CINA ISLAM (林川興) Posted: 08 Jun 2011 01:41 AM PDT 3 nyaris maut kedai dirempuh Posted: 08 Jun 2011 01:30 AM PDT 6 Rejab 1432H. [MOD] -
ALOR GAJAH: Tiga sekeluarga nyaris maut apabila premis jualan langsung diusahakan lima bulan lalu dirempuh kereta Toyota Rush dipercayai dinaiki sekumpulan remaja di pekan Masjid Tanah, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, Shaharudin Salleh, 60, bersama isterinya berada di dalam kedai terbabit dan menonton televisyen bersama anak perempuan mereka, Fadhilah Shaharudin, 37.
"Kami bertiga menonton televisyen sebelum terdengar bunyi deruman enjin kereta semakin dekat dan tidak sampai berapa saat bahagian depan kereta itu merempuh pintu kaca bahagian tepi kedai.
"Kereta itu merempuh masuk menghentam televisyen di atas meja menyebabkan meja itu berpusing beberapa kali dan meluncur merempuh pintu kaca bahagian depan kedai dan berhenti beberapa inci dari tubuh saya.
"Saya tergamam dan menggigil ketakutan serta hanya memikirkan maut ketika itu," katanya.
Sementara itu, pemilik kereta terbabit, Norizan Rosli, 40, mendakwa meminta seorang anaknya mengambil penapis air di sebuah kedai berhampiran rumahnya di Taman Bandar Baru, dekat sini, Menurutnya, dia meminta bantuan anaknya, Mohd Sadiq mengambil penapis itu kerana tidak boleh meninggalkan rumah bagi menjaga seorang anak yang menghidap demam panas.
"Walaupun kedai itu dekat, tetapi dia masih tidak pulang walaupun 15 minit berlalu, naluri ibu tetap merasakan ada sesuatu yang tidak kena.
"Ia kenyataan apabila anak saya muncul dengan tiba-tiba dan dapat melihat kesan luka di tangan sebelum mendesak memberitahu apa yang berlaku," katanya.
Norizan berkata, anaknya memberitahu dia ditahan seorang remaja yang menghimpit menggunakan motosikal sebelum merampas keretanya dan melanggar premis kedai.
Sementara itu, Ketua Turus Trafik dan Ketenteraman Awam Daerah Alor Gajah, Cif Inspektor Mohd Zuki Abd Ghani, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kemalangan itu dan pihaknya menahan remaja terbabit bagi siasatan lanjut.
"Kami difahamkan, remaja terbabit memandu kenderaan orang lain tanpa lesen dan tindakan saman akan dikenakan juga terhadap ibu bapa mereka kerana membiarkan anak memandu kenderaan menyebabkan kerosakan harta benda perseorangan.
"Kes disiasat mengikut Peraturan 10, Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu tanpa lesen dan menyebabkan kemusnahan harta benda awam," katanya. | Cedera dirempuh kuda Posted: 08 Jun 2011 01:00 AM PDT 6 Rejab 1432H. [MOD] -
GEORGETOWN: Percutian empat sekeluarga hampir berakhir dengan tragedi memilukan apabila seorang daripada mereka cedera dirempuh seekor kuda yang ditunggang seorang lelaki di pantai Batu Feringgi, di sini, semalam.
Sebelum kejadian, keluarga berkenaan dikatakan sedang bermain di tepi pantai berhampiran dengan sebuah hotel, kira-kira jam 10.30 pagi.
Gambar hiasan
Bagaimanapun, kuda yang ditunggang seorang lelaki tiba-tiba muncul di celah pengunjung sebelum merempuh seorang kanak-kanak, Arina Kirana Azrin, 5, menyebabkannya terpelanting. Berikutan rempuhan itu, tulang selangka Arina dipercayai patah.
Bapanya, Azrin Abdul Razak, 37, seorang kakitangan awam di Putrajaya berkata, keluarganya bercuti dan menginap di sebuah hotel berhampiran bersama isteri dan dua anaknya termasuk Arina.
Menurutnya, ketika kejadian, dia berada tidak jauh dari tempat Arina dan kakaknya yang berusia 12 tahun bermain.
Katanya, kejadian berlaku begitu pantas apabila dalam keadaan pengunjung yang ramai kuda berkenaan dipercayai merempuh anaknya menyebabkan anaknya terpelanting.
"Keadaan menjadi kelam-kabut dan dia yang panik terus menerkam anaknya yang dalam keadaan separuh sedar sebelum mengejarkannya ke sebuah klinik berhampiran dengan bantuan kakitangan hotel.
"Selepas menerima rawatan awal itu, Arina diarahkan untuk menjalani pemeriksaan lanjut di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan dikehendaki menjalani pemeriksaan X-Ray sebelum dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut," katanya.
Azrin berkata, dia kecewa dan marah terhadap penunggang kuda dipercayai 'budak pantai' yang melarikan diri dari tempat kejadian tanpa bertanggungjawab terhadap tindakan dilakukannya.
Menurutnya, lebih kecewa lagi apabila dia dimaklumkan aktiviti berkuda di pantai diharamkan kerajaan negeri.
"Hanya Tuhan saja mengetahui dan mengerti perasaan saya ketika ini dan sebagai bapa saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan saman terhadap pihak yang bertanggungjawab itu," katanya. | Parah langgar penghadang Posted: 08 Jun 2011 12:45 AM PDT 6 Rejab 1432H. [MOD] -
Gambar hiasan
REMBAU: Seorang lelaki cedera parah apabila kereta Perodua Viva dipandunya terbabas ke bahu jalan dan merempuh besi penghadang dalam kemalangan di Kilometer 226.9, Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah Utara, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi, rempuhan kuat itu menyebabkan mangsa, Mohd Temaz Mohd Hassan, 40-an, cedera teruk di kepala dan badan.
Jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati mangsa memandu bersendirian dan gagal mengawal pergerakan kenderaan sebelum terbabas dan melanggar besi penghadang di bahu jalan.
"Pemeriksaan kemudian mendapati mangsa cedera parah dan dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk menerima rawatan lanjut," katanya di sini, semalam.
Menurut jurucakap itu, pihaknya masih menyiasat punca sebenar kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1), Akta Pengangkutan Jalan 1987. | AS suruh Saleh serah kuasa Posted: 08 Jun 2011 12:40 AM PDT 6 Rejab 1432H. [MOD] -
Ali Abdullah Saleh 25 lagi terbunuh keadaan dalam negara Yaman terus kacau bilau
SANAA: Amerika Syarikat terus mendesak Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh supaya menyerah kuasa ketika 25 lagi maut selepas pertempuran meletus semalam antara tentera Yaman dengan kumpulan lelaki bersenjata disyaki anggota pergerakan al-Qaeda di selatan negara itu.
Saleh, 69, sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Arab Saudi selepas cedera dalam serangan di istana presiden, Jumaat lalu. Pembangkang yang disokong penunjuk perasaan bersumpah untuk menghalangnya kembali berkuasa sementara Amerika menggesa satu "peralihan kuasa segera."
"Kami percaya satu peralihan segera adalah yang terbaik demi kepentingan rakyat Yaman dan mengekalkan kestabilan secara jelas dalam satu situasi amat tidak stabil," kata jurucakap Rumah Putih, Jay Carney.
Setiausaha Negara Amerika, Hillary Clinton, bercakap bersebelahan rakan sejawatannya dari Perancis Alain Juppe dalam satu sidang media di Washington, pula jelas mengatakan Saleh perlu berundur.
"Saya tidak dapat buat spekulasi apa yang akan dilakukan atau diperkatakan Saleh, namun kami mahu menegaskan dan menggesa satu peralihan kuasa secara aman dan teratur, bukan secara ganas supaya sejajar dengan perlembagaan Yaman.
"Kami fikir peralihan segera memenuhi kepentingan rakyat Yaman kerana ketidakstabilan dan kekurangan kawalan keselamatan tidak dapat ditangani sehingga ada proses menjurus kepada pembaharuan ekonomi dan politik yang dicari mereka" katanya. Washington menyokong pendirian blok Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang akan menyaksikan Saleh menyerahkan kuasa kepada sebuah pentadbiran sementara dalam tempoh 30 hari sebagai pertukaran kekebalan daripada pendakwaan.
Namun, timbalan Saleh, Abu-Rabbu Mansur Hadi berkata presiden semakin pulih dan beliau akan kembali ke Yaman dalam tempoh beberapa hari lagi.
Sementara itu, dalam pertempuran terbaru antara tentera Yaman dan al-Qaeda di selatan Yaman, 25 orang terkorban, sembilan daripadanya anggota tentera.
Pertempuran meletus apabila tentera diserang ketika bergerak ke bandar Zinjibar pada waktu malam bagi merampasnya semula daripada kawalan pelampau.
Penduduk melaporkan, pertempuran meletus di luar Zinjibar tetapi tentera belum berupaya memasuki bandar itu.
Militan disyaki al-Qaeda mengawal sebahagian besar Zinjibar, ibu kota wilayah Abyan selepas membuat serbuan 29 Mei lalu. Hanya pangkalan tentera di bandar itu, menempatkan briged mekanikal ke-25 berada di tangan kerajaan.
"Pertempuran hebat meletus antara tentera dan lelaki bersenjata al-Qaeda apabila tentera mara ke arah bandar untuk menawannya," kata pegawai tentera menyatakan sembilan askar maut dan 10 lagi cedera. – AFP | Seorang ahli JI ditahan di bawah ISA Posted: 08 Jun 2011 12:40 AM PDT 6 Rejab 1432H. [MOD] -
PUTRAJAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, mengesahkan seorang ahli kumpulan Jemaah Islamiah (JI) ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Ahad lalu.
Dia ditahan di Kampung Batu Belah, Klang, Selangor. Ismail berkata, penahanan itu dibuat selepas polis yang mengawasi aktiviti Abdul Haris Syhuhadi, 63, seorang ahli perniagaan Indonesia boleh membahayakan keselamatan negara.
"Saya hari ini sahkan penahahan tersebut. Saya percaya perbuatan dia boleh membahayakan keselamatan negara dan kita akan mengambil tindakan yang sewajarnya," kata Ismail di sini, hari ini.
Abdul Haris dikatakan menyebar fahaman dan idologi JI serta menarik ahli baru dalam kumpulan militan itu secara aktif di negara ini teruatamanya di Klang dan Banting, Selangor sejak 2002. - BERNAMA | Gillard pertahan perangi Taliban di Afghanistan Posted: 08 Jun 2011 12:30 AM PDT 6 Rejab 1432H. [MOD] -
SYDNEY - Perdana Menteri Australia, Julia Gillard menyifatkan peperangan di Afghanistan tidak berpanjangan kerana mereka hanya mahu memerangi kumpulan militan, semalam, selepas seorang lagi tenteranya terkorban di tangan kumpulan pejuang Taliban di negara itu.
Tentera berumur 23 tahun dari Unit Operasi Tugas Khas itu adalah keempat terkorban sejak dua minggu lalu, sekali gus menjadikan jumlah terkini adalah seramai 27 terbunuh dalam konflik tercetus selama sedekad.
Gillard menganggap ia sebagai ujian memandangkan negara sekutu lain juga berhadapan masalah sama dalam memerangi kegiatan kumpulan militan.
Beliau juga tidak dapat berjanji segalanya akan berakhir kerana pasukan tenteranya perlu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi segala kesukaran di negara kubu pejuang itu.
Sinar Harian/- | Masukkan daging babi dalam kasut jemaah masjid Posted: 08 Jun 2011 12:00 AM PDT 6 Rejab 1432H. [MOD] -
LONDON: Seorang lelaki memasukkan daging babi ke dalam kasut penduduk Islam yang ditinggalkan di luar masjid ketika mereka menunaikan solat.
Jamie Knowlson, 30, yang melakukan perbuatan itu ketika mabuk, juga meninggalkan kepingan daging babi pada pagar sekeliling masjid berkenaan.
Gambar hiasan
Sebuah mahkamah di sini diberitahu, ketika meninggalkan tempat berkenaan, Knowlson menjerit ke arah jemaah di dalam masjid: "Lain kali saya akan melakukan lebih teruk daripada ini. Orang terkutuk." Knowlson melakukan perbuatan jahat itu di Masjid Al-Baseera di St Judes, Bristol yang sering dikunjungi kira-kira 2,000 umat Islam keturunan Somalia.
Apabila ditangkap berhampiran masjid itu, dia memberitahu polis, dia hanya bergurau.
Dia kemudian mengaku menyedari perbuatan itu menyakitkan hati umat islam dan kembali ke masjid itu untuk meminta maaf.
Hakim mengenakan hukuman penjara tertangguh enam bulan kerana Knowlson sudah meminta maaf.
Imam Masjid Al Baseera, Mubarak Mohamud berkata: "Kami terkejut dengan perbuatannya tetapi kami diajar untuk bersabar dan bertolak ansur."
Agensi | Nenek sakit, atuk ulit janda Posted: 07 Jun 2011 11:30 PM PDT 6 Rejab 1432H. [MOD] -
ALOR SETAR: Isterinya sedang sakit di kampung, namun gelora nafsu memuncak menyebabkan seorang lelaki warga emas dan rakannya mengambil kesempatan membawa pulang seorang janda ke sebuah rumah di Kampung Melung, Jalan Datuk Kumbar di sini, untuk memuaskan nafsu mereka.
Warga emas berusia 60 tahun yang juga anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) yang mempunyai enam cucu, manakala rakannya lingkungan 50-an dikatakan mengenali wanita berusia 25 tahun itu ketika bersiar-siar di mini I-City berhampiran Dataran Paris dekat sini, kelmarin.
Bagaimanapun, perbuatan keji mereka terbongkar apabila dicekup kerana disyaki berkhalwat dalam bilik di sebuah rumah yang dipercayai didiami keluarga adik ipar lelaki berusia 50 tahun itu oleh sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), kira-kira jam 1.30 pagi.
Ketika ditahan, anggota Rela terbabit memberi alasan isterinya sakit sejak 20 tahun lalu, malah anaknya langsung tidak menjenguk, manakala rakannya pula mendakwa baru kematian isteri yang juga orang kurang upaya (OKU) beberapa bulan lalu.
Kesempatan itu digunakan mereka untuk membawa pulang janda beranak dua itu bagi memuaskan nafsu walaupun wanita berkenaan baru dikenali tidak sampai beberapa jam sebelum diajak melakukan hubungan seks. | Chelsea kini buru Sneijder Posted: 07 Jun 2011 11:00 PM PDT 6 Rejab 1432H. [MOD] -
LONDON: Chelsea kini memburu pemain tengah Inter Milan, Wesley Sneijder yang bernilai USD 30 juta (RM148 juta) selepas mendapat nasihat daripada Guus Hiddink.
kuad the Blues itu yakin Hiddink akan menjadi pengurus baru mereka minggu depan. Pengendali dari Belanda itu mengarahkan Chelsea supaya mengatasi tawaran Manchester United dan City yang turut berminat mendapatkan Sneijder.
Pemain perancang berusia 27 tahun minggu ini semakin hampir meninggalkan Inter pada musim panas ini kerana sudah menyatakan minat untuk beraksi di England.
Pengurus United, Alex Ferguson mengikuti perkembangannya dan menganggap Sneijder pemain terbaik menggantikan Paul Scholes di Old Trafford.
Namun permintaan Sneijder untuk bayaran gaji RM200,000 seminggu menyukarkan United sebaliknya meyakinkan Chelsea mereka mempunyai tawaran lebih menarik berbanding City.
The Blues menunggu ketua FA Turki, Mahmut Ozgener kembali bertugas minggu depan sebelum membuat tawaran rasmi kepada Hiddink, 64.
Turki semakin hampir kehilangan Hiddink meskipun beliau masih mempunyai kontrak setahun sebagai jurulatih kebangsaan apabila the Blues bersedia menebus kontrak RM4 juta (RM19.7 juta).
Sementara itu, Carlo Ancelotti yang dipecat Chelsea bulan lalu menafikan beliau mendapat tawaran daripada Aston Villa dan Fulham.
"Saya tidak mahu tergesa-gesa untuk bertugas semula dan tidak perlu melakukannya. Saya akan berehat setahun untuk mendalami pengetahuan," kata pengendali dari Itali itu.
Agensi | Apakah Umno-BN Faham Erti Negara Berkebajikan? Posted: 07 Jun 2011 10:45 PM PDT 6 Rejab 1432H. [MOD] -
KOMENTAR : Ini satu lagi ujian bagi rakyat Malaysia; sekurang-kurang untuk menyukat kefahaman dan kebijaksanaan mereka. Persoalan kali ini mudah – apakah erti kebajikan? Dan, setelah mengerti istilah kebajikan, apakah pula yang dimaksudkan dengan Negara Berkebajikan?
Seperti biasa pemimpin Umno-BN akan menggunakan segala kudrat media dan instrumen penerangannya untuk memberi takrif kebajikan dari sudut pandang mereka. Umumnya, pemimpin Umno-BN mendakwa mereka telahpun melaksanakan tuntutan Negara Berkebajikan dalam urusan pentadbiran negara.
Tanpa sebenarnya mengulas dan memperinci erti kebajikan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, misalnya, terus mendabik dada mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah Negara Berkebajikan. Dalilnya, kata beliau, kerajaan telah memberi dan menyediakan pelbagai kemudahan untuk rakyat di bidang pendidikan, prasarana, subsidi sara hidup dan sebagainya.
Lantas, beliau dan timbalannya, Muhyiddin Yassin, memperlekehkan teras perjuangan PAS kini untuk menegakkan sebuah Negara Berkebajikan. Malah diperli-perli pula PAS yang kononnya tergamak meninggalkan perjuangan menegakkan sebuah Negara Islam.
Seolah-olah meratapi anjakan keutamaan PAS ini, Umno mahu perjuangan mulia PAS menegakkan Negara Islam diteruskan. Namun rakyat yang peka tentu dapat membaca dalam usaha memikat pengundi Melayu-Islam, Umno melalui bekas presidennya, Dr Mahathir Mohamad, dengan selamba menabalkan Malaysia sebuah Negara Islam hanya kerana Perlembagaan menyebut Islam agama rasmi Persekutuan.
Langkah itu semua diambil dengan tujuan mematikan langkah politik PAS terus memenangi hati dan minda orang Islam di negara ini untuk menyokong agenda menegakkan sebuah Negara Islam di Malaysia!
Kini apabila PAS memperkenalkan konsep perjuangan Negara Berkebajikan, Umno (melalui Presiden dan Timbalan Presiden) beria-ia benar mengumumkan kerajaan Umno-BN memang sudah lama memperjuangkan konsep Negara Berkebajikan itu.
Memang diakui demikian. Namun tindakan Umno-BN itu adalah satu usaha yang dilakukan sudah terlalu lama dahulu. Itupun ketika Umno-BN belum lagi dirasuk nafsu serakah untuk menghimpunkan dividen kebajikan kerajaan kepada sanak saudara dan suku sakat Umno dan sedikit sahaja untuk ahli komponen BN yang lain.
Sejak berjaya melakarkan impian bahawa Malaysia akan menjadi sebuah Negara Maju menjelang tahun 2020, Umno mula memusatkan perhatian untuk menghimpunkan kekayaan dan kemewahan atas nama Dasar Ekonomi Baru. Kira-kira RM54 bilion dikumpulkan untuk menjana kekayaan bagi pihak kaum Bumiputera.
Hari ini hanya RM2 bilion sahaja yang boleh dikaitkan dengan pemilikan Bumiputera baki RM52 bilion itu lesap atau tiris entah ke mana. Hanya Umno dan pemimpinnya tahu siapakah yang benar-benar mendapat manfaat daripada kerangka kebajikan yang diwar-warkan oleh Najib dan Muhyiddin ini.
Adalah selamat dikatakan bahawa Umno-BN Cuma faham erti kebajikan dari sudut material semata-mata. Dari tindak tanduk dan sikap, boleh dirumuskan bahawa Umno tidak menghitung bahawa pengertian Negara Berkebajikan juga mempunyai dimensi rohaniah atau kejiwaannya.
Seseorang yang bernaung di bawa sebuah Negara Berkebajikan mungkin tidak lengkap dibantu dengan kebajikan material sahaja. Kebajikan yang hakiki ialah ketenangan, kesejahteraan dan kemakmuran jiwa dan akal fikiran. Perspektif ini amat penting diterjemah dan dihayati dalam sesebuah negara yang berkebajikan.
Soal bantuan ekonomi dan materi lain memang mutlak menjadi tanggungjawab kerajaan. Namun bantuan dan kebajikan hakiki mestilah dijelmakan dalam soal bebas menghayati rasa aman, sejahtera dan selamat daripada segala onar. Rakyat harus bebas dari ketakutan harta-benda dan nyawa mereka dicerobohi. Jika ia disakiti oleh hasad dengki insan lain, ia tahu bahawa ia akan dapat pembelaan dan, jika ia dibicarakan, ia yakin bahawa ia akan dihakimkan dengan adil.
Bila disebut Negara Berkebajikan, ia bermakna rakyat mestilah dilindungi oleh hambatan ekonomi seperti inflasi, menghuni sistem perumahan yang munasabah dan mampu memelihara maruah individu dan keluarganya. Kemudahan hidupnya seperti peluang pendidikan, prasarana pengangkutan dan sebagainya mestilah diapit erat oleh ketenangan, keamanan dan keadilan yang dijamin oleh pemerintah. Maka apabila Najib dan Muhyiddin bersorak bahawa Umno-BN sudahpun mengamalkan konsep Negara Berkebajikan, ia pasti satu pengertian dan cerminan kefahaman dan kepemimpinan yang cacat. Kebajikan material Umno-BN tidak diimbangi dengan dimensi kebajikan kejiwaan.
Bagaimana mungkin akan ada ketenangan jika dalam kehidupan seharian kos sara hidup semakin merentap nilai setiap sen yang diperolehi dari jerih rakyat oleh inflasi lantaran kebebalan pengurusan kerajaan memotong subsidi barangan perlu tetapi masih mempertahankan jaminan RM19 bilion subsidi kepada pengeluar tenaga bebas (IPP) saban tahun?
Kebajikan apa namanya jika setiap ibubapa sentiasa musykil, bimbang dan ngeri akan keselamatan anak dan keluarga dalam kes kejadian jenayah yang semakin parah? Kebajikan apa namanya, jika agensi keselamatan dilihat lebih mudah diarah oleh pemerintah untuk menggertak dan mengancam rakyat yang mahu bersuara tentang kepincangan sistem pilihanraya, mahkamah dan menuntut hak untuk bebas bersuara?
Untuk mencapai status Negara Maju, Malaysia memerlukan warga yang tinggi pendidikannya dan lapang pemikirannya tanpa cengkaman peraturan dan undang-undang yang zalim. Rakyat memang dengan penuh komitmen sentiasa membimbing keluarga masing-masing ke arah itu. Maka zaman untuk terus menjadi tukang angguk kepada sebuah pemerintah seperti Umno-BN yang berpendirian "hanya kerajaan yang lebih tahu" sudah berlalu.
Rakyat hari ini lebih mengerti maksud Negara Berkebajikan. Usah Najib, Muhyiddin atau mana-mana pemimpin Umno-BN beranggapan bahawa rakyat jahil dalam membezakan ciri-ciri sebuah Negara Berkebajikan dengan sebuah pemerintah yang hanya menghimpunkan kebajikan kepada juak-juak mereka sahaja.
Tv Selangor/- | Perompak suruh junjung al-Quran Posted: 07 Jun 2011 10:20 PM PDT 6 Rejab 1432H. [MOD] -
KULIM: Sekumpulan empat lelaki yang merompak sebuah rumah sempat mengarahkan seorang wanita warga emas menjunjung al-Quran dan bersumpah bahawa dia tidak menyimpan barang berharga lain ketika mereka mahu melarikan diri selepas melakukan samun di Taman Seluang, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, mangsa berusia 60 tahun dan suaminya yang juga pesara guru berusia 65 tahun kerugian kira-kira RM43,000 apabila penjenayah terbabit melarikan barang kemas serta kereta Perodua Viva berwarna hijau muda bernombor pendaftaran PHK 3653.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Chin Suu Song berkata, ketika kejadian hanya pasangan warga emas itu saja di rumah berkenaan dan suspek dipercayai memasuki rumah itu melalui tingkap di ruang tamu.
"Pasangan terjaga daripada tidur sebaik melihat empat lelaki bertopeng ski sambil mengacukan parang pada leher serta perut mangsa dan mengarahkan mereka menyerahkan barang kemas yang dipakai.
"Selepas itu, semua suspek meninggalkan mangsa dengan menaiki kereta selain merampas kereta Perodua Viva mangsa," katanya.
Sementara itu, sumber berkata, kedua-dua mangsa dipercayai terjaga daripada tidur apabila mereka tiba-tiba terdengar bunyi pelik di ruang tamu rumah.
Menurutnya, tidak lama kemudian muncul empat lelaki bertopeng yang bersenjatakan parang meluru masuk ke dalam bilik sambil mengacukan parang dan pisau di badan mereka.
"Kerana takut, mangsa tidak melawan sebelum seorang daripada perompak mengambil barang kemas dan mengarahkan mereka menunjukkan tempat simpanan barang kemas.
"Sementara, dua lagi perompak menggeledah di bilik lain dan pada waktu sama seorang daripada mereka turut mengarahkan isteri mangsa bersumpah sambil menjunjung al-Quran dan berjanji tidak menyimpan barang berharga lain sebelum melepaskan mereka," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 359/397, Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta hubungi, Inspektor Hidayah Othman di talian 04-4906222 atau mana-mana balai polis berhampiran. | Redah api cari datuk, nenek Posted: 07 Jun 2011 09:45 PM PDT 6 Rejab 1432H. [MOD] -
Gambar hiasan
SELAYANG: "Saya terkejut sebaik mendengar letupan kuat. Kerana ketakutan saya berlari keluar dari bilik mendapatkan abang yang tidur di ruang tamu," kata Mazlin Natasha Mohd Nasir, 9, menceritakan kebakaran di rumahnya di Kampung Sungai Kertas, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, empat rumah panjang hangus dijilat api yang dipercayai berpunca daripada litar pintas.
Menurut Mazlin Natasha, dia dan abangnya bergegas keluar dari rumah kerana api marak cepat.
"Sebaik keluar, saya dapati tiga lagi rumah jiran dijilat api. Ketika itu, baru saya dan abang teringatkan datuk dan nenek yang berehat dalam rumah.
"Kami berdua bergegas mencari datuk dan nenek kerana bimbang kejadian buruk menimpa mereka....maklumlah mereka sudah uzur. Kami bersyukur apabila menemui mereka berkumpul dengan orang ramai berhampiran kawasan berkenaan," katanya ketika ditemui, di sini, semalam. Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Selayang, Zakaria Aini ketika ditemui di lokasi kejadian berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 12 tengah hari dan tiba 10 minit kemudian.
"Seramai 21 anggota dengan tiga jentera yang dikejarkan ke lokasi kejadian memerlukan 10 minit untuk memadamkan kebakaran.
"Punca kejadian masih dalam siasatan. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan anggaran kerugian dilapor mencecah RM180,000," katanya. | Lelaki belasah isteri enggan makan bersama Posted: 07 Jun 2011 09:15 PM PDT 6 Rejab 1432H. [MOD] -
KUANTAN: Akibat menolak pelawaan suami untuk makan tengah hari bersama, seorang suri rumah berusia 25 tahun cedera dibelasah lelaki terbabit menggunakan lesung batu di rumah mereka di Kampung Cenderawasih, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, mangsa cedera di paha, dagu dan kepala akibat dipukul dengan objek keras itu sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.
Difahamkan, kejadian berpunca apabila mangsa enggan makan bersama suaminya yang berusia 28 tahun sehingga berlaku pertengkaran sesama mereka, malah perselisihan faham antara pasangan itu berlarutan dan menjadi semakin serius.
Berikutan gagal mengawal kemarahan, lelaki terbabit nekad mengambil lesung batu lalu memukul mangsa hingga menyebabkan wanita itu cedera dan terpaksa dirawat di HTAA sebagai pesakit luar.
Mangsa kemudian membuat laporan berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, di sini, pada hari sama selain mahu menuntut fasakh dan tinggal berasingan dengan suaminya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Mohd Haris Daud, ketika ditemui mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian itu dan pihaknya masih menjalankan siasatan.
"Suspek sudah dipanggil untuk diambil keterangan dan kes ini masih dalam siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya, semalam.
Dalam perkembangan lain, Mohd Haris berkata, seorang mandur warga Bangladesh teruk dibelasah tiga pekerja bawahannya dalam kejadian di sebuah rumah berhampiran sebuah ladang sawit dekat Rompin, kira-kira jam 3 petang, Sabtu lalu.
Beliau berkata, tiga suspek terbabit yang juga warga Bangladesh bengang apabila mangsa tidak datang menjemput mereka di ladang selepas tamat waktu bekerja sebelum menyerang lelaki terbabit di rumah.
"Suspek menggunakan buluh sebagai senjata untuk memukul mangsa menyebabkannya cedera di bahu kiri, lengan dan kaki sebelum mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Selancar, Rompin dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya. | Kuasa undi anak muda boleh tawan Putrajaya Posted: 07 Jun 2011 09:00 PM PDT 6 Rejab 1432H. [MOD] -
KOTA BHARU, 7 Jun: Pemuda PAS Kelantan kini mempergiatkan usaha mendaftar anak-anak muda yang belum berdaftar sebagai pemilih bagi mencapai matlamat melangkah ke Putrajaya.
Ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman (gambar) berkata, tanpa ada usaha secara serius sasaran menguasai Putrajaya tidak akan menjadi kenyataan.
Oleh itu katanya golongan muda perlu diberi kesedaran bagi membolehkan mereka menggunakan peluang yang berbaki sekarang mendaftar sebagai pemilih.
"Peluang yang ada sekarang perlu direbut anak muda yang belum berdaftar sebagai pemilih. Tanpa disenarai sebagai pemilih mereka tidak mampu melaksanakan tanggungjawab besar menafikan kuasa politik Barisan Nasional (BN) sekarang.
"Saya berharap jentera pemuda di seluruh jajahan mengesan anak-anak muda yang belum mendaftar sebagai pengundi," ujarnya di sini.
Menurutnya pendaftaran perlu dibuat segera bagi membolehkan anak muda melaksanakan tanggungjawab demi masa depan mereka.
"Anak muda yang mencecah umur 21 tahun hendaklah beramai-ramai mendaftar sebagai pemilih. Mereka menjadi penentu masa depan negara," katanya.
Kata beliau sekiranya pilihan raya umum ke-13 diadakan hujung tahun ini, pengundi baru masih berpeluang mengundi memandangkan proses pendaftaran sebagai pemilih dijangka selesai dalam tempoh enam bulan.
Beliau yang juga Adun Mengkebang berharap jentera Pemuda di setiap kawasan memikul tanggungjawab bagi menyedarkan anak muda yang belum berdaftar.
Abdul Latiff juga bimbang usaha pihak tertentu menggunakan jentera kerajaan bagi mendaftar warga asing sebagai pemilih seperti yang dibongkar di Selangor baru-baru ini.
Harakahdaily/- | Lintah raksasa serang kampung Jawa Tengah Posted: 07 Jun 2011 09:00 PM PDT 6 Rejab 1432H. [MOD] -
SEORANG pegawai tentera, Kapten Bambang Susilo menunjukkan seekor lintah raksasa yang melekat pada tangan kirinya di Desa Timbol Sloko, Demak, Jawa Tengah semalam.
DEMAK - Penduduk di Desa Timbul Sloko, Demak, di Jawa Tengah kini berada dalam kebimbangan ekoran serangan lintah raksasa di kawasan berair dan jalan yang basah akibat hujan, lapor akhbar dalam talian, Kompas.com semalam.
Seorang penduduk kampung itu, Satiman, 36, berkata, bentuk lintah tersebut kelihatan berbeza dengan lintah darat.
Ratusan haiwan tersebut muncul selepas banjir kilat surut.
Menurut Satiman, kehadiran lintah yang bersaiz lima kali ganda daripada biasa itu menyebabkan penduduk kampung buntu untuk mencari cara bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Ketua Tentera Daerah Kecil Sayung, Arief Sudaryanto berkata, lintah yang sama turut ditemui di Desa Sidogemah dan Sriwulan.
Dia menjelaskan bahawa jenis lintah itu belum diketahui tetapi penduduk kampung tidak perlu bimbang kerana ia tidak membahayakan mereka.
Seorang lagi pegawai tentera, Kapten Bambang Susilo berkata, penduduk kampung tidak perlu takut kerana lintah tersebut tidak menghisap darah.
"Sudah 15 minit ia melekat di tangan, lintah ini tidak menggigit saya," katanya.
Agensi | Faekah: BN tak fikir sebelum beri TOL tanah rizab Posted: 07 Jun 2011 08:30 PM PDT 6 Rejab 1432H. [MOD] -
Keputusan pentadbiran BN Selangor memberikan lesen menduduki sementara kepada pengusaha di tapak rizab di Sg Buloh sebelum ini dibuat tanpa memikirkan keselamatan rakyat, kata setiausaha politik menteri besar, Faekah Husin.
Faekah menjelaskan, kawasan yang menjadi tapak perusahaan tapak semaian itu merupakan rizab keselamatan kerana menempatkan paip bertekanan tinggi bagi menampung bekalan air kepada lebih sejuta penduduk.
"Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan memeliharanya demi mengelak kemungkinan kemalangan besar berlaku.
"Malangnya kerajaan Umno BN ketika itu, entahkan cuai atau mungkin begitu cetek ilmu telah mendesak pegawai kerajaan mengeluarkan TOL dan mengarahkan pengusaha tapak semaian berpindah ke tapak tersebut," kata Faekah.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan "celupar" timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak prihatin dalam isu berkenaan.
Semalam, Muhyiddin dilaporkan sebagai berkata, kerajaan negeri itu sepatutnya membela masalah penduduk berkenaan dengan memperbaharui TOL untuk mengusahakan tanah rizab Jabatan Bekalan Air itu.
"Beliau perlu ingat bahawa tapak semaian asal seluas 75.16 ekar dan dihuni oleh 50 pengusaha yang dipaksa pindah ke Sungai Buloh oleh kerajaan BN Selangor pada 1999. Tapak tersebut telah diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk membina sebuah hospital," kata Faekah.
Katanya lagi, kerajaan Pakatan Selangor tidak berniat untuk menghalang usaha pembinaan hospotal berkenaan, namun arahan kepada Pebadanan Kemajuan Pertanian Selangor untuk mengeluarkan TOL untuk mengusahakan tanah berkenaan bercanggah dengan peruntukan undang-undang tanah negeri.
Jelasnya, kawasan yang menempatkan paip bertekanan tinggi sepanjang 16 km itu perlu dipelihara bagi mengelakkan kemalangan besar berlaku.
Menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim pula sebelum ini memutuskan supaya perusahaan tanaman pokok itu boleh diteruskan dan turut memberi jaminan bahawa hak pengusaha berkenaan akan diambil kira walau tidak diberikan TOL
Malaysiakini/- | Pasangan campak bayi diburu Posted: 07 Jun 2011 08:30 PM PDT 6 Rejab 1432H. [MOD] -
Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Polis masih mengesan sepasang kekasih dipercayai suspek utama yang bertanggungjawab mencampak seorang bayi lelaki baru dilahirkan dari tingkat lima hingga menyebabkan kepala mangsa berkecai di sebuah pangsapuri di Sentul Utara, di sini, akhir bulan lalu.
Hasil bedah siasat terhadap bayi itu sebelum ini mendapati bayi malang berkenaan masih lagi bernyawa ketika dicampak dan ia jelas menunjukkan satu kes bunuh yang sangat kejam. Difahamkan, pasangan terbabit 'ghaib' selepas kejadian dan polis belum mengetahui status mereka sama ada sudah berkahwin atau sekadar pasangan kekasih.
Menurut sumber, pasangan berusia 20-an itu dipercayai meloloskan diri ketika orang ramai kelam-kabut berikutan penemuan mayat bayi berkenaan pada malam kejadian.
"Pada malam itu, ketika polis menjalankan siasatan dan pemeriksaan di lokasi bayi berkenaan dijumpai, sebuah kereta dipandu secara mengundur dikesan meninggalkan kawasan pangsapuri itu dengan tergesa-gesa melalui satu-satunya pintu masuk ke kawasan berkenaan.
"Penduduk yang menyedari kehilangan pasangan itu turut berasa curiga sebelum memaklumkan perkembangan itu kepada polis," katanya.
Sumber berkata, polis yang menerima maklumat segera memeriksa setiap rumah di blok berkenaan, namun gagal menemui pasangan itu kerana dipercayai mereka sudah meninggalkan kawasan perumahan itu. | Karpal sekat hudud: Saifudin kata Dr Mahathir haprak Posted: 07 Jun 2011 07:45 PM PDT 6 Rejab 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 7 Jun: Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) sebagai ahli politik yang haprak apabila menuduh Karpal Singh berjaya menyekat PAS laksana hudud.
Ini kerana, ketika Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan rang undang-undang jenayah Syariah II yang di dalamnya terkandung undang-undang hudud, Dr Mahathir yang menyekat pelaksanaannya.
Ia disekat melalui satu surat amaran yang dihantar beliau selaku Perdana Menteri kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz pada tahun 1993 lalu.
Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telahpun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993.
Ini berikutan dengan janji PAS untuk melaksanakan Hukum Hudud pada pilihanraya 1990.
Selepas muktamar PAS baru-baru ini, Tun Dr Mahathir melalui blognya menulis dengan berkata, Karpal yang berjaya menyekat mendirikan negara Islam yang akan kuatkuasakan hukum hudud sudah tercapai.
"yang menang besar ialah tokoh yang tidak hadir dan bukan pun ahli PAS. Ianya ialah Karpal Singh. Perjuangannya supaya PAS gugurkan matlamat untuk mendiri negara Islam PAS yang akan kuatkuasakan hukum hudud sudah pun tercapai," tulis Mahathir.
"Dr M hantar surat amaran kepada TG Nik Aziz jangan laksana hudud, aneh hari ni Dr M kata Karpal berjaya sekat PAS jalankan hududd...haprak!" tulis Saifudin (gambar kanan) dalam Twitternya.
Bagi beliau, Dr Mahathir tidak layak bercakap Karpal anti Islam.
"Mesej saya mudah Dr M tak layak langsung cakap Karpal anti Islam sebab rekod Dr M sendiri paling membenci Islam," tegas Saifudin yang juga anggota Parlimen Machang, Kelantan.
Menurut beliau, Dr Mahathir pernah berkata kalau dibuat hukum hudud habis orang Islam mundur sebab kena potong tangan..."hari ini Dr Mahathir salahkan Karpal."
Bagi beliau, Karpal sekurang-kurangnya tidak menyekat bantuan untuk Sekolah Agama Rakyat namun Dr Mahathir membuatnya!
"Sebab katanya sekolah agama ajar murid benci pemerintah ...siapa sebenarnya benci Islam?" soal Saifudin.
Bagi Saifudin, kalaupun Karpal tolak negara Islam dan Hudud beliau boleh memahaminya sebab dia bukan Muslim, tetapi Dr Mahathir tentang negara Islam dan Hudud, ini yang beliau tidak dapat faham.
Surat Dr Mahathir
Surat Dr Mahathir sampai kini masih diingati oleh Tuan Guru Nik Aziz hatta dalam satu majlis baru-baru ini.
"(Tun) Dr Mahathir (ketika itu perdana menteri) datang ke Kelantan memberi amaran sekiranya (kerajaan) Kelantan laksana hudud, kerajaan pusat akan mengambil tindakan.
"Sebelum ini, Kelantan pernah digantung perlembagaan oleh Mageran… Jadi kalau (kita) tak boleh buat semua, jangan kita tinggal semua," katanya.
"Kalau kerana hukum hudud, satu Kelantan kena Mageran… dan kerajaan Kelantan nak digantung oleh kerajaan pusat, (jadi) itu tak cerdik," kata Nik Aziz dalam satu dialog bersama penulis blog dan facebook di Hotel Grand Season di ibu negara, baru-baru ini.
Mursyidul am PAS itu berkata, sekiranya ketiadaan kuasa untuk melaksanakan undang-undang tersebut, maka tidak boleh ditinggalkan semua undang-undang berkenaan.
Dengan mengumpamakan tindakannya itu sebagai seguni beras, katanya, sekiranya tidak mampu untuk membawanya, maka "diambil secupak-secupak" sehingga habis.
"Oleh itu, kita tak laksana hudud (keseluruhan), tetapi kita laksana (Islam) satu persatu. Alhamdulilllah kaum Cina dan India menyokong PAS," katanya yang mendapat tepukan kira-kira 130 penulis blog dan pemilik Facebook.
Harakahdaily/- | MP: Salah guna duit rakyat bagi risik kahwin anak Posted: 07 Jun 2011 07:37 PM PDT 6 Rejab 1432H. [MOD] -
SHAH ALAM, : Kerajaan Negeri Selangor terus mempelbagaikan promosi konsep negeri itu yang terkenal dengan Negeri Idaman; Maju, Sejahtera dan Berkebajikan, kali ini dengan menganjurkan Pertandingan Blog Kreatif yang menawarkan hadiah lumayan.
Dengan kerjasama penuh Fakulti Industri Teknologi Maklumat, Universiti Industri Selangor (Unisel), Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Hajah Halimah Ali melancarkan pertandingan itu petang tadi.
Hadiah lumayan yang ditawarkan untuk keseluruhan kategori berjumlah RM16,300 dan hadiah iringan yang lain.
Dr Halimah berkata, dengan adanya pertandingan yang terbuka kepada tiga kategori pelajar sekolah, penuntut institut pendidikan tinggi dan umum, diharapkan dapat mencapai banyak manfaat berkaitan dengannya.
(Gambar: Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Hajah Halimah Ali melancarkan Pertandingan Blog Kreatif, petang tadi)
Katanya, bermula hari ini hingga 31 Oktober 2011, pertandingan itu dibuka kepada warganegara Malaysia mengemukakan penyertaan mereka mengikut syarat-syarat tertentu.
"Objektif pertandingan untuk menggalakkan penggunaan internet secara positif oleh pelajar-pelajar sekolah dan IPT, memberikan ruang seluasnya untuk semua lapisan rakyat khususnya golongan muda berbicara dan meluahkan pendapat serta impian mereka dalam pembikinan Selangor sebagai sebuah Negeri Idaman.
Selain itu, jelasnya, ia bertujuan menyediakan ruang perbincangan maya untuk membangunkan Selangor agar idea terbaik boleh dicetus, dikembang serta dikongsi bersama dalam perbincangan konstruktif.
"Pertandingan ini juga bertujuan membentuk masyarakat berilmu dan gemar menulis kerana kemahiran ini merupakan elemen utama di dalam pembentukan masyarakat cintakan ilmu.
"Lebih dari itu, pertandingan ini juga menyediakan ruang luas kepada masyarakat menyatakan bagaimana bentuk Negeri Selangor Impian yang mereka inginkan agar dapat diberi perhatian oleh pimpinan di peringkat kerajaan negeri," tegasnya.
Untuk info awal, Kategori Pelajar Sekolah Menengah terbuka semua pelajar sekolah di seluruh Malaysia yang berumur antara 13 hingga 17 tahun.
Manakala semua pelajar institusi pengajian tinggi di seluruh Malaysia yang berumur antara 18 hingga 25 tahun boleh menyertainya dan kategori umum pula terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia.
Penyertaan adalah secara individu yang hanya boleh mendaftarkan satu laman blog sahaja dengan menggunakan sama ada Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
Peserta bebas menggunakan sebarang aplikasi, tool atau perisian untuk membina blog masing-masing.
Kandungan blog mestilah asli dan jika diambil daripada sumber lain, perlu dinyatakan sumber tersebut dengan jelas.
Kandungan yang diambil sepenuhnya daripada sumber lain tanpa kredit kepada sumber asli akan dikira batal.
Kriteria penilaian blog melibatkan kreativiti termasuk penggunaan teks dan elemen multimedia yang mampu menarik perhatian, kadar maklumat yang diposkan pada blog dan bilangan pelawat yang melawat blog.
Maklumat lanjut pertandingan boleh didapati di www.selangor.idamanku.com
Harakahdaily/- Oleh : Ismail Hashim | Letusan debu gunung berapi dirakam dari angkasa lepas Posted: 07 Jun 2011 07:30 PM PDT 6 Rejab 1432H. [MOD] -
BEBERAPA cahaya kilat muncul di kawasan gunung berapi Puyehue-Cordon Caulle di Chile.
SANTIAGO - Imej kepulan debu yang dikeluarkan gunung berapi Puyehue-Cordon Caulle di Chile pada Sabtu lalu dapat dilihat dari angkasa lepas.
Kepulan debu itu dirakamkan menerusi satelit Aqua sejurus selepas ia meletus buat kali pertama sejak 1960. Pada 1960, gunung itu meletus akibat gempa bumi kuat berukuran 9.5 Richter di Chile.
Sementara itu, gambar kilat di sekitar gunung itu kelmarin juga dapat dirakamkan oleh jurugambar agensi AgenciaUno yang disiarkan agensi berita AP semalam.
Letusan itu yang masih berterusan kelmarin menyebabkan 4,000 penduduk dipindahkan dari kawasan berdekatan gunung tersebut.
Agensi | Presiden Yemen cedera parah Posted: 07 Jun 2011 07:15 PM PDT 6 Rejab 1432H. [MOD] -
WASHINGTON 8 Jun – Presiden Yemen, Ali Abdullah Saleh dilaporkan mengalami kecederaan lebih serius berbanding laporan sebelum ini, selepas Istana Presiden diserang pemberontak pada 3 Jun lalu.
Saleh yang menerima rawatan di Arab Saudi pada awalnya dilaporkan hanya cedera ringan dan menurut Naib Presiden Yemen, beliau akan kembali ke tanah air dalam tempoh beberapa hari lagi.
Seorang pegawai Amerika Syarikat (AS) yang enggan dikenali bagaimanapun berkata, Saleh sebenarnya cedera parah dengan lebih 40 peratus badannya terbakar.
REUTERS | Banjir: 13 maut di Haiti Posted: 07 Jun 2011 07:00 PM PDT 6 Rejab 1432H. [MOD] -
Gambar hiasan
PORT-AU-PRINCE 8 Jun – Banjir akibat hujan lebat yang melanda Haiti semalam menyebabkan sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh.
Yolaine Surena dari agensi perlindungan awam Haiti berkata, hujan yang dikatakan terburuk untuk tahun ini melanda ibu negara Port-Au-Prince.
Menurut Surena, dua orang dilaporkan mati di Haiti selepas kem sementara berhampiran kediaman Presiden yang musnah dinaiki air, manakala dua kanak-kanak tertanam apabila rumah mereka runtuh dan enam lagi maut di daerah Petionville.
AFP | Masjid di Palestin dibakar di Tebing Barat Posted: 07 Jun 2011 06:44 PM PDT 6 Rejab 1432H. [MOD] -
SEJUMLAH wartawan dan penduduk Palestin melihat sebuah masjid yang terbakar di Tebing Barat semalam.
RAMALLAH - Beberapa orang bertindak membakar sebuah masjid di utara Tebing Barat awal pagi semalam dan menconteng dinding dengan perkataan Ibrani.
Menurut Ketua Kampung el-Mughayer, Faraj al-Nassan, penduduk kampung mengetahui mengenai kebakaran itu semasa mereka pergi untuk bersolat subuh.
Karpet masjid itu terbakar tetapi kebakaran tersebut tidak merebak.
Menurut ketua kampung itu, pembakaran itu yang menggunakan tayar di dalam kawasan masjid sebenarnya bertujuan untuk menyebabkan bangunan masjid terbakar.
Bagaimanapun, tiada seorang pun yang mengaku untuk bertanggungjawab terhadap tragedi itu.
Namun, penduduk Yahudi dipercayai menjadi suspek yang membakar masjid berkenaan kerana terdapat contengan perkataan Aley Ayin yang merupakan kawasan penempatan haram Yahudi.
Kawasan penempatan haram itu diarahkan kosong oleh pemerintah Israel pada minggu lalu.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengutuk percubaan untuk membakar masjid itu.
Agensi | Gambar Lucah Dalam Yasin, Angkara Siapa? Posted: 07 Jun 2011 06:30 PM PDT 6 Rejab 1432H. [MOD] -
Kepala Batas - Hampir 100 jemaah Masjid At-Takwa, Taman Bertam Indah di sini yang bersiap memulakan majlis bacaan surah Yasin malam semalam terkejut apabila mendapati 21 naskhah surah berkenaan mengandungi gambar lucah.
Gambar itu dilekatkan sekeping di halaman berlainan 21 naskhah surah berkenaan.
Setiausaha qariah masjid berkenaan, Abdul Rahman Abdullah berkata, gambar lucah dilekatkan dengan kemas.
"Selain ukuran sama besar, gambar itu dilekatkan menggunakan pelekat dua hala.
"Ini menunjukkan pelakunya mempunyai perancangan rapi dari segi masa untuk melekatkannya di dalam naskhah surah berkenaan," katanya.
Menurutnya, gambar lucah bersaiz 4 sentimeter lebar dan 5 sentimeter panjang setiap satu itu, mempamerkan pelbagai aksi ranjang membabitkan pasangan luar negara, dipercayai dimuat turun dari laman sesawang dari Internet.
"Gambar itu dipercayai dicetak mengikut saiz sebelum di-gunting dan dilekatkan di dalam surah berkenaan.
"Kami tidak tahu motifnya dan kenapa Yasin di masjid ini dijadikan pilihan," katanya.
Pihaknya telah membuat laporan polis dan kesemua 21 naskhah terbabit diambil polis untuk disiasat.
Imam 1 masjid berkenaan, Ahmad Zawawi Ali berkata, majlis bacaan surah Yasin itu diadakan malam semalam untuk menggantikan kuliah agama dan dihadiri 75 lelaki dan 25 wanita.
"Selesai solat Isyak, naskhah surah Yasin itu diambil dan diedarkan kepada jemaah. Seorang daripada jemaah lelaki menyedarinya dan memberitahu Abdul Rahman.
"Suasana majlis bertukar menjadi riuh apabila lebih ramai jemaah menemui gambar itu di dalam naskhah masing-masing," katanya.
Gambar lucah itu tidak ditemui di dalam naskhah yang dikhaskan untuk jemaah perempuan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Zulkifli Alias mengesahkan laporan polis yang dibuat.
"Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan, mendatangkan bencana atau mencemar tempat solat dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan. Sehingga kini belum ada tangkapan.
"Kita ingin menasihati jemaah dan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi sehingga siasatan selesai dijalankan bagi mengelak kejadian tidak diingini," katanya.
Beliau meminta pentadbir masjid lebih berhati-hati menjaga masjid dan meletakkan pengawal untuk mengelak pencerobohan. -SH | MP: Salah guna duit rakyat bagi risik kahwin anak Posted: 07 Jun 2011 06:00 PM PDT 5 Rejab 1432H. [MOD] -
Penggunaan duit rakyat atau dana awam bagi membiayai lawatan Perdana Menteri dan rombongannya ketika merisik perkahwinan anak perempuan Datuk Seri Najib Razak di Kazakhstan adalah salah dari segi moral, kata ahli parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad.
"Tindakan Najib ini tidak ada kelas langsung iaitu menggunakan wang kerajaan dan rakyat untuk urusan peribadi.
"Ini pula bukan pertama kali. Semasa anaknya menerima ijazah di Universiti Georgetown, Washington, Amerika dia dan keluarga juga ke sana dengan program rasmi kerajaan.
"Saya bimbang ia menjadi rujukan pemimpin bawahan beliau sebagaimana bidalan Melayu, bapa kencing berdiri anak kencing berlari," katanya.
Menurut pemimpin PAS itu, tidak menjadi kesalahan bagi perdana menteri merisik perkahwinan anaknya di Kazakhstan tetapi Najib sepatutnya mengambil cuti rasmi dan tidak membelanjakan dana awam.
Nooryana Najwa dijadualkan berkahwin dengan seorang pembesar kerajaan Kazakhstan.
Dalam sejarah Islam, kata Dzulkefly, Khalifah Umar Abdul Aziz pernah mempunyai dua batang lilin berlainan yang ditempatkan di sisi katilnya. Guna duit sendiri
Jika baginda dikejutkan pada waktu malam kerana urusan rakyat, Khalifah Umar akan menyalakan lilin yang dibeli dari dana awam. Sebaliknya jika dikejutkan oleh kawan-kawan atau ahli keluarganya untuk membincangkan hal peribadi, baginda menggunakan lilin yang dibeli melalui wangnya sendiri.
"Mana pergi good governance, intergriti kepimpinan dan ini akan menghakis keyakinan rakyat kepada beliau," kata Dzulkefly.
Menurut beliau jika Najib dan isterinya, Datin Seri Rosnah Mansor benar-benar bertanggungjawab, mereka berdua akan menyusun jadual cutinya untuk kepentingan keluarga dan peribadinya bukannya mengambil kesempatan atas urusan kerajaan.
"Hentikanlah, cukuplah tu.....susunlah cuti dengan baik, guna duit sendiri untuk lunas tanggungjawab kepada anak dan keluarga, inilah mulanya penyelewengan....bila kepimppinan tertinggi tunjukkan sikap hodoh dan buruk," katanya sambil menambah perbuatan mereka itu sebagai langkah yang 'tidak ada kelas langsung'.
Sebelum ini, di Dewan Rakyat pernah dibangkitkan perbelanjaan besar yang dibuat oleh Rosmah.
"Dari segi moralnya ia sangat salah," kata Dzulkefly.
Sementara itu, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad meminta Najib supaya telus dan tidak mengambil kesempatan di atas urusan rasmi untuk sebarang urusan peribadi apatah lagi apabila menggunakan wang kerajaan yang juga wang rakyat.
"Kalau benda (dakwaan) ini betul kenapa Najib nak rahsiakan? Beliau kena cakap terus teranglah. Kalau betul beliau ke sana atas urusan peribadi janganlah guna harta kerajaan dan harta rakyat. Jangan berselindung di sebalik lawatan rasmi.
"Kalau betul anaknya akan berkahwin dengan anak pembesar Kazakhstan saya ucapkan tahniah tapi gunalah duit sendiri yang sudah banyak tu..tak payahlah guna duit rakyat.," kata beliau kepada Harakahdaily. | |
PAS TELUK INTAN Posted: 07 Jun 2011 11:18 PM PDT Piliharaya Masjid : UMNO Takut Pada Bayang-Bayang Posted: 07 Jun 2011 04:52 PM PDT GEORGE TOWN - Kerajaan negeri Pulau Pinang telah memutuskan kaedah pemilihan Anggota Jawatankuasa (AJK) Kariah Masjid di seluruh negeri menggunakan sistem pengundian dalam kertas undi ala pilihan raya. Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Abdul Malik Kassim berkata kaedah pemilihan yang diperkenalkan itu adalah persetujuan bersama dengan pelbagai pihak termasuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAI), Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). "Menerusi perbincangan dan percambahan fikiran dengan pelbagai pihak, kerajaan telah bersetuju dan mahu kaedah pemilihan jawatankuasa kariah yang lebih telus, berbanding dengan tatacara pemilihan sedia ada," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Katanya, kaedah pemilihan secara undi itu bertujuan untuk mengembalikan hak anak-anak kariah untuk mencalon dan memilih pemimpin kariah masing-masing kepada MAIPP. Beliau berkata satu tatacara pemilihan jawatankuasa kariah masjid bagi tempoh 2012-2013 bagi memberi panduan mengenai kaedah pemilihan dan borang pencalonan telah diedarkan kepada semua masjid dengan tarikh tutup pencalonan pukul 12 tengah hari, esok. - UMNO lah yang menyempitkan fungsi masjid, melantik dan memecat AJK masjid. bahkan sehingga merobohkan masjid. | |
Salam Perjuangan Posted: 07 Jun 2011 11:04 PM PDT |
PAS Negeri Sembilan Posted: 07 Jun 2011 09:40 PM PDT Saifudin Nasution di Seremban 19 Jun 2011 Posted: 07 Jun 2011 06:41 PM PDT CERAMAH PAKATAN RAKYAT Tarikh : 19 Jun 2011, AHAD Masa : 9 mlm. Tempat : Markas Keadilan, Taman Bukti Setia, Ampangan, Seremban Penceramah : YB Saifuddin Nasution (SU Agung PKR, AP Machang) YB Taufek Abd Ghani - ADUN (PAS) Paroi, N.Sembilan YB Ng Sue Lim - ADUN (DAP) Sekinchan, Selangor
Semua dijemput hadir | |
PAS KDAS 3 Posted: 07 Jun 2011 09:38 PM PDT |
Khalid Samad Posted: 07 Jun 2011 07:50 PM PDT Court Rejects Utusan's Application, Khalid's Suit Goes For Full Trial Posted: 06 Jun 2011 11:20 PM PDT KUALA LUMPUR, June 7 (Bernama) -- A defamation suit filed by Shah Alam Member of Parliament Khalid Abdul Samad against Utusan Melayu (Malaysia) Berhad will go for full trial on July 25. High Court Judicial Commissioner Dr Prasad Sandosham Abraham set July 25 an 26 to hear the suit after dismissing Utusan Melayu's application on preliminary issues whether the words complained about in the article referred to Khalid. Counsel Rohanidah Shafee representing Utusan Melayu told reporters that the court held that the words published in the article may refer to the plaintiff (Khalid), and that the court set dates to hear the suit. The court made the ruling in chambers after hearing submissions from Rohanidah and counsel Mohamed Hanipa Maidin, who acted for Khalid. In the suit filed last year, Khalid of PAS, named Utusan Malaysia and Mingguan Malaysia Group Editor-in-Chief Datuk Aziz Ishak and the publisher of Utusan Malaysia and Mingguan Malaysia as the defendants. Khalid claimed that on Sept 11, 2009, Aziz, as the Group Editor-in-Chief for both newspapers, with malice, had allowed the publication and printing of defamatory words on him on the front page of the newspapers. He also said that the article titled "Zulkifli bidas "Pak Janggut" (Zulkifli admonishes Bearded Man) directly or indirectly referred to him even though his name was not mentioned. Khalid claimed that the words referred to him as he was the Member of Parliament for Shah Alam and he was also a bearded individual. He claimed that the words, in their original and common interpretation, meant that he was willing to manipulate a verse from the Quran to defend the construction of a Hindu temple in Section 23, Shah Alam; that he did not respect the Holy Quran; and that he was a deviant. He said the words, which were not true, had defamed him and caused him to suffer humiliation and they had deliberately published those words without making any verification. Khalid contended that the article had done with malice to sensationalise news to sell the two newspapers. He is seeking general, exemplary and aggravated damages, interest, cost and other relief deemed fit by the court. The defendants, in their defence statement filed on Jan 7, said the news was republished by them based on a comments made by Kulim-Bandar Baharu Member of Parliament Zulkifli Noordin in his official blog in Sept 9, 2009. They claimed that the news was republished as Zulkifli's public statement. Courtesy of BERNAMA -Pejabat YB Khalid Samad- | |
PAS Cawangan Serkam Darat Posted: 07 Jun 2011 07:23 PM PDT |
PAS LENGGONG Posted: 07 Jun 2011 07:14 PM PDT Jangan Percaya kata-kata orang Fasik dan munafik Posted: 07 Jun 2011 04:44 PM PDT AL HUJURAT :- AYAT 6 Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. | Selepas keluar hospital masih belum sedar dan dia tak akan sedar sekalipun nyawa di halqum. Posted: 07 Jun 2011 04:40 PM PDT Macam dulu yang dia kata polis tak mahu hapuskan ISA. sekarang lagi besar pembohongan yang dikatakan. Bekuasa pula YBkarpal untuk tolak hudud sedangkan dia lebih berkuasa menahan Karpal dalam ISA bersama Mat Sabu dan lain. Semoga disegerakan Allah akan laknatnya ke atas Mahathir dan kuncunya. Karpal sekat hudud: Saifudin kata Dr Mahathir haprak Harakahdaily | KUALA LUMPUR, 7 Jun: Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) sebagai ahli politik yang haprak apabila menuduh Karpal Singh berjaya menyekat PAS laksana hudud.
Ini kerana, ketika Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan rang undang-undang jenayah Syariah II yang di dalamnya terkandung undang-undang hudud, Dr Mahathir yang menyekat pelaksanaannya.
Ia disekat melalui satu surat amaran yang dihantar beliau selaku Perdana Menteri kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz pada tahun 1993 lalu.
Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telahpun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993.
Ini berikutan dengan janji PAS untuk melaksanakan Hukum Hudud pada pilihanraya 1990.
Selepas muktamar PAS baru-baru ini, Tun Dr Mahathir melalui blognya menulis dengan berkata, Karpal yang berjaya menyekat mendirikan negara Islam yang akan kuatkuasakan hukum hudud sudah tercapai.
"yang menang besar ialah tokoh yang tidak hadir dan bukan pun ahli PAS. Ianya ialah Karpal Singh. Perjuangannya supaya PAS gugurkan matlamat untuk mendiri negara Islam PAS yang akan kuatkuasakan hukum hudud sudah pun tercapai," tulis Mahathir.
"Dr M hantar surat amaran kepada TG Nik Aziz jangan laksana hudud, aneh hari ni Dr M kata Karpal berjaya sekat PAS jalankan hududd...haprak!" tulis Saifudin (gambar kanan) dalam Twitternya. Bagi beliau, Dr Mahathir tidak layak bercakap Karpal anti Islam.
"Mesej saya mudah Dr M tak layak langsung cakap Karpal anti Islam sebab rekod Dr M sendiri paling membenci Islam," tegas Saifudin yang juga anggota Parlimen Machang, Kelantan. Menurut beliau, Dr Mahathir pernah berkata kalau dibuat hukum hudud habis orang Islam mundur sebab kena potong tangan..."hari ini Dr Mahathir salahkan Karpal." Bagi beliau, Karpal sekurang-kurangnya tidak menyekat bantuan untuk Sekolah Agama Rakyat namun Dr Mahathir membuatnya!
"Sebab katanya sekolah agama ajar murid benci pemerintah ...siapa sebenarnya benci Islam?" soal Saifudin. Bagi Saifudin, kalaupun Karpal tolak negara Islam dan Hudud beliau boleh memahaminya sebab dia bukan Muslim, tetapi Dr Mahathir tentang negara Islam dan Hudud, ini yang beliau tidak dapat faham. Surat Dr Mahathir Surat Dr Mahathir sampai kini masih diingati oleh Tuan Guru Nik Aziz hatta dalam satu majlis baru-baru ini.
"(Tun) Dr Mahathir (ketika itu perdana menteri) datang ke Kelantan memberi amaran sekiranya (kerajaan) Kelantan laksana hudud, kerajaan pusat akan mengambil tindakan.
"Sebelum ini, Kelantan pernah digantung perlembagaan oleh Mageran… Jadi kalau (kita) tak boleh buat semua, jangan kita tinggal semua," katanya.
"Kalau kerana hukum hudud, satu Kelantan kena Mageran… dan kerajaan Kelantan nak digantung oleh kerajaan pusat, (jadi) itu tak cerdik," kata Nik Aziz dalam satu dialog bersama penulis blog dan facebook di Hotel Grand Season di ibu negara, baru-baru ini.
Mursyidul am PAS itu berkata, sekiranya ketiadaan kuasa untuk melaksanakan undang-undang tersebut, maka tidak boleh ditinggalkan semua undang-undang berkenaan.
Dengan mengumpamakan tindakannya itu sebagai seguni beras, katanya, sekiranya tidak mampu untuk membawanya, maka "diambil secupak-secupak" sehingga habis.
"Oleh itu, kita tak laksana hudud (keseluruhan), tetapi kita laksana (Islam) satu persatu. Alhamdulilllah kaum Cina dan India menyokong PAS," katanya yang mendapat tepukan kira-kira 130 penulis blog dan pemilik Facebook. | | Posted: 07 Jun 2011 04:40 PM PDT | Dulu Ahli PAS yang keluar parti sekarang DAP pula. Posted: 06 Jun 2011 08:58 PM PDT Sebelum ini ahli PAS dan PKR saja yang keluar parti. sekarang dari DAP pula yang keluar. Dikedah ada yang mengaku ahli tapi bila disiasat ada yang menyamar tiada dalam nama ahlipun. Senyap sampai harini bila PAS nak saman orang itu. Sekarang mereka terdesak dan mengasak DAP pula. Dengan berita tidak benar itu. Mereka mengadakan reka fitnah untuk membohongi rakyat. Namun mereka lupa rakyat bijak menilai. Rakyat bijak berfikir. Sistem fail dan data PR lengkap kita boleh semak dengan cepat dan pantas. Yang berlagak pandai terpedaya lihat Zulkifli Nordin, Diselangor bertanding atas tiket PAS dan di Kulim dengan PKR kalau sistem boleh gugur jawatan kerana menipu menangis tak berlagu dia. Tapi sekarang dia dah dapat dato dari mana tak diketahui dan tak mahu mencarinya. Rakyat bertambah benci dan meluat dengan tipudaya umno-bn. Melayu Lembah Kinrara tetap bersama DAP Harakahdaily |
PUCHONG, 6 Jun: Ahli DAP Lembah Kinrara yang disertai oleh orang Melayu menafikan mereka keluar parti itu dan menyertai Umno.
Menurut pengerusi baru DAP cawangan itu, Azhar Shapawi , hanya beberapa orang sahaja iaitu keluarga dan rakan terdekat bekas pengerusi DAP cawangan Lembah Kinrara, Pak Harun bin Abdul Wahab yang menyertai Umno.
"Saya bersama dengan rakan-rakan Melayu DAP di Lembah Kinrara ingin menegaskan bahawa kami langsung tidak pernah dimaklumkan tentang penyertaan kami ke dalam UMNO, dan kami merasa hairan kenapakah Pak Harun bin Abdul Wahab mengheret kami tanpa kebenaran dan pengetahuan kami," kata Azhar Shapawi dalam kenyataan medianya.
Mengikut siasatan beliau, hanya beberapa ahli sahaja yang menjejaki Pak Harun untuk menyertai Umno, iaitu keluarga dan beberapa kawan terdekatnya, tetapi kami yang lain masih kekal keahlian kami di dalam DAP.
Selepas berita tentang Pak Harun keluar daripada DAP disebarkan, ia sebaliknya telah menarik lebih ramai orang kampung di Lembah Kinrara untuk menyertai DAP, katanya.
Ini menunjukkan ramai orang kampung memang tidak setuju dengan pendirian bekas pengerusi Cawangan Lembah Kinrara ini.
Ramai orang Melayu di Kg Lembah Kinrara memang tidak ada masalah dengan YB Teresa Kok dan juga DAP, dakwa beliau.
Mengikut laporan akhbar, Pak Harun berkata tidak ada sebarang peruntukan diberikan kepada Kampung Lembah Kinrara dan YB Teresa Kok tidak memberi bantuan kepada orang kampung.
"Ini adalah kenyataan yang tidak benar kerana Teresa Kok memang pernah turun padang ke kampung kami dan prihatin dengan keadaan Kampung Lembah Kinrara," katanya.
Menurut Azhar, Di antara program yang Teresa Kok pernah anjurkan untuk orang Kg Lembah Kinrara termasuk:-
* 1. Majlis Berbuka puasa di Kg Lembah Kinrara
* 2. Sambutan Hari Raya dan sumbangan kepada warga emas dan orang-orang miskin
* 3. Sumbangan buku latihan sekolah(600 naskah buku) sempena program ' Back to School'
* 4. Seminar Keusahawanan untuk orang Melayu dari Kg Lembah Kinrara dan Puchong di Bukit Jalil Golf Club
* 5. Tuisyen Percuma kepada pelajar SPM di Lembah Kinrara
* 6. Bantuan Skim Mikrokredit untuk peniaga kecilan (11 orang daripada Kg Lembah Kinrara mendapat bantuan ini termasuk Harun sendiri
* 7. Sumbangan kepada ibu-ibu tunggal sempena Hari Ibu
Selain daripada program di atas, katanya, Teresa Kok juga telah membaikpulih longkang yang telah roboh di Kg Lembah Kinrara demi mengelakkan banjir. |
| Bayaran Astro akan naik juga Posted: 06 Jun 2011 08:42 PM PDT Selepas pelancaran TV alhijrah. Semalam ada cerita pasal tu. Kalau tahun awal bayaran hanya sekitar RM20 sahaja kini yang termurah termasuk gst sudah melebihi RM40.00 Demikian tradisi menzalimi rakyat. | Salakan anjing-anjing umno Posted: 06 Jun 2011 08:41 PM PDT Salakan anjing-anjing umno Semalam di TV-TV ada beberapa ekor anjing yang menyalak dan menggelupur selapas Muktamar Pas. Mereka mengharapkan sesuatu sebaliknya yang berlaku. Mereka tak menduga Mat Sabu boleh menang. Bila Mat Sabu menang mereka kata PAS sudah tinggal ulama' Mat Sabu baru menang T Presiden begitu terdesak sekali mereka. Telah dua hari mereka mengguna tv dan serang PAS. Adik Dato Nazri guna fb menyerang PAS.sedangkan dia tiada tahu sedikitpun perihalan tentang PAS. Itu namanya orang yang munafik. Bercakap perkara yang tidak diketahui. Antara anjing yang menyalak semalam ada yang menteri,ada yang bekas nc, ada bekas prof, ada pemberita tv, semuanya salakang anjing kurap yang terbit dari keadaan terdesak. Bila agaknya simunafik zulkifli nordin tu dapat dato. Dalam banyak munafik si munafik zulni yang paling hina. Dia menuduh DSAI dengan video lucah dengan tuduhan palsu wajib ke atasnya 80 kali sebatan. Dia menipu rakyat dengan gaji dan elaun dari wakil rakyat mandapat duit yang haram api nerakalah yang akan membakar segalanya. Dia tak percaya kerana dia seorang yang munafik. Semua orang kenal Dr Chandra Semua orang kenal dr firdaus Zahid hamidi yang samsingnya memukul pemuda kelantan orang tahu itu. Dato nazri yang diberibtahu oleh pemimpin umno lenggong dirumahnya semacam bar. Hishamudin husin ada gambar memegang tin arak. Si uzir dari tv3 yang ada kaitan dengan pembunuhan altantuya nombor4 telefonnya dikaitkan dengan yang tertuduh Ada eekod yang boleh dipertikaikan. Semoga Allah memberikeemenangan kepada PR sebab kita nak tengok kemana si munafik ni. Khalid abu baker juga bercakap. Yang mereka sanggah cakap PAS itu berdasarkah ayat qur an. Tuduh zina bawak 4 saksi. Itu ayat qur an. Itulah akta yang paling hak. Kafir sesiapa menolak hokum itu. Takkira dia kpn atau t kpn. Semoga laknat allah ke atas gulongan munafik di Malaysia. | |
PAS Kawasan Miri Posted: 07 Jun 2011 07:06 PM PDT Sarawak Boleh Maju Kehadapan Jika Kerajaan Amalkan Kebajikan ! Posted: 07 Jun 2011 01:37 AM PDT Congratulation to University Malaysia Sarawak (UNIMAS) and Sarawak Soccer Squad for their successAmong the top 200 universities in Asia, University Malaysia Sarawak (UNIMAS) has been selected as one of the best 200 top university in the Asia. This meant that among all the universities in Malaysia (foreign campuses in Malaysia is not included), only 7 universities managed to enter the Top 200. *A score of 100 is given to the top universiti in the list, and the rest are pegged to this score No. 39 Universiti Malaya (UM) – 73.70 No. 53 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – 64.09 No. 54 Universiti Sains Malaysia (USM) – 63.40 No. 57 Universiti Putra Malaysia (UPM) – 60.40 No. 76 Universiti Teknologi Malaysia (UTM) – 55.10 No. 161-170 International Islamic University Malaysia (IIUM) – 32.90 No. 191-200 University Malaysia Sarawak (UNIMAS) – 28.70 PAS Miri would like to congratulate the University Malaysia Sarawak (UNIMAS) for their success recently, there are chosen among the 200 best universities in Asia. PAS also suggests that the Government of Malaysia and Sarawak to build more university and higher education center in Sarawak, Sarawak land is too large and there are many people who can not afford to study away or abroad. With more high school in Sarawak, the cost savings and expenditure of money can be saved and Sarawak will be more attractive for overseas students to study in Sarawak. This will give more income to Sarawak besides promoting Sarawak as well as internationally. For students who can not afford the Sarawak government should provide some facilities for those studying in the states so that they are not abandoned instantly, and after leaving school they will become a useful asset for the country. Also to the Sarawak football team that has been successfully qualified for the super league. Sarawak Government should build a better stadium to train the young people who have no any involvement or agreement with any association or organization to be guided and trained by professionals so that they can raise the name of Sarawak at the national level and abroad. With that PAS Miri hope these suggestions and views be noted and appropriate action will be taken by the relevant authorities. We want our generation to be educated, honest, and healthy and disciplined for making Sarawak highly regarded and respected by the international community. If the federal government ruled by the Pakatan Rakyat later we hope this will be given the priority to the welfare and the prosperity for the people of Sarawak. We hope that PAS and Pakatan Rakyat to give charity and have a charitable foundation to help those who are unfortunate to become a reality. Insha-Allah PAS Miri mengucapkan Tahniah Kepada UNIMAS dan Skuad Bola Sepak Sarawak atas kejayaan merekaPAS Miri ingin mengucapkan tahniah kepada University Malaysia Sarawak (UNIMAS) atas kejayaan mereka terpilih diantara 200 universiti terbaik di Asia baru-baru ini. PAS juga ingin mencadangkan agar Kerajaan Malaysia dan juga Sarawak agar membina lebih banyak lagi university dan pusat pengajian tinggi dalam Sarawak memandang Sarawak tanahnya luas dan penduduknya juga ramai yang kurang berkemampuan untuk belajar jauh atau ke luar Negara. Dengan adanya pusat pengajian tinggi dalam Sarawak maka kos penjimatan dan pengeluaran wang Negara dapat dijimatkan dan juga Sarawak dapat menarik lebih ramai pelajar luar Negara belajar dalam Sarawak. Sudah tentu ini akan memberi pendapatan kepada Sarawak disamping kita dapat mempromosikan Sarawak di peringkat antarabangsa. Bagi pelajar yang kurang berkemampuan kerajaan Sarawak patut memberi sedikit kemudahan untuk mereka menuntut ilmu dalam negeri agar mereka ini tidak terbiar begitu sahaja dan setelah keluar dari alam persekolahan mereka ini akan menjadi asset yang berguna untuk Negara sekiranya mereka diberi peluang belajar dalam negeri. Begitu juga dengan skuad bolasepak Sarawak yang telah berjaya layak ke liga super. Kerajaan Sarawak sepatutnya membina stadium yang lebih baik untuk melatih pemuda yang masih belum ada sebarang perjanjian atau perlibatan dengan mana-mana pihak atau pertubuhan agar dibimbing dan dilatih secara professional agar mereka ini dapat menaikkan lagi nama Sarawak di peringkat nasional dan luar Negara. Dengan ini PAS Miri berharap agar cadangan dan pandangan ini diambil perhatian dan tindakan sewajarnya oleh pihak yang berwajib. Kita mahu generasi kita berilmu,amanah, sihat dan berdisplin agar menjadikan rakyat Sarawak dipandang tinggi dan disegani oleh masyarakat antarabangsa. Jika kerajaan persekutuan diperintah oleh Pakatan Rakyat kemudian kita berharap perkara ini akan diberi keutamaan untuk kebajikan dan kesejahteraan masyarakat Sarawak. Kami berharap bahawa PAS dan Pakatan Rakyat dapat memberi kebajikan dan membina sebuah yayasan amal untuk membantu orang-orang yang tidak berkemampuan akan menjadi kenyataan. Insya-Allah PAS Miri | |
Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua Posted: 07 Jun 2011 07:04 PM PDT Penghargaan Kepada Anggota Operasi Tragedi Tanah Runtuh At Taqwa Posted: 07 Jun 2011 05:59 PM PDT | Karpal sekat hudud atau UmNo@Dr M Sekat Hudud Posted: 07 Jun 2011 05:55 PM PDT KUALA LUMPUR, 7 Jun: Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai ahli politik yang haprak apabila menuduh Karpal Singh berjaya menyekat PAS laksana hudud.
Ini kerana, ketika Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan rang undang-undang jenayah Syariah II yang di dalamnya terkandung undang-undang hudud, Dr Mahathir yang menyekat pelaksanaannya.
Ia disekat melalui satu surat amaran yang dihantar beliau selaku Perdana Menteri kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz pada tahun 1993 lalu.
Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telahpun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993.
Ini berikutan dengan janji PAS untuk melaksanakan Hukum Hudud pada pilihanraya 1990.
Selepas muktamar PAS baru-baru ini, Tun Dr Mahathir melalui blognya menulis dengan berkata, Karpal yang berjaya menyekat mendirikan negara Islam yang akan kuatkuasakan hukum hudud sudah tercapai.
"yang menang besar ialah tokoh yang tidak hadir dan bukan pun ahli PAS. Ianya ialah Karpal Singh. Perjuangannya supaya PAS gugurkan matlamat untuk mendiri negara Islam PAS yang akan kuatkuasakan hukum hudud sudah pun tercapai," tulis Mahathir.
"Dr M hantar surat amaran kepada TG Nik Aziz jangan laksana hudud, aneh hari ni Dr M kata Karpal berjaya sekat PAS jalankan hududd...haprak!" tulis Saifudin (gambar kanan) dalam Twitternya.
Dr Mahathir tidak layak bercakap Karpal anti Islam
"Mesej saya mudah Dr M tak layak langsung cakap Karpal anti Islam sebab rekod Dr M sendiri paling membenci Islam," tegas Saifudin yang juga anggota Parlimen Machang, Kelantan.
Menurut beliau, Dr Mahathir pernah berkata kalau dibuat hukum hudud habis orang Islam mundur sebab kena potong tangan..."hari ini Dr Mahathir salahkan Karpal."
Bagi beliau, Karpal sekurang-kurangnya tidak menyekat bantuan untuk Sekolah Agama Rakyat namun Dr Mahathir membuatnya!
"Sebab katanya sekolah agama ajar murid benci pemerintah ...siapa sebenarnya benci Islam?" soal Saifudin.
Bagi Saifudin, kalaupun Karpal tolak negara Islam dan Hudud beliau boleh memahaminya sebab dia bukan Muslim, tetapi Dr Mahathir tentang negara Islam dan Hudud, ini yang beliau tidak dapat faham.
Surat Dr Mahathir
Surat Dr Mahathir sampai kini masih diingati oleh Tuan Guru Nik Aziz hatta dalam satu majlis baru-baru ini.
"(Tun) Dr Mahathir (ketika itu perdana menteri) datang ke Kelantan memberi amaran sekiranya (kerajaan) Kelantan laksana hudud, kerajaan pusat akan mengambil tindakan.
"Sebelum ini, Kelantan pernah digantung perlembagaan oleh Mageran… Jadi kalau (kita) tak boleh buat semua, jangan kita tinggal semua," katanya.
"Kalau kerana hukum hudud, satu Kelantan kena Mageran… dan kerajaan Kelantan nak digantung oleh kerajaan pusat, (jadi) itu tak cerdik," kata Nik Aziz dalam satu dialog bersama penulis blog dan facebook di Hotel Grand Season di ibu negara, baru-baru ini.
Mursyidul am PAS itu berkata, sekiranya ketiadaan kuasa untuk melaksanakan undang-undang tersebut, maka tidak boleh ditinggalkan semua undang-undang berkenaan.
Dengan mengumpamakan tindakannya itu sebagai seguni beras, katanya, sekiranya tidak mampu untuk membawanya, maka "diambil secupak-secupak" sehingga habis.
"Oleh itu, kita tak laksana hudud (keseluruhan), tetapi kita laksana (Islam) satu persatu. Alhamdulilllah kaum Cina dan India menyokong PAS," katanya yang mendapat tepukan kira-kira 130 penulis blog dan pemilik Facebook. | Sapu Bersih 2.0 Posted: 07 Jun 2011 05:40 PM PDT | Harga naik: Rakyat mula mengeluh Posted: 06 Jun 2011 09:13 PM PDT Perasan atau tidak roti dah naik harga...... dari 10 sen dan 20 sen. Siapa kata 'pengurangan subsidi' tiada kesan kepada harga barangan pengguna.... ini baru roti belum lain-lain barangan lagi.
Pengurangan subsidi ke atas barangan keperluan asas, termasuk gula dan petrol RON97 dan terbaru gas asli yang menyebabkan tarif elektrik terpaksa dinaikkan mula memberi kesan kepada orang ramai daripada pelbagai lapisan. Pengurangan subsidi itu menurut mereka telah melonjakkan harga makanan dan menjejaskan perbelanjaan seharian mereka. Malah, ada mahasiswa mendakwa terpaksa 'mencatu' makanan akibat kesan berantai itu.
"Makanan mahal, kena belanja (lain) lagi. (Kami) kurangkan perbelanjaan makanan, kurang makan," kata pelajar Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) N Mahesh Nanthakumar.
Mahesh, 21, malah turut menyatakan keinginan untuk menyertai demonstrasi bagi meluahkan rasa tidak puas hatinya jika ada pihak yang menganjurkannya.
"Saya akan sertai demonstrasi," kata Mahesh (kanan) ketika ditanya kesediaannya itu ketika ditemui di KL Sentral di ibu negara, semalam.
Daripada tujuh orang yang ditemubual Malaysiakini secara rambang semalam, semua mereka mempunyai pandangan berbeza-beza berhubung kenaikan harga barang yang dikritik hebat pembangkang.
Kerja sambilan
Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, harga subsidi barangan keperluan dikurangkan. Antaranya, petrol RON97 kini mencatatkan paras tertingginya pada RM2.90 seliter.
Tarif elektrik pula naik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun manakala harga gula meningkat 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa pada Mei.
Menurut sesetengah ahli ekonomi, kenaikan itu, terutamanya tarif elektrik, secara tidak langsung akan membebankan pengguna apabila pengeluar memindakah kos yang lebih tinggi kepada golongan itu.
Sementara itu, seorang penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) Syazana Shah Lan, 21, memberitahu, beliau kini terpaksa berfikir terlebih dahulu sebelum membeli makanan.
"Terasalah (peningkatan harga), yang itu memang terasalah. Sebab (saya) duduk universiti, duduk asrama, hendak makan kena fikir. Makanan memang mahal, makan sekali, dua kali (sehari) macam itulah," katanya.
Namun bagi seorang pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Alvin, kehidupan hariannya tidak terjejas secara langsung dengan pengurangan subsidi oleh kerajaan itu.
Mahasiswa sebuah kolej swasta di Sungai Buloh itu, bagaimanapun, mengakui beliau masih tidak puas hati kerana keluarganya kini merasai tempiasnya.
Mahu tukar kerajaan
"Kalau waktu cuti, saya bantu ayah (kerja sambilan)," katanya lagi.
Justeru, Alvin, 22 berharap agar kerajaan dapat menggalakkan lagi pelaburan asing ke dalam negara bagi menstabilkan semula kenaikan harga barang.
Keadaan ini hampir sama dengan nasib seorang pelajar German Malaysian Institute (GMI) Mohd Amiruddin Roslan yang masih tinggal bersama keluarganya.
"Saya tak rasa mana, saya tinggal dengan mak ayah," kata Mohd Amiruddin, 18, sambil memberitahu orang tuanya merupakan seorang guru.
Bagi Harzuki Ismail – pegawai teknikal di sebuah pengeluar minyak terkemuka – pula, kenaikan harga petrol tidak sepatutnya berlaku kerana Malaysia merupakan negara pengeluar komoditi itu.
Harzuki, 53, berpendapat, keadaan sekarang amat merungsingkan kerana ia memberi kesan kepada kenaikan harga barang dalam keadaan nilai pendapatan makin menurun.
Lebih drastik lagi, beliau merasakan sistem pemerintahan negara perlu ditukar.
"(Tetapi) demonstrasi tak perlu, cuma tukar pimpinan negara. Tak payah (ada) pertumpahan darah. Pemikiran orang kita (harus) tukar, itu lebih penting," katanya.
'Kerjaaan juga perlu berjimat'
Bagi Alan Tan – seorang orang kurang upaya (OKU) – pula, walaupun beliau tidak bersetuju dengan kenaikan yang berlaku, beliau berharap tujuan kerajaan melakukannya dapat diselami terlebih dahulu.
"Mereka juga ada komitmen (pada rakyat), ada (beri) subsidi," katanya yang diberhentikan kerja setelah lumpuh sebelah badan akibat serangan angin ahmar sebelum ini.
Manakala seorang jurujual Norjamilah Mohd Halim juga mengaku turut terkesan dengan kenaikan harga barang-barang tersebut kerana gaji orang kebanyakan "tak sebesar mana".
"Dari segi makanan tidak berbaloi, ambil sikit (pun) harga mahal," katanya wanita berusian 29 tahun itu.
"Kalau boleh turunkan harga barang," katanya lagi.
Sebahagian besar mereka juga berkata selain subsidi rakyat yang dikurangkan, kerajaan juga harus membuktikan kesungguhan dengan mengamalkan perbelanjaan berhemah dan menghentikan projek mewah serta tidak membawa manfaat kepada orang ramai.
| |
PEMUDA PAS LADANG Posted: 07 Jun 2011 03:29 PM PDT Pemuda selesai lantik AJK, majoriti profesional Posted: 07 Jun 2011 09:24 AM PDT KUALA LUMPUR, 7 Jun: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP) memenuhkan exconya dengan melantik ramai golongan profesional dalam kabinet yang dibentuknya.
Dewan itu melantik 20 ahli jawatankuasa (AJK) barunya sebagai tambahan kepada anggota yang telah dipilih di dalam Muktamar ke-52 dewan itu di Shah Alam baru-baru ini.
Majoriti yang dilantik untuk bersama kabinet baru itu adalah dari kalangan profesional dalam bidang masing-masing.
Mereka termasuklah dua orang bekas calon timbalan ketua yang tewas, Suhaizan Kaiat dan Firdaus Jaafar dan bekas calon Naib Ketua, Nasir Zakaria.
Ketiga-tiga mereka dilantik sebagai exco dewan itu.
Keputusan itu dibuat pada perbincangan hampir empat jam mesyuarat pertama kabinet baru dewan itu, pada 5 Jun lalu di Pejabat Dewan Pemuda PAS Malaysia, bangunan Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut Kuala Lumpur.
Untuk Jawatankuasa Dewan Harian Pemuda PAS pula, Khairul Faizi Ahmad Kamil kekal sebagai setiausaha dewan itu manakala jawatan bendahari diisi oleh Ir Hj Muhd Khairil Nizam Khairudin.
Ketua penerangan dewan itu pula diamanahkan kepada Ustaz Riduan bin Mohamad Nor manakala pengarah pilihan raya disandang Mohd Sany Hamzan.
Ketuanya, Nasrudin Hassan ketika diminta mengulas parlantikan AJK baru itu berpendapat dewan itu kini mempunyai kabinet berimbang setelah banyak pihak melihat keputusan pemilihan dewan itu dimenangi majoriti oleh kelompok ulama.
"Struktur organisasi DPP Malaysia sebagaimana biasa disusun dan dilengkapkan secara seimbang dan sepadu berasaskan kepelbagaian tahap upaya dan latar belakang disiplin penguasaan ilmu.
"Saya mengharapkan kabinet ini mampu menghadapi cabaran baru dalam iklim politik masa kini sekaligus menunaikan amanah anggota Dewan Pemuda PAS dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi," ulasnya ketika dihubungi Harakahdaily.
Katanya, biarpun sukar untuk memuaskan hati semua pihak, namun beliau yakin kabinet baru itu mampu menggalas tanggungjawab untuk memimpin kebangkitan anak muda dan mendepani Pilihanraya Umum (PRU) ke 13.
Dalam pada itu beliau juga menyatakan kesediaan untuk ditegur bukan sahaja oleh pimpinan parti malah semua pihak termasuk dari luar PAS.
"Dalam masa terdekat, insyaallah DPP Malaysia akan mengadakan retreat untuk memantapkan roadmap pemuda, mengatur strategi terkini dan menyesuai potfolio serta memperkasakan organisasi DPP Malaysia.
"Sungguhpun keputusan ini mungkin tidak mampu memuaskan hati semua pihak, saya mengharapkan ia adalah skuad yang boleh membantu parti dengan lebih baik dan insyaallah, lebih dari hari semalam," tegasnya.
Berikut adalah senarai penuh Ahli Jawatan Kuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat:
Ketua Ustaz Nasruddin bin Hassan
Timbalan Ketua Ustaz Nik Abduh Nik bin Abdul Aziz
Naib Ketua Dr Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaacob
Ahli Jawatankuasa [Dipilih dalam muktamar]
1. Ustaz Riduan bin Mohamad Nor 2. Khairul Faizi bin Ahmad Kamil 3. YB Ustaz Ahmad Baihaki bin Atiqullah 4. Sdr Mohd Adram bin Musa 5. Sdr Kamaruzaman bin Mohamad 6. Ustaz Ahmad Fadhli bin Shaari 7. Ustaz Khalil bin Abdul Hadi 8. Ustaz Mohd Nazri bin Chik 9. Ustaz Syed Abdul Kadir bin Syed Hussin 10. Sdr Mohd Sany bin Hamzan 11. Ustaz Mohd Yusni bin Mat Piah 12. YB Ustaz Mohd Nor bin Hamzah
Ahli Jawatankuasa [Dilantik dalam Mesyuarat Pertama]
1. Sdr Suhaizan bin Kaiat [ Exco ] 2. YB Ust Mohd Firdaus Jaafar [ Exco ] 3. YB Ust Nasir bin Zakaria [ Exco ] 4. Ir Hj Muhd Khairil Nizam bin Khairudin [ Exco ] 5. Sdr Nasaie bin Ismail [ Exco ] 6. Dr. Suhazeli bin Abdullah [ Exco ] 7. Dr. Zuhdi bin Marzuki [ Pengarah Jabatan ] 8. Dr. Aminurrasyid bin Yatiban [ Pengarah Jabatan ] 9. Herman Samsudee [ Pengarah Jabatan ] 10. Sdr Abang Ahmad Kerdee bin Abang Masagus [ Pengarah Jabatan] 11. Sdr Mohd Syahir bin Sulaiman [ Pengarah Jabatan ] 12. Sdr A. Halim B. Ahmad [ Pengarah Jabatan ] 13. Ustaz Ahmad Tarmizi Mohd Din [ Pengarah Jabatan ] 14. Sdr Mohd Idris Bin Mohd Yussoff [ Pengarah Jabatan ] 15. Sdr Wan Asrul Afendi Wan Mohamad [ Pengarah Jabatan ] 16. Sdr Ahmad Zamri bin Asa'ad Khuzaimi [ Pengarah Jabatan ] 17. Sdr Juhari Uthman [ Pengarah Jabatan ] 18. Sdr Hassan bin Aladi [ Pengarah Jabatan ] 19. Sdr Basri bin Din Kamar [ Pengarah Jabatan ] 20. Sdr Khairul Fahmi bin Mat Som [ Penolong Setiausaha ]
Jawatankuasa Harian Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Ketua Ustaz Nasruddin bin Hassan
Timbalan Ketua Ustaz Nik Abduh Nik bin Abdul Aziz
Naib Ketua Dr Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaacob
Setiausaha Sdr Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Penolong Setiausaha 1: Sdr Kamaruzaman bin Mohamad Penolong Setiausaha 2: Sdr Nasaie bin Ismail Penolong Setiausaha 3: Sdr Khairul Fahmi
Bendahari Ir Hj Muhd Khairil Nizam bin Khairudin
Ketua Penerangan Ustaz Riduan bin Mohamad Nor
Pengarah Pilihanraya Sdr Mohd Sany bin Hamzan | |
Pemuda PAS Wangsa Maju Posted: 07 Jun 2011 03:16 PM PDT GAMBAR TERAKHIR ANAK-ANAK AL TAQWA SEBELUM TANAH RUNTUH Posted: 07 Jun 2011 04:18 AM PDT gambar yang dirakam sebelum kejadian tanah runtuh.... al fatihah buat yang terkorban... | KES SAMAN KHALID TERHADAP UTUSAN DIDENGAR 25 JULAI Posted: 07 Jun 2011 01:13 AM PDT KUALA LUMPUR, 7 Jun — Kes saman fitnah yang difailkan oleh Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad terhadap Utusan Melayu (M) Berhad akan didengar pada 25 Julai ini. Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Dr Prasad Sandosham Abraham menetapkan 25 dan 26 Julai untuk mendengar kes itu selepas menolak permohonan Utusan Melayu atas isu-isu awal sama ada perkataan disebutkan dalam satu rencana disiarkan akhbar itu merujuk kepada Khalid (gambar). Peguam Rohanidah Shafee yang mewakili Utusan Melayu memberitahu pemberita bahawa mahkamah mendapat rencana yang disiarkan kemungkinan merujuk kepada plaintif.
Mahkamah membuat keputusan itu di kamar selepas mendengar hujah daripada Rohanidah dan peguam Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili Khalid.
Dalam kes yang difailkan tahun lalu, Khalid yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam menamakan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Aziz Ishak dan penerbit Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia sebagai defendan. | AKHIRNYA BRAHIM KATAK ADA DATARN SENDIRI Posted: 06 Jun 2011 07:20 PM PDT Setelah berhempas pulas mencari kawasan stategik untuk membuat program... akhirnya Brahim katak berjaya membina sebuat dataran di Bunut Susu dalam kawasan DUN Tendong dan menamakannya sendiri sebagai 'Dataran Tok Him'...
Kawasan halaman rumah allahyarham Cikgu Awang yg dulunya beliau adalah orang kuat UMporNo kawasan Bunut Susu .... rumah yang terbiar akihirnya dimanfaatkan oleh puak-puak brahim katak untuk dijadikan dataran... besar sikit pada halaman rumah ana yang terletak kira-kira 500 meter dari tempat tersebut... malam 10 jun nie akan diadakah ceramah pertama (banner sebelah kanan) yg turut dijemput Katak kulim Zul dan Zahrain... kita tgk apa dia nka gebang kat orang Pasir Mas...
... tunggu agar dihari kejadian 10 jun nie dari ana.... | DR ROHAYA HINA PARA ISTERI SAMAKAN DENGAN PELACUR 1ST CLASS Posted: 06 Jun 2011 06:28 PM PDT KUALA LUMPUR: Seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti 'pelacur kelas pertama' bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi. Malah, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami adalah antara punca utama kegagalan rumah tangga apabila pasangan mereka sebaliknya beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu. Peringatan itu disuarakan Naib Presiden Kelab Isteri Taat yang baru ditubuhkan di negara ini, Dr Rohaya Mohamed. "Tanggungjawab isteri bukan saja untuk memasak, mengemas rumah dan menjadi ibu malah turut membabitkan aspek seksual. Lelaki berkahwin dengan wanita yang menyamai atau jauh lebih bagus daripada pelacur (di ranjang), sudah pasti tidak akan curang. "Nafsu lelaki jauh lebih besar daripada wanita dan tidak boleh diketepikan. Daripada membiarkan mereka bergelumang dengan dosa, seorang isteri itu harus melakukan apa saja bagi memenuhi keinginan nafsu suami. "Justeru, tanggungjawab kami adalah untuk membantu isteri menjadi lebih taat kepada suami. Seorang isteri hanya perlu memenuhi empat syarat untuk masuk syurga – menunaikan solat wajib, berpuasa ketika Ramadan, melindungi maruah dirinya serta taatkan suami," katanya selepas majlis pelancaran kelab berkenaan di Kelab Golf Perangsang Templer dekat sini, semalam. Kelab Isteri Taat mempunyai 1,000 ahli di seluruh dunia termasuk 800 orang di negara ini. Ia ditubuhkan Global Ikhwan Sdn Bhd yang sebelum ini dikaitkan dengan kumpulan al-Arqam. Kelab pertama dilancarkan di Jordan pada 1 Mei lalu, cawangan Malaysia semalam dan diikuti kelab di Jakarta, Indonesia pada 19 Jun depan. Organisasi syarikat itu juga merancang untuk menubuhkan cawangan kelab sama di Eropah termasuk London dan Rome pada masa depan. Rohaya berkata, penubuhan kelab itu terbuka kepada semua golongan isteri tanpa mengira kaum dan agama serta menawarkan latihan dan khidmat nasihat termasuk pendidikan seks supaya golongan isteri dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada suami masing-masing. - B.hairan mungkin dia sendiri pelacur 1st class? | NAJIB SUDAH KECUT TELOQ!!! Posted: 06 Jun 2011 04:23 PM PDT ASTANA (Kazakhstan), 6 Jun — Datuk Seri Najib Razak berkata laungan terbaru oleh PAS yang kononnya hendak mewujudkan sebuah negara kebajikan bukanlah perkara baru bahkan itulah yang sudah diperjuangkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) selama ini. Perdana Menteri berkata perjuangan Umno dan BN selama ini menepati ciri-ciri negara kebajikan seperti dalam bidang pendidikan, kesihatan, subsidi makanan dan minyak yang semuanya sudah dinikmati oleh rakyat sejak sekian lama. "Perubahan slogan tagline PAS yang bukan lagi untuk mewujudkan negara Islam tetapi negara kebajikan bukan perkara baru tetapi labelling baru saja," katanya dipetik Bernama Online. Najib mengadakan lawatan rasmi selama dua hari atas jemputan Presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev dan akan menghadiri pula Forum Pembangunan Ekonomi Islam (WIEF) Ketujuh Rabu dan Khamis ini, di mana beliau akan turut menyampaikan ucapan bersama beberapa ketua negara lain. Kata Najib, keputusan itu terhasil kerana pemilihan PAS banyak mengambil pertimbangan soal pilihan raya berbanding dengan untuk mencerminkan perjuangan membangunkan sebuah negara Islam atau untuk kepentingan Islam itu sendiri. Pengerusi BN ini berkata terbukti apabila mereka telah menguar-uarkan kononnya pilihan raya akan berlangsung pada bulan Julai sehingga mengakibatkan banyak perwakilan PAS melihat soal pilihan raya dan membuat pertimbangan berdasarkan hal itu, yang menguntungkan pihak yang ingin mengambil alih kuasa dalam PAS. | DIROGOL DITANDAS SEKOLAH Posted: 06 Jun 2011 04:06 PM PDT PETALING JAYA: Tindakan seorang lelaki gila seks merogol kanak-kanak di dalam tandas sebuah sekolah di Sekinchan, Sabak Bernam, membawa padah apabila dia dicekup orang ramai ketika cuba melarikan diri dalam keadaan berbogel selepas mangsa menjerit, Sabtu lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa yang berusia lapan tahun datang ke sekolah terbabit bersama kakak dan abang iparnya untuk menghadiri majlis perkahwinan di dewan sekolah berkenaan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata mangsa meminta izin untuk ke tandas dengan ditemani abang iparnya. Menurutnya, bagaimanapun selepas kira-kira 15 minit abang ipar kanak-kanak terbabit menunggu di luar tandas, dia bertanya kepada adiknya sama ada sudah selesai membuang air atau belum, namun mangsa memberitahu belum selesai. "Abang ipar mangsa pergi ke kantin berhampiran tandas dan menunggu di sana. "Bagaimanapun, selang beberapa minit kemudian, dia terdengar jeritan adik iparnya dari dalam tandas menyebabkan dia berlari ke situ. Ketika itu dia terlihat kelibat seorang lelaki berlari dalam keadaan bogel," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, semalam. Mohd Adnan berkata, abang ipar mangsa meminta bantuan orang ramai di situ sebelum mereka mengejar suspek dan menangkapnya dan diserahkan kepada polis. "Hasil siasatan suspek yang berusia 20-an mempunyai dua rekod jenayah lampau dalam kes samun, bagaimanapun ujian air kencing ke atasnya negatif. Suspek juga tidak mempunyai pekerjaan. "Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) dan suspek direman sehingga 11 Jun ini bagi membantu siasatan," katanya. * GAMBAR HIASAN | |
Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil Posted: 07 Jun 2011 01:24 PM PDT Senarai AJK Dewan Pemuda PAS Malaysia 2011-2013 Posted: 07 Jun 2011 05:32 AM PDT Berikut adalah senarai penuh Ahli Jawatan Kuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat:
Ketua Ustaz Nasruddin bin Hassan
Timbalan Ketua Ustaz Nik Abduh Nik bin Abdul Aziz
Naib Ketua Dr Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaacob
Ahli Jawatankuasa [Dipilih dalam muktamar]
1. Ustaz Riduan bin Mohamad Nor 2. Khairul Faizi bin Ahmad Kamil 3. YB Ustaz Ahmad Baihaki bin Atiqullah 4. Sdr Mohd Adram bin Musa 5. Sdr Kamaruzaman bin Mohamad 6. Ustaz Ahmad Fadhli bin Shaari 7. Ustaz Khalil bin Abdul Hadi 8. Ustaz Mohd Nazri bin Chik 9. Ustaz Syed Abdul Kadir bin Syed Hussin 10. Sdr Mohd Sany bin Hamzan 11. Ustaz Mohd Yusni bin Mat Piah 12. YB Ustaz Mohd Nor bin Hamzah
Ahli Jawatankuasa [Dilantik dalam Mesyuarat Pertama]
1. Sdr Suhaizan bin Kaiat [ Exco ] 2. YB Ust Mohd Firdaus Jaafar [ Exco ] 3. YB Ust Nasir bin Zakaria [ Exco ] 4. Ir Hj Muhd Khairil Nizam bin Khairudin [ Exco ] 5. Sdr Nasaie bin Ismail [ Exco ] 6. Dr. Suhazeli bin Abdullah [ Exco ] 7. Dr. Zuhdi bin Marzuki [ Pengarah Jabatan ] 8. Dr. Aminurrasyid bin Yatiban [ Pengarah Jabatan ] 9. Herman Samsudee [ Pengarah Jabatan ] 10. Sdr Abang Ahmad Kerdee bin Abang Masagus [ Pengarah Jabatan] 11. Sdr Mohd Syahir bin Sulaiman [ Pengarah Jabatan ] 12. Sdr A. Halim B. Ahmad [ Pengarah Jabatan ] 13. Ustaz Ahmad Tarmizi Mohd Din [ Pengarah Jabatan ] 14. Sdr Mohd Idris Bin Mohd Yussoff [ Pengarah Jabatan ] 15. Sdr Wan Asrul Afendi Wan Mohamad [ Pengarah Jabatan ] 16. Sdr Ahmad Zamri bin Asa'ad Khuzaimi [ Pengarah Jabatan ] 17. Sdr Juhari Uthman [ Pengarah Jabatan ] 18. Sdr Hassan bin Aladi [ Pengarah Jabatan ] 19. Sdr Basri bin Din Kamar [ Pengarah Jabatan ] 20. Sdr Khairul Fahmi bin Mat Som [ Penolong Setiausaha ]
Jawatankuasa Harian Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Ketua Ustaz Nasruddin bin Hassan
Timbalan Ketua Ustaz Nik Abduh Nik bin Abdul Aziz
Naib Ketua Dr Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaacob
Setiausaha Sdr Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Penolong Setiausaha 1: Sdr Kamaruzaman bin Mohamad Penolong Setiausaha 2: Sdr Nasaie bin Ismail Penolong Setiausaha 3: Sdr Khairul Fahmi
Bendahari Ir Hj Muhd Khairil Nizam bin Khairudin
Ketua Penerangan Ustaz Riduan bin Mohamad Nor
Pengarah Pilihanraya Sdr Mohd Sany bin Hamzan
| |
Batu Gajah Mari Posted: 07 Jun 2011 11:06 AM PDT Ingat senang-senang je nak lupakan apa yang UMNO buat?? Posted: 07 Jun 2011 02:12 AM PDT Umno Mahu PAS Lupakan Kisah Silam Demi Perpaduan Umat Islam
Oleh SUSAN ALBERT KASSIM
KUALA LUMPUR: Umno terus membuka pintu perpaduannya dengan PAS apabila mengajak parti pembangkang itu melupakan memori silam antara kedua-dua parti yang berseteru sejak tahun 1970-an sehingga mengakibatkan perpecahan umat Islam.
Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, kejadian itu sudah lama berlalu dan kebanyakan pemimpin kedua-dua parti yang terlibat dalam pertikaian politik pada waktu berkenaan sudah tiada.
"Pemain politik yang terlibat dalam insiden itu sudah tiada. Ia membabitkan pemimpin veteran pada waktu itu.
"Kita tak tahu hujung pangkal. Biarlah peristiwa lama itu berlalu pergi. Sekarang dah beberapa generasi... bukalah buku baru, apa salahnya?" katanya pada sidang media di sini Selasa.
Hubungan kerjasama antara kedua-dua parti itu terputus pada 1977 sehingga menyebabkan Kerajaan PAS Kelantan jatuh.
Terdahulu, Ahmad mengadakan pertemuan dengan lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mendengar pandangan mereka terhadap situasi politik, ekonomi, sosial dan kebajikan di negara ini yang turut dihadiri Jawatankuasa Pemandu Majlis Perundingan Melayu yang mewakili 165 NGO.
Jelas Ahmad, beliau mahu PAS menganggap barisan kepimpinan BN sedia ada sebagai kumpulan baru yang tiada kaitan dengan peristiwa itu.
"Datuk (Seri) Najib (Tun Razak), Tan Sri Muhyiddin (Yassin) tak terlibat begitu juga ahli Majlis Tertinggi. Sekarang kita melalui transformasi baru, kita ada pemimpin baru. Jadi lupakanlah yang lama," tegasnya.
Mengulas mengenai PAS yang mahu terus bekerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahmad berkata, Umno masih membuka pintu kepada komponen Pakatan Rakyat itu menyertai Barisan Nasional demi memperjuangkan parti Melayu dan perpaduan umat Islam.
"Semua orang tahu usaha untuk menyatupadukan kedua-dua parti masih boleh diteruskan. Kita harus berfikiran positif...tak semestinya seseorang itu akan bersikap begitu selamanya," katanya.
Menurutnya, jika PAS mahu berbincang, kerjasama itu amat dialu-alukan kerana pintu rundingan antara kedua-dua tidak tertutup.
Tegasnya, walaupun pucuk kepimpinan PAS yang baru rata-ratanya didominasi oleh golongan edrogan dan Anwarisme usaha menyatupadukan Umno dan PAS tetap tidak akan berkubur.
"Saya tak melihat perkara seperti itu akan berlaku. Saya anggap calon pada pemilihan kali ini sebagai positif. Kami masih boleh berbincang apabila melibatkan perkara berkaitan Palestin dan pendidikan," ujarnya. - mStar | |
Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan Posted: 07 Jun 2011 11:02 AM PDT Geram kumpul tandatangan bantah harga air naik Posted: 06 Jun 2011 05:22 PM PDT JASIN, 6 Jun: Gerakan Anak Muda Melaka (Geram) bersama rakan Pakatan Rakyat meneruskan kempen jelajah ke seluruh negeri Melaka bagi mendapatkan tandatangan penduduk sebagai tanda membahtah kenaikan harga air oleh Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB). Jelajah kali kedua di Pasar Besar Jasin semalam mendapat sambutan menggalakkan dari rakyat yang rata-rata tidak berpuas-hati dengan kenaikan bil air tersebut. Seorang peniaga kedai runcit, Lim Pin Seng, 65, yang di temui di pasar besar tersebut mengeluh dengan kenaikan tersebut. "Setiap hari harga barang naik, dulu minyak naik, kemudian air naik dan sekarang elektrik pula naik, ini sangat membebankan saya sebagai peniaga yang sudah lama berniaga di sini," katanya yang sudah 10 tahun berniaga. Ada pengunjung yang ditemui tidak sedar kenaikan hargal air sejak 1 April lalu memandangkan notis rasmi tidak dikeluarkan oleh SAMB. "Saya langsung tak tahu dan tak di maklumkan tentang kenaikan air, sedar-sedar terpaksa membayar lebih walaupun penggunaan hampir sama setiap bulan," ujar Yusof Ahmad dari Jasin. Kadar lama tariff air adalah 55 sen bagi setiap meter padu untuk 1-15 meter padu pertama, 85 sen bagi setiap meter padu untuk 15.1-40 meter padu berikutnya dan RM1.33 sen untuk setiap meter padu berikutnya. Manakala kadar baru pula ialah 55 sen bagi setiap meter padu untuk 15 meter padu pertama, 85 sen bagi setiap meter padu untuk 15.1-30 meter padu berikutnya, 0.95 sen bagi setiap meter padu untuk 30.1-35 meter padu berikutnya dan RM1.45 sen bagi setiap meter padu berikutnya. Kenaikan sebanyak 20% berbanding sebelumnya. Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong telah menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif SAMB bagi mendapatkan maklum balas tentang tarif baru air dan jawapan yang diberikan adalah disebabkan arahan dari pusat. | Baru rakyat tahu kenapa Ani Arope tinggalkan TNB Posted: 06 Jun 2011 05:22 PM PDT TEMERLOH, 6 Jun: 15 tahun yang lalu, Tan Sri Ani Arope mengejutkan seluruh negara dengan tindakan beliau meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), akhirnya rakyat hari ini tahu bahawa peletakan jawatannya dilakukan demi menjaga kepentingan mereka, kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
"Ramai yang menganggap (pengunduran Ani) sebagai satu tindakan biasa seorang staf yang meletakkan jawatan, mungkin faktor umur atau prestasi kerja. Hari ini, kita tahu ianya adalah kerana sikap tegasnya dalam membantah perjanjian yang sangat tidak adil antara TNB dan IPP (pengeluar bebas kuasa elektrik)," kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.
Ani sebelum ini di laman Facebooknya menyelar tindakan kerajaan untuk menaikkan tarif elektrik baru-baru ini sebanyak 7 peratus 1 Jun yang lalu dengan mendakwa ia berpunca daripada perjanjian yang tidak adil dengan IPP dan TNB.
"Anda tidak perlu pergi ke sekolah bisnes yang canggih untuk memahami mengapa kita memerlukan peningkatan tarif – Cuma perlu tengok balik syarat-syarat yang diberikan kepada IPP.
Dengan fasal ambil-dan bayar, dan dengan 40 peratus rizab berlebihan yang kita ada hari ini, satu pihak hanya perlu menghasilkan setengah keupayaan pihak lain dan dibayar 80 sen dengan kapasiti dipersetujui.
"Bagus EPU — Unit Penyamun Ekonomi," tulis beliau di laman Facebooknya minggu lalu.
Ani mencetuskan kontroversi 15 tahun yang lalu apabila beliau lebih rela melepaskan jawatan beliau daripada menandatangani perjanjian berat sebelah, yang melihat penciptaan generasi pertama IPP, seperti YTL Power Services, Powertek dan Malakoff semasa pentadbiran Mahathir.
Ani turut berkata TNB tidak boleh dipersalahkan atas hal ini kerana mereka tidak mempunyai kuasa untuk mengawal harga yang perlu dibayar kepada IPP.
"TNB ialah budak belasahan. TNB tidak mempunyai kawalan harga yang ia perlu bayar kepada IPP. Pergi kepada punca masalahnya," katanya.
Kata Tuan Ibrahim, yang juga merupakan bekas Naib Presiden PAS, apa yang dibimbangi Ani kini menjadi kenyataan apabila kerajaan Barisan Nasional berdolak-dalih untuk menyemak semula perjanjian dengan IPP yang sangat tidak adil walaupun didesak pelbagai pihak.
"Kerajaan tidak sanggup bertegas memotong subsidi sebanyak RM19 billion utk IPP berbanding tindakan mereka memotong subsidi ke atas keperluan rakyat.
"Hari ini rakyat merasa bangga di atas ketegasan Tan Sri Ani Arop menentang dasar yang tidak adil ini. Syabas dan tahniah di atas pengorbanan beliau dalam menentang kemungkaran ekonomi yang dibuat tangan Umno Barisan Nasional ini," tambah Tuan Ibrahim.
Kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) mengumumkan kenaikan tarif elektrik sebanyak tujuh peratus bermula Jun 1 itu adalah sebagai langkah mengurangkan subsidi yang dikatakan semakin menghauskan perbendaharaan negara ekoran keputusan kabinet untuk menaikkan harga gas asli kepada RM3 mmBtu setiap enam bulan, dari RM10.70 juta unit termal British (mmBTU) kepada RM13.70 mmBTU sehingga mencapai paras pasaran menjelang 2016. | PRU 13: Umno bawa masuk rakyat Kemboja pula? Posted: 06 Jun 2011 05:14 PM PDT KUALA LUMPUR, 6 Jun: Para pemimpin dan jentera PAS di semua peringkat diminta melakukan pemantauan rapi kemasukan beramai-ramai rakyat Kemboja ke negara ini secara berperingkat-peringkat kerana ia dipercayai dibawa masuk oleh Umno BN untuk tujuan politik. Kemasukan mereka dikesan seramai 50 orang sehari dan berterusan hingga sekarang sejak lebih sebulan lalu melalui Kelantan dan selepas itu mereka didapati sudah tidak keluar lagi. Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP), Siti Zailah Mohd Yusof menegaskan, mereka dibawa masuk melalui Rantau Panjang dan selepas itu tidak diketahui ditempatkan di mana, tetapi dipercayai disembunyikan oleh pihak Umno BN. Menurut beliau, kemasukan rakyat Kemboja seramai 50 orang sehari merupakan sesuatu yang luar biasa kerana sebelum ini tidak pernah rakyat negara itu masuk ke Malaysia seramai itu, lebih-lebih lagi angka tersebut berterusan setiap hari sejak lebih sebulan lalu. Katanya, mereka dibawa masuk secara terancang oleh pihak Umno BN menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 dan diyakini untuk dijadikan pengundi bagi pihak BN untuk memenangkan parti itu dalam PRU Ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi. "Saya mengetahui perkara ini melalui maklumat orang ramai dan sumber yang boleh dipercayai. Ia sememangnya merupakan sebahagian strategi jahat Umno BN bagi tujuan politik," katanya ketika dihubungi, hari ini. Kemasukan rakyat Kemboja itu, menurut beliau, diyakini untuk membantu BN menghadapi PRU Ke-13 bukan sahaja bagi negeri Kelantan, tetapi juga akan diserapkan ke negeri-negeri lain. "Saya percaya, selain digunakan sebagai pengundi bagi pihak BN di Kelantan, mereka juga akan diserapkan ke negeri-negeri lain termasuk ke Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Perak, terutama di negeri-negeri yang berada di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat," katanya. Siti Zailah yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang menegaskan, kemasukan rakyat Kemboja itu dilakukan atas alasan pelancongan, tetapi ia sememangnya amat meragukan. "Oleh itu, jentera PAS di semua peringkat amat perlu memantau kemasukan mereka itu sama ada atas alasan pelancongan dan pekerjaan lebih-lebih lagi menjelang PRU Ke-13 tidak lama lagi," katanya. Selain itu, beliau amat berharap agar jentera PAS turut berusaha mengesani di mana mereka disembunyikan bagi memudahkan tindakan seterusnya dilakukan. "Jika benar mereka masuk untuk tujuan pelancongan, kenapa kemasukan mereka itu begitu sistematik dan berterusan sebanyak 50 orang sehari sejam lebih sebulan lalu. "Lebih musykil lagi, kenapa setelah mereka masuk, mereka sudah tidak keluar lagi? Jika tidak kerana strategi Umno BN sehingga sanggup menyembunyikan mereka untuk tujuan politik, mustahil mereka tidak keluar lagi, sedangkan mereka masuk atas alasan pelancongan," katanya. Umno BN yang berada dalam keadaan terdesak sekarang, katanya, sememangnya sanggup melakukan apa sahaja termasuk dengan membawa masuk rakyat Kemboja untuk dijadikan pegundi bagi pihak mereka untuk menghadapi pilihanraya bagi membolehkan mereka mendapat kejayaan. "Perbuatan itu ternyata bersalahan dengan undang-undang dan merupakan satu pengkhianatan yang jelas terhadap negara, tetapi Umno BN sanggup melakukannya tanpa mempedulikan semua itu bagi kepentingan mereka sendiri," ujar beliau kesal. | Najib bakal berbesan dengan pembesar Kazakhstan? Posted: 06 Jun 2011 05:13 PM PDT KUALA LUMPUR, 6 Jun: Apakah tujuan sebenar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri ke Kazakhstan, atas urusan rasmi negara atau untuk menguruskan perkahwinan anaknya, Nooryana Najwa? Inilah persoalan yang ditimbul oleh ramai wartawan termasuk yang menyertai rombongan Najib ke Kazakhstan. ( Gambar: Noryana Najwa bersama ibu dan bapanya ketika menerima ijazah dari Universiti Georgetown, Washington, Mei lalu) Ini kerana, menurut laporan portal Eurasia, Najib bakal mendapat menantu anak seorang pembesar Kazakhstan bernama Daniyar Nazarbayev. Menurut laporan portal itu, anak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa telah ditawan hatinya oleh seorang bangsawan Kazakhstan ini. Nooryana Najwa, 22, pada 22 Mei lalu menerima ijazah Bachelor of Science in Foreign Science dari Universiti Georgetown, Washington, selepas empat tahun belajar di School of Foreign Service, universiti berusia 222 tahun itu. Nama akhir Daniyar iaitu Nazarbayev adalah sama dengan nama President Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev – namun, menurut laman portal Eurasia, mereka mungkin tidak mempunyai sebarang kaitan. "Seorang jejaka dengan nama Daniyar dengan nama akhir yang pelik, dilihat tidak kurang kontroversinya daripada ibunya dalam hal perkahwinan. Terdapat khabar bahawa beliau telah menawan hati Nooryana Najwa, anak perempuan Perdana Menteri Malaysia, dan akan mengahwininya tidak lama lagi," tulis Leonid Komarovskiy, seorang "wartawan" daripada New York di bawah artikel bertajuk "Borat is out of competition." Keseluruhan artikel Leonid menyentuh tentang latar belakang Daniyar, yang didakwanya mempunyai kehidupan yang serba mewah dan penuh kontroversi kerana nama akhir "Nazarbayev" yang diberi ibunya selepas penceraiannya dengan suami terdahulu D. Kesikbayev sebelum berkahwin dengan Bolat Nazarbayev, seorang ahli kerabat Presiden Kazakhtan. "Pada Oktober 2006, New York Post telah melaporkan Daniyar Nazarbayer, yang dinamakan di dalam tulisan mereka sebagai 'anak kepada President Nursultan Nazarbayev', telah membeli beberapa apartment di 55 Wall Street. Salah satu apartment dengan dua bilik bernilai $2.9 juta dan satu lagi dengan satu bilik bernilai $2.1 juta. Saya tak tahu ia benar ataupun khabar angin, tapi akhbar melaporkan bahawa 'President Nazarbayev telah melawat rumah tersebut sendiri semasa menghadiri UN Summit (Persidangan PBB) dan memberikan kebenaran untuk pembelian tersebut. Ia nampaknya melibatkan banyak duit," tulis Leonid lagi. Dalam tulisannya lagi, Leonid berkata Daniyar patut berterima kasih kepada emaknya Mayra Kurmangaliyeva untuk nama akhir beliau dan segala transformasi yang berlaku kerana nama akhir tersebut. "Beliaulah yang dapat menawan Bolat Nazarbayev ke jaringannya – satu saudara tulen (ada yang mengatakan ialah adik-beradik) kepada President Kazakh – dan berkahwin dengannya, supaya dapat cepat-cepat melupakan suami dulu D. Kesikbayev, yang nama akhirnya dimiliki Daniyar sebelum menerima surat lahirnya yang kedua dengan nama akhir Nazarbayev," dakwa Leniod lagi. Disebabkan itu, Leonid dalam tulisannya turut menyuruh Najib untuk berhati-hati dan menyiasat latar belakang Daniyar sebelum apa-apa berlaku. "Mengapa tidak (untuk berkahwin dengan Daniyar)? Seorang jejaka terkenal, penuh adunan dan dengan nama akhirnya yang cukup menawan… tapi, jika saya ialah bapa Malaysia, saya akan semak dulu takut-takut: adakah Daniyar sudah berkahwin semasa zaman muda? Buah epal adalah dari pokok epal, seperti yang kita tahu… dan Alma-Ata (ibu kota Kazakhstan) ialah bandar buah epal dan pokok epal," nasihat Leonid. Najib kini dalam lawatan ke Kazakhstan yang dikatakan untuk lawatan rasmi selama dua hari ke negara bekas Soviet Union itu. Lawatan rasmi pertama Najib ke Kazakhstan selepas menjadi Perdana Menteri ini adalah antara lain bagi memenuhi jemputan Presiden Nursultan Nazarbayev. Ketika lawatan itu, Najib dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Nazarbayev dan mengadakan rundingan dua hala dengan rakan sejawatannya, Karim Massimov. Lawatan rasmi Najib ke Kazakhstan dan penyertaan beliau dalam WIEF ke-7 akan mengukuhkan hubungan politik yang akrab selain merintis laluan ke arah kerjasama lebih erat antara Malaysia dan Kazakhstan demi manfaat bersama. Jika benar laporan Eurasia, tahniah diucapkan kepada keluarga Perdana Menteri atas berita gembira perkahwinan anaknya. Sekiranya ini betul berlaku, sudah tentu pilihanraya umum ke 13 tidak akan diadakan dalam masa terdekat. | |
PAS Posted: 07 Jun 2011 11:01 AM PDT Posted: 07 Jun 2011 04:33 AM PDT Keputusan penuh pemilihan Dewan Pemuda PASPengerusi Tetap: Ustaz Misbahul Munir Haji MasdukiTimbalan Pengerusi Tetap: Ustaz Kamal Ashaari Ketua: Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi Timbalan Ketua: Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz Naib Ketua: Raja Al-Hiss Raja Yaakob
Ahli Jawatankuasa: 1) Ustaz Riduan Mohd Noor 2) Khairul Faizi Ahmad Kamil 3) Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah 4) Adram Musa 5) Kamaruzzaman Mohamad 6) Ustaz Ahmad Fadley Shaari 7) Ustaz Muhammad Khairul Abdul Hadi 8) Ustaz Nazri Chik 9) Yusni Mat Piah 10) Hamzan Sany 11) Syed Qadir 12) Ustaz Mohd Noor Hamzah | |
ansarullah Posted: 07 Jun 2011 11:01 AM PDT Apa Nazri cakap ni?????? Posted: 07 Jun 2011 09:09 AM PDT Saya tidak mahu jawatan PM: Abdul Hadi
KOTA BHARU: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata beliau tidak mahukan jawatan Perdana Menteri jika pakatan pembangkang berjaya dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.
Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, perjuangan PAS adalah untuk menyelamatkan negara dan memperkenalkan dasar negara berkebajikan yang dibawa oleh pakatan pembangkang.
"Yang penting kita mahu selamatkan negara...sesiapa pun boleh jadi Perdana Menteri," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di Kediaman Rasmi Menteri Besar di JKR 10, di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, bahawa perubahan kepemimpinan PAS yang kini dikuasai golongan profesional menunjukkan parti itu mahu berkuasa dalam pakatan pembangkang, termasuk Abdul Hadi yang berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri.
(cerita lanjut di sini) P/S:-Presiden PAS ini nampaknya dah memberi ketetapan dan pendapatnya yang tersendiri berkenaan kedudukan beliau dalam pakatan pembangkang.Bukanlah kuasa atau kedudukan peribadi yang menjadi tujuan utama perjuangan beliau,cuma keadilan dan kebajikan kepada rakyat yang bakal menjadi keutamaan.
Ini sangat berbeza dengan UMNO di mana jawatan peribadi itu lebih penting dari segala-galanya.
Tuduhan dari Nazri Aziz yang mengatakan PAS mahu berkuasa dalam pakatan pembangkang. Adakah itu semuanya benar?Kalau benar pun apa masalahnya?
Bukankah UMNO sebelum ini menuduh yang PAS bukan Parti DOMINAN dalam PR?Kalau PAS nak jadi dominan apa pulak masalahnya kepada UMNO?
Tidakkah UMNO mahu parti orang Islam dan Melayu ini jadi DOMINAN?Jadi apa sebenarnya yang dimahukan oleh UMNO????? | |
MEMBANGUN BERSAMA ISLAM Posted: 07 Jun 2011 09:44 AM PDT Peneroka di Jengka jangan tertipu lagi!! Posted: 06 Jun 2011 09:28 PM PDT Stadium mini, bandar jengka yang asyik bersemak dan hambar kini cantik dengan cat yg baru dan penambahan tempat duduk di kiri dan kanan pentas utama
Desas - desus dari sumber yang boleh di percayai telah mengatakan bahawa najib bakal turun ke Jengka menemui peneroka felda di Jengka 7 Julai 2011. Ini adalah kerana beberapa persiapan yang telah di lakukan oleh pihak berwajib menceriakan dan membuat persedia bagi mneyambut PM julai nanti. Berita desas desus ini di kuatlan lagi dengan banner yang terpampang "Gotong Royong Perdana" sempena Hari Peneroka nanti. Lihat banner di bawah : Banner gotong royong sempena hari penerokaSelain itu, menurut sumber2 yang diterima penduduk jengka bakal menerima projek-projek pembanguna yang baru. Antara yang di sebut ialah Terminal Jengka akan berubah, Pasar borong, jalan raya dan banyak lagi. Tidak ketinggalan juga yang sedang giat di bangunkan di bandar jengka ialah restoran dan kedai makan dalam pagar yang kini sedang di bangunkan. Tidak syakk lagii memang PM Najib akan turun ke jengka dan akan menjanjikan sesuatu buat warga jengka. Bagi saya sepatutnya Jengka sudah di angunkan dahulu lagi. tetapi apabila hampirnya tiba pilihanraya maka Pm akan turun ke jengka untuk menggembirakan peneroka felda di jengka.. agenda lain juga semestinya peneroka akan di janjiikan dengan bermacam-macam2 habuan untuk meraih undi. itu sudah biasa.... Di Kesempatan ini...saya nasihatkan peneroka felda di jengka supaya bijak membuat pilihan dalam pru akan datang. jgn hanya gembira dengan habuan yang sementara tetapi kecewa dan sedih memannjang sampai ke akhirat kerana memberi sokongan kepada pemimpin yang zalim.... setiap hari kita di tindas dalam diam2....... PAS ganti umno/be END!! (SUMber) | |
Pemuda Guchil Posted: 07 Jun 2011 09:43 AM PDT |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 07 Jun 2011 09:33 AM PDT Akhirnya impian Fadzil Noor tercapai, oleh Liew Chin Tong Posted: 06 Jun 2011 08:01 PM PDT Roketkini.com 7 Jun 2011 - Selepas pimpinan PAS mengumumkan Dokumen Negara Islam pada 2003, setelah dicabar oleh Perdana Menteri pada masa itu Tun Dr Mahathir Mohamad, ia menjadi salah satu faktor utama parti itu tewas teruk dalam pilihan raya umum 2004. Daripada 27 kerusi Parlimen yang dimenanginya dalam PRU 1999, PAS hanya mampu kekalkan 6 kerusi Parlimen. Banyak pihak mengatakan PAS kehilangan undi bukan sahaja dari kalangan bukan Islam tetapi juga dari orang Melayu yang dikatakan "resah" dengan konsep negara Islam parti itu. Sebenarnya Dokumen Negara Islam 2003 adalah kosep yang berlawanan dengan cadangan asal yang dibawakan oleh Allahyarham Datuk Fadzil Noor selaku Presiden PAS, sejak 2001 dalam bentuk Memorandum PAS kepada Rakyat Malaysia – Pemerintahan Islam Dalam Abad ke-21. Di antara Disember 2001 dan Mac 2002, draf empat muka surat telah dibincangkan oleh sabahat-sabahat PAS termasuk aktivis NGO yang kemudiannya dibawakan oleh Fadzil dalam muktamar PAS ke-48 di Kota Bharu, Kelantan pada Mei 2002. Fadzil yakin memorandum itu yang masih dalam peringkat persediaan itu mampu mencari titik pertemuan pelbagai peradaban, kepercayaan dan pegangan politik rakyat. Baginya, sifat pemerintahan Islam perlu ada syura, pemilihan dan demokrasi kerana pembinaan negara mesti berpaksikan kepada akhlak dan sistem nilai yang tinggi bertunjangkan sistem kepercayaan yang benar. Beliau turut menjelaskan bahawa pentadbiran yang dicita-citakan PAS ialah yang mendukung kedaulatan undang-undang serta menekankan aspek khidmat dan kebajikan sehingga melahirkan "Negara Berkebajikan" yang diharapkannya dapat memakmurkan negara dengan kebajikan serta mengelakkan kerosakan, pembaziran dan kemusnahan. Tujuh perkara asas dalam Memorandum itu adalah: - Masyarakat madani - Hak saksama (al-musaawah) - Kedaulatan undang-undang berasaskan syariah yang luas makna dan ruang lingkupnya - Keadilan (al-'adalah) - Meritokrasi (as-solahiyah) - Negara berkebajikan - Pentadbiran dinamik dan inovatif Sayangnya, Fadzil meninggal dunia tidak lama selepas muktamar itu, pada 23 Jun 2002, yang mengakibatkan Memorandum itu tidak lagi menjadi keutamaan PAS. Namun begitu, sebulan selepas perginya Fadzil, PAS menyusun semula Memorandum itu untuk dibincangkan bersama dengan rakan-rakan seperjuangan di luar parti di mana tujuh perkara asas dikekalkan dengan huraian yang lebih panjang. Apa yang mengejutkan ialah satu dokumen yang berlainan sama sekali telah dikeluarkan pada November 2002 atas nama Dokumen Negara Islam yang direstui oleh Majlis Syura Ulama PAS. Dokumen itu juga mempunyai tujuh prinsip, seperti mana Memorandum, tetapi ia berbeza dalam banyak segi. Tujuh perkara asas Dokumen itu ialah: - Negara undang-undang di mana dijelaskan bahawa hudud, qisasa dan takzir akan dikenakan kepada orang Islam sahaja tetapi yang bukan Islam boleh memilih sama ada menerima hukum itu atau common law - Sistem khilafah di mana pemerintah mesti melaksanakan hukum Islam, jika tidak mereka dianggap pengkhianat amanah Allah - Takwa - Sistem syura (concensus) di mana ia akan membincangkan perkara-perkara yang boleh diijtihadkan sahaja, dan tidak boleh dalam hukum-hukum tetap Islam (qat'i) - Keadilan dan kesamarataan (al-'adaalah wal musaawaah) yang dijelaskan tidak sama dengan persamaan (equality) dan sama bahagian (fairness) - Kebebasan (al-hurriyyah) yang tidak boleh bercanggah dengan syara' - Ketuanan mutlak (as-siyaadah wal haakimiyah) atau sovereignty yang mana hak ketuanan adalah milik Allah dan tidak boleh diganggu oleh mana-mana pihak. Walau apa pun niat baik pimpinan PAS dalam menyediakan Dokumen ini, persepsi orang ramai terhadapnya telah menyebabkan parti itu ditolak dalam PRU 2004. Ia dlihat sebagai menakutkan orang bukan Islam dan orang Islam yang berpendirian sederhana. Menjelang 2007 di mana pentadbiran Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang lemah telah membangkitkan rasa tidak puas hati rakyat, ramai pemimpin PAS terutamanya mereka yang bersikap sederhana telah menyertai gerakan-gerakan mobilisasi demokrasi seperti perhimpinan Bersih yang mendesak kerajaan Barisan Nasional supaya telus dan adil dalam pilihan raya. Pada masa itu juga PAS mula kembali kepada idea asal Fadzil yang mahu parti itu menjadi lebih terbuka dan berarus perdana dalam menarik sokongan rakyat. Ia juga usaha sesetengah pemimpin PAS untuk membuktikan bahawa Islam bukan sempit ajarannya, Islam adalah untuk semua. Kejayaan besar PAS bersama PKR dan DAP dalam PRU 2008 meyakinkan banyak pihak supaya parti itu berjuang bersama-sama dalam satu gabungan yang kemudiannya dinamakan Pakatan Rakyat. Dengan adanya barisan baru PAS yang dipilih dalam muktamar PAS ke-57 di Kuala Lumpur hujung minggu lalu, hasrat Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk meluaskan usaha promosi Negara Berkebajikan dilihat akan membuahkan hasil. Seperti yang dijelaskan oleh Hadi, Negara Berkebajikan adalah konsep yang berteraskan Islam dan boleh diterima oleh semua orang tanpa mengira agama dan kaum. Ini bermakna PAS tetap boleh memperjuangkan agenda Islam yang benar-benar memberi manfaat kepada semua manusia. Memetik kata-kata Hadi, "Kita mulakan dengan pelaksanaan Negara Berkebajikan. Ia ada dalam Islam dan al-Quran. Dalam al-Quran tidak sebut Negara Islam, ia sebut Negara Berkebajikan", ia mengingatkan kita semua kepada apa yang diperjuangkan oleh Allahyrahm Ustaz Fadzil untuk membawa imej Islam yang lebih demokratik, inklusif, terbuka dan adil tanpa mengorbankan prinsip perjuangan PAS. Sejak 2004, PAS telah melalui jalan yang sukar dan penuh berduri. Rasa kurang keyakinan diri di kalangan pemimpin tertentu PAS juga membuatkan mereka serba-salah dengan tawaran UMNO untuk bersatu padu demi perpaduan Melayu. Sekarang ternyata impian Fadzil sudah menjadi kenyataan. PAS dilihat sudah bersedia untuk kembali dengan penuh komitmen terhadap Pakatan Rakyat, selaras dengan impian Fadzil yang mahu menawarkan alternatif terbaik kepada rakyat pelbagai kaum dan agama, untuk mengambil alih pentadbiran negara daripada UMNO dan BN. – Roketkini.com Liew Chin Tong adalah Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera http://roketkini.com/2011/06/07/akhirnya-impian-fadzil-noor-tercapai-oleh-liew-chin-tong/ | |
Jasindaily Online Posted: 07 Jun 2011 09:11 AM PDT |
PAS Kawasan Gerik Posted: 07 Jun 2011 09:04 AM PDT |
i n t a n h i j a u Posted: 07 Jun 2011 07:36 AM PDT DUIT AKU DUIT AKU, DUIT KERAJAANPUN DUIT AKU ... Posted: 07 Jun 2011 06:13 AM PDT
Penggunaan duit rakyat atau dana awam bagi membiayai lawatan Perdana Menteri dan rombongannya ketika merisik perkahwinan anak perempuan Datuk Seri Najib Razak di Kazakhstan adalah salah dari segi moral, kata ahli parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad. "Tindakan Najib ini tidak ada kelas langsung iaitu menggunakan wang kerajaan dan rakyat untuk urusan peribadi. "Ini pula bukan pertama kali. Semasa anaknya menerima ijazah di Universiti Georgetown, Washington, Amerika dia dan keluarga juga ke sana dengan program rasmi kerajaan. "Saya bimbang ia menjadi rujukan pemimpin bawahan beliau sebagaimana bidalan Melayu, bapa kencing berdiri anak kencing berlari," katanya. Menurut pemimpin PAS itu, tidak menjadi kesalahan bagi perdana menteri merisik perkahwinan anaknya di Kazakhstan tetapi Najib sepatutnya mengambil cuti rasmi dan tidak membelanjakan dana awam. Nooryana Najwa dijadualkan berkahwin dengan seorang pembesar kerajaan Kazakhstan. Dalam sejarah Islam, kata Dzulkefly, Khalifah Umar Abdul Aziz pernah mempunyai dua batang lilin berlainan yang ditempatkan di sisi katilnya. Guna duit sendiriJika baginda dikejutkan pada waktu malam kerana urusan rakyat, Khalifah Umar akan menyalakan lilin yang dibeli dari dana awam. Sebaliknya jika dikejutkan oleh kawan-kawan atau ahli keluarganya untuk membincangkan hal peribadi, baginda menggunakan lilin yang dibeli melalui wangnya sendiri. "Mana pergi good governance, intergriti kepimpinan dan ini akan menghakis keyakinan rakyat kepada beliau," kata Dzulkefly. Menurut beliau jika Najib dan isterinya, Datin Seri Rosnah Mansor benar-benar bertanggungjawab, mereka berdua akan menyusun jadual cutinya untuk kepentingan keluarga dan peribadinya bukannya mengambil kesempatan atas urusan kerajaan. "Hentikanlah, cukuplah tu.....susunlah cuti dengan baik, guna duit sendiri untuk lunas tanggungjawab kepada anak dan keluarga, inilah mulanya penyelewengan....bila kepimppinan tertinggi tunjukkan sikap hodoh dan buruk," katanya sambil menambah perbuatan mereka itu sebagai langkah yang 'tidak ada kelas langsung'. Sebelum ini, di Dewan Rakyat pernah dibangkitkan perbelanjaan besar yang dibuat oleh Rosmah. "Dari segi moralnya ia sangat salah," kata Dzulkefly. Sementara itu, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad meminta Najib supaya telus dan tidak mengambil kesempatan di atas urusan rasmi untuk sebarang urusan peribadi apatah lagi apabila menggunakan wang kerajaan yang juga wang rakyat. "Kalau benda (dakwaan) ini betul kenapa Najib nak rahsiakan? Beliau kena cakap terus teranglah. Kalau betul beliau ke sana atas urusan peribadi janganlah guna harta kerajaan dan harta rakyat. Jangan berselindung di sebalik lawatan rasmi. "Kalau betul anaknya akan berkahwin dengan anak pembesar Kazakhstan saya ucapkan tahniah tapi gunalah duit sendiri yang sudah banyak tu..tak payahlah guna duit rakyat.," kata beliau kepada Harakahdaily. | OBJEKTIF NEGARA BERKEBAJIKAN Posted: 06 Jun 2011 04:15 PM PDT
(Sedutan Daripada Ucapan Dasar Presiden PAS)
OBJEKTIF NEGARA BERKEBAJIKAN 27. Dalam negara berkebajikan, kerajaan mengambil tanggungjawab dalam perkara yang menjadi rukun hidup, keperluan asasi kemudahan asas, makanan, pakaian, tempat tinggal, kesihatan, pendidikan dan lain-lain. PAS wajib menghapuskan budaya mendapat hasil secara membebankan rakyat yang menjadi amalan kerajaan UMNO/BN, sehingga mengambil kesempatan mendapat hasil melalui rukun hidup rakyat. Rakyat yang berniaga pula terpaksa berdepan dengan kerajaan yang berniaga. Kerajaan yang berniaga menerusi GLC pula, mengagihkan keuntungan kepada pemegang saham kroni tertentu, manakala kerugian perniagaan pula ditanggung oleh kerajaan, yang akhirnya dibebankan kepada rakyat menerusi sistem cukai yang menekan mata pencarian hidup rakyat jelata. Akhirnya GLC ini akan hilang daya saingnya kerana sentiasa menerima bantuan dari kerajaan. 28. Islam menjadikan kerajaan tidak membebankan rakyat dengan cukai yang tinggi atau cukai paksaan. Contohnya dengan mewajibkan bayaran zakat kepada orang Islam, dan cukai kepada bukan Islam dengan kadar kemampuan dan galakan yang meningkatkan produktiviti pendapatan mereka. Kerajaan juga tidak boleh menyekat kekayaan yang halal, tidak menipu, tidak menindas dan tidak rasuah.
29. PAS percaya bahawa perolehan pendapatan negara bukannya dengan cara membebankan rakyat dengan kaedah menaikkan cukai atau menyebabkan kenaikan harga barangan keperluan. PAS yakin bahawa keadilan sosial yang berteraskan kebajikan kepada rakyat dan amalan yang adil membawa berkat yang mengembangkan hasil negara.
30. Maka PAS telah melaksanakan sebahagian daripada konsep negara berkebajikan di negeri yang diperintahnya, mengikut kemampuan dan bidang kuasa yang ada di Kelantan dan Kedah, pernah di Terengganu dan Perak dan memperkenalkan di negeri PAS menyertai kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang. 31. PAS bersama Pakatan Rakyat telah memperkenalkan konsep negara berkebajikan melalui Buku Jingga yang dilancarkan. Sebenarnya sebahagian daripada Buku Jingga pernah dilaksanakan di negeri yang kita perintah, seperti pembatalan tol, pembatalan cukai yang membebankan rakyat dan memudahkan perkhidmatan asas yang menyentuh rukun hidup rakyat.
| |
Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh Posted: 07 Jun 2011 07:20 AM PDT |
PAS Kulaijaya Posted: 07 Jun 2011 07:14 AM PDT |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan