Rabu, 9 Mac 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Kawasan Setiu

Posted: 08 Mar 2011 09:08 AM PST

PAS Kawasan Setiu


Perkembangan Terkini Pembinaan Kompleks Tarbiyah Luqmanul Hakim PAS Kawasan Setiu Setakat 7 Mac 2011

Posted: 08 Mar 2011 06:15 AM PST

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 08 Mar 2011 09:04 AM PST

Pemuda Bersamamu v3


 Saman ekor dera bukan didik rakyat - Abdul Hadi

Posted: 08 Mar 2011 03:56 AM PST



KUALA LUMPUR, 8 Mac: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meminta kerajaan mencari pendekatan lain yang lebih sesuai berbanding saman ekor kerana ia lebih mendera rakyat bukannya mendidik.

"Sepatutnya kerajaan mendidik rakyat supaya mematuhi peraturan jalan raya bukannya mendera rakyat sebagaimana berlaku dalam kes saman ekor ini," kata beliau.

Sekurang-kurangnya dua kali beliau membangkitkan perkara ini dalam dua program berbeza. Pertama ketika bercakap kepada wartawan di Kerdau Selasa lepas dan sekali lagi ketika bercakap dengan kakitangan editorial Harakah Rabu lepas.

Beliau mengulas kesusahan yang dihadapi oleh beribu-ribu rakyat negara ini yang terpaksa beratur di balai-balai polis untuk membayar saman bagi mengelakkan kenderaan mereka di senarai hitamkan.

"Ini mendera rakyat bukan mendidik rakyat," kata Abdul Hadi yang juga anggota Parlimen Marang sambil menyokong tindakan yang diambil oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menganjurkan Kempen Anti Saman Ekor (Kase).

Baru-baru ini, Kase menyeru Kementerian Pengangkutan bersedia mengadakan pertemuan dengan pihak-pihak berkepentingan termasuk Kase bagi membincangkan dan menjelaskan beberapa isu yang ditimbulkan seperti penswastaan penguatkuasaan peraturan lalu lintas dan kos-kos terlibat.

"Ini bagi memastikan wang rakyat digunakan untuk kepentingan rakyat sendiri, bukan syarikat-syarikat kroni," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada sistem penguatkuasaan automatik (AES) iaitu penggunaan kamera statik dan bergerak untuk mengambil gambar kesalahan memandu melebihi had laju, melanggar arahan lampu isyarat dan memandu di lorong bas bagi kenderaan selain bas.

Sistem ini dikendalikan dua syarikat swasta iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan Commercial Circle (M) Sdn Bhd yang mendapat pulangan 35 peratus daripada setiap enam juta saman yang dikeluarkan manakala kerajaan mendapat 65 peratus pulangan.

"Apa maksudnya ini? Ini bermaksud proses penguatkuasaan peraturan lalu lintas di bawah akta ini telah diswastakan. Apa rasionalnya peraturan lalu lintas diswastakan oleh Kerajaan?" soalnya yang juga ahli Parlimen Pokok Sena.

Pengunaan AES ini mula berkuatkuasa hari ini di seluruh negara.(hrkhdaily)

Pas Kawasan Paya Besar

Posted: 08 Mar 2011 09:03 AM PST

Pas Kawasan Paya Besar


Saya tak halalkan: Nik Aziz

Posted: 08 Mar 2011 07:27 AM PST

Oleh Norliza Wasilan
2011/03/08

UMNO dianggap bertanding sebagai kerajaan bukan partiKOTA BHARU: Meskipun akur dengan keputusan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau, namun Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menganggap pilihan raya itu sebagai tidak adil apabila mendakwa UMNO tidak bertanding sebagai sebuah parti, tetapi kerajaan. Berikutan itu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, beliau sebagai pemimpin PAS tidak menghalalkan dunia akhirat kepada mana-mana menteri yang menyalahgunakan kuasa demokrasi ketika kempen pilihan raya berkenaan berlangsung.

"PAS sepatutnya lawan UMNO sebagai parti tetapi yang berlawan sekarang ialah parti dan kerajaan (merujuk UMNO dan Barisan Nasional), segala televisyen, projek dan radio berpihak sebelah pihak, ini bukan adil, ini berdosa dunia akhirat.

"Saya sebagai pemimpin PAS tidak halal pada mana-mana menteri, mana-mana kuasa menyalahgunakan kuasa demokrasi, saya tak halal dunia akhirat,"

katanya ketika ditemui di sini, semalam. Keputusan pilihan raya kecil DUN Kerdau kelmarin menyaksikan calon Barisan Nasional (BN), Syed Ibrahim Syed Ahmad menewaskan calon PAS, Hassanuddin Salim dengan majoriti 2,724 apabila memperoleh 5,060 undi berbanding lawannya dengan 2,336 undi. Bagi pilihan raya kecil DUN Merlimau, calon BN iaitu Roslan Ahmad menewaskan calon PAS, Yuhaizad Abdullah dengan majoriti 3,643 apabila memperoleh 5,962 undi berbanding lawannya dengan 2,319 undi.

Ditanya mengenai kekalahan PAS di kawasan orang Melayu pada pilihan raya kecil itu, Nik Aziz menegaskan, tidak kira sama ada kawasan itu majoriti Melayu atau sebaliknya, tetapi apa yang penting ialah sebuah parti harus bertanding sebagai parti, bukannya kerajaan.

"Saya tak kira (kawasan) Melayu atau apa, saya kira adil atau tidak sebuah parti melawan sebuah kerajaan... mana boleh, biar tunjuk gentleman. "Keputusan itu terimalah ia sebagai keputusan... tengok berita kelmarin, ada seorang UMNO masuk PAS kemudian tukar jadi UMNO semula sebab mendapat tekanan, saya dapat laporan macam-macam tekanan berlaku, mana ada (dalam) demokrasi (menggunakan) tekanan, macam rakyat ini belum akil baligh, macam budak, kena tekan dan bagi projek," katanya.

Sumber Berita Harian Online
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sayatakhalalkan_NikAziz/Article

Tiada ulasan:

Catat Ulasan