Isnin, 9 Mei 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA

Posted: 09 May 2011 03:18 AM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA


40 Peratus Rumah Mampu Milik Untuk Pembeli 35 Tahun Ke Bawah

Posted: 08 May 2011 11:02 PM PDT

Kenyataan Media
06 hb Mei 2011

40 peratus rumah mampu milik yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor akan dikhaskan untuk pembeli berumur 35 tahun ke bawah. Kerajaan negeri telah memperkenal rumah mampu milik yang berkeluasan di antara 750 hingga 850 kaki persegi dan berharga di antara RM69,000 hingga RM100,000.

Rumah-rumah tersebut dalam bentuk pangsapuri akan dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan pemaju-pemaju swasta yang bersetuju menyertai program ini. Lebih 2,000 unit akan dibina di pelbagai lokasi di Selangor dengan fasa pertama dilancarkan di Bangi pada 31 Mei depan.

Rumah mampu milik ini adalah untuk mereka yang berpendapatan di antara RM2,500 dan RM5,000 sebulan. Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) akan mengawal jualan rumah mampu milik ini agar hanya mereka yang layak dapat membelinya.

Sehubungan itu Kerajaan negeri akan menganjurkan seminar rumah mampu milik pada 5 Julai 2011 di SACC Convec, Shah Alam. LPHS dan PKNS akan mengendalikan seminar ini dan akan membentangkan rekabentuk-rekabentuk rumah mampu milik yang telah dihasilkan oleh PKNS.

Tujuan seminar ini adalah untuk mendapatkan maklumbalas dan pandangan terhadap rekabentuk-rekabentuk yang telah dihasilkan itu.

Para pemaju, para profesional, ahli-ahli akademik dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan dijemput ke seminar tersebut.

PKNS telah mengenalpasti 6 tapak untuk membina rumah-rumah mampu milik.


Y.B. Tuan Iskandar Abdul Samad
EXCO / Pengerusi Jawatankuasa Tetap
Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan
Negeri Selangor

BLOG RASMI DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PEKAN

Posted: 09 May 2011 01:28 AM PDT

BLOG RASMI DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PEKAN


UTUSAN BERMAIN API !!

Posted: 08 May 2011 06:55 AM PDT

Sumber dipetik : Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 8 Mei: Gempar seluruh negara apabila akhbar Utusan Malaysia beberapa hari yang lalu seperti menyalakan api ketegangan antara agama ketika mencetus persoalan agama rasmi negara dengan spekulasi kononnya ada pihak tertentu yang berjuang untuk menjadikan kristian sebagai agama rasmi di negara ini.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan (gambar) berkata, suatu fakta yang diketahui umum bahawa Perlembagaan negara telah memeteri Islam sebagai agama rasmi negara ini sementara ummat Islam pula masih menjadi golongan majoriti biarpun Malaysia adalah sebuah negara majmuk.

Justeru itu, katanya Islam tidak sewajarnya tergugat dan ummat Islam tidak selayaknya membenarkan Islam digugat.

Jelasnya, PAS sebagai sebuah wadah perjuangan Islam di dalam negara ini pastinya tidak lebih rendah usahanya untuk memperjuang, mempertahan dan menegakkan Islam berbanding Umno dan Barisan Nasional.

Katanya, kegigihan serta kesungguhan PAS berjuang serta berkorban demi melihat Islam tegak dan berdaulat di dalam negara ini nyata tidak boleh dipertikai merentasi rekod dan sejarah perjuangannya.

"Sungguhpun PAS menyertai 'kerjasama politik' bersama parti-parti rakan kompenan Pakatan Rakyat (PKR dan DAP), namun PAS tidak pernah mengendurkan pedatinya untuk terus memacu perjuangan Islam, jauh sekali untuk berubah arah meninggalkan prinsip perjuangan yang didokong selama ini," tegasnya.

Malah, tambahnya pacuan semakin kencang ke arah menguasai negeri bahkan negara agar bebas dari cengkaman pengaruh dan kuasa Umno juga Barisan Nasional yang menjadi punca Islam dilihat lemah serta terdedah kepada ancaman setelah lebih 50 tahun mereka memerintah, mengurus dan mentadbir negara.

Beliau berkata, andainya Islam hari ini dilihat terancam dan penganutnya pula lemah pegangan agama adalah menjadi tanggungjawab semua melewati peranan dan tugas yang sayugianya dilaksanakan.

Katanya lagi, sementara kerajaan selaku pemegang amanah rakyat untuk menjaga agama, negara dan warganya mestilah mengambil tanggungjawab dengan penuh keinsafan melepasi jangkauan sempadan kepentingan politik dan parti.

"Saya melihat spekulasi yang ditimbulkan oleh Utusan Malaysia kononnya terdapat pihak tertentu yang berusaha untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara ini adalah berpunca dari kelemahan dan kegagalan Umno sebagai parti utama dalam Barisan Nasional menunaikan amanah yang digalaskan kepada mereka selaku pemerintah," ujarnya.

Menurutnya lagi, lebih 50 tahun rakyat memberi kepercayaan dan mandat kepada Umno mewakili Barisan Nasional untuk memimpin dan mentadbir negara khasnya untuk melindungi agama Islam dan kesejahteraan rakyat.

Beliau menambah, malang sungguh, malang seribu kali malang apabila Islam bukan sahaja tidak semakin kuat dan utuh tetapi dikesan umum bahawa ia semakin susut dan merosot.

"Jika Umno berjaya dan mampu menjaga agama Islam ini dengan baik dan menjadikan ianya semakin hari semakin kuat dan hebat, saya percaya dan yakin spekulasi untuk menjadikan kristian sebagai agama rasmi negara ini tidak akan timbul," ujarnya.

Bahkan, katanya dalam masa yang sama, penganut-penganut agama selain Islam akan terasa aman dan selesa untuk mengamal serta menganut agama mereka.

Tambahnya, spekulasi yang dicetuskan oleh Utusan Malaysia ini bukan sahaja menampakkan kelemahan dan kegagalan ketara Umno dan Barisan Nasional selaku pemerintah, ia juga berpotensi menyalakan api ketegangan antara agama.

"Pastinya situasi ini akan menggugat keamanan negara dan rakyat yang sepatutnya memperolehi hak hidup aman dan sejahtera," katanya.

Menurutnya, spekulasi itu sangat tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata, selain dari potensi menggugat keamanan, spekulasi sedemikian juga dilihat umum sebagai usaha meraih perhatian politik murahan sekaligus percubaan nekad untuk menyembunyikan kelemahan dan ketidakupayaan mereka menjaga agama suci ini.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 09 May 2011 01:10 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Malaysia Daulah Kristian? Reaksi Menteri Yang Berjiwa Kerdil

Posted: 09 May 2011 01:00 AM PDT

6 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KOMENTAR : Memang jelas jarak firasat dan kepemimpinan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dengan sekurang-kurangnya tiga menteri Umno yang nyata kontang idea mengenai soal kenegaraan dan juga bagaimana membaja keharmonian di Malaysia.

Apabila diminta komen beliau berhubung kegemparan yang dilakukan oleh Utusan Malaysia pada Sabtu 7 Mei lalu, dengan tenang pemimpin dan ahli agama itu menguis soalan dengan mengatakan "tidak mungkin beliau boleh mempercayai laporan Utusan Malaysia".

Pendirian Nik Aziz memang berasas. Ini kerana komponen utama Barisan Nasional, MCA sendiri kini menggerakkan kempen untuk memboikot akhbar millik Umno itu.

Perihal Utusan tidak menghormati nilai dan sensitiviti kaum lain dalam melaksanakan apa yang didakwanya sebagai "memperjuangkan kepentingan Melayu dan Islam" memang sudah diketahui umum.

Dalam kes ini, pendirian Utusan itu seolah-olah diperakukan oleh tiga menteri Umno –Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein dan Menteri Komunikasi, Multimedia dan kebudayaan, Rais Yatim, dan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom.

Ketiga-tiganya bingkas menggertak sesiapa sahaja yang cuba membangkitkan sentimen agama dan mengancam kehormonian dan keselamatan Negara akan dikenakan tindakan tegas.

Bagi ketiga-tiganya memberi keabsahan kepada tindak tanduk Utusan itu adalah satu peranan yang perlu diluahkan secara terbuka.

Malah Jamil Khir yang diberi tanggungjawab mengurus halehwal agama Islam lantang mendesak DAP yang dikaitkan oleh laporan Utusan itu sebagai penganjur konspirasi hendak menjadikan Malaysia Negara Kristian dan mahu perdana menteri juga beragama Kristian menyatakan pendirian mereka.

Tidak ada usaha untuk menyiasat sumber berita berkenaan. Soal Utusan tidak berbuat demikian dan memutuskan kaedah penulisan penulis blog adalah sahih memanglah satu pelanggaran etika kewartawanan.

Sedihnya, menteri-menteri Umno yang beragama Islam seolah-olah terus percaya akan kesahihan berita berbahaya itu dan lantas menjerkah sesiapa sahaja yang bertindak mengikut laporan Utusan itu akan dikenakan tindakan tegas.

Usahlah congakan laba politik semata-mata dijadikam sandaran pengurusan Negara.

Kasihanilah rakyat jelata yang mahu hidup dalam Negara yang rukun dan damai. Apakah mungkin menteri-menteri berkenaan bersikap demikian kerana mereka sebenarnya adalah wakil "kerajaan Umno-BN yang lemah" seperti kata mantan Presiden Umno, Dr Mahathir Mohamad?

Sebab itulah agaknya mereka terkocoh-kocoh membuat sergahan tindakan tegas akan diambil untuk memberi gambaran kepemimpinan yang tegas demi menutup kelemahan ketara selama ini?

Beginilah masalahnya jika pemimpin yang tiada kebijaksanaan dan firasat yang tinggi. Malah diukur dari latar belakang pendidikan ketiga-tiga menteri berkenaan, ia pasti menyuntik keresahan dan kebimbangan rakyat betapa soal keselamatan dan susila komunikasi di kalangan kaum, agama dan juga rakyat boleh dikocakkan oleh menteri yang bersikap semberono ini.

Nik Aziz, misalnya, memberi jawapan yang tuntas mengapa laporan Utusan itu harus dikesampingkan. Latihan ilmu mustahalatul hadis – atau kesahihan rantaian laporan dan sumber hadis – yang adil dan saintifik membimbingnya untuk dengan yakin mengenepikan laporan yang tidak sahih dan sering menjadi punca atau sumbernya berbaur pelbagai kepentingan.

Itu natijah didikan agama. Hishamuddin, Jamil dan Rais wajib faham konsep asas – setiap sumber berita itu harus disemak dan disahkan terlebih dahulu – seperti yang diajarkan Allah dalam al Quran:

"Wahai orang-orangyang beriman, jika seseorang yang fasik datang kepada kalian membawa satu berita, maka telitilah kebenarannya, agar kalian tidak mencelakakan sesuatu kaum kerana kebodohan (kecerobohan), yang akhirnya kalian menyesali perbuatan kalian itu" (Al Hujurat ayat 6).

Memang isu yang dilaporkan itu perkara besar. Ia boleh menggerhanakan hubungan di antara kaum dan agama di Malaysia. Sebab itu, sikap berhati-hati perlulah menyaluti setiap tindakan daripada pihak berkuasa. Memang hari ini ketiga-tiga mereka orang yang berkuasa dalam Negara ini.

Namun mereka perlu belajar daripada negarawan seperti Nik Aziz supaya lebih berhikmah dan sentiasa memelihara kepentingan agama.

Bersikap bengis dan kasar seperti yang ditunjukkan oleh ketiga-tiga menteri Umno itu cuma akan melontarkan gambaran yang agak kurang bersusila di benak dan perasaan mereka yang bukan Islam.

Pemimpin harus memimpin dan bukan memaksa rakyat untuk memilih mufarakah atau meninggalkan Jemaah Negara Malaysia. Jika beginilah sikap pemimpin,nampaknya masih jauh lagi konsep 1Malaysia bakal jadi kenyataan.

Namun ditinjau di sudut lain, pasti akan timbul pertanyaan, mengapa ketiga-tiga menteri Umno bersikap bengis sedemikian. Adakah mereka benar-benar yakin konspirasi Kristian ini sahih? Jika ia, apa dan di mana buktinya? Rakyat bukan sekadar ingin tahu, malah mereka wajib tahu kerana implikasi kepada kerukunan hidup di Malaysia amat besar.

Usahlah keserakahan sikap menyokong tindakan beberapa kerat ekstrimis yang mengarak kepala lembu yang menjadi simbol suci dalam agama Hindu dua tahun lalu berulang. Ia kini boleh disimpulkan sebagai cerminan sikap dangkal ilmu dan mutu kepemimpinan yang rendah.

Jika diyakini Islam itu adil dan martabatnya tinggi maka sikap dan perangai pemimpin-pemimpin Islam juga mestilah luhur dan mulia. Dengan menggertak dan menghunus senjata, ia tidak selalu menanamkan kegerunan pada pihak lain. Ia hanya jadi bahan senda gurau dan kebencian rakyat. Belajarlah menjadi dewasa dan bertanggungjawab.

Tv Selangor/-

'Jalan rakyat' tak payah bayar tol

Posted: 09 May 2011 12:45 AM PDT

6 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

BUTTERWORTH, 9 Mei: Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang memperkenalkan 'jalan rakyat' khusus kepada penduduk sekitar Butterworth bagi mengelakkan membayar kadar tol 50 sen sehala di Tol Sungai Nyiur mulai semalam.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng ketika merasmikan jalan sepanjang 1 kilometer dari Jalan Bagan 29 ke Jalan Siram menyifatkan satu lagi kejayaan Kerajaan Pakatan Rakyat untuk menunaikan janji pilihan raya membantu rakyat bukan membebankan mereka sebagaimana yang menjadi amalam Kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Pulau Pinang sekali lagi mencatit sejarah apabila berjaya memperkenalkan 'jalan rakyat' bagi kemudahan penduduk di sekitar Butterworth yang hendak ke Seberang Jaya mahupun ke lokasi lain tanpa membayar sesen pun tol," terangnya diiringi tepukan hadirin.

Tindakan Kerajaan BN yang membenarkan sebuah syarikat mengutip tol di jalan sedia ada dari Seberang Jaya ke Butterworth tiga tahun lalu dilihat membebankan rakyat apabila pengguna jalanraya Butterworth-Kulim terpaksa membayar RM1 pergi balik.

Pembinaan jalan rakyat itu juga, sambungnya yang juga Ahli Parlimen Bagan, boleh dijadikan pengajaran kepada pemerintahan yang zalim supaya membuang jauh tindakan menindas rakyat dengan bebanan kewangan.

Bahkan, katanya pembinaan tersebut juga merupakan satu contoh kebajikan yang Kerajaan Pakatan Rakyat berikan terhadap sokongan mereka pada pilihanraya umum lepas.

"Kita buat secara tander terbuka di mana kosnya RM5.7 juta dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri semata-mata untuk melihat rakyat gembira. Melalui tender terbuka itu sebuah kontaraktor melayu yang tiada kabel dengan mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat berjaya melaksanakan tugas dengan baik," jelasnya.

Dulu ujarnya, penduduk Taman Bagan tidak boleh keluar sebab jalanya adalah jalan mati melainkan menghala semula ke Butterworth tetapi setelah mendapati pembangunan pesat berlaku di situ, maka jalan rakyat dilaksanakan.

Kata Lim lagi, kerajaan negeri yang berjiwa rakyat bukan sahaja memberikan kesenangan dan kemudahan pada rakyat keseluruhanya malahan boleh menghidupkan semula jalan yang sudah mati.

"Untuk memberikan kesenangan kepada semua Kerajaan Pakatan Rakyat sanggup menghidupkan jalan yang dah mati. Mana ada kerajaan yang sanggup buat macam tu," katanya.

Harakahdaily/-
Oleh : Mohd Sabri Said

Osama Sempat Rakam Amaran Terakhir Kepada Amerika

Posted: 09 May 2011 12:45 AM PDT

6 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

DUBAI: Osama bin Laden sempat merakamkan amaran terakhir sebelum dia dibunuh oleh komando Amerika Syarikat (AS) dengan menyatakan tidak akan ada keamanan di AS selagi Palestin terus bergolak.

Kerajaan dulu tak cekap: Khalid

Posted: 09 May 2011 12:30 AM PDT

6 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

SELAYANG – Pelaksanaan projek penempatan semula penduduk Bukit Botak oleh pihak Kerajaan Negeri sebelum ini dilihat tidak menyelesaikan masalah keseluruhan penduduk asal tinggal di situ.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, biarpun kos projek terbabit sebelum ini adalah rendah, tetapi pelaksanaannya tidak teratur dan mengambilkira keselesaan penempatan yang akan diduduki.

"Sedangkan rumah kita beli bukan untuk tinggal hanya untuk lima atau 10 tahun, tetapi ia digunakan lebih dari dua generasi. Tetapi sebelum ini kerana takutkan kos tinggi, ia dibuat secara tidak betul.

"Sekarang kita lihat banyak hendak kurangkan kos. Namun akibatnya tidak sampat tujuh ke lapan tahun, pelbagai masalah seperti paip dan bumbung pecah, dinding retak dan sebagainya berlaku," katanya.

Abdul Khalid berkata demikian semasa berucap merasmikan majlis lawatannya bersama penduduk ke rumah contoh Projek Bukit Botak, di sini, semalam.

Hadir sama dalam lawatan berkenaan ialah Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri, Othman Omar, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi dan Exco Kerajaan Negeri, Iskandar Abdul Samad.

Mengulas berhubung masalah pembinaan rumah kurang berkualiti di negeri ini, katanya pihaknya akan berbincang dengan Exco berkaitan supaya projek dijalankan lebih berkualiti dan menguntungkan pembeli seperti di Bukit Botak.

Dalam pada itu, Abdul Khalid berkata, banyak usaha telah cuba diambil bagi menyelesaikan isu Bukit Botak sebelum ini menemui jalan buntu sehinggakan penduduk terlibat merasakan ia tidak dapat diselesaikan.

"Tempoh 20 tahun bukan sesuatu yang singkat. Wajar kita merasa kecewa dengan kegagalan masa lalu yang menunjukkan ada kelemahan dalam proses membuat keputusan untuk kebaikan rakyat.

"Saya percaya rakyat khususnya penduduk Bukit Botak ini wajib diberikan maklumat sebenar supaya mereka tahu apa masalah sebenar yang memberi kesan kepada mereka," katanya.

Projek penempatan semula ini terbahagi kepada enam fasa ini melibatkan 2,300 keluarga pemilik di kawasan seluas 201 hektar, dimulakan sejak 21 September 2010 dan bakal siap pada 20 Jun 2012.

Sinar Harian/-

5 soalan untuk UUM

Posted: 09 May 2011 12:00 AM PDT

6 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

ALOR SETAR, 9 Mei: Tindakan Umno mempermainkan isu rebat cukai tanah untuk Universiti Utara Melaysia (UUM) terbukti mempunyai agenda politik apabila isu cukai tanah lain-lain institut pengajian tinggi awam (IPTA) tidak dibangkitkan.

Laman Kedahlanie telah membangkit lima isu untuk dijawab oleh para pemimpin Umno dan orang ramai ekoran usaha keras Umno untuk memburukkan kerajaan negeri Kedah ini.

Soalan-soalan yang dikemukakan itu adalah:

1. Cukai tanah UUM cuma RM0.20 semeter persegi, cukai tanah UiTM Merbok RM0.55 semeter persegi. Kenapa BN Kedah tak desak kerajaan negeri bagi rebat kepada UiTM Merbok sama? Dua-dua tu IPTA jugak kan?

2. Cukai tanah Universiti Malaysia Perlis (UNIMEPs) RM0.50 semeter persegi. Menteri yang jaga IPTA hentam Kedah sebab tak bagi rebat kepada UUM, mengapa menteri tu tak hentam Perlis yang diperintah BN kerana tidak bagi rebat kepada UNIMEPs?

3. Kerajaan Pusat bagi RM300 juta setahun belanja urus UUM termasuk cukai tanah. UUM kata tak cukup duit, kemana agaknya UUM habiskan peruntukan cukai tanah yang diberi Pusat itu?

4. BN kata Kedah tak prihatin dekat UUM sebagai institusi pendidikan. Baiklah BN yang prihatin.. mengapa setiap pelajar nak masuk belajar UUM
kena yuran? Mengapa tak bagi percuma semuanya?

5. UUM yang mengaku tiada duit (uzur), tahun lepas umum syarikat miliknya untung RM80 juta. UUM dakwa bukan bussines oriented guna premis dan tanah yang cukainya berstatus IPTA (semeter persegi RM0.20) hingga buat untuk besar tapi susah nak bayar cukai ikut kadar sebenar. Agak-agak perangai macam ni namanya bertanggungjawab ke tak?

Harakahdaily/-

Utusan bermain api

Posted: 08 May 2011 11:30 PM PDT

6 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, Gempar seluruh negara apabila akhbar Utusan Malaysia beberapa hari yang lalu seperti menyalakan api ketegangan antara agama ketika mencetus persoalan agama rasmi negara dengan spekulasi kononnya ada pihak tertentu yang berjuang untuk menjadikan kristian sebagai agama rasmi di negara ini.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan (gambar) berkata, suatu fakta yang diketahui umum bahawa Perlembagaan negara telah memeteri Islam sebagai agama rasmi negara ini sementara ummat Islam pula masih menjadi golongan majoriti biarpun Malaysia adalah sebuah negara majmuk.

Justeru itu, katanya Islam tidak sewajarnya tergugat dan ummat Islam tidak selayaknya membenarkan Islam digugat.

Jelasnya, PAS sebagai sebuah wadah perjuangan Islam di dalam negara ini pastinya tidak lebih rendah usahanya untuk memperjuang, mempertahan dan menegakkan Islam berbanding Umno dan Barisan Nasional.

Katanya, kegigihan serta kesungguhan PAS berjuang serta berkorban demi melihat Islam tegak dan berdaulat di dalam negara ini nyata tidak boleh dipertikai merentasi rekod dan sejarah perjuangannya.

"Sungguhpun PAS menyertai 'kerjasama politik' bersama parti-parti rakan kompenan Pakatan Rakyat (PKR dan DAP), namun PAS tidak pernah mengendurkan pedatinya untuk terus memacu perjuangan Islam, jauh sekali untuk berubah arah meninggalkan prinsip perjuangan yang didokong selama ini," tegasnya.

Malah, tambahnya pacuan semakin kencang ke arah menguasai negeri bahkan negara agar bebas dari cengkaman pengaruh dan kuasa Umno juga Barisan Nasional yang menjadi punca Islam dilihat lemah serta terdedah kepada ancaman setelah lebih 50 tahun mereka memerintah, mengurus dan mentadbir negara.

Beliau berkata, andainya Islam hari ini dilihat terancam dan penganutnya pula lemah pegangan agama adalah menjadi tanggungjawab semua melewati peranan dan tugas yang sayugianya dilaksanakan.

Katanya lagi, sementara kerajaan selaku pemegang amanah rakyat untuk menjaga agama, negara dan warganya mestilah mengambil tanggungjawab dengan penuh keinsafan melepasi jangkauan sempadan kepentingan politik dan parti.

"Saya melihat spekulasi yang ditimbulkan oleh Utusan Malaysia kononnya terdapat pihak tertentu yang berusaha untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara ini adalah berpunca dari kelemahan dan kegagalan Umno sebagai parti utama dalam Barisan Nasional menunaikan amanah yang digalaskan kepada mereka selaku pemerintah," ujarnya.

Menurutnya lagi, lebih 50 tahun rakyat memberi kepercayaan dan mandat kepada Umno mewakili Barisan Nasional untuk memimpin dan mentadbir negara khasnya untuk melindungi agama Islam dan kesejahteraan rakyat.

Beliau menambah, malang sungguh, malang seribu kali malang apabila Islam bukan sahaja tidak semakin kuat dan utuh tetapi dikesan umum bahawa ia semakin susut dan merosot.

"Jika Umno berjaya dan mampu menjaga agama Islam ini dengan baik dan menjadikan ianya semakin hari semakin kuat dan hebat, saya percaya dan yakin spekulasi untuk menjadikan kristian sebagai agama rasmi negara ini tidak akan timbul," ujarnya.

Bahkan, katanya dalam masa yang sama, penganut-penganut agama selain Islam akan terasa aman dan selesa untuk mengamal serta menganut agama mereka.

Tambahnya, spekulasi yang dicetuskan oleh Utusan Malaysia ini bukan sahaja menampakkan kelemahan dan kegagalan ketara Umno dan Barisan Nasional selaku pemerintah, ia juga berpotensi menyalakan api ketegangan antara agama.

"Pastinya situasi ini akan menggugat keamanan negara dan rakyat yang sepatutnya memperolehi hak hidup aman dan sejahtera," katanya.

Menurutnya, spekulasi itu sangat tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata, selain dari potensi menggugat keamanan, spekulasi sedemikian juga dilihat umum sebagai usaha meraih perhatian politik murahan sekaligus percubaan nekad untuk menyembunyikan kelemahan dan ketidakupayaan mereka menjaga agama suci ini.

Harakahdaily/-

Letupan gas gegar kondo

Posted: 08 May 2011 09:30 PM PDT

06 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

Seorang penghuni warga Britain baru pindah cedera

KUALA LUMPUR: Satu letupan kuat dipercayai berpunca daripada letupan gas berlaku di tingkat 17 sebuah kondominium di Jalan Ampang di sini, malam tadi, sehingga menggegarkan beberapa bangunan di sekitar ibu negara.

Kejadian jam 7.40 malam itu mengakibatkan tingkap kaca beberapa bangunan kondominium berhampiran serta sebuah hotel yang terletak kira-kira 250 meter dari tempat kejadian pecah dan kacanya bertaburan di atas jalan.

Letupan itu turut menyebabkan penghuni unit di tingkat 17 berkenaan yang dikenali sebagai Paul Christopher Lovell, 61, seorang rakyat British cedera namun dilaporkan tidak serius.

Saksi, Daniela Samarero, 42, yang tinggal di tingkat 12 kondominium sama berkata, ketika kejadian beliau dan suaminya sedang menonton televisyen di ruang tamu sebelum dikejutkan dengan letupan kuat.

"Letupan itu yang menyebabkan semua kaca tingkap rumah kami pecah bertaburan. Malah, batu marmar pada bahagian dinding turut pecah.

"Saya dan suami terus bergegas mengambil dua kucing peliharaan kami dan lari turun mengikut tangga kecemasan untuk menyelamatkan diri," katanya yang bertugas di Kedutaan Belanda dan tinggal di kondominium itu sejak Ogos tahun lalu.

Katanya, sejurus letupan itu, beliau dan penghuni di blok B bahagian selatan kondominium itu kelam kabut menyelamatkan diri kerana bimbang kejadian lebih buruk berlaku.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail, berkata empat jentera bersama 38 anggota berjaya mengawal api dalam masa 45 minit.

"Selepas sejam, api dapat dipadamkan dengan sepenuhnya dan siasatan awal mendapati letupan dan kebakaran berpunca dari gas memasak yang memenuhi segenap ruang rumah dari saluran gas di unit itu," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Katanya, Unit Forensik belum dapat memastikan punca sebenar, sama ada kebocoran gas berpunca akibat kecuaian tuan rumah atau kerosakan pada saluran gas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah mengesahkan mengesahkan Levell baru berpindah ke kondominium itu, Jumaat lalu.

Levell kini dirawat di Hospital Prince Court.

Berita Harian/-

Datang gempa bumi baru nak berubah?

Posted: 08 May 2011 09:00 PM PDT

06 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM, 9 Mei: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang berbicara tentang perubahan sempat bertamsil; jika tanah tidak berubah dengan cangkul, ia akan berubah dengan banjir atau jika tidak mahu juga, ia akan berubah gempa bumi.

"Adakah rakyat mahu menunggu datangnya gempa bumi, baru hendak berubah?" soalnya ketika berucap merasmikan Hari Pekerja peringkat PAS Pusat di Dataran Bazarena Stadium Shah Alam, semalam.

Tambahnya, rakyat mesti ingat, jika tidak mahu berubah ikut cara biasa, bila berlaku gempa bumi, ia akan telan semua sekali termasuk Putrajaya.

Sehubungan itu, beliau terus meyakinkan rakyat tentang usaha mengurangkan bebanan hidup dan menambahkan kebajikan mereka boleh dilaksanakan dengan syarat hasil negara tidak bocor.

Beliau berkata, negara ini mempunyai sumber kekayaan yang mencukupi untuk membiayai kebajikan semua rakyat asalkan amalan rasuah dihapuskan sepenuhnya.

Turut berucap adalah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani, Exco Kerajaan Selangor, Dr Halimah Ali dan Pengerusi Lajnah Pekerja PAS Pusat, Anuar Tahir.

Dalam pada itu, Ustaz Abdul Hadi berkata, semua janji yang terdapat di dalam Buku Jingga bukan janji kosong kerana sebahagiannya sudah dibuat di Kelantan dan Terengganu ketika PAS memerintah termasuk di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.

Meskipun, program dalam buku jingga itu memerlukan berpuluh bilion ringgit namun negara mempunyai sumber lain yang boleh menampung dalam usaha menunaikan kebajikan rakyat.

"Sebagai contoh, PAS telah menghapuskan tol, cukai pintu dan lesen peniaga-peniaga kecil ketika memerintah Terengganu kerana ketika itu negeri mempunyai sumber royalti minyak.

"Kemudian kerana khianat BN menafikan royalti minyak kepada rakyat Terengganu, namun kerajaan negeri di bawah PAS ketika itu tetap laksanakan program kebajikan rakyat.

"Kerajaan menaikkan cukai orang kaya, cukai barangan di masa sama, tiada cukai terhadap orang miskin, ini boleh dilaksanakan dengan mudah," tegasnya lagi.

Namun kini, jelasnya, BN tidak naikkan cukai orang kaya dan korporat kerana sebahagian besar golongan itu banyak membantu BN di dalam usaha mengekal kuasa politik mereka.

"Boleh buat sebenarnya namun rakyat diperbodohkan, boleh buat senang sahaja, tunaikan amanah," tambahnya di hadapan hadirin dan ribuan pengunjung lalu lalang di seputar program.

Seusai majlis perasmian, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berjalan bertemu dengan sebahagian daripada lebih 700 peniaga berbagai jenis jualan di setiap hari minggu.

Semua golongan anggota masyarakat kelihatan teruja dengan kesudian Presiden PAS menemui mereka dan menyantuni semua kalangan rakyat termasuk orang cacat dan kanak-kanak.

Dalam ucapannya juga, Ustaz Abdul Hadi menyatakan kaedah Islam jika memerintah negara lain tidak memunggah hasil sesebuah negara itu dibawa ke pusat selagi tidak selesai masalah di daerah dan negara itu.

"Inilah catatan sejarah yang menyebutkan ketika Islam memerintah Parsi, Rom dan Utara Afrika, kerajaan menyelesaikan masalah rakyat negeri terlebih dahulu.

"Tindakan ini menyebabkan orang bukan Islam masuk Islam dan lebih rela berada di bawah kerajaan Islam kerana semua rukun hidup dipercumakan," jelasnya.

Menurutnya, ia boleh dilaksanakan kerana Thailand boleh lakukan dengan tiada bayaran cukai jalan untuk kenderaan dan tol di jalan raya kerana mereka mempunyai sumber-sumber lain.

Tambahnya, di Britain sekarang ini setiap bayi yang baharu lahir diberikan wang susu mereka dan orang tua diberikan wang sara hidup termasuk mereka yang mengganggur.

Dengan syarat tiada rasuah dan kendalikan sumber negara dengan betul, pasti ia boleh selesaikan banyak masalah rakyat dalam negara ini, jelasnya.

Beliau juga menyatakan perasaan sedihnya kerana rakyat negara ini ditipu sejak sekian lama tetapi tidak berani melakukan perubahan dengan menukarkan kerajaan dengan pemimpin lebih baik.

"Di negara lain jika pemerintah buat silap, rakyat berani buat perubahan namun di negara kita buatlah kesilapan beratus kali pun, rakyat tetap tidak berani buat perubahan.

"Pemikiran sebahagian rakyat jadi beku seperti berada dalam peti ais namun begitu Allah tetap akan lakukan perubahan juga akhirnya," jelasnya.

Ismail Hashim

Pas tetap perjuang Islam

Posted: 08 May 2011 08:45 PM PDT

06 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM – Pas terus melaungkan ketegasan bahawa Islam tetap menjadi agama rasmi Persekutuan sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya merampas tampuk pemerintahan kerajaan pusat pada pilihan raya umum akan datang.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) berkata, Pas bersama dua lagi parti komponen PR, iaitu PKR dan DAP, meletakkan asas yang sama seperti dipersetujui dalam Konvensyen Pakatan Rakyat sebelum ini untuk terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, perkara ini adalah satu ikrar yang telah terpahat dalam dasar PR dan telah dipersetujui dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Shah Alam 2009.

"Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini.

"Oleh yang demikian hirup pikuk yang di lemparkan oleh media tertentu bertujuan untuk membakar semangat rakyat terutamanya di kalangan orang Melayu beragama Islam, bahawa Malaysia akan menuju ke arah negara Kristian adalah suatu pemberitaan yang sangat tidak beramanah," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, kegagalan mempertahankan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini didakwa berpunca dari kealpaan dan kelemahan kepimpinan UMNO.

"Merekalah yang sebenarnya gagal memperkasa Islam sebagai agama Persekutuan sehingga gagal menyediakan kefahaman Islam yang sebenar kepada rakyat.

"Melayu menghadapi kecelaruan sahsiah dan bencana akidah yang tidak mampu untuk menguatkan orang Melayu beragama Islam dalam negara kita ini," katanya.

Jumaat lalu, beberapa blogger mendedahkan terdapat satu perjumpaan paderi seluruh negara di Pulau Pinang, didakwa dianjurkan oleh Ahli Parlimen Jelutong dari DAP, Jeff Ooi, dikatakan berikrar menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara.

Ooi menafikan beliau menganjur perjumpaan itu atau terdapat ikrar seperti yang didakwa itu.

Sinar Harian/-

TASKA haram, pengasuh asing jejas 3,000 bayi, kanak-kanak

Posted: 08 May 2011 08:30 PM PDT

06 Jamadilakir 1432H. [MOD] -

IPOH: Lebih 3,000 bayi dan kanak-kanak di Perak terdedah kepada risiko keselamatan atau lebih malang kehilangan nyawa kerana dijaga pengusaha dan pengasuh taska haram.

Berdasarkan maklumat diperoleh Berita Harian, hanya separuh daripada lebih 400 pengusaha taska dan pengasuh kanak-kanak di negeri itu berdaftar dengan Persatuan Taska Perak (PTP), manakala selebihnya secara haram.

Lebih mengejutkan, ada di kalangan pengusaha haram itu beroperasi tanpa menggunakan khidmat penjaga bertauliah, selain premis diduduki tidak mendapat sijil kelayakan menduduki (CF) daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Dari segi bilangan taska pula, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perak mengakui terdapat 265 taska di negeri itu sehingga Disember tahun lalu, namun hanya 83 premis berdaftar, manakala 182 lagi sudah tamat tempoh perakuan.

Timbalan Pengarah I JKM negeri, Mohamad Nasir Suratman, berkata kajian pihaknya mendapati berlaku peningkatan jumlah taska tidak berdaftar disebabkan kekangan masa untuk mendapatkan tempoh kelulusan perakuan penubuhan, kurang maklumat membuat permohonan pendaftaran dan masalah keluasan premis digunakan.

"Tiga agensi utama iaitu pihak berkuasa tempatan (PBT), Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Kesihatan akan bertanggungjawab melakukan pemeriksaan sesebuah premis itu sebelum JKM boleh memberi kelulusan lesen taska.

"Jika mana-mana di antara agensi itu tidak memperakui kerana gagal mematuhi syarat yang ditetapkan, taska itu tidak boleh beroperasi.
"Dalam tempoh tiga tahun ini juga, JKM turut mendapati trend taska tidak berdaftar semakin meningkat dengan jumlah 109 taska pada 2008 kepada 182 pada tahun lalu," katanya kepada Berita Harian.

Sementara itu, Presiden PTP, Ding Moi King mengakui pihaknya mendapati kebanyakan pengusaha di Perak tidak berdaftar dengan persatuan dan JKM.

"Ada di kalangan mereka mengambil khidmat warga asing sebagai pengasuh," katanya.

Berita Harian/-

Hari ibu kenapa tidak boleh disambut oleh orang Islam?

Posted: 08 May 2011 08:30 PM PDT

06 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

Hari Ahad ini (setiap Ahad minggu kedua bulan Mei) semua yang bergelar ibu termasuk ibu tunggal diraikan dalam sambutan Hari Ibu. Maka pada kesempatan ini saya mengucapkan selamat menyambut Hari Ibu kepada semua ibu termasuk isteri saya yang masing-masing ada anak yang sedang membesar. Jasa ibu dalam membesarkan anak ini sungguh tidak ternilai dengan wang ringgit.

Tanpa didikan ibu, anak-anak tidak akan menjadi manusia walaupun rupanya manusia. Kesabaran ibu mendidik anak walaupun dalam keadaan tertekan, berjaya juga membawa mereka ke universiti. Namun jasa ibu itu tidak diminta untuk dibalas oleh anak.

Saya sendiri dibesarkan oleh ibu yang amat penyayang. Walaupun dia buta huruf, tidak boleh membaca dan menulis, namun dia diberi keistimewaan boleh membaca al-Quran dengan baik malah boleh mengajar anak kampung bacaan al-Quran dengan baik. Maka berkat didikannya kini saya jadi seperti hari ini. Terima kasih ibu, semoga rohmu damai di alam barzakh.

Sememangnya ibu diberi amanah yang berat, namun mereka tetap terima dengan sabar. Firman Allah:

Maksudnya: "dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; kerana ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)." (Surah Luqman : 14)

Persoalannya, adakah anak-anak hari ini menyedari perintah Allah ini? Adakah anak-anak hari sedar penderitaan ibu yang mengandungnya dalam rahim ibu? Adakah mereka tahu bahawa ibu amat sayang kepadanya hingga sanggup memberi susu ibu sendiri selama dua tahun?

Menyedari keadaan ini, saya menyeru kepada semua manusia khususnya yang beragama Islam, anda tentunya ada ibu walaupun sudah meninggal dunia, berbuat baiklah kepada ibu. Dalam hal ini kita kena ingat, kalau ibu sudah tiada, berbuat baiklah kepada orang yang pernah dikasih ibu. Menghubungkan silaturrahim adalah pahala yang amat besar di sisi Allah.

Selain itu Allah mahu anak-anak yang bersyukur kepada Allah kerana dengan kurnianya anda berjaya dibesarkan oleh ibu bapa tanpa cacat celanya. Oleh sebab itu, syukur jugalah kepada kedua-dua ibu bapa anda terutama ibu yang banyak terlibat secara langsung dalam membesarkan anda. Dalam hal ini Allah terus mengingatkan anak-anak dalam firmannya:

Maksudnya: "dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya Engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah Engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaan-Mu, maka janganlah Engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah Engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)." (Surah al-Isra' : 23)

Tuhan perintahkan manusia dalam ayat di atas pastinya merujuk kepada anak supaya menyembah Tuhan iaitu Allah, dan pada masa yang sama berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa. Berbuat baik tentunya dalam tempoh membesar dan setelah berkeluarga.
Tetapi Allah pesan lagi dengan sedikit penekanan, apabila sampai kepada kamu suatu tahap yang kedua-dua ibu dan bapa sudah tua, atau salah satu daripada keduanya, maka janganlah berkata kepada kedua-duanya "uppin". Mungkin dalam konteks orang Melayu, "Uh" "Ah" dan seumpamanya.

Allah ingatkan manusia kerana Allah tahu, akan ada manusia yang bersikap suka menengkin ibu apatah lagi sewaktu tua. Jadi, ingatan ini amat berguna buat anak-anak seperti saya, walaupun ibu sudah tiada. Oleh sebab itu, buatlah yang terbaik untuk ibu. Ingatlah kalau hari ini kita derhaka kepada ibu, esok anak anda pula akan menjejaki sikap anda. Lalu dia juga akan menderhakai akan anda.

Waktu anda sudah berumah tangga,Sewaktu anda sudah ada rumah sendiri dan ada anak isteri, sama ada anda kaya atau miskin, jangan sombung terhadap ibu. Sebaliknya Allah perintahkan agar anak-anak anda merendahkan sayap, menurunkan ego untuk bertemu mereka. Firman Allah:

Maksudnya: "dan hendaklah Engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, Dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.

" (Surah al-Isra' : 24)
Merendahkan sayap boleh dibahagikan kepada dua iaitu, menjengok dan bertanya khabar tentang kesihatan ibu, dan kedua berdoa selalu. Sesungguhnya berdoa tidak perlukan modal untuk pulang ziarah. Tetapi bolehkah amalan itu dijadikan budaya? Di sinilah kelalaian umat Islam masa kini.

Oleh sebab itu jika anda sudah ada anak, didiklah mereka dengan betul sesuai dengan kehendak Allah dan Rasul. Dalam hal ini Rasulullah ada berpesan dalam sabdanya:
كل مولود يولد على الفطرة فأبواه يهودانه وينصرانه ويمجسانه

Maksudnya: "Setiap seorang dilahirkan dalam keadaan fitrah (bersih) maka kedua-dua ibu bapanyalah yang mengyahudikannya atau menasranikannya atau memajusikannya." (Riwayat Bukhari)

Maknanya, ibu dan bapalah yang seharusnya mendidik anak menjadi cemerlang. Ibulah yang bertanggungjawab membentuk peribadinya. Tetapi kalau salah didik maka jadilah anak itu sama ada berpengaruh kepada yahudi, nasrani atau majusi.

Dalam hadis tersebut Rasulullah mencontohkan kepada tiga golongan tersebut bagi menunjukkan bahawa didikan ibu mesti berasaskan agama. Jadi, kalau didikan tidak kepada agama Islam sudah pasti akan terarah kepada agama lain.

Tugas mendidik anak dalam konteks ini ialah ibu kerana ibu lebih banyak masa dengan anak. Oleh sebab itu, ibu tidak boleh memberi alasan sebuk atau tidak pandai dalam mendidik agama kepada anaknya. Ingatlah kalau ibu gagal mendidik anak ke arah itu, nanti anak tersebut akan menjadi penderhaka terhadap ibunya sendiri.

Tindakan anak soleh

Di sini saya menyenaraikan tindakan wajar yang patut dilakukan oleh anak terhadap ibu mereka.

1. Mentaati perintah ibu
Sebagai anak anda wajib mentaati perintah ibu berdasarkan ayat di atas. Malah Rasulullah ada bersabda dalam hadis yang masyhor:
الجنة تحت اقدام الامهات

Maksudnya: Syurga di bawah tapak kaki ibu.
Maknanya untuk menikmati syurga anak perlu mengikut langkah dan rentak ibu. Apa yang dikata dan apa yang disuruh perlu diikut. Namun ketaatan itu hendaklah pada perkara yang tidak menderhakai Allah. Sabda Rasulullah:

لا طاعة لمخلوق فى معصية الخالق

Maksudnya: Tiada ketaatan kepada perkara yang menjurus kepada maksiat terhadap Allah.
Maknanya jika ibu menyuruh anak mencuri barang orang atau menyuruh anaknya menyebarkan fitnah, maka perkara itu tidak boleh ditaati. Tetapi perlu diingat, larangan ini tidak bermaksud anak boleh menentang ibu. Malah anak tidak boleh memusuhi ibu. Sebaliknya anak perlu memberi alasan yang islami mengapa dia tidak boleh mentaati perintah ibu itu.

Ingatlah ibu tetap ibu walaupun mereka terdiri daripada orang yang pernah derhaka kepada Allah. Walaupun anak tidak boleh mentaati ibu dalam perkara maksiat, tidak bermakna si anak boleh mengisytiharkan perang terhadap ibu. Jadi, perkara baik yang disuruh tetap wajib ditaati, hanya perkara yang bercanggah dengan Islam sahaja yang patut diabaikan.

2. Berdoa untuk ibu
Berdasarkan ayat 24 Surah al-Isra' di atas, si anak wajar mendoakan ibunya semasa hidupnya apatah lagi selepas dia mati. Sabda Rasulullah:
اذا مات ابن الادم انقطع عمله الا ثلاث، صدقة جارية،
علم ينتفع به، وولد صالح يدعوله

Maksudnya: "Apabila mati anak Adam terputus amalannya melainkan tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya."

Namun tiga perkara di atas banyak bergantung kepada usaha ibu semasa hidupnya. Kalau ibu banyak buat sedekah yang berupa wakaf, tentu faedahnya berkekalan, kalau ibu ada mendidik anaknya dan anak orang lain dengan ilmu yang berfaedah atau dia menghasilkan buku yang boleh dimanfaatkan orang lain, tentulah manfaatnya berpanjangan. Begitu juga kalau anaknya soleh, pasti dia mendoakan ibunya baik waktu hidup mahu waktu matinya.

3. Tidak menyakitkan hati ibu
Anak tidak boleh menyakitkan hati ibu walau dalam keadaan apa sekalipun. Walaupun anak tidak suka kepada tindakan ibu, tidak bolehlah bertindak menyakitkan hatinya. Carilah jalan yang boleh membuatkan ibu sentiasa gembira. Ingatlah sabda Rasulullah yang antara lain bermaksud: "Keredaan Allah s.w.t. ada dalam keredaan ibu bapa, dan murka Allah ada dalam kemurkaan ibu bapa."

4. Tidak menyusahkan ibu
Anak juga tidak wajar menyusahkan ibu dalam apa tindakan. Kadang-kadang anak tidak sedar bahawa tindakannya boleh menyebabkan ibu menjadi susah hati. Permintaan yang bukan-bukan juga boleh menyebabkan ibu rasa susah untuk mendapatkannya. Kalau ibu orang yang berada, bolehlah dia mengadakannya, namun hati ibu tetap tidak senang. Apatah lagi kalau ibu orang yang miskin.

Berdasarkan senarai ini saya dapati pengorbanan ibu yang begitu besar, jarang dihargai. Anak-anak sering mengabaikan ibu, apatah lagi sesudah tua. Oleh sebab itu amat wajarlah hari ini disambut sebagai Hari Ibu. Setidak-tidaknya anak yang terlalai seketika dapat dikejutkan semula. Walaupun dalam Islam, mentaati, menghormati dan mengasihi ibu perlu dibuat setiap hari, tetapi realitinya tidak begitu. Oleh sebab itu mulai hari ini kasihilah ibu dan kekalkanlah dalam keadaan itu sehingga ke akhir hayat.

Ingatlah pesanan Rasulullah, tiga keadaan umat manusia yang mereka tidak akan masuk syurga iaitu orang yang membuat dosa kepada ibu bapa, orang yang tiada cemburukan anak atau isterinya bertemu dengan orang laki-laki (yang bukan mahram), dan orang perempuan yang (berpakaian) menyerupai laki-laki. Wallahu aklam.

Ahmad Baei Jaafar

Arab Saudi Nafi Air zam-zam Tercemar

Posted: 08 May 2011 08:00 PM PDT

6 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



JEDDAH: Arab Saudi menafikan laporan stesen penyiaran BBC mendakwa telaga zamzam di Makkah tercemar dan peminumnya boleh mendapat kanser.

Presiden Pusat Kajian Geologi Arab Saudi, Zuhair Nawab, berkata semua langkah perlu diambil bagi memastikan telaga dan air zamzam itu sentiasa selamat.

"Agensi ini bertanggungjawab memantau kualiti air yang penting bukan saja kepada Arab Saudi, malah kepada umat Islam sedunia.

"Pemantauan dilakukan setiap hari dengan mengambil tiga sampel untuk diuji dan setakat ini tiada pencemaran dikesan," katanya, semalam.

Sebelum ini, BBC mendakwa ujian terhadap contoh dari pili zamzam di Makkah serta air yang dijual dalam botol menunjukkan kandungan nitrat tinggi, bakteria berbahaya dan kandungan arsenik tiga kali lebih tinggi berbanding yang dibenarkan.

Kata Zuhair, proses membotolkan air zamzam dibuat secara moden.

"Bahan cemar mungkin ditemui ketika ia diedar semula dalam botol lebih kecil oleh individu tertentu," katanya. 

AN

Serbu KM: Umno bertindak ala samseng

Posted: 08 May 2011 07:45 PM PDT

06 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

BUTTERWORTH, 9 Mei: Tindakan ala samseng yang dipamerkan oleh pemuda Umno Pulau Pinang sepertimana yang dizahirkan selepas majlis perasmian Projek Pembinaan Jalan Penghubung di Jalan Bagan 29 - Jalan Siram oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng memperlihatkan wajah sebenar pimpinan mereka yang ingin wujudkan.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Mohd Salleh Man (gambar), ketika mengulas insiden yang mencemarkan imej Umno Pulau Pinang itu, menyatakan apa yang dipertontonkan oleh Pemuda Umno yang diterajui oleh ketuanya, Shaik Hussein Mydin, mencalarkan wajah Umno sendiri.

Dalam insiden semalam, selepas majlis perasmian bertempat di pasar awam Taman Bagan, sekumpulan pemuda Umno telah menyerbu Lim Guan Eng ketika bersama dif kehormat untuk menyatakan kekesalan mereka mengenai isu 'Kristian agama rasmi negara' sepertimana yang disiarkan oleh akhbar arus perdana milik Umno.

"Apakah ini barisan pemimpin yang mahu diwujudkan oleh Umno tanpa menghormati seorang ketua kerajaan negeri yang dipilih oleh majoriti rakyat sebagai pemerintah.

"Jika tindakan tidak bermoral dan ala samseng ini jelas dipertontonkan di khalayak ramai, apakah kita yakin mereka ini dapat membela nasib rakyat dan golongan muda sekiranya ini akhlak yang ada," kata Salleh yang juga Adun Permatang Pasir.

Beliau berkata, Umno sepatutnya berasa malu di atas tindakan ala samseng yang ditunjukkan oleh pemuda mereka.

Soalnya, bagaimana pula sekiranya kejadian ini dilakukan oleh kumpulan lain terhadap pimpinan mereka pula.

"Apakah mereka rela ianya berlaku sedemikian. Begitu jugalah dengan tindakan mereka pada hari ini. Sepatutnya gunakan saluran yang betul. Jangan tunjukkan betapa rendahnya akhlak yang ada pada pimpinan mereka apabila bertindak demikian, " ujarnya lagi.

Dalam insiden tersebut juga juak-juak Umno telah membentangkan kain rentang, namun dengan kepantasan pihak polis, insiden yang memalukan itu dapat dihalang daripada terus menjadi satu provokasi yang memalukan.

Selain dari Mohd Salleh turut hadir pada majlis tersebut ialah Exco Kerajaan Negeri, Phee Boon Poh, Lim Hock Seng dan kepimpinan PAS dan PKR.

Harakahdaily/-
Oleh : Muhayat Jasmin

2 Lelaki ditembak Mati Depan Masjid

Posted: 08 May 2011 07:45 PM PDT

6 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



YALA: Pemberontak di selatan Thailand membunuh dua penduduk Buddha dalam kejadian di depan sebuah masjid di Pattani, kata polis semalam.

Serangan maut itu berlaku sehari selepas dua bom diletupkan militan membunuh sekurang-kurangnya tujuh anggota keselamatan di wilayah itu.

Ia dianggap hari paling buruk dalam tempoh beberapa bulan di selatan Thailand.

Keganasan di Yala, Narathiwat dan Pattani semakin meningkat tahun ini, termasuk melalui insiden bom di tepi jalan dan cubaan membunuh seorang gabenor.

Militan juga berjaya menyerbu sebuah berek tentera dan melarikan sejumlah senjata. Pelbagai pihak mendakwa, kekejaman tentera Thailand ke atas penduduk setempat mencetuskan penentangan di wilayah didiami majoriti penganut Islam itu. 

Reuters

Pukau Guna Tisu

Posted: 08 May 2011 07:30 PM PDT

6 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Dengan hanya menggunakan tisu, satu kumpulan pakar pukau dianggotai tiga lelaki berjubah dipercayai warga Indonesia dan seorang wanita warga tempatan berusia 30-an dikesan aktif memukau mangsa sebelum melarikan barangan berharga.

Kumpulan yang dilaporkan sudah bergiat aktif sejak empat bulan lalu dikesan mensasarkan mangsa wanita yang berseorangan di tempat tumpuan ramai seperti pusat beli-belah. 

Gambar hiasan

Malah, lagak alim dengan berpakaian berjubah dikatakan menjadi satu kelebihan kepada kumpulan terbabit untuk memudahkan mereka menghampiri mangsa sebelum menunjukkan 'tisu hikmat' berkenaan sekali gus memukau mangsa. 

Dalam kejadian terbaru di sebuah pusat membeli-belah di Wangsa Maju, kelmarin, seorang wanita berusia 56 tahun kerugian lebih RM5,000 selepas barang kemas dan wang tunai lebih RM700 dilarikan kumpulan itu.

Sebaik tersedar 15 minit kemudian, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju, di sini.

City Enggan Tekan Butang Panik

Posted: 08 May 2011 07:15 PM PDT

6 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



LIVERPOOL: Pengurus Manchester City, Roberto Mancini meminta pemainnya bermati-matian dalam merebut tempat ke saingan Liga Juara-Juara Eropah, musim depan selepas harapan mereka terencat berikutan kekalahan 2-1 kepada Everton. 

Skuad Mancini menunjukkan beberapa petanda hilang keupayaan apabila melepaskan pendahuluan babak pertama di Goodison Park kelmarin untuk memberikan Tottenham peluang merapatkan jurang menjelang kunjungan penting mereka ke Eastland, pertengahan minggu ini.

Apapun, pengurus City itu enggan menekan butang panik dan percaya finalis Piala FA itu akan melangsaikan tugas mereka.

"Saya rasa pelik tewas kepada Everton. Kami menguasai permainan babak pertama dan memiliki empat atau lima peluang," kata Mancini. 

"Inilah bola sepak. Jika anda hilang tumpuan atau memberi ruang, ia sukar." 

Liverpool boleh memberi tekanan kepada City jika menang ke atas Fulham tetapi penentuan nasib skuad Mancini kini di dalam tangan sendiri. 

AFP 

Pesawat AS Usir 2 Imam

Posted: 08 May 2011 07:00 PM PDT

Jamadilakhir 1432H. [MOD] -


Gambar hiasan

NASHVILLE (Tennessee): Dua pemimpin Islam tempatan mendakwa mereka diarah keluar dari pesawat komersial di Memphis kelmarin apabila juruterbang enggan berlepas selagi mereka berada di dalamnya.

Pensyarah jemputan bahasa dan kesusasteraan Arab di Universiti Memphis, Masudur Rahman, berkata pada awalnya dia bersama seorang imam dibenarkan menaiki pesawat Delta Connection dari Memphis ke Charlotte, Carolina Utara.

Bagaimanapun, sejurus kemudian mereka diminta meninggalkan pesawat berkenaan.

Jurucakap Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan, John Allen, mengesahkan kejadian itu tetapi mendakwa, agensi berkenaan tidak ada kena-mengena dengan insiden itu.

Jurucakap syarikat Delta Airlines berkata, pesawat itu dikendalikan syarikat Atlantic Southeast Airlines yang berpangkalan di Atlanta.

Menurut Masudur Rahman, dia mengenakan pakaian tradisional India, manakala rakannya, Mohamed Zaghloul, berpakaian Arab lengkap dengan serban.

Mohamed Zaghloul adalah aktivis Persatuan Islam Greater Memphis.

Kata Masudur Rahman, pada peringkat awal, pesawat itu bergerak perlahan-lahan meninggalkan terminal.

Bagaimanapun, tidak lama kemudian, katanya, juruterbang mengumumkan mereka terpaksa berpatah balik ke terminal.

"Sejurus selepas itu, saya dan Mohamed Zaghloul diarah kru kabin supaya pergi ke pintu berlepas semula dan dimaklumkan juruterbang enggan menerima kami, kononnya kerana ada penumpang tidak selesa," katanya.

Menurut Masudur Rahman, kakitangan syarikat penerbangan itu berbincang dengan juruterbang terbabit selama lebih setengah jam tetapi gagal memujuk menukar fikiran.

Masudur Rahman dan Mohamed Zaghloul kemudian mengalah dan menempah tiket untuk penerbangan selanjutnya. 

AN

10 Ajaran Sesat Masih Aktif

Posted: 08 May 2011 06:40 PM PDT

6 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



PUTRAJAYA: Sepuluh kumpulan ajaran sesat yang dipercayai masih bergerak aktif di seluruh negara perlu dihapuskan segera kerana dikesan mengamalkan pelbagai amalan yang bercanggah ajaran Islam dan Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

Amalan itu termasuk mengajar ilmu tasawuf dan tarekat bercorak kebatinan; memperkenalkan aliran pemikiran lama dan baru; mengamalkan wirid bercorak kebatinan dalam persilatan, amalan khurafat dan perbomohan.

Kumpulan berkenaan adalah Syiah; al-Arqam atau Syarikat Rufaqa' Corporation Sdn Bhd (Rufaqa) atau Global Ikhwan Sdn Bhd; Islam Jamaah; Ajaran Azhar Wahab (Pengasas Al-Mansor Holding Sdn Bhd), Tarekat Naqsyabandiah Khalidiah; Pemuda Kahfi, Tarekat Naqsyabandiah Khalidiah Sheikh Nazim; Qadiani/Ahmadiah; Tarekat Naqsyabandiah Kadirun Yahya dan ajaran Aurad Islamiah. Kumpulan itu adalah sebahagian daripada 95 pergerakan yang difatwakan menyeleweng daripada ajaran Islam dan pegangan Al-Sunnah Wal-Jamaah sama ada oleh Muzakarah Jawatankuasa Majli Fatwa Kebangsaan atau Jawatankuasa Fatwa peringkat negeri di seluruh negara dalam tempoh 20 tahun lalu.

Mendedahkan perkara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustafa, berkata semua kumpulan itu perlu dihapuskan secepat mungkin oleh pihak berkuasa agama negeri di seluruh negara.

"Kita memandang serius terhadap perkara ini kerana ia membabitkan soal akidah umat Islam serta boleh menjejaskan keamanan di negara ini.

"Jadi, sepuluh kumpulan ini akan diberi keutamaan untuk dihapuskan bagi mengelakkan ia terus tersebar dalam negara," katanya.

Othman berkata Jakim dan pihak berkuasa agama negeri juga sedang memantau cubaan sesetengah pihak yang cuba menyebarkan pelbagai ideologi baru seperti pluralisme dan fahaman berbentuk ekstremis dengan memperalatkan golongan pelajar dan tenaga pengajar institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Katanya, fahaman seumpama itu bukan saja merosakkan akidah umat Islam, tetapi turut mengundang pelbagai masalah lain seperti rusuhan agama dan perang saudara.

"Namun, kita terpaksa menghadapi beberapa masalah dalam menangani masalah ini seperti ketidakseragaman undang-undang syariah di peringkat negeri dan salah faham umat Islam terhadap isu akidah termasuk ilmu tarekat dan tasawuf.

"Keadaan itu memaksa kita meminta Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan dan Jawatankuasa Fatwa Negeri melakukan kajian, sekali gus menyelaras keputusan berhubungan fatwa pengharaman sesuatu kumpulan ajaran sesat," katanya.

Beliau berkata, Jakim turut menubuhkan unit penyelidikan untuk memantau dan mengenalpasti mereka yang cuba menyebarkan ajaran sesat dan tarikat yang menyeleweng menerusi blog, laman web sosial seperti Facebook dan twitter.

"Kita mengakui kumpulan ajaran sesat hari ini sentiasa memanipulasi teknologi baru untuk mengembangkan fahaman dan merekrut ahli baru," katanya.

Ibu Mertua Osama Mati Mengejut

Posted: 08 May 2011 06:20 PM PDT

6 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -


DUBAI: Ibu mentua Osama bin Laden mati akibat serangan sakit jantung selepas menerima berita pemimpin al-Qaeda itu mati dibunuh tentera Amerika Syarikat.

Sebuah akhbar berbahasa Arab yang diterbitkan di Lodon, Asharq Al-Awsat melaporkan, Nabih al-Ghanem, ibu isteri pertama Osama, Najwa, dibawa ke hospital di Latakia, utara Syria selepas diserang sakit jantung.

Menurut akhbar berkenaan, wanita berusia 70-an tahun itu pengsan selepas Presiden Barack Obama mengumumkan pembunuhan Osama dalam serangan di Pakistan 2 Mei lalu.

Osama berkahwin dengan Najwa, sepupunya kelahiran Syria ketika beliau berusia 17 tahun dan mereka mempunyai 11 anak. Najwa meninggalkan Afghanistan beberapa hari sebelum serangan 11 September 2001 terhadap Amerika Syarikat dan kini menetap di Syria.

Januari tahun lalu, akhbar itu melaporkan, seorang anak pemimpin al-Qaeda itu dibenarkan meninggalkan Iran untuk menjaga ibunya di Syria.

OSAMA (kanan) ketika muda bersama jurulatih judo dari Taiwan, Jimmy Wu

Sebahagian kedudukan anggota keluarga Osama tidak diketahui sejak serangan 11 September lapor akhbar berkenaan. Menurut akhbar itu lagi, Osama mengahwini isteri keduanya pada 1983 dan mereka mempunyai tiga anak sebelum bercerai.

Beberapa orang tinggal bersamanya di Abbottabad, Pakistan. Mereka termasuk tiga isterinya dan kira-kira 12 anak mereka, menurut pihak berkuasa Pakistan.

Sekurang-kuranghnya lima orang terbunuh dalam serangan tentera Amerika itu. Mereka ialah Osama, yang mayatnya dibawa oleh komando AS berkenaan, seorang anaknya, dua pengawal peribadi yang dikenali sebagai Ahmed Kuwaiti, dan seorang wanita, kata sumber keselamatan Pakistan.

Yang terselamat, tiga wanita dan anak mereka, kini ditahan oleh tentera Pakistan.

Ketika disoal siasat, isteri termudanya, Amal Ahmed Abdulfattah, 29, warga Yaman memberitahu, Osama menetap di vila berkenaan sejak lima tahun lalu. 

AFP

Mengaku Bunuh Ibu Angkat

Posted: 08 May 2011 05:55 PM PDT

6 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



KUALA TERENGGANU: Pakatan seorang anak bersama dua rakannya merompak sebelum membunuh ibu angkatnya di Kemaman, berakhir apabila rahsia tindakan kejamnya itu terbongkar selepas dia ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor, Rabu lalu.

Lelaki berusia 25 tahun berasal dari Johor itu ditahan bersama tiga rakannya dalam satu operasi yang dijalankan bersama pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu dengan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, Pasir Gudang, Johor.

Operasi diketuai Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Terengganu, Superintendan Mohd Zani Che Din itu dilakukan berdasarkan maklumat risikan yang menjejak pergerakan lelaki terbabit sebaik dia menghilangkan diri selepas kejadian pembunuhan ibu angkatnya pada 30 April lalu.

Difahamkan, ketika serbuan, lelaki terbabit bersama tiga rakannya yang dipercayai aktif melakukan jenayah samun dan rompak dikatakan baru selesai melakukan satu rompakan di Johor.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, soal siasat yang dijalankan terhadapnya membongkar perbuatan kejam suspek terhadap ibu angkatnya yang menyebabkan kematian.

"Suspek mengaku terbabit dalam kejadian rompak dan bunuh wanita berkenaan dan daripada siasatan lanjut, suspek mengaku melakukan perbuatan itu bersama dua lagi rakan termasuk seorang jiran mangsa," katanya.

Isnin lalu akhbar ini melaporkan seorang suri rumah berusia 53 tahun mati akibat lemas selepas mulutnya ditutup dengan pita pelekat oleh sekumpulan perompak yang memecah masuk rumahnya di Taman Desa Darul Iman, Bukit Kuang, Kemaman.

Difahamkan, kumpulan perompak terbabit bertindak kejam bagi mengelak mangsa menjerit meminta tolong selepas perbuatan mereka memecah masuk rumah berkenaan disedari mangsa, kira-kira jam 4 pagi.

Berikutan itu, berlaku pergelutan dan mangsa dikatakan cedera di muka dan lebam di beberapa bahagian badan sebelum ditemui pengsan dalam bilik tidurnya oleh jiran yang mengesyaki kejadian buruk berlaku selepas mendapati pintu rumah mangsa terbuka.

Ketika kejadian, suami mangsa yang berusia 56 tahun berada di Kota Bharu, Kelantan kerana urusan kerja dan mangsa hanya tinggal bersama anak perempuannya yang berusia 13 tahun.

Manoharan berkata, susulan tangkapan lelaki berkenaan, jiran mangsa yang berusia 34 tahun ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Desa Darul Iman 2, Bukit Kuang, Kemaman pada jam 8.50 pagi , keesokannya.

Beliau berkata, ekoran tangkapan itu, polis menemui semula barangan kemas milik mangsa yang sudah dijual kepada peraih emas di Kuala Krai, Kelantan yang dianggarkan bernilai RM8,000 termasuk komputer riba yang dirampas ketika serbuan.

Menurutnya, semua barangan kemas itu dirampas dalam pemeriksaan mengejut di beberapa premis pajak gadai dan peraih emas di Kuala Krai kira-kira jam 2 petang, kelmarin.

Keputusan Ligue 1 Perancis

Posted: 08 May 2011 05:40 PM PDT

6 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



Valenciennes 2 (Kadir 18, Danic 53) - Rennes 0

Lyon 3 (Lisandro 25-pen, Delgado 69, Cris 85) - Marseille 2 (Lucho 70, L. Remy 78)

Keputusan La Liga Sepanyol

Posted: 08 May 2011 05:25 PM PDT

6 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



Real Mallorca 0 - Villarreal 0

Barcelona 2 (Iniesta 29, Pique 48) - Espanyol 0

Real Zaragoza 1 (Lafita 14) - Osasuna 3 (Camunas 62, Sergio 70, Sola 80) 

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Posted: 08 May 2011 05:11 PM PDT

6 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -


Man Utd 2 (Hernandez 1, Vidic 23) - Chelsea 1 (Lampard 68)

Stoke 3 (Jones 28, Pennant 40, Walters 82) - Arsenal 1 (Van Persie 81)

Wolves 3 (Fletcher 15, 47, Guedioura 28) - West Brom 1 (Odemwingie 55-pen)

NATO bom gudang senjata

Posted: 08 May 2011 04:54 PM PDT

06 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

TRIPOLI 9 Mei – NATO mengebom gudang senjata milik kerajaan Libya semalam berhampiran bandar Zintan serta berlaku pertempuran berdekatan lapangan terbang Misrata, barat Libya, jelas seorang jurucakap pemberontak, Abdulrahman.

Katanya, Zintan berada dalam daerah Pergunungan Barat dan dilihat menjadi tempat pertempuran antara pasukan tentera Gaddafi dan pihak pemberontak.

"NATO telah mengebom gudang senjata milik kerajaan kira-kira 30 kilometer tenggara Zintan. Kami mendengar letupan yang kuat, mungkin pengeboman itu meletupkan salah satu gudang tersebut," kata Abdulrahman. – Reuters

Kalahkan Chelsea 2 - 1 , Man United semakin hampiri juara liga

Posted: 08 May 2011 04:46 PM PDT

PEMAIN Manchester United, Rio Ferdinand (kanan) membentes Fernando Torres ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Chelsea di Old Trafford. Man United menewaskan Chelsea 2-1. - Foto AFP

06 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

LONDON: Manchester United hampir mengesahkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris miliknya musim ini apabila menewaskan Chelsea 2-1 di Old Trafford, sebentar tadi.

United memperoleh jaringan awal menerusi Javier Harnandez pada 36 saat permainan bermula manakala gol kedua menerusi tandukan Nimanja Vidic pada minit ke-32.

Chelsea membalas pada minit ke-69 menerusi kuisan Frank Lampard tetapi masih gagal memenuhi harapan untuk membawa balik tiga mata penuh.

United akan menghabiskan dua lagi baki perlswanan bertemu Blackburn di tempat lawan dan Blackpool di Old Trafford dengan hanya memerlukan satu mata untuk memastikan kejuaraan liga kali ke-19.

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 08 May 2011 09:31 PM PDT

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


'SELAMAT HARI IBU' DARIPADA ADUN MAHARANI DAN AHLI PARLIMEN BAKRI

Posted: 08 May 2011 12:52 AM PDT

HARI IBU BERSAMA ADUN MAHARANI DAN AHLI PARLIMEN BAKRI DI PASAR TANI STADIUM SULTAN IBRAHIM MUAR

Pagi ini, Ahad 8 Mei 2011, seawal 8.00 pagi  YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani, dan YB Er Teck Hwa, Ahli Parlimen Bakri serta rombonganya telah berkunjung ke Pasar Tani di Stadium Sultan Ibrahim, Muar untuk mengucapkan 'Selamat Hari Ibu' kepada ibu-ibu yang membeli-belah di situ sambil mengingatkan para bapa supaya tidak lupa mengucapkan selamat hari ibu kepada  isteri dan emak mereka.Turut bersama Sdr Ahmad Anwar Asyraf b Ismail,aktivis Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).


Dengan menghadiahkan sekeping kad ucapan sebagai tanda ingatan diharapkan usaha kecil ini dapat mengeratkan hubungan keluarga sempena Hari Ibu ini. Di samping itu inilah peluang kedua-dua wakil rakyat ini mendekati rakyat dan memahami hati budi mereka serta memahami permasalahan yang dihadapi oleh rakyat. Kehadiran kedua wakil rakyat  bersama rombongannya mendapat sambutan yang sangat baik daripada pengunjung pasar tani dan peniaga -peniaga.




 YB Dr Mohammad  dan YB Er Teck Hwa bersama ibu-ibu di Pasar Tani.


  
 YB Dr Mohammad dan YB Er bermesra dengan seorang bapa,
Encik Tupin Ngadian. seorang pemimpin masyarakat dari Sri Jong.


Hari Ibu juga untuk para bapa mengiktiraf peranan ibu. Bapa berbincang tentang ibu ?


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhDjMEDvPC0l6cyQ_HnBzJ3mcdjue67yeuRJ9k82SXyu3c7LtkWZtBEDny5vwIONqT1-ltzSlC_bKYWJWeN-kSh1pyKZXyG7vZS9SyZCncoXphx7eNOocZIaiOuO-MVDGLRR6SWc6Vnvsc/s1600/IMG_1140.JPG 

Mesti ada sesuatu yang penting yang dibincangkan oleh kedua YB ni ?


 Tugasan Hari Ibu selesai......YB Er belanja makan satey dan mee rebus
di kedai di simpang Jalan Stadium.
Sila datang ke Muar untuk menikmati satey dan mee rebus di pagi hari,
hanya di Muar...........
Terima kasih YB Er yang menyediakan kad Hari Ibu dan gambar-gambar di atas.




PAS Negeri Sembilan

Posted: 08 May 2011 09:16 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Negeri state exco’s PA quits Umno

Posted: 08 May 2011 09:03 PM PDT



Negeri state exco's PA quits Umno
Zefry Dahalan May 9, 2011

Anuar Hashim decides to throw his lot behind PAS, saying Umno has strayed from its orginal struggle and indulging in slanderous politics

JELEBU: Negeri Sembilan state exco Yunus Rahmat's personal assistant Anuar Hashim has quit Umno saying that he is fed up of the party's 'slanderous politics'.

An Umno stalwart for 35 years, Anuar, the personal assistant to the state agricultural, entrepreneur development and cooperative exco has decided to throw in his lot behind PAS.

He declared this at a press conference arranged by Jelebu PAS chief Kateran Marman over the weekend. Anuar said Umno has strayed from its original struggle and was abusing Islamic principles and teachings.

"Umno is indulging in slanderous politics and the actions of the party at the moment is not aligned with Islamic teachings.

"There are bigger and pressing issues that need to be addressed, like lack of job opportunities for graduates. Intead it's abusing its power with slanderous politics.

"I decided to join PAS as it has been consistent in its struggle based on Islamic values and principles," said Anuar.

"I have seven children who are all graduates, yet none of them are able to secure a government job."

Felda mismanagement

On another matter, Anuar, who has served Felda or the Federal Land Development Authority for 23 years as an administrator, also criticised Umno for mismanagement of the scheme.

"When former Prime Minister Tun Abdul Razak launched the Felda scheme, it was to help the poor manage their own land and improve their lot.

"Now because of mismanagement by Umno-BN, the poor settlers are not fully benifitting from the scheme introduced by Razak," said Anuar.

Felda's cash reserve was around RM4.5 billion in 2004, but the amount has since declined to RM200 million.

Anuar pledged to convince many of his Umno colleagues to join PAS and work to help Jelebu PAS put up a good showing in the impending 13th general election.

State PAS commissioner Zulkefly Mohamad Omar welcomed Anuar into PAS, saying it will be a morale booster for the party in Jelebu, one of Umno's fortresses in Negeri Sembilan.

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/05/09/negeri-state-excos-pa-quits-umno/

Probe RM20,000 bus stops

Posted: 08 May 2011 09:02 PM PDT



Zefry Dahalan May 9, 2011

A DAP man says the bus stops should have only cost RM5,000 each. He wants the MACC to probe why the local council spent RM40,000 instead.

LUKUT: A DAP leader urged the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) to investigate the high cost involved in the construction of two bus stops here.

According to Lukut assemblyman Ean Yong Ting Sin, the Port Dickson Municipal Council's (PDMC) decision to fork out RM20,000 for each bus stop was illogical.

The two bus stops are located opposite the Lukut government clinic.

"When I checked with several senior contractors, I was told that the cost to build a bus stop just like what was built by PDMC is merely RM5,000

"Spending RM40,000 for the two bus stops is really a wastage of public funds. This is a suspiciously high amount," said Ean Yong.

The DAP politician said he had already sent a letter to the MACC, urging the watchdog to sniff out any wrongdoings in the matter.

During the state assembly sitting last year, Ean Yong said there was an urgent need for bus stops near the clinic for patients who depended on public transportation.

PDMC completed the two bus stops one week ago.

On another matter, Ean Yong urged the Negeri Sembilan Public Works Department (PWD) to build a pedestrian bridge near the Kampung Jimah Baru Primary School.

"The area also needs proper safety signage and lightings. I have raised this matter since last year. I don't know why PWD is slow in taking the necessary action.

"After all we are talking about the safety of school children," he said.

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/05/09/probe-rm20000-bus-stops/

Rakyat cerdik undi Pakatan, kurang cerdik undi BN?

Posted: 08 May 2011 08:17 PM PDT



Dari apa yang dilaporkan dibawah ini yang diperkatakan oleh Datuk Mukhriz Mahathir adakah bermaksud orang kampung akan undi BN, orang bandar akan undi Pakatan? Bila kampung maju jadi pekan mereka akan undi Pakatan. Jadi biarlah kampung , kawasan Felda terus mundur agar rakyat di kampung, pedalaman dan peneroka sentiasa menganggap bahawa wakil rakyat (BN/Umno) yang buat jalan, bekal elektrik dan sebagainya, betul ke?

Agaknya macam orang Jelebu ni lah, jambatan dah runtuh ke , jalan runtuh ke tak ada siapa ambil peduli seperti dilaporkan di bawah ini
http://orangklawang.blogspot.com/2011/05/jambatan-roboh-mana-peruntukan.html
http://pasjelebu.blogspot.com/2011/05/jalan-kampung-bukit-bahaya.html

Orang bandar tak kisah dengan YB
Sinar Harian 9 Mei 2011

MELAKA - Masyarakat di bandar masa kini tidak bergantung sepenuhnya kepada wakil rakyat dan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam menjamin masa depan mereka.

Perkara itu menyebabkan sokongan rakyat bandar terhadap Barisan Nasional (BN) di Sarawak kurang menyerlah berbanding luar bandar.

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, penduduk sedar, segala infrastruktur, keperluan asas seperti jalan raya, eletrik dan bekalan air tetap dilaksanakan kerajaan tanpa perlu diminta.

"Bagi penduduk di luar bandar, kebergantungan mereka terhadap wakil rakyat adalah lebih tinggi.

"Tanpa wakil rakyat mereka sukar mendapat kemudahan yang baik bagi meneruskan kehidupan," katanya.

Bagaimanapun, katanya, penduduk di bandar tidak kisah memilih siapa wakil rakyat mereka.

"Sebaliknya, permintaan mereka pula lebih ke arah keselamatan, pengangkutan awam, peluang pekerjaan, pendapatan sara hidup dan kenaikan harga barang," katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan UMNO Bahagian Alor Gajah, di sini semalam.

Mukhriz berkata, ia menjadi lebih serius apabila penduduk luar bandar mula berhijrah ke bandar, selain daripada kawasan yang didiami dinaik taraf menjadi pekan.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9067835.asp

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING

Posted: 08 May 2011 07:26 PM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING


Posted: 08 May 2011 04:30 AM PDT

MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN PEMUDA PAS NEGRI KEDAH SESI 2011-2013
DEWAN MPSPK SP
1/5/2011
AHAD



DUN PENGKALAN KUNDOR

Posted: 08 May 2011 07:19 PM PDT

DUN PENGKALAN KUNDOR


Utusan Sengaja Mempermain Isu Sensitif

Posted: 07 May 2011 10:30 PM PDT



KUALA LUMPUR, 8 Mei: Gempar seluruh negara apabila akhbar Utusan Malaysia beberapa hari yang lalu seperti menyalakan api ketegangan antara agama ketika mencetus persoalan agama rasmi negara dengan spekulasi kononnya ada pihak tertentu yang berjuang untuk menjadikan kristian sebagai agama rasmi di negara ini.
Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan (gambar) berkata, suatu fakta yang diketahui umum bahawa Perlembagaan negara telah memeteri Islam sebagai agama rasmi negara ini sementara ummat Islam pula masih menjadi golongan majoriti biarpun Malaysia adalah sebuah negara majmuk.
Justeru itu, katanya Islam tidak sewajarnya tergugat dan ummat Islam tidak selayaknya membenarkan Islam digugat.
Jelasnya, PAS sebagai sebuah wadah perjuangan Islam di dalam negara ini pastinya tidak lebih rendah usahanya untuk memperjuang, mempertahan dan menegakkan Islam berbanding Umno dan Barisan Nasional.
Katanya, kegigihan serta kesungguhan PAS berjuang serta berkorban demi melihat Islam tegak dan berdaulat di dalam negara ini nyata tidak boleh dipertikai merentasi rekod dan sejarah perjuangannya.
"Sungguhpun PAS menyertai 'kerjasama politik' bersama parti-parti rakan kompenan Pakatan Rakyat (PKR dan DAP), namun PAS tidak pernah mengendurkan pedatinya untuk terus memacu perjuangan Islam, jauh sekali untuk berubah arah meninggalkan prinsip perjuangan yang didokong selama ini," tegasnya.
Malah, tambahnya pacuan semakin kencang ke arah menguasai negeri bahkan negara agar bebas dari cengkaman pengaruh dan kuasa Umno juga Barisan Nasional yang menjadi punca Islam dilihat lemah serta terdedah kepada ancaman setelah lebih 50 tahun mereka memerintah, mengurus dan mentadbir negara.
Beliau berkata, andainya Islam hari ini dilihat terancam dan penganutnya pula lemah pegangan agama adalah menjadi tanggungjawab semua melewati peranan dan tugas yang sayugianya dilaksanakan.
Katanya lagi, sementara kerajaan selaku pemegang amanah rakyat untuk menjaga agama, negara dan warganya mestilah mengambil tanggungjawab dengan penuh keinsafan melepasi jangkauan sempadan kepentingan politik dan parti.
"Saya melihat spekulasi yang ditimbulkan oleh Utusan Malaysia kononnya terdapat pihak tertentu yang berusaha untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara ini adalah berpunca dari kelemahan dan kegagalan Umno sebagai parti utama dalam Barisan Nasional menunaikan amanah yang digalaskan kepada mereka selaku pemerintah," ujarnya.
Menurutnya lagi, lebih 50 tahun rakyat memberi kepercayaan dan mandat kepada Umno mewakili Barisan Nasional untuk memimpin dan mentadbir negara khasnya untuk melindungi agama Islam dan kesejahteraan rakyat.
Beliau menambah, malang sungguh, malang seribu kali malang apabila Islam bukan sahaja tidak semakin kuat dan utuh tetapi dikesan umum bahawa ia semakin susut dan merosot.
"Jika Umno berjaya dan mampu menjaga agama Islam ini dengan baik dan menjadikan ianya semakin hari semakin kuat dan hebat, saya percaya dan yakin spekulasi untuk menjadikan kristian sebagai agama rasmi negara ini tidak akan timbul," ujarnya.
Bahkan, katanya dalam masa yang sama, penganut-penganut agama selain Islam akan terasa aman dan selesa untuk mengamal serta menganut agama mereka.
Tambahnya, spekulasi yang dicetuskan oleh Utusan Malaysia ini bukan sahaja menampakkan kelemahan dan kegagalan ketara Umno dan Barisan Nasional selaku pemerintah, ia juga berpotensi menyalakan api ketegangan antara agama.
"Pastinya situasi ini akan menggugat keamanan negara dan rakyat yang sepatutnya memperolehi hak hidup aman dan sejahtera," katanya.
Menurutnya, spekulasi itu sangat tidak bertanggungjawab.
Beliau berkata, selain dari potensi menggugat keamanan, spekulasi sedemikian juga dilihat umum sebagai usaha meraih perhatian politik murahan sekaligus percubaan nekad untuk menyembunyikan kelemahan dan ketidakupayaan mereka menjaga agama suci ini.-Harakah Daily

PAS LENGGONG

Posted: 08 May 2011 07:02 PM PDT

PAS LENGGONG


Mystery Helicopter that Crashed on Osama’s Mansion

Posted: 08 May 2011 03:47 AM PDT

Kristian-Islam: ‘Takkanlah saya mahu percaya Utusan’, kata Nik Aziz

Posted: 08 May 2011 03:45 AM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 8 Mei — Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sama sekali tidak mempercayai laporan Utusan Malaysia semalam, yang mendedahkan kononnya ada usaha pihak Kristian mahu menjadikannya agama rasmi negara ini.

Sebaliknya Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS (gambar) itu memperli laporan akhbar milik Umno dengan berkata jika rakan komponen Barisan Nasional (BN) tidak mempercayai Utusan Malaysia mengapa perlu beliau mempercayainya.

"Saya ditanya oleh pihak media berkenaan laporan muka hadapan Utusan Malaysia pada semalam kononnya usaha menjadikan Kristian agama rasmi negara.

"Saya katakan, lagikan MCA tidak percaya Utusan Malaysia, takkanlah saya mahu percaya?" katanya dalam entri di laman Facebook.

Utusan Malaysia semalam melaporkan wujudnya perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara sekali gus melantik perdana menteri dalam kalangan penganut itu.

Laporan muka depan dengan tajuk "Kristian agama rasmi" itu turut disiarkan dalam beberapa blog pro-Umno.

Blog-blog itu menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara untuk menjadikan mereka yang beragama Kristian menjadi perdana menteri, dengan menunjukkan gambar berbintik-bintik yang didakwa mereka sebagai pakatan rahsia antara DAP dan pastor-pastor di sebuah hotel di Pulau Pinang, Rabu lalu.

Perlembagaan Persekutuan tidak memperuntukkan syarat agama atau kaum bagi seseorang menjadi perdana menteri.

Kalau PRU di Malaysia seperti di Singapura?

Posted: 08 May 2011 03:36 AM PDT

Kelihatan aman sahaja dan di akui sendiri oleh pengurusi SPR.
Ada ruang kempen,
Boleh guna TV
Masa kempen tak ada ramai polis
Tak pasti pula nak kempen kena minta permit atau tidak?
Rumusan jika pengendalian pilihanraya teratur dan adil tak perlu ada barung panas.
Rakyat sememangnya bijak dalam membuat pilihan.
Tiada sogokan dan paksaan serta ugutan.
Kenapa Polis bangun dan menyebut jangan bimbang akan keselamatan?
Pengurusan yang tak adil menyebabkan pilihan raya jadi tak adil.
Masalah mendaftar pengundi yang berlapis dan SPR memindah pengundi sesuka hati.
Beranikah pengerusi SPR bersumpah dengan Nama Allah yang tiada penipuan oleh petugas SPR dimana-mana PR di Malaysia khasnya di Sarawak?

PAS Kawasan Pekan

Posted: 08 May 2011 07:01 PM PDT

PAS Kawasan Pekan


PAS : UTUSAN MAKIN MELAMPAU

Posted: 08 May 2011 06:48 AM PDT

PAS menggesa tindakan tegas dikenakan ke atas akhbar milik Umno, Utusan Malaysia yang dalam laporannya mendakwa pemimpin Kristian berkonspirasi dengan DAP untuk mengambil alih Putrajaya dan menggugurkan status Islam sebagai agama rasmi negara kerana laporan tersebut langsung tiada logik dan tidak berasas, lapor Harkahdaily.

pas muktamar 130610 tuan ibrahim tuan man"Dengan segala kekuatan DAP sahaja, ia adalah mustahil untuk melakukan dakwaan tersebut kerana jumlah ahli parlimen mereka tidak mencukupi, bahkan atas nama Pakatan Rakyat sekalipun, tak mungkin PAS dan PKR akan bersetuju, lagi-lagi DAP pun tidak akan mencadangkan usul yang cukup tidak logik tersebut.

"Sehubungan itu, pihak keselamatan harus bertindak ke atas laporan yang diberi berdasarkan makluman tidak benar dan tidak logik ini," kata naib presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya.

Laporan muka depan Utusan Malaysia semalam bertajuk "Kristian agama rasmi?" ditulis berdasarkan dakwaan oleh dua blogger pro-Umno yang menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara agar golongan beragama Kristian boleh menjadi perdana menteri. Dalilnya mereka cuma sekeping gambar kabur yang didakwa sebagai pakatan rahsia antara DAP dan paderi Kristian di sebuah hotel di Pulau Pinang, Rabu lalu.

utusan malaysia kritsian agama rasmiMengulas taktik kotor Utusan Malaysia, Tuan Ibrahim menyifatkan laporan berkenaan tidak logik kerana sebarang dasar negara memerlukan persetujuan majoriti dalam parlimen yang terdiri daripada ahli parlimen yang sebahagian besar mereka beragama Islam.

"Pindaan dasar negara bukan boleh dibuat dalam mesyuarat di hotel atau dalam majlis tertutup. Sebarang pindaan perlembagaan tentu akan dibincangkan di parlimen, dan kalaulah ini terjadi, apakah wakil rakyat yang majoritinya beragama Islam akan bersepakat dan bersetuju dengan pindaan tersebut?

PAS: Islam agama rasmi

"Sudah tentu tidak. Lebih-lebih lagi, Pakatan Rakyat sudah awal-awal lagi mengisytiharkan bahawa kita akan mendokong sepenuhnya Perlembagaan Malaysia, lebih-lebih lagi Islam sebagai agama rasmi negara," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

utusan malaysia, malaysia negara kristian, penang pastor meetingLantaran itu, Tuan Ibrahim mengingatkan akhbar-akhbar dan media supaya lebih bertanggungjawab dan jangan memainkan sentimen rakyat yang boleh menimbulkan ancaman kepada kestabilan negara semata-mata untuk kepentingan politik.

PAS, katanya kini melihat Utusan Malaysia menjadi semakin melampau dalam pemberitaan mereka kerana 'kebebasan suara' dwi-standard kerajaan yang memberikannya kebebasan untuk membuat apa sahaja kerana ia milik Umno.

"Bayangkan kalau akhbar Harakah ataupun Roket yang menyiarkan berita sensitif seperti itu, tentu mereka dikenakan denda dan ditarik permit segera.

NONE"Tindakan double standard inilah yang menyebabkan media milik parti pemerintah semakin biadab dan semakin berani secara terang-terangan menyiarkan pelbagai perkara yang bercanggah dengan peraturan seperti klip seks video dan perkara-perkara perkaumanan," bidas Tuan Ibrahim.

Jikalau diikutkan peraturan tegas yang dikenakan terhadap media alternatif, Tuan Ibrahim berkata sepatutnya permit akhbar Utusan Malaysia sudah ditarik balik oleh Kementerian Dalam Negeri kerana seringkali memainkan sentimen perkauman dan agama yang mencetuskan amarah rakyat berbilang kaum.

"Sebelum ini, akhbar inilah yang memainkan isu 1Melayu, 1Bumi, isu kritikan kepada raja-raja Melayu satu masa dahulu dan pelbagai isu yang bertentangan dengan kebenaran permit yang dikeluarkan.

NONESehubungan itu, PAS menggesa agar kerajaan menarik balik permit akhbar Utusan Malaysia.

"Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Hishamuddin Hussein) seharusnya merasa malu sekiranya gagal bertindak dan fenomena ini seandainya tidak dibendung, ia tidak mustahil menyemarakkan api permusuhan antrara agama dan kaum," tegas Tuan Ibrahim.


Sumber : http://www.malaysiakini.com

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 08 May 2011 03:24 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


Sessi Penyediaan Pulut Durian

Posted: 08 May 2011 05:17 AM PDT





Sebelum masak, kena rasa dulu .... abg halim chef pulut..


Chef ayohnda shidi, ketua chef tgh salam kaut dengan abg long dppwm..

Kedatangan pembantu chef ... asmar.. import dari sabah bah..
Ini baru periuk yg pertama...

Ini periuk ke 2.. menlantak durian ler kome mlm ni yop..

Aksi mengacau ... kacau jgn tak kacau

Chef ayohnda menunjuk skill kacau guna tangan..
Chef asmar bukan kacau kosong tu..ada yg dihembusnya kasi power

PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT MERBAU PULAS N 33

Posted: 08 May 2011 01:49 PM PDT

PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT MERBAU PULAS N 33


REBAT UUM - Cuba pakat tengok perbandingannya dengan IPTA/IPTS yang lain..!!

Posted: 08 May 2011 07:48 AM PDT

REBAT UUM - Cuba pakat tengok perbandingannya dengan IPTA/IPTS yang lain..!!

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Posted: 08 May 2011 01:41 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah


memang patut bayar cukai tanah,hak rakyat Kedah

Posted: 07 May 2011 09:32 PM PDT

Rakyat Kedah bantah beri rebat cukai pada UUM

ALOR SETAR, 26 April - Rata-rata rakyat Kedah yang ditemui tidak bersetuju jika Kerajaan Negeri Kedah menyambung semula rebat cukai tanah tapak Universiti Utara Malaysia (UUM) yang mendapat rebat selama tiga tahun iaitu sejak 2006 hingga 2008 dari kerajaan sebelum ini.
Mereka menganggap cukai itu adalah hak rakyat yang sepatutnya digunakan untuk kebajikan rakyat Kedah yang memerlukan. Ini tidak pula bermakna mereka tidak menghargai sumbangan pendidikan tinggi di negeri ini.
http://wartakedah.net/images/stories/Mei2011/sukri.jpg
Encik Syukri Abdullah, 28,  dari Sik berkata, cukai tersebut merupakan salah satu hasil kerajaan negeri maka memang patut kerajaan mengenakan cukai RM1.74 juta kepada UUM.
"Kerana dengan duit hasil itulah yang digunakan untuk membantu rakyat. Sedangkan rakyat biasa, peniaga, pemilik rumah juga dikehendaki membayar cukai.
"Tak patut UUM mempertikai kenaikan cukai tanah ini kerana sebelum 2006 semasa kerajaan sebelum ini pun sudah ada cukai tu. Ianya bukannya satu perkara yang boleh dijadikan isu sebenarnya.
"Saya juga bersetuju, jika kerajaan negeri kenakan cukai RM1.74 juta tu, sebabnya hasil cukai tu akan dapat dinikmati oleh rakyat," katanya.
http://wartakedah.net/images/stories/Mei2011/zul%20shafie.jpg
Manakala, Encik Zulkifli Syafie, 50, dari Taman Wira Mergong melahirkan rasa bangga sekiranya kerajaan negeri mengenakan cukai tanah balik kepada harga asal selepas tamat tempoh rebat 2006 hingga 2008.
"Semasa pemerintahan sebelum ini, mereka tidak pernah membangkitkan isu ini tetapi bila kerajaan sekarang memerintah mereka baru nak buat kacau. Saya yakin ini semua adalah gimik pilihanraya kerana mereka tiada isu yang menunjukkan bahawa kerajaan negeri sekarang tidak pandai memerintah.
"Dan tentang isu air di UUM pula, kenapa semasa kerajaan sebelum memerintah, UUM tidak merungut pun pasal air, tetapi bila kerajaan sekarang memerintah, isu ini di bangkitkan pula?" katanya.
http://wartakedah.net/images/stories/Mei2011/segar.jpg
Segar Karembaram, 50, dari Alor Setar bersetuju kerajaan negeri mengenakan cukai tanah sebanyak RM1.74 juta kepada UUM kerana ianya adalah untuk kegunaan rakyat seperti membantu mangsa banjir, membantu orang-orang miskin yang memerlukan.
"Saya gembira dengan pentadbiran baru ni dan saya yakin kerajaan kerajaan negeri sekarang boleh memerintah lagi, kerana tidak ada banyak masalah, pentadbiran pun berjalan lancar, semua bebas saja, dan perayaan pelbagai kaum juga tidak diganggu," ujarnya.
http://wartakedah.net/images/stories/Mei2011/sahbudin.jpg
Sementara itu, Mohd Shahbudin Mahamood, 31, dari Mergong berkata, tidak patut UUM mempertikai mengenai cukai tersebut kerana itu merupakan hak kerajaan negeri dan ianya akan disalurkan kepada rakyat.
Tambahnya, kerajaan negeri sekarang baru tiga tahun memerintah sudah melakukan pelbagai perubahan dan rakyat juga dapat melihat perbezaannya.
Mengikut perjanjian asal, jumlah yang perlu dibayar UUM adalah sebanyak RM1.74 juta tanpa sebarang kenaikan harga. Pembayaran RM100 ribu setahun bagi  tahun 2006 hingga 2008 yang dibuat oleh UUM adalah selepas Kerajaan Negeri masa itu meluluskan permohonan rebat oleh UUM.

UTUSAN BERMAIN API- JOM PAKAT JANGAN DOK BELI DAH UTUSAN

Posted: 07 May 2011 08:40 PM PDT

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 8 Mei: Gempar seluruh negara apabila akhbar Utusan Malaysia beberapa hari yang lalu seperti menyalakan api ketegangan antara agama ketika mencetus persoalan agama rasmi negara dengan spekulasi kononnya ada pihak tertentu yang berjuang untuk menjadikan kristian sebagai agama rasmi di negara ini.
Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan (gambar) berkata, suatu fakta yang diketahui umum bahawa Perlembagaan negara telah memeteri Islam sebagai agama rasmi negara ini sementara ummat Islam pula masih menjadi golongan majoriti biarpun Malaysia adalah sebuah negara majmuk.
Justeru itu, katanya Islam tidak sewajarnya tergugat dan ummat Islam tidak selayaknya membenarkan Islam digugat.
Jelasnya, PAS sebagai sebuah wadah perjuangan Islam di dalam negara ini pastinya tidak lebih rendah usahanya untuk memperjuang, mempertahan dan menegakkan Islam berbanding Umno dan Barisan Nasional.
Katanya, kegigihan serta kesungguhan PAS berjuang serta berkorban demi melihat Islam tegak dan berdaulat di dalam negara ini nyata tidak boleh dipertikai merentasi rekod dan sejarah perjuangannya.
"Sungguhpun PAS menyertai 'kerjasama politik' bersama parti-parti rakan kompenan Pakatan Rakyat (PKR dan DAP), namun PAS tidak pernah mengendurkan pedatinya untuk terus memacu perjuangan Islam, jauh sekali untuk berubah arah meninggalkan prinsip perjuangan yang didokong selama ini," tegasnya.
Malah, tambahnya pacuan semakin kencang ke arah menguasai negeri bahkan negara agar bebas dari cengkaman pengaruh dan kuasa Umno juga Barisan Nasional yang menjadi punca Islam dilihat lemah serta terdedah kepada ancaman setelah lebih 50 tahun mereka memerintah, mengurus dan mentadbir negara.
Beliau berkata, andainya Islam hari ini dilihat terancam dan penganutnya pula lemah pegangan agama adalah menjadi tanggungjawab semua melewati peranan dan tugas yang sayugianya dilaksanakan.
Katanya lagi, sementara kerajaan selaku pemegang amanah rakyat untuk menjaga agama, negara dan warganya mestilah mengambil tanggungjawab dengan penuh keinsafan melepasi jangkauan sempadan kepentingan politik dan parti.
"Saya melihat spekulasi yang ditimbulkan oleh Utusan Malaysia kononnya terdapat pihak tertentu yang berusaha untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara ini adalah berpunca dari kelemahan dan kegagalan Umno sebagai parti utama dalam Barisan Nasional menunaikan amanah yang digalaskan kepada mereka selaku pemerintah," ujarnya.
Menurutnya lagi, lebih 50 tahun rakyat memberi kepercayaan dan mandat kepada Umno mewakili Barisan Nasional untuk memimpin dan mentadbir negara khasnya untuk melindungi agama Islam dan kesejahteraan rakyat.
Beliau menambah, malang sungguh, malang seribu kali malang apabila Islam bukan sahaja tidak semakin kuat dan utuh tetapi dikesan umum bahawa ia semakin susut dan merosot.
"Jika Umno berjaya dan mampu menjaga agama Islam ini dengan baik dan menjadikan ianya semakin hari semakin kuat dan hebat, saya percaya dan yakin spekulasi untuk menjadikan kristian sebagai agama rasmi negara ini tidak akan timbul," ujarnya.
Bahkan, katanya dalam masa yang sama, penganut-penganut agama selain Islam akan terasa aman dan selesa untuk mengamal serta menganut agama mereka.
Tambahnya, spekulasi yang dicetuskan oleh Utusan Malaysia ini bukan sahaja menampakkan kelemahan dan kegagalan ketara Umno dan Barisan Nasional selaku pemerintah, ia juga berpotensi menyalakan api ketegangan antara agama.
"Pastinya situasi ini akan menggugat keamanan negara dan rakyat yang sepatutnya memperolehi hak hidup aman dan sejahtera," katanya.
Menurutnya, spekulasi itu sangat tidak bertanggungjawab.
Beliau berkata, selain dari potensi menggugat keamanan, spekulasi sedemikian juga dilihat umum sebagai usaha meraih perhatian politik murahan sekaligus percubaan nekad untuk menyembunyikan kelemahan dan ketidakupayaan mereka menjaga agama suci ini.

Muka baru terajui Pemuda PAS Sarawak- tahniah

Posted: 07 May 2011 08:38 PM PDT

Harakahdaily   
SIBU, 6 Mei: Dewan Pemuda PAS Sarawak yang selesai bermuktamar minggu lalu menyaksikan perubahan terhadap kepimpinan mereka.

Ketua Pemuda sebelum in, Abg Eddy Allyanni Abg Fauzi yang juga calon Dun Sadong Jaya pada pilihan raya lalu, diganti muka baru.

Jawatan itu kini disandang oleh Arifiriazul Paijo yang dipilih perwakilan, manakala Ahmad Solehin Amat dipilih sebagai Timbalan Ketua Pemuda serta Naib Ketua Pemuda diamanahkan kepada Aizan Mohd Ali.

Muktamar Pemuda PAS Sarawak kali ke-7 kali ini adalah julung kali dibuat di Markaz PAS Sibu berbanding sebelum ini yang di adakan di Kuching, Miri dan Bintulu.

Ianya telah dirasmikan oleh Bendahari Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Adram Musa.

Majlis perasmian turut diserikan dengan kehadiran rakan Pakatan Rakyat dari DAPSY Sibu iaitu Stephen Lu dan juga Setiausaha Badan Perhubungan PAS Sarawak Fizuan Zaidi.

Seramai 50 perwakilan turut hadir dari pelbagai kawasan termasuk Petrajaya, Miri, Bintulu, Mukah, Sibu, Sri Aman, Saratok dan Sarikei.

Dalam ucapan perasmian, Adram telah menegaskan agar Pemuda PAS Sarawak menjadikan Rasulullah SAW sebagai role model dalam menampilkan cara politik Islam dan berdakwah dengan pendekatan yang sesuai dengan masyakat Sarawak.

Abg Eddy Allyanni pula telah menyatakan terima kasih kepada semua pemuda yang telah bekerja keras sepanjang Pilihan Raya Dun Sarawak lalu.

Beliau jg mengingatkan agar perwakilan utk memperkasa tarbiah, merapatkan saf dan memperhebatkan gerak kerja dakwah.

Perwakilan juga telah bersetuju dengan dua usul iaitu memperbanyak kursus berkaitan pilihan raya di samping melakukan program berterusan di cawangan yang telah ditubuhkan sepanjang Pilihan Raya lalu.

Berikut adalah senarai penuh AJK Dewan Pemuda PAS Sarawak bagi sesi 2011/13.

Pengerusi Tetap: Azwani Rani
Timbalan Pengerusi Tetap: Hasrul Ahmad
Ketua Pemuda: Arifiriazul Paijo
Timbalan Ketua Pemuda: Ahmad Solehin Amat
Naib Ketua Pemuda: Aizan Mohd Ali

AJK:
Abdullah Anuar
Afnan Ahmad
Razuan Abu
Muazzam Nik
Zharudin Mohd
Syamzul Anan
Shahrul Rais
Aspiar Bakri
Awangku Asrin Awgku Mustafa
Syed Syukran Syed Salman

Anak muda, Jom Ubah

Posted: 07 May 2011 08:37 PM PDT

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 8 Mei: Anak Muda Malaysia merupakan nadi kebangkitan rakyat hari ini ke arah perubahan politik negara yang lebih adil, bebas dan sejahtera.
Bagi menyemarakkan lagi kebangkitan itu, demi masa depan rakyat, Dewan Pemuda PAS Pusat akan menganjurkan siri Jelajah Orang Muda Untuk Perubahan (Jom Ubah) ke seluruh negara.
Setiausahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata program Jom Ubah bakal dilancarkan di dalam Muktamar Pemuda PAS Pusat yang akan diadakan  pada 1 hingga 2 Jun depan di Bangunan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Beliau yang juga pengarah program berkata, Jom Ubah akan dilancarkan sendiri oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa.
Program, katanya itu akan memulakan siri jelajahnya yang pertama pada 23 hingga 26 Jun 2011 melibatkan Negeri Pahang, Terengganu, Kelantan, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan.
"Siri jelajah Jom Ubah ini, DPPP akan menyampaikan dan mengedarkan tawaran Pemuda PAS kepada anak muda sekiranya diberi mandat dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang selain mengadakan program-program khas untuk santapan anak muda," ujarnya.
Anak-anak muda juga, ujarnya akan berpeluang mendengar pidato dan amanat daripada tokoh-tokoh pemimpin PAS di samping bersama dengan selebriti-selebriti negara yang akan menampilkan suatu yang baru kepada peminat mereka.
Lebih menarik, tambahnya aktiviti konvoi bermotor dan berkereta ke seluruh negara juga akan diadakan dan pemuda PAS akan singgah di setiap negeri berjumpa dan beramah mesra dengan masyarakat.
Katanya, Jom Ubah akan meneruskan siri jelajahnya ke negeri-negeri lain, iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Johor (30 hingga 31 Julai 2011), Sarawak (23 hingga 25 September 2011) dan Sabah (28 - 30 Oktober 2011).

Mengapa Rayuan rebet Cukai Tanah UUM Ditolak.

Posted: 07 May 2011 08:32 PM PDT

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA
@ kedahla.blogspot.com


BULETIN UTAMA TV3 cuba memanipulasi isu penolakan rebat cukai tanah yang dipohon UUM.

Pihak UUM sebelum ini telah merayu kerajaan negeri Kedah memberikan rebat cukai tanah sehingga mereka hanya perlu membayar RM100 ribu sahaja seperti yang dinikmati pada 2006-2008, berbanding RM1.74 juta nilai cukai tanah sebenar. UUM meminta kadar semurah itu untuk tempoh lima tahun lagi.Cukai tanah bagi tahun 2011 sepatutnya perlu dijelaskan segera untuk mengelak dari didenda. Tarikh akhirnya ialah 1 Jun 2011.


Antara alasan yang dikemukakan UUM dalam rayuannya untuk mendapatkan rebat ialah UUM bukan institusi pengajian tinggi yang berorientasikan keuntungan. Benarkah langsung tidak berorientasikan keuntungan? Tahun lalu UUM mengumumkan keuntungan bagi syarikat-syarikat di bawah IPTA itu adalah sebanyak RM80 juta. Semua keuntungan itu dibuat di atas tanah yang dikategorikan untuk IPTA, bukan tanah premis perniagaan. Apa salahnya gunakan keuntungan besar yang 'tidak disengajakan' itu untuk menjelaskan cukai.

 
Satu lagi alasan yang diberikan ialah keluasan tanah UUM adalah 1,104.3 hektar tetapi hanya 57% dari keluasan tanah tersebut atau 627.8 hektar sahaja yang dibangunkan. Orang kampung yang mengusahakan sawah padi tetap perlu membayar cukai tanah meskipun pada tahun tertentu sawah mereka dilanda banjir, mereka tidak pernah menggunakan hujah 'ala UUM' untuk meminta rebat cukai.

Kadar cukai tanah yang dikenakan ke atas UUM ialah RM0.20 bagi satu meter persegi, bermakna jumlah keseluruhan ialah RM1,744,357.00. Bagaimanapun berlaku pengambilan sejumlah kecil tanah UUM iaitu 3119.3662 meter persegi menyebabkan taksiran cukai berkurang menjadi RM1,743,735.00.

Kadar RM0.20 bagi satu meter persegi adalah kadar cukai tanah mengikut semakanhasil tanah pada 2005 yang menjadikan cukai tanah UUM sebanyak RM1,743,735.00. Cukai tersebut tidak dikira mengikut rebat cukai yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2008 iaitu pada kadar RM0.30 bagi satu meter persegi. Jika rebat tersebut diikuti maka cukai tanah yang baru bagi UUM ialah RM2,615,602.00!

Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah dilaporkan tidak bersetuju terhadap rebat oleh UUM itu kerana ia boleh dijadikan 'precedent case' atau kes duluan untuk dijadikan rujukan. Hasil yang diperolehi oleh kerajaan negeri Kedah dari tanah-tanah milik Persekutuan di negeri ialah RM31 juta setahun.

Jika UUM diberikan rebat, bayangkan jika semua jabatan Persekutuan tersebut, khususnya IPTA membuat rayuan terhadap kerajaan negeri menggunakan alasan yang sama yang digunakan UUM; maka ia meletakkan kerajaan negeri dalam dilema kerana tidak adil dalam melayan pembayar cukai tanah. UiTM Merbok dikenakan cukai RM0.55 untuk satu meter persegi, lebih sekali ganda dari yang ditanggung UUM. Bagaimana jika UiTM Merbok turut meminta rebat, kerana alasan mereka lebih kuat untuk meminta rebat?


Sepanjang tiga tahun memberi rebat pada UUM (2006-2009) kerajaan negeri telah kehilangan hasil sebanyak RM4,933,071.00. Sekiranya permohonan untuk mendapat jumlah rebat yang sama dipanjangkan lagi selama lima tahun maka negeri akan kehilangan hasil sebanyak RM8,218,675.00. Jumlah tersebut adalah terlalu besar untuk bukan sebuah negeri maju macam Kedah.


Jika pihak UUM masing 'membuat bising' kononnya kadar cukai tanah RM0.20 satu meter persegi yang dikenakan terlalu tinggi sehingga tidak mampu dibayar, maka eloknya kita meneliti kadar cukai tanah yang dikenakan terhadap IPTA di negeri lain sebagai rujukan.


USM Pulau Pinang dikenakan cukai RM2.58 bagi setiap meter persegi, Universiti Malaysia Perlis (UNIMEPS) RM0.50 satu meter persegi, IPTA di negeri Selangor RM0.39 untuk satu meter persegi. Manakala semua premis milik Pusat seperti sekolah, balai polis, hospital dan lain-lain yang didaftarkan di bawah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan maka kadar untuk satu meter persegi ialah RM0.55. Semua premis tersebut tidak sibuk meminta rebat, UUM pula yang tiba-tiba menjadi Universiti Uzur Malaysia yang perlu diberi rebat.


Menteri Pengajian Tinggi Datuk Khaled Nordin mengeluarkan kenyataan yang berpihak kepada UUM. Cakapnya 'double standard' kerana dia tidak mengulas hal yang sama bagi UNIMEPS atau mana-mana IPTA yang terletak di negeri-negeri ditadbir BN. Sepatutnya negeri BN menjadi contoh dalam memberi rebat 'gila-gila' itu kepada semua IPTA yang terdapat di negeri masing-masing, tapi ia tidak berlaku.


Di Kedah, di mana sahaja ceramah politik BN diadakan maka isu cukai tanah UUM menjadi isu wajib untuk diulas. Ini menunjukkan bahawa permohonan rebat oleh UUM terhadap kerajaan negeri bukan ikhlas demi pembangunan pendidikan tetapi lebih menjurus kepada provokasi politik.


Apabila nanti kerajaan negeri menolak maka bolehlah jentera propaganda mereka menjelaskan kepada seluruh rakyat jelata bahawa kerajaan negeri menindas institusi pengajian tinggi. Jika itulah maksud yang tersirat dari apa yang tersurat, maka 'eloklah' mereka meneruskan niat busuk tersebut.


Soalan politik yang mereka ajukan kepada kerajaan negeri sekarang ialah; jika masa BN dulu mereka boleh beri rebat, mengapa sekarang tidak?


Jawapannya begini:

1) Mengapa kerajaan negeri Perlis yang diperintah BN kini tidak memberi rebat kepada UNIMEPS yang kadar cukainya jauh lebih tinggi dari UUM? (Jawapan dalam bentuk soalan)


2) Kerajaan negeri dulu hilang hasil dari RM4,933,071.00 akibat pemberian rebat, tetapi perbelanjaan pengurusan negeri terutamanya dalam bidang kebajikan rakyat banyak diambil alih oleh Pusat akibat kelemahan kerajaan negeri pada masa itu. Sekarang kerajaan perlu berdikari kerana bantuan Pusat tidak lagi melalui negeri. Sekalipun Kedah masih dibawah pemerintahan kerajaan BN Pusat namun Kedah adalah antara negeri yang dianaktirikan oleh BN Pusat. Ramai dari senarai penerima bantuan E-Kasih ditamatkan bantuan bulanan oleh Pusat sedangkan senarai E-Sinar di bawah negeri terus menerima bantuan.


3) Di samping perlukan dana untuk pembangunan negeri dan kebajikan rakyat, kerajaan negeri kini terpaksa menjelaskan hutang tinggalan BN lalu sebanyak RM2.3 Billion, di mana RM1.83 Billion darinya adalah hutang berkaitan air.


4) Kerajaan kini sangat mementingkan kebajikan rakyat, justeru akan mempastikan setiap sen duit yang menjadi hak rakyat diguna untuk kesejahteraan rakyat. Ini berbeza dengan kerajaan lalu yang lebih mementingkan 'orang kaya' (UUM) dari rakyat yang ramai masih miskin.


Blog Rasmi Unit Amal Indera Mahkota

Posted: 08 May 2011 11:43 AM PDT

Blog Rasmi Unit Amal Indera Mahkota


Misi Dakwah: Edar Risalah "Kami Benci Judi"

Posted: 08 May 2011 03:04 AM PDT

Program : Edar Risalah 'Kami Benci Judi"
Tarikh : 07 mei 2011
Tempat : Tapak Funfair Chengal Lempong

Seramai 15 orang anggota Dewan Pemuda PAS Indera Mahkota (DPPIM) telah terlibat dalam misi dakwah ini. Disamping mengedar risalah, kami juga menyantuni dan menyampaikan sedikit nasihat dengan penuh hikmah. Rata-rata pengunjung menerima baik, walaupun ada segelintir kecil yang menunjukkan reaksi kurang senang. Itu semua tidak sedikit pun menjejaskan usaha kami ini, kerana kami adalah "DUTA PENYELAMAT DAN KASIH SAYANG". Kami benar-benar ingin merealisasikannya.

Alhamdulillah, misi dakwah ini telah mencapai matlamatnya.

Tapak funfair yang bermandi cahaya


Antara permainan yang ada


Sebahagian pengunjung


Ketua Pemuda PAS Indera Mahkota, Ustaz Mohd Zaki sedang menyampaikan risalah dakwah kepada seorang anak muda yang berkunjung


Lagi pengunjung di salah sebuah gerai permainan


Anggota DPPIM yang turut sama dalam misi dakwah


Buaian berpusing


Berpusu-pusu


Naib Ketua Pemuda PAS Indera Mahkota, saudara Wan Ismail sedang menyantuni salah seorang pengunjung

Batu Gajah Mari

Posted: 08 May 2011 11:16 AM PDT

Batu Gajah Mari


Penyokong sembahyang berjemaah di Stadium : Inilah kesan kepimpinan Ulama'

Posted: 08 May 2011 01:32 AM PDT

Teruja dan terharu melihat kekhusyukkan para pemain kedua belas Kelantan ini yang tetap menunaikan solat meskipun terpaksa beralaskan hamparan batu merah stadium keramat mereka. Lokasi dari pintu H ini diharap dapat membuka hati dan iman para penyokong Kelantan yang lain dalam melaksanakan tugasan kepada Maha Pencipta.

Terima kasih juga kepada pihak pengurusan stadium yang menyediakan kemudahan air dan tikar untuk memudahkan para penyokong yang hadir menunaikan kewajipannya. Usaha dan sikap yang dipamerkan semua pihak ini harus diteruskan dan dipuji sebagai contoh kepada umat islam lain dengan harapan menjadi ikutan para penyokong Kelantan yang lain.






Gambar oleh Afendy Latif

Situasi ini sukar untuk dilihat di stadium lain atau disiarkan di dada akhbar. Ini antara watak-watak yang menjadi kebanggaan rakyat Kelantan meskipun ada segelintir penyokong Kelantan yang menyebabkan penyokong Kelantan yang lain dipandang sinis penyokong pasukan lain. Yakinlah! Kemenangan atau keputusan perlawanan akan lebih bermakna jika mendapat keredhaan Illahi.

Kita tidak pernah menyedari untuk memanfaatkan solat sebagai alat penolong, sumber hidup, penerang jiwa dan tempat kita bertanya Allah SWT tentang persoalan yang sukar diselesaikan.

"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk"
(QS: Al-Baqarah 2:45)


"Kesedaran dan kepercayaan itu datangnya dari Allah. Allah mengilhamkan kita samada taqwa atau fujur (kefasikan/keburukan). Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan (fujur) dan jalan ketaqwaannya."
(QS Asy Syams 91:8).


"Khusyuk di dalam solat itu mudah. Allah mengkehendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu"
(QS: Al-Baqarah 2:185)


Kredit : TheRedWarriors

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 08 May 2011 09:31 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


LAGU best untuk semua yang bergelar anak

Posted: 08 May 2011 09:05 AM PDT

Lagu ini patut dilazimkan oleh ibubapa semasa anak-anaknya kecil supaya secara tidak langsung mengajar anak-anaknya berdoa untuk dirinya. Bila biasa dinyanyikan akan menjadi sebati maka anak-anak tidak janggal berdoa untuk ibu setelah anak makin dewasa!!

SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU......SELAMAT HARI IBU!!

Posted: 08 May 2011 07:08 AM PDT

      Wanita yang bergelar ibu adalah insan istimewa yang telah dipilih oleh Allah swt untuk menjadi tempat yang dihidupkan makhluk ciptaan terbaiknya iaitu manusia.Kebergantungan manusia untuk kehidupan diurus Allah melalui rahim seorang ibu. Darahnya membawa makanan, air, oksigen dan lain-lain keperluan.Dinding perutnya menjadi benteng supaya anak terselamat daripada ancaman luar. 9bulan 10hari dalam tubuh ibu.Setiap minit mendengar jantung ibu.Setiap minit merasa pergerakan diaframa ketika bernafas.
Sakit pinggang, sembelit, muntah,pening semua dirasai.Melahirkan juga satu pengalaman yang amat menyakitkan.Ramai ibu menangis menahan sakit.Ada sampai meraung.Ada yang perlu dibantu dengan forsep, disebut atau denga pembedahan.Dibelah perut siibu semata-mata untuk membantu anak keluar ke dunia.
Adakah anaknya faham penderitaan semua ini?
   Kemudian, anak yang senyap sejenak mula lapar.Ibu menyusu dengan air susu sendiri. Hari ketiga susu memuncak pengeluarannya. Si anak pula masih belum arif menghisap.Bengkat berdenyut amat mengazabkan,Namun demi si anak ibu teruskan juga.Cekal.Anak sering bangun malam.Tidur ibu sudah tidak lena.tidak menentu waktu. Adakal anak meragam kembung. Atau basah lampin, Atau lapar/dahaga. Tidak kurang ada anak yang sengaja bangun malam untuk dibelai.
  Anak semakin membesar. Demam selsema, cirit birit, muntah, lebam semua dirawat ibu.Sedih, takut, manja juga tertumpu pada ibu..
Di ajar alif  ba ta, abc , 123
Membesarlah si anak. Sudah boleh berbicara, boleh menendang, boleh memanjat.Ke hulu ke hilir.Ibu perlu cergas mengejar.Ibu hantar ke sekolah. naik basikal atau motorsikal.Ingatkah semua ini walau yang bergelar anak?!
Adakah tergamak apabila kita sudah dewasa kita lupa semua ini dan menganggap apa yang dilakukan oleh ibu adalah perkara biasa..........
Tatkala .susah baru mencari ibu. Tatkala bermasalah, nak menghadapi peperiksaan, nak dapat kerja, nak interview baru nak cari ibu minta doakan. Khidmat ibu diminta lagi. Bila pula masa si anak memba;las jasa ibu.
Justeru anak harus dilatih untuk sentiasa menyayangi dan menghargai ibunya dari kecil lagi.Anak yang taat kepada Allah akan taat kepada ibunya.dan sentiasa mesra dan kasih belas kepada ibunya.

 

MALAYSIA masih tidak mampu ATAU TIDAK MAHU??!!

Posted: 08 May 2011 05:37 AM PDT

Sesiapa yang mempunyai akal yang waras dan tahu banyak perkara boleh dilakukan secara siber- 'on line' seperti beli belah on line, bayar bil on line, bayar saman on line, bayar cukai on line, beli tiket kapal terbang on line, daftar unitversiti on line, mesyuarat on line(teleconferncing) dan e-government di Malaysia kenapakah fenomena pelik dan ajaib di sebuah negara bernama Malaysia yang telah membanggakan dirinya dengan pelaburan melangit untuk multimedia supercorridor di CYBERJAYA masih menggunakan cara lama ketinggalan zaman iaitu mendaftar pengundi secara manual!!
 
 
Pemuda Umno sasar daftar 140,000 pengundi
Mei 8, 11 7:45pm
Kongsi 0
Pergerakan Pemuda Umno mensasarkan untuk mendaftarkan lebih 400,000 anggota Umno termasuk 140,000 daripada Pemuda sebagai pengundi sebelum Jun ini.
Pengerusi Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Pemuda Umno Mohd Hisamudin Yahaya berkata ia perlu disegerakan kerana mengikut perangkaan terkini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terdapat lebih 3.9 juta rakyat Malaysia yang mencapai umur 21 tahun belum mendaftar sebagai pengundi.
Bagi mencapai sasaran itu, Pemuda Umno akan menubuhkan kumpulan petugas khas dengan diketuai ketua pergerakannya Khairy Jamaluddin bagi mendaftarkan golongan muda di lebih 6,000 peti undi di seluruh negara dalam masa terdekat, katanya kepada pemberita di Parit hari ini.
Beliau berkata Khairy akan membentangkan cadangan penubuhan pasukan petugas khas itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden Umno pada mesyuarat pengurusan parti tidak lama lagi.
Mohd Hisamudin turut meminta semua 191 Ketua Pemuda Umno Bahagian melipatgandakan usaha untuk mendaftarkan anggota masing-masing dengan menyediakan kaunter pendaftaran pemilih setiap kali program atau aktiviti dijalankan.
Semalam, Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri menyatakan empat perkara yang perlu diberi perhatian oleh pemimpin dan jentera Umno mulai sekarang bagi memastikan Barisan Nasional (BN) memperoleh kejayaan besar pada pilihan raya umum akan datang.
Empat perkara itu ialah mengenai pendaftaran pemilih, mengukuhkan perhubungan setiap peringkat dalam parti dan komponen BN, turun padang dengan mengambil berat masalah rakyat dan wujudkan hubungan strategik dengan persatuan dan badan bukan kerajaan.
- Bernama

PAS tidak perjuangkan Islam??

Posted: 08 May 2011 05:09 AM PDT

 UMNO/BN telah mengolah drama sensasi khas bagi menangani generasi muda yang semakin celik maklumat terutama melalui media baru, internet.Maka terbukti golongan yang lebih terpelajar termasuk kaum Melayu yang berada di kawasan bandar mula mendapat maklumat daripada sumber asal yang benar yang selama ini dinafikan kepada mereka oleh media massa arus perdana@senjata penerangan UMNO/BN.Selama ini UMNO/BN berjaya menyogokkan berita atau cerita atau cereka@cerita yang direka-reka untuk mempastikan rakyat sentiasa mendewa-dewa mereka dengar semua berita indah khabar dari rupa yang dibintangi oleh pemimpin UMNO/BN.
    Dalam masa yang sama dalam cereka itu samada yang berbentuk berita dalam radio/tv, media cetak, pimpinan PAS dan rakan pembangkangnya diberi watak jahat, degil, kolot, anti pembangunan, antikemajuan, tidak pandai mengurus, memcah belah masyarakat.........dan terkini menyuntik pelali kepada pencinta Islam samda dari golongan individu mahupun NGO, Pensyarah,bahkan ustaz-ustazah lepasan AZHAR/TIMUR TENGAH APATAH LAGI ORANG KAMPUNG agar takut dan tidak berkenan dengan PAS kerana kononnya PAS tidak bersungguh memperjuangkan Islam. KONONNYA, PAS hanya menggunakan Islam untuk keuntungan politik.PAS, kata Pemimpin UMNO, memecahbelahkan orang Melayu-Islam.Mesej yang mahu disumbat  UMNO kepada minda dan hati orang Melayu ialah PAS hanya 'mempersendakan Islam'.
Pelajar-pelajar universiti menjadi target utama pakar propaganda UMNO yang mahu terus mencengkam kuasa supaya boleh mengolah harta rakyat mengikut selera mereka dan demi kelangsungan hidup mewah mereka.
DI antara RACUN-RACUN ARSENIK MINDA UMNO/BN;
  1. Kenapa perlu orang Melayu SOKONG PAS dan mengambil risiko meninggalkan UMNO, Melayu akan hilang tongkat untuk berpaut!!!!!(kaji dasar PAS dalam buku perlembagaan PAS)
  2. Apabila pemimpin UMNO melakukan kezaliman dan menindas rakyat, pemimpin PAS mula menggunakan bahasa yang agak keras. UMNO gunakan sedutan ucapan itu untuk emnimbul kebencian tuntas kepada PAS(Nilai dengan adil dan tahu konteks ucapan atau kenyataan dibuat.....rujuk surah Hujurat ayat6)
  3. Dah bolah sembahyang, haji, puasa, musabaqah. Quran pun banyak di cetak di Malaysia...nak apa lagi.....kan dah aman.Inilah jawapan standard yang akan di dengar di mana-mana PRK atau PRU natijah daripada propaganda berterusan UMNO/BN(kaji/rujuk tasawwur Islam)Apa erti Islam yang diajar oleh Nabi s.a.w
  4. Ratib mengungkit  jasa UMNO/BN selama ini(kerajaan bukan lain yang bukan UMNO/BN di seluruh dunia tidak boleh buat pembangunan yang lebih canggih daripada di Malaysia)

Fikir-fikirkan.......
cari dulu maklumat tepat
Nabi sudah tidak ada....
Yang tinggal..........
Pesanan Nabi kepada supaya jangan tersasar........IQRA' BISMIRABBIKA
Bacalah dengan nama TuhanMu.....baca, tonton, dengan nama TuhanMu...kemudian minta petunjuk daripada Allah.Golongan mana yang sebenarnya berjuang untuk Allah dan RasulNya....golongan mana yang bertopengkan Islam.
Implikasinya besar     siapakah yang kita pilih untuk menjadi pemimpin.Kalau masih ragu bertindak proaktif......berjumpa mereka dan soal dengan adil hingga puas hati.

Dengar kata kanak-kanak nii...malu pembuat video dan yang sewaktu dengan nya

Posted: 08 May 2011 03:44 AM PDT

Berkata benar
jangan berbohong/ menipu
walau terdesak mana
walau gejolak nafsu
mesti kontrol
mesti bercakap benar.......

TEKA TEKI POPULAR RAKYAT: Siapa boleh bantu jawab?

Posted: 08 May 2011 03:23 AM PDT

Negara maju berani menentukan tarikh pilihanrayanya. Apa nak jadi dengan negara Malaysia??Kelas negara ke berapa agaknya?

 Dr M tells Najib to delay polls, as racial divide widens

May 08, 2011
Dr M said Malaysians are more divided now than during his tenure as prime minister. — file pic
KUALA LUMPUR, May 8 — Datuk Seri Najib Razak should only call for general elections next year as there is currently too much racial division in the country, Tun Dr Mahathir Mohamed said today. Barisan Nasional (BN) suffered historic losses in the 2008 elections, losing its customary two-thirds parliamentary majority and four states in a result that was widely blamed on splits within the dominant Malay demographic and dissatisfaction among Chinese and Indian voters.
"It (national polls) shouldn't be this year, but it's up to the PM, sometimes I forget I'm no longer PM," he told reporters today.
Dr Mahathir said he was concerned that Malaysians were now even more divided than ever, and that this had never happened when he was prime minister.
"I feel people are still divided, racial division at its peak.
"Last time, the Chinese had no problem with BN. In 1999, with Anwar's black eye, the opposition got Malay support, but the Chinese supported BN. We still had two-thirds back then," he explained.
Najib recently hinted in a speech to Selangor Umno that the next general election is "just around the corner".
The Malaysian Insider understands, however, that Najib is likely to delay snap polls until the end of this year or early 2012 as his party hunts for funds to finance a campaign to court Bumiputera and Indian voters and secure a two-thirds parliamentary majority.
It is understood Umno's coffers were depleted after BN spent some RM500 million for the April 16 Sarawak election.
Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim told The Malaysian Insider that he believes Umno's increasingly ultra-Malay stance as well as the emergence of a sex video aimed at discrediting PR's image are definite signs that general elections will be called by August.
But BN insiders say Najib is cautious about calling elections soon as he wants to regain the coalition's two-thirds parliamentary majority which now appears impossible with the Chinese snub continuing in the Sarawak election.
Chinese-based MCA took a battering in the historic general election — which also robbed BN of its customary two-thirds majority — when the party won only 15 out of 40 parliamentary seats it contested.


http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/dr-m-tells-najib-to-delay-polls-as-racial-divide-widens/

Jasindaily Online

Posted: 08 May 2011 09:22 AM PDT

Jasindaily Online


UTUSAN MAKIN MENGARUT ...

Posted: 07 May 2011 07:36 PM PDT

i n t a n h i j a u

Posted: 08 May 2011 07:38 AM PDT

i n t a n h i j a u


PAKATAN TETAP PERTAHAN STATUS ISLAM - PRESIDEN PAS

Posted: 08 May 2011 06:53 AM PDT


PAS menegaskan parti Islam itu bersama rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat (PR) akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi persekutuan manakala agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tekad itu adalah satu ikrar yang terpahat dalam polisi bersama PR yang telah dicapai pada kedua-dua konvensyen Disember 2009 dan 2010.

PR juga menggariskan pendirian seumpama itu menerusi satu kenyataan bersama tiga pemimpin komponen pada September 2008.

"Oleh yang demikian hiruk-pikuk yang dilemparkan oleh media tertentu bertujuan untuk membakar semangat rakyat terutamanya di kalangan orang Melayu beragama Islam bahawa Malaysia akan menuju ke arah negara Kristian adalah satu pemberitaan yang sangat tidak beramanah," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini petang ini.

Mengulas laporan Utusan Malaysia semalam, Hadi berkata, kegagalan mempertahankan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini adalah berpunca daripada kealpaan dan kelemahan pimpinan Umno yang telah diberi amanah memerintah negara selama lebih dari 50 tahun.

"Merekalah yang sebenarnya gagal memperkasakan Islam sebagai agama persekutuan sehingga gagal menyediakan kefahaman Islam yang sebenar kepada rakyat, melemahkan jati diri orang Melayu beragama Islam, dan seterusnya menghadapi kecelaruan sakhsiah dan bencana akidah yang tidak mampu untuk menguatkan orang Melayu beragama Islam dalam negara kita ini," kata Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang.
Dalam laporannya semalam, Utusan Malaysia mendakwa ada konspirasi mahu menjadi Kristian sebagai agama rasmi, usaha didakwa disokong oleh pemimpin-pemimpin DAP.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin DAP telah menafikan perkara tersebut sambil mengulangi pendirian mempertahankan Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Dalam kenyataannya, Hadi juga menegaskan bahawa apa lagi yang boleh diharapkan daripada Umno kerana mereka juga gagal memberikan kefahaman Islam sebenar dan seterusnya gagal menunjukkan contoh Islam yang unggul kepada rakan mereka MCA dalam Barisan Nasional. 

"Hasilnya kita dapat lihat sendiri bagaimana pendirian dan kenyataan politik pimpinan MCA ini semakin hari semakin hanyut dan menampakkan kecelaruan dalam memahami Islam sebagai agama rasmi negara kita ini," katanya. Insider.

PAS : UTUSAN MAKIN MELAMPAU

Posted: 07 May 2011 08:40 PM PDT

PAS menggesa tindakan tegas dikenakan ke atas akhbar milik Umno, Utusan Malaysia yang dalam laporannya mendakwa pemimpin Kristian berkonspirasi dengan DAP untuk mengambil alih Putrajaya dan menggugurkan status Islam sebagai agama rasmi negara kerana laporan tersebut langsung tiada logik dan tidak berasas, lapor Harkahdaily.

pas muktamar 130610 tuan ibrahim tuan man"Dengan segala kekuatan DAP sahaja, ia adalah mustahil untuk melakukan dakwaan tersebut kerana jumlah ahli parlimen mereka tidak mencukupi, bahkan atas nama Pakatan Rakyat sekalipun, tak mungkin PAS dan PKR akan bersetuju, lagi-lagi DAP pun tidak akan mencadangkan usul yang cukup tidak logik tersebut.

"Sehubungan itu, pihak keselamatan harus bertindak ke atas laporan yang diberi berdasarkan makluman tidak benar dan tidak logik ini," kata naib presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya.

Laporan muka depan Utusan Malaysia semalam bertajuk "Kristian agama rasmi?" ditulis berdasarkan dakwaan oleh dua blogger pro-Umno yang menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara agar golongan beragama Kristian boleh menjadi perdana menteri. Dalilnya mereka cuma sekeping gambar kabur yang didakwa sebagai pakatan rahsia antara DAP dan paderi Kristian di sebuah hotel di Pulau Pinang, Rabu lalu.

utusan malaysia kritsian agama rasmiMengulas taktik kotor Utusan Malaysia, Tuan Ibrahim menyifatkan laporan berkenaan tidak logik kerana sebarang dasar negara memerlukan persetujuan majoriti dalam parlimen yang terdiri daripada ahli parlimen yang sebahagian besar mereka beragama Islam.

"Pindaan dasar negara bukan boleh dibuat dalam mesyuarat di hotel atau dalam majlis tertutup. Sebarang pindaan perlembagaan tentu akan dibincangkan di parlimen, dan kalaulah ini terjadi, apakah wakil rakyat yang majoritinya beragama Islam akan bersepakat dan bersetuju dengan pindaan tersebut?
PAS: Islam agama rasmi

"Sudah tentu tidak. Lebih-lebih lagi, Pakatan Rakyat sudah awal-awal lagi mengisytiharkan bahawa kita akan mendokong sepenuhnya Perlembagaan Malaysia, lebih-lebih lagi Islam sebagai agama rasmi negara," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

utusan malaysia, malaysia negara kristian, penang pastor meetingLantaran itu, Tuan Ibrahim mengingatkan akhbar-akhbar dan media supaya lebih bertanggungjawab dan jangan memainkan sentimen rakyat yang boleh menimbulkan ancaman kepada kestabilan negara semata-mata untuk kepentingan politik.

PAS, katanya kini melihat Utusan Malaysia menjadi semakin melampau dalam pemberitaan mereka kerana 'kebebasan suara' dwi-standard kerajaan yang memberikannya kebebasan untuk membuat apa sahaja kerana ia milik Umno.

"Bayangkan kalau akhbar Harakah ataupun Roket yang menyiarkan berita sensitif seperti itu, tentu mereka dikenakan denda dan ditarik permit segera.
NONE"Tindakan double standard inilah yang menyebabkan media milik parti pemerintah semakin biadab dan semakin berani secara terang-terangan menyiarkan pelbagai perkara yang bercanggah dengan peraturan seperti klip seks video dan perkara-perkara perkaumanan," bidas Tuan Ibrahim.

Jikalau diikutkan peraturan tegas yang dikenakan terhadap media alternatif, Tuan Ibrahim berkata sepatutnya permit akhbar Utusan Malaysia sudah ditarik balik oleh Kementerian Dalam Negeri kerana seringkali memainkan sentimen perkauman dan agama yang mencetuskan amarah rakyat berbilang kaum.

"Sebelum ini, akhbar inilah yang memainkan isu 1Melayu, 1Bumi, isu kritikan kepada raja-raja Melayu satu masa dahulu dan pelbagai isu yang bertentangan dengan kebenaran permit yg dikeluarkan.

NONESehubungan itu, PAS menggesa agar kerajaan menarik balik permit akhbar Utusan Malaysia.

"Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Hishamuddin Hussein) seharusnya merasa malu sekiranya gagal bertindak dan fenomena ini seandainya tidak dibendung, ia tidak mustahil menyemarakkan api permusuhan antrara agama dan kaum," tegas Tuan Ibrahim.(malaysiakini)

PAKATAN : ISLAM KEKAL AGAMA RASMI

Posted: 07 May 2011 06:32 PM PDT

Pakatan Rakyat tetap berpendirian Islam kekal sebagai agama rasmi negara ini dan tidak timbul persoalan gagasan itu akan mengambil langkah untuk mengubah statusnya jika berjaya menawan Putrajaya. Ini sekali gus menyangkal laporan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia dengan tajuk utamanya 'Malaysia Negara Kristian?

anwar ibrahim and islamKetua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi nota admin blog hari ini, berkata Utusan bertindak melampaui batas dengan menyogok rakyat dengan berita fitnah dan hasutan apabila memainkan isu agama rasmi di Malaysia.

"Utusan juga telah mengetepi tanggungjawab sebagai pengamal media apabila tunduk kepada adikuasa atau pemerintah, tanpa rasa malu dengan menidakkan fakta apabila berterusan memutar belit fakta sehingga mengelirukan rakyat," katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respons kepada laporan muka depan Utusan hari ini di bawah tajuk 'Kristian agama rasmi?'

utusan malaysia kritian agam rasmiLaporan itu juga memetik ahli parlimen Jelutong, Jeff Ooi menafikan dakwaan kononnya beliau menganjurkan satu majlis pertemuan paderi dari seluruh negara, yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi persekutuan dan melantik perdana menteri dalam kalangan penganut agama itu.

Menurut wakil rakyat DAP itu, beliau hanya menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan secara tertutup untuk paderi-paderi tersebut di sebuah hotel di Jalan Macalister, George Town sebagai tetamu.

Akhbar milik Umno itu mendakwa majlis pertemuan paderi-paderi berkenaan dan ikrar menjadikan Kristian sebagai agama rasmi persekutuan didedahkan oleh dua blog.

utusan malaysia, malaysia negara kristian, penang pastor meeting"Sudah dinyatakan sebelum ini, bahkan ia merupakan kenyataan rasmi yang ditandatangani semua pimpinan Pakatan Rakyat bahawa Islam tetap kekal sebagai agama rasmi di Malaysia jika Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan pada masa hadapan.

"Jelas, Utusan tidak layak untuk digelar selaku akhbar arus perdana, ia hanya layak menyandang gelaran 'Tabloid Umno' sesuai dengan kenyataan bahawa parti itu merupakan pemegang saham sekaligus majikan mereka.

"Amat sedih melihat akhbar yang diasaskan pejuang pembebasan tanah air dahulu, dirantai oleh manusia-manusia rakus kuasa zaman ini," tulis Anwar lagi.

Katanya isu agama rasmi bagi Malaysia menjadi sasaran terbaru "aparatus pemerintah manakala Utusan tanpa rasa malu telah menidakkan fakta yang terbentang di depannya dengan berterusan memutar belit fakta bertujuan mengelirukan rakyat."

NONE"Sudah dinyatakan sebelum ini, bahkan ia merupakan kenyataan rasmi yang ditandatangani oleh semua pimpinan Pakatan Rakyat bahawa Islam tetap kekal sebagai agama rasmi di Malaysia sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan pada masa hadapan," katanya.

Selain itu, nota berkenaan juga memuatkan penyataan bersama yang dibuat pimpinan Pakatan Rakyat pada 8 September yang turut terkandung dalam Buku Jingga yang menjamin kedudukan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia.

NONE"Kami sekali lagi mengulangi pendirian menjunjung prinsip dasar yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan menjamin kebebasan mengamalkan agama-agama lain, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak semua kaum yang dijamin Perlembagaan," kata penyataan itu.

DUN BUKIT PAYONG

Posted: 08 May 2011 03:38 AM PDT

DUN BUKIT PAYONG


DSAI DI DUN BUKIT PAYONG

Posted: 07 May 2011 10:29 PM PDT

Sumber : Tranungkite
Sumber lain : Buletinonline

Oleh Mohamad Nor Syafiq


KUALA TERENGGANU 7 MEI : Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Datuk Seri Najib Razak supaya jangan terlalu yakin dan angkuh untuk merampas kembali Selangor daripada pimpinan Pakatan Rakyat.Sebaliknya, Anwar memberi amaran kepada Perdana Menteri Najib Razak agar tidak  mengamalkan "politik rampas" semata-mata untuk memerintah negara. "Ini politik rampas tidak boleh (diamalkan), bini (isteri) orang nak rampas... Perak rampas... Selangor nak rampas... mana boleh macam ini. 


"Najib jangan bongkak... insya-Allah kami akan tawan Putrajaya, kamu akan jadi ketua pembangkang yang baru," katanya pada ceramah perdana isu-isu semasa di Madrasah Darul Iman, Kedai Buluh di sini malam tadi.


Anwar ketika berucap di hadapan kira-kira 4,000 orang itu turut menggesa supaya rakyat melakukan perubahan dan memilih Pakatan Rakyat bagi menggantikan Umno-Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13.


Laporan media semalam menyebut, Najib mahu Umno Selangor melupakan kekalahan pada pilihan raya umum 2008 dan bangkit bagi memastikan BN dapat merampas kembali negeri itu pada pilihan raya umum ke-13, yang disifatkannya "sudah hampir tiba."


Presiden Umno itu berkata, bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya akan datang, warga Umno Selangor perlu menggunakan apa sahaja 'senjata' yang dimiliki mereka.


Pada pilihan raya umum 2008, selain Selangor, Pakatan Rakyat berjaya menguasai Perak, Pulau Pinang dan Kedah dengan mengekalkan Kelantan di bawah pentadbiran PAS.


Namun Perak dirampas semula BN setahun kemudian.


"Kita tidak harus membiarkan maruah parti terus tercemar dan tercalar dengan terus bersedih kerana kekalahan lepas.


"Kita juga tidak boleh terus terbawa-bawa dengan kesedihan, kehilangan keyakinan kita, sebaliknya kita mesti menyusun semula barisan, kuatkan iltizam dan semangat juang serta bangkit menebus kekalahan dengan semangat juang yang tidak tahu erti kalah," kata Najib yang juga pengerusi Umno Selangor.


Jelas Anwar, Pakatan Rakyat akan mempertahankan setiap kerusi yang dimenanginya walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai strategi kotor Umno-BN.


"Kita perlu pertahankan kerusi-kerusi ini, saya percaya Umno akan gunakan apa sahaja cara untuk melemahkan kita.


"Mereka (Umno-BN) kata kita bermimpi (untuk tawan Putrajaya) tapi jangan lupa kita pernah menang di Terengganu, Selangor, Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Kelantan, malah di Wilayah Persekutuan juga kita menang... cukuplah dengan sistem sedia ada (sekarang), kita perlukan perubahan," katanya.


Dalam masa yang sama, Anwar berkata, janji-janji yang terkandung dalam dasar bersama tiga parti gagasan itu yang termaktub dalam Buku Jingga akan dilaksanakan sebaik sahaja berjaya menawan Putrajaya.


Tambah Ahli Parlimen Permatang Pauh itu lagi, setiap yang dijanjikan itu bukan janji kosong, sebaliknya ia akan dilaksanakan.


Buku Jingga yang terdiri daripada dasar kerajaan Pakatan Rakyat dan 10 inisiatif 100 hari pertama pemerintahan diperkenalkan pada konvensyen keduanya di Pulau Pinang Disember lalu.

PS ;

1. Beberapa penceramah pada malam tersebut ialah YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, Ustaz Dato' Haji Abu Bakar Chik dan Prof. Dr. Mohd Nor Manuty, sementara itu YDP PAS Kawasan Marang, Tuan Haji Yahaya Ali turut hadir dan majlis dipengerusikan oleh Ustaz Ahmad Maarof.


2. Beberapa gambar sekitar ceramah akan menyusul...


Ceramah DSAI di radio buletinonline. KLIK.
Ceramah Ustaz Dato' Haji Abu Bakar Chik di radio buletinonline. KLIK.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan