Isnin, 25 April 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 25 Apr 2011 03:10 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


PAS pilihan terbaik

Posted: 24 Apr 2011 07:04 AM PDT

Berucap dimajlis Kempen Jom Sertai PAS pagi tadi di Tapak Pasar Tani Taman Sri Andalas, Dr Mariah memberi tahu hadirin bahawa majlis pada pagi ini adalah yang resmi dianjurkan oleh PAS Kawasan Kota Raja.

Kempen ini adalah bertujuan bagi mengajak orang Melayu dan bukan Melayu agar sama-sama menyertai  PAS dan perjuangan nya kerana Parti PAS adalah yang terbaik dan PAS juga untuk semua "PAS FOR ALL".

Walau pun PAS tidak merubah dasarnya yang berteraskan Islam namun jika bernaung di bawah parti ini semu ahli dan rakyat akan sama-sama dijaga, dibela dan mendapat keadilan dan kesaksamaan tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.

Ini telah dibuktikan oleh negeri-negeri yang di perintah oleh PAS dan Pakatan Rakyat seperti di Kedah dan Kelantan dimana tidak terdapat sebarang aduan dari rakyat bukan Islam bahawa mereka ditindas oleh pemerintah sekarang. Sebaliknya mereka gembira dengan kerjasama, kesetabilan dan keadilan yang mereka terima pada ketika ini. Jika anda berjumpa dengan orang Cina dan Kelantan anda pasti mendengar hujjah yang sama dimana mereka merasa amat selesa dengan pemerintahan kerjaan sedia ada berbanding semasa diperintah oleh Umno dan Barisan Nasional yang jelas mengamalkan korupsi dimana-mana.

Pada ketika ini semua sudah sedia maklum bahawa PAS telah melangkah jauh kehadapan dengan menarik minat bukan islam untuk menyertainya.

PAS juga merupakan satu-satunya parti didalam dunia ini yang merukan parti Islam yang menerima dan diterima oleh bukan Islam sebagai ahlinya. Selain PAS tidak ada lagi mana-mana parti yang mencapai kejayaan seperti yang diterima oleh PAS.
Bagi orang-orang Pas anda kena ingat bahawa bahawa parti kita merupakan satu-satunya dalam dunia yang mengamalkan Fiqh Siasah, ujar Dr Mariah.

Pas Kawasan Tanjung Malim

Posted: 25 Apr 2011 01:32 AM PDT

Pas Kawasan Tanjung Malim


Tahniah Jawatankuasa Pas Kawasan Sesi 2011-2013

Posted: 24 Apr 2011 08:45 AM PDT

Berikut merupakan senarai penuh jawatankuasa yang dipilih oleh perwakilan melalui Mesyuarat Agung Pas kali ke 29 yang berakhir pada jam 2.00 petang tadi.

Yang Dipertua
Tn Hj Aminuddin bin Zulkipli

Timbalan Yang Dipertua
Tn Hj Abdul salam bin Abdullah

Naib yang Dipertua
Ustaz Nik Abdul Hadi bin Rj Abdullah

Ketua Urusan Ulamak
Tn Hj Baharuddin Ishak

Ahli Jawatankuasa
Tn Hj Junid bin Anuar
Sdr Mohd Salim bin Ariffin
Sdr Zulkifli Che Nas
Tn Hj Napiah Tokoromo
Tn Hj Azalee bin Hassan
Tn Hj Badiuzzaman
Ust Mohd Shafie Hamid
Pn Hjh Rohana
Ust Syed Zamzuri
Sdr Suhaili
Pn Hjh Harisah
Tn Hj Kadri
Sdr Abdul Gani
Sdr Rostam bin Ramli
Sdr Ahmad Fauzi bin Yazid


Bagi jawatan Pengerusi tetap, timbalam pengerusi tetap dan pemeriksa kira-kira kekal bagi penyandang sebelumnya.

Mesyuarat Agung Pas Kawasan kali ke 29

Posted: 24 Apr 2011 07:19 AM PDT

Tarikh : 24 April 2011
Hari : Ahad
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Markas Pas Serigala
Perasmi : Tn Hj Razman bin Zakaria





CINA ISLAM (林川興)

Posted: 25 Apr 2011 01:09 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Roboh Pasti: Umno jangan berlagak samseng

Posted: 25 Apr 2011 01:00 AM PDT

21 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

BUKIT KATIL, 25 April: Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) mengingatkan Umno supaya tidak berlagak macam 'samseng' meroboh dan merampas bangunan Pasti atas apa juga kelulusan.

"Kita ingatkan Umno supaya jangan bertindak macam hero atau samseng boleh buat apa yang mereka suka di atas dunia ini. Mereka bermaharajalela ingin merobohkan institusi pendidikan yang terbukti berjasa ini.

"Jangan kita buat sesuka hati bangunan Pasti ini bukannya dibina dengan duit judi, duit rasuah atau duit penipuan, ia dibina dengan air mata oleh masyarakat marhain, dhuafak, orang miskin dan sebagainya," katanya yang merujuk kepada bangunan Pasti Bukit Katil yang akan dirobohkan.

Beliau berkata demikian pada ceramah di perkarangan Pasti Jaya Insan,Bukit Katil malam tadi.

"Jangan kamu ingat kamu berkuasa boleh buat sahaja, kami akan terus menentang kezaliman.

"Kalau kamu ada duit, tenaga dan sumber untuk menekan rakyat, ingatlah kami ada Allah sebagai tempat kami mengadu," ujarnya dengan tegas.

Beliau juga menjelaskan PAS konsisten bahawa video fitnah untuk menjatuhkan imej Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat dikeluarkan semata-mata atas tujuan politik.

"Mungkin video ini dikeluarkan atas nasihat APCO yang dibayar oleh kerajaan Malaysia bagi mengalihkan tumpuan rakyat dari isu-isu besar seperti kenaikan harga barang dan kejayaan PR pada pilihan raya Sarawak," jelasnya.

Beliau juga mengharapkan penyokong dan petugas PAS supaya meneruskan gerak kerja pilihan raya bagi menghadapi Pilihan raya Umum ke-13 yang menurutkan paling lewat akan diadakan pada November 2013.

Turut sama berceramah pada program tersebut ialah Pengarah Komunikasi PKR Melaka, Khairi Ismail dan Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong.

Harakahdaily/-
Oleh : Ahmad Danial

Presiden Yaman setuju serah kuasa

Posted: 25 Apr 2011 12:40 AM PDT

21 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

PENUNJUK perasaan Yaman melekatkan mesej 'undur, ini peluang terakhir' pada kain lilit di kepalanya ketika protes di bandar Taiz, Jumaat lalu.

Ali Abdullah letak jawatan dalam tempoh 30 hari

SANAA: Presiden Yaman bersetuju dengan cadangan pengantara untuk meletak jawatan dalam masa 30 hari dan menyerah kuasa kepada timbalan beliau sebagai pertukaran daripada kekebalan daripada didakwa, perubahan pendirian mengejutkan selepas 32 tahun memerintah.

Tujuh parti pembangkang, berkata semalam bahawa mereka juga bersetuju dengan perjanjian itu tetapi dengan syarat.

Walaupun berbeza pendapat, parti terbabit enggan bercakap kepada beratus ribu penunjuk perasaan yang mahukan Presiden Ali Abdullah Saleh disingkirkan dan ada tanda-tanda bahawa persetujuan beliau tidak bermakna konfrontasi jalanan akan berakhir.

Sehari sebelumnya, penunjuk perasaan melakukan dua demonstrasi terbesar selama dua bulan, memenuhi dataran di ibu negara itu yang dipenuhi dengan beratus ribu manusia.

Dari sehari ke sehari, penunjuk perasaan berkurangan atas sebab tertentu termasuk serangan penembak curi dan pembunuhan lebih 130 orang.

Kebangkitan rakyat dan sekutu termasuk komander tentera tertinggi, menyebabkan Ali Abdullah hampir hilang kuasa dan ia akan menjadi faktor mendesak beliau berkompromi selepas sebelum ini enggan berundur sebelum tamat penggal pentadbiran pada 2013.

Selama beberapa dekad, bekas pegawai tentera itu berhadapan dengan pelbagai cabaran, berurusan dengan baik di kalangan yang berkuasa dalam politik negara itu dan menggunakan pasukan keselamatan untuk menjatuhkan penentangnya.

Unit paling aktif al-Qaeda turut menyerang tentera Yaman di utara negara itu dan melakukan pergerakan di bahagian selatan.

Pada waktu yang sama negara itu berhadapan masalah kekurangan air dan minyak serta disifatkan sebagai paling miskin di dunia Arab.

Amerika Syarikat menyaksikan kebangkitan itu dengan penuh kebimbangan kerana Ali Abdullah adalah sekutu dalam kempen memerangi al-Qaeda di Semenanjung Arab dan melakukan beberapa cubaan dalam menentang Amerika Syarikat dan sasaran lain di luar negara.

Jurucakap Jabatan Negara Amerika, Mark Toner, berkata bahawa Washington menyambut baik cadangan untuk mengakhiri krisis dan menggesa diadakan dialog segera membabitkan kedua pihak memindahkan kuasa.

"Kami tidak buat spekulasi mengenai pilihan penduduk Yaman atau keputusan dialog politik mereka.

"Terpulang kepada rakyat Yaman bagi memutuskan bagaimana negara mereka perlu diperintah," katanya.

Satu kenyataan Rumah Putih menggesa semua pihak di Yaman melaksanakan perjanjian mengenai penyerahan kuasa. – AP

Presiden Yemen Undur, 30 Hari Kuat Kuasa Pelan Peralihan

Posted: 25 Apr 2011 12:30 AM PDT

21 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

SANAA 24 APRIL : Presiden Yemen Ali Abdullah Saleh bersetuju untuk meletakkan jawatan di bawah pelan peralihan kuasa 30 hari, sekali gus menamatkan rusuhan terhadap 32 tahun pemerintahannya.

Pegawai-pegawai di Sanaa, ibu negara Yemen mengesahkan kerajaan telah menerima rancangan yang dirangka oleh negara-negara Teluk.

Ali Abdullah akan menyerahkan tampuk kepimpinan kepada naibnya dalam tempoh sebulan selepas perjanjian ditandatangani dengan pembangkang bagi mendapatkan kekebalan daripada pendakwaan.

Sekurang-kurangnya 120 orang terbunuh sepanjang protes.

Jika Ali Abdullah meletakkan jawatan sebagaimana diharapkan, beliau menjadi pemimpin Arab ketiga berbuat demikian, selepas Zine al-Abidine dari Tunisia dan Hosni Mubarak sejak awal tahun ini.

Tv Selangor/-


NATO Bom Pejabat Gaddafi

Posted: 25 Apr 2011 12:00 AM PDT

21 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

TRIPOLI: Pejabat pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, di Tripoli musnah dalam serangan udara NATO awal pagi Isnin.

Seorang pegawai Libya yang membawa wartawan melihat tempat kejadian itu berkata, 45 orang cedera dengan 15 parah dalam serangan itu.

Katanya, beliau tidak tahu sama ada terdapat mangsa terperangkap di bawah runtuhan banguan itu. "Ia adalah cubaan membunuh Kolonel Gaddafi," katanya.

Bilik mesyuarat Gaddafi yang menghadap bangunan itu rosak teruk akibat letupan bom itu.

Pesawat NATO sejak Jumaat lalu mensasarkan Bab Al-Aziziya, kawasan yang menempatkan pejabat presiden. -AFP

Momentum Sarawak, PRU13 BN bakal diranapkan

Posted: 24 Apr 2011 11:30 PM PDT

21 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

PARTI-parti gabungan dalam Pakatan Rakyat tidak seharusnya berasa terlalu hampa dengan keputusan Pilihan Raya Umum Negeri Sarawak 16 April lepas.

Diakui memang sukar untuk Pakatan Rakyat memerintah Sarawak pada waktu ini. Ada banyak faktor yang harus dibuat post-mortem, antaranya, persediaan yang tidak maksimum, kekuatan jentera, kedudukan muka bumi yang luas dan jauh di pedalaman, mentaliti rakyat Sarawak, serta suasana kempen yang lebih memihak kepada Barisan Nasional.

Namun, jika diukur dengan kekuatan Pakatan Rakyat berbanding BN, penurunan undi popular BN daripada 63 peratus pada PRN tahun 2006 kepada 55 peratus tahun 2011, menunjukkan graf sokongan rakyat terhadap BN semakin menjunam.

Pilihan raya tersebut sebenarnya merupakan suatu lonjakan yang besar kepada Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya pada PRU ke-13 nanti.

Pada PRU-12 2008, Pakatan Rakyat menerusi DAP hanya menang satu kerusi Parlimen Bandar Kuching. Manakala pada PRK Sibu pada 16 Mei 2010, DAP berjaya merampas kerusi tersebut daripada BN.

Sabah dan Sarawak merupakan kerusi 'stock-pile' BN. Daripada 222 kerusi Parlimen keseluruhan, Sabah mewakili 25 kerusi, manakala Sarawak mempunyai 31 kerusi Parlimen. Kedua-dua negeri ini mempunyai 56 kerusi Parlimen.

Daripada 56 kerusi tersebut, hanya 3 diwakili Pakatan Rakyat, iaitu Bandar Kuching dan Sibu(Sarawak) serta Kota Kinabalu (Sabah).

Komposisi kekuatan Pakatan Rakyat berbanding BN di Semenanjung hampir seimbang. Daripada 166 kerusi Parlimen di Semenanjung, Pakatan Rakyat mempunyai 79 kerusi berbanding 87 kerusi BN.

Daripada pecahan undi popular BN secara keseluruhan yang dicatat pada PRU ke-12, bagi 222, kerusi Parlimen BN memperolehi 51.4 peratus undi popular berbanding Pakatan Rakyat dan bebas memperolehi 49.6 peratus.

Manakala bagi kerusi Dewan Undangan Negeri, keseluruhan BN mendapat undi popular sedikit menyusut iaitu sebanyak 51.3 peratus. Maknanya asas kekuatan Pakatan Rakyat berbanding BN pada PRU ke-12 adalah seimbang.

Dalam apa keadaan pun, ketika itu (2008) peluang untuk menguasai Putrajaya pada asasnya adalah 50:50. BN tiada kelebihan yang mutlak.

Sokongan kepada BN semakin menurun

Senario ini sebenarnya sudah banyak berubah. Walaupun kuasa pemerintahan Kerajaan Pusat bertukar Perdana Menteri pada 2009, namun sehingga kini (selepas dua tahun), keadaan masih tidak memihak kepada BN. Dengan erti kata yang jelas, keadaan untuk BN tidak berubah, malah sokongan rakyat semakin menurun.

Semua fakta ini diperkukuhkan dengan kemenangan 15 kerusi Dun di Sarawak dan 45 peratus undi popular keseluruhan kepada Pakatan Rakyat.

Data ini, jelas menunjukkan hampir separuh kerusi Parlimen di Sarawak yang dikuasai BN (29 kerusi) akan terancam. Ia menunjukkan dengan jelas, para PRU ke-13 nanti, Pakatan Rakyat hampir pasti memenangi 10 hingga 13 kerusi Parlimen.

Harus diingat bahawa pola pemikiran yang membentuk trend pengundian bagi Sarawak dan Sabah adalah sama. Jika 45 peratus rakyat Sarawak mengundi Pakatan Rakyat, tidakkah mungkin peratusan yang hampir sama boleh dihasilkan di Sabah? Memang ada tendency kecenderungan pengundi Sabah ke arah yang sama dengan Sarawak.

Pakatan Rakyat hanya memerlukan 30 kerusi lagi untuk melangkah ke Putrajaya, jika pola pemikiran dan kecenderungan pengundi Sabah sama dengan Sarawak, ada kemungkinan Pakatan Rakyat boleh menang separuh daripada 56 kerusi.

Pada pandangan penulis, setakat ini, jika unjuran data-data ini diambil kira dan pola kecenderungan pengundi Sabah serta Sarawak konsisten hingga PRU ke-13, Pakatan Rakyat boleh menang sekurang-kurangnya 20 kerusi Parlimen di sana.

Bagaimanapun ianya masih belum mencukupkan bilangan kerusi Pakatan Rakyat. Untuk mendapat simple majority, Pakatan Rakyat harus memenangi 112 kerusi. Maknanya, Pakatan Rakyat masih perlu memenangi 10 hingga 15 kerusi tambahan di Semenanjung.

Justeru, ditimbulkan persoalan, dari mana dan bagaimana kerusi-kerusi ini boleh diperolehi? Bagaimana jika diandaikan 79 kerusi yang dimenangi Pakatan Rakyat (di Semenanjung) berada dalam keadaan stagnant atau mungkin dimenangi oleh BN.

Faktor kekuatan BN tidak berasas

Harus dilihat, apakah barangkali faktor-faktor yang boleh mendorong kerusi-kerusi Pakatan Rakyat dimenangi oleh BN?

Ada analisis mengatakan bahawa wujud kecenderungan pengundi Melayu dan India, trend mereka kembali kepada BN. Ini diunjurkan daripada beberapa pilihan raya kecil seperti di Manek Urai dan Galas (Kelantan), Bagan Pinang (Negeri Sembilan), Hulu Selangor (Selangor), Tenang (Johor) dan Kerdau (Pahang).

Persoalan yang dibangkitkan di sini adalah, pertama; Berapa peratuskah undi kaum Melayu dan India, kembali kepada BN? Dan kedua; apakah kenaikan undi BN tersebut, menyebabkan undi Pakatan Rakyat menyusut?

Malangnya kenaikan beberapa peratus undi terhadap BN pada PRK-PRK tersebut gagal menyebabkan undi Pakatan Rakyat merosot. Di sebalik tekanan hebat BN, termasuk sebaran fitnah media talibarut dan rasuah kepada pengundi semasa kempen pilihan raya, Pakatan Rakyat berjaya menokok undi. Yang hairannya di sini ialah bagaimana undi kepada calon BN boleh meningkat dengan mendadak?

Menganalisis faktor ini, penulis mengunjurkan pola atau trend pengundian sejak tahun 1990, di mana, didapati bahawa kecenderungan pengundi memilih parti pembangkang semakin meningkat berbanding parti pemerintah.

PRU 1990, 1995, 1999, 2004 dan 2008 menunjukkan trend yang hampir sama, iaitu mereka yang sudah mengundi PAS dan parti pembangkang yang lain, akan tetap tidak akan memberikan undi kepada BN atas apa faktor sekalipun.

Faktor sementara (temporary) yang dibentuk oleh isu yang cuba digasak untuk mengubah pola pemikiran pengundi hanya boleh mempengaruhi pengundi atas pagar sahaja. Hanya pengundi yang tiada ideologi sahaja boleh cenderung mengundi BN, manakala pengundi yang sudah komited dengan idealisme pembangkang, akan tetap mengundi apa sahaja parti pembangkang.

Hanya tiga faktor yang boleh menyebabkan undi BN bertambah, iaitu dari golongan atas pagar,
pengundi yang tidak mengundi tetapi keluar pada hari pengundian PRK dan pengundi dua kali (double entry) seperti yang dikesan berlaku di Terengganu dan beberapa tempat yang lain.

Faktor kedua dan ketiga boleh dipertikaikan kesahihannya kerana ia barangkali dicetuskan oleh fenomena sementara, yang boleh berlaku dalam bentuk penipuan seperti pemalsuan kad pengenalan dan sebagainya.

Bagi faktor pertama, jika BN hendak menyandarkan kononnya kesedaran Melayu dan India yang dikatakan kembali menyokong BN, daripada kajian penyelidikan badan bebas, hanya sekitar 3 hingga 5 peratus sahaja yang kembali menyokong BN (berdasarkan keputusan beberapa PRK).

Apakah peratusan ini boleh kekal pada PRU ke-13 atau apakah mungkin ia boleh dijadikan asas untuk BN menambah kerusi di Semenanjung?

Sudah tentu peralihan 3 hingga 5 peratus ini terlalu kecil untuk mengubah nasib BN ke arah yang lebih baik.
Lagi pun umum mengetahui bahawa kaum Melayu dan India antara yang mudah dimanipulasi BN.

Manipulasi wujud dengan membiarkan faktor kemiskinan membelenggu mereka. Kemiskinan dan kesusahan untuk mencari makan, boleh dijadikan sebagai umpan setiap kali pilihan raya. Oleh dengan sebab itu tidak hairan jika mereka yang sepanjang tahun hidup dalam kesempitan, akan memberikan undi kepada BN hanya dengan upah RM200 atau RM300 dalam tempoh pilihan raya yang singkat.

Teori dan faktor 'bread and butter' inilah yang menjadi kunci kejayaan BN sekian lama.

Namun faktor ini tidak mampu mempengaruhi semua pengundi atau semua kaum dalam semua keadaan. Ianya terhad kepada kaum tertentu dalam keadaan yang tertentu sahaja. Secara keseluruhannya, anjakan kecil yang diperolehi BN pada beberapa PRK yang lepas, tidak mampu menyambung talian hayat mereka untuk PRU ke-13 nanti.

Kecenderungan pengundi Cina

Satu faktor besar yang bakal mencorakkan perubahan kepimpinan negara adalah faktor pengundi Cina. Jika dilihat kepada PRN Sarawak, calon-calon Pakatan Rakyat yang menang di kawasan Cina, majoritinya sangat besar.

Data-data ini juga boleh dilihat berdasarkan kemenangan calon Pakatan Rakyat di kawasan-kawasan bandar di Semenanjung misalnya, mencecah angka puluhan ribu majoriti.

Faktor inilah yang bakal membantu Pakatan Rakyat, iaitu faktor pengundi Cina. Hasil daripada PRU 2008 dan PRN Sarawak 2011, data-data menunjukkan bahawa kaum Cina sangat konsisten menolak BN. Penolakan tersebut bukannya sedikit, ianya penolakan yang mutlak berasaskan perolehan majoriti besar calon Pakatan Rakyat dalam kawasan majoriti Cina.

Berdasarkan keadaan ini, daripada 87 kerusi yang dimenangi BN di Semenanjung, terdapat lebih daripada separuh kawasan Parlimen berkenaan, mempunyai terdapat 30 hingga 40 peratus pengundi Cina.

Ini yang merunsingkan BN sebenarnya. Kenaikan kecil 3 hingga 5 peratus pengundi Melayu dan India kepada BN, akan gagal menampung penolakan pengundi Cina terhadap BN. Pengundi Cina pada waktu ini (sejak 2008) tidak pernah balik kepada BN, malah ia semakin bertambah ke arah Pakatan Rakyat.

Maka, jika trend pengundi Cina kekal kepada Pakatan Rakyat dan menokok beberapa peratus pada PRU ke-13 di Semenanjung, apakah sasaran 15 kerusi tambahan untuk ke Putrajaya, seperti yang diunjurkan tidak boleh menjadi kenyataan? Sudah tentu boleh dan sudah tentu unjuran ini relevan.

Impak besar yang ditunjukkan pada 'kemenangan membanggakan BN' di Sarawak dengan mendapat lebih dua pertiga majoriti adalah kuasa politik dalam BN sudah tidak lagi seimbang.

PRN Sarawak menunjukkan bukan sahaja SUPP, malah parti-parti Cina seperti MCA, Gerakan dan Parti Cinta Malaysia, sudah tiada masa depan dalam BN (sudah tidak ada future).

Kata apek-apek di pasar Satok, parti SUPP, MCA, Gerakan dan lain-lain 'sudah boleh bungkus' macam Pek Mo (Tan Sri Taib Mahmud), 'sudah tak laku'.

Trend pengundi Cina ini cuba dijelekkan pemimpin Umno termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad dengan mendakwa kaum Cina mengundi BN kerana faktor rasis.

Mereka cuba memesongkan hakikat bahawa kaum Cina sudah tidak lagi boleh menerima BN dengan memutarbelitkan fenomena ini kepada permusuhan kaum yang semakin menajam.

Mereka buat-buat lupa, kaum Cina yang mengundi calon BN dahulu adalah juga dari parti yang mewakili kouta Cina seperti SUPP, MCA dan Gerakan.

Apakah semasa pengundi Cina mengundi calon BN dari parti Cina SUPP, MCA dan Gerakan sebelum ini, mereka juga bersikap rasis? Menolak BN dan memilih DAP (Pakatan Rakyat) bukannya rasis. Ianya adalah suatu trend konsisten dan anjakan minda kaum Cina yang semakin muak dengan temberang pemimpin Umno-BN.

Hakikat yang harus diakui oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak adalah BN tidak lagi boleh menjadi parti pemerintah di masa hadapan kerana kuasa politik kaum sudah tidak lagi seimbang.

Dalam hal ini tiada pertikaian mengenai kuasa orang Melayu. Orang Melayu masih lagi menjadi peneraju utama. Tetapi sesebuah kerajaan seperti BN, dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia, tidak lagi boleh memerintah dengan baik, tanpa sokongan semua kaum.

Nasihat penulis kepada SUPP, MCA dan Gerakan tidak perlu 'bising' untuk menjuarai perjuangan kaum Cina, mereka harus bersedia untuk dibubarkan kerana, mereka sudah kehilangan ground support.

Terimalah hakikat bahawa masa depan kaum Cina, malah semua kaum di Malaysia adalah bersama Pakatan Rakyat. Hakikat ini tidak ditentukan oleh andaian penulis, ianya adalah kehendak rakyat dan pola kecenderungan rakyat yang dianalisis daripada data-data pilihan raya.

Justeru, pada PRU ke-13 nanti, BN akan diranapkan dan masa depan rakyat Malaysia, adalah bersama Pakatan Rakyat, insya-Allah.

Harakahdaily/-
Oleh : Mohd Rashidi Hassan

Peguam : Perlakuan Saiful Bukan Seperti Mangsa Liwat

Posted: 24 Apr 2011 10:30 PM PDT

25 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 25 APRIL : Peguam Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa mahkamah untuk berlaku adil dan saksama dalam menghakimi kes fitnah membabitkan anak guamnya.

Seraya mengingatkan mahkamah agar bergantung kepada hujah dan bukti yang telah dikemukakan di mahkamah.

"Bukan media atau apa yang dikatakan oleh perdana menteri," kata Karpal ketika memulakan penghujahan beliau pagi tadi.

Malah Karpal sekali lagi mengingatkan mahkamah supaya memastikan kredibiliti setiap saksi pendakwa.

Bahkan ujarnya, pihak pendakwaan juga mestilah membuktikan setiap bukti yang ada.

"Tidak sepatutnya ada sebarang jurang bahan. Ujian di akhir kes pendakwaan ialah prima facie.

"Ia mestilah membuktikan setiap bukti boleh dipercayai, unsur-unsur kesalahan ditentukan dan mahkamah mesti memberi penilaian maksimum terhadap semua itu," tambahnya.

Terdahulu Karpal dalam hujahnya berkata, pada hari kejadian bertempat di unit kondominium Desa Damansara, pengadu yang juga bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan berpeluang untuk meninggalkan lokasi sebelum Anwar dituduh memaksa beliau melakukan seks luar tabii tanpa rela.

Namun kata Karpal, Saiful mengambil keputusan untuk tidak berbuat demikian.

Kata Karpal pengadu sebaliknya hanya menuruti permintaan Anwar walaupun beliau mengakui dipaksa tertuduh.

Malah katanya, Saiful bukanlah seorang yang 'tidak berpelajaran' kerana mempunyai kelulusan pengajian tinggi dari Kolej Taylor.

Karpal kemudian turut menyentuh secara terperinci apa yang berlaku pada hari kejadian berdasarkan testimoni Saiful.

Selepas membangkitkan tentang beberapa adegan seks seperti yang didakwa Saiful, Karpal kemudiannya mendakwa, Saiful tidak memperlihatkan tanda-tanda emosi seperti menjadi mangsa liwat.

Ini kerana selepas perlakuan seks tersebut, Saiful berkata, beliau makan karipap dan berada di dalam bilik berkenaan selama 20 minit.

Menurut Karpal lagi, sehari selepas kejadian tersebut (27 Jun 2008), Saiful pergi ke ibupejabat PKR di Tropicana, malah juga pergi ke rumah Anwar.

Peguam itu mendakwa, tindakan itu bukan tingkah laku oleh seseorang yang didakwa telah diperlakukan sedemikian.

Karpal juga berkata, Saiful turut menemui bekas pembantu Anwar, Ezam Mohd Nor pada hari yang sama beliau membuat laporan polis di mana tindakannya itu mengundang pelbagai spekulasi.

Malah Saiful juga didakwa ada berjumpa dengan Perdana Menteri dan isteri, Rosmah Mansor.

Tv Selangor/-

Beri Kebebasan Sepenuhnya Bukan di Bibir Sahaja

Posted: 24 Apr 2011 10:16 PM PDT

21 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



KUALA LUMPUR, 25 April: PAS mahu kerajaan memberikan kebebasan sepenuhnya kepada penulis blog Pakatan Rakyat untuk menulis mengenai sesuatu isu berdasarkan fakta.

Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khalil Idham Lim berkata, PAS yakin penulis blog Pakatan Rakyat sentiasa menulis berdasarkan fakta, bukan menabur fitnah seperti yang dilakukan penulis blog pro Umno BN.

"Sekiranya kebebasan diberikan sepenuhnya kepada kami para blogger, blogger pro Pakatan sentiasa mengeluarkan kenyataan dengan fakta, bukannya mengfitnah seperti yang dikatakan (Datuk Seri) Najib (Razak)," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa kerajaan tidak pernah takut dengan kehadiran penulis blog, malah sebaliknya ingin menjadi sebahagian daripada mereka serta mengetahui pandangan mereka, termasuk yang bersifat membina.

Najib berkata demikian dalam ucaptama beliau pada Persidangan Penulis-penulis Blog Rantau Malaysia-Asean Pertama di ibu negara, semalam.

Khalil yang juga ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak mengalukan-alukan kenyataan itu namun hairan dengan beberapa tindakan yang pernah dikenakan kepada blog-blog Pakatan Rakyat yang mengkritik kerajaan namun tidak pula mengenakan tindakan kepada penulis blog Umno BN yang hebat menabur fitnah kepada Pakatan Rakyat.

"Saya mengalu-alukan kenyataan pihak kerajaan yang tidak pernah takut dengan kehadiran penulis blog namun saya begitu saya hairan dengan tindakan yang pernah dikenakan kepada kes beberapa orang penulis blog  pro Pakatan sedangkan dalam kes blogger pro Umno masih bebas mengfitnah pimpinan (Pakatan) tanpa tindakan yang sewajarnya dari pihak berwajib," katanya.

Beliau juga menyifatkan kenyataan itu sebagai "manis di mulut" namun realitinya kerajaan menggunakan pelbagai agensi penguatkuasa untuk menakutkan dan bertindak kepada blog pro Pakatan.

"Saya lihat kenyataan Najib itu  sebagai manis dimulut namun penuh dendam kesumat dan yang akan kena nanti adalah blog pro Pakatan.

"Ini ialah kenyataan yang cuba melunakkan blog yang tidak mesra BN," katanya.

Namun tegasnya, tindakan menakut-nakutkan penulis blog Pakatan Rakyat tidak melemahkan semangat mereka untuk terus menyebarkan maklumat yang benar.

"Namun saya lihat ianya tidak akan menghentikan tindakan kami untuk bersama rakyat Malaysia yang dahagakan maklumat yang sebenar," katanya.

Mac lalu, seorang seorang blogger pro-Pakatan Rakyat, yang dikenali sebagai Hanief ditahan polis dan komputer ribanya dirampas.

Tangkapan itu turut disertai pegawai Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

Hanief terkenal di kalangan penyokong Pakatan Rakyat dan rakyat marhaen berikutan sentuhan krevitivitinya dalam mengupas isu politik tanah air melalui youtube.

H/daily

476 Banduan Penjara Afghanistan Loloskan Diri

Posted: 24 Apr 2011 10:01 PM PDT

21 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

[penjara]


KABUL: Sejumlah 476 banduan meloloskan diri dari penjara Kandahar, Afghanistan menerusi laluan terowong, kata Pengarah Penjara, Jeneral Ghulam Dastageer Mayar, hari ini. 

"Sebuah terowong sepanjang ratusan meter digali dari selatan penjara menuju ke arah penjara. Seramai 476 tahanan politik melarikan diri malam tadi," katanya. 

AFP

Gempa 6.2 Gegar Pulau Sulawesi

Posted: 24 Apr 2011 09:47 PM PDT

21 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


SINGAPURA: Gempa bumi bermagnitud 6.2 melanda pulau Sulawesi di Indonesia hari ini, menurut agensi Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS). 


Menurut USGS, gempa bumi itu berlaku pada 2307 GMT (7.07 pagi waktu Malaysia) 108 kilometer ke timur of Baubau pada kedalaman 10 kilometer. - Reuters

40,000 liter diesel subsidi nelayan ditemui di Bukit Puchong

Posted: 24 Apr 2011 09:20 PM PDT

21 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya mengesan 40,000 liter diesel dipercayai daripada penyelewengan subsidi Persatuan Nelayan Teluk Intan di Kawasan Perindustrian Bandar Bukit Puchong dekat sini awal pagi ini.

Dalam operasi kira-kira 2 pagi itu, KPDNKK turut menahan tiga lelaki termasuk penjaga setor di kawasan itu untuk siasatan, kata Ketua Pengarah Bahagian Penguatkuasa KPDNKK Putrajaya Mohd Roslan Mahayudin hari ini.

Beliau berkata, hasil maklumat awam, pasukan itu mengekori sebuah treler dari Teluk Intan, Perak dan memberkas pemandu dan kelindannya ketika sedang mengepam masuk kira-kira 25,000 liter diesel dari sebuah tangki dalam treler ke dalam sebuah tangki di kawasan perindustrian itu.

Hasil pemeriksaan lanjut, katanya pasukan itu turut menemui 15,000 liter diesel lagi di dalam sebuah tangki di kawasan perindustrian berkenaan.

"Kami menerima aduan daripada orang awam minggu lalu dan kemudian mengekori treler kargo ini untuk menahan pemandu dan kelindannya," katanya kepada pemberita di sini.

Mohd Roslan berkata, pasukan itu mendapat aduan awam minggu lalu bahawa Persatuan Nelayan Teluk Intan menyeleweng minyak diesel subsidi apabila membekalkannya kepada pihak industri di kawasan Puchong.

"Diesel subsidi yang diberikan kerajaan untuk kegunaan mereka telah disalahgunakan...ini perbuatan yang serius.

"Kita dapati hal ini kerap berlaku khususnya di kawasan-kawasan nelayan.

Saya meminta kerjasama orang ramai untuk membuat aduan demi membanteras perbuatan ini," katanya.

Ketiga-tiga lelaki itu, yang berumur dalam lingkungan 40-an, akan didakwa mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961, yang boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sinar Harian/-

Tentera Gaddafi Guna Taktik Kotor

Posted: 24 Apr 2011 09:00 PM PDT

21 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



MISRATA - Pemberontak Libya mendakwa pemimpin Libya, Muammar Gaddafi menggunakan taktik kotor di Misrata selepas beberapa peluru berpandu dibedil serentak ke kawasan itu, semalam. 

Ia kelihatan bercanggah daripada perjanjian asal rejim tersebut yang mahu menghentikan serangan di bandar barat negara itu.: 

Jurucakap Dewan Peralihan Tentera Nasional, Kolonel Omar Bani turut mengecam tentera barisan hadapan Gaddafi yang melakukan serangan bertalu-talu tersebut.: 

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Luar Libya, Khaled Kaim menyangkal dakwaan itu dengan menyatakan pasukan tentera pro-Gaddafi sudah menangguhkan operasi menentang kumpulan pemberontak di Misrata.

Aktivis Wanita Arab Saudi Tuntut Hak Mengundi

Posted: 24 Apr 2011 08:47 PM PDT

21 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


JEDDAH - Sekumpulan wanita muncul di pejabat pendaftaran pengundi semasa mengadakan tunjuk perasaan menentang sistem pilihan raya yang selama ini dipelopori oleh golongan lelaki, menurut salah seorang aktivis, semalam. 


Ahli kumpulan aktivis itu, Nayla Attar berkata, mereka mahu suara dan pendapat golongan wanita dalam apa jua bentuk aktiviti melibatkan masyarakat turut diambil kira. 

Rangkaian laman media sosial didakwa menjadi peniup semangat mereka untuk berjuang menuntut hak yang selama ini seakan berat sebelah.         

Bagaimanapun, ketua pejabat pendaftaran pengundi itu terpaksa menolak mentah-mentah permohonan kumpulan aktivis itu. 

Ini kerana golongan wanita di Arab Saudi sememangnya dilarang membuang undi. 

Terdahulu, undang-undang negara itu turut menguatkuasakan larangan memandu terhadap golongan wanita.

Warga emas serbu Maybank lagi

Posted: 24 Apr 2011 08:40 PM PDT

21 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

PULAU PINANG, : Maybank terpilih seluruh Pulau Pinang diserbu lagi bukan kerana mahu mencuri sebaliknya warga emas pergi mendapatkan RM100 pemberian penghargaan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat mulai 23 April - 20 Mei 2011 akan datang.

Sejak awal pagi boleh dikatakan warga emas dan wakil yang dibenarkan dengan tandatangan Adun atau penyelaras Dewan Undangan Negeri (Dun) menunggu kerana masing-masing tidak mahu ketinggalan mendapatkan saguhati dari kerajaan sebagai menghargai sumbangan mereka terhadap peningkatan semua aspek yang dikecapi setelah Pakatan Rakyat mengambil alih pentabdiran.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng sendiri turut meninjau ke beberapa lokasi Maybank sejak awal pagi untuk bertemu dengan golongan berkenaan di samping mendampingi masyarakat yang ada.

Antara lokasi lawatan Lim pagi tadi ialah Maybank Cawangan Kampung Bahru, Air Itam, Maybank Cawangan Glugor, Maybank Cawangan Sungai Pinang, Maybank Cawangan Butterworth, Maybank Islamik Bagan Luar, Maybank Cawangan Jalan Ong Yi How, Maybank Cawangan Bukit Mertajam, Perda, Maybank Sungai Dua di Desa Murni dan Maybank Cawangan Nibung Tebak keesokanya.

Kelmarin Lim dalam sidang medianya memberitahu sampai hari ini kerajaan negeri belum menerima nama warga emas yang memulangkan wang RM100 sepertimana yang digemburkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) tahun lalu.

Bukan sahaja wang malahan tidak ada sepucuk surat pembatalan penganugerahan wang tersebut daripada mana-mana Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) kononnya mereka tidak rela diperalatan apabila menerima wang perjudian.

Sehingga Sabtu lepas seramai 114,668 telah mendaftarkan diri di bawah program berkenaan.

Selain memberikan wang RM100 setahun kepada warga emas yang berumur 60 tahun ke atas waris warga emas juga telah memperolehi RM1,000 sebagai wang pengurusan jenazah sekiranya terdapat warga emas meninggal, yang mendaftar meninggal dunia.

Harakahdaily/-
Oleh : Mohd Sabri Said

Pencipta Cakera Padat Pertama Meninggal

Posted: 24 Apr 2011 08:30 PM PDT

21 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


TOKYO - Bekas presiden syarikat pengeluar barang elektronik Sony, Norio Ohga, meninggal dunia pada umur 81 tahun akibat kegagalan organ berganda, kelmarin. 


Ohga, berkhidmat sebagai presiden syarikat dari 1982 hingga 1995. 

Mendiang yang turut membantu mengubah industri muzik dengan mencipta cakera padat pertama, memimpin evolusi syarikatnya menjadi sebuah empayar hiburan global yang meliputi muzik, filem dan permainan komputer. 

Beliau menerima pelbagai angugerah termasuk Legion d'Honneur daripada kerajaan Perancis.

Pastikan Selangor kekal untuk teruskan agenda

Posted: 24 Apr 2011 08:20 PM PDT

21 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM, 25 April: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meinta semua pihak dalam PAS memastikan kemenangan kali kedua di Selangor dalam PRU13 akan datang bagi menjamin segala usaha politik dan dakwah Islam masakini dapat diteruskan.

Menurutnya, keadaan sekarang amat cantik di pandangan mata di mana masjid dan surau berjaya dimakmurkan dengan segala aktiviti mendidik anggota masyarakat.

"Kerana itu, harapan agar segala usaha dapat dilakukan sebaiknya bagi memastikan segala kegiatan dan usaha ke arah kebaikan dapat dijayakan dengan sebaiknya.

"Ingatlah Allah sedang menguji anda semua di Selangor ini, pasti tidak sama keadaannya sebelum menang dengan suasana selepas memegang tampuk kerajaan," tegasnya.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang berucap demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Shah Alam ke 24 di TTDI Jaya, dekat sini pagi semalam.

Dalam hal sama, ketika berucap dalam majlis sama, Yang Dipertua PAS Shah Alam, Haji Khalid Samad berkata, jika musuh dapat merampas semula Selangor, mereka pasti akan melakukan sekatan lebih teruk daripada sebelum ini.

Menurutnya, kemenangan PAS di banyak kawasan termasuk Shah Alam dalam PRU12 pada Mac 2008 adalah hasil pendirian dan sokongan banyak pihak termasuk bukan Islam dan Melayu.

Kerana itu, jelasnya, gerak kerja selepas ini mestilah menjurus ke arah mendekatkan mereka termasuk semua anggota masyarakat lain bagi memahamkan mereka perjuangan dan matlanat PAS dalam memberi dan memelihara hak dan tuntutan semua pihak termasuk bukan Islam.

Sementara itu, Tuan Ibrahim dalam ucapannya juga berkata, pemimpin baik adalah mereka yang terus berpandangan jauh ke hadapan namun sesekali hendaklah menoleh ke belakang melihat kemampuan ahli-ahlinya.

Mereka, ujarnya, jangan terlalu laju sehingga tidak mampu dikejar ahli dan jangan pula terlalu lambat sehingga kaki mereka dipijak.

"Semua ahli mempunyai peranan dan tanggungjawab tersendiri, seumpama binaan batu-bata, mestilah disusun dengan baik, yang terlebih bakar, jangan diletakkan di hadapan kerana boleh merosakkan pandangan tetapi letaklah di bahagian pengukuhan tiang binaan," tegasnya penuh berkias.

Parti, jelasnya, hendaklah diurus secara jamaah dan bukannya seperti syarikat sendirian berhad apatah lagi sebagai syarikat anak beranak.

Menurutnya, PAS telah mengisytiharkan matlamat perjuangannya kepada seluruh rakyat Malaysia dan mereka telah melihat dan meyakininya.

Tegasnya, pimpinan PAS tetap menggerakkan parti untuk terus komited bersama Pakatan Rakyat yang mengorak langkah lebih jauh dalam arena politik negara.

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS itu juga mengingatkan ahli-ahli agar buang sikap ' tiada masa dengan Allah nanti Allah tiada masa dengan kita', lazimi Al-Quran, tahajjud dan puasa sunat serta berusaha agar kelemahan yang diketahui tidak terus dikekalkan.

Harakahdaily/-
Oleh : Ismail Hashim

Dasar Baru Sempadan Rafah

Posted: 24 Apr 2011 08:16 PM PDT

21 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


MA'AN - Kerajaan Mesir akan mengenakan dasar baru di sempadan Rafah yang memisahkan Mesir dan Gaza untuk memudahkan perjalanan penduduk Palestin melalui jalan darat ke dunia luar, menurut pegawai kerajaan. 

Jurucakap kerajaan di Gaza, Taher An-Nunu mengumumkan kenyataan berhubung tindakan baru itu yang diputuskan dalam satu mesyuarat kerajaan di Kaherah, yang mana dijangka akan berkuat kuasa dalam masa terdekat. 

Terdahulu, Taher pernah mengemukakan rayuan terhadap kerajaan Mesir supaya membuka sempadan Rafah dengan segera. 

Beliau turut berasa yakin dengan kemampuan Mesir untuk menjadi orang tengah dalam usaha mendamaikan kerajaan pimpinan Hamas di Gaza dan Pihak Berkuasa Palestin (PA) di Tebing Barat. 

Ketua Kementerian Luar Mesir, Baha Ad-Dusuqi berkata, kerajaan negara itu juga tidak akan ragu-ragu untuk menyokong hak rakyat di Palestin. 

Ketika ini, laluan sempadan Rafah menjadi satu-satunya jalan alternatif selepas rejim Zionis bertindak mengenakan sekatan dan menutup semua laluan keluar di Genting Gaza.

Curi Kulit Beduk

Posted: 24 Apr 2011 08:00 PM PDT

Jamadilawal 1432H. [MOD] -


HULU TERENGGANU: Ada pihak tidak bertanggungjawab sanggup memotong beduk berusia 105 tahun di Masjid Kampung Dusun di sini, selepas terpengaruh dengan dakwaan kononnya ia boleh dijadikan pelaris dalam perniagaan.


Kejadian itu disedari imam masjid berkenaan, Abdullah Othman, 73, apabila melihat beduk di masjid itu berlubang selepas solat Asar minggu lalu dan dipercayai dicuri seorang lelaki warga Thailand ketika datang bersolat di masjid itu.

Beliau mendakwa, sebelum beduk itu berlubang, ada seorang peniaga dari Thailand datang bersolat pada waktu Zuhur dan percaya lelaki terbabit menggunakan pisau untuk mengambil sedikit belulang lembu yang dijadikan penutup beduk berkenaan.

"Saya kesal dengan tindakan peniaga terbabit merosakkan beduk lama itu dan menyebabkan ia tidak boleh digunakan sehingga sekarang," katanya.

Abdullah yang menjadi imam di masjid itu sejak 1959 berkata, belum pernah sesiapa berani memotong kulit lembu yang menjadi penutup beduk untuk dipalu apabila masuk waktu solat.

Katanya, selepas tersebar perbuatan tidak bertanggungjawab itu, ada beberapa individu dari bandar Kuala Terengganu datang meminta sedikit kulit lembu itu untuk dijadikan pelaris dalam perniagaan.

"Saya memberi kebenaran kepada mereka untuk memotongnya dibawa pulang namun tidak menyangka perkara itu menjadi semakin besar sekarang," katanya.

Difahamkan, kegiatan mencuri kulit beduk masjid lama di Terengganu pernah berlaku sebelum ini dan dipercayai untuk kegunaan ilmu hitam.

Hanya beberapa masjid lama saja masih menggunakan beduk terutama di kawasan pedalaman daerah ini manakala masjid baru tidak lagi memilikinya.

1,325 Warga Asing Terbabit Keganasan dibicarakan

Posted: 24 Apr 2011 07:40 PM PDT

21 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


RIYADH: Kira-kira 1,325 warga asing di Arab Saudi menghadapi perbicaraan ekoran pembabitan secara langsung dan tidak langsung dalam kegiatan keganasan, kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Mejar Jeneral Mansour Al-Turki.


Bagaimanapun Mansour tidak mendedahkan kerakyatan mereka. Apabila ditanya mengenai asal-usul negara suspek, dia berkata: "Bukan dasar kami untuk mendedahkan kerakyatan mereka." Kementerian itu melaporkan seramai 11,527 warga Saudi dan asing ditahan sejak insiden 11 September 2001. Daripada jumlah itu, seramai 5,831 termasuk warga asing sudah dibebaskan selepas didapati tidak bersalah atau sudah menjalani hukuman. Kira-kira 1,612 didakwa kerana melakukan keganasan, 616 lagi masih disiasat dan 603 pula masih dibicarakan.

"Pihak pendakwa raya Saudi sedang menyiapkan senarai dakwaan terhadap 934 orang dan masih menyiasat 1,931 yang lain," tambahnya. 

AN

Sumbat mayat budak dalam beg

Posted: 24 Apr 2011 07:30 PM PDT

21 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

BANDAR BAHARU - Mayat kanak-kanak lelaki berusia setahun lebih berpakaian lengkap ditemui dalam beg pakaian berhampiran jalan susur masuk ke hentian tol Bandar Baharu di Kilometer 175 dari arah Utara, pada jam 5.45 petang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Deputi Superintendan Helmi Aris berkata, mayat kanak-kanakdipercayai berketurunan India itu ditinggalkan tidak sampai sehari kerana keadaannya masih lembut dan tidak berbau.

"Mayat itu disumbatkan dalam beg kanvas ditemui sekitar kawasan pasu bunga berdekatan tiang elektrik di plaza tol Bandar Baharu.

"Berdasarkan pemeriksaan awal, polis menemui kesan lebam di kepala mangsa, manakala hidungnya berair. Selain itu, tiada kesan atau tanda lain ditemui," katanya.

Menurutnya, kes itu akan siasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kematian kanak-kanak.

Beliau berkata, mayat itu dibawa ke Hospital Kulim untuk bedah siasat.

"Bagaimanapun, pihak hospital mengarahkan polis menghantar mayat mangsa ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar untuk pemeriksaan doktor pakar. Sehingga kini, polis masih mencari keluarga mangsa," katanya.

Helmi turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian itu atau mereka kehilangan anak, supaya menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bandar Baharu di talian 04-4077222.

Sinar Harian/-

Air Kencing Unta Cegah Kesan Radiasi Nuklear

Posted: 24 Apr 2011 07:20 PM PDT

21 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


JEDDAH: Ketua Jabatan Implan Tisu di Pusat Penyelidikan Raja Fahd berkata, dia dihubungi Kedutaan Jepun di Malaysia yang ingin mengetahui mengenai kegunaan air kencing unta untuk merawat kanser dan mencegah radiasi nuklear.


Dr Fatin Khoursheed yang juga penyelia Kerusi Al-Zamil untuk Kanser memberitahu akhbar berbahasa Arab Al-Hayat, panggilan telefon itu diterimanya ketika krisis nuklear di Jepun semakin bertambah buruk.

"Ia dibuat selepas letupan di loji Fukushima 1," katanya.

"Pihak berkuasa Jepun mahu mencuba kesan air kencing unta secara santifik dalam merawat individu yang terdedah kepada radiasi nuklear bagi mencegah mereka daripada mendapat penyakit kanser." Dr Fatin berkata, dia sudah menjalankan penyelidikan mulai 2004 selepas berjaya memulihkan berpuluh-puluh kes pelbagai penyakit kanser dengan air kencing unta yang diambil secara meminumnya, dalam bentuk kapsul, salap atau syampu. Pesakit yang sudah menjalani rawatan itu di Arab Saudi dan negara lain menunjukkan penyembuhan 98 peratus.

Menurutnya, pertanyaan daripada pihak berkuasa Jepun itu cukup aneh kerana Badan Makanan dan Ubat-Ubatan Saudi gagal untuk mengiktiraf keputusan penyelidikan saintifik itu.

"Walaupun penyelidikan itu secara teori dan amali menunjukkan keberkesanan tetapi gagal diiktiraf Badan Makanan dan Ubat-Ubatan Saudi.

"Minat ditunjukkan pihak berkuasa Jepun itu meningkatkan semangat saya untuk membuktikan keberkesanan penyelidikan itu," katanya lagi. - SG

Anak Kapak Kepala Bapa

Posted: 24 Apr 2011 07:00 PM PDT

21 Jamadilawal 1432H. [MOD] -




KUALA LUMPUR: Berang kerana permintaannya tidak dipenuhi, seorang lelaki bertindak nekad menetak bapa kandungnya berusia lewat 40-an menggunakan kapak sehingga menyebabkan mangsa parah dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Klang Gate Baru, di sini, Jumaat lalu.

Difahamkan, suspek berusia lewat 20-an itu pulang ke rumah dalam keadaan marah sebelum dilaporkan hilang kawalan selepas ahli keluarganya enggan memberikan wang kepadanya. 
Dalam kejadian amuk kira-kira jam 11 pagi itu, adik lelaki suspek berusia 17 tahun yang cuba menenangkan abangnya itu turut cedera ketika bergelut untuk merampas senjata digunakannya. 

Menurut sumber, semuanya bermula apabila suspek pulang ke rumah sebelum menjerit-jerit meminta wang.

"Pada mulanya ahli keluarga suspek hanya mendiamkan diri sebelum suspek mengambil kapak dari dalam stor di rumah dan mengugut untuk mencederakan bapa dan adik perempuannya berusia 20-an.

"Tersentak dengan itu, bapa suspek mendakwa tiada wang menyebabkan suspek bertindak memecahkan barangan dalam rumah berkenaan," katanya. 

Polis Palestin Tembak Mati Penceroboh Yahudi

Posted: 24 Apr 2011 06:35 PM PDT

21 Jamadilawal 1432H. [MOD] -




NABLUS: Anggota polis Palestin menembak mati seorang lelaki Yahudi dan mencederakan empat yang lain selepas mereka menceroboh masuk sebuah tempat suci, di Tebing Barat, semalam, kata sumber tentera Israel.

Kejadian berlaku awal pagi berhampiran makam Nabi Yusuf, kawasan yang dibawah penguasaan Palestin tetapi sering mencetuskan ketegangan dengan kumpulan pelampau Yahudi.

Kawasan itu tidak boleh dikunjungi oleh kaum Yahudi kecuali dengan anjuran pihak tentera.

Dalam satu kenyataan, tentera Israel berkata, pegawai Palestin mengesahkan penembak ialah anggota polis Palestin yang melepaskan tembakan selepas lelaki Yahudi terbabit berkelakukan mencurigakan. 

AFP

Tiga ditahan Kes Seleweng Diesel

Posted: 24 Apr 2011 06:15 PM PDT

21 Jamadilawal 1432H. [MOD] -




KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya mengesan 43,000 liter diesel dipercayai daripada penyelewengan subsidi Persatuan Nelayan Teluk Intan di Kawasan Perindustrian Bandar Bukit Puchong dekat sini semalam.

Dalam operasi pukul 2 pagi itu, KPDNKK turut menahan tiga lelaki termasuk penjaga setor di kawasan itu untuk siasatan, kata Ketua Pengarah Bahagian Penguat Kuasa KPDNKK Putrajaya, Mohd. Roslan Mahayudin.

Beliau berkata, hasil maklumat awam, pasukan itu mengekori sebuah treler dari Teluk Intan, Perak dan memberkas pemandu dan kelindannya ketika mereka sedang mengepam masuk kira-kira 25,000 liter diesel dari sebuah tangki treler ke dalam sebuah tangki di kawasan perindustrian itu.

Katanya, pasukan itu turut menemui 18,000 liter diesel seleweng di situ.

"Kami menerima aduan daripada orang awam minggu lalu. Dengan mengekori treler kargo ini, kami dapat menahan pemandu dan kelindannya," katanya kepada pemberita di sini.

Mohd. Roslan berkata, pasukan itu mendapat aduan awam minggu lepas bahawa Persatuan Nelayan Teluk Intan menyeleweng minyak diesel subsidi apabila membekalkannya kepada pihak industri di kawasan Puchong.

Ketiga-tiga lelaki itu yang berumur dalam lingkungan 40-an akan didakwa mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961. Sabit kesalahan mereka boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya sekali. 

Bolton Aibkan Arsenal 2-1

Posted: 24 Apr 2011 06:00 PM PDT

21 Jamadilawal 1432H. [MOD] -




LONDON: Arsenal pulang dengan tangan kosong apabila diaibkan Bolton Wanderers 2-1 dalan saingan Liga Perdana Inggeris, di Stadium Reebok sebentar tadi.

Gol kemenangan Bolton dijaringkan Cohen Samuel pada minit ke-87 menerusi serangan balas mengejut.

Dengan keputusan itu, Arsenal kekal di tempat ketiga liga dan gagal mendekati Chelsea yang kini di tempat 

Hukuman Rogol, Liwat Pelajar Kekal

Posted: 24 Apr 2011 05:45 PM PDT

21 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


ALOR SETAR - Mahkamah Tinggi di sini semalam menolak rayuan tiga sekawan dan mengekalkan hukuman penjara di antara tiga dan 18 tahun serta sebatan ke atas mereka yang didapati bersalah atas tuduhan merogol dan meliwat seorang pelajar kolej di sini lapan tahun lalu.

Hakim Datuk Mohamad Azman Husin dalam prosidingnya menyebut wujud kes prima facie dan pihak perayu gagal membangkitkan keraguan di atas perintah Mahkamah Sesyen sebelum ini.

SALAH seorang tertuduh, Shahril (kiri) keluar dari Mahkamah Tinggi Alor Setar semalam dengan ditemani dua ahli keluarganya selepas rayuannya ditolak

Hakim Mahkamah Sesyen, Chan Jit Li 25 Februari tahun lalu menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan lima sebatan ke atas tertuduh pertama, Shahril Ahmad, 34, manakala tertuduh kedua, Mohamad Fadzli Mohamad Fidzon, 33, dijatuhi hukuman penjara enam tahun serta tiga sebatan dan Farizan Fadzil, 25, kekal dengan hukuman penjara tiga tahun.

Shahril dan Mohamad Fadzli diwakili peguam Ismail Khoo, manakala Farizan diwakili peguam Rajadevan.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Norhayati Ibrahim.

Menurut pertuduhan, Shahril telah merogol mangsa di atas batas bendang, tepi parit, Kampung Hujung Alor, Anak Bukit kira-kirapukul 12.15 tengah malam pada 20 Mac 2003.

Mengikut kesalahan itu tertuduh didakwa di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) yang dibaca bersama Seksyen 109 akta sama.

Shahril turut menghadapi dua lagi tuduhan iaitu persetubuhan yang bertentangan aturan tabii yang boleh didakwa mengikut Seksyen 377A KK.

PARLIMEN BUKIT GANTANG

Posted: 24 Apr 2011 09:31 PM PDT

PARLIMEN BUKIT GANTANG


Rasuah Pemusnah Tamadun:Nizar

Posted: 24 Apr 2011 05:25 AM PDT

DS Nizar telah dijemput Akhbar Sinar untuk menajadi ahli Panel pada siri wacana ilmu.Rakyat Malaysia yang berminat untuk mendengar pandangan DS Nizar boleh hadir pada 27 April,masa 2.30 -5.00 petang di Shah Alam.

2 Tok Guru aset umat Islam, bukan sekadar PAS: Nizar

Posted: 24 Apr 2011 03:54 AM PDT

PASIR PUTEH, 24 April: Dua tokoh utama PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang disifatkan aset penting umat Islam, malah untuk seluruh rakyat bukan sekadar kalangan orang PAS semata-mata.

"Nilai mereka berdua dalam memandu seluruh rakyat keluar dari kerenah dan fitnah musuh terlalu besar dan tidak perlu dipertikaikan sesiapa," kata AJK PAS Pusat, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaludin.

Kegigihan dan keputusan tepat mereka, kata beliau menyebabkan perancangan-perancangan Umno merosakkan Islam dan rakyat negara ini dapat ditepis dengan baik.

"Sejak Umno menggunakan khidmat nasihat APCO (yang dikaitkan dengan Yahudi) dan merencana pelbagai taktik untuk merosakkan PAS dan Islam, kita amat bertuah kerana kedua-dua pemimpin ini terus komited mempertahankan kesucian Islam dan harapan rakyat," kata beliau di majlis pemimpin bersama rakyat yang diadakan di dewan utama Majlis Daerah ini, petang kelmarin.

Menurutnya, meskipun kedua-dua tokoh ini amat tinggi pengetahuan mereka tentang Islam dan pelbagai ilmu lain, mereka sentiasa berbincang dan mengambil pandangan semua pihak dalam memutuskan setiap perkara.

"Dalam jawatankuasa pusat (PAS) kami kerapkali terpaksa melanjutkan perbincangan hingga pukul tiga, empat pagi kerana mereka mahu semua pandangan di dengar sebelum satu keputusan dibuat demi kebaikan umat dan rakyat," tegas beliau yang juga ahli Parlimen Bukit Gantang.

Beliau meminta ahli-ahli PAS dan rakan-rakan yang mahu bersama memperjuangkan keadilan dan keselamatan menggunakan segala ruang untuk memberikan sokongan besar kepada tokoh seumpama ini yang tujuan hidup mereka semata-mata mencari redha Allah dan mengharap kesejahteraan rakyat.sumber harakahdaily.net

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 24 Apr 2011 09:21 PM PDT

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


KEJOHANAN BOLASEPAK, BOLA JARING DAN SUKANEKA PASTI KAWASAN MUAR 2011

Posted: 24 Apr 2011 11:12 AM PDT

PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI) KAWASAN MUAR telah berjaya mengadakan Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah, Bola Jaring dan Sukaneka pada pagi Ahad 24 April 2011 bertempat di Padang Luar, Stadium Sultan Ibrahim , Muar.Kejohanan yang sungguh meriah ini bermula dari jam 8.30 pagi hingga 2.00 petang. Sambutan daripada ibubapa terutamanya sungguh menggalakkan.


Kejohanan  tersebut telah di rasmikan oleh YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani. Turut meraikan Kejohanan ialah Pengarah PASTI Negeri Johor, Sdr Faizul Mohd Salleh (merangkap Ketua Pemuda PAS Muar), Mantan Ketua Pemuda PAS Muar, Sdr Adha dan Sdr Abd Razak.Pengarah Kejohanan ialah Sdr Nazri.

Pertandingan Bola Sepak dan Bola Jaring telah dimenangi oleh PASTI Ar Rahmah,Taman Seri TemenggongMuar yang juga menggondol gelaran Johan Keseluruhan.  Tahniah !

Gambar-gambar di bawah ini adalah ehsan Sdr Ayub Sulaiman:

 Jom ramai-ramai meriahkan Kejohanan Bola Sepak, Bola Jaring dan Sukaneka
PASTI Kawasan Muar !

Lihat AJK Kejohanan bertungkus lumus menyediakan padang !
 
 Apa agaknya yang diarahkan oleh Sdr Hamidun Omar,
Setiausaha PASTI Muar merangkap Pegawai Khas ADUN Maharani.

 Silat pun ada menyambut kedatangan tetamu kehormat.

 Ini dia pesewrta-peserta Kejohanan.

 PASTI Ar Rahmah Juara Bola Jaring. Hebat pasukan ini...lihat score-linenya !

 YB Dr Mohammad bersama pasukan bolasepak sebelum perlawanan akhir
yang dimenangi oleh Pasukan PASTI Ar Rahmah. Tahniah !
YB Dr Mohammad adalah Penaung PASTI ArbRahmah dan Mantan Pengurus PASTI ini.

Gambar-gamnbar lain akan menyusul kemudian.

PAS Negeri Sembilan

Posted: 24 Apr 2011 09:19 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Bau busuk ganggu penduduk Mantin, N.Sembilan

Posted: 24 Apr 2011 06:36 PM PDT



Bau busuk menganggu kehidupan penduduk Kampung Gebok
Aduan Rakyat Online, April 24th, 2011

Salam Satu Malaysia, saya wakil penduduk Kampung Gebok, Mantin, 71700, Negeri Sembilan ingin membuat aduan kepada pihak tuan tentang masalah bau busuk yang telah lama menganggu penduduk kampung di kawasan saya.

Masalah ini timbul dari tempat pembuangan sampah yang terletak bersebelahan dengan kampung saya.Pelbagai aduan telah dihantar tetapi tiada sebarang tindakan yang dilakukan untuk mengatasi masalah ini.

Saya berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan aduan saya ini untuk mengelakkan penduduk kampung saya mengalami sebarang penyakit kronik.Ini disebabkan bau yg timbul menyebabkan penduduk sakit tekak,demam dan batuk kering.
Selain faktor penyakit dari segi persekitaran alam semula jadi juga terancam. Binatang-binatang ternakan ada yang mati akibat termakan racun toksik yang datang dari pembuangan sampah ini.Pihak yang bertanggungjawab pula tidak mengendahkan segala masalah ini.

Saya berharap aduan saya ini dapat membuka hati pihak tuan agar menyelamatkan Kampung saya untuk mengaman dan mengharmonikan kampung saya semula.

Sekian dari saya. Salam 1 Malaysia

By: MOHD HAFIZI B.ZAKARIA

Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/bai-busuk-menganggu-kehidupan-penduduk-kampung-gebok

Warga Rembau rayu sumbangan pembedahan mata

Posted: 24 Apr 2011 06:36 PM PDT



Dari Blog Pusat Aduan Rakyat PAS DUN Chembong.
Rayuan Derma dan Sumbangan Pembedahan Mata
Puan Sadiah bt Idris memohon bantuan kewangan untuk kos pembedahan matanya. Beliau memerlukan RM 6705 untuk kos rawatan tersebut.

Beliau tinggal sebatang kara di Kg Batu 17 Chembong dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan.

Beliau boleh dihubungi di talian 06-6851681. Beliau tinggal di Rumah Rakyat Rembau (depan tanah perkuburan)


Kepada sesiapa yang simpati dan murah hati bolehlah mendermakan wang ke akaun beliau : SADIAH BTE IDRIS : 0502-0689614-52-8 (CIMB BANK)

Maklumat lanjut di Blog Pusat Aduan Rakyat PAS DUN Chembong http://parchembong.blogspot.com/2011/04/rayuan-derma-dan-sumbangan.html

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua

Posted: 24 Apr 2011 07:45 PM PDT

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua


Nabi Tak Guna Kaedah Mubahalah Untuk Selesai Kes Zina/Seks

Posted: 24 Apr 2011 06:41 PM PDT


KUALA TERENGGANU - Isu 'klip video seks' yang dilontarkan di persada politik tanah air menjadikan situasi semakin bergelora umpama pepatah Arab, 'biar selut dan tanah itu menjadi lumpur'.

Bagi PAS sebuah perjuangan yang mempunyai konsep, pegangan dan rujukan, isu tersebut mestilah dirujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah yang menjadi panduan Parti Islam itu.

Menurut Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr. Harun Din, ianya adalah isu yang hampir sama sebelum ini, yang diulang kembali sehingga menyebabkan pihak yang terlibat' mengaturkan 'Mubahalah' dalam masjid.

Beliau menolak kedua-dua isu yang meletup menjelang dua pilihanraya, pilihanraya kecil permatang pauh dan menjelang pilihanraya negeri Sarawak, sebagai satu kebetulan.

"Dahulunya, berlaku hal yang 'ala' ini, melibatkan 'orng yang terlibat' itu mengaturkan sumpah dalam masjid dan hal itu berlaku menjelang pilihanraya (kecil) Permatang Pauh,

"Yang mutakhir ini pun kita lihat ada 'paten' itu, beberapa hari (sebelum) pilihanraya dewan undangan negeri Sarawak, meletup isu ini, mungkin(kah) kita katakan itu kebetulan......tapi (sudah) dua kali.......apa kebetulannya??,"soalnya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Marang, Sabtu 23 April.

Menurutnya, pernah berlaku satu senario dalam sejarah Islam satu isu yang lebih besar dari apa yang sedang berlaku sekarang melibatkan Ummul-Mukminin A'isyah dituduh dengan fitnah dan disebarkan dengan meluas.

Katanya, A'isyah di tuduh melakukan hubungan sulit dengan sahabat yang juga pahlawan dan pakar kuda perang RasuluLlah S.A.W, Safwan al-Mua'ttol as-Sulami

Beliau berkata, akibat tuduhan fitnah itu, Ai'syah telah pengsan dan mengalami demam panas, apabila khabar fitnah itu sampai ke pengetahuannnya

Namun, sepanjang peristiwa pahit yang berlaku selama 40 hari itu, menurutnya, Nabib Muhammad S.A.W tidak menggunakan kaedah al-Mubahalah

"Sepanjang kisah tersebut berlaku, selama 40 hari (ada yang mengatakan 3 bulan), tapi....sepanjang peristiwa itu, lihatlah dari mana-mana sumber Islam, tafsir (atau) hadis, Nabi (Muhammad SAW) tidak menggunakan cara al-Mubahalah, nabi tidak minta Ai'syah bersumpah dan tidak sesiapa pun meminta Safwan bersumpah,"tegas Dr. Haron Din.

Video seks: Anwar tak perlu sumpah mubahalah, kata Harussani

Posted: 24 Apr 2011 06:38 PM PDT

KUALA LUMPUR, 25 April — Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu melakukan sumpah mubahalah berhubung dakwaan rakaman video seks, oleh tiga "Datuk T", yang mengaitkan dengan diri beliau.

Ini kerana jelas Mufti Perak, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh tidak boleh disabitkan dengan sebarang kesalahan atau dijatuhkan hukuman kerana pelaku dalam rakaman video seks yang didedahkan "Datuk T" masih belum dibuktikan lagi.

Tegas, Harussani, sebarang tuduhan atau pendakwaan terhadap Anwar perlu dilakukan di mahkamah dan bukan di khalayak ramai termasuk sumpah mubahalah.

"Sumpah (mubahalah) dalam mahkamah bukan di luar... lagipun apa guna beliau (Anwar) nak bersumpah? Jadi beliau tidak perlu bersumpah di hadapan masyarakat, kenapa tidak buat di mahkamah? Anwar tak perlu dihukum sebab beliau tidak lagi didapati bersalah.

"Dalam video itu, kita belum tahu siapa pelakunya, kalau nak bersumpah mubahalah pun kena tunggu bukti dulu tapi kalau ada (bukti) pun Anwar tidak boleh disabitkan bersalah sebab menurut Islam perlu ada empat saksi yang menyaksikan kejadian itu berlaku," katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas saranan bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, dipetik akhbar arus perdana baru-baru ini, agar Anwar melakukan sumpah mubahalah di hadapan masyarakat ekoran tuduhan "Datuk T" terhadapnya. Asri dipetik berkata Anwar perlu bersumpah seperti yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa menafikan beliau terlibat dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu di sebuah masjid di Bukit Mertajam, Pulau Pinang tiga tahun lalu.

Datuk T" iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah telah menggemparkan negara apabila mempertontonkan rakaman video seks itu kepada wakil media pada 21 Mac lalu di hotel Carcosa Seri Negara.

Antara Perjuangan Bangsa Dan Perjuangan Agama

Posted: 24 Apr 2011 03:23 AM PDT

Manusia ini dilahirkan berpuak dan berbangsa untuk kenal mengenal antara satu sama lain. Sama ada kita Melayu, Cina, India, Iban, Dayak, Siam atau sebagainya hakikatnya kita adalah berasal dari bapa yang satu iaitu Nabi Adam dan ibu yang satu iaitu Hawa. Memperjuangkan bangsa adalah fitrah manusia. Namun bukan itu yang dituntut oleh Islam. Islam mengukur sesorang itu berdasarkan takwa.

Oleh itu perjuangan berdasarkan agama tidak akan membawa kita ke mana. Bahkan kita juga akan dipertanggungjawabkan terhadap bangsa yang lain yang kita tidak perjuangkan. Meleka akan nanti menuntut diakhirat kenapa kita tidak menhajak mereka ke agama Islam.

Atas kesedaran itu PAS terus berjuang dikalangan orang Melayu dan dalam masa yang sama kita menjalinkan hubungan yang baik dengan mereka yang bahu bersama kita tidak kira siapa mereka. Asalkan mereka menerima apa yang kita perjuangkan dan tidak menghalang apa yang kita mahu laksanakan.

Hubungan dengan DAP dan Keadilan adalah sesuatu yang amat mencabar. Ini adalah kerana kita berhadapan dengan mereka yang tidak sealiran dengan mida dan perjuangan PAS. Kita memperjuangkan Islam sedangkan mereka campur aduk dan pelbagai bangsa dan agama.

Namun cabaran bersama DAP dan Keadilan adalah lebih mudah diatasi berbanding dengan UmNo. Ini adalah kerana UmNo terus menyerang PAS dari segenap segi dan setiap masa. Dalam masa UmNo mahu berdamai dengan PAS dan dalam masa yang sama mereka terus menekan negeri yang dikuasai oleh PAS. Tangan kanan menghulur salam dalam masa yang sama tangan kiri menikam rusuk.

Bukan setakat itu UmNo tidak pernah membantu tanpa syarat. UmNo beriya-iya mahukan kerajaan perpaduan.... tapi dalam masa yang sama media mereka terus menyerang pimpinan PAS.

Di kedah baru-baru ini di canangkan PAS menaikkan cukai tanah UUM.... namun kemudiannya kita tahu bahawa jumlah cukai tersebut adalah jumlah cukai sebenar..... Selama ini kerajaan negeri telah memberikan rebat. Apabila semua orang telah tahu menteri pulak kona pusing. Dulu cuba tipu rakyat sekarang cuba memperbodohkan rakyat pulak.

Bila masa UmNo ini menghormati PAS? Selagi ada peluang dan ruang mereka akan bubuh PAS ini tanpa diberi peluang membela diri.

UmNo yang berjuang berdasarkan 'bangsa' tidak meletakkan agama sebagai panduan. Halal dan haram tidak ada dalam kamus perjuangan mereka. Pejuang bangsa tidak akan mengambil kira bangsa lain. Namun keadaan UmNo kini bukan sahaja tidak mengambil kira bangsa lain, bangsa sendiri pun terbiar. Sebab itulah kita lihat pemimpin UmNo kaya raya sedangkan orang Melayu rata-rata cukup makan sahaja.... Itu pun kalau nasib baik, jika tidak merekalah golongan yang terbiar, merempat dan papa kedana di negara sendiri.

Tidakkan kita pernah terfikir apa tujuan kita hidup di dunia ini? Adakah kita hidup untuk menjadi hamba Allah atau menjadi hamba bangsa atau UmNo? Sampai bila kita akan terus tertipu? Sedangkan usia kita semakin lama semakin meningkat.... jalan ke kubur juga semakin hampir.

Jangan sampai kita buka mata, baru kita perasan kita dah sampai di alam kubur. Dan ketika itu juga kita terdengar jiran Cina kita menuntut kepada Allah bahawa kita tidak pernah berdakwah kepada orang Cina. Mereka dakwa orang Melayu kata Islam itu Melayu punya orang lain tak boleh menganut Islam..... Nak masuk masjid pun tak boleh, baca Al-Quraan pun tak boleh. Bila mula mendekati Islam macam-macam fitnah dilemparkan.

Sudahlah..... Tinggalkanlah UmNo.

Rembau Hari Ini

Posted: 24 Apr 2011 07:22 PM PDT

Rembau Hari Ini


Warga Rembau rayu sumbangan pembedahan mata

Posted: 24 Apr 2011 06:38 PM PDT



Dari Blog Pusat Aduan Rakyat PAS DUN Chembong.
Rayuan Derma dan Sumbangan Pembedahan Mata
Puan Sadiah bt Idris memohon bantuan kewangan untuk kos pembedahan matanya. Beliau memerlukan RM 6705 untuk kos rawatan tersebut.

Beliau tinggal sebatang kara di Kg Batu 17 Chembong dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan.

Beliau boleh dihubungi di talian 06-6851681. Beliau tinggal di Rumah Rakyat Rembau (depan tanah perkuburan)


Kepada sesiapa yang simpati dan murah hati bolehlah mendermakan wang ke akaun beliau : SADIAH BTE IDRIS : 0502-0689614-52-8 (CIMB BANK)

Maklumat lanjut di Blog Pusat Aduan Rakyat PAS DUN Chembong http://parchembong.blogspot.com/2011/04/rayuan-derma-dan-sumbangan.html

Dr Azman Ibrahim

Posted: 24 Apr 2011 07:16 PM PDT

Dr Azman Ibrahim


Paderi Gila Cetus Huru-hara, Bon Jaminan Hanya RM3!

Posted: 23 Apr 2011 09:42 PM PDT

Paderi Amerika Syarikat (AS) yang mencetuskan protes di Afghanistan kerana membakar al-Quran bulan lalu dipenjarakan sementara selepas enggan membayar bon AS$1 (RM3) sebagai janji tidak akan mencetuskan huru-hara.

Keputusan oleh Hakim Mahkamah Daerah Dearborn, Mark Somers terhadap Terry Jones dan rakannya Wayne Sapp itu dibuat semalam selepas juri memutuskan kedua-dua paderi itu 'mungkin akan mencetuskan huru-hara' sekiranya mereka dibenar mengadakan protes di luar sebuah masjid di sini.

Tindakan Jones membakar al-Quran bulan lalu mencetuskan protes ganas di Afghanistan. Paderi kontroversi itu kemudian mengumumkan dia akan mengadakan satu protes di sebuah pusat Islam di sini semalam, namun bantahan itu terbantut ekoran satu prosiding mahkamah.

Juri memutuskan, tindakan Jones sebelum ini merupakan bukti penting yang menyatakan protes di hadapan Pusat Islam Dearborn di sini itu hanya akan mencetuskan keganasan.

Somers kemudian mengarahkan Jones dan Sapp supaya membayar AS$1 (RM3) bagi memastikan dia tidak melanggar ketenteraman awam. Selepas paderi itu enggan berbuat demikian, dia diiringi keluar dari mahkamah oleh polis Dearborn.
Dia bagaimanapun dibebaskan selepas membayar jumlah yang diputuskan hakim.

Setiausaha Agong Rasmi Mesyuarat Agong PAS Setiu

Posted: 23 Apr 2011 08:45 PM PDT

Pesuruhjaya PAS Terengganu dan YDP PAS Setiu
Parti Islam Semalaysia (PAS) Kawasan Setiu InsyaAllah akan mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan kali ke 33 pada 29 April 2011 bertempat di Masjid Lama Kampung Buluh, Bandar Permaisuri, Setiu Terengganu.

Bermula dengan majlis perasmian yang akan disempurnakan oleh Dato' Haji Mustafa Ali, Setiausaha Agong PAS pada jam 3.30 petang hari tersebut, mesyuarat agong yang dijangka akan dihadiri oleh kira-kira 500 orang perwakilan dan pemerhati akan menjadi medan muhasabah penting dalam rangka persiapan PAS Kawasan Setiu bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 nanti.

Tentu sekali yang paling akan mencuri perhatian, bagaimana susunan kepimpinan baru PAS Setiu dipilih dan dibentuk yang boleh diistilahkan sebagai kepimpinan yang akan menerajui jentera PAS Kawasan berhadapan ujian besar PRU 13 nanti.

Menelusuri usia 33 tahun berhadapan dengan mehnah dan tribulasi perjuangan, Kawasan Setiu sebagai kawasan parlimen bongsu di negeri Terengganu tentunya tidak lagi boleh tampil sebagai anak bongsu yang manja, tetapi perlu kehadapan dengan kemulian dan kebanggaan kerana perjuangan Islam yang didokongi.

Khalid Samad

Posted: 24 Apr 2011 07:09 PM PDT

Khalid Samad


Parti Bukan Sendirian Berhad, Urus Secara Jamaah

Posted: 24 Apr 2011 05:35 PM PDT

Oleh: Ismail Hashim (HarakahDaily)

SHAH ALAM, 24 April: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, parti hendaklah diurus secara jamaah dan bukannya seperti syarikat sendirian berhad apatah lagi sebagai syarikat anak beranak.

Menurutnya, PAS telah mengisytiharkan matlamat perjuangannya kepada seluruh rakyat Malaysia dan mereka telah melihat dan meyakininya.

Tegasnya, pimpinan PAS tetap menggerakkan parti untuk terus komited bersama Pakatan Rakyat yang mengorak langkah lebih jauh dalam arena politik negara.

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS itu juga mengingatkan ahli-ahli agar buang sikap 'tiada masa dengan Allah nanti Allah tiada masa dengan kita', lazimi Al-Quran, tahajjud dan puasa sunat serta berusaha agar kelemahan yang diketahui tidak terus dikekalkan.

Beliau menambah, kemenangan kali kedua di Selangor dalam pilihan raya umum (PRU) 13 akan datang bagi menjamin segala usaha politik dan dakwah Islam masakini dapat diteruskan.

Menurutnya, keadaan sekarang amat cantik di pandangan mata di mana masjid berjaya dimakmurkan dengan segala aktiviti mendidik anggota masyarakat.

"Kerana itu, harapan agar segala usaha dapat dilakukan sebaiknya bagi memastikan segala kegiatan dan usaha ke arah kebaikan dapat dijayakan dengan sebaiknya.

"Ingatlah Allah sedang menguji anda semua di Selangor ini, pasti tidak sama keadaannya sebelum menang dengan suasana selepas memegang tampuk kerajaan," tegasnya.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang berucap demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Shah Alam ke 24 di TTDI Jaya, dekat sini pagi tadi.

Beliau berkata, pemimpin baik adalah mereka yang terus berpandangan jauh ke hadapan namun sesekali hendaklah menoleh ke belakang melihat kemampuan ahli-ahlinya.

Mereka, ujarnya, jangan terlalu laju sehingga tidak mampu dikejar ahli dan jangan pula terlalu lambat sehingga kaki mereka dipijak.

"Semua ahli mempunyai peranan dan tanggungjawab tersendiri, seumpama binaan batu-bata, mestilah disusun dengan baik, yang terlebih bakar, jangan diletakkan di hadapan kerana boleh merosakkan pandangan tetapi letaklah di bahagian pengukuhan tiang binaan," tegasnya penuh berkias.

Sementara itu, ketika berucap dalam majlis sama, Yang Dipertua PAS Shah Alam, Khalid Samad berkata, jika musuh dapat merampas semula Selangor, mereka pasti akan melakukan sekatan lebih teruk daripada sebelum ini.

Menurutnya, kemenangan PAS di banyak kawasan termasuk Shah Alam dalam PRU 12 pada Mac 2008 adalah hasil pendirian dan sokongan banyak pihak termasuk bukan Islam dan Melayu.

Kerana itu, jelasnya, gerak kerja selepas ini mestilah menjurus ke arah mendekatkan mereka termasuk semua anggota masyarakat lain bagi memahamkan mereka perjuangan dan matlanat PAS dalam memberi dan memelihara hak dan tuntutan semua pihak termasuk bukan Islam.

Ihsan HarakahDaily
-Pejabat YB Khalid Samad-

masanya memilih jalan yang lurus

Posted: 24 Apr 2011 03:45 PM PDT

masanya memilih jalan yang lurus


jauhi perangkap musuh..

Posted: 24 Apr 2011 04:18 AM PDT

Salam Palestin, Saya tidak fikir isu video sundal yang mengaitkan pemimpin besar politik tanah air yang disahkan sendiri oleh penyebarnya sebagai berniat menjatuhkan pemimpin tersebut akan merosakkan jalinan ikatan di antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Menjadikan isu ini sebagai sebab pergolakan akan memyebabkan kita terhumban ke dalam politik fitnah dan kotor golongan yang sukakan kekotoran [...]

DPP Gopeng

Posted: 24 Apr 2011 03:36 PM PDT

DPP Gopeng


Malaysia menuju negara Kleptokratis?

Posted: 24 Apr 2011 03:14 AM PDT

Malaysia menuju negara Kleptokratis?

Mungkin besar peratusannya Negara kita sudah menjengah ke tahap negara kleptokratis sebagaimana ungkapan yang ditulisan oleh Prof Madya Dr Syed Farid Alatas sebagai pengantar buku Rasuah, Sifat Sebab dan Fungsi karya Syed Hussain Alatas. Istilah kleptokratis dipopularkan oleh Stanislav Andreski (1970) dalam menghurai ciri-ciri negara yang sarat dengan aktiviti dan budaya hidup rasuah serta nepotisme.

Antara yang jelas bagi sesebuah negara kleptokratis adalah sebarang pertolongan dan bantuan diasaskan atas nama wang, ganjaran dan hadiah. Malah sebenarnya negara tersebut bukan menjunjung aspirasi dan tradisi perintah demokrasi, sebaliknya segala sudut dan sendi masyarakat digenggam oleh sekelompok oligarkis baik daripada peringkat kabinet, legeislatif, pendidikan, hiburan dan sukan. Malah komuniti kampung seumpama JKKK pun mampu dihinggapi oleh wabak oligarki. Ada banyak kampung di negara ini yang tidak membawa cara tadbir demokrasi sebaliknya keputusan dan pekuang ditentukan oleh kelompok oligarki yang bermaharajalela walaupun hanya di peringkat kampung.

Apa maknanya oligarki dalam sesebuah negara? Negara atau masyarakat yang sarat dengan budaya oligarki akan dikuasai oleh segelintir kleptokrat egoistik yang elit, berharta, berpengaruh serta sentiasa mengambil kesempatan atas pihak yang lemah.

Secara umum rasuah di negara ini boleh diketogarikan sebagai rasuah egoistik dan rasuah solidaristik. Rasuah egoistik banyak menjangkiti para pemodal, golongan kaya, produser, ahli korperat yang memperkudakan golongan politik, pemimpin dan perlaksana seumpama jurutera, arkitek mahupun guru dan doktor. Manakala rasuah solidaristik cukup banyak mengasai para menteri, ahli parlimen amlah sehingga ke peringkat ketua kampung yang membantu sanak saudara melalui pintu belakang atas nama membantu keluarga, membantu bangsa atau lebih jelek melegitimasikan rasuah atas nama bumiputera.

Budaya pentadbiran dan kehidupan di malaysia kini cukup menyuburkan budaya rasuah defensif di mana rakyat, ahli perniagaan, kontraktor mahupun artis terpaksa menyediakan sogokan untuk menerima habuan tender, projek, peluang untuk ke hadapan. Ia berasal dari gejala rasuah pemerasan extortive corruption yang diamalkan oleh para oligarki. Oligarki ini tidak mengenal apa itu demokrasi, pengagihan kekayaan dan kesaksamaan peluang sesama rakyat. Yang ada di fikiran mereka adalah bagaimana mengaut keuntungan ke atas bakat dan upaya pihak lain dengan menapis (mark up) wang dan ganjaran sebelum meluluskan peluang kepada pihak yang diperas. Kaibatnya golongan berbakat, golongan peniaga dan sebagainya terpaksa menyuburkan budaya rasuah defensi untuk hidup di muka bumi ini. Bukankah ia tetap rasuah?

Rasulullah bersabda; "Allah melaknat pemberi rasuah dan penerimanya" (Riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah). Di Malaysia masih ramai para Haji dan Hajjah yang ingin mengaut projek tertentu memulai projek dengan merasuah dahulu semata-mata untuk medapat perhatian dato' dato' tertentu walauapun projek tersebut melakukan pekerjaan halal seperti projek menyediakan makanan dan sebagainya.

Akhbar Sinaar Harian 18 April 2011 mungkin melakukan kelainan kerana memaparkan satu temubual dengan beberapa artis Malaysia berkenaan rasuah dan sogokan yang berlaku di kalangan artis, produser dan pengarah. Datuk Aziz satar yang berpengalaman luas mengakui gejala rasuah berlaku dalam dunia artis dan hiburan. Pekaon Abby Abadi pula mengaakui pernah mendengar desas desus adanya artis wanita menjual tubuh untuk mendapat peluang berlakon, menerbit album dan sebagainya. Manakala jawapan Presiden Persatuan Sutradara Malaysia, Mat London mungkin mengecewakan kerana beliau menganggap layanan dan siap mesra artis terentu terhadap penerbit dan pengarah bukan bermakna rasuah sebaliknya digelar 'bijak mencari peluang'. Yang menjadi perhatian di sini adakah cara pencarian peluang tersebut mengikutia syarak? Tidak mendedah aurat, tidak melayani seperti pasangan sah dan sebagainya. Kerosakan akhlak para artis atas nama mencari peluang atau atas nama 'mencari rezeki halal' tidak bermakna dan ia adalah fasad.

Dalam akhbar yang sama Dr Ridhuan Tee mungkin jelas menyelar golongan yang menjadi punca rasuah iaitu golongan perasuah extortive yang menyebabkan beberapa anggota Kastam dan penjawat awam negara ini terpaksa menerima rasuah untuk melakukan perkara menyalahi undang-undang. Semua penjawat awam sedar implikasi rasuah yang merosakkan negara. Tetapi mengapa masih ada pihak menerima rasuah? Jika diteliti lagi jelas ia menjadi lumra dan kebiasaan akibat rasuah-rasuah mega yang dilakukan oleh para pemimpin masih banyak tidak dibongkar dan diselesaikan.

Firman Allah dalam An Nisa' ayat 135, Wahai orang-orang Yang beriman! hendaklah kamu menjadi orang-orang Yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi Yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui Dengan mendalam akan apa Yang kamu lakukan.

Allah jelas melarang kita membezakan golongan yang patut diberikan penyaksian atau memilih pangkat dan keturunan. Jika rasuah wujud di kalangan rakyat ikan bilis sehinggalah golongan oligarki yang besar umpa jerung tetap perlu disiasat dan diberi penyaksian atas rasuah mereka.

Menurut Ramli Abdul Samad aliran pendapatan negara sepanjang 10 tahun lalu menunjukkan bahawa hampir 34% daripada 1.3 juta pekerja memperolehi kurang RM700 sebulan sedangkan garis kemiskinan adalah RM720 sebulan. Sementara itu negara dengan jumlah penduduk seramai 27 juta orang telah berjaya menghasilkan seramai 22 orang bilioner. Peruntukan sebanyak RM52 bilion selama beberapa Pelan Rancangan Malaysia sebelum ini untuk ekuiti orang Melayu telah hangus atas angin dan menjadikan orang Melayu masih memegang lebih kurang 2-3% ekuiti. Jika tidak impian kerajaan melihat ekuiti orang Melayu sebanyak 30% sudah tercapai. Ketirisan wang sebanyak RM28 bilion berlaku setiap tahun.

Lebih sedih ada yang beralasan, biarkan ketirisan wang berlaku bukankah yang mendapat habuan adalah golongan rakyat negara ini yang bakal membayar cukai kepada kerajaan dan negara? Bukankah faedahya akan kembali kepada rakyat?

Persoalannya tujuan wang dilabur dan disalurkan melalui projek-projek tertentu adalah untuk merealisasikan matlamat dan mencapat KPI tinggi keberhasilannya dan bukan sekadar indah di kertas kerja sahaja. Jika alasan faedah cukai kembali ke negara digunakan tidak pelrulah projek-projek indah dilaksanakan atas nama kebajikan kepada rakyat. Salurkan terus kepada si oligarki penagih wang tertentu. Lagipun, wang yang tiris ke tangan penagih rasuah selalunya disimpan ke bank luar negara yang menyebabkan kurangkan faedah kembali ke dalam negara.

Tidak hairan jika Prof Datuk Hassan Ahmad pernah berkata dalam makalah tetapnya dalam Dewan Masyarakat, orang Malaysia yang sebenarnya miskin dan papa bukannya rakyat bawahan yang cukup makan dan pakai. Sebaliknya golongan jutawaan yang papa kedana kerana seringkali menagih perhatian pemimpin tertentu untuk hidup dan mendapat kemewahan hidup. Inilah golongan miskin sebenar negara kita.

Muhammad Nuruddin Bashah

Ketua Penerangan DPPK Gopeng 2011

Pemuda PAS DUN Kemasik

Posted: 24 Apr 2011 03:17 PM PDT

Pemuda PAS DUN Kemasik


Sehari Bersama Orang Mude Geng Kite - Chabang

Posted: 23 Apr 2011 06:48 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 24 Apr 2011 03:05 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


MAJLIS FATWA... ROSMAH POCO-POCO KAT DATARAN HARAM DOK?

Posted: 24 Apr 2011 07:14 AM PDT

Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan untuk tidak menghalang tarian poco-poco di kalangan umat Islam selagi ia tidak melanggar garis panduan yang ditetapkan, kata pengerusinya Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin.


Sehubungan itu masyarakat Islam dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan merujuk kepada garis panduan yang dikeluarkan badan itu sejak 2007 yang antara lain tidak melakukan ritual ibadat bukan Islam, menjaga pergaulan lelaki dan perempuan serta pakaian yang sesuai.

... Rosmah pulak bepoco-poco amacam... ke puak-puak Majlis Fatwa nak skodeng bxxxt puak-puak...

AMARAN WARGA TAMAN IBU KOTA!!!

Posted: 24 Apr 2011 06:58 AM PDT

MUSIM DENGGI makin menjadi-jadi di sekitar perumah Taman Ibu Kota. Mengikut statistik terkini 5 kes dilaporkan dari 6 hingga 14 April 2011. Terima kasih kepada pihak DBKL kerana pantas bertindak dan mula melakukan pemeriksaan rumah ke rumah serta meyembur racun nyamuk di sekitar kawasan Taman Ibu Kota. Di harapkan pihak DBKL menjalankan pemeriksaan yang kerap dan bukan hanya ketika terdapat kes-kes denggi sahaja.

Kami dari pihak Pemuda PAS Wangsa Maju, kami berharap semua penduduk sekitar Wangsa Maju khususnya penduduk Taman Ibu Kota mengambil langkah berjaga-jaga serta kerap membersihkan kawasan halaman rumah bagi mengelakan dari serangan ganas nyamuk Aedes di kawasan anda.

Berikut adalah tip-tips bagi mencegah denggi:

  • Perlindungan dari gigitan nyamuk.
  • Elak dari melawat atau berkunjung ke kawasan berisiko tinggi pada siang hari.
  • Musnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk.
  • Hapuskan nyamuk Aedes dewasa.
  • Lindungi diri anda dari gigitan nyamuk


Untuk mengelak dari gigitan nyamuk, seseorang itu perlulah mengetahui tabiat makan nyamuk dan menggunakan bahan penghindar nyamuk pada kulit yang terdedah apabila perlu. Pakai pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh kerana ini boleh melindungi dari gigitan nyamuk. Pasangkan jaring nyamuk dan skrin pada tingkap untuk mencegah nyamuk dari memasuki rumah.

Elakkan dari membuat lawatan ke kawasan berisiko tinggi di waktu siang

Jalan terbaik ialah mengelak dari bertandang ke kawasan berisiko (kawasan bandar) di siang hari. Ini adalah kerana nyamuk Aedes bukanlah serangga malam. Waktu puncak ia mencari makan ialah di awal pagi dan awal senja.

Sekitar kawasan taman ibu kota


Musnahkan tempat pembiakan nyamuk

Cara lain untuk mencegah denggi ialah dengan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk. Nyamuk Aedes membiak dalam tempat-tempat takungan air seperti tayar buruk dan bekas menyimpan air. Anda juga perlu selalu menukar air dalam pasu bunga dan bekas air minum haiwan peliharaan untuk mencegah nyamuk dari membiak. Apa yang anda dan keluarga perlu lakukan ialah:

  • Tutup dengan rapat semua bekas air seperti baldi, bejana air dan tong-tong atau masukkan ubat pembunuh jentik-jentik ke dalamnya.
  • Salin air dalam jambangan bunga setiap minggu.
  • Buangkan air dan basuh pengalas pasu bunga setiap minggu.
  • Periksa saluran air hujan (saluran bumbung) setiap minggu dan buang daun-daun kayu atau sampah sarap lain yang menyekat aliran air.
  • Bersihkan persekitaran rumah anda. Buangkan semua bekas atau benda yang boleh menakung air seperti tin-tin kosong dan botol ke dalam beg plastik dan letakkan dalam tong sampah yang bertutup.

MP Pendang

Posted: 24 Apr 2011 01:37 PM PDT

MP Pendang


SharpShooter: Surat inikah buat Ketua Polis pengsan?

Posted: 23 Apr 2011 04:31 PM PDT

SharpShooter: Surat inikah buat Ketua Polis pengsan?: "Persamaan dan Perbezaan Video Lucah 1999 dan 2011 Mat Zain Ibrahim 18hb.April 2011 Kepada; YDH Tan Sri Haji Ismail Hj.Omar, Ketua ..."
Baru baca dah pengsan, tu belum siasat lagi tu. Macam ni kena masuk pusat latihan polis balik la kot, tapi nanti takut kena Adenovirus pulak ya.
tulisan ini adalah pandangan dari pemilik blog , tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau mati.

SharpShooter: Suapan RM10,000: SPR didesak gantung keputusan DUN...

Posted: 23 Apr 2011 04:24 PM PDT

SharpShooter: Suapan RM10,000: SPR didesak gantung keputusan DUN...: "SARAWAK: Laman portal Sarawak Report mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menggantung keputusan pilihan raya bagi Dewan Undangan Ne..."
Haiya ini macam ka, sudah menang sudah lupa no, SPR buat tak nampak je kalau BN yang buat, tapi kalau PR buat, sudah tentu dia ligan sampai lubang cacing.

tulisan ini adalah pandangan dari pemilik blog , tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau mati.

TBI-PAS KEPALA BATAS

Posted: 24 Apr 2011 01:22 PM PDT

TBI-PAS KEPALA BATAS


Kempen Kutip RM 11.5 Juta ?

Posted: 23 Apr 2011 05:15 AM PDT

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru

Posted: 24 Apr 2011 01:08 PM PDT

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru


KETUANAN MELAYU BERSEDIA UNTUK JADI BARUA

Posted: 24 Apr 2011 12:26 PM PDT

BARUA PUN BARUALAH
MCA MINTA PULAU UTUSAN, APA KATA PEMUDA UMNO – harakah daily

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) mencabar Pergerakan Pemuda Umno untuk menyatakan pendirian terhadap gesaan Timbalan ketua publisiti MCA, Loh Seng Kok agar akhbar lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia dipulaukan oleh rakyat Malaysia.

Gesaan ini dilaporkan oleh laman web berita dalam talian Malaysiakini pada 23 April 2011.

Ini ekoran rencana yang ditulis oleh Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan minggu lepas yang mencadangkan agar digerakkan kempen '1Melayu, 1Bumi'.



PERKASA SIFAR GESAAN BOIKOT UTUSAN SEBAGAI SUARA SUMBANG – berits hairan

Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Perak hari menyifatkan gesaan beberapa pemimpin MCA supaya memboikot akhbar Utusan Malaysia sebagai suara daripada golongan yang terdesak mencari sokongan.

Yang Dipertua PERKASA Perak, Ahmad Zaini berkata kumpulan yang hebat menghentam akhbar tersebut adalah kalangan pemimpin yang tidak lagi diterima di kalangan orang Cina sendiri.

"Mereka kini cuba mencari pelbagai cara termasuk memainkan isu sensitif tanpa mempedulikan semangat setiakawan dalam Barisan Nasional (BN) bagi tujuan menarik semula sokongan di kalangan orang Cina...tidak perlu layan desakan tersebut, sedangkan mereka sendiri sudah tidak laku lagi di mata kaum mereka sendiri," katanya di sini.

Beliau mengulas gesaan MCA supaya rakyat memulaukan akhbar Utusan Malaysia kerana mecadangkan gerakan "1Melayu, 1Bumi" yang dianggap oleh parti itu adalah untuk menghalalkan diskriminasi kaum.

Timbalan ketua publisiti MCA, Loh Seng Kok, berkata konsep 1Melayu, 1Bumi yang diilhamkan oleh akhbar itu bertujuan menghukum masyarakat Cina kerana melaksanakan hak demokrasi mereka membuat pilihan semasa pilihan raya.

2 Tok Guru aset umat Islam, bukan sekadar PAS

Posted: 24 Apr 2011 12:22 PM PDT



Dua tokoh utama PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang disifatkan aset penting umat Islam, malah untuk seluruh rakyat bukan sekadar kalangan orang PAS semata-mata.

"Nilai mereka berdua dalam memandu seluruh rakyat keluar dari kerenah dan fitnah musuh terlalu besar dan tidak perlu dipertikaikan sesiapa," kata AJK PAS Pusat, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaludin.

Kegigihan dan keputusan tepat mereka, kata beliau menyebabkan perancangan-perancangan Umno merosakkan Islam dan rakyat negara ini dapat ditepis dengan baik.

"Sejak Umno menggunakan khidmat nasihat APCO (yang dikaitkan dengan Yahudi) dan merencana pelbagai taktik untuk merosakkan PAS dan Islam, kita amat bertuah kerana kedua-dua pemimpin ini terus komited mempertahankan kesucian Islam dan harapan rakyat," kata beliau di majlis pemimpin bersama rakyat yang diadakan di dewan utama Majlis Daerah ini, petang kelmarin.

Menurutnya, meskipun kedua-dua tokoh ini amat tinggi pengetahuan mereka tentang Islam dan pelbagai ilmu lain, mereka sentiasa berbincang dan mengambil pandangan semua pihak dalam memutuskan setiap perkara.

"Dalam jawatankuasa pusat (PAS) kami kerapkali terpaksa melanjutkan perbincangan hingga pukul tiga, empat pagi kerana mereka mahu semua pandangan di dengar sebelum satu keputusan dibuat demi kebaikan umat dan rakyat," tegas beliau yang juga ahli Parlimen Bukit Gantang.

Beliau meminta ahli-ahli PAS dan rakan-rakan yang mahu bersama memperjuangkan keadilan dan keselamatan menggunakan segala ruang untuk memberikan sokongan besar kepada tokoh seumpama ini yang tujuan hidup mereka semata-mata mencari redha Allah dan mengharap kesejahteraan rakyat.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Pasir Puteh, Ustaz Muhammad Husain dalam ucapannya memberi amaran kepada Umno supaya menghentikan kegiatan tidak bermoral dengan memfitnah dan menyebarkan berita-berita palsu yang mengelirukan orang ramai.

"Di peringkat nasional, rakyat sudah muak dengan fitnah hodoh seperti diperlakukan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim hingga anak-anak kecil kebingunan dengan apa yang dilaporkan di media.

"Di Pasir Puteh ini, media digunakan untuk menyebar berita palsu kononnya berduyun-duyun ahli PAS masuk Umno," katanya.

Di sebelah pagi telah diadakan mesyauarat agung muslimat PAS kawasan Pasir Puteh di tempat yang sama.

"Pagi ini kita adakan masyuarat (agung) muslimat di sini, perwakilan yang hadir hampir 600, ini membuktikan segala dakwaan bahawa orang kawasan ini begitu ramai masuk Umno satu pembohongan," ujar beliau.(hrkhdaily)

JOSTOR BAKAR QURAN DIARAH BAYAR BON DAMAI

Posted: 24 Apr 2011 12:21 PM PDT


Pastor kontroversial dari Florida dikehendaki menyediakan 'bon damai' sebelum menganjurkan demonstrasi yang dirancang untuk diadakan di depan masjid terbesar Amerika Syarikat di sini, demikian diputuskan oleh juri.


Panel tujuh juri — empat wanita dan tiga lelaki — memutuskan demikian lewat Jumaat (pagi ini, waktu Malaysia).

Pastor Terry Jones merancang untuk mengadakan protes sekitar 5 petang (waktu tempatan).

Selain itu, Jones yang menjadi perhatian kerana protes terhadap Islam termasuk membakar al-Quran bulan lalu juga dikehendaki bertanggungjawab ke atas kos keselamatan dan tugasan pihak yang akan dikerah jika protes diadakan di pekarangan masjid Pusat Islam Amerika di sini, lapor msnbc.com.

Jones berkata dia tidak akan menyediakan bon dan juga tidak akan mengubah lokasi protes.

MAJLIS FATWA... ROSMAH POCO-POCO KAT DATARAN HARAM DOK?

Posted: 24 Apr 2011 12:16 PM PDT


Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan untuk tidak menghalang tarian poco-poco di kalangan umat Islam selagi ia tidak melanggar garis panduan yang ditetapkan, kata pengerusinya Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin.


Sehubungan itu masyarakat Islam dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan merujuk kepada garis panduan yang dikeluarkan badan itu sejak 2007 yang antara lain tidak melakukan ritual ibadat bukan Islam, menjaga pergaulan lelaki dan perempuan serta pakaian yang sesuai.

... Rosmah pulak bepoco-poco amacam... ke puak-puak Majlis Fatwa nak skodeng bxxxt puak-puak...

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 24 Apr 2011 11:40 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Parti bukan sendirian berhad, urus secara jamaah

Posted: 24 Apr 2011 04:06 AM PDT

SHAH ALAM, 24 April: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man(gambar) berkata, parti hendaklah diurus secara jamaah dan bukannya seperti syarikat sendirian berhad apatah lagi sebagai syarikat anak beranak.
Menurutnya, PAS telah mengisytiharkan matlamat perjuangannya kepada seluruh rakyat Malaysia dan mereka telah melihat dan meyakininya.
Tegasnya, pimpinan PAS tetap menggerakkan parti untuk terus komited bersama Pakatan Rakyat yang mengorak langkah lebih jauh dalam arena politik negara.
Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS itu juga mengingatkan ahli-ahli agar buang sikap 'tiada masa dengan Allah nanti Allah tiada masa dengan kita', lazimi Al-Quran, tahajjud dan puasa sunat serta berusaha agar kelemahan yang diketahui tidak terus dikekalkan.
Beliau menambah, kemenangan kali kedua di Selangor dalam pilihan raya umum (PRU) 13 akan datang bagi menjamin segala usaha politik dan dakwah Islam masakini dapat diteruskan.
Menurutnya, keadaan sekarang amat cantik di pandangan mata di mana masjid berjaya dimakmurkan dengan segala aktiviti mendidik anggota masyarakat.
"Kerana itu, harapan agar segala usaha dapat dilakukan sebaiknya bagi memastikan segala kegiatan dan usaha ke arah kebaikan dapat dijayakan dengan sebaiknya.
"Ingatlah Allah sedang menguji anda semua di Selangor ini, pasti tidak sama keadaannya sebelum menang dengan suasana selepas memegang tampuk kerajaan," tegasnya.
Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang berucap demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Shah Alam ke 24 di TTDI Jaya, dekat sini pagi tadi.
Beliau berkata, pemimpin baik adalah mereka yang terus berpandangan jauh ke hadapan namun sesekali hendaklah menoleh ke belakang melihat kemampuan ahli-ahlinya.
Mereka, ujarnya, jangan terlalu laju sehingga tidak mampu dikejar ahli dan jangan pula terlalu lambat sehingga kaki mereka dipijak.
"Semua ahli mempunyai peranan dan tanggungjawab tersendiri, seumpama binaan batu-bata, mestilah disusun dengan baik, yang terlebih bakar, jangan diletakkan di hadapan kerana boleh merosakkan pandangan tetapi letaklah di bahagian pengukuhan tiang binaan," tegasnya penuh berkias.
Sementara itu, ketika berucap dalam majlis sama, Yang Dipertua PAS Shah Alam, Khalid Samad berkata, jika musuh dapat merampas semula Selangor, mereka pasti akan melakukan sekatan lebih teruk daripada sebelum ini.
Menurutnya, kemenangan PAS di banyak kawasan termasuk Shah Alam dalam PRU 12 pada Mac 2008 adalah hasil pendirian dan sokongan banyak pihak termasuk bukan Islam dan Melayu.
Kerana itu, jelasnya, gerak kerja selepas ini mestilah menjurus ke arah mendekatkan mereka termasuk semua anggota masyarakat lain bagi  memahamkan mereka perjuangan dan matlanat PAS dalam memberi dan memelihara hak dan tuntutan semua pihak termasuk bukan Islam.

Anwar, Husam dalam seminar Muqasid

Posted: 24 Apr 2011 04:05 AM PDT

KOTA BHARU, 24 April: Kerajaan Negeri Kelantan melalui Tabung Amanah Tok Kenali (TATOK) akan mengadakan seminar pemikiran Islam semasa berkaitan Maqasid Syar'iyyah yang akan diadakan di Balai Islam Lundang.

Seminar tersebut akan diadakan pada 30 April 2011 bersamaan 26 Jamadilawal 1432H bermula jam 2.00 petang.

Ahli-ahli panel terdiri daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR, Datuk Husam bin Musa, Exco Kelantan dan Dr. Muhammad Nur Manuty, Pensyarah KUIS yang juga Ketua Penerangan PKR.

Manakala Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula akan menyempurnakan majlis perasmian penutup yang dijangka berakhir pada jam 5.00 petang.

Moderator seminar ini Dr. Mohamed Fadzli Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Kerajaan Negeri kelantan.

Pengarah TATOK, Mohd Khir Abdul Ghani berkata, seminar ini diadakan bagi memberi kefahaman kepada rakyat tentang matlamat Syariah.

"Peserta dianggarkan lebih 1500 orang terdiri daripada pimpinan masyarakat, badan-badan NGO, pelajar-pelajar IPT dan DHPP Kelantan serta para aktivis daripada pelbagai bangsa tanpa mengira fahaman politik turut turut dialu-alukan,

"Tujuan diadakan seminar untuk memberi gambaran jelas tentang konsep Maqasid Syar'iyyah dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia yang meliputi asas-asas kehidupan manusia untuk seluruh masyarakat yang berbilang kaum," katanya.

Pada jam 9.00 malam pula akan diadakan ceramah penjelasan isu-isu semasa yang dianjurkan pihak Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan di Padang Majlis Daerah Machang. 

Penceramah ialah Nik Abdul Aziz, Anwar, Husam dan Anthony Loke, Ketua Pemuda DAP.

MCA minta pulau Utusan, apa kata Pemuda Umno

Posted: 24 Apr 2011 04:05 AM PDT

KOTA BHARU, 24 April: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) mencabar Pergerakan Pemuda Umno untuk menyatakan pendirian terhadap gesaan Timbalan ketua publisiti MCA, Loh Seng Kok agar akhbar lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia dipulaukan oleh rakyat Malaysia. 

Gesaan ini dilaporkan oleh laman web berita dalam talian Malaysiakini pada 23 April 2011. 
Ini ekoran rencana yang ditulis oleh Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan minggu lepas yang mencadangkan agar digerakkan kempen '1Melayu, 1Bumi'.

Pemuda PAS Kelantan, kata Ketua Penerangannya Ahmad Fadhli Shaari, menyanggah kenyataan Presiden UMNO bahawa cadangan tersebut merupakan cadangan peribadi penulis dan tidak ada kaitan dengan kerajaan. 

Hakikatnya, kata beliau, Utusan Malaysia merupakan lidah rasmi Umno dan sebarang tulisan yang tersiar di dalamnya khususnya yang berkaitan dengan sidang pengarangnya sendiri harus dipikul tanggungjawabnya oleh Umno.

Justeru, Fadhli (gambar) berkata, Pemuda PAS Kelantan melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh MCA merupakan satu cabaran kepada Umno yang mengaku memperjuangkan bangsa Melayu. 

"Jika selama ini mereka sering menuduh bahawa PAS telah menjadi kuda tunggangan DAP, maka hari ini apabila MCA secara terang menyelar lidah rasmi Umno, adakah Umno berani untuk bersuara?" katanya dalam satu kenyataan.

Pemuda PAS Kelantan beranggapan, sekiranya Umno khususnya Pergerakan Pemudanya hanya diam membisu, bererti mereka sendiri sudah merelakan diri menjadi kuda tunggangan MCA.

"Sepatutnya, pada masa inilah Pemuda UMNO perlu menunjukkan kejantanan mereka tampil ke hadapan membela suara rasmi mereka yang dianggap pembela bangsa Melayu selama ini," katanya.

Hakikatnya, kata Fadhli, seruan Utusan Malaysia itu hanyalah mengulangi pendirian politik perkauman yang diamalkan oleh Umno selama ini. 

Pemuda PAS Kelantan katanya yakin, masyarakat Malaysia semakin menyedari permainan politik yang merbahaya ini dan akan menolak politik perkauman yang diamalkan oleh Umno dana rakan-rakan parti politik di dalam komponen Barisan Nasional. 

2 Tok Guru aset umat Islam, bukan sekadar PAS

Posted: 23 Apr 2011 08:00 PM PDT

PASIR PUTEH, 24 April: Dua tokoh utama PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang disifatkan aset penting umat Islam, malah untuk seluruh rakyat bukan sekadar kalangan orang PAS semata-mata.
"Nilai mereka berdua dalam memandu seluruh rakyat keluar dari kerenah dan fitnah musuh terlalu besar dan tidak perlu dipertikaikan sesiapa," kata AJK PAS Pusat, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaludin.
Kegigihan dan keputusan tepat mereka, kata beliau menyebabkan perancangan-perancangan Umno merosakkan Islam dan rakyat negara ini dapat ditepis dengan baik.
"Sejak Umno menggunakan khidmat nasihat APCO (yang dikaitkan dengan Yahudi) dan merencana pelbagai taktik untuk merosakkan PAS dan Islam, kita amat bertuah kerana kedua-dua pemimpin ini terus komited mempertahankan kesucian Islam dan harapan rakyat," kata beliau di majlis pemimpin bersama rakyat yang diadakan di dewan utama Majlis Daerah ini, petang kelmarin.
Menurutnya, meskipun kedua-dua tokoh ini amat tinggi pengetahuan mereka tentang Islam dan pelbagai ilmu lain, mereka sentiasa berbincang dan mengambil pandangan semua pihak dalam memutuskan setiap perkara.
"Dalam jawatankuasa pusat (PAS) kami kerapkali terpaksa melanjutkan perbincangan hingga pukul tiga, empat pagi kerana mereka mahu semua pandangan di dengar sebelum satu keputusan dibuat demi kebaikan umat dan rakyat," tegas beliau yang juga ahli Parlimen Bukit Gantang.
Beliau meminta ahli-ahli PAS dan rakan-rakan yang mahu bersama memperjuangkan keadilan dan keselamatan menggunakan segala ruang untuk memberikan sokongan besar kepada tokoh seumpama ini yang tujuan hidup mereka semata-mata mencari redha Allah dan mengharap kesejahteraan rakyat.
Sebelum itu, Ahli Parlimen Pasir Puteh, Ustaz Muhammad Husain dalam ucapannya memberi amaran kepada Umno supaya menghentikan kegiatan tidak bermoral dengan memfitnah dan menyebarkan berita-berita palsu yang mengelirukan orang ramai.
"Di peringkat nasional, rakyat sudah muak dengan fitnah hodoh seperti diperlakukan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim hingga anak-anak kecil kebingunan dengan apa yang dilaporkan di media.
"Di Pasir Puteh ini, media digunakan untuk menyebar berita palsu kononnya berduyun-duyun ahli PAS masuk Umno," katanya.
Di sebelah pagi telah diadakan mesyauarat agung muslimat PAS kawasan Pasir Puteh di tempat yang sama.
"Pagi ini kita adakan masyuarat (agung) muslimat di sini, perwakilan yang hadir hampir 600, ini membuktikan segala dakwaan bahawa  orang kawasan ini begitu ramai masuk Umno satu pembohongan," ujar beliau.

Fokus jatuhkan BN, bukan pemimpin PAS- Husam

Posted: 23 Apr 2011 07:16 PM PDT

KUALA LUMPUR, 23 April: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Husam Musa menegaskan bahawa PAS perlu fokus dalam usaha menumbangkan BN bukannya menjatuhkan kepimpinan PAS sedia ada.

Katanya, kepimpinan parti yang diterajui Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang masih diperlukan dan Abdul Hadi sendiri adalah paling layak menerajui PAS buat masa ini.

"Isu presiden dicabar atau tidak, kita tidak perlu memberi respons secara berlebihan, nanti orang akan kata presiden kita ada masalah. Tapi sebenarnya tidak ada... yang nak jatuhkan Hadi adalah Barisan Nasional bukan PAS," katanya.

Beliau yang juga Bekas Naib Presiden PAS berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan PAS kawasan Batu di sini hari ini.

Tambahnya, apa yang penting kepada PAS sekarang adalah proses "penyegaran" semula dengan dibawa elemen-elemen baru yang boleh memperkukuhkan parti itu menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Justeru kata beliau, usaha yang perlu diberi perhatian ialah sasaran menjatuhkan Barisan Nasional (BN), bukannya Abdul Hadi selaku salah seorang pemimpin Pakatan Rakyat.

Abdul Hadi juga disifatkannya sebagai "terbukti" layak untuk terus menyandang jawatan Presiden kerana sudah menghadapi banyak cabaran.

"Cuma apa yang diperlukan PAS adalah ia harus disegarkan semula, bukan bermaksud ganti orang sedia ada tapi disegarkan dengan melakukan transformasi, elemen-elemen baru dalam parti... mungkin boleh dapatkan penasihat dari golongan profesional untuk bantu memperkuatkan PAS," kata beliau.

Sebelum ini PAS kawasan Bukit Bintang telah mencalonkan beliau bertanding jawatan Presiden PAS pada Muktamar parti itu yang akan diadakan 3 hingga 5 Mei ini.

Bagaimanapun, beliau kemudiannya menyatakan kepada Abdul Hadi untuk terus menerajui kepimpinan PAS.

Batu Gajah Mari

Posted: 24 Apr 2011 11:36 AM PDT

Batu Gajah Mari


PANAS!!! Surau di Perak dirobohkan!!!

Posted: 24 Apr 2011 03:32 AM PDT


ADUAN RAKYAT ONLINE - Surau Kampung Baru Kanthan Lama dirobohkan- April 22nd, 2011-

Saya adalah anak watan Kampung Baru Kanthan Lama, ini adalah keluhan dari penduduk semasa saya balik ke kampung pada 17 April 2011 yang lalu. Pada 14 March 2011, datang kontraktor untuk merobohkan Surau Kampung Baru Kanthan Lama, Chemor, Perak.

Setelah berbincang dengan kontraktor yang mana tujuan meroboh adalah dari arahan BOSS mereka yang mana akan menggganti

Surau yang baru yang mana menurut mereka dari peruntukan Kerajaan melalui YB DUN HULU KINTA.
Yang menjadi muskilnya hingga sekarang tiada siapa pun yang memaklum perkara yang sebenar. Dan hingga ke hari ini tiada tanda-tanda menunjukan untuk pembinaan surau baru yang dibuat, seolah tapak surau kampung ini umpama jadi padang jarak padang terkukur.

Penduduk tidak dapat solat berjemaah lagi sehingga hari ini, dan jika ada ceramah akan diadakan di dalam rumah dan khemah yang di hadiah kan dari DUN Hulu Kinta.

Allahhuakbar,

By: Zubaini

RPK dituduh menipu dan ditahan di Bangkok

Posted: 23 Apr 2011 10:28 PM PDT


Haris Ibrahim and Amarjit Sidhu, representing Raja Petra Kamarudin as his lawyers, are currently at the Malaysian embassy in Bangkok, Thailand. Raja Petra is waiting at the hotel for the lawyers to return to advice him as to the next move.
It seems the police want to record Raja Petra's statement under Section 203, a crime of making a false statement with regards to his TV3 interview in Perth, Australia. A police report was recently made against Raja Petra alleging that he lied in his TV3 interview.
Haris and Amarjit had a heated argument with the police with regards to the purpose of taking Raja Petra's statement. They wanted to see a copy of the police report lodged against Raja Petra and demanded to know why the police want to take his statement with regards to his TV3 interview and not with regards to his June 2008 Statutory Declaration.
The police then said that Haris and Amarjit would have to go to the embassy to see a copy of that police report. Haris and Amarjit agreed to follow the police to the embassy but insisted that Raja Petra remains at the hotel.
It is currently a stalemate and no decision has been made yet whether Raja Petra will consent to his statement being recorded even if is done outside the embassy grounds.
It appears the focus of the police investigation is on the 'lies' in Raja Petra's TV3 interview rather than the Statutory Declaration as initially announced.

Jasindaily Online

Posted: 24 Apr 2011 09:38 AM PDT

Jasindaily Online


PERALIHAN KEPIMPINAN PAS KAWASAN JASIN

Posted: 24 Apr 2011 08:14 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 24 Apr 2011 09:37 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


wahai para ayah-ayah bersediakah anda?

Posted: 24 Apr 2011 07:55 AM PDT

 Anak-anak memerlukan ayah yang beridentiti dan mempunyai jati diri. Inilah daya pendorong untuk menjadi insan yang berguna.Ayah yang tidak berfungsi untuk menjadi pendorong yang berkesan jangan mengharap anak yang berjiwa besar , berfikiran jauh dan berjaya dalam erti kata sepenuhnya. Mereka akan menjadi buih putih yang bakal terhanyut dan leka dalam hidup mereka.Maka ketika itu jangan lah pula ayah menyesal kerana tidak membentuk anaknya ketika masih rebung lagi!
/v/05uohzEiA1A?fs=1&hl=en_US&rel=0">

1MALAYSIA confused and confusing!!!

Posted: 24 Apr 2011 07:24 AM PDT

'1Melayu, 1Bumi' movement will lead to apartheid, says MCA

April 22, 2011
The PM says Utusan's call-to-arms will not deter the government's commitment to his 1 Malaysia concept. — file pic
KUALA LUMPUR, April 22 — The MCA condemned Utusan Malaysia's call for a '1Melayu, 1Bumi' movement after Prime Minister Datuk Seri Najib Razak and former PM Tun Dr Mahathir Mohamad spoke out against the proposal today. MCA deputy publicity chief Loh Seng Kok warned that the movement would create apartheid in Malay-majority Malaysia.
"Surely Utusan Malaysia would not want Malaysia to be equated with Apartheid South Africa or Segregation America," said Loh in a statement today.
"Tweaking the idealism of 1 Malaysia, which was mooted by our Prime Minister, into a racial superiority concept of 1Melayu, 1Bumiputera is no different from regressing Malaysia towards legalised racial discrimination — a practice of the past but condemned internationally," he added.
Malay rights group Perkasa announced yesterday that it would spearhead the movement, warning that the Chinese were seeking ultimate power.
Utusan had called on its owners Umno to spearhead a '1Melayu, 1Bumi' movement involving all Malay parties, claiming that the DAP was intent on toppling the country's Malay leadership.
In a surprising move today, Dr Mahathir called the '1Melayu, 1Bumi' idea disastrous.
The elder statesman said that such a movement would eventually result in a two-party system, which would be dominated by the Malays and the Chinese on opposing sides of the divide.
This is the first time Dr Mahathir, a fervent Malay rights proponent and patron of Malay rights group Perkasa, has disagreed with Perkasa and Utusan's ideas.
Najib also distanced his administration from Utusan's call, saying it was the personal opinion of the writer at the Umno-owned daily.
"What Umno needs to do now, in this pressing time, is to launch a wave of racial unity — 1Melayu, 1Bumi. Launch 1Melayu, 1Bumi immediately with other Malay parties," assistant chief editor Datuk Zaini Hassan wrote in Utusan yesterday.
Dr M called the proposal "disastrous" today. — file pic
The PM also said the Malay-language newspaper will not deter the government's commitment to his 1 Malaysia brainchild. Najib stressed the movement was unnecessary as the Malay community can unite by supporting Umno.
Loh reminded Utusan that Barisan Nasional (BN) comprises 13 political parties which represent various communities.
"Thus to push for a 1Melayu, 1Bumputera defeats the very basis of BN itself and will backfire against the BN coalition as a whole at the ballot box," said Loh.
"What is more important is for Utusan, with its readership, to seek respectability by pushing for the realisation of the 1 Malaysia concept, that is promulgating friendship and trust," he added.
The MCA presidential council member also questioned if Utusan's '1Melayu, 1Bumi' proposal included non-Malay Bumiputras, like Christian Sarawakians, who make up half the population in the country's largest state.
"Would this 1Melayu, 1Bumiputera also include the likes of Tun Dr Mahathir Muhammad who has acknowledged that he has Indian ancestry; Tan Sri Rafidah Aziz, who in the book "Found in Malaysia", in her own words, acknowledged she is of "pendatang" stock from Sumatera; or (Home Minister) Datuk Seri Hishamuddin Hussein who has Turkish lineage?" asked Loh.
"To give Utusan Malaysia a detailed response to its typical publication of race-incitement is to actually give it unwarranted publicity which the newspaper does not deserve at all," Loh blasted.
Penang Chief Minister Lim Guan Eng earlier today challenged MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek to pull out from BN if he did not tell Umno to demand from Utusan an apology and withdrawal of the '1Melayu, 1Bumi' proposal.
Like Loh, Lim also described the Malay daily's idea as a form of apartheid that should be treated as a serious danger to the country because it could possibly incite racial segregation and hatred to the extent of reducing all non-Malays to the position of second- or even third-class citizens.

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/1melayu-1bumi-movement-will-lead-to-apartheid-says-mca/

YAYASAN AMAL MALAYSIA CAWANGAN SELANGOR

Posted: 24 Apr 2011 07:07 AM PDT

24.4.11
SHAH ALAM
Yayasan Amal Malaysia cawangan Selangor mengadakan mesyuarat agung dwi tahunan yang telah selamat dirasmikan oleh Hj Jamuluddin Elias, Timbalan Presiden Yayasan Amal Malaysia.
Sebanyak 50 program/aktiviti yang telah dijalankan yang merangkumi program kemasyarakatan, belia, kesenian, pendidikan termasuk motivasi kepada banduan di penjara dan pesakit di hospital dan di rumah.
Yayasan Amal Selangor juga telah melibatkan diri secara aktif membantu kerajaan Selangor dalam kempen anti zina besar-besaran di Selangor.
Tahniah kepada AJK baru yang baru dipilih!

Let's share the same round moon

Posted: 24 Apr 2011 06:50 AM PDT

PAS FOR ALL!!!!

This is the whole concept of PAS FOR ALL that was officiated by the Deputy President of PAS on a very special date, that is, September 11th 2007.
PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) upholds the principle of Islam as a blessing to all mankind(rahmah lil 'alamin) that is for all irrespective of race, colour, status and even religion.This is the fundamental teaching of Islam.PAS is bound by this principle and is thus easily embrace the policy of equality to all humanity and has no problems with sharing all that Allah bestowed upon a nation to all its peoples.
   This translates into governing policy that PAS will ensure all communities whether MALAYS, CHINESE, INDIANS or any other minority groups will be hand;led according to their needs not to their colour. PAS has no problem whatsoever if any race wishes to preserve and practise its language, customs or even religion.This is the real struggle of PAS which has not been understood by the masses at large.Although equipped with Harakah tabloid and its electronic version harakahdaily it is still within very limited circle of influence and reach. PAS definitely needs to strategize definitive plans for broader and deeper of understanding of its struggle.This will not only benefit PAS but all the people who long for real inclusive and principle-centred trustworthy government who can ensure security for all of its people.

EXCO Pendidikan rasmi program UJIAN AMAL ISLAMI peringkat daerah Klang

Posted: 23 Apr 2011 10:15 AM PDT

23.4.11
KLANG
EXCO PENDIDIKAN KERAJAAN SELANGOR, YB Dr Hjh Halimah Ali dijemput untuk merasmikan program ujian AMAL ISLAMI peringkat daerah Klang yang berlangsung selama 2 hari di SRA Sg Udang, Klang.
3200 pelajar, 100orang hakim dan 60 orang guru terlibat.
Ia melibatkan pelbagai pertimbangan seperti khutbah,hafazan,nasyid dan sebagainya.
Kelihatan pelajar begitu ceria dan seronok.
Di antara intipati yang ditekankan oleh EXCO Pendidikan ialah sekolah-sekolah serta mana-mana institusi pendidikan Islam di Selangor sepatutnya meletakkan objektif utama mereka ialah hasil produk insan yang berjaya dunia DAN akhirat.Beliau mahu sekolah mengambil insisatif untuk mempastikan ini dan tidak hanya menghabiskan masa, tenaga dan wang ringgit untuk pencapaian akademik subjek agama semata-mata.
   Beliau mahu para guru dan ibubapa membentuk anak didik mereka yang mampu memahami dan meyakini ilmu yang diperolehi serta menterjemahkannya dalam tindakan harian.

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 24 Apr 2011 09:34 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


Imbas Kembali : Live Bob Lokman tarik diri Raja Lawak

Posted: 24 Apr 2011 02:05 AM PDT

KHIDMAT MERU

Posted: 24 Apr 2011 09:30 AM PDT

KHIDMAT MERU


SUKANEKA PASTI NURHIDAYAH MERIAH

Posted: 24 Apr 2011 07:03 AM PDT























Sukaneka Pasti Nur Hidayah yang melibatkan 78 anak murid dan ibu-bapa pelajar telah mendapat sokongan dari semua pihak dan menjadikannya acara yang cukup meriah di padang Taman Sri Cerakah.


Saudara Amir Senin selaku Pengurus Pasti Nur Hidayah mengingatkan ibu bapa agar senantiasa mengawasi gerak laku anak-anak agar mereka tidak terjerumus dalam kancah berbagai masaalah sosial yang berlaku dalam masyarakat sekarang.

YB Dr Rani selaku perasmi sukaneka berkenaan juga berharap bakat yang ada pada diri anak-anak pasti ini terus di pupuk, di baja dan di siram dengan keimanan dan taqwa kepada Allah swt.

PAS Kawasan Gerik

Posted: 24 Apr 2011 09:13 AM PDT

PAS Kawasan Gerik


Ceramah Perdana Pentas Pemuda

Posted: 24 Apr 2011 07:03 AM PDT

Landskap Siasah

Posted: 24 Apr 2011 07:28 AM PDT

Landskap Siasah


Malaysia menuju negara Kleptokratis?

Posted: 24 Apr 2011 03:12 AM PDT

Malaysia menuju negara Kleptokratis?

Mungkin besar peratusannya Negara kita sudah menjengah ke tahap negara kleptokratis sebagaimana ungkapan yang ditulisan oleh Prof Madya Dr Syed Farid Alatas sebagai pengantar buku Rasuah, Sifat Sebab dan Fungsi karya Syed Hussain Alatas. Istilah kleptokratis dipopularkan oleh Stanislav Andreski (1970) dalam menghurai ciri-ciri negara yang sarat dengan aktiviti dan budaya hidup rasuah serta nepotisme.

Antara yang jelas bagi sesebuah negara kleptokratis adalah sebarang pertolongan dan bantuan diasaskan atas nama wang, ganjaran dan hadiah. Malah sebenarnya negara tersebut bukan menjunjung aspirasi dan tradisi perintah demokrasi, sebaliknya segala sudut dan sendi masyarakat digenggam oleh sekelompok oligarkis baik daripada peringkat kabinet, legeislatif, pendidikan, hiburan dan sukan. Malah komuniti kampung seumpama JKKK pun mampu dihinggapi oleh wabak oligarki. Ada banyak kampung di negara ini yang tidak membawa cara tadbir demokrasi sebaliknya keputusan dan pekuang ditentukan oleh kelompok oligarki yang bermaharajalela walaupun hanya di peringkat kampung.

Apa maknanya oligarki dalam sesebuah negara? Negara atau masyarakat yang sarat dengan budaya oligarki akan dikuasai oleh segelintir kleptokrat egoistik yang elit, berharta, berpengaruh serta sentiasa mengambil kesempatan atas pihak yang lemah.

Secara umum rasuah di negara ini boleh diketogarikan sebagai rasuah egoistik dan rasuah solidaristik. Rasuah egoistik banyak menjangkiti para pemodal, golongan kaya, produser, ahli korperat yang memperkudakan golongan politik, pemimpin dan perlaksana seumpama jurutera, arkitek mahupun guru dan doktor. Manakala rasuah solidaristik cukup banyak mengasai para menteri, ahli parlimen amlah sehingga ke peringkat ketua kampung yang membantu sanak saudara melalui pintu belakang atas nama membantu keluarga, membantu bangsa atau lebih jelek melegitimasikan rasuah atas nama bumiputera.

Budaya pentadbiran dan kehidupan di malaysia kini cukup menyuburkan budaya rasuah defensif di mana rakyat, ahli perniagaan, kontraktor mahupun artis terpaksa menyediakan sogokan untuk menerima habuan tender, projek, peluang untuk ke hadapan. Ia berasal dari gejala rasuah pemerasan extortive corruption yang diamalkan oleh para oligarki. Oligarki ini tidak mengenal apa itu demokrasi, pengagihan kekayaan dan kesaksamaan peluang sesama rakyat. Yang ada di fikiran mereka adalah bagaimana mengaut keuntungan ke atas bakat dan upaya pihak lain dengan menapis (mark up) wang dan ganjaran sebelum meluluskan peluang kepada pihak yang diperas. Kaibatnya golongan berbakat, golongan peniaga dan sebagainya terpaksa menyuburkan budaya rasuah defensi untuk hidup di muka bumi ini. Bukankah ia tetap rasuah?

Rasulullah bersabda; "Allah melaknat pemberi rasuah dan penerimanya" (Riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah). Di Malaysia masih ramai para Haji dan Hajjah yang ingin mengaut projek tertentu memulai projek dengan merasuah dahulu semata-mata untuk medapat perhatian dato' dato' tertentu walauapun projek tersebut melakukan pekerjaan halal seperti projek menyediakan makanan dan sebagainya.

Akhbar Sinaar Harian 18 April 2011 mungkin melakukan kelainan kerana memaparkan satu temubual dengan beberapa artis Malaysia berkenaan rasuah dan sogokan yang berlaku di kalangan artis, produser dan pengarah. Datuk Aziz satar yang berpengalaman luas mengakui gejala rasuah berlaku dalam dunia artis dan hiburan. Pekaon Abby Abadi pula mengaakui pernah mendengar desas desus adanya artis wanita menjual tubuh untuk mendapat peluang berlakon, menerbit album dan sebagainya. Manakala jawapan Presiden Persatuan Sutradara Malaysia, Mat London mungkin mengecewakan kerana beliau menganggap layanan dan siap mesra artis terentu terhadap penerbit dan pengarah bukan bermakna rasuah sebaliknya digelar 'bijak mencari peluang'. Yang menjadi perhatian di sini adakah cara pencarian peluang tersebut mengikutia syarak? Tidak mendedah aurat, tidak melayani seperti pasangan sah dan sebagainya. Kerosakan akhlak para artis atas nama mencari peluang atau atas nama 'mencari rezeki halal' tidak bermakna dan ia adalah fasad.

Dalam akhbar yang sama Dr Ridhuan Tee mungkin jelas menyelar golongan yang menjadi punca rasuah iaitu golongan perasuah extortive yang menyebabkan beberapa anggota Kastam dan penjawat awam negara ini terpaksa menerima rasuah untuk melakukan perkara menyalahi undang-undang. Semua penjawat awam sedar implikasi rasuah yang merosakkan negara. Tetapi mengapa masih ada pihak menerima rasuah? Jika diteliti lagi jelas ia menjadi lumra dan kebiasaan akibat rasuah-rasuah mega yang dilakukan oleh para pemimpin masih banyak tidak dibongkar dan diselesaikan.

Firman Allah dalam An Nisa' ayat 135, Wahai orang-orang Yang beriman! hendaklah kamu menjadi orang-orang Yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi Yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui Dengan mendalam akan apa Yang kamu lakukan.

Allah jelas melarang kita membezakan golongan yang patut diberikan penyaksian atau memilih pangkat dan keturunan. Jika rasuah wujud di kalangan rakyat ikan bilis sehinggalah golongan oligarki yang besar umpa jerung tetap perlu disiasat dan diberi penyaksian atas rasuah mereka.

Menurut Ramli Abdul Samad aliran pendapatan negara sepanjang 10 tahun lalu menunjukkan bahawa hampir 34% daripada 1.3 juta pekerja memperolehi kurang RM700 sebulan sedangkan garis kemiskinan adalah RM720 sebulan. Sementara itu negara dengan jumlah penduduk seramai 27 juta orang telah berjaya menghasilkan seramai 22 orang bilioner. Peruntukan sebanyak RM52 bilion selama beberapa Pelan Rancangan Malaysia sebelum ini untuk ekuiti orang Melayu telah hangus atas angin dan menjadikan orang Melayu masih memegang lebih kurang 2-3% ekuiti. Jika tidak impian kerajaan melihat ekuiti orang Melayu sebanyak 30% sudah tercapai. Ketirisan wang sebanyak RM28 bilion berlaku setiap tahun.

Lebih sedih ada yang beralasan, biarkan ketirisan wang berlaku bukankah yang mendapat habuan adalah golongan rakyat negara ini yang bakal membayar cukai kepada kerajaan dan negara? Bukankah faedahya akan kembali kepada rakyat?

Persoalannya tujuan wang dilabur dan disalurkan melalui projek-projek tertentu adalah untuk merealisasikan matlamat dan mencapat KPI tinggi keberhasilannya dan bukan sekadar indah di kertas kerja sahaja. Jika alasan faedah cukai kembali ke negara digunakan tidak pelrulah projek-projek indah dilaksanakan atas nama kebajikan kepada rakyat. Salurkan terus kepada si oligarki penagih wang tertentu. Lagipun, wang yang tiris ke tangan penagih rasuah selalunya disimpan ke bank luar negara yang menyebabkan kurangkan faedah kembali ke dalam negara.

Tidak hairan jika Prof Datuk Hassan Ahmad pernah berkata dalam makalah tetapnya dalam Dewan Masyarakat, orang Malaysia yang sebenarnya miskin dan papa bukannya rakyat bawahan yang cukup makan dan pakai. Sebaliknya golongan jutawaan yang papa kedana kerana seringkali menagih perhatian pemimpin tertentu untuk hidup dan mendapat kemewahan hidup. Inilah golongan miskin sebenar negara kita.

Muhammad Nuruddin Bashah

Ketua Penerangan DPPK Gopeng 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan