Pilihanraya Negeri Sarawak 2011 membuktikan perjuangan menuntut Keadilan untuk semua tanpa mengira batas kaum mahupun kepercayaan bukanlah tugas mudah, namun ianya juga bukan mustahil. Walaupun tidak mengecapi keputusan yang diingini, kita berjaya menanam benih politik murni agar rakyat Sarawak meninggalkan politik perkauman sempit, berani melawan kezaliman yang sekian lama membelenggu dan berusaha memperkukuh amalan Demokratik.
Hakikat yang tidak dapat dinafikan sepanjang tempoh berkempen, berbekalkan sumber yang terhad serta berilitizam dengan kempen yang bersih, Pakatan Rakyat tetap berjaya menembusi kawasan pendalaman, yang sentiasa dianggap kubu kuat Barisan Nasional.
Sungguhpun demikian, sekali lagi kredibiliti dan integriti Suruhanjaya Pilihanraya tercalar kerana wujudnya laporan bahawa Suruhanjaya itu bertindak berat sebelah ataupun sengaja menutup mata terhadap sebarang penipuan ketika hari pengundian.
Saya difahamkan petugas Parti Keadilan Rakyat dinafikan borang 14 di beberapa kawasan sedangkan borang ini penting untuk memastikan keputusan pilihanraya bersih dari penipuan. Selain itu terdapat juga laporan wujudnya usaha membeli undi di beberapa kawasan seperti Dudong, Bawang Assan dan Meradong.
Selain itu keengganan SPR untuk mengira semula undi di kawasan Senadin ternyata mengukuhkan lagi dakwaan ramai bahawa Suruhanjaya Pilihanraya bertindak demi kepentingan Barisan Nasional. Calon Parti Keadilan Rakyat, Dr Michael tewas dengan majoriti yang tipis iaitu 58 undi sahaja. Mengapa enggan mengira semula tanpa memberi alasan yang munasabah?
Keputusan ini bukanlah satu pengakhiran, bahkan yakinlah ianya satu permulaan kepada satu tuntutan perubahan yang jitu dan menyeluruh. Pastinya ini tidak dapat dicapai sekiranya rakyat Sarawak tidak bersama sama memastikan ianya terlaksana. Saya menyeru kepada rakyat Sarawak yg mahukan Perubahan dan cintakan Keadilan, tingkatkan usaha, jangan sesekali berputus asa, terus mara dan pastikan regim yang korup ini tumbang pada pilihanraya yg akan datang. Kepada seluruh rakyat Sarawak dan jentera Pakatan Rakyat, saya ucapkan terima kasih dan syabas kerana keberanian serta pengorbanan yg dicurahkan. Dengan izin Allah, kemenangan pasti tiba.
KUALA LUMPUR 18 APRIL : Saf Anti Fitnah (SAF) mengajak rakyat Malaysia khasnya umat Islam supaya menolak budaya fitnah yang kini bagaikan sebati dengan kehidupan terutamanya dalam politik tanahair.
Pengerusi Majlis dan Jawatankuasa Pimpinan SAF, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata budaya fitnah umpamanya fitnah lucah dan zina, kini agresif digunakan semata- mata mahu menjatuhkan politik lawan.
Azmi menegaskan budaya fitnah adalah jenayah berat di sisi agama dan ia membawa implikasi buruk ke atas maruah dan kesatuan ummah.
Sehubungan itu, Azmi berkata, semua pihak harus berubah dan melakukan anjakan ke arah kebaikan masyarakat.
"Anda membisu terhadap fitnah anda turut menyumbang kepada penyebaran fitnah dan mereka yang menjadi pencipta fitnah, pembawa fitnah, penulis fitnah, pelakon konspirasi fitnah, ahli profesional yang membantu menghasilkan bahan- bahan fitnah, penguasa yang melindungi pemfitnah, pencetak bahan fitnah, penyebar fitnah, jurucakap fitnah," kata Azmi.
Beliau berkata demikian ketika perhimpunan munajat dan forum bicara ulama "Budaya Fitnah dan Implikasinya Kepada Maruah Ummah" di Masjid Bukit Indah, Ampang.
Azmi turut menolak modus operandi media massa terutama media arus perdana yang taksub mengembar- gemburkan fitnah politik sekaligus membelakangkan etika kewartawanan.
Beliau manambah, media perlu mengelak daripada terlibat dengan budaya fitnah bagi menjatuh dan mengaibkan seseorang sama ada melalui pemberitaan mahupun wawancara.
"Media yang menggembar- gemburkan fitnah pemimpin yang menyokong fitnah parti politik yang mendokong fitnah dan penguasa yang membenarkan fitnah ini adalah unsur yang harus kita perangi," ujarnya.
Azmi menjelaskan pimpinan ulamak tidak membisu sepertimana yang didakwa, jika timbul isu- isu fitnah politik terhadap seseorang individu.
Akan tetapi langkah golongan ulamak agak terbatas apabila media massa menguasai ruang siaraya.
"Soalnya ialah kerana media yang dikuasai oleh para pemfitnah tidak membenarkan suara-suara ulama ini keluar maka tertuduhlah seolah- olah ulama ini membisu," katanya.
BANGKOK 18 APRIL : Seorang anggota renjer maut manakala 28 yang lain termasuk orang awam cedera dalam letupan bom di Yala hari ini.
Jurucakap polis Yala berkata mereka yang cedera terdiri daripada empat renjer dan 24 orang awam.
Beliau berkata bom buatan sendiri itu disembunyikan dalam sebuah kereta yang diletakkan di bandar itu dan diletupkan secara kawalan jauh ketika sebuah kereta yang membawa lima anggota renjer melalui kawasan itu pada pukul 8.30 pagi.
Police menyalahkan pihak militan atas kejadian itu.
Lebih 4,000 orang terbunuh apabila kumpulan disyaki pemisah menjalankan semula gerakan bersenjata menuntut keadilan untuk tiga wilayah selatan Yala, Narathiwat dan Pattani sejak tujuh tahun lepas.
SHAH ALAM 18 APRIL : Naib Presiden PKR, Tian Chua berpendapat episod 'pengunduran Taib' merupakan bukti hilangnya kredibiliti Pengerusi Umno-Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak dalam mentadbir kepimpinan parti itu.
Tian Chua berkata, sebagai pemimpin yang menjaga hubungan sesama parti komponen BN Najib boleh sahaja meminta Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abd Taib Mahmud untuk berundur sebaik sahaja selesai proses pilihanraya negeri itu Sabtu lalu bagi memantapkan sokongan BN dan bukan sebaliknya.
"Saya nampak perkara ini memperlihatkan Najib sudah hilang kredibilitinya serta beliau juga telah merosakkan perhubungan dikalangan anggota BN. Itu lebih besar dari masalah Taib kekal atau tidak. Najib sepatutnya suruh dia (Taib) turun selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak," kata Tian Chua ketika dihubungi Tv Selangor.
Pilihanraya Negeri Sarawak ke 10 semalam menyaksikan Pakatan Rakyat memperoleh kemenangan di 15 Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan DAP menyumbang 12 kemenangan, PKR tiga manakala PAS tidak memperoleh sebarang kerusi.
Manakala Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerajaan negeri Sarawak dengan memperoleh kemenangan lebih dua pertiga iaitu 55 kerusi DUN.
Sementara Bebas memenangi satu kerusi.
Taib mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak malam Sabtu lalu bagi menerajui kepimpinan kerajaan negeri yang dipegangkan sejak 1981 sebaik sahaja selesai proses pengiraan undi bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak selesai kira-kira jam 9.45 malam.
Kenyataan Taib bahawa beliau akan mentadbir Sarawak untuk separuh penggal lagi bercanggah dengan apa yang Najib cuba sampaikan bahawa Ketua Menteri Sarawak itu akan berundur selepas pilihan raya negeri ketika siri kempenya.
Tambah Tian, beliau langsung tidak terkejut jika Taib akan bertindak balas terhadap Najib yang dilihat cuba memaksanya berundur sedangkan dia belum benar-benar bersedia untuk melepaskan tampuk pemerintahanya.
"Tapi Najib telah dedahkan niat beliau untuk lakukan 'coup d'etat' semasa kempen pilihanraya bahawa Taib harus undur diri. Sebagai pemimpin, beliau tidak patut berbuat demikian. Oleh itu, saya percaya Taib akan lakukan sesuatu untuk sabotaj Najib pada masa akan datang,"kata Tian lagi.
PERMATANG PAUH, 18 April: Para ahli dan penyokong PAS tidak perlu murung dengan kegagalan parti mereka mendapat sebarang kerusi di Sarawak kerana pilihan raya ini telah membuka satu lembaran baru untuk parti Islam itu di bumi Kenyalang.
Exco kerajaan negeri Kedah yang juga Yang Dipertua PAS Jerlun, Ustaz Abdul Ghani Ahmad (gambar) menyifatkan kegagalan PAS memperolehi sebarang kerusi di Pilihanraya Sarawak pada 16 April lalu bukan bermakna PAS lemah.
Tidak dinafikan sebelum ini PAS jarang bertandang di negeri tersebut tetapi menerusi Pilihanraya Sarawak PAS berjaya memaparkan aktiviti dan perjuangan yang bagi masyarakat di sana terlalu baru ekoran sudah terpahat lama pengaruh Ketua Menterinya, Tan Sri Taib Mahmud.
"Bagi saya PAS berjaya di sana untuk membuka lembaran baru. Maklumlah ia merupakan benda baru setelah lama terpahat pengaruh Taib Mahmud, " jelasnya ketika berucap merasmikan mesyuarat agung PAS Permatang Pauh kali ke 34 di Dewan Haji Yusuf Rawa, Sama Gagah, Permatang Pauh semalam.
Justeru itu menjadi pengajaran bagi semua pimpinan PAS agar rajin turun padang melawat terutamanya Sabah dan Sarawak sebab di sana pengaruh PAS terlalu kecil.
Walaupun PAS berjaya menubuhkan beberapa cawangan baru namun masih belum mencukupi untuk menguasai beberapa kampung tradisi menyokong Barisan Nasional (BN) tambahan lagi kawasan yang ramai diduduki oleh masyarakat Melayu berbanding Iban dan Cina.
"Masyarakat Melayu masih tidak celik berbanding masyarakat Cina termasuk Iban yang lebih matang berpolitik. Bila sesuatu isu terpampang di TV mereka terus terima tanpa berfikir panjang, " terangnya.
Jentera PAS sendiri tambahnya, usah murung dengan kekalahan tersebut sebaliknya kena perkuatkan semangat di samping berkeyakinan tinggi ia adalah sebahagian daripada kerja dakwah seiring dengan konsep PAS sendiri yang berperanan dua hala iaitu politik dan dakwah.
"Nyata kita kalah dari segi politik tetapi kita menang dari segi dakwah yang selama ini tidak sampai ke serata pelusuk kampung yang rata-ratanya masih terawang-awang keislamanya," katanya.
Kekalahan PAS di Beting Maro dengan hanya 400 undi, di Sebuyau, Sadong Jaya, Muara Tuang dan Tanjung Datu bukan tugasan terakhir PAS tetapi itu adalah jalan pembukaan kepada peranan PAS di masa depan, katanya.
Sekaligus memberikan daya saing kepada parti lain dalam Pakatan Rakyat agar menyusun jentera ke arah yang lebih terurus khasnya pada pilihanraya umum ke 13 nanti, tambah beliau.
Di Semenanjung PAS mesti memaparkan kecemerlangan kerana pengaruh PAS kuat setelah membuktikan kejayaan pada pilihanraya ke 10 lalu.
"Menjadi tanggungjawab kita semua menyatukan hati untuk bekerja dalam satu saf kepimpinan bukan mencari perpecahan yang nanti memberi ruang untuk musuh masuk merosakan perpaduan yang termeteri atas nama Islam, " tegasnya dalam mesyuarat PAS Permatang Pauh.
PENGKALAN CHEPA, 18 April: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyifatkan kemenangan calon Pakatan Rakyat yang berjaya menawan 15 kerusi pada pilihanraya umum Sarawak, sebagai isyarat rakyat di negeri itu inginkan perubahan.
Katanya, walaupun BN berjaya membentuk kerajaan, hakikatnya mereka telah tergugat dengan parti lawan khasnya dari Pakatan Rakyat apabila pertambahan kerusi dan jumlah undi begitu ketara diperolehi.
(Gambar: MB Kelantan, menyampaikan sumbangan peribadinya di samping sumbangan penderma dari
petugas di Beting Maro kepada anak sulung Allahyarham Mohd Izan Yaacob, (Mohd Shah) di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra petang semalam.)
"Sebelum ini BN begitu bangga kononnya bakal pengganti Taib telah ada, sekarang terdiam mana ada bakal pengganti lagi,"ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas berhubung keputusan Pilihanaraya Umum Sarawak di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, semalam.
Nik Aziz berada di sini untuk menerima jenazah Allahyarham Mohd Izan Yaacob, petugas PAS dari Kelantan yang meninggal di Beting Maro 16 April lepas.
Beliau telah mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Izan di samping menyampaikan sumbangan peribadi kepada anak beliau sebagai tanda simpati dari PAS dan kerajaan negeri kepada keluarga beliau.
Menurut Nik Aziz, walaupun PAS gagal memenangi mana-mana kerusi yang dipertandingkan, namun rakan dari Pakatan Rakyat berjaya menambah kerusi masing-masing termasuk jumlah undi juga semakin meningkat.
"Begitu juga calon PAS, walaupun gagal memperolehi kemenangan, namun ternyata secara keseluruhannya jumlah undi untuk mereka juga bertambah dan ianya memberi peluang yang cerah untuk masa depan.
"Lebih membanggakan kita, masyarakat Iban boleh menerima calon kita, itu petanda yang baik bagi perjuangan Islam,"ujarnya.
Menurutnya lagi, Malaysia sekarang mempunyai generasi muda yang berpandangan Islam lebih hebat dan diharapkan perjuangan itu akan sampai di Sarawak dengan lebih cepat lagi.
Ketika diminta mengulas berhubung sokongan masyarakat terhadap calon DAP khususnya di bandar begitu meningkat, beliau menyifatkan ianya berpunca dari masyarakat kawasan bandar khususnya mempunyai pengetahuan maklumat yang lebih jelas hingga menolak BN walaupun pelbagai janji diberikan.
Sambungnya lagi, sama ada orang Cina atau Melayu tidak menjadi masaalah, yang penting mereka penyokong keadilan yang telah menolak kepimpinan yang zalim.
"Cina ke mereka, Melayu ke mereka, tidak menjadi masaalah. Yang penting mereka tahu BN zalim.
"Dalam kempen pilihanraya BN zalim, dalam kerajaan juga zalim, bukan soal bangsa Cina, kalau tidak cina DAP, Cina MCA, sama saja, jadi jangan persoal kemenagan calon DAP,"ujarnya.
Pada masa yang sama, katanya kempen memburukkan peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa terlibat dengan kegiatan seks juga langsung tidak termakan oleh masyarakat di negeri itu.
Bukan itu sahaja, kempen buruk yang di bawa oleh Umno Kelantan yang mengatakan beliau kahwin tiga telah disebarkan di sana juga tidak diterima oleh rakyat Sarawak.
"Sampai ke tahap itu Umno ni sanggup memfitnah dan menipu orang untuk kepentingan politik mereka,"ujarnya.
Anatoly Konenko dari Rusia telah membina akuarium yang paling kecil di dunia. Saiznya 3 cm panjang, 2.4 cm tinggi dan 1.4 cm lebar. Ia hanya boleh memuat 10 ml air sahaja.
KUWAIT: Arab Saudi semalam mengumumkan kerajaan sudah mengurangkan pengeluaran minyak mentah negara itu sebanyak 800,000 tong sehari sejak Mac lalu berikutan terlebih bekalan di pasaran.
Namun, tidakan itu itu dianggap satu isyarat bahawa Opec tidak akan bertindak untuk menangani masalah harga minyak yang semakin mendadak di pasaran dunia sekarang.
Negara pengguna mahu kumpulan pengimport minyak supaya menambah bekalan minyak mentah masing-masing selepas harga bahan api itu mencecah AS$127 setong, bulan ini iaitu paras paling tinggi dalam tempoh dua setengah tahun lalu.
Peningkatan harga minyak mentah naik mendadak berikutan keadaan tegang di negara Afrika Utara dan Asia Barat, baru-baru itu.
Menteri Minyak Arab Saudi, Ali al-Naimi berkata kerajaan negara itu bertindak berikutan keadaan bekalan yang kini berlebihan di pasaran.
Katanya, peningkatan harga minyak dunia sekarang adalah di luar kawalan Opec tetapi pertubuhan negara pengeluar minyak itu akan mengadakan pertemuan Jun ini.
"Pasaran sekarang terlebih imbangan. Jumlah pengeluran kami pada Februari ialah 9.125 juta tong sehari manakala Mac 8.292 juta tong sehari.
"Pada Mei tidak belum mengetahuinya lagi, mungkin lebih tinggi sedikit daripada Mac.
"Sebab saya mendedahkan jumlah ini untuk memberitahu anda bahawa keadaan pasaran minyak mentah dunia sekarang terlebih bekalan," katanya. - Reuters
WEMBLEY 18 April – Stoke mencipta sejarah tersendiri apabila mara ke perlawanan akhir Piala FA buat kali pertama dalam tempoh 148 tahun selepas membelasah Bolton 5-0 pada aksi separuh akhir di Stadium Wembley semalam.
Kealpaan benteng pertahanan Bolton menyebabkan mereka dibolosi tiga gol dalam tempoh 30 minit babak pertama, dengan Matthew Etherington, Robert Huth dan Kenwyne Jones masing-masing menyudahkannya.
Dua jaringan Jon Walters pada minit ke-68 dan ke-81 melengkapkan derita Bolton.
Stoke yang sebelum ini sekadar ke separuh akhir sebanyak tiga kali, akan bertemu Manchester City di final pada 14 Mei ini selepas menewaskan Manchester United 1-0 kelmarin.
KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan bahawa lelaki di dalam video bukan Datuk' Seri Anwar Ibrahim seperti yang didakwa oleh BN dan media milik mereka.
Bernama melaporkan kenyataan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani yang berkata bahawa siasatan mengenai video seks itu telah siap dan siasatan kini menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.
"Bagi pihak kami (polis), siasatan telah lengkap dari setiap sudut menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah).
"Terpulang kepada Peguam Negara untuk mengambil sebarang tindakan susulan terhadap kes ini dan sekiranya ada mana-mana perkara yang perlu disiasat semula (atas arahan Peguam Negara), kita akan siasatlah," kata Acryl seperti yang dipetik Bernama.
Pengedar dan pemilik video lucah itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.
Dengan kenyataan ini, polis dengan sendirinya mengesahkan bahawa pelakon dalam video tersebut bukan Anwar.
KUALA LUMPUR 18 APRIL : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan meskipun Pakatan Rakyat gagal mencapai keputusan yang disasarkan namun parti itu berjaya "menanam benih politik murni" supaya penduduk Sarawak meninggalkan politik perkauman sempit.
"Pilihan raya negeri Sarawak ke 10 Sabtu lalu membuktikan perjuangan menuntut keadilan untuk semua tanpa mengira batas kaum mahupun kepercayaan bukanlah tugas mudah, namun ia juga bukan sesuatu yang mustahil.
"Walaupun tidak berjaya mendapatkan keputusan yang diingini, namun kita berjaya menanam benih politik murni agar rakyat Sarawak meninggalkan politik perkauman sempit, berani melawan kezaliman yang sekian lama membelenggu mereka sekali gus berusaha memperkukuh amalan demokratik," katanya.
Pada pilihan raya negeri ke-10 kelmarin, Barisan Nasional (BN) mengekalkan kuasa kerajaan negeri dengan memperoleh 55 kerusi manakala PR 15 dan Bebas satu.
PR menggandakan kerusi dan undi popular yang diperoleh mereka kali ini berbanding lima tahun lalu.
Menurut Anwar, walaupun menerima banyak rintangan sepanjang tempoh berkempen dengan berbekalkan sumber yang terhad serta berilitizam untuk membawa kempen yang bersih, PR tetap berjaya menembusi kawasan pedalaman, yang sentiasa dianggap kubu kuat oleh BN.
Anwar berkata, menenangkan pengikut dan penyokongnya bahawa keputusan kali ini bukanlah satu pengakhiran, bahkan yakinlah ia satu permulaan kepada satu tuntutan perubahan yang jitu dan menyeluruh.
"Pastinya ini tidak dapat dicapai sekiranya rakyat Sarawak tidak bersama sama untuk memastikan ia terlaksana.
"Saya menyeru kepada rakyat Sarawak yang mahukan perubahan dan cintakan keadilan, tingkatkan usaha, jangan sesekali berputus asa, terus mara dan pastikan rejim yang korup ini tumbang pada pilihan raya akan datang," tegasnya.
PR bertanding dengan 47 calon PKR, DAP 15 dan PAS lima dalam pilihan raya paling sengit dalam sejarah Sarawak ini.
Seramai 213 calon yang bertanding pada pilihanraya negeri kali ini.
Jelas Anwar, pada pilihanraya negeri kelmarin kredibiliti dan integriti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekali lagi tercalar berikutan wujudnya laporan bahawa agensi itu bertindak berat sebelah ataupun sengaja menutup mata terhadap sebarang penipuan ketika hari pengundian.
"Saya difahamkan petugas PKR dinafikan Borang 14 di beberapa kawasan sedangkan borang ini penting untuk memastikan keputusan pilihan raya bersih dari penipuan," katanya.
Katanya, selain tindakan berat sebelah SPR terdapat juga laporan wujudnya usaha membeli undi di beberapa kawasan seperti Dudong, Bawang Assan dan Meradong.
Tegas Anwar, keengganan SPR untuk mengira semula undi bagi kerusi Senadin ternyata mengukuhkan lagi dakwaan banyak pihak bahawa SPR bertindak demi kepentingan BN.
"Calon PKR Dr Michael tewas dengan majoriti yang tipis iaitu 58 undi sahaja. Mengapa enggan mengira semula tanpa memberi alasan yang munasabah?' katanya lagi.
Semalam Naib Presiden PKR Tian Chua bercadang memfailkan petisyen pilihan raya untuk mencabar keputusan bagi kerusi N65 Senadin setelah calonnya Dr Michael Teo Yu Keng (bawah) kalah dengan majoriti tipis 58 undi kepada Datuk Lee Kim Shin daripada Barisan Nasional (BN).
Tian Chua turut menyuarakan rasa tidak puas hati beliau berikutan keengganan pegawai pengurus pilihan raya Chai Ko Het supaya undi dikira semula di pusat penjumlahan undi itu Sabtu lalu.
Lee memperoleh sejumlah 7,334 undi manakala Teo pula meraih 7,276 undi.
"Perangkaan dan kajian telah menunjukkan beberapa buah negara Kesatuan Eropah (EU) seperti Britain, Sepanyol dan Belanda akan mempunyai kadar penduduk muslim yang lebih tinggi dalam tempoh terdekat. Perangkaan tahun 2008 menunjukkan bahawa 5% daripada keseluruhan jumlah penduduk di 27 negara Eropah adalah terdiri daripada kalangan umat Islam.
Ini bukanlah suatu yang baru kerana Islam dan Eropah mempunyai citra tersendiri yang cukup lama sejak wujudnya era emas empayar Islam di Sepanyol selama lebih 700 tahun. Itupun sebelum ia ditewaskan oleh Raja Ferdinand dan Permaisuri Isabella. Akibatnya pada tahun 1609 orang Islam telah dihalau serta dibunuh di mana amalan agama Islam dilarang perlaksanaannya sehinggalah Islam kembali diterima semula oleh masyarakat moden Eropah pada hari ini.
Sejarawan dunia telah mengiktiraf sumbangan Islam kepada Barat, terutama dalam bidang intelektual, pembinaan tamadun, penemuan sains, kemajuan perubatan moden, perkembangan budaya dan falsafah, disiplin ilmu dan sebagainya. Philip K Hitti dalam bukunya "Orang Arab: Sejarah Ringkas" (The Arabs: A Short History) menukilkan seperti berikut:
"Orang Islam Sepanyol mengarang salah satu daripada bab-bab yang gemilang dalam sejarah intelek pada Zaman Pertengahan Eropah. Di antara pertengahan abad ke-8 dan permulaan abad ke-13, orang Arab merupakan pemimpin utama dalam budaya dan peradaban di seluruh dunia. Kedua-dua bidang ini merupakan perantara untuk memulih, menambah dan menyebar sains dan falsafah kuno yang telah memungkinkan pembaharuan di Eropah Barat." (h 174-175).
Peningkatan jumlah pendatang dari negara Islam di Eropah dan kadar kelahiran yang rendah di kalangan penduduk asal Eropah bermakna jumlah umat Islam di sana akan meningkat menjadi 20% menjelang tahun 2050 seperti yang dilaporkan oleh kajian mengenai Euro-Islam dalam jurnal Current History oleh William Finan. Pada ketika ini United Kingdom (UK) sahaja mempunyai lebih 1.8 juta (tahun 2009) adalah penduduk Islam, ditambah 72 juta orang Islam lagi di Turki.
Islam di Rusia
Manakala pada tahun 2008 direkodkan Russia mempunyai bilangan orang Islam paling ramai di Eropah, iaitu kira-kira 27.04 juta, Perancis (6.12 juta), diikuti oleh Jerman kira-kira 3.05 juta warga Islam, Itali (2.4 juta), UK (1.51juta - lihat peningkatan pesat 2009 kepada 1.8juta!), Belanda (890,000 orang), Sepanyol (550,000), Austria (300,000), Belgium (380,000), Sweden (280,000) dan beberapa negara Eropah lain yang terus mencatatkan peningkatan jumlah umat Islam di sana.
Kebanyakan Muslim di Eropah terdapat di bandar-bandar besar seperti 25% di Rotterdam (Netherlands), 24% di Amsterdam (Netherlands), 20% du Marseille (France), 17% di Brussels (Belgium), 16% di Bradford (UK), dan 10% di Paris, London dan Copenhagen.
Bagi Tariq Ramadan, seorang sarjana falsafah dan pengajian Islam di Switzerland dalam tulisan beliau berkenaan peningkatan jumlah umat Islam di Eropah berpendapat bahawa Islam kini telah menjadi sebahagian daripada budaya Eropah. Masyarakat Islam di Eropah bukan lagi pendatang yang kemudian kembali ke negara asal mereka, tetapi ia telah menjadi warga Eropah yang beragama Islam.
Islam yang menjadi kebimbangan
Sementara itu, menurut sarjana Barat tersohor iaitu John Esposito, pengasas Majlis Persefahaman Islam-Kristian di Washington, Amerika Syarikat pula berpandangan Islam bukan saja agama kedua terbesar secara global, tetapi juga agama kedua atau ketiga terbesar di Eropah dan Amerika. Ini akan membuka peluang dan ruang lebih besar kepada Islam untuk berkembang di seluruh dunia.
Pope Benedick XVI pun bimbang apabila 100,000 orang Jerman, kaum bangsanya sendiri turut meninggalkan agama asal mereka lalu memeluk Islam saban tahun. Malah lebih menyedihkan apabila cuma tinggal 0.04% sahaja orang Kristian yang masih sudi untuk ke gereja pada setiap hujung minggu di seluruh dunia.
KOTA BHARU - Tindakan pantas seorang wanita warga emas menarik keluar suaminya yang uzur dan cacat penglihatan berusia 86 tahun, berjaya menyelamatkannya daripada rentung dalam kebakaran di Pondok Tahfiz Darulnaim, Peringat, semalam.
Kebakaran kira-kira pukul 5 petang itu memusnahkan tujuh buah rumah, namun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan berikutan sebahagian besar penghuni tiada di rumah kerana bekerja.
Gambar hiasan
Dalam kejadian itu, warga emas terbabit, Aminah Harun, 70, nekad menarik keluar suaminya, Masud Ahmad sebaik sahaja terhidu bau hangit dari arah pintu belakang rumah mereka.
"Masa tu, saya baru sahaja selesai membaca al-Quran, namun tiba-tiba saya terhidu seperti bau hangit.
"Saya membuka pintu belakang untuk memeriksa punca bau itu dan alangkah terkejutnya ternampak rumah di belakang sudah terbakar dan api semakin marak.
"Menggunakan sepenuh kudrat, saya menarik suami keluar rumah yang sudah mula dijilat api tanpa dapat menyelamatkan harta benda," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini semalam.
Sementara itu, seorang guru pondok berkenaan, Mohd. Zukri Othman, 40, pula berkata, sebelum kejadian, dia melihat asap keluar dari salah sebuah rumah dan cuba memadamnya menggunakan air paip di kawasan berhampiran, tetapi gagal.
"Api marak dengan pantas sebelum penduduk menghubungi Bomba dan Penyelamat. Saya bersyukur kerana kebanyakan penghuni tiada di rumah.
"Jika tidak, mungkin berlaku perkara tidak diingini seperti kecederaan atau lebih teruk daripada itu," ujarnya.
Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Ketereh, Azman Yasok memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 5.29 petang dan tiga buah jentera bersama 20 anggota dari tiga buah balai bergegas ke tempat kejadian bagi memadamkan kebakaran.
"Sejurus tiba, kesemua rumah papan berkenaan sudah 80 peratus hangus dan pihak kami berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke 30 rumah berhampiran.
"Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan berlaku disebabkan kebanyakan penghuni keluar bekerja atau ke masjid berhampiran. Kerugian dianggarkan RM70,000 dan punca kebakaran masih disiasat," katanya.
Rasulullah SAW bersabda, "Kesabaran merupakan "dhiya' " (cahaya yang amat terang). (HR Muslim)
Rasulullah SAW bersabda, "Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (HR Baihaqi)
Rasulullah SAW bersabda, "Iman terbagi dua, separuh dalam sabar dan separuh dalam syukur". (HR Al-Baihaqi)
Rasulullah SAW bersabda,"Sungguh beruntung orang yang beriman, karena segala perkara adalah kebajikan. Jika dia mendapatkan kenikmatan, dia bersyukur (dia mendapat pahala kebajikan) dan jika dia ditimpa musibah, dia sabar (dia mendapat pahala kebajikan juga)." (HR. Muslim)
Saiyidina Ali Abu Talib k.a.w pernah bermadah, maksudnya: Jika engkau bersabar, takdir itu berlaku juga ke atas diri mu, tetapi engkau dikurniakan ganjaran pahala. Jika engkau tidak sabar pun, takdir tetap berlaku juga ke atas dirimu dan engkau berdosa.
Dari Ummu Al-Ala', dia berkata : "Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menjengukku tatkala aku sedang sakit, lalu baginda berkata. 'Gembirakanlah wahai Ummu Al-Ala'. Sesungguhnya sakitnya orang Muslim itu membuatkan Allah mengampunkan dosa-dosanya, sebagaimana api yang menghilangkan kotoran pada emas dan perak". (HR Abu Daud)
Dari Sa'id bin Abi Waqqash Radhiyallahu anhu, dia berkata. 'Aku pernah bertanya : Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling keras cobaannya ? Beliau menjawab: Para nabi, kemudian orang pilihan dan orang pilihan lagi. Maka seseorang akan diuji menurut agamanya. Apabila agamanya merupakan (agama) yang kuat, maka cobaannya juga berat. Dan, apabila di dalam agamanya ada kelemahan, maka dia akan diuji menurut agamanya. Tidaklah cobaan menyusahkan seorang hamba sehingga ia meninggalkannya berjalan di atas bumi dan tidak ada satu kesalahan pun pada dirinya". (HR Ibnu Majah)
Rasulullah SAW bersabda, "Cubaan tetap akan menimpa atas diri orang mukmin dan mukminah, anak dan juga hartanya, sehingga dia bersua Allah dan pada dirinya tidak ada lagi satu kesalahan pun". (HR Al-Hakim)
Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang muslim menderita sakit karena suatu penyakit dan juga lainnya, melainkan Allah menggugurkan kesalahan-kesalahannya dengan penyakit itu, sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya". (HR Bukhari, Muslim)
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut". (Riwayat al-Hakim)
Dari Anas bin Malik, dia berkata. "Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam berkata. "Artinya :
Sesungguhnya Allah berfirman. 'Apabila Aku menguji hamba-Ku (dengan kebutaan) pada kedua matanya lalu dia bersabar, maka Aku akan mengganti kedua matanya itu dengan syurga". (HR Bukhari)
Allah berfirman, "Dan bersabarlah kamu, karena sesungguhnya Allah itu bersama orang yang sabar." (Al Anfaal : 46 )
Allah SWT berfirman : "Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar." ( Ali Imran : 146)
Rasulullah SAW pernah menggambarkan: "Sesiapa yang mensabar-sabarkan diri (berusaha untuk sabar), maka Allah akan menjadikannya orang yang sabar". (HR. Bukhari)"
KUALA LUMPUR 17 April - Seorang anggota polis trafik berpangkat lans koperal cedera di bahu kanan akibat dirempuh motosikal yang ditunggang seorang remaja ketika cuba memboloskan diri daripada sekatan di Jalan Raja Laut, di sini awal pagi tadi.
Gambar hiasan
Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, anggota terbabit, Ibrahim Mat Zain cuba menahan suspek berusia 18 tahun untuk pemeriksaan dalam Ops Trafik Motosikal.
Pegawai Turus dan Operasi Trafik Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Ng Fook Long memberitahu, namun remaja terbabit cuba melarikan diri sehingga merempuh mangsa.
"Suspek berjaya ditahan dan kini direman di Balai Polis Bukit Jalil dan hasil pemeriksaan dia tiada lesen memandu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Jintan manis atau fennel adalah spesies tanaman di genus foeniculum (diperakuikan sebagai satu-satunya spesies dalam genus ini oleh kebanyakan ahli botani). Jintan manis atau nama botaninya foeniculum vulgare adalah dalam keluarga apiaceae atau karrot. Apiaceae (dahulu dikenali sebagai Umbelliferae).
Carrot family
Jintan manis juga dikenali sebagai saunf atau mauti saunf dalam bahasa Bahasa Hindi dan Urdu, sompu atau madhrikam dalam Telugu, badesoppu di Kannada, Mouri dalam bahasa Bengali, shombu atau peruncheeragam di Tamil dan Malayalam, variyali di Gujarat, badeeshop atau badeeshep di Marathi, Razianeh dalam bahasa Bahasa Parsi dan shomra dalam bahasa Arab.
Jintan manis adalah tumbuhan herba yang tahan lasak dengan bunga kuning dan daun berbulu. Jintan manis umumnya dianggap berasal dari tepi Mediterranean, namun telah tumbuh meluas secara semulajadi di banyak bahagian dunia, khususnya di tanah kering berdekatan pantai dan di tepi muara sungai.
Pokok jintan manis sedabg berbubga (Fennel in flower)
Bunga jintan manis (Fennel flowerheads)
Jintan manis adalah ramuan herba yang sangat aromatik dan berperisa yang digunakan dalam kulinari dan perubatan. Jintan manis juga merupakan salah satu bahan utama absinthe, iaitu sejenis minuman beralkohol. Jintan florence atau finocchio adalah jintan yang mempunyai batang membengkak mempunyai rizom seperti ubi bit adalah pilihan popular sebagai sayur.
Jintan manis digunakan sebagai makanan larva dari beberapa spesies Lepidoptera, termasuk kupu-kupu moth dan rama-rama swallowtail.
Perkataan fenel berasal fenyl iaitu dari Inggeris Tengah. Ia berasal dari pserkataan denol atau finol iaitu bahasa Inggeris Kuno, yang pada asalnya dari perkataan feniculum atau foeniculum (bahasa Latin) atau Foeniculum, yang bermaksud jerami. Tanaman ini dalam bahasa Latin dipanggil ferula, yang sekarang digunakan sebagai nama genus tanaman yang berkaitan.
Jintan manis adalah tumbuhan herba perennial (tahunan), iatu herba yang mampu hidup lebih daripada dua tahun. Pokok jintan manis tumbuh menegak, berwarna hijau keabu-abuan dan tumbuh sehingga 2.5 m. Batang pokoknya berongga. Daun pokok Jintan manis boleh membesar sehingga 40 cm panjang dan sangat halus seperti benang dengan kelebaran sekitar 0.5 mm.
Fennel, from Koehler's Medicinal-plants (1887)
Bunga jintan manis tumbuh pada terminal yang bertangkai panjang dalam 5-15 cm, setiap bahagian terminal mempunyai 20-50 bunga kuning kecil di tangkai pendek.
Buah jintan manis adalah biji kering yang bersaiz 4-10 mm setengah panjang, lebarnya separuh daripada panjangnya dan bentuknya berlekuk.
Jintan Florence (Florence fennel bulbs)
Jintan manis ditanamkan secara meluas untuk daunnya (yang mempunyai perisa) dan buahnya yang sering dipanggil 'biji'. Jintan florence adalah sekumpulan kultivar dengan pangkalan daun menggembung yang membentuk struktur seperti ubi. Ia mempunyai rasa seperti jintan manis, tetapi lebih aromatik dan rasanya manis. Bunga jintan florence yang ditanam lebih kecil berbanding yang tumbuh liar atau semulajadi. Daunnya dimakan sebagai sayur-sayuran, baik mentah mahupun dimasak.
Ada beberapa kultivar jintan florence, yang juga dikenali dengan beberapa nama, seperti finocchio. Jintan florence adalah salah satu daripada tiga herba utama yang digunakan dalam pembuatan absinthe, campuran alkohol yang asalnya sebagai ramuan ubat di Switzerland dan menjadi minuman beralkohol yang popular di Perancis dan negara-negara lain pada akhir abad ke-19.
Daun dan biji Jintan manis digunakan secara meluas dalam banyak masakan tradisi dunia. Biji jintan berwarna coklat atau hijau ketika segar dan perlahan berubah ke warna kelabu apabila usianya matang. Untuk digunakan dalam masakan, biji yang berhijau adalah yang paling optimum. Daunnya juga boleh digunakan sebagai penambah rasa dan aroma, sementara yang jenis berubi bawangnya boleh dijadikan sayur-sayuran yang boleh ditumis, direbus, direbus, dipanggang atau dimakan mentah.
Jintan manis banyak digunakan dalam masakan di benua India dan Timur Tengah. Jintan manis merupakan salah satu rempah-rempah yang paling penting dalam Kashmiri Pandit dan memasak Gujarati. Ini merupakan bahan penting campuran rempah-rempah dari Assam / Bengali /Oriya dan dalam lima-rempah serbuk di China.
Di banyak bahagian Pakistan dan India, biji jintan panggang diambil sebagai Mukhwas, iaitu sejenis makanan untuk pencernaan dan penyegar nafas. Beberapa masyarakat petani juga mengunyah tangkai segar biji jintan hijau untuk khasiat yang sama. Daun Jintan manis digunakan sebagai sayuran berdaun hijau baik dimasak begitu sahaja atau dicampur dengan sayuran lain. Di Lubnan Jintan manis dicampur bersama-sama dengan bawang dan tepung, yang digunakan dalam masakan seperti telur dadar yang disebut ijjeh (عجة).
Banyak hidangan yang menggunakan telur, ikan dan hidangan yang lain juga menggunakan daun segar atau kering. Jintan florence adalah bahan utama dalam beberapa salad Itali dan Jerman. Ia sering dicampurkan bersama chicory dan avokado. Ia juga direbus dan dihidangkan sebagai lauk hangat.
Fennel, bulb, raw
Nutritional value per 100 g (3.5 oz)
Energy 130 kJ (31 kcal)
Carbohydrates 7.29 g
Dietary fiber 3.1 g
Fat 0.20 g
Protein 1.24 g
Thiamine (Vit. B1) 0.01 mg (1%)
Riboflavin (Vit. B2) 0.032 mg (2%)
Niacin (Vit. B3) 0.64 mg (4%)
Pantothenic acid (B5) 0.232 mg (5%)
Vitamin B6 0.047 mg (4%)
Folate (Vit. B9) 27 μg (7%)
Vitamin C 12 mg (20%)
Calcium 49 mg (5%)
Iron 0.73 mg (6%)
Magnesium 17 mg (5%)
Phosphorus 50 mg (7%)
Potassium 414 mg (9%)
Zinc 0.20 mg (2%)
Manganese 0.191 mg
Percentages are relative to US recommendations for adults. Source: USDA Nutrient database
Mengurangkan kembung dan gangguan pencernaan
Jintan manis mempunyai khasiat perubatan yang tersendiri. Jintan manis mengandungi anethole yang dapat menjelaskan beberapa kesan perubatan yang bertindak sebagai phytoestrogen. Jintan manis boleh dijadikan sirap untuk mengubati bayi dengan kolik (kembung). Untuk orang dewasa, teh jintan manis boleh diminum untuk merehatkan usus dan mengurangkan kembung yang disebabkan oleh gangguan pencernaan. Jintan manis dikatakan mampu melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus.
Menurut sumber artikelduniaherba1 :
1. Teh gabungan serai, pudina, jintan manis, kulit limau mandarin dan daun limau purut membantu merehatkan usus dan meredakan sembelit.
2. Satu sudu teh serbuk jintan manis dicampurkan dengan ½ cawan air dan diminum tiga kali sehari dapat mengurangkan air tubuh yang berlebihan, membantu pencernaan, meredakan sembelit.
Meningkatkan daya penglihatan
Di India, biji jintan dimakan mentah kerana dikatakan mampu untuk meningkatkan daya penglihatan. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu di sekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata. Roman Kuno juga menganggap jintan manis sebagai ramuan untuk penglihatan. Ekstrak akar sering digunakan dalam tonik untuk membersihkan mata yang mempunyai penglihatan yang kelabu. Ekstrak biji jintan manis juga telah dikatakan mempunyai potensi untuk digunakan dalam rawatan glaukoma.
Diuretik dan mengurangkan tekanan darah
Jintan manis mempunyai sifat diuretik dan dikatakan merupakan diuretik yang berkesan. Ia juga dikatan berpotensi untuk rawatan hipertensi.
Menggalakkan pengeluaran susu
Jintan manis mengandungi bahan yang dipanggil galactogogue, yang dikatakan dapat meningkatkan pengeluaran susu ibu. Walau bagaimanapun, fakta ini tidak tidak disokong oleh bukti secara langsung, namun dikatakan bunga mempunyai sumber fitoestrogen, yang mendorong petumbuhan jaringan payudara yang menghasilkan air susu.
Sirup yang diperbuat dari sari bunga jintan manis boleh dijadikan ubat untuk batuk kronik. Jintan manis juga merupakan salah satu tanaman yang dikatakan tidak disukai oleh kutu dan serbuk jintan manis dikatakan mempunyai kesan mengusir kutu atau bubuk di kandang ternakan.
Walaupun terdapat pelbagai kegunaan jintan manis, namun sebelum menjadikannya sebagai bahan ubatan, anda hendaklah mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.
KUALA LUMPUR 17 April - Keriangan empat sahabat menghabiskan masa malam minggu bersama, berakhir dengan tragedi apabila tiga daripada mereka maut dalam kemalangan di Kilometer 28.2 Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) arah Putrajaya, dekat sini tengah malam tadi.
Dalam kemalangan pada pukul 12.30 tengah malam itu, mangsa terkorban ialah pemandu, Sek Kah Kiat serta penumpangnya, Tan Jun Dee dan Chia Boon Yong masing-masing berusia 20 tahun.
Seorang lagi penumpang kereta Toyota Vios yang belum dikenal pasti identitinya juga berusia 20 tahun parah selain penunggang motosikal dirempuh kereta dinaiki empat sahabat berkenaan.
Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Supritendan Zulkifli Jonit berkata, kemalangan itu berlaku ketika keempat-empat mereka yang menaiki sebuah kereta dalam perjalanan ke arah Putrajaya.
"Sampai di lokasi kemalangan, pemandu kereta itu dikatakan gagal mengawal kenderaan kerana memandu laju sebelum merempuh belakang sebuah motosikal.
"Kereta itu kemudian terbabas dan merempuh belakang sebuah lori di tepi jalan menyebabkan keempat-empat mereka tersepit," katanya di sini hari ini.
Tambahnya, mangsa yang maut dan cedera parah dihantar ke Hospital Serdang.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat agar menghubungi Rakan Cop Selangor di talian 03-2052 9999 untuk membantu siasatan.
KUALA LUMPUR - Satu kumpulan menjual telefon bimbit tiruan tumpas berikutan penahanan sembilan lelaki dan rampasan 73 telefon dan dua buah kenderaan yang kesemuanya bernilai RM111,000 dalam satu operasi di sini hari ini.
Pengarah Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor, Othman Nawang berkata kesemua mereka berumur antara 19 hingga 68 tahun ditahan di sebuah stesen minyak di Gombak ketika sedang asyik menawarkan telefon tiruan kepada orang ramai.
"Kejayaan operasi itu hasil risikan dan maklumat orang ramai sejak tiga minggu lepas. Ketika dihampiri anggota kami, mereka cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap kerana kesalahan menjual barangan tiruan," katanya di lokasi kejadian di sini hari ini.
Dalam pemeriksaan awal, pihaknya menemui 73 telefon bimbit tiruan jenis Nokia dan i-phone4 di dalam poket mereka dan juga dalam dua kenderaan.
Kesemua mereka kini ditahan reman untuk satu tempoh bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 3 1(b) Akta Perihal Dagangan 1972 dan jika disabit kesalahan pemilik premis itu boleh didenda RM100,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali, katanya.
JITRA: Helah seorang pengawal keselamatan yang kononnya mahu menawarkan pekerjaan kepada anak seorang jirannya di sebuah bank di Changlun, dekat sini, bertukar tragedi apabila suspek melempiaskan nafsu serakahnya terhadap mangsa, Ahad lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi, mangsa yang berusia 16 tahun itu mengikut lelaki berusia 55 tahun yang layak dipanggil bapa itu selepas dipelawa untuk ke bank berkenaan kerana mangsa berhasrat mencari kerja.
Mangsa yang tidak bersekolah itu gembira apabila diberitahu ada peluang pekerjaan selepas dimaklumkan suspek dan mengikut lelaki itu menunggang motosikal tanpa mengetahui niat suspek.
Setibanya di dalam bank berkenaan, suspek membawa mangsa masuk dan menutup pintu memandangkan bank tidak beroperasi pada hari itu kerana cuti hujung minggu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Superintendan Ibrahim Mohd Yusof, berkata suspek merogol mangsa berulang kali sebelum menghantar mangsa pulang ke rumahnya di sebuah kampung, di Jalan Changlun, di sini.
"Mangsa memaklumkan perkara itu kepada bapanya yang berusia 42 tahun sebelum membuat laporan di Balai Polis Changlun tidak lama kemudian.
"Suspek yang berkhidmat dengan sebuah syarikat keselamatan itu ditahan ketika bertugas di sebuah bank lain di daerah ini, Selasa lalu kira-kira jam 11 pagi untuk membantu siasatan berhubung kes itu," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, semalam.
Ibrahim berkata, mangsa yang juga anak kedua daripada tiga beradik itu tinggal bersama bapanya manakala ibunya sudah meninggal dunia dan dipercayai baik dengan suspek yang juga jirannya.
Katanya, mangsa dibawa bapanya ke Hospital Jitra (HJ) untuk menjalani pemeriksaan dan hasil laporan perubatan mendapati terdapat kesan koyakan pada kemaluan mangsa.
Beliau berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan dan mangsa kini direman seminggu sejak Khamis lalu untuk membantu siasatan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol gadis bawah umur," katanya.
Semalam, suspek bersama seorang lelaki yang disyaki bomoh ditahan polis kerana disyaki merogol dibawa ke HJ untuk diambil sampel darah dan pemeriksaan kesihatan untuk membantu siasatan.
Bomoh yang juga pembantu kolam ternakan udang di Kerpan, di sini, kini masih direman sejak Khamis lalu selepas seorang pelajar tingkatan lima bersama bapanya membuat laporan dirogol suspek berusia 36 tahun itu ketika mendapatkan rawatan bantuan mengusir makhluk halus.
Mereka pergi ke rumah suspek kira-kira jam 8.30 malam di rumahnya di Simpang Kemboja, Ayer Hitam, di sini, bersama bapanya untuk mendapatkan khidmat mengusir hantu yang kemudian dipercayai dipukau sebelum dirogol.
Kita semua sedia maklum, apabila seorang wanita dinikahi maka keutamaan baginya ialah mentaati suaminya tanpa berbelah bagi selagi mana suaminya tidak menyuruhnya melakukan kemungkaran terhadap Allah SWT. Mentaati suami perlu diutamakan tanpa menafikan kewajipan mentaati kedua-dua ibu bapa. Tidak kira ibu bapa itu daripada pihak suami mahupun daripada pihak isteri. Berkahwin bukan sekadar mengikat tali hubungan antara seorang lelaki dan perempuan malah perkahwinan itu ialah jambatan bagi membina persaudaraan antara keluarga lelaki dan perempuan.
Perkahwinan dalam Islam tidak menghilangkan identiti perempuan kepada keluarga suami. Sesetengah agama/bangsa lain yang non-Muslim, apabila seorang perempuan itu berkahwin, dia tidak lagi dibenarkan mempunyai hubungan dengan keluarganya, malah namanya juga ditukarkan kepada nama keluarga suaminya.
Perempuan muslim dalam perundangan Islam apabila dkahwinkan, tidak sekali-kali akan bertukar corak, khususnya namanya seperti yang berlaku dalam masyarakat Eropah yang ditiru oleh perempuan-perempuan Islam hari ini dengan menghilangkan namanya sendiri digantikan dengan menjadi Mrs (so and so). Perempuan Islam tetap dengan nama asalnya, dinasabkan ke atas bapanya, tanpa perlu digantikan dengan nama suami yang cuma mendatang dalam hidupnya.
Berbalik kepada persoalan di atas, sebenarnya tidak timbul soalan siapa yang perlu diutamakan jika kedua-dua belah pihak memahami bahawa keluarga isteri adalah keluarga suami juga, dan keluarga suami adalah keluarga isteri.
Ketaatan seorang isteri kepada suaminya adalah perintah Allah SWT. Dalam hadis Baginda Rasulullah SAW ada menegaskan yang bermaksud: "Sekiranya aku boleh (diberi kuasa untuk menyuruh makhluk sujud kepada makhluk yang lain) menyuruh seorang itu sujud kepada seorang yang lain pastinya aku menyuruh si isteri sujud kepada suaminya." (Hadis riwayat al-Baihaqi, Sunan al-Kubra, jld:7, hlm:291, Abu Daud, Sunan Abi Daud, jld:2, hlm:605, al-Tarmidzi, Sunan al-Tarmidzi, jld:4, hlm:323).
Dalam hadis ini Baginda Rasulullah SAW memperlihatkan akan kedudukan suami yang sepatutnya dihormati, sekali gus tidak ingkar kepada perintahnya. Dalam maksudnya yang lain menggambarkan bahawa suami mesti dimuliakan, dan kemuliaan itu bukan kerana Islam ingin memberi darjat yang berbeza antara lelaki dan wanita tetapi adalah untuk melihat kepada pengorbanan dan kesanggupan dia menjadi suami dan menjaga kehormatan isterinya.
Persoalan yang sering kali menjadi dilema seorang wanita yang bergelar isteri : "Bolehkah seorang isteri menziarahi ibubapa (atau keluarganya) tanpa izin suami?" Malah, ramai yang berfahaman, "Ketaatan seseorang isteri kepada suami lebih dituntut" berbanding dengan "Ketaatan isteri kepada ibu bapanya".
Sebagai contoh, saya petik kata-kata ini, "....bila dah berumahtangga, syurga suami masih di bawah tapak kaki ibu kandungnya ..... dan syurga isteri dah bertukar ke bawah tapak kaki suaminya ..... hatta ada dalam sejarah Islam yg merujuk kepada ketaatan isteri hendaklah sepenuhnya pada Allah dan suami sehinggakan kalau suami tak benarkan isteri berjumpa dengan mertua (ibu bapa isteri) sekalipun, isteri hendaklah taati suaminya..." [sila rujuk : bincang.net]
Status syurga bertukar tapak kaki, ya? Jika ada prasa yang mengatakan syurga di bawah tapak kaki, tidak kira tapak kaki siapa pun, frasa itu tidak tepat. Syurga adalah tempat yang tinggi darjatnya, mengapa pula hendak diletak-letakkan di bawah tapak kaki...? Hemmm.... adakah ini ajaran Islam yang sebenarnya? [Rujuk : Syurga di tapak kaki? dan Syurga di tapak kaki? - Part 2.]
Bagaimanapun, saya hanya ingin mengupas persoalan hak isteri dalam menziarahi ibubapa tanpa izin suami ini, saya samakan dengan taat suami vs taat ibubapa, bukan hak suami vs hak isteri.
Saya difahamkan, seorang isteri tidak boleh keluar menziarahi ibu bapa (walaupun ibu bapanya sakit atau meninggal dunia) jika tiada keizinan suami. Ini berdasarkan dua kisah yang berbeza seperti di bawah :
Kisah 1 – Petikan 3permata.itgo.com.
Dalam sebuah riwayat diterangkan; sesungguhnya telah terjadi di zaman Rasulullah SAW seorang suami pergi berperang meninggalkan isterinya. Ketika hendak meninggalkan rumah dia berpesan kepada isterinya, "Janganlah kamu meninggalkan rumah sehingga aku pulang dari berperang." Pada waktu si suami sedang tiada di rumah, ibu si isteri jatuh sakit.
Maka si isteri tersebut mengutus seseorang kepada Rasulullah SAW untuk meminta izin melihat ibunya. Jawab Rasulullah, "Tunggulah suamimu pulang, janganlah keluar rumah." Akhirnya orang tua si isteri meninggal dunia. Lalu si isteri mengutus lagi seseorang kepada Rasulullah SAW untuk meminta izin melihat ibunya. Lalu Rasulullah menjawab, "Tunggulah hingga suamimu pulang." Setelah itu Rasulullah SAW mengutus seseorang kepada si isteri tersebut untuk memberikan berita bahawa Allah SWT telah mengampuni dosa ibunya disebabkan ketaatannya kepada suaminya.
Jadi seorang wanita yang solehah itu ialah wanita yang telah sanggup meletakkan sesuatu pada tempat yang benar. Ertinya, jika ia sudah bersuami, maka yang peling berhak terhadap dirinya adalah suaminya, melebihi diri ibu dan bapa serta keluarganya yang lain.
Tidak dikira sebagai dosa jika tidak menziarahi ibu bapa disebabkan tidak mendapat keizinan dari suami. Perkara ini disandarkan kepada satu hadis dengan sanad yang agak lemah, iaitu hadis berikut;
"Seorang lelaki yang keluar bermusafir. Dia telah berpesan kepada isterinya bahawa jangan turun dari tingkat atas kepada tingkat bawah. Bapa isterinya itu tinggal di tingkat bawah. Bapanya ditimpa sakit. Isterinya itu telah mengutuskan seorang perempuan kepada Rasulullah SAW agar memberi keizinan kepadanya turun untuk menziarahi bapanya yang sedang sakit.
Nabi SAW bersabda; "Taatilah suami kamu." Kemudiannya, bapanya meninggal dunia, lalu dia mengutuskan lagi kepada Rasulullah. Nabi SAW bersabda, "Taatilah suami kamu." Jenazah bapanya dikebumikan. Lalu Rasulullah SAW mengutuskan seseorang kepada si isteri untuk diberitakan bahawa Allah telah mengampunkan dosa bapanya disebabkan ketaatannya terhadap suaminya[5]" [5] Takrij Ahadis Al-Ihya' li Al-Iraqi : 1551.
Saya bukanlah seorang yang arif tentang hadis, namun saya lihat hadis pertama tiada perawi mahupun periwayat dan hadis kedua dikatakan sanadnya lemah, juga tiada perawi dan riwayat daripada siapa. Kisah 1 berkenaan ibu yang sakit dan kisah 2 pula si ayah yang sakit. Apakah status hadis-hadis ini? Jika sanadnya lemah, adakah statusnya 'hadis daif'? Betulkan saya jika tersilap.
Bolehkah kita beramal dengan hadis daif? Sedangkan, para ulama sendiri berkhilaf pendapat dalam penggunaan hadis dhaif. (rujuk : Hukum beramal dengan hadis dhaif)
Dari sumber di atas, ada tiga golongan ulama yang khilaf pendapat iaitu :
Golongan pertama - Hadis dhaif tidak boleh digunakan walaupun untuk tarqib (galakan), tarhib (menakut-nakutkan), fadhail amal (kelebihan beramal) ataupun untuk langkah berjaga-jaga. Ini merupakan pendapat Imam Bukhari dan Muslim, yang disokong oleh Abu Bakar al-Arabi (Mazhab Maliki), Abu Syamah al-Maqdisi (Syafie), Ibnu Hazmin (Zahiri) dan lain-lain.
Golongan kedua - Harus (boleh) menggunakan hadis dhaif jika tidak ada sandaran-sandaran lain tentang sesuatu perkara sama ada daripada al-Quran, hadis, qias, ijma, istihsan dan lain-lain. Ini adalah pendapat Imam Ahmad, Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim. Kata Imam Ahmad: "Hadis dhaif lebih kami sukai daripada fikiran seseorang."
Golongan ketiga - Hadis dhaif boleh digunakan sebagai hujah dalam fadhail amal, peringatan, kisah-kisah, galakan dan sebagainya. Namun begitu secara umumnya tidak boleh digunakan dalam soal akidah dan hukum-hakam. Ini adalah pendapat yang muktamad bagi para ulama muhaqqiqin dengan syarat-syarat yang tertentu. Antara tokoh yang berpegang dengan panangan ini ialah Imam Nawawi dan al-Hafiz Ibnu Hajar.
Saya lebih cenderung kepada golongan pertama, kerana saya pernah membaca artikel di utusan, sahih Imam Bukhari dan Muslim hampir/dekat dengan al-Quran. Jadi, saya guna-pakai pendapat Imam Bukhari dan Muslim dalam bab hadis dhaif juga.
Hasil carian di internet lagi, menemukan saya dengan info di bawah :
Sumber 1 – utusan menyebut :
Peruntukan dalam feqh Prof Dr. Mahmud Ali al-Syarthawiy di dalam kitab Syrah Qanun al-Ahwal al-Syaksiyyah menegaskan harus si isteri ziarah ibu bapanya walaupun tidak mendapat izin suami seminggu sekali, sekiranya kedua ibu bapanya sakit harus baginya menziarahi mereka setiap hari kalau dia mahu.
Harus juga bagi si isteri menziarahi sanak saudaranya dalam sebulan sekali, namun ditegaskan oleh para ulama itu sekiranya suasana aman, sekiranya suasana tidak aman maka tidak harus bagi si isteri keluar tanpa izin suaminya, yang demikian ialah demi menjaga keselamatannya (hlm:162).
Sumber 2 – kias.edu.my/nushus pula menyebut :
Mengenai keluar rumah kerana menziarahi dua ibu bapa walau pun tanpa izin tidak termasuk dalam perbuatan nusyuz mengikut setengah pandangan, malah mereka berpendapat isteri mempunyai hak menziarahi dua ibu bapa lebih kerap sekiranya dua ibu bapanya sakit dan tidak ada orang lain yang menjaganya. Ini tanpa mengira samada di izin atau tidak oleh suami kerana manusia dituntut oleh Islam membuat kebaikan sedaya yang mampu kepada dua ibu bapa ,samada sebelum atau selepas kahwin dan samada ibu bapa Islam atau tidak.
Hanafi hanya membolehkan isteri menziarahi dua ibu bapa tanpa izin sekirnya mereka sakit sahaja. Dengan lain perkataan menziarahi dua ibu bapa tanpa izin tidak termasuk dalam perbuatan nusyuz sekiranya mereka sakit.
Ada pandangan lain menyatakan makruh suami tidak mengizin isteri menziarahi dua ibu bapanya. Alasannya membuat kebaikan kepada dua ibu bapa dan menghubung tali silaturrahim adalah kewajipan yang dituntut oleh agama. Menghalang mereka menziarahi dua ibu bapa menyebabkan berlaku kerenggangan hubungan dan mendorong mereka melaku perbuatan derhaka. Sedangkan melaku kebaikan dan menghubung silaturrahim adalah satu tuntutan Syara'. Firman Allah, (al-Isra' : 24), maksudnya, "Allah telah memfardukan kepada kamu supaya kamu jangan mengabdikan diri melainkan terhadapNya dan kepada dua ibu bapa hendaklah kamu melaku ihsan."
Persoalan yang banyak berlegar di sekeliling kita :
1. Apakah hak seorang suami dalam melarang/menegah isteri daripada menziarahi ibubapanya?
2. Apakah peruntukan undang-undang Islam Negeri dalam hak isteri menziarahi ibubapa/keluarga (tanpa izin suami)?
3. Bukan sedikit isteri dalam dilema terpaksa taat kepada suami sehingga mengabaikan ibubapa. Benarkah ajaran Islam ada menyatakan ketaatan isteri berpindah kepada suami bila dia berkahwin?
4. Bukan sedikit anak perempuan membelakangkan ibu bapa, atas alasan sudah bersuami, malah ramai yang beranggapan isteri adalah hak mutlak suaminya.
5. Bagaimana pula jika ibu bapa yang hanya mempunyai anak perempuan, adakah mereka hilang hak diziarahi anak (jika suami tidak membenarkan)?
Akibat dilema inilah, ada isteri yang menyangka Islam sangat zalim kerana perkahwinan memisahkannya dengan ibu bapa dan keluarganya. Mereka merasakan Islam tidak adil dan banyak memihak kepada suami. Akibat dilema ini juga, ada ibu bapa merasa, rugi sungguh jika mendapat anak perempuan kerana apabila dia bersuami, dia sudah jadi hak suami dan ibu bapa tak dipedulikan lagi. Adakah ini ajaran Islam yang sebenarnya?
Mengikut fahaman saya, taat kepada siapa pun kita harus melihat kepada keadaan/situasi seseorang isteri. Kalau suami halang isteri daripada menziarahi atau menjaga ibubapa yang sakit, apakah isteri perlu taat hanya kerana takut masuk neraka kalau tidak taat?
Ada suami yang beri kata dua kepada isteri, contohnya "Kalau kamu balik kampung ibubapa kamu, jatuh talak satu!", atau isteri diugut begini, "Sekarang awak sudah menjadi isteri saya, jadi awak kena taat pada saya. Bukan taat kepada ibubapa awak. Kalau saya tidak benarkan awak ziarah ibubapa awak, awak tak boleh ziarah."
Dalam situasi di atas, apakah pilihan isteri? Sejauh manakah ketaatan kepada suami mengatasi ketaatan kepada ibu bapa? Apakah jatuh haram isteri (berdosalah) yang langgar perintah suaminya yang melarang dia menziarah ibubapa sakit (contohnya)?
Teringat saya satu kisah suami diktator di slot cerekarama TV3 yang bertajuk 'Dosa Serupa'. Suami diktator begini layaknya diberi fasakh/khulu' sahaja! Jika sudah terang-terangan diktatornya, lebih baik suami itu tinggalkan sahaja. Ini adalah kerana, hilang berkah Allah di situ. Lalu apa yang hendak kita bawa balik ke kampung akhirat nanti? Mengapa pilih neraka dunia, kalau di akhiratpun tidak pasti dapat mengelak neraka akhirat? Pada masa itu sudah tidak boleh 'undo'. Seorang suami tidak sepatutnya zalim kerana menafikan hak isteri dan derhaka pula kepada ibu bapa mertua.
Suami patut ada IHSAN dan EMPATI terhadap isteri, sebab itulah Allah SWT perintah suami agar bergaul dengan isteri dengan cara yang baik, seperti dalam firman Allah SWT di dalam al-Quran, yang bermaksud, "Hai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mempusakai wanita dengan jalan paksa dan janganlah kamu menyusahkan mereka karena hendak mengambil kembali sebagian dari apa yang telah kamu berikan kepadanya, terkecuali bila mereka melakukan pekerjaan keji yang nyata.
Dan bergaullah dengan mereka secara patut. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak." (Surah an-Nisaa' ayat 19)
Dalam ayat al-Quran yang dipetik di atas, Ibn Kathir berpendapat bahawa ayat ini, "… dan hendaklah kamu bergaul baik dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang baik…" bermaksud : para suami hendaklah memperelokkan bicara mereka bersama isteri, hendaklah memperelokkan tingkah laku kepada mereka serta menjaga penampilan yang baik mengikut kemampuan kamu seperti mana yang kamu harapkan daripada mereka iaitu isteri-isteri kamu, maka hendaklah kamu melakukan yang baik-baik itu terhadap mereka seperti yang kamu mahukan daripada mereka. (Ibn Kathir, jld:1, hlm: 466)
Maka jelas lagi terang bahawa hukum bergaul baik dengan isteri adalah WAJIB. Malangnya, berapa ramai yang ikut perintah Allah yang ini? Akibat mengabaikan perintah Allah yang ini, natijahnya amat teruk sekali. Bila suami tidak ikut perintah Allah dan Rasul-Nya, maka, tidak hairanlah isteri tidak taat kepada suami.
Iyalah, jika suami ikut perintah Allah dan Rasul-Nya, secara automatiknya tentu dia juga menjaga hak-hak isterinya. Bila dia menjaga hak-hak isterinya, agak MUSTAHIL isterinya tidak taat kepadanya dan agak MUSTAHIL pula isteri tidak hormat kepada suaminya. Selalunya orang perempuan ini amat tinggi dengan tahap ketaatan dan kesetiaan mereka. Belas ihsan dan empati mereka lebih tinggi (dibanding lelaki), tetapi jika masih ada isteri yang tidak taat walaupun suaminya memenuhi tanggungjawap, adalah silap 'wayarnya' di mana-mana...
Bagi suami yang gagal menggauli isterinya dengan baik sedangkan dia taat kepada suaminya adalah berdosa. Rasulullah SAW juga menganjurkan agar setiap suami menggauli isteri dengan cara yang baik/maaruf. Ini jelas dapat dilihat dalam hadis baginda yang bermaksud, "Lelaki yang paling sempurna imannya ialah lelaki yang paling sempurna akhlaknya, dan sebaik-baik kamu (baik akhlak) ialah mereka yang baik dengan isteri-isterinya." (Hadis riwayat at-Tirmidzi)
Dalam hadis yang lain pula disabda baginda yang bermaksud, "Sebaik-baik kamu adalah yang paling baik terhadap isterinya, dan aku adalah sebaik-baik lelaki kepada isteriku." (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Boleh saja ada yang berkata, "Suami tak patut halang isteri ziarah ibu bapa, akan tetapi jika suami halang, isteri wajib taat. Ini kerana menjalinkan silaturahim bukan hanya dengan berziarah, banyak cara lain lagi."
Ziarah perkataan Arab bererti berkunjung ke~ atau pergi menengok, ada makna 'perjalanan' di situ. Ziarah tidak boleh disamakan dengan talipon/email/surat. Zaman Nabi dulu juga ada cara berhubung juga, saya tak tahu. Mungkin ada yang guna burung merpati, atau surat juga mungkin sudah ada. Saya kurang arif. Walau bagaimanapun ziarah adalah sunnah Nabi, tidak kiralah ziarah ibubapa, ahli keluarga, saudara mara dan saudara semuslim yang lain.
Ziarah kubur pula tidaklah boleh disamakan dengan melihat gambar kubur. Feeling itu berbeza. Tidak sama. Hikmah ziarah memanjangkan silaturrahim, sepertimana dalam sabda Rasulullah SAW yang maksudnya: "Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturrahim." (Hadis riwayat al-Bukhari)
Jika ziarah disamakan dengan talipon/email/surat, konsepnya sama dengan tengok aje laksa yang lazat dan ambil bau saja, TAK BOLEH makan ya...
Kesimpulan
Suami hendaklah berusaha supaya isteri dapat berbuat baik kepada ibu bapanya sendiri. Isteri pula hendaklah menjalankan tanggungjawab kepada suami dan rumahtangga dengan sebaiknya. Suami tidak boleh mementingkan dirinya sendiri sekiranya isteri telah berusaha sedaya upayanya memenuhi tanggungjawabnya. Adalah tidak wajar seorang suami menghalang isteri daripada menziarahi ataupun berbakti kepada ibu bapanya. Dengan kata lain, seorang isteri ada tanggungjawab kepada Allah, diri, suami, anak dan ibu. Memutuskan hubungan antara anak dan ibu adalah perbuatan zalim dan berdosa. Islam tidak pernah menyuruh mana-mana orang berbuat perkara sedemikian.
Ketaatan kepada suami hanya terdapat melalui hadis, tiada ayat dalam al-Quran yang jelas memperincikannya. Ketaatan kepada suami juga BUKAN MUTLAK tanpa kompromi. Sebaliknya, ketaatan kepada ibu bapa banyak disebut dalam al-Quran. Allah SWT menyuruh kita berulangkali supaya berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa. Arahan cukup jelas selepas mentaati Allah tiada ketaatan yang lebih tinggi melainkan mentaati kedua-dua orang tua.
Firman Allah SWT berkenaan berbuat baik kepada kedua ibu bapa yang bermaksud, "Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.
Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ah", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." (Surah al-Isra', ayat 23-24).
Baginda Rasulullah SAW telah banyak berpesan agar setiap anak melakukan kebaikan terhadap kedua ibu bapanya di antara hadis Baginda daripada Anas bin Malik yang bermaksud: Sesungguhnya Nabi SAW apabila menaiki mimbar berkata: "Amin, Amin, Amin," lalu ditanyakan kepada Baginda atas perkara apa tuan ungkapkan amin? Baginda menjawab: Telah datang kepadaku Jibril lalu berkata:
"Wahai Muhammad kecelakaanlah bagi seseorang itu apabila disebut namamu yang mendengar tidak berselawat ke atas engkau, katakanlah wahai Muhammad, "Amin" , maka aku pun kata "Amin" , kemudian Jibril berkata lagi, kecelakaanlah seseorang itu yang memasuki bulan Ramadan tetapi pertemuannya tidak mendapat keampunan, katakanlah "Amin" , aku pun kata "Amin" , kemudian Jibril berkata: "Kecelakaanlah bagi seseorang itu dia bertemu dengan kedua orang tuanya, tetapi pertemuannya dengan kedua orang tuanya tidak melayakkan dia memasuki syurga." (Ibnu Kathir, Tafsir al-Quran al-'Azim, jld:3, hlm: 50 ).
Di samping itu, banyak lagi hadis-hadis Rasulullah SAW yang menyuruh kita berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Keingkaran seseorang dalam mentaati ibu bapa boleh membawa kemurkaan Allah SWT. Tidak kurang banyak riwayat yang mengisahkan balasan ke atas golongan yang menerima balasan segera dan tunai daripada Allah SWT.
Ingatlah, dari Abdullah ban Amru r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Keredhaan Allah daripada keredhaan ibu bapa dan kemurkaan Allah daripada kemurkaan ibu bapa." (Hadis riwayat at-Tirmizi)
Setiap anak yang derhaka akan dilaknat oleh Allah SWT, amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak akan mendapat ganjaran yang memungkinkan perbuatan baik yang dilakukan sepanjang hayatnya akan sia-sia. Oleh itu Islam menitikberatkan keredaan kedua-dua ibu bapa agar hidup sentiasa diberkati Allah.
SEBUAH kenderaan bersandar pada sebatang pokok tumbang selepas puting beliung melanda Tushka, Oklahoma
14 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
RALEIGH: Sekurang-kurang 35 maut di enam negeri di Amerika Syarikat selepas puting beliung dan ribut melanda sejak empat hari lalu yang turut memusnahkan kediaman, perniagaan dan kenderaan di wilayah Carolina dan Virginia.
Gabenor Carolina Utara, Beverly Perdue mengesahkan kematian di empat negeri tetapi masih belum tahu jumlah sebenar manakala stesen televisyen ABC melaporkan 141 puting beliung sudah melanda kali ini.
Terdahulu di Raleigh, lebih seorang terbunuh manakala penyelamat cuba mencari mangsa yang terperangkap di dalam bangunan.
Di Gloucester, tiga terbunuh dan lebih 60 lagi cedera apabila puting beliung ranapkan kawasan pantai sementara pegawai rasmi mengumumkan banjir kilat berdekatan Waynesboro menyebabkan seorang terbunuh, manakala dua lagi hilang.
Perdue berkata, 62 puting beliung besar melanda kawasan itu sejak Mac 1894 apabila sistem pengesan ribut mengesan 22 puting beliung di Carolina Utara dan Selatan menyebabkan 57 maut dan mencederakan ratusan lain.
Serangan puting beliung terbesar melanda Amerika adalah pada 3 hingga 4 April 1974 apabila 307 orang terbunuh selepas 148 puting beliung 'menyerang' 13 negeri.
Mekanik di kedai tayar di Raleigh, Utara Carolina, berkata beliau berlindung dalam traknya semasa ribut melanda manakala rakan sekerjanya berhimpit dalam bilik penyimpanan.
"Ia ribut menggerunkan. Bumbung bergegar dan terus diterbangkan," kata Bryan Jackson.
ALGIERS 18 April - Dua pertempuran berasingan di timur bandar Algiers oleh puak militan Islam hari ini menyebabkan enam orang tentera termasuk anggota polis terbunuh.
Menurut pihak berkuasa dan saksi, pertempuran pertama berlaku pada pukul 10.30 pagi waktu tempatan di daerah Lakhdaria, 75 kilometer timur Algiers menyebabkan seorang anggota polis terbunuh manakala seorang lagi cedera.
Dalam pada itu, pertempuran kedua berlaku di Amal, daerah Boumerdes, menyebabkan lima anggota tentera dan dua pemberontak puak militan Islam terkorban. - Reuters
SHAH ALAM APRIL: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menuntut agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tampil dan menjelaskan isu pemberian kontrak pengubahsuaian Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur kepada firma arkitek adiknya yang juga Timbalan Pengerusi masjid berkenaan, Datuk Nazim Razak.
Pengerusi SAMM, Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard dalam satu surat terbuka kepada Najib yang dikeluarkan pada 10 April lalu menjelaskan SAMM mendapat maklumat bahawa kerja pengubahsuaian telah diberikan kepada firma arkitek Nazim, NRY Architect Sdn Bhd.
"Jikabenar, memandangkan adik Najib juga adalah Timbalan Pengerusi Masjid, maka wajar diperjelas sama ada terdapat percanggahan kepentingan sebagai pemilik firma NRY Architect Sdn Bhd.
"Najib sendiri harus memperjelaskan perlantikan Nazim sama ada atas kapasitinya sebagai Timbalan Pengerusi Masjid ataupun sebagai adik Perdana Menteri sendiri yang jelas kedua–duanya ada pertembungan kepentingan," kata beliau.
Sebelum ini, Najib telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM20 juta bagi membiayai pengubahsuaian Masjid Kampung Baru di Kuala Lumpur yang akan disalurkan melalui syarikat pembangunan strategik milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad pada 5 Februari lalu.
Badrul berkata, isu ini hanya akan menimbulkan persepsi negatif di kalangan rakyat negara ini sekiranya Najib memilih untuk berdiam diri.
Ini kerana, jelas beliau, sebelum ini Najib turut memilih untuk berdiam diri semasa Najib serta Nazim dikaitkan dengan pembunuhan kejam seorang wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu oleh seorang penyiasat persendirian, P Balasubramanian melalui akuan bersumpahnya pada 3 Julai 2008.
Tambah beliau, tindakan Bala yang kemudiannya menarik balik dan menghilangkan diri ke luar negara menyebabkan timbulnya satu tanggapan negatif bahawa Najib mungkin terlibat dalam isu tersebut kerana sikap berdiam dirinya.
Katanya lagi, perkara terbaik dalam mengelak persepsi buruk adalah dengan Najib sendiri menjelaskan pertanyaan yang timbul di kalangan rakyat.
Badrul seterusnya berkata, adalah diharapkan agar Najib dapat memberikan penjelasannya melalui media massa sekiranya Najib menganggap SAMM hanya satu kumpulan kecil yang tiada kepentingan untuk dijawab dengan surat rasmi kerajaan.
KAHERAH - Mahkamah memerintahkan pembubaran part:i pimpinan bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dan merampas segala aset mereka, semalam.
Keputusan yang dibuat terhadap Parti Demokratik Kebangsaan (NDP) pimpinan Mubarak menunjukkan Pemerintah Tentera Tertinggi Mesir sedang berusaha bertindak dengan lebih cepat untuk memenuhi tuntutan rakyat.
"Ia adalah tuntutan utama rakyat untuk melihat parti yang mendominasi politik negara dan kerajaan selama puluhan tahun akhirnya tamat," menurut kenyataan mahkamah.
Keputusan itu diumumkan beberapa hari selepas Mubarak dan kedua anaknya, Alaa dan Gamal diletakkan di bawah tahanan penguat kuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah dan pembunuhan penunjuk perasaan oleh pegawai keselamatan kerajaan.
"NDP mendominasi politik Mesir selama bertahun-tahun lamanya dengan mereka mengadakan pemilihan berdasarkan majoriti secara konsisten di Parlimen, te:rutama undian yang dilakukan terhadap sesama sendiri ketika pilihan raya," tambahnya lagi.
Selesai urusan sidang pada Jumaat, 15 April dalam perjalanan balik selepas mendapat hukuman digantung hadir sekali sidang akan datang saya bergegas balik ke Parit Buntar. Badan rasa letih setelah empat hari mengikuti sidang kali ini namun perjalanan lancar selepas sempat berhenti menunaikan solat di hentian Bukit Gantang dan sempat minum petang bersama ADUN Selingsing dan Gunung Semanggol.
Sebelum saya keluar Tol Bandar baru saya menerima panggilan talifon yang sempat saya lihat tertera pemanggilnya Ah Lee. Lalu saya menjawabnya seperti biasa.
Maka teringatlah bagaimana saya menitipkan pesan kepadanya sekiranya dia sudah balik dari rawatan penyakit kansernya di Hospital Pulau Pinang jangan lupa untuk menghubungi saya.
Sebelum itu dia telah menalipon saya yang dia sedang mendapat rawatan di Pulau Pinang dan saya tidak menjanjikan untuk menziarahinya dalam keadaan kesibukan tugas termasuk kempen di Sarawak dan Sidang DUN Perak.
Sebagaimana dijanjikan dia memaklumkan dia sudah balik ke rumah. Dari suaranya saya mendapati dia semakin uzur dan saya hampir tidak memahami patah demi patah perkataan yang dia ucapkan.
Antaranya dia ucapkan dalam bahasa Manderin " Datanglah sekarang ziarah saya kerana saya sudah tidak ada harapan untuk hidup lagi".
Dek kerana kata-kata itu saya tidak sanggup menangguhkan untuk menziarahi Ah Lee petang itu juga. Saya bergegas sampai dirumah sekitar jam 6.00 petang . Bersama dengan isteri dan pembantu peribadi, Pak Din kami bertiga bergerak ke rumah Ah Lee.
Terkejut saya melihat badannya (seperti gambar) yang jauh sangat kurus dan sangat uzur. Mengikut isterinya, dia mendapat suntikan dos ubat yang berlebihan menyebabkan badannya sudah tidak boleh bergerak dan berjalan lagi.
Semangatnya masih kuat dengan terus menerus mengeluarkan kata-kata dalam bahasa yang separuh saya fahami diselang seli dalam bahasa melayu dan manderin.
Katanya " kita macam adik dengan abang dan sudah kenal lama, saya masih berhajat untuk bantu kamu menang lagi dalam pilihanraya akan datang tapi apakan daya sudah tidak mampu lagi".
Dia memegang tangan saya dengan erat dan membelai pipi saya dan saya sempat mebelai rambutnya yang kelihatan agak jarang dari biasa. Perbualan nya dalam keadaan penuh semangat dan dia nampak cukup gembira dengan kedatang saya dan isteri.
Apa lagi Pak Din adalah rakan baiknya dan dia kalau datang ke pejabat pada masa sihatnya akan berbual panjang dengan Pak Din.
Rasanya begitulah keakraban antara keluarga saya dengan Ah Lee. Teringat pada tahun lepas bila dia bercuti ke Cameron bersama keluarga, saya belanja dia untuk bayar tempat penginapan.
Anaknya cukup menghargai sedikit sumbangan kami dengan mengutuskan sepucuk surat ucapan terima kasih kerana membantu mereka walaupun tidak sebanyak manapun.
Malah balik dari Cameron dia langsung ke rumah saya tanpa balik kerumahnya terlebih dahulu dengan memberikan hadiah sayur-sayuran yang pelbagai jenis dan dalam jumlah yang banyak sehingga mampu saya bahagi-bahagikan kepada jiran dan rakan yang lain.
Pada masa awal dia disahkan mengidap penyakin kanser hati dia menangis sehari sebelum ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan memohon bantuan dalam jumlah wang yang agak banyak, habuannya pada masa itu saya mampu untuk tunaikan jumlah yang dia perlukan.
Sekiranya dia kesempitan wang dia tidak segan untuk memaklumkan kepada saya dan rasanya bantuan kepada 3 orang anaknya yang masih bersekolah dalam keadaan isterinya yang tiada pekerjaan perlu saya fikirkan untuk mencari kaedah untuk membantunya.
Itulah Ah Lee yang telah saya doakan dia masuk Islam dan pernah saya ajak dia memeluk Islam , namun dia sudah pergi untuk selamanya.
Diakhir pertemuan dalam keadaan maghrib sudah hampir menjelang tiba, saya mohon diri untuk balik dan saya berjanji dengan dia akan datang lagi beberapa hari lagi. Ah Lee terus menerus bercakap dan mengatakan sesuatu semacam tidak mahu berpisah dengan kami.
Dengan rasa berat hati saya melangkah keluar dari ruang tempat dia terlantar dan berjanji untuk datang lagi. Sebelum itu saya sudah rasa tidak sedap hati dan meninggalkan no talipon di secebis kertas dan saya berpesan kepada anak dan isteri Ah Lee hubungilah saya kalau ada sesuatu perkara penting.
Kelmarin, petang ahad anaknya menalipon saya memaklumkan bapanya dalam usia 50 tahun, sudah pergi untuk selamanya . Saya ucapkan terima kasih dengan berita itu dan sempat bertanyakan bilakan jenazahnya akan disemadikan.
Hari Khamis ini Ah Lee akan disemadikan dan saya pada hari ini bersama dengan Ah Lee san semua staf Pejabat ADUN titi Serong akan menziarahi jenazah Ah Lee.
Rasanya belum cukup terlewat untuk kami sekeluarga dan Seluruh warga blog Cina Islam dan Pusat Khidmat ADUN Titi Serong mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Ah Lee, dengan harapan semuanya bersabar dengan kehilangan orang yang disayangi.
Pemergiannya satu kehilangan kepada Dewan Himpunan Penyokong Pas Parit Buntar. Usaha gigihnya membantu untuk menghubungkan kami dengan kaum cina di sekitar Parit Buntar adalah usaha yang sukar dicari ganti.
Gambar terakhir saya dengannya pada 15 april lepas.
Ah Lee (kiri sekali) sama-sama meraikan sambutan Hari Terbuka Hari Raya Cina diperkarang Pejabat saya.
Dalam kenangan, Ah Lee duduk disebelah saya untuk mengucapkan "gong xi fa cai" kepada yang hadir dalam perayaan tersebut.
Gambar terakhir saya dengannya pada 15 april lepas.
KUALA LUMPUR, 17 April — Laporan siasatan rakaman video aksi seks, didedahkan "Datuk T" tiga minggu lalu, yang pelakunya didakwa seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat mengikut Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah telah siap, kata polis hari ini.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata laporan lengkap siasatan itu akan diserah kepada Pejabat Peguam Negara pada bila-bila masa dari sekarang untuk tindakan selanjutnya.
"Bagi pihak kami (polis), siasatan telah lengkap dari setiap sudut menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah)," kata beliau dipetik Bernama Online hari ini.
Oleh itu kata beliau, terpulang kepada Peguam Negara untuk mengambil sebarang tindakan susulan terhadap kes ini dan sekiranya ada mana-mana perkara yang perlu disiasat semula atas arahan Peguam Negara, "kita akan siasatlah."
Ditanya mengenai maklum balas syarikat pengedar jam Omega mengenai identiti pemilik jam tangan itu, Acryl berkata polis tidak mempunyai kuasa untuk memaksa pengedar jam berkenaan memberi maklumat berhubung identiti pemilik jam terbabit.
"Kita tunggu sahajalah . . . kami tidak boleh paksa mereka untuk beri maklumat siapa pemilik jam tangan itu," katanya.
Jam tangan itu merupakan antara dua barang bukti, selain rakaman video seks, yang diserahkan kepada polis oleh bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari Perkasa Datuk Shuiab Lazim bagi tujuan siasatan berhubung video itu.
Susulan itu, polis telah menyerahkan kad pendaftaran jam itu kepada syarikat berkenaan bagi tujuan pengesahan siapa pemiliknya dan memberikan tempoh seminggu untuk syarikat itu memberikan jawapan.
"Identiti pemilik jam itu bukan merupakan satu isu (dalam melengkapkan siasatan), apa yang penting dalam siasatan kita (Seksyen 292) adalah siapa penayang video itu," kata Acryl.
Pada 21 Mac lalu, video itu dipertontonkan kepada beberapa wartawan terpilih oleh satu kumpulan dikenali sebagai "Datuk T" di Carcosa Seri Negara.
Misteri Datuk T yang bermaksud "Trio" itu terjawab pada satu sidang akhbar di sebuah hotel pada 23 Mac lepas apabila Rahim, Shazryl Eskay dan Shuib mengaku terlibat dalam penayangan video berkenaan.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar baru-baru ini mengumumkan bahawa rakaman video seks itu adalah tulen selepas disahkan oleh pakar tempatan yang memeriksa video berkenaan.
Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin merakamkan ucapan terimakasih yang tidak terhingga kepada seluruh jentera pilihanraya PAS dari perlbagai peringkat serta orang perseorangan yang bertungkus-lumus dan menyumbang tenaga, masa dan wang ringgit dalam menghadapi Pilihanraya Dewan Undangan negeri Sarawak yang baru sahaja berakhir. Tahniah juga kepada semua calon PAS yang mampu berhadapan dengan segala bentuk cabaran dan rintangan tanpa penat dan lelah sepanjang tempoh berkempen itu. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Mohamad Izan Yaakob, yang juga merupakan petugas PAS dari Kelantan yang telah kembali ke rahmatullah di bilik gerakan DUN Beting Maro pada hari pengundian dijalankan. Semoga Allah merahmati roh beliau dan ditempatkan di kalangan para solihin.
Kepada semua calon PAS, teruskanlah urusan anda bersama dengan masyarakat di sekeliling anda dengan membawa mesej yang jelas tanpa mengira waktu dan ketika. Sesungguhnya Allah jualah yang mampu membalas segala kerja buat kita dalam membawa suara Islam yang menjadi asas perjuangan PAS sejak sekalian lama itu.
Sesungguhnya keputusan pilihanraya itu adalah merupakan satu muhasabah terhadap langkah dan strategi dalam kita memugar gerombolan lawan kita dalam pilihan raya itu. Tentunya masih banyak yang perlu ditambah baik oleh kita semua supaya pendekatan kita akan menjadi lebih efektif, dan mampu untuk merobohkan tembok besar yang masih berlegar dalam ruang pemikiran pengundi yang ada di depan kita. Apapun, sekali-kali setiap anggota jentera parti tidak seharusnya merasa lemah dan kecewa dengan keputusan pilihan raya yang sama-sama kita ketahui itu.
PAS juga ingin menyampaikan ucapan terimakasih yang tidak terhingga kepada semua pengundi yang memilih PAS dalam pilihan raya ini. Kami semua tidak akan mengecewakan tuan-puan sekalian, insyaAllah kami akan terus berkhidmat kepada semua menerusi calon dan jawatankuasa PAS di peringkat masing-masing.
Saya juga telah mengarahkan Pesuruhjaya PAS Sarawak untuk berbincang dengan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat bagi menentukan masa, kaedah dan tempat yang sesuai untuk meraikan calon dan seluruh petugas pilihanraya PAS di Sarawak menerusi satu majlis khusus yang akan diadakan nanti.
17-04-2011 : Ahad, Satu majlis penyerahan sijil keahlian kepada ahli baru PAS telah diadakan dengan jayanya di Markas PAS Masjid Tinggi. Seramai 125 orang ahli baru menerima sijil keahlian masing-masing. Majlis yang dinamakan dengan "Majlis Silaturrahim Ahli Baru" di pengerusikan oleh Ustaz Mohd Sabri Bin Haji Sabran. Majlis di mulai dengan ucapan YDP PAS Kawasan YB Hj Ramli Hj Tusin dan diikuti dengan ucapan motivasi oleh Ustaz Rosidi Bin Husin, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang dan majlis diakhiri dengan penyerahan sijil kepada ahli baru dan kepada wakil cawangan-cawangan yang terlibat.
You are subscribed to email updates from n12selinsing To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Ucapan khas kepada semua penyokong dan pendokong yang pergi dan yang mendoakan kejayaan jentera parti.... terutama sekali kepada pasukan PAS Dusun Tua yang pergi berjuang di Sarawak baru-baru ini. _________________________________________
Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin merakamkan ucapan terimakasih yang tidak terhingga kepada seluruh jentera pilihanraya PAS dari perlbagai peringkat serta orang perseorangan yang bertungkus-lumus dan menyumbang tenaga, masa dan wang ringgit dalam menghadapi Pilihanraya Dewan Undangan negeri Sarawak yang baru sahaja berakhir.
Tahniah juga kepada semua calon PAS yang mampu berhadapan dengan segala bentuk cabaran dan rintangan tanpa penat dan lelah sepanjang tempoh berkempen itu.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Mohamad Izan Yaakob, yang juga merupakan petugas PAS dari Kelantan yang telah kembali ke rahmatullah di bilik gerakan DUN Beting Maro pada hari pengundian dijalankan. Semoga Allah merahmati roh beliau dan ditempatkan di kalangan para solihin
Kepada semua calon PAS, teruskanlah urusan anda bersama dengan masyarakat di sekeliling anda dengan membawa mesej yang jelas tanpa mengira waktu dan ketika. Sesungguhnya Allah jualah yang mampu membalas segala kerja buat kita dalam membawa suara Islam yang menjadi asas perjuangan PAS sejak sekalian lama itu.
Sesungguhnya keputusan pilihanraya itu adalah merupakan satu muhasabah terhadap langkah dan strategi dalam kita memugar gerombolan lawan kita dalam pilihan raya itu. Tentunya masih banyak yang perlu ditambah baik oleh kita semua supaya pendekatan kita akan menjadi lebih efektif, dan mampu untuk merobohkan tembok besar yang masih berlegar dalam ruang pemikiran pengundi yang ada di depan kita. Apapun, sekali-kali setiap anggota jentera parti tidak seharusnya merasa lemah dan kecewa dengan keputusan pilihan raya yang sama-sama kita ketahui itu.
PAS juga ingin menyampaikan ucapan terimakasih yang tidak terhingga kepada semua pengundi yang memilih PAS dalam pilihan raya ini. Kami semua tidak akan mengecewakan tuan-puan sekalian, insyaAllah kami akan terus berkhidmat kepada semua menerusi calon dan jawatankuasa PAS di peringkat masing-masing
Saya juga telah mengarahkan Pesuruhjaya PAS Sarawak untuk berbincang dengan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat bagi menentukan masa, kaedah dan tempat yang sesuai untuk meraikan calon dan seluruh petugas pilihanraya PAS di Sarawak menerusi satu majlis khusus yang akan diadakan nanti.
Dato' Seri Abdul Hadi Awang Presiden PAS 17 April, 2011/ 13 Jamad-al-Awwal, 1432
Apa pun keputusan di Sarawak perjuangan akan diteruskan. Sekiranya perjuangan ini berhenti di atas kegagalan nescaya Islam tidak akan berkembang. Nabi juga pernah kecewa, pernah kalah dalam peperangan dan juga berhadapan pelbagai mehnah serta tribulasi. Namun kita hanya akan merasai kemanisan kemenangan dalam perjuangan apabila perjuangan itu berliku. Kemenangan tanpa perjuangan umpama jaguh kampung yang menang kerana orang lain tak nak lawan dengan kita. Menang pun tak seronok.
PAS akan meneruskan usaha. Kami sedar kita berhadapan dengan UmNo yang tidak segan silu memperkuda dan mempergunakan jentera kerajaan serta dana negara untuk keuntungan politik. Setiap kali pilihanraya seluruh jentera kerajaan akan dikerah untuk menabur sebanyak mungkin gula-gula kepada rakyat. Bila sudah menang.... segalanya balik asal.
PRU 13 pasti menjanjikan sesuatu yang lebih getir. UmNo sedar orang cerdik terutamanya yang tinggal di bandar dan orang Cina sudah lama menolak UmNo dan BN. Tetakutan BN terhadap penduduk bandar dan kawasan majoriti Cina menyebabkan UmNo akan berbuat apa sahaja untuk mempertahankan simpanan tetap mereka iaitu kawasan majoriti orang Melayu tradisional. Tidak terkecuali di DUN Dusun Tua. Kawasan batu 14 hingga ke Pangsoon san Sg Lui merupakan kawasan orang Melayu tradisional yang pasti cuba dipertahankan oleh UmNo.
Ketakutan orang Melayu terhadap DAP dan Cina yang ditanam selama ini oleh UmNo akan dipergunakan bagi memastikan orang Melayu terus membenci dan membangkitkan perasangka yang berterusan terhadap orang Cina dan DAP. Parti ultra Melayu ini (UmNo) tidak kisah tentang perpaduan masyarakat..... Asalkan UmNo menang mereka meletakkan selain daripada itu adalah tidak penting.
Mungkin orang UmNo tidak sedar bahawa MCA juga Cina.... Gerakan juga majoriti Cina. Namun UmNo akan terus memberi gambaran DAP sahaja Cina. Sebab itulah apabila DAP memerintah Pulau Pinang kecoh satu Malaysia yang Cina memerintah Pulau Pinang. Apa selama ini Koh Tsu Koon itu Melayu ke?
Orang Melayu yang dididik oleh UmNo selama lebih 54 tahun masih berpegang dengan aqidah yang dibawa oleh UmNo... iaitu hanya UmNo sahaja yang pandai.... Orang lain bodoh belaka. Hari ini kalau kita membaca mana-mana laman web UmNo tiada lain yang mereka jaja melainkan kebencian dan buruk sangka. Sumpah seranah dan maki hamun adalah bahasa mereka. Inilah kejayaan UmNo.
Islam pada UmNo hanyalah solat, zakat, haji, nikah kahwin dan tahlil. Oleh kerana terlalu lama orang Melayu dididik seperti ini, maka majoriti orang Melayu terutama sekali masyarakat konvensional terus menerima dan berpegang dengan aqidah UmNo ini.
Cabaran untuk memperbetulkan pemikiran orang Melayu ini bukan sesuatu yang mudah. Ia akan memakan masa dan pastinya amat lama. Kesungguhan dan proses pendidikan yang berterus perlu dibuat bagi memastikan ilmu Islam itu sampai kepada mereka. Ataupun kita terpaksa menunggu hingga generasi ini pupus.
PAS tidak akan berhenti dan putus asa. Perjuangan adalah kewajiban dan kemenangan adalah bonus. Namun untuk berhenti tidak sama sekali... Melainkan sehingga UmNo meninggalkan perjuangan bangsanya dan meletakkan Islam diatas segalanya. Hingga UmNo meninggalkan perlembagaan yang sedia ada dan meletakkan Al-Quraan, hadith, Ijma dan qias di atas.... PAS akan terus menentang UmNo. Bila ini berlaku maka tugas PAS adalah meneruskan dakwah.
Selamat meneruskan perjuangan kepada semua sahabat.
TULISAN AWANG SELAMAT :Kepada BN, janganlah diharapkan sesuatu yang samar malah mungkin boleh memakan diri. BN perlu merangka strategi baru tanpa mengharapkan pengundi Cina akan kembali menyokong parti itu. BN TIDAK PERCAYA KAUM CINA KE!!!! BN mampu memerintah tanpa sokongan kaum Cina,
Realiti baru
AWANG bersyukur Barisan Nasional (BN) dapat mengekalkan kuasa memerintah Sarawak pada pilihan raya negeri itu semalam.
Walaupun ia merupakan pilihan raya paling mencabar, majoriti rakyat Sarawak memberikan mandat kepada BN. Segala kebimbangan kononnya akan berlaku tsunami sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh pembangkang, tidak menjadi kenyataan. Walaupun BN memperoleh 55 kerusi berbanding 63 pada 2006 tetapi kemenangan dua pertiga itu amat signifikan.
Awang mengucapkan tahniah kepada rakyat Sarawak kerana tidak terjebak dengan sentimen liar, manipulasi dan putar belit pemimpin pembangkang tertentu terutama Anwar Ibrahim.
Kempen untuk mengubah kerajaan negeri nampaknya hanya disambut oleh majoriti pengundi Cina. Masyarakat bumiputera tetap teguh bersama BN.
Keputusan tersebut mempunyai makna yang perlu diterjemahkan oleh kerajaan negeri pimpinan Abdul Taib Mahmud. Awang berharap Taib akan menubuhkan Kabinet dengan mengambil kira realiti daripada peti undi. Ternyata, rata-rata pengundi Cina menolak BN dan menyokong DAP. Maka kerajaan negeri BN tidak lagi boleh bersikap terlalu pemurah untuk memberikan tempat kepada perwakilan kaum itu. Kabinet Sarawak mesti reflektif kepada keputusan dan sikap pengundi. Mesej yang jelas perlu disampaikan. Taib sewajarnya perlu lebih memberi penghargaan kepada golongan yang menyokong beliau dan kerajaan BN.
Dalam pilihan raya kali ini, suka atau tidak, penghargaan atas kemenangan BN harus diberi kepada Taib selaku Pengarah pilihan raya BN Sarawak dan para pemimpin BN negeri itu. Tetapi penghargaan lebih istimewa adalah kepada Perdana Menteri, Mohd. Najib Tun Razak dan timbalannya, Muhyiddin Yassin yang bekerja keras mendampingi rakyat Sarawak sejak beberapa bulan lalu. Kehadiran Najib dalam kempen banyak membantu. Awang sendiri melihat kegigihan beliau dan menyaksikan kunjungan beliau ke merata tempat, mendapat sambutan hebat daripada rakyat. Komitmen yang tinggi turut diperlihatkan oleh seluruh jentera BN sama ada dari pusat mahu pun negeri.
Namun banyak pengajaran yang perlu diambil oleh BN selepas ini termasuk dalam persiapan menghadapi pilihan raya umum nanti. Sekali lagi, sikap pengundi Cina semakin jelas terus menolak BN. Awang percaya, sentimen pengundi Cina di Semenanjung juga masih sama. Hakikatnya, selepas menguasai ekonomi negara sebegitu lama, masyarakat Cina mahukan pengaruh dan kuasa politik yang dominan. Kepada BN, janganlah diharapkan sesuatu yang samar malah mungkin boleh memakan diri. BN perlu merangka strategi baru tanpa mengharapkan pengundi Cina akan kembali menyokong parti itu. Itu risiko besar maknanya. Usahlah dirayu dan dipenuhi segala permintaan jika akhirnya sokongan tetap kepada DAP. Biarlah sokongan itu secara natural datang sendiri. Jika pun pengundi Cina terus menolak BN, janganlah bimbang, akan ada jalan keluarnya.
Keputusan pilihan raya Sarawak kemungkinan besar boleh berulang pada pilihan raya umum. BN mampu memerintah tanpa sokongan kaum Cina, walaupun senario itu mahu dielakkan. Yang penting ialah memperkasakan lagi golongan pengundi yang menjadi penyokong setia. Jangan yang dikejar tidak dapat, yang dikendung keciciran. Dengan sokongan bumiputera, Melayu, kaum India dan etnik lain, yang kian meningkat, potensi BN untuk menang tetap besar.
Jika ada penambahan peratusan kecil pengundi Cina, itu bonus. Semua pihak perlu bersedia dengan realiti baru. Keyakinan ke arah itu mesti bermula dari sekarang. Awang sudah lama bersedia. -UM
BATU PAHAT: Maarof Abd Mutalib, suami calon PAS bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Normala Sudirman, diarah bertukar ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Pengelih, Pengerang, Kota Tinggi berkuatkuasa 1 April lalu.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata pertukaran itu sebagai tindakan tatatertib terhadap Maarof, 45, yang sebelum ini bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Tenang Stesen, Segamat, berikutan menyalahgunakan sijil sakit bagi menemani isterinya, berkempen pada pilihan raya kecil DUN Tenang, Januari lalu.
"Pertukaran itu dibuat selepas kita meneliti jawapan surat tunjuk sebab Maarof berhubung isu beliau menyalah guna sijil sakit untuk bercuti daripada tugasnya sebagai guru dan sebaliknya berkempen di Tenang.
"Kita dapati Maarof melakukan kesalahan serius secara nyata iaitu menyalahguna sijil sakit itu bagi menemani isterinya berkempen sedangkan jika sekiranya benar sakit, beliau seharusnya berehat di rumah.
"Ia juga kesalahan tatatertib untuknya menyertai kempen politik pada pilihan raya kecil itu kerana beliau tidak mendapatkan kebenaran rasmi untuk berbuat demikian.
Oleh itu, kita mengambil keputusan untuk menukarkan Maarof ke sekolah lain," katanya selepas Program Juara Rakyat di Taman Sri Penggaram, di sini, semalam.
Januari lalu, Maarof mencetuskan kontroversi apabila tindakannya mengambil cuti sakit selama dua minggu daripada tugasnya sebagai guru dan disahkan menghadapi masalah kemurungan serius tetapi dilihat menemani isterinya berkempen pada pilihan raya kecil DUN Tenang. Maarof dilaporkan memberitahu media beliau memohon cuti semata-mata menemani isterinya, Normala untuk berkempen sehingga selesai pilihan raya kecil itu.
Sementara itu, Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran ketika dihubungi berkata, surat pertukaran itu sudah diserahkan kepada pihak berkenaan tetapi pihaknya tidak pasti sama ada Maarof sudah mula mengajar di SMK Tanjung Pengelih seperti diarahkan.
"Perkara ini perlu dikemukakan kepada Pejabat Pelajaran Daerah Segamat atau Kota Tinggi bagi mendapat kesahihan. Bagaimanapun, jika Maarof tidak menurut arahan pertukaran itu, surat ingkar perintah akan dikeluarkan menyebabkan gajinya boleh ditahan atau tindakan lebih berat termasuk dibuang kerja," katanya.
Dalam kes Pengetua yang bercakap perkauman Muhyiddin kata kementerian tiada kuasa untuk mengambil tindakan tatatertib. Mana yang betulni?
BETING MARO, 16 April: Seorang petugas PAS dari Kelantan, yang bertugas sejak hari pertama kempen di sini, meninggal dunia kira-kira jam 1.30 petang ini.
Allahyarhan Mohammad Izan bin Yaakob, 56, didakwa meninggal ketika sedang berbual bersama rakan-rakan di bilik gerakan PAS Beting Maro.
Beliau adalah petugas PAS dari Machang dan juga Ketua Cawangan PAS Lubuk Simpul machang.
Urusan membawa pulang jenazah sedang diusahakan oleh petugas di sini.
Sekarang sedang menunggu pihak hospital datang untuk membawa jenazah ke hospitak Betong.
Pimpinan yang ada di sini selain calon, Yb Zaki timbalan speaker kelantan, baihaqi atiqullah, yb che lah, yb fatah harun.
Jenazah dijangka dibawa pulang esk, pihak keluarga telah dimaklumkan.
You are subscribed to email updates from PAS LENGGONG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Mesyuarat Agong PAS Kawasan Hulu Selangor telah selamat dijalankan dari jam 9pg hingga 6 ptg 17 April termasuk penggundian bagi pemilihan Pimpinan baru PAS Kaw Hulu Selangor yang dirasmikan oleh AJK PAS Pusat Dr Syed Azman Bin Syed Ahmad Nawawi. Beliau meyarankan ahli PAS adalah mempunyai tugas utama iaitu menjadi seorang politik dan menjadi seorang Daie. Dilaporkan Yang DiPertua PAS Kawasan Hulu Selangor yang baru ialah Tuan Hj Idris Bin Ahmad. Tahniah pada saf pimpinan ajk yang baru.
Presiden UMNO merangkak Presiden BN terlupa dengan pujiannya sendiri terhadap kemenangan bernasib baik BN dalam PRN 10 Sarawak semalam. Beliau lupa bahawa UMNO sekian lama masih ditolak oleh Sarawak tidak seperti di Sabah. Malunya menumpang atau takut pada Taib Mahmud. Dari PM sebelum ini termasuk Tun Mahathir tiada siapa Presiden UMNO yang berani membawa UMNO ke negeri Sarawak. Adakah PM takut Taib akan bawa keluar Sarawak dari Malaysia ... almaklumlah keluasan Sarawak adalah lebih besar dari keluasan Semenanjung Malaysia.
UMNO melalui pemimpinnya dan ahli-ahli dan blogger UMNO patut malu dengan DAP dan PKR yang sudah mendapat mandat di hati rakyat Sarawak dan terus bertapak di Sarawak, malah kalau SPR tidak membelot dari pendiriannya sudah tentu PAS telah menang 2 DUN iaitu di DUN Muara Tuang dan DUN Sadong Jaya. Kemenangan tanpa bertanding ini adalah sah disegi undang-undang tapi dinafikan oleh Pengarah SPR di kedua DUN tersebut. Calon PAS Sadong Jaya patut menang kerana calon BN kantoi menyerahkan surat perletakan jawatan apabila menjadi calon. Manakala DUN Muara Tuang memang jelas dimenangi Calon PAS kerana calon BN ini juga kantoi bila gagal menyerahkan penyata akaun kepada SPR sehingga tamat tempoh pencalonan.
Hilang 16 Kerusi, Najib Mungkin Tunda PRU-13 ? Pada pendapat teman , Najib kalau ada cukup RM beliau akan terus buat PRU13 , tk kira sumber RM dari mana? Kita harap beliau tidak mengharap pinjaman dari negara Jiran seperti Singapura atau Brunei dengan tawaran 'senyap'.
SHAH ALAM 16 APRIL :Kehilangan 16 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak mungkin menyebabkan hasrat Perdana Menteri Najib Razak membubarkan parlimen tahun ini, terbantut.
Walaupun berjaya mengekalkan majoriti dua pertiga, ia belum cukup gah untuk memberi jaminan kepada BN bahawa tampuk kekuasaan akan kekal menjadi milik gagasan itu, kata Penganalisis Politik, Prof Dr Abdul Aziz Bari.
Beliau ketika dihubungi menambah, walaupun Perdana Menteri Najib Razak sebelum ini berkata, PRN Sarawak akan dijadikan inspirasi bagi menentukan pilihan raya umum, namun pada masa kini, Najib perlu memikirkan hal itu sedalam-dalamnya.
"Ramai yang melihat bahawa keputusan PRN Sarawak kali ini, BN tidak akan berani untuk membuat pilihanraya umum dalam masa terdekat. Oleh kerana mereka melihat penentangan segolongan besar pengundi itu masih kekal.
"Dari segi kemenangannya pula saya fikir ia adalah kemenangan yang agak mahal kerana mereka terpaksa membelanjakan banyak dengan membeli secara terbuka di sesetengah tempat," kata Aziz.
"Jadi dalam konteks Sarawak, simpanan tetap itu mungkin lebih sukar lagi kerana ketua menteri yang dilantik itu akan kekal untuk jangka masa tiga hingga empat tahun lagi dan tidak mudah untuk Najib menyingkitkan Taib dengan mudah," tambahnya lagi.
Menurut Aziz, selain perlu memikirkan merosotnya sokongan pengundi di Sarawak kepada BN terutama sekali terhadap Ketua Menterinya, Taib Mahmud, Najib sekali lagi "tersentak" apabila Taib mengumumkan hanya akan bersara "sekitar pertengahan penggal ini".
Taib yang mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak malam tadi, sekali lagi menzahirkan hasratnya untuk berundur buat kesekian kalinya.
Kenyataan Taib itu bercanggah dengan Najib yang mengumumkan bahawa Taib akan berundur selepas PRN negeri ketika siri kempennya.
"Dengan kata lain, Taib Mahmud akan terus menjadi liabiliti di Sarawak dalam tempoh dua hingga tiga tahun. Dan pilihanraya (pula) terpaksa diadakan dalam tempoh lebih awal dari itu," jelas Aziz, sekaligus mendatangkan masalah kepada Najib.
Oleh itu katanya, kejayaan BN mengekalkan kuasanya di Bumi Kenyalang bukanlah suatu perkembangan positif yang mampu mengekalkan keyakinan rakyat untuk terus setia bersama parti itu.
Dengan kata lain, kemenangan di Sarawak dengan mengekalkan dua pertiga majoriti bukan semestinya baik kepada BN. Khususnya dari segi menjamin kemenangan dalam PRU 13.
"BN tidak boleh lagi menganggap Sarawak sesuatu yang selamat lagi. Pakatan Rakyat semakin kuat dan diterima kerana ia bukanlah satu andaian kerana ia adalah fakta bahawa mereka sudah semakin diterima sebagai satu entiti yang mantap," jelasnya lagi.
Malah kata Aziz, dapat dilihat ketidaksefahaman antara Najib dan Taib apabila Pengerusi BN itu lebih memikirkan kemenangan kepada BN namun Taib sebaliknya mahu kekal di tampuk pemerintahan tanpa mempedulikan keputusan pilihan raya.
Namun ujar beliau, apa yang lebih penting ialah perjuangan dan keinginan memuncak rakyat yang mahukan perubahan.
Rakyat Sarawak dilihat mula membuka ruang kepada pembangkang dan ia merupakan petanda positif bahawa masyarakat di negeri Bumi Kenyalang semakin menerima sistem dua parti di negara ini.
Tambah Aziz, menerusi jumlah kerusi yang dimenangi Pakatan Rakyat pada pilihanraya negeri itu semalam, jelas menunjukkan bahawa ia adalah pencapaian yang mampu menggugat kedudukan BN di Sarawak.
Ini kerana, Pakatan Rakyat bukan sahaja berjaya menangkis permasalahan yang ditimbulkan parti lawan, malah sikap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri yang berperanan untuk memenangkan BN gagal melemahkan pembangkang untuk membawa perubahan besar kepada rakyat di negeri itu.
Saya pernah menulis mengenai Bob Lokman, bekas insan seni duniawi terkenal yang telah memilih untuk meninggalkan dunianya itu dan berhijrah secara profesional kepada seni baru yang lebih hakiki dan benar beberapa minggu lepas. Saya menulis mengenai taubat, sebab dan hikmah Allah menjadikan kehidupan di dunia ini dipenuhi ujian dan pancaroba. Saya juga menyatakan harapan untuk [...]
BATU PAHAT – Kerana dendam, Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran (bukan gambar) telah menghukum Cikgu Maarof Abd Mutalib iaitu suami kepada calon Pas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dengan memindahkan beliau dari SMK Tenang Station, Tenang ke SMK Tanjung Pengelih, Pengerang yang jaraknya hapir 250 km atau kira-kira 3 jam setengah perjalanan.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Puad Zarkashi (bukan gambar) berkata, Maarof turut melakukan satu lagi kesalahan serius iaitu mengingkari peraturan yang tidak membenarkan seorang guru terlibat dalam kempen pilihan raya.
"Sebagai seorang guru, beliau tidak sepatutnya terlibat dalam kempen pilihan raya. Jadi dua kesalahan besar telah dilakukannya iaitu berkempen bagi pihak isterinya.
Markom Giran yang turut berkempen untuk UMNO babi ketika dihubungi mengesahkan arahan pertukaran Maarof berkuat kuasa 1 April 2011.
KOTA BARU, 17 April — Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, akur Pakatan Rakyat telah gagal menawan Sarawak pada pilihan raya negeri ke-10 semalam.
Walaupun gagal menumbangkan Barisan Nasional, beliau gembira dengan peratusan undi yang meningkat terhadap Pakatan Rakyat.
Dipetik Bernama Online, Menteri Besar Kelantan itu berkata ia membuktikan rakyat Sarawak semakin menerima kehadiran pembangkang di negeri itu terutama undi yang diterima DAP.
"Penduduk bandar jelas menolak Barisan Nasional (BN) dan memihak kepada DAP tetapi bagi PAS kita gembira sokongan semakin meningkat walaupun tewas kesemua kerusi," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini, hari ini.
Pada pilihan raya negeri itu semalam, BN memenangi 55 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan dengan DAP memenangi 12 kerusi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) tiga manakala satu lagi kerusi dimenangi calon Bebas.
Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh berkata undi kaum Cina yang meningkat terhadap DAP itu berkemungkinan kerana mereka telah terpengaruh bahawa pembangkang akan membentuk kerajaan baru di negeri itu.
"Mungkin mereka telah tersilap percaturan kerana percaya dakyah DAP dan apa pun kemenangan BN di Sarawak membuktikan mereka tetap mahukan kemajuan dan perpaduan yang dibawa BN," katanya.
KUALA LUMPUR, 17 April — Laporan siasatan rakaman video aksi seks, didedahkan "Datuk T" tiga minggu lalu, yang pelakunya didakwa seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat mengikut Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah telah siap, kata polis hari ini.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata laporan lengkap siasatan itu akan diserah kepada Pejabat Peguam Negara pada bila-bila masa dari sekarang untuk tindakan selanjutnya.
"Bagi pihak kami (polis), siasatan telah lengkap dari setiap sudut menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah)," kata beliau dipetik Bernama Online hari ini.
KUALA LUMPUR, 17 April — Kegagalan PAS untuk memenangi sebarang kerusi pada pilihan raya negeri Sarawak menunjukkan parti Islam itu masih belum diterima pengundi — walaupun mendapat sokongan kuat di Semenanjung, kata penganalisis politik.
Menurut Datuk Dr Zainal Kling, berbanding PKR dan DAP, hanya PAS yang tidak memenangi sebarang kerusi walaupun Pakatan Rakyat berjaya mendapat 15 kerusi.
Kali ini PAS bertanding di lima kerusi berbanding satu pada 2006.
Walaupun tiada kerusi dimenangi tetapi undi popular diterima parti itu meningkat kali, kemungkinan antara lain kerana jumlah kerusi ditandingi kali ini.
Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerajaan negeri Sarawak dalam persaingan paling sengit dengan memperoleh 55 kerusi Dewan Undangan Negeri manakala Pakatan Rakyat, yang pertama kali bertanding di bawah perikatan tiga parti pula mendapat 15 kerusi dan Bebas satu. DAP menyumbangkan 12 kemenangan manakala PKR tiga kerusi.
"Dari segi individu parti sudah tapi PAS masih belum bertapak di kawasan-kawasan Melayu, belum dapat.
"Saya fikir fahaman PAS itu belum meluas diterima di Sarawak, fahaman PAS yang mahu mengadakan negara Islam, membina masyarakat Islam seperti acuan mungkin penyebab mengapa PAS ditolak," kata Zainal kepada The Malaysian Insider.
PAS tewas di kesemua kerusi yang ditandingi parti Islam itu iaitu Tanjung Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro.
Tambah Zainal, Pakatan Rakyat terutamanya PAS akan mengeksploitasikan kekalahan itu dengan tujuan memburukan BN.
"Umumnya pengundi masih belum menerima pendekatan PAS itu, saya fikir PAS akan mengeksploitasikan keadaan ini, selain itu DAP juga akan mengekspoitasikan kemenangan.
"PAS belum menang kerusi walaupun sokongan bertambah," katanya.
Pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian pula berkata faktor utama kegagalan PAS adalah kerana parti Islam itu gagal mendapat sokongan pengundi Melayu.
Selain itu, jelas Sivamurugan, kemungkinan pengundi di Sarawak tidak menerima PAS kerana tidak faham dasar perjuangan yang dibawa parti itu.
"PAS gagal untuk meyakinkan pengundi-pengundi di Sarawak, mungkin dasar perjuangan PAS itu menyebabkan parti itu ditolak.
"Mungkin juga apa yang dibawa PAS tidak difahami pengundi-pengundi dengan sepenuhnya... PAS gagal kerana pengundi tidak faham apa perjuangan PAS," katanya.
Tambah beliau, walaupun PAS kuat di Semenanjung, namun di Sarawak parti itu gagal untuk mendapat sokongan majoriti besar pengundi.
"PAS parti Semenanjung, memang PAS kuat tapi di Sarawak PAS gagal.
"Dengan dasar perjuangan PAS yang tidak difahami pengundi menyebabkan mereka tidak menerima PAS," katanya.
BOTA: Siapa sangka, daripada hanya guru biasa di sekolah luar bandar, seorang wanita tempatan meraih populariti lebih sejuta pengunjung laman web sosial dari seluruh dunia melalui klip video miming 'gila-gila' yang diciptanya.
Terbaru, lakonan nyanyian miming bersama solekan ekspresi muka melalui lagu 'Kalau Berpacaran' nyanyian Suhaimi Mior Hassan dan Ana Raffali berjaya membuatkan nama Cikgu Syida semakin diminati di kalangan pelayar Internet.
Cikgu Syida atau nama sebenarnya Roshida Abd Aziz, 30-an, berkata minatnya bermula dengan niat suka-suka berbekalkan kamera dan komputer yang dibeli 10 tahun lalu.
"Semuanya bermula apabila timbul hasrat membuat miming lagu 'Selamat Hari Raya' dendangan Rahimah Rahim pada Ramadan tahun lalu sebelum klip video itu dimuat turun melalui laman web Youtube.
"Namun percubaan itu dibalas dengan kata-kata cerca dan hinaan. Lebih teruk, ada yang menuduh saya gila dan sakit mental kerana menghasilkan klip video itu," kata guru Sekolah Rendah Kebangsaan Pulau Padang di Bota Kiri, di sini, ketika ditemui Metro Ahad.
Menurutnya, kata-kata kesat terbabit bukan hanya dilontarkan oleh kenalan dan rakan, malah turut dikirim puluhan pelayar di Internet.
"Namun semua itu tidak melemahkan semangat saya untuk memberi dan mencari hiburan tersendiri di samping berkongsi pengalaman bersama rakan di Internet," kata guru Bahasa Inggeris itu.
Menceritakan pengalaman klip video pertamanya, dia mendakwa pernah merah muka dan menahan malu apabila rakaman itu dimuat turun daripada Internet dan ditayangkan ketika majlis alumni sekolah, hari raya lalu.
"Pada masa itu saya fikir nak sorok muka bawah meja kerana terlalu malu dan bimbang dikutuk rakan.
"Namun ia bertukar gembira apabila rakan memberi tepukan gemuruh dan kata-kata perangsang untuk meneruskan hobi itu," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tengah, Parit, di sini.
Anak kedua daripada lima beradik itu juga berkata, setakat ini keluarganya tidak kisah dengan minatnya kerana sudah 'masak' dan faham perangai gila-gilanya.
"Rakan sejawat turut faham minat dan kecenderungan saya yang gemar mencuba dan mencari kelainan. Saya anggap ia satu hiburan bagi membuat orang tertarik dan tersenyum," katanya.
Dia yang juga anak perempuan tunggal pasangan pesara tentera, Abd Aziz Shafie, 73, dan Latifah Ramli, 63, berkata membesar dalam lingkungan adik beradik lelaki menyebabkan jiwanya lebih kental dan mampu menyerap tekanan.
"Saya seronok melihat diri sendiri beraksi dengan pelbagai gaya muka, ditambah dengan solekan dan alatan tambahan seperti songkok dan baju Melayu yang dipinjam daripada adik-beradik lain.
"Niat saya bukan untuk menarik publisiti murahan tapi lebih kepada memberi hiburan kepada orang ramai melalui kelainan tersendiri," katanya.
Ternyata percubaan luar biasa itu melonjakkan namanya sebagai 'artis' baru paling terkenal di Internet dan berjaya menarik pengunjung dalam dan luar negara.
"Yang saya tahu, sejuta pelayar Internet melihat klip video saya yang mula dimuat turun empat bulan lalu.
"Malah, klip video miming saya itu turut menarik hampir 10,000 ahli daripada pelbagai bangsa dan keturunan termasuk dari luar negara seperti United Kingdom, Amerika Syarikat dan Australia melalui 'Fan Page' (laman peminat) yang dibina dua bulan lalu," katanya.
Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin menegaskan perikatan itu mesti berpegang pada janji untuk mengadakan peralihan kuasa kerajaan negeri di Sarawak.
Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno melahirkan pendirian ini ketika keputusan tidak rasmi menunjukkan bahawa BN berjaya memperoleh dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri dan meneruskan pentadbiran kerajaan negeri bumi Kenyalang itu.
"Nampak gaya BN menang (di) Sarawak. Tapi pemimpin BN mesti pegang janji akan ada peralihan kuasa Sarawak dalam masa terdekat. Bukan alasan untuk melewat-lewatkan lagi," kata beliau menerusi akaun Twitternya sebentar tadi.
Isu peralihan kuasa kepimpinan Taib, yang mengetuai negeri itu sejak 1981 menjadi bahan kempen dalam pilihan raya negeri Sarawak kali ke-10 ini.
Dah lama rasanya tak menulis didalam blog ini terutama bila mempunyai kemudahan BB yang boleh terus memasukkan gambar dan cerita didalam FB terus dari mana tempat yang ada hubungan telefon. Lagi pula dengan FB ada interaksi yang cepat dan mudah , maka respon dari kawan-kawan dapat membantu dalam menjalankan tugas. Sempena dengan PRN Sarawak, ana berssma beberapa kawan telah diberi amanah nuntuk membantu kempen dengan menggunakan khidmat rawatan,maklumlah itu bidang kita . Mulai bertolak pada 10 April maka berkelanalah kami ke Kuching denga Air Asia dan seterusnya dengan van ke Sebuyau dipenempatan Kedah .
Menjejak kaki kekawasan sapaerti ini, menginagtkan ana kepada apa yang dilihat di Kuala Kedah, tetapi apabila diarahkan pula ke Kpg Tongkah Melayu,maka berkobar kobar hati untuk bersama Masyarakat Melayu disana untuk berkempen untuk ememenangkan Tuan Hj Adam Ahid, PJ PAS Sarawak .
Di Kpg ini, kami menginap dirumah yang disewa khas untuk pe tugas Kedah , rumah agak selesa dan luas kepunyaan seorang kakitangan Kerajaan Sarawak, setiap malam datang bergurau senda dan bercakap dengan kami mengenai perlunya kepimpinan di Sarawak ditukar kerana kerakusan wakil rakyat membaham tanah rakyat dengan tidak memberi pampasan atau pampasan yang amat sedikit.
Suasana kehidupan masyarakat disini amat ddaif, tiada pekerjaan tetap kecuali sawah yang tidak seberapa dan kelaut dan sungai mencari ikan dan mengambil upah mengopek kelara.Kmi lihat banyak juga kawasan lapang yang ditumbuhi rumput panjang,tetapi tidak nampak walau seekor pun lembu yang diternak disini.
Persoalan yang timbul, kenapa tidak dipelihara lembu untuk kegunaan sendiri atau untuk kenduri, tanya punya tanya rupanya tiada jawapan yang memuaskan diberikan ,masing masing menyatakan tidak ada tempat khusus padahal tanah Sarawak sama besar dengan semenanjong ini, rupanya apabila hendak lembu,maka pengimpotnya dikatakan adalah dari puak dan golongan KM juga, bayangkan kos untuk 1 kilo daging disini adalah RM 40 . Hendak korban kata mereka seekor lembu RM 6 ribu, macam kita beli untu pula, sudah pasti pengimpot lembu adalah mereka yang berada dikalangan puak itu juga. Begitu juga apabila melalui kawasan yang sudah dicerahkan untuk kelapa sawit, kaum Iban memang amat marah tanah mak bapak kami usahakan, tetiba dengan senang mereka datang dan ambil hasil titik peluh kami dan halau kami, sebab itu rata-rata kaum Iban amat marah denga kepimpinan kerajaan negeri yang ada, tetapi apakan daya , bila sampai masa nak nyonteng, mereka tanya kami berapa umpan nak diberi, bebuih kita menajar mereka mengenai tanggungjawab mengundi dan memilih pemimpin untuk 5 tahun akan datang,emmbantu mereka menaikkan rahaphidup ,,mengagihkan kekayaan negeri kepada rakyat melalui berbagai program pertanian, tetapi apa yang mereka lebih ghairah adalah berapa umpan untuk mengundi dan itulah yang akan dijaja sehingga tiba 5 tahun akan datang walaupun habis tanah disapu, mereka duduk dalam kesusahan begitu juga walau sudah 30 tahun diperintah oleh BN di Sarawak ini. Melihat keadaan rumah dan suasana persekitaran tiadak percaya kita bahawa ini adalah keadaan sebuah negeri yang amat kaya di Malaysia dengan hasil bumi yang subur dan balak yang banyak serta minyak yang dianugerahkan ilahi. Rakyat papa tetapi pemimpin mereka menjadi kaya raya dengan mengumpulakan hasil kekayaan dari khazanah negeri lalu diangkut keluar negara. Itulah Sarawak dan bergembiralah mereka dengan habuan 5-10 ringgit untuk umpan nyonteng sehinggalah 5 tahun akan datang, walaupun dalam hati menyumpah dan marah klehilangan tanah dan tak dapat nak mengecapi sedikit kemudahan nikmat hidup . Bayangka air hujan terpaksa ditakung untuk minuman da kegunaan lain kerapa air paip sentiassa terutus, jalanraya yang ada kalanya amat teruk, bayangkan kalau rumah panjang memang 2-3 jamberjalan kaki atau naik bot, kemudahan letrik yang hanya menggunakan gen set dan untuk malam hari ssahaja, bagaimana mereka hendak mensejahterakan hidup kalau begini berterusan selagi tidak yang datang membantu mengurangkan kerakuran mengumpulkemewahan oleh kepimpinan negeri didalam suasana limpahan kekayaan negeri, tetapi rakyatbtetap miskan merana??? sayang Sarawak. Bilakah akan timbul kesedaran. Kehadiran PAS di Sarawak juga diharap dapat memberikan kefahaman mengenai ajaran Islam dengan lebih mendalam dan mendidik mereka menjadi umat nabi Muhammad yang patuh kepada ajaran Islam sebenar. Agak keliru bila kita lihat kehidupan mereka,mana satu yang Islam dan mana satu pula yang Iban,kerana cara mereka seharian agak serupa, baik pergaulan mahupun pakaian,mungkin bezanya tatoo dan tiada tatoo dan makanan yang agak berlainan, moga Allah terus memberikan istiqamah kepada pecinta Islam untuk menyemarakkan lagi Sarawak denga nur Islam, Insyaallah.
Di Mata..PAS Kalah...Tapi Sebenarnya PAS Menang Di Sarawak
Assalamualaikum Wbr..
Calon-Calon Pas Yang Hebat dan Berkelayakan Memimpin Rakyat Nampak di mata memang seperti PAS kalah tapi hakikatnya PAS sudah mengorak langkah jauh ke dalam masyarakat Sarawak. 5 Kerusi yang PAS tandingi memberikan PAS peluang untuk mendekati masyarakat di tempat ini termasuk kampung-kampung, pekan kecil dan rumah-rumah panjang.
Di kampung-kampung Melayu PAS berjaya membina beberapa cawangan penaja. Di rumah-rumah panjang pula PAS berjaya memperkenalkan diri dan Islam kepada mereka. Di pekan-pekan pula PAS semakin dikenali.oleh masyarakat Cina. Dewan Himpunan Penyokong PAS senang-senang sahaja boleh dibuka.
PAS KALAH UNDI TAPI MENANG DA'AWAH
Kita ucapkan tahniah kepada BN di atas kemenangan mereka di dalam Pilihan Raya Negeri ke 10. Berbagai isu dipentaskan dan berbagai teknik dan cara berkempen digunakan oleh semua pihak. PAS buat pertama kalinya meletakkan 5 calonnya. Setakat ini pukul 9.10mlm BN telah diisytiharkan menang majoriti mudah.
Sheikh Sambal talk mahu membahaskan kenapa dan mengapa keputusan PRN begitu. Apa yang SS hendak luahkan di sini adalah pencapaian PAS di Sarawak dalam PRN kali ini. PAS masuk ke PRN ini dengan berbekalkan kalah 860 undi semasa PRN 2006 lalu.
Nampak di mata memang seperti PAS kalah tapi hakikatnya PAS sudah mengorak langkah jauh ke dalam masyarakat Sarawak. 5 Kerusi yang PAS tandingi memberikan PAS peluang untuk mendekati masyarakat di tempat ini termasuk kampung-kampung, pekan kecil dan rumah-rumah panjuang.
Di kampung-kampung Melayu PAS berjaya membina beberapa cawangan penaja. Di rumah-rumah panjang pula PAS berjaya memperkenalkan diri dan Islam kepada mereka. Di pekan-pekan pula PAS semakin dikenali.oleh masyarakat Cina. Dewan Himpunan Penyokong PAS senang-senang sahaja boleh dibuka.
Petugas-petugas PAS sanggup meredah sungai dan hutan utk mendekati masyarakat Iban. Swing masyarakat tidak cukup untuk menolong memenangkan PAS tetapi mereka dengan senang hati menerima PAS di rumah mereka. Ini memberikan peluang kepada PAS untuk berdakwah di sana. Masyarakat Melayu pula semakin mengenali dan mahukan PAS. Ini dibuktikan dengan beberapa cawangan penaja PAS di Beting Maro, Sadong Jaya, Muara Tuang dan Tanjung Datu. Walaupun ada tempat yang menghalang PAS masuk, kebanyakan mereka mahukan PAS cuma belum bersedia untuk mengundi PAS.
Dari segi kerja kemasyarakatan PAS sangat disukai tetapi oleh kerana kedudukan Melayu yang terancam jika PBB kalah menyebabkan orang-orang Melayu takut untuk mengundi PAS. Takut mengundi PAS bukan takut kepada PAS. Ini harus difahami.
PAS mungkin kalah untuk mendapatkan undi yang cukup TETAPI menang dalam da'awah. Konsep PAS for All jelas terterjemah di PRN Sarawak kali ini. Dengan usaha da'awah yang berterusan, insyaAllah masa depan PAS adalah cerah. Allah tidak melihat kemenangan atau kekalahan kita tetapi apa usaha kita untuk memenangkan Islam.
Keputusan Rasmi PRN Sarawak : BN Hilang 8 Kerusi, DAP Dan PKR Sapu Bersih 5 Kerusi Di Kuching
Keputusan keseluruhannya, BN memenangi 55 kerusi, DAP (12), PKR (3) dan Bebas (1). Keputusan itu menunjukkan BN kehilangan lapan kerusi, berbanding 63 kerusi yang dimenanginya pada 2006. DAP dan PKR juga menyapu bersih semua lima kerusi di Kuching.
CONTESTED MENANG
PBB 35 35 SUPP 19 6 PRS 9 8 SPDP 8 6 . DAP 15 12 PKR 49 3 PAS 5 0 . PCM 6 0 SNAP 26 0 BEBAS 41 1
KUCHING, 17 April (Bernama) -- Tujuh calon wanita berjaya menganggotai Dewan Undangan Negeri Sarawak selepas mengetepikan lawan masing-masing dalam pilihan raya negeri ke-10 yang berakhir Sabtu.
Terdapat 16 calon wanita yang bertanding dalam pilihan raya itu yang mewakili pelbagai parti selain bertanding atas tiket Bebas.
Empat penyandang daripada Barisan Nasional (BN) - Datin Fatimah Abdullah (Dalat), Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (Semariang), Simoi Peri (Lingga) dan Rosey Yunus (Bekenu) - berjaya mengekalkan kerusi masing-masing.
Fatimah, 54, memenangi kerusi DUN Dalat dengan majoriti 4,990 undi dalam pertandingan tiga penjuru. Fatimah, yang juga Timbalan Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), merupakan satu-satunya menteri wanita dalam Kabinet negeri sebelum Dewan Undangan Negeri dibubarkan.
Penyandang DUN Semariang, Sharifah Hasidah, 42, mengekalkan kerusi DUN Semariang dengan majoriti 5,431 undi dalam pertandingan satu lawan satu menentang Zulrusdi Mohamad Hol daripada PKR.
Simoi, 47, mempertahankan kerusi DUN Lingga, dengan majoriti 2,506 undi dalam pertandingan tiga penjuru manakala Rosey, 55, daripada Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) memenangi kerusi DUN Bekenu dengan majoriti 3,714 undi dalam pertandingan empat penjuru.
DAP membariskan empat wanita -- Violet Yong bagi DUN Pending dan Ting Tze Fui (Meradong) serta dua muka baru Alice Lau Kiong Yieng di Bawang Assan dan Christina Chiew (Batu Kawah).
Yong, 34, mengalahkan pakar kardiologi Prof Dr Sim Kui Hian daripada BN bagi kerusi DUN Pending dengan majoriti 7,595 undi manakala Ting, 30, pula menewaskan Ling Kie King daripada SUPP dalam pertandingan satu lawan satu.
Muka baru daripada DAP, Christina Chiew Wang See, 27, yang berkelulusan Sarjana dalam biokimia melakukan kejutan besar apabila beliau mengalahkan Tan Joo Phoi, yang sebelum ini merupakan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri.
Chiew, calon termuda DAP dalam pilihan raya itu, memenangi kerusi DUN Batu Kawah dengan majoriti 543 undi.
Lau, 29, seorang ahli farmasi, pula gagal merampas kembali kerusi DUN Bawang Assan, apabila kalah kepada tokoh veteran daripada SUPP Datuk Seri Wong Soon Koh dengan majoriti 1,808 undi.
Lau, anak perempuan pemimpin Cina terkemuka dan Presiden Gabungan Persatuan Cina (UCA) Sibu, Lau Cheng Kiong, adalah calon wanita kedua yang dipertaruhkan oleh parti itu untuk bertanding buat julung kali dalam pilihan raya kali ini.
Sementara itu, pemilik kedai runcit di Mukah, Suriati Abdullah, 50, yang bertanding di DUN Balingian, gagal mengalahkan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud selain kehilangan wang pertaruhan apabila beliau hanya meraih 871 undi dalam pertandingan tiga penjuru.
Selain Suriati, dua lagi calon wanita daripada PKR iaitu ahli perniagaan Zolhaidah Suboh, 38, kalah dalam pertandingan tiga penjuru bagi DUN Lambir manakala Ibi Uding, 49, tewas dalam pertandingan enam penjuru bagi kawasan DUN Balai Ringin.
Sementara itu, dua calon wanita yang diketengahkan oleh PAS iaitu Nani Sahari kalah kepada Tan Sri Adenan Satem daripada BN bagi DUN Tanjung Datu dan Noraini Hamzah pula diketepikan oleh Datuk Sri Mohammad Ali Mahmud bagi DUN Muara Tuang.
Calon wanita tunggal daripada Parti Cinta Malaysia Datin Dayang Juliana Awang Tambi, 44, hilang wang pertaruhannya dalam pertandingan empat penjuru bagi DUN Bekenu.
Calon wanita tunggal bagi DUN Batu Lintang, Soo Lina, 52, juga hilang wang pertaruhan selepas setakat meraih 290 undi dalam pertandingan tiga penjuru.
SIBU, 17 April (Bernama) -- Prestasi teruk Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dalam pilihan raya negeri Sarawak ke-10 semalam telah mencetuskan keadaan di mana masyarakat Cina hanya mempunyai dua wakil dalam kerajaan negeri.
Diandaikan kerajaan negeri memutuskan untuk mengekalkan kuota Cina, Timbalan Setiausaha Agung SUPP Datuk Wong Soon Koh kemungkinan akan mengambil alih jawatan timbalan ketua daripada presiden parti Tan Sri Dr George Chan, yang tewas di kerusi Piasau.
Wong, merupakan menteri dalam Kabinet negeri yang lepas, memenangi kerusi Bawang Assam, adalah lebih senior antara dua pemimpin SUPP yang berjaya itu.
Seorang lagi pemimpin itu ialah Datuk Lee Kim Shim, yang berjaya memenangi kerusi Senadin, kemungkinan akan dilantik menteri penuh.
SUPP mempunyai dua menteri dan empat menteri muda dalam pentadbiran kerajaan negeri sebelum ini.
Jika kuota itu dikekalkan, empat lagi calon SUPP yang menang dalam pilihan raya negeri akan dilantik menteri muda.
Tetapi keempat-empat mereka ialah Bumiputera: Ranum Mina di Opar, Dr Jerip Susil di Bengoh, Dr Johnical Rayong di Engkilili dan Datuk Francis Harden Hollis di Simanggang.
Bagaimana pula dengan perubahan dalam parti? Topik ini telah banyak dibincangkan oleh pemimpin SUPP termasuk Dr Chan, yang bukannya presiden SUPP yang pertama ditewaskan oleh DAP.
Ketuanya sebelum itu, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr Wong Soon Kai, ditumpaskan oleh Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng di Bukit Assek pada 1996.
Dr Chan rapat dengan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, berikutan anak lelaki Taib berkahwin dengan anak perempuannya.
Ini telah menjadikannya sasaran pembangkang, khususnya DAP, untuk mengeksplotasi sentimen antiTaib di kawasan bandar majoriti Cina.
Penganalisis politik Prof James Chin dari Monash University berkata faktor kritikal dalam keputusan pengundi Cina ialah Taib, yang mereka anggap sudah terlalu lama menerajui negeri.
Seorang lagi penganalisis Ong Kian Ming dari Universiti UCSI berkata SUPP telah gagal menangkis serangan terhadap kepimpinan Taib.
Beliau berkata SUPP juga gagal memberikan respons terhadap "perubahan dalam landskap politik kawasan bandar."
Dr Chan sendiri tidak memberikan sebarang petunjuk yang beliau akan meletakkan jawatan sebagai presiden parti.
Sekiranya beliau memutuskan untuk terus menerajui parti, beliau mungkin akan memberikan alasan yang beliau mahu memantau perubahan dalam parti.
Bahaya yang menanti SUPP ialah masyarakat Cina akan melihat situasi itu sebagai "cerita lapuk".
KOTA BAHARU, 17 April (Bernama) -- Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akur pembangkang telah gagal menawan Sarawak pada pilihan raya negeri ke-10 semalam.
Walaupun gagal menumbangkan Barisan Nasional, beliau gembira dengan peratusan undi yang meningkat terhadap pakatan pembangkang.
Menteri Besar Kelantan itu berkata ia membuktikan rakyat Sarawak semakin menerima kehadiran pembangkang di negeri itu terutama undi yang diterima DAP.
"Penduduk bandar jelas menolak Barisan Nasional (BN) dan memihak kepada DAP tetapi bagi PAS kita gembira sokongan semakin meningkat walaupun tewas kesemua kerusi," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini, Ahad.
Pada pilihan raya negeri itu semalam, BN memenangi 55 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan dengan DAP memenangi 12 kerusi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) tiga manakala satu lagi kerusi dimenangi calon Bebas.
Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh berkata undi kaum Cina yang meningkat terhadap DAP itu berkemungkinan kerana mereka telah terpengaruh bahawa pembangkang akan membentuk kerajaan baru di negeri itu.
"Mungkin mereka telah tersilap percaturan kerana percaya dakyah DAP dan apa pun kemenangan BN di Sarawak membuktikan mereka tetap mahukan kemajuan dan perpaduan yang dibawa BN," katanya kepada pemberita di sini.
KUCHING, 16 April: PAS menghormati keputusan yang telah diumumkan dan akur dengan keputusan itu, walaupun gagal untuk memenangi sebarang kerusi pada PRN Sarawak Ke-10 tahun ini, termasuk di kawasan-kawasan yang dijangka akan melahirkan anak sulungnya.
Namun PAS sedar dan berbangga dengan pencapaian yang telah diperolehi yang jelas memperlihatkan peningkatan sokongan rakyat Sarawak secara keseluruhan terhadap PAS, sekali gus memberikan petanda masa depan PAS yang cukup baik di Sarawak.
Timbalan Presiden PAS yang juga Pengarah pilihan raya ini, Ustaz Nasharudin Mat Isa berkata, peningkatan baik yang diterima oleh PAS amat ketara di Dun Beting Maro yang terletak dalam kawasan Parlimen Batang Lupar, apabila hanya kalah dengan majoriti sekitar 400 undi kepada BN, berbanding PRN Sarawak tahun 2006 sebanyak 800 undi.
Menurut beliau, begitu juga di Dun Tanjung Datu yang terletak dalam kawasan Parlimen Santubung dan Dun Muara Tuang yang terletak dalam kawasan Parlimen Kota Samarahan yang baru pertama kali ditandingi, tetapi turut memperlihatkan sokongan yang amat baik di kalangan pengundi di kawasan itu terhadap PAS.
Katanya, namun PAS amat kesal dengan laporan dan analisis yang dibuat oleh Astro Awani awal malam ini yang amat jauh menyimpang dari kebenaran dengan mengatakan PAS mengalami kekalahan sebanyak 2,000 undi di Beting Maro.
"Laporan dan analisis Astro Awani itu ternyata tak betul. Malah sebenarnya sokongan para pengundi di Beting Maro terhadap PAS ternyata semakin meningkat sehingga hanya kalah dengan majoriti undi yang amat kecil sebanyak 391 undi sahaja," katanya ketika dihubungi, malam ini.
Walaupun kalah bagi kesemua kawasan yang ditandingi, menurut beliau, perkembangan dari PRN Sarawak Ke-10 ternyata semakin memberikan sinar kepada PAS untuk menempa kejayaan lebih gemilang pada masa akan datang.
"Dengan perkembangan yang baik ini, PAS tidak akan patah semangat untuk melakukan gerak kerja yang lebih baik di Sarawak sama ada dari sudut politik dan sudut-sudut lain.
"Malah, PAS pasti akan berusaha untuk mempertingkatkan lagi usaha di Sarawak dari semasa ke semasa bagi menghadapi pilihanraya akan datang demi kepentingan rakyat Sarawak termasuk dalam politik dan bidang-bidang lain," tegasnya.
Beliau mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada para pengundi di Sarawak yang telah memilih PAS dalam pilihanraya tahun ini.
"Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada jentera PAS di semua peringkat, sama ada dari kalangan jentera tempatan dan juga jentera-jentera PAS dari luar, yang telah bertungkus lumus berusaha membantu PAS untuk mencapai kemenangan sejak awal kempen hingga hari pengundian.
"Inilah semangat yang PAS mahu dan inilah semangat yang cukup baik yang telah ditunjukkan oleh jentera-jentera PAS dari semua peringkat termasuk dari kalangan jentera tempatan dan jentera-jentera PAS dari luar Sarawak," tegasnya.
You are subscribed to email updates from Bukit Katil To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Walaupun gagal untuk menafikan BN Sarawak majoriti dua pertiganya dalam pilihan raya negeri semalam, tetapi Pakatan Rakyat berpuashati kerana undi popular BN telah merosot lapan peratus.
Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng (paling kiri dalam foto) berkata undi popular BN telah merosot daripada 63 peratus pada 2006 kepada 55 peratus kali ini.
"Saya percaya pilihan raya ini menunjukkan bahawa Sarawak bukan 'simpanan tetap' seperti yang didakwa mereka.
"Ini peralihan lapan peratus, yang merupakan satu peralihan yang besar. Jika ini berterusan dalam pilihan raya parlimen nanti, maka BN akan kalah lebih banyak kerusi," kata Guan Eng.
Beliau memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar di Kuching bersama dengan pemimpin tertingi Pakatan.
Dalam pilihan raya negeri semalam, BN kalah hampir semua kerusinya di kawasan bandar dan tiga kerusi luar bandar. Pakatan pula berjaya memenangi 15 kerusi, dan satu lagi kerusi dimenangi calon Bebas. Dewan Undangan Negeri Sarawak mempunyai 71 kerusi.
Tidak (sik ada, kata orang Sarawak) rasa sedikit pun kecewa di Muara Tuang, malah saya rasa cukup-cukup gembira, dan bersyukur ke hadrat Allah SWT dengan keputusan pilihanraya negeri Sarawak di DUN Muara Tuang.
(Gambar - Empat pahlawan Iban yang membawa kami menjelajahi 7 buah rumah panjang Sli (3 dari kiri), Langgi (4 dari kiri) Munan (tengah antara saya dan Ariffin) dan Emppawi (bertopi menunjukkan isyarat bagus sambali duduk dihadapan)
1. Apa tidaknya! Seluruh kontingen PAS Terengganu kira-kira 100 orang yang bertugas sejak hari pertama kempen pada 6hb April, telah berjaya meningkatkan 100% undi kepada PAS dan Pakatan Rakyat berbanding keputusan pilihanraya sebelum ini. Dalam pilihanraya negeri sarawak ke-9 tahun 2006, calon PKR mendapat 1,536 undi, kali ini calon PAS menokok sehingga 3,196
2. Muara Tuang adalah 'lubuk BN'. Undi pos tentera dan lain-lain sahaja sudah berjumlah 3,734. Cengkaman calon PBB Ali Mahmud adalah juga cengkaman abangnya Taib Mahmud. Tidak kelihatan pun para petugas PBB berkempen, kerana Ali menguasai segala-galanya. sosial, ekonomi dan politik. Dari lembaga-lembaga masyarakat sehingga kepada pengankutan feri dan bas sekolah, semuanya dalam tangan Ali.
3. Walaupun diugut dan nyawanya diancam, calon PAS Noraniani Hamzah terus membawa amanah parrti untuk meningkatkan syiar Islam di Kota Samarahan. Siapalah Kak Ani berbanding dengan Ali Taib! Saya amat kagum dengan dengan kekentalan calon Kak Ani yang tidak mengalah!. Dengan bantuannya saya bersama jentera PAS Terengganu, baik muslimin dan muslimin telah dapat mejelajah ke semua peti-peti undi yang telah diamanahkan kepada PAS negeri Terengganu.
3. Dari peti undi Melayu di Merdang, menaiki perahu ke Pulau Binyu, sehinggalah ke kawasan Dayak Bidayuh di Peti Undi Quop, membawa kepada tujuh rumah panjang di peti undi Semarang dan kampung Iban yang jauh di pedalaman, Seganam; semuanya saya jejaki bersama petugas PAS yang turut bersemangat. Tidak lain tujuannya mahu memperkenalkan PAS kepada rakyat Sarawak.
4. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Abadulrahman di Kampung Bukit Berangan, Andrew dan Pak Ghali di Kampung Sebayor, Munan anak Sigan, Empawi anak Adang, Langgi dan Sli dari Kampung Merang Baru dan Merang Lama yang banyak membantu meningkat kefahaman rakyat dan kebencian terhadap kemungkaran Taib Mahmud. Saya mendoakan mereka akan terus istiqamah dalam perjuangan!
5. Saya juga mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pimpinan PAS, baik peringkat negeri dan Pusat, para petugas PAS, penyokong dan pendokong dan semua pihak yang telah memberikan sumbangan, masa, tenaga dan wang ringgit dalam menghadapi BN dalam pilihanraya negeri Sarawak. Khususnya buat mereka dari DUN Chukai, Negeri Terengganu dan Malaysia amnya.
6. Segala usaha yang telah kita lakukan teah membuka lembaran baru dalam senario dan lanskap politik negara; SARAWAK BUKAN LAGI DEPOSIT TETAP BN!.
PILIHANRAYA NEGERI BUMI KENYALANG Pengalaman di DUN SADONG JAYA, MUARA TUANG
Sepanjang tempoh rombongan YB Dr Halimah berada di bumi Kenyalang membawa berita daripada Selangor yang dimanipulasikan oleh media massa BN sebagai propaganda politik kempen pilihanraya tidak ternampakbulan mengambang di langit. Ada masa hujan sesekejap di waktu malam di beberapa tempat.Ada masa tidak ada hujan pun. Pada 15.4.11, setelah kembali ke rumah tumpangan setelah selesai ceramah di beberapa tempat, saya mendongak ke langit. Tujuannnya meninjau bulan purnama mengambang terang.Tidak kelihatan. Yang terlihat hanyalah bayangan bulan di celah-celah awan tebal.Kurang menyenangkan! Di siang hari kami ke kedai, ke rumah panjang Iban bahkan ketika kenderaan singgah membeli minyak pun saya sempat buat rawatan percuma kepada pengunjung-pengunjung kedai serbaneka di tempat yang sama. Sambutan kebanyakan positif.. Saya dapat menanggapi satu fenomena kelainan daripada suasana PRN SARAWAK 2006 ketika saya membantu berkempen di BETING MARO..Ketika itu suasana sentiasa tegang dan penduduk tidak mahu melayan kami yang dianggap orang asing.Tetapi kali ini, amat berlainan.Penduduk riang gembira menyambut kami.Lebih-lebih lagi apabila kanak-kanak melihat belon bulan yang dibawa.Bahkan tidak menang tangan belia-belia yang meniup belon kerana berebut-rebut mahukan belon. Ada ketika ibu-ibu dan nenek juga berebut belon. Amat mengkagumkan.Sangat meriah dan riang. Namun pada hari mengundi iaitu 16.4.11, suasana lengang dan sunyi tidak seperti di PRK di Semenanjung. Petugas tempatan tersangat minima. Sistemnya pula ialah seolah-olah 'no system'. BN boleh buka barung dan sibuk memberi nombor. Dikatakan untuk claim. Di BOLEHLAND apa-apa pun boleh terjadi.pada pilihanray paling kritikal ini.Lagaknya seolah-olah operasi mengundi adalah atas penjagaan petugas BN kesluruhannya. Sukar nak tahu mana petuga SPR sejati yang mana proxy BN yang 'sibuk' di keliling tempat mengundi. Memang adalah ganjil dan ajaib sekiranya PAS menang dalam keadaan haru biru tersebut.
Namun, ramai sudah kenal bulan putih mengambang ini dan ramai orang di sana berminat dengan warna hijau kerana rumah dan kedai pun warna hijau.Bukan seperti TUN DR MAHATHIR ketika menjadi PM dulu hingga logo PETRONAS jadi mangsa! Harapan kepada generasi muda dan anak-anak yang masih dibangku sekolah untuk merubah nasib keluarga yang dibelit oleh BN setiap kali pilihanraya. PAS tempatan harus memainkan peranan melebarluaskan dan memperdalamkan lagi pengaruh PAS kepada masyarakat Sarawak yang baru berjinak-jinak dengan PAS. Bila saya sampai di LCC KLIA, saya melihat bulan mengambang terang di langit!! Beberapa jam kemudian keputusan pilihanraya di umumkan. Barulah saya faham kenapa begitu sukarnya saya melihat bulan purnama di langit bumi kenyalang!Rupanya sinarnya baru singgah! Syabas dan tahniah kepada semua rakan pakatan rakyat yang menang.Lebihlah suara pembangkang di DUN SARAWAK alhamdulillah. Rombongan YB Dr Halimah di rumah panjang Snangeh
YB Dr Halimah dan Cikgu Jaafar AJK LPN selangor bersama DHPP Selangor di program penubuhan cawangan baru PAS
YB Dr Halimah di jeti DUN Muara Tuang
YB Dr Halimah dalam program penubuhan cawangan penaja PAS Semera Masjid
Keputusan rasmi Pilihanraya Negeri Sarawak telah di ketahui oleh seluruh rakyat Malaysia dan kemenangan besar masih lagi berpihak pada BN dengan 55 kerusi,manakala DAP 12,PKR 3,Bebas 1.Walaupun begitu BN kehilangan 8 kerusi yang di menangi pada pilihanraya sebelum ini,di tambah lagi dengan kemerosotan yang ketara undi mereka di setiap DUN.
Kemenangan BN sejak dahulu hinggalah sekarang tidak memberi kesan yang baik pada hati dan naluri rakyat Sarawak kerana kekayaan hasil bumi yang ada di negeri itu seperti balak dan petroleum hanya di rembat rakus oleh Taib Mahmud dan kroninya.Pribumi yang tinggal di hutan belantara di tipu semahunya dan di usir dari tempat nenek moyangnya berpuluh tahun mendiami kawasan itu.Projek Mega Empangan Bakun mengusir belasan ribu penduduk asal ke tempat baru yang belum pasti menjamin keselesaan untuk meneruskan kehidupan.Oleh yang demikian,PAS akan bersama rakyat Sarawak akan bangkit menuntut keadilan dan kesejahteraan yang hilang di bumi itu selamanya ini.Ya,memang PAS minoriti berbanding parti-parti lain,tetapi PAS melalui gabungan bersama DAP dan PKR yang telah menyetujui bersama akan terus memperjuangkan agenda pakatan yang telah di gengam bersama.Parti DAP dan PKR telah berjaya meletakkan calonnya di Dewan Undangan Negeri Sarawak.
Namun begitu PAS masih lagi belum mencapai kemenangan walaupun harapan yang kita letakkan di DUN Beting Maro belum membuahkan hasil kali ini.Tetapi kita tetap menang dari segi semangat dan nilai pergorbanan yang telah petugas-petugas curahkan sepanjang masa pilihanraya tersebut.Insya Allah sedikit masa lagi kita yakin PAS akan mencapai kemenangan juga,memang kita kalah di 5 DUN yang kita sertai,namun dakwah dan perjalanan untuk menyebarkan Islam di bumi Sarawak sudah menampakkan hasil yang sangat baik.Cuma kita perlu banyak bersabar dan tingkatkan lagi usaha dalam menyebarkan Islam kepada seluruhnya terutama di Sarawak yang rata-rata dihuni oleh masyarakat pribumi yang masih mundur dari semua segi.
Sejarah Nabi Nuh a.s telah menunjukkan dan membuktikan kepada kita bahawa waktu dan tempoh masa dalam perjuangan ini amat panjang,sehinggakan dakwah Nabi Nuh selama 950 tahun hanya dapat menarik sekitar 80 orang kaumnya.Maka marilah kita memuhasabahkan diri kita ini supaya menimbulkan sifat sabar dan teruskan perjuangan ini sehingga kita bertemu dengan Allah SWT amin...
Mior Hassan Sazali Mior Hajjar Ketua Pemuda PAS Kawasan Kangar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan