Sabtu, 28 Mei 2011

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG

Posted: 28 May 2011 03:46 AM PDT

ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG


NAIK TARIF ELEKTRIK BUKTI KERAJAAN BELA KRONI IPP

Posted: 27 May 2011 05:25 AM PDT


KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak memiliki kesungguhan untuk membela nasib rakyat apabila membuat keputusan menaikkan tarif elektrik yang akan diumum Isnin ini, kata Ahli Parlimen Selayang, William Leong.

Ini kerana katanya, kerajaan lebih berminat menanggung subsidi kepada sektor korporat seperti Syarikat Pengeluar Tenaga Bebas (IPP), bernilai RM19 bilion hingga RM22 bilion setiap tahun, berbanding menjaga kebajikan rakyat.

"BN tidak prihatin kepada rakyat walaupun menggunakan slogan rakyat didahulukan. Buktinya subsidi kepada IPP tidak ditarikbalik sedangkan mereka menikmati subsidi yang tinggi.

"Tetapi rakyat terpaksa bayar harga elektrik dengan kadar yang mahal," katanya.

Menurutnya, ketika banyak banyak negara mengeluarkan subsidi untuk menampung keperluan rakyatnya, Malaysia pula mengambil langkah mundur untuk membantu syarikat kroni besar.

"Ketika harga makanan dan barangan semakin naik, negara seperti Taiwan dan Korea memberikan subsidi yang besar kepada rakyatnya supaya tidak merasa terbeban dengan kenaikan tersebut.

"Negara kita pula, yang mengeluarkan minyak dan mampu menjana tenaga elektrik, menaikkan tarif eletrik," katanya yang juga Bendahari Agung KEADILAN.

Katanya, keputusan itu lebih menguntungkan syarikat konsesi IPP yang besar sedangkan fungsi itu sepatutnya diambil alih TNB sendiri.

Kuasa yang dijana IPP katanya, memenuhi 60 peratus daripada keperluan tenaga negara berbanding TNB membekalkan 40 peratus.

"Kita tanya kepada syarikat IPP utama ini, YTL Corporation Berhad yang dipunyai Yeoh Teong Lay, Tanjung PLC (Ananda Krishnan), Malakoff Corporation (Syed Mokhtar Bukhari) dan Genting Sanyen – ini adalah mereka yang menikmati keuntungan yang besar.

"Apa sebabnya mereka menikmati keuntungan ini dan kemudian menjual lebih mahal kepada TNB sedangkan TNB sendiri boleh menjanakan tenaga elektrik," katanya.

Mengulas lanjut, katanya langkah yang akan diambil Pakatan sekiranya memenangi pilihan raya umum, adalah menyemak kembali perjanjian dengan syarikat berkenaan seperti terkandung dalam Buku Jingga.

"Elektrik seperti air, ia adalah keperluan dan hak asasai rakyat dan tidak boleh digunakan untuk mendapat keuntungan," katanya.

Pakatan Rakyat sebelum ini berulangkali menegaskan bahawa kerajaan berupaya untuk mengelakkan kenaikan tarif elektrik.

Jika dibandingkan negara jiran seperti Thailand, tarif elektrik di negara itu jauh lebih rendah iaitu perbezaan antara 22 peratus hingga 48 peratus.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kenaikan itu sebenarnya disebabkan perjanjian berat sebelah yang dipaksakan ke atas TNB.

Harga yang dibeli dari IPP itu jauh lebih tinggi dari harga tenaga yang dihasilkan TNB sendiri, sekaligus menyebabkan IPP mengaut keuntungan besar.


The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 27 May 2011 11:17 PM PDT

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Jalan perjuangan peneroka Felda semakin lurus...

Posted: 27 May 2011 03:46 PM PDT

Saya telah melibatkan diri dengan perjuangan peneroka-peneroka Felda sejak akhiran tahun 1960-an, pada waktu itu saya masih belajar di Universiti Malaya, dan disetiap hujung minggu saya akan mengikuti rombongan Dr Syed Husin Ali yang dijemput membuat penerangan di kawasan-kawasan rancangan Felda.

Di tahun-tahun itu, Dr Syed Husin Ali, melawat rancangan-rancangan Felda di Hulu Selangor dan Perak dan tanah rancangan yang terawal di Malaysia, iaitu Felda Lembah Bilut di Bentong, Pahang.

Sentiasanya saya diberikan peluang berucap memulakan gelanggang. Di kesemua rancangan-rancangan Felda itu terdapat Ranting-Ranting Parti Sosialis Rakyat Malaysia iaitu di Felda Sg Dusun (Suharto), Gedangsa, Sg Behrang dan Lembah Bilut.

Sekembali saya dari London, saya meneruskan lagi perjuangan untuk membela nasib peneroka-peneroka Felda iaitu di pertengahan tahun 1970-an, dan turun ke rancangan-rancangan Felda bersama rakan-rakan lain seperti Allahyarham Satar Haji Dahan, Setiausaha Agung PSRM dan Allahyarham Sdr Razak Halifah, AJK Pusat PSRM dan lain-lain lagi.

Pada awal tahun 1980-an, saya berada dijawatan Lajnah Undang-Undang PAS Pusat, dan saya memberikan tumpuan saya kepada pembelaan peneroka-peneroka Felda.

Pada waktu itu saya menjuruskan perjuangan itu untuk menuntut Hakmilik Individu untuk peneroka-peneroka Felda, menolak Hakmilik secara berkongsi seramai 20 orang diatas nama Koperasi.

Selain daripada isu Hakmilik Individu, saya timbulkan juga isu Jalan Pertanian yang dikenakan kepada peneroka-peneroka membayar setiap bulan walhal jalan-jalan pertanian didalam rancangan Felda itu tidaklah diperbaiki dengan sempurna. Banyak wang lebihan jalan pertanian yang terkumpul, dan saya menuntut bagi pihak peneroka-peneroka supaya wang lebihan itu dikembalikan kepada peneroka-peneroka.

Isu baja yang diagihkan oleh Felda kepada peneoka-peneroka yang berkualiti rendah juga menjadi tuntutan peneroka supaya membekalkan baja yang berkualiti. Baja yang dibekalkan pada waktu itu lebih banyak mengandungi tanah daripada baja.

Juga saya memfokuskan isu perwarisan yang tidak berlandas kepada Hukum Syarak dan Kanun Tanah Negara. Anak-anak peneroka Felda tidak berpeluang mewarisi tanah ladang dan kampong peneroka kecuali seorang sahaja daripadanya kerana mengikut GSA hanya seorang sahaja daripada anak-anak peneroka itu yang akan dimasukkan kedalam daftar pemilik.

Berlaku juga perwarisan yang aneh seumpama apabila peneroka Felda meninggal dunia, isterinya mewarisi rancangan Felda dan kawasan kampong, dan si isteri itu berkahwin baru, dengan takdir Illahi, si isteri itu meninggal dunia, dan tanah itu diwarisi oleh suami baru, maka anak-anak peneroka asal tidak memperolehi apa-apa.

Tidak kurang berlaku apabila seseorang peneroka meninggal dunia meninggalkan hanya seorang anak (pewaris) tetapi anak itu adalah seorang peneroka di rancangan Felda yang lain, maka waris itu tidak boleh menuntut tanah rancangan milik bapanya kerana seseorang peneroka itu tidak dibenarkan memiliki lebih dari satu ladang didalam rancangan Felda, maka didalam kes seumpama ini, Felda membawa masuk peneroka baru menjadi pemilik ladang dan kawasan rumah peneroka (simati).

Pada tahun 1980-an itu, pendapatan peneroka-peneroka Felda amatlah kecil. Felda menyediakan kemudahan kantin dengan peneroka-peneroka boleh mengambil apa juga barang keperluan dari kedai PNF dan hutang itu ditolak semasa Hari Balance iaitu hari peneroka-peneroka menerima bayaran dari Felda, sehinggakan kebanyakan peneroka hanya menerima bayaran dari Felda didalam lingkungan RM10.00 sebulan.

Saya memperjuangkan agar peneroka-peneroka Felda diberikan elaun sara hidup tidak kurang dari RM500.00 sebulan selain daripada barangan keperluan yang mereka boleh ambil di kedai PNF.

Selain daripada isu-isu diatas, kedapatan pula isu-isu yang melibatkan pegangan politik peneroka-peneroka Felda itu.

Peneroka-peneroka yang mulai insaf dengan politik memilih untuk menyertai PAS dan keluar dari UMNO. Ranting-ranting PAS mulai ditubuhkan di rancangan-rancangan Felda dan mereka memanggil pimpinan PAS untuk memberikan penerangan, dan tidak sedikit daripada ranting-ranting PAS itu dirasmikan oleh saya sendiri.

UMNO dan Felda menganggap tindakan peneroka-peneroka itu sebagai bertentangan dengan syarat-syarat penempatan kononnya tindakan peneroka-peneroka itu memecahbelahkan masyarakat peneroka, ratusan daripada mereka telah diambil tindakan singkir dari rancangan Felda.

Peneroka-peneroka yang tidak puas hati dengn pendapatan yang begitu kecil mulai menjualkan sawit atau sekerap getah mereka ke luar rancangan Felda, dan mereka yang ditangkap akan diambil tindakan oleh Felda termasuk disingkirkan dari Rancangan Felda, ribuan peneroka terlibat dan diambil tindakan singkir.

Maka fokus saya pada waktu itu, selain daripada memperjuangkan nasib peneroka-peneroka dari sudut kedudukan mereka berhubung dengan tanah ladang dan rumah mereka di rancangan Felda, saya terpaksa membela peneroka-peneroka Felda yang disingkir di Mahkamah-Mahkamah.

Saya kira perjuangan pada waktu itu hampir "single-handed" dan saya merasakan tekanan yang amat sangat kerana semua kes-kes pembelaan terhadap peneroka-peneroka itu saya berikan guaman percuma. Tekanan seterusnya adalah dari pihak berkuasa yang sentiasa mengintai-intai saya sehinggalah pada bulan Februari 1985 saya ditahan dibawah ISA dan diantara tuduhan palsunya ialah saya memecahbelahkan masyarakat peneroka Felda.

Perjuangan sehingga 1980-an itu adalah pikulan yang berat. Dan saya menjangkakann bahawa peneroka-peneroka Felda tidak lagi akan ditekan sebegitu hebat apabila kita memasuki tahun-tahun 2000 apatah lagi di 2011.

Rupa-rupanya sangkaan saya meleset. Tekanan yang dibawakan oleh Felda dan UMNO berterusan hingga ke tahun 2011.

Walaupun pada peringkat awalnya peneroka-peneroka tidak terasa dengan tekanan itu, tetapi apabila mereka berhadapan dengan masalah hutang kepada Felda dengan jumlah yang begitu besar dan tidak ada kemampuan untuk menjelaskan hutang masing-masing dalam tempoh hidup mereka, maka peneroka-peneroka mulai merasa gelisah, dan mulai mencari sebab kenapa hutang mereka boleh menjangkau hingga RM100,000.00 manakala pendapatan dalam bentuk sara hidup hanyalah RM1500.00 secara gross yang juga dianggap hutang kepada Felda sedangkan kebun sawit/getah mereka boleh memberikan pendapatan tidak kurang dari RM5000.00 hingga RM10,000.00 sebulan. Mereka mulai bertanya-tanya kemanakah perginya baki pendapatan mereka itu, tentu ada orang atau badan lain sedang membuncitkan perut mereka.

Peneroka-peneroka kini berhadapan dengan isu peratusan perahan KPG yang rendah sehingga kerugian mencecah RM1000.00 sebulan. Mereka juga berhadapan dengan isu buah reject yang mereka dikenakan denda dan buah reject itu tidak dikembalikan semula kepada peneroka-peneroka.

Perahan KPG sehingga peneroka-peneroka mengambil tindakan saman terhadap Felda adalah diantara 17%-18% sedangkan peratusan perahan yang dibuktikan dimakmal melebihi 27% bagi buah yang normal dan 21% bagi buah-buah yang selama ini direject.

Peneroka-peneroka sudah insaf dan sedang diserata-rata rancangan Felda mereka mulai menyaman Felda menuntut gantirugi. Kerugian peneroka-peneroka didalam tempoh 15 tahun boleh mencecah kepada RM100,000.00.

Isu KGK (greding getah kering) yang terdapat dimakmal sehingga melebihi 60% hanya dibayar oleh Felda kepada peneroka-peneroka getah diatas kadar 45%. Setentunya peneroka-peneroka getah akan turut menyaman Felda kerana mendapat "raw deal" yang merugikan mereka.

Inilah nasib peneroka-peneroka Felda. UMNO dan Felda sedang menjalankan proses ugut terhadap peneroka-peneroka, maka peneroka-peneroka dianggat tidak bersyukur, dan penindasan dan penipuan ini ingin dibiarkan tanpa pembelaan.

Tidak semudah itu UMNO dan Felda mahu mengugut dan menindas peneroka-peneroka kerana mereka sudah jauh lebih celik dari tahun-tahun 1970-an dan 1980-an dan kini pejuang-pejuang dari kalangan peneroka dan anak-anak peneroka sudah tampil kehadapan. Dokongan daripada peguam-peguam yang perihatin akan mempastikan tuntutan peneroka-peneroka mendapat pembelaan sewajarnya.

UMNO hancurkan harapan peneroka Felda Sg Buaya

Posted: 26 May 2011 11:56 PM PDT

Pada tahun 1994 ada seramai 363 orang dan keluarga masing-masing Peneroka Felda Sungai Buaya di Hulu Selangor. Keluasan tanah ladang yang mereka miliki adalah 3100 ekar. Dan kini jumlah itu telah kehilangan seramai 290 orang peneroka yang sudah meninggal dunia.

Dan pada hari ini mereka tidak memiliki walaupun seinci tanah di bekas rancangan Felda Sg Buaya itu. Apa yang berlaku?

Pada tahun 1994 itu, peneroka-peneroka Sungai Buaya telah diajak berunding untuk membangunakan kawasan rancangan mereka dengan dijanjikan setiap daripada mereka akan menerima sejumlah wang sebanyak RM1 juta.

Pihak JKK Sungai Buaya dalam keghairahan mereka untuk menjadi jutawan, telah berjaya mendapatkan setiap daripada peneroka itu menandatangani Surat Perjanjian dengan sebuah Syarikat Pembangunan yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Walaupun ada segelintir yang menentang usahasama ini, namun mereka tidak dapat melakukan apa-apa untuk menghalang usahasama dengan syarikat pembangunan berkenaan.

Pada tahun 2003, semua peneroka Felda Sg Buaya telah menyerahkan tanah hak milik masing-masing kepada Syarikat Murna Jaya Sdn Bhd dengan balasan untuk dibayar RM1 juta setiap orang.

Dengan itu hilanglah hak peneroka-peneroka keatas tanah mereka dan mereka dibayar RM185,000.00 setiap seorang, dan berbaki lagi RM815,000.00.

Syarikat Jaya Murni Sdn Bhd gagal melaksanakan pembangunan diatas tanah yang telah diserah kepada mereka, dan gagal menjelaskan baki bayaran kepada peneroka-peneroka tersebut.

Ini menyebabkan peneroka-peneroka itu bukan sahaja kehilangan tanah tetapi juga kehilangan mata pencarian.

Didalam Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor, pihak Barisan Nasional telah membayar sebanyak RM50,000.00 kepada peneroka-peneroka (bekas peneroka-peneroka) atau waris-waris mereka sebagai satu usaha menarik undi untuk mengundi Barisan Nasional, tetapi setelah bayaran itu dibuat, Barisan Nasional tidk melakukan apa-apa untuk membangunkan tanah tersebut dan kedudukan peneroka-peneroka masih tidak terbela.

Syarikat Murna Jaya Sdn Bhd telah mengambil kesempatan menjualkan sebahagian daripada tanah yang diserahkan kepada mereka oleh peneroka-peneroka kepada sebuah syarikat iaitu Dinamis Sdn Bhd seluas 600 ekar, tetapi hasil jualan itu tidak pula dibayar kepada peneroka-peneroka.

1000 ekar telah dibina rumah, dan daripada 1600 ekar yang dimiliki oleh Murna Jaya Sdn Bhd, 1000 ekar telah diambil-alih oleh Kerajaan Negeri Selangor kerana Murna Jaya Sdn Bhd gagal menjelaskan tunggakan cukai tanah sejumlah lebihkurang RM10 juta.

Murna Jaya kini masih memiliki 600 ekar.

Kegagalan pembangunan kawasan ini dan kegagalan menjelaskan pampasan kepada peneroka-peneroka Felda Sg Buaya ini berlaku semasa pentadbiran Tan Sri Muhammad Mohd Taib menjadi Menteri Besar dan terus gagal semasa pentadbiran Datuk Seri Khir Toyo.

Peneroka-peneroka Sg Buaya memandang kehadapan agar nasib mereka dapat dibela oleh Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor.

Dan didalam lawatan YAB Menteri Besar Selangor itu ke Felda Sungai Buaya pada 1hb Julai 2011, persoalan ini akan ditimbulkan dan keadilan yang dipinta oleh peneroka-peneroka adalah agar wujud perbezaan diantara Kerajaan Negeri Selangor yang diperintah oleh Barisan Nasional dan yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Harapan peneroka-peneroka itu digalas oleh Menteri Besar Selangor Pakatan Rakyat.

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Posted: 27 May 2011 11:10 PM PDT

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


'Individu misteri iring perjalanan Razak, Altantuya'

Posted: 27 May 2011 01:45 AM PDT

Ada orang ketiga yang mengiringi penganalisis politik Abdul Razak Baginda dan penterjemah warga Mongolia yang dibunuh Altantuya Shariibuu dalam perjalanan mereka berhubung pembelian tiga kapal selam Perancis oleh kerajaan Malaysia.

apcet II 221209 cynthia gabriel
Pengarah NGO hak asasi Suaram, Cynthia Gabriel memberitahu Malaysiakini hari ini bahawa identiti orang ketiga yang terbabit dalam perjalanan berkenaan sedang disemak dan disahkan oleh pihak berkuasa Perancis.

Walaupun 'ada satu nama' yang ditimbulkan semasa siasatan, katanya adalah terlalu awal untuk mendedahkan identiti individu berkenaan.

"Peguam kami telah memaklumkan bahawa ada satu nama orang ketiga ditimbulkan semasa siasatan... ia masih berterusan tetapi terlalu awal untuk menentukan siapa orang itu," kata Gabriel.

Sebelum ini, pernah didedahkan bahawa sebuah syarikat bernama Gifen, yang ditubuhkan di Malta oleh Jean-Marie Boivin, campur tangan dalam rundingan pembelian kapal selam dengan memindahkan sejumlah wang bagi membiayai perjalanan Abdul Razak dan Altantuya.

NONE
Rundingan itu membabitkan pembelian sebuah Agosta dan dua kapal selam Scorpene kepada kerajaan Malaysia melalui satu kontrak bernilai RM4.3 bilion (1 bilion euro) yang dimeterai pada 2002 dengan DCNS, yang dahulunya dikenali sebagai DCN, sebuah syarikat membuat kapal yang bekerjasama dengan syarikat pembuat kapal perang Sepanyol, Thalès.

Tidak dapat dipastikan sama ada individu 'misteri' itu boleh membekalkan jawapan berhubung pembunuhan Altantuya, yang telah menghantui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sejak 2006. Gabriel juga enggan membincangkan lanjut perkara ini.


Sumber: Malaysiakini

K'jaan luluskan kenaikan tarif elektrik

Posted: 27 May 2011 01:40 AM PDT

Majlis Ekonomi Negara (NEC) hari ini meluluskan kenaikan dalam tarif elektrik tetapi butirannya hanya akan diumumkan Isnin depan.

NEC yang bermesyuarat di Putrajaya hari ini dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan dihadiri oleh beberapa anggota jemaah menteri.

electric bill 130608
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin dijadualkan mengadakan sidang media pada jam 4 petang Isnin bagi membuat pengumuman rasmi.

Menurut kenyataan media ringkas dari kementerian Chin petang tadi, pengumuman mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat.

"Semakan harga gas dan tarif elektrik masih diperhalusi dan pengumuman mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat," petik kenyataan itu.

Sejak beberapa minggu lalu, anggota jemaah menteri berulang-kali mengingatkan rakyat supaya bersedia menghadapi kenaikan tarif elektrik dalam usaha kerajaan mengurangkan subsidi negara.

Pada Rabu lalu, kabinet menangguhkan keputusan untuk menaikkan harga bahan api kerana bimbang tindakan itu akan menimbulkan kemarahan rakyat.

Sepanjang 18 bulan lalu, kerajaan telah meningkatkan harga gula lebih 58 peratus dan membenarkan harga petrol RON97 mencatatkan paras tertingginya pada RM2.90 seliter.


Sumber: Malaysiakini

Hutang air: 'Putrajaya terlebih bayar 73%'

Posted: 27 May 2011 01:35 AM PDT

DAP hari ini membidas keputusan kerajaan pusat kerana membeli bon yang telah diturunkan taraf milik syarikat konsensi air pada harga 73.2 peratus lebih tinggi daripada nilai pasaran dan menganggap tindakan itu "melampau dan menyalahgunakan wang pembayar cukai".

NONE
"Tidak dapat dijelaskan mengapa kerajaan memutuskan untuk menyelesaikan baki bon syarikat swasta air itu sedangkan pemegang saham syarikat berkenaan sepatutnya bertanggungjawab," kata setiausaha publisiti DAP Tony Pua (kiri, berbaju biru).

Sebelum ini dilaporkan syarikat Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) milik kerajaan persekutuan menubuhkan Acqua SPV Bhd bagi membeli bon yang telah diturunkan tarafnya oleh agensi penarafan.

Ini kerana keempat-empat syarikat konsesi air Selangor - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) dan Konsortium ABASS - gagal membayar pemegang bonnya.

Menurut laporan media arus perdana, Acqua SPV menawarkan untuk mengambil-alih bon berkenaan pada harga RM6.5 bilion, berbanding nilai terbitan sebanyak RM9.02 bilion.

water paips
Namun, mengikut laporan yang diterbitkan oleh The Edge Financial Daily pada Rabu lalu, harga tawaran adalah pada RM94.49 berbanding nilai pasaran yang cuma pada RM54.54 pada akhir bulan lalu, yang mana dakwa Pua adalah 73.2 peratus lebih tinggi daripada harga pasaran.

Kata pemimpin DAP itu lagi, syarikat konsesi air itu juga telah mengisytiharkan dividen bagi pemegang sahamnya apabila mereka membuat untung.

Antara konsesi itu, Splash, iaitu anak syarikat Gamuda Bhd, mengisytiharkan dividen RM578.6 juta pada 2007 manakala PNSB pula mengumumkan dividen berjumlah sehingga RM214 juta antara 2006 dan 2010.


Sumber: Malaysiakini

S'wak gagal bertindak: Gadis Penan terus dirogol

Posted: 27 May 2011 01:30 AM PDT

Polis dan kerajaan negeri Sarawak hari ini dibidas Wanita PKR kerana kegagalan mereka bertindak bagi menyelesaikan kes-kes gadis dan wanita Penan dirogol oleh pembalak di kawasan sekitar Baram yang berterusan.

NONE
Kes terbaru membabitkan seorang gadis berusia 20 tahun yang berulang-kali dirogol oleh pembalak Indonesia sejak awal tahun ini, kata naib pengerusi Wanita PKR Voon Shiak Nie di Kuching.

"Gadis itu mengenali lelaki Indonesia di kampungnya di Ulu Baram, di mana dia bekerja sebagai pembalak. Adalah dilaporkan dia memujuk gadis tu mengikutnya ke Miri dengan alasan mencari kerja.

"Sebalik gadis itu dirogol berulang-kali," kata Voon sambil menambah nahawa laporan polis telah dibuat di balai Miri pada Isnin lalu.

Voon berkata gadis malang itu juga mendakwa terdapat kes rogol yang hampir sama membabitkan wanita lain di kampungnya itu.

Hanya selepas Ketua Wanita PKR dan ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin mendedahkan kes berkenaan di Parlimen pada sesi yang lalu dan membuat laporan polis, barulah Kementerian wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat bersedia membuat siasatan.

NONE
Pasukan penyiasat yang ditubuhkan kementerian yang mendedahkan sisatan mereka tahun lalu berkata hanya ada 14 kes rogol.

Voon berkata Wanita PKR cuba menyerahkan laporan pasukan penyiasat itu kepada Timbalan Ketua Menteri, Datuk Alfred Jabu, yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal Penan tetapi beliau enggan menerimanya.


Sumber: Malaysiakini

Video seks diedarkan di kampung Cina pula

Posted: 27 May 2011 01:25 AM PDT

Salinan pita video yang memaparkan seorang lelaki mengadangkan hubungan seks yang didakwa mirip Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terus diedarkan di seluruh Selangor.

ean yong hian wah report polis over village head receive sex tape 270511 01
Tidak terkecuali adalah perkampungan Cina dan sasarannya adalah ketua-ketua kampung dan pemimpin masyarakat.

Menurut anggota exco kerajaan negeri Selangor Ean Yong Hian Wah sekurang-kurangnya 15 pemimpin di Ulu Langat dan lebih lapan lagi di Kuala Selangor mengesahkan menerima video berkenaan menerusi pos.

Katanya, berdasarkan cop pada bungkusan itu, ia dikirimkan dari Melaka dan Shah Alam.

Hari ini Ean Yong mengiringi 15 ketua kampung dari kawasan Ulu Langat membuat laporan berhubung perkara itu.

Sementara itu, ketua kampung dalam DUN Sri Muda parlimen Kota Raja juga dilaporkan menerima video seks dan poster yang cuba dikaitkan dengan ketua umum PKR itu.

ean yong hian wah report polis over village head receive sex tape 270511 03
Laporan polis itu dibuat oleh ketua penerangan PKR Shuhaimi Shafiei bersama-sama empat ketua kampung tradisi Melayu di ibu pejabat polis Daerah Shah Alam kira-kira 11.30 pagi tadi.

Shuhaimi yang juga ADUN Sri Muda membuat laporan polis itu mewakili PKR Selangor.

Dalam laporan polisnya, Shuhaimi berkata tujuan aduan dibuat berikutan penyebaran VCD dan poster yang diistilahkan sebagai lucah dan diedarkan di majlis solat hajat dan ceramah 'Tawan Malaysia' di Stadium Selayang pada 14 Mei lalu.

Menurutnya lagi, beliau menerima bahan-bahan tersebut dari petugas keselamatan parti pada majlis tersebut.

Dalam aduannya juga, beliau meminta pihak polis menjalankan siasatan berhubung penyebaran VCD itu di lima lagi tempat iaitu di Kampung Jalan Kebun, Kampung Melayu Subang, Dewan Majlis Daerah Semenyih, satu program ceramah di Tanjong Karang dan di Dewan Majlis Daerah Kuala Langat.

NONE
"Oleh itu, saya mendesak pihak polis menyegerakan siasatan berhubung penyebaran (VCD) dan menghadapkan pihak yang terlibat ke muka pengadilan," katanya.

Sementara itu, Shuhaimi berkata keempat-empat ketua kampung tersebut yang dihantar dengan video itu adalah Kampung Teluk Menegun, Kampung Baru Hicom, Kampung Johan Setia dan Kampung Bukit Naga.

Keempat-empat ketua kampung tersebut menerima VCD dan poster yang dimasukkan ke dalam sampul surat yang diposkan dari Shah Alam dan Melaka. Mereka menerimanya pada 23 dan 24 Mei lalu.

Menurutnya, ketua kampung Baru Hicom dan Kampung Telok Menegun menerima tiga keping VCD manakala dua lagi masing-masing menerima sekeping VCD.

"Mereka semua tak tengok (kandungan VCD), tetapi saya dimaklumkan ia dipercayai pelakunya sama seperti di dalam internet, jika dilihat di bahagian kulit VCD itu," katanya.

Katanya, sepatutnya empat lagi ketua kampung dalam DUN Sri Muda turut membuat laporan polis berhubung perkara tersebut, bagaimanapun membatalkannya kerana keuzuran dan mempunyai urusan lain yang lebih penting.

NONE
Kampung tersebut antaranya, Kampung Bukit Lancang, Kampung Jalan Kebun dan Kampung Sungai Kandis.

Ditanya sama ada empat ketua kampung itu akan membuat laporan polis selepas ini, Shuhaimi (kiri) berkata memadai setakat ini dengan laporan yang dibuat pada hari ini.

Menurutnya, sekiranya masih ada ketua kampung yang menerimanya selepas ini, beliau akan membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.

"Penyebaran bahan ini bukan sahaja dilarang kerana lucah, malah ia memberi implikasi buruk kepada anak-anak kita," katanya.



Sumber: Malaysiakini

Karenah birokrasi tangguhkan bedah siasat

Posted: 27 May 2011 01:20 AM PDT

Selepas melalui karenah birokrasi selama dua hari, bedah siasat kedua ke atas jenazah remaja Johari Abu Bakar, yang ditembak mati oleh polis sepatutnya dijalankan pada jam 12 tengahari tadi.

Namun semakan dengan rumah mayat Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC) pada jam 12.30 tengahari tadi mendapati tiada bedah siasat dijalankan hari ini dan tidak ada juga sebarang yang dijadualkan hari ini.

NONE
Adalah dipercayai bedah siasat ke atas remaja yang sepatutnya meraikan hari jadi ke-17 nya pada bulan depan ditangguhkan lagi kerana karenah birokrasi.

Menurut peguam keluarga mangsa, Latheefa Koya, UMMC sebelum ini memaklumkan kepadanya bahawa bedah siasat akan dijalankan hari ini oleh Dr Karunakaran Mathiharan.

Katanya, UMMC akhirnya bersetuju menjalankan bedah siasat selepas pengerusi Bahagian Hak Asasi, Persatuan Perubatan Malaysia, Dr Thong Kok Wai, mengesahkan beliau akan bertindak sebagai pemerhati bebas.

Latheefa menjelaskan bahawa bedah siasat kedua tidak dapat dijalankan semalam kerana UMCC enggan berbuat demikian tanpa kehadiran pemerhati bebas.

Syarat itu diarahkan oleh Mahkamah Tinggi atas permintaan ibu mangsa.

NONE
Pada Rabu lalu, jenazah Johari, yang mati pada 13 Mei dibiarkan tanpa diurus untuk beberapa jam kerana UMCC enggan menerima dan menempatkannya di rumah mayat selagi beberapa borang tidak diisi dan diselesaikan.

Latheefa mendakwa terdapat tanda-tanda mayat itu mulai reput apabila ia akhirnya ditempatkan di bilik sejuk dengan anggota keluarga pula berkata wajah anak mereka tidak dapat dikenali.

Johari, seorang pelajar sekolah menengah yang tercicir dan kemudiannya menjalankan kerja-kerja am ditembak mati apabila beliau didakwa melepaskan tembakan ke arah polis pada 7 Mei lalu.

Polis juga mendakwa remaja berkenaan sedang bersembunyi di sebuah hotel bajet di Dengkil setelah mencuri Toyota Alphard di Kelana Jaya.

Keluarga mangsa bagaimanapun curiga dengan punca kematian anak mereka dan mendakwa tubuhnya penuh dengan kesan lebam serta lengannya patah.


Sumber: malaysiakini

Polis didakwa sekongkol dengan sindiket curi kereta

Posted: 27 May 2011 01:15 AM PDT

Beberapa anggota polis didakwa bersekongkol dengan kumpulan mencuri kereta di seluruh negara dakwa ahli parlimen DAP Segambut Lim Lip Eng, sambil menggesa Bukit Aman supaya segera menyelesaikan isu itu.

NONE
Lim yang membuat laporan polis di balai Jinjang hari ini mendakwa kereta yang dilaporkan dicuri telah berjaya dijumpai oleh polis tetapi dikitar semula dan diserahkan kepada sindiket yang menjualnya pula kepada pemilik kereta terpakai atau pembeli persendirian.

"Saya menerima lebih 15 aduan sejak Disember tahun lalu daripada peniaga kereta terpakai yang sehingga sekarang belum selesai. 60 kereta dirampas daripada mereka kerana dipercayai kenderaan curi, setakat ini hanya 20 kereta yang telah dipulangkan," katanya.

Lim berkata laporan polis hanya dibuat hari ini berhubung perkara berkenaan kerana baru-baru beliau menjumpai dalil kukuh bagi membuktikan berlakunya penyelewengan kuasa.

Beliau juga merujuk kepada satu laporan polis di mana mangsa membuat laporan bahawa kereta Mercedes C200 Compressor miliknya telah dicuri pada 13 Mac, 2009 dan telah membuat tuntutan insuran.

Dalam satu surat yang tidak bertarikh daripada Jabatan Siasatan Jenayah, ibu pejabat polis Ampang yang ditandatangani seorang pegawai yang dikenali sebagai Saiful Irwan Abdul Hamid, ia menyatakan bahawa kereta itu telah dijumpai dan dipulangkan kepada pemiliknya. Namun menurut Lim, pemiliknya tidak pernah mengambil semula keretanya itu.

Sebaliknya, kereta yang sama dengan nombor pendaftaran yang lain didakwa dibeli oleh seorang peniaga kereta terpakai, Pang Koo Tak, dari Setiawan, Perak.

Pang bagaimanapun menurut Lim, terkejut apabila keretanya dirampas pada 19 Januari lalu oleh seorang anggota polis bernama Razlam Ab Hamid dari Jabatan Disiplin Bukit Aman bagi siasatan lanjut kerana nombor chasis kereta itu bersamaan dengan nombor kenderaan yang dicuri itu.

Lim berkata Pang kemudiannya berjumpa dengannya dan meminta bantuan bagi mendapatkan semula keretanya kerana kereta itu dibeli menerusi pinjaman bank dan beliau masih berhutang.


Sumber: Malaysiakini

Meskipun cakap-cakap bahawa pilihan raya umum ke-13 bakal diadakan seawal Jun ini hanya spekulasi, namun ini tidak menghalang PKR membuat persiapan ra

Posted: 27 May 2011 01:15 AM PDT

Meskipun cakap-cakap bahawa pilihan raya umum ke-13 bakal diadakan seawal Jun ini hanya spekulasi, namun ini tidak menghalang PKR membuat persiapan rapi jika benar-benar parlimen dibubarkan.

Parti pembangkang itu mengadakan perbincangan tertutup selama dua hari di Port Dickson yang dihadiri pemimpin kanannya dengan fokus pada kempen pilihan raya umum akan datang.

NONE
Naib presiden PKR Tian Chua berkata mesyuarat yang berakhir semalam itu adalah langkah permulaan bagi parti itu mengakhiri persiapan pilihan raya mereka sebelum Julai ini.

"Mesyuarat tertumpu pada isu polisi seperti jentera pilihan raya, latihan bagi sukarelawan parti, laman web kami dan juga mobilasasi," katanya ketika dihubungi.

Tian Chua bagaimanapun enggan mendedahkan butiran apa yang dibincangkan itu tetapi beliau tidak menafikan apabila ditanya sama ada pemimpin kanan PKR sekarang akan mula bergerak ke seluruh negara bagi mempercepatkan persiapan jentera pilihan raya mereka.

"Sudah tentu, persiapan kami adalah untuk mempermantapkan (jentera parti) di setiap negeri," katanya yang ahli parlimen Batu itu.

NONE
Seorang lagi naib presiden PKR Fuziah Salleh juga keberatan memberitahu apa yang dibincangkan pada pertemuan itu dan menganggapnya sebagai mesyuarat biro politik yang 'lazim'.

"Ini bukan kali pertama kita bincangkan isu pilihan raya pada mesyuarat. Ia hanya lanjutan mesyuarat biro politik yang lazim kita adakan.

"Kita menilai dan menyemak semula senarai, secara asasnya kita menyemak buat kali terakhir agar kita benar-benar bersedia, memandangkan pilihan raya umum mungkin diadakan seawal Julai ini," katanya.

Bagaimanapun sumber dalaman itu berkata mesyuarat berkenaan adalah hasil usaha berbulan-bulan yang bertujuan mempersiapkan jentera parti bagi menghadapi pilihan raya baik di peringkat parlimen mahupun negeri.

anwar ibrahim at ampang ceramah may 2011 3
Sumber yang rapat dengan pemimpin tertinggi PKR itu berkata terdapat pelbagai sebab bagi ketua umum parti Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelajah ke seluruh negara.

Selain meninjau persiapan parti, katanya, Anwar pada masa yang sama menggunakan peluang itu bagi membuat penjelasan berhubung kempen anti-fitnah berikutan terdedahnya pita video seks yang didakwa mirip pemimpin berkarisma itu.

"Jadualnya (Anwar) penuh sejak beberapa bulan lalu dan setiap tempat yang beliau lawati, jentera negeri dimobilisasikan... awak nilai sendiri la," kata sumber itu.

Sumber: Malaysiakini

SPRM akhirnya serah hujahan bertulis kes Teoh

Posted: 27 May 2011 01:05 AM PDT

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyerahkan hujahan bertulis setebal 344 muka surat kepada Suruhanjaya Siasatan kes kematian Teoh Beng Hock.

raja petra shafee abdullah sedition case 150808 04
Peguam, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili SPRM, menyerahkan dokumen itu kepada urusetia suruhanjaya berkenaan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di Shah Alam.

Rabu lalu, Pegawai Pengendali yang terdiri daripada Amerjeet Singh, Kwan Li Sa dan Awang Armadajaya Awang Mahmud serta Majlis Peguam telah menyerahkan dokumen hujahan masing-masing.

Pada 10 Mei lalu, Pengerusi Suruhanjaya yang juga Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen mengarahkan semua pihak menghantar hujahan masing-masing setelah selesai memanggil 70 saksi sejak memulakan prosiding pada 14 Februari lalu.

Teoh, 30, setiausaha politik Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan berkenaan.

azlan
Selain Foong, suruhanjaya turut dianggotai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk TS Nathan, Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik yang juga Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 26 Januari lalu, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner membuat keputusan terbuka.

Sepanjang persidangan, pelbagai saksi dipanggil termasuk pakar patologi, psikiatri, anggota keluarga dan pegawai SPRM selain terdapat beberapa fakta baru yang tidak didedahkan pada inkues mengenai kematiannya di Mahkamah Koroner Shah Alam sebelum ini.

Anggota suruhanjaya akan menyerahkan hasil siasatan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin 24 Jun ini.

- Bernama

Hukuman dua beradik bakar gereja kekal

Posted: 27 May 2011 01:00 AM PDT

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman lima tahun penjara ke atas dua beradik yang didapati bersalah membakar sebuah gereja di Desa Melawati awal tahun
lalu.

azlan
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan itu selepas menolak rayuan dan sabitan Raja Mohamad Faizal Raja Ibrahim, 25, dan adiknya Raja Mohamad Izham, 23.

Mohamad Zabidin berkata keputusan untuk mengekalkan hukuman yang telah dijatuhkan Hakim Mahkamah Sesyen itu dibuat selepas meneliti hujahan, nota keterangan dan alasan penghakiman.

Beliau bagaimanapun membenarkan permohonan kedua beradik itu untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan.

Pada 13 Ogos tahun lepas, Hakim SM Komathy Suppiah menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati Raja Mohamad Faizal dan Raja Mohamad Izham, gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah selepas diperintah membela diri.

NONE
Raja Mohamad Faizal (kanan), seorang penghantar surat dan Raja Mohamad Izham, pekerja bank, didakwa melakukan khianat dengan membakar gereja Metro Tabernacle di Jalan 4/4C, Jalan Desa Melawati, di sini, pada 11.50 malam, 7 Jan tahun lalu.

Mereka dituduh melakukan perbuatan itu bersama beberapa orang yang masih bebas, mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

- Bernama

AMK KEDAH

Posted: 27 May 2011 09:04 PM PDT

AMK KEDAH


Saiful Izham optimis ubah pandangan rakyat terhadap Dewan Negara

Posted: 26 May 2011 11:57 PM PDT

KUALA LUMPUR: Senator baru mewakili Kedah bagi penggal kedua, Saiful Izham Ramli akan mengangkat sumpah di Dewan Negara pada 30 Mei ini di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara yang ke-16, Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Menurut Saiful Izham, pelantikan beliau itu diputuskan oleh kerajaan negeri Kedah bagi menggantikan Senatornya sebelum ini, Ir Zamri Yusuf.

"Perkara ini diputuskan oleh kerajaan negeri pada April lalu selepas mesyuarat dengan Ahli Jawatankuasa negeri.

"Tempoh berkuatkuasa jawatan saya itu bermula 20 Mei lalu dengan surat pengesahan daripada kerajaan negeri," kata Saiful ketika dihubungi Keadilandaily.com.

Beliau yang juga bekas Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kedah, berkata agenda utama yang akan dibawanya adalah mengubah pandangan rakyat terhadap fungsi dan peranan Dewan Negara.

"Saya ingin membawakan Dewan Negara, sebagai sebuah badan yang lebih serius dan tegas dalam meluluskan rang undang-undang yang dibawa oleh Dewan Rakyat.

"Kalau kita lihat Dewan Negara di negara barat, mereka bukan sahaja menjadi 'rubber stamp' kepada Dewan Rakyat, tapi mengkaji semula undang-undang yang dikemukakan oleh Dewan Rakyat.

"Di barat juga, mereka pernah menolak undang-undang yang dibentangkan di Dewan Rakyat sekiranya bertentangan dengan Perlembagaan Negara," katanya yang juga seorang peguam.

Saiful berkata, beliau akan memberi fokus kepada isu-isu negeri selain masalah rasuah dan membabitkan generasi muda pada penggal kedua Dewan Negara Julai depan.

"Isu yang saya rasa masih perlu dibincangkan secara terperinci dan serius adalah berkaitan dengan orang muda, kalau kita tengok sendiri sebenarnya banyak projek diluluskan untuk orang muda, tetapi tidak mendatangkan manfaat kepada mereka.

"Contohnya, peruntukan terhadap belia banyak, tetapi isi kandungan bagi mana-mana projek tidak pernah dibincangkan oleh kerajaan," ujarnya.

Anwar Ibrahim

Posted: 27 May 2011 07:07 PM PDT

Anwar Ibrahim


Naik Tarif Elektrik, Bukti Kerajaan Bela Kroni IPP

Posted: 27 May 2011 05:03 AM PDT

Dari KeadilanDaily

Kerajaan tidak memiliki kesungguhan untuk membela nasib rakyat apabila membuat keputusan menaikkan tarif elektrik yang akan diumum Isnin ini, kata Ahli Parlimen Selayang, William Leong.

Ini kerana katanya, kerajaan lebih berminat menanggung subsidi kepada sektor korporat seperti Syarikat Pengeluar Tenaga Bebas (IPP), bernilai RM19 bilion hingga RM22 bilion setiap tahun, berbanding menjaga kebajikan rakyat.

"BN tidak prihatin kepada rakyat walaupun menggunakan slogan rakyat didahulukan. Buktinya subsidi kepada IPP tidak ditarikbalik sedangkan mereka menikmati subsidi yang tinggi.

"Tetapi rakyat terpaksa bayar harga elektrik dengan kadar yang mahal," katanya dihubungi Keadilandaily.com.

Menurutnya, ketika banyak banyak negara mengeluarkan subsidi untuk menampung keperluan rakyatnya, Malaysia pula mengambil langkah mundur untuk membantu syarikat kroni besar.

"Ketika harga makanan dan barangan semakin naik, negara seperti Taiwan dan Korea memberikan subsidi yang besar kepada rakyatnya supaya tidak merasa terbeban dengan kenaikan tersebut.

"Negara kita pula, yang mengeluarkan minyak dan mampu menjana tenaga elektrik, menaikkan tarif eletrik," katanya yang juga Bendahari Agung KEADILAN.

Katanya, keputusan itu lebih menguntungkan syarikat konsesi IPP yang besar, apabila  kuasa yang dijana IPP memenuhi 60 peratus daripada keperluan tenaga negara berbanding TNB membekalkan 40 peratus.

"Kita tanya kepada syarikat IPP utama ini, YTL Corporation Berhad yang dipunyai Yeoh Teong Lay, Tanjung PLC (Ananda Krishnan), Malakoff Corporation (Syed Mokhtar Bukhari) dan Genting Sanyen – ini adalah mereka yang menikmati keuntungan yang besar.

"Apa sebabnya mereka menikmati keuntungan ini dan kemudian menjual lebih mahal kepada TNB sedangkan TNB sendiri boleh menjanakan tenaga elektrik," katanya.

Mengulas lanjut, katanya langkah yang akan diambil Pakatan sekiranya memenangi pilihan raya umum, adalah menyemak kembali perjanjian dengan syarikat berkenaan seperti terkandung dalam Buku Jingga.

"Elektrik seperti air ia adalah keperluan dan hak asasai rakyat dan tidak boleh digunakan untuk mendapat keuntungan," katanya.
Pakatan Rakyat sebelum ini berulangkali menegaskan bahawa kerajaan berupaya untuk mengelakkan kenaikan tarif elektrik.

Jika dibandingkan negara jiran seperti Thailand, tarif elektrik di negara itu jauh lebih rendah iaitu perbezaan antara 22 peratus hingga 48 peratus.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kenaikan itu sebenarnya disebabkan perjanjian berat sebelah yang dipaksakan ke atas TNB.

Disebabkan itu, TNB membayar tenaga pada harga yang tidak sepatutnya iaitu dalam lingkungan 13.7 sen sehingga 15.5 sen per kilowaat hour, seperti dinyatakan mantan ketua Pegawai Eksekutif TNB, Ani Arope

Harga yang dibeli dari IPP itu jauh lebih tinggi dari harga tenaga yang dihasilkan TNB sendiri, sekaligus menyebabkan IPP mengaut keuntungan besar.

‘Mystery Person Travelled With Razak, Altantuya’

Posted: 27 May 2011 02:41 AM PDT

From Malaysiakini
By Susan Loone

There was a third person accompanying political analyst Abdul Razak Baginda and murdered Mongolian interpreter Altantuya Shariibuu on their travels in connection with the purchase of three French submarines by the Malaysian government.

Human rights NGO Suaram director Cynthia Gabriel told Malaysiakini today that the identity of the third person involved in the travels is being verified by French investigators.

Although ‘a name’ had come up during the probe, she said, it was too early to reveal the identity of the individual.

“Our lawyers have informed us that a third person’s name came up during the investigations… the probe is going on, but it is still too early to determine who the person is,” Gabriel (right) said.

It had been earlier been revealed that a company named Gifen, established in Malta by Jean-Marie Boivin, had intervened in negotiations for the purchase of the submarines to facilitate monetary transfers to finance Abdul Razak and Altantuya’s travels.

The negotiations involved the sale of an Agosta and two Scorpene submarines to the Malaysian government under a RM4.3 billion (1 billion euro) contract inked in 2002 between Malaysia and DCNS, formerly known as DCN, a shipyard builder allied with Spanish warship builder Thalès.

It is uncertain whether this ‘mysterious’ personality could be the missing link in the murder of Altantuya, which has dogged Prime Minister Najib Razak since 2006. Gabriel declined to discuss this matter further.
Blown up with C4 explosives

In 2006, Altantuya, a translator and intermediary for the French submarines deal who was believed to be romantically linked with Razak, a close friend and adviser to Najib, was killed with C4 explosives at a jungle clearing in Shah Alam, Selangor.

Najib was then deputy prime minister and defence minister, while the two special task force officers convicted of murdering Altantuya were Najib’s bodyguards.

Gabriel had revealed last month that there was not just one commission paid out but two others as well: a RM129 million (30 million euro) payment by DCNS to the commercial networks of Thalès as “commercial fees linked to the negotiations and the enactment of the contract” and another payment of RM10.8 million (2.5 million euro).

She said the second commission had reportedly been paid by Thalès to an intermediary, still unidentified, in order to convince the Malaysian government that it was necessary to have some more works initiated.

Although Suaram was yet to find out who this ‘unidentified’ intermediary was, Gabriel said Gifen had reportedly intervened in the negotiations to facilitate monetary transfers to finance the travels of Razak and Altantuya (right, pictured with her son).

Gabriel also said today that Suaram was planning massive fund-raising dinners in Penang and in Kuala Lumpur to support its legal fund.

The events would be held in July and the dates are yet to be confirmed.

She said the dinners would also serve as a platform for Suaram to reveal and explain the findings behind the December suit it filed in a Paris court against against French submarine maker DCNS for “active and passive corruption, trading of favours and abuse of corporate assets”.

“The French lawyers who took up the case in Paris will be here to explain in detail and update the public on the findings and information we have got so far,” she said.

“We would like members of the public to be aware of what is happening in the case, and that we must continue discussions and question the authorities on suspected corruption surrounding the matter,” she added.

Initially, it was suspected that a bribe of RM492 million (114 million euro) had been paid by Amaris, a subsidiary of DCNS and Thalès, to “unidentified Malaysian officials” through a company called Perimekar.

The majority shareholder of Perimekar, officially created to “coordinate” the sale of submarines, is alleged to be Razak’s wife.

The agreement to purchase two Scorpene submarines worth billions of dollars was signed when Najib became defence minister in 2002.

Skandal Scorpene: Peguam Perancis Akan Tiba Ke Malaysia

Posted: 26 May 2011 09:42 PM PDT

Dari Keadilan Daily

Peguam Perancis yang mewakili Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dijangka tiba ke Kuala Lumpur lewat Jun atau Julai untuk memberi taklimat mengenai perkembangan terbaru skandal pembelian dua kapal selam Scorpene.

Suaram mewakili rakyat Malaysia memfailkan aduan terhadap DCNS pada Disember 2009, di mahkamah Paris kerana aktiviti rasuah dalam urusan pembelian berkenaan.

Suaram juga mengesyaki wang sogokan berjumlah ratusan juta di sebalik transaksi berkenaan, yang butirannya cuba disembunyikan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut laporan Malaysia Chronicles, peguam berkenaan akan memberi taklimat kepada warga Malaysia di beberapa tempat.

Namun tidak dapat dipastikan samada peguam Joseph Brehem yang tiba ke sini April tahun lalu akan turut hadir.

Akhbar Suara Keadilan baru-baru ini mendedahkan dua lagi bayaran komisen berjumlah RM32.5 juta, selain RM493 juta yang didedah lebih awal dalam proses pembelian dua kapal selam Scorpene.

Dua komisen itu terbongkar selepas pihak berkuasa Perancis memperoleh dokumen hasil serbuan ke atas DNCS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia.

Sebelum ini, sebuah laman web Perancis, Rue89 mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membayar Perimekar RM493 juta, sebaliknya dibayar kerajaan Malaysia sendiri.

Perimekar Sdn Bhd adalah syarikat milik isteri Abdul Razak Baginda, Mazlinda Makhzan. Abdul Razak merupakan kenalan rapat Najib yang terlepas dari kes pembunuhan kejam warga Monggolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Perjanjian pembelian dua kapal selam Scorpene bernilai berbillion dollar itu dimeterai Najib ketika menjadi Menteri Pertahanan pada 2002.

Pada April tahun lalu, seorang ahli perundangan Perancis, Joseph Breham memfail aduan di mahkamah Perancis berhubung skandal pembelian dua kapal selam Scorpene kepada kerajaan Malaysia.

Pengarah Urusetia Suaram, Cynthia Gibrael turut mendedahkan dua tiket penerbangan yang disahkan atas nama Abdul Razak dan Altantuya, ke Malta, sebenarnya melibatkan seorang lagi individu ketiga.

"Siasatan mendapati Gifen- sebuah subsyarikat kepada DCNS berpengkalan di Malta, berperanan sebagai pembuat bayaran. Mereka jumpa bayaran e-tiket melibatkan Razak baginda, Altantuya dan seorang lagi," kata Cynthia.

Kerajaan Dolak Dalik Kenaikan Harga RON95, Bahan Api

Posted: 26 May 2011 07:54 PM PDT

Dari Keadilan Daily

Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, kerajaan berdolak dalik dalam isu kenaikan petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair  (LPG), sehari selepas membuat pengumuman tidak akan menaikkan harga bahan bakar itu.

Ini kerana semalam, Menteri Perdagangan dan Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan tidak ada sebarang kenaikan bahan api, kononnya kerana  mengambil kira kepentingan rakyat.

Bagaimanapun hari ini, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim berkata kerajaan akan mengkaji semula subsidi sekiranya harga minyak mencecah  antara AS$110 dan AS$120 setong.

Ia berdasarkan kepada penurunan harga minyak daripada AS$110 setong pada April, kepada lebih AS$100 setong pada masa ini.

Shamsul berkata, dua kenyataan itu jelas bercanggah antara antara satu sama lain, yang menunjukkan bahawa kerajaan Umno- Barisan Nasional gagal membuat keputusan yang penting untuk rakyat.

"Pengumuman yang bercanggah ini menunjukkan hala tuju ekonomi Barisan Nasional yang tidak jelas.

"Penangguhan kenaikan petrol Ron 95 sebelum ini pun hanyalah tindakan untuk mententeramkan rakyat tetapi bersifat sementara. Ini kerana dijangkakan pilihanraya umum ke-13 akan diadakan dalam masa terdekat. Selepas pilihan raya tidak ada jaminan pengekalan harga," kata Shamsul ketika dihubungi.

Malah lebih teruk katanya, kerajaan mungkin memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang disifatkan lebih membebankan kerana melibatkan keseluruhan rakyat Malaysia.

"Ketika kerajaan mempertimbangkan untuk menarik semula subsidi, apakah kerajaan mempertimbangkan juga untuk menarik semula rancangan projek mega seperti pembangunan menara 100 tingkat, projek di Sungai Besi dan sebagainya?" soal Shamsul.

Harga petrol RON95 kini ialah RM1.90 seliter dan diesel RM1.80 seliter, manakala harga LPG pula ialah RM1.90 sekilogram. Kali terakhir harga RON95, diesel dan LPG dinaikkan ialah pada Disember tahun lalu.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 27 May 2011 11:32 AM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang


Semua penjual kereta akan sokong Pakatan Rakyat

Posted: 26 May 2011 07:30 PM PDT



Nampaknya semua syarikat penjual kereta terpakai serta individu yang ingin menjual kereta sendiri lepas ni akan sokong Pakatan Rakyat. Makin lama kerajaan Umno BN ni menyusahkan peniaga dan rakyat untuk menjual kereta. Apa jaminan kalau periksa Puspakom kadar kemalangan dan kes kecurian kereta akan menurun? Apa jaminan dengan peraturan baru ini sifar rasuah di Puspakom?

Berita sebelum ini Umno BN menyusahkan rakyat beli kereta terpakai di http://amkns.blogspot.com/2011/05/umno-bn-menyusahkan-rakyat-beli-kereta.html

Kenderaan terpakai wajib diperiksa PUSPAKOM
Berita Harian 27 Mei 2011

PUTRAJAYA: Kerajaan tetap akan menguatkuasakan pindaan terhadap Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan 2010) bermula 15 Jun ini walaupun mendapat bantahan daripada penjual kereta terpakai Malaysia.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe, berkata penguatkuasaan pindaan akta itu perlu dilaksanakan segera bagi melindungi semua pihak termasuk pengguna dan syarikat penjual kereta terpakai.

"Jika diteliti, ia memberi situasi menang-menang kepada semua pihak termasuk penjual kereta terpakai. "Apabila ada individu mahu menjual kereta kepada syarikat terbabit, beliau perlu membawa kereta berkenaan untuk pemeriksaan, baru kereta itu boleh dijual, ini sekali gus memberi perlindungan kepada syarikat penjual kereta terpakai juga," katanya kepada pemberita selepas mengadakan dialog bersama Persatuan Penjual Kereta Terpakai Malaysia, di sini, semalam.

Baru-baru ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengumumkan semua kenderaan bermotor terpakai, dibaik pulih dan diubahsuai, termasuk motosikal, diwajibkan menjalani pemeriksaan menyeluruh di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) bagi melindungi pengguna daripada membeli kenderaan curi dan yang dipotong atau disambung.

Pindaan akta itu menetapkan setiap kenderaan terpakai wajib menjalani pemeriksaan 18 perkara di PUSPAKOM.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KenderaanterpakaiwajibdiperiksaPUSPAKOM/Article

Apa kesudahan kes kematian pegawai Kastam di SPRM?

Posted: 26 May 2011 07:29 PM PDT



'Kami nak tahu apa status kes Sarbaini'

KUALA LUMPUR, 27 Mei — Keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed mahu polis mendedahkan perkembangan terbaru hasil siasatan kematian penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia itu dua bulan lalu.
Ini kerana, menurut sumber yang rapat dengan keluarga Ahmad Sarbaini, sehingga kini masih tiada perkembangan, menyebabkan keluarga itu tertanya-tanya status sebenar hasil siasatan tersebut.

Tambah sumber itu, perkembangan terakhir yang diketahui pada 4 Mei lalu di mana kertas siasatan kematian Ahmad Sarbaini akan dihantar semula ke Jabatan Peguam Negara.

"Kami nak tahu apa status terkini sekarang, kami tertanya-tanya apa yang berlaku dan perkembangan kes ini.

"Saya sendiri tertanya-tanya apa status kes ini sekarang, sebab saya lihat macam tidak ada apa-apa yang berlaku... senyap begitu sahaja," katanya kepada The Malaysian Insider.

Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setelah dilapor pergi ke pejabat itu untuk bertemu pegawai penyiasat berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai Kastam.

Bapa lima anak itu meninggal dunia kerana kecederaan pada bahagian kepala selepas jatuh dari bahagian tinggi bangunan SPRM di Jalan Cochrane, 6 April lalu.

Tegas sumber itu, keluarga Ahmad Sarbaini bimbang jika polis masih berdiam diri dalam perkara itu. lama-kelamaan ia akan "hilang" begitu sahaja.

"Sebab itu kami mahu polis dedahkan perkembangan terkini dalam kes ini, jangan senyap sahaja," katanya.

"Polis buat macam tak tahu sahaja, yang paling kasihan kami sekeluarga sebab masih menanti perkembangan terbaru," kata anggota tersebut.

Jelasnya, keluarga Ahmad Sarbaini sudah tidak mahu menunggu lagi dan mahu mengetahui perkembangan hasil siasatan dengan segera.

"Kami nak tahu apa yang berlaku, apa status... jangan senyap macam ini.

"Jangan biarkan kami tertanya-tanya, nak kami tunggu sampai bila? Sudah hampir dua bulan sejak kejadian, tak akan tiada apa-apa perkembangan?" katanya.

Balu Ahmad Sarbaini telah membuat satu laporan polis berhubung kes ini kerana terdapat kesangsian ketika berbual dengan salah seorang pegawai kanan Kastam.

Maziah Manap dalam laporannya awal bulan ini mendakwa bahawa pegawai yang dinamakannya - Ghani - telah memberi gambaran kepadanya bahawa salah seorang kakitangan bawahan terlibat dalam kes berkenaan.

Sumber : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/keluarga-kami-nak-tahu-apa-status-kes-sarbaini/

Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党

Posted: 27 May 2011 09:12 AM PDT

Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党


Skandal Scorpene: Peguam Perancis Akan Tiba Ke Malaysia

Posted: 26 May 2011 10:57 PM PDT

Dari Keadilan Daily Peguam Perancis yang mewakili Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dijangka tiba ke Kuala Lumpur lewat Jun atau Julai untuk memberi taklimat mengenai perkembangan terbaru skandal pembelian dua kapal selam Scorpene. Suaram mewakili rakyat Malaysia memfailkan aduan terhadap DCNS pada Disember 2009, di mahkamah Paris kerana aktiviti rasuah dalam urusan pembelian berkenaan. Suaram juga mengesyaki [...]

Pilihan Raya Umum Tahun Ini

Posted: 26 May 2011 10:56 PM PDT

Dari Malaysiakini Tarikh pilihan raya umum akan datang terus menjadi tanda tanya kebanyakan orang tetapi bagi ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, tanda-tandanya mula jelas. "Saya hampir pasti ia akan diadakan tahun ini. Awak boleh lihat keghairahan dan kegilaan oleh media yang dikuasai oleh Umno. Ia tidak sihat sepanjang sedekad lalu dan juga tidak seteruk seperti [...]

立足波赖,展望未来晚宴

Posted: 26 May 2011 10:56 PM PDT

(怡保25日讯)人民公正党将于7月2日(星期六)晚上7.30,举办新邦波赖州议席《立足波赖,展望未来》筹款晚宴,宴会地点是昆仑喇叭福德祠礼堂,票券即起发售。 新邦波赖州议员曾敏凯透露,其选区包括新邦波赖、昆仑喇叭、暗邦以及怡保卫星市。此次宴会是所有其选区的支部共同联合举办的盛会,出席宴会的演讲嘉宾包括务边国会议员李文材医生,公正党全国副主席蔡添强国会议员,武吉甘当国会议员拿督斯里尼查,端洛州议员西华古玛以及迪遮区州议员郑立慷。 曾敏凯亦表示,大选即将来临,各政党已经进入备战状态,因此,他希望籍此机会,启动竞选工作,同时筹募大选基金,为来届大选打响首炮! 另外,出席的演讲嘉宾亦会为出席者分析当前的政治局势,包括民众所关心的政治议题以及大选胜算的分析。因此,他呼吁支持者别错过这次的黄金机会,趁早预购票券。 宴会票券每张一律马币40令吉,赞助马币200令吉以上为剪彩嘉宾。民众可到公正党以下服务中心购买票券, 暗邦新村(周一晚上8-10点),昆仑喇叭新村(周二早上10-12点), 新邦波赖新村(周三晚上8-10点)。相关资讯可上网浏览州议员网站www.adunsimpangpulaicn.blogspot.com,或联络票券小组负责人: 林汉权:016-4112570 丁春荣:016-5035930 黎坚结:012-6344283 潘德成:017-5237382 张水荣:016-5432930

Tiada ulasan:

Catat Ulasan