadakan atas tujuan yang murni bagi mendesak kerajaan melaksanakan pilihan raya yang bersih dan adil di negara ini.

Menurut beliau, pihak polis perlu faham perkara itu dan sepatutnya memberikan kerjasama yang baik kepada pihak penganjur, bukannya dengan menangkap individu yang belum terbukti bersalah bagi menghalang perhimpunan itu.

Katanya, sekiranya tindakan itu dilakukan, rakyat pasti akan menjadi lebih marah kepada kerajaan dan ia dibimbangi akan mencetuskan suasana lebih buruk di tanah air.

"Himpunan itu akan diadakan atas tuntutan rakyat. Kita nak mendesak kerajaan melaksanakan pilihanraya yang bersih dan adil. Kenapa pula polis nak melakukan tangkapan awal? Itu salah dari segi undang-undang," katanya ketika ditemui di lobi bangunan Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar, seperti yang dilaporkan media tempatan hari ini.

Dalam laporan itu, Khalid berkata, pihak polis akan melakukan tangkapan awal terhadap pemimpin penganjur Himpunan Bersih 2.0 yang dijadualkan diadakan 9 Julai ini sebagai tangkapan pencegahan.

Menurut Mahfuz, tindakan tersebut jika dilakukan pasti akan turut membangkitkan kemarahan rakyat terhadap pihak polis, sedangkan pihak pembangkang atau Pakatan Rakyat tidak pernah berhasrat untuk bermusuhan dengan pihak polis.

Sementara Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Datuk Johari Abdul ketika ditemui berkata, tindakan tersebut tidak sepatutnya dilakukan oleh pihak polis kerana Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan oleh Gabungan Pilihanraya Adil dan Bersih itu adalah himpunan aman.

"Tujuan himpunan itu diadakan adalah untuk mendesak SPR mengadakan pilihanraya yang bersih dan adil di negara ini dan ia amat perlu didengar oleh SPR dan kerajaan.

"Kalau polis nak lakukan tangkapan awal, siapa yang nak ditangkap? Berapa orang yang nak ditangkap? Apa kesalahan mereka? Mana boleh polis tangkap begitu saja tanpa terbukti orang itu bersalah," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani berharap agar tindakan itu tidak akan dilakukan, tetapi menyarankan pihak polis mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan pihak penganjur bagi memberikan kerjasama agar himpunan tersebut dapat diadakan dengan sempurna.

Manakala Ahli Parlimen Jelutong dari DAP, Jeff Ooi pula berkata, apa pun alasan yang digunakan oleh pihak polis bagi mengadakan tangkapan itu sama ada tangkapan awal atau tangkapan pencegahan, kedua-duanya adalah kesilapan besar jika dilakukan oleh pihak polis.

Menurut beliau, tindakan tersebut jika dilakukan jelas bersalahan dengan amalan demokrasi dan lebih menyerlahkan lagi amalan pemerintahan kuku besi di negara ini oleh kerajaan BN.

"Polis perlu peka perkara itu bukannya melakukan tangkapan awal atau tangkapan pencegahan. Himpunan itu diadakan lanjutan himpunan pertama yang diadakan pada tahun 2007 lalu.

"Menerusi Himpunan Bersih 1.0 tahun 2007 lalu, Bersih menuntut SPR dan kerajaan melaksanakan 4 perkara.

"Antara perkara yang dituntut dilaksanakan oleh SPR adalah penggunaan dakwat dalam pilihanrya, bersihkan daftar pilihanraya dan mansuhkan undi pos.

"Sehingga kini SPR masih tidak melayan tuntutan Bersih itu. Jadi jika himpunan Bersih 2.0 hendak diadakan, kenapa polis pula yang hendak menghalangnya?" tanyanya hairan.

Kecam Bersih 2.0: Speaker tolak usul Zahrain

Posted: 15 Jun 2011 02:58 AM PDT

KUALA LUMPUR, 15 Jun: Hasrat Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim yang mahu Dewan Rakyat mengecam tindakan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) untuk mengadakan perhimpunan 9 Julai ini, tidak kesampaian.

Ianya ekoran usul yang dikemukakan oleh beliau itu ditolak oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar(gambar) mengambil ketetapan menolak usul yang dibawanya itu mengikut Peraturan Mesyuarat 18(1) itu selepas berpuas hati bahawa usul itu tidak perlu disegerakan.

"Kementerian Dalam Negeri melalui Polis Diraja Malaysia telah mengambil langkah perlu sebagai persediaan untuk menangani perhimpunan BERSIH itu dan akan sentiasa memantau aktiviti-aktiviti yang dijalankan agar dapat dibanteras dan dipastikan tidak berlaku perkara yang tidak diingini yang boleh mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara," katanya.

Terdahulu selepas sesi soal jawab selesai, Zahrain mengemukakan usul meminta dewan mengambil ketetapan untuk mengecam sekeras-kerasnya segala tindakan Bersih.

Ianya termasuk gerakan 'menghasut' rakyat agar merusuh di jalanan sepertimana yang berlaku di beberapa negara Timur Tengah, termasuk Tunisia dan Mesir.

Beliau juga mahu persidangan mendesak Bersih supaya membatalkan cadangan mengadakan demonstrasi baik di Kuala Lumpur, mahupun di mana-mana negeri demi keselamatan rakyat dan negara.

Bersih yang turut disokong parti-parti politik Pakatan Rakyat serta NGO lain bercadang menghimpunkan lebih 500 ribu rakyat berarak dari beberapa lokasi di ibu negara menuju ke Istana Negara bagi menuntut reformasi pilihan raya.

Jika berjaya, ianya merupakan kali kedua diadakan selepas himpunan Bersih pertama pada 10 November 2007.

Sejak hasrat mengadakan himpunan itu dihebahkan, ianya kini mengundang reaksi penentangan oleh beberapa pihak termasuk kumpulan pendesak Melayu, Perkasa.

Presidennya, Ibrahim Ali kelmarin menegaskan mereka juga akan mengerahkan ahlinya berhimpun pada hari sama bagi menghalang peserta himpunan Bersih.

Selain itu, dalam perkembangan terbaru pihak polis juga telah mengeluarkan amaran untuk membuat tangkapan awal sebagai langkah pencegahan.

Pemuda PAS kutuk Utusan hina hukum Allah

Posted: 15 Jun 2011 02:57 AM PDT

MELAKA, 15 Jun: Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka mengutuk Utusan Malaysia kerana dengan terang-terang menghina dan mempersenda hukum Islam. 
Ruangan kartun yang disiarkan oleh akhbar itu hari ini jelas cuba mempermain-mainkan hukum Islam iaitu hukum tentang persaksian kes zina.
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Aizat Baharuddin berkata, tindakan akhbar tersebut jelas cuba mempermain-mainkan hukum Islam yang datangnya daripada Allah.
"Dalam hukum Islam jelas dinyatakan bahawa apabila seseorang Islam di tuduh melakukan zina orang yang menuduh perlu dibawakan 4 orang saksi yang tidak fasiq," katanya.
Namun, katanya dialog kartun yang cuba digambarkan oleh pelukis langsung tidak sensitif pada hukum Islam bahkan mempersendakan hukum Islam.
Tambahnya, ia menggambarkan seolah-olah hukum membawa 4 orang saksi itu tidak boleh diguna pakai tetapi video dan gambar boleh dijadikan sebagai bukti.
Katanya lagi, kartun tersebut juga menggambarkan bahawa golongan agamawan begitu jahil dan tidak serius berbanding pihak polis.
Aizat berkata tidak hairanlah apabila khutbah Jumaat di Selangor mengenai tentang qazaf dan fitnah, pemuda Umno pula buat laporan, kononnya agama politikkan.
"Mereka sebenarnya mahu membiarkan orang menjadi jahil dan buta agama seperti mereka.
"Inilah akibatnya apabila akhbar menjadi alat Umno. Campur tangan Umno akan merosakkan semua, paling menyedihkan apabila agama sendiri dipersenda," katanya.
Tegasnya, Utusan Malaysia perlu meminta maaf kepada umat Islam kerana sesungguhnya penghinaan seumpama itu hanya akan merugikan umat Islam. 
"Janganlah orang Islam sendiri yang menghina hukum yang Allah tetapkan disebabkan kejahilan sendiri," katanya.

Umno jangan berlagak menyalak di luar rumah

Posted: 15 Jun 2011 02:55 AM PDT

KUALA LUMPUR, 15 Jun: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) merakamkan ucapan tahniah kepada Adun Meru merangkap Yang Dipertua Kawasan Kapar Dr Abdul Rani Osman atas perlantikan beliau sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor yang baru.
Ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan (gambar) berkata, DPPNS selaku sayap kanan parti akan sentiasa komited dalam usaha membantu pesuruhjaya dalam menggerakkan jentera parti di semua peringkat bagi menghadapi segala cabaran dan rintangan politik negeri Selangor khususnya dalam persiapan untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 nanti.
"Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor amat bersetuju dengan kenyataan Ketua Penerangan PKR Selangor yang mengatakan perlantikan Abdul Rani sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor yang baru akan menjadi 'mimpi ngeri yang berpanjangan' kepada Umno BN Selangor," katanya kepada Harakahdaily.
DPPNS turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor merangkap Adun Gombak Setia, Datuk Dr. Hasan Ali atas segala khidmat dan usaha keras beliau dalam memartabatkan perjuangan PAS dan memantapkan Pakatan Rakyat Negeri Selangor sehingga mencapai kemenangan bersejarah memerintah Negeri Selangor di dalam PRU ke 12 yang lalu.
"Khidmat beliau sangatlah dihargai oleh seluruh saf pimpinan Pemuda Negeri dan Kawasan-kawasan," katanya.
DPPNS turut menasihatkan Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor, Datuk Satim Deman supaya menjaga urusan partinya sendiri daripada meminta Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim menggugurkan Hasan daripada Kabinet Exco Negeri Selangor selaras keputusan PAS tidak melantik beliau sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor.
"Ingin Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mempertegaskan bahawa jawatan Dr Hasan sebagai Exco Negeri Selangor adalah hasil daripada persetujuan bersama kepimpinan Pakatan Rakyat Negeri Selangor dan tidak membabitkan perubahan kepimpinan di peringkat sesebuah parti.
"Janganlah Umno berlagak seperti anjing yang menyalak di luar rumah cuba mengambil kesempatan mencari publisiti politik murahan dengan mencampuri urusan parti orang lain sedangkan partinya sendiri penuh dengan masalah," tegasnya.
DPPNS yakin PAS dan Pakatan Rakyat Negeri Selangor cukup arif dan berpengalaman dalam mentadbir urus Negeri Selangor dan parti masing-masing tanpa campur tangan daripada pihak luar.
Satim katanya, sepatutnya menasihatkan Ketua Pemuda Umno Selangor, Ungku Salleh Ungku Jamal dan Ketua Pemuda Umno Selayang, Datuk Sohaimi Shahadan supaya tidak gopoh dalam mempertikaikan khutbah Jumaat baru-baru ini yang bertajuk "Jenayah Qazaf adalah berdosa besar.
"Ini adalah kerana Qazaf dan Hudud sama seperti smbahyang, puasa dan perintah-perintah lain yang terdapat di dalam Al-Quran adalah perintah Allah dan wajib dilaksanakan. Janganlah menjadi seperti pepatah Melayu seperti ayam berkokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi," katanya.

Ggateh Sihat

Posted: 14 Jun 2011 06:43 PM PDT




Felda kalah lagi, diarah bayar RM1.2 juta

Posted: 14 Jun 2011 06:41 PM PDT

KUALA LUMPUR, 14 Jun: Seramai 131 peneroka Felda Kemahang 1 dan 2 menerima berita gembira hari ini apabila Mahkamah Tinggi Kota Bharu mengarahkan Felda membayar RM1.2 juta kepada mereka.
Kes tersebut difailkan peneroka yang gagal mendapat semula wang caruman mereka  di bawah tabung wang tanam semula yang diuruskan Felda melalui peguam Wan Rohaimi Wan Daud.
Keputusan tersebut dibuat Hakim Datuk Mohd Azman Husin jam dan mengarahkan wang tabung tersebut ditaksirkan.
Menurut Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman sejumlah RM1.2 juta itu dikira daripada caruman pokok  peneroka termasuk caruman  yang dibuat setiap bulan selama lebih kurang 20 tahun.
Manakala dividennya juga dikira dalam tempoh 20 tahun itu.
Mazlan menyifatkan keputusan tersebut sebagai sangat menggembirakan peneroka dan membuktikan perjuangan mereka menuntut keadilan semakin mendapat perhatian.
"Ini satu keputusan yang menggembirakan yang ditunggu-tunggu selama ini dan mengulang kes yang sama yang dibawa peguam Hanipa Maidin dalam kes saman peneroka Sungai Koyan terhadap Felda sebelum ini dan ini kemenangan buat kesekian kalinya.
"Ini menandakan bahawa perjuangan warga felda mendapat tempat dan kebenaran akhirnya memihak kepada peneroka," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Ogos tahun lalu, seramai 354 peneroka Felda Kemahang 3, Kelantan, menerima ganti rugi berjumlah RM11 juta dari Felda kerana manipulasi gred buah kelapa sawit.
Mazlan juga berkata, kemenangan kali ini sangat penting untuk menyuntik semangat peneroka agar terus berjuang menuntut hak mereka.
"Ini satu keputusan yang penting kerana melibatkan lebih kurang 10 ribu lagi peneroka yang tidak mendapat wang tanam semula dan ada kesnya yang sedang dibicarakan," katanya.
Mazlan turut memberitahu, lebih kurang 700 peneroka dari sekitar Felda Jengka akan memfailkan saman terhadap Felda di Mahkamah Tinggi Temerloh berhubung  kadar perahan gred (kpg) sawit yang diterima mereka begitu rendah.
"Kes ini akan diketuai peguam Sivarasa Rasiah," katanya.
Sekretariat Task Force Felda
Sementara itu Mazlan turut memaklumkan bahawa satu diskusi mengenai akta penempatan berkelompok (GSA) 1960 berlangsung di Bangunan SUK Selangor hari ini dan dirasmikan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.
Diskusi tersebut dianjurkan oleh Sekretariat Task Force Felda yang ditubuhkan Kerajaan Negeri Selangor.
"Ahli panel terdiri daripada para peguam yang membentang dan menghurai tentang GSA dari sudut kelemahan,kepincangan dan apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk melakukan penambah baikan terhadap felda ini termasuk keadilan akta ini kepada peneroka," katanya.
Beliau berkata, hasil diskusi tersebut, mereka bersetuju untuk memperincikan semua kelemahan yang  terdapat dalam GSA ini agar dilakukan semakan semula supaya dapat memberi keadilan kepada pemilik tanah.
Mazlan merupakan salah seorang ahli jawatankuasa task force tersebut.

Perkasakan permainan kutu di kampung, pejabat

Posted: 14 Jun 2011 06:40 PM PDT

KUALA LUMPUR, 14 Jun: Aktiviti pengumpulan wang kutu yang dilakukan di kampung-kampung dan di pejabat-pejabat perlu diperkasakan bagi menjadikannya sebagai sesuatu yang cukup berfaedah kepada orang ramai.
Sehubungan itu, kerajaan BN diminta mengambil langkah perlu bagi memperluaskannya dengan memperkenalkan makanisme tertentu, sejajar dengan peranan penting aktiviti itu selama ini.
Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub (gambar) berkata, permainan kutu yang dilakukan di kampung-kampung dan di pejabat-pejabat memainkan penting bagi orang ramai dari pelbagai peringkat, sehingga ia menjadi satu permainan yang sudah tidak asing lagi kepada orang ramai.
Menurut beliau, antara keistimewaan permainan kutu termasuklah membolehkan seseorang ke Mekah untuk mengerjakan haji.
Katanya, selain itu, permainan kutu juga turut memudahkan seseorang melangsungkan perkahwinan dan memulakan perniagaan.
"Oleh itu, kerajaan perlu memperkasakan aktiviti ini bagi membolehkan industri kutu dijadikan satu kaedah yang menguntungkan kepada orang ramai," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan pembentangan Rang Undang-Undang (Larangan) Kumpulan Wang Kutu (Pindaan) 2011 Bacaan Kali Yang Kedua pada persidangan Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
Bagi pindaan rang undang-undang itu, mereka yang bersalah akan dikenakan hukuman denda RM500,000 atau penjara sehingga 10 tahun, berbanding undang-undang tahun 1971 yang mengenakan denda RM5,000 atau 3 tahun penjara.
Menurut Salahuddin, bagi memperkasakannya, beliau menyarankan pihak kerajaan memperkenalkan makanisme terbaik bagi membolehkan aktiviti tersebut menjadi suatu aktiviti yang lebih menarik dan lebih berfaedah kepada orang ramai.
Beliau yang juga Naib Presiden PAS turut berharap agar aktiviti pengumpulan wang kutu dikecualikan dengan sebarang tindakan undang-undang, memandangkan ia jelas berbeza dengan pengumpulan wang kutu haram yang dilakukan secara besar-besaran dan secara komersial oleh pihak-pihak tertentu.
Malah lebih jauh dari itu, beliau berharap agar aktiviti tersebut digalakkan oleh kerajaan, dengan diperluaskan lagi menerusi makanisme terbaik.
Sementara itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan diingatkan agar tidak mengharamkan aktiviti pengumpulan wang kutu yang dimainkan di pejabat-pejabat dan di kampung-kampung.
Sebaliknya aktiviti pengumpulan wang kutu di pejabat-pejabat dan di kampung-kampung perlu digalakkan kerana ia tidak berasaskan keuntungan, malah mengukuhkan ekonomi keluarga.
Ahli Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria berkata, perkara itu amat berbeza dengan penganjuran pengumpulan wang kutu yang dimainkan (dilakukan) secara besar-besaran dan komersial oleh pihak tertentu walaupun atas alasan sumbangan ikhlas.
Menurut beliau, oleh itu, sebarang pindaan undang-undang yang hendak digubal oleh kerajaan perlu memperjelaskan perkara itu bagi membolehkan aktiviti pengumpulan wang kutu yang dimainkan di pejabat-pejabat dan di kampung-kampung dikecualikan dari sebarang tindakan undang-undang.
Katanya, sekiranya undang-undang yang digubal itu turut mengenakan tindakan terhadap aktiviti pengumpulan wang kutu yang dimainkan di pejabat-pejabat dan di kampung-kampung, ia pasti menimbulkan pelbagai kesulitan kepada orang ramai.
"Pada hal pengumpulan wang kutu di pejabat-pejabat dan di kampung-kampung itu apalah salahnya. Jadi yang itu tak patutlah diharamkan," katanya ketika membahaskan pembentangan rang undang-undang berkenaan.
Menurut Nasir, pindaan rang undang-undang tersebut, jika tidak mengecualikan pengumpulan wang kutu yang dimainkan di pejabat-pejabat atau di kampung-kampung, pasti akan menjadikan undang-undang tersebut amat zalim dan tidak praktikal.
Bagi mengelakkan kejadian itu, beliau menyarankan agar pindaan rang undang-undang tersebut hanya difokuskan kepada aktiviti pengumpulan wang kutu yang dilakukan secara komersial oleh pihak tertentu.
"Pengumpulan wang kutu secara besar-besaran itu sememangnya dilakukan secara komersial, mahukan keuntungan, penuh dengan kekeliruan, berunsur penipuan dan berunsur riba.
"Ia ternyata tidak jelas penganjurnya, sering berlaku penipuan kepada orang ramai, kadar pulangan yang tidak pasti. Yang itulah yang perlu diharamkan," tegasnya.
Selain itu, beliau turut kesal apabila aktiviti pengumpulan wang kutu turut diselewengkan oleh pihak tertentu, atas alasan pinjaman Tekun, yang turut membabitkan pemimpin Umno.
Terdahulu dari itu, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail turut mengingatkan pihak kerajaan agar mengecualikan para pemain pengumpulan wang kutu kecil-kecilan di pejabat-pejabat dan di kampung-kampung dengan pindaan rang undang-undang tersebut.
"Malah mereka sebenarnya yang kebanyakannya kaum wanita di kampung-kampung turut memainkan peranan penting bagi pertumbuhan ekonomi negara sehingga berjaya mengumpul RM2 bilion," katanya.
Manakala Ahli Parlimen Kuala Selangor yang juga AJK Kerja PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad ketika bangun membahaskan pembentangan rang undang-undang itu meminta pihak kerajaan memperjelaskan yang mana aktiviti pengumpulan wang itu yang tidak dimasukkan dalam perniagaan dan yang dimasukkan dalam perniagaan.
Ini kerana dalam Akta Pengesahan Wang Kutu 1974 tidak memperjelaskan perkara ini, malah mengatakan walau apa-apa pun undang-undang yang berlawanan sah di sisi undang-undang dan dikuatkuasakan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika menggulung perbahasan itu menegaskan, kesemua pandangan tersebut akan diambil kira oleh kerajaan.
Dengan itu, pindaan rang undang-undang itu pasti akan mengecualikan para pemain pengumpulan wang kutu kecil-kecilan yang tidak berasaskan keuntungan di pejabat-pejabat dan di kampung-kampung.

Dupahang's Weblog

Posted: 15 Jun 2011 11:31 AM PDT

Dupahang's Weblog


Pemilihan JK Mesjid : BN sudah tidak ada peluang lagi untuk kembali berkuasa di Pulau Pinang.

Posted: 15 Jun 2011 05:55 AM PDT

KENYATAAN MEDIA Pejabat ADUN Titi Serong. Saya menyokong tindakan tegas dari Kerajaan Pulau Pinang yang tetap akan meneruskan kaedah pemilihan anggota jawatankuasa masjid melalui pilihan raya dan mempertahankan tindakan itu adalah mengikut undang-undang. Tindakan itu menggambarkan betapa sesuatu yang dilakukan sebuah kerajaan yang telah dipilih secara sah oleh rakyat Pulau Pinang itu diyakini betul dan [...]

Pas CawanganSurada

Posted: 15 Jun 2011 11:15 AM PDT

Pas CawanganSurada


Negara Berkebajikan Mengikut Feqah Politik Islam

Posted: 14 Jun 2011 08:48 PM PDT

Syabas buat Mat Sabu

Posted: 14 Jun 2011 07:54 PM PDT

PAS KAWASAN KANGAR

Posted: 15 Jun 2011 09:38 AM PDT

PAS KAWASAN KANGAR


Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menarik balik saman

Posted: 14 Jun 2011 05:42 PM PDT



KUALA LUMPUR, 14 Jun: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menarik balik saman terhadap Utusan Malaysia berdasarkan tawaran penyelesaian di luar mahkamah.

Setiausaha akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari menjelaskan, ia berdasarkan tawaran penyelesaian di luar mahkamah oleh pihak defendan berdasarkan sejumlah bayaran yang tertentu.

Beliau menyatakan demikian dalam satu kenyataan sebagai merujuk kepada laporan akhbar Utusan Malaysia dan Sinar Harian hari ini.

Berikut penjelasan beliau.

Saya merujuk kepada laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini 14 Jun 2011 di halaman 20 di bawah tajuk 'Kes Nik Aziz Saman Utusan RM20j Selesai Luar Mahkamah'.

Laporan yang sama juga disiarkan oleh Sinar Harian hari ini di halaman N4.

Sukalah saya mengesahkan laporan tersebut dengan sedikit penambahan berdasarkan kronologi berikut:

Pada 12 Jun 2009, Utusan Malaysia telah menyiarkan satu artikel dengan petikannya di muka hadapan di bawah tajuk "Nasihat Saya Mesti Didengar" dengan beberapa isi kandungan yang memfitnah YAB Tuan Guru Dato Menteri Besar Kelantan.

Antaranya menyebut, "Namun begitu, beliau mengingatkan bahawa nasihatnya itu mesti didengar kerana mempunyai hujah jelas untuk menangkis cadangan yang dianggapnya sebelum ini sebagai 'ilham' UMNO."

Artikel tersebut mengundang kepada beberapa pandangan balas yang mengecam YAB Tuan Guru, antaranya ialah seperti yang tersiar di dalam akhbar yang sama di muka surat 12 bertarikh 16 Jun 2009. Artikel yang ditulis oleh Ramli Abdul Halim itu mengecam YAB Tuan Guru dengan mendakwa tindakan tersebut bercanggah dengan Islam.

YAB Tuan Guru telah menafikan kenyataan yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada 12 Jun 2009 dan penafian ini disiarkan oleh akhbar yang sama di muka surat dua pada 18 Jun 2009.

Setelah melalui proses rundingan di antara kedua-dua pihak bersama dengan peguam yang dilantik, Utusan Malaysia telah memohon maaf kepada pihak YAB Tuan Guru di atas laporan yang salah tersebut dan permohonan maaf ini disiarkan di muka hadapan Utusan Malaysia 29 Julai 2009.

Memandangkan laporan tersebut yang dianggap begitu tersasar dan mendatangkan kesan khususnya kepada keputusan pilihanraya kecil Dun Manek Urai, pihak YAB Tuan Guru tetap meneruskan usaha untuk memfailkan saman sebanyak RM20 juta ke atas Utusan Malaysia.

Kes ini dijadualkan mula dibicara pada 12 Jun 2011 di Mahkamah Tinggi Kota Bharu.

Pada 10 Jun 2011, pihak Utusan Malaysia melalui peguam yang dilantik telah menghantar notis tawaran penyelesaian di luar mahkamah dengan sejumlah bayaran ganti rugi kepada pihak YAB Tuan Guru.

Justeru pada prosiding mahkamah yang bermula pada 13 Jun 2011, berasaskan kepada notis yang dihantar tersebut, YAB Tuan Guru telah berbesar hati untuk menarik balik saman dengan sejumlah bayaran yang ditawarkan oleh pihak defendan.

Justeru, sukalah saya mengulangi sekali lagi bahawa apa yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada hari ini 14 Jun 2011 iaitu YAB Tuan Guru telah menarik balik saman RM20j adalah benar namun perlu disebut bahawa ia dilakukan berdasarkan tawaran penyelesaian di luar mahkamah oleh pihak defendan berdasarkan sejumlah bayaran yang tertentu.

Harakahdaily
.


PAS selar Umno 'bebal' isu p'raya masjid

Posted: 14 Jun 2011 05:40 PM PDT

PAS menyelar pemimpin Umno yang didakwanya bersikap seperti berpenyakit pas muktamar 130610 idris ahmadbebal kerana cuba mengeksploitasi isu pilihan raya masjid yang diperkenalkan kerajaan negeri Pulau Pinang.

Ahli jawatankuasa PAS Pusat Idris Ahmad mendakwa tujuan isu itu diekploitasi dengan harapan "orang Melayu semakin marah dengan Pakatan Rakyat kerana mempolitikkan masjid".


Mereka akan manipulasi isu ini untuk menuduh kerajaan Pakatan Rakyat menimbulkan kecelaruan kepada orang Islam.

"Apa yang paling kelakar mereka berhujah kenapa kuil dan gereja tidak ada pemilihan ahli jawatankuasa seperti pemilihan ahli jawatankuasa masjid," katanya dalam satu kenyataaan.

Idris mendakwa Umno sebenarnya mahu melindung kerja jahat mereka terhadap institusi masjid di bawah kerajaan BN kerana didakwa pemilihannya "tidak demokratik dan dipilih oleh pemimpin Umno bukan anak kariah".

"Perlantikan bukan ahli masjid, yang tidak layak dari segi peribadi untuk imarahkan masjid. Tetapi oleh kerana ia dibinkan dengan Umno maka semua boleh. Umno meniru

"Kita boleh lihat masjid di negeri Umno dan Pakatan Rakyat dari segi imarah. Masjid di negeri Umno mati sebelum ahli kariah mati," katanya.

Idris mendakwa Umno bersikap anti pembaharuan kerana "berfikiran jumud dan zero IQ" sehingga menyebabkan setiap pembaharuan yang ingin dibuat "akan ditentang secara melulu walaupun akhirnya mereka akan meniru".

"Rakyat Malaysia tentu masih ingat ketika Kerajaan Kelantan memperkenalkan hari bekerja selama lima hari seminggu, pemimpin Umno menuduh kerajaan Kelantan malas dan akan merendahkan produktiviti.

"Tidak berapa lama kerajaan pusat mengikut jejak langkah yang sama," katanya yang juga bekas ketua penerangan PAS Pusat.

Sedangkan katanya, perubahan cara pemilihan jawatankuasa masjid itu sahaja yang berubah berbanding dahulu undian dilakukan dengan cara angkat tangan.

Katanya, pemilihan jawatankuasa kariah masjid itu mengikut Seksyen 104 (1) (b) Enakmen Negeri Pulau Pinang 2004 dan 4(1) Kaedah-kaedah Jawatankuasa Kariah dan Pegawai Masjid (negeri Pulau Pinang).M/kini

Bajet pru13 sebanyak RM13bilion

Posted: 14 Jun 2011 05:38 PM PDT

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pusat hari ini membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2011) bagi memohon peruntukan tambahan menghadapi pilihanraya umum 13 berjumlah RM13 bilion sebagai persediaan membeli undi dalam menghadapi pilihanraya umum ke13 yang dijangkakan pada suku terakhir tahun ini.

Timbalan Menteri Kewangan 3, Dato' Awang Adik Husin mengemukakan rang undang-undang itu untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Peruntukan tambahan itu menjadikan anggaran perbelanjaan bagi tahun ini bertambah daripada kira-kira RM163 bilion, yang diluluskan tahun lepas, kepada RM176 bilion.

Berdasarkan rang undang-undang itu, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM6 bilion bagi Kementerian Kewangan, iaitu peruntukan tertinggi daripada keseluruhan peruntukan tambahan itu.

Peruntukan bagi Kementerian Kewangan itu bertujuan menampung kos ketirisan dana negara akibat rasuah berjumlah (RM5.6 bilion), menampung pembayaran komisyen kepada kroni sebanyak (RM150 juta), menampung kos menjalankan program latihan menabur fitnah oleh blogger Apco di seluruh negara berjumlah (RM100 juta).

Menampung dana jaminan untuk pembeli rumah Khir Toyol (RM100 juta) dan menampung kos program latihan dan kemahiran untuk hacker Apco sebanyak (RM50 juta). - Ajensi

Isu IPP : Najib Di Pihak Rakyat Hanya Retorik

Posted: 14 Jun 2011 05:35 PM PDT


KUALA LUMPUR 15 JUN : Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa kerajaan berada di pihak rakyat berhubung isu melibatkan pengeluar tenaga bebas (IPP) hanyalah retorik semata-mata.

Rata-rata ahli parlimen PR yang ditemui TV Selangor di lobi parlimen bersependapat dalam isu itu dan menganggap ianya hanya untuk mengaburi mata rakyat demi meraih sokongan yang kian terhakis.

Ahli Parlimen Kuantan, Fauziah Saleh berkata kerajaan perlu bertindak telus dalam membentangkan mengenai perjanjian bersama IPP dan ianya juga perlu dikaji semula.

Malah katanya adalah jelas ketika ini kerajaan membenarkan pihak IPP menggunakan dan mengeluarkan tenaga berlebihan melangkaui tahap piawaian di peringkat antarabangsa.

Akibat dari itu katanya, rakyat terpaksa menanggung kadar tarif elektrik yang tinggi sehingga menjejaskan perbelanjaan.

"Saya bagi satu contoh kita bercakap tentang akses kapasiti. Akses kapasiti sekarang ini kita punya 40 peratus sedangkan tahap antarabangsa mengatakan maksimum 20 hingga 25 peratus. Akan tetapi Malaysia membenarkan IPP mengeluarkan tenga berlebihan sebanyak 40 peratus," katanya kepada TV Selangor.

Tambah beliau,tindakan kerajaan yang dilihat berdolak- dalik berhubung gesaan supaya perjanjian di antara kerajaan dan syarikat IPP didedahkan,jelas menunjukkan pemerintah hanya mengutamakan kroni semata-mata.

"Saya menegaskan segala tindakan kerajaan itu menunjukkan ianya satu usaha menjaga kroni semata-mata," katanya.

Sementara itu, ahli parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata sememangnya apa dinyatakan Najib itu tidak boleh diterima dan tinggal kata-kata sahaja kerana setakat ini apa dituturkan gagal diterjemahkan menjadi satu realiti.

Katanya, pemimpin PR dan rakyat khasnya mahu melihat sekiranya benar kerajaan berpihak kepada rakyat, maka kerajaan sewajarnya mendedahkan segala perjanjian PPA dengan pihak IPP itu.

Awal bulan ini, Kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) mengumumkan kenaikan tarif elektrik sebanyak tujuh peratus mulai 1 Jun, sekali gus memberi kesan kepada kadar inflasi yang semakin meningkat.

Harga gas asli juga dinaikan kepada RM3 mmBtu setiap enam bulan sehingga mencapai paras pasaran menjelang 2016 setelah diapung sepenuhnya.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapha Mohamad mendakwa kenaikan itu hanya akan memberi kesan minima kepada kadar inflasi negara yang kian tertekan ekoran kenaikan harga minyak dan barangan seperti gula baru-baru ini.

Menteri Tenaga Teknoloji Hijau dan Air Datuk Peter Chin pula mendakwa kenaikan kadar elektrik itu hanya memberi kesan kepada 25 peratus daripada pengguna yang menggunakan lebih daripada 300KW tenaga setiap bulan.

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 15 Jun 2011 09:33 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


GERHANA BULAN DAN ATURCARA PENGISIAN

Posted: 15 Jun 2011 04:37 AM PDT

Program Sempena Gerhana Bulan Penuh

Anjuran Jabatan Mufti Negeri Selangor

Tarikh : 15 Jun 2011 hingga 16 Jun 2011 (Rabu dan Khamis)

Masa : Bermula jam 9.00 malam 15 Jun sehingga pagi 16 Jun
Tempat : Dataran Kemerdekaan, Shah Alam



Acara :-
- Jom Teropong Angkasa, Tayangan Video Carekawala, Ceramah
- Solat Gerhana Bulan pada 1.45 pagi - 16 Jun
- dan cerapan menggunakan teleskop yang disediakan





Maklumat Mengenai Gerhana Bulan Penuh 16 Jun 2011

Firman Allah dalam surah Ali 'Imran ayat 190 yang bermaksud : "Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran siang dan malam, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal" .

Salah satu tanda kekuasaan Allah dalam peredaran bulan, matahari dan bumi, adalah kejadian Gerhana Bulan.


Sabda Rasulullah S.A.W. yang diriwayatkan oIeh Muslim bermaksud: "Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda kebesaran Allah Subhanahu Wata'ala. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan kematian seseorang dan kerana hidupnya seseorang. OIeh itu, apabila melihat gerhana berlaku, maka bersolat dan berdoalah sehingga hilang apa yang berlaku (menimpa) kamu iaitu bala' kegelapan".

Di Malaysia akan berlaku fenomena Gerhana Bulan Penuh dua kali iaitu yang pertama pada 16 Jun 2011 (Khamis) – awal pagi bermula 1.22 pagi sehingga 7.02 pagi dan pada 10 Disember 2011(Sabtu) pada jam 8.45 malam. Fenomena seperti ini amat jarang berlaku di Malaysia.

Gerhana bulan penuh ini berlaku apabila keseluruhan jasad bulan memasuki dalam kawasan umbra. Ketika itu bulan kelihatan terapung-apung di angkasa dalam keadaan tidak bercahaya. Pemerhati-pemerhati di bumi akan dapat melihat warna bulan ketika ini berwarna merah tembaga, sebagai kesan pembalikan cahaya dari luar kawasan umbra.

Bagi Jabatan Mufti Selangor satu program akan diadakan bagi menghayati bukti kebesaran dan keagungan Ilahi pada 16 Jun 2011 (Khamis) bertempat Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Antara pengisiannya ialah Jom Teropong Angkasa, Tayangan Video Cakerawala, Solat Sunat Gerhana Dan Bacaan Khutbah. Maklumat lanjut hubungi Jabatan Mufti Selangor Bahagian Falak di talian 03-55143547 / 3718 / 3717 / 3720.

SUMBER: Portal Kerajaan Selangor

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 15 Jun 2011 09:06 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Dua keluarga tinggal sehelai sepinggang

Posted: 14 Jun 2011 09:06 PM PDT



Utusan Malaysia 15 Jun 2011

SEREMBAN 14 Jun - Dua buah keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka yang terletak bersebelahan musnah dalam kebakaran di Kampung Paroi di sini, malam semalam.

Mangsa, Roslan Marduni, 49, berkata, ketika kejadian pukul 11.30 malam, dia bersama isteri dan tiga anaknya sedang tidur sebelum dikejutkan oleh jeritan saudaranya yang tinggal di rumah sebelah.

Roslan yang bekerja sebagai pemandu lori berkata, sejurus keluar, dia melihat rumah tersebut terbakar.

"Saya juga lihat beberapa anak saudara saya keluar menyelamatkan diri. Api yang marak itu kemudian merebak ke rumah saya.

"Saya sedih kerana tidak dapat menyelamatkan dokumen berharga dan pakaian yang dibeli untuk menyambut Aidilfitri," katanya ketika ditemui di sini, malam semalam.

Ujar Roslan, ketika kejadian, bapa saudaranya berusia 80 tahun tiada di rumah kerana bekerja sebagai pengawal keselamatan di daerah itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, Jaafar Yusof berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan awam, pada pukul 11.30 malam.

"Sebanyak tiga jentera masing-masing dua dari Balai Bomba dan Penyelamat Senawang dan satu dari Rahang dikerah memadam kebakaran dan jumlah kerugian dan punca sebenar kejadian masih disiasat," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan