UCAPAN TAHNIAH DI ATAS SAF BARU KEPIMPINAN PAS SELANGOR
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merakamkan ucapan TAHNIAH kepada saf kepimpinan Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor yang baru di bentuk dan telah diumumkan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, YB. Dr. Abdul Rani Osman semalam. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merasakan pemilihan YB Tuan Iskandar Samad, Ustaz Sallehin Mukhyi, YB Tuan Hj Khalid Samad sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1,2 dan 3 serta Khairuddin Othman kekal sebagai Setiausaha Perhubungan, Tuan Hj Ir. Izham sebagai Bendahari dan YB Tuan Hj Shaari Sungib sebagai Ketua Penerangan menunjukkan bahawa PAS Selangor telah mempunyai sebuah pasukan yang lengkap dan kuat untuk menghadapi Pilihanraya Umum yang ke 13 nanti. Pastinya saf baru yang mempunyai kepelbagaian ilmu dan pengalaman ini akan diyakini oleh seluruh ahli parti dan rakyat jelata untuk meneruskan kecemerlangan kepimpinan Pakatan Rakyat dan menjadi 'mimpi ngeri yang berpanjangan' kepada UMNO dan BN Selangor.
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengharapkan semoga setiap pemegang amanah jawatan ini akan bersungguh-sungguh membantu Pesuruhjaya PAS Negeri dan parti PAS itu sendiri di dalam usaha untuk merealisasikan agenda "Membangun Negara Berkebajikan" sepertimana yang telah diluluskan di dalam Muktamar PAS Pusat baru-baru ini mengikut konteks Negeri Selangor. Selain itu Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor akan sentiasa berdiri teguh dan istiqamah sebagai sayap parti yang utama untuk terus membantu saf kepimpinan Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor melaksanakan agenda dan program-program parti kepada seluruh masyarakat.
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor turut mengucapkan ucapan terima kasih kepada YB Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor yang telah melantik Sdr. Mohd Sany Hamzan, Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor sebagai AJK Tambahan BPPN Selangor yang baru. Sudah pastinya perlantikan ini menggambarkan keprihatinan dan kepekaan YB Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor dengan perkembangan semasa anak muda/belia yang kini merupakan generasi utama yang akan mencorakkan kepimpinan negeri dan negara pada masa yang akan datang.
PAS kawasan Kota Raja akan mengadakan program Ijtima' Tarbawi pada hujung minggu ini. Di fahamkan Ijtima' Tarbawi ini adalah merupakan persiapan dalaman bagi kesemua jentera PAS Kawasan baik dari peringkat kepimpinan Kawasan mahupun di peringkat cawangan bagi menghadapai PRU 13 yang bakal mendatang.
Sudah menjadi kelaziman bahawa PAS mendidik ahli-ahli nya menyertai pilihanraya bukan semata-mata untuk mencapai kemenangan tetapi matlamat yang paling utama ialah menentang kezaliman toghut yang berleluasa dengan menghalang sistem mungkar dari bermaharaja lela dengan menggantikan dengan sistem islam.
Justeru itu program ini dianggap amat penting bagi mempersiapkan jentera di semua peringkat. Ijtima' Tarbawi pada kali ini di fahamkan akan di hadiri oleh 2 orang panel iaitu Ust Dr Khairudin Razali - SU Dewan Ulamak PAS Pusat dan Tn Guru Zulkifli Ismail Ketua Dewan Ulamak PAS Melaka. Program anjuran Urusan Ulamak & Lajnah Tarbiah dan Kepimpinan PAS Kawasan Kota Raja.
Semoga dengan berlansungnya program ini akan memantapkan kekuatan seluruh ahli-ahli PAS di kawasan Kota Raja serta mampu untuk memberikan impak khususnya kekutatan dan kebergantungan dengan Allah swt.
Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) menyokong penuh inisiatif lebih 80 buah NGO's yang telah bergabung di dalam BERSIH 2.0 untuk menganjurkan satu program penting dalam sejarah tuntutan demokrasi negara ini yang juga dipanggil sebagai "Walk For Democracy" atau "Berjalan Untuk Demokrasi" pada 9 Julai 2011 akan datang.
DMPP turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada seluruh Jawatankuasa Bersih 2.0 atas kejayaan Majlis Pelancaran Bersih 2.0 yang diadakan malam tadi bersamaan Ahad, 19 Jun 2011.
DMPP percaya hasrat dan tujuan mereka ini adalah sangat murni, sebagai tanggungjawab sosial mereka kepada seluruh warga dan tentulah juga merupakan manifestasi kehendak seluruh rakyat yang mahu melihat satu sistem dan perjalanan Pilihan Raya yang Bersih, Adil dan Kredibil (boleh dipercayai). Apatah lagi jika kita melihat NGO-NGO yang terbabit di dalam BERSIH 2.0 ini merupakan NGO-NGO yang aktif dalam hal-hal berkaitan hak asasi manusia, pemberdayaan wanita dan rakyat, pembela terhadap masyarakat tertindas hatta dipimpin pula oleh bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia (Bar Council) iaitu Dato Ambiga Sreenavasan yang tentulah tahu dan faham ruang lingkup yang menjadi hak rakyat hatta batasan serta sempadan-sempadan yang ada, selari dengan undang-undang serta peraturan dalam negara.
Hakikatnya, selepas tempoh 12 kali Pilihan Raya Umum negara dan yang terbaru ialah Pilihan Raya Negeri Sarawak serta 16 kali Pilihan Raya Kecil membabitkan hampir kesemua negeri dalam Malaysia kecuali Perlis dan Wilayah Persekutuan; jelas terbukti bahawa terdapat pelbagai kelemahan ketara di dalam sistem dan perjalanan Pilihan Raya dalam negara ini. Kelemahan-kelemahan ini dapat kita lihat dan fahami melalui 8 Tuntutan yang dikemukakan oleh BERSIH 2.0.
Seandainya kelemahan tadi berterusan dan tiada usaha bersunguh untuk memperbaikinya daripada semua pihak khususnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu sendiri, maka negara akan terdedah dengan satu situasi di mana keputusan-keputusan pilihan raya itu tidak atau kurang kredibil yang seterusnya akan mewujudkan ketidakpuasan hati dan hilang kepercayaan para warga terhadap sistem dan perjalanan pilihan raya itu sendiri. Fenomena ini nantinya boleh mengakibat satu ledakan cemas dan kebangkitan rakyat. Dan andai ianya tidak terpimpin secara bertanggungjawab maka ia akan memberi implikasi buruk kepada kita semua.
Justeru, DMPP percaya bahawa tindakan Jawatankuasa BERSIH 2.0 ini dilihat bertujuan mengimbangi kemarahan serta kebangkitan rakyat dan melorongkan "kemarahan dan ketidakpuasan hati ini" kepada satu tindakan yang lebih terarah, bertanggungjawab, terpimpin hatta mengikut lunas-lunas Perlembagaan Persekutuan khususnya yang terkandung dalam Perkara 10 berkaitan Kebebasan Bercakap, Berhimpun Dan Menubuhkan Persatuan : secara aman dan tanpa senjata.
Oleh yang demikian, DMPP menyeru pihak berkuasa Polis DiRaja Malaysia (PDRM) khususnya agar mengambil pendekatan lebih bertanggungjawab dan mesra rakyat. Tindakan berterusan mengeluarkan"ancaman tangkap" kepada rakyat adalah suatu yang sangat tidak wajar, tidak menghormati rakyat, membelakangi semangat keluhuran Perlembagaan dan mencabuli serta menyalahgunakan undang-undang itu sendiri. "Ancaman Tangkap" itu berbaur satu ugutan keras dan ia tidak manis untuk menjadi satu budaya kerja pasukan polis terhadap rakyat. Kalau sikap dan budaya ini berterusan, jangan salahkan rakyat jika polis menjadi satu Institusi Awam yang tidak akan lagi dihormati hatta dipandang rendah.
Sudah sampai masanya PDRM berhenti daripada menjadi "Budak Suruhan Pihak Atasan". Sudah sampai masanya PDRM mengambil pendekatan "memahami dan menyantuni" kehendak rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.
DMPP menyedari betapa BERSIH 2.0 sendiri telah menegaskan bahawa mereka dalam hasrat membimbing rakyat mempraktiskan hak-hak yang dijamin oleh Perlembagaan. BERSIH 2.0 juga bersedia dan sanggup bekerjasama di pihak Polis bagi memastikan program pada 9 Julai nanti akan berlangsung dalam keadaan yang aman, tertib dan terkawal. Justeru, DMPP mendesak Ketua Polis Negara agar segera membuka ruang perbincangan di antara kedua belah pihak demi kepentingan negara.
DMPP juga sangat memandang serius akan kenyataan berbau "ancaman dan ugutan" yang dikeluarkan oleh Ibrahim Ali bersama Perkasa yang menegaskan "mereka akan menganjurkan protes bagi menghalang rancangan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) untuk mengadakan perhimpunan".
DMPP menyifatkan kenyataan ini adalah sangat bahaya dan mengancam keselamatan awam khususnya pada hari tersebut. Apatah lagi Ibrahim Ali secara emosional melulu menegaskan bahawa"apa sahaja boleh berlaku pada 9 Julai itu nanti". DMPP menyifatkan kenyataan ini sangat biadap, tidak ada kelas dan bersifat kebudak-budakan. Ia juga sangat bersifat "anti establishment". Amat malang ianya dituturkan oleh seorang Ahli Parlimen tidak berparti (yakni Bebas) atau dalam konteks Malaysia kita fahami mereka ini sebagai Ahli Parlimen "Lompat" (Katak)!
Lebih malang bilamana kenyataan "ancaman dan ugutan" seperti ini tidak pula diambil sebarang tindakan oleh pihak berkuasa dan hanya menampakkan PDRM bertindak tidak professional serta double standard.
DMPP tidak berhasrat untuk menghalang sesiapapun untuk turut Turun pada 9 Julai nanti, atau berhimpun bila-bila masa dan di mana sahaja; tetapi yang penting perhimpunan itu mestilah diadakan secara aman, tanpa senjata, dengan objektif yang jelas dan bukan berniat untuk menimbulkan sebarang kekecohan atau sebarang tindakan vandalism atau anti sosial.
DMPP sangat berdukacita terhadap segala kenyataan tidak bertanggungjawab yang dilontarkan oleh beberapa Menteri terhadap BERSIH 2.0. Ini termasuklah tuduhan Rais Yatim yang mengaitkan "Serangan Siber" ke atas beberapa laman web kerajaan baru-baru ini sebagai berkait dengan BERSIH 2.0. Manakala Muhyidin Yassin membuat tuduhan bahawa "Walk For Democracy" itu adalah bertujuan untuk menumbangkan BN. DMPP melihat kenyataan-kenyataan itu sebagai sangat tidak bertanggungjawab dan hanya menampakkan bahawa UMNO BN sekarang berada pada tahap "ketakutan yang melampau" sehingga "bayangan sendiri difikirkan hantu!".
DMPP mengajak seluruh rakyat dan semua pihak memahami bahawa apa yang akan berlaku pada 9 Julai 2011 itu nanti ialah satu program bersifat merakyat ; "Walk For Democracy" . Dan ianya secara khusus berkaitan dengan 8 Tuntutan BERSIH 2.0 untuk kita semua upaya menikmati satu sistem dan perjalanan Pilihan Raya yang bersih dan adil. Ianya bukan berkaitan persoalan politik kepartian yang sempit. Ianya bukan berkaitan persoalan individu orang tertentu. Ianya konsistant berkaitan Tuntutan Rakyat untuk SPR dan pihak berwajib bertindak segera Mereformasi Sistem Dan Perjalanan Pilihan Raya yang ada dalam negara ini agar lebih seimbang kepada semua pihak yang mengambil bahagian.
Akhirnya, DMPP menyeru seluruh rakyat jelata khususnya para wanita yang mahukan 8 Tuntutan BERSIH ini didengar dan tercapai agar hadir beramai-ramai dan bersama-sama kita BERJALAN UNTUK DEMOKRASI secara aman dan tertib. DMPP juga sedang dalam proses menggerakkan seluruh kekuatan organisasi dan jentera Dewan Muslimat PAS di seluruh negara untuk bersama menggerakkan rakyat HADHIR PADA TEMUJANJI KITA, 9 JULAI DI KUALA LUMPUR. DMPP yakin dan percaya, insyaAllah Kita akan lalui dan hadapi 9 Julai ini dengan penuh kewarasan, kejelasan tujuan dan penuh bertanggungjawab. Sungguhlah benar Jihad Yang paling Besar Adalah Berkata Benar Di Hadapan Pemimpin Yang Dzalim.
Kembalikan Kuasa Rakyat! Bersihkan Pilihan Raya! Allahu Akbar!
Dewan Pemuda PAS Pusat (Malaysia) melihat pendekatan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Dato' Ibrahim Ali sengaja menggunakan sentimen perkauman dalam satu perhimpunan di kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur kelmarin di dalam usaha untuk menggagalkan Himpunan BERSIH pada 2 Julai ini dan menjadikan sasaran barunya dengan bertindak membakar gambar Dato' S. Ambiga dan melaungkan sentiemen Agama dengan melebelkan 'perempuan hindu yang bahaya' adalah satu tindakan yang boleh mencetuskan suasana buruk walaupun ianya langsung tidak berkaitan terhadap himpunan yang bakal berlangsung.
Malah Dato' Ibrahim juga mengukapkan 'orang cina elok duduk dalam rumah sebelum sesuatu yang buruk berlaku' sebagai pendekatan amaran yang sengaja membakar kaum Cina di dalam Negara kita. Dengan menggelarkan dirinya sebagai 'general perang' untuk umat Melayu adalah keterlaluan dan terlalu bahaya untuk perkauman sempit bagi memastikan himpunan yang dirancang tidak akan berjaya adalah bertentangan dengan apa yang sedang berlaku dan bukannya membabitkan perkauman.
Bagi kami, Dato' Ibrahim sengaja menyamakan himpunan ini sepertimana yang berlaku di Libya bagi tujuan mengulingkan kerajaan di sana sebagai satu niat jahat bagi menghasut rakyat atas kebimbangan yang sengaja diada-adakan. Oleh yang demikian, kami mendesak agar pihak Polis menahan Dato' Ibrahim kerana jelas beliau membawa sentimen perkauman dan amat berbahaya terhadap perpaduan kaum di dalam Negara kita. Jika pihak Polis masih gagal mengambil tindakan terhadap Dato' Ibrahim, memang benar dakwaan bahawa Perkasa adalah agen kepada Umno selama ini.
Dan kami menyeru agar kaum Cina dan India agar bersama-sama di dalam himpunan ini nanti bagi menyatakan protes terhadap pihak Kerajaan kerana sengaja membiarkan Dato' Ibrahim mencetuskan prasangka buruk dan perkauman sempit. Kami yakin rakyat pelbagai kaum akan bangkit bagi membantah sikap pihak berkuasa dengan membiarkan Dato' Ibrahim dengan mengheret perkauman sempit untuk cuba menggagalkan himpunan bagi membersihkan sistem pilihanraya yang tidak sedikitpun menyentuh isu perkauman.
SUNGAI PETANI 20 Jun - Dua pesakit termasuk seorang wanita mengandung nyaris maut apabila ambulans yang membawa mereka terbabas lalu terbalik di persimpangan Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Plaza Tol Sungai Petani Utara, di sini hari ini.
Kejadian berlaku pukul 8.45 pagi selepas sebuah kereta dari arah bertentangan tiba-tiba hilang kawalan ketika melalui jalan itu lalu merempuh ambulans berkenaan.
Cubaan pemandu ambulans itu untuk mengelak, menyebabkan kenderaannya yang dalam perjalanan membawa pesakit dari Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, terbabas lalu terbalik.
Turut sama mengiringi pesakit itu ialah seorang pembantu kesihatan, namun kesemua mangsa terlibat hanya mengalami kecederaan ringan.
Pengarah HSAH, Dr. Harif Fadzilah Che Hashim berkata, ambulans itu bertolak dari HSAH pada pukul 8.30 pagi dan semasa hendak memasuki persimpangan lampu isyarat di Plaza Tol Sungai Petani Utara, sebuah kereta dari arah Sungai Lalang tiba-tiba merempuh kenderaan terbabit.
"Dua pesakit berada di dalam ambulans itu mengalami kecederaan dan terpaksa keluar dari pintu belakang. Pesakit terbabit kemudian dikejarkan ke HSAH dengan bantuan ambulans lain untuk mendapatkan rawatan.
"Keadaan kedua-dua pesakit berusia 20-an itu kini dilaporkan stabil dan tidak mengalami kecederaan serius. Kandungan salah seorang pesakit juga selamat," katanya.
Beg tangan Birkin adalah beg buatan tangan Hermes dan dinamakan dengan nama seorang pelakon dan penyanyi Jane Birkin. Beg tangan ini menjadil simbol kekayaan kerana harganya yang tinggi dan tidak mampu dimiliki oleh orang awam. Harga bagi sebuah beg adalah diantara US$9,000 (lebih RM25 ribu) hingga US$150,000 (lebih RM450 ribu).
Harganya menjadi lebih mahal bergantung kepada jenis bahan yang digunakan. Beg-beg tangan ini diedarkan ke butik Hermes pada jadual yang tidak berkala dan dalam jumlah yang terhad, ini mencetuskan rebutan dan, secara tidak langsung ia telah menjadi eksklusif. Ia akhirnya menjadi kegilaan ramai, ia dikatakan mempunyai senarai menunggu yang panjang sehingga 6 tahun, dan dikatakan mempunyai senarai menunggu paling lama dalam sejarah.
Victoria Beckham antara artis antarabangsa yang mempunyai koleksi beg tangan Birkins.
Dan gambar-gambar Rosmah di bawah ialah bersama dengan beg tangan Birkins hadiah daripada Robin Tan, anak lelaki Vincent Tan kepada wanita pertama Malaysia. Dianggarkan setiap beg tangan Birkins berharga US$ 120,000 (lebih RM360 ribu) dan telah dibayar dibawah nama Sports Toto.
Gambar-gambar Rosmah bersama 3 beg tangan Birkins yang berbeza.
Pemimpin-pemimpin PAS telah merancang untuk menaikkan isu koleksi beg tangan Rosmah, yang dipercayai bernilai RM1 juta dan meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perkara itu.
"Ini bukan satu isu yang remeh. Bagaimana dia mampu memiliki beg-beg yang mahal seperti itu. Mengapa dia dan Najib boleh berbelanja melebihi kemampuannya? Ini adalah isu serius. RM1 juta boleh dibelanjakan dengan baik untuk pembinaan kemudahan-kemudahan di luar bandar, untuk biasiswa dan lain-lain," menurut Mahfuz.
Dewan Pemuda PAS Pusat (Malaysia) mempelawa Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaludin dan seluruh Pemuda Umno dan Barisan Nasional (BN) yang merancang mengadakan himpunan yang sama sepertimana Himpunan BERSIH pada tarikh yang sama pada 9 Julai ini nanti untuk bersama-sama berhimpun dan menyerahkan memorandum kepada Yang DiPertua Agong adalah satu tujuan yang sama iaitu berhimpun dan menyerahkan memorandum.
Kami berharap Khairy dapat menyertai BERSIH bagi mengatakan hasrat yang sama walaupun dibantah oleh pimpinan Umno dan pelbagai amaran oleh pimpinan Kompenan BN bagi membantah hasrat Khairy dan Pemuda Umno bagi tujuan yang sama. Tetapi sedikit pelik kerana Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) langsung tidak pula membantah Pemuda Umno kerana ingin turut berhimpun? Dan kenapa juga Pemuda Umno tidak membantah Perkasa berhimpun bagi menghalang Himpunan BERSIH?
Kami melihat 'wayang' daripada Umno dan Perkasa di dalam cubaan menjadikan himpunan BERSIH sebagai satu pendekatan perkauman adalah bertujuan ingin memastikan kegagalan Himpunan BERSIH ini sebenarnya. Kami sekali lagi yakin bahawa pendekatan berhimpun adalah pendekatan yang sewajarnya kerana Pemuda Umno dan Perkasa juga mengambil pendekatan yang sama bagi mengatakan hasrat mereka dan tidak pula menggunakan kaedah lain jika ingin membantah sesuatu perkara. Ini adalah satu bukti keperluan berhimpun yang penting bagi menyatakan bantahan atau tuntutan yang diberikan izin oleh Perlembagaan Negara.
KUALA LUMPUR 21 Jun - Gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 pada skala Richter menggegarkan kepulauan Solomon di Lautan Pasifik pada 10.04 pagi ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa ialah di pulau Santa Cruz, 658 km ke tenggara Honiara, ibu negara kepulauan Solomon dan 5,518 km tenggara Kunak, Sabah.
GENEVA 21 Jun — Jack Warner telah meletak jawatan sebagai Naib Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) awal pagi tadi dan tuduhan rasuah terhadapnya telah digugurkan oleh badan bola sepak dunia itu.
Warner dan Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia, Mohamed bin Hammam telah digantung oleh FIFA bulan lepas apabila dituduh menawarkan bayaran sebanyak AS$40,000 (RM121,000) kepada pengundi di Caribbean ketika Hammam melakukan kempen untuk menggantikan Sepp Blatter. - Agensi
KAHERAH 21 Jun – Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak, disahkan menghidapi kanser perut, kata peguam belanya, Farid el-Deeb, semalam.
"Beliau (Mubarak) menderita kanser perut dan ia sudah dicatatkan dalam laporan perubatan terdahulu," katanya.
Mubarak, 83, dimasukkan ke sebuah hospital di pusat peranginan Sharm el-Sheikh di Laut Merah pada 13 April lalu selepas mengalami masalah jantung ketika disoal siasat pihak berkuasa berhubung tuduhan pembunuhan penunjuk perasaan dan penyalahgunaan kuasa. – Reuters
KUALA LUMPUR, 21 Jun: Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa (gambar) hari ini menghantar notis pemberitahuan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat di bawah Peraturan Mesyuarat P.18 untuk mengemukakan usul mengenai kenyataan Presiden Perkasa yang menimbulkan perasaan takut di kalangan rakyat.
Katanya, pada 19 Jun lepas, Presiden Perkasa telah mengeluarkan kenyataan bertujuan untuk menimbulkan kegelisahan umum dengan mengingatkan sekiranya terjadi perkara-perkara yang tidak diingini pada 9 Julai ini, maka orang-orang Cina terpaksa membeli stok makanan.
"Dan kata-kata ini sengaja dilakukan untuk menimbulkan perasaan takut rakyat serta berupaya menjejaskan keharmonian rakyat berbilang kaum negara ini," ujarnya di dalam usul tersebut.
Menurutnya, penganjur Bersih tidak pernah sesekali mengeluarkan kenyataan tentang pergaduhan atau keganasan.
Tambahnya, mereka hanya bercakap mengenai isu kebersihan dan ketelusan perlaksanaan pilihan raya di negara ini dan ingin menggunakan perhimpunan ini untuk menunjukkan manifestasi rakyat yang tidak berpuas hati tentang perlaksanaan PRU selama ini.
Beliau yang juga Pengarah Pendidikan Politik DAP Johor berkata, ini bukanlah kali pertama, Presiden Perkasa memberikan ucapan berbaur perkauman yang mengajak rakyat untuk bergaduh sesama sendiri.
"Namun, sehingga kini, tiada tindakan diambil oleh pihak polis bagi menghalang beliau dari terus mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan keharmonian," ujarnya.
Menurutnya lagi, sejak negara mencapai kemerdekaan sehinggalah sekarang, tidak pernah seorang individu yang berkelakuan seperti itu terlepas dari undang-undang dan tindakan itu merupakan sesuatu yang serius.
Malahan, ujarnya budaya perkauman atau asabiyah itu tidak dianjurkan oleh Islam.
Beliau memetik bahawa Nabi Muhammad pernah bersabda, yang bermaksud: "Bukan di kalangan kami sesiapa yang menyeru kepada 'asabiyyah, bukan sesiapa yang berperang atas 'asabiyyah, dan bukan di kalangan kami sesiapa yang mati atas 'asabiyyah." (Hadis riwayat Abu Daud)
"Berdasarkan alasan di atas, insiden sebegini mencerminkan aspek keselamatan dan keharmonian telah terjejas.
"Oleh kerana 9 Julai semakin hampir, maka ia perlu dibahas dengan serta-merta dalam usaha menghindari keselamatan negara dan rakyat terancam dan mendapat mudarat oleh kerana sikap begini dan saya berharap agar usul ini dapat dibahaskan oleh semua Ahli Dewan," ujarnya.
Merujuk kepada kenyataan pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof
yang mengatakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersedia mengadakan
pertemuan dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) dengan
syarat gabungan tersebut membatalkan perhimpunannya pada 9 Julai ini.
Kita mengalu-alukan permintaan SPR untuk berjumpa dengan BERSIH
walaubagaimanapun Pengurusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) janganlah
mengenakan syarat terlebih dulu sebelum berjumpa dengan Gabungan
Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH).
Sepatutnya beliau sedia berjumpa dan berbincang serta cari
penyelesaian yang terbaik dulu sebelum memberi kata putus samaada
perlu atau tidak demostrasi BERSIH diteruskan atau tidak.
Sementara itu, Aziz berkata, SPR bercadang menggunakan sistem
biometrik yang membolehkan proses pengesahan pengundi dilakukan secara
elektronik, pada pilihan raya umum akan datang.
Ini juga cadangan yang baik kalau ianya benar-benar membantu
menyelesaikan sebahagian daripada masalah pengundi dari mengundi 2
kali tetapi pastikan tidak ada berlaku penyelewengan semasa proses
mengundi nanti disebabkan sistem biometric boleh terjejas disebabkan
oleh masalah terputusnya bekalan elektrik atau "server down". Adakah
SPR bersedia menggunakan sistem biometric ini ke kawasan pendalaman
seperti di Sabah dan Sarawak dimana alat penghubungan di Sabah dan
Sarawak masih jauh ketinggalan.
Adakah alat atau sistem ini boleh berfungsi dengan baik dimana bekalan
elektrik sukar didapati dalam kawasan yang jauh di pendalaman kalau
dibanding dengan menggunakan dawat yang boleh dibawa atau digunakan
pada bila-bila masa tanpa had.
Walaubagaimana pun sistem biometric ini sesuai dalam kawasan Bandar
dan juga boleh digunakan oleh pengundi POS dimana mereka akan dapat
dikesan dengan baik melalui senarai nama yang ada dalam pendaftaran
penggundi POS yang layak menggundi agar mereka tidak dapat mengundi
berulang kali di kawasan lain.
Kalau sistem biometric ini diguna dan dikawal dengan sebaik mungkin,
kita yakin masalah penyelewengan semasa proses mengundi dapat
dikurangkan walaupun tidak sepenuhnya disebabkan yang mengenalinya
adalah manusia yang sudah pasti ada kelemahan terkecuali mereka yang
mengurus dan menjaga alat ini benar-benar amanah dan jujur. Apa yang
penting mereka yang diamanahkan untuk menjaga dan mengurus alat ini
mestilah mereka yang jujur dan amanah tanpa mengira fahaman politik.
Kalau SPR yakin boleh mengenalinya dengan baik dan dipersetujui oleh
semua pihak tanpa sebarang keraguan maka perkara ini boleh dibincang
semasa pertemuan dengan pihak yang berwajib dan dengan pihak yang
berkenaan
Kita mahu SPR menjalankan sistem pilihanraya dalam Malaysia ini
dijalankan dengan adil, jujur, amanah dan bersih agar rakyat Malaysia
dapat menerima keputusan pilihan raya umum nanti dengan hati yang
terbuka tanpa sebarang keraguan. Diharap perkara ini boleh dibincang
dengan terperinci lagi dikalangan mereka yang diamanah untuk
mengenalinya.
PAS Miri
Jofri Jaraiee
Posted: 20 Jun 2011 11:25 PM PDT
19 Rejab 1432H. [MOD] -
PROJEK Jalan Kalabakan-Sepulut bernilai RM565 juta adalah projek tenat dan bukti nyata kerajaan Barisan Nasional menggali kubur sendiri di Sabah, terutama membazirkan sejumlah RM270 juta lagi untuk menaiktaraf jalan berkenaan yang kini lebih teruk daripada Jalan Pembalakan di era 70-an.
Aktivis Masyarakat dan Hak Asasi Manusia, Datuk Patrick Sindu menyatakan sedemikian setelah muak dengan pelbagai alasan yang diberikan oleh Jabatan Kerjaraya Malaysia dan terkesima dengan ribuan keluhan rakyat yang disampaikan kepada beliau melalui surat, email atau sms.
Kata Patrick, walaupun ada pihak telah membuat Laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2008, tetapi hanya ibarat mencurah air ke daun keladi, mungkin disebabkan SPRM tidak berminat untuk menyelongkar sampah yang disapu ke bawah permaidani UMNO.
Mengikut tinjauan dan pemantauan yang beliau lakukan sebelum bertolak ke London untuk menemui Queen Counsel, terdapat lebih 15 kawasan yang sukar dilalui kenderaan di sepanjang jalan tanah merah sejauh 145 kilometer tersebut.
"Ini bukan lagi Trunk Road yang dijanjikan tetapi sudah layak digelar 'Drunk Road atau Shrunk Road," kata Patrick yang merujuk kepada kontrak HQ.57/2004(F) iaitu Kontrak Membina Jalan Sapulut-Kalabakan yang bernilai RM 565 juta.
Kontrak tersebut kata Patrick telah diberikan 'secara silap' kepada Gamuda Berhad dan juga syarikat Konsortium F.A Irama Duta Sdn. Bhd. (untuk kerja penyukatan dan penyiasatan tanah) dan beberapa sub-kontraktor kecil-kecilan lain.
Jangkaan tempoh pembinaan dan penyiapan projek bermula pada 2001 dan siap pada 2007 dan dikatakan 'telah siap' pada tahun 2008.
Gamuda Berhad, milik anak Sultan Perak, Raja Dato' Seri Eleena binti Raja Azlan Shah yang pemegang saham terbesarnya termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Generasi Setia Sdn.Bhd dan Dato Lin Yun Ling, kata Patrick, telah gagal menyiapkan projek berkenaan ke tahap jalan berturap, namun tidak disenaraihitamkan.
Dalam pada itu, mengikut Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dalam Laporan Audit Negara 2008, pihaknya mengesan banyak kelemahan ketara pada projek tersebut, terutama tidak melaksanakan kerja penyiasatan tanah dengan sempurna.
"Banyak bahan yang tidak sesuai seperti kayu balak yang digunakan untuk membuat jalan oleh syarikat konsesi pembalakan tidak dapat dikesan. Kualiti kerja juga tidak memuaskan di beberapa lokasi kerana terdapat lubang pada permukaan jalan, permukaan jalan mendap, bahu jalan ternaik, longkang rosak, perlindungan tebing sungai terhakis serta penahan tembok runtuh," katanya.
Menurutnya, pembinaan jalan tersebut, turut menggunakan jajaran jalan pembalakan digunakan dua syarikat yang menjalankan aktiviti pembalakan dengan aktif di situ.
Melalui semakan audit terhadap bancian yang dilakukan perunding di tiga lokasi, mendapati purata kekerapan lori balak adalah 27 kali sehari di lokasi CH:82000, 97 kali sehari di CH109000 dan 101 kali sehari CH:128000 dengan muatan lori balak antara 42.54 tan hingga 62.08 tan.
Ambrin berkata, lori balak yang kerap menggunakan jalan tersebut adalah juga faktor yang melambatkan proses pembinaan dan menyebabkan kerosakan jalan baru dibina, sedangkan kapasiti jalan ini hanya dibina untuk muatan sehingga 30 tan saja.
Projek yang dipantau Cawangan Lebuh Raya di Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Sabah dan seorang jurutera daripada Jabatan Kerja Raya Tawau bertujuan menghubungkan Pekan Sapulut di Daerah Keningau dengan Kalabakan di Tawau dan beberapa penempatan yang sebelum ini penduduknya menggunakan sungai untuk ke pekan atau pusat pentadbiran kerajaan.
Ambrin turut mengesyorkan JKR supaya memohon lagi peruntukan kewangan tambahan yang mencukupi di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh untuk menyambung kerja-kerja penurapan aspal jalan berkenaan.
Sementara itu, anak kepada wartawan Sabahkini.Net Wilayah Sandakan, Sugyanto S Jumadi (gambar) yang baru beberapa hari lalu menggunakan jalan tersebut untuk menziarahi keluarganya dengan menaiki kereta sewa pacuan empat roda turut terkejut dan cemas melihat keadaan jalan seteruk itu sehingga ada rakannya yang pitam dan muntah-muntah kerana lantunan dan hentakan kenderaan pada permukaan jalan yang tidak rata.
"Camel Trophy pun tidak seteruk yang kami rasakan. Cukuplah. Serik sudah saya lalui jalan Sepulut-Kalabakan ini. Tidak tahulah macam mana Ahli Parlimen dan Adun boleh tidur lena tengok kesengsaraan rakyat," ujar Sugyanto S. Jumadi yang kesal kerana rakyat Sabah terpaksa menanggung kesusahan akibat kerajaan negeri terlalu menjaga kebajikan kontraktor, termasuk menambah kos RM270 juta untuk menyiapkan lebuhraya termahal di Malaysia.
Kehangatan media dan perbualan rakyat berkaitan himpunan BERSIH pada 9 Julai ini semakin memuncak. Pelbagai kemungkinan akan berlaku pada tarikh tersebut. Ada yang menyokong dan menentangnya, kesemuanya ada hujah dan pandangan tersendiri. Itupun hak dan kebebasan dalam demokrasi.
Persoalan pokoknya ialah apa matlamat akhir yang ingin dicapai BERSIH? Sangat sukat untuk dijawab secara objektif, namun secara mudahnya ialah untuk memastikan pilihanraya dalam Negara ini berjalan dengan penuh integriti dan diwarnai dengan suasana penuh demokrasi.
BERSIH 2.0 ini juga menjadi penanda aras kepada kesedaran rakyat kepada keseriusan rakyat dalam menentukan masa depan Negara. Jika ada yang meminta BERSIH mengadakan rundingan dan perbincangan sahaja untuk menyampaikan 8 tuntutannya, maka awal-awal lagi sikap angkuh Pengerusi SPR yang menolak mentah-mentah agenda yang dibawa menjelaskan lagi kenapa rakyat perlu turun bersama dengan BERSIH.
Pilihanraya bersih menjadi objektif kita bersama kerana tidak ada guna kempen, ceramah dan kesedaran rakyat sekiranya proses pilihanraya dijalankan secara tidak adil. Pihak kerajaan sepatutnya menghormati hasrat dan kemahuan rakyat untuk berhimpun yang dijamin oleh perlembagaan Negara. Signifikan daripada itu juga menunjukkan rakyat masih percaya dengan sistem pilihanraya tanpa perlu dianjurkan himpunan 'tahrir square' di Malaysia untuk menukar kepimpinan negara, cumanya perlu diperbaiki sistem yang jelas nampak kelompangannya.
Rakyat pada hari ini sudah tidak takut dengan ancaman yang diberikan. Harga keadilan dan demokrasi cukup mahal untuk dibayar dengan beberapa ribu kerugian ekonomi yang dimomokkan. Sekiranya himpunan BERSIH boleh berjalan dengan aman tanpa ada provokasi dan halangan yang dilakukan, maka dunia akan melihat bahawa Malaysia merupakan Negara yang menghormati pandangan dan kehendak rakyat dan akhirnya boleh menarik pelancong untuk datang melawat ke dalam Negara. Bukankah ini boleh menjadi keuntungan ekonomi kepada kita? Pelancong hadir untuk menyertai kebebasan demokrasi yang ada.
Kehadiran ratusan ribu rakyat nanti juga bakal menggambarkan bahawa keharmonian dan perpaduan kaum dalam Negara yang turun berjalan bersama tanpa mengira warna kulit dan agama, tetapi mereka berjalan dalam satu semangat rumpun bersama menuntut keadilan. Penyerahan memorandum kepada YDP Agong juga nanti menunjukkan bahawa seluruh rakyat mendokong YDP Agong sebagai Ketua Negara yang menjadi 'ayah' kepada rakyat. Apa salahnya untuk 'anak' berjumpa dengan 'ayah' secara beramai-ramai?
PERKASA cukup lantang menyatakan bantahan kepada himpunan ini. Sekiranya PERKASA boleh membuat himpunan dan laporan kepada polis tanpa ada gangguan orang lain, kenapa mereka mahu menghalang untuk rakyat berhimpun dan berjumpa denga YDP Agong? Adakah kebebasan berhimpun dan membuat laporan hanya untuk PERKASA?
Pihak Polis perlu menjadi perunding yang baik. Mereka seharusnya bersikap lunak dengan orang awam kerana rakyat merupakan pelanggang mereka. Sejarah BERSIH tahun 2007 banyak menunjukkan bahawa ramai juga anggota yang bersikap terbuka hingga memberikan kerjasama yang baik sepanjang himpunan. Tak kurang juga ada yang berdoa bersama peserta himpunan dan menunjukkan laluan keluar untuk peserta himpunan! Sebenarnya rakyat sudah lali dengan semburan air 'water canon' mahupun bedilan gas pemedih mata. Tindakan sebegini tidak pernah memadamkan semangat rakyat, bahkan meninggikan lagi amarah kepada pihak berkuasa. Polis hanya perlu mengawal peserta himpunan yang ingin timbulkan provokasi, bukannya semua orang awam.
Semoga himpunan BERSIH ini dapat membersihkan sistem pilihanraya, sistem sosial dan juga ekonomi yang ada pada hari ini. Apabila semuanya bersih, maka tidak akan puak yang ekstrim membela kumpulan dan bangsa tertentu hingga menzalimi bangsa yang lain, sebaliknya BERSIH juga akhirnya dapat menjadikan kita sebagai warga Malaysia yang harmoni dan menghormati prinsip antara satu sama lain.
ISLAMABAD 21 Jun – Seorang kanak-kanak perempuan mendakwa dia diculik sekumpulan anggota militan dan dipaksa memakai jaket pengebom berani mati untuk meletupkan sebuah pondok polis di daerah Lower Dir, barat laut Pakistan, semalam.
Kanak-kanak tersebut, Sohana Javaid, 8 tahun, ditemui polis kira-kira 50 kilometer dari pondok polis di pinggir bandar Taimargara, daerah Lower Dir berhampiran sempadan Afghanistan.
"Dia (Sohana) memakai jaket pengebom berani mati seberat lapan kilogram dan tingkah lakunya mencurigakan," kata ketua polis Lower Dir, Qazi Jamil-ur-Rehman. – AFP/Reuters
ANTARA pengusaha penjualan kereta mewah terpakai yang terdapat di sekitar Ampang.
GENTING HIGHLANDS - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dijangka melaksanakan sistem e-Tukar yang akan membolehkan orang ramai memeriksa maklumat berkaitan pembelian dan penjualan kereta secara online pada November ini.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan berkata maklumat online itu dibangunkan oleh eAuto Sdn. Bhd. dan disokong penuh JPJ, akan membolehkan orang ramai memeriksa maklumat mengenai kereta yang mereka mahu beli, terutamanya butiran mengenai pemilik asalnya dan butiran penting yang lain.
Menerusi sistem itu, seseorang boleh mengesan rekod dan status kewangan pemilik asal dan status kenderaan itu, katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Ke-33 Persekutuan Persatuan Syarikat Motor dan Kredit Malaysia (FMCCAM) 2011 di sini.
KUALA TERENGGANU - Seorang ibu yang masih dalam pantang bersama bayinya berusia 34 hari serta tiga anaknya nyaris maut dalam kebakaran rumah kedai dua tingkat di Kampung Kubang Lembek, Manir di sini, hari ini.
Ketika kejadian pada kira-kira pukul 3 pagi tadi, Rozita Abdul Rahim, 29, sedang tidur bersama bayinya itu dan anaknya yang lain yang berusia lapan dan sembilan tahun sebelum dikejutkan oleh suaminya untuk menyelamatkan diri.
Suaminya, Hamdan Hussain, 37, berkata, semasa kejadian dia mendengar suara bising jiran-jiran mereka di luar rumah di samping terdengar bunyi letupan dari bahagian atas rumah mereka.
"Mulanya saya ingat ada orang bergaduh. Saya naik ke tingkat atas rumah saya untuk melihat tetapi terlihat api yang sedang marak. Saya terus mengejutkan isteri dan anak-anak saya untuk menyelamatkan diri di luar rumah kedai itu.
"Selepas berjaya menyelamatkan mereka, saya bergegas pula masuk ke dalam dan berjaya menyelamatkan dokumen penting," katanya.
Penolong Penguasa Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Roslan Mat Din berkata, tiga jentera bomba bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kira-kira pukul 3.50 pagi.
"Bomba yang tiba ke tempat kejadian pada pukul 4.20 pagi dapat mengawal kebakaran daripada merebak ke premis lain kira-kira setengah jam kemudian," katanya.
Beliau berkata, punca sebenar kejadian masih disiasat dan jumlah kerugian keseluruhan dianggarkan kira-kira RM600,000.
Hampir 80 peratus rumah kedai lima pintu yang didiami tiga keluarga itu musnah termasuk sebuah premis pemprosesan minuman berkabornat dan premis alat ganti barangan motosikal.
Ini apa yang Menteri dapat ? betul ke ? renungkan lah .....
1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara
- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan, hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.
2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00
6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn telefon bimbit,satu pemandu,minyak percuma.Kalau guna khidmat pemandu kementerian, dapatlah duit percuma.(perdana sebagai kereta rasmi semata-mata)
7. Semua pemberian derma seperti kepada perkahwinan, kematian,atau pemberian kepada badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.
8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00
9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.
Jadi, tunggu apa lagi, semua pakat turun pada 9 Julai ini - ajak semua kawan-kawan dan saudara mara.
Alor Gajah: Taktik tiga lelaki menyamar sebagai anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah sebelum mencuri seekor lembu jantan di Simpang Guthre, Tebong, dekat sini, kecundang apabila seorang daripada mereka ditahan polis, awal pagi kelmarin.
Dalam kejadian jam 3.45 pagi, tiga lelaki berusia 40-an itu memberhentikan kereta Proton Perdana V6 dinaiki mereka selepas menyumpit lima ekor lembu di dalam pagar rumah penduduk dikenali sebagai P Bakachander, 47.
Jurucakap polis berkata, mangsa menyedari gerak-geri tiga suspek itu yang berlegar-legar di persekitaran rumahnya sebelum menyumpit lima lembu dan memasukkan seekor daripadanya ke dalam kereta dan melarikan diri.
Mangsa kemudian menghubungi polis sebelum anggota peronda yang meronda di sekitar Alor Gajah serta berdekatan mengesan dan mengepung kereta terbabit di setiap penjuru jalan raya ke arah Bukit Bulat.
"Bertindak atas maklumat itu, enam kereta peronda bergegas ke lokasi sebelum terserempak dengan kereta suspek bergerak laju ke arah Hutan Percha, Kemuning kemudian ke Solok Menggong sebelum berpatah balik dan berselisih dengan sebuah kereta peronda.
"Anggota peronda kemudian mengejar kereta suspek yang memecut laju dan berjaya menghalangnya ketika kereta itu membelok ke arah Machap," katanya.
Menurutnya, ketika kenderaan suspek dikepung, mereka cuba melarikan diri dengan keluar menuju ke arah ladang kelapa sawit berhampiran, namun seorang daripada mereka tidak bernasib baik apabila kakinya terbolos ke dalam longkang sebelum ditangkap.
"Dua suspek lagi gagal dikesan kerana melarikan diri di dalam ladang sawit dan pemeriksaan ke atas kereta menemui satu sumpit menggunakan bahan PVC dan pelekat lambang polis," katanya.
Sementara itu, Balachander berkata, ketika kejadian dia berada berdekatan lembunya di dalam kawasan berpagar selepas menyedari sebuah Proton Perdana V6 di depan rumahnya dalam keadaan mencurigakan.
"Beberapa minit selepas itu lima ekor lembu saya tumbang tanpa menyedari ia disumpit tiga lelaki dari dalam kereta tadi sebelum mereka mendekati saya sambil mendakwa anggota polis.
"Pakaian mereka ada lambang polis dan saya melihat seekor lembu rebah berhampiran pagar manakala empat lagi di dalam pagar sebelum mereka mengangkat dan memasukkan lembu di tempat duduk belakang dan terus beredar.
"Saya pelik apabila mereka memasukkan lembu yang pengsan ke dalam kereta yang diubah suai sedangkan pada mulanya mendakwa anggota polis," katanya. -HM
WASHINGTON 21 Jun – Satu gegaran kuat berukuran 6.3 skala Richter melanda utara Chile, malam tadi.
Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa bumi pada kedalaman 111.3 kilometer dan 90 kilometer dari timur laut bandar Calama, wilayah Antofagasta itu berlaku pada pukul 8.35 malam waktu Malaysia.
Gempa tersebut bagaimanapun tidak mengakibatkan kerosakan dan tiada amaran tsunami dikeluarkan. – AFP
COURTNEY MITCHELL (kanan) menyarungkan cincin perkahwinan kepada pasangan lesbiannya, Sarah Welton dalam majlis perkahwinan sesama jantina di sebuah kuil Hindu di Katmandu, Nepal semalam.
KATMANDU - Seorang peguam wanita dan profesor wanita dari salah sebuah kolej di Amerika Syarikat (AS) merupakan pasangan lesbian yang pertama berkahwin di Nepal semalam.
Nepal baru-baru ini telah mengiktiraf hak-hak lelaki homoseksual dan menggubal undang-undang untuk menamatkan diskriminasi seksual.
Pasangan itu, Courtney Mitchell, 41, dan Sarah Welton, 48, dari Denver, Colorodo diraikan dalam persandingan tradisi Hindu di kuil Dakshinkali yang terletak di selatan Katmandu, ibu negara Himalaya.
Ahli Parlimen Nepal, Sunilbabu Pant, seorang aktivis hak gay berkata, ia merupakan perkahwinan awam pertama daripada pasangan lesbian di negara konservatif.
Di Nepal, perkahwinan sejenis tidak menyalahi undang-undang. - AP
SHAH ALAM 21 JUN : Angkatan Muda Keadilan (AMK) menegaskan rakyat tetap akan turun ke jalan pada 9 Julai ini, biarpun terpaksa berdepan dengan pelbagai ugutan dan ancaman, tegas Timbalan Ketua AMK, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin.
"Biar apa jua keadaan yang mendatang, AMK akan terus berada di barisan hadapan untuk membawa rakyat merempuh sistem pilihanraya yang tidak telus melalui Perhimpunan Bersih 2.0 kelak," tegasnya dalam satu kenyataan lewat petang semalam.
Khairul berkata demikian bagi mengulas kenyataan yang dibuat secara berangkai oleh Umno, Pertubuhan Pribumi Perkasa dan pihak polis mengenai perhimpunan tersebut, yang jelas menunjukkan kedangkalan dan sikap tidak matang mereka berdepan suara rakyat.
Khairul yang juga dikenali sebagai Jonah mengingatkan perhimpunan Bersih 2.0 adalah hak rakyat untuk berhimpun secara aman bagi menuntut perjalanan pilihan raya yang lebih adil dan telus, selaras peruntukan perlembagaan.
"AMK menyarankan kepada Pemuda Umno dan Perkasa agar tidak membuang masa dengan mengugut rakyat. Jangan memperbodohkan rakyat dengan sistem yang menindas, sebaliknya belajarlah berhadapan dengan kuasa rakyat secara bermaruah," katanya.
Tegasnya, perhimpunan itu bertujuan untuk memperbaiki sistem Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan menuntut kerajaan supaya lebih peka terhadap keperluan perjalanan pilihanraya yang adil untuk semua pihak.
"AMK ingin membalas semua 'kerisauan' yang ditimbulkan oleh Umno, Perkasa, dan Polis ini dengan satu pertanyaan sahaja: "mengapa mereka perlu takut denganperhimpunan Bersih 2.0 sekiranya mereka yakin sistem Pilihanraya yang diselenggara oleh SPR di Malaysia benar-benar telus dan bersih?,"soalnya.
Malah, sistem pilihanraya yang adil dan telus bukan untuk menguntungkan PKR ataupun rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat, sebaliknya ia menguntungkan rakyat kerana suara mereka diterjemahkan dengan betul tanpa sebarang manipulasi.
Pemuda Umno dan Perkasa sebelum ini menyatakan hasrat untuk turut sama mengadakan perhimpunan pada tarikh dan masa yang sama bagi menyokong sistem pilihan raya di negara ini.
Ia disusuli dengan kenyataan berbaur perkauman yang dikeluarkan Presiden Perkasa, Ibrahim Ali yang memberi amaran kepada kaum Cina supaya 'membeli makanan tambahan untuk disimpan di rumah' jika perhimpunan itu tidak dihentikan.
Malah pertubuhan pelampau itu turut memberi ancaman kepada Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan dengan menyatakan beliau sebagai 'Wanita Hindu yang berbahaya'.
BRUSSELS - Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), semalam buat pertama kali mengaku bahawa serangan bom yang dilancarkannya di Tripoli kelmarin menyebabkan kematian penduduk awam.
Serangan itu juga berlaku dalam tempoh 24 jam selepas NATO mengumumkan pesawatnya tersilap membedil kedudukan pemberontak yang memerangi rejim Muammar Gaddafi.
NATO dalam satu kenyataan mengaku bertanggungjawab menyebabkan kematian orang awam dalam satu pengeboman di Tripoli yang meragut sembilan nyawa, termasuk dua kanak-kanak kecil.
"NATO kesal dengan kehilangan nyawa penduduk awam.
"Meskipun kami masih menyiasat punca kejadian ini, tanda-tanda menunjukkan kegagalan sistem senjata mungkin menyebabkan insiden ini," kata Komander NATO bagi misi di Libya, Leftenan Jeneral Charles Bouchard.
Kematian penduduk awam itu akibat serangan NATO, adalah yang pertama disahkan dan ia memalukan perikatan tersebut kerana kempen pengebomannya di bawah mandat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertujuan melindungi orang awam daripada serangan tentera Gaddafi.
Insiden itu juga berlaku sehari selepas NATO mengaku pesawat perangnya tersilap membedil sepasukan tentera pemberontak di kawasan Brega pada Khamis lalu, antara beberapa serangan yang tersasar.
Selepas menyiasat dakwaan kerajaan Gaddafi mengenai kematian orang awam, NATO berkata, sistem senjatanya dipercayai gagal mengenai sasaran yang dimaksudkan.
Wartawan dibawa ke daerah Al-Arada di Tripoli sebelum pukul 1 pagi semalam (7 pagi semalam waktu Malaysia) untuk melihat pasukan penyelamat dan orang awam bertungkus-lumus mencari mangsa di celah-celah runtuhan sebuah blok rumah dua tingkat.
Media kemudian dibawa ke sebuah hospital di Tripoli dan mayat seorang wanita dan dua kanak-kanak kecil, dikatakan tiga beranak yang maut dalam serangan itu, ditunjukkan kepada mereka. - AFP
(PARIT) - Dewan Pemuda PAS Negeri Perak telah melaksanakan program 'Retreat' di dalam persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke - 13 nanti untuk menyusun langkah persiapan jentera Pemuda PAS.
Program yang diadakan di Kampung Selebuh, Parit telah menghimpunkan semua pimpinan Dewan Pemuda PAS Kawasan seluruh Negeri Perak bagi membincangkan persiapan jentera Pemuda PAS di semua peringkat dalam PRU 13 ini nanti.
Dalam ucapan perasmian pembukaan oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak, Dr Raja Ahmad Al-Hiss meminta agar Pemuda PAS bekerja secara koletif bersama Pemuda Pakatan Rakyat (PR) untuk berdepan dengan Umno / Barisan Nasional (BN).
Manakala di dalam ucapan perasmian penutup pula oleh Ketua Pemuda PAS Perak, Zawawi Hassan meminta agar kemahiran bersepadu daripada Pemuda PAS nanti agar dapat mencapai kemenangan PR dalam PRU 13 nanti.
Program bermalam tersebut telah meluluskan resolusi agar Pemuda PAS Perak perlu menjadi tonggak kemenangan PR dalam PRU 13 dengan cemerlang dan memastikan setiap sentuhan kepada pengundi muda dapat dicapai.
Ketua Puteri Umno Bahagian Jerlun, Kedah didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Jitra, Kedah atas tuduhan khalwat dengan seorang lelaki.
Menurut laporan TV Selangor, Yusmawati Yaacob, 31 tahun didakwa mengikuti Seksyen 9(1) Akta Kanun Acara Jenayah Syariah Kedah 1988 manakala pasangannya, Mohd Jasmi Ismamil, 47, dituduh mengikut Seksyen 9(2) akta yang sama.
Sabit kesalahan, boleh didenda RM2,000 atau setahun penjara atau kedua- duanya sekali.
Kedua- dua pasangan itu ditahan sepasukan Pegawai Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Daerah Kubang Pasu dalam sebuah rumah di Taman Tengku Sarina, Jitra, jam 1:20 pagi, 11 Mei lalu.
Kedua-dua pasangan itu mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.
Hakim Sheikh Kamaruslan Mustapha menetapkan 4 Julai depan, tarikh sebutan semula kes.
Ini kerana peguambela tertuduh, Sukri Zakaria dan pendakwa syarie, Juliana Ramli perlu mengemukakan hujah masing- masing kepada mahkamah dalam tempoh dua minggu.
KOTA BHARU, 21 Jun: Ketua Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias), Datuk Dr Johari Mat (gambar) dipilih sebagai Anggota Dewan Negara (Senator) bagi menggantikan Senator Rosli Ibrahim bermula awal Julai ini.
Perlantikannya diumumkan Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasaruddin Daud dalam Sidang Dun Kelantan semalam setelah ianya dicadangkan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Cadangan itu disokong oleh timbalannya, Datuk Ahmad Yakob dan mendapat sokongan Anggota Dewan Undangan Negeri yang lain selepas diundi.
Dr Johari Mat yang dilahirkan pada 28 April 1952, merupakan anak jati negeri Kelantan.
Johari ketika ditemui mengucapkan terima kasih pada kerajaan negeri kerana memilihnya menggantikan kekosongan itu.
Katanya, beliau akan membawa hasrat kerajaan negeri untuk membela nasib rakyat tanpa mengira kaum.
"Ianya adalah sebahagian asas yang dipertanggungjawabkan oleh setiap
pemimpin yang beragama Islam," ujarnya.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Panau, Tanah Merah, Kelantan (1960 – 1961), kemudiannya ke Sekolah Menengah Arab Ihsan, Tanah Merah, Kelantan (1963 – 1969) dan seterusnya ke Sekolah Menengah Maahad Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan (1970 –1971).
Beliau mendapat BA Syariah dan Undang-Undang di Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK), Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan (1972 – 1975) dan seterusnya MA Usuluddin Universiti Imam Mohd Ibn Saud al-Islamiyyah, Riyadh, Saudi Arabia (1978 – 1982) (Pengkhususan : Akidah dan Aliran Pemikiran Semasa)
Beliau memperolehi Ph.D Usuluddin Universiti Imam Mohd Ibn Saud al-Islamiyyah, Riyadh, Saudi Arabia(1990 – 1994) (Pengkhususan: Akidah dan Aliran Pemikiran Semasa)
Sebelum ini beliau pernah bertugas sebagai tutor, Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK) 1976 – 1981
1981 - 1983 - Tutor, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
1983 – 1999 - Pensyarah, Akademi Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
1999 - 2001 – Prof Madya, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur
2001 – 30/4/2003 - Prof Madya, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kelantan.
Beliau juga pernah bertugas sebagai Timbalan Dekan Fakulti Usuluddin, Universiti Malaya (1983 – 1985), Penyelaras Pendidikan Islam, Universiti Malaya (1984 – 1985).
Dekan Fakulti Usuluddin, Universiti Malaya (1985 – 1990)
Pemangku Ketua Akademik Pengajian Islam, Universiti Malaya (1987)
Ketua Jabatan Akidah Dan Pemikiran Islam, Universiti Malaya (1996 – 1999).
KUALA LUMPUR - Seorang pengarah yang mengusahakan syarikat pelaburan berasaskan rumpai laut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menerima deposit daripada orang awam tanpa lesen yang sah.
Mengikut pertuduhan pertama, Wong Yiak Leong, 46, dituduh membantu syarikat AK United Sdn. Bhd. menerima deposit daripada orang awam tanpa lesen di Tingkat 2 dan 4, Wisma Dinahari, Jalan Jejaka 4, Taman Maluri di sini, antara Oktober 2007 hingga November 2008.
Bagi pertuduhan kedua, Yiak Leong, sebagai pengarah syarikat itu didakwa menerima deposit daripada orang awam tanpa lesen pada tempat dan tarikh yang sama.
Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh yang mewakili syarikat berkenaan dituduh melakukan kesalahan yang sama pada tempat dan tarikh yang sama.
Bagi ketiga-tiga pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 dibaca bersama seksyen 106(1) serta boleh dihukum mengikut Seksyen 103(1)(a) akta sama, yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda RM10 juta, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. - Bernama
SHAH ALAM, 20 Jun: Tindakan JPM menggagalkan slot pidato Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam Majlis Pelancaran Flotila ke Gaza, baru-baru ini mengundang rasa kecewa banyak pihak.
Ketiadaan beliau menimbulkan keresahan ramai dalam kalangan hadirin di Dewan Badminton Kuala Lumpur, Cheras pada malam 18 Jun lalu.
Pada masa ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk berucap dan melancarkan acara itu, kelibat Mohamad belum juga kelihatan.
Perasaan tidak senang itu bertambah kuat apabila melihat kepada backdrop di pentas utama yang jelas kelihatan menutup nama Mohamad sebagai pemidato dalam majlis itu.
Penasihat Exco mengenai Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Selangor (Padat), Datuk Dr Ibrahim Ghaffar menyifatkan ucapan Najib ketika pelancaran malam itu sebagai omong kosong dan bercanggah dengan tindakan menggagalkan slot pidato Mohamad.
(Gambar: Dr Ibrahim menyampaikan sajak pada malam itu di hadapan backdrop pentas utama yang jelas kelihatan menutup nama Mohamad Sabu.)
"Bagaimana beliau boleh menyebutkan perjuangan membantu rakyat Palestin oleh rakyat Malaysia disertai semua pihak tanpa mengira pegangan politik.
"Sedangkan slot ucapan Mohamad mewakili sebahagian besar dari rakyat Malaysia dinafikan," tegasnya.
Lebih dari itu, Ibrahim berkata, Najib tidak cukup keberanian jika memberi arahan menghalang Mohamad dari berucap.
Malah lebih dayus, tegasnya, jika Najib mengetahui ada tindakan tersebut dibuat oleh orang-orang bawahannya dan membiarkan kerja bercanggah dengan keputusan awal terus berlaku.
Ibrahim membandingkan kewarasan politik dan sikap terbuka mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang sanggup sepentas berpidato dalam isu Palestin bersama Datuk Fadzil Mohd Noor pada 9 Mei 2002 ketika itu sebagai Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Pendang.
Majlis anjuran Abim dan NGO itu diadakan di Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) disiarkan secara lintas langsung menerusi siaran televisyen milik Kerajaan Malaysia.
Meskipun ada analisa pihak berkaitan menyatakan terdapat 21 kelebihan pidato Ustaz Fadzil berbanding perdana menteri pada acara itu namun Mahathir tetap berani membenarkan aturcara penganjur berjalan lancar.
Menurut Ibrahim, beliau juga terlibat sebagai AJK Pelaksana malah mendeklamasikan sajak di atas pentas utama di dalam kedua-dua majlis berkenaan; pada 2002 dan 2011.
Ekoran tindakan mentiadakan slot ucapan Mohamad menyebabkan pihaknya merasa amat kecewa dan sangat segan kerana mempunyai perdana menteri yang kurang keberanian begitu.
Katanya, penganjur yakni Life Line For Gaza (LL4G) telah memaklumkan sedari awal kepada pihak atasan tentang aturcara majlis pelancaran melibatkan slot Mohamad tetapi tiada sebarang bantahan dari pihak berkaitan.
Namun di saat akhir, beliau sambil menunjukkan sms yang diterima sendiri dari Aman Malaysia mengenai pembatalan slot pidato Mohamad.
Menurutnya, tindakan segera dan tergesa-gesa terbukti apabila nama Mohamad yang sedia tertulis di backrop pentas utama hanya ditampal sejenis kain pada jam 8 malam bagi melindungi slot pidato itu.
Beliau juga menyatakan rasa kesal kerana majlis yang disifatkannya sebagai malam sejuta wajah itu telah digunakan oleh Pemuda BN khas dengan membawa pemuda berbaju biru tua.
Katanya, beliau sendiri bertanya di pintu masuk kenapa perlu berpakaian BN, mereka menjawab ini adalah atas arahan Aman Malaysia di bawah Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaludin.
"Sewajarnya malam itu untuk menyatakan hasrat menyokong perjuangan kemanusiaan ini tidak perlu menonjolkan sikap kepartian sendiri tetapi mesti bersatu atas nama rakyat Malaysia.
Penganjur di dalam kenyataan mereka beberapa hari menerusi emel kepada Harakahdaily memaklumkan Mohamad adalah salah seorang pemidato dalam majlis itu.
Malah sehari sebelum majlis berlangsung, beliau sendiri membuat pengesahan akan hadir dan berucap.
Harakahdaily KUALA LUMPUR, 20 Jun: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) memberi amaran kepada Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan ahli-ahli pertubuhan itu agar menghentikan tindakan samseng mereka dan ugutan kepada rakyat Malaysia khususnya kalangan bukan Melayu yang mahu menyertai Himpunan Bersih 2.0.
Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor menegaskan, Pemuda PAS bersedia menjadi perisai kepada rakyat pelbagai kaum yang hadir dalam perhimpunan Bersih 2.0 sekaligus menolak sebarang tindakan provokatif yang cuba diadakan oleh Perkasa untuk menimbulkan suasana tegang dan huru-hara.
DPPP, katanya kesal dengan risalah perkauman yang diedarkan Perkasa yang menyebut "Awas!!! Ambiga Wanita Hindu yang Merbahaya".
"Ini sudah melampau dan jelas satu penghinaan kepada Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan dan kaum lain," tegasnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
DPPP juga, ujarnya kesal kerana Ibrahim dalam ucapannya di Kelab Sultan Sulaiman turut memberikan amaran kepada Kaum Tionghua supaya membeli makanan tambahan untuk disimpan di rumah jika Himpunan Bersih 2.0 tidak dihentikan kerana Perkasa akan lakukan apa sahaja bagi menghentikannya.
Ini apa yang Menteri dapat ? betul ke ? renungkan lah .....
1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara - semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan, hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.
2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00
6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn telefon bimbit,satu pemandu,minyak percuma.Kalau guna khidmat pemandu kementerian, dapatlah duit percuma.(perdana sebagai kereta rasmi semata-mata)
7. Semua pemberian derma seperti kepada perkahwinan, kematian,atau pemberian kepada badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.
8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00
9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.
Jadi, tunggu apa lagi, semua pakat turun pada 9 Julai ini - ajak semua kawan-kawan dan saudara mara.
HARI AHAD 19 JUN 2010 - SAMBUTAN HARI BAPA BERSAMA ADUN MAHARANI
Hari Bapa Ahad 19 Jun 2011 disambut oleh YB Dr Mohammad Taslim dan AJKnya dengan bermesra bersama penduduk tempatan di Pekan Parit Bakar Muar. Bertempat di Warung bersebelahan Tokong di simpang Pekan Parit Bakar satu Program Pemeriksaan Kesihatan Percuma telah dilakukan oleh YB Dr Mohammad sendiri. Seawal jam 8.30 pagi penduduk tempatan telah menunggu kehadiran YB Dr Mohammad dan teamnya memulakan tugas.Sehingga jam 10.00 pagi hampir 30 orang penduduk mendapat manafaat daripada program ini. Pemeriksaan darah tinggi dan kencing manis diberi secara percuma. Nampaknya mereka cukup berpuas hati dengan khidmat yang diberi oleh YB Dr Mohammad.
Program Pemeriksaan Kesihatan Percuma ini telah dijalankan dalam DUN Maharani ini sejak lebih 10 tahun yang lalu sebagai Program Kebajikan PAS Kawasan Muar. Pada waktu tertentu Program besar-besaran bersama team Gaphor, PAPISMA, Darus Syifa' juga dianjurkan untuk semua penduduk.
Menurut YB Dr Mohammad beliau juga sering mengadakan lawatan berkala dari rumah ke rumah mengunjungi penduduk yang menghidap penyakit kronik, warga emas, OKU dan mereka yang ditimpa musibah. Inilah di antara khidmat yang dapat beliau sumbang sejak sebelum menjadi Wakil Rakyat lagi.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dengan Program Khidmat Kemasyarakatan ini. Selepas ini beliau akan berkunjung ke lokasi lain pula.
Kain rentang dipasang di Pekan Parit Bakar Muar.
Sebaran untuk orang ramai.
YB Dr Mohammad bersama sebahagian daripada AJK DUN Maharani di hadapan Tokong bersebelahan dengan Warong tempat Program dijalankan.
Di mana sahaja YB Dr Mohammad sedia berkhidmat.
Peserta pertama, Cikgu Minhad, mendapatb khidmat nasihat daripada YB Dr Mohammad
Wanita Cina ini turut diberi khidmat.
You're still strong auntie !
Sambutan menggalakkan daripada masyarakat berbagai bangsa.
YB Dr Mohammad dan Sdr Hamidun melayani pelanggan.
KUALA PILAH – Keadaan wayar di tiang bekalan air di Taman Rasa Sayang, Selaru, yang tercabut dan dibiarkan begitu sahaja tanpa dibaiki semula mengundang kebimbangan penduduk di sini.
Penduduk, Mohd Rudzi Mat Deris, 48, berkata, wayar itu berfungsi untuk mengawal tahap bekalan air di pam berhampiran perumahan berkenaan.
Menurutnya, sebelum ini, beliau sudah mengadukan masalah itu kepada pihak berkenaan, namun sehingga masih tidak tahu apakah tindakan yang diambil.
"Walaupun ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada penduduk, saya bimbang kanak-kanak akan bermain dengan wayar berkenaan," katanya.
Mohd Rudzi berkata, susulan kejadian itu, beliau juga bimbang bekalan air di taman berkenaan akan terganggu meskipun sebelum ini belum pernah berlaku masalah sedemikian.
"Saya gusar, apabila dibiarkan sahaja wayar itu tanpa dibaiki akan mendatangkan keburukan kepada kami pula.
"Pada mulanya, saya ingat wayar bekalan elektrik tetapi bila melihat tiang itu tertulis Jabatan Bekalan Air (JBA) Kuala Pilah. Saya pun maklumkan kepada pihak berkaitan apabila mereka berkunjung ke sini untuk memantau pam air taman ini. Walau bagaimanapun, masih belum dibaiki lagi," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut meluahkan rasa bimbang apabila jalan tar yang menjadi laluan taman itu sudah mulai retak.
"Keadaan cuaca dan struktur tanah berbukit dipercayai menyebabkan jalan taman ini mulai merekah.
"Oleh itu, saya berharap pihak berkaitan dapat memberi perhatian kepada kedua-dua perkara ini agar keselamatan kami terjamin. Kami tidak mahu menuding jari mana-mana pihak, jika masalah ini dapat diberi perhatian, saya mengucapkan terima kasih," katanya. http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9212338.asp
Sinar Harian 21 Jun 2011, Ulu Jelebu, N.Sembilan - Sepasang suami isteri bersama 10 anak mereka terpaksa bergelap selama 17 tahun berikutan tidak mendapat bekalan elektrik sejak mula menetap di pendalaman Kampung Ulu Jelebu, dekat sini.
Lebih malang lagi, pasangan terbabit terpaksa menanggung sejumlah kos bagi membeli karbaid, minyak tanah, lilin serta ubat nyamuk setiap bulan bagi menerangi rumah di malam hari selain mengelak serangan nyamuk.
Norhayati Johari, 40, berkata, dia dan suaminya, Radzuan Halim, 49, membelanjakan RM20 sebulan untuk membeli karbaid, RM32 beli minyak tanah dan kira-kira RM30 dihabiskan membeli lilin serta ubat nyamuk.
Menurutnya, ubat nyamuk terpaksa dipasang sepanjang hari dan sekali pasang ia memerlukan tiga lingkaran ubat nyamuk bagi mengelakkan diserang nyamuk.
"Saya dan suami sudah puas mengadu masalah ini kepada pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, namun sehingga kini masih tidak tahu apakah tindakan yang diambil," katanya ketika ditemui di rumahnya pada sesi lawatan Timbalan Yang Dipertua Pas Jelebu, Nor Anif Selamat.
Norhayati yang mempunyai anak berusia antara 22 tahun hingga 3 tahun berkata, sebelum ini, dia pernah dijanjikan sebuah generator bagi membekalkan tenaga elektrik ke rumahnya, namun sehingga kini masih tiada.
Dia berkata, meskipun banyak pihak menghulurkan bantuan kepadanya, dia masih belum menerima bantuan perabot dan hiasan rumah seperti yang dijanjikan oleh sebuah stesen radio.
"Sebelum ini, mereka pernah berjanji untuk menghias rumah, mengecat dan memberikan perabot untuk kegunaan bilik tidur. Perkara itu dinyatakan sendiri kepada saya dan anak-anak. Apa yang saya sedih, anak-anak saya sudah berharap, namun sehingga kini sudah dua tahun, janji tinggal janji.
"Saya tidak kisah kalau mereka tidak mahu menghulurkan bantuan seumpama itu, tetapi janganlah berjanji dengan anak-anak saya. Saya kasihan kepada mereka kerana saban hari bertanyakan perkara itu," katanya.
Menurutnya, selain masalah bekalan elektrik, rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang didiami sejak 15 tahun itu turut usang dan mengalami banyak kerosakan.
"Dinding rumah sudah dimakan anai-anak manakala cermin tingkap tertanggal selain struktur binaannya uzur," katanya.
Norhayati yang bekerja menjual kuih di Titi terpaksa menanggung keluarga bersendirian setelah suaminya disahkan menghidap kencing manis sejak tiga tahun lalu dan kini hanya menghabiskan masa di rumah.
Norhayati berkata, suaminya tidak boleh bekerja kerana sering kali pitam. Sebelum ini, dia bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah dekat pekan Kuala Klawang.
Dia berkata, pendapatannya sehari menjual kuih tidak menentu dan itu menyukarkannya membesarkan anaknya.
"Setiap seorang anak saya memerlukan kos sara hidup sebanyak RM200 sebulan termasuk menyediakan makan dan keperluan sekolah mereka," katanya.
Dalam pada itu, Norhayati turut memohon agar jalan menuju ke rumahnya diturap bagi mengelakkan jalan tanah merah itu berlecak apabila musim hujan. Aduan mengenai perkara itu turut dibuat, namun masih tiada tindakan.
"Setiap kali dia dan suaminya membuat aduan, acap kali menerima jawapan yang sama iaitu hanya keluarganya sahaja menetap di kawasan berkenaan sekali gus tidak membolehkan kami menerima bekalan elektrik.
"Saya difahamkan kalau mahu memasang lampu jalan atau bekalan elektrik di rumah, kawasan berkenaan perlu mempunyai bilangan rumah yang banyak," katanya.
Kepada mereka yang ingin membantu mereka yangmemerlukan , disamping dapat membantu diri sendiri menjadi insan yang penyayang bolehlah menyertai program di bawah ini :
PROGRAM SUMBANGAN SYAABAN, RAMADHAN & SYAWAL 1432 H - 2011 M Untuk keluarga fakir miskin dan mereka yang memerlukan
Program Sumbangan Makanan Asas : 1. Beras 2. Tepung Gandum 3. Gula 4. Susu Tin 5. Minyak Masak 6. Sardin Tin 7. Teh/Kopi 8. Biskut
Untuk maklumat lanjut sila hubungi : Tn Hj Roni - Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Rembau Tel : 012-2268230
Kepada mereka yang ingin membantu mereka yangmemerlukan , disamping dapat membantu diri sendiri menjadi insan yang penyayang bolehlah menyertai program di bawah ini :
PROGRAM SUMBANGAN SYAABAN, RAMADHAN & SYAWAL 1432 H - 2011 M Untuk keluarga fakir miskin dan mereka yang memerlukan
Program Sumbangan Makanan Asas : 1. Beras 2. Tepung Gandum 3. Gula 4. Susu Tin 5. Minyak Masak 6. Sardin Tin 7. Teh/Kopi 8. Biskut
Untuk maklumat lanjut sila hubungi : Tn Hj Roni - Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Rembau Tel : 012-2268230
KUALA LUMPUR, 20 Jun: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendakwa Umno BN bersungguh-sungguh ingin menonjolkan diri sebagai pembela rakyat Palestin kerana namanya dikaitkan dengan perunding Yahudi, Apco Worldwide.
Beliau berkata, demi kepentingan politik, Umno BN sanggup bersikap biadab dengan cuba mengambil alih kuasa daripada pihak penganjur program Lifeline4Gaza (LL4G). "Pandangan saya dalam kes ini Umno oleh kerana dipalit dengan Apco (Worlwide), maka dia nak bersihkan nama, nak tunjukkan diri dia di pihak yang kononnya nak membela orang Palestin kerana satu Malaysia sudah tahu mereka melantik penasihat daripada Yahudi Zionis.
"Untuk nak tonjolkan diri mereka sebagai pembela Palestin sangup nak rampas kuasa pengajur LL4G," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah akhbar yang mendakwa beliau ingin menarik diri daripada menyertai Misi kemanusiaan International Freedom Flotilla ll kerana Mohamad Sabu.
Semalam, Khalid berkata beliau sedang mempertimbangann sama ada akan menyertai misi tersebut 26 Julai ini atau tidak memandangkan Umno BN cuba menguasai program tersebut.
Malah, nama Mohamad Sabu sebagai pemidato pada program LL4G Sabtu lalu digugurkan atas arahan pihak Jabatan Perdana Menter (JPM).
"Ada akhbar laporkan saya lemah semangat demi Mat Sabu. Saya nak beritahu, kita sebagai orang Islam tak buat kerja demi manusia tapi buat demi Allah.
"Saya kecewa sebab Umno seolah-olah merampas kuasa daripada NGO penganjur LL4G.
"NGO penganjur program jemput Perdana Menteri rasmi program dan Mat sabu mewakili Pakatan Pakyat untuk berucap.
"Tapi setiausaha Najib telefon kata kalau Mat Sabu berucap Najib tak akan datang, Aman Malaysia akan tarik diri dan kerajaan akan tarik bantuan untuk LL4G," katanya.
Ugutan ini kata Khalid sangat mengecewakan kerana Umno tidak ikhlas dalam membawa isu kemanusiaan.
"Saya kecewalah dengan sikap yang ditunjukkan Umno yang nak ambil kesempatan demi kepentingan politik, nak tonjolkan diri sebagai juara sedangkan ini program NGO dan kenalah hormat NGO yang jadi penganjur, bukan beri ugutan.
"Ini menunjukkan kepentingan politik itu tetap menjadi perkiraan utama mereka," katanya yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.
Difahamkan, beberapa NGO Islam seperti Cakna Palestin akan menarik diri dari misi tersebut kerana kecewa dengan Umno BN.
Mesyuarat Badan Perhubungan PAS negeri Kedah yang diadakan pada jam 3.15 petang tadi telah melantik kabinet baru bagi menerajui PAS Kedah bagi sesi 2011-2013.
Pesuruhjaya : YAB Dato' Seri Ust. Hj Azizan bin Abd. Razak Timbalan Pesuruhjaya I : YB Dato' Ir. Hj Phahrolrazi bin Zawawi Timbalan Pesuruhjaya II : YB Dr Ismail bin Salleh Timbalan Pesuruhjaya III : Ust. Hj Mat Isa bin Shafie
Setiausaha : Ust. Musoddak bin Hj Ahmad Bendahari : YB Dato' Ir. Hj Amiruddin bin Hamzah Ketua Penerangan : Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor Pengarah Pilihanraya : YB Haji Muhammad Yusuf bin Husin
Penolong Setiausaha I: Ust. Mohd Aizat bin Zakaria Penolong Setiausaha II : Hj Sobri @ Mutalib bin Awang Penolong Setiausaha III : Kapten (B) Zamri bin Ibrahim
Ketua Dewan Ulamak : Hj Sheikh Mohamad bin Abdullah Ketua Dewan Pemuda : Ust Ahmad bin Yahya Ketua Dewan Muslimat : YB Aishah binti Ghazali Setiausaha Dewan Ulamak : Ust. Hj Mohd Zainol Asri bin Ramli Setiausaha Dewan Pemuda : Ust. Mohd Rosli bin Azmi Setiausaha Dewan Muslimat : Ustazah Fatimah binti Wan Teh
Ahli Perhubungan Yang dilantik 1. Rosli bin Darus 2. Ust. Abu Kassim bin Abdullah 3. Sheikh Ismail bin Kamis 4. Tuan haji Che Had bin Dhali 5. Tuan Haj Mat Akhir bin Talib 6. Fadzil bin Baharum 7. Dr Rohani bin Abd. Mutalib
YDP dan Setiausaha PAS Kawasan-Kawasan
Langkawi YDP : Zubir bin Ahmad Setiausaha : Yusuf bin Abdullah
Jerlun YDP : YB Ust Hj Abd Ghani bin Ahmad Setiausaha: Azhar bin Ibrahim
Kubang Pasu
YDP : YB Dato' Dr. Hj Abd Isa bin Ismail Setiausaha: Ust Mohd Yusuf bin Ahmad
Padang Terap
YDP : Ust Hj Zawawi bin Ahmad Setiausaha: Ust. Mohd Azam bin Abd Aziz
Pokok Sena
YDP : YB Dato' Hj Mahfuz bin Omar Setiausaha: Zuhairi bin Zubit
Alor Setar
YDP : YB Dr Ismail bin Salleh Setiausaha: Hj Adnan bin Saad
Kuala Kedah
YDP : YB Dato' Hj Phahrolrazi bin Zawawi Setiausaha: Hj Aris bin Awang
Pendang
YDP : YB Dato' Hj Taulan bin Mat Rasul Setiausaha: Ust. Fadhil Mohd Noor bin Sahani
Jerai
YDP :YAB Dato' Seri Ust Hj Azizan bin Abd Razak Setiausaha: Muzaini bin Azizan
Merbok
YDP : YB Dato' Dr. Hamdan bin Mohamed Khalib Setiausaha: Hj Halim bin Abdullah
Sungai Petani
YDP : YB Hj. Abdullah bin Jusoh Setiausaha: Khairun Nizar bin Hj Ismail
Sik YDP : YB Che Uda bin Che Nik Setiausaha: Anuar bin Che Omar
Baling
YDP : Tuan Guru Hj Abd Wahab bin Hasan Setiausaha: Ust Hassan bin Saad
Padang Serai
YDP : Hj Fauzi bin Tahir Setiausaha: Badrol Hisyam bin Yusuf
Kulim/Bandar Baharu
YDP : Ust Hj Hassan bin Abd Razak Setiausaha: Arshad
JABATAN UNDANG-UNDANG DAN HAK ASASI MANUSIA (JUHAM)
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
JABATAN UNDANG-UNDANG DAN HAK ASASI MANUSIA (JUHAM)DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA menyelar kenyataanTimbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar pada 15 Jun 2011 bahawa pihak polis akan mengambil tindakan termasuk membuat tangkapan pencegahan sekiranya perlu, sebelum dan semasa perhimpunan BERSIH yang dijadual berlangsung pada 9 Julai depan.
Kenyataan itu tidak mencerminkan bahawa Timbalan Ketua Polis Negara memahami PERKARA 10 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN yang menjamin hak warganegara untuk berhimpun secara aman. Kami amat simpati dengan rakyat Malaysia kerana mempunyai seorang Timbalan Ketua Polis Negara yang buta undang-undang dan tidak memahami hak asasi rakyat yang sangat fundamental dalam sebuah Negara demokrasi.
Tindakan menangkap berbentuk pencegahan ("pre-emptive") untuk satu kesalahan yang belum lagi berlaku jelas menyalahi prinsip asas perundangan jenayah dan hak asasi manusia. Adakah kenyataan ini bermaksud pihak polis ingin menghalalkan penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri bagi menangkap orang yang tidak bersalah? Tindakan penangkapan seperti ini tidak syak lagi adalah satu salah guna kuasa ("abuse") yang sangat jelas oleh pihak eksekutif dan sekutunya.
JUHAM juga melihat kenyataan tersebut sebagai suatu ugutan yang tidak wajar dilakukan oleh Timbalan Ketua Polis Negara yang mewakili pasukan polis selaku penjaga kepentingan awam ("guardian of public interest"). Pihak yang ingin berhimpun secara aman mempunyai hak untuk berhimpun secara aman dan sekiranya berlaku apa-apa kemudaratan awam atau kesalahan jenayah, maka barulah pihak polis menyuraikannya selaras dengan Seksyen 27 Akta Polis 1967. Sehingga perkara sebegitu berlaku, tindakan menghalang ini adalah satu salahguna kuasa pihak polis ke atas hak yang telah dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan. Seksyen 27 Akta Polis tersebut bertujuan untuk mengawal dan menjaga ketenteraman sewaktu perhimpunan berlangsung dan bukannya digunakan untuk MENGHALANG hak rakyat dari BERHIMPUN!
JUHAM menggesa pihak polis meneruskan tanggungjawab selaku penguatkuasa undang-undang dan mematuhi kuasa dan tanggungjawab yang diperuntukkan melalui Seksyen 20(1), Bahagian VII Akta Polis 1967 yang menyatakan bahawa :
"Tiap-tiap pegawai polis hendaklah melaksanakan tugas-tugas dan menjalankan kuasa-kuasa yang dipertanggungkan atau DIBERIKAN OLEH UNDANG-UNDANG ke atas atau kepada seorang pegawai polis, ..."
Perlaksanaan tugasan dan tanggungjawab pihak polis DENGAN MEMATUHI UNDANG-UNDANG dan menggunakan budibicara yang adil untuk kesemua pihak tanpa amalan "double standard" akan mengembalikan kepercayaan rakyat kepada institusi Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Oleh itu, JUHAM menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk mempertahankan hak berhimpun dan berkumpul secara aman sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan konvensyen undang-undang serta amalan hak asasi manusia sejagat. JUHAM juga berikrar akan mempertahankan hak ini dan bersedia untuk memberikan khidmat perundangan kepada mangsa-mangsa tangkapan polis yang dibuat secara tidak sah. Kami akan memberikan "legal representation" kepada mereka yang terlibat seawal dari tangkapan dibuat sehinggalah ke peringkat rayuan di mahkamah tertinggi dengan segala kos guaman ditanggung sepenuhnya. Ayuh, rakyat Malaysia, bangkitlah dan pertahankan hak kita sebagai warganegara Malaysia tanpa rasa takut dan gentar!!!
Sekian,
AHMAD ZAMRI BIN ASA'AD KHUZAIMI
Pengarah
Jabatan Undang-Undang Dan Hak Asasi Manusia (JUHAM)
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merakamkan ucapan tahniah kepada saf kepimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri Perak serta sahabat-sahabat Dewan Pemuda PAS Negeri-negeri yang telah memberikan sepenuh komitmen untuk menggerakkan seluruh jentera pemuda bagi menjayakan Himpunan AMAN BERSIH 2.0 (Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil) pada 9 Julai 2011 yang akan datang. Dewan Pemuda PAS Negeri Perak akan mengerahkan lebih kurang 30,000 pemuda Negeri Perak untuk bersama-sama menyertai program tersebut. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga dengan ini menyatakan sokongan penuh dan komitmen untuk menjayakan program BERSIH 2.0 ini dan akan menggerakkan 50,000 tenaga anak muda dan belia yang ada di Negeri Selangor ini. InsyaAllah.
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor telah mengarahkan supaya pemakluman dan hebahan mengenai agenda BERSIH 2.0 menjadi agenda utama Dewan Pemuda PAS Kawasan-kawasan di seluruh Negeri Selangor dengan mengadakan Ceramah BERSIH 2.0 serta sebaran risalah berkenaan program tersebut di kawasan masing-masing bermula 1 Julai sehingga 7 Julai 2011 untuk mempastikan rakyat memahami keperluan sebenar BERSIH 2.0 ini perlu dijayakan. Rakyat tidak perlu berasa takut atau terancam untuk menyertai Program BERSIH 2.0 kerana ianya adalah Himpunan AMAN yang dinaungi oleh badan-badan NGO yang berusaha untuk memastikan sistem pilihanraya di dalam Negara Malaysia ini dijalankan secara bersih dan adil. Seperti yang dinyatakan oleh Timbalan Presiden PAS, Tuan Hj Mohamad Sabu bahawa kita menentang sistem pilihanraya yang kotor yang dimonopoli oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan bukannya himpunan ini diadakan untuk mencetuskan huru-hara dan kekacauan.
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor bersetuju dengan pandangan yang diutarakan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dan PAS Kawasan Miri bahawa Himpunan AMAN BERSIH 2.0 ini boleh untuk tidak diteruskan sekiranya pihak SPR dan Kerajaan Pusat memenuhi tuntutan 8 perkara yang diutarakan oleh pihak BERSIH 2.0 iaitu bersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media bebas dan adil, masa berkempen minima 21 hari, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor. Oleh itu Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menyeru seluruh rakyat warga Selangor untuk turut bersama-sama menjayakan Himpunan AMAN BERSIH 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai 2011 di Kuala Lumpur. Bersama-samalah kita memBERSIHkan sistem pilihanraya Negara kita daripada segala kekotoran dan salah laku yang ada kepada sistem yang lebih baik dan adil.
KUALA LUMPUR, 20 Jun – Dewan Pemuda PAS pusat mendakwa pendekatan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali sengaja menggunakan sentimen perkauman dalam satu perhimpunan semalam dalam menggagalkan Himpunan Bersih 2.0 bulan depan.
Malah sayap PAS itu juga mendakwa Perkasa menjadikan sasaran barunya dengan bertindak membakar gambar Pengerusi Bersih Datuk S. Ambiga dan melaungkan sentiemen agama dengan melabelnya "perempuan hindu yang bahaya", satu tindakan yang boleh mencetuskan suasana buruk walaupun ia langsung tidak berkaitan terhadap himpunan yang bakal berlangsung.
"Malah Datuk Ibrahim juga mengukapkan "orang Cina elok duduk dalam rumah sebelum sesuatu yang buruk berlaku" sebagai pendekatan amaran yang sengaja membakar kaum Cina dalam negara," kata Naib Ketua Pemuda PAS Raja Ahmad Al-Hiss dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Raja Ahmad berkata, dengan mengelar dirinya sebagai 'jeneral perang' untuk umat Melayu adalah keterlaluan dan terlalu bahaya apabila perkauman sempit bagi memastikan himpunan yang dirancang tidak akan berjaya bertentangan dengan apa yang sedang berlaku dan bukannya membabitkan perkauman.
"Bagi kami, Datuk Ibrahim sengaja menyamakan himpunan ini sepertimana yang berlaku di Libya bagi tujuan menggulingkan kerajaan di sana sebagai satu niat jahat bagi menghasut rakyat atas kebimbangan yang sengaja diada-adakan.
"Oleh yang demikian, kami mendesak agar pihak polis menahan Datuk Ibrahim kerana jelas beliau membawa sentimen perkauman dan amat berbahaya terhadap perpaduan kaum dalam negara kita," kata beliau.
Raja Ahmad menambah jika pihak polis masih gagal mengambil tindakan terhadap Ibrahim, memang benar dakwaan bahawa Perkasa adalah ejen kepada Umno selama ini.
"Dan, kami menyeru agar kaum Cina dan India agar bersama-sama (menyertai) dalam himpunan ini nanti bagi menyatakan protes terhadap pihak kerajaan kerana sengaja membiarkan Datuk Ibrahim mencetuskan prasangka buruk dan perkauman sempit.
"Kami yakin rakyat pelbagai kaum akan bangkit bagi membantah sikap pihak berkuasa dengan membiarkan Datuk Ibrahim dengan mengheret perkauman sempit untuk cuba menggagalkan himpunan bagi membersihkan sistem pilihan raya yang tidak sedikitpun menyentuh isu perkauman," katanya.
Email yang rancak disebarkan Ramadhan 2012- PERINGATAN UTK KITA SEMUA
Sedang kita diasyikkan menanti tayangan filem 2012 di pawagam, ada cerita disebaliknya yang kita (MUSLIM) tidak mengetahuinya... Tolong sampaikan pada saudara seIslam kita... semoga menjadi peringatan dan kita kembali pd jalan yg lurus...amin
Cuba lihat kalendar di bawah untuk tahun 2012... 1Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 July hari Jumaat,jadi 3 August 2012 bersamaan 15 Ramadan jatuh juga hari Jumaat.Sama dengan hadis Nabi pasal huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan bulan Ramadan iaitu hari Jumaat 15 Ramadan di bumi ini yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasal satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.(yang NASA Amerika ada beritahu pada 21-12-2012 planet X akan lintas di bumi)Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu.......ALLAH sahaja Maha Mengetahui.. .......... .. cuba kita tengok Hadis Nabi di bawah ini dan kenyataan pasal Kalendar Islam 2012
Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda: Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jawapan daripada JAKIM pasal hadis Nuaim bin Hammad berkaitan dengan ramadahn 2012. Hadith ini mengikut Dr Fahd Salman Audah adalah Do'if Jiddan atau Maudu'. Tidak boleh langsung berhujjah dengannya. Hadith ini memang sudah banyak tersebar secara meluas
Salah seorang perawi hadith ini ialah Nuaim bin Hammad. Ramai ahli ilmu yang menyatakan hadith yang diriwayatkan oleh Nuaim bin Hammad dalam Musonnifnya berkaitan cerita-cerita berkenaan kisah akhir zaman adalah adalah Munkar. Berkata Imam Az-Zahabi dalam kitab Siar A'lam Nubala' ; " Tidak boleh seseorangpn berhujjah dgn hadith Nuaim bin Hammad kerana dia telah mengarang kitab tentang fitnah akhir zaman dengan mendatangkan keajaiban2 dan banyak yang dibawanya adalah Munkar. Dia banyak mengambil hadith dari Kaab bin al-Ahbar yang dikenali kerana berpegang dengan kitab-kitab Israiliyyat.Dia juga banyak mengambil hadith dari org2 yang tidak dikenali dan diragui.
Begitu juga dgn Abdul Wahhab salah seorang perawi hadith ini mengikut Al-Hakim dalam Lisanul Mizan adalah orang yang tidak diketahui (majhul).
Wallahu a'lam...semoga kita berhati2 dgn hadith2 seumpama ini..dan menjaga nas syariah seperti yang sebenarnya...
KUALA LUMPUR, 20 Jun — Buku Hijau, yang bakal memperincikan konsep negara berkebajikan PAS, akan menjadi pelengkap kepada Buku Jingga Pakatan Rakyat yang diterima komponen-komponen perikatan itu Disember lalu.
Buku Jingga antara lain menggariskan program 100 Hari yang akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya.
Khamis lalu, PAS menubuhkan satu panel khas pelaksana yang akan memperincikan konsep negara berkebajikan dalam bentuk Buku Hijau untuk dijelaskan kepada rakyat negara ini.
Menurut Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, Buku Hijau yang akan diedarkan ke seluruh negara dalam masa terdekat tidak bercanggah dengan keputusan bersama Pakatan Rakyat yang diterjemahkan dalam Buku Jingga.
Sebaliknya kata Salahuddin (gambar) yang juga pengerusi panel khas pelaksana itu, Buku Hijau negara berkebajikan itu akan menjadi pelengkap kepada Buku Jingga.
"Tidak... tidak... ia (Buku Hijau) akan menjadi satu nilai tambah dan ia sama sekali tidak bercanggah dengan Buku Jingga Pakatan Rakyat.
"Apa yang ada dalam Buku Jingga itu adalah ciri-ciri penting negara berkebajikan dan Buku Hijau ini akan menjadi pelengkap, gandingan dua buku ini akan memperkukuhkan antara satu sama lain," katanya. Tambah Ahli Parlimen Kubang Kerian ini, Buku Hijau dirangka supaya rakyat memahami negara berkebajikan yang mahu dibawa parti Islam itu yang mendapat kritikan hebat oleh Umno.
"Kalau kita lihat respons yang diberikan rakyat terhadap Buku Jingga dan negara berkebajikan, ia sangat menarik dan menggamit rasa ingin tahu kandungan konsep itu.
"Jadi apabila buku ini dilancarkan kita berharap rakyat memahami dengan jelas akan konsep negara berkebajikan yang mahu kita bawa," kata Salahuddin sambil menambah, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menerbitkan sebuah buku tentang negara berkebajikan.
"Buku Hijau adalah sinopsis daripada buku yang akan dikeluarkan presiden," tambah beliau.
KUALA LUMPUR, 20 Jun — Datuk Ambiga Sreenevasan menegaskan Himpunan Bersih 2.0 akan diteruskan sambil menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai kuasa meminta membatalkan perhimpunan itu walaupun Putrajaya dapat memberi jaminan pilihan raya umum yang bersih dan adil.
Kata Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), pihaknya menghormati hasrat Anwar, namun keputusan membatalkan Himpunan Bersih 2.0 bukan di bawah kuasa Ketua Umum Pakatan Rakyat itu.
Ini kerana jelas beliau, Bersih bukan didokong oleh parti-parti politik tetapi badan bukan kerajaan (NGO) yang menuntut pilihan raya adil dan bebas.
"Kami hormat (keputusan Anwar) tapi rakyat bukan hak kamu. Ini keputusan kami (mengadakan Himpunan Bersih 2.0) dan keputusan ini dibuat setelah usaha kami mahu mengadakan sesi dialog bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal bagi menuntut pilihan raya yang adil dan bebas.
Sasaran Bersih 2.0 menghimpunkan lebih 500,000 rakyat lebih berkesan jika 1 juta rakyat yang datang. Kemaraan rakyat dijadual berarak ke Istana Negara bagi menuntut reformasi pilihan raya. Alhamdulillah jika tolak pemikiran negatif Berakar umbi kejayaan pakatan rakyat menganjur demontrasi, maka pihak lain terutama UMNO/BN pun berminat dan bersemangat menggunakan medan sama bagi meluahkan perasaan. Banyak NGO sekarang menggunakan medan serupa. Baru-baru ini Persatuan Perniagaan Kenderaan Negeri Melaka berhimpun bagi menyatakan tidak senang dasar baru kerajaan. Mereka meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengkaji semula pindaan Akta Sewa Beli 1967 yang berkuatkuasa Jun ini. NGO terbabit mendakwa peraturan baru digubal mendatangkan kesan terhadap pengguna dan juga industri penjualan kenderaan. Naib Presidennya, Raymond Choo mendakwa akta berkenaan mengakibatkan pengguna terpaksa menanggung kos lebih tinggi. Lebih 100 pengusaha kenderaan terpakai dilapor berhimpun menbantah pindaan akta tersebut. Sebelum itu perhimpunan serupa juga berlaku di ibu negara. PERHIMPUNAN JALANAN JADI PILIHAN Perhimpunan aman lain juga dianjur pengusaha bot laut dalam. Kira-kira 500 nelayan dan pengusaha bot tunda berkumpul di kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia di Kuantan menuntut kerajaan mengembalikan subsidi super yang dinikmati mereka sebelum ini. Puncanya nelayan laut dalam tidak lagi mendapat bekalan minyak pada harga super subsidi iaitu RM1.25 seliter. Sekarang mereka kena beli diesel pada harga RM1.80 sen. Ekoran tindakan mogok nelayan laut dalam menyebabkan harga ikan dan makanan laut naik kira-kira 30 peratus. Bagi menyelesaikan kemelut tersebut menteri berkaitan pada awalnya mengugut mahu menarik balik lesen nelayan di zon A, B dan C. Namun kemudian berlembut setelah nelayan tidak berganjak. Demontrasi ada kalanya membuah hasilnya. Kini, kadar parti politik berhimpun membantah ketidakadilan kerajaan, sebaliknya NGO dan pihak lain mengambil langkah serupa apatah lagi Ibrahim Ali dan Khairi Jamaludin Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang terliur juga ingin merasa sendiri Perhimpunan 9 Julai nanti sehingga KJ sanggup melawan teguran dari pemimpin atasan UMNO jangan terlibat dalam Perhimpunan Bersih nanti. Rakyat dan terlalu sedar perhimpunan mampu mengubah sikap kerajaan. Buktinya perhimpunan membantah cadangan kerajaan memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) menyebabkan ia ditangguh sehingga sekarang. Maka meniru kejayaan perhimpunan pakatan rakyat, kerajaan BN pula baru-baru ini juga ini menganjurkan perhimpunan sejuta belia di Putrajaya walaupun tak berjaya. Biar pun niat berlainan, namun perhimpunan aman juga menjadi pilihan. Perhimpunan anjuran kerajaan hanya sekadar mahu hiburkan anak muda. Berbeza jauh berbanding perhimpunan dianjurkan pembangkang dan NGO. Mesejnya lebih jelas.
Bertuah sungguh rakyat Selangor bila di bawah Pakatan Rakyat barulah penantian dari tahun 1994 termakbul. Tapi jangan ambil selesa Persimpangan Bertingkat Sungai Buaya Jimat Masa 40 Minit Untuk Ke Lembah Klang
RAWANG: Lebih 100,000 pengguna di sekitar kawasan Sungai Buaya, Sungai Choh, Serendah dan utara Rawang akan dapat menjimatkan masa antara 40 minit hingga satu jam untuk ke Lembah Klang apabila Persimpangan Bertingkat Sungai Buaya dekat sini siap pada Jun 2013. Persimpangan sepanjang 1.5 kilometer melibatkan kos RM87 juta dan PLUS Expressways Berhad (PLUS) akan menyelia kutipan tol di persimpangan berkenaan.
Selagi projek ini belum siap digunakan , penduduk di sekitar Sungai Buaya dan Sungai Choh terpaksa menggunakan Persimpangan Bertingkat Bukit Beruntung atau Persimpangan Bertingkat Rawang untuk memasuki Lebuhraya Utara-Selatan.
Persimpangan berkenan dijangka turut memberi kemudahan akses bagi dua aktiviti industri utama iaitu kilang Perodua dan Tan Chong Motor serta kira-kira 100 industri kecil dan sederhana yang sedia ada berhampiran kawasan Sungai Buaya dan kawasan persekitaran.
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) akan diminta membatalkan rancangan perhimpunan haram pada 9 Julai ini jika Perdana Menteri memberi jaminan bahawa pilihan raya umum akan dijalankan secara bersih dan adil.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sanggup meminta pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga membatalkan hasrat itu 'esok juga' jika Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan jaminan tersebut.
"Jika Perdana Menteri dapat jamin pilihan raya serta senarai daftar pemilih yang bersih dan adil, maka kita tidak perlu ada perarakan besar-besaran," kata Ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu pada konvensyen pilihan raya parti itu, di sini, Ahad.
Katanya beliau kesal dengan sikap pihak tertentu yang menuduh beliau merancang perhimpunan itu.
Bersih merancang perhimpunan haram itu kononnya bagi menuntut pilihan raya yang lebih bersih dan adil, termasuk pembersihan senarai undi, mereformasikan undi pos, penggunaan dakwat kekal dan akses media bebas dan adil. BERNAMA
Ku Li: Gugur Pemusatan Kuasa Ditangan PM, Peguam Negara
KUALA LUMPUR, 19 JUN: Ahli politik veteran Tengku Razaleigh Hamzah menggesa agar pemusatan kuasa di pejabat Perdana Menteri dan Peguam Negara dikaji balik agar kepentingan rakyat jelata tidak terus terhakis sebagaimana disaksikan sejak tiga dekad lalu.
Dalam pandangan yang lantang terbaru ini, Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, cabaran pada hari ini ialah meneliti kembali pemusatan kuasa di tangan individu tertentu termasuk perdana menteri dan mengembalikan persekitaran politik yang "imbang dan periksa" demi rakyat menikmati amalan demokrasi yang tulen, lapor Malaysianinsider.
"Kita sebagai rakyat Malaysia perlu mendapatkan balik hak-hak kita dalam (negara) demokrasi, bahawa kuasa dan jawatan adalah satu amanah dan tanggungjawab, bukan untuk kepentingan peribadi ataupun sebagai satu peluang untuk memperkayakan diri.
"Kita, sebagai rakyat yang aktif dalam politik dan bertanggungjawab, perlu menekankan semula konsep obligasi sosial dan tanggungjawab awal ke atas mereka yang mahukan jawatan politik. Kuasa ada tugas, bukan satu jawatan," kata beliau ketika berucap pada majlis Perak Lectures anjuran Perak Academy di Taiping malam tadi.
Bekas menteri kewangan itu berkata, kerajaan juga perlu memikirkan semula dasar-dasar ekonomi negara ini khususnya dalam memfokus objektif nasional yang sangat memerlukan tindakan segera.
"Dasar ekonomi bukan hanya mengenai penjanaan kekayaan tetapi juga memerlukan satu dimensi moral yang mengambil kira kebaikan kesemua rakyat sebagai satu keutamaan berbanding keuntungan (semata-mata)," kata beliau dalam ucapannya yang secara panjang lebar menyentuh perubahan dalam keutamaan negara sejak tiga hingga empat dekad lalu berbanding teras mesej disampaikan ketika perisytiharan kemerdekaan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di Stadium Merdeka pada 1957.
"Falsafah yang menjadi panduan ialah tanggungjawab (pemegang) jawatan awam. Jawatan awam dilihat sebagai satu tugas, bukan satu peluang (mencari kepentingan diri).
"Jawatan awam juga sebahagian daripada komitmen politik untuk mewujudkan satu Malaysia yang adil, saksama, kohesi dan seimbang," kata beliau sambil menambah, elemen-elemen itu disepadukan oleh keperluan tanggungjawab turun-temurun bagi mereka yang akan menggantikan kepimpinan pada masa-masa mendatang.
Justeru kata Tengku Razaleigh, salah satu kerugian besar dalam dunia pemegangan jawatan awam dan politik di Malaysia pada hari ini ialah kehilangan tanggungjawab turun-temurun ini atau yang bersifat generasi.
Katanya, setiap tindakan dan pendekatan kelihatan dikelilingi oleh sikap tamak dan keinginan mahu menjadi bilionair, yang turut membawa kepada piramid kroni dalam parti-parti politik pemimpin yang memerintah dan sekutu-sekutu dalam bisnes.
"Ia kombinasi hierarki kroni politik dan kroni bisnes yang membawa kepada pemusatan kuasa dalam kepimpinan politik semasa dan di pejabat Perdana Menteri," kata Ketua Umno Gua Musang ini, yang pernah menyaingi Tun Dr Mahathir Mohamad bagi jawatan presiden Umno pada 1987.
Dr Mahathir yang memegang jawatan perdana menteri selama 22 tahun sejak 1981 digantikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi pada Oktober 2003 dan kemudian oleh Datuk Seri Najib Razak sejak April 2009.
Sehubungan itu kata Tengku Razaleigh, pemusatan kuasa di tangan satu individu telah membawa kepada manipulasi sistem politik iaitu institusi-institusi kuasa termasuk media.
Banyak media sama ada akhbar atau stesen televisyen dimiliki oleh parti-parti politik teras dalam Barisan Nasional (BN) khususnya Umno.
Dakwaan sebelum ini menyebut bidang kehakiman turut hilang kebebasan ketika era kepimpinan Dr Mahathir, tetapi perdana menteri keempat itu menafikan perkara tersebut banyak kali.
"Sebagai pertukaran kepada pemusatan kuasa, sikap tamak dan kepentingan peribadi digalakkan menerusi (kepimpinan melalui) teladan dan dalam topeng kesetiaan kaum yang sewajarnya menerima ganjaran," katanya.
Bertolak daripada itu, Tengku Razaleigh berkata, persekitaran ini wujud di semua parti dalam struktur kuasa yang ada sekarang.
"Situasi ini adalah sesuatu yang sangat bahaya dan sukar untuk dipatahkan sebab pemusatan kuasa sudah wujud sejak tiga dekad lalu," kata pemimpin kelahiran Kelantan ini.
Tengku Razaleigh juga menarik perhatian bahawa persekitaran itu juga membawa gaya kepimpinan politik "talam dua muka" dan "cakap angin" — seolah-olah mempamerkan kepimpinan 'cakap tak serupa bikin'. Malah menurutnya, sikap sedemikian membawa politik yang menggalakkan pendekatan atau amalan mengaburkan maklumat.
"Tema yang ketara ialah polisi menggunakan (elemen) perkauman dan agama di satu pihak dan bercakap mengenai perpaduan di pihak lain dengan menjadikan rakyat sebagai tebusan dalam usaha kekalkan status quo kuasa.
"Akibatnya, kebimbangan mengenai perkauman dan agama mencengkam setiap aspek kehidupan, dalam politik, ekonomi, pendidikan dan pekerjaan, sedangkan realiti semasa tiada kaitan dengan agama atau kaum," kata beliau. -tvsnews-
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA.
TERIMA KASIH TUAN YANG DIPERTUA KERANA MEMBERI PELUANG KEPADA SAYA UNTUK SAMA-SAMA MEMBAHASKAN RANG UNDANG-UNDANG AKTA PERBEKALAN TAMBAHAN 2011 YANG MELIBATKAN KOS RINGGIT 13 BILION 186 JUTA 713 RIBU RINGGIT.
TAMBAHAN RM13 BILION INI MERUPAKAN TAMBAHAN PERUNTUKAN KALI KE3 DAN MELONJAKKAN PERUNTUKKAN NEGARA KE RM175 BILION, MENYEBABKAN DEFISIT BELANJAWAN NEGARA SEMAKIN TINGGI, HUTANG NEGARA SEMAKIN MENINGKAT.
SAYA MENGHARAPKAN APA PUN YANG KERAJAAN RANCANG, KEBAJIKAN RAKYAT, KEPENTINGAN RAKYAT JANGAN BEBANKAN RAKYAT DENGAN BARANG MAHAL, TINDAKAN SEGERA PERLU, KURANGKAN BEBAN RAKYAT DENGAN TURUNKAN HARGA BARANG.
SAYA INGIN MENYENTUH B48, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT YANG MENDAPAT TAMBAHAN RM456,750,000 UNTUK
MENAMPUNG BAYARAN KEBAJIKAN DARI BULAN OGOS HINGGA DISEMBER 2011.
SAYA INGIN PENJELASAN, KENAPA UNTUK EMPAT BULAN, PERLU PERUNTUKAN LEBIH DARI RM458 JUTA, APAKAH INI BAJET KEBAJIKAN UNTUK PRU 13. APAKAH BAJET KEBAJIKAN YANG AWAL HANYA SETAKAT BULAN JULAI. SAYA MENDAPAT MAKLUAMAT DARI JAWAPAN PARLIMEN BAHAWA PADA TAHUN 2010, JUMLAH SENARAI KELUARGA MISKIN YANG DIKELUARKAN DARI SENARAI MISKIN SELURUH NEGARA ADALAH 118,345 KES. JADI SEPATUTNYA BELANJA NEGARA SEMAKIN JIMAT!.
Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) menyokong penuh inisiatif lebih 80 buah badan bukan kerajaan (NGO) yang telah bergabung di dalam Bersih 2.0 untuk menganjurkan satu program penting dalam sejarah tuntutan demokrasi negara ini yang juga dipanggil sebagai Walk For Democracy atau "Berjalan Untuk Demokrasi" pada 9 Julai ini.
DMPP mengucapkan tahniah dan syabas kepada seluruh Jawatankuasa Bersih 2.0 atas kejayaan Majlis Pelancaran Bersih 2.0 yang diadakan malam tadi.
DMPP percaya hasrat dan tujuan mereka ini adalah sangat murni, sebagai tanggungjawab sosial mereka kepada seluruh warga dan tentulah juga merupakan manifestasi kehendak seluruh rakyat yang mahu melihat satu sistem dan perjalanan Pilihan Raya yang Bersih, Adil dan Kredibil (boleh dipercayai).
Apatah lagi jika kita melihat NGO-NGO yang terbabit di dalam BERSIH 2.0 ini merupakan NGO-NGO yang aktif dalam hal-hal berkaitan hak asasi manusia, pemberdayaan wanita dan rakyat, pembela terhadap masyarakat tertindas hatta dipimpin pula oleh bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia (Bar Council) iaitu Datuk Ambiga Sreenavasan yang tentulah tahu dan faham ruang lingkup yang menjadi hak rakyat hatta batasan serta sempadan-sempadan yang ada, selari dengan undang-undang serta peraturan dalam negara.
Hakikatnya, selepas tempoh 12 kali Pilihan Raya Umum negara dan yang terbaru ialah Pilihan Raya Negeri Sarawak serta 16 kali Pilihan Raya Kecil membabitkan hampir kesemua negeri dalam Malaysia kecuali Perlis dan Wilayah Persekutuan; jelas terbukti bahawa terdapat pelbagai kelemahan ketara di dalam sistem dan perjalanan Pilihan Raya dalam negara itu.
Tambahnya, kelemahan-kelemahan itu dapat dilihat dan fahami melalui lapan tuntutan yang dikemukakan oleh BERSIH 2.0
1.BERSIHKAN SENARAI DAFTAR PEMILIH 2.HAPUSKAN UNDI POS KECUALI BAGI DIPLOMAT YANG BERADA DILUAR NEGARA 3.PENGGUNAAN DAKWAT KEKAL 4.AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL 5.TEMPOH KEMPEN SEKURANGNYA 21 HARI 6.KUKUHKAN INSTITUSI AWAM 7.HENTIKAN RASUAH DAN POLITIK WANG 8.HENTIKAN POLITIK KOTOR DAN FITNAH
Sesungguhnya Umno menyambung kerja Inggeris, sebab itu mudah bagi dia untuk mempengaruhi rakyat yang sekian lama terdidik secara sekular. Kita, PAS pula menyambung kerja Nabi Muhammad SAW sehingga semua manusia yakin kerja politik dan agama tak boleh dipisahkan. Sebab itu Umno marah kepada PAS kerana melaksanakan kerja Nabi yang berlawanan dengan ajaran sekular. Pagar kita diceroboh oleh ayam kambing mereka. Kita kena tutup pagar kita daripada diceroboh, walaupun dimarah oleh Umno.
Persoalannya, apakah Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad itu serupa dengan kehendak sekular (agama lain, politik lain). Kalau serupa dengan kehendak sekular, tidakkah tindakan Nabi Muhammad menyampaikan salam perjuangan, buat perjanjian, mengadakan hubungan diplomatik dengan ketua-ketua kerajaan di Eropah itu adalah semata-mata untuk menyampaikan dakwah Islam. Menunjukkan Islam yang dibawa oleh Nabi itu bukannya ajaran serupa sekular yang menjadi pegangan Umno.
Kenyataan bersifat 'rasis' dibuat Datuk Ibrahim Ali khususnya terhadap kaum Cina ketika satu majlis anti-Bersih 2.0 semalam tidak menggambarkan keseluruhan pendirian orang Melayu, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini.
"Saya hanya mahu orang ramai mengetahui bahawa ini adalah pandangan seorang Ahli Parlimen yang tidak mewakili majoriti kaum Melayu.
"Kami adalah kaum berhati mulia, kami tidak melanggan pandangan ini," kata Khairy kepada pemberita di sini hari ini.
Sehubungan itu, Khairy menggesa agar dikenakan tindakan ke atas Presiden Perkasa itu.
"Apa yang beliau kata sangat bahaya... sekurang-kurangnya apa yang boleh dilakukan ialah adakan siasatan dari segi hasutan," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau.
Terdahulu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyifatkan Umno seolah-olah menunjukkan warna sebenar parti itu bahawa ia hanya berkepentingan untuk satu kaum apabila membenarkan ugutan ala Nazi disampaikan oleh Ibrahim dan Perkasa yang diwakilinya semalam.
"Dengan keengganan parti tersebut untuk mengambil tindakan, Umno bersalah atas sokongan terhadap Perkasa dan pendirian parti itu.
"Malah, ia amat jelas sejak sekian lama, sebagaimana ditunjukkan oleh Umno yang kurang mengambil tindakan terhadap kes-kes seperti demonstrasi seperti protes kepala lembu pada 2009 dan pelbagai ucapan pemimpin mereka yang menyamakan kaum India dengan pengemis dan wanita Cina sebagai pelacur," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Semalam, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas bersama 164 badan bukan kerajaan (NGO) melancarkan "perang" terhadap Himpunan Bersih 2.0 dengan membakar gambar Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil Datuk Ambiga Sreenevasan dan memberi amaran kepada kaum Cina agar jangan keluar pada 9 Julai ini atas alasan "apa sahaja boleh berlaku."
Ibrahim menegaskan, perhimpunan anti-Bersih 2.0 yang bakal diadakan serentak akan diteruskan dan beliau tidak akan bertanggungjawab atas sebarang insiden tidak diingini.
"Cuba bayangkan jika berlaku huru-hara... jika himpunan Bersih 2.0 tidak dibatalkan, saya percaya kaum Cina perlu simpan bekalan makanan.
"Ya, apa sahaja boleh berlaku. Dan, saya minta agar polis mengambil apa sahaja tindakan dan gunakan kuasa mereka untuk bertindak," katanya semasa melancarkan Gerak Aman semalam.
Bersih bersama Pakatan Rakyat dan aktivis parti bersedia menggerakan Himpunan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil dan bebas sebagai kesinambungan himpunan yang kali pertama diadakan pada November 2007.
PAS telah berjanji akan menggerakkan 300,000 peserta untuk menyokong perhimpunan itu untuk mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya adil dan bebas pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi. -TMI
Tiada Alasan Untuk Tidak Siasat Ibrahim Ali
KUALA LUMPUR 20 JUN: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengarahkan pihak berkuasa menyiasat kenyataan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali di bawah Akta Hasutan 1948 bersabit ugutan kepada kaum Cina menjelang perhimpunan Bersih 2.0, 9 Julai nanti.
"Tidak ada lagi perkara yang lebih jelas untuk menyiasat beliau di bawah Akta Hasutan," kata Khairy kepada media di lobi parlimen hari ini.
Ibrahim dalam ucapannya di Kampung Baru semalam bersama 164 badan bukan kerajaan (NGO) melancarkan "perang" terhadap Himpunan Bersih 2.0 dengan membakar gambar Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk Ambiga Sreenevasan.
Beliau turut memberi amaran kepada kepada masyarakat Cina supaya tidak keluar rumah atas alasan "apa sahaja boleh berlaku" pada hari tersebut.
Khairy kemudian menyifatkan kenyataan tersebut sebagai menakut-nakutkan warga Cina.
Justeru beliau mengajak rakyat untuk mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Ibrahim itu dan tindakan tegas harus dikenakan ke atas ahli parlimen itu.
"Saya menegaskan kepada masyarakat Cina bahawa pandangan ahli parlimen ini tidak mewakili suara Melayu majoriti. Kita masyarakat Melayu menghormati semua kaum," ujar beliau lagi.
Khairy berkata beliau akan tetap mengetuai perhimpunan Pemuda Umno pada 9 Julai nanti untuk menyatakan sokongan kepada SUruhanjaya Pilihan Raya (SPR) namun memberi jaminan tidak akan bertembung dengan penyokong Bersih.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar sebelum itu melebel Ibrahim sebagai pengecut dengan bertindak mengugut kaum Cina.
Sehubungan itu Nurul Izzah berkata masyarakat tidak perlu takut dengan ugutan tersebut. -tvsnews
You are subscribed to email updates from BGM online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KEMAMAN - Pengerusi Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD Chukai, Haji Hanafiah Mat berkata, InsyaAllah, seribu orang peserta dari Chukai akan menyertai demonstrasi aman Bersih 2 pada Julai depan.
Menurutnya, ahli dan penyokong PAS dalam kawasan DUN Chukai terutama golongan muda begitu bersemangat menyertai program 'berjalan untuk demokrasi' (walk for democracy) itu.
"InsyaAllah, kita sasarkan seramai 1000 orang dari warga Chukai yang akan bersama 300,000 ahli dan penyuokong PAS seluruh negara menjayakan himpunan aman BERSIH kali yang kedua,
"walaupun Umno dengan segala cara, cuba menyekat BERSIH 2, namun semangat yang ditunjukkan pada malam ini cukup kuat,"katanya ketika ditemui skuad BO, selepas majlis ceramah bertemakan Himpunan tersebut yang diadakan di Kuala Kemaman, dekat sini semalam.
Turut hadir dan menyampaikan ceramah serta maklumat terkini BERSIH adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan.
Hanafiah yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu berkata beliau akan memastikan semua peserta perarakan itu bergerak dengan aman walaupun mungkin timbul provokasi dari pihak yang menyokong Umno.
Katanya, pihak polis mesti meletakkan diri mereka pada kedudukan yang betul sebagai pasukan keselamatan menjaga kepentingan rakyat, bukan menjaga kepentingan Umno.
"InsyaAllah, kita akan pastikan 'anak-anak buah' kita berdisiplin, bergerak dengan aman dan tidak hiraukan sebarang provokasi,
"kita harap pihak polis menjadi pasukan keselamatan yang sebenar, kerana polis dibiayai oleh cukai yang dikutip dari rakyat, bukan wang saku Umno,"tegasnya.
Beliau turut menyeru kepada semua rakyat, khususnya rakyat Terengganu, agar turun beramai-ramai tanpa rasa takut.
Tuntutan BERSIH, kata beliau, adalah untuk sistem pilihanraya yang adil dan mengembalikan demokrasi sebenar, bukan untuk melakukan 'huru-hara'.
Katanya, inilah masanya kepada rakyat untuk menyumbangkan suara mereka bagi masa depan Malaysia yang lebih baik.
Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) menyokong penuh inisiatif lebih 80 buah NGO's yang telah bergabung di dalam BERSIH 2.0 untuk menganjurkan satu program penting dalam sejarah tuntutan demokrasi negara ini yang juga dipanggil sebagai Walk For Democracy atau "Berjalan Untuk Demokrasi" pada 9 Julai 2011 akan datang. DMPP turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada seluruh Jawatankuasa Bersih 2.0 atas kejayaan Majlis Pelancaran Bersih 2.0 yang diadakan malam tadi bersamaan Ahad, 19 Jun 2011. DMPP percaya hasrat dan tujuan mereka ini adalah sangat murni, sebagai tanggungjawab sosial mereka kepada seluruh warga dan tentulah juga merupakan manifestasi kehendak seluruh rakyat yang mahu melihat satu sistem dan perjalanan Pilihan Raya yang Bersih, Adil dan Kredibil (boleh dipercayai). Apatah lagi jika kita melihat NGO-NGO yang terbabit di dalam BERSIH 2.0 ini merupakan NGO-NGO yang aktif dalam hal-hal berkaitan hak asasi manusia, pemberdayaan wanita dan rakyat, pembela terhadap masyarakat tertindas hatta dipimpin pula oleh bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia (Bar Council) iaitu Datuk Ambiga Sreenavasan yang tentulah tahu dan faham ruang lingkup yang menjadi hak rakyat hatta batasan serta sempadan-sempadan yang ada, selari dengan undang-undang serta peraturan dalam negara. Hakikatnya, selepas tempoh 12 kali Pilihan Raya Umum negara dan yang terbaru ialah Pilihan Raya Negeri Sarawak serta 16 kali Pilihan Raya Kecil membabitkan hampir kesemua negeri dalam Malaysia kecuali Perlis dan Wilayah Persekutuan; jelas terbukti bahawa terdapat pelbagai kelemahan ketara di dalam sistem dan perjalanan Pilihan Raya dalam negara ini. Kelemahan-kelemahan ini dapat kita lihat dan fahami melalui 8 Tuntutan yang dikemukakan oleh BERSIH 2.0. Seandainya kelemahan tadi berterusan dan tiada usaha bersunguh untuk memperbaikinya daripada semua pihak khususnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu sendiri, maka negara akan terdedah dengan satu situasi di mana keputusan-keputusan pilihan raya itu tidak atau kurang kredibil yang seterusnya akan mewujudkan ketidakpuasan hati dan hilang kepercayaan para warga terhadap sistem dan perjalanan pilihan raya itu sendiri. Fenomena ini nantinya boleh mengakibat satu ledakan cemas dan kebangkitan rakyat. Dan andai ianya tidak terpimpin secara bertanggungjawab maka ia akan memberi implikasi buruk kepada kita semua. Justeru, DMPP percaya bahawa tindakan Jawatankuasa BERSIH 2.0 ini dilihat bertujuan mengimbangi kemarahan serta kebangkitan rakyat dan melorongkan "kemarahan dan ketidakpuasan hati ini" kepada satu tindakan yang lebih terarah, bertanggungjawab, terpimpin hatta mengikut lunas-lunas Perlembagaan Persekutuan khususnya yang terkandung dalam Perkara 10 berkaitan Kebebasan Bercakap, Berhimpun Dan Menubuhkan Persatuan: secara aman dan tanpa senjata. Oleh yang demikian, DMPP menyeru pihak berkuasa Polis DiRaja Malaysia (PDRM) khususnya agar mengambil pendekatan lebih bertanggungjawab dan mesra rakyat. Tindakan berterusan mengeluarkan "ancaman tangkap" kepada rakyat adalah suatu yang sangat tidak wajar, tidak menghormati rakyat, membelakangi semangat keluhuran Perlembagaan dan mencabuli serta menyalahgunakan undang-undang itu sendiri. "Ancaman Tangkap" itu berbaur satu ugutan keras dan ia tidak manis untuk menjadi satu budaya kerja pasukan polis terhadap rakyat. Kalau sikap dan budaya ini berterusan, jangan salahkan rakyat jika polis menjadi satu Institusi Awam yang tidak akan lagi dihormati hatta dipandang rendah. Sudah sampai masanya PDRM berhenti daripada menjadi "Budak Suruhan Pihak Atasan". Sudah sampai masanya PDRM mengambil pendekatan "memahami dan menyantuni" kehendak rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. DMPP menyedari betapa BERSIH 2.0 sendiri telah menegaskan bahawa mereka dalam hasrat membimbing rakyat mempraktiskan hak-hak yang dijamin oleh Perlembagaan. BERSIH 2.0 juga bersedia dan sanggup bekerjasama di pihak Polis bagi memastikan program pada 9 Julai nanti akan berlangsung dalam keadaan yang aman, tertib dan terkawal. Justeru, DMPP mendesak Ketua Polis Negara agar segera membuka ruang perbincangan di antara kedua belah pihak demi kepentingan negara. DMPP juga sangat memandang serius akan kenyataan berbau "ancaman dan ugutan" yang dikeluarkan oleh Ibrahim Ali bersama Perkasa yang menegaskan "mereka akan menganjurkan protes bagi menghalang rancangan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) untuk mengadakan perhimpunan". DMPP menyifatkan kenyataan ini adalah sangat bahaya dan mengancam keselamatan awam khususnya pada hari tersebut. Apatah lagi Ibrahim Ali secara emosional melulu menegaskan bahawa "apa sahaja boleh berlaku pada 9 Julai itu nanti". DMPP menyifatkan kenyataan ini sangat biadap, tidak ada kelas dan bersifat kebudak-budakan. Ia juga sangat bersifat anti establishment. Amat malang ianya dituturkan oleh seorang Ahli Parlimen tidak berparti (yakni Bebas) atau dalam konteks Malaysia kita fahami mereka ini sebagai Ahli Parlimen "Lompat" (Katak)! Lebih malang bilamana kenyataan "ancaman dan ugutan" seperti ini tidak pula diambil sebarang tindakan oleh pihak berkuasa dan hanya menampakkan PDRM bertindak tidak professional serta double standard. DMPP tidak berhasrat untuk menghalang sesiapapun untuk turut Turun pada 9 Julai nanti, atau berhimpun bila-bila masa dan di mana sahaja; tetapi yang penting perhimpunan itu mestilah diadakan secara aman, tanpa senjata, dengan objektif yang jelas dan bukan berniat untuk menimbulkan sebarang kekecohan atau sebarang tindakan vandalism atau anti sosial. DMPP sangat berdukacita terhadap segala kenyataan tidak bertanggungjawab yang dilontarkan oleh beberapa Menteri terhadap BERSIH 2.0. Ini termasuklah tuduhan Rais Yatim yang mengaitkan "Serangan Siber" ke atas beberapa laman web kerajaan baru-baru ini sebagai berkait dengan BERSIH 2.0. Manakala Muhyidin Yassin membuat tuduhan bahawa Walk For Democracy itu adalah bertujuan untuk menumbangkan BN. DMPP melihat kenyataan-kenyataan itu sebagai sangat tidak bertanggungjawab dan hanya menampakkan bahawa UMNO BN sekarang berada pada tahap "ketakutan yang melampau" sehingga "bayangan sendiri difikirkan hantu!". DMPP mengajak seluruh rakyat dan semua pihak memahami bahawa apa yang akan berlaku pada 9 Julai 2011 itu nanti ialah satu program bersifat merakyat ; Walk For Democracy . Dan ianya secara khusus berkaitan dengan 8 Tuntutan BERSIH 2.0 untuk kita semua upaya menikmati satu sistem dan perjalanan Pilihan Raya yang bersih dan adil. Ianya bukan berkaitan persoalan politik kepartian yang sempit. Ianya bukan berkaitan persoalan individu orang tertentu. Ianya konsistant berkaitan Tuntutan Rakyat untuk SPR dan pihak berwajib bertindak segera Mereformasi Sistem Dan Perjalanan Pilihan Raya yang ada dalam negara ini agar lebih seimbang kepada semua pihak yang mengambil bahagian. Akhirnya, DMPP menyeru seluruh rakyat jelata khususnya para wanita yang mahukan 8 Tuntutan BERSIH ini didengar dan tercapai agar hadir beramai-ramai dan bersama-sama kita BERJALAN UNTUK DEMOKRASI secara aman dan tertib. DMPP juga sedang dalam proses menggerakkan seluruh kekuatan organisasi dan jentera Dewan Muslimat PAS di seluruh negara untuk bersama menggerakkan rakyat HADHIR PADA TEMUJANJI KITA, 9 JULAI DI KUALA LUMPUR. DMPP yakin dan percaya, insyaAllah Kita akan lalui dan hadapi 9 Julai ini dengan penuh kewarasan, kejelasan tujuan dan penuh bertanggungjawab. Sungguhlah benar jihad yang paling besar adalah berkata benar di hadapan pemimpin yang zalim. Kembalikan Kuasa Rakyat! Bersihkan Pilihan Raya! Allahu Akbar! AIMAN ATHIRAH AL JUNDI Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat 20 Jun 2011, Kuala Lumpur .
Hasrat aspirasi rakyat untuk memastikan proses pelantikan pemimpin negara menerusi lunas demokrasi dan pilihan raya yang adil serta telus sukar diterima oleh sebuah kerajaan yang angkuh. PAS bersama semua parti politik pembangkang serta NGO yang menganggotai koalisi BERSIH, bersiap sedia untuk berhimpun secara aman tanpa senjata untuk menyerahkan memorandum khas kepada Yang di-Pertuan Agong. Kerajaan perlu jelas bahawa himpunan yang akan diadakan pada 9 Julai ini ialah satu himpunan AMAN. Ia diambil daripada ruh demokrasi yang diperuntukkan dalam Perkara 10, Perlembagaan Malaysia. Ini bermakna, perlembagaan yang dijunjung oleh seluruh rakyat Malaysia telah menjamin dan membenarkan hak yang diberikan kepada mereka. Oleh yang demikian, BERSIH tidak melakukan tindakan yang bercanggah dengan undang-undang. Selain daripada mensinonimkan himpunan aman dengan himpunan haram dan himpunan yang boleh mencetuskan kekacauan dan ketidakstabilan, seolah-olah satu lagi teknik yang dicipta untuk menyekat himpunan aman iaitu teknik 'TAKUTKAN RAKYAT'. Teknik 'TAKUTKAN RAKYAT' ini dilihat sebagai satu ugutan untuk menafikan hak berhimpun rakyat. Daripada pemerhatian yang dibuat, kami mendapati: a) Pada 13 Jun 2011, PERKASA secara agresif akan turun ke jalan raya bagi membentuk satu kumpulan untuk bertembung dengan kumpulan BERSIH. Ini bertujuan bagi meningkatkan sentimen tidak aman pada 9 Julai nanti. b) Pada 15 Jun 2011, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar memberi amaran untuk tidak mengeluarkan permit termasuk membuat tangkapan awal sebagai langkah pencegahan. c) Pada 17 Jun 2011, Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK) pula mencadangkan kepada pihak polis supaya mengambil tindakan yang lebih tegas dengan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kepada perancang himpunan aman BERSIH 2.0. d) Pada 18 Jun 2011, Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Datuk Seri Rais Yatim telah mengaitkan serangan siber atau godam terhadap laman web kerajaan bermotifkan politik dan mempunyai kaitan dengan BERSIH. e) Pada 18 Jun 2011 juga, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin pula telah cuba memiripkan himpunan aman BERSIH 2.0 umpama himpunan rakyat yang dilakukan secara besar-besaran pada tahun 1998. Dia bermaksud himpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini tidak mustahil boleh berlaku huru hara dan pelbagai ancaman provokasi. f) Pada 19 Jun 2011, Timbalan Perdana Menteri mendakwa himpunan BERSIH 2.0 adalah himpunan untuk membangkitkan kemarahan rakyat seterusnya menjatuhkan kerajaan sah hari ini. g) Pada 19 Jun 2011 juga, Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) menuduh bahawa BERSIH 2.0 tidak harus mencontohi perhimpunan rakyat di negara Asia Barat seperti Mesir, Syria dan Libya. Mereka cuba menafikan hak rakyat yang telah diiktiraf oleh Perlembagaan Persekutuan. Maka, kedaulatan undang-undang tersebut telah dicemari. Malah, apa yang diamalkan oleh kerajaan adalah undang-undang rimba. Ingat, kerajaan yang angkuh dan menggunakan kuasa fizikal untuk menekan hak rakyat tidak akan selama-lamanya berkuasa. Rakyat tidak boleh disekat kerana akal, budi dan jiwa mereka sebenarnya bebas.
KUALA LUMPUR, 20 Jun: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub akan mengetuai satu panel khas pelaksana parti yang akan memperincikan konsep negara berkebajikan yang diketengahkan dalam ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada 3 Jun lalu dalam bentuk 'Buku Hijau' secepat mungkin menjelang pilihan raya umum ke 13. "Kita akan dokumenkan konsep ini dalam bentuk buku dan Buku Hijau ini akan diedarkan di seluruh negara dalam masa terdekat," kata Salahuddin, yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian. Panel tersebut yang ditubuhkan minggu lepas, katanya akan turut dianggotai oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, dua ahli jawatankuasa kerja pusat Dr Dzulkefly Ahmad dan Idris Ahmad, Pengerusi Institut Kajian Polisi PAS, Dr Zuhdi Marzuki dan Timbalan Ketua Dewan Muslimat, Dr Siti Mariah Mahmud. "Melalui panel ini, kami akan memperincikan konsep negara berkebajikan dengan mengemukakan ciri-ciri sebuah negara berkebajikan," tambah beliau. Semenjak PAS membentangkan penubuhan sebuah negara berkebajikan di Muktamar ke 57, pimpinan Umno and medianya telah menyerang bertubi-tubi untuk menguasai pemikiran rakyat terhadap parti Islam tersebut dengan tuduhan kononnya PAS telah mengubah dasar perjuangan. "Walhalnya konsep negara berkebajikan, keadilan, keselamatan, kesejahteraan, kemakmuran adalah intipati dari negara Islam," kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataannya minggu lalu. Meskipun ini bukan kali pertama PAS mengetengahkan konsep negara berkebajikan kerana manifesto pilihan raya umum 2008 PAS juga bersandarkan tema negara kebajikan tetapi ia tetap diserang hebat oleh Umno. Sebagai reaksi balas, Tuan Guru Abdul Hadi berkata, negara berkebajikan boleh dibuktikan sekiranya rakyat memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah negara pada pilihan raya umum akan datang.
Kursus Haji yang dijalankan di Masjid As Syariff Meru alhamdulilah telah sampai kepenghujungnya apabila lebih 250 orang telah dianugerahkan sijil penyertaan mereka.
Pengerusi Koperasi Meru, Tuan Hj Isman Hussin berharap kursus tersebut dapat memberi maklumat dan pengetahuan yang berguna bagi bakal-bakal haji yang akan menunaikan haji di Mekah.
You are subscribed to email updates from KHIDMAT MERU To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Pada 1 Julai tahun ini genaplah 55 tahun usia Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau lebih dikenali sebagai FELDA. Sepanjang 55 tahun, FELDA yang diasaskan oleh Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak, telah mencapai pelbagai kejayaan dan pengiktirafan baik di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.
Antara kejayaan terhebat ialah kemampuan FELDA membayar semula hutang kepada Bank Dunia pada 1996, iaitu15 tahun lebih awal daripada tarikh sepatutnya ia dilunaskan (2011). Malangnya kejayaan-kejayaan besar Felda tidak dibangkitkan pembakang, Pelbagai cara digunakan untuk menyebarkan cerita burung (berita yang tidak berasas mengenai FELDA.
Golongan yang sering mengutuk FELDA itu ibarat keli kena ketuk, bersungut dengan tiada tentu hujung pangkalnya. Kebelakangan ini perbuatan mereka sudah ke tahap melampau ibarat cacing naik ke mata.
Gelagat pihak-pihak ini buat Ahli Parlimen Ledang, Hamim Samuri,yang juga salah seorang ahli Lembaga Pengarah FELDA, naik angin.
"FELDA tak pernah usik duit peneroka. Felda ada cabang sendiri untuk mengisi tabung, iaitu di bawah Felda Global Ventures Berhad yang pendapatannya diperolehi melalui aktiviti perniagaan di dalam dan luar negara," katanya.
"Pembangkang sibuk mempersoalkan mengenai apa yang yang dibelanjakan oleh FELDA tanpa mengetahui fakta sebenar. Perkara-perkara yang memanfaatkan rakyat yang dibuat oleh FELDA tidak pula dibangkitkan.
"Mereka tak tahu ke setakat ini FELDA telah membelanjakan RM265 juta dalam program CSR (Tanggungjawab Sosial Korporat). Apa yang FELDA dapat, kami bagi balik kepada peneroka dalam bentuk program pendidikan umpamanya di mana kami menyediakan tuisyen kepada pelajar, dan membina MSRM Felda (Trolakjaya).
"Kami juga menyediakan peruntukan untuk pembangunan keluarga generasi baru, pembangunan institusi dan masyarakat digital, keceriaan kampung, serta pembangunan sukan, bantuan dan insentif (bonus) dan sebagainya.
"Selain itu, kami turut menyumbang kepada pembangunan usahawan, menyediakan pelan perlindungan peneroka dan khairiat kematian. Malangnya perkara-perkara ini tidak dipandang oleh pembangkang," katanya.
Hamim juga bengang apabila pembangkang memfitnah FELDA menyalahgunakan wang peneroka.
"Itulah masalahnya. Orang yang menuduh tu tak faham.Terdapat dua jenis ladang diuruskan oleh FELDA, iaitu ladang peneroka dan ladang FELDA sendiri. Kedua-duanya lebih kurang 400,000 hektar.
"Menerusi Global Ventures, pendapatan daripada perladangan pada tahun 2010 ialah RM1.1 billion dan kami mensasarkan ia akan meningkat kepada RM1.4 pada tahun ini. Pendapatan daripada pelaburan pula ialah RM0.1 billion pada tahun lalu dan kami mensasarkan RM0.2 billion untuk tahun 2011. Ini tidak termasuk pendapatan daripada aktiviti sampingan lain.
"Target keseluruhan keuntungan yang kami sasarkan untuk ladang FELDA untuk 2011 ialah RM1.7 billion, berbanding RM1.3 billion yang diperolehi pada 2010. Ini hanya dari ladang FELDA dan bukan peneroka," katanya.
Hamim turut memberi penjelasan mengenai kewajaran pembinaan Menara Felda di Jalan Tun Razak (berhadapan KLCC).
"Mereka kurang faham. Ia adalah pelaburan yang relevan dan bakal membawa keuntungan kepada Felda. Kita bercakap tentang perniagaan. Kalau kita nilaikan bangunan itu sebagai satu benda yang bersifat fizikal, memanglah nampak macam membazir. Tetapi kita kena lihat dari sudut nilainya.
"Bangunan itu apabila siap nanti, nilainya akan berlipat ganda sama ada jika kita guna sendiri atau sewakan kepada orang lain," katanya.
Hamim berkata, walau apapun kebaikan yang dilakukan, FELDA tetap menjadi sasaran pembangkang daripada pelbagai sudut.
"Mengapa ini berlaku? Sebab mereka mahukanFELDA. Mereka dah nampak duit. Kejayaan FELDA tak boleh dinafikan dengan jumlah aset hampir RM20 billion. Nilai saham yang kita beli dulu pada pasaran terbuka, kalau kita cairkan, keuntungannya tak kurang dari RM4.3 billion. Itu baru saham, belum campur nilai pelaburan lain yang kita kekalkan seperti perladangan, kilang luar dan dalam negara dan sebagainya.
"Apa yang telah dicapai oleh FELDA adalah satu kejayaan yang dulunya kita tak terfikir. Malah kejayaan kita setanding Tabung Haji. Kejayaan-kejayaan Felda adalah hasil sentuhan daripada beberapa pemimpin UMNO terutama Allahyarham Tun Razak dan kini diteruskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
"Ini adalah kejayaan warisan. Datuk Seri Najib bukan sahaja mewarisi tetapi meneruskan dan meningkatkan kejayaan FELDA yang dimulakan oleh ayahnya. Jadi orang bukan tengok kejayaan FELDA sahaja, tetapi ia juga dilihat sebagai penyebab kepada pengaruh kepimpinan BN.
"Menerusi pengaruh BN, FELDA berjaya menjaga kepentingan kebanyakan peneroka yang juga majoritinya adalah pengundi setia BN. Sebab itu orang target dan irihati dengan kejayaan FELDA. Kerana itulah mereka seboleh-bolehnya nak serang FELDA dan putar belitkan fakta serta fahaman peneroka supaya mereka memberontak," kata Hamim lagi.
Mengulas mengenai Pakatan Rakyat yang mensasarkan pengundi FELDA pada pilihanraya akan datang, Hamim berkata, dia yakin peneroka faham apa yang kerajaan buat untuk mereka serta bijak dan tidak mudah terpedaya dengan dakyah palsu pembangkang yang sebenarnya mempunyai motif tersendiri.
"Bagaimanapun kita sekarang berdepan dengan dunia maklumat tanpa sempadan. Untuk memastikan semua maklumat sampai kepada peneroka dengan pantas, FELDA harus menggunakan pendekatan terkini.
"FELDA harus menggunakan cara digital seperti media maya dan SMS. Sementara generasi muda lebih selesa menggunakan internet, golongan lain pula rasanya lebih selesa menerima berita daripada SMS kerana ia lebih pantas. Lagipun sekarang hampir semua peneroka mampu memiliki telefon bimbit. Tambahan pula kebelakangan ini saya lihat, orang semakin malas membaca suratkhabar."
You are subscribed to email updates from HAMIM Ledang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kami warga UMNO Dunsemarang,khasnya ibu-bapa yang mempunyai anak-anak bersekolah di SMK Datuk Menteri kawasan DunSemarang, ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas pemberian secara percuma komputer riba 1 Malaysia. Dari sumber yang diterima seramai 816 pelajar telah menerima komputer tersebut pada 23 Mei 2011. Semuga dengan pemberian ini akan dapat memberi nafas baru untuk anak-anak DunSemarang dalam menerokai bidang ilmu dan ICT. Seramai 60 pelajar cina dari 270 orang mendapat komputer riba, 2 orang dari 3 orang pelajar india dan 754 pelajar dari 1864 [pelajar Melayu. Pemberian ini berdasarkan pendapatan keluarga yang diperolehi dari sumber pelajar dan disahkan oleh Pengerusi JKKK. Kami juga tidak lupa pada jasa UMNO Bhg Ayer Hitam, terutama YB DatuK Haji Samsolbari bin Jamali yang berusaha meneguhkan UMNO dan kepimpinan BN, justru telah membawa anak-anak kami ke bidang ICT dengan pemberian Komputer 1 Malaysia.By M69.
You are subscribed to email updates from DunSemarang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Di dalam Kerajaan BN berusaha untukmembangunkan negara, banyak isu yang sedang dimainkan oleh pihak-pihak pembangkang. Semua isu ini timbul secara berterusan semenjak BN memenangi PRU 12 dengan mejoriti mudah.
Betul kata Tun Razak, untuk menentukan kemananan, Malaysia mesti diperintah oleh kerajaan yang mempunyai 2/3 mejoriti di Parlimen, satu sebabnya adalah kita merupakan negara campuran kaum.
Dengan kurangnya mejoriti BN di Parlimen dan kehilangan beberapa Negeri, kerajaan telah di perolok-olok kan banyak isu yang di ketuai oleh Anwar Ibrahim. Sedar tidak sedar, dengan gerakan ini, telah lahir ramai pelapis-pelapis baru yang sungguh kritis dan bersatu hati untuk menentang apa sahaja polisi kerajaan tanpa menghiraukan impak kepada negara.
BERSIH adalah anjuran Ambiga yang sebelum ini digerakan oleh Bar Council. Melalui ceramah dan gerakan beliau serta sokongan Anwar dan Parti Pembangkang, gerakan ini telah mendapat sambutan hanga dikalangan penyokong pembangkang. Jesteru itu, akan adalah pertempuran diantara Penyokong dan Pembankang pada 9 Julai ini.
Apabila Ibrahim Ali menyatakan akan berkumpul pula bersama untuk menentang perhimpunan BERSIH, sudah tentunya negara kita akan berhadapan kemungkinan yang tidak ketentuan. Kemungkinan untuk terjadinya pertempuran besar-besaran diantara Rakyat Malaysia sudah tidak boleh di tahan lagi, sehingga sekarang, perhimpunan-demi perhimpunan untuk menarik sokongan telah dibuat oleh kedua-dua kumpulan.
Mata dunia akan tertumpu pada peristiwa 9 Julai 2011. Mata dunia akan memerhati, adakah cara demontrasi Arab Tengah akan dibawa kepada Asean oleh Anwar Ibrahim berjaya. Sekiranya ianya berjaya dan terdapat bukti yang mana pihak Kerajaan menindas mereka yang melakukan demontrasi, kemungkinan Pihak Antrabangsa mengambil tindakan boleh jadi kenyataan.
Perang diantara BERSIH dan PERKASA sudah pastinya akan membawa polimik baru didalam sejarah Malaysia, gerai-gerai yang menjual parang dan kapak akan mendapat sambutan. Sudah pastinya penjual akan mendapat keuntungan daripada peristiwa ini. Sediakanlah apa sahaja senjata yang kita perlukan sebelum perkara-perkara tidak diingini berlaku.Mungkin ada yang ketawa apabila membaca tulisan ini, tetapi keadaan serupa juga berlaku di Mesir dan Libya yang diceritakan oleh pelajar-pelajar kita.
Oleh itu, Rakyat berhak mendapat keamanan dan pihak Polis seharusnya menggunakan apa sahaja akta yang ada untuk melindungi Rakyat daripada terjerumus bersama dalam polimik mereka yang dahagakan kuasa politik.
You are subscribed to email updates from Razlan's To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Penganjur pengaruhi penduduk kampung Oleh Hardi Effendi Yaacob bhnews@bharian.com.my 2011/06/20
Pembangkang dipercayai biaya kos perhimpunan BERSIH
KUALA LUMPUR: Penganjur Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) 2.0 dikesan cuba mempengaruhi penduduk kampung di beberapa negeri, termasuk Melaka, Pahang, Perak dan Negeri Sembilan untuk menyertai perhimpunan haram itu yang dijadual berlangsung di ibu negara, 9 Julai ini. Difahamkan, kegiatan itu didalangi parti pembangkang yang bersedia menanggung kos berkaitan, termasuk pengangkutan, penginapan dan makan minum penduduk kampung terbabit sebagai helah meraih sokongan terhadap penganjuran perhimpunan itu walaupun diberi amaran keras oleh polis supaya tidak meneruskan acara berkenaan. Ia didedahkan Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom sambil menyatakan tindakan pihak terbabit jelas menunjukkan mereka semakin terdesak dan cuba meraih sokongan orang ramai selepas polis mengeluarkan amaran keras supaya perhimpunan itu tidak diteruskan atas sebab-sebab keselamatan.
"Kami memperoleh maklumat ada kumpulan tertentu, dipercayai parti pembangkang cuba mempengaruhi penduduk kampung dan kawasan terpencil di empat negeri berkenaan menyertai Perhimpunan BERSIH 2.0 di ibu negara dengan semua perbelanjaan ditanggung.
"Sebenarnya, penduduk kampung itu tidak sedar diperdaya, mereka hanya diberitahu terpilih menyertai program lawatan percuma ke Kuala Lumpur. Padahal, mereka akan dikumpulkan sebagai kumpulan penyokong perhimpunan itu sebaik tiba di ibu negara," katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar sebelum ini mengeluarkan amaran, termasuk akan menahan penganjur Perhimpunan BERSIH 2.0 yang dirancang serentak di ibu negara, Kuching dan Kota Kinabalu, 9 Julai ini jika masih mahu meneruskan perhimpunan itu kerana dikhuatiri boleh menimbulkan kekacauan. Amaran itu dikeluarkan selepas polis memutuskan tidak meluluskan permit perhimpunan itu, termasuk permohonan daripada Persatuan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang merancang mengadakan satu lagi perhimpunan bagi menghalang Perhimpunan BERSIH 2.0.
Mohd Ali dalam laporan polis dibuatnya turut mendakwa penduduk kampung terbabit dijangka tiba di ibu negara menggunakan 30 hingga 40 bas sebelum dikumpulkan bagi tujuan menyertai perhimpunan haram itu.
"Kami berharap polis dapat bertindak segera mengekang kegiatan tidak bertanggungjawab ini. Manakala, golongan ibu bapa diingatkan memantau gerak geri anak mereka supaya tidak diperdayakan kumpulan tertentu untuk menyertai perhimpunan haram itu. Ini juga bagi mengelak berlakunya sebarang insiden tidak diingini," katanya
KUALA LUMPUR 19 Jun - Pengakuan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai ketidakpuasan hati ahlinya dengan tindakan parti menukar istilah perjuangan 'Negara Islam' kepada 'Negara Berkebajikan' jelas membuktikan pemimpin dan parti itu sebagai 'terompah' DAP.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi (gambar) berkata, pengakuan itu juga membuktikan kepimpinan Pas lebih takut dan berusaha menjaga hati DAP sebagai sekutu pembangkangnya daripada mengambil kira pandangan ahli-ahli parti sendiri.
"Jadi, Nik Abdul Aziz serta kepimpinan Pas memang jelas lebih takut kepada DAP kerana penukaran konsep perjuangan kepada 'Negara Berkebajikan' hanya diumumkan pada muktamar parti itu, baru-baru ini.
"Sepatutnya, penukaran konsep itu dilakukan lebih awal melalui referendum atau forum yang diperdebatkan ahli-ahli Pas untuk dipersetujui, tetapi tiba-tiba sahaja diumumkan pada muktamar. Ini satu jenaka," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Mohd. Puad membalas kenyataan Nik Abdul Aziz semalam yang menyifatkan pemimpin UMNO itu sebagai 'Ah Chong' dan 'terompah' MCA kerana mencabar Pas menggugurkan perkataan Islam pada nama parti itu, ekoran perubahan konsep perjuangan Pas.
Pada satu majlis di Kota Bharu kelmarin, Nik Abdul Aziz turut mengakui terdapat segelintir ahli Pas sendiri yang tidak berpuas hati dengan perubahan slogan perjuangan kepada 'Negara Berkebajikan' oleh parti itu.
Lebih mengejutkan, Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan turut mengakui pengguguran nama Islam dalam slogan itu kerana terdapat kaum Cina, India dan ahli UMNO yang takut dengan perkataan Islam dalam perjuangan Pas sebelum ini.
Mohd. Puad menambah, beliau kali ini enggan mencabar Pas menggugurkan perkataan Islam dalam parti, sebaliknya merayu parti itu melaksanakannya segera kerana ia semakin mengelirukan masyarakat termasuk yang beragama Islam.
"Kenyataan Nik Abdul Aziz adalah pelik dan mengelirukan dan ia jelas membuktikan Pas semakin terdedah kepada kelemahan serta kesilapan. Jadi atas prinsip moral, mereka tidak patut memperjudikan perkataan Islam yang suci itu. Cukuplah," katanya.
Sementara itu, pada satu majlis di Batu Pahat semalam, Mohd. Puad turut menyifatkan pertukaran istilah perjuangan Pas itu terjadi kerana wujud perjanjian di antara Pas dan DAP yang didalangi oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim demi kepentingan politik pihak pembangkang.
Oleh MOHD. ZUHARMAN MOHAMMAD NOR utusankelantan@utusan.com.my MACHANG 19 Jun – Pas Kelantan diminta mengemukakan model projek negara 'berkebajikan' berasaskan Islam yang berjaya dilaksanakan oleh parti itu sepanjang memerintah negeri ini lebih 20 tahun lalu.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Pas tidak wajar menuduh UMNO melaksanakan projek-projek yang tidak menepati kehendak Islam, jika mereka sendiri gagal membuktikannya.
"Walaupun diberi peluang dalam tempoh yang panjang, setahu saya tiada apa-apa model yang boleh ditunjukkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Machang di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar di sini, semalam.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mendakwa projek-projek kebajikan yang dilakukan oleh UMNO tidak menepati kehendak Islam.
Menurut Ahmad Zahid, setiap tahun Kerajaan Pusat memperuntukkan lebih RM78 juta untuk membantu rakyat yang kurang berkemampuan dalam pelbagai bidang termasuk subsidi kepada golongan petani dan nelayan, orang tua, orang kurang upaya (OKU), buku teks dan bantuan wang kepada pelajar miskin.
"Adakah pemberian itu tidak berasaskan Islam?" katanya Menteri Pertahanan itu.
Justeru, beliau berharap, rakyat bijak membuat penilaian terhadap perjuangan Pas yang tidak konsisten berbanding UMNO yang terus mendokong perjuangan agama dan bangsa.
Katanya, konsep negara berkebajikan yang kini diperjuangkan oleh Pas hanya bagi mengaburi mata rakyat berikutan kegagalan mereka menegakkan negara Islam yang diimpikan akibat bekerjasama dengan DAP.
NAMPAKNYA Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pimpinan Saudara Khairy Jamaluddin berkeras juga untuk turut mengadakan perhimpunan 9 Julai ini.
Khairy dilihat seolah-olah langsung tidak mengendahkan peringatan yang telah disuarakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishamuddin Tun Hussein.
Saya bimbang jika niat itu diteruskan, maka pemuda UMNO akan bertembung dengan Bersih yang turut mengadakan perhimpunan yang sama.
Perhimpunan anjuran pemuda UMNO itu juga sudah tentunya tidak akan mendapat permit polis, sama seperti Bersih.
Ini bermakna perhimpunan Pemuda UMNO juga ditafsirkan sebagai perhimpunan haram dan sudah semestinya berdepan dengan 'tangkapan' oleh pihak polis.
Itulah juga yang telah disuarakan oleh Hishamuddin dan Timbalan Ketua Polis Negara terhadap mereka yang menyertai perhimpunan anjuran Bersih.
Walaupun niat pemuda UMNO untuk menghalang perhimpunan haram Bersih, tetapi saya khuatir pertembungan itu akan mencetuskan insiden yang tidak diingini.
Apabila berlaku pertembungan, maka sudah tentu tercetus provokasi dan akhirnya kemungkinan berlaku pergaduhan membabitkan dua kumpulan tersebut.
Inilah sebenarnya yang ditunggu-tunggu oleh pembangkang untuk terus memburukkan imej pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Bersih yang didalangi pembangkang memang sedang 'memasangjerat' untuk mengheret pemuda UMNO supaya bersama mereka.
Lagipun tidak ada jaminan di kedua-dua belah pihak perhimpunan itu akan berjalan secara aman.
Oleh kerana itu saya beranggapan pemuda UMNO tidak perlu untuk 'melayani' kerenah Bersih.
Jangan jirus minyak ketika api sedang membakar
Ingat, api yang mula membakar jika dijirus minyak, akan bertambah marak jadinya dan akhirnya gagal dibendung lagi.
Akibatnya, petaka akan menimpa rakyat berbilang kaum yang selama ini menjadi benteng perpaduan negara.
Sehubungan itu, secara jujurnya saya berharap Khairy akan mempertimbangkan 'keberaniannya' untuk bertembung dengan Bersih pada 9 Julai ini demi kepentingan negara dan rakyat keseluruhannya.
Memang darah muda mereka sedang membuak tetapi jika tersalah langkah, padah yang menimpa.
Kita perlu berwaspada dengan strategi musuh dan kadangala kita wajar undur selangkah ke belakang supaya pergerakan kita tidak sumbang.
Peringatan Hishamuddin atas sifatnya selaku Menteri Dalam Negeri ada juga kewajarannya dan perlu dipandang secara positif.
Undang-undang tidak memilih bulu dan polis pastinya akan bertindak secara profesional dalam menangani isu yang boleh menggugat ketenteraman awam.
Saya bimbang, 'kedegilan' Khairy itu akan menyebabkan beliau akan dilebelkan sebagai anak muda yang cuba 'menangguk di air keruh'.
Malah saya juga khuatir Ahli Parlimen Rembau itu akan dituduh sengaja berbuat demikian untuk merosakan imej UMNO yang sedang dipimpin oleh Najib dengan baik.
Memang diakui niat Khairy adalah baik untuk membuktikan pemuda UMNO masih bertaring, tetapi perhintungannya biarlah betul dan menepati sasarannya.
Sekali lagi saya berharap Khairy khususnya pemuda UMNO supaya berfikir secara tenang dan bertindak secara bijak dalam menghadapi ancaman Bersih.
Dalam pada itu, saya juga terkilan melihat rakan-rakan komponen BN yang lainnya seperti senyap dan tidak bersemangat untuk menentang kebangkitan Bersih.
Memang semalam MCA memberi jaminan tidak akan membenarkan ahlinya menyertai perhimpunan tersebut, tetapi cukupkah sekadar jaminan seperti itu ?
MCA, MIC dan Gerakan harus tampil membuktikan secara zahir mereka juga seperti UMNO, lantang menentang perhimpunan Bersih, bukannya bersikap tunggu dan lihat.
Komponen BN harus bersama UMNO menentang ancaman Bersih untuk gugat keamanan negara dan perpaduan nasional.
Saya juga bersetuju dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa perhimpunan Bersih 9 Julai ini adalah jalan pintas Datuk Seri Anwar Ibrahim menuju ke Putrajaya.
Ini kerana sebelum ini pun saya pernah menegaskan Bersih adalah stretagi pembangkang untuk menggugat ketenteraman awam dan kestabilan politk negara.
Matlamat jahat mereka adalah mengkucar-kacirkan pentadbiran Najib selaku Perdana Menteri dan Presiden UMNO.
Pembangkang sudah tidak ada idea lain untuk 'merampas' kuasa, kecuali mengadakan satu tindakan liar.
Komponen BN perlu bersama rakyat tentang ancaman Bersih
Bersih yang menjadi jambatan pembangkang hanya mahu menyusahkan kehidupan rakyat dan imej negara terjejas di mata dunia.
Ini kerana menerusi pilihan raya umum, adalah terlalu sukar untuk mereka berkuasa walaupun berjaya mengurangkan 2/3 majoritti BN di Parlimen.
Faktor itu disebabkan rakyat tetap memihak kepada BN dan UMNO khususnya walaupun pelbagai dakyah dan propaganda dimainkan oleh pembangkang.
Seperti tahun 2007, perhimpunan Bersih dikatakan didalangi Anwar dan kali ini, beliau sekali lagi bertindak 'lempar batu sembunyikan tangan'.
Pada hemat saya, tujuan utama Bersih hanyalah untuk mengalih pandangan rakyat terhadap isu liwat Anwar dan menimbulkan tanggapan negatif terhadap perjalanan sistem pilihan raya umum di negara ini.
Isu liwat kali kedua yang menjijikkan itu sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi hampir menjerut masa depan politik Anwar.
Walhal, selama ini pilihan raya umum di negara kita adalah yang paling bersih berbanding dengan negara-negara Asia yang lain.
Justeru, kenyataan Anwar bahawa beliau akan meminta Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga membatalkan perhimpunan 9 Julai ini jika Najib memberi jaminan pilihan raya neggara ini akan berlaku bersih hanya merupakan satu sandiwara semata-mata.
Ketua Pembangkang itu menegaskan demikian ketika berucap di konvensyen PKR di Shah Alam, Ahad lalu.
Jadi, alasan Bersih konononnya perhimpunan 9 Julai ini adalah untuk mendesak supaya pilihan raya berjalan dengan bersih dan adil hanyalah satu helah politik.
Perhimpuna Bersih yang kotor itu juga berlaku setelah golongan sekular yang pro - Anwar berjaya menguasai kepimpinan PAS menerusi muktamar agungnya baru-baru ini. Golongan ulama dalam PAS tersingkir daripada pemusatan kuasa dan kini halatuju parti itu dikatakan selari dengan citarasa politik DAP dan PKR.
Dan sememangnya DAP tumpang gembira apabila golongan ulama dalam PAS semakin tersisih dan pengaruhnya semakin terhakis.
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meminta Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang bercadang mengadakan demonstrasi jalanan haram pada 9 Julai supaya tidak menjadikan SPR sebagai kambing hitam. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pihak SPR … Continue reading →
Bertempat di PPR Laksamana, Jalan Peel, Cheras pada hari Ahad bersamaan 19 Jun 2011, Biro Keahlian dan Biro Sukarelawan Puteri UMNO Bahagian Cheras telah menganjurkan program siri "Road Tour" Penambahan Keahlian Puteri UMNO bagi siri Minggu ke 3.
Program yang di ketuai oleh Puan Sarina Sharif yang merupakan Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras, adalah program turun padang ke Perumahan Rakyat di sekitar Parlimen Cheras di samping menjalinkan hubungan silaturahim dengan penduduk setempat dan ahli - ahli UMNO khususnya.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Cheras Tuan Haji Syed Mehdhar Syed Abdullah berserta dengan Ahli - Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri telah turut sama dalam perasmian program Siri "Road Tour" Keahlian Puteri.
Pelbagai aktiviti telah di laksanakan bersama - sama Jawatankuasa Komuniti penduduk PPR Laksamana, Jalan Peel, Cheras serta mendapat kerjasama agensi Kerajaan seperti Jabatan Kesihatan Cheras Baru, wakil Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), JASA dan ahli-ahli jawatankuasa Puteri UMNO bahagian Cheras.
Acara bermula pada jam 9.00 pagi dengan aktiviti Senamrobik bersama penduduk - penduduk PPR Laksamana, aktiviti mewarna lukisan dan program mengunting rambut secara percuma telah di lakukan khusus untuk anak - anak dan penduduk setempat diPPR Laksamana. Kaunter pemeriksaan kesihatan percuma, kaunter pendaftaran Pemilih dan kaunter pendaftaran ahli baru Puteri UMNO telah di buka untuk kemudahan penduduk PPR Laksamana, Jalan Peel, Cheras.
Program "Road Tour" ini telah mendapat sambutan yang hangat dari penduduk PPR Laksamana yang berbilang bangsa dan program ini akan di teruskan ke lokasi PPR di sekitar Parlimen Cheras.