Isnin, 2 Mei 2011

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


MEDIA Rakyat MALAYSIA

Posted: 02 May 2011 03:12 AM PDT

MEDIA Rakyat MALAYSIA


TGNA - VIDEO JELAS JATUHKAN PERIBADI ANWAR

Posted: 01 May 2011 06:17 PM PDT

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 01 May 2011 11:31 PM PDT

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Polis ganggu Ceramah PKR di Felda Jenderak Selatan

Posted: 01 May 2011 07:08 PM PDT

Saifuddin Nasution berucap dihadapan 1000 hadirin di Felda Jenderak Selatan

Polis mula mengganggu Ceramah PKR semasa Dato Fauzi Abdul Rahman berucap
Polis beruniform dan tidak beruniforma mula memasuki rumah tempat Ceramah
Barisan Polis mula mengepong rumah tempat ceramah
Lagi polis memasuki kawasan tempat ceramah
Polis yang tidak beruniform kelihatan keluar dari rumah tempat ceramah
Polis sedang menunggu arahan
Orang ramai tidak bergerak menghadapi gangguan polis
Orang ramai tabah dan memerhatikan tindakan polis
Orang ramai tidak menghiraukan gangguan polis
Gangguan Polis tidak dipedulikan
Polis mula mengganggu semasa Dato Fauzi memmulakan ceramah
Barisan Penceramah dari kiri: Rebin Birham, Setiausaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR, YB Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung PKR, YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Pengarah Komunikasi PKR, Bob Manolan, Timbalan Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal
Sdr Razali Ithnain, bekas Pegawai MPOB, AJK Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR semasa mengulas Kertas Kerja yang dibentangkan oleh Haji Suhaimi Said bertajuk "Konflik Kepentingan Antara Felda dan Peneroka"
Pembangkang dari UMNO memperotes Himpunan Peneroka/Generasi Kedua Felda Kuala Krau,








peranan yang mereka mainkan adalah sesuai dengan sifat mereka yang tak lama lagi akan menjadi Pembangkang di Negara ini selepas PRU-13.
Himpunan Peneroka Felda dan Generasi Baru Felda Kuala Krau anjuran PKR Cabang Kuala Krau cukup berkesan, UMNO mengadakan demokrasi yang dihadiri segelintir manusia dan sebelah malamnya Polis membuat gangguan.

==

Seminggu yang lepas saya telah membuat permohonan kepada Ketua Polis Daerah Temerloh untuk mendapatkan kebenaran mengadakan ceramah pada 1hb Mei 2011 di Felda Jenderak Selatan. Ceramah yang dipinta itu adalah didalam rumah dan dari segi undang-undangnya tidak perlu dipohon permit polis.

Tetapi memandangkan bahawa PKR Cabang Kuala Krau berhajat mengujudkan hubungan yang baik dengan pihak keselamatan maka permit polis dipohon juga.

Barisan Penceramah yang diletakkan didalam permohonan itu terdiri daripada YB Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung PKR, Dato Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi PKR Negeri Pahang, YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Pengarah Komunikasi PKR, Sdr Haji Abd Aziz Abd Rahman, Ketua Penerangan PAS Kawasan Kuala Krau, Bob Manolan, Timbalan Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal, dan Rebin Birham, Setiausaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal.

Pada 29hb April 2011, disebelah petang, jawapan daripada Polis diperolehi menyatakan bahawa permit polis tidak diluluskan.

Memang menjadi satu kehairanan yang bercanggah dengan amalan demokrasi. Pembangkang tidak dibenarkan berceramah di tempat-tempat awam seperti Balai Raya, Dewan, Padang dan sebagainya, dan ceramah untuk dibuat dirumah persendirian juga tidak dibenarkan. Ini samasekali bertentangan dengan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan dan jelas sekali bahawa Akta Polis sudah mengatasi Perlembagaan Persekutuan.

Saya menyatakan kepada Anggota-Anggota Jawatankuasa PKR Cabang Kuala Krau bahawa ceramah yang sudah dijadualkan pada 1hb Mei 2011 ini tetap akan dijalankan, dan agar ia dilindung dibawah undang-undang maka ceramah itu akan dibuat didalam rumah.

Maka, mulai jam 9.00 malam pada 1hb Mei 2011, Ceramah di dalam Rumah dengan diperkarangannya disiapkan 3 buah kemah untuk tempat duduk orang ramai didalam kawasan rumah di No. 23 Felda Jenderak Selatan dimulakan.

Sdr Rebin Birham, Sdr Bob Manolan dan Haji Abd Aziz Abd Rahman menghabiskan ucapan masing-masing sebelum DatoFauzi Abdul Rahman mengambil gilirannya.

Semasa inilah barisan anggota-anggota Polis telah mengepung rumah tersebut bermula dengan pengambilan gambar-gambar.

Anggota-anggota Polis yang beruniform berbaris mengelilingi rumah seolah-olah memulakan satu operasi "perang".

Tuan Rumah telah dipanggil dan diberi amaran bahawa jika Ceramah itu tidak dihentikan dalam tempoh 10 minit, maka Polis akan menangkap dan menahan beliau. Tuan rumah telah menemui saya dan memberitahu saya. Saya nyatakan kepada Tuan Rumah bahawa Pihak Polis tidak boleh memberhentikan Ceramah itu kerana dari segi undang-undang ceramah yang dibuat didalam rumah tidak memerlukan Permit Polis dan saya nasihatkan Tuan Rumah supaya duduk dibarisan penceramah-penceramah.

Sebentar lagi anggota-anggota Polis yang bernuiform mulai memasuki rumah dan diikuti oleh Polis yang tidak beruniform (pastinya pegawai-pegawai mereka).

Mereka tidak kenal siapa penganjur dan mereka menunjukkan kepada Haji Abd Aziz Abd Rahman, Ketua Penerangan PAS Kawasan Kuala Krau untuk berunding. Haji Abd Aziz bukanlah penganjur ceramah ini.

Saya yang hadir bersama-sama dengan Haji Abd Aziz memberitahu kepada Polis itu bahawa sayalah penganjur ceramah ini dan saya bertanya apakah masalahnya.

Pegawai Polis berkata bahawa Ceramah ini tidak mempunyai Permit Polis, dan dia bertanya kepada saya samada saya tahu atau pun tidak. Saya jawab saya tahu, dan saya tanya dia lagi apakah masalahnya?

Pegawai Polis itu mengatakan bahawa Ceramah ini tidak mempunyai permit dan itu adalah satu kesalahan undang-undang.

Saya tanya pegawai itu dibawah undang-undang mana bahawa ceramah itu salah? Dia kata tidak ada permit. Dan saya tanya apa salahnya Ceramah yang tidak ada permit? Dia kata itu salah. Saya tanya salah dibawah undang-undang apa?

Kemudian, semakin ramai anggota-anggota Polis itu merapati saya. Saya kira pada malam itu mereka mahu menangkap dan menahan saya dan saya sudah bersedia untuk itu. Bahkan saya sudah beritahu kepada rakan-rakan bahawa pada malam ini saya akan tidur di lock-up Temerloh, 2hb Mei adalah hari cuti, dan saya tidak boleh dijamin keluar.

Saya katakan bahawa saya boleh dijamin pada 3hb Mei, dan Insya Allah pada 4hb Mei saya akan mengambil tindakan menyaman Polis dan mennuntut ganti rugi tidak kurang dari RM50,000.00, Ah, cukuplah untuk menjadi calon dalam PRU-13 nanti.

Saya beritahu Polis bahawa pihak Polis adalah melaksanakan tindakan undang-undang dan saya selaku Peguam sangat mengetahui tentang undang-undang bahawa Ceramah yang dibuat didalam Rumah tidak memerlukan permit.

Polis itu menyatakan bahawa Ceramah itu bukan didalam Rumah. Saya tanyakan Polis itu bahawa tempat berceramah itu didalam Rumah, PA systemnya didalam Rumah, semua penceramah berada didalam Rumah, dan Ceramah itu dibuat didalam Rumah.

Polis menyatakan bahawa ramai orang berada di luar Rumah. Saya nyatakan bahawa Ceramah itu dibuat didalam Rumah, dan dari segi undang-undang Ceramah didalam Rumah tidak memerlukan permit, dan orang ramai yang nak duduk diluar Rumah itu adalah satu perkara yang lain yang tidak ada berkenaan dengan kesahihan ceramah itu dibuat didalam Rumah.

Pegawai Polis itu memberi amaran bahawa beliau akan mengambil tindakan. Kalau kami melakukan kesalahan dari segi undang-undang, Polis boleh ambil tindakan, kata saya, dan saya ingatkan kepada Polis itu akan Kes Mohd Sabu dan Kes Dr Hatta.

Akhirnya Pihak Polis berkendur dan menyatakan bahawa dia sudah melepaskan tanggungjawabnya memberitahu bahawa Ceramah itu tidak ada permit, kemudian dia menghulurkan tangan dan bersalam dengan saya.

Apa jenis undang-undang yang ada di Malaysia ni. Kami tuntut supaya tempat-tempat awam dibenarkan kepada Pembangkang seperti UMNO yang boleh menggunakan Dewan, Balai Raya, Padang dan sebagainya. Semua tempat kemudahan awam itu adalah harta rakyat dan UMNO tidak boleh menggunakan tempat-tempat itu secara ekslusif dan menafikan Pembangkang daripada menggunakannya.

Ini bukan Negara Polis, dan janganlah Demokrasi itu hanya dihormati oleh Pembangkang. Buruk padahnya!

Anwar Ibrahim

Posted: 01 May 2011 07:29 PM PDT

Anwar Ibrahim


PRU 13 Mungkin Diadakan Pada Suku Ketiga 2011

Posted: 01 May 2011 03:08 PM PDT

Dari TV Selangor

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkam Pilihan Raya Umum ke-13 akan diadakan sebelum Ogos ini bersandarkan tindakan Umno-BN memperhebatkan usaha mengaibkan beliau khususnya dengan menyebarkan video lucah fitnah.

"Saya boleh kata sebelum Ogos (bulan Ramadan). Jika tidak, sejurus selepas bulan puasa," kata Anwar.

Ramadan akan bermula awal Ogos ini manakala sambutan Aidilfitri dijangka awal September disusuli dengan musim menunaikan haji.

Ini bermakna ada ruang selama sebulan antara awal Syawal sebelum musim haji bermula.

Kepimpinan Umno dilaporkan bersubahat dengan gandingan Datuk T untuk mengaibkan Anwar dengan menyebarkan video lucah yang merakamkan seorang lelaki mengadakan hubungan seks di sebuah hotel pada 21 Febuari lalu. Video itu kemudian dimuatnaikkan di Youtube dan ratusan ribu gambar dari rakaman itu dicetak serta diedarkan di seluruh negara.

Anwar menafikan beliau adalah pelaku dalam video itu dan membuat laporan polis. Beliau juga bersetuju supaya kes itu disiasat menerusi hukum Qazaf sebagaimana yang disarankan oleh beberapa mufti termasuk mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Bagaimanapun Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail masih belum mengambil tindakan terhadap Datuk T yang merangkumi Shazryl Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chil dan bekas bendahari Perkasa Shuib Lazim.

Mereka sebelum ini mengakui menayangkan video itu kepada wartawan terpilih pada 21 Mac lalu dan mengugut Anwar supaya berundur dari arena politik jika tidak mahu video itu disebarkan.

Anwar memberitahu Malaysian Insider bahawa berasaskan perkembangan semasa, beliau menjangka Najib tidak akan menunggu terlalu lama untuk mengadakan pilihanraya umum sungguhpun mandat kerajaan pimpinannya hanya berakhir April 2013.

Malah, Najib dan pemimpin parti komponen sudah pun membuat beberapa kenyataan yang mencerminkan rasa terdesak untuk melemahkan Pakatan Rakyat dan memaksa Anwar berundur dari politik dalam cubaan merampas balik majoriti dua pertiga.

Dengan persetujuan Najib, Presiden MCA Chua Soi Lek mengumumkan partinya tidak akan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan jika ia ditolak oleh pengundi Cina sebagaimana yang berlaku dalam pilihanraya negeri Sarawak yang lalu.

Najib berkata pengundi Cina harus memandang serius ugutan MCA itu jika tidak mahu melemahkan perwakilan Cina dalam kerajaan.

Pada masa sama, Najib juga menggesa PAS untuk keluar daripada Pakatan Rakyat kerana, menurut Najib, penyertaan parti Islam itu dalam gagasan pembangkang hanya menguntungkan DAP yang menjadi seteru utama MCA.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Desak Sumpah Balas: Jelas Langgar Prinsip Maqasid Syariah

Posted: 01 May 2011 02:54 PM PDT

Oleh Al-Bakistani

Eskay telah bersumpah laknat dalam mendakwa Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video seks yang telah tersebar. Ramai tokoh- tokoh agama di Malaysia yang terlupa ingin menyebut hukum qazaf, tetapi lebih seronok menyebut "sumpah balas" dari Anwar Ibrahim.

Sepatutnya, mereka perlu mengeluarkan kenyataan mendesak agar pihak mahkamah syariah mengambil tindakan terhadap Eskay atas kesalahan Qazaf. Ini kerana, tuduhan secara terang itu terpancul dari mulut Eskay dengan menyebut Nama Anwar Ibrahim.

Sumpah tidak semestinya menentukan benarnya dakwaan tersebut, tetapi dalam syariah, kebenaran itu melalui saksi seramai empat orang lelaki yang adil, yang tidak melakukan dosa kecil dan dosa besar. Disamping saksi tersebut melihat dengan mata kepalanya sendiri, bukan melalui video atau CCTV. Bersumpahnya Eskay itu, tidak menyebabkan tergugurnya kewajipan bagi dirinya mendapatkan empat orang saksi. Malahan, dia menyebut nama Anwar Ibrahim disamping bersumpah itu merupakan bukti kukuh bagi mahkamah syariah menangkap Eskay untuk dihadapkan mahkamah atas kesalahan Qazaf.

Tindakan menyuruh Anwar Ibrahim membalas sumpah tersebut merupakan satu perkara yang salah. Ini kerana, ia mampu menghapuskan kandungan maqasid syariah yang terpenting juga, iaitu menjaga maruah. [Sebilangan besar ulama mengatakan penjagaan maruah ini termasuk dibawah penjagaan keturunan, tetapi Al-Qurafi dalam kitab al-Furuq menyatakan penjagaan maruah itu adalah satu kandungan maqasid yang keenam]

Ada pihak menyatakan dengan cara bersumpah balas dapat menjaga maruah Anwar Ibrahim seperti yang dikehendaki oleh kandungan Maqasid Syariah. Kenyataan ini jika dilihat dari lapisan yang nipis, akan dianggap sebagai benar. Tetapi jika dihayati secara mendalam, ia merupakan perkara yang salah dan boleh disifatkan sebagai mewujudkan perkara baru dalam agama, atau diistilahkan sebagai bidaah.

Ini kerana, dalam maqasid syariah, tidak boleh melakukan satu tindakan dengan tujuan untuk menghilangkan satu kemudharatan, boleh melahirkan kemudharatan yang lain. Dengan maksud, sekiranya Anwar Ibrahim tetap bersumpah juga, ia akan mendatangkan implikasi yang cukup buruk selepas dari itu. Iaitu, implikasi bahawa amat mudah berlaku kejadian tuduhan zina, penjenayah mampu mengelak diri dengan semata-mata bersumpah, hukum qazaf akan jadi hukum yang tidak relevan lagi di minda rakyat Malaysia dan banyak lagi.

Ada pula pihak mendakwa dibenarkan tindakan Anwar Ibrahim bersumpah balas itu dengan merujuk kepada hadis kisah Ifk, iaitu Peristiwa fitnah zina yang berlaku ke atas Sayyidatuna Aisyah. Ini kerana, ketika Rasulullah SAW bersoal jawab dengan Aisyah bagi mendapatkan kepastian tentang apa yang dituduh.

Bermaksud :
"Lalu Rasulullah SAW keluar sehingga sampai ke rumah Abu Bakar dan menemui Aisyah. Baginda berkata : Wahai Aisyah, jika kamu telah melakukan perkara ini katakan padaku supaya aku memohon keampunan kepada Allah bagi kamu. Lalu Aisyah menjawab : Demi Allah aku tidak akan sekali-kali memohon keampunan Allah kerananya, jika aku telah melakukannya, tiada keampunan Allah bagiku, aku tidak dapati diriku dan diri kamu semua kecuali seperti yang berlaku kepada bapa Yusuf (sambil membaca surah Yusuf ayat 86)”

Perlu diperlu diperhatikan pada hadis ini, bahawa sumpah yang dilakukan oleh Aisyah bukan merujuk kepada bersumpah untuk nafikan tuduhan fitnah, tapi ia tidak mahu memohon keampuan kepada Allah.

Jadi, dakwaan boleh bersumpah balas itu dengan merujuk kepada hadis ini adalah salah dari sudut pengadaptasiannya. Malahan, ia merupakan tindakan yang tidak cermat dalam merungkai perkara syariah.

Sekian

Wallahu 'Alam

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Perutusan Hari Pekerja Oleh Presiden KEADILAN

Posted: 01 May 2011 02:09 AM PDT

PERUTUSAN HARI PEKERJA PRESIDEN PARTI KEADILAN RAKYAT

1 Mei setiap tahun terus diingati sebagai hari bagi memperingati sumbangan dan komitmen golongan pekerja di seluruh dunia dalam membangunkan ekonomi sesebuah negara.

Sebagai sebuah parti politik yang sentiasa berusaha mengangkat dan memperkasa keupayaan golongan pekerja, KEADILAN komited dalam inisiatif untuk mengupayakan hak pekerja dalam setiap aspek.

Gejala kenaikan harga barang yang sedang berlaku serta trend penghijrahan keluar warga Malaysia ke luar negara akibat polisi perkauman pemerintahan UMNO-BN merupakan sesuatu yang membimbangkan terutamanya melibatkan pertumbuhan ekonomi negara.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Bank Dunia minggu lalu, sejumlah sejuta rakyat Malaysia dilaporkan telah berhijrah dan membina kerjaya di luar negara manakala 43% daripada jumlah ini menyatakan bahawa mereka tidak berhasrat untuk kembali semula ke tanah air selagi polisi ekonomi yang bersifat perkauman masih diamalkan di negara ini.

Justeru, KEADILAN dan Pakatan Rakyat menerusi Agenda 100 Hari yang terkandung di dalam Buku Jingga antara lain akan terus komited dalam usaha memacu ekonomi berprestasi tinggi, mapan dan adil dengan memperkenalkan gaji minima untuk semua pekerja Malaysia dan mempertahankan hak pekerja untuk membentuk kesatuan sekerja selaras dengan piawaian antarabangsa.

KEADILAN juga menjamin akan memberikan tumpuan menyeluruh kepada masalah kenaikan harga barang yang terus membelenggu rakyat di samping mengenalpasti langkah-langkah untuk terus meningkatkan ekonomi rakyat terbanyak.

Buat semua rakyat Malaysia, pimpinan dan anggota KEADILAN mengucapkan Selamat Hari Pekerja!

 
Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail
Presiden,
Parti Keadilan Rakyat

Jawapan Ringkas Saya Tentang Sumpah

Posted: 30 Apr 2011 09:36 PM PDT

Dr. Dzulkefly Ahmad

Penjelasan ini juga kepada Mamat dan 2kali5, yang membuat komen di blog saya.

Anda berdua perlu dengar jawapan dari ulama Umno dulu kalau nak faham tentang “Sumpah Mubahalah” yang disebut oleh 2-kali5 ayat 61 dari Surah Ali-Imran, bahkan ayat-ayat sebelumnya yakni 58-60.

Kalau tak ada dah ulama dari Umno yang boleh jawab tolong tanya dari ulama yang benar-benar ulama seperti Mufti Perlis atau bekas Mufti Perlis.

Kalau tak dapat juga dari sumber mereka, baru saya rasa terpanggil untuk mendidik kamu berdua tentang “Sumpah Mubalahah”.

Paling penting ialah Kena faham sunguh-sungguh (i) bila dan (ii) atas sebab apa, sumpah Mubahalah ini boleh digunakan.

Dalam jenis pertikaian yang bagaimanakah “Sumpah Mubahalah” di haruskan bahkan mungkin sebagaimana satu cara dan kaedah “muktamad” bagi menyelesaikan pertikaian dan dakwaan yang saling bertentangan antara dua (2) kelompok seperti yang menjadi sebab Asbab AnNuzul – atau sebab diturunkan penerangan dan kaedah yang diberi Allah SWT bagi menyelesaikan dakwaan antara kaum seorang pendita dari kaum Najran (Kristian) yang mengaku lebih awal lagi Islam dari RasulAllah dan sahabat-sahabat Baginda.

Lalu disyari’atkan oleh Allah SWT ketika itu untuk kedua-dua pihak memanggil anak-anak, isteri-isteri dan diri-diri mereka sendiri, kedua-dua pihak melakukan Sumpah Mubalahah kerana pertikaian ahlil baatil (golongan yang sesat yang berdebat dengan Nabi ini) hanya akan berterusan (kerana kedegilan mereka) dan hanya dapat ditenangkan dengan kedua pihak saling bersumpah.

Dalam Asbab Nuzul tadi, oleh kerana bila ahlil baatil (golongan yang sesat) ingin terus menerus berdebat dengan Nabi walaupun hujjah mereka telah dipatahkan semuanya, Islam mengharuskan MUBAHALAH ini demi menyelesaikan itu perdebatan mereka dengan menyerahkan kepada ALLAH SWT untuk menimpa azab kepada pihak yang menipu.

(dapat diputuskan dan dimuktamadkan secara begitu kerana tidak ada nas (nusus) dan kaedah lain bagi memuktamadkan pertikaian tersebut dan ruang penghakiman mengikut lunas-lunas Syari’at.

Maka apabila anda faham apa itu sumpah MUBAHALAH, maka anda akan tahu bahawa sumpah mubahalah dalam mensabitkan kesalahan JENAYAH adalah suatu yang BID’AH dan tidak ada dalam ISLAM dan tidak diperakui pun di mahkamah syariah negara kita.

Mubahalah adalah dalam PERDEBATAN ILMU!! dan bukan pertuduhan JENAYAH.

Dalam Jenayah Islam, hanya satu cara, Nabi SAW bersabda ‘Bagi pihak yang menuduh DATANGKAN bukti, dan bagi yang tertuduh menafikannya dengan sumpah.

Juga ada pandangan yang mengatakan MUBAHALAH hanya berlaku antara orang Islam dan bukan Islam.

Namun dalam pertuduhan yang dibuat oleh 3 peribadi yang menggelarkan diri mereka itu Datuk T (ada yang kata Trio atau Tipu atau Temberang), tuduhan JENAYAH dibuat terhadap seorang lain dan pertuduhan ini juga melibatkan salah satu daripada MAQASID ISLAM yang lima, iaitu ‘Penjagaan Maruah’.

Seharusnya mereka mengikut hukum syara’ dengan menyokong pertuduhan mereka dengan BUKTI. Ini yang dituntut Islam. Setiap pertuduhan haruslah dengan bukti kerana hikmah yang sangat besar disebalik itu.

Jika Islam memberi ruang kepada mereka yang menuduh (terutama) Jenayah dengan hanya sekadar bersumpah, umat Islam akan hancur lebur dan kacau bilau dengan semua pihak yang bergaduh akan mula menuduh jenayah zina, liwat dsb dengan hanya bersumpah.

Ini salah faham yang sangat besar yang perlu diperjelaskan. Majoriti ulama keseluruhannya bersetuju bahawa dalam kes jenayah, pertuduhan hanya dengan bukti dan jika MALAH dalam KES pertuduhan zina, ada implikasi yang sangat besar jika mereka tiada bukti.

Mereka yang menuduh boleh sabit dengan kesalahan jenayah QAZAF!!! di Mahkamah Syariah.Sebenarnya, kes ini sekaligus telah membabitkan lontaran tuduhan zina terhadap seorang peribadi Muslim yang berkeluarga (muhsanat) dan memberi erti telah menginvokasi dosa dan JENAYAH ‘Qazaf’ (yang dibolehkan mereka dirotan 80 kali!) andainya peribadi Trio terbabit tidak mendatangkan bukti yang dituntut Syar’iat Allah SWT yang telah pun diqanunkan menjadi undang-undang Islam (Surah AnNur:4) yakni 4 saksi.

Sumpah Mubalahah bagi menyelesaikan masalah ini sesungguhnya memang tidak boleh digunakan kerana
tiada asas dalam nas dan boleh menimbulkan kacau bilau (chaos) dalam masyarakat umat Islam.

Hanya dengan cara penghakiman dan pembuktian di mahkamah syariah sahaja dibolehkan pertuduhan sebegini dibuat.

Trio ini harus ke mahkamah kalau benar-benar ada bukti kerana tidak cukup dengan ke masjid, bersembahyang sunat dan bersumpah di hadapan kamera.

Masyarakat juga harus diperjelaskan bahawa Mubahalah tidak boleh digunakan dalam kes Jenayah khususnya.

PKR DUN 19 Kepayan P174 Penampang, Sabah.

Posted: 01 May 2011 11:20 AM PDT

PKR DUN 19 Kepayan P174 Penampang, Sabah.


Dr. Roland Chia - PKR Supreme Council Member and Party members celebrated Easter with voters and friends in St Thomas Church, Kapayan, Penampang on the 24 Apr 2011, Sunday.

Posted: 01 May 2011 02:57 AM PDT

stthomas2

PKR SABAH contributes to Kg Nosoob, Penampang Tadau Kaamatan (Harvest Festival) 2011 Celebration.

Posted: 01 May 2011 02:54 AM PDT

PKR Central Supreme Council Member – Dr Roland Chia Ming Shen – with PKR party leaders attended a simple ceremony of handling over contributions towards the Kg. Nossob , Penampang Kaamatan Festival 2011 Celebration which is to be held on the 1 May 2011 in Kg Nosoob Rukun Tetangga in Kapayan, Penampang. On hand to receive the contribution was Ketua Kampung – Village Chief – Augustine Anthony and Organizing Chairman – Mr. Sylvester.

According to Dr. Roland Chia, it is an honor to support the people in Penampang in holding this annual celebration, he commended the organizing committee for their commitment and dedication in promoting and making this celebration a success .

According to village chief – Ketua Kampung – Augustine Anthony, Kg Nosoob is the 1st kampong (village) in Penampang to hold their harvest festival on the 1st May 2011. This celebration's objective is to foster goodwill and friendship among villagers and also the people in Penampang. He thanked Dr Roland Chia Ming Shen and the PKR Leaders for their generous and initiative gesture in supporting this event.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 01 May 2011 11:10 AM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang


ADUN DAP prihatin nasib Melayu, pemimpin Umno entahlah

Posted: 01 May 2011 12:30 AM PDT



Ketika Presiden Umno mengadakan lawatan makan nasi dagang di Pekan Batu 6, Kuala Terengganu serta mengajak orang PAS menyertai BN atau meninggalkan Pakatan Rakyat kerana pemimpin DAP ni tak membela Islam, ADUN DAP di Seremban membongkar masalah orang Melayu yang tidak ada rumah, menjadi mangsa perumahan terbengkalai.

Begitu banyak projek perumahan terbengkalai di seluruh Malaysia yang dilaporkan di Blog mangsa-mangsa perumahan terbengkalai yang merupakan rakyat Malaysia di http://terbengkalai.blogspot.com

Sejak bila orang Melayu yang undi DAP , minta pemimpin DAP jadi imam atau baca khutbah Jumaat? Orang Melayu undi DAP sebab dah fed up dengan perangai pemimpin Umno yang tak mahu berubah, pandang orang susah, orang teraniaya, mangsa perumahan terbengkalai, sebelah mata.

Kepada pemimpin Umno , khususnya Najib, kenapa tak ajak anak Allahyarham Tan Sri Khir Johari sertai Umno atau tinggalkan DAP? Mari anak muda kita sertai DAP untuk ajar pemimpin Umno seperti pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2011/04/lebih-ramai-orang-melayu-akan-sertai.html

RUMAH HANYA TINGGAL IMPIAN
Sinar Harian 1 Mei 2011

Temiang, Seremban - Impian lebih 60 pembeli untuk tinggal di kediaman sendiri di Taman Bukit Zamrud, dekat sini hanya tinggal angan-angan apabila pembinaan rumah mereka terbengkalai sejak lebih lima tahun lalu.

Rumah teres yang mereka beli pada 2004 itu kini masih belum siap dan belum ada tanda akan disiapkan pemaju sepenuhnya.

Seorang pembeli, Kamarullah Hawari, 46, berkata, seramai 67 pembeli rumah berkenaan hanya mampu 'gigit jari' apabila pemaju gagal menyiapkan projek peruma-han berkenaan.

Dia dan keluarga yang berharap untuk menduduki rumah berkenaan selepas bersara nanti hanya mampu berharap masalah tersebut dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

Menurutnya, sehingga kini, mereka bukan saja terbeban untuk membayar ansuran rumah berkenaan, malah terpaksa mengeluarkan wang untuk menyewa rumah.

"Dalam perjanjian jual beli oleh pemaju sebelum ini, projek berkenaan dikatakan dapat siap dalam tempoh 24 bulan.

"Tetapi sampai hari ini kami masih tidak boleh mendiami rumah berkenaan, namun tetap membayar ansuran rumah sehingga kini," katanya.

Menurutnya, rumah berkenaan dibeli sekitar RM87,000 seunit.

Seorang lagi pembeli, Mohd Affendy Abd Wahid, 34, berkata, dia kesal kerana projek peruma-han yang sudah siap 65 peratus itu dihentikan secara tiba-tiba.

"Saya benar-benar kecewa. Sampai bila kami harus sabar menunggu ? Saya masih lagi menyewa rumah.

"Hasil pertemuan dengan pihak pemaju awal tahun ini pun tidak membawa apa-apa jalan penyelesaian," katanya.

Sehubungan dengan itu, katanya, pembeli di situ sudah sepakat mengambil tindakan undang-undang kepada pemaju bagi menuntut semula wang pinjaman yang sudah dibayar pembeli dalam masa terdekat.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN – DAP) Temiang, Ng Chin Tsai yang turut mendengar keluhan pembeli projek perumahan tersebut berjanji akan cuba membantu dengan melantik peguam bagi mengadili masalah dihadapi.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9035720.asp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan