Oleh SYED ALI ALHABSHEE APABILA video seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin utama parti pembangkang terbongkar, seperti biasa pemimpin UMNO dituduh sebagai dalangnya.
Begitu mudah pihak pembangkang melontar tuduhan tersebut malah Setiausaha Agung PKR, Saiffudin Nasution Ismail mendakwa kononnya Datuk Seri Najib Tun Razak dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berada di belakang pendedahan video berkenaan bertujuan untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Hebat sangatkah Anwar sehingga memaska Najib dan Dr. Mahathir berpakat untuk mengadakan konspirasi menjatuhkannya?
Apakah untungnya bagi Dr. Mahathir yang sudah bersara daripada jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO mencampuri politik moral Anwar yang kini sedang berdepan dengan kes liwat.
Inilah penyakit pembangkang yang begitu mudah menuduh orang lain sebagai penyebab di atas segala musibah yang mereka alami.
Golongan ini tidak pernah bersyukur dan tidak tahu untuk bermuhasabah mencari kelamahan, sebaliknya hanya pandai menunding jari kepada pihak lain.
Dalam kes video seks yang dikatakan membabitkan tokoh pembangkang dengan pelacur yang dipercayai daripada Cina, ramai yang masih tertanya-tanya siapakah tokoh tersebut.
Rakyat sudah bijak menduga
Berdasarkan laporan berita dan pendedahan berterusan oleh laman-laman web, tokoh berkenaan seperti sudah hampir dikenal pasti.
Bagaimanapun, saya melihat gelagat Anwar agak pelik pada hari hari pertama pendedahan video seks tersebut.
Secara tiba-tiba dia menafikan aksi rakaman tokoh dalam video berkenaan bukan dirinya dengan menjadikan perut buncit sebagai bahan perbandingan.
Sedangkan tiga trio yang bertanggungjawab mendedahkan video seks itu tidak menyebut secara tepat bahawa Anwar adalah tokoh pembangkang yang melakukan hubungan lucah dengan pelacur asing.
Akibat telatah Anwar yang bingkas tampil membuat penafian sedangkan nama dia langsung tidak disebut dalam video berkenaan, maka orang ramai pun sudah bijak menduga.
Pakatan Rakyat (PR) gabungan PKR, DAP dan PAS kini semakin tertekan dengan isu video seks walaupun mereka cuba seberapa daya untuk menutupnya dengan membuat tuduhan kononnya konspirasi dilakukan UMNO.
Mereka ingin memberitahu rakyat dan serata dunia dengan fakta bohong bahawa Anwar adalah manusia paling bersih yang kini menjadi mangsa kekejaman politik UMNO.
Mereka mengharapkan simpati rakyat tetapi malangnya pendedahan video seks berkenaan amat menyiksakan perjuangan politik pembangkang di negara ini.
Sehubungan itu, saya berpendapat adalah wajar untuk Anwar mengundurkan diri daripada arena politik kerana reputasinya sudah tercalar, apatah lagi terpalit dengan kes liwat.
Anwar sepatutnya berundur kerana isu moral
Kita tidak perlu lagi bercakap mengenai moral Anwar, apa yang penting ialah rakyat sudah bosan dengan penafian demi penafian mengenai salah laku pemimpin pembangkang.
Inilah bezanya dengan pemimpin UMNO, kita sedang bertungkus lumus untuk membawa kesejahteraan kepada rakyat manakala pembangkang pula berhempas pulas untuk meyakinkan rakyat kononnya pemimpin utama mereka masih bersih.
Saya berani meramalkan ramai pemimpin pembangkang terutama daripada PAS yang amat kecewa dengan isu moral Anwar.
Pemimpin PAS seperti tercekik – nak di telan pahit dan dibuang sayang kerana PAS tidak mampu untuk menumbangkan UMNO secara bersendirian.
Isu video seks amat memberi tamparan kepada pemimpin PAS. Maruah dan wajah 'tok guru' Haji Abdul Hadi Awang dan Nik Aziz Nik Mat seperti dilumuri najis.
Mereka pemimpin beragama tetapi saat ini sedang menanggung kesakitan yang pedih gara-gara video seks membabitkan seorang sahabat mereka dalam pakatan pembangkang.
Bayangkan bagaimana rupa air muka Haji Hadi dan Nik Aziz apabila berdepan dengan rakyat dan ditanya mengenai siapakah yang beraksi dalam video lucah tersebut ?
Air muka Haji Hadi & Nik Aziz semakin keruh dengan isu video seks
Apakah Haji Hadi dan Nik Aziz akan kata itu semua pembohongan sedangkan mereka berdua sehingga kini belum lagi diberikan peluang untuk menonton secara percuma klip video seks berkenaan!
Bagaimanapun, jika PAS masih berpegang kepada prinsip, maka sudah tentu lambat-laun mereka akan angkat kaki dan meninggalkan Anwar (PKR) bersendirian – membersihkan segala kekotaran yang dicarinya sendiri.
Seperti yang sudah saya nyatakan sebelum ini, isu video seks akan menyebabkan semakin ramai penyokong PKR keluar parti kerana mereka cukup yakin, apabila Anwar melatah sakan, bermakna betulah tanggapan umum bahawa tokoh yang beraksi dalam video seks sudah hampir dapat dikenalpasti.
Inilah agaknya yang menjadi punca ketakutan yang amat sangat kepada Anwar sehingga sanggup menjadikannya sebagai modal politik jalanan dengan memburukkan UMNO.
Dalam hal ini, UMNO tidak perlu terlalu memikirkan sangat keuntungan politik daripada isu video seks tersebut, sebaliknya tingkatkan usaha mendampingi rakyat.
Sebenarnya rakyat sudah lama meluat dan bosan dengan cerita pembangkang kerana mereka tidak pernah bercakap benar, sebaliknya sentiasa berbohong dengan pelbagai fakta yang diputarbelitkan.
Saya menyeru kepada seluruh ahli-ahli dan pemimpin UMNO supaya sentiasa teguh di belakang Najib dan timbalannya, Muhyiddin Yassin yang sudah membuktikan gandingan mereka mampu merobah lanskap politik negara.
Sokongan padu sewajarnya diberikan kepada Najib dan Muhyiddin untuk meneruskan usaha meningkatkan kejayaan negara dan pembangunan rakyat sejajar dengan konsep 1Malaysia.
Masa bukannya terlalu panjang untuk rakyat membuat penilaian semula menerusi PRU umum dan kerana itu, pemimpin UMNO harus membuktikan bahawa khidmat mereka tidak pernah bermusim.
Pada saya, apa yang mustahak semua pihak harus ikhlas dan bertanggungjawab merealisasikan amanah rakyat kerana itulah kewajipan yang perlu kita utamakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan