Isnin, 30 Mei 2011

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Suara Sri Andalas

Posted: 29 May 2011 11:24 PM PDT

Suara Sri Andalas


Syabas Pula Tawar Air Percuma Sepanjang Tahun

Posted: 29 May 2011 01:30 AM PDT

SHAH ALAM 29 MEI : Kerajaan Selangor mengalu-alukan cadangan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) mengecualikan keluarga miskin di negeri ini daripada membayar bil air untuk tempoh setahun.

Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Teresa Kok Suh Sim berkata demi  terus membela golongan penduduk itu, Syabas kini perlu memberi kerjasama kepada  kerajaan negeri dalam melengkapkan penstrukturan semua industri air Selangor.

Ini akan memastikan penduduk terbabit terus menikmati kemudahan air pada kadar yang munasabah selaras dengan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor, tambah beliau kepada TV Selangor. 

"Saya mengalu-alukan cadangan Syabas ini, tetapi apa yang penting adalah Syabas mempercepatkan proses pengambilalihan syarikat terbabit oleh Kerajaan Negeri Selangor," kata Teresa.

Beliau berkata langkah terbaru Syabas mengecualikan terus keluarga miskin daripada membayar bil air menyusul tindakan kerajaan negeri memberi air percuma 20 meter padu sejak tahun 2008.

" Kerajaan Negeri telah memberikan 20 meter padu air percuma kepada semua rakyat di Selangor dan kami telah menunjukkan prihatinan kami. Jadi jika Syabas ingin menghulurkan bantuan tersebut kepada keluarga miskin kami mengalu-alukanlah,"  kata beliau.

Pengerusi Eksekutif Syabas Tan Sri Rozali Ismail berkata, syarikat itu akan memberi kelonggaran kepada keluarga berpendapatan rendah dan golongan tidak berkemampuan dari membayar bil air sepanjang tahun.

Rozali berkata keluarga berpendapatan rendah dan mempunyai ahli keluarga yang ramai pula akan diberi keutamaan dalam pemberian air percuma kerana mereka dibeban dengan perbelanjaan mengurus pendidikan anak-anak.

Kerajaan Negeri sebelum ini membuat tawaran untuk mengamil alih aset Syabas dan tiga syarikat konsesi lain dalam hasrat untuk menjamin harga air tidak dinaikkan dengan sewenang-wenangnya seperti masa-masa lalu.

Kerajaan negeri dijangka mengadakan mesyuarat dengan kerajaan persekutuan bulan depan dalam usaha terbaru untuk mengatasi kemelut pengambilalihan itu.



Sumber: TVSNEWS

Anwar Ibrahim

Posted: 29 May 2011 07:32 PM PDT

Anwar Ibrahim


Generasi Ke 2:Anak, Teruskan Usaha Bela Peneroka

Posted: 29 May 2011 10:38 AM PDT

Dari Harakah

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong penuh usaha yang dibuat Pengerusi Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman yang bertungkus-lumus membawa perubahan ke dalam Felda.

“Saya salute dengan Mazlan yang pakar dalam hal generasi kedua Felda ini.

“Yang dicadangkan Universiti Felda dalam buku Jingga ini memang cadangan yang cukup baik,” katanya katanya dalam ceramah di Himpunan Kebangkitan Warga Felda Pahang Tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau malam tadi.

Tambahnya sudah sampai masanya Felda mempunyai universiti yang diuruskan tenaga mahir dari warga Felda sendiri.

“Tenaga dalaman dari Felda, hartanya tanahnya, tenaga fikirannya, profesornya semua dari Felda untuk urus sendiri biar bebas merdeka anak Felda,” katanya.

Tegas ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga, anak muda harus bangkit membawa suara perubahan dalam negara ini dan tidak harus membiarkan Umno BN mendidik mereka menjadi lesu.

“Sudah sampai masanya anak muda Malaysia bangkit tuntut perubahan.

“Orang muda dikaitkan dengan idealisma, cita-cita murni benci dengan penyelewengan, rasuah dan kemungkaran,” katanya.

Beliau turut memberi suntikan semangat kepada warga Felda untuk menawan Pahang pada pilihan raya umum akan datang.

Kena susun gerak kerja dari sekarang, cari dan daftarkan ahli.

“Kita kena tawan Pahang. Siapa kata Pahang kubu kuat Umno? Kita boleh tawan Pahang kalau semua buat kerja,” katanya.

Selain memansuhkan Felda Plantation, kandungan Buku Jingga juga termasuk mewujudkan Universiti Felda bagi membolehkan anak-anak peneroka melanjutkan pelajaran dalam bidang yang berkaitan.

Belia Mahukan Perubahan

Posted: 29 May 2011 10:31 AM PDT

Dari Malaysiakini

Tindakan Datuk Seri Najib Razak menghimpunan belia-belia di Putrajaya dan merayu undi mereka memperlihatkan rasa gusar perdana menteri terhadap kebangkitan golongan itu yang kini menuntut perubahan, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Najib semalam mendakwa sejuta belia yang hadir di Putrajaya untuk sambutan Hari Belia Negara selama tiga hari, kononnya untuk "mempertahankan" pusat pentadbiran negara dari diambil alih oleh Pakatan Rakyat.

TV Selangor memetik Anwar berkata, hakikatnya ialah persatuan-persatuan belia itu dibawa untuk mengisi pelbagai program riadah yang dianjurkan bersama oleh agensi-agensi persekutuan dan badan-badan koperat sempena Hari Belia Negara.

"Dia kata di Mesir satu juta orang muda tuntut perubahan. Jadi di sini dia minta orang muda sokong Barisan Nasional.

"Orang muda ini dikaitkan dengan idealisme, cita-cita murni. Orang muda ini benci dengan kemungkaran, benci dengan rasuah, benci dengan kezaliman.

"Najib silap. (Sebenarnya belia) yang minta perubahan tumbangkan kerajaan yang ada. Jadi saya nak sambut dengan katakan sudah sampai ketikanya anak muda Felda, anak muda Malaysia bangkit tuntut perubahan," kata Anwar kepada ribuan peneroka Felda dan penduduk kampung di Kerdau, Pahang malam semalam untuk mendengar ceramahnya.
Kaya-raya

Anwar malam tadi juga mengupas ucapan Najib pada majlis sambutan Hari Belia itu yang dialas dengan gesaan supaya belia menyokong Umno-BN sebagai syarat menikmati kemakmuran.

Kenyataan sedemikian, kata Anwar hanya menunjukkan rasa terdesak Perdana Menteri.

Menurut Anwar beliau tidak menuduh Umno sebagai parti yang tidak pernah membuat apa-apa.

Namun yang dipersoalkan adalah kemungkaran dan kezaliman yang menyebabkan rakyat menderita manakala pemimpin hidup dalam keadaan kaya-raya.

“Saya tidak samakan Umno dengan Firaun, Firaun pun buat bangunan dan jalan, negara komunis, Zimbabwe, mahupun Bangladesh pun buat pembangunan, soalnya kita ini mahu nilai apa kekurangan besar yang membolehkan sebuah perubahan kuasa itu perlu,” katanya.

Sehubungan itu, Anwar mengajak rakyat supaya merenung hala tuju negara di bawah pemerintahan Umno-BN dan tidak termakan dengan dakyah dan gula-gula politik yang disebarkan parti itu.

“Saya tidak pertikai hak sesiapa untuk sokong parti mana-mana, tetapi kita sanggupkah pertahankan kezaliman, bolehkah kita diam tentang rasuah, mampukah kita biarkan fitnah, lucah termasuk qazaf dan semulanya berlaku?" tanya Anwar.

Turut hadir, Pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man ahli jawatankuasa PAS Pusat, Mohamed Sabu, Ketua Serikandi Siti Aishah Shaik Ismail dan Presiden ANAK, Mazlan.

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

Posted: 29 May 2011 09:03 AM PDT

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


NAJIB BERJAYA KUMPUL 1JUTA BELIA..BUNGKUS LAH PR..(GAMBAR)

Posted: 29 May 2011 04:01 AM PDT

SEMALAM GUA ADA KERJA DI PUTRAJAYA...
TAK TAU PULAK UMNO ADA BUAT PERHIMPUNAN....
SETIAP LALUAN GUA LALU ADA SIGNBOARD
"HIMPUNAN SEJUTA BELIA"...

SUDAH....GUA DAH RASA GUNDAH GULANA..
APA TIDAK NYA..GAMBAR ANWAR IBRAHIM
DGN TOK GURU NIK AZIZ..
TERLEKAT KAT BELAKANG KERETA GUA
CANTEKKK PUNYA....KHAKHA

GUA APA PEDULI.. GUA JLNKAN JUGA URUSAN GUA..
SELEPAS SELESAI URUSAN GUA...
GUA SINGGAH JAP KAT HIMPUNAN TU...

FUH...!! MEMANG GUA XSANGKA....
MEMANG KALI INI...BETUL2 PAKATAN RAKYAT BUNGKUS...
YANG MANA NIAT NAK PERGI 9 JULAI NI
PASTI GOYANG KEPALA LUTUT PUNYA...
JALAN JEM TAK PAYAH CERITA BEB...

GUA PERGI JALAN2 LAGI...
TIBA2 RAMAI ORG AMBIK GAMBAR GUA...
GUA DAH JADI SEGAN...KAHKAH
TAPI BILA GUA TOLEH RUPANYA
MAT NAJIB BARU SAMPAI...KHAKHA
GUA INGAT PEMINAT GUA TADI...HAHAHA

GUA PUN APA LAGI...
GUA CARI LAH KAK ROS KAU..
CARI..PUNYA...CARI TAK JUMPA...
INGAT NAK AMBIK GAMBAR DGN KAK ROS..KAHKHA

KAT SINI SEMPAT GUA SNAP GAMBAR...
LUORG TENGOK LAH SENDIRI...
LUORG NILAILAH SENDIRI BERJUTA2 BELIA DGN NAJIB...
GUA SAMPAI BERHIMPIT2 NAK AMBIK GAMBAR NAJIB...
GILA DASYAT...WOI....

GILA RAMAI BELIA...LUORG LAYANLAH SENDIRI GAMBAR NI..

GAMBAR MAT NAJIB BARU TIBA...


MAT NAJIB XPANDANG AKU..TAK GUNA BETUL..MCM TAU2 JE AKU NI ORG PAKATAN..KHAKHA
NI GAMBAR MAT NAJIB NK NAIK PENTAS..


MAT NAJIB ATAS PENTAS..(SESAK BEB)


FUH...GUA DAH CAKAP RAMAI GILA BELIA.. BUNGKUS PAKATAN MCM NI..


GUA KEBELAKANG SKIT... NK BG VIEW LEBIH CLEAR LU ORG TGK ...FUH..SESAK BEB...SESAK...
LG GUA KEBELAKANG...


LG GUA KEBELAKANG...GILA BEB...BUNGKUS PAKATAN...


YG NI GUA LG XLEH BLAH... FUH 1 JUTA TU BEB..AKU INGAT BERSIH 2.0 NI KITA BATALKAN JE LA..KAHKAH..


Sumber: http://ccheckmate.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan