Bagi pengguna Facebook ber­kenaan, John Preston, Anwar telah diberi peluang untuk memberi kete­rangan bersumpah bagi membela dirinya di mahkamah namun kesempatan itu langsung tidak digunakan.

"Dia mempunyai mulut yang besar (banyak bercakap) di luar mahkamah tetapi di dalam mahkamah, dia tidak berkata apa pun.

"Ia banyak mengkritik sistem perundangan namun penjara sebenarnya penuh dengan mereka yang mendakwa mereka tidak melakukan (kesalahan)," kata pengguna Facebook itu dalam kiriman media sosial yang tersebar meluas hari ini.

Semalam, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhir Anwar terhadap kesalahan meliwat Mohd. Saiful Bukhari dan mengekalkan sabitan salah serta hukuman penjara lima tahun terhadapnya.
Menurut Preston, banyak fakta yang menyabitkan Anwar kepada sabitan bersalah itu termasuk keengganan Anwar untuk bersum­pah dengan kitab suci al-Quran.

"Daripada apa yang saya baca, Anwar telah menarik balik saksi alibinya kerana ada bukti kamera litar tertutup (CCTV) yang akan menyangkalnya... bukti DNA (asid deoksiribonukleik) juga 100 peratus berpadanan," katanya.

Katanya, Anwar perlu menjalani hukuman itu dan beliau berharap Anwar berhenti untuk menjatuhkan lagi kedudukan Malaysia.