Jumaat, 10 Jun 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 10 Jun 2011 01:30 AM PDT

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Kenapa Anak Saya Dibunuh?

Posted: 09 Jun 2011 08:58 PM PDT

Seorang ibu ingin mencari keadilan terhadap anaknya yang mati ditembak polis

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 10 Jun 2011 01:14 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Thai gempar wabak E.coli

Posted: 10 Jun 2011 01:00 AM PDT

8 Rejab 1432H. [MOD] -

BANGKOK - Thailand mengumumkan menemui bakteria pembunuh Escherichia coli (E.coli) di dalam buah avokado yang diimport dari Eropah, semalam.

Pihak berkuasa kini sedang memeriksa sama ada E.coli ditemui itu adalah jenis sama dengan bakteria yang sedang menyebabkan wabak berbahaya di Eropah.

Kerajaan Thailand meminta penduduk negara itu tidak panik kerana terdapat beberapa jenis bakteria E.coli yang kerap ditemui pada tanaman tetapi kebanyakannya tidak berbahaya.

Pengguna di negara itu disaran membasuh atau memasak sayuran dan buah-buahan segar dengan betul sebelum dimakan.

Di Eropah, penularan bakteria E.coli jenis berbahaya sehingga kini menyebabkan 25 orang terkorban dan 2,600 jatuh sakitdi Jerman sejak bulan lalu.

Pihak berkuasa masih gagal mengesan punca sebenar wabak itu yang boleh menyebabkan cirit-cirit berdarah, demam dan kegagalan buah pinggang serta kematian.

sinarharian/-

Polis berkas semula 16 pelatih Puspen lari semasa rusuhan

Posted: 10 Jun 2011 12:58 AM PDT

8 Rejab 1432H. [MOD] -

MUAR - Polis berjaya menahan semula 16 pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) di Sengkang, Bukit Gambir yang melarikan diri ketika rusuhan di pusat tersebut malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ledang DSP Mohd Salleh Abdul Razak berkata, pihaknya juga mengenal pasti hanya 21 yang telah melarikan diri.

Tiga belas daripada mereka ditahan semula ketika bersembunyi di bawah jambatan Sungai Muar di Gersik, kira-kira tiga kilometer dari pusat tersebut, manakala tiga lagi ditahan di berhampiran pusat itu, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, usaha mengesan dan menahan semula lima lagi kini dipergiatkan.

Mohd Salleh berkata, polis juga menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti dalang dan punca sebenar rusuhan yang menyaksikan dua bangunan pusat itu dibakar.

Pusat itu menempatkan 377 pelatih, dan dalam kejadian kira-kira 8.40 malam tadi mereka dipercayai membakar bangunan pentadbiran dan dewan makan serta memecahkan cermin lapan buah kenderaan milik petugas di situ.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan melakukan khianat dengan api yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan, katanya. - Bernama

25 Tahun Penjara Dan 15 Kali Sebatan, Hukuman Untuk Perogol

Posted: 10 Jun 2011 12:45 AM PDT

8 Rejab 1432H. [MOD] -

KLANG 10 JUN: Mahkamah Seksyen Klang semalam menjatuhkan hukuman 25 tahun penjara dengan 15 kali sebatan keatas seorang lelaki yang mendakwa dirinya mabuk ketika merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dalam tandas sebuah sekolah dekat Sekinchan, 4 Jun lalu.

Sures Muniandy, 27, mengaku bersalah ke atas jenayah tersebut ketika dihadapkan di Mahkamah Seksyen di sini, semalam.

Hakim Datuk Anita Harun mengarahkan hukuman penjara dijalankan bermula daripada tarikh tertuduh mula ditahan kerana mempunyai dua kesalahan jenayah sebelum ini.

Pemungut besi buruk itu didakwa melakukan jenayah di SRJK (C) Yoke Kuan, Sekinchan dekat Sabak Bernam lebih kurang pukul 9 malam pada 4 Jun.

Dia dijatuhkan hukuman di bawah Seksyen 376(2) (e) Akta Jenayah yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya Nizi Shazril Ithnin pada awalnya meminta hukuman lebih berat dikenakan kerana mangsa hanya berumur lapan tahun dan mengalami kecederaan.

Sures yang tidak diwakili peguam menangis apabila mendengar hukuman yang dijatuhkan terhadapnya.

Pada hari kejadian, mangsa menghadiri satu majlis perkahwinan di sekolah itu dan dirogol apabila dia pergi ke tandas seorang diri.

Abang ipar dan kakak kanak-kanak itu menunggunya di kantin tidak jauh dari tandas.

Tertuduh mengunci pintu daripada dalam dan merogol mangsa dan kemudian melarikan diri.

Abang ipar mangsa dengan bantuan orang awam menangkap tertuduh yang dijumpai di sebuah longkang 100 meter dari tempat kejadian.

tv selangor/-

Taib disiasat berhubung dakwaan rasuah balak

Posted: 10 Jun 2011 12:30 AM PDT

8 Rejab 1432H. [MOD] -

Abu Kassim menjawab pertanyaan sama ada SPRM akan mengambil tindakan sebagaimana dilakukan Agensi Pencegahan Rasuah Switzerland, yang baru-baru ini membekukan aset Taib Mahmud atas dakwaan rasuah balak.

Menurut sumber berita asing, Ketua Jabatan Hal Ehwal Luar Switzerland, Micheline Calmy-Rey dilaporkan menyedari tentang dakwaan itu dan telah mengemukakan maklumat mengenai aset Taib di Switzerland kepada badan kawal selia, FINMA (Lembaga Penyelia Pasaran Kewangan Switzerland) untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

Polis : 43 Pelatih Puspen Lari Dalam Rusuhan Semalam

Posted: 10 Jun 2011 12:15 AM PDT

8 Rejab 1432H. [MOD] -

MUAR 10 JUN : Polis mengesahkan 43 daripada 377 pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) di Sengkang, Bukit Gambir dekat Ledang melarikan diri semasa rusuhan di pusat itu semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ledang, DSP Salleh Abdul Razak berkata pihaknya bersama Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan Agensi Dadah Kebangsaan kini berusahamenjejaki mereka yang meloloskan diri.

"Kami juga masih menyiasat punca sebenar rusuhan tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama. Dalam kejadian yang dipercayai bermula kira-kira 8.40 malam itu, sekumpulan pelatih bertindak merusuh dan membakar bangunan pentadbiran dan dewan makan di pusat tersebut.

Mereka juga bertindak memecahkan cermin tujuh buah kereta kepunyaan pegawai dan petugas pusat itu.

Ini adalah kejadian rusuhan kedua pernah berlaku di pusat tersebut selepas kejadian pertama pada 1999.-BERNAMA

Apabila final Piala FA bukan sekadar sukan

Posted: 10 Jun 2011 12:00 AM PDT

8 Rejab 1432H. [MOD] -

"Ambo rasa Kelantan akan menang, tapi ambo tetap sokong Terengganu. Kita orang Terengganu, mestilah sokong negeri kita," luah seorang peminat bolasepak dari Besut.

Anak muda itu secara jujur menyatakan pendiriannya mengenai kemungkinan keputusan yang bakal berlaku di final Piala FA antara dua negeri Pantai Timur itu, Sabtu (11 Jun ) ini. Pertandingan dijadual diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, di ibu negara.

Walau pun bolasepak kerap dianggap tidak lebih sekadar agenda sukan, bual bicara mengenainya di forum-forum rakyat sebenarnya tidak terbatas setakat itu. Di sana tersirat berbagai unsur lain, sama ada politik, agama, patriotisme dan seumpamanya.

Komen peminat di atas adalah contoh terbaik bagaimana semangat wataniah (perasaan cintakan negeri sendiri) tersemai kukuh di hatinya kendati pun apa hakikat yang berlaku. Secara jujur beliau menilai kekuatan pasukan negerinya (Terengganu) tidak sehebat Kelantan.

Apatah lagi selepas aksi hambar Skuad Penyu yang dimalukan di hadapan penyokong sendiri oleh The Red Warriors, Isnin lalu. Namun di atas rasa cintakan negeri sendiri, sokong tetap sokong.

Pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, 6 Jun lalu, Terengganu tewas 3-0 kepada Kelantan. Tidak syak lagi aksi sedemikian di ketika kemuncak perhitungan kekuatan antara kedua pasukan itu berbaki hanya lima hari seolah-olah memberikan gambaran awal pertarungan akhir nanti.

Perkembangan itu secara jelas tambah menghangatkan lagi bual bicara masyarakat mengenai final Piala FA. Forum-forum sembang popular, sama ada di warung dan kedai kopi ketika bersarapan, di pejabat sambil melayan pelanggan, di pasar sambil membeli-belah, di pagar jambatan ketika asyik memancing, bahkan di anjung surau dan masjid sementara menunggu bilal iqamat, seakan 'dikuasai' topik bola sejak kebelakangan ini.

Mereka yang obses atau mesra dengan dunia siber pula memanfaatkan laman-laman sosial untuk menyatakan sokongan kepada pasukan masing-masing. Banyak entri berkaitan isu bola dan perlawanan akhir itu menjadi pilihan untuk dipaparkan di 'wall' masing-masing.

Agak rancak pertukaran pandangan antara mereka yang kekadang beralih menjadi perbahasan dan 'pertikaman' kata apabila masing-masing canggah-menyanggahi demi mempertahankan pasukan yang disokong.

Setiap mereka ada hujah dan sandaran tersendiri. Semakin hampir kepada tarikh final Piala FA, perbahasan dan bual bicara mengenainya semakin rancak dan hangat.

Apa yang pasti bolasepak bukan lagi sekadar isu sukan. Ia sudah memaut bersamanya unsur-unsur lain. Jika pendirian peminat dari Besut tadi dikaitkan dengan semangat wataniah, khalayak politik pula mengambil kesempatan keghairahan peminat bola ini untuk agenda politik mereka.

Menyedari hakikat bahawa bolasepak adalah sukan nombor satu rakyat negara ini, ditambah lagi hakikat betapa sebahagian besar penyokong fanatik setiap pasukan bola adalah kalangan anak muda, maka meraikan minat dan kecenderungan kelompok ini dirasakan boleh memberikan keuntungan politik kepada mana-mana pihak.

Sebab itu dapat dilihat kini bagaimana parti-parti politik seakan berlumba menyertai keghairahan peminat bolasepak menuju malam kemuncak itu. Mendahului persaingan menambat hati peminat bolasepak ialah Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Sebaik negerinya mengesahkan tiket ke final Piala FA pertengahan Mei lalu, Ahmad terus sahaja mengarahkan setiap wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Terengganu menyediakan bas bagi membawa penyokong Skuad Penyu.

"Jumlah bas terpulang kepada wakil rakyat berdasarkan peruntukan bantuan am yang masih ada. Kita ingin melihat stadium dipenuhi penyokong Terengganu," tabloid harian edisi Terengganu, 20 Mei memetik katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal turut memaklumkan akan menyediakan 15 buah bas khusus untuk Dun itu sahaja.

"Sudah pasti ada ganjaran yang akan menanti pemain, namun biarlah ia (Piala FA) berada di tangan kita dahulu," ujar Ahmad.

Tidak dipastikan apakah pemimpin Kerajaan Kelantan turut menjanjikan sesuatu ganjaran untuk pemain The Red Warriors, atau turut menyediakan bas-bas sewa khas mengangkut ribuan peminat pasukan negeri itu ke ibu negara.

Namun, apa yang pasti persaingan meraikan peminat bola bukan terhenti setakat itu. Kini sasaran parti-parti politik beralih pula kepada khalayak peminat di peringkat tempatan.

Lagi pun jumlah yang mampu diangkut ke Bukit Jalil sudah tentu tidak seramai yang masih tinggal di kampung masing-masing. Lalu Bahagian, Kawasan atau Cabang parti-parti seakan berlumba mengajak anggota masyarakat menyaksikan perlawanan akhir itu dalam persekitaran dianjurkan masing-masing.

Pemidang dan poster memaklumkan lokasi tayangan menerusi skrin besar dapat dilihat di merata ceruk tanahair. Ia turut diiklan menerusi laman sosial di dunia siber.

Penganjurnya pula bukan lagi hanya syarikat gergasi, premis niaga atau pihak berkepentingan dalam perniagaan. Ia turut diambilalih parti-parti politik, khususnya sayap pemuda masing-masing.

Politik telah menguasai suasana demam bola kini. Sebab untuk itu tidak sukar dimengertikan. Keghairahan anak-anak muda sememangnya elok disantuni kerana mereka adalah kelompok sasaran meraih undi pilihan raya. Apatah lagi demam pilihan raya semakin dirasai bahangnya kini.

Suratan atau kebetulan, dua negeri bakal berentap di final Piala FA kali ini bukan sahaja berjiran. Pada nilaian politik, mereka sebenarnya mewakili dua bentuk pemerintahan berbeza diterajui dua parti yang sama sekali berlawanan halatuju – Umno/BN di Terengganu dan PAS di Kelantan.

Justeru tidak menghairankan apabila persembahan memberangsangkan skuad The Red Warriors dikaitkan dengan keberkatan pemerintahan seorang ulama. Bagi mereka yang berfirasat sedemikian (sudah tentulah orang PAS!), kemenangan pasukan Kelantan ke atas Terengganu adalah ibarat kejayaan PAS menewaskan Umno.

"Ini dah jadi macam Tok Guru (Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan) lawan Mat (Ahmad) Said ni," latah seorang aktivis PAS berasal dari Kuala Berang, Terengganu.

Beliau adalah antara sebilangan anak negeri itu yang meletakkan kecintaan kepada parti mengatasi kesetiaan kepada negeri. Maaf cakap, tidak sedikit di kalangan peminat bola di Terengganu yang berpendirian seperti itu.

Baca pula coretan seorang rakan dari Rusila ini, sejurus sebelum sepak mula perlawanan antara Terengganu dan Kelantan, 6 Jun lalu: "... saya memohon maaf kepada peminat bolasepak Terengganu, kerana dalam perlawanan malam ini atau final Piala FA nanti saya telah tekad menyokong Kelantan.....Bendera hijau putih bro."

Ya, itulah rahsianya. Bendera hijau-putih. Bagi mereka ini, parti lebih utama daripada negeri sendiri. Sepertimana disebutkan tadi, rakan ini juga menganggap Kelantan mewakili PAS, parti dicintainya. Manakala Terengganu mewakili Umno/BN.

Setelah diasak rakan-rakan menerusi laman sembang itu, yang antara lain mempertikaikan kelunturan semangat kenegeriannya itu, rakan tadi menjelaskan: "Sebabnya, seronok kalau Piala FA juga dibawa balik ke negeri di bawah pimpinan ulama' (Kelantan).

Ingat sejarah telah membuktikan bahawa Terengganu boleh wat (bawa) balik Piala M'sia hanya ketika di zaman ulama' (Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang) memimpin dan Kelantan juga boleh wat balik Piala Malaysia di zaman ulama' memimpin".

Ya tak ya juga, bukan? Itulah fakta dan hakikat sejarah yang tidak mungkin dapat dinafikan sesiapa pun. Bahawa buat pertama kali Terengganu berjaya menjulang Piala Malaysia ialah pada 3 November 2001, ketika ulama menjadi Menteri Besar.

Tentu sekali jika kepercayaan terhadap keberkatan pemerintahan Islam itu menjadi asas kepada sejumlah peminat bola di Terengganu beralih arah menyokong Kelantan, ia suatu hakikat yang amat tidak disenangi Umno, termasuk para pemimpin Umno Kelantan sendiri.

Bahawa di sana sudah tersemat kesetiaan kepada parti politik yang mengatasi semangat kesukanan, sesuatu yang sudah tentu tidak berlaku di kalangan peminat bolasepak bermazhab Umno!

Ataukah ada peminat bola (penyokong Umno) di Kelantan bersedia mengalih sokongan kepada Terengganu semata-mata di atas dasar parti? Nayyy... payah la sikit rasanya!

Mohd Nasir Awang
harakahdaily-/

Besi penghadang tusuk dalam kereta

Posted: 09 Jun 2011 11:30 PM PDT

8 Rejab 1432H. [MOD] -

ANGGOTA polis memeriksa mayat empat sekeluarga yang terbunuh selepas kereta mereka naiki terbabas lalu merempuh penghadang jalan di Kilometer 73, Jalan Kuala Kangsar-Gerik, petang semalam. Gambar kecil (dari atas) Azizah Mahmod, Zalinda Zainuddin dan Zainuddin Abas

KUALA KANGSAR: Empat sekeluarga terbunuh manakala seorang lagi parah dalam kemalangan ngeri apabila besi penghadang jalan tertusuk ke dalam kereta mereka yang terbabas di Kilometer 73, Jalan Kuala Kangsar-Gerik, di Sauk, dekat sini, semalam.

Mereka yang terbunuh dalam kejadian kira-kira jam 2.40 petang itu ialah pasangan pesara guru, Zenodin@Zainuddin Abas dan isterinya, Azizah Mahmood, masing-masing berusia 69 tahun; anak perempuan mereka, Zalinda, 33, serta cucu mereka yang juga anak Zalinda, Aishah Suffian Afendi, 7.

Seorang lagi anak Zalinda, Nurul Sarah yang juga adik Aishah, parah dan kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

Ketika kejadian, mereka dalam perjalanan pulang ke rumah di Bukit Chandan, dekat sini, bagi menghadiri kenduri kahwin selepas menziarahi keluarga Azizah di Pasir Mas, Kelantan.

Zalinda dan dua anaknya tinggal di Kuala Lumpur dan mereka pulang ke kampung sempena cuti sekolah sebelum mereka sekeluarga ke Kelantan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Deputi Superintendan Guan Beng Kang, berkata siasatan awal mendapati Zenodin yang memandu dipercayai gagal mengawal kenderaan dan terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan itu.

"Berikutan kejadian itu, tiga daripada mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi maut ketika mendapat rawatan kecemasan di Klinik Kesihatan Sauk. Nurul Sarah pula dihantar ke HRPB untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, suami Zalinda, Suffian Efendi Ahmad Apandi, yang ditemui di HRPB tidak dapat ditemubual kerana terlalu sedih dengan kehilangan isteri dan seorang anaknya.

Anak perempuan sulung pesara guru berkenaan, Zaliana, 44, berkata, kali terakhir dia bertemu ibu bapanya Rabu lalu sebelum mereka bercuti ke Kelantan.

"Dalam pertemuan terakhir itu, bapa (Zenodin) pernah bertanyakan saya bila mahu pulang ke Kuala Kangsar.

"Namun, saya tidak menyangka pesanannya itu tanda dia mahukan kesemua anaknya berkumpul dan melihat jenazahnya buat kali terakhir," katanya.

beritaharian/-

UMNO tidak senang duduk: Pas

Posted: 09 Jun 2011 09:30 PM PDT

8 Rejab 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM – Hasrat Pas ingin menjadikan negara ini sebagai negara berkebajikan hanyalah sebagai dasar parti, kata Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurutnya, kenyataan yang dikeluarkan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu adalah bertujuan membawa perubahan kepada sebuah negara dengan inti pati Islam (keadilan, keselamatan, kesejahteraan dan kemakmuran).

Malah, agenda itu katanya mendapat respons yang baik daripada PKR dan DAP.

"Tidak dinafikan UMNO dan BN gusar dengan hasrat Pakatan Rakyat mahu wujudkan negara berkebajikan, malah mereka seolah-olah tercabar dengan agenda terkini Pas apabila bertubi-tubi lemparkan tohmahan kosong.

"UMNO turut cuba menyembunyikan kegelisahan mereka itu dengan mengkritik Pas sudah ubah dasar perjuangan Islam demi hasrat Pas. Malah Pas dituduh meniru beberapa perkara yang telah dilaksanakan UMNO," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, parti kerajaan itu juga semakin sukar mendapat kepercayaan rakyat apabila mereka berhadapan dengan bebanan kewangan saban hari.

Menurutnya, kegusaran itu dipercayai timbul apabila Pas menawarkan sebuah negara berkebajikan di sebalik kegagalan UMNO menjaga kebajikan rakyat marhaen demi menjaga hati kroni yang semakin angkuh, sombong dan tamak.

"Istilah 'negara kebajikan' yang dilaungkan Pas berjaya membongkar permainan sebenar UMNO terhadap rakyat sebagai mangsa dalam banyak kepentingan seperti program pengurangan subsidi berbanding kroni-kroni UMNO atau BN seperti penjana tenaga bebas (IPP).

"Terserahlah kepada mereka (UMNO, BN) sama ada mahu menerima agenda Pas ini atau tidak, kami tetap berusaha melaksanakannya," katanya.

Apabila ditanya mengenai adakah parti itu akan bersatu dengan UMNO, Tuan Ibrahim menafikannya dengan menyatakan rakyat semakin tidak bersetuju dengan cara UMNO dan mahukan bentuk politik baru.

Beliau sementara itu berhasrat untuk memastikan dana negara (pendidikan, sara hidup dan pendapatan) disalurkan dengan cara yang betul agar taraf hidup rakyat ditingkatkan sekiranya negara berkebajikan dapat dilaksana.

sinarharian/-

Bomoh saka kalah saman

Posted: 09 Jun 2011 09:00 PM PDT

8 Rejab 1432H

Zakaria gagal ubat penyakit diarah bayar semula RM19,000

JOHOR BAHRU: Seorang bomoh diperintah oleh Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) semalam, supaya membayar balik RM19,500 kepada seorang wanita ekoran kegagalannya mengubati penyakit bapa pemohon yang didakwanya terkena saka.

Bomoh yang juga seorang jurunikah dari FELDA Waha, Kota Tinggi, Zakaria Lagiman, 49, diperintahkan oleh Presiden TTPM, Mohd Nasrim Mohd Salleh, membayar balik wang terbabit dalam tempoh 14 hari bermula semalam, selepas meluluskan tuntutan yang difailkan oleh suri rumah, Zaharah Yusuf, 51.

Dalam tuntutannya, Zaharah berkata, pada Disember 2008, bapanya, Yusuf Abdul, yang ketika itu berusia 108 tahun dibawa mendapatkan rawatan tradisional daripada Zakaria di rumahnya.

"Ketika itu, saya dan dua lagi adik, diberitahu oleh Zakaria yang 12 saka menghuni dalam tubuh bapa kami, menyebabkan beliau mengalami masalah kesihatan
ketika itu.

"Ekoran itu, kami tiga beradik membelanjakan wang RM19,500 itu seperti diminta Zakaria untuk mengubati bapa. Kami membelanjakan wang yang banyak untuk melihat bapa pulih sepenuhnya, apatah lagi bomoh itu berkata kos dikenakan termasuk membeli lima helai daun epal jin yang berharga RM1,500 sehelai serta minyak wangi Firdaus.

"Namun, kami kecewa kerana Zakaria langsung tidak mengubati bapa kami dengan alasan dia sendiri tidak sihat, sedangkan wang dibayar secara ansuran sebanyak tiga kali antara Disember 2008 hingga akhir 2009," katanya.

Zaharah berkata, bapanya meninggal dunia pada 17 Februari tahun lalu, tanpa menjalani sebarang proses perubatan yang dijanjikan Zakaria. Berikutan itu, beliau dan keluarganya memfailkan tuntutan terhadap pengamal perubatan terbabit.

Ketika prosiding TTPM berlangsung semalam, Zaharah hadir bersama ahli keluarganya, manakala Zakaria yang tidak hadir sekadar mengutuskan sepucuk surat memaklumkan beliau tidak sihat.

Ketika ditemui selepas prosiding itu, Zaharah berkata, tindakannya memfailkan tuntutan terhadap pengamal perubatan terbabit adalah sebarang pengajaran.

"Mungkin ada yang tidak berani bersuara. Namun saya dan keluarga hanya mahukan keadilan untuk Allahyarham bapa kami, kerana selepas banyak wang dilaburkan untuk tujuan perubatan, namun dia (pengamal perubatan terbabit) tidak mengambil sebarang langkah mengubati penyakit bapa kami seperti yang didakwanya," katanya.

beritaharian/-

Barat sogok RM3.03b untuk penentang Libya

Posted: 09 Jun 2011 08:40 PM PDT

8 Rejab 1432H. [MOD] -

SEKEPING pelekat menghina Gaddafi di Musaed, sempadan Libya ketika NATO memperhebat serangan.

Itali tawar bahan api, tuduh Gaddafi beri Viagra kepada askar

ABU DHABI: Itali akan memberi pinjaman dan produk bahan api bernilai 300 juta hingga 400 juta euro (RM1.32 hingga RM1.76 bilion) kepada pemberontak Libya selain meningkatkan perang psikologi terhadap pemimpin negara itu, Muammar Gaddafi dengan menuduhnya membekalkan 'ubat kuat seks' bagi menyasarkan wanita tempatan.

"Kami akan dapat memberi bantuan secara langsung menerusi pinjaman dan bahan api bernilai 300 hingga 400 juta euro," kata jurucakap Menteri Luar Itali, Maurizio Massari kepada wartawan di luar mesyuarat ketiga Kumpulan Perhubungan Antarabangsa mengenai Libya di sini, semalam.
Itali adalah bekas penjajah Libya dan sekutu ekonomi strategik rejim Gaddafi. Ia menyertai kempen Barat diketuai Britain, Perancis dan Amerika Syarikat yang mendesak Gaddafi berundur.

Perancis pula menawarkan bantuan bernilai 296 juta euro (RM1.27 bilion), manakala Turki memperuntukkan dana AS$100 juta (RM300 juta) untuk pemberontak Libya. Perancis berkata, wang itu adalah daripada dana kerajaan Libya yang dibekukannya.

Bekas Menteri Luar Libya, Abdurrahman Mohamed Shalgham, pula berkata pemberontak memerlukan AS$3 bilion (RM9 bilion) dalam tempoh empat bulan akan datang bagi membayar gaji dan menjamin bekalan makanan mencukupi.

"Kami perlu AS$3 bilion untuk empat bulan lagi. Kami perlukannya untuk bayar gaji penduduk Benghazi," kata Abdurrahman.

Beliau menganggarkan aset Libya yang dibekukan di Itali bernilai AS$7 bilion (RM21 bilion) dan mencadangkan ia boleh digunakan bagi membiayai kempen pemberontak.
Sementara itu, di NEW YORK, penyiasat mendakwa ada bukti menunjukkan Gaddafi mengarahkan kejadian rogol besar-besaran dan membeli kontena ubat seks bagi menggalakkan tentera menyerang wanita, kata ketua pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), Luis Morena-Ocampo.

Moreno-Ocampa berkata, beliau akan meminta dakwaan baru rogol beramai-ramai dikemukakan terhadap Gaddafi.

Ketua pendakwa ICC itu akan mendapatkan keizinan hakim dalam masa beberapa hari membabitkan permohonan dakwaan baru bersama tuduhan jenayah kemanusiaan kepada pemimpin Libya terbabit, seorang anak lelakinya dan juga ketua risikan Libya.

"Kami dapat maklumat bahawa Gaddafi sendiri memutuskan dasar merogol dan ini adalah yang terbaru.

Ia adalah satu bentuk hukuman terhadap penentang," kata Moreno-Ocampo kepada pemberita. – AFP

Ular sawa lima meter tewas

Posted: 09 Jun 2011 08:30 PM PDT

8 Rejab 1432H. [MOD] -

TUMPAT - Seekor ular sawa sepanjang lima meter dan seberat 25 kilogram, berjaya ditangkap anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Tumpat, apabila menceroboh reban ayam penduduk di kampung Kok Keli, kelmarin.

Pegawai Unit Daerah Tumpat, Mohd Fuad Ismail berkata, anggota JPAM ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan daripada seorang penduduk, Mat Jaafar Saud, 56, kira-kira jam 2 pagi.

Menurutnya, situasi agak tegang apabila ular sawa itu hampir menelan ayam tersebut, tetapi akhirnya ia tewas hasil tindakan pantas anggota JPAM ini menangkapnya walaupun ia berusaha memboloskan diri dari reban tersebut.

"Operasi ini diketuai oleh Nik Aziz Nik Abdullah bersama tiga anggota, hanya mengambil masa kira-kira 10 minit untuk menangkap ular tersebut yang agak agresif," katanya.

Menurutnya, operasi ini berjalan dengan selamat tanpa sebarang kecederaan dan ular ini akan diserahkan ke Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan untuk tindakan selanjutnya.

"Orang ramai yang ingin meminta bantuan JPAM boleh menghubungi di talian 09-7254215," katanya.

sinarharian/-

RASUAH BOLASEPAK PIALA PRESIDEN: BELIA TERDEDAH AMCAMAN BARU

Posted: 09 Jun 2011 08:00 PM PDT

8 Rejab 1432H. [MOD] -

Dewan Pemuda PAS Malaysia kesal insiden buruk sukan rakyat terutama belia iaitu bolasepak kembali tercemar dengan unsur rasuah bagi menetapkan keputusan perlawanan yang terjadi di dalam Pertandingan Piala Presiden baru-baru ini sebagai berita malang buat rakyat kerana penyakit rasuah yang pernah melanda bolasepak era semi-pro tahun 90 an dahulu kembali berebak.

Jesteru, kami meminta tindakan tegas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di dalam membendung gejala rasuah bolasepak ini. Kami juga berhasrat bertemu dengan pihak FAM terutamanya dengan Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang sudah menjangkakan insiden ini akan berlaku kembali dalam kancah bolasepak tanahair. Kami berharap dengan pelbagai pihak memberikan pandangan mereka nanti akan membentuk satu fomula bagi mengatasi rasuah bolasepak ini.

Pihak kami menawarkan diri melalui Jabatan Sukan, Kesenian dan Kebudayaan (DACS) bersedia membantu bersama-sama FAM bagi membasmi gejala rasuah tersebut. Pihak kami sekali lagi mencadangkan kepada seluruh Persatuan Sukan dalam Negara kita sebagai keperluan menempatkan seorang Kaunselor atau Pegawai Agama dalam setiap bahagian sukan sebagai motivasi jiwa bagi membendung peringkat awal membabitkan seluruh atlet kita.

Kami yakin dengan pihak FAM yang pernah berdepan dengan kemelut ini akan mengatasinya secepat mungkin. Kami cukup bimbang kerana gejala rasuah kini melanda pemain-pemain belia yang tidak sepatutnya berlaku sama sekali. Kami yakin kaedah yang sama juga kepada orang-orang politik dalam kancah yang sama, tetapi pendekatan yang berbeza boleh dilakukan bagi usaha mencegahnya kepada pemain-pemain sedia ada.

DR RAJA AHMAD AL-HISS
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Video Ceramah Karnival Industri Bestari

Posted: 09 Jun 2011 07:45 PM PDT

8 Rejab 1432H. [MOD] -


Ceramah sempena Karnival Industri Bestari telah berlangsung selama empat hari di Penaga, Kepala Batas. Majlis itu dirasmikan oleh YB Ustaz Mohd Salleh Man selaku Timbalan YDP MAjlis Agama Islam Pulau Pinang dan dianjurkan oleh Lajnah Pekerja dan Peneroka Bandar, PAS Negeri Pulau Pinang.

Bermula malam tadi telah diadakan ceramah perdana yang menampilkan Cikgu Mala, YB Khalil Idham Lim dan Tuan Ibrahim Tuan Man. Pada malam ini (10 Jun) akan menampilkan penceramah dari YB Yusmadi Yusof, YB Dato' Seri Nizar Jamaluddin dan Juara Nasyid iaitu Azhan Atan.

Pada 11 Jun pula ceramah akan disampaikan oleh peguam Rosidi Hussain, Cikgu Azmi, CheGu Bard dan YB Saifuddin Nasution. Pada malam terakhir Ceramah Perdana iaitu pada 12 Jun akan menampilkan Ustaz Yusni, YB Dato' Mansor, YB Salleh Man dan Timbalan Presiden PAS Haji Mohammad Sabu.

Berikut ialah keratan video ceramah yang disampaikan oleh YB Khalil Idham Lim sempena Karnival Industri Bestari pada malam tadi.

Taufan Pertama Di Timur Pasifik

Posted: 09 Jun 2011 07:00 PM PDT

8 Rejab 1432H. [MOD] -

MIAMI : Taufan Adrian kelihatan di Timur Pasifik, seterusnya menjadikannya yang pertama bagi musim 2011, demikian menurut pengkaji cuaca.

Kerajaan Mexico sudah mengeluarkan arahan pemantauan ribut tropikal di sebahagian pesisir pantai negara itu.

Kelajuan taufan Adrian dicatatkan pada jarak 426 kilometer selatan-barat daya Acapulco, Mexico dan bergerak ke arah barat laut dengan 15 kilometer sejam. - AP

Pemuda PAS sedia bendung rasuah bola sepak

Posted: 09 Jun 2011 06:45 PM PDT

8 Rejab 1432H. [MOD] -


KUALA LUMPUR, 9 Jun: Dewan Pemuda PAS kesal insiden buruk sukan rakyat terutama belia iaitu bolasepak kembali tercemar dengan unsur rasuah.

Ini bagi menetapkan keputusan perlawanan yang terjadi di dalam pertandingan Piala Presiden baru-baru ini sebagai berita malang buat rakyat kerana penyakit rasuah yang pernah melanda bolasepak era semi-pro tahun 90-an dahulu kembali merebak. 

"Justeru, kami meminta tindakan tegas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di dalam membendung gejala rasuah bolasepak ini," kata naib ketuanya, Dr Raja Ahmad al-Hiss.

Pemuda PAS, katanya juga berhasrat bertemu dengan pihak FAM terutamanya dengan Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang sudah menjangkakan insiden intu akan berlaku kembali dalam kancah bolasepak tanah air.

Beliau berharap dengan pelbagai pihak memberikan pandangan nanti akan membentuk satu fomula bagi mengatasi rasuah bolasepak ini.

"Pihak kami menawarkan diri melalui Jabatan Sukan, Kesenian dan Kebudayaan (DACS) bersedia membantu bersama-sama FAM bagi membasmi gejala rasuah tersebut," katanya.

Pihak Pemuda PAS, katanya sekali lagi mencadangkan kepada seluruh Persatuan Sukan dalam negara sebagai keperluan menempatkan seorang Kaunselor atau Pegawai Agama dalam setiap bahagian sukan sebagai motivasi jiwa bagi membendung peringkat awal membabitkan seluruh atlet.

Beliau yakin dengan pihak FAM yang pernah berdepan dengan kemelut itu akan mengatasinya secepat mungkin.

"Kami cukup bimbang kerana gejala rasuah kini melanda pemain-pemain belia yang tidak sepatutnya berlaku sama sekali.

"Kami yakin kaedah yang sama juga kepada orang-orang politik dalam kancah yang sama, tetapi pendekatan yang berbeza boleh dilakukan bagi usaha mencegahnya kepada pemain-pemain sedia ada," ujarnya.

Memakai tatu dilaknat Allah

Posted: 09 Jun 2011 06:30 PM PDT

8 Rejab 1432H. [MOD] -

Sebilangan besar remaja sekarang gemar mencacah tatu di badan mereka. Bagi mereka, tatu adalah trend terkini dan sesiapa yang memakainya berasa bangga bila kalangan rakan-rakan memuji kecantikan tatu terutama yang berlambang haiwan atau ukiran tatu mewakili kumpulan tertentu.

Dalam konteks ini, sama ada tatu yang dicacah itu cantik atau tidak, orang Islam tidak boleh memakai kerana hukumnya adalah haram. Tidak kiralah tatu itu olok-olok atau tiruan, hukumnya tetap sama. Si pentatu dan orang yang meminta dirinya ditatu pasti akan dilaknat Allah.

Abdullah bin Umar r.a berkata: aku telah mendengar Rasulullah telah bersabda, " Sesungguhnya Allah melaknat si pentatu dan orang meminta dirinya ditatukan." (Riwayat Bukhari, kitab: al-Libas, Bab: al-Mausulah, no: 5942.)

Dalam erti kata lain, pemakaian tatu dilihat menyerupai amalan orang-orang Barat yang tidak menggambarkan kebudayaan sihat.

Rasulullah SAW pernah bersabda, "Barang siapa menyerupai sesuatu kaum maka dia akan dikira daripada kaum tersebut."

Ustaz Ahmad Fauzan Yahaya dari Universiti Madinah Antarabangsa berkata, memakai tatu bukan budaya orang Melayu dan Islam. Ia diimport daripada budaya jahiliah dan orang tidak bertamadun.

Menurutnya, terdapat banyak dalil daripada al-Quran dan al-Sunnah yang melarang kita melakukannya. Malah Allah menyebut dalam al-Quran agar tidak mengubah ciptaan Allah sebagaimana termaktub dalam surah al-Nisa:

"Dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan akan menyuruh mereka (memotong telinga-telinga binatang ternak), lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan aku suruh mereka (mengubah ciptaan Allah), lalu benar-benar mereka mengubahnya. Barang siapa menjadikan syaitan pelindung selain Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata." (An-Nisa`: 119).

"Dalam soal pemakaian tatu ini, saya ingin berkongsi perihal seorang bekas mufti Saudi yang terkenal, Syeikh Abdul Aziz Baz yang ditanya oleh seorang individu tentang hukum bertatu sewaktu dia jahil akan hukum tatu; misalnya tatu diukir oleh ibu bapa atau ketika dia masih lagi bukan Islam.

"Lalu dijawab Syeikh kepada individu terbabit supaya berusaha menghilangkannya tetapi jika terdapat kesulitan dan membawa mudarat yang besar untuk menghilangkannya, memadai dengan bertaubat dan memohon ampun," kata Ustaz Ahmad Fauzan.

Beliau berkata, tokoh agama, Syeikh Saleh Fauzan turut ditanya tentang hukum membuat tatu di wajah dan di tangan yang kadang-kadang dilihat menjadi adat dan kebiasaan dalam sesebuah masyarakat.

Lalu, tokoh agama itu memberitahu, tatu adalah haram dan merupakan salah satu dosa besar kerana Rasulullah melaknat Al-Wasyimah (yang mentatu) dan Al-Mustausyimah (yang minta orang lain untuk mentatukan tubuhnya). Semuanya terlaknat melalui lisan Rasulullah. Dengan demikian, tatu itu haram dalam Islam dan merupakan salah satu dosa besar.

Imam Nawawi turut mengatakan: "... Kalau mungkin dihilangkan dengan pengubatan maka wajib dihilangkan. Jika tidak memungkinkan kecuali dengan melukainya di mana dengan itu khawatir berisiko kehilangan anggota badannya, atau kehilangan manfaat dari anggota badan itu, atau sesuatu yang parah terjadi pada anggota badan yang ada tatu itu, maka tidak wajib menghilangkannya.

Dan jikalau bertaubat ia tidak berdosa. Tapi kalau ia tidak mempunyai masalah untuk menghilangkannya, maka ia harus menghilangkannya. Dan ia dianggap bermaksiat dengan menundanya.

Sama saja dalam hal ini semua, baik lelaki mahupun wanita." (Syarh Shahih Muslim, 14/332. Dinukil pula ucapan ini dan disetujui dalam kitab 'Aunul Ma'bud, 11/225, dan Nailul Authar, 6/228).

Sinar Harian/-

Nik Aziz : Negara Kebajikan Selari Dengan Islam

Posted: 09 Jun 2011 06:00 PM PDT

8 Rejab 1432H. [MOD] -

KOTA BAHARU 10 JUN : Konsep negara berkebajikan dibawa pakatan pembangkang adalah selari dengan kehendak Islam, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menteri Besar Kelantan itu berkata konsep berkebajikan tidak semestinya memberi sesuatu dalam bentuk material sebaliknya ia boleh diberikan dalam bentuk kebaikan seperti tindakan kerajaan PAS Kelantan menghapuskan riba dan menutup kelab malam.

Menurutnya kedua-dua perkara itu membawa kebaikan kepada rakyat dan keluarga lebih selamat daripada menerima masalah tekanan kewangan dan penularan gejala negatif sosial.

Berkebajikan itu ialah perkara yang boleh memberi keselamatan kepada rakyat sama ada di dunia dan di akhirat, katanya.

"Islam ini dasar manakala berkebajikan adalah program Islam. Kebajikan bukan beri barang," katanya kepada pemberita di kediaman rasmi Menteri Besar di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan beberapa pihak kononnya PAS sanggup meninggalkan perjuangan asal parti untuk memenangi pilihan raya umum dan tindakan itu menurut mereka, menyebabkan sokongan terhadap PAS merosot.

Ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar Tahunan Ke-57 parti itu minggu lalu langsung tidak menyentuh mengenai penubuhan negara Islam dan pembentukan undang-undang hudud seperti mana sebelumnya.

Sebaliknya ahli parlimen Marang itu menumpukan perhatian kepada konsep membangun negara berkebajikan. -BERNAMA

Coretan Muktamar PAS ke-57

Posted: 09 Jun 2011 05:44 PM PDT

8 Rejab 1432H. [MOD] -


Dari kedai kopi hingga ke Pak Menteri dan tidak ketinggalan juga yang masih merasakan dirinya Perdana Menteri; telah banyak yang diperkatakan oleh segenap lapisan masyarakat semenjak berakhirnya Muktamar PAS yang ke 57 pada hujung minggu yang lalu.

PROSES PEMILIHAN

Saya telah hadir ke Muktamar di Taman Melewar yang bermula pada Jumaat 3 Jun hingga Ahad 5 Jun pada sekitar jam 4 petang. Ucapan dasar yang disampaikan membentangkan konsep 'Negara Berkebajikan' dan ini didakwa sebagai bukti PAS telah menyimpang dari dasarnya. Yang mendakwa sedemikian adalah UMNO yang dari awal tidak memahami apa yang PAS perjuangkan! Ini akan saya ulas secara lanjut di bawah.

Pada sebelah petang, pengundian dijalankan sambil minit mesyuarat, laporan tahunan dan laporan kewangan dibentang untuk dibahas. Hakikatnya, ini merupakan saat yang ditunggu-tunggu oleh ramai dan setelah selesai, ramai yang tidak sabar-sabar untuk tibanya esok hari kerana ingin mengetahui keputusan.

Amalan baru, 'bidaah hasanah', yang dilakukan pada tahun ini, setiap calon jawatan TP dan 3 NP telah melantik wakilnya untuk melihat proses perkiraan undi. Sambil itu, 5 orang lagi diambil secara rambang dari perwakilan untuk melihat proses tersebut bagi pihak calon AJK PAS Pusat. Bukan soal tidak percaya, tetapi untuk menentukan tiada fitnah yang dapat ditimbulkan lebih-lebih lagi oleh pihak lawan yang begitu kemaruk ingin memburuk-burukkan PAS dan mengadu-domba di kalangan ahli PAS.

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dan pada keesokan harinya, semua bergegas ke dewan muktamar dengan ada kedengaran bermacam-macam khabar angin. Saya juga turut ingin mendengar keputusan, lebih-lebih lagi untuk jawatan-jawatan tertinggi parti. Malangnya, jam 8.33 pagi saya menerima panggilan dari anak sahabat saya, Abdul Rahman Mayan, memberitahu bapanya baru sahaja meninggal dunia!

AL-MARHUM SAUDARA A. RAHMAN MAYAN

Semua yang bergiat dengan PAS Shah Alam mengenali A. Rahman Mayan. Beliau bergiat sebelum saya tiba di Shah Alam dan merupakan di antara penggerak utama PAS Shah Alam. Dewan restorannya di Temasya Food Court, semasa ianya disewa oleh Al-Marhum, sering digunakan untuk diadakan Mesyuarat Agung, Seminar dan Konvensyen. Beliau merupakan seorang periang, sangat-sangat murah hati dan penggerak yang komited. Beliau di antara pengasas Kelab Penyokong PAS yang sekarang ini telah dinaik taraf menjadi Dewan Himpunan Penyokong PAS. Keikhlasan orang seperti Al-Marhum sebenarnya adalah dorongan bagi diri saya sendiri. Hakikatnya, perjuangan ini panjang dan sukar, tidak mungkin ditanggung seorang diri. Dengan adanya orang-orang seperti Al-Marhum, yang berkorban walaupun bukan dia yang menjadi calon, memberi suntikan semangat untuk kami terus berjuang.

Saya bergegas keluar dari dewan walaupun keputusan belum lagi diperolehi dan terus menuju ke rumah Al-Marhum. Ramai yang telah mula berkumpul. Saya sempat bertahlil ringkas dan membaca Yaa Siin dan sejurus selepas itu, jenazahnya dibawa ke Masjid An-Nahdah Seksyen 18. Saya diberi penghormatan mengimamkan salat jenazahnya dan selepas itu, dengan perasaan yang serba sebak, sempat juga menyampaikan kata-kata ringkas akan kebaikan Allahyarham.

Seterusnya kami mengiringi jenazahnya ke tanah perkuburan di Sek 21 dan sejurus itu berita melalui SMS diterima yang menyatakan keputusan pemilihan, termasuk bahawa saya juga telah dipilih, tidak mampu menyerikan suasana sedih yang menyelubungi kami ketika itu.

Ramai yang berkumpul di tanah perkuburan sehingga 3 khemah yang disediakan tidak mampu menampung jumlah orang yang hadir. Al-Marhum dikenali dan disenangi ramai. Saya yakin tiada hutang yang ditinggalkan tetapi sebaliknya yang berhutang dengannya mungkin ada.

Jam 2 tengah hari, selepas makan tengahari, saya bersama sahabat kembali ke muktamar di Taman Melewar. Keputusan menunjukkan suatu line-up diperingkat tertinggi yang diluar dugaan. Ini kerana, ramai yang menganggap jawatan-jawatan tertinggi akan dimenangi oleh golongan berlatar belakang pendidikan agama secara rasmi. Akhirnya, jelas tidak begitu.

KEPUTUSAN PEMILIHAN

Seperti yang telah dijangkakan, pada keesokan harinya Utusan Malaysia melalak, "PAS menolak kepimpinan Ulama". Apabila saya ditanya mengenai perkara ini, maka saya menjawab bahawa, "pemilihan merupakan pimpinan parti bukan pertandingan 'Anugerah Ulama' terbesar di dalam PAS'! Ianya pemilihan untuk memilih orang yang dianggap paling mampu membuat kerja tertentu. Dalam soal ini, Ulama' atau bukan ulama' tidak relevan sama sekali. Yang relevan, siapa yang boleh membuat kerja-kerja berkenaan. Soal kepimpinan ulama', ianya telah diinstitusikan dalam PAS melalui terbentuknya Majlis Syura Ulama'. Jika ingin memilih ahli Majlis Syura, barulah persoalan ulama' atau tidak diambil kira".

PAS sentiasa dibawah kepimpinan ulama' dengan adanya Majlis Syura Ulama'. Inilah sebabnya perlembagaan PAS dipinda pada tahun 80an dahulu dan ditambah peruntukan 'Majlis Syura Ulama'. Sebelum itu badan ini dengan kuasa-kuasanya tidak wujud. Yang wujud hanyalah Dewan Ulama'. Sekarang adanya Dewan Ulama' dan Majlis Syura Ulama'. Oleh yang demikian, Majlis Syura inilah senenarnya yang paling berpengaruh kerana ia memantau dan menentukan semua yang dilakukan PAS tidak bercanggah dengan Islam.

UMNO yang sendiri menangguhkan pemilihan parti itu, riuh mengenai pemilihan dalam PAS dan bagaimana kononnya PAS mengenepikan ulama'. Hendak termuntah membaca tulisan Utusan Malaysia, lidah tidak rasmi UMNO. Dalam UMNO, ulama di mana? Hanya Biro agama, sepertimana Biro sukan! Tidak segagah Pemuda dan Wanitanya. Malahan tenggelam bila dibanding dengan Puteri dan Puteranya ('Puteri Putera' – maklumlah UMNO ni golongan yang perasan Bangsawan!).

MUKA BARU!

Ada pula yang mengatakan, "dengan naiknya muka-muka baru ini, maka jelaslah satu perubahan menyeluruh telah berlaku dalam PAS!".

Hmmmmmm... Muka baru? Eh sudah lupakah kita semua bahawa pada tahun 2009, jawatan Timbalan Presiden turut ditandingi. Mat Sabu, Husham dan Nasharuddin bertanding. Pada ketika itu, Nasharuddin menang dengan memperolehi lebih kurang 42% dari undi. Yang selebihnya dikongsi di antara Mat Sabu dan Husham. Kali ini, Mat pula yang menang dengan mendapat lebih kurang 40% undi majoriti, manakala bakinya dikongsi pula di antara Tuan Ibrahim dan Nasharuddin.

Husham pula bertanding untuk jawatan Naib Presiden dan beliau merupakan mantan Naib Presiden 2007 – 2009. Maka, mana ada muka baru itu? Bagi saya, semua muka yang sama termasuklah Idris Ahmad, Nik Amar dan Nizar. Nizar pada pemilihan yang lepas telah mendapat undi terbanyak apabila bertanding AJK PAS Pusat sesi 2009 – 2011 dan agak wajar ada yang ingin melihat beliau ke jawatan Naib Presiden. Idris Ahmad pula sebagai mantan Ketua Penerangan. Maka adalah wajar ada yang mencalonkan beliau untuk jawatan Naib Presiden. Begitu juga Nik Amar, orang lama, Exco Kerajaan Negeri Kelantan dan yang mencalonkan beliau mengambil-kira Kelantan Negeri yang telah lama diperintah PAS.

Seperti yang saya katakan tadi, tiada 'muka baru' hanya apa yang dilakukan perwakilan ialah memilih siapa yang dianggap mereka mampu meneraju parti untuk menghadapi PRU yang menjelang tiba. Ada yang menganggap orang ini, ada yang menganggap orang itu. Namun akhirnya, setelah diketahui keputusan, PAS akan kembali bersatu seperti biasa dan berhadapan dengan UMNO/BN sebagai sebuah parti yang mantap dan gagah. Hakikat ini turut difahami oleh UMNO.

Yang boleh dikatakan 'muka baru', seperti yang disebut DS Presiden, adalah saya dan Wahid Endut. Walaubagaimanapun, saya ini pun tidaklah baru sangat. Dari 1987 hingga 1993 saya pernah menjawat jawatan AJK PAS Pusat. Selepas 1993, saya tidak bertanding dan menumpu kepada usaha diperingkat cawangan dan kawasan. 1997 saya menjadi YDP Shah Alam dan menumpukan usaha di peringkat Negeri Selangor. Pernah menjawat jawatan Ketua Penerangan, Bendahari dan akhirnya Timbalan Pesuruhjaya 2 Negeri iaitu dari 2001 sehingga 2009. Saya kembali ke peringkat Pusat selepas hampir 20 tahun! Sudah pasti bukan 'muka baru', sebenarnya yang lama itu jugalah!

Begitu juga YB Wahid Endut yang pernah bersama saya dahulu dalam Pemuda Pusat (1983 – 1989) dan seterusnya beliau menumpukan usaha beliau di peringkat Negeri. Menjadi ADUN dan MP Kuala Terengganu. Juga bukan 'muka baru', tetapi baru sahaja dipilih menjadi AJK PAS Pusat.

Bagi saya, pemilihan ini menzahirkan betapa ramainya calon yang layak memimpin PAS dan betapa kayanya PAS dengan pemimpin-pemimpin yang berpotensi! Jauh, jauh sangat bezanya dengan UMNO.

Bagi yang telah mengundi saya, saya ucapkan berbanyak terima kasih di atas kepercayaan tuan-tuan terhadap diri saya. Saya berharap tuan-tuan akan mendoakan saya supaya mampu melaksanakan tugas ini dengan sebaik mungkin.

NEGARA BERKEBAJIKAN DAN NEGARA ISLAM

Isu yang turut dilaung-laungkan ialah bahawa kononnya PAS sudah menggugurkan matlamat perjuangannya dan menerima matlamat perjuangan PKR dan DAP. Ini adalah kerana cogan kata yang digunakan PAS adalah 'Negara Berkebajikan' dan bukannya 'Negara Islam'.

Hakikatnya, sekiranya ada parti politik yang ingin mengubah matlamat perjuangannya, ianya bukan dengan mengemukakan cogan-kata tertentu. Ianya mesti melalui pindaan perlembagaan parti tersebut. Selagimana perlembagaan tidak diubah, maka apa cogan kata sekalipun mesti ditafsir berdasarkan perlembagaan yang digunapakai.

Istilah 'Negara Berkebajikan' bagi ahli PAS ialah 'sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah' (Perlembagaan PAS fasal 5).

Istilah 'Negara Berkebajikan' digunapakai kerana ingin memberi penegasan kepada aspek kebajikan yang terjamin dalam sesebuah masyarakat yang sedemikian rupa. Istilah 'Negara Islam' tidak digunapakai kerana penekanan melalui istilah itu adalah hukum-hakam Islam, khususnya Hudud, seolah-olah itu sahajalah apa yang terdapat di dalam pemerintahan yang diinginkan PAS. Sedangkan hukum-hakam Islam, termasuk Hudud, adalah bertujuan untuk menghasilkan kebajikan kepada manusia! Termasuk dalam takrif 'berkebajikan' itu adalah keadilan, kebertanggung-jawaban dan keamanan.

Dalam erti-kata yang lain, istilah 'Negara Berkebajikan' membawa rakyat untuk melihat kepada hasil dan kesudahannya; sambil istilah 'Negara Islam' memperlihatkan mekanisma dan perundangannya.

Jikalau dirujuk di dalam Al-Quran, istilah yang masyhur yang terdapat di dalamnya adalah 'Baldatun Tayyibatun wa Rabbul Ghafuur' atau 'Negara yang baik serta pengampunan dari Tuhan'. Ianya merupakan istilah yang menumpukan kepada persoalan hasil yang diinginkan dan hasil ini mampu menarik minat semua pihak.

Lagipun, semua yang mengaji memahami kaedah 'Al-Hukmu yadurru 'alal musamma laa 'alal ismi' atau 'hukum (sesuatu perkara) bergantung kepada perkara yang dinamakan itu, bukan kepada namanya'. Dalam erti kata lain, 'apa ada pada nama, yang penting benda atau isinya!'

SETERUSNYA...

Saya yakin, semua yang kalah bertanding jawatan Timbalan dan Naib akan dilantik kembali. Tugas-tugasan akan diberi dan bahtera yang kita kenali sebagai PAS ini akan terus belayar dengan gagahnya. Tiada yang akan merajuk dan tiada yang akan kecewa kerana di dalam PAS, jawatan sesuatu yang tidak dicari. Ianya amanah dan ianya tanggungan yang berat, lebih-lebih lagi di akhirat kelak.

Yang penting ialah untuk bersatu dan bersedia untuk menghadapi PRU. Rakyat mengharapkan kemenangan bagi PAS dan PR yang membawa kepada satu perubahan yang bersejarah. Saf pimpinan yang telah dipilih menggalas harapan ini.

Hanya satu harapan saya di sini, semoga Dewan Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) digunakan seterusnya untuk seminar yang sering dianjurkan PAS. Dan juga untuk Mesyuarat Agung Kawasan, tetapi tidak lagi untuk Muktamar Tahunan. Kerana ianya telah menjadi terlalu kecil dan PAS telah menjadi semakin besar.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD 

Dengki Itu Berbahaya

Posted: 09 Jun 2011 05:30 PM PDT

8 Rejab 1432H. [MOD] -

Dengki itu sangat berbahaya, bukan hanya bagi diri pemiliknya tetapi juga bagi masyarakat luas. Dengki itu kata hadis nabi ibarat setitik api yang dapat membakar kayu bakar seberapapun banyaknya. Ia juga bagaikan pisau cukur yang bisa mencukur bersih amal seseorang. Dengki adalah penyakit kejiwaan yang merusak kesehatan tubuh sekaligus merusak tatanan sosial ditengah masyarakat, dalam bahasa Arab disebut hasad.

Dengki adalah perasaan tidak senang atas keberuntungan orang lain disertai usaha menghilangkan dan memindahkan keberuntungan itu kepada diri sendiri (an tatamanna zawala ni`mat al mahsud ilaika). Adapun menginginkan hal yang serupa dengan yang diperoleh orang lain tidak termasuk dengki, karena al Quran bahkan menyuruh kita berlomba meraih kebajikan (fastabiq al khoirat).

Mengapa orang mendengki berbahaya ? Dasar dari sifat dengki adalah adanya keinginan orang untuk menjadi orang nomor satu, menjadi orang yang terhebat, terkaya, terhormat dan ter-ter yang lain, yang berkonotasi rendah. Dalam bahasa agama, dunia dengan segala urusannya adalah sesuatu yang rendah.

Dalam bahasa Arab, dun ya artinya dekat atau rendah atau hina. Jadi orang hanya mendengki manakala yang diperebutkan itu sesuatu yang rendah, hina dan berdimensi jangka pendek, ibarat orang yang memasuki lorong sempit yang hanya muat satu orang. Ruang sempit itulah yang menyebabkan para peminat harus berdesakan dan saling menyikut.

Selanjutnya jika ada satu orang yang telah berhasil memasuki lorong dan berhasil menduduki kursi duniawi yang diperebutkan, kursi jabatan misalnya, maka orang yang belum berhasil memandang orang yang telah berhasil sebagai hambatan yang harus disingkirkan, sementara orang yang telah berhasil menduduki kursi itu memandang orang lain yang berminat sebagai ancaman yang juga harus dihambat. Bila orang sudah dirasuki kedengkian maka apapun bisa dilakukan sekalipun itu perbuatan yang tercela.

Adapun jika memperebutkan sesuatu yang besar, mulia dan berdimensi panjang hingga akhirat, maka diantara para peminat justeru terdapat hubungan. Orang yang merindukan derajat takwa misalnya, ia akan senang jika ada orang lain yang melakukan hal yang sama. Demikian juga orang yang ikhlas bershodaqoh, maka ia sangat senang jika ada orang lain yang juga gemar bershodaqoh.

Jika diantara orang yang ingin menjadi orang dekat pada pimpinan terdapat saling iri, saling menjegal, hal itu adalah karena sempitnya ruang untuk menjadi orang dekat pimpinan, Tetapi jika ingin menjadi orang yang dekat dengan Allah, maka seberapapun banyaknya orang yang menginginkan, disana tersedia ruangannya karena Allah Maha Luas Rahmat Nya.

Dengki itu sangat berbahaya, bukan hanya bagi diri pemiliknya tetapi juga bagi masyarakat luas. Dengki itu kata hadis nabi ibarat setitik api yang dapat membakar kayu bakar seberapapun banyaknya. Ia juga bagaikan pisau cukur yang bisa mencukur bersih amal seseorang. Dengki adalah penyakit kejiwaan yang merusak kesehatan tubuh sekaligus merusak tatanan sosial ditengah masyarakat.

Nabi menyebutkan, hanya dua hal orang boleh iri, yakni jika ada orang yang dikaruniai ilmu banyak, ia dapat mengajarkan kepada orang lain dan juga yang bersangkutan mengamalkannya. Kedua, jika ada orang yang dianugerahi banyak harta, tetapi ia membelanjakannya di jalan yang benar hingga habis untuk kepentingan menolong sesama.

By: M. Agus Syafii

Presiden Yaman melecur, timbalan putus sebelah kaki

Posted: 09 Jun 2011 02:00 AM PDT

7 Rejab 1432H. [MOD] -

SANAA: Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh melecur 40 peratus daripada tubuhnya dan mengalami pendarahan otak akibat serangan ke atas istananya minggu lalu.

Keadaan Saleh didedahkan oleh pegawai Amerika Syarikat yang menunjukkan kecederaan yang dialami lebih parah daripada apa yang dilaporkan.

Ketiadaan Saleh yang dirawat di Arab Saudi meningkatkan lagi keganasan di Yaman, apabila tentera kerajaan terus bertempur dengan militan dan puak bersenjata di dua bandar di selatan Sanaa kelmarin.

Tentera mendakwa membunuh 30 militan, anggota kumpulan yang mengambil alih bandar Zinjibar minggu lalu.

Tiga hari lalu, Saleh dilaporkan semakin stabil selepas menjalani beberapa pembedahan di Arab Saudi dan dijangka pulang ke negaranya beberapa hari lagi.

Jika Saleh pulang, pertempuran hampir pasti tercetus semula di Sanaa. Jadi, pendedahan pegawai Amerika memberi isyarat Saleh tidak mungkin pulang dalam tempoh terdekat.

Tiga pegawai berkata, Saleh melecur lebih 40 peratus tubuhnya dan mengalami pendarahan otak, manakala pegawai di Yaman memberitahu, Saleh terbakar teruk di bahagian muka, leher dan dada. Satu daripada pembedahan dilakukan bagi membuang serpihan kayu yang tertusuk di dadanya.

Perdana menteri, dua timbalan, speaker dua Dewan Parlimen dan ketua parti memerintah, juga diterbangkan ke Arab Saudi akibat cedera teruk.

Seorang timbalan perdana menteri Rashad al-Alimi dibawa ke negara itu dalam keadaan tidak sedarkan diri dan nasibnya belum diketahui hingga kini.

Seorang lagi timbalan, Sadeq Abu Ras, putus sebelah kaki, manakala gabenor Sanaa yang cedera parah di kaki dan tangan masih koma.

Amerika sebelum ini melahirkan kebimbangan cawangan al-Qaeda di Yaman akan mengambil kesempatan berikutan keadaan huru-hara di negara itu.

Washington dan Arab Saudi berusaha mendesak pegawai Yaman mengambil peluang pemergian Saleh dengan segera memulakan peralihan kuasa dan membentuk kerajaan baru.

Jurucakap Jabatan Negara Amerika, Mark Toner memberitahu wartawan di Washington, duta negara itu di Sanaa sudah bercakap dengan Naib Presiden Abed Rabbo Mansour Hadi, pemangku jawatan presiden bagi menyatakan pandangan Amerika mengenai isu berkenaan.

Toner bagaimanapun berkata, beliau tidak pasti berapa lama Saleh akan menjalani rawatan di Arab Saudi atau sama ada beliau masih merancang untuk pulang.

Serangan ke atas istana Saleh berlaku selepas dua minggu pertempuran antara tentera kerajaan dan pembangkang daripada kumpulan puak di Sanaa, yang mahu menggulingkan beliau.

Pertempuran menjerumuskan negara itu kepada perang saudara selepas tunjuk perasaan jalanan oleh ratusan ribu penduduk Yaman gagal menggulingkan Saleh yang sudah berkuasa sejak 33 tahun lalu. – AP

Nik Aziz sedia tunjuk surat Mahathir

Posted: 09 Jun 2011 01:45 AM PDT

7 Rejab 1432H. [MOD] -

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah individu yang bertanggungjawab sepenuhnya menolak pelaksanaan hukuman hudud yang ingin dikuatkuasakan Kerajaan Kelantan.

Sambil mempersoalkan kenyataan Dr Mahathir yang mendakwa pemilihan Pas, baru-baru ini, dimenangi secara tidak langsung Pengerusi DAP, Karpal Singh, Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau mempunyai bukti kukuh Dr Mahathir yang menolak hasrat Pas untuk memartabatkan hukum Islam itu.

"Seingat saya orang yang menghantar surat kepada Kerajaan Kelantan agar tidak melaksanakan hudud satu ketika dahulu namanya ialah Dr Mahathir Mohamad, bukannya Karpal Singh.

"Barangkali orang yang bernama Dr Mahathir ini sudah lupa, untuk tujuan mengingatkannya saya boleh tunjukkan surat itu, ia masih ada dalam simpanan saya," katanya melalui laman Facebook.

Sebelum ini, Dr Mahathir dalam nada sinis mendakwa, perjuangan Karpal supaya Pas menggugurkan matlamat penubuhan negara Islam dilihat berjaya apabila pemimpin baru parti itu tidak dikuasai ulama.

Karpal antara pemimpin DAP yang lantang mengkritik Pas menubuhkan negara Islam termasuk hukum hudud dengan mengeluarkan kenyataan "langkah mayatnya dulu" sebelum mahu laksanakan.

Untuk rekod, Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telah pun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993. Bagaimanapun sehingga kini ia belum dilaksanakan.

Sinar Harian/-

Dedah kos lawatan ke Kazakhstan, MP PAS desak Najib

Posted: 09 Jun 2011 01:40 AM PDT

7 Rejab 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 9 Jun — Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad hari ini menggesa Datuk Seri Najib Razak mendedahkan kepada umum perbelanjaan lawatan beliau ke Kazakhstan, yang secara kebetulan diadakan dengan majlis pertunangan anak perempuannya.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Kuala Selangor ini juga mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin "kerana mengesahkan dakwaan kami bahawa majlis perkahwinan diaturkan ketika lawatan" perdana menteri ke negara itu.

"Selepas ucapan Najib pada Forum Ekonomi Islam Sedunia mengenai urus tadbir yang baik dan ketelusan, beliau seharusnya mendedahkan berapa banyak yang beliau telah habiskan untuk lawatannya."

"Dedahkan berapa banyak telah digunakan untuk urusan peribadi dan nyatakan sama ada mana-mana pihak dalam rombongannya tidak perlu (ketika beliau) menghadiri WIEF," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Semalam, Khairy mempertahankan lawatan Najib ke Kazakhstan menerusi akaun Twitternya.

Khairy berkata, Najib berada di Kazakhstan untuk menyampaikan ucapan pada WIEF dan lawatan ke negara itu adalah atas jemputan presidennya Nursultan Nazarbayev yang pernah melawat Malaysia ketika era kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Dzulkefly menambah, ini bukan kali pertama perdana menteri membuat lawatan kerja yang secara kebetulan berkaitan dengan urusan peribadi.

Katanya, Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor bulan lalu mengunjungi Amerika Syarikat (AS) dan menghadiri majis konvokesyen anak perempuan mereka di Georgetown University.

"Malah di mana-mana syarikat pun, ahli lembaga pengarah perlu mengisytiharkan terlebih dahulu jika wujud unsur konflik kepentingan," kata wakil rakyat PAS.

Petronas Catat Untung RM241 Bilion

Posted: 09 Jun 2011 01:30 AM PDT

7 Rejab 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 9 JUN : Kenaikkan beberapa kali harga minyak petrol RON97 sepanjang tahun ini dan terbaru gas asli yang menyaksikan kenaikan tarif elektrik sebanyak 7.12 peratus oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN), Petronas semalam dicatat mengaut keuntungan RM241 bilion.

Malah, Petronas dilapor memperoleh keuntungan lebih tinggi bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2011, didorong kenaikan harga semua produknya dan jumlah dagangan yang tinggi.

Presiden dan ketua pegawai eksekutif Datuk Shamsul Azhar Abbas berkata perolehan meningkat 14.4 peratus kepada RM241.2 bilion daripada RM210.8 bilion.

Sementara keuntungan pracukai juga dikatakan meningkat 34.5 peratus kepada RM90.496 bilion daripada RM67.3 bilion sebelum ini.

Syarikat minyak negara itu dalam masa sama turut mengumumkan dividen RM30 bilion kepada kerajaan.

Pada April lalu, petrol RON 97 dinaikkan sebanyak 20 sen kepada RM2.70 seliter yang merupakan kenaikan kali kelima sejak harga bahan api itu diapungkan dan kenaikan kedua sejak 31 Januari lalu.

Sementara itu, kerajaan Umno-BN menaikkan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun lalu sebagai usaha menarik balik subsidi daripada rakyat, meskipun Tenaga Pengeluar Bebas (IPP) memperoleh RM19 bilion hingga RM22 bilion setahun.

Gas asli pula dinaikkan RM3 setiap mmBtu setiap enam bulan sehingga mencecah harga pasaran pada 2016, apabila harganya diapung sepenuhnya.

Pimpinan Pakatan Rakyat sebelum ini menyelar kenaikan itu dan mendesak supaya kerajaan mendedahkan perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) antara Tenaga Nasional Berhad dan IPP yang lebih menguntungkan syarikat korporat tersebut.

Dalam masa yang sama pula, Petronas dikatakan menanggung subsidi gas sehingga mencecah RM131 bilion akibat daripada perjanjian berat sebelah tersebut, apabila dipaksa menjual gas dengan harga yang lebih rendah kepada IPP.

Tv Selangor/-

Salam Perjuangan

Posted: 09 Jun 2011 11:26 PM PDT

Salam Perjuangan


MENGAPA PPA DIRAHSIAKAN DARI RAKYAT?

Posted: 09 Jun 2011 04:10 AM PDT

PAS TELUK INTAN

Posted: 09 Jun 2011 11:02 PM PDT

PAS TELUK INTAN


KUSUS JENAZAH PADANG TEMBAK DALAM BERJAYA.

Posted: 09 Jun 2011 07:51 AM PDT

9 Jun 2011 - Kursus peguurusan jenazah yang dirancang di Cawangan Padang Tembak Dalam berjaya mencapai objektifnya. Kursus yang dibahagi kepada dua slot, teori dan praktikal dapat meningkatkan kefahaman dan keyakinan peserta untuk mengurus jenazah jika berlaku kematian muslimat. Pn. Habsah selaku penyampai bagi slot teori berjaya memberikan keyakinan kepada peserta ditambah dengan praktikal yang dipimpin oleh Pn. Hjh. Bahiyah, orang yang berpengalaman dalam pengurusan jenazah.
                                          

Maran Daily - Bila NoteBookKu Dibuka... Benar, Berani & Berinformasi

Posted: 09 Jun 2011 09:43 PM PDT

Maran Daily - Bila NoteBookKu Dibuka... Benar, Berani & Berinformasi


Mat Sabu: Harapan Cerah Kita Tawan Putrajaya

Posted: 09 Jun 2011 09:08 PM PDT

Perlantikan Mohammad bin Sabu (Abang Mat) sebagai Timbalan Presiden Pas dalam Muktamar yang lepas memberi kelebihan kepada PAS dalam usaha 'mengebumikan' UMNO-BN yang semakin tidak rasional lagi.

Mat Sabu telah mengarahkan semua pimpinan PAS di setiap peringkat meningkatkan usaha untuk untuk menguasai PutraJaya demi memperjuangkan hak-hak dan kebajikar rakyat secara adil dan telus.

Sokongan rakyat samada Islam atau bukan Islam sangat tinggi dan InsyaAllah jika disokong oleh motto PAS sekarang iaitu Membangun Negara Berkebajikan akan memberi kelebihan kepada PAS dan Pakatan Rakyat untuk mengambil alik kerajaan Malaysia daripada ditaktor yang hanya memperkayakan kroni sahaja.

MaranDaily berharap rakyat keseluruhannya menolak UMNO-BN yang telah lapuk dengan perjuangan kunonya. InsyaAllah, jika kerajaan Pakatan Rakyat memerintah, perubahan akan dapat dilihat dan keamanan akan dapat dirasai.

Salam perubahan....

SHAMSURI KEKAL KETUA LANJAH ICT

Posted: 09 Jun 2011 08:40 PM PDT

Maran: Pas Kawasan Maran melalui Mesyuarat AJK yang lepas telah bersetuju melantik semula Mohd Shamsuri Hussin sebagai Ketua Lajnah ICT Pas Kawasan Maran bagi sesi 2011/2013.

"InsyaAllah, dengan mandat dan amanah yang diberikan akan digunakan sebaik mungkin oleh saya dan JK yang akan dibentuk dalam masa terdekat bagi memberi maklumat yang benar dan telus kepada rakyat melalui media-media altenatif dengan harapan dapat membebaskan rakyat maran daripada dijajah oleh pemikiran UMNO-BN yang telah lapuk dan tak rasional lagi" kata beliau kepada MaranDaily.

Perkembangan teknologi wifi yang berkembang pesat di seluruh negara akan memberi kelebihan kepada Lajnah ICT untuk menyalurkan maklumat terkini kepada rakyat serta meningkatkan kemahiran masyarakat setempat dengan penggunaan teknologi terkini.

Semoga usaha Lajnah ICT bersama-sama AJK PasMaran akan menumbangkan kerajaan 'zalim' UMNO-BN dalam PRU13 akan datang. Islam pasti tertegak jua.

"MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN"

Marandaily.net

PAS Negeri Sembilan

Posted: 09 Jun 2011 09:43 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Era progresif Dr Burhanuddin menjelma kembali

Posted: 09 Jun 2011 02:17 AM PDT



Roketkini.com , 9 Jun 2011 - Akhirnya, ramailah yang terloncat gembira dan tak kurang juga yang sasau selepas berakhirnya muktamar PAS minggu lalu. Lebih mencuit hati apabila ada ahli politik seperti kera kena belacan, meroyan seperti lelaki gila talak. Sedih dan sayu hati melihat segelintir Melayu mudah lupa.

Lalu muncul istilah "Erdogan" dan "sekular", hero seperti jaguh "kafir-mengkafir" kini sudah bersilih-ganti dan pastinya gelaran itu kini milik (Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru) Zulkifli Noordin.

Hebat sindiran si lebai bernama Zulkifli dengan kata-katanya kepada (Presiden PAS Datuk Seri) Hadi Awang, "Sebagai seorang agamawan yang tegas walau pun tidak banyak bercakap, namun beliau kini tersepit di antara 'impian ke syurga' dengan 'kilauan Putrajaya'."

Beginilah nasib apabila kerap melompat parti, tergila-gila popularity, mahu jadi imam "kafir mengkafir".

Alangkah baik kalau si jaguh ini lapangkan dada dan membaca sedikit lembaran sejarah terutamanya menyingkap perihal tokoh dan pejuang kemerdekaan negara iaitu Presiden PAS sekitar 1956-1969, Dr Burhanuddin al-Helmy.

Kesediaan bekerjasama dan prinsip Dr Burhanuddin sepanjang melalui liku-liku menuntut kemerdekaan negara merupakan lipatan sejarah yang tidak akan hilang dek zaman.

Slogan anti-penjajah PAS pada tahun 1950-an sangat lantang, jalinan kerjasama antara PAS dengan gerakan buruh, rakyat serta parti-parti kiri untuk menuntut kemerdekaan semasa di bawah pimpinan Burhanuddin sangat mencemburukan penjajah.

Kesediaan menjalin kerjasama dengan mereka yang dianggap golongan kiri ini mencerminkan PAS bukanlah sebuah parti yang kolot malahan merupakan penggerak utama serta lebih progresif berbanding UMNO ketika itu yang melaungkan slogan 'Hidup Melayu'.

Kebijakan dalam pertimbangan bagi menentukan hala tuju yang dibawa Dr Burhanuddin serta parti pimpinannya membuka lembaran lebih luas di dalam perjuangan sebenar satu-satunya Parti Islam negara tersebut.

Maka tidak hairanlah pembaharuan dan imej progresif yang dibawa PAS ini menjadi momok yang menakutkan UMNO serta rakan-rakan perikatan mereka iaitu MIC dan MCA.

Lantaran itu, PAS dilihat sudah semakin matang dan mula membiak dengan benih-benih kesuburan demokrasi di kalangan ahli parti yang suatu ketika dahulu dipandang sebagai pak lebai.

Bekas presiden UMNO, Dr Mahathir Mohamad antara susuk-susuk yang menyuarakan kebimbangan, penjenamaan "Negara Berkebajikan" menimbulkan rasa kurang senang malahan ia menjadi kritikan keras dari mereka yang mula rasa tergugat.

"DI ATAS ROBOHAN KOTA MELAKA, KITA DIRIKAN JIWA MERDEKA" merupakan kata-kata keramat Dr Burhanuddin yang sudah semakin dilupakan tetapi dengan barisan pemimpin muka baru yang segar dan imej baru PAS bakal mencorak perjalanan penuh dengan kejayaan kelak.

Dengan setiakawan di dalam Pakatan Rakyat, lembaran baru kerjasama PAS-DAP-PKR ini bakal memangkin satu pembaharuan dan imej ke hadapan yang akan menarik lebih ramai golongan muda serta pelbagai bangsa untuk mendekati PAS yang suatu ketika dahulu pernah digeruni.

Syabas PAS yang mahukan perubahan; bilakah agaknya politik wang dalam UMNO akan tamat? Siapakah yang tidak sanggup berubah akan merasa padah..

Nota: Dr Burhanuddin al-Helmy merupakan bekas Yang Dipertua Agung Partai Islam Se-Tanah Melayu pada tahun 1956 hingga kematiannya pada tahun 1969, kesan daripada penahanan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Di bawah kepimpinan Burhanuddin, PAS mempunyai orientasi menyokong kesatuan sekerja dan anti-kolonialisme. Beliau digambarkan sebagai seorang "nasionalis radikal dan pemikir Islam".

M. Izwan

9 Jun 2011

Sumber : http://roketkini.com/2011/06/09/era-progresif-dr-burhanuddin-menjelma-kembali/

Khalid Samad, Eli Wong 10 JULAI 2011 di Seremban

Posted: 08 Jun 2011 11:28 PM PDT



CERAMAH UMUM
Tarikh : 10 JULAI 2011, AHAD
Masa : 8 mlm
Tempat : Pejabat ADUN Sikamat, Tmn Sikamat Jaya, Seremban
Penceramah :
YB Khalid Samad, YB Elizabeth Wong, YB Loke Siew Fook, YB Aminuddin dan Sdr Rafizi Ramli (Pengarah Strategi PKR)

Info lanjut Khalid 017-6199275, Khairul Anuar 013-3323777
atau di Blog ADUN Sikamat YB Aminuddin di http://aminuddinharun.blogspot.com/

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 09 Jun 2011 09:35 PM PDT

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


Taman Raudhah di Majlis Ilmu bersama Dato' Tn Ibrahim Tn Man

Posted: 09 Jun 2011 07:31 AM PDT

PARLIMEN BUKIT GANTANG

Posted: 09 Jun 2011 09:21 PM PDT

PARLIMEN BUKIT GANTANG


Rampas kuasa daripada puak gila kuasa

Posted: 09 Jun 2011 08:48 PM PDT

KUALA LUMPUR, 10 Jun: Para pemimpin PAS sememangnya wajar menjadi 'gila kuasa' untuk ke Putrajaya, bagi membolehkan PAS dan Pakatan Rakyat merampas kuasa pemerintahan daripada puak yang gila kuasa sekarang.

Sehubungan itu, para pemimpin dan ahli-ahli PAS tidak perlu risau dengan dakwaan Umno yang mengatakan para pemimpin PAS kini gila kuasa yang dikaitkan dengan pemilihan barisan kepimpinan sesi 2011-2013 pada Muktamar PAS Ke-57 pada 3 hingga 5 Jun lalu.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, para pemimpin Umno BN yang sememangnya sudah diketahui umum yang gila kuasa sudah tidak sepatutnya dibiarkan terus memerintah negara demi kepentingan negara dan seluruh rakyat negara ini.

Menurut beliau, semenjak Umno BN memerintah, rakyat bukan semakin senang, malah semakin terhimpit dalam hidup akibat tindakan tidak sepatutnya yang dilakukan oleh para pemimpin Umno BN.

Katanya, antara tindakan tidak bertanggungjawab yang dilakukan oleh Umno BN termasuklah menaikkan harga barangan keperluan utama sehingga amat menyusahkan rakyat.

"Dalam masa yang sama, indeks rasuah dan jenayah dalam negara semakin meningkat sehingga amat mencemaskan rakyat," katanya pada program rakaman Persepsi Harakahdaily di pejabat Harakahdaily, di sini, petang semalam.

Demi kepentingan negara dan seluruh rakyat, menurut beliau, PAS perlu merampas kuasa dari Umno BN bagi melakukan perubahan di negara ini dengan corak pemerintahan yang jauh lebih baik dari Umno BN itu sendiri.

"Jadi kalau mereka (Umno BN) kata kita gila kuasa, memang benarlah kita gila kuasa kerana kita nak rampas kuasa dari orang gila kuasa yang sudah tidak boleh dibiarkan lagi memerintah negara.

"Kalau dibiarkan Umno BN terus memerintah, negara pasti menjadi bertambah teruk dan rakyat pasti menjadi semakin susah dari sehari ke sehari," katanya.

Jika PAS tidak merampas kuasa dari Umno BN, katanya, PAS dan Pakatan Rakyat tidak boleh memerintah bagi melakukan perubahan, sedangkan dalam masa yang sama rakyat sudah tidak tertahan berada di bawah pemerintahan Umno BN dan berharap kepada PAS untuk melakukan perubahan itu.

Bagi merealisasikan perubahan itu, PAS menjanjikan negara berkebajikan kerana ia selaras dengan tuntutan Islam, bagi menbela rakyat dalam segala aspek dan di semua peringkat.

"Jika PAS dan Pakatan Rakyat diberikan mandat memerintah negara, rakyat bolehlah menilai sendiri tindakan yang kita lakukan selaras dengan janji kita itu.

"Sekiranya janji itu tidak kita tunaikan dan pemerintahan Pakatan Rakyat tidak juga berubah tetapi sama juga dengan Umno BN, rakyat berhak menumbangkan kembali kerjaaan Pakatan Rakyat," tegasnya.

Namun sekira PAS dan Pakatan Rakyat memerintah, katanya, rakyat pasti dapat melihat perubahan yang dijanjikan itu dalam negara ini kerana para pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat amat jauh berbeza dengan para pemimpin Umno BN.

"Umno BN bukannya membela rakyat. Mereka sebenarnya gila kuasa kerana untuk kepentingan mereka sendiri. Mereka tak hirau pun tentang rasuah dan jenayah sebab itulah indeks rasuah dan jenayah dallam negara tak menurun.

"Mereka gunakan wang negara dengan sewenang-wenangnya untuk kepentingan peribadi mereka, termasuk untuk menyelesaikan urusan pertunangan anak di Khazastan, pada hal itu urusan keluarganya, bukannya urusan negara dan wang yang digunakannya itu wang rakyat," katanya.

Begitu juga dengan isteri Perdana Menteri, ujarnya, yang juga selalu ke luar negara dan turut menggunakan wang rakyat dengan begitu banyak untuk kepentingan peribadi dan keluarganya.

"Semua itu hanyalah sebahagian contohnya yang boleh dinilai sendiri oleh rakyat bagaimana teruknya pemimpin Umno BN.

"Itu semua tidak akan dilakukan oleh para pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat jika diberikan mandat memerintah negara kerana kita sememangnya berbeza dengan mereka," ujar beliau.

PAS KDAS 3

Posted: 09 Jun 2011 09:03 PM PDT

PAS KDAS 3


Mengapa Umno menggelupor dengan negara kebajikan

Posted: 09 Jun 2011 08:41 AM PDT


TEMERLOH, 8 Jun: Mengapa Umno menggelupor dengan 'negara kebajikan'? Ia adalah kerana PAS menawarkan penyelesaian kepada rakyat  di tengah-tengah kegagalan Umno BN untuk menjaga rakyat marhaen.
Demikian kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika mengulas sikap Umno dan medianya yang terlalu melampau dalam menunjukkan kebimbangannya dengan negara kebajikan itu.
(Gambar: Presiden PAS berucap ketika membentangkan gagasan negara kebajikan di Muktamar PAS ke 57)
"Apabila PAS mengutarakan negara berkebajikan, tak tersangka pula Umno yang mengelupor dengan istilah tersebut, bak kata tok bomoh picit lada hitam pada jari kaki orang masuk hantu. Barangkali memang Umno ini dah lama kena rasuk… Cuma mungkin tak kena cara tiupnya saja.

"Kini, kita boleh lihat dengan nyata bahawa Umno benar-benar terasa dengan istilah 'negara kebajikan' ini kerana ia memberi ancaman kepada mereka.

"Maklumlah, PAS menawar sebuah negara berkebajikan di tengah-tengah kegagalan Umno menjaga kebajikan rakyat marhaen demi menjaga hati kroni yang semakin angkuh, sombong dan tamak," nukil Tuan Ibrahim dalam satu kenyataannya ke Harakahdaily hari ni.

Semenjak Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang membentangkan gagasan penubuhan sebuah negara kebajikan semasa ucapan dasarnya di Muktamar PAS ke 57, pimpinan Umno dan medianya telah menyerang bertubi-tubi untuk menguasai pemikiran rakyat terhadap parti Islam tersebut dengan tuduhan kononnya PAS telah mengubah dasar perjuangan.

"Walhalnya konsep negara berkebajikan, keadilan, keselamatan, kesejahteraan, kemakmuran adalah intipati dari negara Islam," kata Tuan Ibrahim (gambar).

Istilah 'negara kebajikan' yang dilaungkan PAS, kata beliau telah berjaya menunjukkan kepada rakyat isi perut Umno sebenar yang sememangnya 'rakyat dahulu' menjadi mangsa dalam segala hal berkaitan dengan program pengurangan subsidi berbanding kroni-kroni Umno BN seperti penjana tenaga bebas (IPP).

Mengenai serangan Umno terhadap pimpinan baru PAS, Tuan Ibrahim berkata selain istilah 'negara kebajikan', Umno juga menerima tamparan hebat apabila pewakilan PAS membuat kejutan dengan memilih barisan kepimpinan baru yang di luar jangkaan mereka.

"Kebijaksaan perwakilan membaca keperluan barisan pimpinan bagi mengempur Umno menyebabkan mereka rasa tertekan. Ini dapat dibaca dari luahan kenyataan mereka.

"Mulanya menyerang, kemudian menyatakan bahawa Umno sudahpun melaksana negara kebajikan dan kini bertukar kepada rayuan 'Umno tetap membuka ruang untuk penyatuan Melayu' dan kad simpati dengan mengatakan 'Umno kecewa PAS tolak perpaduan' dan sebagainya," terang beliau.

Cemburunya UMNO Dengan Keputusan Muktamar Pas

Posted: 09 Jun 2011 08:40 AM PDT


KUALA LUMPUR, 7 Jun: Para pemimpin Umno benar-benar terpukul dengan apa yang dicapai dalam muktamar PAS ke 57 baru-baru ini, kata AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad.

Katanya, ia dibayangkan dengan kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh para pemimpin bawahan Umno yang agak tahu agama termasuk Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya.
"Ketika pemimpin bawahan mereka meminta Umno mencontohi sikap yang ditunjukan PAS dalam muktamar baru- baru ini, pemimpin atasan Umno cuba melaga-lagakan PAS dengan pimpinan Pakatan Rakyat dan juga dalaman PAS sendiri.

"Inilah sebenarnya permasalahan dalam Umno. Apabila mereka jengkel dan cemburu dengan pencapaian PAS, mereka cuba melagakan kita pula," kata Dr Dzulkefly mengulas kenyataan Datuk Seri Najib, Datuk Seri Nazri Aziz serta Tun Dr Mahathir yang cuba melagakan antara pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat.
Bagi beliau, Umno tahu, team yang dibentuk oleh perwakilan muktamar tahunan PAS ke 57 baru-baru ini adalah pasukan yang bakal menghancurkan penguasaan Umno.

"Mainan jahat media Umno ini nyata semuanya helah untuk akui PAS telah lakukan tranformasi yang diperlukan semua rakyat negara ini," kata beliau.

Perkara ini berlaku ketika wajah Umno menjadi begitu hodoh apabila cuba menggunakan Islam untuk kepentingan politiknya.

"Sikap dan tindakan Umno menghasilkan Islam itu bersifat eksklusif untuk umat Islam sahaja, ekstrem, takutkan orang dengan kepala lembu, orang lain tidak boleh baca al Quran dan sebagainya," kata Dr Dzulkefly (gambar).

Beliau juga mendakwa, tindakan Umno melalui agen-agennya seperti Perkasa telah menyebabkan para penganut agama lain rasa tidak senang dan takut kepada Islam.

"Malam tadi saya sertai satu program dialog dengan pemimpin agama lain dan Pakatan. Jelas mereka menyambut baik apa yang berlaku dalam muktamar PAS baru-baru ini," kata beliau.

Turut serta dalam dialog itu adalah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Dr Siti Mariah Mahmod, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS.

"Apa yang dibangkitkan para pemimpin Umno bukan isu sebenarnya tetapi akibat dari mereka rasa terpukul dengan apa yang berlaku dalam muktamar baru-baru ini.

"Muktamar telah memberikan nafas baru kepada PAS yang dilihat sangat berintergriti, bernafas baru dan memberikan harapan baru kepada rakyat.

"Bagi saya, Umno bimbang, pasukan ini bakal meraih kemenangan yang lebih besar dari pilihan raya umum 2008 lalu," katanya lagi.

Harakahdaily/-

Mohamad Sabu, Salahudin, Husam, Mahfuz menang

Posted: 09 Jun 2011 08:39 AM PDT

KUALA LUMPUR, 4 Jun: Mohamad Sabu menang untuk jawatan Timbalan Presiden PAS menewaskan penyandang asalnya Nasharudin Mat Isa dan seorang lagi calon Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Mohamad mendapat 420 undi berbanding Tuan Ibrahim 399 dan Nasha 224 daripada jumlah keseluruhan 1045 undi.

Manakala untuk jawatan Naib Presiden pula dimenangi Salahudin Ayub, Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar.

Ketiga-tiga mereka mendapat undi paling tinggi menewaskan tiga lagi calon iaitu Ust Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin.

Salahudin mendapat 753 undi, Husam (660), Mahfuz (616), Idris (491), Nik Amar (321) dan Nizar (217).

Kesemua mereka akan menerajui kepimpinan PAS bersama Presiden, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menang tanpa bertanding.

Keputusan rasmi itu dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS 2011-2013, Datuk Abdul Halim Abd Rahman kira-kira jam 10.15 pagi tadi.
Berikut adalah senarai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sesi 2011-2013:

1) Mazlan Aliman (804)
2) Dr Mohd Hatta Md Ramli (765)
3) Datuk Kamarudin Jaafar (739)
4) Hanipa Maidin (735)
5) Datuk Seri Azizan Abdul Razak (721)
6) Dr Zulkefly Ahmad (702)
7) Dr Mujahid Yusof Rawa (651)
8) Khalid Samad (643)
9) Abdul Ghani shamsuddin (579)
10) Amiruddin Hamzah (576)
11) Abdul Wahid Endut (556)
12) Abu Bakar Chik (527)
13) Datuk Mohd Amar Abdullah (470)
14) Dr Siti Mariah Mahmud (445)
15) Datuk Mahfodz Mohamed (449)
16) Datuk Hassan Ali (437)
17) Abdul Ghani Abd Rahman (430)
18) Nuridah Salleh (416)

Khutbah Berkenaan Isu Judi

Posted: 09 Jun 2011 08:38 AM PDT

Pada 3/6/2011 khatib yang bertugas membacakan khutbah pada hari ini telah menyentuh berkenaan isu JUDI yang semakin berleluasa di dalam negara kita pada masa kini. Banyak pengajaran yang boleh diambil hasil dari penyampaian Khutbah tersebut;
Antaranya ialah Judi merupakan satu daripada gejala maksiat atau perbuatan mungkar serta haram disisi Islam. Sudah barang tentulah ianya tidak sepatutnya berada dalam Negara yang telah diakui oleh pimpinan Negara. Secara logiknya, jika ianya adalah haram, sudah tentu orang atau pihak yang mengeluarkan lesen judi kepada syarikat-syarikat judi juga adalah haram. Sudah tentulah yang mengeluarkan lesen-lesen judi ini adalah pihak kerajaan. kita sebagai rakyat wajib menentang Kerajaan yang mempunyai sikap yang sedemikan kerana ia juga boleh mendatang Kemudaratan kepada Negara ini sendiri seperti Bala bencana yang akan diturunkan oleh Allah kepada seluruh penduduk negara itu.
Jadi, kita adalah bertanggungjawab untuk menukar Kerajaan yang ada sekarang ini pada PRU yang ke 13 nanti. Marilah kita bersama membuat perubahan dengan menukar Kerajaan BN pada hari ini kepada Pakatan Rakyat pada masa akan datang. Semoga ini dapat mengubah sedikit demi sedikit segala permasalahan yang berlaku di Negara kita ini. khutbah juga banyak menceritakan tentang keburukan kepada Tahi judi ini, Walaupun Khutbah yang diguna pakai adalah teks tahun 2010 yang menfokuskan kepada judi Bolasepak Piala Dunia, tetapi ia sedikit dapata memberi Keinsafan kepada Setiap jemaah yang hadir Solat Jumaat Pada Tengahari tadi.
Semoga akan ada perkara-perkara yang penting lagi akan disampaikan oleh Khatib yang berkhutbah pada Minggu hadapan demi untuk masa depan Islam Yang Gemilang.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz

Posted: 09 Jun 2011 08:37 AM PDT

SHAH ALAM, 2 Jun: Nik Abduh Nik Abdul Aziz (Gambar) dipilih menjadi timbalan ketua Dewan Pemuda PAS selepas beliau mengalahkan tiga lagi calon untuk jawatan itu.
Naib ketua pula dimenangi oleh Raja Al Hiss Raja Yaakob, iaitu bekas Setiausaha Politik Datuk Mahfuz Omar ketika beliau menjadi Ketua Pemuda PAS sebelum ini.
Yang menarik juga, 13 dari 17 pemimpin Pemuda PAS yang terpilih sessi ini adalah berpendidikan agama.
Berikut adalah senarai Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Pusat untuk Sesi 2011/2013:

Pengerusi Tetap: Ustaz Misbahul Munir Haji Masduki

Timbalan Pengerusi Tetap: Ustaz Kamal Ashaari

Ketua: Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi

Timbalan Ketua: Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz

Naib Ketua: Raja Al Hiss  Raja Yaakob


Ahli Jawatankuasa:

1) Ustaz Riduan Mohd Noor
2) Khairul Faizi Ahmad Kamil
3) Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah
4) Adram Musa
5) Ustaz Kamaruzzaman Mohamad
6) Ustaz Ahmad Fadley Shaari
7) Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi
8) Ustaz Nazri Chik
9) Ustaz Yusni Mat Piah
10) Mohd Sany Hamzan
11) Ustaz Syed Abdul Qadir Al Jufri
12) Ustaz Mohd Noor Hamzah

Elektrik: BN main silap mata dengan rakyat

Posted: 09 Jun 2011 08:36 AM PDT

KUALA LUMPUR, 31 Mei: PAS menganggap kerajaan BN bermain silap mata dengan rakyat isu kenaikan tarif elektrik.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) berkata, sedangkan pada 25 Mei lalu kabinet memutuskan petrol RON 95  tidak naik dengan alasan prihatin kerajaan kepada rakyat.
Tiba-tiba, katanya rakyat dikejutkan dengan pengumuman kerajaan mengenai kenaikan tarif elektrik 7.12% bermula 1 Jun (esok).
Katanya, menjadi kebiasaan akhbar Umno, Utusan Malaysia dengan tajuk "Tiada Kenaikan Guna 300 kWj".
"Inilah  kerja Utusan Malaysia yang mencari apa sahaja hujah untuk membela penguasa yang tidak berhati perut terhadap rakyat.
"Tidak hairanlah kepada kita jualan semakin merudum, terpaksa ditaja oleh GLC dan korporat Umno untuk diberi percuma sahaja," katanya kepada Harakahdaily.
Menurutnya, rakyat sedang menghukum Utusan dengan tidak membeli, kerana ia bukan suara hati rakyat, tetapi suara Umno.
Katanya lagi, menjadi kelaziman biasa kepada pemimpin BN setiap kali berlaku kenaikan keperluan rakyat maka hujah mereka tidak terjejas rakyat bawahan.
Ketika menaikan tarif elektrik, tambahnya pemimpin BN berhujah 75% isi rumah  rakyat Malaysia tidak terjejas.
"Mereka cuba menyembunyikan kepada  rakyat 'kesan berantai' kerana kenaikan tarif elektrik," ujarnya.
Beliau berkata, hujah mereka kenaikan tarif baru hanya membabitkan industri, tidak melibatkan pengguna biasa sedangkan kenaikan tarif akan terbeban kepada rakyat walaupun bil elektrik dirumah tidak naik, tetapi barang keperluan akan naik.
Tambahnya, hujah yang sama juga penerangan Umno BN menipu rakyat ketika kerajaan menaikkan tol, dengan hujah rakyat biasa tidak terjejas kerana tidak ada kenderaan.
Menurutnya, mereka berhujah seolah-olah rakyat tidak beli sayur dan barang keperluan, sedangkan keperluan dapur dibawa melalui tol.
"Harga tol akan ditanggung oleh rakyat sebagai pengguna. Fakta ini disembunyikan kepada rakyat untuk menghalalkan tindakan mereka," katanya.
Menurut Ketua Ekonomis Ratings Agency Malaysia, Yeah Kim Leng akan berlaku kenaikan harga barang makanan kerana  industri pengeluaran makanan menggunakan sebahagian besar tenaga elektrik.
Menurutnya, walaupun 75 peratus isi rumah terlepas daripada kesan langsung kenaikan tarif elektrik, tetapi mereka akan menghadapi bebannya apabila pengeluar memindakah kos yang lebih tinggi kepada pengguna,"
Kemungkinan tarif elektrik akan dinaikkan setiap enam bulan kerana menurut Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin kerajaan pada dasarnya telah bersetuju mematuhi mekanisma 'Fuel Cost Pass Through' (FCPT) yang akan menentukan kadar tarif pada masa hadapan.
"Kuantum kos bahan api (cent/kW unit) akan disalurkan kepada pengguna berdasarkan harga sebenar bahan api iaitu gas dan arang batu yang digunakan bagi menghasilkan tenaga bagi tempoh enam bulan," kata Chin di Putrajaya semalam.

Dr Azman Ibrahim

Posted: 09 Jun 2011 07:55 PM PDT

Dr Azman Ibrahim


Rejab, Bulan Palestin dan Bulan Sembahyang

Posted: 08 Jun 2011 07:56 PM PDT

Kita berada di bulan Rejab yang nabi selalu doa, "Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya'aban dan sampaikanlah kami Ramadhan." Di Muktamar Agong PAS baru ini diistiharkan Rejab sebagai bulan Palestin, ambil sempena perjalanan isra' mikraj nabi s.a.w dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha. Pengistiharan bulan Palestin juga sebagai komitmen PAS dengan perjuangan rakyat Palestin.

Antara anugerah besar yang nabi terima semasa isra' mikraj daripada Allah untuk kita ummat baginda adalah sembahyang. Sembahyang ini suatu urusan besar, bukan perkara main-main. Saya teringat Ustaz Hassan Salleh di UKM dulu, Ustaz Hassan ini orangnya alim, di UKM orang panggil dia mahaguru, dalam satu khutbah Jumaat di Masjid UKM dia pernah sebut, "Saya cukup yakin banyak masalah yang melanda ummat Islam masakini boleh selesai kalau manusia sembahyang. Masalahnya ramai manusia Islam sekarang ini yang tak sembahyang. Masalah fizikal dan dalaman."
  
Sebab tu Allah berfirman dalam Al Quran. "Orang yang apabila kami teguhkan kedudukan mereka di atas muka bumi, mereka mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, menyuruh berbuat baik dan cegah kemungkaran…"

Di Kelantan, bulan Rejab dikenali sebagai bulan sembahyang. Macam-macam pengisian kerajaan buat dengan tujuan nak ajak orang sembahyang. Saya pernah bentang satu kertas, 'Solat Dari Sudut Sains Perubatan' dalam satu seminar sempena sambutan bulan sembahyang ni di Balai Islam beberapa tahun lepas. Tuan Guru Nik Aziz dalam ucapannya ketika majlis tersebut ada menyebut, "Antara tujuan besar perutusan nabi Muhammad s.a.w ke atas muka dunia adalah untuk ajak manusia sembahyang, maka kalau begini tujuan perutusan yang begitu besar, ambo sebagai Menteri Besar perlu lebih lagi berusaha supaya rakyat ambo sembahyang walaupun kerajaan terpaksa keluar belanja berjuta-juta…"

Yang kedua, Ekoran muktamar baru ni, geger riuh surat khabar umno terutama utusan, duduk jaja, ulama' tersingkir dari kepimpinan PAS. Wartawan Sinar Harian telefon saya, nak minta komen pemilihan Mat Sabu yang bukan dari kalangan ulama' sebagai Timbalan Presiden PAS. Saya jawab, "Alhamdulillah, Mat sabu bukan ulama', tapi dia bersama perjuangan Islam, lebih baik dari orang berstatus ulama' tapi masuk umno. Tiba-tiba Umno jadi sayang kepada ulama', nak bela ulama' kononnya, padahal dalam umno, ulama' cuma setakat bertaraf biro. Biro Sukan, Biro Kebudayaan, Biro Ekonomi danBiro Agama, di situlah tempat ulama' Umno. PAS meletakkan ulama' di tempat tertinggi dalam parti. Majlis Syura Ulama yang mengawal seluruh dasar parti supaya tak lari dari landasan Islam.  Siapa kerja buat bagi label itu dan ini? Ini professional, ini ulama'? Perjuangan Islam wajib didokong oleh semua orang yang beriman, tak kira siapa pun dia.

Sejarah panjang gerakan Islam membuktikan kenyataan ini. Sekadar mengambil beberapa contoh; As Syahid Abdul Qadir Audah yang syahid di tali gantung, seorang bekas hakim Mahkamah Mesir, Almarhum Dr Najmuddin Erbakan, Bekas Presiden Parti Refah, Bekas Perdana Menteri Turki, seorang jurutera. As Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi, pemimpin HAMAS yang mengantikan Syeikh Ahmad Yassin, seorang doktor perubatan. As Syahid Imam Hassan Al Banna, seorang ulama'. Syeikh Jamaluddin Al Afghani, Mujaddid Islam, seorang ulama'. Syeikh Abdul Qadir Al Jazaairi yang memimpin rakyat Algeria menentang penjajahan Francis, seorang ulama'. Syeikh Umar Mukhtar yang memimpin kebangkitan rakyat Libya menentang penjajahan Itali, seorang ulama'.

Khalid Samad

Posted: 09 Jun 2011 07:41 PM PDT

Khalid Samad


Coretan Muktamar Pas ke 57

Posted: 09 Jun 2011 04:47 PM PDT

Dari kedai kopi hingga ke Pak Menteri dan tidak ketinggalan juga yang masih merasakan dirinya Perdana Menteri; telah banyak yang diperkatakan oleh segenap lapisan masyarakat semenjak berakhirnya Muktamar PAS yang ke 57 pada hujung minggu yang lalu.

PROSES PEMILIHAN
Saya telah hadir ke Muktamar di Taman Melewar yang bermula pada Jumaat 3 Jun hingga Ahad 5 Jun pada sekitar jam 4 petang. Ucapan dasar yang disampaikan membentangkan konsep 'Negara Berkebajikan' dan ini didakwa sebagai bukti PAS telah menyimpang dari dasarnya. Yang mendakwa sedemikian adalah UMNO yang dari awal tidak memahami apa yang PAS perjuangkan! Ini akan saya ulas secara lanjut di bawah.

Pada sebelah petang, pengundian dijalankan sambil minit mesyuarat, laporan tahunan dan laporan kewangan dibentang untuk dibahas. Hakikatnya, ini merupakan saat yang ditunggu-tunggu oleh ramai dan setelah selesai, ramai yang tidak sabar-sabar untuk tibanya esok hari kerana ingin mengetahui keputusan.

Amalan baru, 'bidaah hasanah', yang dilakukan pada tahun ini, setiap calon jawatan TP dan 3 NP telah melantik wakilnya untuk melihat proses perkiraan undi. Sambil itu, 5 orang lagi diambil secara rambang dari perwakilan untuk melihat proses tersebut bagi pihak calon AJK PAS Pusat. Bukan soal tidak percaya, tetapi untuk menentukan tiada fitnah yang dapat ditimbulkan lebih-lebih lagi oleh pihak lawan yang begitu kemaruk ingin memburuk-burukkan PAS dan mengadu-domba di kalangan ahli PAS.

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dan pada keesokan harinya, semua bergegas ke dewan muktamar dengan ada kedengaran bermacam-macam khabar angin. Saya juga turut ingin mendengar keputusan, lebih-lebih lagi untuk jawatan-jawatan tertinggi parti. Malangnya, jam 8.33 pagi saya menerima panggilan dari anak sahabat saya, Abdul Rahman Mayan, memberitahu bapanya baru sahaja meninggal dunia!

AL-MARHUM SAUDARA A. RAHMAN MAYAN
Semua yang bergiat dengan PAS Shah Alam mengenali A. Rahman Mayan. Beliau bergiat sebelum saya tiba di Shah Alam dan merupakan di antara penggerak utama PAS Shah Alam. Dewan restorannya di Temasya Food Court, semasa ianya disewa oleh Al-Marhum, sering digunakan untuk diadakan Mesyuarat Agung, Seminar dan Konvensyen. Beliau merupakan seorang periang, sangat-sangat murah hati dan penggerak yang komited. Beliau di antara pengasas Kelab Penyokong PAS yang sekarang ini telah dinaik taraf menjadi Dewan Himpunan Penyokong PAS. Keikhlasan orang seperti Al-Marhum sebenarnya adalah dorongan bagi diri saya sendiri. Hakikatnya, perjuangan ini panjang dan sukar, tidak mungkin ditanggung seorang diri. Dengan adanya orang-orang seperti Al-Marhum, yang berkorban walaupun bukan dia yang menjadi calon, memberi suntikan semangat untuk kami terus berjuang.

Saya bergegas keluar dari dewan walaupun keputusan belum lagi diperolehi dan terus menuju ke rumah Al-Marhum. Ramai yang telah mula berkumpul. Saya sempat bertahlil ringkas dan membaca Yaa Siin dan sejurus selepas itu, jenazahnya dibawa ke Masjid An-Nahdah Seksyen 18. Saya diberi penghormatan mengimamkan salat jenazahnya dan selepas itu, dengan perasaan yang serba sebak, sempat juga menyampaikan kata-kata ringkas akan kebaikan Allahyarham.

Seterusnya kami mengiringi jenazahnya ke tanah perkuburan di Sek 21 dan sejurus itu berita melalui SMS diterima yang menyatakan keputusan pemilihan, termasuk bahawa saya juga telah dipilih, tidak mampu menyerikan suasana sedih yang menyelubungi kami ketika itu.

Ramai yang berkumpul di tanah perkuburan sehingga 3 khemah yang disediakan tidak mampu menampung jumlah orang yang hadir. Al-Marhum dikenali dan disenangi ramai. Saya yakin tiada hutang yang ditinggalkan tetapi sebaliknya yang berhutang dengannya mungkin ada.

Jam 2 tengah hari, selepas makan tengahari, saya bersama sahabat kembali ke muktamar di Taman Melewar. Keputusan menunjukkan suatu line-up diperingkat tertinggi yang diluar dugaan. Ini kerana, ramai yang menganggap jawatan-jawatan tertinggi akan dimenangi oleh golongan berlatar belakang pendidikan agama secara rasmi. Akhirnya, jelas tidak begitu.

KEPUTUSAN PEMILIHAN
Seperti yang telah dijangkakan, pada keesokan harinya Utusan Malaysia melalak, "PAS menolak kepimpinan Ulama". Apabila saya ditanya mengenai perkara ini, maka saya menjawab bahawa, "pemilihan merupakan pimpinan parti bukan pertandingan 'Anugerah Ulama' terbesar di dalam PAS'! Ianya pemilihan untuk memilih orang yang dianggap paling mampu membuat kerja tertentu. Dalam soal ini, Ulama' atau bukan ulama' tidak relevan sama sekali. Yang relevan, siapa yang boleh membuat kerja-kerja berkenaan. Soal kepimpinan ulama', ianya telah diinstitusikan dalam PAS melalui terbentuknya Majlis Syura Ulama'. Jika ingin memilih ahli Majlis Syura, barulah persoalan ulama' atau tidak diambil kira".

PAS sentiasa dibawah kepimpinan ulama' dengan adanya Majlis Syura Ulama'. Inilah sebabnya perlembagaan PAS dipinda pada tahun 80an dahulu dan ditambah peruntukan 'Majlis Syura Ulama'. Sebelum itu badan ini dengan kuasa-kuasanya tidak wujud. Yang wujud hanyalah Dewan Ulama'. Sekarang adanya Dewan Ulama' dan Majlis Syura Ulama'. Oleh yang demikian, Majlis Syura inilah senenarnya yang paling berpengaruh kerana ia memantau dan menentukan semua yang dilakukan PAS tidak bercanggah dengan Islam.

UMNO yang sendiri menangguhkan pemilihan parti itu, riuh mengenai pemilihan dalam PAS dan bagaimana kononnya PAS mengenepikan ulama'. Hendak termuntah membaca tulisan Utusan Malaysia, lidah tidak rasmi UMNO. Dalam UMNO, ulama di mana? Hanya Biro agama, sepertimana Biro sukan! Tidak segagah Pemuda dan Wanitanya. Malahan tenggelam bila dibanding dengan Puteri dan Puteranya ('Puteri Putera' – maklumlah UMNO ni golongan yang perasan Bangsawan!).

MUKA BARU!
Ada pula yang mengatakan, "dengan naiknya muka-muka baru ini, maka jelaslah satu perubahan menyeluruh telah berlaku dalam PAS!".

Hmmmmmm... Muka baru? Eh sudah lupakah kita semua bahawa pada tahun 2009, jawatan Timbalan Presiden turut ditandingi. Mat Sabu, Husham dan Nasharuddin bertanding. Pada ketika itu, Nasharuddin menang dengan memperolehi lebih kurang 42% dari undi. Yang selebihnya dikongsi di antara Mat Sabu dan Husham. Kali ini, Mat pula yang menang dengan mendapat lebih kurang 40% undi majoriti, manakala bakinya dikongsi pula di antara Tuan Ibrahim dan Nasharuddin.

Husham pula bertanding untuk jawatan Naib Presiden dan beliau merupakan mantan Naib Presiden 2007 – 2009. Maka, mana ada muka baru itu? Bagi saya, semua muka yang sama termasuklah Idris Ahmad, Nik Amar dan Nizar. Nizar pada pemilihan yang lepas telah mendapat undi terbanyak apabila bertanding AJK PAS Pusat sesi 2009 – 2011 dan agak wajar ada yang ingin melihat beliau ke jawatan Naib Presiden. Idris Ahmad pula sebagai mantan Ketua Penerangan. Maka adalah wajar ada yang mencalonkan beliau untuk jawatan Naib Presiden. Begitu juga Nik Amar, orang lama, Exco Kerajaan Negeri Kelantan dan yang mencalonkan beliau mengambil-kira Kelantan Negeri yang telah lama diperintah PAS.

Seperti yang saya katakan tadi, tiada 'muka baru' hanya apa yang dilakukan perwakilan ialah memilih siapa yang dianggap mereka mampu meneraju parti untuk menghadapi PRU yang menjelang tiba. Ada yang menganggap orang ini, ada yang menganggap orang itu. Namun akhirnya, setelah diketahui keputusan, PAS akan kembali bersatu seperti biasa dan berhadapan dengan UMNO/BN sebagai sebuah parti yang mantap dan gagah. Hakikat ini turut difahami oleh UMNO.

Yang boleh dikatakan 'muka baru', seperti yang disebut DS Presiden, adalah saya dan Wahid Endut. Walaubagaimanapun, saya ini pun tidaklah baru sangat. Dari 1987 hingga 1993 saya pernah menjawat jawatan AJK PAS Pusat. Selepas 1993, saya tidak bertanding dan menumpu kepada usaha diperingkat cawangan dan kawasan. 1997 saya menjadi YDP Shah Alam dan menumpukan usaha di peringkat Negeri Selangor. Pernah menjawat jawatan Ketua Penerangan, Bendahari dan akhirnya Timbalan Pesuruhjaya 2 Negeri iaitu dari 2001 sehingga 2009. Saya kembali ke peringkat Pusat selepas hampir 20 tahun! Sudah pasti bukan 'muka baru', sebenarnya yang lama itu jugalah!

Begitu juga YB Wahid Endut yang pernah bersama saya dahulu dalam Pemuda Pusat (1983 – 1989) dan seterusnya beliau menumpukan usaha beliau di peringkat Negeri. Menjadi ADUN dan MP Kuala Terengganu. Juga bukan 'muka baru', tetapi baru sahaja dipilih menjadi AJK PAS Pusat.

Bagi saya, pemilihan ini menzahirkan betapa ramainya calon yang layak memimpin PAS dan betapa kayanya PAS dengan pemimpin-pemimpin yang berpotensi! Jauh, jauh sangat bezanya dengan UMNO.

Bagi yang telah mengundi saya, saya ucapkan berbanyak terima kasih di atas kepercayaan tuan-tuan terhadap diri saya. Saya berharap tuan-tuan akan mendoakan saya supaya mampu melaksanakan tugas ini dengan sebaik mungkin.

NEGARA BERKEBAJIKAN DAN NEGARA ISLAM
Isu yang turut dilaung-laungkan ialah bahawa kononnya PAS sudah menggugurkan matlamat perjuangannya dan menerima matlamat perjuangan PKR dan DAP. Ini adalah kerana cogan kata yang digunakan PAS adalah 'Negara Berkebajikan' dan bukannya 'Negara Islam'.

Hakikatnya, sekiranya ada parti politik yang ingin mengubah matlamat perjuangannya, ianya bukan dengan mengemukakan cogan-kata tertentu. Ianya mesti melalui pindaan perlembagaan parti tersebut. Selagimana perlembagaan tidak diubah, maka apa cogan kata sekalipun mesti ditafsir berdasarkan perlembagaan yang digunapakai.

Istilah 'Negara Berkebajikan' bagi ahli PAS ialah 'sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah' (Perlembagaan PAS fasal 5).

Istilah 'Negara Berkebajikan' digunapakai kerana ingin memberi penegasan kepada aspek kebajikan yang terjamin dalam sesebuah masyarakat yang sedemikian rupa. Istilah 'Negara Islam' tidak digunapakai kerana penekanan melalui istilah itu adalah hukum-hakam Islam, khususnya Hudud, seolah-olah itu sahajalah apa yang terdapat di dalam pemerintahan yang diinginkan PAS. Sedangkan hukum-hakam Islam, termasuk Hudud, adalah bertujuan untuk menghasilkan kebajikan kepada manusia! Termasuk dalam takrif 'berkebajikan' itu adalah keadilan, kebertanggung-jawaban dan keamanan.

Dalam erti-kata yang lain, istilah 'Negara Berkebajikan' membawa rakyat untuk melihat kepada hasil dan kesudahannya; sambil istilah 'Negara Islam' memperlihatkan mekanisma dan perundangannya.

Jikalau dirujuk di dalam Al-Quran, istilah yang masyhur yang terdapat di dalamnya adalah 'Baldatun Tayyibatun wa Rabbul Ghafuur' atau 'Negara yang baik serta pengampunan dari Tuhan'. Ianya merupakan istilah yang menumpukan kepada persoalan hasil yang diinginkan dan hasil ini mampu menarik minat semua pihak.

Lagipun, semua yang mengaji memahami kaedah 'Al-Hukmu yadurru 'alal musamma laa 'alal ismi' atau 'hukum (sesuatu perkara) bergantung kepada perkara yang dinamakan itu, bukan kepada namanya'. Dalam erti kata lain, 'apa ada pada nama, yang penting benda atau isinya!'

SETERUSNYA...
Saya yakin, semua yang kalah bertanding jawatan Timbalan dan Naib akan dilantik kembali. Tugas-tugasan akan diberi dan bahtera yang kita kenali sebagai PAS ini akan terus belayar dengan gagahnya. Tiada yang akan merajuk dan tiada yang akan kecewa kerana di dalam PAS, jawatan sesuatu yang tidak dicari. Ianya amanah dan ianya tanggungan yang berat, lebih-lebih lagi di akhirat kelak.

Yang penting ialah untuk bersatu dan bersedia untuk menghadapi PRU. Rakyat mengharapkan kemenangan bagi PAS dan PR yang membawa kepada satu perubahan yang bersejarah. Saf pimpinan yang telah dipilih menggalas harapan ini.

Hanya satu harapan saya di sini, semoga Dewan Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) digunakan seterusnya untuk seminar yang sering dianjurkan PAS. Dan juga untuk Mesyuarat Agung Kawasan, tetapi tidak lagi untuk Muktamar Tahunan. Kerana ianya telah menjadi terlalu kecil dan PAS telah menjadi semakin besar.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

DUN PENGKALAN KUNDOR

Posted: 09 Jun 2011 07:37 PM PDT

DUN PENGKALAN KUNDOR


ASN Dan ASB Difatwakan Haram

Posted: 09 Jun 2011 07:34 PM PDT

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan seumpamanya adalah tidak halal. Hal ini kerana ia masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut:

Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputra (ASB) secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional


Kandungan Surat Mahathir Kepada Tuan Guru Nik Aziz

Posted: 09 Jun 2011 06:15 PM PDT

SURAT MAHATHIR KEPADA TOK GURU NIK AZIZ - "PENOLAKAN HUKUM HUDUD"!!!!!


PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan

Y.A.B. Tuan Haji,

PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993 DI NEGERI KELANTAN

Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26)
Bertarikh 8 Jun 1994

Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan (al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum jenayah.

1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kepada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu "tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum)." Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.

2. Sepertimana yang Amat Berhormat sendiri sedia ketahui, KEADILAN adalah ASAS yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai dengan keadilan adalah sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan yang terdapat dalam ajaran-ajaran yang lain dalam sejarah agama. Baginda Rasulullah SAW sewaktu mengembangkan agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada budaya di zaman itu.

3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Disamping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.

4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan aakan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:

(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran. Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan.

Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan agama Islam.

(ii) Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan.

Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia diwaktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka. Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi disebaliknya dianggap sudah bersubahat. Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas.

Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan aia adalah satu kezaliman yang dahsyat.

5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolok sebarang kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya .

6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.

7. Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadapKerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
15 Julai 1994

dipetik dari TWSU

~ Beramal Kerana Allah ~

Posted: 09 Jun 2011 07:33 PM PDT

~ Beramal Kerana Allah ~


Cergaskan Jasmani, Sihatkan Rohani

Posted: 08 Jun 2011 11:06 PM PDT

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua

Posted: 09 Jun 2011 07:14 PM PDT

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua


TG Nik Aziz : Tun M hantar surat amaran kepada Kelantan

Posted: 09 Jun 2011 05:57 PM PDT

Mursyidul Am Parti Islam Semalaysia (PAS), Datuk TG Nik Abdul Aziz Nik Mat, menegaskan individu pertama yang menghalang kerajaan negeri Kelantan daripada melaksanakan hukum hudud adalah Tun Dr Mahathir Mohamad, bukan Karpal Singh seperti yang didakwa oleh mantan perdana menteri Malaysia itu.

Datuk TG Nik Abdul Aziz berkata, Dr Mahathir mungkin sudah lupa bahawa beliau yang telah menghantar surat amaran kepada kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran PAS daripada melaksanakan hukum hudud, lapor laman berita The Malaysian Insider.

Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telah pun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993.

Ini berikutan dengan janji PAS akan melaksanakan Hukum Hudud pada pilihan raya umum 1990.

Bagaimanapun, hasrat melaksanakan hukum hudud itu tidak dapat dilaksanakan kerana Dr Mahathir telah menyekat pelaksanaannya melalui satu surat amaran yang dihantar kepada Datuk TG Nik Abdul Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan.

'Seingat saya orang yang menghantar surat kepada kerajaan negeri Kelantan agar tidak melaksanakan hudud satu ketika dahulu namanya ialah Mahathir Mohamad bukannya Karpal Singh.

'Barangkali orang yang bernama Mahathir Mohamad ini sudah lupa, sebagai mengingatkannya saya boleh tunjukkan surat itu, ia masih ada dalam simpanan saya,' kata Datuk TG Nik Abdul Aziz dalam laman Facebook beliau.

Rampas kuasa daripada puak gila kuasa

Posted: 09 Jun 2011 05:24 PM PDT

PAS bukan gila kuasa.... cuma kita mahu rampas kuasa dari orang gila.

Sehubungan itu, para pemimpin dan ahli-ahli PAS tidak perlu risau dengan dakwaan Umno yang mengatakan para pemimpin PAS kini gila kuasa yang dikaitkan dengan pemilihan barisan kepimpinan sesi 2011-2013 pada Muktamar PAS Ke-57 pada 3 hingga 5 Jun lalu.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) berkata, para pemimpin Umno BN yang sememangnya sudah diketahui umum yang gila kuasa sudah tidak sepatutnya dibiarkan terus memerintah negara demi kepentingan negara dan seluruh rakyat negara ini.

Menurut beliau, semenjak Umno BN memerintah, rakyat bukan semakin senang, malah semakin terhimpit dalam hidup akibat tindakan tidak sepatutnya yang dilakukan oleh para pemimpin Umno BN.

Katanya, antara tindakan tidak bertanggungjawab yang dilakukan oleh Umno BN termasuklah menaikkan harga barangan keperluan utama sehingga amat menyusahkan rakyat.

"Dalam masa yang sama, indeks rasuah dan jenayah dalam negara semakin meningkat sehingga amat mencemaskan rakyat," katanya pada program rakaman Persepsi Harakahdaily di pejabat Harakahdaily, di sini, petang semalam.

Demi kepentingan negara dan seluruh rakyat, menurut beliau, PAS perlu merampas kuasa dari Umno BN bagi melakukan perubahan di negara ini dengan corak pemerintahan yang jauh lebih baik dari Umno BN itu sendiri.

"Jadi kalau mereka (Umno BN) kata kita gila kuasa, memang benarlah kita gila kuasa kerana kita nak rampas kuasa dari orang gila kuasa yang sudah tidak boleh dibiarkan lagi memerintah negara.

"Kalau dibiarkan Umno BN terus memerintah, negara pasti menjadi bertambah teruk dan rakyat pasti menjadi semakin susah dari sehari ke sehari," katanya.

Jika PAS tidak merampas kuasa dari Umno BN, katanya, PAS dan Pakatan Rakyat tidak boleh memerintah bagi melakukan perubahan, sedangkan dalam masa yang sama rakyat sudah tidak tertahan berada di bawah pemerintahan Umno BN dan berharap kepada PAS untuk melakukan perubahan itu.

Bagi merealisasikan perubahan itu, PAS menjanjikan negara berkebajikan kerana ia selaras dengan tuntutan Islam, bagi menbela rakyat dalam segala aspek dan di semua peringkat.

"Jika PAS dan Pakatan Rakyat diberikan mandat memerintah negara, rakyat bolehlah menilai sendiri tindakan yang kita lakukan selaras dengan janji kita itu.

"Sekiranya janji itu tidak kita tunaikan dan pemerintahan Pakatan Rakyat tidak juga berubah tetapi sama juga dengan Umno BN, rakyat berhak menumbangkan kembali kerjaaan Pakatan Rakyat," tegasnya.

Namun sekira PAS dan Pakatan Rakyat memerintah, katanya, rakyat pasti dapat melihat perubahan yang dijanjikan itu dalam negara ini kerana para pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat amat jauh berbeza dengan para pemimpin Umno BN.

"Umno BN bukannya membela rakyat. Mereka sebenarnya gila kuasa kerana untuk kepentingan mereka sendiri. Mereka tak hirau pun tentang rasuah dan jenayah sebab itulah indeks rasuah dan jenayah dallam negara tak menurun.

"Mereka gunakan wang negara dengan sewenang-wenangnya untuk kepentingan peribadi mereka, termasuk untuk menyelesaikan urusan pertunangan anak di Khazastan, pada hal itu urusan keluarganya, bukannya urusan negara dan wang yang digunakannya itu wang rakyat," katanya.

Begitu juga dengan isteri Perdana Menteri, ujarnya, yang juga selalu ke luar negara dan turut menggunakan wang rakyat dengan begitu banyak untuk kepentingan peribadi dan keluarganya.

"Semua itu hanyalah sebahagian contohnya yang boleh dinilai sendiri oleh rakyat bagaimana teruknya pemimpin Umno BN.

"Itu semua tidak akan dilakukan oleh para pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat jika diberikan mandat memerintah negara kerana kita sememangnya berbeza dengan mereka," ujar beliau.

Apbila Bukan Islam Mula Faham.....

Posted: 08 Jun 2011 07:49 PM PDT

Betul kata orang tua... Berkawan dengan tukang besi dapat debu dan karat, berkawan dengan penjual minyak wangi melekat semerbak harumnya.

Kita sepatutnya tidak meletakkan terlalu banyak prasangka apabila orang bukan Islam mula berbicara tentang Islam. Kita perlu sedar bukan sedikit juga orang Islam yang mengambil pengajian Islam peringkat PhD dengan orang bukan Islam. Sepatutnya kita bersyukur kerana dakwah Islam kini mula difahami.

Bukan setakat orang bukan Islam mula faham... tetapi juga mereka mula bercakap tentang Islam. Diharap kita dapat terus membimbing mereka supaya lebih dekat dengan Islam.
___________________________________________________
Tun M wajar mohon maaf pada PAS, Anwar

SHAH ALAM, 9 Jun: Nasihat segera bertaubat Pengerusi DAP yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh terhadap mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dilihat sangat tepat pada masanya.

Timbalan Setiausaha DAP Selangor, Ng Swee Lim berkata, nasihat itu sewajarnya diikuti baik oleh Mahathir memandangkan beliau seorang perdana menteri selama 22 tahun yang banyak melakukan kesilapan.

Menurut Swee Lim, Tun Mahathir mestilah menerima nasihat itu kerana sebagai seorang beragama Islam, beliau wajib percaya kepada konsep halal haram, dosa pahala dan syurga neraka.

Katanya, jika Mahathir tidak menerima nasihat bertaubat itu, nescaya di akhirat nanti, beliau akan disiksa dengan azab pedih ekoran kesalahan besar yang dilakukan semasa hidup di dunia.

"Antara kesalahan paling besar adalah memfitnah PAS dan menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan liwat yang tidak dapat dibawa saksi yang adil dan mencukupi.

Swee Lim yang juga Adun Sekinchan, Selangor berkata, sekiranya Tun Mahathir sudi bertaubat, maka selepas itu beliau hendaklah memohon maaf kepada PAS, Anwar serta keluarganya secara terbuka.

"Saya seorang bukan Islam tetapi saya menerima konsep halal haram, dosa pahala dan syurga neraka apatah lagi agama Islam (Allah SWT) itu Maha Pengampun.

"Semua orang pernah melakukan kesalahan, jangan berdegil, wajib dan sudah sampai masanya untuk beliau bertaubat serta memohon maaf sesama umat kerana jika enggan, ada bara api neraka menunggu di akhirat kelak," tegasnya.

Adun dua penggal itu berkata, Mahathir pernah menulis surat kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz menghalang dilaksanakan Kanun Jenayah Syariah II dan hari ini, tiba-tiba beliau pula yang sukakan hukum Islam itu.

Sekiranya masih tidak mahu bertaubat, Swee Lim berkata, tunggulah satu hari nanti Mahathir terpaksa menjawab di akhirat kelak kerana sebagai manusia biasa, tiada apa yang rakyat boleh lakukan terhadapnya.

Dalam pada itu, Swee Lim berkata, apa yang dilakukan Mahathir adalah bertolak dari perasaannya yang kesunyian sekarang dan tidak dipedulikan lagi, lalu keluarkan berbagai kenyataan merapu.

Terbaru, Mahathir mengulas keputusan pemilihan pimpinan PAS dalam Muktamar Tahunan ke 57 dari 3 hingga 5 Jun lalu yang disifatkannya sebagai kemenangan kepada Karpal.

Ini ekoran tema ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Membangun Negara Berkebajikan yang pada Mahathir, PAS membuang perjuangan tegakkan Negara Islam yang ditentang Karpal.

Bertindak balas dari jawapan itu, Karpal pula menasihatkan Mahathir agar segera bertaubat.

Sementara itu, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, pihaknya masih menyimpan surat ancaman daripada Mahathir sewaktu beliau menjadi perdana menteri yang menghalang Kelantan melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II termasuk Hukum Hudud.

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING

Posted: 09 Jun 2011 07:12 PM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING


Posted: 09 Jun 2011 02:46 AM PDT

Malam Perasmian Muktamar DPPP kali ke-52
Dewan MBSA Shah Alam Selangor
1/6/2011
Rabu 8.00 malam

Luang legar dewan MBSA
Ketua Pemuda bergambar sebelah banner Muktamar
Perwakilan DPPB terdiri KetuaPemuda Ust.Osman,
S/U Ust Ashri,Pengarah Pilihanraya Pemuda Ust Helmi
Pen S/U 3 Sdr Suhami

Bergambar Diluar Dewan MBSA
Pemerhati DPPB terdiri Ust Roshidi,Ust Zulkifli,Ust fadlan,
Sdr Ishak,
Ust Khairul Azhar dan Ust Somat


Empat Perwakilan DPPB khusyuk meneliti Buku Minit Muktamar
Yang Berbahagia Ketua Pemuda DPPP ust Nasruddin Tantawi
Sedang memberi Ucaptama Muktamar DPPP kali ke 52

Pas Cawangan Kampung Aman

Posted: 09 Jun 2011 03:30 PM PDT

Pas Cawangan Kampung Aman


JOM!!!.... ke Himpunan BERSIH 9 Julai 2011

Posted: 08 Jun 2011 11:45 PM PDT

Gotong Royong Perdana Bersama MPSP

Posted: 08 Jun 2011 11:39 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 09 Jun 2011 03:30 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


2 REMAJA GENG MINYAK DITEMBAK DALAM KEADAAN MANGA MELUTUT?

Posted: 09 Jun 2011 12:20 AM PDT

KUALA LUMPUR, 9 Jun — Peguam hak asasi N Surendran yang mewakili Lawyers For Liberty hari ini mendedahkan dua daripada tiga remaja yang ditembak mati polis di Glenmarie, Shah Alam, tahun lalu disebabkan tembakan dari arah dekat.


Surendran berkata, berdasarkan laporan bedah yang diterima beliau dua hari lepas membuktikan kedua-dua remaja itu Mohd Shamil Hafiz Shafie, 16, dan Mohd Khairul Nizam Tuah ditembak ketika berada dalam keadaan melutut.

Bagaimanapun laporan bedah siasatan seorang lagi mangsa Muhamad Hanafi Omar,22, masih belum diterima.

Ketiga-tiga remaja itu mati ditembak polis di Jalan Kerjaya Glenmarie kira-kira pukul 4.15 pagi selepas menyamun sebuah stesen minyak 13 Disember lalu.

Menurut laporan media sebelum ini ketiga-tiga remaja ini disyaki sebagai ahli Geng Minyak dan mati ditembak kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.

"Kejadian ini berlaku di Glenmarie dan Timbalan Ketua Polis Selangor (Datuk A Thaiveegan) mengatakan ketiga-tiga remaja ini adalah penjenayah dengan parang dan ditembak ketika cuba menyerang polis.

"Namun berdasarkan kepada keterangan saintifik dan laporan bedah siasat versi yang dikatakan polis itu adalah palsu dan saya ada bukti mengatakan ketiga-tiga remaja ini telah dibunuh oleh pihak polis dengan sengaja.

"Polis kata mereka ditembak kerana cuba menyerang polis dengan parang tapi kalau benar mereka menyerang polis tapi kenapa luka tembakan Mohd Shamil dan Mohd Khairul Nizam berada di dahi dan sisi dahi... kalau mereka menyerang sudah tentu luka tembakan itu dari depan bukan dari tepi kecuali kalau peluru itu boleh melencong," kata Surendran pada sidang media di sini.

Turut hadir dalam sidang media itu keluarga ketiga-tiga remaja malang iaitu Hamidah Kadar, 51, iaitu ibu Mohd Khairul Nizam, Norhafizah Mad Razali, 37, yang merupakan ibu Mohd Shamil dan bapa Mohamad Hanafi, Omar Abu Bakar, 58.

Thaiveegan sebelum ini berkata ketiga-tiga remaja itu yang memandu kereta jenis Proton Waja enggan berhenti lalu dikejar sehingga mereka terlanggar kenderaan polis sebelum terbabas ke kiri jalan.

Ketiga-tiga suspek yang bersenjatakan parang kemudian keluar dan cuba menyerang polis, menyebabkan anggota polis tiada pilihan selain melepaskan beberapa das tembakan.

Dalam laporan bedah siasatan yang diedarkan kepada media, Mohd Shamil meninggal dunia kerana kecedaraan di kepala akibat luka tembakan senjata api.

Remaja malang itu mengalami dua luka yang selaras dengan luka tembakan senjata api iaitu tanda kecederaan di bahagian dahi dan di dada kanan, kedua-dua luka itu tembus keluar di bahagian tengkuk dan sisi kanan belakang badan.

Laporan itu juga menunjukkan tiada luka mempertahankan diri.

JAMIL TAK BERANI NAK ULAS STATUS TUGU.. APA CER?

Posted: 08 Jun 2011 07:59 PM PDT

KUALA LUMPUR, 9 Jun — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom enggan mengulas lanjut apabila ditanya sama ada Tugu Negara dan patung Bapa Kemerdekaan di Parlimen  itu harus dikekalkan, sebaliknya hanya mengatakan "itu cerita lain."

Jamil Khir bagaimanapun berkata status kedua-dua tugu tidak boleh disamakan dengan tugu 1 Malaysia yang dibantah pembinaannya di Perlis.


Ini kerana jelas beliau, Tugu Negara yang dibina lebih empat dekad lalu bukan lagi lokasi sambutan Hari Pahlawan sejak tahun lalu, malah istiadat kalungan bunga juga diharamkan selaras dengan fatwa kebangsaan.

"Kita kena faham, sejak saya ambil alih (jawatan menteri) kita telah menukar (lokasi) sambutan Hari Pahlawan, kita sudah tidak lagi lakukannya di Tuga Negara.

"Kita buat dengan mengikut apa yang dikeluarkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan, kita ikut fatwa yang dikeluarkan," katanya.

PENGARAH LAHANAT ....CABUL 6 SISWI

Posted: 08 Jun 2011 04:27 PM PDT

GEORGETOWN: Seorang pengarah sebuah syarikat bertindak licik kononnya mampu menawarkan markah tinggi bagi penilaian latihan amali disyarikatnya sebelum mengambil kesempatan mencabul enam pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) dalam kejadian di Pulau Tikus, di sini, kelmarin.


Tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki lingkungan 50-an itu, enam mangsa terbabit bersepakat membuat laporan di Balai Polis Pulau Tikus kira-kira jam 9 pagi, kelmarin.

Difahamkan, semua mangsa berusia 20-an itu ditawarkan penilaian baik dan markah tinggi asalkan mereka mengikut kehendak pengarah syarikat terbabit.

Menurut sumber, semua pelajar itu baru memulakan latihan amali di syarikat terbabit.

Katanya, terbabit turut menjanjikan kenaikan elaun latihan jika pelajar terbabit dapat memenuhi tuntutan nafsu serta arahannya.

"Difahamkan, mereka semua pelajar jurusan perakaunan yang membuat latihan amali di syarikat yang menyediakan latihan untuk menjadi kru penerbangan.

...lain kali nak buat praktikal akaun diaudit firm bukan syarikat penerbangan...

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara

Posted: 09 Jun 2011 03:25 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara


Dewan Pemuda PAS Selangor Buat Kunjungan ke IPK Selangor

Posted: 08 Jun 2011 10:49 PM PDT


8 Jun 2011. Shah Alam. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor yang di wakili Timb Ketua Pemuda Sdr Sany Hamzan dan Exco nya telah melakukan kunjungan hormat ke ibu pejabat Polis kontijen Selangor yang baru Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, Beliau yang menggantikan tempat Datuk Khalid Abu Bakar yang dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Polis Negara.

Didalam sesi taklimat , pihaknya akan meneruskan visi Ketua Polis Negara yang menekankan konsep 4P - "Protective" (Melindungi), "Performance" (Prestasi), "Proactive" (Proaktif) dan "People Oriented" (Berorientasikan Masyarakat) dalam memberi khidmat terbaik kepada masyarakat.

Beliau berkata, konsep itu perlu ditambah dengan 3P lain yang mempunyai elemen manusia yang penting iaitu "Personnel" (Anggota ataupun Pegawai polis), "Personal Interaction" (Interaksi personal) dan "Professionalism" (Profesionalisme). berkata beliau berazam untuk memperhebatkan lagi usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan barisan hadapan pasukan itu kepada masyarakat.

Tun Hisan berkata usaha untuk menilai semula kaedah atau cara sesuatu tugas polis dijalankan akan dijadikan keutamaan beliau semasa memegang jawatan itu.

Beliau berkata, Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi mengurangkan jenayah tahun ini menunjukkan kejayaan memberangsangkan apabila menyaksikan penurunan indeks jenayah dan jenayah jalanan masing-masing sebanyak 11 dan 26 peratus di Selangor.

"Kejayaan itu adalah sebahagian daripada usaha polis Selangor mewujudkan balai polis komuniti di kawasan perumahan yang di kenali sebagai "OPS PAYUNG" dalam meningkatkan tahap keselamatan penduduk di kawasan itu,"

Didalam lawatan tersebut pihak DPPNS sempat juga bertanyakan beberapa isu berkaitan ceramah Pakatan Rakyat yang di ganggu gugat oleh pihak polis. Isu permit ceramah juga turut di persoalkan. Selain itu juga kes pemberian ic kepada warga asing juga di perbincangkan.

Pihak beliau berjanji akan bekerjasama dengan semua pihak yang membatu menjaga keamanan.

Setelah selesai sesi dialog, pihak DPPNS dibawa melawat ke bangunan baru IPK Selangor yang akan di rasmikan oleh DYMM Sultan Selangor dalam masa terdekat.





Pas Cawangan Kota Kemuning

Posted: 09 Jun 2011 01:37 PM PDT

Pas Cawangan Kota Kemuning


Individu pertama halang hudud bukan Karpal tapi Mahathir, selar Nik Aziz

Posted: 09 Jun 2011 09:36 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Posted: 09 Jun 2011 01:18 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah


Posted: 09 Jun 2011 12:24 AM PDT

CERAMAH PELANCARAN BERSIH 2 PERINGKAT NEGERI KEDAH

Posted: 08 Jun 2011 08:15 PM PDT

Tarikh: 13/6/2011-ISNIN,Masa: 9.00 Mlm
Tempat: Kompleks PAS Kedah, Batu 9, Alor setar, kedah

PENCERAMAH:1.Tuan Haji Mohamad Sabu,Timb. Presiden PAS
2.YB Dato' Ir. Hj Amiruddin Hamzah, AJK PAS Pusat
3.YB Lee Guan AIK,Pengerusi DAP Kedah
4.Ir. Zamri Yusuf, Timb.Pengerusi PKR Kedah
5. Cikgu Azmi Abd hamid, Presiden TERAS

Orang ramai dijemput hadir mendengar ucapan sulung Timbalan Presiden yang baru di Negeri Kedah.

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru

Posted: 09 Jun 2011 01:02 PM PDT

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru


SALUT UNTUK ORANG YANG BERANI

Posted: 09 Jun 2011 12:07 PM PDT

MAINKAN INTERNATIONALE




PENGHORMATAN TERAKHIR KEPADA OMAR OTHMAN
PEMIMPIN DAN PEMIDATO PARTI RAKYAT TERULUNG

Awal pagi ini 9 haribulan Jun 2011, aku menerima beberapa SMS daripada teman rapat menyatakan dengan sedihnya bahawa Saudara Omar Othman telah meninggal dunia pada jam lebih kurang 1.40 pagi tadi (Khamis) di Pulau Pinang dan akan dikebumikan petang ini. Aku ketika ini berada di Pontian, Johor.Terasa sayu dan sedih serta pasrah bahawa aku tidak dapat hadir di upacara pengkebumian Omar Othman, seorang sahabat baik dan rakan seperjuangan berpuluh tahun.

Apa yang aku dapat buat sebagai tanda menghormati Sdr Omar Othman? Aku ambil keputusan untuk menulis satu coretan kisah tentang Omar Othman dari kaca mataku, sepanjang perhubungan kami sebagai sesama manusia, sebagai sahabat, seperti abang dan adik, dia lebih tua dariku, dan sebagai rakan seperjuangan dalam Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Kali pertama aku jumpa Omar Othman di rumah Tongkat (Allahyarham Usman Awang, Sasterawan Negara) di Kampong Tunku, Petaling Jaya. Omar Othman orangnya berbadan besar, tinggi dan sasa. Dia handsome seperti P.Ramlee. Suaranya garau tetapi lembut dan sedap didengar. Dia pandai berkelakar ketika berbual. Waktu itu aku seorang mahasiswa di Universiti Malaya sekitar tahun 1973. Ternyata Omar adalah sahabat karib Usman Awang. Mereka bercakap dengan bahasa aku, engkau sahaja.

Kemudian aku bertanya teman-teman dalam Parti Rakyat: Siapa Omar Othman ini? Aku diberitahu, beliau ialah seorang pemimpin Parti Rakyat dari Pulau Pinang. Beliau pernah menang bertanding dalam pilihanraya umum peringkat Perbandaran Pulau Pinang pada awal tahun 1960-an atas tiket Fron Sosialis (iaitu gabungan antara Parti Parkyat dengan Parti Buruh) dan kemudian dilantik menjadi Timbalan Datuk Bandar Pulau Pinang.

Tidak hairanlah beliau amat dikenali dan dihormati oleh penduduk Pulau Pinang terutama di kalangan generasi sezamannya. Ini dapat aku saksikan apabila aku kerap ke Pulau Pinang pada akhir tahun 1980-an dan 1990-an ketika menjalankan tugas sebagai Setiausaha Agung Parti Rakyat.

Omar Othman adalah seorang yang berprinsip dan teguh pendirian politiknya. Aku tahu beliau rapat dengan Sdr Kassim Ahmad, bekas Pengerusi Parti Rakyat. Tetapi apabila Kassim meninggalkan Parti Rakyat dan menyertai Umno, Omar Othman tetap setia dengan Parti Rakyat. Aku menjadi Setiausaha Agung Parti Rakyat yang baru dipilih pada bulan Disember 1983, ketika berlaku satu krisis besar dalam parti beberapa bulan kemudiannya yang akhirnya membawa Kassim Ahmad meninggalkan Parti Rakyat pada April 1984.

Bagi memulihkan keadaan dalaman parti akibat pemergian Kassim Ahmad itu, aku yang relatifnya masih muda ketika itu ditugaskan ke Pulau Pinang untuk menemui anggota dan para pemimpin Parti Rakyat negeri itu, untuk berbincang dan berdialog dengan mereka. Kassim Ahmad tinggal di Pulau Pinang dan Pulau Pinang adalah merupakan kawasan pengaruh Sdr Kassim Ahmad yang kuat.

Majlis perjumpaan yang dirancang itu diadakan di rumah Saudara Mohideen Abdul Kader, seorang pemimpin pusat Parti Rakyat yang terletak di Gelugor. Sdr Mohideen Abdul kader adalah seorang peguam terkenal di Pulau Pinang dan sangat kami hormati, ketika zaman kami berada di kampus kerana pendiriannya yang progresif.



Ramai anggota dan pemimpin Parti Rakyat peringkat negeri datang ke rumah Mohideen Abdul Kader petang itu, termasuk Omar Othman yang bersuara lantang itu. Kerana terlalu ramai, maka kami duduk bersila di ruang tamu.Pada petang itu Omar Othman semacam jadi jurubicara anggota-anggota Parti Rakyat di Pulau Pinang dan member janji dan keyakinan kepadaku bahawa beliau dan lain-lain anggota parti akan tetap setia dengan Parti Rakyat. Aku amat berterima kasih atas sokongan kuat dari Omar Othman itu. Sejak itu aku dan Omar Othman semakin rapat. Setiap kali ke Pulau Pinang atas urusan parti, aku akan pastikan mesti berjumpa dengan beliau sebelum pulang ke Kuala Lumpu atau ke Johor.

Saat yang penting tiba. Parti Rakyat menang di mahkamah Tinggi Johor Bahru pada tahun 1988 dalam satu petisyen pilihanraya kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Puteri. Akibat dari itu satu pilihanraya kecil diadakan di DUN tersebut.Pertandingan satu lawan satu antara Parti Rakyat dengan Barisan Nasional (BN). Kami ada calon yang kuat dan berwibawa iaitu Sdr Abdul Razak Ahmad (Allahyarham). Waktu itu adalah Timbalan Pengerusi Parti Rakyat. Aku pula dilantik menjadi Pengarah Pilihanraya kecil tersebut.

Satu pilihanraya kecil yang hebat ketika itu. Parti Rakyat yang kecil berhadapan dengan jentera BN yang besar, tersusun, sumber kewangan dan logistik yang semacam tidak terbatas. Tetapi kami yakin boleh member tentangan yang kuat atas beberapa faktor. Pertama BN lemah kerana Umno pecah dua ketika itu, ada team A dan team B. Kedua kerana rakyat di Johor khususnya di Johor Bahru amat marah dengan Perdana Menteri dan Presiden Umno ketika itu iaitu Dr Mahathir Mohamad. Sebab ketiga, kerana Parti Rakyat dalam keadaan yang kuat dari segi organisasi dan amat popular di kalangan pengundi di Johor Bahru. Ada satu sebab lagi yang tidak kurang penting ketika itu ialah kami ada Omar Othman yang turun membantu kempen kami dalam pilihanraya kecil tersebut, siang dan malam dengan ceramahnya yang mendapat sambutan hebat. Piadatonya memukau dan menambat hati para pengundi, tua dan muda, semuanya, tak kira sama ada Melayu, Cina ataupun India.

Parti Rakyat telah memberi tentangan yang kuat terhadap BN. Atas kertas dan analisis, kami sepatutnya menang.Tetapi kami kalah juga akhirnya. Parti Rakyat kalah dengan majoriti 31 undi sahaja.Ramai orang membuat andaian BN main tipu. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bersekongkol membantu BN memanipulasi keputusan pilihanraya itu. Kami tidak menerima keputusan pilihanraya yang tidak adil itu.Parti Rakyat telah dirampas haknya untuk menang akibat system pilihanraya yang tidak bersih.

Omar Othman pulang ke Pulau Pinang pada petang hari pembuangan undi. Dia berpesan kepadaku selaku Pengarah Pilihanraya supaya menalifonnya, tak kira sama ada menang atau kalah, tidak kira walau sudah tengah malam. Dia ingin menjadi orang yang terawal tahu tentang keputusan pilihanraya kecil Tanjong Puteri tersebut yang dia turun ke padang berjuang habis-habisan menentang BN melalui pidatonya yang bersemangat, jelas dan lantang di dalam siri ceramah yang kami adakan.

Aku masih ingat, waktu itu tidak ada telefon bimbit. Di MarKas Pusat Parti Rakyat di Skudai Kiri, ketika ramai anggota-anggota parti terbaring letih, rebah selepas kalah, terbaring di lantai simin Markas dengan kesedihan, dan sesetengahnya telah tidur, aku mengangkat gagang telefon dan mendail nombor Omar Othman.Betapa sukarnya untuk aku memberitahunya berita kekalahan itu. Tetapi Omar Othman menyambut telefonku dengan tenang.Aku yang gugup.Aku masih ingat dia berkata: "Jangan patah semangat, Saudara Hassan. Kita telah berjuang sekuat yang kita terdaya. Hari ini kita gagal, tetapi satu hari nanti, perjuangan rakyat untuk menegakkan keadilan akan tetap berjaya. Percayalah," katanya. Omar Othman, aku seperti dapat rasakan,sebenarnya dia agak bimbang tentang keadaan diriku.Dia bimbang aku akan patah semangat dengan kekalahan tersebut.

Omar Othman menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 9 haribulan Jun 2011 – sebulan lebih awal - di mana pada tarikh yang sama ini, satu perarakan besar-besaran di Kuala Lumpur akan diadakan pada pukul 2.00 petang anjuran BERSIH (satu gabungan badan-badan NGO dan parti-parti politik) untuk menuntut satu system pilihanraya umum bersih, adil dan telus di Malaysia. Aku percaya kemenangan rakyat yang diucapkan oleh Omar Othman lebih 23 tahun yang lalu akan menjadi satu reality juga akhirnya, tetapi bagaimanapun ianya tidak akan datang melayang dan bergolek begitu sahaja. Kemenangan rakyat itu perlu diperjuangkan. Diperjuangkan di pelbagai jurusan. Satu daripadanya ialah seperti apa yang dituntut oleh BERSIH dan seluruh rakyat Negara ini yang cintakan demokrasi dan keadilan, iaitu satu perjuangan panjang menuntut pilihanraya yang bersih, adil dan telus di tanahair kita ini.

Akhirnya, semoga roh Allahyarham Omar Othman dicucuri rahmat Allah S.W.T. Semoga isteri, anak-anak dan keluarganya tabah menghadapi saat-saat sedih ini. Beliau telah menyumbangkan tenaga, masa dan kudratnya dalam satu perjuangan untuk menegakkan keadilan sesama manusia, satu perjuangan panjang yang kini sedang diteruskan oleh generasi muda dari pelbagai bangsa dan agama di Malaysia kini. Damailah kamu saudaraku Omar Othman. Kamu manusia yang istimewa pada mataku. Maafkan sahabatmu ini tak dapat bersama ketika engkau meninggalkan dunia yang fana ini. Tapi janji kita: kebenaran akan kita perjuangkan, keadilan akan kita perjuangkan hingga menang, dan kekejaman serta penindasan akan kita tentang habis-habisan, akan sentiasa tersemat di hatiku dan hati sahabat-sahabatmu yang pernah mendengar amanat dan pidatomu.Alfatiha… amin.

LAGI CERITA : KALAU ANAK SUDAH BUNTING

Posted: 09 Jun 2011 12:06 PM PDT


KALAU SUDAH BUNTING


DEDAH KOS LAWATAN KE KAZAKHSTAN, MP PAS DESAK NAJIB – minsider

Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad hari ini menggesa Datuk Seri Najib Razak mendedahkan kepada umum perbelanjaan lawatan beliau ke Kazakhstan, yang secara kebetulan diadakan dengan majlis pertunangan anak perempuannya.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Kuala Selangor ini juga mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin "kerana mengesahkan dakwaan kami bahawa majlis perkahwinan diaturkan ketika lawatan" perdana menteri ke negara itu.

"Selepas ucapan Najib pada Forum Ekonomi Islam Sedunia mengenai urus tadbir yang baik dan ketelusan, beliau seharusnya mendedahkan berapa banyak yang beliau telah habiskan untuk lawatannya."

"Dedahkan berapa banyak telah digunakan untuk urusan peribadi dan nyatakan sama ada mana-mana pihak dalam rombongannya tidak perlu (ketika beliau) menghadiri WIEF," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Semalam, Khairy mempertahankan lawatan Najib ke Kazakhstan menerusi akaun Twitternya.
Khairy berkata, Najib berada di Kazakhstan untuk menyampaikan ucapan pada WIEF dan lawatan ke negara itu adalah atas jemputan presidennya Nursultan Nazarbayev yang pernah melawat Malaysia ketika era kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Dzulkefly menambah, ini bukan kali pertama perdana menteri membuat lawatan kerja yang secara kebetulan berkaitan dengan urusan peribadi.

Katanya, Najib dan isteriny Rosmah Mansor bulan lalu mengunjungi Amerika Syarikat (AS) dan menghadiri majis konvokesyen anak perempuan mereka di Georgetown University.


NOTA:

BM) - kalau anak nak beranchok
tak ada siapa boleh menahan
ancok omak kao
pakai lah duit sendiri
jangan pakai duit kerajaan!

(BI)- if your daughter wants to get fuck
no one could stop it
for fuck sake
use your own fucking money
not from the state budget!

2 REMAJA GENG MINYAK DITEMBAK DALAM KEADAAN MANGA MELUTUT?

Posted: 09 Jun 2011 12:04 PM PDT

KUALA LUMPUR, 9 Jun — Peguam hak asasi N Surendran yang mewakili Lawyers For Liberty hari ini mendedahkan dua daripada tiga remaja yang ditembak mati polis di Glenmarie, Shah Alam, tahun lalu disebabkan tembakan dari arah dekat.


Surendran berkata, berdasarkan laporan bedah yang diterima beliau dua hari lepas membuktikan kedua-dua remaja itu Mohd Shamil Hafiz Shafie, 16, dan Mohd Khairul Nizam Tuah ditembak ketika berada dalam keadaan melutut.

Bagaimanapun laporan bedah siasatan seorang lagi mangsa Muhamad Hanafi Omar,22, masih belum diterima.

Ketiga-tiga remaja itu mati ditembak polis di Jalan Kerjaya Glenmarie kira-kira pukul 4.15 pagi selepas menyamun sebuah stesen minyak 13 Disember lalu.

Menurut laporan media sebelum ini ketiga-tiga remaja ini disyaki sebagai ahli Geng Minyak dan mati ditembak kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.

"Kejadian ini berlaku di Glenmarie dan Timbalan Ketua Polis Selangor (Datuk A Thaiveegan) mengatakan ketiga-tiga remaja ini adalah penjenayah dengan parang dan ditembak ketika cuba menyerang polis.

"Namun berdasarkan kepada keterangan saintifik dan laporan bedah siasat versi yang dikatakan polis itu adalah palsu dan saya ada bukti mengatakan ketiga-tiga remaja ini telah dibunuh oleh pihak polis dengan sengaja.

"Polis kata mereka ditembak kerana cuba menyerang polis dengan parang tapi kalau benar mereka menyerang polis tapi kenapa luka tembakan Mohd Shamil dan Mohd Khairul Nizam berada di dahi dan sisi dahi... kalau mereka menyerang sudah tentu luka tembakan itu dari depan bukan dari tepi kecuali kalau peluru itu boleh melencong," kata Surendran pada sidang media di sini.

Turut hadir dalam sidang media itu keluarga ketiga-tiga remaja malang iaitu Hamidah Kadar, 51, iaitu ibu Mohd Khairul Nizam, Norhafizah Mad Razali, 37, yang merupakan ibu Mohd Shamil dan bapa Mohamad Hanafi, Omar Abu Bakar, 58.

Thaiveegan sebelum ini berkata ketiga-tiga remaja itu yang memandu kereta jenis Proton Waja enggan berhenti lalu dikejar sehingga mereka terlanggar kenderaan polis sebelum terbabas ke kiri jalan.

Ketiga-tiga suspek yang bersenjatakan parang kemudian keluar dan cuba menyerang polis, menyebabkan anggota polis tiada pilihan selain melepaskan beberapa das tembakan.

Dalam laporan bedah siasatan yang diedarkan kepada media, Mohd Shamil meninggal dunia kerana kecedaraan di kepala akibat luka tembakan senjata api.

Remaja malang itu mengalami dua luka yang selaras dengan luka tembakan senjata api iaitu tanda kecederaan di bahagian dahi dan di dada kanan, kedua-dua luka itu tembus keluar di bahagian tengkuk dan sisi kanan belakang badan.

Laporan itu juga menunjukkan tiada luka mempertahankan diri.

UMNO sudah lemas:- Mat Sabu

Posted: 09 Jun 2011 12:02 PM PDT


Mohamad Sabu menegaskan kepimpinan PAS termasuk barisan pemimpin pusat yang baru tidak menolak idea perpaduan Melayu, sebaliknya Umno sengaja menggunakan soal itu sebagai bahan kempen menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Jelas timbalan presiden PAS itu, "Umno silap" jika mendakwa keputusan PAS menolak untuk bekerjasama dengan parti teras Barisan Nasional (BN) itu bermakna ia akan memecahbelahkan orang Melayu.

"Umno mula pertikaikan perpaduan Melayu apabila kepimpinan sudah jatuh tetapi sebaliknya jika mula kuat, mereka jadi takbur," ujar Mohamad lagi.

"Umno sebenarnya sudah lemas, sebab itu membangkitkan isu perpaduan Melayu. Kami (kepimpinan baru PAS) tetap perjuangkan perpaduan Melayu tetapi berlandaskan keadilan untuk kepentingan semua masyarakat,"kata Mat Sabu.berita MI.

Pasai macam ni la yang aku nak sangat Mat Sabu jadi Timbalan Presiden

Posted: 09 Jun 2011 12:00 PM PDT

Malaysiakini melaporkan:
Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, parti itu akan lebih berpengaruh dalam Pakatan Rakyat sekiranya ia bertanding di lebih banyak kerusi dengan majoriti bukan Melayu dalam pilihan raya umum akan datang.
 
Mohamad berkata, formula berkenaan boleh digunakan bagi memastikan PAS menjadi teraju utama dalam Paktan memandangkan parti kini semakin diterima di kawasan bukan majoriti Melayu, katanya.
"Itu bergantung kepada kerusi yang (PAS) menang. Dulu kawasan majoriti bukan Melayu – DAP, majoriti Melayu – PAS, campuran – PKR.
 
"Saya tak tahulah formula itu boleh guna atau tidak perlu diguna sebab sekarang di kawasan campuran pun PAS boleh menang," katanya ketika ditanya dalam satu temubual eksklusif dengan Malaysiakini hari ini.

Beliau yang turut popular dengan nama jolokan Mat Sabu itu juga yakin akan menang di kawasan parlimen Bukit Bintang jika diberi peluang untuk bertanding di kawasan yang sering ditandingi DAP dan MCA itu.

"Soal pengagihan kerusi, jawatankuasa (Pakatan) akan bincang – tidak lagi berdasarkan majoriti Melayu ini PAS kena bertanding, majoriti bukan Melayu – DAP.

"Sekarang (kemenangan) mana-mana (calon adalah) ikut ketokohan. Saya sendiri berani bertanding di Bukit Bintang, asalkan simbol PAS, DAP tak bertanding, dan lawan MCA. Boleh menang," katanya sambil ketawa kecil. - Mkini.
Berita macam ni la yang aku harapkan bila aku tulis dalam satu entry aku melobi untuk Bang Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden hari tu:
Lagi satu faktor yang tak kurang pentingnya, Mat Sabu berkemampuan untuk menyaingi pemimpin-pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat. Pemimpin-pemimpin PKR dan DAP lebih respek Mat Sabu dari 2 calon Timbalan yang lain.

Faktor respek ni penting terutama sekali bila tiba masa Majlis Presiden bermesyuarat untuk menentukan pembahagian kerusi. Dengan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS, aku yakin kepentingan PAS akan lebih terbela dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat. - Ibid.
Aku yakin, kalau setakat nak berbincang dengan Guan Eng untuk kecek beberapa kerusi yang sebelum ni DAP bertanding, aku yakin insyaallah boleh dapat. Cumanya, puak-puak karat PAS nak kena setuju la kalau ada kerusi majoriti melayu yang PAS menang sebelum ni Majlis Presiden buat keputusan calon DAP pulak yang akan bertanding.

Untuk berbincang dengan Azmin bagi pihak PKR pulak, aku rasa pun takdak masalah mana sangat pasai sama-sama melayu. Dalam PKR ada orang cina dan india, dalam PAS pulak ada DHPP.

Taktau la pulak kalau Azmin rasa dia hebat sangat sebab rasa dia orang kepercayaan Anwar. Malah aku yakin kalau berbincang dengan Anwar sendiri pun takdak masalah untuk Mat Sabu.

Maksud aku, aku cukup yakin kalau Mat Sabu yang ketuai perbincangan dengan parti-parti komponen Pakatan Rakyat. Aku cukup yakin kepentingan PAS akan lebih terbela, tuntutan PAS akan lebih diambil berat dan tak mustahil akan jadi persetujuan bersama.

Apa pun, frasa yang paling penting, macam yang TG Nik Aziz cakap masa muktamar sebelum pilihanraya tahun 1999 lagi

Kejamnya mereka.....

Posted: 09 Jun 2011 11:59 AM PDT

Hancur luluh hati seorang ibu apabila membayangkan saat terakhir anaknya sedang melutut dan merayu meminta nyawa sebelum ditembak dari jarak dekat di kepala dan dada begitu sahaja.

Apatah lagi si penembak merupakan mereka yang sepatutnya menjaga keamanan, keselamatan dan keadilan rakyat dan orang awam.

Ibu Syamil, yang mengalirkan air mata ketika hadir di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini cuba ditenangkan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin



Dengan esak tangis, Norhafizah Mohd Ghazali menyatakan kekesalan dan hilang keyakinan terhadap Polis Di Raja Malaysia(PDRM) yang seolah cuba menyembunyikan hal sebenar berkaitan kematian anak beliau, Muhammad Syamil Hafiz bin Shafiei yang ditembak mati oleh anggota polis seminggu hari jadi ke 16 nya November tahun lalu.

"Selama hampir 7 bulan saya menunggu apa yang saya fikirkan selama ini menjadi kenyataan. Anak saya memang dibunuh. Kenapa dia dibunuh? Anak saya bukannya pembunuh. Dia cuba berumur 15 tahun. Di mana keadilan untuk anak saya? Saya hilang kenyakinan pada pihak polis. Saya nak tegakkan keadilan untuk anak saya. Saya nak orang yang bunuh anak saya dihadapkan ke mahkamah dan terima balasan setimpal,"

Malah katanya, beliau tidak faham mengapa Polis yang lengkap bersenjata tidak menangkap dan menghadapkan anaknya ke mahkamah jika ia benar-benar melakukan kesalahan tanpa perlu bertindak sedemikian rupa.

"Kenapa tidak dia ditangkap sahaja, kenapa dia harus dibunuh. Mereka tidak merasakan apa yang saya rasa, sebagai ibu saya tak dapat membayangkan anak saya merayu agar nyawanya tidak diambil," ujarnya.

Muhammad Hanafi Omar, 22, Muhammad Shamil Hafiz Shapiei, 15, dan Hairul Nizam Tuah, 20, mati ditembak polis di Jalan Kerjaya Glenmarie kira-kira pukul 4.15 pagi pada 13 Disember lalu.

Pihak polis sebelum ini turut mendakwa ketiga-tiga remaja berkenaan telah menyerbu anggatonya dengan bersenjatakan parang dan bagi mempertahankan diri mereka pihaknya terpaksa melepaskan beberapa das tembakan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk A. Thaiveegan sebelum ini, ketiga-tiga remaja terbabit juga baru sahaja selesai merompak sebuah stesen minyak di Jalan U1/1, Glenmarie dan bertembung dengan sepasukan polis yang sedang melakukan rondaan mencegah jenayah di kawasan itu.

Bagaimanapun laporan bedah siasat yang dikeluarkan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang dan Jabatan Kimia Malaysia didapati ia bercanggah dengan kenyataan Thaiveegan itu.

Menurut laporan bedah siasat Hairul dan Syamil dan berdasarkan penemuan keluarga pada badan mangsa, Hanafi masing-masing mempunyai dua kesan tembakan iaitu di kepala dan dada.

Kata beliau, kesemua tembakan dilepaskan pada bahagian kepala dan dada manakala peluru-peluru pula keluar rendah dan badan mereka mengalami lebam dipercayai akibat dipukul.

Ia menunjukkan trajektori peluru pada badan Hairul juga menunjukkan penembak mangsa itu melepaskan peluru dari kedudukan yang tinggi.

Laporan kimia pula menunjukkan ketiga-tiga mereka ditembak dari jarak dekat berdasarkan kesan serbuk pistol di badan mangsa.

Justeru bapa Hanafi, Omar Abu Bakar mempertikai kenyataan Polis yang seolah cuba menyembunyikan apa yang berlaku.

"Saya nak pertikaikan kenapa Polis tembak anak saya dari sebelah kanan. Dua butir di kepala dan dibahu. Pihak polis keluarkan laporan lain. Hospital keluarkan laporan betul. Dan kalau polis kata serang dari depan, kenapa tembakan dari kanan? soalnya.

"Saya tak puas hati dengan kenyataan Timbalan Ketua Polis Selangor itu. Mengaburi mata rakyat untuk melindungi anggotanya. Apa standing orders untuk menenbak penjenayah bersenjata? Yang bersenjata api tembak, yang pakai parang pun tembak juga? Pistol boleh tembak dari jauh," tambahnya lagi.- TVS News


Laporan forensik dedah Syamil dibunuh dari jarak dekat

PETALING JAYA: Remaja mangsa tembakan Polis, Muhammad Syamil Hafiz Shapiei dibunuh dari jarak dekat, kata Naib Presiden KEADILAN, N. Surendran.

Bukti itu katanya, berdasarkan laporan yang dikeluarkan Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Menurut Surendran, berasaskan laporan itu juga, besar kemungkinan Syamil berada dalam kedudukan melutut atau mencangkung, ketika remaja itu ditembak.

"Mangsa yang ditembak di bahagian dahi dan dada sebenarnya berada pada jarak yang dekat dengan berkedudukan lebih rendah daripada penembak," kata Surendran.

"Luka berbentuk bulat selaras dengan luka tembakan masuk pada bahagian dahi di antara kedua-dua kening berdiameter 0.5 cm.

"Terdapat lebam dan luka lelas mengelilinginya, kawasan berukuran 1×1.5 cm. Arah tembakan 45 darjah ke belakang ke kanan dan tembus.

"Manakala pada bahagian sebelah kanan dada, 2.5 cm dari puting kanan, dari tulang tengah dada 7.5 cm berdiameter 0.5 cm," kata Surendran memetik laporan itu.

Justeru KEADILAN menuntut Peguam Negara mendakwa mereka yang terlibat untuk dihadapkan ke mahkamah.

Muhammad Syamil Hafiz Shapiei, 15, Mohd Khairul Nizam Tuah, 20, dan Mohd Hanafi Omar, 22, maut ditembak polis dalam kejadian pada awal pagi 13 November tahun lalu di Glenmarie, Shah Alam.

Pihak polis sebelum ini mendakwa kesemua remaja itu sebagai 'penjenayah tegar ' yang kononnya dikenali sebagai 'geng minyak'.

Keadilandaily

Mangsa Simbahan Asid Hilang Penglihatan

Posted: 09 Jun 2011 11:57 AM PDT


Seremban – Seorang ibu muda terpaksa menerima hakikat bahawa dia mengalami kecacatan kekal akibat menjadi mangsa simbahan asid oleh lelaki tidak dikenali, Mac lalu.

Zuhaina Tengkis, 27, ibu kepada dua orang anak yang tinggal di Kampung Orang Asli Belihoi, Mantin, di sini terpaksa menanggung keperitan sepanjang hayatnya apabila selu­ruh wajah dan sebahagian dadanya melecur.

Lebih memilukan, Zuhaina hilang penglihatan apabila kedua-dua matanya buta akibat kejadian itu.

Menceritakan detik kejadian, Zuhaina berkata, kejadian berlaku pertengahan bulan Mac lalu, bagaimanapun dia tidak ingat tarikh kejadian.

"Pada malam kejadian, saya bersama adik saudara keluar rumah menaiki motosikal untuk bertemu dengan seorang rakan di sebuah kedai makan di pekan Mantin.

"Kira-kira 9.30 malam, saya bersama adik saudara menunggang motosikal bergerak pulang ke rumah selepas bertemu kawan," katanya.

Menurutnya, sebaik tiba di satu kawasan berhampiran Lapang Sasar Mantin di sini, kelihatan sebuah motosikal dinaiki dua lelaki berusia lingkungan 20-an ingin memotong motosikal mereka.

"Semasa motosikal itu menghampiri motosikal kami, terdengar seorang suspek menyebut 'hai'. Saya segera menoleh ke arah mereka sebelum seorang daripada mereka menyimbah air tepat kepada wajah saya," katanya kepada pemberita di rumahnya di Kampung Orang Asli Belihoi, Mantin, di sini, semalam.

Zuhaina berkata, simbahan air yang dipercayai asid itu turut terkena pada bahagian belakang badan adik saudaranya itu.

"Dalam keadaan kesakitan, kami terus pulang rumah dan suami segera membasuh wajah saya sebelum dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar, di sini.

"Saya mendapat rawa­tan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) selama dua bulan dan dibenarkan pulang ke rumah, 27 Mei lalu," katanya.

Menurutnya, doktor memberitahu kedua-dua matanya tidak dapat diselamatkan kerana kecederaan teruk akibat simbahan asid.

"Sehingga kini, saya tidak dapat tidur kerana kelopak mata saya tidak boleh tutup. Sakit di muka dan dada masih terasa sehingga kini," katanya.

Menurutnya, nasib menimpanya juga menyebabkan perasaannya adakala terganggu sehingga menitiskan air mata, lebih-lebih lagi tidak dapat melihat anak-anaknya membesar.

"Saya tidak berdendam dengan orang, saya tidak pernah dengki dengan orang tetapi kenapa orang buat saya begini," katanya.

Sementara itu, suami, Nor Azman Jani, 30, berkata, sehingga kini dua lelaki tidak bertanggungjawab itu gagal dikesan pihak berkuasa.

"Polis turut memaklumkan kes tersebut kemungkinan berkaitan dengan kes simbahan asid di Kuala Lumpur," katanya.

Nor Azman yang bekerja sebagai penoreh getah bagaimanapun bersyukur isterinya masih selamat.

"Meskipun keadaan isteri saya seperti ini, saya tetap menyayangi dia.

"Cuma saya sentiasa berharap masih ada peluang untuk isteri saya melihat semula," katanya.

Dalam pada itu, nasib menimpa Zuhaina mendapat perhatian Pengerusi MCA negeri, Senator Datuk Dr Yeow Chai Thiam yang melawat mangsa serta menghulurkan sumbangan, semalam.

Chai Thiam berkata, dia akan memastikan mangsa mendapat bantuan sewajarnya dari segi kewangan serta kos rawatan.

"Saya akan memanjangkan masalah ini kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membolehkan mangsa mendapat bantuan bulanan berikutan pendapatan suami bawah RM500 sebulan," katanya. -SH

Artis jalani pembedahan selaput dara untuk hindar zina

Posted: 09 Jun 2011 11:54 AM PDT

JAKARTA: Penyanyi dangdut yang juga pelakon, Dewi Persik semalam berkata, dia bertindak melakukan pembedahan selaput dara di Mesir kerana mahu menghindari zina.

"Niat saya, walaupun janda, saya mahu melindungi diri saya daripada zina. 'Apabila mengenangkan perbelanjaan yang besar dan sakit luar biasa ketika menjalani pembedahan itu, saya pasti tidak akan melepaskan keperawanan baru saya kepada lelaki sebarangan, kecuali pada suami saya akan datang," katanya.

Dewi Persik yang lebih dikenali dengan panggilan Depe dan nama sebenarnya Dewi Murya Agong juga memberitahu wartawan, pembedahan yang menelan belanja Rp1 bilion (RM354,000) itu dibiayai oleh pemilik syarikat penerbitan filem K2K. Depe berlakon dalam filem Pacar Hantu Perawan yang diterbitkan syarikat berkenaan.

Menurutnya, penerbit, KK Dheraj sanggup membayarnya wang berkenaan jika dia menjalani pembedahan itu. "Satu bilion bukan angka kecil," katanya.

Dalam filem terbaru itu, Depe memegang watak Mondy, wanita yang tidak percaya kepada perkara mistik tetapi akhirnya sering diganggu makhluk halus.

Depe, dalam satu wawancara lain berkata, dia mendapatkan nasihat beberapa rakan sebelum menjalani pembedahan selaput dara itu.

Antara mereka ialah bintang porno warga Norway yang turut berlakon dalam Pacar Hantu Perawan dan Misa Campo, model seksi yang sering muncul dalam forum Internet untuk golongan dewasa. - Agensi

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 09 Jun 2011 11:20 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Mengapa Umno menggelupor dengan negara kebajikan

Posted: 08 Jun 2011 07:26 PM PDT

TEMERLOH, 8 Jun: Mengapa Umno menggelupor dengan 'negara kebajikan'? Ia adalah kerana PAS menawarkan penyelesaian kepada rakyat  di tengah-tengah kegagalan Umno BN untuk menjaga rakyat marhaen.

Demikian kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika mengulas sikap Umno dan medianya yang terlalu melampau dalam menunjukkan kebimbangannya dengan negara kebajikan itu.
(Gambar: Presiden PAS berucap ketika membentangkan gagasan negara kebajikan di Muktamar PAS ke 57)

"Apabila PAS mengutarakan negara berkebajikan, tak tersangka pula Umno yang mengelupor dengan istilah tersebut, bak kata tok bomoh picit lada hitam pada jari kaki orang masuk hantu. Barangkali memang Umno ini dah lama kena rasuk… Cuma mungkin tak kena cara tiupnya saja.

"Kini, kita boleh lihat dengan nyata bahawa Umno benar-benar terasa dengan istilah 'negara kebajikan' ini kerana ia memberi ancaman kepada mereka.

"Maklumlah, PAS menawar sebuah negara berkebajikan di tengah-tengah kegagalan Umno menjaga kebajikan rakyat marhaen demi menjaga hati kroni yang semakin angkuh, sombong dan tamak," nukil Tuan Ibrahim dalam satu kenyataannya ke Harakahdaily hari ni.

Semenjak Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang membentangkan gagasan penubuhan sebuah negara kebajikan semasa ucapan dasarnya di Muktamar PAS ke 57, pimpinan Umno dan medianya telah menyerang bertubi-tubi untuk menguasai pemikiran rakyat terhadap parti Islam tersebut dengan tuduhan kononnya PAS telah mengubah dasar perjuangan.

"Walhalnya konsep negara berkebajikan, keadilan, keselamatan, kesejahteraan, kemakmuran adalah intipati dari negara Islam," kata Tuan Ibrahim (gambar).

Istilah 'negara kebajikan' yang dilaungkan PAS, kata beliau telah berjaya menunjukkan kepada rakyat isi perut Umno sebenar yang sememangnya 'rakyat dahulu' menjadi mangsa dalam segala hal berkaitan dengan program pengurangan subsidi berbanding kroni-kroni Umno BN seperti penjana tenaga bebas (IPP).

Mengenai serangan Umno terhadap pimpinan baru PAS, Tuan Ibrahim berkata selain istilah 'negara kebajikan', Umno juga menerima tamparan hebat apabila pewakilan PAS membuat kejutan dengan memilih barisan kepimpinan baru yang di luar jangkaan mereka.

"Kebijaksaan perwakilan membaca keperluan barisan pimpinan bagi mengempur Umno menyebabkan mereka rasa tertekan. Ini dapat dibaca dari luahan kenyataan mereka.

"Mulanya menyerang, kemudian menyatakan bahawa Umno sudahpun melaksana negara kebajikan dan kini bertukar kepada rayuan 'Umno tetap membuka ruang untuk penyatuan Melayu' dan kad simpati dengan mengatakan 'Umno kecewa PAS tolak perpaduan' dan sebagainya," terang beliau.

Tun M wajar mohon maaf pada PAS, Anwar

Posted: 08 Jun 2011 07:25 PM PDT

SHAH ALAM, 9 Jun: Nasihat segera bertaubat Pengerusi DAP yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh terhadap mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dilihat sangat tepat pada masanya.
Timbalan Setiausaha DAP Selangor, Ng Swee Lim (gambar) berkata, nasihat itu sewajarnya diikuti baik oleh Mahathir memandangkan beliau seorang perdana menteri selama 22 tahun yang banyak melakukan kesilapan.
Menurut Swee Lim, Tun Mahathir mestilah menerima nasihat itu kerana sebagai seorang beragama Islam, beliau wajib percaya kepada konsep halal haram, dosa pahala dan syurga neraka.
Katanya, jika Mahathir tidak menerima nasihat bertaubat itu, nescaya di akhirat nanti, beliau akan disiksa dengan azab pedih ekoran kesalahan besar yang dilakukan semasa hidup di dunia.
"Antara kesalahan paling besar adalah memfitnah PAS dan menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan liwat yang tidak dapat dibawa saksi yang adil dan mencukupi.
Swee Lim yang juga Adun Sekinchan, Selangor berkata, sekiranya Tun Mahathir sudi bertaubat, maka selepas itu beliau hendaklah memohon maaf kepada PAS, Anwar serta keluarganya secara terbuka.
"Saya seorang bukan Islam tetapi saya menerima konsep halal haram, dosa pahala dan syurga neraka apatah lagi agama Islam (Allah SWT) itu Maha Pengampun.
"Semua orang pernah melakukan kesalahan, jangan berdegil, wajib dan sudah sampai masanya untuk beliau bertaubat serta memohon maaf sesama umat kerana jika enggan, ada bara api neraka menunggu di akhirat kelak," tegasnya.
Adun dua penggal itu berkata, Mahathir pernah menulis surat kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz menghalang dilaksanakan Kanun Jenayah Syariah II dan hari ini, tiba-tiba beliau pula yang sukakan hukum Islam itu.
Sekiranya masih tidak mahu bertaubat, Swee Lim berkata, tunggulah satu hari nanti Mahathir terpaksa menjawab di akhirat kelak kerana sebagai manusia biasa, tiada apa yang rakyat boleh lakukan terhadapnya.
Dalam pada itu, Swee Lim berkata, apa yang dilakukan Mahathir adalah bertolak dari perasaannya yang kesunyian sekarang dan tidak dipedulikan lagi, lalu keluarkan berbagai kenyataan merapu.
Terbaru, Mahathir mengulas keputusan pemilihan pimpinan PAS dalam Muktamar Tahunan ke 57 dari 3 hingga 5 Jun lalu yang disifatkannya sebagai kemenangan kepada Karpal.
Ini ekoran tema ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Membangun Negara Berkebajikan yang pada Mahathir, PAS membuang perjuangan tegakkan Negara Islam yang ditentang Karpal.
Bertindak balas dari jawapan itu, Karpal pula menasihatkan Mahathir agar segera bertaubat.
Sementara itu, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, pihaknya masih menyimpan surat ancaman daripada Mahathir sewaktu beliau menjadi perdana menteri yang menghalang Kelantan melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II termasuk Hukum Hudud.

Pegawai kanan SPR pertahan agenda Umno?

Posted: 08 Jun 2011 07:24 PM PDT

KOTA BHARU, 8 Jun: Di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Gual Ipoh, Tanah Merah jentera pilihan raya PAS mengesan lebih 300 orang tidak dikenali pada senarai pemilih baru suku pertama dipamerkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).
Dan ketika proses bantahan dikendalikan SPR kesemua pemilih baru itu tidak hadir.
Ini bermakna mereka tidak dapat dikesan SPR biar pun disenarai pada senarai pemilih baru di Dun berkenaan.
Begitu juga di Dun Kemahang dan Bukit Panau dikesan lebih 100 orang tidak dikenali di setiap Dun terbabit pada senarai pemilih suku pertama tahun ini.
Dan ketika proses bantahan dilakukan petugas PAS kesemua pemilih baru terbabit tidak hadir. Bagaimanapun setiap seorang yang dibantah perlu dibayar sebanyak RM10 oleh pembantah.
Wang deposit bantahan tersebut tidak dikembalikan biar pun pembantah menang pada perbicaraan dikendalikan SPR.
Malah pada 2004 seramai 1,800 orang tidak dikenali disenarai di Dun Bukit Panau, dan ketika proses bantahan kesemua mereka tidak hadir.
Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS Kelantan, Mohd Khir Zahri Abdul Ghani berkata, bantahan penting dilakukan bagi memastikan pemilih baru benar-benar penduduk tempatan.
"Ini sudah terbukti kerana banyak proses bantahan sebelum ini orang yang disenaraikan pada pameran pendaftaran pemilih baru setiap suku tahun memang ramai tidak dikenali.
"Tetapi hari ini mengapa tiba-tiba Timbalan Pengerusi SPR menganggap proses bantahan mempunyai agenda politik parti tertentu.
"Kalau pegawai SPR itu tidak bekerja untuk memenangkan Umno sudah tentu tidak mengeluarkan kenyataan tersebut kerana proses bantahan dibenarkan dalam peraturan pilihan raya," katanya di sini.
Akhbar hari ini melaporkan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar dilaporkan berkata, proses bantahan dianggap mempunyai agenda politik menyebabkan 81,000 pemilih tidak dapat disahkan dalam suku pertama tahun ini.
Malah dakwanya ada pihak kurang bertanggungjawab dan mempunyai agenda politik mahu menghalang pendaftaran baru di satu-satu kawasan.
Oleh itu  Mohd Khir berkata, sudah terbukti setiap bantahan dikemukakan berjaya kerana orang yang tidak dikenali cuba didaftar bukannya penduduk tempatan.
"Kalau benar pemilih baru disenarai SPR penduduk tempatan mengapa mereka tidak datang ketika proses bantahan berlangsung bagi mempertahankan diri," katanya.
Beliau juga berkata, Timbalan Pengerusi SPR sewajarnya meletak jawatan memandangkan banyak kenyataannya sebelum ini mencalar imej suruhanjaya terbabit.
Menurutnya nampak sangat pegawai kanan berkenaan seolah-olah bekerja untuk Umno dan bukan meningkatkan lagi kepercayaan rakyat terhadap SPR.
Hujah itu turut dipertahankan Adun Gual Ipoh, Wan Yusof Wan Mustafa di mana katanya, gambaran SPR menjadi orang suruhan Umno semakin jelas sekarang.
"Ada orang tidak dikenali dikenal pasti ketika pendaftaran baru dipamerkan SPR setiap suku tahun. Mereka tidak tinggal pada alamat yang didaftar.
"Contohnya ada kes satu alamat terdapat sehingga 30 orang. Mereka berasal dari Johor, Melaka, Perak dan negeri-negeri lain lagi," katanya.
Menurutnya kenyataan Timbalan Pengerusi SPR itu memperlihatkan secara jelas perancangan Umno dengan kerjasama SPR bagi mengekalkan kuasa politik secara tidak sah.
Anggota parlimen Ketereh, Abdul Aziz Kadir berkata, setiap bantahan dibuat adalah berdasar kepada fakta kes.
Kata beliau sekiranya ada kekeliruan dan ketidakmunasabahan bantahan perlu dibuat demi ketelusan dan kebertanggungjawaban setiap warga negara.
Namun malangnya kata Abdul Aziz ada pegawai kanan SPR cuba menyanggah peraturan digubal SPR sendiri.

Batu Gajah Mari

Posted: 09 Jun 2011 11:11 AM PDT

Batu Gajah Mari


Mahathir segeralah bertaubat!! - Ng Swee Lim

Posted: 09 Jun 2011 03:12 AM PDT



[HD] SHAH ALAM, 9 Jun: Nasihat segera bertaubat Pengerusi DAP yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh terhadap mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dilihat sangat tepat pada masanya.

Timbalan Setiausaha DAP Selangor, Ng Swee Lim (gambar) berkata, nasihat itu sewajarnya diikuti baik oleh Mahathir memandangkan beliau seorang perdana menteri selama 22 tahun yang banyak melakukan kesilapan.

Menurut Swee Lim, Tun Mahathir mestilah menerima nasihat itu kerana sebagai seorang beragama Islam, beliau wajib percaya kepada konsep halal haram, dosa pahala dan syurga neraka.

Katanya, jika Mahathir tidak menerima nasihat bertaubat itu, nescaya di akhirat nanti, beliau akan disiksa dengan azab pedih ekoran kesalahan besar yang dilakukan semasa hidup di dunia.

"Antara kesalahan paling besar adalah memfitnah PAS dan menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan liwat yang tidak dapat dibawa saksi yang adil dan mencukupi.

Swee Lim yang juga Adun Sekinchan, Selangor berkata, sekiranya Tun Mahathir sudi bertaubat, maka selepas itu beliau hendaklah memohon maaf kepada PAS, Anwar serta keluarganya secara terbuka.

"Saya seorang bukan Islam tetapi saya menerima konsep halal haram, dosa pahala dan syurga neraka apatah lagi agama Islam (Allah SWT) itu Maha Pengampun.

"Semua orang pernah melakukan kesalahan, jangan berdegil, wajib dan sudah sampai masanya untuk beliau bertaubat serta memohon maaf sesama umat kerana jika enggan, ada bara api neraka menunggu di akhirat kelak," tegasnya.

Adun dua penggal itu berkata, Mahathir pernah menulis surat kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz menghalang dilaksanakan Kanun Jenayah Syariah II dan hari ini, tiba-tiba beliau pula yang sukakan hukum Islam itu.

Sekiranya masih tidak mahu bertaubat, Swee Lim berkata, tunggulah satu hari nanti Mahathir terpaksa menjawab di akhirat kelak kerana sebagai manusia biasa, tiada apa yang rakyat boleh lakukan terhadapnya.

Dalam pada itu, Swee Lim berkata, apa yang dilakukan Mahathir adalah bertolak dari perasaannya yang kesunyian sekarang dan tidak dipedulikan lagi, lalu keluarkan berbagai kenyataan merapu.

Terbaru, Mahathir mengulas keputusan pemilihan pimpinan PAS dalam Muktamar Tahunan ke 57 dari 3 hingga 5 Jun lalu yang disifatkannya sebagai kemenangan kepada Karpal.

Ini ekoran tema ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Membangun Negara Berkebajikan yang pada Mahathir, PAS membuang perjuangan tegakkan Negara Islam yang ditentang Karpal.

Bertindak balas dari jawapan itu, Karpal pula menasihatkan Mahathir agar segera bertaubat.

Sementara itu, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, pihaknya masih menyimpan surat ancaman daripada Mahathir sewaktu beliau menjadi perdana menteri yang menghalang Kelantan melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II termasuk Hukum Hudud.

Blog Rasmi Unit Amal Indera Mahkota

Posted: 09 Jun 2011 11:11 AM PDT

Blog Rasmi Unit Amal Indera Mahkota


Pemuda PAS sedia bendung rasuah bola sepak

Posted: 09 Jun 2011 10:22 AM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 9 Jun: Dewan Pemuda PAS kesal insiden buruk sukan rakyat terutama belia iaitu bolasepak kembali tercemar dengan unsur rasuah.

Ini bagi menetapkan keputusan perlawanan yang terjadi di dalam pertandingan Piala Presiden baru-baru ini sebagai berita malang buat rakyat kerana penyakit rasuah yang pernah melanda bolasepak era semi-pro tahun 90-an dahulu kembali merebak.

"Justeru, kami meminta tindakan tegas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di dalam membendung gejala rasuah bolasepak ini," kata naib ketuanya, Dr Raja Ahmad al-Hiss.

Pemuda PAS, katanya juga berhasrat bertemu dengan pihak FAM terutamanya dengan Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang sudah menjangkakan insiden intu akan berlaku kembali dalam kancah bolasepak tanah air.

Beliau berharap dengan pelbagai pihak memberikan pandangan nanti akan membentuk satu fomula bagi mengatasi rasuah bolasepak ini.

"Pihak kami menawarkan diri melalui Jabatan Sukan, Kesenian dan Kebudayaan (DACS) bersedia membantu bersama-sama FAM bagi membasmi gejala rasuah tersebut," katanya.

Pihak Pemuda PAS, katanya sekali lagi mencadangkan kepada seluruh Persatuan Sukan dalam negara sebagai keperluan menempatkan seorang Kaunselor atau Pegawai Agama dalam setiap bahagian sukan sebagai motivasi jiwa bagi membendung peringkat awal membabitkan seluruh atlet.

Beliau yakin dengan pihak FAM yang pernah berdepan dengan kemelut itu akan mengatasinya secepat mungkin.

"Kami cukup bimbang kerana gejala rasuah kini melanda pemain-pemain belia yang tidak sepatutnya berlaku sama sekali.

"Kami yakin kaedah yang sama juga kepada orang-orang politik dalam kancah yang sama, tetapi pendekatan yang berbeza boleh dilakukan bagi usaha mencegahnya kepada pemain-pemain sedia ada," ujarnya.

KHIDMAT MERU

Posted: 09 Jun 2011 09:53 AM PDT

KHIDMAT MERU


SUMBANGAN PELAJAR CEMERLANG DAN TOKOH MASJID

Posted: 08 Jun 2011 04:12 PM PDT





















Satu Majlis Penyampaian Sumbangan Pelajar Cemerlang dan Anugerah Tokoh Masjid Asy-Syarif Meru telah di adakan di Dewan Hambali Masjid Meru. Majlis yang di hadiri oleh 52 orang pelajar bersama ibu-bapa mereka itu di serikan lagi dengan kehadiran YB Dr Rani selaku ADUN Meru, Datuk Ketua Kampung Tuan Hj Taipor Hj Nor, Tuan Nazir Tuan Hj Asimoni Hj Ehsan dan pengerusi-pengerusi surau.


Pelajar-pelajar yang mendapat sumbangan dan anugerah adalah terdiri dari mereka yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR, PSRA, PMR, SMA dan SPM.


Sementara itu Tuan Hj Cikgu Ahmad Rafaei telah dianugerahkan Tokoh Masjid dan Ustazah Yatimah di anugerahkan sebagai Tokoh Pendidik DUN Meru.


Dr. Rani dalam ucapannya berharap pelajar-pelajar cemerlang ini akan terus mencipta kejayaan demi kejayaan dan menjadi kebanggaan ibu bapa mereka dihari muka.




















Tiada ulasan:

Catat Ulasan