Ahad, 20 Mac 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


DUN BUKIT PAYONG

Posted: 20 Mar 2011 03:18 AM PDT

DUN BUKIT PAYONG


YB ADUN BUKIT PAYONG MENGULAS TENTANG INSIDEN KHALWAT YANG MELIBATKAN WARIS TERDEKAT BELIAU BELIAU

Posted: 19 Mar 2011 09:11 PM PDT

Dalam satu temuramah pendek dengan blog Dun Bukit Payong, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah menjelaskan bahawa  insiden bapa saudaranya ditangkap khalwat baru-baru ini sebagai satu insiden yang sangat malang, tidak diduga dan amat menyedihkan hatinya.

Namun begitu, beliau menjelaskan orang yang bersalah tidak akan dilindungi dan mestilah dihukum mengikut undang-undang syara' ,sekali pun orang itu adalah bapa saudaranya sendiri.

Beliau menyatakan, "Kita telah berusaha dan sentiasa berdoa agar keluarga kita dan masyarakat umum diberikan hidayah oleh Allah Ta'ala tetapi hidayah itu bukan milik kita, ia adalah  milik mutlak Allah Ta'ala, sehingga bapa saudara Rasulullah SAW sendiri pun tidak mendapat anugerah hidayah itu."

"Saya berharap beliau bertaubatlah kepada Allah, mudah-mudahan hukuman Allah di dunia disertai dengan taubat nasuha akan membersihkannya daripada dosa sebelum kembali mengadap Allah SWT."

Ditanya tentang kenyataan beliau sebelum ini yang mengatakan tidak mengenali orang ditangkap khalwat itu, beliau berkata pada peringkat awal laporan akhbar menyebutkan, orang terlibat itu sebagai pegawai khas  beliau dan mempunyai bilangan anak yang kurang tepat, dan ia memerlukan sedikit usul periksa  untuk dikenal pasti kerana beliau sememangnya tidak mempunyai pegawai khas.    


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 20 Mar 2011 01:25 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Penunjuk perasaan anti-perang berdemonstrasi

Posted: 20 Mar 2011 01:21 AM PDT


15 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -Penunjuk perasaan anti-perang berdemonstrasi di Los Angeles, California sempena ulangtahun kelapan pencerobohan Amerika Syarikat ke atas Iraq dan menuntut supaya perang ke atas Libya dihentikan. - AFP

Satu lagi reaktor nuklear di Jepun bermasalah

Posted: 20 Mar 2011 12:54 AM PDT

15 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

TOKYO: Agensi Keselamatan Nuklear Jepun berkata tekanan di satu lagi rektor nuklear yang rosak kerana tsunami dan gempa bumi minggu lalu kini meningkat yang boleh menyebabkan kebocoran gas radioaktif.

Pegawai agensi berkenaan, Hidehiko Nishiyama, berkata usaha untuk memasukkan air di Unit 3 reaktor Fukushima Dai-ichi mungkin tidak lagi berkesan.

Beliau berkata pengendali loji berkenaan akan membebaskan sebahagian gas radioaktif dari reaktor berkenaan di udara.

"Ini mungkin akan memperlahankan kerja untuk membaik pulih tenaga dan sistem penyejukan di unit berkenaan," katanya.

Nishiyama berkata, langkah itu bermakna paras radiasi di sekitar loji berkenaan akan meningkat semula. - AP

48 maut, 15 cedera serangan roket di Libya

Posted: 20 Mar 2011 12:51 AM PDT

14 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

TRIPOLI: Stesen televisyen Libya memetik tentera negara itu yang mengesahkan setakat ini 48 maut manakala 15 lagi cedera dalam serangan udara pertama tentera Bersekutu, awal pagi tadi.

Serangan itu membabitkan sepanjang pesisir pantai barat dan timur terutama di
di bandar Zuwarah, Tripoli, Sirte dan Benghazi. - AFP

Serangan ke atas Libya 'diselaras' AS

Posted: 20 Mar 2011 12:48 AM PDT

14 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

PARIS: Serangan udara tentera Britain, Peranchis dan Amerika Syarikat (AS) awal pagi ini ke atas wilayah Libya diseleraskan menerusi ibu pejabat tentera AS di Jerman, menurut pegawai tentera Peranchis kepada AFP.

"Operasi multilateral ini diseleraskan oleh Tentera Pemerintah Udara AS yang berpangkalan di Eropah di ibu pejabatnya di Stuttgart, Jerman," kata pegawai itu yang enggan namanya disebut.

Beliau berkata, AS mempunyai peranan strategik dalam membuat penyelarasan seranagn itu dengan memberi arahan terhadap tentera Bersekutu.

Sebahagian pasukan bersekutu itu membabitkan Emeriyah Arab Bersatu (UAE) yang menawarkan 24 pesawat jenis Mirage 2000-9 and F-16) dan Qatar antara empat dan lima pesawat 2000-5, katanya. - AFP

Russia, China kecewa serangan ke atas Libya

Posted: 20 Mar 2011 12:44 AM PDT

14 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

BEIJING: China melahirkan kekecewaannya terhadap serangan udara yang dilancarkan tentera Bersekutu ke atas Libya.

Kementerian Luar China dalam satu kenyataannya sebentar tadi berkata, kerajaan negara itu menentang penggunaan ketenteraan dalam menangani masalah perhubungan antarabangsa.

"China pritahin dengan berkembangan terbaru di Libya dan melahirkan rasa kecewa dengan serangan terhadap Libya," kata kenyataan itu

112 peluru berpandu dilancar ke atas Libya

Posted: 20 Mar 2011 12:30 AM PDT

14 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Kapal perang dan kapal selam Amerika dan British melancarkan fasa pertama serangan peluru berpandu ke atas pertahanan udara Libya dan pegawai pertahanan Amerika berkata, serangan itu dipercayai mengakibatkan kerosakan besar.

Dalam serangan tersebut, 112 peluru berpandu Tomahawk dilancarkan ke atas lebih 20 sasaran di pantai untuk membuka laluan kepada pasukan udara bersekutu bertindak melumpuhkan pertahanan udara Libya, lapor AP.

Para pegawai pertahanan Amerika berkata adalah terlalu awal untuk menilai kesan serangan tersebut, tetapi berasaskan kepada ketepatan sasaran peluru yang dilancarkan, mereka merasakan ia mengakibatkan kerosakan teruk ke atas pertahanan udara Libya.

Pegawai berkenaan tidak mahu disebut namanya kerana misi serangan tersebut masih berterusan.

Ketika mengumumkan misi serangan tersebut ketika melawat Brazil, Presiden Barack Obama berkata beliau keberatan mengambil langkah ketenteraan tetapi yakin ianya perlu untuk menyelamatkan nyawa orang awam.

Obama mengulangi bahawa beliau tidak akan menghantar tentera Amerika memasuki Libya.

"Kami tidak boleh melihat sahaja apabila seorang pemimpin yang zalim memberitahu rakyatnya bahawa tidak akan ada belas kasihan ke atas mereka," katanya di Brasilia.

Setakat ini, Amerika dilihat menghadkan peranannya dalam campurtangan di Libya, dengan fokus pertamanya untuk melumpuhkan pertahanan udara Libya, dan kemudian menyerahkan kepada negara-negara Eropah dan mungkin negara-negara Arab untuk menguatkuasakan zon larangan terbang di atas ruang udara negara Afrika Utara.

Naib Panglima William E. Gortney memberitahu wartawan bahawa serangan peluru berpandu itu adalah permulaan kempen yang dikenali sebagai 'Operation Odyssey Dawn'.

Katanya, matlamatnya ialah untuk menghalang tentera Muammar Gadhafi daripada melakukan lebih banyak keganasan ke atas orang awam - terutama di dalam dan di sekitar kubu pemberontak di Benghazi -- dan melumpuhkan keupayaan ketenteraan Libya untuk mencabar zon larangan terbang.

Sementara itu, Wartawan AFP pula melaporkan, bom digugurkan awal pagi ini berhampiran Bab al-Aziziyah, ibu pejabat Gaddafi di Tripoli, dan mencetuskan kemarahannya, yang berkata Mediterranean kini telah menjadi 'medan perang'.

Televisyen Libya sebelum itu melaporkan bahawa ratusan rakyat telah berkumpul untuk membentuk perisai manusia di Bab al-Aziziyah dan di lapangan terbang antarabangsa ibunegara itu.

Satu pegawai Libya memberitahu AFP, sekurang-kurangnya 48 orang terbunuh dalam serangan tersebut, yang bermula pada 1645 GMT (12.45 pagi waktu Malaysia) oleh sebuah pesawat pejuang Perancis ke atas sebuah kenderaan tentera yang didakwa Perancis milik pasukan pro-Kadhafi.

Stesen televisyen Libya memetik tentera negara itu yang mengesahkan setakat ini 48 maut manakala 15 lagi cedera dalam serangan udara pertama tentera Bersekutu, awal pagi tadi.

Serangan itu membabitkan sepanjang pesisir pantai barat dan timur terutama di di bandar Zuwarah, Tripoli, Sirte dan Benghazi.

Media di Libya juga melaporkan pesawat pejuang barat mengebomkan sasaran awam di di Tripoli, menyebabkan kematian, manakala jurucakap tentera pula berkata serangan juga mengenai tangki yang membekalkan bahan bakar ke bandar Misrata yang dikuasai pemberontak, di timur Tripoli.

Gaddafi, dalam ucapan ringkas yang disiarkan di televisyen negara itu, mengecam serangan tersebut dan berikrar akan bertindak balas.

"Kini gudang senjata telah dibuka dan semua rakyat Libya telah dipersenjatai untuk menentang kuasa barat," katanya.MK/-

Pakatan Rakyat hapus saman ekor

Posted: 20 Mar 2011 12:22 AM PDT

15 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

BESUT, 20 Mac: PAS sekali lagi mempertegaskan sikapnya membantah keras pelaksanaan saman ekor oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana ia menyusah dan membebankan rakyat.

Justeru, Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berjanji pihaknya akan menghapuskan peraturan saman tersebut sekiranya diberi peluang memerintah negara menerusi pilihan raya umum akan datang.

"Kita isytihar malam ini, kalau Pakatan Rakyat perintah (negara), saman ekor kita hapus. Itu jaminan kita kalau kita perintah," katanya.

Beliau menegaskan demikian di dalam ucapannya pada sesi ceramah sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat – PAS Ganti Umno (HKR-PGU) Zon Besut - Setiu di Dataran PGU, di Jertih, malam tadi.

Perhimpunan selama dua hari bermula Jumaat itu merupakan siri kedua program seumpamanya dianjurkan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu.

Siri pertama telah diadakan pada pertengahan Januari lalu di Dataran Tok Guru, Geliga, Kemaman.

Ceramah malam tadi merupakan acara kemuncak perhimpunan. Selain Abdul Hadi, turut menyampaikan ceramah mereka ialah Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali, Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Datuk Abu Bakar Chik.

Menurut Abdul Hadi, kesemua parti dalam Pakatan Rakyat berkongsi pendirian mengenai berbagai perkara membabitkan kepentingan rakyat, termasuk soal saman ekor.

"Kita tahu rakyat tidak setuju (pelaksanaan) saman ekor dan PAS memang tidak setuju. DAP tak setuju, Keadilan (PKR) tak setuju. Yang setuju hanyalah Umno Barisan Nasional," ujarnya.

Beliau malah secara sinis menganggap pelaksanaan sistem saman ekor itu sebagai bukti BN benar-benar menghayati slogan "Rakyat Didahulukan".

Katanya, BN mendahulukan rakyat untuk merasai beban menampung kekurangan kewangan negara apabila terpaksa berbelanja lebih untuk melunaskan saman ekor itu.

Memahami tekanan hidup rakyat yang semakin meningkat, maka PAS dan Pakatan Rakyat juga katanya akan mengkaji semula harga runcit minyak. Langkah itu diyakini akan turut menghalang kenaikan berterusan harga barangan keperluan harian lain.

"Kita janjikan Negara Berkebajikan. Kita serius menjaga dan membela kebajikan rakyat. Ini bukan janji saja, kita akan buat insya Allah," tegasnya.

Harakahdaily/-

Pendirian Nik Aziz : Jawapan Terhadap NST

Posted: 19 Mar 2011 08:22 PM PDT

15 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
Oleh : Ahmad Fadhli bin Shaari




Saya merujuk kepada artikel yang tersiar di muka 10, akhbar New Straits Time bertarikh 19 Mac 2011 yang bertajuk Nik Aziz's Outlandish Edicts (Fatwa Pelik Nik Aziz). Saya kira penulis artikel tersebut Azmi Anshar berniat jahat dengan tujuan menjatuhkan kredibiliti al-Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan sewaktu menulis artikel yang sebahagian besarnya mengandungi unsur-unsur prejudis terhadap Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.

Dari para pertama lagi, penulis menampakkan kedangkalannya apabila menyentuh berkenaan dengan gesaan YAB Tuan Guru supaya wanita Kelantan berpakaian sopan dan menutup aurat. Penulis menyifatkan gesaan ini sebagai seemingly denuded women of their long-held rights to dress, appear and behave as they always had in Malaysia (kelihatan menafikan hak wanita selama ini yang bebas untuk berpakaian, muncul di khalayak dan menampilkan diri sebagaimana kebiasaan wanita di Malaysia). Hairan sekali, apabila seorang penulis yang namanya mencerminkan dirinya sebagai seorang muslim boleh mempertikaikan apa yang disebut oleh Menteri Besar Kelantan itu. Sedarkah penulis, bahawa pakaian menutup aurat bukannya difardhukan oleh Nik Aziz, apa lagi Muhammad SAW, bahkan ia merupakan kefardhuan daripada Allah SWT. Tidak malukah penulis sebagai seorang muslim mempertikaikan kata-kata Menteri Besar Kelantan itu dalam keadaan dirinya masih merupakan seorang yang bersyahadah ; bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah?

Perlu diingatkan, bermula tahun 1990, Tuan Guru Nik Abdul Aziz hanya menyebut isu aurat sebagai satu teguran kepada rakyat dan juga kakitangan wanita yang bekerja, tidak pernah ada satu tangkapan yang dibuat terhadap mereka yang tidak menutup aurat sehinggalah pada tahun 2005, barulah diperkenalkan kod berpakaian dan dikenakan denda kepada mereka yang melanggarnya. Adakah ini merupakan satu perkara yang pelik sehingga dianggap fatwa pelik oleh Azmi Anshar?

Sedarkah Azmi bahawa di Amerika Syarikat sendiri pada hari ini, fesyen berseluar londeh dan mendedahkan pakaian dalam juga telah dilarang demi memastikan keamanan dan ketenteraman awam. Tidakkah itu juga merupakan satu fatwa pelik? Atau Azmi Anshar ingin berkata bahawa PAS juga wujud di Amerika? (sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0830&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_08.htm) Demikian juga di China, pakaian seksi sehingga menggangu mata orang lain juga turut dilarang di atas alasan menjaga ketenteraman awam. (sumber : http://news.bbc.co.uk/2/hi/asia-pacific/3621864.stm) Apa jawapan Azmi Anshar terhadap langkah kedua-dua negara ini?

Artikel ini juga bagi saya penuh fitnah terhadap dasar Membangun Bersama Islam yang diperkenalkan di Kelantan. Seolah-olah kerana dasar inilah wanita di Kelantan ditindas. Barangkali Azmi Anshar ini seorang penghuni gua yang baru keluar melihat cahaya. Sedarkah beliau bahawa di Kelantanlah, golongan wanita dibela dengan pelbagai dasar kebajikan yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri. Di sini terdapat skim perlindungan kepada armalah, cuti wanita bersalin selama 60 hari, penggalakan wanita yang bekerja di kilang-kilang agar diberikan shif bekerja pada waktu siang sahaja, perlantikan Senator daripada kalangan wanita dan juga perlantikan penghulu khas untuk golongan wanita. Semuanya ini merupakan cetusan perubahan yang dimulakan oleh kerajaan yang menindas wanita seperti yang digambarkan oleh penulis Azmi Anshar. Dan jangan lupa, di saat cuti dua hari seminggu yang dinikmati oleh kakitangan awam di seluruh negara pada hari ini termasuklah golongan wanita, ia bermula di negeri Kelantan yang mana Doctor In The House itu pernah melabelnya sebagai budaya pemalas!

Azmi Anshar juga mempertikaikan soal calon wanita yang bertanding mewakili PAS pada hari ini sebagai satu perubahan terhadap fatwa pelik Nik Aziz. Kasihan sungguh apabila beliau tidur selama dua dekad sehingga gagal untuk melihat punca wanita tidak digalakkan bertanding sekitar tahun 1970an – 1990an. Sedarkah Azmi Anshar, parti yang pertama meletakkan calon wanita ialah PAS melalui calonnya Khatijah Sidek yang bertanding di kerusi Dungun, Terengganu pada tahun 1955. Pada waktu itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz masih berada di luar negara dan masih belum mengeluarkan pandangannya (atau dalam istilah Azmi Anshar sebagai fatwa pelik).

Apa yang menyebabkan golongan wanita agak terkebelakang satu ketika dahulu ialah kerana permainan politik kasar UMNO yang menggunakan politik ala samseng dengan pemuda tahan lasaknya dan lain-lain. Senario ini meletakkan ahli politik terutama dari pembangkang seperti PAS dalam keadaan bahaya dan ini tidak sesuai untuk dipikul oleh golongan wanita. Lupakah kita kepada tragedi yang berlaku kepada Allahyarham Abdul Samad Gul, ahli parlimen PAS yang mati dibunuh satu ketika dahulu? Lupakah kita kepada insiden-insiden berdarah yang menimpa penceramah-penceramah PAS satu ketika dahulu? Hari ini, senario tersebut beransur reda dan wanita dibenarkan kembali untuk berada di pentas politik ekoran keselamatannya yang sudah agak terjamin berbanding sebelum ini. Azmi Anshar perlu sedar, polisi tersebut bukannya satu fatwa, tetapi pendirian sementara mengikut senario semasa. Sepatutnya Azmi Anshar lebih fokus kepada agama yang diperalatkan oleh UMNO yang hanya bersifat sementara. Islam Hadhari sebagai contoh, di longkang mana ia dicampakkan pada hari ini setelah ia dijulang bagaikan ratib wajib satu ketika dahulu?

Melabelkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai anti wanita ialah satu tuduhan songsang yang sangat tersasar. Jangan dilupa cadangan Tuan Guru agar diberikan peluang kepada Muslimat PAS menjawat jawatan sebagai Naib Presiden PAS beberapa tahun yang lampau. Bolehkah UMNO membuka pintunya seluas itu? Tentu sekali tidak, kerana jawatan dalam parti UMNO umpama lubuk yang boleh menjanjikan seribu satu projek dan tender.

Azmi Anshar tidak berjaya membuktikan apa-apa melalui tulisannya, hanya sekadar memenuhi separuh muka surat akhbar NST dengan satu tulisan sampah yang tidak mempunyai apa-apa nilai. Sekian.

*Penulis ialah Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan.

Rumah tangga bukan restoran

Posted: 19 Mar 2011 02:53 AM PDT

14 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
Ahmad Baei Jaafar

Mengupas tajuk ini, mari kita bayangkan sejenak bagaimana operasi sebuah restoran. Dan bayangkan kita sekarang baru masuk ke dalamnya. Tentu selepas dipersilakan masuk dan duduk pelayan restoran itu bertanya, "nak minum apa?" Nak makan apa?"

Tetapi ada juga restoran yang kurang peka kerana tidak cukup pekerja, lalu pelanggan yang terpaksa bertanya dan membuat tempahan sendiri, "Minta teh tarik satu, roti canai dua biji."

Antara dua keadaan ini tentu kita lebih suka kepada restoran pertama dan kurang berminat dengan layanan restoran kedua. Kenapa? Yalah sebagai pelanggan seseorang itu suka dilayan mesra. Sebab itu bagi sesetengah orang sebelum memilih restoran dia akan mengenal pasti cara layanan pelayan restoran tersebut terhadap pelanggannya.

Begitulah dua keadaan di restoran yang terdapat di negera ini. Maka wajarkah rumah anda seperti dua restoran di atas? Kalau jawapan anda tidak wajar, maka bagaimana anda harus jadikan rumah anda? Tetapi kalau anda kata apa salahnya jadi restoran, maka itulah yang kita nak bincang pada hari ini?

Apabila saya katakan rumah anda bukan seperti restoran bermakna segala ciri-ciri restoran seperti yang dinyatakan di atas tidak wajar ada dalam rumah tangga. Kalau begitu dalam rumah tangga tidak wajar berlaku dua perkara berikut:

1. Isteri jangan bertanya suami "nak makan apa, nak minum air apa"
2. Jangan pula biarkan suami memesan makanan

Ingatlah wahai isteri, anda bukan pelayan dan suami bukan pelanggan anda. Jadi, letakkan tempat suami pada kedudukan suami dan isteri di tempat isteri. Selagi perkara ini berada dalam fikiran dan tindakan anda, pasti suami anda cukup berpuas hati dengan anda.

Bagi merealisasikan semua ini saya senaraikan apa yang patut anda lakukan terhadap suami anda:

1. Sambutlah suami di hadapan pintu ketika pulang rumah walaupun dia ada kunci pendua. Untuk itu, pakaian anda perlulah cantik lagi menyegarkan.

2. Persilakan dia duduk di tempat yang tersedia dalam rumah itu.

3. Hulurkan air mineral atau air suam bagi menyegarkan tekak dan hatinya.

4. Kalau nampak dia leteh, picit badannya.

5. Sediakan taula dan berikan kepadanya untuk dia mandi sebelum solat Maghrib

6. Sediakan makan malam. Isteri perlu tahu apa yang suami suka makan melalui kajian dan penyelidikan.

7. Sediakan tempat tidur yang selesa sebelum suami berhajat hendak tidur.

Inilah rutin yang harus dilakukan oleh isteri sepanjang hayatnya bersama suami. Tapi ingat, anda isteri bukan sebagai pelayan restoran. Jadi, jangan swastakan semua itu kepada orang gaji kerana hakikat suami sukakan bermanjaan dengan wanita. Maka kalau tiada isteri ketika itu pasti dia mahu bermanja dengan orang gaji pula.

Dalam hal ini suka saya ingatkan para isteri, suami anda akan cukup kecewa kalau kepulangannya dari tempat kerja, ditanya, "bang nak makan?" "abang nak mandi?" "abang nak tidur? Lebih kecewa lagi kalau anda menyuruhnya, "bang pergilah mandi", "bang makanlah dulu."

Kenapa dia kecewa? Yalah sudah lama hidup masih tidak tahu kehendak suami. Ketahuilah wahai isteri, jika suami sudah mula meminta sesuatu untuk anda lakukan, "yang buatkan air," "yang mana makananni," "yang bila nak tidur," sedarlah itu tandanya suami anda sudah hilang rasa cinta kepada anda. Namun dia masih boleh bersabar.

Jadi, rumah bukan restoran mengajak para isteri bertindak membetulkan keadaan dengan memberi perhatian kepada suami tanpa dia meminta. Percayalah kalau anda boleh lakukan semua panduan ini, suami anda tidak ada masa dan berkeinginan untuk mencari wanita lain dalam hidupnya.

Sukarkah melayu untuk mengundi selain UMNO?

Posted: 19 Mar 2011 02:44 AM PDT

14 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
Muhammad Nuruddin Bashah

Susah sangatkah kaum melayu untuk menerima PAS? Sebenarnya bukan hanya PAS yang ditolak kerana jika menolak PAS bermakna terlalu ramai kaum melayu boleh dianggap menolak perjuangan Islam yang di bawa PAS. Sebenarnya sindrom yang berakar umbi dalam sosio kehidupan melayu ialah sindrom penolakan terhadap pembangkang selain BN malah mungkin menganggap malaysia adalah negara uni-parti seperti sesetengah negara arab diktator. Mereka menganggap pembangkang sebagai musuh dan bukannya pengimbangtara dalam sebuah sistem demokrasi berparlimen yang sihat. Rata-rata kaum melayu masih belum tergamak memilih pembangkang malah menganggap pembangkang adalah parti-parti yang dicipta oleh penjajah untuk mencabar UMNO iaitu penyelamat mereka.

Jika ditinjau daripada kekalahan dua pilihanraya kawasan majoriti Melayu, jelas kaum melayu masih sukar menyambut sebarang pembangkang ke kawasan tertentu mereka. Merlimau yang terletak di Melaka, merupakan sebuah kubu kuat UMNO, seperti juga kawasan kawasan lain di Melaka. Di sini BN telah mampu memperolehi 5,962 undi iaitu 71.8% daripada keseluruhan undi, berbanding dengan 63.8% yang diperolehi dalam PRU tahun 2008, iaitu peningkatan sejumlah 8%. Peningkatan melebihi 8% undi Melayu dan India. Bagi DUN Kerdau Bilangan 5,060 undi yang diperolehi merupakan 68.4% keseluruhan undi, berbanding dengan 62.1% yang dicapai dalam PRU 2008. Ini adalah satu peningkatan 6.3% dalam tempoh tersebut. Keputusan ini menunjukkan undi Melayu dan India telah meningkat keparas yang amat tinggi untuk BN di Kerdau.

Menurut Pengarah Merdeka Center, Ibrahim Sufian, kejayaan Umno-BN di Merlimau dan Kerdau, dengan majoriti lebih besar menunjukkan pengundi Melayu masih memihak BN. PAS da Pakatan Rakyat masih gagal mengubah melayu yang masih memiliki perasaan terima kasih kepada kerajaan yang masih sangat tebal.

Jika alasan ia hanya pilihanraya kecil maka biarkan sahaja mengundi UMNO ia jelas bukan alasan yang kritis atau bijak. Malah faktor material yang mampu meragut sokongan untuk menyokong UMNO dan BN mampu memberi imej buruk kepada bangsa melayu yang dianggap rendah tahap artikulasi dan pegangan politik mereka. Sampai bilakan faktor materialistik, kebendaan, janji projek dan projek mi segera terus menacing kaum Melayu? Miskin sangatkah melayu sehingga terlalu tagihkan talian hayat UMNO? Pilihanraya kecil atau pilihanraya umum, kaum melayu perlu tegar dengan itikad dan pegangan. Jika pernah menolak BN dalam pilihanraya umum atas banyak isu yang telah dimaklumi kenapa pula pilihanraya kecil sanggup menyokong UMNO atas alasan projek dan bantuan BN?

Kini 5 kawasan pilihanraya kecil yang terakhir, iaitu Bagan Pinang, Galas, Tenang, Merlimau dan Kerdau menunjukkan ada peningkatan sokongan undi Melayu kepada BN sebanyak 11% dan peningkatan undi India melebihi 33% berbanding Pilihanraya tahun 2008.

Sebelum ini PRU 12 menunjukkan bahawa PAS masih gagal mendapat undi kaum melayu sebanyak 40%.

Menurut Kajian Ilham Centre, berbanding sokongan terhadap PR pada tahun 2004 ke tahun 2008, sokongan kaum Cina terhadap PR meningkat daripada 27.6% kepada 91.7%. Kaum India adalah terendah iaitu hanya meningkat daripada 37.8% kepada 48%. Manakala kaum melayu masih kalah kepada kaum Cina hanya berganjak daripada 43.6% kepada 61.9% sahaja.

Ilham Center juga menyatakan bahawa kaum Cina semakin berani menyatakan kehendak etnik kepada bentuk protes undi pilihanraya, malah meninggalkan politik pemusatan kaum etnik) kepada pemusatan isu dan keperluan mereka.

Dr Abu hassan Hasbullah menyatakan Melayu masih keliru antara fakta, kenyataan dan stigma lapuk bahawa hanya UMNO majukan negara dan mampu selamatkan melayu sehingga menangkan BN dalam PRK Merlimau dan Kerdau. Dalam masa yang sama Dr Hassan masih meninggalkan 'assignment' kepada petugas PAS untuk terus membina imej yang lebih progresif, pragmatik, segar, dinamik serta terbilang di klangan masyarakat jika ingin terus memburu undi kaum melayu sendiri.

Dalam masa yang sama ahli PAS tidak wajar mengabaikan saranan Almarhum ustaz fadzil Nor yang menggesa pas memperkasakan cawangan parti yang dianggap sebagai wakil atau duta sebenar PAS. Di Perak, masih ada beberapa UPU-UPU yang tidak didokongi oleh organisasi cawangan yang kuat. Masyarakat memerlukan petugas PAS yang manusiawi, politikawan, karismatik dalam penyelesaian masalah, diterima oleh masyarakat, menepati masa dan janji, menghargai jemputan sesiapa sahaja, tidak bersifat seperti hakim atau hanya pandai menghukum, malah masyarakat memerluka petugas PAS yang cakap serupa bikin.

Masyarakat Melayu perlu disedarkan bahawa kehadiran PAS dicelahan sosiologi melayu bukanlah baru malah telah wujud awal sebelum kehadiran UMNO atas nama HIzbul Muslimin. PAS cukup arif kehendak dan keperluan Melayu dan PAS bukanlah makhluk asing yang perlu dipinggir masyarakat seolah-olah negara ini politiknya uni parti.

Dalam kertas kerja yang dibentang dalam Konvensyen Pengupayaan bangsa 19 Feb 2011, (m/k 20) PAS menyatakan 3 persoalan besar yang menjadi obligasi besar PAS sama ada semasa bersendirian atau bersama Pakatan Rakyat iaitu kedudukan politik kaum melayu, kedudukan islam dan kedudukan ekonomi melayu. PAS akan terus mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu dan kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputera seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

PAS akan tetap konsisten untuk menghayati Islam sebagai satu cara hidup sesuai dengan kerangka perlembagaan Malaysia sebagai teras terpenting usaha mengupayakan Melayu serta akan sentiasa memastikan seluruh kegiatan pembangunan bangsa Melayu berkiblatkan akhirat demi mencapai keredhaan Allah dan bukannya perhambaan kepada projek dan wang. PAS tetap mengutamakan perjuangan untuk membela nasib rakyat terpinggir dan berpendapat rendah yang sebahagian besarnya adalah kaum Melayu dan Bumiputera selagi mana berlandaskan kepada keadlan Islam tanpa mengira fahaman da latar belakang.

Pakatan Rakyat bersama PAS juga menegaskan untuk mempertahankan beberapa peruntukan perlembagaan yang melindungi kaum melayu dan bumiputera serta kedudukan Islam dan bahasa Melayu di Malaysia.

Pembentangan Presiden TERAS ( dalam Konvensyen Pengupayaan Bangsa) juga menyatakan budaya kebergantungan kaum Melayu terhadap agensi kerajaan dan kepada kerajaan menyebabkan pengupayaan kaum melayu masih meleset. Malah ia juga mengundang khurafat bahawa hanya UMNO tempat bergantung kaum melayu dan hanya UMNO boleh menyelamatkan melayu. Gejala intervensi politik yang melampau kepada kaum melayu, fungsi agensi perlaksana yang korup juga menyebabkan melayu terus bergantung kepada kerajaan yang sedia ada serta tidak mahu berubah sekaligus melupakan beberapa agenda lebih besar (isu lebih besar seperti rasuah dan masa depan Negara)

Kaum melayu perlu memugar minda untuk berubah jika ingin maju dan ke hadapan. Jika dirujuk Buku Taklimat Isu Penerangan (Siri Kedua) yang diadakan pada 12 Mac 2011 di Shah Alam, kaum melayu menjadi lemah dan hilang jatibangsa disebabkan oleh beberapa perkara pokok iaitu;

· Tidak lagi menghayati nilai syariah Islam sebagai cara hidup.

· Agensi kerajaan untu melayu dimanipulasi untuk menindas melayu dan menjahilkan melayu seperti Felda Plantation.

· Melayu rela mengamalkan UMNOputera bukannya konsep Bumiputera tanpa mengira aliran politik.

· Melayu mudah salahkan DAP dengan melupakan kesilapan dan sikap MCA dan Gerakan terhadap kaum Melayu.

· Kaum melayu masih enak hidup bernaungkan sistem rasuah baik dari akar umbi hingga ke kabinet.

Sempena Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal ke-4 Parlimen ke-12 2011, Yang Dipertuan Agong telah bertitah agar rakyat negara ini tidak bermain dengan api perkauman. Mesej ini adalah isyarat agar UMNO tidak semberono memborong isu ketuanan melayu semata-mata rakus mengaut undi melayu sehingga melayu sendiri jahil makna sebenar ketuanan melayu. Jika anda membaca novel Animal Farm tulisan George Orwell (1945) anda akan membaca watak seekor babi yang memerintah sekumpulan haiwan dalam ladang untuk berjuang atas dasar 'kehaiwanan' sehingga mengguling kuasa peladang sekeluarga (manusia). Akhirnya si babi menjadi diktator dan menindas haiwan lain atas alasan kaum mereka yang bermatian memerdekakan haiwan lain di ladang itu maka selayaknyalah babi menajdi raja dan menjaga ketuanan haiwan tersebut. Adakah novel ini memiliki isyarat yang sama dengan kempen-kempen UMNO?

Melayu selalu mudah menerima pujukan UMNO untuk menolak parti selain UMNO atas banyak alasan yang diadakan seolah-olah parti lain adalah musuh negara. Jelasnya Melayu lupa bahawa kaum 'melayu' yang dianggap penjaga ketamadunan dan adi kuasa ketuanan melayu itu yang banyak mengaut keuntungan di atas kedunguan mereka sendiri. Prof Hassan Ahmad dalam majalah Dewan Masyarakat Oktober 2010 adalah menyatakan "

Orang Melayu tidak boleh menyalahkan kaum lain. Yang salah adalah orang melayu itu sendiri. Diberikan kuasa, kuasa itu tidak digunakan dengan sebaik-baiknya, seadil-adilnya menurut PRINSIP ISLAM. Diberikan kemudahan dan projek, kemudaha itu digadai atau dijual kepada orang lain untuk kepentingan peribadi, tidak digunakan untuk kepentingan bangsa dan negara"

Malah beliau juga menyatakan bahawa sumber tamadun melayu yang paling asasi dan utama iaitulah ISLAM dan BAHASA MELAYU kini kian terhakis akibat salah laku pemimpin melayu sendiri. Bahasa Melayu dipinggirkan, tulisan jawi dihakis hingga pupus malah Islam juga tidak menjadi intipati persidangan pemimpin melayu yang memerintah.

Di kampung-kampung Melayu rata-rata menganggap bahawa Pakatan Rakyat adalah parti yang menghakis kuasa politik mereka. Malah khabarnya Pakatan Rakyat kurang meletak calon Melayu dalam pilihanraya seluruh negara. Ini suatu pembohongan yang diterima oleh kaum melayu. Perhatikan, dalam PRU 2008 pembangkang menguasai 38.3% kerusi di Dewan Rakyat. Wakil rakyat Melayu didalam pembangkang melonjak kepada 51.8%. Wakil rakyat Bukan Melayu didalam Pembangkang pula ialah 48.2% sahaja. Dalam PRU 2008 juga wakil rakyat BN Melayu adalah 62.8%. Wakil Rakyat BN Bukan Melayu pula 37.2%.

Baik Pakatan Rakyat mahupun BN, pemilihan wakil ke Parlimen adalah berdasarkan komposisi kaum. Tiada isu bahawa Pakatan Rakyat mengenepi kaum Melayu.

Kaum Melayu perlu berani berubah jika ingin melihat senario politik dibaiki dari pelbagai aspek seperti Indeks rasuah dan korupsi negara, Indeks pembangunan insan malaysia yang merosot, Kadar jenayah meningkat saban tahun, perbelanjaan boros pemimpin negara ke luar negara da projek-projek boros, Bahasa Melayu yang kian pupus penggunaannya (papan iklan, mahkamah, filem, bahasa pemimpin), Mahkamah yang masih dikuasi oleh ahli politik, serta kadar kemiskinan melayu yang masih tertinggi.

Kaum melayu sering tertipu dengan dakyah UMNO bahawa PAS wajib ditolak kerana dasar pragmatik PAS menyebabkan PAS tergamak 'berkawan' dengan DAP. Perlu ditanya kepada golongan UMNO yang berkempen sedemikian adakah mereka memilih PAS sebelum PAS berkawan dengan DAP? Semestinya tidak kerana kempen sekadar mencari alasan agar melayu terus menidakkan pembangkang dan anti demokrasi malti parti.

Melayu sering dan kerap lupa bahawa MCA juga parti perkauman Cina yang telah lama berkawan rapat sekapal dengan UMNO. Bayangkan menurut Amaluddin darus dalam bukunya Serbasalah Melayu di Malaysia bahawa MCA Selangor pernah mengeluar resolusi bahawa kaum melayu adalah pendatang di tanah Melayu kerana kecewa dengan isu DEB yang menyebabkan kerusi mereka banyak hilang ke tangan DAP pada tahun 1986 dahulu. Ini bukan hujah perkauman tetapi Melayu layak dan wajar untuk merenung sejenak apa di tepi kain mereka sendiri. Mereka ingin mendokong negara demokrasi berparlimen tetapi masih tegar pertahankan stigma fikir anti pembangkang dan politik malti parti.

Jika dasar tahaluf siasi atas nama Pakatan rakyat yang disertai oleh PAS dianggap suatu dasar pragmatik yang mencarik perjuangan asal PAS, bagaimana pula suatu ketika dahulu Melayu menilai dasar UMNO untuk melebarkan sayap ke Sabah yang sebelumnya ingin dibiarkan sahaja kepada USNO? Kemudian dasar UMNO menerima bumiputera bukan Islam sebagai ahli seperti kaum Siam dan sebagainya akibat semakin terdesak dengan kejayaan PBS di sana. Maka terpampanglah di dada akhbar Berita Harian 16 Feb 1987 UMNO ke Sabah : Ahli Beragama Islam masih majoriti, disebabkan takut Melayu Islam menolak UMNO kerana dasar pragmatiknya. Adakah UMNO cerita kisah-kisah ini kepada melayu hari ini?

Dasar perkauman tidak akan ke mana malah parti-parti perkauman di Timur Tengah telah bungkus. Fahaman sosialis ala arab seperti Baath' juga kini kian terhakis daripada persada pemilihan rakyat mereka sendiri. Nasionalisme terlampau yang dipupuk British kini mulai ditinggalkan oleh umat Arab yang kian sedar bangsa mereka terpecah kepada banyak negara kecil yang tidak bersepadu disebabkan bahana assobiyyah dan nasionalisme melampau.

*Muhammad Nuruddin Bashah merupakan Ketua Penerangan DPPK Gopeng

Pemuda Pas Perak Prihatin Mangsa Tsunami di Jepun

Posted: 19 Mar 2011 02:32 AM PDT


14 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Ipoh, 18 Mac 2011 - Dewan Pemuda Pas Perak telah melancarkan kutipan derma kilat untuk membantu mangsa bencana Tsunami di Jepun sebaik sahaja selesai mesyuarat exconya malam ini. Pelancaran derma ini telah disempurnakan oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Perak, Ustaz Zawawi Hasan dengan kerjasama Pengerusi Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda Pas Pusat, Dr Raja Ahmad Al-Hiss dan mendapat sambutan daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO) Perak Care yang dipengerusikan oleh saudara Salman Saleh.

Dewan Pemuda Pas Perak mengambil pendirian untuk menghulurkan bantuan sebagai tanda simpati dan prihatin kepada mangsa bencana Tsunami yang berlaku akibat gempa berskala ritcher 9.0 baru-baru ini. Tragedi itu telah mengakibatkan kehilangan ribuan nyawa dan ratusan ribu penduduk Jepun terpaksa berpindah keluar daripada rumah kediaman masing-masing. Kejadian itu juga telah menyebabkan kebimbangan rakyat dunia kerana beberapa loji nuklear meletup dan dibimbangi menyebarkan radiasi. Sehingga kini, tiada rakyat Malaysia yang terjejas akibat kejadian tersebut

Undur selepas pilihan raya, ulang Taib

Posted: 19 Mar 2011 02:22 AM PDT

14 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud sekali lagi memberitahu bahawa beliau akan melepaskan jawatannya selepas pilihan raya DUN Sarawak yang mesti dilakukan sebelum Julai ini.

Taib - yang sudah 30 tahun berkuasa di negeri itu - berkata, beliau akan memastikan BN menang dalam pilihan raya kali ini dan memastikan peralihan kuasa dibuat sebelum meletakkan jawatan.

Ini merupakan kali ketiga Taib mengeluarkan kenyataan sebegitu selepas berkata yang sama di Mukah dan Betong awal tahun ini.

Kemungkinan untuk beliau bersara semakin dekat, akuinya.

Taib yang memimpin Sarawak sejak 1981 berkata, masa itu akan tiba apabila orang yang didiknya boleh membentuk pasukan untuk berkhidmat kepada negara dan pelbagai bangsa

DUN belum bubar, PM sudah umum peruntukan lebih RM250 juta untuk Serian, Tebedu

Posted: 19 Mar 2011 02:13 AM PDT

14 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

SERIAN: Dalam keadaan hangat diperkatakan bilakah DUN Sarawak akan dibubarkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, lebih awal pada hari ini mengumumkan peruntukan berjumlah RM252.85 juta untuk pelbagai projek rakyat di kawasan Serian dan Tebedu.

Beliau berkata, peruntukan itu bagi bekalan air bersih luar bandar untuk 2,910 rumah di Tebedu membabitkan peruntukan sebanyak RM105 juta dan untuk 4,409 rumah di Serian sebanyak RM116.5 juta.

Sementara RM13.39 juta pula untuk projek bekalan elektrik di Serian yang membabitkan 408 rumah, selain peruntukan RM12.5 juta untuk projek klinik kesihatan di Pedawan dan RM120,000 untuk pembelian pendingin hawa untuk Dewan Masyarakat Serian.

Dalam perkembangan berkaitan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan Isnin ini dan beliau akan bertanding pada pilihan raya negeri yang akan diadakan.

DUN Sarawak bubar isnin ini.

Posted: 19 Mar 2011 02:04 AM PDT

14 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUCHING: Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, mengumumkan Dewan Undangan Negeri(DUN) Sarawak akan dibubarkan Isnin ini dan beliau akan bertanding pada pilihan raya negeri yang akan diadakan.

Beliau mengumumkan demikian pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, selepas mengiring Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang berlepas pulang selepas lawatan sehari ke Sarawak sebentar tadi.

Abdul Taib berkata, beliau sudah menemui Yang di-Pertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, untuk memaklumkan perkara itu

Salam Perjuangan

Posted: 19 Mar 2011 11:20 PM PDT

Salam Perjuangan


HUKUM ALLAH DIPERSENDA

Posted: 19 Mar 2011 10:12 PM PDT

TERKINI : AS, BRITAIN SERANG LIBYA

Posted: 19 Mar 2011 05:30 PM PDT

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 19 Mar 2011 09:44 PM PDT

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


JAWAPAN KEPADA SOALAN-SOALAN DEWAN NEGERI JOHOR 17 MAC 2011

Posted: 19 Mar 2011 08:58 AM PDT

JAWAPAN KEPADA SOALAN-SOALAN  DEWAN YANG DIBANGKITKAN
DI DALAM PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR
OLEH YB DR MOHAMMAD TASLIM, ADUN MAHARANI
PADA 17 MAC  2011

1. Berapakah bilangan CCTV yang dipasang dalam setiap  kawasan Pihak Berkuasa Tempatan, kos membeli dan menyelenggara, keberkesanannya dan jumlah yang rosak dan perlu diganti ?


2. Nyatakan jumlah dan nilai kompaun salah letak kereta, tiada lesen perniagaan, penguatkuasaan dan kompaun bangunan yang belum dijelaskan mengikut daerah dan adakah tawaran diskaun akan diberi seperti dilakukan oleh Majlis Perbandaran Muar ?


3. Berapakah jumlah pulau-pulau dalam wilayah Negeri Johor dan berapa buah yang belum diberi nama?

JAWAPAN DATO' MENTERI BESAR

Berdasarkan takrif  "Pulau" oleh Jawatankuasa Teknikal Nama Geografi dan Gazetier  Kebangsaan. di Negeri Johor mempunyai 13 buah pulau dan telah diklasifikasikan sebagai Taman Laut. Untuk makluman , semua pulau berkenaan  adalah bernama dan diwartakan ' Di antara pulau-pulau yang terbabit ialah:
Pulau Rawa,  Pulau Harimau, Pulau Merinsip, Pulau Gaul,
Pulau Besar, Pulau Hujung, Pulau Tengah, Pulau Tinggi, Pulau Sibu Tengah,
Pulau Sibu Hujung, Pulau Pemangil dan Pulau Aur.

Selain itu, terdapat juga entiti seprti batuan dan batuan bawah air di perairan Johor.Ada di antara entiti ini yang menggunakan nama panggilan "Pulau" seperti Pulau Penyembang, manakala panggilan panggilan tempetan ialah "malang gading" . Jawatankuasa Negeri Nama Geografi telah mengadakan beberapa lawatan tapak untuk mengenalpasti, menamakan dan seterusnya mewartakan entiti tersebut.


4. Guru KAFA yang mengambil cuti bersalin pada tahun 2006 hingga 2009 di minta membayar balik elaun yang diberi tetapi bagaimana pula  mereka  yang belum menerima Imbuhan Tahunan adakah akan dibayar  tunggakan  Imbuhan ?

JAWAPAN YB DATO' HAJI ZAINAL ABIDIN BIN HAJI OSMAN

Perjawatan Guru-guru KAFA adalahnbertaraf sambilan dan bayaran gaji adalah berbentuk elaun sahaja oleh itu mereka tidak layak mendapat kemudahan seperti cuti bersalin dan cuti tahunan sebagaimana penjawat awam lain. Mengikut perjanjian perlantikan Guru KAFA yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM, guru KAFA hanya layak mengambil cuti sakit sebanyak 15 hari setahun sahaja.
Manakala Imbuhan Tahunan pula, bagi perjawatan guru KAFA adalah bergantung kepada peruntukan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Sehingga tahun 2002 imbuhan tahunan telah pun dibayar sebagaimana arahan pekeliling JPA walaupun jumlahnya tidak seperti yang diterima oleh *enjawat Awam lain. Sementara selepas tahun 2002 pihak JPA tidak lagi mengeluarkan apa-apa pekeliling mengenai imbuhan tahun bagi guru-guru KAFA.


5. Menurut ICU JPM, pendaftaran terbuka e-Kasih bukan penentu kelayakan untuk mereka menerima bantuan di bawah program pembasmian kemiskinan .Apakah mekanisma yang dibuat untuk memastikan mereka ini layak diberi bantuan ?

JAWAPAN

eKasih yang dibangunkan oleh kerajaan merupakan satu pengkalan data bersepadu sebagai asas kepada perancangan program kemiskinan di peringkat negeri dan persekutuan. Selain itu, eKasih dibangunkan bagi mengelakkan pertindihan program bantuan kemiskinan yang dilaksanakan oleh pelbagai agensi pemberi bantuan.
Modul pendaftaran terbuka eKasih membolehkan orang awam untuk melaporkan kes-kes kemiskinan yang ada di kawasan penempatan mereka. Namun begitu, pendaftaran terbuka hanya melaporkan maklumat ringkas golongan tersebut dan perlu diverifikasikan ioleh Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Johor dan Pejabat Daerah bagi tujuan mendapatkan maklumat   lengkap dari segi profil ketua isi rumah dan ahli isi rumah serta pendapata yamg diperolehi sebelum keluarga tersebut disahkan status kemiskinannya.

Bagi proses penyaluran  bantuan, keluarga yang telah diverifikasikan  dan disahkan status miskin atau miskin tegar dalam eKasihakan dirujuk kepada agensi pemberi bantuan berdasarkan bantuan yang diperlikan. Namun begitu, permohonan tersebut hendaklah memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh jabatan pemberi bantuan. Sebagai contoh, bagi permohonan Bantuan Orang Tua (BOT), Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menetapkan bahawa golongan miskin atau miskin tegar berumur 60 tahun ke atas sahaja yang layak untuk menerimohonan BOT di bawah umur 60 tahun, tidak akan dipertimbangkan untuk menerima bantuan tersebut.
 

6. Program Larian  Mahkota telah berjaya dijalankan di sekolah-sekolah baru-baru ini.Apakah tujuan  murid membayar RM2.00 dan guru-guru RM3.00 dan bagaimana wang tersebut dibelanjakan ?

Jabatan Pelajarab Johor melalui mesyuarat pada 9 Disember 2010 di Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang telah bersetuju untuk mengadakan Pelancaran Rasmi pelaksanaan Program 1 Murid 1 Sukan !M!S) dengan mengadakan Larian Perdana Peringkat Negeri Johor.

Pogram larian ini bertujuan untuk membangunkan usaha penglibatan secara menyeluruh dan bersepadu dengan turut mempelawa ibubapa dan masyarakat setempat untuk bersukan "passion for sport" sempena Pelancaran Programj 1 Murid dan 1 Sukan (1M 1S) anjuran Kementeria Pelajaran Malaysia peringkat Negeri Johor. Ianya juga bertujuan untuk mengisi dana "Skim Kebajikan Atlet Pelajar Sekolah Negeri Johor".

Larianniji dijalankan secara serentak di setiap sekolah nrendah dan menengah seluruh Negeri Johor dengan pendlibatan murid, guru dan masyarakat setempat pada 12 Februari 2011 dengan jarak larian tidak kurang daripada  1 kilometer di kawasan sekolah atau laluan yang telah dikenalpasti keselamatannya    tanpa sebarang paksaan.

Pengesahan dan pengakuan peserta berada dalam keadaan fizikal yang baik dan kebenaran pelajar menyertai larian adalah bergantung kepada pengesahan yang dibuat oleh ibubapa/penjaga sendiri. Pelajar yang tidak sihat untuk menyertai larian akan dilibatkan sebagai pembantu  mengelola atau sebagai penyokong program ini dan sijil penyertaan diberikan kepada semua peserta yang mengambil bahagian.

Bagi tujuan pelaksanaan larian ini, setiap peserta dikenakan yuran penyertaan  iaitu Yuran Penyertaan bagi pelajar adalah RM2.00 manakala Guru/kakitangan dan ibu bapa adalah RM3.00. Yuran penyertaan adalah bertujuan untuk pelbagai keperluan seperti untuk membiayai pengelolaan di peringkat sekoalh dimana sekoalh akan menerima RM0.10 sen daripad yuran penyertaan daripada peserta bagi tujuan untuk pengurusan pengelolaan peringkat sekolah, daerah dan seterusnya di peringkat negeri. Ianya juga sebagai nusaha untuk pengisian tabung " Skim Kebajikan Atlet Pelajar Sekolah Negeri Johor " seperti sumbangandan rawatan kepada atlet serta bagi tujuan Perlindungan Insuran khas kepada atlet pelajar  dan pegawai pasukan yang mewakili Daerah, Negeri dan Kebangsaan dalam pertandingan Sukan snjuran Kementerian Pelajaran Malaysia.
  7. Apakah sebenarnya perjanjian penduduk Perumahan Paya Mengkuang (penempatan bekas penduduk Kg Tg Pelepas) dengan PTP dan Kerajaan Negeri Johor sehingga lebih kurang 58 orang penduduk akan dihadapkan ke mahkamah untuk diusir keluar dari kawasan perumahan tersebut ?






PARLIMEN BUKIT GANTANG

Posted: 19 Mar 2011 09:34 PM PDT

PARLIMEN BUKIT GANTANG


Menyanggah memoir Mahathir

Posted: 19 Mar 2011 05:11 AM PDT

oleh Ahmad Lutfi Othman.

Sebaik mendapatkan memoir Dr Mahathir Mohamad, A Doctor in the House, sehari selepas dilancarkan secara rasmi, saya membelek-belek isi kandungannya. Saya mencari topik berkaitan isu-isu menarik dan kontroversi sepanjang era pemerintahannya selama 22 tahun itu. Sekurang-kurangnya bab yang merujuk tragedi pemecatan Anwar Ibrahim, pemilihan Umno 24 April 1987 yang membawa kepada pengharaman parti itu, krisis kehakiman dan pemecatan bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas, Operasi Lalang dan juga Peristiwa Memali.


Sepintas lalu semua isu-isu tersebut -- kecuali Peristiwa Memali 1985 (yang terselit dalam bab pertama, tapi Dr Mahathir mengaitkannya dengan kes-kes ekstremis lain seperti serangan ke atas kuil Hindu di Selangor, 1979 dan balai polis di Batu Pahat, 1980) -- dapat diikuti dalam buku setebal lebih 800 halaman itu. Bagaimanapun, gelora hati saya turun-naik ketika membacanya. Terasa seolah-olah Dr Mahathir cuba menulis sejarah baru dengan "memperbetulkan" hikayat hidupnya yang sedia diketahui umum.


"Sakit hati apabila membaca bab berkaitan kes Tun Salleh dan pengharaman Umno. Mahathir masih mahu terus memperbodohkan rakyat," marah seorang pensyarah undang-undang, yang juga bekas peguam. "Saya lebih senang membaca perjalanan hidupnya sebelum beliau aktif berpolitik. Masuk saja bab berkaitan Tunku Abdul Rahman sudah nampak belangnya," tambahnya.


Bagi saya, bab 43 berkaitan pembedahan pintasan jantung Dr Mahathir jauh lebih menarik (sebenarnya lebih tenang untuk ditatap) daripada babak-babak genting dalam kerjaya politiknya. Mungkin disebabkan saya cuba membandingkan pengalaman beliau pada Januari 1989 -- dan pembedahan kedua pada September 2007 -- dengan apa yang saya sendiri lalui pada Mac 2010. Rasanya seperti tiada jauh beda terutama mengenai halusinasi dan mimpi-mimpi aneh semasa di Unit Rawatan Rapi (ICU).


Saya akui, kes pengharaman Umno yang bermula dengan pertandingan sengit di antara Team A (diketuai Dr Mahathir) dan Team B (diterajui Tengku Razaleigh Hamzah) dalam pemilihan parti April 1987 sering diberikan tafsiran yang salah. Walaupun sudah beberapa kali saya menyiarkan perspektif sebenar kes tersebut dalam Harakah, masih ramai yang kabur dengan cerita sebenar.


Justeru, memang mudah bagi Dr Mahathir untuk terus memanipulasi keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Harun Hashim pada 4 Februari 1988 itu. Sejak awal Dr Mahathir menyalahkan Ku Li, yang didakwanya mengamalkan rasuah politik untuk membeli undi perwakilan. Dr Mahathir berkata, Team B telah membelanjakan lebih RM20 juta untuk berkempen, dan kebanyakannya wang itu disediakan oleh Ku Li.


Mengulas tulisan Dr Mahathir itu, Ku Li dalam satu kenyataan menegaskan: "Sekali lagi saya dituduh membawa parti ke mahkamah. Saya juga dituduh terlibat dalam politik wang semasa pemilihan parti dalam tahun 1987." Bekas Menteri Kewangan yang ditewaskan hanya dengan 43 undi oleh Dr Mahathir menegaskan beliau tidak mempunyai wang untuk tujuan membeli undi ketika pemilihan paling sengit dalam sejarah Umno itu. "Saya tidak ada kroni. Sebenarnya, saya menentang politik wang. Allah Maha Mengetahui bahawa saya tidak pernah membuat segala perkara itu," tambahnya.


"Menipu secara politik datang melalui media dan ada kalanya dengan menulis buku memoir," kata Ku Li lagi.


Realitinya, Dr Mahathir -- melalui penguamnya sendiri, Sri Ram -- "mendesak" hakim bahawa hanya satu keputusan yang boleh dibuat iaitu Umno diisytihar haram bagi mengelak saingan berterusan daripada Ku Li dan Team B, yang dianggotai antara lain Musa Hitam, dan beberapa menteri seperti Abdullah Ahmad Badawi, Rais Yatim, Shahrir Abd Samad, Ajib Ahmad dan timbalan-timbalan menteri seperti Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Radzi Sheikh Ahmad, Rahmah Othman dan Zainal Abidin Zin.


Sebagai Menteri Dalam Negeri, Dr Mahathir boleh menyelamatkan Umno daripada diharamkan dengan menggunakan Seksyen 70, Akta Pertubuhan. Malah, Harun Hashim dalam keputusan bertulisnya juga mencadangkan Menteri Dalam Negeri boleh membuat pengecualian terhadap mana-mana pertubuhan daripada mematuhi mana-mana peruntukan Akta Pertubuhan.

Dr Mahathir enggan menggunakan kuasanya itu semata-mata demi kepentingan politik peribadi beliau. Dengan merancang penubuhan parti baru, yang akan mewarisi segala aset, wang dan juga tanggungan parti yang diharamkan, melalui pindaan kepada Akta Pertubuhan, tetapi masih menggunakan nama Umno, Dr Mahathir berjaya menyingkirkan semua musuh politik dalaman parti.


Ahli-ahli Umno yang tidak berpuas hati (dikenali sebagai Umno 11) kemudiannya membuat rayuan ke Mahkamah Agung. Menyedari beberapa kes terdahulu yang banyak menimbulkan kritikan termasuk daripada para peguam, khususnya dalam kes UEM dan Lebuh Raya Utara-Selatan yang memihak kepada kerajaan, maka Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas memutuskan agar rayuan Umno 11 didengar semua hakim Mahkamah Agung (kecuali seorang), iaitu seramai sembilan orang.


Implikasi arahan Tun Salleh mudah difahami Dr Mahathir. Berdasarkan kes-kes rayuan yang lepas, tujuh daripada hakim-hakim Mahkamah Agung, iaitu Tun Salleh, Wan Suleiman Pawan Teh. Eusoffee Abdolcadeer, George Seah, Mohd Azmi Kamaruddin , Wan Hamzah Mohd Salleh dan Lee Hun Hoe adalah cukup bebas untuk membuat keputusan yang bertentangan dengan kehendak kerajaan sekiranya mereka dapati bahawa ia adalah satu keputusan yang adil.


Dr Mahathir sudah dapat menjangkakan bahawa sidang sembilan hakim itu hanya akan membatalkan pemilihan April 1987 tetapi akan "menghidupkan" kembali Umno. Oleh itu, Dr Mahathir harus bertembung sekali lagi dengan Ku Li. Mood ketika itu memang menyukarkan Dr Mahathir mempertahankan kemenangan tipisnya. Kalah sebagai presiden parti akan menggugurkan kelayakannya sebagai perdana menteri.


Ketika itulah timbulnya idea untuk memecat Tun Salleh, sekali gus membatalkan arahan bagi diadakan sidang sembilan hakim. Langkah pertama adalah dengan menaikkan pangkat Harun Hashim daripada hakim Mahkamah Tinggi kepada hakim Mahkamah Agung. Sekali lagi Dr Mahathir mendakwa kebebasan kehakiman masih wujud di Malaysia apabila hakim yang mengharamkan Umno pun dinaikkan pangkat, sedangkan realitinya ia bagi menggagalkan arahan Tun Salleh dan menyelamatkan karier politik Dr Mahathir.


Dalam memoirnya, Dr Mahathir mendakwa pihak yang mahu Tun Salleh dipecat adalah Yang di-Pertuan Agong, hanya berpunca daripada surat peribadi Tun Salleh kepada baginda berkaitan bunyi bising projek penambahbaikan istana yang berdekatan kediaman Ketua Hakim itu. (Alasan ini sebenarnya berubah-ubah; dahulu Dr Mahathir mendakwa ia ekoran surat aduan kepada Agong dan Raja-Raja Melayu yang ditulis oleh 20 hakim).


Jelas ia satu pembohongan. Kalaupun Agong murka dengan Tun Salleh atas alasan peribadi, Perdana Menteri bertanggungjawab menasihati baginda bahawa kes sekecil itu langsung tidak membabitkan salahlaku kehakiman sehingga memerlukan penggantungan dan penubuhan tribunal.


Peristiwa Tun Salleh dipanggil ke Pejabat Perdana Menteri untuk "digertak" Dr Mahatthir seolah-olah menggambarkan kehakiman itu di bawah kuasa eksekutif. Surat penggantungan Ketua Hakim sepatutnya datang daripada Agong dan diserahkan di istana ataupun oleh wakil istana.


Jika merujuk Perkara 125(3) Perlembagaan, tindakan untuk menggantung atau memecat Ketua Hakim mesti dimulakan oleh Perdana Menteri dan bukannya Agong. Baginda, seperti diperuntukkan Perkara 40(1) tidak mempunyai kuasa di sisi undang-undang untuk bertindak atas inisiatifnya sendiri melainkan mengikut nasihat Kabinet atau Perdana Menteri yang yang bertindak di bawah kuasa umum Kabinet.


Sedangkan dalam kenyataan akhbar pada 31 Mei 1988, Dr Mahathir dijelaskan: "... pada mulanya Perdana Menteri telah diminta oleh Agong supaya jawatan Tun Salleh Abas sebagai Ketua Hakim Negara digantikan kerana baginda tidak senang dengan surat Tun Salleh kepada baginda ...."


Saya akan jelaskan lebih lanjut proses pemecatan Tun Salleh ini dalam keluaran Harakah berikutnya bagi menyanggah dakwaan tidak berasas Dr Mahathir dalam memoirnya, yang disifatkan secara umum oleh sarjana media, Dr Abu Hassan Hasbullah sebagai "naskhah yang sakit". Semoga kekeliruan dapat dibetulkan.

Pemuda PAS Perak lancar derma bantu mangsa Tsunami

Posted: 19 Mar 2011 05:09 AM PDT

IPOH, 19 Mac: Dewan Pemuda PAS Perak telah melancarkan kutipan derma bagi membantu rakyat Jepun yang menjadi mangsa gempa bumi dan Tsunami baru-baru ini.

Pelancaran tersebut disempurnakan ketuanya, Zawawi Hasan sebaik sahaja selesai mesyuarat exconya malam tadi.

Tabung dilancar hasil kerjasama Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda Pas Pusat dan turut mendapat sambutan daripada sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO), Perak Care yang dipengerusikan Salman Saleh.

Menurut Zawawi, bantuan itu diusahakan sebagai tanda simpati dan prihatin kepada mangsa bencana tsunami yang berlaku akibat gempa 9.0 skala ritcher baru-baru ini.

Tragedi itu telah mengakibatkan kehilangan ribuan nyawa dan ratusan ribu penduduk Jepun terpaksa berpindah keluar daripada rumah kediaman masing-masing.

Kejadian itu juga telah menyebabkan kebimbangan rakyat dunia ekoran peningkatan kadar radiasi selepas beberapa loji nuklear meletup.

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 19 Mar 2011 07:28 PM PDT

N.27 - PAS DUN Sura


DUN Sarawak Bubar Isnin Ini, Umum Taib

Posted: 19 Mar 2011 06:38 AM PDT

KUCHING, 19 Mac - Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubar Isnin ini bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan, demikian diumumkan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini.

Katanya beliau telah menyampaikan notis mengenai pembubaran itu kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng baru-baru ini.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memutuskan tarikh penamaan calon dan pengundian, katanya pada persidangan akhbar bersama-sama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Lapangan Antarabangsa Kuching di sini.


Pengumuman Taib itu menamatkan teka teki mengenai tarikh pilihan raya negeri. Dewan Undangan Negeri Sarawak sedia ada akan tamat pada 23 Julai ini.


Najib dan Muhyiddin yang tiba di sini semalam di bawah program turun padang pemimpin yang bermula hari ini sehingga September depan, telah menghadiri pelbagai program bersama rakyat di negeri ini sepanjang hari ini.


sumber : bernama.comJustify Full

PAS Kawasan Miri

Posted: 19 Mar 2011 07:23 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Adakah Semua Tanah Di Sarawak Di miliki Oleh CM Sekeluarga & Kroni???

Posted: 19 Mar 2011 04:17 PM PDT

WE RELEASE THE LAND GRAB DATA !
Saturday, March 19th, 2011 GMT - (from Sarawak Report)
Sarawak Report has made the decision to release the full database of the Land Survey Department's recent transactions on rural lands. For some weeks we have been researching the confidential data, only to discover of the more than one thousand plots of rural land that have been acquired by the state, the vast bulk have been handed on to close relatives and cronies of Taib Mahmud.
This is a national scandal and deserves full exposure. So, we now invite readers and the press to scrutinise the land register for themselves and to identify what lands have been taken in their own areas – and by whom. It is time that Taib stopped hiding behind the laughable excuse that "there is no proof"!

The Interactive Land Map

You are also invited to take part in our inter-active mapping project, whereby readers can pinpoint land grabs that are relevant or known to them and add them to our on-line annotated map of Sarawak.
Don't worry it is easy! We have started it for you by marking out some of the land grabs that we have featured in earlier reports. You just plot the red blob and add the information. Shortly after your contribution will be added to the on-line information base for the benefit of fellow readers.

We have decided to embark on this project, because the information that we are presenting ought to be openly available in any democratic state. Instead, for the past 30 years Taib Mahmud has presided over a scandalous abuse of his people's trust, by covertly stealing their lands for himself! Don't say there is no proof, just look at the companies in the database and then find out who they belong to, or used to belong to at the time the land title was awarded. Often these companies have been quickly sold for much more that the premium the State required in order to cash in the true value of the concession. This means money that should have gone to the State and the people went to the Taibs and their cronies instead.
Any procedure involving the alienation of state or NCR lands to private parties, which has happened on a massive scale under Taib, should of course be an open process, so that everyone can see that there has been no corruption and that the best price has been gained for the people of Sarawak. However, Taib has done no such thing. As soon as he achieved the position of Chief Minister he moved swiftly to set up what he termed the Land Custody and Development Agency (Pelita) and put himself in charge of it as Chairman and as the Minister of Resources and Planning.
Within this department he has secretively sequestered lands from native communities and then equally secretively handed them on to whoever he likes – himself, his proxies, his brothers and sisters and nephews and nieces, as well as tranches for political allies and business cronies to keep them obedient to his wishes. If these transactions had been properly carried out with full transparency these deals could never have happened. However, Taib just conducted the deals himself behind closed doors! The term 'Confidential/CONF' can be seen all over the Land Registry, because Taib does not want the public to know how cheaply he handed these lands to his family and associates.

The data we are releasing details the lands taken and their position on the Land Survey maps; the companies who took them and the price they paid, along with the dates of the 60 year leases. This information can be cross-referenced with company information and stock market and sales information that can nowadays be found on the internet to discover the profits involved. It can be complicated, but it is the way communities can start to unlock the details of what has happened to their traditional lands.
Till now communities often have had no idea that Taib has 'alienated their land until the logging and plantation companies turn up on their lands, often several years later. Now we invite all the people of Sarawak to check this data and find out if their areas have been already grabbed by one of the world's richest families.
Out of the hundreds of companies which have benefitted from the plunder of Sarawak's lands we have identified scores already which are owned, or were originally owned by Mahmud family members, before being sold on to a thinly disguised third party owner – usually a towkay crony of Taib

These are some of those companies, but with your help we hope to identify the rest before Taib finally meets his people once more at the polls in just three weeks' time:
Polar Horizon, Titanium Management, Ukiran Mantap, Umpama Mantap, Radiant Lagoon, Premium Haven, Polar Towers, Polar Red, Log Oak Promotions, Future Atmosphere, Essential Straits, Dataran Aras, Celerity Design, Bella Magic – [ABU BEKIR TAIB – SON]
Miracle Harvest, Green Ace, Quality Concrete, Kumpulan Parabena, Miri Properties, Borsamulu Resort, Mesti Bersatu, Kenyalang Cergas – [RAZIAH MAHMUD/GENEID – SISTER]
Ikrar Bumi – [ELIA ABAS/GENEID – NEICE]
Achi Jaya Plantations – [ONN MAHMUD – BROTHER]
Eastern Eden, Poh Zhen, Palmlyn, Rajah Mutiara, Lanco Plantations, Hariyama, Golden Star-Ace [ARIP MAHMUD – BROTHER]
Sarawak Plantations, Kub Sepadu, Multi Maximum, Mega Bumimas, Europalm – [HAMID SEPAWI – FIRST COUSIN/PROXY]
Masretus Oil Palm Plantation – [IBRAHIM MAHMUD – BROTHER]
[AHMAD BIN SU'UT - TAIB'S BOMOH]

PS: Hampir semua tanah di Sarawak dikaut oleh CM sekeluarga termasuk juga kroni2 mereka, jadi apa yang tinggal untuk rakyat Sarawak? Kalau rakyat Sarawak terus juga bagi peluang kepada BN perintah Sarawak jangan hairan nanti rakyat Sarawak akan merempat di negeri sendiri, contohnya ujudnya banyak setinggan2 di dalam bandar2 di Sarawak adalah puncanya rakyat sudah tidak memiliki tanah sendiri lalu mereka berhijrah ke bandar untuk mencari rezeki tapi apabila mereka pergi ke bandar dan tidak memiliki pekerjaan tetap sukar bagi mereka hendak membeli rumah yang terlalu mahal yang berada dalam kawasan bandar. Maka oleh sebab kesempitan hidup mereka terpaksa membina rumah dalam tanah kerajaan yang diistilah sebagai kawasan setinggan. Penduduk yang hidup dalam kawasan setinggan ini asalnya memiliki tanah sendiri oleh kerana tanah mereka dirampas oleh pihak yang tidak bertanggungjawab kununnya tidak memiliki grant tanah walaupun tanah tersebut asalnya sudah diduduki oleh datuk moyang mereka dulu sebelum kedatangan penjajah. Inilah yang dimaksudkan sebagai menumpang hidup di tanah sendiri.
Jadi dengan adanya pilihanraya umum nanti, disinilah peluang bagi rakyat menukar kerajaan BN yang tidak bertanggungjawab dan menyalahguna kuasa dengan merampas hak-hak penduduk asal agar gunakan peluang ini dengan memilih PAS dan PAKATAN Rakyat. Insy'Allah rakyat yang hilang hak mereka akan dapat kembali hak mereka sekira Pakatan Rakyat dapat memerintah Sarawak nanti, Insy'Allah. Semoga Sarawak dapat Kerajaan yang lebih baik dari BN.

DPPK PARIT

Posted: 19 Mar 2011 07:20 PM PDT

DPPK PARIT


Blogger terus diburu menjelang pilihanraya-che'GuBard

Posted: 19 Mar 2011 05:11 AM PDT

PAS LENGGONG

Posted: 19 Mar 2011 07:09 PM PDT

PAS LENGGONG


PR di Lenggong - BN Terancam

Posted: 19 Mar 2011 06:34 PM PDT

Minggu depan nanti pemimpin BN negeri akan mengadakan berbagai kegiatan dilenggong yang mana kegiatan itu berlindung dibalik kerajaan negeri tetapi untuk umno. Majlis seperti maulidurrasul dan forum agama.
Sedangkan yang mengancakkan ancak adalah dr zambry sendiri.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 19 Mar 2011 03:32 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


PELUANG 4 RIBU DITIPU

Posted: 19 Mar 2011 01:39 PM PDT


Pemandangan rumah-rumah setinggan yang didirikan di sepanjang Sungai Miri.
Inilah peluang terbaik dan terakhir untuk rakyat Sarawak berubah untuk mendapat keadilan hak sebagai rkyat di Saeawak khasnya dan Malaysia amnya.
MEMANG TAK NAFI MUKAN MUDAH NAK MENOLAK JANJI MANIS DARI PEMIMPIN BN DAN MELAWAN KETUA MENTERI YANG TELAH MENJADI BILIONER MISTRI.

MIRI– Miri memerlukan lebih banyak tanah dan peruntukan bagi menempatkan lebih 4,000 penduduk setinggan yang kebanyakkan menetap di sepanjang Sungai Miri.

Statistik Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Miri terkini mendedahkan, terdapat lebih 4,000 penduduk setingggan tinggal di Kampung Baru Pujut 7, Kampung Pujut Sungai Adong, Kampung Merapak Pujut 8 dan Kampung Damai Jaya, Piasau Utara.

Tinjauan Sarawak Update mendapati, majoriti daripada penduduk itu sudah menetap di kawasan setinggan berkenaan sejak 20 hingga 35 tahun yang lalu, namun sehingga hari ini hanya sebilangan kecil yang mengambil inisiatif membeli rumah sendiri.

Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Baru Pujut 7, Ding Lah berkata, majoriti penduduk yang tinggal di kawasan Kampung Baru Pujut ialah kaum Orang Ulu seperti Kayan dan Kenyah manakala selebihnya Melanau, Bidayuh, Iban dan Cina.

"Kami merayu kepada kerajaan untuk menyediakan lot tanah kerana kebanyakkan daripada mereka daif dan sudah menetap di kawasan setinggan itu lebih 35 tahun yang lalu," katanya sambil menambah sebanyak enam keluarga kini ditempatkan di Tudan Desaras Fasa 6 berikutan pembinaan jambatan Pujut 7 yang baharu.

Walaupun kawasan setinggan, namun kerajaan bermurah hati menyediakan kemudahan seperti bekalan air, jalan dan tadika perpaduan.

Mengulas perkara ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, Andy Chia berkata, kerajaan memerlukan tempoh tertentu sebelum dapat menempatkan semua penduduk setinggan di bahagian Miri berikutan kekurangan dana dan tanah.

"Tidak semua setinggan dapat ditempatkan semula dalam masa terdekat, namun kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk memindahkan mereka dari masa ke semasa," katanya kepada media selepas mengadakan pertemuan dengan penduduk setinggan dari Kampung Baru Pujut 7 di pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) cawangan Pujut.

Beliau memberitahu, sebelum ini kerajaan telah menempatkan beberapa ribu penduduk setinggan di Bukit Kanada ke Tudan Desaras Fasa 6 manakala ribuan lagi masih tinggal di kawasan setinggan.

Katanya, kerajaan melalui JTS kini terus memantau bagi memastikan tiada lagi penempatan setinggan yang baru diwujudkan.

"Isu penempatan setinggan ini merupakan cabaran besar kepada kerajaan dan kita berharap penduduk setinggan sama-sama mencari jalan untuk membaiki taraf hidup mereka," katanya.

Andy memberitahu, terdapat juga ahli-ahli SUPP sebelum ini tinggal di kawasan setinggan namun mereka berdikari sehingga mampu membeli rumah yang lebih selesa.

Mengenai permintaan Kampung Baru Pujut 7 untuk ditempatkan semula, Andy memberi jaminan akan mengemukakan perkara itu kepada JTS untuk tindakan sewajarnya dan beliau berharap akan mendapat maklumbalas bulan depan.

3 PERMINTAAN RAKYAT YANG BN PANDANG MACAM MAYAT !

Posted: 19 Mar 2011 12:35 AM PDT

1. PENDAFTARAN PARTI ATAS NAMA 'PAKATAN RAKYAT'
MENTERI DALAM NEGERI SAHAJA YANG TIDAK MENANDATANGNI BAGI MELULUSKAN PERMOHONAN TERSEBUT. JAHATNYA ANAK TUN HUSSEIN ONN TERHADAP RAKYAT MALAYSIA.
http://mimpi-senja.blogspot.com/2011/03/pendaftaran-pakatan-ros-dah-lulus.html

KUALA LUMPUR, 19 Mac — Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution Ismail mendakwa permohonan pendaftaran Pakatan Rakyat masih belum menjadi kenyataan kerana berhadapan dengan halangan di peringkat Kementerian Dalam Negeri, bukannya Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Beliau berkata sebenarnya Pakatan Rakyat sudah mendapat kelulusan peringkat RoS tetapi dipercayai terhalang kerana Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar) belum memberikan lampu hijau.

2. RAKYAT MAHU PROSES CALIT JARI DENGAN PEWARNA SELEPAS MENGUNDI SUPAYA SEORANG PENGUNDI BOLEH MENGUNDI SEKALI SAHAJA. BUKTI YANG MENUNJUKKAN KERAJAAN BN MAHU MANIPULASI PENGUNDIAN AGAR SEORANG PENGUNDI BOLEH MENGUNDI LEBIH DARI 2 KALI DENGAN BERAPA CARA SEBAB ITU MEREKA TIDAK MAHU PROSES INI DIGUNAPAKAI.

3. RAKYAT MAHU LOKALITI MENGUNDI ADALAH MENGIKUT ALAMAT DI KAD PENGENALAN ATAU MENGIKUT ALAMAT DALAM CIP KAD PENGENALAN. RAKYAT YANG BERDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI TIDAK MAHU TEMPAT MENGUNDI DIPINDAHKAN SEWENANG-WENANG OLEH SPR TANPA PERSETUJUAN MEREKA SEPERTI YANG BERLAKU DI SELANGOR DALAM PRU 1999 LALU.



3.

BUANG TABIAT SATU ISYARAT NAK BUNGKUS

Posted: 18 Mar 2011 08:39 PM PDT

Lawatan bersama PM dan TPM ke Sarawak, satu isyarat Barisan Nasional dan bungkus pada tahun ini. Dalam apa yang dilihat sebagai isyarat yang belum pernah berlaku dan ini orang tua-tua kata nak buang tebiat, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, akan mengadakan lawatan bersama ke Sarawak Sabtu ini, destinasti pertama beliau dalam siri jelajah bertemu rakyat di seluruh negara.Apa yang takut sangat PM dan TPM ni, padahal baru lagi datang ke Sarawak contohnya sebelum dan semasa perkahwinan Taib Mahmud. BN mengelabah takut sangat pengundi akan beralih arah.

Entah berpa kali kemuncak tak tahulah yang dikatakan beberapa siri lawatan Perdana Menteri sejak tahun lepas.

Dengan pilihan raya negeri Sarawak ke-10 yang bakal menjelang tidak lama lagi, jadual lawatan mereka sudah tentu akan membawa keceriaan kepada kalangan rakyat, yang masih inginkan kepastian berhubung kesinambungan dasar pembangunan sosio-ekonomi kerajaan dan kestabilan politik.

Sebagai permulaan, Najib dan Muhyiddin dijangka bersama-sama menghadiri pelancaran program Sejiwa Senada bagi bahagian Samarahan di Serian, kira-kira 65km dari sini, dan kemudiannya beredar untuk melakukan tinjauan mesra di Bandar itu, disusuli dengan majlis makan tengah hari di gerai Perbadanan Pembangunan Ekonomi Serian Sarawak (SEDC).

Kununya dijangka 500,000 orang dijangka mengunjungi gerai penerangan dan perkhidmatan yang diwujudkan di bawah program yang dilaksanakan di seluruh negeri itu sebagai wadah untuk kerajaan bertemu rakyat dalam menyebarkan inisiatiaf inovatif dan kreatif, termasuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam sejajar dengan konsep 1Malaysia.

Terdahulu pada hari yang sama, Najib buat julung kali akan bertemu rakan Facebook beliau dalam sesi Mari Berjumpa, Mari Berhubung di kompleks Dewan Undangan Negeri lama di Petra Jaya di sini.

Dalam reaksi segera kepada jemputan itu, Sarinah Abdullah, salah seorang rakan beliau dalam laman rangkaian sosial itu, berkata beliau seringkali mengimpikan untuk bertemu Perdana Menteri namun tidak pernah berkesempatan. Mudah-mudahan beliau akan mimpikan warna hijau dan putih tidak kama lagi.

Seorang lagi rakan Facebook Perdana Menteri, Kamsiah Saufi, ingin tahu sama ada lawatan itu merupakan tanda pilihan raya semakin hampir.

Perdana Menteri, yang akan diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, turut dijadual beramah mesra dengan penduduk setempat semasa tinjauan mesra itu dan sesi bertemu rakyat di Kampung Semera, Sadong Jaya di Samarahan.

Penduduk di bandar akan turut menghadiri majlis serupa yang akan diadakan pada sebelah tengah hari di kawasan pasar basah Taman Kenyalang di sini.

Pada masa ini, penduduk Taman Kenyalang adalah antara mereka yang memperoleh manfaat daripada semakan semula premium untuk memperbaharui pajakan tanah baru-baru ini, yang tidak dinafikan lagi merupakan kadar paling rendah di Negara ini.


Sementara itu, Muhyiddin, yang akan diiringi isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman membuat lawatan antaranya sebagai kapasiti Menteri Pelajaran.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 19 Mar 2011 03:06 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


766 peneroka Serting saman Felda RM200 juta

Posted: 19 Mar 2011 11:04 AM PDT




Sebahagian peneroka Serting bersama peguam selepas memfail saman terhadap Felda.

SEREMBAN: Seramai 766 peneroka Felda Serting memfail saman RM200 juta terhadap Felda di Mahkamah Tinggi Seremban semalam.

Peneroka Felda Serting mendakwa Felda menipu peratusan Kadar Perahan Gred (KPG) hingga menyebabkan kerugian sebanyak RM200 juta kepada mereka.

Ujian makmal menunjukkan peratusan KPG sebenar yang diperoleh mencecah 24 peratus sedangkan mereka hanya memperoleh 18 peratus KPG daripada Felda.

"Yang peneroka saman kerana ia adalah hak peneroka, bukan Felda," kata Setiausaha Biro Masyarakat Felda Dan Orang Asal KEADILAN, Rebin Birham kepada KeadilanDaily.

Felda sebelum ini kalah dalam kes-kes seumpamanya yang melibatkan peneroka di Gugusan Jengka, Felda Sungai Koyan, dan Felda Kemahang 3.

Hadir di mahkamah ialah Ketua Peneroka, Karip Mohd Salleh; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paroi, Taufik Ghani dan peguam, T Kumar.

Mengulas kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan yang menyatakan pihaknya sedia RM90 juta jika kalah dalam kes berkenaan, Rebim mempersoalkan perbuatan itu.

"Kenapa hendak tunggu peneroka saman baru nak bayar? Ini menunjukkan Felda sedar dengan penipuan yang mereka lakukan," katanya.

Mahkamah kemudian memutuskan kes akan didengar semula pada 15 April depan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=9148

DUN belum bubar, PM sudah umum peruntukan lebih RM250 juta untuk Serian, Tebedu

Posted: 19 Mar 2011 11:01 AM PDT

SERIAN: Dalam keadaan hangat diperkatakan bilakah DUN Sarawak akan dibubarkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, lebih awal pada hari ini mengumumkan peruntukan berjumlah RM252.85 juta untuk pelbagai projek rakyat di kawasan Serian dan Tebedu.

Beliau berkata, peruntukan itu bagi bekalan air bersih luar bandar untuk 2,910 rumah di Tebedu membabitkan peruntukan sebanyak RM105 juta dan untuk 4,409 rumah di Serian sebanyak RM116.5 juta.

Sementara RM13.39 juta pula untuk projek bekalan elektrik di Serian yang membabitkan 408 rumah, selain peruntukan RM12.5 juta untuk projek klinik kesihatan di Pedawan dan RM120,000 untuk pembelian pendingin hawa untuk Dewan Masyarakat Serian.

Dalam perkembangan berkaitan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan Isnin ini dan beliau akan bertanding pada pilihan raya negeri yang akan diadakan.

Sarawak! Adakah anda mahu menjadi setinggan sampai mati?

Posted: 19 Mar 2011 10:43 AM PDT



Oleh Hazel Lee

MIRI– Miri memerlukan lebih banyak tanah dan peruntukan bagi menempatkan lebih 4,000 penduduk setinggan yang kebanyakkan menetap di sepanjang Sungai Miri.

Statistik Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Miri terkini mendedahkan, terdapat lebih 4,000 penduduk setingggan tinggal di Kampung Baru Pujut 7, Kampung Pujut Sungai Adong, Kampung Merapak Pujut 8 dan Kampung Damai Jaya, Piasau Utara.


Pemandangan rumah-rumah setinggan yang didirikan di sepanjang Sungai Miri.


Read more »

PEMUDA BESUT

Posted: 19 Mar 2011 01:07 PM PDT

PEMUDA BESUT


Umno Bawa Umi Hafilda Dan Mat Nor Deris Ke Besut Untuk Ganggu Program PGU Pas !!!

Posted: 18 Mar 2011 04:38 PM PDT



Ulasan YDP Kawasan Besut pada minit ke 4:54


Ceramah oleh Mat Nor Deris dan Umi Hafilda semata mata untuk mengganggu Program PGU Pas
Ceramah pimpinan PR sempena PGU yang diuar uarkan lebih awal dari ceramah Umno

Nampaknya Umno Besut tidak senang duduk dengan Program PGU 2 yang diadakan di Besut secara besar besaran.Selepas padat dengan pelbagai program pada siang 19/3/2011 ceramah Perdana pula yang turut membababitkan Presiden Pas dan Azmin Ali diadakan.

Aneh dan berniat mengganggu program Pas,Umno secara tergesa gesa turut menganjurkan Ceramah pada tarikh yang sama di tempat berhampiran.Siapa penceramah mereka ???.Tidak lain dan tidak bukan perempuan yang sarat dengan masaalah peribadi dan penuh kontroversi Umi Hafilda !!!! siapa lagi ??? Mat Nor Deris yang semasa dalam Pas dulu lantang mengkafirkan Umno,ni bukan main tuduh atau fitnah tapi disahkan Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan Ust Nik Amar LIHAT DISINI.

Inilah pe nceramah yang mampu dibawa Umno ke Besut yang sudah pasti ceramahnya nanti penuh dengan fitnah dan maki hamun.Ini secara tidak langsung menambahkan lagi rasa benci rakyat pada Umno.Tahniah Umno !!!!

Cubaan Umno untuk ganggu ceramah Pas tidak sedikitpun menggusarkan kami ahli dan penyokong Pas Besut.Ambo malas nak ulas panjang.Korang tengok je ulasan YDP Kawasan Besut kat video diatas pada minit ke 4:54.Justify Full

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 19 Mar 2011 01:02 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Pengusaha lembu dakwa dianiaya Tekun

Posted: 18 Mar 2011 03:57 PM PDT

MELAKA: Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun) didakwa menganiaya empat puluh pengusaha ternakan lembu feedlot berkelompok di Lanchang, Melaka apabila menahan sebahagian besar wang pinjaman mereka daripada nilai keseluruhan kira-kira RM1.2 juta yang telah diluluskan.

Menurut Ketua Projek, Fahruzridza Jaafar, 34, pada 1997 mantan Ahli Parlimen Jasin, Dato' Mohd Said Yusof mencadangkan kami menjalankan projek ternakan lembu dan setiap pengusaha melakukan pinjaman berjumlah RM30,000 daripada Tekun.

"Sejak tahun 2005, saya memang ada memajak tanah di Semujuk, Sungai Rambai seluas 3 ekar lebih bagi penanaman pisang dan saya korbankan projek pisang kepada ternakan lembu. Tekun luluskan 28 Januari 2008 dan beri sebahagian daripada pinjaman berjumlah RM416,875 tetapi projek itu mendapat bantahan daripada penduduk kampung sedangkan di situ sudah sedia ada pusat ternakan lembu yang lebih besar," katanya.


Fahruzridza berkata, akhirnya mereka terpaksa memindahkan projek berkenaan dari Semujuk ke Lanchang dengan keluasan tanah kira-kira lapan ekar atas bantuan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Rambai, Dato' Hasan Rahman menyebabkan kosnya bertambah.

"Tekun kemudiannya menahan baki pinjaman dengan alasan kandang yang dibuat tidak mengikut spesifikasi lalu kami diarah membayar pinjaman berjumlah RM14,000 seorang dan sekiranya gagal nama disenaraihitamkan.

"Projek kami akhirnya tergantung sehingga kini dan lebih malang lagi usaha kami untuk menemui pelbagai pihak menemui kehampaan termasuk mengadukan masalah berkenaan di Jabatan Perdana Menteri, sehingga kini masih belum ada jawapan.

"Macam mana nak bayar projek separuh jalan, malah sikap Tekun yang jelas mahu membunuh kami amat dikesali bagaikan sengaja membina kapal di tengah lautan tetapi tidak menyiapkan layarnya dan kami terus hanyut," katanya.

HARAKAH 13 - 15 RABIULAKHIR 1432 / 18 - 20 MAC 2011

Batu Gajah Mari

Posted: 19 Mar 2011 11:05 AM PDT

Batu Gajah Mari


Wah!! Mak Cik main Nombor Ekor!! haha

Posted: 19 Mar 2011 08:19 AM PDT

ohmacamitu

nombor ekor.
nombor ekor.

Alahai mak cik, nak kaya cepat ye? Mana ada kesenangan hidup di dunia ini datang dengan bergolek. Haha.

korang cari di google ?

nombor ekor.

http://fid.ohmacamitu.com/search/sport-toto/

i n t a n h i j a u

Posted: 19 Mar 2011 07:22 AM PDT

i n t a n h i j a u


KESAN RADIASI NUKLEAR KEPADA MANUSIA

Posted: 19 Mar 2011 02:00 AM PDT


 INFO: KESAN RADIASI NUKLEAR KEPADA MANUSIA
  • Pendedahan radiasi berukuran 100 Rems akan merosakkan sistem peredaran darah menyebabkan sel limfosit darah akan berkurangan. Simptom awal selesema.
  • Pendedahan kepada radiasi berukuran 200 Rems ke atas menyebabkan keguguran rambut dengan cepat, kerosakan saluran usus yang mengakibatkan mual, muntah dan cirit-birit. Pada kekuatan ini, radiasi boleh menyebabkan kerosakan saluran peranakan.
  • Radiasi nuklear berukuran 1,000 hingga 5,000 Rems mengakibatkan kerosakan kepada pembuluh darah dan boleh menyebabkan jantung gagal berfungsi dan kematian.
  • Pendedahan langsung kepada radiasi berukuran lebih 5,000 Rems akan menyebabkan sel otak rosak, selain membunuh sel saraf dan merosakkan pembuluh darah dalam jantung.
  • Dalam jumlah tertentu, iodin radioaktif boleh merosakkan sebahagian atau seluruh bahagian kelenjar tiroid yang mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia.

  • Menurut data kesan pengeboman bom atom di Nagasaki dan Hiroshima menunjukkan mangsa cuma bertahan selama 10 tahun dan berdepan risiko jangka panjang seperti leukemia dan barah limfoma.


    sumber: berita harian

    TAIB NAK NGUNDOR DAH...

    Posted: 18 Mar 2011 11:29 PM PDT


    Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud sekali lagi memberitahu bahawa beliau akan melepaskan jawatannya selepas pilihan raya DUN Sarawak yang mesti dilakukan sebelum Julai ini.
    sarawak BN convention taib and wifeTaib - yang sudah 30 tahun berkuasa di negeri itu - berkata, beliau akan memastikan BN menang dalam pilihan raya kali ini dan memastikan peralihan kuasa dibuat sebelum meletakkan jawatan.

    Ini merupakan kali ketiga Taib mengeluarkan kenyataan sebegitu selepas berkata yang sama di Mukah dan Betong awal tahun ini.

    Kemungkinan untuk beliau bersara semakin dekat, akuinya.

    Taib yang memimpin Sarawak sejak 1981 berkata, masa itu akan tiba apabila orang yang didiknya boleh membentuk pasukan untuk berkhidmat kepada negara dan pelbagai bangsa.(malaysiakini)

    KALAU SAH, KENAPA KAWAL KETAT...?

    Posted: 18 Mar 2011 06:38 PM PDT


    KUALA LUMPUR 18 Mac: Pakatan Rakyat Perak meminta jaminan daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein supaya persidangan Dewan Undangan Negeri (Perak) pada April ini bebas daripada campur tangan polis.

    Ahli parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin(gambar) pada sidang media di parlimen semalam berkata, jaminan itu diperlukan ekoran setiap kali berlangsungnya sidang Dun di negeri berkenaan, pasukan polis dikerah untuk mengadakan kawalan ketat.

    Ujar beliau, sekiranya kerajaan Perak kini merasakan mereka kerajaan yang sah, maka tidak perlu kawalan polis di sekeliling bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SUK).

    "Kami nak mintak supaya KDN beri janji pada sidang dun kali ini tidak ada pihak keselamatan polis. Kalau ada bermakna dia melanggar Kanun 124, mengganggu ahli dewan undangan negeri untuk masuk ke dalam dewan melaksanakan tugas kami.

    "Jadi itu yang kami minta untuk menteri berlaku adil dan menunjukkan kerajaan haram ini perlu dipelihara oleh polis. Jika kerajaan ini haram biar rakyat menentukan," katanya yang dilapor TV Selangor.

    Tambahnya yang juga Adun Pasir Panjang, Menteri Besar Perak Datuk Zambry Abdul Kadir juga masih belum menjawab soalan-soalan yang dikemukakan Adun dari Pakatan Rakyat pada sesi yang lepas.

    "Kami telah diminta menghantar soalan-soalan lisan dan bertulis dan tarikh akhir pada 15 Mac untuk sesi akan datang. Malangnya soalan-soalan lisan kami pada sesi yang lepas pun masih tidak dijawab," katanya.

    Sementara itu Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Khoo Ham menggesa rakyat Perak tidak tertipu dengan sistem demokrasi yang dikatakan masih dijalankan secara telus dan adil.

    Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak akan diadakan pada 5 April nanti.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan