KUALA LUMPUR - Pihak-dalam saman fitnah dikemukakan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan menimbangkan kemungkinan menyelesaikan kes di luar mahkamah.
Peguam yang mewakili Khairy, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah berkata, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad meminta pihak berkenaan berbuat demikian semasa berjumpa dengan mereka di dalam: kamarnya semalam.
Khairy turut diwakili peguam Sarah Abishegam manakala Anwar diwakili peguam Mohd Haijan Omar.
Muhammad Shafee berkata beliau akan berbincang dengan Khairy mengenai sama ada anak guamnya itu bersetuju dengan penyelesaian itu.
Mahkamah menetapkan 24 Jun bagi pengurusan kes bagi mereka memaklumkan kepada mahkamah mengenai keputusan mereka.
Anwar memfailkan saman, 7 September 2007, mendakwa Khairy yang ketika itu Naib Ketua Pemuda UMNO telah memfitnahnya dalam satu majlis politik di Kuala Kangsar, pada Ogos 2007.
Beliau berkata kenyataan memfitnah itu disiarkan oleh media di negara ini pada 3 Ogos, 2007.
Anwar mendakwa kenyataan itu menggambarkan beliau sebagai ahli politik tidak boleh dipercayai oleh orang Melayu, tidak mengutamakan perjuangan orang Melayu serta hak dan beliau berkeupayaan untuk mengkhianati perjuangan dan hak orang Melayu demi mendapatkan sokongan bukan Melayu dalam negara.
Beliau berkata Khairy membuat kenyataan itu untuk menyindirnya sebagai seorang ejen politik Amerika Syarikat dan Yahudi, bertujuan memusnahkan erjaya :politiknya.- Bernama.
NEW YORK: Seorang penulis buku kanak-kanak diusir keluar dari pesawat kerana menggunakan perkataan lucah ketika merungut mengenai kelewatan penerbangan yang dinaikinya.
Robert Sayegh, 37, berkata syarikat penerbangan Atlantic Southeast Airlines bertindak melampau apabila memanggil polis untuk mengusir beliau keluar dari pesawat itu yang berada di lapangan terbang Detroit Metro petang Ahad lalu.
"Perkataan F yang saya gunakan itu tidaklah baik digunakan tetapi saya hanya menggunakannya untuk melepaskan geram dan tidak ditujukan kepada sesiapa," katanya semalam.
"Saya tidak rasa saya menengking ketika itu."
Sayegh yang juga seorang penerbit rancangan televisyen berkata beliau sedang dalam perjalanan untuk menghadiri majlis perkahwinan saudaranya di Kansas City, Missouri. – Reuters
IPOH – Seorang 'bouncer' ditahan di hadapan sebuah restoran di Jalan Pasir selepas disyaki terbabit dalam kegiatan menyamar sebagai anggota polis dan Ikatan Relawan Rakyat (Rela) di sini, awal pagi semalam.
Suspek, Lai Soon Siew, 29, dari Melaka ditahan selepas cuba melarikan diri daripada anggota peronda yang bertugas di Jalan Perhentian berhadapan stesen minyak Shell Medan Kidd.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Ibrahim Abu Bakar berkata, dalam kejadian jam 3.50 pagi, dua anggota polis dari Balai Polis Pusat membuat rondaan sebelum terlihat sebuah kereta jenis Naza Sutera dalam keadaan mencurigakan.
Katanya, salah seorang anggota mengarahkan suspek memberhentikan kenderaan namun gagal.
"Sebaliknya, suspek terus memecut ke arah Jalan Bendahara untuk menyelamatkan diri. Anggota itu meminta bantuan sokongan dari Balai Polis Pusat, dan suspek berjaya di tahan di Jalan Pasir Putih 15 minit kemudian.
"Difahamkan kereta yang dipandu adalah milik abang saudara suspek," katanya kepada media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, semalam.
Ibrahim berkata, hasil pemeriksaan menemui pelbagai barangan antaranya sehelai baju pegawai Rela berpangkat Leftenan (bernama S S Lai), sehelai baju pegawai polis berpangkat Inspektor, beret berlambang polis, dua pucuk pistol mainan, jaket kalis peluru dan T baton bersarung kulit hitam.
Menurutnya, polis masih menyiasat motif sebenar suspek menyamar dan suspek direman empat hari sehingga 17 Jun ini bagi membantu siasatan.
"Suspek kini disiasat di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan iaitu menyamar sebagai penjawat awam," katanya.
SAIDIN dan ibu Mohd Nazarrudin, Siti Hamdan Ahmad sedih dengan nasib yang menimpa anak mereka.
Nazarrudin dilapor enggan makan, rindu anak
SUNGAI BULUH: Mohd Nazarrudin Saidin yang ditahan kumpulan penculik di Pulau Jolo, selatan Filipina, dilaporkan tenat selepas dikatakan tidak lalu makan seminggu lalu.
Berita Harian yang menghubungi kumpulan penculik untuk memberi peluang kepada bekas isterinya, Mazlina Mohammad serta enam anaknya bercakap dengannya, semalam, dimaklumkan keadaan tidak mengizinkan untuk mangsa bercakap.
"Ya, ada di sini," kata jurucakap penculik ketika ditanya di mana Nazarrudin.
Sejak Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang menambah wadah perjuangan kearah Negara Berkebajikan UMNO dikatakan mula bersuara supaya Pas menggugurkan nama Islam dari partinya.
Mohd Shoberi Shafei dalam entri terbarunya menulis, ini buka pertama kali pemimpin-pemimpin UMNO dan pertubuhan bukan kerajaan yang rapat dengan parti tersebut mahu Pas mengugurkan nama Islam, ia pernah ditimbulkan buat kali terakhir selepas pilihanraya 1999 dulu.
"Yang peliknya UMNO sendiri masih mengunakan bahasa Inggeris dalam menjenamakan parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu itu. Cakap pasal Melayu tapi nak sebut Pertubuhan Kebangsaan Melayu pun tak mahu dan masih berselindung disebalik nama bahasa Inggeris iaitu United Malays Nasional Organisation (UMNO).
"Semuanya itu adalah kerana takut, cakap orang yang tak ada fokus dalam perjuangan, cakap nak mengampu kerana berbahas mengenai nama sesebuah parti di Malaysia ini tidak dapat mengubah minda rakyat yang cerdik. Nama Pas sudah lama ujud.
"Sekiranya orang UMNO tidak mahu nama Islam digunakan dalam pilihanraya umum ke 13 nanti, senang saja, minta kerajaan BN melalui Suruhanjaya Piliharaya supaya menetapkan bahawa PRU 13 hanya dua parti kompenan saja yang layak bertanding iaitu BN dan PR selain dari calon bebas dan pendaftar pertubuhan hendaklah meluluskan permohonan yang diminta oleh Pas, PKR dan DAP untuk menggunkan lambang PR, habis cerita dan nama Islam boleh dihapuskan.
"Itulah semolek-moleknya untuk mengelak nama Islam diguna pakai dalam poster pilihanraya sekiranya orang UMNO takut sangat kepada nama Islam yang dipelopori oleh parti Pas. Jadi nama UMNO untuk melayu pun tak ada dan nama Pas untuk Islam pun tak ada," katanya.
Dalam lawatan saya ke India baru-baru ini, saban hari saya membaca iklan-iklan berbayar oleh kerajaan-kerajaan negeri di rantau itu mengenai projek-projek yang mereka telah mulakan untuk kebaikan rakyat.
Iklan itu dihiasi dengan pelbagai slogan, semuanya untuk memberikan mesej bagaimana rakyat bakal menerima manfaat begitu besar hasil pemerintahan kerajaan berkenaan.
Peliknya kerajaan-kerajaan negeri yang membuat janji-janji sedemikian sudah pun lama memerintah. Jadi jika rakyat baru dijanjikan manafaat "yang bakal" dinikmati mereka, tentunya ada sesuatu yang tidak kena.
Di sebalik iklan-iklan yang penuh dengan janji-janji sedemikian, saya hanya perlu melangkah ke luar hotel untuk berdepan dengan realiti hidup di India.
Memang diakui New Dehli, Jaipur dan bandaraya-bandaraya lain seperti Amritsar mempunyai bangunan pencakar langit dan lebuh raya sibuk dengan kereta mewah, namun ia juga penuh dengan pengemis tua, muda dan kanak-kanak.
Menyayat hati
Amat menyayat hati bila melihat ibu mendokong bayi belasan bulan yang berpakaian nipis di musim sejuk dengan suhu 10 darjah Celsius di celah-celah kotaraya, mencari makanan di tong-tong sampah.
Saya tidak dapat mengelak daripada membandingkan iklan-iklan di India itu dengan muka depan akhbar-akhbar arus perdana di Malaysia semalam mengenai kejayaan Program Transformasi Ekonomi (ETP) membabitkan pelaburan sebanyak RM2.27 bilion.
Utusan Malaysia melaporkan gabungan semua 15 inisiatif ini dalam tujuh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) mewakili pelaburan RM63.38 bilion dan pendapatan negara kasar sebanyak RM66.13 bilion serta mewujudkan 63,531 peluang pekerjaan.
Berdasarkan laporan media itu semata-mata, nampaknya Malaysia kini memasuki era keemasan di bawah pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Mungkinkah ini satu hakikat? Atau, ia sebenarnya sama seperti apa yang berlaku di India?
Kita bersyukur kerana pengemis-pengemis jalanan yang berkeliaran di negara kita kini kebanyakan mereka adalah rakyat asing; buat masa ini.
Namun siapa yang sanggup menafikan hakikat kita semua semakin merasakan kesempitan hidup.
Kos sara hidup yang melambung, tanpa kenaikan gaji yang selari, penarikan balik subsidi, kenaikan harga hampir semua barangan perlu, dari secawan kopi di gerai kepada bil elektrik – semuanya semakin mencengkam kita.
Bajet tambahan
Sehari selepas Najib mendabik dada memberitahu dunia mengenai manfaat yang bakal dikecapi rakyat daripada NKRA dan ETP tajaannya, timbalan beliau terpaksa berdiri di Parlimen memohon Belanjawan tambahan sebanyak RM13 bilion.
"Ini untuk menampung keperluan perbelanjaan menguruskan negara," kata Timbalan Menteri Kewangan Awang Adek Hussain (kiri).
Bermakna Belanjawan sebelum ini yang dibentangkan oleh Najib iaitu sebanyak RM162.8 bilion tidak mencukupi.
Ini juga bermakna belanjawan Najib hanya bertahan untuk tempoh begitu singkat, dan segala unjuran oleh pakar-pakar beliau tidak menepati sasaran!
Adakah kita sanggup dibuai dengan janji-janji indah NKRA, ETP dan sebagainya atau berpegang kepada realiti hidup semasa untuk merumuskan bahawa ada sesuatu yang amat tidak kena dengan ekonomi negara kita.
Kenapa subsidi untuk rakyat ditarik balik, manakala subsidi untuk Penjana Eletrik Bebas di kekalkan?
Kenapa perlu diadakan projek mega 100 tingkat Menara Warisan bernilai RM5 bilion atau membelanjakan RM65 juta untuk mengubah suai kediaman Perdana Menteri?
Apakah keperluan untuk kerajaan bergabung dengan sektor swasta membelanjakan RM27 juta ringgit untuk mengumpul sejuta pemuda bagi beramah mesra dengan Perdana Menteri, baru-baru ini?
Keperitan hidup
Bagaimanakah Kementerian Perlancongan boleh diberi kelulusan membelanjakan RM1.8 juta untuk mengendalikan laman Facebooknya, sesuatu yang boleh dilakukan dengan belanja jauh lebih murah?
Jawapan kepada persoalan-persoalan ini tidak mungkin akan dikupas oleh media arus perdana milik kerajaan, namun ini tidak bererti rakyat tidak boleh memikirkan mengenainya.
Dalam mengharungi keperitan hidup akibat pemotongan subsidi, rakyat kini menyaksikan kerajaan yang sama memohon kepada Parlimen untuk diberikan tambahan RM13 bilion bagi pengurusan negara.
Sudah tentu ia akan memburukkan lagi defisit negara, dan jika defisit negara bertambah meruncing, apakah ini tidak bermakna rakyat akan dijadikan mangsa menerusi pemotongan subsidi yang lebih dahsyat?
Pembaziran, ketirisan dan rasuah mewarnai setiap kerajaan yang memerintah di India sejak kemerdekaan. Prinsip-prinsip yang dijulang oleh Bapa India – Mahatma Gandhi sudah lama diabaikan oleh kebanyakan ahli poltik negara itu dalam mengejar kemewahan untuk diri dan kroni.
Segelintir daripada rakyatnya adalah antara yang terkaya di dunia, namun sebilangan besar masih lagi terperangkap dalam kancah kemiskinan tegar yang amat memeritkan.
Di Malaysia, janji-janji NKRA-ETP ialah pusingan mimpi baru yang dijual oleh kerajaan Umno-BN kepada rakyat negara ini.
Ungkapan kroni, kronisme
Kita sudahpun menyaksikan bagaimana pengswastaan Tun Dr Mahathir Mohamad mempopularkan ungkapan kroni dan kronisme.
Duit rakyat beratus billion ringgit disalur untuk membayar syarikat-syarikat konsesi air, elektrik, dan sistem aliran transit ringan dan sebagainya.
Hasil jelas pemerintahan beliau, rakyat terpaksa membayar tol tinggi untuk menggunakan lebuhraya, bil elektrik dan air juga meningkatkan manakala kemudahan pengangkutan awam negara ini jauh daripada memuaskan.
Selepas Mahathir, rakyat disajikan pula rancangan-rancangan seperti Koridor Ekonomi wawasan Tun Abdullah Badawi.
Belum pun Koridor itu menjadi realiti, rakyat diminta menerima keindahan NKRA dan ETA oleh Perdana Menteri 1Malaysia Najib Razak.
Maaf jika rasa sinis saya membaca iklan-iklan akhbar berbayar kerajaan di India menyerlah sekali lagi apabila membaca "kebesaran ETP dan NKRA" di muka depan akhbar-akhbar arus perdana semalam.
Saya cuma memikirkan nasib rakyat yang terperangkap dengan segala sara hidup semakin melambung yang cuba dibuai dengan mimpi-mimpi seorang lagi Perdana Menteri Umno-BN.
ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.
Wira Arjuna adalah seorang wartawan dan editor kanan yang berpengalaman luas dan pernah menerajui beberapa media arus perdana sebelum bersara menjadi pemerhati politik.
ISTANBUL, 15 Jun: Selepas tiga hari berada di Turki untuk melihat dari dekat perjalanan dan strategi kempen parti AK di Turki, rombongan hari ini berkemas-kemas untuk pulang.
Lima delegasi telah berlepas pulang 13 Jun, sehari selepas pilihan raya, manakala hari ini lima lagi anggota akan berlepas pulang ke Malaysia.
Banyak yang dapat dipelajari dari AK parti untuk membolehkan PAS, PKR dan DAP juga menempah kemenangan yang sama di Malaysia.
"Bagi saya, terlalu banyak perkara yang kita boleh pelajari dalam pilihan raya ini dan perlu kita laksanakan. Sebaik saja pulang ke Malaysia, saya akan pastikan perkara ini sampai kepada pimpinan PKR untuk dilaksanakan," kata Saifudin Nasution Ismail, Setiuasaha Agung PKR sebelum berlepas pulang 13 Jun.
Turut pulang bersama beliau adalah Dr Siti Mariah Mahmud, Nasir Mustafa, Datuk Johari Abdul dan juga Nurul Izzah Anwar.
"Saya akan membuat beberapa cadangan kepada PAS untuk dilaksanakan menjelang pilihan raya akan datang," kata Dr Mariah Mahmud. Sessi lepas, Dr Mariah adalah timbalan pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat.
Selepas melihat dari dekat strategi dan pendekatan kempen AKP, ada beberapa perkara pokok yang perlu dipertimbangkan dan wajar dilaksanakan oleh PAS khasnya untuk memenangi hati rakyat Malaysia menjelang pilihan raya ke 13 nanti.
Pertama, kempen ini mesti inklusif atau memasukkan semua orang dalam sasaran. Benar PAS parti Islam tetapi Islam hendaklah dijelmakan untuk memimpin semua pihak, Islam dan bukan Islam. Di Turki, AK disenangi semua pihak. Yang mahukan Islam menyokong AKP, yang sudah jauh dari Islam juga menyokong AKP.
Kami berjumpa dengan seorang pemain bola sepak semi pro Turki ketika membeli CD lagu Turki untuk dibawa pulang ke Malaysia. Kebetulan dikedai itu, dia yang boleh berbahasa Inggeris. Apabila diberitahu kami mencari lagu tema kempen AK yang dicipta khas untuk pilihan raya ini, beliau sibuk sekali cuba mendapatkannya. Perkenalan itu menjadi sangat mesra kerana mengetahui kami menyokong AKP.
Seorang penyokong Saadet, Hassan, juga menjangkakan AKP akan menang besar dalam pilihan raya ini. Ini kerana, beliau akui orang ramai suka dengan cara AK. Yang kuat Islamnya suka kerana AK sangat tegas mempertahankan nilai-nilai Islam manakala yang sudah terungkai Islamnya dek lamanya Turki dibawah sekular, senang dengan pendekatan terbuka AKP.
Yang kuat Islam sangat terpaku dengan ketegasan Raccip Toyyib Erdogan memperjuangkan hak untuk wanita Islam memakai pakaian yang menutup aurat sebagaimana isteri beliau hatta di universiti dan majlis rasmi kerajaan yang selama ini dihalang oleh undang-undang Turki.
Mereka juga terkesima dengan cara Erdogan melayan perdana menteri Israel, Simon Peres, dalam Forum Ekonomi Dunia di Davos beberapa tahun lalu. Gambar Erdogan menunding jari kepada Peres dan video peristiwa itu menjadi bahan kempen utama AKP dalam pilihan raya ini.
Yang sudah jauh dari Islam juga menerima AKP. Ketika AKP memperjuangkan hak untuk wanita Islam memakai tudung, parti itu juga memberikan peluang kepada wanita yang tidak bertudung untuk menjadi calon mereka. Mungkin PAS tidak perlu melakukan hal ini di Malaysia namun keterbukaan mereka memberikan makna besar kepada rakyat Turki.
Cara kempen Turki juga berjaya membawa golongan muda dan seluruh keluarga untuk bersama mereka. Lebih 80 peratus pihak yang meraikan kemenangan AKP 12 Jun lalu adalah golongan muda yang datang bersama keluarga mereka.
Ketika berkempen begitu juga. Ramai sekali golongan ini bersama berarak di jalan raya (walk about) bersama calon-calon AKP. Ketika berkumpul di sebuah taman untuk mendengar ucapan, ia juga dipenuhi anak-anak muda.
Pemimpin AKP sendiri mendekati mereka bukannya diserahkan kepada pemimpin muda sahaja. Lagipun, suasana yang dihasilkan dalam kempen juga menggamit anak muda dan keluarga untuk turut bersama dalam kempen itu.
Pendekatan kempen mereka bukan pentas ceramah semata tetapi berkumpul di taman, berjalan di kawasan perumahan dengan diiringi muzik yang sesuai dan sebagainya.
Pendekatan kempen AKP juga bercorak 'lihat dan percaya'. Melalui pendekatan ini, bahan-bahan kempen AKP juga lebih bercorak gambar yang besar-besar. Gambar-gambar besar tanpa perkataan ini di pasang di merata-rata tempat khasnya di pejabat-pejabat AKP.
Jentera kempen utama AKP adalah van yang dibaluti dengan gambar bahan kempen parti mereka. Van-van ini disewa untuk tempoh kempen ini sahaja. Pendekatan ini menyebabkan AKP boleh dilihat di merata tempat. Untuk Istanbul sahaja, AKP mempunyai lebih 300 buah van. Setiap calon anggota Parlimen mereka akan mempunyai sekurang-kurangnya dua buah van semacam ini.
Van ini pula dipantau pergerakan mereka dengan GPRS. Hasilnya, pergerakan jentera mereka ini dapat dilihat dengan jelas di ibu pejabat mereka.
Selain gambar kempen membaluti van ini, ia juga dilengkapkan dengan pembesar suara yang memasangkan lagu-lagu AKP sepanjang kempen mereka.
Dalam kempen ini, AKP banyak memaparkan kejayaan yang dibuat oleh mereka sepanjang lapan tahun pentadbiran AKP bermula 2002 lalu. Mereka bandingkan setiap perkara dari pendidikan, kesihatan, pengangkutan, ekonomi dan sebagainya. Perbandingan dibuat antara 'Nereden' (dahulu) dan 'Nereye' (kini) dalam bentuk gambar, grafik dan angka yang besar, jelas dan terang.
Kami yakin, ini perkara utama yang perlu di buat oleh negeri-negeri Pakatan Rakyat iaitu Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.
Untuk peringkat nasional juga boleh dibuat iaitu dengan membanding Malaysia dahulu dan kini selepas 50 tahun di perintah oleh Umno dan Barisan Nasional.
Oleh kerana media di Turki adalah bebas tanpa kongkongan parti politik yang memerintah, semua parti boleh berkempen melalui media samada tv, akhbar atau dalam bentuk banner-banner besar.
Hasilnya, tidak banyak dirasai kehangatan kempen di jalan-jalan raya Turki tetapi ia sangat hangat di media. Memandangkan Malaysia tidak menikmati kebebasan sebegini, ia agak sukar dilakukan. Namun begitu, Pakatan perlu juga mengambil pendekatan ini dengan membeli ruang-ruang iklan di media yang agak bebas untuk menyampaikan mesejnya.
Pendekatan tulisan yang banyak sudah ketinggalan. Manifesto perlu dipaparkan dalam bentuk gambaran bukan tulisan yang banyak lagi. lihat dan percaya (Seing is beliving) perlu dipraktikkan sepenuhnya dalam kempen era moden dan tanpa sempadan ini.
Malaysia mempertingkatkan keselamatan di alam siber berikutan ancaman sekumpulan pengodam tanpa nama yang mahu menyerang portal kerajaan berikutan tindakan kerajaan menyekat beberapa laman web perkongsian fail, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.
Dengan menamakan kumpulan mereka sebagai Anonymous, mereka berkata tindakan kerajaan Malaysia yang menyekat beberapa laman web berkenaan dianggap sebagai satu bentuk penapisan.
Serangan yang diberi nama "Operation Malaysia", kata Anonymous akan dilancarkan pada jam 1930 GMT (3 pagi esok waktu tempatan) bagi memberi pengajaran kepada sesebuah negara yang menapis laman web Wikileaks.
"Kami menerima berita mengenai ancaman ini. Pelbagai agensi yang terlibat dan kita akan siasat," kata Ismail kepada Reuters.
"Siasatan perlu dijalankan dan kita perlu melindungi sistem kita pada masa yang sama."
Malaysia adalah negara terbaru yang menjadi perang siber oleh aktivis berkenaan yang sebelum ini melumpuhkan laman web MasterCard dan Paypal kerana menghentikan perkhidmatan kewangan kepada Wikileaks.
Mereka juga pernah menggodam laman web di Syria, Tunisia, Mesir dan India.
KUANTAN - Seorang penjenayah menaiki kereta jenis Perodua Kancil menjadikan seorang suri rumah sebagai mangsa samunnya selepas terserempak dengan wanita itu sedang berjalan kaki bersama anaknya di satu laluan agak sunyi di Jalan Kuantan-Maran kira-kira 300 meter dari Masjid Kampung Paya Bongor dekat sini, petang kelmarin.
Penjenayah berbangsa Cina berusia dalam lingkungan 30-an itu menggunakan modus operandi mendekati mangsa dengan kenderaan dipandu sebelum berpura-pura bertanyakan arah jalan ke Bukit Gambang Resort, Gambang.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa berusia 33 tahun tidak mengendahkan suspek sebaliknya dia segera menarik tangan anak lelakinya berusia empat tahun untuk beredar dan cuba mengelak daripada lelaki tidak dikenali itu.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri (Risikan dan Operasi) Superintendan Nordin Mustapha berkata, tidak puas hati dengan tindakan wanita itu, suspek mengeluarkan sebilah pisau lipat dan mengacukan ke arah mangsa.
Menurutnya, penjenayah terbabit mengancam akan mencederakan mangsa sebelum mengarahkan wanita itu menyerahkan rantai leher emas yang dipakai bernilai kira-kira RM4,000.
"Selepas mendapatkan habuannya, lelaki terbabit segera melarikan diri dengan kereta Kancil berwarna perak.
"Mangsa sempat mengecam suspek termasuk gambar tatu di bahagian lengan sebelah kiri," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.
Beliau berkata, mangsa kemudiannya membuat laporan polis berhubung kejadian di Balai Polis Jaya Gading dekat sini.
"Polis akan memanggil mangsa untuk tujuan pengecaman bagi mendapatkan lakaran wajah penjenayah dalam masa terdekat," katanya.
Menurutnya, kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan.
DR NOORAZAMAN pada sidang media mengenai misi kemanusiaan antarabangsa Freedom Flotila II di ibu negara, semalam. Turut serta Ahmad Zaki (tengah) dan Mat Ariffin.
Dua Ahli Parlimen ikut serta belayar menerusi misi kemanusiaan ke Gaza
KUALA LUMPUR: Sepuluh sukarelawan Malaysia, termasuk dua Ahli Parlimen, akan belayar ke Gaza akhir bulan ini menerusi misi kemanusiaan antarabangsa Freedom Flotila II bagi memecahkan kepungan haram rejim zionis Israel ke atas perairan Gaza.
Mereka akan menyertai lebih 1,000 sukarelawan daripada lebih 600 badan bukan kerajaan (NGO) dunia, yang akan belayar ke perairan Gaza dengan menaiki 13 kapal penumpang dengan tiga darinya adalah kapal kargo membawa pelbagai bantuan kemanusiaan berupa bekalan perubatan, peralatan sekolah dan bahan binaan seperti simen kepada 1.5 juta rakyat Palestin.
Semua sukarelawan yang bernaung di bawah pertubuhan Lifeline4Gaza (LL4G) itu akan menaiki kapal penumpang Scotland dan Jerman selain diwajibkan menjalani latihan persediaan mental dan fizikal untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan, termasuk kursus survival di lautan, bermula Ahad ini.
Presiden LL4G, Dr Noorazman Mohd Samsuddin berkata pasukan sukarelawan Malaysia itu mendapat sokongan daripada kerajaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan identiti anggota sukarelawan terbabit pada 18 Jun depan pada majlis pelepasan diadakan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
"Sepuluh rakyat Malaysia, termasuk dua Ahli Parlimen masing-masing seorang dari BN (Barisan Nasional) dan pakatan pembangkang akan ikut serta, menaiki kapal (tajaan NGO) dari Jerman dan Scotland menggunakan bendera Scotland.
"Semua 13 kapal dijangka bertemu di satu titik pertemuan di Laut Mediterranean pada 27 atau 28 Jun depan sebelum belayar ke arah Gaza," katanya pada sidang media LL4G mengenai penyertaan rakyat Malaysia dalam misi kemanusiaan antarabangsa itu di Stesen KL Sentral, di sini semalam.
Hadir sama adalah Pengerusi Perikatan Keamanan Rakyat Malaysia (Aman Malaysia), Datuk Ahmad Zaki Zahid; Pengerusi Muslim Care Malaysia, Mat Ariffin Ismail; Timbalan Presiden Yayasan Amal Malaysia, Jamuliddin Elias; Pengerusi PC2P-Aman Palestin, Dr Isa Hamzah dan Pengarah Hubungan Luar Cakna Palestin, Zahari Mohd Sidik.
Noorazman yang juga pengasas kepada LL4G, iaitu gabungan 19 NGO pro-Palestin di negara ini berkata misi kemanusiaan itu adalah kesinambungan misi Freedom Flotila pada Mei tahun lalu yang menyaksikan sembilan aktivis kemanusiaan yang menaiki kapal penumpang Turki, MV Marvi Marmara ditembak mati komando Israel.
Katanya, misi kemanusiaan kali ini menggunakan tema 'Pertahankan Kemanusiaan' bagi mengingati pembunuhan aktivis kemanusiaan pro-Palestin, Vittorio Arrigoni di Gaza beberapa bulan lalu, di mana kesemua sukarelawan akan belayar ke Gaza bersandarkan prinsip menolak sebarang bentuk keganasan.
"Kami dijangka bergerak ke Gaza pada 30 Jun kecuali ada halangan. Kami sudah minta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk memeriksa kapal termasuk penumpang. Kalau ada individu yang disenaraihitamkan, kita akan keluarkan mereka. Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) juga boleh buat 'sportcheck' kecuali Israel," katanya.
Noorazman berkata, pasukan itu masih kekurangan RM300,000 bagi menampung kos pembiayaan keseluruhan misi kemanusiaan itu dengan individu dan korporat yang berminat untuk menyumbang boleh menyalurkan sumbangan masing-masing kepada Muslim Care (Viva Palestin) melalui akaun Maybank bernombor: 564490211159.
PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: Anggota keselamatan Syria hanya berdiri melihat penunjuk perasaan Palestin melintasi garisan sempadan gencatan senjata di Golan Heights dan ditembak tentera Israel, menurut laporan PBB yang diperoleh AFP.
Sekurang-kurangnya 27 orang terbunuh dalam tunjuk perasaan pada 15 Mei dan 5 Jun itu dan beberapa diplomat berkata kenyataan saksi menguatkan dakwaan bahawa Syria mencetuskan masalah sempadan bagi mengalih perhatian daripada tindakan keras Presiden Bashar al-Assad terhadap penunjuk perasaan antikerajaan.
Laporan oleh Setiausaha Agung PBB, Jeneral Ban Ki-moon, itu turut menyatakan bantahan terhadap Assad merebak ke sempadan dan PBB serta anggota pasukan pendamai tidak dibenarkan ke beberapa daerah.
Laporan berhubung Pasukan Pemantau Pengunduran PBB (UNDOF) yang memantau gencatan senjata di antara Syria dan Israel itu tidak menuduh Syria menganjur tunjuk perasaan oleh rakyat Palestin pada hari simbolik konflik Arab-Israel itu.
Bagaimanapun, ia menegaskan setiap kali tunjuk perasaan itu diadakan, pasukan keselamatan Syria berada berhampiran tempat kejadian. - AFP
SHAH ALAM, 15 Jun: Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abd Rani Osman (gambar) menyifatkan Umno dalam keadaan gelabah sekarang ini hingga mengeluarkan kenyataan tidak berasas.
Beliau yang juga Adun Meru berkata demikian ketika mengulas kenyataan Umno Selangor yang mendesak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggugurkan Datuk Dr Hasan Ali sebagai exco kerajaan negeri.
Desakan ini ekoran penyusunan semula Pesuruhjaya Selangor yang sebelum ini dipegang Dr Hasan yang juga Exco Agama, Adat Melayu dan Kemudahan Asas negeri.
Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang bersidang pada 12 Jun lalu membuat keputusan melantik Dr Rani mengambilalih tugas Pesuruhjaya PAS Selangor dari Dr Hasan.
Dalam hal ini, Dr Rani berkata, kenapa pula MB perlu menggugurkan Dr Hasan kerana asas pelantikan beliau adalah untuk memberi peluang dan ruang luas untuk Dr Hasan tumpukan kepada tugasan exconya.
"Inilah keadaan di mana jelas Umno Selangor berada dalam keadaan gelabah dalam menghadapi perkembangan politik semasa terutama di Selangor.
"Bahkan Himpunan Bersih 2.0 yang aman dan mendesak pilihan raya adil dan bersih juga ditakuti oleh Umno BN, entah apa yang mereka bimbang?
"Jika mereka tidak mahu atau bersetuju dengan desakan diadakan pilihan raya adil dan bersih, apakah mereka ingin kekalkan bentuk pilihan raya yang jelas jijik, penuh keji dan penipuan?" soalnya.
Dalam soal sama, Dr Rani berkata, Umno Selangor memang tidak mengikuti perkembangan politik semasa, sejarah dan urutannya.
Jika Umno membuat sedikit kajian, tegasnya, mereka pasti akan ketemu dengan isu Exco Kerajaan, Ronnie Liew tetap memegang jawatan itu sampai sekarang meskipun tidak lagi memegang jawatan utama dalam partinya.
Sementara itu, Dr Rani berkata, PAS Selangor akan membentuk jawatankuasa perhubungan negeri pada Isnin ini.
Dalam kenyataannyai, beliau berkata, amanah berat yang dipikul oleh pasukan barunya untuk memastikan Kerajaan Negeri Selangor terus berada di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.
Dr Hasan juga dalam amanatnya dalam sebuah akhbar harian mengingatkan pesuruhjaya baru agar pertingkatkan persediaan untuk hadapi PRU 13 yang akan diumumkan pada bila-bila masa sahaja.
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub bersetuju mengenai kebenaran yang dikeluarkan oleh Bank Negara terhadap pengambilalihan bank RHBCap oleh Abu Dhabi Commercial Bank (ADCB).
Beliau yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian semasa ditemui di lobi Parlimen hari ini mengalu-alukan ADCB untuk ambil alih RHBCap dan menyatakan hasrat Maybank dan CIMB untuk mengambil alih RHBCap perlu dilupakan apabila kebenaran itu telah dibuat oleh Bank Negara.
Menurut beliau lagi, Maybank dan CIMB perlu terus dan merancang memikirkan satu sektor lain yang lebih menguntungkan mereka.
"Bagi kita tidak perlu Mybank dan CIMB untuk ambil alih RHBCap kerana Mybank dan CIMB ini kepentingannya adalah merupakan pengumpulan besar wang dana rakyat.
"Jadi, kita nak selamatkan dana dalam bank Maybank dan CIMB supaya tidak menggugat kepentingan awam.
"Hal ini kerana Maybank di bawah Pemodalan Nasional Berhad dan CIMB pula di bawah Khazanah yang terdapat wang dana rakyat.
"Kita mengharapkan tidak berlaku pengambilan bank oleh Maybank dan CIMB yang berhasrat untuk mengambil alih RHBCap.
"Hal ini kerana kita merasakan pekara itu tidak ada satu keperluan yang mendesak bagi kedua-dua bank yang besar ini untuk mengambil alih RHBCap," jelas beliau lagi.
Sebelum ini beliau telah membangktkan perkara tersebut semasa membahaskan Rang Undang-undang Larangan Kumpulan Wang Kutu 2011 di Dewan Rakyat.
Akhbar The Sun pada 13 Jun lalu melaporkan mengenai rancangan ADCB untuk mengambi alih bank RHBCap.
KUALA LUMPUR: Seramai 131 peneroka Felda Kemahang 1 dan 2 menerima berita gembira hari ini apabila Mahkamah Tinggi Kota Bharu mengarahkan Felda membayar RM1.2 juta kepada mereka.
Kes tersebut difailkan peneroka yang gagal mendapat semula wang caruman mereka di bawah tabung wang tanam semula yang diuruskan Felda melalui peguam Wan Rohaimi Wan Daud.
Keputusan tersebut dibuat Hakim Datuk Mohd Azman Husin jam dan mengarahkan wang tabung tersebut ditaksirkan.
Menurut Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman sejumlah RM1.2 juta itu dikira daripada caruman pokok peneroka termasuk caruman yang dibuat setiap bulan selama lebih kurang 20 tahun.
Manakala dividennya juga dikira dalam tempoh 20 tahun itu.
Mazlan menyifatkan keputusan tersebut sebagai sangat menggembirakan peneroka dan membuktikan perjuangan mereka menuntut keadilan semakin mendapat perhatian.
"Ini satu keputusan yang menggembirakan yang ditunggu-tunggu selama ini dan mengulang kes yang sama yang dibawa peguam Hanipa Maidin dalam kes saman peneroka Sungai Koyan terhadap Felda sebelum ini dan ini kemenangan buat kesekian kalinya.
"Ini menandakan bahawa perjuangan warga felda mendapat tempat dan kebenaran akhirnya memihak kepada peneroka," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Ogos tahun lalu, seramai 354 peneroka Felda Kemahang 3, Kelantan, menerima ganti rugi berjumlah RM11 juta dari Felda kerana manipulasi gred buah kelapa sawit.
Mazlan juga berkata, kemenangan kali ini sangat penting untuk menyuntik semangat peneroka agar terus berjuang menuntut hak mereka.
"Ini satu keputusan yang penting kerana melibatkan lebih kurang 10 ribu lagi peneroka yang tidak mendapat wang tanam semula dan ada kesnya yang sedang dibicarakan," katanya.
Mazlan turut memberitahu, lebih kurang 700 peneroka dari sekitar Felda Jengka akan memfailkan saman terhadap Felda di Mahkamah Tinggi Temerloh berhubung kadar perahan gred (kpg) sawit yang diterima mereka begitu rendah.
"Kes ini akan diketuai peguam Sivarasa Rasiah," katanya.
Sekretariat Task Force Felda
Sementara itu Mazlan turut memaklumkan bahawa satu diskusi mengenai akta penempatan berkelompok (GSA) 1960 berlangsung di Bangunan SUK Selangor hari ini dan dirasmikan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.
Diskusi tersebut dianjurkan oleh Sekretariat Task Force Felda yang ditubuhkan Kerajaan Negeri Selangor.
"Ahli panel terdiri daripada para peguam yang membentang dan menghurai tentang GSA dari sudut kelemahan,kepincangan dan apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk melakukan penambah baikan terhadap felda ini termasuk keadilan akta ini kepada peneroka," katanya.
Beliau berkata, hasil diskusi tersebut, mereka bersetuju untuk memperincikan semua kelemahan yang terdapat dalam GSA ini agar dilakukan semakan semula supaya dapat memberi keadilan kepada pemilik tanah.
Mazlan merupakan salah seorang ahli jawatankuasa task force tersebut.
DAMSYIK 15 Jun – Seramai enam penduduk terbunuh selepas bertempur dengan pasukan keselamatan sementara beberapa kereta kebal ditempatkan berhampiran sempadan Syria-Iraq.
"Enam penduduk maut dalam masa beberapa jam lalu di Ariha, timur bandar Jisr al-Shughur selepas bertempur dengan pasukan keselamatan dalam protes yang dilakukan di timur bandar Deir Ezzor," kata seorang aktivis.
Sementara itu, pasukan keselamatan Syria meneruskan operasi mereka dengan menangkap penduduk kampung berhampiran Jisr al-Shughur. – AFP
MEDAN: Gempa bumi 5.5 magnitud dilaporkan berlaku di Tarutung, Tapanuli Utara, Wilayah Sumatera Utara semalam, sebanyak dua kali iaitu pada jam 7.08 pagi dan 10.01 pagi waktu tempatan.
Kakitangan Pelayanan Data dan Informasi Balai Besar Meterologi Klimatologi dan Geofizik Wilayah 1 Medan, Albertus Simanullang berkata gegaran pertama berpusat pada 1.79 lintang utara dan 99.13 bujur timur.
Gempa pada jam 7.08 (Waktu Indonesia Barat) itu berlaku di 30 km ke tenggara Tarutun dengan kedalaman kira-kira 10 km di bawah tanah.
Manakala gempa kedua berpusat pada 1.83 lintang utara dan 99.07 barat timur atau 22 km ke tenggara Tarutung dengan kedalaman 10 km di bawah tanah.
KOTA BHARU,: Selepas agak lama isu membabitkan Bazar Tok Guru reda, kini Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB kembali kelam kabut apabila menghantar memorandum kepada pelbagai pihak mendakwa kononnya mereka dianiaya.
Isunya bermula apabila bekalan elektrik di pasar tersebut dipotong pada 10 Jun lalu. Ekoran itu peniaga di situ gelabah semula.
Apa puncanya bekalan elektrik dipotong. Persatuan mungkin menyembunyikan fakta bil elektrik berjumlah hampir RM60,000 difahamkan gagal dibayar peniaga di situ sejak beberapa bulan lalu.
Persoalannya sekarang siapa yang tidak menjelaskan bil tersebut, peniaga atau persatuan.
Pemilik bangunan Pasar Lama MPKB, Sensa Timur Sdn Bhd difahamkan mengarah peniaga terbabit mengosongkan bangunan itu 31 Mac lalu, namun hasil campur tangan kerajaan negeri tempoh perpindahan dilewatkan sehingga akhir Jun ini.
Pengurus Pemasaran Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Khalili Abdul Kadir berkata, isu terbaru yang ditimbulkan Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB ada kaitan bekalan elektrik dipotong kerana bil tertunggak begitu banyak.
"Difahamkan peniaga terbabit sudah pun dimaklumkan mengenai tunggakan bil elektrik yang belum dijelaskan," katanya.
Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB, Salim Ahmad semalam dilaporkan mendakwa Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam menarik balik deposit di Tenaga Nasional Berhad menyebabkan bekalan elektrik dipotong.
Persatuan itu juga dilapor menyerah memorandum kepada Istana Kelantan dan kerajaan negeri supaya campur tangan bagi menyelesaikan kemelut tersebut.
Salim juga mendakwa peniaga berdepan dengan pemilih lot secara tidak adil di Bazar Tok Guru.
Sebelum ini persatuan terbabit juga mengharap pemimpin Umno termasuk Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed membela mereka.
Namun sehingga kini Umno mendiamkan diri, sebaliknya masalah mereka diselesaikan kerajaan negeri termasuk menawar lot di Bazar Tok Guru secara percuma selama setahun di tingkat bawah dan dua tahun di tingkat satu.
Selain itu juga mengurangkan harga setiap lot sebanyak RM25,000 menjadikan harga ditawarkan RM63,000 jauh lebih rendah berbanding harga asal RM88,000.
Tawaran memiliki lot di tingkat bawah dan tingkat satu dengan harga RM63,000 hanya sah sehingga 31 Mei lalu.
Dan selepas 31 Mei sehingga akhir Jun ini harga setiap lot ditawarkan sebanyak RM70,000 dan setiap peniaga perlu mengurus sendiri pinjaman bank.
Selepas 30 Jun tiada lagi sebarang diskaun diberi dan peniaga ditawar pada harga asal iaitu RM92,000 di tingkat satu dan RM88,000 di tingkat bawah.
PMBK juga memberi peluang mana-mana peniaga yang mendaftar awal boleh memilih lot dan pendaftaran lewat akan diberi lot secara pengundian.
Sebelum ini hampir setahun persatuan terbabit menjaja isu lot ruang niaga di Bazar Tok Guru sempit dan mahal. Mereka menggunakan Umno bagi menghentam kerajaan negeri.
Sedangkan mereka lupa saiz lot dikecilkan berdasar kepada kehendak persatuan kerana mahu kesemua peniaga ditempatkan di tingkat bawah.
Khalili berkata, peniaga yang mendaftar awal iaitu lebih 80 orang akan berpindah dahulu ke Bazar Tok Guru dalam masa terdekat ini.
"Kumpulan kedua iaitu 200 peniaga yang memohon selepas 2 Mei lalu perlu menjalani pengundian bagi menentukan lot masing-masing," katanya.
Menurutnya minggu ini surat tawaran dikeluarkan kepada peniaga berkenaan iaitu berdasar kepada permohonan awal yang diterima PMBK.
Persatuan Peniaga Pasar Lama hanya berbaki hayat 16 hari lagi. Sebelum ini difahamkan mereka menemui beberapa pemimpin PAS memohon maaf di atas kritikan dilempar kepada kerajaan negeri berhubung isu Bazar Tok Guru.
Pada pagi Ahad lalu ada pihak tertentu menaikkan bendera PAS di sekeliling Pasar Lama MPKB sebagai memprotes bekalan elektrik dipotong.
Pemilik bangunan juga sudah memasang tiang besi bagi membina pagar di sekeliling pasar tersebut untuk membolehkan projek pembangunan semula pasar dijalankan selepas peniaga berpindah.
Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (bawah, kiri).
Beliau menjawap soalan lisan daripada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) yang meminta perdana menteri menyatakan jumlah permohonan murtad bagi penganut Islam dan berapakah jumlah yang diluluskan mengikut negeri sepanjang sedekad yang lalu.
Er juga memohon penjelasan kerajaan mengenai cara-cara yang diambil bagi menangani kes-kes gejala murtad itu.
Jamil dalam jawapannya berkata mengikut perangkaan yang dibekalkan kepada kementeriannya menunjukkan sejumlah 168 orang yang memohon untuk meninggalkan agama Islam diluluskan.
Bagaimanapun perangkaan yang dibekalkan kepada Dewan Rakyat itu tidak selaras dengan jumlah yang dikira.
Mengikut kiraan Malaysiakini, jumlah permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan pula adalah 135 orang.
Mengikut data yang dibekalkan, jumlah tertinggi yang diluluskan adalah dari Sabah iaitu seramai 67 orang dan diikuti dari Negeri Sembilan dengan 33 orang.
Jumlah permohonan untuk meninggalkan Islam yang terbesar adalah di Sabah - 238, Negeri Sembilan - 172, Selangor - 99 dan Perak - 47.
Tiada permohonan murtad dicatatkan di Kelantan.
"Dalam menangani gejala murtad, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sentiasa melasanakan program dan aktiviti bagi mengelakkan berlakunya gejala ini terutamnya di kalangan saudara-saudara baru.
"Antara program dan aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti khidmat nasihat; ziarah dan lawatan ke rumah; aktivitiaktiviti pengukuhan agama; kelas pengajian agam; dan sokongan Baitulmal," kata Jamil.
Kementerian Pelancongan sekali lagi 'panas' apabila ahli-ahli parlimen hari ini membidas tindakan kerajaan yang membelanjakan RM1.8 juta bagi membina dan menyelanggara laman Facebooknya.
Anthony Loke (DAP-Rasah) berkata sebegitu banyak wang dihabiskan sebegitu sahaja untuk laman sosial yang boleh dibuat secara percuma.
"Semakan terakhir saya mendapati ada hanya 20,308 peminat di laman Facebook kementerian. Secara bandingan laman Facebook 'Visit Penang', yang mana kerajaan negeri Pulau Pinang tidak membelanjakan satu sen pun tetapi mendapat 100,000 peminat. Kenapa belanja RM1.8 juta?" soalnya semasa sesi soalan.
Loke berkata adalah sukar untuk mempercayai kononnya tidak ada sesiapun di kementerian itu yang mempunyai pengetahuan untuk mengemas-kinikan akaun Facebook sehingga kerajaan terpaksa memberikan kontrak kepada pihak ketiga.
Katanya, kerajaan dengan mudah boleh mendapatkan nasihat daripada pelbagai pihak termasuk BN dan juga ahli parlimen Pakatan yang sebahagian besar mereka pengguna rangkaian laman sosial yang aktif.
"Tak perlu tanya ahli sebelah sini (pembangkang). Terdapat ramai di kalangan penyokong kerajaan seperti Kota Belud dan Rembau... mereka boleh dibawa sebagai perunding," katanya merujuk kepada ahli parlimen Umno Abdul Rahman Dahlan dan Khairy Jamaluddin, yang kedua-dua mereka kerap menggunakan Twitter.
Timbalan Menteri Pelancongan Datuk James Dawos Mamit berkata kontrak RM1.8 juta itu ditenderkan kepada syarikat, Impact Creations Sdn Bhd, untuk selama tiga tahun iaitu bermula 2011 hingga 2013.
Khairy, dalam soalan tambahannya bersetuju dengan Loke bahawa peruntukan RM1.8 juta itu adalah satu pembaziran dan berkata kurangnya minat laman Facebook kementerian itu tidak mencerminkan jumlah besar yang dibelanjakan.
Khairy juga membangkitkan sama ada kementerian menetapkan sebarang petunjuk prestasi (KPI) bagi memantau pencapaian agensi yang dilantik untuk melaksanakan penjenamaan itu.
"Apa KPI kepada syarikat berkenaan. Dari segi periklanan apakah tambahan mereka dan revenue yang dapat digenerate hasil usaha syarikat itu membuat online advertising," soalnya.
Malaysiakini/-
Ulasan
Saya dengan team blog cina islam dengan ini menawarkan khidmat percuma kepada kementerian rais untuk mengendalikan facebook. Kalau masih berhajat untuk membayar khidmat kami mohon cuma dibayar dengan harga semahal RM 1.80 (ringgit malaysia seringgit lapan puluh sen sahaja).
KUALA LUMPUR, 14 Jun: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menarik balik saman terhadap Utusan Malaysia berdasarkan tawaran penyelesaian di luar mahkamah.
Setiausaha akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari menjelaskan, ia berdasarkan tawaran penyelesaian di luar mahkamah oleh pihak defendan berdasarkan sejumlah bayaran yang tertentu.
Beliau menyatakan demikian dalam satu kenyataan sebagai merujuk kepada laporan akhbar Utusan Malaysia dan Sinar Harian hari ini.
Berikut penjelasan beliau.
Saya merujuk kepada laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini 14 Jun 2011 di halaman 20 di bawah tajuk 'Kes Nik Aziz Saman Utusan RM20j Selesai Luar Mahkamah'.
Laporan yang sama juga disiarkan oleh Sinar Harian hari ini di halaman N4.
Sukalah saya mengesahkan laporan tersebut dengan sedikit penambahan berdasarkan kronologi berikut:
Pada 12 Jun 2009, Utusan Malaysia telah menyiarkan satu artikel dengan petikannya di muka hadapan di bawah tajuk "Nasihat Saya Mesti Didengar" dengan beberapa isi kandungan yang memfitnah YAB Tuan Guru Dato Menteri Besar Kelantan.
Antaranya menyebut, "Namun begitu, beliau mengingatkan bahawa nasihatnya itu mesti didengar kerana mempunyai hujah jelas untuk menangkis cadangan yang dianggapnya sebelum ini sebagai 'ilham' UMNO."
Artikel tersebut mengundang kepada beberapa pandangan balas yang mengecam YAB Tuan Guru, antaranya ialah seperti yang tersiar di dalam akhbar yang sama di muka surat 12 bertarikh 16 Jun 2009. Artikel yang ditulis oleh Ramli Abdul Halim itu mengecam YAB Tuan Guru dengan mendakwa tindakan tersebut bercanggah dengan Islam.
YAB Tuan Guru telah menafikan kenyataan yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada 12 Jun 2009 dan penafian ini disiarkan oleh akhbar yang sama di muka surat dua pada 18 Jun 2009.
Setelah melalui proses rundingan di antara kedua-dua pihak bersama dengan peguam yang dilantik, Utusan Malaysia telah memohon maaf kepada pihak YAB Tuan Guru di atas laporan yang salah tersebut dan permohonan maaf ini disiarkan di muka hadapan Utusan Malaysia 29 Julai 2009.
Memandangkan laporan tersebut yang dianggap begitu tersasar dan mendatangkan kesan khususnya kepada keputusan pilihanraya kecil Dun Manek Urai, pihak YAB Tuan Guru tetap meneruskan usaha untuk memfailkan saman sebanyak RM20 juta ke atas Utusan Malaysia.
Kes ini dijadualkan mula dibicara pada 12 Jun 2011 di Mahkamah Tinggi Kota Bharu.
Pada 10 Jun 2011, pihak Utusan Malaysia melalui peguam yang dilantik telah menghantar notis tawaran penyelesaian di luar mahkamah dengan sejumlah bayaran ganti rugi kepada pihak YAB Tuan Guru.
Justeru pada prosiding mahkamah yang bermula pada 13 Jun 2011, berasaskan kepada notis yang dihantar tersebut, YAB Tuan Guru telah berbesar hati untuk menarik balik saman dengan sejumlah bayaran yang ditawarkan oleh pihak defendan.
Justeru, sukalah saya mengulangi sekali lagi bahawa apa yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada hari ini 14 Jun 2011 iaitu YAB Tuan Guru telah menarik balik saman RM20j adalah benar namun perlu disebut bahawa ia dilakukan berdasarkan tawaran penyelesaian di luar mahkamah oleh pihak defendan berdasarkan sejumlah bayaran yang tertentu.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Mohd. Puad Zarkashi kelmarin mencabar PAS menggugurkan perkataan Islam pada nama parti itu bagi menjaga hubungannya dengan parti pembangkang yang lain. Terfikir juga dibenak hati ini mengapa terlalu bencinya pemimpin Umno ini kepada nama `Islam'.
Pemimpin Umno semenjak dahulu hingga kini masih gagal mengemukakan hujah apakah kesalahan PAS di dalam menggunakan nama `Islam' di dalam parti tersebut. Kita tahu di zaman Tun Dr Mahathir menjadi PM, sudah ada usaha untuk mengharamkan nama `Islam' di dalam parti. Alhamdulillah, ketika itu Majlis Fatwa tegas menyebut bahawa tiada salahnya nama `Islam' dimartabatkan.
Sekiranya Umno yang memartabatkan nama bangsa Melayu dan semangat kebangsaannya di dalam parti mereka, apakah dosa besar bagi PAS untuk memartabatkan nama `Islam'? Jika mahu disebut dengan hujah betapa Umno lah sebenarnya `menjual' nama bangsa di dalam parti berkenaan, tidak cukup halaman untuk kita membuktikannya. Paling mudah, Dasar Ekonomi Baru (DEB) ternyata gagal mengangkat bangsa Melayu walaupun telah berpuluh tahun ianya dilaksanakan sehingga dasar tersebut tenggelam begitu sahaja.
Di mana salahnya PAS di dalam menggunakan nama `Islam' di dalam parti tersebut? Adakah PAS melakukan perkara yang bertentangan dengan Islam? Adakah PAS merestui amalan rasuah dengan melantik kaki rasuah menjadi Ketua Menteri/MB Negeri atau Ketua Pemuda? Mungkin Ali Rustam dan KJ boleh menjawab hujah ini. Adakah PAS juga memilih kaki rasuah sebagai Wakil Rakyat? Mungkin Isa Samad tahu hal ini. Pernahkah PAS bercita-cita untuk meluluskan judi bola sepak Piala Dunia? Atau, pemimpin PAS terlibat dengan tragedi pembunuhan Altantuya? Mungkin Najib boleh terangkan jawapannya.
Pernahkan PAS merestui akta zalim Akta ISA yang diharamkan oleh Islam itu? Cuba buktikan siapa pemimpin PAS yang tidak bermoral dan isterinya tidak menutup aurat? Hal ini boleh ditanya kepada Najib dan Rosmah atau pun Shahrizat Jalil. Cuba pemimpin Umno berani sedikit untuk berhujah bagi menyatakan betapa PAS perlu membuang nama Islam di dalam parti tersebut kerana PAS melakukan perkara yang bertentangan dengan Islam.
Adakah dengan Konsep Negara Berkebajikan, bersahabat dengan DAP dan PKR boleh dianggap bertentangan dengan Islam? Adakah bersubahat dengan Umno yang menjadi sekutu Apco serta terus mengekalkan kezaliman dan penindasan terhadap rakyat, menyalahgunakan kuasa, mempertahankan kroni dan banyak lagi dasar Umno yang bertentangan dengan moral, akhlak serta Islam itu boleh dianggap bersesuaian dengan Islam?
Nampaknya Umno semakin tidak menentu apabila PAS kini membuka lebih luas ruang untuk rakyat menerima perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Jika sebelum ini Umno terlalu gilakan DNA atau sumpah laknat DS Anwar, kini Umno mula tergila-gilakan `Negara Islam dan Hukum Hudud' pula. Setiap hari media pencacai mereka menyebut tentang Negara Islam yang kununnya telah ditinggalkan oleh PAS. Jika benar ikhlas, kuasa kini berada di tangan mereka, Nah, laksanakan lah jika benar-benar ikhlas.
Sehingga saya selesai menulis artikel ini, saya masih belum mendapat jawapan mengapa pemimpin Umno terlalu benci kepada nama `Islam' tetapi mahu kepada Negara Islam. Mungkinkah tahap meroyan Umno kini semakin kritikal?
KUALA LUMPUR, 14 Jun: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) mencadangkan agar bekas tentera dilantik sebagai ahli jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) di setiap negeri.
Ahli Parlimen Bukit Gantang itu sewaktu mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini berkata, amat sesuai untuk bekas tentera ini dilibatkan dalam JKKK memandangkan ianya berkait dengan keselamatan rakyat.
"Saya nak cadangkan di sini dan saya minta pendapat menteri apakah boleh kalau bekas tentera ini dipilih sebagai ahli JKKK.
"Nama pun jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung jadi sudah tentu bekas tentera ini ada kepakaran, kemahiran dan disiplin dan akan memberikan manfaat kepada orang ramai.
"Jadi saya harap bekas tentera ini mendapat pembelaan yang sewajarnya daripada kerajaan," katanya yang juga AJK PAS Pusat.
Nizar turut mempersoal kegagalan bekas tentera mendapatkan tanah walaupun telah membuat permohonan setelah bersara pada umur 40 tahun.
Sedangkan menurut Nizar, permohonan tanah itu termaktub dalam Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT) tahun 1973.
Beliau merujuk kepada PMAT bertarikh 29 ogos 1973, perenggan 9 hingga 11 yang antara lain menyatakan bahawa isteri bekas tentera berhak untuk memohon 20 ekar tanah pertanian dan dua tapak tanah perumahan daripada Kementerian Pertahanan melalui kerajaan negeri tertentu.
"Malangnya 99 peratus daripada pemohonan tidak diluluskan dan ahirnya ramai di antara bekas tentera hari ini hanya sekadar menjadi pengawal keselamatan, pemandu atau kerja-kerja buruh kasar.
"Saya merasa amat sedih oleh kerana mereka telah menggadaikan usia muda mereka, masa bekerluarga tiba-tiba selepas bersara tidak dilayan sebaiknya," katanya yang juga Adun Pasir Panjang.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi dalam jawapannya bagaimanapun tidak menjawab soalan sebenar sebaliknya cuba mengalihkan isu dengan mendakwa tanah di bawah kuasa kerajan negeri dan Nizar sewaktu menjadi Menteri Besar Perak juga tidak memberikan tanah kepada bekas tentera.
Jawapan itu menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan wakil Pakatan Rakyat dan mendakwa Zahid tidak mengkaji isu sebenar.
Nizar dalam soalan asalnya meminta Menteri Pertahanan menyatakan usaha serta langkah kerajaan dalam memanfaatkan tenaga serta kepakaran bekas-bekas tentera khususnya mereka yang tamat perkhidmatan pada umur 40-an.
Berbalas sindiran
Sementara itu, sewaktu sesi soal jawab berlangsung, berlaku berbalas-balas sindiran di antara Zahid dan Nizar.
Ianya bermula apabila Zahid sebelum menjawab soalan Nizar "mengucapkan tahniah" kepada Nizar dan pimpinan PAS yang menang dalam pemilihan parti minggu lalu.
"Saya ingin ucapkan tahniah kepada Bukit Gantang (Nizar) yang diberikan kepercayaan semula oleh Presiden partinya sebagai AJK PAS Pusat walaupun beliau kecundang dalam perebutan jawatan naib presiden baru-baru ini.
"Tahniah juga kepada Pokok Sena (Datuk Mahfuz Omar) dan Kubang Kerian (Salahuddin Ayub) yang dapat mengekalkan jawatan sebagai naib presiden PAS dan tahniah kepada Presiden PAS yang menang tanpa bertanding," katanya.
Nizar sebelum mengemukakan soalan tambahan membalas "ucapan tahniah" itu dengan turut "mengucapkan tahniah" kepada Umno yang takut untuk mengadakan pemilihan partinya kerana ingin memberi tumpuan kepada pilihan raya umum ke-13.
"Saya ucapkan tahniah kepada menteri yang menjawab (soalan saya) dan kemudiannya memberikan ransangan dan mengucapkan tahiah kepada saya dan rakan-rakan yang bertanding dalam pemilihan parti baru-baru ini.
"Saya juga mengambil kesempatan mengucapkan syabas dan tahniah kepada menteri kerana parti Umno juga gentar dan takut membuat pemilihan dan akhirnya ditangguh.
"Jadi tahniahlah kerana takut dan kalau boleh ditangguhkan lagi lama lagi elok. Tahniah," katanya.
PAS menyelar pemimpin Umno yang didakwanya bersikap seperti berpenyakit bebal kerana cuba mengeksploitasi isu pilihan raya masjid yang diperkenalkan kerajaan negeri Pulau Pinang.
Ahli jawatankuasa PAS Pusat Idris Ahmad mendakwa tujuan isu itu diekploitasi dengan harapan "orang Melayu semakin marah dengan Pakatan Rakyat kerana mempolitikkan masjid".
"Mereka akan manipulasi isu ini untuk menuduh kerajaan Pakatan Rakyat menimbulkan kecelaruan kepada orang Islam.
"Apa yang paling kelakar mereka berhujah kenapa kuil dan gereja tidak ada pemilihan ahli jawatankuasa seperti pemilihan ahli jawatankuasa masjid," katanya dalam satu kenyataaan.
Idris mendakwa Umno sebenarnya mahu melindung kerja jahat mereka terhadap institusi masjid di bawah kerajaan BN kerana didakwa pemilihannya "tidak demokratik dan dipilih oleh pemimpin Umno bukan anak kariah".
"Perlantikan bukan ahli masjid, yang tidak layak dari segi peribadi untuk imarahkan masjid. Tetapi oleh kerana ia dibinkan dengan Umno maka semua boleh.
Umno meniru
"Kita boleh lihat masjid di negeri Umno dan Pakatan Rakyat dari segi imarah. Masjid di negeri Umno mati sebelum ahli kariah mati," katanya.
Idris mendakwa Umno bersikap anti pembaharuan kerana "berfikiran jumud dan zero IQ" sehingga menyebabkan setiap pembaharuan yang ingin dibuat "akan ditentang secara melulu walaupun akhirnya mereka akan meniru".
"Rakyat Malaysia tentu masih ingat ketika Kerajaan Kelantan memperkenalkan hari bekerja selama lima hari seminggu, pemimpin Umno menuduh kerajaan Kelantan malas dan akan merendahkan produktiviti.
"Tidak berapa lama kerajaan pusat mengikut jejak langkah yang sama," katanya yang juga bekas ketua penerangan PAS Pusat.
Sedangkan katanya, perubahan cara pemilihan jawatankuasa masjid itu sahaja yang berubah berbanding dahulu undian dilakukan dengan cara angkat tangan.
Katanya, pemilihan jawatankuasa kariah masjid itu mengikut Seksyen 104 (1) (b) Enakmen Negeri Pulau Pinang 2004 dan 4(1) Kaedah-kaedah Jawatankuasa Kariah dan Pegawai Masjid (negeri Pulau Pinang).
Apabila Kerajaan Pakatan Rakayat Pulau Pinang memperkenalkan pemilihan jawatankuasa masjid ala pilihanraya, umno yang bersikap berpenyakit bebal cuba eksploit isu ini dengan harapan supaya orang melayu semakin marah dengan Pakatan Rakyat kerana mempolitikkan masjid.
Pada hal pemilihan ini adalah cara sahaja berubah, dulu angkat tangan sekarang hendak dibuat ala pilihanraya.Pemilihan Jawatankuasa Kariah Masjid Pulau Pinang 2012-2013 adalah mengikut Seksyen 104 (1) (b) Enakmen Negeri Pulau Pinang 2004 dan 4(1) Kaedah-kaedah Jawatankuasa Kariah dan Pegawai Masjid (negeri Pulau Pinang).
Tatacara baru itu memberikan hak kepada anak kariah untuk mencadangkan jawatankuasa masjid masing-masing kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang sebelum mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.Selepas tarikh pencalonan ditutup Selasa lalu, 193 daripada 200 masjid sudah menghantar senarai pencalonan masing-masing yang membuktikan majoriti kariah menerima pakai tatacara pemilihan diperkenalkan. Malah, ada masjid mengadakan kompromi di kalangan ahli kariah masing-masing untuk mengelak berlakunya pertandingan.
Memang umno anti pembaharuan, kerana selama ini mereka berfikiran jumud dan zero IQ. Sebab itu setiap pembaharuan yang dibuat selain daripada umno ia akan ditentang secara melulu, walaupun akhirnya mereka akan meniru. Rakyat Malaysia tentu masih ingat ketika kerajaan Kelantan memperkenalkan hari bekerja selama lima hari seminggu, pemimpin umno menuduh kerajaan Kelantan malas dan akan merendahkan produktiviti. Tidak berapa lama kerajaan pusat mengikut jejak langkah yang sama.
Mereka akan manipulasi isu ini untuk menuduh kerajaan Pakatan Rakyat menimbulkan kecelaruan kepada orang Islam. Apa yang paling kelakar mereka berhujah kenapa kuil dan gereja tidak ada pemilihan ahli jawatankuasa seperti pemilihan ahli jawatankuasa masjid.
Sebenarnya umno hendak melindung kerja jahat mereka terhadap institusi masjid di bawah kerajaan Barisan Nasional. Pemilihan yang tidak demokratik, ia hanya dipilih oleh pemimpin umno bukan anak kariah. Perlantikan bukan ahli masjid, yang tidak layak dari segi peribadi untuk imarahkan masjid. Tetapi oleh kerana ia dibinkan dengan umno maka semua boleh. Kita boleh lihat masjid di negeri Umno dan Pakatan Rakyat dari segi imarah. Masjid di negeri umno mati sebelum ahli kariah mati
KANGAR - Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata, Pakatan Rakyat tetap akan menurunkan harga minyak di seluruh negara sekiranya dapat mengambil-alih Putrajaya dari pemerintahan Barisan Nasional.
Berucap di Majlis Perasmian Gerakerja Pilihanraya Pakatan Rakyat Negeri Perlis, beliau menegaskan bahawa penurunan harga minyak tidak perlu menunggu sehingga 100 hari seperti yang termaktub di dalam Buku Jingga.
"Dengan izin Allah, hari ini kita masuk Putrajaya, tak payah tunggu macam Buku Jingga sehingga 100 hari. Kalau kita menang saya berani jamin, dalam masa 24 jam sahaja harga minyak di seluruh negara kita akan tetap diturunkan. Jangan cabar, saya tahu berapa banyak keuntungan yang diperolehi," kata beliau dalam ucapannya di Kompleks PAS Perlis, 11 Jun lalu.
Menurutnya lagi, keputusan menaikkan harga minyak yang berlaku di negara ini dibuat tanpa sebab sedangkan kerajaan memperolehi keuntungan hasil dari kenaikan harga minyak antarabangsa.
"Harga minyak naik tak ada sebab.Harga minyak antarabangsa memang naik, maknanya untung bagi negara kita naik dan mampu mencecah sehingga RM100bilion satu tahun. Ini bermakna kerajaan memperolehi keuntungan.
"Dah untung kenapa nak sudahkan rakyat lagi? Adakah kita import minyak? Tidak, kita eksport. Apakah kita rugi? Tidak, kita untung. Jadi mengapa perlu dibebankan lagi rakyat negara ini.
"Ini maknanya pimpinan negara tak ada hati perut, kalau negara kita miskin tak apa tapi ke mana hilangnya kekayaan negara? Yang kita tahu berlakunya ketirisan sehingga RM23 bilion," jelasnya lagi kepada ribuan penyokong yang hadir mendengar ceramah beliau.
Apa sudah jadi, premis Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dijadikan pusat karaoke? Bukan sahaja ianya mencemar nama Islam dan Majlis Agama Islam itu sendiri, bahkan ianya mengganggu peniaga dan pelanggan sekitar yang berurusniaga di kedai sekitarnya.
Apa tindakan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan Majlis Perbandaran Seremban selepas ini?
Pakatan Rakyat menyifatkan kebimbangan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman terhadap kemampuan gabungan itu merampas Johor "ada asasnya" sekiranya pakatan itu menguasai 50 peratus pengundi luar bandar.
Gabungan itu sedang berusaha untuk mencapai sasaran tersebut dengan melaksanakan pelbagai aktiviti, program turun padang dalam usaha menguasai negeri itu daripada BN.
Pakatan memenangi enam kerusi negeri di Johor - dua kerusi dimenangi oleh calon PAS (Sungai Abong dan Maharani) dan empat lagi oleh calon DAP (Bentayan, Mengkibol, Skudai dan Senai).
Ketua Pembangkang Johor, Dr Boo Cheng Hau berkata beberapa kayu ukur pertambahan sokongan masyarakat luar bandar dapat dilihat daripada kehadiran mereka pada ceramah Pakatan yang bertambah sehingga 30 peratus.
"Ceramah adalah cara paling efektif untuk menyalurkan maklumat kepada masyarakat luar bandar. Ada peningkatan hadirin dalam ceramah kita... Dalam satu minggu ada dua atau tiga ceramah Pakatan.
"Selepas pilihan raya Sarawak, peningkatan 30 peratus (hadirin) dalam ceramah kita. Ada juga ramai penyokong Umno yang hadir... Tidak kira ceramah kita di seluruh Johor, sama ada kecil-kecilan atau besar-besaran," katanya.
Dr Boo yang juga pengerusi DAP Johor mengulas kenyataan Abdul Ghani yang mengarahkan semua jentera BN di 26 bahagian di negeri itu bersiap sedia bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Abdul Ghani juga dilaporkan berkata sekira Pakatan menguasai 50 peratus pengundi luar bandar, 80 peratus pengundi bandar dan 60 peratus pengundi India, maka gabungan itu berupaya merampas Johor daripada BN.
Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, Dr Boo berkata untuk tujuan berkenaan, Pakatan juga menubuhkan pusat aduan masyarakat terutama di kawasan luar bandar bagi menyelesaikan masalah rakyat.
Menurutnya, DAP turut menubuhkan 15 pusat aduan masyarakat di luar bandar antaranya masing-masing dua di Skudai dan Muar serta beberapa lagi di Tangkak, Labis, Segamat, dan Johor Bharu.
"Mereka (BN) memang terasa tekanannya. Dua tiga tahun ini, kita mengadakan pelbagai aktiviti dan menubuhkan pusat aduan rakyat," kata beliau yang juga ADUN Skudai.
Dr Boo berpandangan wujudnya kecenderungan pengundi luar bandar untuk menyokong Pakatan berdasar sokongan mereka dalam pilihan raya kecil Tenang, walaupun calon PAS Normala Sudirman tewas akibat kesulitan seperti banjir dan masalah pengangkutan.
Sementara itu, ADUN PAS Maharani Dr Muhammad Taslim bersetuju dengan pandangan Dr Boo bahawa BN "sedang kepanasan dengan sambutan rakyat Johor terhadap Pakatan".
"Agak tepat apa yang dibimbangi (Abdul Ghani)... Sokongan pengundi bandar dan luar bandar tidak berubah sejak (pilihan raya) 2008, bahkan bertambah.
"Kita juga bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13. (Menarik sokongan) di luar bandar, kita mengambil masa (sedikit).
"Kita ada kumpulan sasaran, kita beri bantuan tak ikut parti politik. Mereka nampak keikhlasan kita, kita cuba sedaya-upaya kita sekadar yang mampu (membantu rakyat)," katanya.
Menurutnya lagi, khidmat wakil rakyat pembangkang kepada masyarakat tidak bermusim, sebaliknya berterusan dan bertambah walaupun dalam skala yang kecil.
Bagi tujuan tersebut, Dr Muhammad yang juga ahli jawatankuasa PAS Johor menubuhkan pusat aduan masyarakat di luar bandar, antaranya di Sungai Balang dalam parlimen Muar dan beberapa lagi di Johor Bahru.
Dr Muhammad yang juga naib yang dipertua PAS Muar berkata beliau juga mendapat "maklum balas yang cukup baik" daripada pengundi di luar bandar, khususnya kaum Cina, terhadap aktiviti yang dilaksanakannya.
Difahamkan PAS juga menubuhkan pusat aduan dan khidmat masyarakat di kawasan luar bandar dan pinggir bandar antaranya di sebuah kampung Melayu di Gelang Patah, Taman Permas di Pasir Gudang dan kampung tradisi di Tampoi, Pulai.
Pakatan sedang berusaha mencapai sasaran tersebut dengan melaksanakan pelbagai aktiviti, program turun padang dalam usaha menguasai negeri itu daripada BN.
Peguam Datuk R Anbalagan ditemui mati di sebuah kuil di Kampung Perepat, Kapar, di Klang dipercayai akibat ditetak dan cedera di badan, muka dan bahu...
KUALA LUMPUR, 14 Jun: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) mencadangkan agar bekas tentera dilantik sebagai ahli jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) di setiap negeri.
Ahli Parlimen Bukit Gantang itu sewaktu mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini berkata, amat sesuai untuk bekas tentera ini dilibatkan dalam JKKK memandangkan ianya berkait dengan keselamatan rakyat.
"Saya nak cadangkan di sini dan saya minta pendapat menteri apakah boleh kalau bekas tentera ini dipilih sebagai ahli JKKK.
"Nama pun jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung jadi sudah tentu bekas tentera ini ada kepakaran, kemahiran dan disiplin dan akan memberikan manfaat kepada orang ramai.
"Jadi saya harap bekas tentera ini mendapat pembelaan yang sewajarnya daripada kerajaan," katanya yang juga AJK PAS Pusat.
Nizar turut mempersoal kegagalan bekas tentera mendapatkan tanah walaupun telah membuat permohonan setelah bersara pada umur 40 tahun.
Sedangkan menurut Nizar, permohonan tanah itu termaktub dalam Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT) tahun 1973.
Beliau merujuk kepada PMAT bertarikh 29 ogos 1973, perenggan 9 hingga 11 yang antara lain menyatakan bahawa isteri bekas tentera berhak untuk memohon 20 ekar tanah pertanian dan dua tapak tanah perumahan daripada Kementerian Pertahanan melalui kerajaan negeri tertentu.
"Malangnya 99 peratus daripada pemohonan tidak diluluskan dan ahirnya ramai di antara bekas tentera hari ini hanya sekadar menjadi pengawal keselamatan, pemandu atau kerja-kerja buruh kasar.
"Saya merasa amat sedih oleh kerana mereka telah menggadaikan usia muda mereka, masa bekerluarga tiba-tiba selepas bersara tidak dilayan sebaiknya," katanya yang juga Adun Pasir Panjang.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi dalam jawapannya bagaimanapun tidak menjawab soalan sebenar sebaliknya cuba mengalihkan isu dengan mendakwa tanah di bawah kuasa kerajan negeri dan Nizar sewaktu menjadi Menteri Besar Perak juga tidak memberikan tanah kepada bekas tentera.
Jawapan itu menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan wakil Pakatan Rakyat dan mendakwa Zahid tidak mengkaji isu sebenar.
Nizar dalam soalan asalnya meminta Menteri Pertahanan menyatakan usaha serta langkah kerajaan dalam memanfaatkan tenaga serta kepakaran bekas-bekas tentera khususnya mereka yang tamat perkhidmatan pada umur 40-an.
Berbalas sindiran
Sementara itu, sewaktu sesi soal jawab berlangsung, berlaku berbalas-balas sindiran di antara Zahid dan Nizar.
Ianya bermula apabila Zahid sebelum menjawab soalan Nizar "mengucapkan tahniah" kepada Nizar dan pimpinan PAS yang menang dalam pemilihan parti minggu lalu.
"Saya ingin ucapkan tahniah kepada Bukit Gantang (Nizar) yang diberikan kepercayaan semula oleh Presiden partinya sebagai AJK PAS Pusat walaupun beliau kecundang dalam perebutan jawatan naib presiden baru-baru ini.
"Tahniah juga kepada Pokok Sena (Datuk Mahfuz Omar) dan Kubang Kerian (Salahuddin Ayub) yang dapat mengekalkan jawatan sebagai naib presiden PAS dan tahniah kepada Presiden PAS yang menang tanpa bertanding," katanya.
Nizar sebelum mengemukakan soalan tambahan membalas "ucapan tahniah" itu dengan turut "mengucapkan tahniah" kepada Umno yang takut untuk mengadakan pemilihan partinya kerana ingin memberi tumpuan kepada pilihan raya umum ke-13.
"Saya ucapkan tahniah kepada menteri yang menjawab (soalan saya) dan kemudiannya memberikan ransangan dan mengucapkan tahiah kepada saya dan rakan-rakan yang bertanding dalam pemilihan parti baru-baru ini.
"Saya juga mengambil kesempatan mengucapkan syabas dan tahniah kepada menteri kerana parti Umno juga gentar dan takut membuat pemilihan dan akhirnya ditangguh.
"Jadi tahniahlah kerana takut dan kalau boleh ditangguhkan lagi lama lagi elok. Tahniah," katanya.
Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Yusof Wahab berkata PAS Kawasan akan menumpukan kepada gerakerja Pilihanraya, pemerkasaan parti dan program tarbiyyah pada sessi 2011/2013 ini.
"Kita akan perkemas gerakerja MTD, UPU bagi memastikan ianya bersedia untuk berdepan dengan manipulasi dan penipuan BN pada PRU ke 13 ini".
"Selain itu kita akan perkemaskan organisasi cawangan dan dewan-dewan bagi memastikan pentadbiran parti tersusun dan programnya mempunyai matlamat dan objektif yang hendak dicapai" ujar Yusof
Yusof berkata pihak pimpinan kawasan juga akan menggiatkan program usrah dan tarbiyyah lain di setiap cawangan bagi memastikan ahli mempunyai kefahaman mantap tentan aqidah perjuangan.
Beliau berkata demikian ketika diminta komen tentang perancangan PAS kawasan untuk sessi ini.
Pada tengahari, hari Ahad 12 Jun, setelah selesai mengunjungi beberapa walimah, saya menuju ke Pejabat PAS Pusat di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur untuk menghadiri Mesyuarat AJK PAS Pusat yang pertama bagi sesi 2011–2013. Ini juga merupakan mesyuarat AJK PAS Pusat yang pertama bagi saya selepas hampir 20 tahun. Sekembalinya saya selepas sekian lama mungkin merupakan satu rekod untuk 'PAS Book of Records' - sekiranya wujud sebuah buku seperti itu! Mesyuarat ini juga merupakan satu mesyuarat yang penting. Perlantikan SUA bersama para penolongnya, KP, Bendahari, Pengarah JPP dan Pesuruh Jaya (PJ) Negeri; semuanya akan dilantik di dalam mesyuarat ini. DS Presiden bersama TP dan 3 NP telah bermesyuarat di sebelah pagi dan cadangan mereka berhubung kesemua pelantikan tersebut akan dikemukakan untuk persetujuan mesyuarat penuh AJK Pusat. Yang pasti, bermacam jenis andaian telah kedengaran, ada yang menggambarkan perubahan menyeluruh bakal berlaku, ada juga yang menggambarkan tiada rombakan sama sekali. Ada juga kedengaran kononnya usaha melobi, termasuk yang membabitkan diri saya sebagai PJ Selangor, dengan munculnya kempen di laman sosial seperti FB.
Sebenarnya saya tidak tahu menahu mengenai perkara seperti itu dan tidak juga berhajat untuk mengetahuinya. Saya sudah lama memutuskan untuk tidak menerima jawatan tersebut sekiranya ditawarkan sekalipun kerana sebenarnya lebih ramai yang yang saya fikirkan berkemampuan. Tambahan pula sekiranya berlaku perubahan dan saya menjadi penggantinya, sudah pasti saya akan dituduh menjatuhkan yang lama untuk menjadi yang baru, sedangkan saya tidak pernah pun bercita-cita sebegitu. Apa yang saya inginkan hanyalah peluang untuk menegur perkara yang saya fikirkan tidak betul.
Saya telah sampai agak lewat pada jam 2.30pm. Walaupun saya telah berusaha untuk menepati waktu, namun terlalu banyak program di Shah Alam pada hari yang sama. Setibanya saya di bilik mesyuarat, persoalan Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pusat (JPP) dan Bendahari sedang dibincang. Saya sempat menyokong cadangan supaya ditukarkan Dr. Hatta ke jawatan Pengarah JPP dan Dato' Halim ke jawatan Bendahari. Ini adalah kerana PAS akan berhadapan dengan PRU tidak lama lagi dan Pengarah JPP perlu mampu memanfaatkan teknologi terkini di dalam bidang kommunikasi, media dan 'public relations'. Beliau perlu juga mampu bergegas dari satu tempat ke satu tempat mengikut keperluan dan walaupun saya menghormati Dato Halim dengan segala ilmu 'micro-electionnya', mungkin agak sukar untuknya memenuhi kedua keperluan tadi dengan baik.
Pertukaran berhubung dua jawatan ini yang dicadangkan pimpinan tertinggi diterima dan seterusnya DS Presiden membaca senarai PJ Negeri untuk dibincangkan bersama oleh AJK Pusat. Nama yang disebut sebagai PJ Selangor ialah YB Dr. Rani ADUN Meru. Selangor merupakan salah satu dari lima negeri yang ditukar PJ. Apabila nama Dr. Rani disebut maka ada yang ingin membincang sebab-sebab beliau dipilih dan mengapa pertukaran dilakukan. Pada saat itu, DS Presiden terus meminta saya dan YB Dato Dr. Hassan Ali untuk keluar dari bilik mesyuarat. Kami berdua pun terus bangun dan keluar. Sambil berjalan keluar sempat juga saya bertanya secara berseloka, "Eh, saya bukan calon PJ, kenapa pula saya juga kena keluar?" Soalan saya hanya dijawab dengan gelak ketawa oleh yang lain.
Saya dan Dato tunggu di luar untuk lebih kurang 15 minit. Sekembalinya kami ke bilik mesyuarat maka dimaklumkan Dr. Rani dipersetujui oleh mesyuarat supaya dilantik sebagai PJ Selangor yang baru. DS Presiden menyebut bahawa perkara ini dilakukan supaya Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor boleh menumpukan kepada tugas-tugas Exco mereka dan pada masa yang sama tugas mengukuhkan parti untuk menghadapi PRU ke 13 diserahkan kepada yang lain. Saya menerima penjelasan itu dengan baik kerana sememangnya persoalan PRU merupakan isu yang amat penting. Prestasi Exco juga akan menyumbang ke arah memenangkan calon-calon PAS yang lain dan oleh itu perlu diberikan tumpuan untuk penambah-baikan.
Pada masa yang sama, semestinya persoalan pengukuhan parti juga perlu diberikan tumpuan; dengan harapan agar lebih banyak kerusi-kerusi yang ditandingi PAS akan dapat dimenangi. Untuk perkara tersebut dicapai, tumpuan perlu diberikan di kawasan yang ditandingi oleh PAS tetapi tewas. Mungkin agak berat untuk dilakukan sekiranya tanggung-jawab sebagai Exco Kerajaan Negeri turut disandang pada masa yang sama.
Mungkin ada yang akan berkata, "Di Kedah dan di Kelantan boleh pula?". Ya, di sana mungkin boleh tetapi ini Selangor, bukan Kedah atau Kelantan. Di Selangor PAS bertanding di 20 kerusi dan hanya menang 8 darinya. Di Selangor PAS tetap lemah dari banyak sudut, jumlah ahli, jumlah cawangan, kewangan, aset dan lain-lain. Oleh itu Selangor tidak boleh disamakan dengan Kedah dan Kelantan.
Namun yang penting ialah untuk semua memahami bahawa kesemua ahli dan pemimpin PAS memiliki keistimewaan dan kekuatan masing-masing. Pengurusan parti yang baik akan berusaha untuk menggembleng kekuatan dan keistimewaan ini supaya imej PAS dapat dilonjakkan ke hadapan dengan lebih berkesan sehingga dapat dilihat sebagai pengganti kepada UMNO. Untuk itu dicapai, semua perlu berganding bahu dengan penuh keyakinan bahawa PAS bukan seperti UMNO. Tiada usaha untuk mencantas, meminggir atau menjatuhkan mana-mana pihak. Yang dilakukan bukan atas sebab pertimbangan-pertimbangan seperti itu, tetapi sebaliknya atas pertimbangan kepentingan perjuangan dan parti.
Inilah sebenarnya yang UMNO tidak mampu faham dan mungkin tidak akan faham. Mereka menganggap bahawa budaya cantas mencantas adalah amalan PAS sepertimana ianya merupakan darah daging dalam UMNO. Ini dapat kita lihat apabila sejurus selepas keputusan tersebut dibuat, Ketua Pembangkang Selangor telah segera bertindak untuk menuntut TS Menteri Besar untuk mengugurkan Dato Hassan sebagai Ahli Exco. Ini kerana kononnya, Dato tidak lagi diterima atau mewakili PAS di Selangor. Penjelasan yang diberi DS Presiden dianggap sebagai alasan semata-mata. Sebaliknya, mengikut pemikiran UMNO, ini merupakan amalan cantas mencatas sepertimana yang wujud di dalam UMNO sejak sekian lama.
Saya ingin menyatakan di sini, bahawa jawatan Exco tersebut amat perlu dikekalkan, sepertimana kehendak DS Presiden. Ini kerana mereka akan terus menyumbang ke arah pengukuhan PAS serta kemampuan PAS bersama PR untuk mencapai kemenangan gemilang di dalam PRU ke 13. Sehubungan itu, harapan UMNO untuk memenangi 30 kerusi DUN di Selangor akan turut terkubur apabila rakyat bertindak mencantas UMNO buat kali keduanya di Selangor. Dengan kekalahan tersebut, UMNO akan turut terkubur dengan sendirinya. Maka insyaAllah, pada waktu itu kita akan lihat bahawa yang tercantas dan yang dicantas adalah Ketua Pembangkang Selangor sendiri.
WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD
You are subscribed to email updates from Khalid Samad To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KUALA LUMPUR, 14 Jun: Persidangan Dewan Rakyat hari ini menyaksikan Kementerian Pelancongan dikritik hebat ekoran membelanjakan RM1.8 juta untuk membuka akaun dan mempromosi program kementerian itu di laman Facebook.
Perkara itu dibangkitkan Anthony Loke (DAP-Rasah) yang mempersoal kenapa begitu besar jumlah wang 'dibazirkan' untuk Facebook itu yang sebenarnya hanya boleh dibuat secara percuma.
"Pada pemerhatian terakhir saya, terdapat 20,308 peminat di Facebook kementerian.
"Dibandingkan dengan laman Facebook 'Visit Penang' yang kerajaan Pulau Pinang tidak mengeluarkan sesen pun, mendapat lebih 100,000 peminat.
"Kenapa membelanjakan RM1.8 juta? "katanya pada soalan tambahan.
Terdahulu, beliau mahu Menteri Pelancongan menyatakan justifikasi perbelanjaan sebanyak RM1.8 juta dalam 'social media branding', pecahan secara terperinci dan nama syrarikat yang dianugerahkan projek tersebut.
Soalan serupa turut ditanya Ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Ir Idris Haji Haron.
Dalam jawapannya, Timbalan Menteri Pelancongan, James Dawos Mamit memberitahu projek itu diberikan kepada agensi pengiklanan yang dilantik, Impact creations Sdn Bhd bermula 2011 sehingga 2013.
Jumlah itu termasuk kos kerja kreatif, konsep dan idea, reka bentuk, flash programming, coding, testing, debugging, uploading, launching of application, system server deployment, maintenance, development of database from the contest, campaign management and monitoring serta online advertisement dan fans recruitment di Facebook dan google.
Anthony Loke kemudianya mendakwa, sangat pelik jika tidak ada seorang pun di kementerian terbabit mempunyai kemahiran untuk menguruskan atau mengemaskini Facebook kementerian itu sehingga terpaksa melantik syarikat pengiklanan untuk menguruskannya.
Malah secara sinis beliau mencadangkan pihak kementerian agar mendapatkan nasihat dari pelbagai pihak termasuk ahli perlimen Pakatan dan BN yang rata-ratanya 'pakar' menggunakan jaringan sosial.
Pandangan bahawa jumlah itu sebagai 'pembaziran' juga turut dipersetujui Khairy Jamaludin (BN Rembau).
"Sekarang ini hanya ada 2,013 'like' dan rekabentuknya tidak ada apa yang lebih. Ia hanya guna template yang sama.
"Tak perlu tengok page Penang Tourism, bahkan ada ahli parlimen di sini lebih popular," katanya.-HD
14 Jun – (Shah Alam) – Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) mengingatkan mana-mana pihak didalam Pakatan Rakyat supaya tidak memburukkan mana-mana pemimpin PAS terutama bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato Dr Hasan Mohamed Ali, dan diatas pelantikan Pesuruhjaya yang baru Dr Abd Rani Osman.
DPPNS ingin memberi amaran kepada ADUN Sekinchan, Ng Swee Lim supaya jangan memburukkan bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu dengan melemparkan tuduhan beliau tidak "turun padang" dan "tidak bagus" sebagaimana juga kamu tidak suka mana-mana pihak memburukkan pemimpin DAP Selangor tanpa sebab dan fakta yang jelas.
DPPNS ingin menegaskan bahawa diwaktu kepimpinan PAS Selangor dibawah Dato' Hasan Ali, PAS dan Pakatan Rakyat Berjaya memerintah Negeri Selangor dengan jumlah majoriti kerusi yang besar. Selaku Exco Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, banyak perkara baru yang telah diperkenalkan dibawah Kerajaan Negeri Selangor dibawah portfolio beliau. Pemerkasaan Institusi Masjid, pemerkasaan Guru KAFA, pengukuhan Institusi Tahfiz serta Sekolah Agama Rakyat sehingga disenangi oleh rakyat di negeri ini.
Komen dan kritikan yang seperti ini hendaklah ditujukan dahulu oleh YB See Lim kepada pemimpin-pemimpin DAP di Selangor sebagai muhasabah dalaman yang dilihat lebih banyak mendahului persetujuan secara bersama Pakatan Rakyat dalam beberapa perkara yang dilaksanakan di Negeri Selangor, yang lebih tidak membantu kepada pemerkasaan Pakatan Rakyat di Selangor.
DPPNS ingin menegaskan bahawa urusan pelantikan dan perubahan mana-mana jawatan didalam PAS adalah perkara biasa dan ia tidak perlu dikaitkan dengan hanya mendengar "hearsay" atau "saya dengar" tanpa beliau sendiri mengetahui perkara yang sebenar daripada PAS. DPPNS ingin bertanya pernahkah YB Swee Lim berada seminggu atau sebulan bersama dengan Dato Dr Hasan Mohamed Ali dan mengikuti semua program dan aktiviti yang dihadiri oleh beliau di seluruh Negeri Selangor?
DPPNS juga melihat tuduhan Dato Dr Hasan Ali cenderung kepada UMNO dan tidak berusaha kearah memantapkan hubungan Pakatan rakyat di Selangor adalah satu tuduhan berat yang tidak berasas sema sekali kepada PAS Negeri Selangor dan ia langsung tidak patut diucapkan oleh pemimpin rakan komponen Pakatan Rakyat di Selangor. DPPNS akan mempastikan perkara ini dibincangkan secara serius dalam Majlis Presiden Pakatan Rakyat supaya tindakan tegas diambil kepada mana-mana pihak yang memburuk-burukkan pemimpin PAS, tanpa terlebih dahulu merujuk kepada kepimpinan tertinggi komponen Pakatan Rakyat di Negeri Selangor.
Sekali lagi DPPNS merakamkan setinggi penghargaan kepada Dato Dr Hasan Ali diatas pengorbanan dan komitmen yang teah beliau curahkan kepada PAS Negeri Selangor. Juga kepada Pesuruhjaya PAS Selangor yang baru, DPPNS mengalu alukan dan mengucapkan tahniah kepada YB Dr Abd Rani Osman diatas pelantikan beliau sebagai Pesuruhjaya Negeri Selangor yang baru. Mudah-mudahan dipermudahkan urusan oleh Allah SWT.
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH kepada YB. Dr. Abdul Rani bin Osman, ADUN Meru merangkap YDP Kawasan Kapar di atas perlantikan beliau sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor yang baru. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor selaku sayap kanan parti akan sentiasa komited dan istiqamah di dalam usaha untuk membantu Pesuruhjaya di dalam menggerakkan jentera parti di semua peringkat bagi menghadapi segala cabaran dan rintangan politik negeri Selangor khususnya dalam persiapan untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor amat bersetuju dengan kenyataan Ketua Penerangan PKR Selangor yang mengatakan perlantikkan YB. Dr. Abdul Rani sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor yang baru akan menjadi "mimpi ngeri yang berpanjangan" kepada UMNO/BN Selangor.
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga merakamkan ucapan TERIMA KASIH yang tidak terhingga kepada mantan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, YB. Dato' Dr. Hassan bin Mohamed Ali, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor merangkap ADUN Gombak Setia di atas segala khidmat dan usaha keras beliau di dalam memartabatkan perjuangan PAS dan memantapkan Pakatan Rakyat Negeri Selangor sehingga mencapai kemenangan bersejarah memerintah Negeri Selangor di dalam PRU ke 12 yang lalu sangatlah dihargai oleh seluruh saf pimpinan Pemuda Negeri dan Kawasan-kawasan.
Selain itu juga Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menasihatkan supaya Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor, Dato' Satim Deman supaya menjaga urusan partinya sendiri daripada meminta YAB Datok Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggugurkan YB. Dato' Dr. Hassan bin Mohamed Ali daripada Kabinet EXCO Negeri Selangor selaras keputusan PAS tidak melantik beliau sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor. Ingin Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mempertegaskan bahawa jawatan YB Dato' Dr. Hassan sebagai EXCO Negeri Selangor adalah hasil daripada persetujuan bersama kepimpinan Pakatan Rakyat Negeri Selangor dan tidak membabitkan perubahan kepimpinan di peringkat sesebuah parti. Janganlah UMNO berlagak seperti anjing yang menyalak di luar rumah cuba mengambil kesempatan mencari publisiti politik murahan dengan mencampuri urusan parti orang lain sedangkan partinya sendiri penuh dengan masalah. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merasakan PAS dan Pakatan Rakyat Negeri Selangor cukup arif dan berpengalaman dalam mentadbir urus Negeri Selangor dan parti masing-masing tanpa campurtangan daripada pihak luar. Ketua pembangkang Dewan Negeri Selangor sepatutnya menasihatkan Ketua Pemuda UMNO Selangor, Ungku Salleh Ungku Jamal dan Ketua Pemuda UMNO Selayang, Dato' Sohaimi Shahadan supaya tidak gopoh dalam mempertikaikan khutbah Jumaat baru-baru ini yang bertajuk "Janayah Qazaf adalah berdosa BESAR" daripada. Ini adalah kerana Qazaf dan Hudud sama seperti Sembahyang, Puasa dan perintah-perintah lain yang terdapat di dalam Al-Quran adalah perintah Allah dan wajib dilaksanakan.. Janganlah menjadi seperti pepatah Melayu "seperti ayam berkokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi".
ISTANBUL, 14 Jun: Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan yang baru dilantik, Taufek Abdul Ghani berazam untuk membentuk pasukan yang kuat di negeri itu bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
"Saya berazam untuk menggabungkan semua pihak dan golongan untuk membentuk kombinasi terbaik dalam pasukan pilihan raya ini," kata Taufek ketika ditemui Harakahdaily di sini.
Beliau kini dalam rangka kunjungan ke Turki untuk menjadi pemerhati pilihan raya umum negara itu bersama sembilan lagi anggota.
Taufek mendapat maklumat dia dilantik menjadi Pesuruhjaya Negeri Sembilan yang baru bagi menggantikan Zulkefli Mohd Omar ketika berada di atas kapal untuk menyeberangi Selat Bosporus di Istanbul.
Maklumat itu dibacakan oleh Dr Mariah Mahmud melalui berita yang diterima melalui email beliau. Ketika itu rombongan baru sahaja selesai melawat sebuah sekolah yang dijadikan sebagai salah satu pusat pembuangan undi di Turki.
Semua anggota rombangan PAS dan PKR yang menyertai delegasi Malaysia itu mengucapkan tahniah kepada Taufek atas pemilihan itu.
Bagaimanapun, berita itu tidak mengejutkan sangat kerana sejak tiba di Istanbul lagi gurauan sudah dibuat oleh anggota rombongan kononnya beliau akan dilantik sebagai pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan yang baru.
"Tak boleh tolak ke?"
Itulah perkataan pertama yang keluar dari mulut Taufek, seorang yang berpewatakan lembut, ketika ditanya apa perasaan dilantik menjadi pesuruhjaya yang baru.
Ketika itu, Taufek tidak mahu bercakap banyak mengenainya.
Namun, sehari selepas itu, baru Taufek mula menerima kenyataan beliau adalah pesuruhjaya baru PAS Negeri Sembilan dan perlu berfikir apa yang perlu dibuat.
"Saya mengucap ribuan terima kasih atas perlantikan ini. Bagi saya ini satu penghargaan kepada golongan muda dalam PAS dan saya yakin ia akan dibalas dengan memberikan sumbangan terbaik untuk parti.
"Ini merupakan satu cabaran dan amanah yang berat kepada saya tetapi saya akan berusaha untuk mencapai yang terbaik," kata Taufek.
Menurut satu-satunya Adun PAS di Negeri Sembilan itu, beliau masih terkejut dengan pemilihan yang tidak disangka-sangka itu.
"Saya akan jadikan pengalaman dan kejayaan kerja pilihan raya AKP sebagai satu inspirasi untuk menghasilkan kemenangan untuk PAS di Malaysia dan Negeri Sembilan khasnya," kata Adun Paroi itu.
PAS bertanding di 13 kerusi dalam pilihan raya umum lalu di Negeri Sembilan namun hanya Taufek sahaja yang menang.
kereta adalah kenderaan tempur yang bergerak menggunakan tayar berbentuk rantai. Ciri utama kereta kebal adalah pelindungnya yang yang berat, senjatanya yang merupakan meriam besar Meskipun kereta adalah kendaraan yang mahal dan memerlukan persediaan logistik yang banyak, ianya adalah senjata darat paling kuat dan serba pada medan perangkerana kemampuannya untuk menghancurkan target darat apapun, dan efek mentalnya terhadap infanteri.
1. M1A2 Abrams (U.S.A)
Weight 67.6 short tons (61.4 tonnes) Length Gun forward: 32.04 ft (9.77 m) Hull length: 26.02 ft (7.93 m) Width 12 ft (3.66 m) Height 8 ft (2.44 m) Crew 4 (commander, gunner, loader, driver)
Primary armament : 120 mm M256 smoothbore cannon Secondary armament : 1 x .50-caliber (12.7 mm) M2HB heavy machine gun 2 x M240 7.62 mm machine guns (1 pintle-mounted, 1 coaxial) Engine : AGT-1500C multi-fuel turbine engine 1500 hp (1119 kW) Power/weight : 24.5 hp/tonne Operational range : 465.29 km (289 mi) With NBC system: 449.19 km (279 mi) Speed Road: 67.72 km/h (42 mph) Off-road: 48.3 km/h (30 mph)
M1 Abrams adalah MBT buatan General Dynamics Land Systems US. Nama Abrams diambil dari Jendral Creighton Abrams. Varian awal yakni M1 pertama kali masuk operasi tahun 1978, M1A1 tahun 1985, dan terakhir M1A2 tahun 1986. Varian M1A1 terlibat dalam Gulf war & Operation Iraqi Freedom berhadapan dengan T-55, T-62 dan T-72 Iraq.
Awalnya Abrams adalah hasil dari pembatalan MBT-70, sebuah varian tank yang dikembangkan oleh Jerman dan Amerika. Proyek kerjasama ini kemudian dibatalkan dan masing-masing pihak meneruskan pembuatan tank dari data-data yang didapatkan dari proyek MBT-70, Amerika kemudian membuat M1 Abrams sedangkan Jerman membuat Leopard 2. Varian awal M1 Abrams masih menggunakan meriam kaliber 105mm, pada varian selanjutnya (M1A1 & M1A2) digantikan dengan meriam kaliber 120mm buatan Rheinmetall Jerman. Varian awal M1 dan M1A1 mengandalkan mesin diesel, namun varian M1A2 memakai mesin gasturbine yang lebih bertenaga, walaupun mesin baru ini menggunakan bahan bakar lebih banyak.
Setelah pengalama di perang-perang sebelumnya, Abrams memiliki pilihan tambahan armor, yakni TUSK (Tank Urban Survival Kit).
2. T-80U (Russia)
Weight 50.7 tonnes Length 7.01 m (9.72 m with gun in forward position) Width 3.60 m Height 2.20 m Crew 3 (driver, gunner, commander) Primary armament :125 mm 2A46M-1 (D-81TM "Rapira-3″) smoothbore gun 39 rounds
Secondary armament : 7.62 mm PKT coaxial machine gun (1,250 rounds)[2] 7.62 mm PKT KT-7.62 coaxial machine gun (1,250 rounds) (T-80UD)[1] 12.7 mm NSVT anti-aircraft machine gun (500 rounds)[2] 12.7 mm KT-12.7 anti-aircraft machine gun (450 rounds) (T-80UD)[1] 9M112 Kobra (AT-8 Songster) ATGM (6 missiles) (T-80, T-80B)[2] 9M119 Svir (AT-11 Sniper) and 9M119M Refleks (AT-11B Sniper) ATGM[2] (6 missiles) (T-80U)[2] Engine :GTD-1250 multi-fuel 1,250 hp (932 kW) Power/weight :24.7 hp/tonne (18.4 kW/tonne) Operational range :500 km, 900 km with extra tanks (on road)
T-80 dibuati di Kirov Plant, Leningrad. Pertama kali masuk operasi keternteraan tahun 1976. T-80 direka untuk menggantikan T-64. T-80 adalah kereta kebal Russia pertama yang menggunakan mesin gasturbine, mesin ini mampu membuat T-80 mencapai kecepatan 70km/jam dengan jarak maksimaa 335km. Seperti karakteristik mesin gas turbine umumnya, mesin GTD-1000 ini menggunakan bahan bakar yang banyak, sehingga bagian hull tank dilakukan perubahan desain guna menampung lebih banyak bahan bakar. Pada varian selanjutnya yakni T-80U, mesin gasturbine diganti dengan GTD-1250.
3. T-90 (Russia)
Weight 46.5 tonnes Length 9.53 m (31.27 ft) Width 3.78 m (9.12 ft) Height 2.22 m (7.28 ft) Crew 3
Primary armament :125 mm smoothbore gun with ATGM capability; mainly 9M119 Svir Secondary armament : 7.62 mm coaxial machine gun, 12.7 mm anti-aircraft machine gun Engine : Model V-96 12-cyl. diesel 1,100 hp (820 kW) for V-96 12-cyl. diesel engine Power/weight: 23.7 hp/tonne (17.6 kW/tonne) for V-96 12-cyl. diesel engine.
4. Leclerc (France)
Weight 54.5 tonnes Length 9.87 m (6.88 without gun) Width 3.71 m Height 2.53 m Crew 3 (Commander, gunner, driver)
Primary armament :120mm tank gun 40 rounds Secondary armament :12.7 mm coaxial M2HB machine gun 1,100 rounds 7.62mm machine gun 3,000 rounds Engine : 8-cylinder diesel Wärtsilä 1,500 hp (1,100 kW) Power/weight : 27.52 hp/tonne Operational range : 550 km Speed : 71 km/h
5. Leopard 2A6 (Germany)
Weight 62.3 tonnes Length 7.7 m Width 3.7 m Height 3.0 m Crew 4
Primary armament : 1 x 120 mm Rheinmetall L55 smoothbore gun.42 rounds Secondary armament : 1 x 7.62 mm MG3 4,750 rounds Engine : MTU MB 873 Ka-501 12-cylinder diesel 1,500 HP (1,103 kW) at 2600 RPM. Power/weight : 24.2 hp/tonne range : 550 km (internal fuel) Speed :72 km/h
6. Challenger 1 (United Kingdom)
Weight 62 tonnes Length 11.5 m (Gun forward) Width 3.51 m Height 2.95 m Crew 4 (commander, gunner, loader, driver)
Primary armament : L11A5 120 mm rifled 64 rounds Secondary armament : 7.62 mm L8A2, 7.62 mm L37A2 machine guns 4,000 rounds Engine : Rolls-Royce CV12 26 litre diesel 1,200 hp (895 kW) range : 450 km (on road) Speed : 56 km/h (37 mph)
7. Challenger 2 (United Kingdom)
Weight 62.5 tonnes Length 8.3 m (11.50 m with gun forward) Width 3.5 m (4.2 m with appliqué armour) Height 2.5 m Crew 4 (commander, gunner, loader/operator, driver)
Primary armament : L30A1 120 mm rifled with 52 rounds Secondary armament : coaxial 7.62 mm L94A1 EX-34 (chain gun), 7.62 mm L37A2 Commander's cupola machine gun Engine : Perkins CV-12 Diesel 1,200 hp (895 kW) Power/weight : 19.2 hp/tonne range : 450 km (279 miles) Speed : 59 km/h (37 mph)
8. Type-90 (Japan)
Weight 50.2 tonnes Length 9.755 m Width 3.33 m Height 2.33 m Crew 3
Weight 51.1 ton (54.5 ton for K1A1) Length 9.67 m (9.71m for K1A1) Width 3.60 m Height 2.25 m Crew 4
Primary armament K1A1 : KM256 120mm Secondary armament : 12.7 mm antiaircraft machine gun 7.62 mm coaxial machine gun Engine : 10-cyl. water-cooled diesel MTU 871 Ka-501 1200 hp (890 kW) Power/weight : 23.4 hp / ton (22.0 hp / ton for K1A1) range : 500 km Speed : 65 km/h
10. Type-96 (People's Republic of China)
Weight 46 tonnes Length 10.28 m Width 3.45 m Height 2.30 m Crew 3
Primary armament : 125 mm smoothbore gun Secondary armament : 7.62 mm coaxial machine gun 12.7 mm air-defence machine gun Engine : diesel 1000 hp (750 kW) Power/weight : 21 hp/tonne Operational range : 450 km, 600 km with external fuel Speed : 65 km/h
Imigresen Johor: Ketuk ketampi berbogel bukan prosedur 'hukum' warga asing
KUALA LUMPUR, 14 Jun — Ketuk ketampi dalam keadaan berbogel bukan satu prosedur hukuman jika rakyat bukan warganegara ditahan memasuki Malaysia secara tidak sah, kata Pengarah Imigresen Johor Mohd Nasri Ishak.
Dalam laporan akhbar Straits Times Singapura hari ini, dua wanita warga Singapura yang memandu ke Johor Baru untuk makan malam telah disoal oleh pegawai-pegawai Jabatan Imigresen Malaysia dengan digari, dihumban ke dalam pusat tahanan dan yang paling teruk diarah ketuk ketampi dan bercangkung dalam keadaan berbogel selepas ditangkap atas dakwaan cuba masuk ke Malaysia secara tidak sah.
Nasri berkata, terdapat hukuman lain jika mereka didapati bersalah memasuki Malaysia tanpa membawa pas dan dokumen perjalanan yang tidak sah.
"Mereka akan dikenakan denda sebanyak RM10,000 atau lima tahun penjara," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Nasri menambah, beliau tidak mahu media hanya mendengar kenyataan daripada sebelah pihak sahaja.
"Kami akan buat siasatan dan mendengar pula kenyataan dari pihak yang satu lagi," ujarnya lagi.
Mangsa ditahan, Chang, lewat 30-an, telah memandu ke Johor Baru bersama rakannya seorang ejen hartanah yang berumur lewat 20-an, hanya mahu dikenali sebagai Lim kira-kira pukul 1.30 pagi Khamis lalu.
Lim memandu kereta model Nissan Latio, ini merupakan kali pertama dia memandu ke Malaysia, walaupun telah ke sana bersama rakan-rakan sebelum ini.
Di pihak Jabatan Imigresen Malaysia, mereka memandu di lorong yang tidak dikawal.
"Tiada sesiapa pun di sana dan lampu hijau menyala," kata Lim.
"Saya menekan interkom dan tidak mendengar apa-apa, jadi saya terus memandu ketika penghadang dibuka," katanya.
Chang memberitahu akhbar harian itu mereka terus memandu kerana menyangkakan Malaysia menggunakan sistem biometrik — yang baru diperkenalkan.
Menurut laporan media, dua wanita itu dikurung dalam sebuah bilik selama dua jam sebelum dibawa ke bilik mesyuarat kira-kira pukul 4 pagi.
Pada pukul 5 petang, mereka diberitahu akan dihantar ke Pusat Tahanan Pontian untuk ditahan selama 14 hari.
Di pusat tahanan itu, wanita itu digari. Mereka juga dikehendaki menanggalkan barang kepunyaan masing-masing.
"Mereka minta kami agar tanggalkan pakaian, tanggalkan semua pakaian termasuk pakaian dalam dan kemudian minta kami melakukan ketuk ketampi," kata Lim.
Selepas melakukan 10 kali ketuk ketampi, wanita itu diarahkan memakai semula seluar dan diberikan sehelai kemeja-T.
Mereka kemudian diletakkan dalam sebuah bilik sebesar gelanggang bola keranjang bersama 50 wanita lain, kebanyakannya daripada Indonesia, China dan Filipina.
Kedua-dua wanita itu ditahan selama satu malam dan pada pukul 5 petang keesokan hari, mereka diberitahu akan dibebaskan dan dihantar menaikan sebuah van dengan enam tempat duduk ke Jabatan Imigresen di Causeway di mana mereka turut menerima surat amaran.
Bagaimanapun, Nasri enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara tersebut.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Ipoh Barat M. Kulasegaran berkata tindakan itu mengaibkan maruah dan sesuatu tidak masuk akal manakala wakil rakyat Bakri Er Teck Hwa pula berkata perkembangan itu memberi persepsi bahawa Malaysia sebuah negara tiada undang-undang.
"Anda tidak boleh lakukan ini. Mengapa mereka menyoal siasat wanita-wanita ini sebegini? Ia tindakan mengaibkan," katanya.
Artikel hari ini terbit dari kesedaran yang telah lama terpendam. Bukan untuk berbicara lebih terperinci mengenai 8 tuntutan BERSIH2, tetapi untuk sama-sama fikir di manakah punca huru-hara setiap kali perhimpunan aman berlangsung.
Pertama sekali, berhubung dengan 36 laporan polis terhadap usaha perhimpunan BERSIH2 9 Julai nanti. Laporan-laporan polis yang banyak itu adalah sebenarnya suatu yang memberangsangkan malah menggalakkan lebih ramai yang akan menyertai himpunan terbesar dalam sejarah. Justeru itu, ucapan setinggi terima kasih dirakam kepada NGO dan individu yang telah membuat laporan polis. Ia bukan sahaja secara tidak langsung mempromosi event BERSIH2, malah memaklumkan pada pihak berkuasa betapa kali ini himpunan aman adalah luar jangkaan kehadirannya. Saya ulang, himpunan aman menuntut pilihanraya BERSIH dan Adil.
Pihak polis harus sedia maklum, dengan jumlah demonstran yang seramai lebih 3 ratus ribu, pastinya tindakan lebih baik untuk pihak polis dan FRU ialah dengan menjalankan tugas menjaga para demonstran, bukan memukul sepak terajang. Adalah lebih baik pihak polis mengambil langkah mengawal laluan demonstran ke Istana Negara daripada menghalang demonstran dengan gas dan air kimia.
Percayalah sekiranya perhimpunan ini dikawal dengan baik oleh pihak polis, sudah tentu semua demonstran akan sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat. Jika polis tidak menyerbu demonstran tak tentu hala, manakan sanggup peserta demonstrasi lari masuk ke Sogo untuk berlindung? Lari masuk HQ PAS itu adalah kes berasingan. Mungkin Sogo juga akan buka seperti biasa dengan market ratus-ribu pengunjung dari seluruh negara akan berada di depan Sogo.
Tetapi agak malang polisi perkara 10 perlembagaan Malaysia tidak langsung dihormati, jadi mengapa peserta himpunan dipersalahkan? Pihak polis tidak pernah disalahkan sekiranya berlaku kekecohan akibat dari halangan oleh pihak polis sendiri, akhirnya berlaku aksi kejar mengejar, pukul memukul, tembak-menembak peluru gas pemedih mata. Apakah rakyat yang berhimpun itu masih bersalah sedangkan hak untuk berhimpun telah dinafikan! Polis sentiasa betul, tembak orang melutut pun masih betul dan tembak amirul rashid berpuluh das juga masih betul? wallahualam.
Masuk bab kerugian di hari berlaku perhimpunan aman. Di manakah faktor kerugian jika ada tambahan 300ribu manusia dari hari biasa di tengah bandar KL? Bukankah kedai makan akan untung? Tandas awam, pengangkutan awam seperti bas dan LRT, kedai pakaian, penjual air dan keropok lekor, kedai-kedai kasut, malah pasaraya besar juga sepatutnya untung. Kita faham, keuntungan ini hanya berlaku jika pihak polis mengawal dan menjaga keselamatan. Namun kita tidak faham mengapa hak rakyat untuk berhimpun tidak langsung dipeduli.
Bila dikaitkan pula dengan cadangan demonstrasi di Stadium, kerajaan melalui KDN seolah-olah tidak sekolah apabila tidak memahami konsep perhimpunan aman. Ia pastinya untuk menarik perhatian umum dan khalayak ibu negara adalah tempat yang paling sesuai. Barulah ada liputan yang lebih meluas maka objektifnya tercapai. Jika kerajaan berkeras untuk mengarahkan demonstrasi dibuat dalam stadium, maka perlulah diingat bahawa kami di Pakatan Rakyat bukan seperti kerajaan yang suka membazir menghimpun rakyat di Stadium. Contoh pembaziran ialah, penyediaan tupperware percuma dan kehadiran artis top yang bayarannya mencecah ratusan ribu dalam satu bab sahaja.
Rakyat yang bijak sentiasa di belakang Pakatan Rakyat. Mereka juga hadir dengan tawaran dan imbuhan tetapi tawaran dan imbuhan itu bukan boleh diterima pada hari yang sama. Tawaran dan imbuhan contohnya seperti buku jingga hanya hadir setelah kerajaan sedia ada ditumbangkan melalui pilihanraya. Rakyat bersama Pakatan Rakyat pada PRU 13 maka oleh sebab itu jugalah mereka turun ke perhimpunan aman BERSIH 2 dengan harapan Barisan Nasional tidak lagi mudah untuk menipu sekiranya menimbang secara serius tuntutan BERSIH.
Apakah terlalu susah untuk kerajaan menyediakan sebuah sistem pilihanraya yang adil? Saya percaya andainya kerajaan mengumumkan mengeluarkan akur janji untuk menerima beberapa perkara tuntutan BERSIH (yang penting), sudah pasti himpunan aman ini akan dibatalkan. Kita juga percaya bahawa rakyat mana yang tak sayangkan negaranya? Jadi sebab sayanglah kita wajib turun ke medan BERSIH kali ini !!
Pihak polis juga harus bertindak cemerlang dengan menyekat sebarang anasir jahat yang ingin membuat kacau bilau di hari perhimpunan berlangsung. Contohnya ialah provokasi dari pihak PERKASA yang secara sengaja ingin mencipta pertembungan. Perkara sebeginilah yang sepatutnya pihak polis ambil serius, kerana wujud ancaman dari presiden PERKASA sendiri yang memilih tarikh yang sama dengan sengaja demi pertembungan yang mungkin meletakkan Ibrahim Ali kembali ke wad ICU. Ini kerana skala nisbah 3000 : 1 adalah sangat berat sebelah. Renung-renungkanlah wahai pihak polis akan tugas sebenar sepertimana sumpah keramat diangkat ketika menjawat jawatan pegawai polis.
Ingatlah satu perkara, sebagai penulis tidaklah saya menyalahkan terus pihak polis yang menjalankan tugas. Tetapi sampai bila arahan-arahan berdarah terhadap rakyat tidak bersalah itu harus terus dilaksanakan tanpa pertimbangan agama dan hati perut?
Akhir kalam, sekarang fahamkah saudara sekalian apakah sebabnya kita turun berhimpun menyertai BERSIH versi dua? Mengapa Sogo menutup perniagaannya di kala perniagaan pada hari tersebut boleh untung berjuta-juta? Bagaimana sebuah himpunan aman menjadi ganas dengan campurtangan pihak polis? Juga bagaimana mungkin Dataran Merdeka berubah menjadi Tahrir? Apabila hak rakyat untuk berhimpun telah dinafikan walaupun dengan kekuatan rakyat setengah juta di jalanraya pada tanggal 9 Julai!
Ayuh turun ke jalanraya menyertai BERSIH2 demi demokrasi yang dikongkrit oleh kerajaan sejak sekian lama!! Kita hadir dengan aman! Hanya kotoran sahaja yang takut kepada BERSIH !
Saya merujuk kepada laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini 14 Jun 2011 di halaman 20 di bawah tajuk 'Kes Nik Aziz Saman Utusan RM20j Selesai Luar Mahkamah'. Laporan yang sama juga disiarkan oleh Sinar Harian hari ini di halaman N4.
Sukalah saya mengesahkan laporan tersebut dengan sedikit penambahan berdasarkan kronologi berikut :
Pada 12 Jun 2009, Utusan Malaysia telah menyiarkan satu artikel dengan petikannya di muka hadapan di bawah tajuk "Nasihat Saya Mesti Didengar" dengan beberapa isi kandungan yang memfitnah YAB Tuan Guru Dato Menteri Besar Kelantan. Antaranya menyebut, "Namun begitu, beliau mengingatkan bahawa nasihatnya itu mesti didengar kerana mempunyai hujah jelas untuk menangkis cadangan yang dianggapnya sebelum ini sebagai 'ilham' UMNO."
Artikel tersebut mengundang kepada beberapa pandangan balas yang mengecam YAB Tuan Guru, antaranya ialah seperti yang tersiar di dalam akhbar yang sama di muka surat 12 bertarikh 16 Jun 2009. Artikel yang ditulis oleh Ramli Abdul Halim itu mengecam YAB Tuan Guru dengan mendakwa tindakan tersebut bercanggah dengan Islam.
YAB Tuan Guru telah menafikan kenyataan yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada 12 Jun 2009 dan penafian ini disiarkan oleh akhbar yang sama di muka surat dua pada 18 Jun 2009.
Setelah melalui proses rundingan di antara kedua-dua pihak bersama dengan peguam yang dilantik, Utusan Malaysia telah memohon maaf kepada pihak YAB Tuan Guru di atas laporan yang salah tersebut dan permohonan maaf ini disiarkan di muka hadapan Utusan Malaysia 29 Julai 2009.
Memandangkan laporan tersebut yang dianggap begitu tersasar dan mendatangkan kesan khususnya kepada keputusan pilihanraya kecil Dun Manek Urai, pihak YAB Tuan Guru tetap meneruskan usaha untuk memfailkan saman sebanyak RM20 juta ke atas Utusan Malaysia. Kes ini dijadualkan mula dibicara pada 12 Jun 2011 di Mahkamah Tinggi Kota Bharu.
Pada 10 Jun 2011, pihak Utusan Malaysia melalui peguam yang dilantik telah menghantar notis tawaran penyelesaian di luar mahkamah dengan sejumlah bayaran ganti rugi kepada pihak YAB Tuan Guru. Justeru pada prosiding mahkamah yang bermula pada 13 Jun 2011, berasaskan kepada notis yang dihantar tersebut, YAB Tuan Guru telah berbesar hati untuk menarik balik saman dengan sejumlah bayaran yang ditawarkan oleh pihak defendan.
Justeru, sukalah saya mengulangi sekali lagi bahawa apa yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada hari ini 14 Jun 2011 iaitu YAB Tuan Guru telah menarik balik saman RM20j adalah benar namun perlu disebut bahawa ia dilakukan berdasarkan tawaran penyelesaian di luar mahkamah oleh pihak defendan berdasarkan sejumlah bayaran yang tertentu.
Sekian, terima kasih.
Yang menjalankan tugas,
AHMAD FADHLI BIN SHAARI, Setiausaha Akhbar, YAB Menteri Besar Kelantan.
Kalau ditanya telur siapa yang paling kecut dengan BERSIH 2.0. Jawapannya tentulah UMNO serta adik kembar bongsunya Perkasa. Setakat 4 hari lalu 36 laporan polis dibuat, juara dengan laporan polis.
Laporan polis itu dibuat antara lainnya oleh UMNO Bahagian Kangar, Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kangar, Puteri UMNO Bahagian Kangar, Kelab Penyokong Menteri Besar Perlis, Warga Felda Chuping dan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kampung kawasan Dewan Undangan Negeri Mata Ayer, JKKK Kampung Bakau, Masyarakat Siam Perlis dan Umno Bahagian Arau bagi membantah penganjuran perhimpunan itu. Orang Perlis juga 'gila' dengan laporan polis.
Azali Abas, Setiausaha Politik Menteri Besar Perlis, yang membuat satu laporan polis di Balai Polis Kangar pada 10.30 pagi ini, meminta agar pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya bagi menghalang perhimpunan itu diadakan.
Berahim Perkasa juga sanggup bertempur dengan Ambiga, Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0). Agak-agaknya siapa yang terkulai dahulu!!
... aku takut katak nie kene pijak ngan ratusan ribu manusia masa Bersih 2.0 je nanti.... tak psal-pasal mati katak....
KENYATAAN PERKASA BOLEH MENGANCAM KESELAMATAN NEGARA
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali yang juga ahli Parlimen Pasir Mas bahawa beliau akan mengerahkan ahlinya dari seluruh negara untuk berarak pada hari yang sama bagi menyekat kemaraan Himpunan Bersih 9 Julai 2011 adalah membuktikan dengan jelas bahawa PERKASA adalah pertubuhan yang mahu kekacauan berlaku dalam negara kita. Malah kenyataannya yang mahu bertembung semasa perhimpunan tersebut adalah merupakan satu ancaman yang serius kepada keselamatan negara. Polis perlu menyiasat Datuk Ibrahim Ali berhubung ancaman yang telah dikeluarkan secara terbuka.
Sebenarnya Jawatankuasa Bersih 2 yang dipengerusikan oleh Dato Ambiga mahu membuat 8 tuntutan kepada pihak kerajaan bagi mengembalikan demokrasi yang telah tercemar selama ini. Tuntutan tersebut adalah membersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, penggunaan dakwat kekal, akses media bebas & adil, tempoh minima 21 hari berkempen, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor. Dalam Himpunan Bersih 2 suatu memorandum akan diserahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Himpunan aman tanpa senjata adalah kebebasan yang dibenarkan oleh perlembagaan Malaysia seperti yang tercatat dalam perkara 10. Adapun perkara 27 Akta polis(akta 344) mengenai kuasa untuk mengawalselia perhimpunan, perjumpaan dan perarakan yang diberi kuasa kepada pihak polis adalah bertujuan untuk menjayakan objektif kebebasan bersuara dalam perlembagaan bukannya menghalang kebebasan tersebut.
Pihak polis yang mempunyai kelengkapan mengawal rusuhan sebenarnya mampu mengawal keadaan dengan penuh hikmah. Pihak polis boleh menjaga keamaman Himpunan Bersih 2 dengan menyusun anggota polis di tepi jalan sepanjang himpunan menuju Istana Negara. Mereka yang didapati mewujudkan kekecohan perlu ditangkap. Jika pihak PERKASA dengan niat yang ikhlas mahu menghantar memorandum kepada pihak Istana maka mereka dibenarkan berhimpun dan berarak daripada laluan yang berbeza. Pihak polis perlu membuat perbincangan yang rapi dengan penganjur kedua-dua pihak. Saya yakin pihak polis yang mempunyai banyak pengalaman mampu mengawal keselamatan negara. Jika dua himpunan dapat berjalan serentak dengan aman maka saya penuh yakin pihak polis akan dihormati oleh rakyat dan masyarakat antarabangsa. Tetapi jika pihak polis hanya mengikut telunjuk pemimpin politik tertentu maka polis akan dihina oleh semua pihak.
Himpunan aman tanpa senjata adalah keperluan kepada demokrasi yang adil. Ratusan ribu rakyat tidak akan menghadiri Himpunan Bersih 2 jika mereka tidak ada tujuan yang khusus untuk mendapat satu pilihanraya yang bersih dan adil. Pihak kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan juga sering menganjurkan perarakan semasa Sambutan Maulidurasul atau upacara agama tertentu. Ribuan orang akan berarak di jalan raya. Mereka mendapat hak untuk berhimpun. Persoalannya mengapa Bersih 2 seolah-olah dinafikan hak untuk berhimpun secara aman?
Kepada para sahabat semua,Tuan Guru Dato Ismail Kamus sekarang ini berada di wad ICU,Hosp. Gleanegles Ampang. Mohon semua sahabat mendoakan semoga ALLAH memberikan kesihatan yang baik dan dapat menyampaikan ceramah kembali.
Satu gempa bumi kecil dikesan melanda Kuala Lumpur jam 8:08 pagi tadi berpusat di pergunungan Sumatra pada skala 5.3 dan pada kedalaman 22km. Gempa ini kecil ini telah menimbulkan panik keadaan para penduduk khususnya di beberapa kawasan seperti di Damansara, Petaling Jaya dan Putrajaya.
Gempa yang berlaku di garis sesaran ini mungkin berlaku lagi sebagai gegaran susulan.
* So pada yang berkerja dibangunan tinggi tue beringatlah... kot-kot rasa bergoyang... baik turun cepat-cepat....
Siti Aishah Ketua Srikandi Keadilan Malaysia telah menerima ugutan rogol dari Kelab Anti PKR... namun kalau nak ugut bubuh sekalipun.... kenapa nak hina Syariat Allah?
Ugutannya berbunyi "kepada perogol2 yg tengah sangap sekarang..sila rogol geng2 srikandi PKR....jgn isau k..(AMARAN!!!!!jikalau anda nak rogol..pastikan anda seorang shja buat kerja....sbb apa??????kalau anda kna tangkap anda akan terlepas hukuman...sbb xda 4orang saksi..kalau anda nak RAKAm pun xpa..2xleh jd saksi...don WORY k....rogol ja.....xda mslah..jnj buat seorang dq..kalu kna tangkap..korang kna da 4saksi...kalu da video pun...xda guna....((KATA HADIAQ AWANG BAWANG kes anuar xsah..sbb xda 4orang saksi...))PULOK DAH>>>PR????PARTI ROSAK" - Rango Krew.
Subhanallah... ini lah kesan ajaran UMporNO kepada org melayu semua... sehingga tiada sedetik pun rasa takut atau berdosa sehingga sanggup menghina perlaksanaan hukuman syariat Allah.....
Ini pulak dari blog pencacai UMporNO....... memang celaka depa nie!
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) merancang untuk turut mengadakan perhimpunan bagi menghalang demonstrasi yang akan diadakan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) keduapada 9 Julai ini.
Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, keputusan untuk turut sama berhimpun pada hari berkenaan bukan bagi mencetuskan kekecohan sebaliknya demi mempertahankan keselamatan negara.
"Kita nak berhimpun bukan untuk timbulkan kekecohan, tapi nak pastikan kita dapat menghalang perkara ini berlaku, ini yang kita akan buat kerana kami yakin tidak ada sebab untuk mereka menganjurkanperhimpunan Bersih ini.
"Saya akan lawan habis-habisan, ertinya pada hari tersebut akan berlaku pertembungan, kalau ini berlaku, ia untuk kebaikkan,"katanya pada sidang media di Parlimen, di sini, Isnin.
Beliau berkata tindakan untuk mengerakkan ahli dan penyokong Perkasa bagi mengadakan perhimpunan balas bagi menghalang demonstrasi Bersih juga bertujuan memberi isyarat kepada pihak polis untuk bertindak.
14 Jun – (Shah Alam) – Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) mengingatkan mana-mana pihak didalam Pakatan Rakyat supaya tidak memburukkan mana-mana pemimpin PAS terutama bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato Dr Hasan Mohamed Ali, dan diatas pelantikan Pesuruhjaya yang baru Dr Abd Rani Osman.
DPPNS ingin memberi amaran kepada ADUN Sekinchan, YB Ng Swee Lim supaya jangan memburukkan bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu dengan melemparkan tuduhan beliau tidak "turun padang" dan "tidak bagus" sebagaimana juga kamu tidak suka mana-mana pihak memburukkan pemimpin DAP Selangor tanpa sebab dan fakta yang jelas.
DPPNS ingin menegaskan bahawa diwaktu kepimpinan PAS Selangor dibawah Dato' Hasan Ali, PAS dan Pakatan Rakyat Berjaya memerintah Negeri Selangor dengan jumlah majoriti kerusi yang besar. Selaku Exco Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, banyak perkara baru yang telah diperkenalkan dibawah Kerajaan Negeri Selangor dibawah portfolio beliau. Pemerkasaan Institusi Masjid, pemerkasaan Guru KAFA, pengukuhan Institusi Tahfiz serta Sekolah Agama Rakyat sehingga disenangi oleh rakyat di negeri ini.
Komen dan kritikan yang seperti ini hendaklah ditujukan dahulu oleh YB Ng Swee Lim kepada pemimpin-pemimpin DAP di Selangor sebagai muhasabah dalaman yang dilihat lebih banyak mendahului persetujuan secara bersama Pakatan Rakyat dalam beberapa perkara yang dilaksanakan di Negeri Selangor, yang lebih tidak membantu kepada pemerkasaan Pakatan Rakyat di Selangor.
DPPNS ingin menegaskan bahawa urusan pelantikan dan perubahan mana-mana jawatan didalam PAS adalah perkara biasa dan ia tidak perlu dikaitkan dengan hanya mendengar "hearsay" atau "saya dengar" tanpa beliau sendiri mengetahui perkara yang sebenar daripada PAS. DPPNS ingin bertanya pernahkah YB Ng Swee Lim berada seminggu atau sebulan bersama dengan Dato Dr Hasan Mohamed Ali dan mengikuti semua program dan aktiviti yang dihadiri oleh beliau di seluruh Negeri Selangor?
DPPNS juga melihat tuduhan Dato Dr Hasan Ali cenderung kepada UMNO dan tidak berusaha kearah memantapkan hubungan Pakatan rakyat di Selangor adalah satu tuduhan berat yang tidak berasas sema sekali kepada PAS Negeri Selangor dan ia langsung tidak patut diucapkan oleh pemimpin rakan komponen Pakatan Rakyat di Selangor. DPPNS akan mempastikan perkara ini dibincangkan secara serius dalam Majlis Presiden Pakatan Rakyat supaya tindakan tegas diambil kepada mana-mana pihak yang memburuk-burukkan pemimpin PAS, tanpa terlebih dahulu merujuk kepada kepimpinan tertinggi komponen Pakatan Rakyat di Negeri Selangor.
Sekali lagi DPPNS merakamkan setinggi penghargaan kepada Dato Dr Hasan Ali diatas pengorbanan dan komitmen yang teah beliau curahkan kepada PAS Negeri Selangor. Juga kepada Pesuruhjaya PAS Selangor yang baru, DPPNS mengalu alukan dan mengucapkan tahniah kepada YB Dr Abd Rani Osman diatas pelantikan beliau sebagai Pesuruhjaya Negeri Selangor yang baru. Mudah-mudahan dipermudahkan urusan oleh Allah SWT.
PERKEMBANGAN MUKTAHIR SAMADA SEDAR ATAU TIDAK KUALITI HIDUP RAKYAT DAN KESELAMATAN SOSIAL SEMAKIN MEROSOT. KERAJAAN GAGAL MENGAWAL PELBAGAI PENYAKIT SOSIAL DAN MASAALAH ANAK MUDA HARI INI. GEJALA MUNGKAR YANG LEBIH CANGGIH DAN BAHAYA SEPERTI ZINA, BUNUH DIRI, ANAK LUAR NIKAH, PENAGIH DADAH, GAY, LESBIAN DAN SEBAGAINYA.
KES BUNUH DIRI :
TAHUN 2010 (JAN - OGOS ) JUMLAH 425 ORANG. PURATA : 60 ORANG SEBULAN. SETIAP HARI : 2 ORANG
KELAHIRAN ANAK LUAR NIKAH:
TAHUN 2000 HINGGA TAHUN 2010 BERJUMLAH 270 RIBU ORANG TAHUN 2007 BERJUMLAH 16,100 ORANG, TAHUN 2008 BERJUMLAH 16,541 ORANG, TAHUN 2009 BERJUMLAH 17,303 ORANG.
PURATA TAHUN 2009 PURATA SETIAP HARI 48 ORANG ANAK LUAR NIKAH DILAHIRKAN,
TAHUN 2005 HINGGA TAHUN 2009 ,JPN MENCATITKAN 74,723 ORANG ANAK LUAR NIKAH
DIKALANGAN ORANG MELAYU DILAHIRKAN DIMALYSIA.
KES BUANG BAYI DI MALAYSIA
TAHUN 2005 HINGGA TAHUN 2010 BERJUMLAH 395 KES TAHUN 2005 BERJUMLAH 67 KES TAHUN 2006 BERJUMLAH 83 KES TAHUN 2007 BERJUMLAH 65 KES TAHUN 2008 BERJUMLAH 102 KES TAHUN 2009 BERJUMLAH 79 KES TAHUN 2010 BERJUMLAH 91 KES TAHUN 2011 (BULAN JAN )SAJA 34 KES BAYI YANG DIBUANG.
KES JUVANA
MELIPUTI KES DADAH, PONTENG SEKOLAH, PERAS UGUT, BULI, JENAYAH, VEDIO LUCAH.
TAHUN 2010 - SEBANYAK 1.43 PERATUS KES DISIPLIN DIREKODKAN DISELURUH SEKOLAH SELURUH NEGARA
0.32 PERATUS - KES KECURIAN DAN PERGADUHAN
KEMALANGAN JALAN RAYA
PURATA SETIAP TAHUN 6,800 KES KEMATIAN BERPUNCA DARI KEMALANGAN JALAN RAYA. KERUGIAN NEGARA AKIBAT KEMALANGAN SETIAP TAHUN BERJUMLAH RM 9 BILION TERMASUK KOS PERUBATAN, INSURAN, BAIKPULIH KENDERAAN DAN KERUGIAN PENGELUARAN. HAMPIR SAMA DENGAN KOS PENTADBIRAN SEBUAH NEGERI
JURANG ANTARA GOLONGAN KAYA DAN MISKIN SEMAKIN MELEBAR SEBANYAK 10 PERATUS GOLONGAN TERKAYA ( MENGUASAI 34.4 PERATUS PENDAPATAN NEGARA )
SEBANYAK 40 PERATUS BERPENDAPATAN KURANG DARI RM 3000 SEBULAN
SEBANYAK 60 PERATUS BERPENDAPATAN KURANG DARI RM 1500 SEBULAN
PENINGKATAN KOS SARA HIDUP
TAHUN 2010 KOS KEHIDUPAN DIMALAYSIA BERADA DITANGGA KE 21 PALING TINGGI DIDUNIA
TAHUN 2009 BERADA DITANGGA YANG KE 13 KEDUDUKAN SEMASA KAJIAN MENDAPATI 60 PERATUS PENDAPATAN RAKYAT DIGUNAKAN UNTUK KEPERLUAN HARIAN
NEGARA KEBAJIKAN BERMAKSUD SETIAP RAKYAT DIJAGA HAK DAN KEBAJIKAN SAMAADA KEPERLUAN KEMUDAHAN ASAS,MAKANAN, PAKAIAN, TEMPAT TINGGAL, KESIHATAN, PENDIDIKAN DAN LAIN LAIN. NEGARA TIDAK MEMBEBANKAN RAKYAT DENGAN SISTEM CUKAI YANG MEMBEBANKAN RAKYAT.
PEROLEHAN PENDAPATAN NEGARA BUKAN DENGAN CARA MEMBEBANKAN RAKYAT DENGAN KAEDAH MENAIKKAN CUKAI UNTUK RAKYAT SEHINGGA MENAIKKAN HARGA BARANG YANG TERUS MEMBEBANKAN RAKYAT.
KONSEP NEGARA KEBAJIKAN TELAH DILAKSANAKAN DIKELANTAN DAN NEGERI NEGERI DIBAWAH PAKATAN RAKYAT. TANPA MENGIRA KAUM DAN KETURUNAN SETIAP RAKYAT DIJAGA KEBAJIKAN.SKIM KIFALAH,CUTI 2 HARI DALAM SEMINGGU, BALIK AWAL BULAN RAMADHAN, SKIM AZ ZIWAJ, SKIM BANTUAN ARMALAH, RUMAH 3 BILIK, CUTI BERSALIN 60 HARI DAN LAIN LAIN LAGI ADALAH DIANTARA PROGRAM KEBAJIKAN YNG TELAH DIMANAFAATKAN UNTUK SELURUH RAKYAT KELANTAN.
PEMBATALAN TOL, PEMBATALAN CUKAI YANG MEMBEBANKAN RAKYAT DAN MEMUDAHKAN PERKHIDMATAN ASAS YANG MENYENTUH RUKUN HIDUP RAKYAT. NEGARA KEBAJIKAN BUKAN SOAL EKONOMI SEMATA MATA TETAPI PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN ITU SENDIRI DIJADIKAN AGENDA UTAMA,AGAR RAKYAT DIPERKASAKAN DENGAN ILMU DAN KEMAHIRAN SELARAS DENGAN NILAI MORAL DAN CARA HIDUP ISLAM.
NEGARA KEBAJIKAN MELAKSANAKAN UNDANG UNDANG YANG MENDIDIK RAKYAT. BN GUNA AKTA UNTUK ROMPAK HARTA RAKYAT CONTOH SAMAN EKOR.
MEMBERI KEADILAN KEPADA RAKYAT DALAM PENGADILAN DIMAHKAMAH, BUKAN TAKUTKAN RAKYAT DENGAN UNDANG UNDANG ZALIM.
MENGALAKKAN WUJUDNYA MASYARAKAT YANG BERJIWA PENGASIH DAN PENYAYANG, BERLUMBA LUMBA UNTUK DAPAT PAHALA. AMALAN WAKAF, SEDEKAH, BANTU RUMAH KEBAJIKAN,JAUHI RASUAH .
NEGARA KEBAJIKAN AKAN DAPAT KEAMPUNAN DAN BERKAT DARI ALLAH...
SIDANG DEWAN RAKYAT HARI INI DIMINTA MELULUSKAN BAJET TAMBAHAN BAGI TAHUN 2011 YANG BERJUMLAH RM 13 BILION, 186 RIBU, 713 RIBU RINGGIT. INI MERUPAKAN TAMBAHAN KALI KETIGA SELEPAS PEMBENTANGAN BAJET PADA BULAN OKT 2010 YANG LALU.
1. PARLIMEN - RM 11,305,000 (JUTA ) 2. JABATAN PERDANA MENTERI - RM 317,383,200. 3. JABATAN PEGUAM NEGARA - RM 100,000,000. 4. KEMENTERIAN KEWANGAN - RM 6,000,000,000. 5. KEMENTERIAN LUAR NEGERI - RM 27,980,000 6. KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI -RM 786,200,000 7. KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI - RM 1,383,802,500. 8. KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH - RM 213,300,000. 9. KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR - RM 38,500,000. 10 KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI -RM 13,123,000 11. KEMENTERIAN KERJARAYA - RM 100,000,000. 12. KEMENTERIAN PENGANGKUTAN RM 198,740,000. 13 KEMENTERIAN SAINS,TEKNOLOGI DAN INOVASI - RM 7,730,000. 14.KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAANBANDAR - RM 15,000,000. 15.KEMENTERIAN PELAJARAN - RM 1,540,369,000. 16.KEMENTERIAN KESIHATAN - RM 1,037,800,000. 17.KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERJAAN TEMPATAN -RM RM 442,149,000. 18.KEMENTERIAN PENERANGAN ,KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN -RM 70,283,700. 19.KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA KELUARGA DAN MASYARAKAT- RM 458,750,000. 20.KEMENTERIAN PERTAHANAN -RM RM 493,297,600. 21. KEMENTERIAN DALAM NEGERI -RM 30,000,000.
Kementerian Pelancongan sekali lagi 'panas' apabila ahli-ahli parlimen hari ini membidas tindakan kerajaan yang membelanjakan RM1.8 juta bagi membina dan menyelanggara laman Facebooknya.
Anthony Loke (DAP-Rasah) berkata sebegitu banyak wang dihabiskan sebegitu sahaja untuk laman sosial yang boleh dibuat secara percuma.
"Semakan terakhir saya mendapati ada hanya 20,308 peminat di laman Facebook kementerian. Secara bandingan laman Facebook 'Visit Penang', yang mana kerajaan negeri Pulau Pinang tidak membelanjakan satu sen pun tetapi mendapat 100,000 peminat. Kenapa belanja RM1.8 juta?" soalnya semasa sesi soalan.
Loke berkata adalah sukar untuk mempercayai kononnya tidak ada sesiapun di kementerian itu yang mempunyai pengetahuan untuk mengemas-kinikan akaun Facebook sehingga kerajaan terpaksa memberikan kontrak kepada pihak ketiga.
Katanya, kerajaan dengan mudah boleh mendapatkan nasihat daripada pelbagai pihak termasuk BN dan juga ahli parlimen Pakatan yang sebahagian besar mereka pengguna rangkaian laman sosial yang aktif.
"Tak perlu tanya ahli sebelah sini (pembangkang). Terdapat ramai di kalangan penyokong kerajaan seperti Kota Belud dan Rembau... mereka boleh dibawa sebagai perunding," katanya merujuk kepada ahli parlimen Umno Abdul Rahman Dahlan dan Khairy Jamaluddin, yang kedua-dua mereka kerap menggunakan Twitter.
Timbalan Menteri Pelancongan Datuk James Dawos Mamit berkata kontrak RM1.8 juta itu ditenderkan kepada syarikat, Impact Creations Sdn Bhd, untuk selama tiga tahun iaitu bermula 2011 hingga 2013.
Khairy, dalam soalan tambahannya bersetuju dengan Loke bahawa peruntukan RM1.8 juta itu adalah satu pembaziran dan berkata kurangnya minat laman Facebook kementerian itu tidak mencerminkan jumlah besar yang dibelanjakan.
Usul tergempar oleh Lim Kit Siang di Parlimen pada hari Selasa, 14hb Jun 2011:
Usul tergempar atas kes Ahmad Sarbaini
Per: Notis Peraturan Mesyuarat 18 - Menggesa supaya Jemaah Menteri mengarahkan supaya Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia mengemukakan keputusan penyiasatan kes Ahmad Sarbaini dan menjawab tuduhan Raja Petra Kamaruddin bahawa tiada bukti menunjukkan Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed mempunyai kekayaan luar biasa dijumpai
Ini adalah untuk memberikan notis di bawah Peraturan Mesyuarat 18(2) untuk mengusulkan perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendaki disegerakan seperti berikut:
"Bahawa Dewan mengizinkan YB Lim Kit Siang untuk menangguhkan Dewan mengikut Peraturan Mesyuarat 18(1) untuk merundingkan perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendaki disegerakan mengenai tuduhan Raja Petra Kamaruddin tentang kes Ahmad Sarbaini Mohamed, bekas pegawai kastam yang dijumpai mati di bangunan SPRM Cheras pada haribulan 16 April, bahawa tiada bukti bahawa mangsa tersebut mempunyai kekayaan luar biasa dijumpai oleh pihak polis."
"Mengikut beliau, 'Encik Ahmad Sarbaini hanya mempunyai tiga buah kereta yang sederhana iaitu sebuah perodua kancil, sebuah Honda CRV yang dibeli tangan kedua, dan sebuah proton persona – dan sebuah motosikal Modenas Kriss yang beliau membawa ke bangunan SPRM pada hari yang malang tersebut.
Encik Ahmad Sarbaini juga mempunyai sebuah rumah pangsa di Bukit Tinggi yang berharga 65,872 ringgit, sebuah rumah pangsa di Puncak Alam berharga 68,988, sebuah rumah kluster semi-D di Saujana Impian di Sungai Buloh berharga RM230,000 dan RM 35,000 wang simpanan dalam Amanah Saham Bumiputera... itu sahaja'
Apakah seorang pegawai kerajaan yang kononnya korup berkehidupan sebegitu sederhana sahaja? Apakah seorang yang tidak melanggari undang-undang sanggup membunuh diri? Ataupun SPRM sengaja memburukkan nama mangsa tersebut untuk menyelindungi kebenaran? Sampai hari ini, tiada lagi satu penjelasan yang memuaskan telah diberi oleh pihak berkuasa, menyebabkan keluarga mangsa itu tertanya-tanya status sebenar hasil siasatan tersebut.
Polis Diraja dan pendakwaraya harus mengemukakan keputusan penyiasatan kes tersebut secara awam untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan rakyat Malaysia yang berprihatin serta keluarga mangsa tersebut.
Pihak polis dan SPRM tidak harus menolak dalih dengan alasan bahawa inkues akan dijalankan, memandangkan sebagaimana dalam siri kejadian Teoh Beng Hock, yang juga ditemui mati dalam tahanan SPRM, di mana inkues hanya memutuskan 'Open Verdict' tanpa satu keputusan yang memuaskan hati. Biarkanlah keluarga Sarbaini untuk memutuskan samada mereka mahukan inkues atau suruhan siasatan diraja diadakan, tetapi adalah amat penting bahawa pihak polis dan SPRM bersifat bertanggungjawab dan telus dalam perkara ini demi memulihbaik keyakinan ramai tentang integriti institusi-institusi tersebut."
*Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timor
KOTA BHARU – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menarik balik saman fitnah berjumlah RM20 juta yang difailkan terhadap sebuah syarikat media arus perdana berkait isu penyiaran sebuah artikel oleh akhbar tersebut, dua tahun lalu.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Datuk Mohd. Yazid Mustafa mendengar kes itu merekodkan penyelesaian saman sejurus Nik Abdul Aziz selaku plaintif bersetuju menyelesaikan kes di luar mahkamah.
Beliau sebelum itu mengemukakan saman tuntutan RM20 juta terhadap syarikat akhbar Utusan Melayu (M) Bhd, Ketua Pengarang Kumpulannya, Datuk Abdul Aziz Ishak dan wartawan, Rodelio Junjun Taucan berhubung penyiaran artikel bertajuk 'Nasihat saya mesti didengar' pada 15 Jun 2009.
Peguam mewakili defendan, Mohana Kumar berkata, plaintif bersetuju menarik balik saman tanpa kebebasan memfailkan semula dan tanpa kos.
"Selepas penyiaran artikel 15 Jun itu, Utusan Malaysia bertindak menyiarkan artikel penafian Nik Abdul Aziz mengenai kandungan artikel 'Nasihat mesti didengar' tiga hari berikutnya.
"Manakala, pada 29 Julai tahun sama, Utusan Malaysia menyiarkan permohonan maaf di muka hadapan Utusan Malaysia dan laman web Utusan Online," katanya.
Menurutnya, namun demikian, plaintif dengan diwakili firma guaman Tetuan C Jegathesan, masih meneruskan tuntutannya itu.
"Walau bagaimanapun, plaintif akhirnya bersetuju menarik balik saman tersebut, semalam," katanya.
Mahkamah Tinggi Ipoh memutuskan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Hee Yit Foong bersalah menyerang Adun Aulong, Yew Tian Hoe dengan penyembur lada sewaktu Dun bersidang pada 7 Mei, 2009. Pesuruhjaya Kehakiman, Tarmizi Abdul Rahman membenarkan permohonan Yew untuk injunksi dengan kos bagi menghalang Hee dan agennya daripada terus menyerangnya.
Mahkamah setakat ini belum memutuskan gantirugi yang akan diperolehi Yew.
Sidang DUN pada 7 Mei itu adalah yang pertama selepas BN merampas kuasa daripada kerajaan negeri yang sah dengan bantuan tiga Adun Pakatan Rakyat yang berpaling tadah, termasuk Hee.
Sidang itu bertukar kecoh apabila BN mengheret keluar Speaker DUN Perak, V Sivakumar pada masa itu yang bertegas untuk terus mempengerusikan sidang DUN dan menggantikannya dengan Speaker BN, R Ganesan.
Dalam kekecohan itu, Hee yang merupakan Adun DAP pada masa itu menyerang Yew dengan penyembur lada.
Yew memfailkan tindakan sivil terhadap Yew selepas Pejabat Peguam Negara enggan mengambil sebarang tindakan.
Yew mendakwa beliau mengalami kecederaan pada mata kirinya, mengalami kejutan mental, distres, trauma dan "dimalukan di khalayak ramai" akibat insiden itu, lapor Malaysiakini.
Yit Fong sebelum ini merupakan ADUN Jelapang dari parti DAP yang kemudiannya berpaling tadah menjadi ADUN Bebas yang mesra Barisan Nasional (BN) yang menyaksikan tindakan beliau bersama dua lagi ADUN PKR yang bertindak sama yang menyebabkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat bertukar tangan ke BN pada bulan Februari 2009.
KUALA LUMPUR: Gempa bumi bermagnitud 5.9 melanda Sumatera Utara 8.08 pagi tadi dengan gegarannya dirasai di sekitar Selangor, selatan Perak dan Melaka, demikian kenyataan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia, sebentar tadi. – Berita Harian Online Manakala di Putrajaya , » Gegaran Gempa Bumi Kedua Lebih Kuat telah berlaku Di Putrajaya ! Ini menyebabkan ramai kakitangan dan pekerja di bangunan-bangunan di Putrajaya di perintah keluar dari bangunan bagi tujuan kecemasan selamatkan diri sebelum berlaku perkara buruk yang tidak diingini. Lokasi gempa bumi pertama dan kedua di utara Sumatera, Indonesia yang dirasai sehingga ke Putrajaya, Malaysia. Gempa bumi pertama berukuran 5.3 pada skala Richter berlaku jam 00:08:33 UTC, kedalaman 22.6 KM dibawah permukaan bumi. Gegaran kedua pula berlaku jam 03:01:27 UTC, dengan kekuatan 5.4 pada skala Richter, 8.2 KM dibawah permukaan bumi.
Sumber Rujukan: Gegaran Gempa Bumi Kedua Lebih Kuat Di Putrajaya ! | anastasyea.com
KUANTAN, 14 Jun - UMNO Pahang sekali lagi mengkhianati hak rakyat, dengan bertindak sewenang-wenangnya menggunakan premis awam untuk aktiviti kepartian. Terbaru, apabila UMNO Bahagian Paya Besar mengadakan persidangan agung tahunan kali ke-16 mereka di Kolej Islam Pahang Sultan Hj.Ahmad Shah (KIPSAS) pada hari Ahad lalu (12 Jun). Persidangan yang dirasmikan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Zahid Hamidi itu telah mendapat kritikan ramai pihak terutamanya ibu bapa pelajar kolej terbabit. Mereka menghubungi kami dan kecewa melihat apa yang berlaku."UMNO tidak wajar menjadikan IPT sebagai tempat mereka bersidang atau melakukan aktiviti kepartian. Penggunaan sewenang-wenangnya lokasi terbabit jelas telah mencabuli hak kami sebagai ibu bapa yang membayar yuran pengajian anak-anak kami untuk belajar di situ. Kenapa perlu didedahkan aktiviti kepartian di pusat-pusat pengajian tinggi?. Jika dilakukan oleh pembangkang, sudah pasti mereka akan bisinng dan menyalahkan pihak terbabit. Tapi kini mereka tergamak mencemari kolej ini dengan tindakan yang jelas menghancurkan harapan kami sebagai ibu bapa pelajar", kata seorang bapa pelajar terbabit. Tindakan KIPSAS membenarkan Dewan Utama IPT itu untuk dijadikan lokasi persidangan sebuah parti politik itu jelas sekali amat memalukan sebenarnya. Bukti, banyak bendera parti UMNO diletakkan di pintu masuk ke KIPSAS
Tajuk : Pelancaran untuk Perhimpunan Bersih 2.0 Tarikh : 19 Jun 2011 (Ahad) Masa : 8.00 malam – 10.30 malam Tempat : Dewan Selangor Chinese Assembly Hall Jalan Maharajalela uala Lumpur
ATURCARA : Video Penyampaian dari President/Pengerusi NGOs & persatuan remaja Solidariti dari parti politik Penyampaian dari Dato Ambiga Sreenevasan, Pengerusi Bersih 2.0
Kenapa PAS kena gugur perkataan Islam pada Parti? Parti PAS telah lulus begitu dan diperakui Pendaftar Pertubuhan. PAS bukan tokok-tambah tapi memang diakui begitu dan termaktub dalam simpanan Pendaftar Pertubuhan. UMNO kenapa tak timbulkan perkataan Baru pada UMNO (BARU) macam yang sebenar diluluskan Pendaftar Pertubuhan selepas diharamkan? UMNO adalah singkatan dalam bahasa Inggeris, singkatan dalam Bahasa Melayu ialah PEKEMBAR. Parti UMNO lama dipanggil UMNO atau PEKEMBAR manakala Parti UMNO terkini (Selepas diharamkan tahun 1992) adalah dinamakan UMNO(BARU) seeloknyanya UMNO(NEW) atau PEKEMBAR(BARU). Lidah Rasmi UMNO melaporkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, "Kalau Pas sanggup dibuli oleh DAP sehingga akhirnya boleh menggugurkan perjuangan negara Islam, saya mencabar Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggugurkan sahaja perkataan Islam daripada Pas atau tukar saja nama parti itu kepada Parti Kebajikan se-Malaysia," . kalau macam itu TEMAN PUN NAK CABAR PM NAJIB AGAR GUNAKAN NAMA UMNO YANG SEBENAR MENGIKUT UNDANG-UNDANG PERTUBUHAN BUKAN NAMA UMNO TANPA BRU DALAM KURUNGAN. INGATLAH AHLI UMNO YANG HINGUSAN BAHAWA NAMA PARTI UMNO SEBENAR IALAH BEGINI : UMNO(BARU) bukan UMNO. Eleh ... dulu pun UMNO dah bangkit kesah buang nama ISlam. UMNO memang bangkrap iden bernas dan memang mereka takder isu asyik cari kisah lama dan citer rekaan dan termasuk video rekaan fitnah. Bila terbukti mereka(UMNO/BN) salah bukan nak minta maaf atau bertaubat tapi cari lagi fitnah nak kenakan pemimpin Pakatan rakyat.
14 Jun – (Shah Alam) – Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) mengingatkan mana-mana pihak didalam Pakatan Rakyat supaya tidak memburukkan mana-mana pemimpin PAS terutama bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato Dr Hasan Mohamed Ali, dan diatas pelantikan Pesuruhjaya yang baru Dr Abd Rani Osman.
DPPNS ingin memberi amaran kepada ADUN Sekinchan, Ng Swee Lim supaya jangan memburukkan bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu dengan melemparkan tuduhan beliau tidak "turun padang" dan "tidak bagus" sebagaimana juga kamu tidak suka mana-mana pihak memburukkan pemimpin DAP Selangor tanpa sebab dan fakta yang jelas.
DPPNS ingin menegaskan bahawa diwaktu kepimpinan PAS Selangor dibawah Dato' Hasan Ali, PAS dan Pakatan Rakyat Berjaya memerintah Negeri Selangor dengan jumlah majoriti kerusi yang besar. Selaku Exco Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, banyak perkara baru yang telah diperkenalkan dibawah Kerajaan Negeri Selangor dibawah portfolio beliau. Pemerkasaan Institusi Masjid, pemerkasaan Guru KAFA, pengukuhan Institusi Tahfiz serta Sekolah Agama Rakyat sehingga disenangi oleh rakyat di negeri ini.
Komen dan kritikan yang seperti ini hendaklah ditujukan dahulu oleh YB See Lim kepada pemimpin-pemimpin DAP di Selangor sebagai muhasabah dalaman yang dilihat lebih banyak mendahului persetujuan secara bersama Pakatan Rakyat dalam beberapa perkara yang dilaksanakan di Negeri Selangor, yang lebih tidak membantu kepada pemerkasaan Pakatan Rakyat di Selangor.
DPPNS ingin menegaskan bahawa urusan pelantikan dan perubahan mana-mana jawatan didalam PAS adalah perkara biasa dan ia tidak perlu dikaitkan dengan hanya mendengar "hearsay" atau "saya dengar" tanpa beliau sendiri mengetahui perkara yang sebenar daripada PAS. DPPNS ingin bertanya pernahkah YB Swee Lim berada seminggu atau sebulan bersama dengan Dato Dr Hasan Mohamed Ali dan mengikuti semua program dan aktiviti yang dihadiri oleh beliau di seluruh Negeri Selangor?
DPPNS juga melihat tuduhan Dato Dr Hasan Ali cenderung kepada UMNO dan tidak berusaha kearah memantapkan hubungan Pakatan rakyat di Selangor adalah satu tuduhan berat yang tidak berasas sema sekali kepada PAS Negeri Selangor dan ia langsung tidak patut diucapkan oleh pemimpin rakan komponen Pakatan Rakyat di Selangor. DPPNS akan mempastikan perkara ini dibincangkan secara serius dalam Majlis Presiden Pakatan Rakyat supaya tindakan tegas diambil kepada mana-mana pihak yang memburuk-burukkan pemimpin PAS, tanpa terlebih dahulu merujuk kepada kepimpinan tertinggi komponen Pakatan Rakyat di Negeri Selangor.
Sekali lagi DPPNS merakamkan setinggi penghargaan kepada Dato Dr Hasan Ali diatas pengorbanan dan komitmen yang teah beliau curahkan kepada PAS Negeri Selangor. Juga kepada Pesuruhjaya PAS Selangor yang baru, DPPNS mengalu alukan dan mengucapkan tahniah kepada YB Dr Abd Rani Osman diatas pelantikan beliau sebagai Pesuruhjaya Negeri Selangor yang baru. Mudah-mudahan dipermudahkan urusan oleh Allah SWT.
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH kepada YB. Dr. Abdul Rani bin Osman, ADUN Meru merangkap YDP Kawasan Kapar di atas perlantikan beliau sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor yang baru. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor selaku sayap kanan parti akan sentiasa komited dan istiqamah di dalam usaha untuk membantu Pesuruhjaya di dalam menggerakkan jentera parti di semua peringkat bagi menghadapi segala cabaran dan rintangan politik negeri Selangor khususnya dalam persiapan untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor amat bersetuju dengan kenyataan Ketua Penerangan PKR Selangor yang mengatakan perlantikkan YB. Dr. Abdul Rani sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor yang baru akan menjadi "mimpi ngeri yang berpanjangan" kepada UMNO/BN Selangor.
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga merakamkan ucapan TERIMA KASIH yang tidak terhingga kepada mantan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, YB. Dato' Dr. Hassan bin Mohamed Ali, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor merangkap ADUN Gombak Setia di atas segala khidmat dan usaha keras beliau di dalam memartabatkan perjuangan PAS dan memantapkan Pakatan Rakyat Negeri Selangor sehingga mencapai kemenangan bersejarah memerintah Negeri Selangor di dalam PRU ke 12 yang lalu sangatlah dihargai oleh seluruh saf pimpinan Pemuda Negeri dan Kawasan-kawasan.
Selain itu juga Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menasihatkan supaya Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor, Dato' Satim Deman supaya menjaga urusan partinya sendiri daripada meminta YAB Datok Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggugurkan YB. Dato' Dr. Hassan bin Mohamed Ali daripada Kabinet EXCO Negeri Selangor selaras keputusan PAS tidak melantik beliau sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor. Ingin Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mempertegaskan bahawa jawatan YB Dato' Dr. Hassan sebagai EXCO Negeri Selangor adalah hasil daripada persetujuan bersama kepimpinan Pakatan Rakyat Negeri Selangor dan tidak membabitkan perubahan kepimpinan di peringkat sesebuah parti. Janganlah UMNO berlagak seperti anjing yang menyalak di luar rumah cuba mengambil kesempatan mencari publisiti politik murahan dengan mencampuri urusan parti orang lain sedangkan partinya sendiri penuh dengan masalah. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merasakan PAS dan Pakatan Rakyat Negeri Selangor cukup arif dan berpengalaman dalam mentadbir urus Negeri Selangor dan parti masing-masing tanpa campurtangan daripada pihak luar. Ketua pembangkang Dewan Negeri Selangor sepatutnya menasihatkan Ketua Pemuda UMNO Selangor, Ungku Salleh Ungku Jamal dan Ketua Pemuda UMNO Selayang, Dato' Sohaimi Shahadan supaya tidak gopoh dalam mempertikaikan khutbah Jumaat baru-baru ini yang bertajuk "Janayah Qazaf adalah berdosa BESAR" daripada. Ini adalah kerana Qazaf dan Hudud sama seperti Sembahyang, Puasa dan perintah-perintah lain yang terdapat di dalam Al-Quran adalah perintah Allah dan wajib dilaksanakan.. Janganlah menjadi seperti pepatah Melayu "seperti ayam berkokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi".
13 Jun 2011, Sg. Besar - YB Hj. Khasim Abdul Aziz menyertai YB Dato' Dr. Hasan Mohamed Ali dalam Majlis Penyerahan Projek Menaiktaraf Jalan Bagan 2, Sungai Besar, Daerah Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan yang diadakan di tapak projek tersebut di Jalan Bagan 2, Sungai Besar hari ini.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah wakil Pengarah Bahagian Jalan, JKR Negeri Selangor, wakil Pegawai Daerah Sabak Bernam dan Jurutera Daerah JKR Sabak Bernam.
Melawat tempat membaiki bot di Jeti Bagan 2
Saudara Khairolbazli meninjau kawasan sekeliling bagan di Jeti Bagan 2
Apalah agaknya yang digosipkan oleh dua YDP PAS Kawasan ni.. YB Khasim (kanan) bersama Ustaz Fadzlin Taslimin, YDP PAS Kawasan Sungai Besar
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) adalah satu inisiatif yang ditunjangi rakyat kebanyakan dan ia bukanlah satu gerakan yang digerakkan oleh parti politik semata-mata.Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan membuat kenyataan itu sewaktu berucap di hadapan kira-kira 2,000 orang pada forum 'Ke Arah Perubahan' di Dewan Pandu Puteri Wilayah Persekutuan, Brickfields pada 12 Jun lalu.
"Bersih 2.0 merupakan satu gabungan yang terdiri daripada badan-badan bukan kerajaan dengan matlamat utama untuk memperjuangkan pilihan raya yang bersih dan adil.
"Kita merasakan sudah sampai masanya suara kita didengari. Bersih 2.0 adalah satu inisiatif yang digerakkan rakyat. Ia bukan digerakkan parti plitik (semata-mata)," kata Ambiga yang menyampaikan ucapannya dalam tiga bahasa iaitu Tamil, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Bersih 2.0 akan berhimpun pada 9 Julai ini untuk menuntut enam perubahan dalam sistem pilihan raya yang dijalankan sekarang. Tuntutan mereka itu meliputi penggunaan dakwat kekal, pembersihan senarai undi, reformasi undi pos, tempoh minimum kempen selama 21 hari, akses kepada media yang bebas dan adil, pengukuhan institusi awam, menghentikan rasuah sewaktu pilihan raya dan juga menghentikan amalan politik kotor sewaktu berkempen.
Satu majlis pelancaran perhimpunan besar-besaran juga akan diadakan pada 19 Jun ini, kata Ambiga.
Dalam ucapan yang sama, Ambiga memberitahu jemputan untuk menyertai perhimpunan Bersih 2.0 sudah pun dipanjangkan kepada parti-parti politik baik daripada pembangkang mahupun daripada kerajaan.
"19 Jun ini kita ada pelancaran untuk perhimpunan pada 9 Julai ini. Untuk acara ini kita telah jemput wakil daripada parti-parti politik samada mereka menyokong atau pun menentang perhimpunan ini.
"Kita sudah jemput semua orang termasuklah komponen Barisan Nasional. Kita beritahu pemimpin-pemimpin parti politik yang mereka perlu berhimpun bersama-sama rakyat (menuntut perubahan pilihan raya)," kata Ambiga.
Ambiga dalam ucapannya yang sama juga sempat mengingatkan hadirin bahawa rakyat adalah penentu sebenar siapa yang mentadbir Putrajaya dan mereka perlu menggunakan kuasa itu sebaiknya.
"Putrajaya bukan milik sesiapa melainkan rakyat. Kita yang akan tentukan siapa ke sana," kata Ambiga.
You are subscribed to email updates from BGM online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KUALA LUMPUR, 13 Jun: Pengerusi Jawatankuasa Mobilisasi PAS, Mohamad Sabu (gambar) berkata, PAS tidak akan berganjak bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) untuk mengadakan himpunan besar-besaran di Kuala Lumpur, 9 Julai ini. Katanya, biarpun kumpulan pendesak Melayu, Perkasa memberi amaran untuk menghalang, namun himpunan tersebut tetap akan diteruskan. "Kita akan buat terus, dia (Perkasa) nak buat himpunan itu hak dia," katanya kepada Harakahdaily hari ini. Presiden Perkasa, Ibrahim Ali dalam sidang media di parlimen hari ini memberitahu pertubuhan itu akan melawan habis-habisan himpunan Bersih 2.0 itu. Sambil menyifatkan himpunan itu sebagai "mengacau", Ibrahim turut memberi amaran akan membuat himpunan serupa bagi menghalang himpunan Bersih 2.0 tersebut walaupun terpaksa berlaku pertembungan. Ibrahim, yang juga ahli parlimen Pasir Mas, juga mendakwa himpunan Bersih itu akan menimbulkan huru hara apabila ada pesertanya membaling batu dan membakar kereta. Membidas kenyataan Ibrahim itu, Mohamad yang juga Timbalan Presiden PAS berkata, bukan Perkasa yang menentukan himpunan tersebut huru-hara atau tidak. "Itu kerja polis la nak tentukan aman atau tidak. Datuk Ambiga (Pengurusi Bersih), sudah beri jaminan kita akan buat himpunan secara aman," katanya. Beliau turut memberi contoh himpunan Bersih pertama pada 2007 lalu, menyaksikan himpunan berlangsung secara aman. "Perkasa kalau nak buat juga himpunan, buat hari lain la, kita dah cadang tarikh ni lebih awal lagi," katanya. Declare perang fizikal Seorang lagi AJK Bersih, Dr Mohd Hatta Ramli menyifatkan tindakan Perkasa memberi amaran mahu bertembung dengan peserta himpunan Bersih sebagai tidak wajar. "Kita tak pernah halang Perkasa nak berhimpun. Tapi berhimpun lah untuk memperjuang hak sendiri, bukan sebab nak halang kita semata-mata. "Ini sudah declare perang secara fizikal. Bukan begini caranya, ini cara pengganas," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan