Khamis, 31 Mac 2011

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


KEDAH online

Posted: 31 Mar 2011 03:12 AM PDT

KEDAH online


SPRM GAGAL BERTINDAK RASUAH BERBILION RM OLEH TAIB

Posted: 30 Mar 2011 06:08 AM PDT

Polis dipenjara 3 tahun sorok kes rogol

Posted: 30 Mar 2011 06:00 AM PDT

Hakim tarik diri dengar saman SYABAS terhadap Selangor

Posted: 30 Mar 2011 05:48 AM PDT

MEDIA Rakyat MALAYSIA

Posted: 31 Mar 2011 03:02 AM PDT

MEDIA Rakyat MALAYSIA


Negeri Selangor capai pelaburan tertinggi, diikuti negeri Pulau Pinang - Kalau Sarawak ditadbir Pakatan Rakyat pun sama juga...

Posted: 30 Mar 2011 11:45 PM PDT

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

Posted: 30 Mar 2011 11:36 PM PDT

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


Statement by YB Sivarasa on Datuk Eskay's Thailand claim

Posted: 30 Mar 2011 06:20 AM PDT

Press statement by Sivarasa in response to Malaysian Insider article on "Eskay wants Anwar to reveal details of Thailand trips"


I refer to the Malaysian Insider article dated today entitled "Eskay wants Anwar to reveal details of Thailand trips".

As legal counsel to Datuk Seri Anwar Ibrahim, I wish to warn Datuk Shazryl Eskay Abdullah that he should cease his foolish and childish rants about Anwar's travels in Thailand or anywhere for that matter in the world.

No sensible person would deem it necessary to answer the sort of questions that Eskay is posturing with pretended bravado. Accordingly Datuk Seri Anwar has been advised not to respond to Eskay's foolishness.

If Eskay has any specific accusations to make, then he should make them and meet the consequences, legal and otherwise.

Eskay seems to have the benefit of BN conferred immunity from criminal prosecution despite having openly committed the criminal offence of being in possession of an obscene video and also publicly screening it.

However any specific accusation that he chooses to make instead of these foolish vacuous questions will be met with the appropriate and stern legal riposte.

Sivarasa Rasiah

KEADILAN Poliltical Bureau Member, and Member of Parliament for Subang

Bukit Rahman Putra - RA AGM

Posted: 30 Mar 2011 12:12 AM PDT

Sivarasa telah sempat melancarkan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Penduduk di Bukit Rahman Putra baru-baru ini.


Sivarasa bersama AJK Persatuan


Anwar Ibrahim

Posted: 30 Mar 2011 07:52 PM PDT

Anwar Ibrahim


Kisah Disebalik Tirai Video Seks

Posted: 30 Mar 2011 07:34 PM PDT


Program Dato’ Seri Anwar Ibrahim Tawan Sarawak

Posted: 30 Mar 2011 05:23 PM PDT

31 Mac 2011 (Khamis)

2 ptg – Ceramah – Selampit, DUN Lundu

4 ptg – Ceramah – Paon Rimu, DUN Kedup

5 Ptg – Ceramah – Riit Mawang, DUN Kedup

9 mlm – Ceramah – Kampong Rampangi Satu, DUN Pantai Damai

1o mlm – Ceramah – Demak Commercial Centre

YB Nurul Izzah And PKR MPs Will Be Lodging an MACC Report

Posted: 30 Mar 2011 09:18 AM PDT

YB Nurul Izzah along with YB Tian Chua, YB Azan Ismail,
and YB Yusmadi Yusoff will be lodging an MACC report today (31/3).
The report is regarding DPM Muhyiddin election pledges, which
according to Transparency International, amounts to bribery.

Date:31/3/2011

Time: 10.30 amVenue: MACC Putrajaya

Thank you.

Steven Tan
Press Secretary to YB Nurul Izzah

Gangguan Polis, Ceramah Anwar Dipindah ke Dalam Rumah

Posted: 30 Mar 2011 08:27 AM PDT

Dari KeadilanDaily

Rejim Barisan Nasional terus menunjukkan keangkuhan apabila menggunakan polis bagi menghalang program Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuching.

Tindakan itu jelas menunjukkan BN di negeri itu semakin terdesak dengan sambutan luar biasa rakyat Sarawak terhadap program yang dianjurkan KEADILAN dan Pakatan rakyat, menjelang Pilihan Raya Negeri 16 April ini.

Terbaru, Anwar yang sepatutnya melancarkan bilik gerakan di Kampung Sinjan Jaya dalam Dewan Undangan
Negeri Semariang, dihalang berucap secara terbuka di halaman bilik gerakan tersebut oleh pihak polis.

Lebih teruk, pembesar suara turut dipadamkan dan Anwar terpaksa berucap tanpa menggunakan pembesar suara.

“Begini lah akibatnya jika negara ini ditabir oleh orang yang sombong. Justeru itu, rakyat Sarawak perlu bertekad untuk melakukan perubahan,” kata Anwar

Seorang pegawai polis yang hanya memperkenalkan diri sebagai Mun, dipercayai dari Balai Polis Daerah Kuching tidak membenarkan ceramah tersebut diadakan secara terbuka, meskipun rundingan dilakukan.

Terdahulu sebelum itu, di bilik gerakan Kampung Petingan dalam N8 Dun Satok, Anwar hanya dibenar berucap selama 15 minit.

Meskipun diganggu polis, ia tidak mengahalang kira-kira 1000 penduduk setempat untuk hadir mendengar penjelasan dan amanat Anwar mengenai pelbagai isu politik yang melanda tanahair.

Anwar dalam ucapan ringkasnya berkata, polis dipaksa melakukan tindakan tersebut disebabkan arahan pimpinan BN di Sarawak yang disifatkan semakin angkuh.

"Saya tahu, sudah tentu ia arahan daripada pihak atasan. Polis hanya menjalankan tugas.

Akibat ganggunan polis, ceramah Anwar terpaksa dibuat dalam bilik gerakan di N7 Dun Semariang.

"Begini lah akibatnya jika negara ini ditabir oleh orang yang sombong. Justeru itu, rakyat Sarawak perlu bertekad untuk melakukan perubahan," kata Anwar sambil disambut tepukan daripada mereka yang hadir.

Turut menyertai program berkenaan Adun Padungan, Dominic Ng dan Ketua Angkatan Muda Sarawak, Ahmad Nazib Johari.

Jenayah Fitnah, Whistleblower, Dan Kegilaan Peradaban

Posted: 30 Mar 2011 05:36 AM PDT

Dari Merdeka Review
Oleh Ooi Heng

Fitnah adalah suatu rekayasa daripada peristiwa yang tidak benar, yang bertujuan untuk merosakkan reputasi atau menjatuhkan kredibiliti seseorang. Dalam isu fitnah melalui penayangan video seks, jelas sekali tindakan pihak yang merancang dan mempersembahkan video seks kepada sekumpulan wartawan senior di Hotel Carcosa Sri Negara terlibat dengan unsur-unsur jenayah. Kumpulan manusia tersebut (termasuk “Datuk Trio”) patut ditahan polis, disiasat dan didakwa ke mahkamah.

Tetapi anehnya, komen sesetengah ahli politik UMNO termasuk komen awal “Menteri loose cannon” bukan sahaja bercanggah dengan prinsip negara hukum, malahan mempamerkan suatu fenomena peradaban yang cukup ganjil sehingga mencadangkan pemakaian konsep whistleblower atau pemberi maklumat ke atas kumpulan manusia dengan tindakan berunsur jenayah. Logik pemikiran sedemikian yang penuh dengan ciri-ciri kegilaan peradaban (madness of civilization) sesuatu kelompok masyarakat cukup menakjubkan!

Apabila jenayah dilindungi, penjenayah diibaratkan sebagai whistleblower sementara mangsa politik seks cuba dilambangkan sebagai penjenayah yang harus disiasat melalui penubuhan Suruhanjaya Diraja, peradaban bumi 2Malaysia kini dicorakkan oleh ciri-ciri kegilaan ekoran tindakan pemimpin politik yang sanggup melakukan sebarang politik kotor agar dipanjangkan usia rejim pemerintah.

Dalam isu fitnah melalui penayangan video seks, umum sedia maklum bahawa watak dalam video tersebut bukanlah insan bergelar Anwar Ibrahim. Malahan seorang Datuk yang juga mempunyai gelaran “Tan Sri” iaitu Robert Phang (gambar kanan) menawarkan wang sejumlah RM100,000 kepada pemberi maklumat yang dapat membongkarkan identiti “Datuk T” kerana terlibat dengan kegiatan berunsur jenayah dan fitnah.

Bayangkanlah dalam masyarakat yang dicirikan oleh kegilaan peradaban – apabila mangsa fitnah politik dijadikan sebagai terms of reference penubuhan Suruhanjaya Diraja kononnya untuk mencari kebenaran – sementara mereka yang terlibat dengan dakwaan berunsur jenayah diberikan perlindungan sebagai whistleblower, apakah sifat kebenaran yang dijadikan nilai masyarakat kita? Inikah nilai peradaban yang ingin dipamerkan oleh Kerajaan Najib dewasa ini?

Justeru, wujud suatu keperluan untuk mengimbas kembali dan memahami Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 yang digubal oleh Kerajaan UMNO-BN. Untuk memahami logik dan pemikiran kerajaan berhubung penggubalan akta tersebut, izinkan saya menjelaskan secara panjang lebar hujah-hujah penting yang dibangkitkan semasa bacaan kali kedua Rang Undang-Undang (RUU) Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

Menurut penyata rasmi Dewan Rakyat bertarikh 20 April 2010, bacaan kali kedua RUU tersebut oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Liew Vui Keong (gambar kiri) berbunyi sedemikian:

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang bernama “Suatu Akta untuk memerangi rasuah dan salah laku lain dengan menggalakkan dan memudahkan pendedahan kelakuan tidak wajar dalam sektor awam dan swasta untuk melindungi orang yang membuat pendedahan itu daripada tindakan yang memudaratkan untuk mengadakan peruntukan supaya perkara yang didedahkan, disiasat dan diuruskan dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara lain yang berkaitan dengannya” dibacakan kali yang kedua sekarang.

Bermula dengan retorik Kerajaan Najib untuk memerangi rasuah melalui pengumuman bidang kebersihan utama nasional atau lebih dikenali sebagai NKRA, Timbalan Menteri telah menyentuh beberapa peruntukan penting di bawah RUU tersebut, antaranya termasuk:

(i) perlindungan kerahsiaan maklumat;
(ii) kekebalan pemberi maklumat daripada tindakan sivil jenayah atau tatatertib; dan
(iii) perlindungan daripada tindakan yang memudaratkan.

RUU tersebut mengandungi tujuh bahagian dan 27 fasal. Fasal 2 mengandungi tafsiran kepada perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam RUU tersebut. Antara ungkapan tersebut ialah ungkapan pemberi maklumat – ditafsirkan sebagai mana-mana orang yang membuat pendedahan kelakuan tidak wajar kepada agensi penguatkuasaan.

Perhatikan bahawa tafsiran pemberi maklumat dalam konteks RUU tersebut dikaitkan secara langsung dengan pendedahan kepada agensi penguatkuasaan sementara Fasal 4 memberi kuasa kepada Menteri untuk mengeluarkan arahan tentang penjalanan, budi bicara dan kewajipan agensi penguatkuasaan.

Dengan kata lain, maklumat rahsia haruslah dimaklumkan oleh pemberi maklumat kepada pihak penguatkuasa dan bukannya dibongkarkan kepada pihak media atau pihak yang bukan tergolong sebagai agensi penguatkuasaan menurut tafsiran RUU tersebut.

Sesungguhnya, peranan media whistleblowing menjadi tajuk perbahasan yang hangat semasa bacaan kali kedua RUU tersebut. Tetapi jawapan Timbalan Menteri pada ketika itu dengan jelas menyatakan bahawa RUU tersebut tidak melibatkan peranan media.

Berhubung persoalan sama ada perlindungan diberikan kepada orang yang menbuat pendedahan:

(i) kepada media;
(ii) melalui agensi penguatkuasaan dan selepas itu menyiarkan atau mengheboh-hebohkan kepada media,

Jawapan Timbalan Menteri berbunyi sedemikian:

“Jawapan saya ialah dalam situasi sedemikian pemberi maklumat tersebut tidak akan dilindungi di bawah rang undang-undang ini. Ini adalah kerana bagi situasi yang pertama iaitu melalui media, pemberi maklumat tersebut tidak mematuhi peruntukan subseksyen 71 yang memperuntukkan bahawa pemberi maklumat akan diberi perlindungan di bawah undang-undang ini apabila pendedahan tersebut diterima oleh mana-mana agensi penguatkuasa. Media tidak termasuk dalam tafsiran agensi penguatkuasa di bawah undang-undang ini.

Bagi situasi yang kedua pula, pemberi maklumat tersebut akan dilindungi pada masa ia membuat pendedahan tersebut kepada agensi penguatkuasa tetapi akan kehilangan perlindungan tersebut apabila dia membuat penghebahan kepada media. Ini adalah kerana pemberi maklumat tersebut adalah tertakluk di bawah subseksyen 8(1) untuk tidak mendedahkan pendedahan kelakuan tidak wajar yang dibuat kepada mana-mana agensi penguatkuasaan kepada mana-mana pihak termasuklah media.

Ini bertujuan untuk melindungi juga orang yang dikatakan melakukan kelakuan tidak wajar. Itu kerana dakwaan oleh pemberi maklumat tersebut mungkin tidak benar dan supaya tidak mengganggu penyiasatan.”

Justeru, apabila dibaca dan difahami fasal demi fasal seperti yang terkandung dalam Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, hanya whistleblower yang mendedahkan maklumat rahsia kepada pihak penguatkuasa akan diberi perlindungan dan tindakan diambil di bawah peruntukan akta ini.

Meskipun whistleblower melalui media adalah komponen penting yang patut dimasukkan bagi melengkapkan kekurangan yang terdapat dalam akta ini, tetapi selagi pindaan tidak dilakukan terhadap akta ini, tiada peruntukan undang-undang pada masa ini yang memberikan perlindungan lantas diambil tindakan.

Apa yang lebih relevan dalam isu penayangan video seks adalah, terdapat elemen konspirasi jahat melibatkan unsur jenayah dan fitnah. Justeru, penggunaan konsep whistleblower terhadap mereka yang melakukan jenayah dan menjadikan mangsa fitnah penjenayah adalah sesuatu yang bercanggah dengan raison detre Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

Jangan kita lupa bahawa Fasal 21 akta ini juga memperuntukkan bahawa membuat penyataan palsu dalam pendedahan kelakuan tidak wajar atau aduan tindakan yang memudaratkan ialah satu kesalahan sementara Fasal 23 memperuntukkan bahawa memusnahkan, memalsukan atau menyembunyikan apa-apa dokumen atau benda yang berkaitan dengan sesuatu penyiasatan adalah satu kesalahan.

Memandangkan isu penayangan video seks berdepan dengan terlalu banyak pertikaian dan kemusykilan dari segi elemen jenayah dan fitnah, pihak polis wajar melakukan siasatan bukan sahaja terhadap “Datuk Trio” tetapi juga kumpulan pemimpin politik yang terlibat dengan konspirasi fitnah tersebut.

Pihak tentera memaparkan profesionalismenya apabila Panglima Tentera Darat, Jeneral Zulkifeli Mohd Zin tegas dengan pendirian berkecuali melalui komen beliau, “Jangan heret pasukan tentera ke kancah politik!”

Bagaimana pula dengan pihak polis? Apakah pihak polis tegas dengan prinsip profesionalisme yang menolak kuasa politik atau menyokong konsep negara polis yang bersekongkol dengan kuasa politik jahat untuk menjatuhkan pemimpin pembangkang meskipun fitnah sebegitu rupa membawa peradaban masyarakat ke arah kegilaan?

*Ooi Heng ialah Pengarah Eksekutif Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) dan kolumnis MerdekaReview.

Dirty Tricks in Malaysia

Posted: 30 Mar 2011 05:32 AM PDT

From Wall Street Journal

The latest installment in a long saga of smears against Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim is afoot, even as his second trial for alleged sodomy drags on. Three anonymous men calling themselves the “datuk trio,” now exposed and under police investigation, showed a group of hand-picked journalists a video purporting to depict the former deputy prime minister having sex with a female prostitute a month earlier.

The three said their motivation was to “show the truth.” But as with past attacks on Mr. Anwar, the timing is politically significant: Snap elections are expected later this year.

The way in which the tape became public is also suspicious. Many of the invited journalists proceeded to impugn Mr. Anwar without revealing the identity and motivations of the tape’s owners. Nor did they determine whether the tape was doctored, or other details of its provenance. Mr. Anwar’s denials that he is the man on the tape, and his defense that he was busy posting on the Internet on the night in question, have been given short shrift by the country’s mainstream media outlets, many of which are owned by the government and the parties in the ruling coalition.

Dirty-tricks campaigns like poison-pen letters are depressingly common in Malaysia. But public skepticism about the ever-lengthening list of allegations against Mr. Anwar suggests they may no longer have the power they once did to ruin political careers. Alternative sources of information are developing, and as Malaysians become better informed they are more independent-minded. If Mr. Anwar can convince Malaysians that he is not the man on the tape, this latest attack will only make him stronger, since it will bolster the belief at home and abroad that he is the victim of politically motivated persecution.

That would spell bad news for the ruling United Malays National Organization, which says it has nothing to do with the sex tape. Its support has been slipping away in the Malay heartland, leaving the ruling coalition vulnerable. In the March 2008 general elections, the opposition substantially increased its seats and polled 46.8% of the popular vote. Mr. Anwar then came close to toppling the government by enticing MPs to defect from the government benches. Prime Minister Najib Razak has since managed to rally government forces, but this could be a temporary reprieve. UMNO is vulnerable to complaints that corruption scandals such as that over the funding of Port Klang are occurring on its watch.

The transfer of power might have happened much sooner but for Mr. Anwar’s conviction for sodomy in 1998.

He served six years in prison before the Supreme Court reversed a verdict that had become a stain on the country’s body politic — the defendant was beaten in custody by the inspector general of police, evidence was inconsistent and witnesses were found to have been coerced. So it’s understandable that many

Malaysians regarded the latest case with skepticism — especially given irregularities in the investigation, such as the lack of medical evidence and delay in collecting DNA evidence.

Mr. Anwar has maintained his innocence, but the pressure has taken its toll. While even the Islamist PKS party dismissed the latest sodomy allegations and affirmed Mr. Anwar’s leadership at first, the opposition coalition has been fracturing and losing by-elections in recent months.

Many Malaysians have had enough of dirty tricks. But Mr. Anwar still faces an uphill struggle to convince a majority that despite all the smears he is a worthy leader.

Anwar Seru Rakyat Sarawak Buat Perubahan Politik Secara Aman

Posted: 29 Mar 2011 07:39 PM PDT

Dari Keadilan Daily

Meskipun polis sedari dulu sentiasa memberi tekanan demi tekanan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum KEADILAN itu tegas menyatakan beliau mahu membawa perubahan politik secara aman dengan menggunakan saluran pilihan raya.

"Orang Arab nak tukar sistem, susah. Sehingga (mereka) terpaksa diadakan revolusi, (tapi) kita mahu perubahan secara aman. Kita tidak mahu masalah dengan polis. Anak-anak muda Sarawak perlu buat perubahan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya di Kampung Tupong Batu yang terletak di pinggir Sungai Sarawak itu kerap disambut sorakan 'reformasi' di kalangan 300 penduduk setempat.

Pada ceramah di lokasi persendirian yang tidak memerlukan permit itu, polis hanya memberi masa 15 minit untuk Anwar berucap. Malah, pihak berkuasa membuat banyak sekatan jalan raya di laluan yang menghala ke lokasi ceramah.

Ceramah Anwar di mana-mana jua termasuk di Sarawak sentiasa mendapat halangan polis

Anwar berkata, pilihan raya Sarawak kali ini amat penting kerana ia adalah masa paling sesuai untuk membuat perubahan kerana golongan penindas rakyat semakin berani berbuat demikian secara terang-terangan.

"Sebab itu, pilihanraya Sarawak penting. Perubahan adalah perlu. Orang Sarawak perlu sedar.

"Orang yang baik, takut. Orang yang jahat, berani. Ini tidak betul. Perkara ini mesti diubah. Sarawak mesti berubah. Sekaranglah masanya," katanya disambut tepukan gemuruh.

Dalam ceramah di Restoran Sim Poh Poh yang dihadiri ratusan penduduk pula, polis turut 'mencipta' halangan dengan tidak membenarkan pembesar suara di hala ke luar, sebaliknya mengarahkan ia dihala ke dalam premis itu.

Pada ceramah yang majoriti dihadiri masyarakat keturunan Tionghua titu, Anwar turut memetik falsafah cendekiawan purba Cina, Confucious.

"Kata Confucious: Lebih baik duduk di dalam kandang harimau daripada duduk di bawah kerajaan yang zalim.

Kehadiran Anwar memang dinanti-nantikan penduduk Sarawak yang dahagakan perubahan

"Pembaziran berleluasa. Kronisme dan rasuah. Projek hanya untuk anak-anak, isteri dan kroni. Yang kaya hanya ketua menteri. Rasuah di bawah dan di atas meja.

"Benarlah seperti kata penyair besar di Jawa, Ronggo Warsito: Zaman ini zaman edan (gila)," katanya yang meminta rakyat Sarawak mengambil iktibar dari pesanan kedua-dua ahli falsafah itu.

Beliau mengingatkan rakyat Sarawak, pimpinan Barisan Nasional (BN) di Negeri Bumi Kenyalang itu juga membawa wang rakyat 'lari' hingga menyebabkan masyarakat dihimpit kemiskinan berpanjangan.

"Bukan sahaja di Mesir, Tunisia sahaja orang bawa duit. Di sini (Sarawak) pun sama bawa duit lari. Berapa yang dibawa lari Mubarak? 40 hingga 70 bilion USD. Rakyat miskin kerana pemimpin curi wang rakyat," katanya.

Wee Choo Keong

Posted: 30 Mar 2011 03:04 PM PDT

Wee Choo Keong


Questions Time: 29 Mac 2011 Garis panduan untuk Lembaga Penasihat

Posted: 30 Mar 2011 11:04 AM PDT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN PERTANYAAN : BUKAN JAWAB LISAN DARIPADA       : TUAN WEE CHOO KEONG [ WANGSA MAJU ] TARIKH             :  29 Mac 2011 SOALAN : Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah peraturan khusus atau garis panduan yang disediakan oleh Kementerian kepada Lembaga Penasihat apabila berurusan [...]

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 30 Mar 2011 11:23 AM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang


300,000 Pengunjung BN Youth Job Bukti Isu Pengangguran Serius

Posted: 29 Mar 2011 07:33 PM PDT


Merujuk kepada berita yang diterbitkan oleh The Star hari ini mengatakan bahawa 300 000 orang pengunjung karnival BN Youth Jobs. Biro Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan Malaysia percaya bahawa jumlah ini membuktikan bahawa anak muda terutama dikalangan graduan mengalami masalah pengangguran dan pekerjaan tidak mengikut taraf pendidikan yang serius.


Berdasarkan jawapan parlimen dan kenyataan akhbar oleh Menteri Sumber Manusia Datuk S. Subramaniam pada Jun 2010 dan statistik Jabatan Perangkaan Jun lepas, menyatakan kadar pengangguran adalah pada tahap 3.7 peratus atau sekitar 426 600 orang yang menganggur. Daripada 426 600 ribu ini, 7.5 peratus atau sekitar 32 000 adalah penganggur dikalangan graduan. Kadar pengangguran ini sudah cukup membuktikan bahawa generasi muda masih dalam krisis pekerjaan.


Maka tidak hairan kehadiran yang ramai ke karnival ini menuntut tindakan yang lebih tegas menyelesaikan masalah pengangguran. Karnival semata-mata tidak mampu menyelesaikan masalah Graduan menganggur dan Graduan bekerja tidak mengikut taraf pendidikan. Ini melibatkan langkah kerajaan mengurus ekonomi dan tatakelola yang baik bagi membanyakkan peluang pekerjaan baik diperingkat kerajaan mahupun swasta.


Dasar kerajaan Barisan Nasional yang boros, mengkayakan syarikat kroni dengan projek mega dan masalah rasuah yang melebar dalam pentadbiran kerajaan menjadikan Negara muflis dan akhirnya dana bagi membaiyai peluang-peluang pekerjaan di kurangkan diperingkat kerajaan dan pelabur tidak berminat melabur akibat rasuah dan dasar ekonomi yang berat sebelah.


Diakhir kenyataan ini, Biro Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan Malaysia ingin menegaskan bahawa masalah pengangguran dikalangan generasi muda terutama dikalangan graduan adalah masalah yang membelenggu kelompok ini. Justeru, karnival semata-mata bukanlah tindakan mampan yang mampu menyelesaikan masalah pengangguran jangka masa panjang. Dasar ekonomi yang lebih adil, menghapus rasuah adalah merupakan prinsip penting bagi membanyakkan peluang pekerjaan dalam Negara.


Ceramah Konspirasi III Kuala Pilah 5 April 2011

Posted: 29 Mar 2011 07:31 PM PDT



Ceramah pendedahan Konspirasi III di Kuala Pilah 5 April


KEADILAN Cabang Kuala Pilah, Negeri Sembilan akan mengadakan ceramah 'Pendedahan Konspirasi III' di Pejabat Pakatan Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh, Jemapoh pada jam 9 malam 5 April 2011 (Selasa) ini.


Antara yang dijadual menyampaikan ucapan ialah Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Baharin Abas; Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dan Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff.


Timbalan Ketua Cabang itu, Hazman Hashim berkata, orang ramai yang berminat mengetahui pelbagai penerangan dan pendedahan mengenai isu tanah air termasuk konpirasi video seks palsu, dipelawa hadir Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=10128

Peniaga Melayu kaya raya di Melaka Maju, Syabas Umno

Posted: 29 Mar 2011 07:29 PM PDT

MBMB jangan zalimi kami Sinar Harian 30 Mac 2011. BANDA HILIR - Bagi memberi laluan kepada sebuah projek pembangunan, 25 peniaga kecil di deretan gerai Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di sini bakal kehilangan sumber pendapatan. Bukan kerana risiko kehilangan pelanggan, sebaliknya mereka menerima notis supaya mengosongkan premis masing-masing hanya dalam tempoh tiga minggu. Difahamkan, notis dikeluarkan MBMB itu bagi memberikan laluan projek pembinaan tempat letak bas yang bakal dinamakan Pahlawan City. Mengikut notis ditandatangi Datuk Bandar MBMB, Zainal Abu, peniaga dikehendaki mengosongkan gerai perniagaan masing-masing dalam tempoh 21 hari. Bagaimanapun, MBMB bersetuju untuk memberikan wang ehsan RM300 sebulan kepada peniaga selama setahun sementara menunggu projek itu siap, selain tawaran lokasi baru dengan sewa separuh lebih murah. Malah, MBMB juga menjanjikan tawaran untuk menempatkan semula kalangan peniaga terlibat di kawasan tersebut sebaik projek berkenaan siap sepenuhnya dan diserahkan kembali kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) itu. Namun, segala tawaran itu tidak disenangi peniaga menyebabkan mereka membantah. "MBMB jangan zalimi kami peniaga kecil." Itulah antara rintihan 25 peniaga terbabit yang seolah-olah hilang arah tujuan. Peniaga, Siti Normala Ibrahim, 30, berkata, lokasi baru itu belum menjamin sambutan pelanggan seperti tempat lama. Menurutnya, dengan bebanan hutang yang terpaksa dijelaskan daripada Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun) dan beberapa institusi kewangan lain, dia bimbang ia akan menyebabkannya berdepan dengan masalah besar. "Sekurang-kurangnya kami perlu mencari RM1,000 sebulan bagi membayar semua itu, sedangkan pampasan ditawarkan hanya RM300 sebulan dan jumlah itu jauh daripada yang kami minta sebelum ini iaitu RM150 sehari," katanya ketika mengadakan perhimpunan bagi membantah tindakan MBMB itu, semalam. Turut serta, Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sedarhana Malaysia (Ikhlas), Mohd Ridzuan Abdullah. Peniaga kraf tangan, Jamuri Khalil, 44, berkata, dia akan kerugian sekurang-kurangnya RM100,000 sekiranya berpindah ke tempat baru berdasarkan nilai barangan di gerainya. "Mereka tempatkan kami di Dataran Pahlawan sebagai ganti sedangkan peniaga sedia ada kini pun susah untuk mendapatkan pelanggan, inikan pula kami orang baru," katanya. Peniaga gerai makanan, Mahmud Seeron, 47, pula bimbang jaminan MBMB kerana setakat ini tiada sebarang perjanjian hitam putih memastikan mereka diletakkan kembali ke tempat asal selepas projek itu siap sepenuhnya kira-kira setahun nanti. Deretan gerai berkenaan menempatkan tujuh peniaga gerai makanan, manakala 18 lagi peniaga barangan kraf tangan. Sebelum di tempatkan MBMB di kawasan terbabit sejak tiga tahun lalu, mereka dikatakan sudah mengalami tiga kali proses perpindahan atas alasan sama, iaitu pembangunan. http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8920372.asp

Tarian Poco Poco UMNO Haram kata Mufti Perak

Posted: 29 Mar 2011 04:52 PM PDT

Tarian Poco Poco UMNO Haram kata Mufti Perak Kosmo 30 Mac 2011 . IPOH – Tarian poco-poco yang popular sebagai aktiviti riadah dalam kalangan suri rumah dan penjawat awam ketika menghadiri kursus dan majlis keraian telah diputuskan sebagai haram oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak baru-baru ini. (Gambar-gambar Puteri dan Wanita UMNO sedang asyik Poco Poco di laman Web Puteri UMNO di http://puteriumno.my/portal/galeri-foto-umum/album/majlis-tarian-poco-poco-bersama-penduduk-setempat- ) Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh. Katanya, keputusan sebulat suara itu dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke-186 yang bersidang dari 24 hingga 26 Januari lalu. "Kajian mendapati tarian yang sering diamalkan di Jamaica itu bercirikan agama Kristian. Oleh itu haram bagi orang Islam mengamalkannya," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0330&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm TARIAN POCO-POCO HARAM Utusan Malaysia 30 Mac 2011 Tarian ini sangat popular di negara kita pada masa kini. Ia bukan sahaja dilakukan oleh orang kebanyakan malah oleh golongan atasan dalam pelbagai bentuk majlis keraian. Jabatan kerajaan juga tidak ketinggalan mengadakan tarian poco-poco sebagai menggantikan senaman pagi untuk peserta kursus. Asas pengharaman kerana ia mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama, juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ia sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian. Mesyuarat tersebut juga telah mengambil keputusan bahawa pengharaman tersebut akan diwartakan. Apabila diteliti semula, saya baru perasan pergerakan langkah tarian ini, ke depan, ke belakang, ke kiri dan ke kanan menyerupai bentuk salib. Saya berharap Allah mengampunkan saya dan semua yang pernah terlibat dengan tarian ini kerana kita semua lalai, suka mengikut sesuatu perkara tanpa usul periksa. GRED S 22 Kuala Lumpur http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0330&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm

Gwo-Burne for Kelana Jaya

Posted: 30 Mar 2011 11:10 AM PDT

Gwo-Burne for Kelana Jaya


Statistik Anggota Polis Mengalami Kecederaan

Posted: 24 Mar 2011 02:49 AM PDT

JAWAPAN LISAN AHLI PARLIMEN KELANA JAYA DI DEWAN RAKYAT PADA 24 MAC 2011 SOALAN: Tuan Gwo-Burne Loh [Kelana Jaya] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik terperinci punca dan tahap kecederaan anggota polis yang ditembak mati dan dicedera oleh penjenayah dari tahun 2000 sehingga 2010 dalam pecahan punca-punca kematian seperti yang dinyatakan oleh Menteri di Parlimen melalui jawapan [...]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan