Jumaat, 13 Mei 2011

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri

Posted: 08 May 2011 11:37 AM PDT

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri


TERIMA KASIH IBU

Posted: 08 May 2011 06:24 AM PDT

Assalamualaikum.


Terima kasih kepada semua sahabat dan kenalan yang telah memberikan pandangan serta sokongan melalui laman blog saya ini. Juga, terima kasih kepada mereka yang telah menjadi sahabat Facebook saya dan telah memberikan komentar serta pandangan yang sangat berguna.

Jujurnya, saya merasai anda dekat dengan saya melalui perhubungan maya. Kita tinggalkan dahulu hal itu.


Hari ini, saya ingin mencatatkan mengenai istimewanya bulan Mei ini. hari ini misalnya, kita semua meraikan Hari Ibu, satu sambutan yang pada pandangan saya sangat memberi impak serta kesan yang mendalam terhadap hubungan kita dengan ibu kita. Di laman sosial facebook misalnya, sungguh terharu saya membaca sekian banyak ucapan Hari Ibu diluahkan dengan begitu kreatif dan berkesan sekali.


Rata-rata, warga ibu yang mampu mengikuti perkara tersebut sudah tentu dapat merasai nikmat diraikan oleh anak-anak. Sebagai seorang anak, saya juga merasai nikmatnya mempunyai ibu.


Seorang ibu adalah insan yang paling berharga, paling bernilai dan tiada gantinya jika ia pergi meninggalkan kita. Ibu adalah satu-satunya insan yang melahirkan kita, walaupun mungkin ada di kalangan ibu yang tidak sempat membesarkan kita. Pengorbanan seorang ibu untuk seorang anak, tiada batasnya.


Saya kagum dan ingin berkongsi kegembiraan dengan anda semua bahawa sambutan Hari Ibu sebenarnya semakin meriah, semakin bernilai dan menjadi semakin penting dalam kehidupan kita. Inilah hari yang tidak ada selama ini, tetapi telah kita adakan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada ibu kita.


Kepada anak-anak yang masih mempunyai ibu, bajailah kasih sayang, curahkanlah segala pengorbanan untuk seorang ibu, usah dilukai hati seorang ibu. Selain syurga itu di bawah tapak kaki ibu, anak-anak yang berkorban untuk ibunya, Allah pasti akan melipatgandakan rezeki kepadanya.


Kepada mereka yang ibunya telah pergi selama-lamanya, berdoalah buat ibu. Doa seorang anak akan memberikan sekian banyak rahmat kepada arwah ibu kita.


Kepada mereka yang bergelar ibu, saya dengan rasa bangga dan rendah diri, ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu.


Terima kasih ibu, ibu adalah permata hati kita semua.

DunSemarang

Posted: 08 May 2011 01:04 AM PDT

DunSemarang


TAHNIAH UMNO BHG AYER HITAM..Selamat Bersidang.

Posted: 07 May 2011 06:59 AM PDT


Tarikh : 8 hb Mei 2011
Tempat : Dewan Sri Perdana, SMK Datuk Menteri
Ayer Hitam
Masa : Persidangan Bermula jam 9.00 pagi
Perasmian pada jam 2.30 petang

Perasmi : YB Senator Mejar Jeneral (b) Dato' Seri Jamil Khir Bin Baharom, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Malaysia

(Sumber Pej.Umno Ayer Hitam DunSemrang Blog.)

KisahKu 1980 di PP..Islam Bukan Agama Rasmi

Posted: 07 May 2011 06:43 AM PDT


PABILA KRISTIAN mahu dijadikan agama rasmi persekutuan...aku tidak lagi heran dan takjub, kerana agenda mereka telah pun bermula sejak betahun lamanya serta menanam benih kebencian antara Islam dan kristian, benih kebencian kepada Melayu. Dan sekarang benih-benih tersebut telah membesar dan hampir menuai dan mengaut hasilnya dan telah berjaya di Pulau Pinang. Saya masih ingat..semasa saya menuntut di Penang Tahun 80an, bila seorang pensyarah mengatakan islam bukan agama rasmi..saya bangun menjelaskan..namun secara sepontan rakan sekuliah dari kaum lain berpadu tenaga membela pensyarah tersebut, memperli saya, menghina..dan pensyarah tersebut hanya tersenyum sinis..hingga hari ini masih terasa sakitnya dalam hati ini...dan sehingga kini ada diantara mereka yang telah menduduki kerusi empuk pemerintah BN dan UMNO, menjadi pengetua dan pelbagai lagi...apakah mereka ini bersyukur atau menambah beban kepada UMNO dan Melayu.banyak iktibar saya dapati dari peristiwa tersebut. Itu hanya segelintir peristiwa..
Wahai anak BangsaKu..sedarlah..ingatlah..masa depan Agama dan KaumMu...kita silih bedrganti dihina dan dicemuh oleh mereka,,,Chua So Lek..Kit Siang..Morthy..Hindraff..dan banyak lagi ..

merujuk nukilan kata blog MIM
...Wahai saudar-saudaraku orang Melayu/Islam, ingatlah kita sedang berdepan dengan rakan, jiran, penduduk, kenalan ... daripada kaum yang juga berstatus rakyat Malaysia tetapi punya cita-cita politik mereka sendiri.

....Tidak tergamak rasnya untuk menggambarkan bagaimanakan peritnya kehidupan anak-cucu Melayu di tanah airnya sendiri akibat kesilapan percaturan politik Melayu hari ini.

...Gambaran keperitan hidup Melayu Pulau Pinang adalah cerminan kegelapan Melayu masa hadapan jika gagal mempertahankan kuasa politik yang dimiliki hari ini.

By Ajey Ga Plexs M69

Jadikan IKTIBAR wahai Rakan yang tersesat Laluan...

Posted: 07 May 2011 06:39 AM PDT

ahmadmaslan.blogspot.com

Posted: 07 May 2011 09:29 PM PDT

ahmadmaslan.blogspot.com


MALAYSIA KEMUKA BUKTI BANTU RAYUAN NELAYAN PONTIAN DIPENJARA DI INDONESIA

Posted: 07 May 2011 08:36 AM PDT

Kabinet Bayangan Di Sarawak Cerminan Cita-cita Besar DAP Di Malaysia

Posted: 07 May 2011 08:28 AM PDT

PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN ROMPIN

Posted: 07 May 2011 09:10 PM PDT

PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN ROMPIN


MESYUARAT BULANAN-MEMBINCANG PERSIAPAN..

Posted: 07 May 2011 08:36 PM PDT


Mesyuarat yang diadakan pada 07052011 itu secara fokasnya membincangkan persiapan mengadakan Mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Bahagian yang akan diadakan tidak lama lagi.



Pelbagai persiapan aktiviti sokongan juga dirancangkan dalam usaha merakyatkan parti dikalangan ahli dan masyarakat.Antara yang dirancang termasuklah futsal piala PPU Rompin,Autoshow dan lain lain lagi.


Adalah amat diharapkan semua JK yang terlantik dapat menjalankan tugas masing-masing sebaik mungkin supaya apa yang dirancang dapat berjalan dengan lancar dan teratur.


KP PPU Rompin juga ingin merakamkan penghargaan kepada semua yang begitu komited dalam menjalankan tugas dan amanah walaupun terdapat segelintir yang agak perlahan dan berharap komitmen ini akan berterusan.

Dr Mohamad Khir Toyo

Posted: 07 May 2011 09:12 AM PDT

Dr Mohamad Khir Toyo


Kontroversi Pengurusan Sampah Selangor

Posted: 06 May 2011 08:02 PM PDT

ahmadmaslan.blogspot.com

Posted: 06 May 2011 09:04 PM PDT

ahmadmaslan.blogspot.com


6 MEI 2011

Posted: 06 May 2011 01:33 AM PDT

RUMAH: SPNB LULUS 9 PERMOHONAN

Posted: 06 May 2011 01:29 AM PDT

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 06 May 2011 03:47 PM PDT

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


PKR MULAI RESAH DENGAN KENYATAAN PM.

Posted: 06 May 2011 04:26 AM PDT

Najib seru ahli UMNO bangkit tawan Selangor


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa anggota UMNO Selangor melupakan kekalahan pada pilihan raya umum (PRU) 2008 dan bangkit bagi memastikan Barisan Nasional (BN) dapat merampas kembali negeri itu pada PRU ke-13 yang disifatkannya "sudah hampir tiba".Najib yang juga Presiden UMNO berkata, bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya akan datang, warga UMNO Selangor perlu menggunakan apa sahaja 'senjata' yang dimiliki mereka."Kita tidak harus membiarkan maruah parti terus tercemar dan tercalar dengan terus bersedih kerana kekalahan lepas. "Kita juga tidak boleh terus terbawa-bawa dengan kesedihan, kehilangan keyakinan kita, sebaliknya kita mesti menyusun semula barisan, kuatkan iltizam dan semangat juang serta bangkit menebus kekalahan dengan semangat juang yang tidak tahu erti kalah," katanya.Berucap pada majlis 'Malam Pemimpin Bersama Rakyat -Rakyat Didahulukan' di sini Khamis, Najib, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, mahu semangat seumpamanya diterapkan dalam diri setiap warga UMNO negeri tanpa mengira usia."Kalau British kita boleh kalahkan kerana kita berjuang berhabis-habiskan, takkan lah UMNO Selangor tidak boleh bangkit dari peristiwa itu (kekalahan pada pilihan raya umum lepas)."Segala kekurangan dan kezaliman kerajaan negeri hari ini di Selangor mesti diperbetulkan," katanya.Bernama melaporkan, Najib juga mengingatkan bahawa dalam sistem demokrasi terbuka, sejarah kegemilangan sesebuah parti politik tidak menjamin kelangsungan kuasa mereka."Sejarah itu sepatutnya kita ambil sebagai iktibar kerana politik adalah suatu bentuk 'game', yang berkisar kepada nombor dan persepsi."Sebagai contoh dalam sesebuah negeri mempunyai majoriti pengundi Melayu, tetapi tidak bersatu, maka tidak akan membawa sebarang kesan seperti yang diharapkan," katanya.Mengulas mengenai kumpulan veteran UMNO, Najib berkata, dalam konteks perjuangan, tidak ada noktah bagi perjuangan anggota parti selagi nyawa dikandung badan dan kudrat masih ada."Kita banyak terhutang budi kepada ahli veteran Selangor, paling besar nilai sumbangan veteran UMNO Selangor ialah melalui kepimpinan mereka selama ini yang menjadikan Selangor sebagai negeri yang paling maju."Kejayaan yang dikecapi hari ini bukan pimpinan negeri tetapi pimpinan UMNO yang telah memberikan sumbangan dan nilai kepada pembangunan dan kejayaan Selangor," katanya.-6/5/2011

NUJUM PAK BELALANG ; PRU 13...

Posted: 06 May 2011 04:22 AM PDT

Najib, angka 11, dan tarikh pilihan raya


najib-fm513Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat mencetuskan teka-teki bahang pilihan raya umum ke-13 dengan berkata ia mungkin diadakan pada satu tarikh atau bulan yang mempunyai nombor kegemarannya, 11.Najib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional, berkata kesukaannya pada nombor itu menyebabkan ramai pihak meramalkan bahawa pilihan raya umum kali ini  akan diadakan pada 11 Nov tahun ini (11.11.11).Beliau berkata demikian ketika menjadi jemputan khas program pagi stesen radio Hot.fm di Sri Pentas,Kuala Lumpur.Bernama melaporkan ketika ditanya lanjut oleh wartawan selepas program satu jam itu, Najib berkata tarikh itu ditimbulkan oleh pihak yang suka membuat teka-teki tarikh pilihan raya "untuk mengisi masa terluang"."Saya rasa elok diteruskan teka teki ini," katanya.Bagaimanapun, Najib menekankan perlunya untuk kerajaan  BN terus bekerja melaksanakan program-program transformasi bagi menyakinkan rakyat."Pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa, tak semestinya pada (bulan) 11 ataupun 11 haribulan."Ini merupakan satu proses, selagi semboyan belum dibunyikan, kita masih buat kerja," kata Perdana Menteri.Apabila diminta mengulas lanjut sama ada kemungkinan tarikh tersebut besar, Najib berkata: "Tarikh itu ada kaitan dengan hidup saya, tapi sama ada pilihan raya itu...Wallahhualam".Terdahulu dalam program itu, beliau turut menjelaskan buat  pertama kalinya kaitan nombor 11 pada dirinya.Najib berkata nombor itu timbul dalam beberapa peristiwa penting dalam hidupnya.Antaranya ialah Allahyarham ayahandanya, Tun Razak Hussein lahir pada 11 Mac 1922, ibunya Tun Rahah Noah lahir pada 11 Jun 1933, hari lahir anak pertama beliau juga pada 11 haribulan, dan Umno ditubuhkan pada 11 Mei 1946.Najib menjadi Menteri Besar Pahang yang ke-11 (1982-1986) dan merupakan Orang Kaya Indera Shah Bandar yang ke-11.Nombor plat kereta rasmi beliau juga bernombor 11.-6/5/2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan