Tuan Guru sedang memberi amanat kepada calon dan wakil calon
Pesuruhjaya PAS Sarawak Hj Adam Ahid bertanding di Sebuyau sedang berbai'ah & menerima watikah
Puan Noraini Hamzah, calon Muara Tuang sedang berbai'iah dan menerima watikah di hadapan Presiden
Calon Tanjung Datu
Abang Ady calon Saadong Jaya
Pagi tadi lima calon PAS berbai'ah taat setia kepada parti di hadapan YB Datuk Tuan Guru Presiden di Pejabat Perhubungan PAS Sarawak. Majlis tersebut turut disaksikan olehTimbalan Presiden, Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung, Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, wakil-wakil perhubungan negeri-negeri, wakil-wakil calon dan juga pencadang & penyokong calon itu sendiri.
Presiden memberi amanatnya kepada semua calon & wakil calon. Menurutnya bai'ah merupakan perjanjian taat setia kepada parti dan pucuk kepimpinannya selagi pimpinan parti tidak menyeleweng dari syariat Islam. Bai'ah juga sebagai satu jaminan dan amanah yang tidak boleh dikhianati, calon PAS hanya memikul amanah ini dan wajib memelihara amanah ini. Presiden mengingatkan sesiapa sahaja yang mengkhianati parti kelak pasti akan mendapat balasan dari Allah swt.
Pilihanraya kali ini julung-julung kali PAS bertanding sehingga lima kerusi, ini merupakan pentanda baik dan peluang PAS diperkenalkan kepada rakyat Sarawak melalui lima dun yang ditandingi. PAS bertanding Sadong Jaya, Sebuyai, Tanjung Datu, Beting Maru dan Muara Tuang. Ketiga-tiga calon PAS telahpun diumumkan malam tadi di tempat masing-masing, manakala malam ini dua lagi calon akan diisytiharkan.Misabah
Gambar di atas diambil dari video blue tajaan Rahim Thamby. Orang yang Rahim tuduh sebagai Anwar dalam video tersebut mempunyai perut yang buncit. Malangnya, Anwar Ibrahim tidak berperut buncit.
Ingat firman Allah s.w.t dalam surah Al-Buruj, ayat 10: "Sesungguhnya orang-orang yang memfitnah (membuat keburukan) kepada lelaki beriman dan perempuan beriman, kemudian (daripada kedurjanaan itu) mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab neraka, dan bagi mereka azab yang membakar."
"Rakyat Sarawak kena berani buat perubahan. kita dah sekian lama berada di bawah pemerintahan BN tetapi situasinya tetap sama & kadang kala lebih teruk dari kita di zaman penjajahan Inggeris dulu.
Kena buat perubahan, kena berani untuk buat perubahan. kita tak boleh hidup macam dulu & sekarang sampai bila-bila. ini tanah tumpah darah kita, tanah warisan datuk, nenek, moyang kita & akan kita warisi pada anak, cucu, cicit kita tapi kita tak patut mewariskan kesusahan pada generasi akan datang.
Generasi selepas ini patut diberi kehidupan yang lebih baik dari sekarang sebab kita bukan lagi dijajah, negeri ini mesti ditadbir oleh mereka yang lebih bertanggungjawab dari yang ada sekarang.
Cukuplah kita dijajajah oleh orang asing kemudian dijajah pula oleh bangsa kita sendiri, rakyat Sarawak mesti berani buat perubahan demi masa depan generasi akan datang. generasi akan datang buakn orang lain tetapi mereka adalah anak, cucu kita sendiri.
Berikan mereka kehidupan yang lebih baik dari kita, kena berani dalam hal ini sebab kalau kita tak berani, seolahnya kita memberi beban kepada anak, cucu kita. itu bukan tugas kita, itu bukan tanggungjawab kita.
Tanggungjawab kita ialah memberi kehidupan yang lebih baik untuk generasi akan datang. selagi ada hayat, kita usaha untuk berubah, kena berani."
Majlis Pengisytiharan calon N 15 Muara Tuang berjalan dengan lancar dan meriah, ramai penduduk tempatan di sekitar Kg. Tanjung Bundong dan kawasan perumahan berhampiran yang menghadirinya.
Majlis pengisytiharan calon PAS diumumkan oleh Datuk Hj Mustapa Ali (Cikgu Pa) yang juga Setiausaha Agung PAS Pusat. Turut menyampaikan ucapan malam tadi ialah Pak Husain bekas calon Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat.
Dalam ucapan Cikgu Pa, beliau menaruh harapan yang tinggi dan penuh yakin PAS mampu membuat kejutan di Muara Tuang dan juga empat DUN lain yang ditandingi oleh PAS. Calon PAS yang diumumkan bertanding di Muara Tuang ialah Puan Noraini bt. Hamzah, 48 tahun atau lebih mesra dipanggil Kak Ani. Beliau anak kelahiran bumi Serambi Mekah Kelantan iaitu di Kg. Berangan, Bachok.
Beliau mendirikan rumah tangga dengan Morshidi bin Ali yang berasal dari Sarawak dan dikurniakan dua cahaya mata. Kak Ani telahpun menjadi warga Sarawak dan kini telahpun menetap selama 30 tahun di Kg. Tanjung Bundong. Beliau juga ada hubungan kekeluargaan yang rapat dengan Senator Mumtaz Nawi yang juga Naib Ketua Muslimat PAS Pusat.
Latar belakang keluarga di Kelantan yang telah bergelumang dengan politik mempengaruhi dan mendorong beliau terlibat dengan politik kepartian bagi memperjuangkan nasib rakyat di Sarawak. PAS menjadi pilihannya bagi merealisasikan cita-cita perjuangan.
Beliau sepenuh masa terlibat dengan perniagaan, melalui aktiviti perniagaanlah beliau berpeluang berinteraksi dengan rakyat di DUN Muara Tuang ini. Dunia perniagaan yang diceburi menghampirkan dirinya setiap hari dengan masyarakat. Rata-rata masyarakat di sini mengenali beliau sebagai Kak Ani. Beliau juga turut merasai kesusahan, penderitaan, kesengsaraan rakyat di bumi Kenyalang ini. Rintihan-rintihan rakyat yang miskin sering didengari setiap hari, ia perlukan pembelaan demi masa depan mereka.
Beliau sememangnya seorang muslimat yang gigih dan sabar. Di atas kegigihan, kesungguhan dan komitednya beliau dengan cita-cita perjuangan, PAS telah memberi amanah dan mandat kepada Puan Noraini binti Hamzah sebagai Calon PAS di N15 Muara Tuang.
Serentak malam itu juga beberapa DUN yang ditandingi oleh PAS turut mengisytiharkan calon masing-masing.
Majlis bertambah meriah dan penuh berarti apabila pengerusi memaklumkan dan mengisytiharkan dua buah cawangan PAS bakal ditubuhkan di Kg. Tanjung Bundong dan Taman Desa Ilmu.
Cikgu Pa menerima perlantikan Jawatankuasa Penaja PAS Cawangan Kg. Tanjung Bundong dari sdr Morshidi bin Ali dan sdr. Zulkipli Ramzi dari Taman Desa Ilmu.
Cikgu Pa melahirkan rasa bangga dan bersyukur kerana melalui PRU Sarawak, PAS dapat dikembangkan di Muara Tuang yang sebelum ini tidak ada satu cawangan PAS wujud di situ.
Para petugas muslimat dari Perak sudah hadir ke Dun Muara Tuang untuk bersama- sama membantu berkempen memenangkan calon PAS yang akan bertanding di DUN tersebut. Para petugas yang diketuai Ketua Muslimat Pas Perak, Ustazah Bariah akan berada di Dun Muara tuang hingga habis pilihanraya.
Pemimpin makin kaya, rakyat makin susah. Itulah kata- kata yang dapat digambarkan tentang kemiskinan dan kedaifan rakyat di Negeri Sarawak. Semalam, Blogger BGM sempat mengikut bakal Calon PAS Dun Muara Tuang, Noraini Hamzah memberi bantuan kepada beberapa rumah golongan miskin di dalam Dun yang ditandinginya. Program bantuan ini turut disertai oleh petugas pilihanraya dari negeri Perak.
Walaupun negara kita di laung- laungkan sebagai negara maju, tetapi masih ramai lagi rakyat yang miskin. Masih ada yang menggunakan kayu api untuk memasak, mandi air sungai dan sebagainya. Habis tanah- tanah di Sarawak di 'sapu' oleh kuncu- kuncu Tok Uban ( Taib Mahmud )
Tindakan BN Sarawak mengemukakan sekurang- kurangnya 20 orang calon 'muka baru' pada pilihan raya negeri itu dilihat sekadar mahu meraih undi rakyat negeri itu yang semakin jelas menolak corak pemerintahan parti perkauman itu kata Profesor Dr Hasan Hasbullah..
Memanglah terdesak.. dan menurut seorang sahabat yang berada di pihak UMNO/BN keyakinan mereka hanyalah 50-50 sahaja untuk mengekalkan kuasa di Sarawak..
Oleh sebab itu Anwar Ibrahim perlu dimusnahkan karakternya sebelum beliau berjaya menjelajah ke seluruh Sarawak.. ini telah dijangka sendiri oleh Anwar Ibrahim sebelum beliau terbang ke Sarawak..
Jadi tak hairanlah kenapa tiba-tiba sedutan Video Lucah itu boleh berada di You Tube sedangkan menurut Trio 'Three Stooges' tiada salinan yang dibuat..
Ada juga sumber yang menyatakan sejumlah besar wang telah bepindah tangan dari seseorang dari kepada seseorang Ketua dari Parti yang telah hampir mati di Sarawak dan sebuah parti yang ditaja BN akan bertanding dikesemua kerusi yang ditandingi PAS..
Benar atau tidak.. sehingga sekarang telah terbukti 70% dakwaannya itu adalah benar..
Tindakan UMNO BN Sarawak mengemukakan sekurang- kurangnya 20 orang calon 'muka baru' pada pilihan raya negeri itu dilihat sekadar mahu meraih undi rakyat negeri itu yang semakin jelas menolak corak pemerintahan parti perkauman itu.
Pemilihan calon 'muka baru' itu juga diberi perhatian serius UMNO BN berikutan tekanan hebat daripada anak- anak muda negeri itu yang semakin berani menentang kepemimpinan korup parti itu.
Itu pandangan dan pendapat Penganalisis Politik, Profesor Dr Hasan Hasbullah mengenai tindakan UMNO BN mempertaruhkan lebih 25 peratus 'muka baru' bagi menggalas cabaran berdepan dengan calon Pakatan Rakyat, 16 April ini.
"Kita percaya kalau melihat andaian-andaian yang dilaporkan dalam media hari ini, khususnya dari fikiran anak-anak muda yang menggunakan media baru, maka mereka sudah menentang ahli-ahli politik yang sedia ada. Sudah pasti BN sedikit gentar dengan tekanan ini."
Dr Hassan bagaimanapun berkata, faktor calon 'muka baru' yang dipertaruhkan UMNO BN ini belum tentu mampu mengadakan perubahan yang diinginkan rakyat Sarawak.
"Calon merupakan hanyalah susuk tubuh yang mewakili organisasi iaitu calon-calon tak kira baru atau lama, bukanlah faktor utama yang boleh menentukan berlakunya perubahan dari aspek sistem, bentuk, kandungan, amalan dalam cara menguruskan sesebuah negara ataupun negeri itu.
Dr Hassan tidak menolak kemungkinan UMNO BN menggugurkan kepimpinan terdahulu berikutan kegagalan mereka memerintah Sarawak hingga menyebabkan rakyat hilang kepercayaan terhadap parti itu.
"Jadi tidak ada apa-apa pun yang ganjil atau luar biasa dalam PRN Sarawak, cuma beberapa orang tokoh-tokoh baru dijelmakan untuk menggantikan pimpinan lama yang mungkin telah gagal menjalankan tugas kerana mereka tidak disambung jawatan itu atau diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan atau mereka dibebankan oleh segala macam masalah peribadi."
Dr Hasan berkata, jika rakyat Sarawak menginginkan perubahan, mereka harus berani memilih parti yang dirasakan mampu membela nasib serta masa depan mereka.
Meskipun UMNO BN yakin akan menang mudah dalam pilihan raya negeri kali ini, hakikatnya Pakatan Rakyat mempunyai peluang yang sama berdasarkan kebanyakan dari mereka kini terdedah kepada maklumat dan sumber yang sahih tentang kepincangan yang berleluasa dinegeri kelahiran mereka.
"Kebangkitan suara-suara tertentu pada hari ini khususnya di kalangan umur pada 21-45 tahun di Sarawak begitu jelas, kita mengatakan persepsi setakat ini kepercayaan politik di Sarawak telah berubah dan berkembang."
Beliau menambah daripada pengamatannya, kepercayaan rakyat Sarawak terhadap dasar yang dibawa Pakatan Rakyat berada dalam lingkungan 40 peratus dan peratusan ini tidak mustahil akan meningkat dalam masa terdekat ini.
Ini berikutan Pakatan Rakyat berjaya membuktikan kemampuan mereka mantadbir 4 buah negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.
Semalam, Barisan Nasional (BN) Sarawak mengemukakan 25 peratus atau 18 orang calon muka baru bagi menggalas cabaran parti itu pada pilihan raya negeri 16 April ini.
Mereka terdiri daripada 10 calon Parti Pesaka Bumiputera Bersatu PBB (PBB), tujuh calon Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan satu calon Parti Rakyat Sarawak (PRS).
KEMAMAN - Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Chukai meneruskan agenda kebajikannya telah menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh seorang bekas ahli Umno sejak 20 tahun lalu.
Bersama jentera Pemuda, MTD Chukai telah membaikpulih rumah Encik Rosli Harun, 53, dari Kampung Pengkalan Pandang Luar dekat sini pada Sabtu 2 April.
Beliau ketika ditemui, menarik nafas lega apabila MTD Chukai bermurah hati membina baru bahagian dapur serta tandas di rumahnya.
Dengan rasa syukur dan terharu beliau mengucapkan terima kasih atas khidmat kebajikan yang dihulurkan oleh PAS meski pun keluarganya pernah menjadi ahli Umno.
(Gambar kiri - membaikpulih rumah Pak Rosli; Pengerusi MTD Chukai Hj Hanafiah (berbaju hijau 'turun padang' bersama bergotong-royong)
"Kami sekeluarga sangat bersyukur dan berterima kasih kepada pihak PAS. Saya sendiri terharu dengan bantuan ini meski pun pernah menjadi ahli Umno.
"Masalah lebih 20 tahun kami dapat diselesaikan oleh PAS khususnya, kepada bekas calon PAS di Dun Chukai ini, Haji Hanafiah Mat. Terima Kasih," ujarnya dengan nada sebak.
Katanya beliau tidak mampu untuk membaiki rumah tanpa bantuan kerana pendapatannya sebagai pemandu lori hanya RM900 sebulan, hanya cukup untuk saradiri dan keluarga sahaja.
Isterinya, Puan Rohmah Hasan, 47, mendakwa merasa malu kerana puluhan tahun hidupnya menumpang guna tandas surau berhampiran dengan rumah.
"Malu hendak cakap sebenarnya, selama lebih 20 tahun kami anak-beranak tumpang guna tandas surau di sebelah rumah ini.
"Rumah ini pun dibina hasil dari sumbangan kayu seorang hamba Allah dan sebahagian atapnya adalah pemberian kerajaan apabila rumah ditimpa pokok tumbang beberapa tahun lalu," jelasnya
Menurutnya, walaupun beliau pernah beberapa kali memohon bantuan kerajaan, tetapi tidak diluluskan, atas 'pandangan' pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) berkenaan.
Beliau mendakwa, JKKK hanya mengutamakan kroni dan suku sakat, walaupun suaminya mempunyai pertalian keluarga dengan isteri wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang juga Exco Kerajaan Negeri, Dato' Mohamed Awang Tera.
Anaknya, Noorhayati Rusli, 27, turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak PAS yang prihatin terhadap keluarga 'Pok Li' (Rusli).
Katanya, sejak dari kecil hingga dewasa ini cukup merasai kesusahan keluarga yang serba dhaif.
(Gambar kanan - Pak Rosli, isteri dan anaknya)
"Kami anak-beranak orang susah dan terpaksa menumpang kegunaan tandas surau yang kebetulan berada bersebelahan rumah ini.
"Saya ucap terima kasihlah kepada PAS dan sukarelawan yang membaikpulih bahagian dapur, bilik air dan tandas," ujarnya.
Sehubungan itu, Pengarah MTD Chukai, Hanafiah Mat merakamkan ucapan terima kasih kepada para dermawan bagi menjayakan program al-Falah Dun Chukai ini.
Katanya, pihak MTD telah membelanjakan hampir RM4000 membina sebuah dapur, bilik air dan tandas bagi keluarga Encik Rusli.
Menurutnya, seramai 30 orang sukarelawan PAS bergotong-royong selama empat hari bagi menyiapkan projek ini.
"Saya ucap terima kasih kepada para dermawan kita yang menyumbang kewangan, barang keperluan dan tenaga sukarelawan.
"Kita (MTD) belanja hampir RM4000 yang sepatutnya keluarga ini mendapat perhatian kerajaan negeri tetapi tidak dipedulikan.
"Secara peribadi, kesusahan rakyat menjadi sebahagian dari perjuangan serta denyut nadi saya dalam wadah PAS ini," ujarnya.
Oleh kerana, katanya keluarga 'Pok Li' (Rusli) ini bukan dari kalangan kroni JKKK menjadi punca sebarang bentuk bantuan dinafikan.
Tuntunkanlah kami supaya kami dapat melihat kebenaranMu ya Allah. Janganlah Kau BIARKAN DIRI KAMI SESAT KERANA TIDAK NAMPAK NUR MU. Sekiranya Engkau tidak membuka hijab daripada hati kami maka kami tidak akan berupaya untuk melihat mana yang benar mana yang salah.Maka kami akan sentiasa termasuk dalam golongan orang -orang yang mudah terpedaya lebih-lebih lagi oleh mereka yang telah Engkau sesat dan butakan mata hati mereka....Jangan sekali-kali Engkau biarkan kami secara kami tidak sedari termasuk dalam golongan orang-orang yang Engkau benci kerana kezaliman dan kedurjanaan mereka...selamatkanlah kami ya Allah...Amin
KUCHING, 5 April: PAS mensasarkan untuk menghantar sekurang-kurang seorang hingga tiga wakilnya ke dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak dalam pilihan raya negeri kali ini, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali.
Calon-calon wanita PAS adalah Puan Hani Shafi di Tanjung Datu dan Puan Noraini Hamzah (gambar kiri) di Muara Tuang.
Tiga lagi calon PAS adalah Pesuruhjaya PAS, Adam Ahid (foto atas kanan) kan bertanding di Sebuyau dalam Parlimen Batang Lupar.
Sementara itu, Abang Ahmad Kardee (foto kanan) seorang peguam muda anak tempatan Beting Maro akan bertanding di situ dalam pilihan raya kali ini. DUN ini juga terletak dalam Parlimen Batang Lupar di Sarawak Tengah.
Seorang lagi calonnya adalah Ketua Pemuda PAS Sarawak, Abang Eddy Allyanni Abang Fauzi yang akan bertanding di Sadong Jaya. Dalam pilihan raya umum 2008, Abang Eddy adalah calon PAS di Parlimen Batang Lupar namun tewas di tangan calon BN, Datuk Ruhani Karim.
Polis, Jabatan Pelajaran harus bertindak segera. Kini penduduk Negeri Sembilan menjadi sasaran serangan asid. 14 orang telah menjadi mangsa serangan asid di Kuala Lumpur, 2 orang di Mantin , Negeri Sembilan.
Orang ramai, terutama para pelajar yang berada di jalanan, di perhentian harus berwaspada. Sediakan air kosong secukupnya jika ada serangan asid.
Atau apakah polis dan agensi kerajaan di Malaysia dan Negeri Sembilan ini hanya sibuk dengan Video Lucah hingga mengabaikan keselamatan rakyat terutama pelajar sekolah ?
KUALA LUMPUR, 5 April: "Video tersebut bukti paling kukuh sesiapa yang benar-benar mengenali Datuk Seri Anwar bahawa tuduhan terbaru ini fitnah zalim dan palsu," kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau mengulas mengenai video seks yang mula-mula disiarkan di Carcosa Seri Negara baru-baru ini telah ditayangkan sebahagiannya di laman web-laman web tukang sorak Umno, semalam.
Semalam, sebahagian daripada rakaman video tersebut juga dimuat naik ke laman YouTube.
"Keluarga kami telah diuji dengan pelbagai dugaan sejak 1998. Pelbagai fitnah dan tuduhan telah dilemparkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim," ujarnya pada sidang media di kediamannya di Segambut, sebentar tadi. Turut hadir ialah Pengerusi DAP, Karpal Singh.
Tegasnya, setiap tuduhan tersebut adalah sendirinya terlalu berat, tetapi Anwar terpaksa melalui satu demi satu tuduhan yang busuk, jelek dan jijik.
"Dalam kes video terbaru ini, kami sekeluarga memutuskan untuk menonton sendiri rakaman tersebut," ujarnya.
Berikut kenyataan penuh beliau.
Semalam, video seks yang mula-mula disiarkan di Carcosa Seri Negara baru-baru ini telah ditayangkan sebahagiannya di laman web-laman web tukang sorak Umno.
Keluarga kami telah diuji dengan pelbagai dugaan sejak 1998. Pelbagai fitnah dan tuduhan telah dilemparkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Setiap tuduhan tersebut adalah sendirinya terlalu berat, tetapi Datuk Seri Anwar terpaksa melalui satu demi satu tuduhan yang busuk, jelek dan jijik.
Namun jika disenaraikan semua tuduhan tersebut, nyata sekali tidak masuk akal bagaimana Datuk Seri Anwar dapat melakukan kesemuanya yang bertentangan antara satu sama lain.
Dalam kes video terbaru ini, kami sekeluarga memutuskan untuk menonton sendiri rakaman tersebut.
Video tersebut adalah bukti paling kukuh bagi sesiapa yang benar-benar mengenali Datuk Seri Anwar bahawa tuduhan terbaru ini satu lagi fitnah zalim dan palsu.
Siapa lagi yang lebih mengenali beliau dengan begitu intim kalau bukan kami, keluarga terdekat beliau, yang telah bersama beliau dalam susah dan senang, khusus dari saat beliau berada di arus perdana kepimpinan negara hinggalah ke hari-hari beliau mulai pulih dari serangan apabila beliau dibebaskan daripada penjara.
Jelas kelihatan susuk tubuh badan pelaku dalam video tersebut amat berlainan daripada susuk badan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hal ini diperkukuh lagi memandangkan sejak lebih setahun yang lalu, anak-anak Datuk Seri Anwar Ibrahim sering menemani beliau setiap kali beliau pergi melakukan aktiviti senaman dan fisioterapi selaku sebahagian daripada aktiviti pemuliharaan kesihatan tulang belakang.
Oleh itu, kami sekeluarga berpendirian bahawa keluarnya video ini adalah satu lagi contoh taktik politik lucah yang diangkat dan dijulang Umno Barisan Nasional. Kami menolak sekeras-kerasnya politik sebegini dan mengajak rakyat Malaysia dalam bersama menegakkan keadilan dan menolak politik kotor. Kembalikan agenda perjuangan menuntut reformasi menyeluruh dalam sistem politik, ekonomi dan sosial negara.
Kami ingat firman Allah s.w.t dalam surah Al-Buruj, ayat 10: "Sesungguhnya orang-orang yang memfitnah (membuat keburukan) kepada lelaki beriman dan perempuan beriman, kemudian (daripada kedurjanaan itu) mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab neraka, dan bagi mereka azab yang membakar."
Dalam menghadapi dugaan ini, kami yakin ada hikmah di sebaliknya. Pendedahan sedutan video ini dibuat pada 4 April 2011 – ulangtahun ke-12 Parti Keadilan Nasional yang lahir daripada kegawatan politik negara.
Fitnah dan tohmahan ini berpunca daripada ketamakan terhadap kuasa dan politik yang sudah hilang nilai moralnya. Kita sewajarnya berbincang secara kritis perbezaan pandangan kita, bukan dengan serangan peribadi yang kotor dan hina.
Kami berharap semua rakyat tidak terperangkap dengan permainan Umno Barisan Nasional ini, sebaliknya meneruskan usaha menegakkan keadilan dan memperjuangkan kebenaran.
Kantoi jangan tak kantoi! Gambar di atas menerangkan segala-galanya!!
Kepada yang belum melihat video klip suntingan 2 minit dalam youtube, sila klik di sini untuk menontonnya terlebih dahulu (sekiranya sempat sebelum youtube memadam buat ke sekian kalinya). Kemudian sila amati analisis penting di bawah yang diakhiri dengan sebuah kesimpulan.
Pertama, cuba kita imbas kembali kata-kata Eskay yang sebelum itu dikenali sebagai Datuk T;
"Selepas meneliti, saya temui empat kamera litar tertutup (CCTV), saya kemudian cuba membuka dua laci dari meja solek berkenaan dan mendapati salah satu daripadanya berkunci.
"Saya cuba buka laci berkenaan dengan mengumpil kuncinya sebelum menemui perakam CCTV yang masih aktif, saya putuskan wayarnya dan ambil perakam itu," - Eskay
Sekarang dapatkah anda lihat kedudukan meja solek di dalam gambar di atas? Dalam keadaan bilik hotel yang serba sederhana, dengan hanya menawarkan katil, almari solek dan sebuah almari telivisyen, apakah yang boleh dijangka untuk satu lagi almari solek berlaci bersebelahan dengan tv? Itu hanyalah sebuah almari tv, bukan almari solek kerana almari solek terletak berhadapan dengan katil.
Sekarang cuba pula lihat perut gendut pelakon porno tersebut. Adalah sangat tidak serupa dengan perut milik anwar Ibrahim yang genetiknya kurus (sepertimana anak-anak DSAI yang kurus tinggi). Sangat jelas sekali, keboroian itu seperti seorang yang pemabuk todi.
Kepada yang sempat melihat video klip yang diedit untuk memasuki youtube, anda harus perasan saat ke 0.29 hingga 0.32, didapati bukan satu remote control yang dipegang tetapi dua. Satu untuk video kamera (yang didakwa CCTV) dan satu lagi remote TV. Seolah-olah orang ketiga dalam video tersebut ingin memastikan status video kamera itu dalam keadaan 'record'.
sila lihat 2 gambar di bawah;
Seolah-olah video kamera yang digunakan benar-benar berada di hadapan orang ketiga ini tanpa selindung, menguatkan lagi hujah rakaman ini adalah kemungkinan untuk kegunaan peribadi.
Seperkara lagi, tahukah anda tulisan berbahasa Thai yang tertera dalam video tersebut setelah dialih bahasa adalah menunjukkan nama sebuah jalan di bangkok. Phaholyothin Road Bangkok adalah nama jalan di mana terletaknya hotel yang kononnya dikatakan berlaku di sekitar Kuala Lumpur tetapi sebenarnya berlaku di Thailand. Lihat gambar di bawah dan klik gambar untuk pandangan lebih jelas;
Terdapat beberapa hotel di Phaholyothin Road Bangkok, dan aktiviti paling digemari sekitar Phaholyothin Road adalah aktiviti pelacuran. Justeru itu, masihkah anda percaya aksi ini berlaku di Kuala Lumpur sepertimana didakwa Trio yang dikepalai oleh Rahim Thambichik? Masihkah anda percaya dengan Trio pembawa fitnah jahat ?
Kesimpulan
Videoklip yang menjadi senjata fitnah terbaru terhadap DSAI ini adalah dikutip dari negara jiran kita iaitu Thailand. Secara kebetulan, wajah pelakon utama mempunyai mirip DSAI tetapi tidak kepada perutnya yang boroi. Jika benarpun Eskay mengaku bahawa dia adalah salah seorang lelaki yang ada dalam video tersebut, maka pelakon utama itulah Eskay !
Berbalik kepada mengapa saya katakan video tersebut dikutip dari ribuan video seks amatur Thai? Faktornya ialah pelacur itu, dan sarikata dalam video itu yang berbahasa Thai. Mengapa sarikata itu tidak dibuang (dengan cara cut kesemua di bawah aras sarikata tersebut)? Kerana ia akan menyebabkan ketulinan video tersebut tercalar sama sekali. Jadi mereka membiarkan sahaja sarikata itu seperti sediakala tanpa mengusiknya walau sedikitpun.
Kehilangan jam omega, mengumpil laci berkunci dan sebagainya adalah satu helah menyedapkan jalan cerita. Akhirnya klip yang sepanjang hampir dua minit yang telah diedit khas inilah yang akan dipapar satu negara waima dalam pejabat KEMAS, di kelas BTN ataupun di pejabat JKKKP. Mereka tidak akan tayang video penuh kepada semua orang dengan alasan, ianya menimbulkan aib, maka cukuplah dengan video klip yang masuk youtube ini.
Orang kebanyakkan pastinya hanya akan mahu melihat cebisan-cebisan video yang tidak mengandungi aksi ranjang dengan alasan, kurang sedikit dosanya berbanding melihat kesemua rakaman 21minit video asal. Pihak pengfitnah yang jahat akan mengambil peluang ini sebaiknya sedangkan video itu jika dilihat secara penuh terutamanya ketika perut buncit itu kelihatan lebih jelas, barulah orang boleh memberi penilaian lebih tepat.
Kesimpulan dipermudahkan seperti berikut - Video 21 minit ini adalah satu dari ribuan video klip seks amatur yang boleh didapati di Thailand. Pelakon mirip DSAI tetapi saya yakin 110% bukan DSAI berdasarkan postur tubuh badan beliau. Di atas mirip yang sama ini, kesempatan di ambil walaupun dengan tanpa memadam sarikata berbahasa Thai tersebut.
Anwar Ibrahim yang difitnah untuk ke sekian kali menerbitkan rasa simpati yang lebih besar terhadapnya. Sekali lagi saya nyatakan bukan kerana sosoknya Anwar tetapi kerana keadilan untuknya.
Namun sedikit ingin saya sentuh, di manakah perginya hulubalang-hulubalang AMK yang menang atas nama 'wahyu' dalam pemilihan 2010 tempohari? Apakah strategi yang dirancang oleh AMK untuk mengekang asakan pengfitnah jahat ini selain daripada mengheret DSAI untuk membuat laporan polis?? Saya melihat kita sejak dari awal bertindak defensif sekali, macam kaldai tunggu disembelih!
Cuba lihat tindakkan pantas chegubard. Bukan saya nak lambung puji kepada chegubard, saya yakin beliau tak hidup dek puji tak mati dek maki. Tetapi tindakkan awal beliau wajar di puji. Berita dari rangkaian TV Selangor saya jumpa ketika menulis artikel ini dan antara petikan dari Chegubard adalah seperti di bawah;
"Klip itu adalah dari sumber yang sama tetapi ia di edit (sunting) sedemikian rupa untuk meyakinkan (orang ramai). Tetapi tempat-tempat yang begitu ketara, hodoh dan tidak sama dengan Anwar tidak disiarkan. Ini memang kita sudah jangkakan berlaku" - chegubard
Akhir sekali, adalah menjadi tanggungjawab kita di lap-lap terakhir ini untuk menyampaikan keyakinan kita untuk diyakinkan kepada mereka yang tersentap akibat dari pendedahan klip suntingan yang memberi kelebihan kepada pengfitnah jahat. Perlawanan kita sudah masuk ke lap yang terakhir yakni lap yang penuh dengan selekoh-selekoh tambahan. Pusingan terakhir ini, kita akan lawan habis-habisan!! Mereka fitnah, dan kita lawan !! Mereka tetap fitnah dan kita tetap lawan !!
Lawan fitnah jahat ini hingga ke penghujung nyawa, nescaya kalau kita mati dalam perjuangan ini sekalipun, kita berjuang menentang yang bathil!
Media Ubn bukan main pukul canang duk tayang video 3 Tummy pada waktu perdana semalam..Aku pulun perati kot kot jelas muka anwar tapi malangnya tak jelas jugak.
Arahan PDRM supaya tiada spekulasi tidak kena pada media Ubn ke?
Video tipu dan diedit secara sembrono menampakkan kejahatan dan kezaliman Ubn sendiri.(KPN kata beliau dapat ORI punya).
Kenapa tak ditayangkan kesemuanya 21 minit itu?
Jika pihak media Ubn sendiri berani melanggar undang undang ,dimanakah perlunya lagi undang undang untuk rakyat Malaysia?
Sosok dan lenggok itu bukan Anwar: Nik Nazmi
Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, berdasarkan video palsu yang dimuat turun di laman web You Tube, jelas individu di dalam rakaman berkenaan bukan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Selepas menonton video tersebut, kenyataan awal saya terbukti benar memandangkan sosok dan lenggok badan watak utama, termasuk perut yang menonjol jelas sekali bukan sosok badan Anwar.
"Hakikat ini mungkin tidak jelas bagi mereka yang tidak mengenali Anwar secara dekat, tetapi sebagai bekas Setiausaha Sulit beliau selama dua tahun saya tahu bahawa itu bukan Anwar,"
"Apatah lagi saya mengenali keperibadiannya sebagai seorang Muslim dan pemimpin keluarga yang baik," jelas beliau dalam satu respon segera yang dihantar kepada Keadilandaily petang ini.
Beliau mengulas tindakan Umno, melalui blogger mereka yang memuat turun sedutan rakaman tersebut di laman You Tube hari ini.
Menurut Nik Nazmi, jelas sekali tayang video berkenaan kepada umum bermotifkan politik ketika Pilihan Raya Negeri sedang rancak di Sarawak.
Justeru itu beliau mengemukakan enam persoalan asas yang masih belum terjawab berhubung video fitnah tersebut:
1. Mengapa Rahim Tamby Chik, Shazril Eskay dan Shuib Lazim tidak berani mendedahkan diri mereka ketika mula-mula menayangkan video kepada editor-editor kanan milik Barisan Nasional di Carcosa?
2. Siapakah individu ketiga dalam video tersebut? Kehadiran lelaki ketiga yang bertindak seperti pengarah video menggambarkan ini bukan rakaman CCTV rahsia sebagaimana didakwa Dato' T.
3. Adakah mereka tidak yakin dengan kewibawaan moral mereka sendiri ataupun khuatir bahawa rakyat akan menyimpulkan video ini satu lagi usaha UMNO-Barisan Nasional untuk menyerang Anwar memandangkan ketiga-tiga mereka mempunyai hubungan dengan UMNO khususnya Tun Dr. Mahathir Mohammad dan Datuk Seri Najib Tun Razak?
4. Dato' T mendakwa video ini dirakam di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Namun tulisan di dalam video tersebut (di dalam bahasa Thai) apabila diterjemah menyebut "Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011". Adakah video ini sebenarnya video lucah Thai yang tiada kaitan dengan Malaysia?
5. Mengapa UMNO diam membisu tentang pandangan tiga mufti: Dr Juanda Jaya (Perlis), Datuk Tamyes Abd Wahid (Selangor) dan Datuk Mohammad Shukri Mohammad (Kelantan) yang meminta umat Islam mengesahkan dulu sebarang maklumat yang datang daripada pihak yang fasik? Malah, Tan Sri Harussani Zakaria (Perak) juga mengeluarkan pandangan serupa tetapi menurutnya tidak dilaporkan Utusan Malaysia.
6. Mengapa pihak polis yang tegas memberi amaran kepada orang ramai jangan mengedar video Chua Soi Lek dahulu (yang diakui Soi Lek sendiri benar) tidak mengambil pendekatan sama kali ini?
Sehubungan itu, Nik Nazmi menyeru rakyat Malaysia supaya tidak termakan dengan politik fitnah, kotor dan keji yang dibawa Umno- Barisan Nasional.
"Pada awal tahun ini rakyat menaruh harapan terbitnya Buku Jingga Pakatan Rakyat akan memulakan budaya baru politik mengenai idea dan polisi yang menandakan kematangan masyarakat negara kita.
"Malangnya bukan sahaja Najib menolak berbahas mengenai buku jingga, tetapi dalam keadaan beliau terdesak kini nampaknya membiarkan budaya politik busuk terus bermaharajalela. Ketika arus demokrasi berkembang pesat di seluruh dunia, politik Malaysia nampaknya masih lagi pada takat yang lama," ujar beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan