Sekitar jam 3.00 petang tadi, berakhirlah sesi mesyuarat agung tahunan Dewan Pemuda Pas Tanjung Malim kali ke 9. Perasmian mesyuarat agung kali ini telah disempurnakan perasmiannya oleh naib ketua Pemuda Negeri Perak, sdr Salman bin Salleh.
Pas Kawasan Tanjung Malim telah diwakili oleh AF Ustaz Mohd Shafie Hamid yang telah berucap bagi pihak Pas kawasan.
Pemilihan jawatankuasa tahun ini telah melantik ketua pemuda yang baru menggantikan Tn Hj Aminuddin Zulkipli yang telah tamat tempoh kepemudaannya. Walau bagaimanapun, dalam agenda pemilihan Jawatankuasa Pas Kawasan sesi 2011-2013, para perwakilan telah memilih Tn Hj Aminuddin Zulkipli sebagai calon YDP bagi sesi pemilihan mesyuarat agung Pas Kawasan pada 24 April akan datang.
Selain itu, turut dicalonkan ialah Ust Nik Abdul Hadi (Timbalan), Tn Hj Junid (Naib) dan Tn Hj Salam (Ketua Urusan Ulama'). bagi jawatan AJK, pihak perwakilan telah memberi mandat kepada kepimpinan pemuda yang baru dilantik di bawah pimpinan Sdr Junaidin Yusop untuk mencadangkan pencalonan.
Pastikan semua ahli Pas kawasan Tg Malim hadir ke mesyuarat agung tahunan nanti sebagai memenuhi tanggungjawab ahli parti. Jangan lepaskan peluang dan hak anda untuk menentukan kepimpinan yang dapat membawa Pas Tg Malim lebih ke hadapan pada masa akan datang. Insyaallah.
PARIT BUNTAR, 4 April : Ketua Penerangan PAS Perak , Drs. Khalil Idham Lim berkata ugutan BN terhadap rakyat Sarawak sudah bermula apabila Datuk Seri Mustapa Mohamed mengungkapkan "maka rakyat yang ruginya" jika tiada sokongan rakyat Sarawak terhadap BN pada pilihanraya 16 April ini.
"Saya ingin sebut bahawa ugutan sebegini tidak perlu dilayan kerana sebelum ini pun Sarawak telah ditipu untuk ke sekian kalinya oleh BN walaupun mereka berjanji untuk membantu seluruh rakyat Sarawak," katanya ketika ditemui di sini.
YB Khalil yang juga ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak menjelas rekod tidak bersih BN di Sarawak selama ini sebagai penanda aras prestasi BN di Sarawak amat teruk dan situasi ini perlu wujud perubahan segera dengan memilih Pakatan Rakyat pada 16 April ini.
"Saya ulangi sekali lagi bahawa seluruh rakyat Sarawak perlu tumbangkan BN dan mereka (BN) perlu ditolak melalui kertas undi nanti," jelasnya.
Tambahnya rakyat tidak perlu takut untuk berubah dan memilih Pakatan Rakyat , apagi melihat contoh negeri Kelantan sendiri sehingga sekarang tidak ada sebarang masalah walaupun BN memulau negeri tersebut.
"Kita boleh lihat sendiri sehingga sekarang tiada lagi rakyat Kelantan yang mati kebuluran walaupun tidak ada kerjasama baik antara kerajaan negeri dan persekutuan, di Sarawak BN cuma ingin mewujudkan perasaan takut terhadap rakyat untuk menjaga kepentingan elit BN untuk terus mengaut kekayaan," jelasnya lagi.
Dalam pada itu beliau yang juga Adun Titi Serong Menjelaskan lagi bahawa BN tidak ikhlas terhadap rakyat dengan mengeluarkan kenyataan sebegitu.
"Ini ugutan, bukannya nasihat dan bantuan untuk menghilangkan beban rakyat, rakyat Sarawak perlu tolak kerajaan BN yang tidak ikhlas," katanya.
"BN perlu dihukum diatas keangkuhan mereka ini, hukum mereka pada 16 April ini," ujarnya lagi.
"Menyatakan ungkapan bahawa rakyat Sarawak bakal rugi jika tidak menyokong BN adalah ugutan yang tidak dapat diterima dalam suasana politik yang sihat apatah lagi apabila dikaitkan dengan slogan demokrasi yang dilaung-laungkan oleh BN sendiri," katanya ketika mengakhiri sesi temuramah.
KLANG : Tiga tunjuk perasaan di Lembah Kelang hari ini menzahirkan sikap pilih kasih polis dalam menjalankan tugas mereka, sungguhpun badan itu mendakwa ia bebas dan berkecuali.
Lebih seratus anggota polis dikerah untuk menghalang demonstrasi Anti Loji Nuklear yang dianjurkan Pakatan Rakyat di Pulau Ketam pagi tadi, sehinggan memaksa majlis itu terpaksa dialihkan ke tempat lain.
Ahli Parlimen Klang Charles Santiago dan hadiri dihalau dari kawasan jeti Pulau Ketam yang menjadi lokasi asal perhimpunan aman itu.
Satu lagi demonstrasi bersabit isu novel Interlok yang membabitkan wakil rakyat Pakatan Rakyat di Batu Caves juga dihalang polis.
Sekurang-kurangnya dua orang termasuk Ahli Parlimen Teluk Intan M.Manogaran di tahan.
Namun, di sebelah petang, polis bermurah hati apabila membenarkan demonstrasi anjuran Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) yang disokong oleh Umno berjalan tanpa halangan di Kelang.
Malah penunjuk perasaan pro-Umno dibenarkan berkumpul betul-betul di halaman Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara di sini hari ini, dan mencetuskan pelbagai tafsiran orang ramai yang lalu-lalang di situ.
Penunjuk perasaan berkenaan kemudian dibenarkan mencaci keperibadian Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Malaysia, sekali lagi tanpa polis mengambil sebarang tindakan.
Pengerusi DAP Klang Ivan Ho Fook Keong berkata cara polis menangani tunjuk perasaan jelas menunjukkan badan itu tidak professional dan berkecuali sebagaimana
yang diharapkan oleh rakyat.
"Kami hendak adakan perhimpunan aman tetapi dihalang polis. Tetapi kalau UMNO nak buat demonstrasi jalan raya, polis menggalakkan mereka," kata beliau.
Ivan merujuk kepada demonstrasi 'kepala lembu' di shah alam dan beberapa tunjuk perasaan anjuran penyokong Umno yang tidak dihalang oleh polis, semata-mata
kerana yang disasarkan adalah Pakatan Rakyat.
"Tetapi apabila kami berhimpun secara aman,kami diugut akan ditangkap," kata Ivan.
KUALA LUMPUR, 4 April: Ahli PAS khususnya di Kelantan dinasihatkan tidak memandang remeh Gelombang Merah yang dilancar Umno negeri itu, jika mahu menyelamatkan pemerintahan Islam yang sudah 20 tahun di negeri itu.
Exco Penerangan Kerajaan Kelantan, Datuk Dr Mohammed Fadzli Datuk Hassan berkata, biarpun masuk penggal ke-5 memerintah negeri itu, ahli PAS jangan berasa selesa kerana kerajaan PAS Kelantan bukanlah kebal.
"Kita tidak boleh pandang enteng, sebab dari sudut sejarahnya pun, PAS pernah perintah Kelantan, tapi kita jatuh, kita tidak kebal.
"Dalam pilihan raya kecil baru-baru ini, kita hampir kalah di Manek Urai dan kalah di Galas," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau ditemui selepas merasmikan program pemukiman kedua bloger PAS dan Pakatan Rakyat, anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan di ibu negara semalam.
Tambah beliau lagi, jika tiada usaha kuat dari ahli PAS, maka tidak mustahil Umno akan kembali menguasai Kelantan.
Apatah lagi ujarnya, Umno boleh bertindak apa sahja kerana tidak mempunyai batas undang-undang dan akhlak.
Malah lebih besar dari itu, perubahan dan penerapan nilai Islam yang dibuat selama 20 tahun oleh kempimpinan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hanya akan berkubur begitu sahaja.
Sepanjang 20 tahun katanya, PAS telah melaksanakan hampir semua perubahan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri termasuk mengharamkan penjualan arak dan premis judi di negeri itu.
Berkenaan undang-undang hudud pula katanya, kerajaan negeri telah meluluskan perkara itu namun perlaksanaannya terhalang kerana di bawah bidang kuasa pusat.
"Tok Guru (Nik Aziz) selalu tanya, kenapa Umno nak lagi rampas Kelantan. Kita dah buat hampir semuanya dah.
"Kalau nak Kelantan nak buat macam negeri Umno lain, itu bermakna mahu meruntuhkan Islam di Kelantan," katanya lagi.
Sehubungan itu katanya, kerajaan Kelantan telah melancarkan kempen 'Selamatkan Islam, Tolak Jahiliyah' untuk berdepan Gelombang Merah Umno negeri itu.
SHAH ALAM - Anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Izzah dan ibunya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak sekali-kali akan bersumpah laknat meskipun polis sudah sahkan video seks yang didakwa membabitkan pemimpin PKR itu tulen.
Nurul Izzah berkata, beliau sudah menyatakan pendirian yang jelas mengenai perkara itu menerusi berita yang disiarkan sebuah portal dan mungkin orang yang mendesaknya berbuat demikian tidak mengikuti perkembangan dirinya dan keluarga, sebaliknya mahu terus menabur fitnah.
"Perkara ini tak timbul lagi. Siapa kata saya berdiam? Saya sudah buat kenyataan. Orang itu yang mungkin tak ikut perkembangan," katanya ketika diminta mengulas desakan Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahana Jamaluddin supaya dua beranak itu bersumpah bagi membuktikan mereka 'bersih' dan tidak bersubahat dengan Anwar.
"Tidak perlu saya dan ibu bersumpah kerana ikut hukum Islam, tuduhan zina mesti bersaksi dan usaha mengaibkan sesama Islam sangat dikecam, " katanya.
Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Naib Presiden PKR berkata, beliau dan keluarga sentiasa berpegang kepada hakikat Allah Maha Mengetahui dan Maha Pembela, lebih-lebih lagi bagi mereka yang teraniaya.
"Apa yang terbaik untuk kami lakukan adalah bersabar, bertenang dan berdoa serta tumpukan pada perjuangan. Kami tidak akan melayan tindakan sembarangan," katanya.
Dalam kenyataan disiarkan 1 April lalu, Farahana berkata, Dr Wan Azizah dan Nurul Izzah perlu bersihkan diri daripada persepsi mereka bersubahat bagi menutup kebenaran dalam isu video seks demi kepentingan politik.
"Kegagalan bersumpah memberi gambaran mereka cuba menyelamatkan Anwar," katanya.
Ditanya perasaannya menghadapi situasi ini, Nurul Izzah berkata: "Anak mana tidak sedih dengan perkara itu (dakwaan video lucah)."
:Anak sulung daripada enam beradik itu berkata. mereka sekeluarga akan terus cari kekuatan dengan berdoa melawan tuduhan itu.
"Keberanian kami sudah memadai dan sumpah laknat tidak diperlukan," tegasnya.
Jumaat lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar �sahkan rakaman video aksi seks yang dikatakan melibatkan pemimpin pembangkang itu adalah tulen.
Pengesahan itu dibuat pakar profesional yang dilantik polis minggu lalu dan hasil siasatannya akan diserahkan kepada Peguam Negara dalam masa terdekat.
KUALA LUMPUR, 4 April: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan penahanan Kadir Hashim, yang juga seorang OKU ( orang kelainan upaya) di bawah Akta Keselamatan (ISA) bertujuan untuk tenggelamkan isu panas terutama dalam pilihan raya negeri Sarawak.
Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata, PKR dengan tegas dan sekeras-kerasnya mengutuk penahanan tanpa bicara Saudara Kadir Hashim yang jelas membelakangi hak asasi manusia.
"Justeru, penahanan ini sebenarnya hanya bermotifkan politik dan sengaja untuk menenggelamkan isu-isu panas yang berkaitan dengan pilihan raya Negeri Sarawak yang semakin hampir," katanya.
Kadir Hashim, 42, ditahan polis mengikut Seksyen 73 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kampung Kerinchi di sini, petang 1 April lepas.
Kadir adalah seorang ahli PKR ditahan dalam serbuan melibatkan 20 anggota polis berpakaian preman di rumahnya kira-kira pada jam 6.50 petang, lapor KeadilanDaily.
Perkara itu disahkan Mohamad Izhar, Ketua Angkatan Muda Keadilan Lembah Pantai.
Beliau menganggap penahanan itu tidak masuk akal kerana Kadir adalah seorang peniaga tomyam OKU yang memiliki sebelah tangan dan mustahil untuk terlibat dalam 'gerakan subversif' seperti didakwa polis ketika membuat tangkapan.
Dalam pada semua masyarakat sivil menentang amalan penahanan tanpa bicara, tiba-tiba orang ramai dikejutkan dengan penahanan Kadir Hashim di bawah Akta Keselamatan (ISA).
Bagi Wan Azizah (gambar bawah), ini menunjukkan bukan sahaja Kerajaan tidak mengendahkan desakan rakyat tetapi ia menggambarkan BN sudah terlalu angkuh.
Apatah lagi Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor Jumaat lalu telah meluluskan Usul Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
"Kita difahamkan Kadir Hashim dikaitkan dengan militan di Cambodia. Jika benar dakwaan tersebut, Kadir hendaklah dibawa kemuka pengadilan, dibicarakan dan dibenarkan membela diri.
"Negara ini mempunyai cukup akta dan undang-undang yang boleh digunakan umpamanya Akta Polis dan Kanun Keseksaan," katanya.
PKR, katanya, dengan tegas dan sekeras-kerasnya mengutuk penahanan tanpa bicara Saudara Kadir Hashim yang jelas membelakangi hak asasi manusia.
" Keadilan dengan ini terus mendesak supaya akta zalim ISA dimansuhkan dan kesemua tahanan yang ada didakwa di mahkamah dan dibicarakan di bawah peruntukan undang-undang sedia ada.
"Keadilan sedar bahawa ketenteraman awam itu adalah penting dan mesti dipertahankan tetapi penahanan tanpa bicara melalui ISA itu jelas sekali zalim dan di luar kemanusiaan," tegasnya.
SARIBAS : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan Rakyat tetap dengan pendirian bahawa pertandingan pada pilihanraya negeri Sarawak 16 April depan hendaklah berlandaskan kepada prinsip satu lawan satu.
Anwar berkata kesepakatan ini telah dicapai di antara KEADILAN, PAS dan DAP yang memungkinkan gagasan tersebut memenangi undi popular sebanyak 51 peratus di Semenanjung pada Pilihanraya Umum ke-12, tiga tahun lalu.
"Kita melalui KEADILAN, PAS dan DAP telah bersetuju untuk lawan satu lawan satu. Ini yang menyumbang kepada kemenangan besar kita di Semenanjung pada 2008. Tapi ada satu parti kecil yang sudah digantung sekian lama dan hampir mati, tiba-tiba di pilihanraya ini mahu bertanding berpuluh-puluh kerusi.
"Dari mana dia dapat kekuatan ini kita tidak tahu, dari mana dia dapat wang sebegitu banyak kita pun tidak tau," kata Anwar ketika bercakap kepada hampir 200 penduduk Melayu di Kampung Tuie, Betong di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Saribas.
Bagaimana pun Ketua Umum KEADILAN itu yakin rakyat mampu memilih Pakatan Rakyat pada pilihan raya negeri Sarawak ke-10 16 April depan kerana sedar mereka telah ditipu oleh Barisan Nasional selama ini.
"Kita tengok dalam kes PKFZ, tanah rakyat miskin diambil dengan harga yang amat murah, puak-puak ini (BN) di mana-mana pun akan menipu rakyat.
"Kali ini saya yakin rakyat Sarawak akan tempa sejarah yang amat berharga dengan membawa perubahan yang diidamkan selama ini," tegas Anwar.
Beliau berkata BN tidak pernah mahu memahami hasrat dan hati nurani rakyat yang hanya mahu mempertahankan hak mereka yang telah dinafikan sejak puluhan tahun terutamanya dalam isu rampasan tanah adat NCR.
Anwar mengulangi janji beliau untuk menurunkan harga minyak sebaik sahaja Pakatan Rakyat berjaya menubuhkan kerajaan Persekutuan yang baru pada PRU ke-13 nanti.
"BN tak pernah tahu turunkan harga baik minyak, barang makanan sehingga rakyat menderita. Kali ini kita turunkan mereka (dari tampuk kekuasaan) dan kita naikkan sebuah kerajaan yang prihatin dan adil kepada rakyat," ujar Anwar lagi.
KUALA LUMPUR, 4 April — PAS Selangor berharap kesemua kerajaan negeri diterajui Pakatan Rakyat (PR) akan ikut langkah Selangor yang memutuskan untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika pusat memanggil pilihan raya umum ke-13 sebelum Mac 2012.
Ketua Penerangannya, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, pihaknya yakin langkah itu akan membolehkan 'risiko' jentera Barisan Nasional (BN) bertumpu di Selangor dapat dielakkan.
Pendirian PAS Selangor ialah negeri-negeri lain, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan akan bubarkan DUN serentak dengan Selangor selepas Mac 2012... jika ini dilakukan, kita boleh mengelakkan jentera BN hanya tumpu di satu negeri.
PAS selari dengan pendirian yang diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Jumaat lalu bahawa DUN Selangor tidak akan dibubarkan sebelum 2012.
PAS pun merasakan tempoh selepas Mac 2012 adalah sesuai kerana empat tahun selepas pilihan raya umum 2008, dan kita boleh menunjukkan hasil pentadbiran kerajaan di bawah Pakatan Rakyat.
Khalid berkata DUN Selangor tidak akan dibubarkan tahun ini walaupun kerajaan pusat bertindak membubarkan Parlimen.
Abdul Khalid berkata, beliau hanya akan membuat keputusan sama ada untuk membubarkan DUN selepas Mac 2012 kerana mandat kerajaan negeri sekarang hanya akan berakhir pada 2013.
"Ada desas-desus bahawa Kerajaan Persekutuan juga sedang menimbang untuk pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13 lebih awal daripada tempohnya," katanya.
Khalid dipetik berkata, keputusannya untuk tidak mengikut jadual pilihan raya kerajaan persekutuan kerana di bawah sistem persekutuan, negeri mempunyai hak dan kedaulatan untuk menentukan tarikh DUN akan dibubarkan seperti yang dilakukan Sarawak.
Ia beri saya satu tempoh kira-kira setahun. Kini kita boleh nilai keberkesanan program kita.
Tahun lalu, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata beliau berharap kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat akan mempertimbangkan kepada soal risiko tumpuan jentera pilihan raya BN jika memutuskan untuk mengadakan pilihan raya berasingan.
Pakatan Rakyat juga menerajui kerajaan negeri Kedah dan Pulau Pinang.
Roslan Shahir berkata bagaimanapun pihaknya sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya peringkat Parlimen jika BN memutuskan untuk memanggil pilihan raya awal.
Kami, PAS sudah menggerakkan jentera pilihan raya sejak Januari lalu. Kalau diadakan pilihan raya Parlimen awal, kami pun sudah bersedia.
PELABUHAN KLANG - Lebih 60 penduduk Klang dan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) berhimpun di Jeti Pulau Ketam, di sini pagi semalam sebagai bantahan pembinaan loji nuklear di daerah berkenaan.
Bantahan anjuran Pemuda Pas Kawasan Klang bersama pimpinan PR Klang itu menolak sebulat suara berkenaan pembinaan loji di daerah ini termasuk seluruh Malaysia.
Ketua Penerangan Pemuda Pas Klang, Mohd Prasad Hanif berkata, bantahan itu berikutan kesan negatif kepada rakyat dari segi radiasi.
"Perkara ini amat ditakuti sepertimana yang melanda Jepun baru-baru ini. Kesannya amat besar sehingga boleh melumpuhkan sistem ekonomi, fizikal dan pentadbiran negara," katanya.
"Kami sarankan Kerajaan mempertimbangkan sumber alternatif terutamanya sumber tenaga solar.
"Dalam usaha ini, pengguna boleh memasang panel solar di bumbung rumah, namun, kelebihan tenaga yang terhasil dari panel tersebut juga boleh dijual kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB)," katanya.
Beliau berkata, langkah ini turut menguntungkan TNB dan orang ramai selain mengurangkan penggunaan tenaga elektrik.
"Perkara tersebut harus dilaksanakan terlebih dahulu sebelum kuasa nuklear dipertimbangkan.
Dalam pada itu katanya, Pemuda Pas Klang juga melahirkan kekecewaan terhadap tindakan polis yang tidak membenarkan protes ini dijalankan walaupun secara aman.
Hadir sama, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan Ketua PKR Cabang Klang, Yew Boon Lai.
Sementara itu, Charles kesal kerana permit yang dipohon tidak mendapat kelulusan polis.
Charles berkata, pihaknya telah memohon permit Khamis lalu, namun, ditolak tanpa alasan kukuh.
"Tujuan demonstrasi hanyalah untuk menyampaikan mesej kepada kerajaan bahawa rakyat tidak mahu pembinaan loji ini diteruskan terutamanya di kawasan Klang. berikutan ia memberi kesan buruk sekiranya berlaku kebocoran seperti di Jepun." katanya.
Pada 14 Mac lalu, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, kerajaan sentiasa mengamalkan sifat terbuka dan mendengar pandangan rakyat terhadap rancangan mendirikan loji elektrik nuklear di negara ini.
Menurutnya, setiap perkembangan berhubung rancangan itu akan dimaklumkan kepada orang ramai dan hanya dilaksanakan sekiranya terbukti bersesuaian dan diterima rakyat.
TRIPOLI - Pasukan tentera pemimpin Libya, Muammar Gaddafi menyerang sebuah bangunan di Misrata semalam, cuba untuk mengusir pemberontak dari benteng terakhir mereka di barat Libya di mana ratusan dilaporkan terbunuh.
Seperti di bandar-bandar lain, penduduk Misrata turut menentang kepimpinan Gaddafi dalam pemberontakan Februari lalu di mana pasukan tenteranya mengawal sebahagian besar barat Libya, menyebabkan sistem komunikasi dan bekalan makanan ke bandar itu terputus.
Terdahulu, serangan bom di Misrata terkena sebuah bangunan yang sebelum ini digunakan untuk merawat pemberontak yang cedera dalam pertempuran, menyebabkan sekurang-kurangnya seorang terbunuh dan beberapa lagi cedera.
Selepas beberapa minggu diserang, pasukan tentera kerajaan secara berperingkat berjaya melonggarkan kuasa pemberontak di kawasan itu walaupun serangan udara Barat menyerang penyokong pro-Gaddafi.:
Namun, jurucakap pemberontak mengatakan mereka masih menguasai bandar ketiga besar Libya itu dan pelabuhan negara itu.
1. Bagi makan dan minum, kita amat dituntut untuk makan dengan tangan kanan. Makan menggunakan kiri adalah dilarang kerana ia menyalahi arahan Nabi dan terdapat ancaman baginda terhadap orang yang melakukannya. Di antara hadisnya ialah;
Dari bin Abi Salamah -yang merupakan anak kepada Ummu Salamah iaitu isteri Nabi- menceritakan; "Aku adalah kanak-kanak yang tinggal serumah dengan Rasulullah –sallallahu 'alaihi wasallam-. (Suatu hari aku makan bersama beliau) dan ketika makan itu tanganku bergerak ke segenap dulang (untuk mengambil makanan).
Lalu beliau berkata kepadaku; "Wahai anak! Mulakanlah makan dengan menyebut nama Allah, makanlah dengan tangan kanan dan makanlah makanan yang hampir denganmu". Sejak selepas itu, berterusan adab tersebut menjadi cara makanku. (Soheh al-Bukhari, kitab at-At'imah)
Berkata Imam as-San'ani (mengulas hadis di atas); Hadis ini menjadi dalil bahawa wajib makan dengan tangan kanan kerana Nabi mengarahkannya[1] di samping ditegaskan lagi oleh Nabi bahawa Syaitan makan dan minum dengan tangan kiri[2] dan perbuatan Syaitan diharamkan ke atas manusia untuk mengikutinya.
Begitu juga, diceritakan; Seorang lelaki makan dengan tangan kiri di hadapan Nabi, lalu baginda berkata kepadanya; "Makanlah dengan tangan kanan kamu". Lalu lelaki itu menjawab; "Aku tidak boleh".
Nabi lalu berkata (mendoakan); "Semoga kamu akan benar-benar tidak boleh" kerana tidak menghalangnya dari mematuhi arahan Nabi itu melainkan kerana sombong. Setelah itu lelaki tersebut tidak dapat lagi mengangkat tangannya ke mulut" (HR Imam Muslim).
Nabi tidak akan mendoakan yang tidak baik melainkan ke atas orang yang meninggalkan perkara wajib (menunjukkan makan dengan tangan kanan itu adalah wajib). (Subulussalam, Imam as-Son'ani, kitab an-Nikah, bab al-Walimah)
Dikecualikan jika seseorang itu tidak berdaya, seperi tangan kanannya terpotong, lumpuh, sakit atau sebagainya, maka ketika itu haruslah ia makan dengan tangan kiri kerana seseorang tidak disuruh lebih dari kemampuannya.
Maksud makan ialah kita menyuap makanan ke dalam mulut. Itu yang dituntut dengan tangan kanan. Adapun memindahkan makanan dari hidangan ke dalam pinggan kita (seperti menceduk makanan dari bekas di hadapan kita ke dalam pinggan kita),
itu tidaklah dinamakan makan. Jika kita dapat menggunakan tangan kanan, itulah yang sebaik-baiknya. Namun jika kita merasakan memegang sudu dengan tangan kanan yang telah dicemari makanan akan menimbulkan perasaan tidak enak orang lain yang makan bersama kita, tidak mengapa kita menceduk dengan tangan kiri.
Ini kerana adat dan pandangan manusia setempat juga di ambil kira oleh Islam selagi ia tidak bertentangan dengan Syariat.
Urusan-urusan yang disunatkan dengan tangan kanan
2. Adapun urusan-urusan yang lain, para ulamak membahagikannya kepada dua jenis;
a) Urusan-urusan yang mulia
b) Urusan-urusan yang tidak mulia atau kurang mulia berbanding yang pertama.
Urusan-urusan yang mulia, disunatkan kita menggunakan tangan kanan atau mendahulukan tangan kanan. Contohnya ; mengambil wudhuk (sunat mendahulukan anggota kanan dari yang kiri), mandi wajib atau mandi sunat (sunat memandikan sebelah kanan badan terlebih dahulu), memakai pakaian,
kasut dan selipar, memakai seluar, memasuki masjid, bersugi (memberus gigi), bercelak, memotong kuku, menipiskan misai, mencabut bulu ketiak, mencukur rambut, memberi salam di hujung solat, keluar dari tandas, makan, minum, berjabat tangan, melambai Hajar Aswad, mengambil sesuatu dari orang lain dan memberi sesuatu dan urusan-urusan lain yang semakna.
Adapun urusan-urusan yang tidak mulia atau kurang mulia berbanding di atas, disunatkan kita menggunakan tangan kiri atau mendahulukan yang kiri dari yang kanan. Contohnya; membuang hingus, beristinjak (membasuh kencing dan berak), memasuki tandas, keluar dari masjid, ketika menanggalkan sepatu/kasut, seluar, pakaian dan selipar, melakukan perkara-perkara yang kotor dan yang seumpamanya lagi.
Dalil bagi kaedah atau ukuran di atas ialah hadis-hadis yang banyak, antaranya;
a) Dari 'Aisyah menceritakan; "Rasulullah menyukai (mendahulukan) sebelah kanan bagi semua urusannya; ketika bersuci, ketika menyisir rambut dan ketika memakai sepatu" (HR Imam al-Bukhari dan Muslim).
Sebahagian ulamak mengulas; Rasulullah suka mendahukan sebelah kanan adalah untuk membina harapan baik kerana ahli syurga adalah dari golongan kanan (Ashabil-Yamin). (Fathul-Bari)
b) Aisyah menceritakan juga; "Adalah tangan kanan Rasulullah beliau gunakan untuk bersuci (wudhuk) dan makan. Adapun tangan kirinya beliau gunakan untuk membasuh kencing dan berak dan urusan yang kotor/jijik" (HR Imam Abu Daud. Menurut Imam an-Nawawi; sanad hadis ini adalah soheh. Lihat dalam al-Majmu').
c) Dari Hafsah menceritakan; "Rasulullah menggunakan tangan kanannya untuk makanannya, minumannya dan pakaiannya dan tangan kirinya untuk urusan-urusan selainnya" (HR Imam Abu Daud. Menurut Imam an-Nawawi; sanad hadis ini jayyid. Lihat dalam al-Majmu').
d) Dari Ummu 'Atiyah menceritakan; Rasulullah memerintahkan kepada perempuan-perempuan yang memandikan jenazah anak perempuannya; "Mulakan dengan memandikan sebelah kanannya dan dari anggota-anggota wudhuknya" (HR Imam al-Bukhari dan Muslim)
e) Dari Abu Hurairah menceritakan; Rasulullah bersabda; "Apabila kamu memakai pakaian dan apabila kamu mengambil wudhuk, mulailah dari sebelah kanan kamu" (HR Imam Abu Daud dan at-Tirmizi dengan sanad yang soheh).
f) Dari Abu Hurairah juga; Rasulullah bersabda; "Apabila kamu memakai sepatu/kasut, mulailah dengan kaki sebelah kanan dan apabila kamu menanggalnya, mulailah dengan kaki sebelah kiri supaya yang kanan menjadi yang paling awal kamu pakai dan yang paling akhir kamu tanggalkan" (HR Imam al-Bukhari dan Muslim).
g) Dari Anas yang berkata; "Menjadi sunnah Nabi apabila kamu ingin memasuki masjid, mulailah dengan kaki kanan dan apabila kamu keluar darinya, mulailah dengan kaki kiri" (HR Imam al-Hakim. Hadis soheh mengikut syarat Imam Muslim).
Memakai jam dan gelang di tangan kiri
3. Berbalik kepada soalan di atas, iaitu mengenai memakai jam dan gelang tangan, oleh kerana ia adalah perhiasan, melihat kepada ukuran dan kaedah di atas; disunatkan di sebelah kanan kerana memakai perhiasan termasuk dalam kategori urusan-urusan yang mulia. Ia tidaklah wajib kerana tiada nas yang mewajibkannya tidak sepertimana wajib makan dengan tangan kanan tadi kerana ada nas yang mewajibkannya.
Malah jika kita melihat kepada pemakaian cincin oleh Rasulullah, ada hadis menceritakan Rasulullah memakai cincin di sebelah kanan dan ada juga hadis baginda memakainya di sebelah kiri (Sila baca dalam blog ini; Bagaimana Rasulullah memakai cincin?).
Perbezaan Sunat dan Sunnah
2. Mengenai perbezaan Sunat dan Sunnah;
a) Sunat merujuk kepada hukum iaitu perbuatan atau percakapan yang disunatkan iaitu jika dilakukan akan mendapat pahala dan jika ditinggalkan tidaklah berdosa. Ia adalah salah satu dari lima hukum taklifi (yakni hukum Syariat yang ditetapkan ke atas perbutan-perbuatan manusia) iaitu; wajib, sunat, harus, haram dan makruh.
b) Adapun sunnah atau as-Sunnah, ia bermaksud cara hidup Nabi atau apa yang datang dari Nabi. Pengertian Sunnah lebih luas dari sunat kerana Sunnah terangkum di dalamnya semua yang diwarisi dari Nabi meliputi perbuatan Nabi, percakapan Nabi, pengakuan Nabi, sifat-sifat Nabi (sama ada sifat kejadian atau sifat akhlak) dan seerah hidup baginda (dari mula kelahiran hingga kewafatannya).
Sunnah ada yang wajib kita amalkan, ada yang sunat diamalkan dan ada yang elok untuk diikuti. Sebagai contoh tadi; makan dengan tangan kanan, ia termasuk dalam sunnah yang wajib diamalkan.
Adapun yang lain-lainnya (berwudhuk mulai dari anggota kanan, memakai pakaian, sepatu bermula dari kanan dulu, melangkah kaki kanan dulu untuk masuk masjid dan sebagainya tadi) ia adalah sunnah yang termasuk dalam kategori sunat.
(*Untuk membaca kupasan lebih terperinci tentang as-Sunnah, sila baca di blog al-Qalam, tajuk; "Kedudukan Serban Mengikut Penilaian Ulamak Islam").
SEREMBAN 3 April - Selepas negara digemparkan dengan kematian tiga pelatih polis di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, Kuala Lumpur akibat jangkitan virus Adeno baru-baru ini, kini virus itu seperti menjangkiti Pulapol Port Dickson (PD) pula.
( Sila baca artikel sebelum ini : Polis, PDRM diserang Adenovirus dan kes Asid dan peranan pemimpin Umno di http://amkns.blogspot.com/2011/04/polis-pdrm-diserang-adenovirus-dan-kes.html )
Semalam, seramai lapan pelatih konstabel di Pulapol Port Dickson yang berpusat di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) Teluk Kemang dekat sini disyaki dijangkiti virus Adeno setelah menunjukkan simptom jangkitan virus berkenaan seperti demam panas.
Berikutan itu, kesemua mereka dimasukkan ke Hospital Port Dickson sejak semalam untuk menerima rawatan lanjut selain bertujuan mengesahkan sama ada mereka benar-benar dijangkiti virus yang boleh membawa maut itu.
Bagaimanapun, Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Datuk Dr. Zailan Adnan memberitahu, kesahihan bahawa kesemua pelatih tersebut dijangkiti virus Adeno belum dapat disahkan.
"Pihak kami masih menjalankan ujian diagnosis secara keseluruhan dan seterusnya menunggu keputusan ujian makmal sebelum dapat mengesahkannya.
"Kesemua lapan pesakit itu kini dirawat sebagai kes influenza (ILI) dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil," katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS), di sini hari ini.
Seramai 1,000 pelatih lelaki yang mendaftar sebagai konstabel polis sedang menjalani latihan di kem Pusasda sejak awal Januari lalu.
ALOR SETAR - Seorang murid Sekolah Agama Rakyat (SAR) berasrama di Jejawi, Perlis dipercayai dibelasah seorang guru tanpa belas kasihan sehingga koma, menghembus nafas terakhir pada jam 8.50 pagi di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini semalam.
Bapa mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, ketika dihubungi berkata, jenazah anaknya akan dikebumikan Tanah Perkuburan Kampung Tok Paduka, belakang Balai Bomba, Kangar, petang ini.
Menurutnya, walaupun sebelum ini anaknya tinggal bersama keluarga angkat sejak kematian ibunya, Jahiyah Che Amat pada 2006, namun hubungan antara mereka akrab sekalipun jarang berjumpa kerana terpaksa bertugas di Langkawi.
"Saya kerap berkunjung ke rumah keluarga angkat sekiranya mempunyai masa lapang untuk melihat Syazani, tetapi sejak kebelakangan ini saya jarang berjumpa Syazani kerana sibuk dengan tugasan.
"Syazani anak tunggal hasil perkongsian hidup dengan arwah isteri, bagaimanapun sebelum itu saya pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki berusia 14 tahun," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Dalam perkembangan sebelum ini, Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain berkata, Syazani tidak sedarkan diri akibat masalah jantung dan pendarahan otak, kemudiannya dipindahkan ke HSB dari Hospital Tuanku Fauziah (HTF).
"Sebaik menerima laporan bapa mangsa, polis menggerakkan usaha memburu suspek sebelum lelaki itu yang juga warden asrama sekolah terbabit menyerah diri di Balai Polis Arau dan direman tujuh hari," katanya.
Menerusi perkembangan sama, mangsa diperlakukan guru lelaki berusia 26 tahun itu selepas dituduh terbabit dalam beberapa kes kecurian wang.
Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 7 malam Khamis lalu selepas mangsa dibawa guru berkenaan ke bilik sebelum dua tangannya diikat dan disoal siasat berhubung insiden kecurian.
Mangsa dikatakan merayu dilepaskan, tetapi tidak diendahkan guru terbabit yang didakwa terus memukul dan menyoal siasat sehingga kanak-kanak itu diserang sawan dan terus pengsan.
Sebaik sahaja mengetahui kejadian itu, bapa mangsa terus bergegas ke HSB dan terkejut melihat kesan lebam di badan, mata kiri dan pipi, muka bengkak, selain melecet pada tangan kiri anaknya.
Selepas melihat keadaan itu, dia segera membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah pada petang Jumaat lalu.
KUALA LUMPUR, 3 April: Hasil pemukiman blogger yang menyokong Pakatan Rakyat (PR) hari ini, berjaya membentuk satu gerakan Revolusi 2013 yang menjurus ke arah membangkitkan kesedaran minda dalam kalangan rakyat menjelang PRU 13 nanti.
Presiden gerakan penulis maya, Tarmizi Mohd Jam berkata, dengan wujudnya platform ini bakal membolehkan semua blogger PR bertindak dengan lebih pantas, bersepadu dan berkesan.
Katanya, gerakan Revolusi 2013 ini diharapkan menjadi landasan berkesan dalam usaha PR meyakinkan rakyat untuk mereka kembali melihat keperluan terdesak memberikan sokongan kepada PR dan menolak BN.
Revolusi 2013 yang menggunakan tagline Bebaskan Malaysia, Selamatkan Rakyat akan menjalankan peranan mereka menerusi media maya yang dibenarkan oleh undang-undang negara dengan melihat usaha ini perlu dan amat perlu disegerakan.
"Semua pihak yang menyokong Pakatan Rakyat akan meneruskan usaha konvensional selama ini dengan ceramah dan media cetak untuk mereka yang tiada capaian internet, gerakan ini pula melangkaui sempadan dan warna kulit.
"Kita sedar ramai di kalangan mereka yang tidak mempunyai capaian internet bagi mengikuti perkembangan semasa dengan lebih cepat, namun ada usaha yang perlu dilakukan lebih sedikit oleh pemimpin parti peringkat tempatan.
"Mereka boleh melayari internet dan mengikuti perkembangan politik semasa dan di masa sama mereka boleh mencetak atau menayangkan semula kepada anggota masyarakat dan rakyat menerusi kemudahan teknologi tertentu yang mereka miliki," tegasnya.
Program dua hari ini diadakan di Ampang dengan perasmian dan penutupnya oleh Exco Penerangan Kerajaan Kelantan, Datuk Dr Mohammed Fadzli Datuk Hassan.
Dua pembentangan kertas kerja bertindak telah dilakukan oleh Pengasas Zentrum Future Studies yang juga pensyarah kanan Jabatan Media dan Komunikasi UM, Prof Dr Abu Hassan Hasbullah dan AJK PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar.
30 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - Semasa mengakhiri pertemuan saya dengan Hj Mohd Sabu dalam majlis makan durian bersama rakyat di perkarangan pusat khidmat ahli Parlimen Bukit Gantang, beliau secara rasmi membisikkan kepada saya bahawa beliau bersedia menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS dalam muktamar agung pas tidak berapa lama lagi....
Spiderman dari Perancis, Alain Robert berjaya memanjat Burj Khalifa, Dubai, menara tertinggi dunia pada 28 Mac 2011. Yang berbeza dengan pengalamannya sebelum ini, Alain tidak ditahan oleh polis kerana beliau diundang oleh Burj Khalifa jadi perbuatannya tidak salah.
Alain Robert, 49, dikenali Spiderman, berminat memanjat sejak berumur 12 lagi. Beliau pernah berjaya memanjat Menara Kembar Petronas di KL, Menara 101 di Taipei, Menara Eiffel dan Empire State Building New York.
Menara Khalifa, dengan tingginya 828 meter merupakan bangunan yang tertinggi di dunia. Ia juga satu-satunya bangunan yang ketinggiannya melebihi 800 meter di dunia sekarang ini.
ABIDJAN, Ivory Coast 3 April – Sekurang-kurangnya 800 orang terbunuh dalam keganasan antara kaum yang berlaku di bandar Duekoue, barat Ivory Coast minggu ini, lapor Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) semalam.
"Kami mendapat maklumat menyatakan sekurang-kurangnya seramai 800 orang terkorban pada 29 Mac di Duekoue dalam keganasan antara kaum," kata jurucakap ICRC, Dorothea Krimitsas kepada Reuters.
Sementara itu, pegawai-pegawai ICRC melawat kawasan terlibat di Duekoue pada Khamis dan Jumaat lalu bagi meninjau keadaan dan keperluan penduduk malah mereka (ICRC) telah menghantar 28 mayat mangsa ke rumah mayat. – Reuters
SIBU 3 April – DAP hari ini mengumumkan senarai nama 10 lagi calon parti itu yang akan bertanding di kawasan tengah dan utara pada pilihan raya negeri 16 April ini dengan menampilkan empat lagi muka baru termasuk seorang wanita.
Senarai pertama lima calon bagi kawasan selatan diumumkan di Kuching semalam yang menyaksikan tiga muka baru.
Pengumuman dibuat di sini oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada sidang akhbar tengah hari ini.
Turut hadir ialah Pengerusi DAP negeri Wong Ho Leng, yang akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Assek di sini dan mengetuai cabaran negeri untuk memenangi lebih banyak kerusi berbanding dengan pilihan raya negeri 2006.
Empat muka baru berkenaan ialah Ketua Wanita DAP cawangan Sibu, Alice Lau Kiong Yieng yang akan bertanding di DUN Bawang Assan; Yap Hoi Liong di DUN Dudong, Ling Sie Kiong di DUN Piasau dan Pengerusi DAP Limbang, Leong Kwang Yew di DUN Bukit Kota.
Berikut senarai penuh calon DAP bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10:
29 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -Sebuah kereta INFINITI yang disadurkan emas dipamerkan di sebuah kedai emas di Nanjing, ibu kota provinsi Jiangsu, timur China pada 31 Mac lalu. Ia memakan masa empat bulan bagi lima orang tukang kedai emas itu untuk menyadurkan emas pada kereta INFINITI ini.
TOKYO: Jurutera gagal menampal keretakan di loji nuklear Fukushima Daiichi di mana air dengan radioaktif tinggi meresap ke Lautan Pasifik selepas lumpuh akibat gempa bumi kuat yang disusuli tsunami besar bulan lalu.
Bagaimanapun, mereka menyatakan pemeriksaan terhadap kompleks berkenaan tidak menemui kebocoran lain. Tsunami itu dipercayai meragut kira-kira 25,000 nyawa. Radiasi dibebaskan ke udara, tanah dan air dari loji berkenaan sejak beberapa minggu lalu.
Semalam, pihak berkuasa menemui retakan di mana air dengan radioaktif tinggi meresap ke Lautan Pasifik. - AP
KUCHING: Ketua Menteri Sarawak yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Tan Sri Abdul Taib Mahmud, akan mempertahan kerusi N.51 Balingian pada pilihan raya negeri ke-10 pada 16 April ini.
Turut mempertahan kerusi masing-masing ialah tiga pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak iaitu Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Tan Sri George Chan Hong Nam ( N.63 Piasau); Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Datuk Seri William Mawan Ikom (N.41 Pakan) dan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Seri Dr James Jemut Masing (N.56 Baleh). Antara pemimpin lain yang akan bertanding semula ialah Naib Presiden Kanan PBB, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, di kerusi N.71 Bukit Sari dan bekas Menteri Persekutuan, Tan Sri Adenan Satem, di kerusi N.03 Tanjung Datu. Senarai calon BN itu diumumkan Adenan selepas mesyuarat parti komponen BN Sarawak di Ibu Pejabat PBB di sini, sebentar tadi.
Bagaimanapun, calon bagi kerusi N.70 Ba'kelalan tidak diumumkan.
Mengikut kesepakatan BN Sarawak, PBB akan bertanding di 45 kerusi, SUPP (19), PRS (9) dan SPDP (8).
Daripada calon BN itu, 20 adalah muka baru membabitkan PBB (10), SUPP (7), PRS (2), SPDP (1).
JAKARTA: Anggota bomba Indonesia bertungkus lumus untuk memadamkan kebakaran di loji penapisan minyak terbesar negara itu ketika api merebak ke tangki simpanan ketiga.
Tiada yang cedera dalam kebakaran itu yang bermula di depot miliki syarikat petroleum negara itu, PERTAMINA, di Jawa Tengah. "Sebuah tangki simpanan terbakar dengan beberapa letupan kecil kedengaran semalam. Menjelang hari ini, api sudah merebak ke tangki ketiga. Kami mencuba sebaik mungkin bagi memadamkan kebakaran itu.
"Saya tidak boleh membuat spekulasi mengenai punca kebakaran itu pada masa ini. Kami hanya boleh menyiasat selepas kebakaran dipadamkan," kata jurucakap Polis Jawa Tengah, Djihartono. - AFP
ALOR SETAR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, hari ini mengumumkan kadar bayaran mengerjakan haji tahun ini kekal RM9,980 seorang.
Seorang pegawai dan empat anggota tentera lain-lain pangkat yang menyembelih seekor burung enggang di Taman Negeri Royal Belum di Gerik, Perak baru-baru ini, dikenakan tindakan gantung tugas mengikut Akta Angkatan Tentera 1972.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata semua yang terlibat itu juga akan dihadapkan ke mahkamah untuk didakwa di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972.
"Berdasarkan siasatan, ada pemburu lain yang menembak enggang itu sehingga jatuh. Apabila melihat keadaan burung itu yang lemah (hampir mati), anggota-anggota tentera terbabit telah menyembelihnya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Hari Keluarga Kelab Anak Rantau di Bagan Datoh, di Shah Alam hari ini.
Ahmad Zahid berkata walaupun anggota tentera terbabit bukan pihak yang bertanggungjawab menembak burung enggang itu, mereka sepatutnya menyelamatkannya dan bukan bertindak menyembelih burung tersebut.
Sehubungan itu katanya, kementerian tersebut terpaksa mengambil tindakan disiplin ke atas semua anggota tentera terbabit.
Akhbar sebelum ini menyiarkan berita bergambar menunjukkan beberapa anggota tentera sedang memegang seekor burung enggang yang telah disembelih dan gambar itu tersebar di beberapa laman web.
Perbuatan itu mendapat bantahan orang ramai termasuk Persatuan Pencinta Alam.
Komen :
Saya rasa terpanggil untuk memberi sedikt ulasan dalam isu ini.
Tindakan yang diberikan terhadap mereka berempat adalah wajar dalam skop undang-undang yang masih ada.
Namun rakyat Malaysia jangan tertipu dengan banyak kes lagi yang memerlukan ketegasan pihah menteri yang berkenaan. Nampaknya kes ini semacam untuk mengalih pandangan rakyat dan meredakan ketegangan kepada usaha BN yang gagal memerangkap DS. Anwar dengan video palsu.
Lakonan menteri BN saya harap sudah difahami oleh rakyat malaysia yang tidak sabar lagi menghukum mereka dalam PRU ke 13 akan datang.
Ahli parlimen Teluk Intan, M Manogaran ditangkap bersama seorang aktivis, MS Arjunan dari Persatuan Progresif Pelajar Tamil Malaysia (MATSAP) ketika mengadakan demonstrasi membantah novel Interlok.
Manogaran (dua dari kanan), dari DAP dan Arjunan (kanan sekali) tiba bersama sekumpulan kecil aktivis awal pagi ini di Kuil Subraminiyar di Batu Caves di Gombak, Selangor, untuk membantah keputusan kementerian pelajaran menjadikan Interlok bacaan wajib Pelajar Tingkatan Lima yang mengambil kesusasteraan Melayu untuk peperiksaan SPM.
Polis bertindak menahan Manogaran dan Arjunan tengahari tadi, apabila berucap kepada kumpulan yang hadir itu dan menggesa masyarakat India supaya bersatu menentang penggunaan novel itu sebagai komponen sastera dalam matapelajaran Bahasa Malaysia.
Manogaran dan Arjunan dibawa ke ibupejabat polis daerah Gombak.
Mereka kemudiannya dibebaskan sekitar jam 2.40 petang selepas polis merakamkan kenyataan mereka.
Sebelum itu, dalam ucapannya, Arjunan menggesa supaya novel itu tidak dijadikan bacaan wajib.
Beliau berkata, pihaknya tidak mahu kerajaan atau kementerian pendidikan hanya mengubahsuai sebuah buku yang menjadi masalah utama kepada masyarakat India.
Buku itu, kata Arjunan yang membaca satu kenyataan, mengandungi banyak masalah dan menimbulkan isu-isu moral.
Malaysiakini/-
Tidak tahu bilkah isu ini akan berakhir, semuga ianya terus menjadi bahan tontonan rakyat bahawa BN sudah tidak ada asas yang kuat lagi untuk terus memerintah negara Malaysia yang kita cintai ini...
Bolehkah kita percaya???????? Malam tadi minyak naik lagi untuk kesekian kalinya.Tapi kali ni minyak RON97 yang naik.Minyak RON95 belum lagi.Jadi mungkin orang yang pakai minyak RON95 kurang marah atau tak marah langsung.
Tapi benarkah hanya pengguna kereta BESAR sahaja yang guna RON97?Adakah pihak berwajib yakin bahawa yang guna RON97 ni cuma orang kaya?Lagi satu,benarkah yang harga barang takkan naik walaupun RON97 dah naik?Adakah janji ini masih boleh dipercayai?
Bukankah sebelum ini sudah banyak kali janji yang barang takkan naik walaupun minyak naik tidak tertunai?Harga barang tetap naik walaupun kerajaan berjanji yang harga barangan tidak naik!
Dan akhir sekali,sila baca dengan teliti di akhir kenyataan ini.Baca ayat"Semua harga barangan di dunia ini tidak kekal, sebaliknya akan meningkat termasuk harga minyak."
Jadi orang biasa yang guna RON95,satu perkara kami nak tanya ni.
Anda yakin ke RON95 tak naik lagi tahun ni??????
RON97 tidak pengaruhi harga barang
KUALA LUMPUR 2 April - Kerajaan hari ini memberi jaminan bahawa harga barangan tidak akan naik meskipun berlaku kenaikan harga minyak petrol RON97 sebanyak 20 sen kepada RM2.70 seliter bermula tengah malam tadi.
Ini kerana kenaikan RON97 tidak memberikan impak kepada semua rakyat negara ini, malah ia juga tidak sepatutnya memberikan kesan kepada kos pengangkutan barangan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengguna RON97 hanya mewakili 10 peratus daripada pengguna jalan raya iaitu pemilik kenderaan mewah.
Malah, katanya, pemilik kenderaan mewah itu juga tidak akan merasai kesannya kerana kenaikan itu sangat kecil.
Ditanya mengenai harga RON95 sama ada akan naik, Ismail Sabri berkata, setakat ini, kerajaan mengambil keputusan untuk mengekalkan harganya.
''Semua harga barangan di dunia ini tidak kekal, sebaliknya akan meningkat termasuk harga minyak. Cuma pada waktu ini, kerajaan berusaha mengekalkannya dengan subsidi yang diperuntukkan sebanyak RM4 bilion setahun bagi mengurangkan bebanan rakyat.
Tindakan tidak bertamadun Pastor Terry Jones dari Florida yang membakar al-Quran pada 20 Mac yang lalu adalah hasil daripada dasar Amerika Syarikat (AS) yang mengganggap Islam agama keganasan dan teroris, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
PAS membantah keras sikap biadap Jones tempoh hari dan menggesa kerajaan AS mengambil tindakan segera ke atas tindakan provokatif tersebut.
PAS akan mengerakkan satu bantahan besar dan keras dalam masa terdekat bagi menyatakan kekesalan terhadap tindakan biadap Jones yang terang-terang menghiris perasaan umat Islam seluruh dunia.
Media antarabangsa Reuters melaporkan bahawa tindakan Jones, 58, yang mengetuai Hari Antarabangsa Keadilan Al-Quran dalam insiden membakar al-Quran pada 20 Mac yang lalu telah menyebabkan beribu penunjuk perasaan di utara Afghanistan.
Mereka menyerbu pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di sana dan membunuh sekurang-kurangnya 20 orang, sebahagian besarnya kakitangan asing sehinggakan ada mangsa yang dipenggal kepala.
Protes berdarah itu diadakan selepas solat Jumaat di bandar Mazar-i-Sharif.
"Umat Islam sangat kecewa, geram dan marah dengan tragedi hitam dalam sejarah moden ini, yang sepatutnya seluruh dunia menghormati ajaran agama masing-masing.
"Tindakan yang tidak bertamadun ini merupakan gambaran kegagalan AS mendidik rakyatnya untuk menghormati perbezaan agama dan ia lahir daripada dasar AS yang menganggap Islam sbagai teroris dan penganjur keganasan,"
bahawa kejadian di Afghanistan telah menunjukkan secara nyata bahawa dasar AS tersebut kini bagaikan senjata makan tuan dan akan menjadi titik permulaan kepada kebangkitan kemarahan rakyat terhadap tindakan biadap Jones.
bukan kali pertama Jones, seorang pastor fundamentalis dan ketua gereja kecil di Gainesville, Florida menghina umat Islam dengan mendakwa terdapat bahagian-bahagian dalam kitab al-Quran boleh membawa kepada elemen keganasan.
Tahun lepas sempena ulang tahun kesembilan peristiwa 11 September 2001, beliau mencetuskan ketegangan antarabangsa dengan ugutan mahu membakar al-Quran, namun rancangannya dibatalkan selepas campur tangan White House.
Seramai tujuh orang terbunuh dalam protes di Afgahanistan dan beberapa negara Islam lain turut bangun memprotes ketika itu.
Virus Adeno menular ke PD? Utusan Malaysia 4 Apr 2011 SEREMBAN 3 April - Selepas negara digemparkan dengan kematian tiga pelatih polis di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, Kuala Lumpur akibat jangkitan virus Adeno baru-baru ini, kini virus itu seperti menjangkiti Pulapol Port Dickson (PD) pula. ( Sila baca artikel sebelum ini : Polis, PDRM diserang Adenovirus dan kes Asid dan peranan pemimpin Umno di http://amkns.blogspot.com/2011/04/polis-pdrm-diserang-adenovirus-dan-kes.html ) Semalam, seramai lapan pelatih konstabel di Pulapol Port Dickson yang berpusat di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) Teluk Kemang dekat sini disyaki dijangkiti virus Adeno setelah menunjukkan simptom jangkitan virus berkenaan seperti demam panas. Berikutan itu, kesemua mereka dimasukkan ke Hospital Port Dickson sejak semalam untuk menerima rawatan lanjut selain bertujuan mengesahkan sama ada mereka benar-benar dijangkiti virus yang boleh membawa maut itu. Bagaimanapun, Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Datuk Dr. Zailan Adnan memberitahu, kesahihan bahawa kesemua pelatih tersebut dijangkiti virus Adeno belum dapat disahkan. "Pihak kami masih menjalankan ujian diagnosis secara keseluruhan dan seterusnya menunggu keputusan ujian makmal sebelum dapat mengesahkannya. "Kesemua lapan pesakit itu kini dirawat sebagai kes influenza (ILI) dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil," katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS), di sini hari ini. Seramai 1,000 pelatih lelaki yang mendaftar sebagai konstabel polis sedang menjalani latihan di kem Pusasda sejak awal Januari lalu. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0404&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm
TANJUNG KETAPANG, TEMPAT TARIKAN PELANCUNG DAN MASYARAKAT TEMPATAN,MENARIK PERHATIAN YB MAHARANI DAN YB BENTAYAN.
MEREKA TELAH MENGAJUKAN SOALAN BERIKUT DALAM PERSIDANGAN DEWAN NEGERI YANG LALU.
INILAH JAWAPAN KERAJAAN JOHOR:
SOALAN BERTULIS YB DR MOHAMMAD TASLIM DALAM PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR - 19 NOVEMBER 2009 - 8 DISEMBER 2009
SOALAN B96:
Cadangan Pembangunan Bercampur Pesisiran Pantai Tanjung Ketapang Mukim Maharani dan Mukim Bandar daerah Muar telah diluluskan,rujukan UPEN (SWT) (PDG) 7-23.Apakah status projek ini dan sila beri maklumat mengenai perkembangannya yang terkini?
JAWAPAN:
Kerajaan Negeri masih belum meluluskan sebarang projek pembangunan persisiran pantai Tanjung Ketapang,Muar dan pada ketika ini kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan untuk membnagunkan tapak Fasa 1 dengan keluasan 86.313 ekar.
Adakah cadangan mengenai Fasa 1 seluas 86.313 ekar Projek Pembangunan Persisiran Pantai Tanjung Ketapang, Muar sudah dimulakan, syarikat manakah yang diamanahkan untuk projek tersebut dan berapakah kos perbelanjaan diperlukan untuk pembangunan projek tersebut?
JAWAPAN Y. A. B. DATO' MENTERI BESAR
Kerajaan Negeri masih belum meluluskan sebarang projek pembangunan persisiran Pantai Tanjung Ketapang, Muar. Pada ketika ini cadangan untuk membangunkan tapak Fasa 1 dengan keluasan 86.313 ekar di Tanjung Ketapang, Muar sedang diteliti dan dipertimbangkan dari sudut teknikal. _______________________________________________________
LAWATAN KERJA YB DR MOHAMMAD TASLIM DAN YB GWEE TONG HIANG KE TANJUNG KETAPANG PADA BULAN MAC 2011 MENUNJUKKAN KEADAAN TANJUNG KETAPANG SEKARANG:
Papan Notis 'Hutan Simpanan Kekal'
YB Dr mohammad, YB Gwee Tong Hiang dan Setiausahanya di bawaha pokok di mana papan tanda di letakkan.
MUAR – "Sangat kesal dan terkejut," hanya itu yang mampu diluahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Maharani, Dr Mohammad Taslim dan ADUN Bentayan, Gwee Tong Hiang apabila mendapati kawasan hutan paya bakau telah diceroboh.
Mohammad berkata, kawasan tersebut yang terletak di Tanjung Ketapang itu sudah diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal oleh Pengarah Perhutanan Johor.
Menurutnya, berikutan pewartaan itu, pihak jabatan perhutanan turut meletakkan papan tanda yang melarang daripada memasuki kawasan berkenaan.
"Jadi bagaimana kawasan ini diceroboh sedangkan papan tanda sudah dipasang dan mereka perlu akur dengan arahan berkenaan.
"Saya mengetahui keadaan ini setelah mengadakan lawatan ke kawasan tersebut mendapati banyak pokok telah ditebang," katanya kepada Sinar Harian. Beliau berkata, akibat pencerobohan itu sebahagian besar kawasan pantai berkenaan menjadi kawasan lapang. "Saya bimbang jika dibiarkan, pencerobohan ini akan berleluasa sehingga menyebabkan spesies hutan bakau musnah. "Dahulunya, hutan ini penuh dengan pokok bakau yang menghijau, tetapi kini botak akibat kerakusan pihak tidak bertanggungjawab," katanya. Menurutnya, pencerobohan ini juga boleh menyebabkan berlakunya hakisan tanah di sini yang mana ia berfungsi sebagai penghalang daripada berlakunya kejadian berkenaan. "Akibat perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini juga memusnahkan habitat monyet yang mendiami kawasan ini. "Kini bilangan haiwan ini semakin berkurangan dan pastinya mengurangkan tarikan di Tanjung Ketapang," katanya. Mohammad berkata, selain itu, monyet berkenaan menjadi tarikan utama kepengunjung untuk ke Tanjung Ketapang pada hujung minggu. "Dengan senario ini, maka tidak hairanlah bilangan pengunjung ke Tanjung Ketapang akan berkurangan pada masa hadapan. "Perkara ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana ia membabitkan khazanah alam semula jadi yang bukan saja berfungsi mengekalkan keseimbangan ekosistem tetapi juga berperanan untuk mengelakkan pantai daripada terhakis," katanya. Justeru, pihak yang berkuasa haruslah memantau serta menguatkuasakan kawalan ke atas hutan simpan bagi menggelakkan kerosakan dan kemusnahan Hutan Simpanan Kekal daripada terus berlaku. Utama Hutan paya bakau kena ceroboh
MUAR – "Sangat kesal dan terkejut," hanya itu yang mampu diluahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Maharani, Dr Mohammad Taslim dan ADUN Bentayan, Gwee Tong Hiang apabila mendapati kawasan hutan paya bakau telah diceroboh. » selanjutnya...
b) Kerja-kerja Penyenggaraan Projek Pembangunan Dan Pemuliharaan Paya Bakau
Di Jeti Tanjung Ketapang Tidak Dilaksanakan
Skop kerja utama projek adalah untuk membina laluan pelantar dan wakaf, membekal
dan menanam 1,500 pokok bakau dan kerja-kerja penyenggaraan projek pembangunan
dengan kos sejumlah RM197,400.
Skop kerja penyenggaraan projek pembangunan dan
pemuliharaan paya bakau di Jeti Tanjung Ketapang termasuk pengairan, membaja,
memangkas, membersihkan rumput rampai serta mencegah dan melindungi semua
tanaman daripada serangan makhluk perosak untuk memastikan ia tumbuh dengan
sihat. Kerja penyenggaraan perlu dilakukan selepas kerja utama disiapkan.
Semakan Audit mendapati kontrak utama disahkan siap pada 28 November 2008 tetapi kerja
penyenggaraan selama 12 bulan seperti yang dipersetujui dalam sebut harga tidak
ditentukan oleh pegawai penguasa. Tiada sebarang bukti yang menunjukkan pihak
kontraktor telah melaksanakan kerja penanaman sebanyak 1,500 batang pokok bakau
dan enam batang pokok kelapa gading serta kerja penyenggaraan seperti berikut:
i) Pengairan pada semua tanaman yang dilakukan dua kali sehari;
ii) Memelihara tanaman di tempat yang bebas dari rumput rampai yang tidak
diperlukan;
iii) Mengawal tanaman daripada sebarang perosak dan penyakit dengan menggunakan
kaedah kimia atau biologi sekurang-kurangnya sekali sebulan;
iv) Memangkas dahan dan ranting yang mati;
v) Kerja-kerja membaja pokok;
vi) Penggantian pokok yang mati atau tidak sihat; dan
vii) Memancang dengan menggunakan bahan yang sesuai bagi membetulkan keadaan
tumbuhan tanaman.
Perkara ini berlaku disebabkan Majlis tidak mengambil kira tempoh kerja penyenggaraan semasa mengesahkan projek siap. Oleh itu, bayaran kontrak yang telah dijelaskan sepenuhnya adalah termasuk pembayaran bagi kerja membekal dan menanam enam pokok kelapa gading, 800 pokok bakau minyak dan 700 pokok bakau kurap bernilai RM8,500 di tapak projek serta kerja penyenggaraan lain berharga RM40,000 yang tidak dilaksanakan.
Menurut Majlis, kerja penyenggaraan yang tidak dilaksanakan itu telah digantikan
dengan kerja-kerja menambak tanah untuk tujuan tempat letak kereta, pembersihan
sampah, mengecat semula jeti dan wakaf, menggantikan bumbung wakaf serta
menebang pokok nipah berhampiran tapak projek dengan nilai harga yang sama dan
diselia oleh jurutera perunding yang dilantik iaitu Tetuan Ira Teknik Consulting
Engineers.
Selain daripada tempat letak kereta, kerja-kerja yang lain tidak dapat disahkan kerana arahan kerja secara bertulis tidak dikeluarkan kepada kontraktor.
Bagaimanapun, tarikh sebenar tempat letak kereta disiapkan tidak dapat disahkan kerana tiada perakuan siap kerja diserahkan kepada pihak Audit sebaliknya pengesahan dibuat melalui lawatan fizikal ke tempat letak kereta tersebut pada 5 Mac 2010. .
Papan Tanda di 'HUTAN SIMPANAN KEKAL' Tanjung Ketapang.
SEREMBAN - Parti Keadilan Cabang Rembau telah menyumbang papantanda Surau Al-Insaniyah diTaman Bandar Senawang baru-baru ini.
Antara yang hadir semasa majlis tersebut ialah Chegubard selaku Ketua Cabang PKR Rembau dan saudara Norazizi Setiausaha Cabang PKR Rembau serta beberapa wakil dari Surau Al-Insaniyah.
Berita tentang tindakan SPRM terhadap anggota Kastam. Gambar yang dipaparkan ialah gambar Dato Mustafa Ali SU Agong Pas. Sememangnya dalam SPRM juga ada nama Mustafar Ali. Mengapa jadi begitu. Adakah begitu tolol sekali astro awani tak kenal siapa pegawai SPRM itu. Adakah tindakan Astro awani serupa dengan video sex dato T? Apayang di fahami sekarang memperlihat ada niat tak baik astro awani terhadap PAS dan PR keseluruhannya. Sedangkan tiada mohon maaf di siarkan.
You are subscribed to email updates from PAS LENGGONG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Peraturan baru yang digariskan oleh kerajaan Barisan Nasional hanya bertujuan untuk menghalang pelajar Malaysia meneruskan pengajian di University Al-Azhar. Logiknya amat mudah. para pelajar ini sebahagian besar tidak menyokong kerajaan. Apa perlunya menyokong kerajaan yang zalim dan korup. Sedangkan rakyat Malaysia kebanyakan pun amat meluat dengan kerajaan BN tambahan lagi paar pelajar yang sebahagian besar mendalami ilmu agama semestinya dapat menilai haram halal.
Kekangan demi kekangan terus dilakukan oleh kerajaan yang berada di hujung tanduk. Semakin hari semakin terserlah tindakan desperado kerjaan BN untuk mengekalkan kuasa. Ingatlah! kuasa itu adalah amanah buakn hak mutlak anda!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
KUALA LUMPUR, 2 April: PAS kesal terhadap keputusan Kementerian Pelajaran mengenakan syarat baru yang menyukarkan pelajar hendak belajar agama di Universiti Al-Azhar, Mesir.
"Kenapa perlu dipayahkan kepada mereka yang hendak belajar di Universiti Azhar?" tanya Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Sebelumnya, kata beliau kerajaan telah membatalkan program berkembar tiga tahun di Malaysia, setahun di Azhar.
Katanya, kerajaan juga membatalkan sijil-sijil yang dikeluarkan oleh sekolah atau pihak Jabatan Agama Islam negeri-negeri sebaliknya meminta supaya Al-Azhar hanya mengiktiraf sijil STAM sahaja.
"Tindakan ini dibuat sebagai usaha hendak menyekat pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Azhar," ujarnya.
Katanya, kerajaan sedar pelajar yang belajar agama di Universiti Azhar di mana 90 peratus tidak menyokong Umno, walaupun ibu bapa mereka penyokong tegar parti itu.
Soalnya, apakah kerajaan hendak berniaga pula dengan pelajar untuk belajar agama dengan mengadakan kursus bahasa Arab berbayar, alasannya kerana lemah menguasai bahasa Arab sedangkan kos belajar di Azhar seolah-olah percuma sahaja.
Menurutnya, seperti sedia maklum mereka yang belajar di Azhar, kebanyakan daripada keluarga miskin kerana kos hidup begitu murah berbanding dengan negara Arab yang lain.
GAINESVILLE (Florida), 3 April — Pemimpin gereja fundamentalis dari Florida, yang mengetuai kempen membakar al-Quran bulan lalu dan membawa kepada demonstrasi berdarah di Afghanistan, berdegil akan mengadakan protes lebih besar di masjid paling besar di Amerika Syarikat akhir bulan ini.
Rancangan itu dikhuatiri akan memburukkan lagi ketegangan yang dirasakan di beberapa bahagian lain dunia.
Laporan Reuters menyebut demonstrasi dua hari berturut-turut, semalam dan kelmarin, di Afghanistan termasuk tindakan menceroboh pejabat PBB telah menyebabkan hampir 20 orang terbunuh.
"Matlamat kami ialah membawa kesedaran mengenai elemen radikal yang ada dalam Islam," kata Pastor Terry Jones dalam temu bual dengan Reuters di sini semalam.
Satu gambar naskhah al-Quran dibakar juga didapati dimuatkan pada skrin komputernya.
"Sudah pasti sesuatu yang sangat teruk melihat orang dibunuh atau terbunuh. Pada sebelah lain saya merasakan ia menunjukkan elemen radikal Islam," katanya lagi.
Jones, seorang bekas pengurus hotel sebelum tukar kerjaya sebagai pastor, yang mendakwa al-Quran mendorong kegagasan berkata, dia akan meneruskan satu protes pada 22 April ini - di pekarangan masjid terbesar di Amerika Syarikat iaitu Dearborn, Michigan.
Presiden Barack Obama juga mengecam perbuatan membakar al-Quran tetapi tidak menyebutkan nama Jones.
Beberapa pemimpin Kristian dan Islam di Amerika Syarikat juga mengecam jones dan gereja kecil Dove World Outreach Center yang mempunyai sekitar 30 ahli.
Jones merancang untuk membakar al-Quran sempena ulang tahun kesembilan sempena 11 September tahun lalu tetapi mengubah fikiran.
"Salah satu tragedi besar ialah gereja kecil ini menyebabkan kegemparan," kata Geoff Tunnicliffe, pengarah World Evangelical Alliance International, yang menghimpunkan gereja evangelis dari lebih 100 negara.
"Soalan saya kepada dia (Jones), 'Mengapa anda mahu memprovokasi orang kepada respons macam ini, dengan memang mengetahui apakah kesannya?" kata beliau.
Pegawai-pegawai kerajaan di Pakistan dan Afghanistan mahu pihak berkuasa menahan Jones meskipun kritikan dan tindakannya dibenarkan di bawah undang-undang kebebasan berucap di Amerika Syarikat.
Pada 20 Mac lalu, Jones mengetuai Hari Antarabangsa Keadilan Al-Quran dan kemudian menyelia pembakaran kitab suci itu yang dihadiri sekitar 50 orang. Program itu berlangsung kira-kira enam jam.
Video yang menunjukkan naskhah-naskhah yang direndam dalam minyak tanah dan kemudian dibakar disiarkan menerusi laman web Dove World Outreach Center.
ALOR SETAR, 3 April — Murid yang dikatakan dipukul oleh seorang guru di asrama Sekolah Agama Rakyat di Jejawi, Perlis sehingga koma Khamis lalu, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di sini hari ini.
Laporan Bernama Online menyebut, Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, disahkan meninggal dunia pada pukul 8.50 pagi tadi sejak dimasukkan ke hospital berkenaan kelmarin.
Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada pukul 7 malam pada hari kejadian apabila seorang guru lelaki yang berumur 26 tahun dikatakan memukul kanak-kanak tersebut selama hampir dua jam sehingga dia pengsan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Supt Nashir Ya, berkata suspek yang juga Penyelia Asrama sekolah berkenaan telah ditahan pada pukul 10 malam tadi.
"Polis masih menunggu laporan bedah siasat dan menyiasat kes ini di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
Ibu angkat mangsa, Hazirah Chin, 38, berkata sebelum dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, anak angkatnya yang tidak sedarkan diri itu dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar pada pukul 1.40 pagi Jumaat lalu.
"Saya dapat panggilan daripada seorang ustaz. Dia tanya sama ada Saiful ada penyakit tarik (sawan). Saya kata tak ada. Lepas tu dia kata dia nak datang ambil saya ke hospital sebab Saiful masuk hospital dan kena pindah ke hospital di Alor Setar," katanya di rumah mayat Hospital Sultanah Bahiyah.
Hazirah berkata dia dapat melihat kesan melecet pada pergelangan tangan mangsa selain kesan lebam di bahagian matanya.
"Saya diberitahu Saiful alami pendarahan di bahagian kepala. Pada mulanya doktor kata dia stabil tapi semalam (Sabtu) doktor beritahu dia sudah tak ada harapan untuk hidup," katanya.
"Ketika mula-mula masuk asrama, arwah gembira sangat-sangat. Dia kerap balik sebab sekolah tak sampai satu kilometer dari rumah kami," tambahnya.
Bapa kandung mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, berkata anaknya dipelihara oleh keluarga angkat selepas isterinya meninggal dunia ketika Saiful Syazani baru berusia tiga tahun.
"Kali terakhir saya bertemu anak saya setahun lalu, sebab saya tinggal di Langkawi dan baru berpindah ke Jitra sebulan lalu," katanya.
Saiful Sopfidee berkata dia dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa anaknya pada pukul 8 pagi kelmarin bahawa Saiful Syazani dimasukkan ke hospital kerana dipukul orang.
Selepas melihat keadaan anaknya akibat dipukul, Saiful Sopfidee telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah pada petang kelmarin.
KUALA LUMPUR: Pelawak terkenal, AR Badul, 63, menyangkal dakwaan seorang remaja perempuan yang dia mencabul mangsa lebih daripada tiga kali bermula Disember 2010 hingga pertengahan Mac lalu seperti yang didakwa oleh beberapa akhbar semalam.
Menurut Badul, dakwaan itu tidak benar dan dia tidak mengetahui butir laporan polis yang dibuat remaja itu terhadapnya.
"Saya tidak mengetahui laporan dibuat remaja itu dan ia tidak berasas sama sekali," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Badul turut menafikan dirinya diburu polis kerana sehingga kini masih tidak dipanggil oleh pihak berkuasa untuk memberi kenyataan.
"Saya tidak diburu pihak berkuasa," katanya yang akan mengetahui kesahihan laporan mengenai dakwaan itu, esok.
Sementara itu, Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Operasi dan Risikan Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa berkata, polis akan menyiasat kesahihan dakwaan pelajar berkenaan.
Badul juga turut ditanya adakah beliau akan menyaman akhbar yang menyiarkan berita tersebut," Saya belum terfikir lagi buat masa ini", katanya.
KANDAHAR, 3 April — Sekurang-kurangnya 10 terbunuh dan 83 cedera di bandar Kandahar, selatan Afghanistan - pada hari kedua protes ganas ekoran tindakan membakar al-Quran oleh kumpulan fundamentalis radikal Kristian di Florida, Amerika Syarikat bulan lalu.
Serangan berani mati juga disaksikan di pangkalan tentera NATO di Kabul, sehari selepas pejabat misi PBB di Mazar-i-Sharif, di utara Afghanistan, dan membunuh tujuh staf asing.
Ia merupakan serangan paling buruk ke atas pejabat PBB di Afghanistan.
Beberapa penunjuk perasaan dilihat membawa bendera putih Taliban.
Dua yang terbunuh adalah anggota polis Afghanistan, kata seorang pegawai.
Duta PBB Staffan de Mistura berkata, pihaknya akan mengkaji semula aspek keselamatan tetapi tidak akan meninggalkan negara itu ekoran serangan kelmarin.
Penunjuk perasaan marah dengan tindakan Pastor Terry Jones yang menyelia tindakan membakar al-Quran di depan 50 orang di gereja yang diketuainya di Florida, 20 Mac lalu.
Kelmarin, beribu-ribu penunjuk perasaan di utara Afghanistan marah dengan tindakan Jones mengetuai kerja-kerja membakar al-Quran menyerbu pejabat PBB selepas solat Jumaat di bandar Mazar-i-Sharif.
Jones, 58, yang mengetuai gereja kecil di Gainesville, Florida, mengundang kecaman antarabangsa pada September lalu ekoran rancangannya untuk membakar al-Quran sempena ulang tahun kesembilan peristiwa 11 September 2001.
Ekoran protes itu, Jones kemudian membatalkan rancangannya untuk membakar al-Quran termasuk selepas campur tangan White House.
Bagaimanapun beliau kekal mengkritik Islam sambil mendakwa bahagian-bahagian dalam kitab al-Quran boleh membawa kepada elemen keganasan.
Pada 20 Mac lalu, Jones mengetuai Hari Antarabangsa Pengadilan Al-Quran dan kemudian menyelia tindakan membakar al-Quran. — Reuters
KUALA LUMPUR, 2 April – Kerajaan pusat mengumumkan 10 langkah – perkembangan terbaru bagi menyelesaikan isu Alkitab yang masih berlarutan - antaranya kitab Injil dalam semua bahasa, termasuk Bahasa Malaysia atau Indonesia boleh diimpot ke Malaysia.
Formula penyelesaian lain ialah:
* Kitab Injil dalam bahasa etnik laik di Sabah dan Sarawak seperti Iban, Kadazan-Dusun dan Lun Bawang boleh dicetak dalam negeri dan diimpot masuk
* Bagi Sabah dan Sarawak yang mempunyai komuniti Kristian besar, tidak terdapat syarat kepada pengimpotan dan percetakan kitab Injil dalam Bahasa Malaysia/Indonesia dan bahasa asli lain. Syarat untuk cap "Penerbitan Kristian" dan juga nombor siri turut terkecuali dan tidak perlukan.
* Bagaimanapun, bagi menghormati komuniti Islam yang besar di Semenanjung Malaysia, Bible dalam Bahasa Malaysia/Indonesia mesti tertera dengan "Penerbitan Kristian" ("Christian Publication") dan tanda Salib pada kulit hadapan.
* Demi semangat 1 Malaysia dan akuan bahawa ramai yang berhijrah antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia, tidak terdapat larangan bagi mereka yang membawa kitab Injil dan bahan bacaan Kristian semasa melawati negeri-negeri tersebut.
* Arahan telah dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri untuk memastikan isu kitab Injil ini diimplementasi dengan cara berkesan mengikut keputusan ahli kabinet. Tindakan disiplin akan diambil terhadap pegawai yang gagal mematuhi peraturan mengikut Perintah-perintah Am. Taklimat akan diberikan oleh pegawai tertinggi kerajaan termasuk Peguam Negara, kepada penjawat awam yang releven untuk memastikan pemahaman yang menyeluruh dan pelaksanaan yang mengikut perintah.
* Bagi kitab Injil dalam Bahasa Malaysia/Indonesia yang disita di Kuching, Gideon, para pengimpot boleh memungut 30,000 kitab Injil tersebut tanpa sebarang kos. Ini adalah berikutan tawaran daripada kumpulan penderma Kristian untuk membiayai kos yang terlibat. Tawaran sama juga telah dibuat untuk pengimpot 5,100 kitab Injil dalam Bahasa Malaysia/Indonesia di Pelabuhan Kelang yang telah dipungut oleh Bible Society Malaysia minggu lepas.
* Lebih daripada isu Alkitab dalam Bahasa Malaysia/Indonesia ini, kerajaan mengekalkan komitmen untuk terus bekerja dengan kumpulan Kristian dan juga kumpulan penganut agama lain untuk mencari jalan penyelesaian bagi isu-isu agama demi mengekalkan persefaham antara agama dan penyelesai mengikut Perlembagaan negara dan Undang Undang di Malaysia. Bagi mempercepatkan penyelesaian terhadap isu ini, Perdana Menteri Malaysia akan bertemu dengan wakil daripada Persekutuan Kristian Malaysia (CFM)
* Anggota Kbinet yang beragama Kristian turut akan bertemu dengan wakil daripada kumpulan-kumpulan Kristian untuk membincangkan isu-isu agama dan mencari jalan penyelesaian bersama lementerian yang relevan dan Perdana Menteri.
Idris berkata, "adalah harapan saya agar jalan penyelesaian yang berdasarkan 10 aspek yang telah dikemukakan diterima oleh kumpulan Kristian secara positif, adil dan munasabah."
KUALA LUMPUR, 2 April – Seorang lagi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menonton bahan lucah menerusi komputer di pejabatnya sebelum Teoh Beng Hock ditemui mati Julai 2009, demikian Suruhanjaya Siasatan Diraja dimaklumkan hari ini.
Sekretariat suruhanjaya hari ini mengeluarkan laporan analisis penyiasat khas berhubung kandungan komputer yang digunakan oleh Raymond Nion, pegawai dari pejabat SPRM Selangor dan lima yang lain.
Kelmarin, Suruhanjaya Siasatan Diraja mendedahkan bahawa Asisten Superintenden Mohd Ashraf Mohd Yunus juga menonton pornografi menggunakan komputernya awal pagi 16 Julai 2009 selepas menyoal siasat Teoh.
"Raymond Nion... akses laman pornografi, filem, muzik," kata pegawai penyiasat khas suruhanjaya Michael Leslie Squires dalam laporan awalnya hari ini.
"Telah digunakan untuk akses kepada Internet semalaman pada 16 Julai 2009," katanya.
PRN Sarawak : 6 Kampung Akan 'Mengamuk' Pada Taib Mahmud
SERIAN - Selepas lebih 11 tahun bersabar, penduduk di enam Kampung di daerah ini, bertekad untuk menghukum kerajaan pimpinan Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada pilihan raya negeri Sarawak kali ini. Kemarahan penduduk kampung itu berpunca apabila syarikat Tetangga Akrab Sdn Bhd yang didakwa milik kroni pimpinan Barisan Nasional (BN) Sarawak dikatakan merampas tanah adat warisan keluarga mereka.
Seorang penduduk, Muhammad Daud Asseng Abdulah, berkata tanah itu diduduki keluarga mereka sejak ratusan tahun dahulu tetapi kini digadai kerajaan Sarawak. "Nenek moyang kami yang meneroka dan menduduki tanah ini. Tetapi, tanah kami dirampas. Kerajaan Sarawak pula menyerahkan tanah itu kepada sebuah syarikat untuk ditanam dengan pokok sawit," katanya kepada KeadilanDaily.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program bersama Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim d Kampung Danau Malikin yang terletak dalam DUN Balai Ringin, hari ini. Daud berkata, kampung yang terlibat dalam rampasan tanah itu ialah Kampung Mantu Tapu, Kampung Plaman Engkeros, Kampung Plaman Riih, Kampung Plaman Pridan, Kampung Sungai Niyang dan Kampung Paon Gahat.
Difahamkan, lebih 100 keluarga mendiami kampung yang kebanyakannya terdiri dari masyarakat keturunan Bidayuh. "Habis semua pokok durian, lada, koko dan getah ditebang. Pampasan pun tidak diberi," kata Daud sambil mengesyaki wujud amalan rasuah di kalangan kakitangan kerajaan yang menguruskan pertukaran hak milik tanah itu.
Beliau berkata, kes itu dalam proses perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuching sejak 2000 melalui khidmat guaman Dominic Ng – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pandungan. "Kemarahan orang kampung akan ditunjukkan pada pilihan raya negeri kali ini. Sama ada kami menang atau pun kalah dalam kes itu, keputusan kami muktamad. Kami mahu menghukum Taib dan BN," tegas Daud./kd
Alhamdulillah ada juga pembangunan baru di Bukit Sentosa bila Kolej Aman yang pernah dipinang oleh UITM untuk kampus cawangan tapi akhirnya tak jadi dan beberapa agensi lain sehinggalah tempat tersebut semak samun. Kami penduduk Bukit Sentosa menerima sahaja pembangunan yang positif di mana dengarnya Kolej Aman tersebut akan menjadi tempat latihan Polis. Dengan usaha ini nampanya ramai penduduk tempatan dapat rahmat dari pengujudan beberapa jenis pekerjaan di tempat ini. Bangunan telah dicat dengan rapi dan cantik. Jaraknya tidak jauh dari Masjid Assalam dan Balai Polis di Taman Cempaka, Bandar Baru Bukit Sentosa.
Ahli Parlimen Teluk Intan M Manogaran (kiri) dari DAP dan aktivis MS Arjunan (kanan) yang mengadakan protes membantah novel kontroversial Interlok ditahan polis tengah hari tadi.
Kempen di pekarangan Batu Caves itu adalah sebahagian protes diadakan sejak lebih sebulan lalu membantah Interlok daripada digunakan sebagai buku teks sastera di sekolah menengah kerajaan.
Dalam mesej Twitternya, Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata:
"YB Mano Teluk Intan dan M.S. Arjunan dari (NGO) Tamil Students ditahan di Batu Caves kerana mengadakan demonstrasi menentang Interlok. Kata tidak buat BN."
Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago yang menghantar pesanan Twitternya menyebut:
YB Mano (teluk intan) has been arrested and detained in IPD Gombak over interlok demo at batu caves#fb
Manakala Menteri Besar Perak yang sah, Mohammad Nizar Jamaluddin pula dalam reaksinya berkata:
Interlok is not an indian issue! We all are affected/implicated. Muhyidin had taken a very simple approach assume settled. Denial syndrome?
We demand MP Tlk Intan and the Tamil students must be released unconditionally. Hidup rakyat! 3x!
Manogaran kini ditahan di Ibu pejabat Polis Daerah Gombak untuk siasatan lanjut.
Manogaran menang dalam pilihanraya umum 2008 menewaskan giant killer Gerakan, Mah Siew Keong dengan majoriti 1,830 undi.
الحمد لله الذي بعث محمدا صلى الله عليه وسلم بالهدى ودين الحق رحمة للعالمين وقدوة للعاملين وحجة على من أرسله الله إليهم أجمعين وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له إله الأولين والآخرين وأشهد أن محمدا عبده ورسوله المصطفى على العالمين صلى الله عليه وعلى آله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين وسلم تسليما كثيرا
أما بعد
Kepada sahabat-sahabat Muktamirin sekalian, saya mengucapkan tahniah atas kehadiran untuk bermuktamar pada hari ini danmerafakkan syukur keranasetelah berlalunya pusingan tahun yang yang pelbagai musimnya, kita dapat lagi bertemu pada hari ini untuk melaksanakan satu kerja Jama'ah yang amat penting iaitu bermuktamar. Muktamar adalah medan kita menela'ah kelemahan dan kekuatan Jama'ah serta menyampaikan imput penambahbaikan untuknya di masa depan. Ia juga medan kita melantik pemimpin yang bakal menerajui jema'ah. Agenda muhasabah dan melantik pemimpin ini, jika kita lakukan dengan penuh rasa tanggungjawab dan sedar, ia menjadi ibadah. Bukankah melaksanakan perintah Allah itu ibadah? Dan Allah SWT memerintahkan kita dengan firmannya:
Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya dan mendirikan shalat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarat antara mereka; dan mereka menafkahkan sebagian dari rezki yang kami berikan kepada mereka.
Surah As-Syura: Ayat 38
Sebelum saya meneruskan ucapan saya, saya ingin menambatnya dengan dua kesimpulan. Hanya dua kesimpulan ini yang sahabat muktamirin perlu ingat dari selengkar ucapan saya ini. Dua kesimpulan itu ialah:
a. Wajib mengintima'kan diri dengan gerakan Islam.
b. Tarbiyyah akan memperkuatkan Jamaah.
INTIMA' KEPADA GERAKAN
Menggabungkan diri dalam Jama'atul Muslimin merupakan salah satu dari tuntutan penting dalam agama Islam. Terdapat banyak dalil Al-Quran maupun hadis yang menyokong kesimpulan ini. Ianya tidak perlu lagi dijelaskan khususnya kepada mereka yang telah meladeni jalan perjuangan. Dari segi logik akal pun, manusia berhajat kepada hidup berjama'ah untuk mencapai matlamat bersama yang digariskan. Maka, satu kerja besar seperti menyebarkan Islam dan meletakkannya sebagai agama tertinggi di atas semuanya, tentulah memerlukan penggabungan individu –individunya dalam sebuah jama'ah.
Penggabungan diri (intima') kepada jama'ahmembawa maksud seseorang itu mestilah menyerahkan dan mengorbankan seluruh tenaga dan kemampuannya sebagai khidmat kepada jamaah, menyerahkan segala kepentingan dirinya untuk kepentingan Islam dan bukan sebaliknya. Penyerahan ini dibuat berdasarkan akidah dan bukan kerana factor-faktor lain seperti tertarik kepada individu tertentu, bencikan musuh dan sebagainya.
Memetik apa yang disebutkan oleh Ketua DPPP, Ust Nasrudin bin Hassan at Tantawi dalam Ijtimak Tarbawi Peringkat Negeri Sabah yang diadakan di PLD Kundasang pada 4-6Februari yang lalu, bahawa penggabungan kita ke dalam gerakan Islam hendaklah didasari kepada intima' aqidi. Sambil menolak intima'-intima' yang lain seperti intima' maslahi, syakhsi,hamasidan lain-lainnya, hendaklah dimengerti oleh setiap ahli gerakan bahawa dorongan akidahlah yang menyebabkan kita memilih penggabungan ini.
Kita berada dalam PAS bukan kerana inginkan kedudukan, kuasa dan projek yang mengkayakan diri. Malah, kita berhabis harta, masa dan keselesaan kerana keberadaan kita dalam PAS. Kita bangga kerana dapat memberikan infaq harta dan masa untuk perjuangan dan tidak disia-siakan kepada kehidupan dunia yang tidak membawa kepada akhirat. Kita juga berada dalam PAS bukan kerana kita seorang pengkagum TG. Nik Abd Azizi Nik Mat, TG. Hj. Hadi Awang atau mana-mana tokoh lain. Sekalipun mereka yang kita kagumi citra perjuangannya itu telah dijemputTuhan dan tiada lagi di persada perjuangan ini, kita tetap mahu berada dalam perjuangan ini. Kita tidak mengkultuskan seorang pemimpin sebagaimana pengikut Komunisme mengkultuskan Lenin, pengikut Nazi mengkultuskan Hitler dan mana para pengikut Nasionalisme mengkultuskan pejuang bangsanya sepanjang zaman.
Kita terlibat dengan jama'ah dan kerja-kerjanya adalah untuk mencari redha Allah dengan memperjuangkan agamanya. Kita berkeyakinan bahawa hidup berjuang adalah mulia. Kita, tidak sanggup hidup hina tanpa perjuangan bahkan rela mati syahid demi agama dan perjuangannya
Kerana cintakan kepada perjuangan, kita memilih untuk berada dalam gerakan Islam. Kita memilih PAS kerana ia adalah gerakan Islam yang pertama muncul dalam arena perjuangan Islam secara tersusun dalam sejarah negara kita. Memilih PAS bukan hanya dengan mendaftar jadi ahli dan memberitahu semua orang bahawa "aku adalah ahli PAS". Bukan juga dengan menjadi "addicted" kepada ceramah-ceramah tokohnya atau hanya mengundi calonnya dalam pilihanraya.
Kita tidak harus muncul sekali sekala saat semangat menguasai kepala dan akhirnya mundur dan hilang di kala semangat menyusut ke hujung kaki.
PAS ITU GERAKAN ISLAM, BUKAN PARTI.
Sebilangan mereka yang menyertai PAS nampak PAS itu hanya sebagai parti politik. Tanggapan ini pula menjadi pegangan kepada mereka yang di luar PAS. Mereka yang memusuhi PASpula lebih kuat menanggapi hal ini. Kalaulah mereka faham dan sedar bahawa PAS itu adalah sebuah Gerakan Islam yang mempusakai perjuangan "as-sabiqunal awwalun", tentu mereka tidak tega untuk menentang PAS.
Nabi-nabi dan para hawariyyun mereka tentu mempunyai penerus perjuangan. Masakan kitaboleh mendakwa parti-parti sekular yang ada, baik dalam negara kita maupun seantero dunia, dan diterajui oleh mereka yang mengaku muslim, sebagai penerus perjuangan nabi-nabi dan pejuang sesudahnya?Masakan pula kita boleh mendakwa bahawa firqah-firqah yang hanya memperjuangkan beberapa juzuk daripada Islam serta tidak mensasarkan penubuhan daulah dan dunia Islam itu sebagai warisan perjuangan nabi-nabi danpara pejuang sesudahnya?
Kita ingin kita tergolong dari kelompok yang menjadi mata rantai kepada "As-Sabiqunal awwalun". Allah memuji mereka sebagaimana firmanNya:
Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari golongan muhajirin dan anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah ridha kepada mereka dan merekapun ridha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.
(Surah At-Taubah: Ayat 100)
PAS sebagai sebuah Gerakan Islam, perlu jelas sejelasnya, terutama buat para pemuda perjuangan. Kita sedang menggalas perjuangan ini untuk menapak ke era kemenangan. Hendaknya, prinsip bahawa PAS merupakan Gerakan Islam hendaklah sentiasa meniti di bibir kitamenjaditazkirah buat kita di saat kita alpa. Tindak tanduk dan bual bicara kita hendaklah sentiasa diingatkan dengan prinsip yang seringkali dialpakan ini. Andainya, PAS bukan sebuah Gerakan Islam, tidak ada gunanya kita berhemPAS pulas dan mengorbankan harta, masa dan keselamatan diri untuknya. Perjuangan sebuah parti hanya demi kepentingan yang berkisar di bawah lengkungan langit. Malah tidak pun melePASi atmosfera bumi. Ia mungkin demi seorang tokoh atau kelompok tertentu. Perjuangan Gerakan Islam menembusi tujuh petala langit dan bersimpuh di sidratul muntaha sujud kepada Allah Yang Maha Kuasa.
Pertegaskan untuk dirimu dan orang lain bahawa inilah perjuangan PAS. Di sebalik lebel nama parti padanya, terpacak gunung mengakar Gerakan Islam. Mengalir segar sungai Gerakan Islam bersumberkan legeh perjuangan As-Sabiqunal awwalun.
APA YANG ANDA LAKUKAN DENGAN HARI ANDA TANPA JAMA'AH?
Apa yang kita lakukan untuk mengisi masa kita kalau kita tidak hidup berjama'ah. Cukupkah untuk menjadi modal di depan Allah dengan hanya solat, berzikir dan mengamalkan nilai-nilai mulia dalam hidup. Kita memetik buah dari agama Islam untuk merebut kebahagian akhirat sedangkan kita tidak pernah membajai pokok Islam ini dengan perjuangan.Islam menyeru anak-anaknya untuk mempertahankannya dan mengangkat harakatnya dalam masyarakat, sedang kita memilih untuk menyisih dalam khulwah yang sunyi lengang. Khulwah nafsiyyah malah Jasadiyyah dari perjuangan dan agendanya.
Apakah hebat kalau kita menjadi seorang yang disibukkan dengan jadual harian ketat? Manakan jadual tugas kerjaya, ditambahkan pula jadual aktiviti permainan kesukanan yang sarat. Lalu, tiada masa untuk perjuangan.Pada belahan hari kita, kita gunakan untuk melaksanakan tuntutan kerjaya. Belahan yang lain pula untuk aktiviti bersama teman-teman.kita penuh dengan pelbagai acara sukan, dari futsal, badminton, bola sepak, boling sehingga mengunjungi gymnasium membina tubuh kekar. Itulah yang mungkin menjadi rutin kita jika hidup tanpa jama'ah. Namun, ke mana hendak digunakan tubuh kekar itu? Apakah hanya buat menggoda pesona orang lain. Hina amat kalau digunakan buat memancing pesona wanita. Untung dan maha berkat sekujur tubuh yang sihat hasil dari aktiviti yang kita lalui, kalau digunakan untuk berjuang dalam jama'ah.
Mungkin, kita tidak mahu menyertai Jama'ah kerana mahu mengarang buku yang hebat. Kononnya, buku yang merubah masyarakat dengan suntikannya. Hebatnya buku bukan pada isinya. Isi yang canggih dan penysunan yang kemas dan menelan masa yang banyak tidak menjadikan ia berguna kepada masyarakat. Kalau kerana sibu dengan proses pengarangan, suntingan dan editing buku itu kita tidak mahu menyertai jamaah, ketahuilah bahawa buku akan hadir ke tengan masyarakat hanya laksana kilasan kilat yang tidak mampu memberi hidayah secuit pun kepada ummat.
Mungkin juga, kita disibukkan dengan hobi blogging. Blog kita berada pada ranking teratas dan mampu mengumpulkan pulangan beribu RM daripada agensi pengiklanan antarabangsa. Tapi, apalah ertinya sebuah blog jika tidak menjadi agenda mengangkat Islam. Malah, malang sekali jika blogger menjadi penentang Gerakan Islam.
Mungkin juga banyak masa kita terbuang di kedai kopi. Tanpa komitmen untuk Jama'ah, kita sanggup menghabiskan masa berjam-jam dengan perbualan kosong dengan sahabat-sahabat makir yang kita rasa setia.
Mungkin pantang cuti kita berjalan melancung sana sini. Lekeh pula kalau malam-malam dan hujung minggu hanya duduk bergelempangan depan TV mencari rancangan ASTRO yang menarik.
Kita dalam gerombolan Pemuda PAS menawarkan pilihan untuk lakuna yang membelenggu ini. Kita menawarkan jalan menggunakan masa dan harta yang dapat membenihkan buah akhirat yang meyakinkan. Khabarkan dan tawarkan buat rakan-rakan lihai kita agar kita sama-sama dapat meladangi dunia untuk akhirat dengan perjuangan lalu meyakini hasilnya.
HIDUP BUKAN UNTUK DIRI SEMATA!
Tujuan kita dihidupkan di dunia ini bukan untuk menjadi seperti ternakan yang meragut rumput untuk melangsaikan tuntutan perut dan mencari Pasangan untuk melunaskan tuntutan biologi. Bukan juga untuk maksud duniawi yang di sisi Allah nilainya lebih ringan daripada sayap nyamuk. Untuk menjadi abdi kepada Allah, itulah tujuan asal kita diciptakan.
Sesuai dengan tujuan mengabadikan diri kepada Allah SWT, maka hidup memperjuangnkan agamaNYa adalah kehidupan unggul yang ideal perlu kita cari. Itulah kemuncak pengabadian kepadaNYa.
Bagaimanakah kita menjawab persoalan di depan Allah SWT ketika kita ditanya di akhirat tentang apa yang telah kita lakukan semasa hidup kita? Alangkah malunya kalau kita hanya mampu menjawab bahawa semasa hidupku di dunia aku telah dapat pangkat sekian, dan sejumlah isteri atau anak. Semua pencapaian itu tidak akan dihitung oleh Allah sebagai kunci keselamatan di akhirat.
Apabila kita mengistiharkan PAS sebagai sebuah Gerakan Islam, ketahuilah bahawa tarbiah merupakan hatinya. Tarbiah ibarat generator yang membekalkan sumber tenaga untuk sebuah perkampungan.Tarbiah ibarat baja yang menyuburkan dan ibarat racun serangga yang membasmi perosak.
MAKNA TARBIAH
Perkataan tarbiah dalam bahasa Melayu bermakna: pendidikan, pengasuhan . 'Tarbiah' diambil daripada bahasa Arab(تربية) berasal daripada kalimah(رَبَّى)dyang membawa maksud mendidik dan menambahkan kekuatannya jasmani, akal dan akhlak.
Sesetengah ulama haraki merumuskan tarbiah kepada bahagian-bahagian berikut:
*Tarbiyah Siasiyyah ( Pendidikan Memperkasa Politik) dan lain-lain.
Di antara semua bahagian-bahagian tarbiah ini, tarbiyyah Ruhiyyah adalah mendepani semuanya. Ia merupakan tarbiah kepada jiwa dan hati. Hati merupakan raja dalam tubuh, jika baik ia, baiklah semuanya.
MEKANISMA TARBIAH
Kita seharusnya berkeyakinan sepenuhnya bahawa tarbiah adalah satu-satunya wasilah yang paling berkesan untuk merubah masyarakat, melahirkan rijal serta seterusnya mencapai kejayaandalam perjuangan dan memperkasakan jema'ah. Bukankah melalui tarbiahlah Rasuluilah SAW berjaya membentuk generasi rabbani sebagai contoh yang sukar ditandingi?
Di bawah Dewan Pemuda PAS Kawasan Sandakan, kita cuba sedaya upaya untuk menhayati makna di sebalik kepentingan tarbiyyah ini. Lajnah Tarbiyyah dan Kepimpinan pada sesi yang lalu telah merancang pelbagai program tarbiyyah dan sebahagiannya dapat dilaksanakan dengan baik dan jaya. Sesuai dengan keutamaan Tarbiyyah Ruhiyyah, Lajnah Tarbiah dan Kepimpinan telah merancang program yang berbentuk pembentukan hati yang sejahtera agar dengan hati yang sejahtera ini, akan lahirlah pendokong perjuangan yang ampuh di medan perjuangan.
Menjadi tanggungjawab kita sebagai pemuda untuk memberi sokongan dan menyertainya. Usrah sebagai induk program tarbiyyah kita hendaklah dihadiri dengan penuh rasa cinta dan tanggungjawab. Janganlah kerana alasan-alasan gampang kita meninggalkan usrah. Selain itu, Tamrin juga merupakan program "patern" Gerakan Islam. Qiamullail pula hendaklah menjadi budaya hidup kita. Amat memalukan pula jika kita liat untuk solat berjama'ah di masjid sedangkan kita mengaku pejuang Islam.
Justeru, agenda tarbiyyah kita adalah untuk melahirkan individu-individu pejuang yang berstamina tinggi buat menggalas kerja besar yang amat melelahkan. Saya menyeru kepada sahabat sepejuangan untuk melapangkan dada dan menyerahkan hati dan perasaan kepada agenda tarbiyyah jama'ah.
Yakinilah bahawa bila berjaya tarbiyyah dalam jama'ah, PAS akan kaya dengan mujahid yang tidak mudah diperkotak-katikkan. Ombak dan badai tidak akan dapat merebahkannya, apalagi dengan ugutan hilangnya peluang naik pangkat atau perpindahan serta merta. Kita telah melihat sebilangan sahabat seperjuangan kita yang ampuh menghadapi ancaman dan ugutan sedemikian, dan kita ingin sekali jadi seperti mereka. Tetapi bagaimana? Tarbiyyahlah jawapannya!
JAMAAH TANPA TARBIAH?
Apakah mungkin dikatakan seseorang itu berjama'ah tanpa tarbiah? Mereka yang menjadi tentera-tentera syaitan pun menyediakan masa-masa dan mekanisme tertentu untuk membina motivasi diri mereka, maka apakah tentera-tentera Allah tidak merasakan perlu mereka mempunyai hal yang boleh memantapkan diri dan perjuangannya. Oleh itu, adalah tidak masuk akal untuk mengatakan diri berjama'ah tanpa mahu melalui proses tarbiah.
Dalam PAS, jika yang terjun ke dalamnya itu adalah mereka yang hanya membawa citra politik yang berkaitan dengan kepartian dan pilihanraya semata-mata, mereka tidak akan melihat perlunya agenda tarbiahnya. Ini merupakan ancaman dalaman kepada PAS untuk jangka panjang. Kelak, akan jadilah PAS sebagaimana parti-parti lain yang membawa isme-isme tersendiri. Tidak mustahil, tanpa tarbiah, PAS akan menjadi parti yang memperjuangkan islamisme dan bukannya memperjuangkan Islam sebagai ad-dinyang diturunkan Allah SWT.
Tarbiyyah, sebagaimana yang ditegaskan oleh Ketua DPP Pusat, perlu dilalui oleh semua warga Gerakan Islam, dari yang teratas hinggalah ke bawah. Tak kira siapa pun dia, jika mengaku anggota Gerakan Islam PAS, hendaklah meladeni agenda tarbiah Jama'ah.
Marilah kita menghayati keperihatinan pemuda-pemuda dalam Gerakan ini yang berhempas pulas menggerakkan agenda tarbiyyah. Sesungguhnya, inilah rupa Jamaah yang kita rindui. Jamaah yang menjadikan tabiyyah sebagai makanan hariannya.
Kitalah soldadu yang memikul amanah menjana tarbiyyah dalam Jamaah. Kita soldadu dan kita juga perlu ditarbiyyah. Jamaah kita adalah Jamaah Gerakan Islam. Maka, jangan sekali-kali mengabaikan aspek tarbiahnya. Dengannya, Jamaah mendapat nafas dan menjadi perkasa.
KESIMPULAN.
Sekianlah, mudahan selepas muktamar ini selesai dan kita kembali bercempera dengan tugas harian masing-masing, kita akan sentiasa sedar anugerah Tuhan yang Allah kurniakan kepada kita. Anugerah yang tidak diperolehi semua orang. Itulah anugerah menjadi pilar-pilar Jamaah PAS di Sandakan. Maka, kita pun menghargainya dan istiqamah di dalamnya. Dengan rasa syukur dan tawaddhuk, kita mencari lapangan tarbiah buat menjana kekuatan diri.
Saya berdoa agar kita diberikan thabat dalam perjuangan ini sehingga ke akhir hayat. Tiada maknanya perjuangan yang bersemangat pada permulaan dan mundur di belakang hari. Allah tidak melihat kepada permulaan, tetapi khatimahlah yang akan menuntukan sama ada kita bahagia atau sebaliknya.
MELAKA: Penduduk di sekitar Taman Desa Idaman, Durian Tunggal, di sini meminta pihak berkuasa membina segera bonggol di jalan utama Taman Desa Idaman 1 dan 2 kerana sering berlaku kemalangan.
Menurut Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah, Adly Zahari, alasan yang diberikan iaitu tiada peruntukan tidak boleh diterima kerana masalah itu membabitkan nyawa orang ramai.
"Walaupun telah beberapa kali berlaku kemalangan dan terbaru seorang penunggang motosikal cedera parah tetapi tiada tindakan diambil bagi memastikan jalan ini selamat kepada orang ramai. Masalah ini perlu diambil perhatian serius oleh pihak yang berkenaan dan tindakan segera membina bonggol perlu dilaksanakan.
"Memang tak patut alasan tiada peruntukan dan semakin hari penduduk semakin bertambah kenderaan juga bertambah, jangan nanti bila berlaku yang tidak diingini kita menuding jari di antara satu sama lain," kata beliau.
Menurut seorang Penduduk, K Samy Nanthan, 26, bahawa penduduk sudah beberapa kali mengajukan masalah itu kepada pihak berwajib termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR) dan wakil rakyat kawasan itu namun alasan diterima adalah tiada peruntukan untuk membina tiga bonggol berkenaan.
Tambahnya, sejak jalan sepanjang 500 meter itu dibina lebih lima bulan lalu ianya sering berlaku kemalangan.
"Permintaan bagi membina bonggol itu bukan untuk kepentingan individu tetapi keselamatan orang ramai yang risau terutama ketika waktu puncak memandangkan jalan itu lurus dan berbukit.
"Saya risau sekiranya bonggol masih tidak dibina kerana kenderaan terutama motosikal laju di jalan ini dan adakah mereka ingin menunggu sehingga berlaku kemalangan maut," katanya.
"Selain itu, jalan itu juga digunakan kanak-kanak untuk menyeberangi jalan untuk ke taman permainan berhampiran menyebabkan keselamatan nyawa mereka terancam setiap masa.
Cukai, 03/04/2011 - Program Ops Al- Falah di UPU Kubang Kurus yang bermula pada 31 mac 2011 hingga 02 april 2011. Dalam program ini PAS Cukai telah menyampaikan sumbangan berupa barangan dapur kepada 45 orang fakir miskin di dua cawangan yaitu cawangan Kubang Kurus & cawangan Pengkalan Pandan. PAs Cukai juga memberi sedikit wang saku kepada 31 orang anak yatim di sekitar cawangan tersebut. Sempena program tersebut kita telah buat gotong royong baiki rumah dapur & membuat tandas, di rumah seorang penduduk Pengkalan Pandan.
SIBU 2 APRIL : Walaupun dilahirkan pada tahun 1880 dan sudah lama meninggal dunia, Mohamad Mahli Sulong masih dalam senarai daftar pengundi untuk pilihanraya negeri Sarawak bulan ini, menurut sebuah pertubuhan bukan kerajaan.
Sibu Election Watchers (SEW) berkata kes Mohamad Mahli adalah contoh terbaru untuk membuktikan senarai pengundi Suruhanjaya Pilihanraya masih belum dikemaskini.
Jurucakap SEW, Wong Meng Chuo berkata Mohamad Mahli disenaraikan sebagai pengundi untuk N49 Nangka dan tempat mengundi beliau adalah SK Perbandaran Sibu No. 3 at Jalan Bandong.
Pada pilihanraya kecil Sibu tahun lalu, SEW mengesan 208 pengundi yang dilahirkan lebih seratus tahun lalu namun masih dalam daftar pengundi SPR, akhbar The Star melaporkan.
Justeru, SEW menolak jaminan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang mendakwa daftar pengundi SPR sudah "dibersihkan."
"Kita kesal kerana SPR masih belum melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik. Kami percaya daftar pengundi yang bersih amat penting untuk memastikan pilihanraya berjalan secara adil dan bebas," tambah beliau.
Kepimpinan Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu Gajah kini diterajui oleh muka-muka baru selepas kepimpinan terdahulu yang diketui oleh Sdr Ammar Rosdy dan Ustaz Munir Ali serta Sdr Razman sudah melebihi 40 Tahun. Kini kepimpinan pemuda diterajui oleh Ustaz Abdullah Adam. Ahli pemuda ketika ini lebih ramai selepas majlis penyerahan keahlian 60 pemuda kepada Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin bulan lalu. Pemuda sekarang kini lebih mantap dan menggerunkan UMNO/BN
Kepimpinan baru Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu Gajah ingin mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada Sdr Ammar Rosdy kerana telah memimpin pemuda dengan penuh komited. Beliau adalah insan yang menaikkan integriti dan nama Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu Gajah. Semoga beliau terus menyokong dan bersama-sama dengan kepimpinan Baru
PUTRAJAYA 2 April - Dianggarkan RM108 bilion yang sepatutnya menjadi pendapatan negara setiap tahun lesap manakala lebih RM10 bilion lagi dipindahkan secara haram ke luar negara.
Kerugian itu dikesan hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas kegiatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa melibatkan pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di seluruh negara.
Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, angka kerugian itu dianggarkan akibat aktiviti pemindahan wang secara haram melalui beberapa cara termasuk taksiran kurang, transaksi tanpa rekod serta penyeludupan wang.
"Akibat tindakan 'tangan-tangan kotor' ini, negara mengalami kerugian apabila hasil pendapatan lesap manakala wang rasuah yang diperolehi mereka dipindahkan secara haram ke luar negara.
"Berikutan itu, SPRM mengadakan 'Operasi 3b' iaitu sasaran kita mengembalikan semula RM3 bilion hasil pendapatan negara yang lesap," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
P/S:-Ini membuktikan banyak perkara sebenarnya.Antaranya ialah:-
i)Pegawai di KASTAM boleh dan telah banyak melakukan kesalahan yang boleh mendatangkan kerugian kepada negara.Adakah mereka ini dikira sebagai orang yang sangat berkuasa dalam muka bumi Malaysia ini?Besar manakah kuasa mereka? Sejauh manakah kuasa mereka untuk terus melakukan kesalahan seperti ini?
ii)Kalau kakitangan KASTAM yang tidak berapa kuasa besar kuasa mereka boleh melakukan begini,bagaimana pula dengan mereka-mereka yang lebih kuasanya?Agak-agak menteri-menteri dalam kabinet tu tak buat macam ni ke?Kalau tak macam mana mereka ni ada harta yang melampau banyaknya?
Dah banyak kali keluar cerita pasal menteri ni ada akaun di Luar negara,menteri ni ada harta diluar negara,menteri itu bukak akaun di Swiss Bank,Menteri ini bukak akaun di Bank Singapore.
Jadi kalau macam ini,kami rasa harta dan wang yang keluar dari negara ni adalah lebih banyak dilakukan oleh Bapak-bapak Menteri!Bukan begitu?Itu belum kira Kaum-kerabat dia lagi tu!Anak,is-3,is-4,anak menakan,pak menakan,pak mentua, dan ramai lagi sedara-mara pembesar-pembesar itu!
Tapi kami rasa Malaysia tak buat kut????Sebab mungkin hal ini hanya berlaku di negara Ke3 dan negara-negara yang berpendapatan rendah sahaja agaknya!Malaysia ni kan negara maju dan kaya-raya?
Sebab itulah rakyat dia boleh senyap je walaupun MINYAK DAH NAIK 3,4 KALI SETAHUN!
You are subscribed to email updates from ansarullah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
PARTI ISLAM SEMALAYSIA(PAS) perlu memperkemaskan modal spiritual untuk menghadapi modal melangit material dan fizikal yang disediakan oleh lawannya sekira benar bersungguh-sungguh untuk memimpin perubahan dan menyumbang secara maksima kepada pembangunan ummat.Para pemimpinnya harus melihat dan memantau kebersihan rohani kolektif PAS(SPIRITUAL); Kekuatan fizikal dan sistem sokongan yang jitu(Physical-P),sinergi daya intelek kolektif yang secara sedar dirancang(Intelektual), kekuatan/kestabilan emosi yang mampu menangkis godaan nafsu ammarah dan dikuasai secara berkesan(EMOSI) dan modal kekuatan sosial atau ukhuwwah yang benar dan kepemimpinan yang inklusif dan karismatik serta kemampuan membaca keadaan cepat dan tepat dan endorsmen daripada MALIKAL MULK.
A vast pool of information has been made available in Sarawak Report ( http://www.sarawakreport.org ) , the website recently uploaded the entire database of the Land and Survey Department of Sarawak that shows more than 1,000 plots of land acquired in recent years by the state, much of which have been passed on to Taib's close relatives and cronies at dirt-cheap premiums. Many of these plots of land, which total more than 1.5 million hectares, were in fact NCR land, secretively sequestered from the natives.(refer to map below)
MACC fiasco over Taib Mahmud scandal — Kim Quek April 02, 2011 Malaysian Insider
APRIL 2 — The credibility of the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) took a heavy beating when its two top officials floundered badly in a press conference over its failure to act against the notorious Chief Minister of Sarawak Taib Mahmud.
The latter has been in the limelight lately due to frequent exposures in the Internet of his fabulous wealth and massive land grabs, for which numerous reports have been lodged with the MACC.
In the press conference to present the annual report of MACC's complaints committee on March 31, both chief commissioner Abu Kassim Mohammed and committee chairman Mohd Nor Abdullah were confronted by journalists over MACC's deafening silence over long-standing accusations against the chief minister.
While Abu Kassim's answers were hopelessly evasive, Mohd Nor's reaction was outright obnoxious. The duo has conveyed this unmistakable message: Chief Minister Taib Mahmud is off-limits, don't you dare push us further!
To reporters' various questions such as: whether public complaints have been received, whether files have been opened, how many cases are there, will there be charges, Abu Kassim gave only irrelevant answers such as: we have to investigate all corruption, we cannot turn away any investigation, silence doesn't mean inaction, etc. As questions persisted, he eventually repeated like a parrot to all further questions: "When there is a complaint, it will investigate."
Mohd Nor, who was sitting next to Abu Kassim, stepped in to warn the reporters to back off. Obviously basking in his credentials as a former Court of Appeal judge, he asked reporters not to breach the Printing Presses and Publication Act (PPPA), which stipulates that news can only be published if there is reasonable cause to believe it is true. He said: "If you ask me whether there is any investigation on the chief minister, you may have breached the Act, as you already have the pre-conception of the CM's corruption. You cannot ask me that. You cannot fish for evidence. Have you done your investigation? Inquire the truth first, then ask."
While Abu Kassim's utter timidity to touch on anything relating to the chief minister merely confirms what is already public knowledge — that the MACC is completely impotent to deal with any corruption case of ruling Barisan Nasional's heavyweights — it is Mohd Nor's menacing and stupid threats to news media that have riled the otherwise complacent public.
Mohd Nor talked as if we are ignorant of the mountain of evidence of corruption and abuse of power by Taib Mahmud unearthed and circulating on the Internet. Evidence against him is so voluminous and detailed that it formed a two-inch-thick book which was formally handed to the MACC. And reports that were lodged almost one year ago have met with only silence from the MACC.
The reports against Taib are mainly based on the website Sarawak Report (http://www.sarawakreport.org) which chronicles Taib family's multi-billion ringgit fortunes in the form of overseas real estate properties, Malaysian enterprises and large areas of land in Sarawak. The Sarawak Report website carries amazing details of Taib family's assets, complete with proof of ownership extracted from company registries and land registries. Perhaps it is these meticulous details appearing as incontrovertible proof that have unnerved the MACC, causing its two top officials to make a fool of themselves in public.
As an example of the vast pool of information made available in Sarawak Report, the website recently uploaded the entire database of the Land and Survey Department of Sarawak that shows more than 1,000 plots of land acquired in recent years by the state, much of which have been passed on to Taib's close relatives and cronies at dirt-cheap premiums. Many of these plots of land, which total more than 1.5 million hectares, were in fact NCR land, secretively sequestered from the natives, whose complaints have resulted in more 200 land litigations. The few cases that have been heard by the courts have ended in favour of the native landowners, indicating the illegality of Taib's land grab.
As proof that Taib's family has been major beneficiaries of this illegal land grab, the names of some 50 companies featured in the land register as original recipients of land from the state were listed, each identified with members of Taib's family.
Another piece of bad news for the embattled chief minister is the recent disclosure of a so-called black list of 49 companies spread worldwide, each linked to Taib's family. This list, announced by the Bruno Manser Fund, a Swiss NGO dedicated to the cause of the oppressed Sarawak natives, shows 13 of these companies are located in Malaysia, 10 in Australia, nine in Canada, seven in Hong Kong, the balance in UK and other parts of the world.
The beauty of the entire Taib corruption episode is that Taib himself never really denies the existence of his family's vast assets.
In an interview during the cyber campaign launched recently by him to fend off the various accusations, he attributed his family's fortune to the entrepreneur genius of his daughter Jamilah. Taib explained that when he left the federal government three decades ago, he gave some money to Jamilah from his gratuity to start off her business in Canada. Due to her business acumen, that business eventually snowballed into an international business empire.
While one is still stretching his imagination as to what little credibility could be given to Taib's rag-to-riches story, the answer came in another interview of Taib. To buttress the veracity of his story, Taib elaborated further that he had no choice but to do business abroad 30 years ago where his well-educated children were doing business. He said:
"I don't want conflict of interests to haunt me all the time. If I do business inside the country, people will say I use my influence to enrich myself, so we did it outside the country."
What a terrible lie that was! Who in Sarawak doesn't know that the state's largest conglomerate CMS is the flagship of Taib family's business empire which creams off the juiciest contracts from the state, much to the revulsion of the local business community?
With that blatant lie, what credibility can we give to Taib's self-made billionaire story?
Facing such awesome evidence of massive corruption, the chairman of MACC's complaints committee had the gall to make legal threats to inquisitive inquirers, as if Taib is a victim of dubious accusation!
The Taib Mahmud story is only one of many of Barisan Nasional's numerous mega corruption scandals involving its reigning elites which have been routinely neutered by our law-enforcing institutions, be it the MACC, police, Attorney-General or the judiciary.
And the latest theatrics of the MACC described here only confirms that nothing has changed despite Prime Minister Najib Razak's much-trumpeted reforms via his numerous slogans.
Tuan Hj Hamseh bin Mohd Som adalah merupakan usahawan Melayu yang berjaya di Kg Meru.
Dengan memiliki Kolam Rekreasi Downhill yang terletak di Jalan Cempaka di Kg Hj Mohd Shariff dan memelihara 80 ekor kambing Jamnapari beliau bersama anaknya telah berjaya menjadi usahawan contoh kepada golongan yang berhasrat melibatkan diri dalam bidang keusahawan.
Menceritakan pengalaman pahit manis yang di laluinya kepada ADUN Meru, Dr Hj Abd Rani dan Ketua Kampung Meru, Hj Taifor bin Hj Nor serta Ketua Kampung Kg Bukit Kapar, Tuan Hj Shafie bin Hj Sulaiman, Tuan Hj Hamseh menekankan bahawa kesabaran dan kegigihan dan tawakkal kepada Allah menjadi bekalannya untuk terus berusaha meningkatkan prestasi kerjayanya.
YB Dr Rani berasa sungguh gembira melihat kejayaan yang di perolehi oleh Hj Hamseh dan berharap lebih ramai golongan muda yang dapat mencontohi usaha murni ini bagi menaikkan tahap ekonomi Bumiputera.
Selain memiliki kolam pancing yang beroperasi 24 jam itu Hj Hamseh juga memelihara puluhan ribu ikan keli dan ikan puyu untuk di jual kepada pelanggan-pelanggan tetap yang mengunjungi kolam rekreasi tersebut.
Beliau juga menanam beberapa pohon limau purut, misai kucing, limau kasturi dan buluh madu bagi menambah pendapatannya.
You are subscribed to email updates from KHIDMAT MERU To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
TELUK INTAN, 3 April - Dewan Muslimat PAS Kawasan (DMPK) Teluk Intan telah berjaya melaksanakan mesyuarat agungnya bagi kali ke-21 di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan, Kg. Padang Tembak dekat sini.
Mesyuarat telah diadakan bermula jam 8.30 pagi yang telah dirasmikan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Perak, Ustazah Hjh. Bariah binti Alang Sapri. Turut hadir ialah Setiausaha PAS Kawasan Teluk Intan, Sdr. Fareed Al Jarumi selaku wakil PAS Kawasan Teluk Intan.
Timbalan Ketua Muslimat Kawasan, Puan Hjh. Faridah bersama Ustazah Hjh. Bariah.
Ketua Muslimat Kawasan menyampaikan ucaptama.
Di dalam ucapan perasmian, Ketua Dewan Muslimat Perak telah menekankan aspek gerak kerja muslimat. Beliau berharap agar program kebajikan dan kemsyarakatan menjadi kerja utama muslimat dan bukan sekadar aktiviti sampingan sahaja.
Pada masa yang sama, beliau juga berharap agar muslimat mendekati generasi muda melalui pendekatan ilmu dan hiburan yang membina di samping memperkasakan program pentarbiyyahan ahli.
"Sudah tiba masanya untuk muslimat PAS terjun ke dalam masyarakat melalui program-program yang menepati citarasa masyarakat. Muslimat juga perlu mesra alam dengan tidak lokek dengan senyuman apabila berdakwah," ujar Ustaz Bariah.
Akhirnya, beliau berharap muslimat cawangan mesti bergerak senada dan seirama dengan muslimat kawasan agar segala gerak kerja dapat dilaksanakan dengan lancar.
Muslimat Cawangan Batak Rabit telah menerima anugerah Muslimat Cawangan paling aktif.
Kemudian, Ketua Muslimat Perak telah menyampaikan hadiah kepada muslimat cawangan yang aktif iaitu muslimat cawangan Batak Rabit dan muslimat cawangan Desa Bakti.
Perwakilan meneliti buku ucaptama.
Perwakilan muslimat cawangan.
Di dalam pemilihan jawatankuasa yang baru, jawatan Ketua Muslimat dan Timbalan Ketua Muslimat telah kekal kerana tiada pertandingan yang terus disandang oleh Puan Robiatun binti Mohd. Abas dan Puan Hjh. Faridah binti Ahmad Fakhrur Razi. Manakala jawatan Naib Ketua Muslimat telah dimenangi oleh Puan Hjh. Sisriyati binti Sahari setelah berlaku pertandingan.
Melalui proses pengundian, para perwakilan juga telah memilih lapan orang ahli jawatankuasa baru bagi sesi 2011-2013.
TELUK INTAN, 4 April - Gerak kerja dakwah adalah merupakan agenda utama dalam perjuangan PAS kerana dakwah adalah satu tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul oleh setiap ahli. Demikian antara isi ucapan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Teluk Intan, Puan Robiatun binti Mohd. Abas semasa menyampaikan ucaptama sempena Mesyuarat Agung Dewan Muslimat PAS Kawasan Teluk Intah Kali Ke-21.
"Dalam memikul amanah dan tanggungjawab ini akan menyebabkan kita keletihan dan terkorbannya kerehatan, harta, bahkan nyawa dan yang bakal mengheret insan ke lembah ujian," ujar beliau.
Ustazah Hjh. Bariah, Ketua Muslimat PAS Perak, perasmi mesyuarat agung.
Menurut beliau lagi, demi meniupkan semangat pengorbanan dalam kalangan ahli, maka tema mesyuarat agung bagi tahun ini ialah 'Pengorbanan Wadah Perjuangan' dengan bersama-sama menepati maksud pengorbanan itu sendiri iaitu mengorbankan jiwa, harta, masa, kehidupan dan semua perkara untuk mencapai matlamat suci.
Para muslimat mesti mencontohi Khadijah, Ummu Salamah, Ummu Sulaim, Nusaibah, Asma, dan lain-lain di mana mereka sanggup mengorbankan apa sahaja demi menyebarkan Islam.
"Adakah kita lebih selesa di rumah bersama keluarga lalu menafikan amanah yang sememangnya tanggungjawab kita ?"
Antara perwakilan muslimat cawangan yang hadir.
"Apapun, rebutlah peluang yang ada untuk berkorban masa, tenaga dan harta demi agama Allah dan manfaatnya akan kembali kepada kita juga," ujar beliau lagi.
Mesyuarat agung telah diadakan di Markaz PAS Kawasan, Kg. Padang Tembak. Turut hadir ialah Ustazah Hjh. Bariah binti Alang Sapri, Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Perak sebagai perasmi mesyuarat agung.
Dalam pemilihan kepimpinan bagi sesi yang baru, mesyuarat telah mengekalkan tiga jawatan tertinggi iaitu Ketua Dewan Muslimat, Timbalan Ketua Dewan Muslimat dan Naib Ketua Dewan Muslimat iaitu Puan Robiatun binti Mohd. Abas, Puan. Hjh. Faridah Rajiah binti Ahmad Fakhrur Razi dan Puan Hjh. Sisriyati binti Sahari.
Ahli parlimen Teluk Intan, M Manogaran ditangkap bersama seorang aktivis, MS Arjunan dari Persatuan Progresif Pelajar Tamil Malaysia (MATSAP) ketika mengadakan demonstrasi membantah novel Interlok.
Manogaran (dua dari kanan), dari DAP dan Arjunan (kanan sekali) tiba bersama sekumpulan kecil aktivis awal pagi ini di Kuil Subraminiyar di Batu Caves di Gombak, Selangor, untuk membantah keputusan kementerian pelajaran menjadikan Interlok bacaan wajib Pelajar Tingkatan Lima yang mengambil kesusasteraan Melayu untuk peperiksaan SPM.
Polis bertindak menahan Manogaran dan Arjunan tengahari tadi, apabila berucap kepada kumpulan yang hadir itu dan menggesa masyarakat India supaya bersatu menentang penggunaan novel itu sebagai komponen sastera dalam matapelajaran Bahasa Malaysia.
Manogaran dan Arjunan dibawa ke ibupejabat polis daerah Gombak.
Mereka kemudiannya dibebaskan sekitar jam 2.40 petang selepas polis merakamkan kenyataan mereka.
Sebelum itu, dalam ucapannya, Arjunan menggesa supaya novel itu tidak dijadikan bacaan wajib.
Beliau berkata, pihaknya tidak mahu kerajaan atau kementerian pendidikan hanya mengubahsuai sebuah buku yang menjadi masalah utama kepada masyarakat India.
Buku itu, kata Arjunan yang membaca satu kenyataan, mengandungi banyak masalah dan menimbulkan isu-isu moral.
KUALA LUMPUR, 2 April: "Terima kasih PDRM bantu rakyat benci Umno BN," kata Datuk Mahfuz Omar.
Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar semalam yang mengesahkan rakaman video seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didedahkan tiga manusia baru-baru ini adalah tulen.
Menurut Ismail, pengesahan itu dibuat oleh pakar profesional yang dilantik pihaknya minggu lalu untuk membuat kajian terperinci.
Katanya, hasil siasatan rakaman video itu yang kini di peringkat akhir akan diserahkan kepada Peguam Negara dalam masa terdekat.
Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Sena berkata, kemungkinan selepas ini pihak polis akan mengesahkan bahawa 'pelakon' lelaki di dalam video berkenaan adalah Anwar.
Baginya, itulah 'skrip' sejak dari awal lagi di mana semua media yang pro Umno BN cuba mengaitkan video lucah itu dengan Ketua Umum PKR.
Secara sinis, beliau berkata, walaupun video lucah itu dimaklumkan pihak polis adalah tulin tetapi gagal mengesahkan pelakonnya kemungkinan disebabkan mata penyiasat rabun.
"Mungkin penyiasat mata rabun atau yang siasat ni 'polis malaikat' yang tak tengok adegan atas katil, jadi dia siasat video saja," ujarnya lagi
Persaingan bagi jawatan timbalan presiden dan naib presiden PAS semakin panas. Selepas Kubang Krian mencalonkan Mohamad Sabu untuk jawatan timbalan presiden, minggu depan, PAS Temerloh pula akan bermesyuarat bagi memilih calon mereka.
Selain calon jawatan timbalan presiden, jawatankuasa PAS kawasan itu menyenaraikan calon pilihannya bagi tiga jawatan naib presiden dan ahli jawatankuasa pusat.
Pemilihan pucuk pimpinan PAS akan berlangsung dalam muktamar itu yang dijadualkan Jun depan.
Timbalan yang dipertua kawasan Hassanuddin Salim berkata, kawasan itu akan memutuskan calon yang sesuai bagi mengisi jawatan tertinggi parti itu. Difahamkan Temerloh akan mengekalkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai presiden.
"Dalam mesyuarat kawasan kelmarin, perwakilan menyerahkan kepada jawatankuasa PAS kawasan untuk memilih calon bagi jawatan tertinggi, bermula dari presiden hingga ahli jawatankuasanya," katanya.
Secara peribadi, katanya, beliau menjangkakan Abdul Hadi akan dicalonkan semula mengekalkan jawatannya.
Ditanya berhubung kecenderungan kawasan itu mengenai calon jawatan timbalan presiden, Hassanudin berkata: "Kita lihat (dahulu) kecenderungan jawatankuasa PAS kawasan".
Hassanuddin adalah calon PAS yang bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Kerdau baru-baru ini. Beliau tewas kepada calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad dengan majoriti 2,724 undi.
Menurutnya lagi, dua usul telah diputuskan sebulat suara dalam mesyuarat tersebut.
Usul pertama menggesa kerajaan Pahang menambah jumlah sekolah menengah agama di semua 14 daerah di negeri itu, serta menambahbaik prasarana sekolah sedia ada.
"Sambutan untuk belajar di sekolah agama (bawah kerajaan negeri) begitu menggalakkan. Permohonan terlalu banyak tetapi pengambilannya terhad," katanya.
Selain itu, Hassanuddin berkata pewakilan juga turut menggesa pimpinan PAS bekerja untuk menjayakan Bersih 2 kerana mendakwa dalam beberapa siri pilihan raya kecil lalu, BN "semakin menyalahgunakan demokrasi".
"(Perhimpunan Bersih perlu diadakan) untuk memberi kesedaran (kepada BN). Ia perlu disegerakan supaya BN melihat kepentingan demokrasi dan (bersikap) telus," katanya.
Sementara itu, dalam pemilihan kepimpinan kawasan tersebut, Jusoh Darus dipilih sebagai yang dipertua kawasan, Hassanuddin (timbalan) dan ADUN Kuala Semantan Syed Hamid Syed Muhamad (naib).
Mesyuarat kawasan itu, di Markaz Darul Amin di Temerloh, dihadiri kira-kira 300 perwakilan dan dirasmikan oleh setiausaha majlis Syura Ulama, Nik Zawawi Nik Salleh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan