Kadang-kadang sudah cukup untuk mengatakan bahawa kerajaan Malaysia mahu menganjurkan badan politik di Malaysia dengan cara yang ia memenuhi kepentingan elit pemerintah dan kroni mereka. Ini adalah cita-cita yang sama atau yang lebih tamak yang telah mencetuskan bantahan besar-besaran seperti di seluruh Afrika, Timur Tengah dan Eropah.
Mengapa saya mengatakan perkara ini?
Di Malaysia, kita mempunyai pelbagai undang-undang pencegahan termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang zalim, di mana membenarkan tahanan tanpa bicara, untuk menutup mulut pembangkang.
Pertubuhan-pertubuhan media berkaitan dengan kerja penyuntingan secara terang-terangan di bawah cengkaman pemimpin UMNO. Wartawan yang berani menolak batas kemungkinan akan diberhentikan kerja atau dikenakan siasatan.
Kita sering berkata bahawa negara kita adalah sebuah negara demokrasi tetapi ia adalah jelas hanya dengan tempahan sahaja semata-mata. Sebagai contoh, pihak polis boleh menggunakan kekerasan untuk menyuraikan perhimpunan aman di mana lebih daripada empat orang boleh menjadi suatu perhimpunan haram. Tambahan pula, mereka berkuasa mutlak dan manakah tidak dengan menyelesaikan kes dengan kekerasan atau kematian dalam tahanan polis.
Jelas, Institusi kerajaan dan perbadanan Undang-Undang Pencegahan telah digunakan untuk menjaga masyarakat di bawah cengkaman Elit pemerintah. Sesiapapun tidak dibenarkan mempersoalkan tindakan mereka dan sesiapa yang berani akan diambil tindakan.
Sebab-sebab inilah, kita memerlukan satu sistem pilihan raya bersih yang membolehkan rakyat untuk melaksanakan hak-hak mengundi mereka untuk menunjukkan rasa tidak puas hati mereka terhadap kerajaan dan membuat satu perubahan.
Pilihan raya yang bebas dan adil merupakan satu aspek demokrasi yang telus. Orang ramai mempunyai hak mengundi di dalam sistem yang berasaskan integriti tanpa sebarang penyelewangan iaitu: memecah bahagi kawasan untuk kepentingan, pembelian undi, dan undi hantu.
Pembelian undi berleluasa di Sarawak pada pilihan raya baru-baru ini, terutamanya di kawasan luar Bandar dan tempat yang miskin.
Pendek kata, seharusnya tiada manipulasi dari kerajaan yang memerintah untuk memastikan jangka hayat mereka dalam politik. Keputusan pilihan raya mestilah sama dengan kehendak rakyat. Tetapi di Malaysia, perkara ini adalah disebaliknya.
Saya meyokong Bersih 2.0, merupakan satu gabungan 63 pertubuhan bukan kerajaan yang memberi tumpuan kepada reformasi pilihan raya untuk memastikan hak mengudi rakyat tidak dicemari oleh Ahli politik yang tidak bertanggungjawab dan sistem yang tidak sama rata.
Bersih telah memanggil Suruhanjaya Pilihan Raya untuk reformasi undi pos, penggunaan dakwat yang kekal, pembersihan daftar pemilih, membolehkan semua pihak mengakses kepada media dan memberi tempoh kempen sekurang-kurangnya 21 hari.
Walaubagaimanapun, Suruhanjaya Pilihan Raya telah menentang sebarang idea untuk pembaharuan. Malah, baru-baru ini, laporan media menunjukkan bahawa mereka telah menutup pintu kepada cadangan Bersih 2.0.
Aduan dibuat terhadap pembelian undi semasa pilihan raya di Negeri Sarawak juga telah ditolak dengan cara sambil lewa sahaja.
Ini memberi tanggapan awam bahawa Institusi-institusi kerajaan disusun dalam satu cara untuk memastikan bahawa yang kaya akan kembali berkuasa dan memastikan mereka dapat mengekalkan kedudukan dominan mereka dalam tempat masyarakat.
Dalam beberapa minggu sebelum protes yang dijadualkan pada 9 Julai, kita telah melihat satu respon daripada Pemuda UMNO yang juga pemimpin PERKASA, Ibrahim Ali yang mengambil kesempatan untuk mempromosikan diri.
Kedua-dua organisasi telah mengutuk perhimpunan Bersih dan merancang satu bantahan serentak untuk melafazkan kesetiaan berikrar untuk mempertahankan proses pilihan raya yang sedia ada.
Kami mengalu-alukan perhimpunan mereka sebagai satu kebebasan berhimpun yang merupakan satu bentuk ungkapan pokok mana-mana Negara yang demokratik.
Apa yang kita mengutuk adalah berkenaan tindakan mereka yang menyebarkan fitnah tentang Bersih 2.0. Propaganda tersebut adalah cukup bijak untuk mencemarkan usaha oleh gabungan Bersih 2.0. PERKASA hanya memahami bahawa dengan mengkritik dasar-dasar kerajaan adalah merupakan satu langkah tidak setia kepada negara.
Timbalan Perdana Menteri ,Muhyiddin Yassin mengatakan bahawa perhimpunan Bersih 2.0 adalah taktik untuk menggulingkan kerajaan. Menteri Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim menyatakan bahawa siri serangan siber ke atas laman web tempatan dan kerajaan juga mempunyai kaitan dengan perhimpunan yang dirancang ini.
Ini adalah palsu dan dakwaan tersebut terbukti bertujuan untuk mengelirukan orang ramai.
Pada tahun 2007, beribu-ribu orang telah menyertai protes untuk reformasi pilihan raya. Puluhan ribu rakyat akan sekali lagi berkumpul kali ini dan berani menghadapi pancutan air dan meredah polis anti-rusuhan untuk menunjukkan kemarahan mereka terhadap rejim yang menindas.
Kita telah mendengar polis bercakap- di mana mereka telah memberi amaran kepada penunjuk perasaan dan mengugut tangkapan awal terhadap pihak penganjur. Saya melihat ini sebagai ungkapan ketakutan dari kerajaan yang memerintah sedia ada.
Mari kita berharap pihak polis tidak akan menggunakan ancaman dan taktik budak buli untuk mendiamkan tentangan yang sah di Negara ini. Kelakuan ini hanya boleh memalukan pihak kerajaan sendiri.
Daripada menggunakan kekerasan untuk melarang pihak penganjur dan penunjuk protes, Kerajaan sepatutnya harus mendengar aspirasi rakyat. Lagipun, itulah yang Perdana Menteri Najib Tun Razak melaungkan didalam slogannya seperti mantera. Slogan "Rakyat Didahulukan" akan menjadi tidak bermakna jika rakyat dihalang oleh pihak polis untuk perhimpunan yang aman.
Charles Santiago
Ahli Parlimen Klang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan