Rabu, 7 Mei 2014

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Negeri Sembilan

Posted: 06 May 2014 09:15 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


N.Sembilan tubuh unit khas pantau JKKK

Posted: 06 May 2014 08:52 PM PDT




Kerajaan negeri mengambil inisiatif mewujudkan Unit Penyelarasan dan Pemantauan Institusi Akar Umbi (UPENPIAKU) khusus bagi mengatasi masalah birokrasi dalam menyelesaikan permasalahan rakyat.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, unit tersebut berperanan menjadi sebuah badan khas dalam meneliti serta memantau keperluan dan kehendak rakyat yang disampaikan melalui ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Sebelum ini, JKKK dipantau oleh Pegawai Daerah, namun kita melihat banyak masalah rakyat tidak sampai ke saya, ini mungkin Pegawai Daerah tidak mampu untuk memikul tanggungjawab itu kerana terlalu ramai yang perlu dipantau," katanya.

Pengerusi MyWatch dedahkan sindiket dadah libatkan pegawai tinggi polis di N.Sembilan.

Posted: 06 May 2014 12:21 AM PDT




6 Mei 2014 - Pengerusi Pasukan Bertindak Badan Pemantau Jenayah (MyWatch), R Sri Sanjeevan hari ini menyelar pihak polis kerana bertindak lambat dalam penyiasatan berhubung kes jenayah ke atas dirinya.

Beliau turut mempersoalkan mengapa sehingga kini tiada sebarang tindakan susulan terhadap kes tembakan yang berlaku kepada dirinya Julai tahun lalu yang sehingga kini masih tiada tangkapan.

Sanjeevan turut mendedahkan beliau telah menerima tiga butir peluru 9 hidup di dalam peti surat rumah keluarganya di Kampung Taman Jaya, Bahau dua hari lalu.

Sanjeevan juga mendakwa polis bertindak "berat sebelah" kerana beliau sebagai rakyat Malaysia tidak menerima perlindungan keselamatan sama seperti sesetengah orang lain.

Pada 27 Julai tahun lalu, Sanjeevan ditembak oleh seorang pembonceng motosikal semasa beliau berada dalam sebuah kereta dalam kejadian di Jempol, Negeri Sembilan.

Sanjeevan mendakwa kejadian tersebut berlaku kerana beliau telah mendedahkan sidiket pengedaran dadah melibatkan pegawai tinggi polis di Negeri Sembilan.

Beliau juga sebelum ini menuntut polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengambil tindakan dua anggota polis di Johor yang didakwa memiliki wang berjumlah RM1.5 juta dalam akaun masing-masing.

- Malaysiakini

PAS Kawasan Miri

Posted: 06 May 2014 07:46 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Tiada Kemudahan Asas dan Jalanraya Teruk Punca Bomba Sukar Padam Api Di Pedalaman

Posted: 06 May 2014 02:36 AM PDT

Mangsa Kebakaran Perlu Bantuan dan Kemudahan Asas

SIBUTI – Baru-baru ini rombongan PAS Miri bersama wakil DAP Niah melawat mangsa kebakaran di Rumah Akai Anggat, Ulu Merusa, Suai. Disamping itu kita juga menyampaikan sedikit sumbangan kepada mangsa untuk meringankan sedikit bebanan yang mereka tanggung akibat kehilangan tempat tinggal.

Dalam kejadian pada jam 11 malam pada seminggu yang lalu, kesemua 35 pintu rumah panjang itu ranap dijilat api menyebabkan hampir 300 penghuninya tinggal sehelai sepinggang. Dalam kejadian itu, seorang lelaki kurang upaya (OKU) telah menjadi korban akibat tidak sempat melarikan diri.

Menurut penduduk rumah panjang, mayat mangsa yang dikenali sebagai Kenedit Ali, 40, ditemui di bawah rumah dibahagian anjung hadapan rumah panjang yang bertiang tinggi itu dengan kesan kecederaan yang parah pada bahagian kepalanya akibat terhempas pada simen selepas terjatuh.
 
Rumah panjang Akai yang terletak di kawasan Suai sejauh 254 kilometer dari Miri dan 80 kilometer dari Bintulu menyebabkan pasukan bomba dari Balai Bomba Miri hanya tiba di tempat kejadian sekitar jam 1 pagi selepas menerima panggilan kecemasan.

Perjalanan yang jauh serta jalan yang tidak begitu baik mengakibatkan pihak bomba sukar untuk masuk kedalam kawasan rumah panjang tersebut. Pasukan Bomba Sukarela Batu Niah turut menghulurkan bantuan dengan kekuatan lima anggota sambil dibantu oleh beberapa anggota polis dari Balai Polis Batu Niah.

Kejadian kebakaran di rumah panjang sering berlaku akibat kesukaran untuk mendapat bantuan kecemasan serta tiada kemudahan asas seperti bekalan air serta letrik sehingga mereka terpaksa menggunakan lilin atau pelita gas untuk menerangkan rumah mereka waktu malam.

Kita mengesa pihak kerajaan dapat menyediakan kemudahan asas seperti letrik kepada penduduk rumah panjang tersebut supaya mereka tidak lagi terpaksa menggunakan lilin dan bahan yang mudah terbakar kerana kalau tidak dijaga dengan betul ianya boleh menyebabkan kebakaran.

Pihak bomba juga perlu mengadakan latihan mencegah kebakaran kepada penduduk rumah panjang agar mereka tahu menggunakan alat pemadam api sebagai pencegahan awal api dari merebak. Setiap rumah panjang perlu disediakan alat pemadam api untuk keselamatan penduduk yang sukar mendapat bantuan kecemasan dari luar.

Kita harap masalah kebakaran yang sering berlaku di rumah panjang dan juga rumah kampung di pedalaman Sarawak dapat diatasi dengan memberi kemudahan asas seperti bekalan air, letrik dan juga jalanraya yang baik untuk memudahkan pihak bomba datang memberi bantuan kecemasan.

Kerjasama dari pihak yang berkenaan untuk mengatasi masalah ini amat dihargai demi kepentingan penduduk yang sukar mendapatkan kemudahan asas serta bantuan kecemasan.

Jofri Jaraiee
PAS Miri Sarawak

English version
Fire Victims Need Help and Facilities

SIBUTI - Recently PAS Miri entourage with representatives of the DAP Niah visiting the fire victims at Rumah Akai Anggat, Ulu Merusa, Suai. Besides that we also deliver some contribution to the victims to lessen the burden they bear due left homeless.

In the incident at 11pm on a week ago, all 35 door longhouse was destroyed by fire caused nearly 300 residents left nothing. In that incident, a man with disabilities (PWDs) were killed as a result could not escape. According to the longhouse residents, the victim known as Kenedit Ali, 40, was found under the house inner front porch of longhouse high stilts with the impact of the severe injuries on his head as a result of crashing on cement after a fall.

Akai longhouse located in the Suai as far as 254 kilometers from Miri and 80 kilometers from Bintulu cause the fire brigade from Miri Fire Station just arrived on the scene around 1 am after receiving an emergency call.

Long journey and the road is not so good cause of the fire brigade difficult to get into the longhouse. Batu Niah Volunteer Fire Department also provided assistance with the strength of five members and assisted by several policemen from Batu Niah Police Station.

A fire in the longhouse often occur due to the difficulty of getting aid, and no basic amenities like water and electricity so they had to use candles or gas lamps to illuminate their homes at night.

We urge the government to provide basic amenities such as electricity to the longhouse residents, so that they are no longer had to use candles and flammable materials because if not taken care properly it can cause fire.

The fire brigade should also provide training to prevent fire to the longhouse residents so that they know how to use a fire extinguisher as a pre-emptive fire from spreading. Each longhouse a fire extinguisher should be provided for the safety of the people who could not find emergency help from the outside.

We hope the fires problem that often occurs in the long houses and the village houses in the interior of Sarawak can be solved by providing basic amenities such as water supply, electricity and good roads to facilitate the firefighters come to aid.

The cooperation of the parties concerned to resolve this issue is highly appreciated in the interest of the people who are difficult to get basic amenities as well as emergency assistance.





N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 06 May 2014 07:40 PM PDT

N.27 - PAS DUN Sura


ADUN Sura Hargai Peranan Anggota Bomba dan Penyelamat

Posted: 06 May 2014 03:37 AM PDT

DUNGUN, 6 Mei 2014 - Sempena Hari Anggota Bomba Sedunia yang disambut tanggal 4 Mei baru-baru ini, ADUN Sura, Y.B. Haji Wan Hapandi Wan Nik pagi tadi, meluangkan masa hadir ke Balai Bomba dan Penyelamat Dungun di Sungai Penaga, di sini, menyampaikan kek sebagai simbolik penghargaan di atas peranan pasukan berkenaan dalam operasi menyelamat khususnya di sekitar daerah Dungun.
Ketibaan ADUN Sura, disambut oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Encik Nor Azizi bin Che Noh.
Beliau merakamkan ucapan terima kasih di atas prihatin dan ingatan pihak ADUN Sura terhadap peranan pasukan bomba dalam usaha menyelamatkan nyawa dan harta benda masyarakat.
"Terima kasih di atas prihatin pihak Y.B. terhadap peranan kami, memanglah menjadi tekad kami untuk berusaha menjayakan setiap operasi dengan penuh tanggungjawab, " ujar beliau, yang turut menerangkan pengalaman pasukannya dalam mengendalikan operasi menyelamat di sekitar Dungun.

"Sebelum ni, ingatan yang sama pernah kami terima daripada Y.B. Ustaz Wan Hassan, terima kasih YB kerana masih berterusan menghargai tanggungjawab kami," akui beliau yang sebelum ini pernah menerima penghargaan yang sama daripada ADUN Sura terdahulu, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli.
Beliau turut menyampaikan cenderamata kepada ADUN Sura di atas kunjungan tersebut sebagai ingatan daripada pihak beliau dan anggotanya.
ADUN Sura turut berkesempatan bersua muka dengan anggota bomba yang bersiap sedia untuk menjalankan tugas di bilik operasi.
Dalam kunjungan sekitar tiga puluh minit itu, Encik Nor Azizi sempat memberi taklimat ringkas kepada ADUN Sura berhubung jentera penyelamat yang baru diterima dalam tempoh seminggu lalu.
ADUN Sura diiringi oleh Ketua PAS Cawangan Jalan Lembah, Ustaz Haji Abdull Rahim Abdull Jalil ketika kunjungan tersebut.

Selasa, 6 Mei 2014

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


Puteri Bahagian Segambut

Posted: 05 May 2014 11:09 PM PDT

Puteri Bahagian Segambut


Bujang Lapok Dalam Kenangan. Al Fatihah buat Seniman Negara, Datuk Aziz Satar #BujangLapok

Posted: 05 May 2014 07:01 PM PDT

Selamat jalan Pak Ajis. Kehilanganmu pasti akan menjadi satu lagi kehilangan terbesar kepada negara.

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Segambut turut berdukacita di atas kehilangan seorang lagi seniman terbilang negara. Datuk Aziz Satar telah kembali menemui PenciptaNYA jam 2.00 Pagi tadi di Hospital Kajang akibat sakit jantung.

Semoga roh Pak Ajis tenang di alam yang lain. Bujang Lapok hanya tinggal kenangan.

Al fatihah.

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Negeri Sembilan

Posted: 05 May 2014 09:41 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


JKKK yang dilantik kerajaan N.Sembilan dikatakan ada rekod jenayah

Posted: 05 May 2014 09:30 PM PDT




6 Mei 2014 - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Datuk Ishak Ismail mempertikaikan keputusan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam urusan pemilihan Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kampung Batu 7, Batu 8 dan Batu 9, Pantai di bawah DUN Lenggeng.

"Kita menolak pelantikan terbabit berikutan mendapati individu yang dipilih tidak memenuhi kriteria ditetapkan seperti mempunyai rekod jenayah, bukan ahli Umno tempatan, tidak menetap dalam kawasan jagaan.

"Justeru, kita akan bawa perkara ini ke Mahkamah dan kita mahu mahkamah membatalkan keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan negeri dalam pelantikan jawatan JKKK terbabit," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Tahunan Umno Cawangan Pantai dan Pantai Setia

- FMT

Belia di Seremban jadikan kedai kosong pusat minum arak

Posted: 05 May 2014 08:01 PM PDT


6 Mei 2014 - Bukan saja membuat bising, tetapi hampir setiap hari sekumpulan anak muda menjadikan deretan rumah kedai kosong berhampiran Taman Ixora 137, Seremban 3, di sini sebagai 'port' minum arak.

Bukan itu saja, malah sekiranya ditegur, penduduk pula akan dibaling dengan botol arak menyebabkan masing-masing terpaksa mendiamkan diri dan menahan sabar.

"Boleh dikatakan hampir setiap hari akan ada kumpulan anak muda hingga mencecah 10 orang berkumpul di situ bermula 6 petang sehingga larut malam, membuat bising sambil meminum arak.

"Mereka akan membuka radio kereta sekuat-kuatnya seperti pesta menyebabkan kami di sini terganggu," katanya.

Menurutnya, paling membimbangkan apabila kumpulan terbabit pernah bergaduh sesama sendiri menyebabkan penduduk risau kemungkinan ada yang bertindak lebih ganas.