PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN Posted: 26 Mar 2011 03:30 PM PDT AWAS SILA TENGOK DI ATAS.... Posted: 26 Mar 2011 12:30 AM PDT CALON PAYUNG TERJUN MULA BERLATIH UNTUK PRN SARAWAK.KALAU MASUK SUNGAI TERUS DI BAHAM BUJANG SENANG> Put your stuff here |
| MINGGU INI TENTUKAN NASIB.....BUKANNYA TENGOK NASIB,,,TUAN-TUAN Posted: 26 Mar 2011 12:24 AM PDT Senarai calon BN diserah minggu ini
2011/03/21 Parti komponen di Sarawak sudah ada nama wakil tanding pilihan raya untuk dinilai
KUCHING: Semua parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak dijangka menyerahkan senarai penuh calon yang akan bertanding pada pilihan raya negeri tidak lama lagi kepada Pengerusi BN Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, minggu ini.
Beberapa pemimpin parti komponen yang dihubungi Berita Harian semalam, memberi tahu mereka sudah mempunyai senarai lengkap bakal calon bertanding dan terpulang kepada Abdul Taib untuk membuat penilaian terakhir. Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Tan Sri Dr George Chan Hong Nam, berkata mereka tidak menghadapi masalah dan bersedia bila-bila masa menyerahkan senarai calon itu. "Jika perlu hari ini (semalam) pun boleh, tetapi tidak perlu saya jelaskan kepada anda siapa calon kami selain penyandang yang ada sekarang.
"Senarai calon yang akan kami serahkan kepada Pengerusi BN negeri adalah mereka yang terbaik dan anda tunggu saja," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung Parti Rakyat Sarawak (PRS), Wilfred Nissom, berkata tujuh calon penyandang parti berkenaan sudah ditetapkan, tetapi pihaknya belum memutuskan dua lagi calon untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Ne-geri (DUN) Pelagus dan Ngemah.
Beliau berkata, PRS dijangka menyerahkan senarai calon itu kepada Abdul Taib, esok, tetapi ia bergantung kepada senarai bagi dua kawasan terbabit. "Seperti yang dijelaskan Presiden (Datuk Seri Dr James Jemut Masing) sebelum ini, tujuh calon penyandang dikekalkan, cuma calon bagi dua kawasan masih dalam perbincangan," katanya.
Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Datuk Seri William Mawan Ikom, pula berkata walaupun sebelum ini beliau pernah mengumumkan semua lapan penyandang dikekalkan, pihaknya akan menghantar nama lain untuk diteliti pucuk pimpinan BN.
Beliau berkata, SPDP mahu pucuk pimpinan BN membuat keputusan sama ada mengekalkan penyandang atau memilih muka baru bagi memastikan kemenangan 100 peratus parti itu pada 2006 dikekalkan pada pilihan raya kali ini.
"Memang saya sudah mengumumkan untuk mengekalkan semua penyandang, tetapi kita tidak tahu keputusan saat akhir yang dibuat pucuk pimpinan BN, sebab kami menghantar lebih daripada lapan nama.
"Kami akan menyerahkan senarai calon itu kepada Pengerusi BN negeri minggu ini, tetapi belum menetapkan harinya," katanya. |
| BN YAKIN PADA DIRI SENDIRI. Posted: 26 Mar 2011 12:22 AM PDT Kita maksimum kekuatan sendiri'
2011/03/24 KUCHING: Barisan Nasional (BN) Sarawak tidak akan mengambil peluang daripada kekalutan yang melanda pembangkang ketika ini, sebaliknya akan bergantung sepenuhnya kepada kekuatan sendiri bagi menghadapi pilihan raya negeri 16 April ini, kata Pengerusinya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Ketua Menteri Sarawak itu berkata, apa yang melanda pembangkang sekarang adalah masalah mereka, dengan semua jentera BN harus bersedia menggunakan kekuatan maksimum bagi memastikan kemenangan besar dapat dicapai. "Saya mahu semua peringkat dalam BN menumpukan sepenuh perhatian kepada jentera parti kerana kita bergantung kepada kekuatan kita sendiri, bukan mengambil kesempatan atas kelemahan pihak lawan. "Ini yang saya mahu daripada semua," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Persidangan Ketua-Ketua Jabatan/Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia Ke-85 di Hotel Riverside Majestic di sini, semalam.
Hadir sama Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Datuk Daud Abdul Rahman; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Mohammad Morshidi Abdul Ghani; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Mohd Asfia Awang Nassar dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.
Parti pembangkang kini berdepan pelbagai masalah, termasuk pertikaian mengenai pengagihan kerusi sehingga Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) meletakkan syarat supaya calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berhasrat bertanding di kawasan majoriti Dayak harus menggunakan lambang SNAP.
Mengenai tempoh berkempen sepuluh hari yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas penamaan calon 6 April ini, Abdul Taib, berkata tempoh panjang atau singkat, bukan masalah kepada BN. Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu berkata, tempoh itu sudah ditetapkan SPR dan ia tidak harus dipertikaikan. |
| TUDUHAN PEMBANGKANG SEMATA-MATA UNTUK DAPAT UNDI. Posted: 26 Mar 2011 12:20 AM PDT Pembangunan tanah: Saya bukan dapat komisen
2011/03/25 MARUDI: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, beliau secara peribadi tidak memperoleh apa-apa imbuhan kewangan hasil daripada usahanya memperkenalkan konsep estet Bumiputera untuk membangunkan tanah Bumiputera di negeri ini.
Katanya, tidak ada sebab bagi beliau dituduh oleh segelintir pihak sebagai cuba merampas tanah rakyat melalui konsep pembangunan itu sedangkan tujuannya untuk meningkatkan taraf hidup pemilik tanah berkenaan. "Saya buat estet Bumiputera, gaji saya masih macam itu juga. Tidak bertambah kerana bukan ada komisen," kata Taib, yang juga Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Sarawak. Taib berkata demikian semasa berucap merasmikan projek pembangunan tanah hakadat Bumiputera Lubok Nibong-Dabai-Pasir Puteh di sini hari ini.
Katanya, konsep estet Bumiputera terhasil selepas kejayaan kerajaan negeri membangunkan kira-kira satu juta hektar tanah kerajaan melalui usahasama dengan syarikat perladangan swasta.
Melalui konsep estet Bumiputera ini, Taib berkata, usahasama diwujudkan diantara pemilik tanah, agensi kerajaan yang dilantik serta syarikat perladangan swasta untuk membangunkan tanah Bumiputera.
Katanya, hak pemilik ke atas tanah mereka juga tetap terpelihara selain dapat menambah nilai tanah mereka serta mendapat pulangan dalam bentuk dividen hasil pembabitan mereka dalam usahasama itu. Katanya, melalui konsep ini juga, tanggapan "Bumiputera ada harta tapi tiada nilai" dapat dikikis.
Beliau berkata, kurang pemahaman di kalangan pemilik tanah Bumiputera mengenai konsep inilah yang membuka peluang kepada pihak tertentu untuk menakut-nakutkan mereka dengan dakwaan kerajaan hendak merampas tanah mereka.
"Tidak ada sebab untuk kami (kerajaan) nak rampas tanah rakyat," katanya. - BERNAMA |
| PEMBANGKANG KIAN TERHIMPIT DI SARAWAK. Posted: 26 Mar 2011 12:19 AM PDT BN mampu tawan kembali empat kerusi DUN di Kuching
2011/03/25 KUCHING: Beberapa penganalisis politik berpendapat Barisan Nasional (BN) Sarawak mampu menawan semula empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan bandaraya Kuching yang dikuasai pembangkang melalui pendekatan mesra rakyat.
Kerusi Pending, Batu Lintang dan Kota Sentosa dipegang DAP manakala kerusi bagi DUN Pandungan pula dikuasai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Dr Jeniri Amir berkata, bagi merealisasikannya, BN Sarawak perlu lebih kerap turun padang bagi menyelami permasalahan pengundi di empat DUN itu yang majoritinya kaum Cina. Dengan lebih kerap mendampingi rakyat yang sebelum ini merasakan kerajaan kurang memberi tumpuan kepada mereka, ia dilihat usaha paling baik untuk "memujuk" mereka.
Katanya, isu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, peluang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi dan isu ekonomi perlu diberi tumpuan sewajarnya.
Penganalisis politik bebas, Norizan Shariff pula berkata, dalam usaha memenangi undi kaum Cina, SUPP harus memainkan peranan lebih besar di samping berusaha menyelesaikan kemelut dalaman yang melanda parti itu.
Norizan, yang turut dikenali sebagai Nobisha dalam laman blognya Nobisha.com berkata, kedudukan SUPP sebagai parti yang mewakili suara kaum Cina dalam BN, perlu menyelesaikan masalah dalaman dengan segera bagi mengukuhkan kedudukan parti itu dalam pilihan raya negeri yang akan diadakan pada 16 April ini. "SUPP kena tentukan masalah dalam parti dapat diatasi, jangan ada kelompok atau berpuak-puak walaupun berpayungkan parti yang sama," katanya.
Namun begitu, Norizan berpendapat, BN harus menggunakan kemelut yang melanda pakatan pembangkang terutamanya dalam perkongsian kerusi di antara DAP, PKR danParti Kebangsaan Sarawak (SNAP) untuk menarik kembali kepercayaan pengundi kepada parti komponen itu.
"Sebagai contoh, pertelingkahan merebut kerusi Padungan yang dipegang oleh wakil PKR, Dominique Ng Kim Ho. DAP seperti mahu mengambil kembali kerusi terbabit tetapi mendapat reaksi negatif dari PKR dan ini boleh dilihat sebagai peluang kepada BN," katanya.
Norizan juga mendakwa antara isu di kalangan pembangkang ialah sikap keras kepala PKR yang cuba hendak menjadi jaguh di tempat orang dengan usaha menempatkan calon-calonnya untuk bertanding di 42 daripada 71 kerusi DUN negeri.
Katanya, SNAP yang mendakwa mereka adalah parti asal di negeri yang majoritinya dianggotai oleh kaum Dayak, berkeras mahukan lebih kerusi untuk bertanding memandangkan mereka mewakili suara kaum itu serta lebih memahami masalah dan isutempatan.
Penyandang kursi Tun Abdul Ghafar Baba Universiti Perguruan Sultan Idris, Prof Datuk Dr Zainal Kling pula berkata, BN terutamanya SUPP harus menjelaskan kepada pengundi Cina bahawa isu-isu yang cuba dibangkitkan oleh kaum kedua terbesar di Sarawak itu tidak mungkin boleh diselesaikan dengan cubaan menukar pemerintah.
"Seharusnya parti pemerintah meyakinkan pengundi-pengundi ini bahawa segala agenda demi kemajuan yang dirancang hanya akan berhasil jika ia dibawa bersama tanpa mengira kaum selaras dengan aspirasi 1Malaysia," katanya.
Pensyarah bidang politik dan pengajian antarabangsa dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, hanya ada satu cara sahaja untuk BN merampas kembali kerusi pembangkang di kawasan bandar iaitu dengan membuktikan mereka sahaja yang dapat menjuarai dan mengendalikan isu-isu ini.
"Kerajaan harus selesaikan isu rakyat secara ikhlas, jangan nampak hanya waktu pilihan raya saja mereka nak prihatin, janji macam-macam," katanya.
Pada pilihan raya negeri 2006 BN memenangi 63 kerusi, DAP enam kerusi, PKR dan Parti Cinta Malaysia melalui calon bebas, masing-masing memenangi satukerusi. - BERNAMA
|
| Twitter, Facebook dekatkan pemimpin dengan rakyat Posted: 26 Mar 2011 12:14 AM PDT
Twitter, Facebook dekatkan pemimpin dengan rakyat Oleh Saufi Hamzah bhnews@bharian.com.my 2011/03/26
PPUBJ : UNTUK BERJUMPA DENGAN BEGITU RAMAI TENTU SUKAR, JADI KITA JUMPA DI ALAM MAYA, BOLEH JUGA KITA BERKOMUNIKASI DENGAN PEMIMPIN. TAHNIAH DSN. KEPADA YANG BELUM DDAN TAK UP DATE TU BILA NAK BUAT....TAK KAN LAH HABIS PRU 13 BARU SEDAR DIRI KOT ?
KINI bukan lagi rahsia apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semakin gemar melayari laman web sosial Facebook dan Twitter.
Kegemaran itu jelas membara kerana beliau teruja menjawab sebarang pertanyaan dan cadangan yang dikemukakan dalam kedua-dua laman sosial berkenaan. Perdana Menteri adalah seorang daripada jutaan manusia di seluruh dunia terpanggil untuk menyertai rangkaian laman web sosial bagi berhubung dengan orang ramai terutama rakyat Malaysia dengan harapan untuk merapatkan jurang politik antara generasi baru dan lama. Pada pertemuan program 'Mari Berjumpa Mari Berhubung' di bangunan lama Dewan Undangan Negeri di Kuching, baru-baru ini, rakan Facebook beliau menyambut ketibaannya dengan penuh rasa mesra.
Facebook dengan lebih 350 juta pengguna terus meningkat sebagai alat rangkaian sosial yang hebat di seluruh dunia dan sebagai ahli politik berpengalaman, Najib berusaha melayani peminat kerana yakin ia adalah pendekatan paling berkesan untuk berhubung dengan rakyat Malaysia.
Lantaran itu, pemimpin negara digesa menggunakan jaringan sosial terkemuka dunia, Facebook sebagai medan untuk mendekati hati rakyat bagi mengetahui masalah yang dihadapi mereka.
Pengarah Pembangunan Pemasaran Facebook, Randi Zuckerberg, dipetik berkata melalui jaringan sosial itu juga, pemimpin dapat berkomunikasi dengan rakyat, selain mendengar pandangan mereka untuk pembangunan negara. "Saya amat gembira apabila mendapat tahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga adalah pengguna Facebook. Selain beliau (Najib), Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dan Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy antara pemimpin yang turut menggunakan Facebook, termasuk bagi menjawab pandangan yang dikemukakan berhubung sesuatu isu," katanya.
Lebih 3.5 juta rakyat Malaysia meluangkan masa hampir sejam untuk berkomunikasi bersama rakan selain berkongsi pandangan serta berusaha mendapatkan maklumat penting.
Jika Najib sudah menunjukkan contoh kepimpinan yang baik, sampai masanya semua pemimpin termasuk menteri Kabinet menggunakan Facebook dan Twitter untuk mendekati pengundi dan rakyat di tempat mereka.
Oleh itu, sesiapa saja yang bergelar pemimpin atau pun mungkin yang bercita-cita untuk menjadi pemimpin, harus memikirkan adakah mereka sanggup untuk berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira masa, waktu dan tempat.
Paling penting juga ialah adakah pemimpin zaman sekarang sedar bahawa pelbagai kaedah dan pendekatan boleh digunakan bagi memudahkan mereka mendekati rakyat, menyelami hati mereka dan menyelesaikan segala permasalahan yang dibangkitkan.
Dalam era kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi dewasa ini, pemimpin tidak boleh menafikan manfaat dan faedah laman sosial yang mempengaruhi segenap lapisan umur dan masyarakat.
Sememangnya adalah penting bagi semua pemimpin negara berupaya untuk berhubung dengan rakyat menerusi segala pendekatan yang sesuai.
Tentu sekali perkembangan teknologi dan rangkaian laman sosial menerusi internet, membolehkan generasi muda untuk berhubung dengan pemimpin mereka secara online.
"Sebagai pemimpin negara, saya mesti menggunakan apa saja kaedah yang sesuai dengan zaman ini, jadi saya boleh berhubung dengan orang ramai secara terus," katanya.
Najib berkata, perjumpaan yang diadakan bersama rakan Facebook itu adalah contoh terbaik memandangkan perhubungan alam maya diterjemahkan kepada secara bersemuka.
Raut wajah beliau begitu ceria dan sentiasa tersenyum apabila berjabat tangan dengan rakan Facebook beliau.
Tidak dinafikan peluang terbaik untuk Perdana Menteri digunakan sepenuhnya kerana secara peribadi Najib mahu berjumpa seberapa ramai orang yang mungkin memandangkan dirinya percaya terhadap perhubungan terus dan online.
Ketulusan hati dan keikhlasan Perdana Menteri terserlah apabila menjawab secara jujur pertanyaan yang dikemukakan hadirin.
Berikutan itu, tidak hairanlah banyak permintaan dibuat menerusi Twitter dan Facebook supaya beliau mengadakan perjumpaan yang sama di negeri lain.
Kira-kira 250 rakan Facebook Najib hadir pada perjumpaan di Kuching, iaitu yang pertama di luar Putrajaya. Dalam perjumpaan pertama, kira-kira 500 orang hadir dan 600 orang hadir pada perjumpaan kedua.
Keprihatinan Perdana Menteri memikat rakan Facebook beliau. Malah beliau melahirkan keyakinan bahawa orang ramai boleh memutuskan apakah bentuk kerajaan yang mereka mahu.
Sehingga ketika dan saat ini, Perdana Menteri begitu gembira kerana mempunyai jumlah rakan laman sosial yang ramai.
Beliau berkata, jumlah orang yang menjadi rakan secara online meningkat dari hari ke hari. Jumlah terkini rakan Facebook Najib kini seramai 590,000 orang dan 90,000 menerusi Twitter.
Beliau sendiri mengemas kini akaun Twitternya pada lewat malam dengan menggunakan iPad. Malah beliau sempat menjenguk kandungan Facebook dan Twitter di antara mesyuarat atau ketika dalam perjalanan.
"Saya boleh pastikan bahawa saya cuba membaca seberapa banyak komen Facebook dan Twitter, jadi saya boleh berhubung dengan belia zaman sekarang," katanya.
Bagi beliau, komen yang diterima membolehkannya menyelami perasaan golongan itu berkaitan beberapa isu, apakah hala tuju negara dan apakah masalah yang sedang mereka hadapi selain membolehkan orang ramai membuat cadangan yang boleh dipertimbangkan berdasarkan bajet negara.
Malah janji Perdana Menteri untuk memperluaskan program Mari Berjumpa Mari Berhubung sedang digiatkan bagi membolehkan beliau bertukar-tukar fikiran dan lebih kerap bersemuka serta bertemu dengan rakan Facebook dan pengikut Twitternya di seluruh negara.
Secara tidak langsung slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan tampak semakin berakar umbi dalam jiwa dan sanubari rakyat Malaysia yang mahukan rintihan mereka didengar.
Lebih bertuah, semua itu mendapat perhatian terus daripada seorang pemimpin tertinggi negara yang mahukan rakyat yang dipimpinnya mudah berhubung dan tiada tembok pemisah di antara mereka. |
| RAMPAS KERUSI PEMBANGKANG DI MUAR... Posted: 25 Mar 2011 11:52 PM PDT
Najib yakin BN rampas kembali kerusi pembangkang di Muar 26/03/2011 1:53pm
PPUBJ : NAMPAKNYA DATO RAZALI KENA DOUBLE UP KERJA...
Muar 26 mac - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak yakin BN akan dapat merampas kembali kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri di daerah ini yang jatuh ke tangan pembangkang dalam pilihan raya umum yang lalu.
Katanya, segala perjuangan memerdekakan negara berasal dari Johor dan negeri ini akan kekal sebagai kubu kuat BN.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Perhimpunan Rakyat di Kampung Kenangan Tun Dr. ismail 2, Sungai Abong di sini sebentar tadi. - Utusan |
| SETELAH DENGAR PENERANGAN AHLI PARLIMEN KINI PM TURUN MELAWAT KAWASAN PULA.... Posted: 25 Mar 2011 11:46 PM PDT
PM jumpa rakyat dalam kunjungan mesra di Muar
2011/03/26 MUAR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dalam lawatan kerja ke bandar ini, hari ini mengadakan kunjungan mesra bertemu rakyat khususnya peniaga di pusat bandar Muar.
Perdana Menteri dengan diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, tiba pada jam 9.35 pagi, untuk beramah mesra dengan rakyat di bandar Maharani. Turut serta Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan isteri Datin Prof Dr Jamilah Ariffin; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal; Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam dan Presiden MCA, Datuk Dr Chua Soi Lek. Sejurus tiba di Jalan Meriam dan Jalan Sayang, Perdana Menteri dan rombongan disambut mesra oleh rata-rata peniaga yang tidak putus-putus menghulurkan salam kepada beliau dan isteri.
Najib turut melihat carta proses bagi mengatasi banjir kilat serta menaik taraf sistem perparitan dalam kawasan bandar Muar.
Dalam kunjungan mesra itu, Perdana Menteri turut berkunjung ke gerai perniagaan dan pinggir bandar di Jalan Sisi dan Jalan Abdullah sebelum melawat pondok kawalan polis yang disediakan di situ.
Cuaca panas membuatkan Perdana Menteri dan rombongannya tidak melepaskan peluang untuk menikmati cendol di sebuah gerai berdekatan sebelum beredar ke Pasar Awam Maharani dan Terminal Bas dan Perhentian Teksi Bentayan, untuk berjumpa peniaga di kawasan berkenaan. Bagi peniaga cendol, Shamsu Bibi Hassan, 55, kunjungan Perdana Menteri dan rombongan ke gerai cendol miliknya adalah sesuatu yang tidak diduga.
"Siapa sangka Perdana Menteri dan isteri sanggup mencuba cendol di sini. Terima kasih banyak-banyak kepada Perdana Menteri. Saya sangat gembira hari ini," katanya yang berniaga di gerai berkenaan bersama suaminya Abdul Nasir Miras, sejak 30 tahun lalu.
Seorang pekerja kedai cat yang hanya mahu dikenali sebagai Bala, 56, berkata, kunjungan Perdana Menteri di kawasan pusat bandar diharap membawa kebaikan terutamanya bagi menyelesaikan isu perparitan.
"Ini pertama kali saya lihat Datuk Seri Najib dari dekat. Mengenai masalah longkang, memang ada bau busuk, kita harap ianya dapat diatasi," katanya yang bekerja di kedai tersebut sejak lima tahun lalu.
Bagi seorang wanita, yang hanya mahu dikenali sebagai Lim, 36, kunjungan Perdana Menteri ke Muar adalah satu peluang yang tidak boleh dilepaskan untuk melihat pemimpin nombor satu negara dengan lebih dekat.
Lim yang tinggal di Jalan Haji Jaib di sini berkata, beliau bersama suami yang mahu dikenali sebagai Soo, 40 dan dua anak perempuan mereka Soo Jia Ling, 8 dan Soo Jia Yi, 3, sanggup ke menunggu ketibaan Perdana Menteri sejak jam 8 pagi.
"Kita jarang dapat peluang macam ini. Anak-anak saya pun sangat gembira dapat bersalam dengan Perdana Menteri, isteri dan beberapa orang kenamaan lain," katanya. - BERNAMA |
| JANGAN GANGGU, TENGAH..........AH......AH...... Posted: 25 Mar 2011 05:54 PM PDT Yayasan Selangor defisit...apa habaq Tuan Penasihat Ekonomi?...
Ramai kawan yang dok melabun di kedai kopi terkejut dengan laporan audit Yayasan Selangor menunjukkan badan yang ditubuhkan untuk bantu pelajar miskin dapat pendidikan itu mengalami defesit RM7.41juta.
Ini kerana ada cakap-cakap semasa BN serah kerajaan Selangor kepada PR, duit dalam yayasan itu "puluh juta".
Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Datuk Noh Omar cabar kerajaan Selangor dedahkan berapa, kerana katanya ada yang dakwa masa BN serah duit dalam akaun RM67 juta.
Menteri Besar Khalid Ibrahim dakwa laporan audit itu bukti ketelusan kerajaan Selangor.
Kata seorang kawan, jangan lupa bukan kerajaan negeri sahaja nak audit akuan Yayasan Selangor untuk tunjuk depa telus.
Pekong dalam Yayasan Selangor mula pecah ekoran keengganan Sultan Selangor hadir ke majlis ulang tahun ke 40 yayasan.
Kawan-kawan semua tau sebabnya Baginda tak mau pi. Tak lain tak bukan membazir le.
Kawan yang memang jenis suka sejarah itu kata kita semua jangan lupa, cam mana reaksi MB Khalid Ibrahim apabila UMNO Selangor dedahkan perbelanjaan untuk anjur majlis tersebut hampir RM800 ribu.
Khalid melenting dan dakwa hanya melibatkan perbelanjaan RM300 ribu. Lepas tu biasa le cabar-mencabar.
Khalid cabar UMNO Selangor keluarkan bukti dan logik perbelanjaan sebanyak RM800 ribu, manakala UMNO Selangor pula minta Khalid keluarkan catatan invois serta rekod akaun perbelanjaan berjumlah RM300 ribu, sebagaimana yang didakwa.
"Dua-dua salah kerana laporan audit mengesahkan perbelanjaan sebenar berjumlah RM996,472 itu termasuklah penganjuran pertandingan memancing (RM178,200), pembelian cenderahati dan pakaian (RM206,040), pembelian 10,000 naskhah Al-Quran (RM225,000), serta majlis Jamuan Makan Perdana (RM387,232)" kata beliau sambil tunjuk laporan yang disiarkan sebuah akhbar itu.
Sebab itu apabila kecoh-kecoh bab Yayasan Selangor ini, dengar cerita mata rakyat negeri itu tertumpu kepada Penasihat Ekonominya... yang bergaji seringgit tu.
"Hang rasa malu tak muka Anwar, masa dia jadi penasihat ekonomi, Yayasan Selangor yang tak pernah kering duit dulu, sekarang defisit?" tanya seorang kawan.
"Malu apanya, dia nanti control macho ...buat kering kontang macam tak ada hal...ataupun salahkan UMNO balik…"jawab kawan lain menyebabkan semua ketawa.
Kawan: Penasihat two dollar company /td> |
| PENGUNDI KIAN SEDAR DAN TERUS TERJAGA Posted: 25 Mar 2011 05:51 PM PDT Terimalah hakikat, BN tetap di hati rakyat Kemelut kebangkitan massa atau revolusi rakyat di beberapa negara di Timur Tengah tidak harus disamakan sama dengan perkembangan politik di negara ini untuk semata-mata mempersetujui dakyah parti pembangkang kononnya kepimpinan politik negara ini juga perlu diubah.Bagaimanapun, itu yang acapkali diperkatakan golongan pembangkang dan penyokong mereka seolah-olah senario dan latar belakang politik, ekonomi dan sejarah Malaysia tidak terlalu berbeza dari Mesir, Libya ataupun Tunisia.KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT.-9/3/2011 |
| YANG MANA LEBIH SERONOK DI BUAT ? Posted: 25 Mar 2011 05:50 PM PDT Memancing ikan dan memancing undi... Selain daripada 'gila motor / kereta', satu lagi kegilaan saya adalah memancing. Memang sejak dari kecil lagi saya sangat gemar memancing atau apa cara sekalipun asalkan menangkap ikan. Kena sengat ikan keli sama ada di sungai mahupun di sawah adalah kelaziman.Kena sebat oleh ibu gara-gara selalu menghilangkan diri kerana pergi memancing tanpa memberitahu sesiapa, pun bukan sesuatu yang asing.KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT.-8/3/2011 |
| TAKTIK LAMA KELUAR LAGI...... Posted: 25 Mar 2011 05:49 PM PDT Taktik 'mahkamah rakyat' Anwar…ceramah di Taman Melawati kecoh
Gabra dengan perbicaraan kes liwatnya dan kini pendedahan video seks yang didakwa melibatkan dirinya,Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti biasa cuba mengunakan taktik 'mahkamah rakyat' untuk mengapi-apikan kemarahan penyokongnya.
Apa yang berlaku di ceramahya di pusat khidmat Ahli Parlimen Gombak di Taman Melawati dekat Kuala Lumpur Jumaat malam adalah bukti bagaimana beliau kini cuba mengunakan penyokongnya sebagai 'pelindungnya'.
Keadaan ceramah itu menjadi kecoh sekitar jam 11.30 malam apabila polis meminta beliau menghentikan ceramahnya dari waktu 15 minit yang ditetapkan.
Dalam ceramah kempen DNA PKR Anwar antara lain menghentam pendedahan video seks oleh Datuk T.
Sebahagian dari penyokongnya telah bertindak ganas membaling botol air mineral dan sebagainya kearah anggota polis.
Mereka juga memaki hamum anggota polis.
FRU terpaksa bertindak mengawal keadaan yang panas ketika itu.
Lebih 1,000 orang hadir di ceramah itu.-25/3/2011 |
| ZAID KAGUM TENGOK VIDEO ? Posted: 25 Mar 2011 05:47 PM PDT Video seks: 'Saya tengok aksinya boleh tahan hebat di dalam video itu' – Zaid Ibrahim Ada satu hal tentang Datuk Zaid Ibrahim yang banyak daripada kita setujui. Beliau ini jenis cakap lepas dan dikenali seorang yang tidak banyak berdolak dalik. Sebab itu barangkali Datuk T pun terdorong ajak beliau j oint sekali tengok video seks yang didakwa libatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT.-24/3/2011 |
| SOAL POKOK : ADA BIKIN KA ATAU TAK DE ? Posted: 25 Mar 2011 05:46 PM PDT
Video seks:Dakwaan konspirasi cuma untuk alih dari soal pokok ia berlaku atau tidak-PM
| Sejak isu video seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim meletup pagi Isnin lalu,Jumaat malam adalah kali pertama wartawan berpeluang bertanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenainya.Lokasinya ialah sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC.Isu berkenaan menguasai soalan yang ditujukan kepada Presiden UMNO dicelah-celah kehangatan pihak pembangkang memekak mendakwa UMNO terlibat dalam misi menjatuhkan Anwar menerusi video yang didedahkan oleh Datuk Trio.Perdana Menteri yang tenang berdepan dengan soalan mengenai isu yang menjadi perhatian seluruh negara sekarang menegaskan bahawa UMNO tidak terlibat dalam rakaman video seks itu.KLIK PADA TAJUK UNTUK LAPORAN LANJUT.-25/3/2011 |
|
| SNAP FOR CHIEF MINISTER : PKR MELOPONG... Posted: 25 Mar 2011 05:44 PM PDT Analisis: Enggan bertolak ansur punca pembangkang tak sepakat Oleh Mohd Roji Kawi mdroji@bharian.com.my 2011/03/26 TARIKH penamaan calon hanya berbaki 11 hari saja lagi, namun pakatan pembangkang di Sarawak – PKR, DAP, PAS dan Parti kebangsaan Sarawak (SNAP), masih gagal mencapai kata sepakat berhubung soal pengagihan kerusi.
Mereka yang kononnya membentuk pakatan bagi menubuhkan kerajaan negeri Sarawak yang baru selepas pilihan raya nanti, sehingga kini masih bertelagah sesama sendiri, dengan DAP dan SNAP menyalahkan kedegilan dan ketamakan PKR sebagai punca segala masalah. PKR dan SNAP jelas 'berlaga angin' apabila gagal mencapai kata sepakat mengenai pembahagian kerusi untuk ditandingi. SNAP menganggap mereka sebenarnya lebih layak untuk berkuasa di Sarawak, sebelum ini berkecil hati apabila PKR mengagihkan hanya tiga kerusi kepada mereka dan kemudian mereka bertindak mengumumkan untuk bertanding di 40 kawasan dengan 27 daripada calonnya sudah diumum setakat ini. Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng, turut menempelak PKR semalam, yang enggan bertolak ansur dan hanya memberikan 13 kerusi kepada DAP, sedangkan DAP yakin boleh menang di kesemua 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dituntut parti itu.
PKR yang sejak awal-awal lagi mengumumkan wakil mereka akan menjadi Ketua Menteri Sarawak, jika pembangkang berjaya menubuhkan kerajaan negeri yang baru, pernah mengumumkan berminat bertanding di 52 kawasan DUN.
Isnin lalu, penulis berpeluang berbual singkat dengan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, dan beliau menjelaskan empat parti pembangkang yang membentuk pakatan di Sarawak sudah mencapai persetujuan untuk memastikan mereka tidak akan bertembung sesama sendiri.
Bagaimanapun sehari selepas itu, Presiden SNAP, Edwin Dundang, yang mengadakan sidang media mengenai senarai calon mereka, lain pula nadanya. Beliau bukan saja tetap dengan keputusan, malah meletakkan syarat jika PKR berhasrat bertanding di kawasan majoriti masyarakat Dayak, mereka harus menggunakan lambang SNAP. Pada masa sama Edwin, turut meminta PKR mengiktiraf SNAP sebagai parti dominan dan jika pakatan pembangkang menang, kerusi Ketua Menteri harus diberi kepada SNAP.
Semalam, Ho Leng, pada sidang media di pejabat DAP Padungan, Kuching, menempelak Azmin, dengan mendakwa Ahli Parlimen Gombak itu, tidak layak untuk masuk campur urusan politik pembangkang di Sarawak.
Pergeseran mereka semakin jelas apabila Ho Leng mendakwa, Azmin, belum cukup memahami senario politik Sarawak berbanding DAP yang sudah bertapak hampir 40 tahun di Bumi Kenyalang.
Ho Leng malah mendakwa PKR mahu membolot beberapa kerusi yang didakwa mampu dimenangi DAP, walaupun rundingan antara mereka sudah memasuki pusingan kedua. Antara kerusi tradisi DAP yang cuba dibolot PKR itu ialah Batu Kawa di Kuching, Balai Ringin (Sri Aman), Dudong (Sibu) dan Piasau di Miri.
Andai PKR terus dengan pendirian untuk bertanding di 52 kawasan, bermakna pertembungan sesama sendiri antara empat parti pembangkang utama itu, sudah hampir pasti tidak dapat dielakkan.
Itu belum lagi pertembungan dengan satu lagi parti pembangkang dari Semenanjung, Parti Cinta Malaysia (PCM) yang pernah mengumumkan untuk meletakkan calon di 10 kawasan dan Parti Ekonomi Rakyat Sarawak (PERSB) yang akan meletakkan calon atas tiket Bebas. |
| RETAK NANTI BELAH : DAP VS PKR Posted: 25 Mar 2011 05:41 PM PDT Perbalahan DAP, PKR makin parah
2011/03/26 Pengerusi dua parti adakan sidang akhbar berasingan
PPUBJ : BILA NAK BLAH DAH ?
KUCHING: Pertelagahan antara DAP Sarawak dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertambah parah dengan masing-masing enggan mengalah dalam menegakkan pendirian berkaitan isu perebutan kerusi untuk ditandingi pembangkang pada pilihan raya negeri 16 April nanti. Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng, dan Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian semalam mengadakan sidang akhbar berasingan untuk menyatakan pendirian masing-masing. Ho Leng yang mengadakan sidang media pada jam 11 pagi di Ibu pejabat DAP di Padungan dekat sini semalam, menyifatkan PKR sebagai terlalu tamak dan langsung tidak mahu bertolak ansur dengan rakan pakatan.
Beliau berpendapat DAP lebih berpeluang untuk menang di enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menyaksikan tuntutan bertindih antara DAP dan PKR. Enam kerusi berkenaan ialah Padungan, Senadin, Batu Kawa, Balai Ringin, Dudong dan Piasau.
Namun, Baru Bian yang mengadakan sidang media pada jam 2 petang pula, mendakwa PKR lebih kuat pengaruhnya di kawasan berkenaan, dengan calon yang disediakan oleh PKR adalah calon yang boleh menang berbanding DAP.
Keadaan ini menyebabkan Ho Leng sendiri mengakui peluang untuk pembangkang membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-10 semakin tipis, gara-gara sikap tamak PKR yang turut menjejas dua lagi rakan pembangkang iaitu PAS dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), sehingga SNAP turut mengumumkan akan bertanding di 40 kerusi sebelum ini. "DAP adalah parti pembangkang terkuat di Sarawak dan ini berasaskan fakta. PKR pernah beberapa kali berdepan pertarungan tiga penjuru dengan calon DAP pada beberapa pilihan raya sebelum ini, namun mereka bukan saja kalah, malah hilang wang pertaruhan.
"Jadi saya tidak nampak di mana kekuatan PKR di Sarawak berbanding DAP. Peluang DAP jauh lebih baik berbanding PKR. Kita juga lihat betapa PKR tidak mendapat sokongan berbanding DAP pada pilihan raya negeri 2006 dan pilihan raya Parlimen 2008," katanya sambil bertegas DAP tetap tidak akan berganjak daripada pendiriannya bertanding di 18 kerusi DUN.
Dalam rundingan DAP-PKR yang diadakan di Kuala Lumpur Khamis lalu, PKR hanya bersetuju memberi 13 kerusi kepada DAP. Rundingan itu dihadiri Ho Leng, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali serta dua Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh dan Mansor Othman.
Ho Leng berkata, dalam pusingan pertama rundingan sebelum ini, PKR menuntut lima daripada lapan kerusi yang dituntut DAP, dengan DAP beralah untuk bersetuju memberikan dua kerusi iaitu Padungan dan Senadin. Namun, dalam pusingan kedua rundingan, PKR bukan saja sekali lagi menuntut dua kerusi terbabit, malah meminta ditambah empat lagi kerusi.
Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Assek itu berkata, DAP masih bersedia berunding dengan PKR, tetapi pemimpin PKR Pusat perlu datang ke Sarawak menemui beliau, dan bukan mengarahkannya pergi ke Kuala Lumpur seperti sebelum ini.
Baru Bian pula berkata, pintu rundingan antara DAP dan PKR masih dibuka, tetapi bertegas PKR mempunyai calon yang boleh menang berbanding DAP di kerusi yang menjadi perebutan antara kedua-dua parti.
"Situasi sekarang memang sukar, tapi saya optimistik ia akan dapat diselesaikan untuk memastikan pembangkang berdepan satu lawan satu dengan calon Barisan Nasional (BN)," katanya.
|
| KOMUNIKASI YAB PM DENGAN RAKYAT - MODEL POLITIK BARU. Posted: 25 Mar 2011 05:39 PM PDT PM, rakan Facebook interaksi melalui video
2011/03/26 KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak buat pertama kalinya berinteraksi dengan rakan sosial Facebook beliau melalui rakaman klip video dan disiarkan di laman blog peribadinya semalam.
Rakaman video selama dua minit dua puluh enam saat itu adalah sebagai maklum balas terhadap komen Keith Ng's di laman Facebook beliau berhubung pengiktirafan kerajaan kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Beliau juga turut merakamkan ucapan tahniah kepada pelajar mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dengan 9,239 memperoleh keputusan semua A dan menjadikannya terbaik dalam tempoh empat tahun. Dalam ucapannya itu, Najib mahu lebih banyak sektor swasta tampil menyalurkan bantuan kepada pelajar mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan kerana ia satu pelaburan akademik yang menjamin keuntungan di masa depan.
Saranan itu juga selaras dengan usaha untuk mencapai status bangsa maju dengan kepelbagaian pola ekonomi, pelaburan akademik berkenaan harus dimulakan daripada sekarang.
Selain itu, katanya, kerajaan sentiasa memberi sokongan termasuk biasiswa kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
"Tahun lalu saya sudah mengumumkan bahawa kerajaan akan memberikan biasiswa kepada semua pelajar yang memperoleh 9A + atau lebih, tanpa memandang etnik atau kaum," katanya dalam laman blog peribadinya semalam.
|
| JOM, PESTA SUNGAI DI MELAKA Posted: 25 Mar 2011 05:32 PM PDT Pesta Sungai Melaka 1 Jun
MELAKA 25 Mac - Pelbagai acara menarik diatur bagi memeriahkan Pesta Sungai Melaka 2011 Edisi Kelima yang berlangsung sebulan bermula 1 Jun depan.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), Baharom Majid berkata, pesta sungai kali ini akan dimeriahkan dengan 52 acara menarik membabitkan penyertaan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan.
Menurutnya, kira-kira 500,000 pengunjung dijangka hadir berikutan cuti sekolah yang bermula dari 28 Mei hingga 12 Jun.
"Berdasarkan pelbagai acara menarik yang diatur di sekitar muara Sungai Melaka, PPSPM menjangka ramai pengunjung hadir untuk sama-sama memeriahkan pesta ini," katanya ketika ditemui, di sini hari ini.
Sehubungan itu, beliau turut mengumumkan Kumpulan Utusan menerusi akhbar Utusan Malaysia dilantik sebagai media rasmi Pesta Sungai 2011. |
| JANGAN TENGOK ABANG-ABANG, ADIK KAKAK....BIDEO TU.... Posted: 25 Mar 2011 05:30 PM PDT Haram tonton video seks – Mufti
PUTRAJAYA 25 Mac - Video seks yang dikatakan melibatkan seorang pemimpin pembangkang sepatutnya diserahkan kepada pihak berkuasa seperti polis dan mahkamah untuk disiasat kesahihannya.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan, penyebaran video seks berkenaan untuk tatapan umum adalah haram dari segi hukum syarak.
"Perbuatan ini (menyebarkan kepada umum) adalah berlandaskan satu fitnah sedangkan yang jelas dituntut oleh syarak ialah menegakkan keadilan dengan disertakan bukti-bukti.
"Sebaiknya, kita serahkan kepada pihak berkuasa, tidak kiralah polis atau mahkamah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. |
| Kit Siang Hanya Jaga peruik Nasi Sendiri Bukannya Kaum Cina. Posted: 25 Mar 2011 05:28 PM PDT Kit Siang hipokrit perjuang keadilan, double standard
KUALA LUMPUR 25 Mac - Kelantangan Lim Kit Siang dalam memperjuang dan mempertahankan soal keadilan dan double standard hanya membuktikan Penasihat DAP itu seorang hipokrit besar.
Bekas pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong berkata, ini kerana setiap suara dan tindak-tanduk Kit Siang itu jelas bukan bersandarkan kepada kepentingan rakyat.
Sebaliknya, kata beliau, ia semata-mata ditunjangi kepentingan diri sendiri dan menjayakan cita-cita politik beliau dan kroninya.
"DAP jelas didorong oleh kepentingan politik dan cita-cita Kit Siang, Karpal Singh dan ahli keluarga mereka.
"Adakah ia bukan satu double standard? Apakah itu adil?
"Jadi, Kit Siang tiada hak untuk bercakap tentang keadilan mahupun double standard kerana dengan berbuat demikian membuktikan betapa besarnya hipokrasi beliau," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Lum Yong, Kit Siang seharusnya menjaga kepentingan kaum Cina di seluruh negara sekiranya beliau benar-benar ikhlas dalam perjuangannya itu.
"Kenapa Kit Siang tidak berjuang berhubung isu loteri kebajikan di Kelantan demi menjaga kepentingan kaum Cina di sana.
"Apakah itu bukan satu double standard? Apakah kaum Cina di Pulau Pinang sama dengan kaum Cina di Kelantan? Apakah itu satu keadilan?" ujarnya.
Beliau turut mempersoalkan tindakan Penasihat DAP itu yang mengambil sikap berbeza berhubung gesaan orang awam supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) dalam kes liwatnya.
Beliau berkata, adakah Kit Siang menganggap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu boleh dikecualikan daripada undang-undang berbanding kes jenayah yang lain.
"Apakah ini bukan satu double standard dan ketidakadilan kepada orang lain?" soalnya.
Justeru, beliau mendesak Kit Siang supaya menerbitkan sebuah buku berhubung perkara berkaitan soal keadilan dan double standard untuk pengetahuan ramai.
"Dia patut tulis buku nilai moral, double standard dan soal ketidakadilan serta Mummy Foo," katanya lagi./td> |
| isu video panas... Posted: 25 Mar 2011 05:20 PM PDT | hornbillIn reality, bad news always seems to be more believable if compared to good news, and so we’d like all of you to ponder on the following questions before you trust to judge reports and news which you find online or offline. Posted: 25 Mar 2011 04:51 PM PDT Proud to be a Sarawakian
In reality, bad news always seems to be more believable if compared to good news, and so we'd like all of you to ponder on the following questions before you trust to judge reports and news which you find online or offline.
Article:
Sarawak has been in Malaysia for over 47 years, and we look set to be part of Malaysia for years to come, living in peace and harmony. Notably, most of us Sarawakians will put ourselves as a Sarawakian first, before saying we are Malaysian. As Sarawakians, we take huge pride of every city in Sarawak be it Kuching, Miri, Sibu, Bintulu or even Betong. Everyone talks about every single bit of Sarawak, no place or location is specified. This is much unlike some places where people tend to talk only about the state capital.
Like it or not, this is a fact not many Sarawakians see themselves. The balanced development in Sarawak stems pride to the every Sarawakian to be proud of their hometown, and talk about it in huge pride. It's not hard to spot where someone is from because they will be very boastful of their very own city. Mirians will talks loads about how Miri is greater than Kuching, while those from Betong will say that Betong is fast developing into a gem. Lets not forget those from Bintulu, Kapit, Kuching, Sri Aman and other divisions. All people, from all walks of life claiming their place to be the better side of Sarawak, and yet every city/town is actually benefiting from equal balance in terms of development. Such equality is clearly a reflection of good governance by the Sarawak Government.
Politics plays a vital role in Sarawak's stability. A good political climate would evolve into a healthy place for investment. With that said, it is not actually weird, nor is it funny to see Sarawak retaining the crown of 'Biggest Foreign Direct Investment (FDI)' for the past 3 years, beating more advance states such as Penang and Selangor. A report by The Star proves this, and we are proud that the trend is set to continue for 2010. If you are a Sarawakian, and you hear about your beloved state ranked No.1 in FDI, wouldn't you feel proud? Also good to note is how Sarawak is always referred to as a backward state by many, which of course is something all Sarawakians tend to answer in full throttle.
The racial harmony and tolerance in Sarawak is yet another pride of Sarawakians. Despite numerous attempts by foreigners and outsiders to quash this tolerance and make Sarawakians more 'self-centered', it seems that Sarawakians remain steadfast and united as one, hence always reminded of being the true example of 1Malaysia. Differentiate as you may, but Sarawakians are a collection of so many different races that it would be easier to claim one as a Sarawakian than a particular race. The best part of it all is the State Government's is very supportive of all races and religion regardless of what it is. A good example is how the State Government donated thousands to help build St. Theresa's Church in Serian. Mosque, temples and other worship centers also receive similar aid, and this is a clear example on how the State Government is leading by example in fostering border-less unity, hence making every race and religion respecting each other. We are also proud to say that Sarawak is the only state in Malaysia which allows live broadcast of church services every Sunday.
So why are we suddenly writing about "Pride of Being A Sarawakian?"
Well, truth to be told, we are saddened by reports and allegations made by 'un-reliable sources' over the internet about Sarawak, in particular the state government headed by Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud. Reports on corruption, and miss-interpreted data and information has lead to many to believe negative news and hence making Sarawak look very bad in the eye of foreign investors, particularly visitors. Some reports continue to be very personal, attacking our Chief Minister himself. We are not sure about who is behind all these reports and post, but we feel that this is not the Sarawakian style, making personal attacks. In fact, you could try writing something negative yourself, you'd find it to be very much easier if compared to writing something based on facts.
In reality, bad news always seems to be more believable if compared to good news, and so we'd like all of you to ponder on the following questions before you trust to judge reports and news which you find online or offline:
1. After 47 years of independence, how great is Sarawak if compared to other states in Malaysia? 2. Under the present state government, how far has Sarawak moved? 3. Aren't you proud of where Sarawak stands if compared to other states in Malaysia? 4. Has there been any racial disharmony among Sarawakians? 5. These reports on Sarawak claim to have facts, but where's the solid proof? Self made graphics are not proof. 6. Do you personally know all the facts before making your decision to believe news/reports you read? 7. Those whom make reports on Sarawak, are they pure Sarawakian or from Sarawak?
Try thinking deep and hard about where Sarawak stands, and how you feel about being a Sarawakian right now. Do you feel proud of being a Sarawakian? Do you mind the fact that some people which are not even Sarawakian are trying to meddle in Sarawakian affairs, hence indirectly painting the bad picture of our beloved state, hence discouraging investors to invest in Sarawak?
It's not about us giving our support to any parties, but we would like all Sarawakians, in particular bloggers to be more mindful of what you do and who you claim to support to avoid us (as Sarawakians) to be used as a donkey for someone else's political gains.
With that said, Sarawak, Engkaulah tanah pusaka ku, Tanah tumpah darahku, Ibu Pertiwiku…
By Cyril Dason |
|
| |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan