DATUK Seri Anwar Ibrahim diingatkan supaya jangan kelak kuburnya akan dikencing oleh generasi Melayu akan datang kerana perbuatannya yang sanggup menggadaikan maruah bangsa dan negara kerana kepentingan politik.
Mengingjkatkan demikian, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee menegaskan, Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) itu bertanggungjawab memecahbelahkan perpaduan rakyat dan mengganggu-gugat kestabilan negara.
"Saya bimbang kelak akan ada orang yang sanggup kencing di atas kubur beliau kerana marah terhadapnya yang tergamak melacurkan maruah bangsa hanya untuk memegang jawatan Perdana Menteri,"tegasnya.
Katanya, Anwar merupakan pemimpin politik yang cukup bijak berbohong, memutarbelitkan kebenaran dan licik memperdayakan rakyat disamping tergamak menjadi talibarut kuasa asing,' tegasnya.
Beliau kesal kerana Anwar tidak habis-habis membohongi rakyat dengan pelbagai dakyah karut termasuk melaungkan slogan untuk menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Sebelum itu kata beliau, Anwar beria-ia menegaskan akan membentuk kerajaan 16 September dan terbaru mendakwa wakil rakyat pembangkang telah dibeli oleh Barisan Nasional (BN).
"Dia kata nak dedah satu persatu mereka yang kena beli, tetapi sehingga sekarang masih tidak berbuat demikian," tegasnya.
Katanya, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga sengaja melancarkan provokasi dengan menuduh kerajaan BN zalim dan membazirkan duit rakyat.
"Tuduhan tidak berasas itu bagaimanapun tidak menghakis sokongan rakyat kepada BN dan UMNO, sebaliknya semakin ramai penyokong PKR keluar parti," ujarnya.
Katanya lagi, ketika tercetusnya reformasi politik di Timur Tengah seperti di Mesir dan Tunisia, beliau melaung-laungkan mengajak rakyat meniru apa yang dilakukan oleh rakyat di negara berkenaan.
Dalam ceramahnya dakwa Syed Ali, Anwar mengajak rakyat supaya cenderung melakukan politik demontrasi sebagai jalan pintas untuk beliau untuk menjadi Perdana Menteri.
"Tetapi apabila usaha beliau tidak mendapat respon dan mencetuskan kemarahan rakyat pelbagai kaum, dia menukar pula rentak dengan berkata akan mengikut lunas-lunas demokrasi untuk berkuasa," tegasnya.
Sabtu lalu, Anwar yang juga Penasihat Umum PKR ketika berucap di majlis pelancaran Buku Jingga dan kutipan derma PKR Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur menjelaskan PR akan mengabil alih kerajaan melalui proses PRU sejajar dengan semangat demokrasi.
Anwar juga dilaporkan sebagai berkata PR tidak akan mengikut apa yang berlaku di Mesir dan Tunisia.
Dalam hal ini, Syed Ali menjelaskan Anwar terpaksa menarik balik propaganda beliau sebelum ini yang mahu rakyat mencontohi apa yang berlaku di Timur Tengah setelah tidak mendapat sambutan rakyat di negara ini.
Katanya, Anwar sengaja memainkan isu tersebut sebagai helah untuk mengalih perhatian rakyat terhadap kes liwatnya yang dalam proses perbicaaan di Mahkamah Tinggi.
"Anwar sebenarnya kepanasan dan khuatir berhubung keputusan kes liwatnya, maka terpaksalah beliau mereka pelbagai cerita karut untuk meredakan kegelisahannya," tegas beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan