Khamis, 14 April 2011

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Anwar Ibrahim

Posted: 13 Apr 2011 07:12 PM PDT

Anwar Ibrahim


Program ‘Grand Finale’ Dato’ Seri Anwar Ibrahim Tawan Sarawak

Posted: 13 Apr 2011 06:59 PM PDT

14 April 2011 (Khamis)

5.00 ptg – Pekan Sadong Jaya

6.00 ptg – Pekan Asajaya

7.30 malam – Serian Seafood Garden Restaurant, Bazar Serian

9-00 malam – BDC, Jalan Stampin, Kucing

10.30 malam – Bandar Baru Semariang Fasa 3, Jalan Sultan Tengah, Kucing

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

1MDB – Najib’s Political Slush FundTo Prop Taib And His Cronies

Posted: 13 Apr 2011 06:39 AM PDT

PRESS STATEMENT
Wednesday 13 April 2011

As you may recall, I raised my concerns about 1MDB in September 2010 when Pakatan Rakyat exposed how the fund, which was already allocated RM5 billion in 2009 via government bonds, was planning to raise another RM10 billion. That would have raised the fund's liabilities to RM15 billion by 2013, which is four times the value of bonds issued for PKFZ that amounted to RM3.68 billion.

To hoodwink the Rakyat, Dato' Seri Najib said that 1MDB had in fact declared a profit of RM425 million in the first year of operation. He never told us how.
We have today 1MDB's financial statements that expose BN's blatant abuse of government funds and how it continues to mismanage the country.

1MDB was able to declare a profit for 31 Mac 2010 because it entered into a very suspicious transaction tantamount to a blatant attempt to deceive the Rakyat. The profit declared was nothing more than an accounting entry to hide a trail of arrangement to create slush funds for BN.
Hardly five months after paying RM3.5 billion in cash for an investment in a joint venture with PetroSaudi of Saudi Arabia, 1MDB sold the investment back to the owners of the Saudi concern for RM4.1 billion.

On the surface this looks like a stunning financial return; a roughly RM615 million gain that helped 1MDB show profit.

But careful reviews of the 1MDB's financial statements show a different picture. PetroSaudi, which received cash when 1MDB bought the stake, is now paying for the transaction through an 11-year loan scheme that will only be fully repaid in 31 March 2021.

Why such a sweetheart financial arrangement?

Nearly 70% of 1MDB'S original capital is now tied-up in a loan, which there is no certainty it will be paid.

PetroSaudi and many of its associates are companies incorporated in tax havens, such as Cayman Islands and the British Virgin Islands. Therefore, there will not be any transparency of the transactions between 1MDB and PetroSaudi and the latter's associates which will remain to be shrouded in secrecy.
What is even more astonishing is that the deal to sell the investment was done on 31 March 2010, which is the last day of the financial year. This sleight of hand accounting is a blatant attempt to show the dubious profit that Dato' Seri Najib declared.

What is also as explosive is the Taib Mahmud's connection to 1MDB and the dubious transactions it recorded.

Last year PetroSaudi paid over RM1.5 billion to takeover UBG Bhd, the financial arm of the business empire owned by Taib Mahmud's family that was facing difficulties.
Where did that money come from?

The financial statements strongly suggest that 1MDB's financial merry-go-round is clearly a political slush created by the BN and Najib to enrich cronies and bail them out.

Therefore, in light of the massive and unprecedented spending and political bribery seen in this Sarawak election, Pakatan Rakyat demands the following:
An appointment of a special audit to probe into the transactions involving 1MDB, PetroSaudi and UBG to ascertain whether or not government money has been used for a slush political fund;

The immediate halt of the company's efforts to raise more funds from the banks until such probe is completed;

A freeze on any attempt by BN to transfer any government property into 1MDB, such as the plan to award the company the prime piece of real estate in Jalan Cochrane; and

A full disclosure on who is behind PetroSaudi and 1MDB to convince the Rakyat that the company is financially sound to meet all its obligations to repay the loan.

DATO' SERI ANWAR IBRAHIM

BN Dijangka Tabur Jutaan Ringgit Pada 4 Hari Terakhir Kempen

Posted: 12 Apr 2011 08:41 PM PDT

Dari Keadilan Daily

Barisan Nasional dijangka akan menabur jutaan ringgit bukan sahaja kepada pengundi, malah kepada calon-calon KEADILAN yang bertanding pada 4 hari terakhir kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mengulas laporan mengenai calon KEADILAN bagi kerusi DUN Baleh, Bendindang Manja yang ditawarkan sejumlah wang supaya menarik diri daripada bertanding dalam pilihan raya itu, 16 April ini.

"Kita menjangkakan wang akan digandakan dan ia diluar kawalan kami. Pihak lawan sememangnya menggunakan taktik ini, bahkan hanya satu hari selepas penamaan pun ada diantara calon KEADILAN yang ditawarkan untuk menarik diri.

"Tapi, syukurlah setakat pemantauan kita, calon-calon masih bersama dengan rakyat. KEADILAN akan mengawal supaya tiada anasir Barisan Nasional yang akan mendekati untuk membeli calon kita," kata Rafizi pada sidang media di Bilik Gerakan Utama KEADILAN, dekat Satok hari ini.

Beliau menjelaskan, sehingga kini tidak ada tanda yang menunjukkan calon-calon KEADILAN akan goyah walaupun tahu bahawa tawaran tersebut akan datang dari pelbagai pihak.

"Agak sukar sekarang ini bagi mereka menarik diri dan mengkhianati melihatkan kepada gelombang sokongan rakyat," kata Rafizi.

Dalam pada itu, Rafizi mengingatkan kepada pengundi di Sarawak bahawa jumlah ribuan ringgit yang ditawarkan adalah terlalu sedikit jika dibandingkan dengan 30 tahun penderitaan rakyat Sarawak.

"Mereka beri seribu kita minta dua ribu. Mereka beri dua ribu, kita minta tiga ribu.

"Justeru saya ulang kepada para calon untuk turun bertemu dengan rakyat dan beritahu mereka untuk ambil wang itu, sebab ia memang wang anda.

"Tetapi undi adalah rahsia. Jangan lepaskan peluang, kerana hanya masa inilah sahaja kita mampu buat perubahan. Jika mahukan perubahan, undilah Pakatan Rakyat," ujarnya.

BN Sarawak: Tradisi Memangsakan Rakyat

Posted: 12 Apr 2011 08:35 PM PDT

Oleh YB Dzulkefly Ahmad

Rakyat Sarawak mesti melakukan perubahan pada pilihan raya negeri yang berlangsung 16 April ini daripada terus menjadi mangsa kerajaan.

Ini kerana kerajaan BN negeri secara tradisi menjadikan rakyat sebagai mangsa termasuk merampas tanah mereka dengan alasan untuk menjadikan negeri ini maju.

Justeru, adakah rakyat dan pengundi termasuk di Dun Muara Tuang kepada jaminan yang diberikan oleh Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk menjadikan Sarawak Maju pada 2020.

Itulah pertanyaan yang dilontarkan oleh AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad semasa berucap di hadapan kira-kira 100 orang kaum Iban di Kampung Rembus, malam tadi.

Beliau yang juga ahli Parlimen Kuala Selangor berkata, sedangkan apa yang berlaku tanah rakyat dirampas dan kehidupan mereka terpinggir.

Katanya, tanah mereka diambil oleh kerajaan dan diberikan kepada pemaju untuk pembangunan kononnya untuk menjadikan negeri ini maju pada 2020 nanti.

Namun, ujarnya pampasan yang diberikan kepada tuan tanah hanyalah sekelumit yang menjadikan kehidupan mereka semakin terhimpit

"Apakah rakyat percaya kepada jaminan Taib pada tahun 2020 untuk menjadikan Sarawak maju sedangkan yang kaya raya adalah suku sakatnya," ujarnya.

Menurutnya, Sarawak adalah negeri kaya dengan hasil bumi seperti minyak dan balak tetapi dibolot dan 'difaraidkan' oleh pemimpin negeri kepada suku sakat mereka.

Tambahnya, ini menjadikan anak beranak, adik beradik dan kawan-kawan Taib menjadi kaya raya umpama memiliki hartanah lapan negara merentasi empat benua.

Beliau mengambil contoh bagaimana adik Taib melalui syarikat Titanium Management Sdn Bhd mendapat tanah terbesar seluas 70,000 hektar di Sungai Kloh dan Dor.

Paling kecil pun, katanya suku sakat Taib mendapat seluas 61 hektar tanah rakyat.

Beliau turut mengambil contoh projek Empangan Bakun yang menyebabkan 10,000 orang yang terdiri daripada 13 kaum termasuk Penan, Kayan dan Kanyah terpaksa keluar dari penempatan asal.

Ekoran itu, mereka terpaksa mencari kehidupan di bandar sedangkan tidak mempunyai kelayakan, kedudukan dan ketrampilan yang akhirnya menjadi 'alat' kepada permasalahan sosial.

Anwar: BN’s Transformation Is a Sham, ‘ubah’ is Better

Posted: 12 Apr 2011 08:21 PM PDT

From Malaysian Insider

Datuk Seri Anwar Ibrahim mocked Barisan Nasional (BN) election campaign’s "transformation" message last night, calling it a sham that covers up the ruling coalition's failures in Sarawak.

"They say transform is better than ubah. But let me ask you this, how can you even transform Sarawak if you cannot even control (Sarawak chief minister Tan Sri Abdul) Taib Mahmud.

"I have seen corruption in the Peninsula but the corruption that goes on in Sarawak under this man is done with impunity. Done without even a shred of guilt or shame," Anwar told his audience near Kampung Hilir, here.

The BN's call to "transform" Sarawak is a counter to the PR's campaign motto for Sarawakians to "ubah" or change their state government.

"Transform" is a phrase inspired from the two transformation programmes, the Economic Transformation Programme and the Government Transformation Programme, introduced by Datuk Seri Najib Razak's administration.

Federal-level BN and PR leaders have been boasting of their track records while criss-crossing Sarawak.

The BN has trumpeted the massive infrastructure projects they have earmarked for Sarawak while the PR has pointed to their achievements in the Selangor and Penang governments.

Anwar spent most of his time countering the BN's claims that the PR governments of Penang and Selangor failed to meet their 2008 general election promises.

"Taib says we offer empty promises. But you can see for yourself what we have achieved in Penang and Selangor.

"Their economies are growing, the people's welfare is being taken care of and we are running a clean government. This what we can bring for Sarawak if only you all change," Anwar said.

He also compared the PR's stand on the freedom to practice religion to that of the BN. Anwar was hoping to capitalise on any fallout created by the BN's dispute with Christian groups over the usage of the Bahasa Malaysia Bible and the term Allah.

"Allah has been used to refer to God for centuries even before Islam. The proof is there. So there should not be any restrictions on it. Christians should also have the right to practice their faith in whatever language they choose."

Suara Anak Muda : Angkatan Muda Keadilan Cabang Pendang.

Posted: 13 Apr 2011 11:34 AM PDT

Suara Anak Muda : Angkatan Muda Keadilan Cabang Pendang.


Khairy mengelabah : konon orang nak serang dia guna video lucah ?

Posted: 12 Apr 2011 04:36 PM PDT

Khairy mengelabah : konon orang nak serang dia guna video lucah ?
artikel ini tulisan seorang blogger dan dipetik dari http://edyesdotcom.blogspot.com/2011/04/khairy-emosi-dan-mengelupur-di-sebalik.html

Tanpa membaca kenyataan penuh Chegubard yang dipublish pada 7 April lalu, Khairy mungkin saja panik dan mungkin juga dengan gelabah puyuh mengarahkan budak-budak suruhannya membuat laporan polis ke atas Chegubard. (klik untuk kenyataan penuh cheGuBard)

Kenyataan Chegubard menyentuh perihal video seks yang dikatakan milik khairy. Namun chegubard menegaskan sekerasnya betapa politik lucah harus dihentikan segera, merujuk kepada tindakan chegubard memusnahkan seberapa banyak vcd yang ada ketika kempen PRU2008.

Jika hari ini politik UMNO membenarkan penayangan video seks di beberapa hotel terkemuka sekitar ibu negara walaupun video itu fitnah kepada DSAI, Chegubard pernah memilih untuk tidak menggunakan bahan serupa untuk kempennya menentang khairy. Tindakan chegubard pada tahun 2008 adalah hujah penting beliau bagi menyeru politik selak kain dihentikan. Beliau juga dilihat konsisten dalam isu ini termasuk ketika berdepan dengan kes video Chua Soi Lek yang boleh ke blog beliau dan rujuk kenyataan beliau ketika itu yang tersiar dalam blognya. (klik tajuk Gambar anak menteri pula atau klik isu Eli Wong beza dengan CSL)

Tetapi malangnya kenyataan Chegubard telah disalah tafsir oleh seorang Yang Berhormat lepasan Oxford. Secara terus Khairy menuduh Chegubard mengedar video seks tersebut ketika kempen PRU2008 dalam laman twitter miliknya.

Di bawah adalah twitter KhairyKJ yang menuduh Chegubard mengedar Video lucah miliknya pada tahun 2008 di Paroi;

@chegubard Kamu yang edar video palsu tu di Paroi masa PRU2008 hari ni pula nak tolak politik lucah. Tolong la Barrrd... Hipokrit betul.


Apa yang menjadi persoalan di sini, mengapa Khairy tidak membuat sebarang laporan polis ke atas Chegubard apabila mengetahui 'kononnya' Chegubard mengedarkan video seks yang pelakonnya iras-iras Khairy.

Sedangkan ketika PRU lepas jentera Bn telah membuat beberapa laporan polis ke atas cheGuBard khususnya apabila ada mahasiswa turut menyertai jentera menentang Khairy di Rembau.

Telah ditegaskan, video seks tersebut asalnya adalah dari kumpulan UMNO yang amat membenci Khairy. Jangan kita lupa bagaimana Khairy di 'boo' beberapa kali ketika diangkat sebagai ketua pemuda suatu masa dulu. Kumpulan ini sanggup membekalkan beberapa bahan untuk kempen chegubard termasuklah video yang dimaksudkan. Tetapi di atas prinsip menolak politik selak kain, Chegubard mengarahkan jenteranya memusnahkan bahan tersebut.

Sememangnya puak-puak UMNO memang gemar mengedar bahan-bahan lucah bagi membunuh karier politik seseorang pemimpin yang dirasakan mengancam kepentingan mereka waima pemimpin di dalam parti sendiri.

Beberapa jam selepas chegubard keluar kenyataan di blognya yang bertajuk "SAMM : Hentikan Politik Lucah Segera!!", satu laporan polis telah dibuat oleh pemuda UMNO umpama ketua pemudanya seperti cacing kepanasan.

Sekali lagi saya timbulkan persoalan, mengapa tidak buat laporan polis pada tahun 2008 jika benar chegubard mengedar video tersebut sebagai bahan kempen? Laporan polis hanya dibuat di atas kenyataan chegubard yang tajuknya menggesa politik lucah dihentikan!

Seraya itu juga, dengan pantas setiausaha PKR Rembau iaitu Norazizi telah dihubungi oleh seorang pegawai penyiasat polis yang bernama Omar. Difahamkan pihak penyiasat sebenarnya belum lagi membaca kenyataan penuh Chegubard, tetapi oleh kerana pihak pemuda UMNO yang membuat report maka pihak polis begitu melulu dalam menjalankan tugasnya. Gelagat pihak polis tidak ubah seperti telah diperkudakan untuk kepentingan seseorang.




Beberapa tweet yang mempersoal 'mengapa KJ tidak membuat laporan polis pada 2008' tidak dijawab oleh Khairy. Apakah maknanya diam membisu walaupun sebelumnya beberapa kali mengicau tweet dalam isu yang sama?

Perlu diingat, melalui twitter Khairy yang tertera di atas, ia menunjukkan Khairy juga sedar video itu wujud apabila membuat tuduhan terhadap Chegubard bahawa pengedaran video itu kononnya berlaku.

Khairy dinasihatkan jangan terlalu angkuh dalam isu video lucah ini dan jangan tersalah langkah dalam mengatur gerak. Chegubard mungkin saja telah memusnahkan semua kepingan vcd tersebut pada tahun 2008, namun tidak mustahil 'jika' masih ada satu salinan buat kenang-kenangan.
Apa yang salahnya menyimpan video lucah apatahlagi menayangkan di dalam bilik hotel untuk tontonan wartawan terpilih. Asalkan ia tidak bertujuan mengaut keuntungan, ia boleh sahaja berlaku dalam negara Islam Malaysia kita ini. Terima kasih kepada Nazri!


Buat Khairy, gambar kamu 'bergembira' di Kelab Malam disebar oleh kawan-kawan kamu, gambar kamu beraksi 'maknyah' juga disebar oleh kawan-kawan kamu... Apa lagi yang kawan-kawan kamu miliki yang akan disebarkan... Cuma ketika gambar-gambar tersebut tersebar tiada pemimpin PR yang ambil jadi modal politik.

P/s : semua gambar ialah gambar hiasan tidak ada kena mengena dengan hidup atau mati dipetik dari perbagai laman pro Umno

Nota Tambahan : Chegubard tolong bakar CD-CD tuh pun dia tak ucap terima kasih, Pastu tuduh CB edar cd pulak?? memang kau nie mabuk!! Pemabuk!! Statement lulusan Oxford mcm nie??? nie lagi satu Pemimpin UMNGOK Degree beli jugak nie, Statement Mcm orang mabuk, Memang dia kaki mabuk pun :)

Kau bacalah habis statement chegubard tuh bahalol.. CB nie Anti-Politik Selak Kain... Kaki PORNO nie org UMNO jerk..Kan dah kena Backfire kah kah kah... patutlah kaki mabuk nie jadi liabiliti kat Pak Lah & UMNGOK. Pemimpin kau semua kat sarawak, kau sorang jerk ke hulu ke hilir round satu mesia bagi statement Mabuk...

PKR DUN 19 Kepayan P174 Penampang, Sabah.

Posted: 13 Apr 2011 11:32 AM PDT

PKR DUN 19 Kepayan P174 Penampang, Sabah.


Villagers in remote part of Lawas spends RM700 to visit nearest hospital in Lawas

Posted: 13 Apr 2011 03:28 AM PDT

09042011927090420119280904201193009042011932

These were the complains by the villagers who were at the TAMU BESAR LAWAS, to sell their produce. Many of them travelled from Bekalalan, Long Semadi which is at least 4hours of off road ride of very bad timber roads.

On a normal travelling stint to trade in the TAMU BESAR, many would spend up to RM100 one-way from the remote village to Lawas town to trade and sell their produce. Many complained that a lot of their harvest would never reach the town because of high transportation costs.

Many of the villagers complained that even upon visiting the Lawas Hospital, many have to spend extra hundred ringgit to travel to Kota Kinabalu, Sabah – Queen Elizabeth Hospital for complicated cases. Critical & surgical cases have to be referred to QEH because of shorter distance instead travelling to Limbang via Brunei or 2000km to Kuching. Conditions like these does not augur well with PM's slogan Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

Many villagers felt that there were impoverished because of additional financial burden due to very poor road infrastructure and basic amenities. This is what we deserve after 47 years of independence while our BN representatives lives in palaces and in luxurious lifestyle.

Lawas and Limbang Division being separated by two regions of Brunei has a population of approximately 49,000 consisting of Chinese, Orang Ulu Malay, Kedayan, Murut Tagal & Iban.

This was disclosed to PKR Candidate N70 Bekalalan Sdr Baru Bian –lawyer NCR activist and PKR Candidate N71 Bukit Sari Sdr Hj Japar Suyut who was accompanied by PKR Central Supreme Council Member – Dr Roland Chia Ming Shen during their visit to the TAMU BESAR LAWAS.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 13 Apr 2011 11:27 AM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang


Malaysiakini diserang kerana Harakahdaily tiada umph?

Posted: 12 Apr 2011 11:19 PM PDT


Kenapa laman web Malaysiakini dan Sarawak Report diserang ketika kempen pilihanraya Sarawak sedang hangat sekarang ini? Adakah kerana Harakahdaily tiada umph, kurang menyerang, gagal menarik pelayar internet di Sarawak? Fikirlah sendiri, maleh nak komen banyak-banyak, nanti ada yang melenting.


Malaysiakini dan Sarawak Report diserang


KUALA LUMPUR, 13 April: Kerana bimbangkan pengaruhnya yang semakin berkembang, laman web Sarawak Report (SR) dan Malaysiakini diserang oleh pihak-pihak tertentu dan tidak boleh dilawati. Sarawak Report mula diserang empat hari lepas manakala Malaysiakini tidak boleh dilawati langsung mulai semalam. SR sejak dari penubuhannya menumpukan serangan mereka kepada kepimpinan BN Sarawak khasnya Ketua Menteri, Datuk Patinggi Taib Mahmud. Laporan Malaysiakini bagaimana pengundi Sarawak berebut-rebut Tupperware dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib juga sangat memalukan Najib dan BN. Malaysiakini juga telah berjaya memperlihatkan pertembungan antara Najib dengan Taib Mahmud di Sarawak.


Menurut sumber dalaman, kedua-duanya diserang dari luar negeri melalui D-DOS atau denial-of-service. Dalam kenyataannya, Malaysiakini memaklumkan, laman mereka gagal berfungsi kerana di serang penyerang siber. Perkara ini dimaklumkan Malaysiakini jam 5:46 petang semalam dalam laman web sementara mereka. Melalui serangan ini, kedua-dua laman ini diserang oleh komputer yang menyebabkan terlampau ramai permintaan untuk memasukinya sehingga ia lumpuh.


Namun kedua-duanya sudah mengubah ke laman sementara untuk mempastikan mereka terus boleh memberikan khidmat menjelang pilihan raya negeri Sarawak 16 April ini. Malaysiakini telah dipindah ke laman sementara mereka iaitu malaysiakinicom.wordpress.com manakala Sarawak Report di http://www1.sarawakreport.org/


Sikap pemimpin Malaysia, punca nelayan ditahan Indonesia

Posted: 12 Apr 2011 07:42 PM PDT


Insiden 7 April 2011 amat memalukan negara kita Malaysia, di mana 2 bot nelayan Malaysia di tarik oleh kapal pihak berkuasa Indonesia. Pihak berkuasa Malaysia cuba menyelamatkan nelayan tersebut dengan menghantar 4 helikopter TLDM dan APMM. Namun helikopter tersebut tidak dapat berbuat apa-apa kerana diacu pistol oleh pihak berkuasa Indonesia.


PUNCANYA ialah pemimpin Malaysia tidak mahu berunding dengan Indonesia sejak berpuluh tahun untuk menyelesaikan masalah sempadan laut kedua-dua negara di mana Indonesia menolak peta sempadan laut Malaysia tahun 1979, Indonesia menggunakan peta dari aturan Konvensi Hukum Laut (UNCLOS) tahun 1982.


Adakah pemimpin Malaysia terlalu sibuk dengan Datuk T, Video Seks, Pilihanraya Sarawak hinggakan tiada masa untuk membela nasib nelayan kita? Di Indonesia wakil rakyatnya yang menonton Video Lucah letak jawatan tanpa di paksa, tapi di Malaysia wakil rakyatnya menonton Video Lucah yang dihidangkan oleh bekas wakil rakyat dan bekas Ketua Menteri dianggap sebagai Hero.


Artikel Helikopter Tentera Malaysia hampir ditembak Tentera Indonesia di http://amkns.blogspot.com/2011/04/helikopter-tentera-malaysia-hampir.html


KAPAL MALAYSIA TETAP DIPROSES


13 April 2011, Jakarta (Kompas): Pemerintah Indonesia menerima surat protes yang dilayangkan Pemerintah Malaysia terkait penangkapan dua kapal ikan ilegal asal Malaysia. Akan tetapi, dua kapal ikan Malaysia itu diduga kuat masuk ke zona ekonomi eksklusif Indonesia. Menteri Kelautan dan Perikanan Fadel Muhammad di Jakarta, Selasa (12/4), mengungkapkan, pemerintah menerima surat teguran keras dari Pemerintah Malaysia yang dilayangkan kepada Kedutaan Besar Indonesia di Malaysia. Seperti diberitakan, aparat Kementerian Kelautan dan Perikanan serta Badan Koordinasi Keamanan Laut menangkap kapal ikan ilegal asal Malaysia pada 7 April sekitar pukul 11.00 di wilayah pengelolaan perikanan perairan zona ekonomi eksklusif (ZEE) Indonesia di Selat Malaka.


Kedua kapal itu masing-masing beranggotakan empat anak buah kapal berkewarganegaraan Thailand. Menurut Fadel, Pemerintah Indonesia tetap mengacu pada dugaan pelanggaran yang dilakukan dua kapal ikan Malaysia. Dugaan pelanggaran itu, yakni tidak mempunyai surat izin usaha perikanan dan surat izin penangkapan ikan dari Pemerintah Indonesia serta menggunakan alat tangkap terlarang berupa pukat harimau. "Saya sampaikan, pemerintah keberatan dengan cara mereka yang masuk ke wilayah perairan Indonesia berkali-kali.


Tetapi, saya meminta persoalan dua negara ini diselesaikan baik-baik," ujar Fadel. Direktur Jenderal Pengawasan Sumber Daya Kelautan dan Perikanan KKP Syahrin Abdurrahman menegaskan, kapal ikan Malaysia KF 5325 berbobot mati 75,8 ton dengan nakhoda Kla diduga kuat memasuki perairan ZEE Indonesia sejauh 3,8 mil laut (6,84 kilometer). Kapal kedua, yaitu KF 5195, berbobot mati 63,8 ton dengan nakhoda kapal Nhoi diduga kuat masuk sejauh 8 mil laut.


PENGAMAT HUKUM LAUT INTERNASIONAL, HASYIM DJALAL, MENGEMUKAKAN, BATAS PERAIRAN INDONESIA-MALAYSIA TERKAIT ZONA EKONOMI EKSKLUSIF SELAMA PULUHAN TAHUN MASIH MENJADI KENDALA. HAL ITU, ANTARA LAIN, DIPICU OLEH SULITNYA MALAYSIA UNTUK BERUNDING. Sumber: KOMPAS http://beritahankam.blogspot.com/2011/04/kapal-malaysia-tetap-diproses.html

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

Posted: 13 Apr 2011 09:10 AM PDT

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


Ceramah Azmin Ali Miri 12/04/2011(video)

Posted: 13 Apr 2011 09:06 AM PDT





Lupakan RPK, Fokus Sarawak!! Lihat Gambar Serata Sarawak Malam Ini !!

Posted: 13 Apr 2011 08:57 AM PDT





DAYAK BARU MEMBERONTAK


Hishamuddin Rais

Kota Miri kota dipesisiran laut. Kota sempadan. Kota Golok untuk orang Brunai. Bersih, baru dan tersusun. Kota hujung minggu tempat orang Brunai 'melepas geram'. Cukup jelas watak kota sempadan ini.

Aku ke sini untuk melihat dengan dekat apa yang sedang berlaku di Sarawak. Lebih jujur kalau aku katakan melihat dengan kaca mata aku wilayah disekitar Miri. Secara jujur tak mungkin dalam satu minggu aku mengetahui dan memahami Sarawak. Kalau ada sesiapa yang berkata sedemikian maka orang ini pasti pelebong yang mungkin juga berani mengakui dirinya adalah sepupu kepada Saddam Hussein.

Menginap di sebuah hotel murah tidak jauh dari Bilik Gerak Pusat PKR Miri. Aku sebenarnya memang tidak mengetahui banyak tentang Sarawak. Aku dibesarkan dengan Dolah Sarawak, Siput Sarawak dan Nenas Sarawak - Sarawak-Sarawak yang lain haram aku tidak mengetahui. Susur galur pensejarahan Sarawak tidak juga aku ketahui. Berapa banyak sukubangsa yang wujud di Sarawak tidak juga aku ketahui.

Kalau anak kecil - aku datang ke Sarawak ini seolah-olah untuk disunatkan - agar aku mengetahui lebih dalam dan intim tentang wilayah yang telah menjadikan Malaysia kaya raya.

Malam pertama, aku telah dibawa ke perkampong Kedayan - Kampong Sugai Subak daerah Sebuti. Bersama aku dalam kereta ada dua orang lagi pekerja parti. Seorang aktivis Pas dari Klang dan seorang jurutera aktivis PKR anak tempatan. Aku diberitahu kampong ini dua jam perjalanan ke luar kota.

Kami memulakan perjalanan agak lewat. Kereta kami melintasi kawasan kawasan mewah yang rumah-rumah tersergam indah - sepuluh ratus kali lebih gah dari Country Height Kajang - seakan-akan aku sedang melintasi Sunset Boulevard ke Beverley Hills di Los Angeles di mana bintang Hollywood membina sarang mereka.

Rumah-rumah angkuh, gedang dan bergemerlapan. Siapa agaknya yang bersarang di rumah rumah ini. Pemandu kami - juga aktivis PKR - tanpa segan silu telah bekata semua ini adalah rumah-rumah 'China Kaya'. Jelas unsur politik Semenanjung di sini.

Kereta kami memasuki luar kota. Kawasan makin gelap. Aku tidak tahu apa yang di kiri dan apa yang di kanan. Sesekali aku ternampak cahaya lampu. Jelas aku di dalam perut hutan Sarawak. Tidak ada kereta yang memotong kami dan tidak ada juga kereta berseliseh. Wah! Aku merasakan amat jauh hendak berpolitik ke kampong ini.

Belum pernah aku merasakan berjalan dalam gelap untuk berpolitik bagini jauh. Dulu di Tenang pernah aku berjalan dari Labis ke Kampong Sawah Baru. Memang jauh aku rasakan - tetapi kali ini beratus kali jauhnya. Memang Sarawak ini wilayah yang maha luas. Dan ramai warganya tinggal di pendalaman. Hendak tahu erti pendalaman datanglah ke Sarawak.

Jalan batu aspal agak baik terutama lima atau sepuluh kilometer dari kota Miri - terutama di daerah rumah orang kaya kaya. Hampir dua jam kemudian jalan semakin rahai. Ini bermakna kami telah mengambil jalan kecil memasuki kampong yang dituju.

Wah! Amat jelas bezanya rumah yang aku lihat tadi dengan apa yang ada dihadapan mata. Tadi aku melihat Istana sekarang aku melihat rumah kotak buruh kontrek bangunan Mat Indon yang didirikan di tepi bangunan yang sedang dibina di Damansara. Aku difahamkan ini adalah perkampongan sukubangsa Kedayan. Nah! Ini lah kali pertama aku mendengar nama sukubangsa ini.

Untuk orang di Semenajung jangan tersilap faham - ini bukan ceramah kelompok - ini juga bukan ceramah umum - bukan forum dan bukan seminar. Ini kerja politik di Sarawak. Bila aku keluar dari kereta yang aku dengar ialah gendang Melayu asli. Bunyi musik seakan-akan Zainurin Mat Dom senang berdendang dengan lagu Alah Emak Kahwinkan Aku.

Cahaya hanya datang dari lampu rumah - justeru kawasan sekeliling agak gelap. Bila aku hampiri maka aku nampak tujuh lapan bayang-bayang sedang bertandak di tengah jalan. Tidak sampai tiga puluh orang yang ada pada pesta ini. Yang aku nampak hanya bayang bayang hitam.

Mata aku mencari arah musik. Wah! Empat orang perempuan sedang duduk di bawah rumah yang bertiang tinggi - mereka memukul gendang dan menyanyi. Bila aku dengar amat jelas pantun pantun mereka adalah pantun perjuangan:


Adik bergendang abang menari


Jangan lupa kepada kami


Bila PKR telah pergi


Adik tinggal seorang diri


Di dalam gelap aku nampak bayang-bayang anak muda yang tersusun berdiri. Lalu aku hampiri. Mereka ini telah mengambil bahagian dalam perlawan futsal anjuran AMK sebelum ini. Aku bertanya-tanya. Semua mereka bukan pengundi. Tiga orang anak muda Kedayan yang aku rapati semuanya telah meninggalkan sekolah dalam umur yang masih muda.

Keciciran! Ini bukan keciciran. Ini dasar Taib Mahmud yang tidak mahu Kedayan ada ilmu dan berpelajaran. Dari segi jumlah sukubangsa Kedayan lebih ramai dari Melanau yang kini berkuasa di Sarawak. Kedayan yang juga beragama Islam ini dilihat oleh Taib sebagai berpotensi untuk melawan hegemoni Melanau.

'Darik manak?' perbualan kami yang terputus-putus kerana Kedayan ini memiliki bahasa tersendiri. Mereka berbual dengan aku menggunakan bahasa Melayu yang loratnya tidak pernah aku dengari. Aku selalu tertanya tanya kerana tidak faham buah butir.

'Apa Keadilan ini?' soalan ini datang dari Shahrulnizan anak muda berumur 16 tahun. Dia telah meninggalkan sekolah dua tahun dahulu. Lalu aku bertanya kenapa dia datang ke pesta ini. Jawabnya senang 'kawan saya main futsal'. Nah! Jelas anak muda di Sarawak perlu disedarkan.

Gendang terus dipalu. Pantun berbals balas. Aku akhirnya bertandak dan berjoget. Malam pertama aku di Miri tidak akan aku lupakan. Bila aku diminta berpantun aku menolak. Entah kenapa lidah aku kelu kerana terlalu seronok dengan pengalaman baru sehinggakan aku kehilangan modal untuk berpantun.

Sebelum hadiah diberikan ada sadikit ucapan dari aktivis PKR - memohon sokongan untuk calon PKR yang juga dari sukubangsa Kedayan. Si Pencermah berucapa dalam bahasa Kendayan. Yang aku dengar hanyalah nama Taib Mahmud yang disebut puluhan kali. Amat jelas kebencian warga Sarawak terhadap Taib Mahmud samalah seperti kebencian warga Malayasia di Semenanjung terhadap Mahathir Muhamad. Taib dan Mahathir ini dilihat sebagai orang jahat di mata rakyat. Dua dua mereka ini dilihat sebagai perompak dan lanun yang mengkayakan anak bini dan kroni.

Tetiba suara halus dari bawah tangga kedengaran. Seorang perempuan meluahkan perasaan tentang bau busuk yang sampai ke kampong mereka. Lalu aku difaham oleh Shahrulnizan bahawa tidak jauh dari kampong mereka ialah tempat pembuangan sampah kota Miri. Aku diberitahu bahawa air sungai telah hitam dan kawasan telah tercemar. Taib Mahmud bukan sahaja meminggirkan Kedayan malah kampong mereka juga diracuni oleh toksik sampah kota Miri.

Tengak hari esoknya aku dibawa untuk melawat rumah panjang pula. Kali ini aku bersama dengan tim perubatan percuma PKR yang datang dari cabang Tuaran Sabah. Tim ini menuju ke Rumah Panjang Logan Talajin - 4 jam perjalanan dari Miri.

Kami meninggalkan kota Miri sebelum jam 1.00 - siang terang benderang. Kami mengambil jalan dipersisiran pantai. Aku merasakan jalan ini telah aku pernah lintasi. Wah! Betul inilah jalan malam kelmarin. Ketika gelap aku tidak nampak pesisiran laut. Rupa-rupanya d isinilah rumah para elit balak dan towkay China yang kaya raya setelah bersekongkol merompak Sarawak dengan Taib Mahmud. Kawasan tepi laut ini idaman mereka. Berapa ramai nelayah telah dihalau dari kampong mereka tidak pula aku ketahui.

Kemudian kami melintasi kawasan sawit, kampong kampong kecil, kampong nelayan. Lagi jauh kami berjalan - jalan semakin buruk. Akhirnya kami sampai ke rumah panjang yang dituju. Aku ternampak kain rentang Barisan Nasinal telah terpasang. Bila aku naik ke tangga aku lihat banyak poster kecil dan besar - poster BN - telah terpasang. Ertinya pekerja parti Taib Mahmud telah sampai ke sini.

Rumah Panjang 33 pintu ini membukakan aku kepada stau lagi dunia yang baru. Tim Perubatan Percuma dari Tuaran amat professiolanl. Mereka terus melakukan apa yang wajib dilakukan. Ibu dan ayah datang untuk bertemu doktor dan mendapat ubatan percuma. Ketika tim perubatan membuat tugas amal, aku meleser melihat rumah panjang yang pertama dalam hidup aku.

Ini kawasan yang subur di itepi sungai. Bila kau hampiri sungai ini amat jelas sungai ini telah berlumpur - seperti air teh susu yang kotor. Di kepala sungai ini pasti ada pembalakan. Ketika aku di tepi sungai itu aku ternampak seorang Ibu Iban sedang mandi bersabun. Saheh! Sungai ini memainkan peranan yang penting dalam kehidupan masyarakat Iban di rumah panjang ini.

Kemudian aku terdengar bunyi mesin. Bila aku hampiri aku ternampkak seorang ayah sedang memesin padi. Mereka berhuma selain dari bersawait. Dari apa yang aku difahamkam orang Iban di sini hanya diberi 300 batang pokok sawit sebagai mata pencarian. Aku tak tahu berapa luas ladang sawit untuk 300 pokok ini. Ada juga warga yang bertanam getah tetapi tidak ramai. Mereka juga berhuma padi bukit. Kebun sayuran tidak kelihatan. Pokok bukan buah ada tetapi tidak lumayan.

Ketika aku mundar mandir di balkony rumah seorang laki Iban datang dan menarik tangan aku. Dia ingin bercerita dan aku pula memang ingin mendengar. Aduh! Perbualan kami terputus-putus sama seperti aku dengan anak muda Kedayan dahulu. Dia menggunakan banyak istilah Iban yang tidak aku fahami tapi nasib baik ada seorang aktivis AMK anak tempatan yang menjadi juru terjemah.

Si Iban ini namanya Jenau Anak Belang. Bila aku tanya umurnya dia berkata telah hampir 80 tahun. Dia gagah dan sasa. Pasti dari darah tani yang hidup berkhidmat setia kepada bumi. Jenau berkesah tentang bagaimana mereka dipaksa berpindah dari kawasan asal mereka pada tahun 1963. Tanah adat merek telah dirampas oleh syarikat balak. Kemudian tanah adat mereka dijadikan ladang sawit. Mereka mengundur ke tepi Sungai Lagan ini.

Ini puluhan tahun dahulu. Jenau anak Belang terus bercerita bagaimana tahun demi tahun mereka cuba menuntut kembali tanah adat mereka - semua gagal.

Kemudian Jenau menyatakan bahawa kali ini secara senyap senyap Rumah Panjang ini akan menyokong Keadilan. Bendera dan poster Barisan yang telah dipasang di kawasan mereka itu hanyalah decoy untuk menyelamatkan Rumah Panjang ini dari dianggap kubu pembangkang. Orang Iban ini telah arif.

'Ini poleeeteek...ini poleeteek Iban' Jenau menerangkan bahawa kali ini kemungkian Taib Mahmud akan kalah amat jelas.

'Sampai hari ini Taib Mahmud tak mahu mengaku yang dia ambil tanah kami' inilah kata-kata dari Jenau anak Belang. Dia memegang tangan aku dengan kuat. Aku aku ternampak tatoo di betisnya. Lalu aku bertanya apa makna tatoo ini.

'Ini kail.. tanda aku berani...' Aku merasa amat gembira dapat bertemu dengan Jenau anak Belang sang pembawa naratif yang menyampaikan turun termurun kesah kesah tanah adat mereka yang dirampas. Ini sejarah rakyat. Ini kesah Sarawak.

Jelas sosok seperti Jenau inilah yang tidak memutuskan tali perjuangan puluhan tahun dahulu. Sosok ini membawa naratif hingga ke tahun 2011. Tahun ini adalah tahun di mana ombak dayak memberontak tidak dapat di kafankan lagi. Tanah adat yang dirampas akan menjadi tanah kubur Taib Mahmud dan Barisan Nasional di Sarawak. Kalau tidak Jenau bukan anak Belang. Anak Belang bermakna anak hariamu yang berani.

Sumber: http://edyesdotcom.blogspot.com/

Ribuan Penduduk Kapit Keluar Sambut Anwar

Posted: 13 Apr 2011 05:01 AM PDT

Kegiatan harian pekan Kapit terhenti seketika apabila ribuan penduduk keluar beramai-ramai mengalu-alukan lawatan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ke kawasan yang terpencil di bumi Sarawak itu.

Anwar menaiki feri dari pelabuhan Sibu untuk perjalanan melalui Sungai Rejang yang memakan masa selama tiga jam sebelum sampai ke destinasinya.

Lebih dua ribu penduduk meyambut ketibaan beliau serta rombongan.

Sambil melaungkan "Hidup Anwar, Hidup PKR" masyarakat Kapit yang majoritinya kaum Iban berpusu-pusu dan berbaris panjang untuk menerima tetamu mereka.

Lawatan Anwar dan sambutan yang diterimanya menandakan Pakatan Rakyat menembusi kawasan pendalaman Satawak yang paling jauh yang dikenali sebagai "Pulau Kapit" kerana perjalanan hanya boleh dilakukan melalui jalan sungai.

"Kami sangat gembira Datuk Anwar datang ke Kapit. Kami sayang kepadanya kerana dia bela nasib rajkyat miskin," kata seorang wanita pertengahan umur.

Malah suasana sesak di jalan raya pekan Kapait apabila ramai pemandu menghulurkan tangan mereka untuk bersalaman dengan Ketua Umum Parti Keadilan itu.

"Kapit kami beri kepada PKR, memang kami sudah benci dengan ini BN. Pemimpin mereka tidak pernah datang melawat kami, hanya datang setakat terminal feri sahaja," kata seorang lagi penduduk Kapit.

Sejurus tiba di terminal feri Kapit Anwar memulakan program beliau dengan berjalan I disekitar pekan itu untuk menemui penduduk.

Kapit mempunyai dua kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu N54 Pelagus dan N56 Baleh.

Kedua-dua kerusi ditandingi oleh KEADILAN masing-masing oleh Edward Sumbang ak Asun dan Franky Bendinang ak Majah.

Pelagus mempunyai 14,550 pengundi manakala Baleh kira-kira 10,500 pengundi berdaftar.

Sumber: http://bloglistpolitik.blogspot.com/

Video Undi POS dibeli BN...

Posted: 13 Apr 2011 04:08 AM PDT

Menurut Petugas Parti DAP, Mary Josephine Pritam Singh kejadian berlaku sekitar antara jam 12.30 Tengahari ke 1 Tengahari. Beliau dan petugas 'Polling Agent' telah ke Wisma Sanyan sebagai pemerhati , kejadian telah dirakam oleh salah seorang petugas yang bersamanya.

Pengundi pos sedang bertukar kertas undi dengan wang tunai di tangga Wisma Sanyan Sibu tengah hari ini. Syabas DAP!!


TERKINI SARAWAK : BN MENDAHULUI DI SEMUA KERUSI

Posted: 13 Apr 2011 12:32 AM PDT

BN sudah pasti mendahului di semua kerusi yang ada undi pos walaupun proses pengundian hanya akan berlangsung pada 16 April. Pada hari ini proses pengundian pos telah bermula melibatkan semua pengundi pos dan kita semua tahu undi pos sudah pasti lebih dari 90 % akan memihak kepada BN. Samada ianya telus atau tidak sudah pasti PR akan 'hilang deposit' untuk undi pos.

Sebab itulah blog ini berpendapat BN awal-awal lagi mendahului di semua kerusi Dun yang ada undi pos.

Proses pengundian bagi undi pos bermula hari ini. Undi pos memang sejak dari dahulu menjadi 'post dated' cheque bagi BN. Pelbagai pihak sudah lama mempertikaikan ketelusan undi pos ini.

Sumber: http://mutaligat.blogspot.com/

MP Sg. Siput dan 13 lagi ditahan ...?

Posted: 12 Apr 2011 11:49 PM PDT

MP, Hindraf supporters arrested for illegal assembly

Sungai Siput MP and 13 others were engaged in a peaceful assembly outside the Perak state assembly to highlight the plight on landless villagers.

IPOH : The police today arrested 14 people, including Sungai Siput MP Dr Michael Jeyakumar Devaraj and several Hindraf Makkal Sakthi supporters, for staging a peaceful protest outside the state assembly building.

The state assembly was in session when the arrests took place. The police said the protesters were arrested for failing to disperse after taking part in an illegal gathering.

The protesters had gathered to highlight the plight of Kampung Dewan Bandaraya Ipoh who have not been granted land titles for more than 10 years.

The residents want the BN-led government to sort out their land titles issues as soon as possible.

Among those arrested included Hindraf's national secretary P Ramesh, who claimed that he had suffered injuries while being arrested as a result of police assault.

He has been taken to the Ipoh general hospital for treatment.

Hindraf's legal advisor P Uthayakumar said Ramesh was kicked in the stomach and stepped on his back by the police.

"He was also kicked on his head and neck. As a result he can't even stand up properly and started vomiting. He was taken by an ambulance from the Ipoh district police headquarters to the Ipoh General Hospital," he told FMT.

Sumber: http://www.freemalaysiatoday.com/

Jika anda masih punya rasa belas kasihan,sila lihat video-video ini semasa kerajaan Barisan Nasional perintah di bumi Sarawak.

Posted: 12 Apr 2011 08:35 PM PDT

Khalil Idham Lim Miri 8/4/2011

Posted: 12 Apr 2011 07:45 PM PDT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan