Ahad, 15 Mei 2011

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


UMNO Cawangan Bandar Klang Selatan - Tegas Berprinsip~Tidak Membuta Tuli Menurut Perintah

Posted: 15 May 2011 01:04 AM PDT

UMNO Cawangan Bandar Klang Selatan - Tegas Berprinsip~Tidak Membuta Tuli Menurut Perintah


Pidato Pemimpin Bersama Masyarakat India & Cina (Dewan Melayu Klang)

Posted: 14 May 2011 07:11 PM PDT


14 Mei 2011 (Sabtu)
9.30 Malam
Dewan Melayu Klang

ahmadmaslan.blogspot.com

Posted: 14 May 2011 09:01 PM PDT

umno bahagian cheras

Posted: 14 May 2011 01:14 PM PDT

umno bahagian cheras


Selepas ancaman terhadap Nurul Izzah, selepas ini apa lagi drama Anwar ? - Syed Ali

Posted: 13 May 2011 09:11 PM PDT

KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee tidak menolak kemungkinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sengaja mencipta drama terbaru kononnya keluarga beliau berdepan ancaman serius.


Beliau mendakwa, Anwar berbuat demikain bagi menarik simpati rakyat bertujuan mencetuskan kacau-bilau dalam negara.


"Penasihat PKR itu merupakan ancaman kepada kestabilan negara dan pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap beliau," katanya.


Dalam keadaan tersebut katanya, tidak mustahil Anwar akan melarikan diri dan mendapatkan suaka politik di negera tertentu sepertimana dilakukan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Sinawarta.


"Di luar negeri, beliau bebas mengatur strategi dan merancang kebangkitan rakyat bagi mengkucar-kacirkan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Menurutnya, Anwar dalam keadaan hilang pertimbangan sanggup melakukan pelbagai helah bagi menagih sokongan orang ramai sewaktu siasatan video seks sudah mengenali pelaku yang melakukan hubungan seks dengan pelacur warga asing.


"Malah perbicaraan kes beliau dituduh meliwat Mohd. Saiful Bukhari akan disambung semula 16 Mei ini dengan identiti 'Lelaki Y' dipercayai telah dikenalpasti menerusi ujian DNA," ujarnya.


Sehubungan itu Syed Ali mahu kerajaan supaya segera bertindak terhadap Anwar kerana perancangan liciknya boleh menjejaskan keharmonian dan ketenteraman negara.


Beliau mengulas 'drama' terbaru apabila anak Anwar, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai membuat laporan polis berhubung ugutan diterimanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).


Dua hari lalu, Nurul Izzah mendakwa menerima SMS bahawa anaknya akan menerima nasib sama sepertimana adik Sharlinie jikalau beliau terus menyokong Anwar.


Dalam laporan polis tersebut, Nurul Izzah dikatakan mendakwa jika beliau tidak mendesak ayahnya (Anwar) berhenti dari politik, maka sesuatu akan berlaku terhadap anaknya.


Untuk rekod, adik Sharlinie berusia lima tahun didapati hilang 9 Januari 2008 dan sehingga kini masih belum ditemui.


Nurul Izzah membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi, semalam (Jumaat) dengan ditemani ibunya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR.


Awal minggu lalu, pemandu peribadi Anwar, Abdullah Sani Said telah membuat laporan polis dengan mendakwa kereta yang kerap dinaiki keluarga Anwar telah disebotaj.


Sebelum itu, Anwar menerusi laman twitternya dikatakan telah membuat hebahan kononnya seluruh keluarga beliau berada dalam ancaman serius dan melahirkan kekesalan politik Malaysia kian jijik dan kejam.


Dalam hal ini, Syed Ali mahu pihak polis menjalankan siasatan terperinci terhadap dakwaan Anwar dan mengambil tindakan jika apa yang dinyatakan itu sebagai satu pembohongan dan provokasi politik.


"Apa muslihat Anwar mencanangkan menerusi twitter bahawa keluarga beliau terancam ? Ini semua lakonan Anwar untuk terus memburukkan kerajaan Barisan Nasiona (BN) dan UMNO khususnya," tegas beliau.


Beliau bagaimanapun berkata, lakonan Anwar menerusi beberapa dramanya sebelum ini amat sukar untuk dipercayai rakyat.


"Drama Anwar bahawa beliau berdepan dengan ancaman serius bukan isu baru, dulu dia lari ke Kedutaan Turki kononnya nyawa terancam ekoran terbongkarnya isu liwat dengan Mohd. Saiful," katanya.


Tetapi sehingga kini kata Syed Ali, Anwar masih hidup bebas dan bergerak di dalam di luar negeri sambil menyampaikan ceramah menghasut rakyat memusuhi kerajaan.














Syed Ali cadangkan mereka yang pertikai kedudukan agama Islam dikenakan ISA

Posted: 11 May 2011 11:23 PM PDT

MEREKA yang cuba memprovokasikan agama lain perlu dijadikan agama rasmi selain Islam sepertimana yang sudah termaktub dalam perlembagaan, perlu dikenakan tindakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, kerajaan perlu tegas menangani isu tersebut kerana jika dibiarkan akan mengundang keresahan antara penganut pelbagai agama di negara ini.

"Jika kerajaan hanya sekadar memberi teguran atau ingatan, ianya dilihat tidak berkesan kecuali mereka yang terbabit dikenakan tindakan lebih tegas seperti ISA," ujarnya.

Beliau berkata, isu agama sering dimanipulasikan oleh sesetengah pihak dilihat boleh mencetuskan ketegangan antara kaum dan dikhuatiri akan menjejaskan keamanan negara.

"Keadaan akan menjadi bertambah buruk apabila isu tersebut dieksploitasikan oleh parti-parti pembangkang yang cuba meraih sokongan," tambahnya.

Katanya, isu agama dan perkauman sudah lama dijadikan modal politik oleh parti-parti pembangkang terutama menjelang Pilihan Raya Umum (PRU).

Beliau menegaskan, semua pihak harus menerima dan menghormati Islam sebagai agama rasmi sepertimana tercatat dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak perlu dipertikaikan lagi.

Sehubungan itu, Syed Ali menyarankan pelbagai pertubuhan agama yang ada di negara ini menghormati penegasan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa Islam sebagai agama rasmi yang tidak boleh diubah dalam apa jua kedaan.

"Semua penganut pelbagai agama di negara ini harus menghormati ingatan Perdana Menteri bagi menjaga keharmonian dan hubungan baik rakyat pelbagai kaum," ujarnya.

Dalam pertemuan dengan para cendiakawan Islam di Putrajaya semalam, Najib menegaskan Perlembagaan amat jelas tentang kedudukan Islam dan agama-agama lain dalam apa jua keadaan. Perlembagaan Negara tidak boleh dipinda.

Perdana Menteri memberi ingatan tersebut ekoran mengenai satu pertemuan paderi dari seluruh negara di Pulau Pinang baru-baru ini yang antara lain didakwa membawa agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan.

Menurut Syed Ali lagi, mereka yang membawa agenda tersebut (kristian) secara jelas cuba memperlekehkan agama Islam dan sekaligus menghina kedudukan Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong selaku ketua agama.

"Kerajaan tidak sepatutnya berdiam diri atau sekadar memberi teguran kerana kejadian seumpama itu tidak mustahil akan berulang lagi," katanya.

Mengulas lanjut saranan Perdana Menetri itu, beliau menegaskan pihak yang mempertikaikan kedudukan agama Islam itu sengaja berbuat demikian kerana mempunyai agenda tersendiri.

"Saya tidak nampak mereka tidak memahami sejarah dan perlembagaan, tetapi sengaja membangkitkan isu tersebut untuk mendapat sokongan kaum atau penganut agama tertentu," katanya.

Syed Ali tidak menolak kemungkinan mereka sengaja berbuat demikian kerana melihat orang Melayu dan umat Islam di negara ini sedang berpecah-belah kerana persengketaan politik.

"Inilah akibatnya jika kita lemah dan tiada perpaduan, akhirnya bukan Islam cuba mengambil peluang tersebut untuk meminggirkan kedudukan orang Melayu," tegasnya.

Dato Hj Rosol B Wahid

Posted: 14 May 2011 07:15 AM PDT

Dato Hj Rosol B Wahid


Shukran UMNO...

Posted: 14 May 2011 03:03 AM PDT

Salam bloggers... Tahniah Puteri Hulu Terengganu kerana berjaya mengadakan kursus kepada Puteri DUN Ajil dan Manir. Kehadiran sungguh memberangsangkan. Saya nampak keseronokan terpancar di wajah-wajah Puteri yang hadir, seronok dan gembira barangkali. Inilah yang dikatakan keseronokan dalam hidup. Sesekali marah, sesekali geram dan sesekali gembira. Asam garam kehidupan. Barangkali hidup ini tidak indah kalu (kalau) kita seronok sepanjang masa atau kalu kita bersedih setiap detik. Campuran antara seronok, gembira, sedih, marah dan geram menjadikan hidup ini penuh dengan warna-warni.

Begitu juga dengan kesihatan...kalau kita sentiasa sihat kita tidak mungkin merasa nikmat sakit. Terkadang kita merasakan betapa sakit itu satu ujian Ilahi dan jarang kita merasakan dan beranggapan bahawa sihat juga suatu Ujian Allah. Begitu juga dengan kekayaan. Tidak ramai di antara kita merasakan bahawa kekayaan adalah satu ujian... menguji kita sama ada bersyukur atau tidak dengan nikmat kekayaan tersebut. Bersyukur bukan hanya sekadar mengucap Alhamdulillah tetapi yang lebih besar daripada itu ialah menyumbang dan berderma kepada mereka dan makhluk yang memerlukan, berzakat korperat dan berjihad korperat sebagai contoh.

Dalam hal ini kita perlu bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada Parti Agung Orang Melayu iaitu UMNO, yang baru sahaja menyambut ulangtahun ke 65 pada 11 Mei yang lalu. Telah 65 tahun UMNO berjuang mengangkat martabat Melayu dan Islam di bumi bertuah ini. Alhamdulillah. Moga usaha murni UMNO ini diberkati dan dipermudahkan Allah. Insya Allah.Dirgahayu UMNO...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan