Selasa, 24 Mei 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 24 May 2011 03:34 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


Negara kita akan jadi macam Zimbabwe?

Posted: 23 May 2011 04:02 AM PDT

Setengah pihak beranggapan negara kita akan menjadi 'Zimbabwe in different name' - Betul ke?

Rakyat yang telah bersara dan yang tidak ada pendapatan bakal membayar cukai GST yang akan diperkenalkan oleh kerajaan tidak lama lagi. Yang akan menerima 'compensation' dari kenaikan harga barangan melalui GST ialah  Syarikat Korporat dan individu yang mempunyai gaji pendapatan tetap dengan pengurangan cukai-cukai pendapatan untuk mereka.

Bagi ramai yang tidak lagi mempunyai pendapatan termasuk diri saya, akan membayar kos barangan dengan harga lebih mahal kerana ada elemen GST yang dimasukan ke dalam harga barangan yang dijual dan dibeli.  Bagi mereka yang sedang bekerja dan mempunyai gaji serta elaun tidak akan merasakan kenaikan itu kerana mereka akan diberikan rabate terhadap cukai pendapatan mereka.

Pihak yang seperti saya dan ramai lagi rakyat, kami akan hanya mengalami membeli harga barangan yang tinggi tanpa mendapat apa pengecualian yang lain. Ramai pemimpin telah memberikan nasihat supaya belajar mengubah cara hidup dan tidak membazir dalam menghadapi kenaikan harga barang makanan serta barangan dan perkhidmatan. Ramai pemimpin kita menasihati rakyat supaya tidak membazir dan berbelanja mengikut kemampuan.

Di sini saya ingin memberikan nasihat juga kepada pemimpin-pemimpin besar kita bahawa ramai di antara yang ramai di bawah ini tidak pun mempunyai pendapatan untuk dijimatkan. Hanya mereka yang ada pendapatan sahaja yang boleh berjimat, Tetapi kepada mereka-mereka yang tidak berpendapatan, apa kah yang hendak jimatkan? Bagaimana hendak menjimatkan perkara yang tidak ada?

Khairy Jamaludin telah meminta kerajaan supaya tidak mengambil tindakan mengurangkan susidi dalam keadaan sekarang ini. Ramai mengharapkan agar apa yang di sarankan oleh ketua Pemuda itu di ambil perhatian dan tentunya pandangan beliau itu adalah pandangan ramai rakyat yang tidak bernasib baik yang tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi.

Membayar cukai adalah wajib, seperti wajibnya mati. Dengan pengenalan GST ini kita akan membayar cukai setiap masa dan tidak boleh lari darinya walaupun sedikit. Kita bayar sahajalah cukai ini kerana tanpanya pemimpin kita tidak akan mampu memilihara negara kerana pimpinan kita adalah pimpinan yang sangat mahal untuk diberikan tugas mentadbir kita semua.

Dulu kita ingat setelah rakyat tidak lagi mendapat kemudahan pelajaran percuma seperti banyak negara maju tidak mengapa kerana kita tidak akan dicukai sebegitu banyak. Tetapi sekarang sudahlah pembiayaan pelajaran dan kemudahan perubatan begitu tinggi, kita dicukai kiri dan kanan.

Saya bukannya orang pandai tetapi saya tahu orang yang tidak mempunyai pendapatan atau pendapatan yang kecil memang mangsa yang terawal apabila GST ini dilaksanakan. Kita tidak ada 'income tax' untuk dikurangkan. Kita juga tidak ada syarikat korporat untuk mendapatkan rebat 'corporate tax' yang bakal didapati' oleh mereka yang tergulung ke dalam masyarakat korporat.

Lepas satu, satu masalah dibebankan kepada kita yang kurang berbasib baik ini. Waktu rakyat sedang dihimpit oleh kenaikan harga barangan waktu ini jugalah kerajaan hendak kurangkan subsidi. Waktu ini jugalah kerajaan hendak mengenakan GST. Nampaknya terpaksalah ramai di antara kita mendengar nasihat pemimpin supaya menukar gaya hidup kita dengan keadaan yang mendatang.

Baliklah kita ke kampong, tanam sayur dan jadikan sayur sebagai menu utama makanan kita. Kalau di kampong kita boleh berpakaian yang serba serbi 'simple'. Jangan lagi menghisap rokok dan gantikanlah rokok itu dengan rokok daun untuk menghilangkan gian merokok. Jangan pula sayur yang kita tanam sendiri itu pun dikenakan cukai GST pula. Tetapi kalau hendak dicukai juga, cukailah. Tidak siapa yang boleh lari dari cukai seperti kita tidak dapat lari dari malikilmaut apabila sampai waktunya nanti.

Yang ramai terlibat ini adalah kaum kita Melayu dan kita tengoklah nanti samada cita-cita Najib untuk menjadikan rakyat Malaysia sebagai rakyat berpendapatan tinggi sehingga US dollar 15,000/tahun menjelang tahun 2020 nanti akan tercapai dengan lari dari membayar GST apabila di laksanakan nanti.

Kita tidak boleh mengadu dan mengkritik tentang isu ini, nanti dikatakannya kita terpengaruh dengan hasutan pembangkang. Oleh itu kita terima sajalah apa yang di lakukan oleh pemimpin yang pandai-pandai di atas itu.

Masing-masing mempunyai nasib masing-masing. Kalau kita layak balik ke kampong sahaja kita balik kampong. Kalau nasib seseorang itu membolehkan pergi berulang alik ke Timur Tengah, London dan New York dengan menggunakan wang rakyat lakukanlah. Kalau dah ditakdirkan untuk mencium tangan orang lain untuk hidup ciumlah tangan sesiapa pun sepuas hati. Tentukanlah cara hidup masing-masing.

Kadangkala tidak boleh dipersalahkan banyak pihak yang merasakan negara ini akan menjadi 'Zimbabwe in different name'..... Sakmongkol AK7

DPP Padang Besar

Posted: 24 May 2011 03:20 AM PDT

DPP Padang Besar


Program Turun Ke Cawangan-Gotong Royong Markas PAS Cawangan Kg Darat

Posted: 23 May 2011 04:43 PM PDT





CINA ISLAM (林川興)

Posted: 24 May 2011 01:23 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Pas Perak ucap takziah kepada mangsa tanah runtuh di rumah anak-anak yatim At-Taqwa

Posted: 24 May 2011 01:00 AM PDT

21 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussain, turut menyatakan simpati atas tragedi tanah runtuh di Rumah Anak Yatim At-Taqwa, Felcra Semungkis, Batu 14, Hulu Langat Kajang, beliau mewakili seluruh ahli dan pimpinan PAS Perak merakamkan ucapan takziah atas ujian yang telah diberikan Allah SWT itu.

Memetik ucapan beliau,"Saya mewakili PAS Perak merakamkan tanda simpati dan takziah kami kepada mangsa-mangsa tanah runtuh iaitu rumah anak yatim at-Taqwa, terutama sekali kepada mangsa anak yatim yang telah kembali ke rahmatullah"

"Namun begitu, PAS Perak menyeru kepada seluruh ahli PAS Perak untuk memberi bantuan berbentuk kewangan dan material untuk meringankan beban mangsa dan keluarga" katanya lagi.

" Semoga mangsa anak yatim yang telah kembali ke rahmatullah di tempatkan di kalangan orang beriman. InsyaAllah."

"Saya juga mengharapkan agar mangsa-mangsa rumah anak yatim at-Taqwa tersebut tabah dalam menghadapi segala ujian Allah." katanya lagi.

mohd hafez sabri

Larangan berkhawat untuk elak zina

Posted: 24 May 2011 12:45 AM PDT

21 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

Rasulullah s.a.w. dalam hadis daripada Ukbah bin Amir menyebut bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Maka jangan sekali-kali seorang lelaki bersendirian dengan seorang perempuan yang bukan mahramnya kerana yang ketiga ialah syaitan." (Riwayat Al-Imam At-Tirmidzi)

Mungkin ramai yang tidak tahu mengapa rasulullah melarang lelaki berkhalwat dengan wanita. Mungkin pada mereka larangan itu menyekat kebebasan hak asasi mereka. Sebab itu ada yang berkata, pertemuan itu hanya sekadar bualan biasa, tidak lebih daripada itu. Tetapi sebenarnya rasulullah sendiri sudah memberi jawapan yang jelas, iaitu tatkala mereka berduaan akan ada syaitan di antara keduanya.

Syaitan yang sifatnya suka menggoda, akan meniupkan ransangan seks wanita dan kemudiannya lelaki. Ransangan syaitan itu lambat laun akan berhasil dan ketika itu pasti berlaku perzinaan.

Tetapi jika antara mereka ada orang ketiga tentu pasangan itu akan merasa malu untuk melakukan zina itu. Sebab itu bagi menyelamatkan keadaan rasulullah menyarankan pasangan itu berteman orang yang ketiga seperti sabdanya yang bermaksud:

"Tidak halal bagi seseorang lelaki berkhalwat dengan seseorang wanita yang tidak halal buatnya kecuali ditemani mahram (mahram-orang yang diharamkan nikah/ kahwin dengannya. Maka orang atau pihak ketiga yang ada bersama-sama ketika mereka berdua berkhalwat itu adalah syaitan".

(sila rujuk bukuFiqh As-Sunnah oleh Syed Sabiq).
Sebenarnya larangan berduaan di tempat yang mencurigakan dan sebaliknya digalakkan bertiga dalam sesuatu pertemuan adalah untuk merealisasikan perintah Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:

"Dan janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." (Surah al-Isra' :32)
Jelas dalam ayat di atas Allah tidak melarang berzina secara langsung tetapi melarang umat Islam menghampir perbuatan zina.

Bayangkan kalau menghampiri zina tidak berlaku, bolehkah berlaku perzinaan. Sudah pasti tidak berlaku zina. Jadi, larangan menghampiri zina itu merujuk kepada larangan berkhalwat, pergaulan bebas dan seumpamanya.

Undang-undang Jenayah Syariah
Umat Islam yang memahami perintah Allah dalam al-Quran dan larangan Rasul dalam hadis di atas, pasti tidak tergamak untuk melakukan dosa khalwat. Malah dalam Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003, kesalahan khalwat dijelaskan bahawa;

lelaki atau perempuan yang didapati berada bersama seorang atau lebih yang bukan mahramnya di mana-mana tempat terselindung dalam keadaan boleh menimbulkan syak mereka sedang melakukan perbuatan tidak bermoral.

Manakala hukuman kesalahan jenayah khalwat ini diperuntukkan dalam undang-undang jenayah syariah pada Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, bila sabit kesalahannya, dendanya tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Walaupun sudah ada larangan Allah tetapi umat Islam belum terdidik dengan perintah Allah dan larangan Rasulullah. Malah tidak gentar dengan peruntukan undang-undang Syariah di atas. Umat Islam tidak takut dengan ancaman undang-undang itu kerana pada mereka kalau kena denda, tidak sukar untuk membayarnya.

Dan kalau kena penjara, tidaklah lama bahkan akan dihidangkan dengan makanan yang terkawal lagi baik.

Jelas, penjenayah ini bukan sahaja tidak takut kepada undang-undang dan hukumannya malah tidak takut kepada Allah dan hukuman-Nya. Mereka juga tidak malu kepada Rasulullah dan jiran-jirannya. Ya, kalau begitu keadaannya, boleh jadi mereka ini tidak pernah sujud menyembah Allah.

Kenapa wanita dan lelaki ambil jalan pintas?
Menyedari keadaan ini, suka saya mengingatkan wanita yang terlibat juga mereka yang berniat untuk terlibat dalam aktiviti khalwat, hargailah diri anda.

Tubuh wanita adalah ciptaan Allah yang termahal, maka tidak wajar diberikan percuma kepada seseorang lelaki. Ya, wajarkah barang yang mahal milik anda diberikan kepada seseorang begitu sahaja? Tentu tidakkan?

Sebenarnya dalam kes khalwat ini, wanita tersebut telah menggadaikan maruahnya kepada lelaki tanpa mendapat apa-apa manfaat kecuali mengandung anak luar nikah. Tetapi tahukah anda, seorang lelaki dalam keadaan ini boleh menyelamatkan diri dan meninggalkan anda bersama kandungan yang memalukan.

Jadi, apa faedahnya wanita menggadaikan maruahnya hanya kerana keseronokan sementara. Sebenarnya walaupun wanita itu tidak mengandung anak luar nikah,hati wanita itu tetap menderita dan hidup dalam keadaan ketakutan.

Walaupun secara zahirnya mereka rasa seronok melakukan dosa dan maksiat tetapi hakikatnya hati mereka diburu rasa takut.

Percayalah ketika melakukan melakukan kesalahan itu, hati mereka sentiasa rasa bersalah orang kampung dan mereka takut kalau dikesan oleh mereka. Mereka juga takut kalau-kalau ditangkap pihak berkuasa agama. Pada masa yang sama, mereka takut kalau-kalau diketahui ibu bapa masing-masing.

Bayangkan kalau setiap hari mereka dalam keadaan itu, di manakah kebahagiaan mereka. Kenapa memilih kebahagiaan sementara sedangkan kebahagiaan sebenar boleh diperoleh dengan berkahwin? Tetapi bagaimana kalau wanita itu mengandung anak luar nikah, di mana hendak disimpankan rasa malu kepada jiran, keluarga terutama ibu bapa.

Sesungguhnya ibu bapa dalam keadaan ini akan lebih terasa malu jika anak yang dididiknya sehingga dewasa mencemarkan nama baik mereka. Malah akan terlebih malu kalau anaknya dibiarkan mengandung tanpa suami. Tetapi bolehkah si anak itu membayangkan akan kesedihan dan kekecewaan ibu bapanya?

Percayalah kalau semua ini dapat dirasakan oleh wanita sebelum atau semasa hendak melakukan dosa dan maksiat itu, pasti kenikmatan sementara itu boleh ditinggalkan dengan senang hati. Apatah lagi kalau dia rasa takut kepada Allah dan hukuman yang bakal diterima nanti.

Umat Islam mesti mencegah
Gejala bersekedudukan atau khalwat ini boleh dibasmi dalam sesuatu komuniti jika semua pihak dapat berintak sebagai pencegah. Di sini, masyarakat tempatan perlu peka dengan jiran mereka dan mengenal pasti siapa jiran mereka itu.

Seseorang yang baik akan mengambil tahu status jirannya supaya dengan itu dapat mengesan mana jiran yang melakukan dosa dan maksiat sama ada pada waktu malam atau siang.

Perhatian jiran ini akan menjadikan lelaki dan perempuan yang berniat untuk melakukan dosa dan maksiat terhalang. Hal ini kerana sikap masyarakat setempat itu telah menjadi mata dan telinga masjid dan kerajaan.

Oleh sebab itu ibu bapa perlulah sentiasa mengingatkan anak-anak mereka sama ada lelaki mahu perempuan agar menjauhi dosa dan maksiat. Ingatkan anak perempuan bahawa sentuhan lelaki boleh menyebabkan mereka mengandung.

Ingatkan juga, jika mereka mengandung bukan sahaja dia akan malu tetapi ibu bapa juga malu. Dan ingatkan juga anak lelaki jika mereka merosakkan maruah wanita, hakikatnya dia telah merosakkan maruah ibu bapanya sendiri.

Inilah asas didikan iman yang boleh diberikan kepada anak-anak. Jiwa mereka perlu disuburkan dengan rasa takut kepada Allah, gerun kepada neraka-Nya dan cintakan syurga-Nya. Jika semua ini dapat direalisasikan diri diri semua umat Islam pasti mereka akan menjaga maruah masing-masing.

Ketika itu umat Islam akan berada dalam masyarakat harmoni, yang tidak diselubungi gejala maksiat. Kalau di rumah boleh rasa bahagia, dalam masyarakat juga boleh rasa bahagia, dan pastinya dalam negara turut rasa bahagia.

Ahmad Baei Jaafar

Anwar kembali ke tirai besi?

Posted: 24 May 2011 12:30 AM PDT

21 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

Datuk Seri Anwar Ibrahim kelihatan optimistik apabila ditanya sama ada beliau akan didapati bersalah oleh mahkamah memandangkan beliau telahpun diminta membela diri berhubung perbicaraan kes Liwat II.

Tanpa berlengah, Anwar dengan yakin berkata, tiada sebab mengapa mahkamah perlu memutuskan sedemikian.

Ketika berdepan dengan persoalan sama pada 2009, Anwar
kelihatan lebih yakin dan berkata "tidak mungkin" beliau akan kembali dikurung tirai besi; namun ketika ditanya dalam wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu, Anwar berkata "barangkali tidak."

Jauh di sudut hatinya, Anwar berkata beliau tidak akan kembali ke penjara. Namun, jawapannya itu masih mengandung persoalan.

Adakah beliau bersedia sekiranya mahkamah tetap memberikan keputusan yang tidak memihak kepada dirinya?

Apakah pula yang akan berlaku kepada PKR dan mampukah timbalan presidennya, Azmin Ali mengambil alih parti itu dalam ketiadaannya?

Beliau memberikan beberapa kata nasihat kepada Azmin dan pada masa yang sama beliau turut menempelak bekas pengikutnya Datuk Zaid Ibrahim yang bertindak keluar parti dan kini mengetuai parti KITA.

Berikut ialah wawancara Malaysiakini dengan Anwar berhubung isu yang dibangkitkan:

Malaysiakini: PKR terus diserang berhubung pemilihan langsung yang dijalankannya pada tahun lalu. Adakah tindakan mengadakan pemilihan itu satu keputusan yang betul?

DSAI: Anda tahulah ada suara-suara liberal yang kata kita tidak sepatutnya jadi terlalu demokratik kerana orang belum bersedia. Tapi, mengapa kita bercakap tentang demokratik? Inilah harga yang perlu dibayar.

Kita mahu jalankan pemilihan, dan ianya sangat mahal, tapi saya rasa, supaya adil, (jawatankuasa pemilihan) menjalankan tugas yang baik. Ada kerisauan disuarakan terutamanya aduan tentang tindakan yang berlengah-lengah, tentang disiplin parti (dan keputusan) yang digantung. Malah sekarang pun (pemilihan dibuat semula) untuk Batu Sapi dan Semporna kerana ada peti undi yang hilang.

Jadi jika anda kata kita tidak bersedia, kita boleh kata begitu. Tapi bukanlah orang tidak bersedia. Mungkin ada masalah dengan jentera tetapi orang (PKR) OK, mereka boleh terima.

Malaysiakini: Ada juga kritikan timbul memandangkan Datuk Seri bukan dipilih oleh parti.

DSAI: Ya, saya bukan dilantik melalui pemilihan langsung tetapi para perwakilan meluluskan resolusi (pada 2009). Saya tidak mempengerusikan mesyuarat parti. (Presiden, Datuk Seri Dr Wan) Azizah yang pengerusikannya.

Malaysiakini: Adakah Datuk Seri bersedia untuk bertanding dalam pemilihan akan datang?

DSAI: Jika Azizah mengalah, saya akan bertanding.

Malaysiakini: Atau sekiranya Datuk Seri tidak kembali ke penjara?

DSAI: Ya. Barangkali tidak... Tidak ada sebab (untuk didapati bersalah).

Malaysiakini: Datuk Seri pasti?

DSAI: Bawah undang-undang apa? (Pihak berkuasa) perlu bersedia dengan kessannya. Kenapa (mereka) fikir rakyat bodoh? Kenapa (mahkamah buat keputusan) seperti itu? Macam mana anda boleh buat keputusan seperti itu?

Mungkin saya patut baca teks pendakwaan dalam kes yang dipanggil prima facie ini. Mereka mempersendakan undang-undang ini.

Tambahan pula, saya belum dapat keputusan (bertulisnya), walaupun ia dibacakan di mahkamah... Saya dapati (ini) pelik.

Malaysiakini: Datuk Seri bersedia sekiranya kembali dipenjarakan?

DSAI: Saya telah melalui yang terbaik dan paling buruk. (Mereka tidak boleh) beri saya kata dua atau ugut saya seperti ini. Saya berasa, dalam hati saya (saya tidak akan kembali ke penjara).

Malaysiakini: Jadi sebab mengapa Datuk Seri tidak mahu bertanding jawatan presiden adalah disebabkan perbicaraan kes liwat bukan?

DSAI: Ya, banyak sebabnya, anda tidak perlu jelaskan semua. Saya dengar pandangan pemimpin, saya lihat (situasinya). Siapa yang mahu saya bertanding? Utusan. Ini menarik. Utusan melancarkan kempen dan anda terpengaruh.

Mereka melancarkan kempen besar-besaran, jadi anda perlu tanya kenapa. Tiba-tiba, satu perkara positif yang mereka kata ialah Anwar perlu jadi presiden kepada parti. Lagilah saya tidak mahu.

Malaysiakini: Adakah sesiapa di dalam PKR yang boleh mengambil alih?

DSAI: Tiada siapa yang kekal. Ahli politik ada ego yang besar, kadang-kadang mereka rasa begitu. Tapi demi Tuhan, anda perlu tahu.

Mandela ada pengganti, Gandhi ada pengganti. Mereka semua pemimpin besar dan mereka ada pengganti. Dan jika Rasul, walaupun anda tidak menggantikan Rasul, (digantikan) dengan para sahabat. Jadi orang kecil seperti kita, anda tidak tahu, saya mungkin akan hilang begitu sahaja daripada sistem.

Malaysiakini: Sekarang Datuk Seri ada Azmin Ali sebagai bakal pengganti tapi dia tidak seperti Datuk Seri. Dia tidak berapa disukai dalam parti.

DSAI: Ya.

Malaysiakini: Apa nasihat yang boleh Datuk Seri berikan untuk perbaiki imejnya.

DSAI: Tidaklah, dia buat kerja, maksud saya, orang kadang-kadang berasa kasihan dengan saya kerana saya dipenjarakan dan semua itu.

Malaysiakini: Jadi dia juga perlu dipenjara?

DSAI: [Ketawa] Kita bekerja sebagai satu pasukan. Azizah mungkin bukan licik berpolitik seperti saya, tapi dia boleh tarik (sokongan). Sebagai contoh, di Sabah (kami) biarkan Azizah menguruskannya dan tiba-tiba situasi kembali tenang. Jadi saya tanya dia, 'apa yang awak dah buat? Doa apa yang awak baca, keadaan sangat tenang sekarang?'

Jadi Azmin perlu buat seperti itu. Dia perlu bina pasukan yang boleh memenuhi batas atau kelemahannya.

Kedua, anda perlu dilihat... jika anda mula buat perbandingan, ialah satu masalah seperti sesiapa saja yang mengambil alih daripada Mandela. Saya, tentunya, di rang paling bawah, tapi itulah masalahnya bila orang mula buat bandingan.

Tapi saya percaya bahawa (Azmin) percaya dia ada (ciri-ciri) yang betul tapi dia mesti dilihat suka menolong, suka berdamai dan pada masa lain lebih berhati-hati, sabar dengan beberapa kenyataannya.

Ini akan ditekankan, bukan? (Bahawa) 'Azmin perlu lebih berhati-hati, sabar.' Saya ucap selamat kepada dia, lebih baik saya beritahu dia dulu [Ketawa]

Malaysiakini: Datuk Seri rasa dia pengganti yang baik?

DSAI: Bukan pengganti, ini perlu diserahkan kepada parti untuk diputuskan. Buat masa ini dia timbalan presiden, satu fungsi yang besar... Tapi untuk berjaya, seperti yang saya kata, dia mesti bekerja dalam satu pasukan dan... serahkan kepada parti untuk diputuskan.

Gambar Anak-Anak Yatim Ketika Latihan Nasyid, Beberapa Minit Sebelum Kejadian tanah runtuh

Posted: 24 May 2011 12:17 AM PDT


21 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -Gambar ini dirakan sebelum kejadian tanah runtuh berlaku. Mereka ketika ini sedang berlatih nasyid. Tengok la wajah anak-anak kecil yang berserban dan berjubah. Mereka pergi selama-lamanya menemui Allah Yang Esa./Gambar: team Kerabu Bersuara
.....Al Fatihah.

Kenapa kos loji kumbahan meningkat RM500 juta?

Posted: 24 May 2011 12:15 AM PDT

21 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mendakwa berlaku peningkatan kos yang besar sebanyak RM500 juta dalam usaha menaiktaraf sebuah loji kumbahan di Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Katanya, beliau mendapat maklumat itu daripada sumber yang enggan didedahkan pada masa ini.

Pakatan jangan bubar Dun jika PRU tahun ini

Posted: 24 May 2011 12:09 AM PDT

21 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 24 Mei: DAP akan mencadangkan kepada pucuk pimpinan Pakatan Rakyat supaya kesemua negeri Pakatan tidak membubarkan Dun masing-masing jika pilihan raya umum diadakan tahun ini.

Roketkini.com melaporkan keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankausa Eksekutif Pusat DAP di sini malam tadi.

Menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, pucuk pimpinan parti lebih cenderung untuk tidak membubarkan Dun bagi membolehkan pemusatan tenaga dan jentera dalam menghadapi Barisan Nasional.

"Ia juga bertujuan memastikan usaha Pakatan Rakyat untuk memenangi semula Perak dapat ditumpukan sepenuhnya," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Bagaimana pun, beliau menjelaskan, keputusan sama ada untuk sama-sama membubarkan Dun atau tidak, sekiranya PRU diadakan tahun ini, akan dibuat bersama oleh pucuk pimpinan Pakatan tidak lama lagi.

Pakatan menguasai Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang. Perak dimenangi secara sah oleh Pakatan dalam PRU 2008 tetapi dirampas secara haram oleh Umno dan BN setahun kemudian.

Menurut Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, kajian terbaru yang dibuat oleh Pakatan negeri itu menunjukkan PAS, DAP dan PKR mampu memenangi 33 daripada 59 kerusi Dun Perak.

"Dalam PRU 2008, kita menang 31 kerusi dan berjaya bentuk kerajaan. Selepas BN rampas Dun Perak, kajian yang kita buat menunjukkan jika pilihan raya negeri diadakan pada ketika itu, kita mampu menang sehingga 40 kerusi, iaitu menang dua pertiga majoriti," katanya.

Beliau menambah, keadaan pada masa itu menggambarkan kemarahan para pengundi Perak berikutan taktik kotor Umno dan BN.

Beliau menjelaskan, walau pun kajian terbaru menunjukkan kemungkinan pengutan kerusi berkurangan, ia adalah lebih baik daripada keputusan yang Pakatan catatkan pada 8 Mac 2008 dan terus menjamin kemenangan.

Sebelum itu, Guan Eng menyatakan pucuk pimpinan DAP mengulangi pendirian bahawa parti tetap menyokong kepimpinan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak, kini dan sekiranya Pakatan kembali menguasai negeri itu.HD/-

100 bekas ahli Umno sertai PAS, cawangan Umno bakal berkubur

Posted: 24 May 2011 12:00 AM PDT

21 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

Di tengah-tengah kekalutan Umno mengadakan demontrasi membantah Ladang Rakyat dan pelancaran gelombang merah, lebih 100 bekas ahli Umno di bahagian ini menyertai PAS.

Kemuncaknya apabila bekas Ketua Pemuda Umno Ketereh, Soberi Shafii (gambar) mengambil langkah sama menyerah borang menyertai PAS baru-baru ini.

Sejak pilihan raya umum 2008 sehingga sekarang tiga bekas anggota jawatankuasa Umno Ketereh menyertai PAS termasuk Hussin Mat dan Abdul Manaf Abdullah.

Soberi pernah berjuang selama 38 tahun bersama Umno berkeyakinan lebih ramai lagi pengikutnya di Ketereh terutamanya anak muda menunggu masa sesuai untuk meninggalkan Umno.

"Hanya menunggu masa yang sesuai dan InsyaAllah kita akan lihat ada cawangan Umno di Ketereh akan dibubarkan nanti," katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan sijil keahlian PAS kepada 100 bekas ahli Umno di sini, baru-baru ini.

Mereka yang diketuai Mohamad Abdul Rahman menerima sijil daripada Adun Kadok, Azami Mohd Nor. Majlis itu diadakan di Kampung Padang Lepar, Kadok.

Soberi juga bekas calon BN pada pilihan raya umum 1995 di Dun Kadok menjelaskan gelombang merah dilancarkan Datuk Seri Mustapa Mohamed hanya retorik semata-mata.

"Umno sebenarnya tidak ada pendekatan kukuh untuk meyakinkan rakyat Kelantan.

"Bagi saya gelombang merah tidak memberi kesan langsung kepada rakyat negeri ini," ujarnya.

Azami pula berkata, hasil kesedaran rakan-rakan bekas pemimpin Umno di Kerereh membolehkan rakyat menilai perjuangan sebenar dibawa Umno sekarang. -Harakahdaily

Nizar tetap disokong sebagai MB, jika Pakatan Rakyat tawan Perak

Posted: 23 May 2011 11:58 PM PDT

21 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
http://perakite.blogspot.com

Pucuk pimpinan DAP mengulangi pendirian bahawa parti itu tetap menyokong kepimpinan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak, jika Pakatan Rakyat kembali menguasai negeri itu.

Kenyataan ini dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng yang disiarkan dalam Portal Berita Roketkini.com. hari ini.

Sejak peristiwa hitam rompakan kuasa BN terhadap kerajaan negeri Perak, DAP sudah berkali-kali menegaskan bahawa mereka tetap menyokong kepimpinan Nizar jika ditakdirkan PR kembali berkuasa di Perak.

Portal itu juga menyiarkan keyakinan DAP Perak bahawa mereka akan kembali berkuasa jika Pilihanraya Umum diadakan pada masa terdekat. Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koh Ham berkata PR dijangka memenangi 33 dari 59 kerusi Dun Perak.

Ulasan :

Kenyataan berulang kali seperti diatas sejak sekian lama telah diucapkan oleh pemimpin DAP Pusat dan Perak namun masih diputar belit oleh pemimpin BN dan terkini Presiden Parti KITA Zaid Ibrahim menuduh perkara yang sama, kononnya DAP akan meletakkan calon Melayu untuk menjadi MB Perak.

Saya kira isu ini telah selesai, namun Pakatan Rakyat mesti bersedia untuk menjawab secara terus menerus tanpa jemu menafikan fitnah jahat musuhnya.

DAP lancarkan portal berita Melayu Roketkini

Posted: 23 May 2011 11:45 PM PDT

21 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



Dalam usahanya untuk menonjolkan imej sebagai parti untuk semua, DAP hari ini melancarkan portal berita bahasa Melayu - Roketkini.

Portal yang memfokuskan kepada berita dan analisis itu khusus untuk menarik sokongan pengundi Melayu, yang selama ini dianggap anti-DAP.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang juga setiausaha agung parti itu, melancarkan portal berita itu dan mengumumkan Wan Hamidi Hamid sebagai editornya.

Lim memberitahu wartawan bahawa Roketkini akan menjadi wadah untuk menyampaikan dan membetulkan isu-isu yang dieksploitasi oleh pembangkang untuk memburukkan imej DAP. 

Chelsea pecat Ancelotti

Posted: 23 May 2011 11:30 PM PDT

21 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

LONDON - Chelsea telah memecat pengurus pasukan itu, Carlo Ancelotti awal pagi semalam.

Chelsea mengambil keputusan untuk memecat Ancelotti selepas penggendali dari Itali itu gagal membantu skuad The Blues memenangi sebarang gelaran musim ini.

Andre Villas-Boas yang membawa Porto menjuarai Liga Europa dan Liga Portugal dianggap calon pilihan untuk menggantikan tempat Ancelotti itu.

Turut dikaitkan ialah bekas pengurus Chelsea, Jose Mourinho yang kini merupakan jurulatih Real Madrid dan pengurus Turki, Guus Hiddink.

Pada aksi terakhir Liga Perdana England awal pagi semalam, Chelsea tewas 0-1 kepada Everton untuk menamatkan saingan musim ini di tempat kedua selepas ketinggalan sembilan mata di belakang Manchester United.

Dengan pemecatan Ancelotti itu, Chelsea sudah pun mempunyai seramai tujuh orang pengurus sejak hartawan Rusia, Roman Abramovich mengambil alih kelab London itu pada 2003.

"Chelsea dengan ini mengesahkan bahawa Ancelotti telah pun berpisah dengan kelab ini pada hari ini (semalam)," menurut satu kenyataan di laman web rasmi Chelsea kira-kira dua jam selepas tamat pertemuan dengan Everton itu.

"Pemilik kelab dan juga ahli lembaga pengarah mengucapkan terima kasih kepada Ancelotti di atas sumbangan dan pencapaiannya sejak memegang jawatan pengurus pada Julai 2009.

"Ia termasuk kejuaraan berganda musim lalu yang merupakan kali pertama berjaya dilakukan dalam sejarah kelab ini."

Jelas kenyataan itu lagi, persembahan musim ini yang jauh merosot daripada apa yang diharapkan telah membuatkan kelab berpendapat bahawa inilah masa terbaik untuk melakukan perubahan bagi menghadapi musim depan.

"Objektif jangka panjang Chelsea dan cita-cita kelab ini tidak pernah berubah. Kami kini akan memberi sepenuh tumpuan dalam mengenal pasti identiti pengurus baharu," tambah kenyataan itu.

Chelsea tampak bermula garang musim ini apabila menang kesemua lima perlawanan awal liga dengan ledakan 21 gol.

Segalanya tampak bermasalah pada November lalu apabila mereka tewas kepada Liverpool, Sunderland dan Birmingham selain beberapa keputusan seri lain yang memudahkan United mengambil alih kedudukan pendahulu. - Reuters

BN usaha bagi IC segera pada warga asing

Posted: 23 May 2011 11:11 PM PDT

21 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



KUALA LUMPUR, 24 Mei: PAS mengesyaki wujud usaha BN memberikan kad pengenalan segera kepada warga asing di Tumpat, Kelantan bagi memberi undi kepada mereka pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar (gambar) hari ini mendedahkan maklumat mengenai program yang dinamakan "program pelaksanaan operasi mydaftar" yang akan berlangsung Sabtu, 28 Mei ini.

Menurut beliau, program tersebut diumumkan imam masjid di salah satu mukim di daerah tersebut Jumaat lalu, sebelum menunaikan solat Jumaat.

Program tersebut akan diadakan di Dewan Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor Satu (1), Tumpat.

Menurut maklumat yang diterima kata Kamarudin, program tersebut bagi mendapatkan dokumen pengenalan diri untuk rakyat negeri Kelantan yang masih belum mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri serta bagi yang layak memohon perkhidmatan yang disediakan.

Ianya merangkumi lima perkara iaitu pendaftaran, kelahiran, kematian serta anak angkat, pendaftaran urusan kad pengenalan, pendaftaran urusan kewarganegaraan, khidmat nasihat semua urusan JPN, dan khidmat nasihat oleh Jabatan Imegrisen Malaysia.

"Program ini sealiran dengan pemberian kad pengenalan segera kepada warga asing yang sedang berangsung seperti yang dilaporkan contohnya di Hulu Selangor," kata beliau yang juga ahli Parlimen Tumpat pada sidang media di ibu pejabat PAS, dekat sini hari ini.

Sehubungan itu, PAS mendesak program ini dihentikan kerana ia membantu kehadiran pengundi hantu seperti yang berlaku sebelum ini.

Angkasawan ISS selamat mendarat di Kazakhstan

Posted: 23 May 2011 09:22 PM PDT

KAPSUL angkasa Soyuz TMA-20 Russia mendarat di bandar Dzhezkazgan, Kazakhstan hari ini. Kapsul itu membawa pulang angkasawan Itali, Paolo Nespoli, Cady Coleman (Amerika Syarikat) dan Dmitry Kondratiev (Russia) ke Bumi selepas enam bulan berada di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS). - Foto AP

21 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

MOSCOW: Kapal angkasa, Soyuz membawa seorang rakyat Itali, Russia dan Amerika Syarikat yang dibawa pulang dari Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) selamat tiba di Kazakhstan, kata pusat kawalan operasi, hari ini.

"Mereka sudah mendarat dan dalam keaddan ini. Merek mendarat kira-kira jam 6.27 waktu tempatan, kata jurucakap," katanya. - AFP

Kenderaan Rasmi Presiden Obama tersangkut di Dublin (Video)

Posted: 23 May 2011 09:05 PM PDT


21 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

Kenderaan rasmi kalis peluru Presiden Obama, yang dikenal dengan julukan The Beast atau binatang buas, tersangkut bahagian bawannya dengan bonggol ketika ke luar dari Kedutaan Amerika Syarikat di Dublin, Republik Irland.

Kejadian itu berlaku semasa enderaan pengiring sedang ke luar satu persatu sementara di seberang gerbang ratusan orang mengalu-alukan Presiden Obama.

Tiba-tiba terdengar suara kuat ketika kenderaam yang membawa Presiden Obama dan istrinya, Michelle Obama, sedang melepasi pintu gerbang.

Rupanya bagian bawah limosin hitam Cadillac yang kebal peluru itu tersangkut bonggol yang terdapat di gerbang pintu masuk itu.

Para petugas keselamatan nampak sibuk, dan pintu Obama di bagian belakang kelihatan dibuka.

Namun sebuah bas bercermin gelap diminta bergerak ke depan untuk menutup pandangan orang ramai yang berhimpun, termasuk para juru gambar, sehingga tidak diketahui kenderaan mana yang akhirnya digunakan Obama dan istrinya.

Pernah jadi perhatian

Insiden ini terjadi ketika Presiden Obama akan menuju County Offaly, yang merupakan daerah asal usul nenek moyangnya .

Tahun 2009, The Beast juga menjadi perhatian semasa membawa Obama berkunjung ke Britain pada tahun 2009.

Limosin itu berupaya untuk berputar di jalan Downing Street yang sempit, tempat kediaman resmi Perdana Menteri Britain.

Selasa 24 Mei, Presiden Obama dan istri akan tiba di London dan menginap di Istana Buckingham sebagai tamu Ratu Elizabeth II.

Dari London, Presiden Obama -tanpa didampingi Michelle Obama- akan meneruskan kunjungan ke Prancis dan Poland.


Budak lemas dalam kereta bapa

Posted: 23 May 2011 09:00 PM PDT

21 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

ISHAK (kiri) bersama kakitangan Hospital Raja Perempuan Zainab II melihat kereta Perodua Kancil yang menyebabkan Nor Izyan lemas di Tumpat kelmarin.

TUMPAT - Tindakan tergesa-gesa seorang lelaki yang tidak mahu ketinggalan menghadiri upacara pengebumian sepupunya mengundang padah apabila dia pula kehilangan anak bongsunya yang lemas selepas tertidur bersendirian di dalam kereta kelmarin.

Kejadian pukul 11.45 pagi di Tanah Perkuburan Islam Morak dekat sini itu menyebabkan Nor Izyan Natasya Ishak, 3, menemui ajal selepas dia dibiarkan tidur di tempat duduk belakang kereta jenis Perodua Kancil selama hampir satu jam dalam keadaan kesemua pintu dan tingkapnya tertutup rapat.

Ketika ditemui, keadaan Nor Izyan begitu lemah manakala tubuh serta pakaiannya lencun dibasahi peluh ekoran tindakan bapanya, Ishak Salleh meletakkan kereta itu di bawah panas terik. Jarak antara kereta dan kubur itu kira-kira 500 meter.

Anak bongsu daripada enam beradik itu disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Wakaf Bharu dekat sini akibat kekurangan oksigen.

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my

Letusan gunung berapi di Iceland ancam Eropah

Posted: 23 May 2011 08:53 PM PDT


21 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

REYKJAVIK 24 Mei - Debu panas yang meletus dari gunung berapi di Iceland kini menuju ke Britain dan memaksa penerbangan dibatalkan termasuk Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama yang terpaksa mengubah pelan lawatannya ke benua itu.

Letusan gunung berapi Grimsvoetn menimbulkan kebimbangan bakal mengakibatkan gangguan kepada laluan penerbangan seperti tahun lalu menyebabkan ruang udara Eropah terpaksa ditutup dan disifatkan sebagai terburuk sejak Perang Dunia Kedua.

"Angin bertiup pada paras rendah... dan ia bertiup kencang menuju ke UK," kata Peitur Arason dari Pejabat Meteorologi Iceland.

Trafik kawalan udara British pula menjangka awan panas itu akan sampai ke Scottland hari ini.

Obama pula meninggalkan Ireland menuju ke Britain pada sebelah malam Isnin, iaitu sehari lebih awal daripada dijadualkan kerana bimbang awan panas menjejaskan perjalanan. Ireland merupakan destinasi pertama dilawat Obama dalam rangka lawatan enam hari ke Eropah. - AFP

Jumlah kematian akibat puting beliung di AS meningkat

Posted: 23 May 2011 08:48 PM PDT

21 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

JOPLIN: Jumlah kematian akibat puting beliung yang melanda negeri barat tengah Amerika Syarikat (AS) kini meningkat kepada 116 orang sekali gus menjadikannya sebagai kejadian puting beliung paling berbahaya melanda negara itu dalam tempoh enam dekad.

Ramalan kaji cuaca memberi amaran lebih banyak ribut sedang dalam perjalanan menuju sekeliling Joplin, Missouri yang melanda bahagian berkenaan Ahad lalu mengakibatkan 116 maut, menyamai jumlah kematian yang dicatatkan ketika kejadian puting beliung terburuk sejak kiraan zaman moden Amerika Syarikat bermula pada 1950.

Puting beliung pada 1925 dikatakan mengorbankan 695 terbunuh di Missouri, Illinois dan Indiana, tetapi perangkaan itu kurang tepat. - AFP

Dr Mariah, Dr Asiah tolak calon Ketua Muslimat

Posted: 23 May 2011 08:46 PM PDT

21 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 24 Mei: Dua calon, Dr Siti Mariah Mahmud dan Dr Asiah Ali, menolak pencalonan jawatan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) pada Muktamar PAS, Jun ini.

Dr Mariah telah memutuskan hanya mahu bertanding jawatan Timbalan Ketua DMPP dan AJK PAS Pusat, manakala Dr Asiah pula hanya mahu bertanding jawatan Ahli Jawatankuasa DMPP.

Dengan ini, hanya tinggal penyandangnya iaitu Ustazah Nuridah Mohd Salleh dan Siti Zailah Yusof untuk jawatan itu.

Menurut Dr Mariah, keputusan tersebut dibuat setelah berbincang dengan rakan-rakannya termasuk bersama rakan-rakan dari kalangan kepimpinan DMPP.

Katanya, kesediaannya untuk bertanding jawatan Timbalan Ketua DMPP dan menolak pencalonan Ketua dan Naib Ketua bersandarkan kepada beberapa faktor.

"Di antara pencalonan Ketua, Timbalan Ketua dan Naib Ketua DMPP, jumlah pencalonan bagi Timbalan Ketua DMPP yang paling tinggi bagi saya.

"Dengan itu, ia memberikan gambaran kepada saya bahawa dari ketiga-tiga jawatan itu, para perwakilan lebih berhasrat untuk saya bertanding jawatan Timbalan Ketua berbanding jawatan lain dalam DMPP," katanya yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Ahli Parlimen Kota Raja ketika dihubungi, hari ini.

Di samping itu, jelasnya, hasil perbincangan yang diadakan dengan rakan-rakan termasuk dalam usrah, mereka juga lebih suka jika beliau hanya bertanding jawatan Timbalan Ketua DMPP sahaja.

Manakala Dr Asiah ketika dihubungi menjelaskan, keputusannya untuk hanya bertanding jawatan AJK DMPP dibuat setelah berbincang dengan suami dan rakan-rakannya.

"Borang untuk bertanding AJK DMPP dah saya serahkan hari ini. Jadi dengan itu secara rasminya saya menarik diri untuk bertanding bagi jawatan Ketua, Timbalan Ketua dan Naib Ketua DMPP," katanya.

Beliau yang juga Pengarah Ilham menjelaskan, keputusan untuk tidak bertanding jawatan tertinggi DMPP dibuat bagi membolehkan beliau memberikan sepenuh perhatian terhadap soal pendidikan dalam PAS, khususnya untuk menghidupkan Ilham.

Ilham adalah institut latihan yang diwujudkan oleh PAS untuk melatih ahli-ahlinya dalam pelbagai bidang khasnya berkaitan dengan agama Islam.

"Dalam Ilham, saya memang dah mempunyai tanggungjawab besar. Sekiranya saya memegang jawatan tertinggi dalam DMPP, saya bimbang akan terabai tanggungjawab saya terhadap Ilham.

"Politik bukanlah perkara main-main. Ia adalah amanah. Jika kita rasa kita dah tak layak, tak mampu kerana dah mempunyai tanggungjawab lain yang begitu besar, lebih baik kita tak bertanding, nanti hanya akan dimarah oleh ahli-ahli dan merosakkan parti sahaja," kata bekas pensyarah pendidikan Islam UiTM itu.

Jadi, katanya, bagi jawatan-jawatan Ketua, Timbalan Ketua dan Naib Ketua DMPP, beliau menyerahkan kepada calon-calon lain yang lebih berkelayakan untuk bertanding bagi kepentingan parti atau perjuangan Islam, walaupun beliau telah disahkan layak bertanding bagi jawatan-jawatan itu.

Sementara itu, seorang lagi calon Ketua DMPP, Siti Zailah Mohd Yusof memberitahu, beliau belum membuat keputusan sama ada akan bertanding atau tidak bagi jawatan itu.

Beliau juga belum membuat keputusan sama ada mahu bertanding atau sebaliknya bagi jawatan-jawatan lain dalam DMPP yang diterimanya termasuk Ketua, Timbalan Ketua, Naib Ketua dan AJK.

"Segalanya masih dalam proses. Nanti saya akan beritahu kemudian," katanya yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang ketika dihubungi.

Calon layak bertanding Dewan Muslimat PAS Pusat sesi 2011-2013:

Ketua

1. Nuridah Mohd Salleh (Penyandang)
2. Siti Mariah Mahmud, Dr
3. Asiah Ali, Dr
4. Siti Zailah Mohd Yusof.

Timbalan Ketua

1. Asiah Ali, Dr.
2. Mumtaz Mohd Nawi, YB
3. Nuridah Salleh
4. Siti Mariah Mahmud, Dr
5. Siti Zailah Mohd Yusof , YB
6. Wan Hasrina Wan Hassan

Naib Ketua

1. Aiman Athiran Al-Jundi
2. Asiah Ali, Dr.
3. Mastura Mohamad
4. Mumtaz Mohd Nawi, YB
5. Najhatussolehah Ahmad, Dr.
6. Normala Sudirman
7. Nuridah Salleh
8. Rohani Ibrahim, YB
9. Siti Mariah Mahmud, Dr.
10. Siti Zailah Mohd Yusof , YB
11. Wan Hasrina Wan Hassan

AJK

1. Aiman Athirah
2. Amizan Baharuddin
3. Asiah Ali, Dr.
4. Azizah Khatib Mat
5. Azlina Che Haron
6. Bariah Alang Sapri
7. Fatimah Ismail
8. Fatimah Wan Teh
9. Fatimah Zainab Ibrahim, Toh Puan
10. Fazilah Abu Samah
11. Halimah Ali, Dr. YB
12. Hawa Yaakub
13. Kartini Ahmad
14. Khadijah Mahmud
15. Khatijah Jumangat
16. Kintan Man
17. Lo扡o?Ghazali, Dr.
18. Mariam Abdul Rashid
19. Mastura Mohamad
20. Maznah Taha (Melaka)
21. Mumtaz Mohd Nawi
22. Muna Izzah Fadzil Nor
23. Munirah Athira Hassan Adli, Dr.
24. Najihatussolehan Ahmad, Dr
25. Noraini Hussein
26. Norazliza Abd Latif
27. Norhafizah Musa @Ummu Hannan
28. Norhayati Bachok
29. Normala Sudirman
30. Nuridah Salleh
31. Nurul Huda Yusof Rawa
32. Nurwani Ahmat
33. Rahimah Sahit,
34. Rahmah Mohd Isa
35. Raja Azrina
36. Rohani Ibrahim, YB
37. Rohaya Yaacob, Dr.
38. Rosiah Salleh
39. Rosnah Abdullah
40. Rosni Adam, Dr.
41. Safinah Jusoh
42. Sakinah Awang
43. Salbiah Wahab
44. Salmiah Mohd Nor
45. Siti Aisyah Ghazali, YB
46. Siti Mariah Mahmud, Dr.
47. Siti Mariam Othman
48. Siti Zailah Yusof, YB
49. Wahibah Tahir
50. Wan Hasrina Wan Hassan
51. Wan Ubaidah Wan Omar, YB
52. Zahroni A Bakar
53. Zaironi Othman
54. Zaitun Ahmad.

Harakahdaily/-

Letusan gunung berapi Grimsvotn

Posted: 23 May 2011 08:45 PM PDT


21 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -SEBUAH pesawat ringan terbang berhampiran kepulan debu daripada letusan gunung berapi Grimsvotn berdekatan kawasan glasier Vatnajokull di tenggara Iceland hari ini. Syarikat penerbangan mula membatalkan jadual ke Britain atas dasar keselamatan berikutan kejadian itu. - Foto REUTERS

Timb Presiden: Tuan Ibrahim sertai pertandingan

Posted: 23 May 2011 08:37 PM PDT

21 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

TEMERLOH, 24 Mei: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan kesediaannya untuk bertanding jawatan timbalan presiden PAS dalam keadaan 'berat' dan merasakan "saya sedar saya bukanlah calon terbaik."

Beliau mengumumkan perkara ini jam 11 pagi hari ini dan yakin, "calon-calon lain, yang jauh lebih layak dari saya dengan pengalaman perjuangan yang panjang serta pengorbanan yang hebat untuk parti sekian lama."

Dengan pengumuman ini, sudah tiga calon mengesahkan untuk menyertai pertandingan jawatan timbalan presiden iaitu penyandang sekarang, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan AJK PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu.

Berikut ialah kenyataan penuh beliau:

Saya telah menerima surat rasmi dari Jawatankuasa Pemilihan PAS pada 22hb Mei 2011. Saya telah mendapat pencalonan untuk dua jawatan, iaitu Jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden dengan jumlah pencalonan yang agak memberangsangkan.

Walaupun saya telah berkali-kali menyatakan hasrat bahawa saya lebih berminat untuk diberi peluang bagi meneruskan kerja saya dalam parti sebagai Naib Presiden sekiranya ada pencalonan yang mencukupi, namun kawasan-kawasan terus juga mencalonkan saya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden dengan jumlah pencalonan yang agak besar.

Saya tidak bercadang untuk menyatakan jumlah pencalonan yang saya terima, namun ianya suatu jumlah yang memerlukan saya untuk memikirkan semula hasrat saya sebelum ini secara mendalam sebelum membuat sesuatu keputusan.

Sebagai seorang pekerja parti, saya melihat keadaan ini sebagai kehendak sebahagian daripada ahli parti di peringkat akar umbi yang perlu dipertimbangkan, dihormati dan tidak boleh diketepikan begitu sahaja.

Setelah memikirkan secara mendalam, saya akur dan menerima pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden dengan hati yang terbuka, pada masa yang sama amat terasa beratnya - dan menyerahkannya kepada perwakilan untuk membuat keputusan.

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua kawasan yang telah mencalonkan saya - dengan rendah diri, saya sedar saya bukanlah calon terbaik berbanding calon-calon lain, yang jauh lebih layak dari saya dengan pengalaman perjuangan yang panjang serta pengorbanan yang hebat untuk parti sekian lama.

Sebagai sebuah parti besar dengan kekuatan tarbiyah dan kefahaman mendalam terhadap tanggungjawab yang diamanahkan, saya penuh keyakinan dan berdoa bahawa pemilihan ini akan berjalan dengan nilai ukhuwah yang sangat tinggi selaras dengan kedudukan PAS sebagai sebuah gerakan Islam.

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib Presiden PAS Pusat
24 Mei 2011

Umno anggap khatam al-Quran ‘racun’?

Posted: 23 May 2011 08:25 PM PDT

21 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

Kecelaruan minda para pemimpin Umno nampaknya sudah sampai ke tahap kritikal. Mereka bagaikan penasaran sehingga tidak lagi mampu berfikir secara rasional. Kerap kali mereka gagal membezakan apa yang benar dan salah, serta mana baik atau buruk pada sesuatu yang berlaku di depan mata.

Manakan tidak jika kenyataan-kenyataan mereka menyentuh beberapa isu kebelakangan ini diambilkira. Tidak perlu kita mengundur jauh ke belakang untuk meneliti kes-kes sebegitu.

Contoh terdekat ialah bagaimana Timbalan Presiden Umno, merangkap Timbalan Perdana Menteri, yang semakin tidak rasional melayani cadangan dan saranan pakatan pembangkang. Sikapnya yang hanya tahu menyalahkan parti lawan dalam setiap perkara membuktikan pemimpin nombor dua negara itu semakin sukar mengakui unsur positif disuarakan pembangkang.

Berpaksikan sentimen politik melampau Tan Sri Muhyiddin menjadikan tabiatnya untuk menggambarkan seolah-olah parti-parti pembangkang tidak ada sumbangan langsung dalam memperbetulkan perjalanan pemerintahan negara.

Beberapa isu membabitkan kenaikan harga barangan keperluan rakyat dan cadangan kenaikan gaji kelompok guru tertentu baru-baru ini menyediakan contoh lebih spesifik.

Pakatan Rakyat sekali lagi menjadi bahan balunan Muhyiddin. Beliau menyalahkan pembangkang di atas bantahan dan rungutan meluas dalam masyarakat ekoran kenaikan harga gula, petrol RON97, serta ura-ura kenaikan RON95 dan tarif elektrik dalam masa terdekat.

Katanya, pembangkang hanya tahu memanipulasi isu-isu itu untuk memburuk-burukkan Barisan Nasional (BN). Sedangkan pembangkang sendiri tidak menyumbang apa-apa idea atau perancangan untuk mengatasi permasalahan yang dihadapi.

Nampak sangat orang nombor dua Umno itu sudah tidak mampu berfikir secara rasional. Beliau malah sekaligus cuba mendinding pengamatan rakyat daripada hakikat yang telah diketahui umum, bahawa Pakatan Rakyat bukan sekadar bercakap kosong mengenai isu-isu terbabit.

Sudah berbuih mulut pemimpin pembangkang, malah tidak sedikit yang kehausan tekak-tekak mereka menyuarakan cadangan dan idea penyelesaian. Tidak cukup secara verbal, Pakatan Rakyat juga secara bertulis telah mengemukakan jalan yang dirasakan paling sesuai mengatasi masalah kenaikan harga bahan bakar dan makanan utama.

Rasanya semua pihak telah maklum bagaimana Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim sendiri telah mencadangkan beberapa langkah menangani kenaikan harga petrol, tanpa perlu melibatkan pemotongan subsidi untuk dinikmati rakyat. Antaranya dengan memotong subsidi kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP), yang mana idea ini nampaknya telah mula dirasionalkan oleh salah seorang menteri BN sendiri.

Ada pun perancangan membela kebajikan penjawat awam, Pakatan Rakyat antara lain mencatatkannya secara jelas di dalam Buku Jingga. Salah satu tawaran yang banyak diperkatakan ialah mengenai kenaikan gaji guru RM500 sebulan dalam tempoh 100 hari memerintah negara.

Ertinya, sekiranya pemimpin Umno tidak dilanda kecelaruan minda, sudah tentu tidak sukar bagi mereka mengakui bahawa Pakatan Rakyat bukan sekadar bercakap atau hanya tahu mengkritik BN. Kita juga sebenarnya telah mengemukakan penyelesaian alternatif, yang rasional dan realistik.

Kemudian datang pula Perdana Menteri, yang juga Presiden Umno, menyamakan amalan pemberian subsidi kepada rakyat seperti 'candu'. Dalam kenyataannya di London, 16 Mei lalu, Dato' Seri Najib Razak berkata, subsidi bahan api ibarat "candu" kepada ekonomi Malaysia dan perlu dikurangkan secara berperingkat-peringkat untuk mengawal defisit bajet.

"Subsidi, pada keseluruhannya, seperti candu. Sekali anda ambil candu sukar untuk mengikis tabiat buruk; sekali anda memberi subsidi, sukar untuk diambilnya tanpa beberapa kos politik," media memetik katanya.

Astaghfirullah al-Azim, inilah yang dikatakan celaru. Bagaimana seorang pemerintah tergamak menganggap tugas murninya menyempurnakan keperluan rakyat sebagai suatu amalan buruk dan wajar dihentikan?

Nampak sangat Umno kini cuba lari dari tanggungjawab memenuhi keperluan dan kepentingan rakyat, bukan? Lalu bagi merasionalkan tindakan pengecut itu, mereka cuba menyamakan amalan subsidi (membela kepentingan rakyat) sebagai 'candu' (sesuatu yang membawa kesan buruk dan mesti dihentikan).

"Ketara benar BN semakin hilang punca dan mati akal memikirkan kaedah menyelamatkan kewangan negara. Yang mereka tahu nampaknya hanya menyalahkan rakyat, lalu memaksa rakyat menanggung beban itu,"tulis seorang rakan.

Menambahkan koleksi kes-kes membuktikan kecelaruan minda pemimpin Umno ialah tanggapan serong mereka terhadap himpunan anak-anak muda di Kota Bharu, hujung minggu lalu.

Media melaporkan, Himpunan 10 Ribu Jentera Pemuda PAS Kelantan di Stadium Sultan Mohamad ke-IV, pada 21 Mei lalu menggamit kehadiran lebih 15,000 anak muda. Sebahagian mereka adalah pelajar sekolah agama dan maahad tahfiz di negeri itu.

Tidak mengapa jika Umno mahu menempelak PAS di atas kejayaannya menghimpunkan belasan ribu anak muda di stadium malam itu. Para pemimpin Umno boleh mengatakan apa saja untuk memperlekeh usaha PAS itu. Ia boleh diterima sebagai adat politik.

Namun untuk menganggap apa yang dilakukan PAS Kelantan itu sebagai 'meracuni pemikiran' anak-anak muda adalah suatu yang amat mendukacita, bahkan agak terlampau. Malangnya, itu lah yang seolah-olah menjadi kegemaran para pemimpin Umno. Mereka kelihatan amat selesa melontarkan tanggapan amat negatif terhadap aturcara yang berlangsung malam itu.

Di sinilah perlunya pemikiran dan penilaian lebih rasional dari semua pihak, khususnya para pemimpin Umno yang semakin tersumbat minda mereka itu. Walau pun majlis malam itu dianjurkan entiti politik dan tidak boleh disangkal memang disulami agenda politik, perlu juga diteliti apakah bentuk pengisian program malam itu.

Bagai dilaporkan kepada umum, ia dipenuhi ucapan-ucapan para pemimpin PAS yang selalunya memang berselit ayat-ayat al-Quran, seruan berjihad meninggikan agama Allah dan pesanan mentaati perintah agama.

Bagi sesiapa yang gemar membelek al-Quran, mereka akan bertemu dengan ayat: "Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah Allah), serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh" (Fussilat 41:33).

Di majlis itu juga, anak-anak muda dilibatkan dengan agenda solat berjamaah, solat hajat, khatam al-Quran dan seumpamanya. Bergema sekitaran Bandaraya Islam itu dengan bacaan ayat-ayat suci.

Apakah Umno tidak mampu membezakan antara kemurnian kalimah suci dengan kebingitan tepik-sorak pentas hiburan yang melalaikan? Mereka bukannya dihimpunkan untuk menjayakan konsert 1Malaysia atau apa-apa anjuran yang tidak menjadikan kalimah Allah sebagai suara utama, sepertimana lazim ditaja Umno.

Ternyata minda pemimpin Umno amat celaru dan keliru sekiranya sanggup menganggap tindakan menghimpun anak-anak muda untuk membaca al-Quran sebagai 'meracuni' pemikiran mereka.

Sedangkan al-Quran sendiri mengesahkan bahawa pada ayat-ayatnya itu sebenarnya mengandungi penawar untuk pelbagai jenis penyakit manusia.

Alangkah jahilnya mereka. Astaghfirullah!

Mohd Nasir Awang

DNA Babi Dalam Tepung Kek Jenama Terkenal

Posted: 23 May 2011 08:00 PM PDT

21 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

PETALING JAYA: Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia mendedahkan penemuan mengejutkan iaitu asid deoksiribonukleik (DNA) babi di dalam bahan ramuan Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder yang digunakan syarikat Puratos Malaysia Sdn. Bhd.

Lebih memeranjatkan, blog Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), http://persatuanpenggunaislammalaysia.blogspot.com turut mendakwa bahawa bahan-bahan berkenaan kini dikatakan digunakan oleh rangkaian kedai pembuat kek terkenal dalam produk mereka yang sebahagian besar pelanggan adalah masyarakat Islam.

Laman web www.halal.gov.my milik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyebut, mesyuarat yang diadakan pada 12 Mei lalu memutuskan permohonan Puratos Malaysia Sdn Bhd adalah tidak berjaya berikutan penemuan DNA babi berkenaan.

Jakim turut menyenaraikan bahan makanan itu digunakan rangkaian kedai kek berkenaan.

"Sehubungan itu, semua pemegang atau pemohon baru Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang menggunakan produk keluaran Puratos Malaysia Sdn. Bhd. dikehendaki menukar produk tersebut kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf dan mengemukakan resit pembelian produk baru daripada pembekal yang memiliki sijil halal yang diiktiraf.

"Selain itu, mereka perlu melakukan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan samak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri," menurut laman web itu, Isnin.

Khamis lalu, tiga pengarah syarikat didakwa di Mahkamah Majistret di Kluang atas dua tuduhan menjual kopi mengandungi DNA babi di kedai minuman, Kluang Rail Coffee tanpa meletakkan pernyataan kewujudannya pada label pembungkusan kopi itu.

Ketiga-tiga pengarah syarikat Rail Passion Sdn. Bhd. (Rail Passion) tersebut iaitu Lim Jit Chiang, 37, dan abangnya, Lim Jit Tong, 42, serta sepupu mereka, Lim Jit Chen, 58, mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan.

Syarikat pengilang Cheng Hiong Coffee Powder Trading pula menghadapi tuduhan menyedia dan membungkus kopi campuran dalam bungkusan yang belum dibuka dan tidak berlabel untuk jualan kepada syarikat Rail Passion.

Oleh HAIRULAZIM MAHMUD

Subsidi: Kenapa rakyat miskin jadi sandaran

Posted: 23 May 2011 08:00 PM PDT

21 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 24 Mei: PAS sudah jemu mendengar alasan kerajaan yang cuba buat dalih kononnya jika subsidi tidak dikurangkan, maka banyak pembangunan untuk rakyat miskin tidak dapat dilaksanakan.

"Ke manakah wang yang diperuntukan selama ini kepada orang miskin setiap kali belanjawan negara?" tanya Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar).

Katanya, rakyat tidak boleh lupa wang PPRT sebanyak RM32 juta lesap ketika Tan Sri Annuar Musa menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar.

Beliau turut mempersoalkan kenapa pula alasan untuk menaikkan harga minyak dan keperluan rakyat, maka orang miskin menjadi sandaran.

"Memanglah pemimpim BN bijak bermain kata-kata untuk menutup kelemahan kerajaan ketika menguruskan amanah rakyat," katanya.

Menurutnya, selama ini pemimpin BN yang belanja secara tidak berhemah dan membazir ketika negara dilimpah dengan kemewahan, tanpa memikirkan apa akan terjadi jika negara mengalami kemelesetan.

Katanya, pemimpin Umno cuba mencari alasan untuk menarik subsidi bahan api dan makanan kerana fenomena global seperti kenaikan minyak di peringkat antarabangsa.

Sepatutnya, ujar beliau itu tidak boleh dijadikan alasan, kerana Malaysia adalah negara pengeluar minyak dan mempunyai kepakaran dalam bidang cari gali melalui Petonas.

Setakat hari ini, katanya Petronas diberi pengiktirafan di peringkat dunia dalam bidang cari gali seperti di Saudi, Sudan, Iraq dan Iran.

Justeru, tambahnya tidak hairanlah bagaimana Petronas telah membayar cukai kepada kerajaan sebanyak RM325 bilion pada 2007 hingga 2010.

Ini, katanya bermakna setiap tahun hitung panjang negara memperolehi hasil cukai yang dibiyai oleh Petronas sebanyak RM81.1 bilion.

"Perkara ini tidak berlaku sekiranya pemimpin negara ini adalah pemimpin yang mempunyai fokus ketika melaksanakan pembangunan dan memerangi rasuah dan pembaziran," katanya.

Katanya lagi, ketika zaman Tun Abdullah Ahmad Badwi menjadi Perdana Menteri menaikkan harga minyak beliau memberi alasan kerajaan dapat menjimatkan wang sebanyak RM4 bilion di mana wang itu akan digunakan untuk meningkatkan pengangkutan awam.

Ini, menurutnya alasan yang tidak adil kepada penduduk luar bandar yang tidak dapat mengecapi nikmat pengangkutan awam seperti LRT, sedangkan harga minyak tetap sama antara penduduk luar bandar dan bandar.

Beliau berkata, penduduk luar bandar juga dibeban dengan kenaikan harga barang, sedangkan kemudahan pengangkutan mereka tidak dapat kecapi.

Harakahdaily/-

WikiLeaks: Eskay rapat dengan pemberontak Thailand

Posted: 23 May 2011 07:30 PM PDT

21 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 24 Mei: Dengan kerjasama bersama WikiLeaks, laman web Malaysia Today semalam meledakkan lagi satu kabel rahsia Amerika Syarikat, mengenai Datuk Shazryl Eskay Abdullah,(gambar) yang didakwa berhubung rapat dengan pemberontak selatan Thailand.

Kabel rahsia tersebut turut mendakwa Eskay, yang menjadi popular baru-baru ini kerana menuduh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pelakon dalam sebuah video seks milik beliau, telah menyifatkan Malaysia kawasan selamat untuk pemberontak Melayu Thailand.

Ia diberitahu Eskay dalam satu sesi perbualan dengan pegawai-pegawai atasan di Kedutaan AS pada 5 Februari 2006.

Pendedahan ini dibuat hasil kerjasama antara Malaysia Today yang dimilki Raja Petra Kamarudin dengan WikiLeaks. Kedua-dua pihak menandatangani kerjasama di London baru-baru ini.

"Eskay berkata beliau melaksanakan tugas pada pemberontakan Thailand secara umumnya tanpa bergantung pada kerajaan Thailand mahupun Malaysia, dan mengekalkan hubungan secara terus dengan pemimpin separatis Melayu yang tinggal di Malaysia," kata kabel yang didedahkan tersebut.

Dalam laporan itu juga disebutkan bahawa Eskay cuba berusaha untuk membuktikan identitinya berhubung beberapa dakwaannya bahawa beliau mempunyai hubungan langsung dengan sebahagian pemimpin separatis Melayu terkenal.

Beliau mengemukakan klip video yang dirakamkan beliau, dalam pelbagai pertemuan dengan mereka yang digambarkan beliau sebagai pemimpin separatis tua dan penggerak yang muda.

"Eskay telah menunjukkan bahawa beliau mempunyai hubungan dengan ramai pemimpin orang lama, pemberontak dan simpatisan dari selatan Melayu Thailand. Pandangan-pandangan beliau tentang pemberontakan adalah paling terperinci yang kami pernah dengar selama lima hari semasa lawatan ke utara Malaysia dan dikesan dengan baik dalam banyak perkara dengan informasi dan pandangan dari orang lain," tambal kabel itu lagi.

Menyifatkan Eskay sebagai seorang peniaga yang berketurunan campuran Malaysia-Thailand, kabel itu turut menyatakan bahawa Eskay telah memberitahu Kedutaan AS tentang peranan pentingnya dalam dialog 2005-2006 dengan pemberontak Thailand yang memaparkan bekas perdana menteri, Tuan Dr Mahathir Mohamad.

"Eskay, yang telah menjadi fasilitator Malaysia yang menerajui dialog dengan pemberontak Thailand yang ditaja bekas perdana menteri Mahathir, telah berhujah bahawa pemberontak generasi tua, yang kebanyakannya bermastautin di Malaysia, masih relevan kerana mereka membekalkan perkhidmatan sokongan dan tempat perlindungan kepada pemimpin muda.

"Beliau turut mengenalpasti satu pemimpin generasi tua yang aktif memberikan arahan untuk menyerang, dan menjangkakan bahawa kumpulan jenayah dan perkhidmatan keselamatan Thailand bertanggungjawab atas 70 peratus daripada kekerasan yang baru," tambah kabel itu lagi.

Menurut kabel itu lagi, Eskay juga telah berkongsi satu kertas kerja 12 muka surat mengenai pemberontakan dan pandangan Melayu Thailand, hasil daripada temuramah dengan pelbagai pemimpin separatis, yang telah disampaikan beliau ke Organisasi Perisikan Eksternal Malaysia (MEIO) pada Februari 1.

"Eskay telah meminta supaya kita tidak mengkongsikan kertas kerja tersebut dan kertas cadangan pengaman Februari 2006 kepada orang lain (kita telah menghantar dokumen tersebut dalam bentuk email rahsia ke EAP/MTS and Kedutaan Bangkok)," kata kabel itu lagi.

Di samping itu, kabel itu turut mendakwa beberapa orang sukarelawan Malaysia sangsi terhadap dakwaan Eskay tentang hubungannya dengan separatis Melayu dan mendakwa bahawa beliau pernah terlibat dengan transaksi perniagaan yang kontroversi pada masa yang dahulu.

Eskay adalah salah seorang daripada Trio Datuk T yang terdiri bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa, Datuk Shuib Lazim yang melakukan jenayah baru-baru ini dengan mengaku memiliki dan menayangkan rakaman video seks yang didakwa mereka melibatkan Anwar kepada orang awam.

Meskipun begitu, sehingga kini, pihak polis masih tidak mengambil sebarang tindakan terhadap mereka.

Harakahdaily

Keadaan Mangsa Tanah Runtuh Stabil Tapi Masih Trauma

Posted: 23 May 2011 07:20 PM PDT

21 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Keadaan sembilan mangsa yang terselamat dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat Sabtu lepas semakin stabil tetapi masih trauma mengingatkan tragedi yang mengorbankan 16 nyawa, kebanyakannya kanak-kanak.

Seorang petugas Hospital Ampang berkata enam mangsa dirawat di wad biasa manakala tiga lagi di Unit Rawatan Rapi (ICU).

"Tiga di ICU kini stabil dan bertambah baik," katanya.

Kejadian tanah runtuh berlaku pada 2.30 petang Sabtu lepas menimpa Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Al-Taqwa di Hulu Langat mengorbankan 16 nyawa manakala sembilan cedera.

Mangsa yang terselamat, Aizat Khusairi, 13, yang ditemui di hospital itu berkata beliau masih kedengaran suara jeritan kanak-kanak lain ketika tragedi itu.

Aizat Khusairi yang patah tangan kiri, berkata separuh badannya tertimbus di dalam tanah dan dapat dikeluarkan dua jam kemudian.

"Saya memang tinggal di rumah itu. Sekarang makcik yang menjaga saya. Tak tahu bila saya akan pulang dari sini," katanya.

Keadaan seorang lagi yang terselamat, Mohd Harris Izzuddin Sahrul, 11, juga bertambah pulih berbanding semalam, menurut ibunya Norizah Ibrahim.

Norizah berkata anak sulungnya yang cedera di bahagian kaki mula melebarkan senyuman hari ini.

Siti Fatimah Mohd Alauddin yang bekerja sebagai pengajar kepada anak-anak di rumah itu, kehilangan adiknya Mohd Hazim, 10, yang meninggal dunia akibat tertimbus dalam runtuhan itu.

"Saya sempat menyelamatkan baby saya (perempuan berumur setahun) dan memberikannya kepada suami saya. Saya berjaya berlari keluar dari tempat kejadian itu," kata Siti, yang berusia dalam lingkungan 20-an. - BERNAMA

Premium tanah untuk kebajikan hanya RM1

Posted: 23 May 2011 07:20 PM PDT

21 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -


HULU LANGAT, 24 Mei: Kerajaan Negeri Selangor akan meluluskan permohonan tanah milik kerajaan negeri untuk tujuan kerja kebajikan dengan premium tanah hanya RM1.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, ianya sebagai bukti kerajaan negeri terus memberikan sokongan kepada usaha murni pihak-pihak tertentu membantu golongan memerlukan seperti anak yatim, ibu tunggal dan mualaf.

Namun katanya, Kerajaan Negeri akan memantau semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kebajikan yang melibatkan kanak-kanak untuk memastikan keselamatan penghuninya terjamin.


(Gambar: Khalid melawat dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa tanah runtuh Batu 14, Hulu Langat di Hospital Ampang, petang semalam.)

Kerajaan negeri juga akan mengenal pasti dan memastikan lokasi yang akan diberikan kepada pemohon adalah selamat dan prosedurnya  tidak menyalahi undang-undang.

"Kerajaan negeri telah memutuskan untuk memberi tapak tanah milik kerajaan negeri dengan bayaran sangat rendah iaitu tidak lebih satu ringgit untuk usaha kebajikan," kata beliau selepas mendengar taklimat dan melawat tempat kejadian tanah runtuh di Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat, petang semalam.

Beliau berkata, pentadbiran sesuatu institusi kebajikan yang dibina juga akan dipantau bagi mengelakkan sebarang kejadian buruk berlaku.

Selain itu, Khalid meminta Kerajaan Pusat mempamerkan lokasi-lokasi yang berisiko tinggi mengalami tanah runtuh kepada orang ramai supaya kerja pemantauan boleh dilakukan secara bersama dan lebih kerap.

Kajian ini katanya telah dibuat selepas tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa pada 2009 lalu.

Kerajaan Pusat telah meletakkan hasil kajian ini dibawah pengawasan Jabatan Perdana Menteri dan Kerajaan Negeri telah dihalang dari mempamerkan hasil kajian ini kepada orang ramai.

"Maklumat kajian ini penting untuk meningkatkan kesedaran orang ramai. Jika orang ramai dimaklumkan, mereka boleh melakukan pemantauan awal di kawasan mereka yang mungkin termasuk dalam lokasi-lokasi berisiko tinggi," katanya.

Selain itu beliau juga berkata, Kerajaan Selangor membuat keputusan bahawa madrasah tersebut tidak boleh diduduki sehingga satu keputusan dibuat mengenai statusnya.

Mengenai anak-anak yatim yang selamat dalam kejadian itu, Khalid memberitahu mereka akan ditempatkan di sekolah tajaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais)

Sementara itu, beliau mengulangi ucapan takziah kepada keluarga 16 mangsa yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh  itu. 

"Saya juga mewakili rakyat Selangor mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuanku Sultan Selangor yang telah berangkat melawat tempat kejadian hari ini.  Keprihatinan baginda telah memberi kekuatan kepada keluarga mangsa-mangsa yang terlibat dalam kejadian ini," katanya.

Beliau turut  mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang prihatin dengan menghulurkan pelagai bantuan kemanusiaan termasuk pasukan keselamatan dan polis yang sanggup mengambil risiko ketika menjalankan kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa.

"Saya percaya kita semua telah berusaha sedaya upaya  untuk  menghulurkan bantuan kepada  semua mangsa sama ada yang terselamat atau yang terkorban serta ahli keluarga mereka," katanya.

Semalam adalah hari pertama Khalid melawat tempat kejadian selepas menempuh perjalanan selama 40 jam dan membatalkan seminar di Aspen Intistute, Amerika Syarikat.

"Saya  amat terkilan dengan kejadian tanah runtuh walaupun kerajaan negeri telah mengambil langkah-langkah sepatutnya untuk meningkatkan tahap kesedaran pemilik tanah terhadap pembangunan cerun," katanya.

Turut bersama beliau penasihat ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Khusrin Munawi, ahli Parlimen Hulu Langat, Dr. Che Rosli Che Mat dan beberapa Exco kerajaan negeri yang lain.

Peghelih La...

Posted: 23 May 2011 11:45 PM PDT

Peghelih La...


Info Rakyat 7

Posted: 23 May 2011 01:22 AM PDT

Klik Di Foto Untuk Imej Besar


SEBARKAN WAHAI SAHABAT......

Menjawab Tuduhan Khairy Jamaluddin

Posted: 23 May 2011 01:12 AM PDT

Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno mendakwa hanya Umno pembela Melayu di negara ini. Lain daripada Umno, bukan pembela Melayu. Persoalannya benarkah Umno pembela Melayu. Tidak malukah Khairy yang mendakwa bahawa Umno pembela orang Melayu, hakikatnya Umno hanya mengguna Melayu untuk membela pemimpin Umno bukan bela Melayu jauh sekali untuk mengangkat agama di tempat yang sepatutnya.

Beliau juga menyebut fakta yang tidak betul ketika berucap di Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Pontian di Dewan Besar Maktab Rendah Sains Mara (MSRM) Pontian yang mendakwa PAS ditubuhkan kerana Ustaz Haji Ahmad Fuad kalah menentang Datuk Onn Jaafar di dalam mesyuarat Agung Umno. Faktanya bukan Ustaz Haji Fuad kalah melawan Dato' Onn Jaafar, tetapi tewas dengan dengan Tuanku Abdul Rahman merebut jawatan Yang Dipertua Umno. Seorang lagi calon ialah CM Yusuf. Khairy juga salah fakta mengenai perkara tersebut, kerana apa yang berlaku ialah tarikh pertandingan dalam Umno ialah 25 Ogos 1951 sedangkan mesyuarat di kalangan ulamak untuk menubuhkan PAS kali kedua pada 23 Ogos 1951 di Padang Kelab Sultan Sulaiman. Mesyuarat ulamak dahulu daripada tarikh pertandingan Haji Ahmad Fuad dengan Tunku Abdul Rahman. Di manakah fakta beliau dapat?

Perlu diingatkan penubuhan PAS bukan kerana kecewa tidak mendapat jawatan dalam Umno, tetapi kerana teguran ulamak mengenai isu agama tidak dipedulikan antaranya isu judi. Ulamak merasakan perlu menubuhkan badan yang bebas untuk memberi tekanan kepada Umno dalam hukum agama.


Menjawab tuduhan yang mengatakan penubuhan PAS memecah belahkan perpaduan Melayu juga ditolak. Sebenarnya penubuhan Umno menyebabkan Melayu berpecah, kerana sebelum Umno sudah ada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945. Umno ialah parti restu penjajah, sebab itu Umno tidak diharamkan ketika Ordinan Dharurat 1948 walaupun semua parti diharamkan seperti PKMM dan Hizbul Muslimin.

Beliau menyebut Melayu terbela di bawah Umno. Sudah 54 tahun merdeka, keadaan ekonomi jauh terkebelakang berbanding dengan bangsa Cina dan India. Apa yang Umno lakukan untuk orang Melayu sehingga tertinggal ke belakang. Bukankah 2/3 anggota kabinet orang Melayu. Bukankah pegawai tertinggi orang Melayu.

Maka jalan pintasnya untuk menutup bangkai gajah, maka Umno menuduh ini angkara bukan Melayu dengan meniupkan sentimen perkauman.

Di sini adalah sebahagian jawapan yang membuktikan Umno gagal membela melayu.

1. Umno menggunakan konsep "Umno Putera" bukan "Bumiputera", akhirnya yang ketinggalan orang Melayu.
2.Apabila jawatan di dalam Umno untuk mengaut keuntungan bukan untuk bela Melayu, akhirnya mereka rebut harta, Melayu merempat merata-rata.
3.Menindas sesama bangsa kerana berlainan ideologi walaupun dari segi merit dan kebolehan ada kepada orang Melayu contohnya dalam soal perniagaan.
4.Menafikan royalti kepada Kelantan walaupun Kelantan negeri majoriti Melayu.
5.Macam mana Melayu hendak terbela, minyak yang sepatutnya mendarat di Kelantan sebaliknya dibawa ke pantai Songkla Siam walaupun jaraknya lebih jauh daripada pantai Kelantan. Jarak ke Kelantan hanya 150 kilometer, berbanding ke Songkla Thailan 270 kilometer.
6.Melesapkan RM52 bilion nilai saham bumiputera. Sepatutnya orang Melayu akan memiliki ekuiti bumiputera melebihi 40 peratus jika benar Umno pembela Melayu.
7. Menyekat 118 projek pusat ke Kelantan sejak Rancangan Malaysia Kesembilan(RMK 9).
8. Menggadai tanah rezab Melayu 1.3 juta hektar. Penjajah Inggeris tinggal tanah rezab Melayu seluas 3 juta hektar selepas merdeka. Tahun 1995 tanah rezab Melayu hanya tinggal 1.3 juta hektar. Siapa punya angkara? Adakah ini dalil Umno pembela Melayu.
9.Memperkenalkan sains dan metematik dalam bahasa Inggeris, melibatkan pelajar Melayu luar bandar dizalimi kerana kurang pasarana..
10. Menyalahguna hak keistimewaan orang Melayu untuk mendapat projek, kemudian mengagihkan kekayaan sesama kroni, akhirnya Melayu terus ketinggalan dari segi taraf hidup.

Ini adalah sebahagian daripada bukti Umno tidak boleh membela Melayu. Maka sampailah masanya PAS Ganti Umno. PAS terbukti dan teruji untuk membela Melayu berbanding dengan Umno. Tuduhan DAP dan PKR mengkhianat Melayu sebagai strategi pencuri menjerit pencuri, supaya orang Melayu emosi untuk terus menyokong Umno walaupun hakikatnya Umno menjaga Melayu seperti serigala menjaga kambing.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Salam Perjuangan

Posted: 23 May 2011 11:29 PM PDT

Salam Perjuangan


KENYATAAN MEDIA - PENCALONAN TIMBALAN PRESIDEN DITERIMA

Posted: 23 May 2011 06:10 PM PDT

KJ SEMAKIN 'BIJAK' BERPOLITIK

Posted: 23 May 2011 03:27 AM PDT

PULAU TAWAR

Posted: 23 May 2011 11:19 PM PDT

PULAU TAWAR


Kedudukan terbaik abad ini.....

Posted: 23 May 2011 09:05 AM PDT


Salah seorang penyumbang kepada peningkatan jumlah peminum arak negara

KUALA LUMPUR, 23 Mei: Kemunculan Malaysia sebagai negara yang menduduki tangga ke-10 peminum arak paling ramai di dunia, jelas meletakkan Malaysia sebagai negara lebih teruk dari negara-negara bukan Islam di seluruh dunia.

Dengan kedudukan itu juga, jelas melambangkan kegagalan Kerajaan BN yang ditunjangi Umno dalam mendidik rakyatnya tentang bahaya arak agar menjauhinya.


Akhbar milik MCA, The Star semalam menyiarkan statistik tahun ini yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) bahawa Malaysia menduduki "ranking Top 10" peminum arak paling ramai di dunia.


WHO turut menjelaskan, Malaysia membelanjakan US$500 juta (RM1.5 bilion) untuk alkohol dengan kadar penggunaan per kapita sebanyak 7 liter, manakala penggunaan beer di Malaysia pula mencecah 11 liter per kapita.

(sumber dari http://depakataakukata.blogspot.com/)

Apa yang terjadi kepada mereka?

Posted: 23 May 2011 08:51 AM PDT

Beberapa tahun(tak sampai pun!) yang lalu,terdapat satu kes KECURIAN ENJIN JET dari TUDM Malaysia.Mungkin kes itu sekarang tidak lagi dalam perhatian orang ramai,lebih-lebih lagi Melayu.Sebab Melayu kan MUDAH LUPA!

Pernahkah kita terfikir apa yang berlaku kepada mereka yang dilapor atau dituduh mencuri ENJIN kapal terbang tersebut?Apa yang telah terjadi kepada mereka?

Cerita dari BH Online....

Sarjan Tharmendran kekal bebas dari tahanan TUDM


2011/05/23

PUTRAJAYA: Sarjan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), N Tharmendran, yang ditangkap dan ditahan oleh TUDM kerana gagal hadir tugas tanpa cuti (AWOL) kini kekal bebas dari tahanan.

Keputusan itu berikutan tindakan TUDM menarik balik permohonan bagi memfailkan notis rayuan melebehi tempoh masa di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan penahanan Tharmendran itu tidak sah di sisi undang-undang.
Hakim Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, yang mengetuai panel tiga hakim, hari ini membatalkan permohonan TUDM selepas Timbalan Pendakwa Raya, Manoj Kurup memaklumkan mahkamah mengenai penarikan balik permohonan itu.
Dua hakim lain dalam panel ialah Hakim Tan Sri Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong.

Pada 25 November tahun lalu, Tharmendran, 43, ditahan lima pegawai dari Jabatan arah Provos Marshal TUDM di perkarangan kompleks Mahkamah Shah Alam selepas dibebaskan dengan ikat jamin RM50,000 atas tuduhan bersuhabat mencuri dua enjin jet milik TUDM.

Pada hari berikutnya, Tharmendran memfailkan permohonan habeas corpus untuk dibebaskan daripada Pusat Tahanan Kem Batu Kentonmen, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Di luar mahkamah, peguam Amer Hamzah Arshad, yang mewakili Tharmendran, memberitahu pemberita bahawa penahahan anak guamnya berakhir berikutan penarikan permohonan oleh TUDM.
Sementara itu, Manoj memberitahu Tharmendran sudah kembali bertugas.

Bagaimanapun, Tharmendran masih berdepan dengan perbicaraan di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas tuduhan bersuhabat mencuri serta melupuskan dua enjin jet pejuang milik TUDM.

PAS Negeri Sembilan

Posted: 23 May 2011 09:18 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Kuliah Tn Guru Nik Razi Nik Mat 28 Mei 2011 Seremban

Posted: 23 May 2011 06:40 AM PDT



KULIAH PERDANA
Oleh Tuan Guru Nik Razi Nik Mat
Tarikh : 28 Mei 2011 , SABTU
Masa : 7.30 mlm
Tempat : Surau An Nur, Bandar Seremban Selatan Fasa 2, Senawang

Semua dijemput hadir

MTD N24 Bemban

Posted: 23 May 2011 09:13 PM PDT

MTD N24 Bemban


MATAHARI BETUL-BETUL DI ATAS KAABAH

Posted: 23 May 2011 01:27 AM PDT

Arah Qiblat boleh disemak dengan tepat ketika Istiwa A'zam.Penentuan arah qiblat yang tepat sangat penting kerana ia merupakan antara syarat sah solat samada solat fardhu atau sunnat. Jadi ummat ISLAM mesti memastikan kedudukan arah qiblatnya tepat mengadap Ka'bah.

Alhamdulillah, setiap tahun ada 2 waktu yang telah ALLAH subhanahu wata'ala tentukan kedudukan matahari betul-betul tepat di atas Ka'bah. Fenomena ini dipanggil Istiwa A'zam (Istiwa Utama).

[Istiwa A'zam]

Alhamdulillah, dengan ketentuan ALLAH 'Azza wa Jalla ini, membolehkan ummat ISLAM di seluruh muka bumi sejak dahulu hingga hari kiamat memeriksa dan menyemak arah qiblat dengan mudah dan tepat. SubhanALLAH…


Bilakah Istiwa A'zam berlaku?

Di Malaysia, waktu berlakunya fenomena ini ialah pada:

* 28 MEI setiap tahun, tepat pukul 5.16 petang, dan
* 16 JULAI setiap tahun, tepat pukul 5.28 petang.


[istiwamatahari]

Ihsan Falak Online


Apa yang perlu dilakukan untuk menyemak qiblat dengan tepat?


Sebelum

* Pastikan jam yang selalu dibuat rujukan oleh tuan/puan mengikuti waktu piawai yang tepat. Untuk menentukan ketepatan waktu, tuan/puan boleh memeriksanya dengan SIRIM atau boleh juga merujuk kepada waktu yang terpapar di televisyen atau radio. Ketepatan waktu yang mengikut piawai adalah penting untuk mendapat hasil yang betul. Justeru, betulkan jam tuan/puan mengikut waktu piawai yang betul.
* Cari objek lurus yang keras seperti batang kayu, tiang atau pen.
* Pacakkan objek tersebut secara menegak (bersudut 90°) di atas permukaan yang rata.
* Pastikan bayang-bayang yang terhasil dari objek tersebut jelas boleh dilihat dengan terang dan jelas.
* Dan pastikan juga tuan/puan boleh melihat matahari dari kedudukan tempat tuan/puan pacakkan objek lurus tersebut dan tidak terlindung.
* Tunggu dengan sabar waktu yang disebutkan di atas.

Ketika peristiwa ini berlaku:

*

Perhatikan bayang-bayang yang terhasil dari objek lurus yang dipacakkan tersebut.
*

Arah qiblat adalah arah yang bertentangan dengan jatuhnya bayang-bayang itu. (Rujuk gambar di atas)
*

Tandakan arah qiblat.

Selepas.

* Yakinlah bahawa itu merupakan arah qiblat yang tepat.
*

Bersyukurlah kepada ALLAH subhanahu wata'ala yang telah memberikan peluang untuk tuan/puan memeriksa arah qiblat melalui kaedah ini.
*

Hadapkanlah tubuh tuan/puan ke arah qiblat tersebut dengan penuh khusyuk ketika solat fardhu dan sunnat.

Mudah-mudahan perkongsian ini bisa memberikan manfaat buat tuan/puan yang mahu mengambil manfaat. Sebarkan, insyaALLAH…

PARLIMEN BUKIT GANTANG

Posted: 23 May 2011 09:11 PM PDT

PARLIMEN BUKIT GANTANG


Lintah darah perlu digulingkan:Nizar

Posted: 23 May 2011 06:42 AM PDT

SHAH ALAM 23 MEI : Suara golongan pekerja tidak akan didengari dengan hanya merayu perubahan sebaliknya memerlukan langkah yang lebih proaktif untuk menggulingkan pemerintahan lintah darat yang hanya tahu memeras wang rakyat demi memenuhkan kantung peribadi.

Justeru mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin menggesa rakyat untuk bangkit menuntut hak masing-masing yang tidak pernah tertunai di bawah pemerintahan Umno-BN.

"Apa yang perlu kita laksanakan hari ini ialah berubah dan buat undang-undang baru, kita perlu tinggalkan undang-undang kejam, zalim yang jelas menindas hak pekerja dan kaedahnya mudah, kita mesti menuju ke Putrajaya, tidak ada cara lain.

"Jadi tidak dapat tidak, kita semua kena berjalan menuju ke Putrajaya dan nyahkan Umno-BN dari bumi ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Kongres Buruh Berlandaskan Buku Jingga yang diadakan di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor, Shah Alam semalam.

Tambahnya lagi, kombinasi antara golongan buruh dengan sebuah kerajaan adalah formula utama dalam memacu perkembangan negara.

Mengulas lanjut kepentingan ini, Nizar menggesa semua buruh memainkan peranan penting dalam mengekang amalan korup yang selama ini membelenggu negara.

"Buruh boleh menyelamatkan kewangan, dan bila kerajaan itu kaya setelah berjaya menambahkan hasil maka sudah tentu boleh dikembalikan kepada rakyat yang purata besarnya adalah golongan buruh,"jelas Nizar.

Objektif program yang menggabungkan kerajaan Pakatan Rakyat dan kumpulan Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) ini antara lain membicarakan isu gaji minima yang gagal dilaksanakan di negara ini sehingga mengheret buruh untuk terus menjadi mangsa dalam senario ekonomi tidak menentu dan kenaikan kos sara hidup.

Dalam pada itu, Pengarah Kongres Buruh Berlandaskan Buku Jingga, Abdullah Sani Abdul Hamid turut menggesa rakyat bangkit menyuarakan hak mereka kerana kerajaan Najib Razak hanya akan takut melakukan kezaliman dengan melihat kebangkitan rakyat.

"Penekanan dan serangan-serangan rakyat terhadap Umno-BN, kerajaan pada hari ini menunda hasrat mereka menaikan harga minyak RON 95, tetapi percayalah dengan kongres ini, kita mampu bendung kezaliman dan penindasan terhadap seluruh kaum buruh yang ada di negara ini,"katanya.

"Hari ini tuntutan kaum buruh akan dilaksanakan yang mana telah pun diwartakan dalam Buku Jingga yang akan menobatkan pekerja kelas satu di negara ini,"tambah beliau lagi.

Melihat kepada kesungguhan dan kekuatan agenda Pakatan Rakyat menerusi Buku Jingga, bekas presiden MTUC, Syed Shahir Syed Mohamud berkata pihaknya dan kesatuan pekerja di Malaysia akan turut serta dalam perjuangan Pakatan Rakyat bagi mengambil alih Putrajaya sekaligus merealiasikan impian para buruh yang sekian lama tertindas dibawah pemerintahan Umno-BN.

"Kita akan bagi sokongan penuh kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, kita sudah tidak boleh amalkan konsep tampal sulam, semuanya harus dirombak,undang-undang yang menekan harus dimansuhkan dan wujudkan undang-undang baru sesuai dengan golongan pekerja di Malaysia ini,"katanya.

Forum 'Buruh Mengikut Pandangan Buku Jingga' ini, antara lain dibarisi panelis Ahli Jawatankusa PAS Pusat, Mohamad Sabu dan Pengasas Zentrum Future Studies, Prof Dr.Abu Hassan Hasbullah.

Sekurang-kurangnya 2,000 peserta hadir dengan baju serba jingga memenuhi ruang dewan.

Rembau Hari Ini

Posted: 23 May 2011 07:47 PM PDT

Rembau Hari Ini


Kuliah Tn Guru Nik Razi Nik Mat 28 Mei 2011 Seremban

Posted: 23 May 2011 06:44 AM PDT



KULIAH PERDANA
Oleh Tuan Guru Nik Razi Nik Mat
Tarikh : 28 Mei 2011 , SABTU
Masa : 7.30 mlm
Tempat : Surau An Nur, Bandar Seremban Selatan Fasa 2, Senawang

Semua dijemput hadir

PAS Kawasan Pekan

Posted: 23 May 2011 07:47 PM PDT

PAS Kawasan Pekan


Tahniah, Malaysia ke 10 pengguna arak

Posted: 23 May 2011 03:35 AM PDT

sumber : Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 23 Mei: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengucapkan 'tahniah' kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang berjaya membawa Malaysia ke rangking ke-10 negara konsumer arak yang terbesar di dunia.

Kejayaan ini benar-benar diluar jangkaan rakyat kerana Malaysia yang pernah di umumkan sebagai sebuah Negara Islam oleh pemimpin Umno berjaya mengalahkan sebahagian besar negara-negara bukan Islam di Eropah dan Benua Amerika.

Demikian kata Ketua Penerangannya, Herman Samsudeen dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

Kata Herman, Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menganggap pengakuan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Heng Seai Kie sebagai satu bukti kejayaan gelap BN selama 12 penggal mereka memerintah negara ini.

Ranking yang telah disahkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) ini juga menyatakan bahawa rakyat Malaysia menghabiskan lebih dari RM1.5 bilion setahun untuk membeli arak.

Setiap tahun, 30 peratus kemalangan jalan raya dilaporkan berlaku kerana pengaruh alkohol.

Malah lebih teruk dari itu, arak juga sering dikaitkan dengan jenayah penganiayaan, dera, rogol dan bunuh. Gejala pengambilan arak juga kini sudah menular kalangan pelajar sekolah.

"Sampai bilakah kerajaan BN mahu pertahankan rekod ini?" soal beliau.

Beliau mengesa kepada pihak berkuasa kerajaan tempatan, kerajaan negeri dan persekutuan supaya serius menangani perkembangan industri arak dinegara ini.

Pengeluaran arak di kilang-kilang dalam negara hendaklah dikurangkan, dan permohonan lesen-lesen pengilangan dan penjualan arak baru hendaklah dibatalkan, cadang beliau.

DPPWP juga mahu pihak berwajib memantau aktiviti penjualan arak dikedai-kedai, restoran dan kelab malam.

Bagi beliau, arak tidak sepatutnya dibiarkan dijual secara terbuka seperti dikedai-kedai ubat dan 7-Eleven yang beroperasi 24 jam.

Akses pembelian arak yang begitu terbuka menyebabkan rakyat negara ini begitu mudah terlibat kepada gejala penagihan arak ini, katanya.

DPPWP juga kesal kerana kerajaan gagal menghalang umat Islam mengadakan urusniaga arak dan meminumnya.

Oleh itu, kerajaan wajib memberikan kuasa penuh kepada JAKIM dan Majlis Agama Negeri memantau umat Islam dari terjebak kepada arak, katanya.

Islam mengharamkan umatnya meminum arak. Bukan hanya kepada rakyat biasa tetapi kepada golongan kaya dan pemimpin sekalipun, hukumnya tetap haram disisi Islam.

"Bagi yang bukan Islam, DPPWP menasihatkan supaya menjauhi arak. Kesan mabuk akibat arak lebih banyak keburukkannya dari kebaikan. Maka carilah minum yang lebih menyihatkan dan memberikan kebaikan kepada diri anda," katanya.

Beliau juga berharap agar kerajaan tidak terus menerus menutup mata, memekakkan telinga hanya kerana cukai arak yang tinggi dapat memberikan pulangan kepada dana kewangan negara.

Ahli-ahli parlimen wajar membincangkan isu ini dan mencari langkah-langkah penyelesaikan terbaik bagi menyelamatkan rakyat, katanya.

DPPWP berharap agar pemimpin Islam dan bukan Islam dinegara ini dapat mengambil perhatian serius fakta WHO ini dan berusaha menjadikan negara ini bebas dari pengaruh arak, tambah beliau.

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua

Posted: 23 May 2011 07:40 PM PDT

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua


DNA Babi Dalam Tepung Kek Jenama Terkenal

Posted: 23 May 2011 06:37 PM PDT


PURATOS MALAYSIA SDN BHD

Nature of Business
The Puratos Group manufactures & distributes innovative ingredients and tailor made solutions to the bakery, patisserie and chocolate sectors.

Certified To:
ISO 9001:2008, HACCP, HALAL?

PETALING JAYA: Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia mendedahkan penemuan mengejutkan iaitu asid deoksiribonukleik (DNA) babi di dalam bahan ramuan Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder yang digunakan syarikat Puratos Malaysia Sdn. Bhd.

Lebih memeranjatkan, blog Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), http://persatuanpenggunaislammalaysia.blogspot.com turut mendakwa bahawa bahan-bahan berkenaan kini dikatakan digunakan oleh rangkaian kedai pembuat kek terkenal dalam produk mereka yang sebahagian besar pelanggan adalah masyarakat Islam.

Laman web www.halal.gov.my milik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyebut, mesyuarat yang diadakan pada 12 Mei lalu memutuskan permohonan Puratos Malaysia Sdn Bhd adalah tidak berjaya berikutan penemuan DNA babi berkenaan.

Jakim turut menyenaraikan bahan makanan itu digunakan rangkaian kedai kek berkenaan.

"Sehubungan itu, semua pemegang atau pemohon baru Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang menggunakan produk keluaran Puratos Malaysia Sdn. Bhd. dikehendaki menukar produk tersebut kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf dan mengemukakan resit pembelian produk baru daripada pembekal yang memiliki sijil halal yang diiktiraf.

"Selain itu, mereka perlu melakukan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan samak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri," menurut laman web itu, Isnin.

Khamis lalu, tiga pengarah syarikat didakwa di Mahkamah Majistret di Kluang atas dua tuduhan menjual kopi mengandungi DNA babi di kedai minuman, Kluang Rail Coffee tanpa meletakkan pernyataan kewujudannya pada label pembungkusan kopi itu.

Ketiga-tiga pengarah syarikat Rail Passion Sdn. Bhd. (Rail Passion) tersebut iaitu Lim Jit Chiang, 37, dan abangnya, Lim Jit Tong, 42, serta sepupu mereka, Lim Jit Chen, 58, mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan.

Syarikat pengilang Cheng Hiong Coffee Powder Trading pula menghadapi tuduhan menyedia dan membungkus kopi campuran dalam bungkusan yang belum dibuka dan tidak berlabel untuk jualan kepada syarikat Rail Passion.

DYM Sultan Mencemar Duli Ke Madrasah At Taqwa

Posted: 23 May 2011 05:39 PM PDT

Mereka yang terlibat terus mendapat bantuan.... terkini dari DYM Sultan Selangor dan Isteri Menteri Besar Selangor.


Tragedi Madrasah At Taqwa Part II

Posted: 23 May 2011 05:27 PM PDT

Banyak kisah dan bantuan yang dihulurkan.... namun tidak semua yang terpapar didalam media kecuali yang tak sengaja. Terutama yang melibatkan PAS dan Unit Amal. Bukan berkerja untuk mendapatkan habuan dunia dan nama.... Cuma nak bagi tahu bahawa bukan UmNo sahaja berada di tempat kejadian.....

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 23 May 2011 07:32 PM PDT

N.27 - PAS DUN Sura


Ahli Parlimen Padang Terap Berceramah Di Dungun 25 Mei

Posted: 23 May 2011 09:43 AM PDT

DUNGUN, 24 Mei Selasa - Ahli Parlimen Padang Terap, Kedah, Y.B. Ustaz Mohd Nasir Zakaria akan bengandingan bersama Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Haji Azman Shapawi Abdul Rani dan ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli dalam siri ceramah umum yang disusun oleh Lajnah Penerangan DUN Sura.

Ketua Lajnah Penerangan DUN Sura, Encik Mohd Yusof Ismail, memberitahu ceramah yang dijadualkan pada 25 Mei, Rabu akan diadakan di Jalan Bunga Raya, Lorong 2.

" Penduduk sekitar DUN Sura pastinya ingin mengetahui isu-isu semasa yang berlaku khususnya di utara tanahair dan ianya akan dikupas oleh Y.B. Ustaz Nasir dalam ceramah tersebut, " ujar Encik Mohd Yusof.

" Selain itu, Ustaz Azman dan Ustaz Wan Hassan dijangka akan menyentuh isu-isu semasa lain dalam konteks negeri Terengganu dan Malaysia amnya, " tambah beliau lagi.

Beliau turut mengajak seluruh warga DUN Sura khususnya tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan fahaman politik mengambil peluang untuk mengikuti maklumat terkini daripada para penceramah yang telah diundang tersebut.

Khalid Samad

Posted: 23 May 2011 07:18 PM PDT

Khalid Samad


Video: Perception "The Men in Blue"

Posted: 22 May 2011 10:30 PM PDT

PART I


PART II


Video courtesy of TVPAS
-Pejabat YB Khalid Samad-

Forum: Melakar Masa Depan PAS (24/5/2011, 8pm, KLSCAH)

Posted: 22 May 2011 09:48 PM PDT

Semua dijemput hadir. Bagi pihak penganjur program.
-Pejabat YB Khalid Samad-

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 23 May 2011 03:34 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


SYAHID 16 ORANG DI BATU 14

Posted: 23 May 2011 01:57 AM PDT





Enam belas yang terkorban ialah:

1) Mohd Kamarul Amizan, 11 tahun 2) Nurahimi Rosdi, 14
3) Dzahir Haziq M. Muin, 11
4) Ahmad Lokman Hakim, 11
5) Farid Ibrahim, 34
6) Mohd Azret Azahari, 8
7) Wan Ahmad Hasril Hazim, 11
8) Zahid Assawal Zamri, 19
9) Mohd Mustakim Mamat, 12
10) Mohd Naerzein M. Nor, 8
11) Mohd Aiman Abdullah, 10
12) Shahrul Nurimran Adnan, 9
13) Mohd Zaid Azahari, 14
14) Mohd Imal Fahad, 9
15) Mohd Riezman Abdul Latif, 9
16) Mohd Hazim Sapri, 10

Anak yatim maut tertimbus syahid

SHAH ALAM - Kematian mereka bukan sia-sia. Allah sudah janjikan ganjaran syahid bagi sekumpulan anak yatim terkorban dalam tragedi tanah runtuh di Hulu Langat, petang semalam.

Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid berkata, mengikut hukum, Islam yang menemui ajal secara tragis se-perti akibat kebakaran, kemalangan jalan raya atau bencana alam dan mati ketika tidur, dikategorikan sebagai syahid.

"Mereka dapat syafaat Allah, itu janjiNya," katanya.

Beliau mengulas kematian anak-anak yatim penghuni Rumah Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal, Hulu Langat, petang semalam.

Bagaimanapun menurut Mohd Tamyes, jenazah mereka masih perlu diurus seperti jenazah mati biasa, iaitu mandi, kafan dan disolatkan.

Beliau mengingatkan pengasas rumah kebajikan, termasuk rumah anak yatim di seluruh negara, pastikan bangunan mereka tiada risiko musibah.

"Jangan bina di lereng bukit atau berhampiran dekawasan bahaya kepada penghuni," katanya. -SH

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 23 May 2011 03:24 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


“Perlu tinggal bersama dan berganding dengan bukan Muslim”, Aziz Bari

Posted: 22 May 2011 10:56 PM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Mei — Perlembagaan negara wajar dikekalkan meskipun undang-undang paling tinggi itu tidak lengkap sepenuhnya manakala Muslim wajar menerima hakikat mereka "perlu tinggal bersama dan berganding dengan bukan Muslim", kata pakar perlembagaan Prof Dr A Aziz Bari.


"Mereka tiada pilihan," kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa dalam reaksinya berhubung maklum balas pembaca mengenai tulisan terbitan The Malaysian Insider malam tadi.

Katanya, melihat pada komen-komen daripada para pembaca mereka kelihatan tidak gembira dengan pandangan agar Perlembagaan Persekutuan dipinda manakala kerajaan pula tidak sewajarnya memberi hak-hak secara meluas kepada bukan Muslim, antaranya memegang jawatan dalam kerajaan.

Pandangan itu dilontarkan pada Wacana Membina Negara Sejahtera anjuran Sekretariat Syubban Persatuan Ulama Malaysia, yang antara lain bertujuan menyuntik semangat kepada masyarakat tentang aspirasi dan impian menuju negara Islam.

Pada wacana itu, beberapa pemimpin Islam mempersoalkan kesetiaan bukan Islam di negara ini sambil menggesa hak komuniti itu dinilai semula jika Malaysia benar-benar dianggap sebagai negara Islam.

....

"MASA SAYA TARIK ADIK BATU MENIMPA KEPALA ADIK"

Posted: 22 May 2011 06:17 PM PDT

KUALA LUMPUR: "Saya tarik tangan adik ketika kami lari menyelamatkan diri, tapi kaki adik tersangkut pada besi khemah dan dia jatuh. Saya tarik lagi tangannya tapi runtuhan batu mula menuju ke arah kami dan menimpa kepala adik.

"Saya mahu mengorek tanah mencari adik, namun orang ramai menghalang. Saya terus menangis kerana hanya mampu melihat adik tertimbus di depan mata."

Demikian luahan Mohd Awie Abdul Latif, 11, menceritakan detik kematian adiknya, Mohd Riezman, 9, dalam tragedi tanah runtuh yang meragut 16 nyawa dan mencederakan sembilan penghuni Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat dekat sini, kelmarin.

Mohd Awie yang ditemui di luar Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, semalam berkata, sebelum kejadian pada jam 2.30 petang itu dia, Mohd Riezman dan kebanyakan penghuni lain berada di dalam khemah untuk melakukan persiapan bagi majlis serahan bantuan oleh seorang pegawai Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

"Ketika itu, Riezman berada dekat dengan saya. Kemudian, ada orang menjerit supaya menyelamatkan diri kerana ada tanah runtuh lalu kami semua segera lari. Saya sungguh terkilan kerana tak sempat menyelamatkan adik," katanya.
Jenazah Mohd Riezman dijumpai sekitar jam 11.30 malam.

KAKI 2 MANGSA SELAMAT DIKEBUMIKAN

Posted: 22 May 2011 05:47 PM PDT

Kaki 2 mangsa yang tragedi tanah runtuh selamat dikebumikan lewat petang semalam.

Kaki seorang mangsa tragedi tanah runtuh yang tersepit dan tertimbus dari paras pinggang terpaksa dipotong di tempat kejadian bagi menyelamatkan nyawanya yang ketika itu sudah lemah akibat terlalu lama menanggung kesakitan.


Mangsa, Zulkhairi Aminuddin, 13, terpaksa mengharungi keadaan mengerikan itu selepas kaki kirinya didapati hancur dan mula bertukar menjadi kebiruan.

Menurut sumber hospital, pasukan perubatan yang ditugaskan terpaksa membuat keputusan sukar itu bagi menyelamatkan nyawa mangsa yang semakin lemah akibat kehilangan banyak darah.

"Sebaik menemui mangsa di lokasi runtuhan, kami diarah melihat keadaan mangsa terlebih dulu dan mendapati lebih 90 peratus kakinya dalam keadaan parah.

"Kami terpaksa memotong kaki mangsa sehingga paras lutut di kawasan kejadian dan memberi rawatan awal sebelum mangsa dihantar ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang (HA) bagi rawatan lanjut," katanya.

Mangsa kini masih berada dalam keadaan lemah dan masih dirawat di ICU HA.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Mohd Erwan Zakaria, 33, juga kehilangan kaki kanan selepas mengalami kecederaan dan pendarahan dalaman yang dikhuatiri mengancam nyawanya.

Sumber itu berkata, selepas dikeluarkan dari runtuhan tanah, Mohd Erwan dikejarkan ke HA dan menjalani pembedahan selama kira-kira empat jam oleh sekumpulan doktor pakar tulang sebelum ditempatkan di ICU bagi rawatan lanjut.

"Kaki Mohd Erwan tidak hancur tetapi mengalami pendarahan dan kecederaan dalaman yang serius akibat tersepit terlalu lama dan tidak dapat diselamatkan. "Sekiranya kakinya dibiarkan dan hanya diberikan rawatan, kami bimbang ia akan dijangkiti kuman sehingga menjadi busuk seterusnya mengancam nyawa," katanya.

PAS Bandar Seri Putra

Posted: 23 May 2011 03:10 PM PDT

PAS Bandar Seri Putra


HANYA 'MEMBELA' PEMIMPIN, BUKAN MEMBELA MELAYU

Posted: 23 May 2011 07:28 AM PDT

KENYATAAN MEDIA :
Khairi Jamaluddin Ketua Pemuda Umno mendakwa hanya Umno pembela melayu di negara ini. Lain daripada Umno, bukan pembela melayu. Persoalannya benarkah Umno pembela Melayu. Tidak malukah Khairi yang mendakwa bahawa umno pembela orang Melayu, hakikatnya umno hanya mengguna Melayu untuk membela pemimpin umno bukan bela Melayu jauh sekali untuk mengangkat agama di tempat yang sepatutnya.


Beliau juga menyebut fakta yang tidak betul ketika berucap di Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pontian di Dewan Besar Maktab Rendah Sains Mara(MSRM) Pontian yang mendakwa PAS ditubuhkan kerana Ustaz Haji Ahmad Fuad kalah menentang Datuk Onn Jaafar di dalam mesyuarat Agung Umno.

Fakta sebenar, bukan Ustaz Haji Fuad kalah melawan Dato' Onn Jaafar, tetapi tewas dengan dengan Tuanku Abdul Rahman merebut jawatan Yang Dipertua Umno. Seorang lagi calon ialah CM Yusuf. Khairi juga salah fakta mengenai perkara tersebut, kerana apa yang berlaku ialah tarikh pertandingan dalam umno ialah 25 Ogos 1951 sedangkan mesyuarat di kalangan ulamak untuk menubuhkan Pas kali kedua pada 23 Ogos 1951 di Padang Kelab Sultan Sulaiman. Mesyuarat ulamak dahulu daripada tarikh pertandingan Haji Ahmad Fuad dengan Tunku Abdul Rahman. Di manakah fakta beliau dapat?


Perlu diingatkan penubuhan PAS bukan kerana kecewa tidak mendapat jawatan dalam umno, tetapi kerana teguran ulamak mengenai isu agama tidak dipedulikan antaranya isu judi. Ulamak merasakan perlu menubuhkan badan yang bebas untuk memberi tekanan kepada umno dalam hukum agama.

Menjawab tuduhan yang mengatakan penubuhan PAS memecah belahkan perpaduan Melayu juga ditolak. Sebenarnya penubuhan Umno menyebabkan melayu berpecah, kerana sebelum Umno sudah ada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945. Umno ialah parti restu penjajah, sebab itu Umno tidak diharamkan ketika Ordinan Dharurat 1948 walaupun semua parti diharamkan seperti PKMM dan Hizbul Muslimin.

Beliau mendakwa Melayu terbela di bawah umno?. Sudah 54 tahun merdeka, keadaan ekonomi jauh terkebelakang berbanding dengan China, India. Apa yang Umno lakukan untuk orang melayu sehingga tertinggal kebelakang. Bukankah 2/3 anggota kabinet orang melayu. Bukankah pegawai tertinggi orang melayu.

Maka jalan pintasnya untuk menutup bangkai gajah, maka Umno menuduh ini angkara bukan melayu dengan meniupkan sentimen kaum.

Di sini adalah sebahagian jawapan yang membuktikan umno gagal membela Melayu.

1. Umno menggunakan konsep "Umno Putera" bukan "Bumiputera", akhirnya yang ketinggalan orang melayu.
2.Apabila jawatan di dalam umno untuk mengaut keuntungan bukan untuk bela melayu, akhirnya mereka rebut harta, melayu merempat merata-rata.
3.Menindas sesama bangsa kerana berlainan ideologi walaupun dari segi merit dan kebolehan ada kepada orang Melayu contohnya dalam soal perniagaan.
4.Menafikan royalti kepada Kelantan walaupun Kelantan negeri majoriti Melayu.
5.Macam mana melayu hendak terbela, minyak yang sepatutnya mendarat di Kelantan sebaliknya dibawa ke pantai Songkla Siam walaupun jaraknya lebih jauh daripada pantai Kelantan. Jarak ke Kelantan hanya 150 kilometer, berbanding ke Songkla Thailan 270 kilometer.
6.Melesapkan RM52 bilion nilai saham bumiputera. Sepatutnya orang Melayu akan memiliki ekuiti bumiputera melebihi 40 peratus jika benar umno pembela Melayu.
7. Menyekat 118 projek pusat ke Kelantan sejak Rancangan Malaysia Kesembilan(RMK 9).
8. Menggadai tanah rezab Melayu 1.3 juta hektar. Penjajah Inggeris tinggal tanah rezab Melayu seluas 3 juta hektar selepas merdeka. Tahun 1995 tanah rezab Melayu hanya tinggal 1.3 juta hektar. Siapa punya angkara? Adakah ini dalil umno pembela Melayu.
9.Memperkenalkan sains dan metematik dalam bahasa Inggeris, melibatkan pelajar Melayu luar bandar dizalimi kerana kurang pasarana..
10. Menyalah guna hak keistimewaan orang Melayu untuk mendapat projek, kemudian mengagihkan kekayaan sesama kroni, akhirnya melayu terus ketinggalan dari segi taraf hidup.

Ini adalah sebahagian daripada bukti umno tidak boleh membela Melayu. Maka sampailah masanya PAS Ganti Umno. Pas terbukti dan teruji untuk membela Melayu berbanding dengan umno. Tuduhan DAP dan PKR mengkhianat Melayu sebagai strategi pencuri menjerit pencuri, supaya orang Melayu emosi untuk terus menyokong umno walaupun hakikatnya umno menjaga Melayu seperti serigala menjaga kambing.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS

KAJI KONSESI IPP, BUKAN NAIK TARIF ELEKTRIK

Posted: 23 May 2011 07:21 AM PDT

DARI: BULETINONLINE.NET

Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pentadbiran Najib mengkaji balik konsesi pengeluar tenaga bebas (IPP) dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) agar tidak membebankan rakyat.

Kenyataan beliau dibuat berdasarkan beberapa kenyataan Menteri berkenaan kemungkinan kerajaan menaikkan tarif elektrik pada bulan Jun depan.

Anwar sudah sekian lama menegaskan sekitar RM22 bilion subsidi gas yang diberi kepada IPP tidak memberi makna kepada rakyat, sebaliknya ia hanya memberi keuntungan kepada ahli perniagaan dan kroni rapat dengan pemerintah.

"Sudah sekian lama negara kita dirompak jumlah wang yang besar, yang mampu digunakan untuk membendung inflasi serta membangun model industri lebih baik untuk rakyat.

"Berdasarkan perspektif ini, saya menggesa kerajaan pusat berlaku adil dengan menyemak semula harga dikenakan IPP ke atas Tenaga Nasional Berhad, termasuklah menggugurkan elemen harga tetap seumpama harga kapasiti bersedia dan kapasiti tetap yang mengakibatkan kos elektrik meningkat," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Anwar berkata, isu kenaikan tarif elektrik negara ini berkait rapat dengan perjanjian berat sebelah dipaksa ke atas TNB untuk dimeterai bersama dengan IPP terutamanya dengan pengeluar tenaga swasta generasi pertama.

Dalam kenyataannya, Anwar berkata bekas ketua pegawai eksekutif TNB Tan Sri Dr Ani Arope telah menyatakan kepada umum bahawa beliau tidak bersetuju dengan harga terlalu mahal dikenakan oleh IPP ke atas TNB di mana harga yang dicatatkan iaitu 13.7 sen sehingga 15.5 sen per kilowatt.

"Harga yang dikenakan IPP ke atas TNB adalah harga lebih mahal dari harga yang dihasilkan sendiri oleh TNB.

"Ini bermakna TNB dipaksa membeli elektrik pada harga yang tak sepatutnya. Malahan harga tersebut ditetapkan sebagaimana dalam perjanjian, sepanjang membekalkan tenaga tersebut, harga yang dikenakan ke atas TNB berubah menuruti kadar terdahulu sekali gus membolehkan IPP mengaut keuntungan yang besar lebih awal," katanya lagi.

Bekas menteri kewangan itu berkata, perjanjian antara IPP dan TNB juga telah direka untuk memastikan IPP dilindungi daripada sebarang risiko kenaikan harga bahan api seumpama gas asli, diesel dan arang batu manakala jika berlaku kenaikan harga pada bahan api tersebut, maka TNB yang terpaksa menanggung beban.

"Akibat daripada perjanjian ini telah menyebabkan Petronas terpaksa mengeluarkan dan membeli gas asli pada harga yang lebih mahal dan kemudiannya menjualnya pula pada kadar harga subsidi yang tetap.

"Hakikatnya kos subsidi gas ini telah melonjak kepada RM22 bilion setahun.

"Justeru, dari perjanjian yang rumit dan berat sebelah inilah rakyat Malaysia terpaksa membayar tarif elektrik tinggi," katanya.

Kata Anwar lagi, kos harga tenaga elektrik terpaksa dibayar TNB kepada IPP dan pengambilan untung pada kadar masa yang cepat oleh pihak berkenaan ternyata membebankan rakyat sama ada secara menaikkan tarif elektrik atau kerana kerugian kewangan akibat subsidi gas.

"Malangnya, sedangkan negara kita yang sememangnya memberi subsidi kepada sektor pengeluar tenaga melalui gas asli yang murah, itupun jika dibandingkan dengan negara jiran seumpama Thailand, tarif elektrik Malaysia ternyata masih tinggi, sungguhpun negara jiran itu membeli gas asli pada kadar harga semasa (pada masa ini harga semasa tersebut tiga kali lebih tinggi dari harga gas asli yang disubsidikan di Malaysia)," katanya lagi

Dewan Pemuda Pas Kawasan Pasir Gudang

Posted: 23 May 2011 03:05 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Pasir Gudang


Insentif guru untuk sebilangan kecil sahaja dikesali

Posted: 23 May 2011 04:09 AM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Mei: Pengerusi Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat, Normala Sudirman (gambar) menyatakan rasa kesal terhadap kerajaan pusat mengenai insentif yang akan diberikan kepada guru yang hanya menyenangkan sebilangan kecil guru sahaja.


Beliau juga merupakan bekas guru melihat insentif kenaikan pangkat bagi guru-guru seperti yang diumumkan Najib sempena sambutan Hari Guru baru-baru ini, kira-kira 400,000 guru kelas biasa kecewa dengan pengumuman kerajaan bahawa ia hanya membawa berita gembira kepada 2,000 guru besar dan guru penolong kanan yang akan menikmati kenaikan gaji mulai awal tahun depan.

Normala, yang diwawancara Harakah menjelaskan pekara ini begitu menyedihkan kerana insentif guru bukan kepada golongan ratusan ribu guru biasa yang bertungkus-lumus di dalam bilik darjah yang berkelulusan diploma pada Gred DGA 32 ke bawah.

"Alasan pelaksanaan kenaikan pangkat, gaji, atau elaun secara berperingkat dilaksanakan kerana membabitkan perbelanjaan besar tidak boleh diterima kerana mengapa kerajaan terlalu 'berkira' untuk memberi pengiktirafan kepada golongan pendidik yang banyak berjasa kepada generasi masa depan negara sedangkan dalam masa yang sama kita melihat dengan mudah RM111 juta diberikan kepada projek Permata Negara dan projek-projek lain atas nama kononnya kepentingan anak bangsa," soal beliau.

Sehubungan itu, beliau menyatakan tidak dinafikan terdapat beberapa kesatuan guru dan pihak NGO tidak berpuas hati dengan pemberian 'insentif terpilih' ini yang hanya diberikan kepada golongan siswazah sahaja seolah-olah menafikan khidmat golongan berkelulusan diploma.

Justeru itu, beliau menyeru golongan guru supaya bangkit dalam mempertahankan hak dan kebajikan yang kian diabaikan serta memantapkan jati diri selaku pendidik daripada aspek pembangunan rohani dan jasmani.

"Beranilah menyuarakan pendapat melalui "lisan dan mata pena" demi melihat kelangsungan masa depan anak bangsa menjadi lebih terarah dan memiliki hala tuju yang jelas," seru beliau.

Bekas calon PAS dalam pilihan raya kecil Tenang itu juga turut bersetuju mengenai pengumuman insentif kepada guru itu adalah satu idea terdesak kerajaan kerana Umno-BN bimbang dengan tawaran 100 hari Pakatan Rakyat yang akan memberikan imbuhan RM500 kepada para pendidik di seluruh Malaysia.

"Tawaran Buku Jingga ini belum termasuk semakan dan penyelarasan gaji dan perkhidmatan yang kita percaya akan dilakukan dengan cara yang lebih adil, saksama dan telus oleh kerajaan Pakatan Rakyat dalam masa 100 hari apabila kita berjaya mentadbir Putrajaya selepas PRU ke-13 nanti," katanya lagi.

harakahdaily.net
Afiq Hizami, Pelatih UKM  

PAS KOTA TINGGI

Posted: 23 May 2011 01:19 PM PDT

PAS KOTA TINGGI


Menjawab Tuduhan Khairy Jamaluddin

Posted: 22 May 2011 10:48 PM PDT


Khairy Jamaluddin Ketua Pemuda Umno mendakwa hanya Umno pembela Melayu di negara ini. Lain daripada Umno, bukan pembela Melayu. Persoalannya benarkah Umno pembela Melayu. Tidak malukah Khairy yang mendakwa bahawa Umno pembela orang Melayu, hakikatnya Umno hanya mengguna Melayu untuk membela pemimpin Umno bukan bela Melayu jauh sekali untuk mengangkat agama di tempat yang sepatutnya.

Beliau juga menyebut fakta yang tidak betul ketika berucap di Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Pontian di Dewan Besar Maktab Rendah Sains Mara (MSRM) Pontian yang mendakwa PAS ditubuhkan kerana Ustaz Haji Ahmad Fuad kalah menentang Datuk Onn Jaafar di dalam mesyuarat Agung Umno. Faktanya bukan Ustaz Haji Fuad kalah melawan Dato' Onn Jaafar, tetapi tewas dengan dengan Tuanku Abdul Rahman merebut jawatan Yang Dipertua Umno. Seorang lagi calon ialah CM Yusuf. Khairy juga salah fakta mengenai perkara tersebut, kerana apa yang berlaku ialah tarikh pertandingan dalam Umno ialah 25 Ogos 1951 sedangkan mesyuarat di kalangan ulamak untuk menubuhkan PAS kali kedua pada 23 Ogos 1951 di Padang Kelab Sultan Sulaiman. Mesyuarat ulamak dahulu daripada tarikh pertandingan Haji Ahmad Fuad dengan Tunku Abdul Rahman. Di manakah fakta beliau dapat?

Perlu diingatkan penubuhan PAS bukan kerana kecewa tidak mendapat jawatan dalam Umno, tetapi kerana teguran ulamak mengenai isu agama tidak dipedulikan antaranya isu judi. Ulamak merasakan perlu menubuhkan badan yang bebas untuk memberi tekanan kepada Umno dalam hukum agama.

Menjawab tuduhan yang mengatakan penubuhan PAS memecah belahkan perpaduan Melayu juga ditolak. Sebenarnya penubuhan Umno menyebabkan Melayu berpecah, kerana sebelum Umno sudah ada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945. Umno ialah parti restu penjajah, sebab itu Umno tidak diharamkan ketika Ordinan Dharurat 1948 walaupun semua parti diharamkan seperti PKMM dan Hizbul Muslimin.

Beliau menyebut Melayu terbela di bawah Umno. Sudah 54 tahun merdeka, keadaan ekonomi jauh terkebelakang berbanding dengan bangsa Cina dan India. Apa yang Umno lakukan untuk orang Melayu sehingga tertinggal ke belakang. Bukankah 2/3 anggota kabinet orang Melayu. Bukankah pegawai tertinggi orang Melayu.

Maka jalan pintasnya untuk menutup bangkai gajah, maka Umno menuduh ini angkara bukan Melayu dengan meniupkan sentimen perkauman.

Di sini adalah sebahagian jawapan yang membuktikan Umno gagal membela melayu.

1. Umno menggunakan konsep "Umno Putera" bukan "Bumiputera", akhirnya yang ketinggalan orang Melayu.
2. Apabila jawatan di dalam Umno untuk mengaut keuntungan bukan untuk bela Melayu, akhirnya mereka rebut harta, Melayu merempat merata-rata.
3. Menindas sesama bangsa kerana berlainan ideologi walaupun dari segi merit dan kebolehan ada kepada orang Melayu contohnya dalam soal perniagaan.
4. Menafikan royalti kepada Kelantan walaupun Kelantan negeri majoriti Melayu.
5. Macam mana Melayu hendak terbela, minyak yang sepatutnya mendarat di Kelantan sebaliknya dibawa ke pantai Songkla Siam walaupun jaraknya lebih jauh daripada pantai Kelantan. Jarak ke Kelantan hanya 150 kilometer, berbanding ke Songkla Thailan 270 kilometer.
6. Melesapkan RM52 bilion nilai saham bumiputera. Sepatutnya orang Melayu akan memiliki ekuiti bumiputera melebihi 40 peratus jika benar Umno pembela Melayu.
7. Menyekat 118 projek pusat ke Kelantan sejak Rancangan Malaysia Kesembilan(RMK 9).
8. Menggadai tanah rezab Melayu 1.3 juta hektar. Penjajah Inggeris tinggal tanah rezab Melayu seluas 3 juta hektar selepas merdeka. Tahun 1995 tanah rezab Melayu hanya tinggal 1.3 juta hektar. Siapa punya angkara? Adakah ini dalil Umno pembela Melayu.
9. Memperkenalkan sains dan metematik dalam bahasa Inggeris, melibatkan pelajar Melayu luar bandar dizalimi kerana kurang pasarana..
10.Menyalahguna hak keistimewaan orang Melayu untuk mendapat projek, kemudian mengagihkan kekayaan sesama kroni, akhirnya Melayu terus ketinggalan dari segi taraf hidup.

Ini adalah sebahagian daripada bukti Umno tidak boleh membela Melayu. Maka sampailah masanya PAS Ganti Umno. PAS terbukti dan teruji untuk membela Melayu berbanding dengan Umno. Tuduhan DAP dan PKR mengkhianat Melayu sebagai strategi pencuri menjerit pencuri, supaya orang Melayu emosi untuk terus menyokong Umno walaupun hakikatnya Umno menjaga Melayu seperti serigala menjaga kambing.


Utusan Malaysia Bukan Mewakili Orang Melayu

Posted: 22 May 2011 10:43 PM PDT


Parti Islam Semalaysia tidak akan menyahut seruan PERKASA untuk mempertahankan akhbar Utusan yang kononnya akhbar orang Melayu. Layakkah akhbar Utusan Malaysia mewakili orang Melayu sedangkan etika laporan yang dilaporkan oleh akhbar tersebut tidak menepati ciri-ciri Melayu jauh sekali dengan ajaran Islam.

Tepatnya akhbar ini ialah Utusan Umno, bukan mewakili suara orang Melayu. Pemberitaan yang dilaporkan lebih kepada provokatif dan fitnah. Terbaru dengan berita yang sensasi kononnya Malaysia akan menjadi negara Kristian seperti yang disiarkan oleh akhbar tersebut pada 7 Mei 2011. Menyiarkan berita untuk membangkitkan emosi orang Islam, sekiranya tidak kena gaya negara boleh terbakar. Tetapi Alhamdulillah PAS berjaya menenangkan keadaan umat Islam.

Utusan beruntung kerana mereka kebal dari tindakan undang-undang. Rakyat Malaysia tentu masih ingat, Suara Keadilan yang menyiarkan berita Felda bankrap, terus diberi amaran dan permit digantung.

Utusan Malaysia tidak layak mewakili suara orang Melayu, kerana budaya Melayu tidak menerima unsur lucah dan fitnah. Melayu yang dikaitkan mesti beragama Islam, sudah tentu tidak boleh menerima tatacara budaya seperti ini.

Blog Rasmi Dewan Pemuda PAS Puchong

Posted: 23 May 2011 01:12 PM PDT

Blog Rasmi Dewan Pemuda PAS Puchong


Takziah kepada mangsa kejadian Tanah Runtuh di Hulu Langat

Posted: 22 May 2011 09:43 PM PDT

Dengan nama Allah Taala yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Selawat dan Salam kepada Junjungan Baginda Rasullullah S.A.W

Malaysia , hujung minggu baru berlalu ini  digemparkan dengan kejadian petaka alam yang mengakibatkan tanah runtuh di Hulu Langat. Asbab daripada turunnya hujan lebat menyebabkan keadaan tanah berubah dan tidak stabil lalu runtuh ke bumi. Dalam banyak-banyak tempat dan kediaman , ditakdirkan kejadian alam itu bertukar menjadi tragedi bencana kepada Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa.

Ramai terkorban , ada yang dapat diselamatkan. Begitulah ketentuan ilahi , selaras dengan mafhum firman Allah Taala di dalam Al-Quran yang mengingatkan kita yang masih tinggal ini , bahawa ajal dan maut tidak sekali kali akan lewat ataupun cepat sesaat daripada apa yang telah ditetapkan oleh Allah Taala.

Alhamdulillah, semua pihak termasuk keselamatan , sukarelawan dan Kerajaan Negeri Selangor turun padang membantu dan menyalurkan sumbangan kepada semua yang terlibat.


Kepada mangsa-mangsa yang terselamat , bantuan berterusan mestilah terus dihulurkan , terutama bagi mereka melepasi saat trauma dan genting ketika ini.

Kepada roh anak-anak yang terkorban , kita sama-sama doakan agar mereka ditempatkan dalam golongan para syuhada' dan solehin serta roh mereka mendapat Rahmat Allah Taala.

Al - Fatihah ......

Dewan Pemuda PAS Puchong

DR HJ HAMDAN BIN MOHAMED KHALIB

Posted: 23 May 2011 01:07 PM PDT

DR HJ HAMDAN BIN MOHAMED KHALIB


Program Ibu & Guru Jasamu Dikenang

Posted: 22 May 2011 06:31 AM PDT

21 Mei, Sg Layar - Program Khas untuk para ibu dan warga pendidik - Ibu dan Guru Jasamu Dikenang



anugerah guru lelaki

anugerah untuk cikgu cina

Cikgu Ong juga antara penerima anugerah

guru kaun india tidaak dilupakan

penerima anugerah ibu dari keturunan india

tokoh ibu dari kaum tionghua

Ustaz Ramli Shafie, Mantan Pengetua Sekolah Menengah Agama Yan dengan ceramah motivasi yang menarik

Pak Long yang sentiasa dinanti oleh ramai peminat

Kehadiran Adik Muhamad Amirul Munir Azlin, Juara Program Realiti TV1 Adik-adikku

orang ramai membanjiri dataran Surau Al Islah, Sg layar

Batu Gajah Mari

Posted: 23 May 2011 11:17 AM PDT

Batu Gajah Mari


Khairy oh Khairy

Posted: 23 May 2011 08:48 AM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Mei: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin disifatkan bersandiwara ketika meminta Pemuda Umno membantah kenaikan harga barang.

Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail berkata, semasa berada di bawah pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dahulu, Khairy menyifatkan kenaikan harga barangan satu keperluan.

Beliau yang juga anggota Parlimen Machang mengulas ucapan Khairy yang antara lain menggesa Pemuda Umno seluruh negara membuat usul menentang kenaikan harga minyak kerana membebankan rakyat.

Beliau mencadangkan kerajaan menyemak semula perbelanjaan untuk program PLKN yang berjumlah RM600 juta dan mencadangkan kerajaan melakukan penjimatan perbelanjaan.

"Ucapan ini nampak seolah-olah lunak, tetapi sebenarnya tidak lebih dari sebuah sandiwara untuk berlagak jaguh rakyat terutama ketika pilihanraya umum semakin dekat.

"Ini kerana pada tiga tahun lepas, Khairy membuat kenyataan yang jauh sama sekali bertentangan dengan kenyataan beliau hari ini," kata Saifudin.

Beliau merujuk ucapan Khairy di Dewan Rakyat pada 23 Jun 2008 ketika membahas usul kenaikan harga petrol dan barangan yang dikemuka Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Dalam ucapan tersebut, Khairy direkod hansard sebagai berkata, "walaupun pahit dan mengundang pelbagai reaksi negatif rakyat jelata, (namun) keputusan kerajaan menstrukturkan (menarik balik) subsidi merupakan satu keperluan ekonomi yang tidak dapat dielakkan".

Beliau juga berkata dengan menaikkan harga minyak dan harga barangan keperluan, kerajaan membuat keputusan yang bertanggungjawab, beramanah dan jauh memandang ke hadapan.

Beliau menambah, walaupun rakyat terpaksa memikul beban hari ini, penstrukturan semula subsidi ini membawa system yang lebih adi ldengan subsidi yang progresif.

"Harus diingat, petikan ucapan di atas adalah ketika bapa mertua beliau, Tun Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri," kata Saifudin.

"Soalan saya, kenapa Khairy sebagai seorang pemimpin utama parti Umno mengubah pendirian prinsipnya hanya dalam masa tiga tahun,

"Kenapa ketika bapa mertuanya menjadi Perdana Menteri, Khairy menyokong penarikan subsidi dan kenaikan harga barang, sedangkan ketika Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri, Khairy terpaksa meminjam hujah Pakatan Rakyat yang konsisten menentang kenaikan harga barang dan penarikan subsidi kepada rakyat?" tanya beliau lagi.

Sehubungan itu, Saifudin percaya, sikap sebenar Khairy adalah ketika bapa mertuanya menjadi Perdana Menteri dan sikapnya tidak pernah berubah, kecuali untuk mengabui mata rakyat dan berlagak hero menjelang pilihanraya ke 13.

Dupahang's Weblog

Posted: 23 May 2011 11:12 AM PDT

Dupahang's Weblog


PEMILIHAN kepimpinan Pas – Ulama atau Erdogan

Posted: 22 May 2011 10:02 PM PDT

Ulasan majal UM terhadap Muktamar PAS Utusan masih berminat dalam percaturan Muktamar ke 57 PAS yang bakal berlangsung pada 2 dan 7 Jun 2011. Ulama atau Erdogan Oleh Noraini Abd. Razak PEMILIHAN pucuk kepimpinan Pas 2009 berlangsung ketika pembangkang masih meraikan keterujaan mereka terhadap keputusan Pilihan Raya Umum ke-12. Ketika itu, Datuk Seri Abdul Hadi [...]

Kutuk Nik Aziz: Umno takut dengan Munajat Anak Muda

Posted: 22 May 2011 09:30 PM PDT

Harakahdaily (GAMBAR: Kira-kira 15,000 anak muda menyertai Munajat Anak Muda Kelantan di Kota Bharu baru-baru ini ) KOTA BHARU, 23 Mei: Kenyataan NGO tajaan Umno, Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mengutuk kerajaan negeri Kelantan membayangkan ketakutan Umno terhadap kejayaan program Munajat Anak Muda Kelantan. Demikian kata Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan yang juga Ketua Penerangan Pemuda [...]

GAMBAR 2 tagedi tanah runtuh

Posted: 22 May 2011 09:26 PM PDT

https://pinkturtle2.wordpress.com A general view shows a landslide that half buried an orphanage house in Hulu Langat outside Kuala Lumpur May 21, 2011. An avalanche of mud smashed into an orphanage in Malaysia killing at least five children, police said, after heavy monsoon rains lashed the capital Kuala Lumpur and surrounding areas on Saturday. Survivors of [...]

Wikileaks dedah 19 ‘aktor pengaruh’ dalam kitar politik Najib

Posted: 22 May 2011 09:21 PM PDT

https://pinkturtle2.wordpress.com Wikileaks dedah 19 'aktor pengaruh' dalam kitar politik Najib KUALA LUMPUR, 19 Mei — Kabel diplomatik Amerika Syarikat (AS), yang terbocor dan disiarkan oleh Malaysia Today hari ini menyenaraikan 19 pemimpin bisnes utama sebagai "aktor-aktor berpengaruh" dalam kitar politik Datuk Seri Najib Razak — dua tahun selepas menjadi perdana menteri. Najib kini berada di [...]

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 23 May 2011 11:07 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Pertembungan Najib dan Anwar hampir kemuncak

Posted: 22 May 2011 06:53 PM PDT

BUKIT MERTAJAM, 22 Mei: Pertembungan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kian sampai ke kemuncaknya tidak lama lagi kata, Pengerusi  Soladariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisyam Sharin.

Menurutnya, kerajaan mana yang akan mendaki Putrajaya juga akan terjawab bila rakyat sendiri menilai antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat yang mana memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

"Pertembungan Najib dan Anwar sudah melepasi tahap kedua di mana masing-masing merangka strateji politik cuma perbezaan BN main politik tidak sihat mempergunakan semua kesempatan untuk menekan Pakatan Rakyat.  Itulah politik Umno dan BN mereka tidak akan duduk diam buat kejahatan, " jelasnya ketika menyampaikan ceramah di Juru, Bukit Mertajam semalam.

Namun apa pun, rakyat yang cintakan kebenaran mesti yakin dan melaksanakan kerja menjatuhkan BN cara terhormat melalui pilihanraya serta menyampaikan maklumat terkini sehingga ke akar umbi, kata beliau yang juga dikenali sebagai Cikgu Bard (gambar bawah).

Sekarang ini BN cuba memperbanyakan program kepemudaan menerusi Belia di mana kemunculan konsert dan rancangan realiti yang tidak membawa manafaat kepada wawasan yang ingin dibina.

Mereka tahu tambahnya, lagi banyak program seumpama itu bermakna sokongan golongan muda terhadap BN tetapi jangan bimbang Pakatan Rakyat juga mempunyai ageda yang tersendiri untuk mengajak anak muda bersatu di bawah satu payung kebenaran.

"Memang tidak dinafikan BN banyak adakan rancangan bermotif politik namun jangan bimbang Pakatan Rakyat juga ada agenda untuk menyusun beberapa program demi menyelamatkan golongan terbabit daripada terus menjadi hamba kepada politik kotor BN, " terangnya yang juga Ketua Cabang Parti KeAdiLan Rembau, Negeri Sembilan.

Bagi beliau, kemampuan Dato' Seri Anwar lebih menyerlah walaupun beliau ditekan dengan berbagai isu yang kadang-kadang jika dilihat Anwar akan kalah awal sebelum bertarung pada pilihanraya umum nanti.

Sebenarnya Najib lebih tertekan dengan isu yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat seperti kes Antantuya, pembaziran Datin Seri Rosmah Mansor, kes liwat atau video lucah yang bakal dibicarakan bulan depan.

"Terdapat kelebihan pada Pakatan Rakyat sebab itu BN cuba mengalih pandangan masyarakat pada isu yang tidak rasional seperti percubaan mengharamkan Parti KeAdiLan, " katanya lagi.

Justeru itu, rakyat yang mahukan kemenangan muklak mesti bekerja keras dengan parti dalam gabungan Pakatan Raykat bagi memastikan kerusi parlimen atau negeri di semenanjung Malaysia dikekalkan atau menambah banyak kerusi manakala rakyat di Sabah dan Sarawak wajar memenangkan sepuluh kerusi parlimen berbanding lapan yang menjadi sasaran sebelum ini.

Berceramah sama dalam program anjuran Pejabat Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Tengah dan Jawatankuasa Kemajuan dan Komuniti (JKKK) Kampung Sekolah, Juru ialah Ketua Srikandi Malaysia, Siti Aishah Sheikh Ismail dan Yang Dipertua PAS Kulim Bandar Baru, Ustaz Haji Hasan Abdul Razak.

Ulama Aceh minta pertahan kerajaan Kelantan

Posted: 22 May 2011 06:52 PM PDT

KOTA BHARU, 22 Mei: Rakyat Kelantan diseru mempertahankan kerajaan Islam yang didokongi PAS, memandangkan pemimpin parti itu menjadi model pada umat Islam di negara lain.

Pengetua Majlis Permesyuaratan Ulama Acheh Besar, Ustaz Fakhruddin Lahmuddin, berkata sejak 21 tahun lalu Kelantan yang dipimpin Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menjadi model pada negara-negara lain, termasuk Acheh.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily selepas majlis pertemuan dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz di kediaman rasmi Menteri Besar, di sini sebentar tadi.

Menurutnya, Kelantan satu-satunya contoh negeri yang dipimpin seorang ulama sebagai Menteri Besar yang tidak memisahkan agama dari politik.

"Inilah yang dilakukan di zaman Rasulullah sebelum ini dan ulama yang memimpin Kelantan ini telah mewarisinya.

"Kerana itu saya berharap rakyat seluruhnya memberi sokongan pada kerajaan Islam Kelantan kerana pentadbirannya menjaga kebajikan manusia menurut kacamata Islam,"ujarnya.

Tambahnya, beliau juga berharap rakyat Acheh turut berdoa untuk kemenangan kerajaan PAS Kelantan sampai bila-bila.

Katanya, beliau tidak dapat menahan sebak apabila mendengar ucapan Tuan Guru yang lebih menjaga kebajikan rakyat sehingga menolak kepentingan diri.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, Tuan Guru menjelaskan tindakan paling sukar baginya sepanjang menjadi seorang Menteri Besar, menjaga diri sendiri dari terjebak dalam sebarang salahlaku.

Sambungnya, menjadi pemimpin tertinggi dalam sebuah kerajaan negeri ujian begitu besar kerana mudah terdedah dengan penyelewengan, salah laku lain seperti rasuah.

"Untuk menjaga  itu semua ia bukan sesuatu perkara yang senang kiranya kurang keimanan dalam jiwa kita",ujarnya.

15k sertai majlis Ipon 10k Pemuda

Posted: 22 May 2011 06:52 PM PDT


KOTA BHARU, 22 Mei: Biarpun dianggarkan 10,000 akan hadir pada majlis Munajat Rakyat Kelantan (Ipon 10k Pemuda), namun seramai 15,000 orang hadir pada majlis yang penuh bersejarah itu.

Mereka hadir untuk menyatakan sokongan terhadap kerajaan Kelantan agar terus kekal mentadbir negeri setelah 21 tahun kepimpinan ulama mewarnai pentadbiran kerajaan negeri itu.
(GAMBAR: Bob Lokman antara tetamu yang hadir)

Majlis berkenaan bermula kira-kira jam 3.00 petang pada majlis yang diadakan di Padang Perdana.

Majlis pada sebelah malam itu bermula dengan solat Maghrib, diikuti bacaan al-Quran 30 juzuk beramai-ramai bagi menjayakan 100 kali khatam al-Quran yang dibacakan sendiri oleh golongan pemuda termasuk pelajar tahfiz al-Quran dan pelajar-pelajar pondok.

Majlis seterusnya diteruskan dengan solat sunat hajat bagi memohon pertolongan dari Dia agar mengekalkan pentadbiran kerajaan Kelantan di bawah kepimpinan ulamak disamping dijauhi segala usaha jahat pihak lawan untuk menghancurkan pentadbiran keajaan negeri.

Kesemua program munajat termasuk solat sunat hajat, Maghrib dan Isyak diimamkan oleh Mudir Pondok Darilnaim, Ustaz Mohd Aziz Che Man.
(GAMBAR: Muslimat turut serta)

Hadir sama pada majlis itu, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan timbalannya, Datuk Ahmad Yaacob, anggota-anggota exco kerajaan negeri, Adun, pemimpin masyarakat dan lain-lain jemputan.

Majlis disebelah malam bertambah meriah bukan hanya setakat bacaan al-Quran kehadiran pimpinan tertinggi parti dan kerajaan negeri, sebaliknya Bob Lokman yang turut diberi kesempatan berucap pada malam itu.

Turut berucap pada majlis disebelah malamnya, anggota exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa dan Abdul Fatah Mahmood.

Husam ketika berucap pada majlis itu menyelar kenyataan Perdana Menteri yang menyatakan subsidi minyak adalah candu kepada rakyat.

Katanya, kenyataan sedemikan jelas membuktikan kebajikan untuk rakyat langsung tidak ada sebaliknya untuk membenankan mereka sehingga mengistiharkan sabsidi adalah seumpama candu kepada rakyat.

"Macamana Perdana Menteri boleh berkata demikian, sepatutnya membela rakyat,"ujarnya.
(GAMBAR:Ikrar para pemimpin PAS mempertahankan kerajaan negeri Kelantan)

Bagaimanapun beliau berpendapat rasuah dan korupsi adalah candu sebenar yang mampu merosakkan kebajikan rakyat.

Tambahnya, kerana rasuah negara boleh tergadai akibat diterajui oleh pemimpin yang tidak beramanah.

"Saya harap rakyat di seluruh negara menilai balik kepimpinan kerajaan BN hari ini, kita buat perhitungan segera khususnya menjelang pilihanraya umum akan datang,"ujarnya.

Sehubungan itu, beliau memuji program yang dianjurkan oleh anak muda itu kerana ianya juga antara tanggungjawab jamaah Islam bagi mempertahankan kerajaan yang membela kebajikan rakyat.

Sambungnya, semua lapisan masyarakat wajar mempertahankan kerajaan Kelantan yang banyak membela kebajikan untuk mereka.

PAS KAWASAN KENINGAU

Posted: 23 May 2011 11:05 AM PDT

PAS KAWASAN KENINGAU


KETUA PENERANGAN PAS SABAH ANGGAP PEMECATAN AZMAN BUKTI UMNO SABAH BERGOLAK BESAR

Posted: 22 May 2011 10:04 PM PDT


Ketua Penerangan Badan Perhubungan Pas Negeri Sabah,Hisammuddin Hj.Sulaiman,mengganggap pengguguran Ketua Pemuda Umno Bahagian Keningau,Azman Hj.Ruslan sebagai Ketua Pemuda Umno Negeri Sabah berkuatkuasa 29 April lalu berpunca daripada krisis dalam parti Umno Sabah di bawah pimpinan Dato'Sri Panglima Musa Hj.Aman.


Krisis dalam yang sedang berlaku dalam UMNO sampai dikemuncaknya dan sudah tiba masanya untuk rakyat Sabah sedar dan bangkit untuk menolak UMNO dan parti kompenan nya yang lain di Sabah ini.

Rakyat Sabah perlu sedar tentang isu ini.Umno sudah lama memerintah Sabah dan prasarana serta infranstruktur rakyat masih di tahap yang sederhana berbanding dengan negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Pengguguran Azman yang dibantah oleh pimpinan Umno Keningau dilihat serius kerana Badan Perhubungan Umno negeri hanya menjadi "penonton setia"kepada pemecatan Azman tersebut.

Hisammuddin menjelaskan bahawa corak dan layanan UMNO kepada pimpinan mereka sendiri begitu teruk, apatah lagi layanan kepada rakyat.

"Kenapa YB Musa Aman,Ketua Menteri Sabah dan YB Sairin Karno yang juga wakil rakyat Liawan membisu seribu bahasa apabila Khairy memecat Azman",soal Hisammuddin.

"Perkara ini sememang menyedarkan kita bahawa UMNO perlu ditukar untuk pilihanraya ke-13 ini dengan Pas dan Pakatan rakyat",luah Hisammuddin yang juga merupakan YDP Pas Kawasan Keningau.

CAMPUR TANGAN POLITIK DALAM SABAH GAMES (SAGA V)DI KENINGAU

Posted: 22 May 2011 09:59 PM PDT

.Program Sukan SAGA (SABAH GAMES V )yang akan berlangsung di Keningau bakal berdepan dengan masalah infranstruktur dan prasarana yang tidak menepati standard.Kenyataan ini dikeluarkan oleh Hisammuddin Sulaiman,Ketua Penerangan PAS Negeri Sabah.


Dalam tinjauan Pas Sabah,prasarana yang dibina hampir terbengkalai di samping, ada tempat seperti sekolah-sekolah yang dijadikan venue perlawanan SAGA V,tidak disalurkan peruntukan dan kemudahan-kemudahan yang diperlukan.

Hisammuddin,turut menyokong gesaan Pegawai Daerah keningau,Tuan AmatMohd Yusof,supaya kontraktor mempercepatkan proses pembaikian di Kompleks Sukan Keningau memandangkan upacara SAGA V akan diadakan pada 6 Jun depan.

Upacara sukan terulung di Sabah itu memilih Daerah Keningau untuk menjadi tuan rumah temasya itu pada kali ini.

Pada tinjuan Pas Sabah,setakat ini pembinaan dalaman dan luaran Kompleks sukan Keningau masih belum siap sepenuhnya dan jelas berlaku kebimbangan di kalangan masyarakat Keningau yang sudah pun bersedia menyambut tetamu dan orang ramai dari luar bersempena temasya tersebut.

Hisammuddin, yang merupakan YDP Pas kawasan Keningau melahirkan kebimbangan campur tangan politik dan pembahagian tender projek-projek sempena SABAH GAMES tidak diuruskan dengan baik sehingga akan memberi kesan kepada prestasi atlet-atlet dalam temasya itu.

Lebih membimbangkan lagi,sejauh mana ketahanan bangunan dan prasarana yang dibangunkan kerana merujuk kepada laporan akhbar Sabah Times peruntukan pembinaan venue sukan SAGA-V ini dikeluarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Sabah sebanyak RM 12 juta.

"Inilah contoh terbaik kalau projek rakyat ini diagihkan kepada kroni-kroni yang akhirnya akan menghasilkan projek "instant noodles" ibarat "bagaikan mee maggi,sedap dimasak, sedap dimakan",kata Hisammuddin.

" Ada juga desas desus "kontraktor memboikot"kerana projek-projek bernilai tinggi diserahkan kepada kroni pimpinan Umno Sabah",luah beliau lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan