Dr Siti Mariah Mahmud Posted: 08 Apr 2011 03:13 AM PDT "Sarbini" .... terjagakah mata orang "Melayu" Posted: 07 Apr 2011 06:00 AM PDT Masa Teoh Beng Hock terbunuh dalam tahanan MACC, ramai orang Melayu menyepi terutama geng songkok tinggi dan anggap kematiannya dipolitikkan oleh Pakatan Rakyat. Kini bila Sarbini pula jadi 'mangsa' penyiasatan MACC baru mata orang Melayu terbuka dan terjaga dari tidur yang lena dan panjang? | Pengumuman Khas Posted: 07 Apr 2011 04:22 AM PDT Semua Warga Parlimen Kota Raja, Klang dan Bandar serta kampung berhampiran dijemput ke Program "JOM Sertai PAS" pada 23hb April 2011 bermula jam 7.00 pagi bertempat di Tapak Pasar Pagi, Taman Sri Andalas Klang. Program ini adalah Anjuran Jentera Pilihanraya PAS, DUN Sri Andalas (JPrD) | |
CINA ISLAM (林川興) Posted: 08 Apr 2011 01:15 AM PDT Pastikan siasatan kematian pegawai Kastam adil Posted: 08 Apr 2011 01:00 AM PDT 04 Jamadilawwal 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR,: Anggota Jawatankuasa Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Salahudin Ayub, berjanji akan mempastikan siasatan yang adil dilakukan ekoran kematian seorang pegawai kanan Kastam pagi ini di perkarangan bangunan SPRM Kuala Lumpur.
Beliau yang juga Naib Presiden PAS dan anggota Parlimen Kubang Kerian memberi reaksi segera terhadap kematian Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang berkhidmat sebagai pembantu pengarah di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor.
"Sebagai salah seorang Anggota Jawatankuasa Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), saya akan mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pelbagai pihak yang berwajib bagi memastikan satu penyiasatan yang adil dapat dilaksanakan dengan segera ke atas kes ini," katanya dalam satu kenyataan media.
Bagi beliau, kematian seorang pegawai Kastam yang membantu siasatan kes rasuah yang dikatakan jatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane di ibu negara pagi ini sangat menyedihkan.
"Sebagai anggota Parlimen, saya akan memastikan ia disiasat dengan cara yang telus dan diberikan penjelasan yang wajar oleh SPRM.
"Kita bimbang, ketika kematian Teoh Beng Hock masih lagi sedang disiasat oleh Suruhanjaya Diraja, kematian pegawai Kastam ini akan memberikan persepsi yang lebih buruk kepada SPRM," kata Salahudin. (gambar bawah)
Kematian pegawai kanan Kastam yang dikatakan jatuh dari tingkat 3 bangunan SPRM ke gelanggang badminton berhampiran pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur mengejutkan banyak pihak.
Pegawai kanan itu membantu siasatan membabitkan cukai tidak berbayar dan telah dibebaskan dengan ikat jamin dua hari lalu.
Pengarah Penyiasatan SPRM Mustafar Ali berkata, Allahyarham Ahmad Sarbani ditahan pada 1 April lalu di Klang berhubung dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram.
Bagaimanapun, dia kemudiannya dilepaskan pada 2 April lalu pada jam 12.30 petang.
Lelaki itu datang semula ke pejabat SPRM di Jalan Cochrani di Kuala Lumpur untuk bertemu seorang pegawai penyiasat berhubung kesnya hari ini, kata Mustafar lagi.
Pegawai penyiasat telah memintanya menunggu di situ sementara pergi mengambil fail kes tersebut.
Bagaimanapun, apabila balik semula ke situ, dia mendapati pegawai Kastam itu sudah tidak ada.
Mayat Ahmad ditemui terbaring di atas gelanggang badmintion pada jam 10.15 pagi, kata Mustafar.
Siasatan ke atas Allahyarham dijalankan ekoran penahanan sejumlah 62 orang pegawai Kastam dalam satu operasi di Pulau Pinang, Selangor dan Pahang.
Operasi berkenaan dijalankan oleh satu tindakan bersama oleh SPRM, JKDM, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Bank Negara.
Seorang lagi dikesan mempunyai lebih RM1 bilion manakala dua lagi yang ditahan mempunyai lebih RM500,000 di dalam akaun masing-masing.
Salah seorang pegawai kastam yang ditahan dalam operasi itu dikesan mempunyai wang berjumlah beberapa juta di dalam akaunnya.
Harakahdaily/- | Gempa Bumi Susulan Di Jepun: Dua Terbunuh Posted: 08 Apr 2011 12:57 AM PDT 04 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
TOKYO: Pihak berkuasa Jepun melaporkan dua orang awam terbunuh manakala ratusan lagi cedera dalam gempa bumi susulan yang melada negara itu pada Khamis.
Gempa bumi berukuran 7.1 skala Ricther tersebut melanda pantai timur Honshu, Jepun pada pukul 10.32 malam turut menyebabkan amaran tsunami dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
Jurucakap Jabatan Bomba, Junichi Sawada mengesahkan bahawa dua orang dilaporkan terkorban dalam bencana tersebut.
Seorang lelaki warga emas berusia 78 tahun meninggal dunia akibat terkena serangan jantung manakala seorang wanita berusia 60 tahun maut apabila tangki oksigennya tidak berfungsi akibat bekalan elektrik terputus.
Setakat ini pasukan polis Jepun mengesahkan 132 orang cedera dalam gegaran tersebut.
Gempa bumi yang terbaru itu berlaku di kawasan berhampiran dengan gempa bumi paling teruk melanda Jepun pada 11 Mac lalu dengan kekuatan 9.0 skala Ritcher. -AFP | Kenali calon PAS di Sarawak Posted: 08 Apr 2011 12:36 AM PDT 04 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
Calon-calon PAS yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak 2011
N22 SEBUYAU
Haji Adam bin Ahid, 62, seorang anak watan DUN Sebuyau merupakan Pesuruhjaya PAS Sarawak dan aktivis sepenuh masa untuk party. Adam sudah berkahwin dan mempunyai 4 orang anak.
Di sini, Adam merupakan pemimpin yang dikenali ramai dan bergaul mesra dengan penduduk Cina and Iban. Dalam pilihanraya negeri Sarawak kali ini, Adam berdepan dengan perlawanan tiga penjuru berdepand dengan penyandang DUN Sebuyau, Julaihi Narawi (BN-PBB) and Ali bin Semsu, seorang calon bebas.
Pada tahun 2006, Sebuyau yang terletak di dalam kawasan parlimen Batang Lupar menyaksikan perlawanan satu lawan satu antara Julaihi dan calon PKR, Mohamed Akek.
Julaihi yang memperolehi 3,748 undi menewaskan Akek, 1,300 undi dengan majoriti 2,448 undi.
Statistik Pengundi Sebuyau: Jumlah Pengundi: 8,042 Malay/Melanau: 64.26% Chinese: 3.85% Iban: 31.77% Bidayuh: 0.11%
N24 BETING MARO
Abang Ahmad Kerdee bin Abang Masagus merupakan seorang pemuda berkarisma dan sudahpun berjaya menarik tumpuan untuk PAS Sarawak kerana pesona 'selebriti'nya in pilihanraya negeri Sarawak.
Ahmad, seorang peguam berasal dari Sibu, sudahpun berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Ahmad, anak ketiga daripada tujuh adik beradik ialah seorang graduan Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau kini juga merupakan penasihat undang-undang untuk PAS Sarawak.
Di Beting Maro, Ahmad akan berentap satu-lawan-satu menghadapi Razali Gapor dari BN-PBB.
Pada tahun 2006, Bolhassan Di @Ahmad, calon BN-PBB menewaskan calon PAS, Alem Din dengan mendapat 2,796 undi berbanding 1,901 undi.
Statistik Pengundi Beting Maro: Jumlah Pengundi: 7,868 Malay/Melanau: 90.42% Chinese: 1.47% Iban: 8.11%
N20 SADONG JAYA
Di DUN ini, PAS sekali lagi mempertaruhkan seorang pemuda hebat, Abang Eddy Alyanni bin Abang Fauzi, 34 yang merupakan calon tunggal PAS pada pilihanraya umum 2008 yang lalu bertanding di Parlimen Batang Lupar, namun tewas di tangan calon BN-PBB, Rohani Abdul Karim.
Ketika ini, Eddy juga berkhidmat sebagai Ketua Pemuda PAS Sarawak dan Pengarah Pasti di Bumi Kenyalang ini.
Pada pilihanraya negeri ke sepuluh ini, Eddy akan berdepan dalam perlawanan tiga penjuru, berdepan dengan Aidel Lariwoo (BN-PBB) and Mahayudin Wahab, calon bebas.
Dalam PRN 2006, calon BN-PBB Wan Wahab Wan Sanusi dari BN-PBB menewaskan calon PKR, Plee Ling dengan majoriti 858 dengan mendapat 2,715 undi berbanding 1,857 undi yang diperoleh oleh Plee.
Statistik Pengundi Sadong Jaya: Jumlah Pengundi: 7,656 Malay/Melanau: 82.84% Chinese: 7.64% Iban: 9.42% Orang Ulu: 0.01% Others: 0.09%
N15 MUARA TUANG
Satu daripada dua calon wanita PAS akan berentap di DUN ini. Noraini Hamzah, 49 berasal dari Kelantan sudah menetap di Sarawak untuk tiga dekad yang lalu selepas perkahwinannya dengan seorang anak watan Muara Tuang.
Noraini juga dikenali sebagai 'superwoman' di mana beliau menjaga tugasnya sebagai ahli perniagaan, suri rumah separa masa dan sebagai seorang aktivis parti dengan baik.
Noraini merupakan bekas Ketua Penerangan PKR Sarawak sebelum beliau membuat keputusan untuk bersama PAS untuk meneruskan perjuangan rakyat. Beliau telah berkahwin dan dikurniakan dua orang anak.
Untuk pilihanraya negeri Sarawak kali ini, Noraini akan menghadapi tentangan hebat daripada adik Ketua Menteri Sarawak, Ali Mahmud (BN-PBB) yang juga merupakan penyandang kepada DUN ini. Noraini hampir menang percuma di DUN ini semasa sesi penamaan calon tempoh hari apabila Ali gagal mengemukan penyataan kewangan pilihanrayanya bagi tahun 2006 sebelum tempoh penamaan tamat.
Pada 2006, Ali menang di DUN dengan mendapat 7.863 undi menewaskan calon PKR, Abang Ibrahim Abang Othman (1,536 undi) and calon bebas, Jong Nyuk Chan (415 undi).
Statistik Pengundi Muara Tuang: Jumlah Pengundi: 18,820 Malay/Melanau: 52.65% Chinese: 15.63% Iban: 18.85% Bidayuh: 11.45% Others: 0.42%
N03 TANJONG DATU
Seorang lagi wanita, Nani Sahari diberi kepercayaan oleh PAS untuk merampas kerusi DUN Tanjong Datu daripada penyandang kerusi ini, Adenan Satem daripada BN-PBB.
Nani, 42 berasal daripada Kampung Pula, Petrajaya, Sarawak merupakan seorang graduan UiTM pada tahun 1993.
Nani yang sekarangnya bertugas sebagai seorang pembantu klinik di Sarawak merupakan bekas Ketua Wanita PKR Sarawak pada tahun 2009 sebelum menyertai PAS tahun lalu.
Di DUN ini, Nani akan menghadapi satu lagi pertanding tiga penjuru berdepan dengan penyandang kerusi, Adenan and calon bebas, Gilbert Asson Kulong.
Pada tahun 2006, Adenan menang kerusi ini dengan mendapat 4,545 undi menewaskan Sobey Daud, PKR (409) dan Larry Dominic Linang, Bebas (357).
Statistik Pengundi Tanjong Datu: Jumlah Pengundi: 7,936 Malay/Melanau: 53.06% Chinese: 19.63% Iban: 17.34% Bidayuh: 9.97%
Harakahdaily/- | Taib letak adik sendiri di Muara Tuang dipersoal Posted: 08 Apr 2011 12:30 AM PDT 04 Jamadilawwal 1432H. [MOD] -
KOTA SAMARAHAN, : Tindakan Ketua Menteri Sarawak meletakkan adiknya sendiri, Datuk Sri Mohd Ali Mahmud, untuk bertanding di DUN Muara Tuang menyerlah amalan kronisme di kalangan keluarga Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Tindakan ini juga melambangkan Barisan Nasional (BN) tidak sedar apakah kehendak rakyat Sarawak sebenarnya sekarang hatta tidak sedar bahawa rakyat sudah muak dengan kekayaan dan kuasa yang berpusat di sekitar Taib Mahmud.
(Gambar: Mahfuz bersama calon PAS, Noraini [dua dari kiri] semasa perarakan calon)
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, hasrat rakyat untuk melakukan perubahan boleh dilaksanakan dengan memberikan undi kepada calon PAS yang bertanding di situ.
Hasrat ini, katanya, semakin jelas apabila golongan muda turut menyertai PAS melalui beberapa cawangan penaja PAS di Dun tersebut.
Menurutnya, sewaktu merasmikan penubuhan cawangan penaja malam tadi, ketua cawangannya, Abdul Rahman Doli meluahkan kebimbangan masa depan Sarawak jika tak berlaku perubahan politik baru.
"Isu di sini ialah soal kronisme di mana mereka tidak lagi begitu gembira dengan kepimpinan Tan Sri Taib Mahmud apatah lagi calon yang bertanding ini adik beliau sendiri.
"Kita lihat juga semalam kehadiran anak muda yang begitu mempunyai semangat yang tinggi untuk melakukan perubahan dan ini menunjukkan hasrat rakyat yang sebelum ini kita tidak tahu dan apabila PAS bertanding, baru kita tahu mereka cari kita," katanya ketika ditemui di pusat penamaan calon di Dewan Suarah hari ini.
Beliau juga berkata, BN tidak lagi menghadapi laluan mudah untuk mengekalkan kedudukannya di Dun tersebut.
"BN tak akan mendapat jalan yang mudah seperti sebelum ini. Kalau sebelum ini mereka ada jalan mudah untuk menang besar tapi saya percaya kali ini jalannya sukar.
"Contohnya, seperti yang berlaku di Tenang, BN berhempas pulas menurunkan jentera untuk melawan PAS," katanya.
Tambahnya, tindakan adik Taib itu kekal bertanding di Dun tersebut menunjukkan beliau dan abangnya Taib ingin menambahkan kekayaan.
"Muara Tuang ini mereka anggap begitu mudah untu menang dahulu, tetapi penolakan orang terhadap Taib Mahmud orang melihat bahawa tidak wajar untuk Taib Mahmud bertanding lagi dan mengekalkan adiknya, seolah-olah Taib Mahmud ingin meneruskan empayar kekayaannya," katanya.
Hazayani Zakaria Harakahdaily/-
| PAS akan pertahan walaupun Felda arah tutup Pasti Posted: 08 Apr 2011 12:00 AM PDT 04 Jamadilawwal 1432H. [MOD] -
BERA, : PAS Kawasan Bera menyifatkan arahan berpindah daripada Pengurus Felda Bukit Mendi kepada kelas Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) di tanah rancangan berkenaan kerana dikatakan menyalahi Akta Penempatan Berkelompok (GSA) hanyalah bermotif politik semata-mata.
Ketua Pemuda PAS Kawasan, Mohd Shahrul Mohamed berkata, ini disebabkan apabila seseorang peneroka Felda sudah selesai membayar hutang kepada agensi tersebut dan mendapat geran bermakna mereka tidak lagi tertakluk di bawah akta berkenaan
Justeru jika terdapat sebarang tindakan pihak Felda bagi menghalang operasi Pasti berkenaan, pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.
"Pasti Bukit Mendi dimulakan tahun ini dan baru-baru ini pihak pengurusan Felda telah menghantar surat peringatan kerana mendakwa penubuhannya tidak mendapat kelulusan mereka serta menyalahi peraturan Akta GSA.
"Pengurus Felda meminta Pasti memindahkan kelas daripada rumah tersebut sehingga mendapat kebenaran dari pihak Felda. Surat itu turut menyatakan sekiranya ingkar atau tidak mengendahkan peringatan itu maka tindakan selanjutnya akan dibuat.
"Bagaimanapun, setelah mengadakan perbincangan, kami mengambil keputusan kelas tersebut tidak akan ditutup malah satu laporan polis telah dibuat baru-baru ini atas nasihat peguam," katanya.
Menurut Shahrul, kelas Pasti itu ditubuhkan berikutan mendapat permintaan daripada masyarakat setempat dan sehingga kini terdapat 13 kanak-kanak pra-sekolah mengikuti pengajian dan ini menunjukkan Pasti mendapat sokongan ibu bapa dan penjaga di sini.
Pasti tersebut beroperasi di sebuah rumah peneroka dengan kadar sewa sebanyak RM180 sebulan. Bagaimanapun, pihak Pasti dikatakan telah membelanjakan RM14,000 sebagai perbelanjaan kos baik pulih dan ubah suai.
"Kita menubuhkan Pasti bukan atas dasar politik tetapi bertujuan memberi pendidikan terbaik kepada kanak-kanak. Justeru saya berpendapat pendidikan yang berteraskan Islam dan akhlak tidak sepatutnya diheret menjadi mangsa politik
"Bukan saya kata tabika atau pra-sekolah tidak bagus tetapi Pasti mempunyai sukatan mata pelajaran tersendiri yang boleh diterima masyarakat dan sudah terbukti keberhasilannya," katanya.
Jelasnya, sukatan mata pelajaran yang diajar adalah didikan asas kepada kanak-kanak dan bukannya yang sesuka hati. Malah, gurunya pula lepasan Kursus Asas Pendidikan Pasti, sementara modul pendidikannya diperbaharui atau dikemas kini dalam tempoh tiga atau empat tahun sekali.
Mohd Shahrul berkata, Pasti bukan hanya menghadkan pendaftaran kepada warga PAS sahaja malah di sesetengah tempat bukan Islam juga ada yang menghantar anak mereka ke situ.
Katanya, sememangnya sukatan mata pelajaran adalah berbeza dengan tabika atau pra-sekolah kerana keunikan itulah yang menarik minat ibu bapa untuk menghantar anak mereka.
"Kalau mata pelajaran atau teknik pembelajaran yang diajar sama dengan kelas yang lain, buat apa lagi kami menubuhkan Pasti," katanya.
Khairil Abdul Rahim Harakahdaily/- | Takziah: Bawa 'kain putih' kalau disiasat SPRM Posted: 07 Apr 2011 11:30 PM PDT 04 Jamadilawwal 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR,: Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat kesal dengan kejadian yang berlaku ke atas seorang pegawai kastam yang bertugas di Pelabuhan Klang yang ditemui mati ketika dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, hari ini.
Sambil menyuarakan rasa kesal dengan kejadian yang tidak sepatutnya berlaku itu, mereka juga turut mengambil kesempatan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham di atas kematiannya yang agak tragis.
Ahli Parlimen Shah Alam (PAS), Khalid Samad berkata, kematian Allahyarham menimbulkan satu tanda tanya yang sama juga dengan mendiang Teoh Beng Hock kerana ia dilaporkan terjatuh ketika dalam proses siatan SPRM.
Menurut beliau, perkataan terjatuh memberikan gambaran tidak sengaja, tetapi yang menimbulkan tanda tanya, yang dikatakan terjatuh itu bukan kanak-kanak tetapi orang dewasa.
"Kalau kanak-kanak yang jatuh mungkin benar tidak sengaja kerana melompat dan sebagainya tetapi kalau orang dewasa, ini mungkin kerana terpaksa melompat atau ditolak," katanya ketika mencelah perbahasan yang sedang disampaikan oleh Ahli Parlimen Indra Mahkota (PKR), Azan Ismail, pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Sebelum itu, Azan ketika berucap membahaskan pembentangan Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 bagi bacaan kali kedua, turut menyentuh perkara itu dan turut merakamkan rasa kesal, terharu serta takziah kepada keluarga mangsa bagi pihak dirinya serta kesemua rakan-rakannya ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat.
Sehubungan itu, beliau turut mendesak Dewan Rakyat agar mengambil perhatian serius mengenai perkara itu supaya mendesak kerajaan jangan membiarkan lagi kejadian seperti itu berlaku pada masa akan datang.
"Kejadian terbaru ini jelas akan lebih menghakiskan lagi kepercayaan rakyat terhadap SPRM. Secara kebetulannya pula mangsa dan SPRM adalah sama-sama dari agensi penting kerajaan yang sama-sama terlibat dengan tugas penguatkuasaan undang-undang," katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Sungai Petani (PKR), Datuk Johari Abdul ketika bangun mencelah berkata, kejadian terbaru itu ternyata bukan sekadar menghakiskan lagi kepercayaan rakyat terhadap SPRM, tetapi menjadikan SPRM bukan lagi agensi yang boleh diharapkan lagi untuk melakukan penyiasatan, tetapi tempat kematian.
"Selepas ini kalau ada sesiapa lagi yang akan disiasat oleh SPRM termasuk ahli-ahli Parlimen sendiri mestilah turut membawa bersama kain putih," katanya sinis.
Ahli Parlimen Balik Pulau, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff yang juga dari PKR ketika bangun untuk turut memperkatakan perkara itu turut bersetuju dengan hujahan tersebut, tetapi dihalang oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk diperkatakan dengan lebih jauh.
Sebelum itu, kesemua ahli Parlimen terbabit turut gagal untuk memperkatakan perkara itu dengan lebih jauh kerana dihalang keras oleh beliau, atas alasan perkara itu menyimpang dari tajuk perbahasan.
Ketika membangkitkan perkara itu, mereka turut diganggu oleh wakil BN yang membawa gambaran kejadian itu adalah kejadian amat kecil kepada mereka dan tidak perlu dibangkitkan di Dewan Rakyat.
Aziz Muda Harakahdaily/- | Ambil peluang buat perubahan Posted: 07 Apr 2011 09:30 PM PDT 04 Jamadilawwal 1432H. [MOD] -
MIRI, 6 April: Calon Pakatan Rakyat bagi N63 Piasau, Ling Sie Kiong (DAP) mengingatkan pengundi agar mengambil peluang terbaik ketika pilihan raya negeri (PRN10) 16 April ini.
Beliau yakin rakyat Sarawak boleh membuat perubahan pada kali ini setelah mereka melihat segala salahlaku BN selama ini.
Beliau merujuk kepada isu semasa melibat kepimpinan negeri Sarawak khasnya yang dibangkitkan banyak pihak apatah lagi menjelang PRN10.
(Gambar: Kiong bersama pemimpin DAP dan PAS ketika penamaan calon. Pic Ismail Hashim)
Kiong ditemui dalam sidang media selepas tamat proses penamaan calon di Dewan Suarah, dekat sini.
Peguam muda berusia 28 itu baharu sahaja bertunang Disember lalu berazam membawa suara rakyat Miri khusus yang tidak pernah didengar selama ini.
Turut berada di situ adalah Setiausaha Publisiti DAP yang juga Exco Selangor, Teresa Kok, Bendahari PAS Kawasan Miri, Dzaidin Sobri, Bendahari Pemuda PAS Kawasan Miri, Naufal dan AJK PAS Miri, Idris Yasin.
Pagi ini berlangsung juga proses penamaan calon di dua kawasan negeri yang berada di bawah Parlimen Miri.
Untuk kawasan Senadin berlangsung di Stadium Tertutup di mana calon Pakatan dari PKR Dr Michael menentang Lee Kim Shin (SUPP BN).
Dalam masa sama di Pujut, Pakatan Rakyat meletakkan Fong Pau Teck sebagai calon menentang Andy Chia Chu Fatt (SUPP BN).
Tempat penamaan itu walaupun berasingan tetapi dekat dalam jarak antara satu cuma 300 meter sahaja.
Suasana pilihan raya masih belum kelihatan di sini dan dikatakan memang begitulah keadaannya.
Ismail Hashim Harakahdaily/- | PAS buka jalan rakyat Sarawak buat perubahan Posted: 07 Apr 2011 09:00 PM PDT 04 Jamadilawwal 1432H. [MOD] -
KOTA SAMARAHAN, : Rakyat Sarawak sudah menyedari salah laku Ketua Menteri mereka, Tan Sri Abdul Taib Mahmud namun takut untuk membuat perubahan, kata ahli jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Beliau berkata, PAS sudah bersedia untuk membantu rakyat Sarawak keluar daripada ketakutan itu dan membuat perubahan di negeri ini.
"Rakyat Sarawak ngin meyakinkan parti-parti yang bertanding khususnya Pakatan Rakyat bahawa salah laku keluarga Taib Mahmud diketahui umum tapi mereka kurang berani menunjukkan kemarahan.
"Mereka gerun dan takut untuk buat perubahan dan mengharapkan kami untuk tanamkan keyakinan untuk jatuhkan Taib. Kita buat satu mukadimah masuk ke Muara Tuang supaya mereka berasa yakin," katanya ketika ditemui di pusat penamaan calon di Dewan Suarah, dekat sini hari ini.
Ahli Parlimen Bukit Gantang itu juga berkata, PAS sudah pasti ingin merampas kerusi itu dari BN, apatah lagi calonnya ialah adik Taib sendiri.
Namun katanya, jika hanya berjaya mengurangkan majoriti BN sekalipun, ianya merupakan kejayaan besar kerana PAS baru pertama kali bertanding di Dun itu.
"Peluang untuk PAS menang nampaknya 50-50 kerana ini kali pertama PAS bertanding di sini. Sebelum ini PKR bertanding dan mereka kalah dengan majoriti enam ribu lebih. Jadi kita rasa kalau pun kita dapat kurangkan majoriti pun satu kejayaan besar," katanya.
Mengulas mengenai calon wanita yang diletakkan PAS pula, beliau berkata ianya satu keputusan tepat kerana majoriti pengundi di Muara Tuang terdiri daripada wanita.
"Sebahagian besar pengundi di Dun ini adalah wanita jadi dengan PAS meletakkan Noraini yang dikenali di kalangan kebanyakan wanita di sini ini satu pilihan yang tepat," katanya.
Ini juga, katanya satu penghormatan kepada Dun Sarawak apabila memberi peluang kepada calon wanita.
"PAS memang mahu mengenengahkan lebih ramai calon wanita dan ini merupakan penghormatan kepada Dewan Undangan Negeri Sarawak kerana boleh memberi peluang kepada calon wanita untuk menganggotai dewan," katanya.
PAS meletakkan Noraini Hamzah, 49, bagi menentang calon BN-PBB, Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud, 61.
Hazayani Zakaria Harakahdaily/- | Awasi telur tiruan di pasaran Posted: 07 Apr 2011 08:30 PM PDT 04 Jamadilawwal 1432H. [MOD] -
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan pengguna di Malaysia supaya berhati-hati ketika membeli telur kerana terdapat telur tiruan dijual di pasaran.
Pagi ini, seorang pengguna datang ke pejabat CAP bersama sedulang telur yang agak luar biasa bentuknya. Menurut beliau, apabila dimasak, telur itu tidak berbau seperti telur biasa dan tidak mempunyai sebarang rasa.
Oleh kerana beliau berasa ragu-ragu dengan kandungan telur yang dibelinya itu, beliau membawa telur-telur tersebut ke pejabat CAP dan terus membuat aduan mengenainya.
Selepas diperiksa, kami mendapati memang benar telur-telur tersebut mempunyai bentuk yang berbeza daripada biasa. Ia besar dan bila dipecahkan tidak kelihatan pusat telur (chalazae - bahan legap yang biasanya terdapat pada putih telur, membendung kuning telur pada bahagian tengah telur).
Telur-telur itu juga tidak berbau seperti telur biasa. Mengikut satu laporan, telur tiruan adalah perkara biasa di China. Pengguna di negara itu telah dinasihatkan supaya mengawasi telur tiruan ketika mereka hendak membeli telur.
Mengikut laporan tersebut, telur tiruan mengandungi bahan-bahan kimia. Cangkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat. Kuning telur dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna makanan. Kuning telur dihasilkan hanya dengan mencampurkan pewarna makanan kuning lemon ke dalam adunannya.
Kalsium klorida ditambah ke dalam adunan telur dan kemudian ke dalam acuan untuk menghasilkan membran telur. Cangkerang telur diperbuat dengan lilin parafin, serbuk gypsum, kalsium karbonat dan bahan-bahan lain.
Pada amnya bahan-bahan ini adalah penambah makanan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama. Oleh itu telur tiruan hanya mempunyai sedikit atau tidak langsung berkhasiat berbanding telur sebenar.
Cara mengenal telur tiruan:
Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.
Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.
Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.
Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.
Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.
Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.
Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.
Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.
Telur adalah sumber protein yang murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia. Memandangkan ia merupakan makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini.
Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang Haram dimakan oleh orang Islam.
SM Mohamed Idris,
Presiden CAP. | Pengundi Sarawak positif terima PAS Posted: 07 Apr 2011 08:00 PM PDT 04 Jamadilawwal 1432H. [MOD] -
BATANG SADONG : Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang melihat adanya perkembangan positif khususnya penerimaan pengundi terhadap kehadiran parti itu di Sarawak, jauh berbeza dengan pilihan raya yang lalu.
Ini, katanya setelah PAS membuat tinjauan dengan bertemu pengundi di kelima-lima Dun yang dipertandingkan oleh PAS pada pilihan raya negeri ke-10 ini.
Beliau berkata, PAS meletakkan 40 peratus calon wanita dan 60 peratus calon lelaki dalam pilihan raya negeri Sarawak.
"Walaupun PAS belum memperolehi satu Dun pun di Sarawak, tetapi kali ini kita melihat adanya petunjuk bahawa perubahan akan berlaku dan PAS, insya Allah beroleh kemenangan," ujarnya.
Justeru, katanya rakyat Sarawak mesti memberi isyarat kepada kerajaan yang telah puluhan tahun memerintah tetapi terus dihimpit kemiskinan dan kekurangan kemudahan infrastruktur.
Beliau yang juga ahli Parlimen Marang menambah, Sarawak kaya dengan hasil bumi kerana tanahnya sangat luas namun tidak dibangunkan dengan adil.
Harakahdaily/- | Komen hina sultan: Peniaga dibebaskan Posted: 07 Apr 2011 07:30 PM PDT 04 Jamadilawwal 1432H. [MOD] -
Seorang peniaga hari ini dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur terhadap tiga pertuduhan pindaan menghantar komen yang menghina Sultan Perak Sultan Azlan Shah menerusi portal Internet.
Hakim SM Komathy Suppiah membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Azlina Rasdi gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap Muslim Ahmad, 55.
Pada 21 Jun lalu, Komathy melepaskan dan membebaskan Muslim selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie dalam kes itu.
Bagaimanapun, pada 8 Dis lalu Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ghazali Cha memerintahkan Muslim dipanggil membela diri untuk memberi keterangan pembelaannya selepas pihak pendakwaan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu.
Muslim menghadapi tiga pertuduhan pindaan iaitu menghantar komen yang jelek sifatnya melalui portal negeri, www.perak.gov.my, pada 2.21 petang 7 Feb tahun lalu.
Dia juga didakwa melakukan kesalahan serupa pada 2.27 petang hari yang sama, dan bagi pertuduhan ketiga dia didakwa melakukannya sekali lagi pada 4.39 petang 8 Feb 2009.
Bapa kepada empat orang anak itu didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di alamat No. 1, Jalan 5/26, Taman Sri Rampai, Setapak, di Kuala Lumpur.
Muslim, yang diwakili peguam K Periasamy, didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi Multimedia 1998.
- Bernama | Calon muda PAS dipanggil 'handsome boy' Posted: 07 Apr 2011 07:00 PM PDT 04 Jamadilawwal 1432H. [MOD] -
Politik Sarawak mungkin sedikit berbeza; tindakan PAS meletakkan calon muda di sebuah DUN yang ditandinginya menyebabkan Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus - peguam berusia 32 tahun - disambut seperti artis.
Ditambah lagi dengan kempen agresif jentera parti itu daripada Kelantan dan Terengganu, Abang Ahmad malah dijulang beberapa kali oleh kira-kira 300 penyokongnya selepas tamat penamaan calon di Beting Maro, dalam parlimen Batang Lupar tengah hari tadi.
Bagaimanapun, sebagai calon termuda PAS yang diketengahkan kali ini, Abang Ahmad menjadi perhatian kamera banyak pihak, terutamanya pengundi yang ditemuinya di sekitar pasar Pusa dan kedai makan sekitar pekan kecil itu.
Beliau juga dipanggil "handsome boy" (jejaka kacak) oleh golongan wanita di situ yang dilihat cuba mengusiknya.
"Hansome-nya, muda lagi," kedengaran bisik wanita Melayu sekitar umur 40-an sesama mereka.
Bagaimanapun, diajukan perkara itu oleh pemberita, Abang Mat nampaknya tidak rasa terganggu dan secara bergurau berkata:
"Saya pergi rumah panjang, ada yang beritahu, habis poster saya dicabut, letak (tampal) di almari rumah."
Beliau malah menjawab, menjadi lumrah manusia sukakan kecantikan.
"Apabila muka cantik orang pun terpikat," katanya berseloroh sambil disambut gelak ketawa pengunjung di sebuah kedai makan.
Abang Mat yang hadir ke pusat penamaan dengan berbaju putih dan songkok hitam bagaimanapun mengakui beliau sudah berkahwin dan sudah mempunyai dua orang anak.
Dalam pilihan raya umum lalu PAS mengetahkan calon daripada kalangan ustaz Alem Din yang akhirnya tewas di tangan calon BN Bolhassan @ Ahmad Di dengan majoriti 895 undi. Kawasan Melayu/Melanau itu mempunyai keseluruhan 4,742 pengundi.
Malaysiakini/-
| PAS harap dapat kerusi pertama di S'wak Posted: 07 Apr 2011 06:30 PM PDT 04 Jamadilawwal 1432H. [MOD] -
Naib presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, parti itu berharap dapat memenangi kerusi pertamanya di DUN Sarawak kali ini selepas bertanding di negeri itu sejak tahun 2003.
Katanya, berbeza dengan pengalamannya mereka sebelum ini, PAS mendapati "angin perubahan" sudah mula sampai ke negeri itu.
"Sebelum ini PAS masih baru. Sekarang kita lebih dikenali di kalangan penduduk tempatan," katanya yang mengiringi calon PAS Beting Maro Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus di pekan Pusa, dekat Batang Lupar.
Salahuddin berkata, dengan menyandarkan harapan kepada semua muka baru, PAS juga akan memfokuskan terhadap usaha menyelesaikan isu berhubung pemilikan tanah adat (NCR) yang berlarutan sejak Sarawak merdeka pada tahun 1967.
Anggota parlimen Kubang Kerian itu berkata, usaha mereka menangani isu itu akan digiatkan melalu biro tanah dan pembangunan wilayah - badan langsung bawah PAS pusat - yang ditubuhkan khas bagi tujuan itu.
Beliau mendedahkan, menurut perkiraannya, Beting Maro mampu menjadi tempat pertama yang dirampas mereka, diikuti Sadong Jaya dan Sebuyau.
Kelebihan di Beting Maro itu dilihat turut berpunca oleh pergolakan dalaman antara penyokong calon baru BN Razaili Gapor yang dipilih menggantikan penyandang sebelum ini Bolhassan @ Ahmad Di, seperti dilaporkan akhbar tempatan.
PAS turut bertanding di Muara Tuang dan Tanjung Datu. Kelima-lima tempat itu mempunyai bilangan pengundi Melayu/Melanau yang agak tinggi.
Bagaimanapun, bagi lawannya BN, keyakinan PAS, terutamanya di Beting Maro hanyalah dibuat berdasarkan kekalahan tipis mereka dalam pilihan raya negeri pada 2006 lalu.
Menurut naib pengerusi Wanita BN Sarawak Rohani Abdul Karim, pada masa itu kekalahan BN disebabkan pembahagian baru kerusi parlimen yang turut melibatkan Beting Maro.
"Tetapi selepas itu kita tanya balik, kita analisis balik," katanya yang juga anggota parlimen Batang Lupar ketika ditemui Malaysiakini di Batang Lupar.
Selepas mengharungi tiga kali pilihan raya negeri hanya di Beting Maro, tahun ini PAS meletakkan calonnya di lima kawasan. Menariknya, kesemua calon yang diletakkannya bukanlah daripada golongan ustaz yang sinonim dengan parti Islam itu sebelum ini.
Dalam perkembangan berkaitan, tengah hari tadi, tersebar cakap-cakap bahawa mereka berjaya menang tanpa bertanding di Muara Tuang apabila calon BN didakwa gagal menyerahkan penyata perbelanjaan dalam pilihan raya negeri lalu.
Bagaimanapun, kira-kira 1.30 tengah hari, harapan itu musnah apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan bahawa calon BN Datuk Seri Mohammad Ali Mahmud layak bertanding, sekaligus berlakunya perlawanan satu lawan satu di situ.
Malaysiakini/- | Bukan Islam dibenar guna ayat al-Quran Posted: 07 Apr 2011 06:00 PM PDT 04 Jamadilawwal 1432H. [MOD] -
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini mengulangi hak masyarat bukan Islam untuk membaca dan menggunakan ayat-ayat al-Quran dengan syarat ia dilakukan dengan ikhlas dan tanpa niat jahat.
"Tidak salah kalau mereka mahu belajar atau mengetahui lebih banyak mengenai Islam. Agama tidak melarangnya. Tetapi mereka mesti ikhlas," kata Jamil Khir ketika menjawap soalan lisan daripada Datuk Ibrahim Ali (Bebas - Pasir Mas).
Namun, beliau memberi amaran kerajaan akan mengambil langkah-langkah serius bagi mempertahankan kedudukan Islam sebagai agama rasmi seperti yang digariskan dalam perlembagaan.
"Seseorang tidak boleh sewenang-wenangnya menterjemahkan ayat-ayat al-Quran sesuka hati tanpa rundingan ataupun perbincangan," katanya.
Malaysiakini/- | 41 calon Bebas, 17 pertandingan empat penjuru Posted: 07 Apr 2011 05:30 PM PDT 04 Jamadilawwal 1432H. [MOD] -
Seramai 213 calon akan berentap dalam pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April ini.
Selepas proses penamaan calon selesai hari ini, kesemua 71 DUN akan dipertandingkan.
Pada keseluruhannya, pertandingan itu menyaksikan dua pertandingan enam penjuru, dua pertandingan lima penjuru dan 17 pertembungan empat penjuru.
Manakala yang lainnya membabitkan pertandingan tiga penjuru di 22 kerusi dan pertembungan satu lawan satu di 27 kerusi.
Selain BN yang bertanding di kesemua 71 kerusi, parti lain adalah DAP (15 kerusi), Snap (26), PKR (49), PAS (5), Parti Cinta Malaysia (PCM) enam dan 41 calon Bebas.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof, dalam satu sidang akhbar di Kuching berkata, pecahan calon mengikut jantina ialah 197 lelaki dan 16 wanita.
Katanya, BN meletakkan 67 calon lelaki dan empat wanita, PAS (tiga lelaki dan dua wanita), DAP (11 lelaki dan empat wanita), Snap (26 lelaki), Bebas (40 lelaki dan seorang wanita) PKR (45 lelaki dan empat wanita), PCM meletakkan lima calon lelaki dan seorang wanita.
Abdul Aziz Yusof, berkata selepas proses penamaan selesai hari ini, pertandingan tiga penjuru membabitkan 23 DUN dan empat penjuru di 17 DUN.
Dua kawasan berlaku pertandingan enam penjuru iaitu di Belaga dan Balai Ringin manakala pertandingan lima penjuru berlaku di Ngemah serta Jepak.
"Sepanjang tempoh berkempen, parti politik dan calon digesa mematuhi undang-undang yang ditetapkan dan mengikut arahan pihak polis," katanya.
Abdul Aziz juga berkata urusan penamaan calon berjalan lancar di semua kawasan, tiada kejadian yang tidak diingini dilaporkan berlaku.
Berikut adalah kerusi yang dipertandingkan:
Enam penjuru: 1. Belaga - Snap, BN-PRS, PKR, Bebas, Bebas, Bebas 2. Balai Ringin - PKR, BN-PRS, Snap, PCM, Bebas, Bebas
Lima penjuru:
1. Ngemah: BN-PRS, bebas, PCM, Snap, PKR 2. Jepak: Snap, PKR, BN-PBB, Bebas, Bebas
Empat penjuru:
1. Opar: Snap, Bebas, PKR, BN-SUPP 2. Bengoh: PKR, Bebas, Snap, BN-SUPP 3. Tebedu: Bebas, BN-PBB, PKR, Snap 4. Kedup: PKR, BN-PBB, Bebas, Snap 5. Simunjan: BN-PBB, PKR, Bebas, PCM 6. Bukit Begunan: BN-PRS, Bebas, PKR, Snap 7. Engkelili: BN-SUPP, Bebas, Snap, PKR 8. Layar: Snap, PKR, Bebas, BN-PBB 9. Krian: Snap, BN-SPDP, Bebas, PKR 10. Daro: BN-PBB, PKR, Bebas, Bebas 11. Machan: PCM, BN-PBB, PKR, Snap 12. Kakus: PCM, PKR, BN-PRS, Bebas 13. Kemena: Bebas, PKR, BN-PBB, Snap 14. Bekenu: BN-SPDP, PCM, Snap, PKR 15. Marudi: BN-SPDP, Bebas, PKR, Snap 16. Telang Usan: PKR, Snap, Bebas, BN-PBB 17. Bukit Kota: BN-PBB, DAP, Bebas, Bebas
Tiga penjuru
1. Tasik Biru - BN-SPDP, Snap, PKR 2. Tanjong Datu - BN-PBB, Bebas, PAS 3. Pantai Damai: Bebas, BN-PBB, PKR 4. Padungan - Bebas, DAP, BN-SUPP 5. Batu Lintang - BN-SUPP, PKR, Bebas 6. Tarat: Snap, BN-PBB, PKR 7. Sadong Jaya - BN-PBB, Bebas, PAS 8. Sebuyan - Bebas, PAS, BN-PBB 9. Lingga - Snap, PKR, BN-PBB 10. Bukit Saban : Snap, PKR, BN-PBB 11. Kalaka: Bebas, BN-PBB, PKR 12. Belawai : PKR, Bebas, PNB-PBB 13. Semop: BN-PBB, PKR, Bebas 14. Jemoreng: Bebas, Bebas, BN-PBB 15. Meluan : PKR, BN-SPDP, Snap 16. Bukit Assek: Bebas, BN-Snap, DAP 17. Dudong: DAP, BN-Supp, Bebas 18. Dalat: BN-PBB, PKR, Bebas 19. Balingian: BN-PBB, PKR, Bebas 20. Pelagus: BN-PRS, PKR, Bebas 21. Lambir: BN-PBB, PKR, Snap 22. Batu Danau: BN-SPDP, PKR, Snap 23. Katibas: BN-PBB, Snap, PKR
Dua penjuru:
1. Demak Laut: BN-PBB, PKR 2. Tupong: BN-PBB, PKR 3. Samariang: BN-PBB, PKR 4. Satok: BN-PBB, PKR 5. Pending: BN-SUPP, DAP 6. Kota Sentosa: DAP, BN-SUPP 7. Batu Kawah: DAP, BN-SUPP 8. Asajaya: BN-PBB, PKR 9. Muara Tuang: BN-PBB, PAS 10. Beting Maro: BN-PBB, PAS 11. Simanggang: DAP, BN-SUPP 12. Batang Ai: PKR, BN-PRS 13. Saribas: BN-PBB, PKR 14. Repok: BN-SUPP, DAP 15. Meradong: BN-SUPP, DAP 16. Pakan: BN-SPDP, Snap 17. Bawang Assan: DAP, BN-SUPP 18. Pelawan: BN-SUPP, DAP 19. Nangka: BN-PBB, PKR 20. Tamin: BN-PRS, PKR 21. Baleh: BN-PRS, PKR 22. Kidurong: DAP, BN-SUPP 23. Piasau: DAP, BN-SUPP 24. Pujut: BN-SUPP, DAP 25. Senadin: PKR, BN-SUPP 26. Ba'kelalan: PKR, BN-SPDP 27. Bukit Sari: BN-PBB, PKR
Malaysiakini/- | |
PEMUDA PAS TELUK INTAN Posted: 08 Apr 2011 01:07 AM PDT |
MTD-RANTAU ABANG Posted: 07 Apr 2011 11:34 PM PDT |
PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13' Posted: 07 Apr 2011 09:23 PM PDT |
PAS Negeri Sembilan Posted: 07 Apr 2011 09:22 PM PDT Peniaga Melayu Tampin tertindas, gerai nak diroboh Posted: 06 Apr 2011 07:46 PM PDT Masalah Majlis Daerah Tampin April 6th, 2011 Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Saya seperti nama diatas ingin membuat aduan kepada aduan rakyat mengenai gerai kami ingin dirobohkan yang saya telah menjalankan perniagaan disitu selama 38 tahun. Saya mohon aduan rakyat dapat menyelesaikan masalah kami dalam tempoh terdekat kerana kami telah menerima notis tempoh selama 14 hari untuk mengosongkan gerai kami dan kami dihantar ke gerai yang telah disediakan dikawasan yang tidak stretegik dan jauh daripada pengunjung sedangkan saya telah berniaga disini sekian lama. Apa motif Majlis Daerah Tampin untuk memindahkan kami? Adakah agenda tersembunyi? Itu yang saya mohon kepada aduan rakyat supaya membantu menyelesaikan masalah kami di daerah tampin ini. Bantuan aduan rakyat amat-amatlah kami hargai. Diharap aduan kami ini pihak tuan dapat menyelesaikan dalam masa terdekat ini. Saya merayu pada tuan. Salam 1 Malaysia dari kami yang malang. By: Mariam bt. Sadi | Para Pengundi Kuala Pilah diancam tebing sungai runtuh Posted: 06 Apr 2011 06:32 PM PDT Beberapa keluarga di Kampung Sawah Liat, Kuala Pilah begitu bimbang akan keselamatan mereka apabila tebing sungai berhampiran semakin terhakis teruk hari demi hari dan dalam masa terdekat kemungkinan ada yang akan menjadi mangsa jika pihak berkuasa tidak mengambil sebarang tindakan terhadap aduan yang dibuat oleh penduduk kampung (pengundi) sejak dua tahun yang lalu. Sebahagian dari tebing sungai yang terhakis itu melibatkan jalan yang sudah sedia sempit yang menghubungkan beberapa rumah di kampung tersebut. Jalan tersebut kini menjadi perangkap maut kepada pengguna jalanraya terutama penunggang motosikal pada waktu malam. "Jika anda berkunjung ke rumah kami pada waktu malam, kemungkinan kereta awak akan masuk ke dalam sungai" kata makcik Siti Osman 76, salah seorang penduduk (pengundi). Rumah makcik Siti dan empat buah rumah yang lain hanya 50 meter sahaja dari tebing sungai yang runtuh tersebut. "Kami amat bimbang sekali, terutama apabila hujan", katanya. "Saya dapat rasakan tak lama lagi hakisan tersebut akan bertambah buruk dan rumah kami akan runtuh bersama". Makcik Siti menegaskan aduan telah pun dibuat ke pihak berkuasa sebelum ini. Aduan yang pertama sejak dua tahun lepas. Menurutnya ada beberapa pekerja yang datang membaiki hakisan tebing yang kecil tapi mereka tidak membaiki tebing yang sudah terhakis teruk. Makcik Siti seterusnya membawa wartawan FMT ke empat lokasi hakisan tebing sungai yang teruk. On the edge of disaster Zefry Dahalan , April 6, 2011 Families in Kampung Sawah Liat worry about their safety as a river bank keeps eroding away. KUALA PILAH: A river bank in Kampung Sawah Liat is fast eroding and may soon claim a victim unless the authorities act on complaints the residents have been making for two years. Part of the bank is now at the very edge of the narrow road separating the river from houses in the village. The road has become a hazard for motorists and motorcyclists, especially at night, because there are no street lights. "If you are driving to our house at night, you and your car may end up in the river," said one of the residents, Siti Osman, 76. Siti's house and four others are just about 50 metres away from the river bank. "We worry constantly, but especially when it rains," she said. "I don't think it will be long before the erosion gets bad enough to cause our houses to collapse." She said the local public works department had been notified of the problem. The first complaint was made about two years ago. According to her, some workers recently mended a minor erosion at a bridge connecting the kampung to a main road. "But they ignored the bigger erosion along the river," she said. Siti took a FMT reporter to four spots along the river bank where the erosion was especially severe. | Masalah air belarutan di Kuala Pilah, pengundi tersiksa Posted: 06 Apr 2011 05:44 PM PDT SAINS disaran bermuhasabah Utusan Malaysia 7 April 2011 Oleh PRINSIP KAIZEN , Terachi, Negeri Sembilan SAYA terpanggil menulis setelah banyak aduan kepada pihak pengurus bekalan air SAINS di Negeri Sembilan tidak mengambil tindakan terhadap masalah yang dihadapi, malah memberikan maklum balas yang mendukacitakan. Setelah begitu lama Malaysia merdeka, sejak diurus pihak kerajaan hinggalah diambil alih oleh pihak swasta, keadaannya masih lagi tidak menunjukkan peningkatan. Setelah 20 tahun, saya kembali semula ke kampung mengikut suami yang berpindah kerja ke sini. Saya tinggal di rumah ibu bapa buat sementara waktu kerana tempat kerja suami berhampiran dengan kampung saya iaitu Terachi, Negeri Sembilan. Setelah mengecap pelbagai kemajuan, teknologi dan kemudahan di bandar, saya terkejut dengan pengurusan air di kampung saya masih juga sama. KEMUDAHAN JALUR LEBAR, PENGANGKUTAN YANG SEMAKIN BANYAK, KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR YANG BERTAMBAH BAIK, NAMUN BEKALAN AIRNYA TETAP JUGA DENGAN CERITA LAMA. Saya masih ingat, ketika zaman saya bersekolah, bekalan air sering kali terputus setiap kali selepas hujan. Jika lebih kerap hujan, lebih kerap jugalah air akan terhenti. Jika diikutkan logik akal, apabila hujan, semakin banyaklah air, tetapi berlaku sebaliknya. Kawasan ini amat hampir dengan loji air terletak 5 kilometer dari rumah saya yang berdekatan dengan Hutan Lipur Ulu Bendul. Sementara bekalan air disambungkan, tekanan angin memakan masa lima belas minit hingga setengah jam, dan setelah airnya ada, warna airnya tak ubah seperti air yang bercampur susu. Pernah sekali, rumah saya keputusan bekalan air selama lebih 24 jam seperti yang biasa dihadapi, maka suami menelefon pihak SAINS menanyakan hal ini. Alasannya ialah penapis air bocor. Selebihnya dia menjawab tidak tahu dan akan menghantar lori air jika masalah ini berlarutan. Tak sampai sebulan, pada 4 April, perkara yang sama berlaku lagi, kali ini lebih dari dua hari. Bila membuat aduan, katanya akan sampai pukul 6 petang, tak juga sampai, dihubungi lagi berubah pula ke pukul 8. Namun hingga pukul 6 pagi keesokannya masih juga tidak ada. Pihak SAINS juga tidak memberitahu bila lori air akan menghantar air meskipun telah tiga kali membuat aduan. | |
PARLIMEN BUKIT GANTANG Posted: 07 Apr 2011 09:12 PM PDT Mufti: Letak jawatan tanda protes, ada media sendiri Posted: 07 Apr 2011 08:43 PM PDT KUCHING, 8 April: PAS mencadangkan Jabatan Mufti negeri-negeri seluruh negara mengeluarkan media sendiri bagi menyuarakan pandangan mereka agar tidak lagi dipermainkan oleh Umno melalui media mereka.
Mufti juga dicadangkan agar meletakkan jawatan sebagai tanda protes, kerana tiada guna ujud jabatan mufti kalau sekadar untuk dilihat mengiakan pandangan kerajaan.
Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kejadian yang berlaku terhadap Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria amat jelas bagaimana para mufti dipermainkan oleh media Umno khasnya Utusan Malaysia.
Ekoran tindakan media Umno menggelapkan kenyataan mufti mengenai sikap mereka dalam isu video seks, para mufti telah difitnah seolah-olah memperkatakan isu remeh seperti poco-poco sahaja.
Padahal, Harussani sendiri berkata, beliau telah membuat kenyataan mengecam tindakan mengedarkan video itu kepada Utusan tetapi kenyataan itu tidak disiarkan oleh akhbar itu.
Antara mangsa salah lapor ini adalah Tuan Ibrahim sendiri yang tidak tahu sikap sebenar Harussani dalam isu ini.
"Bagi mengelak buruk sangka umum kepada jabatan Mufti dicadangkan sabuah akhbar jabatan mufti bagi memuatkan pandangan, pendirian dan fatwa mufti diujudkan, disamping ianya dapat menyelaraskan pandangan terhadap beberapa isu berkaitan agama," cadang Tuan Ibrahim dalam kenyataannya.
Kata Tuan Ibrahim, PAS menyanjung tinggi beberapa kenyataan tegas yang dikemukakan oleh para Mufti berhubung isu klip video ini.
Beliau merujuk kenyataan sebenar para mufti yang disiarkan oleh media alternatif tetapi digelapkan oleh media yang dikawal Umno dan BN.
Kenyataan begini amat dinanti oleh rakyat kerana ketegasan mereka akan dilihat pendirian rasmi para mufti. Sayangnya kenyataan begini jarang dikeluarkan oleh media perdanan kerana ianya bertentangan dengan agenda tersembunyi UmNo, kata Tuan Ibrahim.
Bagi beliau, tindakan media perdana ini sekali lagi membuktikan isu video adalah agenda Umno bagi mematikan karear politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekaligus merencatkan perubahan politik yang sedang berjalan di Sarawak.
Katanya, apa yang membimbangkan ada ura-ura pihak tertentu yang akan mengedarkan klip video ini di Sarawak, khususnya di kawasan Melayu bagi tujuan jahat mereka ini.
Memandangkan tiadanya senbarang tindakan phak polis bagi mengambil tindakan kepada Trio Umno yang menayangkan klip ini dan tindakan media perdana menyiarkan klip ini, maka tindakan ini tidak mustahil, tambahnya.
"PAS melihat para mufti bukan lagi menjadi rujukan kerajaan, bahkan mereka hanya diminta pandangan dan dihormati sekiranya ianya menguntungkkan pemerintah," katanya.
Sehubungan tindakan biadab kerajaan Umno kepada mufti maka disarankan;
1. Mufti mengadakan muzakarah segera bagi mengeluarkan ketetapan agar tuduhan berupa qazaf dapat dihentikan, agar tidak ramai lagi yang menanggung dosa setiap hari di kalangan rakyat.
2. Mufti mendesak kerajaan negeri-negeri agar mewartakan larangan melakukan tuduhan berupa elemen qazaf, kerana ianya termasuk dosa besar yang kesaksiannya tidak boleh diterima sampai bila- bila. PAS melahirkan kebimbangan mereka yang jatuh dalam katagori ini menjadi saksi perkahwinan dan muamalah lain, menyebabkan urusan tersebut tidak sah, dan menanggung dosa sampai mati.
3. Mufti mestilah memboikot mana-mana majis pemimpin Umno yang gagal mengambil perhatian terhadap kesahan besar dan telah dibuat teguran oleh para mufti. Ini alan mencerminkan ketegasan para mufti sebagaimana yg dikehendaki oleh hadis Rasulullah "Bilamana zahir penyelewengan dalam urusan agama, hendaklah orang alim di kalangan kamu menzahirkan pendirian dan ilmunya (sikapnya)."
4. Meletakkan jawatan tanda protes, kerana tiada guna ujud jabatan mufti kalau sekadar untuk dilihat mengiakan pandangan kerajaan, namun bilamana ianya tidak menguntungkan kerajaan Umno, pandangan itu disembunyikan oleh media perdana, sehingga rakyat biasa tidak mengetahui pandangan mufti.
Bagi mengelak buruk sangka umum kepada jabatan Mufti dicadangkan sabuah akhbar jabatan mufti bagi memuatkan pandangan, pendirian dan fatwa mufti diujudkan, di samping ianya dapat menyelaraskan pandangan terhadap beberapa isu berkaitan agama, tambah beliau.
| PAS perjuang keadilan buat Allahyarham Sarbani Posted: 07 Apr 2011 08:41 PM PDT KOTA SAMARAHAN : PAS akan memperjuangkan keadilan terhadap kematian pegawai Kastam Selangor, Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed, 56, hingga punca kematian tersebut didedahkan. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata demikian ketika ditemui di Muara Tuang, mengulas isu kematian pegawai Kastam tersebut semasa berada di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam. Katanya, satu siasatan komprehensif yang telus perlu dilakukan mengenalpasti punca kematian, dan yang paling penting adalah bagaimana kenyataan polis mengklasifikasikan kematian itu sebagai 'kematian mengejut'. Ujarnya, polis perlu memberi penjelasan apakah yang dimaksudkan dengan kematian mengejut, sedangkan terdapat kecedaraan parah dikepala mangsa. Malah, siasatan juga perlu tertumpu kepada bagaimana adanya dakwaan beberapa akhbar dan pihak tertentu Sarbini mati dan ditemui di tingkat satu bangunan SPRM Kuala Lumpur dekat Jalan Cochrane, katanya. Selain itu, terdapat laporan yang menyatakan Sarbini juga murung selepas siasatan SPRM, justeru bagi Mahfuz siasatan juga perlu meneliti aspek bagaimana kemurungan itu berlaku ke atas mangsa. "Apakah punca kemurungan itu, dan bagaimana dia boleh murung," katanya. KPI Najib lemah Dalam pada itu, Mahfuz juga menyelar ketidakcekapan dan KPI menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pentadbirannya hingga menyebabkan kehilangan wang yang begitu banyak di petringkat kastam. Malah lebih malang, bukan setakat kehilangan wang, ianya juga menyebabkan kehilangan nyawa seorang penjawat awam yang sedang menghadapi siasatan oleh SPRM, katanya. Dalam isu ini, Menteri Kewangan sebenarnya menunjukkan KPI yang sangat lemah dan tidak menepati apa yang telah digariskan sebelum ini terhadap kementerian-kementerian lain, katanya. Mahfuz akan mencadangkan satu Jawatankuasa Bebas dengan memanggil pihak-pihak yang berwibawa, bebas dan memiliki kepakaran dalam kes-kes sebegini untuk menjalankan penyiasatan awam. PAS juga bersedia membawa pasukan guaman kepada keluarga mangsa bagi memperjuangkan kes kematian ini agar keluarga mangsa mendapat keadilan yang sebenar, katanya. | |
N.27 - PAS DUN Sura Posted: 07 Apr 2011 07:51 PM PDT Masalah Hakisan Pantai Telok Lipat Dibawa Ke Parlimen Posted: 07 Apr 2011 09:23 AM PDT KUALA LUMPUR, 7 April : Ketiadaan perancangan rapi dari pihak kerajaan, khususnya Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti di kawasan pantai amat dikesali kerana ia telah menyebabkan beberapa pantai di Terengganu kini mengalami hakisan yang amat teruk. Pantai-pantai terbabit termasuklah pantai Tok Jembal yang terletak di kawasan Kuala Nerus di Kuala Terengganu, Telok Lipat di Dungun, Rhu Rendang di Marang dan Telok Kalong di Kemaman.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut ketika membangkitkan perkara itu berkata, akibat ketiadaan perancangan rapi dan perancangan yang tidak betul, Pantai Tok Jembal kini semakin teruk terhakis, apabila tambak yang dibina dibuat terus ke laut ekoran pembinaan landasan kapal terbang di Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Menurut beliau, akibat perancangan yang tidak betul, Pantai Rhu Rendang turut mengalami hakisan teruk, ekoran pembinaan pemecah ombak untuk pembinaan Pelabuhan Chendering. Katanya, kesemua itu berlaku disebabkan gangguan-gangguan yang terlalu banyak di kawasan pantai sehingga menyebabkan berlakunya tindak balas yang menyebabkan berlakunya hakisan sepanjang masa dan lebih teruk lagi pada musim tengkujuh.
"Ekoran itu juga, jalan raya di kawasan Telok Lipat di Dungun sekarang sampai sudah habis nak tenggelam, nak dikorek dan dihakis," katanya ketika mengemukakan soalan tambahan dari soalan asalnya kepada Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas, pada persidangan Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
Keadaan yang berlaku itu, menurut beliau, amat dikesali dan ia seolah-olah terjadi disebabkan banjir besar yang dikaitkan dengan kata-kata "sekali air bah sekali pantai berubah".
Tapi di Terengganu kini, katanya, sudah tidak lagi berlaku banjir besar. Kalau pun berlaku banjir hanyalah banjir kecil sahaja. Sehubungan itu, beliau bertanya sama ada pihak kerajaan ada melakukan kajian secara menyeluruh atau tidak tentang apa juga aktiviti yang hendak dilakukan yang melibatkan pantai supaya tidak mendatangkan kesan sampingan seperti itu. Jika tidak diadakan kajian menyeluruh, ia pasti akan mendatangkan kesan sampingan yang teruk sehingga memaksa kerajaan mengeluarkan perbelanjaan besar untuk membaik pulih pantai-pantai berkenaan. "Sekiranya tiada kajian menyeluruh dan perancangan yang rapi, perbelanjaan besar yang diperuntukkan oleh kerajaan sehingga RM5 juta atau RM10 juta pun tetap juga tak mampu membaik pulih pantai-pantai berkenaan kerana hakisan tetap juga berlaku semula," jelasnya. Dalam soalan asalnya, beliau meminta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan perancangan dan usaha yang dilakukan untuk mengatasi masalah hakisan pantai di Terengganu seperti Pantai Tok Jembal, Telok Lipat, Rhu Rendang dan Telok Kalong. sumber : harakahdaily
| |
Rembau Hari Ini Posted: 07 Apr 2011 07:48 PM PDT PR anjur solat Hajat Posted: 07 Apr 2011 12:02 AM PDT Sinar Harian 7 April 2011 SEREMBAN – Pakatan Rakyat (PR) Rembau menganjurkan Solat Hajat Perdana 'Selamatkan Umat' hari ini selepas solat Isyak di Pusat Asuhan Tunas Islam, Taman Marida, Senawang, di sini. Setiausaha PKR Rembau, Norazizi A Aziz berkata, solat Hajat itu bagi memohon kepada tuhan menjauhkan Negeri Sembilan daripada sebarang bala. "Sejak kebelakangan ini, berlaku pelbagai musibah di negeri ini, antaranya penyebaran wabak Adenovirus dalam kalangan pelatih konstabel di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) Port Dickson. "Begitu juga dengan masalah 109 tahanan di Depot Imigresen di Lenggeng yang merusuh dan membakar bangunan sebelum melarikan diri," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam. http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8946434.asp | |
Khalid Samad Posted: 07 Apr 2011 07:37 PM PDT Persoalan Penyelusupan dan Jamaah Dalam Jamaah Posted: 07 Apr 2011 05:47 PM PDT Ada seorang pengunjung telah bertanya pandangan saya berhubung perkara di atas. Jawapan saya adalah begini:- Sememangnya persoalan penyelusupan dan 'jamaah dalam jamaah' merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima oleh mana-mana jamaah. Apabila seseorang menyertai sebuah jamaah, semestinya ianya dilakukan secara ikhlas di mana kesetiannya terhadap jamaah tersebut merupakan satu perkara yang dituntut oleh jamaah berkenaan. Dia tidak boleh menjadi ahli dengan tujuan menggunakan jamaah berkenaan untuk matlamat yang ditentukan oleh sebuah jamaah atau persatuan yang lain. Tindakan sedemikian yang merupakan tindakan kepura-puraan adalah dikutuk dan sudah pasti ditolak oleh jamaah yang diselusupi sekiranya diketahui oleh ahli dan pimpinannya. Inilah di antara sebab mengapa di dalam perlembagaan PAS ianya jelas disebut bahawa seseorang ahli PAS tidak boleh menjadi ahli kepada parti politik lain selain dari PAS. Sekiranya ianya dilakukan, maka keahliannya akan gugur dengan sendirinya. Ini adalah kerana, dalam keadaan sebegitu, jelas wujud pertentangan kepentingan atau kesetiaan (conflict of interest) dan oleh itu ianya tidak dibenarkan. Namun demikian, keahlian di dalam NGO tidak dilarang. Ini adalah kerana seorang aktivis masyarakat perlu bergiat melalui berbagai wadah kearah pencapaian matlamat yang diinginkan oleh Islam, ia itu kewujudan sebuah masyarakat yang di dalamnya tertegak nilai dan sistem hidup Islam. Sehubungan dengan itu, seorang ahli PAS mungkin terlibat dengan NGO lain seperti persatuan pengguna, persatuan pekerja, peguam dan sebagainya. Penyertaannya adalah untuk menyampaikan risalah dan pendirian Islam di dalam NGO berkenaan. Dalam keadaan itu beliau mungkin dianggap sebagai seorang yang menyelusup ke dalam NGO berkenaan! Tanggapan ini adalah hanya benar sekiranya hakikat bahawa dia seorang ahli PAS dirahsiakan dan dia bergerak dengan tujuan untuk merosakkan persatuan tersebut dan menggagalkan pencapaian matlamat yang termaktub di dalam perlembagaannya. Sekiranya dia menyokong matlamat yang termaktub di dalam perlembagaan persatuan tersebut dan berusaha ke arah pencapaian matlamat berkenaan, maka ianya bukan dianggap suatu tindakan penyelusupan walaupun dia adalah ahli PAS. Sebaliknya ianya merupakan usaha ahli PAS, samada dengan pengetahuan PAS atau sebaliknya, untuk menyumbang kearah pencapaian sesuatu matlamat yang sesuai dengan Islam, dalam bidang atau pemantauan NGO atau persatuan tersebut. Dalam keadaan sebegitu, mungkin akan ada yang berkata, bagaimana sekiranya dia lebih menumpukan usahanya di dalam NGO berkenaan dan tidak dengan PAS? Jawapan saya, itu pilihannya dan tindakannya tidak bercanggah dengan perlembagaan PAS. Mungkin dia melihat dirinya lebih mampu menyumbang secara lebih berkesan di dalam NGO berkenaan di mana dia memegang jawatan dan diberi peranan kepimpinan sedangkan dia tidak mampu bertindak sebegitu di dalam PAS. Namun dia tetap menyokong PAS dan menjadi ahlinya. Selagi mana kegiatannya melalui NGO berkenaan tidak bercanggah dengan Islam dan tidak menjejas; tetapi sebaliknya menyumbang kepada matlamat perjuangan Islam dan PAS, maka tiada sebab ianya perlu dibantah atau dipersoalkan. Maka mungkin ada juga yang berkata bahawa dia lebih setia kepada NGO tersebut dan keahliannya di dalam PAS adalah sebagai 'agen' NGO berkenaan. Dia dan rakannya menyertai PAS atas arahan NGO berkenaan untuk menggunakan PAS demi kepentingan NGO tersebut dan wala'nya adalah kepada NGO itu dan tidak kepada PAS. Ini adalah semestinya satu tuduhan yang berat kerana ianya mempersoalkan keikhlasan disebalik keahlian seseorang. Sekiranya itu disyaki maka ianya perlu ditangani secara telus dan mengikut peraturan jamaah. Anggota tersebut perlu dirujuk kepada pimpinan kawasan di mana dia akan ditanya dan diberi peluang untuk memberi keterangan dan pembelaan. Sekiranya pimpinan kawasan mendapati bahawa penjelasan beliau tidak memuaskan maka dia perlu dirujuk kepada jawatan kuasa disiplin parti (Pusat) untuk disiasat secara lebih lanjut dan dikenakan tindakan sekiranya didapati benar. Sekiranya ianya terbukti bahawa dia menyelusup atas arahan sesebuah NGO atau persatuan dan mempunyai perancangan tertentu terhadap PAS, maka PAS perlu mengumumkan bahawa ahli NGO tersebut tidak akan diterima sebagai ahli PAS kerana ianya akan memudaratkan PAS. Sudah pasti ini akan dilakukan hanya setelah pimpinan PAS bertemu dengan pimpinan NGO berkenaan demi mengesahkan tuduhan tersebut. Pendirian sebegini terhadap NGO berkenaan akan terus berkuat-kuasa sehingga perancangan NGO berkenaan terhadap PAS ditamatkan oleh NGO tersebut. Semua tindakan tersebut perlu dilakukan secara telus dan mengikut peraturan. Ianya TIDAK boleh dilakukan secara bisik-bisikan di mana yang tertuduh tidak dapat membela diri. Sekiranya ianya dilakukan secara bisik-bisikan, maka sudah pasti ianya akan mengundang kezaliman dan penyalah-gunaan kuasa dan pengaruh. Sebagai sebuah jamaah Islam, kita mesti menentukan bahawa keadilan, lebih-lebih lagi kepada ahli kita sendiri, dilakukan dan jelas kelihatan dilakukan untuk menjamin terhalangnya fitnah. Dalam pepatah perundangan dikatakan 'Justice must not only be done but must be seen to be done'. Tindakan kempen bisik-bisikan oleh golongan tertentu di dalam PAS yang menganggap diri mereka sebagai 'PAS tulen' terhadap golongan yang menyertai PAS dari jamaah, persatuan atau kumpulan lain adalah satu tindakan yang saya tidak setuju. Ini pernah berlaku beberapa tahun dahulu. Malangnya ada yang terbawa-bawa dengan sikap sedemikian hingga ke hari ini. Dalam pengalaman saya, kempen sedemikian menzalimi orang yang dituduh kerana dia tidak diberi peluang membela diri dan pandangan songsang terhadapnya disebar melalui kempen bisik-bisikan yang tidak mengambil kira samada tuduhan tersebut adalah benar atau sebaliknya. Dalam masa yang sama, saya juga tidak boleh menolak kemungkinan ianya dilakukan pada masa itu oleh golongan yang berkepentingan yang melihat kedudukan mereka terjejas dengan kemasukan ahli-ahli baru yang lebih berkewibawaan dari diri mereka sendiri. Lagipun, istilah 'PAS tulen' adalah rekaan secara memandai sendiri tanpa pengesahan dan restu pimpinan. Dengan menggelar diri mereka sebagai 'PAS tulen' mereka menimbulkan perpecahan dan syak wasangka di dalam jamaah PAS. Sedangkan PAS sepatutnya menjadi kubu amalan husnuz Zan dan ukhuwwah. Bagi saya, semua yang berpegang kepada perlembagaan PAS dan menghayati dasar menerima AL-Quran, Sunnah, Ijma' dan Qiyas sebagai sumber perundangan dan hukum serta menyakini pendekatan 'muwajjahah silmiyyah melalui demokrasi adalah 'PAS tulen'. Tak perlulah kita memandai-mandai dengan menambahkan syarat yang melebihi syarat yang ditetapkan Islam serta kaedah dakwah yang dipilih PAS. Perbezaan pandangan dan pendapat yang pasti wujud ditangani melalui perbincangan dan perbahasan. Keputusan pula dibuat secara syura. Untuk mengelak dari penyalah gunaan jawatan dan kedudukan demi menghalang 'kumpulan' tertentu mara dalam jamaah melalui kempen bisik-bisikan, maka kaedah yang lebih telus perlu diamalkan. Sekiranya seseorang itu dituduh menjadi anggota NGO xyz, maka perlu dibuktikan bahawa :- 1. PAS menolak ahli dari NGO xyz sebagai ahli PAS atau 2. NGO xyz mempunyai perancangan untuk ahlinya menyusup dalam PAS untuk memperalatkan PAS atau 3. Ahli yang disyaki menyelusup telah menjadi ahli atas arahan dan perancangan NGO xyz dan bukan atas minat dan keinginannya sendiri. Ini bermakna keahliannya secara tidak ikhlas. Semua perkara tersebut perlu dilakukan secara telus dengan melibatkan pimpinan Pusat melalui jawatan kuasa disiplin parti. Sekiranya parti tidak memutuskan bahawa seseorang ahli NGO xyz tidak diterima sebagai ahli PAS, maka tiada sebab kita perlu memangsakan seseorang ahli PAS yang juga ahli NGO xyz. Kemungkinan penglibatan beliau dalam NGO berkenaan akan mampu menarik lebih ramai dari NGO berkenaan untuk menyertai atau menyokong PAS. Kaedah dan pendekatan yang sama perlu digunakan terhadap mereka yang digelar golongan 'sekular', Erdogan, Liberal dan bermacam-macam gelaran yang lain yang entah dari mana asalnya yang bertujuan untuk menimbulkan perpecahan dalam PAS. Sekiranya sesuatu pandangan tidak disenangi, tidak perlu di'label', yang perlu adalah hanya membentangkan hujjah mengapa pandangan tersebut tidak dipersetujui! Seterusnya ahli akan membahas dan mempertimbang pandangan tersebut. Saya yakin penyelusupan sepertimana yang disebut di atas tidak wujud kerana jamaah yang 'dikatakan' mempunyai perancangan sedemikian sudah berdaftar sebagi NGO dan bergerak secara terbuka dalam masyarakat. Ini merupakan suatu perubahan strategi yang telah berlaku di mana kaedah penyelusupan tidak lagi diguna pakai. Ianya digunapakai oleh jamaah yang ingin bergerak secara 'siir' atau bawah tanah. Ianya tidak digunapakai oleh jamaah yang bergerak secara terbuka dan ingin mendapat sokongan dari masyarakat melalui gerak-kerja terbukanya. Sebenarnya saya lebih khuatir dengan penyelusupan yang sebenar yang sedang berlaku, iaitu oleh pihak SB serta usaha adu-domba dan penyebaran fitnah 'saling sangsi' di antara satu sama lain yang dilakukan mereka. Dalam pada itu, sikap terbuka PAS perlu dipertahankan dan dengan itu perbezaan pendapat yang hasil dari perbezaan latar belakang dan pengalaman ditangani secara ilmiah dengan sikap saling hormat menghormati. Seperti yang saya sebutkan, dengan mengamalkan dasar syura, akhirnya pendapat individu tertentu diketepikan dan pendapat jamaah yang ditentukan melalui syura hendaklah diterima-pakai oleh semua. Sebagai contoh, bagi mereka yang pernah dan sedang mempunyai interaksi dengan ahli UMNO, pilihan untuk berkerjasama dengan UMNO tidak dilihat sebagai sesuatu yang keterlaluan. Ini adalah kerana interaksi mereka melalui majlis tahlil, tazkirah dan motivasi, di mana mereka dijemput untuk memimpinnya, memberikan mereka gambaran bahawa UMNO tidak jauh berbeza dengan PAS. Sebaliknya, bagi mereka yang sering dimangsakan UMNO serta ahlinya dan melihat niat jahat UMNO setiap hari, soal kerjasama dengan UMNO merupakan pilihan yang tidak boleh diterima. Persoalan ini boleh dibahas dan akhirnya diputuskan melalui syura tertinggi ia itu muktamar. Apabila ianya ditolak, seperti apa yang berlaku sebelum ini, maka mereka yang condong untuk berkerjasama wajib menamatkan usaha ke arah itu. Sekiranya disiplin berjamaah sebegini dapat diamalkan, maka PAS akan dapat maju kea rah matlamatnya tanpa masalah, insyaAllah. WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD | |
DUN PENGKALAN KUNDOR Posted: 07 Apr 2011 07:03 PM PDT PRN Sarawak 2011: Senarai calon bertanding Posted: 06 Apr 2011 08:10 PM PDT Berikut adalah senarai penuh calon-calon yang akan bertanding bagi merebut 71 kerusi dalam DUN Sarawak pada pilihanraya negeri 16 April nanti.
Nota : SNAP bukan parti gabungan dalam Pakatan Rakyat
N01: OPAR: SARAWAK: 8,099
1. Stephen ak Sagir (SNAP) 2. Joseph Jindy ak Peter Rosen (Bebas) 3. Boniface Willy ak Tumek (PKR) 4. Ranum ak Mina (BN-SUPP)
Penyandang: Ranum ak Mina (BN-SUPP) Undi diperolehi: 3,585 Majoriti: 2,183
N02: TASIK BIRU: SARAWAK: 15,100
1. Datuk Peter Nansian ak Ngusie (BN-SPDP) 2. Frankie Jurem ak Nyombui (SNAP) 3. John Tenewi Nuek (PKR)
Penyandang: Peter Nansian ak Ngusie (BN-SPDP) Undi diperolehi: 6,393 Majoriti: 3,203
N03: TANJONG DATU: SARAWAK: 7,936
1. Tan Sri Adenan Satem (BN-PBB) 2. Gilbert Asson ak Kulong (Bebas) 3. Nani Sahari (PAS)
Penyandang: Tan Sri Adenan Satem (BN-PBB) Undi diperolehi: 4,545 Majoriti: 4,136
N04: PANTAI DAMAI: SARAWAK: 14,104
1. Suhaimi Selamat (Bebas) 2. Dr Abdul Rahman Junaidi (BN-PBB) 3. Wan Zainal Abidin Wan Senusi (PKR)
Penyandang: Dr Abdul Rahman Junaidi (BN-PBB) Undi diperolehi: 5,217 Majoriti: 2,164
N05: DEMAK LAUT: SARAWAK: 10,437
1. Dr Hazland Abang Hipni (BN-PBB) 2. Ali Hossen bin Abang (PKR)
Penyandang: Dr Abang Draup Zamahari Abang Haji Zen (BN-PBB) Undi diperolehi: 5,094 Majoriti: 3,605 | Christina Chew Wang See - DAP-Pakatan Rakyat N 13 Batu Kawah | N06: TUPONG: SARAWAK: 17,796
1. Datuk Daud Abdul Rahman (BN-PBB) 2. Baharuddin @ Din Shah Mokhsen (PKR)
Penyandang: Datuk Daud Abdul Rahman (BN-PBB) Undi diperolehi: 6,885 Majoriti: 4,572
N07: SAMARIANG: SARAWAK: 15,942
1. Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (BN-PBB) 2. Zulrusdi Mohamad Hol (PKR)
Penyandang: Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (BN-PBB) Undi diperolehi: 5,365 Majoriti: 2,488
N08: SATOK: SARAWAK: 10,431
1. Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg (BN-PBB) 2. Ahmad Nazib Johari (PKR)
Penyandang: Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg (BN-PBB) Undi diperolehi: 4,222 Majoriti: 2,798
N09: PADUNGAN: SARAWAK: 23,576
1. Dominique Ng Kim Ho (Bebas) 2. Wong King Wei (DAP) 3. Sim Kiang Chiok (BN-SUPP)
Penyandang: Dominique Ng Kim Ho (PKR) Undi diperolehi: 8,002 Majoriti: 1,417
N010: PENDING: SARAWAK: 29,488
1. Prof Dr Sim Kui Hian (BN-SUPP) 2. Violet Yong (DAP)
Penyandang: Violet Yong (DAP) Undi diperolehi: 11,632 Majoriti: 4,372
N011: BATU LINTANG: SARAWAK: 27,833
1. Sih Hua Tong (BN-SUPP) 2. See Chee How (PKR) 3. Soo Lina (Bebas)
Penyandang: Voon Lee Shan (DAP) Undi diperolehi: 8,806 Majoriti: 3,407
N012: KOTA SENTOSA: SARAWAK: 27,301
1. Chong Chieng Jen (DAP) 2. Datuk Alfred Yap Chin Loi (BN-SUPP)
Penyandang: Chong Chieng Jen (DAP) Undi diperolehi: 6,579 Majoriti: 531
N013: BATU KAWAH: SARAWAK: 20,664
1. Christina Chew Wang See (DAP) 2. Tan Joo Phoi (BN-SUPP)
Penyandang: Tan Joo Phoi (BN-SUPP) Undi diperolehi: 6,755 Majoriti: 4,180
N014: ASAJAYA: SARAWAK: 13,799
1. Abd Karim Rahman Hamzah (BN-PBB) 2. Arip Ameran (PKR)
Penyandang: Abdul Karim Rahman Hamzah (BN-PBB) Undi diperolehi: 6,949 Majoriti: 5,063
| Noraini Hamzah - PAS-Pakatan Rakyat N 15 Muara Tuang |
N015: MUARA TUANG: SARAWAK: 18,820
1. Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud (BN-PBB) 2. Noraini Hamzah (PAS)
Penyandang/Incumbent: Datuk Seri Haji Mohammad Ali Mahmud (BN-PBB) Undi diperolehil: 7,863 Majoriti: 6,327
N016: BENGOH: SARAWAK: 21,955
1. Willie ak Mongin (PKR) 2. Wejok ak Tomik (Bebas) 3. Richard @ Peter ak Margaret (SNAP) 4. Dr Jerip ak Susil (BN-SUPP)
Penyandang: Dr Jerip ak Susil (BN-SUPP) Undi diperolehi: 7,540 Majoriti: 3,988
N017: TARAT: SARAWAK: 16,352
1. Ateng ak Jeros (SNAP) 2. Roland Sageh Wee Inn (BN-PBB) 3. Peter Ato ak Mayau (PKR)
Penyandang: Roland Sageh (BN-PBB) Undi diperolehi: 5,854 Majoriti: 3,256
N018: TEBEDU: SARAWAK: 12,497
1. Kipli bin Ale (Bebas) 2. Datuk Seri Michael Manyin ak Jawong (BN-PBB) 3. Christopher ak Kiyui (PKR) 4. Anthony ak Nais (SNAP)
Penyandang: Datuk Michael Manyin ak Jawong (BN-PBB) Undi diperolehi: 6,107 Majoriti: 4,256
N019: KEDUP: SARAWAK: 17,466
1. Lainus ak Andrew Luwak (PKR) 2. Maclaine Ben @ Martin Ben (BN-PBB) 3. Amin ak Banti (Bebas) 4. Belayong ak Jayang (SNAP)
Penyandang: Frederick Bayoi ak Manggie (BN-PBB) Undi diperolehi: 5,635 Majoriti: 1,981
N020: SADONG JAYA: SARAWAK: 7,656
1. Aidel Lariwoo (BN-PBB) 2. Mahayudin Wahab (Bebas) 3. Abang Eddy Allyanny Abang Fauzi (PAS)
Penyandang: Datuk Wan Abdul Wahab Wan Sanusi (BN-PBB) Undi diperolehi: 2,715 Majoriti: 858
N021: SIMUNJAN: SARAWAK: 10,104
1. Mohd Naroden Majais (BN-PBB) 2. Mashor Hussen (PKR) 3. Zaini bin Le' (Bebas) 4. Mac Palima ak Nyambil (PCM)
Penyandang: Mohd Naroden Majais (BN-PBB) Undi diperolehi: 4,786 Majoriti: 3,350
N022: SEBUYAU: SARAWAK: 8,042
1. Ali bin Semsu (Bebas) 2. Adam Ahid (PAS) 3. Julaihi Narawi (BN-PBB)
Penyandang: Julaihi Narawi (BN-PBB) Undi diperolehi: 3,748 Majoriti: 2,448
N023: LINGGA: SARAWAK: 7,745
1. Abang Othman Abang Gom (SNAP) 2. Abang Ahmad Arabi Abang Bolhassan (PKR) 3. Simoi Peri (BN-PBB)
Penyandang: Simoi Peri (BN-PBB) Undi diperolehi: 3,245 Majoriti: 1,870
N024: BETING MARO: SARAWAK: 7,868
1. Razaili Gapor (BN-PBB) 2. Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus (PAS)
Penyandang: Bolhassan Di @ Ahmad Di (BN-PBB) Undi diperolehi: 2,796 Majoriti: 895
| Abang Ahmad Kerdi Abang Magasus - PAS-Pakatan Rakyat N 24 Beting Maro |
N025: BALAI RINGIN: SARAWAK: 8,798
1. Ibi ak Uding (PKR) 2. Snowdan Lawan (BN-PRS) 3. Dan ak Giang (SNAP) 4. Lipeh ak Mawi (PCM) 5. Cobbold ak Lusoi (Bebas) 6. Sujal ak Gansi (Bebas)
Penyandang: Snowdan ak Donald Lawan (BN-PRS) Undi diperolehi: 3,075Majoriti: 1,516
N026: BUKIT BEGUNAN: SARAWAK: 7,778 1. Mong ak Dagang (BN-PRS) 2. Lias ak Julai (Bebas) 3. Jimmy Lim @ Jimmy Donald (PKR) 4. Ivanhoe Anthony ak Belon (SNAP)
Penyandang: Mong ak Dagang (BN-PRS) Undi diperolehi: 3,083 Majoriti: 1,007
N027: SIMANGGANG: SARAWAK: 10,488
1. Leon Jimat Donald (DAP) 2. Datuk Francis Harden ak Hollis (BN-SUPP)
Penyandang: Datuk Francis Harden ak Hollis (BN-SUPP) Undi diperolehi: 5,144 Majoriti: 4,258
N028: ENGKELILI: SARAWAK: 9,444
1. Dr Johnichal Rayong ak Ngipa (BN-SUPP) 2. Jimmy Simon Maja (Bebas) 3. Semijie ak Janting (SNAP) 4. Marudi @ Barudi ak Mawang (PKR)
Penyandang: Dr Johnical Rayong ak Ngipa (SNAP) Undi diperolehi: 3,442 Majoriti: 426
N029: BATANG AI: SARAWAK: 8,728
1. Nicholas Bawin ak Anggat (PKR) 2. Malcom Mussen ak Lamoh (BN-PRS)
Penyandang: Malcom Mussen ak Lamoh (BN-PRS) Undi diperolehi: 3,907 Majoriti: 1,854
N030: SARIBAS: SARAWAK: 8,054
1. Ricky @ Mohammad Razi Sitam (BN-PBB) 2. Abang Zulkifli Abang Engkeh (PKR)
Penyandang: Dr Wahbi Junaidi (BN-PBB) Undi diperolehi: 2,441 Majoriti: 94
N031: LAYAR: SARAWAK: 8,109
1. Joe ak Unggang (SNAP) 2. Stanny Embat Dharoh ak Laja (PKR) 3. Ngumbang @ Kibak ak Datu (Bebas) 4. Tan Sri Dr Alfred Jabu ak Numpang (BN-PBB)
Penyandang: Tan Sri Dr Alfred Jabu ak Numpang (BN-PBB) Undi diperolehi: 3,767 Majoriti: 2,677
N032: BUKIT SABAN: SARAWAK: 7,657
1. Dayrell Walter Entrie (SNAP) 2. Jerah ak Engkiong @ Edward Jerah (PKR) 3. Robert Lawson Chuat (BN-PBB)
Penyandang: Robert Lawson Chuat (BN-PBB) Undi diperolehi: 3,258 Majoriti: 1,878
N033: KALAKA: SARAWAK: 14,167
1. Ismail bin Hussain (Bebas) 2. Abdul Wahab Aziz (BN-PBB) 3. Mohd Yahya Abdullah (PKR)
Penyandang: Abdul Wahab Aziz (BN-PBB) Undi diperolehi: 7,396 Majoriti: 5,929
034: KRIAN: SARAWAK: 11,016
1. Liman ak Sujang (SNAP) 2. Datuk Peter Nyarok ak Entrie (BN-SPDP) 3. Banyi ak Beriak (Bebas) 4. Ali ak Biju (PKR)
Penyandang: Datuk Peter Nyarok ak Entrie (BN-SPDP) Undi diperolehi: 4,784 Majoriti: 2,089
N035: BELAWAI: SARAWAK: 8,623
1. Abdul Wahab Abdullah (PKR) 2. Kiprawi bin Suhaili (Bebas) 3. Datuk Talif @ Len Salleh (BN-PBB)
Penyandang: Hamden Ahmad (BN-PBB) Undi diperolehi: 4,102 Majoriti: 3,316
N036: SEMOP: SARAWAK: 8,891
1. Abdullah Saidol (BN-PBB) 2. Ong Chung Siew (PKR) 3. Ajiji Fauzan (Bebas)
Penyandang: Datuk Mohamad Asfia Awang Nasar (BN-PBB) Undi diperolehi: 4,479 Majoriti: 3,226
N037: DARO: SARAWAK: 7,305
1. Murni Suhaili (BN-PBB) 2. Jamaludin Ibrahim (PKR) 3. Muhamad Zamhari Berawi (Bebas) 4. Noh @ Muhamad Noh Bakri @ Bakeri (Bebas)
Penyandang: Murni Suhaili (BN-PBB) (Menang Tidak Bertanding)
N038: JEMORENG: SARAWAK: 8,635
1. Asbor Abdullah (Bebas) 2. Abdul Hafiz Noh (Bebas) 3. Gani @ Abu Seman Jahwie (BN-PBB)
Penyandang: Abu Seman Jahwie (BN-PBB) Undi diperolehi: 3,567 Majoriti: 1,710
N039: REPOK: SARAWAK: 18,481
1. Datuk David Teng Lung Chi (BN-SUPP) 2. Dr Wong Hua Seh (DAP)
Penyandang: Datuk David Teng Lung Chi (BN-SUPP) Undi diperolehi: 5,502 Majoriti: 576
040: MERADONG: SARAWAK: 15,337
1. Ling Kie King (BN-SUPP) 2. Ting Tze Fui (DAP)
Penyandang: Ting Tze Fui (DAP) Undi diperolehi: 5,990 Majoriti: 3,578
N041: PAKAN : SARAWAK: 9,274
1. Datuk Seri William Mawan (BN-SPDP) 2. Jamal Bin Abdullah @ Tedong ak Gunda (SNAP)
Penyandang: Datuk Seri William Mawan (BN-SPDP) Undi diperolehi: 4,138 Majoriti: 1,763
N042: MELUAN: SARAWAK: 11,487
1. John Brian Anthony ak Jeremy Guang (PKR) 2. Wong ak Judat (BN-SPDP) 3. Labang ak Jamba (SNAP)
Penyandang: Wong ak Judat (BN-SPDP) Undi diperolehi: 5,086 Majoriti: 3,007
N043: NGEMAH: SARAWAK: 8,058
1. Alexander Vincent (BN-PRS) 2. Yakup Khalid (Bebas) 3. Adeh ak Denong (PCM) 4. Michael ak Lias (SNAP) 5. Aris ak Alap (PKR)
Penyandang: Gabriel Adit ak Demong (IND) Undi diperolehi: 2,582 Majoriti: 549
N044: MACHAN: SARAWAK: 9,944
1. Kong Tat Kim (PCM) 2. Datuk Gramong Juna (BN-PBB) 3. George Chen Nguk Fa (PKR) 4. Augustine ak Liom @ August Kiom (SNAP)
Penyandang: Datuk Gramong Juna (BN-PBB) Undi diperolehi: 4,045 Majoriti: 2,289
N045: BUKIT ASSEK: SARAWAK: 26,926
1. Hii Tiong Huat (Bebas) 2. Chieng Huong Toon (BN-SUPP) 3. Wong Ho Leng (DAP)
Penyandang: Wong Ho Leng (DAP) Undi diperolehi: 10,380 Majoriti: 4,751
N046: DUDONG: SARAWAK: 26,251
| Norisham Mohamed Ali - PKR-Pakatan Rakyat N 49 Nangka | 1. Yap Hoi Liong (DAP) 2. Datuk Tiong Thai King (BN-SUPP) 3. Apandi Abdul Rani (Bebas)
Penyandang: Dr Soon Choon Teck (BN-SUPP) Undi diperolehi: 7,359 Majoriti: 408
N047: BAWANG ASSAN: SARAWAK: 16,743
1. Alice Lau Kiong Yieng (DAP) 2. Datuk Seri Wong Soon Koh (BN-SUPP)
Penyandang: Datuk Seri Wong Soon Koh (BN-SUPP) Undi diperolehi: 6,804 Majoriti: 2,504
N048: PELAWAN: SARAWAK: 28,808
1. Vincent Goh Chung Siong (BN-SUPP) 2. David Wong Kee Woan (DAP)
Penyandang: Vincent Goh Chung Siong (BN-SUPP) Undi diperolehi: 7,375 Majoriti: 263
N049: NANGKA: SARAWAK: 14,197
1. Dr Annuar Rapaee (BN-PBB) 2. Norisham Mohamed Ali (PKR)
Penyandang: Awang Bemee Awang Ali Basah (BN-PBB) Undi diperolehi: 6,202 Majoriti: 4,815
N050: DALAT: SARAWAK: 11,857
1. Datin Fatimah Abdullah @ Ting Sai Ming (BN-PBB) 2. Sylvester Ajah Subah @ Ajah Subah (PKR) 3. Salleh Mahali (Bebas)
Penyandang: Fatimah Abdullah @ Ting Sai Ming (BN-PBB) (Menang Tidak Bertanding)
N051: BALINGIAN: SARAWAK: 11,792
1. Suriati Abdullah (PKR) 2. Tan Sri Abdul Taib Mahmud (BN-PBB) 3. Datuk Salleh Jafaruddin (Bebas)
Penyandang: Tan Sri Abdul Taib Mahmud (BN-PBB) Undi diperolehi: 6,393 Majoriti: 5,726
N052: TAMIN: SARAWAK: 12,244
1. Joseph Mauh ak Ikeh (BN-PRS) 2. Mengga ak Mikui (PKR)
Penyandang: Joseph Mauh ak Ikeh (BN-PRS) Undi diperolehi: 4,639 Majoriti: 2,377
N053: KAKUS: SARAWAK: 9,604
1. Dick @ Laurance Dick Sekalai (PCM) 2. Paul Anyie Raja (PKR) 3. John Sikie ak Tayai (BN-PRS) 4. Entali ak Empin (Bebas)
Penyandang: John Sikei ak Tayai (BN-PRS) Undi diperolehi: 3,739 Majoriti: 2,852
N054: PELAGUS: SARAWAK: 15,322
1. Stanley Nyitar @ Unja ak Malang (BN-PRS) 2. Edward Sumbang ak Asun (PKR) 3. George ak Lagong (Bebas)
Penyandang: Larry Sng Wei Shien (BN-PRS) Undi diperolehi: 5,965 Majoriti: 3,239
N056: BALEH: SARAWAK: 11,287
1. Datuk Seri Dr James Masing (BN-PRS) 2. Bendindang ak Manjah (PKR)
Penyandang: Datuk Seri Dr James Masing (BN-PRS) Undi diperolehi: 5,330 Majoriti: 4,802
N057: BELAGA: SARAWAK: 8,463
1. John Bampa @ Tusau (SNAP) 2. Liwan Lagang (BN-PRS) 3. Basah Kesing @ Ali Basah Kesing (PKR) 4. Michael Jok (Bebas) 5. Matthew ak Munan (Bebas) 6. Kenneth Adan Silek (Bebas)
Penyandang/Incumbent: Liwan Lagang (BN-PRS) Undi diperolehi/Votes polled: 1,855 Majoriti/Majority: 227
N058: JEPAK: SARAWAK: 12,979
1. Ramli Malaka (SNAP) 2. Abdul Jalil Bujang (PKR) 3. Datuk Talib Zulpilip (BN-PBB) 4. Abdul Kuddus Ramlee (Bebas) 5. Awang Abdillah Awang Nasar (Bebas)
Penyandang: Datuk Talip Zulpilip (BN-PRS) Undi diperolehi: 4,997 Majoriti: 3,179
N059: KIDURONG: SARAWAK: 27,225
1. Chiew Chiu Sing (DAP) 2. Henry Ling Koung Meng (BN-SUPP)
Penyandang: Chiew Chiu Sing (DAP) Undi diperolehi: 8,517 Majoriti: 1,664
N060: KEMENA: SARAWAK: 14,082
1. Liam Rengga (Bebas) 2. Bernard Binar Bayang ak Rading (PKR) 3. Dr Stephen Rundi ak Utom (BN-PBB) 4. Ungun ak Bayan (SNAP)
Penyandang/Incumbent: Dr Stephen Rundi ak Utom (BN-PBB) Undi diperolehi/Votes polled: 4,750 Majoriti/Majority: 1,572
N061: BEKENU: SARAWAK: 10,672
1. Rosey Yunus (BN-SPDP) 2. Dyg Juliana Awg Tambi (PCM) 3. Thony ak Badak (SNAP) 4. Ishak Mahwi (PKR)
Penyandang: Rosey Yunus (BN-SPDP) Undi diperolehi: 4,357 Majoriti: 3,072
N062: LAMBIR: SARAWAK: 14,144
1. Ripin Lamat (BN-PBB) 2. Zolhaidah Suboh (PKR) 3. Johari Bujang (SNAP)
Penyandang: Aidan Wing (BN-PBB) Undi diperolehi: 4,331 Majoriti: 2,834
N063: PIASAU: SARAWAK: 16,600
1. Ling Sie Kiong (DAP) 2. Tan Sri Dr George Chan (BN-SUPP)
Penyandang: Tan Sri Dr George Chan (BN-SUPP) Undi diperolehi: 6,573 Majoriti: 3,918
064: PUJUT: SARAWAK: 22,577
1. Andy Chia Chu Fatt (BN-SUPP) 2. Fong Pau Teck (DAP)
Penyandang: Andy Chia Chu Fatt (BN-SUPP) Undi diperolehi: 6,493 Majoriti: 1,370
N065: SENADIN: SARAWAK: 22,432
1. Michael Teo Yu Keng (PKR) 2. Datuk Lee Kim Shin (BN-SUPP)
Penyandang: Datuk Lee Kim Shin (BN-SUPP) Undi diperolehi: 7,173 Majoriti: 4,799
N066: MARUDI: SARAWAK: 13,093
1. Sylvester Entrie ak Muran (BN-SPDP) 2. Michael Ding Tuah (Bebas) 3. Gerang ak Dagom (PKR) 4. Edwin Dundang ak Bugak (SNAP)
Penyandang: Sylvester Entrie ak Muran (BN-SPDP) Undi diperolehi: 4,954 Majoriti: 4,284
N067: TELANG USAN: SARAWAK: 13,623
1. Harrison Ngau Laing (PKR) 2. Kebing Wan (SNAP) 3. Jok Ding (Bebas) 4. Dennis Ngau (BN-PBB)
Penyandang: Lihan Jok (BN-PBB) Undi diperolehi: 4,593
| Baru Bian - PKR-Pakatan Rakyat - N 70 Ba'kelalan |
Majoriti: 2,771 N068: BUKIT KOTA: SARAWAK: 14,471
1. Dr Abdul Rahman Ismail (BN-PBB) 2. Leong Kwang Yew (DAP) 3. Usop Jidin (Bebas) 4. Ladis Pandin (Bebas)
Penyandang/Incumbent: Dr Abdul Rahman Ismail (BN-PBB) Undi diperolehi/Votes polled: 5,501 Majoriti/Majority: 3,229
N069: BATU DANAU: SARAWAK: 7,636
1. Palu @ Paulus ak Gumbang (BN-SPDP) 2. Dr Lau Liak Koi (PKR) 3. Lawrence Cosmas Sunang ak Simpang (SNAP)
Penyandang/Incumbent: Palu @ Paulus ak Gumbang (BN-SPDP) Undi diperolehi/Votes polled: 2,961 Majoriti/Majority: 1,262
N070: BA'KELALAN: SARAWAK: 6,958
1. Baru Bian (PKR) 2. Willie Liau (BN-SPDP)
Penyandang: Balang Rining (BN-SPDP) Undi diperolehi: 2,064 Majoriti: 475
N071: BUKIT SARI: SARAWAK: 9,983
1. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan (BN-PBB) 2. Japar Suyut (PKR)
Penyandang: Datuk Awang Tengah Ali Hassan (BN-PBB) Undi diperolehi: 5,596 Majoriti: 5,275 | |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 07 Apr 2011 03:45 PM PDT PENDEDAHAN WARTA KEDAH MEMANG UMNO PARAH ! Posted: 07 Apr 2011 01:40 AM PDT WARTA KEDAH - ATAS PERMINTAAN RAMAI KAMI DEDAHKAN DOKUMEN INI... Ekoran pendedahan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Ir. Amiruddin Hamzah dalam Sidang DUN baru-baru ini mengenai laporan oleh pihak Audit terhadap Seri Temin Corporation Developement (M) Sdn Bhd (STDC) berhubung perbelanjaan tidak wajar GLC tersebut sehingga tidak mendapat pelepasan cukai dari LHDN, maka kami telah mendapat desakan dari orang ramai supaya dokumen tersebut didedahkan kepada umum. Menyedari bahawa maklumat tersebut berhak dikongsi oleh orang ramai yang prihatin terhadap pengurusan GLC di bawah Kerajaan Negeri Kedah dahulu dan kini, maka Warta darul Aman bersetuju untuk menyiarkannya. Read more: http://kedah-online.blogspot.com/2011/04/atas-permintaan-ramai-kami-dedahkan.html#ixzz1IpAZh7wb | BUKTIKAN DI MAHKAMAH ! WAHAI NEGARA YANG TIDAK BERAKHLAK Posted: 07 Apr 2011 12:12 AM PDT Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata Malaysia kini seolah-olah sudah menjadi negara yang "tidak berakhlak dan tidak bermoral" apabila ada pihak (penguasa dan media) yang sanggup membenarkan rakaman dan gambar pelakuan aksi seks didedahkan kepada umum menerusi media.Tegas Harussani, tindakan pihak tertentu termasuk media arus perdana menyiarkan gambar aksi seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sesuatu yang bertentangan dengan Islam. Selain itu, tambah beliau, tindakan mengaibkan seseorang melalui pendedahan rakaman video seks adalah haram di sisi Islam. "Buka rahsia dan aib orang adalah haram, kalau nak tuntut keadilan tuntut di mahkamah... bukan dengan dedahkannya kepada umum. "Negara sekarang dah jadi negara yang tak berakhlak... dah jadi tidak bermoral, kenapa jadi macam ini? Kalau nak bawa ke mahkamah, tapi sekarang pun kita belum dapat pastikan lagi siapa dalam video itu," katanya kepada The Malaysian Insider.Justeru beliau menggesa agar semua pihak berhenti daripada membangkitkan isu itu. "Hentikan, hentikan... buat apa nak cakap benda aib orang lain ini. Buktikan di mahkamah kalau nak cakap, biar mahkamah tentukan. "Tapi ia belum pasti boleh buktikan kerana orang yang buat pertuduhan kena bawa empat orang saksi kalau tidak dia boleh dikenakan hukuman qazaf iaitu sebat 80 kali, benda ini tidak jelas... saya dah tengok akhbar hari ini, gambar lelaki dalam video itu tidak jelas dan tiada siapa yang boleh buktikan ia adalah Anwar," katanya. | KINI UMNO MALU BESAR DI SEMENANJUNG, KAT SARAWAK 10 HARI LAGI ! Posted: 06 Apr 2011 07:43 PM PDT Tengoklah Menteri yang celupar kata ' Tunjukkan mana ada undang-undang kata tayang video lucah salah'. Sekarang beliau menghina Kementerian Dalam Negeri yang patut menyiasat Laporan Polis yang telah dibuat oleh DSAI dan lapoan Qazaf oleh AMK , bukan tergesa-gesa nak buat suruhanjaya. Kalau begitu kenapa kes Altantuya tak berani buat suruhanjaya ? Kes Teo mati di bangunan SPRM belum selesai walau dah berlarutan 17 bulan. Kini Kes Ahmad Sarbani kes ke2 saksi mati di bangunan SPRM pula menjadi bala pada SPRM dan perlu Suruhanjaya. Malunya kalau rakyat lihat perangai mereka pada 10 pg 4 April 2011 : Berebut-rebut Ahli Parlimen BN mahu tengok Video lucah fitnah Datuk Eskay selepas gagal fitnah liwat 2.
Memalukan : Tiga orang UMNO bukan calang-calang UMNO yang berpangkat dan berpengaruh sanggup mengaku buat video fitnah yang tak tentu hala. KUALA LUMPUR 6 APRIL : Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz dilihat mahu memperalatkan Suruhanjaya Diraja demi menyelamatkan "muka" Umno dalam isu ideo seks setelah fitnah rakaman itu semakin di tolak oleh rakyat, kata beberapa pemimpin politik hari ini. Nazri hari ini berkata beliau akan meminta Jemaah Menteri meluluskan penubuhan Suruhanjaya Diraja itu pada Jumaat ini kerana mahu "membersihkan" nama kerajaan berikutan spekulasi awam bahawa Umno terbabit. Kenyataan itu mengejutkan dan dilihat sebagai cubaan untuk menggunakan sebuah institusi Diraja bagi menyelamatkan Umno daripada isu berkenaan. "Saya berpendirian perkara ini tidak boleh terhenti di situ sahaja kerana jika tidak dijawab oleh kerajaan dan tidak diadakan Suruhanjaya Diraja, kerajaan akan dituduh terlibat," Nazri dipetik sebagai berkata. Umumnya Suruhanjaya Diraja ditubuhkan atas keperluan mendesak menyiasat sesuatu tragedi atau institusi yang memberi impak kepada kepentingan nasional. Contohnya, Suruhanajaya Diraja kini menyiasat prosedur siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia setelah seorang pembantu Exco Selangor, Teoh Beng Hock mati di perkarangan pejabat itu pada tahun 2009. Semalam beberapa pemimpin Pakatan Rakyat membidas desas desus bahawa Barisan Nasional akan mengemukakan usul di Parlimen bagi penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat fitnah video lucah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar sudahpun membuat laporan polis manakala Angkatan Muda Keadilan juga sudah membuat laporan qazaf terhadap gandingan Datuk T yang mengaku mendalangi penayangan video fitnah itu dan cuba mengaitkannya kepada Anwar. Datuk T merangkumi bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Shazryl Eskay dan Bendahari Perkasa, Shuib Lazim. Kelmarin klip daripada rakaman asal video lucah itu dimuatkan ke Youtube dan di laman blog pro-Umno untuk mengaibkan Anwar. Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, N.Surendran berkata Nazri cuba mengelak daripada persoalan utama iaitu kenapa gandingan Datuk T yang mempunyai hubung kait dengan Umno dilindungi setelah menayangkan video berkenaan di Hotel Carcosa 21 Mac lalu. "Persoalannya kenapa kerajaan sehingga hari ini melindungi Trio Datuk T itu, saya nampak tujuan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya ini untuk mengalih tumpuan rakyat dari isu sebenar," tegas beliau. "Cubaan menggunakan video seks fitnah untuk menjatuhkan Anwar terpalit kepada UMNO sendiri dan cadangan Nazri untuk Suruhanjaya Diraja ditubuhkan adalah untuk memperbaiki keadaan, itu sahaja" tambah beliau. "Mereka takut sekarang kerana mereka tahu rakyat marah dan rakyat juga jijik melihat corak politik yang diamalkan mereka jadi mereka timbulkan pula hal seperti ini," kata Surendran. Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusuf berkata, yang dipersoalkan ialah ketelusan polis dalam menangani siasatan dan bukannya mengheret sebuah institusi diraja untuk menyiasat video lucah. "Persoalan lucah ini tidak memerlukan suruhanjaya memandangkan suruhanjaya ini lebih sesuai untuk digunakan untuk menyiasat sesuatu kes yang melibatkan institusi seperti kematian Teoh Beng Hock yang dijumpai mati di bangunan SPRM," kata beliau. Ahli Parlimen Sungei Petani Johari Abdul hairan kenapa Nazri tidak menjawab kegagalan polis untuk mengambil tindakan terhadap Datuk T walaupun jelas berlaku pencabulan undang-undang apabila video itu ditayangkan di Seri Carcosa. "Kita sudah membuat laporan polis dan paling tidak ada empat perkara yang harus disiasat iaitu ugutan yang dibuat oleh Datuk T supaya Datuk Seri Anwar dan Wan Azizah untuk berundur. Yang kedua, berkaitan fitnah. Kita tidak mengatakan pita itu palsu atau tidak palsu. Tetapi perkara yang penting adalah siapa pelaku dalam klip itu," kata beliau. "Sebab Itu kita rasakan perkara ini telah dipolitikkan oleh pihak tertentu khususnya Umno-BN untuk mengelak tangkapan dan siasatan dibuat dan meminta untuk RCI (Suruhanjaya Diraja) diadakan, "RCI hanya memberikan cadangan dan kita tidak tahu apakah cadangan yang ingin diberikan. Persoalannya sekarang gunakan segala undang-undang yang ada. Dan saya rasakan ini satu kegagalan oleh pihak berkuasa," tambahnya. Johari juga bertegas bahawa isu pokok adalah Umno menggunakan segala institusi kerajaan termasuk media untuk menabur fitnah terhadap Anwar. "Kerajaan tidak boleh lari dari terlibat. Paling tidak, pertamanya Rahim Thamby Chik ialah pemimpin Umno. Kedua Shuib Lazim adalah orang Umno. Ketiga, Rahim menggunakan kedudukannya sebagai Pengerusi Risda untuk buat tempahan di Seri Carcosa," tambah beliau. "Kerajaan pula menggunakan GLC seperti Tv3 untuk menayangkannya dan Utusan untuk menyebarkan fitnah. "Soalnya bukan isu membersihkan nama tetapi mereka menggunakan kesemuanya untuk menaburkan fitnah dan bukannnya mencari kebenaran," kata Johari. Kesimpulan : Kita rakyat yang beragama Islam tak kira bangsa berdoa agar Allah akan menghukum kezaliman dan kejelikan mereka dengan kemenangan rakyat kepada Pakatan Rakyat Sarawak , insyallah! | KES DAH 17 BULAN , APA DAH JADI PADA ANAK JOHN TIMBAN ! Posted: 06 Apr 2011 06:31 PM PDT Pegawai SPRM ditegur
Penolong Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Sarawak, Raymond Nion Anak John Timban ditegur oleh Pengerusi Suruhanjaya Siasatan Kematian Teoh Beng Hock, Tan Sri James Foong Cheng Yuen kerana tidak memberikan jawapan yang konsisten ketika disoal oleh peguam Majlis Peguam.
Beliau menyifatkan tindakan pegawai SPRM itu tidak munasabah dan tidak boleh diterima akal kerana sebagai pegawai, mereka seharusnya lebih peka dalam apa jua keadaan yang berlaku di persekitaran mereka.
"Kamu sudah lama bekerja di SPRM, tetapi apabila disoal tentang sesuatu perkara, semuanya kamu tidak tahu... kamu merupakan pegawai yang berpengalaman dan mustahil kamu tidak ingat apa yang berlaku di pejabat SPRM pada malam 15 Julai 2009 hingga pukul 6 pagi, keesokannya sedangkan kamu berada di pejabat pada waktu itu," katanya.
Foong, yang juga Hakim Mahkamah Persekutuan berkata berdasarkan keterangan Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi) Datuk Mohd Shukri Abdull pada prosiding lalu, banyak ditekankan mengenai imej dan membaik pulih SPRM di mata masyarakat.
Namun, katanya, bagaimana suruhanjaya ingin membantu membaik pulih SPRM, sekiranya pegawainya sendiri tidak membantu suruhanjaya.
Foong berkata pada pandangan beliau dan anggota suruhanjaya yang lain, Raymond mengetahui banyak perkara mengenai apa yang berlaku ketika itu tetapi beliau (Raymond) menyembunyikannya.
"Kamu perlu cakap betul-betul kerana semua ini untuk kebaikan SPRM.. .petang ini kami menerima maklumat bahawa satu lagi saksi atau suspek SPRM mati di bangunan SPRM, Wilayah Persekutuan dan kami berbincang mengenai perkara itu," katanya.
Raymond, yang juga saksi ke-30 suruhanjaya itu hanya mendiamkan diri dan ketika ditanya Foong sama ada beliau (Raymond) mengetahui mengenai kejadian tersebut, Raymond berkata:"Saya tahu mengenai perkara itu".
Selepas itu, Foong menangguhkan prosiding yang bermula pada pukul 2.45 petang itu, kira-kira 15 minit sebelum prosiding disambung semula pada pukul 4.15 petang.
Terdahulu, ketika disoal oleh Edmund Bond dari Majlis Peguam adakah Raymond Nion dapat mengenal pasti orang yang masuk ke dalam bilik kosong berhadapan bilik beliau, Raymond Nion berkata:"Saya perasan ada orang masuk ke bilik itu tetapi saya tidak pasti siapa".
Raymond Nion, yang sebelum ini bertugas di SPRM Selangor, menjelaskan beliau hanya nampak sepintas lalu ada dua orang lelaki masuk ke bilik kosong itu.
Ketika diminta oleh Bond untuk memberikan gambaran mengenai tubuh badan kedua-dua lelaki yang masuk ke dalam bilik itu, Raymond Nion berkata:"Saya hanya tahu seorang adalah berbangsa Melayu dan seorang berbangsa Cina namun saya tidak ingat pakaian yang dipakai oleh mereka.
"Saya tidak perhatikan betul-betul semasa mereka lalu kerana ketika itu saya sedang membaca dokumen bagi satu kes mahkamah yang akan dibicarakan keesokannya (16 Julai 2009)," katanya.
Teoh, 30, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM di tingkat 14 bangunan itu.
Selain Foong, suruhanjaya itu turut dianggotai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk T.S.Nathan, Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya,
Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom dan Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh.
Prosiding disambung Isnin ini. - Bernama | BILA KETUA HAKIM NEGARA TIDAK MAHU DIVIDEOKAN! Posted: 06 Apr 2011 03:49 PM PDT Aksi Ketua Hakim Negara pula dirakam secara sulit ?
Ketua Hakim Negara Tinggalkan Sidang Media Dalam Keadaan Marah...
Oleh SALWA SHA'ARI
SHAH ALAM: Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi meninggalkan sidang media yang diadakan selepas Majlis Perasmian Mahkamah Khas Jenayah Rasuah di sini pada Rabu, dalam keadaan marah apabila menyangkakan wartawan telah merakamkan visual percakapannya walaupun telah diarah untuk tidak berbuat demikian.
Sebaik sahaja hadir pada sidang media tersebut, Zaki meminta supaya wartawan tidak mula merakamkan visual kerana semua perkara berhubung majlis berkenaan telah terkandung dalam ucapan perasmian yang dibacanya. Bagaimanapun, tiba-tiba Zaki melenting apabila beliau mendapati terdapat kamera televisyen yang sedang merakamkan percakapannya. "Saya dah kata jangan rakam, tetapi kamu tetap rakam," katanya dalam nada yang tinggi dalam bahasa Inggeris.
Beliau juga tidak melayani sebarang pertanyaan para wartawan termasuk berkaitan beberapa prosedur baru yang telah diperkenalkan oleh mahkamah sejak tahun lalu lagi. Malah pertanyaan seorang wartawan apakah rakaman audio dan transkrip mahkamah boleh diperolehi pihak media juga tidak dijawab Zaki.
Sebaliknya, beliau sekali lagi mengulangi rasa amarahnya kepada media kerana merakamkan visual percakapannya dan menghentak meja sebelum meninggalkan sidang media tersebut. Wartawan bagaimanapun terus kekal di majlis tersebut untuk menunggu sekiranya Zaki akan kembali menghadiri sidang media berkenaan.
Bagaimanapun, Zaki tidak kembali semula menyebabkan sidang media diadakan tanpa kehadirannya dan digantikan oleh Pengarah Bahagian Pemantauan dan Penyelarasan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Datuk Hisham Nordin. Turut menyertai sidang media itu ialah Pengarah Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) di Jabatan Perdana Menteri, D. Ravindra.
Seorang wartawan turut meminta izin daripada Hisham sekiranya sidang media tersebut boleh dirakamkan oleh kamera wartawan televisyen ekoran kejadian tadi. Hisham yang memberikan kebenaran untuk merakamkan visual sidang media tersebut turut memberitahu sebenarnya berlaku 'salah faham' dan memohon maaf kepada wakil-wakil media. "Saya menanggung kesilapan itu," katanya.
Terdahulu, majlis perasmian tersebut juga dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abu Kassim Mohamad. Zaki dalam ucapan perasmiannya berkata, penubuhan 14 mahkamah khas rasuah akan mempercepatkan pendengaran kes-kes rasuah yang lazimnya mengambil masa yang lama..mStarOnline | MARUAH ISLAM WAIMA DAH MATI KELUARGA SARBANI PERLU DIPERTAHANKAN SELAGI TIDAK TERBUKTI Posted: 06 Apr 2011 01:06 PM PDT Mustahil Sarbani boleh bunuh diri, kata rakan-rakannya
Kawasan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini menjadi tumpuan rakan-rakan Ahmad Sarbani Mohamed sebaik sahaja mendengar kematian penolong pengarah Kastam itu, yang ditemui mati di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, pagi tadi.
Komen : Teman tak setuju SPRM megatakan Allahyarham Sarbani membunuh diri. Takkan Allahyarham datang lebih 100km dari Perak menaiki motor hanya untuk (nauzubillah)membunuh diri? Siasat dahulu baru buat keputusan , jangan ikut cara tuduhan kes video lucah Datuk Trio, senang saja menuduh DSAI. Janganlah membuat tuduhan dan andaian hanya untuk redakan keadaan. Ingatlah kita orang Islam wajib menjaga maruah diri, keluarga sendiri dan saudara se Islam sebagaimana kita juga berjuang maruah saudara kita di Gaza, Palestin dan Bosnia walau mereka jauh beribu batu dan kita pun tidak kenal mereka HANYA KERANA MEREKA SEORANG ISLAM. ISLAM ITU BERSAUDARA. ISLAM ITU SEJAHTERA, Bagaimanapun kebanyakan mereka yang kelihatan terkejut dan sedih melahirkan satu pandangan yang sama – mustahil bagi pegawai Kastam itu (gambar) yang berusia 56 tahun – boleh mengambil keputusan untuk membunuh diri dengan terjun dari bangunan tinggi. Dengan berpakaian Kastam Diraja Malaysia sejumlah kakitangan agensi itu berhimpun di kawasan hospital sementara menunggu hasil bedah siasat. Sesetengah pula didapati tidak dapat mengawal perasaan. Keluarga Ahmad Sarbani pula kelihatan "mengawal" isteri dan lima anaknya, yang diiringi ke bilik menunggu dewan mayat dengan muka mereka ditutup bagi mengelak dirakamkan oleh media. Saudara-mara juga enggan memberi sebarang komen kepada pemberita yang membanjiri kawasan bilik mayat. Rakan zaman kanak-kanak Ahmad Sarbani, Ridzuan Mohamad memberitahu The Malaysian Insider, dia tidak percaya apabila dimaklumkan kematian penolong pengarah itu. "Saya sangat rapat dengan dia dan dia seorang yang rendah diri. Saya merasakan tuduhan SPRM ke atasnya mengarut. Jika benar, tunjukkan bukti. "Cara mereka menyoal siasat dia tidak adil," katanya. "Dia hanya dijadikan kambing kerana seseorang," kata Ridzuan,bekas pemberita ini, yang berusia 46 tahun. Ridzuan juga memberitahu tidak logik Ahmad Sarbani boleh membunuh diri kerana dia sentiasa mempertahankan bahawa dirinya tidak bersalah. "Malam tadi dia panggil saya dan memberitahu saya bahawa dia sedang disoal siasat oleh SPRM. Dia berkata dia rasa tidak bersalah kerana tidak melakukan apa-apa kesalahan. "Dia juga berkata dia akan menghantar satu dokumen esok (hari ini), untuk menghantar dokumen," katanya lagi. Seorang lagi rakannya, Ashaari Isa juga yakin Ahmad Sarbani bukan seorang yang boleh mengambil tindakan membunuh diri. "Itu yang SPRM mahu berkata, tetapi bagi mereka yang mengenali dia secara peribadi adalah mustahil (boleh membunuh diri)," katanya lagi. "Personaliti dan tingkah laku dia adalah bukti dia seorang yang kuat beriman," kata ahli perniagaan berusia 57 tahun ini. Justeru kata Ashaari, dia mahu SPRM menjelaskan mengapa seorang pegawai kanan Kastam sanggup untuk membunuh diri dan mahu ditunjukkan rakaman CCTV kepada umum. Ashaari, yang memandu dari kampung Ahmad Sarbani di Perak, dengan rasa marah menafikan bunuh diri sebagai punca kematiannya. "Lelaki dari kampung saya tidak akan membunuh diri, tetapi kami bunuh orang," katanya dengan nada beremosional. Ahmad Sarbani merupakan sebahagian daripada 62 orang menjadi radar Operasi 3B sejak minggu lalu dan dia mati dipercayai selepas jatuh dari bangunan agensi itu di Jalan Cochrane di sini, pagi ini. Insiden terbaru ini, yang sekali lagi mengejut dan menggemparkan negara, berlaku ketika Suruhanjaya Diraja sedang mengadakan siasatan berhubung kematian bekas pegawai DAP Teoh Beng Hock, yang ditemui mati selepas disiasat SPRM di Shah Alam, dua tahun lalu. SPRM memulakan Operasi 3B minggu lalu dan telah menahan 62 pegawai kastam di seluruh negara. Sebahagian besar daripada telah dibebaskan sementara menanti siasatan susulan. Pada satu sidang media di sini tengah hari tadi, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali berkata mangsa ditemui mati di gelanggang badminton kira-kira 10 pagi tadi. Ahmad Sarbani telah dibebaskan oleh SPRM selepas diikat jamin Sabtu lalu. Mustafar berkata mayat pegawai itu ditemui di aras bawah, selepas didapati tidak kelihatan di bilik dia diminta menunggu pada pukul 10.15 pagi. Kata beliau, Ahmad Sarbani datang ke bangunan SPRM kira-kira 8.26 pagi tanpa sebarang temu janji dengan pegawai siasatan. Dalam satu kenyataan dikeluarkan pada sidang media itu, SPRM berkata, "antara pukul 10.15 pagi hingga 10.20 pagi satu kejadian telah berlaku di bangunan SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Cochrane, Kuala Lumpur di mana seorang individu telah ditemui meninggal dunia." "Individu yang ditemui meninggal dunia ini dikenal pasti sebagai Ahmad Sarbani Mohamed, berumur 56 tahun, seorang Penolong Pengarah Kastam," kata kenyataan itu. SPRM mengesahkan bahawa Ahmad Sarbani adalah antara pegawai kastam yang telah ditahan pada 1 April lalu di Pejabat Kastam Pelabuhan Utara, Klang. "Penama tersebut setelah membantu dalam siasatan yang melibatkan Operasi 3B iaitu satu siasatan berkaitan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, telah dilepaskan melalui jaminan pada 2 April, pukul 12.30 tengah hari. "Penama tersebut telah pun meninggalkan pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas dilepaskan melalui jaminan tersebut," kata kenyataan itu lagi. Katanya, Ahmad Sarbani telah datang ke Pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur seorang diri dengan menunggang motosikal dan meminta untuk berjumpa dengan pegawai penyiasat bagi berbincang mengenai kes terhadapnya. "Oleh kerana pegawai-pegawai sedang bermesyuarat, maka penama berkenaan telah menunggu di lobi pejabat sehingga pukul 9.30 pagi. "Penama tersebut kemudian telah diiringi oleh seorang pegawai ke bilik pejabatnya untuk mendapatkan pegawai penyiasat menemui penama tersebut. Pegawai yang mengiringi penama tersebut telah berada bersamanya dalam bilik pejabat pegawai berkenaan," katanya lagi. Kenyataan itu menambah, lebih kurang 10.15 pagi, pegawai yang mengiringi beliau telah meninggalkan penama tersebut di pejabatnya dan keluar sebentar pergi mendapatkan pegawai penyiasat. "Dalam beberapa minit kemudian, pegawai tersebut telah kembali ke pejabatnya dan mendapati penama berkenaan tiada dalam bilik berkaitan," tambah kenyataan tersebut. "Setelah mencari dalam kawasan pejabat, seorang pegawai telah terlihat satu tubuh manusia terlantar di tingkat satu bangunan pejabat ini. "SPRM telah pun memaklumkan kejadian ini kepada keluarga si mati dan pihak pengurusan jabatannya serta menyerahkan perkara ini kepada pihak polis untuk mengambil sebarang tindakan," kata kenyataan itu lagi. -TMI Takziah: Bawa 'kain putih' kalau disiasat SPRM Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat kesal dengan kejadian yang berlaku ke atas seorang pegawai kastam yang bertugas di Pelabuhan Klang yang ditemui mati ketika dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, hari ini. Sambil menyuarakan rasa kesal dengan kejadian yang tidak sepatutnya berlaku itu, mereka juga turut mengambil kesempatan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham di atas kematiannya yang agak tragis. Ahli Parlimen Shah Alam (PAS), Khalid Samad berkata, kematian Allahyarham menimbulkan satu tanda tanya yang sama juga dengan mendiang Teoh Beng Hock kerana ia dilaporkan terjatuh ketika dalam proses siatan SPRM. Menurut beliau, perkataan terjatuh memberikan gambaran tidak sengaja, tetapi yang menimbulkan tanda tanya, yang dikatakan terjatuh itu bukan kanak-kanak tetapi orang dewasa. "Kalau kanak-kanak yang jatuh mungkin benar tidak sengaja kerana melompat dan sebagainya tetapi kalau orang dewasa, ini mungkin kerana terpaksa melompat atau ditolak," katanya ketika mencelah perbahasan yang sedang disampaikan oleh Ahli Parlimen Indra Mahkota (PKR), Azan Ismail, pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini. Sebelum itu, Azan ketika berucap membahaskan pembentangan Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 bagi bacaan kali kedua, turut menyentuh perkara itu dan turut merakamkan rasa kesal, terharu serta takziah kepada keluarga mangsa bagi pihak dirinya serta kesemua rakan-rakannya ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat. Sehubungan itu, beliau turut mendesak Dewan Rakyat agar mengambil perhatian serius mengenai perkara itu supaya mendesak kerajaan jangan membiarkan lagi kejadian seperti itu berlaku pada masa akan datang. "Kejadian terbaru ini jelas akan lebih menghakiskan lagi kepercayaan rakyat terhadap SPRM. Secara kebetulannya pula mangsa dan SPRM adalah sama-sama dari agensi penting kerajaan yang sama-sama terlibat dengan tugas penguatkuasaan undang-undang," katanya. Sementara itu, Ahli Parlimen Sungai Petani (PKR), Datuk Johari Abdul ketika bangun mencelah berkata, kejadian terbaru itu ternyata bukan sekadar menghakiskan lagi kepercayaan rakyat terhadap SPRM, tetapi menjadikan SPRM bukan lagi agensi yang boleh diharapkan lagi untuk melakukan penyiasatan, tetapi tempat kematian. "Selepas ini kalau ada sesiapa lagi yang akan disiasat oleh SPRM termasuk ahli-ahli Parlimen sendiri mestilah turut membawa bersama kain putih," katanya sinis. Ahli Parlimen Balik Pulau, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff yang juga dari PKR ketika bangun untuk turut memperkatakan perkara itu turut bersetuju dengan hujahan tersebut, tetapi dihalang oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk diperkatakan dengan lebih jauh. Sebelum itu, kesemua ahli Parlimen terbabit turut gagal untuk memperkatakan perkara itu dengan lebih jauh kerana dihalang keras oleh beliau, atas alasan perkara itu menyimpang dari tajuk perbahasan. Ketika membangkitkan perkara itu, mereka turut diganggu oleh wakil BN yang membawa gambaran kejadian itu adalah kejadian amat kecil kepada mereka dan tidak perlu dibangkitkan di Dewan Rakyat. -HD | KEJI DAN JAHATNYA TAN SRI NAZRI Posted: 06 Apr 2011 05:12 AM PDT Kes video oleh 3 syaitan jahanam telah gagal mempengaruhi orang ramai malah rakyat telah menyaksikan kebenaran video temberang itu. Yang jelas rakyat jelik dengan cara pihak polis menangani kes video yang sebelum itu beria-ia mengatakan kesalahan menyiar, mencetak dan mengedar video lucah adalah satu kesalahan namun bila kena batanghidung kroninya maka polis hilang upaya (jadi OKU) untuk menangkap 3 orang tersebut.Polis tambah buruk sikap dan tindakan mereka bila video tersebut bertaburan dalam internet dan juga berebut-rebut media akhbar menyiarkan tanpa rujuk etika kewartawan malah hukum agama Islam terus dilanggar. Nasihat ulama & mufti samada dari UMNO atau PAS mereka tidak hormati langsung malah memperkecilkan dengan mengenepikan kuasa agama dan keselamatan negara dengan menggunakan kuasa politik dari wakil rakyat yang dilantik. Wakil rakyat BN yang telah gemuk macam lembu ini memang mudah dicucuk hidung dan disuruh apa saja asalkan makanannya disediakan. Kenapa kita kata kejinya dan jahatnya Tan Sri Nazri & yang sekapal dengannya kerana Tan Sri Aziz mahu bawa keputusan kes fitnah Video ini di bawa ke kabinet (Cara kotor mengiktiraf video lucah tersebut). Polis semacam orang buta bila dah jelas DS Anwar sudah membuat laporan Polis kenapa nak dibuat suruhanjaya? Bila suruhanjaya tak jadi mereka cuba cara kotor memperluaskan secara jahat walau kununya video tsb hanya satu salinan dan Dato Eskay sudah serahkan. Walaupun sebelum itu Dato Eskay dan 2 lagi enggan serah pada polis dan kununnya hanya akan diserah kepada suruhanjaya sahaja. Bila video telah bersepah dimedia dan internet dan polis menafikan membocorkan video dan ini bermakna Datuk Trio telah berjaya menipu mereka. Tetapi sehingga kini Dtuk T masih dilevelkan dan dilayan oleh pihak polis sebagai VIP yang segan diusik atau ditegur. Tidak cukup memfitnah DS Anwar dari tahun 1998(Zaman Mahathir & zaman Pak Lah) hingga kini dan kabinet BN dengan cara jelek telah membuat keputusan menggantung DS sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen dengan mengenepikan bukti tentang hubungan Kerajaan BN dengan yahudi. Allah maha kaya dan Allah maha besar , mudahan Allah beri kemenangan dengan hukuman didunia kepada orang yang menzalimi orang yang baik dan keinsafan semasa hidup kepada ke2 bekas PM dan PM Najib yang akan jadi bekas PM tidak lama lagi. | BELANG SPR TERSERLAH, TANDUK KELUAR SEBELAH ! Posted: 06 Apr 2011 12:28 AM PDT Menurut maklumat yang diterima oleh Tulang Besi dari N15 Muara Tuang, Sarawak, pegawai SPR didakwa enggan mengisytiharkan kemenangan kepada calon PAS di situ kerana calon BN, Ali Taib Mahmud didakwa tidak menyertakan laporan kewangan sewaktu menyerahkan Borang Pencalonan beliau. Mengikut undang-undang SPR, borang pencalonan Ali Taib Mahmud itu secara automatiknya dikira tidak sah dan calon seharusnya memenangi kerusi DUN tersebut. Berdasarkan maklumat terkini yang diterima oleh Edyes, SPR telah menerima pencalonan daripada calon BN dan sekaligus menafikan kemenangan calon PAS Ini yang dikatakan oleh Aziz Bari, rakyat wajib bangkit dan permulaan harus dimulai dengan rakyat Sarawak dalam PRN10 ini. Fahamilah dan akuilah bahawa SPR sudah gagal dan mahkamah juga gagal. | KELUARGA TAIB KANTOI DOKUMEN HARI INI ! Posted: 05 Apr 2011 11:58 PM PDT Seorang adik Ketua Menteri calon Muara Tuang gagal menyediakan penyata akaun yang perlu dilampirkan bersama semasa penamaan calon. Tempoh hantar pencalonan adalah sehingga 11.30 pagi. Sehingga jam 1.tengahari BN dan kuncunya mengelabah dan berpeluh mencari penyata akauan tersebut. Ini menunjukkan SPR memang kurang ajar dan tidak mengikut peraturan semata-mata mengikut telunjuk BN. Sepatutnya PAS diistihar menang, namun nak menyelamatkan BN sanggup sampai malam kena tunggu peristiharan. Lanjut sila rujuk : http://www.malaysiakini.com/news/160739SEORANG LAGI keluarga Taib iatu anaknya Gagal hadir dan tiada dokumen cuti sakit bersamanya, Sedemikian Shahnaz pohon waran tangkap ke atas Hafiz Yatim. Selepas gagal menghadiri perbincangan, kes tuntutan fasakh dan juga tuntutan harta sepencarian, Datin Seri Shahnaz Abdul Majid - menantu ketua menteri Sarawak - memohon waran tangkap terhadap suaminya, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib. Permohonan itu dibuat oleh peguam Shahnaz - Dr Mohd Rafie Shafie - apabila Mahmud Abu Bekir gagal hadir di mahkamah hari ini. Hari ini ditetapkan sebagai tarikh kes tuntutan harta sepencarian dan tuntutan mutaah (ganti rugi) didengar oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur. Peguam Abu Bekir - Saadiah Din - memaklumkan kepada mahkamah bahawa pelanggannya masih belum pulih daripada pembedahan bahunya di United Kingdom pada 15 Mac dan oleh itu, tidak dapat hadir. Bagaimanapun, apabila Rafie meminta sijil sakit, yang sepatutnya diserahkan kepada peguam plantif, Saadiah gagal berbuat demikian. | CALON BN KANTOI, SEWAJARNYA PAS DIISTIHAR MENANG ! Posted: 05 Apr 2011 10:21 PM PDT Sudah melepasi jam 12 dan proses penamaan calon ditutup, namun sehingga jam 12.30 tadi, semua pihak yang berada di Dewan Suarah Kota Samarahan masih tertunggu-tunggu.
SPR masih belum menisytiharkan calon-calon yang bertanding di N15 DUN Muara Tuang.
Ia adalah kerana, pada ira-kira 3 minit terakhir, sebelum bantahan ditutup pada jam 11 pagi, PAS telah membuat bantahan yang mengejutkan pihak Barisan Nasional.
Kerana bantahan tersebut, Penasihat Kontingen PAS Terengganu, Haji Hanafiah memaklumkan kepada Buletinonline, para peguam dan petugas BN serta SPR sedang berpeluh-peluh mencari-cari dimanakah penyata kewangan calon BN bagi pilihanraya 2006 yang lalu.
Selain itu, PAS juga membuat bantahan keatas borang calon BN yang telah didapati mempunyai kesalahan ketika diisi.
Seorang peguam yang berada di Dewan Suarah Kota Samarahan, Fariz Irwan Mustafa memberitahu, pihaknya telah mengemukakan kedua-dua bantahan tersebut bagi pihak calon PAS.
Apakah SPR berani mengisytiharkan bahawa N15 DUN Muara Tuang milik PAS setelah calon BN yang juga adik Taib Mahmud sendiri melanggar peraturan SPR???
Sebelumnya, calon PAS Noraini Hamzah (Kak Ani) diiringi kira-kira 200 penyokong tiba di Pusat Penamaan Calon Dewan Suarah Samarahn jam 8.45 pagi.
Ia diikuti kemudian oleh calon BN Dato' Seri Mohammad Ali Mahmud tiba jam 9.00 pagi.
Kedua-dua calon mengemukakan borang pencalonan kepada pegawai pilihanraya N15 Muara Tuang, Mohd Aini Wahab masing-masing jam 9.05 pagi dan 9.15 pagi | SAH ! BANGUNAN SPRM MERBAHAYAKAN NYAWA ! Posted: 05 Apr 2011 10:07 PM PDT Pegawai Kastam disiasat mati jatuh dari bangunan SPRM
Komen : ganas mengalahkan polis di lokap dan penyoal pesalah ISA. Lepas ni mulalah nak pasang cctv lah, nak perbaiki mutu cctv dan bla-bla. Walaumacamna pun kes teoh mesti diteruskan.
KUALA LUMPUR, 6 April — Seorang pegawai Kastam yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mati selepas jatuh dari bangunan agensi itu di Jalan Cochrane di sini hari ini.
Perkara itu diumumkan oleh Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali.
Agensi itu akan mengadakan sidang media tengah hari ini.
Insiden terbaru ini berlaku ketika Suruhanjaya Diraja sedang mengadakan siasatan berhubung kematian bekas pegawai DAP Teoh Beng Hock ditemui mati selepas disiasat SPRM dua tahun lalu.
SPRM memulakan Operasi 3B minggu lalu dan telah menahan 62 pegawai Kastam di seluruh negara. -TMI | KOMEN SINIS BEKAS KETUA POLIS BARAM, SARAWAK Posted: 05 Apr 2011 09:26 PM PDT Polis bertanggungjawab bocor video fitnah- bekas Ketua Polis Daerah Baram KUALA LUMPUR: Kegagalan Polis menjaga keselamatan video fitnah yang diserahkan oleh trio Dato T membuktikan institusi itu tidak boleh dipercayai, kata bekas Ketua Polis Daerah Baram, Sarawak Voon Lee Shan. Menurut Voon, selain trio Dato T, hanya polis memiliki video itu sebelum ia tersebar secara meluas di internet, semalam. Tegasnya, ia menunjukan pihak polis boleh diandaikan terlibat dalam penyebaran video itu. "Dua isu utama yang perlu diambil kira dalam hal ini. Pertama, Pegawai polis yang terlibat dalam menjaga video itu harus disiasat dan kedua, jabatan yang dipertanggungjawabkan menjaga bahan bukti itu tidak boleh dipercayai," katanya kepada Keadilandaily. Sehubungan itu, tegas beliau, Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) perlu ditubuhkan segera kerana jelas agensi itu gagal menjaga keselamatan rakyat dan memulih imejnya yang berpihak kepada Barisan Nasional. "Bagaimana mereka hendak menjaga keselamatan rakyat jika video seperti itu pun gagal mereka uruskan," soal beliau yang bertugas sebagai Ketua Polis Daerah Baram hampir 10 tahun. Voon lee Shan turut menegaskan sekiranya video itu dengan mudahnya bocor di internet, ia menunjukkan bukti yang didakwa itu juga mampu direka dengan tujuan mengaibkan Anwar oleh musuh politiknya. "Saya cukup yakin ini merupakan fitnah kali ketiga yang sengaja diwujudkan untuk membunuh kerjaya politik Anwar. Lebih-lebih lagi kewujudan video itu berkait rapat dengan musim pilihan raya di Sarawak. "Namun berdasarkan mood rakyat dan kajian saya mendapati kes video fitnah itu tidak memberi kesan kepada pengundi di Sarawak. Malah memberikan undi simpati kepada Anwar dan Pakatan Rakyat di sini," kata beliau yang kini seorang peguam. Video itu mula didedahkan Datuk T yang didalangi bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, ahli perniagaan, Shazryl Eskay Abdullah dan Dato Shuib Lazim. Ia ditayangkan pada 21 Mac lalu di Hotel Carcosa Seri Negara kepada wartawan terpilih, pada hari sama Dewan Undangan negeri Sarawak dibubarkan. Semalam, sedutan video itu dimuatnaik ke laman You Tube oleh blogger pro- Umno- Barisan Nasional. Bagaimanapun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari ini menafikan pihak polis terlibat dalam penyebaran video lucah palsu itu. | INILAH KECAMAN PALING HEBAT MACAM TELINGA DIPAHAT Posted: 05 Apr 2011 06:08 PM PDT Persatuan Ulama Malaysia Kecam Video Fitnah Seks KUALA LUMPUR: Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mengecam penyebaran video fitnah seks yang kononnya dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menyifatkan ia bertentangan dengan norma masyarakat Melayu dan Islam.
Setiausaha Agung PUM Dr Mohd Roslan Md Nor berkata, penyebaran video itu merupakan perbuatan berniat jahat dan melampaui batasan akhlak, moral dan budaya.
"Atas nama apa alasan sekalipun penyebaran ini adalah satu tindakan jahat, fitnah dan melampaui batasan akhlak, moral dan budaya malah menyalahi etika kewartawanan yang serius. Trend membuka aib dan menyebar fitnah bukan norma budaya Melayu Islam, malah menyalahi undang-undang dan etika mana sekalipun di dunia ini," katanya.
PUM turut memohon agar campur tangan Majlis Raja-Raja jika pihak berkuasa dan kerajaan gagal menghentikan penyebaran rakaman video seks itu.
Beliau berkata, individu yang terlibat dalam pembikinan dan penyebaran rakaman video seks itu adalah haram di sisi agama Islam.
"Mereka bukan sahaja merosakkan diri, keluarga dan masyarakat, malah turut mempromosikan kejahatan yang bakal mengundang laknat dan bala daripada Allah," katanya.
Sementara itu, Rangkaian Memacu Arus Perjuangan (MAP) memandang serius penyebaran video seks fitnah berkenaan di YouTube dan internet kerana ia mencemar nilai budaya politik di Malaysia. Pengerusi persatuan itu, Mustaffa Kamil Ayub menyifatkan perbuatan itu keterlaluan.
"Sama ada video tersebut tulen atau tidak bukanlah menjadi persoalan, tetapi yang lebih penting adalah mengawal penyebarannya agar tidak menimbulkan keresahan di kalangan rakyat.
"Kenyataan Ketua Polis Negara mengenai ketulenan video tersebut menimbulkan kekeliruan persepsi terhadap sebahagian rakyat," kata Mustaffa yang juga bekas Naib Presiden KEADILAN dalam satu kenyataan.
Menurut Mustaffa, tindakan menayang dan membiarkan penyebarannya juga bermakna seseorang itu dihukum sebagai salah dan mendahului kuasa mahkamah.
"MAP menyeru semua pihak bergerak ke arah politik nilai yang menekan kepada penjagaan akhlak sesama insan, proses undang-undang yang telus, mengutamakan kepentingan rakyat serta menjaga kemurnian budaya murni Malaysia," katanya yang juga bekas Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan bekas pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia. | |
Siti Zailah | Home Posted: 07 Apr 2011 03:31 PM PDT KRONOLOGI TERJUN BANGUNAN SPRM Posted: 06 Apr 2011 08:53 PM PDT KUALA LUMPUR, 6 April: Berikut adalah penjelasan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysian (SPRM) yang dihantar kepada Harakahdaily berhubung kematian seorang pegawai kastam.
Pada hari ini, 6 April 2011 di antara jam 10.15 pagi hingga jam 10.20 pagi satu kejadian telah berlaku di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Cochrane, Kuala Lumpur dimana seorang individu telah ditemui meninggal dunia.
Individu yang ditemui meninggal dunia ini dikenal pasti sebagai Ahmad Sarbani Mohamed, 56, seorang Penolong Pengarah Kastam daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Selangor.
SPRM mengesahkan bahawa penama berkenaan adalah di antara pegawai Kastam yang telah ditahan pada 1 April 2011 jam 1.00 tengahari di Pejabat Kastam Pelabuhan Utara, Pelabuhan Kelang.
Penama tersebut setelah membantu dalam siasatan yang melibatkan operasi 3B iaitu satu siasatan berkaitan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, telah dilepaskan melalui jaminan pada hari Sabtu 2 April 2011 jam 12.30 tengahari.
Penama tersebut telah pun meninggalkan pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas dilepaskan melalui jaminan tersebut.
Pada hari ini, Rabu 6 April 2011 jam 8.26 pagi, penama berkenaan telah datang ke Pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersendirian dengan menunggang sebuah motorsikal.
Penama ini telah meminta untuk berjumpa dengan pegawai penyiasat bagi berbincang mengenai kes terhadapnya.
Oleh kerana pegawai-pegawai sedang bermesyuarat maka penama berkenaan telah menunggu di lobi pejabat sehingga jam 9.30 pagi.
Penama tersebut kemudian telah diiringi oleh seorang pegawai ke bilik pejabatnya untuk mendapatkan pegawai penyiasat menemui penama tersebut.
Pegawai yang mengiringi penama tersebut telah berada bersamanya dalam bilik pejabat pegawai berkenaan.
Pada jam lebih kurang 10.15 pagi, pegawai yang mengiringi beliau telah meninggalkan penama tersebut di pejabatnya dan keluar sebentar pergi mendapatkan pegawai penyiasat.
Dalam beberapa minit kemudian, pegawai tersebut telah kembali ke pejabatnya dan mendapati penama berkenaan tiada dalam bilik berkaitan.
Setelah mencari dalam kawasan pejabat, seorang pegawai telah terlihat satu tubuh manusia terlantar di tingkat 1 bangunan pejabat ini.
SPRM telah pun memaklumkan kejadian ini kepada keluarga simati dan pihak pengurusan jabatannya serta menyerahkan perkara ini kepada pihak Polis untuk mengambil sebarang tindakan. | |
Pemuda PAS Wangsa Maju Posted: 07 Apr 2011 03:30 PM PDT APA DIA SPRM? Posted: 07 Apr 2011 06:28 AM PDT | Macam "suara syaitan": MP Pakatan Rakyat kecam Utusan Malaysia dan Kosmo cetak gambar kononnya "Anwar berzina" dengan niat jahat Posted: 07 Apr 2011 02:54 AM PDT
Ahli Parlimen Pakatan Rakyat menyelar tindakan dua akhbar arus perdana yang menyiarkan secara terbuka gambar seperti yang dirakamkan dalam video seks, 5 April, yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Bercakap sewaktu sidang media di lobi Parlimen 5 April lalu, Ahli Parlimen Baling, Ustaz Dato' Taib Azamuddin Mohd Taib melahirkan rasa kecewa dengan tindakan akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo yang seharusnya menaikkan martabat orang Melayu tetapi sanggup menggadaikan maruah bangsa dan agama demi kepentingan pihak tertentu.
Katanya, semua pihak harus sedar disebabkan segelintir pemimpin politik yang berjiwa besar dan rakus hanya untuk menjaga kuasa dan kedudukan mereka, tindakan seperti ini sanggup dilakukan sehingga sanggup menggadai maruah bangsa dan Islam.
Katanya lagi, walaupun tindakan menyiarkan visual kelakuan seks berkenaan bertujuan untuk menjatuhkan pemimpin pembangkang dan Pakatan Rakyat, pemimpin ini juga telah menggadai imej Malaysia di mata dunia terutama masyarakat Melayu dan Islam.
"Apabila disiarkan gambar daripada video ini, ia seolah-olah turut menggadai maruah orang Melayu. Jika Kosmo dan Utusan Malaysia suratkhabar Melayu, apakah hebat akhbar Melayu ini menjual maruah Melayu dan Islam? "Kemana perginya orang Melayu yang diperangkap oleh golongan yang berkuasa bagi kedua-dua akhbar ini? Apakah mereka tidak mempunyai generasi dan keturunan? Apakah kita ingin Malaysia diwarisi golongan yang tidak bermaruah dan boleh dipergadaikan seperti ini?" soalnya.
Ustaz Taib Azamuddin yang juga Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat menegaskan, jika akhbar berbahasa Inggeris, Cina dan Tamil mempunyai nilai dan maruah, keadaan sebaliknya bagi akhbar berbahasa Melayu yang sanggup menyiarkan cerita dan gambar-gambar yang tidak bermoral.
Katanya lagi, Pakatan Rakyat juga tidak akan berundur dengan pendiriannya untuk terus menegakkan keadilan lebih-lebih lagi bagi perkara yang bercanggah dengan lunas-lunas kemanusiaan dan Islam.
Kekesalan yang sama turut disuarakan Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo'Lo Mohd Ghazali yang menganggap tindakan politik durjana seperti ini yang akan merosakkan generasi muda sedangkan sebelum ini pemimpin negara melaungkan untuk melahirkan masyarakat yang berakhlak dan berilmu.
"Jangan kesal jika suatu hari nanti negara kita melahirkan masyarakat jijik lagi durjana kerana kitalah yang merosakkan generasi muda ini dan seolah-olah membudayakan Malaysia dengan budaya fitnah," katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud menegaskan apa lagi alasan yang diberikan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sekiranya terdapat akhbar-akhbar dan majalah turut menyiarkan gambar-gambar lucah seperti itu.
"Apakah selepas ini majalah-majalah juga boleh memaparkan adegan-adegan seks? Tidak perlu lagi pemimpin kita bercakap di Parlimen mengenai pengawalan pornografi kerana mungkin selepas ini majalah-majalah dan akhbar-akhbar seperti ini bebas dijual di merata tempat termasuk di pasar malam," katanya.
Terdahulu, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuff menegaskan, ekoran daripada pendedahan yang dibuat tiga individu yang menggelarkan trio Dato' T, video seks tersebut mula disebarkan di internet oleh laman web www.pisau.net dan blog Gerakan-anti-PKR bertujuan untuk memfitnah KeADILan dan Anwar.
Beliau turut mengutuk tindakan kedua-dua akhbar tersebut yang menyiarkan hampir dua muka surat penuh gambar serta berita berkaitan isu tersebut.
"Apa motif akhbar tersebut siarkan visual tersebut? Kita menghormati kebebasan media tetapi bukan dengan cara kewartawanan yang kotor dan jijik seperti ini. Mana-mana wartawan tidak patut menyokong kewartawanan seperti ini.
"Kami mengutuk Utusan Malaysia dan Kosmo kerana akhbar inilah juga sejak 1998 tidak habis-habis cuba merosakkan imej dan menghina Anwar. Kawan-kawan dalam Umno kami tahu kamu siapa. Jangan hendak tunjuk moral kamu tinggi dan beria-ia ingin berbahas di parlimen," katanya yang memberi amaran sambil memegang kedua-dua akhbar tersebut.
Turut serta dalam sidang media itu Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Tumpat, Dato' Kamarudin Jaafar, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh, dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul.
Selain itu, Ahli Parlimen Bandar Indera Mahkota, Azan Ismail, Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar dan Ahli Parlimen Padang Terap, Ustaz Mohd Nasir Zakaria juga menyertai sidang media tersebut.
Dicatat oleh Tarmizi Mohd Jam | LAWAK PETANG DARI SARAWAK Posted: 07 Apr 2011 02:43 AM PDT SALAM... DAH MINUM PETANG KE BELUM GENG? APA KATA LAYAN INI GAMBAQ LAWAK DULU KAH! KAH! KAH! INILAH YANG PEPATAH SELALU SEBUT DI MANA ADA PILIHANRAYA, DI SITU ADA BN DI MANA ADA BN, DI SITU ADA BANGANG KAH! KAH! KAH! BODOH TAK BOLEH DI AJAR PANDAI TAK BOLEH DI IKUT KAH! KAH! KAH! Read more: http://biaqpila.blogspot.com/#ixzz1IpSNK74O | TERUSKAN KERJA UNTUK PRN SERAWAK : TGHA Posted: 07 Apr 2011 02:25 AM PDT Ustaz Abdul Hadi berkunjung ke kawasan Gerai Minum Bumiputra di Pusa, diiringi oleh Wan Rahim, petugas pilihanraya PAS di Dun Beting Maro dengan sambutan dari penduduk sangat baik
PAS mengajak seluruh petugas, ahli dan penyokong parti dalam Pilihanraya Dewan Undangan Negeri (PRN) Sarawak ke-10 untuk memfokuskan kepada gerakerja mendekati pengundi dan seterusnya mengajak mereka untuk membuat perubahan bersama PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kali ini. Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, mengingatkan kepada seluruh petugas pilihan raya yang diamanahkan menjalankan tugas gerakerja pilihan raya ini, janganlah berlengah lagi untuk turun membantu, kerana kerja buat kita dalam pilihan raya adalah satu jihad yang sangat besar ertinya kepada perjuangan PAS itu sendiri. "Saya juga ingin memperingatkan kepada semua, sepanjang tempoh berkempen dan pilihan raya ini sudah tentunya fokus kita akan cuba dipesongkan menerusi provokasi, fitnah dan pembohongan yang diaturkan sebegitu rupa melalui media cetak dan televisyen sepanjang masa. "Jangan sekali-kali kita terpedaya dengan permainan lawan kita, dan biarlah mereka pula yang mengikut rentak kita yang bersama dengan rakyat," tegas beliau kepada Harakah. Kata Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang, Terengganu, mesej yang ingin disampaikan kepada pengundi mestilah jelas dan mudah difahami oleh mereka. Beliau berkata, PAS jangan membazirkan masa untuk menjawab dan terperangkap dengan isu remeh yang dirancang oleh pihak lawan, tetapi dalam masa yang sama, jangan sekali-kali kita membiarkan kepayahan dalam melaksanakan tugas ini mengganggu tugas dan amanah kita dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 ini. | REVOLUSI 13.. BLOGGER RAKYAT UNTUK RAKYAT Posted: 07 Apr 2011 02:21 AM PDT Hasil Pemukiman Blogger Rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat pada 2 dan 3 April lalu di sebuah hotel terkemuka di Selangor, berjaya membentuk satu gagasan "Revolusi 13" bagi mencetus dan membangkitkan kesedaran akal di kalangan rakyat untuk menolak Umno-BN menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) 13 tidak lama lagi. Hasil pembentangan dua kertas kerja oleh Prof Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah, Pengasas Zentrum Future Studies dan Dato' Kamaruddin Jaafar selaku Pengarah Urusan Harakah, lebih 50 blogger bersepakat untuk mengangkat Gagasan Revolusi 13 sebagai agenda siber meledakkan rasa tangungjawab di kalangan rakyat agar bangkit menyokong Pakatan Rakyat habis-habisan dalam PRU-13. Ketika menyempurnakan ucapan penutup, Exco Penerangan Kerajaan Kelantan, Dr. Mohd Fadzli Dato Hassan menyifatkan gagasan Revolusi 13 sebagai medium efesyen dalam usaha Pakatan Rakyat menanamkan rasa yakin untuk rakyat mengekal dan meningkatkan momentum terhadap Pakatan Rakyat. "Kesediaan para blogger amat kami hargai. Anda telah lakukan secara sukarela selama ini membantu Pakatan Rakyat. Usaha blogger yang berterusan, telah mencetuskan celik politik yang tinggi di kalangan rakyat untuk berubah dan menolak Umno-BN," kata Dr. Fadzli. Foto: Dr Fazdli sampaikan cenderahati kepada Dr. Abu Hassan Hassabullah. Terdahulu, Abu Hassan menyarankan agar para blogger pro-Pakatan Rakyat bersatu mencetuskan ledakan baru atas nama "Revolusi 13" bagi menggempur fakta fitnah dan palsu media online disamping menguasai semula kuasa hebat media baru secara dominan di sebelah Pakatan Rakyat. Gagasan Revolusi 13 akan menggunakan tagline "Selamatkan Rakyat, Bebaskan Malaysia" dengan melancarkan website khas dan menyatukan blogger seluruh negara dalam masa terdekat. Pada hari akhir pemukiman, Editor Berita Harakah, Datuk Tarmizi Mohd Jam dipilih menjadi Presiden Gagasan Revolusi 13 dan dibantu 13 exco daripada kalangan blogger. Beliau berharap, agenda ini akan mencapai matlamat dengan dokongan kuat ketiga-tiga parti PAS, KeADILan dan DAP dalam merialisasikan hasrat untuk menyelamatkan rakyat dan membebaskan Putrajaya dari cengkaman Umno-BN. Foto: Dato' Kamaruddin menjawab beberapa soalan yang ditimbulkan blogger. Abu Hassan pula percaya, kuasa blog mesti diperkasakan dengan medium utama seperti facebook, twitter, newsign dan youtube bagi merancakkan kempen-kempen PRU-13. Tegasnya, Revolusi 13 harus didominasikan dengan medium youtube yang kini berkembang pesat dan diminati rakyat. Kuasa youtube diyakini mampu meledakkan perubahan drastik di kalangan rakyat jika ia diuruskan dengan baik. Sementara itu, Kamaruddin dalam pembentangannya, mahu para blogger bekerja keras mendedahkan isu-isu rakyat yang sering dimanipulasikan oleh Umno-BN agar mereka faham dan ada kesedaran dalam hal tersebut. Sumber : http://sanggahtoksago.blogspot.com/ | JOM TENGOK VIDEO KJ PULAK. Posted: 07 Apr 2011 02:04 AM PDT KUALA LUMPUR, 7 April — Sementara negara masih berhadapan polemik video seks didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrul Hisham Shaharin pula muncul dengan "pendedahan" rakaman aksi seks Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin
Badrul Hisham yang turut dikenali sebagai "Chegubard" berkata beliau pernah didampingi seseorang yang membekalkan rakaman adegan seks yang dikatakan melibatkan Ketua Pemuda BN itu. "Ketika kempen pilihan raya umum 2008 juga pasukan kempen saya telah didekati dengan orang tidak dikenali dipercayai orang Umno yang memberikan video lucah, yang kononnya Khairy Jamaluddin, tanpa pengetahuan saya ada video ini telah tersebar, namun sebaik sahaja saya mengetahuinya saya telah mengarahkan semua dikutip dan dibakar," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Badrul Hisham berkata lebih 2,000 keping video telah dibakar. * gambar hiasan je | MUSTAHIL SARBANI BUNUH DIRI - RAKAN Posted: 06 Apr 2011 05:46 PM PDT KUALA LUMPUR, 6 April – Kawasan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini menjadi tumpuan rakan-rakan Ahmad Sarbani Mohamed sebaik sahaja mendengar kematian penolong pengarah Kastam itu, yang ditemui mati di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, pagi tadi.
Bagaimanapun kebanyakan mereka yang kelihatan terkejut dan sedih melahirkan satu pandangan yang sama – mustahil bagi pegawai Kastam itu (gambar) yang berusia 56 tahun – boleh mengambil keputusan untuk membunuh diri dengan terjun dari bangunan tinggi.
Dengan berpakaian Kastam Diraja Malaysia sejumlah kakitangan agensi itu berhimpun di kawasan hospital sementara menunggu hasil bedah siasat.
Sesetengah pula didapati tidak dapat mengawal perasaan.
Keluarga Ahmad Sarbani pula kelihatan "mengawal" isteri dan lima anaknya, yang diiringi ke bilik menunggu dewan mayat dengan muka mereka ditutup bagi mengelak dirakamkan oleh media.
Saudara-mara juga enggan memberi sebarang komen kepada pemberita yang membanjiri kawasan bilik mayat.
Rakan zaman kanak-kanak Ahmad Sarbani, Ridzuan Mohamad memberitahu The Malaysian Insider, dia tidak percaya apabila dimaklumkan kematian penolong pengarah itu.
"Saya sangat rapat dengan dia dan dia seorang yang rendah diri. Saya merasakan tuduhan SPRM ke atasnya mengarut. Jika benar, tunjukkan bukti.
"Cara mereka menyoal siasat dia tidak adil," katanya.
"Dia hanya dijadikan kambing kerana seseorang," kata Ridzuan,bekas pemberita ini, yang berusia 46 tahun.
Ridzuan juga memberitahu tidak logik Ahmad Sarbani boleh membunuh diri kerana dia sentiasa mempertahankan bahawa dirinya tidak bersalah.
"Malam tadi dia panggil saya dan memberitahu saya bahawa dia sedang disoal siasat oleh SPRM. Dia berkata dia rasa tidak bersalah kerana tidak melakukan apa-apa kesalahan.
"Dia juga berkata dia akan menghantar satu dokumen esok (hari ini), untuk menghantar dokumen," katanya lagi. | |
masanya memilih jalan yang lurus Posted: 07 Apr 2011 03:24 PM PDT video sundal: mengurus kesucian diri Posted: 06 Apr 2011 05:25 PM PDT Ketika saya sedang menulis catatan ini, saya baru menerima sms tersebarnya video sundal yang dikaitkan dengan seorang pemimpin besar politik tanah air di dalam internet. Kemudian sms demi sms menghujani saya terutama daripada kawan-kawan yang meminta pandangan dan ‘fatwa’ segera demi menghilangkan keluh kesah dan kekeliruan. Saya komen ringkas, orang mukmin jangan sebar jika pun [...] | |
Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara Posted: 07 Apr 2011 03:09 PM PDT |
MP Pendang Posted: 07 Apr 2011 01:20 PM PDT Anak Sungai Derhaka: Mustahil Sarbani boleh bunuh diri.. Posted: 06 Apr 2011 06:33 PM PDT Anak Sungai Derhaka: Mustahil Sarbani boleh bunuh diri..: "Dulu Teoh Beng Hock.. sekarang pegawai Kastam pula.. esok atau lusa siapa pula?? Kata orang..'Dead man can't talk...' jadi baca dan fahamila..." BEBERAPA PERSOALAN YANG MENERAWANG DALAM FIKIRAN ANA, 1. KENAPA DIA PERGI DENGAN MOTOSIKAL PADA HARI ITU, APAKAH KERANA MENGELAK TRAFIK JAM, ATAU KERETA BELIAU ROSAK. 2. KENAPA SPRM TIDAK IKUT SOP MEREKA, YAKNI ORANG YANG DISIASAT TIDAK BOLEH DIBIARKAN BERSAORANGAN SELEPAS KEJADIAN TBH. 3. APAKAH ADA MANUSIA YANG PERLU DILINDUNGI OLEH PEGAWAI INI, SEHINGGA JABATAN KASTAM MENJADI KORBAN , KITA LIHAT ADA SU SEORANG MENTERI YANG ADA WANG SAMPAI BERJUTA, RAKYAT HANYA BERTANYA DAN INGIN TAHU SAHAJA. 4. RASANYA PERLU SEMUA PEJABAT SPRAM DIPASAN GRILL SEHINGGA TINGKAT PALING ATAS , ATAU MEREKA PERLKAN HANYA BANGUNAN SATU TINGKAT SAHAJA. 5. APAKAH RAKAMAN CCTV BERFINGSI PADA KETIKA ITU DIDALAM BANGUNAN TERSEBUT SAPERTI ARAHAN SELEPAS KES TBH BAHAWA SEMUA PEJABAT MEREKA MESTI ADA CCTV. | |
TBI-PAS KEPALA BATAS Posted: 07 Apr 2011 01:19 PM PDT |
Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil Posted: 07 Apr 2011 01:05 PM PDT Nelayan Sg. Lereh dilanda masalah lagi Posted: 07 Apr 2011 05:32 AM PDT LEREH - Nelayan di Muara Sungai Lereh di sini kecewa berikutan masalah laluan muara yang sempit dan cetek di situ masih belum dapat diatasi pihak berkenaan meskipun pernah berjanji untuk menyelesaikannya secepat mungkin. Keadaan itu menyebabkan mereka sentiasa dihimpit kebimbangan berikutan risau keselamatan perahu menangkap ikan yang terpaksa diletakkan di luar muara. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pengkalan Lanjut, Lereh, Rasiddin Samaon berkata, masalah itu sudah berlarutan sejak 10 hari lalu tetapi sehingga kini masih tiada tindakan diambil. Menurutnya, masalah yang wujud itu mengakibatkan nelayan di muara terbabit terpaksa meletakkan perahu menangkap ikan masing-masing di luar muara iaitu di sebalik beting pasir yang ada. Malah katanya, keadaan itu sekali gus boleh menyebabkan perahu nelayan yang diletakkan di luar muara terdedah bahaya sehingga boleh mengalami kerosakan jika dipukul ombak. "Nelayan terpaksa meletakkan perahu di situ kerana tidak boleh melepasi laluan sedia ada apabila air surut berikutan air cetek, selain turut berdepan masalah laluan di celah batu yang sempit. "Sehubungan itu, kami berharap pihak berkenaan dapat mengorek beting pasir yang terkumpul di muara ini dengan segera supaya nelayan dapat menjalankan aktiviti harian mereka seperti sediakala," katanya ketika ditemui di sini, semalam. Dalam pada itu, Rasiddin berkata, tiada maknanya sekiranya keadaan Sungai Lereh sudah diperindah tetapi laluan perahu terkepung sehingga menimbulkan masalah kepada nelayan yang berpangkalan di muara berkenaan. "Sekiranya masalah ini tidak dapat diselesaikan dengan segera, JKKK akan merujuk perkara ini kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam untuk mendapatkan bantuannya," katanya. Sementara itu, nelayan, Saiful Nizam Othman, 31, berkata, setiap hari nelayan yang keluar masuk di muara berkenaan terpaksa menunggu sehingga air pasang bagi membolehkan mereka menyusur masuk ke muara. Menurutnya, sejak masalah itu wujud, nelayan turut berdepan masalah rutin harian yang lain. "Masalah ini berpunca daripada kesulitan membawa perahu dan hasil tangkapan ke darat sebaik pulang dari laut kerana terpaksa menunggu berjam-jam lamanya sebelum air pasang. "Sebelum ini ada pihak berjanji, satu atau dua hari beting pasir di muara ini akan dikorek, namun sehingga kini masih tiada perubahan berlaku," katanya. Sinar Harian | Melaka maju tetapi periuk nasi peniaga terjejas Posted: 06 Apr 2011 02:29 PM PDT BANDA HILIR - Lebih 20 peniaga di Heritage Bazaar, Dataran Pahlawan di sini, mempertikaikan tindakan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengenakan tindakan kompaun terhadap mereka. Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu berbuat demikian atas alasan lesen perniagaan tamat tempoh, serta gagal mempamerkan lesen perniagaan masing-masing. Pengerusi Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) Melaka, Aziz Embi berkata, tindakan itu dianggap tidak wajar kerana kebanyakan peniaga sebelum ini pernah beberapa kali memohon lesen, namun ditolak MBMB. Menurutnya yang juga Pengerusi Kraf Tangan dan Makanan Tradisional Dataran Pahlawan Megamall, tindakan MBMB itu sebenarnya berpunca daripada kegagalan peniaga di situ menjelaskan kadar tunggakan sewa yang sudah berlarutan sejak beberapa bulan. "Itulah yang menjadi penyebab MBMB enggan menghidupkan lesen perniagaan kami. Biarpun kami sudah memohon beberapa kali kepada PBT terbabit. "Lagipun, dengan kadar sewa RM500 sebulan dan sekiranya dicampur dengan bayaran penjagaan RM200 sebulan, ia membebankan, sedangkan perniagaan kami di sini kurang mendapat sambutan," katanya semasa membuat lawatan di situ, semalam. Turut serta, Presiden Ikhlas, Mohd Ridzuan Abdullah. Aziz berkata, kompaun berkenaan dikeluarkan 29 Mac lalu dan MBMB sewajarnya memberikan amaran terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan tegas diambil. "Ada juga di kalangan peniaga yang cuba menjelaskan kadar tunggakan sewa berkenaan, namun dibebani pula dengan kadar tunggakan lesen perniagaan yang dikenakan untuk beberapa tahun. "Ini amat membebankan peniaga yang berniaga hanya mengharapkan musim tertentu sahaja untuk meraih pendapatan lebih," katanya. Menurut Aziz, sebelum ini, peniaga pernah dikenakan tindakan serupa, namun dipertimbangkan semula Pengerusi Jawatankuasa Negeri Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar sebelum ini, Datuk Latiff Tamby Chik. Dalam perkembangan sama, peniaga menasihatkan MBMB mengambil tindakan terhadap peniaga menjalankan peniagaan di sekitar A Farmosa, Bukit St Paul dan beberapa kawasan yang ternyata tidak memiliki lesen perniagaan yang sah. Sinar Harian | |
Batu Gajah Mari Posted: 07 Apr 2011 11:21 AM PDT From Muara Tuang!!! PAS berjaya tubuh lagi 1 cawangan Posted: 06 Apr 2011 04:37 PM PDT | DAP pertaruh golongan Muda adalah tindakan yang terpuji Posted: 06 Apr 2011 03:48 PM PDT She look super young bro ! Baru 20 tahun. Calon DAP paling muda untuk Sarawak. Masih bujang plak tu. 加油 !!!
However, age and size doesn't matter. As long her constituency satisfy her jobs....keep up with your mission.
Hope she also could help out many of the genuine and origin bumiputra there relief from the BN oppression !
Nah..kat bawah ni, large shot untuk pembaca albanjari online. Lim Guan Eng mengiringi bakal calon DAP (kiri) ke pusat penamaan calon pada pagi tadi. Wow bro..!!
Ihsan Al-Banjari | |
Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai Posted: 07 Apr 2011 11:15 AM PDT |
Dupahang's Weblog Posted: 07 Apr 2011 11:10 AM PDT Calon p’raya Sarawak Posted: 06 Apr 2011 03:24 PM PDT N01: OPAR: SARAWAK: 8,099 1. Stephen ak Sagir (SNAP) 2. Joseph Jindy ak Peter Rosen (Bebas) 3. Boniface Willy ak Tumek (PKR) 4. Ranum ak Mina (BN-SUPP) Penyandang: Ranum ak Mina (BN-SUPP) Undi diperolehi: 3,585 Majoriti: 2,183 N02: TASIK BIRU: SARAWAK: 15,100 1. Datuk Peter Nansian ak Ngusie (BN-SPDP) 2. Frankie Jurem ak Nyombui (SNAP) [...] | |
Blog Rasmi Unit Amal Indera Mahkota Posted: 07 Apr 2011 11:08 AM PDT CERAMAH PENERANGAN Posted: 07 Apr 2011 10:30 AM PDT BAHAYA SISA RADIOAKTIF DI GEBENG MENGAPA KILANG INI PERLU DIBANTAH
PAKAT DATANG RAMAI-RAMAI!!! | |
Pemuda Guchil Posted: 07 Apr 2011 09:45 AM PDT |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 07 Apr 2011 09:44 AM PDT Peniaga Melayu Tampin tertindas, gerai nak diroboh Posted: 06 Apr 2011 07:47 PM PDT Masalah Majlis Daerah Tampin April 6th, 2011 Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Saya seperti nama diatas ingin membuat aduan kepada aduan rakyat mengenai gerai kami ingin dirobohkan yang saya telah menjalankan perniagaan disitu selama 38 tahun. Saya mohon aduan rakyat dapat menyelesaikan masalah kami dalam tempoh terdekat kerana kami telah menerima notis tempoh selama 14 hari untuk mengosongkan gerai kami dan kami dihantar ke gerai yang telah disediakan dikawasan yang tidak stretegik dan jauh daripada pengunjung sedangkan saya telah berniaga disini sekian lama. Apa motif Majlis Daerah Tampin untuk memindahkan kami? Adakah agenda tersembunyi? Itu yang saya mohon kepada aduan rakyat supaya membantu menyelesaikan masalah kami di daerah tampin ini. Bantuan aduan rakyat amat-amatlah kami hargai. Diharap aduan kami ini pihak tuan dapat menyelesaikan dalam masa terdekat ini. Saya merayu pada tuan. Salam 1 Malaysia dari kami yang malang. By: Mariam bt. Sadi | Para Pengundi Kuala Pilah diancam tebing sungai runtuh Posted: 06 Apr 2011 06:31 PM PDT Beberapa keluarga di Kampung Sawah Liat, Kuala Pilah begitu bimbang akan keselamatan mereka apabila tebing sungai berhampiran semakin terhakis teruk hari demi hari dan dalam masa terdekat kemungkinan ada yang akan menjadi mangsa jika pihak berkuasa tidak mengambil sebarang tindakan terhadap aduan yang dibuat oleh penduduk kampung (pengundi) sejak dua tahun yang lalu. Sebahagian dari tebing sungai yang terhakis itu melibatkan jalan yang sudah sedia sempit yang menghubungkan beberapa rumah di kampung tersebut. Jalan tersebut kini menjadi perangkap maut kepada pengguna jalanraya terutama penunggang motosikal pada waktu malam. "Jika anda berkunjung ke rumah kami pada waktu malam, kemungkinan kereta awak akan masuk ke dalam sungai" kata makcik Siti Osman 76, salah seorang penduduk (pengundi). Rumah makcik Siti dan empat buah rumah yang lain hanya 50 meter sahaja dari tebing sungai yang runtuh tersebut. "Kami amat bimbang sekali, terutama apabila hujan", katanya. "Saya dapat rasakan tak lama lagi hakisan tersebut akan bertambah buruk dan rumah kami akan runtuh bersama". Makcik Siti menegaskan aduan telah pun dibuat ke pihak berkuasa sebelum ini. Aduan yang pertama sejak dua tahun lepas. Menurutnya ada beberapa pekerja yang datang membaiki hakisan tebing yang kecil tapi mereka tidak membaiki tebing yang sudah terhakis teruk. Makcik Siti seterusnya membawa wartawan FMT ke empat lokasi hakisan tebing sungai yang teruk. On the edge of disaster Zefry Dahalan , April 6, 2011 Families in Kampung Sawah Liat worry about their safety as a river bank keeps eroding away. KUALA PILAH: A river bank in Kampung Sawah Liat is fast eroding and may soon claim a victim unless the authorities act on complaints the residents have been making for two years. Part of the bank is now at the very edge of the narrow road separating the river from houses in the village. The road has become a hazard for motorists and motorcyclists, especially at night, because there are no street lights. "If you are driving to our house at night, you and your car may end up in the river," said one of the residents, Siti Osman, 76. Siti's house and four others are just about 50 metres away from the river bank. "We worry constantly, but especially when it rains," she said. "I don't think it will be long before the erosion gets bad enough to cause our houses to collapse." She said the local public works department had been notified of the problem. The first complaint was made about two years ago. According to her, some workers recently mended a minor erosion at a bridge connecting the kampung to a main road. "But they ignored the bigger erosion along the river," she said. Siti took a FMT reporter to four spots along the river bank where the erosion was especially severe. | Masalah air belarutan di Kuala Pilah, pengundi tersiksa Posted: 06 Apr 2011 05:46 PM PDT SAINS disaran bermuhasabah Utusan Malaysia 7 April 2011 Oleh PRINSIP KAIZEN , Terachi, Negeri Sembilan SAYA terpanggil menulis setelah banyak aduan kepada pihak pengurus bekalan air SAINS di Negeri Sembilan tidak mengambil tindakan terhadap masalah yang dihadapi, malah memberikan maklum balas yang mendukacitakan. Setelah begitu lama Malaysia merdeka, sejak diurus pihak kerajaan hinggalah diambil alih oleh pihak swasta, keadaannya masih lagi tidak menunjukkan peningkatan. Setelah 20 tahun, saya kembali semula ke kampung mengikut suami yang berpindah kerja ke sini. Saya tinggal di rumah ibu bapa buat sementara waktu kerana tempat kerja suami berhampiran dengan kampung saya iaitu Terachi, Negeri Sembilan. Setelah mengecap pelbagai kemajuan, teknologi dan kemudahan di bandar, saya terkejut dengan pengurusan air di kampung saya masih juga sama. KEMUDAHAN JALUR LEBAR, PENGANGKUTAN YANG SEMAKIN BANYAK, KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR YANG BERTAMBAH BAIK, NAMUN BEKALAN AIRNYA TETAP JUGA DENGAN CERITA LAMA. Saya masih ingat, ketika zaman saya bersekolah, bekalan air sering kali terputus setiap kali selepas hujan. Jika lebih kerap hujan, lebih kerap jugalah air akan terhenti. Jika diikutkan logik akal, apabila hujan, semakin banyaklah air, tetapi berlaku sebaliknya. Kawasan ini amat hampir dengan loji air terletak 5 kilometer dari rumah saya yang berdekatan dengan Hutan Lipur Ulu Bendul. Sementara bekalan air disambungkan, tekanan angin memakan masa lima belas minit hingga setengah jam, dan setelah airnya ada, warna airnya tak ubah seperti air yang bercampur susu. Pernah sekali, rumah saya keputusan bekalan air selama lebih 24 jam seperti yang biasa dihadapi, maka suami menelefon pihak SAINS menanyakan hal ini. Alasannya ialah penapis air bocor. Selebihnya dia menjawab tidak tahu dan akan menghantar lori air jika masalah ini berlarutan. Tak sampai sebulan, pada 4 April, perkara yang sama berlaku lagi, kali ini lebih dari dua hari. Bila membuat aduan, katanya akan sampai pukul 6 petang, tak juga sampai, dihubungi lagi berubah pula ke pukul 8. Namun hingga pukul 6 pagi keesokannya masih juga tidak ada. Pihak SAINS juga tidak memberitahu bila lori air akan menghantar air meskipun telah tiga kali membuat aduan. | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan