KEDAH online Posted: 05 Apr 2011 03:40 AM PDT |
MEDIA Rakyat MALAYSIA Posted: 05 Apr 2011 03:25 AM PDT |
The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah Posted: 04 Apr 2011 11:08 PM PDT 700 orang peneroka Felda Jengka mahu fail saman terhadap Felda Posted: 04 Apr 2011 05:14 PM PDT Seramai 700 orang peneroka daripada beberapa buah rancangan di Felda Jengka telah mendaftar diri untuk menyaman Felda berhubung isu perahan KPG yang mereka dakwa telah dimanipulasi oleh Felda. Selama lebih 15 tahun mereka hanya menerima peratusan KPG dibawah 19% sedangkan buah sawit yang dihantar ke Makmal mencatatkan peratusan perahan KPG melebihi 26%.
Peneroka-peneroka yang menghantarkan buah sawit mereka di Kilang Felda Jengka 8 selama 15 tahun lebih hanya memperolehi sekitar 17% peratus sahaja.
Tetapi sejak beberapa bulan yang lalu, apabila peneroka-peneroka tersebut berura-ura untuk menyaman Felda, dengan tiba-tiba menaikkan peratusan perahan KPG kepada sekitar 20-21%.
Ini menunjukkan bahawa Felda dengan sedarnya telah menipu peneroka-peneroka Felda dengan memberikan peratusan perahan yang rendah dan dengan kesedaran untuk mengelakkan diri daripada disaman oleh peneroka-peneroka telah menaikkan perahan kepada 20%.
Walaupun peneroka-peneroka mengalu-alukan kenaikan peratusan perahan itu, namun mereka tetap mahu meneruskan saman mereka terhadap Felda kerana Felda enggan berunding untuk membayar gantirugi/pampasan terhadap kerugian mereka sejak lebih 15 tahun yang lampau.
Secara purata, setiap peneroka kerugian RM500.00 setiap bulan hasil dari manipulasi perahan oleh Felda, dan dalam masa 15 tahun yang lampau setiap peneroka telah kerugian sebanyak lebihkurang RM75,000.00 dan jumlah ini adalah besar untuk hilang begitu sahaja.
Dari hari ke hari semakin ramai peneroka-peneroka tampil untuk mendaftarkan diri bagi sama-sama memfailkan saman terhadap Felda.
Justeru itu, keputusan oleh Jawatankuasa Bertindak telah diambil bahawa mereka yang mahu turut serta menyaman Felda hendaklah mendaftar diri 10 hari dari tarikh hari ini, dan untuk itu, satu Majlis Penerangan yang akan disampaikan oleh Peguam R. Sivarasa, Peguam T. Kumar dan Peguam Haji Suhaimi Said akan diadakan di Felda Jengka 25 pada hari ini, 5hb April 2011 jam 3.00 petang.
Peneroka-peneroka yang masih berhajat untuk bersama-sama didalam tindakan ini dinasihatkan untuk hadir ke Majlis tersebut. | Perasmian PKR Ranting Kg Sg Mai, Jerantut Posted: 04 Apr 2011 06:18 AM PDT Dari kanan: Ramli Idup, Ketua Penerangan PKR Cabang Kuala Krau, Hj Shafei, Bendahari PKR Cabang Jerantut, Yusri Ahon, Ketua Ranting PKR Sg Mai merangkap Naib Ketua PKR Cabang Jerantut, Haji Suhaimi Said, Pengerusi Biro Masyarakat Orang Asal PKR Pusat, Rosli Ahmad, Ketua PKR Cabang Jerantut dan Baharudin, AJK PKR Cabang Jerantut. Sebahagian daripada anggota-anggota yang hadir
Bertempat di Balai Adat, Perkampongan Orang Asal Sg Mai, Jerantut, sebuah Ranting baru Parti Keadilan Rakyat telah ditubuhkan pada jam 4.00 petang, 4hb April 2011 dan dirasmikan oleh Haji Suhaimi Said, Pengerusi Biro Orang Asal, Parti Keadilan Rakyat.
Seramai hampir 100 orang anggota PKR Kg Sg Mai telah menghadiri Majlis Perasmian Ranting baru itu yang telah memilih Jawatankuasa Rantingnya.
Anggota-anggota berikut telah terpilih mengetuai Ranting Sg Mai seperti berikut:
Pengerusi Tetap : Saiful a/l Baharin Ketua : Yusri bin Ahon Naib Ketua : Saharudin a/l Atil Ketua Wanita : Nita a/p Wok Ketua AMK : Jef a/l Yangman Ketua Penerangan : Wahab bin Yim Bendahari : Mohamad bin Musa Jawatankuasa : Rahman a/l Uda : Rapi a/l Woh : Serani a/l Se : Atta a/p Woh : Maria a/p Wek : Ali bin Mem : Man bin Te : Yangman bin Kuhil : Kasnin a/l Lat : Mat a/l Wek : Rosli a/l Wek : Awang bin Nong : Mira bt Ahon : Sidek a/p Mado : Rafiah a/p Se
Setiausaha Ranting akan dilantik oleh Ketua Yusri Ahon, didalam mesyuarat Jawatankuasa pertama Ranting tersebut.
Didalam ucapan Sdr Rosli Ahmad, Pemangku Ketua Cabang, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan sebagai orang baru didalam parti, beliau akan sentiasa mendampingi anggota-anggota dan bertukar fikiran agar sentiasa berada dilandasan perjuangan yang betul.
Haji Suhaimi Said didalam ucapan perasmian ranting tersebut mengingatkan anggota-anggota supaya tidak terpesona dengan UMNO kerana parti itu adalah Parti Melayu dan Orang Asal tidak perlu menumpang parti perkauman Melayu itu. Parti Keadilan Rakyat adalah satu-satunya parti yang dianggotai oleh masyarakat berbilang kaum.
Beliau juga mempertahankan perjuangan Orang Asal agar mereka diberikan geran tanah keatas tanah perkampongan mereka dan disamping itu tanah adat dan tanah rayau mereka digezetkan dan diwartakan untuk perlindungan dibawah undang-undang agar tidak diceroboh oleh pihak-pihak lain.
Haji Suhaimi melahirkan kekesalan beliau kerana Tanah Rezab Orang Asal yang digezetkan semasa pemerintahan Penjajah Inggeris dahulu telah dikeluarkan daripada Rezab Orang Asal, dan tanah-tanah mereka yang telah dibatalkan Rezab itu tiba-tiba digezetkan sebagai Rezab Perhilitan, dan orang Asal yang pergi mencari rezeki di kawasan tersebut ditangkap dan didakwa di Mahkamah kerana kononya menceroboh kawasan Rezab Perhilitan.
Tanah-tanah Adat dan Rayau Orang Asal telah diceroboh oleh pihak-pihak lain, kawasan perbalakan telah diluluskan keatas tanah-tanah mereka itu, dan tanah-tanah itu juga kini telah diluluskan kepada pihak-pihak tertentu.
Perjuangan mempertahankan tanah Adat dan Rayau Orang Asal menjadi agenda perjuangan Parti Keadilan Rakyat dan PKR juga menyokong tindakan Orang Asal berhubung dengan Ladang Rakyat kawasan Gua Musang di Kelantan, dan memohon jasabaik Kerajaan Kelantan supaya menyelesaikan segera tuntutan Orang Asal di Kelantan.
Di akhir ucapan, Haji Suhaimi berterima kasih kepada penduduk Orang Asal Kg Sg Mai kerana akan menghantarkan satu kontijen yang besar untuk menghadiri Himpunan Orang Asal yang akan diadakan di Kg Penderas, Kuala Krau pada 9hb April 2011.
Dengan laungan Reformasi, Haji Suhaimi Said merasmikan penubuhan Ranting PKR Kg Sg Mai, Jerantut.
(Turut hadir didalam Majlis itu adalah Kamarudin Hassan, Ketua Penerangan PKR Cabang Jerantut, Sdr Baharudin AJK PKR Cabang Jerantut, Sdr Ramli Idup, Ketua Penerangan PKR Cabang Kuala Krau, Sdr Hj Shafei, Bendahari PKR Cabang Jerantut, Hjh Hendon Jaafar, Bendahari PKR Cabang Kuala Krau dan Anita Karim, Setiausaha Wanita PKR Cabang Kuala Krau). | |
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Posted: 04 Apr 2011 11:06 PM PDT Ummi Hafilda Dan Rahim Thamby Chik Muncul Kembali: Kebetulan Atau Satu Perancangan? Posted: 04 Apr 2011 01:49 AM PDT
Adakah kemunculan semula Ummi Hafilda Ali dan Tan Sri Rahim Thamby Chik dalam kancah politik untuk mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim berlaku secara kebetulan atau sebahagian daripada perancangan licik untuk menjatuhkan Ketua Pembangkang itu ? Selepas menyisihkan diri dari arus politik tanah air untuk lebih 10 tahun Ummi Hafilda muncul semula dalam "road show" tajaan Umno untuk mengitar sekali lagi pelbagai tuduhan terhadap Anwar. Setelah dipaksa meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994 dan gagal kembali ke persada utama Umno, kerana tuduhan merogol gadis bawah umur dan dibelit dengan dakwaan rasuah, Rahim 'mengaum" semula dengan mengibarkan video seks lucah Anwar. Kedua- duanya memberi amaran bahawa kononnya mereka mempunyai banyak pendedahan seks lain, seks yang akan terus mengaibkan Anwar. Malah, Rahim berkata Anwar tidak harus terkejut jika secara tiba- tiba lebih ramai lagi "Eskay" muncul membuat pendedahan. Ummi pun tidak mahu ketinggalan. Beliau mendakwa ada 18 video seks membabitkan Anwar. Ugutan mereka mirip kepada Senator Ezam Mohd Noor dan Datuk S.Nalakaruppan yang juga mendakwa menyimpan pelbagai bukti mengenai salah laku Anwar ketika beliau Timbalan Perdana Menteri. Apakah semua perkembangan ini hanya secara kebetulan, bahawa individu bernama Ummi Hafilda dan Rahim Thamby Chik tidak mengenali satu sama lain, malah Umno langsung tidak terlibat dalam segala fitnah dan ugutan yang dibawa oleh mereka berdua ? Bolehkah rakyat menerima bahawa Ummi dan Rahim melakukan serang hendap terhadap Anwar semata- mata sebagaimana yang didakwa mereka – untuk agama, bangsa dan negara dan bukan didorong kebencian untuk Ketua Pembangkang itu ? Dan, atau adakah imbuhan yang menanti jika misi mereka berjaya terlalu lumayan untuk ditolak? Kebetulan atau sebahagian dari perancangan? Jika kebetulan, maka adakah satu "kebetulan' juga Ummi Hafilda dan Tan Sri Rahim Thamby Chik berjumpa dengan Pengerusi Malaysia Airports Berhad Tan Sri Basir Ismail pada tahun 1998 untuk Ummi mendapatkan sebuah kontrak pengiklanan pada awal tahun 1998 ? Berikut adalah keterangan yang diberikan oleh Ummi Hafilda kepada Mahkamah Tinggi pada 23 Disember 1998 apabila beliau disoal oleh peguam Anwar ketika itu, Christopher Fernando. Fernando: Berhubung projek KLIA, adakah kamu ada berjumpa Tan Sri Basir? (Pengerusi MAB). Ummi Hafilda: Berkenaan kontrak pengiklanan itu, saya ada bertemu dengan Tan Sri Basir di pejabatnya. Fernando: Pertemuan itu diaturkan oleh Tun Daim Zainuddin dan kamu ditemani Tan Sri Rahim Thamby Chik ? Ummi Hafilda: Saya tidak bersetuju bahawa pertemuan itu diaturkan oleh Tun Daim. Fernando: Adakah kamu ditemani Tan Sri Rahim Thamby Chik? Ummi Hafilda: Saya tidak ditemani Tan Sri Rahim Thamby Chik tetapi saya telah berjumpa dengannya di pejabat Tan Sri Basir. Fernando: Apa maksud berjumpa Tan Sri Rahim di sana? Ummi Hafilda: Saya tidak pergi bersamanya, tetapi saya berjumpa dengannya di sana. Ketika ditanya apakah peranan Rahim dalam pertemuan di KLIA itu, Ummi Hafilda berkata Rahim tidak memainkan apa-apa peranan, selain bercerita hal-hal politik dengan Basir. -Berita Harian Beranjak ke 10 tahun kemudian: Rahim dan Ummi sekali lagi muncul bersama – 'secara kebetulan' untuk mengaibkan Datuk Seri Anwar. Rahim menggunakan fitnah video lucah yang dipertontonkan kepada wartawan sebelum diserah kepada polis. Manakala Ummi memakai gincu di bibir dan membetulkan tudung yang sentiasa tergelincir dari kepalanya sebelum memaki hamun Anwar dengan ayat- ayat kesat lagi fitnah. Adakah secara kebetulan ceramah- ceramah Ummi diperhebatkan, menggunakan wang ringgit dan tenaga kerja Umno manakala Rahim dilaporkan berjumpa dengan Perdana Menteri Najib Razak setelah Anwar membuat laporan polis mengenai video lucah itu. Adakah satu "kebetulan" atau disengajakan, Ketua Polis Negara menambah keaiban Anwar dengan mengesahkan video itu adalah tulen tetapi berdiam diri mengenai identiti pelakon dalam rakaman itu. Nampaknya kilang mereka-cipta fitnah seks terhadap Anwar kini beroperasi mengikut waktu kerja kedai Seven Eleven – tidak tutup malah rancak mengitarkan pembohongan dan rekayasa. Penampilan "secara kebetulan' Ummi Hafilda dan Rahim dalam melaksanakan tanggungjawab "mempertahankan maruah orang Melayu" pastinya menimbulkan hanya kecurigaan dan kesangsian berasaskan rekod lampau mereka. Persoalan yang tentunya timbul adalah kenapa dilakukan semua ini semata-mata untuk menjatuhkan Anwar? Apakah keperluan mengheret kewibawaan Umno, polis, badan kehakiman sekali lagi semata-mata untuk menjerat Anwar ? Sebagaimana yang disedari oleh Mahathir pada tahun 1998, apabila mendalangi kejatuhan Anwar ketika itu, kepemimpinan Umno sekarang yakin Anwar tidak akan luntur dalam perjuangannya untuk menamatkan pemerintahan Barisan Nasional. Justeru dua pendekatan diambil untuk menghancurkan karisma Anwar dan sekali gus melemahkan cabaran Pakatan Rakyat supaya BN kembali menang selesa pada pilihanraya umum akan datang. Satu, ialah menghumban kembali Ketua Pembangkang itu ke dalam penjara atas tuduhan liwat – seperti mana yang dilakukan di bawah pemerintahan Mahathir. Namun, Umno kali ini tidak mahu pemenjaraan Anwar mengangkat martabatnya sebagai seorang "mujahid", sebagaimana yang berlaku pada pusingan pertama. Maka, atas kesedaran itu, kilang mereka-cipta fitnah terhadap Anwar memperhebatkan pengeluaran mereka – dalam bentuk maki hamun oleh Ummi Halfilda, Mohamad Ezam dan lain- lain serta video lucah Datuk T. Segala petanda (seperti pengumuman Ketua Polis Negara mengenai "ketulenan" video lucah) menunjukkan asakan- asakan terhadap Ketua Pembangkang itu akan bertambah kuat pada hari- hari mendatang. Yang jelas kepemimpinan Umno dan aparatus mereka termasuk akhbar Utusan Malaysia dan media arus perdana yang lain akan terus mengitar dan memberi ruang utama kepada sebarang fitnah melibatkan Anwar. Ini kerana kelangsungan politik Umno bergantung kepada kejayaannya memadamkan nama Anwar Ibrahim dari persada politik tanah air dengan apa cara sekali pun.
Sumber: TVSNEWS | Anwar Optimis BN Bakal Tumbang Pada Pilihan Raya 16 April Posted: 04 Apr 2011 01:48 AM PDT SIBU 4 APRIL : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat negeri Sarawak samaasa Melayu, Cina, Iban, Kadazan, Orang Ulu, Dayak dan sebagainya bersatu hati menentang pemerintahan korup UMNO BN dinegeri itu. Anwar menegaskan perubahan tidak akan berlaku jika hanya didominasi oleh satu bangsa atau suku kaum sahaja. "Kita tidak boleh berjaya jika satu kaum sahaja berkuasa. Orang Melayu, Melanau, Cina, Iban, Kedayan, Orang Ulu semuanya mesti berkerjasama sebagai satu keluarga besar yang berkasih sayang dan saling hormat mengharmoti. Baru apa yang kita citakan akan berjaya," tambah beliau. Anwar menzahirkan keyakinannya bahawa Pakatan Rakyat mampu menawan Sarawak berikutan rakyat negeri itu sudah muak diperkotakkatikkan kerajaan UMNO BN selama lebih 50 tahun. Justeru, Anwar menyeru rakyat negeri ini agar memberikan mandat kepada gagasan Pakatan Rakyat untuk menerajui pentadbiran negeri itu. "Sarawak sudah bersedia untuk berubah. Yang boleh buat perubahan hanyalah rakyat bukannya pemimpin korup Barisan Nasional. Saya menyeru pengundi muda terutamanya supaya memahami hakikat perubahan yang bakal berlaku dan lakukan perubahan ini dengan rasa hati dan semangat demi negeri, tanah dan hak kita," tegas Anwar yang berucap dengan penuh kesungguhan. Anwar berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam anjuran Parti Keadilan Rakyat Cabang Betong malam tadi yang dihadiri lebih 300 orang. Dalam pada itu, Anwar turut mengkritik tindakan kerajaan persekutuan yang seolah- olah tidak punya pendirian yang tetap berhubung penarikan balik larangan Kitab Injil berbahasa Melayu yang diedar di negara ini. Sebelum ini kitab tersebut ditahan dan tidak dibenarkan untuk diedarkan di negara ini. "Apa nak gaduh-gaduh. Kita mesti saling hormati menghormati antara satu salam lain. Jadi orang yang baik bukannya rompak tanah orang, curi balak, ambil rasuah, Islam jenis apa ini? Kalau BN tidak boleh urus isu agama kita mesti bagi kuasa perintah ini kepada pihak yang tahu mengurusnya (Pakatan Rakyat), " jelas beliau lagi. Negara semalam sekali lagi menerima kejutan selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala mendedahkan 10 penyelesaian dicapai bersabit kontroversi Kitab tersebut. Bukan hanya membenarkan ia dicetak di negara ini sebaliknya penganut Kristian juga dibenarkan mengimport kitab Injil dalam sebarang bahasa, termasuk bahasa Melayu/Indonesia tanpa sebarang halangan. Ia begitu kontras dengan tindakan kerajaan sebelum ini yang menahan 35,000 naskah Injil berbahasa Melayu sejak 2009 di Pelabuhan Kelang. Setelah desakan demi desakan dibuat, kerajaan kemudianya akur untuk melepaskan kitab tersebut namun bersyarat nombor siri dan cop "hanya untuk penganut Kristian" harus dipamerkan pada kitab suci penganut Kristian itu.
Sumber: TVSNEWS | Isu Alkitab : Mufti Perak Cabar Putrajaya Batal Enakmen Halang Bukan Islam Posted: 04 Apr 2011 01:44 AM PDT KUALA LUMPUR, 4 April — Tan Sri Harussani Zakaria mencabar Putrajaya membatalkan undang-undang Islam sekiranya masih bertegas mahu membenarkan penggunaan kalimah "Allah" dalam kitab Injil versi Bahasa Malaysia. Mufti Perak itu menegaskan sekiranya Putrajaya membuat keputusan untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil itu, maka secara automatik enakmen agama Islam yang tidak membenarkan agama lain menggunakan istilah eksklusif bagi agama Islam terbatal sama sekali. Dalam kenyataan yang dikeluarkan petang kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala berkata, kerajaan pusat mengumumkan 10 formula penyelesaian, antaranya kitab Injil dalam semua bahasa, termasuk Bahasa Malaysia atau Indonesia boleh diimpot ke Malaysia bagi menyelesaikan isu Alkitab. Selain itu, Putrajaya juga memutuskan Alkitab juga boleh dicetak di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. "Ini adalah perkembangan baru yang seharusnya diterima dengan senang oleh kumpulan Kristian," kata Idris. Bagaimanapun, bagi menghormati komuniti Islam yang besar di Semenanjung, kitab Injil dalam Bahasa Malaysia/Indonesia mesti tertera dengan "Penerbitan Kristian" ("Christian Publication") dan tanda salib pada kulit hadapan. Demi semangat 1 Malaysia dan akuan bahawa ramai yang berhijrah antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung, tidak terdapat larangan bagi mereka yang membawa kitab Injil dan bahan bacaan Kristian semasa melawati negeri-negeri tersebut. Idris berkata, "adalah harapan saya agar jalan penyelesaian yang berdasarkan 10 aspek yang telah dikemukakan diterima oleh kumpulan Kristian secara positif, adil dan munasabah." Sehubungan itu kata Harussani, mana-mana kitab suci agama lain termasuk Kristian tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah dan beberapa istilah lain yang eksklusif bagi agama Islam di negara ini. "Apa yang saya tegaskan pasal kalimah Allah... kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh agama lain, di Sabah dan Sarawak tidak ada enakmen ini tapi di Semenanjung ada. "Dalam enakmen agama Islam sudah kata haram di peringkat kebangsaan, atas dasar apa kita perlu benarkan? Adakah enakmen ini terbatal? Adakah undang-undang yang kita buat ini secara automatik terbatal? "Kalau kerajaan buat macam ini, batalkan sahaja enakmen agama Islam yang ada ini... saya rasa kecewa apabila kerajaan buat macam ini, undang-undang sudah kata tidak boleh kenapa kerajaan benarkan? Kalau mahu juga batalkan sahaja undang-undang yang sedia ada sekarang," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider. Di bawah Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988, selain kalimah Allah, istilah lain yang tidak boleh digunakan bagi agama lain termasuk firman Allah, ulama, hadis, ibadah, Kaabah, dan kadi. Selain itu turut dilarang ialah ilahi, wahyu, mubaligh, syariah, kiblat, haji, mufti, rasul, iman, dakwah, solat, khalifah, wali, fatwa, imam, nabi dan syeikh Sepuluh negeri kecuali Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan mempunyai undang-undang Syariah yang menghalang penggunaan kalimah Allah sama ada secara lisan ataupun bertulis bagi agama lain. Harussani antara mufti yang lantang dalam pendiriannya berkata, tindakan Putrajaya masih membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil dalam Bahasa Malaysia itu disifatkan beliau sebagai "menghina al-Quran". "Bila kerajaan sudah buat macam ini, benarkan agama lain gunakan kalimah Allah, itu sudah menghina al-Quran. "Sebab itu saya berkeras ia tidak boleh digunakan. Apa yang saya tentang adalah pasal kalimah Allah bukan kitab Injil dalam Bahasa Malaysia," katanya. Beliau juga menegaskan buku kitab suci agama lain termasuk Kristian boleh diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia dengan syarat tidak menggunakan istilah-istilah yang ekslusif itu. "Mengenai kitab Injil dalam Bahasa Malaysia, penganut Kristian boleh guna... tiada masalah jika mereka mahu menghormati Bahasa Malaysia. "Itu adalah bahasa kebangsaan, semua rakyat Malaysia boleh guna, jadi kena pegang betul-betul Perlembagaan Persekutuan," katanya. Sebelum ini Mufti Selangor Datuk Tamyes Abd Wahid juga menegaskan naskhah kitab Injil dalam Bahasa Malaysia yang ditahan Kementerian Dalam Negeri di Pelabuhan Klang tidak boleh dibenar untuk dilepaskan kerana ia bertentangan dengan enakmen agama Islam negeri itu. Jelas beliau, enakmen agama Islam Selangor menyebut mana-mana kitab suci agama lain termasuk Kristian tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah dan beberapa istilah lain yang eksklusif bagi agama Islam di negara ini. - malaysianinsider | P'raya Sarawak: PKR Tanding 47 Kerusi Posted: 04 Apr 2011 01:40 AM PDT SIBU 4 APRIL : Parti Keadilan Rakyat akan meletakkan calon di 47 daripada 71 kerusi pada pilihanraya negeri Sarawak 16 April ini, kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pengumuman itu menyerlahkan kemungkinan kira-kira 20 kerusi akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Barisan Nasional, PKR dan SNAP iaitu parti politik paling lama di Sarawak. Naib Presiden PKR Tian Chua semalam mengakui pihaknya semakin sukar untuk mencapai persetujuan dengan SNAP berhubung pengagihan kerusi untuk menentang BN pada pilihanraya itu. Namun, beliau berkata PKR akan memberi laluan kepada SNAP di beberapa kawasan untuk memastikan kempen pembangkang bagi menamatkan pemerintahan 30 tahun Tan Sri Abdul Taib Mahmud tidak tersasar. Anwar menjelaskan SNAP bukan ahli komponen Pakatan Rakyat di peringkat persekutuan sungguhpun kedua-dua pihak itu sebelum ini bertekad bekerjasama di peringkat negeri.
Sumber: malaysiakini | Isu Injil belum selesai, PEMBELA akan ke mahkamah Posted: 04 Apr 2011 01:39 AM PDT Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) yang merupakan gabungan persatuan Islam utama di Malaysia sedang mempertimbangkan bagi mencabar kesahihan 'Formula Idris Jala' di mahkamah kerana didakwa mencabuli undang-undang dan perlembagaan persekutuan.
Ini termasuk Perkara 3, 11(4) dan Enakmen-enakmen Kawalan dan Sekatan Penyebaran Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam dan Seksyen 298, 298A Kanun Keseksaan 1936.
"Oleh itu edaran Bible Bahasa Melayubukannya suatu keputusan yang boleh dibenarkan begitu sahaja atas tekanan mana-mana pihak.
"Formula Idris Jala ini jelas merupakan suatu keputusan mengalah dan menunduk kepada strategi konfrontasi, manipulasi dan mendesak yang digunakan oleh kumpulan-kumpulan Kristian untuk mencapai tujuan mereka dalam isu ini.
"Pendekatan formula Idris Jala ini adalah satu trend yang tidak sihat serta akan menggalakkan berulangnya pendekatan konfrontasi dan manipulasi digunakan bagi menuntut sesuatu yang hakikatnya bercanggah dengan perlembagaan, undang-undang, sejarah dan budaya negara," kata jurucakap PEMBELA, Yusri Mohamad (atas, kanan). Kabur dan tak jelas Beliau merujuk kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, Sabtu lalu yang mendedahkan penyelesaian 10 perkara berhubung kontroversi kitab Injil.
Antaranya, kumpulan Kristian di negara ini, kini dibenarkan mengimport kitab Injil dalam sebarang bahasa, termasuk bahasa Melayu/Indonesia tanpa sebarang halangan.
"Kitab Injil juga kini boleh dicetak di Semenanjung, Sabah dan Sarawak," katanya.
Bagi, kitab Injil di Sabah dan Sarawak, tiada cap mohor atau nombor siri perlu dikenakan tetapi bagi kitab seumpama itu di Semenanjung, ia mesti tertera perkataan "Penerbitan Agama Kristian" dan lambang salib dicetak di kulit depan.
"Saya berharap penyelesaian 10 perkara ini akan disambut positif oleh kumpulan Kristian kerana ia adil dan berpatutan. Kita mesti mencari penyelesaian bagi menangani isu Injil dan juga masalah lain yang ditimbulkan oleh kumpulan Kristian," kata Idris.
Bagaimanapun formula itu ditentang PEMBELA yang mendakwa status keputusan itu adalah kabur dan tidak jelas.
"Kita diberi gambaran bahawa di pihak kerajaan, Datuk Seri Idris Jala dan Peguam Negara diberi peranan utama sedangkan isu ini juga melibatkan kepentingan Islam dan umat Islam. Suara Islam tak diwakili
"Perbincangan juga hanya diadakan dengan pihak Christian Federation of Malaysia sedangkan pihak-pihak yang mewakili suara umat Islam baik di pihak kerajaan mahupun pertubuhan-pertubuhan Islam langsung tidak diambil kira.
"Kami ingin bertanya adakah ini pendekatan baru yang akan diambil oleh pihak kerajaan dalam menangani isu-isu agama?" soal Yusri.
Katanya penyelesaian 10 perkara itu juga langsung tidak mengambil pandangan Jawatankuasa Kerja Mempromosi Persefahaman Keharmonian Antara Penganut Agama (JKMPKAPA) yang diwujudkan sendiri oleh kabinet.
Malah menurut PEMBELA, keputusan Idris itu seolah-olah mendahului menteri yang bertanggungjawab iaitu Datuk Seri Jamil Khir dan Tan Sri Koh Tsu Koon. Kaji semula
"Justeru, PEMBELA menuntut agar formula Idris Jala ini dikaji semula dan diselaraskan kembali dengan peruntukan undang-undang dan persefahaman antara agama dan kaum yang sedia ada.
"Oleh kerana isu ini boleh ada kaitannya dengan kedudukan Islam dan umat Islam, pandangan wakil-wakil Islam hendaklah diambil-kira dengan saksama dalam mencari formula yang lebih tepat.
"Jika tuntutan ini tidak diberi perhatian, PEMBELA mempertimbangkan untuk mencabar kesahihan formula Idris Jala ini di mahkamah," kata Yusri lagi.
Sehubungan itu, PEMBELA menyeru semua pemimpin masyarakat di negara untuk kembali menghormati persefahaman tentang kedudukan Islam dan hubungan antara agama di negara ini demi memelihara kesejahteraan dan keharmonian bersama.
Sumber: Malaysiakini | 'Video seks mesti ditanda eksibit parlimen' Posted: 04 Apr 2011 01:34 AM PDT Karpal Singh hari mengulangi permintaannya kepada Speaker Deawn Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bagi membenarkan semua ahli parlimen menonton video yang ditayangkan di hotel Carcosa Seri Negara.
Namun, kali ini beliau mahu video itu ditandakan sebagai eksibit dan semua ahli parlimen dibenarkan mengundi mengikut firasat mereka.
Karpal juga menekankan bahawa Anwar mesti dibenarkan hadir untuk tayangan itu meskipun bgeliau kini digantung enam bulan daripada menghadiri sidang Dewan.
"Saya mahu jaminan dari Pandikar bahawa... sebelum tayangannya (video itu) ia mesti ditandakan sebagai eksibit dan menjadi sebahagian daripada prosiding Dewan dan juga sebahagian daripada Hansard sebagai eksibit," kata Karpal dalam satu kenyataan.
"Tanpa jaminan ini, tidak boleh diadakan tayangan yang efektif di Dewan. Pra-syarat ini tidak boleh diabaikan.
"Saya tidak mahu apa yang berlaku pada 1992 berulang," katanya.
Pada 1992, Karpal menyerahkan pita video seks yang dikatakan membabitkan timbalan speaker ketika itu, Datuk DP Vijandran tetapi tiada tindakan yang diambil. Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata keputusan sama ada klip video seks yang dikaitkan dengan Anwar akan ditayangkan di parlimen atau tidak, bergantung kepada pertimbangan speaker.
Bagaimanapun, katanya, keputusan itu perlu diperhalusi sebaik mungkin kerana ia tertakluk kepada pertimbangan bidang kuasa undang-undang, walaupun ahli parlimen dilindungi imuniti. | 'Apa kesalahan adik saya?' Posted: 04 Apr 2011 01:31 AM PDT Keluarga kepada Kadir Hashim hari ini menuntut supaya tahanan ISA itu segera dibebaskan atau didakwa di mahkamah.
Salah seorang abangnya, Muda, 46, berkata polis juga perlu menjelaskan kesalahan yang dilakukan oleh Kadir.
"Saya dimaklumkan adik saya ditahan bawah ISA, tapi saya tak puas hati sebab saya tak tahu kenapa dia ditangkap.
"Kalau dia ada lakukan kesalahan, tolong bawa dia ke mahkamah.
"Kalau dia ditahan tanpa apa-apa sebab bermakna pemerintahan kita cukup zalim," kata Muda dalam satu sidang media hari ini.
Kadir, 42, ditahan oleh sekumpulan lebih 10 anggota polis berpakaian preman di rumah keluarganya pada petang Jumaat lalu.
Muda berkata, anggota keluarganya kini masih belum mengetahui di manakah adiknya itu ditahan. Kegiatan subversif
"Saya juga tidak dibenarkan masuk ke rumah ketika beliau ditahan," katanya lagi sambil mengetap bibir menahan kemarahannya.
Seorang lagi abang kepada Kadir berkata, penahanan lelaki kelainan upaya itu merupakan "kebiadapan" kerajaan yang menjalankan penahanan sewenang-wenang. "Ini bukan soalpolitik, tapi kebiadapan (kerajaan)," kata Hisham, 43. Jelasnya, polis hanya menyatakan bahawa Kadir ditahan kerana terlibat dalam kegiatan subversif. "Sebab itu terlalu umum," kata Hisham lagi.
Dalam sidang media sama, peguam N Surendran turut membuat panggilan kepada seorang pegawai di ibu pejabat polis Bukit Aman.
Namun, pegawai itu juga enggan menjelaskan sebab penahanan berkenaan ketika ditanya Surendran. Pegawai atasan
Pegawai itu sebaliknya meminta Surendran menghantar surat bagi mendapatkan penjelasan serta membuat permohonan untuk berjumpa Kadir. Perbualan telefon yang disalurkan ke pembesar suara dalam bilik sidang media itu dapat didengar oleh wartawan.
Pegawai polis yang memperkenalkan dirinya sebagai ACP Normah Ishak itu juga berkata, beliau hanyalah pegawai yang bertanggungjawab menjaga Kadir. Katanya, sebab penahanan Kadir hanya dapat dijelaskan oleh pegawai atasannya.
Ketika diasak untuk memberikan nama pegawai tersebut, Normah berkata peguam perlu menulis kepada Bukit Aman terlebih dahulu.
Setelah beberapa kali ditanya, Normah berkata Kadir kini sedang ditahan di salah sebuah premis Bukit Aman.
Ketika didesak supaya memberitahu lokasi sebenar Kadir ditahan, Normah sekadar berkata: "Saya tak boleh beritahu."
Surendran ketika mengulas perkembangan itu berkata, beliau akan memfailkan notis habeas corpus sekiranya Kadir tidak dibebaskan segera.
Sumber: Malaysiakini | Mansor: Angin perubahaan beralih ke Sarawak Posted: 04 Apr 2011 01:28 AM PDT Walaupun menafikan menunjukkan minat secara langsung untuk menawan kembali Pulau Pinang, namun kenyataan Perdana Menteri bahawa sambutan masyarakat di Pulau Mutiara itu begitu memberangsangkan terhadapnya, begitu melucukan.
Ini kerana kata Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman, kehadiran Datuk Seri Najib Razak seringkali disambut hambar penduduk walaupun acara sambutannya meriah.
"2,000 orang yang datang tapi tumbangkan kerbau lembu 10 ekor, ayam beratus-ratus ekor... itu pun bawa budak MRSM, politeknik, penuntut USM datang denganbas.
"Penduduk tempatan tak sampai banyak itu.. orang-orang yang datang ini adakah dengan kehadiran seorang perdana menteri?
"Dan yang keduanya orang yang hadir itu adalah orang yang dibawa... bukan orang yang duduk di situ. Kalau begitu, ia adalah sambutan yang tidak seberapa seperti yang didakwa oleh BN," kata Mansor.
Sabtu lalu, Najib dipetik Bernama sebagai berkata, beliau yakin BN dapat merampas semula Pulau Pinang ekoran sambutan baik yang diterimanya dari rakyat Pulau Pinang ketika turun ke negeri itu. Angin perubahan beralih ke Sarawak "Suasana memihak kepada perasaan inginkan perubahan dan walaupun ia di peringkat sentimen, kita mahukan sentimen itu diterjemahkan dalam bentuk sokongan," kata Najib yang dipetik laporan Bernama.
Walau bagaimanapun, semalam, tanpa diduga presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon menafikan kenyataan Najib itu sambil menjelaskan pemimpin nombor satu negara itu tidak pernah mengeluarkan kenyataan seumpama itu.
Katanya, Najib sendiri menafikan laporan yang dipetik dari Bernamaitu. Mansor berkata angin perubahaan yang sebenar sedang bertiup di timur, khususnya di Sarawak, di mana sokongan terhadap Pakatan semalin meningkat.
Mansor, yang juga pengerusi PKR Pulau Pinang berkata partinya yakin mampu menawan sekurang-kurangnya 14 kerusi pada pilihan raya negeri itu pada 16 April ini, manakala DAP pula dipercayai boleh merebut 15 kerusi. Beliau juga menafikan bahawa rundingan agihan kerusi parti itu dengan Snap telah tumbang dan berkata " kita akan selesaikannya".
"Saya jangka tambahan sokongan kepada Pakatan berbanding 2001 (pilihan raya negeri). Ketika itu, hanya segelintir yan sokong kita, ada kalanya hanya 10 orang di ceramah kita tetapi sekarang ribuan yang hadir," katanya kepada wartawan di Bayan Baru, malam semalam. Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, Pakatan Rakyat tidak ambil peduli dengan kenyataan Najib itu. Sebaliknya, Lim berkata Pakatan bertekad untuk melipatgandakan usaha membawa perubahan di negeri berkenaan.
"Pulau Pinang (pimpinan) Pakatan Rakayat akan (adakan) siri pertemuan di seluruh negeri untuk memperbaiki prestasi dengan menggandakan usaha kami demi (memberi) perkhidmatan lebih baik bagi rakyat dan (menjamin) urus tadbir baik untuk berhadapan dengan tekad Datuk Seri Najib Razak mahu menawan balik Pulau Pinang dalam pilihan raya umum akan datang.
"Sama ada ada perubahan angin di Pulau Pinang yang akan membolehkan BN menang balik Pulau Pinang, itu tidak penting," kata Lim dalam satu kenyataan media.
Sumber: Malaysiakini | PKR bidas tahanan ISA OKU Posted: 04 Apr 2011 01:26 AM PDT PKR hari ini membidas penahanan seorang rakyat Malaysia, Kadir Hashim mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata, jika benar Kadir yang juga anggota Pemuda PKR terbabit dengan kegiatan militan di Kemboja, beliau perlu dibawa ke muka pengadilan dan bukannya ditahan tanpa bicara.
"PKR dengan tegas dan sekeras-kerasnya mengutuk penahanan tanpa bicara Saudara Kadir Hashim yang jelas membelakangi hak asasi manusia.
"Justeru, penahanan ini sebenarnya hanya bermotifkan politik dan sengaja untuk menenggelamkan isu-isu panas yang berkaitan dengan pilihanraya negeri Sarawak yang semakin hampir," katanya dalam satu kenyataan.
Azizah berkata, desakan rakyat supaya kerajaan memansuhkan akta zalim itu langsung tidak diendahkan kerajaan persekutuan bahkan parti pemerintah itu semakin angkuh menahan rakyat Malaysia dengan menafikan hak mereka untuk dibicarakan.
Menurutnya, jika terbukti Kadir bersalah dan terlibat dengan aktiviti militan itu, banyak akta dan undang-undang yang boleh digunapakai untuk menghukum Kadir. Umpamanya, Akta Polis, Kanun Keseksaan dan banyak lagi.
Azizah turut menyifatkan penahanan Kadir yang juga seorang peniaga yang digolongkan sebagai orang berlainan keupayaan (OKU) sengaja digembar gemburkan demi menenggelamkan isu- isu panas yang dibangkitkan Pakatan Rakyat.
Sumber: Malaysiakini | Mat Sabu tawar diri tanding timbalan presiden Posted: 04 Apr 2011 01:23 AM PDT Seperti diduga, bekas naib presiden PAS Mohamad Sabu secara rasmi menawarkan diri bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti yang dijadual berlangsung pada Jun ini.
Katanya, antara tujuan utama beliau menawarkan diri sekali lagi untuk bertanding adalah bagi membantu presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegakkan keadilan Islam khasnya di negeri yang diperintah Pakatan Rakyat.
"Saya juga mahu membantu presiden untuk memobilasi demokrasi dan kefahaman tentang demokrasi kepada rakyat supaya mereka memilihnya untuk diamalkan di Malaysia," katanya kepada Malaysiakini selepas menyampaikan ceramah di Subang Jaya malam semalam.
Menurutnya, selain itu, beliau juga mahu membantu Abdul Hadi bagi memperkukuhkan Pakatan Rakyat dengan mengukuhkan kerjasama parti dengan ahli gabungan dalam Pakatan dan juga NGO.
Katanya, memperkukuhkan Pakatan dapat diterjemahkan melalui melaksanakan "tindakan politik bersama-sama untuk kepentingan rakyat".
Beliau yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat berkata antara program yang beliau dapat memberikan khidmat kepada parti adalah melalui Himpunan Bersih. Mantapkan Majlis Syura
Sehubungan itu, Mohamad berjanji akan cuba "mempergiatkan lagi" berfungsi sebagai timbalan presiden sekiranya dipillih menjadi orang nombor dua dalam parti itu.
Selain itu, katanya, beliau juga mahu mempermantapkan Majlis Syura supaya "betul-betul berfungsi" khususnya dalam soal menjaga displin dan mempertahan dasar parti.
Dalam pemilihanPAS dua tahun lalu, Mohamad tewas kepada penyandangnya Nasharuddin Mat Isa dan bekas naib presiden Datuk Husam Musa dalam persaingan tiga penjuru.
Nasharuddin mendapat 480 undi, Husam (281) dan Mohamad memperolehi 261 undi.
Mengulas mengenai jumlah percalonan kawasan yang diterimanya setakat ini, Mohamad berkata, beliau belum membuat tinjauan menyeluruh berhubung perkara itu.
Bagaimanapun, beliau ada mendengar beberapa kawasan "memohon" kepadanya supaya bertanding jawatan tersebut pada muktamar parti yang dijadual berlangsung pada 3 hingga 5 Jun ini.
"Keputusan akhir (untuk bertanding) bergantung kepada sokongan yang diterima... Ada kawan-kawan memberi galakan (untuk bertanding)," katanya.
Ibu pejabat parti menetapkan semua 179 kawasan membuat pencalonan dalam mesyuarat agung tahunan masing-masing bagi memilih pucuk pimpinan parti sehingga 10 Mei ini.
Setakat ini Mohamad mendapat satu pencalonan untuk bertanding bagi jawatan itu dari kawasan Kubang Kerianyang diketuai oleh exco kanan kerajaan negeri Kelantan Datuk Husam Musa. 'Saya sahaja...'
Namun, Mohamad dijangka tidak menghadapi masalah apabila beberapa lagi kawasan PAS di Wilayah Persekutuan dijangka akan mencalonkan beliau - antaranya di Batu, Kepong, Bukit Bintang dan Putrajaya.
Ditanya sama ada terdapat pimpin PAS lain yang akan mencabarnya merebut jawatan itu, Mohamad enggan mengulas lanjut.
"Saya kira (pencalonan) saya sahaja. Dalam PAS, ada adab berkempen (bagi individu) yang menawarkan diri... Saya tidak mahu menyentuh (hal) orang lain," katanya.
Ditanya sama ada beliau takut sekiranya terdapat pemimpin tertentu dalam parti mahu mencabarnya, Mohamad berkata ia adalah perkara biasa dalam permilihan parti.
"Saya biasa dicabar dan mencabar. Saya biasa memegang jawatan ketua pemuda, naib presiden dan kalah merebut timbalan presiden.
"Bagi saya kalah atau menang, saya tetap hadir (dalam muktamar) sebagai pejuang parti dan jamaah," tegasnya.
Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, ada sumber memberitahu Malaysiakini sekurang-kurangnya 10 daripada 22 kawasan di Selangor akan mencalonkan Mohamad merebut jawatan timbalan presiden.
Bagaimanapun sumber itu enggan mendedahkan kawasan mana yang bakal mencalonkan Mohamad yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.
Menurut sumber itu lagi, beliau juga tidak menolak kemungkinan terdapat kawasan yang akan mencalonkan penyandangnya Nasharuddin dan naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (atas, kanan) untuk jawatan yang sama.
Sumber: Malaysiakini | Pakatan saji filem 'Hitler' di ceramah Posted: 04 Apr 2011 01:20 AM PDT Walaupun Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dapat hadir pada ceramah Pakatan Rakyat malam semalam, kerana berkempen di Sarawak, namun kira-kira 3,500 hadirin tetap hadir memenuhi ruang stadium mini bola sepak di seksyen 13 Subang Jaya.
Malah, sebelum ceramah anjuran Pakatan Rakyat Kelana Jaya dimulakan pada jam 9 malam, hadirin dihiburkan dengan sedutan beberapa minit filem yang memaparkan watak Hitler yang sedang berbincang dengan menteri dan pegawainya dalam sebuah bilik ketika ambang kejatuhan mereka.
Sedutan filem tanpa suara itu jelas menghiburkan hadirin yang mengikuti jalan cerita berdasarkan sarikata yang diubah suai mengikut perkembangan politik semasa tanah air. Antaranya filem itu menyentuh perbicangan situasi dan strategi pilihan raya negeri Sarawak setelah pihak lawan mendapati sokongan di beberapa kawasan di negeri itu menyebelahi Pakatan. Hitler digambarkan mahu menyebar video seks sebagai modal berkempen di negeri itu.
Bagaimanapun seorang pegawai memberitahu Hitler – yang dipanggil Dato' Seri seperti dalam sari kata – berkenaan video seks yang gagal dijadikan sebagai modal berkempen pilihan raya di Sarawak.
Ia berikutan video seks itu "sudah tidak boleh pakai, kantoi" dan rakyat tidak mempercayai ketulenan video tersebut serta mulai terus menyokong Anwar.
Berikutan itu, dengan tangan terketar-ketar Hiltler menanggalkan cermin matanya dan mengarah semua menteri dan pegawai meninggalkan bilik mesyuarat kecuali tiga individu - berdasarkan sari kata - iaitu "Thamby Chik", "Datuk Eskay" dan "Datuk Shuib". Melepaskan kemarahan
Selepas itu, Hitler melepaskan kemarahannya terhadap tiga individu tersebut dalam filem itu ekoran kegagalan rancangan video seks mereka termasuklah menggunakan filem hitam putih dan menggunakan pelakon lelaki berperut boroi.
SemakanMalaysiakinimendapati filem tersebut telah dimuatnaik dalam laman Youtube dan menggunakan bahasa Jerman. Sarikatanya dalam bahasa Melayu yang diterjemahkan berdasarkan kepada lenggok bahasa badan dan dikaitkan dengan isu semasa yang berlaku di Malaysia.
Tinjauan Malaysiakini mendapat ramai hadirin yang melihat sedutan tersebut terpaku dan tekun menonton sedutan filem tersebut.
Malah ada dikalangan mereka yang ketawa kecil terhadap tayangan itu yang dilihat sebagai sindiran berhubung pendedahan video seks di mana ada pihak yang mendakwa lelaki yang mengadakan hubungan seks dengan pelacur adalah mirip kepada Anwar.
Malah selepas tamat ceramah, penganjur turut mengulangi sedutan filem tersebut.
Selepas pendedahan video seks tersebut dan penjelasan yang dibuat oleh Pakatan, dipercayai inilah pertama kali Pakatan Rakyat menayangkan video tersebut dalam ceramah mereka kepada hadirin melalui tayangan khas layar besar yang di pasang di belakang pentas.
Selepas itu, bagi menarik lebih ramai hadirin memasuki padang bolah sepak, penganjur menayangkan kembali sedutan video ceramah perdana di Stadium Malawati minggu lalu yang disampaikan oleh Anwar dan ahli parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul yang menjelaskan berhubung isu video seks itu.
Tinjauan Malaysiakini ketika itu, orang ramai semakin memenuhi padang bola sepak sehingga ceramah itu bermula. Ceramah Kira-kira 20 minit selepas itu, pengajur memberhentikan tayangan dan meneruskan dengan ceramah yang disampaikan oleh beberapa pimpinan Pakatan Rakyat. Antara mereka, Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad, ADUN Sekinchan dari DAP Ng Suee Lim dan ahli Jawatankuasa PAS Pusat Mohamad Sabu.
Dalam ucapannya, Nik Nazmi mendakwa segala fitnah dan adu domba kepada Pakatan Rakyat termasuk isu video seks adalah sebagai usaha BN untuk memaling fokus rakyat.
Menurutnya ia disebabkan Pakatan Rakyat membawa dasar dan janji mereka seperti yang termaktub dalam Buku Jingga.
"Mereka tidak membicangkan isu besar, tidak bincang isu dasar dan masa depan rakyat di negara ini," katanya yang juga ADUN Seri Setia.
Menurutnya ekoran kegagalan berhubung isu seks tersebut, Nik Nazmi mendakwa BN cuba memainkan sentimen perkauman berkaitan novel interlok dan isu kitab Injil bagi menaikkan kemarahan rakyat.
Bagaimanapun, katanya, BN terlupa bahawa rakyat kini semakin pandai untuk menilai perkara tersebut.
Sehubungan itu, beliau mengajak hadirin yang terdiri dari pelbagai kaum melakukan perubahan sekaligus dapat menguburkan BN dan Umno. Dengan memberi contoh situasi yang berlaku di Mesir sewaktu berlakunya revolusi apabila umat Islam dan masyarakat Kristian bersatu melawan provokasi yang dilakukan oleh regim bekas presiden Hosni Mubarak. Telor Jawa Selepas itu, Ng pula berucap dengan kefasihan beliau bertutur dalam bahasa Melayu dan sesekali bercakap dalam telor Jawa yang mencuit hati penonton.
Dalam ucapannya, beliau menyindir BN yang didakwanya bercita-cita mahu merampas negeri itu dari Pakatan Rakyat dengan mempersoal dari sudut mana mereka mahu berbuat demikian.
"Sebelum ini (Datuk Seri) Najib kata Pakatan Rakyat nak tawan Putrajayajaya tapi tidak ada kabinet bayangan. (Sebenarnya) setiap kementerian, kita ada tiga orang calon yang menanti.
"(Kalau nak rampas Selangor) saya cabar (BN) di mana calon menteri besar dan exco bayang, mana? Tak ada. Jadi apa senjata (nak rampas Selangor)," katanya.
Susulan itu, beliau merayu supaya rakyat memberi mandat Pakatan untuk terus mentadbir negeri kerana kerajaan yang baru dibentuk berusia tiga tahun seperti anak kecil.
"Kerajaan baru berusia tiga tahun, baru belajar... (Tapi) dah tiga tahun Umno tak sabar-sabar nak rampas," katanya.
Manakala Mohamad pula berkata beliau kesal dengan politik di negara ini berhubung penayangan video seks yang mana lelaki yang dikatakan dalam video tersebut adalah mirip kepada seorang pemimpin pembangkang.
"Orang bertanya kepada saya, adakah saya sudah melihat video tersebut. Saya kata, saya tak tengok, saya tak mahu tengok dan saya tak akan tengok.
"Ini politik di Malaysia, saya kesal... Isu mengenai dasar negara (dan) keselamatan sudah tenggelam dengan benda lucah ini," katanya.
Mohmad juga mendakwa BN kini sudah "kehilangan senjata" untuk menyerang Pakatan Rakyat untuk terus memerintah termasuklah isu pembangunan.
Ini kerana, katanya, berdasarkan laporan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Indutri, rekod kemasukan pelaburan asing yang tertinggi di Malaysia dicatatkan oleh tiga negeri Pakatan iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.
Sumber: Malaysiakini | Polis ganggu lagi ceramah Anwar Posted: 04 Apr 2011 01:17 AM PDT Polis mengganggu ceramah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi kali ketiga berturut-turut - malam ini di ceramah terbesar parti itu di Betong - yang merupakan kubu kuat Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Alfred Jabu.
Majlis makan malam dan ceramah itu - yang diadakan di medan selera terbuka di Betong, sebuah pekan kecil yang terletak 70km di utara Sri Aman - bermula dengan lancar dengan pemimpin PKR tempatan, termasuk empat calon, menyampaikan ucapan kira-kira lebih sejam tanpa sebarang gangguan.
Anwar tiba pada jam 9.30 malam dengan disambut oleh hampir 1,000 penduduk pelbagai kaum berserta laungan "Reformasi".
Bagaimanapun, apabila Anwar bercakap kira-kira 10 minit, seorang anggota polis beruniform mendekati ketua pembangkang itu dan memintanya berhentikan berucap, menyebabkan timbul ketegangan di kalangan hadirin.
Selepas rundingan ringkas, Anwar bersetuju memendekkan ucapannya. Beliau kemudian meneruskan ucapannya selama 20 minit lagi sebelum polis mengganggunya lagi.
Malaysiakini difahamkan oleh pihak penganjur bahawa pihak polis telah mengeluarkan permit kepada PKR untuk mengadakan 'mesyuarat luar biasa' dan bukannya ceramah politik atas alasan tempoh kempen belum bermula.
Sebelum berhenti berucap, Anwar mendakwa pihak polis tidak akan mengambil sebarang tindakan jika ceramah gagal menarik ramai hadirin.
"Jika hanya ada 10 orang, polis tidak akan ganggu. Tetapi bila terdapat ramai orang seperti malam ini, mereka akan mengganggu," katanya.
Menurut timbalan ketua Wanita PKR Sarawak, Cecilia Siti Una, kehadiran malam ini adalah yang terbesar dalam sejarah Betong.
"Bukan mudah untuk meminta penduduk Betong menghadiri ceramah politik," katanya kepada Malaysiakini. | Kerjasama PKR- Snap runtuh tetapi masih terbuka Posted: 04 Apr 2011 01:13 AM PDT Naib Presiden PKR Tian Chua membayangkan kerjasama Pakatan Rakyat dan Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) tidak akan mencapai penyelesaian sebagaimana yang diharapkan.
"Walaupun kami berusaha dengan sedaya upaya untuk bertolak ansur, nampaknya Snap tidak sanggup bersama berjuang menghadapi BN pada pilihan raya negeri akan datang," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Bagaimanapun menurut beliau, PKR masih mengambil sikap terbuka terhadap parti tertua di Sarawak itu.
"Walau Snap tidak bersetuju untuk memberi komitmen menentang Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Mahmud dan BN, pintu kerjasama masih tebuka," kata Tian.
"Sebagai tanda keikhlasan, PKR akan memberi Snap beberapa kerusi di pilihan raya untuk membantunya menewaskan BN," kata beliau lagi.
Snap sebelum ini menyatakan sokongannya untuk menyertai gagasan Pakatan Rakyat setelah disingkirkan oleh BN pada tahun 2004.
Namun parti itu dan PKR menemui jalan buntu berhubung pengagihan kerusi untuk pilihan raya negeri meskipun rundingan telah berlarutan sekian lama.
"Kami telah berharap Snap sanggup bersama kami dan menjadi sebahagian dari perjuangan kami untuk keadilan di Sarawak dan seluruh Malaysia.
"Jika mereka pilih untuk meletakkan kepentingan diri dahulu, dan tidak berminat untuk bertolak ansur, kami hanya boleh berdoa yang terbaik untuk mereka," kata Tian Chua yang juga ahli parlimen Batu.
Beliau juga menolak tuduhan Snap bahawa PKR kononnya 'lembap' dalam menjalankan rundingan berhubung pengagihan kerusi untuk menghadapi pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April.
"Kenyataan terbaru Snap yang menuduh PKR lambat dalam berunding juga tidak benar dan bertujuan mengelirukan umum. Sebaliknya banyak surat dan mesej yang dihantar kepada pimpnan Snap dibiarkan tanpa jawapan, kata Tian Chua.
Sumber: Malaysiakini | |
Haniza Talha - Landscaping New Politics Posted: 04 Apr 2011 09:40 PM PDT |
AMK KEDAH Posted: 04 Apr 2011 09:37 PM PDT KEADILAN umum bertanding 47 kerusi di Sarawak Posted: 03 Apr 2011 11:16 PM PDT SIBU: Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) akan bertanding di 47 buah kerusi Dewan Undangan Negeri bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak kali ke 10, 16 April ini. Perkara itu diumumkan pada majlis pengumuman calon dan penyerahan watikah bagi zon Sarawak Tengah dan utara yang diadakan di sebuah hotel di sini sebentar tadi. Keadilandaily difahamkan sebanyak 4 kerusi lagi masih diperingkat rundingan oleh Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali di Kuching. Ketua umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, KEADILAN bersama rakan Pakatan Rakyat dari Pas dan Dap akan memberikan saingan sengit kepada Barisan Nasional dalam pilihan raya tersebut. "Kita akan bersungguh-sungguh berkempen dan memberikan penerangan kepada penduduk Sarawak untuk memberikan dokongan kepada Pakatan Rakyat. "Pilihan Raya Sarawak kali ini merupakan sejarah kerana buat pertama kalinya Barisan Nasional diberikan tentangan paling sengit," kata anwar dalam ucapannya. Hadir pada majlis tersebut ialah dua Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua dan Fuziah Salleh bersama-sama Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sarawak, Baru Bian. Program yang serupa turut diadakan bagi kawasan sarawak selatan yang dikendalikan Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali. Berita lanjut menyusul Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=10555 | |
Zulkifli Noordin Posted: 04 Apr 2011 09:27 PM PDT YES MR. SINGH? Posted: 02 Apr 2011 04:56 AM PDT Salam 2 all. Teman tidak bersetuju dengan desakan Karpal Singh menuntut videoklip "Jantan-X Menyudu Pelacor Cina" ditayangkan di Parlimen untuk tontonan Ahli Parlimen. Ini bukan masalah nasional, dan bukan masalah negara. Ini masalah kredibiliti dan akhlak "Jantan-X" tersebut. Buat apa kita nak mencemar nama baik dan kemuliaan Parlimen Malaysia dengan masalah peribadi "Jantan-X" itu?
Teman tidak tahu apa agenda dan niat Karpal sebenarnya, tetapi apa yang jelas menayangkannya didalam Parlimen akan hanya "memalukan & mengaibkan" "Jantan-X" yang menyudu pelacor Cina itu. Malahan mempertontonkannya didalam Dewan Parlimen yang mulia ini hanya akan merendahkan martabat Parlimen Malaysia. Kita akan hanya menjadi bahan tawa dunia, Parlimen yang menonton video lucah secara rasmi!!! Pada teman, isu videoklip ini adalah masalah peribadi manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan dengan rakan baiknya Datuk Eskay Syazly. Elok mereka selesaikan secara baik. Datuk Syazly, rakan baik Anwar yang mendedahkan videoklip tersebut, telah pun menyatakan dengan jelas siapa yang beliau maksudkan. Dan beliau dengan jelas menuntut supaya Anwar dan bini yang menabal lakinya sebagai anugerah tuhan supaya meletakkan jawatan. Kita tidak tahu apa yang Datuk Syazly tahu, tetapi gambar beliau ada didalam videoklip "Jantan-X Menyudu" berkenaan!!! Sudah pasti Datuk Syazly cukup tahu apa yang berlaku yop!!! Cuma masalahnya, diluar sana masih ada kaum yang secara membabi buta masih taksub dengan Anwar ini, terutamanya segelintir kepimpinan Pakatan pembangkang termasuk dari PAS, DAP & PKR. Teman tahu ramai ahli akar umbi khususnya daripada PAS sudah muak dengan gelagat manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan ini. Sebab itu teman tidak terkejut mendengar di Merlimau, Tenang & Kerdau ada suara dari kalangan ahli PAS yang tidak mahu Anwar turun berkempen bagi calon PAS. Jadi pada teman, eloklah pihak Peguam Negara & Ketua Polis Negara memberikan izin kepada pihak polis supaya membenarkan tayangan videoklip itu dibuat secara tertutup kepada kepimpinan Pakatan pembangkang daripada PAS, DAP & PKR yang masih taksub kepada Anwar. Biar mereka melihat dengan mata kepala mereka sendiri manusia yang mereka dukong dan nak mahkotakan sebagai Perdana Menteri, kerana mereka golongan yang masih PBB - Pekak, Bisu & Buta kepada kebenaran. Biar mereka membuat analisa dan keputusan mereka sendiri. Kalau setelah menontonnya (dan jika mereka mahu, setelah mendapat taklimat dan penjelasan daripada para pakar (jika perlu)), dan mereka masih taksub berqiblatkan Anwar, itu masalah mereka. Sekurang-kurangnya dihadapan ALLAH nanti mereka tidak boleh guna alasan tidak tahu, kerana mereka sudah pun diberi peluang menontonnya. Kerana kalau kita tengok gelagat Karpal sendiri. Walaupun dialah orangnya yang telah mendedahkan kegiatan liwat & homoseks Anwar didalam Parlimen pada 22.10.1997, dan mengulanginya di Hotel Federal dalam satu ceramah DAP, dan memaklumkannya kepada beberapa kepimpinan PAS sehingga mereka melabel Anwar dengan gelaran "Al-Juburi", dan mendesak Anwar bertaubat dan meletakkan jawatan apabila pembohongan 16.09 terbongkar; tau-tau dia pulak yang menjadi loyer membela Anwar dalam kes pertuduhan meliwat kakitangannya Saiful. Malah Karpal turut menobatkan Anwar sebagai Ketua Pembangkang!!! Jadi teman tak tahulah apakah setelah menonton videoklip itu, segelintir kaum pengiblat Anwar ini akan berubah? Wallahua'lam.
Atas sebab itulah, teman juga tidak bersetuju kita menghabiskan masa menubuhkan sebuah Suruhanjaya DiRaja atau Jawatankuasa Siasatan Bebas untuk menyiasat videoklip ini. Kata omputeh, ngabihkan boreh yo jang!!! So kepada para Pak Yangoat dan yang sewaktu dengannya, selamat menonton yop. Jangan lupa bawak kain spare..hehehe :)) Adios amigos, grasias senor. Wallahua'lam & Wassalam. Zulkifli Bin Noordin Sabtu 28 Rabi'ul Akhir 1432 02 April 2011 | |
Anwar Ibrahim Posted: 04 Apr 2011 07:45 PM PDT No One Believes it, Says Razaleigh On Porn Clip Posted: 04 Apr 2011 05:29 AM PDT From Harakah Daily Gua Musang member of parliament and former Finance minister Tengku Razaleigh Hamzah (pic) has described the latest sex accusation against Anwar Ibrahim as shameful and despicable. Saying the public would not buy the story following a pornographic clip targeting Anwar released by several UMNO leaders recently, Razaleigh said such acts of humiliating others were neither part of Islamic nor Malay culture. "I don't think the people accept this… If we see Anwar's first case in 1998, the people did not accept. Even after bringing a mattress, pillows, no one believed. I still remember when I made a dialogue session in Gua Musang, the people asked, ‘Is this Malay?’ “So shameful," said Razaleigh as quoted by TV Selangor. Razaleigh said those behind the clip were indulging in gutter politics and had smeared the image of the country and the Muslim majority. "Malaysian are generally civilised and have a good culture, why must we follow bad culture? “What's the point of doing such despicable thing in public," he asked. Authenticity Meanwhile, PAS Youth chief Nasrudin Hasan Tantawi said the authenticity of the clip was not the issue if the person in the clip was not Anwar as alleged. His reaction came following a statement by inspector general of police Ismail Omar who said the clip was authentic. Titiwangsa MP Dr Lo' Lo Ghazali said she would not accept the IGP's latest statement because the police had yet to arrest the ‘Datuk T’ trio, comprising of former Melaka chief minister Abdul Rahim Tamby Chik, businessman Shazryl Eskay Abdullah and Perkasa treasurer Shuib Lazim, who confessed to possessing and screening the porn clip. "If the party involved in playing the porn clip comes from Pakatan Rakyat leadership, imagine the response of the IGP and the police in general" she quipped. This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now | Sebagai Seorang Muslim, Saya Menolak Fitnah Video Itu Posted: 04 Apr 2011 05:20 AM PDT Dari Blog Muqabalah 1-Sebagai seorang muslim, saya diajar oleh Islam agar perspektif dan pemahaman saya dibina di atas peringatan dari al-Quran dan al-Sunnah. Mungkin sahaja dakyah-dakyah dari punca lain kelihatan boleh menyakinkan, ada logiknya. Tetapi sebagai seorang muslim, saya wajib meluruskan kefahaman saya mengikut peringatan al-Quran dan as-Sunnah, saya wajib menghadapkan wajah hati dan pertimbangan perasaan saya mengikut qiblat petunjuk tersebut. Sekiranya saya memalingkan wajah hati dan pertimbangan perasaan saya ke arah selainnya, kefahaman agama saya itu sudah tentu tersasar; semoga Allah menyelamatkan kita semua dari kebinasaan itu. 2- Saya mengharapkan rakan-rakan yang mempunyai perbezaan perspektif dan pemahaman dari yang akan saya sebutkan ini akan membetulkan apa-apa yang bengkok dalam kefahaman saya. Apa yang penting ialah kita sama-sama menjunjung tinggi kebenaran yang diajar oleh agama kita. Kita mahu faham mengikut faham agama, kita mahu hidup di atas kehidupan beragama, kita mahu mati berpegang dengan agama, kita mahu dibangkitkan di kalangan ummat yang teguh beragama. Saya saya mengharapkan pendirian saya ini tidaklah berasaskan atau dipengaruhi oleh sokongan saya kepada mana-mana individu, parti politik atau lain-lain kepentingan serta perkiraan duniawi; tetapi hanya semata-mata tulus mengikut apa yang saya faham dari ajaran Islam itu sendiri. 3- Saiyyidina Huzaifah Radiyallah ‘anhu mengatakan : “orang ramai telah bertanya Rasulullah Sollallahu ‘alaihi wasallam daripada kebaikan; sedangkan saya bertanya tentang keburukan. Saya telah mengetahui yang kebaikan akan mendahului saya. Saya bertanya: Ya Rasulullah: “adakah selepas kebaikan ini akan terjadi keburukan?”. Rasulullah bersabda: “Wahai Huzaifah, hendaklah engkau mempelajari Kitabullah ‘Azza wa Jalla. Dan hendaklah engkau ikut apa yang ada padanya”.Rasulullah mengulanginya sebanyak 3 kali. Huzaifah bertanya sekali lagi : “Adakah selepas kebaikan ini akan terjadi keburukan”?”. Baginda bersabda: ” (akan berlaku) fitnah yang membuta dan menulikan (yakni manusia menjadi buta daripada melihat kebenaran dan menjadi tuli dari mendengar kebenaran dan nasihat)”. Padanya terdapat penyeru-penyeru di atas pintu-pintu neraka ( menyeru kepada kesesatan yang akan mengelincirkan manusia ke dalam neraka). Maka jika engkau mati , wahai Huzaifah mengigit akar kayu (berseorangan mengasingkan diri dari kumpulan membuat fitnah)lebih baik bagi engkau draipada mengikut salah seorang daripada mereka”. Huzaifah menanyakan Rasulullah tentang sifat penyeru-penyeru di atas pintu neraka tersebut. Rasulullah bersabda: “Ya, mereka sekulit (satu bangsa) dengan kita dan mereka bertutur dengan bahasa kita” Matan (text) hadith ini mempunyai sedikit perbezaan dalam riwayat-riwayat yang berlainan. Sebahagian ulama memahamkan fitnah yang diisyaratkan oleh Rasulullah Sollallahu ‘alaihi wasallam itu telah berlaku di zaman salaf (awal Islam). Bagaimanapun pengajaran dari hadith ini sentiasa kekal benar dan bermanafaat. Agakan saya , keadaan masyarakat kita hari ini juga mendapat tempias yang kuat dari apa yang diterangkan oleh Rasulullah; zaman yang penuh dengan fitnah, seakan-akan membuta dan menulikan manusia dari melihat sesuatu isu mengikut neraca Islam kerana kuatnya desakan dan asakan dari penyeru-penyeru yang berada di atas pintu neraka itu! Mereka itu sekulit dan sebahasa denga kita! Subhanallah! 3- Allah menyebut dalam al-Quran: “Sesungguhnya orang-orang yang memfitnah (membuat keburukan) kepada lelaki beriman dan perempuyan beriman, kemudian(daripada kedurjanaan itu) mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab neraka, dan bagi mereka azab yang membakar” (al-Buruj:10) Apa yang berlaku sekarang ini memang termasuk dalam perbuatan fitnah, seperti usaha-usaha terancang untuk mengaibkan sesaorang serta keluarganya, menyumpah seranah dengan belbagai gelaran yang menjijikkan sehinggakan dalam media yang dibaca oleh kanak-kanak. Mereka datang dengan tuduhan demi tuduhan. Belum selesai yang pertama. mereka datangkan tuduhan kedua. Apa sebenarnya yang mereka mahukan? Yang nyatanya mereka menimbulkan fitnah ke atas peribadi dan keluarga tertentu, mereka menimbulkan fitnah kepada masyarakat dan tanahair, mereka telah mengaibkan negara di mata dunia. 4- Allah berfirman: “Sesungguhnya orang-orang yang datang dengan ‘ifik’ (menuduh Saiyyidatina Aishah terlibat dalam zina ) ialah dari kumpulan kamu sendiri. Jangan kamu mengiranya sebagai keburukan bagi kamu, bahkan ianya kebaikan bagi kamu. Tiap-tiap orang dari mereka menanggung dosa yang dilakukan, sementara orang yang berperanan penting daripada mereka, baginya azab yang besar pula (sepadan mengikut peranan). Ketika kamu mendengar berita itu, mengapa orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan tidak bersangka baik dengan sesama mereka sendiri? Dan berkata: Ini adakah ifik (pembohongan) yang jelas-nyata”. (Surah an-Nur: 10-11) Inilah sikap yang al-Quran mengajar kita. Kita bersangka -baik terhadap sesama Islam sehingga terdapat bukti-bukti yang nyata (beyond doubt) sebagaimana yang diajar didalam agama kita. Katakan walaupun tuduhan terhadap seseorang itu betul dan menepati kenyataan, hanyalah terdapat sedikit keraguan dan ianya tidak memenuhi piawaian syara’, lalu kita tolak tuduhan itu kerana bersangka baik terhadap sesama Islam, insyaallah kita masih harapkan pahala ‘bersangka-baik’ itu daripada Allah. Sekiranya kita membenarkan tuduhan ke atas orang Islam, apa lagi menyebarkan-luaskan tuduhan tersebut, sedangkan pada hakikatnya tuduhan itu adalah pembohongan semata-mata. Walaupun sekan-akan terdapat unsur-unsur yang boleh menyokong tuduhan tersebut. Maka apa yang kita akan dapat?. Kecuali kita mendapat kemurkaan dari Allah dan janji azab neraka yang teramat pedih. 5- Allah menyebut perbuatan homosexual di kalangan kaum Saiyyidina Nabi Lut ‘Alahi as-Salam. Allah merakamkan bahawa merekalah yang pertama kali dalam sejarah manusia terlibat dalam salahlaku ini. Allah menyebutkan: Dan Lut , ketika baginda berkata kepada kaumnya: “Adakah kamu mendatangi kejahatan yang belum pernah dibuat oleh sesiapapun di alam ini?. Sesungguhnya kamu mendatangi sesama lelaki bukan perempuan, bahkan kamu adakah kaum yang melampau (al-’Araf:8–81) Allah juga merakamkan tabiat pelaku sumbang ini semenjak sewal itu, yang mereka tidak mempunyai keinginan nafsu kepada perempuan. Allah menyebut tentang tabiat mereka ini, ketika para malikat yang menyerupai lelaki mendatangi Saiyyidina Lut kerana menyampaikan perentah Allah agar baginda keluar dari negeri yang akan ditimpa azab itu. Datang kepada Saiyyidina Lut, kaumnya dengan bersegera, sedangakn sebelumnya mereka memperbuat kejahatan. Nabi Lut berkata; ” wahai kaumku, mereka ini anak perempuanku, mereka lebih suci bagi kamu (untuk dinikahi). Maka bertaqwalah kepada Allah, dan jangan kamu malukan aku pada tetamuku, tidakkah ada di kalangan kamu orang yang cerdik?. Mereka menjawab: ” sesungguhnya engkau telah tahu yang kami tidak berhajat sebenar-benarnya kepada anak-anak perempuan engkau, dan engkau sesungguhnya mengetahui apa yang kami mahukan” (Hud: 78-79) Allah menyatakan suatu tabiat yang ghalib (norm) bagi orang yang bernafsu kepada sesama lelaki yang mereka tidak berselera kepada perempuan semenjak zaman Saiyyidina Lut itu lagi. Dan banyak keadaan sekiranya mereka berkahwin dengan perempuan sekalipun, mereka gauli isteri secara mereka gauli sesama lelaki. Tanpa kita menolak kemungkinan terjadi apa yang di luar kebiasaan, tetapi apabila ianya berlaku di luar kebiasaan, maka kita perlu hujjah yang jelas dan kenyataan yang terang bagi menyalahi kebiasaan perkara yang ghalib. Tuduhan ke atas DSAI meliwat, kemudian tuduhan dia berzina dengan pelacur perempuan adalah tuduhan yang mengatasi kebiasaan yang telah disebut oleh Allah sendiri. Tuduhan itu pula datangnya daripada orang-orang yang terlalu sukar untuk kita mengatakan mereka itu sebagai orang yang adil, thiqah dan tidak fasik; orang yang diterima kesaksian mereka. Tentang syarat kesaksian itu dari orang yang adil di dalam syara agama kita. Sekiranya tuduhan itu datang dari orang-orang fasiq, kita sebagai penganut Islam tidak dapat menerimanya dengan begitu sahaja tanpa penelitian yang rapi. Kita juga tidak boleh membenarkan penuduh-penuduh yang fasiq itu bermahara-lela sesuka hatinya, hukuman mesti dijatuhkan ke atas mereka. 6-Berdasarkan pertimbangan sebegini, pertimbangan yang saya fahami dari petunjuk umum al-Quran dan as-Sunnah, yang saya junjung mengatasi ‘bahan-bahan bukti’ yang masih mempunyai keraguan, andaian-andaian yang difikirkan munasabah untuk mengiyakan tuduhan tersebut , maka saya didorong oleh keimanan saya kepada kesempurnaan ajaran Islam menolak kesahihan tuduhan ke atas DSAI berdasarkan video itu atau yang seumpama dengannya. Saya cuba memahami perspektif mereka (termasuk rakan-rakan) yang berusaha untuk mengatakan memang DSAI yang beraksi dalam video tersebut. Saya ikuti hujjah yang dibawa termasuk oleh rakan saya, Kickdefella. Kickdefella sebagai contoh memberi justifikasi, kenapa image lelaki di dalam video itu agak berisi berbanding DSAI, katanya distortion itu boleh berlaku kerana perubahan ratio axis x-y pada frame . Dia juga berdasarkan pergerakan watak di dalam video itu yang katanya menyerupai pergerakan DSAI. Kalau kita secara ikhlas bertanya kenapa ratio axis x-y itu terubah sehingga menimbulkan kekeliruan, kenapa ianya berlaku kerana video itu datangnya dari pihak yang mahu mensabitkan kesalahan DSAI, bukan dari pihak yang cuba menafikan penglibatan DSAI. Kita juga tertanya bagaimana rapatnya hubungan Kickdefella sehingga dia dapat mengenali gerak DSAI terutama dalam berkeadaan yang sedemikian. Kita tidak boleh memastikan seorang yang gerakannya sopan ketika biasa, akan bergerak secara tertib dan sopan ketika dalam posisi sebegitu. Apa yang disebut sebagai keyakinan oleh Kickdefella hanyalah sekadar peringkat telahan tidaklah sampai kepada peringkat yakin. Ianya pada peringkat waham, syak atau zan, bukan peringkat ilmu, bukan peringkat yakin dalam takrifan syara’. Apa yang kita pasti dengan yakin ialah DSAI mempunyai sejarah sakit tulang-belakang, kita juga masih melihat ada ketika beliau memakai girdle untuk menyokong tulang-belakangnya untuk mengurangkan kesakitan, kadang-kadang kita masih perasan jari-jari beliau sembab membengkak kerana kesan sampingan ‘pain-killer’. Untuk mensabitkan hal-hal ini yang saya sebutkan ini, saya sanggup menjadi saksi di dunia dan di akhirat tentang kebenarannya. (walaupun mungkin sahaja dikatakan DSAI hanya berlakun dalam semua keadaan ini). Dengan mengetahui hal-hal yang yakin ini, agar sukar untuk kita padankan dengan tuduhan yang DSAI beraksi rancak dalam video tersebut , tidak sebagai seorang yang pernah sakit tulang belakang ataupun berusia lebih 60 tahun. 7- Dalam pada itu, ini bukan bermaksud sekali-kali yang saya menyetujui pendirian-pendirian DSAI dalam beberapa perkara. Saya bukan setakat menolak sebahagian daripada gagasannya bahkan saya menentang gagasan tersebut. Saya menentangnya berdasarkan kefahaman yang saya fahami dari ajaran al-Quran dan as-Sunnah. Saya tidak menentang atau menyokongnya berdasarkan kepentingan parti atau politik, semoga saya diperlihatkan Allah akan kebenaran sebagai kebenaran serta diberi kekuatan untuk menjayakannya, semoga saya diperlihatkan kebatilan sebagai kebatilan serta diberi kekuatan untuk menolaknya. Ingin sentiasa saya ulangi doa orang yang beriman di kalangan pengikut Nabi Musa ‘Alahi as-Salam: 'Mereka berdoa: “kepada Allah , kami bertawakkal, Wahai Tuhan Kami, janganlah Engkau jadikan kami sasaran fitnah kumpulan yang zalim.Dan selamatkan kami dengan Rahmat engkau daripada tipu-daya orang-orang kafir” (84-85 Surah Yunus) | Sosok, Lenggok Ternyata Bukan Anwar- Nik Nazmi Posted: 04 Apr 2011 04:42 AM PDT Dari KeadilanDaily Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, berdasarkan video palsu yang dimuat turun di laman web You Tube, jelas individu di dalam rakaman berkenaan bukan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Selepas menonton video tersebut, kenyataan awal saya terbukti benar memandangkan sosok dan lenggok badan watak utama, termasuk perut yang menonjol jelas sekali bukan sosok badan Anwar. "Hakikat ini mungkin tidak jelas bagi mereka yang tidak mengenali Anwar secara dekat, tetapi sebagai bekas Setiausaha Sulit beliau selama dua tahun saya tahu bahawa itu bukan Anwar," "Apatah lagi saya mengenali keperibadiannya sebagai seorang Muslim dan pemimpin keluarga yang baik," jelas beliau dalam satu respon segera yang dihantar kepada Keadilandaily petang ini. Beliau mengulas tindakan Umno, melalui blogger mereka yang memuat turun rakaman tersebut di laman You Tube hari ini. Menurut Nik Nazmi, jelas sekali tayang video berkenaan kepada umum bermotifkan politik ketika Pilihan Raya Negeri sedang rancak di Sarawak. Justeru itu beliau mengemukakan enam persoalan asas yang masih belum terjawab berhubung video fitnah tersebut: 1. Mengapa Rahim Tamby Chik, Shazril Eskay dan Shuib Lazim tidak berani mendedahkan diri mereka ketika mula-mula menayangkan video kepada editor-editor kanan milik Barisan Nasional di Carcosa? 2. Siapakah individu ketiga dalam video tersebut? Kehadiran lelaki ketiga yang bertindak seperti pengarah video menggambarkan ini bukan rakaman CCTV rahsia sebagaimana didakwa Dato' T. 3. Adakah mereka tidak yakin dengan kewibawaan moral mereka sendiri ataupun khuatir bahawa rakyat akan menyimpulkan video ini satu lagi usaha UMNO-Barisan Nasional untuk menyerang Anwar memandangkan ketiga-tiga mereka mempunyai hubungan dengan UMNO khususnya Tun Dr. Mahathir Mohammad dan Datuk Seri Najib Tun Razak? 4. Dato' T mendakwa video ini dirakam di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Namun tulisan di dalam video tersebut (di dalam bahasa Thai) apabila diterjemah menyebut "Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011". Adakah video ini sebenarnya video lucah Thai yang tiada kaitan dengan Malaysia? 5. Mengapa UMNO diam membisu tentang pandangan tiga mufti: Dr Juanda Jaya (Perlis), Datuk Tamyes Abd Wahid (Selangor) dan Datuk Mohammad Shukri Mohammad (Kelantan) yang meminta umat Islam mengesahkan dulu sebarang maklumat yang datang daripada pihak yang fasik? Malah, Tan Sri Harussani Zakaria (Perak) juga mengeluarkan pandangan serupa tetapi menurutnya tidak dilaporkan Utusan Malaysia. 6. Mengapa pihak polis yang tegas memberi amaran kepada orang ramai jangan mengedar video Chua Soi Lek dahulu (yang diakui Soi Lek sendiri benar) tidak mengambil pendekatan sama kali ini? Sehubungan itu, Nik Nazmi menyeru rakyat Malaysia supaya tidak termakan dengan politik fitnah, kotor dan keji yang dibawa Umno- Barisan Nasional. "Pada awal tahun ini rakyat menaruh harapan terbitnya Buku Jingga Pakatan Rakyat akan memulakan budaya baru politik mengenai idea dan polisi yang menandakan kematangan masyarakat negara kita. "Malangnya bukan sahaja Najib menolak berbahas mengenai buku jingga, tetapi dalam keadaan beliau terdesak kini nampaknya membiarkan budaya politik busuk terus bermaharajalela. Ketika arus demokrasi berkembang pesat di seluruh dunia, politik Malaysia nampaknya masih lagi pada takat yang lama," ujar beliau. | Siasat Dulu Kesahihan Berita, Mufti Senada Posted: 04 Apr 2011 04:24 AM PDT Dari Malaysiakini Dalam menghadapi keadaan politik yang mengeksploitasi isu peribadi, seperti isu video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, umat Islam dinasihatkan menyiasat dahulu kesahihan dakwaan itu. Perkara itu disepakati beberapa mufti negara ini, termasuklah Dr Juanda Jaya (Perlis), Datuk Tamyes Abd Wahid (Selangor) dan Datuk Mohammad Shukri Mohammad (Kelantan). Menurut Dr Juanda, Allah berfirman dalam surah al-Hujurat, apabila datang berita daripada orang fasik, perkara itu hendaklah diselidiki terlebih dahulu. “Dan kalau tidak cukup empat orang saksi, sepatutnya penuduh dikenakan hukuman Qazaf. Hukum orang fasik ini, dia tak layak lagi jadi saksi untuk sebarang kes kerana sudah hilang kredibeliti.” Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Dr Juanda (kanan) berpendapat isu melibatkan keaiban peribadi tidak boleh dijadikan modal politik, apatah lagi jika perkara berkaitan seks yang amat memalukan. “(Kalau betul pun), kita tak tahu, mungkin dia sudah bertaubat. Kenapa perlu dedahkan perkara itu? Siapa tak ada aib di masa lalu?” soal Dr Juanda lagi. Katanya, rakaman video sahaja tidak mencukupi jika tidak disokong oleh empat saksi yang adil kerana kesalahan zina amat berat dan hukuman yang dijatuhkan hendaklah bebas daripada sebarang prasangka. “Kalau ada (hanya) tiga orang saksi yang melihat perkara itu, lebih elok mereka tutup mulut sahaja daripada mendedahkannya. Kesan tindakan itu melibatkan banyak pihak, termasuk anggota keluarga yang terlibat,” katanya. ‘Jangan terpalit, terikut-ikut’ Semalam, ulama terkenal Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, para mufti wajar menyatakan pendirian berhubung isu "politik selak kain" susulan tayangan video kontroversi minggu lalu. Sementara itu, Tamyes (kiri) pula menyifatkan apa yang berlaku sekarang ini berjalan secara tidak betul. “Untuk menuduh, mestilah mendatangkan bukti, iaitu empat saksi untuk mensabitkan kesalahan. Jika tidak, pihak itu boleh dikenakan hukum Qazaf. “Hukum ini tidak pernah berubah dari dulu sampai sekarang. Kepada yang dituduh, boleh bersumpah untuk menafikan apa yang dituduh. Tetapi sekarang, yang menuduh bersumpah, yang dituduh diminta mencari bukti. Ini terbalik dan tidak betul,” katanya. Tamyes juga menasihatkan orang awam yang tidak tahu menahu tidak masuk campur, walaupun sekadar bersembang-sembang mengenaninya di kedai kopi. “Biarlah diselesaikan oleh pihak yang berkenaan. Janganlah terpalit sama, terikut-ikut buat tuduhan,” katanya lagi. Beliau bagaimanapun enggan mengulas berhubung gejala “politik selak kain” yang dibangkitkan Dr Mohd Asri sebelum ini. “Bagaimanapun, saya minta kembalilah ke jalan Allah. Sekiranya tidak ada asas sesuatu tuduhan itu, eloklah kita sorot kembali (kesasihan dakwaan itu),” katanya. Kod etika dalam Islam Sementara itu, Mufti Kelantan Datuk Mohammad Shukri Mohammad pula berkata, Islam menetapkan kod etika untuk pelbagai pihak, sama ada ada penuduh atau orang awam dalam menghadapi isu pendedahan aib orang. Katanya, pendedahan perkara buruk melibatkan orang lain boleh dibuat bagi tujuan pengadilan dan penghakiman sahaja dan tidak boleh didedahkan secara terbuka. “Kalau dengan niat hendak aibkan orang memang dilarang. Kalau dengan tujuan mencari kebenaran atau mendapat pengadilan yang adil, perlulah dedahkan. “Tetapi cara mendedahkannya biasanya dedah pada qadi, hakim atau mufti, tidak kepada orang awam,” katanya kepada Malaysiakini. Bagi orang awam pula, Mohammad Shukri sependapat dengan Dr Juanda bahawa sesuatu berita yang disampaikan mestilah diselidik dahulu dan tidak terus menerimanya bulat-bulat. “Jabatan mufti sepatunya jadi sumber rujukan. kalau pihak berkenaan rujuk dulu, barangkali ada cara lebih sopan untuk nyatakan kebenaran dan mendapatkan pengadilan. “Sebabnya menonton video lucah, undang-undang negara pun tak boleh,” katanya. | The Public Would Never Believe That Bernama Dares To Misreport The Prime Minister, Unless The Offending Bernama Reporter Is Sacked For Unprofessional Conduct And Incompetence. Posted: 03 Apr 2011 09:59 PM PDT Press Statement By Penang Chief Minister And PR Penang Chair Lim Guan Eng Released In Komtar, George Town On 4.4.2011 Minister in the Prime Minister's Department Tan Sri Dr Koh Tsu has caused confusion with his statement that Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak had never expressed confidence that BN would recapture Penang. Koh claimed that the Bernama reporter must have been over-excited or over-enthusiastic in misreporting Najib, who had merely said that the warm welcome Najib received can be translated to BN winning a few more seats. I find it hard to believe that the national news agency Bernama would dare to misreport the Prime Minister, no matter how excited or enthusiastic the reporter is. As the national news agency, Bernama would have access to the Prime Minister that is not normally available to other media. The public would never believe that Bernama dares to misreport the Prime Minister, unless the offending Bernama reporter is sacked for such unprofessional conduct and incompetence. Any failure to act against Bernama shows that BN is carrying out a "smoke and mirrors" campaign to recapture Penang by confusing PR and conceal BN's real strategy of winning back Penang by stealth and subterfuge. For this reason PR Penang state government will not be deterred, distracted, detracted and deflected from our focus on improving good governance and service to the public. All PR Penang elected representatives are directed to intensify their efforts in carrying out their duties of a people-centric government with humility by listening to the people, doing the people's work and giving hope to the people. Penang PR state government regrets BN Penang for misleading the Prime Minister with false information that Penang is worse off under PR. Since the 2008 March 8 general elections that swept PR to power, Penang has changed for the better. Amongst the 12 clear successes backed up by indisputable facts and figures that placed Penang as No.1 in Malaysia are: 1. Top in investments in Malaysia attracting RM12.2 billion investments or 26% of the overall investments in Malaysia. Penang’s FDI (Foreign Direct Investment) contribution is even higher at 36% of Malaysia’s FDI despite having only 6% of the nation’s population. 2. Praised by the National Auditor-General for being the state with the best financial management in 2008 to 2009. 3. Top in Malaysia in reducing the crime index for 2010 by 27%. 4. Pioneer and leading state in green initiatives moving towards becoming the first green state in Malaysia. 5. Only state in Malaysia to be praised by Transparency International for fighting corruption through the state government’s open tenders and CAT governance based on Competency, Accountability and Transparency. 6. Top in medical tourism with 60% revenue in Malaysia. 7. The first state to wipe out hard-core poverty by ensuring that every family’s income is at least RM 500 a month and giving out RM 100 annually to senior citizens above 60 years old. 8. The highest increase of air travelers (30%) amongst all Malaysian airports in 2010. 9. Lowest unemployment rate and is actively sourcing for skilled workers. 10.Upholds basic human rights through enacting the Freedom of Information (FOI) Act and setting up Speaker’s Square at the Esplanade, the first in Malaysia which gives not just freedom of speech but also freedom after speech. 11. Foremost in protecting, preserving and promoting heritage conservation in Malaysia through the UNESCO World Heritage City of George Town. 12.Ranked as the most livable city in Malaysia. | 2 Submarines Spending RM50 Million of Tax-Payers’ Money Per year Posted: 03 Apr 2011 09:31 PM PDT Press Release 2nd April, 2011 2 Submarines spending RM50 million of tax-payers' money per year A yearly total of RM 50 million is used to maintain the two submarines KD Tunku Abdul Rahman and KD Tun Razak to ensure a full operational under extreme condition and for the safety of its crews of the submarines. This was disclosed by the Minister of Defence Dr. Abdul Latiff in answering a question raised by the MP for Batu Tian Chua in Parliament on Wednesday. The Minister said the Scorpene submarine maintenance cost over a six year period will be about RM25 million each. Each submarine has 2 million parts and is equivalent to 14 Boeing 747s. He said the ministry will organize a tour of the submarine at ports in the country to promote them to the public. He also said that, under the contract, it is guaranteed that the submarines can be used at any given time to meet the needs of the navy, and failing which a penalty can be imposed on the company. DAP KK MP Hiew King Cheu commented that the RM 50 million spending on the maintenance annually is extravagant and exceptionally high. If for a period of six years, it will be a staggering figure of RM 300 million. The question is also raised that do we in Malaysia really need the submarine to protect our waters. We spent so many billion ringgits to purchase the two submarines and store million spare part components to ensure a smooth running of the submarine, is it justified? Many people had queried the billions of Ringgits spent to have two submarines in Malaysia whether it is worth it. Just consider if the money was spent to acquire some tactical war planes, will it be more reasonable and effective in handling offensive crisis? The Minister also mentioned that the two submarines will make a nationwide tour to all ports in Malaysia for the public to view and to promote the subs. This is actually going too far, because these tactical subs are not toys and not for pleasure rides. The cost and expenditures involved is definitely very high and the tax payer's money will be wasted. The procurement of spares parts up to two millions items also a figure that we cannot believe and understand, are these subs so fragile and easily broken down, so that we have to store such a huge stock of spare parts and component which is literally for every part of the sub. Hiew said the money spent on the purchase and maintenance of the subs is enough for the poor people in Malaysia to be given free housing and for the eradication of poverty many times over. We just don't see any real justification and logic behind of the huge spending. MP for Kota Kinabalu, Hiew King Cheu | Tian Chua’s Statement on SNAP Posted: 03 Apr 2011 09:28 PM PDT We report with deep regret that our efforts to reach an electoral pact with SNAP for the Sarawak state elections have been continually frustrated. Despite our best endeavours to reach a compromise, it seems SNAP is unwilling to forge a united front to face Barisan Nasional in the coming Sarawak state election. Our patience with SNAP was based on the spirit of solidarity embodied in the Pakatan Rakyat coalition. We had earnestly hoped that SNAP could have been a key partner of Pakatan Rakyat in Sarawak. Sadly, despite our attempts to engage constructively throughout the seat negotiations, SNAP adopted an entirely inflexible position. From the onset, SNAP demanded that KEADILAN and Pakatan Rakyat recognize SNAP as the single and sole representative of the Dayaks in our opposition formula. We duly acknowledge SNAP as the oldest party in Sarawak, which has represented the voice of Sarawak indigenous population for several decades. We also believe that cooperation with Pakatan Rakyat in these state election offers an opportunity for SNAP to regain its leading position in Sarawak politics. Nonetheless, SNAP’s unbending insistence on contesting no less than 27 seats of their choice forced an impasse. Our attempt to discuss seat allocations by comparing the winnability of respective candidates and relative strength of electoral machinery was rejected out of hand. If there is no willingness to meet at any point in between, an equitable partnership cannot be forged. It seems unfortunately evident to all that SNAP is more interested in contesting the main bulk of Dayak seats for the sake of contesting, rather than to attain a winning formula to defeat BN. SNAP’s latest statement accusing KEADILAN of being slow in pursuing seat negotiations are also untrue and meant to mislead the public. On the contrary, numerous letters and messages sent to SNAP leaders were met with no reply whatsoever. While KEADILAN has had every intent to forge a viable opposition front to ensure one to one fights in every seat, it would appear that peninsular based forces that have longed sought to subvert and break up the Pakatan Rakyat coalition have once again successfully orchestrated the current impasse. KEADILAN’s first and foremost goal is to replace the Taib-led BN government with a leadership that is founded firmly on the principles of integrity, transparency and justice for all. Together with PAS, DAP and other willing forces, we seek to reinstate the rights, autonomy and dignity of all communities in Sarawak. We had hoped that SNAP would be willing to walk together with us and be part of Pakatan Rakyat’s struggle for justice in both Sarawak and the rest of Malaysia. If they have chosen to put other priorities first, and have no interest in reaching any compromise, we can only part ways amicably and wish them the best in their endeavours. Although SNAP refuses to commit to a united opposition against Taib and BN, the door of cooperation remains open. As a sign of good will and good faith, KEADILAN has taken a leap and decided to unilaterally give way to several SNAP candidates, in the hopes that this will help dislodge BN from even more seats. Doing so of our own accord despite the disappointment of some of our members and supporters is a sign of our deep and abiding commitment to removing the corrupt and tyrannical BN government as well as to finally put an end to the neverending excesses of the Taib dynasty. As the campaign begins, we call upon Sarawakians of all backgrounds to join us in our commitment to ensure Sarawak’s many blessings are shared equally and justly between all our children and grandchildren.Vote for change! Berubahlah! TIAN CHUA KEADILAN VICE PRESIDENT | Mengutuk Penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri Posted: 03 Apr 2011 09:22 PM PDT 3 April 2011 Dalam pada semua masyarakat sivil menentang amalan penahanan tanpa bicara tiba-tiba kita dikejutkan dengan penahanan saudara Kadir Hashim yang juga seorang OKU ( orang kelainan upaya) di bawah Akta Keselamatan (ISA). Ini menunjukkan bukan sahaja Kerajaan tidak mengendahkan desakan rakyat tetapi ia menggambarkan BN sudah terlalu angkuh. Apatah lagi Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor Jumaat lalu telah meluluskan Usul Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Kita difahamkan Kadir Hashim dikaitkan dengan militan di Cambodia. Jika benar dakwaan tersebut, Kadir hendaklah dibawa kemuka pengadilan, dibicarakan dan dibenarkan membela diri. Negara ini mempunyai cukup akta dan undang-undang yang boleh digunakan umpamanya Akta Polis dan Kanun Keseksaan. KEADILAN dengan tegas dan sekeras-kerasnya mengutuk penahanan tanpa bicara Saudara Kadir Hashim yang jelas membelakangi hak asasi manusia. Justeru, penahanan ini sebenarnya hanya bermotifkan politik dan sengaja untuk menenggelamkan isu-isu panas yang berkaitan dengan pilihanraya Negeri Sarawak yang semakin hampir. Maka, KEADILAN dengan ini terus mendesak supaya akta zalim ISA dimansuhkan dan kesemua tahanan yang ada didakwa di mahkamah dan dibicarakan di bawah peruntukan undang-undang sedia ada. KEADILAN sedar bahawa ketenteraman awam itu adalah penting dan mesti dipertahankan tetapi penahanan tanpa bicara melalui ISA itu jelas sekali zalim dan di luar kemanusiaan. Selamatkan Malaysia! Dr Wan Azizah Wan Ismail PRESIDEN PARTI KEADILAN RAKYAT | |
Anak Muda Kampung Nak Senang Posted: 04 Apr 2011 11:46 AM PDT Bob Lokman pindah Pej ADUN Paroi 5 Apr 2011 Posted: 04 Apr 2011 01:30 AM PDT Makluman. Program Bob Lokman (ex Raja Lawak) bertemu peminat pada Selasa 5 April 2011 jam 9 malam terpaksa dipindahkan ke Pejabat ADUN Paroi di Taman Tasik Jaya, Senawang. Program yang pada asalnya dijadualkan di Dataran Senawang telah TIDAK MENDAPAT KELULUSAN POLIS. Marilah kita mendengar keluhan Bob Lokman, SELASA 5 April 2011 jam 9 malam di Pejabat ADUN Paroi, Taman Tasik Jaya, Senawang, Seremban, Negeri Sembilan. Datanglah beramai-ramai. Oh Malaysia, Negara Ku yang paling Demokrasi dan Kebebasan Bersuara di seluruh dunia dan alam semesta | Pusat Polis N.Sembilan pula diserang Adenovirus? Posted: 03 Apr 2011 04:42 PM PDT Virus Adeno menular ke PD? Utusan Malaysia 4 Apr 2011 SEREMBAN 3 April - Selepas negara digemparkan dengan kematian tiga pelatih polis di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, Kuala Lumpur akibat jangkitan virus Adeno baru-baru ini, kini virus itu seperti menjangkiti Pulapol Port Dickson (PD) pula. ( Sila baca artikel sebelum ini : Polis, PDRM diserang Adenovirus dan kes Asid dan peranan pemimpin Umno di http://amkns.blogspot.com/2011/04/polis-pdrm-diserang-adenovirus-dan-kes.html ) Semalam, seramai lapan pelatih konstabel di Pulapol Port Dickson yang berpusat di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) Teluk Kemang dekat sini disyaki dijangkiti virus Adeno setelah menunjukkan simptom jangkitan virus berkenaan seperti demam panas. Berikutan itu, kesemua mereka dimasukkan ke Hospital Port Dickson sejak semalam untuk menerima rawatan lanjut selain bertujuan mengesahkan sama ada mereka benar-benar dijangkiti virus yang boleh membawa maut itu. Bagaimanapun, Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Datuk Dr. Zailan Adnan memberitahu, kesahihan bahawa kesemua pelatih tersebut dijangkiti virus Adeno belum dapat disahkan. "Pihak kami masih menjalankan ujian diagnosis secara keseluruhan dan seterusnya menunggu keputusan ujian makmal sebelum dapat mengesahkannya. "Kesemua lapan pesakit itu kini dirawat sebagai kes influenza (ILI) dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil," katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS), di sini hari ini. Seramai 1,000 pelatih lelaki yang mendaftar sebagai konstabel polis sedang menjalani latihan di kem Pusasda sejak awal Januari lalu. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0404&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm | |
MOH...KITE LAWAN YEOP!!! Posted: 04 Apr 2011 09:34 AM PDT Rakyat Sarawak jangan terasyik dengan 'river cruise' Posted: 04 Apr 2011 06:54 AM PDT Muhyiddin nasihatkan rakyat Sarawak supaya lupakan pembangkang. Itulah tahap ungkapan dari pemimpin nombor 2 parti 'songkok hitam tinggi 2 jengkal'. Rakyat Sarawak tak akan lupakan 'pembangkang' kerana 'pembangkang' juga adalah rakyat Sarawak......orang tempatan. Tapi yang pastinya rakyat Sarawak tetap akan menolak Umno. Umno tidak akan dapat bertapak dibumi 'Kenyalang' ini. Rakyat Sarawak amat faham, kewujudan Umno lebih bahaya dari hadhirnya 'bujang senang'. Pemimpin Umno datang menyebukkan diri di Sarawak sambil menggeleng-gelengkan kepala seraya berkata dalam hati, "Sayangnya balak di sini masih tegap.....kalaulah Umno dapat bertapak di sini.....' Rakyat Sarawak tidak mampu untuk menunggu lima tahun lagi.....inilah masanya mereka perlu menyingkirkan 'Tok Uban' dan barisannya secara demokratik. Jika rakyat Sarawak teragak-agak.....benci-benci sayang.....maka mereka terpaksa menunggu berpuluh-puluh tahun lagi kerana 'Tok uban' dan barisannya akan memper'kukuh'kan kedudukan masing-masing dan rakyat Sarawak hanya akan dapat meratapi nasib mereka sambil menikmati 'sunset' di sepanjang 'river cruise' di Sungai Sarawak dan hanya menatapi keindahan 'Istana' di tebingnya. Sumber: http://al-brangionline.blogspot.com/ | Chegu Bard : Video Lucah Disunting Untuk Perbodohkan Rakyat Posted: 04 Apr 2011 06:03 AM PDT SHAH ALAM 4 APRIL : Video lucah hampir dua minit yang dimuatkan di YouTube disunting sebegitu supaya ia hanya memperlihatkan adegan-adegan individu yang mirip wajah Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia Badrulhisham Shahrin. Badrul menyaksikan keseluruhan video 21 minit itu pada 21 Mac lalu dan mengesahkan klip yang dimuat naik di Youtube diambil daripada rakaman asal. Bagaimanapun klip video di YouTube disunting untuk mempengaruhi orang ramai bahawa individu dalam rakaman itu adalah Anwar, kata beliau. "Klip itu adalah dari sumber yang sama tetapi ia di edit (sunting) sedemikian rupa untuk meyakinkan (orang ramai). Tetapi tempat-tempat yang begitu ketara, hodoh dan tidak sama dengan Anwar tidak disiarkan. Ini memang kita sudah jangkakan berlaku" kata beliau kepada TVSelangor. "Mereka tidak akan siarkan semua, dan kenapa mereka tidak siarkan semua contohnya dengan posisi perut yang buncit, itu mereka tidak siarkan, sebaliknya mereka hanya mengambil yang mirip (Anwar) untuk memperbodohkan rakyat," tambah beliau. Badrul yakin Umno berperanan dalam memuatnaikkan video yang disunting itu ke Youtube, malah telah meramalkan tindakan Umno itu dalam wawancara dengan TVSelangor pada minggu lalu. Beliau yakin tidak ada tindakan akan diambil terhadap pihak yang memuatkan rakaman itu di Youtube. "Perdana Menteri Malaysia (dan) rejim ini terlibat dalam melindungi sindiket ini yang menyiar video ini kepada umum. Mereka tidak akan kena apa-apa," kata Badrul. Badrul menegaskan bahawa video itu dimuat keYoutube untuk dicanang sebagai modal BN pada pilihanraya umum Sarawak. "Ianya lebih menyerlah lagi apabila penyebaran video ini ialah terdesaknya mereka dan apabila berada diambang pertempuran di piliharaya di Sarawak ini". Badrul dan Johari Abdul, Ahli Parlimen Sungei Petani adalah dua orang yang tampil memberi perakuan mereka diundang oleh bekas Ketua Menteri Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik untuk menyaksikan rakaman penuh video itu secara berasingan pada 21 Mac lalu. Johari ditawarkan imbuhan untuk membawa keluar wakil rakyat PKR dengan menggunakan video itu manakala Badrul pula diminta untuk menyampaikan rakaman itu kepada isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail. Bagaimanapun kedua-dua mereka, secara berasingan, yakin orang dalam rakaman itu bukan Anwar walaupun akur individu berkenaan mempunyai iras hampir serupa dari sudut tertentu kamera. Badrul dan Johari berkata bahasa badan Anwar dan susuk tubuhnya termasuk perut berlainan dengan individu dalam rakaman itu. Anwar bertegas menolak beliau adalah individu dalam rakaman itu. Ketua Pembangkang itu menegaskan beliau di rumah bersama ahli keluarga dan kakitangannya serta berinteraksi dengan kenalan menerusi Twitter ketika rakaman itu diambil pada 21 Februari lalu. Penayangan video di Hotel Carcosa Kuala Lumpur didalangi oleh gadingan Datuk T yang merangkumi bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Sharzyl Eskay dan Bendahari Perkasa Shuib Lazim. Mereka hanya menyerahkan video itu kepada pihak berkuasa setelah Anwar membuat laporan polis dan mendedahkan identiti mereka. Ketiga-tiga Datuk T itu dilaporkan berjumpa dengan Perdana Menteri Najib Razak di Bangunan Parlimen susulan laporan polis yang dibuat oleh Anwar. Sumber: http://wrlr.blogspot.com/ | |
keADILan Kuala Pilah Posted: 04 Apr 2011 09:16 AM PDT Posted: 03 Apr 2011 08:29 PM PDT | Posted: 03 Apr 2011 08:25 PM PDT | |
Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党 Posted: 04 Apr 2011 09:05 AM PDT 砂州选举升温-公正党领袖访峇都林当选区 Posted: 03 Apr 2011 09:39 PM PDT (古晋2日讯)人民公正党最高理事郑立慷以及实旦宾区部主席施志豪律师联合拜访峇都林当选区,拜访选民做进一步交流,使到即将来临的砂劳越州选举逐渐升温。 郑立慷在拜访选民时呼吁选民在即将来临的州选,全力支持公正党派出的候选人,不仅仅要确保民联再度蝉联峇都林当议席,同时通过高票致胜来表达对砂州首长泰益玛目长期执政以来的不满。 "泰益长达三十年的执政期间,许多原住民的土地遭国阵政府夺走,泰益家族过着奢华生活,相反地,人民却活在水深火热之中。" 也是霹雳州迪遮区州议员的他指出,人民公正党已经确定在峇都林当出战,而公正党的竞选机制已经准备就绪,全力对抗国阵。 "改革是我们的唯一目标,我们会以最大的努力,确保民联在砂州赢取更多议席。" 他今早与施志豪和一众公正党党员的陪同下,在走访峇都林当选区时表示,居民反应非常热烈,并有信心公正党能以高票赢得该选区。 郑立慷也呼吁趁着这次州选,好好利用手中的选票,为国家未来投下明智的一票。 | Konspirasi Politik Keji Wajar Dihukum Posted: 03 Apr 2011 09:37 PM PDT Dari Merdeka Review Oleh Lim Yew Chien Seandainya negara ini adalah "waras", sudah tentunya isu klip video seks yang dibikin Datuk T tidak akan berlaku. Ini kerana bukan sahaja penayangan klip video seks kepada media gagal mencapai tujuannya untuk menfitnah, malah bakal mencungkil kemarahan umum sebaliknya. Lebih-lebih lagi, perbuatan sedemikian akan berdepan dengan tanggungjawab jenayah. [...] | PKR mengutuk penggunaan ISA Posted: 03 Apr 2011 09:35 PM PDT Dalam pada semua masyarakat sivil menentang amalan penahanan tanpa bicara tiba-tiba kita dikejutkan dengan penahanan Kadir Hashim yang juga seorang OKU (orang kelainan upaya) di bawah Akta Keselamatan (ISA). Ini menunjukkan bukan sahaja Kerajaan tidak mengendahkan desakan rakyat tetapi ia menggambarkan Barisan Nasional sudah terlalu angkuh. Apatah lagi Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor Jumaat lalu [...] | Konspirasi politik keji wajar dihukum Posted: 03 Apr 2011 09:33 PM PDT Merdekareview Seandainya negara ini adalah “waras”, sudah tentunya isu klip video seks yang dibikin Datuk T tidak akan berlaku. Ini kerana bukan sahaja penayangan klip video seks kepada media gagal mencapai tujuannya untuk menfitnah, malah bakal mencungkil kemarahan umum sebaliknya. Lebih-lebih lagi, perbuatan sedemikian akan berdepan dengan tanggungjawab jenayah. Mustahil konspirator bodoh sehingga terlibat dalam [...] | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan