Selasa, 7 Jun 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Dewan Pemuda Pas Sepanggar

Posted: 06 Jun 2011 09:43 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Sepanggar


DPP Sepangar merakamkan penghargaan kepada Kepimpinan baru PAS

Posted: 05 Jun 2011 08:30 PM PDT

Seusai Muktamar PAS kali ke-53 baru-baru ini, PAS telah berjaya melakar sejarah baru apabila berjaya menguruskan pemilihan kepimpinan baru dengan suasana yang indah dan mesra. Semestinya suasana ini tidak mungkin dapat di nikmati oleh UMNO terutamanya pada waktu semakin genting ini (hampir tarikh pilihanraya umum). Sebagaimana firman Allah s.w.t:

"Walaupun kamu membelanjakan (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka". [al Anfal : 63].


Muktamar terkahir sebelum PRU ke-13 ini memperlihatkan kepimpinan yang dipilih oleh perwakilan merupakan jentera padu bagi membuka laluan ke Putrajaya kelak, sebagaimana ucapan presiden PAS bahawa ahli jawatankuasa kali ini merupakan 'Kabinet Pilihanraya'. Sehubungan dengan itu DPP Sepangar berharap agar kekuatan ini dapat digembeling untuk memastikan UMNO/BN tewas pada PRU nanti.

Perwakilan DHPP Sabah bergambar dengan baju tradisi masyarakat tempatan

Kesempatan ini juga, DPP Sepangar ingin mengucapkan tahniah kepada PAS kawasan Keningau yang berjaya membawa perwakilan ke Muktamar, malah diserikan lagi dengan kehadiran wakil DHPP Sabah yang berbangsa Dusun (non-Muslim). Kehadiran wakil DHPP ini merupakan lakaran sejarah yang berjaya dicipta oleh PAS Sabah khususnya PAS kawasan Keningau.

"Membangun Negara Berkebajikan"

KHIDMAT MERU

Posted: 06 Jun 2011 09:22 AM PDT

KHIDMAT MERU


GOTONG ROYONG MENGECAT SURAU DARUL EHSAN

Posted: 05 Jun 2011 09:19 PM PDT


Satu Program Amal MENGECAT SURAU DARUL EHSAN akan diadakan pada 11 Jun 2011 jam 8.30 pg - 12.00 thr. Program Amal ini dianjurkan PTRS Dun Meru bersama Briged Amal, Unit Amal, Masjid Meru, MAS dan JKKK Kg Meru. Dijangkakan semua pelajar PTRS Dun Meru akan hadir bersama rakan NGO yang lain. Pihak penganjur, Encik Baharom Basiron mengajak semua masyarakat dapat hadir pada program ini di Surau Darul Ehsan Jalan Kassim Meru pada tarikh tersebut. Pihak penganjur juga mengalu-alukan para dermawan untuk menyumbang untuk menjayakan program ini.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 06 Jun 2011 09:14 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Dapatkan Stiker Anti Saman Ekor sekarang

Posted: 06 Jun 2011 06:32 AM PDT



Dapatkan stiker anti saman ekor "1 SAMAN EKOR, 1 UNDI PROTES"

Dikeluarkan oleh Jawatankuasa Anti Kempen Saman Ekor (KASE) dengan harga RM 3 sekeping. Beli 4 pada harga RM10.

Boleh didapati di Pejabat DUN Paroi, Seremban, Negeri Sembilan.

Sumber : http://www.facebook.com/pages/Kempen-Anti-Saman-Ekor-KASE/146289665399185

Anwar Ibrahim di Port Dickson 10 Jun 2011

Posted: 06 Jun 2011 06:16 AM PDT



CERAMAH PERDANA
Bersama Dato Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan Pakatan Rakyat
Tarikh : 10 Jun 2011, JUMAAT
Masa : 9 mlm
Tempat : Kg Si Rusa (belakang Petronas), Bt 4, Port Dickson, N.Sembilan

Siapa yang janji nak bina UiTM di Rembau tahun 2008?

Posted: 05 Jun 2011 08:15 PM PDT



Masih ingat lagi Pilihanraya Umum 2008? Macam-macam janji manis ditaburkan pemimpin Umno di Negeri Sembilan. Antaranya ialah pembinaan Hospital Rembau, pembinaan Landasan Terbang Rembau, pembinaan UiTM Rembau. Sekarang dah tahun 2011, nak masuk 2012. Bayang pun tak nampak lagi. Tak apa , Melayu mudah lupa. Bagi komputer riba 1Malaysia, dah lupa semua janji sebelum ini.

Projek kereta laju KL - Gemas bermula
Kosmo 31 Jan 2008

SEREMBAN - Pembinaan landasan kereta api laju dari Kuala Lumpur ke Gemas yang kini sudah pun bermula dengan dijangka siap dalam masa empat tahun lagi.

Projek itu yang dijalankan oleh Indian Railways Company (IRC), dijangka menjadi pendorong kepada pembangunan pesat di Seremban, Rembau, Tampin, Gemencheh dan Gemas.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, projek itu juga akan membantu membangunkan Rembau sebagai destinasi pelancongan terkenal.

"Projek landasan itu kini sudah dimulakan di atas tanah milik kerajaan manakala proses pengambilan tanah milik individu sedang dilakukan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini semalam.

Pada masa yang sama juga, Mohamad memaklumkan, syarikat yang sama turut diberi tugas oleh kerajaan bagi membina satu lagi laluan kereta api yang dikhaskan untuk komuter yang di- lanjutkan dari Seremban ke Sungai Gadut.

Selain itu katanya, kawasan rekreasi kolam air panas Pedas juga akan diperbesarkan dengan tambahan kemuda han seperti hotel bertaraf antarabangsa dan dewan persidangan.

BELIAU JUGA MENGUMUMKAN PEMBINAAN SEBUAH LAGI KAMPUS UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) REMBAU selepas kampus di Kuala Pilah di mana ia dibuat secara inisiatif pembiayaan swasta (PFI).

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0131&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_15.htm

Artikel Mohamad Hasan menjanjikan Landasan Terbang Rembau pada tahun 2008 di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2011/05/melayu-mudah-lupa.html

Artikel Mohamad Hasan menjanjikan Hospital Rembau pada tahun 2008 di http://amkns.blogspot.com/2011/02/siapa-yang-menjanjikan-hospital-kepada.html

Jambatan tidak sempurna

Posted: 05 Jun 2011 07:58 PM PDT



Jambatan tidak sempurna
Sinar Harian 6 Jun 2011

TERACHI – Jambatan yang menghubungkan Tanah Perkuburan Islam Kampung Ibol berdekatan laluan keluar dekat sini, mengundang resah penduduk berhampiran berikutan strukturnya yang tidak sempurna.

Rata-rata mereka kesal kerana jambatan yang menjadi lalu mereka selama ini rosak sejak setahun lalu akibat peralihan jambatan.

Penduduk, Mohd Razali Abd Latif, 46, berkata, pada awalnya, jambatan itu elok dan boleh dilalui kerana mempunyai struktur yang sempurna serta selamat.

"Tetapi apabila pihak Jabatan Pertanian mengusahakan pertanian di sini, jambatan itu dialihkan untuk pengaliran air.

"Setelah dialihkan, jambatan baru yang dibina tidak sempurna kerana tidak mempunyai ciri keselamatan selain membebankan penduduk," katanya. Malah katanya, apabila hujan lebat berlaku baru-baru ini, jambatan yang dibina telah runtuh semua hingga memaksa mereka menggantikannya dengan jambatan kayu.

"Jambatan kayu ini tidak mampu menampung sebuah kenderaan kerana tidak kukuh dan hanya sebuah motosikal sahaja yang boleh melalui jambatan berkenaan," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Menurutnya, jambatan itu menjadi laluan penduduk kampung terutamanya apabila berlakunya kematian.

"Jalan ini menghubungkan Tanah Perkuburan Kampung Ibol. Apabila jambatan ini tidak boleh dilalui oleh kenderaan berat seperti van jenazah, kami terpaksa memikul keranda sejauh 500 meter.

"Keadaan tanah berbukit-bukit membebankan kami dan pernah beberapa kali berhenti kerana penat berjalan. Selain itu, sekiranya jambatan itu tidak lagi berfungsi, ia menyebabkan segala urusan berkaitan perhubungan akan terganggu dan aktiviti membawa hasil pertanian turut terjejas," katanya.

Malah katanya, kehadiran Ramadan tidak lama lagi pasti membimbangkan penduduk yang perlu berjalan jauh menziarahi kubur sanak saudara.

"Saya berharap pihak berkenaan dapat memandang serius perkara ini dengan teliti supaya dapat diatasi dengan segera," katanya.

Sementara itu, Mohd Ariff Abdullah, 45, berkata, berharap masalah ini dapat diberi perhatian segera kerana ia sudah berlarutan selama setahun.

"Kami bukan mahu mempertikaikan tanggungjawab sesiapa kerana kami tahu mereka juga berusaha membawa perkara ini kepada pihak berkaitan.

"Ketua kampung sangat mengambil berat masalah ini dan telah melaksankan tugasnya dengan baik. Oleh itu, saya berharap pihak berkaitan dapat menyegerakan proses membaik pulih jambatan itu supaya tidak menjadi lebih teruk," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9163729.asp

i n t a n h i j a u

Posted: 06 Jun 2011 07:25 AM PDT

i n t a n h i j a u


APA KAMI BAWA DARI MUKTAMAR

Posted: 05 Jun 2011 08:24 PM PDT


Apa yang sepatutnya para perwakilan bawa dari Muktamar PAS Pusat Kali Ke-57 ?
Kami (perwakilan) membawa semangat dan pemahaman berikut :
  • Memahami tujuan perjuangan parti serta semangat memperkasakan parti.
  • Setelah memahami tema "Membangun Negara Berkebajikan" setiap peringkat parti mesti merancang dan bertindak  berdasarkan tema tersebut.
  • memperkukuhkan dan merapatkan saf saf serta mengeratkan ukhuwwah fillah sebagai syarat kemenangan.
  • memahami tuntutan "tahaluf siyasi" sebagai pendekatan politik yang sebahagian besar masih belum difahami masyarakat.
  • memperluaskan muafakat bersama NGO's.
  • memantapkan jentera penerangan parti dengan lebih inovatif dan kreatif dengan membawa mesej "Rahmat Untuk Sekalian Alam" dan menyebarluaskan maklumat "Buku Jingga".
  • memurnikan dan membersihkan siyasah atau politik sebagai juzuk penting dalam kehidupan umat Islam bagi memerangi amalan UMNO/BN iaitu "matlamat menghalalkan cara'.
  • membawa arahan Presiden supaya setiap jentera pilihan raya bersedia untuk PRU13...!
Bergurau setelah seharian mendengar perbahasan.
Bersama Mohamad Sabu sejurus kemenangan beliau sebagai Timbalan Presiden.
Pemuda Teluk Intan, Sdr. Basyir bertugas menjaga kawalan lalu lintas.
Bersama MB Kedah. Sudah lama Ustaz Azizan tak mai Teluk Intan.
Bergambar bersama Sdr/. Basyir.
Perwakilan Teluk Intan, Hj. Mohamad Akram ditemu ramah wakil media.
Bersama pasangan perwakilan Johor.
intanhijau.blogspot.com

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 06 Jun 2011 07:18 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 06 Jun 2011 03:23 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


Utusan berjaya memperbodoh & menyesatkan ahlinya

Posted: 05 Jun 2011 06:41 AM PDT

Dengan perasaan keceewa yang amat sangat Utusan Malaysia termasuk Awang Selamat menyerang PAS dan para perwakilannya di Muktamar kali ini dengan jayanya. 
Media Perdana Umno ini telah berjaya memperbodoh dan menyesatkankan ahlinya dan tidak langsung untuk pimpinan, perwakilan dan ahli PAS diseluruh negara yang bersatu menolak gagasan Utusan yang amat meloyakan ini. 
Ulasan Awang Selamat dan pemimpin Umno yang lain jelas menunjukkan bahawa mereka telah hilang pertimbangan dan kewajaran serta menunjukkan bahawa mereka langsung tidak memahami penegasan yang dibawa oleh Parti Islam Se Malaysia ini.
Penegasan oleh TGHH bahawa Tahaluf Siyasi yang diamalkan oleh PAS kini, telah menjadi sebahagian daripada Feqah Politik Islam dan kejahilan Umno dan para pemimpinnya bagi memahami perbezaan kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat, dengan kerjasama wala' antara UMNO dalam BN, yang mengorbankan prinsip dan menghilangkan jati diri Islam daripada bangsa Melayu yang beragama Islam, seterusnya menghanyutkan Islam yang sebenar telah menjadikan mereka semakin terpinggir
Sementara itu Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) kesal dengan laporan Utusan Malaysia yang mengandaikan mereka tidak mengiktiraf kepimpinan Dewan Ulama.
Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof sebaliknya berkata, DMPP menyanjung tinggi kepimpinan ulama yang merupakan pemantau segala dasar dan perancangan dalaman parti.
Beliau berkata, Utusan Malaysia hanya berniat melaga-lagakan keakraban ketiga-tiga dewan dalam PAS.

"DMPP menyanjung tinggi kepimpinan ulama dan kesal dengan laporan media yang kata muslimat tidak mengiktiraf Dewan Ulama.
"Ini satu propaganda yang dibuat media untuk melaga-lagakan dalaman parti dan menampakkan tiada kesepakatan di antara dewan-dewan," kata beliau sewaktu menyampaikan ucapan pengangguhan di Muktamar PAS kali ke- 57 di Dewan Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohammad (KUIZM) hari ini.
Utusan Malaysia semalam melaporkan DMPP mendakwa kepimpinan ulama yang tidak agresif menjadi punca utama golongan tersebut diganti dengan barisan kepimpinan baru yang dilihat pro Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berharap persepsi tersebut diperbetul segera.
Sementara itu, beliau mengemukakan gagasan untuk memartabatkan kemuliaan golongan wanita di negara ini.
"DMPP kemukakan gagasan sebagai tawaran kepada wanita di negara kita iaitu gagasan untuk memartabatkan kemuliaan wanita di Malaysia.
"Kita ingin lahirkan muslimat yang bukan sahaja berperanan dalam rumahtangga, dalam kerjaya tapi nak melahirkan wanita yang menjadi pemimpin yang bertakwa seharusnya berbeza dengan wanita Umno yang hanya nak memperkasa dari sudut wanita tanpa tekankan ketinggian moral," katanya yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang.
Selain itu beliau turut menyeru semua ahli menjalinkan hubungan baik dengan Pakatan Rakyat di semua peringkat.
"Saya menyeru semua ahli parti untuk mengadakan hubungan baik dengan Pakatan Rakyat di semua peringkat dan supaya perancangan dan strategi bersesuaian dengan lokaliti dan muafakat dalam perkara yang melibatkan kepentingan parti," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan