Ceramah diadakan di Markas PAS Kg Paya pada 10 Mac lalu dengan dihadiri Ketua Penerangan PKR, Dr Mohd Nur Manuty, Haji Anuar Tahir, Hajjah Foziyah Hamzah dan Ketua Cabang PKR Padang Besar, Johari Shafie.
YDP, Haji Anuar bersama Dr Mohd Nur
Dr Mohd Nur Manuty:
"PKR akan pastikan calonnya untuk PRU 13 berakhlak dan bukannya pengkhianat yang boleh dibeli oleh Umno"
Tindakan serangan udara ke ats Libya oleh Barat yang diketuai AS menimbulkan banyak persoalan dan kuasa barat serta Eropah perlu memberikan penjelasan motif sebenar serangan ke atas negara pimpinan Muammar Gaddafi ini kerana jelas gambaran sejarah Iraq dan Saddam Husein bakal berulang.
Memang saya telah menjangkakan serangan ini akan berlaku malah amat yakin ianya akan berlaku cepat atau lambat ditambah lagi dengan sokongan beberapa negara Arab yang bebal dan dungu.
Kalau betul bagai dicanang, serangan dilakukan bertujuan untuk menyelamatkan dan melindungi orang awam daripada krisis yang melanda Libya, tapi yang jelas orang awam tetap menjadi mangsa. Alasan sama yang pernah diberi di Iraq dahulu, tapi saya melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana orang awam telah menjadi mangsa. Ianya hanya skrip lama yang diulang cetak untuk kali yang entah ke berapa.
Persoalan samada tindakan ketenteraan ini akan menghapuskan regim Gaddafi sama sebagaimana yang pernah menimpa Saddam, saya yakin kita belum pasti ianya akan berlaku tapi krisis ini telah membuka pintu untuk campur tangan barat di bumi ummat Islam. Sepatutnya peranan Liga Arab perlu dimaksimakan dan penyelesaiannya perlu dalam kontek dunia Arab dan dunia Islam.
Apa yang nyata, Barat telah menzahirkan lagi sikap double standard mereka yang telah sedia diketahui umum.
Mengapa ketika Israel menganyang Gaza pada Januari 2009, mereka tidak terfikir langkah untuk selamatkan rakyat Palestin dan melindungi orang awam sedangkan jelas sekali orang awam Palestin telah dan sedang menjadi mangsa keganasan Israel. Situasi sama sedang berlaku di Bahrain sekarang tetapi tiada tindakan dari Barat mungkin disebabkan negara itu menjadi sekutu AS dan menempatkan pengkalan tentera AS.
Kita meyakini tanpa ragu, agenda sebenarnya adalah emas hitam yang ditakungi perut bumi Libya. Agenda tersembunyi adalah kerana Libya antara negara terkaya dengan hasil minyak dan gas.
Batu Caves – Mesyuarat Agung tahunan PAS cawangan Tmn Selayang kali ke 13 diadakan baru-baru ini di Dewan Pusat Komuniti MPS Tmn Selayang. Majlis telah dirasmikan oleh Ketua Pemuda Dewan Negeri Selangor merangkap Ahli Majlis MPS Zon 13, Utz Hasbullah Mohd Ridzuan.
Dalam ucapannya, beliau menekan kepada semua Ahli PAS bahawa memandangkan tahun ini merupakan tahun pemilihan maka semua ahli harus memberi kerjasama untuk menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya. Menjadi satu kewajipan seorang ahli PAS menjalankan tanggungjawabnya kepada jemaah dengan menghadirkan mesyuarat yang merupakan faktor penting untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat (PR) terus kekal dalam Pilihanraya Umum (PRU ke13 ) tidak lama lagi.
"Saya harap pemilihan jawatankuasa pada tahun ini tidak berlakunya berbagai provokasi, cantas – mencatas sesama ahli dengan niat menjatuhkan pimpinan yang lain seperti berlaku dalam parti UMNO/BN. Ahli PAS telah ditarbiyahkan agar menghormati sesama ahli dan displin ahli PAS amatlah tinggi dengan tarbiyah-tarbiyah yang telah diberikan oleh pucuk pimpinan melalui usrah-usrah yang telah dilalui".
" Dalam kemenangan yang diberikan oleh ALLAH swt , janganlah kita merasakan berada di zon yang sangat selesa. Tanggungjawab kita amatlah berat setelah mengecapi kemenangan. Untuk mengekal kemenangan bukan satu perkara yang mudah jika kita tidak bekerja keras untuk mengekalkannya. Oleh itu setiap ahli PAS diminta meneruskan tugas dengan sebaiknya tanpa berlengah –lengah lagi. Ini adalah kerana petanda-petanda PRU ke 13 semakin hampir yang akan berlaku pada bila-bila masa sahaja."
"Keadaan ini juga mengcemaskan apabila jumlah bilangan pengundi yang memasuki Kawasan Parlimen Gombak semakin meningkat dengan kemasukan pengundi-pengundi yang tidak dapat dikenal pasti. Kemasukan-kemasukan pengundi hantu ini sudah pasti telah mendapat kerjasama oleh pihak SPR yang telah bersetongkol dengan UMNO/BN. UMNO/BN telah menggunakan kakitangan kerajaan bagi memastikan kemenangan dipihak mereka. Oleh itu jika semua masih lalai tidak membuat anjakan pradigma untuk mengorak langkah kehadapan dengan tidak mengaktifkan cawangan, tiada aktiviti, usrah cawangan layu, tiada mesyuarat, tidak membuat pendemokrasian atau kerja-kerja mencula maka tidak mustahil untuk mengekalkan kemenangan pada PRU ke 13 agak sukar. Oleh itu semua ahli diminta agar menjadi pelumba nombor 1 dalam acara larian 100m dengan mengemaskini segala gerakkerja lebih mantap", katanya.
Ujarnya lagi, berikutan dengan kekalan-kekalahan PR dalam pilihanraya kecil dibeberapa buah negeri menunjukkan UMNO/BN telah memasangkan starategi mereka. Walaupun kita sudah maklum setiap kali pemilihan calon dalam PRK, terdapat pergolakan yang berlaku pada ahli-ahli UMNO/BN sendiri.
Meskipun ahli UMNO/BN tidak setuju dengan calon mereka namun ianya telah menjadi sebati dalam darah daging mereka bahawa UMNO/BN perlu di sokong seperti berlaku di PRK Merlimau, Tenang. PAS pula mendekati pengundi-pengundi dengan bertemu mereka dirumah-rumah pengundi sendiri memandangkan pengundi-pengundi di kawasan perkampungan tidak gemar untuk keluar mendengar ceramah. Dengan itulah PAS tidak ada erti jemu untuk bertemu pengundi dengan turun padang setiap hari untuk bertemu rakyat.
Ini merupakan pengorbanan yang besar dan kita harap semoga semua ahli PAS akan terus istiqama' dalam membantu kerja-kerja perjuangan Islam meskipun terdapat kenkangan daripada pihak lawan.
Hasbullah juga mengingatkan kepada semua ahli dalam mesyuarat tersebut dengan melihat fenomena yang berlaku pada hari ini, rakyat terutamanya di kawasan Hulu Selangor, Perkampungan orang asli dan Kawasan –kawasan perkampungan masih tidak mengetahui program-program yang ditawarkan oleh Kerajaan PR seperti Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Tawas, Hadiah kemasukan IPT,
Bantuan ibu tunggal, Mikrokredit dan sebagainya seperti yag termaktub dalam manifesto PR pada PRU ke 12 yang lalu. Malahan mereka masih menganggap Negeri Selangor masih diperintah oleh UMNO/BN dan Menteri Besar (MB) Selangor masih Datuk Khir Toyor. Lebih-lebih lagi pengundi melayu yang tidak peka kepada isu-isu semasa. Mereka hanya tertumpu media televesyin dan akhbar-akhbar yang dimonopoli oleh UMNO/BN.
Ini menunjukkan betapa PR masih lemah dalam membuat sesi penerangan dan penyebaran maklumat. Oleh itu, sudah menjadi tanggungjawab kepada semua ahli PAS, PKR dan DAP bersatu hati untuk memperkemaskini segala gerakkerja yang masih banyak belum diselesaikan sekiranya ingin merampas Putrajaya pada PRU ke 13 ini.
Katanya, Kerusi-kerusi yang dimenangi oleh Negeri –Negeri PR harus dikekalkan pada PRU ke 13 ini. Jangan mudah menjadi lemah apabila mendengar berita-berita yang tidak sahih datang daripada pihak UMNO/BN. Sebagai orang islam kita kena kuatkan rohani dan jiwa kita melalui bacaan al-quran, almathurat sebagai benteng agar tidak mudah menjadi lemah.
Beliau juga mengharapkan agar Ahli-Ahli Majlis, ketua-ketua kg, nazir-nazir masjid, Jawatankuasa pendudk (JKP) dapat berfungsi dengan sebaiknya untuk mendekati rakyat dengan menyebarkan segala informasi-informasi yang dibawa oleh Kerajaan Negeri PR untuk disebarkan kepada rakyat, katanya dalam perasmian majlis mesyuarat tahunan PAS cawagan Tmn Selayang .
Sehubungan dengan itu, Ketua cawangan PAS Tmn Selayang sesi 2011 telah jatuh kepada Tn Hj Mokhtar Husain, Pengerusi jatuh kepada Tn Hj Abdullah Ahmad, Ketua Muslimat Cawangan masih kekal kepada Pn Farhani Tajuddin.
KOTA BHARU - Pakatan Rakyat (PR) menjanjikan kejutan pada Pilihan Raya Sarawak Ke-10 termasuk meningkatkan bayaran tuntutan royalti petroleum sekiranya diberi peluang memerintah negeri itu.
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa berkata, sudah masanya rakyat Sarawak menerima parti selain Barisan Nasional (BN) supaya boleh dipanjangkan tuntutan royalti petroleum dan dalam masa sama, mengagihkan kekayaan negeri dengan lebih saksama kepada rakyat.
Menurutnya, rakyat Sarawak kini sudah bersedia untuk memilih parti selain BN sekali gus melakukan kejutan memandangkan mereka sudah mendapat banyak maklumat yang dahulunya tidak sampai kepada mereka.
"Sekarang mereka sudah ada maklumat bahawa kekayaan Sarawak dimonopoli pihak tertentu sedangkan rakyat Sarawak masih kekal seperti biasa. Kemudahan dan infrastruktur di luar bandar, bahkan tanah mereka, bekalan air sangat mendukacitakan," katanya ketika ditemui pada Majlis Makan Malam Sempena Ulang Tahun Ke-15 Persatuan Orang Pekak Kelantan (POPK) di sebuah hotel di sini.
Menurutnya, hari ini, jurang rakyat Sarawak sangat ketara, yang miskin terlalu miskin.
"Masih ramai rakyat Sarawak miskin, dan kita bercadang untuk meningkatkan bayaran royalti petroleum daripada lima peratus kepada 20 peratus kerana rakyat tempatan harus menikmati hasil daripada petroleum tersebut lebih baik daripada pihak lain," katanya.
Menjelaskan soal pengesahan Abdul Taib akan bertanding tetapi akan berundur daripada kerusi Ketua Menteri tidak lama lagi, Husam yang juga Exco Kerajaan Kelantan menyatakan kehairanan bagaimana BN masih mengizinkan beliau bertanding.
"Saya hairan dia dah berkhidmat begitu lama. Ini bermakna BN tidak ada tokoh," katanya.
Husam berkata, Pas akan memberikan tumpuan kepada kerusi yang ditandingi supaya mempunyai kerusi pertama di Sarawak.
"Penting untuk menikmati kemenangan pertama bagi membolehkan perjuangan rakyat Sarawak diangkat dengan lebih baik, terutama dalam isu royalti petroleum," katanya.
JERTIH - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pakatan Rakyat (PR) ada peluang menang pada Pilihan Raya Negeri Sarawak.
:"Tak mustahil pengundi di sana buat perubahan kali ini.
Ini berdasarkan keputusan Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu pada Mei tahun lalu yang dimenangi DAP," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di kawasan berhampiran Sungai Jerteh di sini, semalam.
Turut serta dalam ceramah itu Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giaw.
Kelmarin, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengumumkan Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubar hari ini.
Sementara itu, Azmin ketika ditanya mengenai adiknya Ummi Hafilda yang ketika berceramah kelmarin, mendakwa abangnya hilang pedoman dan tenggelam dengan janjii manis Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata: "Pembangkang fokus dalam perjuangan dan terpulang kepada parti lawan yang menggunakan cara itu."
KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubarkan pada Isnin untuk membolehkan pilihan raya DUN ke-10 diadakan.
Speaker DUN Sarawak, Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nassar berkata pengisytiharan pembubaran DUN yang ditandatangani oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng telah diterima pada pagi ini.
"Pembubaran DUN Sarawak pada 21 Mac iaitu hari ini mengikut perkara 21(2) Perlembagaan Negeri Sarawak," katanya pada sidang media di bangunan DUN baru di sini.
Asfia berkata pengisytiharan pembubaran DUN Sarawak akan diserahkan kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada petang Selasa.
"Tempat dan masa pertemuan belum dapat ditentukan tapi ia akan diserahkan esok," katanya lagi.
Asfia berkata selepas penyerahan pengisytiharan itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menentukan tarikh penamaan calon dan pengundian.
Pada Sabtu lepas Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengumumkan DUN Sarawak dibubar pada hari ini bagi membolehkan pilihan raya negeri ke-10 diadakan.
Ketika ini, BN negeri menguasai 63 daripada 71 kerusi DUN selepas Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Engkilili Dr Jonical Rayong Ngipa, yang bertanding atas tiket parti pembangkang Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), menyertai BN tahun lepas.
DAP menguasai enam kerusi manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Cinta Malaysia (PCM), menerusi wakil rakyat Bebas, masing-masing menguasai satu kerusi.
DUN Sarawak dengan 71 anggota sedia ada akan tamat pada 23 Julai ini.
Pilihan raya negeri yang lepas diadakan pada 20 Mei 2006.
KUALA LUMPUR, 21 Mac: Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak dibubar pada hari ini, maka bermulalah pesta temberang oleh pemimpin BN yang akan membawa macam-macam janji manis untuk rakyat di Sarawak.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, bermacam-macam janji akan ditabur untuk rakyat Sarawak, ia merupakan amalan biasa pemimpin BN setiap kali pilihan raya.
Menurutnya, menjelang Pilihan raya Sarawak BN cuba hendak melindungi kelemahan mereka selama ini untuk membangunkan negeri itu.
Katanya, kegagalan mereka untuk mentadbir Sarawak dengan menuding jari kepada pembangkang kononnya Pakatan Rakyat punya angkara sedangkan Pakatan Rakyta baru sahaja berusia tiga tahun.
"PAS hendak tanya ke mana pula hasil mahsul negeri Sarawak seperti minyak dan balak?" soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, akan ada 'hantu-hantu jembalang' dari Semenanjung yang mahu mengganggu keharmonian rakyat di Sarawak menjelang pilihan raya negeri itu tidak lama lagi.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, mereka hanya datang ke Sarawak pada pilihan raya negeri semata-mata untuk membuat kacau dengan membawa berita manis untuk menarik sokongan rakyat.
"Kenyataan Timbalan Presiden Umno menggambarkan kebimbangan beliau berkenaan dengan kesedaran di kalangan rakyat Sarawak yang semakin celik maklumat mengenai kecacatan pemerintahan BN di Sarawak," ujar Idris.
Mereka, katanya sudah bertanya ke mana sumber kekayaan negeri mengalir kerana kehidupan mereka seolah-olah negeri Sarawak sebuah negeri padang sahara yang tidak mempunyai sumber hasil bumi.
Sebagai satu contoh, ujarnya sebuah kampung yang berhampiran dengan pejabat Petronas Cari Gali di Miri, terdapat sebuah kampung Pasir yang didiami oleh masyarakat Iban.
Katanya, kawasan sudah didiami hampir 30 tahun tanpa elektrik yang terpaksa menggunakan generator dengan kos RM150 sebulan untuk setiap rumah.
Baginya, Muhyiddin menganggap PR akan mengganggu Sarawak menjadi negara maju di mana kenyataan itu seperti pencuri menjerit pencuri.
Soalnya, apakah Sarawak selama ini diperintah oleh Pakatan Rakyat.
PAS, ujarnya mengharapkan Timbalan Presiden Umno jangan menganggap rakyat Sarawak buta sejarah kerana apabila hampir pilihan raya, pemimpin mula jijak kampung rakyat, selepas pilihanraya, rakyat dijijak.
PAS, katanya lagi percaya bahawa Timbalan Presiden takut dengan janji "Buku Jingga" antaranya 20% royalti minyak akan diberikan kepada Sarawak.
Datuk Seri Najib telah mengumumkan peruntukan RM5.7 bilion untuk negeri Sarawak ini sehingga 2012 supaya Sarawak seimbang dengan Semenanjung dari segi pembangunan.
Tambahnya, saban tahun peruntukan di Sabah dan Sarawak diluluskan, malangnya dari segi pelaksanaan tidak berlaku.
"Kehidupan rakyat seperti negeri baru merdeka 10 tahun. Tanah yang luas masih kedapatan, tetapi rakyat merempat di tanah setinggan, hanya menunggu masa untuk dihalau.
"PAS yakin rakyat Sarawak akan buat kejutan dalam pilihan raya kali ini. Mereka akan merdekakan diri daripada belenggu BN, insya Allah," ujarnya.
KUALA LUMPUR, 21 Mac: Seluruh ahli dan kepimpinan PAS ingin merakamkan ucapan takziah di atas kemangkatan bonda Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Ampuan Bahriya Sultan Alam Shah pada jam 1.22 pagi tadi di Seri Kota Hospital, Klang, Selangor.
Mewakili mereka, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang turut berdukacita dan merakamkan agar Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong beserta anggota kerabat baginda dapat bersabar dengan ketentuan dari Allah SWT ini.
"Patik semua juga mendoakan agar roh Al MarhumahYang Maha Mulia Bonda ditempatkan di kalangan solehah di sisi Allah SWT," ujarnya dalam kenyataan ringkas kepada Harakahdaily.
Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut mengucapkan takziah kepada Yang di-Pertuan Agong di atas kemangkatan bonda baginda.
"Insya allah, sebagai mewakili kerajaan negeri, Datuk Timbalan Menteri Besar akan hadir untuk memberikan penghormatan terakhir. Semoga beliau termasuk di kalangan hamba-hamba Allah yang dirahmati, insya Allah," ujarnya di laman twitter. Al Fatihah.
KUALA LUMPUR, 21 Mac: Kenyataan para pemimpin Umno BN yang mengatakan negara perlu melibatkan diri dalam pembinaan nuklear bagi mendapatkan bekalan elektrik yang lebih murah, ternyata amat tidak berasas.
Sebaliknya, negara terpaksa mengeluarkan belanja lebih besar dan mengalami kerugian berlipat kali ganda jika memajukan tenaga nuklear dan membina empangan besar seperti yang dirancangkan itu, memandangkan Malaysia amat kaya dengan sumber-sumber tenaga lain.
Pakar sains dan nuklear, Ahmad Bungsu Hamid Tuah menegaskan, beliau bersedia berdebat dengan mana-mana pihak di Malaysia dan juga dari luar negara berkaitan tenaga nuklear termasuk berhubung perkara itu.
Menurut beliau, untuk memajukan tenaga nuklear memerlukan kos yang amat tinggi termasuk yang melibatkan pembinaan power stesyen, kos penyelenggaraan yang melibatkan gaji-gaji pakar yang cukup tinggi, kos keselamatan, kos penghantaran bahan buangan atau radioaktif ke negara lain.
Katanya, selain itu, kita juga terpaksa menanggung belanja yang besar bagi kos sewa tempat parking sepanjang kenderaan yang menghantar bahan radioaktif itu berada di negara terbabit dalam tempoh masa yang cukup lama, di samping kos keselamatan terhadapnya.
"Apabila cukup tempoh 60 tahun pula, kilang-kilang yang dibina itu mesti dimusnahkan dan dibina yang baru, sedangkan untuk memusnahkan kilang-kilang itu memerlukan belanja yang jauh lebih tinggi dari membinanya," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Dalam masa yang sama, menurut beliau, kerajaan juga terpaksa menanggung risiko besar dengan kemungkinan stesyen nuklear yang dibina itu meletup seperti yang berlaku di Jepun yang berlaku di luar jangkaan, walaupun telah menerima jagaan rapi.
"Jika kejadian di luar jangkaan itu terjadi, ia akan memusnahkan semua orang, bukan sahaja seluruh rakyat negara kita, tetapi juga negara-negara jiran dan negara-negara lain di seluruh dunia.
"Jadi, mana kata murah dan mana kata baiknya? Sebenarnya tentang usaha nak majukan nuklear itu tak ada baiknya. Dari sudut mana pun, nuklear tetap tak ada baiknya, apatah lagi dipandang dari sudut keselamatan manusia," tegas beliau.
Sehubungan itu, beliau yang juga AJK Biro Sains dan AJK Biro Aduan Rakyat PKR Nasional menasihatkan kerajaan mengkaji balik cadangan untuk memajukan nuklear bagi kepentingan negara dan seluruh rakyat negara ini.
"Ada orang kata, kalau mengikut piawaian yang betul dan dijaga dengan baik, jika berlaku insiden pun hanyalah insiden kecil. Tetapi sebenarnya jika stesyen nuklear meletup, semua orang akan musnah, semua orang akan terkena radioaktif.
"Itulah musibah yang perlu difikirkan sebelum kita juga menerima padahnya. Selain yang terbaru di Jepun, cukuplah dengan mengambil pengajaran yang berlaku di beberapa buah negara lain sebelum ini termasuk Iceland dan England yang walaupun dah dijaga dengan baik dan tidak berlaku tsunami, tetapi stesyen nuklear di dua buah negara itu juga pernah meletup," jelas beliau.
KEPALA BATAS, 20 Mac: "Cetak sebanyak mungkin CD siri penerangan Kempen Anti Saman Ekor (KASE) oleh panel yang dilantik dan sebarkan ke serata pelosok tanah air bagi tujuan memahamkan masyarakat tentang sikap zalim Kerajaan Barisan Nasional (BN)," kata Pengerusi Kase, Datuk Mahfuz Omar.
Menurutnya, memandangkan Umno begitu resah dengan isu saman ekor dan dua isu besar lainnya membuatkan parti itu terpaksa melaksanakan pendekatan lembut dengan menggula-gulakan rakyat termasuk pada tiga pilihanraya kecil iaitu Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, Merlimau dan Kerdau, baru-baru ini.
Katanya, dua lagi isu besar yang harus diketengahkan kepada rakyat ialah Buku Jingga dan debat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tambahnya, Buku Jingga terus menjadi ketakutan BN sebab apa yang diperkatakan semuanya menjurus kepada 10 jaminan Pakatan Rakyat pada 100 hari pemerintahanya.
"Buat masa ini kita masih tidak mencetak sebanyak mungkin CD siri penerangan Kase, Buku Jingga dan debat antara Anwar dan Najib. Kita tidak buat sesungguhnya untuk tujuan itu walaupun ada negeri telah membuat pelancaran terutamanya buku jingga," tegasnya yang juga Naib Presiden PAS.
Beliau yakin rakyat sendiri begitu marah ketika Kerajaan BN memperkenalkan saman ekor yang bertujuan mengutip wang untuk tabung pilihan raya umum yang bakal menjelang.
Tambahnya, tiada jalan lain kecuali bertindak menghukum kezaliman BN dengan bertindak memangkah parti yang bergabung dalam Pakatan Rakyat bagi membuktikan kesungguhan untuk membela rakyat yang daif dan memerlukan bumbung kebajikan.
Menurutnya, siri penerangan Kase yang ke sembilan di Pulau Pinang selepas Kedah merupakan buah tangan untuk rakyat menjawab segala tohmahan BN di mana sahaja.
Selepas ini tambahnya, Kase akan bergerak lebih mantap dan memastikan Pakatan Rakyat dapat menterjemahkan segala manifesto yang ditaburkan.
"Saya yakin saman ekor, debat Anwar dengan Najib dan Buku Jingga akan menamatkan pemerintahan BN di Malaysia," jelasnya dalam program anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri di Markaz Tarbiyah PAS di Pongsu Seribu, Kepala Batas, malam tadi.
TRIPOLI 21 MAC : Tentera perikatan meneruskan kempen serangan buat kali kedua semalam dan awal pagi ini (waktu Malaysia) ke atas Libya manakala negara utara Afrika itu pula sekali lagi mengisytiharkan gencatan senjata.
Libya juga berbuat demikian kelmarin tetapi Barat melancarkan serangan selepas mendakwa pendirian itu telah dilanggar oleh Muammar Gaddafi.
Serangan hari kedua ini termasuk ke atas ibu negara Libya sendiri.
Seorang jurucakap tentera mengumumkan pendirian Muammar itu, yang dipercayai berkuat kuasa mulai pukul 9 malam waktu Libya (3 pagi tadi waktu Malaysia).
"Angkatan tentera Libya... mengeluarkan arahan kepada semua unit tentera agar mengadakan gencatan senjata bermula 9 malam," kata jurucakap tentera itu.
Pengumuman itu muncul kira-kira 24 jam selepas pasukan tentera perikatan - Amerika Syarikat, Perancis dan Britain - menyasarkan tindakan mereka untuk menguatkuasakan resolusi PBB yang diluluskan minggu lepas.
Dua negara lain dalam perikatan itu ialah Kanada dan Itali.
Bagaimanapun pada sidang media di Washington (awal pagi ini waktu Malaysia), Pentagon berkata pihaknya mempersoalkan kesemua kenyataan yang datang daripada Muammar termasuk dakwaan bahawa ia akan melaksanakan gencatan senjata.
Lebih 60 orang didakwa terbunuh dalam serangan ke atas Libya, kata media kerajaan negara itu.
Semalam, Muammar berkata serangan ketenteraan perikatan lima negara Barat ibarat tindakan pengganas dan pihaknya akan menewaskan musuhnya.
Dalam ucapannya yang disiarkan menerusi televisyen kerajaan semalam, Muammar berkata Libya bersedia untuk perang yang panjang dan kesemua rakyat Libya akan membawa senjata untuk mempertahankan negaranya.
"Kami tidak akan meninggalkan tanah air kami dan kami akan membebaskannya (dari musuh)," kata beliau.
Siaran televisyen itu membawa suara Muammar tanpa menunjukkan imej beliau.
Dalam pada itu, jurucakap Kementerian Pertahanan Perancis Laurent Teisseire berkata Qatar juga akan menghantar pesawat perang untuk menyertai operasi bersama jet-jet negara itu.
Ketika ditemui wartawan di Paris, Teisseire berkata Qatar akan menyertai kempen antarabangsa "dalam beberapa jam akan datang" tetapi tidak memberikan butiran.
Muammar berhadapan dengan kebangkitan rakyat sejak sebulan lalu dan ramai melihat negara itu kini berhadapan dengan perang saudara.
Laporan dari Kaherah, Mesir memetik kumpulan pemberontak berkata lebih 8,000 rakyat Libya yang memihak kepada gerakan pemberontakan telah terbunuh sejak kebangkitan rakyat mendesak Muammar melepaskan kedudukannya 41 tahun sebagai ketua negara.
"Bilangan orang kami yang terbunuh dan mati syahid lebih 8,000," kata jurucakap puak pemberontak, Abdel Hafiz Ghoga.
Sirah nabi banyak mengajar kita berkenaan kepimpinan. Bagaimana tauladan memimpin boleh dilihat melalui tindak-tanduk Nabi s.a.w dan para Sahabatnya.
Seruan Nabi s.a.w tidak sekadar kepada mereka yang miskin sahaja. Bahkan keseluruhannya sama ada yang kaya, tua, muda hatta kepada hamba abdi.
Yang menerima Islam di kalangan yang miskin seperti Suhaib Ar-Rumi yang berbangsa Rom. Mereka yang kaya sendiri adalah Uthman bin Al-Affan dan Mus'ab bin Umair. Bilal bin Rabah, Ammar bin Yassir hamba kepada Bani Makhzum adalah mereka yang memeluk Islam dari kalangan hamba.
Namun, kebanyakan yang awal menerima Islam dari kalangan orang miskin.
Yang kaya, apabila berjuang bersama-sama dengan Rasulullah s.a.w, selepas itu mereka menjadi miskin. Bukan itu kehendak mereka, bahkan tuntutan amanah perjuangan Islam.
Diriwayatkan bahawa Suhaib Ar-Rumi adalah pendatang daripada negara Rom. Beliau miskin tetapi bijak berniaga. Tinggal di Makkah akhirnya dia menjadi jutawan. Namun apabila diminta berhijrah ke Madinah bersama Rasulullah s.a.w., seluruh kekayaannya ditinggalkan.
Kaum Quraisy berkata kepadanya: "Dahulu kamu datang kepada kami sebagai seorang yang miskin hina. Kemudian kamu mendapat harta yang banyak dan mencapai kedudukan yang kamu nikmati (di Makkah). Sekarang kamu hendak keluar (ke Madinah) membawa harta dan jiwa kamu begitu sahaja?"
Suhaib berkata: "Aku akan menyerahkan seluruh harta, maka adakah kamu lepaskan aku pergi berhijrah?". Jawab mereka: "Baiklah." Lalu jawab Suhaib: "Kalau begitu aku serahkan semua hartaku."
Berita ini sampai ke pengetahuan Rasulullah s.a.w, lalu Baginda bersabda: "Sungguh beruntung Suhaib!".
Mus'ab bin Umair juga seorang yang kaya. Apabila keluarganya mengetahui keIslamannya, lalu beliau diusir keluar dari rumah. Daripada seorang yang kaya, dia menjadi miskin sehingga tubuhnya diriwayatkan mengelupas seperti ular.
Begitu juga Saidina Uthman bin Affan. Diriwayatkan daripada Imam Tirmizi bahawa ketika Rasulullah memerintahkan sesiapa yang boleh membeli Telaga 'Al-Ruumah' yang sangat mahal dan diwakafkan kepada umat Islam untuk digunakan airnya, beliau membelinya. Walaupun pada ketika itu umat Islam tidak mampu.
Selepas beliau menjadi khalifah Islam ketiga, yakni di akhir pemerintahannya, beliau hanya memiliki dua ekor unta sahaja yang akan digunakan untuk beliau berangkat ke Makkah untuk menunaikan Haji dan pulang ke kampung halamannya. Daripada seorang yang kaya, beliau menjadi miskin kerana menunaikan amanah rakyat.
Hari ini sangat sedih, banyak pemimpin menjadikan amanah jawatan sebagai pengumpul harta. Sebelum menjadi pemimpin, dia miskin, selepas menjawat jawatan menjadi kaya. Sangat berbeza dengan sahabat Nabi s.a.w.
Lihat sahaja kekayaan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Selepas menjadi Ketua Menteri memiliki harta berbilion-bilion.
OSAKA - Jurucakap pegawai tertinggi kerajaan Jepun mengeluarkan kenyataan bahawa loji nuklear Fukushima Daiichi yang terjejas dan mengalami krisis berterusan akibat beberapa siri letupan, akan ditutup, semalam.
Sistem penyejuk reaktor di Loji Satu rosak akibat gegaran berkekuatan 9.0 skala Richter dan tsunami yang melanda negara itu, Jumaat lalu.
Jurucakap Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo, Yukio Edano berkata, sukar untuk dia menjelaskan mengenai perkara itu sebelum mengikuti prosedur yang tepat.
"Melihat dari satu sudut pandangan objektif, sudah jelas Loji Satu di loji nuklear Fukushima Daiichi boleh berfungsi atau sebaliknya," menurutnya lagi.
APABILA membaca kenyataan KM P.Pinang, Lim Guan Eng yang menyebut bahawa seluruh Negeri P.Pinang akan dibekalkan dengan WIFI percuma termasuk di beberapa kawasan yang diwakili oleh Wakil Rakyat dari Bn, sekaligus menafikan berita karut yang disiarkan oleh media pencacai yang menyebut kununnya hanya kawasan diwakili oleh PR sahaja yang memperolehi perkhidmatan tersebut.
Berita gembira yang seringkali dibawa oleh Lim Guan Eng kepada seluruh rakyat P.Pinang nampaknya sekali lagi membuat saya anak jati Jelebu menggigit jari. Masakan tidak, kawasan Jelebu diwakili oleh seorang Menteri yang menjaga hal ehwal komunikasi dan Penerangan serta budaya, tetapi selaku MP Jelebu anak Yatim ini seperti tidak terasa betapa Jelebu amat jauh ketinggalan dari segi komunikasi. Mungkin beliau lebih berminat menjaga `budaya' terutamanya `budaya menipu dan putar belit'. Sudahlah di Jelebu perkhidmatan bas boleh dikatakan tiada, perkhidmatan 3G di kawasan saya pun tiada, jangan disebut pasal WIFI percuma. Jika Lim Guan Eng boleh memberikan WIFI percuma kepada seluruh negeri P.Pinang, sukar buat anak Yatim ini untuk memberikan WIFI percuma untuk kawasan Jelebu sahaja.
Anak Yatim ini hanya berjanji untuk memberikan WIFI percuma jika ada pilihanraya kecil sahaja. Itu pun belum tentu dapat, sebagai contoh di Bagan Pinang seperti yang pernah dijanjikan sewaktu pilihanraya kecil di situ. Di Dun Galas, Gua Musang pun begitu termasuk juga baru-baru ini di Kerdau. Ini lah mentaliti yang ada pada anak Yatim yang penduduk Jelebu semakin bosan dengannya. Beliau sedikit pun tidak malu dengan Lim Guan Eng yang terus mengutamakan rakyat walaupun tiada pilihanraya kecil di negeri tersebut.
Rakyat seharusnya berfikir dengan lebih bijak lagi, parti manakah yang benar-benar jujur membela nasib rakyat. Kenyataan Lim Guan Eng yang menyebut, "Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang adalah untuk semua penduduk Pulau Pinang, termasuk penyokong BN," adalah satu pendirian yang pemimpin-pemimpin Umno boleh belajar. Jangan jadikan rakyat hamba abdi dan pak turut atau pun dipelihara seperti `ayam daging' yang diberi makan dengan kenyang, bila gemuk ianya disembelih. - Deen
KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak maut akibat terkena renjatan elektrik dari sebatang tiang lampu jalan ketika dia sedang bermain di padang berhampiran rumahnya di Taman Batu 3, Shah Alam, petang semalam.
Mohd Marzuki Muda, 44, berkata kejadian berlaku semasa anaknya Muhammad Naquiddin, 11, dikatakan sedang bermain bola sepak bersama rakan-rakanya di padang berhampiran.
"Tiba-tiba dalam pukul 6.50 petang, kawan-kawan Naqiuddin datang ke rumah beritahu yang anak saya terkena renjatan elektrik," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini Ahad.
Beliau berkata setibanya di tempat kejadian, Naqiuddin dilihat sudah tertiarap dengan sebelah kakinya melekat pada salah satu tiang lampu di padang itu.
"Kulitnya yang cerah juga sudah kelihatan gelap, saya cuba tolak kakinya dengan menggunakan kayu dan mengerak-gerakkan tubuhnya namun tiada tindak balas," katanya.
Marzuki berkata beliau kemudian membawa anaknya ke Hospital Pakar KPJ, Shah Alam untuk mendapatkan bantuan kecemasan, dan menurutnya semasa di hospital itu doktor cuba memberikan 'CPR' namun anaknya tidak dapat diselamatkan.
"Sebelum ini ada beberapa jiran beritahu terasa seperti ada tenaga elektrik semasa tiang itu disentuh, namun mereka tidak buat sebarang aduan," katanya.
16 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 21 Mac — Sejak sebulan lalu Umno-BN Kedah memperlihatkan kelainan dengan mempertingkatkan serangan, tetapi Pakatan Rakyat (PR) Kedah menganggap mereka terpaksa melakukan serangan terhadap kerajaan negeri kerana bimbang akan kehilangan terus sokongan rakyat terutamanya orang Melayu dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Sebelum ini kerajaan negeri PR di Pulau Pinang dan Selangor menyaksikan serangan bertubi-tubi dengan Kedah seolah-olah 'terlepas' daripada kempen Umno-BN itu.
Bagaimanapun sejak bulan lalu Kedah juga sudah tidak terlepas daripada radar serangan itu.
Selain itu, pemimpin PR juga menyifatkan langkah BN itu sebagai usaha terdesak kerana sudah ketandusan idea untuk menjatuhkan kerajaan negeri Kedah diterajui Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak.
Menurut Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar, langkah diambil BN yang secara berterusan kerajaan negeri Kedah membuktikan parti itu bimbang terhadap pendekatan diambil Pakatan Rakyat Kedah.
"Serangan itu angkara orang gila talak yang mahukan sangat kerusi di Kedah dan ia menunjukkan BN bimbang pendekatan pentadbiran yang dilakukan Pakatan Rakyat di sini (Kedah).
"BN bimbang hubungan mesra yang terjalin antara pemimpin Pakatan Rakyat dan rakyat akan menyebabkan mereka kehilangan sokongan, BN bimbang apabila kerajaan negeri yang dipimpin Datuk Seri Azizan menunjukkan corak pentadbiran telus, tiada penyelewengan dan tiada rasuah.
"BN tak mampu untuk atasi apa yang kita telah lakukan sebab itu mereka lakukan serangan dengan menabur fitnah, memburukkan Pakatan Rakyat dan melaga-lagakan kami hanya untuk dapatkan sokongan rakyat pada pilihan raya umum nanti," katanya kepada The Malaysian Insider.
Bagaimanapun Naib Presiden PAS dan Ahli Parlimen Pokok Sena percaya rakyat Kedah khususnya orang Melayu tidak akan terpedaya dengan taktik kotor BN itu.
"Itu harapan dan tujuan BN agar rakyat Kedah terutamanya orang Melayu akan percaya dan kembali sokong BN.
"BN usah bermimpi, orang Melayu sudah bijak dan menerima perubahan yang kita lakukan, mereka tidak akan terpedaya dengan taktik kotor yang digunakan untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat Kedah," katanya.
Sementara itu, Pengerusi DAP Kedah/Perlis Lee Guan Aik berkata, serangan yang dibuat BN itu adalah semata-mata untuk menjatuhkan imej pentadbiran negeri itu.
"Ini semua kerana pilihan raya, nak dapatkan sokongan sebab BN kalau kita lihat tak habis-habis serang Kedah, apa yang kami buat semua tak kena bagi BN.
"BN gunakan strategi dan taktik kotor untuk menjatuhkan imej kami, banyak risalah berbaur fitnah dan hasutan disebarkan... BN mahu tunjukkan negeri Pakatan Rakyat ini tidak OK dan ada masalah," katanya.
Beliau berkata BN juga akan memperbesarkan isu kecil dan mempolitikkan banyak perkara selain mencipta provokasi.
"Isu yang kecil diperbesarkan... dipolitikkan, BN buat provokasi untuk jatuhkan Pakatan Rakyat.
"Ini adalah strategi BN sejak dari awal lagi, cuma baru-baru ini serangan itu bertambah hebat," katanya.
Lee juga percaya rakyat Kedah tidak akan terpedaya dengan apa jua strategi untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat di negeri itu.
"BN nak bagi rakyat nampak Pakatan Rakyat ini tak betul tapi saya percaya rakyat Kedah tidak akan terpedaya.
"Kalau kita lihat BN sendiri sudah tidak ada idea, sebab itu gunakan taktik kotor seperti ini," kata beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Darul Aman.
Umno-BN Kedah dilihat telah memulakan serangan terhadap Pakatan Rakyat negeri itu selepas Umno merombak barisan kepimpinan parti Melayu itu dengan meletakkan Adun Bakar Bata Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai Pengerusi Umno Kedah.
Umno membawa perubahan kepimpinan awal tahun ini dengan Datuk Mukhriz Mahathir sebagai timbalannya awal tahun ini.
Terbaru Ahmad Bashah berkata berkata kerajaan PAS Kedah tidak perlu bersandiwara lagi tentang dakwaan ia telah melaksanakan 80 peratus daripada janji-janjinya yang dibuat oleh Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum yang lepas.
Beliau berkata sekiranya benar ia telah melaksanakannya, maka senaraikan sahaja janji-janji berkenaan dan tidak perlu berdalih dengan menyatakan akan mendedahkan perkara itu pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah pada 4 April ini.
Ahmad Bashah berkata sekiranya benar kerajaan negeri telah melaksankan manifesto itu, kenapa Azizan melenting apabila ditanya wartawan tentang manifesto PAS Kedah.
Tambah Mahfuz, dakwaan itu tidak benar sama sekali kerana kerajaan negeri Kedah telah melaksanakan manifesto itu dengan bertindak menurunkan cukai tanah, menguruskan perbelanjaan wang kerajaan negeri dengan lebih berhemah, pembatalan projek loji penapisan minyak di Yan dan tender pembalakan secara terbuka tidak pernah dilakukan Umno dan BN selama memerintah. - MI/Deen
16 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 21 Mac — Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubar hari ini — membuka laluan kepada pilihan raya negeri ke-10 selepas teka-teki dan spekulasi yang berlarutan kira-kira setahun.
Suruhanjaay Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas di Kuching Rabu ini bagi menentukan tarikh pilihan raya.
Sabtu lalu, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri berkata, beliau telah mengunjungi Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng Khamis lalu bagi mendapatkan persetujuannya untuk membubarkan dewan.
Notis pewartaan pembubaran akan dibuat hari ini.
Ramai menjangkakan penamaan calon dan pengundian akan diadakan pada 6 dan 16 April ini.
Fasal (4) Perkara 21 perlembagaan negeri memperuntukkan bahawa pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri.
SPR perlu mengadakan mesyuarat dalam tempoh 10 hari sejak wujud kekosongan untuk menentukan tarikh pilihan raya.
Mandat semasa Dewan Undangan Negeri Sarawak yang memperuntukkan 71 kerusi akan tamat pada 23 Julai ini.
Pilihan raya negeri yang lepas diadakan pada 20 Mei 2006.
Ia adalah pilihan raya negeri terakhir bagib Taib dan yang pertama bagi Datuk Seri Najib Razak menjadi perdana menteri.
Sabtu lalu ketika mengumumkan tarikh pembubaran, Taib yang genap 30 tahun menerajui pentadbiran Sarawak Sabtu ini turut melahirkan hasrat untuk berundur sebagai ketua menteri, menyatakan beliau bercadang berbuat demikian sejak 2006 tetapi terpaksa menangguhkannya kerana tidak dapat dilaksanakan.
Najib juga hadir pada sidang media Sabtu lalu ketika Taib mengumumkannya di Kuching.
Ketika ini, BN negeri menguasai 63 daripada 71 kerusi selepas Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Engkilili, Dr Jonical Rayong Ngipa, yang bertanding atas tiket parti pembangkang Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), menyertai BN tahun lepas.
DAP menguasai enam kerusi manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Cinta Malaysia (PCM), menerusi wakil rakyat Bebas, masing-masing menguasai satu kerusi.-MI/Deen
KUALA LUMPUR: Bonda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Ampuan Bahriya Sultan Alam Shah mangkat di Hospital Seri Kota, Kelang, Selangor pada pukul 1.22 pagi Isnin.
Jenazah almarhum dijangka dibawa pulang ke Kuala Terengganu pada pukul 10 pagi ini melalui Pangkalan Udara Tentera Diraja Malaysia Subang, kata Setiausaha Sulit Kanan Yang di-Pertuan Agong Datuk Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.
16 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - TOKYO 20 Mac - Seorang wanita berusia 80 tahun dan remaja berusia 16 tahun ditemui masih hidup di bawah timbunan runtuhan bangunan di Ishimaki yang terletak di timur laut Jepun selepas sembilan hari negara ini dilanda gempa bumi kuat dan tsunami, lapor stesen penyiar NHK.
Polis di Miyagi mengatakan kedua-dua mangsa yang terselamat dan berada dalam keadaan lemah memberi respons terhadap panggilan yang dibuat oleh pasukan penyelamat.
Semalam, agensi berita Kyodo dan tentera melaporkan seorang lelaki berjaya diselamatkan dari runtuhan rumahnya tetapi sebenarnya lelaki tersebut telah ke pusat pemindahan sebelum ini dan baru sahaja kembali ke rumahnya.
Sementara itu, Jepun menyaksikan sedikit kejayaan dalam usaha untuk mengelakkan malapetaka di sebuah loji tenaga nuklear yang rosak akibat gempa bumi dan tsunami baru-baru ini, meskipun kebocoran kecil radiasi terus menunjukkan bahaya daripada krisis nuklear terburuk di dunia sejak bencana Chernobyl 25 tahun lalu.
Seramai 300 jurutera bekerja bertungkus-lumus di dalam zon bahaya untuk menyelamatkan keadaan di loji Fukushima yang menempatkan enam reaktor itu sejak kompleks itu dilanda bencana bertimpa pada 11 Mac lalu.
Namun dalam perkembangan positif bagi seluruh rakyat Jepun yang memberi tumpuan kepada operasi di loji tersebut, reaktor No. 3 yang dianggap paling kritikal kerana mengandungi plutonium yang sangat toksik, menjadi stabil selepas trak bomba menyemburkan ratusan tan air ke atasnya selama berjam-jam.
Usaha untuk memulihkan bekalan elektrik ke pam-pam air yang digunakan untuk menyejukkan teras reaktor yang terlalu panas juga menunjukkan kemajuan.
"Kami mencapai kemajuan tetapi kami tidak boleh menjadi terlalu optimistik," kata Timbalan Ketua Pengarah Agensi Keselamatan Nuklear Jepun, Hidehiko Nishiyama.
Juruteknik menyambungkan kabel tenaga ke reaktor No. 1 dan No. 2, dengan harapan untuk memulihkan bekalan elektrik lewat hari ini dalam usaha untuk menghidupkan pam-pam air.
Mereka merancang untuk menyambungkan kabel tenaga ke reaktor No. 3 dan No. 4 tidak lama kemudian.
Jika mereka berjaya, kejayaan itu mungkin menandakan titik peralihan dalam krisis yang dikategorikan sebagai seburuk kemalangan nuklear Three Mile Island di Amerika Syarikat (AS) pada 1979.
Jika tidak, langkah drastik mungkin perlu diambil seperti menimbus loji itu dengan pasir dan konkrit seperti yang dilakukan di Chernobyl, Ukraine berikutan malapetaka reaktor nuklear terburuk di dunia pada 1986.
Selepas bekalan elektrik dipulihkan pun, operator loji Tokyo Electric Co. (TEPCO) masih menghadapi tugas rumit menghidupkan semula pam penyejuk, kerana komponen sistem dijangka rosak akibat gempa bumi atau letupan yang berlaku kemudian.
Ketua Setiausaha Kabinet, Yukio Edano berkata, walaupun krisis nuklear itu akhirnya dapat diatasi kelak, kompleks Fukushima akan terpaksa ditutup juga kerana air laut yang menyebabkan karat telah digunakan untuk menyejukkan reaktor, menjadikan komponen penting tidak lagi dapat digunakan. - Reuters/Deen
16 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - KAMAISHI 20 Mac - Insiden terpencil kegiatan mencuri oleh mangsa tsunami yang terdesak mula dilaporkan di Jepun, negara yang rakyatnya telah mendapat pujian meluas kerana disiplin mereka sekalipun menghadapi malapetaka bertimpa-timpa.
Negara lain melahirkan rasa kagum dan sedikit cemburu kerana kekacauan tidak berlaku berikutan gempa bumi kuat disusuli tsunami pada 11 Mac lalu yang menyebabkan hampir 20,000 orang terbunuh atau hilang.
Berlainan dengan huru-hara dan keganasan yang menyusuli gempa bumi di Haiti pada tahun lepas atau Taufan Katrina di New Orleans, Amerika Syarikat (AS) pada 2005, tindak balas rakyat Jepun terhadap bencana terburuk di negara ini sejak 1923 memperlihatkan kesabaran dan ketabahan sebuah masyarakat paling stabil di dunia.
Meskipun kekurangan bekalan makanan dan air sangat meruncing di kawasan paling teruk dilanda bencana itu, mesin penjualan makanan pun tidak disentuh, malah kandungannya yang jelas kelihatan di sebalik penutupnya masih tidak diusik.
Namun lebih seminggu selepas tsunami melanda kawasan pantai timur laut Jepun, polis berkata, beberapa insiden mencuri dan pecah masuk dilaporkan dari rumah dan kedai yang rosak teruk dan ditinggalkan.
Fenomena itu jarang berlaku di Jepun kerana polis di negara ini bertindak tegas ke atas jenayah kecil manakala penduduk mendapat ganjaran kerana memulangkan barang yang hilang atau dicuri.
"Disebabkan kami begitu sibuk dengan operasi mencari dan menyelamat dan kemudahan kerja pembersihan, sukar untuk kami mengesan mereka yang mencuri," kata timbalan ketua polis di bandar pelabuhan Kamaishi, Hironori Kodashima di wilayah Iwate.
Katanya, pihak polis baru mula menerima laporan mengenai jenayah itu dan melakukan penangkapan.
"Kami memandang berat perkara ini dan mahu menghentikannya," kata Kodashima yang menyebut kes seorang lelaki yang ditangkap ketika cuba memecahkan sebuah mesin juruwang automatik (ATM).
Beliau berpendapat penduduk mencuri kerana ketiadaan makanan dan wang tetapi mangsa bencana mendakwa, semakin ramai orang luar datang ke kawasan pantai timur laut untuk mengambil kesempatan daripada situasi tidak menentu dan kemusnahan yang berlaku. - AFP/Deen
16 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - TRIPOLI 20 Mac - Tentera Amerika Syarikat (AS), Britain dan Perancis membedil Libya dengan peluru berpandu Tomahawk dan serangan udara secara besar-besaran sehingga ke awal pagi ini, mencetuskan kemarahan Muammar Gaddafi yang mengisytiharkan seluruh Mediterranean sebagai 'medan pertempuran'.
Kapal-kapal perang Amerika dan kapal selam Britain melancarkan sekurang-kurangnya 110 peluru berpandu Tomahawk ke Libya mulai semalam, dalam campur tangan Barat yang terbesar di dunia Arab sejak serangan AS dan sekutunya ke atas Iraq pada 2003, kata tentera AS.
Televisyen kerajaan Libya berkata, 64 orang terbunuh dan 150 lagi cedera dalam serangan udara tentera bersekutu itu, termasuk gelombang serangan baru ke atas ibu negara, Tripoli awal hari ini.
Pegawai Pentagon, Laksamana William Gortney memberitahu wartawan, peluru berpandu itu 'mengenai lebih 20 sistem pertahanan udara bersepadu dan kemudahan pertahanan udara lain di darat'.
Serangan itu dilancarkan dua hari selepas resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan sokongan Liga Arab meluluskan tindakan ketenteraan bagi menghalang tentera Gaddafi daripada menghancurkan pemberontakan terhadap pemerintahan autokratik pemimpin Libya itu.
Wartawan AFP berkata, bom-bom digugurkan awal hari ini dekat ibu pejabat Gaddafi di Tripoli, Bab al-Aziziyah, dibalas oleh tentera Libya dengan bedilan antipesawat udara yang berlarutan selama 40 minit.
Televisyen kerajaan sebelum itu berkata, beratus-ratus orang berkumpul sebagai perisai manusia di Bab al-Aziziyah dan di lapangan terbang antarabangsa Tripoli.
Serangan tentera bersekutu itu bermula pada 1645 GMT semalam (12.45 malam tadi waktu Malaysia) dengan serangan jet pejuang Perancis ke atas sebuah kenderaan yang dikatakan dinaiki oleh tentera pro-Gaddafi.
Gaddafi dalam mesej ringkas yang disiarkan oleh televisyen kerajaan mengutuk serangan itu sebagai 'keganasan tentera salib yang kejam dan tidak wajar'.
Beliau berikrar akan melancarkan serangan balas ke atas kedudukan tentera dan awam di Mediterranean, rantau yang telah bertukar menjadi 'medan pertempuran sebenar'. - AFP/Deen
16 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 20 Mac: PAS mengajak seluruh rakyat Sarawak melakukan perubahan bersama-sama dengan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak pada kali ini.
"Kita semua sudah sedia maklum bahawa saat yang dinantikan dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak telah pun diketahui," ujar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Beliau berkata, sejak berbulan lamanya PAS telah pun menggerakkan jentera parti dalam menyediakan petugas, ahli dan penyokong bagi berhadapan dengan Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak yang bakal tiba nanti.
"Sehubungan dengan pembubaran ini, maka saya menyeru kepada seluruh pimpinan PAS Pusat, jentera Pilihanraya Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di Sarawak dan negeri-negeri yang akan membantu agar mula turun ke gelanggang dengan petugas-petugas anak tempatan yang penuh bersemangat untuk melakarkan sejarah baru bagi melakukan perubahan bersama rakyat Sarawak," katanya yang juga ahli Parlimen Marang.
Petugas parti juga, ujarnya perlulah meneliti dan mengikuti arahan pimpinan di peringkat masing-masing supaya dapat bertugas dengan efisyen nanti.
Beliau menambah, selain dari cita-cita untuk menempah kerusi pertama dari bumi Sarawak ini, jadikanlah medan kali ini sebagai suatu wasilah dakwah dan seterusnya melakukan tajdid terhadap persepsi politik rakyat Sarawak yang dahagakan kepimpinan yang akan membawa mereka jauh lebih baik dari kepiminan BN yang ada pada hari ini.
"Cukuplah kita melihat keengganan Ketua Menteri yang ada sekarang ini untuk berundur dari jawatannya dengan alasan ketiadaan pimpinan yang mampu dan selayaknya bagi menggantikan diri beliau sebagai suatu petaka besar kepada rakyat Sarawak," katanya.
Menurutnya lagi, selama puluhan tahun memerintah di Sarawak, BN masih gagal melahirkan pemimpin pelapis yang mampu untuk melakukan perubahan kepada nasib rakyat Sarawak, jauh sekali dari berkhidmat dengan penuh jujur kepada rakyat.
Kesimpulannya, kata beliau ialah BN sememangnya telah memperjudikan nasib rakyat Sarawak yang amat dahagakan perubahan menyeluruh dalam sistem pentadbiran kerajaan, 'deliverable' terhadap rakyat, menyebabkan rakyat di luar bandar telah dipinggirkan selama puluhan tahun ini.
"Hakikatnya ialah, kepelbagaian etnik dan budaya yang ada di Sarawak adalah merupakan aset yang sangat penting dalam melahirkan sebuah Sarawak baru yang lebih baik dari keadaan di bawah BN selama ini," katanya. - HD/Deen
Sekali lagi PAS Kawasan Bukit Gantang mengadakan siri penerangan. Bermula pada 22 Mac ini dan 25 Mac ini ,Pas Kawasan Bukit Gantang menggempur daerah mengundi Bukit Gantang.
Ceramah penerangan 22 Mac ini ,bertempat di Markaz bersama PAS Pekan Bukit Gantang. Ceramah bermula 9.30 malam. Menampilkan penceramah Sdr Mazlan Aliman,Pengerusi NGO Anak dan Sdr K.Y.Tiang AJK PAS Perak.
Sementara itu 25 Mac ini Ceramah DS Nizar di Markaz Pas Kampung Pauh ,Bukit Gantang.UMNO dikatakan sudah mula menyerang PAS di Bukit Gantang.
Justeru itu PAS mengadakan gerak gempur siri penerangan dalam Parlimen Bukit Gantang untuk menerang kenapa pengundi dan penduduk perlu meninggalkan UMNO.
CERAMAH PAKATAN RAKYAT Tarikh : 23 Mac 2011 (RABU) Masa : 9 mlm Tempat : No 18, Lot 3071, Kg Rembang Panas, Senaling, Kuala Pilah Penceramah : Mazlan Aliman Shamsul Iskandar Md Akin Zulkefly Mohamad Hj Omar
JAMUAN MAKAN MALAM DAP CAWANGAN BENTAYAN 2011 YB Gwee Tong Hiang selaku Pengerusi DAP Cawangan Bentayan telah menganjurkan Majlis Jamuan Makan Malam pada malam Ahad 20 March 2011 di Yong Sheng Banquet Hall, Bakri. Majlis diserikan dengan kehadiran tetamu khas YB Nga Kor Ming, dan Ketua Publisiti DAP Malaysia serta ADUN - ADUN Pakatan Rakyat Johor iaitu YB Dr Mohammad Taslim (Maharani), YB Dr Sheikh Ibrahim Salleh (Sg Abong) , YB Ong Kow Ming (Senai) dan Ahli Parlime Bakri, YB Er Teck Hwa. Majlis tersebut mendapat sambutan hangat daripada penduduk setempat, ahli-ahli dan penyokong Pakatan Rakyat.Lebih 2000 orang hadir malam tersebut.
YB Dr Mohammad disambut mesra oleh Tuan Rumah, YB Gwee Tong Hiang.
Tarian Singa menyambut kehadiran tetamu
YB Dr Mohammad bersama tetamu khas.
Ucapan daripada YB Dr Mohammad
Tetamu memenuhi Dewan Banquet
YB Dr Mohammad berucap
Ucapan Tetamu Khas YB Nga Kor Ming mengagumkan
Tetamu dari PAS DUN Maharani
Tetamu dari PAS Bakri
Tetamu bersama AJK DAP Bentayan
Gambar kenangan bersama pemimpin
Mesra.......YB Dr Sheikh Ibrahim dan YB Gwee
YB Ngabersama YB Er dan Ketua Publisiti DAP Malaysia
KUALA LUMPUR, 20 Mac : PAS mengajak seluruh rakyat Sarawak melakukan perubahan bersama-sama dengan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak pada kali ini.
"Kita semua sudah sedia maklum bahawa saat yang dinantikan dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak telah pun diketahui," ujar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Beliau berkata, sejak berbulan lamanya PAS telah pun menggerakkan jentera parti dalam menyediakan petugas, ahli dan penyokong bagi berhadapan dengan Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak yang bakal tiba nanti.
"Sehubungan dengan pembubaran ini, maka saya menyeru kepada seluruh pimpinan PAS Pusat, jentera Pilihanraya Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di Sarawak dan negeri-negeri yang akan membantu agar mula turun ke gelanggang dengan petugas-petugas anak tempatan yang penuh bersemangat untuk melakarkan sejarah baru bagi melakukan perubahan bersama rakyat Sarawak," katanya yang juga ahli Parlimen Marang.
Petugas parti juga, ujarnya perlulah meneliti dan mengikuti arahan pimpinan di peringkat masing-masing supaya dapat bertugas dengan efisyen nanti.
Beliau menambah, selain dari cita-cita untuk menempah kerusi pertama dari bumi Sarawak ini, jadikanlah medan kali ini sebagai suatu wasilah dakwah dan seterusnya melakukan tajdid terhadap persepsi politik rakyat Sarawak yang dahagakan kepimpinan yang akan membawa mereka jauh lebih baik dari kepiminan BN yang ada pada hari ini.
"Cukuplah kita melihat keengganan Ketua Menteri yang ada sekarang ini untuk berundur dari jawatannya dengan alasan ketiadaan pimpinan yang mampu dan selayaknya bagi menggantikan diri beliau sebagai suatu petaka besar kepada rakyat Sarawak," katanya.
Menurutnya lagi, selama puluhan tahun memerintah di Sarawak, BN masih gagal melahirkan pemimpin pelapis yang mampu untuk melakukan perubahan kepada nasib rakyat Sarawak, jauh sekali dari berkhidmat dengan penuh jujur kepada rakyat.
Kesimpulannya, kata beliau ialah BN sememangnya telah memperjudikan nasib rakyat Sarawak yang amat dahagakan perubahan menyeluruh dalam sistem pentadbiran kerajaan, 'deliverable' terhadap rakyat, menyebabkan rakyat di luar bandar telah dipinggirkan selama puluhan tahun ini.
"Hakikatnya ialah, kepelbagaian etnik dan budaya yang ada di Sarawak adalah merupakan aset yang sangat penting dalam melahirkan sebuah Sarawak baru yang lebih baik dari keadaan di bawah BN selama ini," katanya.
NAMPAK TAK ? LEPAS JUMPA NAJIB BARU KEJADIAN LIWAT BERLAKU ! 24 JUN 2008 SAIFUL JUMPA NAJIB & ROSMAH 26 JUN 2008 SAIFUL DAKWA DILIWAT 28 JUN 2008 SAIFUL BUAT LAPORAN POLIS
SEJAK dari awal pertuduhan terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah konspirasi jahat Umno-Barisan Nasional semata-mata.
Umno-BN hanya mahu membunuh karektor peribadi Anwar, memalukan beliau dan menganiaya beliau dengan suatu pertuduhan yang jahat dan zalim.
Apabila kes liwat ke-2 berlaku, wujud tanggapan pihak-pihak tertentu yang menunjukkan keraguan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Mereka menerima kes liwat pada tahun 1998, tetapi ada antara mereka yang meragui Anwar selepas didakwa oleh Saiful yang menampilkan diri sebagai ikhlas, suci, dahi hitam dan bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta.
Namun selepas perbicaraan berlangsung, semua konspirasi dan kedangkalan Umno-BN terbongkar, kejahatan Saiful mula terlondeh satu persatu.
Media talibarut Umno-BN menyembunyikan fakta sebenar. Menyembunyikan apa yang berlaku di mahkamah. Menutup segala ruang yang mendedahkan kejahatan pemimpin Umno dan hanya melaporkan laporan berat sebelah.
Anwar digambarkan sebagai pelaku seks songsang yang ganas. Didedah kononnya berlaku seks oral, penetrasi liwat melalui punggung dan sebagainya.
Anwar dan keluarga dimalukan dalam episod jahat yang memualkan, gara-gara kerakusan kuasa pemimpin Umno-BN.
Kejahatan mereka untuk menyembunyikan fakta akhir gagal ditutup dengan keterangan di mahkamah. Beberapa fakta besar yang dibongkar di mahkamah mendedahkan semua kedangkalan Umno-BN.
Pertama, menerusi keterangan pegawai penyiasat polis, Superitendan Jude Blacious Pereira jelas membuktikan pembabitan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Najib dan Rosmah seringkali menafikan pembabitan mereka, kononnya pertuduhan liwat hanyalah antarta masalah bekas kakitangan dan majikan.
Kerajaan dan Umno-BN tidak ada kena mengena kata Najib. Okay, itu dakwaan Najib, jika mereka berdua tidak ada kena mengena, mengapa pihak polis mengambil keterangan dari keduanya?
Supt Jude cuba mengelak untuk menyebut nama Najib dan Rosmah, tetapi selepas ditekan peguam Karpal Singh, beliau memperakui menyoal siasat Rosmah dan Najib dalam kes liwat.
Hari ini rakyat mahu tahu mengapa Najib dan Rosmah menemui Saiful pada 24 Jun 2008, manakala kejadian liwat didakwa berlaku pada 26 Jun?
Kemudian Saiful membuat laporan polis dan pemeriksaan doktor pada 28 Jun 2008. Apa kaitan kedua mereka dalam kes ini dan apakah keduanya menjadi perancang utama untuk memerangkap Anwar?
Najib dan Rosmah harus disapina ke mahkamah untuk digrill peguam Karpal.
Fakta kedua lebih mengejutkan. Dibongkar di mahkamah, terdapat sepuluh sampel profail DNA (Deoxyribo Nucleic Acid) yang berbeza pada rektum Saiful.
Wujud persoalan, jika Saiful seorang pendakwa yang genuine, apakah penjelasan yang harus beliau berikan dengan penemuan banyak spesimen DNA yang berbeza dalam usus beliau?
Yang media talibarut Umno-BN hebohkan adalah mengenai penemuan DNA yang ditanda lelaki Y (male Y) yang hendak dipadankan dengan Anwar. Namun segala spesimen yang didakwa milik male Y, yang diperolehi dari tuala Good Morning dan berus gigi ditolak oleh mahkamah.
Apa pula jawapan Umno-BN terhadap wujudnya spesimen male (lelaki)lain yang ditanda X, Z dan sebagainya? Ia milik siapa? Persoalan yang ditanya hari ini adalah, apakah Saiful seorang yang bersih atau dia memang kaki b****t?
Masalah besar yang dihadapi Umno-BN dalam kes ini antaranya adalah, apabila Saiful mendakwa membuat pemeriksaan doktor pada 28 Jun, bermakna pada waktu itulah duburnya diperiksa dan spesimen DNA yang didakwa milik Anwar diambil. Iaitu pada 28 Jun.
Tetapi mengapa sampel DNA yang dikatakan milik Anwar, disimpan dalam almari (tidak di dalam peti sejuk), oleh Superitendan Polis, Jude Blacious Prereira, ditanda pada 26 Jun 2008? Bagaimana spesimen itu boleh wujud dua hari lebih awal?
Isu yang ketiga adalah isu proforma atau laporan doktor setebal 18 muka surat, yang didakwa di dalamnya terdapat laporan mengenai dakwaan liwat.
Sebelum proforma doktor ini dikemukakan di mahkamah, Saiful mendakwa beliau telah diliwat oleh Anwar, tetapi dalam proforma yang ditulis oleh doktor tercatat di dalamnya perkataan attempt sodomy (percubaan meliwat).
Jelas di sini, dakwaan Saiful bercanggah dengan laporan perubatan doktor.
Perkara lain yang menimbulkan keraguan kepada proforma tersebut adalah tiga tulisan tangan yang berbeza. Bermakna ada kemungkinan ada tiga doktor yang menulis laporan perubatan tersebut.
Namun peguam Karpal berjaya membongkar salahlaku pihak terbabit di mahkamah, apabila dua orang doktor mengakui tulisan tangan mereka (dalam laporan proforma) hanya meliputi dua atau tiga muka surat sahaja.
Maka sekali lagi dipersoalkan, siapakah yang mengisi berbelas-belas laporan proforma doktor yang ditulis secara tulisan tangan?
Apabila dipadankan tulisan tangan dan laporan di mahkamah, maka sekali lagi dikejutkan bahawa orang yang mengisi laporan proforma terbabit adalah Supt Jude.
Apa punya gila sistem negara kita? Mengapa polis boleh mengambil alih tugas doktor untuk menulis laporan perubatan?
Semua keterangan ini hanya menunjukkan bahawa usaha Umno-BN untuk memerangkap Anwar, diadakan secara tergesa-gesa dan kelam kabut.
Sebab itu mereka menekan hakim supaya menafikan access peguam Anwar kepada segala dokumen pertuduhan terhadap beliau. Butiran dan segala keterangan yang mendakwa Anwar disembunyikan.
Sekali lagi dipersoalkan, jika pertuduhan terhadap Anwar sahih pada Umno-BN, kenapa hendak takut berikan dokumen pertuduhan terhadap beliau? Anwar kena tuduh, beliau berhak mengetahui butiran pertuduhan. Hanya 'pondan Siam' sahaja yang 'baling batu sembunyi tangan'.
Banyak lagi aspek-aspek teknikal yang boleh dipertikaikan. Semuanya merumuskan bahawa hujah pihak Umno-BN untuk mendakwa Anwar sebagai seorang peliwat sudah tumpul dan dimatikan.
Sebaliknya, yang terbongkar hanyalah konspirasi jahat Umno-BN untuk menganiaya Anwar. Sekali lagi rakyat akan menyaksikan Anwar dizalimi oleh Umno-BN dan PM Najib nampaknya seolah-olah mahu mengikuti jejak Dr Mahathir Mohamad.
Hakikatnya tuduhan terhadap Anwar hanyalah palsu. Tidak ada kes. Ia harus ditarik balik dan dibakul sampahkan.
Apa yang dilakukan Umno-BN terhadap Anwar hanyalah menambah kebencian rakyat dan keinginan rakyat meluap-luap untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Najib seberapa segera.
Kenapa tak kata wanita Islam wajib pakai tudung, wanita dan pemimpin wanita Islam berdosa kalau berjabat tangan denga bukan muhram apa lagi bersentuh pipi dengan artis lelaki. Kenapa tak kata adat ancak yang dilakukan Menteri Besar UMNO itu haram lagi syirik?
Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh?
Beliau berkata Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.
Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.
Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid.
Ini adalah satu-satunya kes akad nikah dalam masjid yang dilakukan baginda, kata pendakwah itu hari ini ketika diminta mengulas keghairahan umat Islam ketika ini menjadikan masjid sebagai tempat akad nikah kerana menganggap ia lebih berkat.
Ahmad berkata adalah lebih baik akad nikah dilakukan di rumah pengantin.
Buat pertama kalinya tiba-tiba Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud akhirnya melakarkan jadual dan perancangan awal sebelum beliau menyerahkan pentadbiran kepada kepimpinan baru.
Mungkinkah beliau akan berbuat demikian dalam tempoh 2 1/2 tahun dari sekarang? Sanggupkah beliau selepas mengumumkan pada Sabtu yang beliau akan mengetuai Barisan Nasional (BN) Sarawak dalam pilihan raya negeri ke-10 dan akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Balingian buat kali terakhir?
Lakaran kelakar adalah janji beliau sewajarnya disahut oleh timbalannya dan orang bawahannya agar disegerakan sepertimana Muhyiddin gesa Pak Lah agar segera berundur begitu juga bagaimana MIC gesa Samy Velu segerakan letak jawatan. Kalau lihat stail Samy Velu beliau memang dah letak jawatan tapi dilantik oleh BN sebagai jawatan bertaraf menteri pula.
Taib beri alasan bahawa beliau akan terus menerajui negeri kununnya untuk memastikan "pemimpin baru" dikenal pasti dan beliau ikhlas berundur apabila beliau berpuas hati yang pemimpin baru boleh bekerjasama dengan baik.
Taib yang berumur 75 tahun dah telah menerajui PBB sejak 26 Mac 2011 berkata beliau serius mencari pemimpin untuk menerajui parti, akan membubarkan Dewan Undangan Negeri pada Isnin, lima hari sebelum genap 30 tahun beliau menjadi ketua menteri.
Buat masa ini Taib dikatakan sedang fokus kepada barisan pemimpin kanan masa kini di mana Timbalan Presiden I Tan Sri Alfred Jabu, Timbalan Presiden II Datuk Amar Abang Johari TunOpeng dan Naib Presiden Kanan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.
SHAH ALAM: Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin, secara sinis mencadangkan kerajaan supaya menghantar barisan menteri, termasuk Datuk Seri Noh Omar menjalani kursus perakaunan. Beliau berkata demikian mengulas reaksi beberapa pemimpin Umno, termasuk Noh Omar selaku Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri itu yang mendakwa kos majlis makan malam yang ditanggung Yayasan Selangor, berjumlah RM800,000. "Rata-rata nampaknya pemimpin UMNO walaupun telah menjadi Menteri tidak mempunyai pengetahuan dalam perakaunan. Justeru mereka gagal memanfaatkan laporan audit yang kita bentang. Mereka gagal memahami apa yang dikatakan belanjawan, keuntungan dan kerugian serta aliran tunai dalam satu-satu akaun. "Kita suka mencadangkan agar kerajaan pusat menghantar mereka menjalani kursus perakaunan agar lebih memahami akan selok belok akaun dan tadbir urus kewangan," ujarnya dalam satu kenyataan media hari ini. Menurut Faekah, kos sebenar majlis makan malam berkenaan hanya lah RM300, 000 dan kos yang disebut Noh Omar adalah jumlah kos keseluruhan program sambutan 40 tahun yayasan itu. Katanya lagi, defisit yang berlaku dalam kewangan YS bukan berlaku dalam tempoh setahun atau sekelip mata sebaliknya akibat pengurusan dan pemantauan buruk ketika pentadbiran kerajaan negeri Umno-Barisan Nasional. "Pakatan Rakyat berdepan tugas berat dalam memperbaiki kesilapan yang terkumpul sejak 52 tahun lalu untuk memastikan semua syarikat kerajaan termasuk Yayasan Selangor diurus dengan baik," katanya lagi. Tambah beliau, pimpinan Umno Selangor seharusnya kagum dengan kejayaan kerajaan negeri yang berani mendedahkan laporan kewangan Yayasan Selangor yang tidak diaudit selama lima tahun di bawah Umno-BN. "Kita cabar Kerajaan Pusat agar memulakan tindakan tersebut kerana bukan sahaja gagal membentangkan belanjawan yang seimbang sejak 12 tahun yang lalu malah terdapat terlalu banyak kepincangan yang disumbat di bawah kapet. "Mendesak Tan Sri Dato' Seri Khalid Ibrahim, mengambil tanggungjawab dengan meletakkan jawatan, mereka berkata seolah-olah mereka tidak mempunyai cermin," sinis beliau. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=9319
SHAH ALAM: Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin, secara sinis mencadangkan kerajaan supaya menghantar barisan menteri, termasuk Datuk Seri Noh Omar menjalani kursus perakaunan. Beliau berkata demikian mengulas reaksi beberapa pemimpin Umno, termasuk Noh Omar selaku Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri itu yang mendakwa kos majlis makan malam yang ditanggung Yayasan Selangor, berjumlah RM800,000. "Rata-rata nampaknya pemimpin UMNO walaupun telah menjadi Menteri tidak mempunyai pengetahuan dalam perakaunan. Justeru mereka gagal memanfaatkan laporan audit yang kita bentang. Mereka gagal memahami apa yang dikatakan belanjawan, keuntungan dan kerugian serta aliran tunai dalam satu-satu akaun. "Kita suka mencadangkan agar kerajaan pusat menghantar mereka menjalani kursus perakaunan agar lebih memahami akan selok belok akaun dan tadbir urus kewangan," ujarnya dalam satu kenyataan media hari ini. Menurut Faekah, kos sebenar majlis makan malam berkenaan hanya lah RM300, 000 dan kos yang disebut Noh Omar adalah jumlah kos keseluruhan program sambutan 40 tahun yayasan itu. Katanya lagi, defisit yang berlaku dalam kewangan YS bukan berlaku dalam tempoh setahun atau sekelip mata sebaliknya akibat pengurusan dan pemantauan buruk ketika pentadbiran kerajaan negeri Umno-Barisan Nasional. "Pakatan Rakyat berdepan tugas berat dalam memperbaiki kesilapan yang terkumpul sejak 52 tahun lalu untuk memastikan semua syarikat kerajaan termasuk Yayasan Selangor diurus dengan baik," katanya lagi. Tambah beliau, pimpinan Umno Selangor seharusnya kagum dengan kejayaan kerajaan negeri yang berani mendedahkan laporan kewangan Yayasan Selangor yang tidak diaudit selama lima tahun di bawah Umno-BN. "Kita cabar Kerajaan Pusat agar memulakan tindakan tersebut kerana bukan sahaja gagal membentangkan belanjawan yang seimbang sejak 12 tahun yang lalu malah terdapat terlalu banyak kepincangan yang disumbat di bawah kapet. "Mendesak Tan Sri Dato' Seri Khalid Ibrahim, mengambil tanggungjawab dengan meletakkan jawatan, mereka berkata seolah-olah mereka tidak mempunyai cermin," sinis beliau. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=9319
Buku yang menjadi kebanggaan Mahathir kini telah dijual macam goreng pisang panas sebanyak 10 000 naskah yang menyatakan kisah benar yang belum lagi dipaparka oleh Mantan PM "Mudah Lupa" ini.
Namun apabila di baca dan diteliti buku yang dianggap hebat ini adalah senaskah buku yang dianggap oleh para penganalisa buku sebagai suatu penulisan daif dan hanya mampu mengwujudkan perpecahan dan sikap benci membenci dikalangan masyarakat negara ini.Lantas seolah-olah Dr Mahathir pula cuba menulis sejarah baru dengan "memperbetulkan" hikayat hidupnya yang sedia diketahui umum.
Buku yang lebih banyak memaparkan keburukan individu untuk dijadikan bahan cemuhan dan kebencian masyarakat dilihat tidak langsung mampu menyelesaikan masalah ummah dan memberikan kesedaran kepada para pembaca.
Fakta-fakta yang dinyatakan banyak yang bercanggah,seperti kes pertemuan Mantan PM ini dengan Bekas Presiden Singapura,dimana tarikh perjumpaan tersebut menjadi bahan tertawa masyarakat kerana semasa itu Bekas Presiden Benjamin Henry Sheares telah pun meninggal mengikut rekod akbar The Straits Times Singapura,
Ku Li dalam satu kenyataan menegaskan: "Sekali lagi saya dituduh membawa parti ke mahkamah. Saya juga dituduh terlibat dalam politik wang semasa pemilihan parti dalam tahun 1987." Bekas Menteri Kewangan yang ditewaskan hanya dengan 43 undi oleh Dr Mahathir menegaskan beliau tidak mempunyai wang untuk tujuan membeli undi ketika pemilihan paling sengit dalam sejarah Umno itu. "Saya tidak ada kroni. Sebenarnya, saya menentang politik wang. Allah Maha Mengetahui bahawa saya tidak pernah membuat segala perkara itu," tambahnya.
"Menipu secara politik datang melalui media dan ada kalanya dengan menulis buku memoir," kata Ku Li lagi. Dr Mahathir juga sudah dapat menjangkakan bahawa sidang sembilan hakim hanya akan membatalkan pemilihan umno pada April 1987 tetapi akan "menghidupkan" kembali Umno. Oleh itu, Dr Mahathir harus bertembung sekali lagi dengan Ku Li. Mood ketika itu memang menyukarkan Dr Mahathir mempertahankan kemenangan tipisnya. Kalah sebagai presiden parti akan menggugurkan kelayakannya sebagai perdana menteri.
Ketika itulah timbulnya idea untuk memecat Tun Salleh, sekali gus membatalkan arahan bagi diadakan sidang sembilan hakim. Langkah pertama adalah dengan menaikkan pangkat Harun Hashim daripada hakim Mahkamah Tinggi kepada hakim Mahkamah Agung. Sekali lagi Dr Mahathir mendakwa kebebasan kehakiman masih wujud di Malaysia apabila hakim yang mengharamkan Umno pun dinaikkan pangkat, sedangkan realitinya ia bagi menggagalkan arahan Tun Salleh dan menyelamatkan karier politik Dr Mahathir.
Seterusnya,cerita bagaimana beliau berjumpa dengan 3 wanita yang ada hubungan dengan DSAI dan menceritakan segala kisah jijik DSAI di dalam bukunya,mungkin ini sesuatu yang beliau anggap hebat...tetapi kesan mengaibkan individu kalau difahami dalam islam,sudah pasti beliau tidak akan sanggup menulis walaupun kisah tersebut suatu rekaan atapiun benar-benar berlaku.
Malah sebagai seorang Mantan PM yang disegani dan berakhlak,beliau sepatutnya tidak akan mengaibkan individu lain untuk tatapan dan cemuhan generasi yang akan datang,sekiranya beliau kembali kepada Allah maka segala dosa fitnah dan mengaibkan individu tersebut akan berterusan ditanggung dengan azab yang pedih di akhirat kelak...nauzubillah...
Betapa untungnya rakyat Malaysia bila pembangkang kuat, maka manfaat akan melimpah kepada rakyat bawahan. Pembangkang yang kuat akan menjadi kuasa pengimbang kepada kerajaan BN. Terbaru Datuk Seri Najib Tun Razak telah meluluskan peruntukan untuk membina 10 000 rumah orang susah dengan setiap rumah diberikan peruntukan RM5000, ia melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM50 juta.
Ini adalah agenda untuk menyantuni rakyat sebagai halwa pilihanraya yang semakin hampir. Alangkah baiknya jika dana untuk rakyat digunakan dengan baik, maka tidak timbul peruntukan untuk 10 000 rumah yang daif perlu dibaiki. Kesemuanya ini terjadi kerana wang dana orang miskin RM32 juta lesap ditelan oleh taukeh cina Ooi Kee Siang seorang tauke pokok orkid di zaman Tan Sri Annuar Musa menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar. Begitu juga saham bumiputera RM52 bilion lesap di tangan penguasa yang rakus sehingga rakyat menjadi susah. Kayu ukurnya hampir 54 tahun merdeka kehidupan rakyat terutama di Sabah dan Sarawak seperti 10 tahun mencapai kemerdekaan, walaupun hasil mahsul di perut bumi begitu kaya.
Memang pemimpin Umno suka rakyat miskin, supaya senang menjadi umpan pilihanraya. Sepatutnya pemimpin umno kena malu kepada rakyat, walaupun hampir 54 tahun merdeka masih terdapat 10 000 rumah yang daif yang perlukan bantuan untuk di perbaiki.
Pengalaman saya berada di Miri melihat kawasan perumahan di Kampung Pasir, terletak di belakang pejabat Petronas Cari Gali Miri. Penduduk yang tidak ada letrik terpaksa menggunakan generator sendiri dengan kos setiap bulan melebihi seratus ringgit setiap rumah. Kawasan yang diduduki hampir 30 tahun, majoriti mereka ialah masyarakat Iban. Saya dimaklumkan setiap kali pilihanraya maka dijanji bermacam-macam oleh calon BN, selepas menang muka tidak nampak. Inilah watak yang diskimakan dalam budaya kepimpinan BN seluruh negara iaitu memperalatkan kemiskinan.
PAS mengharapkan supaya rakyat yang diberi bantuan untuk membaiki rumah jangan ada diskriminasi politik kepartian dan jangan ada unsur ugutan supaya memangkah BN. Berilah kepada yang berhak, bukan diberikan kepada kroni BN semata-mata. PAS mengharapkan seluruh jentera parti Pakatan rakyat akan pantau projek ini supaya tidak wujud pilih kasih, kerana wang ini ialah wang rakyat bukan wang Umno BN.
Tuan Yang Dipertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, pertama-tama saya bersama dengan rakan-rakan, Ahli-ahli Parlimen seluruhnya sama ada di pihak kerajaan ataupun Pakatan Rakyat mengucapkan takziah kepada negara Jepun, kerajaan dan rakyat di atas bencana alam tsunami yang menimpa negara tersebut.
Bagi melahirkan simpati kepada mangsa dan negara yang ditimpa bencana itu, adalah baik pihak kerajaan menghantar rombongan kemanusiaan sebagai simbolik simpati kemanusiaan walaupun kita menyedari negara Jepun mempunyai kemajuan dan kemampuan teknologi dan tenaga manusia untuk menangani dan mengatasi bencana yang menimpa mereka. Akan tetapi sifat-sifat kemanusiaan mengatasi perbezaan kaum dan agama perlu diserlahkan dengan cara yang nyata dan terbuka melalui penghantaran rombongan tersebut.
Seterusnya saya ingin menyertai perbahasan Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya hendak memberi penekanan kepada perkara-perkara pokok dan dasar yang diucap dan dititahkan.
Baginda menegaskan supaya semua pihak menjunjung kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan. Kedaulatan Raja-raja Melayu, kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, kedudukan istimewa orang-orang Melayu serta anak negeri Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain, meliputi hal kewarganegaraan dan hak asasi sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Hendaklah tidak dipersoalkan bagi mengelak perpecahan. Amaran supaya langkah diambil bagi mengelak perpecahan, menandakan di sana ada tanda-tanda negatif yang tidak sihat, yang boleh menjejaskan kewibawaan negara yang berdaulat yang berasaskan kepada Perlembagaan tersebut.
Kita perlu menyedari betapa Perlembagaan masih lagi mengalami kelemahan-kelemahan yang perlu dibaiki. Berhajat kepada pindaan.
Kita menyedari sejarah Perlembagaan dilahirkan daripada Suruhanjaya Reid. Mereka yang terlibat di dalam menggubal Perlembagaan itu tidak ada seorang pun daripada anak negeri ini.
Oleh kerana itu masih banyak perkara yang perlu dikaji semula, melakukan muhasabah dengan menyedari bahawa di dalam Perlembagaan itu sudah disebut perkara-perkara yang menjadi rukun, tonggak kepada negara yang sangat penting.
(i) Islam agama Persekutuan;
(ii) keluhuran Perlembagaan; dan
(iii) kedaulatan undang-undang, kedaulatan Raja-Raja, hak istimewa Melayu dan bumiputera, hak bangsa lain.
Akan tetapi mengapa masih wujud gejala-gejala yang menyebabkan Baginda telah menyampaikan titah amaran tersebut? Bagi orang Islam dan rakan-rakan yang bukan Islam menyedari kedudukan Melayu, orang Islam di dalam negara ini adalah golongan majoriti yang semua pihak, kaum lain menerima hakikat bahawa Melayu yang beragama Islam adalah majoriti yang berada di dalam tonggak kepimpinan negara. Soalnya sejauh mana Islam dapat menjadi roh kepada perlembagaan. Apa yang berlaku, kefahaman kita terhadap Islam itu sendiri masih lagi terlalu sempit, masih lagi belum merdeka, masih lagi dijajah.
Perlembagaan tiada roh Islam
Kita tidak menjadikan Islam sebagai agama yang menangani cara hidup termasuk kepada negara dan segala amalannya menyebabkan Perlembagaan kita tidak ada roh. Kita perlu menyedari perbezaan amalan negara yang berasaskan kepada Islam dengan negara yang lain.
Ini kerana tidak ada pemisahan di antara perhitungan dosa dan pahala dengan amalan negara. Inilah yang diajar oleh Islam. Inilah yang memelihara keadilan yang dapat menyatupadukan rakyat dan memberi hak kepada semua rakyat yang menjalinkan hubungan yang baik di kalangan mereka. Adakah keluhuran Perlembagaan itu masih wujud?
Di sana masih terdapat percanggahan-percanggahan di antara kuasa negeri dan pusat. Bukan sahaja di dalam urusan pentadbiran yang mencelarukan bahkan kadang-kadang di dalam urusan agama Islam itu sendiri. Walaupun dinyatakan di dalam Perlembagaan bahawa bidang kuasa agama yang disebut Enakmen Pentadbiran Agama adalah di bawah kuasa negeri tetapi negeri tidak boleh melaksanakan kuasa agama Islam yang luas kerana bercanggah dengan kuasa Perlembagaan pusat.
Ini menimbulkan kecelaruan di dalam melaksanakan Islam melalui konsep Perlembagaan itu sendiri. Bahkan terdapat percanggahan undang-undang Syariah di kalangan negeri-negeri itu sendiri padahal semua negeri menganut Mazhab Shafie. Sepatutnya diselaraskan, menandakan masih wujud kelemahan di dalam Perlembagaan itu sendiri yang menyebabkan kelemahan kepada urusan pentadbiran agama Islam di negeri-negeri. Ada pun kedaulatan undang-undang, kita melihat kedaulatan undang-undang agak terjejas dengan tidak adanya pemisahan kuasa di antara penggubal undang-undang mahkamah dan pentadbiran.
Masih wujud kecelaruan dan campur tangan, masih wujud sistem keadilan yang tidak stabil dengan cara yang tepat. Peristiwa-peristiwa yang menyayat hati dan boleh memalukan kita. Contohnya Teoh Beng Hock yang mati dalam siasatan dan kes Dato' Seri Anwar Ibrahim yang disebarkan melalui media dengan cara yang memalukan.
Mengikut kaedah perundangan Islam dan kaedah perundangan Islam ini diamalkan oleh undang-undang British kerana orang-orang British ketika menjajah negara umat Islam, mereka bukan sahaja mengumpulkan hasil bumi. Mereka juga mengumpulkan hasil ilmu Islam melalui kitab undang-undang yang dikarang oleh ulama'-ulama' Islam dalam segala mazhab sehingga mereka memakai kaedah orang yang dituduh tidak bersalah selagi tidak disabitkan. Apa yang berlaku hari ini, menunjukkan orang dituduh telah bersalah dan dihukum. Mati dalam tahanan walaupun dia seorang yang bukan Islam. Allah mengajar kita adil kepada semua manusia. Firman Allah SWTyang bermaksud, "Sesungguhnya Allah, menyuruh kamu supaya menyerahkan amanah kepada orang yang adil dapat menunaikannya". Sama ada amanah politik ataupun amanah kehakiman dan pentadbiran. Apabila melakukan urusan hukuman di kalangan manusia tidak disebut Islam dan bukan Islam juga tidak disebut bangsa yang tertentu di kalangan manusia hendaklah berlaku adil. Apa yang berlaku hari ini, kita tidak boleh menunjukkan contoh kebaikan Islam daripada Islam yang kita jadikan sebagai agama persekutuan. Ini satu hal yang perlu disedari oleh pihak kerajaan sebelum banyak lagi perkara buruk yang berlaku. Insiden-insiden undang-undang yang berlaku dalam negara kita.
Kedaulatan Raja-raja, Raja-raja adalah sebahagian daripada negara kita. Nabi kita Muhammad SAW telah meletakkan garis panduan dalam hal ini yang bermaksud, "Apabila Allah mengehendaki keadaan seseorang raja itu menjadi baik, maka Allah jadikan di sisi raja itu menteri-menteri yang benar dan baik. Sekiranya raja itu lupa diperingatkan. Sekiranya raja itu ingat ditolong raja itu. Sekiranya Allah mengehendaki raja itu dalam keburukan maka Allah jadikan di sisinya menteri yang jahat dan bohong. Sekiranya raja itu lupa, tidak diperingatkan. Sekiranya raja itu ingat tidak ditolongnya".
Apa yang berlaku dalam negara ini? Melahirkan pengampu-pengampu kepada Raja-Raja kita. Dia bukan menjadi penasihat yang baik apabila kita merasakan kedudukan kita terancam, defend on Perlembagaan. Perlembagaan bukan untuk memperbaiki Institusi Raja-raja tetapi mendapat kuasa laksana kuasa tikus membaiki labu. Ini keadaan yang berlaku.
Hak istimewa orang Melayu
Hak istimewa orang Melayu, Islam, dan bumiputera diakui oleh semua kaum yang ada dalam negara ini kerana mereka menyedari bahawa majoriti rakyat negara ini adalah orang Melayu Islam dan bumiputera. Kerana menyedari bahawa majoriti orang miskin dan ketinggalan dalam hak berekonomi dan hidup dengan selesa adalah orang Melayu dan bumiputera.
Mereka menyedari hakikat ini, dalam masa yang sama sangat baik. Kita telah letak dalam Perlembagaan. Hak kaum lain juga hendaklah dipelihara, dijaga, dan mengikut Islam sama adil dengan puak orang Islam.
Hak untuk hidup dan juga ekonomi. Oleh kerana jumlahnya Melayu bumiputera lebih besar, maka kita letakkan atasnya. Bahkan kami dalam Pakatan Rakyat atau konvensyen telah memutuskan satu resolusi menerima apa yang termaktub dalam Perlembagaan.
Akan tetapi apa yang merisaukan kita ialah hak istimewa ini tidak dijaga dengan cara yang baik dan betul menyebabkan fanatik kepartian berlaku di dalam parti yang memerintah sendiri. Sepatutnya parti yang memerintah hendaklah menjadi contoh kepada seluruh rakyat.
Para ulama' mengatakan...bermaksud, "Rakyat mengikut langkah pemimpin-pemimpin mereka".
Apa yang berlaku hari ini, hak bumiputera yang dipentingkan ialah Bank Bumiputera yang menyokong Umno dan parti yang memerintah di Sabah dan Sarawak.Kemudian, ditambah lagi kroni-kroni pemimpin yang tertentu.
Dalam parti yang sama pun dinafikan. Ini merupakan kemalangan yang berlaku dalam apa yang disebut dengan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera. Ia tidak dilaksanakan dengan betul.
Saya ingin mengulangi apa yang disebut dalam Dewan ini. Bank Bumiputera yang telah 'meninggal dunia'. Di mana ada Bank Bumiputera di situ ada pejabat Umno. Mengapa Bank Bumiputera telah 'meninggal dunia'? Siapa yang mematikan bumiputera atau pun jadi anak angkat kepada bank lain? Ini kerana pengurusan dan cara yang tidak betul. Apabila kita orang Islam Melayu telah diterima sebagai tunggak kepimpinan negara, apa yang penting kita mesti menunjuk satu contoh yang baik. Modul ajaran Islam yang bersih daripada rasuah dan menyalahgunakan kuasa. Apa yang berlaku hari ini, pimpinan utama Umno sendiri Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menyebut dalam kenyataan yang terbuka bagaimana parti yang memerintah dihujani oleh penyakit rasuah di dalam pemilihan-pemilihan mereka. Bagaimana kita dapat mewujudkan sebuah kerajaan menjadi model mengikut ajaran Islam daripada orang Melayu yang beragama Islam ini?
Sekiranya dalam pemilihan kepimpinan kita berdasarkan kepada politik wang dan politik wang ini diketahui oleh umum. Ia dilakukan dalam masa pilihan raya sehingga rakyat tidak boleh menjadi hakim yang adil.
Demokrasi
Ini kerana mengikut amalan demokrasi yang sebenar rakyat adalah hakim untuk menghukum parti yang memerintah. Sekiranya parti memerintah dalam keadaan yang baik, rakyat terus menyokong. Sekiranya parti yang memerintah dituduh dengan tuduhan yang tidak betul, dia boleh bela dan membersihkan diri. Apa yang berlaku hari ini? Rakyat tidak boleh menjadi hakim yang betul kerana media yang menjadi saksi kepada rakyat untuk pilihan raya untuk membuat laporan yang tidak sepenuh dan berat sebelah. Demokrasi ialah untuk memilih kerajaan yang sihat dan kuat.
Di Amerika tidak selama-lamanya Republican atau Democrat. Di Britain tidak selamalamanya Conservative, Parti Liberal atau Parti Buruh. Mereka bertukar dan beralih bila satu parti mengalami kelemahan dalam kepimpinan negara. Ia didedahkan oleh media. Pemimpin parti memerintah tidak boleh jawab, rakyat hukum dalam pilihan raya dan kepimpinan parti memerintah itu menerima hakikat dia dihukum oleh rakyat. Dia tunggu pulih diri dia, setelah dia baik barulah dia menang pilihan raya balik. Apa yang berlaku dalam negara kita hari ini? Mahu memerintah sehingga nyanyuk dan kiamat walaupun kita mengalami kelemahan-kelemahan.
Apa yang membimbangkan Tuan Yang di-Pertua ialah gejala perpecahan. Perpecahan di dalam masyarakat kerana titah Baginda menyebut tentang perpecahan di kalangan rakyat.
Islam menganjurkan perpaduan, perpecahan perkara biasa berlaku di kalangan manusia kerana mereka mempunyai pandangan-pandangan yang berbeza, tetapi mereka boleh disatukan dengan semangat dan roh yang ada dalam diri mereka. Islam menganjurkan perpaduan di kalangan orang Islam dan perpaduan di kalangan sesama manusia yang berbagai-bagai agama. Ia menganjurkan perpaduan dari semua kalangan ini. Perpaduan di kalangan orang Islam, Allah menyatakan perpaduan mereka ialah dengan tali Allah. Firman Allah bermaksud, "Berpeganglah kamu semua dengan tali Allah, jangan kamu berpecah belah". Perpaduan di kalangan manusia Allah menyatakan bermaksud, "Wahai manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, berbangsa-bangsa, dan berpuak-puak supaya kamu berkenalan di antara satu sama lain".
Perpaduan di kalangan manusia lita'arafu, supaya berkenalan di kalangan manusia dan bertukar-tukar kepentingan di antara satu sama lain.
Dalam sejarah Islam pernah berlaku perbezaan pendapat yang mencetuskan pergaduhan. Akan tetapi boleh disatukan, boleh didamaikan dan boleh diselesaikan walaupun melahirkan berbagai-bagai mazhab, mazhab dalam ilmu fiqah, bahkan mazhab di alam politik.
Kalangan Sunni, Syiah dan Khawarij, ini alam mazhab dalam politik yang lahir di kalangan umat Islam. Ada yang betul dan ada yang salah dalam mazhab ini. Timbulnya gejala perpecahan dalam politik setelah wafatnya Nabi SAW. Quran tidak menentukan siapa penggantinya.
Nabi Muhammad SAW tidak menentukan siapa penggantinya menyebabkan timbul berbagai-bagai pandangan dan mereka bermusyawarah.
Ada kalangan yang mengatakan bahawa ketua negara mestilah dari kalangan Ansar, dari kalangan orang Madinah kerana mereka tuan punya tapak kepada negara Islam yang awal itu. Ada yang mengatakan ketua negara mestilah dari kalangan Ahlul-Bait, keluarga Nabi SAW. Ada yang mengatakan kepimpinan negara mestilah dari kalangan seorang pemimpin yang berwibawa, yang paling kuat pengaruhnya di kalangan rakyat. Akhirnya mereka menerima bahawa kepimpinan negara mestilah dari kalangan yang berwibawa di kalangan rakyat yang mempunyai bangsa yang majoriti yang hebat di kalangan kaum yang ada dalam negara itu.
Ini pendapat umum yang diterima oleh para sahabat Radiallah Anhu walaupun pendapat Ansar menjadi pandangan golongan Khuwarij dan pandangan Ahlul-Bait menjadi pandangan golongan Syiah yang ditolak oleh ilmu politik dan fiqah politik Islam. Tidak dinafikan dan kita telah menerima semangat itu.
Bahkan dalam Perlembagaan ini sudah ada kita meletakkan hak keistimewaan orang Melayu kerana menerima hakikat orang Melayu adalah majoriti orang Islam yang wujud dan diakui oleh kaum lain. Akan tetapi, kita mesti ingat bahawa jati diri orang Melayu dan kewibawaan mereka terletak kepada sejauh mana mereka berpegang dengan ajaran Islam itu.
Allah SWT memberi amaranyang bermaksud, "Jika sekiranya kamu yang berbangsa, yang menganut Islam itu berpaling daripada ajaran Islam, maka Allah menukar kaum yang lain daripada kamu."
Dalam sejarah Islam, yang memimpin pemerintahan bukan sahaja orang Arab, bertukar ke bangsa Kurdish, bertukar ke bangsa Turki dan bangsa-bangsa yang lain apabila bangsa yang telah menganut Islam itu tidak kuat dan kukuh berpegang dengan ajaran Islam. Di sinilah Islam meletakkan kepimpinan, bukan ketuanan.
Ini kerana kita tidak boleh memperhambakan di kalangan rakyat. Kepimpinan boleh beralih. Kepimpinan Melayu hendaklah diwujudkan dengan kita berpegang dengan jati diri yang berlandaskan kepada ajaran Islam. Ini sangat penting. Melayu selamat kalau Islam ditegakkan. Kalau Islam tidak ditegakkan, Melayu akan lebur sebagaimana bangsa lain yang lebur dalam dunia ini.
Allah SWT telah menyebut, bangsa yang mempunyai tamadun yang hebat dalam sejarah manusia, mereka hancur lebur walaupun mempunyai pembangunan yang hebat dengan bangunan-bangunan yang mencakar langit. Firman Allah Taala bermaksud, "Adakah kamu tidak tahu, kamu tidak melihat apa yang telah menimpa kaum 'Ad yang telah mendirikan bandar Iran dengan bangunan-bangunan pencakar langit? Adakah kamu tidak melihat kaum Tsamud yang telah memahat bukit-bukit batu pejal untuk dijadikan bangunan? Adakah kamu tidak melihat kaum Firaun yang mendirikan Piramid, yang mendirikan bangunan Piramid yang hebat dan bala tentera yang ramai apabila mereka telah melakukan fasad, melakukan kejahatan."
Kejahatan itu sama ada maksiat ataupun kezaliman dalam pemerintahan. Maksiat ataupun kezaliman. Kemungkaran berlaku, maka Allah memusnahkan kaum itu walaupun mempunyai pembangunan kebendaan yang sangat hebat.
Tanpa dinafikan bahawa peranan manusia di atas muka bumi bukan sahaja mengabdikan diri kepada Allah, dalam masa yang sama manusia ditugaskan untuk membangunkan bumi dengan pembangunan-pembangunan yang menggunakan bahan-bahan yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka dia atas muka bumi. Akan tetapi untuk melakukan pembangunan itu, hendaklah dibina insan. Dalam ucapan Seri Paduka Baginda disebut pembangunan insan. Akan tetapi, tidak disebut apakah acuan pembangunan insan itu.
Kemusnahan negara-negara yang maju di abad yang lalu dan yang terkini seperti Soviet Union ialah kerana gagal dalam pembangunan insan walaupun mempunyai muka bumi yang luas, kekayaan yang melimpah ruah, pembangunan kebendaan yang begitu hebat, bangunan yang mencakar langit seperti di Dubai sekarang, bangunan pencakar langit banyak tetapi orang tidak ada.
Pembangunan yang tidak berasaskan kepada pembangunan insan dalam erti kata yang sebenar untuk membangunkan insan bukan sahaja mengilmukan mereka dalam bidang sains dan teknologi yang sangat diberi penekanan. Tidak dinafikan bahawa pengilmuan dalam sains dan teknologi adalah penting. Akan tetapi, manusia yang mengendalikan pembangunan sains dan teknologi itu hendaklah dibina roh dan akal mereka. Kalau roh dan akal mereka tidak dibina dengan tepat, maka sains dan teknologi membawa kemusnahan kepada diri mereka sendiri.
Dengan sebab itu maka Islam menganjurkan bahawa bagi membangun diri manusia hendaklah mengikut acuan fitrah, naluri dan sifat semula jadi manusia yang disebut dengan Maqasid al-Syariah, tujuan hukum syariah diturunkan oleh Allah kepada manusia tepat dengan ciri-ciri dan sifat keperluan yang ada bagi diri manusia. Mereka memerlukan enam perkara yang penting:
(i) agama;
(ii) nyawa;
(iii) akal;
(iv) maruah;
(v) keturunan; dan
(vi) harta.
Ini tiga rukun. Dalam kehidupan manusia, manusia tidak boleh hidup dengan tepat, dengan baik sekiranya tidak memenuhi ketiga-tiga rukun ini. Pertama, agama. Islam meletakkan agama menjadi dasar dan payung kepada pembangunan insan. Meletakkan manusia menjadi hamba kepada Allah. Pimpinan negara adalah menunaikan amanah bukannya tuan yang memperhambakan rakyat dan mana-mana kaum. Ini yang diajarkan oleh Islam.
Segala projek pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan memberi kesenangan kepada rakyat hendaklah ditunaikan dengan amanah dan di atas sifat menunaikan amanah, dia tidak boleh berbangga dengan apa yang dia buat dengan hendak menunjuk-nunjuk sahaja ini aku buat, ini aku buat, ini aku buat seolah-olah harta dia, dia yang punya. Apabila merasakan ini dia yang punya, harta dia, maka berlakulah salah guna, berlakulah mengambil kesempatan, berlakulah tidak ada perhitungan dosa dan pahala, berlakulah tidak boleh mengawal tamak dan haloba dalam kegiatan politik dan ekonomi. Pembangunan itu bukan sahaja tidak memberikan kebahagiaan kepada rakyat, bahkan menjadi kemusnahan kepada negara dengan sebab pengurusan ekonomi tidak teratur, perjalanan tidak teratur dengan cara yang baik.
Islam menjadikan agama pengawas kepada kegiatan-kegiatan yang lain. Oleh sebab itu Islam meletakkan perhitungan dosa dan pahala dalam semua tindak-tanduk yang dilakukan oleh manusia. Bukan sahaja di masjid, bukan sahaja atas tikar sembahyang, bukan sahaja di Makkah termasuklah bila dia menjadi ketua negara, menjadi pemimpin negara, di office bergaul dengan rakyat, segala tindak-tanduknya ada kaitan dengan agama. Apa yang berlaku hari ini seolah-olah agama tidak ada kaitan dengan masalah hidup. Kita buat macam-macam, berbagai-bagai langkah, rasuah, menyalah guna kuasa, selepas itu pergi umrah.Selesa dengan itu sahaja, seolah-olah cukup dengan umrah sahaja dengan tidak melakukan muhasabah bahawa semua tindakan adalah dihisab. Bukan umrah itu sahaja.
Ini kerana kita memisahkan agama dengan urusan kehidupan. Kedua menjaga nyawa. Nyawa adalah penggerak kepada anggota yang bertugas bagi diri manusia. Nyawa hendaklah dipelihara dengan cara yang baik. Oleh kerana itu Islam menjadikan hak nyawa bukan sahaja hak Allah Taala termasuk juga hak manusia. Maka Islam meletakkan hukuman qisas dalam memelihara nyawa.
Firman Allah Taala yang bermaksud, "Dan bagi kamu dalam melaksanakan hukuman qisas itu, membawa kehidupan wahai orang-orang yang mempunyai akal fikiran yang betul supaya kamu bertakwa kepada Allah."
Qisas ini yang berkait dengan kesalahan membunuh, termasuklah kesalahan mencederakan dengan sengaja dan tidak sengaja, semuanya ada dalam Islam termasuklah undang-undang kemalangan jalan raya. Berkait dengan qisas. Di mana undang-undang Islam lebih berkonsepkan mendidik bukan untuk mendera dan memungut hasil.
Saman ekor
Apa yang berlaku hari ini contohnya saman ekor. Saman ekor adalah satu undang-undang di atas nama mengapa tidak saman kepala terus? Saman ekor sahaja. Di atas nama hendak mengawal keselamatan jalan raya tetapi undang-undang ini tidak bersifat mendidik lebih bersifat mendera, lebih bersifat mencari duit. Setelah diumumkan ramai yang beratur hendak bayar saman ekor diberitahu berapa juta dapat minggu ini. Termasuklah undang-undang yang berkait dengan dadah. Ini juga undang-undang yang mendidik. Apa yang berlaku hari ini kita gagal dalam menangani masalah dadah. Ini sangat mendukacitakan. Maka perlu dikaji semula, dibawa undang-undang takzir yang mendidik rakyat supaya menangani masalah dadah.
Kesimpulan Tuan Yang Dipertua, sekiranya kita tidak dapat membangunkan insan mengikut acuannya yang tepat, maka kita gagal mencapai matlamat negara yang membangun, mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat, menjadi wawasan kepada umat Islam dan ketamakan manusia seluruhnya. Sekian, terima kasih.
Peserta mula tiba di tapak Program PGU seawal jam 10:00 pagi dalam keadaan hujan renyai2
Berkumpul di Kg Pasir Akar Hulu Besut untuk mengiringi Tok Guru Nik Aziz ke tapak Program PGU di Bandar Jerteh
Bersedia untuk berlepas
Dalam perjalanan
Program Konvoi bermotor ini yang diadakan di Besut ini adalah kesinambungan dari program pertama yang diadakan di Kemaman pada bulan Feb lalu.
Ribuan anak muda dari seluruh Terengganu mula berkumpul seawal Jam 10 : 00 pagi di tapak program Dataran PGU Bandar Jerteh.Seterusnya peserta bertolak ke Kg Pasir Akar Hulu Besut untuk mengiringi Tok Guru Nik Aziz kembali ke tapak Program.
Difahamkan Tok Guru ke Pasir Akar untuk merasmikan Pondok Agama disana.Peserta bertolak mengiringi Tok Guru kembali ke tapak program pada jam 2:00 petang.
P/S VIDEO AKAN MENYUSUL
You are subscribed to email updates from PEMUDA BESUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Tanggal 19 Mac 2011, DPPKS menerusi Lanjnah Tarbiah dan Kepimpinan telah mengadakan satu program yang diberi nama Rehlah Ulfah. Ia adalah program yang diadakan sebagai ganti kepada Tamrin Qiadi yang dirancangkan sebelumnya tetapi tidak dapat dilaksanakan berikutan beberapa masalah termasuk keadaan cuaca buruk yang berterusan akhir-akhir ini.
Rehlah Ulfah diadakan di RDC Sepilok. Sungguhpun hujan lebat di awal pagi, para peserta yang telah menyatakan komitmen untuk ikut serta program tersebut berjaya menghadirkan diri. Bermula jam 7.30 pagi dan ditangguhkan pada jam 5.00 petang. Kemudiannya ia disambung dengan acara qiamullail di Masjid Al-Fajr, kuliah subuh dan kemudian pembentangan kertas kerja .
Sebelah pagi, peserta dihidangkan dengan pembentangan kertas kerja 1 bertajuk "Wahai Pemuda...Inilah Jalan Kita". Selepas Zohor pula acara Kembara Al-Quran di mana para peserta berisra' mengikuti skywalk dan trek yang ada sambil menghafaz surah Al-Hujurat yang ditaklifkan oleh pihak penganjur. Tasmik mengenalpasti keberhasilan peserta mengingati surah (hanya 5 ayat pertama) dilakukan sejurus sebelum asar. Selepas asar pula adalah sesi Penzahiran Tekad peserta untuk direkodkan oleh jemaah bagi tujuan pemantauan di masa-masa mendatang.
Kertas kerja kedua yang dibentangkan di Masjid Al-Fajr sebelah paginya, sesudah subuh pula bertajuk "Menongkah Isme Menancap Akidah Islam". Penglibatan sebahagian ahli jemaah masjid mendengar pembentangan meramaikan lagi sesi pagi itu.
Semoga perjalanan tarbiah sehari itu memantapkan lagi semangat dan kerja jemaah oleh warga DPPKS. Allahumma ameen.
MELAKA: Seorang lelaki sanggup berbelanja besar untuk mengubah suai pangkin bagi mencapai hasratnya mendirikan sebuah 'mahligai' di atas pokok bagi membolehkan dia tinggal sebumbung bersama kekasihnya.
Bagaimanapun, kediaman ibarat chalet di Pantai Kundor, dekat sini, yang lengkap elektrik, tempat tidur, televisyen dan tandas milik lelaki itu diserbu sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) kira-kira jam 1.30 pagi kelmarin.
Dalam serbuan itu, Jaim menahan seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun dan kekasihnya, wanita warga Indonesia berusia 23 tahun yang mendiami pondok terbabit.
Turut ditahan ialah anak saudara lelaki terbabit berusia 22 tahun yang berada dalam rumah di atas pokok itu dipercayai mengunjungi mereka.
Pondok terbabit dibina tiang penyokong, tangga dan mempunyai titi untuk ke beberapa bahagian di atas pokok berkenaan selain dilengkapi beranda.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jaim, Rahimin Bani, berkata sepasukan pegawai dan anggotanya ke pondok terbabit selepas menerima aduan ada perbuatan maksiat dilakukan di sebuah rumah di atas pokok.
Katanya, apabila tiba di lokasi berkenaan pihaknya mendapati ada tangga untuk naik ke pondok dan selepas dua anggotanya naik serta mengetuk pintu, ia dibuka seorang lelaki.
"Selepas memperkenalkan diri, anggota kami masuk ke dalam pondok terbabit dan menemui seorang lagi lelaki serta seorang wanita.
"Apabila disoal siasat, wanita itu tiada hubungan mahram dengan kedua-dua lelaki terbabit. Wanita itu juga mengaku tinggal di dalam pondok terbabit bersama lelaki berusia 31 tahun itu yang juga kekasihnya," katanya.
Rahimin berkata, siasatan awal mendapati pasangan terbabit tinggal di pondok yang diubah suai di atas pokok berkenaan sejak hampir setahun lalu.
Katanya, berdasarkan maklumat, pondok terbabit asalnya dijadikan tempat seorang ahli keluarga lelaki itu mengajar al-Quran yang meninggal dunia beberapa tahun lalu dan sejak itu pondok terbabit tidak digunakan.
Menurutnya, lelaki terbabit yang bekerja sendiri mengubah suai pangkin berkenaan untuk dijadikan kediamannya.
"Bagaimanapun, dia bertindak luar batasan apabila tinggal bersama wanita Indonesia yang juga seorang pekerja industri seolah-olah suami isteri," katanya.
Rahimin berkata, dua lelaki dan wanita warga Indonesia terbabit kini disiasat mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991, kerana bersekediaman dengan bukan muhrim. Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda RM3,000atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya.
Gambar : Sekitar Konvoi Bermotor Sempena Program PGU 2 ( Pas Ganti Umno ) Di Besut
Peserta mula tiba di tapak Program PGU seawal jam 10:00 pagi dalam keadaan hujan renyai2
Berkumpul di Kg Pasir Akar Hulu Besut untuk mengiringi Tok Guru Nik Aziz ke tapak Program PGU di Bandar Jerteh
Bersedia untuk berlepas
Dalam perjalanan
Program Konvoi bermotor ini yang diadakan di Besut ini adalah kesinambungan dari program pertama yang diadakan di Kemaman pada bulan Feb lalu.
Ribuan anak muda dari seluruh Terengganu mula berkumpul seawal Jam 10 : 00 pagi di tapak program Dataran PGU Bandar Jerteh.Seterusnya peserta bertolak ke Kg Pasir Akar Hulu Besut untuk mengiringi Tok Guru Nik Aziz kembali ke tapak Program.
Difahamkan Tok Guru ke Pasir Akar untuk merasmikan Pondok Agama disana.Peserta bertolak mengiringi Tok Guru kembali ke tapak program pada jam 2:00 petang.
Video clip ehsan dari : Lajnah IT Dewan Pemuda PAS Kawasan Besut
Makluman dari Team IT Pemuda dun Sura
Gambar sekitar konvoi pemuda Dungun ke PGU2 Besut akan menyusul selepas ini...Unit IT Pemuda Dun Sura keletihan dan ada komitmen lain yang perlu diutamakan juga.InsyaAllah kami akan update dalam masa terdekat ini.
Ribuan terimakasih kepada peserta konvoi Dungun - Besut yang berdisiplin dan mematuhi arahan sepanjang perjalanan yang menjadikan semuanya berjalan lancar dan selamat dengan bantuan Illahi yang memberkati perjalanan kami ini..Allahuakhbar !!!
Saya fikir kerajaan Malaysia yang bertulangbelakangkan Umno bertindak amat keterlaluan dalam isu memeras wang rakyat kerana kesalahan saman ekor.
Bagi saya, menekan dan memeras ugut titik peluk rakyat hanya kerana kes kesalahan yang sekadar dibuktikan melalui kamera semata-mata, amat menganiaya dan menzalimi orang ramai yang rata-rata sedang terhimpit dengan kos hidup yang tinggi sekarang.
Lebih zalim lagi, bagi mangsa yang tidak membayar (yang sudah pasti kerana merasa tidak bersalah) akan disenaraihitamkan sehingga dihalang daripada memperbaharui cukai jalan atau lesen memandu oleh JPJ.
Tidakkah itu berbentuk tekanan dan peras ugut terhadap rakyat hanya kerana kerajaan semata-mata dahagakan wang rakyat?
Bayangkan kenderaan yang sudah menjadi keperluan manusia hari ini, hanya kerana kesalahan yang tidak pasti, kemudahan yang ada menjadi satu kesusahan pula bagi mangsa saman ekor.
Malangnya, pihak kerajaan tidak langsung mahu mendengar suara hati rakyat yang meronta-ronta dan memberontak tidak bersetuju peras ugut itu. Kenapa begitu sekali?
Kebetulan, tadi, saya terbaca satu mesej mangsa saman ekor yang disiarkan dalam akhbar Sinar Harian hari ini. Mesej yang bertajuk 'Tak halal duit saman' berbunyi begini:
Saya bekerja dan tinggal di Kuantan. Satu saman direkodkan atas nama dan kenderaan saya di KLIA sedangkan ketika itu saya dan kenderaan berada di Kuantan. Walaupun saya rasa tak bersalah, tapi untuk mengelak disenarai hitam, terpaksa bayar juga saman. Agaknya begitulah nasib ramai lagi pengguna. Walaupun saman saya bayar, duit itu saya tak halalkan. - BENGANG SOKMO
Kepada saya, semua mangsa saman ekor jelas tidak menghalalkan wang mereka tetapi mereka terpaksa membayar kerana peras ugut oleh kerajaan sendiri!
Saya juga ada dengar satu kes melibatkan sahabat saya, iaitu Ustaz Abdul Hamid Bahatim dari Bentong. Beliau baru-baru ini apabila menyemak samannya di polis bahagian trafik, terperanjat besar kerana didapati ada saman ekor bernilai RM2,000 lebih.
Oleh kerana tidak mahu disenaraihitam (kerana sistem matalah dan sebagainya), beliau secara rela paksa terpaksa juga membayar jumlah tersebut. Tetapi selepas meminta senarai saman tersebut di kaunter, alangkah terperanjat besarnya beliau kerana kesalahan yang dibuat di lokasi yang tidak pernah beliau pergi seumur hidup dan pada catatan waktu yang amat mustahil baginya berada di situ.
Tetapi apa boleh buat? Siapakah pembesar yang sudi mendengar rintihan hatinya?
Saya fikir kes kesilapan seperti ini banyak berlaku kepada mangsa lain, namun pihak kerajaan tidak mahu langsung memperbaiki kesalahan atau sistem saman yang dimangsakan malahan berkeras mahukan wang rakyat.
Tidakkah kerajaan pimpinan Umno merasa sekelumit pun kesalahan apabila memeras wang daripada rakyat sendiri? Apakah denda yang dikenakan berbentuk hukuman untuk mengajar atau untuk memeras ugut rakyat yang melantik mereka memerintah?
Tidakkah yang menjadi mangsa saman ekor itu kebanyakannya rakyat bawahan yang hidupnya sekadar 'kais pagi makan pagi'?
Jika pimpinan kerajaan boleh bermewah-mewah keluar negara, mampu boros berbelanja, boleh berbelanja sakan dalam pilihan raya kecil, kenapa rakyat marhaen yang sudah susah mencari makan mahu disusahkan lagi kehidupan mereka?
CERAMAH PAKATAN RAKYAT Tarikh : 23 Mac 2011 (RABU) Masa : 9 mlm Tempat : No 18, Lot 3071, Kg Rembang Panas, Senaling, Kuala Pilah Penceramah : Mazlan Aliman Shamsul Iskandar Md Akin Zulkefly Mohamad Hj Omar
BESUT, 20 Mac: PAS sekali lagi mempertegaskan sikapnya membantah keras pelaksanaan saman ekor oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana ia menyusah dan membebankan rakyat.
Justeru, Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berjanji pihaknya akan menghapuskan peraturan saman tersebut sekiranya diberi peluang memerintah negara menerusi pilihan raya umum akan datang.
"Kita isytihar malam ini, kalau Pakatan Rakyat perintah (negara), saman ekor kita hapus. Itu jaminan kita kalau kita perintah," katanya.
Beliau menegaskan demikian di dalam ucapannya pada sesi ceramah sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat – PAS Ganti Umno (HKR-PGU) Zon Besut - Setiu di Dataran PGU, di Jertih, malam tadi.
Perhimpunan selama dua hari bermula Jumaat itu merupakan siri kedua program seumpamanya dianjurkan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu.
Siri pertama telah diadakan pada pertengahan Januari lalu di Dataran Tok Guru, Geliga, Kemaman.
Ceramah malam tadi merupakan acara kemuncak perhimpunan. Selain Abdul Hadi, turut menyampaikan ceramah mereka ialah Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali, Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Datuk Abu Bakar Chik.
Menurut Abdul Hadi, kesemua parti dalam Pakatan Rakyat berkongsi pendirian mengenai berbagai perkara membabitkan kepentingan rakyat, termasuk soal saman ekor.
"Kita tahu rakyat tidak setuju (pelaksanaan) saman ekor dan PAS memang tidak setuju. DAP tak setuju, Keadilan (PKR) tak setuju. Yang setuju hanyalah Umno Barisan Nasional," ujarnya.
Beliau malah secara sinis menganggap pelaksanaan sistem saman ekor itu sebagai bukti BN benar-benar menghayati slogan "Rakyat Didahulukan".
Katanya, BN mendahulukan rakyat untuk merasai beban menampung kekurangan kewangan negara apabila terpaksa berbelanja lebih untuk melunaskan saman ekor itu.
Memahami tekanan hidup rakyat yang semakin meningkat, maka PAS dan Pakatan Rakyat juga katanya akan mengkaji semula harga runcit minyak. Langkah itu diyakini akan turut menghalang kenaikan berterusan harga barangan keperluan harian lain.
"Kita janjikan Negara Berkebajikan. Kita serius menjaga dan membela kebajikan rakyat. Ini bukan janji saja, kita akan buat insya Allah," tegasnya. (harakahdaily)
Nizar membentang kertas kerja bertajuk Malaysian Engineeering Stars-Engineers as Politicians"pada 19 Mac di Kuala Lumpur.
DS Nizar bersama tetamu di Ceremony of IEM Engineering,dekat Kuala Lumpur pada 19 Mac .
Kelihatan juga bekas Presiden MCA Ong Tee Kiat,yang turut menjadi tetamu.
DS Nizar bersama ahli panel.
DS Nizar masih diterima masyarakat profesional.Nizar pada 19 Mac lalu diminta untuk membentangkan satu kertas kerja berkaitan bagaimana seorang jurutera juga sebagai ahli politik.DS Nizar menceritakan pengalaman beliau sewaktu memerintah Perak.
Hebatnya Nizar beliau masih seorang jurutera bertauliah.Masih sanggup memenuhi jemputan badan atau majlis yang beliau anggotai.
Irma manis menggayakan pakaian rekaan Zery Zamry di majlis makan malam anjuran Rafflesia & Mandalay di Hotel Le Meridien, Jumaat. -
KUALA LUMPUR: Pengalaman mengerja umrah selama dua minggu di Mekah pada bulan Februari lalu membuatkan pelakon Irma Hasmie tertarik untuk terus bertudung litup.
Bekas kekasih Nabil Raja Lawak ini pergi ke sana dengan ditemani ibunya. Seperti orang lain, dia juga berniat untuk menjadi seorang insan yang lebih baik selepas pertama kali menjejakkan kaki ke tanah suci.
Menyentuh tentang karier lakonannya selepas ini, Irma masih terbuka menerima apa sahaja watak yang diberikan asalkan dia dibenarkan bertudung dan menutup aurat.
"Alhamdulillah, walaupun bertudung saya masih ditawarkan berlakon dalam beberapa drama dan tidak menganggap perubahan ini akan menutup rezeki saya.
"Saya tidak kisah dengan watak yang diberikan asalkan tidak melanggar keperibadian saya sekarang," katanya dalam satu temubual.
Seminggu selepas pulang dari umrah, terus Irma menerima tawaran berlakon telefilem Mencari Bidadari untuk RTM. Kebetulan karakter dalam telefilem itu merupakan seorang wanita bertudung.
Selain itu, dia turut menerima tawaran beberapa drama lain termasuk untuk TV9 dan drama Kelab Wau.
Irma akui ramai peminat yang memberikan reaksi positif kepadanya selepas tiga minggu mengenakan penampilan muslimahnya itu.
"Saya buat perkara elok, jadi sudah tentu ramai yang gembira. Saya minta Allah memberkati peminat yang sentiasa mendoakan kebahagiaan saya.
"Saya menolak perkara negatif yang mungkin akan berlaku selepas ini. Perubahan ini dilakukan untuk mencapai kesempurnaan dan merupakan perkara yang dituntut dalam agama.
"Jika kita ingat Allah, jadi Dia juga akan dekat dengan kita," ujarnya yang turut pernah ditawarkan menjadi model tudung.
Bagaimanapun dia terpaksa menolak tawaran tersebut sebelum ini atas sebab masih terlalu awal dan belum bersedia.(mstaronline)
KUCHING: Akhirnya berita yang dinanti-nantikan telah tiba. Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengumumkan pada petang Sabtu bahawa Dewan Undangan Negeri akan dibubar Isnin ini bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.
Kata Taib, beliau telah menyampaikan notis mengenai pembubaran itu kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.
Dengan pengumum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memutuskan tarikh penamaan calon dan pengundian.
Artikel dari DUN Sarawak http://kiff-isme.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan