CINA ISLAM (林川興) Posted: 13 Mar 2011 01:26 AM PST Tsunami@Jepun : Ancaman baru, sistem pendinginan reaktor ke-2 gagal Posted: 12 Mar 2011 10:23 PM PST 07 Rabiulakhir 1432H (Mod).
Beribu-ribu orang meninggalkan kawasan loji nuklear Jepun yang dilanda gempa bumi kelmarin, selepas berlaku kebocoran dan pihak berkuasa berdepan dengan ancaman baru hari ini ekoran kegagalan sistem pendinginan dalam reaktor kedua.
Ketika para pekerja menyimbahkan reaktor terbabit dengan air laut untuk mengelakkan berlaku malapetaka, sebuah lagi reaktor di loji tersebut berdepan dengan masalah.
Operator loji Tepco berkata, pihaknya sedang bersedia untuk melepaskan stim bagi melegakan tekanan dalam reaktor No 3 di loji yang terletak 240km di utara Tokyo itu - yang akan mengeluarkan jumlah kecil radiasi - ekoran letupan dan kebocoran semalam dari reaktor No. 1.
Pada 11 pagi (10 pagi waktu Malaysia) syarikat berkenaan telah memaklumkan kepada kerajaan bahawa tahap radiasi telah mengatasi had selamat di di kawasan tersebut dan menyifatkannya sebagai "keadaan kecemasan". Tepco bagaimanapun berkata ini tidak bermakna satu ancaman kepada kesihatan manusia.
Pasukan bertungkus lumus untuk menghalang cecair pendingin daripada meruap dan mendedahkan rod bahan api kepada udara, yang boleh mencetuskan kebocoran besar radiasi. Sistem pendingin gagal selepas generator penyokong elektrik rosak dilanda tsunami. | 13 maut bas pelancong terbalik di New York Posted: 12 Mar 2011 10:19 PM PST 07 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
NEW YORK 13 Mac – Seramai 13 orang terbunuh dalam satu kemalangan melibatkan bas pelancong di bandar raya New York, semalam.
Jurucakap Perkhidmatan Bomba New York berkata, bas itu terbalik di New England Thruway, Bronx, berhampiran Westchester County pada kira-kira pukul 5.30 pagi (6.30 petang waktu Malaysia), semalam.
Menurutnya, bas itu membawa antara 31 hingga 33 penumpang dan enam penumpang yang cedera berada dalam keadaan kritikal. | All England: Kien Keat-Boon Heong mara ke akhir Posted: 12 Mar 2011 10:16 PM PST 07 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR 13 Mac - Beregu utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong berada pada kedudukan terbaik untuk merampas kembali kejuaraan All England yang dimenangi pada 2007, apabila melangkah ke perlawanan akhir pagi ini selepas menundukkan juara dunia, Fu Haifeng-Cai Yun dari China di separuh akhir.
Pasangan No. 5 dunia dipaksa berhempas pulas sebelum menang 21-11, 23-21 untuk menempah pertemuan akhir dengan beregu No. 1 dunia, Mathias Boe-Carsten Mogensen dari Denmark dalam penentuan gelaran esok. | MCA tangguh pemilihan parti bagi hadapi PRU-13 Posted: 12 Mar 2011 09:59 PM PST 07 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR 13 Mac – MCA hari ini meluluskan usul untuk menangguhkan pemilihan parti bagi membolehkannya memberi tumpuan kepada persediaaan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Keputusan itu dibuat pada mesyuarat agung luar biasa parti di Wisma MCA, di sini hari ini. | Tsunami@Jepun - Honshu terus digegarkan pagi tadi. Posted: 12 Mar 2011 08:59 PM PST 8 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR 13 Mac - Gempa bumi dengan kekuatan 6.8 pada skala Richter melanda pantai timur Honshu di Jepun pada 9.26 pagi ini, menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia.
Menurut kenyataan itu, gegaran berpusat di 181km dari timur laut Tokyo dan 4,092km dari timur laut Kudat, Sabah.
Gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.
Sebelum itu, kawasan terbabit juga dilanda gegaran 6.2 pada skala Rihcter pada pukul 6.12 pagi ini.
Gempa bumi itu berlaku selepas gempa bumi kuat pada magnitud 8.9 pada tengah hari Jumaat lepas yang menyebabkan tsunami setinggi 10 meter melanda kawasan timur laut Jepun, mengakibatkan kira-kira 1,300 orang terbunuh dalam bencana itu. - Bernama | Tsunami@Jepun - Angka korban mungkin mencecah puluhan ribu Posted: 12 Mar 2011 08:45 PM PST 8 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - Tokyo - Angka tidak rasmi setakat ini seramai 10,000 orang masih hilang di kota pelabuhan Minamisanriku di kawasan yang diguncang gempa di Miyagi, Jepun demikian laporan dari stesyen NHK, Sabtu.
Jumlah tersebut adalah lebih separuh dari keseluruhan 17,000 warga di kota kecil di pantai Pasifik tersebut, kata NHK.
Pemerintah tempatan berusaha mencari mereka dengan bantuan Pasukan Sukarela Jepun, kata media elektronik itu.
Seramai 7,500 orang dari pelabuhan itu telah dipindahkan ke 25 tempat perlindungan. Namun mereka belum menemui lagi 10,000 ribu orang Angka kematian rasmi keseluruhan bencana tersebut setakat ini kekal melebihi 574 orang dengan 1,115 lagi masih hilang manakala 1,128 yang lain cedera.
Berikut adalah perkembangan utama setelah gempa 8.9 pada skala Richter mengguncang timur-laut Jepun pada Jumaat yang mengakibatkan Tsunami.
* Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan semalam mengarahkan operasi menyelamat besar-besaran melibatkan lebih 50,000 anggota tentera selepas gempa bumi kuat dan ombak besar tsunami mengorbankan lebih 1,000 orang di timur laut Jepun.
*Beliau memberitahu, sekitar 200 pesawat tentera dan 25 buah kapal akan dihantar ke timur laut Jepun, bahagian yang paling teruk terjejas dalam malapetaka itu.
*Sebuah akhbar di sini melaporkan bangunan Stesen Tenaga Nuklear Fukushima Daiichi 1 milik Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO) meletup semalam.
*Keadaan mencemaskan itu memaksa kerajaan Jepun memindahkan 140,000 penduduk berdekatan dua reaktor tenaga nuklear ke tempat lain yang lebih selamat. Demikian laporan dari Badan Pengawas Tenaga Atom PBB.
*Akibat letupan yang menerbangkan atap bangunan itu menimbulkan kebimbangan mengenai kebocoran radiasi di Stesyen Tenaga Nuklear di sebelah utara ibukota Jepun itu.
* Sekurang-kurangnya tiga warga Jepun terkena radiasi . Tiga orang itu yang dipilih secara rambang untuk diperiksa dari sekitar 90 pesakit yang pernah dirawat di rumah sakit di kota Futaba-machi, kata NHK (Nippon Housou Kyoukai)
* Terbaru ; Menurut laporan Kyodo pada Ahad, 15 orang berdekatan pusat tenaga nuklear Fukushima terkena radio aktif. Namun, seorang dari pejabat lembaga keselamatan nuklear Jepun sebelumnya mengatakan jumlah orang yang terkena pancaran radiasi akibat peristiwa itu boleh mencapai 70 hingga 160 orang. - Agensi | Bencana Tsunami - Allah pelihara masjid Posted: 12 Mar 2011 07:45 PM PST 8 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - MALAPETAKA paling tragis di alaf ini yang melanda Aceh Nanggroe Darus Salam pada tahun 2004, meninggalkan apa yang dinamakan kampung-kampung (dieja gampoeng dalam bahasa Aceh) tsunami dan termasuk juga masjid-masjid tsunami.
Kampung-kampung yang menjadi laluan tsunami itu hampir kesemuanya musnah sambil menelan korban yang tidak terhitung jumlahnya.
Di sebalik kemusnahan yang dahsyat akibat tsunami itu ada juga yang tegak dan kukuh berdiri terutama beberapa institusi masjid di Aceh.
Masyarakat menjadi pelik dan hairan apabila masjid-masjid berkenaan, kekal utuh walaupun beribu-ribu tan kubik air merempuh dan mengamuk dengan kelajuan hampir 300 kilometer sejam dengan ketinggian sehingga 30 meter terutama yang berhampiran dengan laut.
Masjid-masjid tsunami, seperti Masjid Raya Baitur Rahman di tengah-tengah Kutaraja (nama lama Banda Aceh) dan Masjid Raya Baitur Rahim di Pantai Ulee Lheuu, di Daerah Meuraxa, sempat penulis kunjungi.
Namun Masjid Rahmatullah di Lampuuk, di daerah Aceh Besar berdekatan dengan pusat peranginan pantai yang terkenal, Pantai Lhoknga adalah paling meninggalkan kesan di hati.
Ia satu-satunya masjid yang masih mengekalkan dan menyimpan kesan-kesan tsunami sebagai iktibar, ingatan dan pengajaran kepada seluruh umat manusia.
Sebaik melangkah masuk di penjuru kiri masjid tersebut jelas kelihatan bukti berlakunya rempuhan tsunami.
Rempuhan itu menyebabkan penduduk Lampuuk kini hanya tinggal 700 berbanding hampir 6,300 sebelum ditelan tsunami.
Kesan-kesan tsunami itu dikepung dan dipagar, sengaja ditinggalkan dan tidak akan dipulihkan sehingga bila-bila.
Tiang-tiang masjid yang diperbuat daripada konkrit ada yang patah, tumbang dan bergelimpangan di atas lantai. Jubin lantai masjid tercabut dan pecah akibat rempuhan tsunami itu.
Dipamerkan juga gambar-gambar suasana seperti padang jarak padang tekukur iaitu keadaan Lampuuk seusai tsunami. Semua ini menyebabkan hati jadi sebak!
Masjid Rahmatullah kini masih dalam proses pemulihan melalui pembiayaan besar dari pihak luar, terutama dari Turki.
Ini kerana Lampuuk dianggap sebagai 'anak angkat' kepada Turki berikutan dalam aspek sejarah telah ada penempatan bangsa Turki di daerah itu sejak dahulu.
Lampuuk tidak lagi berwajah duka. Perkampungan baru telah dibina yang menyajikan suasana cukup berbeza pada hari ini bagi menggantikan perkampungan yang disapu bersih oleh tsunami.
Kesempatan menziarahi Masjid Raya Baitur Rahim di Pantai Ulee Lheeu, juga membangkitkan keinsafan kepada setiap pengunjung.
Bagaikan satu keajaiban dan kuasa Allah, masjid ini tetap berdiri kukuh dan tidak musnah dihempas gelombang tsunami. Sedangkan kedudukannya hanya beberapa meter sahaja dari pantai.
Sedangkan perkampungan di sekitar masjid ini bersih disapu tsunami. Namun, Masjid Raya Baitur Rahim bukan sahaja utuh berdiri tetapi turut menjadi 'pelampung' penyelamat kepada mangsa ketika ombak tsunami ganas menerjah.
Ada yang berlindung di bahagian kubah masjid, akibat dilambung ombak ke bahagian itu.
Sehingga kini tiada siapa dapat menjawab bagaimana Masjid Raya Baitur Rahman di Banda Acheh, Masjid Lampuuk, Masjid Raya Baitur Rahim dan beberapa lagi masjid di lokasi-lokasi tsunami di Aceh mampu bertahan daripada pukulan ombak tsunami.
Adakah disebabkan struktur binaan bangunan semata-mata yang kukuh dan mantap atau mukjizat Allah?
Allah Maha Mengetahui. Namun ombak tsunami seolah-olah meninggalkan pesanan, 'pulanglah' ke masjid untuk kembali kepada Allah jika mahu selamat dalam hidup! | Jumpa Nik Aziz jika tidak puas hati isu loteri Posted: 12 Mar 2011 07:30 PM PST 8 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - KUALA TERENGGANU – Pemimpin bukan Islam yang tidak berpuas hati berhubung larangan penjualan loteri di Kelantan perlu mengadakan perbincangan dan perundingan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu, Abu Bakar Abdullah berkata, pertemuan itu penting sebagai usaha untuk meleraikan segala persoalan dan ketidakpuasan hati. "Ia perlu kepada perbincangan dan perlu dijelaskan apakah tindakan itu memberi keuntungan kepada rakyat dan biar mereka faham kedudukan sebenar berhubung perkara itu," katanya ketika dihubungi, semalam. Abu Bakar bersetuju dengan tindakan Kerajaan Negeri Kelantan itu menjelaskan bahawa zoteri adalah satu bentuk perjudian yang secara jelas diharamkan agama. Beliau berkata, orang bukan Islam di negeri ini memberi maklum balas yang baik berhubung perkara itu ketika Terengganu diperintah oleh Pas pada 1999 hingga 2004. "Masa itu kita tidak perbaharui premis judi dan melalui orang bukan Islam, kita mendapat pandangan mereka bahawa mereka juga tidak setuju dengan judi dan ia bukan budaya mereka,," katanya. Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas dilaporkan bersedia bertemu Pengerusi DAP, Karpal Singh bagi berbincang dan menjelaskan isu larangan menjual loteri di Kelantan. Pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan sebelum ini, Datuk Takiyuddin Hassan (Pas-Bunut Payung) dilaporkan berkata, Kerajaan Negeri mengharamkan segala bentuk perjudian, manakala aktiviti penjualan arak dikawal dan lesen untuk premis dan aktiviti perjudian tidak dikeluarkan di negeri itu.- SH | Tsunami@Jepun - Pantai batu Burok lengang tanpa pengunjung Posted: 12 Mar 2011 07:15 PM PST 8 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - KUALA TERENGGANU – Orang ramai dan pengunjung di Pantai Batu Burok dekat sini dinasihati tidak berada di kawasan pantai sebagai langkah berjaga-jaga terhadap sebarang kemungkinan ekoran kejadian tsunami di Jepun, semalam. Pegawai Penguatkuasa Polis Trafik Kuala Terengganu, Mohd Nizam Hanafiah berkata, pihak polis menerima arahan daripada bilik gerakan bencana di Bukit Aman bagi membuat kawalan di sepanjang kawasan pantai sehingga keadaan terkawal. "Kami akan mengadakan kawalan dari masa ke masa bagi memastikan keselamatan pengunjung di sini memandangkan lokasi ini menjadi tumpuan orang ramai terutamanya pada hujung minggu," katanya ketika di temui di lokasi, semalam. Sementara itu , Pengarah Jabatan Meteorologi Terengganu, Azemi Daud berkata, keadaan di sini masih lagi terkawal dan sehingga kini pihaknya masih tidak menerima sebarang arahan amaran kecuali bagi penduduk di kawasan Labuan dan Sabah. Dalam pada itu, tinjauan Sinar Harian ke pantai Batu Burok yang dilakukan beberapa minit selepas arahan dikeluarkan mendapati keadaan di sepanjang pantai itu lenggang dan pengunjung mula beredar dari kawasan itu seperti mana yang diarahkan oleh pihak berkuasa. - SH | Peminjam along belanja RM2j guna kad kredit palsu Posted: 12 Mar 2011 07:00 PM PST Tiga warga Malaysia ditahan di UAE
8 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Bukan hanya diugut dan dipukul, kumpulan ceti haram atau along kini bertindak lebih kejam dengan memaksa peminjam melakukan pelbagai jenayah hingga ke luar negara jika gagal melangsaikan hutang mengikut tempoh ditetapkan dengan sasaran utama adalah peminjam di kalangan kaki judi. Difahamkan, taktik jahat itu terbongkar berikutan penahanan tiga warga Malaysia di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Ahad minggu lalu selepas didapati memiliki dan menggunakan 61 kad kredit palsu bagi membeli pelbagai barangan mewah di Abu Dhabi.
Antara yang dilanggan mereka ialah jam tangan berjenama, set barang kemas eksklusif, tiket penerbangan dan tempahan hotel yang semuanya bernilai hampir RM2 juta.
Sumber memberitahu Berita Minggu, ketiga-tiga suspek mengaku terbabit dalam kegiatan itu selepas dipaksa pihak ketiga di Malaysia, dipercayai along bertujuan mendapatkan sumber kewangan untuk menjelaskan hutang mereka dengan menjual semula barangan mewah berkenaan.
Katanya, dua suspek berusia 29 dan 39 tahun itu ditahan di sebuah hotel di Abu Dhabi selepas Seksyen Jenayah Terancang (OCS) Jabatan Polis UAE menerima maklumat mengenai aktiviti beli-belah luar biasa mereka, termasuk perbelanjaan lebih RM100,000 dalam tempoh beberapa jam sebaik tiba di situ.
"Ia kemudian membawa kepada penemuan 37 kad kredit palsu yang didakwa mereka diperoleh daripada satu sindiket antarabangsa. "Pemeriksaan ke atas invois juga mendapati mereka guna kad kredit palsu membeli telefon bimbit mahal, jam tangan dan barang kemas selain menempah hotel dan tiket penerbangan.
"Tujuan membeli pelbagai barangan mewah di sana adalah untuk dibawa pulang dan wang hasil jualan akan diserahkan kepada pihak ketiga di Malaysia, dipercayai kumpulan along. Seorang lagi suspek 25 tahun ditahan di sebuah butik barang kemas di Abu Dhabi.
"Ia berikutan peniaga terbabit mengesyaki sesuatu apabila suspek gelisah selepas kad kreditnya tidak boleh digunakan untuk membeli jam tangan mewah walaupun banyak kali dicuba. Beliau kemudian menghubungi pihak berkuasa yang kemudian menemui 24 kad kredit palsu bersamanya," katanya.
Beliau berkata, suspek mendakwa dipaksa melakukan jenayah itu untuk membayar hutang judinya di Malaysia dan memaklumkan mahu pulang ke tanah air secepat mungkin selepas berjaya membeli jam tangan berkenaan.
Katanya, penggunaan kad kredit palsu oleh warga Malaysia di UAE semakin meningkat kebelakangan ini dengan sebahagian besar yang ditahan mendakwa diperalatkan sindiket terancang, termasuk kumpulan ceti haram atau along.
"Kebanyakan warga kita yang ditahan mendakwa berhutang banyak dengan along lalu dipaksa melakukan jenayah untuk mendapatkan wang bagi menyelesaikan hutang mereka. Difahamkan, mereka enggan bersekongkol tetapi terpaksa melakukannya kerana bimbang dengan ancaman along terbabit," katanya. - Agensi
| Tsunami@Jepun - Satu lagi loji nuklear Jepun bermasalah Posted: 12 Mar 2011 06:45 PM PST 8 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - TERKINI TOKYO: Satu lagi loji reaktor nuklear dikesan bermasalah apabila sistem penyejuknya tidak berfungsi dan berisiko untuk meletup ekoran gempa bumi kuat melanda, dua hari lalu.
"Semua fungsi untuk menyejukkan paras air di Reaktor No 3 gagal di Loji Fukushima No 1," kata jurucakap pengendali loji berkenaan, Tokyo Electric Power (Tepco), hari ini. "Setakat jam 5.30 pagi (waktu tempatan), sistem penyejukan air terhenti dan tekanan dalaman dikesan terus meningkat," katanya.
Beliau berkata, kegagalan logi nuklear itu untuk berfungsi sudah dilaporkan kepada kerajaan untuk tindakan seterusnya. - AFP | Tsunami@Jepun : PM Jepun dikecam kerana bertindak perlahan Posted: 12 Mar 2011 06:30 PM PST 8 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan hari ini berdepan kecaman media berikutan tindakan kerajaan yang perlahan bagi menangani masalah kebocoran loji nuklear berikutan kejadian gempa bumi kuat, dua hari lalu.
"Tindakan kerajaan menyampaikan maklumat menimbulkan persoalan," kata akhbar Yomiuri Shimbun dalam ruangan pengarangnya. Ini berikutan berlaku letupan pada bumbung dan dinding di loji reaktor nuklear Fukushima No 1 yang terletak kira-kira 250 kilometer di utara Tokyo selepas gempa paling kuat melanda serta membawa tsunami, Jumaat lalu.
Kebocoran radiasi dilaporkan berlaku di loji berkenaan tetapi kerajaan cuba mengurangkan ketakutan di kalangan penduduk dengan berkata letupan itu tidak memberi kesan radioaktif.
Namun, menurut akhbar itu, kerajaan mengambil masa lima jam untuk menafikan berlaku kebocoran nuklear di loji berkenaan selepas letupan berlaku dengan mendakwa reaksi yang perlahan itu mencetuskan kekeliruan di kalangan penduduk setempat.
"Adakah ia sudah terlambat," kata Yomiuri.
Akhbar harian Asahi Shimbun juga mengutuk tindakan lembab kerajaan apabila menangguhkan operasi mengeluarkan penduduk dari kawasan loji nuklear yang meletup itu. Akhbar itu memberi tajuk berita: "Pengurusan krisis lintang pukang. Arahan menyelamat tidak tetap."
Akhbar Mainichi Shimbun juga mengkritik Tokyo Electric Power (Tepco), pengendali reaktor nuklear berkenaan apabila sistem pengurusan krisisnya tidak berkesan apabila berdepan nahas.
Akhbar itu memberi tajuk: "Ini adalah di luar daripada bayangan fikiran kita." - AFP
| Lulusan diploma ditawar Sarjan Posted: 12 Mar 2011 06:15 PM PST 8 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - KUALA TERENGGANU 12 Mac - Golongan siswazah yang mempunyai sekurang-kurangnya diploma berpeluang untuk menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan pangkat Sarjan tidak lama lagi.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, skim ditawarkan tersebut merupakan satu usaha dalam menarik minat golongan itu menyertai PDRM.
Katanya, mereka juga berpeluang menikmati skim kenaikan pangkat dalam tempoh lima tahun berbanding 10 hingga 15 tahun sebelum ini.
"Kita berharap melalui skim baru itu, dapat menarik minat golongan muda menyertai polis," katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan pemakaian pangkat Pegawai Kehormat Kor Sukarelawan Polis Siswa dan Siswi (Kor Suksis) di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Polis Negeri, Datuk Jamshah Mustapa dan Naib Canselor UMT, Prof. Dr. Aziz Deraman.
Pada majlis tersebut lima kakitangan UMT telah menerima pangkat masing-masing iaitu Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Yahaya Ibrahim; Pendaftar UMT, Zakarian Ibrahim; Ketua Pusat Sukan UMT, Rafee Jusoh; Ketua Pusat Ko-Kurikulum UMT, Awang Koding Che Tom dan Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Siti Zainab Mat Zin.
Penubuhan Kor Suksis UMT yang secara rasmi ditubuhkan pada 24 Julai 2006 telah mempunyai keanggotaan 282 pelajar dan daripada jumlah tersebut seramai 70 orang telah ditauliahkan.
Dalam pada itu, Ismail berkata, skim tersebut yang merupakan salah satu penambahbaikan bidang kepolisan, selaras dengan hasrat PDRM untuk menambah keanggotaan pasukan berkenaan kepada seramai 150,000 orang menjelang 2015.
Katanya, dalam usaha itu, beliau mahu tenaga muda dan berkelayakan untuk meningkatkan kepakaran dalam bidang siasatan.
Tambah beliau, PDRM turut mengambil kira penambahan bilangan rakyat di negara ini serta cabaran yang semakin tinggi.
"Kita memerlukan para pegawai yang bertenaga serta berpengetahuan tinggi dalam penyiasatan agar kualiti sesuatu kes disiasat, lebih baik," katanya. - sumber Bernama | PAS tunjukkan Kesederhanaan Islam - Chua Jui Meng Posted: 12 Mar 2011 06:00 PM PST 8 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - Umno menggambarkan Islam yang dibawa oleh PAS sebagai ekstrim dan menakutkan, kata Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Datuk Chua Jui Meng.
Menurut Chua, pengalamannya sebelum ini bersama Umno, beliau tidak pernah diberi kefahaman yang mudah mengenai Islam malah melalui Umno masyarakat bukan Islam hanya memahami Islam itu dengan potong tangan dan bersunat.
"Kami tidak didedahkan dengan perkara sebenar. Malah terdapat juga dakwaan yang mengatakan jika PAS (sebagai parti Islam) memerintah nanti banyak perkara yang lebih dahsyat akan berlaku," katanya ketika menyampaikan pidato di Dewan Millenium, Kepala Batas semalam.
Bagaimanapiun kata Chua, setelah bergaul dengan PAS beliau mendapati Islam itu merupakan agama yang sederhana melalui pendekatan yang dibawa oleh PAS.
"Umnolah sebenarnya yang membawa Islam ekstrim yang menakutkan kami. PAS yang saya didampingi telah mengajar perkara sebenar kepada kami.
"Akhirnya saya sendiri memahami apa sebenarnya kesederhanaan dalam Islam. Malah anak-anak lelaki saya juga disunatkan kerana faham akan kebaikan yang ada pada amalan bersunat sepertimana yang diamalkan oleh masyarakat Islam," katanya.
Kata Chua, Islam yang dikenali melalui PAS bukanlah satu agama yang ekstrim seperti digambarkan selama ini sebaliknya satu agama yang turut mengutamakan kebajikan kepada orang-orang bukan Islam.
Chua yang juga merupakan Naib Presiden PKR turut menyifatkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai contoh pemimpin Islam yang sederhana.
Sehubungan itu beliau mengingatkan masyarakat bukan supaya tidak terperangkap dengan dakyah sempit yang mendakwa PAS itu pelampau dan mengamalkan politik sempit. -HD | Tsunami@Jepun - Padang jarak Padang terkukur Posted: 12 Mar 2011 05:45 PM PST 8 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - Segalanya dari Allah s.w.t... betapa kuat dan gagahnya kita, Allah lebih lagi kuat dan gagahnya... betapa moden dan canggih teknologi kita... Allah lebih lebih lagi moden dan canggih dari segala yang ada didepan mata kita. Kita dan segala isi dunia adalah ciptaanNya. A picture taken from the Japan Ground Self-Defense Force helicopter shows the central part of the town of Minamisanriku, Miyagi Prefecture — Reuters pic FUKUSHIMA, Japan, March 13 — Japan battled twin disasters today, trying to contain a radiation leak at a crippled nuclear plant while rescue teams searched desperately for survivors from a massive earthquake and tsunami. Thousands huddled over heaters in emergency shelters through another freezing night along the northeastern coast, a scene of devastation after the 8.9 magnitude earthquake sent a 10-metre tsunami surging through towns and cities. Kyodo news agency said the number of dead or unaccounted for as a result of the quake and tsunami was expected to exceed 1,800. It also reported there had been no contact with around 10,000 people in one small town, more than half its population. An explosion severely damaged the main building of the nuclear plant yesterday in the wake of the earthquake, and authorities said radiation had leaked from the facility, 240 km north of Tokyo. The government insisted radiation levels were low, saying the blast had not affected the reactor core container, and the International Atomic Energy Agency said it had been told by Japan that levels "have been observed to lessen in recent hours". Still, 140,000 people had been evacuated from areas near the plant and another nuclear facility nearby while authorities prepared to distribute iodine to people in the vicinity to protect them from radioactive exposure. Workers pumped seawater into the reactor to cool it. "There is radiation leaking out, and since the possibility (of being exposed) is high, it's quite scary," said Masanori Ono, 17, standing in line yesterday to be scanned for radiation at an evacuation centre in Fukushima prefecture. And a new threat emerged, as Japan's nuclear power safety agency said another reactor at the stricken plant had lost its cooling system and urgently needed water. The number of people exposed to radiation from the plant could reach 160, it said. The agency had earlier said the nuclear accident was less serious than both the Three Mile Island accident in 1979 and the 1986 Chernobyl nuclear disaster. An official at the agency said it has rated the incident at Tokyo Electric Power Co's (TEPCO) nuclear plant a 4 according to the International Nuclear and Radiological Event Scale (INES). Three Mile Island was rated 5 while Chernobyl was rated 7 on the 1 to 7 scale, the official said. Along the northeast coast, rescue workers searched through the rubble of destroyed buildings, cars and boats, looking for survivors in hardest-hit areas such as the city of Sendai, 300 km northeast of Tokyo. Aerial footage showed buildings, trains and even light aircraft strewn like children's toys after powerful walls of seawater swamped areas around Sendai. In Iwanuma, not far from Sendai, nurses and doctors were rescued on Saturday after spelling S.O.S. on the rooftop of a partially submerged hospital, one of many desperate scenes. In cities and towns, worried relatives checked information boards on survivors at evacuation centres. Dazed residents hoarded water and huddled in makeshift shelters in near-freezing temperatures. "All the shops are closed, this is one of the few still open. I came to buy and stock up on diapers, drinking water and food," Kunio Iwatsuki, 68, told Reuters in Mito city, where residents queued outside a damaged supermarket for supplies. Japan's Kyodo news agency said about 300,000 people were evacuated nationwide, many seeking refuge in shelters, wrapped in blankets, some clutching each other sobbing. It said 5.5 million people were without power, while 3,400 buildings had either been destroyed or damaged. Four trains were unaccounted for after the tsunami. In Tokyo, the usually bustling central districts were deserted last night, and the few in bars and restaurants were glued to television coverage of the disaster. "Even in the bar we kept staring at the news," said Kasumi, a 26-year-old woman meeting a friend for a drink in the central district of Akasaka. "I looked at the tsunami swallowing houses and it seemed like a film." The blast at the nuclear plant raised fears of a meltdown at the power facility. But experts said Japan should not expect a repeat of Chernobyl. They said pictures of mist above the plant suggested only small amounts of radiation had been expelled as part of measures to ensure its stability, far from the radioactive clouds Chernobyl spewed out 25 years ago. The wind at the disabled plant was blowing from the south, which could affect residents north of the facility, Japan's national weather forecaster said, adding the direction may shift later so that it blows from the north-west towards the sea. Plant operator TEPCO has had a rocky past in an industry plagued by scandal. In 2002, the president of the country's largest power utility was forced to resign along with four other senior executives, taking responsibility for suspected falsification of nuclear plant safety records. Many Japanese flooded social networking sites with worries about the plant. "I can't trust TEPCO," said a person with the handlename Tanuki Atsushi on mixi, the Japanese social networking site. The earthquake and tsunami, and now the radiation leak, present Japan's government with its biggest challenge in a generation. The disaster struck as the world's third-largest economy had been showing signs of reviving from an economic contraction in the final quarter of last year. It raised the prospect of major disruptions for many key businesses and a massive repair bill running into tens of billions of dollars. Foreign countries have started to send disaster relief teams to help Japan, with the United Nations sending a group to help coordinate work. The earthquake was the fifth most powerful to hit the world in the past century. It surpassed the Great Kant quake of Sept. 1, 1923, which had a magnitude of 7.9 and killed more than 140,000 people in the Tokyo area. — Reuters | Tsunami@Jepun - Kesan mula dilihat dipantai timur Malaysia Posted: 12 Mar 2011 05:30 PM PST 8 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - KUALA TERENGGANU - Air laut telah melimpah sehingga membanjiri jalan di pantai Batu Burok disini semalam selepas beberapa jam berlaku bencana Tsunami terburuk yang melanda Jepun ekoran gempa bumi bermagnitud 8.9 pada skala richter Sumber memaklumkan orang ramai yang melihat kejadian tersebut mengaitkan kejadian itu adalah berkait dengan apa yang berlaku di negeri matahari terbit itu. Kejadian tersebut jelas kelihatan pada rakaman video yang telah dimuat naik lewat malam semalam. Sekitar 10,000 orang yang tinggal di sebuah bandar pelabuhan di timur laut Jepun dikhuatiri hilang akibat gempa bumi paling buruk dalam 140 tahun lalu dan tsunami setinggi 10 meter. Situasi itu dikhuatiri akan menaikkan angka kematian yang setakat ini disahkan sekitar 1,300 orang. Kesan Tsunami dijangka lebih buruk apabila letupan berlaku di loji tenaga nuklear Fukushima Dain. Stesen TV NHK melaporkan bahawa beberapa pekerja cedera dalam letupan di Unit 1 loji tersebut. Agensi berita Kyodo pula berkata, radiasi dikeluarkan setiap jam bersamaan dengan kadar yang dibenarkan bagi tempoh satu tahun. Laporan msnbc memetik stesen Sky News dari Britain berkata, penduduk di kawasan sekitar diminta tidak keluar rumah, tidak minum air paip dan perlu menutup muka mereka dengan topeng pernafasan ataupun tuala basah. Operator-operator di Unit 1 loji Fukushima Daiichi telah mengesan kadar radiasi lapan kali ganda di luar dan 1,000 kali ganda di dalam bilik kawalan.- BO | Miskin tetapi mampu salur bantuan untuk tsunami Jepun Posted: 12 Mar 2011 05:15 PM PST 8 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - KABUL 13 Mac 11: Walaupun salah satu daerah termiskin dan dilanda kekerasan di Afghanistan, namun mampu menawarkan bantuan kemanusiaan sebesar 50,000 dolar AS untuk korban gempa bumi dan tsunami Jepun semalam. Jumlah dana tersebut telah ditawarkan oleh beberapa pejabat dari Kandahar di selatan Afghanistan, yang dipandang sebagai tempat asal Taliban. Kandahar merupakan salah satu wilayah terburuk oleh kekerasan yang melanda Afghanistan selama 10 tahun berperang.
"Atas nama warga Kandahar, Wali Kota Ghulam Haidar Hamidi mengumumkan 50,000 dolar AS dalam bentuk dana bantuan kepada mereka yang terkena gempa bumi dan tsunami di Jepun," menurut kenyataan dari Gubernur Kandahar.
Jepun telah dilanda gempa bumi berkekuatan 8,9 skala Richter pada Jumaat yang menyebabkan tsunami, mengorbankan ratusan dan ribuan warga yang hilang. Negara berkekuatan ekonomi ketiga dunia itu merupakan salah satu kontributor utama pemberian bantuan rekonstruksi dan pembangunan Afghanistan. Pada 2009, Jepun berjanji akan membantu dana bantuan untuk Afghanistan, yang akan disalurkan hingga 2013. - Antara | Tsunami@Jepun - PM Jepun Arah Operasi Menyelamat Besar-besaran Posted: 12 Mar 2011 05:00 PM PST 8 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - Tokyo - Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan (gambar) semalam mengarahkan operasi menyelamat besar-besaran melibatkan lebih 50,000 anggota tentera selepas gempa bumi kuat dan ombak besar tsunami mengorbankan lebih 1,000 orang di timur laut Jepun.
Beliau memberitahu, sekitar 200 pesawat tentera dan 25 buah kapal akan dihantar ke timur laut Jepun, bahagian yang paling teruk terjejas dalam malapetaka itu.
"Saya mengarahkan operasi besar-besaran kerana menyedari betapa dahsyat kemusnahan yang dicetuskan oleh tsunami kali ini," kata Kan selepas meninjau kawasan-kawasan yang musnah dengan menaiki helikopter.
"Sebahagian besar rumah di pesisir pantai musnah sama ada dihanyutkan ombak tsunami atau hangus dalam kebakaran," tambahnya.
Angka kematian rasmi bencana tersebut setakat ini kekal melebihi 574 orang dengan 1,115 lagi masih hilang manakala 1,128 yang lain cedera.
Namun, pihak berkuasa percaya, beribu-ribu orang maut akibat terperangkap di bawah runtuhan atau lemas dihanyutkan tsunami.
Polis Jepun menyatakan, antara 200 hingga 300 mayat telah ditemui di Sendai, bandar paling hampir dengan pusat gempa terletak di timur laut Jepun.
Menurut pihak berkuasa, lebih 220,000 orang kini tinggal di lebih 1,350 penempatan sementara di lima negeri di timur laut Jepun dengan lebih 1 juta kediaman terputus bekalan elektrik dan air.
Namun, pihak berkuasa berkata, banyak lagi mayat dipercayai tertimbus dalam timbunan runtuhan.
Setakat semalam, pekerja-pekerja penyelamat belum tiba di beberapa kawasan yang paling teruk terjejas akibat malapetaka tersebut.
Bahagian timur laut Jepun mengalami kemusnahan paling dahsyat dengan beberapa bandar diratakan selepas gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter itu menggegarkan Jepun kelmarin dan mencetuskan gelombang tsunami setinggi 10 meter yang melanda daratan.
Sementara itu, masyarakat antarabangsa mula menghantar pasukan bantuan semalam bagi membantu mangsa-mangsa bencana di Jepun.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu lewat kelmarin mengumumkan empat pasukan penyelamat dari Australia, New Zealand, Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) sedang dalam perjalanan ke negara matahari terbit itu. - Agensi | |
PEMUDA PAS TELUK INTAN Posted: 13 Mar 2011 01:07 AM PST bagi menjawab tohmahan umno pas kuda tunggangan pr sebenarnya umno keldai tunggangan bn Posted: 12 Mar 2011 07:27 AM PST PERBEZAAN KERJASAMA PAS DENGAN PR DAN KERJASAMA UMNO DENGAN BN
PERBEZAAN KERJASAMA PAS DAN UMNO
1) kerjasama pas dengan bukan islam ialah "tahluf siasi" tanpa menggadaikan prinsip perjuangan yang di bawa oleh pas. manakala umno dalam bn "wala" atau lebih dikenali bersifat patuh atau mengikut kehendak rakan sehingga menggadaikan islam 2) Pas sebagai parti yang berdasarkan islam, rujukannya pula ialah al-quran, sunnah, ijma dan qias. pas tidak akan membuat sesuatu yang boleh menjerumus ke dalam neraka semata-mata untuk mendapatkan kuasa jika kuasa menjadi perhitungan pas! Pas akan menerima pelawaan umno dan berkerjasama dengan bn iaitu sama-sama menjana program-program maksiat dan melakukan kemungkaran, menjalankan rasuah yang bakal meruntuhkan tamadun negara ini. 3) Pas tidak menggadaikan prinsip islam dan memusnahkan islam di negara ini, contoh: tiada masjid atau surau yang di tutup mahupun di roboh di zaman pas bersama pr! sebaliknya umno yang berkerjasama dengan mca, mic, gerakan dalam bn telah bertindak biadap terhadap agama, banyak masjid dan surau di tutup malah ada yang di roboh antaranya masjid bujal kemaman, surau kg berembang, surau puchong perdana dan surau seksyen 8 shah alam yang di tutup 2 minggu sebelum bulan puasa 2007. 4) tahaluf siasi membolehkan pas melakukan dakwah lebih cergas contoh: masjid dan surau di meriahkan dengan majlis ilmu dan program2 yang dakwah. manakala umno berkerjasama dengan bukan islam telah mematikan majlis ilmu, meletakkan ajk masjid yang bukan ahlinya atau yang layakakhirnya masjid dan surau mati sebelum manusia mati. 5) kerjasama pas dan pakatan rakyat menentang undang-undang zalim seperti Isa, Auku, Osa dan akta mesin cetak yang zalim malah tidak adil. sedangkan umno bersama rakan menyokong akta yang zalim walaupun ia bertentangan islam malah umno dan bn bukan sahaja menyokong malah melaksanakannya. 6) pas dan pakatan bersama untuk memelihara harta negara supaya tidak musnah manakala umno dan bn telah mengkhianati khazanah negara sehingga di katakan oleh datuk idris jala menteri di jabatan perdana menteri negara akan muflis pada tahun 2019(8 tahun dari sekarang) 7) kerjasama pas dan pr telah menjinakkan orang bukan islam untuk memahami islam dengan lebih dekat manakala umno dan bn telah meliarkan orang bukan islam dengan pelbagai tuduhan terhadap islam 8) kerjasama pas dan pr yang menentang kezaliman terhadap negeri-negeri yang di lakukan terhadap rakyat khusunya melayu islam manakala umno/bn berkerjasama adalah untuk menindas rakyat dan bangsa sendiri. 9) pas dan pr berkerjasama untuk mengukuhkan lagi kerusi parlimen orang melayu islam sedangkan umno dan bn menurangkan kerusi yang di pertandingkan dan layak di pertandingkan melayu/islam umno menakutkan rakyat dan dakwaan kerusi parlimen orang melayu akan terhakis jika calon bn tumbang kepada pr walaupun hakikatnya apabila pr bertanding kerusi melayu bertambah di parlimen contohnya parlimen kota raja dr.siti mariah mahmud menewaskan s. vigneswaran a/l msanase(mic) tan sri khalid ibrahim menewaskan datuk tan chai ho(mca) dan banyak lagi... manakala umno memberikan kerusi kepada bukan islamwalaupun mejoriti tempat itu melebihi 70% islam/melayu contohnya parlimen grik datuk tan lian hoe menewaskan haji mohd nor abd rahman dan bersama 17 kerusi lagi antaranya lumut, tanjong malim, cameron highland, raub, hulu selangor, alor gajah, air hitam, simpang renggam, teberau, putatan, beluran, batu sapi, tawau dan beberapa lagi... semoga semua ini menjawab keraguan yang telah di tipu oleh umno | |
N.27 - PAS DUN Sura Posted: 12 Mar 2011 07:32 PM PST DUN Sarawak Dijangka Bubar Hujung Bulan, Kesemua 71 Pegawai Pengurus Pilihan Raya Sudah Diberikan Taklimat Oleh SPR Posted: 12 Mar 2011 08:26 AM PST Program padat ketua menteri kuatkan spekulasi pilihan rayaKUCHING : Bayangan mengenai tarikh Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 semakin ketara dan sumber memberitahu bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) kemungkinan dibubarkan sebelum akhir bulan ini. Berdasarkan senario ini, pengundian mungkin diadakan pertengahan April dan penamaan calon sebelum itu. Jika menjadi kenyataan, bermakna pilihan raya negeri kali ini diadakan tiga bulan sebelum tamat tempoh DUN Sarawak berakhir, pada 24 Julai ini. Berdasarkan perkembangan terkini, termasuk program Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang sangat padat ketika ini, spekulasi pilihan raya diadakan dalam bulan April semakin bertiup kencang. Tarikh akhir Program Sejiwa Senada, acara yang dikatakan menjadi petunjuk kepada tarikh pilihan raya negeri Sarawak kali ini, juga menguatkan lagi spekulasi bahawa pilihan raya negeri kemungkinan akan diadakan pada pertengahan bulan depan. Program tiga hari di setiap lokasi itu akan berakhir pada 3 April di kawasan Kuching Utara, selepas Kuching Selatan yang dijadual mengadakannya pada 25 hingga 27 Mac. Sumber memberitahu Berita Harian, besar kemungkinan Abdul Taib akan mengumumkan pembubaran DUN pada bila-bila masa, sebelum atau selepas lawatan serentak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ke Kuching pada 19 Mac ini. Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sarawak, Datuk Takun Sunggah, yang dihubungi berkata, pihaknya sudah bersedia menghadapi pilihan raya dan hanya menunggu pembubaran DUN. "Kita tidak tahu bila pilihan raya kerana masih menunggu Ketua Menteri membubarkan DUN. SPR hanya akan menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian selepas DUN dibubarkan," katanya. Setakat ini, kata beliau, kesemua 71 pegawai pengurus pilihan raya (RO) dan 159 penolong pegawai pengurus pilihan raya (ARO) yang sudah dilantik untuk mengurus proses pilihan raya negeri Sarawak sudah diberikan taklimat oleh SPR. "Kursus pilihan raya bagi 21,000 petugas pilihan raya di seluruh Sarawak akan diadakan mulai 21 Mac hingga 29 Mac ini," katanya. SPR memperuntukkan RM45 juta bagi mengendalikan pilihan raya Sarawak kali ini berbanding RM30 juta pada 2006. SPR juga sudah mengenal pasti 1,740 pusat mengundi serta 2,561 saluran mengundi untuk pilihan raya negeri kali ini, dari segi logistik sebanyak 24 helikopter, 63 bot laju, 919 perahu panjang dan 4,124 kenderaan pacuan empat roda, antara yang akan digunakan. sumber : bharian.com | Pantun Untuk Rakyat Malaysia Posted: 12 Mar 2011 04:37 AM PST
Pantun untuk rakyat Malaysia, dibaca di PUTIK , 12 Mac 2011 :
SAMAN EKOR BERULANG LAGI KERAJAAN UNTUNG RAKYAT RUGI DAPAT WANG BERGUNI-GUNI BOLEH DIGUNA MEMBELI UNDI
KUPON TUISYEN DIBAHAGI-BAHAGI DEKAT PILIHANRAYA DUIT DIBERI JUDI DILESEN DULU LAGI ISLAM HADHARI KINI TAK BERBUNYI
PENGKALAN TUDM SUNGAI BESI TANAH LUAS BERNILAI TINGGI UNTUK KRONI DIBERI FREE KHAZANAH NEGARA DIBAHAGI SAMA SENDIRI
BUKAN RAKYAT SENANG HATI HARGA BARANG NAIK SETIAP HARI BAWANG MINYAK TAMBANG LORI SURATKHABAR PUSING JADI LALI
KAPAL SELAM MAHAL SANGGUP DIBELI 500 JUTA BARU DUIT KOPI SIAPA TERIMA JADI MISTERI HANYA TERBONGKAR KALAU BN CABUT LARI
KAWAN DAP, MUFTI TAK BERI JUAL MELAYU, JUAL NEGERI BERTAUKEHKAN MCA SAMPAI MATI ITULAH AJARAN, ISLAM SEJATI
RAKYAT DITEMBAK ADA YANG MATI MAHKAMAH KITA LUCU DAN NGERI HAKIM LENA/MENGGIGIL DALAM POKET MENTERI ALTANTUYA KUGAN BENG HOCK AMINURASYID BIARLAH/TERUS DIINGATI
TOK GURU DIHINA DICACI MAKI ISLAM DIPERSENDA SETIAP HARI SURATKHABAR TV NYANYI LAGU BASI ASAL UMNO BERKUASA LAGI
PERDANA MENTERI DITIPU MENTERI SENDIRI ISTERI PERDANA MENTERI LAGI DIGERUNI SILAP HARIBULAN TERJUAL NEGERI BELAKANG TABIR SENDIRI MENGAKU FIRST LADY
PEMIMPIN MEWAH HARTA LUAR NEGERI ISYTIHAR HARTA SUDAH DICABARI SEMUA MEMBISU BUAT TAK RETI KERETA BERSUSUN HARTA BERPETI
SAMPAI KIAMAT TAK NAK BN DIGANTI UNDILAH BN UNDILAH DACING HIDUPLAH HIPOKRIRASI SUKANYA HATI HAMBA DUNIA ATAU HAMBA ILAHI? HIDUP DI DUNIA DITUKAR GANTI HIDUP AKHIRAT KEKAL ABADI KALAU INSAF BANGUNLAH BERDIRI MENJUNJUNG ISLAM SELAMATKAN NEGERI
ADIL MAJU - PALING PENTING DIRIDHAI RABBUL JALIL DI AKHIRAT NANTI
- Husam Musa - sumber : harakahdaily.net
| |
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PERMATANG PAUH Posted: 12 Mar 2011 07:22 PM PST Suatu Muhasabah:PAS hanya harapkan “Tuhan bekerja untuknya”? Posted: 11 Mar 2011 09:09 PM PST Oleh : Ahmad Lutfi Othman Kekalahan "teruk" PAS di Kerdau dan Merlimau — dengan majoriti BN yang lebih besar — mengundang banyak kritikan. Saya kira, adalah baik sekiranya pemimpin PAS dapat meneliti setiap teguran yang dikemukakan bagi melakukan proses penambahbaikan. Tentunya dalam PAS sindrom penafian belum menjadi wabak sehingga segala pandangan berbeda diketepikan begitu sahaja Bukankah siri pilihan raya kecil selepas tsunami politik Mac 2008, sama ada mencatatkan kemenangan atau kekalahan, dapat menghimpunkan iktibar sekali gus mendorong pembaharuan dilakukan sebelum Parlimen dibubarkan nanti?
PRU13 dijangka merupakan "medan pertempuran" paling sengit bakal disaksikan sepanjang sejarah pilihan raya di negara kita. Buat pertama kali rakyat Malaysia benar-benar ada pilihan dan berpeluang untuk menukar kerajaan persekutuan. Justeru, semua parti politik begitu serius mengatur persiapan rapi daripada semua segi, selain bersedia mengambil manfaat daripada apa jua insiden, khususnya kelemahan yang tertonjol dalam pilihan raya kecil, bagi memastikan target tidak tersasar.
Umumnya, Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional kini masih dalam keadaan bertahan. Daripada 16 kali pilihan raya kecil, kedudukannya seri 8-8. Namun, yang lebih menarik perhatian umum adalah kawasan-kawasan yang menyaksikan peralihan kerusi. PAS dapat merebut satu kerusi Umno, Parlimen Kuala Terengganu tetapi hilang Dun Galas, manakala DAP mencipta sejarah di Sibu dan MIC berjaya merebut Hulu Selangor. Di Semenanjung, selepas BN meningkatkan undi di Bagan Pinang, parti yang menerima tamparan hebat pada Mac 2008 itu terus melonjak. Selain berjaya merampas kerusi KeADILan di Hulu Selangor, Umno menguasai semula Galas dan meningkatkan majoriti kemenangan di Tenang, Merlimau dan Kerdau.
Bagi PAS, kekalahan dengan kemerosotan undi di Melaka dan Pahang (sebelum itu Johor) perlu dibedah-siasat secara menyeluruh. Segala kealpaan atau kepincangan harus diakui bagi dirumuskan jalan keluar yang tepat dan berkesan. Reformasi masih sempat dilakukan jika didapati ia memerlukan berbuat demikian. (Sehebat mana pun sesebuah parti, ia masih terbuka kepada pembaharuan). Tiada hinanya mengaku kesilapan dan bersedia membuat pembaharuan daripada hanya berkeras menyalahkan pihak musuh.
Mungkin ia bukan lagi melibatkan perubahan dalam soal-soal taktikal dan penyelarasan jentera pilihan raya, tetapi juga membabitkan hal-hal lebih besar seperti penekanan, keutamaan dan pendekatan parti. Sebarang persepsi negatif tidak boleh dibiarkan biarpun ia mungkin nampak tidak berasas. Dan yang perlu dirombak atau diperbetulkan bukan sekadar berkaitan sesebuah parti yang bertanding, misalnya PAS dalam kes Kerdau dan Merlimau, tetapi juga parti-parti sekutu, seperti KeADILan dan DAP.
Bagi Pengarah Merdeka Center, Ibrahim Sufian, kejayaan Umno-BN di Merlimau dan Kerdau, dengan majoriti lebih besar memberikan signal jelas kepada Pakatan bahawa sesuatu perlu dilakukan untuk mengembalikan sokongan rakyat. Isu-isu yang memberi kelebihan kepada Pakatan dalam PRU12 mungkin tidak lagi memberi kesan kepada pengundi. Tambahnya, trend nasional menunjukkan pengundi Melayu masih memihak BN. Beliau turut menegur pendekatan PAS menangani beberapa isu lokal, termasuk berkaitan Felda. "Misalnya, bagaimana hendak mengatasi perasaan terima kasih kepada kerajaan yang masih sangat tebal?" ujarnya.
Dahulu, ketiga-tiga negeri di selatan yang menjadi gelanggang siri pilihan raya kecil terkini itu bukan dikira wilayah tradisi PAS (walaupun prestasi PAS di Pahang pada 1999 boleh dianggap membanggakan juga). Bagaimanapun selepas 2008, apabila Putrajaya dilihat turut terbuka untuk dikuasai Pakatan, maka setiap kerusi tidak boleh diremehkan. Di pihak Pakatan, sasaran bukan lagi menjadi pembangkang yang kuat di peringkat Dun, tetapi adalah mengambil alih teraju pemerintahan negeri-negeri berkenaan.
Tidak pelik apabila pemimpin BN sering mengingatkan agar setiap penggerak kempennya agar tidak memandang rendah kemampuan calon Pakatan meskipun melibatkan kerusi yang dahulunya tidak tergambar dapat dimenangi pihak lawan. Segala kekuatan dan sumber (tentunya daripada kerajaan) dikerah semaksimum mungkin. Sepanjang kempen, media, khususnya akhbar harian dan siaran berita TV, diperalatkan dengan begitu dahsyat. Lihatlah cara agresif Ali Rustam dan Adnan Yaakob berkempen. Mungkin komitmen mereka menemui pengundi jauh lebih besar berbanding sikap sebahagian pemimpin Pakatan sendiri.
Sementara itu, penganalisis politik, Dr Abu Hassan Hasbullah mendedahkan, kekalahan berturut-turut PAS itu juga menunjukkan wujudnya kelemahan dari aspek strategi, taktikal dan operasi politik apabila kepentingan-kepentingan demografi, geografi dan antropologi politik tidak diterjemahkan dengan sempurna sebaliknya kebergantungan terhadap kepercayaan dan amalan politik lama.
"PAS belum mampu memperbaiki imej dan strategi dengan mengukuhkan bentuk dan kandungan pembawaan politik yang lebih moden, lebih dinamik, lebih pragmatik tanpa bergantung secara total pada nilai-nilai ulama, sebaliknya mesti menjadi sebuah sistem dan organisasi yang memiliki kekuatan kedua-duanya iaitu ulamak dan profesional," tegasnya.
Seterusnya beliau menggesa PAS agar mempunyai strategi komunikasi dan rencana ekonomi, politik dan sosial yang benar-benar bersepadu dan terancang dalam membina kepercayaan, terutama di kalangan orang Melayu. "Kepercayaan ini tidak hanya boleh dibina dengan nilai-nilai perlawanan setiap masa, ada kala nilai-nilai progresif iaitu konstruktif perlu dibentuk juga. PAS perlu melihat sikap baru yakni menerima intelektualisme, profesionalisme, progresvisme sebagai bentuk dan kandungan politik maka barulah masyarakat akan lebih menerima dan yakin," tambah Dr Abu Hassan.
Kerdau dan Merlimau membabitkan dua Dun di kawasan majoriti Melayu ketika slogan "PAS Ganti Umno" mula dipopularkan. PAS pula pada akhir Februari lalu menggariskan 12 jaminan yang ditawarkan kepada orang Melayu. Di Tenang, PAS turut dilihat gagal menarik sokongan pengundi Melayu. Malah sebelumnya juga di kerusi majoriti Melayu, di Manek Urai, Kelantan, walaupun PAS bertahan tetapi majoritinya jauh merosot, daripada 1,352 undi kepada hanya 65.
Ramai pemerhati menjangkakan pengundi Cina masih meyakini Pakatan dalam PRU13 nanti. Mereka bimbang masyarakat India akan kembali kepada BN. Lebih kritikal adalah sikap pengundi Melayu. Jika mereka bertahan seperti tahun 2008, BN tetap mengekalkan kuasa, tetapi andai kata benar pengundi Melayu (apatah lagi jika membabitkan orang muda dan kelas menengah) mulai mempercayai Umno, Pakatan berada pada kedudukan berbahaya.
Apakah sebilangan besar pengundi Melayu masih sangsi dengan keupayaan, kemampuan dan keikhlasan PAS untuk membela dan mempertahankan hak Melayu, seperti sering ditohmahkan? Berkesankah propaganda media yang membayangkan PAS hanya alat kepada DAP dan mudah bertolak-ansur sehingga meleburkan prinsip perjuangan? Ataupun, pimpinan PAS dianggap tidak berketrampilan untuk sama-sama menerajui Pakatan bagi membentuk kerajaan persekutuan nanti?
Bagi sesetengah pemerhati politik, PAS yang mendapat manfaat besar daripada peralihan undi orang Melayu pada 1999 kini seolah-olah berada di persimpangan. Apakah ia terpaksa menukar strategi untuk menawan hati pengundi Melayu? "PAS tidak boleh dilihat panik mengubahsuai pendekatan politiknya, dibimbangi pengundi bukan Melayu curiga dengannya, tetapi orang Melayu pula, terutama di luar bandar, masih ragu-ragu memberi sokongan," kata seorang pensyarah IPTA. "Mesej pilihan raya kecil memang penting tetapi ia harus ditafsirkan seadanya sahaja," tambahnya.
Dalam pada itu, ada pemimpin PAS sendiri yang membuat teguran sinis: "Tak ramai wakil rakyat kita yang turun berkempen, apatah lagi untuk berkampung di sana, seperti dilakukan pemimpin tertinggi BN dan para menterinya. Ramai pemimpin PAS yang berkempen 'Touch-N-Go' saja, sekadar berceramah, tidak menyapa dan menyantuni rakyat secara dekat dan rapat, malah ada yang tak turun langsung. Hinggakan saya sendiri malu untuk bermunajat dengan Tuhan meminta pertolongan. Apakah kita sudah bekerja bersungguh-sungguh atau hanya mengharapkan Tuhan bekerja untuk kita?"
Blogger Nobisha, dalam analisisnya terhadap keputusan di Merlimau dan Kerdau menekankan: "Sejak mara bergaya dalam pilihan raya umum pada Mac 2008, parti-parti dalam Pakatan Rakyat telah melakukan banyak kesilapan. Malangnya, apabila ada pihak yang menegur, maka mereka dilabel sebagai pecacai Uumno atau BN. Akhirnya, ramai juga yang mengatakan, biarlah si luncai terjun dengan labu-labunya. Nak kritik tak boleh, nak tegur pun tak boleh. Semua orang yang menegur Pakatan Rakyat dianggap "jahat" dan mempunyai motif tersembunyi. Mungkin atas sebab itu jugalah, sesetengah bloggers pro-Pakatan Rakyat mendiamkan diri sewaktu PRK Merlimau dan Kerdau."
Beliau turut memuji sikap Pengerusi BN, Najib Razak, yang dilihat lebih reseptif kepada kritikan. Nobisha yang sering diundang dalam Analisis Awani, terutama pada malam keputusan pilihan raya kecil diumumkan, menulis: "Saya fikir "transformasi politik" yang disebutkan Najib adalah merupakan respon beliau kepada kritikan rakyat yang ingin melihat BN berubah. Kesediaan Najib untuk berubah adalah merupakan satu sikap yang cukup merendah diri. Bukan mudah untuk melihat pemimpin politik berkata, "saya sanggup berubah"."
Mungkin pandangan-pandangan yang dilemparkan itu tidak menggambarkan realiti sebenar, namun banyak manfaatnya jika kritikan berkenaan boleh diolah untuk kebaikan parti http://mindalutfi.blogspot.com/
| Ku Li tolak memoir Mahathir sebagai tidak jujur Posted: 11 Mar 2011 09:05 PM PST Tengku Razaleigh Hamzah menggunakan peluang pada pelancaran sebuah buku di Ipoh, Perak, malam semalam bagi membuat kecaman ke atas buku memoir Tun Dr Mahathir Mohamad yang disifatkannya sebagai "menipu secara politik". Dalam memuji "kejujuran intelektual" Professor Wang Gangwu yang dilahirkan di Surabaya tetapi dibesarkan di Ipoh semasa pelancaran buku bahasa Mandarinnya berjudul 'Junzi', Tengku Razaleigh berkata negara kini kekurangan kualiti dalam persekitaran politik.
"Ini adalah komoditi yang sukar diperolehi hari ini, khususnya dalam persekitaran politik yang dihadapi di Malaysia hari ini di mana menipu secara politik kian menular," katanya.
Kecaman Tengku Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang semakin pedas apabila beliau menyentuh buku memoir Mahathir 'A Doctor in the House', yang dilancarkan di Kuala Lumpur awal minggu ini.
"Menipu secara politik datang melalui media dan ada kalanya dengan menulis buku memoir. Satu daripadanya adalah yang terbaru dilancarkan dengan tajuk pseudo (awalan asing palsu), 'A Doctor in the House'.
tengku razaleigh speech 110310 02"Saya gunakan 'pseudo' kerana ia adalah tiruan tajuk daripada sebuah filem komedi British yang terkenal pada 1950an berdasarkan novel Richard Gordon. Mungkin ia disengajakan bagi mencerminkan lawak, selain menipu secara politik, kata Tengku Razaleigh secara sinis.
Menurutnya, dakwaan yang dilemparkan oleh Mahathir dalam buku tersebut ke atas dirinya bukan sesuatu perkara baru.
"Sekali lagi, saya dituduh mengheret parti (Umno) ke mahkamah. Saya juga didakwa terbabit dengan politik wang semasa bertanding pada pemilihan parti 1987," kata Tengku Razaleigh. | |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 12 Mar 2011 03:07 PM PST BERITA MENYEDIHKAN DUNIA BLOGGER Posted: 11 Mar 2011 10:17 PM PST Innalillahhiwainnailaihirojiuun .. dari Allah kita datang kepada Allah akhirnya kita akan kembali. Pagi ini saya menerima panggilan daripada Anas, membawakan berita pilu pemergian ke Rahmatullah seorang sahabat blogger yang sama-sama memburu berita di pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang yang lalu. Sam Ahmad atau nama sebenarnya Zulfikar Samsuri, menghembuskan nafas terakhir tengah malam tadi dimajlis perkahwinan sahabatnya di Lenggong. Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Talang, Kuala Kangsar, Perak dan akan disemadikan sebelum Zohor hari ini. Allahyarham adalah antara blogger yang membangunkan UREKA dan Perak Express yang begitu aktif dalam alam maya. Biarpun pengenalan antara kami singkat cuma, namun ada sesuatu yang masih membekam dikalbu akan kegigihan beliau biarpun dalam kepayahan menulis dan membina laman blog. Buat Allahyarham Zulfikar Samsuri @ Sam Ahmad, AL-FATIHAH. Semoga rohnya dicucuri rahmat disisiNya. Catatan yang dipetik daripada facebook Otai Manjung : Perginya seorang sahabat penulis, Al-Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang -orang yang beriman…Amin. Nota: baru sehari lepas berbincang utk buka tapak, ceritanya dihttp://www.facebook.com/photo.php?fbid=1622778091225&set=at.1622776891195.2075318.1289667450.1712422991&ref=nf, agak terkilan hajat tidak kesampaian, Allah lebih menyayanginya. Sumber info dari:- Sdr M Nazri Mohd Nawi: Kpd SEMUA KENALAN, Zulfikar Samsuri (Pikar), anak saudara saya telah menghembuskan nafasnya yg terakhir sekitar tgh mlm tadi. Mengikut berita yg telah disampaikan oleh Mohd Hezairee(Aie) (sepupu beliau, anak saudara saya juga), arwah berada di Lenggong, Perak kerana menghadiri majlis nikah kahwin Cikgu Shahril, rakan sebaya beliau (s...enior saya semasa di UiTM Seri Manjung & Seri Iskandar, Perak). Apabila arwah telah selesai dan keluar dari tandas, semasa beliau mengenakan kasutnya, tiba-tiba arwah rebah. Kemudian beliau dibawa ke Klinik Kesihatan Lenggong, namun meninggal dunia di sana. Sewaktu berita ini ditaip, jenazah arwah sdg dlm perjalanan dari Lenggong ke rumahnya di Talang, Kuala Kangsar, Perak. Jika ada sebrg pembetulan perlu dibuat dlm laporan ini, silakan. Maaf kalau ada kesilapan laporan. Al-Fatihah utk Pikar. | TPM KATA DAH SELESAI, TAPI DI KKB SEMUA TERBARAI Posted: 11 Mar 2011 08:10 PM PST Komen : Semasa di PRK DUN Tenang, TPM merangkap Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yasin telah membuat kenyataan bahawa kes novel Interlok telah selesai dengan penyelesaian terbaru antaranya adalah dengan memasukkan nota kaki dalam novel bagi penjelasan tentang perkataan p???? tersebut. Tapi apa yang berlaku , cikgu sekolah pun tidak dapat menyelesaikan salah faham tersebut hingga Ahli Parlimen minta tolong dengan polis. Sewajarnya teman cadangkan agar Kementerian perlu jelaskan , apa-apa sejarah yang tertulis sekian lama tidak boleh diubah . Dan mulai sekarang Kementerian yang berkenaan perlu buat garis panduan sekiranya buku-buku , novel atau apa-apa artikel yang telah dipaparkan atau telah di tonjol serta telah dijual dan di baca selama lebih 5 tahun tidak boleh dipertikaikan isi kandungannya untuk tujuan ubahan
Pentadbiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Kubu Bharu dan semua ibu bapa pelajar yang didakwa dicaci oleh guru displin berhubung isu novel Interlok, mengadakan pertemuan dari hati ke hati hari ini bagi menyelesaikan insiden yang berlaku Jumaat lalu.
Pertemuan selama dua jam bermula jam 11 pagi tadi di mana semua pihak berbincang mengenai insiden yang berlaku dan bersetuju untuk menyelesaikannya dan bermaaf-maafan antara satu sama lain.
Turut hadir dalam perbincangan tersebut ialah ahli parlimen Hulu Selangor P Kamalanathan, wakil Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), wakil Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), wakil Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) serta pelajar yang terlibat.
"Semuanya sudah selesai dan tenang. Semua pihak bermaaf-maafan," kata pegawai PPD Mat Jah Roslan ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.
Menurut Mat Jah lagi, pihak sekolah juga turut menghantar laporan bertulis - seperti yang diarahkan - berhubung perkara tersebut kepada PPD semalam termasuk kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan JPN semalam.
Menceritakan pertemuan pagi tadi, Mat Jah berkata semua pihak mengadakan perbincangan dan mendapatinya ianya berlaku akibat salah faham. Menurutnya, susulan keputusan yang telah dicapai, pihak yang terlibat akan menarik balik laporan polis yang dibuat sebelum itu.
"Ia hanya perselisihan biasa dan salah anggap. Guru perlu bertegas dengan pelajar. Kalau (perkara) salah, mereka perlu menegur (pelajar)," kata katanya.
Sebelum ini dilaporkan tiga pelajar tingkatan lima mendakwa mereka dibawa ke ibu pejabat polis Kuala Kubu Baru dan disoal siasat selama 10 jam selepas mengambil keputusan memulangkan novel interlok kepada pengetua mereka.
Pada awalnya, tujuh pelajar sekolah itu bercadang memulangkan buku teks sekolah mereka kerana mendakwa tidak berpuas hati dengan kandungannya tetapi dihalang oleh guru disipilin yang kemudian didakwa mencaci mereka.
Susulan itu, pengerusi persatuan ibu bapa sekolah itu, Baktiar Md Rashid, yang juga seorang pegawai polis membawa tiga pelajar yang terbabit itu ke balai polis untuk disoal siasat tanpa kebenaran ibu bapa mereka.
Hal yang demikian menimbulkan kemarahan salah seorang ibu daripada tujuh pelajar berkenaan kerana anak lelakinya dibawa tanpa kehadiran ataupun kebenarannya dan anaknya tidak melakukan apa-apa jenayah.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Norel-Azmi Yahya Affendi berkata siasatan mengenai insiden yang berlaku di sekolah berkenaan telah selesai dijalankan.
Katanya, kertas siasatan tersebut telahpun dirujuk kepada bahagian perundangan di ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Shah Alam untuk tindakan lanjut.
"Kita sudah merujuk kepada IPK di Shah Alam. Keputusannya, kita tak tahu apa lagi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. | DAH NILAI DAKWAAN CIKAI DAN DIPERTIKAI KENAPA PERLU DNA DSAI ? Posted: 11 Mar 2011 06:01 PM PST 'Curi' DNA Anwar Tapi Sorok DNA Najib Dalam Kes Altantuya
Dari Keadilan Daily
Pendakwa raya kes Fitnah II bersungguh-sungguh mahu mendapatkan DNA Datuk Seri Anwar Ibrahim termasuk menggunakan tipu helah, sebaliknya pendakwa dalam kes pembunuhan warga Monggolia, Altantuya Shaariibuu, tidak pernah berusaha mendapatkan DNA Datuk Seri Najib Razak.
"Dalam kes Altantuya, kenapa mereka tidak minta DNA Najib?" soal Anwar selepas perbicaraan kes Fitnah II berakhir petang ini.
Anwar juga hairan kerana pihak pendakwa seolah-olah cuba mengalihkan beban pembuktian kes kepada peguam bela sedangkan ia tanggungjawab mereka dan menyifatkan permintaan pendakwa untuk mendapatkan DNA beliau, membuktikan kes Fitnah II sebenarnya bermotifkan politik.
"(Pendakwa) hanya untuk menyampaikan mesej politik. Mereka seolah-olahnya berkata 'kita sudah ada semua bukti dan sekarang apa yang kita perlukan adalah DNA Anwar (untuk mensabitkan beliau)'. Ini tidak masuk akal.
"Beban pembuktian terletak pada pihak pendakwa," kata Ketua Umum KEADILAN itu.
Tidak seperti kes Fitnah II, pelbagai tekanan dihadapi Anwar dan pasukan peguamnya – dari dinafi hak memiliki dokumen dan salinan laporan polis, selain percanggahan keterangan saksi pendakwa, kes Altantuya pula tidak sedemikian.
Walaupun Najib dikait dengan ketara dalam kes berkenaan tetapi Perdana Menteri itu tidak dipanggil mahupun DNAnya diminta, malah polis pengiringnya juga tidak pernah dipanggil mahkamah sekalipun pembabitannya menonjol.
Dalam pada itu, Sankara Nair juga menganggap permintaan pihak pendakwa untuk mendapatkan DNA Anwar tidak wajar kerana ia tidak pernah berlaku dalam mana-mana perbicaraan kes jenayah.
Katanya, pendakwa sebelum ini menggunakan tipu daya dan cara tidak sah untuk mengambil DNA Anwar kerana tiada peruntukan undang-undang yang boleh memaksa mana-mana individu menyerahkan DNA mereka.
Beliau berkata, peruntukan undang-undang sedia ada hanya memperuntuk pendakwa untuk mendapat cap jari dan tandatangan tertuduh dalam mana-mana kejadian jenayah.
"Seksyen 165 dan Seksyen 73 Akta Bukti yang diguna pakai pihak pendakwa, sebenarnya cuma meliputi cap jari dan tandatangan, bukannya DNA," kata Sankara.
Beliau berkata demikian mengulas permohonan lisan pihak pendakwa untuk mendapatkan DNA Anwar dan ia dijangka didengar Isnin depan. | |
MP Pendang Posted: 12 Mar 2011 01:27 PM PST Mesti ada muslihat ni. Posted: 12 Mar 2011 02:42 AM PST MEREKA TERGILA-GILA DENGAN DNA ANWAR UNTUK APA? Oleh: WFAUZDIN NS
PENDAKWA kes fitnah Liwat II DS Anwar kelihatan bersungguh-sungguh mahu mendapatkan DNA Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kita masih ingat di dalam kes fitnah Liwat I dahulu yang melibatkan Azizan Abu Bakar, pihak mereka telah pun mempunyai sampel DNA DS Anwar.
Persoalannya sekarang, adakah berbeza data sampel DNA DS Anwar yang dahulu dengan DNA beliau sekarang? Sekiranya data yang diperolehi melalui sampel itu sentiasa berbeza dari masa ke semasa, ada lojiknya mereka mahu mengambil DNA DS Anwar untuk kes fitnah II kali ini. Tetapi kita sedia maklum, DNA tidak akan pernah berubah sampai bila-bila. Seperti Kumpulan Darah, jika kita mempunyai Kumpulan Darah `A' , biar berapa kerap pun kita menderma darah, darah kita tetap statusnya dari Kumpulan `A'. Justeru itu, amat menghairankan mengapa begitu `selera' mereka inginkan DNA terbaru DS Anwar. Apakah rahsia di sebaliknya?
Kita jangan bertanya mengapa DS Anwar sukar sekali untuk menyerahkan DNA nya. Paling penting kita harus bertanya untuk apa DNA tersebut diperlukan lagi sedangkan mereka masih menyimpan data DNA DS Anwar dahulu? DS Anwar mempunyai cukup pengalaman di dalam menghadapi karenah tipu daya dan manipulasi pihak-pihak tertentu termasuk DNA nya sewaktu di dalam kes Liwat I terdahulu. Maka, DS Anwar ada sebab untuk tidak menyerahkan DNA nya kali ini.
DS Anwar di dalam blognya ada menyebut, "Dalam kes Altantuya, kenapa mereka tidak minta DNA Najib?" soal Anwar. Beliau juga merasa hairan kerana pihak pendakwa seolah-olah cuba mengalihkan beban pembuktian kes kepada peguam bela sedangkan ia tanggungjawab mereka dan menyifatkan permintaan pendakwa untuk mendapatkan DNA beliau, membuktikan kes Fitnah II sebenarnya bermotifkan politik. "(Pendakwa) hanya untuk menyampaikan mesej politik. Mereka seolah-olahnya berkata 'kita sudah ada semua bukti dan sekarang apa yang kita perlukan adalah DNA Anwar (untuk mensabitkan beliau)'. Ini tidak masuk akal. "Beban pembuktian terletak pada pihak pendakwa," kata Ketua Umum KEADILAN itu.
Harus kita ingat, DNA bukan bukti kukuh untuk menyabitkan seseorang kerana kemungkinan DNA boleh di manipulasikan juga agak besar. Bahkan, seorang pakar mengakui hakikat ini di mana tiada jaminan seseorang itu boleh mengelak dari menjadi mangsa akibat DNA yang bertujuan untuk menganiayainya. Baca di sini.
Bayangkan, jika anda memasuki sebuah tandas awam untuk membuang air dan tanpa anda sedari sehelai bulu anda tertinggal di tandas tersebut. Tidak beberapa lama selepas anda keluar dari tandas berkenaan, berlaku satu pembunuhan di dalam tandas yang anda masuki tadi. Apabila siasatan dijalankan, pihak berkuasa menjumpai bulu anda dan dilakukan ujian DNA. Maka, terbukti itu adalah data DNA anda dan anda pun dituduh sebagai pembunuh. Adakah itu adil buat anda? Sebab itu, DNA dikatakan bukan bukti kukuh untuk menyabitkan seseorang. DNA hanya berfungsi sebagai bukti sokongan sahaja.
Tidak dapat dinafikan DNA memang penting sebagai membantu di dalam beberapa kes terutamanya yang melibatkan jenayah. Di dalam kes DS Anwar ini, mereka telah mempunyai rekod data DNA DS Anwar yang terdahulu, maka adalah lebih praktikal jika data DNA itu diguna pakai tanpa memerlukan DNA yang baru apatah lagi dengan cara helah atau penipuan.
Mudah-mudahan kita yang mengikuti kes fitnah Liwat II kali ini tidak mudah diperdayakan oleh mereka dan media pencacai yang sering menggambarkan bahawa DS Anwar takut untuk menyerahkan DNA nya. Media pencacai ini akan terus mencari jalan untuk menghilangkan keyakinan rakyat terhadap DS Anwar seperti apa yang telah mereka lakukan sebelum ini dengan isu sumpah laknat. Mereka tidak merujuk kepada hukum Islam asalkan mereka dapat memperdayakan kita. Peliknya, media pencacai ini tidak pula memberi perhatian apabila permohonan DS Anwar untuk membawa kes Qazaf ke Mahkamah Syariah ditolak angkara seorang Menteri yang kununnya berjiwa Islam. Bukankah jalan Qazaf itu adalah kaedah Islam?/
memang tepat apa yang diulas oleh En Wan ini. Data DNA tidak pernah berubah, dulu , kini dan simoanlah bila-bila pun, yang berubah mungkin specimen saja, tetapi kandungan data didalam graf DNA tersebut tetap sama begitu walau disimpan berapa lama pun. Oleh itu kalau dah ada data lama, maka itu boelh dipakai untuk digunakan sebagai perbandingan. Satu lagi perkara adalah mengenai bukti DNA, memang dah dibahaskan didalam parlimen pun dan setelah dipinda selepas tidak mendapat kelulusan ahli parlimen, maka dijadikan DNA sebagai bukti sokongan dan bukan bukti mutlak didalam pembuktian didalam mahkamah.
Oleh itu, tujuan hendak mendapatkan sampel untuk DNA ini adalah hanya untuk memalukan DSAI . | |
Batu Gajah Mari Posted: 12 Mar 2011 11:08 AM PST UMNO buat demontrasi mendesak Anwar menyerahkan DNA di Batu Gajah.. Moh le pegi.. haha Posted: 11 Mar 2011 06:28 PM PST Sebentar nanti UMNO akan buat demonstrasi mendesak anwar menyerahkan DNA kepada pihak berkuasa.. Demonstrasi itu akakn diadakan di Arena Square Batu Gajah. Ummi Hafilda hadir sekali lagi hari ini selepas ceramah dia sebelum ini di tapak yang sama tidak dapat sambutan. Mari la tengok golongan-golongan yang patut dikasihani ini.. haha...
Puak Midah je le datang.. Jom la tengok.. sian Ummi Hafilda.. hakhak | Apa pula gerak geri Mahadead selepas ini? Posted: 11 Mar 2011 06:09 PM PST Oleh Tun TelanaiBekas Perdana Menteri ke-4, Dr.Mahathir Mohamad pada hari Isnin 7 Mac lalu telah melancarkan memoirnya bertajuk ' A Doctor In The Hosuse' . Pelancaran buku tersebut bertujuan mempertahankan dirinya dari persepsi rakyat bahawa tindakan beliau menyingkir, menghina, memalu dan menghukum Anwar Ibrahim adalah tepat dan betul demi menyelamatkan agama, rakyat dan Negara ini dari kekuasaan Anwar Ibrahim.
Sebelum itu, khususnya setelah mahkamah membebaskan Anwar dari tuduhan meliwat Jilid 1 pada tahun 2004, persepsi rakyat pada umumnya terhadap batang tubuh Anwar Ibrahim ialah beliau dizalimi oleh Mahathir kerana kuasa, kedudukan dan kekayaan. Ini dapat dibuktikan dalam 'isu mata lebam' yang mana Mahathir telah menjelaskan kepada seluruh masyarakat dalam dan luar Negara bahawa Anwar yang mencederakan dirinya sendiri bagi meraih simpati rakyat. Kenyataan Mahathir ini menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat kerana sifat Mahathir keturunan India migrant adalah suka memutar-belitkan isu sehingga tertubuhnya Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat kes ini sehingga terbukti bahawa yang melakukannya ialah Abdul Rahim Noor, Ketua Polis Negera ketika itu. Di penghujung hayatnya ini, sebelum malaikat maut meragut nyawanya, Mahathir akan muncul dengan berbagai hujah 'dalih' berbentuk tulisan dan akan dibuatkan dalam bentuk buku, majalah, journal dan sebagainya dan beliau akan bertindak melakukan pembohongan demi pembohongan serta akan memasukkan fakta-fakta falsu terhadap sejarah yang dilakarkannya dalam tempoh 22 tahun ia memerintah. Mahathir terpaksa berbuat demikian untuk mempertahankan dirinya dan kridibilitinya. Mahathir tahu, tidak ada sesiapa yang sudi termasuk anak-anaknya yang akan membelanya selepas beliau dimakan cacing tanah nanti.Oleh itu beliau sendiri terpaksa membela dirinya sendiri sebelum beliau mati.
Ekuran itu, tidak hairanlah apabila ia memulakan siri bercakap bohong dan memesongkan fakta sejarah sebenar mengenai Operasi Lalang pada tahun 1987 dulu dengan menyalahkan pasukan polis bagi menutup kedurjanaannya itu. Begitu juga dengan isu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) juga pasukan polis disalahkannya juga kerana bertindak menghalang beliau untuk menghapuskan ISA, sebaliknya beliaulah yang banyak membuat kenyataan di merata tempat untuk mempertahankan akta 'draconian' ini bagi menyelamatkan kuasanya dan juga kuasa UMNO terus memerintah Malaysia. Selepas ini, jangan terperanjat apabila Mahathir akan menulis semula dan memesongkan fakta sejarah penubuhan tribunal yang bagi memecat Tun Salleh Abas sebagai Ketua Hakim Negara pada tahun 1988. Kita dapat menjangkakan siapa pula yang akan menjadi kambing hitamnya. Sudah tentu Almarhum Sultan Johor yang akan menjadi mangsanya kerana kes itu berlaku, Almarhum menjadi Yang DiPertuan Agong. Mahathir akan katakan bahawa Agong yang mahukan Salleh dipecat kerana Salleh didapati melanggar beberapa disiplin kehakiman dan sebagainya. Isu sebenarnya ialah perpecahan maha hebat dalam UMNO angkara beliau yang gilakan kuasa dan tamakan harta dunia. Manakala Tengku Razaleingh Hamzah akan dipersalahkan mengakibatkan UMNO diharamkan dan beliaulah yang sebenarnya yang membela dan pejuang UMNO tulin.
Kemudian, beliau akan menulis lagi yang membicarakan tentang system keadilan dalam Negara ini. Masyarakat umum percaya bahawa system keadilan ini musnah ditangan beliau, di era beliaulah system keadilan menghadapi krisis keyakinan yang meluas seluruh dunia yang mana pihak eksekutif (beliaulah) yang mencampuri dan mempengaruhi system keadilan memihak kepada kerajaan. Skandal video tape Linggam menjadi saksinya. Suruhaniaya DiRaja yang dibentuk membuktikan yang beliau terlibat dalam memusnahkan system kehakiman di Malaysia. Hujah beliau sudah dapat dijangka. Beliau berhujah tenguk system keadilan cukup adil kerana ada kes yang kerajaan kalah.
Hujah ini merupakan hujah popular yang selalu dimainkan oleh beliau dan hujah ini juga sering dimainkan oleh para pemimpin UMNO haram jadah, babi laknatullah dalam mempertahankan system pilihan raya di Negara ini menyatakan bahawa pilihan raya di Negara ini dijalankan secara adil, tulus, tidak ada penyelewengan dan menyalahgunaan kuasa kerana pembangkang juga menang dalam pilihan raya dan UMNO juga kalah dalam pilihan raya. Pembangkang boleh menubuhkan beberapa bujah kerajaan negeri dan UMNO hilang kuasa 2/3 di parlimen. Dalih pak pandir. Melayu otak lembu pawah bolehlah UMNO perbodohkan. Sejarah Memali juga dijangka Mahathir akan menuliskannya semula. Mahathir akan menyalahkan Musa Hitam yang terlibat dalam peristewa Memali. Beliau tidak terlibat kerana beliau bercuti keluar Negara, Musa diberi tanggungjawab memangku jawatan PM ketika beliau ke luar Negara menjalankan tugas rasmi. Pendik kata apa sahaja isu yang boleh menjejaskan nama baiknya akan dipadamkan. Mahathir akan tulis semula sejarah bagi mengambarkan yang beliau adalah negarawan ulung. Mahathir takut generasi akan datang akan menghina dan mengkeji segala perbuatanya ketika ia berkuasa. Yang paling beliau takut apabila ada manusia yang akan kencing dan buang najis di atas kuburnya kelak. Mahathir faham benar dengan sejarah para pemimpin seperti dia. Selepas mati, pemimpin itu dihina dan dikeji. Menjadi tanggungjawabnya sendiri membersih namanya supaya generasi akan datang terus menghormatinya buat selama-lamanya.
Walau bagaimana bijak sekali pun, Mahathir tetap tidak berupaya membersih namanya dengan sepenuhnya. Barry Wain,bekas Editor Pengurusan Asian Wall Street Journal menulis buku Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times (Critical Studies of the Asia-Pacific). Sepanjang 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri negara ini, Mahathir telah membazirkan RM100 bilion ringgit dalam skandal kewangan yang berlaku di zamannya, di samping kerugian langsung dalam berbagai skandal itu adalah berjumlah sekitar RM50 bilion.Namun, setiap yang yang dilupuskan, ada dua kali ganda kos yang tidak kelihatan. RM100 bilion jumlah kerugian itu adalah setara dengan US$40 bilion pada kadar pertukaran yang berlaku kemudian.
Mahathir dengan dasar gejala penyelewengan, pecah amanah, rasuah, nepotisma dan kronisma yang sudah menjadi 'trademark' pemerintahan Mahathir adalah punca utama berlakunya kemerosotan ekonomi pada tahun 1997 yang menghanguskan wang rakyat bernilai berbillion ringgit. Hutang-hutang syarikat-syarikat kroni seperti Renong, Berjaya Group, Land & General, YTL, Maxis dan lain-lain yang berbillion ringgit dan tidak mungkin terbayar tanpa bailout oleh beliau. Hutang Renong bernilai RM13 billion di'bailout'kannya kerana Renong ada hubungkait yang rapat dengan UMNO malah dikatakan sebagai 'flag ship' UMNO dalam dunia perniagaan.
Mahathir membangunkan 'bubble economy' dan rakyat dilalaikan dengan kemewahan yang palsu yang sebenarnya berteraskan pinjaman wang secara sewenang-wenangnya dari luar negeri (yang menurut sesetengah pihak berjumlah US$360 billion, iaitu hampir satu trillion ringgit). Kerajaan dan syarikat kroni-kroni telah memboroskan duit pinjaman tersebut dengan melaksanakan projek-projek mega yang diinginkan sangat oleh Mahathir, seperti pembinaan KLCC Twin Towers, yang menelan berbillion ringgit tetapi tidak ada pulangan ekonomi, malah membebankan negara dengan hutang yang terlalu banyak.
Duit rakyat yang digunakan dari sumber-sumber seperti Petronas, EPF dan Tabung Haji (dan juga dari budget kerajaan sendiri) untuk membailout syarikat-syarikat kroni tersebut tidak dimenafaatkan dengan betul tetapi dilarikan juga sebahagiannya ke akaun-akaun bank persendirian di negara-negara Barat. Ekonomi Malaysia di bawah Mahathir menghidupkan budaya pecah amanah, rasuah, salah urus wang, dasar membolot kekayaan, nepotisma dan kronisma menjadi warisan kini.
Mahathir membeli sepenuhnya United Engineers Malaysia Bhd (UEM) yang hampir bankrupt itu dengan harga RM3.67 billion. UEM adalah anak syarikat kepada Renong Bhd, dan keputusan kerajaan untuk menguasai sepenuhnya UEM diakui sebagai langkah permulaan untuk seterusnya mengambil alih Renong Bhd yang juga hampir bankrupt dengan hutang tidak terbayar sebanyak RM13 billion. Bailout UEM oleh Mahathir sebenarnya adalah satu lagi pengkhianatan wang rakyat oleh regim Mahathir ketika itu.
Ini hanya secebis kisah pengurusan ekonomi gaya Mahathir yang menimbulkan banyak skandal seperti skandal BMF, Daya Bumi, Melayu hilang banknya yang dicetus oleh Kongkres Bumiputra dan berbagai lagi skandal yang wujud dalam tempoh 22 tahun beliau memerintah.
Adalah agak sukar bagi Mahathir untuk memadamkan semuanya. Ia pasti menerima kutukan di hari kemudian. InsyaAllah.
"NYAHKAN UMNO, RAKYAT PASTI SEJAHTERA"
| |
Pemuda Guchil Posted: 12 Mar 2011 09:19 AM PST |
i n t a n h i j a u Posted: 12 Mar 2011 07:12 AM PST POLIS DAN TENTERA DIBERI MYKAD SEMASA PRK...? Posted: 11 Mar 2011 04:07 PM PST
KUALA LUMPUR, 11 Mac: PAS mempersoalkan tindakan kerajaan BN yang memberikan MyKad kepada polis dan tentera semasa PRK Merlimau dan Kerdau 6 Mac lalu, memandangkan mereka sudah mempunyai kad polis dan tentera masing-masing.
Tindakan tersebut menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada pelbagai pihak, memandangkan setiap anggota tentera terutamanya tidak dibenarkan memegang MyKad masing-masing sepanjang mereka masih berada dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin ketika mempersoalkan perkara itu menegaskan, walaupun MyKad-MyKad itu sememangnya kepunyaan anggota polis dan tentera itu sendiri, tetapi tindakan tersebut jelas di luar kebiasaan dan menyalahi undang-undang.
Menurut beliau, setiap anggota polis dan tentera sepatutnya tidak lagi dibenarkan menyimpan MyKad masing-masing, sebaliknya dipegang oleh unit tertentu sepanjang mereka berada dalam perkhidmatan, disebabkan mereka telah mempunyai kad polis dan tentera yang lengkap dengan nombor masing-masing.
"Tetapi semasa pilihanraya kecil (PRK) Merlimau dan Kerdau 6 Mac lalu, polis dan tentera turut diberikan MyKad masing-masing. Ini menjadikan mereka mempunyai dua kad pengenalan diri dalam suatu masa.
"Kenapa Kerajaan BN bertindak begitu? Apakah tujuannya? Inilah yang menjadi tanda tanya kepada kita dan perlu dijelaskan oleh Kerajaan BN," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, semalam.
Setiap anggota tentera terutamanya, menurut beliau, lazimnya mengundi secara pos, tetapi dengan memberikan MyKad kepada mereka yang terbabit, mereka juga boleh mengundi seperti orang awam.
Jadi dengan tindakan itu, anggota polis dan tentera terbabit sememangnya berpeluang mengundi dua kali. Satunya dengan mengundi secara pos (undi pos) dengan menggunakan kad polis dan tentera masing-masing dan satu lagi mengundi seperti orang ramai dengan menggunakan MyKad masing-masing.
Sehubungan itu, beliau mendesak kerajaan BN menjelaskan matlamat sebenar penyerahan MyKad-Mykad tersebut kepada anggota polis dan tentera terbabit kerana ia amat menghairankan pelbagai pihak.
Beliau juga mendesak SPR memberikan jawapan yang benar sama ada pegawai-pegawai dan anggota-anggota polis dan tentera terbabit sememangnya mengundi dua kali pada PRK Dun Merlimau dan Kerdau 6 Mac lalu.
Terdahulu dari itu, beliau menyuarakan rasa kesalnya dengan tindakan pihak polis dan SPR yang membenarkan ceramah dari pihak Umno BN dan PAS diadakan di tempat berhampiran, semasa kempen kedua-dua PRK itu.
"Semua itu jelas mengganggu program Pakatan Rakyat dan ia tidak sepatutnya berlaku," ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.(harakahdaily) | |
DUN BUKIT PAYONG Posted: 12 Mar 2011 03:35 AM PST Hari Keluarga DUN Bukit Payong Dan Pelancaran Himpunan Petugas Pemuda Posted: 11 Mar 2011 07:55 PM PST
10 Mac - Hari keluarga DUN Bukit Payong yang bermula pada hari ini sehingga 12 Mac di Kampung Paya Resak, Bukit Payong dimulakan dengan pelancaran himpunan petugas pemuda PAS DUN Bukit Payong di tapak program oleh YB Ustaz Mohd Nor bin Hamzah.
Beberapa orang pimpinan pemuda yang turut berucap pada malam itu ialah Ustaz Mazlan Ibrahim selaku penyelaras pemuda DUN Bukit Payong, Ustaz Zakaria Ismail mewakili Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang dan Ustaz Abu Bakar Soleh, selaku mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang yang memberikan ceramah motivasi kepada para petugas pemuda.
Turut menyerikan majlis himpunan yang dihadiri oleh lebih 500 petugas pemuda DUN Bukit Payong.ini, ialah Ustaz Baharudin Mohamad selaku Pengarah Majlis Tindakan DUN Bukit Payong dan Ustaz Wan Ahmad Zuki Wan Ismail, Ketua Pemuda PAS Kawasan Marang.
YB Ustaz Mohd Nor Hamzah menekankan tentang keutamaan 10 rukun bai'ah seseorang aktivis gerakan Islam, dengan memberikan penekanan kepada aspek faham, ikhlas, bekerja kuat, jihad, taat dan pengorbanan bagi memastikan.kekuatan parti berada pada landasan yang kuat untuk menghadapi PRU ke 13.
Walaupun hujan sekali-kali lebat, semangat para pemuda DUN Bukit Payong terus membara apabila mendengar ceramah motivasi oleh Ustaz Abu Bakar Soleh dan seterusnya ketua-ketua pemuda cawangan menerima bendera PAS daripada Pengarah MTD Ustaz Baharudin.
Gimik pelancaran disempurnakan oleh Ustaz Baharudin dengan memotong riben banting khas pelancaran dan disertai dengan dentuman bunga api.
Program masih berjalan dengan acara-acara sukan, remaja, pameran motor berkuasa tinggi, rawatan asy-syifa' dan ceramah umum pada 14 Mac oleh Ustaz Nik Amar Nik Abdullah, Saudara Shamsul Iskandar dan YB Ustaz Mohd Nor Hamzah.
Ketua Pemuda DUN, Ustaz mazlan berucap.
Ceramah Motivasi Ustaz Abu bakar Soleh
Bendera dinaikkan semasa lagu PAS dikumandagkan.
Jejaka-jejaka PAS DUN Bukit Payong.
Bilik IT.
Sebelum nyanyian nasyid al-Amal.
Sebahagian peserta yang hadir.
Orang ramai yang turut menyaksikan.
Memotong riben.
Banting Khas Pelancaran Himpunan Petugas.
Banner jemputan ke program.
Penyerahan bendera.
Cawangan dengan kehadiran paling ramai, tuan rumah.
Menerima cenderamata dalam satu kategori penyertaan teramai.
Ustaz Baharudin menyampaikan cenderamata dalam satu kategori penyertaan teramai.
Ustaz Hassan bergaya dengan motosikal berkuasa tinggi.
Tiga buah motosikal berkuasa tinggi dipamerkan sepanjang program.
Sebahagian petugas di muka pintu tapak program. | |
Dr Siti Mariah Mahmud Posted: 12 Mar 2011 03:13 AM PST Sambutan 3 Tahun Pemerintahan Pakatan Rakyat Posted: 11 Mar 2011 06:19 AM PST Parlimen Kota Raja 10.03.2011 ~ Sambutan 3 Tahun Pemerintahan Pakatan Rakyat Selangor yang diadakan pada malam semalam bertempat di Dewan Sukan Andalas telah berlansung dengan jayanya.
Ramai pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Exco DAP Selangor Ronnie Liu, Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud, Exco merangkap ADUN Sri Andalas Dr Xavier, ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafiee. ADUN Sekinchan, YDP PAS Kawasan Kota Raja dan lain-lain.
Tahniah kepada penganjur dan semua petugas yang bertungkus lumus menjayakan program ini walau pun terdapat banyak halangan dan rintanga yang dihadapi. | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan