Sabtu, 9 April 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


DPP Padang Besar

Posted: 09 Apr 2011 03:18 AM PDT

DPP Padang Besar


Tahniah pimpinan baru DPP Kawasan

Posted: 08 Apr 2011 10:30 AM PDT

Mesyuarat AGung Ke 15 DPP Kawasan yang diadakan di Sekolah Rendah Islam At-Taqwa, Beseri pada 27 Mac lalu menyaksikan Shuhairi Samsuddin (foto, tengah) ditabalkan sebagai Ketua yang baru. Beliau menang tanpa bertanding.

Gandingan beliau ialah Azahari Osman (kanan) sebagai Timbalan Ketua dan Nurdin Isa (kiri) sebagai Naib Ketua...

Barisan Exco baru yang dipilih perwakilan ialah Shahrulnizam Md Sani, Mohd Shukri, Abdul Azizi, Muniery Rahman, Zamri Md Alim, Mohd Shauqi, Khairul Amer dan Asri Che Abdullah. Tahniah..

Sekitar Mesyuarat Agung DPP Kawasan 27 Mac lalu

Posted: 08 Apr 2011 10:13 AM PDT

Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Kawasan Kali ke 15 diadakan di Sekolah Rendah Islam At-Taqwa, Beseri dan telah dirasmikan oleh Yang DIpertua PAS Kawasan, Haji Mohd Anuar Tahir.
Menyanyikan lagu PAS Ucapan Ketua Pemuda, Saudara Sarudin
Ucapan dari Ketua Pemuda PAS Negeri
Ucapan perasmian oleh YDP
Cenderahati untuk YDP
Bergambar kenangan
Mesyuarat dimulakan
Ustaz Yahaya selaku Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan memberikan taklimat
Perwakilan membahaskan usul
SPR kita tengah kira undi
Ucapan terkahir Md Rodzi selaku Pemuda
Ucapan penangguhan Ketua lama
Barisan Exco baru
Mereka yang akan berpencen dari Pemuda
Geng yang tak menang.... akan dilantik semula kot..
Ucapan sulung Ketua baru, saudara Shuhairi
Ucapan penuh semangat
Macam biasa, ada hadiah cabutan bertuah
Naib. Ketua dan Timbalan baru..

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 09 Apr 2011 01:29 AM PDT

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Rakyat mahu tubuh segera Suruhanjaya Siasatan DiRaja kematian Ahmad Sarbani

Posted: 08 Apr 2011 07:07 AM PDT

Tragedi kematian Ahmad Sarbani Mohamed, Penolong Pengarah Pejabat Kastam Pelabuhan Klang telah mengejutkan kita semua. Beliau ditemui meninggal dunia di Pejabat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane pada 6 April yang lalu. Terlalu banyak persoalan yang masih tidak terjawab tentang kematian Allahyarham Sarbani yang berlaku ketika Suruhanjaya Siasatan DiRaja tentang kematian Teoh Beng [...]

Wall Street Journal ulas kontroversi video seks babitkan Anwar Ibrahim

Posted: 08 Apr 2011 07:04 AM PDT

Jika Datuk Seri Anwar Ibrahim Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berjaya dalam usahanya menafikan pembabitan beliau dalam kes pendedahan rakaman video seks awal minggu lalu, ia akan memperkukuh imej ketua pembangkang itu. Kepercayaan bahawa bekas timbalan perdana menteri itu adalah mangsa komplot politik akan mendatangkan kesan buruk ke atas Umno, yang dilihat ramai sebagai pihak [...]

PAS Kawasan Padang Besar

Posted: 09 Apr 2011 01:13 AM PDT

PAS Kawasan Padang Besar


Mesyuarat Agung Pemuda Kawasan

Posted: 08 Apr 2011 10:43 AM PDT



Mesyuarat Agung ke 15 Pemuda Kawasan diadakan di Sekolah Rendah Islam At-Taqwa pada 27 Mac lalu... Baca di sini

Ketua baru bagi Pemuda, Muslimat kekal..

Posted: 08 Apr 2011 09:56 AM PDT



Dewan Pemuda PAS Padang Besar yang mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 15 di Sekolah Rendah Islam At-Taqwa, Beseri 27 Mac lalu mendapat ketua baru bagi sesi 2011-2013 bila Naib Ketua sesi lalu, Shuhairi Samsuddin dipilih sebagai ketua, Azahari Osman selaku Timbalan Ketua dan Nurdin Isa sebagai Naib Ketua.

Manakala Dewan Muslimat yang juga bermesyuarat Agung kali ke 15 pada 26 Mac di Santan menyaksikan Ketua sesi lalu, Amnah Abdul Rahman kekal dan akan digandingkan dengan Nor Hayati Ab Razak sebagai Timbalan dan Jamilah Jusoh sebagai Naib Ketua.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 09 Apr 2011 01:06 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Manisfesto Jom Ubah Sarawak

Posted: 09 Apr 2011 12:42 AM PDT

5 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


KUCHING, 8 April — Pakatan Rakyat hari ini mengumumkan manifesto bertemakan "Jom Ubah Sarawak", yang menggariskan 10 dasar, secara serentak di Kuching dan Sibu.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Anggota Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin melancarkan bersama manifesto itu di Kuching.

Di Sibu, Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng, mewakili pakatan pembangkang mengumumkan 10 dasar, iaitu kebebasan kepercayaan; Pentadbiran yang baik; Reformasi Tanah dan Suruhanjaya Tanah Pusaka Bumiputera; Pembasmian Kemiskinan; Hubungan Persekutuan-Negeri; Sarawak yang lebih hijau; Layanan adil kepada semua rakyat Sarawak; Kebudayaan dan Pendidikan; Hak Wanita dan Melabur Dalam masa Depan.

Bernama Online menyebut dalam manifesto dua muka surat itu, pakatan pembangkang memberi jaminan kebebasan beragama dan mengekalkan status Sarawak sebagai sebuah negeri bersifat sekular.

Bagi dasar pentadbiran yang baik, pakatan pembangkang berjanji melaksanakan pentadbiran berdasarkan prinsip cekap, akauntabiliti dan telus; pengagihan adil kekayaan Sarawak; menubuhkan suruhanjaya siasatan bebas bagi menyiasat tuduhan kekayaan diperoleh secara haram; menubuhkan sebuah ombudsman untuk membanteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa; dan mengadakan semula pilihan raya untuk semua pihak berkuasa tempatan termasuk adat memilih ruai, ketua kampung atau ketua masyarakat. 

Namun, satu perkara yang benar-benar berkaitan Sarawak dalam manifesto itu ialah mengenai tanah, dengan pakatan pembangkang menjanjikan semua pajakan telah luput akan diperbaharui untuk 99 tahun tanpa syarat; semua notifikasi Seksyen 47 Kanun Tanah Negeri lelap secara automatik selepas dua tahun pewartaan; pemberi milikan tanah dilakukan melalui tender terbuka dan membentuk Suruhanjaya Tanah Pusaka Bumiputera untuk menyiasat semua tuntutan Tanah Hak Adat (NCR).

Bagi membasmi kemiskinan, pakatan pembangkang berjanji menubuhkan Dana Pembasmian Kemiskinan RM1 bilion untuk memastikan tiada keluarga di Sarawak hidup di bawah garis kemiskinan serta mempercepatkan pembinaan jalan raya di samping meningkatkan kemudahan awam seperti sekolah, perkhidmatan perubatan dan telekomunikasi bagi menjana ekonomi luar bandar.

Sekali lagi, pakatan pembangkang menjanjikan akan mengurangkan harga minyak dan meningkatkan royalti petroleum daripada 5 peratus kepada 20 peratus jika parti itu mengambil alih kerajaan pusat.

Manifesto itu turut menjanjikan pendaftaran segera orang Sarawak yang tiada kerakyatan; menyumbang RM200 kepada setiap kanak-kanak Sarawak memulakan Tahun Satu; dan memberi bantuan kebajikan tahunan RM600 kepada semua warga emas Sarawak berusia 60 tahun ke atas.

Bagi pelaburan masa depan, PKR-DAP-PAS berjanji menyelesaikan masalah banjir dalam masa dua tahun dan menyediakan kemudahan Internet WiFi secara percuma.

M/insider

Guru retak hidung ditumbuk murid tingkatan dua sebuah sekolah di Kangar

Posted: 08 Apr 2011 09:36 PM PDT

05 jamadilawal 1432H. [MOD] -

KANGAR 7 April - Seorang guru wanita sebuah sekolah menengah di Bukit Ketri dekat sini patah hidungnya apabila ditumbuk oleh seorang pelajar lelaki sekolah itu hari ini.

Jurucakap Jabatan Pelajaran Perlis berkata kejadian itu berlaku apabila seorang pelajar tingkatan dua dikatakan menumbuk muka guru berkenaan, Mariati Mat Ail, 37, semasa beliau cuba meleraikan pergaduhan sekumpulan pelajar di hadapan sebuah kelas.

Kejadian berlaku pada pukul 12.40 tengah hari semasa waktu pertukaran kelas dan ketika melalui koridor sekolah, guru itu ternampak pergaduhan tersebut dan cuba meleraikannya, katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) hari ini.

Media semakin jadi pengampu BN.

Posted: 08 Apr 2011 09:35 PM PDT

05 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Kenyataan Media 9 April 2011

Saya mengalu-alukan pengumuman pihak Polis yang mengumumkan telah meluluskan 200 permit ceramah dalam tempoh 2 hari sejak hari penamaan calon.

Namun begitu saya rasakan pengumuman itu adalah sesuatu yang lucu dan semacam mahu menggambarkan demokrasi pilihanraya di malaysia sekarang berada dalam keadaan yang baik.

Alangkah sesuatu yang memalukan bila sejak sekian lama dan memuncak pada setiap kali pilihanraya media milik rakyat adakah tv, radio dan akhbar disalahguna sedemikan rupa untuk menggambarkan kebaikan BN dalam segala aspek.

Lebih malang mereka menggunakan media yang sama untuk menghentam dan memburuk-buruk Pakatan Rakyat(PR) secara terang dan tidak bersindung.

Lagi memalukan saya menyokong istilah baru kepada media BN yang telah bertukar wajah menjadi "media porno" .

Namun saya yakin gelaran itu mempercepatkan teori yang mengatakan media lama seperti itu akan terus terpinggir dari arus perdana dan makin tidak dipercayai paparan beritanya.

Oleh tidak ada sesuatu yang malang kalau rakyat malaysia terus menerus ditipu dengan gambaran seolah demokrasi dimalaysia sudah begitu baik. Sedangkan realitinya media ternyata berat sebalah dan semakin memihak kepada BN.

Walaupun hak PR dinafikan namun begitu saya tegaskan kemunculan media baru seperti website, blog, twitter , facebook dan sebagainya mendaji media alternatif kepada rakyat yang dahagakan maklumat yang sebenarnya.

Pesanan buat kakitangan Kastam, Ubah sebelum parah.

Posted: 08 Apr 2011 09:30 PM PDT

05 Jamidilawal 1432H. [MOD] -
Oleh: WFAUZDIN NS

SEKALI lagi saya ucapkan takziah buat keluarga Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed, Pegawai Kastam yang ditemui mati di perkarangan bangunan SPRM Wilayah Persekutuan semalam. Jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Allah SWT dan kita sebagai manusia suka atau tidak, terpaksa menerima ketentuanNya dengan penuh insaf dan redha.

Sudah tentu pemergian Allahyarham ditangisi oleh ahli keluarga dan waris beliau juga teman-teman rapat yang mengenali Allahyarham. Apatah lagi, ada teman rapat Allahyarham menyatakan bahawa beliau sewaktu hayatnya adalah seorang insan yang baik, periang dan pernah menjadi Imam di dalam solat bersama teman-teman setugasnya. Itulah perkhabaran baik yang sewajarnya kita patut ulang-ulangkan setelah beliau kembali menemui Rabbul Jalil.

Tragedi yang menimpa ke atas beliau hanya Allah yang tahu dan sebagai manusia biasa kita hanya mahukan agar siasatan telus dapat dilakukan segera. Apa pengajaran dari beberapa peristiwa yang `ganjil dan pelik' yang sering berlaku di negara ini? Tidak lain tidak bukan, kita harus kembali kepada ajaran Islam dan kita tidak lagi perlu mengharapkan golongan sekular atau pun mereka yang menjauhi agama untuk terus memerintah.

Bak kata pepatah Cina, "Ikan busuk selalunya bermula dari kepala". Tidak menjadi salah jika kita berani mencuba sesuatu yang lebih baik dari yang ada. Tidak mencuba, kita tidak akan tahu. Keberanian rakyat di selangor mencuba yang baru, maka lihatlah hasilnya. sehubungan itu, kita mesti berani mencuba di peringkat Pusat pula agar kita boleh lihat samada masih adakah lagi kejadian `pelik dan ganjil' ini berlaku di dalam pentadbiran kerajaan.

Khusus buat semua kakitangan Kastam, marilah kita bersama-sama rakyat yang lain bangun untuk mengubah negara ini. Jadikan lah negara ini sebuah negara yang aman, selamat dan makmur. "Kepala ikan yang busuk, kita buangkan untuk dijamah oleh kucing di jalanan"./wfauzdin.blogspot.com

Serangan balas Anwar menyebabkan Kabinet 'tarik handbreak'

Posted: 08 Apr 2011 09:25 PM PDT

05 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
Oleh: WFAUZDIN NS

JERAT yang dipasang oleh DS Anwar mengena dan berkesan. Saya telah menulis bagaimana mereka terjerat apabila terus mendesak agar ditubuhkan Suruhanjaya Bebas menyiasat kes video seks kununnya yang melibatkan Anwar dengan seorang pelacur.

Nazri Aziz orang yang paling bersemangat untuk mendesak agar Suruhanjaya Bebas ini ditubuhkan, begitu juga dengan beberapa pencacai yang lain termasuk raja katak dari Pasir Mas. Apabila Najib bersuara semalam yang seolah-olah bersetuju dengan Nazri, maka inilah yang ditungu-tunggu oleh Anwar.

Satu `ledakan peluru' tepat ke muka Najib apabila Anwar menyebut beliau tidak hairan sedikit pun tentang hajat mereka untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas berkenaan. Tetapi menurut Anwar, ada kes yang lebih besar dari itu iaitu kes wanita Monggolia yang dibom dengan menggunakan C4, kes moral tokoh penting negara di sebuah hotel Port Dickson dan terbaru kes kematian Pegawai Kastam di bangunan SPRM. Kesemuanya itu hendaklah ditubuhkan juga Suruhanjaya Bebas sebelum mahu bercerita pasal video seks lelaki berperut boroi itu.

Sekarang kita menanti apa jawapan Najib. Ternyata, serang balas Anwar mengejutkan Najib dan terbaru kabinet hari ini memutuskan kes video lucah itu akan dibawa ke Suruhanjaya Bebas SEKIRANYA pelakunnya telah dikenalpasti. Dilaporkan kenyataan Nazri, "Kerajaan akan hanya menubuhkan sebuah Suruhajaya Diraja (RCI) bagi menyiasat video seks yang didakwa membabitkan seorang lelaki yang dikatakan mirip ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas polis mengenalpasti pelaku dalam rakaman pita berkenaan" (Malaysiakini).

Jika sudah dikenalpasti pelakunnya, perlu apa lagi Suruhanjaya Bebas untuk menyiasat? Mahu siasat apa lagi? Adakah jika pelakun yang berperut boroi itu dikenalpasti bukan Anwar, maka tiada Suruhanjaya Bebas? Jika mereka anggap sememangnya Anwar, baru tubuh Suruhanjaya Bebas? Kita hairan, Suruhanjaya Bebas ini untuk apa sebenarnya? Perlukah wujud Suruhanjaya Bebas semata-mata mahu selamatkan air muka mereka yang sudah semakin jelek itu?

Apa pun, jelas cabaran Anwar agar ditubuhkan juga Suruhanjaya Bebas di dalam kes Altantuya khususnya berkenaan `siapa yang mengarahkan' wanita Monggolia itu dibunuh amat memberi kesan sehingga ada `tarikan handbreak' pada keputusan kabinet hari ini. Syabas Anwar./wfauzdin.blogspot.com

Sarawak dan Pembangunan Di Bawah Bekas Ketua Menteri

Posted: 08 Apr 2011 04:37 PM PDT

5 Jamadilawal 1432H. [MOD] -









Pembangunan di bawah bekas Ketua Menteri, Taib Mahmud tidak sedikit pun berganjak dikala banyak bangunan pencakar langit telah dibina di kotaraya namun tidak pula di kawasan kampung dan pedalaman. Rakyat di Sarawak bagaikan telah dipisahkan pembangunan antara kroni dan penduduk setempat.

Ketika tinjauan di Sebuyau, keadaan rumah mereka tidak terurus dangan baik seperti tiada langsung suara mereka didengari oleh kerajaan yang memerintah pada ketika itu (Barisan Nasional). Walaupun ada yang masih menyokong BN dengan terpampangnya bendera BN di rumah mereka.

Bagi rakyat Sarawak, mereka sebenarnya tidak minat berpolitik kerana mereka tahu mereka tidak mendapat faedah daripada kemenangan bagi sesuatu wakil rakyat yang memerintah. Ada dikalangan mereka tahu politik tetapi mereka tidak pernah mengundi dan tidak ingin untuk daftar sebagi pengundi.

Masyarakat di Sebuyau bagaikan dipinggirkan tanpa ada sikap prihatin daripada Ketua Menteri yang bernama  Taib Mahmud. Penduduk di sana tidak kisah siapa yang memerintah namun bagi mereka kebajikan mereka mesti diutamakan.

Mereka meletakkan bendera juga kerana suka-suka dan bukannya kerana mereka itu menyokong parti tersebut. Mereka telah dibayar RM30,diberikan tshirt dan sebagainya oleh BN untuk mengibarkan bendera dan bila ditanya mereka hanya mahukan bendera sahaja tetapi tidak pernah mengundi serta tidak tahu politik langsung.

Sumber: kijang59

3 kanak-kanak China maut selepas minum susu dicemari nitrit

Posted: 08 Apr 2011 03:00 AM PDT

04 Jamadilawwal 1432H. [MOD] -

BEIJING: Tiga kanak-kanak mati manakala 35 yang lain sakit selepas meminum susu yang dicemari nitrit di Gansu, iaitu skandal keselamatan makanan terbaru yang melanda industri tenusu negara itu.

Agensi berita Xinhua melaporkan 35 mangsa terbabit adalah kanak-kanak di bawah usia 14 tahun dan kini dirawat di dua hospital di bandaraya Pingliang.

"Siasatan awal menunjukkan semua pesakit diracuni nitrit selepas meminum susu yang dibekalkan dua ladang tenusu," menurut laporan Xinhua.
Nitrit digunakan untuk merawat daging.

Kedua-dua ladang tenusu itu ditutup dan pengurus mereka sedang disiasat.

Pada 2008, sekurang-kurangnya enam kanak-kanak maut dan hampir 300,000 yang lain jatuh sakit akibat meminum susu tepung yang dicampur melamin. - Reuters

PM tegas lawan rasuah pegawai kerajaan!

Posted: 08 Apr 2011 02:30 AM PDT

04 Jamadilawwal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 8 April: Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa Ops 3B akan diteruskan dalam ketegasan kerajaan melawan rasuah amat menyedihkan.

Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat, Nik Nazmi Nik Ahmad (gambar) berkata, ini memandangkan ketegasan yang sama tidak pernah kelihatan dalam melawan rasuah melibatkan pimpinan politik Barisan Nasional.

"Ini bukan kali pertama kerajaan BN lebih tegas bertindak terhadap penjawat awam berbanding pemimpin mereka sendiri," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas tragedi kematian Ahmad Sarbani Mohamed, Penolong Pengarah Pejabat Kastam Pelabuhan Klang yang mengejutkan rakyat Malaysia.

Allahyarham ditemui meninggal dunia di Pejabat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane pada 6 April yang lalu.

Tambahnya, terlalu banyak persoalan yang masih tidak terjawab tentang kematian Allahyarham Sarbani yang berlaku ketika Suruhanjaya Siasatan DiRaja tentang kematian Teoh Beng Hock sewaktu siasatan SPRM.

Kebetulan pula, ujarnya Allahyarham tinggal di kuarters Kastam yang terletak di kawasan Dun beliau, Seri Setia.

"Beberapa hari yang lalu saya mendapat maklumat bahawa pegawai-pegawai Kastam merasakan diri mereka menjadi kambing hitam dalam Operasi 3B yang dilaksanakan oleh SPRM untuk menyiasat rasuah dan penyelewengan Kastam," katanya.

Justeru, katanya Suruhanjaya Siasatan DiRaja mesti ditubuhkan untuk mensyiasat kematian Allahyarham Sarbani dengan serta-merta dengan melibatkan masyarakat sivil serta menyiasat struktur dan organisasi SPRM dalam kes ini.

Katanya lagi, kenyataan Najib bahawa Allahyarham Sarbani datang ke SPRM secara sukarela tidak masuk akal memandangkan beliau telah ditahan dalam Ops 3B pada 1 April dan dibebaskan atas ikatjamin pada 2 April yang lalu.

"Mengapa beliau hendak ke SPRM sekiranya tidak dipanggil oleh SPRM?" soalnya.

Menurutnya, sudah tersebar SMS kononnya meskipun kematian Allahyarham Sarbani dikesali namun ketegasan kerajaan menentang rasuah harus mendapat sokongan rakyat.

Soalnya, siapa yang bertanggungjawab menghantar SMS begini ketika Allahyarham Sarbani baru sahaja dikebumikan.

Tambahnya, Najib dan Nazri juga mengambil kesempatan meneruskan desakan penubuhan Suruhanjaya DiRaja dalam isu video Datuk T.

Menurutnya, malang sekali pemimpin BN nampaknya lebih mahu bermain politik dan bukannya menjawab persoalan yang bermain di minda ramai penjawat awam dan rakyat umum yang cintakan keadilan dan kebenaran.

Pada masa yang sama, beliau berharap pihak Cuepacs dapat tegas memperjuangkan kebajikan penjawat awam yang disiasat oleh SPRM dan seolah-olah bersalah sebelum diputuskan oleh mahkamah.

"Kami juga berharap Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) yang baru ditubuhkan dapat memulakan siasatan ini untuk memulihkan keyakinan penjawat awam dan rakyat terhadap institusi penguatkuasaan selepas rentetan satu demi satu kes malang," katanya.

Harakahdaily/-

PR mahu kembalikan kekayaan pada rakyat Sarawak

Posted: 08 Apr 2011 02:00 AM PDT

04 Jamadilawwal 1432H. [MOD] -

KOTA SAMARAHAN, 8 April: Mohamad Sabu berkata, kesungguhan PAS menyertai pilihan raya Sarawak adalah kerana mahu membela hak rakyat negeri ini yang lebih 20 tahun ditindas BN.

Sambil mengulangi bahawa rakyat sepatutnya menikmati hasil kekayaan negeri, beliau juga mahu rakyat bangkit menghentikan segera kerakusan pemimpin negeri yang mengaut kekayaan negeri.

Rakyat, katanya harus keluar dari belengu kemiskinan dengan menukar kepimpinan negeri ini yang ternyata mengabaikan kebajikan mereka.

"Kita (PAS dan Pakatan Rakyat) datang untuk kembalikan kekayaan Sarawak kepada rakyat Sarawak. Sangat sedih apabila rakyat Sarawak antara paling miskin di Malaysia sedangkan Sarawak ada petroleum.

"Inilah dia Sarawak tanah airku," kata Mohamad (gambar) yang juga AJK PAS Pusat sinis dalam satu ceramah di Kampung Sidang Baru di sini.

Turut serta berceramah, Naib Presiden dan Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Idris Ahmad serta Adun Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim.

"Dari Miri ke Sibu lebih kurang 120 km, kalau di Semenanjung sejam naik kereta. Kalau saya bawa 45 minit, kena saman ekor, Mahfuz bela," katanya disambut gelak ketawa hadirin.

"Di sini, Sibu ke Miri 3 jam lebih, kerana jalan raya bukan macam naik kereta, tapi macam naik kuda," tambahnya menggambarkan kemudahan asas yang jauh ketinggalan.

Membandingkan dengan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat, beliau berkata rakyat akan lebih kaya jika Pakatan Rakyat memerintah.

Beliau memberi contoh Selangor yang kaya dengan hasil negeri tetapi di bawah Pakatan Rakyat, kekayaan itu dinikmati rakyat.

Ianya termasuk 20 meter padu air percuma, wang masuk universiti RM1,000, skim warga emas dan banyak lagi.

"Dalam tempoh sekarang, rakyatlah yang menjadi raja, bukan lagi Tan Sri (Abdul) Taib Mahmud.

"Undilah Pakatan Rakyat, kalau satu penggal mereka perintah baik, sambung tugas mereka, kalau buruk lebih dari BN, patah balik undi parti yang anda mahu," katanya.

Nazri Abdullah
Harakahdaily/-

KALAU `WANITA ITU' ISTERI NAZRI, MUSTAHIL NAZRI TIDAK KENAL

Posted: 08 Apr 2011 01:31 AM PDT

04 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

SIAPA orang pertama sepatutnya boleh ditunjukkan video seks yang kununnya melibatkan DS Anwar selain dari pihak Polis? Sudah tentulah isteri beliau iaitu DS Wan Azizah kerana beliau juga mahu menyedapkan hatinya akibat fitnah yang diicipta melalui video berkenaan.

Memang benar, terlalu berat buat DS Wan Azizah serta keluarga untuk menonton video lucah berkenaan dan sememangnya dari awal beliau telah menolak untuk menontonnya atas alasan ianya jelas satu fitnah, keduanya kerana hukumnya haram disisi agama jika menonton video adegan seks samada tulin atau tidak video itu.

Namun, Alhamdulillah, Allah memberi jalan kepadanya untuk mengesahkan siapa sebenar lelaki berperut boroi dan kadangkala tidak berjanggut itu. Maka, ada tangan yang gatal datang dari mana telah memuat turunkan klip video tersebut ke dalam youtube walaupun dibuat suntingan ke atas beberapa babak terutamanya babak yang memperlihatkan perbezaan susuk tubuh badan DS Anwar.

Apabila DS Wan Azizah dimaklumkan bahawa tiada adegan seks yang terdapat di dalam klip video pada youtube berkenaan, maka beliau bersetuju untuk menontonnya bersama anak-anak beliau. Akhirnya, kepastian diperolehi olehnya dan mengesahkan bahawa lelaki berperut boroi dan lenggang jalan seperti itu bukanlah suaminya.

Apabila ini terbongkar, maka amat menyulitkan pihak yang melakukan konspirasi jahat ini untuk meneruskan kerja fitnah mereka. Hajat dihati mahu melihat DS Wan Azizah melenting atau setidak-tidaknya meletakkan jawatan di dalam politik bersama suami dan anaknya. Isteri mana mahu mempertahankan suaminya yang melanggan pelacur? Anak mana yang mahu membela ayahnya yang bermain kayu tiga dengan ibunya? Adakah DS Wan Azizah lebih pentingkan politik daripada moral keluarganya?

Sehubungan itu, apabila beliau dan anaknya telah memastikan bahawa itu bukan DS Anwar yang amat dikenalinya maka menjadi kewajipan pula baginya untuk mempertahankan suaminya. Apatah lagi beliau pun tahu sewaktu rakaman itu dibuat, beliau serta anak-anaknya berada bersama DS Anwar beserta beberapa pimpinan PKR di rumahnya. Bukti Twitter dan Facebook DS Anwar juga amat kukuh sebagai alibi di dalam kes ini walaupun Utusan Meloya agak bodoh di dalam pengiraan masa 2 jam kununnya DS Anwar hilang di dalam Twitter berkenaan.

Peliknya, seorang menteri bernama Nazri pula `susah hati' dengan kenyataan DS Wan Azizah yang menolak tuduhan ke atas DS Anwar. Mengapa beliau susah hati sangat? Adakah beliau berharap sangat lelaki boroi itu adalah Anwar? Nazri Aziz berkata," Wan Azizah tidak cekap bagi kenal pasti (lelaki dalam video) kerana ia pasangannya," kata Nazri sambil menambah terdapat percanggahan kepentingan dalam perkara tersebut (Malaysiakini).

Wahai Nazri, untuk mengenal suami sendiri tidak perlu cekap. Perlu kepada cekap adalah menangkap Rahim serta `three strooges' yang mengaku menayangkan video lucah yang tulin itu di Sri Carcosa. Perkataan `cekap' ini harus Nazri tujukan kepada KPN bukan DS Wan Azizah. Seandainya wanita yang melakukan adegan di dalam video tersebut mirip wajah isteri Nazri, mustahil Nazri tidak kenal, bukan?

Cukuplah semuanya ini. Sehingga kini semakin ramai yang tidak percaya apa yang mereka lakukan terhadap DS Anwar. Usah ditegak benang yang basah. Kita tunggu siasatan Polis untuk mengenalpasti siapa lelaki boroi itu, sementara itu juga kita tunggu sejauh mana geng `three strooges' ini mahu diselamatkan atas kesalahan menayangkan video lucah.

Oleh: WFAUZDIN NS

Mufti: Letak jawatan tanda protes, ada media sendiri

Posted: 08 Apr 2011 01:30 AM PDT

04 Jamadilawwal 1432H. [MOD] -

KUCHING, 8 April: PAS mencadangkan Jabatan Mufti negeri-negeri seluruh negara mengeluarkan media sendiri bagi menyuarakan pandangan mereka agar tidak lagi dipermainkan oleh Umno melalui media mereka.

Mufti juga dicadangkan agar meletakkan jawatan sebagai tanda protes, kerana tiada guna ujud jabatan mufti kalau sekadar untuk dilihat mengiakan pandangan kerajaan.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar kanan) berkata, kejadian yang berlaku terhadap Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria (gambar bawah) amat jelas bagaimana para mufti dipermainkan oleh media Umno khasnya Utusan Malaysia.

Ekoran tindakan media Umno menggelapkan kenyataan mufti mengenai sikap mereka dalam isu video seks, para mufti telah difitnah seolah-olah memperkatakan isu remeh seperti poco-poco sahaja.

Padahal, Harussani sendiri berkata, beliau telah membuat kenyataan mengecam tindakan mengedarkan video itu kepada Utusan tetapi kenyataan itu tidak disiarkan oleh akhbar itu.

Antara mangsa salah lapor ini adalah Tuan Ibrahim sendiri yang tidak tahu sikap sebenar Harussani dalam isu ini.

"Bagi mengelak buruk sangka umum kepada jabatan Mufti dicadangkan sabuah akhbar jabatan mufti bagi memuatkan pandangan, pendirian dan fatwa mufti diujudkan, di samping ianya dapat menyelaraskan pandangan terhadap beberapa isu berkaitan agama," cadang Tuan Ibrahim dalam kenyataannya.

Kata Tuan Ibrahim, PAS menyanjung tinggi beberapa kenyataan tegas yang dikemukakan oleh para Mufti berhubung isu klip video ini.

Beliau merujuk kenyataan sebenar para mufti yang disiarkan oleh media alternatif tetapi digelapkan oleh media tradisional yang dikawal Umno dan BN.

Kenyataan begini amat dinanti oleh rakyat kerana ketegasan mereka akan dilihat pendirian rasmi para mufti. Sayangnya kenyataan begini jarang dikeluarkan oleh media tradisional kerana ianya bertentangan dengan agenda tersembunyi UmNo, kata Tuan Ibrahim.

Bagi beliau, tindakan media tradisional ini sekali lagi membuktikan isu video adalah agenda Umno bagi mematikan karear politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekaligus merencatkan perubahan politik yang sedang berjalan di Sarawak.

Katanya, apa yang membimbangkan ada ura-ura pihak tertentu yang akan mengedarkan klip video ini di Sarawak, khususnya di kawasan Melayu bagi tujuan jahat mereka ini.

Memandangkan tiadanya senbarang tindakan phak polis bagi mengambil tindakan kepada Trio Umno yang menayangkan klip ini dan tindakan media perdana menyiarkan klip ini, maka tindakan ini tidak mustahil, tambahnya.

"PAS melihat para mufti bukan lagi menjadi rujukan kerajaan, bahkan mereka hanya diminta pandangan dan dihormati sekiranya ianya menguntungkkan pemerintah," katanya.

Kata Tuan Ibrahim, sehubungan tindakan biadab kerajaan Umno kepada mufti maka disarankan;

1. Mufti mengadakan muzakarah segera bagi mengeluarkan ketetapan agar tuduhan berupa qazaf dapat dihentikan, agar tidak ada lagi yang menanggung dosa setiap hari di kalangan rakyat.

2. Mufti mendesak kerajaan negeri-negeri agar mewartakan larangan melakukan tuduhan berupa elemen qazaf, kerana ianya termasuk dosa besar yang kesaksiannya tidak boleh diterima sampai bila- bila. PAS melahirkan kebimbangan mereka yang jatuh dalam katagori ini menjadi saksi perkahwinan dan muamalah lain, menyebabkan urusan tersebut tidak sah, dan menanggung dosa sampai mati.

3. Mufti mestilah memboikot mana-mana majis pemimpin Umno yang gagal mengambil perhatian terhadap kesahan besar dan telah dibuat teguran oleh para mufti. Ini alan mencerminkan ketegasan para mufti sebagaimana yg dikehendaki oleh hadis Rasulullah "Bilamana zahir penyelewengan dalam urusan agama, hendaklah orang alim di kalangan kamu menzahirkan pendirian dan ilmunya (sikapnya)."

4. Meletakkan jawatan tanda protes, kerana tiada guna ujud jabatan mufti kalau sekadar untuk dilihat mengiakan pandangan kerajaan, namun bilamana ianya tidak menguntungkan kerajaan Umno, pandangan itu disembunyikan oleh media perdana, sehingga rakyat biasa tidak mengetahui pandangan mufti.

Harakahdaily/-

Baru Bian KM Sarawak jika BN ditumbangkan

Posted: 08 Apr 2011 01:20 AM PDT

04 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian akan dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak jika Pakatan Rakyat menumbangkan BN pada pilihanr raya negeri ke-10, 16 April ini.

Persetujuan itu diputuskan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat dan diumumkan di Kuching ketika pelancaran manifesto mereka yang 'Ketuanan Rakyat'.

Hadir ketika pengumuman itu adalah Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dan ahli jawatankuasa pusat PAS, Datuk Seri Nizar Jamaluddin serta calon-calon Pakatan yang bertanding pada pilihan raya ini.

Malaysiakini/-

Kes Teoh, Sarbani adalah sama, kata MP Pakatan

Posted: 08 Apr 2011 01:06 AM PDT

04 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak silap ketika mendakwa tiada persamaan antara kematian Teoh Beng Hock dan penolong pengarah Kastam, Ahmad Sarbani Mohamed, kata beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat hari ini.

Dengan menolak persamaan antara kedua-dua kes berkenaan, Najib sebenarnya cuba memperlihatkan ketidak-seriusan dalam kematian Ahmad Sarbani ketika dalam jagaan Suruhanjaya Pencegahan Rasiah Malaysia (SPRM).

"Najib adalah salah kerana ada persamaan dengan kematian Teoh Beng Hock. Kedua-dua mereka mati di bangunan kerajaan kettika dalam tahanan agensi pihak berkuasa," kata ahli parlimen Klang, Charles Santiago.

Santiago dan tiga lagi ahli parlimen - MP Shah Alam Khalid Samad, MP Teluk Intan M Manogaran dan MP Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud hari berjumpa dengan pengarah SPRM Selangor bagi melahirkan kebimbangan mereka berhubung keselamatan orang ramai kepada suruhanjaya itu.

Malaysiakini/-

Peghelih La...

Posted: 08 Apr 2011 11:34 PM PDT

Peghelih La...


Ustaz Fuad terajui DPP Arau

Posted: 08 Apr 2011 02:08 AM PDT

ARAU - Seperti Padang Besar dan Kangar, Dewan Pemuda PAS Kawasan Arau turut mendapat ketua baru bagi sesi 2011-2013.


Ustaz Mohd Fuad Hashim telah dipilih selaku ketua yang baru pada Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Arau yang diadakan di Markas PAS Jawi Seratus, 2 April lalu.


Beliau akan dibantu oleh Solahuddin Azmi sebagai Timbalan Ketua. Beliau merupakan Setiausaha PAS Kawasan Arau serta Ketua Pemuda DUN Sanglang sebelum ini.

Pemuda PAS Perlis buat laporan Polis

Posted: 08 Apr 2011 02:05 AM PDT



KANGAR - Pemuda PAS Perlis melahirkan rasa kesal ke atas perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab menggantung lima helai kain sepanduk pada 6 April lalu berkaitan kes kematian adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee.

Sepanduk berbunyi "Pembunuhan di MADI angkara PAS Perlis", "Rakyat Perlis benci pembunuh adik Syazani oleh PAS ", "PAS Perlis bertanggungjawab atas kematian adik Syazani di sekolah PAS" telah digantung di beberapa tempat di Perlis.

Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'aakub berkata perbuatan ini dilakukan oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan reputasi PAS.

"Kita menyatakan rasa kesal dengan perbuatan pihak terbabit sedangkan insiden yang berlaku lebih bersifat terpencil dan bukan menunjukkan PAS Perlis tidak bertanggungjawab sebagaimana yang cuba digambarkan.

"PAS Perlis telah berusaha dengan sebaiknya menjalankan tanggungjawab dengan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak keluarga pelajar, keluarga tertuduh serta pihak berkuasa bagi menguruskan kes ini. Kes ini sedang dalam siasatan dan biarlah ianya diputuskan melalui proses perundangan," katanya.

Sehubungan itu, beliau bersama-sama Exco Pemuda PAS telah membuat laporan polis di Balai Polis Kontinjen Kangar pada jam 4.15 petang hari yang sama untuk memohon sisatan diadakan bagi mengenalpasti pihak terbabit.

Adik Saiful Syazani, pelajar sekolah kelolaan PAS Perlis ini meninggal dunia 3 April lalu selepas koma selama tiga hari dipercayai telah didera oleh penyelia asrama sekolah terbabit yang kini ditahan reman oleh pihak polis.

Sepanduk-sepanduk nakal yang dinaikkan

Posted: 08 Apr 2011 01:59 AM PDT



APA TINDAKAN KAMI? BACA POSTING DI ATAS....

Sidang DUN Perlis: Kenapa MB tak jawab SMS Shahidan?

Posted: 08 Apr 2011 01:54 AM PDT

KANGAR - Mantan Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Shahidan Kassim (BN-Tambun Tulang) dalam ucapannya di Sidang DUN Perlis mendakwa Menteri Besar, Dato' Seri Md Isa Sabu tidak berhemah kerana tidak menjawab panggilan telefonnya atau membalas pesanan ringkas (SMS) beliau semasa berlakunya banjir di Perlis baru-baru ini.

Md Isa semasa menggulung perbahasan berkata beliau tidak menjawab SMS tersebut kerana bahasa yang digunakan Shahidan tidak bersesuaian.


Dalam ucapannya juga, Shahidan turut mendakwa Ahli Parlimen Kangar, Dato' Radzi Sheikh Ahmad yang juga Penasihat Menteri Besar Perlis adalah individu sebenar yang memerintah Perlis.

Beliau membangkitkan tentang konspirasi politik menjatuhkannya selepas pilihanraya umum ke-12 dengan bantuan Dato' Azmi Khalid dan campurtangan istana.

"Sila rujuk tulisan Atory Hussein, UUM atau memoir Tun Mahathir. Dato' Radzi ni sepatutnya tak jadi ahli parlimen Kangar tapi nak bagi kepada Hashim Suboh, tapi dia pandai mainkan peranannya," kata beliau.

Sidang DUN Perlis: Shahidan kata Speaker "bias"

Posted: 08 Apr 2011 01:48 AM PDT

KANGAR - Sidang Dewan Undangan Negeri Perlis baru-baru ini menyaksikan mantan Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Shahidan Kassim gagal memanfaatkan peluang yang diberikannya untuk berucap membahaskan Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan Tambahan Yang Pertama 2010 (tahun 2011).

Beliau yang memberikan laluan kepada Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin (PAS-Sanglang)berucap dahulu pada sidang hari pertama memulakan ucapan dengan mempertikaikan jawapan pihak kerajaan kepada soalan lisan beliau pada sesi pagi berkenaan fahaman Wahabi.

Hanya satu aspek kecil yang menimbulkan ketidakpuasan hati beliau ialah perkataan "konservatif" yang digunakan dalam jawapan pihak kerajaan.

Perkara ini mengundang "syarahan-syarahan" yang diulang-ulang oleh Shahidan sehingga mengambil masa lebih setengan jam.

Apabila diingatkan oleh Speaker, Dato' Yazid Mat yang beliau hanya mempunyai lima minit lagi masa untuk berucap, Shahidan seolah-olah mahukan masa yang lebih seperti yang diperolehinya dalam sidang DUN sebelum ini.

Bila tamat tempohnya, Yazid kemudiannya meminta Shahidan menamatkan ucapan. Shahidan yang tidak berpuashati meminta masa yang lebih tetapi ditolak oleh Yazid.

"Speaker adalah seorang yang "bias" (berat sebelah)," katanya yang kemudiannya terpaksa akur dengan arahan Speaker tersebut.

Sidang DUN Perlis: Khairi tegur Shahidan

Posted: 08 Apr 2011 01:42 AM PDT

KANGAR - Sidang Dewan Undangan Negeri Perlis baru-baru ini digamatkan dengan gelagat dua orang wakil rakyat yang duduk bersebelahan iaitu Dato' Seri Shahidan Kassim (BN-Tambun Tulang) dan Khairi Hassan (BN-Mata Ayer).

Umum mengetahui sebelum ini, Kahiri adalah merupakan orang kuat Shahidan, tetapi pendiriannya dilihat agak kendur apabila Shahidan tidak lagi bergelar Menteri Besar.

Semasa berucap membahaskan Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan Tambahan Yang Pertama 2010 (tahun 2011) pada si
dang 5 April lalu, Khairi telah beberapa kali diganggu oleh Shahidan yang bangun meminta penjelasan.

Menjawab tentang isu samada beliau akan dipilih sebagai calon atau tidak pada pilihanraya umum akan datang, Khairi berkata beliau reda untuk tidak dipilih semula.

Begitu juga Khairi berkata beliau dulunya adalah penyokong Shahidan tetapi bukan seorang yang fanatik.

"Pendekatan saya mudah, saya rela tidak dipilih semual sebagai calon. Saya kenang budi semua termasuklah mantan (Shahidan), tapi saya bukanlah fanatik.

"Saya bukan jenis orang yang menegur pemimpin dalam majlis macam ni. Nak tegur biarlah berhemah," ujarnya.

Selain itu Khairi turut menegur Shahidan yang secara terang-terangan melihatkan perbezaan pandangan dengan Menteri Besar, Dato' Seri Md Isa Sabu.

"Dah dekat pilihanraya umum ni, saya tengok Tambun Tulang (Shahidan) berbeza pendapat dengan MB lagi. Susah kita nanti bila pembangkang ambil peluang.

"Kalau berbeza pendapat kita duduk berbincang jangan sampai pembangkang ambil peluang mengurangkan margin sokongan rakyat pada kita," katanya.

Pekerja ditamat kontrak patut diberi pampasan

Posted: 08 Apr 2011 01:38 AM PDT

KANGAR - Nasib 73 orang pekerja am rendah Jabatan Pelajaran Perlis yang sebelum ini ditamatkan kontrak mendapat perhatian wakil rakyat pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis baru-baru ini.

Rus'sele Eizan (PAS-Simpang Empat) serta Yip Sun Onn (BN-Titi Tinggi) membangkitkan masalah ini melalui soalan-soalan lisan mereka pada sidang 5 April lalu.

Malah, beberapa orang individu terbabit dengan penamatan kontrak tersebut turut mengadakan tunjuk perasaan di luar Kompleks DUN Perlis semasa dewan bersidang.

Ru'sele yang berucap membahaskan Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan Tambahan Yang Pertama 2010 (tahun 2011) meminta pihak kerajaan memberikan tumpuan kepada masalah tersebut memandangkan mereka yang terbabit mempunyai yanggungjawab yang besar menyara keluarga dan anak-anak.

"Walaupun mereka adalah pekerja kontrak yang boleh ditamatkan kontrak bila-bila masa, tapi selaku kerajaan yang sepatutnya memberikan peluang pekerjaaan kepada rakyat patut mengambil berat hal ini.

"Mereka yang terbabit semuanya orang Melayu yang berumur 30-an hingga 40-an. Lebih membebankan lagi, mereka ini mempunyai tanggungan hutang yang banyakantar RM10ribu hingga RM130ribu.

"Jadi kita minta pihak kerajaan membantu setidak-tidanya pun bagi sedikit ganjaran atau pampasan untuk mereka menampung kehidupan sebelum mendapat pekerjaan yang lain,"katanya.

Sidang DUN bukan tempat bahas masalah parti : YB Sanglang

Posted: 08 Apr 2011 01:28 AM PDT

KANGAR -Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin (PAS-Sanglang)meminta agar ruang yang ada bagi setiap wakil rakyat di dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) digunakan sepenuhnya untuk membincangkan masalah rakyat.

Sebaliknya menurut beliau, segala perselisihan yang membabitkan masalah parti tidak sewajarnya dibincangkan secara terbuka semasa sdiang DUN.

"Perkara-perkara kecil berkaitan perselisihan politik tak payah kita sebut atau dedahkan kerana dewan ini bukanlah medan untuk kita berbicang perkara begitu tapi lebih banyak lagi tugas-tuga kita sebagai wakil rakyat yang kita nak buat," katanya ketika berucap membahaskan Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan Tambahan Yang Pertama 2010 (tahun 2011).

Bagaimanapun pandangan Ustaz Hashim itu kurang disenangi oleh Dato' Seri Shahidan Kassim (BN-Tambun Tulang) yang berpendapat sidang DUN adalah ruang untuk membangkitkan apa sahaja kerana setiap ahli dewan mempunyai kekebalan.

Menjawab respon dari Shahidan itu, Ustaz Hashim berkata, sebagai sebuah parti politik masalah yang timbul boleh diselesaikan umpamanya di peringkat Badan Perhubungan bukannya pada sidang DUN.

"Saya pernah sebut dalam sidang dulu, bukan kita nak tengok perpecahan di dalam Umno tu didedah disini, bila saya sebut Umno berpecah dua tapi Tambun Tulang kata bukan dua tapi tiga.

"Tapi sebagai parti pemerintah, perkara-perkara macam tu boleh dibincang di peringkat perhubungan dan diselesaikan pada peringkat parti, tak payah bawa ke sini.

"Di sini kita nak tengok wakil rakyat memberikan idea-idea yang boleh membantu pembangunan negeri bukan mendedahkan kacau sesama kita," ujarnya.

Kerja dengan tanggungjawab kepada Allah : Ustaz Hashim

Posted: 08 Apr 2011 01:20 AM PDT


KANGAR - Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin (PAS-Sanglang)menyeru agar setiap pemegang jawatan samada wakil rakyat mahupun pegawai kerajaan bekerja dengan berlandaskan tanggungjawab kepada Allah.

Menurutnya, jika sifat ini tidak disematkan di dalam dada setiap individu yang memgang amanah, pentadbiran negeri akan menjadi kucar-kacir.

"Tidak kiralah apa jawatan kita samada Menteri Besar, Exco atau Pengarah Jabatan, kita kena bertanggungjawab dengan Allah. "Sebab itu apa yang dibangkitkan tentang kegelisahan yang dihadapi oleh pengurusan dan pentadbiran kerana sebahagian dari kita tidak terasa yang mereka bertanggungjawab dengan Allah," katanya ketika berucap membahaskan Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan Tambahan Yang Pertama 2010 (tahun 2011) pada sidang Dewan Undangan Negeri Perlis 5 April lalu.

Ustaz Hashim turut memberikan contoh bagaimana sesuatu projek yang dijalankan oleh kerajaan dilihat tidak memberikan manfaat malahan merugikan wang rakyat.

"Contonhya, kita semua tahu di Simpang Empat sudah mempunyai perpustakaan dan tidak jauh dari situ bersebelahan masjid Bongor Kudong juga ada bilik bacaan yang saua lihat jarang digunakan, mengapa dibuat pula sebuah lagi di tengah bendang di Jalan Teras Umno berhmapiran Bongor Kudong juga?," soalnya.

Dalam ucapan yang sama, Ustaz Hashim menyeru pihak kerajaan negeri berusaha ke arah amalan perbelanjaan berhemah dalam pentadbiran dengan menilai setiap perbuatan itu berdasarkan apa yang dinilai oleh Allah.

Salam Perjuangan

Posted: 08 Apr 2011 11:03 PM PDT

Salam Perjuangan


MUFTI - MASA UNTUK BERTINDAK

Posted: 08 Apr 2011 03:20 AM PDT

PAS Negeri Sembilan

Posted: 08 Apr 2011 09:33 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat 10 Apr 2011

Posted: 07 Apr 2011 09:39 PM PDT

JELAJAH MAHASISWA SELAMATKAN RAKYAT Salam hormat, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan menjalankan siri Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat secara besar-besaran pada : Tarikh : 10 April 2011 (Ahad) Masa : Bermula jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang Destinasi: KL Sentral - Seremban - KL Sentral Anjuran : Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Siri jelajah dari KL ke Seremban ini diadakan bagi menunjukkan rasa protes mahasiswa terhadap suasana politik tanah air yang dilihat terlalu jijik & kotor terutamanya dalam isu video lucah yang kini hangat diperkatakan di seluruh negara. Selain menunjukkan rasa protes & ketidak puas hatian terhadap situasi politik negara pada masa kini, siri jelajah ini juga diadakan bagi menunjukkan rasa cinta dan sayang mahasiswa terhadap negara dan turut mengharapkan prekembangan politik yang lebih sihat & konstruktif akan berlaku di dalam negara ini. Siri jelajah ini akan bermula dari stesen KL Sentral pada jam 8.00 pagi di mana seluruh mahasiswa dari beberapa IPTA dan IPTS dari Lembah Klang akan berkumpul dan sesi taklimat ringkas sebelum siri jelajah bermula akan dijalankan. Seterusnya, seluruh mahasiswa yang akan menggunakan tema pakaian putih pada hari tersebut akan menaiki komuter untuk menuju ke Seremban dengan membawa beberapa pelekat & kain rentang. Seterusnya, mahasiswa akan turun di beberapa stesen komuter yang terpilih untuk mengadakan 'silent protest' dengan mengangkat pelekat, kain rentang & mengedarkan risalah kepada orang ramai hingga ke stesen komuter Seremban. Kemudian, mahasiswa akan kembali semula ke stesen KL Sentral untuk mengedarkan risalah, ucapan daripada beberapa pimpinan mahasiswa & seterusnya akan mengadakan sidang media sebelum siri jelajah ini berakhir. Siri Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat KL Sentral - Seremban yang dijangkakan akan menghimpunkan mahasiswa dariUM,UKM,UPM,UPSI,KUIS,USIM,UIA,UTMKL,UNISEL & UITM ini merupakan satu aktiviti jelajah terbesar yang julung-julung kalinya dianjurkan oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan ia juga merupakan salah satu usaha murni di peringkat mahasiswa untuk memulihkan kembali suasana politik Malaysia yang kian kotor di dalam rangka gerak kerja Kempen Mahasiswa Selamatkan Rakyat. Terima kasih, Ahmad Shukri Kamarudin Sekretariat Media Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) 013- 3676 124 Sumber http://wakkangwhilemyguitargentlyweeps.blogspot.com/2011/04/jelajah-mahasiswa-selamatkan-rakyat.html

PARLIMEN BUKIT GANTANG

Posted: 08 Apr 2011 09:09 PM PDT

PARLIMEN BUKIT GANTANG


Manifesto Pakatan Rakyat praktikal- Nizar

Posted: 08 Apr 2011 03:34 AM PDT

KUCHING, 8 April: Manifesto Pakatan Rakyat Sarawak yang dilancarkan hari ini sangat praktikal untuk dilaksanakan dan merangkumi keperluan semua kaum di negeri ini, kata AJK PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Beliau berkata, manifesto yang dirangka oleh Pakatan Rakyat Sarawak dengan persetujuan Pakatan Rakyat Pusat itu dihasilkan setelah mengambil kira semua masalah dan isu-isu rakyat di Sarawak dan negeri-negeri Pakatan yang lain.

"Saya yakin manifesto Pakatan Rakyat untuk rakyat Sarawak merupakan manifesto yang paling praktikal dan boleh dilaksanakan dan menangani isu-isu di negeri Pakatan Rakyat sebelum ini.

"Jadi sudah tentu sepuluh perkara yang dinyatakan dalam manifesto ini amat bertepatan sekali dengan masalah rakyat negeri Sarawak," kata beliau ketika ditemui selepas pelancaran manifesto berkenaan di pusat media PKR, dekat sini hari ini.

Terdahulu, manifesto berkenaan dilancarkan oleh beberapa pimpinan utama Pakatan Rakyat negeri dan pusat antaranya Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, penasihat DAP, Lim Kit Siang, dan beberapa calon Pakatan Rakyat yang bertanding dalam pilihan raya negeri kali ini.

Sepuluh perkara yang terkandung di dalamnya ialah kebebasan kepercayaan, pentadbiran yang baik, reformasi tanah dan Suruhanjaya Tanah Pusaka Bumiputra, pembasmian kemiskinan, hubungan persekutuan negeri Sarawak yang lebih hijau, layanan adil kepada semua rakyat Sarawak, kebudayaan dan pendidikan, hak wanita dan melabur dalam masa depan.

Bagi reformasi tanah dan Suruhanjaya Tanah Pusaka Bumiputra,Pakatan Rakyat memberi jaminan untuk menubuhkan Suruhanjaya Tanah Pusaka Bumitputra bagi menyiasat semua tuntutan Tanah Hak Adat Bumiputra (NCR),dan selepas itu mengkaji selidik dan mengeluarkan geran atau pajakan bagi tanah yang dipersoal sejajar dengan adat kaum asli Sarawak.

Nizar yang juga Pengerusi Pakatan Rakyat Perak juga berkata, kandungan manifesto berkenaan mampu memberikan satu perubahan kepada Sarawak dan rakyatnya.

"Saya yakin 10 perkara ini akan memberi kejutan dan transformasi yang besar di Sarawak tanpa ada elemen-elemen huru-hara. Ini yang nak kita pamerkan bahawa perubahan ini merupakan perubahan yang licin dan tidak melibatkan apa-apa perkara yang tidak diingini," katanya yang juga ahli parlimen Bukit Gantang.

Manifesto Pakatan janji RM600 untuk warga emas

Posted: 08 Apr 2011 03:17 AM PDT

Pakatan Rakyat hari ini melancarkan manifestonya bagi pilihan raya Sarawak dengan menjanjikan beberapa habuan.

Ia termasuk memberi wang tunai secara terus kepada rakyat dan menuntut pemberian royalti minyak Sarawak ditingkatkan jika mereka berjaya membentuk kerajaan negeri yang baru pada 16 April ini.

NONEBerbanding dengan manifesto BN yang diumumkan semalam yang didakwa hambar dan tidak mempunyai perincian masa depan, Pakatan berjanji untuk terus mengutamakan rakyat.

"Layanan adil kepada semua rakyat Sarawak dengan membantu daftar kerakyatan rakyat tempatan, menyumbang RM200 untuk setiap anak anak masuk darjah satu serta pemberian RM600 untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas setiap tahun," kata manifesto itu.

Selain itu, manifesto lapan halaman itu juga berjanji menjamin kebebasan agama sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

NONEPakatan Rakyat juga berikrar bagi membentuk Suruhanjaya Tanah dan Suruhanjaya Tanah Pusaka Bumiputra dengan menyelesaikan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dan mengembalikan semula tanah adat Orang Asal..

Berikut antara intipati manifesto yang bertemakan 'Kami Menjulang Kedaulatan Rakyat, Ketuanan Rakyat.'

  • Pentadbiran yang baik berdasarkan prinsip antarabangsa – cekap, Akauntabel, Telus atau CAT dengan mengagih kekayaan hasil bumi terus kepada rakyat; di samping menolak amalan nepotisme dan rasuah sebagaimana yang diamalkankan BN Sarawak sebelum ini.
  • Menubuhkan Dana Pembasmian Kemiskini sebanyak RM1 bilion untuk menangani keluarga rakyat di bawah paras kemiskinan.
  • Menjamin hubungan baik antara persekutuan dan negeri Sarawak dengan meningkatkan pemberian royalti dari 5 peratus ke 20 peratus.
  • Membela Sarawak yang lebih hijau dengan menghentikan pembinaan empangan yang berlebihan serta melarang sama sekali pembinaan loji nuklear di Sarawak.
  • Mempertahan identiti kebudayaan etnik-etnik di Sarawak dengan menggalakkan pembelajaran bahasa ibunda serta memberikan peruntukan sistematik kepada anak Sarawak tanpa mengira kaum sebagaimana yang telahpun diamalkan oleh di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.
  • Membela hak wanita dengan keserataan jantina di samping membina prasarana bagi membela nasib wanita dan kanak-kanak yang mengalami keganasan rumah tangga dan lain-lain.
  • Melabur untuk masa depan dalam modal insan, infrastruktur termasuk membangunkan prasarana jalur lebar (WiFi) dalam masa 2 tahun.sumber mk

DPPK PARIT

Posted: 08 Apr 2011 07:14 PM PDT

DPPK PARIT


Video Seks Fitnah Tetap Tidak Boleh Jadi Bukti

Posted: 07 Apr 2011 08:21 PM PDT

KUDAP-KUDAP

Posted: 07 Apr 2011 08:14 PM PDT

PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL

Posted: 08 Apr 2011 07:04 PM PDT

PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL


MESYUARAT AGUNG MUSLIMAT 9 APRIL, PEMUDA 10 APRIL

Posted: 08 Apr 2011 07:33 AM PDT

Minggu ini adalah minggu yang agak sibuk bagi PAS Kawasan Bukit Katil apabila kedua-dua sayap utamanya akan mengadakan mesyuarat agung tahunan masing-masing. Dewan Muslimat akan bermesyuarat esok 9 April jam 2.30 petang di Pejabat PAS Kawasan manakala Dewan Pemuda akan mengadakan mesyuarat agungnya pada 10 April 9.00 pagi di Pejabat PAS Negeri di Semabok.


Mesyuarat Agung Dewan Muslimat akan dirasmikan oleh Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan, Haji Mohd Ali Sharif manakala Mesyuarat Pemuda dirasmikan oleh pimpinan Pemuda PAS Negeri Melaka.


Dewan Pemuda akan menyaksikan perlantikan Ketua Pemuda baru kerana Ketuanya sekarang, Puhat Bedol telah melepasi had umur 4o tahun manakala kepimpinan muslimat dijangka kekal.


Seluruh muslimat dan pemuda cawangan-cawangan diharap dapat menghadiri program tahunan yang sangat penting ini.

PEMILIHAN PIMPINAN KAWASAN DIADAKAN SECARA ADIK BERADIK

Posted: 08 Apr 2011 07:26 AM PDT

Yang Dipertua PAS Kawasan berkata semua ahli yang dicalonkan untuk apa juga jawatan diharpkan dapat menerima pencalonan tersebut.

"Kita harap semua yang dicalonkan menerima pencalonan cawangan bagi memberi peluang kepada ahli memilih kepimpinan baru"

"Kita membuka seluas-luas pintu untuk sesiapa juga bertanding, kita buat kerja Islam berlumba-lumba membuat kebajikan jadi tidak ada apa yang perlu digusarkan, sesiapa yang menang kena pegang amanah besar yang tidak dipilih jangan lari dari perjuangan" tegas YDP.

Mesyuarat PAS Kawasan Bukit Katil malam tadi menetapkan 24 April sebagai tarikh mesyuarat agung di mana ianya akan dirasmikan oleh Bendahari PAS Pusat, YB Dr Haji Hatta Ramli.

3 WAKIL KAWASAN SELAMAT SAMPAI DI TANJUNG DATU

Posted: 08 Apr 2011 07:23 AM PDT

PAS Kawasan Bukit Katil telah menghantar 3 orang petugas bagi membantu kempen calon PAS di Dun Tanjung Datu. Kontinjen PAS Kawasan diketuai oleh Setiausaha PAS Kawasan, Haji Ramli Dalip bersama-sama dengan Ketua Penerangan, Cikgu Yusof Wahab dan AJK PAS Kawasan, Haji Zulkifli Zakaria.


Mereka telah berlepas ke Kuching awal pagi tadi dan selamat sampai di Tanjung Datu tengahari tadi.

Selamat berjuang moga-moga PAS dapat mencatat rekod baru dengan memenangi beberapa Dun di Sarawak pada Pilihanraya Negeri kali ini.

PAS BANGI 3

Posted: 08 Apr 2011 03:45 PM PDT

PAS BANGI 3


mesyuarat cawangan 2011

Posted: 07 Apr 2011 07:00 PM PDT






selamat menjalankan tugas dan amanah kepada AJK baru sesi 2011-2013

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 08 Apr 2011 03:42 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


NAZRI SURUH TUBUNG SURUHAJAYA UNTUK ROMEN PULAK!!!

Posted: 08 Apr 2011 02:47 AM PDT

KUALA LUMPUR, 8 April — Datuk Seri Nazri Aziz mahukan satu suruhanjaya diraja siasatan diadakan untuk menentukan sama ada wujudnya aksi pelacuran dalam video seks yang didedahkan oleh "Datuk T" bulan lalu, didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Malah menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, suruhanjaya tersebut juga perlu menentukan sama ada lelaki yang terlibat dalam aksi seks itu adalah Ketua Umum Pakatan Rakyat.

Anwar telah pun menafikan yang beliau adalah lelaki dalam rakaman hitam putih 21 minit itu, yang dipertontonkan kepada media pada 21 Mac lalu.

"Pelacuran adalah haram di Malaysia. Jika anda terlibat atau anda membantu dan bersubahat dalam (kerja-kerja) pelacuran, anda menaungi pelacur untuk tujuan seks, ini satu jenayah," kata Nazri kepada The Malaysia Insider.

"Suruhanjaya diraja akan menentukan identiti lelaki dalam video dan wanita yang dia adakan hubungan seks, sama ada dia itu adalah pelacur," kata beliau lagi.

MENYUSUL LAGI

POLIS RAMPAS LAPTOP PAPA GOMOK..WAKAKAKAKA

Posted: 07 Apr 2011 06:36 PM PDT

Dengar cite laptop papa gomok dirampas polis Sarawak akibat menyiarkan video seks....wakakakaka...
Ini kene tubuh Suruhanjaya Diraja nampaknya.....


HANYA BUDAK-BUDAK PENUHI CERAMAH DAP DI SARAWAK

Posted: 07 Apr 2011 06:29 PM PDT

Inilah ceramah yang hanya mendapat sambutan dikalangan budak-budak bawah umur.. (ayat puak-puak pencacai umno)





YE KE SEBAB GAJI KECIL, STAF IMIGRESEN AMIK RASUAH?

Posted: 07 Apr 2011 06:20 PM PDT

SHAH ALAM, 7 April — Lapan pegawai Imigresen termasuk seorang wanita dicaj di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menerima rasuah lebih RM100,000 bagi membolehkan pendatang dari Indonesia memasuki negara ini.


Pegawai-pegawai dari Imigresen Selangor itu, berusia dalam 20-an dan 30-an dan berkhidmat di Pelabuhan Klang, dikenakan tuduhan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Mereka mengaku tidak bersalah.

Kesemua lapan pegawai itu berhadapan dengan 82 tuduhan rasuah melibatkan RM122,140.

Mahkamah menetapkan wang jamin antara RM4,000 dan RM10,000 bagi setiap tertuduh.

Lapan pegawai Jabatan Imigresen yang dihadapkan di mahkamah pagi tadi kerana kesalahan rasuah.Berdasarkan maklumat diperoleh, Md Shahrizal Che Dan, 26, hadapi sebanyak 31 tuduhan - terbanyak di kalangan kesemua yang didakwa, kerana menerima rasuah RM51,760.

Pegawai imigresen Mohamad Izuwanshah Samsuri, yang berusia 25 tahun, berhadapan dengan 25 tuduhan melibatkan RM31,690.

Seorang lagi pegawai imigresen, Ahmad Zahed Abd Alim, 28, dituduh menerima RM13,590.

Satu-satunya pegawai wanita, Nor Shahazlina Sulaiman, 25, pula dituduh menerima rasuah RM2,900 di Pandamaran, Klang.

Kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Pelabuhan Klang dan Klang antara April hingga September lalu.

Mohd Hafiz Zakaria, 27, didakwa menerima rasuah melibatkan RM8,640, Mohd Khairul Haqimie Kamarudin, 26, (RM7,350), Azmir Mahadi, 28, (RM5,710) dan Mohamad Huzzail Ahmad, 31, pula RM500 September lalu.

Kes melibatkan Ahmad Zahed, Khairul, Hafiz dan Azmir akan disebutkan semula esok.

Peguam-peguam tertuduh memberitahu mahkamah bahawa anak guaman mereka hanya menerima gaji bulanan antara RM700 hingga RM920.

Kes melihatkan Huzzail dan Izuwanshah ditetapkan untuk sebutan semula pada 27 April manakala kes Nor Shahazlina dan Shahrizal pula 5 Mei.

APA CER? GURU PATAH HIDUNG DITUMBUK MURID

Posted: 07 Apr 2011 06:18 PM PDT

Seorang guru wanita sebuah sekolah menengah di Bukit Ketri dekat sini patah hidungnya apabila ditumbuk oleh seorang pelajar lelaki sekolah itu hari ini.


Jurucakap Jabatan Pelajaran Perlis berkata kejadian itu berlaku apabila seorang pelajar tingkatan dua dikatakan menumbuk muka guru berkenaan, Mariati Mat Ail, 37, semasa beliau cuba meleraikan pergaduhan sekumpulan pelajar di hadapan sebuah kelas.

Bernama Online melaporkan, kejadian berlaku pada pukul 12.40 tengah hari semasa waktu pertukaran kelas dan ketika melalui koridor sekolah, guru itu ternampak pergaduhan tersebut dan cuba meleraikannya, katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) hari ini.

Mariati dibawa ke HTF untuk menerima rawatan sebagai pesakit luar
Menurut jurucakap itu Mariati dipercayai cuba mengajak pelajar berkenaan ke bilik disiplin untuk dikenakan tindakan disiplin kerana bergaduh namun secara tiba-tiba pelajar tersebut menumbuk muka beliau menyebabkan hidungnya patah dan berdarah.

Beliau mendakwa, pelajar itu pernah digantung sekolah kerana masalah disiplin tetapi dibenarkan meneruskan semula persekolahannya di sekolah yang sama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Supt Che Man Md Dros ketika dihubungi dan mengesahkan kejadian itu berkata pihaknya ada menerima dua laporan berhubung kejadian itu.

Katanya laporan pertama oleh guru wanita itu dan kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah.

Satu laporan lagi dibuat oleh seorang pelajar tingkatan satu yang mendakwa beliau ditendang oleh pelajar yang sama dan kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan.

*ini kes pelajar tumbuk guru lelaki di Sarawak dulu

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 08 Apr 2011 03:21 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


RAKYAT SARAWAK WAJAR UNDI 5 CALON INI !

Posted: 08 Apr 2011 08:38 AM PDT



Pada 6 April di BATANG SADONG Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah melihat perkembangan positif khususnya penerimaan pengundi terhadap kehadiran parti itu di Sarawak, jauh berbeza dengan pilihan raya yang lalu.
Ini, katanya setelah PAS membuat tinjauan dengan bertemu pengundi di kelima-lima Dun yang dipertandingkan oleh PAS pada pilihan raya negeri ke-10 ini.
Beliau berkata, PAS meletakkan 40 peratus calon wanita dan 60 peratus calon lelaki dalam pilihan raya negeri Sarawak.
"Walaupun PAS belum memperolehi satu Dun pun di Sarawak, tetapi kali ini kita melihat adanya petunjuk bahawa perubahan akan berlaku dan PAS, insya Allah beroleh kemenangan," ujarnya.
Justeru, katanya rakyat Sarawak mesti memberi isyarat kepada kerajaan yang telah puluhan tahun memerintah tetapi terus dihimpit kemiskinan dan kekurangan kemudahan infrastruktur.
Beliau yang juga ahli Parlimen Marang menambah, Sarawak kaya dengan hasil bumi kerana tanahnya sangat luas namun tidak dibangunkan dengan adil.

AKHIRNYA MENTERI MULUT CELUPAR TERKAPAR !

Posted: 08 Apr 2011 07:37 AM PDT

Akhirnya keputusan samada nak tubuh atau tidak Suruhanjaya Diraja siasat kes video seks didakwa libatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim kena tunggu dulu.
Orang dah cakap Menteri di Jabatan Perdana Menteri si Nazri tu memang celupar, asyik nak backing DATUK TRIO sampai tercakap 'mana undang2 kata tayang video lucah salah' .
Terbaru dalam kes ni, beliau tergocoh2 nak tubuhkan suruhanjaya bagi selesaikan kes video lucah fitnah tu walaupun DSAI telah buat laporan polis.
Tubuhkan Suruhanjaya memang perlu tapi untuk khusus untuk kes kmatian penolong pengarah kastam.

Mesyuarat kabinet Jumaat putuskan serahkan polis selesaikan siasatan kes itu TERMASUK untuk KENALPASTI SIAPA AKTOR DALAM VIDEO ITU.

Sebelum ini polis telah mengesahkan kajian pakar dapati video berkenaan tulen.

Menteri Dijabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata kerajaan akan mempertimbangkan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja itu sekiranya terdapat pertikaian daripada hasil siasatan polis.

Ini bermakna jika terdapat pertikaian keatasnya termasuk soal ketulenan dan identiti aktor yang dikenalpasti.

Lojiknya jika menerusi cara ini identiti aktor dalam video itu lebih cepat dapat diketahui berbanding kalau nak tunggu hasil siasatan jika suruhanjaya ditubuhkan.

"Kabinet hari ini mengambil keputusan untuk menunggu hasil penyiasatan polis dahulu yang bukan sahaja melakukan siasatan tentang ketulenan video itu tetapi mengenal pasti siapakah pelaku di dalam video itu," katan Nazri.

Pada Rabu lepas, beliau berkata penubuhan suruhanjaya itu perlu disegerakan berikutan penafian isteri Anwar Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang suaminya itu adalah lelaki dalam video berkenaan.

Nazri berkata bahawa setelah penafian itu dibuat, rakyat mempunyai hak untuk mengetahui sama ada benar atau tidak Anwar adalah lelaki dalam video itu.
Komen : Kalau begitu rakyat pun nak tahu kandungan perjanjian SYABAS dan konsesi PLUS.


"Dan penyelesaian terbaik bagi isu itu adalah dengan menubuh suruhanjaya diraja," katanya.
Komen : Kalau begitu kenapa tak tubuhkan suruhanjaya bagi kes Altantuya, kes kematian penolong pengarah kastam dan kematian pelajar yang dipukul guru agama.
Nazri berkata usul untuk menubuhkan suruhanjaya itu dibuat kerana kerajaan mendengar pandangan rakyat dan juga badan bukan kerajaan termasuk Dewan Pemuda PAS yang menyeru agar sebuah suruhanjaya diwujudkan bagi menangani isu itu.-8/4/2011

2 PASANGAN KHALWAT KENA HUKUM SEBAT !

Posted: 08 Apr 2011 04:32 AM PDT

ACEH BESAR: Empat pelaku pelanggar syariat Islam di kawasan Aceh Besar, Jumat (8/4/2011), menjalani hukuman cambuk setelah mendapat ketetapan hukum dari Mahkamah Syar'iyah Aceh Besar. Mereka terbukti melakukan pelanggaran qanun syariat Islam.

Masing-masing pelanggar hukuman syariat ini adalah Sudirman Bin Bintang, Irdayanti Binti Mukhtar, Rudi Setiaan Yudi dan Nuramalia Binti Usman Ali. Kedua pasangan ini melanggar pasal 22 Jo pasal 5 qanun no 14/2003 tentang khalwat (bertindak mesum).

Kepala Polisi Syariat/Satpol PP Kabupaten Aceh Besar, Rusli, mengatakan kedua pasangan ini ditangkap karena melakukan perbuatan mesum dengan berdua-duaan di tempat sepi dan menonton video mesum melalui telpon seluler.

"Kedua pasangan ini ditangkap di lokasi yang berbeda pada bulan lalu, dan mereka melanggar hukum syariat Islam dan dikenai hukuman cambuk maksimal 9 kali cambukan," kata Rusli.

Setelah mendapat ketetapan hukuman dari Mahkamah Syari'yah Aceh Besar, kedua pasangan ini mendapat vonis hukuman cambuk yang dilaksanakan di depan mesjid Al-Munawarah, Jantho, Kabupaten Aceh Besar.

Menurut Rusli, para terdakwa itu ditangkap oleh personil wilayatul hisbah (wh) alias Polisi syariah, dalam sebuah penggrebekan pada bulan lalu.

Rusli mengimbau kepada masyarakat, agar pelaksanaan hukuman cambuk yang merupakan implementasi hukum syariat Islam di Aceh ini, bisa mejadi pelajaran bagi warga, sehingga tidak lagi melakukan pelanggaran-pelanggaran lagi.

Hukuman cambuk mulai diberlakukan di Aceh sejak tahun 2004 lalu. Pelaksanaan hukuman cambuk perdana dilakukan di Kabupaten Bireun, dengan 7 orang pelanggar syariat.

MENTERI BESAR SELANGOR : CARI KEBENARAN & BUAT PENYIASATAN

Posted: 07 Apr 2011 11:45 PM PDT


FOTO: Maziah (tiga dari kiri) menyiram air di atas pusara suaminya, Ahmad Sarbani di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara, Selangor semalam.

KUALA LUMPUR - Ketibaan jenazah Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed disambut dengan linangan air mata dan penuh hiba oleh kira-kira 300 orang yang memenuhi Surau Ar-Rahman, Kelana Jaya dekat sini semalam.

Ibu Allahyarham yang dikenali sebagai Aishah, 70-an, pengsan beberapa minit sebaik menatap wajah anaknya itu.

Jenazah yang telah dikafankan itu dibawa dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras. Ia tiba di surau itu pada pukul 5.10 petang untuk disolatkan.

Imam bagi solat hajat yang dijalankan sebelum itu turut mengumumkan bahawa solat sunat berkenaan bertujuan untuk mendapatkan petunjuk Allah bagi menyerlahkan kebenaran dan menyelesaikan kes tersebut.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika ditemui pemberita di Kuarters Kastam di Kelana Jaya berkata, kerajaan negeri Selangor turut berasa sedih atas pemergian Allahyarham.

"Yang penting sekarang kita perlu mencari kebenaran dan penyiasatan terhadap kematian Allahyarham bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian itu," katanya.

Turut hadir untuk menyempurnakan solat jenazah ialah Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Seri Mohamed Khalid Yusuf dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Omar Osman.

SEORANG LAGI MENTERI DI JPM CUBA BUAT TUDUHAN TANPA BUKTI DAN SAKSI !

Posted: 07 Apr 2011 08:00 PM PDT

Menteri beragama Islam dan berkelayakan tinggi dalam agama ini cuba mengelak dari memberi komen tentang video fitnah dan memberi alasan kes video lucah fitnah telah disiasat oleh polis (dalam siasatan).
Nampaknya beliau mencari isu lain seperti ajaran sesat yang dah berkulattu dan kini beria-ia cuba membangkitkan air zam-zam palsu. Beliau seorang yang pernah jadi ustaz sanggup mengujudkan kekeliruan dikalangan orang Islam dalam pengunaan air zam-zam tanpa menunjukkan satu kes atau peristiwa yang berlaku seperti telur tiruan.
Kalau nak dedahkan, buat satu tangkapan baru tuduh ada kes.Baru difahamkan oleh pegawainya dah buat kenyataan ada air zam-zam palsu. Mentang-mentanglah dah banyak yang palsu seperti janji SPR palsu, janji SPRM dan Polis juga banyak yang palsu apatahlagi ramai Menteri buat janji palsu.


AIR ZAM ZAM: Peniaga campur air bukit, telaga.
PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mendedahkan memang ada air zam-zam yang dijual di negara ini dicampur dengan air telaga dan air bukit.

Menurutnya, tindakan yang tidak bertanggungjawab itu dijalankan oleh pihak-pihak swasta yang mengambil air galian daripada sebuah telaga di Pahang dan air bukit di Hulu Yam, Selangor.

"Saya difahamkan, ada kelompok-kelompok individu yang menjual dan mencampurnya dengan air zam-zam ini. Dalam konteks ini, cukup payah untuk mengenal pasti sebab ia air. Sama warna iaitu putih.

"Sekarang bukan sahaja air zam-zam palsu malah telur pun ada yang tiruan di mana sepatutnya telur ini datang daripada binatang yang bertelur," katanya di sini semalam.

Beliau mengulas laporan media kelmarin mengenai kebimbangan orang ramai kemungkinan terdapat penjualan air zam-zam tiruan ekoran ia semakin banyak di pasaran pada masa ini.

Menurut Jamil Khir lagi, kajian saintifik mendapati, air galian memang ada persamaan dengan air zam-zam tetapi bimbang persamaan itu digunakan untuk menipu pengguna.

YANG BERSALAH BEBAS, YANG BELUM SALAH DIGANTUNG TUGAS ?

Posted: 07 Apr 2011 06:51 PM PDT

http://www.malaysiakini.com/news/160331

Penjara ditangguhkan sehingga rayuannya didengar di Mahkamah Tinggi.

Mustafa, 53, didakwa menerima suapan RM2,000 daripada M Manimaran sebagai dorongan mengeluarkan surat sokongan berkaitan projek pasir di Restoran Jahrin Maju, Taman Bunga Raya 2, Mantin, dekat sini pada 5 petang, 31 Ogos 2008.

ADUN BN itu didakwa mengikut Seksyen 10(a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun serta denda lima kali ganda daripada jumlah suapan atau minimum RM10,000.

PUTRAJAYA: Dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digantung tugas sementara bagi membantu melancarkan siasatan dalaman berhubung insiden Penolong Pengarah Kastam Diraja Malaysia yang ditemui mati di tingkat satu, bangunan SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kelmarin.

SPRM dalam kenyataannya berkata, siasatan dibuat kerana kedua-duanya dikatakan melakukan pelanggaran ingkar perintah berhubung pengendalian saksi atau pelanggan di premis SPRM, di mana pegawai terbabit dikatakan gagal berada bersama saksi atau pelanggan sepanjang masa ketika mereka berada dalam premis SPRM.

MP Pendang

Posted: 08 Apr 2011 01:25 PM PDT

MP Pendang


KedahLanie.info: Justice for Ahmad Sarbani....

Posted: 08 Apr 2011 09:29 AM PDT

KedahLanie.info: Justice for Ahmad Sarbani....: "Apabila mayat mendiang Teoh Beng Hock didapati tertiarap di atas bumbung berhampiran kaki Plaza Masalam di Shah Alam iaitu bangunan yang m..."

tulisan ini adalah pandangan dari pemilik blog , tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau mati.

KedahLanie.info: Kerajaan Malaysia kantoi pasal tipu dalam parlimen...

Posted: 08 Apr 2011 09:18 AM PDT

KedahLanie.info: Kerajaan Malaysia kantoi pasal tipu dalam parlimen...: "Bukan Armaris bayar Perimekar tetapi kerajaan KUALA LUMPUR, 8 April: Laman web Perancis, Rue89 mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tid..."

PAS KOTA TINGGI

Posted: 08 Apr 2011 01:15 PM PDT

PAS KOTA TINGGI


Ceramah PAS

Posted: 08 Apr 2011 07:37 AM PDT

Gambar sekitar Mesyuarat Dewan Muslimat Kota Tinggi

Posted: 08 Apr 2011 07:14 AM PDT

Syukur ke hadrat Allah SWT atas keizinannya Dewan Muslimat PAS Kota Tinggi berhasil mengadakan mesyuarat agungnya yang ke-4 baru-baru ini. Semuga kehadirannya memberi impak yang maksima kepada PAS Kota Tinggi untuk menghadapi Umno-BN.



Ucapan Ketua Dewan Muslimat PAS Kota Tinggi


Ucapan YDP sempena ucapan alu-aluan



Ucapan perasmi



Penyampaian cenderahati kepada perasmi



Sebahagian muslimat yang hadir ke mesyuarat agung

Tan Sri Muhyiddin, Selesaikan Segera Tuntutan Perjalanan Guru-Guru

Posted: 08 Apr 2011 07:11 AM PDT

Parti Islam Se-Malaysia PAS, simpati dengan nasib guru-guru Kementerian Pelajaran yang lambat menerima tuntutan. Menurut Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendedahkan ada Jabatan Pelajaran Negeri belum membayar tuntutan perjalanan pegawai pendidik walaupun selepas lebih setahun tuntutan dibuat. Ia membabitkan tuntutan perjalanan ke program dan kursus anjuran Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) sejak Februari serta Mac tahun 2010. Difahamkan perkara ini berlaku kerana peruntukan Kementerian Pelajaran dikurangkan.

Fenomena ini amat memalukan ketika Timbalan Presiden Umno yang juga Menteri Pelajaran sibuk temberang rakyat Sarawak dengan berbagai projek sempena pilihanraya Negeri Sarawak. PAS hendak menasihat Tan Sri Muhyiddin Yasin sebelum ke Sarawak selesai dahulu nasib guru-guru di bawah kementerian beliau dahulu. Di dalam Islam, kalau hendak bersedekah dekat orang lain biarlah anak kita tidak mengemis kepada orang lain. Nampaknya Tan Sri Muhyiddin sibuk buat amal sunat, perkara wajib diabaikan.

Nampaknya Kementerian Pelajaran sejak di bawah beliau semakin bercelaru. Sebelumnya berlaku lambakan lebihan guru Sains dan Metematik seramai 26,000. Mungkin beliau pening hendak menjawab tawaran Pakatan Rakyat yang dianggap satu cabaran kepada beliau apabila guru-guru akan diberikan imbuhan khas sebanyak RM500.00 setiap bulan. Untuk melindungi kelemahan beliau maka beliau memberi kenyataan jika ikut Buku Jingga negara bankrap. Sekarang siapa yang bankrap? Sehingga guru-guru tidak dapat tuntutan perjalanan walaupun hampir setahun.

PAS menasihatkan Timbalan Presiden Umno jagalah kebajikan anak kandung dulu sebelum memperdulikan anak orang. Negara akan runtuh jika memperolehi kerajaan yang tidak mengambil berat kepada guru-guru kerana mereka ialah orang yang bertanggungjawab menyediakan sumber tenaga manusia pada masa akan datang.

Video Seks; Rakyat Lupa Kelemahan BN

Posted: 08 Apr 2011 07:09 AM PDT


Isu video telah memerangkap rakyat Malaysia sehingga hilang fokus kepada isu yang sebenar. Ketika rakyat sibuk membincangkan isu video, kerajaan BN telah menaikkan minyak RON 97 sebanyak 20 sen seliter manakala SPRM mengumumkan negara rugi RM108 bilion setiap tahun angkara rasuah dan aktiviti haram yang lain.

Kebijaksanaan pemimpin BN mengalihkan isu sebenar dengan permainan media mereka sehingga lupa kepada isu tidak kemampuan BN menguruskan negara. Begitu juga dengan buku jingga sampai sekarang tidak ada jawapan yang mantap untuk menjawabnya. Mereka hanya mampu mengatakan buku jingga boleh bawa bankrap jika Pakatan Rakyat laksanakan apabila mereka memerintah. Walaupun jawapan balas sudah diberikan dengan fakta tentang kemampuan PR melaksanakan agenda buku jingga.

Pakatan Rakyat jangan pula lalai dengan isu video sehingga lupa untuk agenda perubahan untuk rakyat. Semua maklum isu buku jingga pihak BN berada dalam keadaan defensif. Mereka hanya upah pemimpin Umno Sabah untuk bercakap mengenai buku jingga di dalam parlimen walaupun kadang-kadang tidak masuk station. Sehingga di dalam parlimen askar upahan BN membincang buku jingga dan terlupa bincang titah Diraja di dalam sesi palimen.

Pas yakin isu video, akan menjadi senjata makan tuan. Rakyat sudah mual dengan politik lucah yang tidak berkesudahan. Apakah ini politik transformasi Datuk Seri Najib Tun Razak? Apakah rakyat boleh kenyang dengan video lucah? Apakah dengan isu ini inflasi negara akan menurun?.

Pas Cawangan Kota Kemuning

Posted: 08 Apr 2011 01:07 PM PDT

Pas Cawangan Kota Kemuning


Mufti:Letak jawatan tanda protes,ada media sendiri

Posted: 08 Apr 2011 11:35 AM PDT

TBI-PAS KEPALA BATAS

Posted: 08 Apr 2011 01:03 PM PDT

TBI-PAS KEPALA BATAS


Sarawak Bakal Jadi Negeri Terkaya Di Malaysia

Posted: 07 Apr 2011 02:59 PM PDT

Batu Gajah Mari

Posted: 08 Apr 2011 11:39 AM PDT

Batu Gajah Mari


From Muara Tuang - Ahli PAS diserang!!!

Posted: 08 Apr 2011 09:57 AM PDT



Seorang Ahli PAS telah membuat laporan polis petang semalam selepas mendakwa diserang dan dipukul oleh penghulu kampung. Abdul Rani yang juga anak jadi Kota Samarahan telah diserang semasa mengedar risalah kempen Parti PAS bersama 7 orang yang lain di Kg Pengkalan Kuap di dalam dun Muara Tuang. Penghulu Kg Kuap bernama Hj Seli Bin Hassan telah menerang dan mencekik leher Abdul Rani dan penghulu memberi amaran supaya keluar dari kampung dan tidak membenarkan Abdul Rani serta rakan-rakan berkempen di kawasana kampung tersebut. Beliau yang cedera di leher telah membuat laporan polis di Balai Polis IPD Kota Samarahan.

From Muara Tuang!! - Cawangan ke 5 berjaya ditubuhkan semalam

Posted: 07 Apr 2011 09:01 PM PDT

 

PAS berjaya menubuhkan cawangan penaja ke-5 semalam di Kampung Sindang Baru. Semalam adalah hari yang ke-5 petugas PAS berkempen dan petugas berjaya menubuhkan cawangan setiap hari. Ini adalah satu petanda baik bagi PAS di Bumi Kenyalang. Ini membuktikan PAS diterima oleh masyarakat Sarawak. Borang penubuhan Cawangan telah diserahkan kepada Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar selepas program Ceramah Umum Pakatan Rakyat Semalam. Turut menyampaikan ceramah ialah Ketua Penerangan PAS Ustaz Idris Ahmad, AJK Pas Haji Mohamad Sabu dan Adun Titi Serong YB DRS Khalil Idham Lim.
Inshaallah.. malam ini ada satu lagi cawangan penaja akan ditubuhkan.


 Exco Pemuda PAS, Ustaz Hafez Sabri
 YB Khalil Idham Lim menyampaikan ceramah











From Muara Tuang!! (GAMBAR) DS Nizar bersemuka dengan Rakyat

Posted: 07 Apr 2011 08:32 PM PDT


Menteri Besar Perak pilihan rakyat, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bersama-sama Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar telah turun bertemu rakyat untuk menjelaskan perjuagan PAS dan Pakatan Rakyat serta kezaliman kerajaan Taib Mahmud dan Barisan Nasional. Kedua- dua pimpinan tertinggi PAS Perak tersebut telah menjelajah beberapa kampung untuk bertemu dan bersemuka serta mendegar rintihan rakyat Dun Muara Tuang. Kehadiran pimpinan disambut mesra dan diterima oleh semua lapisan masyarakat.


 bersemuka dengan masyarakat

  Ustaz Abu Bakar bersama Dato' Seri mendengar rintihan rakyat


pemimpin berjia rakyat

 jelajah
 ziarah dari rumah ke rumah




Pemuda PAS Perak 'turun' Muara Tuang

Posted: 07 Apr 2011 06:32 PM PDT


Dewan Pemuda PAS Perak telah turun ke Dun Muara Tuang Bumi Kenyalang untuk membantu berkempen calon PAS di DUN tersebut. Semalam pemuda telah membuat satu program bantuan kepada golongan memerlukan. Pemuda yang diketuai Setiausaha Dewan Pemuda PAS Perak, Dr Raja Iskandar Al-Hiss dan Setiausaha Kerja Dewan Pemuda PAS Perak, Ustaz Mohd Hakim Mohd Nor telah turun memberi bantuan di kampung majoriti melayu. Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar.















Telur Palsu Dari China

Posted: 07 Apr 2011 04:10 PM PDT

Rupanya sebiji telur ayam tetapi ia telur ayam tiruan diperbuat daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan dan dijual di pasaran terbuka di Penang.

Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar.









Jomlah makan!!! Erghh....teloq satu lagi tu palsu ke tak??

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 08 Apr 2011 11:14 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Aktiviti Kempen N15 DUN Muara Tuang hari ke-3 Siri 2 - Gambar Jin ditangkap

Posted: 07 Apr 2011 11:59 PM PDT

Parti Barisan Nasional (BN) khususnya PBB terkenal dengan permainan sihir terutamanya ketika waktu pilihanraya.

Seekor jin yang 'merasuk' di DUN Muara Tuang telah ditangkap oleh seorang bomoh tempatan.

Jin tersebut telah disumbat dalam botol dan beberapa orang sempat merakamkan 'objek pelik itu melalu kamera 'hand-phone'


Aktiviti Kempen N15 DUN Muara Tuang hari ke-3 Siri 1

Posted: 07 Apr 2011 11:45 PM PDT

Rehat sebentar di 'bus stand' Kag Pengkalan Kuap

Bersma Ketua Penerangan di rumah calon

Dua petugas dari DUN Chukai, Haji Johan dan Ayah Wan

Tengok gambar 'jin'

Tempat jatuh lagi dikenang..........

Pasang bendera di UPU Merdang


Kempen rumah ke rumah di Kg Pengkalan Kuap












Masuk markas PBB di Kag Pengkalan Kuap



Pemuda Guchil

Posted: 08 Apr 2011 09:30 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 08 Apr 2011 09:15 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat 10 Apr 2011

Posted: 07 Apr 2011 09:38 PM PDT


JELAJAH MAHASISWA SELAMATKAN RAKYAT


Salam hormat, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan menjalankan siri Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat secara besar-besaran pada :


Tarikh : 10 April 2011 (Ahad)


Masa : Bermula jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang


Destinasi: KL Sentral - Seremban - KL Sentral


Anjuran : Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)


Siri jelajah dari KL ke Seremban ini diadakan bagi menunjukkan rasa protes mahasiswa terhadap suasana politik tanah air yang dilihat terlalu jijik & kotor terutamanya dalam isu video lucah yang kini hangat diperkatakan di seluruh negara. Selain menunjukkan rasa protes & ketidak puas hatian terhadap situasi politik negara pada masa kini, siri jelajah ini juga diadakan bagi menunjukkan rasa cinta dan sayang mahasiswa terhadap negara dan turut mengharapkan prekembangan politik yang lebih sihat & konstruktif akan berlaku di dalam negara ini.


Siri jelajah ini akan bermula dari stesen KL Sentral pada jam 8.00 pagi di mana seluruh mahasiswa dari beberapa IPTA dan IPTS dari Lembah Klang akan berkumpul dan sesi taklimat ringkas sebelum siri jelajah bermula akan dijalankan. Seterusnya, seluruh mahasiswa yang akan menggunakan tema pakaian putih pada hari tersebut akan menaiki komuter untuk menuju ke Seremban dengan membawa beberapa pelekat & kain rentang. Seterusnya, mahasiswa akan turun di beberapa stesen komuter yang terpilih untuk mengadakan 'silent protest' dengan mengangkat pelekat, kain rentang & mengedarkan risalah kepada orang ramai hingga ke stesen komuter Seremban.


Kemudian, mahasiswa akan kembali semula ke stesen KL Sentral untuk mengedarkan risalah, ucapan daripada beberapa pimpinan mahasiswa & seterusnya akan mengadakan sidang media sebelum siri jelajah ini berakhir. Siri Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat KL Sentral - Seremban yang dijangkakan akan menghimpunkan mahasiswa dariUM,UKM,UPM,UPSI,KUIS,USIM,UIA,UTMKL,UNISEL & UITM ini merupakan satu aktiviti jelajah terbesar yang julung-julung kalinya dianjurkan oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan ia juga merupakan salah satu usaha murni di peringkat mahasiswa untuk memulihkan kembali suasana politik Malaysia yang kian kotor di dalam rangka gerak kerja Kempen Mahasiswa Selamatkan Rakyat. Terima kasih, Ahmad Shukri Kamarudin Sekretariat Media Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) 013- 3676 124 Sumber http://wakkangwhilemyguitargentlyweeps.blogspot.com/2011/04/jelajah-mahasiswa-selamatkan-rakyat.html

KHIDMAT MERU

Posted: 08 Apr 2011 09:11 AM PDT

KHIDMAT MERU


YB PRIHATIN MASAALAH PENDUDUK TAMAN KLANG

Posted: 08 Apr 2011 08:13 AM PDT






YB Meru, Dr Hj Abd Rani telah turun padang dan mendengar serta melihat sendiri masaalah yang melanda penduduk Taman Klang apabila mereka memohon untuk mendapatkan tanah lapanh untuk di jadikan taman rekreasi bagi anak-anak mereka.

Tanah lapang yang sedia ada telah di gunakan sebagai tempat pakir kenderaan pelanggan-pelanggan beberapa restoran yang berhampiran.

Dr Rani yang di temani oleh Ahli Majlis MPK, saudara Deepakaran dan ahli Persatuan Penduduk, Mr Boon Kok Chuan telah mendengar beberapa pandangan dari pelbagai pihak yang menyokong dan yang membantah cadangan tersebut.

Dr Rani berjanji akan mengkaji dan mengadakan mesyuarat dengan beberapa pihak yang berkenaan dan insyaAllah akan berusaha bagi mendapatkan penyelesaian terbaik kepada masaalah tersebut.

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 08 Apr 2011 09:08 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


EXCO KERAJAAN SELANGOR ziarah keluarga Allahyarham Ahmad Sarbani yang mati di premis SPRM

Posted: 08 Apr 2011 07:33 AM PDT

YB Dr Hjh Halimah Ali bersama Ketua Pengarah Briged Amal Selangor, Azri Arish menziarah keluarga Allahyarham Ahmad Sarbani, penolong pengarah kastam Selangor yang di minta untuk memberi keterangan oleh SPRM.
Keluarga terdekat sangat terkejut.Begitu juga rakan-rakan kerja dan kenalannya lebih-lebih lagi ahli qariah surau kompleks kastam Kelana Jaya sendiri kerana dikatakan beliau rajin bersolat jemaah di surau tersebut.
Keluargamya rata-rata mengatakan beliau adalah orang yang gigih belajar dan menjadi pendorong kepada keluarga yang lain untuk mencontohi beliau.
YB Dr Halimah sempat berjumpa dengan ibunya yang dalam keadaan yang sangat tertekan.Sepupunya juga berasa amat kesal dengan kejadian yang tidak 'masuk akal'.Kelihatan rumahnya agak sederhana.

SPRM: Penolong Pengarah Kastam mati di premis SPRM di pagi hari: jatuh???

Posted: 08 Apr 2011 07:20 AM PDT

Kenapakah feneomena yang menimbul seribu satu pertanyaan berkenaan kematian Teoh Beng Hock di Selangor seolah-olah berulang lagi. Kenapakah orang yang disiasat oleh SPRM begitu cenderung untuk 'terjatuh' daripada bangunan SPRM Satu kebetulan??!!

http://malaysiakini.com/news/160754

HI FRIENDS! OPEN OUR EYES HEARTS AND MINDS.......MAHER ZAIN

Posted: 08 Apr 2011 05:52 AM PDT

His signs are aplenty.Do we see? His light is so bright.Do we see? His love is within and without ourselves. Do we perceive? His words are astounding. Do we hear?
Give HIM a chance friends....just open our hearts and feeeeeeeeeel it.

APA MAKNANYA INI SEMUA

Posted: 08 Apr 2011 03:23 AM PDT

Ayat-ayat Cinta yang mampu mengaitkan kes video lucah dengan UMNO:

"Ada isu moral di sini. Anwar bercita-cita mahu menjadi perdana menteri... kita tidak boleh ada seorang perdana menteri yang sudah tercalar, itu sebab kita perlu kenal pasti lelaki dalam video ini... jika ia Anwar, apakah fikiran anda tentang dia?"

Seakan-akan SENADA dengan buku "LIMA PULUH DALIL KENAPA ANUAR TIDAK BOLEH JADI PERDANA MENTERI"


Nazri: Suruhanjaya perlu tentukan unsur pelacuran, si pelaku Anwar

Oleh Shazwan Mustafa Kamal
April 08, 2011


KUALA LUMPUR, 8 April — Datuk Seri Nazri Aziz mahukan satu suruhanjaya diraja siasatan diadakan untuk menentukan sama ada wujudnya aksi pelacuran dalam video seks yang didedahkan oleh "Datuk T" bulan lalu, didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, suruhanjaya tersebut juga perlu menentukan sama ada lelaki yang terlibat dalam aksi seks itu adalah Ketua Umum Pakatan Rakyat.

Anwar telah pun menafikan yang beliau adalah lelaki dalam rakaman hitam putih 21 minit itu, yang dipertontonkan kepada media pada 21 Mac lalu.

"Pelacuran adalah haram di Malaysia. Jika anda terlibat atau anda membantu dan bersubahat dalam (kerja-kerja) pelacuran, anda menaungi pelacur untuk tujuan seks, ini satu jenayah," kata Nazri kepada The Malaysia Insider.

"Suruhanjaya diraja akan menentukan identiti lelaki dalam video dan wanita yang dia adakan hubungan seks, sama ada dia itu adalah pelacur," kata beliau lagi.

Seksyen 327(1) yang berkaitan dengan aspek menyalahgunakan mana-mana orang bagi tujuan persundalan mengatakan bahawa barang siapa "menjual, menyewa atau dengan cara lain menyerahkan, atau memperoleh, membeli atau menyewa atau dengan cara lain mendapatkan milikan harta mana-mana orang dengan niat sedemikian supaya orang itu akan diberi kerja atau digunakan untuk maksud persundalan atau membuat persetubuhan dengan mana-mana orang lain, sama ada di dalam atau di luar Malaysia atau mengetahui atau ada alasan untuk percaya bahawa orang itu akan diberi kerja atau digunakan.

Dalam pada itu, Seksyen 372A pula berkaitan dengan soal seseorang yang hidup hasil daripada atau perdagangan persundalan manakala Seksyen 372B pula tentang perbuatan mencari langganan bagi maksud persundalan.

Mengulas lanjut, Nazri hari ini menjelaskan, suruhanjaya diraja siasatan mengenai video seks itu adalah perlu demi kepentingan awam.

"Jika orang awam berpuas hati dengan penemuan, maka tidak perlu bagi suruhanjaya diraja.

"Tetapi jika wujud elemen keraguan, maka suruhanjaya diraja diperlukan," katanya.

"Suruhanjaya diraja diperlukan bagi apa sahaja yang berkaitan dengan kepentingan awam, untuk menjelaskan apa sahaja isu kepentingan awam," kata Nazri lagi.

Menteri yang berkaitan dengan hal ehwal Parlimen ini menekankan bahawa suruhanjaya diraja hanya akan diperlukan jika rakyat kekal tidak berpuas hati dengan hasil siasatan polis yang dijalankan sekarang.

"Kita perlu tunggu bagi polis selesaikan siasatan - kenal pasti lelaki dalam video ini," kata Nazri.

Nazri berkata, Kabinet telah memutuskan untuk membolehkan polis melengkapkan siasatan terlebih dahulu.

"Ada isu moral di sini. Anwar bercita-cita mahu menjadi perdana menteri... kita tidak boleh ada seorang perdana menteri yang sudah tercalar, itu sebab kita perlu kenal pasti lelaki dalam video ini... jika ia Anwar, apakah fikiran anda tentang dia?" katanya lagi.

i n t a n h i j a u

Posted: 08 Apr 2011 07:04 AM PDT

i n t a n h i j a u


ORANG PEREMPUAN MARAH...!

Posted: 08 Apr 2011 02:38 AM PDT


Komen seksis Ibrahim Ali di Parlimen semalam telah mencetuskan kemarahan kaum wanita di seluruh negara.

Ketua Pertubuhan Bantuan Wanita (WAO), Ivy Josiah berkata komen
tersebut tidak wajar datangnya dari seorang ahli parlimen.

Katanya, adalah mengejutkan apabila ahli parlimen Bebas Pasir Mas itu menyamakan wanita sebagai bahan mainan seks.
"...dan yang lebih teruk lagi ialah dia menggunakan agama untuk menjustifikasikan pendiriannya itu," kata Ivy kepada AFP.

Katanya, komen tersebut bukan sahaja menunjukkan Ibrahim menjunjung ketuanan Melayu tetapi juga ketuanan lelaki.

Tenaganita pula berkata, sentimen sedemikianlah yang menjadi salah satu punca berlakunya penyeludupan manusia di negara itu.

"Kerana orang seperti Ibrahim Ali percaya ianya adalah hak mereka untuk melakukan seks dengan isteri pada bila-bila masa, atau jika tidak, mereka cari di tempat lain, maka itulah sebabnya mengapa industri seks berkembang dan berlakunya kes-kes penyeludupan manusia," kata penyelaras kanannya, Aegile Fernandez kepada AFP.

Semalam, Ibrahim berkata peningkatan kes hubungan sulit luar nikah adalah berpunca daripada "para isteri yang mengabaikan tanggungjawab mereka" kepada suami.

Bercakap sewaktu sesi soal-jawab di Parlimen semalam, ahli parlimen Pasir Mas itu mendakwa, ada masanya bila suami "ada keinginan" tetapi bila pulang ke rumah, isteri kata tunggu kerana 'sedang masak' atau 'sedang bersiap untuk ziarah saudara-mara'.

Dalam Islam, katanya, para isteri sepatutnya menghentikan apa yang sedang dilakukan untuk memenuhi tuntutan si suami.

Beliau yang juga presiden PERKASA berkata, ketika memandu pulang selepas kerja, si suami melihat perkara-perkara yang 'menaikan semangat' dan mahu memenuhi kehendak tersebut bersama isteri.

Ibrahim mendakwa, kerana tidak mendapat layanan dari isteri, maka ada suami yang pergi ke tempat-tempat yang sulit untuk memuaskan kehendak mereka itu, dan kemudiannya video mengenainya didedahkan.

DUN BUKIT PAYONG

Posted: 08 Apr 2011 03:14 AM PDT

DUN BUKIT PAYONG


HAKISAN PANTAI YANG SEMAKIN PARAH DI TERENGGANU

Posted: 07 Apr 2011 05:48 AM PDT

Sumber; Harakahdaily




KUALA LUMPUR, 7 April: Ketiadaan perancangan rapi dari pihak kerajaan, khususnya Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti di kawasan pantai amat dikesali kerana ia telah menyebabkan beberapa pantai di Terengganu kini mengalami hakisan yang amat teruk.
Pantai-pantai terbabit termasuklah pantai Tok Jembal yang terletak di kawasan Kuala Nerus di Kuala Terengganu, Telok Lipat di Dungun, Rhu Rendang di Marang dan Telok Kalong di Kemaman.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut ketika membangkitkan perkara itu berkata, akibat ketiadaan perancangan rapi dan perancangan yang tidak betul, Pantai Tok Jembal kini semakin teruk terhakis, apabila tambak yang dibina dibuat terus ke laut ekoran pembinaan landasan kapal terbang di Lapangan Terbang Sultan Mahmud.


Hakisan di Panatai Tok Jembal.
Menurut beliau, akibat perancangan yang tidak betul, Pantai Rhu Rendang turut mengalami hakisan teruk, ekoran pembinaan pemecah ombak untuk pembinaan Pelabuhan Chendering.
Katanya, kesemua itu berlaku disebabkan gangguan-gangguan yang terlalu banyak di kawasan pantai sehingga menyebabkan berlakunya tindak balas yang menyebabkan berlakunya hakisan sepanjang masa dan lebih teruk lagi pada musim tengkujuh.
"Ekoran itu juga, jalan raya di kawasan Telok Lipat di Dungun sekarang sampai sudah habis nak tenggelam, nak dikorek dan dihakis," katanya ketika mengemukakan soalan tambahan dari soalan asalnya kepada Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas, pada persidangan Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
Keadaan yang berlaku itu, menurut beliau, amat dikesali dan ia seolah-olah terjadi disebabkan banjir besar yang dikaitkan dengan kata-kata "sekali air bah sekali pantai berubah".

Hakisan di Pantai Teluk Lipat, Dungun.

Tapi di Terengganu kini, katanya, sudah tidak lagi berlaku banjir besar. Kalau pun berlaku banjir hanyalah banjir kecil sahaja.
Sehubungan itu, beliau bertanya sama ada pihak kerajaan ada melakukan kajian secara menyeluruh atau tidak tentang apa juga aktiviti yang hendak dilakukan yang melibatkan pantai supaya tidak mendatangkan kesan sampingan seperti itu.
Jika tidak diadakan kajian menyeluruh, ia pasti akan mendatangkan kesan sampingan yang teruk sehingga memaksa kerajaan mengeluarkan perbelanjaan besar untuk membaik pulih pantai-pantai berkenaan.
"Sekiranya tiada kajian menyeluruh dan perancangan yang rapi, perbelanjaan besar yang diperuntukkan oleh kerajaan sehingga RM5 juta atau RM10 juta pun tetap juga tak mampu membaik pulih pantai-pantai berkenaan kerana hakisan tetap juga berlaku semula," jelasnya.
Dalam soalan asalnya, beliau meminta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan perancangan dan usaha yang dilakukan untuk mengatasi masalah hakisan pantai di Terengganu seperti Pantai Tok Jembal, Telok Lipat, Rhu Rendang dan Telok Kalong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan