CINA ISLAM (林川興) Posted: 30 Mar 2011 01:47 AM PDT Kabinet Syria dijangka dibubar Posted: 30 Mar 2011 01:40 AM PDT 25 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
DAMSYIK - Kerajaan Syria dijangka dibubarkan hari ini dan Kabinet akan dibentuk dalam tempoh 24 jam, kata seorang pegawai kanan di sini kepada AFP.
Pegawai itu yang enggan namanya disiarkan berkata, kerajaan akan mengemukakan peletakan jawatannya hari ini dan Kabinet baru bakal dibentuk dalam tempoh 24 jam.
Perdana Menteri Mohammed Naji Otri membentuk kerajaannya pada 2003 dan melakukan rombakan terakhir pada April 2009.
Sementara itu, beribu-ribu rakyat Syria berhimpun di ibu negara ini dan sekurang-kurangnya empat bandar lain hari ini sambil membawa gambar Presiden Bashar Assad dan mengibarkan bendera Syria bagi menyatakan sokongan kepada kerajaan.
Penyokong kerajaan hari ini berhimpun di Damsyik, wilayah Aleppo dan Hasakeh di utara Syria dan bandar Hama dan Homs di bahagian tengah negara.
Sesi persekolahan dibatalkan hari ini sementara golongan pekerja diberikan pelepasan selama dua jam bagi menghadiri perhimpunan tersebut.
"Rakyat mahukan Assad. Kami menolak perpecahan kaum dan perselisihan sivil," laung mereka sambil membawa sepanduk prokerajaan.
Assad yang menguasai Syria selama empat dekad dan mempunyai rekod menumpaskan pihak yang menentangnya dengan kejam, cuba untuk meredakan protes secara kompromi.
Beliau dijangka menyampaikan ucapan kepada negara dalam tempoh 24 jam bagi mengumumkan penarikan balik pemerintahan darurat selama hampir 50 tahun dan membatalkan sekatan ketat ke atas kebebasan sivil serta politik. - AFP | Virus Adeno: Pelatih Pulapol ketiga meninggal dunia Posted: 30 Mar 2011 01:30 AM PDT 25 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR 30 Mac – Mohamed Siman, 23, merupakan pelatih ketiga di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak di sini yang meninggal dunia akibat jangkitan virus Adeno di Hospital Kuala Lumpur (HKL), malam tadi.
Pelatih konstabel yang berasal dari Bagan Datoh, Perak itu meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu pukul 11.30 malam tadi.
Sementara itu, di PUTRAJAYA, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengesahkan seorang lagi pelatih Pulapol meninggal dunia akibat jangkitan virus Adeno.
Beliau berkata, mangsa telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HKL sejak 3 Mac lalu meninggal akibat kegagalan organ dalamannya berfungsi. - Utusan | Tentera Gaddafi serang puak pemberontak di Misrata Posted: 30 Mar 2011 01:00 AM PDT 25 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
ALGIERS 30 Mac - Pasukan pemberontak yang berada di bandar Misrata mendakwa mereka telah diserang dengan kuat oleh pasukan tentera Muammar Gaddafi semalam dan mereka merayu kepada mesyuarat kerajaan di London bagi membantu mereka.
"Pasukan tentera Gaddafi melancarkan serangan yang dahsyat terhadap kami di Misrata.
"Mereka tekad mahu merampas balik bandar ini, ini adalah hari yang sukar bagi kami,"kata seorang jurucakap pasukan pemberontak, Mohamed melalui perbualan dari telefon satelit. - Reuters | Penduduk marah krisis air paling teruk Posted: 30 Mar 2011 12:58 AM PDT 25 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
TEMERLOH,30 Mac: Krisis air yang menjejaskan sekurang-kurangnya 12,000 penduduk di sekitar daerah ini melibatkan taman perumahan dan kampung tradisional sejak empat hari lalu menimbulkan kemarahan mereka terhadap Jabatan Bekalan Air (JBA), wakil rakyat dan menteri besar (MB).
Malah menurut penduduk, beberapa kawasan perumahan seperti Taman Setia Jasa, Seberang Temerloh dan Mentakab turut mengalami gangguan bekalan air sejak 1 Mac lalu.
Tinjauan Harakahdaily ke Taman Setia Jasa yang mempunyai lebih 400 buah rumah dan seramai 1,800 penduduk mendapati penduduk mula menzahirkan kemarahan dengan memasang sembilan kain rentang sebagai protes kepada JBA, wakil rakyat dan MB untuk meluahkan ketidakpuasan hati mereka berhubung masalah bekalan air itu.
Seorang penduduk dari taman sama, Ghazali Idris, 63, berkata, gangguan bekalan air di taman perumahan itu berlaku sejak sebulan lalu dengan ada ketikanya air keluar kecil. Tetapi sejak awal minggu lalu langsung tiada air.
Menurutnya, gangguan itu berlaku pada sebelah petang hingga subuh, namun sejak Sabtu lalu, langsung tiada bekalan air.
"Dulu dah pernah berlaku teruk macam ini tetapi selesai, sekarang jadi semula. Kami dah adu pada JBA tetapi mereka kata tak tahu punca dan ada yang ada paip bawah tanah bocor.
"Keadaan ini membuatkan kami di sini jadi seperti balik ke zaman dulu. Bayangkan, saya memandu kereta sejauh 30 kilometer menuju ke Chenor untuk memunggah air Sungai Pahang setiap hari bagi kegunaan makan minum dan kebersihan untuk ahli keluarga," katanya.
Menurut Ghazali, masalah air di Taman Setia Jasa itu turut menyebabkan pelajar-pelajar sekolah di situ mengalami masalah lewat ke sekolah kerana terpaksa mandi di Jengka setiap pagi.
"Saya ada tiga anak yang bersekolah. Mereka terpaksa bangun awal pagi, balik ke kampung di Jengka untuk mandi dan patah semula ke sekolah di Temerloh. Anak orang lain pun macm tu.
"Jadi sampai bila masalah ini hendak selesai? Kita harap JBA segera selesaikan jangan penduduk telefon pun tak mahu jawap. Bayangkan penduduk yang ada anak kecil, lagi susah," katanya.
Taman Setia Jasa terletak dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Mentakab dan Parlimen Temerloh.
Seorang penduduk lagi, Ahmad Harun, berkata ini merupakan kali kedua penduduk menghadapi krisis air yang serius dan lama sehingga terpaksa memunggah air dari luar.
"Baru-baru ini ada penduduk mengadakan majlis kenduri kahwin, walaupun ada pihak yang menolong tapi teruk memunggah air. Bagaimana pula kalau berlaku kematian?
"Saya fikir Temerloh ini tidak sepatutnya menghadapi masalah air berulang kali kerana berada dipinggir Sungai Pahang yang mewah air. Jadi sudah tentulah ini kelemahan JBA," katanya.
Ahmad berharap, supaya JBA segera selesaikan masalah yang menghantui penduduk iaitu dengan JBA menghantar empat lori tangki air sehari dengan tiga kali penghantaran.
Sementara itu, peniaga warung makan di situ, Rahim Bakri, turut mengakui ketiadaan air menyebabkan perniagaannya banyak terjejas kerana untuk memasak dan membersih terpaksa menggunakan air yang banyak dan beliau terpaksa memunggahnya dari luar.
Harakahdaily/- Oleh : Khairil Abdul Rahim
| Kes PKFZ : Keputusan Permohonan Ketepi Skrine & Co Diketahui 4 April Posted: 30 Mar 2011 12:33 AM PDT 25 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
SHAH ALAM 30 MAC : Mahkamah Tinggi Shah Alami menetapkan 4 April ini bagi memutuskan permohonan semakan semula kehakiman yang difailkan oleh bekas pengurus projek Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), Law Jenn Dong terhadap keputusan membenarkan firma guaman Skrine & Co bertindak sebagai pemerhati bagi Lembaga Pelabuhan Klang (LPK).
Hakim Datuk Siti Mariah Ahmad menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah kedua-dua pihak semalam.
Pada 3 Disember lalu, Mahkamah Sesyen Shah Alam menolak permohonan Law untuk menyingkirkan firman guaman itu sebagai peguam pemerhati dalam perbicaraan membabitkan skandal projek pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Law, 52, arkitek Bernard Tan Seng Swee, 49, dari BTA Architect, dan ketua pegawai operasi KDSB Stephen Abok, 52, mengaku tidak bersalah terhadap 24 tuduhan pilihan menipu OSK Trustees Bhd melibatkan bayaran RM116.85 juta kepada KDSB berkaitan dua projek di PKFZ.
Stephen dan Tan juga mengaku tidak bersalah terhadap dua lagi tuduhan pilihan iaitu menipu OSK Trustees untuk mempercayai bahawa kerja-kerja infrastruktur elektrik bagi sistem 33 kilovolt di PKFZ dan sistem yang sama ke Presint 2 serta Presint 8 telah dilaksanakan.
Tindakan itu telah mendorong OSK Trustees membuat bayaran RM5.42 juta kepada KDSB. Pada prosiding sebelum ini, Law diwakili peguam Tan Hock Chuan dan Skrine oleh peguam Leong Wai Hong.
Peguam Datuk V. Sithambaram mewakili Tan, manakala pendakwaan dijalankanoleh Timbalan Pendakwa Raya, Anas Mahadzir dan Hashley Tajudin.
Dalam hujahnya, Hock Chuan berkata permohonan itu dibuat atas alasan dua rakan kongsi firma guaman berkenaan iaitu peguam Vinayak Pradhan dan peguam Lim Chee Wee menganggotai pasukan petugas khas yang ditubuhkan Kementerian Pengangkutan pada 2009 untuk menyiasat kes itu.
Kata beliau, Skrine, melalui Vinayak dan Lim, mempunyai capaian terhadap maklumat mengenai hasil siasatan pasukan petugas itu berkaitan pelaksanaan projek PKFZ.
Oleh itu, katanya, Skrine tidak layak untuk bertindak sebagai pemerhati bagi LPK dalam kes terbabit.
Hock Chuan juga berkata dua peguam berkenaan mungkin akan dipanggil sebagai saksi dalam perbicaraan kes itu.
"Oleh kerana mereka mempunyai capaian terhadap maklumat sulit dan mungkin dipanggil menjadi saksi, kami bimbang tiga tertuduh tidak mendapat perbicaraan secara adil.
"Oleh itu, Mahkamah Tinggi wajar mengetepikan perintah Mahkamah Sesyen yang membenarkan Skrine menjadi pemerhati bagi LPK," katanya.
Dalam hujahnya pula, Sithambaram berkata laporan yang dibuat pasukan petugas itu secara tidak langsung menyebabkan tuduhan berkenaan dikenakan terhadap tiga tertuduh.
"Oleh kerana mereka mempunyai capaian terhadap maklumat sulit, mereka boleh berkongsinya dan memberi dokumen tertentu kepada seseorang yang berpotensi akan dipanggil menjadi saksi dalam perbicaraan kes ini," katanya.
Sementara itu, dalam hujahnya, Leong berkata firma berkenaan tidak pernah mewakili ketiga-tiga tertuduh dalam kes tersebut, tetapi mewakili LPK dan LPK bukan merupakan pihak dalam kes ini.
Membalas hujah Hock Chuan bahawa kedua-dua peguam berkenaan mungkin dipanggil menjadi saksi, beliau berkata perkara itu hanya spekulasi.
Anas pula berkata isu tersebut tidak akan menjejaskan kes pihak pendakwakerana tuduhan yang dikenakan terhadap tiga tertuduh dalm kes itu tidak berdasarkan dapatan pasukan petugas berkenaan, tetapi berdasarkan bukti yang dikemukakan oleh polis.
"Dua peguam itu tidak termasuk dalam senarai kami sebagai saksi, tapi terpulanglah kepada pihak pendakwaan sama ada hendak memanggil mereka semasa perbicaraan nanti," katanya.
-BERNAMA- | Anwar seru buat perubahan politik secara aman Posted: 30 Mar 2011 12:30 AM PDT 25 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
KUCHING, 30 Mac: Meskipun polis sedari dulu sentiasa memberi tekanan demi tekanan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR itu tegas menyatakan beliau mahu membawa perubahan politik secara aman dengan menggunakan saluran pilihan raya.
"Orang Arab nak tukar sistem, susah. Sehingga (mereka) terpaksa diadakan revolusi, (tapi) kita mahu perubahan secara aman. Kita tidak mahu masalah dengan polis. Anak-anak muda Sarawak perlu buat perubahan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya di Kampung Tupong Batu yang terletak di pinggir Sungai Sarawak itu kerap disambut sorakan 'reformasi' di kalangan 300 penduduk setempat, lapor Keadilan Daily.
Pada ceramah di lokasi persendirian yang tidak memerlukan permit itu, polis hanya memberi masa 15 minit untuk Anwar berucap.
Malah, pihak berkuasa membuat banyak sekatan jalan raya di laluan yang menghala ke lokasi ceramah.
Ceramah Anwar di mana-mana jua termasuk di Sarawak sentiasa mendapat halangan polis
Anwar berkata, pilihan raya Sarawak kali ini amat penting kerana ia adalah masa paling sesuai untuk membuat perubahan kerana golongan penindas rakyat semakin berani berbuat demikian secara terang-terangan.
"Sebab itu, pilihanraya Sarawak penting. Perubahan adalah perlu. Orang Sarawak perlu sedar.
"Orang yang baik, takut. Orang yang jahat, berani. Ini tidak betul. Perkara ini mesti diubah. Sarawak mesti berubah. Sekaranglah masanya," katanya disambut tepukan gemuruh.
Dalam ceramah di Restoran Sim Poh Poh yang dihadiri ratusan penduduk pula, polis turut 'mencipta' halangan dengan tidak membenarkan pembesar suara di hala ke luar, sebaliknya mengarahkan ia dihala ke dalam premis itu.
Pada ceramah yang majoriti dihadiri masyarakat keturunan Tionghua titu, Anwar turut memetik falsafah cendekiawan purba Cina, Confucious.
"Kata Confucious: Lebih baik duduk di dalam kandang harimau daripada duduk di bawah kerajaan yang zalim.
Kehadiran Anwar memang dinanti-nantikan penduduk Sarawak yang dahagakan perubahan.
"Pembaziran berleluasa. Kronisme dan rasuah. Projek hanya untuk anak-anak, isteri dan kroni. Yang kaya hanya ketua menteri. Rasuah di bawah dan di atas meja.
"Benarlah seperti kata penyair besar di Jawa, Ronggo Warsito: Zaman ini zaman edan (gila)," katanya yang meminta rakyat Sarawak mengambil iktibar dari pesanan kedua-dua ahli falsafah itu.
Beliau mengingatkan rakyat Sarawak, pimpinan Barisan Nasional (BN) di Negeri Bumi Kenyalang itu juga membawa wang rakyat 'lari' hingga menyebabkan masyarakat dihimpit kemiskinan berpanjangan.
"Bukan sahaja di Mesir, Tunisia sahaja orang bawa duit. Di sini (Sarawak) pun sama bawa duit lari. Berapa yang dibawa lari Mubarak? 40 hingga 70 bilion USD. Rakyat miskin kerana pemimpin curi wang rakyat," katanya.
| Tripoli Terus Dibedil Posted: 30 Mar 2011 12:00 AM PDT 25 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
TRIPOLI 30 MAC : Letupan kuat kedengaran di ibu negara Libya, Tripoli untuk malam ke-11 berturut-turut ketika kuasa dunia mula berdebat sama ada menyalurkan senjata api kepada kumpulan pemberontak bagi menjatuhkan Presiden Muammar Gaddafi.
Ketika Perancis bersiap untuk mengadakan rundingan bagi menyalurkan bantuan ketenteraan kepada pejuang pemberontak Libya, Menteri Luar, Alain Juppe berkata beliau kini berada di satu persidangan di London bagi menyiapkan pelan masa depan bagi Gaddafi di negara rantau Afrika Utara itu.
Tentera pemberontak yang kini menguasai timur Benghazi, kawasan pertama berjaya ditawan mereka sejak enam minggu lalu berkata, wakil diplomat Perancis dan Amerika Syarikat (AS) kini dalam perjalanan untuk menemui mereka di bandar raya itu.
Lewat malam semalam, dua letupan kuat menggegarkan Tripoli dan kawasan itu terletak berhampiran kediaman Gaddafi, berek pengawal dan markas tentera manakala kawasan pinggir bandar Tajura juga diserang, lapor koresponden AFP.
Letupan pertama berlaku kira-kira jam 1630 GMT, diikuti letupan kedua tiga minit kemudian di Daerah Bab Al-Azizya.
Tujuh letupan juga dilaporkan berlaku di Tajura, kawasan yang menempatkan kem tentera dan serangan sepanjang malam itu mensasarkan kawasan tentera udara itu.
Sementara itu, Reuters melaporkan pasukan pemberontak yang berada di bandar Misrata mendakwa mereka telah diserang dengan kuat oleh pasukan tentera Gaddafi semalam.
Mereka merayu kepada mesyuarat kerajaan di London bagi membantu mereka.
"Pasukan tentera Gaddafi melancarkan serangan yang dahsyat terhadap kami di Misrata.
"Mereka tekad mahu merampas balik bandar ini, ini adalah hari yang sukar bagi kami,"kata seorang jurucakap pasukan pemberontak, Mohamed melalui perbualan dari telefon satelit.
- Agensi | Rakyat Sarawak tidak akan gadai masa depan Posted: 29 Mar 2011 11:32 PM PDT 25 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 30 Mac: Pemuda PAS yakin rakyat Sarawak pasti tidak akan menggadaikan masa depan buat sekian kalinya di tangan BN.
Justeru, Pengarah Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Pusat (JPP DPPP), Mohd Firdaus Jaafar berkata, ebarang usaha menyekat perubahan rakyat Sarawak akan memendekkan lagi jangka hayat kerajaan BN.
Katanya, perubahan adalah suatu kemestian bagi membina suatu lanskap baru Sarawak.
"Biarkan rakyat Sarawak berubah dalam Pilihanraya Dun Sarawak kali ini, demi masa depan mereka sendiri," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau yang juga ahli parlimen Jerai turut membidas kenyataan pemimpin Umno yang meminta pengundi Sarawak agar tidak menggadaikan masa depan mereka dengan mengundi Pakatan Rakyat dalam pilihan raya itu.
Bagi JPP DPPP, Umno sebenarnya keliru siapakah yang menggadai masa depan negara.
Adakah Pakatan Rakyat yang mengajak rakyat melakukan perubahan dianggap memperjudikan masa depan mereka atau membiarkan masa depan rakyat terus dipertaruhkan di bawah BN yang jelas gagal membawa perubahan bermakna etelah sekian lama memerintah," soalnya.
Katanya, JPP DPPP hairan bagaimana mentaliti kelas ketiga keluar dari pemimpin Umno dengan kenyataan sedemikian.
Tambahnya, rakyat di negara Amerika Syarikat telah melakukan perubahan dengan mengundi Barrack Obama yang menggunakan slogan 'change' (perubahan) dalam pilihanraya Presiden beberapa tahun lepas.
"Adakah rakyat di sana tidak boleh mengadaikan masa depan mereka dengan melakukan perubahan melalui unid kepada Barrack Obama?" soalnya lagi.
Katanya, kalau mengikut mentalitii pemimpin Umno, seolah-olah rakyat Amerika Syarikat telah menggadaikan masa depan mereka di tangan Presiden Barrack Obama.
"Bagaimana keadaan di Jepun dan negara-negara lainnya? Adakah mereka menggadaikan masa depan dengan mengundi parti selain kerajaan yang memerintah?" tanya beliau.
Sepatutnya, kata beliau rakyat diberi peluang menilai tawaran dan parti mana yang boleh memberi khidmat terbaik kepada rakyat.
Menurutnya, menanam sentimen bahawa mengundi Pakatan Rakyat boleh menggadaikan masa depan rakyat adalah suatu mitos yang perlu dijauhi.
Ini, tambahnya adalah trend politik lapuk dan usang yang telah lama ditinggalkan sedangkan rakyat semakin bijak menilai isu yang diperjuangkan.
Katanya lagi, sejauh mana hak dan keperluan mereka dipenuhi serta tawaran sebagai syarat untuk mereka mengundi calon atau parti yang bertanding.
Harakahdaily/- | Komik Lucah Mirip Anwar, Izzah Lapor Polis Posted: 29 Mar 2011 11:30 PM PDT 25 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR 29 MAC : Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar tampil membuat laporan polis berhubung pengedaran komik kartun lucah, 16 muka surat, yang menyerupai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Komik berjudul 'Kisah Juara Raja Lawak' itu, memaparkan aksi lucah pelbagai posisi, dikatakan diedarkan dikawasan Lembah Pantai semalam melalui saluran pos.
Izzah berkata pengedaran komik yang tidak bermoral itu membayangkan UMNO BN seolah- olah menghalalkan politik lucah dalam meraih sokongan rakyat.
"Saya dimaklumkan oleh pengundi Lembah Pantai khususnya pengundi baru yang mendapat salinan berserta dengan pendaftaran pengundi mereka satu majalah komik berjudul "Kisah Juara Raja Lawak" 16 muka surat dengan gambaran seakan-akan menyerupai Ketua Pembangkang dalam bentuk yang begitu lucah.
Izzah berkata beliau akan menghantar laporan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malasiya (SPRM) dan mendesak agar dijalankan siasatan terhadap konspirasi mahu menjatuhkan reputasi dan kreadibiliti bapanya, Anwar dan beliau sendiri sebagai anak sulung tokoh politik tersohor itu.
"Saya akan hantar laporan kepada pihak polis dan juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk menyiasat perkara ini kalau benar Kerajaan Barisan Nasional memang tidak menyokong dan menolak politik lucah durjana maka saya fikir tindakan tegas wajib diambil," katanya.
Nurul Izzah membuat laporan polis itu di Ibu pejabat polis Dang Wangi kira-kira jam 2.40 petang tadi.
Turut mengiringi beliau empat orang termasuk Ketua Pemuda PKR cabang itu Abdullah Izhar Yusof dan seorang peguam.
Izzah senada dengan pemimpin Pakatan rakyat yang lain, menolak politik kotor yang kini dimainkan pemimpin UMNO BN.
Penyebaran komik lucah ini dikesan selepas pendedahan video lucah oleh 'Datuk T' yang cuba mengaitkan Anwar.
'Datuk T' dibarisi bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Syazryl Eskay Abdullah dan bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.
Rahim dan Eskay menafikan mereka ditahan polis sebaliknya hanya ke balai polis untuk memberi keterangan dan bahan bukti berupa video seks tersebut dan sebuah jam tangan Omega.
Pimpinan Pakatan Rakyat mempetikai tindakan polis yang tidak menahan mereka berikutan memiliki dan menayangkan video lucah kepada awam menyalahi undang- undang.
'Datuk T' sebelum ini menayangkan rakaman video lucah tersebut kepada sekumpulan wartawan disebuah bilik di Hotel Carcosa Seri Negara.
Tv Selangor/-
| Rumpai ganti garam Posted: 29 Mar 2011 11:08 PM PDT 25 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
PROF DR SUHAILA menunjukkan estrak rumpai laut (cardio mate) dan kapsul rumpai laut. Penyelidik UPM hasil KardioMate atasi masalah kesihatan
SERDANG: Selepas penyelidikan selama sembilan tahun dengan geran berjumlah RM500,000, sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menghasilkan produk alternatif kepada garam.
Dinamakan KardioMate yang dihasilkan daripada rumpai laut dan darat, ia didapati memberi manfaat kesihatan kepada pesakit kardiovaskular (CVD).
KardioMate juga sesuai untuk semua pengguna berusia empat tahun ke atas, ter-utama bagi penghidap tekanan darah tinggi serta masalah kesihatan lain seperti obesiti, diabetes, kanser, tiroid dan kolestrol tinggi.
Penyelidik Institut Biosains, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Suhaila Mohamed, berkata KardioMate mempunyai ciri antioksida yang tinggi, kandungan natrium yang rendah serta kaya dengan serat dan mineral penting seperti magnesium, kalsium, kalium, iodin, zink, kuprum dan selium.
"Menerusi kajian terhadap haiwan di makmal, KardioMate didapati mengawal tekanan darah yang berlebihan, membantu mengurangkan berat badan serta melindungi mata, hati, jantung, ginjal, tulang, kulit, otak dan saluran darah.
"Selain itu, ujian makmal juga menunjukkan ia berjaya membunuh kanser sel manusia terutama kanser payudara," katanya pada sidang media Putra Cipta di UPM, semalam. Hadir sama Pengarah Institut Biosains UPM, Prof Dr Fatimah Yusof.
Dr Suhaila berkata, KardioMate mempunyai aktiviti antimikrobial yang membantu melambatkan kerosakan makanan, pada masa sama merencatkan kenaikan gula dalam darah serta mengawal tekanan darah berlebihan.
"Berbanding garam biasa, KardioMate memiliki ciri antioksida yang baik untuk kesihatan dan kesegaran makanan. Selain garam alternatif, ia boleh dijadikan sebagai perasa masakan, sos, snek atau dicampur dalam aiskrim dan minuman.
"Serat rumpai laut ini juga boleh dijadikan bahan kosmetik dan krim topikal memandangkan antibodi yang dihasilkannya sama seperti gamat yang kini luas dikomersilkan.
"Saya berharap ada pihak industri akan bekerjasama dengan UPM Holdings mengkomersilkan rumpai laut ini. Saya mencadangkan ia dijual pada harga RM8 bagi setiap botol 80 gram. Walaupun agak mahal berbanding garam biasa, KardioMate sesuai untuk golongan berisiko," katanya.
Berita Harian/- Oleh Osman Lisut | Radiasi merebak ke negara jiran Posted: 29 Mar 2011 09:30 PM PDT 25 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
CALIFORNIA - Kesan radiasi berpunca daripada loji nuklear Jepun ditemui dalam sampel air hujan yang diambil minggu lalu di Massachusetts, Amerika Syarikat (AS).
Bahan kimia radioiodin-131 pada tahap rendah di negeri itu sama seperti yang dikesan di tiga negeri lain di AS iaitu California, Washington dan Pennsylvania.
Namun, pegawai kesihatan menegaskan pencemaran itu tidak memberi sebarang bentuk ancaman kepada bekalan air.
Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan Filipina turut melaporkan bahan radiasi dikesan pada permukaan udara di negara itu, semalam.
Selain itu, China dan Korea Selatan, dua negara paling hampir dengan Jepun turut melaporkan penemuan sama dalam sampel udara di negara masing-masing.
Sinar Harian/- | “Aku tak tergila nak tengok video tu” Posted: 29 Mar 2011 09:00 PM PDT 25 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
KULIM, 29 Mac: "Aku tidak tergila-gila nak tengok video tu macam pemimpim-pemimpin Umno," kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu memulakan ucapannya ketika berucap dalam majlis ceramah isu semasa di Dewan Bandaran Kulim, malam tadi.
Intronya disambut tepukan gemuruh dan gelak ketawa hadirin yang telah memenuhi ruang dewan walaupun hujan turun dengan begitu lebat sebelum majlis bermula lagi.
Beliau yang merujuk kepada isu video seks lucah yang sedang diperkatakan mendakwa pembabitan Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Umno dan BN kebelakangan ini.
Katanya lagi, adalah satu sejarah kepada negara apabila parti pemerintah menaja video lucah dalam negara, tetapi tiada tangkapan dan dakwaan yang dibuat samada terhadap pelakon, pengedar, pemilik maupun yang menayangkan video tersebut.
Menurutnya lagi, apabila keadilan sudah tidak menjadi keutamaan dalam pentadbiran sesebuah negara, maka rakyat menjadi mangsa kezaliman yang tidak adil oleh penguasa tersebut.
"Kita boleh membuat perbandingan apabila mereka bersungguh-sungguh memaksa pimpinan dari PR untuk menonton video yang telah mereka-reka dan rencana itu. Mana mungkin tiada agenda kalau bermati-matian, memaksa orang lain supaya tengok video tu.
"Kerajaan jangan cuba memperbodohkan rakyat. Jangan cuba nak cucuk hidung kita dan ditarik tali. Rakyat boleh bezakan mana yang dirancang dan mana satu yang asli," kata beliau lagi.
Dalam pada itu, beliau juga menggesa kerajaan supaya segera melaksanakan keadilan dalam sistem pilihan raya dalam negara sepertimana yang menjadi tuntutan sehingga 1 Mei ini.
"Rakyat dah beri masa yang begitu cukup kepada kerajaan untuk menjalankan tugas mereka mengendalikan pilihan raya dengan cara adil dan telus. Empat perkara yang dituntut dalam pilihan raya mesti mereka tunaikan sepertimana tuntutan.
"Jika mereka engkar sehingga 1 Mei nanti, maka saksikan kebangkitan rakyat pada bulan Jun ini yang akan memenuhi ruang jalan-jalan raya menuntut supaya keadilan dilaksanakan terhadap sistem pilihan raya yang berat sebelah dalam negara, " ujarnya lagi.
Tegasnya lagi, demokrasi bukan milik Umno dan BN sahaja. Demokrasi mesti diterima pakai untuk semua rakyat negara ini. Ia perlu diaplikasikan secara total dalam semua aspek pentadbiran negara bagi mewujudkan keadilan.
Katanya lagi sejarah yang berlaku di Tunisia, Mesir dan Libya kini harus menjadi sandaran kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk melihat bagaimana kemarahan rakyat boleh menumbangkan sebuah kerajaan yang telah lama memerintah.
"Tengok dan ambil iktibar apa yang berlaku di negara-negara tersebut. Jangan asyik beri amaran kepada rakyat. Lebih parah jika rakyat memberi amaran kepada pemerintah yang zalim seperti Umno dan BN," tambah beliau lagi.
Harakahdaily/- Oleh : Fakhri Ali | Mubarak dikenakan tahanan rumah Posted: 29 Mar 2011 08:30 PM PDT 25 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
KAHERAH - Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dan keluarganya kini berada di bawah tahanan rumah di kediamannya di pusat peranginan Laut Merah, Sharm El Sheikh.
Menurut Majlis Tertinggi Tentera Mesir, khabar angin yang mengatakan Mubarak dan keluarganya berpindah ke Arab Saudi adalah palsu.
"Khabar angin bahawa Mubarak berpindah ke Tabuk, Arab Saudi tidak benar. Beliau kini di bawah tahanan rumah bersama keluarganya," menurut kenyataan tentera dalam laman sosial Facebook, kelmarin.
Mubarak dipaksa meletak jawatan selepas 30 tahun memerintah dan menyerahkan kuasanya kepada Majlis Tertinggi Tentera, bulan lalu, selepas protes antikerajaan tercetus di negara itu.
Pihak berkuasa Mesir turut memerintahkan pembekuan dana dan aset keluarga Mubarak bulan lalu dan mengenakan larangan perjalanan ke atas keluarga pemimpin itu.
Sinar Harian/-
| PKR bantah 'Datuk T' dilindungi undang-undang Posted: 29 Mar 2011 08:22 PM PDT 25 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 29 Mac: Ahli-ahli Parlimen PKR mendesak kerajaan supaya tidak memberikan perlindungan kepada trio 'Datuk T' yang menjadi dalang dalam tayangan video lucah palsu yang cuba mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof seperti dilapor KeadilanDaily berkata, perlindungan kepada individu berkenaan sebenarnya cuba menjadikan Anwar sebagai tertuduh sedangkan beliau sebenarnya adalah mangsa.
"Apabila perlindungan diberi kepada trio 'Datuk T', ia menjadikan Anwar sebagai suspek," kata Yusmadi yang juga pengamal undang-undang.
Yusmadi turut merujuk jawapan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Kong pada 20 April tahun lalu yang menyatakan bahawa saksi yang sudah melakukan pendedahan kepada media, tidak layak mendapat perlindungan di bawah Akta Perlindungan Saksi.
Justeru, katanya, berdasarkan prinsip yang sama, individu berkenaan, yang terdiri daripada bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan ahli perniagaan, Shazryl Eskay Abdullah, tidak layak mendapat perlindungan sebagai saksi.
Menurutnya lagi, kenyataan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohammed Nazri Abdul Aziz, bahawa individu berkenaan boleh dilindungi di bawah Akta Pemberi Maklumat, mengelirukan dan bertentangan dengan undang-undang.
Malah, kata Yusmadi lagi, selain perlu didakwa di bawah Seksyen 292 kanun Keseksaan Jenayah kerana melakukan tayangan serta pengedaran video lucah, mereka juga perlu didakwa kerana melakukan ugutan jenayah (criminal intimidation).
Turut menyertai Yusmadi pada sidang media itu adalah Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul; Ahli Parlimen Merbok, Rashid Din; dan Ahli Parlimen Hulu Langat, Abdullah Sani.
Harakahdaily/- | Rumah penuh wang Posted: 29 Mar 2011 08:09 PM PDT 25 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
SPRM temui ratusan ribu ringgit berselerakan di rumah pegawai kastam
PUTRAJAYA: Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menemui ratusan ribu ringgit wang tunai berselerakan ketika menyerbu rumah seorang pegawai kanan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) bergelar Datuk, di Pahang kelmarin kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan pengubahan wang haram dan mengelakkan cukai bernilai berbilion ringgit.
Pegawai kastam berkenaan dan isterinya, juga seorang pegawai kastam disyaki terbabit dalam kegiatan yang turut membabitkan sebuah syarikat induk dan 24 anak syarikat berkaitan serta 25 premis KDRM di seluruh negara.
Sindiket terancang itu dipercayai terbabit dalam pengisytiharan barangan import di bawah nilai sebenar cukai kastam, mengelak cukai pendapatan, pengubahan wang haram dan penghantaran wang secara tidak sah ke luar negara menggunakan penggurup wang serta perlakuan jenayah rasuah.
Jenayah itu dilumpuhkan oleh pasukan bertindak khas dianggotai KDRM, Bank Negara Malaysia (BNM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan dua agensi lain, diketuai oleh SPRM dalam operasi serentak secara besar-besaran pada jam 10 pagi kelmarin di Pulau Pinang, Pahang, Johor, Selangor dan Kuala Lumpur.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali, berkata berikutan itu, pihak berkuasa sudah membekukan lebih 150 akaun bank milik syarikat dan orang perseorangan mengikut peruntukan Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganasan 2001.
"Kami menemui ratusan ribu ringgit berselerakan di rumah yang diduduki pasangan pegawai kanan Kastam berkenaan dan mereka kemudian ditahan bagi membantu siasatan berhubung kegiatan pembersihan wang haram membabitkan lebih 100 premis yang diserbu kelmarin," katanya pada sidang media di sini semalam.
Beliau berkata, selain rumah pasangan itu, pasukan bertindak turut membuat serbuan terhadap 84 ejen penghantaran, sebuah syarikat induk dan 24 anak syarikat berkaitan serta 25 premis kastam di seluruh negara.
Katanya, siasatan membabitkan kesalahan Akta Kastam 1967, Akta Cukai Pendapatan 1967 dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 selain Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganasan 2001.
Mustafar berkata, operasi itu khusus bagi mencegah kegiatan haram yang menyebabkan kerugian hasil cukai kerajaan berbilion ringgit kerana kegagalan mengutip cukai dan duti kastam, pendapatan tidak dilapor yang dihantar keluar negara tanpa kelulusan, pengisytiharan tidak betul barangan import dan penyeludupan wang keluar sempadan negara.
"Apabila sesuatu barangan diimport dan harganya diisytihar lebih rendah daripada nilai sebenar, cukai yang ditaksir juga rendah. Justeru, wujud perbezaan dari segi nilai import dan harga sebenar yang menyebabkan kerajaan kerugian berbilion ringgit kutipan cukai.
"Operasi ini adalah hasil siasatan kita selama sebulan bagi mengenal pasti rangkaian keseluruhan kegiatan haram yang kita umpamakan sebagai sindiket yang mempunyai hubung kait. Kita akan meneruskan siasatan dengan mengambil keterangan daripada pasangan pegawai kastam itu," katanya.
Mustafar mengesahkan serbuan itu ada kaitan dengan serbuan SPRM terhadap pejabat seorang ahli perniagaan yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif DAP Selangor, Ang Leng Kiat, kelmarin tetapi menegaskan premis berkenaan hanya secara kebetulan dimiliki sebuah parti politik.
Sementara itu, Mahkamah Majistret Kuantan semalam mengeluarkan arahan menahan reman pasangan berusia 50-an itu selama empat hari bermula semalam ketika dibawa ke mahkamah selepas ditahan di pejabat SPRM di sini.
Pegawai Pendakwa SPRM, Raja Mohd Shasrizam Raja Nik Mahmud, berkata mereka direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(A) Akta SPRM 2009 yang jika sabit kesalahan boleh didenda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan dan penjara tidak lebih 20 tahun.
Beliau berkata, pasangan berkenaan datang bersama peguam, Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar.
"Pasangan berkenaan ditemui pegawai SPRM di rumahnya di Temerloh kelmarin bagi direkodkan keterangan dan ditahan secara sah di pejabat SPRM, jam 5 pagi semalam sebelum dibawa ke mahkamah untuk perintah reman," katanya.
Berita Harian/- Oleh Magendran Rajagopal dan Irwan Shafrizan Ismail | Video lucah: Gajah sama gajah berperang Posted: 29 Mar 2011 08:00 PM PDT 25 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
SEJARAH Kesultanan Melayu Melaka yang hebat hampir 600 tahun silam, termasyhur dan tersohor sebagai pusat perdagangan, pusat perkembangan syiar lslam dan persuratan Melayu akhirnya jatuh tersungkur di tangan 'orang asing' kerana sikap tamak, dendam, cemburu dan iri kesumat yang tidak berkesudahan.
Walaupun para perajurit Melayu Melaka bersemangat waja, kental patriotiknya dan gagah perkasa hingga dapat menewaskan serangan pertama 1509 armada Feringgi (Portugis yang datang dari Goa, lndia) yang diketuai de Suqeirra namun dendam yang berlarutan sehingga ke tahun 1511 menyebabkan soldadu Protugis yang menyerang Melaka sekali lagi yang diketuai oleh Alfonso de Albuqarque dapat merobohkan benteng Melayu Melaka dan menewaskannya.
Apakah rahsia kemenangan Portugis? Kerana ada musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan. Kerana hasutan dan dalang yang menabur duri kebencian dan kemusnahan orang-orang Melayu seperti Raja Mandeliar dan Si Kitol. Kerana robohnya kesatuan dan kesepakatan bangsa Melayu ketika itu yang mula berpuak-puak dan bersengketa sesama mereka.
Kerana perebutan harta, emas dan kuasa maka fitnah digunakan untuk melaga-lagakan sesama sendiri. Kerana hilangnya semangat juang kependekaran orang-orang Melayu ketika itu lantaran keuzuran Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya serta matinya Hang Jebat.
Bahkan kerana kebanjiran pendatang dan pedagang asing yang lebih mementingkan harta dan kekayaan tanpa menyumbangkan apa-apa untuk pertahanan.Bahkan kerana mengabaikan ajaran-ajaran agama lslam dan lebih mementingkan hiburan dan perkara-perkara khurafat.Manakala pemerintah utama waktu itu asyik diulit keseronokan duniawi.
Kini datang lagi setelah ratusan tahun. Sengketa, dendam dan cemburu yang melingkari isu video seks kini melalaikan masyarakat. Di sana sini kedapatan tohmah, cacian dan keaiban didedahkan di khalayak tanpa segan-silu. Apakah sejarah 'robohnya kota Melaka' akan berulang? Justeru demi masa depan anak-anak dan generasi kita, ingatlah pesan bijak bestari janganlah 'gajah sama gajah berperang, pelanduk yang mati di tengah-tengah'.
Dr Rajiee Had | Demi pembangunan, wajarkah titik peluh rakyat dipersiakan? Posted: 29 Mar 2011 07:30 PM PDT 25 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
Tiada siapa yang bernama manusia yang tidak inginkan kemajuan dan pembangunan. Ini adalah naluri dan keinginan fitrah semulajadi manusia yang sentiasa ingin maju ke hadapan. Walau siapa pun yang berada ditampuk pemerintahan dan kekuasaan, tidak dinafikan, pembangunan antara agenda tumpuan utama pemerintah, hatta kerajaan komunis yang tidak bertuhan sekalipun.
Rakyat juga sedia memahami dengan penuh kewarasan, antara keperluan utama pembangunan adalah tanah yang mungkin tanahnya memang sedia milik kerajaan, atau mungkin milik rakyat yang menjadi tempat mencurahkan titik peluh mencari rezeki serta menumpang berteduh atau ianya mungkin milik kerajaan tetapi telah diduduki oleh rakyat sendiri berpuluh tahun lamanya.
Alasan serta sebabnya mungkin pelbagai sehingga rakyat terpaksa menjadi penghuni tanah haram menjangkau hampir dua generasi lamanya di tanahair sendiri, di negeri dan negara yang dipimpin oleh bangsa sendiri.
Seakan sinonim, setiap kali berlaku pengambilan tanah rakyat untuk untuk apa jua alasan termasuk alasan skeptikal bagi keperluan pembangunan selalunya ia diiringi dengan episod yang tidak mengembirakan terutamanya di pihak yang lemah, rakyat! Tambah menyedihkan lagi sekiranya tanah yang telah diduduki dan diusahakan rakyat selama berpuluh tahun lamanya itu belum berjaya mendapat surat hak milik yang sah atau dengan istilah lain rakyat menduduki dan mengusahakan tanah secara haram.
Soal bayaran pampasan yang tidak munasabah malah kadang-kadang tanpa sebarang pampasan, masalah penempatan semula, kehilangan punca pencarian, ketidak mampuan untuk memiliki kediaman baru adalah antara isu yang sering berulang malah terus berulang.
Setiu antara kawasan yang banyak menyimpan memori duka di sebalik kisah pengambilan (baca perampasan) tanah. Antara yang tragis, tragedi November 2007.
Rakusnya kerajaan BN pimpinan Idris Jusoh yang merampas tanah-tanah, dan merobohkan rumah-rumah rakyat di RTB Pengkalan Merbau, Sungai Tong, Langkap dan Belimbing Api, Jabi.
Kebun-kebun penduduk dimusnahkan, rumah-rumah yang dibina seadanya oleh rakyat bawahan dengan harapan di situlah mereka boleh membina kehidupan keluarga diruntuhkan dengan angkuhnya oleh kakitangan Pejabat Tanah Setiu arahan dari Kerajaan Umno dengan kawalan ketat pihak polis, tentu juga dengan arahan Umno.
Alasannya remeh, rakyat menduduki tanah kerajaan secara haram. Kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu di bawah kepimpinan Menteri Besarnya, Dato' Seri Haji Idris Jusoh juga bertekad meneruskan tindakan zalim, membatal serta merampas semula tanah-tanah rakyat di bawah Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) yang dianugerahkan kepada rakyat oleh kerajaan PAS di seluruh negeri dengan alasan kononnya Lesen Menduduki Sementara (LMS) itu telah tamat tempoh.
Kira-kira 500 orang yang berada di Pengkalan Merbau, Sungai Tong, Setiu ketika tragedi 19 November 2007 tentunya tidak lupa ketika mereka turut mengalirkan air mata dan menangis menyaksikan bagaimana seorang anggota tentera, Khalid Shaari, pemilik rumah yang masih lengkap berpakaian uniform tentera sampai di tapak rumah dan kelihatan sebak dan menangis setelah merakamkan runtuhan rumahnya itu.
Rumah Khalid dirobohkan oleh Pejabat Tanah Setiu atas alasan meneroka tanah secara haram padahal Khalid mendapat tanah itu dari kerajaan negeri sebelum ini, yang ditadbir oleh PAS ketika itu.
Kerajaan Umno/BN Terengganu jangan buat-buat lupa bahawa mereka berhutang dengan rakyat atas kezaliman dan kerakusan mereka. Rakyat Terengganu tidak akan memaafkan kerajaan pimpinan Umno walaupun Menteri Besarnya telah berubah kerana MB Ahmad Said juga antara watak penting di sebalik runtuhnya Masjid Bujal, Kemaman.
Antara yang terkini, Pembangunan projek i-SHARP (Taman Akuakultur Udang Bersepadu), Setiu telah mengakibatkan lebih 60 orang peserta RTB Kubang Labi, Banggol Permaisuri kehilangan tanah yang telah diimarahkan bertahun-tahun dan menjadi sumber pencarian rezeki keluarga termasuklah Lot tanah yang dimiliki oleh Pengerusi JKKK Kampung Banggol.
Lot-lot tanah RTB ini yang berkeluasan 1 hektar bagi setiap lot adalah antara jasa tinggalan kerajaan PAS sebelum ini. Diagihkan kepada rakyat yang berkelayakan walaupun mereka ahli Umno.
Dalam melaksanakan projek udang berkeluasan kira-kira 1,000 hektar (2,400 ekar) ini yang merangkumi kawasan Kampung Nyatoh dan Kampong Banggol, Kerajaan Negeri Terengganu telah menganugerahkan tanah berkeluasan tersebut dengan taraf pajakan selama 30 tahun kepada pemaju,
Blue Archipelago Berhad, termasuklah tanah RTB yang sedang diusahakan dengan aktiviti pertanian dan penternakan oleh penduduk. Asalnya kerajaan negeri seolah-olah memberi lesen untuk pemaju menjalankan kerja termasuklah memusnahkan kebun dan tanaman penduduk tanpa apa-apa bayaran! Alasannya, tanah itu adalah milik kerajaan dan rakyat adalah peneroka haram tanah kerajaan.
Kemudian, atas ihsan pihak kontraktor yang menjalankan kerja-kerja pembersihan dan pembinaan, peserta RTB ditawarkan RM500 untuk setiap lot tanah. Sungguh satu penghinaan kepada rakyat yang tak berdaya.
PAS Kawasan Setiu mengambil tindakan tegas menubuhkan Jawatankuasa Bertindak dinamakan i-BANTAH, berperanan sebagai orang tengah antara penduduk dengan pemaju, rapat umum bantahan telah dibuat,
perundingan demi perundingan dilakukan dengan pemaju akhirnya mereka bersetuju untuk membayar pampasan dengan nilai yang dijanjikan setimpal dengan penat lelah, kehilangan mata pencarian dan hasil yang sedang disusahakan. Janji pemaju kepada saya selaku Pengerusi i-BANTAH, nilainya mencecah jutaan ringgit. Penduduk menunggu dengan penuh harapan.
Akhirnya mereka dipanggil ke pertemuan dengan pihak Pentadbir Tanah Setiu di Suria Beach Resort, Merang kira-kira 3 bulan yang lalu. Agendanya, kononnya perbincangan berkenaan pampasan tanah yang akan diambil untuk projek udang. Tapi ternyata rakyat sekali lagi diperbodohkan.
Tidak ada sebarang perbincangan berlaku sebenarnya. Pegawai dari Pejabat Tanah Setiu hanya bercakap seorang diri, syok sendiri tanpa memberi peluang penduduk bersuara. Berulang kali beliau menayangkan, buku hijau 'Kanun Tanah Negara' dengan menegaskan juga secara berulang kali beserta nada penghinaan bahawa penduduk adalah penceroboh tanah kerajaan yang sebenarnya tidak layak mendapat sebarang pampasan atau saguhati.
Tapi atas ihsan dan belas kasihan, mereka akan dibayar RM5,000 seorang untuk tanah yang diusahakan dan RM3,000 seorang untuk tanah yang tak diusahakan. Sebahagian besarnya cuma mendapat RM3,000. Kata Pegawai Pejabat Tanah tersebut, inilah jumlah yang dipersetujui untuk dibayar oleh pemaju. Mana mungkin ada orang yang waras boleh bersetuju dengan nilai pampasan ini setelah menerima penghinaan sebegitu termasuk juga Pengerusi JKKK Banggol yang turut hadir dalam majlis tersebut.
Atas nama Pengerusi i-BANTAH, lantas saya menghubungi peguam pemaju entah untuk kali yang keberapa bertanyakan hal pertemuan ini. Tanpa beliau mengetahui, maklumat lengkap tentang pertemuan telah ada di tangan saya, beliau cuba berdalih dengan menyatakan pertemuan itu telah berlangsung dengan jayanya dan kata sepakat telah diambil. Saya nyatakan, "Maaf Tuan Loyar.
Tuan tidak bercakap benar. Pertemuan itu sebenarnya berakhir tanpa nokhtah dan keputusan. Peserta RTB dihina dan dipaksa menerima saguhati yang kononya adalah atas dasar belas kasihan. Mana yang tuan janjikan kepada saya pampasannya bernilai jutaan ringgit? Kalau RM5,000 untuk 60 peserta baru RM300,00.
Itu pun ramai yang terima Cuma RM3,000." Sikap dolak dalihnya mula terdedah. Katanya, inilah jumlah nilai saguhati yang dinilai oleh Pejabat Tanah Setiu, sedangkan pegawai Pejabat Tanah Setiu menyatakan, inilah nilai yang setuju dibayar oleh pemaju. Siapa yang benar dalam hal ini atau kedua-duanya pembohong untuk melepaskan diri.
Siapa yang menjadi mangsanya? Masih rakyat bawahan. Atas kebenaran siapakah, pemaju boleh melakukan semua ini? Jawabnya, atas lesen yang diberikan kerajaan Umno Terengganu.
Terkini adalah tragedi di Kampung Kepala Gajah, Jabi. Penduduk yang menerokai tanah kerajaan sejak lebih 50 tahun lalu di Kampung Kepala Gajah, Jabi, Setiu bakal kehilangan rumah, tanaman dan tanah tersebut. Tanah yang diusahakan dan didiami penduduk terbabit seluas 42 ekar itu kini dipercayai telah dikuasai oleh pihak swasta bagi tujuan pembangunan.
Pihak kontraktor yang mendakwa tanah-tanah penduduk di Kepala Gajah ini telah dibelinya dari kerajaan negeri dengan harga RM40,000 seekar walaupun apabila diminta oleh penduduk, mereka gagal menunjukkan sebarang bukti pembelian atau hak milik. Lebih tragis,
tanaman dan rumah penduduk ingin dimusnahkan tanpa mereka menerima satu sen pun pampasan. Sungguh suatu kezaliman yang tiada taranya kalaulah benar persoalan tanah kerajaan yang telah diimarahkan oleh penduduk sejak dua generasi, sudahlah tiada tindakan diambil untuk pemberian hak milik yang sah, dijual pula kepada kontraktor yang berkepentingan.
Tidak ada sebarang label projek didirikan walaupun jentolak mereka mula bekerja untuk 'menyodok' kebun getah penduduk. Dulu khabarnya ingin didirikan sebuah kem PLKN, tetapi maklumat dari sumber yang boleh dipercayai memaklumkan projek kem PLKN telah dibatalkan atas alasan ketidak sesuaian lokasi. Lantas projek apa yang ingin mereka dirikan masih menjadi tandatanya. Benarkah mereka telah membeli tanah tersebut dari kerajaan negeri kerana mereka kelihatannya kebal, atau ada tokoh politik berkepentingan di belakang mereka?
Ingatan yang sama ingin saya berikan sebagaimana yang pernah saya ingatkan kepada pemaju i-SHARP. Kesabaran penduduk ada batasnya. Kalau kita ingin datang bekerja di tempat orang, jangan kita berlagak seperti koloni yang menindas penduduk setempat. Ketegangan jangan dicari. Mereka memang lemah.
Tapi cukup menakutkan apabila orang yang lemah dan dizalimi mengadu kepada Allah. Doa mereka tiada hijab. Kita telah lama merdeka. Bumi bertuah anugerah Allah ini adalah adalah amanah untuk diuruskan dengan sempurna oleh mereka yang dipinjamkan kuasa sementara di dunia ini demi keharmonian hamba-hamba Allah yang menumpang tinggal.
Sejarah tentunya tidak dapat dibohongi apabila sepanjang satu penggal pemerintahan, kerajaan PAS berjaya memproses 120,000 permohonan tanah dan meluluskan 65,000 lot Lesen Menduduki Sementara (LMS) untuk rakyat Terengganu. Kerajaan PAS juga telah juga meluluskan dan memberi hak milik ke atas tanah 'haram', yang diimarahkan rakyat sejak puluhan tahun.
Rakyat diberi hak mendapat tanah tempat tinggal dan tanah pertanian milik sendiri. Dasar ini menyelamatkan rakyat daripada rasa bimbang dan dukacita, yang berterusan sejak empat puluh tahun pemerintahan BN.
Oleh: Dr Azman Ibrahim http://www.drazmanibrahim.com | Cikgu Mala sebagai aura baru PAS Posted: 29 Mar 2011 07:00 PM PDT 24 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - PETALING JAYA: Normala Sudirman, calon PAS yang tewas ketika merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, Johor dalam pilihan raya kecil (PRK) 30 Januari lalu kini semakin sibuk bagaikan seorang artis. Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Mala kini sibuk menjelajah ke seluruh negara berceramah di atas pentas PAS bersama pemimpin lain.
Semasa kempen PRU Merlimau dan Kerdau, Normala tidak ketinggalan berkempen membantu calon PAS Yuhaizad Abdullah dan Hasanuddin Salim. "Lepas ini, insya'Allah saya ke Sarawak pula. PAS akan bertanding beberapa kerusi di negeri itu. Saya berharap dapat membantu calon PAS menang.
"Ini satu amanah kepada saya. Dan saya akan lakukan bersungguh-sungguh," katanya ketika dihubungi hari ini. PAS dilaporkan akan bertanding enam kerusi Dun dalam pilihan raya negeri Sarawak yang dijangka April ini. Dalam PRK Tenang, Normala kalah kepada Mohd Azhar Ibrahim dari Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 3,707 undi.
Pada penghujung minggu ini dan minggu depan, Normala akan berada di Terengganu, Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang untuk memenuhi program parti.
"Saya seronok kerana ada kelompok Muslimah PAS menganggap saya sebagai aura baru," tambahnya. Menurut Normala, kesibukannya dalam dunia politik tidak menganggu tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Ini kerana, katanya, beliau mengadakan perbincangan dengan suami, Maarof Abdul Mutalib, sebelum menyertai program PAS.
"Kalau musim cuti sekolah, saya bawa anak-anak dan suami bersama ke program-program tersebut," katanya. | Video seks: Peguam Negara tolak dakwaan Rahim akan terlepas dakwaan Posted: 29 Mar 2011 06:45 PM PDT 24 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 30 Mac — Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengetepikan tanggapan seorang bekas pegawai kanan polis bahawa Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik akan terlepas daripada dakwaan berkaitan pendedahan skandal video seks. Gani berkata beliau belum lagi melihat kertas siasatan.
"Saya belum lagi melihat kertas siasatan," kata Gani kepada The Malaysian Insider. Polis telah menubuhkan pasukan khas menyiasat kes tersebut.
"Bagaimana anda boleh siarkan macam itu," kata beliau mengulas kenyataan bekas pengarah siasatan jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim kelmarin, yang berkisar isu pendedahan rakaman video seks oleh tiga "Datuk T" termasuk Abdul Rahim, bekas ketua menteri Melaka.
Menurut kenyataan "Datuk T" aksi seks didakwa melibatkan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketika diminta mengulas lanjut, Gani hanya mengulangi pendirian yang sama dengan menegaskan beliau belum melihat lagi kertas siasatan.
"Saya belum melihat apa-apa lagi. Ini respons saya," kata Gani. Dalam surat terbuka kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar kelmarin, Mat Zain berkata, beliau tidak melihat Abdul Rahim akan didakwa memandangkan keputusan itu akan membabitkan Peguam Negara.
Pandangan itu dibuat berdasarkan pada perkembangan tiadanya tindakan Peguam Negara ke atas Abdul Rahim berhubung kes rasuah pada 1999.
"Siasatan ini akan dikendalikan oleh Abdul Gani kemudian selaku Peguam Negara. DI peringkat itu dijangkakan akan ada manipulasi, penyelewengan dan pemalsuan," kata beliau.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata tiga "Datuk T" yang mendedahkan rakaman video aksi seks didakwa melibatkan mirip seorang pemimpin pembangkang tidak akan dilindungi di bawah Akta Pemberi Maklumat sekiranya pihak berkuasa mendapati ada kes.
Katanya, mereka tidak boleh mendapat perlindungan di bawah akta itu kerana mereka telah mendedahkan maklumat itu kepada orang awam.
Kelmarin, Nazri berkata Abdul Rahim, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim akan dilindungi di bawah kedua-dua Akta berkenaan sekiranya pihak berkuasa mendapati ada kes.
Nazri turut menegaskan tidak wujud campur tangan dari pihak kerajaan dalam siasatan yang dijalankan terhadap kes itu seperti yang didakwa pihak tertentu.
Khamis lalu, Abdul Rahim telah menyerahkan video aksi seks seorang lelaki bersama jam tangan, yang dikatakan membabitkan pemimpin pembangkang kepada polis.
Minggu lalu, Abdul Rahim mendedahkan bahawa beliau bersama Shazryl dan Shuib bertanggungjawab mendedahkan video berkenaan.
Anwar membuat laporan di ibu pejabat polis Dang Wangi berhubung video itu, yang telah dipertontonkan kepada beberapa wakil media di Carcosa Seri Negara 21 Mac lalu. MInsider/D | Utusan putar belit kenyataan Nasrudin Posted: 29 Mar 2011 06:39 PM PDT 24 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 29 Mac: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan (gambar) mendakwa akhbar Utusan Malaysia memutar belit kenyataannya berhubung penubuhan suruhanjaya diraja bagi menyiasat video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin pembangkang.
Nasrudin menafikan bahawa beliau bersetuju dengan penubuhan suruhanjaya itu sebaliknya berkata, perkara yang harus diutamakan adalah mengenai prinsip keadilan berhubung tuduhan tersebut. Mengulas lanjut, beliau berkata pihak yang membuat tuduhan itu mesti menampilkan saksi.
"Saya kata, saya tak nak bercakap soal mekanisme. Saya nak cakap pasal prinsip.
"Yang menuduh dan memfitnah kena bagi bukti saksi yang jelas dan pengadilan mesti diberikan," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau menegaskan,siasatan selepas video itu disebar kepada umum adalah tindakan yang salah.
"Tuduh merata-rata dulu selepas itu baru nak nak buat siasatan, ini tindakan tak betul," katanya.
Tambahnya, Pakatan Rakyat tidak takut untuk disiasat namun keadilan mesti diutamakan.
"Kita tidak takut pada siasatan tapi keadilan mesti ditegakkan. Suruhanjaya atau apa itu mekanisme. Prinsipnya keadilan dan ini mesti ditegakkan dulu," katanya.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan kononnya Nasruddin menyambut baik cadangan supaya pemimpin Pakatan Rakyat dijemput sebagai pemerhati dalam suruhanjaya tersebut. - HDaily/D | Niat ikhlas bezakan amalan manusia Posted: 29 Mar 2011 06:00 PM PDT 25 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
Ketulusan hati benteng godaan syaitan, dapat mendekatkan diri dengan Allah
BERMUSAFIR di negara orang baru-baru ini, banyak pengalaman untuk dikongsikan bersama sahabat.
Kata pepatah, jauh perjalanan, luas pengetahuan. Tidak pernah terfikir untuk saya bermusafir hampir seluruh negara ASEAN, begitu hebat dan cukup indah kebesaran ciptaan Allah.
Walaupun berbeza dari segi bahasa, budaya dan warna kulit, kita tetap sujud pada kiblat yang sama. Perasaan saya tersentuh melihat suasana saudara seagama di Kemboja, ketika berpeluang melawat mereka di sana. Kata seorang pelajar di sekolah agama di Kemboja, mereka makan nasi sekali sehari berlaukkan kuah saja. Mereka tidak pernah menikmati lauk yang enak.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Bersyukurlah kita berada di bumi Malaysia, segala kesenangan dan nikmat kita kecapi cuma tinggal tangan menadah memanjat kesyukuran kepada Ilahi.
Berbeza di Singapura, masyarakat di sana saling menghormati antara agama. Banyak tokong Buddha bersebelahan masjid dan saya difahamkan setiap kali ada majlis jamuan, masing-masing akan mengundang jirannya, baik yang Islam atau penganut Buddha.
Teringat saya sejarah Rasulullah SAW, sahabat memilih agama Islam disebabkan keperibadian dan akhlak Baginda, keikhlasan membawa agama, kejujuran dan kasih sayang menjadikan Rasulullah insan disayangi manusia. Sepanjang bermusafir, saya sempat menghabiskan sebuah novel berjudul Hati Sebening Mata Air, hasil tulisan Amru Khalid. Buku itu membicarakan mengenai keikhlasan dalam kehidupan seharian dan ia membuat air mata saya mengalir.
Terkenang setiap perbuatan saya, ikhlaskah saya selama ini melakukan kebaikan dan ibadah kepada Allah? Adakah kita ikhlas bekerja mencari rezeki halal kerana Allah? Tidak timbulkah penyakit hati, benci, dendam atau tertekan?
Hadis diriwayatkan oleh Ibnu Majah, ertinya: "Allah tidak menerima amalan, melainkan amalan yang ikhlas dan kerana mencari keredaan Allah."
Islam memberi penekanan kepada tuntutan menetapkan niat dalam setiap amalan manusia kerana setiap amalan bergantung kepada niat. Ribuan orang pergi ke Makkah dan Madinah dengan pelbagai tujuan.
Ada yang niatnya kerana Allah dan ada pula niatnya mencari penghidupan dunia. Niat itulah yang membezakan antara muhajir (orang yang berpindah) dan musafir (orang yang berjalan-jalan) sekalipun kedua-dua pekerjaan itu sama.
Sukar untuk kita menjadi hamba yang ikhlas dalam segala amalan, kerana keikhlasan membabitkan hati. Tidak ada sebarang alat atau kaedah yang mampu menguasai hati manusia. Hati itu milik Tuhan, bukan milik kita dan Allah saja yang mampu menguasai hati manusia.
Ikhlas adalah rahsia Allah dengan hamba-Nya. Malaikat yang hampir kepada Allah pun tidak mengetahui rahsia ikhlas manusia, malah syaitan tidak dapat mencuri maklumat mengenai rahsia keikhlasan. Syaitan juga susah dan takut hendak mendekati orang yang mencari keredaan Allah.
Firman Allah yang bermaksud: "Iblis berkata: Ya Tuhanku, berilah aku ketangguhan sehingga hari manusia dibangkitkan. Allah berfirman: Sesungguhnya kamu termasuk yang diberi tangguh sehingga hari yang telah ditentukan waktunya. Iblis menjawab: Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya kecuali hamba-Mu yang ikhlas di antara mereka." – (Surah Shad, ayat 79-80)
Oleh itu, untuk menjadi orang yang kuat kita perlu membersihkan diri dan menetapkan niat kerana sesungguhnya setiap amalan bermula dengan niat. Pastinya anda juga ingin menjadi orang yang kuat seperti janji syaitan kepada Allah untuk tidak menggoda orang yang kuat, ikhlas dalam setiap amalan.
Justeru, hendaklah diniatkan apa yang kita lakukan kerana ingin Allah menyayangi kita. Keikhlasan seseorang itu pasti ada kebahagiaan menantinya, yang menentukan kebahagiaan adalah hati. Hidup tiada makna jika tiada istilah ikhlas dan kasih sayang daripada Allah.
Kerana kasih-Nya kita dilahirkan, maka kerana kasih-Nya juga kita hidup dan kerana kasih-Nya juga kita akan berada di syurga nanti. Ada kala, sebagai manusia selalu terlepas pandang benda yang kecil tetapi sebenarnya ia memberi impak besar dalam kehidupan.
Contohnya, selalu bersangka buruk pada insan lain, hati membenci sesama kita. Cepat melihat kesalahan kawan. Ikhlas saja tidak cukup untuk menjadikan sesuatu kerja itu sebagai ibadah kerana ada syarat lain mesti dipenuhi untuk menjadikan pekerjaan itu ibadah kepada Allah.
Penulis ialah naib juara program Imam Muda terbitan Astro Oasis
Oleh Hizbur Rahman Posted by KedahLaNie | TEMBELANG SUMPAH EZAM PECAH Posted: 29 Mar 2011 05:30 PM PDT 25 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
EZAM raja sesumpah di dalam mana-mana ceramahnya selepas menganut fahaman Umno, tidak lekang dari mulutnya menyebut keburukan DS Anwar bekas bos pujaannya itu. Bukan Ezam raja sesumpah sekiranya dia berceramah tidak menyebut nama Anwar kerana beliau tahu populariti beliau sebagai pencacai Umno hanyalah bergantung kepada tokoh ternama ini.
Sebelum ini, beliau kerap menjaja sumpahnya walaupun tiada siapa meminta beliau bersumpah. Kini, ilmu sesumpah beliau berjangkit kepada betina yang dibuang dari ahli keluarga sendiri iaitu makcik Umi. Makcik ini pun akan bersumpah sesuka hati bila dan di mana sahaja beliau mahu asalkan sumpahnya itu boleh menjadikan orang yang mendengarnya menjadi jahil atau bodoh.
Selain daripada Ezam raja sesumpah suka bersumpah, beliau ke hulu ke hilir mencabar agar Anwar juga turut bersumpah dan menjadi bodoh sepertinya. Mainan sumpah ini kerja orang bodoh, tidak bertamadun dan orang tidak berilmu.
Jika dilihat cara Ezam raja sesumpah sebelum ini yang bersungguh-sungguh mahu Anwar bersumpah di atas salah laku moralnya, seolah-olah jika Anwar bersumpah Ezam raja sesumpah akan percaya Anwar itu benar dan beliau akan melutut minta ampun pada Anwar.
Tetapi itu dulu, kini Ezam raja sesumpah terbelit. Semenjak isu video seks yang ingin memerangkap Ketua Pembangkang itu `terkantoi', Ezam raja sesumpah mungkin sudah merasai betapa segala perancangan ke atas Anwar selalu gagal dan tidak dipercayai oleh rakyat. Kini, martabat Anwar bertambah berkali ganda akibat fitnah yang terkantoi itu. Sebaliknya, maruah Ezam raja sesumpah tercemar kerana beliau lah yang paling keras dan banyak membawa cerita keaiban Anwar.
Sumpah tidak lagi membawa makna kepada Ezam kerana hati kecilnya sendiri mungkin sedar apa yang berlaku sebenarnya kepada Anwar. Maklumlah, bukan mudah untuk mendapat Senator hanya menjadi ahli Umno biasa sahaja.
Di dalam kenyataannya di akhbar, Ezam raja sesumpah kini tidak berminat lagi dengan sumpah oleh Anwar. Seandainya Anwar bersumpah sekali pun, Ezam raja sesumpah tidak akan mempercayainya. " Ezam berkata, sebagai individu yang lama mengenali Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, beliau sama sekali tidak akan percaya terhadap Anwar walaupun bekas ketuanya itu bersumpah menggunakan al-Quran.
"Saya yakin Anwar akan bersumpah jika dia diletak di dalam suatu suasana terdesak dan jika dia sudah tidak ada jalan keluar (berhubung dakwaan yang dihadapinya)," katanya (Berita Harian Online)
Jelas, selama ini cabaran Ezam raja sesumpah terhadap Anwar hanyalah bersifat mengampu sahaja. Beliau tahu Anwar tidak bermasalah untuk bersumpah asalkan ianya berlandaskan hukum Islam yang sebenar. Sebab itulah Anwar seboleh-bolehnya mahu merujuk kes yang beliau hadapi itu mengikut perundangan Islam kerana ada kaedah di mana Anwar mungkin diperintahkan untuk melakukan sumpah.
Seperti yang Anwar selalu sebut, beliau bersedia untuk melakukan sumpah sekiranya itulah perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah Syariah atau mengikut perundangan Islam. Presiden PAS sendiri sebut, jika Mahkamah Syariah memerintahkan Anwar perlu bersumpah, maka Anwar kena melakukannya. Masalahnya, mengapa beliau dihalang dari mengikuti proses mengikut perundangan Islam?
Oleh yang demikian, Ezam raja sesumpah secara jelas telah menunjukkan sikap beliau yang sebenarnya terhadap Ketua Umum PKR itu. Apa pun yang dilakukan oleh Anwar, pasti Ezam raja sesumpah tidak akan mempercayainya lagi.
Sebaliknya, Ezam raja sesumpah lebih mempercayai Najib dan Rosmah walau apa pun yang mereka lakukan. Sebagai contoh, di dalam isu video seks yang terkantoi ini, ada kah Ezam raja sesumpah ingin mengulas? Tidak. Mengapa? Sebabnya mulut sudah terkunci rapat, maka kebenaran tidak lagi mampu untuk diluahkan.
Oleh: WFAUZDIN NS | Ceramah Pakatan diserbu, tayang video lucah dibiar Posted: 29 Mar 2011 02:00 AM PDT 24 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 29 Mac: PAS kesal terhadap sikap double standard yang ditunjukkan oleh polis yang kembali mengganggu ceramah Pakatan Rakyat.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, tabiat lama berulang kembali apabila Umno berada di posisi defensif, manakala Pakatan Rakyat di posisi ofensif.
Katanya, beberapa siri ceramah di Pokok Sena Kedah dan terakhir di Taman Melawati, Gombak 25 Mac lalu yang berakhir dengan kekecohan.
Beliau berkata, semua maklum sekiranya himpunan yang diganggu oleh polis maka akan berakhir dengan kekecohan.
"Pihak polis buat-buat tidak faham mengenai keputusan mahkamah yang memutuskan polis kalah dalam perbicaraan di Jelebu dan Rompin, Pahang.
"Malahan yang paling malang kadang-kadang OCPD tidak faham Akta Polis, akhirnya telah diperbodohkan oleh peguam bela di dalam mahkamah," ujarnya.
Menurutnya, polis bertindak dulu, walaupun ia bertentangan dengan undang-undang.
Katanya, kadang-kadang dengan angkuh ketika masuk ke tempat ceramah seolah-olah satu provokasi kepada orang ramai.
Mereka, ujarnya hendak memastikan malam tersebut ceramah mesti dihentikan, biarkan maklumat tidak sampai kepada orang ramai.
Setakat hari ini, tambahnya jika perhimpunan atau ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat jika tanpa gangguan polis berakhir dengan aman.
"PAS ingin mengigatkan kepada polis bertindaklah secara profesional, jangan cemar institusi ini. Jangan salahkan rakyat jika rakyat sudah tidak hormat institusi polis, tetapi salahkan diri sendiri," katanya lagi.
Rakyat pula, ujarnya tertanya-tanya kenapa polis sibuk mengganggu ceramah Pakatan Rakyat, sebaliknya tidak pula menyerbu Hotel Carcosa Seri Negara yang menayang video lucah pada 21 Mac lalu.
Menurutnya, mungkin kerana ia melibatkan mereka yang kebal dan bebal.
"Di manakah Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan?" soalnya.
Kedua-dua seksyen itu berkaitan larangan memiliki, mengedarkan dan menayangkan filem yang lucah atau yang selainnya bertentangan dengan kesopanan awam.
Harakahdaily/- | Remaja ditembak UPP jumpa menteri, tuntut keadilan Posted: 29 Mar 2011 01:34 AM PDT 24 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 29 Mac: Remaja yang menjadi mangsa tembakan anggota Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) di Tumpat Februari lalu, hari ini menyerahkan memorandum kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.
Memorandum itu bagi mendesak tindakan segera diambil termasuk memastikan siasatan yang adil oleh pihak polis.
Ahmad Nizamuddin Mohamad, 19, yang hadir ke Parlimen bersama peguam dan keluarga turut menyatakan rasa tidak puas hati ekoran tindakan pihak polis hanya menyiasat berdasarkan laporan pihak UPP dan mengenepikan laporan yang dibuat keluarga mangsa.
"Kami melihat tindakan anggota UPP berkenaan menembak Ahmad Nizamuddin sebagai cubaan menghapuskan bukti bahawa kematian Allahyarham Said adalah akibat dipukul," kandungan memorandum itu dipetik.
"Kami sangat-sangat tidak berpuas hati kerana walaupun laporan polis telah dibuat, namun pihak polis masih gagal bertindak sehingga hari ini," kata mereka lagi.
Turut mengiringi mereka ialah Ahli Parlimen Tumpat dan Rantau Panjang, Datuk Kamaruddin Jaffar dan Siti zailah Mohd Yusof.
Nazri dalam pada itu berjanji akan memanjangkan perkara itu kepada Ketua Polis Negara untuk tindakan lanjut.
Dalam kejadian 16 Februari lalu, mangsa telah ditembak di perut dan dada manakala bapa saudaranya Said Mat Hassan, 56, meninggal dunia di Hospital Kelaboran, Tumpat selepas ditahan anggota UPP.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi sebelum ini mendakwa, Said ditemui empat anggota UPP dalam sebuah kereta Kancil di tepi jalan di Kampung Wakaf Tin, Tumpat pada jam 7.45 pagi dalam keadaan lemah, berwajah pucat serta mulutnya berbuih.
Katanya, anggota UPP itu turut menemui 20 guni beras siam dalam kereta berkenaan.
Menurutnya, melihat keadaan Said yang tenat, anggota UPP membawanya ke Hospital Tumpat untuk mendapat rawatan. Said disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital itu.
Sementara itu, di pihak keluarga Allahyarham pula mempunyai versi berbeza berhubung kejadian tersebut.
(Gambar: Seorang anggota keluarga menunjukkan kesan tembakan pada badan Nizamuddin kepada Datuk Seri Nazri Aziz)
Menurut mereka, kematian Said akibat dipukul dengan teruk oleh tiga anggota UPP terbabit.
Menurut Nizamuddin, lebih kurang jam 7.45 pagi hari kejadian, beliau yang berada di kedai kopi ternampak kereta produa kancil yang dipandu Allahyarhan bapa saudaranya dikejar kenderaan pacuan empat roda UPP.
Melihat keadaan itu, beliau bersama seorang lagi rakan terus mengekori kenderaan tersebut dengan menaiki motosikal.
Beliau kemudiannya melihat kereta kancil itu telah ditahan dan tiga anggota UPP meluru ke pintu pemandu dan menendang Allahyarham.
Beliau kemudiannya melihat Allahyarham diheret keluar secara kasar sambil mengangkat tangan tanda menyerah namun terus diterajang sehingga sesak nafas.
Tambahnya, Allahyarham juga sempat menuding jari ke arahnya dan meminta beliau segera beredar dari tempat kejadian.
Beliau kemudian pulang memaklumkan kejadian tersebut kepada keluarga Allahyarham.
Tidak lama selepas itu, keluarga dimaklumkan Said telah meninggal dunia dia Hospital Kelaboran Tumpat.
Nizamuddin mendakwa beliau kemudiannya ke hospital bersama emak dan abangnya dan setibanya di hospital beliau melihat seorang anggota UPP memegang sepucuk pistol sedang dikejar orang ramai.
Beliau kemudian menghampiri orang ramai yang ketika itu telah menangkap anggota UPP terbabit.
Dengan tidak semena-mena katanya, anggota UPP tersebut melepaskan tembakan ke arah beliau dan mencederakan bahagian perut dan dadanya.
Ekoran tembakan itu, beliau dibawa ke Hospital Tumpat untuk mendapatkan rawatan, bagaimanapun dia terpaksa dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Kota Baharu kerana keadaannya yang parah.
Harakahdaily/- Oleh : Nazri Abdullah
| Lebih 150 Rumah Di Kedah Rosak Teruk Dilanda Ribut Posted: 29 Mar 2011 01:30 AM PDT 24 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
ALOR SETAR 29 MAC : Lebih 150 rumah penduduk di negeri ini rosak teruk selepas dilanda ribut kencang yang disertai hujan lebat petang semalam sehingga meranapkan sebuah daripadanya.
Tiga kawasan yang dilanda ribut itu adalah di Kuala Kedah, Alor Setar dan Pokok Sena.
Ribut kira-kira dua jam yang bermula pukul 6 petang itu meranapkan sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) milik Shafie Chat, 70, di Kampung Simpang Empat Kuar, Mukim Padang Lalang, Alor Janggus.
Penolong Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Kota Setar Rusmini Meh berkata pegawai-pegawai jabatan itu telah dihantar ke kawasan terbabit untuk mendapatkan butiran lengkap bagi membolehkan bantuan disalur kepada semua mangsa.
Sementara itu, Timbalan Ketua Umno bahagian Kuala Kedah Datuk Abdul Mutalib Haron melawat mangsa ribut itu dan menghulurkan bantuan segera kepada mereka sehingga pukul 1 pagi ini.
Beliau berkata Umno Kuala Kedah juga akan menggerakkan persatuan Belia 4B di kawasan terbabit untuk bergotong-royong membaiki rumah yang rosak itu.
-Bernama- | |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 29 Mar 2011 03:08 PM PDT MEMANG MALAON AKA PENYAMUN TARBUS, HARGA RM 700JUTA BOLEH DAPAT 6, KAU BELI RM6BILION DAPAT 2 ! Posted: 29 Mar 2011 09:34 AM PDT Kapal selam: Thailand beli 6 buah bernilai RM770,000,000 manakala Malaysia beli dua buah bernilai RM6,700,000,000 ? Mana satu mahal, Kapal Peronda Generasi Kedua (SGPV), kapal selam Scorpene atau kapal selam Kelas U-206?
Tentera Laut Diraja Thai bakal diperkuatkan dengan kapal selam kelas U-206. Bangkok Post telah menyebut Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva telah meluluskan rancangan Tentera Laut Diraja Thai untuk membeli 6 buah kapal selam terpakai dari Jerman bernilai RM770 juta bersamaan 7.7 bilion baht.
Kapal selam Kelas U-206 itu adalah untuk kegunaan misi di Laut Andaman dan Teluk Thailand bakal menjadi armada kapal selam pertama Thailand dan dipimpin Laksamana Muda Suriya Pornsuriya.
Rancangan pembelian kapal selam sebelum itu telah dikritik kerana teluk Thailand terlalu cetek untuk penggunaan kapal selam berkenaan.
sumber: blog-list Malaysia | MEMANG MALAON AKA PENYAMUN TARBUS, HARGA RM 700JUTA BOLEH DAPAT 6, KAU BELI RM6BILION DAPAT 2 ! Posted: 29 Mar 2011 09:34 AM PDT Kapal selam: Thailand beli 6 buah bernilai RM770,000,000 manakala Malaysia beli dua buah bernilai RM6,700,000,000 ? Mana satu mahal, Kapal Peronda Generasi Kedua (SGPV), kapal selam Scorpene atau kapal selam Kelas U-206?
Tentera Laut Diraja Thai bakal diperkuatkan dengan kapal selam kelas U-206. Bangkok Post telah menyebut Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva telah meluluskan rancangan Tentera Laut Diraja Thai untuk membeli 6 buah kapal selam terpakai dari Jerman bernilai RM770 juta bersamaan 7.7 bilion baht.
Kapal selam Kelas U-206 itu adalah untuk kegunaan misi di Laut Andaman dan Teluk Thailand bakal menjadi armada kapal selam pertama Thailand dan dipimpin Laksamana Muda Suriya Pornsuriya.
Rancangan pembelian kapal selam sebelum itu telah dikritik kerana teluk Thailand terlalu cetek untuk penggunaan kapal selam berkenaan.
sumber: blog-list Malaysia | MEMANG MALAON AKA PENYAMUN TARBUS, HARGA RM 700JUTA BOLEH DAPAT 6, KAU BELI RM6BILION DAPAT 2 ! Posted: 29 Mar 2011 09:34 AM PDT Kapal selam: Thailand beli 6 buah bernilai RM770,000,000 manakala Malaysia beli dua buah bernilai RM6,700,000,000 ? Mana satu mahal, Kapal Peronda Generasi Kedua (SGPV), kapal selam Scorpene atau kapal selam Kelas U-206?
Tentera Laut Diraja Thai bakal diperkuatkan dengan kapal selam kelas U-206. Bangkok Post telah menyebut Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva telah meluluskan rancangan Tentera Laut Diraja Thai untuk membeli 6 buah kapal selam terpakai dari Jerman bernilai RM770 juta bersamaan 7.7 bilion baht.
Kapal selam Kelas U-206 itu adalah untuk kegunaan misi di Laut Andaman dan Teluk Thailand bakal menjadi armada kapal selam pertama Thailand dan dipimpin Laksamana Muda Suriya Pornsuriya.
Rancangan pembelian kapal selam sebelum itu telah dikritik kerana teluk Thailand terlalu cetek untuk penggunaan kapal selam berkenaan.
sumber: blog-list Malaysia | MEMANG MALAON AKA PENYAMUN TARBUS, HARGA RM 700JUTA BOLEH DAPAT 6, KAU BELI RM6BILION DAPAT 2 ! Posted: 29 Mar 2011 09:34 AM PDT Kapal selam: Thailand beli 6 buah bernilai RM770,000,000 manakala Malaysia beli dua buah bernilai RM6,700,000,000 ? Mana satu mahal, Kapal Peronda Generasi Kedua (SGPV), kapal selam Scorpene atau kapal selam Kelas U-206?
Tentera Laut Diraja Thai bakal diperkuatkan dengan kapal selam kelas U-206. Bangkok Post telah menyebut Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva telah meluluskan rancangan Tentera Laut Diraja Thai untuk membeli 6 buah kapal selam terpakai dari Jerman bernilai RM770 juta bersamaan 7.7 bilion baht.
Kapal selam Kelas U-206 itu adalah untuk kegunaan misi di Laut Andaman dan Teluk Thailand bakal menjadi armada kapal selam pertama Thailand dan dipimpin Laksamana Muda Suriya Pornsuriya.
Rancangan pembelian kapal selam sebelum itu telah dikritik kerana teluk Thailand terlalu cetek untuk penggunaan kapal selam berkenaan.
sumber: blog-list Malaysia | DENGAN ANWAR DAKWA DAKWI, DENGAN VIDEO DATUK T NAK KOMEN BISU MACAM ORANG MATI Posted: 28 Mar 2011 09:57 PM PDT Yusof Qaradawi, Sheikh Taha sedia jadi saksi untuk Anwar
KUALA LUMPUR: Dua ulama terkemuka dunia bersedia menjadi saksi bagi membela Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai isu pluralisme.Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom berkata kerajaan sedang menyiasat ucapan Anwar di London School of Economics tahun lepas kerana didakwa kononnya mempromosi pluralisme.
Menurut Anwar, nampak jelas Jamil tidak memahami maksud pluralisme dan tidak membaca ucapan beliau. "Pluralisme bukan bermakna kita menghina atau merendahkan kekuatan Islam.Sebaliknya ia adalah fahaman yang mempromosi toleransi dan berbaik-baik antara agama dalam dunia," kata beliau.Menjawab satu soalan Anwar berkata sekiranya kerajaan ingin mendakwa beliau ke Mahkamah Syariah, itu hak mereka. "Dua ulama terkemuka dunia Yusuf al-Qaradawi dan Dr. Sheikh Taha Jabir al-Alwani sudah menyatakan kesedian menjadi saksi sekiranya kerajaan mendakwa saya di Mahkamah Syariah," tambah Anwar.
Tindakan Jamil menyiasat Anwar menyerlahkan hipokrasi kerajaan BN kerana sebelum ini Jamil juga menghalang pelaksanaan qazaf dalam kes melibatkan dakwaan Saiful Bukhari Azlan terhadap Anwar. -keadilandaily- | BEKAS NAIB PRESIDEN BELIA M'SIA CADANG MANSUH KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN ! KENAPA ? BACA SENDIRI Posted: 28 Mar 2011 05:55 PM PDT KBS: UBAH DASAR, BUKAN KOSMETIK Sebagai bekas Setiausaha Agung dan Naib Presiden Majlis Belia Malaysia, saya mengalu-alukan hasrat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ingin melakukan perubahan ke atas Kementerian Belia dan Sukan. Saya amat berharap agar perubahan ini adalah sesuatu yang bersifat mendasar, dan bukannya perubahan kosmetik saja. Sebelum ini saya pernah mencadangkan beberapa perubahan yang difikirkan perlu. Dalam tulisan "Mansuhkan Kementerian Belia dan Wanita" pada 8 April 2009, saya berhujah: Sebagai tambahan kepada apa yang saya tulis sebelum ini, biarlah saya menambah bahawa Kementerian Belia dan Kementerian Wanita elok juga dimansuhkan. Cadangan memansuhkan Kementerian Belia bukanlah sesuatu yang baru. Sewaktu menjadi Setiausaha Agung MBM, saya pernah menyarankan agar kementerian ini dimasuhkan. Alasan saya ialah belia dan wanita adalah kelompok sasar yang bersifat cross-sectoral. Isu belia dan wanita ada dalam bidang pelajaran, pekerjaan, ekonomi, keusahawanan, pelancongan, sains dan teknologi, keselamatan dan lain-lain. Oleh itu, ia tidak wajar dilihat sebagai peranan Kementerian Belia atau Kementerian Wanita semata-mata. Isu-isu tumpuan yang digariskan dalam World Programme of Action for Youth (WPAY) yang diluluskan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada tahun 1995 dan 2007 (WPAY+5) adalah bersifat cross-sectoral dan memerlukan penglibatan semua kementerian dan agensi kerajaan. Adalah tidak adil untuk membebankan satu kementerian sahaja iaitu Kementerian Belia untuk menangani kesemua isu-isu ini. Di Filipina, tidak ada Kementerian Belia. Begitu juga di banyak negara lain. Kerajaan mewujudkan National Youth Commission atau Suruhanjaya Belia Kebangsaan yang diletakkan di bawah Pejabat Presiden. Hal yang sama ingin saya cadangkan di negara ini. Ia boleh diketuai oleh seorang Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif yang berumur bawah 40 tahun (mengikut Dasar Belia Negara). Ahli-ahli suruhanjaya ini juga boleh dilantik dari kalangan belia yang mewakili pelbagai bidang strategik seperti pendidikan, ekonomi, pekerjaan dan lain-lain. Fungsi suruhanjaya ini ialah menentukan arahtuju, membuat dasar dan melakukan koordinasi program-program pembangunan belia melibatkan pelbagai kementerian, jabatan kerajaan, kerajaan-kerajaan negeri dan PBT. Suruhanjaya ini diletakkan dan bertanggungjawab secara langsung kepada Perdana Menteri. Struktur yang sama boleh digunapakai untuk wanita. Saya fikir ini ialah salah satu pendekatan yang boleh digunakan oleh Najib dalam usaha melakukan perubahan dan meningkatkan kecekapan sistem penyampaian. Sementara itu, dalam tulisan saya bertajuk, "Mantapkan Perjuangan Belia" pada 7 Januari 2010, saya menulis: Selain itu, saya juga meminta kerajaan untuk menimbangkan cadangan saya terdahulu untuk menubuhkan Suruhanjaya Belia Kebangsaan (National Youth Commission) bagi menggantikan Kementerian Belia. Pengerusi dan anggota suruhanjaya ini hendaklah terdiri dari mereka di bawah usia 40 tahun agar selari dengan akta yang diwujudkan. Kalau pun ini tak dapat dilakukan, saya mencadangkan kepada Perdana Menteri akan melantikan menteri dan timbalan menteri di KBS bawah usia 40 tahun. Saya kesal kerana saya pernah menulis surat kepada bekas Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta ada perwakilan belia bawah umur 40 tahun menduduki pelbagai suruhanjaya dan jawatankuasa peringkat kebangsaan, namun jawapan yang diterima mengecewakan. Sampai sekarang tidak ada anggota bawah umur 40 tahun dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia serta pelbagai suruhanjaya dan "advisory council" yang lain. Adakah anak muda kita tidak ada kemampuan? Ketiga, akta ini juga menentukan bahawa pendaftaran pertubuhan belia dibuat di bawah Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY), dan bukannya Pendaftar Pertubuhan (ROS) seperti sebelumnya. Sewaktu perbincangan deraf akta, saya membantah penubuhan ROY. Alasan saya mudah, KBS hendaklah bertindak sebagai pembimbing, bukannya "polis" kepada pergerakan belia. Peranan KBS lebih bersifat "delevopmental", bukannya "enforcement." Pegawai-pegawai kanan KBS memberikan jaminan bahawa mereka memahami apa yang saya sebutkan dan itu jugalah aspirasi mereka. Kalau begitu, baguslah. Saya akan memerhatikan dan menentukan ia dilakukan dengan betul seperti dijanjikan. Sebagai langkah awal, saya ingin mencadangkan agar KBS dan Jabatan Belia dan Sukan tidak mengadakan aktiviti secara langsung. Berikan tugasan dan peruntukan melaksanakan aktiviti ini seluruhnya kepada semua pertubuhan belia (peringkat kebangsaan, negeri, daerah atau kampung). Biar mereka semarakkan aktiviti. Tugas KBS ialah pantau dan tentukan aktiviti-aktiviti ini memenuhi spesifikasi yang dipersetujui bersama. Pegawai KBS usahlah berebut hendak menganjurkan aktiviti dengan persatuan belia. Cukup mainkan peranan sebagai pembimbing seperti yang disebutkan terdahulu. Tentunya, sebagai orang di luar gelanggang, saya hanya dapat memberikan pandangan. Saya sudah melaksanakan apa yang patut dilakukan. Sekarang terserahlah kepada kepimpinan baru MBM untuk meneruskan agenda perjuangan. Sekiranya mereka inginkan pandangan, saya katakan bahawa perkara pertama yang perlu dilakukan ialah mengkaji semula Dasar Belia Negara dan Dasar Pembangunan Belia Negara yang sudah lebih 20 tahun diperkenalkan, tanpa kajian semula (review). Rancangan Malaysia pun dikaji 5 tahun sekali, tetapi dasar belia masih tidak berubah. Saya pernah menghantar SMS kepada Menteri Belia ketika itu dan jawapan yang saya terima ialah beliau sedang meneliti dasar tersebut. Menteri Belia itu pun sudah bertukar kementerian. Saya tak pasti adakah Menteri Belia yang baru juga sedang meneliti dasar tersebut dan berapa lama lagikah masa yang diperlukan untuk "meneliti." Apabila saya mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Belia supaya pembangunan belia bersifat cross-sectoral (merentasi sektor), ada orang marah kepada saya seolah-olah saya mencabar kemampuan Menteri Belia. Ada juga yang bertanya, berapa banyak suruhanjaya nak ditubuhkan. Saya ingin bertanya, apakah masalahnya kita menubuhkan suruhanjaya? Kalau kita boleh menubuhkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat yang akan menguruskan pengangkutan awam darat (public land transport) yang kini diuruskan oleh pelbagai kementerian dan agensi, apakah susah sangat nak tubuhkan Suruhanjaya Belia? Maaf cakap, pendekatan kita sekarang sudah lapuk. Struktur Kementerian Belia yang ada sekarang menjadikan isu-isu pembangunan belia sebagai hak ekslusifnya, sedangkan isu-isu pembangunan belia jauh lebih besar daripada apa yang ada di kementerian itu! | SUBHANALLAH ! ALHAMDULILLAH ! Posted: 28 Mar 2011 03:46 PM PDT SHAH ALAM: Hampir 10,000 umat Islam menunaikan solat hajat pada program Solat Hajat dan Pidato Khas – Menolak Fitnah Jahat di Stadium Malawati di sini, malam ini. Program itu bermula jam 7 malam dengan solat Maghrib sebelum solat hajat yang diimami Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Turut menyertai solat ialah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, selain umat Islam dari pelusuk tanah air, khususnya anak Selangor. Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said turut menyertai solat hajat itu. Program kemudian diteruskan dengan ucapan beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat termasuk Anwar, Hadi dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Program berkenaan dibuat berikutan amalan fitnah semakin menjadi-jadi dalam lanskap politik tanah air, khususnya melibatkan Anwar. Selain perbicaraan kes Fitnah II, umat Islam digemparkan dengan penayangan video seks palsu yang bertujuan meranapkan reputasi Ketua Pembangkang itu di mata rakyat tetapi usaha jahat itu gagal memikat hati rakyat. | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan