Khamis, 17 Mac 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS TAMBUN

Posted: 17 Mar 2011 01:33 AM PDT

PAS TAMBUN


ISTERI NAJIB NI PAHAM KE APA YANG DIA CAKAP!! MENGONG

Posted: 16 Mar 2011 10:36 AM PDT



KP : apa kena mengena tsunami dengan teknologi hijau, apa yang dia ni faham dengan teknologi hijau dan apakah negara Jepun cikai dari segi teknologinya.

Ahmad Fedtri Yahya pengacara TV3 sertai PAS?

Posted: 16 Mar 2011 10:04 AM PDT




Pengacara TV3, Ahmad Fedtri Yahya kelihatan di Talkshow bersama Bob Lokman di Kota Damansara sebentar tadi 16 mac 2011. Syukur alhamdulillah, ramai selebriti yang dekat dengan perjuangan kita.. Allahuakhbar!!

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 17 Mar 2011 01:19 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


PAS SABAH NAFI AHLI SERTAI UMNO

Posted: 17 Mar 2011 01:00 AM PDT

12 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Badan Perhubungan Pas Negeri Sabah ingin merujuk kepada laporan akhbar Utusan Borneo bertarikh pada 16hb Mac 2011 pada muka surat 2 yang bertajuk "PAS guna Masjid, Surau sebar politik kata Jumat".

1. Ingin ditegaskan bahawa PAS Sabah tidak pernah mempunyai ahli yang bernama Ag Hanafi Pg Tajudin dan cawangan PAS Kg Rampayan serta ahli berjumlah 50 orang. Oleh yang demikian Kenyataan bahawa ahli PAS keluar parti dan cawangan dibubar adalah tidak benar sama sekali.

2. PAS juga ingin menafikan ada menubuh Sekolah Tahfiz di Bandar Sierra Kota Kinabalu sepertimana yang didakwa. PAS tidak mempunyai apa-apa kaitan langsung dengan sekolah tersebut.

3. Berhubung tuduhan PAS menjadikan Masjid dan Surau sebagai gelanggang politik, PAS ingin mencabar kepada UMNO dengan memberi bukti-bukti bahawa UMNO tidak terlibat langsung dan tidak langsung menjadikan Masjid dan Surau sebagai gelanggang politik bagi kepentingan UMNO.

PAS Sabah akan terus berjuang membela nasib dan hak-hak rakyat negeri ini tanpa mengira kaum, bangsa dan agama demi negeri Sabah yang tercinta.PAS menyeru kepada rakyat negeri ini agar membuat perubahan politik dan seterusnya menafikan Sabah negeri simpanan tetap Barisan Nasional.

PAS Sabah

Open letter from Kampung Senadin residents

Posted: 17 Mar 2011 12:30 AM PDT

12 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Below is the attachment of conditions laid out By YB Lee KHim sin
during the meeting as posted by anonymous, our Kampong appointed
Secretary.

Subject: RE: Extension of Kampung Senadin

Dear All,

Followed-up to meeting between Ketua Kaum Hj Hamdani, AJKK Kpg Senadin
and representative from Kpg Sealine with Penguasa Tanah & Survei and
YB Datuk Lee Kim Shin last Friday,
YB Lee has indicated that we have 2 options :

1) Don't issue the land titles and basic infrastructure given ( such
as roads, drainage, electricity and water ) until all land matters is
settled ( i.e 180 owners has agreed to demolish their house and move
to a new allocated lot to facilitate the building of roads and
drainage or they are willing not to share the same lot and reallocated
to another lot – for those land with 2 to 8 owners );
- To agree they must go to Land Survey office,Miri and signed-off the
agreement form.

Note : The government will not compensate for the cost of
demolish/moving or building a new house as they have already allocate
us land.

2) Issue the land titles and basic infrastructure given ( such as
roads, drainage, electricity and water ) eventhough all land matters
is not settled ( i.e 180 owners has agreed to demolish their house and
move to a new allocated lot to facilitate the building of roads and
drainage or they are willing not to share the same lot and reallocated
to another lot – for those land with 2 to 8 owners );
- To agree they must go to Land Survey office and signed-off the agreement form.

Note : Those who disagree will not get land titles and may not enjoy
basic infrastructure given ( such as roads, drainage, electricity and
water ).

We have agree to option 1 as it would not be fair to 280 land owners
who agree to the Land Survey proposal so that they will get their land
titles and enjoy the basic infrastructure given ( such as roads,
drainage, electricity and water ) in the near future.

The "surat tawaran" by land survey department will be processed within
2 weeks time for the 280 land owners and probably handed-over by Tan
Sri Dr George Chan at Kpg Senadin Balai Raya.

Upon receiving the "surat tawaran" , the land owners is to reply
whether they are willing to accept the offer of land titles.

We have asked also Land & Survey to "turun padang" for an engagement
session to explain to the people on the details.

Things for you to ponder / consider and be prepared mentally :

For those people who use to plant padi in Kpg Sealine and your land
after survey is 4 to 8 lots, just like my mother land/sawah padi,
during the survey in 2008 where

you are only given 1 L/S or lot number, you may only entitle to that
plot only, i.e where your house reside. The other lots maybe allocated
to those people who are affected
( i.e 180 land owners).

This is current assumptions as we are not sure whether the names (
family members name) given to land survey officer ( in 2008/2009) is
accepted to be allocated the remaining lots, as Land Survey said it is
government land, they have the right who to allocate the land.

Note : The land survey department has not given the list of 280 ( to
be issued land titles ) and 180 ( agreement letter to move not yet
sign) people, thus we do not know all these people.

My advise for those whose house is where the road is located and those
land with 2 or 8 owners, please go to land survey to sign-off so that
you get allocated lots.
In addition to this, ensure you have save money to build a new house
temporarily.

Hoped that this is self-explanatory.

From Pas Miri

Ummi Hafilda Fail Saman RM100 juta

Posted: 17 Mar 2011 12:10 AM PDT

12 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Ummi Hafilda Ali memfailkan saman berjumlah RM100 juta terhadap Baginda Minda dan pemilik portal berita MalaysiaKini kerana didakwa memfitnahnya.

Saman itu difailkan pada Khamis, di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini.

mStar/-
Oleh SALWA SHA'ARI

Saman Taib Mahmud : Mahkamah Tolak Permohonan Malaysiakini

Posted: 17 Mar 2011 12:00 AM PDT

12 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 17 MAC : Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Malaysiakini bagi mengenepikan saman fitnah ketua menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud ke atas portal berita itu.

Hakim, Datuk John Louis O' Hara ketika membuat keputusannya berkata, saman Taib tidak boleh diketepikan begitu sahaja kerana ia adalah kes nyata.

"Berikutan itu, permohonan mengketepikan saman ditolak," kata O' Hara.

Dalam penghakimannya,beliau juga menolak isu yang dibangkitkan oleh Malaysiakini, terutama hujah perbuatan saman itu menyalahgunakan proses mahkamah dan plaintif (Abdul Taib) tidak mempunyai alasan untuk mengambil tindakan terhadap defendan.

Kata hakim itu lagi, keputusannya berdasarkan Akta Fitnah dan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau sehubungan itu juga mengarahkan Malaysiakini membayar kos RM10,000 kepada Taib.

Ketua menteri Sarawak itu pada 2007 menyaman Malaysiakini dengan dakwaan memfitnahnya apabila portal berita bebas itu menyiarkan beberapa laporan dengan memetik sumber daripada akhbar-akhbar Jepun.

Beliau mendakwa 12 artikel yang diterbitkan dari 6 April hingga 3 Mei 2007 itu mengandungi perkataan yang memfitnah beliau.

Artikel berkenaan mendedahkan pihak berkuasa Jepun menahan ahli kumpulan kartel perkapalan yang mengangkut balak dari Sarawak.

Ahli kartel itu didakwa membayar Regent Star, sebuah syarikat kilang kertas yang berpangkalan di Hong Kong yang dilaporkan mempunyai kaitan dengan Taib dan keluarganya sebanyak RM32 juta sebagai habuan.

Isu berkenaan telah dilaporkan secara meluas di beberapa pertubuhan media di Jepun dan juga tempat lain. Berdasarkan sumber itu, Malaysiakini membuat laporan susulan seminggu selepas itu dengan artikel 'RM32 mil kickbacks - tip of the iceberg'.

Dalam pernyataan tuntutannya, Abdul Taib menamakan Mkini Dotcom dan ketua pengarang Malaysiakini Gan Diong Keng, yang juga dikenali sebagai Steven Gan, sebagai defendan.

Tv Selangor/-

BN takutkan rakyat untuk kekal berkuasa.

Posted: 16 Mar 2011 11:30 PM PDT

12 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

PARIT BUNTAR, 17 Mac : Ketua Penerangan PAS Perak, YB Drs. Khalil Idham Lim berkata, rakyat sering diingatkan oleh BN supaya jangan ada rasa untuk tukar kerajaan bagi merasai bagaimanakah jika Malaysia ditadbir oleh kerajaan selain BN, ia semakin menjadi-jadi apabila pilihanraya semakin hampir.

"Kebimbangan BN semakin memuncak bila hampir dengan PRU dan mereka sanggup melalukan apa saja untuk menipu rakyat supaya terus menyokong BN" jelasnya.

"Sebenarnya Malaysia lebih selamat andai ditadbir oleh Pakatan Rakyat, perkara ini disokong dengan fakta kukuh dimana 4 negeri yang diperintah oleh Pakatan sekarang mendahului Negeri BN dalam banyak hal dan isu", katanya ketika ditemui di sini.

"Bagi saya rakyat sudah matang berpolitik dan dapat menilai apa yang Pakatan Rakyat lakukan kepada rakyat di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan" Katanya.

Selain itu beliau juga mengesahkan bahawa selama 11 bulan yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat di Perak merupakan suatu perkara yang akan dikembalikan oleh rakyat Perak dan kita akan kembali diberi mandat oleh rakyat Perak sebagai kerajaan.

Drs. Khalil juga optomis bahawa semua kebaikan yang dilakukan di negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat diketahui oleh pengundi di negeri lain walaupun media BN cuba menutup dan memutar belit fakta yang sebenar.

"Kerana itu media alternatif sangat ditakuti oleh pemimpin BN kerana ianya menjadi pilihan utama setelah media pro BN nampanya sangat tidak adil dalam menyiarkan berita" katanya.

Tambahnya, BN selama ini memainkan sentimen menakutkan rakyat bagi mengekalkan kuasa, isu yang sering dipahat dalam ingatan rakyat ialah kononnya tanpa BN di Malaysia rakyat akan susah.

"Inilah pemikiran kuno dan sesat yang sering ditanam kepada rakyat demi untuk kekal berkuasa" jelasnya

Menurutnya yang juga Adun Titi Serong, Pakatan khuatir apabila kemenangan yang sering memihak kepada BN sebelum ini tidak lain akan memberi kesan kepada kehidupan rakyat dan mereka akan menghadapi saat sukar dengan bebanan di segenap hal.

"Kerana itu Pakatan Rakyat berjanji untuk mengambil berat soal kebajikan rakyat dari segala aspek tanpa mengenal agama dan bangsa," jelasnya.

"Kerana itu tawaran Pakatan seperti yang tercatat pada buku jingga program 100 hari Pakatan Rakyat adalah bukti yang jelas dari kami," ujarnya lagi.

"Kerana itu saya kira rakyat mestilah memberi harapan yang besar dengan hasrat itu dan memberi peluang kepada Pakatan Rakyat dengan memenangkan calon-calon dari PAS, DAP dan PKR dalam PRU ke 13.", katanya.

Oleh : Hafizi Pauzi.

Kepulauan Vanuatu dilanda gempa bumi

Posted: 16 Mar 2011 10:31 PM PDT

12 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Gempa bumi berukuran 6.5 pada skala Richter berlaku di Kepulauan Vanuatu kira-kira 10.48 pagi ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Gempa berlaku 5,946 kilometer tenggara Kunak, Sabah.

Gempa tidak mendatangkan tsunami kepada Malaysia.

Malaysiakini/-

Pemikiran Cetek BN, Timbul Kekeliruan Dasar Baik Buku Jingga

Posted: 16 Mar 2011 10:00 PM PDT

12 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 17 MAC: Pandangan yang diutarakan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dalam sidang Dewan Rakyat semalam berhubung dasar penswastaan tol yang termaktub dalam Buku Jingga ternyata bukan berlandaskan inspirasi rakyat.

Ahli parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof menyifatkan tahap pemahaman cetek pimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) mengakibatkan kekeliruan berhubung beban tanggungan kerajaan sekiranya konsesi tol dimansuhkan.

"Isunya di sini bukan isu tidak cukup wang. Isunya ialah tata kelola. Bagaimana hasil yang cukup untuk diagihkan sama rata. Macam Ghandi kata apa yang kita ada ini adalah cukup untuk keperluan tapi tidak cukup untuk ketamakan kita.

"Jadi Rembau ini tidak akan faham isu ini. Pada pandangan saya kalau penswastaan yang dimaksudkan untuk mengurangkan beban kerajaan membina prasarana, sekarang konsesi ini patut ditamatkan," jelas Yusmadi.

Khairy semalam mendakwa, pemansuhan tol seperti yang digariskan Pakatan Rakyat dalam janji 100 hari pentadbirannya akan membebankan kerajaan.

Namun kenyataan itu disanggah oleh Yusmadi yang berkata, perkongsian perkhidmatan menerusi tata kelola yang baik mampu mewujudkan kesamarataan seraya memberi pulangan besar kepada rakyat tanpa membebankan tanggungan kerajaan.

Ini sekaligus menyangkal tomahan kerajaan Umno-BN yang cuba memanipulasi kefahaman rakyat sehingga membuat kesimpulan bahawa negara akan muflis jika dasar ini dilaksanakan Pakatan Rakyat.

Sidang Dewan petang semalam dihangatkan apabila ahli-ahli parlimen Umno-BN cuba mencetuskan kesangsian terhadap pelaksanaan dasar Buku Jingga yang sering menjadi sasaran ejekan dan dakwaan tidak munasabah dalam dewan.

Yusmadi menambah, maksud penswastaan bukan menyerahkan secara total kepentingan kerajaan dan negara namun hanya sehingga suatu tahap di mana pulangan dikitar semula untuk manfaat kepada rakyat.

Katanya lagi, prinsip perkongsian pintar yang diketengahkan mampu menyangkal sebarang bentuk penindasan asalkan diurus dengan tata kelola yang bertanggungjawab.

"Penswastaan itu sendiri bukan bertujuan untuk membebankan, tapi untuk berkongsi perkhidmatan dan sampai ke suatu tahap kembali kepada rakyat. Bagi saya pandangan beliau (Khairy) ialah bukan pandangan berkepentingan rakyat dan tidak faham apa yang dimaksudkan dengan agenda penswastaan," kata beliau lagi.

Antara perkara yang dinyatakan dalam Buku Jingga Pakatan Rakyat adalah dengan mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.

Selain penghapusan kadar tol, buku jingga berkenaan turut menjanjikan pemansuhan Akta keselamatan Dalam Negeri (ISA), merombak subsidi negara, membatalkan Felda Plantations, menaikkan royalti minyak di Sabah dan Sarawak dan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi memulihkan sistem kehakiman negara.

Tv Selangor/-

Kerajaan digesa batal bina loji nuklear

Posted: 16 Mar 2011 10:00 PM PDT

12 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 17 Mac: Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kerajaan Malaysia supaya membatalkan rancangan untuk memajukan tenaga nuklear dan pembinaan empangan besar.

Presiden SAM dan CAP, SM Mohamed Idris berkata, berdasarkan apa yang berlaku di Jepun, kerajaan perlu menghentikan dengan segera idea untuk membina loji nuklear dan empangan besar untuk menangani isu "krisis" tenaga.

Pada masa ini, katanya jumlah penggunaan elektrik Malaysia adalah dianggarkan 14,000 megawatt (MW) tetapi negara mempunyai kapasiti bekalan sebanyak 23,000 MW.

Ini, ujarnya memberikan Malaysia margin yang amat selesa memandangkan sasaran kerajaan hanya 20%.

Tambahnya, tragedi yang melanda Jepun menunjukkan bahawa malapetaka boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Menurutnya lagi, meskipun Malaysia tidak terletak dalam Lingkaran Api Pasifik atau Alpide Belt, ia tidak bermakna bahawa kita selamat daripada bencana alam.

Beliau berkata, plat tektonik sentiasa bergerak dan kemungkinan akan tiba masanya di masa hadapan Malaysia turut didampingi malapetaka semula jadi.

"Kita perlu mengambil iktibar daripada pengalaman lepas dunia yang telah menunjukkan kesengsaraan dan penderitaan yang dialami akibat daripada bencana alam," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Jelasnya, daripada semua teknologi penjanaan elektrik, tenaga nuklear merupakan salah satu yang mampu mengakibatkan malapetaka kemalangan.

Menurutnya, mana-mana negara dengan aspirasi nuklear perlu mempertimbangkan risiko bencana kemalangan sebagai sumbangan negatif utama teknologi ini.

"Adakah Malaysia mempunyai kemampuan untuk menangani keadaan malapetaka seperti kebocoran reaktor atau kebakaran loji dan kesannya yang mungkin melampaui ruang dan masa?

"Adakah orang ramai sanggup menerima risiko ini, sedangkan alternatif tenaga yang lebih murah dan selamat adalah wujud?" soalnya.

Di seluruh dunia, katanya orang ramai telah menyedari bahawa terdapat alternatif kepada nuklear dan empangan besar yang lebih selamat, murah dan boleh diperbaharui seperti tenaga solar dan angin.

Bagaimanapun, tambahnya potensi Tenaga Diperbaharui (Renewable Energy - RE) sebagai sumber tenaga yang mapan di Malaysia ditolak berulang kali oleh penyokong tenaga nuklear berdasarkan analisis berat sebelah dan terpilih di pihak mereka.

"Kami percaya dengan rangka kerja peraturan yang berkesan dan sempurna dan fiskal yang betul untuk RE, ia boleh menyumbang dengan berkesan kepada rizab tenaga Malaysia, seterusnya menyangkal keperluan untuk melabur dalam tenaga yang kotor, berbahaya dan mahal seperti nuklear," katanya lagi.

Beliau berkata, satu cara lagi untuk mengurangkan penggunaan tenaga ialah dengan memperbaiki kecekapan tenaga (Energy Efficiency - EE) dalam semua sektor.

Pada hakikatnya, kata beliau EE merupakan salah satu objektif Dasar Tenaga Negara yang sepatutnya dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kelapan.

Baginya, usaha oleh Kerajaan Malaysia untuk menggalakkan kecekapan tenaga perlu ditingkatkan kerana ia bergerak terlalu perlahan.

Di samping itu, ujarnya tenaga mampu diri (self-sufficiency) adalah jaminan terbaik sekuriti tenaga.

Ini, katanya boleh dicapai dengan mempelbagaikan tenaga boleh diperbaharui yang mapan pada skala penjanaan mikro, kecil dan sederhana, menurut sumber tempatan yang diperolehi, supaya tenaga digunakan pada titik penjanaan, menjimatkan sehingga 69 peratus daripada tenaga yang hilang melalui pengaliran elektrik jarak jauh daripada loji tenaga berpusat besar dan pengeluaran karbon berkaitan.

"Akhir sekali, menggabungkan langkah kecekapan tenaga (EE) dan tenaga diperbaharui (RE) untuk memenuhi permintaan tenaga akan menghapuskan sebarang justifikasi bagi tenaga nuklear dan empangan besar," ujarnya.

Harakahdaily/-

Pengusaha Barangan Lusuh Temui Bom Lama Di Kedainya

Posted: 16 Mar 2011 09:37 PM PDT

12 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

TELUK INTAN: Seorang pengusaha kedai barangan lusuh menemui sebutir bom mortar dipercayai masih aktif di dalam timbunan barangan lusuh di kedainya di Jalan Maharaja Lela, di sini, Rabu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, pengusaha kedai terbabit menemui bom tersebut pada pukul 9.30 pagi lalu menghubungi polis.

Satu skuad unit pemusnah bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak dipanggil untuk memusnahkan bom berkenaan pada 4 petang ini, katanya.

Goh berkata, bom berukuran 56sm panjang dan mempunyai lilitan 23sm itu dipercayai peninggalan zaman perang dahulu.

Sementara itu, pengusaha kedai barangan lusuh, Borhan Alias, 50, berkata salah seorang pekerjanya menyedari tentang bom itu ketika sedang mengasingkan barangan lusuh di kedai.

Katanya, apabila diberitahu mengenai penemuan bom berkenaan, dia terus mengarahkan semua pekerja keluar segera dari kedai bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.

"Saya tidak menyedari bom tersebut turut dibeli ketika melakukan urus niaga dengan penjual besi dan barangan lusuh itu dibeli secara lambakan," katanya.

Borhan berkata, ini merupakan kejadian pertama dia menemui bom di kedainya sejak mula membuka perniagaan itu lapan tahun lepas.

mStar/-

Mufti Selangor Larang Pengedaran Kitab Injil Guna Kalimah Allah

Posted: 16 Mar 2011 09:14 PM PDT

12 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 16 MAC : Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abd Wahid mengesahkan 5,000 naskah Kitab Injil berbahasa Melayu dilarang pengedaran di negeri itu kerana ia
tertakluk kepada Enakmen Islam Selangor bersabit penggunaan kalimah Allah didalam Kitab Suci Kristian itu.

Tamyes sekali gus mengesahkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz bahawa tindakan kerajaan memansuhkan penahanan naskah Kitab Injil berbahasa Melayu tidak sah di sisi undang-undang syariah di Selangor.

Mufti Selangor itu berkata kebimbangan utama pihaknya terhadap arahan kerajaan pusat menarik balik penahanan itu adalah kesannya ke atas generasi muda umat Islam.

"Saya tetap berpandangan bahawa memang sewajarnya (pengedaran Kitab Injil itu) dihalang, kerana terjemahannya mengandungi kalimah God yang diterjemahkan kepada Allah (dan) ini adalah bahaya dan mengelirukan kepada anak-anak muda khususnya," katanya kepada Tv Selangor.

Sepuluh negeri kecuali Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan mempunyai undang-undang syariah yang menghalang penggunaan kalimah "Allah" sama ada secara lisan ataupun bertulis.

Selain 5,000 naskah di Pelabuhan Kelang, penahanan 30,000 naskah Kitab Injil yang sama di Kuching turut di tarik balik, mengikut pengumuman Menteri di
Jabatan Perdana Menteri Idris Jala petang semalam.

Kenyataan Nazri dan Tamyes bersabit pengedaran Kitab Injil itu dijangka menambah kemelut susulan kenyataan-kenyataan yang bercanggah oleh Kementerian Dalam
Negeri dan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bersabit isu itu.

Tamyes sendiri melahirkan rasa kesal kerana tidak ada penyelarasan dalam menangani isu Kitab-Kitab Injil berbahasa Melayu itu yang diimport dari Indonesia.

"Sepatutnya kita ni kalau nak buat keputusan biarlah ada persepakatan, kenapa pula seorang mengatakan boleh seorang mengatakan tidak," kata beliau.

Ahad lalu, Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Tun Hussein mengeluarkan kenyataan mendakwa pihaknya menunggu keputusan Peguam Negara sama ada penahanan 35,000 Kitab Injil di Pelabuhan Kuching dan Pelabuhan Klang boleh ditarik balik.

Menurut Hishamuddin, keputusan itu berkait dengan kes penggunaan kalimah Allah yang masih belum dibicarakan di Mahkamah Rayuan yang berlarutan sejak 2010.

Namun pagi semalam, Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menegaskan isu itu akan dibincangkan di mesyuarat mingguan Kabinet Jumaat ini. Beliau menegaskan Jemaah Menteri harus berbincang isu itu sebelum sebarang keputusan dibuat.

Ironinya, sebelah petang hari sama Idris Jala mengumumkan kesemua 35,000 naskah yang ditahan di Pelabuhan Kelang (sejak 2009) dan Pelabuhan Kuching (sejak
Januari 2011) akan dibenarkan masuk ke negara ini.

Bagaimanapun KDN meletakkan dua syarat iaitu setiap naskah Kitab suci itu harus mempunyai nombor bersiri dan cop "Hanya Untuk Penganut Kristian" sebelum
dibenarkan pengedaran.

Syarat itu ditolak oleh pihak gereja di Sarawak yang melihatnya sebagai satu penghinaan terhadap kesucian agama Kristian dan kekangan terhadap kerja-kerja dakwah yang dijalankan oleh gerakan mubaligh.

Paderi Goodnews Church, Jefferey Wei ketika dihubungi Tv Selangor menegaskan penganut kristian tidak dapat menerima perkara yang merendahkan martabat kitab
suci mereka.

"Saya rasa jika kita letak nombor siri dan cop atas Kitab Injil ini, kita seperti mencemarkan kitab suci kami dan menghina kedudukannya. Ia menjadikan seolah-olah seseorang yang memiliki kitab ini melakukan satu jenayah. Tiada penganut Kristian akan menerima perkara ini," katanya.

Tv Selangor/-

Virus Adeno ragut mangsa kedua

Posted: 16 Mar 2011 09:05 PM PDT

12 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Seorang pelatih Pusat Latihan Polis (Pulapol) meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur hari ini akibat jangkitan Adenovirus, mangsa kedua yang meninggal dunia akibat serangan virus itu bulan ini.

Inspektor pelatih Mohd Redzuan Ishak, 26, yang menerima rawatan di situ sejak seminggu yang lalu, meninggal dunia pada 4.20 pagi ini, demikian menurut polis dalam satu kenyataan menerusi Facebook.

Jenazah Allahyarham dibawa ke Bandar Sungai Buaya di Rawang pagi ini untuk dikebumikan.

Adenovirus mula dikesan menyerang Pulapol pada 4 Mac lalu.

Mangsa pertama, seorang konstabel pelatih lelaki berusia 21 tahun berasal dari Kuala Kangsar, meninggal dunia pada 9 Mac.

Sehingga 8 pagi semalam, 34 orang pelatih dirawat di HKL dan enam di Hospital Sungai Buloh.

Malaysiakini/-

Krisis Nuklear : Kebimbangan Meningkat, Warga Asing Mula Keluar Jepun

Posted: 16 Mar 2011 09:00 PM PDT

12 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

TOKYO17 MAC : Negara asing menasihatkan rakyatnya agar meninggalkan Jepun, yang dilanda bencana berganda, ketika pihak berkuasa negara sebelah timur itu bertungkus-lumus untuk mengelakkan krisis nuklear yang dilihat semakin meruncing.

Ketua Suruhanjaya Kawal Selia Nuklear Amerika Syarikat berkata salah satu reaktor, yang terjejas teruk, kelihatan merisaukan kerana tiada bekalan air untuk menghentikan rod bahan api daripada terus panas dan kemudian cair kelak.

Semalam, pekerja-pekerja menjauhi loji Fukushima Daiichi buat sementara kerana bimbang peningkatan radiasi tetapi kembali selepas keadaan dilaporkan selamat.

Rasa bimbang dan khuatir muncul kembali selepas pegawai-pegawai berkata reaktor kedua di kompleks itu, yang menempatkan enam reaktor, kemungkinan sudah rosak dan mengeluarkan stim radioaktif.

Laporan msnbc melaporkan, ketua tenaga Kesatuan Eropah Guenther Oettinger memberitahu Parlimen Eropah bahawa loji itu "secara efektif sudah tidak terkawal lagi" selepas kerosakan pada kemudahan sistem pendinginan.

"Dalam beberapa jam akan datang, akan ada malapetaka lebih buruk lagi, yang akan mendedahkan orang ramai kepada bahaya," katanya.

"Belum kelihatan panik lagi, tetapi Tokyo dengan penduduk seramai 35 juta orang, adalah metropolis paling besar di dunia," katanya.

Bagaimanapun ketua pemantau nuklear PBB melihat pandangan itu dari sudut isu yang lain.

"Bukan masa untuk mengatakan keadaan sudah tidak terkawal," kata Yukiya Amano, Ketua Pengarah Agensi Tenaga Nuklear Antarabangsa pada sidang media semalam.

"Operator-operator melakukan yang terbaik untuk memulihkan keselamatan reaktor," katanya.

Beliau bercadang untuk terbang ke Jepun hari ini, lapor Reuters lewat semalam.

Beliau menggambarkan keadaan "sangat serius" dan telah meminta kerajaan Jepun menyediakan maklumat lebih baik kepada agensi itu.

Tv Selangor/-

Kase di Pulau Pinang 19 Mac

Posted: 16 Mar 2011 08:35 PM PDT

12 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

PULAU PINANG, 17 Mac: Mangsa saman ekor atau mereka yang mempunyai saman tertunggak jangan melepaskan peluang bersama Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan panel peguam Kempen Anti Saman Ekor (Kase) di Markaz Tarbiyah PAS Pulau Pinang, Pongsu Seribu Kepala Batas pada 19 Mac ini, jam 3.00 petang.

Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Yusni Mat Piah berkata, ia bukan sahaja untuk mangsa yang teraniaya malahan terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin tahu bagaimana cara yang terbaik untuk mengatasi masalah yang dihadapi.

Jelasnya lagi, langkah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyenaraihitamkan pembayaran cukai jalan merupakan langkah ke belakang kerana ia menyusahkan rakyat yang ingin menggunakan kenderaan sendiri.

"Sesiapa yang masih bingung dengan istilah saman ekor oleh JPJ dan polis, sila hadir ke Pongsu Seribu hari Sabtu ini bermula jam 3.00 petang. Anda akan diberikan penjelasan kenapa tidak perlu bayar saman ekor oleh Datuk Mahfuz dan panel peguam Kase," terangnya.

Katanya, selepas mendengar taklimat, semua peserta dikehendaki ke plaza tol Sungai Dua untuk menyebarkan risalah Kase kepada orang ramai agar tidak menjadi mangsa JPJ dan polis yang memeras wang rakyat.

"Jangan lepaskan peluang ini, datanglah beramai-ramai untuk memprotes apa yang mereka lakukan pada rakyat. Bila protes saman ekor, buatlah tekad untuk memprotes Barisan Nasional (BN) dan Umno," ujarnya.

Harakahdaily/-
Oleh : Mohd Sabri Said .

CHRI: Malaysia cabul hak asasi manusia

Posted: 16 Mar 2011 08:02 PM PDT

12 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Malaysia gagal mengotakan janjinya untuk memperbaiki rekod hak asasi, di sebalik dilantik menganggotai Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, kata sebuah laporan antarabangsa.

Menurut kumpulan Insiatif Hak Asasi Komanwel (CHRI), Malaysia bukan sahaja meneruskan undang-undang kuku besi tetapi gagal mempertahankan hak kumpulan tertindas yang dijanji negara ketika dilantik ke majlis PBB pada 2006.

"Di sebalik ikrar Malaysia bagi menyokong tindakan antarabangsa bagi memperjuangkan hak mereka yang tertindas termasuk kanak-kanak, pelarian, pencari suaka politik, pendatang asing sama ada sah ataupun tidak, - golongan itu terus merana manakala perkahwinan kanak-kanak pula berlarutan," petik laporan itu.

Apabila dilantik, kata laporan CHRI, Malaysia menunjukkan bagaimana negara itu berjaya mengimbangi keperluan keselamatan dan pada masa yang sama menegakkan hak asasi.

Namun sepanjang tempoh masa Malaysia menganggotai majlis itu, Akta Keselamatan Dalam Negara digunakan ke atas ahli parlimen pembangkang, Teresa Kok, seorang wartawan yang melaporkan kenyataan rasis oleh ketua bahagian Umno dan seorang bloger, Raja Petra Kamaruddin, kata laporan itu lagi.

Memilih untuk tidak mempertahankan kerusinya di majlis PBB itu pada 2009, Malaysia terus menyalah-gunakan ISA bagi menyekat kebebasan beragama dengan menangkap sembilan rakyat asing yang didakwa menghadiri mesyuarat Syiah pada Januari tahun lalu.

Menurut laporan itu, terdapat bukti pencabulan penggunaan Akta Hasutan ketika Malaysia menduduki kerusi majlis itu apabila aktivis seperti Wong Chin Huat ditangkap mengikut ISA kerana menganjurkan orang ramai supaya berpakaian hitam ketika rampasan kuasa di Perak.

Malaysiakini/-

Saifuddin Kepada Gobala: Kita Jumpa Di Mahkamah

Posted: 16 Mar 2011 08:00 PM PDT

12 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 17 MAC : Ahli parlimen Machang, Saifuddin Nasution berkata, beliau sedia untuk bertemu ahli parlimen Bebas dari Padang Serai, N Gobalakrishnan di mahkamah berhubung dakwaan mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya.

Saifuddin ketika ditemui di lobi parlimen hari ini berkata, beliau juga sama sekali tidak akan membuat permohonan maaf seperti yang dituntut oleh Gobala.

"Saya menerima notis saman daripada peguam Gobala semalam yang menuntut dua perkara. Yang pertama ialah mulai semalam dalam masa tujuh hari . Yang kedua,jika saya gagal berbuat demikian proses saman libel akan dimulakan. Yang pertama reaksi saya ialah saya menolak sama sekali tuntutan untuk saya memohon maaf," kata Saifuddin kepada TV Selangor.

Gobala pada Selasa berkata, beliau akan mengemukakan saman RM12 juta ke atas Saifuddin kerana mendakwa beliau menerima habuan daripada pihak tertentu untuk keluar dari Parti Keadilan Rakyat.

Beliau juga memberi tempoh tujuh hari kepada Saifuddin yang juga Setiausaha Agung PKR untuk membuat permohonan maaf mengenai hal itu.

Namun menurut Saifuddin beliau tidak akan berganjak dari kenyataannya sebelum ini.

"Alasan saya ialah saya telah ketengahkan beberapa fakta yang mengukuhkan kenyaaan awal saya mengenai punca dan sebab musabab kenapa beliau telah mengkhianati parti walaupun bertanding atas tiket KEADILAN kemudian mereka-reka segala alasan melalut untuk mengesahkan atau mensahihkan tindakannya mengkhianati parti,"jelasnya lagi.

Katanya, sepanjang 12 tahun mengenali Gobala dalam PKR, beliau tahu kemampuan kewangan wakil rakyat itu.

"Isu yang saya timbulkan ialah selama 12 tahun mengenali beliau, beliau langsung tidak punya keupayaan kewangan apa lagi membuat bayaaran mencecah angka jutaan,"katanya.

Tv Selangor/-

Tarif elektrik mungkin naik dalam 6 bulan

Posted: 16 Mar 2011 07:30 PM PDT

12 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Tarikf elektrik mungkin menyaksikan peningkatan dalam tempoh enam bulan ke hadapan, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Ia dijangka berlaku sekiranya harga minyak mentah seperti gas asli dan arang batu tiba-tiba meningkat dalam pasaran dunia, katanya dalam jawapan bertulis kepada anggota parlimen Batu Gajah Fong Po Kuan.

Fong bertanya menteri berkenaan sama ada akan terjadi peningkatan atau semakan terhadap tarif elektrik dalam tempoh setengah tahun lagi.

Chin bagaimanapun memberikan jaminan bahawa kerajaan akan menjalankan penyelidikan terperinci sebelum menguatkuasakan sebarang kenaikan tarif.

Tambahnya, kerajaan akan sentiasa memastikan bahawa apa sahaja tarif baru hendaklah datang bersama keselamatan bagi melindungi pengguna, terutamanya yang berpendapatan rendah.

Malaysiakini/-

Tandas awam bertaraf 'banglo' dakwa DAP

Posted: 16 Mar 2011 07:00 PM PDT

12 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Tindakan kerajaan negeri Melaka menaiktaraf dua buah tandas awam di Taman Botanikal Melaka yang terletak di Ayer Keroh sehingga menelan belanja RM199,800 dianggap sebagai tidak masuk akal dan membazir, kata ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong.

Malah, kata ADUN dari DAP itu, kos berkenaan juga dianggap sama nilai sekiranya hendak membeli sebuah rumah banglow dua tingkat iaitu kira-kira RM190,000.

Dakwa Khoo, jumlah berkenaan dilihat amat tidak munasabah dan terlalu tinggi jika dibandingkan dengan kerja-kerja yang dijalankan terhadap kedua-dua tandas awam berkenaan.

Beliau mendakwa, selepas melakukan penilaian sebenar bersama kontraktor mendapati, hasil kerja kedua-dua tandas berkenaan, sebenarnya hanya melibatkan perbelanjaan tidak sampai RM120,000.

"Lagipun, selepas melihat kerja-kerja naiktaraf tandas ini, ia dilaksanakan tidak begitu memuaskan. Lihat sahaja sebahagian alang kayu yang digunakan untuk menyokong bumbung juga didapati telah retak.

"Justeru, saya mahu Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan pihak Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menjawab hal ini supaya tidak timbul tanda tanya terhadap masyarakat," katanya.

Beliau melahirkan perkara itu sebaik sahaja melakukan tinjauan di tandas awam terbabit yang letaknya berhampiran Perkampungan Buku di Taman Botanikal Melaka di Ayer Keroh.
'Pembaziran terlalu kerap'

Jelasnya, kos RM199,800 untuk menaiktaraf kedua-dua tandas awam berkenaan juga adalah sebagai jawapan yang diberi kerajaan kepada soalan bertulisnya semasa sidang DUN Melaka baru-baru ini.

Katanya, dalam jawapan berkenaan, beliau dimaklumkan, antara lain, kos berkenaan membabitkan kerja dalaman dan luar tandas, termasuk menukar pintu dan kelengkapan sanitari, menukar sinki, memperbaiki sistem perpaipan dan kemasan dinding serta mengecat seluruh
bangunan tandas berkenaan.

"Harga yang digunakan untuk menaiktaraf dua tandas ini sudah cukup untuk membeli sebuah rumah dua tingkat yang biasanya berharga sekitar RM190,000.

"Pembaziran sebegini terlalu kerap berlaku dan ini dibuktikan dengan pendedahan yang pernah dibuat DAP sebelum ini," katanya.

Tahun lalu, ADUN sama pernah menyuarakan supaya siasatan dilakukan ke atas pembinaan sebuah pondok bas di Taman Rumahku Syurgaku (RKSK), di Bukit Katil, Melaka berikutan mendakwa kos pembinaannya yang terlalu tinggi sehingga berjumlah RM44,525.

Manakala, sebuah lagi pondok bas yang dibina di depan Kota Cemerlang, Ayer Keroh, pula bernilai RM34,500 sedangkan ukurannya terlalu kecil sahaja dan menggunakan bahan binaan yang biasa.

ADUN berkenaan mendakwa, ada unsur-unsur penyelewengan berlaku di dalam pembinaan pondok-pondok bas berkenaan yang dikeluarkan tender secara terus kepada kontraktor terlibat oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Kos pembinaannya, didakwa terlalu mahal dan tidak masuk akal jika dibandingkan dengan saiznya yang kecil sekitar 8 kaki x 24 kaki.

Nilai sebenar jelasnya, sekira mengikut harga pasaran hanyalah sekitar RM9,000 sahaja.

Malaysiakini/-

Jawi biarkan Umno guna tanah wakaf tanpa sewa?

Posted: 16 Mar 2011 06:30 PM PDT

12 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali mendakwa Jabatan Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menyalahgunakan tanah wakaf apabila membiarkan Umno Bahagian Titiwangsa menggunakannya sebagai bilik gerakan.

Lo' Lo' berkata, sebagai tanah wakaf yang diamanahkan kepada Jawi, kementerian berkaitan tidak seharusnya membiarkan perkara itu berlaku kerana ianya satu amanah kepada Jawi apatah lagi bil air dan elektrik dibiayai oleh Jawi.

Menurutnya, tanah yang terletak di Datuk Keramat, Kuala Lumpur itu dahulunya digunakan oleh Jabatan Pendaftaran Negara namun diberikan kepada Umno Titiwangsa beberapa tahun dahulu.

"Saya ingin dapatkan penjelasan daripada menteri yang menjaga hal ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri, ada satu tanah di Keramat yang dulunya pernah menjadi pejabat pendaftaran dan saya difahamkan tanah itu kepunyaan Jawi dan kemungkinan besar adalah tanah wakaf.

"Saya difahamkan Umno tak bayar sewa sedangkan kalau ini adalah tanah wakaf ia adalah satu amanah kepada Jawi untuk memastikan untuk dapat sewaan. Air dan elektrik dibayar oleh Jawi," kata beliau sewaktu membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menambah, perkara itu pernah diadukan kepada Jawi tetapi pihak Jawi tidak melakukan apa-apa tindakan.

"Saya pernah bangkitkan kepada pengarah Jawi dan Menteri yang bertanggungjawab. Mereka kata apa salahnya mereka (Umno) guna, tak apalah sesama Islam," katanya.

Sementara itu, beliau turut meminta Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar membangunkan pasar Chow Kit yang sudah usang.

"Saya mohon kerajaan buktikan kepada rakyat dengan bangunkan pasar Chow Kit. Pasar Chow Kit itu daripada dahulu macam itulah rupanya.

"Kalau jumlah RM20 juta boleh diberi kepada Masjid Jamek saya minta jumlah saya diberi untuk pembangunan Chow Kit.

"Buktikan kalau serius nak bangunkan kawasan perniagaan, bangunkan Chow Kit, jangan sampai orang nampak seperti pasar koboi," katanya.

Harakahdaily/-

Pekerja bertungkus lumus kawal loji nuklear walau radiasi meningkat

Posted: 16 Mar 2011 06:00 PM PDT

12 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

TOKYO - Pekerja di loji Fukushima berusaha mengelakkan peleburan nuklear daripada berlaku walaupun selepas dikeluarkan daripada kawasan itu buat sementara waktu sejurus radiasi meningkat kepada tahap yang berbahaya untuk kesihatan mereka, pagi semalam.

Usaha untuk mengawal keselamatan di loji itu disambung semula beberapa jam kemudian bagi menghalang kobocoran radiasi yang lebih serius.

Pengendali loji itu, Tokyo Electric Power cuba menggunakan helikopter untuk menyembur air ke atas reaktor No.4 bagi menghalang kebocoran terus berlaku namun kaedah itu dilaporkan tidak berjaya akibat kehadiran radiasi yang tinggi dalam udara.

Kumpulan pekerja yang terdiri daripada lebih 50 jurutera itu bekerja sepanjang masa bagi memadamkan kebakaran di salah sebuah reaktor dan cuba menyejukkan reaktor lain bagi mengelak peningkatan suhu.

Jurucakap kerajaan, Yukio Edano berkata, Jepun sedang mempertimbang untuk meminta bantuan daripada tentera Amerika Syarikat.

Kesemua enam reaktor nuklear di loji yang terletak di utara Jepun itu rosak selepas gempa bumi sekuat 9.0 pada skala Richter melanda Jepun sehingga mencetuskan tsunami, 11 Februari lalu.

Sehingga kini, lebih 10,000 orang dipercayai terkorban.

Krisis nuklear di Jepun mendapat perhatian dunia sehingga menenggelamkan laporan mengenai usaha mencari dan menyelamat mangsa gempa dan tsunami di seluruh negara itu.
Terdahulu, kerajaan Jepun mengarahkan 140,000 orang yang tinggal dalam jarak 30 kilometer dari loji itu untuk berlindung di dalam rumah selepas tahap radiasi di udara semakin meningkat.

Tokyo, yang terletak lebih 200 kilometer dari Fukushima, mula merasai kesan letupan loji itu apabila tahap radiasi dalam udara dikesan 10 kali ganda lebih tinggi daripada biasa tetapi kerajaan menegaskan ia tidak menjejaskan kesihatan.

Sinar Harian/-

Helikopter tentera gugur air atas reaktor

Posted: 16 Mar 2011 05:30 PM PDT

12 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Usaha untuk membendung kemalangan nuklear paling teruk di dunia sejak Chernobyl, kini membabitkan penggunaan helikopter tentera untuk menggugurka air ke atas loji nuklear Fukushima.

Petuga diarahkan keluar sekejap dari loji tersebut selepas tahap radiasi semakin meningkat - satu perkembangan yang menunjukkan krisis tersebut kini sukar dikawal.

"Kira-kira jam 10.40 pagi (9.40 pagi waktu Malaysia), kami mengarahkan pemindahan pekerja... disebabkan peningkatan data (keradioaktifan) di sekitar pintu loji yang sudah berusia itu, kata seorang pegawai agensi keselamatan nuklear dalam satu sidang akhbar.

Bagaimanapun, para petugas dibenarkan masuk semula, selepas tahap radiasi jatuh. Operator loji berkata terdapat 180 pekerja di tapak pada 0230 GMT (10.30 pagi waktu Malaysia).

Hanya beberapa jam sebelumnya, satu lagi kebakaran berlaku di loji tersebut, yang telah membawa radiasi rendah ke kawasan Tokyo dalam tempoh 24 jam, mencetuskan kebimbangan di ibunegara Jepun itu dan di peringkat antarabangsa.

Para pekerja sedang berusaha membersihkan sampah sarap untuk membuka laluan supaya kereta bomba boleh sampai ke reaktor No 4 di kompleks Daiichi di Fukushima, 240km di utara Tokyo.
Api tidak lagi dapat dilihat di bangunan yang menempatkan reaktor, tetapi gambar TV menunjukkan asap masih ketara.

Operator loji menyifatkan reaktor No 3 sebagai "keutamaan" dan berkata, keadaan di reaktor No 4, tempat berlakunya kebakaran, sebagai "tidak sebegitu baik".

Malaysiakini/-

Oh DNA, siapa beruk dan monyet

Posted: 16 Mar 2011 02:00 AM PDT

11 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 16 Mac: Tindakan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli membangkitkan isu pertuduhan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini mencetuskan kemarahan anggota parlimen kerajaan.

Perdebatan tercetus selepas Hatta dalam perbahasan Titah Diraja, menyentuh kempen yang akan dibuat PKR sebagai respons kepada isu liwat membabitkan Ketua Pembangkang yang bertemakan DNA-Datuk Najib Altantuya.

"Kita kena teliti perkara ini, kalau nak tengok DNA Altantuya ke camner.

"Kalau boleh isu menteri dituduh (rogol amah) pun kita nak mintak DNA, tapi tak ada la sampai ke situ.

"Sampai sekarang timbul makna baru DNA, tapi saya tak nak sebut," katanya.

Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota) kemudiannya bangun mencelah dan bertanya, "Saya bukan bidang perubatan, saya nak tahu la DNA yang disebut ni, DNA yang baru ni makna apa?"

Lalu dijawab Hatta, "Saya pun tak tahu, tapi ada orang kata 'Datuk Najib Altantuya', saya pun tak tahu,".

Jawapan itu kemudiannya mengundang bantahan ahli parlimen BN termasuk Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) dan Datuk Tajuddin Abd Rahman (BN-Pasir Salak) yang mahu Hatta menarik balik kenyataan mengaitkan nama perdana menteri itu.

Perbalahan mulut yang turut disertai beberapa yang lain itu kemudiannya mengundang amaran Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandi yang turut ditujukan kepada Hatta.

"Tak boleh buat sindiran macam itu Yang Berhormat, hentikannya," katanya.

Hatta sebelum itu membawa kisah Nabi Allah, Yusuf a.s. yang dituduh cuba mencabul Siti Zulaikha dengan membawa bukti bahagian belakang baju Yusuf terkoyak.

Kisah itu cuba dianalogikan untuk menjelaskan persamaan dalam tuduhan liwat membabitkan Ketua Pembangkang itu.

"Kalau isunya main belakang, kenapa belah depan ada air mani, itu yang pelik," katanya.

Menurutnya, sesuatu bukti yang dibawa harus diteliti agar tidak tersalah membuat keputusan kepada tertuduh.

Beliau juga menyelar tindakan pihak yang mengadakan demonstrasi menuntut Anwar menyerahkan DNA kepada mahkamah.

"Riuh satu negara demonstrasi sana-sini... Itu menghina mahkamah.. Dulu waktu kita demonstrasi isu rakyat, pemimpin Umno dari Rembau (Khairy Jamaluddin) kata beruk-beruk di jalanan.

"Sekarang siapa beruk dan monyet ni...oh DNA, DNA," katanya.

Harakahdaily/-
Oleh : Nazri Abdullah.

Tentera Gaddafi serang kawasaan pemberontak

Posted: 16 Mar 2011 01:44 AM PDT

11 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

TRIPOLI - Pasukan tentera pemimpin Libya, Muammar Gaddafi melancarkan beberapa serangan ke arah bandar utama negara itu, Ajdabiya di mana pemberontak bersumpah untuk mempertahankannya dari ditakluki askar diktator, kelmarin.

Agensi media antarabangsa melaporkan, tiada kematian setakat ini namun serangan tentera Gaddafi terhadap pemberontak di Ajdabiya dilihat sebagai tidak berperikemanusiaaan dan kejam.

"Pasukan tentera Gaddafi sedang mara dan pertempuran masih berterusan serta mereka semakin mendekati Benghazi.

"Ia kelihatan seperti mereka akan memasuki fasa akhir konflik politik negara itu tetapi apakah revolusi ini akan gagal atau berjaya, itu akan ditentukan dalam beberapa minggu yang akan datang," menurut kenyataan media.

Sementara itu, Gaddafi turut dilaporkan menawarkan pengampunan kepada pemberontak jika mereka bersetuju untuk mengundur diri.

Sinar Harian/-

Kerajaan Nafi Hak Mengundi Warganegara Di Luar Negara

Posted: 16 Mar 2011 01:33 AM PDT

11 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 16 MAC : Kerajaan pimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) tidak berhasrat untuk mengembalikan hak mengundi kepada warganegara Malaysia yang bermastautin di luar negara dengan kerelaan.

Justeru kerajaan beranggapan, tindakan membenarkan undi pos kepada mereka hanya membazirkan wang negara terhadap golongan ini atas alasan mereka telah hilang kepercayaan terhadap negara Malaysia.

Menjawab soalan ahli parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan mengenai perkembangan hak mengundi rakyat Malaysia di luar negara menjelang Pilihanraya Umum ke 13 nanti, Menteri di Jabatan Perdana Menteri memberi alasan bahawa semangat perlembagaan memperuntukkan pemilih layak mengundi, untuk berada di dalam negara ketika proses pengundian.

Malah ujar Datuk Seri Nazri Aziz, kerajaan hanya membenarkan pelajar-pelajar dan pegawai kerajaan yang terpaksa menetap di luar negara menggunakan sistem undi pos.

Sehubungan dengan itu, kerajaan tidak akan mengambil sebarang inisiatif mengembalikan hak mengundi kepada golongan ini sekaligus menolak pendekatan 'Malaysian Overseas Right To Vote'.

Dalam pada itu ahli parlimen Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh yang mencelah turut mempersoal kesetiaan warganegara Malaysia yang menetap di luar negara untuk mencari sumber pendapatan.

"Kalau mereka tidak setia kepada negara, kenapa mahu beri hak mengundi. Kalau mereka dilayan, habis wang negara," katanya.

Fong bangun menyatakan kenyataan tersebut tidak bertanggungjawab dengan mengenepikan hak rakyat Malaysia.

Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran kemudian berkata prinsip yang dipegang kerajaan tidak menghormati hak asas setiap rakyat di negara ini.

"Ada hak dari segi undang-undang asalkan mereka warganegara Malaysia, ini tidak hormat hak mereka," jelas Kulasegaran.

Tv Selangor/-

Ikhwan terus berjuang kembalikan hak rakyat

Posted: 16 Mar 2011 01:30 AM PDT

11 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 16 Mac: Ikhwan Muslimin Mesir berikrar akan terus berjuang bagi mengembalikan hak dan kebebasan seluruh rakyat negara itu yang sejak sekian lama telah dinafikan oleh rejim Mubarak.

Ikhwan turut berjanji akan memberikan pembelaan kepada semua penganut agama termasuk penganut Kristian di Mesir, di samping melindungi dan memberikan hak kepada mereka, bersesuaian dengan keadilan yang terdapat dalam Islam sendiri.

Jurucakap Ikhwan Muslimin Mesir, Dr Essam El-Eryan menegaskan, partinya kini sedang mengatur persiapan bagi meghadapi pilihanraya Presiden dan telah mendaftarkan sebuah parti baru, iaitu 'al-Hurriyat wal Adalah' (Parti Kebebasan dan Keadilan) untuk turut terlibat secara demokratik dalam pilihanraya Mesir.

Menurut beliau, perkembangan tersebut sejajar dengan nafas dan udara kebebasan yang dapat dirasakan dengan baik di seluruh Mesir kini, setelah rakyat berjaya menumbangkan rejim Mubarak dengan revolusi rakyat 25 Februari lalu.

Katanya, kini di seluruh Mesir sudah dapat dirasakan ruang kebebasan dan rakyat dapat menyuarakan pandangan mereka secara bebas dan kritis, tanpa sebarang ancaman atau ugutan untuk ditangkap oleh pihak polis.

"Suasana baru ini akan dimanfaatkan oleh Ikhwan bagi membangunkan semula negara Mesir bersesuaian dengan ciri-ciri yang lebih bersifat demokratik," katanya.

Beliau yang juga salah seorang Ahli Parlimen Ikhwan menegaskan, memahami keadaan di Mesir kini, Ikhwan ingin mengajak semua lapisan masyarakat Mesir untuk bersama-sama membangunkan negara serta membebaskannya dari sebarang bentuk pemerintahan kuku besi serta elemen salah guna kuasa dan korupsi yang berleluasa selama ini.

Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi menjelaskan, perkara itu diberitahu sendiri secara tegas oleh Dr Essam kepadanya dalam kunjungan singkatnya ke Mesir baru-baru ini (gambar).

Dalam pertemuan di pejabat Ikhwan itu, Dr Syed Azman sempat bertukar maklumat dengan Dr Essam yang secara kebetulan baharu sahaja dibebaskan dari tahanan, setelah dikenakan hukuman penjara oleh mahkamah tentera di bawah regim bekas Presiden Hosni Mubarak.

Menurut Syed Azman, dalam pertemuan itu, beliau telah menyampaikan ucapan tahniah daripada seluruh kepimpinan, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS serta menegaskan sokongan penuh PAS terhadap perjuangan rakyat Mesir bagi membebaskan negara mereka dari pemerintahan kuku besi bekas Presiden Mubarak.

"Begitu juga dengan sokongan PAS kepada seluruh kepimpinan Ikhwan Muslimin Mesir yang sejak sekian lama telah diharamkan dan dilarang terlibat dalam sebarang aktiviti politik oleh pemerintah Mubarak," jelasnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Dalam pertemuan tersebut, Dr. Syed Azman juga tidak lupa melahirkan rasa gembira seluruh rakyat Malaysia melihat perkembangan yang berlaku di Mesir kini, sehingga menjadi sebagai sumber inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia bagi memperjuangkan hak dan kebebasan mereka, bersesuaian dengan ciri-ciri demokrasi yang sedang diamalkan di Malaysia.

Kedua-dua pemimpin itu turut bersetuju agar ditingkatkan kerjasama serta hubungan politik dua hala antara PAS dan parti baru yang ditubuhkan oleh Ikhwan itu, bagi saling mempelajari pengalaman politik di negara masing-masing.

Harakahdaily/-
Oleh : Aziz Muda.

Peghelih La...

Posted: 16 Mar 2011 11:17 PM PDT

Peghelih La...


Tok Guru Nik Aziz di Perlis

Posted: 15 Mar 2011 11:53 PM PDT

Makan tengahari di Anjung Keli
Menziarahi pesakit yang sudah 5 tahun terlantar di hospital
Ceramah di Kompleks PAS Perlis
Ribuan hadir mendengar ceramah Tok Guru

PARLIMEN BUKIT GANTANG

Posted: 16 Mar 2011 09:44 PM PDT

PARLIMEN BUKIT GANTANG


Nizar ajak Aznil masuk PAS

Posted: 15 Mar 2011 10:30 PM PDT




Ahli Parlimen Bukit Gantang, Dato Seri Nizar Jamaluddin menyuruh Bob Lokman memujuk pengacara popular, Haji Aznil Nawawi menyertai PAS. Beliau juga berpesan kepada Aznil supaya tidak lagi mangajar anak-anak kecil berhibur hingga melalaikan mereka.

'Saya nak suruh Bob Lokman ajak Aznil masuk PAS. Udah-udah le ngajo budak-budak melompat-lompat', katanya ketika Ceramah Sensasi bersama Bob Lokman dan Ustaz Radzi Melissa di Kg Bahagia, Teluk Intan Semalam.

Ceramah itu dihadiri lebih 1000 orang. Rakyat yang hadir dihiburkan oleh bekas Vokalis Kumpulan Melissa, Ustaz Radzi. Beliau menyanyikan lagu yang pernah popular suatu ketika dahulu.

Ceramah yang disampaikan oleh Pelawak terkenal dan penulis lirik isabela, Bob Lokman menggamit rakyat yang hadir. Auranya sangat kuat dan ceramahnya sangat menarik. Beliau menceritakan bagaimana beliau berubah serta meninggalkan dunia hiburan dan menyertai PAS.







kebanjiran rakyat


Dewan Himpunan Penyokong PAS




Bob Lokman teruja dengan Dato' Seri Nizar
foto/berita:blog Batu Gajah Mari
*iklan iphone*

DEWAN MUSLIMAT PAS GOPENG

Posted: 16 Mar 2011 09:25 PM PDT

DEWAN MUSLIMAT PAS GOPENG


SENDIRI DI KAMAR SEPI

Posted: 16 Mar 2011 08:11 PM PDT


Khalid Samad

Posted: 16 Mar 2011 07:52 PM PDT

Khalid Samad


Bible Bahasa Melayu: Di Antara Kepimpinan dan Ketuanan

Posted: 16 Mar 2011 07:19 PM PDT

Saya mengikuti isu ini dengan penuh kehairanan. Alasan-alasan yang diberi hanya menunjukkan betapa Pemimpin UMNO begitu keliru dan tidak memahami Islam. Apa yang lebih memburukkan ialah dalam kekeliruan ini mereka turut mengelirukan masyarakat Melayu melalui sikap-sikap mereka yang ekstrim dan songsang. Mari kita kaji alasan-alasan ini satu per satu dan memikirkan bersama sejauhmana ianya munasabah.

Alasan Pertama – Penggunaan Kalimah Allah

Sepertimana yang sering saya jelaskan sebelum ini, tidaklah menjadi satu kesalahan bagi orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah untuk merujuk kepada Tuhan pencipta dan pemilik alam. Hakikat ini terbukti berdasarkan begitu banyak ayat-ayat Al-Quran dan juga Hadith-hadith Rasulullah (SAW).

Alasan Kedua – Haramnya Ungkapan 'Al-Masih (Isa) Anak Allah'

Ini merupakan alasan yang lagi dangkal! Dari kecil lagi kita semua sudah difahamkan bahawa kepercayaan orang-orang Nasrani adalah Nabi Isa (AS) merupakan anak Tuhan. Dan oleh kerana Allah adalah Tuhan maka ini bermaksud bahawa Nasrani menganggap Isa adalah anak Allah. Itu adalah kepercayaan mereka dan memanglah sebagai orang Islam kita tidak bersetuju. Tetapi kita tidak boleh melarang orang Kristian atau Nasrani berkepercayaan sebegitu. Itulah yang dikatakan kebebasan beragama.

Ianya bertambah pelik apabila kita tahu bahawa di dalam Al-Quran sendiri kepercayaan ini disebut Allah supaya ummat Islam faham apa yang membezakan kepercayaan Nasrani dengan kepercayaan orang Islam. Malahan, lebih dari itu, Al-Quran juga menyentuh kepercayaan-kepercayaan lain orang Nasrani dan Yahudi berhubung Allah. Saya senaraikan tiga contoh disini untuk rujukan pembaca.

"Berkata orang Yahudi, "Uzair anak Allah" dan berkata orang Nasara "Al-Masiih anak Allah"…..
(Surah At-Taubah ayat 30)

"Telah menjadi kafir mereka yang berkata "Sesungguhnya Allah adalah Al-Masih anak Maryam"..
(Surah Al-Maaidah ayat 72)

"Telah menjadi kafir mereka yang berkata "Sesungguhnya Allah adalah yang ketiga dari tiga"….
(Surah Al-Maaidah ayat 73)

Ayat-ayat di atas menunjukkan kalimah Allah digunakan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani dan bahawa kepercayaan mereka itu yang ditolak Allah, telah wujud sebelum zaman datangnya Rasulullah (SAW).

Maknanya kita membantah orang Nasrani menyebut sesuatu yang Allah sendiri nyatakan dalam Al-Quran sebagai fahaman dan kepercayaan orang Nasrani. Sekiranya kita ingin ungkapan itu diharamkan, silap-silap ianya akan melibatkan ayat Al-Quran yang turut menggunakan ungkapan yang sama!

Lagipun, dengan dinyatakan sebegitu oleh masyarakat Nasrani, ia sebenarnya mengesahkan apa yang dinyatakan dalam Al-Quran berhubung kepercayaan mereka itu.

Alasan Ketiga – Ianya akan Menyebabkan Orang Melayu Ramai Murtad

Ini bagi saya satu penghinaan terhadap ummat Islam. Inilah yang sedang digambarkan oleh UMNO. Saya pernah menyebut di dalam satu majlis bahawa UMNO menganggap keimanan ummat Islam adalah senipis kulit bawang!

Mereka membuat andaian ini, mungkin, kerana mereka merujuk kepada diri mereka sendiri! Andaian bahawa orang Islam akan berduyun-duyun memeluk agama Nasrani apabila Bible Bahasa Melayu wujud merupakan satu andaian yang tidak berasas. Lebih-lebih lagi apabila diambil kira bahawa Bible tersebut adalah untuk kegunaan orang Nasrani dan bukan untuk edaran dikalangan orang Islam.

Tanggapan begini mungkin juga disebabkan kesedaran UMNO bahawa mereka telah berusaha dan agak berjaya menjadikan ummat Islam jahil agama. Ummat Islam tidak mengenali dan memahami Islam dengan sebaik mungkin, hasil dasar sekular UMNO BN selama 54 tahun, maka dirasakan ummat Islam akan mudah terkeliru. Kekhuatiran UMNO adalah bukti bahawa UMNO sendiri menyedari pengkhianatan yang mereka lakukan terhadap ummat Islam dengan menjadikan ummat Islam lemah kefahaman agaman mereka sendiri. Yang kerap diajar para ustadz UMNO adalah bab Taharah, Solat, Saum, Zakat dan Haji. Diselang selikan dengan bab Haid dan Nifas serta mandi Junub. Bagi mereka itulah Islam.

Sekiranya kukuh kefahaman ummat Islam berhubung Aqeedah Islam dan kebenaran Tauhid, disebut Al-Masiih anak Allah dalam apa bahasa dan berapa ribu kali sekalipun, ianya akan hanya menambahkan keyakinan ummat Islam akan kebenaran Islam.

Dengan menggambarkan keimanan ummat Islam senipis kulit bawang, UMNO telah menghina ummat Islam dan Islam itu sendiri. Mereka menggambarkan Aqeedah Islam rapuh, tidak mampu dipertahankan dan mudah dimusnahkan oleh agama lain. UMNO seolah-olah menggambarkan bila nampak kuil, ummat Islam akan jadi Hindu, kalau nampak Gereja, ummat islam akan menjadi Kristian! Demi mempertahankan Aqeedah Islam, tiada pilihan selain terpaksa menyekat dan melarang kebebasan beragama ummat lain!

Sebenarnya di negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak, di mana Bible berbahasa Melayu telah lama wujud, kita tidak melihat perkara yang seperti yang diramalkan berlaku. Malahan jumlah ummat Islam di kedua-dua Negeri ini semakin bertambah.

Apa Sebenarnya yang Dihajati?

Oleh itu, apakah sebenarnya yang dihajati UMNO. Sebenarnya mereka ingin memberikan gambaran kepara rakyat bahawa merekalah yang memperjuangkan dan membela Islam. Bukan dengan menghayati Islam, mengamalakannya dan membenarkannya mencorakkan perwatakan dan keperibadian mereka, tetapi dengan menunjukkan kesamsengan atas alasan mempertahankan Islam. Larang orang bukan Islam dari melakukan ini dan itu sebagai bukti orang Melayu bawah UMNO ada kuasa, walaupun yang dibuatnya dilarang oleh Islam sekeras-kerasnya. Mereka ingin menunjuk Melayu berkuasa dan meraka adalah tuan di bumi ini!

Ini bagi saya adalah di antara seruan zaman Jahiliyyah.

Itulah yang dibezakan Tuan Guru Ustad Haji Abdul Hadi Awang dalam ucapan membahas titah di raja di Parlimen baru-baru ini. TG Ustad A.Hadi menyebut, UMNO memperjuangkan 'ketuanan', PAS memperjuangkan 'kepimpinan'.

Bila 'tuan' maknanya kehendaknya dipaksa atas masyarakat dan walaupun sesuatu tindakan itu buruk, ianya terus dilakukan kerana dia berkuasa, dia tuan. Perjuangan 'tuan' ini perjuangan yang berasaskan nafsu dan biasa dikalangan manusia yang tidak mempunyai akal yang waras apatah lagi petunjuk.

'Kepimpinan' sebaliknya adalah diperolehi atas sebab dia yang terbaik; menjadi ikutan kerana keadilannya dan kebenarannya. PAS memperjuangkan kepimpinan Islam, berusaha menzahirkan kelebihan dan kebenaran Islam sehingga manusia melihatnya dan meyakini mereka akan selamat di bawah naungannya, samada mereka Muslim atau bukan Muslim.

Sememangnya, inilah yang membezakan kami.

Bible Bahasa Melayu (Indonesia) Dikembalikan

Akhirnya, selepas kecoh berbulan-bulan lamanya, Bible Bahasa Melayu diserahkan kembali kepada masyarakat Kristian.

Saya yakin ianya adalah atas sebab Pilihanraya Negeri Sarawak sudah menjelang tiba. Dari segi sikap UMNO, ianya tetap tidak berubah. UMNO masih tidak faham dan tetap menganggap 'ketuanan' adalah apa yang perlu diperjuangkan. Ummat Islam kekal dikelirukan dan diapi-apikan dan dikatakan pula bible berkenaan telah dirosakkan oleh mereka yang menyimpannya setelah ianya disitar. Inilah akibat semangat samseng yang dihasilkan 'ketuanan'. Mereka tidak ingin 'kepimpinan' iaitu membuktikan dan menzahirkan keadilan Islam, mereka tidak sedar pun bahawa Islam menuntut mereka bersikap adil. Oleh itu mereka tidak sama sekali mengambil peduli sekiranya tindakan mereka merosakkan imej Islam dan menjadikannya kelihatan zalim dan tidak mampu berdaya-saing.

Adalah diharap ummat Islam akan keluar dari kejahilan mereka terhadap ajaran agama Islam itu sendiri dan memahami, tugas kita sebagai ummat Islam adalah untuk mendapatkan 'kepimpinan', bukan 'ketuanan'.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

DUN PENGKALAN KUNDOR

Posted: 16 Mar 2011 07:47 PM PDT

DUN PENGKALAN KUNDOR


Diari YB: Melawat Mangsa Ribut

Posted: 15 Mar 2011 09:53 PM PDT

Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri ganti segera bumbung rumah

Ditulis oleh SITI ZALEHA ABDUL RAHIM
Rabu, 16 Mac 2011 11:39 -


ALOR SETAR – Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato' Ir Phahrolrazi Zawawi
dan YB Dr Ismail Salleh melawat mangsa ribut di Taman Wira Blok B untuk melihat sendiri keadaan rumah mangsa bagi memastikan kerugian yang dialami.

Ribut pada 13 Mac telah menyebabkan 36 rumah serta surau mengalami kerosakan dan ianya
perlu dibaiki segera untuk mengelakkan daripada dimasuki air hujan.

Menurut YB Dr Ismail, Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri mengambil tindakan serta merta bagi menggantikan bumbung rumah yang rosak.

"Sejurus selepas kejadian, pihak Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri mengambil tindakan pantas dengan melantik kontraktor bagi membaiki bumbung dengan serta merta, dan kerja-kerja ini turut dibantu oleh penduduk setempat," ujar beliau yang juga ADUN Angkat Bakar Bata.

Seorang penduduk, Fatimah Ahmad, 46, berkata, sewaktu kejadian, beliau bersama ibu, anak-anak dan cucu sedang menonton televisyen di ruang tamu sebelum dikejutkan dengan kejadian itu.
"Sedang kami tonton televisyen, tiba-tiba ada bunyi kuat di atas bumbung rumah, tengok-tengok, bumbung di ruang tengah rumah dah tak ada. "Kami semua berasa takut, ibu saya yang berumur 86 tahun duduk dalam ketakutan di hujung rumah sambil menutup kepalanya dengan bakul kain, manakala anak saya lari lintang pukang bawa anaknya yang berusia enam bulan," jelas beliau.

Manakala Jaafar Ismail, 64, sehari selepas kejadian, rumah beliau bagaikan 'banjir' disebabkan
hujan lebat dan bumbung rumah beliau masih belum berganti.


"Ribut hari Ahad, hari Isnin hujan lebat, jadi air masuk dalam rumah, barang-barang pun basah,
bumbung rumah kami tak sempat digantikan pada hari Ahad," ujar beliau.

dipetik dari warta darulaman.

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 16 Mar 2011 07:09 PM PDT

N.27 - PAS DUN Sura


Ucapan MP Marang Ketika Membahaskan Titah YDPA Di Dewan Rakyat Mesyuarat Pertama Penggal Ke-4 Parlimen Ke-12

Posted: 16 Mar 2011 02:26 PM PDT

Tuan Yang Dipertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, pertama-tama saya bersama dengan rakan-rakan, Ahli-ahli Parlimen seluruhnya sama ada di pihak kerajaan ataupun Pakatan Rakyat mengucapkan takziah kepada negara Jepun, kerajaan dan rakyat di atas bencana alam tsunami yang menimpa negara tersebut.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjmhm1VSs4U1EeSzesoiLTiuHf0m3xLglSMTmt7hPfK4CPcRHdSb8nIkNrrvDalfErUp6tKl9TkGJBEofgfRxfVnTYtwHBEtOFS8UhzQ5eNZkq21pEsNfIejxkUWZnpVpqM3t_J_1YgK18/s1600/haji+hadi2.jpg

Bagi melahirkan simpati kepada mangsa dan negara yang ditimpa bencana itu, adalah baik pihak kerajaan menghantar rombongan kemanusiaan sebagai simbolik simpati kemanusiaan walaupun kita menyedari negara Jepun mempunyai kemajuan dan kemampuan teknologi dan tenaga manusia untuk menangani dan mengatasi bencana yang menimpa mereka. Akan tetapi sifat-sifat kemanusiaan mengatasi perbezaan kaum dan agama perlu diserlahkan dengan cara yang nyata dan terbuka melalui penghantaran rombongan tersebut.

Seterusnya saya ingin menyertai perbahasan Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Saya hendak memberi penekanan kepada perkara-perkara pokok dan dasar yang diucap dan dititahkan.

Baginda menegaskan supaya semua pihak menjunjung kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan. Kedaulatan Raja-raja Melayu, kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, kedudukan istimewa orang-orang Melayu serta anak negeri Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain, meliputi hal kewarganegaraan dan hak asasi sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Hendaklah tidak dipersoalkan bagi mengelak perpecahan. Amaran supaya langkah diambil bagi mengelak perpecahan, menandakan di sana ada tanda-tanda negatif yang tidak sihat, yang boleh menjejaskan kewibawaan negara yang berdaulat yang berasaskan kepada Perlembagaan tersebut.

Kita perlu menyedari betapa Perlembagaan masih lagi mengalami kelemahan-kelemahan yang perlu dibaiki. Berhajat kepada pindaan.

Kita menyedari sejarah Perlembagaan dilahirkan daripada Suruhanjaya Reid. Mereka yang terlibat di dalam menggubal Perlembagaan itu tidak ada seorang pun daripada anak negeri ini.

Oleh kerana itu masih banyak perkara yang perlu dikaji semula, melakukan muhasabah dengan menyedari bahawa di dalam Perlembagaan itu sudah disebut perkara-perkara yang menjadi rukun, tonggak kepada negara yang sangat penting.

(i) Islam agama Persekutuan;

(ii) keluhuran Perlembagaan; dan

(iii) kedaulatan undang-undang, kedaulatan Raja-Raja, hak istimewa Melayu dan bumiputera, hak bangsa lain.

baca artikel penuh...di sini.

PAS Kawasan Miri

Posted: 16 Mar 2011 07:07 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Nasib Bekas Perajurit Yang Dipinggirkan

Posted: 16 Mar 2011 06:36 PM PDT

Gambar Hiasan semasa zaman perang dulu


This open letter we received from rakyat for the relevant authority to review and consider.
From Pas Miri








Subject: RE: Extension of Kampong Sending

Your Honors'. and all reading extinguished guests,

Who were coming for the meeting when Razali was the superintendent of land and survey in Miri. This department head said this is a village (kampong ) and the location or style of the houses should be as they were, My ex-wife had taken part in the meeting told me that when I was in Labuan so there should be no worry of moving to new locations. Your area of the house is surveyed according to the existing size occupied by your house and the front and back yard.

As all of you know those who settled here were not free for the land, they paid for ganti rugi to maintain the land and to have the ownership. Lee Kim shim should give us all the residents of Sealine land titles because we were the one who raised him up.No body can deny us with the BN men and the assistance we render to him. 60 % of the Iban voters were for him and the never changed Malays( BN ruas) of course never move from BN. Now Sealine is under Datuk DR.Chan and our correspondence and disputing, I suggest, should be given to the DCM Sarawak. We should not trust the predesor as our god infrastructure and I have given much sacrifice for the better living by or through Datuk Lee,however we just saw the passing stream of development below the bridge. How unfortunate the Iban community as we were.

1) Just think of the cost of living now. A piece of zinz roof costs RM14.00 per piece for 6 feet long, 2 years ago only RM6.00 per piece,kayu belian post 15x4x4xRM100++,2 years ago RM 40-RM50 per piece.A bag of cement costs RM17.50.My self and others were all low income group bracket,others just have indefinite income so how come we agree to No. one( 1) agreement here is the condition laid out by YB Lee: Don't issue the land titles and basic infrastructure given ( such as roads, drainage, electricity and water ) until all land matters is settled ( i.e 180 owners has agreed to demolish their house and move to a new allocated lot to facilitate the building of roads and drainage or they are willing not to share the same lot and reallocated to another lot – for those land with 2 to 8 owners );

- To agree they must go to Land Survey office, Miri and signed-off the agreement form.
- Note : The government will not compensate for the cost of demolish/moving or building a new house as they have already allocate us land. Is the lot of land is free of charge? This is what the question we village folks must ask the government agent.

If you work with oil and gas companies may be. As a ketua kaum you are monthly paid. Besides our ketua kaum is a Malanau and perhaps has very little knowledge about the Iban way of life; culture,custom,traditions and the nature of employment and incomes. He should be responsible if the village under him is going to have a dialogue with the land and survey. The whole village should be called for the meeting to solicit the good ideas. As a leader he must be ready to listen to others. We must not think of just ourself and take deep breathe to observ the others. Our current ketua kaum is Hamdan bin Paun. He was only a pengerusi ajkk of Kampong Senadin which consisted of 30 families. Now he is being appointed as ketua kaum of 2 kampong; kampong Senadin and KG Sealine.Kg Sealine is 3 to 4 times bigger than kg Sealine with around 1000 families.If all were registered I am sure the number of registered voters will be more than 3000.When I was a SUPP member I registered about 100 voters. Why the majority Iban not being appointed as ketua kaum at KG Sealine? I have read several times some political parties had asked the government to appoint the Penghulu from Dayak natives.

What kind of a house you are going to build, a durian atap daun houses or rumah simpler(simper) papan? We must just wonder why Kampong Melayu senadin our Ministers just give in what these people want? They were given tar-sealed road, water and electricity much earlier than Sealine. Is Sealine a promised land with too many thorns? Sealine now is a graveyard at night, five or more families sharing a water tap supply.Electricity is expensive and some have to pay RM150 per month for the supply of electricity from friends at KG. Senadin.

The agreement laid down has to be reconciled first. If the government is caring as they lauded they must be careful before the agreement is written down(drafted) or enforced.
Is the government is glamour-rita (money enriched confidence)just because we are poor men on the earth.90% of the residents of sealine are dayaks, 2 or 3 Chinese and Malays. Other Iban People who work with international companies will not live here,men. That is why we helped you with your wish to be the YB, YB for all not to your community and voters only, Datuk. Lee KIM shin.

Kami yang miskin(Iban, orang ulu(HIGHLAND NATIVES) and the Iban Ulu(ILLITRATE NATIVES)) perlukan bantuan penuh dari kerjaan seperti jalan,pelajaran, security,api ,ayer yang paling basic bukan minta subsidi Untuk beli perahu,jala pakai berikan atau atap zing or tiang untok rumah.Bagi lah kami yang patut bukan beras, padi, gula dan tea sabah atau mayang tea dari Serian. Give us the fishing hook to get the fish, that is land for commercial and as well as residential purpose.( prolonged generated endless value).


Kalau berjuang jangan angap saya pulang,

Yang benar,
Douglas Ajon Miggi
Ahli Bekas Perajurit Malaysia

Kera Di hutan Disusukan, Anak Sendiri Mati Kelaparan Begitulah Nasib Rakyat Sarawak!!!

Posted: 16 Mar 2011 01:17 AM PDT

BRUNO MANSER FUND, BASEL / SWITZERLAND
16 March 2011 – For immediate release
Taib corruption scandal reaches Australian university
Adelaide University's vice-chancellor and president asked to step down over accepting Malaysian timber corruption money –
Adelaide university urged to remove Taib's name from its "Taib Mahmud, Chief Minister of Sarawak Court"
ADELAIDE (AUSTRALIA). Less than two weeks after the London School of Economics and Poltical Science's (LSE) director stepped down for having accepted donations from
Libyan dictator Muammar al-Gadaffi, an Australian university director is facing resignation calls in an international high-profile case of academic funding by a corrupt Malaysian politician.
The Swiss Bruno Manser Fund has today asked Adelaide University Vice-Chancellor and
President, Professor James Mc Wha, to resign from all his functions in the Adelaide
university direction for accepting large donations from Sarawak's billionaire Chief Minister
Abdul Taib Mahmud ("Taib"), a notorious kleptocrat who is said to be one of South-East
Asia's richest and most corrupt politicians.

According to an article posted by Sarawak Report, Taib has been a "long-time benefactor" of
Adelaide University. Taib made his first donation to the university in 1987, six years after he
became Chief Minister. In 1994 he received an honorary doctorate from Adelaide. In 2001,
Taib donated $300'000 - more than double his annual salary - to the University. In 2008,
Adelaide University named a key space on the university premises the "Taib Mahmud, Chief
Minister of Sarawak Court." Two years ago, Vice-Chancellor and President James McWha
thanked Taib for his "personal generosity" that "has continued in many ways over the years".
Taib, an Adelaide University graduate, will celebrate his 30th year in power on 26th March
2011. All this while, he has abused his political power in a spectacular way and has managed
to turn the resource-rich state of Sarawak into his own private fiefdom. Taib holds absolute
power over the state's timber sector and his family controls not only the state's largest private
company - construction firm Cahya Mata Sarawak (CMS) - but also at least 48 further
companies in eight countries around the globe. Over the last three years alone, Taib has failed
to account for a staggering 4.8 billion Ringgit (US $ 1.5 billion) from Sarawak's state coffers.
Taib is the chief culprit for the destructive logging of over 90% of Sarawak's formerly pristine
rainforests and for the marginalisation of the state's large indigenous population. Last week,
former British Prime Minister Gordon Brown said the large-scale destruction of Sarawak's
tropical rainforests was "probably the biggest environmental crime of our times."
It is a scandal that Adelaide University, which claims to be "one of Australia's oldest and
finest universities", has accepted Taib's ill-gotten funds and associated itself closely with an
obviously criminal Malaysian politician. The Bruno Manser Fund asks Adelaide university
Vice-Chancellor James McWha to resign over the university's lack of due diligence and
demands that Taib Mahmud's name will be removed from the university's premises. - Ends -

Sign the online pretition aginst timber corruption:
www.stop-timber-corruption.org/petition
Follow us on twitter: www.twitter.com/bmfonds
For more informations, please contact us:
Bruno Manser Fund, Socinstrase 37, 4051 Basel, Switzerland
Tel. +41 61 261 94 74, http://www.stop-timber-corruption.org/


WANG TUNAI UNTUK DARJAH KEBESARAN DI UNIVERSITI ADELAIDE?
Tuesday, March 15th, 2011 GMT This post is also available in: English (From Sarawak Report)
Sarawak Report telah mengambil masa beberapa minggu untuk mendapatkan penjelasan daripada Universiti Adelaide apakah faktor mereka menamakan sebahagian dari kampus mereka sempena nama Ketua Menteri Sarawak. 'Taib Mahmud, Chief Minister of Sarawak Court' telah dinamakan khas sebagai menghormati seorang ahli politik yang penuh kontroversi dari Malaysia Timur pada tahun 2008. Pada ketika itu ianya dikatakan sebagai "suatu ruang sosial yang telah dilanskapkan", yang mana terdapat sekeping gambar menunjukkan seorang ahli politik berstatus multi-jutawan dilihat sedang berjalan-jalan di suatu kawasan di situ bersama Timbalan Chancelor, Professor James McWha. Namun permintaan kami tidak mendapat sebarang respon dari pihak universiti. Email-email kami tidak berjawab malah soalan-soalan lisan menerusi telefon kami pun tidak mendapat sebarang layanan. Beberapa orang ahli alumni Malaysia yang telah menuntut di situ telah meluahkan rasa kesal mereka terhadap penghormatan Taib Mahmud pada bulan Disember lalu, mengemukakan aduan bersama di dalam surat mereka: "Sungguh memalukan kami bahawa universiti kami menganugerahkan seorang kleptomaniak dan seseorang penyalahguna hak asasi kemanusiaan" Alasan kegagalan untuk mendapatkan respon dari pihak universiti mungkin memandangkan Taib Mahmud mampu mencurahkan sejumlah derma yang amat banyak, tetapi tidak mampu dilakukan oleh Sarawak Report mahupun warga alumni universiti berkenaan.


'Pemberian peribadi' Taib diberikan dengan pelbagai cara!
Taib tamat pengajiannya dari Adelaide dalam jurusan perundangan dalam tahun 1961, tetapi seterusnya menerima darjah doktor kehormat dalam tahun 1994, diikuti dengan anugerah-anugerah lain kerana sokongannya. Pengumuman-pengumuman dari universiti itu menyatakan beberapa sumbangannya dalam masa beberapa tahun, namun setelah mereka mendiamkan diri sejak kebelakangan ini, kita sukar untuk membuat sebarang perkiraan. Adelaide telah mengikhtiraf derma pertama Taib yang dilakukannya pada tahun 1987, enam tahun setelah beliau menjadi Ketua Menteri dan beliau telah mula memperlihatkan tahap pendapatan yang di luar jangkaan. Syarikat hartanahnya di Amerika Utara, Sakti International, telah diasaskannya bersama-sama ahli-ahli keluarganya pada tahun berkenaan dan kini bernilai beratus-juta dollar Australia. Menurut universiti itu, derma pertamanya adalah untuk menaiktaraf kelengkapan Sekolah Perundangan di situ. Dalam tahun 2001 Ketua Menteri itu telah menderma sebanyak $300,000 kepada universiti berkenaan yang telah digunakan untuk mendirikan "Malaysia Room, lengkap dengan perabot dan artifaks dari Sarawak". Pihak universiti telah menyebut bilik berkenaan sebagai: "suatu pemberian dari Ketua Menteri yang pemurah, yang juga merupakan seorang daripada alumni kehormat dan dermawan kami".

Harga penghormatan apa?
Tanpa memperoleh sebarang respon rasmi dari pihak universiti berkenaan, kami menganggarkan bahawa sejumlah wang yang lebih besar telah mereka terima sebelum mereka menggunakan nama Taib Mahmud, Timbalan Chancellor, Prof. James McWha, mengucapkan terima kasih kepada Taib atas "sokongan signifikannya dan usaha gigihnya" dan seterusnya menyebut: "Pemberian peribadi Ketua Menteri itu telah berterusan sejak selama beberapa tahun in" Malangnya, derma-derma yang diberikan oleh seseorang yang mempunyai status dan pangkat tidak dipersoalkan oleh pihak universiti itu, bagaimana seseorang dalam kedudukan Taib itu dibolehkan undang-undang untuk menghulurkan "pemberian peribadi" yang sebegitu banyak jumlahnya. Sebagai seorang penjawat awam yang dipilih, gaji bulanan Taib merupakan suatu rekod awam dan kesemuanya berjumlah RM20,000 sebulan (kira-kira $10,000 Australia). Ini bermaksud nilai harga untuk mewujudkan "Malaysia Room" sahaja boleh mencecah dua kali ganda gaji tahunannya. Hanya sedikit penyoalan dilakukan oleh pihak universiti ke atasnya akan membongkar isu-isu yang berkisar sekeliling kekayaan Taib. Sudah pastinya tiada kekurangan maklumat dan bukti yang boleh mengaitkan Ketua Menteri itu dengan rangkaian rasuah pembalakan di seluruh hutan hujan tropika Sarawak yang telah semakin mengecil sehingga kurang dari 5% saiz asalnya selama 30 tahun beliau berkuasa. Sebenarnya, kemusnahan yang dilakukan syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan regim Taib Mahmud telah berkembang menjadi ancaman global. Syarikat-syarikat itu beroperasi di seluruh kepulauan Borneo, di Irian Jaya, the Solomon Islands, lembah-lembah Amazon dan Siberia, sebagai mana dilaporkan oleh beberapa NGO. Dalam pada itu, the Green Party di Tasmania telah mempersoalkan kenapa sebuah syarikat yang mempunyai hubungan dengan Taib telah diberikan subsidi sebanyak $8 juta oleh negeri itu untuk menebang kayu dan mengeksportnya kembali ke Malaysia, di mana hutannya kini telah ranap?

Suatu jenayah pelbagai mangsa
Kesan pemusnahan yang dahsyat ini telah menjejaskan hidupan liar, sungai-sungai dan sistem ekologi di rantau ini. Kemusnahan ini juga telah menjejaskan orang-orang asal yang mana kawasan-kawasan mereka telah dicerobohi, tanpa diadakan sebarang keberterusan, dan juga menghampiri kepupusan. Hanya segelintir orang sahaja yang menikmati dari kekayaan yang terjana dari pemusnahan hutan mereka itu. Sebaliknya, University of Adelaide merupakan pemanfaat, bukan dari 'pemberian peribadi' Ketua Menteri, tetapi, dari hasil rompakannya ke atas rakyatnya sendiri.

Soalan-soalan kami
Dengan alasan-alasan inilah maka Sarawak Report telah menyenaraikan beberapa soalan yang kami harap sedia dijawab oleh Timbalan Chancellor. Kami ingin mengetahui jika universiti berkenaan mempunyai garis panduan etika apabila mereka menerima sebarang derma dari sesiapa, dan jika ada, apakah dasar yang digunakan oleh Professor McWha untuk menerima Taib Mahmud sebagai rakan kongsinya untuk Adelaide? Kami juga ingin memohon maklumat mengenai jumlah sebenar derma-derma yang diterima dari universiti itu, berasaskan sejumlah derma itu dikenali sebagai wang dari hasil rompakan dan rasuah, dan seharusnya dikembalikan secara sah berteraskan undang-undang kepada rakyat Sarawak. Jika universiti berkenaan sering menjelaskan bahawa derma-derma itu adalah hasil 'pemberian peribadi', maka kami tidak akan mempersoalkan lagi hanya jika wang daripada Taib Mahmud itu sememangnya dari gaji rasminya walaupun amat terhad.

Banyak lagi di Australia
Sebagaimana yang sering ditimbulkan oleh para NGO, terdapat banyak lagi harta Taib di Australia, ditambah dengan jutaan misteri Ketua Menteri itu. Adelaide Hilton 380 bilik merupakan sebuah syarikat perhotelan yang didaftarkan bawah nama anak-anak dan arwah isterinya, dan terdapat banyak lagi harta keluarganya di kawasan-kawasan lain. Memandangkan Australia mempunyai kekayaan sendiri yang mencukupi, adalah memadai bagi University of Adelaide mencari penderma tempatan yang sah dan dari sumber-sumber domestiknya sendiri, tanpa mengharapkan keuntungan hasil dari ekploitasi ke atas orang-orang miskin di Borneo oleh Ketua Menteri mereka yang korup? Yang pastinya, adakah kebolehpercayaan itu harus dinafikan?

Penduduk Kampung Pasir Sedia Bersama PAS!!!

Posted: 15 Mar 2011 11:03 PM PDT

PAS Mendapat Sambutan Hangat Penduduk Kampung Pasir
Miri 15 Mac - Sekali lagi rombongan PAS Miri bersama Ketua Penerangan PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad berkunjung ke kampong Pasir untuk untuk lawatan susulan sebelumnya. Kali ini sambutan penduduk kampong Pasir terhadap PAS sangat luar biasa, dimana lebih ramai lagi penduduk kampong Pasir menyambut kedatangan rombongan PAS. Penduduk kampong pasir sungguh gembira dengan kedatangan rombongan PAS kali ini dimana mereka sempat meluahkan perasaan dan harapan mereka agar PAS dan Pakatan Rakyat dapat menolong mereka menyelesaikan masalah mereka seperti mendapatkan 'grant' tanah serta kemudahan asas yang sepatutnya sudah lama mereka nikmati.

Pada masa yang sama tuan rumah juga mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian PAS datang ke kampong mereka. Selepas dari ucapan tuan rumah, sdr Yeo Setiausaha Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Miri juga memberi sedikit ucapan tentang mengapa beliau memlih PAS sebagai wadah perjuangan bukan SUPP BN. Kata beliau bahawa semua agama mengajar manusia jadi baik bukan jadi jahat dan merampas hak orang lain maka dengan sebab itu dia yakin PAS adalah sebuah parti yang lebih baik dari parti BN. Kata beliau walaupun PAS parti Islam tapi PAS tidak jahat macam Umno/BN dimana mereka merampas hak rakyat dan sering kali menipu rakyat dengan mengatakan kalau orang bukan islam sokong PAS mereka akan di paksa masuk Islam dan semuanya akan hidup susah. Semua ini adalah bohong belaka katanya sebab itulah beliau yakin PAS adil untuk semua. Beliau juga menyeru penduduk kampung Pasir yang majoritynya bukan beragama Islam agar menyokong PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum nanti.

YDP PAS Miri Hj Jofri Jaraiee juga sempat memberi pesanan dan peringatan kepada penduduk kampong agar jangan takut untuk berubah kerana selama BN perintah Sarawak, kampong Pasir pun masih jauh ketinggalan dari segi kemudahan asas dimana mereka masih lagi menggunakan 'generator' untuk bekalan api elektrik. Begitu juga dengan masalah tanah dimana mereka ini masih dianggap sebagai setinggan oleh pihak berwajib walaupun mereka untuk mendiami kampong tersebut berpuluh-puluh tahun lamanya. Pihak berwajib langsung tidak menghiraukan masalah mereka agar diberi tanah lot untuk kediaman tetap.
Beliau juga menyeru kalau boleh nama kampong Pasir diubah jadi kampong Pas dan disambut dan disokong oleh penduduk kampong Pasir dengan baik sekali.

Seterusnya ketua Penerangan PAS pusat ustaz Idris Ahmad juga menceritakan tentang kebaikan yang dinikmati oleh rakyat yang diperintah oleh kerajaan Pakatan Rakyat di lima buah negeri di semananjung Malaysia. Katanya sebelum kerajaan Pakatan di rampas oleh BN di Perak dulu, rakyat Perak yang tidak mempunyai grant tanah telah diberi oleh kerajaan Pakatan walaupun hanya sempat memerintah lebih kurang 11 bulan sahaja. Beliau mengingatkan penduduk kampong sekiranya kerajaan Pakatan boleh bagi kemudahan asas kepada rakyat hanya dalam berapa bulan saja memerintah dibandingkan dengan kerajaan BN yang sudah memerintah hampir 54 tahun masih lagi tidak mampu lagi untuk memberi kemudahan asas kepada rakyat terutama sekali kepada penduduk diluar bandar. Bukan saja itu beliau juga berkata Sarawak adalah sebuah negeri yang kaya dengan hasil minyak tetapi penduduk kampong hanya dapat 'tahi minyak' sedangkan pemimpin BN hidup mewah dan rakyat terus hidup dalam kemiskinan dan penderitaan jadi beliau menyeru agar rakyat sarawak perlu perubahaan yang besar untuk menikmati hasil bumi sarawak.

Selepas ucapan ringkas dari pimpinan PAS, penduduk kampong Pasir yang kurang bernasib baik telah diberi sedikit sumbangan dari PAS Miri. Seramai lebih dari 40 orang keluarga yang kurang bernasib baik mendapat sumbangan tersebut. Harapan penduduk kampong terhadap PAS sungguh tinggi agar mereka dapat pembelaan nanti sekiranya ditakdirkan Pakatan Rakyat dapat mengambil alih kuasa dari BN. Mereka juga bersedia membantu PAS untuk mencapai hasrat untuk merubah. Ini menujukan bahawa PAS boleh diterima oleh semua kaum tanpa mengira agama dan warna kulit. Pas untuk semua.

Semoga Allah memberi pertolongan kepada PAS dan rakyat yang dizalim oleh BN selama ini agar dapat mengambil semula hak mereka yang telah dirampas oleh orang yang tidak bertanggungjawab dan oleh orang menyalahgunakan kuasa mereka.


English version

PAS Got Supported from Kampung Pasir Residents

Miri March 15 - Once again PAS Miri delegation together with the PAS central Information Chief Ustaz Idris Ahmad visited the village of Kampong Pasir. This time the PAS really got unexpected welcome from kampong Pasir, where more and more villagers welcomed the delegation from PAS. The villagers are extremely delighted with the arrival of PAS delegation this time where they could express their feelings and their hopes for PAS and Pakatan Rakyat to help them solve their problems as they get "grants" of land and basic amenities that they should have long time ago.

At the same time the house owner also like to thanks PAS for their willingness to come to their village. After the speech by the house owner, Mr. Yeo secretary of the PAS Supporters Association (DHPP) Miri also gave a little speech about why he chooses PAS as a political struggle and not SUPP BN. He said that all religions teach people to be good and not to do bad thing and such as seizing the rights of others, he is confident that PAS is a party that is better than the BN. He said although PAS is a Islamic party, PAS is not bad but as Umno / BN where they take people's right and often cheat peoples by saying that non-Muslims who support PAS they will be forcibly converted to Islam and everything will be hard to live. All this is lies because he said he was confident that PAS is fair for all. He also urged residents of kampong Pasir where majority are non-Muslim for supporting PAS and Pakatan Rakyat in this coming general election.

PAS Miri Chief Haji Jofri Jaraiee also give an advice and caution to the villagers not to be afraid to change, since Sarawak BN rule, kampong Pasir is still far behind in terms of basic facilities in which they still use the 'generator' for the supply of electric. Particularly land issue problem where they are still regarded as a slum by the authorities even though they are living in the village for more than ten years. The relevant authorities ignore their problems for lots of land given to permanent residence. He also urged that if can the kampong Pasir name to be changed known as kampong Pas the villagers welcomed and supported with applause.

The PAS central Information Chief Ustaz Idris Ahmad also tells about the advantages enjoyed by the people ruled by the government in five states in Peninsular Malaysia. He reported previously that Perak before confiscated by BN state government, the people of Perak who have no land grant was given by the Pakatan state government evens they only reined about 11 months. He reminded the villagers that if the Pakatan government can give basic amenities to people only in a few months it ruled as compared with the BN government which has ruled almost 54 years still could not afford to provide basic amenities to the people especially in the rural areas. Not only that, he also said the Sarawak state is a rich country with oil revenue, but village residents only got 'oil droppings' where BN leaders live in luxury while the people continue to live in poverty and suffering, so he called for the people of Sarawak to have a big change to enjoy the revenue of Sarawak .

After short speeches from PAS leaders, the unfortunate villagers of kampong Pasir got a little contribution from PAS Miri. A total of more than 40 families who are less fortunate receive the contribution. The hope from villagers on PAS are so high that they can resolve their problem if fated defense of the Pakatan Rakyat to take over power from the BN. They are also willing to help PAS to achieve a desire for change. It's shown that PAS can be accepted by all people regardless of religion or color. PAS for All

May Allah give aid to the PAS and the people who has been cruelled by BN for this while and to take back their rights that have been taken by unresponsible person and by power abuse.

Siti Zailah | Home

Posted: 16 Mar 2011 03:35 PM PDT

Siti Zailah | Home


KADAR INFLASI NEGARA SEMAKIN MENINGKAT...

Posted: 16 Mar 2011 02:28 AM PDT

KADAR INFLASI DIJANGKA MENINGKAT SEHINGGA 2.5 PERATUS HINGGA 2.8 PERATUS TAHUN INI.AKIBAT DARI BENCANA DI JEPUN DAN KENAIKAN HARGA MINYAK SEHINGGA RM 95 USD SE-TONG.
JUMLAH HUTANG ISI RUMAH DIMALAYSIA BERJUMLAH RM 577 BILION

Kes muflis semakin bertambah di Malaysia...

Posted: 16 Mar 2011 01:59 AM PDT

SKIM BARU YG DIPERKENALKAN KERAJAAN UNTUK MEMBERI PINJAMAN 100 PERATUS KPD ORANG MUDA UNTUK MEMILIKI RUMAH PERTAMA DALAM TEMPOH 30 TAHUN AKAN MENGGALAKKAN LAGI BUDAYA BERHUTANG DALAM MASYARAKAT.MASA JADI PELAJAR PINJAM PTPTN ANTARA RM15 RIBU HINGGA 30 RIBU RINGGIT.TAMAT BELAJAR BERHUTANG LAGI UNTUK KAHWIN ,KEMUDIAN BERHUTANG LAGI MUNGKIN SEHINGGA RM 10 RIBU HINGGA RM15 RIBU RINGGIT.KEMUDIAN NAK BELI KERETA ,HUTANG
PULA
RM 80 RIBU RINGGIT PULA.KEMUDIAN HUTANG BELI RUMAH PULA RATUSAN RIBU ,BAYAR BALIK SEHINGGA TEMPOH 30 TAHUN,SAMPAI ADA CUCU HIDUP PENUH DENGAN HUTANG!.
BUDAYA HUTANG INI TIDAK SIHAT.ORANG YANG MATI DALAM KEADAAN BERHUTANG,PAHALANNYA TIDAK AKAN DIANGKAT OLEH ALLAH.
KES MUFLIS DIMALAYSIA
TAHUN 1999 - 79 000 KES
TAHUN 2003 - 106 000 KES
TAHUN 2010 - 218,561 KES
( UMUR YG TERLIBAT ANTARA UMUR 34 TAHUN HINGGA 44 TAHUN) (31.43 PERATUS)

TSUNAMI DI JEPUN SATU AMARAN DAN PENGAJARAN...

Posted: 15 Mar 2011 10:08 PM PDT

TIADA SIAPA YANG MENDUGA,HARI JUMAAT PADA 11HB MAC,BERLAKU DALAM MASA SEKELIP MATA SAJA .KEJADIAN GEMPABUMI BERMAGNITUD 9.0 PADA SKALA RICHER DAN TSUNAMI TELAH MELANDA PERAIRAN HONSHU JEPUN PADA JAM 1.40PETANG WAKTU MALAYSIA,KIRA KIRA 400 KM DARI TIMUR LAUT DARI TOKYO DAN PADA MASA KINI MASIH BERLAKU GEGARAN SUSULAN.
DARI ABU MALIK AS ASYARI RASULULLAH SAW BERSABDA
"SESUNGGUHNYA AKAN ADA SEBAHAGIAN DARI UMATKU YANG MEMINUM ARAK DAN MEREKA MENAMAKAN DENGAN NAMA YANG LAIN,MEREKA MINUM SAMBIL DIIRINGI OLEH DENGAN ALUNAN MUZIK DAN SUARA WANITA.ALLAH AKAN MENEGELAMKAN MEREKA KEDALAM BUMI DENGAN GEMPA BUMI DAN ALLAH SWT AKAN MENGUBAH MEREKA MENJADI SEPERTI KERA DAN BABI"
( HADIS RIWAYAT IBNU MAJAH ).
DARI ALI BIN ABI TALIB R.A.,KATANYA RASULULLAH SAW BERSABDA;
'APABILA UMAT KU TELAH MELAKUKAN 15 PERKARA ,MAKA PASTI BALA AKAN TURUN KEPADA MEREKA,
1.APABILA HARTA NEGARA HANYA BEREDAR PADA ORANG ORANG TERTENTU SAJA
2.APABILA DIJADIKAN SATU SUMBER KEUNTUNGAN
3.APABILA ZAKAT DIJADIKAN HUTANG.
4.APABILA SUAMI MENURUT KEHENDAK ISTERI
5.APABILA ANAK DURHAKA PADA IBU BAPA
6.APABILA MEMULIAKAN KAWAN TAK PEDULI IBUBAPA
7.ANAK ANAK MENJAUHI DIRI DARI AYAHNYA
8.APABILA SUARA DITINNGIKAN DALAM MASJID.
9.APABILA YANG MENJADI KETUA DIKALANGAN KAMU ADALAH ORANG YG HINA DAN RENDAH AKHLAKNYA
10.SESEORANG DIMULIAKAN KERANA TAKUTKAN KEJAHATANNYA'
11.ARAK DIJADIKAN BAHAN MINUMAN DISETIAP PENJURU DAN TEMPAT.
12.KAIN SUTERA BANYAK DIPAKAI OLEH KAUM LELAKI.
13.APABILA PARA ARTIS DAN PENYANYI WANITA DISANJUNG
14.APABILA MUZIK BANYAK DIMAINKAN.
15.APABILA GENERASI AKHIR UMAT INI MELAKNAT GENERASI PERTAMA DAHULU.

MAKA KETIKA ITU HENDAKLAH MEREKA MENANTI ANGIN MERAH ATAU GEMPA BUMI ATAU MEREKA AKAN DIUBAH MENJADI MAKHLUK LAIN '.
( HADIS RIWAYAT TARMIZI)

SISTEM YANG MEMBELAKANGI AGAMA.......

Posted: 15 Mar 2011 09:34 PM PDT

DALAM KERAJAAN SIBUK BERUSAHA UNTUK MENCAPAI NEGARA MAJU BERPENDAPATAN TINGGI PADA TAHUN 2020 DENGAN PERKAPITA RM50,000 SEBULAN,KITA SEDIH MENYAKSIKAN BETAPA RAPUHNYA INSTITUSI KELUARGA DALAM NEGARA KITA.STATISTIK MENYATAKAN SETIAP 15 MINIT BERLAKU SATU KES PENCERAIAN DALAM NEGARA KITA.INI BERPUNCA DARI CARA HIDUP YANG MEMBELAKANGI AGAMA.APA USAHA KERAJAAN MENANGGANI ISU INI?.ADAKAH KES PASANGAN YANG INGIN BERKAHWIN TAK TAHU MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH.GEJALA ZINA SEMAKIN BERLELUASA,SEJUMLAH 270 RIBU ANAK LUAR NIKAH BERDAFTAR DIMALAYSIA DARI TAHUN 2000 HINGGA 2010.
GEJALA MURTAD SEMAKIN BERLELUASA,GEJALA KETAGIH ARAK SEMAKIN BERTAMBAH DIKALANGAN ORANG MELAYU ISLAM.ARAK DIJUAL DIMERATA TEMPAT TERMASUK KEDAI SEVEN ELEVEN.JUMLAH BANDUAN DALAM PENJARA SEMAKIN BERTAMBAH DAN MELIMPAH.GEJALA RASUAH SEMAKIN BERLELUASA.SALAH GUNA KUASA,FITNAH DIDALANGI OLEH PARTI PEMERINTAH DENGAN MENGGUNAKAN MEDIA MASSA PERDANA.KEZALIMAN TERHADAP RAKYAT,MENAFIKAN HAK ROYALTI RAKYAT KELANTAN,SEHINGGA TERPAKSA MELALUI MAHKAMAH,SEDANGKAN SUDAH TERMAKTUB DALAM UNDANG UNDANG AKTA PEMBANGUNAN PETROLIUM 1976.HAK RAKYAT TANAH KG BARU YANG CUBA DIRAMPAS MELALUI AKTA DIPARLIMEN,RAMPASAN KUASA DIPERAK DAN BANYAK LAGI.....

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 16 Mar 2011 03:35 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


TAHNIAH!!! ADUN KERDAU LEAD BACA YASSIN

Posted: 16 Mar 2011 02:22 AM PDT

mungkin ini gambar yg dipuja-puja oleh puak-puak UMNO termasuk blogger pencacai mereka apabila memuat turun adun baru mereka yg merupakan penasihat agama pahang boleh ketuai bacaan yassin...

Tapi kalu standard baca Doa Yaasin tengok buku yassin.... takyah belajar kat Uni Azhar sampai 8 tahun... budak sekolah rendah agama pun boleh baca.... silap-silap budak-budak yang dalam rancangan tv9 ngan Ustaz Hassan Din pun boleh baca lebih baik dari itu.... apapun... ok le.... 1 dalam 100 ribu orang Umno boleh lead bacaan Yassin...

BIRTHMARK UMMI DI SINI HA...

Posted: 15 Mar 2011 10:04 PM PDT

"Kalau betul dia (Baginda Minda) pernah mengadakan hubungan seks dengan saya, tolong beritahu di mana terletaknya 'birth mark' yang ada di tubuh ini!" - Ummi

Mungkin Baginda tak sempat nak tilik satu badan ummi nak cari kat mana 'birthmark' dia... sebab ada benda lain yang lebih dicari oleh nya....wakakakaka.... tapi aku tau kat mana tanda tue.....






kat sini ha.... memang le Baginda tak perasan... sebab tue bukan 'birth mark'... tapi simpton kurap....wakakakakaka

KJ UPAH ORANG KUTUK CHE DET "A DR IN THE HOUSE"!!!

Posted: 15 Mar 2011 09:28 PM PDT


Dengar cite, KJ telah mengupah bekas ADUN Pulau Manis, Pahang yang kini jadi blogger, Dato Ariff Sabri Sakmongkol untuk memburukkan buku Tun Dr Mahathir terbaru berjodol "A Doctor in the House". Apa agenda disebaliknya???
Kalu bukan dengki... bukan UMNO namanya...wakakakakaka

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERKASA HAMBAR

Posted: 15 Mar 2011 05:59 PM PDT

Baru-baru ini PERKASA Pusat menganjurkan Forum Majlis Maulidur di Kerinchi, Lembah Pantai yang jadi moderatornya Asyraf Wajdi yang kalah masa pilihanraya kat Kelantan yang juga Naib Presiden dengan penceramah jemputan yang terdiri dari Prof. janggut merah Dr. Uthman El-Muhamady dan Cikgu Sidek Baba.


perarakan sambil berselawat yang diketuai oleh Ustaz Janggut Merah...
tak ramai yang hadir mendengar forum anjuran Perkasa padahal Kerinci nie kawasan orang Islam

muka poyo je... macam le paham sirah Nabi... hukum non-muslim masuk masjid pun tak paham-paham sampai sekarang... sungguh kurang cerdik.

PENDUDUK KG BARU BOLEH CABAR NONG CHIK : AZIZ BARI

Posted: 15 Mar 2011 05:41 PM PDT

KUALA LUMPUR, 16 Mac — Pakar perundangan Prof A. Aziz Bari berkata pemilik tanah Kampung Baru boleh mencabar Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin di mahkamah bagi membuktikan majoriti pemilik tanah di kawasan itu bersetuju dengan cadangan mewujudkan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010.


Aziz berkata sehingga hari ini Raja Nong Chik masih belum membuktikan secara bertulis majoriti bahawa pemilik tanah bersetuju dengan cadangan tersebut, namun berkata hampir 90 peratus telah bersetuju dengannya.

"Isunya sekarang hak penduduk untuk kekal di situ, dengan cara hidup mereka. Ini adalah isu besar dan kerajaan tidak boleh melalui Parlimen meluluskan rang undang-undang ini.

"Rang undang-undang ini tak perlu, ia adalah kehendak rakyat bukan keputusan kerajaan maknanya kerajaan kena akur dengan kehendak rakyat," katanya.

Kata beliau, lainlah kalau kerajaan boleh membuktikan majoriti bersetuju.

"Itu lain cerita, tapi ia susah nak buat... adakah ada kajian yang dibuat? Kalau kata 90 peratus setuju tapi adakah ia sahih, adakah ia betul?

"Jadi penduduk boleh membawa masalah ini ke mahkamah untuk cabar buktikan kesahihan perkara itu," katanya .

Cadangan untuk mewujudkan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 mendapat tentangan hebat pemilik dan pewaris tanah di kawasan itu.

Malah ada pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru berkata mereka tidak pernah sama sekali memberi persetujuan agar rang undang-undang itu digubal seperti mana dikatakan oleh Raja Nong Chik bahawa hampir 90 peratus telah bersetuju.

Terdapat lebih 4,000 pemilik tanah Kampung Baru melibatkan tujuh kampung dengan kawasan seluas 90.2 hektar.

Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 yang akan akan dibentangkan kali kedua di Dewan Rakyat pada Jun ini.

Jelas Aziz, sebarang cadangan mengenai sesebuah kawasan termasuk Kampung Baru perlu terlebih dahulu dibincangkan dengan pemilik sebelum membuat sebarang keputusan yang boleh menimbulkan persoalan.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 16 Mar 2011 03:22 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


DENGARLAH PESANAN USTAZ INI WAHAI PEMIMPIN MELAYU ISLAM MALAYSIA & ISTERINYA SEKALI

Posted: 16 Mar 2011 02:39 AM PDT

KALAU SAYA BEKAS PM UMNO, SAYA MUNGKIN BUAT BENDA YANG SAMA

Posted: 16 Mar 2011 02:29 AM PDT

Masalahnya saya bukan bekas PM dan bukan ahli UMNO . Kalau bekas PM dari Pakatan Rakyat insyallah takkan nak buat buku fitnah yang ditempelak dan dinafi faktanya oleh Otai UMNO sendiri (Tengku Razaleigh Hamzah)
5,000 naskhah Memoir Dr. Mahathir terjual pada hari pertama? Siapa yang beli ?
jual e-book ke ?
Kalau setakat bekas PM yang memang dah terkenal begini tulis apa pun laku. Ini belum ada penaja atau pembeli misteri lagi. Al-maklumlah Tun nie dikelilingi kroni jutawan dan anak pun dah ada yang jadi bilinior.
Tajuk nie sesuai kalau dinamakan ' Doktor Dalam Banglo Agam di Putrajaya ' bukan doktor dalam rumah biasa.

KUALA LUMPUR 9 Mac - Buku A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad mendapat sambutan begitu hangat apabila 5,000 naskhah buku itu terjual pada hari pertama ia dilancarkan, semalam.

Pengurus Besar MPH Group Publishing Sdn. Bhd., Ivy Tan memberitahu, pihaknya yakin perasaan teruja dan ingin tahu orang ramai tentang kisah hidup dan pengalaman bekas Perdana Menteri itu membuatkan buku memoir yang ditulis sendiri oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad itu mendapat sambutan seperti itu.

"Kami mungkin akan membuat cetakan kedua dalam masa terdekat. Mungkin dicetak pada bulan depan, namun jumlah naskah cetakan seterusnya itu masih belum ditentukan lagi.

"Semua MPH Bookstore membuat tambahan tempahan bagi buku itu dan begitu juga dengan kedai buku yang lain di seluruh negara. Gudang kami juga tidak mempunyai bekalan buku yang cukup untuk diagihkan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Buku terbitan MPH setebal 800 halaman berharga RM100 senaskhah yang dilancarkan sendiri oleh Dr. Mahathir semalam itu, membawa pembaca menyelusuri perjalanan hidup bekas Perdana Menteri itu yang hanya diketahui oleh anggota keluarganya dan segelintir orang luar.

Dr. Mahathir menyatakan buku tersebut merupakan memoir dan pengalaman hidupnya selama 85 tahun, mengisahkan mengenai pelbagai perkara yang boleh dijadikan panduan dan perlu dielakkan oleh semua orang dalam kehidupan mereka.

MPH telah mencetak 50,000 naskhah untuk edaran pertama dan buku itu boleh didapati di kesemua cawangan MPH Bookstore dan juga kedai-kedai buku terpilih di seluruh negara.

Ivy berkata, pembelian secara dalam talian juga menyaksikan lebih 300 naskhah telah terjual kepada pembeli dari luar negara seperti Jepun, Amerika Syarikat, India Singapura, Thailand dan Indonesia.

21 HARI BERKEMPEN DI SARAWAK MEMANG TEMAN SETUJU TAPI JANGAN MENIPU

Posted: 15 Mar 2011 11:04 PM PDT

Selain dari calit jari dengan dakwat SPR perlu sedia 21 hari kempen di Sarawak dan PRU13 nanti.

Rujuk kalamPerantau

KUALA LUMPUR, 10 Mac — PAS hari ini meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melanjutkan tempoh berkempen bagi pilihan raya Sarawak daripada tujuh kepada 21 hari.
Anggota Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin berkata ini perlu kerana Sarawak sebuah negeri yang besar menyebabkan perjalanan ke satu-satu tempat mengambil masa, sekali gus menyukarkan usaha berkempen.


Bercakap kepada pemberita di sini, beliau berkata masalah itu diburukkan lagi dengan faktor kelengkapan logistik pakatan pembangkang yang tidak mencukupi.

Sebelum ini, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof dilapor berkata pihaknya bersedia mendengar sebarang cadangan konstruktif daripada parti politik di negara ini bagi memastikan pilihan raya negeri Sarawak berjalan lancar dan adil. Abdul Aziz memberi respons itu ketika mengulas cadangan Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak Datuk Fadillah Yusof agar tempoh berkempen dipendekkan bagi mengelak amalan politik kurang sihat.

Sementara itu, seorang lagi anggota Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Mohamad Sabu berkata parti tersebut dan rakan sekutu mereka iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta DAP sedang membincangkan agihan kerusi yang akan ditandingi.

Pada pilihan raya Sarawak 2006, Barisan Nasinal menguasai 63 kerusi dengan Parti PBB menang 35 kerusi diikuti Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dengan 12 kerusi, Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) masing-masing lapan kerusi.

Di pihak pembangkang, DAP memenangi enam kerusi manakala PKR dan Parti Cinta Malaysia (PCM) masing-masing satu kerusi. Mandat Dewan Undangan Negeri Sarawak tamat Julai ini. — Bernama

TUN NYANYOK ? NAJIB JUGA YANG MONYOK !

Posted: 15 Mar 2011 09:17 PM PDT

Perwakilan msayarakat Orang Asli mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak menyatakan pendirian mengenai hak kaum itu berikutan kenyataan yang dianggap menghina yang dibuat oleh mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bercakap pada sidang akhbar bersama dengan Majlis Peguam, penyelaras Rangkaian Orang Asli Semenajung Malaysia, Tijah Yok Chopil mahu Najib membuktikan bahawa slogan 1Malaysia bukan sekadar propaganda.

"Saya tuntut 'perdana menteri 1Malaysia' beritahu orang seperti (Mahathir) itu berhenti berlaku sedemikian yang hanya akan menimbulkan kemarahan kami,"katanya.

Mahathir dalam blognya pada 11 Mac lalu berkata tuntutan tanah yang dibuat masyarakat Melayu adalah lebih kuat jika dibandingkan dengan tuntutan Orang Asli yang tidak mempunyai tamadun.

Beliau juga dilaporkan berkata "Orang Asli cuma rakyat biasa kerana rakyat asal adalah Melayu".

Tijah yang jelas kecewa berkata Najib tidak seharusnya membisu tetapi perlu menyatakan pendirian kerajaan berhubung hak Orang Asli.

"Kami tidak pernah meminta lebih daripada apa yang memang hak kami ataupun pernah menyentuh mana-mana keistimewaan kaum lain di Malaysia.

"Kami tidak pernah menuntut seluruh kepulauan / bumi Malaysia atau Semenajung Malaysia ini diserahkan kembali kepada kami.

Kami juga tidak pernah mememinta mana-mana kaum mengagungkan kami sebagai bangsa yang teristimewa di negara ini," katanya.

Bagi presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee, selain 'dihina', kenyataan Mahathir itu juga adalah salah dari segi undang-undang mahupun moral.

SAHABAT NYARIS ALAMI TSUNAMI TAPI TAK LUPA RAKYAT LIBYA

Posted: 15 Mar 2011 07:14 PM PDT



Nak cerita earthquake(gempabumi) & tsunami (ombak besar kot) yg berlaku di Jepun, rasanya CNN setiap hari bercerita... terlupa nasib rakyat Libya yg malang. Jadi saya ceritakan pengalaman saya.

Allah nak buka mata org jepun kot untuk masuk Islam, percaya pada Allah... & pada kita.. utk tingkatkan lagi keimanan iaitu percaya kiamat pasti berlaku & hanya pada Allah tempat kita berlindung & minta pertolongan. Org jepun ni akhlak mereka Islam.. bersih, baik, sabar, berbudi bahasa, amanah, tidak ganggu orang (jenayah paling kurang)... cuma ramai yg masih belum kenal Islam.

Waktu terjadinya earthquake saya di rumah lebih kurang pkl 2:45pm, baru nak keluar ambil anak balik sekolah. Sedang mencari kunci kereta didapur, saya tertoleh notebook di meja makan.. pelik.. cover notebook tu flapping.. sekejap lepas tu start dgn gegaran... yang paling menakutkan bunyi gegaran tu, kuat sungguh. Kalau gempa biasa tak ada bunyi & saya semenjak tinggal disini x pernah sedar bila gempa berlaku. Semasa saya pergi Earthquake Learning dulu, di simulate keadaan berlaku di Kobe... macam itulah bunyi gegaran yg berlaku hari Jumaat tu..... , meja, kerusi yg berat pun shaking kuat... Tak sanggup nak tengok apa yang Allah nak timpa pada saya, dari duduk saya terus sujud di bawah meja, menangis, istigfar... masa tu penghulu istighfar pun x dapat nak baca sampai habis... dah x boleh ingat... bahkan terlupa saya ada sorang anak kat rumah. Umpama kiamatkan... org terlupa anak isteri... Selepas gegaran kuat itulah tsunami melanda... Alhamdulillah dalam & luar rumah saya dalam keadaan elok, malah gambar didinding pun x senget... wp gempa dahsyat sekali... pengajaran buat kita semua hanya Allah tempat kita mohon pertolongan.. minta ampun byk2.. & peliharalah solat walau dimana kita berada. Begitu juga office suami... walaupun ditingkat 32, tak ada yg tunggang terbalik, elok keadaannya. Pada saya, sbb pejabat itulah tempat mereka tunaikan solat... Allah pelihara pejabat mereka. Kata suami saya, waktu kejadian gempa tersebut, dari tingkap, nampak bangunan berhampiran macam pokok kelapa bergoyang.

Waktu tu, Jepun dan tayangkan kejadian yg berlaku di tv. Elok juga saya x on tv masa tu.. jadi x tahu tsunami berlaku. Lepas gegaran kedua... bila keadaan nampak ok, saya terus keluar drive ke sekolah macam biasa.... lega bila tgk kawasan sekitar dan sepanjang jalan bangunan2 ok... org Jepun ramai juga di main road...sibuk dgn hp... saya cuba juga call husband.. rupanya bila berlakunya gempa, hp, elevator & train dah x function hingga keesokan harinya. Sewaktu drive, ada masa bila berhenti ditraffic light, kereta bergegar disbbkan gempa seterusnya.

Hingga hari ini masih ada gempa.. gegaran sikit2 tanpa bunyi. Kami masih berjaga dan mohon Allah tak turunkan bala lagi.. Petrol, letrik di catu.. brg2 makanan pun berkurangan untuk bantu mangsa tsunami sbb tanaman mereka juga habis dilanda tsunami. Train service juga dikurangkan.. sekolah anak saya cuti seminggu hingga spring break minggu depan. Bimbang juga pasal leakage nuclear plant... tapi katanya stage 4 (pernah terjadi di US stage 5) dan angin bertiup arah ke laut..

Kesian Jepun... teknologi punya canggih... tapi Allah nak tunjukkan Dia Maha Kuasa... bila dikataNya jadi, maka jadilah tanpa lewat sesaat pun.. ilmu manusia tak mampu nak detect... cuma Allah kasih pada binatang2 yg x berdosa... mereka lebih tahu sesuatu yg buruk akan berlaku maka beramai2 pindah ketempat lain sebelum kejadian.

Yg saya respect... masyarakat jepun, diwaktu susah begini pun mereka & mangsa2 tsunami tetap sabar, beratur menunggu giliran, langsung x berebut, bertolak & tak ada peniaga di Tokyo ni yg ambil kesempatan naikkan harga barangan... malah ada yg turunkan harga. Juga x ada kedengaran orang ambil kesempatan merompak rumah mangsa tsunami. Semoga Allah gantikan pada mereka yg jauh lebih baik iaitu Islam.. Aminnn.... sebab lepas peristiwa Sep 13 runtuhnya world trade centre, ramai org Jepun yg memeluk Islam.

Wassalam.

KETUA POLIS KENA BAYAR !

Posted: 15 Mar 2011 04:13 PM PDT

PAS menang saman Ketua Polis RM200 ribu
KUANTAN 15 MAC : Mahkamah hari ini memerintahkan bekas Ketua Polis Rompin, Hanafi Daud membayar kepada Dr Hatta Ramli dan dua pimpinan PAS Pahang, Mazlan Yassin dan Nazri Ahmad sebanyak RM200,000 sebagai ganti rugi dan kos akibat daripada penangkapan dan penahanan yang tidak sah ke atas mereka bertiga di Markas PAS Rompin di Muadzam, Pahang pada 10 Mei 2004 lalu.
Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuantan, Puan Sazlina Safie membuat keputusan tersebut hari ini setelah Peguam Kanan Persekutuan yang mewakili defendan menyatakan kepada mahkamah bahawa anak guam beliau bersetuju membayar plaintif-plaintif RM200 ribu lapor Harakah Daily.

Kes hari ini ditetapkan untuk perbicaraan taksiran gantirugi.

Pada 26 Ogos 2009, Hakim Datuk Mariana Yahya telah memutuskan bahawa defendan telah menyalahgunakan kuasanya apabila membuat serbuan ke atas markas PAS dan menangkap serta menahan Dr Hatta, Mazlan dan Nazri.

Hakim juga memutuskan bahawa ceramah PAS yang diadakan di dalam kawasan markas tersebut adalah satu perhimpunan yang sah dan tidak memerlukan permit polis kerana ia bukan tempat awam.

Mahkamah juga memutuskan bahawa defendan juga telah melanggar Artikel 5 (3) Perlembagaan Persekutuan kerana gagal memberitahu plantif-plaintif atas alasan apa mereka ditangkap.

Setakat ini, inilah kali pertama pihak OCPD disaman oleh pimpinan PAS di atas gangguan yang dilakukan oleh pihak polis ke atas ceramah PAS, hatta hakim sendiri menemplak defendan kerana mengganggu ceramah PAS tersebut sedangkan ia berjalan secara aman dan telah banyak kali dijalankan di markas tersebut.

Dr Hatta yang juga Bendahari PAS Pusat dan ahli Parlimen Kuala Krai, Mazlan dan Nazri diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin manakala Hanapi Daud diwakili oleh Kamal Azira Hassan.

Takbir....

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Pas Cawangan Kota Kemuning

Posted: 16 Mar 2011 01:34 PM PDT

Pas Cawangan Kota Kemuning


Ribut..

Posted: 15 Mar 2011 07:01 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 16 Mar 2011 01:11 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Pembaziran projek naik taraf tandas awam di Taman Botanikal, Ayer Keroh

Posted: 16 Mar 2011 06:33 AM PDT

AYER KEROH - Tindakan pihak berkuasa membelanjakan RM199,800 untuk menaik taraf dua tandas awam di Taman Botanikal Melaka mengundang kritikan kerana dilihat sebagai pembaziran.

Ketika mempersoalkan kewajaran kos berkenaan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong berkata, jumlah yang dibayar amat tinggi berbanding kerja yang dijalankan terhadap kedua-dua tandas awam berkenaan.

Menurutnya, hasil rujukan dengan kontraktor mendapati, dengan hasil kerja kedua-dua tandas itu, ia dapat dilakukan dengan kos kira-kira RM120,000.

"Daripada apa yang saya perhatikan, kerja naik taraf yang dijalankan juga tidak begitu memuaskan. Sebagai contoh, sebahagian alang kayu yang digunakan untuk menyokong bumbung tandas juga didapati telah retak.

"Sehubungan itu, saya ingin meminta Ketua Menteri (Datuk Seri Mohd Ali Rustam) dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menjawab persoalan ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melakukan tinjauan di tandas awam terbabit berhampiran Perkampungan Buku di Taman Botanikal Melaka, di sini, semalam.

Poay Tiong berkata, kos RM199,800 untuk menaik taraf kedua-dua tandas berkenaan adalah jawapan yang diberi kerajaan terhadap soalan bertulisnya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, baru-baru ini.

Menurutnya, dalam jawapan berkenaan, beliau dimaklumkan, antara lain kos itu membabitkan kerja dalaman dan luar tandas, termasuk menukar pintu serta kelengkapan sanitari, menukar singki, memperbaiki sistem perpaipan dan kemasan dinding serta mengecat seluruh bangunan tandas berkenaan.

"Harga yang digunakan untuk menaik taraf dua tandas ini sudah cukup untuk membeli sebuah rumah dua tingkat yang biasanya berharga sekitar RM190,000.

"Pembaziran sebegini terlalu kerap berlaku dan ia dibuktikan dengan pendedahan yang pernah dibuat DAP sebelum ini," katanya.

Sinar Harian

Dupahang's Weblog

Posted: 16 Mar 2011 11:21 AM PDT

Dupahang's Weblog


Muktamar Bukan Pasar Borong

Posted: 15 Mar 2011 07:18 PM PDT

Surat Terbuka buat Semua : [Surat yang sama pernah saya layangkan menjelang muktamar sebelum ini. Saya layangkan sekali lagi buat renungan dan perhatian semua khasnya adik - adikku pemuda sekelian.] 1. Saya terlebih dahulu mengucapkan selamat bermuktamar atau mesyuarat agong kepada semua ahli PAS di seluruh negara yang kini sedang menghadapi musim muktamar di peringkat [...]

Chong Wei menang kerana Semangat dari Rosmah??

Posted: 15 Mar 2011 07:16 PM PDT

http://darisungaiderhaka.blogspot.com Jadi macam blog untuk Rosmah pulak Blog aku hari ni.. ahh.. tak pedulilah.. Juara All England Lee Chong Wei menelefon isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor yang telah menjanjikan pemain itu "hadiah istimewa" jika beliau menang dalam pertarungannya menentang Lin Dan kelmarin, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. “Pada malam itu, isteri saya telah memberi [...]

KUASA ALLAH MENGATASI KEPAKARAN JEPUN.

Posted: 15 Mar 2011 07:11 PM PDT

This aerial shot shows a pleasure boat sitting on top of a building amid a sea of debris in Otsuchi town in Iwate prefecture on March 14, 2011 following the March 11 tsunami. A nuclear power plant damaged by An explosion rocked an earthquake-hit nuclear plant Monday, as Japan struggled to avert a catastrophic reactor [...]

Batu Gajah Mari

Posted: 16 Mar 2011 11:11 AM PDT

Batu Gajah Mari


Ahmad Fedtri Yahya pengacara TV3 sertai PAS?

Posted: 16 Mar 2011 07:39 AM PDT



Pengacara TV3, Ahmad Fedtri Yahya kelihatan di Talkshow bersama Bob Lokman di Kota Damansara sebentar tadi. Syukur alhamdulillah, ramai selebriti yang dekat dengan perjuangan kita.. Allahuakhbar!!


Kepada para blogger, hentikan main isu pemilihan!!

Posted: 16 Mar 2011 04:22 AM PDT

http://abunuha.files.wordpress.com/2009/06/pemimpin.jpg?w=460&h=305

Aku tak berapa suka la isu pemilihan parti ni.. Ramai blogger-blogger 'kita' buat spekulasi tentang pemilihan terutama jawatan Timbalan Presiden PAS. Pemilihan lambat lagi, tetapi cerita ini sudah menjadi perbualan dan cerita hangat di beberapa blog. Malaysiakini yang memulakan cerita itu seterusnya di main-mainkan oleh blogger lain.

Kita perlu tahu konsep syura. Kita perlu tahu konsep jemaah.Isu- isu sebegini haruslah dibincang secara 'private'. Bukan dijadikan isu besar di dalam blog. Saya yakin isu ini akan dimain- mainkan oleh blogger-blogger UMNO. Ini akan menjadi modal mereka dan merugikan PAS. Jangan kerana nak tingkat hits blog anda, kita telah membuat benda yang merugikan PAS dan Pakatan Rakyat.

Harap blogger lebih prihatin dan memikirkan impak atas isu-isu yang dibuat. Tulislah berita yang memberi manfaat kepada parti, bukan menjatuhkan parti.

ini pandangan peribadiku.. wallahualam...

Pemuda Guchil

Posted: 16 Mar 2011 09:43 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 16 Mar 2011 09:37 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


Pengisian Rohani Pemuda Dun Sura

Posted: 15 Mar 2011 08:29 PM PDT

KULIAH MAGHRIB

HARI : SETIAP AHAD
TEMPAT : SURAU TUAN GURU HAJI ABDUL JALIL
KITAB : KITAB AS-SYAMAIL MUHAMMADIAH


tekan pada gambar untur besarkan

PAS Kawasan Gerik

Posted: 16 Mar 2011 09:29 AM PDT

PAS Kawasan Gerik


Ceramah Semasa

Posted: 16 Mar 2011 05:03 AM PDT

Tarikh: 17hb March 2011

Tempat: Markas PAS Kampung Malau Lawin Gerik

Masa: 9.00 Malam

Penceramah: Dato' Hj Mahfuz Omar

i n t a n h i j a u

Posted: 16 Mar 2011 07:53 AM PDT

i n t a n h i j a u


ADUN CHANGKAT JONG BERJUMPA ANAK MUDA DI PADANG

Posted: 16 Mar 2011 03:17 AM PDT


TELUK INTAN, 14 Mac - Atas inisiatif Pemuda PAS Kg. Bahagia, ADUN Changkat Jong telah dibawa bertemu anak-anak muda di sekitar kampung tersebut. Turut sama ialah bekas penyanyi kumpulan rock Melissa, Ustaz Radhi Abd. Hamid yang kebetulan akan berceramah pada sebelah malamnya di Bilik Gerakan Pemuda PAS Kg. Bahagia.
Konvoi bermotor Pemuda PAS Kg. Bahagia mengiringi kereta YB.

Ustaz Radhi beramah mesra dengan anak-anak muda.

YB Hj. Mohd. Anuar Sudin telah dibawa ke gelanggang sepak takraw di Taman Melor. Di situ, beliau dan Ustaz Radhi telah berpeluang bertemu dengan para pemuda yang sedang asyik bemain takraw. Kehadiran wakil rakyat serta rombongan begitu mengejutkan anak-anak mda namun mereka berasa berbesar hati apabila dikunjungi oleh wakil rakyat dan pimpinan Pemuda PAS.
YB Anuar menyampaikan sumbangan bola takraw.

Bergambar beramai-ramai.

Di sana, pihak YB Anuar dan Ustaz Radhi telah menyumbangkan dua biji bola takraw kepada anak-anak muda. 

Kemudian, rombongan ADUN Changkat Jong telah dibawa bertemu dengan anak-anak muda yang sedang bermain bola sepak di sebuah padang di Kg. Bahagia. Walaupun kehadiran YB Anuar tidak dimaklumkan awal, namun mereka menerima kehadiran YB Anuar dan Ustaz Radhi dengan senang hati.

Kesempatan tersebut telah diambil oleh YB Anuar untuk beramah mesra kepada anak-anak muda yang boleh dikatakan setiap petang bermain di padang tersebut. YB Anuar telah menyerahkan sebiji bola kepada wakil anak-anak tersebut sebagai tanda sokongan kepada aktiviti-aktiviti menyihatkan badan.
Anak-anak muda asyik bermain bola.

Bersalaman dengan YB Anuar.

Bergambar bersama YB Anuar dan Ustaz Radhi.

Bagi YB Anuar, aktiviti-aktiviti sihat sebegini perlu diberi sokongan agar anak-anak muda terhindar daripada melakukan aktivit-aktiviti yang kurang memberi faedah.
YB Anuar menyerahkan bola takraw.

Ustaz Radhi turut menyampaikan bola takraw kepada wakil anak muda.

Lokasi terakhir, YB Anuar dan Ustaz Radhi telah dibawa ke gelanggang takraw di Lorong 8B, Kg. Bahagia di mana kelihatan ramai anak-anak muda sedang bermain takraw. Di sana juga, YB Anuar telah menyerahkan dua biji bola takraw kepada wakil anak-anak muda tersebut.

intanhijau.blogspot.com

GURU PERLU UBAH LANSKAP POLITIK NEGARA - CIKGU MALA

Posted: 15 Mar 2011 09:37 PM PDT


PERMATANG PAUH, 16 Mac: Para guru termasuk pesara guru seluruh negara diminta melakukan perubahan drastik terhadap lanskap politik tanah air untuk menghindarkan daripada terus dihinggapi anasir pengkhianatan, kata bekas calon PAS pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, Normala Sudirman.

Perubahan itu jelasnya, amat penting kerana negara sekarang seolah-olah hilang kawalan penguasaan ekoran politik yang tidak menentu serta terlalu banyak campur tangan yang membawa kepada tiadanya kebebasan.

"Guru merupakan pendidik yang setia, maka buatlah perubahan ke arah yang lebih baik kerana landkap politik masa kini telah musnah kerana campur tangan pihak tertentu. 

"Apa salahnya kita yang dididik mewujudkan keharmonian anak bangsa menjadi lebih dihormati lakukan sedikit lonjakan pembaharuan pada pilihanraya umum ke 13 kelak," terangnya pada majlis pidato bersama Cikgu Mala di perkarangan Pusat Khidmat Dun Permatang Pasir. malam tadi.

Sebelum itu, beliau dijemput memberikan motivasi Menjana Kecemerlangan Pelajar Anak-Anak Ahli PAS di Dewan Haji Zabidi, Permatang Pauh dan sebelah petangnya menghadiri program Sepetang Bersama Cikgu Mala, bertempat di Balai Islam Berapit, Bukit Mertajam.

Pada rangka lawatan selama dua hari ke Pulau Pinang bermula semalam dan berakhir hari ini, beliau juga diajak bersama dalam program menjejaki pejuang muslimat anjuran Dewan Muslimat Permatang Pauh manakala sebelah malam nanti beliau sekali lagi berada di pentas pidato srikandi di Pusat Pendidikan Islam Padang Menora, Tasek Gelugor.

Beliau yakin jika guru yang pernah menjadi pelopor politik satu waktu dulu boleh bangun kembali mengatasi golongan politik yang acapkali menggunakan kesempatan peribadi, masalah negara dapat diatasi.

"Dulu rata-rata golongan guru mempelopori politik di mana sahaja tetapi sekarang seolah lenyap begitu sahaja. Kenapa jadi begitu sebab kewujudan golongan yang tidak amanah sering mencari peluang untuk membina kekayaan," tambahnya.

Katanya, guru perlu membuang semua kerisauan bilamana politik berubah tangan kepada Pakatan Rakyat kerana Pakatan Rakyat nyata berjaya melakukan yang terbaik untuk rakyat contohnya di empat negeri yang dikuasai.

Tambahnya, banyak lagi tuntutan guru masih dibekukan tetapi apabila menjelang pilihanraya kecil, ia dimainkan semula seakan-akan 'durian runtuh' padahal jika disiasat, masih terpahat janji lama.

"Bila ada pilihanraya kecil, pasti terpancul keluar dari mulut Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddn Yassin kononnya jika rakyat atau guru memberikan kemenangan pada BN, masalah mereka akan dselesaikan," katanya.

Turut sama berceramah pada program malam tadi ialah Ketua Dewan Muslimat Permatang Pauh, Puan Suraya Saat dan Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri, Aida Yusuf Rawa.(harakahdaily)

MALAYSIA TIDAK SEPERTI TIMUR TENGAH - ISTERI ROSMAH

Posted: 15 Mar 2011 04:56 PM PDT


TANJUNG KARANG: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata suasana politik di Malaysia tidak mungkin bergolak seperti di Timur Tengah dan Utara Afrika kerana kerajaan tidak mengamalkan pemerintahan kuku besi malah sentiasa peka terhadap kehendak semasa rakyat.
Di Mesir?
Tunisia?

Perdana Menteri berkata, jika rakyat tidak berpuas hati dengan pemerintahan Barisan Nasional (BN), tidak mungkin BN menang pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Merlimau dan DUN Pahang kawasan Kerdau pada 6 Mac lepas dengan jumlah majoriti undi yang meningkat.
Libya?
Tidak kejam?
Di Malaysia tiada demonstrasi ?

"Kalau rakyat tidak berpuas hati, majoriti kita tidak akan bertambah dalam pilihan raya kecil itu," katanya semasa berucap pada majlis perasmian projek Nadi Kasih peringkat kebangsaan di Kampung Sungai Gulang-Gulang di sini hari ini.

"Sebagai kerajaan kita sedar tahap ukuran (rakyat) bukan semudah dahulu. Politik pembangunan bukan segala-galanya," kata Najib lagi.(mstaronline)

DUN BUKIT PAYONG

Posted: 16 Mar 2011 03:50 AM PDT

DUN BUKIT PAYONG


Majlis Fatwa Negeri Terengganu (MFNT) Kurang Kepakaran Dalam Memutuskan Hukum

Posted: 15 Mar 2011 06:44 AM PDT

15 Mac - Kegagalan Majlis Fatwa Negeri Terengganu untuk memutuskan hukum mengadakan pameran mistik di Dataran Syah Bandar yang bakal diadakan pada bulan depan menunjukkan tahap keilmuan syariah yang semakin mundur di negeri Darul Iman, di mana pakar-pakar hukum syara' Majlis Fatwa Negeri terpaksa bergantung sepenuhnya kepada keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dalam penentuan hukum syara' bagi perkara tersebut.

Adalah sangat malang bagi Negeri Terengganu Darul Iman yang terkenal sebagai serambi Madinah dengan tokoh-tokoh ilmuan Islam seperti Syeikh Abdul Malek (Tokku Pulau Manis), Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong, Tuan Guru Tok Ku Paloh, Syeikh Duyung dan Tuan Guru Haji Abbas, sudah tidak mampu meneruskan kegemilangan tradisi keilmuan Islam di negeri yang pernah diperintah oleh Sultan Zainal Abidin III yang terkenal dengan perlaksanaan hukum-hukum Islam.

Apa yang mengecewakan ialah hukum yang gagal diputuskan itu bukanlah mengenai perkara yang melibatkan teknologi perubatan, teknologi pemakanan atau akad-akad perniagaan semasa yang kompleks tetapi lebih kepada fatwa untuk mendidik masyarakat daripada mempercayai perkara tahyul dan membuat penjelasan yang perkara-perkara ghaib yang sepatutnya diimani secara tulus tanpa dicampur adukkan dengan unsur khurafat. 

Mungkin ada masanya kecenderungan politik tokoh-tokoh tertentu seperti Presiden PAS, Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu dan Ketua Dewan Ulama' PAS Negeri Terengganu patut diketepikan oleh Majlis Fatwa Negeri, bagi meningkatkan kepakaran syariah yang dimiliki oleh badan  itu dalam perkara-perkara tertentu.



Malaysiakini melaporkan.Klik.


Majlis Fatwa Negeri Terengganu (MFNT) masih belum dapat memberi kata putus mengenai cadangan sebuah syarikat mengadakan pameran mistik di Dataran Shahbandar di Kuala Terangganu pada bulan depan.

Ahli Jawatankuasa MFNT Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, pihaknya telah mengadakan satu mesyuarat jawatankuasa fatwa yang dipengerusikan oleh Mufti Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Dr Alias Abdullah petang semalam.

"Saya maklumkan keputusan mesyuarat itu, jawatankuasa MFNT tidak membuat keputusan yang muktamad dan perkara itu (pameran) kita bawa kepada Majlis Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan untuk memutuskannya," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah Ujian Hafazan Al-Quran peringkat negeri Terengganu di Kuala Terengganu malam tadi yang disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri Muhamad Ramli Nuh.

Pada ujian itu seramai 18 peserta telah bertanding dalam tiga kategori hafazan Al-Quran iaitu satu juzuk hingga 10 juzuk, satu juzuk hingga 20 juzuk dan satu juzuk hingga 30 juzud untuk memilih peserta dari Terengganu ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada bulan depan.

Shaikh Harun yang juga Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) berkata, pameran mistik itu merupakan satu perkara baru di mana didapati ada imbasan berkaitan dengan larangan yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum ini.

"Majlis Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sebelum ini tidak membenarkan pameran berhubung dengan perkara-perkara mistik seperti keranda, jin, syaitan dan perkara-perkara lain oleh syarikat berkenaan," katanya.

Beliau berkata, pameran seumpama itu merupakan pertama kali diadakan di Semenanjung Malaysia di mana sebelum ini pernah diadakan di negara Brunei Darussalam.

"Jadi kita kembalikan perkara ini kepada majlis Fatwa Kebangsaan dan memang wajar serta relevan sekali pihak kebangsaanlah yang akan mengeluarkan kata putus mengenai pameran itu," katanya.

Shaikh Harun berkata, Dr Alias selaku Mufti kerajaan Terengganu akan membawa perkara ini ke persidangan mufti-mufti seluruh Malaysia tidak lama lagi.

Katanya, Dr Alias akan berbincang terlebih dahulu dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selaku urusetia dan diharap persidangan itu diadakan secepat mungkin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan