Suara Sri Andalas Posted: 25 Apr 2011 11:03 PM PDT Selangor Peruntuk Tanah Untuk Persatuan Namakkal Malaysia Posted: 25 Apr 2011 02:00 AM PDT SHAH ALAM 25 APRIL: Kerajaan negeri Selangor bercadang memperuntukkan sebidang tanah kepada Persatuan Namakkal Malaysia untuk membina Dewan Serbaguna bagi kegiatan sosial persatuan itu. Kawasan yang dicadangkan ialah Klang atau Kuala Selangor.
Menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim proses mengenalpasti tapak akan dilakukan secepat mungkin dan berharap kerja-kerja pembinaan Dewan Serbaguna berkenaan dapat disegerakan.
Khalid berkata demikian pada sidang media selepas merasmilan Majlis Penganugerahan Pelajar Cemerlang 2011 anjuran Persatuan Namakkal Malaysia di sini, semalam.
Persatuan Namakkal Malaysia adalah persatuan kebajikan kaum India yang cukup aktif di negara ini dengan sebahagian besar ahlinya adalah ahli perniagaan. "Walau bagaimanapun pada hari ini Persatauan Namakkal meminta saya melihat untuk mencari tapak tempat mereka di Selangor untuk membangunkan tapak Dewan Serbaguna yang boleh digunakan oleh persatuan untuk tempat tuisyen dan penggunaan-penggunaan untuk menjayakan program Namakkal," kata Khalid.
Menurut Pengerusi Persatuan, R. Karuna pihaknya menjalankan pelbagai projek kebajikan terutama untuk masyarakat India di negara ini.
Persatuan ini turut memberikan pinjaman kewangan tanpa faedah kepada pelajar yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.
"Kita ada pembiayaan pengajian. Sebenarnya sumbernya yang telah diberi oleh ahli-ahli. Kita beri RM10 ribu kepada pelajar. Jadi kita ada dananya yang kita simpan untuk itu dan kita tadbir dengan baik. Tanpa faedah," jelas Karuna.
Majlis semalam menyaksikan seramai 136 pelajar cemerlang seluruh negara menerima sumbangan daripada persatuan berkenaan. Mereka terdiri daripada pelajar institusi pengajian tinggi, pelajar cemerlang Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
Majlis sumbangan untuk pelajar cemerlang ini diadakan sejak tahun 2009.
Sumber: TVSNEWS | |
Anwar Ibrahim Posted: 25 Apr 2011 07:27 PM PDT Politik Kotor: Kemana Hala Tuju Dan Nasib Generasi Muda Posted: 25 Apr 2011 05:35 PM PDT Oleh: Siti Aishah Shaik Ismail Mutakhir ini kita melihat negara semakin dihimpit dengan sikap politik kotor yang dangkal dan jijik mainan pemimpin yang hanya mahu terus kekal berkuasa. Saban hari, hampir keseluruhan media menyajikan hidangan pemikiran kotor kepada generasi muda untuk menggambarkan suasana sebenar politik negara. Media yang dikawal secara jelas dan berterusan menjadi boneka menjalankan propaganda liar yang tidak matang untuk ditatap oleh anak muda yang akhirnya menjejaskan kualiti generasi hari ini. Perancangan anak muda terbantut apabila kehidupan diasak hebat dengan cara pemerintah mentadbir urusan rakyat. Ia sebenarnya adalah bukti beban dan punca masalah generasi ini. Kos sara hidup yang meningkat, hutang yang semakin membebankan, keadaan dan persekitaran semasa yang tidak memberikan jaminan keselamatan memberi gambaran kepada generasi muda bahawa harapan untuk mempunyai sebuah kehidupan yang bernilai pada masa hadapan pudar dan lenyap. Peningkatan masalah sosial dan akidah remaja semakin teruk dan membimbangkan. Saban hari muncul permasalahan baru dikalangan remaja yang dilaporkan. Namun, ia hanya menjadi topik perbualan pinggiran dan tidak dibahaskan secara serius yang akhirnya meletakkan nasib mereka seolah-olah sedang diperjudi dan digadaikan atas nama kuasa. Anak muda disajikan dengan hiburan yang terus melalaikan dari memikirkan kedudukan dan peranan mereka dalam sebuah negara yang bertamadun. Manakala, pemerintah dilihat lebih senang melihat generasi ini untuk lalai dan tidak memikirkan langsung usaha meningkatkan kualiti kehidupan, yang seharusnya digarap melalui pendidikan, tahap kefahaman agama dan nilai kemasyarakatan yang lebih bertanggungjawab. Namun, perkara yang penting dan perlu diberikan perhatian ialah nasib dan hala tuju generasi muda. Tumpuan dan perhatian khusus kepada generasi ini perlu diberikan sehabis daya dengan fokus, kerana generasi ini adalah insan yang akan meneruskan perjuangan pada masa akan datang. Sekiranya kerajaan masih meneruskan lanskap politik dinegara ini secara semberono dan membabi buta, apakah yang menjadi harapan kita untuk melihat generasi muda mencipta sebuah perubahan? Kerana itulah anak muda keseluruhannya diseru untuk melakukan perubahan agar dilihat sebagai suatu kumpulan pendesak yang digeruni oleh pemerintah yang tidak tahu dan menghormati hak generasi ini untuk mempunyai kehidupan yang lebih baik dan terjamin. Ayuh anak muda kita berubah !!! Penulis adalah Ketua Srikandi KEADILAN Malaysia This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now | Rakaman Pidato Dato Seri Anwar Ibrahim Dalam Siri Jelajah Perak Posted: 25 Apr 2011 05:20 PM PDT | Kaedah Pemadanan Anwar Sebagai Lelaki Y Meragukan – Peguam Posted: 25 Apr 2011 05:14 AM PDT Dari KeadilanDaily Peguam Anwar, Sankara Nair menolak hujah pendakwa raya yang menamakan Anwar sebagai 'Lelaki Y' yang disebut-sebut sebelum ini. Ini kerana, menurut Sankara, kaedah ujian yang dijalankan ahli kimia Jabatan Kimia Malaysia, Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon tidak menurut piawaian antarabangsa yang mana mereka sendiri merupakan ahli. "Kaedah yang digunakan mereka untuk menjalankan ujian ke atas sampel DNA meragukan. Jarak masa di antara saksi pendakwa ke-25, DSP Jude Pereira mengambil sampel dari Hospital Kuala Lumpur dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia adalah kira-kira 43 jam. "Jika diambil kira secara keseluruhan, selang masa di antara masa dan tarikh sperma berada di dalam dubur pengadu sehinggalah ia dibawa ke Jabatan Kimia Malaysia, ia memakan masa selama kira-kira 97 jam (54 jam campur 43 jam)," kata Sankara. Sankara seterusnya menyatakan tiada bukti bahawa peralatan yang digunakan dalam ujian DNA diselenggara dengan baik. Beliau juga membangkitkan kemungkinan bukti dalam kes Fitnah II itu dipinda kerana pegawai penyiasat, Jude Pereira sudah membuka paket plastik mengandungi calitan putik kapas dari hospital dan membungkusnya semula. | Tiga Tuntutan Kepada Pemegang Mandat Kerajaan Negeri Sarawak Posted: 25 Apr 2011 03:33 AM PDT Hari ini tepat sembilan hari selepas keputusan pilihanraya negeri Sarawak yang berlangsung pada 16 April 2011. Walau pilihan rakyat dicemari dengan insiden-insiden penipuan dan kelemahan proses pilihanraya oleh Badan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, saya mengakui dan menghormati kemenangan seratus peratus yang diraih oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB). Justeru, demi memastikan kesinambungan berterusan antara manifesto Pakatan Rakyat dan juga usaha mereleasasikan janji-janji kami, saya kemukakan tiga tuntutan untuk dipenuhi Ketua Menteri negeri Sarawak, YAB Pehin Sri Haji Taib bin Mahmud menerusi sepucuk surat yang dihantar pagi tadi. Permohonan saya termasuk: Pertama, saranan supaya peluang melaksanakan mandat yang diberikan tidak disia-siakan menerusi tuntutan yang dibuat oleh YAB Pehin Sri sebagai Ketua Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan –pihak yang bertanggungjawab dalam memansuhkan Pengisytiharan Darurat Sarawak 1966. Pada 24 Mac 2011, saya telah menyerahkan usul persendirian berjudul Akta Pemansuhan Darurat selaku Ahli Dewan Rakyat untuk bukan sahaja menamatkan era darurat di Sarawak, tetapi juga di seluruh negara Malaysia. (Lampiran 1) Malangnya, walaupun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bersetuju dan mengakui kesediaan Peguam Negara untuk menarik balik Pengisytiharan Darurat, kerajaan pusat masih lagi degil dan belum bersedia untuk memansuhkannya. (Lampiran 2) Bukan sahaja kerajaan pusat belum bersedia, usul persendirian mana-mana Ahli Dewan Rakyat akan ditolak oleh Speaker Dewan. (Lampiran 3) Kedua, saranan kepada Ketua Kerajaan Negeri, YAB Pehin Sri menuntut kembali hak rakyat Sarawak dengan memastikan Lapan Belas Perkara Perjanjian Malaysia ditunaikan sepenuhnya. Ketiga, saranan kepada Ketua Kerajaan Negeri, YAB Pehin Sri menuntut kenaikan royalti minyak 20 peratus untuk kepentingan rakyat negeri Sarawak supaya kekayaan hasil bumi di Sarawak dapat disalurkan kepada rakyat Sarawak. Kesemua tuntutan ini dibuat seiringan dengan usaha memastikan kerajaan negeri yang baru mendapat mandat rakyat Sarawak bertindak membuktikan komitmen serta keikhlasan mereka dalam memastikan hak dan keperluan rakyat didahulukan, mendahului kepentingan mana-mana pimpinan politik Nurul Izzah Anwar Ahli Parlimen Lembah Pantai, merangkap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat ===== ** THREE CLAIMS TO BE MADE UPON THE NEW SARAWAK STATE GOVERNMENT Today marks the ninth day since the results of the Sarawak state elections of 16 April 2011 were announced. Even though polling was marred by incidences of electoral fraud as well as weaknesses in the electoral process by the Malaysian Election Commission, I admit and honor the victory claimed by Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB). Thus, to ensure continuity and consistency of the Pakatan Rakyat national manifesto and our continued efforts to fulfill our promises, I hereby call on the Chief Minister of Sarawak, YAB Pehin Sri Haji Taib bin Mahmud to fulfill three requests I have made in a letter sent this very morning. My requests include: One, that this new mandate is fully utilized by the YAB Pehin Sri as Chief Minister to strongly urge the Federal Government to end the Sarawak Proclamation of Emergency 1966. Last 24 March 2011, I had submitted a private member’s bill entitled Emergency Revocation Act (Akta Pemansuhan Darurat) as a Member of Parliament to not only end an era of emergency in Sarawak, but also throughout Malaysia (Annex 1). Unfortunately, even though the minister in the Prime Minister’s Department, Datuk Seri Nazri Aziz had agreed and had affirmed the readiness of the Attorney General to revoke the emergency proclamations, the Federal Government remains recalcitrant and unready to revoke these proclamations (Annex 2). Not only is the Federal Government not ready, any private member’s bill on this matter by any Member of Parliament will be rejected by the Speaker of the House (Annex 3). Secondly, I urge the Chief Minister, YAB Pehin Sri to reclaim the rights of Sarawakians by ensuring that the Eighteen Point Agreement with Malaysia is fulfilled in its entirety. Thirdly, I urge the Chief Minister, YAB Pehin Sri to press the Federal Government to increase oil royalties to the state to 20 per cent for the sake of Sarawakians, so that the immense wealth of the state can be shared with all its peoples. All these claims are made in line with efforts to ensure that this new State Government, which has received a fresh mandate, will act to prove its commitment and sincerity to the rakyat in ensuring that their rights and needs are placed in prime position, beyond those of any political leader’s. Nurul Izzah Anwar Member of Parliament for Lembah Pantai, and Vice President of Parti Keadilan Rakyat | Saudi Oil Minister: High Oil Price Unjustified Posted: 25 Apr 2011 02:32 AM PDT From businessweek.com Saudi Arabia’s oil minister says the current high oil price is unjustifiable and that speculation over the future oil markets is mainly behind the hike. Ali Naimi told reporters the lower demand for Saudi oil in March compared to February was a sign of an existing surplus on the global market. He says large quantities of oil were available as commercial stockpile or surplus production in some oil-producing countries. Naimi spoke after a meeting on Tuesday with Dutch Economic Affairs Minister Maxime Verhagen. Saudi Arabia is the world’s largest oil exporter, with the capacity to pump 12.5 million barrels. In March, the kingdom cut daily output to 8.3 million, from 9.1 million barrels in February. | Kredibiliti Saksi Serta Sampel Bukti Yang Meragukan-Anwar Patut Dibebaskan Posted: 24 Apr 2011 11:16 PM PDT Dari Keadilan Daily Peguam Karpal Singh ketika menggulung hujah dalam kes fitnah 2 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, menyatakan bahawa pihak pendakwa gagal membuktikan wujud prima facie dalam kes tersebut. Dengan menyertakan pelbagai bukti dalam hujahnya, Karpal menyatakan bahawa kes itu seharusnya ditolak oleh mahkamah kerana wujud keraguan melampau berdasarkan keterangan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan saksi-saksi pendakwa. Antara lain, Karpal berkata, hujah saksi utama pendakwa Saiful Bukhari Azlan tidak konsisten dengan pertuduhan yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut Karpal, pertuduhan yang dikenakan terhadap Anwar adalah di bawah Seksyen 377 B Kanun Keseksaan kerana melakukan seks luar tabie secara sukarela, namun keterangan yang diberikan Saiful menyatakan dia dipaksa. Selain itu, pendakwa juga tidak memanggil Doktor Hospital Pusrawi, Dr Osman Abdul Hamid, doktor pertama yang memeriksa Saiful selepas dia membuat laporan polis. Perbicaraan hari ini adalah penting untuk hakim, Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan samada meneruskan perbicaraan atau membuang kes tersebut. Berikut kronologi perbicaraan: 8.53 pagi: Anwar tiba di mahkamah bersama isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Turut hadir Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin nasution. 9.03 pagi: Peguam Sankara Nair dan Param Cumaraswamy memasuki mahkamah. Turut kelihatan peguam Saiful Bukhari, Zamri Idrus. 9.21 pagi: Karpal dan Ketua Pendakwaraya Mohd Yusof Zainal Abidin menemui Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah di kamarnya. 9.31 pagi: Selepas kira-kira 10 minit, kedua-dua pihak muncul dari kamar hakim. Prosiding perbicaraan dimulakan. 9.34 pagi: Karpal memulakan hujah dengan mengingatkan mahkamah untuk berlaku adil dan hakim adalah manusia yang membuat keputusan. "Bergantung pada apa sedang ditentukan dalam mahkamah. Bukan media atau apa dikatakan oleh perdana menteri." katanya. 9.40 pagi: Karpal kata terdapat tidaksepatutnya terdapat jurang dalam kes pendakwaan. "Mahkamah mesti meneliti kredibiliti saksi-saksi setiap pendakwaan." 9.45 pagi: Karpal menyatakan pendakwa mesti membuktikan kes tersebut. "Terdapat bukti prima facie pada akhir kes pendakwa. Jika keraguan wujud, pembela tidak sepatutnya dipanggil." "Pendakwa telah gagal untuk membuktikan satu kes prima facie. Ia mestilah membuktikan setiap bukti boleh dipercayai, dengan menentukan unsur-unsur percanggahan dan mahkamah mesti tertakluk kepadanya untuk penilaian maksimum." 9.50 pagi: Karpal menunjukkan satu bukti tidak konsisten adalah tuduhan melakukan seks di luar tabie – di bawah seksyen 377b dengan persetujuan. "Namun, pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan telah memberi keterangan yang ia tanpa persetujuan," kata karpal sambi menambah pendakwaan tidak boleh meminda pertuduhan tersebut. 9.53 pagi: Karpal mengingatkan mahkamah perbicaraan kes liwat pertama melibatkan Anwar 10 tahun lalu di mana Mahkamah Persekutuan menolak kes yang diputuskan mahkamah tinggi ketika itu. "Mahkamah ini tidak seharusnya melakukan kesilapan ini sekali lagi. Saiful mesti dilihat sebagai saksi boleh dipercayai jika mahkamah mahu memanggil untuk pembelaan," katanya. 10.00 pagi: Karpal mengatakan yang Saiful mungkin telah meninggalkan bilik di mana kejadian liwat dikatakan berlaku beberapa kali. 10.01 pagi: Karpal memasuki perincian tentang perkara itu yang diketahui berdasarkan testimoni Saiful. Karpal memberi contoh, ketika Anwar meminta Saiful untuk merapatinya manakala pengadu memakai sehelai tuala, Saiful boleh menjerit atau melarikan diri tetapi dia tidak berbuat demikian. Karpal menambah selepas kelakuan seksual tersebut dikata berlaku, Saiful memakan karipap dan meminum kopi dan tidak keluar dari bilik selama 20 minit. Dia menunjukkan tiada tanda-tanda emosional telah diliwat. 10.10 pagi: Karpal berkata sehari selepas peristiwa itu, iaitu pada 27 Jun, Saiful telah pergi ke Ibu Pejabat KEADILAN di Tropicana, malah ke rumah Anwar. Perkara itu tidak dilakukan bagi seseorang yang telah dianiayai. 10.13 pagi: karpal berkata Saiful melakukan pembohongan di mahkamah dan dalam laporan polis apabila dia menyatakan aksi seks itu dilakukan tidak secara sukarela. "Bukti Saiful tidak meyakinkan melebihi keraguan. Dia telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 195 untuk mereka bukti," Karpal. 10.20 pagi: Karpal berkata, Saiful juga menangguhkan laporan polis. Dia hanya membuat dua hari selepas kejadian itu dikatakan berlaku. 'Doktor pertama yang memeriksa Saiful ialah Dr Osman Abdul Hamid, tetapi beliau tidak dipanggil sebagai saksi," tambah beliau. 10.22 pagi: Karpal berkata, ketidakhadiran Dr osman sebagai saksi meletakkan kes pendakwa itu ditahap meragukan. 10.25 pagi: Karpal berkata, Ezam Md Nor atau Mumtaz Jaafar perlu dipanggil sebagai saksi kerana mereka adalah individu yang pertama berjumpa Saiful. 10.30 pagi: Karpal mahu kesemua bukti berkaitan kejadian liwat itu dibatalkan. 10.32 pagi: Dengan menggambarkan semua bukti Saiful adalah sangsi, Karpal berkata sekiranya mahkamah membuat penilaian yang adil, kes pendakwaan itu perlu ditolak. Karpal mengakhiri hujah nya. Ram Karpal mengambil alih dan memulakan penghujahan pada bukti DNA. | Fitnah II: Kenyataan Bercanggah Para Saksi Antara Bukti Wujudnya Konspirasi Posted: 24 Apr 2011 08:23 PM PDT Dari Malaysiakini Peguam Karpal Singh memulakan hujahnya dengan meminta mahkamah bergantung kepada apa yang telah dikemukakan di mahkamah. “Bukan media atau apa yang dikatakan oleh perdana menteri,” katanya ketika memula hujah pembelaan dalam kes tuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Pagi ini. menurutnya lagi, tidak sepatutnya ada sebarang jurang dalam kes pendakwaan. “Mahkamah mesti meneliti kredibiliti setiap saksi pendakwa,” tambahnya Karpal memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwa mestilah membuktikan bukti yang ada. “Tidak sepatutnya ada sebarang jurang bahan. Ujian di akhir kes pendakwaan ialah prima facie. “Ia mestilah membuktikan setiap bukti boleh dipercayai, unsur-unsur kesalahan ditentukan dan mahkamah mesti memberi penilaian maksimum terhadap semua itu,” tambahnya. Karpal menegaskan bahawa salah satu yang tidak konsisten ialah tuduhan persetubuhan di luar tabii – iaitu di bawah seksyen 377b, bermakna dengan persetujuan. “Bagaimanapun, pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan telah memberi keterangan yang ia tanpa persetujuan,” kata Karpal sambil menambah bahawa pendakwa tidak boleh meminda tuduhan. Karpal mengingatkan mahkamah bahawa perbicaraan kes liwat pertama yang membabitkan Anwar 10 tahun lepas – di mana hakim Mahkamah Tinggi menerima kes pengadu Azizan Abu Bakar – tetapi kemudiannya ditolak oleh Mahkamah Persekutuan. “Mahkamah ini tidak seharusnya melakukan kesilapan ini sekali lagi. Saiful mesti dilihat sebagai saksi yang boleh dipercayai jika mahkamah mahu memanggil untuk membela iri,” katanya. Karpal kemudian menyentuh fakta kes – yang Saiful bukan seorang yang ‘ tidak berpelajaran’ kerana mempunyai kelulusan pengajian tinggi dari Kolej Taylor. Tegasnya, Saiful boleh meninggalkan bilik di mana kejadian liwat itu didakwa berlaku beberapa kali. | |
BULETIN RAKYAT Posted: 25 Apr 2011 11:55 AM PDT PELAJAR DARI PTRS DUN BATANG KALI MEMBACA IKRAR ... Posted: 25 Apr 2011 08:44 AM PDT Lebih dari 40 pelajar dari Program Tusiyen Rakyat Selangor (PTRS) Dun Batang Kali telah menyertai lebih 1500 pelajar SPM dari seluruh negeri Selangor untuk menghadiri Pelancaran PTRS di peringkat negeri, bertemmapat Dewan Jubli Perak, Shah Alam pada Ahad lepas.Tahniah kepada adik Muhammad Amiruddin Syafiq yang mengetuai pasukan ikrar pada majlis tersebut dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat terutamanya rakanniaga dari kawasan yg berdekatan. | |
Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党 Posted: 25 Apr 2011 09:06 AM PDT 5月21日务边公正党办 《拯救大马,改朝换代》晚宴 Posted: 24 Apr 2011 08:20 PM PDT (务边25日讯)人民公正党拉湾古打支部以及新咖啡山支部将于5月21日(星期六)晚上7点半,在新咖啡山佛爷庙举办晚宴。 该晚宴工委会主席黄权透露,当天晚宴主讲嘉宾除了公正党霹雳州署理主席兼务边区国会议员李文材医生、公正党最高理事兼迪遮区州议员郑立慷、公正党青年团副团长兼新邦波赖区州议员曾敏凯外,主办当局也成功邀请到雪州立法议会议长拿督邓章钦等民联领袖出席。 他表示,这项名为《拯救大马,改朝换代》晚宴已如火如荼地进行,票价分为招待券RM30和嘉宾券RM50,另外赞助RM200或以上将成为剪彩嘉宾,赞助RM500或以上将成为鸣锣嘉宾。 "届时,晚宴主讲嘉宾将为大家讲解最新的国内政治局势以及分析有关最近砂州选举成绩,所以在此呼吁公众把握此难得的机会,热烈响应这项活动。" 此外,黄权晚宴当天将设立新选民登记及转换投票地址柜台,呼吁年满21岁或以上的马来西亚公民,或欲转换投票地点的选民,携带身份证到上述地点接洽选民注册官员,以便可以在第十三届全国大选履行国民权利。 任何有关晚宴详情或欲赞助这项晚宴的热心人士可联络:李盈颖017-3233329或黄权016-5975170。 | 种族代表思维固步自封,李文材:马华不思改革必遭唾弃 Posted: 24 Apr 2011 08:18 PM PDT (怡保21日讯)务边国会议员李文材医生批评马华林祥才与李志亮,在民心思变的今时今日,不仅没有改变马华固步自封的种族思维,更麻木地支持马华总会长的言论,不辨黑白是非。 蔡细历较早前表示,若马华在来届大选遭受如同2008年大选的相同命运,马华中委会将慎重检讨马华在中央和州政府地位。而分别身为马华副总会长及中委的林祥才与李志亮则立即表示支持。 "有错就应该马上改正,而无需等待下一届大选。蔡细历曾解释,霹雳及森美兰州硕果仅存的马华议员受委入阁时他还不是马华总会长。那么我们欢迎现在掌管马华公会的蔡总会长,立即拨乱反正指示霹森两州的马华行政议员辞官职,以证明他们并不贪恋官职" 李文材也是霹雳人民公正党署理主席,他指出,马华公会失去华社的支持力量已是不争的事实。这可从308全国大选开始至今的十六场补选中,华裔选民的投票倾向获得证明。其中,民联更曾在武吉甘当和乌雪补选当中,在十八丁和叻思新村获得超过80%华裔选票的辉煌成绩。 但是,马华领导非但没有借镜上述选举成绩和砂州人联党惨败的教训,林祥才更仍旧以"华裔代表论" 尝试捞取支持。他声称,马华若无法得到广大华裔的委托,将影响在国阵里争取及捍卫华裔权益的条件。 李文材指出,马华虽以华社代表自许,但却无法为华社争取制度上的保障。如果马华领袖继续操弄种族情绪而不思改革,肯定会再来届大选为选民所唾弃。 李文材指出,民联所提倡的是多元和公平的理念,以落实一视同仁的政策。唯有摆脱国阵一贯的种族代表思维,马来西亚的种族关系才能走出死胡同。因此,他呼吁我国人民继续贯彻改革的精神,支持民联开创全民的新政治。 | |
The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah Posted: 24 Apr 2011 11:31 PM PDT 20 orang anak muda Kg Gong Halt mendaftar sebagai pemilih baru Posted: 24 Apr 2011 06:15 PM PDT Seramai 20 orang anak muda di Kg Gong Halt mendaftar sebagai pemilih baru didalam pertemuan diantara mereka dengan Haji Suhaimi Said, Ketua PKR Cabang Kuala Krau semalam.
Sdr Rohaimi yang menganjurkan Majlis pendaftaran sebagai pemilih itu berkata bahawa ada seramai lebih 60 orang anak-anak muda Kg Gong Halt yang mencapai kelayakan mengundi, tetapi lebih dari 40 orang lagi tidak dapat hadir kerana mereka bertugas di ladang dan di luar kampong.
Beliau meminta Haji Suhaimi agar dapat datang kembali ke Kg Gong Halt untuk membuat pendaftaran baru apabila beliau dapat mengumpulkan mereka yang belum berdaftar itu.
"Ada diantara mereka yang tidak faham bahawa mereka menjangkakan mereka telah berdaftar sebagai pemilih semasa menyertai dan mengisi Borang Permohonan Menjadi Anggota Parti Keadilan Rakyat setahun yang lalu," kata Rohaimi.
Didalam pertemuan itu yang turut dihadiri oleh bekas Ketua Kampong, Kg Gong Halt, perbincangan juga telah dibuat untuk mengadakan Majlis Ceramah di kampong itu memandangkan Markas PR sudah hampir siap disuatu kawasan yang boleh menampung kehadiran 1000 orang.
Bekas Ketua Kampong yang kini memimpin PAS Kg Gong Halt meminta PAS dan PKR mendapatkan penceramah-penceramah handalan dari kedua-dua parti itu.
Didalam Pilihanraya Umum 2008, UPU Kg Gong Halt telah memberikan undi majoriti kepada calon PKR untuk DUN Jenderak dan calon PAS untuk Parlimen Kuala Krau.
| Ceramah PKR di Kuala Krau - Bergambar Posted: 24 Apr 2011 05:22 PM PDT YB Chai Tong Chai berucap dalam Bahasa Melayu, Cina dan Tamil - 24.4.11 Kuala Krau, di belakangnya Dato Fauzi Abdul Rahman dan Mohd Saludin Omar, bekas ADUN (UMNO) Kawasan Kerdau yang kini Pengerusi Tetap PKR Cabang Kuala Krau Wanita Kuala Krau Mohd Saludin Omar dan Dato Fauzi Abdul Rahman Lebih 1000 hadirin Hadirin terpaksa duduk diatas jalan Mereka mendengar dengan tekun ucapan YB Chai Tong Chai, ADUN Chuah, Negeri Sembilan Sejarah bagi Pekan Kuala Krau, inilah kali pertama lebih 1000 orang menghadiri Ceramah di Pekan kecil itu. Hadirin | |
AMK KEDAH Posted: 24 Apr 2011 09:31 PM PDT NAIB CANSELOR UUM HINA MB KEDAH Posted: 24 Apr 2011 06:02 AM PDT Alor Setar - Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak (gambar) digesa memohon maaf terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berikutan kenyataannya kelmarin, yang dianggap tidak menghormati pemimpin tertinggi negeri. Desakan itu dibuat oleh Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah (DPPNK) berikutan kenyataan lantang Dr Mohamed Mustafa yang menyifatkan Azizan hanya layak mengurus sekolah pondok, setelah Azizan mencabar Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyerahkan UUM untuk diambil alih Kerajaan Negeri apabila universiti itu mempertikai pembayaran cukai tanah bernilai RM1.7 juta setahun. Timbalan Ketua Pemuda Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, DPPNK memandang pandang serius perkara ini kerana selaku pegawai kerajaan, beliau tidak sepatutnya bertindak seperti itu," katanya. Muhammad Sanusi yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar berkata, Kerajaan Negeri berhak terima atau tolak permohonan rebat cukai tanah. "Ia tidak terkecuali pada mana-mana tuan tanah, sama ada golongan berada atau petani sekalipun. Tiada yang merungut pun kecuali UUM, mungkin kerana mereka faham tanggung jawab sebagai pemilik tanah," katanya. Mengulas mengenai kenyataan Dr Mohamed Mustafa yang mempertikai kemampuan Kerajaan Negeri untuk mengurus UUM kerana memerlukan bajet yang tinggi, mencecah RM300 juta setahun untuk mengurus 15,000 pelajarnya, Muhammad Sanusi berkata, Kerajaan Negeri mampu mengurus 2 juta penduduk hanya dengan pendapatan RM500 juta. "Cukai tanah yang perlu dibayar UUM cuma 0.6 peratus daripada bajet berkenaan," katanya. Muhammad Sanusi turut mempertikai tujuan isu cukai tanah dan bekalan air di UUM dibangkitkan oleh Dr Mohamed Mustafa, memandangkan KPT sebelum ini tidak pernah mempersoal pembayaran cukai tanah terbabit. Menurutnya, kewibawaan Azizan untuk mentadbir sebuah pusat pengajian tidak harus dipertikaikan, berikutan beliau berpengalaman selama 21 tahun dalam bidang IPT. "Azizan pernah menjadi Ketua Jabatan di UKM, selain antara pengasas UIA dan menubuhkan fakulti syariah dan undang-undang di Universiti Mindanao, Filipina. Beliau juga yang memperluas program Kolej Universiti Insaniah daripada tujuh program kepada 42, malah membina kampus induk di Kuala Ketil dengan sumber terhad tanpa bantuan kewangan Pusat," katanya. Muhammad Sanusi berkata, UUM tidak perlu memandang rendah terhadap pengurusan sekolah pondok, kerana pentadbiran pondok sekarang lebih baik. -SH | |
Anwar Ibrahim Posted: 24 Apr 2011 07:29 PM PDT Fitnah 2: Mahkamah Dengar Penggulungan Hujah Peguam Bela Posted: 24 Apr 2011 05:35 PM PDT Dari KeadilanDaily Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dijangka akan mendengar hujah penggulungan daripada peguam bela Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam kes Fitnah II. Pada asalnya, mahkamah menetapkan Isnin lalu (18 April) sebagai tarikh mendengar penghujahan itu. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membenarkan penangguhan tersebut dalam satu surat bertarikh 6 April. Kes Fitnah II itu kini memasuki peringkat penggulungan hujah kedua-dua pasukan pendakwa dan peguambela selepas kesemua saksi pendakwa dipanggil memberi keterangan. Hakim Zabidin dijangka membuat keputusan samada pendakwaraya berjaya membuktikan wujud kes prima facie sebaik sahaja kedua-dua pihak menggulung hujah mereka Anwar menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di kondominium Desa Damansara antara jam 3.15 petang dan 4 petang 26 Jun 2008. Pada perbicaraan 24 Mac lalu, mahkamah menolak permohonan peguam supaya ketiga barangan yang diperoleh secara tipu helah itu tidak dijadikan sebagai bahan bukti. Barang berkenaan iaitu tuala 'good morning', berus gigi dan botol mineral yang diambil ketika Anwar ditahan di lokap. Dalam perbicaraan sebelum ini, saksi pendakwa yang dipanggil memberi keterangan menyaksikan pelbagai kepincangan dan percanggahan keterangan antara satu sama lain. | Qazaf : Menjawab Fitnah Posted: 24 Apr 2011 05:12 PM PDT Dari ABIM Selangor Buku ini menghimpunkan karya tokoh-tokoh ulama Islam semasa tentang hukum Qazaf dan bahaya Budaya Fitnah yang berleluasa sekarang. Sejak tahun 1990-an hingga ke hari ini, fitnah seakan-akan menjadi santapan masyarakat. Media arus perdana samada tv dan akhbar mahupun media baru – blog, facebook, twitter dan seumpamanya seolah-olah bersaing menyebarkan versi fitnah masing-masing. Zaman ini seakan-akan membenarkan andaian penyair Indonesia, Rangga Warsita (dibaca Ronggo Warsito) yang memperkenalkan istilah Zaman Edan! (zaman gila), apabila fitnah dibenarkan berleluasa menyebarkan keburukan sesiap sahaja, apa lagi musuh politik masing-masing. Kebenaran sukar dipastikan, bahkan diselewengkan dengan pelbagai cara. Qazaf atau perbuatan menuduh zina atau liwat kepada seorang berakhlak mulia, apa lagi terhadap pemimpin yang selama ini dilihat bersih amat tidak munasabah. Qazaf adalah sebahagian daripada Hukum Jinayat Islam yang amat ketat prosedurnya kerana Allah S.W.T. sendiri menetapkan di dalam al-Qur’an yang bermaksud: “Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebatlah mereka (yang menuduh itu) 80 kali sebatan. Dan janganlah kamu menerima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik’ Bagi menjelaskan hukum qazaf dalam konteks undang-undang Islam, tokoh-tokoh ulama kotemporari berganding bahu mengeluarkan fatwa dan pandangan tentang perbuatan menyebarkan fitnah di kalangan umat Islam di negara ini. Tulisan Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Sheikh Dr. Wahbah al-Zulhayli, Sheikh Dr. Taha Jabir al-Alwani, Dr. Halim El-Muhammady, Ustaz Rivai Batubara, dan pendirian bersama ABIM-WADAH-PKPIM dihimpunkan dalam buku ini untuk tujuan tersebut. Pandangan ini bukan sahaja untuk berusaha untuk menjawab isu fitnah, tetapi juga menjelaskan fakta hukum Qazaf sebagai rujukan umat Islam.Demi kebenaran dan keadilan, umat Islam Malaysia patut membaca buku ini supaya tidak terjebak dalam dosa besar kerana menyebarkan fitnah. Untuk mendapatkan buku ini, sila Hubungi Kami di Talian : 019363694 / 0355118994 / 0173759080 | ‘Najib Kembalilah Ke Pangkal Jalan’ Posted: 24 Apr 2011 02:39 AM PDT Dari TV Selangor Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Kerajaan Barisan Nasional supaya lebih berusaha dalam mengurus tadbir negara Malaysia daripada ghairah melakukan politik fitnah. Menurut Anwar, kedudukan ekonomi Malaysia dilihat semakin hari semakin meruncing akibat ketidaktelusan sistem pentadbiran negara dan pemimpinya sehingga menyebabkan keyakinan pelabur asing terus berkurangan. “Masalahnya Najib tak terjawab. Ekonomi merudum, harga barang naik, rakyat susah. Kes pembunuhan tak jawab. Dia cuba cakap pasal pornografi, lucah. Kes Anwar dengan akhlak yang sangat buruk,” kata Anwar di hadapan lebih dua ribu rakyat Manjung dan Lumut yang menghadiri ceramah beliau semalam. Kemunculan video seks yang didakwa mirip Anwar oleh Trio Datuk T iaitu bekas Ketua Pemuda Umno Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Syazrel Eskay dan bekas bendahari Perkasa Datuk Syuaib Lazim yang memaparkan tayangan tersebut di Carcosa Sri Negara Mac lalu dianggap sebagai satu lagi fitnah kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh itu oleh banyak pihak. Malah media kawalan Barisan Nasional(BN) seperti Utusan Malaysia, TV 3 dan Berita Harian yang pro UMNO semakin rancak memainkan isu tersebut seolah-olah tiada isu semasa lain yang perlu diketengahkan yang menjadi kepentingan rakyat. Jelas Anwar, berikutan keasyikkan media kawalan Umno itu menyiarkan pelbagai laporan palsu sehingga sanggup membohongi rakyat terdapat juga segelintir pengamal media yang turut tidak mempercayai hal itu serta tidak sanggup menanggung dosa fitnah terhadap beliau. Menurutnya, seorang pekerja kanan Radio Televisen Malaysia (RTM) pernah bertemu beliau selepas tamat sebuah program di Selangor baru-baru ini dengan menceritakan perihal ini: “Datuk tak kenal saya, saya dari RTM dan saya hendak minta ampun kerana mereka memfitnah Datuk, saya tak sanggup tanggung dosa itu dan saya minta maaf atas segalanya.” Saya kata “Minta ampun dari Allah SWT dan saya sedia maafkan sekiranya kamu memperbetulkan setiap kenyataan yang kamu nyatakan. Saudara Zunar turut memberitahu dan menunjukkan pesanan ringkas (SMS) kepada saya bahawa kenyataan dari seorang pemberita kanan Utusan Malaysia ada mengatakan “Sudah keterlaluan dan saya tak sanggup lagi bersama dengan akhbar melayu itu dimana saya telah bertugas selama 30 tahun dan terus-menerus memfitnah Ketua Pembangkang,” kata Anwar. Justeru, Anwar menggesa Najib dan kepimpinannya kembali ke pangkal jalan supaya rakyat terus mendapat pembelaan khususnya didalam soal kemajuan dan pentadbiran Malaysia yang saban hari semakin teruk dibandingkan dengan negara lain di rantau ini. “Ekonomi semakin berat. Harga minyak naik. Harga barang juga naik mendadak sementara mutu pendidikan jatuh. Pelaburan kita jatuh. Kalah dengan Thailand dan Indonesia dan tahun ini kalah pula dengan Filipina,” kata Anwar “Dulu di ASEAN, kita nombor satu dari pertumbuhan ekonomi. Nombor 1 dari pelaburan Asing. Nombor 1 dari bursa saham. Harga barang naik. Pertambahan gaji guru-guru dan pekerja tidak setimpal dengan kenaikan harga dan inflasi.Namun semua ini dipadamkan sementara rasuah diteruskan dan kes komisyen RM 500 juta kapal selam didiamkan,” tambahnya lagi. | |
Anak Muda Kampung Nak Senang Posted: 24 Apr 2011 11:27 AM PDT Rintihan para pemandu teksi Seremban, ada Umno peduli? Posted: 23 Apr 2011 06:48 PM PDT Masalah pemberi pinjaman tanpa lesen kepada pemandu-pemandu teksi di Seremban April 23rd, 2011 Aduan Rakyat Online -
Saya sebagai setiausaha salah satu Persatuan pemandu-pemandu teksi dikawasan Seremban amat berharap agar kerajaan mencari jalan agar isu ini dapat dibendung dan dibenteras serta mencari jalan agar ada cara terbaik bagi pemandu-pemandu yang menghadapi masalah kewangan dapat diatasi dengan lebih rasional supaya tiada jalan yang haram serta menindas diambil kepada usaha mereka untuk mencari rezeki yang tidak begitu lumayan. MEREKA,IAITU DIGELAR ALONG MENDAPAT HASIL TANPA TAFSIRAN CUKAI. Terbaru semalam,salah seorang ahli kami ada yang sanggup membunuh diri minum racun akibat tekanan tersebut!! By: MOHD AMIN Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/masalah-pemberi-pinjaman-tanpa-lesen-kepada-pemandu-pemandu-teksi-di-seremban | |
MOH...KITE LAWAN YEOP!!! Posted: 24 Apr 2011 09:41 AM PDT |
Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak Posted: 24 Apr 2011 01:04 AM PDT Terkini Osman Jailu Posted: 23 Apr 2011 10:07 AM PDT
IPOH 23 APRIL : ADUN Behrang, Jamaludin Radzi diputuskan tidak bersalah oleh Mahkamah Tinggi Ipoh atas tuduhan menerima rasuah, manakala ADUN Changkat Jering, Osman Jailu diperintahkan membela diri atas tuduhan yang sama.
Hakim Teo Say Eng memutuskan Osman membela diri berikutan bukti yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kukuh.
Osman dan Jamaludin didakwa kerana dikatakan menerima rasuah bagi mendapatkan satu projek iaitu cadangan membangunkan tanah seluas 36.42 hektar bernilai RM180 juta di kawasan pusat bandar Seri Iskandar.
Bagaimanapun kes mereka digugurkan oleh Mahkamah Seksyen pada 23 April 2010. Pihak Pendakwa Raya bagaimanapun tidak berpuas hati dan membuat rayuan atas keputusan dan kes mereka disebut semula 22 April 2011 Mahkamah Tinggi Ipoh.
Jamaludin dibebaskan kerana rakaman video dan audio yang dijadikan bukti oleh pihak pendakwa raya tidak jelas.
Transaksi rakaman perbualan telefon Jamaludin dikatakan tidak jelas dan seringkali terputus. Osman dan Jamaludin adalah bekas ADUN Pakatan Rakyat Perak sebelum melompat ke parti UMNO BN setelah disabitkan kesalahan terlibat dengan kes rasuah.
Tindakan melompat parti 2 ADUN ini dan ADUN Jelapang, Hee Yit Fong dikatakan didalangi oleh UMNO BN sehingga membolehkan mereka melakukan rampasan kuasa dinegeri Perak.
http://www.tvsnews.net/
| |
Suara Sri Andalas Posted: 23 Apr 2011 11:40 PM PDT Kerajaan Selangor Umum 10 Kejayaan Merakyatkan Ekonomi Selangor Posted: 23 Apr 2011 03:00 AM PDT SHAH ALAM 23 April - Kejayaan Selangor berjaya melaksanakan 10 program pembangunan dalam dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dari tahun 2008 sehingga 2010.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, program Merakyatkan Ekonomi Selangor tidak menjadi penghalang Kerajaan Negeri mengekalkan status pilihan pelaburan nombor satu dengan bilangan projek perindustrian tertinggi.
Antara kejayaan adalah seramai 27,000 orang menerima bantuan Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) dengan perbelanjaan lebih RM 2 juta.
Satu Pusat Dialisis Rakyat juga telah dibuka di Sementa, Taman Medan, Hulu Klang, Ampang dan Jalan Kebun, manakala sebanyak 500 buah rumah ibadah bukan Islam juga menerima sebanyak RM7.35 juta sejak tahun 2008.
Sebanyak 60 peratus dari 236 ribu warga emas mendaftar di bawah Skim Mesra Usia Emas dan seramai 16,000 orang sudah mendapat bantuan tersebut. Kerajaan Negeri juga mewujudkan program pemeriksaan Mammogram percuma untuk kesihatan kaum wanita dan seramai 3,000 orang sudah menggunakannya bagi mengesan tanda-tanda awal kanser payudara.
Kerajaan Negeri juga sudah berjaya menyelesaikan 23 projek perumahan terbengkalai yang melibatkan 9,000 unit rumah dan tujuh projek melibatkan hampir 4,000 unit rumah sedang diselesaikan.
"Dalam isu perumahan Bukit Botak yang gagal diselesaikan kerajaan terdahulu juga sudah berjaya diselesaikan dan memberi faedah kepada 1,400 orang peneroka bandar," katanya.
Sebanyak 350 buah rumah sudah dibina untuk golongan fakir miskin dan 400 buah rumah lagi masih dibaiki di bawah Program Kerajaan Prihatin.
Kerajaan Negeri juga memperuntukkan 3 juta kepada lebih 700 orang rakyat miskin untuk pelbagai kegiatan.
Sekolah Agama Rakyat (SAR), sekolah Cina dan sekolah Tamil sudah menerima agihan RM16 juta setiap tahun, manakala gaji guru KAFA turut dinaikkan kepada RM1,300 setiap bulan.
Sumber: Selangorkini | |
The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah Posted: 23 Apr 2011 11:29 PM PDT PKR Cabang Kuala Krau edar Borang Permohonan Menjadi Peneroka Felda untuk Generasi Baru Felda Posted: 23 Apr 2011 10:29 PM PDT Berikutan dengan keputusan Pakatan Rakyat seperti yang termuat didalam Buku Jingga bahawa PR akan memansuhkan Felda Plantation didalam tempoh 100 hari PR mengambilalih Putrajaya, dan ladang-ladang Felda Plantation akan diagih-agihkan kepada anak-anak Peneroka Felda dan lain-lain golongan yang layak untuk menjadi Peneroka Baru, Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Krau akan mengedarkan Borang-Borang Permohonan menjadi Peneroka dari kalangan anak-anak Peneroka, Orang-Orang Asal, dan kaum India yang layak bermula pada 27hb April 2011. Peneroka-peneroka dan Gen. Ke-2 dan Ke-3 yang menghadiri Himpunan Warga Felda pada 1hb Mei 2011 di Felda Jenderak Selatan akan dibekalkan Borang ini untuk diisi penuh dan dikembalikan ke Pejabat Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Krau.
Borang-borang itu akan diedarkan peringkat awalnya di Himpunan Warga Felda di Felda Jenderak Selatan, dan selepas itu mana-mana pihak yang berminat mendapatkan Borang itu boleh datang sendiri ke Pejabat Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Krau di No. 37 Jalan Besar, Kuala Krau.
Kawasan Parlimen Kuala Krau mempunyai kawasan Felda yang begitu banyak khususnya didalam DUN Jengka kerana selain dari Bandar Jengka hampir keseluruhan kawasan DUN itu adalah kawasan-kawasan Rancangan Felda, manakala DUN Kerdau mempunyai 3 buah Rancangan Felda dan DUN Jenderak mempunyai 2 Rancangan Felda.
Borang-Borang yang diedarkan tersebut adalah terbuka kepada semua Generasi Ke-2 dan Ke-3 serta lain-lain kaum yang layak tanpa mengira affliasi parti politik mereka. Borang-Borang ini akan diproses sebaik sahaja Pakatan Rakyat memenangi Putrajaya.
Dan borang-borang ini diedarkan secara percuma.
Borang ini juga akan dibekalkan kepada semua Cabang-Cabang Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang didalam mesyuarat yang akan diadakan pada jam 4.00 petang, 1hb Mei 2011 di Felda Jenderak Selatan.
Peneroka-Peneroka dan Generasi Baru mereka boleh mendapatkan Borang ini semasa diadakan Majlis Ceramah di Felda Jenderak Selatan pada 1hb Mei 2011 jam 9.00 malam.
YB Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung PKR, YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Pengarah Biro Komunikasi PKR Pusat dan Dato Fauzi Abdul Rahman akan berucap didalam Majlis Ceramah itu. | Mansuhkan Felda Plantation, Beri Tanah Ladang dan Rumah Kepada Generasi Baru Felda Posted: 23 Apr 2011 02:53 AM PDT Fakta 1: Peneroka Asal - 112,635 orang menghuni di 317 Tanah Rancangan Felda di seluruh Negara. Keseluruhan warga Felda hari ini sudah melebihi 1 juta orang, dan hampir 800,000 darinya adalah Generasi Baru.
Fakta 2: Jumlah terbesar dari Generasi Baru tidak mempunyai pekerjaan tetap (sesetengahnya menganggur) dengan pendapatan bulanan yang kecil.
Fakta 3: Jumlah terbesar daripada Generasi Baru tinggal bersama ibu-bapa mereka tanpa rumah sendiri.
Fakta 4: Sejak 1990, Felda mengujudlkan Felda Plantation dan tidak lagi menempatkan peneroka-peneroka. Seluas 367,710 hektar tanah kerajaan-kerajaan Negeri dimajukan oleh Felda untuk Felda Plantation. Keluasan ini, jika dipecahkan kepada lot-lot setiap satu 5 ekar, 160,000 peneroka-peneroka baru boleh ditempatkan. Inilah peluang terbaik untuk anak-anak peneroka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan yang menganggur untuk memiliki ladang dan rumah sendiri dan tidak lagi menumpang ibu-bapa masing-masing.
Fakta 5: Pakatan Rakyat didalam Buku Jingga menawarkan untuk memansuhkan Felda Plantation dalam tempoh 100 hari PR mentadbirkan Putrajaya, dan ladang-ladang Felda Plantation akan dipecahkan kepada lot-lot untuk diserahkan kepada peneroka-peneroka baru terdiri daripada anak-anak Peneroka.
Fakta 6: Tanah yang masih luas di Negeri Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak juga boleh dimajukan menjadi Rancangan Felda untuk menempatkan anak-anak Peneroka serta lain-lain golongan yang layak menjadi Peneroka.
Fakta 7: Pakatan Rakyat sudah pun menyediakan Borang-Borang Permohonan untuk menjadi peneroka Felda dari kalangan anak-anak Peneroka dan golongan lain yang layak. Di peringkat Negeri Pahang, silalah pergi ke pejabat-pejabat PKR di peringkat Cabang-Cabang untuk mengambil dan mengisi-penuhkan Borang-Borang itu dan serahkan kembali kepada Cabang-Cabang berkenaan. Mereka yang layak akan ditemuduga untuk menjadi Peneroka Felda apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan Negara ini selepas PRU-13 nanti.
Borang-borang diperingkat Kuala Krau boleh diambil dari Pejabat PKR Cabang Kuala Krau, No. 37 Jalan Besar, Kuala Krau.
| |
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Posted: 23 Apr 2011 11:25 PM PDT Strategi Umno runtuhkan Pakatan Rakyat gagal Posted: 23 Apr 2011 01:45 AM PDT KOTA BHARU, 23 April: Empat strategi gergasi dilakukan Umno bagi meruntuhkan keutuhan Pakatan Rakyat nampaknya sehingga kini tersasar, namun harus diingatkan usaha tersebut pastinya akan dilakukan berterusan sehingga pilihan raya umum akan datang. Strategi tersebut iaitu isu kerajaan perpaduan, polemik kalimah Allah, tindakan Umno menghantar Tun Abdullah Ahmad Badawi menemui pemimpin utama PAS dan video lucah mirip pemimpin Pakatan Rakyat. Anggota parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, isu pertama dicetus Umno hampir-hampir memecahkan PAS daripada dalam. "Isu kerajaan perpaduan pada awalnya ramai ahli dan pemimpin PAS keliru sehingga ada yang bersetuju. Isu tersebut dua kali dibincang pada muktamar termasuk di Ipoh, namun akhirnya perwakilan PAS menolak. "Diperbesarkan pula polemik kalimah Allah sehingga ada juga ahli dan penyokong PAS terpengaruh dengan kenyataan pemimpin Umno. "Namun akhirnya pemimpin tertinggi PAS buat keputusan agama sanawi boleh gunakan kalimah Allah," katanya ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan kali ke-44 PAS Kota Bharu di Kelantan Trade Centre di sini, semalam. Hadir sama Yang Dipertua PAS Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, timbalannya, Datuk Takiyuddin Hassan dan Naib Ketua, Datuk Anuar Tan Abdullah. Hampir 1,000 perwakilan dan pemerhati termasuk pemimpin PKR Cabang Kota Bharu, DAP Bahagian Kota Bharu serta masyarakat bukan Islam hadir. Mohd Nizar yang juga anggota jawatankuasa PAS Pusat berkata, paling mendebarkan usaha memecahkan PAS dengan Pakatan Rakyat berlaku apabila Pak Lah menemui Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang atas jemputan Yang di-Pertuan Agong menghadiri majlis makan malam di Istana Terengganu Kuala Lumpur. Katanya, pada pertemuan yang disifatkan diatur khas turut dihadiri Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin "Agenda besar yang dirancang tersebut bertujuan memecahkan PAS daripada Pakatan. Perangkap besar tersebut sudah dipasang namun masih tidak mengena," ujarnya. Pada mesyuarat tersebut beberapa tokoh veteran PAS menerima saguhati setengah Dinar emas iaitu Ismail Mohamad, Tengku Jaafar Tengku Ahmad, Mohd Amin Salleh dan bekas pemimpin PRM, Lee Han Tie. Manakala Yaakub Awang diisytiharkan Tokoh PAS Kota Bharu 2011. Beliau menerima satu Dinar, sijil dan buku Sejarah PAS Kelantan. Sementara itu pada pemilihan jawatankuasa PAS Kota Bharu sesi 2011-2013 yang diadakan, jawatan-jawatan utama kekal tanpa bertanding. Manakala anggota jawatankuasa yang dipilih iaitu Aidy Hassan, Nor Azariza Mohd Alawi, Mohd Adilan Mat Jusoh, Mohd Saiba Yaakub, Mohd Baharudin Mohd Nor, Nasrudin Mahmud Muhaidin, Mohamad Kamal Khatib, Azhari Abdul Rahman, Nor Hashimah Deraman, Rosli Abdul Razak, Syarifah Mariam Syed Alwi, Mohd Ridhuan Nawi, Hanafi Muhamad, Mohd Noor Mohd Yusof dan Husin Mansor.
Sumber: Harakah Daily | Noh Omar Ahli Politik Tidak Matang - Serikandi Posted: 23 Apr 2011 01:40 AM PDT SHAH ALAM 23 APRIL : Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Noh Omar dilabel sebagai ahli politik yang tidak matang berikutan enggan akur pada pilihan pengundi yang mengundi Pakatan Rakyat pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak baru- baru ini. Ketua Serikandi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Siti Aishah Sheikh Ismail berkata Noh dan juga pemimpin UMNO BN yang lain harus akur pada undi rakyat, bukannya mempersalahkan dan menyifatkan pengundi sebagai tidak tahu berterima kasih kepada kerajaan pemerintah. Hakikatnya, Aishah berkata jika kepimpinan dan pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak tidak korup, tidak mungkin rakyat akan beralih arah memangkah Pakatan Rakyat. "Saya rasa Noh Omar sebagai ahli politik yang tidak matang apabila dia menyalahkan rakyat secara keseluruhannya secara terang- terangan khususnya masyarakat Cina yang menolak Barisan Nasional di Sarawak. "Bagi saya gelombang ini bukan sahaja dirasai di Sarawak tetapi juga di Semenanjung di mana kita lihat majoriti masyarakat Cina memang terang- terangan memperlihatkan sokongan mereka kepada Pakatan Rakyat. "Noh Omar yang disifat tidak senang dengan perkembangan itu. Banyak kenyataan pimpinan UMNO salahkan orang Cina kerana pilih Pakatan Rakyat bukannya Barisan Nasional," ujar Aishah. Aishah turut menasihati Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani agar belajar menerima kenyataan bahawa rakyat kini sudah matang berpolitik dan mampu memilih parti politik yang benar- benar menjaga kebajikan mereka. "Jika dizinkan Allah dengan semangat pemimpin- pemimpin, semangat jentera Pakatan Rakyat bukan saja di kalangan majoriti masyaakat Cina tetapi percayalah dalam masa terdekat masyarakat Melayu juga akan merubah perspektif politik mereka dan akan memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat," katanya. Aishah juga berkata Noh Omar harus menerima kenyataan bahawa UMNO BN kini ditolak dan hilang kewibawaanya dalam arena politk semasa kini.
Sumber: TVSNEWS | Apa kaitan video seks dengan buat bom? Posted: 23 Apr 2011 01:35 AM PDT Tidak jauh daripada daripada beberapa bangunan kodominium mewah yang dinamakan Bangsar South, ada sebuah rumah usang yang dibina menggunakan papan lapis dan beratapkan zink,. Beberapa tulisan dalam bahasa Arab menyambut kehadiran tetamu di ruang masuk.
Di dalam rumah itu, menurut pihak berkuasa dihuni seorang lelaki yang mengancam keselamatan negara.
Pada 1 April lalu, beberapa anggota polis menyerbu rumah kecil itu dan mengheret seseorang yang dipercayai mereka seorang pembuat bom - iaitu seorang lelaki kurang upaya - Kadir Hashim yang berusia 43 tahun.
Dan menurut lelaki yang kudung pergelangan tangan kirinya dan tidak membunyai ibu jari kanan sejak hari tersebut beliau ditahan dan disoal siasat selama 21 hari di mengikut Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA).
"Saya memang bersedia untuk pergi (dipenjarakan) selama dua tahun atau lebih. Saya tahu saya tidak buat apa-apa kesalahan dan akhirnya saya mesti dibebaskan. Dan selepas dua tahun itu saya bersedia untuk menjawap untuk dua tahun lagi.
"Tetapi sudah tentu saya terfikirkan keluarga saya. Perkara paling saya benci jika dipenjarakan selama dua tahun jika tidak dapat menyertai kebangkitan rakyat di Malaysia seperti di Timur tengah... jika ia berlaku," katanya.
Kadir yang ditemui ketika dikunjungi oleh pemuda PKR semalam berkata soalan-soalan yang dilemparkan kepadanya oleh polis seolah-olah satu bentuk jenaka,
"Mereka tuduh saya hendak bom Suruhanjaya Pilihan raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, polis, sistem maklumat mereka... Saya rasa ini agak lucu dan mereka yang mengenali saya juga akan berpendapat yang sama.
"Saya cacat. Macam mana nak buat bom?" soalnya di rumah yang dikongsinya bersama ibunya yang uzur. Main mercun
Malah, beberapa rakannya bergurau paling hampir Kadir yang bersaiz kecil itu mendekati bahan letupan ialah ketika berumur lapan tahun, apabila beliau hilang tangan dan separuh ibu jarinya akibat bermain mercun.
Meskipun menafikan beliau tahu sebab polis menangkapnya, Kadir membayangkan kemungkinan ia ada kaitan dengan tulisannya di Facebook yang sesetengahnya menyokong perang gerila.
Antaranya, Kadir yang bekerja secara penuh masa mengendalikan sebuah warung tomyam secara berjenaka menulis bahawa kerja beliau adalah 'gerila sambilan'. Namun dakwanya beliau tidak mempunyai sebarang pengetahuan berhubung senjata api.
"(Semasa disoal) polis membawa tiga kotak senjata api dan minta saya kenalpasti jenisnya dan jenis peluru yang diperlukan oleh setiap satu senjata itu. Saya hanya pernah tengok senjata api di televisyen," katanya.
Menurut Kadir, matanya ditutup apabila dibawa dari satu balai polis ke satu balai polis yang lain. Pakaiannya juga ditanggalkan bagi pemeriksaan sebelum beliau dibawa ke pusat tahanan yang tidak diketahui lokasinya.
"Tak ada tilam atau bantal, kena tidur di lantai saja. Apabila dibawa untuk mandi, mata saya juga ditutup. Saya juga naik empat tingkat tangga ke bilik pegawai penyiasat (IO) untuk disoal setiap hari.
"Kemudian, mereka pindahkan saya ke sel di bangunan yang sama dengan pejabat IO. Di situ ada tilam dan bantal.
"Mata saya juga tidak lagi ditutup apabila meninggalkan bangunan itu, saya diberi makan di pejabat IO... makan baik, biryani dan macam-macam. Tetapi saya tidak ada selera," katanya sambil menambah beliau tidak dicederakan secara fizikal.
Sumber: malaysiakini | Fiasco 1Melayu buktikan Najib 'satu lagi Pak Lah' Posted: 23 Apr 2011 01:30 AM PDT Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berkata reaksi yang diambil oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung cadangan Utusan Malaysia agar konsep "1Melayu, 1Bumi" diutamakan membuktikan beliau tidak lagi mempunyai kuasa dalam partinya sendiri.
Malah kata Lim, Najib boleh diibaratkan sebagai 'pak turut' yang menjejaki langkah presiden Umno sebelum ini, Tun Abdullah Badawi.
"Soalan yang diingin diketahui ramai sekarang ialah sama ada Perdana Menteri Najib Razak telah menjadi seorang lagi Pak Lah (Abdullah), perdana menteri kelima yang tidak mengendalikan Umno meskipun beliau adalah Presiden Umno sehingga menyaksikan beliau dipaksa bersara sebagai ketua Umno dan perdana menteri," kata Lim dalam satu kenyataan media hari ini.
"Jawapan semakin diperlukan selepas pendirian Najib yang langsung tidak boleh diterima berhubung cadangan 1Melayu, 1Bumi oleh Utusan," kata Lim.
Beliau juga membidas perdana menteri yang memberikan alasan dayus bahawa kenyataan rasis yang disiarkan akhbar milik Umno itu adalah pendapat peribadi penulisnya.
Semalam, Najib berkata gerakan '1Melayu, 1Bumi' yang disaran Utusan Malaysia bukan pandangan kerajaan.
"Itu pendapat peribadi penulis yang berkenaan tetapi daripada segi kerajaan kita sudah ada gagasan yang cukup jelas dan kita akan teruskan usaha kita," katanya.
Menurut pemimpin veteran DAP itu, cadangan Utusan tersebut ibarat satu tamparan terus ke muka perdana menteri yang sebelum ini sibuk mencanang-canangkan konsep 1Malaysia yang kononnya bagi menyatukan rakyat pelbagai bangsa di negara ini.
Katanya, alasan Najib tidak dapat diterima, khususnya akhbar bahasa Melayu itu adalah 'lidah rasm' Umno dan laporannya menggambarkan pandangan pemimpin Umno dalam kerajaan.
Sumber: malaysiakini | MCA gesa rakyat pulaukan Utusan Malaysia Posted: 23 Apr 2011 01:25 AM PDT MCA menggesa rakyat Malaysia supaya memulaukan akhbar Utusan Malaysia kerana mecadangkan gerakan '1Melayu, 1Bumi' diutamakan. Parti itu mendakwa cadangan itu adalah untuk menghalalkan diskriminasi kaum.
Timbalan ketua publisiti MCA, Loh Seng Kok berkata konsep 1Melayu, 1Bumi yang diilhamkan oleh akhbar milik Umno itu bertujuan menghukum masyarakat Cina kerana melaksanakan hak demokrasi mereka membuat pilihan semasa pilihan raya.
Dalam kenyataan medianya dalam bahasa Mandarin, lewat petang semalam, Loh berkata semua rakyat Malaysia yang berfikiran waras perlu memulaukan alhbar berkenaan dan mempercepatkan lagi edaranUtusan Malaysia yang terus menjunam.
"Pendirian akhbar itu mempersendakan konsep pentadbiran Najib berhubung 1Malaysia dan cuba menyemai benih jahat di minda orang ramai. Konsep lapuk itu pasti dibidas oleh masyarakat antarabangsa.
"Adakah Utusan Malaysia mahu meneladani Afrika Selatan dan Amerika Syarikat (yang satu ketika dulu) mengamalkan dasar apartheid dan pengasingan kaum?" soalnya.
Loh berkata Utusan Malaysia wajar diingatkan bahawa BN terdiri daripada 13 parti komponen yang mewakili pelbagai masyarakat berbilang kaum, justeru '1Melayu, 1Bumi' tidak baik bagi perikatan itu.
Paling penting katanya jika akhbar Melayu itu mahu dihormati setiap rakyat, ia harus komited terhadap konsep 1Malaysia dan membantu membina jambatan di kalangan rakyat pelbagai bangsa.
Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng mencabar presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek supaya mengenakan tekanan ke atas Umno supaya 'menegur' Utusan Malaysia berhubung artikel itu.
"Lakukannya Chua! Bagi tahu Umno supaya arahkan akhbarnya untuk menarik balik cadangan penubuhan '1Melayu, 1Bumi' ataupun MCA sepatutnya berundur dari BN," kata Lim (kiri) dalam satu kenyataan. Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Zaini Hassan dalam ruangan Cuit tiga hari lalu, berkata DAP telah berjaya menjadi parti Cina yang telah menyatupadukan orang Cina.
Zaini berkata pada pandangannya Umno harus melancarkan gelombang perpaduan bangsa "1Melayu, 1Bumi".
Sumber: malaysiakini | Azmin dakwa tidur malam Rosmah tak lena Posted: 23 Apr 2011 01:20 AM PDT Tidak dapat dipastikan bagaimana timbalan presiden PKR Azmin Ali mengetahuinya tetapi dakwanya Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempunyai masalah untuk tidur malam sejak kebelakangan ini, terutamanya selepas pilihan raya Sarawak.
Azmin, yang juga ahli parlimen Gombak mendedahkan bahawa Najib pula bergelut dengan dilema sama ada untuk membubarkan parlimen ataupun terus menunggu sehingga tahun 2013.
Justeru, katanya, penyokong Pakatan rakyat perlu bersiap sedia sama ada pilihan raya umum ke-13 negara diadakan tahun ini ataupun tidak.
"Sama ada awak adalah rakyat Malaysia, ahli parti, ADUN ataupun ahli parlimen, bersiap-sedialah," katanya kepada kira-kira 500 hadirin pada majlis makan malam bagi mengutip derma di cawangan PKR Bukit Gelugor di Pulau Pinang, malam semalam.
Azmin berkata beliau yakin jika rakyat bersiap sedia, maka menjelang pilihan raya umum akan datang, Pakatan Rakyat akan menguasai Putrajaya yang kini diduduki oleh BN.
"Ada orang kata pilihan raya umum akan ditangguhkan... tetapi ramai pula kata jika tangguhkan keputusannya mungkin lebih teruk kepada BN," katanya.
"Sebab itu Najib dalam dilema dan Rosmah pula tidak lena tidur malam," katanya.
Azmin berada di Pulau Pinang bagi mewakili Anwar yang tidak dapat menghadiri lawatan dua harinya ke negeri itu kerana masalah kesihatan.
Beliau kemudiannya bergegas ke ceramah perdana 'Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia' bertempat di Dewan Sungai Tiram, Batu Maung.
Antara yang berucap selain Azmin adalah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Isu yang disentuh ialah pembaziran emel 1Malaysia yang menelan kos RM50 juta, muslihat slogan 1Melayu, 1Bumi' yang dibangkitkanUtusan Malaysia, sebuah akhbar milik Umno-BN dan banyak lagi.
Dalam ucapannya, Azmin menyelar sikap sikap hipokrit Najib dalam isu 1Melayu, 1 Bumiputera yang dicanangkan Utusan Malaysia yang konon untuk menyatukan semua Melayu sedangkan akhbar itu sebenarnya memecah belahkan perpaduan Melayu.
Azmin berkata Najib secara tiba-tiba semalam menafikan hubung kait antara Utusan Malaysia dan pimpinan Umno BN yang selama ini menjadi lidah rasmi parti itu.
"Inilah hipokrit Barisan Nasional pimpinan Najib. Najib kata: 1Melayu, 1Bumiputera pandangan editor Utusan Malaysia.
"Wahai Najib dan Rosmah, kita tahu Utusan Malaysia disokong Umno. Kita tahu Utusan Malaysia surat khabar milik Umno. Kita juga tahuUtusan Malaysia hidup kerana Umno yang memainkan politik perkauman," kata Azmin.
Sumber: malaysiakini | NGO desak kenaikkan harga barangan dikekang Posted: 23 Apr 2011 01:15 AM PDT Sebanyak 25 kumpulan yang terdiri daripada parti politik, NGO dan persatuan mahasiswa menuntut kerajaan menghentikan segala bentuk sandiwara dalam pelaksanaan akta gaji minimum.
Sempena deklarasi Hari Pekerja Sedunia itu, kumpulan tersebut juga menuntut supaya BN mengawal kenaikan harga barangan yang berterusan meningkat sehingga membebankan rakyat ekoran kenaikan kos hidup yang semakin tinggi.
"Kenaikan harga barang seperti minyak dan gula memberi impak yang tinggi kepada rakyat dan kaum pekerja khususnya yang berpendapatan rendah.
"Alasan yang diberikan oleh kerajaan – 'penyelarasan subsidi' iaitu mengalihkan beban subsidi dan defisit yang ditanggung oleh kerajaan kepada rakyat untuk mengelakkan kerajaan menjadi muflis.
"Ini merupakan satu hujah yang tidak rasional kerana pada masa yang sama kerajaan dengan bangganya mengumumkan pelbagai projek mega seperti bangunan 100 tingkat yang tidak memberi manfaat kepada rakyat.
Menurut deklarasi 1 Mei sempena hari pekerja itu lagi pembaziran seumpama itu tidak seharusnya dilakukan dalam keadaan rakyat terbelenggu dengan pelbagai tekanan ekonomi akibat sistem kapitalis ini.
"Walaupun kerajaan kerap mengisytiharkan kejayaannya menguruskan ekonomi namun ia tidak mampu mengubah kehidupan rakyat.
"Rakyat masih terbelenggu dengan pelbagai beban yang dialihkan oleh pihak kerajaan kepada mereka.," kata mereka dalam satu kenyataan.
Kumpulan itu juga membidas amalan nepotisme, kronisme, ketidaktelusan dalam menguruskan wang rakyat, penyalahgunaan kuasa dan rasuah masih berlaku di peringkat atasan sehingga menyebabkan pengagihan sumber kekayaan yang tidak adil.
"Yang miskin terus miskin, yang kaya terus mengawal dan menikmati sumber kekayaan negara.
"Malaysia mempunyai jurang perbezaan pendapatan antara kaya dan miskin paling tinggi di Asia Tenggara.
"Kira-kira 40 peratus penduduk hanya memiliki 14.3 peratus pendapatan negara sedangkan golongan atas 20 peratus memiliki 50 peratus pendapatan negara."
Memetik sumber daripada kenyataan Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam, kumpulan itu berkata 34 peratus daripada pekerja di negara ini menerima pendapatan di bawah garis kemiskinan iaitu RM720 sebulan.
"Dasar ekonomi yang menjurus ke arah pertumbuhan ekonomi dan sistem pasaran terbuka semata-mata terus dipersoalkan kerana ia tidak menjamin agihan ekonomi yang adil.
"Tumpuan terhadap arah pertumbuhan ekonomi semata-mata hanya akan merangsang persaingan di kalangan kaum pemodal tanpa kawalan seterusnya menggalakkan penindasan ke atas pekerja," kata mereka.
Sehubungan itu menjelang sambutan Hari Pekerja 1 Mei ini, mereka menuntut 18 perkara daripada kerajaan: - Hentikan rundingan Perjanjian Perdagagan Bebas (FTA) dengan EU dengan melibatkan rakyat dalam proses membuat keputusan.
- Hentikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang membebankan rakyat
- Gubal rang uUndang-undang anti gangguan seksual untuk mengelakkan diskriminasi terhadap kaum wanita, pastikan tempat kerja selamat serta diberi perlindungan dari gangguan seksual.
- Tingkatkan penglibatan tenaga kerja wanita yang terbantut selama 30 tahun pada tahap 46.7 peratus. Sediakan tempat asuhan kanak-kanak yang dibiayai oleh kerajaan untuk membolehkan wanita melibatkan diri dalam pembangunan negara.
- Hentikan penswastaan khususnya terhadap perkhidmatan awam seperti hospital dan air dan hentikan Skim Pembayaran Penuh Pesakit (Full Paying Patient) di hospital kerajaan dengan segera.
- Laksanakan pendidikan percuma untuk semua dengan memansuhkan segala jenis yuran dari prasekolah hingga universiti.
- Isytihar kesatuan sekerja secara automatik dengan mansuhan undang-undang yang mendiskriminasi pekerja dan sebarang peraturan yang memangsakan ahli kesatuan sekerja.
- Iktiraf hak tanah adat orang Asli/Asal di Malaysia dan berikan hak milik kekal serta kukuhkan status tanah rizab orang Asli di Malaysia. Rancangan pembangunan tanah orang Asli hendaklah berasaskan kehendak, keperluan dan aspirasi orang Asli.
- Hak perumahan hak rakyat dengan sediakan perumahan yang mampu dimilik, yang selesa, cukup ruang, dengan kemudahan yang perlu untuk pembangunan sosial keluarga dan komuniti.
- Mansuhkan segala undang-undang yang menindas dan mendiskriminasi rakyat dan pekerja, antaranya ISA, OSA, EO, DDA, Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU), Akta Pertubuhan, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak.
- Wujudkan tabung pemberhentian kerja dengan segera dan bantuan terus kepada pekerja yang kehilangan kerja. Kerajaan harus memperuntukkan RM0.5 billion untuk mulakan tabung ini dan gunakannya untuk membantu mereka yang dibuang sehingga dapat kerja.
- Wujudkan polisi dan perundangan domestik bagi melindungi pekerja tidak rasmi.
- Tandatangan beberapa Konvensyen lain seperti Konvensyen 1951 berkaitan Status Pelarian dan Protokol 1967 dan Konvensyen Pekerja Asing bagi membolehkan hak migran, pelarian dan pencari suaka bekerja secara sah dan bebas daripada eksploitasi dan penindasan.
- Laksanakan polisi ekonomi berlandaskan keperluan tanpa mengira kaum dan jantina. Menuntut suatu model pembangunan yang saksama, yang memberi kepentingan kepada rakyat setempat di mana segala rancangan pembangunan mestilah dibincang dan dipersetujui oleh semua
- Menuntut sistem pentadbiran kerajaan yang adil serta pelaksanaan dan agihan ekonomi yang benar-benar telus, bersih dan bebas dari segala bentuk rasuah, kronisme dan penyelewengan.
- Selamatkan bumi kita, hentikan pembinaan reaktor nuklear di Malaysia, hentikan penghapusan hutan tanpa kawalan untuk tujuan pembalakan dan penanaman kelapa sawit.
Mereka yang menandatangani deklarasi 18 tuntutan itu adalah seperti berikut: - AWAM - All Women's Action Society
- CAN - Community Action Network
- CDC- Community Development Centre
- CIJ – Centre for Independent Journalism
- DEMA – Malaysia Youth and Students Democratic Movement
- EMPOWER - Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor
- JAG - Joint Action Group for Gender Equality
- JERIT - Jaringan Rakyat Tertindas
- KOMAS - Pusat Komunikasi Masyarakat
- ODHA - Orang yang Hidup Dengan HIV dan AIDS
- PERMAS - Persatuan Masyarakat Selangor & Wilayah Persekutuan
- PRM - Parti Rakyat Malaysia
- PSM - Parti Sosialis Malaysia
- PSWS - Persatuan Sahabat Wanita Selangor
- PWW - Perak Women for Women
- SABM - Saya Anak Bangsa Malaysia
- SAWO - Sabah Women's Action-Resource Group
- SMM - Solidariti Mahasiswa Malaysia
- SUARAM - Suara Rakyat Malaysia
- WAO - Women's Aid Organization
- WCC- Women's Centre for Change
- KAMI - Kumpulan Aktivis Muda Independen
- Lajnah Pekerja dan Peneroka Bandar, PAS
Sumber: malaysiakini | DAP atur strategi pilihan raya 2016 Posted: 23 Apr 2011 01:10 AM PDT Selepas kejayaan memberangsangkan dengan menawan 12 kerusi dewan undangan negeri Sarawak pada pilihan raya negeri sabrtu lalu, DAP membuat persiapan cukup awal.
Kali ini, sasaran mereka adalah lapan lagi kerusi yang mempunyai pengundi majoriti penduduk pribumi di selatan Sarawak pada pilihan raya negeri yang dijadualkan sebelum 2016.
Kerusi berkenaan adalah di Satok, Tupong, Bengoh, Tarat, Kedup, Opar, Tasik Biru dan Balai Ringgin - semuanya mempunyai majoriti pengundi Melayu/Melanau, Iban atau Bidayuh dan sedikit pengundi Cina.
Kerusi majoriti Melayu/Melanau di Samariang juga sedang dipertimbangkan.
Bagi pilihan raya peringkat parlimen, DAP mahu bertanding di beberapa kerusi tambahan seperti di Mas Gading, Mambong, Serian dan Sri Aman, semuanya juga di selatan Sarawak.
"Kami juga mungkin bertanding di Petra Jaya," kata setiausaha DAP Sarawak Chong Chieng Jen kepada wartawan di Kuching hari ini.
Sebekum ini, secara tradisionalnya, DAP hanya memberi tumpuan kepada kerusi-kerusi yang mempunyai majoriti pengundi Cina di kawasan bandar.
Chong, yang bertanggungjawab mengenai hal ehawal parti di selatan sarawak berkata beliau akan membentangkan cadangan berkenaan kepada mesyuarat jawatankuasa parti negeri yang dijadualkan di Sibu, esok.
Sumber: Malaysiakini | Mustafa nafi laporan media, gesa mohon maaf Posted: 23 Apr 2011 01:05 AM PDT Setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali menafikan laporan beberapa media termasuk Utusan Malaysia hari ini, yang mendakwa beliau berkata PAS akan menilai semula kedudukan parti itu dalam Pakatan Rakyat selepas siasatan video seks selesai, laporHarakahdaily.
Sambil kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab akhbar-akhbar milik Umno dan BN itu, beliau berkata, laporan berkenaan berniat jahat dan sengaja memanipulasikan kenyataannya.
Menurut Mustafa, dia sama sekali tidak pernah mengaitkan isu video seks dengan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, semalam.
"Saya ditanya berhubung saranan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mencadangkan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) melakukan sumpah mubahalah.
"Jadi saya jawab, perkara itu tidak timbul kerana kerajaan sekarang ini menggunakan undang-undang sivil, polis siasat sahajalah.
"Kalau ubah kes ini ke Mahkamah Syariah, baru kita (PAS) tengok kembali apa pendirian kita dalam isu tersebut," katanya.
Utusan Malaysia hari ini menyiarkan laporan sidang media Mustafa semalam itu dengan tajuk 'PAS tunggu siasatan selesai'.
Laporan itu menyebut bahawa PAS akan membuat ketetapan baru mengenai masa depan parti itu dalam pakatan pembangkang, apabila siasatan mengenai rakaman video seks yang pelakonnya dikatakan mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim siap sepenuhnya.
Selain Utusan, beberapa media lain termasuk Berita Harian dan The Star turut melaporkan perkara yang sama.
Sumber: malaysiakini Sehubungan itu, beliau mahu media-media yang terlibat agar memohon maaf serta memperbetulkan laporan mereka sebelum tindakan perundangan diambil. | Qazaf: Dua lagi pemimpin PKR beri keterangan Posted: 23 Apr 2011 01:00 AM PDT Dua pemimpin pemuda PKR semalam memberi keterangan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) berhubung laporan qazaf yang dibuat oleh Ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin awal bulan ini.
Laporan qazaf itu dibuat ekoran pendedahan video seks yang dikaitkan seorang pemimpim pembangkang yang didakwa mirip dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dua pemimpin tersebut - Ketua AMK Wilayah Persekutan Mohd Hamdi Mohd Said dan Ketua AMK cabang Batu Rozan Azen Md Rasip (kiri) - memberi keterangan secara berasingan di jabatan berkenaan kira-kira jam 3 petang semalam.
Ketika dihubungiMalaysiakini, Mohd Hamdi berkata beliau bersama Rozan memberi keterangan sebagai saksi setelah mengiringi Shamsul Iskandar sewaktu membuat laporan pada 4 April lalu.
Sewaktu memberi keterangan kepada seorang pegawai penyiasat JAWI, Mohd Hamdi berkata antara soalan yang ditanya mengenai latar belakang peribadi dan penglibatannya dalam parti.
Selain itu, Mohd Hamdi berkata, beliau juga ditanya berkisar mengenai tempoh video seks yang disiarkan dalam internet termasuk tempoh beliau mengenali Anwar yang juga ketua pembangkang.
Menjawab soalan pegawai penyiasat berhubung dari mana beliau mendapat bukti video seks tersebut, Mohd Hamdi berkata:
"Saya memberitahu bahawa mendapat bukti video lucah itu melalui internet, blog dan laporan berita termasuk kenyataan daripada (ahli parlimen Sungai Petani) Datuk Johari Abdul," katanya.
Menurut Mohd Hamdi, beliau juga turut bertanyakan kepada pegawai penyiasat berhubung tindakan JAWI untuk memanggil trio 'Datuk T' - iaitu Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Syazril Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim.
Mohd Hamdi mendakwa pegawai penyiasat akan memanggil Datuk 'T' "selepas menyiasat" laporan yang dikemukakan oleh mereka.
"Saya minta JAWI memanggil ketiga-tiga trio itu untuk memberikan keterangan... Orang yang mendakwa orang lain berzina perlu mengemukakan empat orang saksi," katanya dengan nada kecewa.
Mohd Hamdi yang juga ketua AMK Wangsa Maju berkata Rozan turut diajukan soalan yang sama sewaktu memberi ketrangan kepada pegawai penyiasat JAWI dalam bilik yang berasingan.
Mereka memberi keterangan selama kira-kira satu jam setengah.
Mereka akan dipanggil untuk memberi keterangan semula jika diperlukan oleh JAWI, tambah Mohd Hamdi.
Pada 23 Mac lalu, trio 'Datuk T' itu mengakui bertanggungjawab menyimpan dan menayangkan video seks yang dikaitkan dengan Anwar kepada sebahagian wakil media di Carcosa Seri Negara, dua hari sebelumnya.
Susulan itu, Shamsul Iskandar membuatlaporan qazaf(tuduhan zina) kepada Jawi dan memberi keterangan kepada agensi kerajaan itu pada Isnin lalu.
Sumber: Malaysiakini | |
R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang Posted: 23 Apr 2011 11:25 PM PDT YB berbasikal dalam program beramal mesra Posted: 23 Apr 2011 10:33 PM PDT YB Sivarasa turut bersama Ahli Majlis MBSA Sdr James Ng dalam program berbasikal kelilingi kawasan kampung dan beramal mesra dengan penduduk tempatan. Tujuan program anjuran MPP dan Ahli Majlis bertujuan menyebarkan nasihat hidup sihat dikalangan semua penduduk khasnya anak anak remaja. | HAPPY EASTER Posted: 23 Apr 2011 07:42 PM PDT Once more to new creation Awake, and death gainsay, For death is swallowed up of life, And Christ is risen today!
Happy Easter
from Anne and Siva | |
N37 Batu Maung Posted: 23 Apr 2011 07:24 PM PDT |
Anwar Ibrahim Posted: 23 Apr 2011 07:22 PM PDT Cakap cakap….Chandra Muzzafar Posted: 23 Apr 2011 12:41 AM PDT From Steadyku47 blog Former PKR deputy president Dr Chandra Muzaffar lashed out against critics who targeted the men behind a sex video allegedly featuring opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim with a prostitute. Joining the fray on the sex video scandal, Chandra said it was the wrongdoer and not those who exposed the wrongdoing that should be targeted.??The former PKR deputy president said he was disappointed with some quarters whose focus had gone astray. “It is not the individuals who expose the wrongdoing who should be our target, but the wrongdoer himself and his wrongdoing,” said Chandra, who was once a staunch Anwar ally, told the New Sunday Times yesterday. Using an analogy of corruption as an example, Chandra said people should condemn the person who committed the act rather than those who exposed the act.??”Why should we be so obsessed with those who wash dirty linen in public when actually we should be chastising those who dirty the linen in the first instance?” ??Chandra, who is now a social activist and an academician, also gave his support for the establishment of a royal commission of inquiry (RCI) to determine the identity of the man in the video despite objections from Anwar’s family and supporters. Steadyaku47 comment: There is nothing like a women scorned but even a women scorned is no match for a Chandra Muzaffar scorned ………Chandra says ?”It is not the individuals who expose the wrongdoing who should be our target, but the wrongdoer himself and his wrongdoing,” May I remind Chandra of the following: We all know what happened to Lim Guan Eng when he courageously sent the message to Rahim Thambi Chik, Mahathir, UMNO and the Barisan Government that the then Chief Minister's of Melaka did not do the right thing when he raped an underage Malay Schoolgirl by going to her defense! Instead of punishing the wrongdoer did not Guan Eng then became the target? When Tun Salleh Abbas defended the autonomy of the judiciary did not the Mahathir government dismissed him? Was not Tun Salleh Abbas exposing the wrongdoing of a Barisan government gone mad? Was it not the individual who exposed the wrong doing who then became the target? Or does Chandra think Tun Salleh's message of Judiciary independence is of no consequence to the future of our country? Between Lim Guan Eng, Tun Salleh Abbas and the Malaysia that we now live in, our streets are littered with the corpses and wasted bodies of so many messengers who have tried to tell UMNO and the Barisan Government what wrong doing they have done! These individuals trying to expose wrong doings were humiliated, drag in and out of courts, consigned to a life of physical and mental sufferings and some even put to death. Why do you not defend these individuals that tried to expose these wrong doings Chandra? Instead why do you choose to defend these three stooges ? Surely you have not sunk so low in your pursuit of trying to be relevant to UMNO’s and your own agenda? What is your motive in coming to the defense of these three stooges. Pray tell me. This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now | |
Anak Muda Kampung Nak Senang Posted: 23 Apr 2011 11:51 AM PDT GEMPAR, Surau di Perak diROBOHkan, jemaah guna KHEMAH Posted: 22 Apr 2011 05:19 PM PDT ADUAN RAKYAT ONLINE Surau Kampung Baru Kanthan Lama dirobohkan April 22nd, 2011 Saya adalah anak watan Kampung Baru Kanthan Lama, ini adalah keluhan dari penduduk semasa saya balik ke kampung pada 17 April 2011 yang lalu. Pada 14 March 2011, datang kontraktor untuk merobohkan Surau Kampung Baru Kanthan Lama, Chemor Perak. Setelah berbincang dengan kontraktor yang mana tujuan meroboh adalah dari arahan BOSS mereka yang mana akan menggganti Surau yang baru yang mana menurut mereka dari peruntukan Kerajaan melalui YB DUN HULU KINTA. Yang menjadi muskilnya hingga sekarang tiada siapa pun yang memaklum perkara yang sebenar. Dan hingga ke hari ini tiada tanda-tanda menunjukan untuk pembinaan surau baru yang dibuat, seolah tapak surau kampung ini umpama jadi padang jarak padang terkukur. Penduduk tidak dapat solat berjemaah lagi sehingga hari ini, dan jika ada ceramah akan diadakan di dalam rumah dan khemah yang di hadiah kan dari DUN Hulu Kinta. Allahhuakbar, By: Zubaini http://www.aduanrakyat.com.my/surau-kampung-baru-kanthan-lama-dirobohkan | |
BULETIN RAKYAT Posted: 23 Apr 2011 11:31 AM PDT Yayasan Selangor Kendali Projek Lahirkan Usahawan Posted: 22 Apr 2011 07:23 PM PDT PETALING JAYA 22 April - Yayasan Selangor menganjurkan Program Pembangunan Pendidikan Sepanjang Hayat dalam usaha memberikan pendidikan berterusan bagi melahirkan insan berakhlak mulia dan berketerampilan. Program dinamakan Pembangunan Pendidikan Sepanjang Hayat dan Pembangunan Ekonomi Komuniti Menerusi Program Pembangunan Usahawan Yayasan Selangor (PPUYS) "Asset Based Community Development' (ABCD) itu dirasmikan di Dewan Yayasan Selangor. Perasmian program pendidikan sepanjang hayat anjuran Yayasan Selangor itu disempurnakan oleh Pengurus Besarnya, Ilham Marzuki dan pengasas program iaitu Pengurus Kanan Modal Insan, Dr Kamari Kasan. Ilham dalam ucapannya menjelaskan, program berkenaan mempunyai objektif yang cukup jelas iaitu membantu usahawan di Selangor mendapatkan pendidikan asas perniagaan di samping membantu menyediakan peluang perniagaan yang berpotensi kepada usahawan baru di Selangor. "Di bawah idea dan dasar lifelong learning pula, Yayasan Selangor telah mula mengaturkan program ABCD atau Asset Based Community Development di bawah usaha ini, Yayasan Selangor bertindak proaktif dan turun terus ke dalam masyarakat tiap kampung/desa untuk melakukan kerja-kerja Asset Mapping dan kepakaran berkenaan adalah satu-satunya kepakaran unik Yayasan Selangor yang selama ini tidak dijelmakan menerusi pernyataan visi & misinya,"katanya. Yayasan Selangor ujarnya, bekerjasama dengan sebuah syarikat swasta yang dilantik menawarkan peluang perniagaan terpilih disertakan dengan modal perniagaan daripada institusi-institusi kewangan. Sementara itu menurut Dr Kamari pula, program modal insan ini merupakan aset Yayasan Selangor yang sebelum ini tidak disentuh secara serius. "Kita cuba memecahkan satu sudut asset dalam Yayasan Selangor yang selama ini tidak pernah di sentuh secara serius walaupun asset itu telah lama diamanahkan kepada Yayasan Selangor . Tetapi oleh kerana gagalnya memecah persoalan itu bukan sahaja Yayasan Selangor malah dunia, maka kebetulan pula kepakaran itu ada pada kita sekarang,maka mulai sekarang kita meneroka aspek yang tidak terpecah itu," katanya. Menerusi model dan sistem Teknologi Ilmu Kamarika dan Brain Mapping Kamarika serta menggunakan semua aset asas yang sedia ada di Yayasan Selangor, ia dijangka mampu mencapai kumpulan sasar yang diharapkan. Malah menurut Kamari, peluang perniagaan ini juga terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat, bukan sahaja bagi rakyat Selangor malahan untuk semua rakyat Malaysia. | |
Suara Sri Andalas Posted: 22 Apr 2011 11:47 PM PDT Rakyat Perlu Internet, Bukan E-mel Percuma Posted: 21 Apr 2011 02:00 AM PDT SHAH ALAM, 21 April: Kerajaan Negeri Selangor menyedari akan peranan internet yang banyak menyumbang kepada perluasan ilmu pengetahuan terhadap masyarakat.
Justeru, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi & Inovasi dan Kebudayaan negeri, Rodziah Ismail berkata projek-projek internet percuma yang sedang giat dijalankan di semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor adalah sebahagian daripada manifesto Kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat yang mengutamakan kehendak dan kepentingan rakyat.
"Berhubung Projek Emel 1Malaysia yang dilancarkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan bagi menyediakan akaun email kepada semua warga Malaysia untuk urusan rasmi dengan kerajaan, saya ingin menegaskan bahawa sesuatu yang diinginkan oleh rakyat sebenarnya bukanlah emel percuma tetapi kemudahan internet percuma," ujarnya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Dengan pemberian itu, tanya beliau bagaimana rakyat ingin menggunakan emel percuma sekiranya perkara asas untuk menggunakan emel iaitu internet tidak disediakan. Katanya, kerajaan Malaysia seolah-olah tidak tahu apa yang lebih penting untuk rakyat dan tidak tahu apa keperluan dan kehendak rakyat di bawah.
Inim tambahnya sekali lagi menunjukkan projek Kerajaan Persekutuan di bawah Barisan Nasional dibuat secara tergesa-gesa, tidak teliti dan tidak dirancang rapi.
Menurutnya lagi, syarikat Tricubes Berhad pula dilaporkan mengalami masalah kewangan dan berstatus GN3 di Bursa Malaysia.
"Bagaimana syarikat yang mempunyai masalah kewangan ini dapat menjayakan projek ini?" soalnya.
Tambahnya, alasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa projek itu tidak menggunakan dana awam adalah sesuatu yang tidak munasabah dan langsung tidak masuk akal.
"Justeru, saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar bangkit mendesak Kerajaan Malaysia menghentikan projek Emel 1Malaysia ini, sebaliknya mendesak kerajaan Malaysia memberikan kemudahan internet percuma seperti mana yang dilaksanakan Kerajaan Pakatan Rakyat sekiranya benar Kerajaan Malaysia mendahulukan rakyat.
Sumber: Harakah Daily | Selangor Jimat RM20 Juta Kos Pembersihan Posted: 20 Apr 2011 03:00 AM PDT SHAH ALAM 20 APRIL: Keputusan Kerajaan Negeri Selangor mengambil alih tugas pembersihan Alam Flora Sdn Bhd, mampu menjimatkan perbelanjaan kewangan negeri sehingga RM20 juta setahun dalam sektor itu.
Usaha ini sekaligus memberi sepenuhnya kuasa kepada kerajaan negeri untuk memastikan kerja-kerja pembersihan dilaksanakan dengan lebih sistematik dan berkesan, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco hari ini, Khalid berkata, kerajaan Selangor sebelum ini perlu membayar caj pengurusan sebanyak 10 peratus kepada Alam Flora.
Oleh yang demikian, Khalid menganggarkan kurang daripada RM200 juta akan digunakan bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan tersebut berbanding RM400 juta sebelum ini. "Jadi kiraan awal mendapati Alam Flora mengenakan caj pengurusan sebanyak 10 peratus. Jadi kalau caj ini tidak kita bayar kepada Alam Flora, jadi dari awal lagi kita sudah jimat RM20 juta," jelas beliau.
Lima pihak berkuasa tempatan (PBT) dipertanggungjawabkan untuk memastikan kerja-kerja pemotongan rumput dan pembersihan longkang di kawasan kediaman sekitar Selangor akan dikendalikan dengan lebih baik.
Katanya, kerja-kerja pembersihan oleh Alam Flora sebelum ini mendapat reaksi negatif daripada penduduk setempat berikutan projek yang diperoleh dipajakkan kepada pihak yang ketiga.
PBT yang dimaksudkan ialah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK).
Manakala kelima-lima PBT tersebut akan membantu Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) dan Majlis Daerah Hulu Selangor (MHDS) yang mempunyai sumber kewangan terhad.
Sementara itu Khalid berkata, walaupun PBT yang ditugaskan tidak mempunyai kelengkapan secukupnya pada peringkat awal, namun kerajaan negeri telah mengarahkan penubuhan 'task force' meningkatkan keberkesanan pengurusan tersebut.
Walaubagaimana pun Khalid menjelaskan, Alam Flora tetap akan mengendalikan kerja-kerja pengurusan sisa pepejal di negeri Selangor selain ianya tidak bercanggah dengan perjanjian kontrak bersama Alam Flora.
"Kita membuat keputusan untuk menerima Alam Flora mengendalikan pengurusan sisa pepejal dan kita akan menjalankan kerja pembersihan di mana ianya sebahagian daripada hak PBT," tambahnya lagi.
Sumber: TVSNEWS | Selangor Tingkat Keluasan Hutan Simpan Kekal Pastikan Lestari Alam Terjamin Posted: 20 Apr 2011 02:00 AM PDT SHAH ALAM 20 April - Kerajaan Selangor menetapkan dasar untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada guna tanah negeri sebagai Hutan Simpan dalam usaha mengekalkan lestari alam dan memastikan keseimbangan alam terus terjamin di masa hadapan.
Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong berkata, menerusi pewartaan baru, beberapa Hutan Simpan Kekal (HSK) sejak tahun 2008, keluasan HSK ditingkatkan daripada 30.5 peratus kepada 31.5 peratus dengan melibatkan tambahan keluasan HSK kira-kira 6,500 hektar.
Bagaimanapun kerajaan negeri bercadang meletakkan sasaran untuk meningkatkan peratusan keluasan ini kepada sekurang-kurangnya 35-40 peratus daripada keluasan negeri.
Menurut Elizabeth perkara ini boleh dilaksana sekiranya rakyat mempunyai semangat dan kesedaran untuk memelhara hutan. "Dan salah satu kawasan yang diwartakan sejak ambil alih pimpinan negeri ialah untuk mewartakan semula Hutan Simpan Kota Damansara pada 18 Februari 2010 dan kerajaan negeri juga sedar bahawa kita memang ada kekangan pembangunan di kawasan hutan ini serta mendapat bantahan daipada komuniti melalui beberapa persatuan seperti Persatuan Penduduk, Badan Bukan Kerajaan supaya terus mengekalkan hutan ini," katanya.
Elizabeth berkata demikian dalam ucapan pada majlis penutup Ekspedisi Saintifik Biodiversiti Hutan Simpan Kota Damansara sempena sambutan Hari Perhutanan Sedunia Peringkat Negeri Selangor 2011 di Sungai Buloh hari ini.
"Untuk mengambil balik hutan ini , apabila kita mengambil alih kerajaan negeri Selangor merupakan proses yang panjang. Bukan satu proses yang senang kerana pada masa itu tanah sudah diberimilik. Apa yang telah berlaku ialah nasib baik ia milik GLC-GLC kerajaan negeri Selangor.Dengan itu kita dapat berbincang dengan GLC-GLC tersebut dan kita mendesak untuk pulangkan kembali kepada kerajaan negeri Selangor," ujarnya lagi.
Tambahnya, Dewan Negeri Selangor pada hujung bulan lalu telah meluluskan pindaan ke atas Seksyen 11 Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara, di mana pendengaran awam (public enquiry) menjadi satu kemestian bagi menentukan sama ada sesuatu kawasan HSK boleh diwarta keluar atau sebaliknya.
Katanya, Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Perhutanan Negeri Selangor telah meningkatkan aktiviti pengutkuasaan ke atas kegiatan pembalakan haram.
Hasil penguatkuasaan itu lapan pembalak haram didakwa dan dipenjarakan dalam lima kes berasingan pada 2010, disamping menggenakan denda maksima awal tahun ini menyebabkan kegiatan haram ini semakin lumpuh.
Tambahnya, Kerajaan Negeri juga telah meluluskan pindaan ke atas perundangan Enakmen Industri Berasaskan Kayu 1988 padaa tahun lalu. Ia mengenakan hukuman dan denda lebih beat kepada pekilang-pekilang industri berasaskan kayu dengan denda maksima RM50,000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Disamping itu katanya, Kerajaan Negeri tahun ini akan mewartakan Kaedah-Kaedah Hutan Tadahan Air bagi memperkasakan pengurusan kawasan-kawasan hutan tadahan air yang berada dalam HSK bagi menjamin perkhidmatan berterusan pembekalan air Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Selain itu katanya, Kerajaan Negeri juga sedang mengkaji mekanisme sesuai seperti REDD iaitu (Reduced Emmission from Deforestration and Forest Degradation) bagi menjana pendapatan menerusi perniagaan karbon di mana Tabung Amanah akan ditubuhkan bagi membolehkan negaa-negara maju dan pihak-pijak lain yang berminat membayar kepada Kerajaan Negeri di atas pemeliharaan HSK dalam memerangi masalah perubahan iklim.
Menurut Elizabeth pendapatan ini akan digunakan bagi menampung kos pemuliharaan HSK yang menjangkau RM3 juta setiap tahun.
Ekspedisi Saintifik Biodiveriti Hutan Simpan Kota Damansara dijayakan oleh lebih 200 peserta membabitkan golongan professional dan pelajar membabitkan antara lain beberapa universiti dan agensi-agensi kerajaan.
Ekspedisi itu antara lain cuba mengenalpasti flora dan fauna, burung-burung, binatang dan serangga yang terdapat di dalam hutan simpan itu untuk terus dipulihara. | Polisi PR Selangor Disenangi Kakitangan Kerajaan Posted: 19 Apr 2011 02:00 AM PDT SHAH ALAM 19 April : Kakitangan profesional kerajaan negeri Selangor kini mampu membandingkan keberkesanan polisi pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional (BN) terdahulu menurut Exco Kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar.
Katannya, kerajaan Selangor menggunakan pendekatan dengan membuka ruang perkongsian idea bersama-sama kakitangan profesional untuk mencongak perubahan yang boleh dikemukakan di peringkat akar umbi.
Perkara tersebut sekaligus mampu meningkatkan produktiviti kakitangan kerajaan seraya merapatkan jurang antara wakil rakyat dan masyarakat Selangor.
"Kakitangan kerajaan telah menampakkan perbezaan cara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional memerintah negeri Selangor. Kakitangan kerajaan ini adalah kumpulan profesional yang telah diberi latihan. Mereka akan membawa cadangan bagaimana kita mahu majukan dan bawa pembangunan di dalam kawasan masing-masing," ujar beliau. Bercakap dalam segmen Bersama Pemimpin di Radio Web Selangor , Dr Xavier mengambarkan bahawa kesepakatan yang terjalin di antara wakil rakyat, kakitangan profesional dan syarikat swasta merupakan medium penting bagi menjana pertumbuhan sosio-ekonomi di negeri itu.
Jelasnya, sumber kewangan terhad perlu dikawal selia dengan baik untuk mengelakkan pembaziran dana kerajaan negeri.
"Ketiga-tiga ini akan bekerjasama dan kita akan bersama-sama bawa pembangunan yang istimewa kepada negeri Selangor di mana semua orang dalam negeri Selangor akan mendapat manfaat tersebut," kata Dr Xavier.
Tambahnya lagi, Akta Kebebasan Maklumat (FOI) yang baru diluluskan pada sidang Dewan Negeri Selangor yang lalu diungkap sebagai titik permulaan polisi ketelusan yang disenangi masyarakat di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat.
Selain itu katanya, Program Merakyatkan Negeri Selangor (MES) kini masuk fasa kedua di mana program-program baru bakal diperkenalkan kepada masyarakat.
Tambah Dr Xavier, sejajar dengan pendekatan itu Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan memulakan program-program mendekati hati rakyat termasuk sesi dialog bersama pemimpin.
"Sekarang MB mulakan program turun padang 9 daerah pada tiap-tiap hari Jumaat. Satu hari dia beri tumpuan pada satu kawasan. Dia akan turun dan lihat kawasan-kawasan. Kalau ada kawasan yang teruk dan tidak ada kerja langsung, dia akan terus suruh pegawai-pegawai berkenaan selesaikan masalah," kata beliau lagi.
Sumber: Selangorkini | Dr Xavier Gesa Kerajaan Negeri Sarawak Baikpulih Asrama St. Peter, Saratok Posted: 18 Apr 2011 03:30 AM PDT Saratok, Sarawak, 18 April 2011 - Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor mengesa kerajaan Negeri Selangor untuk memperuntukan sejumlah dana yang mencukupi bagi membaikpulih atau bina baru bangunan asrama (hostel) di Sekolah Rendah St. Peter, di pekan Saratok, Sarawak demi kepentingan murid-murid yang menetap di asrama tersebut.
Dr Xavier telah meluangkan masa melawat bangunan asarama tersebut semasa meninjau pusat pembuangan undi Dun N.34 Krian yang ditempatkan di sekolah tersebut.
Bangunan asrama tersebut diperbuat separuh batu di tingkat bawah dan menggunakan kayu dan berdindingkan papan di tingkat atasnya.
Dilaporkan ianya telah dibina kira-kira 30 tahun yang lalu. Ianya telah menjalani kerja-kerja baikpulih terakhir oleh Kementerian Pelajaran pada tahun 2001.
Bangunan tersebut berada dalam keadaan uzur dan daif dan menempatkan 30 orang murid-murid yang berusia antara 7-12 tahun dari keluarga miskin masyarakat Iban dari rumahpanjang-rumahpanjang pendalaman di sekitar daerah tersebut. Ujar Dr Xavier lagi, keadaan bangunan yang tidak selesa ini akan menjejaskan konsentrasi pembelajaran murid-murid yang menetap di asrama tersebut.
Tegas beliau lagi Kerajaan Sarawak sewajarnya prihatin terhadap pencapaian pendidikan pelajar- pelajar tempatan lebih-lebih lagi masyarakat Iban yang rata-ratanya berada di bawah tahap kemiskinan bagi membolehkan mereka keluar dari kitaran kemiskinan.
Dr. Xavier Jayakumar, Exco Negeri Selangor yang menerajui potfolio pembasmian kemiskinan Negeri Selangor , mengatakan bahawa beliau telah memaklumkan perkara ini kepada Ali Biju calon Keadilan yang baru memenangi Dun N.34 Krian dalam PRN ke 10 Sarawak beberapa hari yang lalu.
Sekolah berkenaan terletak di dalam Dun Krian.
Ali menegaskan bahawa beliau akan membangkitkan hal ini dalam sidang Dun Sarawak dalam masa terdekat. Beliau juga akan menulis kepada Kementerian Pelajaran untuk tindakan seterusnya.
| Selangor Serah Tugas Pengurusan Pembersihan Kepada PBT Posted: 18 Apr 2011 02:30 AM PDT SHAH ALAM 18 APRIL : Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memutuskan menyerahkan semula pengurusan pembersihan awam yang sebelum ini dikendalikan Alam Flora Sdn Bhd kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu.
Bagaimanapun katanya, perkhidmatan pengurusan sisa pepejal seperti pungutan sampah di setiap rumah masih lagi dikendalikan oleh Alam Flora.
"Kami putuskan kuasa untuk perkhidmatan pembersihan diberi semula kepada PBT kerana kita dapati antara masalah terbesar dan aduan yang kita terima adalah mengenai kebersihan.
"Kita rasa dua tugas itu terlalu besar untuk dijalankan oleh Alam Flora.Sekiranya Alam Flora menumpukan kepada pemungutan sampah sahaja kita lebih senang tahu tugas mereka," katanya pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Jabatan-jabatan Kerajaan Selangor, di sini hari ini.
Selain itu, Khalid berkata kerajaan negeri juga mendapati Alam Flora lebih banyak bertindak sebagai koordinator dan menggunakan khidmat kontraktor untuk menjalankan tugas pengutipan sisa pepejal. Menurut Khalid, keputusan itu juga tidak akan memberi implikasi kepada kewangan PBT yang terpaksa membelanjakan antara RM300 juta hingga RM400 juta bagi kerja-kerja pembersihan serta pengurusan sisa pepejal.
"Kita menganggarkan lebih daripada RM200 juta akan digunakan untuk pengurusan pembersihan," katanya.
Jelas Khalid lagi, kerajaan negeri juga melihat pembahagian tugas antara Alam Flora dan sembilan PBT itu dapat menjimatkan 10 peratus kos pengurusan yang selama ini dikenakan oleh Alam Flora bagi pengendalian pengurusan pembersihan.
Katanya lagi, pengambilalihan tugas daripada Alam Flora sepatutnya dilaksanakan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bermula 1 April tahun ini menerusi peruntukan undang-undang yang diluluskan.
Menurutnya, peruntukan itu memberikan kuasa kepada kementerian untuk menentukan tugas syarikat konsesi perkhidmatan sisa pepejal tersebut di setiap negeri di bawah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Negara.
"Oleh kerana belum dapat diselaraskan lagi pentadbirannya jadi kementerian belum jalankan tanggungjawab itu. Sebab itu pada dua minggu lepas kerajaan Selangor telah buat keputusan untuk bahagikan tugas tersebut," katanya.
Tegas Khalid, keputusan itu juga tidak bercanggah dengan perjanjian kontrak yang dibuat kerajaan negeri dengan Alam Flora sebelum ini.
Tambah Khalid, walaupun kerajaan negeri memutuskan untuk menyerahkan semula pengurusan pembersihan awam kepada PBT namun beliau tidak akan menamatkan perkhidmatan Alam Flora selepas ini.
Sumber: TVSNEWS | Hasrat Najib Bubar Parlimen Terencat, Kata Dr Xavier Posted: 18 Apr 2011 02:00 AM PDT SHAH ALAM 18 APRIL : ADUN Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai tidak berani untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 nanti dalam jangka masa terdekat ini berikutan kehilangan 16 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak semalam.
Dr Xavier berkata, walaupun pembangkang gagal menafikan kebolehan BN Sarawak mendapat majoriti dua pertiga dalam pilihan raya negeri semalam, tetapi Pakatan Rakyat tetap berpuashati kerana undi popular BN telah merosot lapan peratus.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga menyatakan BN hanya berjaya merekodkan 372,379 undi atau 54.5 peratus daripada jumlah yang keluar mengundi semalam.
"Kejayaan Pakatan Rakyat memenangi 15 kerusi pada Pilihan Raya Sarawak ke 10 semalam sedikit sebanyak telah merencatkan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke 13 sekaligus membubarkan parlimen pada tahun ini," katanya. "Berkemungkinan besar Najib juga akan meneliti semula beberapa faktor sebelum mahu mengadakan PRU Ke 13 dalam waktu terdekat," ujarnya.
Dr Xavier berkata demikian ketika mengulas tindakan Najib yang menjadikan keputusan pilihan raya negeri Sarawak sebagai kayu pengukur untuk beliau memutuskan sekarang adalah masa terbaik untuk mengadakan PRU di Majlis Perasmian Meletak Batu Asas di SJKT Ladang Midlands, Seksyen 7, Shah Alam.
Berdasarkan keputusan rasmi yang diumumkan SPR semalam, Pakatan Rakyat berjaya menambah bilangan kerusi berbanding pada pilihan raya negeri 2006 yang mana ketika itu BN memperoleh 63 kerusi.
Menurut SPR lagi, pihaknya juga turut mencatatkan jumlah perolehan undi parti itu untuk lima tahun lalu dimana perikatan itu menerima 62.91 peratus atau 341,587 undi dan 71.16 peratus dengan 382,137 undi pada 2001.
Manakala pada pilihan raya negeri Sarawak yang kesembilan dan kelapan pada tahun 2006 dan 2001 lalu, hanya 69 dan 43 kerusi disaingi selepas bakinya dimenangi BN tanpa saingan.
Pilihan Raya Negeri Sarawak ke 10 semalam menyaksikan kejayaan Pakatan Rakyat menambah lapan kerusi DUN walaupun BN berjaya mengekalkan dua pertiga majoriti dalam pilihan raya negeri itu selepas mememangi 55 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan.
Awal bulan ini, Najib, yang juga Pengerusi BN, dilaporkan berkata bahawa beliau akan melihat dahulu keputusan pilihan raya negeri Sarawak sebelum membuat keputusan tentang waktu terbaik untuk mengadakan pilihan raya umum.
Terdapat juga spekulasi bahawa Najib mungkin membubarkan Parlimen tahun ini walaupun tempohnya hanya akan berakhir 2013.
Pilihan raya umum ke-12 telah diadakan pada Mac 2008.
Sumber: TVSNEWS | Menghadiri Majlis Pecah Tanah SJK (T) Ladang Midlands Posted: 16 Apr 2011 11:30 PM PDT Shah Alam, 17 April 2011 – YB Dr Xavier Jayakumar telah menghadiri Majlis Pecah Tanah di SJK(T) Ladang Midlands, Shah Alam yang bermula pada pukul 10 pagi.
Perasmian yang dilakukan oleh Dr Xavier itu dihadiri oleh YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam, YDP PIBG SJK(T) Ladang Midlands, Encik S. Kumaravel, Tuan Pengerusi, Encik K. Uthayasoorian.
Majlis pecah tanah dan perletakan batu asas bagi sekolah tersebut berakhir pada waktu tengahari.
| Wanita DUN Seri Andalas Pelajari Cara Menghasilkan Coklat Posted: 16 Apr 2011 11:15 PM PDT Sg. Kandis, 17 April 2011 – Seramai tujuh puluh orang wanita telah menghadiri program yang diadakan untuk wanita DUN Seri Andalas.
Program yang diadakan di dewan MBSA Sg. Kandis itu bermula sejak pukul 8.30 pagi.
Penerangan tentang pinjaman kecil telah dibuat oleh MIMBAR.
Para wanita kemudiannya diberitahu tentang Skim TAWAS dan MUES oleh Puan Mary, yang merupakan salah seorang petugas DUN Seri Andalas.
Encik PS Rajoo yang merupakan Ahli Majlis MPK memaklumkan bahawa pemeriksaan mata secara percuma akan diadakan di pejabatnya pada 23 dan 24 April. Selepas sarapan pagi, para wanita didedahkan dengan Program Membuat Coklat. Pertama sekali mereka didedahkan cara-cara membuat coklat secara teori melalui persembahan slide yang disediakan.
Setelah penerangan melalui teori dibuat, para wanita kemudiannya melakukan praktikal. Mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada sepuluh orang setiap kumpulan.
Para wanita yang hadir sangat teruja dengan pendedahan membuat coklat, mereka mempelajari pelbagai resipi dan rekacorak coklat yang cantik.
Sesi program untuk wanita di DUN Seri Andalas pada hari ini kemudiannya berakhir pada 1.30 petang dan para peserta diberikan 'goodie bag Selangor'.
Program yang diadakan hari ini bukan sahaja memberi manfaat kepada wanita dari segi penyediaan coklat dan pendedahan tentang skim-skim yang dibuat oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor, malah program sebegini yang membawa setiap kaum berkumpul bersama-sama dapat memupuk perpaduan antara kaum. Pihak DUN Seri Andalas akan mengadakan program sebegini dari masa ke semasa.
| Mengimbas Kembali Sekitar Kempen PKR N34 Krian, Ali ak Biju Posted: 16 Apr 2011 11:10 PM PDT Semasa hari penamaan calon pada 6 April 2011 yang lalu, lebih 3,000 penyokong PKR mengiringi beliau berarak mengelilingi pekan Saratok selepas di isytiharkan sebagai calon PKR dun tersebut.
Jentera kempen beliau juga telah menaikkan 5 'giant billboard' bersaiz 25 kaki X 15 kaki yang dianggap paling besar pernah dipasang dalam PRN Sarawak ke 10 ini.
Dalam PRN Sarawak baru ini Ali merupakan salah seorang 'giant killer' apabila berjaya menumbangkan Datuk Peter Nyarok ak Entrie (penyandang selama 4 penggal Dun tersebut) yang juga merupakan Timbalan Menteri Modernisasi Pertanian Negeri Sarawak dengan majoriti sebanyak 2.090 undi. Peter juga adalah Timbalan Presiden Parti Progresif Demokrasi Sarawak (SPDP).
Ali mendapat 5,178 manakala Peter Nyarok mendapat 3,088 undi dalam pertandingan 4 penjuru di Dun tersebut. Ali dibantu oleh YB Dr. Xavier Jayakumar (ahli Biro Politik PKR Pusat) yang juga merupakan seorang ahli Exco Negeri Selangor dalam gerak kerja sepanjang kempen piliharaya di Dun tersebut.
| |
R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang Posted: 22 Apr 2011 11:03 PM PDT Tunnel - Ara Damansara Traffic problem resolved Posted: 22 Apr 2011 08:30 PM PDT THOUSANDS of motorists were relieved because the Petaling Jaya City Council (MBPJ) did not close the FAS tunnel in Petaling Jaya Utara yesterday as planned but instead will turn it into a one-way traffic flow.
The council has accepted the suggestion of Ara Damansara residents of turning the two-way tunnel into a one-way flow to allow only traffic from the Damansara-Puchong Highway (LDP).
Traffic from Ara Damansara will now need to use the Megah Mas tunnel to exit into LDP.
The move is to also alleviate the suffering of residents in Taman Kelana Idaman, near the FAS tunnel.
What a relief: The missing link between Ara Damansara and Tropicana is finally ready.
The council was compelled to close the tunnel due to complaints from Taman Kelana Idaman residents who have to face the high volume of traffic right at their doorsteps every day.
It is hoped that turning the tunnel into a one-way flow and directing the traffic around Ara Damansara into one big loop will be a win-win situation for all stakeholders.
There is another reason for motorists to be happy because contractors appointed by the council had completed the major work on the missing link between Ara Damansara and Tropicana.
Work on road kerbs, markings and walkways are expected to complete by next Wednesday.
MBPJ councillor Khairul Anuar Ahmad Zainudin said the council had budgeted RM300,000 for the road but in the end needed to pay less.
"Traffic is so bad for Taman Kelana Idaman residents that they cannot come out from their houses. Heavy vehicles also zoom past daily and have even knocked down the height bars put up several times.
"We can imagine their frustration," he added. He also advised FAS tunnel users to give way to residents when they need to exit from their houses.
"However, the problems faced by Ara Damansara residents are also real.
"MBPJ took note of their plight and discussed their recommendations with a traffic consultant.
"It was eventually agreed the tunnel be turned into a one-way flow and a set of traffic lights be installed at the cross junction to ease congestion," he added.
Khairul said MBPJ would also build more road humps and a divider to prevent motorists from using Taman Kelana Idaman as a shortcut.
No date has been fixed for the implementation of the new traffic system.
Damansara resident Y.K. Lee expressed gratitude to the council on behalf of his neighbours for taking their feedback into consideration. He also thanked the councillor for his effort in trying to resolve the matter. | Hill Slope Developments at Damansara Perdana Posted: 22 Apr 2011 02:12 AM PDT YB Sivarasa telah sempat menghadiri taklimat bersama pemilik-pemilik ARMANEE TERRACE di Damansara Perdana. Taklimat telah diberikan oleh pihak pemaju EMPIRE MAMMOTH yang bercadang membina 750 rumah teres mewah 3 tingkat di tepi kawasan bukit. Hadir bersama YB Sivarasa adalah YB Elizabeth WOng selaku ADUN kawasan terbabit bersama Ahli Majlis Tuan Syed Malek dan Tuan Chan Chee Kong, pegawai MBPJ, IKRAM dan JKR.
| |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan