Selasa, 19 April 2011

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


ahmadmaslan.blogspot.com

Posted: 18 Apr 2011 09:18 PM PDT

ahmadmaslan.blogspot.com


Empat Faktor Kemenangan Besar Dua Pertiga BN Di Sarawak

Posted: 18 Apr 2011 07:02 AM PDT

18 APRIL 2011

Posted: 18 Apr 2011 06:32 AM PDT

17 APRIL 2011

Posted: 18 Apr 2011 06:26 AM PDT

Pemuda Johor Bahru

Posted: 18 Apr 2011 09:16 PM PDT

Pemuda Johor Bahru


Pemuda BN Johor Bahru anjur Kejohanan Golf Terbuka

Posted: 18 Apr 2011 06:50 PM PDT

Share/Save/Bookmark

Pemuda UMNO Johor Bahru Serah Memorandum Sokong SPRM

Posted: 18 Apr 2011 05:19 PM PDT

Serah memorandum sokongan kepada SPRM Johor

JOHOR BAHRU 18 April – Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru, Persekutuan Tiong Hua Johor Bahru dan Persatuan India Muar menyerahkan memorandum sokongan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor di sini hari ini.

Memorandum itu diserahkan oleh Ketua Pemuda UMNO bahagian itu, Khaled Mohamad; Presiden Tiong Hua Johor Bahru, Lim Ik Kim dan Naib Presiden Persatuan India Muar, Dr. Samuel P.T. Abraham kepada Pengarah SPRM negeri, Simi Abdul Ghani di Pejabat SPRM Johor di sini.

Tujuannya adalah bagi menunjukkan tanda sokongan terhadap segala usaha dan tanggungjawab dilakukan suruhanjaya itu yang sejak akhir-akhir ini sering dipertikaikan kredibilitinya.

Khaled berkata, SPRM kini dilemparkan dengan pelbagai tohmahan oleh pihak tertentu yang jahil, tidak memahami sistem perundangan dan mempunyai agenda tersembunyi terutama dalam isu kematian setiausaha politik kepada Exco Selangor, Teoh Beng Hock, 30, dan kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, baru-baru ini.

“Kita tidak mahu siasatan SPRM dipolitikkan pihak tertentu dan dijadikan senjata untuk menjatuhkan SPRM. Jangan gunakan isu ini (Beng Hock dan Ahmad Sarbani) sebagai alat dan ada pihak kononnya menjadi pejuang rasuah,” katanya.

Ik Kim pula membidas pihak tidak bertanggungjawab itu kerana mengambil kesempatan terhadap isu tersebut yang masih lagi dibicarakan di mahkamah dan dalam siasatan polis semata-mata mengalih perhatian orang ramai daripada isu lebih besar lain untuk kepentingan politik.

Dalam pada itu, Samuel yang juga Ketua Parti Progresif Penduduk (PPP) Bahagian Muar berharap, pihak tertentu tidak campur tangan dalam siasatan pihak SPRM.

“Kita tidak mahu ada campur tangan pihak ketiga sama ada untuk kepentingan peribadi atau pihak politik kepartian. Biar polis dan SPRM yang menyiasatnya,” ujar beliau.

Simi ketika ditemui, meluahkan rasa terharu dengan sokongan yang diberikan dan pihaknya amat menghargai suntikan semangat ini supaya SPRM dapat terus melaksanakan tanggungjawab memerangi rasuah dan salah guna kuasa.

Semua bentuk sokongan itu katanya, akan diterjemahkan dalam bentuk tindakan dan menghargai kepercayaan serta keyakinan masyarakat terhadap badan tersebut.

Sumber : Utusan Malaysia Online

Share/Save/Bookmark

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Posted: 18 Apr 2011 01:26 PM PDT

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


Hamidah dakwa Nizar ' lambai' bohong!

Posted: 17 Apr 2011 06:02 PM PDT

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak baru-baru ini kecoh seketika apabila ketua pembangkang, Mohammad Nizar Jamaluddin didakwa berbohong semasa membawa usul tergempar untuk membahaskan penahanan 14 peserta perhimpunan haram di luar bangunan DUN Perak oleh polis.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang itu menyatakan bahawa usul tersebut perlu dibahaskan kerana terdapat seorang peserta perhimpunan itu cedera teruk dipukul polis sehingga dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini.

Tidak berpuas hati dengan tuduhan itu, Hamidah Osman (BN- Sungai Rapat) mencelah mengatakan Mohammad Nizar berbohong kerana peserta yang cedera itu, P. Ramesh sebenarnya hanya cedera ringan dan mendapat rawatan sebagai pesakit luar.

Hamidah menggunakan Perintah Tetap (PT) Dewan Negeri 36(a) yang menyatakan setiap ADUN perlu bertanggungjawab dengan kebenaran kenyataan yang dibuat.

Bagaimanapun, usul tersebut ditolak oleh Speaker DUN Perak, Datuk R. Ganesan dengan alasan bukan satu isu yang sangat penting yang perlu dibahaskan dengan segera.

Ketika ditemui pemberita, Hamidah berkata, beliau tidak mahu menggunakan PT Dewan Negeri 36(b) untuk merujuk ketua pembangkang itu ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana tidak mahu terheret dengan permainan pembangkang.

''Saya ambil keputusan untuk tidak membawa usul merujuk ADUN Pasir Panjang ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana DUN ialah tempat untuk membincangkan masalah rakyat," ujarnya.

Menurut Hamidah, beliau difahamkan bahawa peserta berkenaan cuma cedera sedikit semasa meronta-ronta ketika ditahan polis.

''Ikutkan, dia tidak perlu dapatkan rawatan di hospital pun tetapi dia pergi juga. Di hospital, dia cuma diberikan rawatan sebagai pesakit luar, bukannya masuk ICU.

''Saya difahamkan, perhimpunan tersebut didalangi oleh seorang pemimpin pembangkang di Sungai Siput. Kalau mereka hendak jumpa Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir, kenapa datang ketika DUN sedang bersidang?'' katanya.

Nampak sangat politik murahan Nizar Lambai..sungguh memalukan!!!

Warna-warni politik
Torashah

umno bahagian cheras

Posted: 18 Apr 2011 01:25 PM PDT

umno bahagian cheras


TERBUKTI KEMAMPUAN SEBENAR TAIB MAHMUD

Posted: 18 Apr 2011 12:16 AM PDT

Oleh SYED ALI ALHABSHEE

SEKALI lagi saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), Tan Sri Abdul Taib Mahmud kerana berjaya mengekaklkan kemenangan cemerlang Barsian Nasional (BN) pada pilihan raya negeri Sarawak, Sabtu lalu.

Kemenangan itu, selain bukti rakyat menerima kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, jelas menunjukkan rakyat Sarawak masih lagi memerlukan khidmat bakti Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri.

Oleh sebab itu, apabila Taib Mahmud mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Abang Barieng di Astana Negeri, kira-kira setengah jam selepas SPR mengumumkan keputusan rasmi, saya melihat ketokohan dan karisma Taib Mahmud sememangnya masih hebat.

Sekaligus tsunami politik yang dicanangkan oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama sekutu pembangkangnya terutama DAP untuk menenggelamkan BN di Sarawak dengan memainkan isu 'kebencian' kepada Taib Mahmud sepanjang kempen pilihan raya atas sebab terlalu lama memerintah negeri tersebut, langsung tidak menjadi kenyataan.

Mereka menabur politik maki hamun dan disulami dengan prvokasi PKR bagi membakar sentimen rakyat Sarawak supaya menolak Taib Mahmud dan seterusnya menyingkirkan penguasaan PBB di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Bagaimanapun, pakatan pembangkang akhirnya sekadar menggigit jari dan terkedu apabila Taib Mahmud berjaya mengekalkan kerusi DUN Balingian dengan majoriti cukup selesa, iaitu 5,154 dalam pertandingan tiga penjuru.

Taib Mahmud dicabar oleh sepupunya, Datuk Salleh Jafaruddin yang bertanding atas tiket Bebas dan calon PKR yang pertama kali bertanding, Suriati Abdullah.

Selain Taib Mahmud, pemimpin BN negeri yang berjaya mengekalkan kedudukan ialah Presiden Parti Rakyat Sarawak, Datuk James Masing di DUN Baleh dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Datuk Seri William Mawan di DUN Pakan.

Bagaimanapun, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) mengalami kekalahan paling teruk kepada DAP. Parti itu hanya memenangi enam daripada 19 keruisi yang dipertandingkan.

Berikutan kekalahan memalukan itu, Presiden SUPP Tan Sri Dr. George Chan dan setiausaha agungnya, Sim Kheng Hui dilaporkan telah menyerahkan surat perletakan jawatan kepada Jawatankuasa Pusat (CWC).

Pada pilihan raya itu, BN berjaya mengekalkan kuasa dengan majoriti dua pertiga setelah memenangi 55 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan.

Saya difahamkan, SUPP banyak dianggotai oleh masyarakat Cina dan kekalahan mereka kepada calon DAP telah menimbulkan pelbagai persoalan yang masih belum terjawab.

Oleh sebab itu, apabila ada desas-desus mengatakan salah seorang pemimpin SUPP dikatakan bakal dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sarawak, saya berpendapat perkiraan tersebut amat tidak munasabah.

Bagaimanapun sebuah parti komponen BN yang kalah sebegitu teruk masih boleh diberikan peluang ? saya amat berharap tidak desas-desus ini tidak menjadi sesuatu yang benar.

Kini Taib Mahmud sudah sah sebagai Ketua Menteri dan sekarang pula timbul bermacam-macam pandangan serta desakan yang mahu supaya Presden PBB itu mengotakan janjinya untuk bersara.

Memang kita akui dan tidak nafikan bahawa Taib Mahmud berjanji akan berundur dan perkara ini juga sudah disahkan sendiri oleh Najib selaku Perdana Menteri dan Pengerusi BN.

Pada pandangan saya, seseorang pemimpin itu pastinya akan berundur apabila tiba waktunya.

Begitu juga dengan Taib Mahmud, beliau pasti akan melunaskan janjinya dan semalam beliau sudah jelaskan, akan bersara pertengahan penggal ini.

Sedikit pandangan, apakah buat masa ini adalah masa yang sesuai untuk Taib Mahmud berundur, sedangkan beliau telah membuktikan bahawa kepimpinannya sehingga kini berjaya mengukuhkan penguasaan BN di Sarawak dan beliau juga berjaya mengekalkan PBB sebagai sebuah parti unggul dengan memenangi kesemua kawasan DUN yang ditandinginya. Inilah kehebatan sebenar Taib Mahmud !

Lainlah jika beliau sendiri tewas dan PBB pula turut kehilangan kerusi kepada pembangkang.

Hakikatnya kita kena akui bahawa Taib Mahmud adalah arkitek modern Sarawak dan khidmat bakti, pengalaman dan pandangannya masih lagi diperlukan di Sarawak.

Kita kena ambil iktibar kepada keputusan pilihan raya negeri itu yang jelas menunjukkan pengundi Cina sudah menolak BN, jadi bukan masanya untuk kita pula mengusutkan lagi keadaan.

Saya melihat isu pengunduran Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak hanyalah nyanyian pembangkang yang kecewa kerana politik kebencian yang mereka sebarkan ternyata tidak dapat diterima oleh rakyat negeri itu.

Isu Taib Mahmud dan desakan supaya beliau berundur adalah agenda pembangkang dan kita yang berada dalam BN tidak perlu untuk melayani rentak pembangkang.

Sebaliknya, seluruh parti-parti komponen BN terutama di Sarawak perlu melakukan post-mortem untuk membaikpulih kekuatan manakala BN di Semenanjung perlu menjadikan keputusan di Sarawak itu sebagai pengajaran dan peringatan.

Sekali saya tegaskan bahawa pengundi Cina sememangnya tidak boleh kita harapkan walaupun kerajaan BN telah mencurah beratus juta ringgit untuk kepentingan kaum mereka.

UMNO Bahagian Cheras amat menghargai di atas kemenangan cemrlang BN pada pilihan raya Sarawak baru-baru ini, yang membuktikan kepimpinna Taib Mahmud masih dan amat diperlukan oleh rakyat Sarawak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan