Jumaat, 27 Mei 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 27 May 2011 01:28 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Nik Aziz akan raikan 200 ahli Umno sertai PAS

Posted: 27 May 2011 01:20 AM PDT

24 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

SELAYANG, 27 Mei: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka akan meraikan hampir 200 ahli Umno yang menyertai PAS malam ini di Kampung Setia, Kuang.

Hampir 200 ahli Umno dijangka akan menyerahkan borang menyertai PAS malam ini kepada beliau yang juga Menteri Besar Kelantan itu.

Ia akan diketuai oleh bekas Ketua Umno cawangan Kampung Setia, Mat Senin Mat Lana.

Mat Senin telah lebih 10 tahun mengetuai Umno cawangan di situ dan beliau juga adalah pengasas kampung Kuang itu sendiri.

Fenomena kemasukan ahli dan pemimpin Umno tempatan ini menjadi rancak apabila kampung jiran mereka, Rahmat Jaya, Kuang memilih seorang wanita untuk mengetuai cawangan PAS di situ.

PAS mencatat sejarah tersendiri apabila seorang wanita menjadi ketua cawangannya yang pertama iaitu Puan Eisah A Wahid, 53, untuk PAS Cawangan Rahmat Jaya, Kuang.

Malam ini, kesemua mereka akan diraikan sendiri oleh Mursyidul Am yang juga Menteri Besar Kelantan ini.

Harakahdaily/-

MB Kedah tarik diri

Posted: 27 May 2011 01:00 AM PDT

24 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

ALOR SETAR - Teka-teki sama ada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan bertanding jawatan Timbalan Presiden setelah mendapat pencalonan kini terjawab apabila beliau mengesahkan untuk menarik diri, semalam.

Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, beliau memutuskan untuk menarik diri daripada bertanding kedua-dua jawatan yang dicalonkan, iaitu Timbalan Presiden dan Naib Presiden setelah meneliti beberapa faktor.

"Saya percaya penarikan diri saya untuk bertanding jawatan nombor dua parti, termasuk Naib, membolehkan saya memberi tumpuan pada pentadbiran negeri dan kebajikan rakyat," katanya.

Menurutnya, bagaimana pun, beliau bersedia bertanding bagi jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, yang disandangnya sebelum ini.

"Saya ucapkan terima kasih kepada Pas kawasan yang telah mencalonkan saya untuk kedua-dua jawatan itu, namun setelah buat pertimbangan sewajarnya, saya fikir eloklah saya tumpu pada negeri memandangkan Pilihan Raya Umum juga bakal menjelang," katanya.

Dengan penarikan diri Azizan itu, pemilihan pada Muktamar Tahunan Pas ke-57, Jun depan bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru bagi merebut jawatan nombor dua, apabila naib presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kelmarin, mengumumkan akan bertanding setelah mendapat pencalonan memberangsangkan.

Sebelum ini, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu dan penyandangnya, Nasharudin Mat Isa antara yang terawal mengesahkan akan bertanding, manakala Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub turut menarik diri daripada bertanding.

Sinar Harian/-

Himpunan Kebangkitan Warga Felda Pahang 27-28 Mei Ini

Posted: 27 May 2011 12:40 AM PDT

24 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 27 MEI : Himpunan kebangkitan warga Felda Pahang akan diadakan pada 27 dan 28 Mei ini di Tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau dan Felda Jengka 16 dan 19.

Program yang disusun rapi oleh Badan Perhubungan PAS Pahang dan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) itu bertemakan 'sertai kebangkitan bersama tokoh-tokoh pimpinan rakyat' akan dimulakan dengan program pertama pada 27 Mei iaitu ceramah perdana bermula jam 7 hingga 12 tengah malam.

Ceramah perdana itu akan diadakan di Tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau dengan menampilkan penceramah khas iaitu Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Manakala barisan penceramah lain pada malam itu ialah Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Presiden ANAK, Mazlan Aliman dan calon PAS di Dun Tenang, Normala Sudirman.

Seterusnya pada 28 Mei pula dua program dijadualkan bermula jam 2 petang masing-masing di Markas PAS Jengka 16 dan Simpang Jengka 19.

Bagi program di Markas PAS Jengka 16, diadakan Forum Bicara Peneroka jam 2 hingga 5.30 petang. Forum itu akan diadakan sesi dialog berkenaan hal ehwal peneroka felda berkaitan dengan Kadar Perahan Gred (KPG), Wang TTS, harta pusaka dan lain-lain lagi.

Antara panel yang dijemput berdialog terdiri daripada Presiden ANAK yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman, dua orang peguam iaitu Mohd Fadly Ramli dan Harris Abdullah.

Manakala bagi program kedua yang juga berlangsung jam 2 hingga 6.30 petang itu akan menampilkan tetamu istimewa iaitu Bob Lokman di Simpang Jengka 19 dalam slot program santai petang.

Antara aktiviti sepanjang program itu ialah klinik dan demonstrasi permotoran oleh Yasir Saad, minum petang bersama Mat Sabu Mohamad, bual belia serta aktiviti amal. Turut dibuka di program tersebuat kaunter daftar pemilih dan pendaftaran keahlian ANAK.

Kemuncak program dua hari itu akan dilabuhkan tirainya dengan pidato perdana bermula jam 9 malam di Tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau.

Antara barisan pemidato pada malam tersebut terdiri daripada Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mat Sabu Mohamed dan Ketua Srikandi PKR, Siti Aisyah Shaik Ismail.-keadilandaily

Harga minyak naik jika BN terus perintah

Posted: 27 May 2011 12:00 AM PDT

24 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 27 Mei: Kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan harga RON 95 kekal, menandakan BN goyang, Pakatan Rakyat kuat.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, menjadi kelaziman kepada mana-mana pemimpin dunia yang tidak prihatin kepada rakyat akan tersentak bila hampir pilihan raya dalam negara mereka.

Katanya, pemimpin Umno BN sudah mula cakna rakyat kerana hendak mengambil hati pengundi, lebih-lebih lagi suasana pilihan raya akan datang bukan era 60-an dan 70-an.

Tambahnya, pengundi sudah berbeza dan semakin matang untuk memilih mana-mana kerajaan yang bertanggungjawab.

"Sekarang rakyat sudah membuat perbandingan kerajaan PR yang lebih berjiwa rakyat, jika dibandingkan dengan kerajaan BN yang semput nyawa rakyat," ujarnya kepada Harakahdaily.

Katanya lagi, ketika kerajaan BN sibuk memotong subsidi rakyat kerajaan PR terus dengan agenda kebajikan untuk rakyat walaupun jika hendak dibandingkan dengan sumber kewangan negeri yang terhad.

"Pemimpin BN terpaksa memendam rasa dan berlakon menjadi pemimpin yang prihatin untuk menambat hati rakyat dengan mengumumkan RON 95 tidak naik tetapi tidak memberi jaminan sampai bila tidak naik," ujarnya.

Tambahnya, PAS yakin minyak akan naik selepas pilihan raya nanti jika BN terus mendapat mandat.

"Sebab itu ada ura-ura PRU 13 akan diadakan dalam bulan Julai 2011 sebelum Ramadhan, ini bermakna selepas Raya Aidil Fitri maka akan berlaku pesta kenaikan harga barang," ujarnya lagi.

PAS, katanya masih menunggu apakah perancangan jangka panjang untuk mengatasi kemelut yang ada supaya kualiti hidup rakyat terjamin.

Menurutnya, rakyat tertunggu pengumuman kerajaan untuk membatalkan projek yang tidak mendatangkan faedah kepada rakyat bawahan.

Baginya, BN mewujudkan "makmal" untuk menyusahkan rakyat dengan mengkaji bagaimana hendak menarik subsidi untuk rakyat.

Sepatutnya, kata beliau peranan makmal perlu menasihat kerajaan untuk menyenangkan rakyat.

"PAS yakin harga minyak akan naik melambung selepas Pilihan Raya Umum ke-13 jika BN memerintah kerana mereka hendak melepaskan geram kepada rakyat.

"Oleh itu, untuk pasti minyak tidak naik, BN mesti dihalau daripada Putrajaya di dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.

Harakahdaily/-

IPT menanti, tapi remaja masih di lokap

Posted: 26 May 2011 11:30 PM PDT

24 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

Bimbang dengan masa depan gelap yang mungkin dihadapi anak mereka, sekumpulan ibu bapa terpaksa meminta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia campur tangan dalam kes penahanan remaja berkenaan bawah Ordinan Darurat.

Seorang daripada ibu remaja berkenaan, Rosmawati Taib berkata, anaknya itu sepatutnya mula mendaftarkan diri di kampus UiTM pada 29 Mei, namun tidak dapat berbuat demikian kerana masih berada dalam tahanan.

Rosmawati berkata, anaknya yang masih berusia 17 tahun itu masih ditahan di lokap balai lokap Ayer Molek, Johor Bahru bawah undang-undang berkenaan.

"Sepatutnya dia dibebaskan. Dia perlu belajar untuk masa depan dia. Apa yang berlaku ini saya sangat tidak puas hati sebab anak saya tidak bersalah.

"Sepatutnya anak saya akan habis tempoh tahanan 60 hari pada 12 Jun. Polis beritahu saya, anak saya selepas ini mungkin akan dibuang daerah atau dipenjara selama dua tahun.

"Polis kata, memang begitulah tindakan mereka. Kecuali jika kami (ibu bapa) merayu kepada menteri dalam negeri sebab itu bawah keputusan menteri," kata Rosmawati ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Rosmawati hari ini hadir ke Suhakam bagi meminta suruhanjaya itu masuk campur dalam kes berkenaan, memandangkan peguam turut enggan membawa kes yang turut melibatkan dua lagi remaja berusia 17 tahun.

Turut ditahan bersama kumpulan remaja berkenaan ialah seorang pemuda, Muhammad Noorariff Bakran, 20.

Ketua penerangan pemuda PAS, Suhaizan Kayat yang turut bersama ibu bapa remaja berkenaan hari ini berkata kumpulan anak muda itu ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam satu pergaduhan pada malam 28 Mac lalu di Sri Alam, Johor Bahru.

"Kalau benar (anak muda ini) bersalah, dakwa di mahkamah. Kalau tidak, lepaskan mereka. Kita tidak mahu perkara ini menjadi kesusahan kepada mereka," kata Suhaizan ketika dihubungi.

Sementara itu, penyelia pusat aduan rakyat PAS Permas, Syed Othman Syed Abdullah pula berkata, keluarga berkenaan tiada pilihan lain memandangkan peguam bagi kes berkenaan telah menarik diri daripada kes berkenaan.

"Peguam kata tak boleh buat sebab kes bawah Ordinan Darurat tak boleh dibawa ke mahkamah. Keluarga telah berhubung dengan polis tapi polis masih tidak boleh bagi jawapan, remaja ini ditahan bawah kesalahan apa," katanya lagi.

Malaysiakini/-

Harga minyak naik, rakyat akan naik minyak.

Posted: 26 May 2011 10:30 PM PDT

24 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

Saya menilai pengumuman Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bahawa kerajaan BN tidak akan menaikkan harga petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) pada ketika ini adalah satu dasar yang sangat janggal yang masih menampakkan tidak ikhlasnya kerajaan membela rakyat.

Lucunya dasar tidak menaikkan harga barang seperti diumumkan menjadi kebanggaan dan siulan pemimpin BN yang menggelarkan mereka prihatin dalam keadah sudah berulang kali harga barang telah dinaikkan sejak mandat pru ke 12 lepas.

Oleh itu saya mengingatkan kepada seluruh rakyat malaysia untuk berwaspada dengan pemainan licik pemimpin BN untuk terus menipu rakyat dan jangan mudah lupa dosa BN yang telah berulang kali menaikkan harga barang sebelum dari ini.

PM Najib dipetik sebagai berkata bahawa kerajaan amat prihatin terhadap beban yang ditanggung rakyat, walaupun terpaksa menanggung beban kewangan yang besar berikutan peningkatan jumlah subsidi.

Perdana Menteri mendendah kenaikan harga minyak global, kerajaan terpaksa menanggung subsidi langsung hampir RM20 bilion tahun ini, sedangkan peruntukan sebenar hanya RM11 bilion.

Namun tidak pula dia bercakap berapakah keuntungan berganda yang Petronas perolehi selepas berlaku kenaikan harga minyak yang boleh menampung kenaikan beban itu.

Keadaan ini ditambah pula dengan tidak adanya jaminan sehingga bila harga barangan tersebut tidak akan dinaikkan. Sehingga menjadi satu alasan kepada banyak pihak bahawa dasar tersebut adalah untuk menyelamatkan BN dari terus ditolak oleh rakyat.

Realitinya kerajaan takut untuk "naikkan harga minyak kerana rakyat akan naik minyak" dan menghukum BN dalam PRU akan datang.

Paling kurang saya melihat mereka sedang memikirkan apakah alasan yang paling munasabah untuk mengumumkan kenaikan harga barangan tersebut..Tidakkah Najib sudah umumkan kerajaan terbeban dengan subsidi 20 billion sedangkan sepatutnya hanya 11 billion pada tahun ini. Kenapa masih tidak berani menaikkan harga barang kalau itu alasannya ?

Sesungguhnya rakyat Malaysia mendapat isyarat yang jelas bahawa mereka akan menghadapi masalah besar bila terus menyokong BN dalam PRU ke 13 kerana BN akan terus menghimpit rakyat dengan isu kenaikan harga barang.

Dalam bahasa yang lebih canggih BN mengatakan berlaku penyelarasan subsidi sedangkan dalam bahasa lain sebenarnya kerajaan telah menarik hak wang rakyatnya sendirinya kepada unsur lain yang tidak diumumkan.

Saya hairan bagaimana BN sanggup menjadi penghisap darah dan penindas kepada rakyatnya yang menyumbang kepada hasil negara dalam bentuk cukai barangan perkhidmatan, bayaran lesen, cukai pendapatan dan sebagainya . apalah salah hanya beberapa sen wang tersebut dikembalikan dalam bentuk subsidi dan mendatangkan manafaat secara merata kepada seluruh warga Malaysia.

Pemimpin BN secara berterusan mengungkitkan bebanan memberi subsidi dan menggambarkan bahawa wang itu milik BN sedangkan sebenarnya subsidi itu datang dari wang rakyat malaysia keseluruhannya. Bn cuma diamana menjaganya.

Jika Subsidi ditarik, yang rugi adalah rakyat dan lebih rugi sekiranya kenaikan barangan tertentu menyebabkan kenaikan berganda kepada barangan lain khsusnya bila harga minyak naik.

Sedangkan banyak lagi langkah dan usaha yang munasabah bagi memastikan kerajaan mempunyai wang yang lebih dengan antaranya. melaksanakan dasar jimat cermat dalam berbelanja dan membenteras bil berganda dan rasuah seperti yang diumumkan oleh Ketua Audit Negara.

Bukti yang sangat jelas mampu dilakukan oleh Pulau Pinang walau pun baru setahun jagung telah mampu menjimatkan perbelanjaan sebanyak 88 juta pada tahun 2008 dan sebanyakm 77 juta pada tahun kewangan 2009.

Kerana itu berwaspadalah rakyat malysia dengan lakonan terkini pemimpin BN ini.

Kenyataan Media
Drs. Khalil Idham Lim
Parit Buntar, 27 Mei 2011.

BN masih gagal majukan OKU

Posted: 26 May 2011 09:30 PM PDT

24 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 26 Mei: Kerajaan BN ternyata gagal melaksanakan tanggungjawabnya terhadap orang kelainan upaya (OKU) sehingga menyebabkan golongan itu masih gagal mencapai kecemerlangan dalam hidup.

Realiti itu menyebabkan golongan kelainan upaya di tanah air masih mengalami kerumitan untuk mendapatkan pekerjaan kerana tidak diberikan peluang oleh pelbagai pihak, walaupun mereka juga mempunyai kebolehan tertentu.

Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid berkata, sehingga kini penerimaan masyarakat terhadap golongan OKU masih agak mendukacitakan, sehingga mereka hanya dianggap sebagai golongan yang hanya layak diberikan simpati.

Menurut beliau, disebabkan anggapan itu, golongan OKU masih tidak diberikan tempat yang sewajarnya untuk menjawat jawatan dan melakukan pekerjaan tertentu oleh pelbagai pihak terutama oleh syarikat-syarikat perniagaan dan tokoh-tokoh korporat.

Katanya, sedangkan golongan OKU tidak sepatutnya dianggap sedemikian, sebaliknya perlu diberikan peranan seperti golongan normal juga.

"Ini samalah seperti kata orang, yang buta menghembus lesung, yang capek menghalau ayam, yang kuat menumbuk padi, yang menggambarkan kepada kita bahawa semua manusia mempunyai peranan masing-masing," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Sidang akhbar itu diadakan susulan majlis perbincangan meja bulat mengenai isu berkaitan orang kelainan upaya bersama pihak berkuasa tempatan di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta kumpulan OKU anjuran Suhakam, bermula jam 9.30 pagi hingga 2.00 petang ini.

Menurut Mahmood, untuk mengubah perspeksi masyarakat berhubung perkara itu sememangnya rumit dan ia memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh bagi memberikan penerangan kepada pelbagai pihak.

Sebelum itu, seorang pembentang kertas kerja pada perbincangan meja bulat itu, Presiden Persatuan Orang Cacat Malaysia, Datuk Mah Hassan turut meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan kelemahan Kerajaan BN dalam membantu mempertingkatkan pencapaian OKU.

"Macam mana golongan OKU hendak dipertingkatkan pencapaiannya, kerajaan sendiri dah dua tahun tak menggantikan senator dari golongan OKU," katanya.

Sebelum itu, seorang lagi Pesuruhjaya Suhakam, Datuk Profesor Khaw Lake Tee dalam sesi perbincangan itu menjelaskan, isu-isu mengenai hak OKU di Malaysia telah sering kali diketengahkan dan dibincangkan.

Katanya, walau bagaimanapun, sebagai salah satu kumpulan yang kecil serta yang paling mudah ditindas, hak-hak mereka seharusnya diperjuangkan dan dilindungi.

"Sebagai Negara Ahli kepada kepada Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (United Nations' Convention on the Rights of Persons with Disabilities (CRPD) di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, pihak kerajaan bertanggungjawab untuk menggubal undang-undang yang memberi makna kepada Konvensyen tersebut.

"Malangnya, penguatkuasaan Konvensyen ini masih lagi di tahap yang menyedihkan," katanya kesal sambil menyarankan pihak kerajaan melipatgandakan lagi usaha ke arah mempertingkatkan kualiti hidup golongan OKU di tanah air.

Sementara itu, Cik Yeoh Joo Ai menjelaskan, OKU adalah seseorang yang mempunyai ketidakupayaan jangka masa panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau pancaindera yang apabila berhadapan dengan pelbagai halangan mungkin tidak dapat melibatkan diri sepenuhnya dan secara efektif dalam masyarakat.

Beliau yang mewakili Jabatan Pembangunan OKU Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Malaysia ketika membentangkan kertas kerjanya berkata, WHO menganggarkan kadar peratus populasi OKU di antara 5 peratus hingga 10 peratus dalam sesebuah negara.

"Malaysia tidak mempunyai data komprehensif berkenaan dengan bilangan OKU. OKU berdaftar dengan JKM 325,189 orang sehingga Disember 2010," katanya.

Harakahdaily/-

Lagi 'bukti' pembelian undi pilihan raya S'wak

Posted: 26 May 2011 09:00 PM PDT

24 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

Meskipun pilihan raya negeri Sarawak telah berlalu lebih sebulan , namun Rangkaian Pemantau Pilihan Raya Malaysia (MEO-Net) berkata mereka kini mempunyai lebih banyak bukti bagi menunjukkan bahawa pembelian undi berleluasa sepanjang tempoh berkempen.

Penyelaras MEO-Net Ong Boon Keong pada sidang akhbarnya hari ini mendedahkan rakaman pita video pendek menunjukkan wang tunai diedarkan kepada pengundi di kerusi dewan undangan negeri Tamin yang berjaya dipertahankan oleh BN.

Video berkenaan dikatakan dirakamkan di beranda rumah panjang Unban Anak Endu yang terletak di Tenting Terentang di Nanga Selangau pada malam 14 April, iaitu dua hari sebelum pengundian.

Ong mendakwa tuai rumah panjang itu bersama beberapa tuai yang lain diminta ke pejabat BN di pekan Selangau dan diberikan beberapa cek oleh tiga pembantu calon BN berkenaan.

Tuai rumah panjang Unban Anak Endu itu kemudiannya menunaikan cek berkenaan dan mengedarkan RM50 kepada setiap penduduk yang dipercayainya akan menyokong BN, dakwa Ong.

Beliau pada Selasa lalu ditahan oleh anggota Jabatan Imigresen Kuching ketika melawat Bengoh dan dihantar pulang ke Kuala Lumpur pada hari yang sama.

Tiada alasan yang diberikan oleh pegawai Imigresen tetapi Ong yakin pengusirannya ada kaitan dengan usahanya mengumpulkan dalil bagi membuktikan salah laku pada pilihan raya April lalu.

Malaysiakini/-

Calon bertanding diumum petang ini

Posted: 26 May 2011 08:45 PM PDT

24 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 27 Mei: Calon-calon yang akan bertanding pada muktamar PAS kali ini akan diumumkan petang ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman akan mengadakan sidang media mengenai perkara itu jam 4.00 petang ini di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatan yang disandang itu untuk sesi 2011/2013 apabila tiada nama lain yang dicalonkan.

Jawatan Timbalan Presiden PAS bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara penyandang, Ustaz Nasharudin Mat Isa dengan naib presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan AJK, Mohamad Sabu.

Tiga lagi yang dicalonkan iaitu naib presiden, Salahuddin Ayub, ahli jawatankuasa, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dan Datuk Husam Musa mengesahkan tidak bertanding.

Bagi jawatan Naib Presiden PAS, mereka yang mengesahkan bertanding ialah penyandang, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar, ketua penerangan, Ustaz Idris Ahmad, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, Datuk Husam Musa dan Datuk Mohd Amar Abdullah.

Apapun, senarai muktamad calon-calon yang telah mengesahkan bertanding pada Muktamar Tahunan PAS ke-57 dan dewan-dewan bagi sesi 2011/2013 yang ditutup petang semalam akan diumumkan petang ini.

Harakahdaily

Yaman kian kacau bilau

Posted: 26 May 2011 08:30 PM PDT

24 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KEPULAN asap dilihat di Sanaa selepas pertempuran antara puak bersenjata dengan polis berhampiran rumah Sadeq.
Perang saudara mungkin meletus

SANAA: Perang saudara mungkin meletus di Yaman selepas pertempuran besar berlaku antara puak bersenjata dengan Pengawal Republikan yang memaksa Lapangan Terbang Antarabangsa Sanaa ditutup dan semua penerbangan dialihkan ke Aden di selatan negara itu, kelmarin.
Puak Arhab diketuai Abdul Majid Al-Zindani terbabit dalam pertempuran dengan tentera itu. Majid dikategorikan sebagai penyumbang kewangan pengganas oleh Amerika Syarikat dan sekatan dikenakan ke atasnya.

Akhbar Arab News turut melaporkan bahawa pertempuran turut meletus antara pasukan keselamatan dengan puak pembangkang yang setia kepada Sadeq Al-Ahmer sejak tiga hari lalu.

Saksi berkata, puluhan puak bersenjata itu terbunuh semalam dalam pertempuran dengan angkatan Pengawal Republikan yang terlatih di kawasan Al-Hasbah, berdekatan rumah Sadeq.

Kelmarin, penyokong Sadeq menawan bangunan Kementerian Perdagangan dan Pelancongan serta bangunan agensi berita kerajaan, Saba.

Beberapa ketua puak turut diserang ketika menguruskan gencatan senjata antara pasukan Sadeq dan kerajaan.
Pengawal Republikan bertindak menutup ibu negara itu dalam usaha menghalang puak bersenjata memasuki bandar itu.

Presiden Ali Abdullah Saleh berdepan desakan antarabangsa supaya berundur. Tetapi, pemimpin itu enggan bertolak ansur mahupun menerima sebarang tawaran.

"Kami akan berdepan dengan pihak menimbulkan kekacauan dengan apa saja cara," katanya kepada wartawan asing. – Agensi

Lepas geram pada jiran

Posted: 26 May 2011 08:14 PM PDT

24 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -


Lepas geram pada jiran

SHAH ALAM: Akibat tertekan kerana sering dibuli rakan sebaya di sekolah, seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun melepaskan perasaannya dengan cara ganas apabila mengelar tangan dan menoreh muka seorang gadis yang juga jirannya.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi semalam, Azlina Ahmad, 24, cedera di tangan kiri dan muka serta menerima 14 jahitan selepas ditoreh kanak-kanak berkenaan di tempat letak kenderaan di rumahnya di Seri Era Apartment, Desa Latania, Seksyen 36 di sini.

Ketika ditemui semalam, Azlina yang masih trauma dengan kejadian tanpa disangka itu berkata, sewaktu kejadian dia hendak ke tempat kerjanya di Jabatan Keselamatan, Kesihatan dan Pekerjaan (JKKP) di Subang.

"Saya nampak budak itu di belakang kereta saya. Dia memakai seragam sekolah menunggu bas ke sekolah. Kemudian dia menghampiri saya yang ketika itu mahu menghidupkan enjin kereta.

"Budak itu bertanya sama ada saya mengenali tukang urut kerana ibunya sakit. Saya kata, nanti saya cuba tanyakan. Tiba-tiba saya nampak dia mengeluarkan sesuatu dari poket belakang sebelum melibas-libaskan benda itu terhadap saya," katanya.

Hilang telinga ganggu isteri orang

Posted: 26 May 2011 08:00 PM PDT

24 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



NIBONG TEBAL - Gara-gara mengganggu isteri orang, seorang peniaga mendapat padah apabila kehilangan kedua-dua belah telinga selepas diserang suami wanita itu di Taman Kasawari, Simpang Ampat di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 8.05 pagi itu, mangsa yang berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan cedera parah dan terbaring di dalam longkang berhampiran rumahnya di Taman Kasawari.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku apabila suspek pergi ke rumah mangsa di kawasan tersebut sebelum bertindak menyerang dan memotong telinga lelaki itu dengan menggunakan senjata tajam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supritendan Shafien Mamat berkata, siasatan awal polis mendapati kejadian tersebut bermotifkan cemburu.

Tuntut RM2.28j kerana Ferrari remuk

Posted: 26 May 2011 07:45 PM PDT

24 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -


LEXINGTON - Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (AS) disaman syarikat Motor Insurance bagi menuntut kerugian sebanyak AS$750,000 (RM2.28 juta) kerana menyebabkan sebuah kereta Ferrari miliknya retak dan remuk.

Kereta Ferrari F30 itu yang merupakan sebuah daripada 50 buah yang terdapat di AS remuk selepas ia terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Mei 2009.

BADAN kereta Ferrari F30 retak selepas ia merempuh belukar dan pokok di tepi jalan raya di Lexington, Amerika Syarikat.

Semasa kejadian, kereta itu dipandu oleh seorang ejen Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Fred Kingston yang turut dinaiki Penolong Peguam Negeri AS, J, Hamilton Thompson.

Kereta itu kemudian terbabas semasa membelok selekoh menyebabkan ia merempuh belukar dan pokok di tepi jalan raya.

Ferrari tersebut terlibat dalam kemalangan semasa kereta itu dipindahkan dari sebuah garaj di Lexington, Kentucky.

Kepala Kingston dijahit kerana luka manakala Thompson tidak mengalami sebarang kecederaan dalam nahas itu.

Kereta itu disimpan dalam garaj FBI kerana ia dicuri dari pengedarnya di Rosemont pada 2003 sebelum ditemui semula pada 2008.

Ferrari itu kini menjadi milik syarikat Motor Insurance selepas ia menyelesaikan bayaran kepada pengedar kereta itu ekoran kehilangannya.

Namun, ia disimpan dalam sebuah garaj sehingga FBI selesai menjalankan siasatan berhubung kehilangan kereta itu.

Kes tuntutan ganti rugi itu akan didengar pada Jun depan di sebuah mahkamah selepas Jabatan Keadilan AS enggan membayar ganti rugi seperti dituntut syarikat Motor Insurance. 

Agensi

Kadar tarif elektrik diputuskan hari ini

Posted: 26 May 2011 07:30 PM PDT

24 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

CYBERJAYA: Keputusan sama ada kadar tarif elektrik dinaikkan atau sebaliknya akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Ekonomi Kebangsaan (NEC) hari ini yang bakal dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, berkata ia berikutan keputusan Kabinet kelmarin yang menyerahkan kepada NEC untuk membuat keputusan mengenai perkara itu.

Selain Najib selaku Menteri Kewangan, NEC turut dianggotai 12 lagi ahli termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

"Jumaat ini (hari ini) NEC akan bermesyuarat dan kita tunggu keputusan mereka kerana Kabinet sudah menyerahkan kepada NEC untuk memutuskan perkara berhubung tarif elektrik," katanya selepas melancarkan pertandingan 'Dare 2 Dream Challenge 2011', sempena Persidangan dan Pameran Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia 2011 di sini, semalam.

Isnin lalu, Fah Kui dilaporkan berkata, semakan tarif elektrik itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet kelmarin selepas timbulnya khabar angin bahawa kerajaan membenarkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) menaikkan kadar tarif elektrik.

Sebelum ini, Najib berkata, Kabinet belum membuat keputusan cadangan semakan terhadap tarif elektrik, malah kerajaan perlu mengkaji pelbagai sudut, termasuk beban kepada pengguna jika ia dilaksanakan.

Mengulas dakwaan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar bahawa projek menaik taraf Loji Rawatan Kumbahan Pantai 2 bernilai RM1 bilion, iaitu lebih mahal dari anggaran pasaran, Fah Kui berkata, projek itu masih pada peringkat perbincangan kerana ia membabitkan kerjasama antara negara ini dan Kerajaan China.

"Saya tidak tahu di mana beliau (Nurul Izzah) mendapat maklumat itu (kos) kerana projek itu masih pada peringkat perbincangan," katanya.

Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan berhubung projek Loji Rawatan Kumbahan Pantai 2 dalam laman webnya disiarkan Selasa lalu, antara lain menyatakan kos asal projek itu dianggarkan RM500 juta, namun dilaporkan meningkat kepada RM1 bilion.

Sehubungan itu, beliau mahu kerajaan khususnya Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air memberi penjelasan berhubung perkara itu bagi mengelakkan berlaku penyalahgunaan wang rakyat.

Berita Harian/-

Anjing betina susukan anak kacukan harimau dan singa

Posted: 26 May 2011 07:15 PM PDT

24 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -


SEEKOR anjing betina menyusukan dua ekor anak kacukan harimau dan singa di Zoo Hidupan Liar Xixiakou, Shandong, China baru-baru ini.

BEIJING - Seekor anjing betina menyusukan dua ekor anak kacukan harimau dengan singa di Zoo Hidupan Liar Xixiakou, Shandong, China, lapor sebuah akhbar semalam.

Anak kacukan harimau dan singa itu tidak lagi diberikan minum susu oleh ibu haiwan tersebut selepas beberapa hari ia dilahirkan.

Ibu haiwan itu ialah seekor harimau Manchuria manakala bapa kedua-dua anak tersebut ialah seekor singa.

Kakitangan zoo berkenaan kemudian menjadikan anjing betina yang baru melahirkan anak sebagai ibu angkat untuk kedua-dua anak kacukan berkenaan.

Jurucakap zoo itu, Cong Wen berkata, kedua-dua anak haiwan itu mengalami masalah semasa mula meminum susu anjing tersebut tetapi kini ia sudah serasi dengan gembira minum bersama beberapa anak haiwan berkenaan. 

Agensi

5 letupan kuat gegarkan Tripoli

Posted: 26 May 2011 07:00 PM PDT

24 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

TRIPOLI: Sekurang-kurangnya lima letupan kuat menggegarkan ibu negara Libya, Tripoli, awal pagi ini dengan kawasan sasaran jet pejuang NATO masih tertumpu di kediaman Muammar Gaddafi.

Lintasan pesawat pejuang boleh kedengaran di kawasan letupan pertama sekitar jam 11.20 malam waktu tempatan, sebelum dissusuli empat letupan bom dalam beberapa minit.
Serangan NATO juga mensasarkan kampung Gaddafi, di Daerah Al-Aziziya district pada malam kelmarin dan lewat malam tadi menyebabkan tiha orang awam terbunuh manakala lebih 150 cedera. - AFP

Doktor terkejut kembar luar biasa berkongsi minda

Posted: 26 May 2011 06:58 PM PDT

24 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -


TATIANA (kiri) dan Krista bercantum di bahagian kepala tetapi berkongsi minda.




VICTORIA - Satu pasangan kembar, Tatiana dan Krista Hogan yang bercantum di bahagian kepala dan berusia empat tahun mengejutkan doktor di British Columbia kerana mereka berkongsi minda, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebelum doktor itu mengetahui mengenai perkongsian minda tersebut, ibunya terlebih dahulu mengetahuinya berdasarkan penelitian kelakuan mereka.

Ibu itu pernah melihat Krista berasa gembira memakan sos manakala Tatiana cuba untuk mengelak pergerakan lidahnya walaupun dia tidak menyentuh sos.

Para doktor percaya bahawa kembar berkenaan berkongsi sebahagian otak yang dikenali sebagai thalamus yang menghantar deria rasa ke bahagian cerebral cortex.

Dalam satu temu ramah dengan akhbar New York Times, ibu pasangan itu, Felicia Simms berkata, seorang kembar tersebut boleh mengetahui apa yang dilihat oleh kembar lain.

Menurutnya, salah seorang kembar itu akan memberikan reaksi 'whoa' jika perut saudaranya tersebut sudah dipenuhi dengan air jus.

Profesor Todd Feinberg yang bertugas dengan Kolej Perubatan Albert Einstein memberitahu akhbar itu: "Ia kelihatan seperti mereka sebenarnya seorang individu pada satu ketika." - Agensi

Pelaku video seks mirip Anwar sudah disiasat polis

Posted: 26 May 2011 06:00 PM PDT

24 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

Polis semalam mengesahkan pihaknya menyiasat pelaku di dalam rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang lelaki mirip seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur di sebuah apartmen di ibu negara yang didedahkan kepada sekumpulan wartawan pada 21 Mac lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai skop siasatan pelaku dalam video seks tersebut termasuk identiti pelakunya itu.

"Memang kita siasat (pelaku) sebab kita sudah kenal pasti dia," kata beliau pada sidang akhbar di Bukit Aman di sini semalam.

Menurut beliau, kertas siasatan yang lengkap berhubung kes rakaman video seks telah diserahkan kepada pihak Peguam Negara pada minggu lalu dan menunggu maklum balas daripada jabatan itu untuk tindakan selanjutnya.

Difahamkan, kertas siasatan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan iaitu memiliki dan mengedar bahan lucah itu sebelum ini pernah dipulangkan semula oleh Peguam Negara sebanyak dua kali kepada polis untuk siasatan semula.

Pada 1 April lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan rakaman video seks berdurasi selama 22 minit bermula pukul 10.23 malam, 21 Februari lalu adalah rakaman tulen selepas disahkan oleh pakar.

Posted by PASPB

MP gesa polis jelaskan sebab kematian Sarbani

Posted: 26 May 2011 05:30 PM PDT

24 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

Ahli parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad hari ini menggesa polis mengemukakan penjelasan lanjut berhubung sebab kematian pegawai kanan kastam Ahmad Sarbani Mohamed bagi mengelakkan kesangsian bahawa isu berkenaan cuba ditutup.

"Semua orang masih tidak puas hati dengan penjelasan (polis). Bagaimana (Sarbaini) pergi ke SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dengan rela hati untuk berjumpa pegawai penyiasat, tiba-tiba ditemui mati," kata Khalid.

Jelasnya, kesangsian itu timbul memandangkan polis setakat ini hanya menjelaskan bahawa "Sarbaini tidak dibunuh" dan "mati mengejut."

"Banyak lagi persoalan yang pihak polis tidak jawab. Saya nak pertikaikan mengapa dia susah payah (ke SPRM) kalau dia hendak bunuh diri.

"Polis mesti jelaskan apa yang (Sarbaini) hendak ceritakan kepada SPRM sehingga membawa kepada kematiannya," kata Khalid lagi dalam satu sidang media di pejabatnya hari ini.

Jelasnya, isu berkenaan perlu dijelaskan memandangkan balu Sarbaini sendiri telah membuat satu laporan polis berhubung kes kematian itu, berdasarkan satu perbualan dengan salah seorang pegawai kanan SPRM.

Masiah @ Maziah Manap, 50, dalam laporannya pada awal bulan ini mendakwa bahawa pegawai yang dinamakannya sebagai Ghani itu telah memberi gambaran kepadanya bahawa salah seorang kakitangan bawahan terlibat dalam kes berkenaan.

"Saya menyatakan kepadanya bahawa saya reda dengan kematian suami saya. Seterusnya saya bertanya soalan – apakah Encik Ghani akan buat sekiranya Encik Ghani berada di tempat saya?

"Apa yang mengejutkan saya ialah jawapan yang perlahan daripada Encik Ghani yang menyatakan – 'Bukan saya...Orang saya.'

"Saya membuat laporan ini kerana saya mengesyaki bahawa Encik Ghani terlepas cakap semasa perjumpaan di pejabat kastam," laporan tersebut dipetik.

Dalam laporan itu juga, Masiah berkata pertemuan itu dilakukan di satu pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Subang pada 28 April lalu.

Sarbani, 56, ditemui mati di dalam dalam premis ibu pejabat SPRM Kuala Lumpur pada 6 April lalu setelah hadir ke pejabat berkenaan bagi bertemu salah seorang pegawai berhubung kes siasatan melibatkan dirinya.

Beliau merupakan antara 62 orang pegawai kastam yang ditahan pada 1 April dalam satu operasi besar-besaran SPRM ke atas jabatan berkenaan.

Malaysiakini/-

Ahli Parlimen dijatuhi hukuman enam bulan penjara

Posted: 26 May 2011 02:00 AM PDT

23 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

SEOUL - Seorang ahli Parlimen Korea Selatan, semalam, dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan digantung selama setahun, selepas beliau didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur lucah kepada pelajar yang berniat mahu menjadi pengacara sebuah televisyen tempatan.

Terdahulu, sekumpulan wanita tersebut memfailkan saman terhadap Kang Yong Seok, 41, kerana memfitnah, yang mana ia dianggap sebagai kesalahan jenayah di negara itu.

Kenyataan Yong Seok tersebut turut mencetuskan kemarahan orang ramai, sekali gus, ia mungkin akan menyebabkan beliau tersingkir daripada parti pemerintah konservatif Parti Satu Bangsa (GNP) selepas jawatan kuasa etika Parlimen memutuskan keputusan itu.

Nizar tanding naib presiden, Dr Hatta AJK saja

Posted: 26 May 2011 01:45 AM PDT

23 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 26 Mei: Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin hari ini mengesahkan penyertaannya bagi pertandingan Naib Presiden PAS namun Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Md Ramli hanya bertanding AJK sahaja.

Nizar (gambar) ketika bercakap kepada Harakahdaily berkata, pihaknya telah menghantar surat pengesahan untuk bertanding jawatan itu ke Pejabat Agung PAS sekejap tadi dan memaklumkan hanya akan bertanding naib presiden sahaja.

Sementara itu, Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli memberitahu Harakahdaily, beliau mengambil keputusan bertanding AJK PAS Pusat sahaja.

Langkah ini diambil beliau selepas bekas naib presiden sebelum ini, Datuk Husam Musa membuat keputusan untuk bertanding jawatan itu kali ini.

"Saya rasa oleh kerana PAS melaksanakan keputusan secara konsensus, saya rasa cukup kalau saya menumpu pertandingan AJK sahaja dan tidak perlu di naib presiden," kata Dr Hatta kepada Harakahdaily sambil mengucapkan terima kasih kepada kawasan-kawasan yang mencalonkan beliau.

Semalam Dr Hatta berkata, beliau masih belum menarik diri lagi untuk bertanding jawatan naib presiden tetapi belum menghantar surat rasmi kepada Jawatankuasa Pemilih.

Nizar, bekas Menteri Besar Perak itu, yang turut mendapat pencalonan untuk AJK PAS Pusat tapi menolaknya kerana mahu memberikan tumpuan kepada naib presiden sahaja.

Jawatankuasa Pemilihan PAS akan mengumumkan calon-calon yang bertanding dalam muktamar PAS kali ini dalam satu sidang media esok. Hari ini adalah hari terakhir untuk calon-calon yang layak membuat pengesahan pertandingan.

Selain Nizar, yang dijangka bertanding untuk naib presiden adalah Salahudin Ayub, Datuk Mahfuz Omar yang menyandang jawatan itu sekarang di samping Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa, Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad dan Exco kerajaan Kelantan Datuk Nik Mohd Amar.

Naib presiden sebelum ini, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan beliau akan bertanding timbalan presiden dalam muktamar kali ini.

Nizar datang ke pejabat Harakahdaily untuk rakaman program 'Persepsion' bersama TVPAS yang akan disiarkan dalam Harakahdaily Jumaat ini.

Nizar berbicara soal 'Perak dalam pilihan raya umum ke 13'.

Semalam, Mohamad Hata Wahiri, Presiden NUJ membuat rakaman untuk rancangan 'Persepsi' terbitan TVPAS untuk Harakdaily.

Hata, wartawan Utusan Malaysia yang baru sahaja dipecat berbicara soal Utusan Malaysia dan Umno dalam siaran kali. Rancangan ini juga akan disiarkan mulai petang Jumaat ini di Harakahdaily.

Harakahdaily

Salam Perjuangan

Posted: 26 May 2011 11:23 PM PDT

Salam Perjuangan


KELUARGA SARBAINI TUNTUT PENJELASAN POLIS

Posted: 26 May 2011 06:13 PM PDT

ANWAR OPTIMIS PRU13 TAHUN INI

Posted: 25 May 2011 11:47 PM PDT

PAS KAWASAN KUBANG PASU

Posted: 26 May 2011 11:13 PM PDT

PAS KAWASAN KUBANG PASU


Umno yang cemas dan lemas; rakyat ok-ok sahaja

Posted: 25 May 2011 11:16 PM PDT

Oleh Dr Khairuddin Abdul Malik

Tidak siapa di dunia ini percaya Umno adalah parti Islam. Buktinya sahabat sekelambu Umno: iaitu MCA awal-awal lagi memberikan amaran supaya Umno jangan pandai-pandai ajak PAS masuk BN kecuali jika PAS menggugurkan hasrat untuk melaksanakan prinsip Islam di Malaysia.

SEJAK pilihan raya Sarawak berakhir,negara gegak gempita dengan ucapan-ucapan retorik pemimpin-pemimpin Umno dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tajaannya Perkasa.

• Orang Cina tak berterima kasih dan tak mengenang jasa Barisan Nasional (BN).

• Orang Cina nak ambil alih kuasa daripada Melayu.

• DAP ada agenda nak singkirkan kuasa Melayu.

• Kalau orang Cina tak sokong MCA,tidak ada lagi suara Cina di Putrajaya dan orang Cina akan merana.

• PAS susah-susah dukung Pakatan Rakyat,tapi DAP yang menang.

• Lebih baik PAS bersama Umno kuatkan kuasa Melayu.

• Buat apa PAS berpakat dengan DAP, kerana DAP tak pernah pun memperjuangkan Islam.

Malah media lidah bercabang Umno, Utusan Malaysia lebih jauh lagi mendedahkan betapa membarahnya roh Umno yang sedang sakit itu dengan kenyataan seperti berikut :
"Umno-BN disarankan lupakan sahaja undi orang-orang Cina dan mengajak orang-orang Melayu bersatu dengan slogan baru '1Melayu , 1Bumi'.

Penulis bahkan dimaklumkan oleh rakan-rakan daripada Kementerian Pelajaran jagaan Muhyiddin Yassin (TPM Malaysia),kursus dan pelbagai seminar yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran mengugut kakitangan kerajaan tentang kemungkinan DAP akan menguasai Malaysia. Diceritakan betapa jahatnya DAP. Namun, PAS tidak diserang sekadar menyatakan PAS tanpa sedar sedang diperalatkan oleh DAP.

Sebagai doktor perubatan dan sekali gus pengawal sains politik, penulis akan gagal jika tidak membuat – diagnosis-diagnosis berikut terhadap pesakit saya yang bernama Umno.

i. Umno sedang menghidap penyakit 'Senile Dementia'-pelupa dan kurang kekuatan intelek. Kejap Satu Malaysia kejap Satu Melayu. Seolah-olah pesakit kena telan ubat cirit dan ubat sembelit sekali gus!

ii. Umno sedang menghidap sakit jiwa bertaraf psikosis dengan ciri-ciri halusinasi dan delusi-semua orang salah,dia sahaja yang betul, Nampak bayang katanya hantu.

iii. Umno sedang mengidap penyakit fizikal yang berupa kerosakan menyeluruh pelbagai organ (multi-organ failure)-selalu pening pitam,sesak nafas,perut membusung dan kaki membusuk gangrene. Hutang negara menggunung, rasuah tak terkawal, jenayah berleluasa, gejala sosial luar kawalan dan hubungan perpaduan rakyat yang tercalar.
iv. Umno sedang menghidap andropause-lelaki tua yang bernafsu besar, kuat cemburu, asyik tuduh isteri main mata dengan jejaka muda dan suka menuduh lelaki yang lalu lalang di depan rumah cuba menggoda isteri yang gagal diberikan nafkah. Umno dah tak boleh jaga MCA, Gerakan dan MIC dan tak habis-habis mengugut MCA dan MIC. Pulak tu kuat cemburu dengan lelaki-lelaki tampan bernama PAS dan DAP.

v. Umno sedang menghidap sakit 'fiqulubihim marodun' (al-Baqarah: 10): qulub (hati) yang dipenuhi sifat-sifat mazmumah-dengki, buruk sangka, takbur, ujub dan ragu-ragu (syak). Dengan pengundi Melayu katakan PAS jadi alat DAP dan gadaikan Islam. Dengan pengundi Cina, Umno kata PAS parti ekstrem nak potong segala kepala orang Cina. Umno ajar MCA supaya sebut "Satu undi untuk DAP bermakna satu undi untuk negara Islam." Benci sangatkah Umno kepada Islam? Itulah tanda-tanda munafik yang dinukilkan dalam al-Quran.

Benarkah DAP perkauman dan anti-Melayu?

Penulis bukan peminat setia DAP dan tidak juga memusuhi DAP. Namun penulis sudah bergaul dan berinteraksi dengan pemimpin-pemimpin DAP peringkat negeri sejak 1988. Memang benar kebanyakan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli DAP orang Cina tetapi di Perak tidak kurang juga ahli-ahli DAP daripada bangsa Melayu, India dan Sikh. Bahkan di Perak bebarapa orang Melayu pernah memimpin DAP Perak dan memenangi kerusi-kerusi Dun atas tiket DAP. Antaranya, Salleh Nakhoda Hitam, Ibrahim Singgah, Fadzlan Yahya dan Asri Othman. Bahkan di peringkat nasional, tokoh-tokoh Melayu yang menjadi pemimpin DAP terus ada dari semasa ke semasa. Antaranya, Allayarham Ahmad Nor dan kini Tengku Aziz. Orang mungkin lupa Karpal Singh adalah pengerusi DAP dan orang seperti Karpal Singh langsung tidak berminat tentang agenda berasaskan kaum, baik atas nama Melayu, Cina ataupun Sikh. Orang secelupar Karpal Singh tidak mudah menerima agenda Cina di Malaysia.

Karpal Singh dan ramai pemimpin DAP adalah pemimpin-pemimpin yang berideologi sekular yang sangat taat memperjuangkan 'Rule of Law' berasaskan Perlembagaan Malaysia yang mereka anggap seperti 'kitab suci' mereka. Buktinya Karpal Singh pernah membela kakitangan perempuan Melayu beragama Islam yang dipecat jawatan kerajaan kerana memakai purdah. Bukan Karpal Singh sukakan Islam dengan amalan menutup aurat tetapi beliau sangat menghormati prinsip undang-undang yang mempertahankan hak-hak asasi manusia dan segi berpakaian dan mengamalkan agama masing-masing.
Lim Guan Eng pula pernah dipenjarakan kerana memperjuangkan hak seorang gadis sunti Melayu yang dikatakan dirogol oleh seorang Ketua Menteri daripada Umno ketika itu. Lim Kit Siang pula pernah ditahan ISA kerana menentang kekecohan perkauman cetusan Umno-MCA. Gobind Singh Deo pula digantung oleh Parlimen tanpa elaun kerana mempertikaikan tindak-tanduk Dato' Seri Najib Razak dalam isu 'rasuah kapal selam dan pembunuhan Altantuya'.

Benarkah PAS parti boneka Cina-DAP?

Wajar diperingatkan PAS adalah satu-satunya parti politik di Malaysia yang secara tegas, tidak berselindung dan istiqamah mengaku sebagai sebuah parti Islam yang bercita-cita di negara Malaysia ini terlaksana hukum-hakam dan nilai-nilai hidup yang berteraskan al-Quran dan As-sunnah. Dengan kata lain akidah perjuangan PAS adalah Islam dan matlamat keberadaan ahli-ahli PAS dalam politik adalah demi mencari keredaan Allah. Wajar juga diperingatkan dasar Islam PAS tidak pernah berganjak dan tidak akan dikorbankan. Adapun cara, kaedah dan pendekatan mencapai matlamat PAS ataupun istilah yang selalu digunakan – Strategi - akan diubahsuai dari semasa ke semasa berdasarkan suasana, keperluan dan mengambil kira faktor untung-rugi. Namun strategi yang PAS gunakan tidak akan menyalahi prinsip-prinsip al-Quran dan As-sunnah. Bahkan banyak disandarkan dengan sirah (perjalanan perjuangan Rasulullah) dan iktibar gerakan-gerakan Islam lain yang lebih awal.

Testimoni kepda strategi berbeza yang PAS gunakan dapat dilihat dalam sejarah panjang perjuangan PAS dalam politik Malaysia. PAS juga satu-satunya parti yang pernah bergabung dan bekerjasama atau bertahaluf dengan pelbagai entiti politik di Malaysia. PAS pernah bersama Umno-BN, APU (Semangat- 46 dan Berjasa), dan bersama Barisan Alternatif dan sekarang Pakatan Rakyat.

PAS juga biasa bersendirian. Semasa PAS bertahaluf dengan BN tentulah PAS juga bekerjasama dengan MCA, MIC, Gerakan dan PPP. Semasa bersama dengan APU juga ada hubungan tak langsung dengan PBS di Sabah. Ini bermakna PAS sangat terbuka dan tidak jumud dalam tindakan dan pendekatannya.

Apa makna kepada strategi PAS yang pelbagai tersebut? PAS tetap sama dan tidak pernah menggadai perjuangan. Buktinya mudah. Dikala PAS tidak diperlukan oleh Umno, ketika itu PAS akan dicerca sebagai memperalatkan Islam dan mengkafirkan orang Umno. Tetapi ketika Umno gila talak mahukan PAS menyertai BN, tiba-tiba Umno berubah! Seperti kata PM Najib: "PAS sebagai parti Islam tentu lebih sesuai dengan Umno. Cita-cita Islam PAS lebih mudah dicapai melalui BN." Yang pasti dan tetap adalah: PAS sama ada di kaca mata Umno, DAP, KeADILan mahupun MCA adalah parti Islam.

Tidak siapa di dunia ini percaya Umno adalah parti Islam. Buktinya sahabat sekelambu Umno: iaitu MCA awal-awal lagi memberikan amaran supaya Umno jangan pandai-pandai ajak PAS masuk BN kecuali jika PAS menggugurkan hasrat untuk melaksanakan prinsip Islam di Malaysia. Makna kedua bagi kenyataan MCA itu adalah selama ini MCA boleh menerima Umno sebagai rakan kongsi kerana Umno menolak Islam. Berbeza dengan DAP, mereka tahu PAS memperjuangkan Islam tetapi tidak pernah mendesak PAS untuk menggugurkan dasar murni PAS tersebut.

Atas hujah-hujah tersebut bagaimana mungkin orang yang berakal (tidak gila) dan cerdik boleh percaya PAS sudah jadi alat atau boneka DAP. Adakah pernah orang DAP meminta lesen judi dan lesen arak yang PAS luluskan sebagaimana Umno luluskan beratus-ratus lesen judi dan arak kepada tauke-tauke MCA.

Adakah pernah PAS cuba kambus jenayah dan rasuah DAP sebagaimana Umno cuba selamatkan tauke-tauke MCA seperti dalam skandal Perwaja Terengganu, Bakun Sarawak dan PKFZ dan semua skandal berbilion-bilion ringgit di Malaysia ini selalunya adalah gabungan makar Umno dan MCA. Terlalu banyak bukti bahawa MCA-lah yang tunggang Umno atau dengan kata lain Umno adalah boneka MCA.

Sekadar PAS mempertahankan wakil-wakil rakyat DAP yang memasuki surau atau masjid untuk berucap dan menyampaikan bantuan kepada fakir miskin itu bukan boneka DAP. Itu maknanya PAS boneka Islam kerana uslub dakwah Islam tidak pula menghalang orang-orang bukan Islam memasuki surau atau masjid kerana itulah yang pernah diamalkan oleh Rasulullah di Madinah.

Keputusan PAS yang hanya ada satu kerusi bersetuju untuk menjadi kompenan kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin pleh DAP di Pulau Pinang adalah satu kewajaran. Yang tidak wajar adalah apabila Umno menang paling banyak kerusi di Pulau Pinang, tiba-tiba serah kerusi Ketua Menteri kepada Gerakan. Bukankah itu juga bermakna Umno adalah boneka kepada Gerakan. Sehinggakan pada tahun 2007 hanya 1.6 peratus sahaja tanah milik orang Islam yang wujud di Pulau Pinang akibat kebaculan Umno. Komplot Umno-Gerakan-MCA selama 50 tahun adalah punca longlainya Melayu/Islam Pulau Pinang. Kenapa tiba-tiba sekarang DAP dan PAS dipersalahkan?

Nyata bahawa ungkapan PAS boneka DAP adalah ciptaan Umno sebagai propaganda memburukkan PAS bagi mengalihkan segala kepincangan dan pengkhianatan Umno kepada orang Melayu-Islam. Baik PAS atau Umno perlukan sokongan orang Cina untuk menang dalam pilihan raya. Mana lebih baik antara persahabatan PAS-DAP yang tidak rasuah dan bebas judi dengan persekongkolan Umno-MCA yang rasuah dan mesra judi. Terserah kepada orang Melayu untuk berfikir. Sementelahan pula mutakhir ini terbukti bahawa era MCA dipimpin Chua Soi Lek adalah sangat kuat bencinya kepada Islam.

Umno buta Matematik

Najib kata PAS kerja kuat untuk menangkan DAP. Orang-orang Melayu ditakutkan kemungkinan DAP akan menguasai negara atau beberapa negeri. Sekali lagi Umno tak habis-habis cuba memperbodohkan Melayu.

Di semua kerusi yang DAP memang baik kerusi Parlimen ataupun Dun - kerusi BN yang terus adalah sama ada kerusi MCA, MIC, PPP atau Gerakan. DAP tak kalahkan calon Umno. Bagaimana pula tiba-tiba DAP nak memerintah dan jadi anti-Melayu.

Statistik membuktikan,di seluruh negara ada 222 kerusi Parlimen. DAP hanya boleh bertanding tidak lebih 45 kerusi. Kalau menang 100 peratus DAP tetap tak boleh memerintah. Di Perak ada 59 kerusi Dun tetapi DAP hanya boleh bertanding dan menang di 18 kerusi sahaja. Di Sarawak ada 71 kerusi Dun dan DAP hanya bertanding 15 kerusi sahaja. Takkanlah orang Melayu nak ikut ketololan Umno yang buta Matematik.

Yang benar tetap benar. Kepalsuan tidak mungkin boleh bertahan lama. Politik baru akan terus mewarnai kehidupan rakyat Malaysia. Politik baru bermakna kebenaran, fakta, hujah, ketelusan, keikhlasan dan setiakawan. Politik lama ala Umno akan melabuhkan tirai. Sentiman dan perjuangan berdasarkan perkauman, kepentingan kelompok, benci membenci dan curiga mencurigai yang ditaja Umno tetap akan tewas kerana ia batil dan bertentangan dengan fitrah akal manusia.

Umno yang lemas dan cemas tak perlu kecoh. Rakyat ok, ok sahaja

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUBANG PASU

Posted: 26 May 2011 11:06 PM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUBANG PASU


Ingat ,Jangan Ada Politik Cantas Di Kalangan Kita!

Posted: 25 May 2011 11:37 PM PDT

Oleh Nasrudin Hassan at Tantawi

Selagi PAS dilanda gelora dan kini isu berkait dengan politik cantas atau "cas keting" . Dalam erti kata lain ialah politik saling jatuh menjatuhkan antara satu sama lain dari kalangan anggota sepasukan atau s ejamaah .

Ianya jelas kelihatan sangat negatif malah bertentangan dengan disiplin dan akhlak berjamaah justeru intima' [ penyertaan ] kita ke dalam jamaah Islam ini adalah untuk mencari keredhaan Allah swt. bukan nama , kedudukan , pangkat dan jawatan .

3. Jawatan hanyalah amanah yang mesti dipikul dengan penuh tanggngjawab . Tiada kebanggaan dari jawatan yang disandang melainkan beban yang akan dipersoal oleh Allah swt kelak . Memahami realiti ini , sewajarnya politik cantas mencantas sesama sendiri tidak berlaku sebaliknya apa yang selayaknya ialah Fastabiqul khairat [ berlumba - lumba membuat kebajikan ] .

4. Tindakan saling jatuh menjatuhkan sesama anggota jamaah Islam adalah satu pelanggaran disiplin dan akhlak jamaah yang serius . Ianya dibayangi oleh nafsu yang tidak baik dan dipengaruhi pula oleh unsur yang negatif [ mazmumah ] seperti hubbu Jaah [ gila kemasyhuran ] dan hubbu Riyasah [ gila jawatan ] .

5. Apa yang mahu dikejar dalam perjuangan ini sehingga sanggup cantas mencantas ? sedang tugas dan tanggungjawab terlalu banyak untuk dilaksanakan . Gerakan Islam bukan medan untuk mencari kemasyhuran dan bukan pula medan memburu kekayaan . Sayugianya kita bahu membahu bukan siku menyiku dan kita kuat menguat antara satu sama lain bukan cantas mencantas .

6. Jangan kita terpengaruh dengan cara musuh berpolitik dan jangan biarkan nafsu menguasai diri . Berjuanglah dengan tenang dan ikhlas . Hiasi diri dan jamaah ini dengan disiplin , akhlak dan adab berjamaah sebagaimana yang dikehendaki oleh sunnah perjuangan yang diasaskan oleh baginda Rasul saw .

7. Suka saya tegaskan sekali lagi bahawa jawatan adalah beban yang mesti dipikul bukan direbut dan tanggungjawab adalah amanah yang mesti ditunai bukan untuk dibanggakan . Jangan lihat sahabat seperjuangan seperti menjeling ke arah musuh . Jangan biarkan pra sangka mendahului husnu zaan ketika kita menilai sahabat seperjuangan . Kalau hanya berbeza pandangan dan pendapat , tidak seharusnya dibaca sebagai permusuhan sehinggakan mewajarkan kita mencantas atau menjatuhkannya .

8. Sewajarnya kita memperkayakan jamaah ini dengan semangat kasih sayang [ ukhuwwah filah ] , hormat menghormati , harga menghargai , faham memahami malah percaya mempercayai antara anggota sesama anggota demikian juga pimpinan sesama pimpinan . Katakan tidak kepada curiga mencurigai dan hasad dengki atas kejayaan , kemajuan dan kehebatan sahabat seperjuangan yang lain .

9. Andai terdapat sesuatu tindakan anggota yang dianggap membawa kerosakan dan kebinasaan kepada jamaah , kita mempunyai Jawatan kuasa Disiplin parti yang menilai dan menguruskannya . Kita juga ada muktamar di semua peringkat parti untuk mengukur prestasi dan reputasi anggota . Kita juga ada majlis mesyuarat dipelbagai peringkat untuk membuat keputusan . Asaskan segala tindakan melalui prinsip amal Islami yang meletakkan syura sebagai satu mekanisme membuat keputusan dan mengawal parti .

10. Jadilah anggota atau pimpinan jamaah yang baik dan soleh .

a] Suburkan Amal Tarbawi di dalam organisasi jamaah
b] Cernakan kemurnian spiritual sebagai seorang pejuang .
c] Tutup segala ruang buat syaithan menguasai minda
d] Pelihara adab dan akhlak berjamaah .
e] Patuhi peraturan dan tatacara jamaah .
f] Dengar dan taat arahan pimpinan .
g] Utamakan jamaah mengatasi kepentingan diri .
h] Hormati pandangan sahabat seperjuangan
i ] Urus konflik dengan bijak , adil , telus dan jujur .

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 26 May 2011 09:31 PM PDT

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


SAMBUTAN HARI GURU PASTI KAWASAN MUAR 2011

Posted: 26 May 2011 10:16 AM PDT

SAMBUTAN HARI GURU PASTI MUAR

Pimpinan PASTI Kawasan Muar mengorak langkah ke hadapan dengan meraikan guru-guru PASTI sempena Hari  Guru 2011 dengan mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru PASTI Kawasan Muar di Muar Traders Hotel Muar pada hari Khamis 26 Mei 2011 mulai jam 9.00 malam.

Majlis dirasmikan oleh Ustaz Kamalulnizam Suhut, Timbalan Pengarah PASTI Negeri Johor. Di antara tetamu kehormat termasuklah YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani dan isteri Puan Rubiah Raffee, Ustaz Abu Bakar Lajat, YDP PAS Muar, Tn Hj Malik Md Diah , Timbalan YDP PAS Muar, Sdr Faizul Md Salleh, Mantan Pengarah PASTI Negeri Johor dan Cikgu Haji Mohamed Taib, Tokoh Guru Muar 2011 bersama isteri.

YB Dr Mohammad dan isteri, Puan Rubiah, mengucapkan terima kasih
di atas jemputan di atas.



Tetamu Kehormat, Perasmi Majlis dan Guru-Guru PASTI Muar bergambar untuk kenangan.

Tetamu VIP bersama warga PASTI Muar.

Sdr Faizul, mantan Pengarah PASTI Negeri, (tengah) bersama Ustaz Abu Bakar,
YDP PAS Muar (kanan).

Orang kuat PASTI Muar. Dari kanan Sdr Hamidun, Ustaz Nazri, Ustaz Iskandar dan Sdr Samad.


Guru-Guru PASTI Muar, pendidik generasi Al Quran.
PGB Puan Sazlina Abd Rahman menyampaikan amanat.

Perasmian oleh Ustaz Kamalulnizam.

Majlis berjalan dengan meriah dengan Pengacara Majlisnya Ustaz Iskandar. Hidangan makan malam yang enak disediakan oleh Muar Traders Hotel. Guru-guru PASTI tidak dilupakan dengan dihadiahkan cenderamata sebagai menghargai jasa mereka. Guru PASTI Al Amaliyah dinaobatkan sebagai Guru Cemerlang. 

Cikgu Haji Mohamad Taib pula dinobatkan sebagai Guru Cemerlang Muar 2011. Cenderamata dan Sijil disampaikan oleh YB Dr Mohammad Taslim. Cikgu Mohamad merupakan pelajar cemerlang akademik dan sukan. Beliau bersara sebagai Guru Pakar Matematik di Sekolah Menengah Sains Muar. Beliau juga pernah bertanding sebagai calon PAS dalam PRU 1999.

Malam itu meninggalkan kenangan manis kepada guru-guru dan tetamu.Tahniah PASTI Muar !

PAS Negeri Sembilan

Posted: 26 May 2011 09:13 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Stesen Komuter Senawang, Projek Gajah Putih?

Posted: 26 May 2011 12:44 AM PDT



Adakah stesen komuter Senawang yang baru siap dibina dan baru beroperasi bakal menjadi satu lagi projek gajah putih di Negeri Sembilan. ADUN (DAP) Senawang , YB P Gunasegaran mendakwa bahawa stesen tersebut tersorok, sukar untuk diakses, kaunter tiket yang kosong. Apa sudah jadi?

Ada ini satu lagi koleksi projek gajah putih di Negeri Sembilan seperti dilaporkan di http://gajahputihn9.blogspot.com/

Hidden commutter station
May 26, 2011

A DAP leader says Senawang residents are in the dark about the existence of a new commuter station in their area.

SENAWANG: "Hidden station" would be the best description for the latest commuter station built in Negri Sembilan, according to Senawang state assemblyman P Gunasekaran.

The DAP leader visited the commuter station here today after receiving numerous complaints from residents that they had to go through a congested junction before making a U-turn to enter the station.

"KTMB (Keretapi Tanah Melayu Bhd) and local authorities should create a junction at the entrance of the commuter train station along the Senawang main road.

"But now those wishing to use the commuter train service coming from the Senawang township have to drive an additional 1.5km before they can enter the station," he said.

Gunasekaran said the entrance from the Seremban-Tampin road bypassing Taman Bukit Emas was not user-friendly at all.

During the visit, the state assemblyman also noted that the ticket counter was deserted, and not a single commuter was in sight.

While praising KTMB and the state government for their efforts to improve public transportation, Gunasekaran however regretted that the station was not being fully utilised.

"Based on my survey, many people are not aware of the commuter train station. I suggest that KTMB install a much bigger signboard at the entrance of the station near the Senawang road.

"This is because the station is located some 500m from the main road and is not clearly visible from the main road because it is being blocked by buildings," he said.

"KTMB should promote the station by puting up buntings along streetlights," he added.

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/05/26/hidden-commutter-station

PAS Kawasan Miri

Posted: 26 May 2011 07:57 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Parlimen Miri Bakal Tumbang kiranya Pakatan Sarawak Bersatu!!!

Posted: 26 May 2011 12:27 AM PDT

Lawatan Tuan Haji Mat Sabu Dapat Memberi Semangat Perpaduan Pakatan Di Miri
Miri 26 Mei 2011- Program lawatan sambil kerja Tuan Haji Mat Sabu,AJK PAS Pusat ke Miri pada 24hb Mei 2011 baru-baru ini benar-benar memberi impak dalam meneruskan momentum Pakatan Rakyat Miri yang terdiri daripada PAS-DAP-PKR dalam bersiap sedia dalam menghadapi Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Program bermula dengan perjumpaan bersama pimpinan Pakatan Rakyat Miri terdiri YB DUN Piasau yang baru, En Ling Sie Kiong, Dr Michael Teo (wakil rakyat sebenar bagi DUN Senadin yang tewas dengan majoriti 58 undi pos ) dan YDP PAS Miri,Tuan Haji Jofri Jaraiee. Tuan Haji Mat Sabu juga memberi peringatan agar Pakatan Rakyat di Sarawak mesti terus bekerjasama dengan lebih erat dan kukuh lagi demi mencapai cita-cita Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya. Beliau yakin sekiranya Pakatan Rakyat Sarawak dapat menyumbangkan 10 atau lebih kerusi Parlimen, Insya-Allah beliau yakin kerajaan pusat pasti tumbang dan dengan sendirinya kerajaan BN Sarawak akan tunduk dibawah pemerintahaan baru di Pusat.


Sebaik selesai perjumpaan tersebut,rombongan terus menemui mangsa kebakaran rumah setinggan di Pujut Corner yang berlaku beberapa hari yang lalu. Ini susulan dari pertemuan awal yang lalu. Lebih dari 17 buah keluarga mangsa kebakaran menerima bantuan dari Pakatan Rakyat.
Gambar menunjukan Tuan Haji Mat Sabu menyampai sumbangan kepada salah seorang mangsa rumah yang terbakar.




Pada sebelah malam rombongan mengadakan ceramah perdana di kediaman YDP PAS Miri. Pada ceramah tersebut dalam ucapan aluan YDP PAS Miri ada menyatakan hasrat PAS Miri agar diberi peluang untuk bertanding di Parlimen Miri dalam PR13 nanti memandangkan rakan pakatan yang lain di Miri sudah diberi peluang bertanding dalam pilihanraya umum Sarawak yang lalu, dimana DAP bertanding di 2 buah DUN Piasau dan Pujut dan PKR di DUN Senadin. Inilah masanya untuk Pakatan memberi peluang dan menujukkan setiakawan,sepakatan dan sefahaman dalam Pakatan Rakyat di Sarawak. Kata beliau semasa ucapan aluan tersebut "DAP perlu ada bulan, sebab roket (DAP) tanpa bulan (PAS) memang susah untuk mendarat (berkuasa). Jadi Roket (DAP) perlu berkerjasama dengan bulan (PAS) untuk menawan putrajaya. PAS hendak buktikan bahawa PAS bukan parti esktrimis dan perkauman seperti yang disebut oleh pemimpin BN sebab itulah PAS Miri hendak buktikan bahawa mereka boleh bersama dengan semua golongan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama. Dengan adanya sokongan rakan Pakatan dan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) hasrat PAS Miri dan Pakatan untuk menawan parlimen Miri sudah pasti akan tercapai dengan izin Allah. Insya-Allah.
Dalam ceramah perdana tersebut juga Tuan Haji Mat Sabu juga menyeru agar orang melayu jangan hanya menyerah pada takdir semata-mata. Beliau berkongsi bersama hadirin semasa pilihanraya Sarawak ke10 yang lepas dimana Katanya "Walaupun ramai orang Melayu dan penduduk bumiputera masih hidup dalam kemiskinan tapi masih tetap dengan bendera dacing untuk menyelimut rumah usang mereka.Mereka tetap memberi sokongan kepada BN." Katanya lagi "Sifat orang kita ini ialah terserah kepada Takdir,Sikit-sikit takdir,CM kaya ,Takdir, orang cina kaya itu pun takdir, orang melayu semakin miskin pun takdir…" Katanya orang Melayu perlu berani menyuarakan masalah mereka dan perlu belajar cara budaya kaum cina/tionghua yang berani menyuarakan suara hati mereka. Antara lain kata beliau rakyat Sarawak jangan takut untuk berubah kalau takut selamanya rakyat Sarawak akan jadi hamba pada BN jadi bersedialah untuk berubah dan merdeka dari perhambaan BN selama ini.
Pakatan Sarawak akan meneruskan Program bersama rakyat walaupun pilihanraya umum negeri Sarawak baru berlalu sebab pilihanraya umum yang ke 13 (PR13) akan menentukan nasib rakyat Malaysia semada untuk terus diperintah oleh Barisan Nasion (BN) atau bertukar kepada Pakatan Rakyat (PR).
Harapan kita kali ini jangan ada perebutan kerusi di antara Pakatan di saat-saat akhir menjelang pilihanraya umum nanti kerana kita mesti belajar dari kesilapan dan kegagalan Pakatan Rakyat Sarawak untuk mengambil alih kuasa dari BN dalam pilihanraya umum Sarawak yang lalu.
Semoga hasrat rakyat untuk melihat perubahan yang lebih besar akan menjadi kenyataan sekiranya Pakatan Rakyat terus bekerjsama dan siap sedia untuk mengambil alih putrajaya nanti.

PAS Miri

English version

The Visit of Tuan Haji Mat Sabu can encourage Unity Pact in Miri
Miri 26th May 2011 - Working visit Program Tuan Haji Mat Sabu, PAS Central Committee in Miri on 24th May 2011 recently really make an impact in the People's Alliance (Pakatan Rakyat) Miri momentum of the DAP-PKR-PAS in preparing to face the Barisan Nasional (BN) in this coming Election general-13. The program began with a meeting with Pakatan leaders consists of YB Miri Piasau new assembly, Mr Ling Sie Kiong, Dr Michael Teo (the right representatives of the Senadin Assembly who lost majority by 58 postal votes) and PAS Miri Chief, Tuan Haji Jofri Jaraiee. Tuan Haji Mat Sabu also gives an advice for the Pakatan to cooperate more closely and further strengthened in order to achieve the ambitions for Pakatan win to Putrajaya. He believes that if Pakatan Rakyat Sarawak can contribute 10 or more seats in Parliament, God willing, he is confident the federal government would fall and the Sarawak BN government itself would be subject under the new Governance at the Centre.
Upon completion of the meeting, the delegation went to fire victims in Pujut Corner squatters who happened several days ago. This is up from an initial last meeting. More than 17 families of fire victims receive aid from the Pakatan Rakyat.

Picture shows Tuan Haji Mat Sabu giving a contribution to one of the burning house victims.


In the evening the delegation held prime talks at the PAS Miri Chief residential. At the speech PAS Miri Chief stated that PAS Miri is very keen enough to be given an opportunity to contest Miri parliamentary in GE13 later as other coalition partners in Miri have been given the opportunity to contest Sarawak general elections recently, where the DAP to contest in 2 DUN Piasau and Pujut and PKR in the Senadin. It's time to give Pakatan a chance and show solidarity and understanding within Pakatan Rakyat Sarawak. He said in the speech that "DAP should have the moon, because of the rocket (DAP) without the moon (PAS) are difficult to land (power). So the Rockets (DAP) must cooperate with the moon (PAS) to capture Putrajaya. PAS have to prove that PAS is not extremis and racism as it is called by the BN leaders that are why PAS Miri want to prove that they can be shared with all groups of society irrespective of race and religion. With the support of alliance partners and the Board of PAS Supporters Association (DHPP) PAS Miri and Pakatan Rakyat wish to capture parliament seats would surely be achieved with the permission of Allah. Insha-Allah.
In the inaugural lecture Tuan Haji Mat Sabu also call for the Malays do not just give in to fate alone. He shared with the audience during the last 10th Sarawak election where he said "Even though many Malays and native people still live in poverty but still coverlet with the flag of scales (dacing) for their dilapidated houses. They still support the BN." He added "The character of our people always up to the fate, if CM is rich because that is the fate, even the Chinese rich also that is the fate, Malay people even poorer also that is the fate ... "He said the Malays should be bold enough to voice out their problems and needs to learn how the Chinese culture / Chinese who dare to express their conscience. Among other things he said the people of Sarawak Do not be afraid to change if they scare, they will forever be a servant of the Sarawak BN so be prepared for change and independence from the slavery of BN.

Pakatan Rakyat Sarawak will continue the program with the people despite of Sarawak state elections has pass recently and for the 13th general election (GE13) will determine the fate of the people of Malaysia whether to continue to be governed by Barisan National (BN) or switch to Pakatan Rakyat (PR).
Hope this time around we don't want any seats allocation dispute between the Alliance at the last moment before this coming general election, we must learn from our mistakes and failures of Pakatan Rakyat Sarawak to take over power from the BN in last Sarawak general election.
May the wishes of the people to see bigger changes will come true if Pakatan Rakyat continue to work together and ready to take over Putrajaya later.

From Pas Miri

Rembau Hari Ini

Posted: 26 May 2011 07:46 PM PDT

Rembau Hari Ini


Kereta dicuri dijumpai semula

Posted: 25 May 2011 09:03 PM PDT



Kereta dicuri dijumpai semula
Sinar Harian 26 Mei 2011

REMBAU – Sepasang suami isteri melahirkan rasa syukur dan gembira apabila Perodua Kembara milik mereka yang dicuri di perkarangan rumah pagi Isnin lalu telah berjaya dijumpai pihak polis dalam tempoh masa kurang 24 jam dilaporkan.

Walau bagaimanapun penemuan berkenaan tidak berjaya menutup perasaan takut dan bimbang pasangan terbabit, Mohd Nawi Mohd Yusoff, 68, dan Habsah Azizul Rahman, 63, apabila kediaman mereka adalah antara 10 kediaman di perkampungan di situ yang menjadi sasaran pencuri dalam tempoh masa tiga bulan.

Mohd Nawi berkata, sememangnya pihak polis giat melaksanakan rondaan di kawasan berkenaan berikutan ia adalah kawasan panas berdasarkan beberapa insiden cubaan pecah rumah dan juga rompakan, namun penduduk tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada pihak polis dalam mengatasi masalah berkenaan.

"Malah, ada dalam kalangan kami terpaksa mengambil inisiatif sendiri dengan melaksanakan rondaan pada masa-masa tertentu mengikut giliran sedangkan ia sebenarnya boleh dilaksanakan secara lebih efektif lagi melalui kerjasama daripada pentadbiran di peringkat kampung.

"Oleh itu, saya gesa pihak pentadbiran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk berbincang dengan penduduk mengenai masalah ini dan dalam masa terdekat dapat mewujudkan Skim Rondaan Sukarela (SRS) bagi memastikan rondaan dapat dibuat dengan kaedah yang lebih tepat lagi," katanya ketika ditemui di kediamannya, kelmarin.

Sementara itu, Habsah berkata, kecurian berlaku awal pagi semasa mereka sedang tidur dan hanya disedari kira-kira jam 5.30 pagi ketika suaminya ingin membuka pintu pagar rumah seperti kebiasaannya.

Menurutnya, suaminya mendapati pintu pagar berkenaan telah terbuka dan kereta milik mereka juga sudah tiada di garaj.

"Laporan polis telah dibuat pada hari sama dan pasukan polis telah berjaya menjumpai kereta kami yang ditinggalkan di Jirat Perkuburan Cina Johol, Kuala Pilah.

"Oleh itu, kita harap agar pihak pentadbiran kampung dapat memikirkan kaedah yang lebih efektif dalam mengatasi masalah kecurian dan pecah rumah di sini melalui penubuhan SRS bagi kebaikan serta manfaat penduduk kampung sendiri," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9125846.asp

PAS LENGGONG

Posted: 26 May 2011 07:38 PM PDT

PAS LENGGONG


PAS - Pada persepsi PAS

Posted: 25 May 2011 11:14 PM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 26 Mei — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan tidak wujud dua kumpulan — ulama dan profesional, yang didakwa bersaing mahu menguasai barisan kepimpinan parti Islam berusia enam dekad itu.

Sebaliknya kata beliau, istilah golongan ulama dan profesional itu yang seringkali timbul ketika pemilihan parti, sebenarnya "dihidupkan" oleh Umno-Barisan Nasional (BN).

Nik Aziz (gambar) berkata demikian menjelang pemilihan kepimpinan PAS pusat awal bulan depan dengan tumpuan beralih kepada persaingan jawatan timbalan presiden dan naib presiden.

Jawatan timbalan presiden bakal menyaksikan pertarungan tiga penjuru membabitkan penyandangnya Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan ahli jawatankuasa kerja pusat Mohamad Sabu.

Sementara itu, jawatan naib presiden juga bakal menyaksikan pertarungan sengit.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah berjaya mengekalkan jawatan presiden tanpa cabaran.

Mereka yang mahu bertanding jawatan tertinggi PAS harus mengesahkan pencalonan mereka sebelum pukul 5 petang ini.

"Kononnya kedua-dua (ulama dan profesional) ini adalah inti yang berlawanan antara satu sama lain. Sedangkan hakikatnya tidak pernah wujud jurang antara ulama atau professional dalam PAS kecuali jurang yang diada-adakan oleh Umno-BN.

"Jikapun ada, kedua-duanya tidak lebih melainkan hanyalah caj positif dan caj negatif yang apabila bergabung menjadi arus eletrik yang cukup kuat untuk memberikan renjatan kepada Umno-BN," kata Nik Aziz menerusi laman Facebook malam tadi.

Oleh itu kata Menteri Besar Kelantan itu, barisan kepimpinan PAS terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan kemahiran.

Justeru, tegas Nik Aziz, walaupun berbeza latar belakang, namun dasar perjuangan dan matlamat yang hendak dicapai tetap sama.

"Tidak ada apa yang pelik jika kepimpinan PAS dilatari oleh individu yang datang dari pelbagai bidang pendidikan dan kemahiran.

"Di zaman Rasulullah SAW, sahabat-sahabat baginda mempunyai latar belakang yang pelbagai.

"Oleh yang demikian, tidak ada yang pelik jika di dalam PAS ada kepimpinannya dari pelbagai latar belakang. Profesional dalam PAS itulah golongan ulama, dan ulama dalam PAS itulah professional.

"Semuanya menjadi batu bata membentuk benteng kukuh berdepan dengan ombak sekular. Hari ini, gelombang sekular sedang ganas membadai. Jika dulu, ada gelombang berwarwa biru, hari ini pula ia berwarna merah," katanya merujuk kepada kempen yang kini digunakan Umno untuk merampas Kelantan.

Tambah Nik Aziz, beliau berharap perwakilan akan membuat keputusan bijak dalam memilih barisan kepimpinan parti untuk meneruskan agenda perjuangan PAS.

"Harapan saya, muktamar yang akan diadakan pada minggu hadapan ini akan membuahkan hasil yang terbaik untuk perjuangan Islam.

"Kepada para perwakilan, pilihlah pemimpin yang bertaqwa kepada Allah. Ikhlaskanlah hati, dan letakkanlah pertimbangan semasa memilih di atas neraca iman kepada Allah, insya-Allah, saya yakin pilihan para perwakilan nanti adalah yang terbaik untuk meneruskan perjuangan PAS di persada politik tanah air," katanya.

~ Beramal Kerana Allah ~

Posted: 26 May 2011 07:18 PM PDT

~ Beramal Kerana Allah ~


Posted: 26 May 2011 09:35 AM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 26 May 2011 03:21 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


RUPE SITI BILA JADI ASKAR WATANIAH

Posted: 26 May 2011 07:49 AM PDT


Datuk Siti Nurhaliza dan beberapa lagi selebriti terkenal akan menyertai Askar Wataniah.  mereka akan menjalani latihan yang di adakan dalam tempoh 39 jam. Datuk Siti Nurhaliza dan beberapa lagi selebriti lain akan menjadi ikon untuk menarik lebih ramai menyertai Askar Wataniah. selain itu, ia juga bertujuan untuk memberi motivasi kepada tentera kita yang berkhidmat di luar dan sempadan negara....tak tau le aku.... 

SHABERY TURUN NZ WANGSA MAJU AJAK REMAJA BERKONSERT

Posted: 26 May 2011 04:22 AM PDT

Nampaknya Shebery mulut berbuih turun sendiri ke NZ Wangsa Maju untuk mengajak para belia semua untuk berkonsert beramai-ramai di putrajaya sempena hari sejuta belia.... macam nie le kita nak pemimpin kita bersama merosakkan generasi muda demi mendapat sokongan politik...


Persembahan Artis Antarabangsa
(K-Pop "Super Junior M")
8.30mlm -11.00mlm
Persiaran Perdana, Presint 3.

....jom le kite tengok mana ramai.... konsert ke atau majlis tahlil solat hajat yang dianjurkan? korang rase?

Kami Tak BoDoH

Posted: 26 May 2011 03:27 AM PDT


Apaaaaaa.... dia ingat rakyat malassia mudah di perbodohkan.... piiiraaaahhhh...!!!!
Ayat 1;(hanya orang bodoh jer... percaya kenyataan bangang nih...!!!!)
"Ia tiada kena mengena dengan pilihan raya." "Subsidi ini sudah lama kita perkenalkan. Sudah lama. Kalau kita mahu ambil kira soal pilihan raya kita boleh naikkan (harga) ikut bulan-bulan yang kita suka. Tiada siapa tahu (bila) pilihan raya akan diadakan," katanya.
Ayat 2;(masih nak meraih sokongan lagi tuuuu... kena tanya KJ nih... sandiwara...)
"Kita tidak dengar pun daripada pembangkang. Pemuda Umno pun ada buat usul dan sebagainya. Ia bukan sebab pembangkang," katanya.
Ayat 3; (muakakakaaaaaa... bohong ekkk.... hahaha...)
"Saya dapat lihat dalam blog, dalam Facebook, dalam risalah yang dikeluarkan oleh pembangkang mengatakan bahawa kerajaan akan menaikkan harga. Ada yang kata 20 sen, 30 sen. Semua cerita itu adalah cerita bohong, cerita tidak benar," katanya.
Ayat 4; (ayat yang bikin gua nak tercirit beb...)
"Percayalah kepada kerajaan (kerana) kerajaan hari ini adalah kerajaan yang mendengar segala pandangan daripada rakyat. Sebelum membuat sesuatu keputusan kerajaan akan ambil kira semua sudut." "Apa yang kerajaan buat ini jelas menggambarkan kerajaan sentiasa prihatin kepada rakyat. Jadi, saya harap cukuplah jangan percaya kepada cerita bohong daripada pembangkang ini."
Pertama sekali lu orang baca secara terbalik maksud ayat-ayat power dari menteri bangang nih... gua tak pasti antara 2 menteri nih siapa paling bangang tukil... kah...kah...kah.... orang kalau dah menipu sekali... dia akan menipu berkali-kali... muakakaaaaa...

Gua tak mau buat sebarang ulasan dengan kenyataan menteri bangang nih..., gua nak gelak guling2 dulu, tapi gua nak tengok lu orang punya ulasan samada nak percaya dengan kenyataan menteri barisan nazional nih atau tidak...

Lu orang percaya ke.. menteri2 bn haramjadah nih tak tau bila tarikh pilihanraya..???? busittttt... aaarrr...!!!! Malassia jer... satu-satunya negara yang merahsiakan tarikh pilihanraya... sebab barisan nazional pengecut nak mampus...!!!!

p/s: Harga minyak dunia naik..., keraaaa...jaan bn pun rasionalisasikan harga..., harga minyak dunia jatuh merudum... keraaaa..jaan tak nak pulak turunkan harga... kaut untung berlipat kali ganda lagi... hahaha... pandikutty punya bn... muakakakaaaaa....

SPR: bahan perkakas UMNO

Posted: 26 May 2011 03:24 AM PDT

Apa pulak SPR "si anjing Umno" mengarut ni?

BeritaHarian melaporkan:
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang mempertimbangkan tiga opsyen bagi mengelak sebarang keputusan tidak rasmi dihebahkan pada pilihan raya umum akan datang berikutan insiden yang berlaku pada pilihan raya negeri Sarawak 16 April lalu.
Pengerusi SPR, Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata tiga opsyen itu adalah sama ada menguatkuasakan larangan membawa telefon bimbit ke pusat penjumlahan undi, deklarasi bersumpah untuk tidak membuat apa-apa hebahan, atau semua undi dikira lewat walaupun pusat mengundi ditutup lebih awal.
Katanya, perkara tersebut akan diputuskan bulan depan.
"Pengalaman kita di Sarawak, ada satu parti yang tidak bertanggungjawab yang bukan sahaja menghebahkannya tetapi juga membohongi rakyat dan pengundi Sarawak dengan menyatakan partinya memenangi pilihan raya tersebut.
"Perhubungan ini dibuat adalah melalui telefon bimbit. Justeru, kita mungkin nak tahan telefon bimbit atau mungkin ada deklarasi bersumpah atau mengira semua undi pada jam 5 petang, tidak ada kira awal walaupun pusat mengundi ditutup awal," katanya dalam satu temubual khas di pejabatnya di sini, baru-baru ini. - Bharian
Aku tak faham apa isu sebenarnya ni. Apa yang kecoh sangat sebenarnya sampai nak tahan handphone.

Takdak ribut takdak hujan tiba-tiba Pengerusi SPR ni nak buat peraturan baru pulak.

SPR nak main kot mana pulak sebenarnya ni. Apa masalahnya kalau keputusan tak rasmi keluar awal pun. Dah nama pun tak rasmi, boleh jadi betul boleh jadi jugak tak betul. Tapi kalau keputusan yang keluar tak sama dengan yang di Borang 14 nak heran apa kalau ada yang mengamuk.

Lagi satunya, apa masalahnya kalau kira awal pun. Yang kira awal tu pun cuma ditempat-tempat mengundi di kawasan pendalaman yang pengundi pun tak ramai dan pusat mengundi pun tutup awal. Kalau tak boleh kira awal nak kira bila? Dah tentu la kena kira awal pasai pengiraan kena dibuat di tempat mengundi.

Takkan kut tunggu lepas pukul 5 baru nak kira, lepas tu baru nak bawak ke tempat penjumlahan undi. Pukul berapa pulak nak sampai dan pukul berapa pulak boleh umumkan keputusan?

Ataupun, tak payah kira dan bawak naik helikopter pi ke tempat penjumlahan undi, lepas pukul 5 baru boleh kira. Sapa nak pastikan yang kotak undi tu tak diceroboh? Kecuali la kalau SPR bagi PACA naik sekali dalam helikopter untuk kawal tong undi tu.

Aku tak kisah sangat SPR nak buat macamana pun, yang pentingnya, peraturan dan prosedur tu dipersetujui oleh wakil parti-parti yang bertanding.

Yang lebih penting lagi berkenaan Borang 14. Ketua Tempat Mengundi dan wakil-wakil parti yang bertanding kena sama-sama tandatangan. Yang jadi masalahnya ada ketua Tempat Mengundi yang terlebih berlagak, nak jadi "si anjing Umno" bagi macam-macam alasan takmau tandatangan Borang 14.

Cumanya, masalah akan timbul kalau majoriti di bawah 2% pasai bila dibawah 2% boleh dibuat pengiraan semula di tempat penjumlahan undi. Kalau jadi macam ni memang masalah la. Pasainya, Kotak undi memang terdedah kepada "tangan-tangan keji" masa dalam perjalanan. Memang la ada "pateri keselamatan" tapi 'benda kita buat dia' tambah-tambah pulak dengan puak-puak pandy kutty, memang tak boleh percaya.

AMARAN KERAS KEPADA BLOGGER YANG SIAR 'Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara hina Islam'

Posted: 25 May 2011 09:36 PM PDT

Sebuah akaun laman sosial Facebook yang menggunakan profil 'Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara' didakwa menghina agama Islam antaranya dengan memaparkan gambar seekor babi di atas Kaabah sedang membaca al-Quran serta beberapa gambar yang terlalu keterlaluan.... so apa kita buat?

Yang ok sikit setakat menjawab caci maki Makcik Hajjah tue je la...

Paling hebat pun membuat laporan polis cam PERKASA yang gedegang-gedegung kononnya bela Islam dan desak menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengesan pemilik akaun itu.... itu je la....

AMARAN KERAS!! JANGAN SEBARKAN GAMBAR-GAMBAR YANG ADA DALAM BLOGNYA ITU KE TEMPAT LAIN~!!!!

Setelah blog dia ni telah disekat dia mengamuk di Facebook lagi dengan gambar gambar dan ayat ayat menghina Islam dan dia mengamuk sebab disekat blog dia.

DARI BLOGGER2 ISLAM YANG LAIN, YANG BERSUNGGUH MENCERITAKAN SIKAP BELIAU DAN MEMARAHI BELIAU DENGAN GAMBAR2 TERSEBUT...... TAPI KLU DAH MARAH, YG KORANG (BLOGGER) PI UPLOAD GAMBAR TERSEBUT DAN POST KAT BLOG WATPE! KLU NAK MEMELIHARA KESUCIAN ISLAM JUST PUT THE WORDS, NOT THE PICTURE......



AKU HARAP BLOGGER YANG BERKENAAN SILA HAPUSKAN SEMUA GAMBAR MENGHINA ISLAM OLEH MAKCIKHAJJAHSITTALWUZARA DENGAN KADAR SEGERA KERANA APA YANG DILIHAT, SEPERTI ANDA SENDIRI TELAH JOIN MENGHINA ISLAM WALAUPUN ANDA SENDIRI MEMARAHI BELIAU.... SILA AMBIL TINDAKAN DENGAN SEGERA!

SEKALI LAGI .... AMARAN KERAS!! JANGAN SEBARKAN GAMBAR-GAMBAR YANG ADA DALAM BLOGNYA ITU KE TEMPAT LAIN~!!!!

BERITA PAPA GOMO YANG BODOH BERTINGKAT

Posted: 25 May 2011 06:34 PM PDT

Kesian jugak aku tengok blog pencacai angkat najis UMporNo ni bile post artikel hari ini.... kononnya cerita dan gambar rekaan (gambar tahun lepas masa minyak naik 15 sen) dia tue pasal RON 95 itu boleh menyebabkan masyarakat marah ke PR.... jangan le nak bodoh-bodohkan rakyat Malaysia...

cerita pasal RON95 tak naik dah kuar awal kire-kire jam 4.00 petang 25 May dalam internet termasuk kat berita buletin 3 suku pukul 8 malam .... takkan le bodoh sgt rakyat Malaysia pie kuar beratur jam 10 malam kat petrol pam untuk isi petrol sedangkan dah umum petrol tak naik?

Sapa yang bodoh... papa gomo aka papa pig atau papa pig aka papa gomo?


KES TUKAR JANTINA : ADA JUGAK MAK YANG BODOH MACAM NIE

Posted: 25 May 2011 05:59 PM PDT

"Ashraf juga disahkan ibunya lebih cenderung berperwatakan wanita sejak kecil dan membuat kenyataan bersumpah membenarkan anak lelakinya itu menjalani pembedahan."... ada jugak mak yang bodoh lagi jahil macam ni atas muka bumi

KUALA LUMPUR, 26 Mei — Harapan menggunung seorang lelaki untuk menukar nama daripada Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, 25, kepada Aleesha Farhana tertangguh lagi apabila Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu semalam menetapkan 18 Julai ini untuk keputusan.

Ashraf yang menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand antara 2008 hingga 2009 kerana mendakwa lebih cenderung kepada perwatakan wanita memfailkan petisyen memohon mahkamah membenarkannya menukar nama Ashraf kepada Aleesha Farhana, bagi memudahkannya menguruskan kehidupan seharian, selain mahu memasuki universiti melanjutkan pengajian dalam bidang sama.
Malah katanya, kedua ibu bapa pempetisyen turut mengesahkan anak mereka memiliki alat sulit lelaki sejak lahir, tetapi ia tidak normal, bersaiz kecil, tidak aktif dan tidak berfungsi sebaiknya seperti rakan sebaya lain.

Ashraf juga disahkan ibunya lebih cenderung berperwatakan wanita sejak kecil dan membuat kenyataan bersumpah membenarkan anak lelakinya itu menjalani pembedahan.

Bagaimanapun, Addha dalam hujahan balasnya berkata, peguam pempetisyen gagal melampirkan laporan lengkap daripada doktor bahawa pembedahan dijalankan berjaya menjadikan Ashraf seperti wanita tulen termasuk mempunyai rahim dan tubuh kewanitaan dan fakta apabila perlakuan seksual berlaku antaranya sama ada dia boleh mengandung.

"Kita tidak ada perundangan yang membenarkan permohonan pempetisyen ini dan jika mahkamah membenarkan permohonan ini, ia akan memberi kesan jangka panjang kepada institusi masyarakat.

"Kita tidak tahu mungkin ramai di luar sana yang beratur untuk menukar nama dan jika keputusan mahkamah membenarkan permohonan ini ia boleh menyebabkan huru-hara dalam masyarakat," katanya dipetik laporan itu.

KERJASAMA UMNO-PAS : PERGI JAHANAM DGN MUBARAK

Posted: 25 May 2011 05:40 PM PDT

KUALA LUMPUR, 25 Mei — Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), yang dianggotai pemimpin pro-BN, percaya keputusan pemilihan PAS bulan depan akan mempengaruhi dan menentukan masa depan idea kerjasama antara Umno dan PAS.

Walaupun tidak mengatakan siapa yang boleh membawa ke arah kerjasama itu, namun Presiden Mubarak Datuk Seri Abdul Aziz Rahman berkata peluang kerjasama itu akan lebih cerah jika jawatan timbalan presiden dimenangi penyandangnya Nasharudin Mat Isa atau Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang turut mengesahkan turun gelanggang.

Selain Nasharudin dan Tuan Ibrahim, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu juga akan bertanding jawatan nombor dua itu.

"Nasharudin OK, Tuan Ibrahim OK... perspektif berbeza tapi ada kekuatan masing-masing.

"Tetapi saya rasa jauh di lubuk hati kerjasama itu wujud," kata Abdul Aziz pada sidang media di sini.

Beliau bagaimanapun tidak mahu meramalkan siapa yang menang bagi jawatan itu.

"Saya tidak mahu masuk campur, itu terserah kepada PAS untuk menentukannya," katanya.

Mubarak merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri bekas wakil rakyat dan mempunyai keahlian kira-kira 1,000 orang seluruh negara.

.... bukan perubahan pimpinan PAS... tapi pimpinan UMporNO yang mesti malah wajib diubah...

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 26 May 2011 03:07 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


NAMPAKNYA MUSA TAK AMAN BILA KES DI NEGERI SENDIRI

Posted: 26 May 2011 12:59 AM PDT

UMNO yang dikatakan menjadi dalang dan heboh dengan Skandal Video Seks yang didakwa melibatkan Ketua Pembangkang terkejut dengan dakwaan seorang wanita yang mengakui mengandung anak hasil hubungan sulitnya setelah diperdaya seorang Ahli Parlimen daripada UMNO. Wanita berkenaan menghubungi Sabahkini.net dan menunjukkan hasil DNA anaknya yang sama dengan profail DNA Lelaki 'S' iaitu seorang Ahli Parlimen UMNO daripada Sabah.

Sabahkini.net sedang mendapatkan pengesahan pihak yang mengeluarkan keputusan DNA tersebut dan Jabatan Pendaftaran Negara Sabah berhubung status anak wanita berkenaan yang dibinkan kepada seorang lelaki lain. Dimaklumkan keluarga wanita terbabit telah membuat laporan polis tetapi kes berkenaan ditutup begitu sahaja kerana pengaruh Ahli Parlimen berkenaan./Sabahkini
Posted by PASPB

GARA2 NAK KEKAL, 2 BN HILANG AKAL

Posted: 25 May 2011 06:29 PM PDT

Pertama, barisan Nasional(BN) seperti hilang akal bila menyambung perkhidmatan Gabenur Bank Negara Malaysia.Memang diakui, BN ketandusan pelapis yang berwibawa dan terpaksa buat sambungan perkhidmatan.
Kedua, Bank Negara (BN) Malaysia mengumumkan kenaikan Overnight Policy Rate (OPR). Kenaikan ini secara langsung akan menaikan kadar pinjaman asas. Ia kemudiannya meningkatkan beban hutang sebahagian besar rakyat Malaysia yang membeli rumah dengan cara pinjaman.

Rakyat yang tau skit perkembangan tertanya2 kenapa BN(Bank Negara) naikkan OPR dan BLR jika inflasi berlaku bukan disebabkan lebihan permintaan dan lebihan wang dalam pasaran? Rakyat marhein satu Malaysia yang bukan tau sangat hal ekonomi tertanya-tanya bagaimana kenaikan OPR dan BLR boleh membantu mengurangkan kos pembuatan terutamanya kos bahan api atau kos tenaga sekaligus mengurangkan inflasi?

Bayangkan kalau bila terbacaa baca akhbar The Star yang lepas banyak kritikan terhadap tindakan Bank Negara ini dan boleh dikatakan hampir keseluruhan pendapat bersetuju tindakan Bank Negara menaikkan OPR dan BLR adalah tindakan tidak masuk akal.

Cubalah kita fikir sejenak bagaimana Kerajaan BN kata inflasi berlaku akibat kenaikan harga minyak dunia. Dan kununnya Kerajaan BN brsungguh mahu kawal inflasi. Tapi dalam masa kawal inflasi kerajaan nak kurangkan subsidi petrol pula. Dimanakah logiknya kerana bila subsidi petrol dikurang sudah tentu akan tingkatkan harga petrol dan harga barangan. semua ini sudah pasti mengundang inflasi.

kerajaan jangan hanya melihat pengurangan tanggungan subsidi. Sebaliknya kerajaan perlulah lihat kepada kawalan pembaziran juga seperti Dari segi kos-kos projek; perbelanjaan agensi Dan kakitangan kerajaan. Khidmat pegawai kerajaan yang sudah bersara juga hendak tidak dilanjutkan secara kontrak terlalu lama.
Kita lihat banyak berlaku pembaziran Dari segi kesesuaian perlaksanaan Mega untuk menjayakan Tranformasi Ekonomi. Projek-projek seperti ini amat diperlukan tetapi Dari segi majoritinya perlulah Dari pelaburan swasta. Apa rakyat bawahan peduli dengan Mega projek sedangkan kehidupan harian mereka begitu daif.

Mudah-mudahan masalah ini akan dapat membuka lagi hati rakyat kepada Parti Pakatan Rakyat agar PR boleh bertapak lebih kukuh sebab kita berani memberikan bukan setakat harapan tapi penjelasan dan perlaksanaan. Oleh itu Undilah Pakatan Rakyat pada PRU13 kelak.

DULU 2008 KINI MACAM DULU GAK ! DAH AGAK !

Posted: 25 May 2011 06:11 PM PDT



Berita ini dipetik dari Pahangdaily pada tahun 2008 lagi. Tapi apa dah jadi kini?

DULU PADA TAHUN 2008.
Masalah gangguan bekalan air ke seluruh kawasan di sekitar daerah Kuantan dijangka dapat diatasi sepenuhnya apabila rumah pam dan muka sauk baru Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang, Sungai Kobat di sini siap sepenuhnya dan akan beroperasi Jun, 2009.
Muka sauk dan rumah pam yang dilengkapi tiga pam berkuasa tinggi itu menelan kos RM43 juta dijangka mampu menampung bekalan air ke seluruh Kuantan sehingga 2025 dengan keupayaan membekalkan 290 juta liter air mentah setiap hari ke Loji Rawatan Air JBA Semambu dan Bukit Ubi. Pengarah Jabatan Bekalan Air Pahang, Datuk Ir.Ismail Mat Noor berkata, operasi rumah pam baru itu kelak dapat menjamin rizab simpanan bekalan air sehingga 100 peratus sekiranya berlaku sebarang masalah kepada rumah pam sedia ada termasuk terputus bekalan elektrik dan sebagainya.

"Apabila beroperasi kelak, ia dijangka dapat menampung kapasiti bekalan air dari rumah pam sedia ada yang kini menggunakan keupayaan empat atau lima daripada enam pam yang disediakan untuk menyedut air setiap hari. "Keupayaan rumah pam sedia ada mungkin boleh dikurangkan kepada separuh daripada kapasiti sebenar dan bekalan selebihnya itu akan ditampung oleh rumah pam yang baru untuk disalirkan ke loji-loji rawatan air," katanya ketika ditemui selepas meninjau kerja-kerja membaik pulih dua paip air berukuran 1.2 meter yang mengalami kebocoran di Rumah Pam JBA Sungai Kobat, semalam.

Menurutnya, sekira berlaku sebarang masalah yang boleh membawa kepada penutupan rumah pam, operasi mengepam air dapat dialihkan sepenuhnya kepada rumah pam satu lagi sekali gus bekalan air kepada pengguna dapat dibekalkan tanpa sebarang masalah," katanya.

Katanya, bagi menjamin bekalan air domestik dan industri yang mencecah hampir 300 juta liter air sehari, JBA turut menerima punca tenaga elektrik dari sumber kuasa Tenaga Nasional berhad (TNB) Sungai Lembing berbanding kini bergantung sepenuhnya kepada punca bekalan TNB di Indera Mahkota.

Mengulas lanjut mengenai bekalan air yang terputus selama hampir 18 jam di keseluruhan kawasan sekitar Bandar Kuantan, semalam, Ismail berkata, ia berpunca daripada dua paip utama berukuran 1.2 meter di Rumah Pam JBA Sungai Kobat yang membekal air mentah ke Loji Rawatan Air Semambu mengalami kebocoran serius. Katanya, kebocoran itu sebenarnya dikesan sejak Ogos lalu bagaimanapun kerja membaik pulih tidak dapat dilakukan segera kerana boleh menjejaskan bekalan air kepada para pengguna berikutan penutupan Loji Rawatan Air Bukit Ubi lebih sebulan yang lalu.

"Kapasiti air yang dibekalkan ke Loji Semambu mencecah 64 juta gelen setiap hari. Jumlah itu mengatasi keupayaan sebenar paip berkenaan dan impak tekanan itu menyebabkan dua paip ini tidak dapat bertahan selain berlakunya pergerakan tanah dan berlaku kebocoran serius sehingga melimpah. "Sehingga kelmarin, JBA mengesan kehilangan bekalan air sehingga 45 juta liter air setiap hari akibat kebocoran paip berkenaan sekali gus bekalan air mentah yang dibekalkan kepada loji Semambu berada di bawah kapasiti yang sepatutnya," katanya. Menurutnya, kerja-kerja pembaikan oleh kontraktor yang dilantik dengan kos hampir RM100,000 itu berjalan mengikut jadual namun bekalan air masih belum dapat dipulihkan di sesetengah kawasan sehingga jam 9 malam semalam. (Sumber: Sinar Harian Pahang)

KINI SELEPAS JANJI SIAP PADA 2009.

25 Mei Rabu 2011
Isu Air: Penduduk Kuantan Di Arahkan Bersabar, Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang Berjanji Untuk Menyelesaikan Masalah Itu Selewatnya Malam Ini
KUANTAN, 25 Mei - Penduduk di bandar ini yang sedang berdukacita akibat masalah gangguan air sejak semalam, diminta bersabar buat seketika. Ini kerana pihak kami mendapat maklumat panas, selepas isu ini di siarkan dalam Pahang Daily Online (PDO) Pejabat Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang telah dihubungi bertalu-talu oleh rakyat yang mahukan maklumat terkini. Antara jawapan yang diterima daripada pihak JBA Pahang setakt ini ialah masalah tersebut sedang diatasi dan dijangka akan selesai selewat-lewatnya malam ini. Namun, tidak dapat dipastikan pukul berapa ia akan berakhir. Difahamkan kini pihak JBA terpaksa memberikan berbagai alasan kepada mereka yang menghubungi jabatan terbabit. Operator JBA diarahkan menjawab perkara yang sama tanpa memberi waktu yang tepat. Mereka yang mahu mendapatkan info terkini bolehlah menghubungi talian 09-5121040. Anehnya bila ada yang mahu bercakap dengan pegawai yang berkenaan, tiada jawapan yang diterima. Malahan pihak JBA juga bagai menyembunyikan sesuatu apabila tidak dapat memaklumkan siapakah pegawai yang bertanggungjawab dalam hal ini. Semua pegawai Operator JBA Kuantan dan JBA Pahang diarahkan menjawab "Pegawai cuma beritahu air akan pulih malam ini", tetapi merahsiakan nama pegawai terbabit. Tinjauan kami ke bandar Kuantan tengahari tadi mendapati banyak restoran popular menutup perniagaan mereka hari ini. Jika ada yang buka sekali pun, mereka terpaksa menggunakan pinggan "polystrin" dan cawan "plastik". Orang ramai yang ditemui kecewa dengan senario yang berlaku, tambahan pula ramai diantara mereka tidak dapat bersiap sedia untuk menyimpan air kerana tiada notis awal yang dikeluarkan oleh JBA.

PEMUDA PAS LADANG

Posted: 26 May 2011 03:02 PM PDT

PEMUDA PAS LADANG


UMNO TAKUT RAKYAT BERMAKLUMAT DAN CERDIK

Posted: 25 May 2011 09:22 PM PDT

Umno takut rakyat bermaklumat kerana ia akan menjadi bom jangka untuk menumbangkan Umno. Perkara ini diluahkan oleh Datuk Dr Fuad Zarkashi Ahli Majlis Tertinggi Umno selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Kota Raja Shah Alam.

Beliau berkata, pendekatan pembangkang boleh mempengaruhi pemikiran anak muda melalui media baru seperti blog, Facebook dan Twitter .

PAS mengharapkan semua jentera penerangan parti perlu melipat gandakan usaha penerangan dan penyerangan supaya rakyat di peringkat akar umbi memahami perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat serta mengetahui penyelewengan BN.

BN resah dengan teknologi maklumat tanpa sempadan. Mereka hanya boleh kongkong media bercetak dan berlesen sahaja, tetapi mereka gagal membendung media baru yang mempunyai kuasa tersendiri. Segala fitnah yang mereka siarkan dalam media perdana, terus dijawab dalam beberapa minit sahaja dengan fakta dan data.

PAS yakin keresahan Datuk Dr Fuad akan menjadi kenyataan jika jentera penerangan PAS dan Pakatan Rakyat mengoptimumkan penggunaan media baru untuk melakukan pencerahan minda rakyat yang rosak angkara media perdana yang tidak beretika.


Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Bersih tambah 2 tuntutan lagi

Posted: 25 May 2011 09:19 PM PDT

BUKIT MERTAJAM, 26 Mei: AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu (gambar) berkata, pihak Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) menambah dua lagi tuntutan iaitu masa berkempen dan perbelanjaan pilihan raya termasuk penyelewengan penggunaan harta kerajaan.

Ini, katanya menjadikan kesemuanya enam tuntutan menjelang Perhimpunan Bersih 2 yang akan diadakan pada 9 Julai ini.

Masa berkempen 10 hari sebagaimana hari ini, tambahnya, tidak sesuai kerana menghadkan kebebasan parti terutamanya Pakatan Rakyat untuk menerangkan keseluruhan mesej yang ingin dibawa demi kebaikan rakyat.

Tegasnya, Bersih meminta sekurang-kurangnya tiga minggu kerana masa tersebut boleh digunakan sebaik mungkin menyalurkan maklumat kepada rakyat akar umbi.

"Bersih menambah dua lagi tuntutan menjadikan enam kesemuanya. Kita akan pastikan Kerajaan Barisan Nasional (BN) akur dengan kehendak tersebut, " jelasnya ketika ditanya selepas menyampaikan ceramah di sini semalam.

Katanya, satu lagi tuntutan ialah mahu memastikan tidak lagi berlaku penyalahgunaan jentera kerajaan setiap kali pilihan raya diadakan.

Malaysia terangnya, ketinggalan jauh di belakang negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Thailand berkaitan pilihan raya kerana masih menggunakan kaedah lapuk untuk menyelamatkan kerusi BN daripada tumpas kepada pembangkang.

"Di Singapura sendiri dah pun matang di mana siaran TV memberi ruang sebebas-bebasnya kepada semua pimpinan parti bertanding bersuara. Begitu juga di Thailand memberi masa dua bulan kepada semua parti berkempen menceritakan manifesto.

"Kalau di Malaysia hanya muka Datuk Seri Najib Razak dan konco-konconya sahaja bercakap menerangkan konsep kerajaan. Pembangkang ditindas dari terus bersuara," jelas beliau.

Empat tuntutan yang pernah dibawa oleh Bersih pada perhimpunan pertama ialah mendaftar pengundi automatik, penggunaan dakwat kekal, penghapusan undi pos dan kebebasan media.

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Posted: 26 May 2011 01:48 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah


Belum Bersih

Posted: 26 May 2011 07:42 AM PDT

via PAS Kawasan Bera by Admin Blog PAS Bera on 5/26/11


Perhimpunan BERSIH pada 2007. - Google.

Imbas kembali Sabtu 10 November 2007 di kebanyakan lokasi utama di ibu negara menuju ke Istana Negara. "Gelombang Kuning" yang dicetuskan oleh BERSIH (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) berjaya mengumpulkan lebih 100,000 pencinta demokrasi dari pelbagai latarbelakang untuk bersama-sama berarak ke Istana Negara menyerahkan memorandum menuntut perjalanan pilihan raya yang adil.

Empat tuntutan utama NGO tersebut pada ketika itu ialah:

1. Penyemakan semula daftar pemilih yang lengkap demi memastikan segala kesalahan dan ketempangan yang sedia ada dapat dihapuskan;

2. Penggunaan dakwat kekal untuk menghalang pengundian berganda;

3. Pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain di luar negara;

4. Akses media yang adil kepada semua pihak dalam pilihanraya supaya semua parti politik boleh menjelaskan dasar dan manifesto mereka kepada rakyat Malaysia.

Bagai menjirus air ke daun keladi, mesej yang cuba disampaikan oleh gabungan NGO ini tidak dipedulikan.

Sebagai kesinambungannya, BERSIH 2.0 akan mengadakan perhimpunan besar-besaran untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil di Malaysia pada 9 Julai 2011 nanti.

"Saya jamin menteri dan parti politik bahawa ini adalah insiatif masyarakat madani dan bukannya inisiatif mana-mana parti politik," kata pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan pada sidang akhbar di Kuala Lumpur, lapor Malaysiakini.

BERSIH 2.0 menambah dua lagi tuntutan iaitu masa berkempen dan perbelanjaan pilihan raya termasuk penyelewengan penggunaan harta kerajaan.

Ini menjadikan kesemuanya enam tuntutan menjelang Perhimpunan Bersih 2 yang akan diadakan pada 9 Julai ini.

Rakyat Malaysia sememangnya prihatin akan perihal keBERSIHan. Pilihan raya juga perlu BERSIH agar perjalanan demokrasi dan pemerintahan negara berjalan dengan adil dan lancar dan tidak menzalimi mana-mana pihak.

Jom BERSIH 2.0!

Яндекс.Fresh-Up/Позиции сайта dppnkedah.blogspot.com

Posted: 26 May 2011 06:07 AM PDT

Добрый день.

Меня зовут Олег Тумбов, я решил обратиться, т.к. отметил что Ваша компания использует сайт dppnkedah.blogspot.com для привлечения потенциальных заказчиков.
Моя работа - анализировать результаты выдачи поисковых систем и находить компании, которым может быть недостаточно входящих звонков от клиентов из Интернета.

Мы с коллегами проявили инициативу и подготовили для dppnkedah.blogspot.com конкретное предложение по целевому привлечению клиентов Fresh-Up. Данный метод, на практике, позволяет существенно увеличить эффективность сайта как инструмента продаж.

Я буду крайне признателен, если Вы прокомментируете наши выкладки (во вложении) или передадите человеку, ответственному за продажи.

С уважением, Олег Тумбов
Специалист отдела продуктивных решений
Компания Fruitful Solutions
Тел./Факс: +7 (495) 661-6100
Моб.: +7 (926) 694-64-78
Web: www.fresh-adv.ru

Blog Rasmi Dewan Pemuda PAS Puchong

Posted: 26 May 2011 01:41 PM PDT

Blog Rasmi Dewan Pemuda PAS Puchong


Blog Pemuda Puchong diserang Cybertroopers Budak Suruhan UMNO

Posted: 26 May 2011 01:02 AM PDT

Blog ini mengalu-alukan kedatangan sesiapa sahaja tak kira agama,bangsa dan negara. Itu lah konsep diperjuangkan oleh "PAS for ALL" selama ini.

Dan hari ni , dengan konsep itu jugalah , "tetamu istimewa" blog ini telah melawat dan melakar/mencoret blog ini dengan tulisan-tulisan yang penuh sopan dan adab.

Buat "tetamu istimewa" ini , kami Dewan Pemuda PAS Puchong mengalu-alukan kehadiran kalian , dan kami akan sentiasa teguh dan istiqamah melawan mungkar dan budaya fitnah adu domba yang tidak ade nilai keadaban yang diperjuangkan kalian , sehingga Islam tertegak jua satu hari nanti.

Kehadiran kalian bukan sahaja tidak mampu mempengaruhi pengunjung blog ini , malah akan menguatkan lagi semangat dan azam kami anak mudah untuk melawat "Thagut"  perjuangan kalian. Inilah unggkapan Ketua Pemuda kami , kerana Rintangan , Mehnah , Tohmahan , Adu Domba, Cacian pihak kalian , merupakan sunnatullah (ketatapan) yang Allah Taala telah sediakan untuk pihak kami. Terima kasih kerana membantu menguatkan kesungguhan kami , keazaman kami serta keyakikan kami , bahawa janji Allah Taala itu benar dan makin hampir !

Dilampirkan di bawah ini , segala komen-komen kalian , yang berselindung disebalik nama-nama samaran , seolah seorang pondan dan bachul , membaling batu menyorok tangan. Namun , teruskan lah usaha kalian , kerana dengan usaha ini lah kalian mendapat rezeki untuk makan minum diri , anak dan isteri . Semoga usaha "murni" kalian ini , mendapat rezeki yang berkat , dan kehidupan kalian , anak isteri akan diberkati dan dirahmati Allah Taala.

Komen-komen cybertroopers , boleh dilihat dalam ruangan komen bagi setiap posting-posting terakhir di blog ini.

Peringatan kepada semua :

Hadis Abu Hurairah r.a:



"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Tanda-tanda orang munafik ada tiga perkara, iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia memungkiri dan apabila diberi amanah dia mengkhianatinya."



Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 89

Batu Gajah Mari

Posted: 26 May 2011 11:39 AM PDT

Batu Gajah Mari


Bob Lokman kini Ulama'

Posted: 25 May 2011 02:26 PM PDT



Bob Lokman jadi ulamak. Dia pakai jubah santai macam Sultan Kelantan pakai. Dengan kopiah dan janggut berandam rapi, penampilan beliau sebagai ulamak tidak dinafikan lagi. Tambah pula biji tasbih di genggaman jari dan tongkat sebagai pelengkap aksesori.

Ini bukan lakonan mengada-ngada tetapi betul-betul punya!

Demikian perwatakan Bob Lokman semalam (Isnin 23 Mei 2011) di Mersing Kanan, Mersing. Selepas tamat acara orang ramai berpusu-pusu menunggu untuk dapatkan autograf sebagai imbalan membeli buku berjodol, Aku, Isabela dan Tok Kenali.

Ceramah beliau ringkas sahaja. Dalam sekitar sejam beliau menyiku kiri kanan. Dalam syok mendengar mantan pengurus kumpulan Wings dan M Nasir ini membantai UMNO, ahli PAS ikut tertibai. Lawaknya memang lucu dan diungkapkan secara santai. Ramai muslimat terpaksa menutup mulut menahan geli hati.

Madahnya berhelah ketika mengulas tugas Polis mengawal ceramah. Katanya, ramai juga Polis menyokong PAS. Orang PAS jangan takut dan marah pada Polis, biar mereka datang dan dengar. Hari ini penyokong PAS makin bertambah.

Ada guru yang beliau kenal memakai baju Pemuda PAS tetapi dengan tag nama berbeza. Perlahan-lahan guru tersebut menyatakan bahawa jika masuk surat khabar, khuatir orang kenal. Cara Bob bercerita kisah Polis dan guru itu memang lucu. Memang patut dia jadi juri Raja Lawak dan pengacara Telebriti.

Bekas penjual buah di Cheras ini secara ringkas mengulas perjalanan hidup beliau sebelum nekad mengibar bendera perjuangan PAS. Dunia glamor ditinggalkan demi sebuah kehidupan yang ikhlas.

Di sana sini dalam wacananya, Bob tidak lupa memetik ayat al Quran dan hadis pilihan. Kepada orang yang ingin tahu pegangan PAS dipersilakan membaca surah an Nisa' ayat 61 - 65.

Sebelum menutup bicara, Bob sempat menyatakan bahawa beliau sanggup kembali berlakon dengan syarat situasi dan kondisi yang melatari dunia artis ini berubah. Jika syariat dipatuhi, semuanya tidak jadi masalah. Beliau juga mengambil kesempatan mengajak orang ramai mengambil sikap berterus terang menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.

Sungguh Bob Lokman sedang menelusuri jalan leluhur keluarga beliau yang bergelumang dengan dakwah, tarbiyah dan perjuangan Islam. Penulis begitu teruja dengan kemahiran beliau memilih kata-kata yang sederhana ringkas namun memberi bekas.

Pulang dari ceramah, penulis mengambil masa kira-kira dua jam untuk melahap buku dibeli hingga khatam. Buku travelog hidayah itu ditulis dengan begitu jujur. Memang wajar dibaca terus-menerus hingga habis.

Bob Lokman, kali ini anda tidak berlakon sebagai ulamak. Anda memang benar-benar menuruti jalan ulamak. Semoga berjaya. Orang Mersing menanti kunjungan anda sekali lagi.

DUN Lembah Jaya

Posted: 26 May 2011 11:16 AM PDT

DUN Lembah Jaya


KERAJAAN SELANGOR SEDANG KENAL PASTI TAPAK BARU MADRASAH AL-TAQWA

Posted: 25 May 2011 09:30 PM PDT

KENYATAAN AKHBAR

25 MEI 2011

KERAJAAN SELANGOR SEDANG KENAL PASTI TAPAK BARU

MADRASAH AL-TAQWA

Kerajaan Selangor sedang mengenal pasti sebidang tanah yang sesuai untuk dibina premis baru bagi menempatkan kanak-kanak dari Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-Anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat, selepas bangunan lama disahkan tidak selamat diduduki.

Menteri Besar, YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengarahkan Pegawai Daerah Hulu Langat supaya mencari tapak baru yang lebih selamat di sekitar kawasan berkenaan untuk didirikan premis atau bangunan untuk kemudahan anak-anak yatim dan kanak-kanak lain yang mahu mendalami ilmu agama.

Menteri Besar berkata, kerajaan negeri akan menawarkan tapak baru yang akan dikenal pasti itu kepada Persatuan Anak-Anak Yatim Malaysia untuk dibina premis baru.

"Kita akan wartakan tapak ini sebagai tapak untuk rumah kebajikan anak-anak yatim dan Madrasah Al-Taqwa bolehlah memohon tapak berkenaan untuk membina bangunan baru dengan bayaran premium paling rendah," kata Menteri Besar.

Menteri Besar mengulangi komitmen kerajaan negeri dalam membantu badan bukan kerajaan (NGO) yang memerlukan tapak untuk membina bangunan bagi melaksanakan program-program kebajikan dengan hanya mengenakan bayaran premium tanah sebanyak RM1.

"Bagaimanapun, NGO ini perlu mematuhi semua peraturan dan menjalin kerja sama dengan pihak berkuasa dalam melaksanakan program-program kebajikan bagi mengelak berlaku kejadian tidak diingini," kata Menteri Besar.

Mengenai anak-anak yatim di Madrasah al-Taqwa, Menteri Besar berkata, usaha sedang dijalankan untuk menempatkan mereka di sekolah di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) telah menyumbangkan RM1,000 untuk mangsa dan keluarga manakala kerajaan negeri menyumbang RM5,000. Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) pula menyalurkan sumbangan RM217,000 untuk diagihkan kepada semua mangsa dan keluarga.

Kerajaan Negeri menerusi Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) juga membiayai penempatan sementara ahli keluarga mangsa di Azwen Resort, sepanjang kerja-kerja mencari dan menyelamat dilakukan.

Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor dan Yayasan Amal juga dihantar bagi membantu pihak berkuasa menjalankan kerja mencari dan menyelamat selain bantuan keperluan harian kepada semua pihak yang terlibat.

Dikeluarkan oleh

SEKRETARIAT AKHBAR

PEJABAT DATO' MENTERI BESAR SELANGOR


--
Sekretariat Akhbar
Pejabat Dato' Menteri Besar Selangor
Tel: 03 5544 7452 Fax: 03 5510 9686

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 26 May 2011 11:07 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Program ziarah orang sakit

Posted: 26 May 2011 02:02 AM PDT

26/5/2011 Cukai - Program bermula dengan kuliah dhuha oleh Ust ali mohamad di markaz PAS Kuala kemaman.Selepas itu penyampaian sumbangan beras dan barangan dapur untuk 36 orang fakir miskin di rumah murah. Dan Pengarah Dun Cukai & beberapa orang AJK Muslimat DUN ziarah ke beberapa buah rumah orang sakit sekitar rumah murah, termasuk seorang mantan ajk cawangan bakau tinggi (ayah wan ghani) hari ini.



Pemuda Bersamamu v3

Posted: 26 May 2011 09:49 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


Banner PGU dinaikkan kembali kurang 24jam selepas dicabut

Posted: 25 May 2011 06:41 PM PDT

oleh : Team IT Pemuda Dun Sura








Berita semalam...Banner PGU dicabut dan dikelar.


Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 26 May 2011 09:44 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Kereta dicuri dijumpai semula

Posted: 25 May 2011 09:04 PM PDT



Kereta dicuri dijumpai semula
Sinar Harian 26 Mei 2011

REMBAU – Sepasang suami isteri melahirkan rasa syukur dan gembira apabila Perodua Kembara milik mereka yang dicuri di perkarangan rumah pagi Isnin lalu telah berjaya dijumpai pihak polis dalam tempoh masa kurang 24 jam dilaporkan.

Walau bagaimanapun penemuan berkenaan tidak berjaya menutup perasaan takut dan bimbang pasangan terbabit, Mohd Nawi Mohd Yusoff, 68, dan Habsah Azizul Rahman, 63, apabila kediaman mereka adalah antara 10 kediaman di perkampungan di situ yang menjadi sasaran pencuri dalam tempoh masa tiga bulan.

Mohd Nawi berkata, sememangnya pihak polis giat melaksanakan rondaan di kawasan berkenaan berikutan ia adalah kawasan panas berdasarkan beberapa insiden cubaan pecah rumah dan juga rompakan, namun penduduk tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada pihak polis dalam mengatasi masalah berkenaan.

"Malah, ada dalam kalangan kami terpaksa mengambil inisiatif sendiri dengan melaksanakan rondaan pada masa-masa tertentu mengikut giliran sedangkan ia sebenarnya boleh dilaksanakan secara lebih efektif lagi melalui kerjasama daripada pentadbiran di peringkat kampung.

"Oleh itu, saya gesa pihak pentadbiran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk berbincang dengan penduduk mengenai masalah ini dan dalam masa terdekat dapat mewujudkan Skim Rondaan Sukarela (SRS) bagi memastikan rondaan dapat dibuat dengan kaedah yang lebih tepat lagi," katanya ketika ditemui di kediamannya, kelmarin.

Sementara itu, Habsah berkata, kecurian berlaku awal pagi semasa mereka sedang tidur dan hanya disedari kira-kira jam 5.30 pagi ketika suaminya ingin membuka pintu pagar rumah seperti kebiasaannya.

Menurutnya, suaminya mendapati pintu pagar berkenaan telah terbuka dan kereta milik mereka juga sudah tiada di garaj.

"Laporan polis telah dibuat pada hari sama dan pasukan polis telah berjaya menjumpai kereta kami yang ditinggalkan di Jirat Perkuburan Cina Johol, Kuala Pilah.

"Oleh itu, kita harap agar pihak pentadbiran kampung dapat memikirkan kaedah yang lebih efektif dalam mengatasi masalah kecurian dan pecah rumah di sini melalui penubuhan SRS bagi kebaikan serta manfaat penduduk kampung sendiri," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9125846.asp

Masalah peneroka Labu Sendayan belum selesai

Posted: 25 May 2011 06:13 PM PDT



Masalah peneroka Labu Sendayan belum selesai
May 25, 2011

Tanah dua ekar seorang di Bandar Baru Sendayan yang diberikan juga tidak sempurna, ada yang termasuk dalam kawasan sungai atau atas jalan raya.

PETALING JAYA: Ramai peneroka dan bekas peneroka Felda Sendayan mengadu rumah banglo yang diberikan kepada mereka berkualiti rendah tidak sepadan dengan harga RM240,000.

"Tanah dua ekar seorang di Bandar Baru Sendayan yang diberikan juga tidak sempurna, ada bahagiannya yang termasuk ke dalam sungai atau di atas jalan raya.

"Sebab itu ramai juga yang tolak dengan pemberian kerajaan Negeri Sembilan itu," kata Setiausaha PKR Rembau, Norazizi Aziz.

Beliau hadir di majlis anjuran Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) di Felda tersebut malam tadi yang dihadapi antara 300 hingga 400 orang.

Di majlis tersebut, Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (Anak) Mazlan Aliman meminta peneroka dan bekas peneroka menyenaraikan masalah yang sedang dihadapi mereka.

Felda Sendayan dengan kawasan 2, 000 ekar mula dibangunkan pada 1963 membabitkan 40 peneroka.

Pada tahun 1996 sesuai dengan perkembangan ekonomi semasa, Kerajaan Negeri Sembilan melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Negeri Sembilan (PKNNS) telah mengadakan perjanjian usahasama dengan MHS Land Sdn Bhd untuk memajukan Kampung Sendayan.

Krisis ekonomi

Peneroka ditawarkan pembelian tanah dengan harga kira-kira RM1.2 juta seorang. Suatu perjanjian jual beli kemudiannya ditandatangani pada 13 November 1996 tetapi krisis ekonomi pada 1997 menyebabkan PKKNS gagal membuat bayaran.

Bagaimanapun pada 2006, 95 peratus daripada 513 peneroka itu menerima bayaran mereka.

Setiap peneroka menerima wang tunai dan juga harta lain yang keseluruhannya bernilai lebih kurang RM1.2 juta. Pampasan ini adalah dalam bentuk wang tunai sebanyak antara RM450,000 ke RM685,780 seorang.

Di samping itu setiap seorang akan diberi tanah pertanian pegangan bebas seluas 0.8 hektar (2 ekar) dianggarkan bernilai RM348,480 dan juga sebuah banglo setingkat empat bilik dengan keluasan tanah 10,000 kaki persegi dianggarkan bernilai RM240,000.

Felda Sendayan dibangunkan menjadi bandar baru bernama Bandar Sri Sendayan.

Menurut Norazizi, peneroka juga mengadu padang sekolah di kawasan tersebut telah bertukar menjadi kawasan pertanian.

"Mereka mahu Anak menyebarkan isu ini untuk pengetahuan semua kerana selama ia hanya diketahui oleh peneroka Felda Sendayan.

"Mereka mahu masyarakat bukan peneroka tahu bahawa nasib peneroka Felda Sendayan tidak sebaik sebagaimana disangka. Isu antara satu Felda dengan Felda lain berbeza," katanya.

Sumber : http://www.freemalaysiatoday.com/2011/05/25/masalah-peneroka-labu-sendayan-belum-selesai/

Pelatih PLKN koma masih terlantar di hospital

Posted: 25 May 2011 06:12 PM PDT



Pelatih PLKN koma masih terlantar di hospital
Utusan Malaysia 26 Mei 2011

KRISHNAMARY sedih melihat keadaan Tamilarasi yang terlantar sakit sejak Februari lalu di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, semalam.

SEREMBAN 25 Mei - Mungkin ramai sudah melupakan seorang pelatih perempuan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), A. Tamilarasi, 18, yang dilaporkan koma dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), di sini Februari lalu.

Pelatih yang merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Taman Desa Cempaka, Nilai dekat sini itu dimasukkan ke HTJ selepas dikatakan demam panas sewaktu menjalani latihan PLKN di Kem PDS Resort, Pasir Panjang, Port Dickson.

Namun selepas hampir empat bulan, Tamilarasi masih terlantar di atas katil hospital HTJ itu dalam wad pengasingan dengan ahli keluarga menemaninya 24 jam sehari secara bergilir-gilir.

Keadaan semakin menyedihkan apabila pelajar yang aktif dan bercita-cita menjadi jururawat itu kini dipasang tiub ke perut melalui rongga hidung untuk menyalurkan susu, manakala lehernya pula terpaksa ditebuk untuk memudahkan pernafasan.

Ibunya, A. Krishnamary, 40, berkata, Tamilarasi tidak mampu bercakap, malah tidak mengenali mereka di sekelilingnya selain mendongakkan kepala dan merenung tajam ke siling hospital itu.

Katanya, Tamilarasi memasuki kem di Port Dickson pada 2 Januari lalu dan beberapa hari kemudian menghidap demam panas, bagaimanapun pihak pengurusan kem tidak merujuknya ke hospital, sebaliknya memberi Panadol selepas mendapati keadaannya tidak begitu serius.

Kata Krishnamary, suaminya, K. Anandan, 41, telah pergi ke kem berkenaan pada 2 Februari bagi membawa pulang anaknya itu kerana cuti Tahun Baru Cina, tetapi terkejut melihat keadaan Tamilarasi.

''Kami kemudian membawanya ke klinik untuk rawatan lanjut dan pada 8 Februari, dia dimasukkan ke HTJ dan berada dalam keadaan koma.

''Doktor hanya memberitahu anak saya dijangkiti virus pada organ utama termasuk otak, leher dan jantung. Apa jenis virus itu, masih tidak dapat dipastikan," ujarnya.

Kini, memandangkan keadaan Tamilarasi yang semakin kritikal, Krishnamary hanya balik ke rumahnya di Nilai sekali dalam seminggu.

''Kami tidak tahu apa yang perlu dibuat lagi. Hati saya tersentuh setiap kali melihat Tamilarasi menghembuskan nafas," katanya sambil menjelaskan pihak pengurusan kem ada datang melawat anaknya itu.

Tamilarasi merupakan anak kedua daripada tiga adik-beradik dan merupakan anak perempuan tunggal bagi pasangan itu.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0526&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_03.htm

KHIDMAT MERU

Posted: 26 May 2011 09:36 AM PDT

KHIDMAT MERU


PROGRAM KAUNSELING PELAJAR PTRS

Posted: 26 May 2011 05:25 AM PDT





Bagi memperkuatkan keyakinan dan minda bagi mengubah dan mengrealisasikan kejayaan cemerlang SPM, satu Program Kaunseling khas untuk pelajar PTRS anjuran Dun Meru berjaya diadakan di Masjid As Syarif Meru. Program bersama dengan pejabat Agama Daerah Klang dengan PKM Dun Meru. Pelajar diberikan slot khas terutama formula dan ciri-ciri sahsiah Islam dan kecemerlangan akademik dalam konteks Islam. Dun Meru mempunyai 140 pelajar yang mengikuti kelas PTRS yang diadakan setiap minggu yang diseliakan oleh KPMI, Encik Baharom bin Basiron.

i n t a n h i j a u

Posted: 26 May 2011 07:11 AM PDT

i n t a n h i j a u


KARNIVAL PAS GANTI UMNO ZON SELATAN DI CHENDERONG BALAI

Posted: 26 May 2011 04:16 AM PDT

Jemput hadir beramai-ramai...!

JOM SAMA-SAMA KENA SEMBUR AIR DAN ASAP...!

Posted: 26 May 2011 03:38 AM PDT


Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) hari ini mempelawa semua parti komponen BN menyertai perhimpunan besar-besaran 9 Julai ini bagi menuntut pilihan raya yang bebas dan adil.

"Saya jamin menteri dan parti politik bahawa ini adalah insiatif masyarkat madani dan bukannya inisiatif mana-mana parti politik," kata pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan pada sidang akhbar di Kuala Lumpur.

Beliau merujuk amaran Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin, sebelum ini yang mahu BERSIH 2.0 sebagai penhanjur membatalkan perhimpunan jalanan itu.

"Saya ingin menjemput semua parti politik termasuk BN dan NGO lain supaya bersama kami pada perhimpunan ini untuk bersama dengan rakyat."(malaysiakini)

APA KITA KATA DENGAN ORANG INI..?

Posted: 25 May 2011 08:10 AM PDT



Pemuda PAS Merbok

Posted: 26 May 2011 07:06 AM PDT

Pemuda PAS Merbok


3 ORANG CALON TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS PUSAT

Posted: 25 May 2011 10:30 PM PDT

Kini sah, jawatan Timbalan Ketua Pemuda PAS bakal ditandingi tiga individu iaitu penyandangnya, Azman Shapawi Abdul Rani, Ketua Penerangan, Suhaizan Kaiat dan Pengarah Pilihan Raya, Mohd Firdaus Jaafar.


Ust Azman Shapawi



Suhaizan Kaiat



Ust Mohd Firdaus Jaafar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan