Rabu, 14 November 2012

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 13 Nov 2012 11:48 PM PST

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Laman Rasmi: KUMPULAN HIJAU ANTI LYNAS MULA BERJALAN KAKI KE KL...

Posted: 13 Nov 2012 03:29 PM PST

Laman Rasmi: KUMPULAN HIJAU ANTI LYNAS MULA BERJALAN KAKI KE KL...: Seawal jam 07.00 pagi tadi, ribuan orang ramai telah berhimpun di Padang MPK 1, Kuantan bagi memberikan sokongan kepada Kumpulan HIJAU Anti...

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

Posted: 13 Nov 2012 11:17 PM PST

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


PEGUAM Scorpene ke Parlimen

Posted: 12 Nov 2012 11:39 PM PST

YB Sivarasa bersama YB Tian Chua telah memaklumkan kepada media tentang lawatan Peguam Suaram.

Pihak peguam telah menerima jemputan Ketua Pembangkang dan memberikan tarikh 22hb Nov untuk tiba di Malaysia.

Pihak peguam telah memohon agar pihak immigrasen akan membenarkan beliau masuk ke Malaysia dan bukan dihalang seperti dalam lawatannya dalam tahun 2011.

Justeru, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menulis kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri DS Hishamuddin untuk memberi kerjasamanya.

YB Sivarasa memaklumkan bahawa selepas menerima jaminan daripada pihak Menteri, jemputan akan dipanjangkan kepada semua Ahli Parlimen untuk menghadiri sessi taklimat bersama dengan peguam William Bourdon pada 22hb Nov ini.


Suara Sri Andalas

Posted: 13 Nov 2012 11:12 PM PST

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


DemiRakyat - Masa Anda Bertindak

Posted: 13 Nov 2012 07:22 PM PST


Kini tiba masa kita rakyat Malaysa bersatu demi negara yang tercinta, oleh rakyat, #DemiRakyat http://www.demirakyat.my


Janji Batalkan Projek Kondo Batu Caves Adalah Rasuah Politik Kata Pakatan

Posted: 13 Nov 2012 06:00 PM PST

KUALA LUMPUR, 13 Nov — Janji Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak untuk membatalkan projek pembinaan kondominium kontroversi di Batu Caves sekiranya Barisan Nasional (BN) menawan semula Selangor adalah rasuah politik kata pemimpin Pakatan Rakyat (PR) Selangor.



Pemimpin PR juga membidas Najib sebagai tidak bertanggungjawab kerana menggunakan isu sensitif semata-mata untuk menarik pengundi kaum India.



"Ia adalah rasuah... Saya rasa adalah sesuatu yang pelik seorang PM berkata begitu," kata ahli ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (Exco) Selangor, Dr Xavier Jayakumar kepada The Malaysian Insider.



"Malahan dengan memberi ucapan kepada masyakat dikategorikan sebagai berpendapatan rendah secara demikian... ia sesuatu yang pelik.



"Mereka tidak memiliki jaminan daripada segi kesihatan, pendidikan dan perumahan seperti diketahui tetapi kamu memainkan janji seperti ini di depan mereka.

"Lebih baik beritahu mereka - kamu akan lebih teruk jika kamu tidak lakukan perkara ini (undi kepada BN) dan saya (PM) tidak kisah jika kamu tidak lakukannya," tambah beliau lagi.



Hari ini sempena sambutan pesta cahaya Deepavali di Batu Caves, Najib telah membuat pengumuman bahawa kerajaan pimpinannya akan membatalkan projek pembinaan kondominium 29 tingkat berhampiran pusat keagamaan masyarakat Hindu di Batu Caves jika kembali memerintah Selangor selepas pilihan raya umum (PRU) ke-13.



Jayakumar juga berkata ia sangat tidak adil dengan memberikan janji sedemikan terutamanya isu tersebut nyata sensitif kepada masyarakat India.



"Kami kerajaan Selangor tidak berkata jika kaum India mengundi kami, kami pasti akan membatalkan projek tersebut.



"Apa yang kami lakukan ialah kami berikan notis pemberhentian kerja dan jawatankuasa khas kami sedang melakukan siasatan di setiap sudut untuk menanganinya.



"Penghujungnya nanti kami akan pastikan perkara ini diselesaikan secara baik," kata Jayakumar.

Ahli parlimen Puchong (DAP), Gobind Singh Deo juga senada dengan rakannya itu dan menuduh Najib mengugut masyakat India Selangor dengan janjinya.

Beliau mendakwa kata-kata Najib itu sama dengan janji "awak tolong saya, saya tolong awak" kepada pengundi di Sibu semasa pilihan raya kecil 2010 lalu hingga mengundang kritikan yang meluas.

"Najib perlu berusaha selesaikan isu tersebut dan bukannya berjanji dengan bersyarat," kata beliau kepada The Malaysian Insider.



Semasa ucapan saat akhir kepada pengundi Sibu pada Mei 2010 lalu, Najib mengumumkan peruntukan sebanyak RM5 juta untuk projek tambatan banjir di Sungai Rejang tapi dengan syarat pengundi memilih calon BN di situ iaitu Robert Lau Hui Yew.



"Saya mahu buat perjanjian dengan kamu. Bolehkah kita mencapai persetujuan bersama atau tidak? Sangat senang, kamu tolong saya dan saya tolong kamu," kata Najib tiga jam berakhir tempoh berkempen.



Namun demikian, BN tetap tewas kepada calon daripada DAP iaitu pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng.



Pada 30 Oktober lalu, kerajaan negeri Selangor memberikan arahan untuk menghentikan pembinaan kondominium 29 tingkat di Batu Caves serta melantik badan penyiasat bebas.



Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berkata, kerajaan negeri memberi jaminan supaya masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin, mengakui bahawa arahan menghentikan projek ini menyebabkan pihak pemaju mengalami kerugian.

Projek kondominium Dolomite Park Avenue yang dibangunkan oleh Dolomite Properties Sdn Bhd, adalah isu sensitif kerana projek tersebut berhampiran dengan Batu Caves, tempat keagamaan penganut Hindu kira-kira 1.7 juta orang di kawasan bandar di Selangor.

Sumber: TheMalaysianInsider

Perutusan Deepavali oleh Dato Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Posted: 12 Nov 2012 06:00 PM PST

Bagi pihak Parti KEADILAN dan Pakatan Rakyat, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada rakyat Malaysia yang merayakan hari ini, baik yang beragama Hindu, Sikh dan Jain. Deepavali, atau singkatannya Diwali, bermaksud 'sebarisan pelita' – suatu simbol kemenangan cahaya apabila berhadapan dengan kegelapan. Selari dengan semangat perayaan ini, ingin saya seru rakyat Malaysia untuk mengingati mereka yang sedang menghadapi 'kegelapan' dalam hidup masing-masing.

Apabila anda menyalakan pelita dipa bersama keluarga anda, harapan saya bahawa anda mengingati Puan Indra, yang masih menantikan keadilan untuk anaknya Kugan yang telah menjadi mangsa keganasan polis ketika dalam tahanan. Tatkala anda menjamu laddoo dan barfi, ingatlah ibu-ibu seperti Puan Suppama yang dinafikan bantuan kerajaan, malah tidak diizinkan mengisi borang e-kasih. Dikala kita menyambut hari perayaan ini sebagai rakyat Malaysia, masih terdapat ribuan penduduk berketurunan India yang masih tidak diiktiraf status kewarganegaraan mereka; antara ribuan ini, seramai 1,758 dari mereka telah membesar di rumah-rumah kebajikan yang dibiayai kerajaan, dan mereka kini tiada kerakyatan dan tiada dokumen pengenalan untuk membuktikan bahawa mereka rakyat asal Malaysia.

Deepavali dari segi spiritualnya meraikan cahaya – meraikan kebaikan yang wujud dalam hati setiap insan. Diwali merupakan suatu kemenangan atas segala kegelapan – baik yang lahir dari kejahilan dan prejudis, mahupun penganiayaan yang membabitkan seluruh masyarakat. Bersempena hari ini, ingin saya mengingatkan diri saya serta rakyat Malaysia bahawa perjalanan kita masih jauh, dan perjuangan kita terlalu hampir untuk kita pandang leka. Biarlah cahaya kemenangan itu bangkit semula, dan biarlah ia terus menerangi perjuangan kita rakyat Malaysia.
Deepavali Nalvazhthukal (தீபாவளி நல்வாழ்த்துகள்)

Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden
Parti Keadilan Rakyat


On behalf of KEADILAN and Pakatan Rakyat, I would like to wish a Happy Deepavali to all Malaysians who celebrate this festive day, be you Hindu, Sikh or Jain. Deepavali, or in its shorter form Diwali,– the victory of enlightenment over darkness. In the spirit of today's celebration, I would like to call upon my fellow Malaysians to remember with me those who face their own darkness every day.

As you light dipa lamps with your family, spare a thought to Mrs Indra who still waits for justice for her late son Kugan, a victim of police violence. While you feast on laddoo and barfi, remember mothers such as Mrs Suppama who are denied government welfare, and even turned away from registration with the e-kasih system. As we celebrate today as Malaysians, let us remember the thousands of Malaysians of Indian ethnicity who are not recognised as citizens of this land; among them are 1,758 Malaysians who were raised in government-funded welfare homes, and who are now bereft without citizenship or any form of identification, despite being born and bred in this very country.

Deepavali, in its essence, is a spiritual celebration of light – celebrating the good which exists in every living soul. Diwali represents the victory of this light over every form of darkness – be they born out of ignorance and prejudice, or  be they deliberate injustices which involve the community at large. In the spirit of Deepavali, I would like to remind all Malaysians, myself first and foremost, that our journey still lies far ahead, and our struggles are too near for us to ignore, even during a celebration such as today. May the Light shine brighter than ever upon us, and may it be a guide in our constant journey towards the betterment of Malaysia.
Deepavali Nalvazhthukal (தீபாவளி நல்வாழ்த்துகள்)

Dr Wan Azizah Wan Ismail
President
Parti Keadilan Rakyat

AMK KEDAH

Posted: 13 Nov 2012 09:42 PM PST

AMK KEDAH


HAPPY DEEPAVALI

Posted: 13 Nov 2012 12:00 AM PST


AMK KEDAH mengucapkan HAPPY DEEPAVALI kepada seluruh masyarakat INDIA yang beragama HINDU di KEDAH dan MALAYSIA...

Anwar Ibrahim

Posted: 13 Nov 2012 07:38 PM PST

Anwar Ibrahim


Himpunan Raksasa Kebangkitan Rakyat -Kelantan 16 Nov 2012

Posted: 13 Nov 2012 11:15 AM PST

16 November 2012 (Jumaat)

8.30 – 12.00 malam

Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bahru, Kelantan

Pemidato:

i. YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat

ii. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

iii. YB Tuan Guru Dato' Seri Haji Hadi Awang

iv. YB Lim Kit Siang

So Sue Me: DC Henchman of Kazakh Dictator Threatens HRF with Lawsuit

Posted: 13 Nov 2012 11:09 AM PST

From FORBES

By Thor Halvorssen

A specter haunts the president of Kazakhstan. It is what in the West we call dissent. The growing condemnation of his repressive government is turning increasingly international, revealing that Nursultan Nazarbayev is a dictator, not a democrat. And he is doing whatever he can to stop his critics. In the U.S., one of his servants, a Washington Beltway fixer of Bulgarian origin, has threatened to sue the Human Rights Foundation (HRF) if we don't shut up.

Alexander Mirtchev width=

Alexander Mirtchev, rent-seeking enabler of Kazakh dictator Nursultan Nazarbayev, has issued a "settlement letter" to HRF demanding he not be described as enriching himself serving the corrupt ruler.

Kazakhstan is exhibit A in what HRF calls the "post-modern dictatorship." The post-modern dictator doesn't use firing squads to eliminate opponents, or operate vast gulags. He is subtle in cultivating a climate of fear, allowing some degree of free speech and private property. His goal is to avoid comparisons with North Korea or Cuba and to pass muster as an "evolving democracy" that is "undergoing reforms." Post-modern dictators love the façade of elections—in Kazakhstan they are rigged from start to finish and recently provided Nazarbayev 95.5% of the vote. They often cooperate with the world's liberal democracies on major issues such as "the war on terror," all the while terrorizing their own people.

The post-modern dictator usually relies on significant natural resources (in Kazakhstan's case, mammoth oil and gas reserves) that Western companies readily exploit in return for silent complicity. His family and friends, of course, are free to travel to the West, own luxury apartments (Nazarbayev's family has bought multi-million dollar properties in New YorkMiami, and Switzerland), and make significant investments elsewhere. Just recently, Nazarbayev went to the Czech Republic offering $250 million in contracts to Czech companies. He was received by Václav Klaus who shamefully lavished praise on the Kazakh tyrant, while barring journalists from asking any questions.

The global support system for every post-modern dictator is a team of people in the capitals of the Western world who do their bidding and enrich themselves while peddling the idea that the dictatorship isn't so bad—and when it is bad they peddle the idea that things would be much worse under anyone else, usually some monster locked up in a political prison.

Vladimir Putin relies on former German Prime Minister Gerard Schroeder; Equatoguinean dictator Teodoro Obiang purchased the support of a civil rights foundation in the U.S. (the Leon H. Sullivan Foundation) to launder his reputation; the dictator of Angola bought himself Jimmy Carter's UN Ambassador, Andrew Young (a corrupt, self-styled heir to Martin Luther King); Hugo Chávez first had Jack Kemp and then went Hollywood when he bought Danny Glover for $18 million; and the tyrannies of Singapore and Saudi Arabia have too many servants in the West to list. Beyond the rosy language, post-modern dictatorships all feature heads of state who intend to rule for life, leading dominant statist governments with hardly any real checks on their power.

In the case of Kazakhstan, the president-for-life and his agents are listed as having hired several firms to do his bidding: BGR Public RelationsQorvis Communications,Global Options GroupAPCO Worldwide, and Policy Impact Communications. Beyond these PR mercenaries, post-modern dictators also use individuals who do not operate as lobbyists, but rather as advisors and fixers. Tony Blair recently sealed a Kazakh contract for $13 million, wherein the former British prime minister is expected to "help buff Nazarbayev's personal image internationally." He subsequently doubled the windfall. Prince Andrew was considerably cheaper—his payoff came in the form of a £3 million real estate overpayment for his old house.

In Washington, DC Nazarbayev has employed the well-connected Alexander Mirtchev, a member of the Atlantic Council's executive committeesenior scholar at the Wilson Center, and confidant to the former Singaporean dictator Lee Kuan Yew. According to a Wall Street Journal investigation, Mirtchev was paid millions to manage the enormous ill-gotten fortune of the Nazarbayev clan and help the dictator spy on opposition activists. In a separate investigation reported in The Wall Street Journal, the U.S. Justice Department and the Manhattan District Attorney suspected that Mirtchev laundered money for a crooked Russian oligarch. The investigations appear to have stopped and the media trail goes cold as of 2008. Officially, he is on Nazarbayev's payroll as a director of Kazakhstan's sovereign wealth fund. Despite copies of payments to Mirtchev his lawyers deny all of the negative publicity and claim a conspiracy to besmirch his good name.

On October 1, 2012, HRF received a request from two Kazakh dissidents: would HRF help them circulate a letter to the U.S. Congress detailing the crimes of Nazarbayev, especially with regard to his role in perpetrating the Zhanaozen Massacre on December 16, 2011. Inasmuch as Kazakhstan, Singapore, and Equatorial Guinea are part of HRF's new focus, we agreed to help them place the letter. HRF sponsored its publication in a high-circulation Washington newspaper read by most congressional staff members. Hours before publication we received a frantic call from a connection inside Kazakhstan:  Could we stop publication of the letter? At first we thought that the letter's strong language, accusing the dictator of numerous crimes and exhorting America's leadership to please hold Kazakhstan to a high standard, had caused the signatories trouble. "No!" we were told, "there is a quarrel among opposition and civil society leaders here because every major government critic wants to be added to the letter." As the late Václav Havel observed: when citizens make the bold decision to live in truth, totalitarian rule begins to crumble.

Several days later, the Kazakh Embassy circulated its pitiable response, declaring the Kazakh dissident letter "baseless," "biased," and "unfair," without providing any evidence to support their denials. On October 25, members of HRF's board received a veiled legal threat from Mirtchev, who was mentioned in the published letter. His lawyer insisted that HRF retract and remove the statement that Mirtchev had enriched himself by serving Nazarbayev. The "settlement letter" also instructed us to refrain from any repetition or republication of the allegations and apologize to Mirtchev.

When human rights defenders in Kazakhstan learned about the letter from Mirtchev's lawyer, they could hardly contain their excitement about the opportunity: "Really? In a U.S. judicial court? Could we come to the U.S. and testify about Mirtchev's crimes?" They warned: "There may not be enough room in the courtroom for those of us with something to say."

Fascism doesn't triumph without help, and it will try hard to silence those who expose its enablers.

We'll see Alexander Mirtchev in court.

@ThorHalvorssen is the founder and president of the New York–based Human Rights Foundation (@HRF).

Nurul Izzah Teraniaya

Posted: 13 Nov 2012 01:53 AM PST

Harakah
Oleh Subky Latif

NURUL Izzah telah teraniaya seperti bapanya Anwar Ibrahim.

Sama ada ucapannya tentang tiada paksaan dalam agama tersilap, keliru atau kurang jelas, maka dia telah dipelupuh hingga hampir mati oleh orang yang benci kepada anak beranak itu.

Saya mengambil sikap melayan Izzah sebagai mana-mana orang yang didakwa belum bersalah selagi mahkamah belum mendapatinya bersalah.

Sebagai manusia dia terdedah dengan segala macam kelemahan. Dia boleh melakukan kesilapan dan kekeliruan dan dia juga boleh jadi jahat.

Tetapi semua dikehendaki adil terhadap semua sebagaimana kita mahu semua adil terhadap kita.

Pertama dia bercakap tanpa teks. Walaupun ucapan itu dirakamkan tetapi ia tidak menghalang dia membuat kesilapan. Eloknya rakaman itu memungkinkan kita tahu kesilapan dan boleh dibetulkan.

Sesiapa saja yang berucap khusus yang bukan nabi mesti ada kata-kata tersasul dan kesilapan dan ada yang tidak jelas yang memerlukan penjelasan.

Misalnya seorang ustaz bercakap tentang Firaun dan Nabi Musa a.s. Dalam ucapannya itu dia terkata Nabi Musa itu kejam. Orang yang mendengarnya tahu cakapnya tidak betul. Biasanya orang tahu ustaz itu tersasul dan bukan itu yang dimaksudnya. Yang dia hendak kata kejam itu ialah Firaun, bukan Nabi Musa.

Jika ustaz itu sedar dia tersasul, dia akan betulkan. Jika dia tidak sedar, dia rasa dia betul. Kecualilah sepanjang ucapannya itu terus menerus dia kata nabi itu begitu. Yang itu bukan silap tetapi dia benar-benar jahat.

Apabila berlaku tersasul dan kekeliruan biasanya orang akan bertanya minta penjelasan. Jika yang bercakap tidak bermaksud seperti yang dicakapkannya, dia akan membetulkan kesilapannya dan menjelaskan apa yang kurang jelas.

Tok-tok guru pondok yang mengajar agama pun kadang-kadang tersasul. Maka itu dia minta murid-muridnya bertanya apa yang kurang jelas.

Saya yang terlatih sebagai wartawan, diminta bertanya kepada orang yang membuat kenyataan apabila ada perkara yang kurang jelas atau salah maksud itu. Tidaklah nanti kita membuat laporan yang tidak betul.

Tidaklah pemberita itu dikira salah lapor apabila dia melaporkan cakap yang salah cakap dari seseorang. Beritanya itu betul tetapi dia benar-benar pandir kerana dia tidak minta penjelasan dari orang yang bercakap.

Kekeliruan boleh berlaku bila-bila dan oleh sesiapa. Nabi SAW pernah membuat kenyataan yang mengelirukan seorang tua. Orang tua itu bertanya adalah dia boleh masuk syurga. Baginda menjawab, mana ada orang tua masuk syurga. Lalu menangislah orang tua itu. Nabi pun menjelaskan maksudnya betapa dalam syurga nanti semuanya muda-muda belaka. Orang tua seperti Nabi Nuh a.s. yang seribu tahun usianya, di syurga nanti jadi muda juga.

Jika pemberta dengar cakap Nabi seperti itu dan tidak minta penjelasan, dia buat berita seperti yang didengarnya, maka huru haralah sekalian orang tua.

Makhluk pertama melakukan maksiat ialah iblis apabila dia enggan sujud kepada Adam. Allah tanya dulu iblis menggapa dia begitu? Allah tidak terus laknat dia. Setelah dia jelaskan mengapa dia memusuhi Adam, maka barulah dia dilaknat.

Tetapi mungkin wartawan pandir itu hendak memberi rezeki kepada Izzah dengan membuat laporan begitu tanpa minta penjelasannya. Izzah lalu menyaman mereka. Jika nasib Izzah baik, dia menang saman dan dapat bayaran berjuta.

[KENYATAAN MEDIA] Isu Kenyataan YB Nurul Izzah Mengenai ‘Tiada Paksaan Dalam Agama’

Posted: 13 Nov 2012 01:10 AM PST

Petaling Jaya, Selangor, 13 November 2012.

"Wahai orang-orang yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan." (Al-Quran, Al-hujurat: 6).

Ayat di atas mengajar kita agar berhati-hati dalam menerima berita dari orang-orang fasik. Seorang Muslim Al Walid bin Uqbah bin Abi Mu'id diutuskan oleh Nabi Muhammad saw melakukan suatu tugasan ke Kampung Bani Mustaliq.  Al Walid menyangkakan mereka sudah murtad lalu segera pulang ke Madinah melaporkan kepada Baginda Nabi apa yang ditanggapinya. Hasilnya, baginda mengarahkan Khalid al Walid bersama anggota tenteranya bertindak terhadap kampung tersebut. Namun, selepas melakukan risikan, Khalid Al Walid mendapati bahawa mereka tidaklah murtad sebagaimana didakwa. Ini dilaporkan kepada Rasulullah. Diketika inilah ayat ini diturunkan sebagai teguran dan panduan buat orang beriman dalam menerima khabar berita dari orang fasik.

Media-media utama tertentu milik pemerintah UMNO dan Barisan Nasional  telahpun kerap didapati bersalah oleh mahkamah kerana melaporkan berita yang tidak tepat, berunsur  fitnah dan sengaja diputar belitkan.  Pemimpin-pemimpin organisasi berita ini sendiri mengesahkan bahawa harus diputarbelit sesuatu berita demi mendokong aspirasi parti yang menjadi pemiliknya.

KEADILAN melihat bahawa  serangan menggila terhadap Naib Presiden Parti YB Nurul Izzah,  yang sedang berlaku sekarang ini adalah langkah terbaru UMNO dalam percubaan mengembalikan sokongan dan kepercayaan rakyat yang semakin terhakis. Hampir kesemua pemimpin tertinggi mereka memberikan ulasan semborono 'bagaikan menunda najis yang hanyut'.  Media milik mereka dengan sengaja membentuk persepsi yang tidak betul mengenai apa yang dinyatakan oleh YB Nurul Izzah.  Kemudiannya, dengan sengaja pula komen-komen berdasarkan persepsi yang salah ini disebar dan dijajakan.

Amatlah jelas, UMNO sedang begitu tertekan dan desperado.  UMNO gagal menghakis  tanggapan buruk rakyat terhadap dirinya dalam pelbagai jenayah dan pengkhianatan terhadap rakyat dan Negara – penyelewengan SPR, NFC, Lynas, BERSIH, Kugan, Teo Beng Hock dan sebagainya.  Isu terbaru yang paling menekan adalah skandal RM40 juta yang melibatkan beberapa menteri kanan UMNO. Ia begitu hangat diperkatakan ketika ini. Disaat kritikal inilah, kenyataan YB Nurul Izzah yang diputarbelitkan itu dijadikan isu besar untuk mengalih perhatian rakyat.

Sesungguhnya, kenyataan spontan dan bersahaja YB Nurul Izzah pada majlis berkaitan adalah secara umum dan memang boleh mengundang pelbagai persepsi dan tafsiran.  Namun, kekeliruan yang timbul telahpun diperjelaskan sendiri oleh beliau kemudiannya dengan tegas dan jelas.  Peliknya, penjelasan lanjut itu dengan sengaja ditenggelamkan demi mengelakkan rakyat mengetahui hakikat dan apa sebenarya yang diperkatakan.

KEADILAN ingin menjelaskan bahawa, YB Nurul Izzah sendiri adalah seorang yang komited kepada agamanya – Islam.  Beliau merupakan antara pemimpin harapan generasi muda Negara, merentasi semua agama dan kaum.  Latarbelakang keluarga dan penampilan yang sederhana jelas menzahirkan ketrampilan diri yang berpaksikan jiwa yang tauhidiq pada Ilahi dan agama Islam yang syumul.

Sesungguhnya, seluruh lapisan kepimpinan KEADILAN dan Pakatan Rakyat sedang terus mara mengemudi kebangkitan rakyat demi masa depan Malaysia yang lebih gemilang.  Dengan kehendak Ilahi, tiada apa yang dapat menggugatnya, InsyaAllah.

Dr Muhammad Nur Manuty

Ketua Penerangan, PKR

13 November 2012    

 

Perutusan Khas Dato Seri Anwar Ibrahim Sempena Sambutan Deepavali

Posted: 13 Nov 2012 01:00 AM PST

Wee Choo Keong

Posted: 13 Nov 2012 03:13 PM PST

Wee Choo Keong


Passengers are now able to claim compensation for delayed flights of more than 3 hours

Posted: 13 Nov 2012 08:04 AM PST

Civil Aviation Authority of UK CAA Advice To Passengers Hit By Long Delays Date: 23 October 2012 A judgment today at the European Court means passengers will now be able to claim compensation from airlines for delayed flights in some situations. Following the judgement, the UK Civil Aviation Authority (CAA) is offering new advice to [...]

Aminuddin Harun

Posted: 13 Nov 2012 07:56 AM PST

Aminuddin Harun


Posted: 12 Nov 2012 08:18 PM PST


Pihak tentera sepatutnya bersikap berkecuali dan 'apolitical' serta tidak membenarkan premis mereka digunakan oleh parti politik.
SEREMBAN: PKR hari ini merasa pelik dengan tindakan Umno menggunakan kem tentera untuk satu program anjurannya dan kesal kenapa pihak tentera yang sepatutnya berkecuali dan 'apolitical' membenarkan premis mereka digunakan oleh parti politik.
Ahli Dewan Undangan Negeri Sikamat dari PKR, Aminuddin Harun dalam sidang akhbar tengahari tadi, mendedahkan kepada media sepucuk surat pekeliling yang dipercayai ditandatangani dan dikirimkan oleh Ketua Bahagian Umno Seremban, Datuk Ishak Ismail kepada semua penduduk Sikamat.
Beliau menjemput penduduk hadir ke 'Majlis Jamuan Mesra Rakyat bersama Warga Kem Sikamat' pada malam ini di Perkarangan Kem Rejimen Ke-4, Artileri DiRaja Malaysia, Sikamat (Kem Sikamat).
"Saya kesal kerana Umno dibenarkan mengadakan program dalam kem tentera itu sendiri. Surat jemputan mempunyai kepala surat (letter head) berlambang Umno.
"Apa yang mengejutkan Pegawai Pemerintah Kem Sikamat turut dijadualkan memberi ucapan pada program tersebut malam ini. Sikap kecuali 'apolitical' tentera sudah tidak ada lagi.
"Selain itu Ketua Umno Bahagian Seremban juga dijadualkan berucap. Bagi pihak PKR dan Pakatan Rakyat, saya amat risau dengan cara kempen dalam kem tentera. Sepatutnya tentera bersikap berkecuali.
"Saya mahu Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang turut dijadualkan berucap pada malam ini memberi penjelasan apakah parti politik dibenarkan menganjurkan program dalam kem tentera.
"Jika dibenarkan maka saya selaku ADUN di kawasan ini juga ingin mengadakan program mesra rakyat bersama warga Kem Sikamat dan semua penduduk Sikamat dalam perkarangan Kem Sikamat," kata Aminuddin dengan nada sinis.
Aminuddin juga mempersoalkan apakah kem tentera yang sepatutnya menjadi kawasan larangan boleh membenarkan orang awam hadir.
"Apakah rahsia dan keselamatan kem tentera tidak terdedah kepada umum? Saya harap Pegawai Pemerintah tentera memikirkan semula aspek ini," kata Aminuddin.

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


Ahli Parlimen Kota Belud

Posted: 14 Nov 2012 12:03 AM PST

Ahli Parlimen Kota Belud


"Guanomics" And "Kreatif Aka-untung" Rule In Penang

Posted: 13 Nov 2012 10:05 PM PST


A few weeks ago, I made a remark about "creative accounting" practiced by Pakatan states. As a result thereof, I got brickbats thrown in my direction from Pakatan leaders. 

Maybe I was not being clear, I was actually alluding to "kreatif aka-untung", a term I coined in reference to the creative interpretation of the term "state revenue" by Pakatan leaders. 

In short, it is a term to describe the act of taking money from left pocket and  put it into the right pocket and subsequently trumpet it as an "increase of revenue for the state".

Although the numbers are accurate and permissible in terms of accounting procedure, but to take credit and attribute the increase of revenue to Pakatan Rakyat government's economic management is simply misrepresentation of facts.

Let me illustrate my point.

Take for example YAB Lim Guan Eng and the DAP Penang government.

Until now, I still could not believe his audacity in making outrageous claim that within two years of being Chief Minister, he has managed to reduce Penang government's debt by RM600 million, when the truth remains that it was the federal government who took over the debts as part of Penang water supply rationalization plan.

Similarly, Penang state government has duped DAP supporters to believe that the increase in state revenue in 2011 was simply because of Guan Eng's exemplary economic skills. This is the classic art of embellishing one's economic credentials without basis. I prefer to call it "Guanomics".

Here is the example.


On page 9 and 10 of Penang's 2011 Audit Report, the Auditor General acknowledged that Penang's Consolidated Revenue Account (Akaun Hasil Disatukan) had increased by 24.2% compared to 2010. 

In the same the report, Auditor General clearly stated that this was due to an extraordinary increase in non-revenue receipts (Terimaan Bukan Hasil) of RM176.12 million, which jumped by 182.5% from the previous year. The reason for this was because the Penang government decided to close its Trust Accounts (Akaun Amanah) and transfer the balance (Lebihan Dari Penutupan Akaun Amanah and Lebihan Dari Penutupan Kumpulanwang Amanah) into the state's Consolidated Revenue Account.

Please refer to "Penyumbang Utama Hasil Kerajaan Negeri Pulau Pinang" for 2011 in the chart below



The term "Terimaan Bukan Hasil" used by the Auditor General to classify monies transferred from Trust Accounts into the Consolidated Revenue Account says it all. It simply means non-revenue receipts. In short, it is not increase in revenue per se. Please do not say it is increase in revenue when it is the act of taking money from left pocket and putting it in right pocket. At the end of the day you end up with the same amount of money. No increase.

If we examine the chart above closely, we will find that the land tax (cukai tanah) collection had grown marginally since DAP took over the state in 2008. Hence, the bulk of increase of Penang's income came from land premiums and transfer of Trust Account's balance. I believe this included selling off state lands. These should not be used to indicate real growth in Penang's economy.  

This is hardly an isolated case.

Since he became the Chief Minister, Lim Guan Eng has the habit of brazenly embellishing Penang's economic numbers. 

Take for example his statement last year, which was quoted by The Malaysian Insider (http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/penang-is-proof-that-pakatan-can-deliver-says-guan-eng/).

He claimed that Penang had hit record of RM88 million surpluses in 2008 and RM77 million in 2009 through "the dividends of anti-corruption" measures. Of course, by saying so, his real intention was to insinuate that the previous BN government was corrupt. 

First of all, let's set the record straight. Penang had surpluses even during BN government administration, so there are no surprises there. Look at the table below.



We all know Lim Guan Eng took over as Chief Minister of Penang in March 2008. I am very sure the bulk of Penang's income in 2008 could not have been harvested by the Chief Minister if BN government did not plant the seeds in the previous year. But never mind that.

It is more interesting to ascertain if Lim Guan Eng had indeed commit the sin of "kreatif aka-untung" and "guanomics" by creatively interpreted the surpluses in 2008 and 2009 were due to his "dividends of anti-corruption" policy?

Let's see where the extra revenue came from, shall we? Please observe the table below.



Again, Penang revenue in 2008 and 2009 were largely derived from Non-Tax Revenue (Hasil Bukan Cukai) and sizeable Non Revenue Receipts (Terimaan Bukan Hasil). 

If we look at the table below, clearly the "record surplus" of 2008 was contributed by:


  • "Premium Tanah - Tukar Syarat" which went up by 330.7%
  • "Pemberian Pertambahan Hasil" (increase by 496.2%) which included RM9.84 million revenue during BN government in 2007 but accounted in 2008
  • "Premium Tanah" - Pemberian Milik Bayaran Khas (increase by 120%)
  • "Permit Pengalihan Batu Batan Lain (increase by 204%)
  • "Cukai Tanah" (15.6%). 

More details can be read from following two tables:





From the tables above, in 2008 and 2009 alone, clearly Lim Guan Eng had misled Malaysians (and poor Penangites)  when he claimed that Penang's record surplus was due to his anti-corruption drive when in actual fact much of the revenue came from land related and non-economic transactions. 

So folks, there you have it. I have clearly shown you the mechanism of "guanomics" and "kreatif aka-untung" in Penang.

I hereby rest my case. 

(For more info on YAB Lim Guan Eng's guanomics and kreatif aka-untung, please read http://satdthinks.blogspot.com )



Puteri Bahagian Segambut

Posted: 13 Nov 2012 11:31 PM PST

Puteri Bahagian Segambut


SHEB dan Pemuda Bukit Bintang Terus Berbakti #BN4WP @tengkuazman @umbkl

Posted: 13 Nov 2012 10:17 PM PST

Syabas dan Tahniah buat Pemuda UMNO Bhgn Bukit Bintang dan Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) di bawah kepimpinan YM Tengku Azman atas kejayaan program Food 4 Life dan BR1M 2.0 semalam. Program telah diadakan di sekitar Jalan Masjid India.

Sebanyak lebih kurang 200 borang yang telah pun diagihkan termasuklah pendaftaran yang dilakukan secara terus dari atas talian (online). Pendaftaran terdiri daripada pengundi di kawasan Parlimen Bukit Bintang dan juga dari luar kawasan dan kebanyakkan yang mendaftar terdiri daripada anak muda.

SHEB juga telah menyampaikan lebih 200 bungkus makanan pada petang itu kepada golongan gelandangan di sekitar Jalan Masjid India.

Semoga usaha murni seperti ini akan dapat diteruskan lagi di masa2 hadapan.


#BN4WP
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Happy Deepavali Malaysia

Posted: 12 Nov 2012 11:02 PM PST

Happy Deepavali
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 13 Nov 2012 03:38 PM PST

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


Ancaman liberalisme dan pluralisme

Posted: 26 Sep 2012 05:41 PM PDT


1.      Latarbelakang

Nabi s.a.w telah mengingatkan kita tentang kemunculan pelbagai fitnah pada akhir zaman. Hal ini terbukti apabila kita menelusuri kitab-kitab hadis yang memuatkan pelbagai karenah fitnah sama ada bermula sekecil-kecil fitnah sehinggalah menumpahkan darah. Walau apapun fitnah yang melanda, pegangan yang bersumberkan kepada petunjuk al-Quran, al-Sunnah serta bimbingan ulama ahli al-Bayt sentiasa berdiri di atas kebenaran. Hal ini jelas sebagaimana jaminan Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kalian dua pusaka. Pertamanya, Kitab Allah. Padanya terdapat petunjuk dan cahaya. Ambillah dan berpeganglah dengannya. Dan (keduanya) ialah sanak saudara keturunanku. Semoga Allah mengingatkan kamu terhadap kaum keluargaku…"(1)

Selain itu, terdapat juga hadis lain menuntut kita supaya mengikuti autoriti al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber pegangan utama. Bahkan kewujudan golongan yang membela agama juga sentiasa mengatasi apa jua bentuk kesesatan, keadaan dan cabaran yang mendatang. Lebih meyakinkan kita bahawa Allah sendiri memberi jaminan bahawa agama Islam ini tetap teguh terpelihara walaupun cuba diancam dan diserang oleh musuh-musuhnya. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Mereka ingin memadamkan cahaya (agama) Allah dengan ucapan mereka. Dan Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya meskipun orang-orang kafir membencinya."(2)

Walaupun kemunculan fahaman sesat sering berlaku setiap zaman, namun kita perlu menyedari bahawa ancaman pada zaman ini bukan sekadar berhadapan dengan kesesatan aliran pemikiran tauhid dan metafizik Yunani. Akan tetapi, kita sebenarnya berhadapan dengan aliran pemikiran moden yang berjaya mensinonimkan Islam dengan falsafah pemikiran Barat. Tuntasnya, mereka mengaku beragama Islam dan mengamalkan isi kandungannya akan tetapi menurut perspektif Barat. Sedarlah, firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Orang-orang kafir itu merancang tipu daya. Dan Allah membalas tipu daya mereka itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya."(3)

1.0         Pengenalan Islam Liberal dan Pluralisme

Fahaman Islam Liberal merupakan satu fahaman yang berteraskan prinsip kebebasan individu tanpa sempadan. Fahaman ini muncul pada kurun ke-16 dan ke-17 ketika zaman Renaissance, iaitu zaman golongan intelektual menyerang penyelewengan pihak gereja.

Zaman itu, agama Kristian di kawal oleh Roman Katholik. Pihak gerja berkuasa penuh dalam menafsirkan Injil. Manakala orang awam tidak sesekali dibenarkan untuk menafsirkannya. Mereka yang didapati menentang akan disiksa dengan pelbagai bentuk siksaan. Akibatnya, muncul pelbagai mazhab dalam Kristian seperti Protestant, Anglican, Prebisyterian, Lutheran, dan lain-lain.

Pendapat ini mempunyai jurang perbezaan yang luas antara satu sama lain sehingga menjelmakan kaedah "kebenaran itu tidak selamanya benar dan perlu dinilai semula". Tindakan ini benar-benar menjadikan Injil sebagai unsur manusia. Iaitu masing-masing memahami Injil dengan bahasa dan tafsiran sendiri. Oleh hal yang demikian itu, pengolahan dan penggubahan dalam memahaminya terus berlaku apabila dirasakan intisarinya tidak releven lagi dengan keadaan semasa. Rentetan daripada idea di atas, muncul pula John Hick mempelopori pendapat bahawa semua agama boleh diterima kerana tujuannya yang satu. Cuma cara dan pendekatan sahaja yang berbeza. Maka lahirlah apa yang dinamakan pluralisme.

Apabila menyedari serangan fizikal tidak mampu menggugat umat Islam, maka timbulnya alternatif baru untuk menyerang Islam dari dalam, iaitu menerusi serangan pemikiran. Maka pihak Barat yang diterajui Yahudi dan Kristian berusaha menggali ilmu Islam dan mengkaji sumbernya serta mencari apa jua kelemahan umat Islam yang boleh diserang. Akhirnya, mereka menubuhkan bahagian pengajian Islam di universiti-universiti di Eropah dengan 'menggula-gulakan' beberapa ulama sebagai pensyarah jemputan bagi menarik minat umat Islam mendapat pendidikan di sana. Apa yang penting bagi mereka ialah 'racun' pemikiran yang dihidangkan dapat ditelan dengan sempurna.

Lantaran itu, tidak hairanlah kita dikejutkan dengan kemunculan golongan Jamaah al-Quran Malaysia (JAM) yang dipelopori oleh Kassim Ahmad dan Osman Ali suatu waktu dahulu. Mereka begitu gigih mengajak masyarakat kembali kepada al-Quran dengan pengolahan yang baru. Dalam masa yang sama mereka cuba menilai kembali kedudukan al-Hadis. Mereka sebenarnya adalah anti hadis.

Mutakhir ini, muncul pula Jaringan Islam Liberal (JIL) di Indonesia yang dipimpin oleh Ulil Absar Abdullah. Kerancakan pemikiran ini seterusnya merebak ke negara kita setelah pengharaman fahaman ini di buat oleh Majlis Ulamak Islam Indonesia (MUI). Maka lahirlah fahaman-fahaman yang senada dan seirama dengan pemikiran Ulil Absar oleh beberapa individu seperti Farish A. Noor(4), Akbar Ali(5), Zainah Anwar(6) yang menunjangi Sister In Islam (SIS). Walaupun tidak segagah gelora kemunculan Islam Liberal di Indonesia (JIL), namun dalam beberapa hal mereka dilihat begitu agresif mengkritik dan mencabar kedudukan agama Islam itu sendiri dengan pelbagai gaya dan ruang. Maka perhatilah dengan sebaik-baiknya

2.0         Definisi Islam Liberal

Sebelum metodologi Islam Liberal dibongkar dengan lebih mendalam, sayugianya definisi terhadap Islam Liberal perlu diambil kira supaya semua pihak jelas dengan maksud tersurat dan tersirat di sebalik penjenamaannya. Dalam kes ini, penulis cuba memecahkan definisi kepada dua komponen utama. Iaitu :

2.1         Lafaz Islam Liberal:

Perkataan Islam Liberal sebenarnya terdiri dari dua cantuman lafaz yang berbeza, iaitu antara lafaz Islam dan lafaz Liberal. Islam dari sudut bahasa bermaksud taat dan patuh, menyerah diri dan selamat. Manakala dari sudut istilahnya pula Islam merujuk kepada satu cara hidup yang perkenankan oleh Allah melalui syariat-Nya yang dibawakan oleh Nabi Muhammad s.a.w untuk seluruh manusia dan jin. Ternyata lafaz Islam begitu harmoni dengan kehidupan insani.

Menurut kamus Dewan, Liberal bermaksud condong kepada kebebasan dan fahaman yang demokratik atau berfahaman bebas. Ia juga dimaksudkan dengan bersifat atau berpandangan bebas, berpandangan terbuka Iaitu tidak terkongkong kepada sesuatu aliran pemikiran dan sebagainya.(7) Lafaz ini membuka seluas-luasnya ruang kepada akal dan nafsu untuk menerawang kebebasan mutlak. Ternyata cantuman lafaz dan pengertiannya terlalu sembrono.

4.2 Maksud Islam Liberal:
Apabila kita mengakses laman web Jaringan Islam Liberal, didapati mereka menafsirkan maksud liberal seperti berikut (catatan: diturunkan petikan tanpa dilakukan penyuntingan daripada teks asal): "Nama "Islam liberal" menggambarkan prinsip-prinsip yang kami anut, yaitu Islam yang menekankan kebebasan peribadi dan pembebasandari struktur sosial-politik yang menindas. "Liberal" di sini bermakna dua: kebebasandan pembebasan. Kami percaya bahwa Islam selalu dilekati kata sifat, sebab pada kenyataannya Islam ditafsirkan secara berbeda-beda sesuai dengan kebutuhan penafsirnya. Kami memilih satu jenis tafsir, dan dengan demikian satu kata sifat terhadap Islam, yaitu "liberal". Untuk mewujudkan Islam Liberal, kami membentuk Jaringan Islam Liberal (JIL)."(8) Demikian tafsiran dan alasan mereka.
Berdasarkan kepada tafsiran ini dapatlah disimpulkan bahawa Islam Liberal bermaksud sekumpulan golongan(9) yang memperjuangkan prinsip kebebasan dan rasional yang bersifat menyeluruh tanpa sebarang had.

Sebenarnya, mereka mencipta istilah ini bagi membuktikan bahawa kononnya golongan merekalah yang memperjuangkan keterbukaan dan kebebasan yang sebenar. Sedangkan mereka menuntut satu kebebasan yang melampaui batasan syariat Islam itu sendiri, iaitu kebebasan dalam memberikan pandangan secara terbuka yang tidak terikat kepada pemikiran Islam bahkan melebihi had ajaran Islam itu sendiri. Sedangkan Islam mempunyai prinsip al-Hurriyyah yang tersendiri berasaskan wahyu.

Apa yang dituntut oleh golongan Islam Liberal ialah al-Hurriyyah al-Fikriyyah wa al-I'tiqadiyyah, iaitu satu konsep kepercayaan yang mengatakan tiap-tiap individu mesti diberi kebebasan (supreme importance) dalam kehidupan sosial. Suara dan hak kebebasan ini cuba diperoleh mereka melalui prinsip peluang sama rata (equality of opportunity). Mereka berpendapat semua orang memiliki hak mutlak untuk memerintah, mencari harta, bercakap dan mengemukakan kepentingan masing-masing.

Kita melihat, apabila kedua lafaz yang berbeza ini (Islam – Liberal) cuba disatukan maka ia membawa cantuman yang songsang. Bahkan saling bertentangan antara kedua lafaz tersebut. Justeru didapati bahawa lafaz sebegini tidak pernah digunakan dalam bahasa arab. Malah penggunaan tidak berpijak kepada sebarang dalil bahasa. Bahkan pertentangan maksud antara kedua lafaz ini memberikan kita satu petunjuk bahawa lafaz ini sengaja direka bagi membebaskan Islam dari keterikatan sumbernya. Situasi ini dilihat cuba menjatuhkan imej Islam itu sendiri. Maka sebarang rekaan yang tidak berpaksikan kepada dalil agama bahkan bertentangan dengan dalil-dalilnya merupakan satu bidaah yang sesat lagi menyesatkan.

Jelas kepada kita bahawa istilah Islam Liberal merupakan istilah rekaan yang menyimpang daripada landasan Islam. kedudukan istilah bagi melambangkan kebebasan yang mutlak sebenarnya bertentangan dengan Islam yang menghadkan kebebasan berasaskan prinsip-prinsipnya yang tertentu. Berdasarkan kepada tafsiran dan alasan mereka juga dapatlah dirumuskan bahawa sandaran liberal kepada Islam merupakan sandaran kosmetik belaka. Hakikatnya perjuangan mereka mempunyai racun yang berbisa.


2.2         Klasifikasi Islam Liberal:

Secara umumnya, terdapat dua jenis liberal, iaitu liberal yang bercorak klasik dan moden. Liberal klasik lebih menekankan hak asasi dan undang-undang semulajadi merangkumi moral, politik, ekonomi, dan sosial. Manakala liberal moden lebih menekankan dasar-dasar awam melalui pengalaman, penelitian, dan praktis. Sistem liberal moden selalu menumpang dalam corak pemerintahan demokrasi. Manakala liberal klasik pula lebih bersikap konservatif yang membantah pengawalan kerajaan dalam aktiviti ekonomi.

Paling tuntas, status Islam liberal semuanya menyeleweng sama ada liberal klasik mahupun moden kerana ideologi yang diperjuangkan bertentangan dengan prinsip islam itu sendiri. Iaitu idea memperjuangkan kebebasan melebihi batasan syariat Allah. Justeru, penisbahan ini tidak sepatutnya dibiarkan.

3.0         Fenomena

Terdapat beberapa factor utama yang menunjangi kemunculan golongan Islam Liberal. Antaranya ialah:

3.1         Cabaran terhadap umat Islam sendiri

Situasi ini telah dibuktikan oleh Rasulullah s.a.w sendiri yang mengingatkan kita tentang fitnah yang berlaku pada akhir zaman. Antaranya berdasarkan kepada riwayat al-Syaikhan dari Huzaifah bin Yaman yang bermaksud: "Aku (Huzaifah) bertanya, 'Ya Rasulullah, sesungguhnya kami dahulunya berada dalam jahiliah dan kejahatan maka Allah mendatangkan kebaikan ini kepada kami. Apakah selepas ini akan ada kejahatan?' Nabi menjawab, 'Ya'. Aku bertanya lagi, 'Apakah selepas kejahatan itu akan datang pula kebaikan?' Nabi menjawab, 'Ya, tetapi akan ada bersamanya dakhnun (asap).' Aku bertanya lagi, 'Apakah asap itu, ya Rasulullah?' Baginda bersabda, 'Golongan yang tidak lagi mengikut landasan sunnahku dan mereka tidak menggunakan petunjuk yang aku bawa. Kamu akan mengenali dan mengingkari mereka'. Aku seterusnya bertanya, 'Apakah selepas kebaikan ini akan ada pula kejahatan?' Nabi bersabda, 'Ya, akan datang pendakwah-pendakwah di pintu neraka. Sesiapa yang mengikut mereka akan dicampakkan ke dalamnya."

Al-`Allamah Syeikh Said Hawa mengaitkan hadis ini dengan zaman kita sekarang. Beliau berkata, "Marhalah dakhnun atau 'asap' berterusan hingga ke zaman kita hari ini dan era kita sekarang ialah era lahirnya penyeru-penyeru ke pintu neraka."(10)

Berdasarkan kepada hadis di atas dan selainnya membuktikan kepada kita bahawa Islam dan umatnya sentiasa dicabar oleh musuh-musuhnya. Ia bukan bermaksud Allah sengaja ingin menyusahkan umat Islam itu sendiri. Sebaliknya, kewujudan musuh membuatkan kita sentiasa berwaspada dalam mengatur langkah agar tidak terperangkap dalam jerangkap mereka. Malahan memberi kesedaran kepada para ulama supaya lebih proaktif dalam memainkan peranan mereka.

Di samping itu, kewujudan cabaran dilihat mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Cabaran sebenarnya penting bagi umat ini kembali merenung kekuatan dan kelemahan mereka. Tanpa cabaran tentunya kita tidak menyedari di mana kedudukan kita yang sebenarnya. Apatah lagi untuk memainkan peranan dan tanggungjawab yang lebih aktif dalam memacu kekuatan dan menerajui pembangunan manusia.

Selain itu, khabar di atas juga menggambarkan kepada kita betapa pandangan Rasulullah s.a.w merentasi masa, tempat dan keadaan. Maka situasi ini menuntut kita untuk berpegang teguh dengan sunnah Baginda s.a.w yang terpancar daripada hidayah Allah.

3.2         Usaha pemberatan terhadap umat Islam melalui pengaruh orientalis

Sebenarnya usaha pembaratan bermula semenjak Perang Salib lagi. Mereka mendapati bahawa Umat Islam tidak dapat dikalahkan secara berhadapan selagi mereka berpegang dengan al-Kitab dan al-Sunnah. Akhirnya, satu strategi dilaksanakan bagi memesongkan perhatian umat ini terhadap intisari al-Quran. Lantaran itu mereka mencipta pelbagai terminologi bagi mengelirukan umat Islam. Maka muncullah istilah seperti Islam Tradisional–Modern, Islam Moderate–Fundamentalis, Islam Legalistik, Islam Formalistik Subtantif, Islam Kultural, Islam Inklusif-Eksklusif dan lain-lain lagi.

Selain itu, mereka juga memperkenalkan pemikiran nasionalisme, demokrasi, pluralisme politik, hak asasi manusia, feminisme, kebebasan, globalisasi dan muncul pula Islam Liberal.

Sebenarnya pemikiran liberal di barat berasal dari tradisi pemikiran Yahudi. Buktinya Leonard Binder(11) telah memperincikan beberapa agenda penting dalam bukunya Islamic Liberalisme: A Critique of Development Ideologies. Dalam buku ini beliau menjelaskan bahawa pergerakan Islam liberal perlu didukung dan disebarluaskan berasaskan kepada rational discourse. Gerakan ini digunakan sebagai alat untuk mencapai tujuan politik. Iaitu menjelmakan satu pemerintahan ala Barat bagi sebuah negara sebagai penyambung lidah Yahudi. Buktinya, Leonard menjelaskan: "Liberal government is the product of a continuous process of rational discourse. Political Liberalism in this sense, is indivisible.  It will either prevail worldwide, or it will have to be defended by nondiscursive action."(12)

Selain Leonard, muncul pula Charles Kurzman(13) memperkenalkan istilah dan gerakan baru kepada dunia Islam di dalam bukunya yang berjudul Liberal Islam: A Sourcebook.(14) Buku ini menghimpunkan karya 32 orang penulis dari 19 negara termasuk artikel Nurkholis Madjid yang berjudul "Penyegaran Kembali Pemahaman Keagamaan di Kalangan Umat Islam Indonesia."(15) Walaupun ditulis dengan gaya pemikiran falsafah moden dan terbuka ia sedikit sebanyak mampu menerapkan liberalisasi pemikiran di kalangan masyarakat.

Di dalam buku ini juga, Charles secara jelas mengatakan bahawa para penulis buku ini kesemuanya berorientasikan fahaman liberal. Di mana secara khususnya mereka menentang kebangkitan Islam secara halus.(16)

3.3         Kelemahan pemimpin Islam, kejumudan ulama, dan kejahilan masyarakat

Dalam mengupas faktor ini, penulis mendatangkan contoh Khilafah Uthmaniah sebagai bahan renungan dan teladan buat semua. Sebagai contoh, dasar pembangunan kerajaan Uthmaniah pada abad ke-16 yang lebih berorientasikan pembangunan fizikal dan ketenteraan menyebabkan pengembangan bahasa Arab terabai. Pengabaian ini menyebabkan usaha memahami dan mengkaji Islam secara mendalam terbantut. Banyak ruang pemikiran dan pelaksanaan agenda pembangunan Islam tertutup. Ramai dari pemimpin umat Islam hidup dibuai mimpi indah.

Manakala para alim ulama pula kebanyakannya memfokuskan kepada permasalahan tekstual yang lebih bersifat feqhiyyah. Malah terdapat sebilangan daripada mereka yang selesai dengan kehidupannya tanpa mengambil berat permasalahan umat. Apatah lagi untuk melahirkan idea-idea yang bernas yang dapat disumbangkan bagi pembangunan negara.

Kemajuan tamadun Eropah juga memperlihatkan kemajuan antara abad ke-16 hingga ke-18 Masihi turut menjadi faktor. Situasi ini menyebabkan dunia Islam terpencil. Kerajaan Uthmaniah mula tertarik dengan 'kejelitaan' Eropah. Manakala umat Islam pula merasakan ilmu pengetahuan di Eropah perlu diintegrasikan supaya Uthmaniah mendapat standard yang sama. Maka selaras dengan revolusi di Perancis, pada tahun 1816 didapati bahawa sekolah-sekolah di mesir sudah menerima pakai pemikiran-pemikiran Voltaire, Rostow, Montesquieu, dan lain-lain. Maka bermulalah pergeseran tamadun civilisasi dengan Islam. Dan akhirnya memunculkan fahaman nasionalisme yang menggalakkan pembebasan wilayah Uthmaniyyah mengikut identity bangsa masing-masing.

Imperialis barat pula berhasil meletakkan penguasa-penguasa tempatan bagi mengukuhkan cengkaman mereka dalam mengukuhkan penjajahan bentuk moden. Dan inilah hakikat yang berlaku dan terpaksa diterima walau amat pahit untuk ditelan.

Kini, isu kelemahan pemimpin Islam, kejumudan para alim ulama dan kejahilan masyarakat kembali menghantui kita. Ya, ketidakpekaan pemimpin terhadap isu-isu sensitive umat Islam menyebabkan kemasukan idea liberal dan pluralisme dipandang sepi. Kelembapan para ulama untuk bersuara, berhujah dan menjadi penggerak ilmu masyarakat mengakibatkan umat ini berada dalam kegelapan dan ketandusan idea. Apatah lagi untuk mengenal sesuatu aliran pemikiran yang ada. Umat yang lemah hanya menyaring sahaja apa jua pemikiran yang mendatang asalkan dilihat rasional dengan gaya dan keperluan hidup mereka. Justeru, semua pihak harus menyedari hakikat ini. Bahkan meningkatkan keprihatinan dan tanggungjawab yang tinggi dalam mendokong pegangan dan pemahaman yang benar.


4.0         Dasar-dasar Pemikiran Islam Liberal

Sebelum kita menerokai dasar-dasar pemikiran Liberal, maka asas umum yang menjadi momentum kepada ideanya perlu diambil kira. Antara gagasan pemikiran Islam Liberal sebagaimana yang dikemukakan Charles Kurzman adalah seperti yang berikut:

a) Syariat liberal, "liberal shari'a" argues that the revelations of the Quran and the practices of the Prophet command Muslims to follow liberal positions;

b) Syariat diam, the "silent shari`a,"holds that coexistence is not required by the shari`a, but is allowed. This trope argues that the shari`a is silent on certain topics-not because divine revelation was incomplete or faulty, but because the revelation intentionally left certain issues for humans to choose;

c) Penafsiran syariat (interpreted shari'a), this third trope suggests that religious diversity is inevitable, not just among religious communities but within Islam itself

Secara ringkas, idea-idea ini dijadikan bahan anjakkan dalam melahirkan beberapa dasar pemikiran Islam Liberal. Antara dasar-dasar pemikiran Islam Liberal adalah seperti yang berikut:

4.1         Pluralisme Agama (Kesatuan Agama)

Golongan Islam Liberal berpendapat Islam bukan satu-satunya agama yang benar. Bahkan semua agama di dunia ini adalah sama dan benar berdasarkan kepada konsep keseluruhan. Iaitu semua agama memiliki Tuhan dan menganjurkan kebaikan. Justeru, mereka menganggap masyarakat beragama Islam perlu menerima teologi pluralis dan kefahaman yang menghubungkan semua agama (lintas agama).

Sebagai contoh, Nurkholis Majid berpendapat bahawa pluralisme sesungguhnya adalah sebuah aturan tuhan (sunnatullah) yang tidak akan berubah, sehingga juga tidak mungkin ditentang dan diingkari. Beliau mengibaratkan pluralisme seperti roda, pusat roda itu adalah tuhan dan jarring-jaring adalah simbolik dari perbagai agama.(17) Demikian juga pendapat yang dikemukan oleh Alwi Shihab di dalam bukunya Islam Inklusif: Menuju Sikap Terbuka Dalam Beragama. Beliau berpendapat bahawa ayat 62 surah al-Baqarah dan ayat 69 surah al-Ma'idah itu bersifat inklusif bukannya eksklusif untuk umat Islam sahaja. Pendapat ini disokong oleh Abd Rahman Wahid, Djohan Effendi, Arief Budiman dan ramai lagi.

Ulil absar Abdalla pula mengatakan: "Semua agama sama. Semuanya menuju kebenaran. Jadi Islam bukanlah yang paling benar."(18)

Bertitik tolak daripada fahaman ini, mereka menyimpulkan bahawa semua agama adalah sama. Dengan itu mereka begitu mudah menghalalkan perkahwinan antara penganut yang berbeza agamanya. Mereka mendakwa inilah sebahagian dari hasil ijtihad dan pembaharuan hukum pada dimensi Islam. Paling tuntas, dasar inklusif-pluralis ini sebenarnya menyimpang dari kebenaran. Bahkan mengutamakan kehendak akal dan nafsu semata-mata.

4.2         Al-Quran sebagai produk budaya

Penganut Islam Liberal enggan menyebutkan "Allah berfirman" disebabkan mereka mendakwa al-Quran merupakan susunan kata-kata Muhammad atau merupakan karya bersama. Mereka berhujah bahawa teks al-Quran dalam bentuk apapun pada hakikatnya adalah produk budaya. Sebagai contoh, Nasr Hamid Abu Zayd menganggap hukum-hakam di dalam al-Quran hanyalah sesuai dengan sosiobudaya, ekonomi, dan politik masyarakat Arab abad ke-7 sahaja. Oleh itu, adalah tidak sesuai jika ia hendak dipraktikkan tanpa sebarang kajian dan menilai hikmah disebalik penurunan ayat tersebut.(19)

Tidak cukup dengan teori logic di atas, Nasr Hamid Abu Zayd dengan keras mengkritik metodologi ulamak tafsir Ahli Sunnah wal Jamaah. Beliau mendakwa autoriti tafsir bukannya dimiliki oleh mufassirin terdahulu. Bahkan beliau berpendapat bahawa para mufassir telah melakukan satu kesilapan besar kerana menafsirkan sesuatu ayat dengan unsur kenabian dan penurunan wahyu.

Selain itu, muncul pula Hassan Hanafi(20) dari Mesir yang mempelopori pemikiran Islam Berhaluan Kiri. Beliau berpendapat bahawa nas al-Quran adalah dilalah dzanniyyah. Manakala akal merupakan pemutus (al-Qat'iyyah) terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan Ketuhanan, Kenabian dan Hari Akhirat.(21)

Manakala Muhammad Arkoun(22) menggunakan pendekatan sejarah dalam menafsirkan al-Quran. Dan beliau berkeyakinan bahawa sebarang kajian kritis sejarah terhadap al-Quran merupakan satu bentuk ijtihad zaman kini. Lantaran itu, dia telah mengintegrasikan bahan sejarah dari pelbagai agama seperti Hindu, Buddha, Injil Perjanjian Lama dan Injil Perjanjian Baru. Beliau juga berpendapat bahawa al-Quran itu lebih suci ketika berada di peringkat pertama jika dibandingkan dalam bentuk bertulis.(23)

4.3         Kritikan dan penghinaan terhadap Rasulullah s.a.w

Golongan Islam Liberal menganggap bahawa kenabian Rasulullah s.a.w hanyalah menggambarkan kemampuan seseorang manusia yang memimpin kelompok tertentu. Sesiapa sahaja mampu mengambil alih sifat nubuwwah apabila memimpin manusia ke arah kebaikan.(24)

Di samping itu mereka juga menganggap bahawa Rasulullah s.a.w sebagai manusia yang biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Dan umat ini pula dituduh berpura-pura kerana mempercayai kesempurnaan yang ada pada Baginda s.a.w. Bahkan apabila kita mengikuti teks al-Quran dan al-Sunnah, dianggap sebagai menyembah teks berkenaan dan melupuskan fungsi akal.

Maka tidak hairanlah jika terdapat tokoh-tokoh tertentu di negara kita yang lantang melemparkan kritikan dan penghinaan terhadap Baginda s.a.w. Antaranya mereka menuduh Baginda tidak mencukur janggut kerana dahulunya tida ada pisau cukur. Baginda memakai serban kerana bentuk muka bumi Mekah dan Madinah berpasir. Lebih sadis lagi mereka menuduh Baginda sebagai bernafsu seks yang kuat dengan memiliki ramai gundik. Malah sebahagian mereka menganggap kepimpinan Baginda hanyalah sekadar Pegawai Daerah sahaja. Maka perhatikanlah, alangkah hitamnya hati dan betapa busuknya pula mulut-mulut jahat mereka.

4.4         Penafsiran semula agama Islam

Tajdid dan Ijtihad merupakan dua perkara yang saling berkait antara satu sama lain. Sayangnya, ia disalah tafsir oleh golongan Islam Liberal. Hal ini terbukti apabila mereka menganggap bahawa ilmu-ilmu Usul Tafsir, Usul al-Hadis, al-Jarh wa Ta'dil adalah ilmu buatan manusia yang tidak terlepas daripada kesilapan dan kecacatan. Oleh itu, mereka sesekali tidak menggunakan ilmu ini. Bahkan penggunaannya dilihat mampu mengekang tafsiran bebas mereka terhadap Islam.

Golongan ini juga tidak menghormati para ulama Islam. Bagi mereka, ulama hanyalah manusia biasa yang terikat kepada pentafsiran jumud ulama sebelumnya. Para ulama dianggap menyembah teks. Apabila pendapat mereka dilihat bercanggah dengan para ulama, mereka mengatakan bahawa pendapat ulamak boleh diterima dan ditolak. Demikianlah seni putar belit yang hebat yang ditunjukkan oleh penyeleweng zaman moden. Maka berhati-hatilah.

4.5         Mentafsir al-Quran secara Hermeunatika

Kaedah pentafsiran al-Quran secara hermeunatika seringkali diuar-uarkan orientalis dan pemikir Muslim moden seperti Aminah Wadud, Farid Esack, Asghar ali Engineer, Hassan Hanafi, Nasr Hamid Abu Zayd, dan lain-lain.

Sebenarnya, hermeunatika merupakan satu kaedah pengkajian prinsip umum yang terdapat dalam Bible. Golongan ini cuba memperkenalkan hermeunatika sebagai kaedah baru bagi merungkai penyembahan teks sekali gus membuka ruang penafsiran yang lebih luas dan bebas mengikut cita rasa mereka. Timbul persoalan, apakah umat Islam memerlukan bantuan hermeunatika dalam memahami tuntutan sebenar al-Quran.

Ternyata, tidak sesekali. Ini kerana metodologi penafsiran al-Quran sebenarnya jelas berdasarkan beberapa faktor seperti kaedah bacaan, sebab-sebab turun ayat, I'rab al-Quran, Gharib al-Quran, mufradaat, I'jaz al-Quran, kelebihan al-Quran dan lain-lain yang berkenaan. Sedangkan kaedah hermeunatika diasaskan kepada tafsiran relatif, disulami sangkaan, keraguan dan pengalaman kehidupan semata-mata. Justeru, bagaimana sesuatu yang kukuh hendak digantikan dengan sesuatu yang lumpuh. Perhatikanlah.

4.6         Menilai semua hadis-hadis Rasulullah s.a.w

Golongan ini menganggap bahawa hadis-hadis Rasulullah s.a.w perlu dinilai semula sekalipun ianya tercantum di dalam kitab-kitab sahih. Mereka tanpa segan silu mengatakan bahawa sebahagian besar hadis bukan daripada Nabi s.a.w. Sebaliknya, hanya ciptaan individu tertentu yang jelas mempunyai kepentingan.

Mereka menganggap hadis-hadis mutawattir hanyalah melambangkan sejarah peradaban zaman awal Islam sahaja. Ia tidak sesuai lagi untuk diamalkan pada zaman ini. Masya-Allah.

Selanjutnya, hadis-hadis yang berkaitan dengan al-Sam'iyyat dan al-Ghaibiyyat dianggap sebagai bahan rekaan perawi hadis. Bahkan perkhabaran ini dianggap sebagai cerita-cerita rekaan berunsur tahayul dan mistik belaka.(25)

4.7         Menilai semula hukum feqah

Aliran ini mempunyai kaedah yang tersendiri dalam menilai hukum feqah. Iaitu apa yang diambil adalah tujuan hukum iaitu maslahat bukannya bentuk hukum berkenaan. Justeru, ketentuan hukum boleh diubah berdasarkan maslahat manusia.

Sebagai contoh, pembahagian harta faraid boleh diubahsuai mengikut keadilan ahli waris, hak suami menjatuhkan talak boleh dilupuskan dan kes-kes perceraian hanya boleh diputuskan hakim mahkamah biasa, poligami dilarang, wanita diberikan hak samarata dalam persaksian jenayah, kes hudud boleh diubahsuai mengikut peradaban zaman, arak tidak haram jika tidak memabukkan, masa ibadat seperti solat, haji dan puasa boleh diubahsuai mengikut keperluan individu dan menutup aurat hanyalah peradaban pada zaman awal Islam sahaja.

Selain isu-isu yang difokus di atas, golongan ini juga turut memperjuangkan isu kesetaraan gender dan feminisme. Sebenarnya, banyak lagi isu agama yang telah, sedang, dan akan diketengahkan mereka. Dan kita melihat 11 tuntutan yang yang dikemukakan oleh IFC sebenarnya didalangi oleh golongan Islam Liberal. Dan sebahagian daripada pemimpin kita memberi sokongan kepada perjuangan mereka. Situasi ini sebenarnya amat melukai hati kita. Maka, sedar dan bangkitlah wahai pencinta agama Allah!

Justeru, kita perlu melipatgandakan usaha untuk menangkis idea-idea yang gila ini daripada mempengaruhi masyarakat dan anak-anak cucu kita. Semoga Allah terus memberi kekuatan kepada kita untuk membongkar setiap inci penyelewengan mereka.

5.0         KESIMPULAN

Setelah kita memahami dan menhayati dasar-dasar pemikiran golongan ini, maka jelaslah kepada kita bahawa aliran ini memberi ancaman yang besar terhadap ketulinan agama islam itu sendiri. Antaranya ialah:

5.1         Aliran pemikiran Islam Liberal merupakan produk barat yang jelas bertentangan dengan prinsip akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Bahkan boleh menjadikan seseorang itu sesat, dan terkeluar dari agama Islam. Maka tidak hairanlah jika Panel Kajian Syariah JAKIM dan Muzakarah Ulama Ipoh 2006 mengklasifikasikan fahaman ini sebagai sesat dan menyesatkan.

5.2         Pemikiran Liberal ternyata menyumbang kepada perpecahan umat Islam sesebuah Negara. Bahkan meragut kesucian akidah umat Islam sedikit demi sedikit sebagaimana yang berlaku di Indonesia. Lantaran itu Majlis Ulama Islam (MUI) telah memfatwakan pengharaman pemikiran Islam Liberal pada 25 Julai 2005.

5.3         Kehadiran Muslim Liberal memberi ruang dan peluang kepada musuh-musuh Islam bagi menyuntik perancangan jahat mereka untuk melemahkan umat Islam supaya umatnya drop-out dari arus perdana. Dan tidak syak lagi bahawa kemunculan IFC yang mempertikai keistimewaan Islam sebagai agama rasmi adalah hasil anjakan pemikiran Liberalisme.

5.4         Kehadiran Muslim Liberal juga sebenarnya satu usaha menghidupkan watak-watak munafik zaman awal islam untuk disesuaikan dengan peradaban zaman kini. Maka berwaspadalah dengan tokoh-tokoh munafik moden ini.

5.5         Pihak berwajib seperti JAKIM, Kerajaan Negeri, JAIN, Jabatan Mufti, Mahkamah Syariah, NGO Islam, cendekiawan Islam dan masyarakat perlu bergabung tenaga dalam usaha menangkis dan membongkar penyelewengan golongan Islam Liberal. Bahkan tindakan bersepadu dan menyeluruh perlu diambil bagi menyekat penularannya walau telah difatwakan haram.

Nota hujung:
(1)           Hadis riwayat Muslim, jld. 3, hlm. 1873 no: 2408. Selain itu hadis ini juga wujud di dalam Sunan al-Tirmidzi dengan lafaz yang sedikit berbeza. Tetapi apa yang lebih jelas berdasarkan Firman Allah  pada surah al-Ahzab ayat 33 yang menuntut kita mengasihi keturunan Baginda s.a.w. Ini tidak beerti kita condong kepada fahaman Syiah sebagaimana yang didakwa oleh sesetengah pelampau agama.
(2)         Surah al-Shaff ayat 8
(3)         Surah ali-Imran ayat 54
(4)           Beliau ialah seorang ahli akademik yang berlatarbelakangkan pendidikan sains politik dan falsafah. Dan bertugas sebagai penganalisa akademik di Zentrum Moderner Orient, Berlin, Jerman. Beliau pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Nabi s.a.w telah mengadakan hubungan seks dengan 15 orang wanita termasuk seorang bukan Islam yang bernama Rayhana sehingga ke akhir hayatnya. (Farish A. Noor, Let Islam lead way with progressive view on sexuality: New Straits Times, 4 Nov 2000)
(5)           Beliau pernah mengeluarkan kenyataan menghina ulama: "Mungkin serban-serban Mufti terlalu ketat dan sebab itu tidak cukup oksigen masuk ke dalam otak mereka. Mereka tidak berfikiran waras dari semasa ke semasa, ulama selalu mengeluarkan pengumuman yang tidak masuk akal dan bodoh." (Akbar Ali, Now the Mufti Blame Hindi Film : The Sun, 21 Februari 2000). Akbar Ali juga mendakwa al-Quran membenarkan murtad sebanyak 2 kali dalam rencananya yang berjudul Many Side To Tudung Issue: The Sun, 12 April 2000.
(6)           Beliau merupakan Pengarah Eksekutif kepada Sister In Islam (SIS). Beliau pernah menulis: "…Sebarang penafsiran terhadap sumber-sumber Islam seperti al-Quran bukanlah milik para ulama semata-mata. (Utusan Malaysia, 26 september 2000)
(7)           Kamus Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka (Kementerian Pelajaran Malaysia) boleh dicapai melalui www.karyanet.com.my
(9)      Sama ada Muslim dan bukan Muslim.
(10)        Syeikh Sa`id Hawa, Al-Madkhâl Ila Dakwah Al-Ikhwân Al-Muslimin, (Kaherah: Maktabah Wahbah, 1996)
(11)        Beliau merupakan salah seorang sarjana Barat berketurunan Yahudi yang bertanggungjawab mencetuskan pergerakan Islam Liberal pada era 1980-an.
(12)    Leonard Binder, Islam Liberal, (Yogyakarta : Pustaka Pelajar, 2001) hlm. 5
(13)    Salah seorang profesor Sosiologi Agama di Universiti North Carolina, Amerika
(14)        Diterjemahkan oleh Bahrul Ulum dan Heri Junaidi dengan tajuk Wacana Islam Liberal: Pemikiran Islam Terkini (Contemporary) tentang Isu-isuGlobal dan diterbitkan oleh Paramadina-Jakarta, 2001.
(15)        Dalam buku ini NurKholis Madjid berusaha mentakrifkan ad-Din itu sebagai keseluruhan agama yang ada. Malah perbuatan syirik kaum musyrikin Mekah juga dianggap sebagi agama oleh beliau. Buktinya, beliau mengatakan: "Di situ terjadi inkonsistensi yang nyata, iaitu perkataan ad-din dipakai juga untuk menyatakan agama-agama yang lain, termasuk agama syirik orang-orang Quraisy Mekah. Jadi, erti kata itu memang agama, kerana itu, Islam adalah Agama." (Charles Kurzman, (ed.)Wacana Islam Liberal: Pemikiran Islam Terkini (Contemporary) tentang Isu-isu Global, (Jakarta:Paramadina, 2001), hlm. 502). Sebenarnya, ini adalah manifestasi penyelewengan Nurkholis yang amat jelas. Kenyataannya yang menganggap agama-agama lain dan perbuatan syirik dikenali sebagai al-Din jelas bertentangan dengan Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Sesungguhnya al-Din (agama) yang diterima di sisi Allah ialah Islam." Ayat lain juga turut menjadi saksi bahawa barangsiapa yang mencari agama selain dari Islam, maka ia tidak akan diterima. Kelak di akhirat nanti dia termasuk dari kalangan orang-orang yang rugi." Dalam memutuskan kes ini, Nurkholis harus ingat bahawa dia tidak patut memeraskan akalnya dalam usaha mencari takrif agama. Ini kerana takrifan al-Din itu sendiri telah dimuktamadkan oleh Allah s.w.t. Akhirnya, pemerasan akalnya itu membuktikan betapa singkatnya pemikiran beliau sendiri. Beliau mengajak kita bersikap rasional ternyata beliau juga tidak menerima rasional tersebut. Rasionalisme beliau gagal menyelami realti Islam itu sendiri. Jika ditinjau secara mendalam, Islam merupakan satu-satunya agama yang mengatur urusan kehidupan secara holistik sama ada merangkumi ilmu mengurus diri ('Aini) mahupun ilmu mengurus sistem (Kifayah). Manakala agama-agama lain seperti Kristian, Yahudi, Hindu, Buddha dan lain-lain tidak menawarkan solusi kehidupan yang sempurna sebagaimana Islam. Maka ketidaksempurnaan itu menyebabkan agama tersebut tidak selari dengan sistem cara hidup manusia. Apatah lagi untuk dianggap sebagai al-Din. Justeru, apakah nilai sebuah rasional yang diperkenalkan mereka. Ternyata nilai itu hanya selari dengan tunggangan hawa nafsu mereka sahaja.
(16)        Adian Husaini, MA, Islam Liberal: Sejarah, Konsepsi, Penyimpangan dan Jawabannya, (Jakarta: Gema Insani Press, 2002, hlm. 9.
(17)    Nurkholis Majid, Islam: Doktrin dan Peradaban, (Jakarta : Paramadina, 1995), hlm. xxvii
(18)   Majalah Gatra, 21 Disember 2002
(19)        Nirwan Syafrin, Syariat Islam : Antara Ketetapan Nas dan Maqasid al-Syariah, Jakarta: Islamiyah Kahirul Bayan, 2004 hlm. 86
(20)    Beliau ialah seorang pensyarah falsafah di Universiti 'Ain Syam, Kaherah, Mesir
(21)   Al-Muslimun, London, 1 Ogos 1991, hlm. 3
(22)   Beliau merupakan seorang professor Pemikiran Islam di Universiti Sorbone, Perancis
(23)   Muhammad Arkoun, Rethinking Islam today, t.thn, tpt, hlm. 24
(24)   Ahmad Akhyari Ismail, Membongkar Kesesatan Islam Liberal : Sarjana Siasah Syar'iyyah UIN, Syarif Hidayatullah, Jakarta, Okt 2005
(25)        Ulil Absar Abdallah, dlm Debat Islam & Liberal, 16 April 2005 Masjid UIN, Syarif Hidayatullah, Jakarta

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Posted: 13 Nov 2012 01:16 PM PST

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


Nurul Izzah patut tarik balik kenyataan dan bertaubat?

Posted: 13 Nov 2012 07:58 AM PST



Wawancara bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Md. Isa dan juga ahli Majlis Syura Pas yang tersiar dalam Mingguan Malaysia amat tepat sekali. Nurul Izzah Anwar tidak patut berdalih lagi kerana kenyataannya di majlis forum itu ibarat 'sudah terang lagi bersuluh.'

Beliau harus jujur dengan kenyataannya kerana maklumat kontroversial itu tersiar mulanya dalam portal pembangkang Malaysiakini. Utusan Malaysia hanya memetik semula apa yang dikatakan.

Ucapannya yang dirakamkan, transkrip yang disiarkan sangat jelas mengenai apa yang dikatakan. Mengapa Nurul Izzah harus berdolak dalik sehingga ayahnya, Anwar Ibrahim cuba menyalahkan orang lain mengenai apa yang berlaku.

Penanya soalan Siti Zabedah Kasim ahli Majlis Peguam dalam forum itu menyatakan dengan jelas apa yang sebenarnya diucapkan oleh Nurul Izzah dan Nurul Izzah tidak berani komen.

Apakah Nurul Izzah mewarisi perangai bapanya "lawan tetap lawan" atau terus menyalahkan orang lain dan ghairah ingin menyaman Utusan Malaysia dan tidak berani menyaman portal Malaysiakini? Mengapa Nurul Izzah bersikap berpilih sedangkan perjuangan partinya adalah ke arah keadilan.

Reaksi terhadap kenyataan Nurul Izzah ini amat luar biasa sekali. Pada hemat penulis penafian Nurul Izzah dengan apa yang dikatakannya memerangkap diri.

Kekayaan Allah menyerlahkan siapa sebenarnya Nurul Izzah yang mewarisi sikap ayahnya bila ayahnya menjawab isu Lina Joy yang juga kontroversial suatu ketika dulu.

Tafsirnya terhadap "Tiada paksaan dalam beragama" dalam konteks al-Quran dan Perlembagaan Malaysia memperlihatkan kedangkalan Nurul Izzah memahami ilmu tafsir yang sebenar dan cuba memberi jalan kepada orang Melayu boleh memilih jalan murtad.

Kenyataan Nurul Izzah amat berbahaya dan terkait rapat dengan faham liberalisme dan pluralisme agama. Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan kenyataan Nurul Izzah itu celaru tapi mencari dalih menyalahkan pihak lain dan Datuk Abdul Hadi Awang menganggap ia isu remeh dan tumpuan harus diberikan kepada Pilihan Raya Umum Ke-13 sementara Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menyatakan kenyataan Nurul Izzah itu mungkin disalah tafsir.

Bagi khalayak yang mengikuti perkembangan diri Dr. Asri sesuai dengan ungkapan "Kalau tidak berada-ada masakan tempua bersarang rendah."

Isu kontroversial yang berbangkit adalah isu akidah dan isu Islam. Pas sepatutnya mengambil sikap yang jelas dan tegas terhadap perkara ini. Keberanian Nasharuddin dalam kenyataannya patut dipuji.

Tidak banyak orang Pas terutama pemimpinnya berani menyatakan kebenaran dan sebahagiannya membuat kenyataan dengan berdalih.

Kepada Nurul Izzah berlaku jujurlah kepada diri. Allah mengetahui apa yang kamu lafazkan. Hati kecil kamu lebih tahu apa yang kamu ucapkan. Sebagai orang Islam langkah terbaik ialah menarik balik kenyataan itu dan meminta maaf kepada umat Islam atas keterlanjuran itu dan dengan Allah mohon keampunan, kerana Allah amat mengetahui apa yang berlaku.

Bagi Pas harus tampil menyatakan yang benar itu benar dan jangan letakkan politik mengatasi kebenaran.

Politik menjaga hati dan kerusi bukanlah maslahah yang dianjurkan oleh Islam. Apalagi isu yang berbangkit menyentuh isu akidah dan isu yang boleh membawa kepada murtad.

Pas harus peka dengan perkembangan terkini mengenai aliran liberalisme dan pluralisme agama yang amat bahaya bagi umat Islam. Gerakan evangelis yang semakin agresif kini harus menarik perhatian pemimpin Pas daripada sikap apologetik kepada sensitif terhadap strategi orang lain.

Nurul Izzah juga menyebutkan isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Ia juga adalah isu zina. Zina sama ada berlaku secara terang atau private tetap salah dari sudut hukum Islam. Janganlah gunakan isu agama untuk memenangi pengaruh politik dan undi. Kenyataan Nurul Izzah mengenai agama dan LGBT memberi signal yang salah.

Sebagai orang Islam Nurul Izzah harus lebih bertanggungjawab. Perjuangan kebebasan bersuara yang beliau tuntut jangan sampai menafikan hak orang lain bersuara.

Kata pepatah lama, 'orang lain berlari, di laman sendiri bertenjet (berhati-hati).' Itu tidak adil namanya.

Menyaman Utusan Malaysia tidak Malaysiakini adalah langkah berpilih. Ayah Puan selalu membangkitkan isu berpilih dalam banyak kes mahkamah yang terdahulu. Reaksi khalayak berasaskan data dan fakta.

Nurul Izzah harus menerima hakikat kecanggihan teknologi boleh menyebabkan fakta diperolehi dengan cepat dan tepat. Minta maaflah dan bertaubatlah secara jiwa besar kerana ia menyentuh akidah dan isu murtad.

Warna-warni politik
Torashah

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

Posted: 13 Nov 2012 07:44 AM PST

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Ghau..Ghauu bau dia..baru PAKAI baju kaler ijau dah kata MASUK PAS..apalah juak pembangkang ni..

Posted: 12 Nov 2012 09:04 PM PST





Alamak...asal pakai baju hujau serta berkopiah putih aje dah kata sokong PAS...Kalau camtu yang Nik Ajis pakai baju 1 Malaysia tu kiranya nak join UMNO lah ye ke..kuang..kuang..kuang
Takde pula orang UMNO/BN melatah seperti juak pembangkang..nak meraih undi pun janganlah terdesak sangat macam tu sekali pun..jpm baca kat sini Ghau..Ghaauuuuuu BAU dia